The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssskbatukikir, 2021-04-29 09:29:06

Rahsia Penaklukan Melaka 1511

Rahsia Penaklukan Melaka 1511

Melaka telah membekalkan rempah ratus, ubat-ubatan dan hasil kekayaan dalam
kuantiti yang sangat besar ke Kaherah, Iskandariah dan Venice. Namun begitu,
setelah Portugis menguasai Melaka, Aceh mengambil peranan Melaka sebagai
pusat perdagangan bagi pedagang-pedagang Islam. Dengan sebab itu, pedagang-
pedagang Islam dari seluruh dunia mula berpindah ke Aceh. Dr. Ahmad Dahlan
menukilkan seperti berikut:-

“Sejak Portugis menguasai Pelabuhan Melaka, saudagar-saudagar Islam dari
Gujerat, Turki, Parsi dan Jazirah Arab enggan berlabuh di Melaka dan memilih Aceh
sebagai tujuan.” 51

ARAHAN MENYERANG MELAKA SEBELUM MENYERANG MEKAH

Tidak lama selepas Goa, Afonso de Albuquerque mula mempersiapkan armadanya
di Selat Arab dekat kota pelabuhan Aden untuk menyerang Mekah. Afonso de
Albuquerque kemudiannya mendapat perintah dari Raja Portugal untuk menyerang
144 Melaka atas suatu matlamat yang sangat besar. Hal ini dirakamkan dalam catatan
Afonso de Albuquerque seperti berikut:

“Raja Portugis seringkali memerintahkan saya pergi ke Selat (Melaka) kerana
baginda merasakan bahawa ia tempat terbaik untuk menghalang pedagang Islam
di Kaherah, Mekah dan Jedah daripada meneruskan kegiatan mereka. Untuk
melakukan tugas raja maka kita berada di sini dengan menakluk Melaka. Kita
akan menutup selat ini supaya orang Islam tidak dapat membawa rempah-rempah
melalui jalan ini.” 52

51 Ahmad Dahlan. 2014. Sejarah Melayu. Hlm. 165
52 B. Schrieke. 1957. Indonesian Sosiological Studies, Part Two. Hlm 234

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Raja Portugal iaitu Raja Dom Manuel jelas sekali
bersungguh-sungguh mahu menakluki Kota Melaka
kerana kekayaan Kota Melaka dan peranannya sebagai
penyara ekonomi dunia Islam. Dengan itu, Raja Dom
Manuel telah membuat pelaburan yang sangat besar
dalam usaha menakluki Melaka sehingga digambarkan
bahawa sekiranya beliau gagal menakluki Kota Melaka,
maka Portugis tidak akan dapat lagi bangkit menjadi
kuasa Eropah akibat kerugian dalam pelaburan besar
yang telah beliau lakukan..

Pendapat yang sama juga terdapat dalam karangan Fernao Lopez de Castanheda: 145

“Dengan mengusir orang-orang Islam keluar dari Melaka, api umat Islam akan
dipadamkan dan kepercayaan mereka tidak akan tersebar lebih jauh lagi dengan
sendirinya. Ini juga boleh menjadi punca umat Islam meninggalkan India. Kita telah
mengambil dari mereka mata air mereka di India, dan jika kita mengambil yang
satu ini (Melaka) juga, mereka (umat Islam) tidak akan mempunyai negara untuk
menyara mereka.” 53

Raja Portugal iaitu Raja Dom Manuel jelas sekali bersungguh-sungguh mahu
menakluki Kota Melaka kerana kekayaan Kota Melaka dan peranannya sebagai
penyara ekonomi dunia Islam. Dengan itu, Raja Dom Manuel telah membuat
pelaburan yang sangat besar dalam usaha menakluki Melaka sehingga
digambarkan bahawa sekiranya beliau gagal menakluki Kota Melaka, maka
Portugis tidak akan dapat lagi bangkit menjadi kuasa Eropah akibat kerugian dalam
pelaburan besar yang telah beliau lakukan. Namun sekiranya Raja Dom Manuel

53 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 341

Ilustrasi kapal-kapal yang belayar dan berlabuh di pelabuhan Melaka.

berjaya menakluki Kota Melaka, maka Portugis pasti akan menjadi suatu kuasa

146 ekonomi dunia yang baru. Hal ini diungkapkan sendiri oleh Afonso de Albuquerque
seperti berikut:-

Kamu semua akan menyedari bahawa lapan buah kapal orang Islam (Melaka) yang
telah kita tawan boleh menampung kargo lebih daripada dua puluh buah kapal-
kapal (galleon) kita. Berapa banyak lagi yang boleh di bawa ke dalam semua
kapal-kapal Melaka yang mana setiap hari meninggalkan pelabuhan ini, di samping
kapal-kapal yang dimiliki oleh pedagang asing! Dari sini lada-lada lebih banyak
diambil ke Timur Tengah berbanding dari Calicut. Dengan hanya setengah pusingan
kunci laluan ini akan ditutup, maka Raja, penguasa kita, akan menjadi penguasa
bagi seluruh perdagangan ini.54

54 Ibid

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Dalam satu catatan yang lain, Afonso de Albuquerque menyatakan tentang 147
keuntungan besar yang bakal diraih oleh Portugis sekiranya mereka berjaya
menakluki Melaka. Penaklukan Melaka sangat berbaloi buat Raja Portugal
walaupun kerajaan Portugal telah mengeluarkan belanja yang sangat besar. Afonso
de Albuquerque berkata seperti berikut:-

“Perkhidmatan yang baik untuk kita persembahkan kepada Tuhan dengan
menghalau orang Islam dari negeri ini (Kota Melaka) dan menghalang pengaruh
golongan Muhammad (umat Islam) daripada berkembang. Saya berharap kepada
Tuhan, bahawa hasil daripada apa yang kita lakukan, orang Islam akan terhapus
dari India sama sekali. Ini kerana kebanyakan daripada mereka hidup dengan
perdagangan negeri ini dan seterusnya menjadi berkuasa, kaya dan berpengaruh
serta menjadi pemilik harta benda yang bernilai.

Saya percaya bahawa Raja Melaka tidak akan cuba untuk memberi isyarat kepada
kita dalam usaha untuk memastikan keselamatan kedudukan baginda. Baginda
pernah mengalami kekalahan dan mengetahui sejauh mana kekuatan kita dan
sekarang selepas enam belas hari berlalu, tidak ada lagi harapan bahawa bantuan
akan tiba dari luar. Saya percaya Tuhan akan menutup fikirannya dan menjadikan
hatinya kaku kerana baginda mahu menguasai perniagaan di Selat Melaka ini.

Raja Portugis seringkali memerintahkan saya pergi ke Selat (Melaka) kerana
baginda merasakan bahawa ia tempat terbaik untuk menghalang pedagang Islam
di Kaherah, Mekah dan Jeddah daripada meneruskan kegiatan mereka. Untuk
melaksanakan tugas raja, maka kita berada di sini dengan menakluk Melaka. Kita
akan dapat menutup selat ini supaya orang Islam tidak dapat membawa rempah-
rempah melalui jalan ini.

Sebab yang lain ialah khidmat yang baik yang perlu kita lakukan untuk Raja Manuel
bagi mendapatkan kota ini yang merupakan sumber segala rempah dan ubatan dan
148 kapal-kapal orang Islam pada setiap tahun melalui selat ini tanpa dapat kita halang
mereka. Jika kita dapat menghalang mereka daripada pasaran tradisi, mereka tidak
akan ada pelabuhan atau tempat lain di daerah yang sesuai seperti ini yang dapat
digunakan.

Kita dapat mengawal perdagangan lada Malabar. Oleh itu, Kaherah tidak dapat
menerima apa-apa kecuali yang diperolehi oleh orang Islam dari daerah ini.
Empat puluh atau lima puluh buah kapal belayar setiap tahun dari sini ke Mekah
dipenuhi dengan berbagai-bagai rempah. Mereka tidak boleh ditahan tanpa usaha
yang besar dengan rondaan yang berterusan oleh angkatan laut di Teluk Tanjung
Comorin.55 Lada Malabar yang diharapkan oleh mereka kerana Raja Calicut telah

55 Sekarang dikenali sebagai Kanyakumari, terletak di Wilayah Tamil Nadu, India

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS 149
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

menajdi sekutu mereka, kini di bawah kuasa kita iaitu melalui kawalan Gabenor
India dan orang Islam tidak dapat mengambilnya dengan banyak dari sana seperti
yang diingini mereka.

Saya merasa yakin jika perdagangan Melaka diambil alih dari tangan mereka,
Kaherah dan Mekah akan hilang sepenuhnya dan tiada lagi rempah yang akan
diterima oleh orang Venice kecuali mereka ke Portugal untuk membelinya.

Jika anda rasa sukar untuk percaya bahawa Melaka merupakan kota yang besar
dengan penduduknya yang ramai, anda memang tidak silap. Apabila kota ini berjaya
ditakluki, semua kerajaan lain akan menjadi kecil sehingga raja tidak mempunyai
sumber untuk menyokongnya. Jika anda khuatir penaklukan ini akan memerlukan
belanja yang besar dan tidak ada tempat bagi orang-orang kita dan kapal kita dapat
dilengkapkan semula, saya yakin pada ihsan Tuhan bahawa sebaik sahaja kita
menguasai Melaka yang mempunyai kota kubu yang cantik dan jika dilantik orang
yang benar-benar tahu cara untuk mentadbirnya dan untuk memakmurkannya,
maka segala perbelanjaan akan dapat ditampung daripada cukai-cukai tempatan.”56

Jika anda rasa sukar untuk percaya bahawa Melaka
merupakan kota yang besar dengan penduduknya
yang ramai, anda memang tidak silap. Apabila kota ini
berjaya ditakluki, semua kerajaan lain akan menjadi
kecil sehingga raja tidak mempunyai sumber untuk
menyokongnya.

