Siri
Tarbiah
Santai
tapi
Makan
Dalam
Dapatkan buku ini di : www.umrahlangit.com
Bismillahirrohmanirrahim
Buku ini saya dedikasikan untuk
......................................................
Semoga segala ilmu di dalamnya
memberi manfaat kepada kita semua
di dunia & akhirat
Penerbit Diedarkan oleh
FURQANWORKS SDN. BHD. FURQANWORKS
(No. Syarikat. 1034644-M) SDN. BHD.
13M, Tingkat 1, Jln Hentian 1B, 13M, Tingkat 1, Jln Hentian 1B,
Pusat Hentian Kajang, Jln Reko, Pusat Hentian Kajang,
43000 Selangor Jln Reko, 43000 Selangor
Tel/fax : 03-8741 6464 Tel/fax : 03-8741 6464
H/P: 012-4232 606 / 019-2225 606 H/P : 012-4232 606 / 019-2225 606
Emel :furqanworkssdnbhd@
Laman web rasmi Furqanworks: gmail.com
www.furqanworks.com
Facebook : UstazAsraff Dicetak oleh
Emel : [email protected]
PRIN-AD SDN. BHD.
©Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz 2016 No 27-29, Jalan 2/148A,
ISBN 978-967-137-816-8 Taman Sungai Besi Industrial Park,
57100 Kuala Lumpur.
Cetakan pertama, November 2016
radbkeHaanahmgkaaagcnniiapaantpataaaturectircakpaerearll,aishilleauakrsianatr.lasipTseuiibdndea,alkusnmadimisbmieakneaaanndrddakaaupsnneagcmtaaizenriannbgeubelkeeluurktatuirnrloiiusndliadakna,lagrfimomFtouaakrpnoqaapa-ijn,muwmaaoenbrkaekasnntSuikkd,ndaBnhd.
Pengurus Besar
Ustaz Hj Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz
Pengarah Logistik dan Pemasaran
Azrul Azmi bin Inal
Perunding Pemasaran Strategik
Laila Syamimi bt Hassan
Pengarah Kreatif & Pemasaran
Ahmad Fuad bin Hj. Hisham
Buku 65 Soaljawab Tajwid & Al Quran i
ii
Buku Mudahnya Ngaji Tajwid iii
iv
Tawaran Agen vi
Dapatkan Koleksi DVD xi
1
Buku ADHA & Love Parenting 13
23
Prakata 31
Anda Inginkan Umrah Mabrur?
Buku Ini Merupakan Kuncinya :
BAB 1 : Apabila Tuhan Menjemput, Tahulah Dia
Mengaturkan Layanan Terbaik
BAB 2 : Di Mekah, Kita Tiba-Tiba Ada Kuasa
‘Power Rangers’
BAB 3 : Tips Mudah Cium Hajarul Aswad
(Bawah 10 Minit & Kurang Bersesak)
BAB 4 : Di Mana Sempadan Miqat
Kehidupan Anda?
BAB 5 : Hajar Lari, Kita Pun Berlari. 39
Tetapi Untuk Apa?
BAB 6 : Siapa Sangka, Solusi Masalah Ummah 55
Bakal Terjawab Di Mekah...
BAB 7 : Pelik... Kita Tidak Serik Lakukan Dosa, 63
Tuhan Pula Tidak Serik Ampunkannya.
BAB 8 : Kuasa ‘Innallaha Ma’ana’, Itu Bekal Yang 75
Saya Perolehi Dari Bukit Tsur.
BAB 9 : Adakah Kita Telah Jalankan Perintah Iqra? 93
BAB 10 : Hutang Yang Jarang Kita Bayar (Padahal
Impaknya Besar) 107
BAB 11 : Ramainya Orang Mengalahkan Semut! 117
Kalau Di Mahsyar, Unimaginable!
BAB 12 : Ini Keadaan Al-quran Pada Zaman Rasul.
Berbeza Sungguh Dengan Zaman Kita. 129
BAB 13 : Pengalaman Berbuka Dengan Menu Yang
Tekak Tak Biasa Terima... 139
viii
BAB 14 : Ini Tujuan Ziarah Maqam Rasul Yang 155
Ramai Terlepas Pandang : 167
177
BAB 15 : Ini Tujuan Ziarah Maqam Rasul Yang 187
Ramai Terlepas Pandang : 197
211
BAB 16 : Malang, Di Masjid Nabawi Pun Masih 223
Tamakkan Dunia.... 243
BAB 17 : Bro, Di Masjid Nabawi Pun Masih Nak
Pentingkan Diri Sendiri Ke?
BAB 18 : Jabal Uhud : Kita Sekarang Tentera
Di Belah Mana?
BAB 19 : Membunuh ‘Biawak’ Di Masjid Nabawi
BAB 20 : Boleh Ke Kita Masuk Syurga?
BAB 21 : Umrah Di Malaysia, Bolehkah?
ix
BUKU 65 SOALJAWAB
TAJWID & AL QURAN
Ketika buku ini (naskhah contoh) diedarkan kepada beberapa anak murid
saya, mereka kata ‘Ustaz, ini buku kembar bagi buku tajwid yang kami rujuk
sekarang..’
