The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssskbatukikir, 2021-04-29 09:29:06

Rahsia Penaklukan Melaka 1511

Rahsia Penaklukan Melaka 1511

Melayu hingga melahirkan ungkapan ‘Melayu itu Islam’, dan memeluk Agama
Islam itu bererti ‘Masuk Melayu’ ”. 34

Kenyataan di atas merupakan suatu pengesahan ilmiah tentang peranan sultan-
sultan Melaka yang berhasil memperluaskan ruanglingkup makna yang tersirat
di sebalik kalimah ‘Melayu Melaka’. Iaitu dari asal muasalnya ditakrifkan sebagai
suatu kaum, Melayu, yang berkerajaan kecil di Bukit Siguntang dalam wilayah
Palembang, Sumatera, berubah menjadi suatu konsep, idea, gagasan yang mengikat
berbagai kaum di rantau ini dalam satu ikatan agama dan budaya yang mana pusat
rujukan dan induk asalnya adalah Kesultanan Melayu Melaka.

Sehingga hari ini pun, dalam konteks Perlembagaan Negara Malaysia
(Perkara 160), Melayu tetap ditakrifkan begitu, bukan dalam konteks perkauman
suku kaum yang sempit tetapi dalam ikatan agama budaya yang didefinisikan
sebagai ‘beragama Islam, berbahasa Melayu dan lazim beradat istiadat Melayu’.35

94 Maka zaman Kesultanan Melaka disebutkan sebagai zaman emas dalam sejarah
Melayu berperanan sebagai pusat ketamadunan dan peradaban yang terunggul
di rantau ini sehingga menjadi lambang kesedaran kebangsaan (national
consciousness) yang amat berwibawa. Keagungan dan kegemilangan Kesultanan
Melaka tetap bersemadi dalam ingatan kolektif orang-orang Melayu sehingga hari
ini dan terpendam hasrat serta cita-cita yang besar untuk mengembalikan jatiri,
identiti dan budaya kemelayuan unggul sebagaimana yang pernah berlaku di
zaman Melaka.

34 John L Esposito. 1999. Oxford History of Islam. Hlm 426
35 Dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 160, ditambah “Seseorang yang mendakwa dirinya
Melayu hendaklah membuktikan juga bahawa dia lahir samada di Persekutuan atau di Singapura
sebelum hari Merdeka atau dapat membuktikan bahawa dia adalah anak kepada ibu atau bapanya
yang lahir di Persekutuan atau di Singapura sebelum Merdeka.”

RKBOAERTHASSUIMANEKGLEGANUKAHAPMA EPNOARKTLUUGKISI

4

96

DENDAM PEMIMPIN KRISTIAN EROPAH TERHADAP PENAKLUKAN
KONSTANTINOPLE

Para pemimpin Kristian di Eropah berasa sangat terkesan dengan
penaklukan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad al-Fatih pada
tahun 1453. Peristiwa penaklukan Kota Konstantinople benar-benar
mengejutkan mereka dan memberikan kesan yang sangat mendalam.
Perasaan marah, dendam, kecewa, takut dan rendah diri menyelubungi
hati-hati mereka.

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS 97
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Mereka mula membayangkan ancaman dan serangan yang bakal dilancarkan
ke atas mereka dari Konstantinople yang mana pada ketika itu telah ditukarkan
menjadi nama Kota Istanbul oleh Daulah Uthmaniyah. Oleh itu, golongan agamawan
Kristian Katolik ini memainkan peranan yang penting untuk memulihkan kembali
semangat mereka. Para penyair juga berusaha membangkitkan perasaan marah
yang menyalakan api dendam di kalangan para pemimpin dan masyarakat dengan
syair-syair mereka. Perasaan pemusuhan terhadap orang-orang Islam semakin
membara.1

Dengan itu, Paus Nicholas V berusaha untuk menyatukan pemimpin-pemimpin
Kristian di Eropah. Beliau menggesa mereka melupakan segala persengketaan
dan perasaan dendam di kalangan mereka supaya dapat bersatu menghadapi
musuh yang paling utama iaitu Daulah Uthmaniyah. Para pemimpin, paderi dan
bangsawan juga kerap mengadakan pertemuan dan mesyuarat bagi menghadapi
kuasa baru di Eropah itu iaitu Daulah Uthmaniyah. Paus Nicholas V juga memimpin
satu pertemuan yang berlangsung di Roma, Itali bagi menghadapi dan memerangi
Daulah Uthmaniyah. Pertemuan itu dihadiri oleh pakatan kerajaan-kerajaan
Kristian di Eropah. Mereka bertekad untuk melancarkan serangan ke atas Daulah
Uthmaniyah. Namun serangan itu terpaksa ditangguhkan berikutan kematian
Paus Nicholas V. Menurut riwayat, punca kematian Paus Nicholas V ialah kerana
beliau sentiasa berasa sedih dan murung yang keterlaluan disebabkan kejatuhan
Konstantinople ke tangan Sultan Muhammad al-Fatih. Paus Nicholas V meninggal
dunia pada 25 Mac 1455 setelah mengalami kesedihan yang melampau.2

Setelah itu, Putera Philipp dari Burgundy membangkitkan semangat orang ramai
untuk berperang menentang Daulah Uthmaniyah. Dia menyeru agar semua
pemimpin Kristian bersatu memerangi orang-orang Islam. Seruannya itu disambut

1 Mehmet Maksudoglu. 2011. Osmanli History and Institutions. Hlm 171
2 Ibid

Persediaan melancarkan perang ke atas Daulah
Uthmaniyah itu dipimpin sendiri oleh Paus di Roma
yang baru dilantik menggantikan Paus Nicholas V iaitu
Paus Pius II. Beliau yang memiliki kemahiran berpidato
mampu membangkitkan semangat orang-orang
Kristian. Kefasihannya dalam berkhutbah menarik hati
mereka untuk menyertai beliau melancarkan perang
ke atas Daulah Uthmaniyah.

oleh para bangsawan, pahlawan dan masyarakat awam yang fanatik terhadap
agama Kristian. Serangan ke atas umat Islam ini didogmakan menjadi satu
kepercayaan suci dalam agama Kristian yang menyebabkan ramai dari mereka
bersemangat untuk terlibat dalam perang bagi menunaikan tanggungjawab pada
agama mereka. Persediaan melancarkan perang ke atas Daulah Uthmaniyah
itu dipimpin sendiri oleh Paus di Roma yang baru dilantik menggantikan Paus
Nicholas V iaitu Paus Pius II. Beliau yang memiliki kemahiran berpidato mampu
98 membangkitkan semangat orang-orang Kristian. Kefasihannya dalam berkhutbah
menarik hati mereka untuk menyertai beliau melancarkan perang ke atas Daulah
Uthmaniyah. Para raja, golongan bangsawan, pahlawan dan rakyat jelata telah
pun melakukan persediaan untuk berperang setelah semangat mereka dikobar-
kobarkan oleh Paus Pius II.

Di samping itu, Paus Pius II juga berusaha untuk menghapuskan Islam di Eropah
dengan menyebarkan agama Kristian di kalangan orang-orang Islam.Antara langkah
yang diambil olehnya ialah beliau telah memujuk orang-orang Turki untuk memeluk
agama Kristian. Beliau juga telah mengutuskan surat kepada Sultan Muhammad al-
Fatih dan meminta baginda untuk memeluk agama Kristian. Sebagai balasan, beliau
berjanji untuk sentiasa menyokong sultan, memberkati dan melindungi baginda
serta mengeluarkan surat jaminan untuk masuk syurga kepada Sultan Muhammad

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS 99
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

al-Fatih. Namun usaha Paus Pius II ini ternyata sia-sia. Keimanan orang-orang Turki
pada agama Islam sangat teguh. Tidak ada yang mampu menarik mereka untuk
menukarkan agama sekali pun dengan emas dan permata. Oleh yang demikian,
Paus Pius merasakan bahawa satu-satunya jalan untuk menghancurkan Islam ialah
dengan perang.

Walaupun Paus Pius dapat membangkitkan semangat orang-orang Kristian untuk
melancarkan perang ke atas orang-orang Islam, namun beliau gagal mendamaikan

pemimpin-pemimpin Kristian di Eropah. Permusuhan dan
dendam yang berlaku antara satu
sama lain sukar dipadamkan.
Ketika waktu perkumpulan
untuk melancarkan serangan ke
atas Daulah Uthmaniyah itu tiba,
banyak negara di Eropah yang

membatalkan hasrat mereka
untuk bergabung dalam angkatan
perang tersebut. Ini kerana mereka
masih tidak dapat menyelesaikan
masalah dalaman antara mereka.
Sebagai contoh, tentera-tentera dari
England dan Perancis tidak dapat
bergabung dalam satu pasukan.3

Surat Paus Pius II kepada Sultan Muhammad
al-Fatih pada tahun 1462 yang memujuk baginda
untuk memeluk agama Kristian.

3 Ibid

Perang yang berlarutan sekitar seratus tahun antara England dan Perancis
menyebabkan angkatan tentera mereka berasa penat untuk berperang dengan
Daulah Uthmaniyah di samping permusuhan yang ketara antara kedua-dua pihak
tersebut yang memustahilkan untuk mereka bergabung. Selain itu, angkatan
tentera dari Sepanyol juga tidak dapat menyertai perang menentang Uthmaniyah
kerana mereka sedang penat menghadapi perang menentang orang-orang Islam di
Andalusia. Beberapa pemimpin di Itali pula dilihat cuba mengambil sikap berkecuali
dan terus menjaga hubungan dengan Daulah Uthmaniyah disebabkan mereka takut
harta benda mereka akan musnah memandangkan wilayah mereka berhampiran
dengan Daulah Uthmaniyah.