56 T.F. Earle dan John Villiers. 1995. Albuquerque Caesar Timur : Teks-teks Pilihan daripada Afonso
de Albuquerque dan Anaknya. Penerbit Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Hlm 118

USAHA AWAL PORTUGIS MENAKLUKI KOTA MELAKA

Seawal tahun 1506, Raja Portugal iaitu Raja Dom Manuel telah memberikan arahan
untuk menakluki Kota Melaka. beliau telah memerintah supaya dihantar sebuah
delegasi ke Melaka sebagaimana berikut:

“Dan kamu sendiri perlu pergi ke Melaka untuk membetulkan perkara ini dan
menubuhkan perdagangan dan membina sebuah kubu di tempat yang kamu fikir
paling sesuai, dengan atau tanpa persetujuan mereka atau bahkan jika mereka
gagal mencapai persetujuan bersama. Bagaimanapun, jika ia berlaku, dengan
penuh berhati-hati dan penuh kesabaran, hal ini perlu dilakukan dengan persetujuan
mereka, membentangkan kepada mereka semua alasan yang kamu fikir perlu
supaya mereka tidak mempunyai sebarang syak wasangka. Dan maklumkan
kepada mereka bahawa kita akan berasa gembira untuk mempunyai kubu kita
dengan orang-orang kita untuk menjalankan perdagangan dan ia dibuat semata-
mata untuk keselamatan kita dan barang-barang dagangan kita… ” 57
150
Namun, perintah Raja Portugal ini hanya dapat direalisasikan dalam tahun 1509.
Dalam bulan Ogos tahun tersebut, angkatan Portugis telah sampai ke Sumatera
utara dan disambut dengan baik oleh beberapa pemerintah dari kerajaan-kerajaan
kecil di situ. Setelah membuat beberapa perjanjian persahabatan, angkatan Portugis
meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke pesisiran pantai Melaka pada 11
September 1509.

Peristiwa bersejarah ini dirakamkan seperti berikut:

57 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 5. Perintah Raja
Manuel ini adalah kepada Dom Francisco De Almeida yang pernah mengambil bahagian dalam
perang yang mengalahkan kuasa Islam terakhir di Granada dalam tahun 1492 Masihi. Beliau
kemudian dilantik sebagai gabenor dan wizurai Portugal yang pertama di India

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Pada 11 September 1509, sebuah angkatan tentera 151
Portugis yang diketuai Diego Lopez de Sequeira
berserta dengan 18 orang Portugis yang lain tiba di
Melaka. Salah seorang panglima perang Portugis yang
bernama Ruy de Araujo turut terlibat dalam rombongan
tersebut.

“…mereka melayarkan kapal mereka ke pelabuhan Melaka di luar bandar. Dengan
kegembiraan yang besar, mereka melabuhkan sauh dan memberikan penghormatan
dengan melepaskan tembakan senjata api. Tidak lama kemudian seorang Muslim
tiba di dalam sebuah perahu untuk melawat Kapten Major bagi pihak Sultan, dan
meletakkan di tempat pembuangan Kapten-Major, apa-apa yang diperlukannya.
Kapten mengucapkan terima kasih kepadanya dan menghantar jurubahasa kepada
Sultan dengan satu mesej. Apabila jurubahasa tersebut kembali pada waktu malam,
beliau berkata bahawa Sultan sangat gembira dengan kedatangan orang Portugis
dan meminta mereka untuk melabuhkan kapal-kapal mereka berhampiran dengan
pantai. Keesokan harinya Diogo Lopez memberikan perintah agar kapal-kapal itu
berlabuh dekat pantai dan oleh yang demikian, tembakan-tembakan dari senjata
api pun dilakukan bagi tujuan menyambut kedatangan...” 58

Pada 11 September 1509, sebuah angkatan tentera Portugis yang diketuai Diego
Lopez de Sequeira berserta dengan 18 orang Portugis yang lain tiba di Melaka.
Salah seorang panglima perang Portugis yang bernama Ruy de Araujo turut terlibat
dalam rombongan tersebut. Setelah mereka berlabuh di pelabuhan Melaka, Diego
Lopez de Sequeira telah memerintahkan salah seorang anak buahnya yang
bernama Texeira untuk menyampaikan hadiah-hadiah dari Raja Portugal kepada
Sultan Melaka.

58 Ibid, Hlm 27

Tujuan utama kedatangan angkatan tentera Portugis itu ke Melaka ialah untuk
mengintip dan mendapatkan maklumat tentang keadaan Kesultanan Melayu
Melaka sebelum usaha penyerangan dilakukan. Dengan sebab itu, mereka berlagak
seperti rombongan diplomatik. Portugis menyatakan kepada Sultan Melaka bahawa
152 kedatangan mereka ke Melaka adalah untuk menjalinkan hubungan diplomasi.
Dengan sebab itu, mereka mahu meminta izin kepada Sultan Melaka untuk
membina gudang dan kubu di pelabuhan Melaka bagi tujuan melindungi pedagang-
pedagang mereka. Namun, niat sebenar mereka adalah ingin menakluki Melaka.

Angkatan Portugis yang diketuai oleh Lopez de Sequira itu pada mulanya menerima
sambutan baik daripada pihak Sultan. Orang-orang Portugis yang tiba di Kota
Melaka itu telah mula menjalankan aktiviti perdagangan di mana mereka membeli
barang-barang dagangan di Melaka. Tindakan mereka itu mencetuskan perasaan
curiga di kalangan pedagang-pedagang Islam dari luar. Maka pedagang-pedagang
Islam itu pun pergi berjumpa Bendahara Melaka dan mereka menceritakan tindak
tanduk Portugis di Kota Melaka. Mereka juga mencadangkan agar orang-orang
Portugis itu ditangkap atau diusir dari bumi Melaka.

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Ilustrasi keindahan balairong seri Istana Kesultanan Melaka. 153

Atas desakan pedagang-pedagang Islam itu, Bendahara Melaka pun mengarahkan
agar semua Portugis itu ditangkap dan dipenjarakan. Maka kesemua orang-orang
Portugis yang sedang berada di Kota Melaka ditangkap termasuk Ruy de Araujo.
Namun begitu, Diego Lopez de Sequeira berjaya melarikan diri. Beliau pun belayar
meninggalkan Melaka dengan segera.

Menurut catatan Portugis, ianya berlaku disebabkan apa yang disebut sebagai
‘pengkhianatan’ oleh saudagar-saudagar Islam khususnya dari para pedagang
Jawa dan Gujerat59 yang mempunyai hasad dengki atas hubungan baik yang wujud
diantara delegasi Lopez de Sequira dengan Sultan Melaka sehingga pedagang
Portugis diberi lebih keutamaan berbanding pedagang lain. Selain itu saudagar-
saudagar Islam dari Calicut juga telah memaklumkan kepada bendahara Melaka
tentang tipu daya Portugis di Cochin dan Cananor sebelum ini, berlagak sebagai

59 Disebut dalam catatan Portugis bahawa ketua konspirasi ‘pengkhianat’ tersebut adalah seorang
yang bernama Nahoda Beguea, Syahbandar Gujerati, iaitu jawatan pegawai pelabuhan untuk
pedagang dari Gujerat. Juga Utimuraja, seorang Jawa yang disebut sebagai orang kedua
paling berpengaruh di kota Melaka selepas sultan. Beliau sangat kaya, mempunyai 6,000 hamba.
Rujuk Ibid. Hlm 121

pedagang tetapi sebenarnya menyembunyikan niat untuk menjajah dan membina
kubu di sana dan sudah tentu mempunyai hasrat yang sama di Melaka, apatah
lagi mereka adalah orang-orang Kristian yang terkenal membuat berbagai onar di
banyak wilayah-wilayah Islam di merata tempat.60

Bendahara Melaka yang disebut oleh Portugis sebagai seorang ‘pengkhianat’ dan
sangat memusuhi orang bukan Islam61 telah mendengar nasihat mereka, kemudian
menasihati Sultan sehingga akhirnya rencana telah dibuat untuk menyerang
delegasi Portugis. Bagaimanapun rencana ini telah dapat dihidu oleh Lopez de
Sequira sehingga akhirnya berlaku serang-menyerang yang menyebabkan beberapa
kematian pada kedua-dua belah pihak dan dua puluh orang delegasi Portugis telah
ditangkap dan dipenjarakan termasuk Rui de Araujo.62 Susulan daripada tragedi
tersebut, Lopez de Sequira bersama saki-baki angkatannya telah meninggalkan
Melaka dengan tergesa-gesa untuk pulang ke Portugal.

154 Berita penaklukan Goa oleh orang-orang Portugis pada tahun 1510 itu juga tersebar
di Melaka. Ini mengukuhkan alasan Sultan Melaka untuk menolak berhubung baik
dengan Portugis. Namun pada tahun 1510 itu juga, Melaka sedang mengalami
konflik dalam pentadbiran. Sultan Mahmud Syah yang merupakan Sultan Melaka

60 Ibid. Hlm 89.
61 Waktu itu Sultan Melaka adalah Sultan Mahmud, dan bendaharanya adalah Bendahara
Tun Mutahir
62 Perkara ini sudah tentu merupakan suatu kontradiksi dari realiti sebenar, kerana Melaka sebagai
sebuah pelabuhan maritim antarabangsa yang aman, makmur dan sibuk sudah tentu merujuk kepada
saudagar-saudagar yang selesa dan tenteram dengan golongan pemerintahnya, serta beberapa kisah
tentang hubungan bendahara dengan delegasi Portugis yang baik di peringkat awal, sehingga mengambil
Lopes de Sequira sebagai ‘anak angkatnya. Hubungan menjadi keruh hanya selepas bendahara mendapat
banyak maklumat ‘bisik-bisik’ dari saudagara-saudagar Islam yang merasa terancam dengan kehadiran
Portugis yang telah menjarah kawasan mereka sebelum kemunculan ‘benggali putih’ ini ke Alam Melayu.
Catatan Portugis menyebut bahawa bendahara telah mendengar hasutan dari para saudagar Islam
sehingga membuat rencana untuk mencetuskan provokasi yang mengakibatkan tragedi. Bagaimanapun
bendahara dan sultan telah menafikan keterlibatan mereka dan mengatakan bahawa kekacauan tersebut
berpunca daripada saudagar Jawa dan Gujerati dan pemerintah akan menyikapi mereka, bagaimanapun
penafian ini tidak dipercayai oleh orang-orang Portugis

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS 155
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

pada waktu itu telah membunuh Bendahara Melaka iaitu Tun Mutahir dan ahli
keluarganya kerana termakan hasutan dan fitnah dari berapa pembesar Melaka
yang lain seperti Raja Mudeliar dan Si Kitul. Sultan Mahmud telah melantik
Bendahara Tepok yang umurnya sangat tua sebagai Bendahara Melaka yang
baru bagi menggantikan Tun Mutahir. Selain itu, Sultan Mahmud Syah juga telah
menggantikan Hang Nadim dengan Khoja Hassan sebagai Laksamana Melaka.

