The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asyrafzain9711, 2022-07-15 21:05:12

E-PORTFOLIO COMPLETE

E-PORTFOLIO COMPLETE

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
18

a. Lukisan Struktural
Lukisan struktur hanya boleh disediakan dengan adanya lukisan arkitektural. Lukisan
struktur adalah lukisan terperinci mengenai lukisan piling, rasuk (beam), tiang dan
sebagainya.

b. Lukisan Arkitektural
Lukisan seni bina atau lukisan arkitek adalah lukisan teknikal bangunan yang termasuk
dalam definisi seni bina. Lukisan seni bina digunakan oleh arkitek dan lain-lain untuk
beberapa tujuan iaitu untuk membangunkan idea reka bentuk menjadi cadangan yang
koheren, untuk menyampaikan idea dan konsep, untuk meyakinkan pelanggan tentang
merit reka bentuk, untuk membolehkan kontraktor bangunan membinanya, sebagai Rekod
kerja yang telah siap, dan membuat rekod bangunan yang sudah ada. Lukisan ini
merangkumi pelan, pandangan keratan rentas dan ketinggian bangunan yang
dicadangkan.

c. Lukisan Perpaipan
Lukisan perpaipan adalah sejenis lukisan teknik yang menunjukkan sistem paip untuk air
bekalan masuk ke dalam bangunan dan air sisa keluar dari bagnunan, kedua-dua bentuk
samada pepejal atau pun cecair. Ia juga termasuk lukisan gas bahan api, lukisan
terperinci pemasangan paip, lukisan air perkhidmatan dan air sisa.

2.0 KONKRIT

Konkrit merupakan bahan binaan yang terhasil melalui campuran simen , batu baur halus
(pasir) dan batu baur kasar serta air mengikut nisbah tertentu. Konkrit meluas di gunakan
di dalam kerja-kerja pembinaan terutama kerja-kerja struktur yang memerlukan kekuatan
dan ketahanan yang tinggi seperti tiang,rasuk,asas dan lain komponen bangunan.
Keupayaannya menyokong tegasan adalah amat berkesan bagaimanapun ia juga
bergantung kepada pemilihan jenis-jenis dan kualiti bancuhan konkrit.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
18

Kualiti konkrit pula bergantung kepada faktor berikut :

a. Kualiti bahan bancuhan yang di gunakan.
b. Nisbah campuran yang betul.
c. Kaedah menggaul dan mengangkat.
d. Kualiti acuan bagi menempatkan konkrit.
e. Pemadatan konkrit secukupnya.
f. Pengawetan

Semasa bahan-bahan tersebut dicampur dan digaul, air dan simen bersatu melalui
proses kimia yang dinamakan proses penghidratan (hydration) dan menghasilkan pasta
simen. Pasta simen ini bertindak sebagai bahan pengikat/pelekat kepada komponen-
komponen konkrit seperti batu baur halus/ pasir dan batu baur kasar (Rujuk Rajah 1).

Air
Tindakbalas kimia hidratan
Pasta simen

Simen KONKRIT

Batu baur
Rajah 1 : Proses untuk menghasilkan konkrit

Bahan aktif yang terdapat dalam konkrit adalah simen dan air. Manakala batu baur
pula adalah bahan lengai. Batu baur tidak memberikan sebarang tindakan semasa proses
penghidratan tetapi bertindak sebagai pengisi ruang dan memberikan kekuatan,
kelasakan serta daya rintangan daripada berlakunya pengecutan. Oleh kerana harga batu
baur lebih murah daripada bahan-bahan lain maka ia boleh digunakan semaksima yang
mungkin.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
18

Selepas proses penghidratan, kandungan air air dalam konkrit menjadi kurang dan
beransur-ansur kering. Konkrit yang telah mengeras serta mempunyai rekabentuk yang
baik mestilah mempunyai lompang (liang udara/void) lebih kurang 1% , dan pasta simen
(air/simen/campur batu baur kasar dan halus) lebih kurang 75% .

2.1 Jenis-jenis Konkrit
Jenis-jenis konkrit adalah seperti berikut :

a. Konkrit biasa
Konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi. Ia digunakan dalam binaan yang hanya
terdapat tegasan tekanan (compressive stress) dan tiada tegasan tegangan (tensile
stress). Contoh tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit jenis ini adalah tapak
tembok, lantai atas tanah.

b. Konkrit bertetulang
Konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia mempunyai tetulang keluli
didalamnya untuk menambah kekuatan daya tegangan. Ia biasanya menggunakan
nisbah 1:2:4.

c. Konkrit tuang dahulu
Konkrit jenis ini dibuat di dalam acuan dan dibina di dalam bengkel atau tapak pembinaan
dengan kuantiti yang banyak. Teknik ini menjimatkan masa kerana bahagian binaan ini
boleh di bina terlebih dahulu dan kualitinya dapat dikawal dengan baik.

d. Konkrit tegas-dahulu
Ia seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai tetulang keluli bertegangan tinggi.
Tetulang ini di tegang bagi mewujudkan tegasan supaya ia dapat menanggung beban
yang lebih tinggi. Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan: 1:11/2: Ia boleh dihasilkan
dengan dua cara:

i. Tegas dahulu (pretensioning): Satu hujung keluli dipasak manakala satu hujung lagi
ditegangkan menggunakan jek hidraulik sebelum konkrit dituang.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
18

ii. Tegas kemudian (post-tensioning): Hos plastik ditempatkan didalam acuan sebelum
bancuhan konkrit dituang. Sebelum konkrit menjadi keras, hos dikeluarkan, meninggalkan
saluran untuk dimasukan kabel tetulang kemudiannya.

e. Konkrit ringan
Konkrit jenis ini dibuat dengan bahan ringan dan dicampurkan dengan agen perangkap
udara (seperti CO2) supaya hasilnya lebih ringan. Ia biasanya digunakan sebagai tembok
sekatan (partition) atau sebagai struktur yang tidak memegang beban

f. Konkrit selular
Ia berbentuk seperti blok konkrit yang mempunyai ruang kosong diantaranya bagi
membolehkan rumput atau tumbuhan hidup. Kegunaanya utamanya adalah untuk
menyokong cerun bukit. Juga digunakan bagi kawasan letak kereta (occasional use),
driveway. Tidak begitu selesa untuk berjalan di atasnya.

g. Konkrit in-situ
Merupakan permukaan kejur yang paling murah. Mempunyai bentuk permukaan yang
tidak begitu menarik dan mudah retak. Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway,
kawasan letak kenderaan.

h. Konkrit pre-cast
Bahan konkrit dimasukan di dalam acuan dan dibentuk di kilang. Saiznya boleh ditentukan
mengikut keperluan dan digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, dan tempat
meletak kenderaan.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
18

2.1.1 Jenis-Jenis Bancuhan Konkrit
Terdapat tiga jenis bancuhan konkrit iaitu :

a. Campuran Piawai
campuran paiwai bermaksud bagi konkrit yang berkekuatan tertentu kadar percampuran
bahan-bahan adalah mengikut berat yang ditetapkan. Biasanya kekuatan ciri konkrit
melebihi kekuatan ciri minima. Sesetengah kes, pihak jurutera menetapkan nisbah
bancuhan dan pihak kontraktor melaksanakan sebagaimana yang ditetapkan.

b. Campuran Nominal
Kadar ampuran simen, pasir dan batu baur kasar ditetapkan mengikut nisbah berat atau
isipadu. Contoh campuran adalah 1:2:4 yang bermaksud 1 bahagian simen, 2 bahagian
pasir dan 4 bahagian batu baur kasar. Bagi tiap-tiap campuran ditetapkan kekuatan
minimum ujian kiub adalah pada 7 dan 28 hari. Kadar bancuhan yang ditetapkan ini
mempunyai kekuatan minima sahaja. Ini menyebabkan ia sering tidak tahan lasak kerana
kandungan simen yang rendah. Bancuhan dengan kadar isipadu adalah sukar dikawal
dan spesifikasi bancuhan nominal tidak begitu mengawal kandungan air. Penyediaan
campuran dengan kadar berat adalah digalakkan tetapi perlu mendapat ketetapan
jurutera.

c. Campuran Rekabentuk
Kadar berat bahan bahan untuk menghasilkan konkrit dengan kekuatan dan kelasakan
yang dikehendaki ditentukan mengikut aturan rekabentuk campuran konkrit. Bancuhan ini
biasanya pihak konktraktor dipertanggungjawabkan untuk memilij nisbah bancuhan.
Kadar bancuhan adalah berdasarkan isipadu. Bagi mendapatkan bancuhan yang terbaik,
beberapa bancuhan percubaan perlu dilakukan dan jika perlu pengubahsuaian dilakukan
pada kadar bancuhannya,

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
18

2.2 Gred dan Nisbah Bancuhan Konkrit

Nisbah bancuhan mestilah mengikut penentuan yang telah ditetapkan bagi menghasilkan
kekuatan yang diperlukan. Kekuatan konkrit bergantung kepada nisbah bancuhannya

Gred Nisbah Jenis Binaan
Bancuhan
Gred 30 Konkrit Prategasan
Gred 15 1:1:2
Gred 20 1:3:6 Lantai konkrit, jasad, dan lain-lain lagi.
1: 2 : 4 Konkrit bertetulang bagi tiang, rasuk dan lain-lain
Gred 25 lagi.
1:1½:3
Konkrit tegas dulu, tangki, dan lain-lain lagi.

2.3 Sifat-Sifat Konkrit

 Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini adalah penting
dalam pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah.

 Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau
serangga lain.

 Konkrit yang baru dibancuh boleh dibentukkan kepada sebarang bentuk mengikut
acuannya.

 Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.
 Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat konkrit iaitu simen, pasir, dan batu

baur mudah didapati dan murah.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
18

2.4 Syarat Bagi Penyediaan Konkrit Yang Baik

 Batu baur yang digunakan mestilah keras dan tahan lama, seperti batu granit.
 Batu baur yang digunakan mestilah digredkan dengan sempurna.
 Kandungan simen hendaklah mencukupi.
 Air yang digunakan untuk membancuh mestilah bersih dan tidak mengandungi

sebarang kotoran atau garam.Jumlah air mestilah sederhana untuk menghasilkan
konkrit yang sama konsistansi.
 Bahan-bahan perlu dibancuh dengan betul dan sempurna supaya konkrit itu
menjadi bancuhan yang seragam.
 Kepadatan konkrit mesti terjamin dengan mengadakan getaran atau cucukan yang
sesuai dan mencukupi tetapi tidak boleh melampau.
 Selepas konkrit ditempatkan dan menjadi beku, pengawetan yang sesuai perlu
dilakukan supaya mendapat binaan konkrit yang baik mutunya.

2.5 Kelebihan Konkrit
Terdapat beberapa kelebihan yang menyebabkan penggunaan konkrit popular sebagai
bahan pembinaan iaitu :

 Kukuh
 Kosnya yang murah
 Mudah didapati
 Mudah dibentuk mengikut acuan
 Tahan Lasak
 Mempunyai daya rintangan api
 Kemas
 Kekal bentuk dibawah beban
 Tidak menyerap
 Tidak Mengecut
 Tidak Rapuh

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of
18

2.6 Struktur-Struktur Konkrit

Konkrit digunakan bagi pembinaan struktur-struktur bangunan seperti :
i. Tiang (column)
ii. Rasuk (beam)
iii. Papak Lantai (floor slab)
iv. Balak Konkrit (concrete beam)
v. Tapak (footing)
vi. Asas (Foundation)

3.0 SUMBER BINAAN BANGUNAN

3.1 Cost (Kos/Kewangan)

Aspek kewangan di dalam industri binaan juga tidak kurang pentingnya lebih-lebih lagi
di negara-negara membangun disebabkan oleh kemudahan kewangan yang terhad dan
sukar diperolehi. Di dalam sektor tradisional, projek-projek adalah kecil dan mudah, kos
juga rendah dan biasanya datang dari klien/pengguna itu sendiri. Kemudahan-
kemudahan pinjaman jarang-jarang sekali wujud. Kerja binaan dimulakan setelah
simpanan mencukupi, kadangkala dibantu oleh pinjaman jangka pendek dari institusi
kewangan tertentu.

Di dalam sektor moden, jumlah modal yang terlibat adalah tinggi. Bagi projek-projek
yang besar dan kompleks khususnya di sektor awam dan biasanya dikawal oleh
Kerajaan Pusat yang mungkin memperolehi kewangan dari sumber-sumber
antarabangsa.

Di sektor swasta, sumber-sumber pinjaman kebanyakannya dari bank-bank dan
institusi-institusi kewangan yang lain. Apa yang menjadi isu ialah berkenaan dengan
kewangan untuk kontraktor-kontraktor kecil tempatan. Walaupun konktraktor-kontraktor
ini boleh memohon pinjaman dari bank dan institusi kewangan yang lain, tetapi
jumlahnya adalah terhad. Kedudukan mereka adalah sukar disebabkan pinjaman

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of
18

jangka pendek sukar diperolehi, kemudahan kredit untuk membeli bahan-bahan binaan
juga sukar, bayaran ke atas tuntutan biasanya lambat, loji-loji adalah mahal dan kadar
kerosakan adalah tinggi, buruh tidak boleh diharap, aliran tunai sukar diramal dan
teknik-teknik pengurusan binaan tidak wujud bagi mereka.

3.2 Materials (Bahan-Bahan binaan)

Bahan-bahan dan komponen-komponen binaan adalah salah satu daripada sumber-
sumber input binaan yang penting. Bahan-bahan utama seperti simen, keluli, kayu dan
bata amatlah diperlukan di dalam kebanyakan kerja-kerja binaan. Lebih kurang 50%
daripada bahan-bahan binaan yang digunakan adalah terdiri daripada bahan-bahan
tersebut. Bahan-bahan ini tidak boleh ditukar ganti dan sebarang kekurangan akan
mempengaruhi tahap pengeluaran serta memerlukan alternatif bekalan yang tertentu.
Pada amnya, negara-negara membangun mampu mengeluarkan bahan-bahan binaan
utama untuk permintaan dalam negeri. Walau bagaimanapun kuantiti bekalan masih
tidak dapat menampung semua permintaan daripada kesemua sektor industri binaan.

Permintaan bahan-bahan binaan di dalam sektor tradisional dapat dipenuhi di dalam
negeri disebabkan kerja-kerja binaan di dalam sektor ini adalah mudah yang
memerlukan input bahan-bahan binaan yang tradisional dan asas. Pengaruh sektor
moden ke atas sektor tradisional ini adalah rendah dan sukar untuk menembusi
pasaran sektor tradisional, kerana kemudahan jalan dan pengangkutan yang kurang
berkesan, ketiadaan bekalan elektrik, kekurangan pekerja-pekerja yang mahir,
ketiadaan kemudahan kewangan, struktur sosio-ekonomi yang rendah dan sebagainya.

Di dalam sektor moden pula penggunaan bahan-bahan tempatan yang tinggi
menyebabkan keupayaan bekalan tidak dapat memenuhi permintaan dan ini ditampung
oleh bahan-bahan yang diimport lebih-lebih lagi jika sesebuah negara membangun itu
berada ditahap permulaan pembangunan. Pada tahap ini keupayaan industri buatan
bahan-bahan binaan berkembang pada kadar yang perlahan.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of
18

3.3 Machinery (Mesin)

Penggunaan jentera dan peralatan mekanikal dalam pembinaan adalah satu
perkembangan dalam kemajuan teknologi binaan dewasa ini. Penggunaan ini boleh
dibahagikan kepada peralatan berjentera dan peralatan tidak berjentera. Pembelian
peralatan jentera memerlukan modal permulaan yang agak besar di samping
perancangan penggunaan yang berkesan. Pelaburan tersebut sekiranya diperhitungkan
dengan terperinci boleh menyumbang dalam mempercepatkan proses binaan dan
menjimatkan masa serta mengurangkan kos buruh. Oleh sebab itu pembelian peralatan
jentera adalah lebih berkesan sekiranya kerja binaan tersebut besar, banyak dan
penggunaan jentera yang berterusan. Sekiranya pembelian peralatan jentera
membebankan kedudukan kewangan pihak kontraktor, penyewaan atau pembelian
peralatan terpakai boleh diusahakan melalui syarikat yang memberi sewa peralatan
jentera binaan secara kontrak, penyewaan harian atau satu jangkamasa yang
dipersetujui.

3.4 Manpower (Gunatenaga/Tenaga kerja)

Antara 6% ke 10% daripada jumlah yang bekerja ialah dari sektor binaan di negara-
negara membangun berbanding antara 2% ke 6% di negara-negara maju. Kebanyakan
daripada negara-negara membangun mempunyai pekerja-pekerja tidak mahir yang
banyak bertaburan di merata-rata daerah. Walau bagaimanapun pekerja tidak mahir ini
bergantung kepada kadar upah, faktor perpindahan serta persaingan dengan sektor
ekonomi yang lain.

Di negara-negara membangun kebanyakan daripada hasil binaan masih berasaskan
teknik-teknik yang mudah yang menggunakan kemahiran tradisional dan pekerja-
kekerja tidak mahir, lebih-lebih lagi di kawasan luar dan di pinggir bandar. Proses
perbandaran yang cepat menyebabkan permintaan untuk binaan meningkat dengan
mendadak dan ini seterusnya mempengaruhi kedapatan pekerja-pekerja mahir untuk
menampung kenaikan permintaan tersebut. Masalah ini menjadi lebih buruk lagi
dengan latihan-latihan vokasional yang tidak mencukupi (di dalam segi jumlah dan jenis
kemahiran yang dikeluarkan).

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(1/5) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of
18

SOALAN / QUESTIONS:

1. Nyatakan tiga faktor yang menyebabkan konkrit sesuai digunakan dalam pembinaan.
a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________
c. ________________________________________________________________

2. Nyatakan dua contoh struktur bangunan yang dihasilkan menggunakan konkrit.
a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________

3. Nyatakan dua faktor untuk menentukan kualiti konkrit.

a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

1. Kejuruteraan Konkrit. (2010) Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah. Penerbit Universiti
Malaysia Perlis

2. BAB 4 JENTERA PEMBINAAN 4.1 Pengenalan Penggunaan jentera
apps.polikk.edu.my/~awam/files/jentera

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA

PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION

PROGRAM CODE & NAME

TAHAP DAN SEMESTER / L3
LEVEL AND SEMESTER
BC-030-3:2013 – C04 RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE
NO DAN TAJUK UNIT WORK
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE WORKS
AKTIVITI KERJA / REQUIREMENT
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. PERFORM CONCRETE MIXING
3. PERFORM CONCRETE POURING WORK
4. CARRY OUT CONCRETE CURING PROCESS
5. COORDINATE CONCRETE WORK INSPECTION

NO. KOD KSKV / KSKV Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 21
CODE NO.
BC-030-3:2013-C04/P(2/5)
NO. KOD / CODE NO.