Rancangan pakatan tentera Kristian di Eropah untuk menyerang Daulah
Uthmaniyah akhirnya gagal secara mutlak berikutan kematian Paus Pius II pada
tahun 1464. Hanya angkatan tentera Hungary yang melancarkan perang ke
atas Daulah Uthmaniyah namun mereka tewas. Kerajaan Venice pula terpaksa
mengadakan perjanjian persahabatan dengan Daulah Uthmaniyah kerana
100 memelihara kepentingan dan kemakmurannya. Kuasa Daulah Uthmaniyah pula
semakin kuat dan melebar ke Eropah. Daulah Uthmaniyah berjaya menakluki
wilayah Serbia, Greece, Wallachia, Morea, Moldavia, Crimea dan Pulau Rhodes.
Penaklukan ini berlaku dalam waktu yang singkat di mana Sultan Muhammad
al-Fatih berjaya memecah belahkan perikatan tentera-tentera Kristian
di Eropah sekaligus berjaya menguasai wilayah-wilayah mereka.4

4 Ibid

Kerajaan
Khan Crimea

Kerajaan
Wallachia

a l i Laut Adriatik Laut Hitam
101
Daulah Uthmaniyah
It
Laut Mediterranean Kesultanan Mamluk

WILAYAH KEKUASAAN DAULAH UTHMANIYAH
DI BAWAH PEMERINTAHAN SULTAN
MUHAMMAD AL-FATIH

Dengan itu, penaklukan Kota Konstantinople oleh Sultan Muhammad al-Fatih
pada tahun 1453 itu telah merangsang kerajaan-kerajaan Kristian Eropah untuk
menguasai wilayah-wilayah Islam di luar Eropah. Mereka menyedari bahawa
amat sukar bagi mereka untuk menyekat kemaraan Daulah Uthmaniyah secara
langsung. Oleh itu, mereka harus memecahkan jaringan kekuatan umat Islam yang
menjadi punca kekuatan Daulah Uthmaniyah terutama dari sudut ekonomi dengan
menguasai sumber perdagangan umat Islam yang berada di luar Eropah. Perkara
ini telah disahkan oleh Papal Bull 5 pada 8 Januari 1455.

5 Satu pengisytiharan awam yang dikeluarkan oleh Paus dari Gereja Kristian Katolik

102

Papal Bull bertarikh 8 Januari 1455 yang
dikeluarkan oleh Paus Nicholas V menggesa
kerajaan-kerajaan Kristian di Eropah untuk
menakluki sumber-sumber ekonomi kerajaan Islam
di luar Eropah. Papal Bull ini dikeluarkan berikutan
penaklukan Konstantinople oleh Sultan Muhammad
al-Fatih pada tahun 1453.

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS 103
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

KONFLIK UTHMANIYAH DAN PORTUGIS SEBELUM PENAKLUKAN
MELAKA

Konflik di antara Portugis dan Sepanyol bermula seawal tahun 1481 apabila Portugis
dan Uthmaniyah terlibat dalam perang yang mana Portugis sendiri memanggilnya
sebagai Perang Salib Turki. Pada musim panas tahun 1480 atas arahan Sultan
Muhammad al-Fatih, pasukan tentera Uthmaniyah meneruskan kemaraan mereka
ke Itali. Sekitar 18,700 angkatan tentera Uthmaniyah di bawah pimpinan panglima
Gedik Ahmad Pasha berjaya menawan Kota Otranto yang terletak di selatan Itali.
Kejayaan itu memberi kebimbangan yang besar kepada para paderi Kristian di
Eropah pada ketika itu. Namun begitu, kemangkatan Sultan Muhammad al-Fatih
sejurus selepas kejayaan menakluki Kota Otranto, membantutkan kemaraan
Uthmaniyah ke seluruh Itali.6

Oleh itu pada 8 April 1481, Pope Sixtus IV mengeluarkan arahan kepada raja-raja di
Eropah untuk melancarkan perang salib ke atas Turki Uthmaniyah. Bagi menyahut
arahan dari pemimpin Kristian itu, kerajaan Portugal bersama kerajaan-kerajaan
lain di Eropah memutuskan untuk menghantar pasukan tentera bagi mengusir
penguasaan Uthmaniyah ke atas kota tersebut. Kerajaan Portugal telah menghantar
sepasukan tentera perang di bawah pimpinan Garcias Meneses untuk membantu
kerajaan-kerajaan Kristian yang lain menentang angkatan tentera Uthmaniyah. Maka
pada 1 Mei 1481, Kota Otronto berjaya direbut kembali dari tentera Uthmaniyah.7

Peristiwa ini memberi amaran kepada kerajaan-kerajaan Kristian di Eropah bahawa
kekuatan Uthmaniyah perlu dibendung. Mereka mendapati bahawa salah satu cara
untuk melemahkan Uthmaniyah ialah dengan merampas perdagangan rempah

6 Christopher D. Nelson. 2017. Otranto, Battle of (1480-1481). Dlm Jeffrey M. Shaw dan Timothy
J. Demy (penyt.) War and Religion : An Encyclopedia of Faith and Conflict (Jilid I). Hlm 623
7 Kenneth M. Setton. 1978. The Papacy and The Levant (1204 -1571) (Jilid II). Hlm 372

Sejurus selepas keluar dari zaman kegelapan ilmu
pengetahuan, Portugal yang kedudukannya secara
geografi lebih jauh dari Alam Melayu berbanding Turki
Uthmaniyah telah sedar tentang kepentingan Kota
Melaka bagi perdagangan di dunia. Prof Azyumardi
Azra telah memetik teori Schrike tentang matlamat
Portugis menguasai Melaka.

dunia dari tangan umat Islam di mana perdagangan rempah ini memberi manfaat
ekonomi kepada kerajaan-kerajaan Islam termasuk Uthmaniyah. Kebetulan, pada
waktu itu, Melaka menjadi pusat perdagangan rempah di timur.

Sejurus selepas keluar dari zaman kegelapan ilmu pengetahuan, Portugal yang
kedudukannya secara geografi lebih jauh dari Alam Melayu berbanding Turki
Uthmaniyah telah sedar tentang kepentingan Kota Melaka bagi perdagangan
104 di dunia. Prof Azyumardi Azra telah memetik teori Schrike tentang matlamat
Portugis menguasai Melaka. Menurut Schrike, niat Portugis untuk meluaskan
penguasaannya di kepulauan Melayu mesti dilihat dari kesinambungan perang salib
yang berlaku di Eropah dan Timur Tengah. Hakikatnya, Portugis sangat bercita-cita
untuk meningkatkan kemasyhuran, maruah dan kekayaan yang disertakan dengan
semangat keagamaan yang tinggi.8

Setelah tewas berkali-kali dengan tentera Islam dalam perang salib, keperitan
orang-orang Portugis, Sepanyol serta orang-orang Kristian di Eropah bertambah
apabila Sultan Muhammad al-Fatih berjaya menakluki Konstantinople yang
merupakan ibu kota empayar Rom. Peristiwa ini menambahkan dendam mereka

8 Azyumardi Azra. 2002. Jaringan Global dan Lokal Islam Nusantara. Hlm 38

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS 105
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

terhadap umat Islam. Bangsa-bangsa Eropah terutamanya Portugis dan Sepanyol
sedar bahawa kunci untuk menewaskan kekuatan umat Islam ialah dengan
menguasai perdagangan dunia. Komoditi utama perdagangan dunia pada ketika
itu ialah rempah dan tempat pengeluaran rempah di dunia adalah di kepulauan
Nusantara.

Di samping itu, Kota Melaka menjadi pelabuhan utama bagi perdagangan rempah
di dunia. Perkara ini sangat disedari oleh bangsa-bangsa Eropah yang baru sahaja
keluar dari zaman kegelapan. Mereka tidak mampu menewaskan kuasa-kuasa
besar Islam seperti Uthmaniyah dan Mamluk dengan serta merta. Maka cara
mereka untuk melemahkan penguasaan Islam ialah dengan menakluki sumber
kekayaan kuasa-kuasa besar Islam itu. Maka dengan itu, Portugis merancang untuk
menakluki Melaka dan Maluku. Kota Melaka sebagai pelabuhan utama perdagangan
rempah, manakala Maluku pula ialah pengeluar utama rempah ratus.

Ilustrasi kapal pelayaran
Portugis ke bahagian
timur dunia yang
meletakkan lambang
salib pada setiap layar
mereka. Hal ini jelas
sekali membuktikan
mereka membawa misi
Perang Salib.

Perkara-perkara ini meningkatkan keazaman Portugis untuk menjajah kepulauan
Melayu yang merupakan sumber kekayaan dunia pada ketika itu melalui
penguasaan perdagangan rempah. Berikutan dengan terusirnya orang-orang Islam
dari Semenanjung Iberia (Portugal dan Sepanyol) pada tahun 1492, semangat
mereka untuk menewaskan umat Islam dan mengambil alih khazanah ilmu-ilmu
Islam semakin berkobar-kobar.
Schrieke yang menekankan tentang semangat perang salib yang menjadi antara
faktor peguasaan Portugis ke timur dengan menyatakan seperti berikut :-
Semangat agama yang tercermin dalam tradisi Perang Salib dan kenangan
perjuangan yang pahit kepahitan melawan orang-orang Islam di Semenanjung
Iberia sudah pasti terus menjadi suatu motivasi yang sangat penting ......Unsur
agama juga tetap menjadi satu faktor yang signifikan dalam politik Sepanyol pada

106

Gereja Idanha yang terletak di Portugal ini pada asalnya adalah sebuah gereja Rom.
Kemudian ianya ditukarkan menjadi masjid ketika Islam memerintah Andalusia pada tahun
715 Masihi. Kemudian ia ditukarkan kembali menjadi gereja apabila Portugal menakluki
wilayah ini. Pada tahun 1497, Raja Dom Manuel telah membaik pulih gereja ini.

