The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssskbatukikir, 2021-04-29 09:29:06

Rahsia Penaklukan Melaka 1511

Rahsia Penaklukan Melaka 1511

Masjid Agung Demak,
tempat tentera perikatan
Islam di Tanah Jawa
bermesyuarat dalam
usaha mengusir Portugis
dari bumi Melaka.

244
cruzado. Maka sudah pasti jong itu cukup dahsyat di mana tiada seorang pun yang
pernah melihat jong seumpama itu.” 10
Pada tahun 1518 Raden Patah (Sultan Demak pertama) telah kembali ke
rahmatullah. Maka, Pati Unus atau Muhammad Yunus yang merupakan Adipati
wilayah Jepara ditabalkan menjadi Sultan Demak yang kedua dengan gelaran
Sultan Syah Alam Akbar II. Selepas ditabalkan menjadi Sultan Demak, Pati Unus
telah memperkukuhkan pertahan di Jawa bagi menghadapi kemungkinan diserang
oleh Portugis. Dengan itu, baginda telah memerintahkan agar dibuat meriam-
meriam yang berat dan diletakkan di satu kawasan tanah tinggi yang berhampiran
Pelabuhan Jepara.

10 Armando Cortesao. 1944. The Suma Oriental of Tome Pires (Volume I). Hlm 152

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM 245
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

Kekalahan angkatan tentera Demak di tangan Portugis sekitar lapan tahun yang
lalu masih segar dalam ingatan Pati Unus. Cita-cita baginda untuk mengusir
Portugis dari Kota Melaka tidak pernah padam. Walaupun Pati Unus baru tiga tahun
ditabal menjadi sultan, namun baginda langsung tidak berasa keberatan untuk
meninggalkan segala kemudahan dan kehormatan dari kehidupan di istana.

Angkatan tentera jihad telah bersedia berangkat dari pelabuhan Demak. Armada
perang yang sangat besar ini dipimpin sendiri oleh Pati Unus. Baginda dibantu oleh
seorang panglima perang bernama Fatahillah. Pada tahun 1521, angkatan perang
Islam ini mula berangkat ke Melaka. Jumlah mereka lebih besar dari angkatan
perang yang pertama dahulu iaitu pada tahun 1513.11

Keberangkatan mereka diiringi dengan paluan gendang jihad dan gema laungan
takbir. Semangat jihad mereka terus berkobar-kobar dan tidak dapat dibendung
lagi. Portugis telah dapat menghidu kedatangan tentera jihad ini. Portugis sudah
pun mempersiapkan pertahanan bagi menyambut armada besar ini dengan
puluhan meriam besar yang disusun di benteng A Farmosa dan di pantai Melaka.
Dari peristiwa ini, muncullah satu rangkap pantun yang masyhur seperti berikut:-

Kekalahan angkatan tentera Demak di tangan
Portugis sekitar lapan tahun yang lalu masih segar
dalam ingatan Pati Unus. Cita-cita baginda untuk
mengusir Portugis dari Kota Melaka tidak pernah
padam. Walaupun Pati Unus baru tiga tahun ditabal
menjadi sultan, namun baginda langsung tidak berasa
keberatan untuk meninggalkan segala kemudahan dan
kehormatan dari kehidupan di istana.
11 Abdul Rohim. 2017. Perlawanan Demak terhadap Portugis 1513-1527 Masihi. Hlm 72

Ilustrasi armada angkatan laut tentera Islam belayar ke Melaka
untuk mengusir Portugis.

Kalau roboh Kota Melaka,

246 Papan di Jawa hamba dirikan,
Kalau sungguh bagai dikata,

Jasad dan nyawa hamba berikan 12

Setelah sampai ke perairan Melaka, kapal-kapal perang angkatan tentera
Islam mula menurunkan perahu kecil untuk mendarat di pantai Melaka. Ketika
ini, Portugis bertalu-talu menyerang kapal-kapal armada Islam dengan peluru
meriam. Maka, kapal yang dinaiki Pati Unus terkena peluru meriam Portugis.
Baginda akhirnya gugur syahid ketika mahu membela saudara sesama Islam yang
ditindas penjajah Portugis. Portugis sememangnya begitu bernafsu memonopoli

12 Pantun empat kerat ini amat masyhur penggunaannya di kalangan masyarakat Melayu.
Berkemungkinan besar kewujudan pantun ini berpunca dari sejarah keruntuhan Kerajaan Islam Melaka
dan peranan kerajaan-kerajaan Islam di Pulau Jawa dalam membantu orang-orang Melaka
menghadapi penjajah Portugis

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

perdagangan rempah-rempah beserta matlamat mengkristiankan penduduk- 247
penduduk di Alam Melayu. Sebahagian tentera Islam yang berjaya mendarat di
Melaka kemudiannya bertempur dengan dahsyat selama hampir tiga hari tiga
malam. Kesan daripada pertempuran ini, jumlah tentera Portugis yang terkorban
juga amat besar.

Angkatan tentera Islam juga ramai yang menemui mati syahid. Kepimpinan
angkatan tentera ini diambil alih oleh Panglima Fatahillah. Beliau kemudiannya
memutuskan untuk mundur ke Tanah Jawa. Sebahagian daripada penduduk Melaka
yang turut membantu angkatan tentera Islam ikut berhijrah ke Tanah Jawa bersama
angkatan tentera tersebut. Jenazah Pati Unus yang syahid terkorban di atas kapal
perang turut dibawa pulang ke Demak.

Semenjak berhasil menguasai kota Melaka pada bulan Ogos 1511, Alam Melayu
telah menjadi wilayah maritim yang sangat penting bagi kerajaan Portugal.

248

Ia menjadi satu dorongan yang kuat untuk mengembangkan lagi rencana
kolonialisme mereka. Afonso de Albuquerque tidak mahu berlama-lama dalam
mengejar terus impiannya, pada bulan Disember tahun itu juga beliau telah
mengirim tiga kapal dari Melaka untuk menjelajah ke arah Timur.

Portugis melakukan ekspedisi ke daerah utama penghasilan rempah-ratus
Alam Melayu. Perjalanan ekspedisi menuju Madura, Bali, Lombok, Aru dan
Banda, selanjutnya ke Ambon, Ternate dan Tidore. Di Ternate yang waktu itu
sedang dalam perselisihan dengan Kerajaan Tidore, pihak Portugis menawarkan
persekutuan dengan Kerajaan Ternate sehingga diberi keizinan untuk mendirikan
pos Portugis di situ. Dalam tahun 1513 Masihi Portugis mengirim utusan diplomatik
ke Sunda Kelapa yang waktu itu berada di bawah kekuasaan kerajaan Hindu
Sunda Pakuan Pajajaran di wilayah Bogor, Jawa Barat.

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

Kubu Kesultanan Johor yang dibina di Johor Lama bagi menghadapi 249
ancaman Portugis.

Hubungan diplomatik dengan pemerintah Pajajaran dalam tahun 1513 Masihi
itu disusuli pada 1522, apabila armada Portugis di bawah pimpinan Enrique de
Leme sekali lagi diutus ke Pelabuhan Sunda Kalapa. Portugis melihat posisi
Sunda Kalapa strategik sebagai pelabuhan dan tempat transit bagi kapal-kapal
dagangannya. Sementara pemerintah Pajajaran Hindu melihat kedatangan Portugis
umpama ‘pucuk dicita ulam mendatang’, mahu dijadikan sekutu kuatnya dalam
mematahkan kerajaan-kerajaan Islam seperti Demak dan Cirebon yang semakin
kuat pengaruh keislaman mereka di Kepulauan Jawa sehingga mengancam
keberadaan kerajaan Hindu terakhir di Jawa Sunda Pakuan Pajajaran.

Dengan sebab itulah, pemerintah Pajajaran bersetuju untuk menjalinkan hubungan
dagangan dengan pihak Portugis, maka termeterailah perjanjian dalam dua

salinan perjanjian untuk Raja Sunda13 dan Raja Portugal. Dengan demikian
Portugis dibenarkan untuk membangunkan gudang dan kubunya di Sunda Kelapa.
Sebagai meraikan perjanjian ini, pihak Portugis telah membangunkan sebuah
Padrão 14 atau prasasti yang disebut sebagai Prasasti Perjanjian Sunda-Portugal di
pinggir kiri muara sungai Ciliwung.

Tindakan Raja Pajajaran ini menjadikan situasi tidak keruan kerana rakyat Pajajaran
sudah ramai menganut Islam, lalu mereka menyambut perjanjian persahabatan
Portugis ini dengan penuh rasa curiga, cemas, waspada dan ketidakpuasan.
Kedaulatan raja di mata rakyat turun mendadak, beberapa daerah pesisir langsung
melepaskan diri dari penguasaan Pajajaran.