Saya tanya, ‘mengapa?’
‘Sebab, kebanyakan persoalan tajwid yang kami musykil dari dulu, yang
apabila kami cari jawapannya dalam buku tajwid tapi kadang-kadang susah nak
jumpa, Alhamdulillah kami temui dalam buku ini....’
Para pembaca dihormati, Itulah tujuan utama buku ini. Ia merupakan buku
yang mengumpulkan 56 soal-jawab Tajwid & Al-Quran yang selama ini :
• Anda cuba cari jawapannya dalam buku tajwid biasa
tapi sukar temui
• Anda tanya tuan guru tapi belum tentu dapat
jawapan pasti
• Soalan yang sering mengelirukan anda
menyebabkan ilmu tajwid masih terasa sukar
• Jawapan kepada kemusykilan ‘ada lagi perkara saya
belum faham’ setelah anda belajar tajwid
• Jawapan kepada persoalan Al-Quran yang selama ini
anda ingin tahu jawapannya
Soalan seperti :
• Benarkah baca Al-Quran ‘merangkak’ dapat pahala?
• Mana lebih penting, ilmu tajwid, fekah atau tauhid?
• Jumlah ayat Al-Quran, mana satu betul? 6666 atau 6236?
• Berdosakah curi nafas ketika baca Al-Quran?
• Wajibkah baca doa & hadith secara bertajwid?
• Adakah makna berubah jika panjang-pendek tidak dijaga?
• Bagaimana cara mudah fahami tajwid disebalik berpuluh hukumnya?
Miliki buku ini. Percayalah, banyak masalah tajwid & Al-Quran anda selesai.
Dapatkan buku ini dengan melayari :
www.soaljawabtajwid.com
i
BUKU MUDAHNYA
NGAJI TAJWID
Inginkah anda buku tajwid yang fokusnya adalah FAHAM & TAHU
PRAKTIKAL?
Mungkin kita sudah membeli & membaca berbagai buku tajwid. Tetapi
mungkin juga kita masih ’confuse’, masih kurang jelas ’big picture’ ilmu
tajwid.
Buku ini ditulis dengan objektif berbeza. Ia ditulis
khas untuk :
• Memahamkan anda, bukan memeningkan.
Dalam buku ini, kita akan fokuskan ilmu tajwid
paling penting, yang paling wajib anda tahu &
kuasai untuk TUJUAN PRAKTIKAL.
• Fokus buku ini adalah, anda boleh terus
tahu praktikkan tajwid ketika membaca Al-Quran,
terus mudah kenal hukum-hukum tajwid
dalam Al-Quran.
Buku ini tidak menyenaraikan semua ilmu tajwid, tetapi ia menyenaraikan
ilmu tajwid WAJIB TAHU & WAJIB KUASAI sahaja, agar mereka yang
sebelum ini tahap ilmu tajwidnya ’hampir kosong’ boleh terus fahami tajwid
& tahu cara praktikalnya.
Penerangannya amat simple, santai & tidak terlalu teknikal. Mudahnya, buku
ini tidak mensyarahkan teknikal tajwid tetapi mensyarahkan bagaimana anda
mudah fahami kerangka besar ilmu tajwid untuk tujuan fasih baca Al-Quran.
Ia ditulis dengan gaya bahasa untuk memudahkan masyarakat awam,
’orang biasa’ yang ingin mencari jalan pintas untuk cepat fahami tajwid
secara luarbiasa.
Dapatkan buku ini di :
www.mudahngajitajwid.com
ii
NAK TAMBAH INCOME 'SAMPINGAN'
TAPI LUMAYAN?
JOM, SERTAI AGEN JUALAN BUKU KAMI
Kami menawarkan potongan harga
sehingga...
KELEBIHAN menjadi agen buku kami
• Kami akan letakkan nama & no. tel / kawasan anda di website kami.
Ini amat penting kerana ramai bakal pembeli yang tidak biasa dengan
pembelian online, mereka ingin terus hubungi anda dan lakukan pembelian.
• Kami akan design poster khas untuk anda, PERCUMA. Anda boleh sebarkan ke
group whatsapp, telegram, facebook dll.
Kuantiti Buku Diskaun Harga Agen Untung anda
per buku
Pembelian 1-3 senaskah Harga normal RM 25 senaskah Tiada
RM16.25 senaskah RM8.75
Pembelian 4 -10 senaskah Diskaun 35 % RM15 senaskah RM10
Pembelian 11 senaskah ke atas Diskaun 40 %
Caj Penghantaran bagi Semenanjung & Sabah/Sarawak mengikut berat buku
BERMINAT? [email protected]
atau SMS/Whatsapp di :
HUBUNGI KAMI SEGERA
012 - 4232 606
019 - 2225 606
iii
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Dapatkan koleksi DVD Pembelajaran
Al-Quran premium yang bakal meningkatkan
kualiti bacaan Al-Quran anda :
DVD TIGA SEMINAR
3 DVD rakaman seminar utama Ustaz Asraff :
1. Rakaman ’full’, Seminar Kaedah Jibril : Jika anda sibuk setiap
hari tapi berhajat ingin hafaz surah Mulk & Sajadah dengan
ingatan kuat, ini teknik terbaik untuk anda. Seminar Kaedah Jibril
membincangkan teknik terbaik, paling mudah & praktikal untuk
masyarakat awam berjaya menghafaz surah idaman.