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Ilustrasi serangan tentera Salib Portugal ke atas Kota Lisbon bagi merampas kota tersebut 107
dari penguasaan pemerintah Islam.

masa-masa berikutnya. Bagi penduduk di Semenanjung Iberia, penganut Islam
dipanggil ‘Moor’ dan mereka menjadi sasaran kebencian.9

Pada zaman perang salib, Portugis, Sepanyol dan orang-orang Kristian di Eropah
secara keseluruhannya meletakkan kebencian yang ketara di dalam hati mereka
terhadap orang-orang Islam. Sekian lama minda orang-orang Portugis sangat
berkait rapat dengan kisah lagenda pemimpin Kristian yang hidup pada abad
ke-12 yang mereka begitu sanjungi iaitu Prester John. Beliau dikatakan pernah
menewaskan orang-orang Islam dan berjaya memiliki wilayah kekuasaan hingga ke
timur. Dengan ‘bantuannya’, mereka berharap bahawa mereka mampu berperang
dengan orang-orang Islam dan menamatkan penguasaan orang-orang Islam ke
atas dunia.

9 Ibid. Hlm 39

Kekuatan yang dimiliki oleh orang-orang Islam ini antara punca utamanya
ialah penguasaan mereka ke atas jalur perdagangan dunia. Orang-orang Islam
menguasai jalur perdagangan ke timur melalui darat dan laut. Pedagang-pedagang
Islam menguasai jalur perdagangan di darat yang melalui jalan sutera dan jalur
perdagangan laut yang melintasi Lautan Hindi. Situasi ini membuatkan kerajaan-
kerajaan Islam di barat seperti Mamluk dan Uthmaniyah berada dalam keadaan
yang kukuh.

Saingan terhadap perkembangan agama, perdagangan dan kuasa politik di Lautan
Hindi bermula sejak tahun 1492 lagi iaitu ketika orang-orang Eropah terutamanya
yang berada di Semenanjung Iberia keluar dari zaman kegelapan ilmu pengetahuan.
Pada tahun 1492, orang-orang Sepanyol berjaya menguasai Granada, wilayah Islam
terakhir di Andalusia. Oleh itu, mereka mengambil manfaat daripada ilmu-ilmu yang
ditinggalkan oleh orang-orang Islam.

Mereka juga mengamalkan polisi “Inkuisisi Sepanyol” iaitu proses pembantaian
108 umat Islam dan penghapusan kesan-kesan Islam. Perkara yang sama telah

dilakukan oleh Portugis ketika mereka menawan Andalusia barat dari Umat Islam.
Umat-umat Islam dan bangsa Yahudi yang melarikan diri dari kekejaman Sepanyol
itu sebahagian besarnya melarikan diri ke Istanbul bagi mendapatkan perlindungan
dari Sultan Beyazid II.

Di Eropah, bangsa yang pertama bangkit dari zaman kegelapan ialah bangsa
Sepanyol dan Portugis. Ini kerana mereka telah mendapat manfaat ilmu yang
ditinggalkan oleh orang-orang Islam di Andalusia. Portugis dan Sepanyol banyak
mendapat manfaat dari ilmu-ilmu yang ditinggalkan oleh para ilmuwan Islam
terutamanya dalam ilmu bidang pelayaran.

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS 109
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Dengan itu, Raja Portugal iaitu Raja Dom Joao II10 telah melakukan misi peninjauan
dan perisikan ke atas wilayah-wilayah kerajaan Mamluk di timur tengah sekaligus
berhasrat untuk menemui sumber perdagangan rempah di timur. Hal ini dapat
dibuktikan dengan pengutusan dua orang pelayar Portugis yang fasih berbahasa
Arab iaitu Pero de Covilha dan Afonso de Pavia.11 Dalam masa yang sama juga,
sebelum berlakunya persaingan di Lautan Hindi antara Sepanyol dan Portugis,
seorang pelayar Potugis yang bernama Bartholomeu Diaz telah berjaya tiba di
bahagian paling selatan Afrika pada tahun 1488. Beliau juga membuktikan bahawa
pelayaran ke India boleh dilakukan dari situ.12

Usaha Portugis untuk menjelajah lebih jauh ke dunia timur berhasil apabila pada
27 Mei 1498, satu ekspedisi pelayaran Portugis yang diketuai oleh Vasco de
Gamma berjaya mendarat di Calicut, India. Dengan itu, semangat mereka semakin
berkobar-kobar untuk meluaskan penguasaan mereka di bahagian timur terutama
di India dan gugusan kepulauan Melayu yang sangat kaya dengan perdagangan
rempah ratus.13

Usaha Portugis untuk menjelajah lebih jauh ke
dunia timur berhasil apabila pada 27 Mei 1498, satu
ekspedisi pelayaran Portugis yang diketuai oleh Vasco
de Gamma berjaya mendarat di Calicut, India. Dengan
itu, semangat mereka semakin berkobar-kobar untuk
meluaskan penguasaan mereka di bahagian timur
terutama di India dan gugusan kepulauan Melayu yang
sangat kaya dengan perdagangan rempah ratus.

10 Memerintah Portugal dari tahun 1481 hingga 1495. Setelah kematiannya, takhta Kerajaan
Portugal diwarisi oleh sepupunya iaitu Raja Dom Manuel
11 Mehmet Maksudoglu. 2011. Osmanli History and Institutions. Hlm 171
12 Izziyah Suryani Arshad. 2009. Kekuasaan Portugis Di Timur dan Hubungannya Dengan
Kerajaan Uthmaniyah. Dlm Farid Mat Zain (penyt.). Daulah Uthmaniyah dan Alam Melayu. Hlm 2.
13 Ibid. Hlm 3

Kapal Vasco de Gama dikemudikan dari timur Afrika ke Lautan Hindi oleh seorang
nakhoda Islam yang berasal dari Gujerat. Vasco de Gama juga meminta bantuan
dari kepakaran seorang pelayar Islam berbangsa Arab iaitu Ibn Majid. Portugis
terpaksa menggunakan kepakaran pelayar-pelayar Islam kerana pengetahuan
mereka terhadap jalur pelayaran di Lautan Hindi sangat terbatas. Dengan itu, Vasco
de Gama akhirnya berjaya berlabuh di Pelabuhan Malabar sebelum ke Calicut.

Sejak itu, Portugis berusaha merebut menguasai perdagangan umat Islam
dengan menguasai jalur laluan perdagangan rempah di timur dari tangan
pedagang-pedagang Islam. Mereka bukan sahaja membawa matlamat menguasai
perdagangan rempah, malah mereka juga membawa bersama dendam
agama yang tidak pernah pudar. Portugis sedar bahawa mereka tidak akan
mampu menewaskan kerajaan Islam yang terkuat pada zaman itu iaitu Daulah
Uthmaniyah. Apatah lagi Uthmaniyah baru sahaja berjaya menewaskan Byzantin
Rom dan menguasai Konstantinople iaitu kira-kira 40 tahun yang lalu.

110 Portugis memulakan rancangan mereka untuk menawan pelabuhan-pelabuhan
di India seperti Goa dan Calicut kerana pelabuhan ini merupakan salah satu
pelabuhan yang sangat penting dalam perdagangan rempah dunia. Rempah-
rempah dari timur yang dikumpulkan di pelabuhan Kota Melaka akan dibawa ke
India sebelum dibawa ke Istanbul melalui pelabuhan Iskandariah. Maka pelabuhan
Kota Melaka dan pelabuhan-pelabuhan di India dianggap penting bagi seluruh
pedagang Islam di dunia pada ketika itu.

Halil Inalcik menyatakan bahawa selepas Vasco da Gama tiba di India, kargo
rempah yang pertama tiba di Lisbon pada tahun 1501. Bagi menguasai secara
mutlak laluan perdagangan di Lautan Hindi, operasi armada laut Portugis
digerakkan pada kelajuan yang luar biasa. Maka semua pihak yang
berkepentingan merasa bimbang tentang perkembangan tersebut.

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Pada 18 Mei 1498, Vasco da Gama menghadap Zamorin (pemerintah ) Calicut untuk 111
memujuknya agar memberikan hak perdagangan eksklusif kepada Portugis dan
mengusir seluruh pedagang Islam dari Calicut.

Oleh itu, seawal tahun 1502, pemimpin Venice mengutuskan mesej ke Kaherah
memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya kesan yang buruk akibat
kejayaan Portugis itu. Sehubungan itu, Sultan Mamluk menghubungi pemerintah-
pemerintah di India dan memohon kepada mereka untuk menutup pasar-pasar
mereka ke atas Portugis. Kerajaan Mamluk juga memohon dan menerima keizinan
dari Sultan Uthmaniyah untuk mendapatkan khidmat pedagang-pedagang Turki
bagi berperang menentang Portugis.14

Sebagai musuh tradisi dalam perang-perang salib di Eropah dan Timur Tengah,
kedatangan orang Portugis ke Lautan India sememangnya mencurigakan
pedagang-pedagang Islam. Sejak zaman berzaman, pedagang-pedagang Islam

14 Abdullah al-Ahsan. 1999. Muslim and European Perceptions of Oceanic “Trade” in the Fifteenth
and Sixteenth Centuries and their Implications for International Politics. Intellectual Discourse (Jilid 7,
No 2). Hlm 173 -174

ini telah menjadi pemilik kepada jalur perdagangan di Lautan Hindi. Portugis
yang sememangnya begitu kuat memusuhi orang-orang Islam berazam untuk
menghapuskan orang-orang Islam seramai mungkin di wilayah yang mereka
kuasai.