Malah Kesultanan Demak dan Cirebon juga turut gusar. Dengan sebab itulah
pada tahun 1526, Sultan Trenggono dari Demak telah mengutus Panglima
Fatahillah15 ke Cirebon untuk berjihad menguasai Sunda Kelapa yang masih berada

250 13 Pemerintah Hindu yang dimaksudkan itu adalah Pangeran Surawisesa. Peristiwa tersebut
merupakan peristiwa pertama dalam sejarah diplomatik Alam Melayu, boleh dikatakan seorang raja dari
rantau ini yang pertama kali melakukan hubungan diplomatik dengan kerajaan Eropah
14 Padrão berasal dari bahasa Portugis yang bermaksud batu prasasti berupa tiang berukuran besar
yang bergambarkan lambang kerajaan Portugal, didirikan oleh para penjelajah Portugal sebagai tanda
bahagian wilayah Portugal, pada masa penjelajahan atau penemuan dunia baru setelah adanya
perjanjian Torsedillas 1494 dan Zaragosa. Para pemimpin ekspedisi penjelajahan Portugis
Bartolomeu Dias, Vasco da Gama, Enrique Leme, dan Diogo Cão telah mendirikan padrão
di pelbagai tempat di dunia. Padrão atau prasasti Sunda-Portugal 1522 Masihi ditemukan kembali
ketika dilakukan penggalian untuk membangun fondasi gudang di sudut Prinsenstraat (sekarang
Jalan Cengkeh) dan Groenestraat (Jalan Kali Besar Timur I), Jakarta Barat dalam tahun 1918 Masihi.
Hari ini prasasti tersebut disimpan di Museum Nasional Republik Indonesia, sementara sebuah
replikanya dipamerkan di Museum Sejarah Jakarta
15 Panglima Fatahillah atau Fadhilah Khan adalah salah seorang panglima utama Kesultanan
Demak. Beliau pernah memimpin angkatan tentera Jawa di Melaka setelah kesyahidan Pati Unus.
Beliau juga merupakan menantu kepada Sultan Demak ke-3 iaitu Sultan Trenggono dan Sultan Cirebon
iaitu Sultan Syarif Hidayatullah sekaligus. Dengan menikahi puteri Demak dan Cirebon, maka
Fatahillah memiliki kedudukan penting di lingkungan keluarga kedua keraton itu. Oleh yang
demikian, ketika Syarif Hidayatullah meninggal pada 19 September 1568 Masihi, maka Fatahillah
diangkat menjadi pengganti Syarif Hidayatullah sebagai Sultan di Cirebon

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM 251
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

dalam kekuasaan Pajajaran. Langkah ini diambil agar pihak Portugis tidak dapat
menduduki pelabuhan Sunda Kelapa.

Ianya membuahkan hasil yang lumayan, apabila pada tahun berikutnya semasa
armada Portugis kembali dengan persiapan untuk membina kubu di Sunda Kalapa.
Ternyata gabungan kekuatan kerajaan Islam Sultan Banten yang dibantu oleh bala
tentera kerajaan Islam Demak dan Cirebon berjumlah 1,452 tentera di bawah
pimpinan Fatahillah sudahpun menguasai Sunda Kelapa sekaligus kerajaan Pakuan
Pajajaran. Sehingga pada saat berlabuh kapal Portugis langsung diserang dan
ditewaskan. Bersempena kemenangannya di atas Kerajaan Sunda Pajajaran dan
Portugis pada tanggal 22 Jun 1527 Fatahillah menggantikan nama Kota Pelabuhan
Sunda Kalapa menjadi Jayakarta yang bererti “kota kemenangan” 16 di mana jaya
bererti kemenangan dan karta bererti kota. Dari nama Jayakarta ini kemudiannya
muncullah nama Jakarta.

Peristiwa di atas adalah satu contoh bagaimana umat Islam di rantau ini
menghadapi kehadiran dan ancaman kuasa Portugis dengan agenda ‘God (agama)
Gold (ekonomi) & Glory (empayar)’ mereka. Berbagai bentuk strategi ketenteraan

Bersempena kemenangannya di atas Kerajaan Sunda
Pajajaran dan Portugis, pada tanggal 22 Jun 1527
Fatahillah menggantikan nama Kota Pelabuhan
Sunda Kalapa menjadi Jayakarta yang bererti “kota
kemenangan” di mana jaya bererti kemenangan
dan karta bererti kota. Dari nama Jayakarta ini
kemudiannya muncullah nama Jakarta.

16 Sunda Kalapa hari ini adalah Jakarta

dan diplomasi telah dilaksanakan oleh kerajan-kerajaan Islam seperti Demak,
Japara, Aceh dan Johor sebagai membuktikan semangat ukhwah Islamiyyah yang
sejati untuk membebaskan Kota Melaka daripada cengkaman penjajah Portugis
sehingga mereka tidak pernah merasa tenteram dan selamat di sana.

Kerajaan Ternate juga bangkit menentang Portugis, selepas mendapati kuasa ini
yang pada awalnya disambut baik sebagai tetamu dan pedagang yang diharapkan
boleh menguntungkan ekonomi Ternate. Namun sebaliknya menjadi penghasut
tegar dan agen adu domba pada perselisihan yang wujud diantara mereka dengan
jirannya Tidore.

Malah selepas dapat bertapak di Ternate dalam tahun 1522, belakangan Portugis
mula menunjukkan belangnya sebagai penjajah bukan sekutu dagangan yang
memberi faedah mahupun bersahabat baik dengan Ternate. Segala kelebihan
status sebagai pemilik hak monopoli perdagangan rempah-ratus yang diberikan

252

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

pemerintah Ternate,17 mereka sewenang-wenangnya menentukan harga semahu
mereka bahkan di bawah harga pasaran bertujuan mengaut keuntungan yang
besar. Selain itu petani Ternate juga dikenakan pajak penjualan yang tinggi dan
dipaksa menjual hasil pertanian hanya kepada Portugis dengan harga yang
rendah.

Di bidang politik Portugis juga mulai berani mencampuri urusan kerajaan
sehingga pemerintah selanjutnya dipastikan dilantik dari orang yang cenderung
kepada mereka. Putera-putera raja perlu belajar dari orang-orang mereka di dalam
kubu sehingga menginjak dewasa, bagi memastikan golongan bangsawan berada

17 Hak monopoli perdagangan rempah-ratus diberikan kepada Portugis kerana di peringkat awal
Portugis menawarkan harga yang lebih tinggi berbanding pedagang Arab, Jawa, Melayu dan Cina.
Di samping itu Ternate juga akan beroleh faedah kekuatan daya saingan yang lebih kuat berbanding
pusat-pusat perdagangan yang lain karena mempunyai sekutu asing. Maka atas maksud inilah
Portugis diizinkan untuk membina pos dagangan dan kubu pertahanannya di Ternate. Malangnya,
apa yang terjadi belakangan adalah sebaliknya, ‘madu ku beri tuba kau balas”!

253

Kubu Portugis yang dibina di Ternate. Kubu ini kemudiannya berjaya
ditawan oleh Sultan Ternate iaitu Sultan Babullah sekitar tahun 1578.

dalam kawalan serta kuatkuasa Portugis. Intrik-intrik dan persekongkolan terjadi,
mana-mana kerabat diraja atau pegawai-pegawai kerajaan yang tidak disukai
atau dianggap sebagai penentang Gabenor Portugis akan disingkirkan dengan cara
dibuang, diracuni, dipenjara malah ada yang dibunuh.

Pihak Portugis juga dengan sewenang-wenangnya mendakyahkan ajaran Kristian
secara paksa dan kekerasaan di wilayah tersebut, hatta ke lain-lain tempat di
kepulauan Maluku seperti Hitu dan Ambon. Keadaan ini mendapat simpati daripada
pemerintah Islam di Giri langsung mengirimkan pasukan tentera Islam Jawa ke
Hitu dalam tahun 1565 Masihi dalam usaha membantunya membenteras kegiatan
Portugis.

Kemuncak kezaliman Portugis berlaku apabila membunuh raja Ternate, Sultan
Khairun yang sudah mula menghidu cara mereka yang keji serta menindas
sehingga akhirnya memuncakkan kemarahan rakyat jelata. Pengganti baginda
yang bergelar Sultan Babullah langsung menyerukan jihad pada seluruh rakyat
254 Ternate dan negeri-negeri di sekitarnya untuk bersedia menghancur dan
mengusir Portugis keluar dari Maluku. Perjuangan mereka berhasil apabila Portugis
akhirnya mengaku kalah dan terus berpindah ke Ambon pada 1578.

Pihak Portugis juga dengan sewenang-wenangnya
mendakyahkan ajaran Kristian secara paksa dan
kekerasaan di wilayah tersebut, hatta ke lain-lain
tempat di kepulauan Maluku seperti Hitu dan Ambon.
Keadaan ini mendapat simpati daripada pemerintah
Islam di Giri langsung mengirimkan pasukan tentera
Islam Jawa ke Hitu dalam tahun 1565 Masihi dalam
usaha membantunya membenteras kegiatan Portugis.

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM 255
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

KESULTANAN ACEH MENGAMBIL OBOR MELAKA

Cita-cita Portugis untuk menghancurkan perdagangan saudagar-saudagar Islam di
Selat Melaka telah menimbulkan kegoncangan dalam jaringan perdagangan rantau
ini yang sebelumnya dibuat dalam suasana aman damai, selamat dan meriah
sehingga berpusu-pusu saudagar-saudagar Islam dan bukan Islam dari seluruh
dunia (kecuali Eropah) datang untuk berniaga di pelabuhan Melaka.