2. Rakaman ’full’ Seminar Tajwid Super Mudah. Ia adalah rakaman
seminar Ustaz Asraff bersama Ustaz Ariff yang membincangkan
cara lebih mudah untuk camkan tajwid Al-Quran melalui kod &
simbol sahaja. Lebih cepat, lebih simple.
3. Rakaman ’full’ Seminar TajwidPro. Ia adalah seminar yang
membincangkan kaedah untuk ’upgrade’ kualiti bacaan Al-Quran
anda ke tahap pakar seperti syeikh arab baca.
Dapatkan 3 koleksi DVD ini di : www.tigaseminar.com
iv
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
DVD PAKEJ INSPIRASI QURANI
• Ingin kuasai tajwid dengan lebih mudah
ikut simbol sahaja?
• Ingin betulkan kesalahan bacaan Fatihah
agar yakin jadi imam?
• Ingin kuasai kemahiran bacaan Al-Quran
tahap ’pro’ seperti syeikh arab baca?
• Ingin tahu surah & ayat banyak fadhilat
untuk diamalkan berdasarkan hadith sahih?
Ada 4 DVD yang akan membantu anda menjelaskan
semua perkara di atas. Kesemuanya dipakejkan
dalam DVD Inspirasi Qurani.
Dapatkannya dengan melayari :
www.inspirasiqurani.com
DVD TAJWID AMAN HATIKU
Ketahui 165 bentuk kesalahan bacaan yang sering
dilakukan tanpa disedari ketika membaca Al-Quran
seorang diri.
Penting agar anda baca Al-Quran dengan
perasaan tenang & yakin kerana kesalahan ’tak
perasan’ atau ’ter’ sudah tidak berlaku lagi.
Dapatkan DVD ini di :
www.tajwidamanhatiku.com
Ingin produk di atas pada harga lebih
menjimatkan, DISKAUN 30%? Sila sms atau
whatsapp kod ini : ’Tajwid30’ & hantar ke :
012 4232 606
v
BUKU LOVE PARENTING
Inginkah anda sebuah hubungan mesra dan kasih sayang
erat antara anda dan anak-anak yang tidak luput walau
mereka sudah berjaya dan kita sudah tua?
• Love yang menjadi sebuah kekuatan dalam diri mereka walau apa jua
situasi yang anak hadapi.
• Dengan sayang dan rindu itu, mereka pasti mendoakan kita sepenuh
hati hari demi hari.
HARGA Buku ini berkongsi TIPS MENCAMBAH & MENGUATKAN RASA CINTA
ANTARA IBU-BAPA & ANAK :
25RM • Ia ditulis khas, dengan pelbagai tips dan cara yang boleh kita lakukan
SENASKAH untuk pasakkan 'love' dalam hati anak setiap hari agar mereka dan kita
saling berkasih sayang sehingga mereka dewasa dan sampai bila-bila.
• Fokus buku ini adalah, anda menjadi ibu ayah yang membesarkan anak 'full of love', sebagai satu
cara yang sangat powerful untuk didik anak menjadi manusia yang matang fikirannya, baik hatinya,
elok akhlaknya, dan jauh misi hidupnya.
Dapatkan buku ini di : www.parentingcinta.com
BUKU ALLAH DALAM HATI ANAKKU
INGIN ANAK SOLEH - SOLEHAH SEJAK KECIL &
MUDAH DENGAR KATA IBU-BAPA?
Dapatkan buku A.D.H.A (Allah dalam hati anakku) yang
mendedahkan teknik mendidik anak kecil agar mudah dilentur
menjadi soleh & solehah dengan cara menanam cinta Tuhan &
Rasul dalam hatinya.
Anda akan pelajari
Teknik parenting 'CORE' untuk lembutkan hati anak agar mudah HARGA
dibentuk & mendengar kata,
25RM
Kaedah menanam cinta anak kepada Tuhan agar ia rajin solat &
gemar baca Al-Quran melalui teknik yang mudah dipraktikkan, SENASKAH
Buku ini bukan setakat menceritakan teori, tetapi mendatangkan sekali contoh praktikal termasuk
'dialog' & 'ayat-ayat komunikasi' yang boleh terus dipraktikkan oleh ibubapa kepada anak,
Penerangan buku ini ditulis secara santai, mudah difahami & dicerna,
PERCUMA : 5 VIDEO KHAS, tip cara komunikasi dengan anak kecil, pendek tetapi cukup bermakna
& menyeronokkan. Link downloadnya ada disertakan di dalam buku.