Maka ketika Portugis merancang untuk menakluki Kota Melaka, mereka bukan
sekadar mahu menguasai kekayaan perdagangan Kota Melaka semata-mata. Apa
yang lebih utama ialah mereka telah membawa dendam Perang Salib. Hal ini diakui
sendiri oleh Portugis dan Sultan Melaka sebagaimana yang dicatatkan oleh Tome
Pires seperti berikut:-

Sayangnya, Melaka dikelilingi oleh para pengikut Muhammad (Islam) yang tidak
boleh bersahabat dengan kita (Portugis) disebabkan Melaka dalam keadaan kuat.
Tanpa adanya tekanan, orang-orang Islam tidak akan setia kepada kita. Mereka
selalu waspada, setiap mereka melihat kesempatan, mereka datang untuk
mengambil kesempatan tersebut. Melaka memiliki kekuatan dalam pelbagai bidang
112 yang bersifat duniawi, begitu juga dalam perkara rohani. Para pengikut Muhammad
(Islam) telah terkepung dan mereka tidak dapat pergi ke mana pun, mereka telah
melarikan diri sejauh yang mereka mampu. Masyarakat tersebut berpihak pada
satu sisi (Sultan), sedangkan para pedagang berpihak pada agama kita.
Muhammad (Orang Islam) akan hancur dengan kebenaran. Ia tidak akan
dapat melakukan apa pun kecuali ikut hancur. 15

Sultan berkata, “Kalian tidak memahami apa yang terjadi. Mereka (Portugis) datang
untuk mengintip-ngintip tanah kita agar mereka boleh kembali di kemudian hari
dengan membawa armada perang. Beta dan kalian sama-sama tahu bahawa

15 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account of East, From The Sea to
China and The Book of Francisco Rodrigues. Hlm 286

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Perang Diu yang berlaku di India pada tahun 1509 antara perikatan Uthmaniyah-Mamluk- 113
Gujerat-Calicut menentang angkatan tentera Portugis.

mereka akan menakluki dunia, menghancurkan dan menodai nama Nabi kita
yang suci. Biarkan mereka semua mati dan jika ada orang-orang yang datang lagi
setelah ini kita akan menghancurkan mereka di laut dan di darat. Kita memiliki
ramai pahlawan, jong dan emas lebih banyak dari kerajaan manapun. Portugal
terletak jauh di sana. Mari kita bunuh mereka semua.” 16

KEKAYAAN KOTA MELAKA YANG MENGIYURKAN PORTUGIS

Sejarah membuktikan bahawa Eempayar Kesultanan Melayu Melaka merupakan
sebuah pelabuhan yang terbesar dan terkaya di dunia di zaman kegemilangannya.
Sebagai sebuah kerajaan maritim, yang mana lokasinya terletak di pertengahan di
antara benua Arab dan China menjadikan ianya tempat tumpuan dan pertemuan

16 Ibid. Hlm 256

para pedagang dari seluruh dunia. Di samping itu, faktor kesuburan Alam Melayu
dan kestabilan cuaca turut mendorong Kota Melaka menjadi sebuah pelabuhan
pilihan utama pada ketika itu. Fakta ini dicatatkan oleh sejarawan Portugis dan juga
sejarawan tempatan.

Tun Seri Lanang menyatakan di dalam Sulalatus Salatin seperti berikut:-

“Maka segala dagang bawah angin dan dagang atas angin sekaliannya datang ke
Melaka, terlalu ramainya Bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala dagang
Arab dinamainya Malakat, yakni perhimpunan segala dagang, dari kerana banyak
pelbagai jenis dagang ada di sana; tambahan segala Orang Besar-besarnya pun
sangat saksama.” 17

Amat malang jika kita sendiri menganggap bahawa pelabuhan Melaka hanyalah
pelabuhan biasa yang sekadar menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang
sahaja. Para sejarawan Portugis mencatatkan bahawa Melaka merupakan
114 pelabuhan yang paling kaya di dunia pada ketika itu yang mana aktiviti perdagangan
sangat sibuk dan pesat dijalankan. Perkara ini sangat munasabah kerana barangan
yang paling bernilai sekitar abad ke-15 hingga abad ke-16 ialah rempah ratus
dan Melaka merupakan pusat perdagangan rempah ratus yang utama. Hal ini
menjadikannya pelabuhan paling kaya di dunia.

Dengan sebab itu, setelah Portugis keluar dari zaman gelapnya dan mereka
berjaya menawan sebahagian wilayah Andalusia, matlamat utama mereka
adalah untuk menguasai pelabuhan Melaka. Atas matlamat ini, Raja Portugal
mengeluarkan perbelanjaan yang sangat besar dan melakukan sedaya upaya usaha
penaklukan. Portugal juga menakluki pelabuhan Goa di India semata-mata untuk
dijadikan pengkalan bagi menakluki Melaka. Sekiranya Portugal gagal menawan

17 A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Hlm 80

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS 115
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Melaka, bererti mereka bakal muflis. Disebabkan mereka berjaya menawan Kota
Melaka, maka Portugal berjaya menjadi kuasa besar dunia pada ketika itu.18

Catatan-catatan sejarah terutamanya yang dinukilkan oleh penulis Portugis jelas
menunjukkan bahawa di zaman Kesultanan Melayu Melaka, pelabuhan Kota
Melaka pernah menjadi pelabuhan yang terkaya di dunia. Tidak syak lagi bahawa
kekayaan yang paling utama diperolehi oleh Melaka ialah melalui perdagangan
rempah. Alam Melayu atau Nusantara adalah bumi yang sangat subur. Di sini
pelbagai jenis rempah ratus yang sangat bernilai boleh didapati. Semua rempah
ratus di Nusantara ini dihantar ke Melaka untuk diperdagangkan di peringkat
dunia.19

Status Melaka sebagai pelabuhan yang terkaya di dunia ini diakui oleh
penulis-penulis Portugis. Antara catatan Portugis yang paling awal tentang
Melaka ialah catatan Tome Pires di dalam bukunya yang bertajuk Suma Oriental.
Sejurus selepas Portugis berjaya menawan Melaka iaitu pada tahun 1511, Raja
Manuel I telah melantik Tome Pires sebagai Bendahari Diraja yang bertugas
mengawal dan menjaga harta-harta perdagangan Portugis di Melaka dan Jawa.
Maka Tome Pires telah tiba di Melaka pada tahun 1512 dan beliau tinggal
di Melaka sehingga tahun 1515. Semasa di Melaka inilah beliau telah menulis
Suma Oriental yang bermaksud Dunia Timur.

Di dalam Suma Oriental, Tome Pires menukilkan seperti berikut:-

Barangsiapa yang dapat menguasai Melaka, maka dia sedang mencekik leher
(dapat menguasai) Venice. 20

18 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 231-235
19 Ibid. Hlm 341
20 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account of East, From The Sea to
China and The Book of Francisco Rodrigues. Hlm 287

116

Tidak diketahui adanya pelabuhan lain yang sebesar Melaka atau pun pelabuhan
di mana perdagangan barang-barang yang sangat berkualiti dan mahal dijalankan.
Segala barang yang berasal dari timur dapat ditemukan di sini, begitu juga segala
barang dari barat dijual di tempat ini. Tidak diragukan lagi bahawa perdagangan
Melaka merupakan sesuatu yang penting dan mendatangkan banyak keuntungan
serta kehormatan. Ini adalah sebuah tempat yang tidak akan pernah mengalami
penurunan, beralih-alih dan akan selalu berkembang dari kedudukannya. Di akhir
musim hujan, anda akan menemukan apa pun yang anda cari, bahkan kadangkala
(akan temui) lebih dari apa yang anda inginkan.21

21 Ibid. Hlm 228

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Ilustrasi kapal-kapal perdagangan yang besar berlabuh di pelabuhan Melaka ketika 117
zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Para raja berpergian (mengunjungi) ke Melaka. Melaka tidak dapat ditandingi oleh
pulau-pulau atau wilayah mana pun, disebabkan tempat ini merupakan pelabuhan
di mana angin musim berakhir. Di pelabuhan inilah berbagai jong dan kapal
berlabuh. Semua yang datang akan membayar cukai, mereka yang tidak mampu
membayar akan mempersembahkan hadiah yang bernilai setara dengan cukai.
Sultan melabur saham pada tiap-tiap jong yang keluar untuk berdagang. Dengan
cara inilah baginda mendapat wang dalam jumlah yang besar. Tidak ada keraguan
bahawa sultan-sultan Melaka memang kaya raya. 22

22 Ibid. Hlm 251

Kejayaan dan kekayaan Melaka terlalu besar sehingga tidak ada seorang pun
yang dapat menghitung nilai yang sebenarnya. Melaka merupakan sebuah kota
yang khusus dibuat untuk barang dagangan. Kota ini sangat sesuai bagi barang
dagangan, lebih dari kota mana pun di seluruh dunia, terutama di akhir musim
hujan, di awal musim berikutnya. Melaka terletak di tengah-tengah, dikelilingi oleh
wilayah-wilayah lain. Perdagangan dan perniagaan antarabangsa yang terletak
beberapa liga jauhnya, pasti melalui Melaka. Tempat ini akan memiliki kebesaran
dan kemakmuran yang tidak dapat dinafikan oleh tempat mana pun di seluruh
dunia.... 23

Penulis-penulis Portugis yang lain turut menyokong fakta yang dikemukakan oleh
Tome Pires bahawa Melaka adalah pelabuhan yang terkaya di dunia. Antaranya
Duarte Barbosa Damiam De Goes Fernao Lopez De Castanheda dan lain-lain.
Dengan sebab itu penaklukan Melaka menjadi matlamat utama Portugis disebabkan
kekayaannya. Malah ketika Portugis tiba di Melaka, mereka mendapat bahawa
Melaka adalah lebih kaya dari apa yang mereka dengar sebelum ini.
118
Duarte Barbosa mencatatkan dalam The Book of Duarte Barbosa tentang status
pelabuhan Melaka sebagai pelabuhan yang terkaya di dunia seperti berikut:-