Cara Sultan Mahmud mentadbir Melaka ini menyebabkan musuh sangat mudah
menjatuhkan Melaka. Tidak seperti Sultan-sultan Melaka yang terdahulu, Sultan
Mahmud Syah agak lemah dalam mentadbir Melaka. Baginda didakwa memiliki
beberapa sikap negatif seperti terburu-buru, mudah terpengaruh dengan hasutan,
agak kejam dan lain-lain. Sikap baginda itu menjadikan Kesultanan Melaka berada
dalam keadaan goyah dan genting walaupun Kesultanan Melaka memiliki kekuatan
angkatan tentera yang besar dan hebat. Di samping itu, Sultan Mahmud Syah pada
ketika itu dikelilingi oleh pembesar-pembesar yang mudah dirasuah dan bersikap
tamak. Sikap menerima rasuah dan tamak itu membuatkan mereka mudah
membelot dan khianat pada tanah air mereka sendiri.

Selepas peristiwa tersebut, Rui de Araujo telah menulis beberapa pucuk surat dari
penjara Melaka kepada Afonso de Albuquerque di India yang diseludupkan keluar
oleh Nina Chatu, seorang saudagar Hindu yang dikatakan banyak meringankan
beban anggota Portugis semasa mereka dipenjarakan. Surat-surat daripada Rui de
Araujo ini mengandungi banyak maklumat tentang keadaan politik dan ekonomi
Melaka di waktu itu termasuk kekuatan pertahanannya. Rui de Araujo juga telah
memohon Afonso de Albuquerque untuk menghantar delegasi Portugis ke Melaka
bagi membebaskan mereka dari tawanan. Permohonan ini menjadi peluang dan
pendorong Afonso de Albuquerque untuk pergi ke Melaka sendiri serta bersiap
sedia untuk menaklukinya seperti mana yang diarahkan oleh Raja Portugis.

Ilustrasi Istana Melaka yang tersergam indah
dibina di atas Bukit Melaka.

Kegagalan Diego Lopez de Sequeira membina pengaruh di Melaka telah mendapat
perhatian yang besar oleh Raja Manuel, Raja Portugal pada ketika itu. Afonso
156 de Albuquerque yang baru dilantik menjadi gabenor Portugis di India diberi
tanggungjawab untuk menyerang Melaka. Raja Portugal telah mengutuskan sebuah
angkatan perang dari Lisbon yang diketuai oleh Diego Mendez Vasconcelos untuk
menyerang Melaka.
Ketika angkatan tentera Portugis itu tiba di Goa, Afonso de Albuquerque tidak
membenarkan Vasconcelos untuk terus menyerang Melaka kerana angkatan tentera
Portugis yang dibawa oleh beliau sangat kecil dan tidak cukup kelengkapannya
untuk menyerang angkatan tentera Melaka. Afonso de Albuquerque sebenarnya
telah mendapat maklumat bahawa Melaka memiliki angkatan perang yang kuat.
Jadi beliau ingin membina dahulu kekuatan angkatan tentera Portugis di Goa
sebelum pergi menyerang Melaka.

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Apabila Afonso de Albuquerque merasakan bahawa masanya telah tiba untuk 157
beliau pergi menyerang Melaka, beliau pun mula menyiapkan segala kelengkapan
dan angkatan tentera untuk belayar ke Melaka. Maka pada awal bulan Mei 1511,
Afonso de Albuquerque mula bertolak dari India menuju ke Melaka bersama
dengan 1,400 orang tentera di mana 800 orang daripada mereka adalah berbangsa
Portugis, manakala 600 orang yang lain berbangsa India. Angkatan tentera pimpinan
Afonso de Albuquerque menaiki sebanyak 19 buah kapal. Afonso de Albuquerque
menaiki kapal Portugis yang paling besar yang dinamakan Flor de la Mar.

Pelayaran angkatan tentera Portugis ke Melaka itu dipandu oleh seorang nakhoda
Gujerat. Apabila sampai di Pedir (Pidie), Afonso de Albuquerque mendapat tahu
bahawa ada pembesar Melaka yang sedang belayar ke Melaka dari Pedir untuk
menghantar mesej kepada Sultan Melaka tentang kehadiran angkatan tentera
Portugis di Pedir. Afonso de Albuquerque pun menahan kapal tersebut dan
membunuh semua anak-anak kapal itu.

Sultan Melaka sudah bersiap sedia di atas kedatangan angkatan tentera Portugis
di Melaka. Namun konflik yang berlaku dalam Melaka di samping dengan
pengkhianatan dari dalam menyebabkan kekuatan Melaka menjadi rapuh. Pada
awal Julai tahun 1511, angkatan tentera Portugis yang diketuai oleh Afonso
de Albuquerque itu tiba di Melaka. Afonso de Albuquerque menghantar utusan
menghadap Sultan Melaka. Beliau mahu Sultan Melaka membebaskan semua
tahanan Portugis.

Sultan Melaka memberikan syarat kepada Afonso de Albuquerque bahawa
baginda akan membebaskan semua tahanan Portugis dengan syarat Portugis
mesti mengeluarkan semua kapal-kapal Portugis dari Melaka dengan serta merta.
Afonso de Albuquerque tidak bersetuju dengan syarat Sultan. Beliau nekad mahu
menyerang kota Melaka. Beberapa orang pedagang asing yang bukan Islam dari
China dan India bertindak membantu Portugis. Pedagang-pedagang China telah
memberi askar-askar Portugis meminjam jong dan tongkang mereka. Manakala
sebahagian pembesar-pembesar Melaka yang dirasuah mula menyalurkan
158 maklumat sulit tentang pertahanan Melaka kepada Afonso de Albuquerque.63

Sultan Melaka memberikan syarat kepada Afonso de
Albuquerque bahawa baginda akan membebaskan
semua tahanan Portugis dengan syarat Portugis mesti
mengeluarkan semua kapal-kapal Portugis dari Melaka
dengan serta merta. Afonso de Albuquerque tidak
bersetuju dengan syarat Sultan. Beliau nekad mahu
menyerang kota Melaka. Beberapa orang pedagang
asing yang bukan Islam dari China dan India bertindak
membantu Portugis. Pedagang-pedagang China telah
memberi askar-askar Portugis meminjam jong dan
tongkang mereka.

63 Bahasa Othman. 1989. Melaka Sejarah Awal Negara Kita. Marwilis Publisher & Distributors Sdn Bhd.
Shah Alam. Hlm 56-67

PPOERRATNUGGISM1E5LA11KA-

5

160

KEDATANGAN ARMADA AFONSO DE ALBUQUERQUE

Dalam sejarah kedatangan penjajah Kristian di Alam Melayu, dari
peringkat awal lagi mereka telah bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan serta cabaran dari pihak Islam. Ini berikutan pada masa
ketibaan mereka di rantau ini, Islam telah pun muncul sebagai satu
kuasa politik dan ekonomi yang dihormati dan disanjungi. Namun
demikian, rata-rata penduduk rantau ini yang waktu itu masih belum
terdedah pada pengalaman berhubung secara langsung dengan orang-
orang Kristian Eropah sudah tentu tidak menaruh sebarang kebencian
terhadap mereka sebagaimana halnya yang berlaku pada umat Islam
di tempat-tempat lain.

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 1511 161

Ini berikutan pelabuhan-pelabuhan dagangan di Alam Melayu bukan sahaja
dikunjungi oleh para pedagang Islam, malahan pemerintah-pemerintah Islam
menyambut baik saudagar-saudagar bukan Islam dari mana-mana tempat seperti
India, China, Ryukyu dan sebagainya. Jika tidak masakan di Melaka sendiri
84 bahasa dipertuturkan di pelabuhannya sebagai tanda betapa majmuk dan
kosmopolitannya suasana Kota Melaka pada kemuncak kegemilangannya!

Bermakna, umat Islam di rantau ini sudah lazim bercampur baur dengan
masyarakat bukan Islam dari berbagai negara, bersama-sama berinteraksi,
berjual-beli serta membina hubungan kemanusiaan yang baik. Hal ini diakui sendiri
oleh Diego Lopes de Sequire dalam catatannya seperti berikut:

“Penduduk tempatan dipanggil sebagai orang Melayu. Walaupun mereka beragama
Islam, yang pada umumnya membenci orang-orang Kristian, orang-orang Melayu
belum pernah ada pengalaman mengangkat senjata (berperang) terhadap Portugis,
sebagaimana kebencian yang ditunjukkan oleh orang-orang Arab, Parsi dan Gujerat
terhadap Portugis, ramai di kalangan mereka yang tinggal di sana, kerana mereka
telah menerima kerosakan dari angkatan laut Portugis.” 1

Bermakna, walaupun secara umumnya masyarakat Islam di rantau ini masih
bersikap agak neutral dengan kehadiran orang-orang Portugis kerana belum
menerima padah mereka, namun ianya tetap mencetuskan kecurigaan dan
waspada disebabkan orang-orang Portugis telahpun banyak membuat onar di
tempat-tempat Islam yang mereka singgahi sebelum ini, malah menyerang dan
menguasai tempat-tempat tersebut serta masih sempat mendakyah ajaran
agama Kristian. Apatah lagi, tidak sebagaimana kapal-kapal dagangan yang lazim
menyinggah ke Alam Melayu, kemunculan Portugis dilengkapi dengan armada
perang yang hebat dan menggerunkan!


1 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 43

Menurut catatan Aceh, angkatan armada Portugal yang sejumlah 19 kapal perang,
dipenuhi bala tentera dan alatan perang yang moden telah singgah di wilayah
Sumatera Utara dalam misi perjalanannya ke kota Melaka pada awal 1511. Armada
ini dipimpin oleh Afonso de Albuquerque dan telah singgah di Pedir. Di sana
beliau telah diterima dengan baik, kerana mungkin Sultan Pedir bimbang dengan
ancaman serangan dari Portugis.