Dapatkannya di : www.teknikadha.com
vi
PRAKATA
ANDA INGINKAN UMRAH
MABRUR? BUKU INI
MERUPAKAN KUNCINYA :
Sebenarnya, saya langsung tidak bercadang
tunaikan umrah tahun ini. Tetapi masyaAllah,
Tuhan yang ‘menghantar’ tiket jemputan
V.I.Pnya.
Sudah tentu ia bersebab. Sudah pasti Tuhan
sedang mengatur ‘special lesson’ untuk
mengajar saya sesuatu.
Anda ingin tahun apa ‘lesson’nya? Buku ini
menceritakan sebahagian hikmahnya yang
luarbiasa.
...............
xiii
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Mekah & Madinah.
Jujur saya katakan, setelah lebih 10 tahun tidak menziarahi kedua
kota suci ini, hati saya amat rindu, terpanggil-panggil hendak ke
sana. Tahun ini, tarikan kerinduannya semakin membara.
Dan Alhamdulillah, ia telah dijawab Tuhan.
‘Ustaz, jom kita tunai umrah bulan ramadhan ni...’, Dr. Azizan Osman
tiba-tiba menawarkan sesuatu yang mulanya saya seakan tidak
percaya.
Memang ketika mendengarnya saya fikir, jika Dr. Azizan tidak tersasul
cakap, sayalah yang salah dengar. Rupanya ajakan yang diterima
ketika saya menziarahinya bukanlah mimpi apatah lagi gurauan. Ia
tawaran hakiki dari seorang insan yang mulia hati. Jika diikutkan,
saya seakan hendak melompat sahaja tetapi tidaklah sampai ke
tahap itu. ‘Control hensem’ perlu juga dikekalkan.
Cuma saya sedar, ini bukan ajakan biasa. Ini adalah undangan khas
‘dari Tuhan’ yang disalurkan melalui Dr. Azizan.
Undangan yang pasti diterima tanpa bertapi-tapi.
Siapa yang tidak mahu ke Mekah pada bulan ramadhan? Anda
pasti kurang waras jika menolaknya atau mungkin, kelebihan umrah
ramadhan masih belum anda ketahui. Umrah yang Rasul s.a.w
perbesarkan sebagai :
‘Umrah pada bulan Ramadhan
senilai dengan haji.’
(Hadith riwayat Muslim)
xiv
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Maka pada 3 -13 Jun 2016 kami menyahut seruan itu. Sejak dari
airport saya asyik tersenyum sahaja. Sudah terbayang gambaran
Baitullah, berkejar-kejar di Safa Marwa, berpusu mencium Hajarul
Aswad, air zam-zam penyejuk tekak, tarikan mistik maqam Rasulullah
s.a.w & tidak lupa Raudhah yang sudah lama tidak dijejaki.
Sudah terbayang juga kurma ajwa, jubah beraneka, ‘tawaf luar’ dari
kedai ke kedai, Gua Hira’ & makanan arab yang zahirnya ‘dry’ tetapi
sedap. Pasti penuh simkad handphone dengan gambar selfie. Pasti
sesak status Fb dengan status terkini.
Sedang asyik mengelamun itu tiba-tiba saya tersedar, setakat itu
sahajakah perkara yang dicari ketika berumrah? Adakah itu sahaja
manfaat yang saya kejar, kemudian balik ke Malaysia tanpa apa-apa
perubahan?
Adakah itu sahaja tujuan berumrah? Setakat kerjakan ibadah fizikal
tanpa teladani ibrah?
Belajar ‘special lesson’ dari Tuhan
Kata ulama, ayat Tuhan boleh dipelajari dalam dua bentuk. Satu,
‘ayatul maq’ruah’. Ayat Tuhan yang boleh dibaca. Itulah Al-Quran.
Satu lagi, ‘ayatul manzurah’. Ayat Tuhan yang boleh dilihat. Itulah
alam & kehidupan yang sedang kita lalui.
Di dalamnya terisi seribu satu kearifan, hikmah & ibrah.
Kedua ayat ini merupakan cara yang Tuhan gunakan untuk mendidik
kita secara langsung & tidak langsung. Cuma, ramai yang mahir
membaca & mentadabburi ayatul maq’ruah, Al-Quran. Tetapi tidak
ramai perasan, Tuhan menyampaikan banyak ibrah melalui ayatul
manzurah, pengalaman hidup.
vii
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Para bijaksana pula menambah, jika kita ingin menambah kearifan
hidup, berjalan & mengembaralah. Orang sekarang kata, jalan-jalan.
Aktiviti ini memang best sebab, apabila kita diperlihatkan suasana,
manusia & situasi baru, selalunya minda ini akan cepat menangkap
idea, hikmah & ibrah.
Benar, itulah ‘buah’ pengembaraan. Tetapi tidak semua manusia
peka. Ada yang hanya mendapat buah ‘selfie’ sahaja, gambar
berlambak tapi berubahnya tiada. Padanlah Tuhan ingatkan, silibus
ayatul manzurah hanya dapat difahami oleh mereka yang bukan
setakat membuka mata, tetapi mata hati :
‘Bukankah ada baiknya
mereka mengembara di muka bumi
supaya dengan melihat kesan-kesan tersebut,
mereka menjadi orang punya hati
yang dapat memahami, &
punya telinga yang dapat mendengar?