Kota Melaka ini adalah pelabuhan yang terkaya dengan jumlah perdagangan borong
yang terbesar dan perkapalan serta perdagangan yang sungguh banyak yang boleh
didapati di seluruh dunia. Emas mengalir ke sana dengan banyaknya sehinggakan
para pedagang yang terkemuka berurusan dengannya. Mereka tidak menilai harta
mereka mahu pun simpanan mereka melainkan dengan emas yang berjumlah
berbahara-bahara yang mana satu bahara menyamai empat quintal.24

23 Ibid. Hlm 286
24 Mansel Longworth Dames. 1812. The Book of Duarte Barbosa. Hlm 175

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS 119
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Damiam De Goes menukilkan dalam The Chronicle of The Most Happy King Dom
Manuel of Glorious Memory seperti berikut:-

Pada masa ini, Melaka dikenali sebagai kota yang terkaya di dunia kerana para
peniaga yang tinggal di situ sangat kaya. Kekayaan mereka diukur dalam bahar-
bahar emas - satu bahar adalah bersamaan dengan empat “quintal”.25 Sebahagian
peniaga memiliki kekayaan mencecah sepuluh atau dua belas bahar. 26

Hasil mengalir masuk dari perdagangan. Sultan mengumpulkan wang dari
perkapalan dan cukai. Baginda menjadi begitu kuat sehingga baginda enggan
mengakui kekuasaan Raja Siam, yang mana baginda adalah di bawah naungannya.
Raja Siam tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada Melaka lagi kerana
ia telah menjadi sebuah pelabuhan antarabangsa yang hebat. Ia adalah pusat
perdagangan import dan eksport. Ia adalah pelabuhan yang kaya.27

Fernao Lopez De Castanheda mencatatkan dalam History of The Exploration &
Conquest of The Indies By The Portuguese seperti berikut:-

Perahu-perahu dari Sumatera iaitu dari Kerajaan Minangkabau yang sarat dengan
serbuk emas turut datang ke pelabuhan ini (Melaka). Begitu juga dengan lada sulah
yang datang dari pulau yang sama (Sumatera) dan juga dari Malabar. Barang-
barang datang dari India iaitu pantai Coromendel (bahagian pantai di selatan India),
Bengal, Tenasserim, Pegu (daripada sini barang-barang yang mahal dalam kuantiti
yang besar), cengkih dari Maluku, kopi dari Borneo, cokmar (selaput biji puah pala)
dan buah pala dari Banda; kayu cendana putih dan merah dari Timor. Dengan

25 Quintal adalah ukuran berat bagi Portugis. Satu quintal bersamaan 100 kilogram. Maka 10 bahar
emas bersamaan 4,000 kilogram emas
26 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 117
27 Ibid. Hlm 119

Melaka adalah pelabuhan terbesar bagi perdagangan
komoditi yang paling kaya yang dikenali di dunia.
Jong-jong dari China berlabuh di sana dengan
membawa emas, perak, mutiara, kasturi, stok-stok
ubatan akar kayu, permata, kain satin, kain bercorak,
kain taf, sutera yang ditenun, tembikar, peti keemasan,
cincin, dan barang-barang lain yang indah, lebih indah
daripada yang dibuat oleh sami-sami mereka.

perdagangan dalam semua komoditi yang telah disebutkan itu, ia (Melaka) adalah
pelabuhan terkaya di seluruh dunia. 28

Melaka adalah pelabuhan terbesar bagi perdagangan komoditi yang paling kaya
yang dikenali di dunia. Jong-jong dari China berlabuh di sana dengan membawa
emas, perak, mutiara, kasturi, stok-stok ubatan akar kayu, permata, kain satin,
kain bercorak, kain taf, sutera yang ditenun, tembikar, peti keemasan, cincin,
120 dan barang-barang lain yang indah, lebih indah daripada yang dibuat oleh sami-
sami mereka. Mereka mengimport besi dan bahan pengawet makanan. Mereka
menjalankan perdagangan secara barter (tukar barang) dalam perdagangan lada
sulah dan kain dari Cambay, Bengal, dan Paliakat. Begitu juga dengan gandum,
kunyit, batu karang, delima, air raksa, ubat dari Cambay yang dipanggil “cacho-
pucho” dan barang-barang lain yang melalui Laut Merah. 29

Catatan-catatan yang dinukilkan oleh penulis-penulis Portugis ini jelas sekali
membuktikan bahawa Melaka merupakan salah sebuah pusat perdagangan yang
penting di dunia pada ketika itu. Manakala di bahagian timur, Melaka dianggap
sebagai pusat perdagangan yang termasyhur, terpenting dan terkaya. Perkara

28 Ibid. Hlm 87
29 Ibid. Hlm 85

Ilustrasi kebesaran jong Melayu iaitu kapal perdagangan atau kapalRAHSIA KENAPA PORTUGIS
perang yang bersaiz besar.
4 BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

121

ini disebabkan pedagang-pedagang yang kaya-kaya di dunia pada ketika itu
berkumpul di Melaka. Status Melaka sebagai sebuah pelabuhan yang unggul
dan kaya di dunia menyebabkan para pedagang yang kaya-raya memilih Melaka
sebagai tempat persinggahan mereka. Melaka juga menjadi pusat berkumpulnya
barang-barang perdagangan dari timur dan barat yang memudahkan pedagang-
pedagang dari timur dan barat menjalinkan hubungan perdagangan di antara satu
sama lain.

Status Melaka sebagai sebuah pelabuhan yang terkaya di dunia menjadikannya
melimpah dengan harta kekayaan. Sultan dan penduduk Melaka turut mendapat
tempias dari kekayaan perdagangan di Melaka. Dengan sebab itu, Sultan Melaka
merupakan antara orang yang terkaya di dunia pada ketika itu. Ketika zaman
kegemilangan Melaka, bukan sahaja Sultan yang kaya-raya, malah penduduk
Melaka juga rata-ratanya merupakan pedagang yang kaya. Keadaan ini dinukilkan
oleh Tun Seri Lanang di dalam Sulalatus Salatin seperti berikut:-

122 “Maka Hang Nadim pun pergilah naik kapal Hang Isap; kerana orang Melaka pada
masa itu, rata-rata berkapal segala yang bermodal. Maka belayarlah ia ke benua
Keling.” 30

Maka tidak hairanlah jika Tun Seri Lanang mencatatkan bahawa mana-mana
istana di rantau ini tidak akan dapat menandingi Istana Sultan Melaka. Sejarawan
Portugis mencatatkan hanya satu pertiga sahaja daripada harta kekayaan Melaka
yang berjaya diambil oleh Portugis. Manakala bakinya berjaya dibawa lari dan
disembunyikan di tempat-tempat yang tidak diketahui. Dengan jumlah sebegitu
sahaja pun berjaya menjadikan Portugis kaya.

30 A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Hlm 218

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Di samping itu, sejarawan Portugis turut membuktikan
bahawa Sultan dan pedagang-pedagang di Melaka
merupakan golongan yang kaya-raya disebabkan
statusnya sebagai pelabuhan yang terkaya di
dunia. Kekayaan yang dinikmati oleh Sultan dan
para pedagang di Melaka menyebabkan Afonso de
Albuquerque tekad untuk menyerang Melaka walaupun
Portugis menyedari bahawa sekiranya usaha mereka
menawan Melaka gagal, Portugis bakal menjadi muflis.

Di samping itu, sejarawan Portugis turut membuktikan bahawa Sultan dan 123
pedagang-pedagang di Melaka merupakan golongan yang kaya-raya disebabkan
statusnya sebagai pelabuhan yang terkaya di dunia. Kekayaan yang dinikmati oleh
Sultan dan para pedagang di Melaka menyebabkan Afonso de Albuquerque tekad
untuk menyerang Melaka walaupun Portugis menyedari bahawa sekiranya usaha
mereka menawan Melaka gagal, Portugis bakal menjadi muflis.

Fernao Lopez De Castanheda mencatatkan dalam History of The Exploration &
Conquest of The Indies By The Portuguese seperti berikut:-

Melaka adalah penaklukan yang agung, dan ia memerlukan seorang gabenor yang
lain dengan tenaga kerja dan satu armada tentera miliknya sebagaimana gabenor
di India; disebabkan dalam kawasan Melaka terdapat lebih ramai umat Islam,
lebih banyak kekayaan dan lebih ramai pedagang yang kaya berbanding di
India.31

31 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 365

Seperti apa yang aku katakan, terdapat ramai peniaga yang tinggal di pinggir kota.
Mereka terdiri daripada orang-orang Islam dan bukan Islam terutamanya mereka
yang berasal dari Paliakat tetapi tinggal di Melaka. Mereka adalah orang-orang
terkaya dan memiliki perdagangan yang terbesar yang dikenali di dunia pada
masa ini. Mereka mengukur kekayaan mereka dengan bahara-bahara emas, di
mana sebahagian daripada mereka mempunyai enam puluh quintaes (ukuran
Portugis). Tiada pedagang ini yang akan menganggap dirinya kaya melainkan
jika setiap hari dia mampu menerima tiga atau empat kapal-kapal dagang yang
sarat dengan barang, membayar untuk kapal-kapal dagang tersebut dengan harta
mereka sendiri.32

Kebanyakan pedagang adalah orang Islam, yang tinggal di setiap negeri yang
dikenali di India dan juga di tempat-tempat yang lain. Melalui Melaka mereka
mampu untuk berdagang di pelbagai tempat, dan tanpa Melaka mereka tidak boleh
membekalkan rempah-rempah, ubat-ubatan dan hasil kekayaan dalam kuantiti
yang begitu besar ke bumi Kaherah, Iskandariah dan Venice. Kota ini adalah sumber
124 perdagangan yang mengalir ke Calicut sebelum kita menakluki India.33