Kebetulan Afonso de Albuquerque bertemu dengan seorang pelarian Portugis
di sana, yang sebelum ini telah ditahan atas perintah Sultan Melaka.2 Daripada
pelarian inilah, Afonso de Albuquerque mendapat banyak maklumat tentang
kesultanan Melaka. Segera Afonso de Alburquerqe berangkat menuju ke Melaka,
namun masih sempat singgah sebentar di Pasai, yang juga diterima dengan baik
oleh Sultan Zainal Abidin. Namun Afonso de Albuquerque terburu-buru berangkat
lagi, kerana telah menerima khabar ada sebuah jong Melayu sedang bergerak
dengan pantas ke Melaka untuk memaklumkan kepada Sultan Melaka bahawa
armada Portugis sudah berada di perairan Pasai. Angkatan Afonso de Albuquerque
162 langsung mengejar kapal Melayu tersebut, dan merompak serta membunuh
nakhodanya dengan kejam.3

2 Pelarian Portugis tersebut adalah Joao Viegas yang dapat melarikan diri dari Melaka bersama lapan
orang sahabatnya dengan pertolongan seorang wanita tempatan. Ibid. Hlm 143
3 H. Mohammad Said.1981. ‘Aceh Sepanjang Abad’. Hlm 164. Menurut catatan Portugis, nakhoda
tersebut adalah Nahoda Beguea,yang disebut sebagai ‘dalang utama’ yang melakukan pengkhianatan
ke atas delegasi Lopes de Sequira. Nahoda Beguea kemudiannya dikatakan telah bekerjasama
dengan bendahara Tun Mutahir dalam konspirasi merampas kuasa pemerintah dalam tahun
1510 Masihi sehingga menyebabkan bendahara tiga beranak telah dihukum bunuh.
Bagaimanapun, menurut sumber Sulalatus Salatin, konspirasi tersebut hanyalah fitnah yang dibuat
oleh si Kitul dan Mandeliar yang menyebabkan Sultan Mahmud menyesal diatas perbuatannya
dan menghukum kedua-dua si Kitul dan Mandeliar. Nakhoda Beguea lantas melarikan diri ke
kerajaan Pedir yang bersahabat baik dengannya. Rujuk M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents
on Malacca From 1509-1511. Hlm 43

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 1511

“Angkatan lautnya (Afonso de Albuquerque) datang
dalam satu pasukan dan berlabuh di pelabuhan
Melaka pada bulan pertama bulan Julai, pada tahun
1511, berhampiran dengan sebuah pulau kecil yang
digunakan sebagai pelabuhan laut oleh kapal-kapal
Cina, di mana jong mereka berlabuh. Orang-orang
di Kota Melaka telah melihat kapal-kapal Diogo
Lopes de Sequira sebelum ini, dan dengan itu dapat
mengenalpasti kapal-kapal Portugis dan tahu apa yang
mereka mampu lakukan.

Setelah itu armada Portugis meneruskan perjalanan ke Melaka sehingga sampai 163
tidak jauh dari pelabuhan Melaka. Peristiwa ini digambarkan dalam catatan Portugis
seperti berikut:

“Angkatan lautnya (Afonso de Albuquerque) datang dalam satu pasukan dan
berlabuh di pelabuhan Melaka pada bulan pertama bulan Julai, pada tahun 1511,
berhampiran dengan sebuah pulau kecil yang digunakan sebagai pelabuhan laut
oleh kapal-kapal Cina, di mana jong mereka berlabuh. Orang-orang di Kota Melaka
telah melihat kapal-kapal Diogo Lopes de Sequira sebelum ini, dan dengan itu dapat
mengenal pasti kapal-kapal Portugis dan tahu apa yang mereka mampu lakukan.
Ketika mereka melihat sejumlah besar layar, bendera dan panji, dan mendengar
bunyi trompet dan dentuman senjata api, yang berlangsung selama setengah jam,
pertunjukan yang besar itu berserta dengan bunyi-bunyiannya telah mencetuskan
kebimbangan di kalangan mereka, yang mana kebimbangan tersebut meningkat
disebabkan mereka membayangkan apa yang bakal terjadi.”

Afonso de Albuquerque tidak menunggu lama untuk meminta wakil Raja Melaka
menghadapnya bagi menuntut pembebasan semua tawanan Portugis. Apabila

balasan pada permintaannya dianggap sebagai acuh tidak acuh sehingga terpaksa
menunggu beberapa hari yang sangat mencemaskan kerana kedua-dua pihak
Melaka dan Portugis melakukan provokasi diantara satu sama lain, akhirnya
Afonso De Albuquerque telah bertindak membakar perahu-perahu orang tempatan
serta beberapa buah rumah golongan bangsawan yang terletak di perairan Selat
Melaka. Semasa operasi berjalan, sekonyong-konyong muncul sebuah perahu
besar yang membawa Rui de Araujo berserta tawanan yang lain, dan disambut
dengan penuh kegembiraan sehingga provokasi serta-merta dihentikan.

Sejurus kemudian datang wakil Sultan untuk berunding dengan Afonso de
Albuquerque. Beliau memberi kata dua kepada Sultan, antaranya menuntut supaya
Portugis diberi tempat di kota Melaka untuk mendirikan sebuah bangunan atas
tujuan dagangan, membayar gantirugi bagi segala rampasan yang dibuat atas kapal-
kapal yang datang dengan angkatan Lopes de Sequira sebelumnya dan membayar
semua kos pelayaran angkatannya serta angkatan Afonso de Albuquerque yang
jumlahnya adalah ‘tiga ratus ribu cruzados’, sebagai suatu bentuk pampasan ke
164 atas ‘maruah orang-orang Portugis yang telah dihina’.4 Jika pemerintah enggan,
Portugis akan isytihar perang dengan Melaka.

Setelah menerima kata dua tersebut, Sultan Mahmud telah mengadakan pertemuan
dengan orang-orang besar kerajaan serta wakil para pedagang luar, iaitu
Syahbandar. Orang-orang besar tempatan mencadangkan agar berdamai sahaja
dengan Portugis dan menerima syarat-syarat mereka, manakala Syahbandar
menentang cadangan tersebut kerana beranggapan pihak Portugis hanya berhelah
semata-mata, mereka pasti akan menyerang Melaka setelah berhasil mendapatkan
kembali tawanan mereka. Beliau seterusnya berhujah jikalau Portugis datang
semata-mata untuk meminta dibebaskan orang-orang mereka, mengapa pula

4 Ibid. Hlm 157

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 1511

Ilustrasi kedatangan Portugis buat pertama kali di pelabuhan Kota Melaka. 165

mereka datang dengan satu armada yang besar, memadailah setakat tiga buah
kapal sahaja!

Malah Syahbandar telah menawarkan bantuan dalam bentuk tentera dan kapal
perang dari para pedagang luar jika terjadinya perang dengan Portugis. Pendapat
serta tawaran Syahbandar untuk membantu pertahanan Kota Melaka telah diterima
baik oleh Sultan Mahmud.

Dengan demikian Afonso de Albuquerque telah mengadakan perbincangan dengan
semua anak kapalnya tentang strategi peperangan. Rui de Araujo yang telah
mendapat banyak faedah daripada maklumat yang dikumpulkan daripada orang-
orang dalam negeri Melaka yang bersimpati dengannya semasa beliau ditahan
di penjara, telah memberikan cadangan supaya tentera Portugis menyerang dan
menguasai jambatan di atas sungai Melaka yang memisahkan dua petempatan
kota tersebut kepada bahagian utara dan selatan. Di sebelah utara terletak tempat

tinggal para pedagang luar dan bandar Melaka,5 sementara di sebelah selatan pula
adalah lokasi kawasan istana, petempatan golongan bangsawan, para pembesar
dan pegawai-pegawai kerajaan serta masjid jamek Melaka.

Rui de Araujo menambah bahawa dengan menyerang dan merampas jambatan
tersebut maka bukan sahaja akan memutuskan semua hubungan diantara
petempatan utara dengan selatan, malah tentera Portugis yang dibahagi dua untuk
menyerang kawasan utara dan selatan jambatan juga boleh saling bantu membantu
di antara satu sama lain dengan menyeberangi sahaja jambatan tersebut. Walaupun
penghadangnya rendah, namun cukup sebagai benteng yang melindungi mereka
daripada serangan mana-mana tentera Islam.6 Cadangan yang sangat strategik ini
terus dipersetujui oleh Afonso de Albuquerque.

SERANGAN PERTAMA KE ATAS KOTA MELAKA

Apabila tiba masa yang ditetapkan, iaitu hari yang dipercayai oleh orang-orang
166 Kristian Katolik sebagai hari perayaan pengikut Nabi Isa as yang bernama Saint

James, menjelang waktu subuh angkatan tentera Afonso de Albuquerque yang
dibahagikan kepada dua pasukan yang akan mendarat berhampiran dengan
kedua bahagian hujung jambatan yang memisahkan utara dengan selatan
kota Melaka, mula berangkat untuk menyerang dengan menyasarkan ke arah
jambatan dan menguasainya. Maka pecahlah perang diantara tentera Portugis
dengan orang-orang Melaka.

Menurut kitab Sulalatus Salatin:

5 Di sebelah jambatan yang memisahkan penempatan ke arah utara wujud sebuah penempatan yang
dikenali sebagai Upeh. Ianya merupakan tempat tinggal para pedagang Keling, China, Jawa dan
lain-lain kaum asing. Pada masa ini tempat tersebut dikenali sebagai Trankerah, iaitu daripada asal
nama Portugis tranqueira yang bermaksud benteng, pertahanan
6 T.F Earle & John Villiers, op.cit. Hlm 107

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 1511 167

“Maka Sultan Ahmad 7 pun mengerahkan segala rakyat menghadirkan kelengkapan.
Maka berperanglah Peringgi dengan orang Melaka: dibedilmya dari kapal, seperti
hujan datangnya, bunyinya seperti guruh dari langit; rupa kilat apinya seperti kilat
di udara, dan bunyi istinggar seperti kacang direndang. Maka segala orang Melaka
tiada lagi boleh berdiri di pantai, maka Peringgi pun naiklah melanggar, dikeluari
oleh orang Melaka, lalu berperang terlalu ramai.

Sultan Ahmad pun keluar naik gajah, Jinak Ci namanya; Seri Udani di kepala gajah,
Tun Ali hati di buntut gajah, makhdum Sadar Jahan dibawa baginda bertimbal
rengka, kerana baginda berguru Ilmu Tauhid kepadanya.

7 Selepas mendapat tahu bahwa rupa-rupanya bendahara Tun Mutahir telah difitnah atas
tuduhan merencanakan perampasan kuasa baginda yang mengakibatkan seberat-berat hukuman
dijatuhkan kepada bendahara, serta anak dan menantunya tanpa usul periksa, Sultan Mahmud sangat
kesal sehingga akhirnya membuat keputusan untuk ‘membuang negeri’. Putera baginda telah dilantik
bergelar Sultan Ahmad. Maka pada waktu itu Melaka mempunyai raja tua dan raja yang memerintah.
Peristiwa ini telah dirakamkan dalam Sulalatus Salatin di bawah tajuk “Sultan Mahmud membuang
kerajaan”. Sultan Mahmud dan Sultan Ahmad telah mengambil peranan secara langsung dalam
menentang tentera Portugis.

Lukisan Portugis yang menggambarkan Sultan Melaka menunggang gajah bersama para
pengikutnya di luar pintu gerbang Istana Melaka.