(tetapi kalaulah mereka mengembara pun
tidak juga berguna) kerana masalahnya
bukanlah mata kepala yang buta,
tetapi yang buta adalah mata hati dalam dada’.
(Surah Al-Hajj, ayat 46)
Maka pada umrah kali ini, saya perlu membuka kedua mata, luar
& dalam besar-besar. Ibadah umrah tidak boleh dianggap sebatas
ibadah yang dimulai dengan niat, tawaf, saie & diakhiri dengan
bercukur sahaja. Tidak, tidak. Bukan setakat itu. Umrah adalah
sebuah journey, perjalanan agung, waktu di mana Tuhan sedang
bersedia mengajar kita hikmah luarbiasa : ayatul manzurah.
Di sini, Tuhan yang menjadi ‘tuan guru’nya. Kita bakal mempelajari
wawasan tahap antarabangsa kerana di Mekah, kita bukan menemui
viii
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
orang melayu, cina & india sahaja. Di sini orangnya tahap P.B.B
(Pertubuhan Bangsa Bersatu), semua bangsa ada.
Di sini ilmu agama akan lebih mendalam sebab, kita sedang
berada di lokasi ‘live’ Rasul pernah dibantu Tuhan & Malaikat Jibril
berulang-alik. Di sini jangan main-main. Ia lokasi beribu doa Rasul
dimakbulkan & beratus mukjizat pernah diperlihatkan. Patutlah orang
berseloroh, di Mekah-Madinah kena jaga mulut sebab Tuhan ‘bayar
cash’. Tak tahulah betul ke tidak tetapi berdasarkan pengalaman
saya (sebahagiannya dikongsikan dalam buku ini), kata-kata itu ada
benarnya.
Di sini juga merupakan tempat untuk
kita lebih menghargai Rasulullah “ di Mekah-Madinah
s.a.w. Banyak kali saya melopong & kena jaga mulut
terkagum-kagum dengan kekuatan
fizikal Nabi kerana ketika baru nak sebab Tuhan ‘bayar
mendaki cerun kecil Bukit Uhud cash’. Tak tahulah
pun saya dah mencungap. Nabi betul ke tidak
MasyaAllah Tabarakallah, berperang tetapi berdasarkan
disitu. Banyak kali saya geleng pengalaman saya
kepala, patutlah generasi sekarang (sebahagiannya “
langsung tak berpeluang jadi nabi dikongsikan dalam
sebab, baru nak panjat Jabal buku ini), kata-kata
Rahmah bawah terik tengahari 43 itu ada benarnya.
celcius pun dah rasa macam nak
pitam. Dahulu, Nabi ‘selamba’ je
hijrah berhari-hari meredah padang
pasir, naik bukit turun bukit dari Mekah ke Madinah.
Panasnya mesti sama. Kesukarannya lebih banyak. Tapi ya, selamba
je Nabi buat untuk ummah.
Di sini, kita berpeluang besar untuk merenung jauh dalam diri. Jika
di Malaysia, waktu kita banyak dipenuhi dengan memikirkan urusan
‘dunia’ sahaja. Kerja, anak, wang, pelaburan, boss & tak lupa, bill
ix
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
hujung bulan & hutang keliling pinggang. Di sini semua itu akan ‘shut
down’ buat seketika. Kita akan banyak fokuskan Al-Quran, qiamullail,
solat tahajjud, selawat, zikir & tawaf sunat. Kita ada masa cukup
panjang untuk memikirkan hubungan kita dengan Tuhan, adakah
semakin jauh atau semakin dekat? Kita ada masa untuk mula
mengira-ngira jumlah dosa & pahala, adakah belah kanan lebih berat
atau sebaliknya? Kita ada waktu
yang cukup untuk berkhayal tentang
“Di sini, kita syurga & menekuni neraka, adakah
berpeluang besar kita bakal ‘berpeluk’ dengan bidadari
untuk merenung syurga atau dihambat Malaikat
Zabaniah bersama Firaun di neraka?
jauh dalam diri. Jika Serius. Itulah yang akan kita fikirkan.
di Malaysia, waktu Semua ini amat bermakna sebab, ia
kita banyak dipenuhi bakal membersihkan jiwa, mengisi
dengan memikirkan taqwa di dalamnya & insyaAllah bakal
urusan ‘dunia’ sahaja. membawa pulang api perjuangan
Kerja, anak, wang, iman yang bercahaya ke tanah air.
pelaburan, boss & tak
lupa, bill hujung bulan “ Memang ayat di atas kedengaran
& hutang puitis tapi itulah hakikat yang ingin
keliling pinggang. saya gambarkan. Cuma, ia tidak
datang semudah itu. Ibrah umrah
bukannya datang secara ‘spoon
feeding’, cikgu masuk kelas, buka
buku teks, tulis di papan hitam, kita mengangguk tanda faham & bila
balik buat kerja rumah.