Catatan Gaspar Correia dalam Lendas da India pula menyatakan seperti berikut:-

Melaka adalah kota yang paling ramai penduduk di Kepulauan Hindia dan ianya
juga terletak benar-benar di tengah-tengah semua perdagangan yang kaya di
kawasan ini.34

Penaklukan istana berakhir hingga larut malam, dan harta rampasan yang
diambil adalah yang terbesar yang pernah diambil di mana-mana bahagian di

32 Ibid. Hlm 85
33 Ibid. Hlm 341
34 Ibid. Hlm 233

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS 125
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

dunia dan yang pernah dirampas. Para tentera menjual barang-barang kepada
peniaga-peniaga di tempat itu. Walaupun menjualnya dengan harga yang murah,
para tentera menjadi begitu kaya sehingga mereka hanya menggunakan wang
dalam jumlah tiga atau empat ribu cruzado. Selain daripada barangan mereka
menjual, mereka juga memiliki sebahagian barang-barang di atas kapal-kapal.35

Gabenor gembira ketika melihat pegawai-pegawainya dan tentera-tenteranya
bergembira dengan apa yang mereka miliki. Dia sedar sepenuhnya bahawa mereka
telah mengambil hanya satu pertiga daripada harta kekayaan kota ini, banyak
yang telah ditanam di dalam bilik kebal bawah tanah dengan dinding-dinding yang
kukuh.36

Tome Pires menukilkan dalam Suma Oriental seperti berikut:-

Sultan mengenakan cukai untuk barang-barang dagangan, sebagaimana yang
akan dijelaskan lebih lanjut nanti. Hal-hal inilah yang membuatnya sangat dihormati
oleh penduduk tempatan mahupun orang asing. Berkat penghormatan ini, baginda
berhasil mendapat kekayaan dan timbunan harta yang besar. Khabarnya, sultan
memiliki 120 kuintal emas dan batu manikam dalam jumlah besar. Dengan harta
ini, baginda memutuskan untuk berziarah (haji) ke Mekah dengan membawa
banyak emas yang diangkut oleh jong yang berdasarkan perintahnya, dibina di
Jawa. Baginda juga membina jong lain berukuran besar di Pegu; jika penyakit tidak
menghalanginya melakukan semua ini, baginda akan tetap berangkat ke Mekah.
Baginda telah menghabiskan banyak perbelanjaan dan (melibatkan) ramai orang
demi perjalanan ini. 37

35 Ibid. Hlm 253
36 Ibid. Hlm 255
37 Armando Cortesao. 1944. The Suma Oriental of Tome Pires (Volume II). Hlm 250

Ilustrasi keindahan hiasan dalaman Istana Kesultanan Melaka.

Catatan Joao de Barros menulis dalam On The Deeds & Discoveries & Conquests
126 Made By Portuguese In The Seas and Eastern Lands seperti berikut:-

Kota ini kelihatan sangat besar dan hebat oleh kerana saiznya, jumlah kapal-
kapal yang berlabuh di dermaga dan betapa giatnya pergerakan manusia di darat
dan di laut yang mana dalam pandangan tentera-tentera dari armada Portugis
bahawa kota ini sebenarnya lebih hebat dari apa yang pernah mereka dengar
sebelum ini dan pada kota ini mereka telah melihat lebih banyak kekayaan
dari apa yang ada di India. 38

Kesimpulannya, kita tidak dapat lagi menafikan status Melaka sebagai sebuah
pelabuhan yang terkaya di dunia ketika zaman Kesultanan Melaka. Catatan-catatan
Portugis yang dipetik dari buku Portuguese Documents On Malacca (1509-1511)

38 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 43

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS 127
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

dianggap sebagai satu sumber yang kukuh tentang Kesultanan Melayu Melaka. Di
samping itu, sumber ini disokong oleh catatan-catatan Portugis yang lain seperti
Suma Oriental dan The Book of Duarte Barbosa. Selain dari fungsi Melaka yang
menjadi sebagai tempat perkumpulan dan perdagangan hasil-hasil rempah dari
seluruh Nusantara, kebijaksanaan pemimpin Melaka dalam melaksanakan polisi-
polisi terhadap pedagang asing menyebabkan Melaka menjadi tempat tumpuan
para pedagang dunia pada ketika itu.

Dengan status Melaka sebagai salah sebuah pelabuhan yang terkaya dan
terpenting di dunia maka sudah pasti Melaka memainkan peranan yang sangat
besar dalam menyumbang kekayaan ekonomi dunia Islam pada ketika itu iaitu pada
separuh kedua abad ke-15 hingga awal abad ke-16. Dengan status Melaka sebagai
pusat perdagangan rempah dunia dan tumpuan pedagang-pedagang Islam dari
seluruh dunia, sudah pasti Melaka menjadi penyuntik kekuatan ekonomi kerajaan-
kerajaan Islam terutama kerajaan Islam yang besar pada ketika itu iaitu Kerajaan
Mamluk dan Daulah Uthmaniyah.

Maka tidak hairanlah jika tentera-tentera Islam dari pelbagai pelusuk dunia
turut membantu angkatan tentera Kesultanan Melaka ketika mereka berperang

Dengan status Melaka sebagai salah sebuah
pelabuhan yang terkaya dan terpenting di dunia maka
sudah pasti Melaka memainkan peranan yang sangat
besar dalam menyumbang kekayaan ekonomi dunia
Islam pada ketika itu iaitu pada separuh kedua abad
ke-15 hingga awal abad ke-16.

menentang Portugis pada tahun 1511. Pedagang-pedagang Islam dari Arab, Parsi,
India, Turki, Turki Uthmaniyah dan lain-lain telah bergabung dalam angkatan
128 tentera Melaka untuk berperang dengan Portugis. Penyertaan bangsa asing yang
beragama Islam dalam angkatan tentera Melaka diakui sendiri oleh penulis-
penulis Portugis. Fernao Lopes De Castanheda mencatatkan bahawa bangsa Turki
Uthmaniyah yang lengkap berbaju besi berperang bersama orang-orang Melayu
dalam menghadapi Portugis di Kota Melaka pada tahun 1511.

Penglibatan tentera-tentera Islam dari luar negara dalam perang menentang
Portugis membuktikan semangat persaudaraan yang tinggi di kalangan orang-orang
Islam pada waktu itu. Mereka menganggap bahawa perang tersebut bukan semata-
mata perang merebut wilayah, tetapi perang mempertahankan agama Islam.

Fernao Lopes De Castanheda mencatatkan dalam History of The Exploration &
Conquest of The Indies By The Portuguese seperti berikut:-

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Ilustrasi keindahan Istana Melaka dan
Masjid Agung Kesultanan Melayu Melaka.

Gabenor meminta bantuan orang Cina dalam menyediakan kepadanya dua buah 129
jong yang beliau menjangkakan bahawa beliau akan memerlukannya untuk
serangan ke atas kota yang dipertahankan oleh dua puluh ribu orang tentera.
Sepuluh ribu daripada mereka adalah tentera biasa, yang merupakan pahlawan
yang handal dan lengkap bersenjata, begitu juga dengan orang pejuang-pejuang
Arab yang bersenjatakan pedang bengkok, pedang-pedang dan perisai-perisai
yang dibekalkan kepada mereka oleh orang-orang Gujerat. Selain daripada dua
puluh ribu orang tentera tersebut, yang merupakan penduduk tempatan,
terdapat ramai tentera Jawa, Turki, Rumes (Turki Uthmaniyah) yang berbaju
besi, dan orang-orang Parsi yang merupakan pemanah yang mahir. Sultan
juga mempunyai dua puluh gajah perang. Tidak hairanlah mengapa Sultan tidak
mempunyai sebarang keraguan untuk membuat keputusan ke atas bala tenteranya
bagi menghadapi mana-mana peperangan.39

39 Ibid. Hlm 317

Di samping itu, terdapat orang-orang dari Cambay, Gujerat, Bengal dan Calicut
dalam angkatan tentera Melaka yang mana beberapa tahun sebelum itu, orang-
orang Cambay, Gujerat Bengal dan Calicut telah mengadakan perikatan dengan
angkatan tentera Uthmaniyah untuk menyerang Portugis di Lautan Hindi.
Tome Pires mencatatkan dalam Suma Oriental seperti berikut:-
Orang-orang Melayu telah membina tembok yang kuat. Mereka juga menempatkan
banyak lancang (kapal) di laut, perahu di sungai, jong-jong serta kapal Gujerat di
laut. Semuanya siap untuk berperang. Pada saat itu di Melaka, terdapat seorang
panglima yang berasal dari Gujerat. Dia ditugaskan untuk mempersiapkan
angkatan perang (Melaka). Nampaknya, dia sendiri sahaja cukup kuat untuk
mengatasi kapal-kapal dan tentera kita (Portugis).40

130
Orang-orang Melayu telah membina tembok yang kuat.
Mereka juga menempatkan banyak lancang (kapal) di
laut, perahu di sungai, jong-jong serta kapal Gujerat
di laut. Semuanya siap untuk berperang. Pada saat itu
di Melaka, terdapat seorang panglima yang berasal
dari Gujerat. Dia ditugaskan untuk mempersiapkan
angkatan perang (Melaka). Nampaknya, dia sendiri
sahaja cukup kuat untuk mengatasi kapal-kapal dan
tentera kita (Portugis).

40 Armando Cortesao. 1944. The Suma Oriental of Tome Pires (Volume II). Hlm 279

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS 131
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

KOTA MELAKA : PENYARA EKONOMI DUNIA ISLAM

Sebagai sebuah pelabuhan yang terkaya di dunia dan pelabuhan utama
perdagangan rempah, Melaka sangat penting bagi seluruh dunia Islam. Kerajaan-
kerajaan Islam pada ketika ini menerima manfaat keuntungan dari perdagangan
rempah yang didagangkan dari Melaka. Oleh itu, Melaka boleh dianggap sebagai
kunci kekayaan bagi kerajaan-kerajaan Islam di dunia pada ketika itu.