Maka Sultan Ahmad pun pergilah ke jambatan mendapatkan Peringgi; terlalu
banyak hulubalang mengiringkan baginda; maka oleh Sultan Ahmad Shah,
ditempuh baginda dengan segala hulubalang. Peringgi pun pecah berhamburan,
lalu ke air; sekeliannya undurlah ke perahunya. Maka dibedilnya dari kapal dengan
meriam yang besar-besar seperti halilintar bunyinya. Maka Sultan Ahmad berdiri di
atas gajah baginda di hujung jambatan, khabar pun baginda tiada akan bedil yang
seperti hujan lebat datangnya itu. Maka Makhdum berpegang dua-dua tangannya
pada kiri kanan rengka: kata Makhdum Sadar Jahan pada Sultan Ahmad: ‘ Hei
Sultan, di sini bukan tempat Tauhid, mari kita kembali.’ Maka Sultan Ahmad pun
tersenyum, lalu baginda pun kembalilah ke istana.”

Perlawanan diantara tentera Portugis dan raja Melaka berlaku dengan begitu
sengit. Hulubalang Melaka yang lengkap bersenjata dengan ahli-ahli pemanah
dengan anak panah beracun serta menggunakan sumpitan beracun telah berhasil
membunuh serta mencederakan ramai tentera Afonso de Albuquerque. Tuan
Bandan yang merupakan ketua pasukan tentera diraja Melaka yang ditugaskan
168 untuk mempertahankan jambatan, dengan 700 orang-orang Jawa bergegas naik ke
jambatan di bahagian kota dan menyerang tentera Portugis, namun dua pasukan
Afonso de Albuquerque dari kedua-dua bahagian jambatan (dari arah bandar dan
masjid) yang menyaksikan kejadian tersebut telah melontar lembing-lembing
sehingga memaksa pihak Islam untuk berundur, malah ada yang terjun ke dalam

Perlawanan diantara tentera Portugis dan raja Melaka
berlaku dengan begitu sengit. Hulubalang Melaka yang
lengkap bersenjata dengan ahli-ahli pemanah dengan
anak panah beracun serta menggunakan sumpitan
beracun telah berhasil membunuh serta mencederakan
ramai tentera Afonso de Albuquerque.

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 1511

Ilustrasi tentang perang yang berlaku antara angkatan tentera Kesultanan Melaka 169
menentang angkatan tentera Portugis pada tahun 1511.

sungai apabila mendapati mereka diserang dari kedua-dua arah, lalu dibunuh oleh
pihak musuh yang sudah sedia menunggu di bawah. Dalam serangan ini Tuan
Bandan dan dua orang pengiringnya telah terbunuh.

Satu ketika, gajah yang ditunggangi Sultan Ahmad telah mengenai lembing-
lembing yang dilontarkan oleh pihak musuh sehingga menjadi keliru. Dalam
kesakitan menghadapi maut, gajah tersebut telah membelit tuannya dengan belalai
lalu meneriak dengan sekuat-kuatnya sehingga menghancurkan jasadnya menjadi
cebisan-cebisan kecil. Dalam keadaan demikian, Sultan Ahmad yang menerima
luka di tangan baginda telah membuang semua pengenalan dan pakaian diraja
sehingga tiada siapa dapat mengenalinya.

Menurut Sulalatus Salatin:

“Maka orang Peringgi, gajah Sultan Ahmad dikepungnya, dibanyak-banyakinya;
maka Sultan Ahmad pun beradakkan tombak dengan Peringgi, kena tapak tangan

Lokasi asal Masjid Agung Kesultanan Melaka yang terletak berhampiran jambatan
Kota Melaka. Masjid Agung ini telah dimusnahkan ketika Portugis berjaya menakluki Kota
Melaka pada tahun 1511.

baginda, luka sedikit. Maka oleh Sultan Ahmad digedangkannya tangannya, titah
baginda: “Hei anak Melayu, lihatlah tangan kita!” Setelah melihat tangan Sultan
170 Ahmad luka itu, maka segala hulubalang Melayu pun tampil pula beramuk dengan
Peringgi.”

Afonso de Albuquerque selanjutnya memerintahkan pasukannya membakar
bahagian bandar sebaik sahaja angin mula bertiup sementara yang lain diperintah
membakar istana raja yang terletak dekat dengan masjid. Dengan demikian
api merebak dengan pantas sehingga sebahagian besar kota Melaka semarak
terbakar. Keadaan ini menyebabkan orang-orang Melaka gegas berundur sehingga
mengamankan pihak Portugis buat seketika.

Sampai dini hari, tentera Portugis yang mula keletihan dan kelaparan kerana belum
makan dari mula pecahnya perang, ditambah dengan kepanasan matahari yang
begitu terik, telah mengambil keputusan untuk berundur seketika, lalu kembali ke

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 1511

Lokasi asal Istana Kesultanan Melaka yang terletak di atas Bukit Melaka (kini dinamakan 171
Bukit St. Paul).

kapal mereka. Pengunduran ini dilanjutkan sehingga sekitar 16 hari, dan digunakan
dengan sebaik mungkin oleh kedua-dua belah pihak untuk mengatur semula
strategi peperangan, menguatkan kubu-kubu pertahanan, memasang perangkap
di lokasi-lokasi strategik serta menokok-tambah senjata-senjata mereka yang
berbagai jenis.

KEKALAHAN TENTERA PORTUGIS

Peperangan pertama ini dimenangi oleh angkatan tentera Melaka. Portugis
mengalami kekalahan teruk sehingga menyebabkan mereka terpaksa berundur.
Di samping itu, sebahagian kapten Portugis memujuk Afonso de Albuquerque
untuk menghentikan usaha penaklukan Melaka. Kekalahan yang mereka alami itu
menyebabkan mereka yakin bahawa mereka tidak akan dapat menawan Melaka.
Fernao Lopes De Castanheda mencatatkan dalam History of The Exploration &
Conquest of The Indies By The Portuguese seperti berikut:-

Apabila Albuquerque menyedari bahawa kejadian yang berlaku ternyata
bertentangan dengan apa yang telah diramalkan, beliau memutuskan agar
seluruh angkatan tentera kembali ke kapal armada. Ia tidak boleh dilaksanakan
untuk mengutuskan sebahagian tentera ke kapal armada untuk membawa balik
makanan kerana setiap tentera yang bersama dengannya memang benar-benar
diperlukan. Tidak mungkin untuk mereka dapat mengukuhkan kubu di jambatan
dalam keadaan tenteranya mengalami keletihan sebagaimana dirinya. Mereka
tidak mampu untuk membangunkan kubu kayu. Jika beliau mara ke kawasan
masjid, pasti akan mengalami kekalahan disebabkan musuh akan mengatasi
tentera-tenteranya. Atas sebab-sebab sedemikian, beliau mengambil
keputusan untuk berundur. 8

Apabila tidak menerima sebarang jawapan, Kapten Major berunding dengan
kapten-kaptennya tentang apa yang perlu dilakukan. Beliau telah memutuskan
bahawa oleh kerana Melaka adalah terlalu kuat, maka amat bodoh untuk
memeranginya. Di samping pulang ke pelabuhan, mereka harus kembali ke
172 India sebelum “monsun kecil” ‘berakhir. Jika mereka tidak pulang, mereka perlu
menunggu tiga atau empat bulan untuk “monsun besar” dan tiada tempat untuk
menunggu, mereka akan merasa kehilangan. Adalah lebih baik untuk kehilangan
orang-orang tawanan yang masih tinggal di darat dari kehilangan seluruh armada,
yang pasti akan hilang jika mereka menentang musuh yang telah bersedia untuk
melakukan sedaya upaya bagi memusnahkannya, jika armada Portugis kekal lebih
lama.9

8 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 333
9 Ibid. Hlm 97

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 1511

Ilustrasi pedagang China memberikan bantuan kepada angkatan tentera Portugis dengan 173
membekalkan jong-jong serta maklumat berkenaan Kota Melaka kepada Portugis.

PENGKHIANATAN TERHADAP SULTAN

Sejak kekalahan pertama dengan angkatan tentera Melaka, Afonso de Albuquerque
mula menyusun kembali strateginya untuk menawan Kota Melaka. Beliau
cuba mendapatkan maklumat-maklumat sulit tentang pertahanan Melaka dari
pembesar-pembesar dan pedagang-pedagang asing beliau telah sogok. Fernao
Lopes De Castanheda mencatatkan bagaimana maklumat sulit Melaka dibocorkan
kepada Portugis. Beliau mencatatkan seperti berikut:-

Terdapat begitu banyak insiden yang menunjukkan kesombongan Sultan, yang
mana Gabenor tidak dapat bersabar lagi, lalu memutuskan untuk memulakan
perang ke atas Sultan. Ini kerana beliau kini tahu tentang maklumat terperinci
berkaitan pertahanan di kota ini, misalnya tentang bilangan angkatan tentera
yang dimiliki Sultan dan di mana senjata-senjata api diletakkan. Beliau
memberikan arahan agar serangan ke atas kota dilakukan oleh pasukan bot-bot

kapal, sebahagian daripada mereka bersenjatakan meriam berat dan juga dengan
menggunakan dua bot panjang yang telah ditawan.10
Rui D ‘Araujo menyatakan pendapatnya kepada Gabenor bahawa sekiranya dia
berjaya menawan jambatan, maka Sultan akan menyerah diri.Walau bagaimanapun,
sebagaimana yang dilihat selepas itu, pendapat ini adalah salah, dan juga Rui D
‘Araujo tidak tahu keadaan sebenarnya, tetapi hanya bercakap berdasarkan apa
yang dilihatnya sahaja. Ketua-ketua orang Cina memberikan maklumat yang
lebih baik mengenai kekuatan angkatan tentera Melaka, dan mereka melihat
bahawa kuasa Portugis adalah begitu kecil, iaitu hanya satu per sembilan belas
daripada ukuran tentera Melaka. Mereka menasihati Gabenor agar tidak mendarat
dan memberikannya fakta sebenar tentang angkatan tentera Melaka. Musuh boleh

10 Ibid. Hlm 325

174

Ilustrasi dua orang pembesar Kesultanan Melayu Melaka yang melakukan pengkhianatan
dengan memberikan maklumat sulit kepada Afonso de Albuquerque.