Tidak, hikmahnya tidak datang semudah itu.
Untuk mencarinya, anda perlu ‘survive’ sendiri. Perlu buka mata & hati
luas-luas untuk menangkap pembelajaran Tuhan. Cuma jangan risau,
survivalnya tidaklah susah sangat. Tuhan akan banyak mengajar
anda melalui siri episod pengalaman kecil di sana. Contohnya ketika
x
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
melihat burung makan tepi jalan saat pulang ke hotel, lihat pakcik
cleaner bersihkan masjid serta banyak lagilah.
Ada juga waktu, Tuhan sampaikan ibrah melalui peristiwa kurang
enak. Saat kita geram dengan kesesakan jemaah yang luarbiasa,
ketika itulah Tuhan akan bagi ‘special lesson’ untuk menunjukkan
kelemahan diri. Saat kita sedih melihat sesuatu, ketika itulah Tuhan
mengingatkan ada lagi perkara yang kita terlupa nak syukuri.
Dan melalui buku ini, saya ingin berkongsi ‘P & P : pengajaran &
pembelajaran’ dari Tuhan, episod ibrah & hikmah melalui beberapa
siri kejadian istimewa ketika berumrah.
Para pembaca dihormati,
Saya ingin memohon maaf awal, mungkin buku ini tidaklah sehebat
Ihya’ Ulumuddin. Baca sahaja, jiwa anda bercahaya. Buku ini juga
tidaklah sampai ke tahap buku Rihlah Ibnu Battutta, membacanya
membuatkan anda bersemangat mengembara.
Ia hanya buku sederhana tetapi punya misi luarbiasa. Ia ingin
berkongsi dengan anda pengalaman saya membunuh ‘monster’, sifat
ananiyah, selfish & pentingkan diri sendiri berbantukan ibrah secara
langsung dari Tuhan di tanah suci.
Ia ingin membantu : jika anda ingin mengerjakan umrah, biarlah
umrahnya naik ‘ke langit’ bukannya berderu turun ‘ke laut’.
Soalnya, apakah maksud umrah ke langit, umrah ke laut?
Umrah ke langit, umrah ke laut
Tajuk buku ini hanyalah perlambangan untuk menggambarkan
umrah yang diterima Allah & umrah yang ditolak. Perumpamaan
‘ke langit’ digunakan sebagai gambaran umrah mabrur sementara
xi
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
perumpamaan ‘ke laut’ menggambarkan umrah sia-sia : tiada yang
berubah sebelum & selepas mengerjakan umrah.
Wallahi tuan-puan, umrah kali ini merupakan ibadah yang cukup
saya perihatinkan ‘end result’nya. Benarlah hanya Tuhan yang Maha
Mengetahui samada ia diterima atau tidak. Cuma pada tahapan
manusia, saya tidak mahu ibadah umrah kali ini sama seperti umrah
terdahulu : umrah yang difokus setakat praktikal ibadahnya sahaja.
Kali ini, saya amat ingin ‘buah ranum’ umrah diperolehi. Buah
berbentuk :
‘Antara umrah yang satu
dan umrah lainnya, itu akan menghapuskan
dosa di antara keduanya’.
(hadith riwayat Bukhari & Muslim)
Rasulullah s.a.w melalui hadithnya di atas menjanjikan sesuatu cukup
bermakna. Lakukan umrah bersungguh hati, nescaya Tuhan delete
segala dosa terdahulu. Saya melihat manfaat hadith di atas begini
: pertama kali saya menginjak tanak haram mengerjakan umrah
sewaktu berusia 21 tahun. Sekarang, usia saya 37. Maknanya, ada
jarak masa lebih kurang 16 tahun antaranya.
Saya cuba bermuhasabah. Sepanjang 16 tahun waktu itu,
agak-agaknya pahala lebih banyak atau dosa? Sekali lagi, saya
tidak punya kemampuan meneliti catatan malaikat Raqib & Atiq tetapi
pada tahapan manusia, rasa-rasanyalah dosa lebih banyak dari
pahala. Yelah, kita bukan wali yang zikirnya berpuluh ribu hari sehari.
Kita hanya manusia biasa yang mengumpat dalam hati berpuluh ribu
kali sehari.
xii
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Jadi, umrah merupakan kesempatan emas untuk ‘reset’ buku catatan
sebelah kiri. Padam semua kesalahan. Start dari zero semula. Kan
best peluang itu?
Maka, fokus saya adalah mengejar umrah mabrur. Umrah yang
confirm diterima. Umrah yang menatijahkan perubahan sebelum
& selepas. Umrah yang menjadikan pelakunya lebih baik, lebih
bertaqwa & lebih bersinar iman.
Fokus ini amat penting memandangkan perkataan ‘mabrur’ itu pun
asal katanya adalah ‘birr’ : kebaikan. Maknanya, orang yang umrahnya
diterima adalah mereka yang menunjukkan sisi perubahan : lebih baik
& lebih taat. Jika sama sahaja perangai & kualiti ibadahnya, sahlah
ibadah umrah kita bukan setakat jauh dari mabrur, tetapi melebur.