Kehadiran dan kerakusan Portugis untuk menguasai perdagangan di rantau ini
telah membawanya kepada pelabuhan-pelabuhan lain yang baru berkembang di
kawasan pesisiran Selat Melaka. Di mana-mana pelabuhan yang disinggahinya,
Portugis menggunakan kekuatan tentera dan kecanggihan armadanya untuk
memaksa raja-raja di situ menandatangi perjanjian monopoli dagangan dengannya,
langsung didirikan pusat perniagaan yang dikawal dengan angkatan bersenjata. Ini
menyebabkan para pedagang Islam yang lazim berdagang di Melaka mencari-cari
alternatif lain sehingga ramai pula yang muncul di Aceh yang waktu itu hanyalah
sebuah kerajaan kecil yang tunduk kepada kerajaan tetangganya Pedir.

Pada waktu itu muncul Panglima Perang kerajaan Islam Aceh yang bernama Ali
Mughayat Shah, putera Sultan Alaidin Syamsu Shah. Panglima Ali amat gundah
hati melihat keberhasilan Portugis mencengkam satu demi satu kerajaan-kerajaan
Islam di Sumatera selepas berjaya menakluki Kota Melaka. Pada fikirannya,
mustahil dapat menangkis kekuatan Portugis jikalau negeri-negeri Islam dalam
keadaan kecil dan terpencar-pencar yang menyebabkan ‘Kafir Harbi’ itu mampu
memasang strategi ‘pecah-pecah perintah’ untuk menguasai daulah-daulah Islami
ini. Maka tercetus hasrat yang kuat padanya untuk menyatukan kekuatan Islam di
bawah satu payung pemerintahan yang berpotensi menggempur tentera Portugis
dengan lebih berkesan.

256 Makam Sultan Ali Mughayat Shah dan Sultan Ala’uddin Riayat Shah al-Qahar yang terletak
di Banda Aceh. Kedua-dua tokoh ini giat dalam usaha memerangi Portugis di Melaka.

Lalu beliau mendesak ayahandanya Sultan Alaidin Syamsu Shah untuk
menyerahkan kepimpinan negara kepadanya. Kebetulan Sultan Alaidin sudah
dalam senja usianya yang tidak memungkinkan baginda bertindak pantas dan
pintas dalam mengatur strategi menangani ancaman Portugis.

Maka dalam tahun 1514, bertaballah Sultan Ali Mughayat Shah18 yang berpegang
pada prinsip ‘siapa kuat hidup, siapa lemah tenggelam’. Dalam tahun 1521, baginda
telah mengisytiharkan penubuhan Kesultanan Islam Aceh Darussalam dengan

18 Menurut salasilah sultan-sultan Aceh yang disimpan di Pusat Sejarah Brunei Darussalam,
sultan-sultan Aceh dari jurai Ali Mughayat Shah adalah titisan daripada pemerintah Turki
(Dinasti Saljuk). Dinasti Saljuk yang tersebut ini adalah berasal daripada keturunan Yafits bin Nabi
Nuh AS.

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM 257
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

matlamat utamanya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil seperti Pidie, Daya, Pasai,
Tamiang, Perlak, Samudera-Pasai dan Aru yang diharap mampu mengusir kuasa
Portugis keluar dari daerah-daerah taklukannya.

Mulai saat itu, di bawah kepimpinan Sultan Ali Mughayat Shah yang bijak dan
berwibawa, hulubalang baginda berhasil meluluh-lantakan armada Portugis19 satu
persatu dalam wilayah-wilayah kecil di Sumatera Utara sehingga penguasaannya
berjaya ditamatkan.

Kerajaan Sultan Ali Mughayat Shah yang berpusat di Banda Aceh telah menetapkan
empat prinsip pemerintahan, iaitu mengatur hukum dan ketatanegaraan yang
teratur, memperkuatkan politik luar negeri, ketenteraan yang ampuh serta ekonomi
yang handal. Dasar-dasar ini telah berhasil menjadikannya sebagai pusat Islam,
peradaban, militer dan dagangan yang terunggul di Alam Melayu.

Semenjak itu Kesultanan Aceh Darussalam yang berpusat di Banda Aceh (Kota
Raja) mulai dikenali sebagai sebuah Daulah Islamiyyah yang cemerlang, gemilang
dan terbilang, sehingga masuk dalam deretan ‘Lima Besar Islam’ yang menjalin
kerjasama erat di bidang politik, ketenteraan dan kebudayaan.20

Bermakna obor-obor Islam dari Kesultanan Melayu Melaka kini beralih kepada
Kesultanan Aceh yang pada masa itu telah berjaya menggabungkan kerajaan-
kerajaan Islam yang kecil di Sumatera Utara secara langsung di bawah naungannya.

19 Perlu disebut jasa adinda Sultan Ali Mughayat Shah, iaitu Laksamana Ibrahim yang mengetuai
tentera jihad melawan Portugis di Pasai sehingga berjaya dimusnahkan. Bagaimanapun
Laksamana Ibrahim sendiri menemui syahid pada hari kemenangan Pasai melawan Portugis.
Makamnya ada di Banda Aceh, terpahat tarikh 21 Muharram 930 Hijrah bersamaan
30 November 1535 Masihi
20 Lima Besar Kerajaan Islam tersebut adalah Khilafah Othmaniyyah di Turki, Kesultanan Maghribi,
Kerajaan Islam Isfahan di Timur Tengah, Kerajaan Islam Agra di India dan Kesultanan Aceh
Darussalam. Rujuk M. Adli Abdullah, Permata Melayu di negeri Aceh, kertas kerja, Majlis
‘Pengkisahan Sejarah Ketokohan Tun Seri Lanang’ pada 15hb Jun 2004 di Johor Bharu

258 Meriam Portugis yang bertarikh 1589 ditemui di Selat Melaka. Meriam ini dipercayai
digunakan oleh angkatan tentera Portugis di Melaka ketika berperang menentang
angkatan tentera Aceh.

Bagaimanapun Sultan Ali Mughayat Shah ditakdirkan tidak hidup lebih lama
untuk terus membangun dan memesatkan kerajaan baginda yang baru mashyur
itu. Baginda mangkat dalam tahun 1530 dengan meninggalkan jasa yang besar
dengan terusirnya Portugis dari bumi Aceh, menyatupadukan daerah inti Aceh
serta memperluaskannya ke beberapa wilayah lain sehingga usaha
penyempurnaannya terbuka luas bagi zuriatnya yang menyusul di belakang.

Semenjak itu, Aceh menjadi kesultanan yang terkenal gigih menentang
kezaliman Portugis di rantau ini dengan cekal dan berterusan. Dari kota ini
jugalah semangat jihad kaum Muslimin untuk melawan Portugis dikobarkan
dan dari sini pula serangan balas terhadap Portugis dilancarkan dengan teratur
dan sistematik. Malahan dari kota ini juga dibangunkan lalu lintas baru untuk

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

259

pedagang-pedagang Islam melalui pantai barat Sumatera ke Selat Sunda yang
kemudian bersatu dengan lalu lintas antarabangsa menuju China.

Semenjak Portugis menduduki Kota Melaka, Aceh dianggap antara saingan dan
musuh ketatnya kerana berhasil mengambil obor-obor Melaka dalam peranan
sebagai pusat Islam dan perdagangan rantau ini yang unggul. Permusuhan Aceh-
Portugis menjadi sangat meruncing sehingga seringkali terjadi pertempuran-
pertempuran di antara kapal Portugis dengan Aceh di Selat Melaka. Bahkan
seringkali armada Aceh menyerang langsung ke markas Portugis di Melaka. Untuk
menghadapi Portugis, Sultan Aceh mengambil langkah seperti memperlengkapi
kapal-kapal dagangannya dengan meriam dan tentera.

260

Ilustrasi kehadiran armada laut Uthmaniyah di perairan Aceh bagi membantu Kesultanan
Aceh mengusir Portugis dari Alam Melayu.

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

Kubu Inong Bale di Aceh yang menghadap ke Selat Melaka dibina bagi menghadapi 261
serang Portugis.

Sultan Ala’uddin Riayat Shah al-Qahar (1537-1568) yang menggantikan Sultan
Ali Mughayat Shah telah melanjutkan prinsip ayahandanya, khusus dalam
memperkuatkan angkatan perang Aceh dan meningkatkan hubungan luar negara.
Baginda bertindak bijak dengan menghantar utusan kepada Sultan Salim II, Khalifah
Uthmaniyah di Turki. Sebagai Khalifah ummah, Sultan Salim telah memberikan
restunya kepada Sultan Alauddin dengan menobatkan baginda malahan dibantu
dengan kiriman 40 panglima-panglima handal berbangsa Turki bagi mendidik
tentera Aceh dalam teknik-teknik peperangan.

Dalam tahun 1545, sekali lagi Sultan Alauddin mengirim utusan ke Turki untuk
memperbaharui hubungan diplomatik dengan Khalifah dan mendapat bantuan
senjata serta kira-kira 300 pakar kejuruteraan, ketenteraan, ekonomi dan hukum
tatanegara. Bagi menyekat perkembangan kuasa Portugis di Sumatera, Sultan
Alauddin juga telah melantik kerabat-kerabat keluarga diraja Aceh sebagai

Di bawah pemerintahan baginda, armada Aceh
telah membuat dua kali serangan besar ke atas
pelabuhan Melaka, iaitu pada tahun 1547 dan 1568.
Walau bagaimanapun dalam kedua-dua serangan
tersebut angkatan Portugis gagal ditumpaskan secara
muktamad.

pemerintah-pemerintah di daerah-daerah tertentu serta menjalin hubungan erat
dengan wilayah-wilayah yang telah sedia beraja.