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 1511 175

dikalahkan dengan baik dengan melakukan kepungan, kata mereka kerana tentera
Melaka akan terputus bekalan mereka sendiri dan bergantung kepada makanan
yang masuk melalui jalan laut. Jadi, jika bekalan melalui jalan laut terputus maka
angkatan Melaka boleh mengalami kebuluran dan membawa kepada kekalahan.11

Satu perkara penting yang berlaku semasa tercetusnya perang di antara tentera
Portugis dengan Raja Melaka, adalah unsur-unsur pengkhianatan yang dilakukan
oleh seorang pedagang dan orang besar Jawa iaitu Utimuraja sehingga menatijahkan
kerugian yang besar di pihak pertahanan Raja Melaka. Utimuraja yang dikatakan
orang kedua paling berpengaruh di Melaka dan mempunyai lebih lima atau enam
ribu orang-orang suruhan termasuk yang dimiliki oleh ahli keluarganya dengan
perdagangan yang meluas di merata dunia secara rahsia telah menghantar hadiah
kepada Afonso de Alburquerque dengan permintaan agar beliau sekeluarga dan
masyarakatnya diberi jaminan perlindungan oleh pihak Portugis.12

Utimuraja memohon persahabatan dan menyatakan hasrat untuk berkhidmat
dengan Raja Portugal di Melaka. Memandangkan status Utimuraja yang sangat kaya
dan berpengaruh, maka Afonso de Albuquerque telah bersetuju untuk menerima
tawaran persahabatan serta berjanji untuk memberikan perlindungan kepada
beliau dan masyarakat Jawa, dengan syarat beliau tidak memberikan sebarang
pertolongan lagi kepada Raja Melaka dan menurut apa permintaan baginda.

Dengan demikian penggembilangan orang-orang suruhan Utimuraja serta
masyarakat Upeh yang ramai dari kepulauan Jawa mengalami kegagalan

11 Ibid. Hlm 327
12 Utimuraja telah diberi kepercayaan untuk menjadi ketua bagi daerah Upeh, yang mana di tempat ini
merupakan penempatan orang-orang dari kepulauan Jawa seperti Tuban, Japara, Sunda termasuk
Palembang di Sumatera. Riwayat lain menyatakan orang suruhan Utimuraja di darat dan laut melebihi
sepuluh ribu orang. Rujuk M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511.
Hlm 159

berikutan Utimuraja telah meminta mereka untuk tidak menolong pasukan Melaka
menentang Portugis. Hal ini merupakan antara punca tentera Portugis tidak dapat
ditewaskan dengan mudah.13

Bagaimanapun beberapa hari kemudian Afonso de Albuquerque merasa marah
kerana mendapat maklumat beberapa orang Utimuraja telah menolong Sultan
Melaka membina kubu-kubu pertahanan lalu memprotes kepadanya. Dalam
pembelaannya, Utimuraja menyatakan bahawa ianya hanya suatu muslihat supaya
Sultan Melaka tetap mempercayainya dan tidak mengusirnya kerana beliau
bukan anak tempatan tetapi adalah orang luar. Alasan ini diterima oleh Afonso de
Albuquerque sebagai suatu yang munasabah.14

Dalam tempoh pengunduran ini juga, beberapa perubahan penting telah berlaku.
Antaranya sikap para pedagang luar yang mulai gusar dengan peperangan yang
tercetus di antara Portugis dengan Melaka. Mereka telah memohon kepada Sultan
supaya menghentikan peperangan dan mengadakan perjanjian damai serta
176 menerima semua syarat-syarat pihak Portugis, walhal pada awalnya wakil mereka
iaitu Syahbandarlah yang beria-ia meminta Sultan melawan Portugis malah berjanji
untuk menghantar bantuan tentera dan kapal-kapal perang.

Kemudian apabila mereka mendapat maklumat bahawa tentera Portugis tidak
berniat untuk menyerang mereka dan perang yang berlaku hanyalah dengan

13 Orang-orang Utimuraja yang turut berperang dengan pasukan Melaka dikatakan kurang bertenaga
dan lemah. Sultan Ahmad beranggapan mungkin kerana mereka tidak dibayar gaji, lalu semasa tempuh
‘gencatan senjata’ diantara dua belah pihak, telah bertindak memberikan mereka gaji serta bayaran
pendahuluan untuk beberapa bulan berikutnya sebagai suatu bentuk insentif, supaya apabila perang
berikutnya tercetus lagi, kali ini mereka dapat menghadapinya dengan lebih bersemangat dan
meningkat kekuatan. Walhal, yang sebenarnya adalah mereka mengikuti arahan Utimuraja yang
berpura-pura menolong Sultan Melaka, tetapi di belakang baginda telahpun membuat perjanjian
menyokong pihak D’ Albuquerque
14 T.F. Earle dan John Villiers. 1995. Albuquerque Caesar Timur : Teks-teks Pilihan daripada Afonso
de Albuquerque dan Anaknya. Hlm 113-114

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 1511 177

Sultan Melaka dan orang Melayu tempatan, maka sokongan para pedagang luar
kepada Sultan Melaka mulai goncang atas dasar pragmatik. Nasihat beberapa
wakil pedagang supaya Sultan Ahmad menerima syarat Portugis tidak diendahkan
baginda. Dengan demikian para pedagang ramai yang memohon pas laluan untuk
bersegera meninggalkan pelabuhan Melaka seperti pedagang China15 dan Burma.

SERANGAN KEDUA KE ATAS KOTA MELAKA

Setelah dua minggu berundur dari menyerang Melaka, maka Afonso de
Albuquerque memutuskan untuk menyerang Melaka sekali lagi. Berikutan itu, pada
hari Jumaat bersamaan 8 Ogos 1511 angkatan tentera Portugis telah menyerang
Melaka buat kali kedua. Sebelum subuh, pasukan Afonso de Albuquerque
Portugis yang kali ini berpakat untuk bergabung keseluruhannya sebagai satu
batalion terus menyerang ke arah jambatan. Berlakulah perang yang lebih sengit
dengan hulubalang Melaka yang kali ini telah bersiap sedia dengan berbagai
alat peperangan serta pembinaan kubu-kubu pertahanan. Istinggar, anak panah
beracun, meriam yang dilengkapi dengan peluru plumbum, kapal-kapal perang,
lela, rentaka merupakan senjata-senjata Melayu yang digunakan untuk melawan
orang-orang Portugis.

Setelah beberapa lama berlakunya serang-menyerang, bedil-membedil, panah-
memanah dan tembak menembak di antara kedua belah pihak, sehingga sabur

15 Pedagang China yang dari awal lagi telah memilih untuk bersahabat dan menyebelahi pihak
Portugis, telah menawarkan sokongan dan khidmat mereka kepada D’ Alburquerque atas dakwaan
Sultan Melaka telah melayan mereka dengan buruk. Bagaimanapun tawaran tersebut telah ditolak
kerana dasar Portugis adalah untuk menentang orang-orang Islam secara sendirian dengan hanya
memohon pertolongan daripada St James sebagai ‘wasilah’ mereka. Namun pedagang China telah
diminta untuk membantu dalam bentuk meminjam kapal-kapal mereka kerana armada Portugis tidak
mempunyai kelengkapan kapal yang cukup untuk membuat pendaratan semasa perang. Pedagang
China juga diminta untuk memerhatikan bagaimana kehebatan pasukan Portugis dalam peperangan
supaya mereka boleh membawa khabar tersebut kepada Maharaja mereka di China. Kedua-dua
permintaan ini telah dipersetujui dengan sukarela. Rujuk M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents
on Malacca From 1509-1511. Hlm 163

Ilustrasi angkatan tentera Melaka melakukan serangan dengan menggunakan perahu
berapi ke atas kapal besar (galleon) Portugis.

178 Kota Melaka selama lebih sepuluh hari dengan peperangan yang tidak henti-henti
siang dan malam,16 ditakdirkan angkatan Portugis berhasil menguasai jambatan,
menawan masjid, menyerang serta memusnahkan kubu-kubu orang Melaka
sehingga habis musnah bandar Melaka menyebabkan akhirnya mereka terpaksa
berundur keluar dari kota Melaka.17 Dengan pantas pasukan Portugis membina tiga
buah kubu yang kuat, sebuah di sebelah bandar, sebuah di sebelah masjid dan
sebuah lagi di atas jambatan. Arahan diberi untuk membunuh semua orang Melayu
tempatan yang ditemui di mana-mana sahaja. Menurut catatan Portugis:

16 Peperangan yang panjang ini telah menyebabkan penduduk Melaka menderita kebuluran, lalu
dalam ikhtiar mencari bekalan makanan telah dibunuh oleh tentera Portugis yang mabuk darah
dan berkeliaran mencari mangsa
17 Bagi rakyat tempatan yang mempunyai dusun, mereka mencari perlindungan di dusun-dusun
tersebut, sedangkan mereka yang tidak mempunyai dusun telah lari ke dalam hutan

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 1511 179

“Orang Islam yang bilangannya terlalu ramai, lelaki, perempuan dan kanak-kanak
mati oleh pedang dan tidak ada nyawa yang tidak melayang .” 18

Sulalatus Salatin mencatatkan:

“Maka Melaka pun alahlah, dinaiki oleh Peringgi dari ujung balai, tiba-tiba lalu ke
dalam. Maka segala orang Melaka pun larilah; maka Sultan Mahmud Syah pun
berlepaslah. Adapun akan Bendahara ditandu orang dibawa lari, Si Lamat Gagah
nama orang yang menandu itu. Maka Peringgi pun datanglah berturut-turut, maka
kata Bendahara pada si Lamat Gagah: “Baliklah! Baliklah! Langgarkan aku pada
Peringgi!”. Maka tiada diberi oleh anak cucunya. Maka kata Bendahara: “Ceh!
Cabarnya segala orang muda-muda ini, apa daya aku telah tepok, kalau aku lagi
kuasa, mati aku dengan negeri Melaka ini! ” 19

Bagaimanapun, sebelum sempat pasukan Afonso de Albuquerque menjarah
istana Sultan, baginda sempat menghimpunkan kesemua perbendaharaan istana
dan dibawa bersama-sama dengan isteri-isteri, putera-puteri, para dayang dan
pegawai-pegawai istana keluar dari Kota Melaka sehingga kedatangan tentera
Portugis ke sana tidak ditemukan lagi barang-barang berharga. Keadaan ini sangat
menghampakan orang-orang Portugis sehingga sebahagian dari mereka telah
bertindak membakar istana tanpa pengetahuan Afonso de Albuquerque.