TAJUK / TITLE:

BANCUHAN KONKRIT

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang membancuh konkrit mengikut nisbah yang ditetapkan dengan proses
yang dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
21

PENERANGAN / INFORMATION :

Membancuh konkrit adalah proses mencampur semua bahan-bahan konkrit iaitu
batu baur kasar,batu baur halus dan air mmengikut kadar tertentu sehingga sebati
menepati standard ciri-ciri konkrit yang diperlukan. Bagi menghasilkan bancuhan konkrit
seperti yang diperlukan,ia haruslah mematuhi nisbah bancuhan yang ditetapkan
sepertimana yang akan dibincangkan.

1.0 BAHAN-BAHAN KERJA KONKRIT

Campuran air dan simen akan menghasilkan sifat plastik pada bancuhan konkrit.
Banyaknya air yang dicampur perlu seimbang bagi menghasilkan konkrit bermutu tinggi.
Kadar banyak air dan simen yang dicampur untuk bancuhan seimbang dikenali sebagai
nisbah air- simen. Ia di tafsir sebagai:

Hubungan antara kadar air dan simen yang disukat mengikut berat, atau isipadu
dicampur dengan kadar seimbang supaya menghasilkan kekuatan , ketahanan,bersifat
kalis air dan kebolehkerjaan bila pengkonkritan dijalankan Bagi bancuhan tangan, nisbah
air-simen adalah kira-kira 0.5 memberikan konkrit yang kuat dan kebolehkerjaan yang
baik. Pengiraannya dilakukan dengan menggunakan formula berikut :

Nisbah air simen = Berat air
Berat Simen

Semakin tinggi nilai nisbah air-simen akan menghasilkan kebolehkerjaan yang
lebih baik tetapi akan mengurangkan kekuatan dan semakin rendah nilai nisbah air-simen
akan mengurangkan kebolehkerjaan tetapi kekuatannya meningkat.Secara dasarnya ia
bermakna semakin banyak kandungan air digunakan untuk bancuhan konkrit semakin
lemah bancuhan tersebut. Semakin kurang air digunakan dalam bancuhan konkrit
kekuatanya bertambah

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
21

1.1 SIMEN PORTLAND
Simen bertindak sebagai bahan pengikat dalam bancuhan konkrit. Simen yang hendak di
gunakan mestilah segar. Simen yang baik tidak berbuku-buku atau berketul. Simen yang
telah bertukar menjadi berbuku-buku atau berketul-ketul menunjukkan simen tersebut
telah menyerap lembapan dan jika di gunakan akan mempengaruhi kekuatan konkrit.
Sekiranya buku-buku tersebut boleh di hancurkan dengan tangan, ianya masih boleh di
gunakan.

Simen Portland terdiri daripada beberapa jenis:
i. Simen Portland Biasa/Ordinary Cement
ii. Simen Portland Cepat Mengeras /rapid hardening
iii. Simen Portland Putih dan Berwarna
iv. Simen Portland Haba Rendah
v. Simen Portland Lebih Alumina
vi. Simen Portland Extra Rapid Hardening

Diantara simen yang tersenarai,simen Portland Biasa, simen Portland cepat mengeras
dan simen lebih alumina adalah sesuai dan sering digunakan untuk menghasilkan
bancuhan konkrit. Simen ini dihasilkan daripada campuran yang disebatikan antara kapur
dan tanah liat. simen jenis ini menepati Piawaian M.S 522

Simen Portland Biasa/Ordinary Cement
Simen ini merupakan jenis yang paling banyak digunakan dalam industri binaan. Ia sesuai
digunakan untuk semua kerja sama ada untuk kerja-kerja kasar, pembinaan struktur,
kerja-kerja kemasan dan sebagainya. Dari segi harga, simen ini adalah jauh lebih murah
berbanding dengan simen-simen jenis lain.

Simen Portland Cepat Mengeras /rapid hardening
Simen jenis ini digunakan untuk kerja-kerja yang memerlukan kesegeraan seperti kerja-
kerja dalam keadaan sejuk atau tempat yang berair. Simen ini juga biasa digunakan
dalam kerja-kerja membaiki jalan raya, tempat penakungan air, saluran bawah tanah dan
sebagainya. Komposisi simen jenis ini adalah sama dengan simen Portland biasa kecuali
zarahnya diproses lebih halus. Kekuatan yang dicapai pada umur 4 hari adalah lebih

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
21

kurang sama dengan simen Portland Biasa yang berumur 28 hari. Satu kebaikan
penggunaan simen jenis ini ialah acuan konkrit boleh ditanggalkan lebih awal dan anggota
struktur yang dibina boleh dibebankan lebih awal untuk pembinaan selanjutnya.

Simen Portland Extra Rapid Hardening
Simen jenis ini khas digunakan untuk kerj-kerja pembinaan dalam air yang mengalir.
Lazimnya simen jenis ini mula membeku 5 minit selepas inya dibancuh dengan air dan
boleh mengeras dalam tempoh 30 minit selepas ia ditempatkan. Penggunaan simen ini
memerlukan pengendalian yang cekap bersesuaian dengan keadaan kerja yang
dijalankan. Simen ini walaupun cepat membeku, kadar pegerasannya adalah sama
dengan simen Portland Biasa.

Simen Haba Rendah
Simen jenis ini mempunyai kadar pencapaian kekuatan yang perlahan tetapi tahap
kekuatan muktamadnya adalah sama dengan Simen Portland Biasa. Walau
bagaimanapun, kenaikan suhunya semasa membeku adalah lebih rendah berbanding
dengan simen Portland Biasa. Simen ini biasanya digunakan untuk membina empangan,
tembok penahan, jambatan dan sebagainya.

Simen Lebih Alumina
Simen jenis ini mempunyai ciri-ciri yang jauh berbeza dengan simen Portland Biasa.
Semasa pembuatannya, ia dicampur dengan bahan-bahan campuran terutamanya bahan
alumina, iaitu sebanyak 30% berbanding dengan simen Portland Biasa yang hanya
mengandungi 10% alumina. Simen ini mempunyai kadar pengerasan yang lebih cepat
serta pencapaian kekuatan yang lebih awal. Simen ini lazimnya mula membeku 2 jam
selepas ia dibancuh dan mengeras 2 jam selepas ia mula membeku. Dalam masa 24 jam
selepas ia dibancuh, simen ini boleh mencapai kekuatan muktamad sehingga 75%.

Simen Portland Putih dan Berwarna
Simen warna dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan mentah yang terpilih, iaitu
batu kapur yang tulen dan tanah liat kaolin (China clay). Proses pembuatannya adalah
lebih kurang sama dengan pembuatan simen Portland, cuma langkah-langkah dan
penjagaan yang rapi hendaklah diambil terutama sekali semasa proses pembakarannya.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
21

Pembakaran simen dilakukan dengan menggunakan minyak, tidak seperti simen Portland
yang menggunakan arang batu.

1.2 BATU BAUR

Batu baur merupakan bahan yang banyak mempengaruhi mutu konkrit. Kandungannya
meliputi 60% hingga 75% daripada keseluruhan jisim konkrit. Bahan yang biasa
digunakan sebagai batu baur seperti pasir, habuk kuari, batu gravel, pecahan batu,
sanga(tahi leburan bijih), batu hangus dan sebagainya. Batu-batu baur hendaklah
daripada jenis yang keras, tahan lasak dan bersih. Bentuk dan tekstur pada permukaan
batu baur juga akan mempengaruhi kualiti konkrit. Batu baur yang berbentuk kasar dan
tidak sekata akan menjadikan ikatan di antara batu baur dengan simen lebih kuat,
daripada batu baur yang berbentuk bulat dan licin.

1.2.1 Ciri-ciri penting Batu baur

i. Agihan partikel
Agihan yang baik penting untuk mempastikan konkrit yang terhasil adalah padat.
Longgokan agregat yang tidak baik agihan saiz partikelnya (gap-graded distribution) boleh
menghasilkan konkrit yang berongga dan memberi kesan kepada kekuatan. Agihan
partikel juga memberi kesan keapa kebolehkerjaan konkrit.

ii. Kekuatan agregat.
Kekuatan agregat memberi kesan yang banyak kepada ciri-ciri konkrit seperti kekuatan
konkrit, ubahbentuk, ketahanlasakan, perubahan isipadu, graviti tentu, ketelusan dan
tindakbalas kimia. Biasanya kekuatan agregat ialah lebih tinggi dari kekuatan konkrit yang
hendak di rekabentuk. kekuatan agregat dalam lingkungan 80-350MPa berbanding
kekuatan konkrit selalunya berada di sekitar 30-50MPa

iii. Ketelusan (Porosity)
Ketelusan agregat mempengaruhi kandungan lembapan yang terdapat dalam
agregat.Ketelusan diukur dengan kadar serapan air (absorption) oleh agregat.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
21

iv. Graviti tentu
Graviti tentu sesuatu bahan adalah nisbah unit berat bahan tersebut berbanding dengan
unit berat air

v. Rintangan kepada hakisan
Penting untuk binaan yang terdedah kepada hakisan seperti lantai konkrit di kilang-kilang
atau jalanraya/jambatan konkrit.

vi. Bentuk partikel dan keadaan permukaan
Bentuk secara umumnya mempengaruhi kepadatan dan juga ikatan dalam konkrit.

Batu baur dibahagikan kepada dua jenis :
i. Batu Baur Halus
ii. Batu Baur Kasar

1.2.2 Batu Baur Halus

Batu baur halus juga disebut sebagai pasir, ianya sama ada pasir semula jadi atau
pasir yang dihasilkan melalui proses penghancuran batu-batu kasar di kuari. Batu baur
halus adalah batu yang lebih kecil daripada 5mm. Kebiasaannya pasir sungai dan pasir
lombong adalah sumber asli batu baur halus yang selalu digunakan. Walau
bagaimanapun pecahan-pecahan batu yang kecil dari 5mm di kuari-kuari juga merupakan
sumber utama batu baur halus.