Di bawah pemerintahan baginda, armada Aceh telah membuat dua kali serangan
besar ke atas pelabuhan Melaka iaitu pada tahun 1547 dan 1568. Walau
bagaimanapun dalam kedua-dua serangan tersebut angkatan Portugis gagal
ditumpaskan secara muktamad. Seorang lagi pemerintah Aceh yang terkenal
262 dalam penentangan terhadap kuasa Portugis adalah Sultan Iskandar Muda Meukota
Alam (1607-1636), disebut sebagai sultan Aceh yang paling hebat dan agung
dalam sejarahnya. Kesultanan Aceh Darussalam dikatakan mencapai kemuncak
kejayaan, kehebatan dan kegemilangan pada masa pemerintahan baginda.
Dengan jajahan yang meluas serta kemashyuran di mata dunia dalam bidang
pemerintahan, perdagangan, ketenteraan dan kebudayaan.

Dalam bulan Jun tahun 1606, armada Portugis di bawah pimpinan Afonso de
Castro dalam perjalanannya dari Goa ke Melaka telah cuba menyerang Aceh.
Dalam penyerangan ini Portugis berhasil merebut sebuah benteng Aceh yang
terletak di kawasan pantai. Iskandar Muda yang waktu itu hanya seorang putera
remaja telah memohon kepada ayahanda saudaranya Sultan Ali Riayat Syah untuk
memimpin tentera Aceh menghadapi lawan Portugis.

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

Sejurus diizinkan, Iskandar Muda segera mengerahkan pengikut-pengikutnya
untuk mengepung gudang-gudang Portugis yang dibangunkan tidak jauh dari
bandar Aceh. Senjata-senjata orang Portugis dapat dirampas, Iskandar Muda
mengepalai angkatan perang Aceh dengan menggunakan pasukan tentera
bergajah yang menggemparkan sehingga berjaya mengusir Portugis keluar dari
pantai Aceh.

Kehandalan dan kegagahan Iskandar Muda menghancurkan Portugis dalam usia
belum pun menginjak dewasa telah menjadikan baginda dikenali kemudiannya
sebagai Perkasa Alam.

Setelah ditabalkan menjadi Sultan Aceh, Sultan Iskandar Muda semakin giat
berusaha untuk mengusir Portugis dari bumi Melaka. Portugis diisytiharkan sebagai
musuh Kesultanan Aceh yang paling utama. Dengan bantuan Uthmaniyah, Sultan

263

Ilustrasi serangan
armada laut Aceh di
bawah pemerintahan
Sultan Iskandar Muda ke
atas Portugis di Melaka.

Iskandar Muda memulakan usahanya untuk menewaskan Portugis di Melaka.
Pada tahun 1615, Sultan Iskandar Muda memulakan serangan terhadap Portugis
di Melaka. Namun Aceh gagal lagi pada kali ini. Pada 1629, Sultan Iskandar Muda
telah melakukan serangan secara besar-besaran ke atas Portugis di Melaka buat
kali kedua.

Perang kali ini dipimpin sendiri oleh Sultan Iskandar Muda. Beberapa orang
pembesar dan orang penting di Aceh turut terlibat dalam perang ini seperti Ketua
Hakim Kerajaan Aceh, Syeikh Syamsuddin As Sumatra-i. Namun apabila tiba di Deli,
seorang menantu Sultan Iskandar Muda telah membelot. Beliau secara senyap telah
pergi ke Melaka untuk memberitahu Portugis tentang kedatangan bala tentera Aceh.
Oleh itu, pembesar-pembesar Aceh menasihati Sultan Iskandar Muda agar baginda
tidak menyertai peperangan ini dan pulang semula ke Aceh. Mereka bimbangkan
keselamatan baginda. Maka Sultan Iskandar Muda pun pulang semula ke Aceh.

Angkatan perang Aceh pada kali ini terdiri daripada 20,000 orang tentera
264 bersama 236 buah kapal perang. Angkatan perang ini terbahagi kepada dua

pasukan iaitu pasukan laut dan pasukan darat. Pasukan tentera Aceh mula
menyerang di darat melalui Tengkera, Kampung Jawa, Bandar Hilir dan Tebing
Sungai Punggur. Serangan dari darat dan dari laut dilakukan secara serentak
menyebabkan angkatan tentera Portugis yang berkubu di Bukit Cina dan Bukit St
John dapat dikalahkan. Portugis terpaksa berundur dan bertahan di Bukit Gereja
Madra de Dios.

Portugis dapat mempertahankan kekuatannya di Bukit Gereja Madra de Dios
selama dua bulan sahaja. Aceh telah meningkatkan serangan ke atas pertahanan
Portugis di Bukit Gereja Madra de Dios itu. Tentera Aceh akhirnya berjaya
menewaskan pertahanan Portugis di situ serta dapat membunuh panglima
perang Portugis yang bernama Diego Lopez de Fonseca.

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM 265
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

Tentera Portugis yang masih hidup melarikan diri ke dalam kubu A Famosa.
Berikutan kematian Fonseca, angkatan Portugis dipimpin pula oleh Francisco de
Maya. Angkatan tentera Aceh berjaya menawan banyak tempat di Kota Melaka.
Oleh itu, angkatan tentera Aceh telah membina benteng yang panjang dari Tengkera
ke Bukit Cina. Mereka seterusnya dapat memasuki Kota Melaka melalui Bunga
Raya terus ke Gereja St. Laurenga di tepi Sungai Melaka dan berjaya mengepung A
Famosa di mana askar-askar Portugis bertahan di dalamnya.

Angkatan tentera Aceh mengepong tentera Portugis yang terperangkap dalam
kubu A Famosa itu selama lima bulan dengan harapan agar angkatan tentera
Portugis kebuluran dan seterusnya akan menyerah diri. Aceh hampir berjaya
menakluki Melaka dari Portugis. Namun begitu, berita pengepungan ini telah
sampai ke Goa, India iaitu pusat pemerintahan Portugis di Asia. Terdapat orang yang
membelot dengan melaporkan berita itu kepada Portugis di India.

Maka sejumlah besar angkatan tentera Portugis dari India telah diutuskan ke
Melaka untuk membantu tentera Portugis yang terkepung. Tentera-tentera Melayu
dari Pahang, Johor dan Patani juga turut bersekutu dan bergabung dengan Portugis
bagi membalas dendam terhadap tindakan Aceh terhadap mereka. Perang pun
berlaku sekali lagi. Kedatangan angkatan tentera Portugis dari Goa sambil dibantu

Angkatan tentera Aceh mengepong tentera Portugis
yang terperangkap dalam kubu A Famosa itu selama
lima bulan dengan harapan agar angkatan tentera
Portugis kebuluran dan seterusnya akan menyerah diri.
Aceh hampir berjaya menakluki Melaka dari Portugis.
Namun begitu, berita pengepungan ini telah sampai ke
Goa, India iaitu pusat pemerintahan Portugis di Asia.
Terdapat orang yang membelot dengan melaporkan
berita itu kepada Portugis di India.

oleh angkatan tentera Pahang, Johor dan Patani ini menyebabkan Aceh mengalami
kekalahan kali ini. 21

Seramai 19,000 orang dari kalangan tentera Aceh yang syahid di bumi Melaka.
Antaranya Syeikh Syamsuddin As Sumatra-i. Kekalahan besar Aceh itu
menyebabkan Aceh tidak lagi aktif untuk menyerang Melaka. Namun dari satu
sisi yang lain, Portugis juga mengalami banyak kerugian akibat serangan Aceh itu
sehingga Portugis dikatakan hampir muflis. Sebab itu Portugis tidak lagi berjaya
menjadi kuasa besar dunia akibat kerugian yang dialaminya setelah menakluki
Melaka. Sejak itu juga, penguasaan Portugis di Nusantara semakin melemah.

Kesimpulannya, tiga tokoh raja Aceh yang disebutkan tadi iaitu Sultan Ali Mughayat
Syah, puteranya Sultan Ala’uddin Riayat Shah Al-Qahar dan Sultan Iskandar Muda
menjadi mercu tanda kegigihan para umara atau raja di Alam Melayu dalam
memimpin rakyat jelata berjihad menentang kezaliman Portugis. Raja-raja tersebut
266

Meriam Lada Secupak yang merupakan
hadiah Daulah Uthmaniyah kepada
Kesultanan Aceh dalam menghadapi
perang menentang Portugis yang
berpusat di Melaka.

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

mengobarkan semangat juang kepada rakyatnya, agar tidak dijajah atau dikuasai
oleh pihak luar, termasuk Portugis. Ketiga-tiga pemerintah Aceh ini bersedia
menempah apa jua kesulitan natijah daripada tindak-tanduk mereka yang nyata
melahirkan perseteruan dengan penjajah Portugis.