18 Ibid. Hlm 126
19 Bendahara yang dimaksudkan ini dikenali juga dengan nama Bendahara Lubok Batu, Bendahara
Paduka Tuan atau Bendahara Tepok disebabkan keadaannya yang telah lumpuh di usia tua. Beliau
merupakan putera Tun Perak dan dijadikan bendahara oleh Sultan Mahmud selepas tragedi
pembunuhan Tun Mutahir tiga beranak (dengan anaknya Tun Hassan dan menantunya Tun Ali)
setelah difitnah oleh si Kitul dan Mandeliar dalam tahun 1510. Di zaman mudanya, Bendahara
Lubok Batu merupakan seorang pahlawan yang gagah dan turut dalam beberapa ekspedisi
Melaka melawan Siam. Setelah kematian Bendahara Tun Mutahir, apabila dimaklumkan akan
titah Sultan untuk melantiknya menjadi Bendahara, langsung ia berkata: “Bendahara apatah ini,
yang tepok dan lesu demikian ini?” Maka Paduka Tuan bermohon tidak mahu jadi bendahara,
tetapi Sultan Mahmud tetap berkeras dan tetaplah ia setia menurut perintah baginda

Dengan berundurnya Sultan Melaka dan tertawannya
istana, maka secara rasminya Kota Melaka dapat
ditawan oleh Portugis. Setelah penaklukan tersebut,
Portugis pun mula membina kubu mereka yang
diberi nama A Famosa. Di samping itu, Portugis turut
membina gereja mereka di Melaka.

TERTAWANNYA KOTA MELAKA

Dengan berundurnya Sultan Melaka dan tertawannya istana, maka secara rasminya
Kota Melaka dapat ditawan oleh Portugis. Setelah penaklukan tersebut, Portugis
pun mula membina kubu mereka yang diberi nama A Famosa. Di samping itu,
Portugis turut membina gereja mereka di Melaka.

Portugis turut melakukan “Portuguese Inquisition” ke atas Melaka iaitu satu proses
180 penghapusan Islam secara total. Semua masjid-masjid dirobohkan atau ditukar

menjadi gereja. Batu-batu nisan pada makam umat Islam habis dibongkar dan
dicabut. Umat Islam juga dipaksa memeluk agama Kristian. Mereka diseksa dengan
seksaan yang penuh kejam seperti mana yang dilakukan ke atas umat-umat Islam
di India.20

Sultan Mahmud Syah dan para pembesarnya telah melarikan diri ke Johor dan
kemudiannya baginda melarikan diri ke Kampar, Sumatera. Putera baginda yang
bernama Sultan Alauddin Riayat Syah II telah ditabalkan menjadi Sultan Kerajaan
Johor Lama yang berpusat di Kota Tinggi. Dari situ baginda melakukan beberapa
serangan dan ancaman terhadap Portugis di Melaka. Seorang lagi putera Sultan
Mahmud Syah iaitu Sultan Muzaffar Syah pula dirajakan di Perak. Kedua-dua buah

20 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 353a

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 1511

Lokasi asal Kubu Bentayan yang terletak di sebuah perhentian bas 181
di Muar.

kerajaan Melayu itu menggantikan Kesultanan Melayu Melaka yang diranapkan
oleh Portugis.

Seusai perang, perkara pertama yang dilakukan oleh Afonso de Albuquerque
adalah mengarahkan bala tenteranya untuk merampas semua senjata serta apa
juga barangan yang ditinggalkan oleh orang-orang Melaka yang telah berundur
keluar. Dikecualikan daerah Upeh yang diketuai oleh sekutu Portugis iaitu Utimuraja
serta rumah-rumah kepunyaan pedagang-pedagang luar seperti Pegu, Kling dan
Jawa selain rumah Nina Chatu memandangkan beliaulah orang yang telah banyak
berjasa dalam membantu para tawanan Portugis secara rahsia, termasuk Rui de
Araujo sebelum ini.21

21 Ruy de Araujo masih ingat lagi akan kebaikan yang ditunjukkan oleh Nina Chatu semasa
penawanan beliau dan orang-orang Kristian lain dalam tahun 1509 M. Nina Chatu yang
merupakan saudagar Keling telah banyak menolong mengurangkan penderitaan Araujo dan
rakan-rakan banduan yang lain di Melaka.

Antara yang dirampas adalah 3,000 buah meriam, 2,000
daripadanya diperbuat daripada gangsa dan sebuah
yang lain merupakan hadiah Raja Calicut kepada
Sultan Melaka. Kesemua meriam ini dilengkapi dengan
roda. Malahan menurut Rui de Araujo serta Nina Chatu
bahawa sebenarnya terdapat lebih 8,000 buah meriam
di kota Melaka.

Antara yang dirampas adalah 3,000 buah meriam, 2,000 daripadanya diperbuat
daripada gangsa dan sebuah yang lain merupakan hadiah Raja Calicut kepada
Sultan Melaka. Kesemua meriam ini dilengkapi dengan roda. Malahan menurut Rui
de Araujo serta Nina Chatu bahawa sebenarnya terdapat lebih 8,000 buah meriam
di Kota Melaka. Ini tidaklah menghairankan kerana Melaka mempunyai sumber
tembaga serta bijih timah yang banyak malah pembuat meriam mereka disebut
182 sebagai setanding dengan pembuat meriam Jerman. Malah semasa berlakunya
pecah perang di antara Portugis dengan Melaka, wujud gabungan pihak Melaka di
sepanjang pantai yang terus-menerus membedil pasukan Afonso de Albuquerqaue
dari semua arah yang menunjukkan bilangan bedil yang mencecah beribu-ribu
buah.22

Terdapat juga senapang lantak, sumpitan beracun, panah dan anak panah, baju
besi, tombak serta senjata-senjata yang lain dari pelbagai jenis yang berhasil
dirampas. Afonso de Albquerque juga telah didatangi oleh berbagai pihak seperti
para pedagang luar yang meminta jaminan kedamaian dengan mengingatkan beliau
tentang janjinya dahulu bahawa perang Portugis bukan disasar pada pedagang
luar, melainkan Sultan Melaka dan orang-orang Melayu tempatan. Afonso de

22 Ibid. Hlm 181

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 1511 183

Albuquerque memberikan jaminan keselamatan kepada mereka, saki-baki orang-
orang Melayu yang terperangkap dan masih tinggal di Melaka telah diberi kata dua,
samada untuk bersumpah setia dengan Raja Portugal dalam tempuh 14 hari, jikalau
enggan mereka akan dilayan sebagai musuh dan menerima padahnya.

Utimuraja yang menunjukkan sikap kontradiksi yakni bekerjasama dengan Sultan
Melaka namun dalam masa yang sama juga bersekongkol dengan Portugis telah
diberikan perlindungan oleh Afonso de Albuquerque. Beliau datang menyerahkan
dirinya dan memohon maaf diatas tindakannya menyerahkan anaknya untuk
berkhidmat kepada Sultan Mahmud Shah menentang pihak Portugis namun telah
membayarnya dengan harga yang mahal apabila ramai orang-orangnya terbunuh
sementara beliau sendiri mengalami cedera parah. Afonso de Albuquerque
mengambil keputusan untuk memaafkan Utimuraja namun orang-orangnya
diperintahkan untuk mengawasi gerak-gerinya bagi mengelakkan kemungkinan
pengkhianatan di pihaknya lagi.

Sangkaan Afonso de Albuquerque menjadi kenyataan apabila Utimuraja dilantik
menjadi ketua bagi masyarakat Muslim Melaka. Beliau telah menggunakan
kesempatan ini untuk berhubung semula dengan Sultan Mahmud yang sedang
dalam buangan, selain melakukan apa yang boleh untuk menyekat pentadbiran
Portugis. Tindak-tanduknya segera dihidu lalu Afonso de Albuquerque telah
menangkapnya dan memerintahkan agar beliau dan keluarganya dihukum
bunuh.23

23 Albuquerque, Hlm 128. Rujuk juga M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From
1509-1511. Hlm 189-191

SIAPA AFONSO DE ALBUQUERQUE?

Afonso de Albuquerque (1453-1515 Masihi)
merupakan seorang jeneral tentera laut Portugis
yang terkenal atas peranan pentingnya membantu

memperkembang luaskan jajahan
Portugal di Lautan Hindi. Beliau
pernah menjadi Gabenor atau
Raja Muda atau Wizurai India
dari 1509-1515 Masihi,
selain menjadi tokoh yang
bertanggungjawab
dalam meruntuhkan
Kesultanan Melaka
pada 24hb Ogos 1511,

184 belakangan membina kota
A Famosa bagi menyekat
penentangan orang-orang
Melayu.

Afonso de Albuquerque
berasal dari keluarga
bangsa wan Portugal dan
Castile. Dilahirkan di Alhandra
berhampiran Lisbon. Ayahnya

Ilustrasi wajah Afonso de Albuquerque.

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 1511 185

Goncalo de Albuquerque memegang jawatan penting dalam istana, sementara
ibunya Leonor de Menezes terkait dengan keluarga diraja Portugal melalui keturunan
luar nikah. Oleh kerana mempunyai darah raja dan tradisi keluarga yang telah lama
berkhidmat dengan Raja Portugal, Afonso de Albuquerque tumbuh membesar di
istana Raja Afonso V (1438-1481).

Belakangan Afonso de Albuquerque telah dipilih untuk berkhidmat kepada
pemerintah dalam pengembaraan ke Maghribi, Afrika dan Castilia di Sepanyol.
Di Maghribi, beliau bermastautin selama 10 tahun sebagai pegawai pemerintah
di Anafe. Di tempat inilah beliau mula memperolehi pengalaman dalam bidang
ketenteraan sekaligus menyemai serta memupuk rasa kebencian yang mendalam
terhadap Islam. Beliau juga banyak mempelajari teknik-teknik peperangan, kaedah
menghancurkan kota-kota, menyiksa dan membunuh penduduk serta mencacatkan
tahanan dan pesalah dengan cara yang kejam.

Kita akan mudah faham jika kita ingat bahawa kebenciannya terhadap Islam
diambil kira sebagai pemangkin semangat waja untuk memerangi Islam serta
keberanian kepahlawanannya, bertekad menghapuskan umat Islam di mana
jua ditemui. Ianya menjadi motif kuat dalam kempen ketenteraan Afonso de
Albuquerque di Asia, malah dia berazam untuk berkhidmat kepada raja dengan
memperluaskan empayar Kristian.

Belakangan Afonso de Albuquerque telah dipilih untuk
berkhidmat kepada pemerintah dalam pengembaraan
ke Maghribi, Afrika dan Castilia di Sepanyol. Di
Maghribi, beliau bermastautin selama 10 tahun
sebagai pegawai pemerintah di Anafe. Di tempat inilah
beliau mula memperolehi pengalaman dalam bidang
ketenteraan sekaligus menyemai serta memupuk rasa
kebencian yang mendalam terhadap Islam.