Pasir asli diperolehi daripada dasar sungai, lombong dan tepi pantai. Walau
bagaimana pun pasir yang di perolehi daripada pantai tidak sesuai di gunakan untuk
kerja-kerja binaan kerana kandungan garamnya yang tinggi dan boleh merosakkan kualiti
konkrit. Pasir mestilah bersih dari sebarang kotoran seperti tanah, lumpur dan bahan-
bahan organic. Pasir yang kotor akan menghalang simen dari mengikat zarah-zarah pasir
yang akan mengakibatkan konkrit menjadi lemah.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
21

a. Tujuan menggunakan Batu baur Halus
i. Untuk mendapatkan bancuhan konkrit yang padat,dapat menggabungkan
antara bahan-bahan dan menghasilkan kemasan yang seragam.
ii. Dapat menutup atau mengisi liang-liang udara dan ruang-ruang yang wujud
dalam konkrit.
iii. Bertindak sebagai agen kebolehkerjaan.

b. Jenis –jenis batu baur halus
i. Pasir Lombong
ii. Pasir Sungai
iii. Pasir laut

Pasir Lombong
Diguna dengan meluas dalam industri pembinaan dan penggunaannya cukup

sesuai. Boleh didapati dalam pelbagai warna seperti merah, merah tua,kuning/kelabu dan
keputihan/perak. Terdiri dari dua jenis pasir lombong iaitu Pasir Bersih dan Pasir
mengandungi tanah liat. Pasir lombong yang mengandugi tanah liat lebih bersifat
pekat,lembut dan liat.Dalam keadaan ini ianya tidak sesuai digunakan untuk kerja-kerja
konkrit. Bentuknya bulat dan lemah pegangan serta tidak mempunyai kekuatan ikatan
yang sama seperti pasir bersih. Bagi kerja bancuhan konkrit hanya pasir bersih yang
boleh digunakan.

Pasir Sungai
Pasir sungai biasa digunakan dan paling sesuai kerana kurang dari kotoran kimia.

Bentuk butir pasirnya seakan –akan bulat. Mutunya baik jika tidak mengandungi
kekotoran. Bancuhan mortar atau konkrit dengan pasir sungai sahaja adalah susah
dikerjakan. Oleh itu, sejenis bahan yang dinamakan pemudah-adun (plasticizer) kadang-
kadang digunakan untuk menambahkan kesenangan kerja dalam kerja-kerja bagi mortar
atau konkrit itu.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
21

Pasir pantai
Boleh diperolehi dari pantai atau “shingle” pasir dibawah laut. Pasir ini dikorek dan

diambil dengan menggunakan jentera pengorek. pasir ini tidak boleh digunakan kerana
mengandungi kadar garam yang tinggi. Bagaimanapun ia masih boleh digunakan dengan
syarat dibasuh untuk menyingkirkkan kandungan garam terlebih dahulu.

c. Bentuk Butir batu baur
Menurut MS 7.5 1971 menyenaraikan pengelasan bentuk butiran batu baur seperti
berikut;

i. Bentuk Bulat : Batu baur berbentuk bulat boleh didapati daripada sungai ,tepi
pantai atau padang pasir.

ii. Bentuk tak Sekata: Batu baur terbentuk darpada proses hakisan laga (attrition)
iii. Bentuk bersegi-segi: Bentuk bersegi tajam terhasil dari pecahan
iv. Bentuk berkeping (flaky): Batu yang berlapis dan nipis. Ukuran tebal kurang dari

ukuran panjang dan lebar
v. Bentuk memanjang: Biasanya bersegi-segi dengan ukuran panjangnya lebih besar

daripada ukuran lebar dan tebal.
vi. Bentuk berkeping panjang: Butir batu yang ukuran panjangnya melebihi ukuran

lebarnya dan ukuran lebarnya melebihi daripada ukuran tebalnya.

Rajah 1 : bentuk batu baur

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
21

1.2.3 Batu Baur Kasar (Aggregate)

Batu baur kasar ialah batu-batu kelikir sama ada terbentuk secara semulajadi atau
dihasilkan dari pecahan batu-batu kasar yang dijalankan di kuari. Bahan –bahan buatan
seperti batu hangus dan tahi leburan besi boleh juga digunakan, walau bagaimana pun
ianya sesuai untuk pembinaan konkrit ringan. Batu Baur Kasar adalah batu yang lebih
besar daripada 5mm tetapi tidak melebihi saiz minimum 19mm. Sumber utamanya adalah
batu-batu yang telah dipecahkan di kuari-kuari batu.Jenis batu yang paling banyak
didapati ialah pecahan batu granit dan batu kapur.

Penentuan saiz maksima batu baur kasar yang patut digunakan dalam campuran
konkrit adalah bergantung kepada kegunaan konkrit itu sendiri. Contohnya untuk
kegunaan konkrit tetulang saiz batu baur kasar yang harus digunakan ialah tidak lebih dari
20mm, sementara untuk kerja-kerja konkrit biasa batu baur yang bersaiz sehingga 40mm
masih boleh digunakan.

Gravel crush stone = batu kasar + gravel Balast = Pasir +
Batu kasar/gravel

Bentuk angular batu baur kasar crush stone

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
21

1.3 AIR

Air yang digunakan untuk membancuh konkrit mestilah bebas dari bahan-bahan yang
meninggalkan kesan seperti kelodak, tanah, asid organik dan bahan organik yang lain
seperti garam dan alkali. Biasanya air yang digunakan untuk membancuh konkrit adalah
air yang layak diminum atau yang diambil dari sumber yang diluluskan.

Air campuran konkrit mempunyai dua fungsi :
i. Dapat menyebarkan simen dan kapur kepada setiap butir batu baur
ii. Air bertindakbalas ke atas simen melalui proses penghidratan untuk menghasilkan
satu likatan atau bacuhan berplastik yang akan mengikat batu-batu baur untuk
menghasilkan konkrit.
iii. Air menentukan tahap kebolehkerjaan konkrit dan menjadikan konkrit yang dibancuh
itu mudah di tempatkan serta dimampat di dalam acuan.
Semua jenis air tawar yang boleh diminum adalah sesuai di gunakan untuk
membancuh konkrit. Air yang mengandungi bahan kotoran atau bahan-bahan
sampingan yang berlebihan boleh member kesan negative kepada konkrit yang
dihasilkan.

1.4 BAHAN TAMBAH

Bahan tambah adalah sejenis bahan yang dicampurkan ke dalam konkrit semasa
bancuhan dijalankan. Tujuannya adalah untuk meninggikan atau mengubahsuai lagi taraf
kerja pada konkrit. ‘Additive’ biasanya dikatakan sebagai percampuran kimia pada masa
proses pembuatan simen dan ianya berbeza daripada bahan tambah. Kedua-dua bahan
ini, ‘additive’ dan bahan tambah adalah untuk kebaikan konkrit.

Campuran yang berlebihan hendaklah dielakkan, kerana ia akan menggugat dan
menimbulkan kesan yang tidak baik pada konkrit. Kebaikan dalam penggunaan bahan
tambah ialah, ia dapat membantu mendapatkan hasil yang cepat dan baik apabila
berlakunya perubahan pada kadar bahan-bahan di dalam bancuhan.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
21

Tujuan penggunaannya yang lebih spesifik adalah:-
 Meninggikan kebolehkerjaan konkrit tanpa meninggikan kandungan air atau
merendahkan kandungan air.
 Mempercepatkan kadar pertambahan kekuatan awal konkrit.
 Menambahkan kekuatan konkrit.
 Untuk melambatkan atau mempercepatkan tempoh pengerasan awal.
 Untuk melambatkan atau mengurangkan pelepasan haba.
 Untuk mengubahsuai kadar atau kemampuan lelehan atau kedua-duanya sekali.
 Untuk meninggikan kelasakan konkrit.
 Untuk mengawal pengembangan konkrit yang disebabkan oleh tindakan alkali batu
baur.
 Untuk mengurangkan aliran rerambut serta mengurangkan ketelapan kepada
sebarang cecair.
 Untuk menghasilkan sifat berliang.
 Mengurangkan pengasingan atau campuran simen dengan batu baur.
 Menambahkan ikatan atas keluli dan konkrit, antara konkrit lama dan konkrit baru.
 Menghasilkan konkrit yang tahan dari amcaman cendawan, serangga dan
kumbang.

2.0 PERALATAN DAN MESIN UNTUK KERJA KONKRIT

Konkrit boleh dibancuh dengan 3 cara iaitu :-
i. Membancuh secara manual menggunakan penyodok.
ii. Membancuh menggunakan mesin penggaul (mixer)
iii. Konkrit bancuhan siap dari kilang (Ready Mixed)

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
21

2.1 Peralatan membancuh secara manual
i. Skop/penyodok
ii. Shovel
iii. Sudip/steel trowel
iv. Baldi
v. Kereta sorong
vi. Cangkul/cangkul konkrit

2.2 Membancuh menggunakan mesin penggaul

Mencampur konkrit dengan manual iaitu bancuhan tangan (hand mixing) tidak
digalakkan untuk kerja – kerja yang memerlukan mutu yang tinggi kerana kurang efektif
dan sukar mengawal mutunya. Ia hanya sesuai untuk kerja-kerja yang memerlukan
kuantiti konkrit yang kecil sahaja. Konkrit perlulah digaul dengan menggunakan mesin
pencampur (mixer) kecualilah jika kerja tersebut terlalu sedikit.

o Jenis T- Gelendong condong
o Jenis NT- Gelendong tak condong
o Jenis P – pencampur panic

2.2.1 Jenis T – Gelendong condong
Menggunakan drum untuk tujuan pencampuran bahan- bahan konkrit. Apabila selesai
digaulkan konkrit akan dikeluarkan dan dicondongkan/ jongkit. Pencampur berbentuk
kon, memusing pada satu hala dan semasa pencampuran drum di condongkan pada
sudut 45º hingga 60º.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
21

2.2.2 Jenis NT – Gelendong tak condong
Mesin campur berbentuk selinder dan hampir sama seperti mesin gelendong condong
semasa menuang dipusingkan ke arah berlawanan. Selinder berpusing dalam keadaan
tegak, apabila mengeluarkan konkrit bahagian bawahnya akan dibuka.