Melaka mampu menjadi pelabuhan terkaya di dunia disebabkan semua hasil
mahsul perdagangan yang boleh didapati di gugusan kepulauan Nusantara (Alam
Melayu) dikumpulkan di pelabuhan Kota Melaka. Hasil mahsul ini termasuklah
rempah ratus yang merupakan komoditi paling berharga di dunia pada ketika itu.
Tome Pires menukilkan dalam Suma Oriental seperti berikut:-

Di samping pulau-pulau yang berjumlah sangat banyak, (ada juga) wilayah-
wilayah lain yang menyediakan hamba dan menghasilkan beras. Tempat-tempat
tersebut tidak melakukan banyak perdagangan dan oleh kerana itu namanya tidak
disebutkan. Hanya orang-orang dari tempat-tempat tersebut di atas yang datang
ke Melaka dengan menaiki jong, penjajap dan kapal-kapal. Sebaliknya, orang-
orang pun belayar dari Melaka ke tempat-tempat tersebut. Hal ini akan dibahas
lebih lanjut dalam pembahasan tiap-tiap wilayah. Pada akhirnya, di Melaka lah kita
menemui penggunaan lapan puluh empat bahasa. Masing-masing bahasa tersebut
memiliki ciri khasnya, sebagaimana yang disaksikan oleh penduduk Melaka.41

Pelabuhan Melaka yang menjadi tempat pengumpulan hasil mahsul dari seluruh
Nusantara menyebabkan pedagang-pedagang dari dunia luar tertarik dengan
Melaka. Keadaan ini turut menyebabkan Melaka berfungsi sebagai penyalur utama

41 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account of East, From The Sea to
China and The Book of Francisco Rodrigues. Hlm 268-269

Ilustrasi muara Sungai Melaka yang menjadi sebahagian dari kawasan
pelabuhan Kota Melaka.

kekayaan kepada kerajaan-kerajaan Islam di seluruh dunia. Dengan sebab itu,
132 Tome Pires telah menukilkan di dalam Suma Oriental kata-kata berikut:-

Barangsiapa yang dapat menguasai Melaka, maka dia sedang mencekik leher
(dapat menguasai) Venice.42

Kata-kata ini membuktikan bahawa manfaat perdagangan dari Melaka menjangkau
hingga ke Eropah. Maka sesiapa yang menguasai keseluruhan perdagangan yang
wujud di Melaka, maka dia akan dapat menguasai perdagangan dunia. Ini kerana
sumber kekayaan dunia pada ketika itu iaitu perdagangan rempah bermula dari
Melaka. Peranan Melaka sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa juga diakui
oleh Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin. Tun Seri Lanang menukilkan seperti
berikut :-

42 Ibid. Hlm 287

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Maka segala dagang bawah angin dan dagang atas angin sekaliannya datang ke 133
Melaka, terlalu ramainya Bandar Melaka pada zaman itu. Maka oleh segala dagang
Arab dinamainya Malakat, yakni perhimpunan segala dagang, dari kerana banyak
pelbagai jenis dagang ada di sana; tambahan segala Orang Besar-besarnya pun
sangat saksama.43

Kepentingan Melaka pada kerajaan-kerajaan Islam boleh dibuktikan melalui ucapan
Afonso de Albuquerque. Setelah enam belas hari sejak serangan terakhir ke atas
Kota Melaka, Afonso de Albuquerque telah memanggil semua kapten-kapten
Portugis untuk menghadiri satu mesyuarat. Dalam majlis tersebut, beliau telah
berucap seperti berikut:-

Kota ini adalah sumber yang paling besar bagi rempah-rempah, ubat-ubatan dan
kekayaan di seluruh dunia. Kota ini dihuni oleh peniaga-peniaga yang paling kaya,

43 A. Samad Ahmad. 2013. Sulalatus Salatin : Sejarah Melayu. Hlm 80

Dengan mengusir orang-orang Islam keluar dari
Melaka, api umat Islam akan dipadamkan dan
kepercayaan mereka tidak akan tersebar lebih jauh
lagi dengan sendirinya. Ini juga boleh menjadi punca
umat Islam meninggalkan India. Kita telah mengambil
dari mereka mata air mereka di India, dan jika kita
mengambil yang satu ini (Melaka) juga, mereka (umat
Islam) tidak akan mempunyai negara untuk menyara
mereka.

dan ianya wujud di atas manfaat-manfaat perdagangan. Kebanyakan pedagang
adalah orang Islam, yang tinggal di setiap negeri yang dikenali di India dan juga
di tempat-tempat yang lain. Melalui Melaka mereka mampu untuk berdagang
di pelbagai tempat, dan tanpa Melaka mereka tidak boleh membekalkan
rempah-rempah, ubat-ubatan dan hasil kekayaan dalam kuantiti yang begitu
besar ke bumi Kaherah, Iskandariah dan Venice. Kota ini adalah sumber
134 perdagangan yang mengalir ke Calicut sebelum kita menakluki India.

Dengan mengusir orang-orang Islam keluar dari Melaka, api umat Islam akan
dipadamkan dan kepercayaan mereka tidak akan tersebar lebih jauh lagi dengan
sendirinya. Ini juga boleh menjadi punca umat Islam meninggalkan India. Kita telah
mengambil dari mereka mata air mereka di India, dan jika kita mengambil yang
satu ini (Melaka) juga, mereka (umat Islam) tidak akan mempunyai negara
untuk menyara mereka.

Di semua tempat (yang kami singgah) tidak ada petunjuk pada mana-mana kota
lain di mana rempah boleh didapatkan. Ini adalah komoditi utama yang mana
dengannya umat Islam menjalankan perniagaan, dan jika kita mengambil
perdagangan itu daripada mereka, maka tidak perlu untuk menggunakan apa-apa

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS 135
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

cara lain untuk menanggung perbelanjaan-perbelanjaan armada kita yang telah
dibawa ke sini. Walau bagaimanapun, ianya sangat penting untuk kita memiliki
armada di laut secara berterusan bagi menghalang orang-orang Islam dari
membawa kekayaan-kekayaan ke Mekah sebagaimana mereka membawanya ke
sini.

Kamu semua akan menyedari bahawa lapan buah kapal orang Islam (Melaka) yang
telah kita tawan boleh menampung kargo lebih daripada dua puluh buah kapal-
kapal (galleon) kita. Berapa banyak lagi yang boleh di bawa ke dalam semua
kapal-kapal Melaka yang mana setiap hari meninggalkan pelabuhan ini, di samping
kapal-kapal yang dimiliki oleh pedagang asing! Dari sini lada-lada lebih banyak
diambil ke Timur Tengah berbanding dari Calicut. Dengan hanya setengah pusingan
kunci laluan ini akan ditutup, maka Raja, penguasa kita, akan menjadi penguasa
bagi seluruh perdagangan ini.

Melaka adalah sebuah kota yang besar, dan ianya kelihatan sukar untuk ditawan.
Ini akan menjadi begitu jika Sultan mempunyai sebuah lagi kota yang lain yang dia
boleh mengukuhkannya; tetapi dia tidak memilikinya. Jika dia kehilangan Melaka,
dia akan mengalami kerugian yang mutlak.

Maka boleh dikatakan bahawa jika kita mengambil kota ini dengan kekerasan,
pedagang asing bukan Islam akan lari daripada kota ini, dan tidak ada bekalan lagi
yang boleh didapati, kerana bekalan-bekalan datang dari luar negara untuk orang-
orang ini. Aku beritahu pada kamu semua, kita hanya memerlukan Ninachatu untuk
kekal, bersama-sama dengan saudara-mara dan kawan-kawannya. Dengan sebab
itu, aku akan memberikan keselamatan kepadanya dan meletakkan kepercayaanku
padanya Dia dan pengikutnya akan kekal di sini dan akan memujuk orang-orang lain
untuk turut kekal di sini. Mereka sudah biasa hidup di bawah kuasa dan kezaliman
orang-orang Melayu, yang bersikap tidak munasabah, bangga diri dan tanpa

kebenaran dan keadilan. Mereka sudah tentu akan lebih suka cara kita memberikan

136 keadilan, kehalusan dan kelembutan cara Raja kita, kedaulatan kita, mahukan kita
melayan orang-orang yang ingin menjadi pengikutnya di wilayah-wilayah ini.

Aku tidak mengatakan bahawa orang-orang yang melarikan diri pasti akan kembali
semula untuk menghuni Melaka, tetapi dari India mereka yang lain akan datang
untuk tinggal di dalamnya dan mereka akan mendirikan tembok-temboknya dengan
emas. Aku nyatakan semua ini di hadapan kamu supaya aku berharap kamu semua
memberitahuku semula sama ada kamu setuju untuk membina sebuah kubu di
kota ini.