Walaupun usaha jihad mereka gagal menyelamatkan Melaka, tetapi cukup
berkesan daripada segi memberikan peringatan kepada Portugis bahawa
kejatuhan Kota Melaka yang menjadi simbol kekuatan Islam di Alam Melayu tidak
melemahkan keazaman kesultanan-kesultanan lain untuk terus mempertahankan
kelangsungan kuasa politik Islam. Bahkan yang paling utama ialah untuk
memberikan pengajaran serta peringatan kepada penjajah Portugis bahawa dengan

21 Haji Mohamed Hisa Tahat. 1994. Serangan Terbesar dan Terakhir Aceh Ke Atas Portugis Di Melaka
Tahun 1629. Hlm 33 -38.

267

Bukit Senjuang di Melaka ini pernah berjaya ditawan oleh angkatan tentera Aceh ketika
mereka menyerang Portugis di Melaka pada tahun 1629.

semangat jihad yang diajarkan oleh Islam, para penganutnya tidak akan tunduk
268 dengan mudah kepada sebarang langkah yang cuba menghalang kesinambungan

politik Islam di mana-mana juapun.

Hakikatnya, keberadaan Islam di kebanyakan tempat di rantau ini yang telah
membenih, tersemai, menumbuh serta bertapak kukuh lama sebelum kemunculan
sang penakluk Kristian Eropah tersebut merupakan suatu rahmat yang sangat
besar dari Allah . Ianya menyebabkan secara keseluruhannya, penjajah Portugis
dan Sepanyol tidak mencapai sebarang kemajuan besar dalam usaha penyebaran
agama Kristian di Alam Melayu kecuali di Filipina.

Dengan kekuatan keimanan serta kewujudan kerajaan-kerajaan Islam yang sedia
mempertahankan agama yang benar lagikan suci ini. Islam telah muncul sebagai
suatu kuasa politik yang mampu menyaingi serta menyekat kemaraan penjajah

8 USAHA KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DI ALAM
MELAYU MENGUSIR PORTUGIS DARI MELAKA

kafir Portugis dan Sepanyol menghalang mereka daripada mengkristiankan
rantau ini. Apa yang berlaku di Kepulauan Filipina adalah satu perbandingan
yang nyata, bahagian utara Filipina telah berjaya dikristiankan kerana semasa
Sepanyol datang keseluruhan kawasan ini kecuali Manila dan Tondo belum lagi
menerima Islam. Sedangkan di bahagian selatan Filipina iaitu Sulu dan Mindanao
telahpun berada dalam penguasaan orang Islam maka gagal dimurtadkan.
Kuasa Portugis juga hampa dalam cubaan meluaskan kuasanya di Sunda Kelapa
(Jakarta) kerana dihalang oleh kerajaan Demak dan Banten. Kekuasaan Portugis
di Pasai tamat apabila kesultanan Aceh dapat menawannya kembali dalam tahun
1524. Sementara kekuasaanya di Ternate juga turut berakhir apabila mereka dapat
disingkirkan oleh Sultan Babullah dalam tahun 1578.

269

Makam Syeikh Syamsuddin as-Sumatera-i yang syahid di Melaka ketika berperang
menentang Portugis.

Hanya di Melaka, kuasa Portugis dapat bertahan sehingga tahun 1641. Namun
sepanjang kekuasaannya di Melaka, Portugis tidak pernah tenteram daripada
gugatan gerakan-gerakan jihad daripada kesultanan-kesultanan lain di Alam
Melayu, samada secara sendirian mahupun bergabung.
Ketabahan serta kecekalan yang berbekalkan semangat jihad menjadi tenaga
penggerak yang keramat kepada kesemua kesultanan-kesultanan Alam Melayu
untuk bangkit menghadapi ancaman luar yang berpotensi menghancurkan
masa depan Islam jika tidak segera dibendung dan dipertahankan dengan harta
dan nyawa. Ianya menjadi kubu kebal yang paling berkesan dalam melindungi
keimanan orang-orang Islam.
Di sini nyata sekali bahawa senjata dan amalan penindasan serta kekerasan
penjajah gagal mematahkan kekebalan iman masyarakat Islam. Walaupun para
penjajah kafir ini dapat menakluki sebahagian daripada wilayah Islam, namun
mereka gagal untuk menakluki hati dan pemikiran para penduduk Islamnya yang
270 tetap teguh setia dengan agama kecintaannya.

Kubu pertahanan yang terletak di persisir pantai Selat Melaka di Aceh ini dibina oleh Sultan
Iskandar Muda bagi menghadapi serangan dari Portugis

TP1E6OM4R1TB:UOBGKEISRAAFKAHMIRONSYAAREURNATUH

9

272

Setelah Melaka dikuasai Portugis keluarga Sultan Mahmud beserta
para pembesar dan hulubalang baginda telah berhijrah ke Bentan
(Riau) di wilayah Johor Lama dan melanjutkan kesinambungan
Kesultanan Melaka di tempat yang baru ini. Di Bentan Sultan Mahmud
sempat mendirikan pusat pemerintahan barunya di Kopak sehingga
memungkinkan ramai saudagar datang berniaga di situ. Oleh kerana
itu, negeri Johor Lama dianggap sebagai pengganti Kesultanan
Melaka sehingga paling beralasan untuk memusuhi Portugis dan
meneruskan ikhtiar mengusirnya keluar dari bumi Melaka.

9 TEMBOK A FAMOSA RUNTUH 1641: 273
BERAKHIRNYA ERA PORTUGIS

Maka pendudukan Portugis di Kota Melaka bukanlah dalam keadaan bersenang-
lenang, malahan sentiasa dalam bahaya ancaman serta serangan oleh umat
Islam dari berbagai kerajaan di rantau ini, khususnya Kesultanan Johor Lama
sendiri yang giat melancarkan beberapa serangan ke atas kuasa Portugis
mulai tahun 1515, seterusnya pada tahun 1516, 1519, 1524 dan 1533.

Malahan Sultan Mahmud sendiri telah terlibat sama beserta hulubalang baginda
yang diketuai oleh Laksamana Hang Nadim1 menyerang Portugis pada tahun 1519
dan 1524. Kota Melaka juga pernah dikepung dan bekalan makanan disekat ke
situ sehingga ramai tentera Portugis hampir kebuluran, namun mereka masih
bernasib baik kerana tidak lama kemudian bekalan beras dari Burma serta bantuan
tambahan dari Goa di India telah sampai.2

Penjajah Portugis yang sentiasa merasa terancam dengan serangan bertubi-tubi
langsung bertindak memburu keluarga Sultan Mahmud dalam upaya menghapus
keturunan Melaka sehingga dalam tahun 1526 Masihi bertindak menyerang
pusat pemerintahan baginda di Bentan. Seangkatan kapal besar di bawah Pedro

1 Hang Nadim merupakan anak kepada Hang Jebat, beliau masih dalam kandungan ibunya
semasa peristiwa perlawanan diantara Hang Tuah dengan Hang Jebat. Hang Nadim kemudian
dijadikan anak angkat, seterusnya menantu kepada Hang Tuah melalui perkahwinannya dengan
anak perempuan Hang Tuah yang bernama Tun Mas Jiwa. Laksamana Hang Nadim dikurniakan
umur yang panjang. Selepas Sultan Mahmud Shah mangkat pada tahun 1528 M, beliau berkhidmat
dengan putera baginda Raja Ali yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah sehingga tahun 1564,
seterusnya dengan Sultan Muzaffar Syah II (1564-1570), Sultan Abdul Jalil Syah (1570 -1571) dan
Sultan Ali Jalla (1571-1597). Sepanjang penglibatannya sebagai Laksamana Johor Lama, Hang Nadim
telah menjadikan wilayah ini sebagai pusat gerakannya menyerang Portugis di Melaka.
Bersempena jasanya yang besar, korvet Kelas Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia KD Hang
Nadim telah dinamakan bersempena Laksamana Hang Nadim
2 Bekalan makanan di Kota Melaka banyak bergantung dari luar seperti Kemboja, Kedah,
Makassar, Pahang, Pattani, Manila dan sebagainya. Walaupun bumi Melakan subur untuk pertanian,
namun atas beberapa alasan birokrasi hatta politik dalaman, beberapa program tanaman tidak dapat
dilaksanakan dengan baik oleh pemerintahnya. Sehingga beberapa kali orang Portugis di Melaka
diancam dengan kebuluran apabila bekalan makanan dapat disekat oleh pihak musuh seperti Aceh,
Johor dan Belanda. Harga makanan juga tidak stabil sehingga seringkali melonjak naik. Perkara ini
menjadi lebih parah dengan kehadiran pedagang dari Belanda dan British pada awal abad ke 17 Masihi

Putera baginda yang bernama Sultan Alauddin Riayat
Syah (1528-1564) lalu meninggalkan Kampar menuju
ke Pahang. Dari Pahang berangkat pula ke Johor Lama
dan membangun Kesultanan Johor Lama di pusat
pemerintahan barunya di muara Sungai Johor.Dengan
itu perlawananan waris Melaka terhadap kekuasaan
Portugis terus berlanjutan.

Mascarenhaas dihantar oleh kerajaan Portugal untuk memusnahkan Bentan yang
melindungi Sultan Mahmud Shah. Serangan ini telah menyebabkan Sultan Mahmud
terpaksa berundur diri melintasi Selat Melaka ke Kampar di Sumatera sehingga
akhirnya mangkat di sana dalam tahun 1528.