2.3 Pelongsor (Chute)
Pelongsor digunakan untuk mengangkut konkrit dari tempat atas ke bawah tanpaberlaku
ceraian. Diperbuat daripada belahan paip PVC atau dibuat daripada kayu dan kepingan
logam. Panjang pelongsor dihadkan kepada 3m untuk mengelakkan berlakunya ceraian.
Garispusatnya lebih kurang 300mm.

Rajah : Pelongsor

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
21

2.4 Pam Konkrit
Penggunaan pam adalah satu kaedah yang cepat, kemas dan ekonomik jika dirancang
dengan teliti. Menggunakan paip- paip 6” yang dipamkan dari tempat menggaul.
Digunakan untuk kuantiti konkrit yang banyak. Boleh mengangkut sejauh 30m hingga 50m
arah tegak dan 300m hingga 500m arah ufuk. Terdiri daripada 2 jenis samaada jenis
pelocok (plunger pump) atau pam tekan (squeeze pump).

Rajah : Pam konkrit

2.5 Kren
Terdapat beberapa jenis kren yang digunakan bagi tujuan mengangkut konkrit iaitu :

 Kren Bergerak (Mobile Crane)
 Kren Menara (Tower Crane)
 Kren Bergerak (Mobile Crane)

Gambar 3.3 : Kren Bergerak

a. Kren Bergerak

Digunakan untuk projek yang besar dan
dalam pembinaan struktur yang sangat tinggi.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of
21

Gambar 3.4 : Langkau (skip)

Dimana konkrit dimasukkan dalam suatu
bekas besar yang dilengkapkan dengan pintu
kolong (trap door) di bawahnya dan
dituangkan secara langsung melalui langkau
(skip). (Rujuk Gambar 3.4)

b. Kren Menara (Tower Crane) Gambar 3.5 : Kren Menara

Kren menara digunakan untuk bangunan
yang tinggi yang melebihi 30 meter. Kren
bergerak pula hanya terhad kepada
bangunan yang tingginya 20 meter.
Penggunaan langkau (skip) bergantung
kepada saiz muatan. Jika kadar perletakan
konkrit tinggi, langkau yang besar perlu
digunakan supaya lebih ekonomik. Saiz
langkau terhad kepada saiz maksimum 0.57
m³ atau 1394kg

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of
21

3.0 NISBAH BANCUHAN DAN KESESUAIANNYA MENGIKUT JENIS STRUKTUR

Nisbah /Gred Kekuatan Jenis Struktur
Bancuhan Mampatan Lantai tanpa tetulang dan konkrit jisim
1:3:6 (Gred 15) Pada hari ke
28 (N/mm²)
1:2:4 (Gred 20)
1:1½:3 (Gred 25) 15.0

1:1:2 (Gred 30) 21.0 Konkrit bertetulang –tiang &rasuk
25.5 Konkrit bertetulang - Tangki air atau
takungan air
30.0 Konkrit prategasan

4.0 UJIAN –UJIAN KONKRIT

4.1 Ujian Keruntuhan/penurunan (slump test)
Ujian penurunan ini adalah ujian yang praktikal bagi menyukat kebolehkerjaan/taraf kerja
untuk semua jenis konkrit. Perubahan nilai penurunan yang didapati menunjukkan
perubahan pada bahan, kandungan air atau pada kadar bancuhan. Dengan itu ia amat
berguna bagi mengawal kualiti konkrit yang akan dihasilkan.

4.1.1 Langkah-langkah Bagi Menjalankan Ujian.
Radas yang digunakan bagi ujian ini adalah terdiri daripada cetak/frustrum berbentuk kon
dengan 100mm (4”) garispusat bahagian atas, 200mm (8”) garispusat bahagian bawah
dan 300mm (12”) tingginya serta dipasangkan dengan dua pemegang pada bahagian sisi.

Aturcara ujikaji adalah seperti berikut :
 Pastikan cetak kon sentisa bersih di dalamnya sebelum ujian dan diletakkan di
atas alas yang keras dan rata serta kedap.
 Konkrit dimasukkan ke dalam acuan sebanyak 4 lapisan.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of
21

 Setiap lapisan dilakukan hentaman/rejaman (rodding) sebanyak 25 kali dengan
rod keluli bergarispusat 5/8”.

 Permukaan atas diratakan dengan rod pemampat atau sudip (trowel).
 Kon diangkat tegak keluar dari konkrit secara perlahan dan konkrit akan

runtuh.
 Runtuhan akan diukur menggunakan pembaris.
 Runtuhan boleh berlaku dalam 3 keadaan iaitu runtuhan benar, ricih dan

roboh. Konkrit yang baik akan mengalami runtuhan benar iaitu antara ½”
hingga 4½”.
 Jika berlaku runtuhan ricih dan roboh maka ia menunjukkan konkrit itu
kekurangan sifat lekit atau terlalu basah. Konkrit begini tidak boleh
digunakan dalam pembinaan.

Rajah 3.2 : Runtuhan benar, ricih dan roboh

4.2 Ujian Kiub
Ujian ini dilakukan terhadap kiub-kiub berukuran 150mm x 150mm x 150mm

yang dibuat semasa menyediakan campuran untuk sesuatu pembinaan. Kekuatan
mampat diuji apabila kiub tersebut telah mencapai umurnya 7 hari dan 28 hari. Nilai
kekuatan yang diperoleh akan dibandingkan dengan kekuatan reka bentuk konkrit.

Sekiranya nilai kekuatan yang diuji itu mencapai sekurang-kurangnya kekuatan
ciri bagi sesuatu gred konkrit, maka konkrit tersebut dianggap telah lulus ataupun
memenuhi keperluan rekabentuk. Sebaliknya jika kekuatan yang diuji itu kurang
daripada kekuatan ciri, maka konkrit tersebut dianggap telah gagal dan langkah
tertentu perlu diambil untuk menjamin keutuhan struktur yang terlibat.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of
21

4.2.1 Peralatan Yang Digunakan.
a) Kiub keluli berdimensi 150mm panjang x 150mm lebar x 150mm tinggi.
b) Rod besi berdimensi 16mm dan 600mm panjang.
c) Minyak gris untuk mengelakkan konkrit melekat di dalam mould.

Gambar foto 2.2 : Peralatan Ujian Kiub
4.2.2 Prosedur Ujian Kiub
a) Minyak gris disapukan di permukaan dinding acuan untuk mengelakkan konkrit

melekat apabila mengeras.
b) Konkrit dituangkan ke dalam acuan secara berperingkat. Mengandungi tiga

lapisan yang hampir sama ketebalannya.
c) Tiap-tiap lapisan hendaklah dipadatkan dengan menggunakan rod besi

sebanyak 35 kali hentakan.
d) Konkrit yang telah memenuhi ruang acuan dikemaskan permukaannya dan

kerja-kerja melabelkan dijalankan. Kiub dilabelkan mengikut jenis strukturnya
dan tarikh ia dibuat. Kemudian, konkrit dibiarkan mengeras.
e) Konkrit yang telah mengeras dikeluarkan dari acuan dan direndamkan di dalam
air. Kiub ujian dibahagikan kepada dua fasa iaitu tempoh matang 7 hari dan 28
hari.
f) Ujian fasa pertama (7 hari) haruslah mencapai kekutan 75%. Jika kekuatannya
kurang dari 75%, ujian peringkat kedua perlu dijalankan iaitu untuk fasa 28 hari
tempoh matang.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of
21

4.2.3 Contoh Kiraan Ujian Kiub

Kiub Gred yang digunakan (G25)
beban yang dikenakan 500KN
500KN = 500000N

Kiraan :
Luas kiub yang dikenakan beban 150mm x 150mm
= 22500 mm persegi
= F/A = 500000 / 22500
= 22.22 N/mm²

Jenis gred (G25) Maka peratus kekuatan konkrit ialah :
22.22 / 25 Gred konkrit
= 0.88 = 88%
Ujian lulus kerana ia melebihi 75%

4.3 Ujian Tukul Anjal

Ujian ini merupakan salah satu ujian tak pecah yang begitu meluas digunakan.
Lazimnya peranti ini menggunakan sejenis tukul yang dikawal oleh pegas. Fungsi pegas
adalah untuk memberikan tenaga pantulan secara automatik apabila ia ditekan pada
permukaan konkrit. Kekerasan permukaan konkrit ini dapat diukur dengan berpandukan
pada bacaan skala pada tukul anjal yang lebih dikenali sebagai tukul anjal Schmidt.
Nombor pada tukul anjal ini sangat peka terhadap perubahan setempat, khususnya jenis
aggregat dan tekstur permukaan konkrit yang terbentuk. Tukul anjal schmidt bukan sahaja
dapat digunakan pada permukaan yang menegak dan mengufuk malah ianya dapat
digunakan pada permukaan yang sendeng.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of
21

Rajah 3.3 : Ujian Tukul Anjal

4.4 Ujian Ultrasonik

Ujian ultrasonik dilakukan dengan menggunakan kuasa elektrik untuk mengukur
kelajuan gelombang denyut yang merentasi sesuatu ruang. Berdasarkan kaedah ini,
sejenis alat yang dikenali dengan jenama PUNDIT telah direka khas untuk mengukur ciri-
ciri tertentu konkrit samada sebagai ujian dimakmal mahupun ujian ditapak.