Ya, umrahnya mungkin sah. Gambar selfienya mungkin beratus
tetapi samada diterima atau tidak, itu belum tentu.
Para pembaca budiman,
Bab-bab yang akan anda baca selepas ini merupakan koleksi
perubahan, ibrah & hikmah yang saya temukan di sana. Semoga
segala catatan yang dikongsi memberi manfaat kepada anda. Mana
tahu jika anda ingin mengerjakan umrah selepas ini, anda berpeluang
mendapat hikmah sama bahkan mungkin lebih dari itu.
Mana tahu melalui pembacaan buku ini, anda diberi hidayah berubah
menjadi ‘better person’.
Jika itu yang berlaku, sayalah insan paling gembira.
Para pembaca dimuliakan,
Selamat menikmati buku ini. Mohon maaf awal jika ketika
membacanya, anda banyak berkerut dahi. Mohon ampun awal jika
xiii
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
ketika menghadamnya, anda banyak merasa ‘something wrong’.
Segala kelemahan & kekhilafan itu puncanya dari saya, penulis yang
sedang bertatih menjadi lebih baik, manakala segala kebaikan yang
anda temukan milik ‘tuan guru’nya, Allah Ar-Rahman & Ar-Rohim.
Saya hanyalah posmen, tukang sampai sahaja.
Pujilah Tuhan sebanyaknya apabila kebaikan menghampiri,
sama-sama kita beristighfar sebanyaknya apabila kelemahan
dikoreksi.
Selamat membaca. Selamat menikmati umrah melalui buku ini. Siiru
ala barokatillah.
Labbaikallahuma labbaik,
Labbaika laa syariikala kalabbaik,
Innal hamda, wannikmata, laka wal mulk,
Laa syariika lak.
P.S : PESANAN KHAS
Jika anda menemui sesuatu bermanfaat melalui buku ini, jangan
lupa untuk berkongsi dalam FB (Facebook) & letakkan di akhirnya
hashtag : #umrahkelangitumrahkelaut
Pasti perkongsian anda akan saya baca. Saya tidak janjikan apa-apa
hadiah mahupun tiket free umrah untuk perkongsian terbaik. Cuma
satu sahaja yang saya berani janji : Tuhan pasti mengganjarinya
dengan pahala.
Itu lebih ‘mahal’ dari kurma ajwa yang saya poskan untuk perkongsian
terbaik. Mana tahu, Tuhan sudi beri tiket umrah free untuk menghargai
keikhlasan anda berkongsi.
xiv
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Kan Dia ada kuasa ‘kun fayakun’?
Don’t worry, the more you give, the more you get back from Allah s.w.t
Ikhlas,
Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-hafiz
22 Julai 2016
Fb : UstazAsraff
Youtube : AsraffAyob
Emel : [email protected]
Whatsapp / sms : 012 4232 606
xv
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
xvi
BAB 1
APABILA TUHAN MENJEMPUT,
TAHULAH DIA MENGATURKAN
LAYANAN TERBAIK
Empat bulan sebelum menunaikan umrah, saya
bertemu Murad Zaidi.
Beliau adalah rakan ‘abang sado’ saya. Pakar
MMA fighting. Ada gymnasium sendiri. Fitness
trainer bagi Dr. Azizan Osman. Sebenarnya agak
lama juga kami tidak bertemu. Tiba-tiba suatu
hari, terima whatsapp darinya, kata nak jumpa.
Ingatkan nak ajak training fitness, rupanya nak
tanya training lain. Nak minta saya terangkan
cara menunaikan umrah.
Keesokannya kami bertemu. Disebabkan ini
merupakan kali pertama beliau menunaikan
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
umrah, banyaklah soalan yang ditanya. Nampaknya, beliau perlukan
crash course. Alhamdulillah, selepas penerangan yang padat, beliau
terus faham. Senang sahaja.
Dalam banyak-banyak soalan itu, beliau ajukan satu soalan yang
ramai ‘first timer’ tanyakan : ‘Ustaz, risau jugalah nak pergi ni. Mana
tahu tak nampak kaabah ke... benda tak best berlaku ke....yelah kita
ni orang biasa je ustaz. Banyak buat
silap...’
“Bayangkan, dalam“ Saya pandang dia sambil jegilkan
mata, ‘Murad, please do not
keadaan kita tak berapa underestimate sifat love Tuhan kita.
baik dengan Dia pun, Bayangkan, dalam keadaan kita tak
(solat kadang-kadang berapa baik dengan Dia pun, (solat
culas, baca Quran kadang-kadang culas, baca Quran
sedikit, malas zikir dll), sedikit, malas zikir dll), Dia masih
Dia masih melayani melayani kita tahap terbaik, bagi
kita tahap terbaik, bagi rezeki tip-top....’
rezeki tip-top....’
Kelas tauhid bermula.
‘Bayangkan jika kita mula berbaik
denganNya. Pasti Dia akan layan kita tahap V.I.P, luarbiasa....’