Ini adalah keinginanku, semasa aku mentadbir India, di mana aku sama sekali
tidak akan mendarat bersama orang-orangku, atau berperang, sekiranya tempat
ini tidak dilindungi dengan sebuah kubu. Padaku, ianya seolah-olah hanya semata-
mata menawan satu tempat dengan kehilangan nyawa-nyawa sebahagian tentera

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Ilustrasi keindahan singahsana Istana Kesultanan Melaka. 137

dan meninggalkannya tanpa sebarang manfaat buat Raja, penguasa kita, yang
tidak akan memberi risiko kematian ke atas seorang lelaki pun, jika boleh, bagi
mendapatkan semua kekayaan yang boleh diperolehi. 44

Fernao Lopez De Castanheda turut menyatakan bahawa penaklukan ke atas Melaka
menyebabkan aktiviti perdagangan Islam di Laut Merah dapat dihentikan. Laut
Merah merupakan penghubung di antara pedagang-pedagang Islam di Asia dengan
pedagang-pedagang Islam di Eropah seperti pedagang dari Daulah Uthmaniyah
iaitu melalui pelabuhan Iskandariah. Fernao Lopez De Castanheda menyatakan
dalam History of The Exploration & Conquest of The Indies By The Portuguese
seperti berikut:-

44 M.J Pintado. 2012. Portuguese Documents on Malacca From 1509-1511. Hlm 341

Faktanya bahawa apabila dia telah menawan Melaka membawa makna bahawa
hampir semua perdagangan rempah-rempah yang dikendalikan oleh orang-orang
Islam ke Laut Merah telah dihentikan, kerana, selain daripada Calicut, Melaka
merupakan sumber utama rempah-rempah. Semua yang ditinggalkan kepada
orang-orang Islam adalah perdagangan dari Calicut, yang mana ianya sedikit
berbanding dari Melaka, dan sedikit yang telah dihalang oleh tentera-tentera
Portugis yang mengawal pantai Malabar.

Melaka adalah penaklukan yang agung dan ia memerlukan seorang gabenor yang
lain dengan tenaga kerja dan satu armada tentera miliknya sebagaimana gabenor
di India; disebabkan dalam kawasan Melaka terdapat lebih ramai umat Islam, lebih
banyak kekayaan dan lebih ramai pedagang yang kaya berbanding di India. 45

Oleh yang demikian, jelas sekali bahawa dunia Islam telah menerima manfaat
ekonomi dan perdagangan dari kekayaan Melaka. Sebagai contoh, Daulah
Uthmaniyah dapat menguasai perdagangan rempah di Eropah disebabkan Melaka.
138 Rempah merupakan komoditi yang paling berharga pada ketika itu. Selain daripada
fungsinya sebagai penyedap dan pengawet makanan, rempah juga sangat berguna
bagi tujuan perubatan. Hospital-hospital yang didirikan dalam dunia Islam sangat
memerlukan rempah bagi tujuan merawat pesakit.

Di samping itu, fungsi rempah sebagai pengawet makanan dan perubatan
menjadikannya sangat penting dalam bidang ketenteraan. Pada zaman itu, tentera-
tentera memerlukan rempah untuk mengawet makanan supaya bekalan makanan
ketika berperang dapat bertahan lama. Selain itu, tentera-tentera yang sakit juga
dapat diubat dengan bahan-bahan dari rempah ratus. Ini bermakna, angkatan

45 Ibid. Hlm 365

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS 139
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

tentera yang memiliki bekalan rempah ratus paling banyak maka angkatan tentera
tersebut memiliki kelebihan ke atas musuh-musuhnya.

Sejak mula menawan Konstantinople pada tahun 1453, Daulah Uthmaniyah telah
menyedari tentang betapa pentingnya penguasaan ke atas perdagangan rempah
di Eropah. Oleh itu, langkah yang diambil oleh Sultan Muhammad al-Fatih ialah
dengan mewujudkan hubungan diplomatik bersama kerajaan-kerajaan Islam yang
menguasai perdagangan rempah seperti Kesultanan Bijapur, Bahmani, Gujerat,
Bengal dan tidak terkecuali Melaka. Pius Malakandathil menyatakan di dalam
Maritime India : Trade, Religion and Polity in the Indian Ocean seperti berikut:-

“Keinginan Uthmaniyah untuk mengawal laluan-laluan perdagangan di antara
Eropah dan dunia timur begitu juga dengan pusat-pusat perdagangan yang strategik
yang berada dalam laluan perdagangan ini mula menyala dengan penaklukan
Konstantinople pada tahun 1453 oleh Muhammad II. Kemajuan berikutan peristiwa
genting itu menunjukkan bahawa minat Uthmaniyah tidak hanya terbatas kepada
pengawalan laluan perdagangan di timur semata-mata, tetapi melanjutkan kepada
kemungkinan yang paling jauh iaitu memperolehi kekayaan dari setiap sumber
perdagangan di India dan mewujudkan lingkungan pengaruh pada tahap-tahap

Sejak mula menawan Konstantinople pada tahun
1453, Daulah Uthmaniyah telah menyedari tentang
betapa pentingnya penguasaan ke atas perdagangan
rempah di Eropah. Oleh itu, langkah yang diambil oleh
Sultan Muhammad al-Fatih ialah dengan mewujudkan
hubungan diplomatik bersama kerajaan-kerajaan
Islam yang menguasai perdagangan rempah seperti
Kesultanan Bijapur, Bahmani, Gujerat, Bengal dan tidak
terkecuali Melaka.

yang berbeza. Kita menemui ramai pengembara-pengembara dan pedagang-
pedagang berhijrah ke India dari Konstantinople pada waktu itu selepas penaklukan
140 kota tersebut oleh Uthmaniyah. 46

Penguasaan Uthmaniyah ke atas komoditi rempah di Eropah menjadikannya
lebih berkuasa. Kerajaan-kerajaan lain di Eropah terpaksa bergantung pada
Uthmaniyah bagi mendapatkan bekalan rempah yang mana Daulah Uthmaniyah
mendapatkannya dari Melaka. Maka tidak hairanlah jika seorang penulis dari Turki
yang bernama Zafer Ozcan menyatakan bahawa hubungan perdagangan terjalin di
antara Daulah Uthmaniyah dan Kesultanan Melayu pada tahun 1471 iaitu semasa
zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih dan Sultan Mansur Syah. 47

46 Pius Malakandathil, 2010. Maritime India : Trade, Religion and Polity in the Indian Ocean. Hlm 110
47 Zafer Ozcan. 2015. Intizar Anne. Hlm 57- 58

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Ilustrasi ‘pandangan burung’ kepadatan Kota Melaka dan kesibukan 141
pelabuhan Melaka.

Hubungan perdagangan di antara Melaka dan dunia Islam juga telah dijelaskan oleh
Nayef R. F. al-Rodhan di dalam buku yang bertajuk “The Role of the Arab-Islamic
World in the Rise of the West”. Beliau menulis seperti berikut :-

“Kemudian setelah itu, Melaka telah menggantikan Jawa sebagai pusat utama
perdagangan di Nusantara. Melaka meluaskan jaringan-jaringan perdagangannya
ke Gujerat, Dhabol, Bengal dan Coromandel di India, ke China dan Ryukyu, ke Parsi
dan Empayar Uthmaniyah, begitu juga ke Laut Mediterranean.” 48

Kedatangan pedagang-pedagang dari seluruh dunia Islam ke pelabuhan Kota
Melaka seperti mana yang dicatatkan oleh Tome Pires juga membuktikan
kepentingan Melaka kepada dunia Islam. Sebagai sebuah pelabuhan perdagangan
rempah yang ulung, Melaka telah memberikan manfaat perdagangan rempah

48 Nayef R. F. Al Rodhan. 2012. The Role of the Arab-Islamic World in the Rise of the West. Hlm. 107

kepada seluruh dunia Islam. Bukan sahaja perdagangan rempah yang boleh
didapati, malah barang-barang bernilai yang lain turut boleh didapati di pelabuhan
142 Melaka. Dalam Suma Oriental dinyatakan seperti berikut:-

Orang-orang Islam datang dari Kaherah, Mekah, Aden, dan Habsyah, orang-orang
dari Kilwa, Malindi, Hormuz, Parsi, Rum (Turki Uthmaniyah), Turki, Turkmen, orang
Kristian Armenia, orang Gujerat, Chaul, Dabhol, Goa, Kerajaan Dekkan, Malabar,
Kalinga, para pedagang dari Orissa, Sri Lanka, Bengal, Arakan, Pegu, Siam, Kedah,
Melayu Pahang, Patani, Kemboja, Champa, Cochincina, China, Lequeos (Taiwan),
Brunei, Lucoes (Luzon, Filipina), Tanjungpura, Laue, Bangka, Lingga, Maluku, Banda,
Bima, Timor, Madura, Jawa, Sunda, Palembang, Jambi, Tongkal, Inderagiri, Kappata,
Minangkabau, Siak, Arkat, Aru, Batak, Negeri Tamiang, Pasai, Pedir dan Maladewa
(Maldives).49

49 Armando Cortesao (1944), The Suma Oriental of Tome Pires An Account of East, From The Sea to
China and The Book of Francisco Rodrigues. Hlm 269

4 RAHSIA KENAPA PORTUGIS
BERSUNGGUH MENAKLUKI KOTA MELAKA

Ilustrasi Istana Kesultanan Melaka, Masjid
Agung dan pelabuhan Melaka.

Kapal dari Kaherah, Mekah dan Aden tidak akan dapat sampai di Melaka dalam 143
satu musim hujan. Begitu juga dengan kapal yang berasal dari Parsi, Hormuz, Turki
Uthmaniyah, Turki, Armenia dan lain-lain.

Komoditi utama yang dibawa pulang dalam pelayaran adalah cengkih, bunga pala,
biji pala, kayu cendana, biji mutiara, porselin, sedikit wangian kasturi, tanaman
perubatan lidah buaya dalam jumlah yang sangat besar, kemenyan dan beberapa
barang lain dalam jumlah yang mencukupi. Selain itu, mereka juga membawa
emas, kain sutera, timah, kain dewangga putih yang mereka perolehi dengan susah
payah, sutera berwarna-warni, burung-burung asal Banda yang bulunya akan
dipakai sebagai perhiasan oleh orang-orang Turki Uthmaniyah, Turki dan Arab.50

Catatan-catatan di atas jelas membuktikan bahawa betapa pentingnya pelabuhan
Melaka kepada dunia Islam. Sepertimana kata-kata Afonso de Albuquerque bahawa

50 Ibid. Hlm 270


Click to View FlipBook Version