Walaupun ia digunakan sebagai ujian permukaan namun ia dapat memberikan
hasil yang lebih memuaskan khususnya untuk menganggarkan sifat-sifat tertentu konkrit
seperti ketumpatan, kekuatan dan keretakan.

4.5 Windsor Probe

Ujian dilakukan keatas struktur konkrit dengan mengukur daya yang diperlukan
untuk menarik keluar rod keluli yang ditanam di dalam konkrit. Rod keluli ditanam semasa
proses penuangan konkrit iaitu semasa konkrit dalam keadaan segar.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(2/5) Muka Surat / Page : 21 Drp / Of
21

Ujian ini dilakukan untuk menentukan kekuatan sebenar struktur konkrit iaitu
mengukur keupayaan tegangan konkrit yang sedang mengering pada umur tertentu
misalnya 7, 14 dan 28 hari. Ujian ini dikatakan lebih baik daripada ujian tukul menganjal
kerana melibatkan isipada yang lebih besar pada kedalaman tertentu. Keburukannya
ialah pembaikan atau penampalan harus dilakukan ke atas konkrit yang telah diuji dan
ujian ini perlu dirancang lebih awal kerana rod keluli perlu ditanam semasa pembinaan
sedang dijalankan.

SOALAN / QUESTIONS:

1. Berikan nisbah kadar bancuhan mengikut struktur berikut :
a. Rasuk Bumbung : __________________________________________________
b. Lantai : __________________________________________________________
c. Asas : ___________________________________________________________

2. Huraikan 2 kaedah menggaul konkrit ditapak bina.
a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________

3. Senaraikan 2 jenis ujian untuk konkrit.
a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

1. Kejuruteraan Konkrit. (2010) Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah. Penerbit Universiti
Malaysia Perlis

2. Tang Boon Tong, 2000. Teknologi Binaan Bangunan. Kuala Lumpur: Dewan bahasa
dan Pustaka

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA

PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION

PROGRAM CODE & NAME

TAHAP DAN SEMESTER / L3
LEVEL AND SEMESTER
BC-030-3:2013 –C04 RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE
NO DAN TAJUK UNIT WORK
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE WORKS
AKTIVITI KERJA / REQUIREMENT
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. PERFORM CONCRETE MIXING
3. PERFORM CONCRETE POURING WORK
4. CARRY OUT CONCRETE CURING PROCESS
5. COORDINATE CONCRETE WORK INSPECTION

NO. KOD KSKV / KSKV Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 11
CODE NO.
BC-030-3:2013-C04/P(3/5)
NO. KOD / CODE NO.

TAJUK / TITLE:

PENUANGAN KONKRIT

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang menempatkan konkrit menggunakan perkakas dan peralatan dengan
kaedah yang betul mengikut piawaian dan standard yang telah ditetapkan

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
PENERANGAN / INFORMATION : 11

Dalam kerja konkrit selain dari menjaga nisbah bancuhan bagi mengekalkan kualiti konkrit
dan hasil kerja yang baik,terdapat beberapa proses kerja yang menjadi factor penentu.
Menuang dan memadatkan konkrit merupakan dua proses daripada lima proses kerja
konkrit yang menjadi faktor penentu kepada kualiti struktur konkrit yang dibina. Konkrit
yang ditempatkan dengan prosedur yang betul dan pemadatan konkrit yang dilakukan
dengan seragam dan sempurna sudah pasti memberi kesan kualiti yang terbaik. Kualiti
konkrit yang baik akan menjamin kekuatan struktur konkrit. Bagi lebih jelas dua proses
yang menjadi tajuk utama iaitu menempat dan memadatkan konkrit akan di bincang
secara terperinci

1.0 PROSES DALAM KERJA KONKRIT
Terdapat 5 proses dalam kerja-kerja konkrit
i. Membancuh konkrit (Mixing concrete)
ii. Mengangkut Konkrti (Transporting concrete)
iii. Menempat/menuang konkrit (Placing concrete)
iv. Memadat konkrit (Compacting concrete)
v. Pengawetan Konkrit (Curing concrete)

2.0 MENEMPAT/MENUANG KONKRIT
Menempat/menuang konkrit adalah peringkat proses kerja paling penting yang
menentukan hasil kerja kerana pada peringkat ini beberapa prosedur perlu dipatuhi.
Prosedur yang perlu diikut menyatakan:

a) Konkrit hendaklah dituang sebaik sahaja siap dibancuh.
b) Ia perlu dituang berperingkat-peringkat sehinggalah memenuhi kotak acuan.

Setiap peringkat tuangan hendaklah dimampatkan.Kaedah ini adalah perlu
kerana ia dapat membantu memadatkan konkrit secara keseluruhan dari bawah
ke atas. Penuangan yang serentak menyebabkan pemadatan konkrit
dibahagian bawahnya tidak dapat dilakukan. Keadaan ini adalah tidak baik bagi
penghasilan struktur berkualiti.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
11

c) Segala kekotoran seperti abuk kayu pada kerjabentuk hendaklah dibuang
sebelum tuangan konkrit dibuat.

d) Kerjabentuk/kotak acuan perlu dibasahkan terlebih dahulu bagi memastikan
kandungan air dalam bancuhan konkrit tidak diserap oleh kayu yang kering

e) Permukaan dalam kotak acuan hendaklah disapu dengan minyak hitam atau air
sabun atau kapur supaya konkrit tidak melekat pada permukaan
tersebut.Minyak hitam hendaklah disapu terlebih dahulu sebelum tetulang
diletak di dalam kerjabentuk. Ia bagi mengelakkan minyak hitam terkena pada
besi tetulang. Konkrit tidak akan melekat pada permukaan besi tetulang yang
berminyak. Akibatnya kekukuhan gabungan antara tetulang dan konkrit terjejas.

f) Jika permukaan konkrit akan dilepa,permukaan dalam kerjabentuk tidak boleh
disapu minyak hitam kerana lapisan lepa tidak akan melekat pada permukaan
yang berminyak.

Selain dari itu terdapat beberapa kaedah yang perlu diberi perhatian semasa kerja-kerja
penempatan dan penuangan konkrit berdasarkan keadaan kerja-kerja konkrit yang perlu
dilakukan.

a. Kerja Konkrit Menegak
Mencurahkan konkrit terlalu tinggi menyebabkan terjadi pengasingan, menggerakkan
acuan dan tetulang, motar akan melekat dan kering pada tetulang dan acuan. Cara yang
betul ialah memasukkan konkrit dari sisi, membuat pada acuan 1.5 m dari aras tanah. Jika
acuan tidak dalam corong (hopper) digunakan. Bagi acuan yang sempit konkrit dicairkan
sedikit, tidak lebih 300 mm dalam konkrit yang terakhir dicurahkan hendaklah jenis
kering supaya permukaan kerja tidak terlalu cair.

b. Kerja Konkrit Melintang / Melebar
Konkrit hendaklah dicurahkan rata hingga kerja. Tidak boleh dicurahkan melonggok-
longgok hingga melebihi ketebalan acuan, ini menjadikannya tidak padat dan tidak kuat.
Setiap lapisan hendaklah dipadatkan sebelum lapisan terakhir dibuat. Waktu
mencurahkan konkrit lapisan atas dan lapisan bawah mestilah masih berkeadaan basah
ataupun setelah konkrit bertetulang kering. Jika separuh keras akan merosakkan kerja.

Pada kerja konkrit yang curam, konkrit dicurah pada bahagian curam dahulu bagi
memudahkan kerja seterusnya dan mengelakkan pengasingan bahan. Mencurahkan

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
11

konkrit berlapis, hendaklah jangan terlalu cepat bagi menbolehkan kerja pemadatan
dibuat dengan sempurna.

c. Kaedah Menuang Konkrit
Penuangan konkrit boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu:
a) Kaedah Mesin
b) kaedah Insani

3.0 KAEDAH-KAEDAH MENGANGKUT KONKRIT DI TAPAK BINA

Terdapat 4 jenis alat yang sering digunakan di tapak bina untuk mengangkut konkrit
yang telah disediakan, iaitu :

 Pam (pipe)
 Kren
 Kereta sorong
 Pelongsor (chute)

a. Pelongsor (Chute)
Pelongsor digunakan untuk mengangkut konkrit dari tempat atas ke bawah tanpaberlaku
ceraian. Diperbuat daripada belahan paip PVC atau dibuat daripada kayu dan kepingan
logam. Panjang pelongsor dihadkan kepada 3m untuk mengelakkan berlakunya ceraian.
Garispusatnya lebih kurang 300mm.

Rajah : Pelongsor

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
11

b. Pam Konkrit
Penggunaan pam adalah satu kaedah yang cepat, kemas dan ekonomik jika dirancang
dengan teliti. Menggunakan paip- paip 6” yang dipamkan dari tempat menggaul.
Digunakan untuk kuantiti konkrit yang banyak. Boleh mengangkut sejauh 30m hingga 50m
arah tegak dan 300m hingga 500m arah ufuk. Terdiri daripada 2 jenis samaada jenis
pelocok (plunger pump) atau pam tekan (squeeze pump).