Putera baginda yang bernama Sultan Alauddin Riayat Syah (1528-1564) lalu
meninggalkan Kampar menuju ke Pahang. Dari Pahang berangkat pula ke Johor
274 Lama dan membangun Kesultanan Johor Lama di pusat pemerintahan barunya di
muara Sungai Johor.3 Dengan itu perlawananan waris Melaka terhadap kekuasaan
Portugis terus berlanjutan. Belakangan pada tahun 1551 angkatan perang Johor
dengan bantuan Perak, Pahang dan Jawa Jepara melancarkan serangan besar-
besaran ke atas Kota Melaka dan berhasil mengepungnya selama tiga bulan.
Bagaimanapun kesemua serangan tersebut ditakdirkan masih tidak berhasil
menewaskan Portugis. Gabungan angkatan perang Alam Melayu belum mampu
menggoyahkan armada besar Portugis di Selat Melaka., selain faktor kubu
A-Famosa yang menjadi benteng kukuh sehingga sukar ditembusi.

3 Semenjak itu, Johor Lama telah diperintah oleh sepuluh orang raja-rajanya yang disebut sebagai
pewaris Melaka sehingga berakhir dalam tahun 1699 Masihi dengan terjadinya peristiwa
‘Sultan Mahmud Mangkat di Julangan’

9 TEMBOK A FAMOSA RUNTUH 1641:
BERAKHIRNYA ERA PORTUGIS

Malahan dengan keberadaan waris Sultan Mahmud Melaka di Tanah Besar Johor
Lama, pihak Portugis terus-menerus melancarkan serangan ke atas wilayah
tersebut iaitu dalam tahun 1535, 1576 dan 1587.
Semenjak kemunculan Portugis di rantau ini dalam tahun 1409, dikatakan hampir
seratus tahun berikutnya mereka dan kerabatnya dari Sepanyol telah dapat
merahsiakan jalan pelayaran ke negara-negara timur melalui Tanjung Pengharapan
di Afrika Selatan. Tidak ada bangsa Eropah lainnya selain orang-orang Portugis dan
Sepanyol yang mengetahui jalan pelayaran tersebut sehingga akhir abad ke 16.
Bagaimanapun dalam tahun 1595 rahsia tersebut dibocorkan oleh seorang Belanda
Jan Huygen van Linschoten melalui penulisan bukunya bertajuk ‘Itinerario’ dan
‘Reys Geschrift van de Navïgatien der Potugaloyser in Orienten’ yang diperolehi
maklumatnya ketika menjadi setiausaha Belanda di Goa. Dalam buku tersebut

275

Salah satu bahagian asal dinding kubu A Famosa yang dibina oleh Portugis sejurus
mereka menawan Melaka pada tahun 1511.

Struktur binaan yang dipercayai dibina oleh Portugis di Melaka.

diterangkan secara terperinci tentang jalur pelayaran di Lautan Hindia serta
276 perdagangan orang-orang Portugis di negara-negara timur.

Melalui maklumat yang didedahkan pada buku-buku Jan Huygen itulah pedagang-
pedagang Belanda berhasil mengetahui jalan pelayaran ke negeri-negeri timur
melalui Tanjung Pengharapan di Afrika Selatan.

Keterlibatan Belanda dengan kuasa Portugal pada awalnya adalah sebagai
pelanggan utama dalam perdagangan rempah ratus dan lain-lain barangan dari
timur. Belanda menjadi orang tengah di antara Portugis dengan negara-negara di
seluruh bahagian utara benua Eropah. Bagaimanapun pada tahun 1580 negara
Portugal bergabung dengan Sepanyol di bawah pemerintahan Raja Philip II, yang
merupakan seteru utama Belanda.

9 TEMBOK A FAMOSA RUNTUH 1641:
BERAKHIRNYA ERA PORTUGIS

Peralihan paradigma ini telah menyebabkan Raja Philip bertindak menyukarkan 277
hubungan dagangan dengan Belanda sehingga mereka tiada pilihan lain melainkan
mencari jalan untuk berniaga secara langsung dengan negeri-negeri timur,
khususnya di Alam Melayu.

Kemunculan kapal-kapal dagangan dari Belanda di rantau ini menjelang akhir abad
ke-16 tidak menolong meredakan suasana yang tidak tentu arah di perairan Selat
Melaka. Pihak Portugis yang berpengkalan di Goa dan Melaka telah mengadakan
beberapa cubaan untuk menghalang kemasukan kapal-kapal Belanda ke Asia
Timur, namun tidak berjaya. Ini berikutan kapal-kapal mereka tidak dapat menyaingi
kapal-kapal Belanda yang jauh lebih baharu, lebih baik selain para pelayar yang
lebih mahir, sehingga berupaya membawa rempah ratus ke Eropah dengan kos
yang lebih murah daripada pihak Portugis.

Meriam Seri Rambai yang merupakan
meriam Belanda yang dihadiahkan
kepada Sultan Johor.

Pada tahun 1602, dengan kebenaran pemerintah Belanda, Syarikat Hindia Timur
Belanda4 telah ditubuhkan untuk menyatukan kesemua syarikat-syarikat Belanda
di Asia demi kebaikan bersama para pedagang Belanda. Syarikat tersebut telah
278 diberi keizinan untuk memonopoli perdagangan di Asia dan berkuasa untuk
membuat perjanjian serta pakatan dengan pemerintah-pemerintah tempatan, hatta
menakluki dan membina kubu-kubu pertahanan. Semua pangkalan Belanda yang
berada di Hindia Timur telah diambil alih oleh syarikat tersebut.

Berbanding dengan Portugis, angkatan Belanda telah mendapat layanan
baik khususnya dari pemerintah Aceh. Dalam tahun yang sama (1602), Aceh
menghantar utusan balas ke negeri Belanda di bawah Syeikh Abdul Hamid sehingga
beliau mangkat di sana. Dengan perutusan ini, maka termeterailah hubungan
diplomatik dan dagangan secara rasmi di antara kerajaan Aceh dengan Belanda.
Dalam masa yang sama, Belanda juga telah menziarahi raja Johor Lama dan

4 Dalam Bahasa Belanda disebut Verenigde Oostindische Compagnie atau VOC. Syarikat ini berpusat
di Batawi (Jakarta) di Kepulauan Jawa

9 TEMBOK A FAMOSA RUNTUH 1641: 279
BERAKHIRNYA ERA PORTUGIS

diraikan dengan baik. Seperti juga Aceh, kerajaan Johor kemudian telah mengirim
suatu delegasi ke negeri Belanda.

Ironisnya dalam tahun 1602 juga, muncul pula rombongan kapal-kapal dagangan
dari Inggeris di Pelabuhan Banda Aceh yang datang dengan surat dan bingkisan
dari Ratu Inggeris. Dilayan dengan baik oleh Sultan Aceh sehingga termeterai juga
perjanjian persahabatan dan dagangan. Dalam tahun 1604 angkatan Inggeris
menziarahi pula Sultan Johor di pusat persemayaman baginda di Batu Sawar.

Kedatangan kapal-kapal dagangan Inggeris dan Belanda yang dilayani dengan
begitu baik oleh masing-masing kerajaan Aceh dan Johor telah mencetuskan rasa
cemburu, kemarahan dan kesumat yang meluap-luap di pihak Portugis yang ingin
memonopoli segala urusan dagangan di rantau ini. Apatah lagi pada waktu itu wujud
permusuhan politik di antara kerajaan Belanda dan Portugis di Eropah, langsung
dibawa perseteruan tersebut ke timur. Belanda bercita-cita besar untuk merampas
Kota Melaka dari tangan Portugis dan menaikkan kedudukannya di Betawi sebagai
pusat utama perdagangan barangan timur. Pihak Belanda juga khuatir jika Melaka
tidak ditawan, kemungkinan pusat perdagangan yang strategik ini boleh jatuh ke
tangan kuasa Eropah yang lain yang boleh memberi persaingan hebat kepada
Betawi.

Ironisnya dalam tahun 1602 juga, muncul pula
rombongan kapal-kapal dagangan dari Inggeris di
Pelabuhan Banda Aceh, datang dengan surat dan
bingkisan dari Ratu Inggeris. Dilayan dengan baik
oleh Sultan Aceh sehingga termeterai juga perjanjian
persahabatan dan dagangan. Dalam tahun 1604
angkatan Inggeris menziarahi pula Sultan Johor di
pusat persemayaman baginda di Batu Sawar.

Perseteruan Belanda-Portugis berlanjutan di Selat Melaka dengan pertempuran-
pertempuran sengit di antara kapal-kapal perang mereka sehingga kerap
mengganggu lalu lintas kapal-kapal perdagangan dari negeri-negeri lain.5
Bagi pihak Inggeris pula, buat sementara ia mengambil sikap lebih berhati-hati
tidak mahu terjerumus dalam pertikaian politik mana-mana pihak kerana masih
belum bersedia, prinsipnya ‘jika tidak dapat ditelan, Inggeris tidak mahu cuba
memakannya’.

Pada tahun 1605, angkatan bersenjata Syarikat Hindia Timur Belanda telah berjaya
menawan kubu Portugis di Ambon, Kepulauan Maluku dan menjadikan pulau
tersebut sebagai jajahan pertamanya di Alam Melayu. Setahun kemudian, pihak
Belanda di bawah pimpinan Admiral Cornelis Matelieff de Jonge telah membuat
suatu perjanjian dengan Sultan Johor, iaitu untuk tidak saling serang-menyerang.
Perjanjian tersebut kemudian dilanjutkan dengan kesepakatan kerjasama
ketenteraan dengan matlamat menyingkirkan Portugis dari Selat Melaka dan
merampas kembali Kota Melaka.6 Perjanjian inilah yang kemudiannya berhasil
280 mengusir Portugis dari Alam Melayu, walaupun hanya berjaya dilaksanakan lebih
35 tahun kemudian iaitu dalam tahun 1641.