Dikatakan bahawa Afonso de Albuquerque merupakan orang yang sangat taat
pada agamanya dan dihormati dalam urusan agama Kristian. Dia banyak memetik
daripada kitab Injil Latin dalam ucapan-ucapannya. Namun pengetahuannya
tentang kitab Injil tidak menjadikannya sebagai orang yang berperi kemanusiaan.
Catatan sejarah telah menunjukkan dengan jelas cita-cita besar Afonso de
Albuquerque untuk mendapatkan Jerusalem. Menurut kepercayaan orang-orang
Kristian dan Yahudi, sesiapa saja yang berhasil menggenggam Jerusalem akan
menggenggam dunia. Maka di atas keyakinan inilah Afonso de Albuquerque telah
menyusun strategi ke arah merealisasikan cita-cita tersebut, tambahan pula beliau
mendapat sokongan padu sekaligus tajaan dari Raja Portugal iaitu Raja Manuel I
dan restu dari Paus di Vatican sendiri.

186

Jurusalem, Palestin yang di dalamnya terletak Masjid al-Aqsa menjadi cita-cita Afonso de
Albuquerque untuk menaklukinya.

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 1511

Afonso de Albuquerque juga menyokong hasrat
untuk menggabungkan dua pemerintah Kristian dari
Ethiopia dan Portugal bagi membolehkan orang-orang
Portugis menggunakan pelabuhan-pelabuhan Ethiopia
khususnya Massawa di Laut Merah. Ia dapat dijadikan
pangkalan untuk menceroboh empayar Mamluk,
menawan Madinah dan mencuri jasad Rasulullah ‫ﷺ‬
bagi digunakan sebagai tebusan untuk mengambil
kembali kota Jerusalem.

Antara rencana Afonso de Albuquerque adalah mengupah jurutera-jurutera 187
Portugis yang berpengalaman untuk bekerja di pergunungan Madeira, menggali
satu terusan merentasi Ethiopia dari Sungai Nil hingga ke Laut Merah bagi
memesongkan haluan Sungai Nil supaya Mesir berubah menjadi padang pasir.24

Afonso de Albuquerque juga menyokong hasrat untuk menggabungkan dua
pemerintah Kristian dari Ethiopia dan Portugal bagi membolehkan orang-orang
Portugis menggunakan pelabuhan-pelabuhan Ethiopia khususnya Massawa di
Laut Merah. Ia dapat dijadikan pangkalan untuk menceroboh Empayar Mamluk,
menawan Madinah dan mencuri jasad Rasulullah ‫ ﷺ‬bagi digunakan sebagai
tebusan untuk mengambil kembali kota Jerusalem sekaligus menuntut supaya
semua umat Islam meninggalkan Tanah Suci seperti yang pernah dilakukan oleh
jirannya Sepanyol yang mengusir umat Islam dari Granada kecuali mereka yang
setuju untuk dimurtadkan.25 Afonso de Albuquerque juga mempunyai hasrat untuk
menjadi Caesar Kristian.

24 T.F Earle dan John Villiers. 1995. ‘Albuquerque Caeser Timur, Teks-teks pilihan oleh Afonso
de Alburquerque dan anaknya’. Hlm 27
25 Lihat antara lain:Wikipedia.”http://ms.wikipedia.org/wiki/Afonso_de_Albuquerque”

Afonso de Albuquerque juga bercita-cita untuk bergabung dengan Raja
Vijayanagar, raja Hindu yang memerintah Samorin dengan menghantar surat
melalui dutanya Friar Luis untuk menyerang penduduk Islam di Calicut pada
1509. Perikatan dengan orang Hindu ini bermatlamat menghapuskan orang Islam
di beberapa tempat di India dengan cara merampas perdagangan dari saudagar-
saudagar Islam.

Semenjak pergantian gabenor Portugis dari tangan de Almeida ke tangan Afonso
de Albuquerque pada tahun 1509, percaturan politik Portugis meningkat agresif.
Tenteranya diarahkan membuat provokasi demi provokasi, mengambil pendekatan
‘offensive, not defensive’ iaitu disuruh menyerang, bukan sekadar menahan
serangan saja. Goa di Hindi yang diduduki Portugis dalam tahun 1510 dijadikan
markas besar, dari sini tentera Portugis dapat membuat serangan demi serangan
secara teratur terhadap semua pihak lawannya.

Pada tahun 1507 armada Afonso de Albuquerque telah berhasil menyerang dan
188 menundukan Pulau Ormuz mengakibatkan Portugal dapat menguasai perdagangan

di antara India dengan Eropah melalui Teluk Parsi. Pada akhir tahun 1510 pula,
Afonso de Albuquerqe menakluki Goa.

Selepas menakluki Goa, sebilangan penduduknya yang beragama Hindu telah
membantu Afonso de Albuquerque membunuh orang-orang Islam yang cuba
melarikan diri, mereka dibakar hidup-hidup bersama dengan orang-orang
Kristian yang menukar agama mereka dan semua bangunan orang-orang
Islam dibinasakan. Afonso de Albuquerque nekad untuk tidak membenarkan
seorang umat Islam pun untuk tinggal di Goa, mahupun memasuki kota
tersebut kecuali orang-orang Hindu. Hal ini jelas dalam isi kandungan
suratnya kepada Raja Manuel I pada tarikh 22 Disember 1510 setelah berhasil
menawan kota Goa. Antara lain beliau menulis:

5 PERANG MELAKA-PORTUGIS 1511

189

Gereja St. Catherine yang terletak di Goa, India ini dibina oleh Afonso de Albuquerque
pada tahun 1510 ketika Portugis berjaya menguasai Goa.

“Kemudian saya membakar kota tersebut dan membunuh setiap orang di situ.
Selama empat hari orang Tuanku tidak berhenti-henti menumpahkan darah.
Di mana sahaja kami pergi tiada seorang pun orang Islam yang terlepas. Kami
membawa mereka ke masjid lalu kami bakar mereka. Para petani dan sami Hindu
kami kecualikan. Kami dapati bahawa 6,000 jiwa Islam, perempuan dan lelaki
terkorban dan ramai daripada askar berjalan kaki dan pemanah mereka mati.
Tuanku, ini merupakan pencapaian yang cemerlang dan hebat. Goa adalah tempat
yang penting dan agung tetapi tidak ada tindakan yang diambil terhadap kezaliman
yang dilakukan oleh orang Islam terhadap rakyat Tuanku.” 26

Untuk membiayai tentera Portugis, tidak cukup dengan perdagangan saja
sehingga berlaku juga perompakan-perompakan dan pembunuhan-pembunuhan
terhadap kapal-kapal dagang Islam, termasuk yang sedang dalam perjalanan
menunaikan ibadat haji ke Mekah. Atas permintaan kerajaan Islam Gujerat
serta Yaman Selatan telah menyebabkan kerajaan Mesir menyampaikan protes
kepada Paus di Vatican dan mengancam akan membuat tindak balas terhadap
190 orang-orang Kristian yang mengunjungi Palestin, yang waktu itu berada dalam
kekuasaan orang-orang Islam. Akibatnya Paus mengirimkan peringatan kepada
Raja Manuel dari Portugal,27 malangnya ikhtiar tersebut bagaikan ‘mencurah air
ke daun keladi’.

26 Ibid. Hlm 31-32
27 B. Schrieke. 1957. Indonesian Sosiological Studies, Part Two. Hlm 234

KPSKOEEEKLNREAJTMAULATGAAHIHSAAANBPNUIMTKEEAKLNNADOKIALSOEPGBAIDABAKAN

6

192

PENGGUNAAN SENJATA API DALAM KESULTANAN MELAYU MELAKA

Jauh sebelum kedatangan penjajah barat iaitu pada awal abad ke-
16, masyarakat di Alam Melayu telah lama menggunakan senjata api.
Teknologi membuat senjata api ini dipercayai dibawa dari dunia Arab
oleh pedagang-pedagang dan pendakwah-pendakwah Islam sejak
dari zaman awal dakwah Islam di Alam Melayu.1

1 Wan Ikhlas Wan Mokhtar. 2015. Pandai Besi Meriam. Dlm Mariyam Jameelah Ghazali (penyt).
Ensiklopedia Kejuruteraan Alam Melayu. Hlm 25

6 KEKALAHAN MELAKA PADA PORTUGIS BUKAN 193
DISEBABKAN KELEMAHAN TEKNOLOGI SENJATA API

Terdapat dokumen dan bukti arkeologi yang menunjukkan bahawa pedagang-
pedagang Arab telah memperkenalkan penggunaan belerang, senjata api ringan
(gonne), senapang, pemuras dan meriam kepada masyarakat di Alam Melayu seperti
Jawa, Aceh dan Batak melalui perdagangan sekitar awal hingga ke pertengahan
abad ke-14.2

Stamford Raffles menulis dalam History of Java bahawa pada tahun 1247 tahun
saka bersamaan 1325 Masihi, meriam telah digunakan secara meluas di Jawa
terutama oleh kerajaan Majapahit. Dicatatkan bahawa kerajaan-kerajaan kecil
yang berada di Jawa yang tunduk di bawah kekuasaan Majapahit terpaksa
menyerahkan meriam yang dinamakan Nyai Setomi dan meriam-meriam kecil
kepada Raja Majapahit.3

Di samping itu, terdapat beberapa catatan dari ahli akademik barat yang jelas
membuktikan bahawa masyarakat di Alam Melayu khususnya pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka telah pun memiliki kemahiran menempa atau
membuat meriam sebelum kedatangan penjajah-penjajah barat ke rantau ini.
Sebagai contoh, Michael W. Charney menulis di dalam bukunya yang bertajuk
Southeast Asian Warfare, 1300-1900 seperti berikut:-

“Terdapat penemuan yang ketara tentang kewujudan tempat pembuatan meriam
di Alam Melayu. Pada tahun 1511 sebagai contoh, Afonso de Albuquerque teruja
dengan pembuatan meriam di Melaka yang mana beliau sifatkan setanding dengan
pembuatan meriam di Jerman.4

2 Apoorv shelke et al. (tahun penerbitan tidak dinyatakan) The Bullet: Contains all basic Information.
Hlm 75-76
3 Thomas Stamford Raffles. 1930. The History of Java. Hlm 106
4 Michael W. Charney. 2004. Southeast Asian Warfare, 1300-1900. Hlm 59


Click to View FlipBook Version