Rajah : Pam konkrit

c. Kren
Terdapat beberapa jenis kren yang digunakan bagi tujuan mengangkut konkrit iaitu :

 Kren Bergerak (Mobile Crane)
 Kren Menara (Tower Crane)
 Kren Bergerak (Mobile Crane)

Gambar : Kren Bergerak

a. Kren Bergerak

Digunakan untuk projek yang besar dan
dalam pembinaan struktur yang sangat tinggi.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
11

Gambar : Langkau (skip)

Dimana konkrit dimasukkan dalam suatu
bekas besar yang dilengkapkan dengan pintu
kolong (trap door) di bawahnya dan
dituangkan secara langsung melalui langkau
(skip).

b. Kren Menara (Tower Crane) Gambar : Kren Menara

Kren menara digunakan untuk bangunan
yang tinggi yang melebihi 30 meter. Kren
bergerak pula hanya terhad kepada
bangunan yang tingginya 20 meter.
Penggunaan langkau (skip) bergantung
kepada saiz muatan. Jika kadar perletakan
konkrit tinggi, langkau yang besar perlu
digunakan supaya lebih ekonomik. Saiz
langkau terhad kepada saiz maksimum 0.57
m³ atau 1394kg

d. Kereta Sorong
Kereta Sorong atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai “Wheel Barrow’ merupakan
satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian atau pembinaan. Kereta
sorong digunakan untuk membawa barang seperti tanah, pasir, simen dan sebagainya.

Rajah : kereta sorong

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
11

4.0 PEMADATAN KONKRIT
i. Pemadatan konkrit bertujuan mengeluarkan udara yang terperangkap dalam
konkrit.
ii. Kandungan udara boleh menyebabkan :

 Kekuatan dan ketahanlasakan konkrit terjejas
Kandungan udara akan mengurangkan kekuatan konkrit. Bagi setiap 1% udara
yang teperangkap,kekuatan konkrit akan menurun sekitar antara 5% -
7%.Bermakna konkrit mengandungi 5% kandungan udara yang disebabkan
ketidaksempurnaan pemadatan boleh menghilangkan sebanyak 1/3 daripada
kekuatannya.

 Mengurangkan sifat ketelapan konkrit.
Jika konkrit tidak tumpat dan tidak telap,ia akan menjadikan konkrit tidak tahan
air,menyebabkannya tidak mampu terdedah dengan cecair secara
aggresif.Permukaan yang terdedah akan terjejas teruk dengan cuaca.
Kelembapan dan udara akan dapat menyerap sehingga kepada besi tetulang
dan boleh menyebabkan karat.

 Daya pegangan antara konkrit dan besi tetulang lemah.
Kandungan udara menyebabkan pegangan antara konkrit dan tetulang menjadi
lemah. Ikatan yang diperlukan tidak akan tercapai dan anggota tetulang tidak
sekuat sepertimana sepatutnya.

 Terjadi lubang seni dan sarang labah-labah.
Kandungan udara menyebabkan kecacatan pada permukaan contohnya lubang
seni dan sarang labah-labah.

4.1 Kaedah Pemadatan Konkrit
Pemadatan konkrit dilakukan dengan 2 kaedah iaitu cara tangan melalui cucukan dan
cara mesin melalui getaran mesin. Kedua-dua kaedah ini akan dapat membantu
membebaskan udara dalam konkrit dan seterus menghapuskan kesan yang
disebabkan oleh kewujudan udara dalam konkrit.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
11

4.1.1 Menggunakan Tangan
a) Sesuai untuk kerja kecil dan tidak komplek
b) Menggunakan kayu atau rod keluli sebagai pemadat.
c) Mengetuk kotak acuan dengan tukul besi
d) Menggunakan rammer (untuk lantai konkrit)

Rajah : rod pemadat

4.1.2 Menggunakan Mesin Pengetar

Mesin yang digunakan dipanggil “Mesin Getar Dalam” Ia mempunyai motor dan satu
selinder keluli yang disambung dengan kabel kepada motornya. Digerakkan dengan
kuasa letrik. Apabila motor dihidupkan,selindernya akan bergetar. Getaran dari selinder ini
membolehkan konkrit dipadatkan dengan berkesan. Cara menggunakannya adalah
dengan memasukkan selinder yang bergetar ke dalam konkrit pada setiap peringkat
penuangan konkrit.Kedudukan selinder hendaklah tegak dan digerakkan ke arah yang
betul. Penggunaan mesin getar lazimnya sesuai untuk kerja bersekala besar kerana
kemampuannya memadatkan konkrit dengan cepat. Operasi mesin getar yang
membolehkan penyebaran konkrit ke bahagian lain berlaku dengan mudah menghasilkan
pemadatan konkrit yang seragam dan seterusnya menghasilkan keputusan yang
memuaskan.

Tempoh masa yang diambil bagi operasi getaran memadatkan konkrit sepenuhnya
bergantung kepada;
a. Kebolehkerjaan konkrit- semakin kurang kebolehkerjaan bancuhan,semakin lama ia

perlu digetarkan.
b. Tenaga yang dibekalkan pada pengetar- pengetar yang lebih besar melakukan kerja

dengan lebih cepat.
c. Kedalaman konkrit.Seksyen yang lebih tebal mengambil masa yang lebih lama.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
11

Kelebihan jenis alat getar dalam ialah :
 Alat ini menghasilkan konkrit yang bermutu tinggi
 tahan lasak

Ia mudah dibawa dan dipindahkan kerana saiz enjinnya kecil Ia mempunyai
beberapa saiz pin getaran yang mudah ditukar untuk menyesuaikan jenis kerja :
tembok, rasuk, tiang, asas dan lain-lain lagi.

5.0 KRITERIA PENEMPATAN KONKRIT
Pengurus projek pembinaan akan mewujudkan satu garis masa pembinaan bagi kerja
konkrit untuk pemantauan. Proses kerja konkrit yang berkualiti menjamin kepada
penghasilan konkrit yang tahan lama dan mencapai kekuatan mampatan yang
dikehendaki.

i. Saiz Projek dan Masa
Sesebuah projek pembinaan yang besar akan mengabil masa yang lama dalam
menyiapkan kerja struktur yang menggunakan konkrit. Ia juga perlu mengikut urutan
seperti kerja konkrit bermula dari konkrit alas, kerja pengkonkritan sehingga pengawetan
konkrit.

ii. Cuaca / Musim:
Cuaca adalah salah satu penyumbang terbesar kepada kelewatan projek pembinaan
baru. Ini menjejaskan kerja pembinaan terutamanya kerja konkrit tidak boleh dilakukan
ketika hujan. Perubahan cuaca yang mendadak seperti hujan juga akan menyebabkan
rupa bentuk konkrit mempunyai lekuk-lekuk.

iii. Elemen Struktur
Struktur yang kompleks akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan
memerlukan pemantauan yang teliti. Sebagai contoh, kerja konkrit perlu dilakukan
mengikut prosedur seperti konkrit tidak boleh dituang secara berlapis dan semua kerja
konkrit perlu dipadatkan bagi mengelakkan idung madu. Tarikh penuangan konkrit perlu
direkodkan dan ujian kiub perlu dilaksanakan bagi memastikan gred konkrit adalah
berkualiti.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
11

6.0 KONKRIT LEVEL
Kerja konkrit adalah berbeza bagi setiap ruang bergantung kepada pelan spesifikasi pada
dokumen kontrak. Biasanya ukuran naik bagi apron adalah 200 mm dan ukuran turun
bagi tandas adalah 50mm dari aras asal. Kerja kemasan dilakukan bagi setiap bahagian
bagi menghasilkan permukaan yang menepati ukuran lukisan. Kerja kemasan konkrit
adalah kerja melepa lapisan permukaan konkrit menggunakan dua kaedah iaitu kerja awal
dan kerja akhir.

i. Kerja Awal
melibatkan kerja-kerja meratakan permukaan konkrit yang baru dituang sehingga
penjujuhan air (water bleeding) kelihatan pada permukaan. Kerja akhir tidak dapat
dimulakan sehingga air dipermukaan kering sepenuhnya.

ii. Kerja Akhir
Kerja akhir adalah untuk meratakan dan melicinkan permukaan konkrit dengan
menggunakan sudio tangan atau power float blade. Kerja melicinkan permukaan,
bahagian tepi dan penjuru biasanya menggunakan sudip tangan kerana ianya lebih
praktikal.

Rajah : Ukuran level bagi struktur bangunan

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013:C04/P(3/5) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
SOALAN / QUESTIONS: 11

1. Nyatakan 2 tanda yang menunjukkan pemadatan telah dilakukan dengan sempurna.
a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________

2. Nyatakan kaedah menempatkan konkrit ditapak bina
a. ________________________________________________________________
b. ________________________________________________________________

3. Terangkan kaedah menuang konkrit secara insani dengan betul.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
______________________________________________________________________

RUJUKAN / REFERENCES:

1. Kejuruteraan Konkrit. (2010) Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah. Penerbit Universiti
Malaysia Perlis

2. Placing and Compacting Concrete
www.scribd.com/doc/8739249/Placing-and-Compacting-Concrete

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA.

KERTAS PENERANGAN

(INFORMATION SHEET)

KOD DAN NAMA

PROGRAM / BC-030-3:2013 RESIDENTIAL BUILDING CONSTRUCTION

PROGRAM CODE & NAME

TAHAP DAN SEMESTER / L3
LEVEL AND SEMESTER
BC-030-3:2013 –C04 RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE
NO DAN TAJUK UNIT WORK
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PENYATAAN 1. IDENTIFY RESIDENTIAL BUILDING CONCRETE WORKS
AKTIVITI KERJA / REQUIREMENT
WORK ACTIVITIES NO.
AND STATEMENT 2. PERFORM CONCRETE MIXING
3. PERFORM CONCRETE POURING WORK
4. CARRY OUT CONCRETE CURING PROCESS
5. COORDINATE CONCRETE WORK INSPECTION

NO. KOD KSKV / KSKV Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 9
CODE NO.
BC-030-3:2013-C04/P(4/5)
NO. KOD / CODE NO.