Dalam tahun 1640, pakatan ketenteraan Belanda-Johor Lama ini telah mengepung
Kota Melaka dan menghalang kemasukan bekalan makanan. Orang-orang dari

5 Dikatakan pentadbir Portugis seringkala merasa gusar hatta dengan kapal-kapal dagangan yang
keluar masuk dan berlabuh di pelabuhan Melaka, kerana dibimbangi antara yang berada di perut
kapal adalah bala tentera yang akan membuat kejutan menyerang mereka, khususnya tentera
dari Acheh, Jawa dan kerajaan-kerajaan Islam yang lain yang bertebaran di sekelilingnya! Maka
Portugis sentiasa berada dalam keadaan bimbang dan bersiap sedia untuk apa jua kemungkinan
6 Kebencian Belanda terhadap Portugis bukan sahaja didasari atas faktor ekonomi semata-mata,
tetapi juga disebabkan oleh perbezaan agama. Di kalangan umat Islam pun, orang-orang Kristian
Katolik lebih dipandang sebagai musuh berdasarkan pengalaman saudara seagama mereka
berabad-abad bermusuh dan berperang dengan pihak Katolik, iaitu semenjak zaman holy
cruscade hingga reconquista di Andalusia. Oleh sebab itu bagi penguasa Belanda dan raja-raja
Melayu, Portugis lebih dipandang sebagai musuh bersama

9 TEMBOK A FAMOSA RUNTUH 1641:
BERAKHIRNYA ERA PORTUGIS

Lukisan berkenaaan Perang Belanda menentang Portugis di Selat 281
Melaka.

Johor mengawal bahagian sungai dan perkampungan di sekitar kota manakala
pihak Belanda mengawal laluan masuk dari arah laut. Pihak Belanda juga membina
benteng yang mempunyai beberapa pucuk meriam yang dihalakan ke arah kubu
pertahanan Portugis di bahagian timur supaya mereka boleh membedil pihak
Portugis.

Malangnya, kebetulan waktu itu musim tengkujuh sehingga berlakunya banjir yang
menyebabkan Pangkalan Belanda di kawasan rendah ditenggelami air. Natijahnya
tercetus wabak malaria yang membunuh ramai dari kalangan tentera Belanda
mahupun Portugis sehingga melemahkan pertentangan di antara kedua belah
pihak. Bagaimanapun Belanda terus-menerus mengepung benteng Portugis di
Melaka hampir lima bulan lamanya. Akhirnya bantuan tambahan dari kapal-kapal
VOC dan hulubalang Johor sampai untuk memuktamadkan serangan.

Lakaran di atas kubu A Famosa yang menggambarkan tentera Melayu Johor dan tentera
Belanda. Ini kerana kedua-dua pakatan tersebut berjaya menewaskan Portugis di Melaka
pada tahun 1641.

Menarik untuk menyorot peristiwa serangan hulubalang Melayu Johor dalam
282 tahun 1641 yang berhasil meruntuhkan kubu A Famosa yang sangat kukuh itu.

Menurut kitab Hikayat Hang Tuah:

“Bendahara Sekudai telah memerintahkan dipasang sigai pada kubu Famosa,
lalu bersama-sama dengan hulubalang Johor memanjat sigai itu dan menyerbu
ke dalam benteng, hanya dengan bercawat sahaja. Ramai pahlawan Melayu
yang gugur kerana dibedil dengan penggada yang berduri seperti durian, dengan
pahat dan beliung, namun hulubalang Johor, naik juga dan naik terus, bertimbun
mayat jatuh bergelimpangan namun yang lain terus naik sehingga sampai ke atas
kubu. Bendahara sendiri dapat memimpin anak buahnya masuk ke dalam kubu,
dan beramuk-amukan menyerang Portugis sehingga habislah mati dan jatuhlah
benteng Portugis yang berdiri megah untuh lebih 130 tahun lamanya.” 7

7 Kassim Ahmad. 2008. Hikayat Hang Tuah. Hlm 547-548

9 TEMBOK A FAMOSA RUNTUH 1641:
BERAKHIRNYA ERA PORTUGIS

Belanda telah mengepung Melaka selama lapan
bulan dan sepanjang tempoh tersebut hampir 7,000
penduduk Melaka terbunuh dan 10,000 lagi lari
meninggalkan Melaka. Pihak Belanda kehilangan
seramai 1,500 tentera termasuk tiga orang nakhoda
kerana masalah kesihatan. Sementara 200 orang
tentera Portugis terbunuh dan 500 lagi mati akibat
gejala malaria.

Belanda telah mengepung Melaka selama lapan bulan dan sepanjang tempoh 283
tersebut hampir 7,000 penduduk Melaka terbunuh dan 10,000 lagi lari
meninggalkan Melaka. Pihak Belanda kehilangan seramai 1,500 tentera termasuk
tiga orang nakhoda kerana masalah kesihatan. Sementara 200 orang tentera
Portugis terbunuh dan 500 lagi mati akibat gejala malaria.

Akhirnya pada 14 Januari 1641, Melaka telah jatuh ke tangan Belanda. Komandan
Belanda, Willemson Kaatokoe yang ditempatkan di sebuah pengkalan di Kampung
Keling, telah memasuki kubu A Famosa untuk membincangkan proses peralihan
kuasa dan syarat-syarat penyerahan dengan Gabenor Portugis, Dom Manuel de
Souza Coutinho.

Willemson Kaatokoe bersetuju untuk membebaskan semua tawanan Portugis
berserta barangan milik mereka setelah mendengar rayuan daripada seorang
paderi. Hanya pasukan tentera diraja Portugis ditawan dan dibawa ke Betawi.
Gabenor Dom Manuel de Souza Coutinho mati dua hari selepas kemenangan
pakatan Johor-Belanda tersebut.

Kekalahan Portugis ini menandakan berakhirnya pemerintahan mereka di Melaka.
Bagaimanapun, baik Johor mahupun Belanda tidak berhasrat untuk kembali

membangunkan Melaka sebagai pusat perdagangan timur sebagaimana dahulu,
mahupun sebagai pusat pemerintahan keluarga diraja Johor sebagai pewaris
Melaka. Belanda yang sudah sedia mempunyai pangkalan utamanya di Betawi
berhasrat untuk terus tekun membangunkannya sebagai pusat jaringan dagangnya
di belahan dunia Timur.
Bagi keluarga diraja Johor, pengalaman pahit yang dialami oleh para leluhur mereka
dengan kuasa Portugis yang dahsyat, sengit serta mencerai-beraikan anak-beranak

284

9 TEMBOK A FAMOSA RUNTUH 1641:
BERAKHIRNYA ERA PORTUGIS

dan menyengsarakan rakyat jelata telah menyebabkan mereka langsung tiada
berkeinginan untuk kembali ke Kota Melaka. Apatah lagi dengan ‘aura agama
Kristian’ dengan banyaknya terdiri gereja-gereja Katolik serta penduduk Kota
Melaka yang sebilangan besar bukan lagi dari kalangan keluarga rumpun Melayu,
mungkin juga dengan agama, jatidiri dan budaya yang berbeza akibat terpengaruh
dan disuntik dengan pengaruh fahaman barat khususnya ajaran Kristian Katolik
telah memualkan Sultan Johor dan kaum kerabat sekaligus orang-orang besar
baginda untuk bertapak kembali di bumi Melaka.

Kubu pertahanan yang
dibina oleh Belanda di
Melaka.

285

Lukisan pelabuhan Melaka semasa berada di bawah pemerintahan
Belanda.

KESAN PENAKLUKAN PORTUGIS

286 Tiga perkara boleh dirumuskan tentang anjakan paradigma yang berlaku di Kota
Melaka sepanjang Era Penjajahan Portugis dari tahun 1511-1641 Masihi:

Pertama, kehilangan status gemilangnya sebagai sebuah pusat dagangan maritim
bertaraf antarabangsa. Keluasan dagangan Melaka menjadi punah-ranah, status
sebagai kuasa yang satu masa dahulu mampu ‘menjerut kerongkongan Venice
di Eropah’ hilang buat selama-lamanya, walaupun satu demi satu kuasa Eropah
datang ke kota Melaka untuk cuba mengambil faedah daripadanya. Segala bentuk
percukaian yang tinggi, rampasan kapal-kapal dagangan, masalah moral, hatta
wujudnya gejala rasuah para pentadbir Portugis yang direkodkan dalam catatan-
catatan Belanda akhirnya memusnahkan aktiviti perdagangan antarabangsa di
Kota Melaka selain mengakibatkan hubungan diplomatik di antara Melaka dengan
Cina serta kerajaan-kerajaaan lain yang selama ini semarak di bawah perintah

9 TEMBOK A FAMOSA RUNTUH 1641: 287
BERAKHIRNYA ERA PORTUGIS

sultan-sultan Melaka terputus sama sekali. Malahan segala bentuk cubaan untuk
memulihkan status pelabuhan Melaka oleh penguasa-penguasa Eropah selepas era
Portugis tetap gagal.