TAJUK / TITLE:

PENGAWETAN KONKRIT

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
pelatih tentang menempatkan konkrit menggunakan perkakas dan peralatan dengan
kaedah yang betul mengikut piawaian dan standard yang telah ditetapkan

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(4/5) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 9
PENERANGAN / INFORMATION :

Apabila air dibancuh ke dalam konkrit, tindak balas berlaku antara simen dengan air
menyebabkan simen membeku dan terus mengeras. Mengikut peraturan, jumlah air yang
dibancuh hendaklah secukupnya untuk menghasilkan bancuhan konkrit yang mudah
dikerjakan serta membolehkan tindak balas kimia pada peringkat permulaan serta
membolehkan tindak balas kimia pada peringkat permulaan ini. Dalam proses tindak
balas ini haba dihasilkan dan sebahagian kandungan air akan hilang. Proses ini
dinamakan penghidratan. Kehilangan air ini akan menjejas kesempurnaan penghidratan
di samping menghalang pencapaian kekuatan maksimum dalam konkrit. Oleh sebab itu
tindakan hendaklah diambil untuk menjamin cukup air untuk penghidratan. Tindakan ini
dikenali sebagai pengawetan dalam konkrit. Tindakan ini dikenali sebagai pengawetan
kepada konkrit.

Pengawetan ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu mencegah kehilangan air dan
membekalkan air yang cukup. Kaedah dan keperluan pengawetan kepada konkrit
selalunya dipengaruhi oleh keadaan iklim, cuaca dan haba. Justeru itu, pengawetan
hendaklah dimulakan sebaik sahaja bancuhan konkrit itu membeku.

1.0 DEFINISI PENGAWETAN

Pengawetan ialah proses menghalang kehilangan kelembapan daripada konkrit
semasa menjaga rejim suhu yang memuaskan. Pengawetan ialah proses pengawalan
kehilangan kandungan air dari konkrit pada awal umur konkrit melalui proses penyejatan
dan cuaca yang panas. Ia bagi memastikan konkrit berada dalam keadaan lembab Ini
adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari selepas ia mula
membeku. Dengan cara ini semua air yang terkandung dalam konkrit dapat digunakan
sepenuhnya untuk simen bertindakbalas di dalam konkrit

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(4/5) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 9

2.0 TUJUAN
Kerja pengawetan konkrit adalah bertujuan untuk:

1. Menjamin kuantiti air yang terdapat di dalam konkrit ini kekal, agar tindak balas
kimia berterusan sehingga konkrit tersebut mencapai kekuatan yang diperlukan.

2. Memberi ketahan lasakan kepada penutup konkrit (concrete cover) agar dapat
memberi perlindungan yang secukupnya kepada tetulang.

3. Pengawalan suhu agar ia berada pada kadar yang sesuai untuk konkrit tersebut
mengalami pengerasan normal.

4. Mengawal proses penghidratan terhadap konkrit dalam cuaca panas.

5. Meminimumkan pengeringan dan tegasan haba di dalam konkrit muda yang boleh
mengakibatkan keretakan permukaan selepas konkrit mengeras yang digelar
keretakan plastik.

6. Dapat membenarkan konkrit membina dan mencapai kekuatan maksimum.
Pengawetan biasanya mengambil masa yang agak lama kerana penghidratan
simen berlaku dalam kadar yang perlahan iaitu dalam tempoh 28 hari. Bagi 1 hari
hingga 14 hari yang pertama, adalah penting pengawetan yang sewajarnya diambil
perhatian bagi memastikan pembentukan kekuatan mampatan konkrit yang
dikehendaki boleh tercapai. Oleh itu, ujian mampatan kiub bagi 3 hari dan 7 hari
yang pertama adalah penting dan keputusannya dapat meramalkan kekuatan
konkrit yang boleh dicapai pada usia konkrit 28 hari.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(4/5) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 9

3.0 KAEDAH PENGAWETAN KONKRIT
Amalan pengawetan yang dilakukan adalah seperti berikut:

KAEDAH HURAIAN
PENGAWETAN
1. Cara lembapan Permukaan konkrit boleh ditutup dengan bahan-bahan
yang basah seperti beg guni, jerami, habuk kayu, pasir
dan sebagainya. Bahan-bahan yang mungkin
merosakkan warna konkrit tidak boleh digunakan.

Gambar 1: Lantai yang ditutupi dengan guni

2. Menyapu bahan Menyapu bahan kimia seperti kompoun silica pada
kimia permukaan konkrit untuk mengelakkan kehilangan air
melalui sejatan. Amalan ini dilakukan pada tempat-
tempat seperti tembok, tiang, rasuk dan sebagainya yang
sukar diawet dengan cara lain. Bahagian bangunan
konkrit dibasahkan dengan air beberapa kali sehari
berterusan selama tujuh hari setelah konkrit mengeras.

Gambar 2 :
Menyiram dengan
bahan kimia

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(4/5) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 9

3. Membasahkan Amalan ini dilakukan pada tempat-tempat seperti tembok,
konkrit dengan air tiang, rasuk dan sebagainya yang sukar diawet dengan
cara lain. Bahagian bangunan konkrit dibasahkan dengan
air beberapa kali sehari berterusan selama tujuh hari
setelah konkrit mengeras.

Gambar 3 :
Membasahkan
dengan air

4. Menggunakan Kaedah ini digunakan dalam kilang untuk menghasilkan
wap air (stim) buatan konkrit, terutama sekali konkrit prategasan
dengan cepat dan bermutu tinggi.

Gambar 4 :
Menggunakan wap
air

3.1 Proses Pengerasan Konkrit
1. Simen akan mengeras secara perlahan setelah dicampur air.
2. Antara 30 minit hingga 1 jam pertama selepas dicampur air,simen tidak lagi bersifat

plastic kerana proses pengerasan bermula.
3. Lebih kurang 10 jam kemudian, simen bersama campuran bahan lain menjadi pejal

dan terus mengeras sehingga 7 hari
4. Ia kemudiannya bertukar menjadi bungkah pejal.

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(4/5) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 9

3.2 Kesan-Kesan Yang Mungkin Berlaku Jika Pengawetan Tidak Dilakukan
1. Kandungan air dalam konkrit akan cepat mengering dan menyebabkan konkrit

mengalami proses pengerasan yang cepat. Keadaan ini tidak baik bagi konkrit muda
kerana keretakan akan mudah berlaku.
2. Pengeringan kandungan air di dalam konkrit dengan cepat akan menyebabkan konkrit
tidak dapat menjalani proses pengerasan dengan sempurna. Akibatnya kekuatan
konkrit akan terjejas atau berkurangan
3. Senang mengalami kerosakan disebabkan cuaca sejuk.

4.0 KEKUATAN KONKRIT

Pengawetan hendaklah dilakukan selama sekurang-kurangnya 14 hari berterusan
jika mengamalkan salah satu kaedah selain daripada menggunakan wap air. Pencapaian
kekuatan konkrit dalam jangka masa yang tertentu adalah disenaraikan seperti berikut
(anggaran peratus berdasarkan simen Portland biasa):

JANGKA MASA PERATUS

3 hari 20%

7 hari 45%

28 hari 60%

3 bulan 85%

6 bulan 95%

12 bulan 100%

Jadual 1: Pencapaian kekuatan konkrit bagi bancuhan simen portland biasa

JANGKA MASA KEKUATAN TEKANAN

24 jam 14 N/mm2

2 hari 21 N/mm2

3 hari 26.6 N/mm2

7 hari 37.1 N/mm2

28 hari 47.7 N/mm2

12 bulan 52.5 N/mm2

Jadual 2: Pencapaian kekuatan tekanan konkrit dalam jangka masa yang tertentu

NO. KOD / CODE NO. BC-030-3:2013-C04/P(4/5) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 9

5.0 PEMANTAUAN PROSES KERJA KONKRIT
Kontraktor atau pengurus projek pembinaan akan mewujudkan satu garis masa
pembinaan bagi kerja konkrit untuk pemantauan. Ini membolehkan setiap pasukan
mengesan kerja mereka dengan lebih terperinci.

i. Saiz Projek dan Masa
Sudah tentu, rumah kecil akan mengambil masa yang kurang untuk membina daripada
kompleks komersil. Tahap kesukaran juga merupakan faktor utama. Sebuah bangunan
seperti pusat membeli belah yang dibina khas dengan struktur yang rumit, seperti jenis
asas dan tiang yang berlainan saiz akan mengambil masa yang lebih lama untuk lengkap
daripada rumah dengan saiz dan kemasan standard.

ii. Cuaca / Musim:
Cuaca adalah salah satu penyumbang terbesar kepada kelewatan projek pembinaan
baru. Ini menjejaskan kerja pembinaan terutamanya kerja konkrit tidak boleh dilakukan
ketika hujan.

iii. Elemen Struktur
Struktur yang kompleks akan mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan
memerlukan pemantauan yang teliti. Sebagai contoh, kerja konkrit perlu dilakukan
mengikut prosedur seperti konkrit tidak boleh dituang secara berlapis dan semua kerja
konkrit perlu dipadatkan bagi mengelakkan idung madu. Tarikh penuangan konkrit perlu
direkodkan dan ujian kiub perlu dilaksanakan bagi memastikan gred konkrit adalah
berkualiti.


Click to View FlipBook Version