Kedua, perubahan-perubahan dasar yang berlaku pada sistem pentadbiran,
organisasi dan struktur masyarakat akhirnya telah mengubah wajah Kota Melaka
menjadi sebuah Kota Portugis. Kota Melaka didominasi oleh kaum casados dan
keluarga kembangannya, juga golongan Kristian dari kaum-kaum yang dipaksakan
ke atas mereka untuk menganuti agama Kristian, khususnya dari kalangan orang-
orang Hindu dan golongan hamba. Dikatakan terlalu ramainya golongan hamba
sehingga mereka terpaksa dihantar ke Manila.

Sementara dalam kubu A Famosa sendiri, banyak didirikan gereja dan institusi-
institusi Kristian Katolik, para bishop dan golongan missionari mengambil peranan
yang sangat penting, hatta dilantik sebagai para pentadbir untuk mengurus
masyarakat. Aura kristianisasi yang mencengkam kuat di Kota Melaka serta rupa
wajah Kota Portugis yang didominasi komuniti-komuniti casados dan gentiles inilah
antara kemungkinan yang menyebabkan waris Sultan Melaka yang membina
pusat pemerintahan yang baru di Johor Lama tidak selera untuk kembali ke bumi

Kota Melaka didominasi oleh kaum casados dan
keluarga kembangannya, juga golongan Kristian dari
kaum-kaum yang dipaksakan ke atas mereka untuk
menganuti agama Kristian, khususnya dari kalangan
orang-orang Hindu dan golongan hamba. Dikatakan
terlalu ramainya golongan hamba sehingga mereka
terpaksa dihantar ke Manila.

ini, malah menyerahkannya terus kepada kuasa Belanda untuk mengambil alih
peranan sebagai pentadbir dagangan maritim Melaka.

Ketiga, kelemahan dan kemerosotan kota ini dari pelbagai aspek seperti
pentadbiran, ekonomi, pertahanan, hubungan politik, moral dan sebagainya, selain
faktor ancaman serta serangan agresif yang bertubi-tubi dari berbagai kuasa di
rantau ini, belakangan dari pesaing Eropahnya. Komuniti Kota Melaka merosot dari
aspek kualiti dan kuantiti menjadi isyarat pada kelemahan Kota Melaka, dari era
semarak keagungan sebuah kota kosmopolitan dengan jumlah penduduk 190,000
orang di zaman kemuncaknya dan 84 bahasa asing dipertuturkan di pelabuhan
Melaka berubah menjadi kubu ‘ghetto’ sebagai isyarat kedatangan saat-saat
kehancurannya yang terzahir pada 14 Januari 1641.

Maka tinggallah beberapa legasi keberadaan Portugis di bumi Melaka selama 130
tahun lamanya seperti saki-baki masyarakat Serani Portugis8 di Melaka. Nama-
nama Portugis yang masuk ke sungai perbendeharaan Bahasa Melayu seperti
288 almari (almario), bendera (bandera), mentega (demanteiga), garfu (garfo), meja
(mesa), sekolah (deescola) dan sebagainya. Wujud juga pengaruh tarian Portugis
ke dalam tarian Melayu seperti tarian joget, lagu ‘Jinkli Nona’ yang terkenal, serta
beberapa perayaan komuniti Portugis yang masih menjadi tarikan pelancong

8 Ketika zaman penjajahan Portugis dahulu-kala, wanita-wanita mereka telah dilarang dari mengikuti
ekspedisi-ekspedisi penjelajahan. Maka untuk menenangkan jiwa kelelakian angkatan Portugis, Afonso
Afonso de Alburqurque telah menggalakkan pelayar, penjelajah dan tentera mereka untuk mengahwini
wanita tempatan. Pada tahun 1604 Masihi, sebanyak lebih kurang 200 perkahwinan campur
telah direkodkan di Kota Melaka. Golongan ini dipanggil serani dan ramai di antara mereka
masih mengekalkan tradisi kebudayaan, mengamalkan ajaran Kristian Katolik dan
menggunakan Bahasa Portugis dalam komuniti mereka. Masyarakat serani kebanyakannya
tinggal di kawasan pinggiran pantai dalam kawasan perbandaran Melaka. Contoh nama-nama
mereka adalah seperti De Souza, Gomes, Fernandez dan Lopez. Di Malaysia, jumlah
keseluruhan penduduk berketurunan Portugis ialah seramai 25,000 orang termasuk
Portuguese Eurasian. Mereka bukan sahaja tertumpu di negeri Melaka tetapi terdapat juga
di negeri-negeri lain seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor

9 TEMBOK A FAMOSA RUNTUH 1641:
BERAKHIRNYA ERA PORTUGIS

Gereja yang dibina oleh
Belanda semasa Belanda
menguasai Melaka.

289

terbesar di Melaka seperti perayaan São Pedro (San Pedro) pada 24 Jun dan
St. John (San Juang) pada 29 Jun setiap tahun. Manakala saki baki kubu
A Famosa serta gereja St. Paul di Bandar Hilir Melaka juga masih tersergam dan
dilawati oleh para pelancong dari dalam dan luar negara. Ia dikatakan sebagai
antara tinggalan seni bina Eropah tertua yang masih wujud di Asia.

Menerusi dasar paksaan dan kekerasan, kuasa Portugis telah dapat meninggalkan
sebilangan kecil warisan penganut Kristian di beberapa tempat tertentu di Alam
Melayu seperti di Amboina dan Halmahera di Kepulauan Maluku dan Solor, Timor,
Flores serta Ende di Nusa Tenggara Timur. Namun secara keseluruhannya, penjajah
Portugis telah gagal dalam agenda kristianisasinya secara menyeluruh di Alam
Melayu.9

Ringkasnya, kedatangan Portugis tidak membawa sebarang perubahan yang

bermakna serta membanggakan dari aspek ketamadunan, sosio-budaya dan

peradaban masyarakat Alam Melayu secara keseluruhannya. Ini berbeza dengan

290 9 Namun Sepanyol lebih berhasil kerana telah dapat mengkristiankan 90% penduduk Filipina.
Dikatakan sebaik sahaja Manila diambil oleh Sepanyol, hampir kesemua penduduk Pulau Luzon
dan Visaya menerima agama Kristian dalam tahun 1620 dan 1650

Kubu A Famosa yang menjadi lambang penjajahan Kota Melaka sejak dari Portugis,
Belanda dan kemudiannya British.

9 TEMBOK A FAMOSA RUNTUH 1641:
BERAKHIRNYA ERA PORTUGIS

kedatangan dan pertapakan Islam sebelumnya yang berhasil memberikan
makna yang mendalam di bidang falsafah, intelektualisme, kejiwaan dan
perkembangan jatidiri bersumber dari anjakan paradigma yang besar dari

sudut pandangan masyarakat Alam Melayu
kepada pandangan alam Islam.

Berlakunya proses Islamisasi pada
segenap aspek kehidupan
masyarakat, sehingga terpamir

perubahan-perubahan
yang sangat positif
dan

291

ketara dalam bidang dan perkembangan bahasa Melayu, pemerintahan,
perundangan, pendidikan, ekonomi, seni, sastera, kebudayaan dan sebagainya.

Sementara Portugis dan Sepanyol tidak berhasil mencipta ketamadunan dan
peradaban baru, melainkan mengambil kesempatan di atas penjajahannya
di Alam Melayu sebagai tempat pengeluaran dagangan borong untuk Eropah
serta memonopoli komoditi dagangan secara rakus, menyebarkan sikap tidak
bertoleransi (sebagaimana halnya selepas Granada dirampas kembali),
menyebarkan kristianisasi dengan kekejaman dan paksaan, menebarkan
permusuhan serta mewujudkan berbagai masalah sosio-politik dalam
masyarakat tempatan dan Alam Melayu.

Ironisnya adalah penemuan dan penerokaan dunia baru oleh para
pengembara Portugis dan Sepanyol dalam abad ke 15 bukan sahaja telah
menaikkan kedua-dua negara barat ini sebagai kuasa terawal di kalangan negara-
negara Kristian di Eropah, malahan penemuan mereka pada jalan alternatif
292 yang strategik ke Timur sehingga ke Alam Melayu telah membuka laluan
sepenuhnya pada kuasa-kuasa Barat untuk datang silih berganti dan berpusu-pusu
melancarkan ekspedisi demi ekspedisi ke rantau ini.

Susulan darinya terbukalah tirai sejarah yang panjang, tentang kemunculan
bangsa-bangsa Eropah yang berbagai bentuk dan wajah10 dengan karenah dan
agenda GOD (agama), GOLD (ekonomi) dan GLORY (empayar kekuasaan) masing-
masing dalam berbagai variasi, yang sangat mencabar sehingga menatijahkan
anjakan paradigma yang besar pada lanskap tradisi sosio-politik dan budaya Alam
Melayu sehingga mencetuskan berbagai konflik rumit yang legasinya masih tetap
dirasai sampai saat ini.

10 Iaitu Portugis, Sepanyol, Belanda, British dan Amerika

BPTAEENRNANAHARHKMADHEIJLSAAEJYMAUHET?NIDEANKJUNG
10


Click to View FlipBook Version