Murad tersenyum lebar. Agaknya penerangan tadi menjawab
kekhuatirannya yang paling besar.
‘Lagi satu, tadi you inform I, you tak plan pun nak tunaikan umrah.
Tiba-tiba je terasa nak pergi. Pada pandangan I, you are so special...’.
‘What do you mean ustaz?’, Murad bertanya, penuh ingin tahu.
‘Cuba fikir, siapa yang gerakkan hati you nak ke Mekah? Pasti Tuhan
kan? So pada pendapat I, you ni mendapat jemputan special dariNya.
4
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Kira V.V.I.P lah sebab asalnya you tak plan pun nak pergi. Tiba-tiba
Dia mudahkan segalanya. Takkanlah apabila tetamu V.V.I.P datang,
Tuhan berikan layanan biasa-biasa di rumahNya (kaabah)....’
‘Are you sure ustaz?’
‘Ya. Kan kita pun selalu beri layanan luarbiasa & bagi special gift
kepada orang yang kita anggap istimewa? Sudah tentu Tuhan yang
kita sebut Ar-Rahman, Ar-Rahim lebih berganda istimewa layananNya
dari itu....’
Murad tersenyum lagi. Makin berseri mukanya.
‘So ustaz, apa yang perlu I doa di sana?’
‘Banyakkan berdoa agar Dia bersihkan diri kita. Dia ‘delete’ segala
dosa kita. Istighfar & solat taubat sebanyaknya. Doa agar Dia jawab
setiap permintaan kita dengan balasan lebih baik dari apa yang kita
harapkan. I believe Murad, you akan gembira di sana nanti. Sure
punya...’
Murad mengangguk ceria. Selang dua minggu kemudian, facebook
Murad dipenuhi gambarnya yang tersenyum lebar di Mekah. Tentu
dia merasai layanan V.V.I.P dari Tuhan. Tentu juga Tuhan Ar-Rahman
sedang melayani setiap doanya dengan ijabah luarbiasa.
Kita doakan begitu, Amin.
Para pembaca dihormati,
Memang ada sesetengah kita yang tangguhkan niat menunaikan
umrah kerana alasan kurang tepat. Apabila ditanya, ‘bila nak tunaikan
umrah?’. Kita jawab, ‘nantilah dulu...’. Sebenarnya bukan tiada bajet
5
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
atau tiada masa yang menjadi masalah tetapi ‘setting’ fikiran kita
yang senget, sering berfikir bukan-bukan.
Kita fikir nanti bila sampai di sana, habislah Tuhan ‘kenakan’ kita.
Sebab itu ramai yang khuatir, ‘nanti pergi umrah tak nampak Kaabah’.
Risau, ‘haritu kawan saya pergi umrah, dia sakit teruk seminggu...’
Banyak lagilah cerita & kepercayaan kurang tepat & menakutkan
tentang haji & umrah yang kita baca dari majalah, media sosial &
internet. Mungkin sebab itu ramai yang meletakkan umrah sebagai
last priority. Katanya, nanti dah sampai seru baru pergi.
Dia tunggu Tuhan menyeru, bukan dia yang menyeru Tuhan. Sifirnya
dah terbalik.
Saya ingin kongsikan satu pengalaman kecil kami, cerita yang lebih
‘fresh’ tentang bagaimana baiknya Tuhan melayani kami ketika
berumrah agar paradigma kita berubah.
Kami tiba di Makkah waktu pagi. Ingatkan manusia tidak ramai,
rupanya melaut juga. Jadi kami cadang nak mulakan tawaf umrah
selepas subuh.
Masuk sahaja kawasan masjid, kami bertemu halangan pertama :
‘pakcik jaga’ yang mengawal Masjidil Haram tidak benarkan Dr.
Azizan Osman menolak ibunya menggunakan wheelchair di kawasan
mataf utama. Alasannya, wheelchair akan melambatkan pergerakan
jemaah.
Kami mulai risau. Tapi saya cuba berfikiran positif kerana terkenangkan
kata-kata Dr. Azizan ketika kami dalam perjalanan memasuki Masjid
tadi, ‘kat sini, kita sangka baik sahaja kepada Allah. Dia dah jemput
kita. Nanti tahulah Dia aturkan setiap tetamunya dengan layanan first
class....’
Saya cuba bincang dengan ‘pakcik jaga’ itu. Boleh tahan juga berkarat
6
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
bahasa arab selepas 15 tahun tak bercakap. Memang adat pengawal
keselamatan, mereka berkeras tidak benarkan. Saya cuba memujuk.
Dia buat tak tahu.
Pujuk lagi. Dia marah. Pujuk, dia mula menghalau.
Akhirnya kami mengalah. Saya ajak Dr. Azizan tawaf kawasan lain.
Tiba-tiba pakcik jaga ini pula mengalah, dia tunjuk isyarat green light.
Fuh lega. Alhamdulillah, selesai “mari kita perbetulkan “
satu masalah. sudut pandang
terhadap Tuhan.
Memanglah contoh di atas kecil Fikirkan yang Tuhan
sahaja tetapi fikirkan begini : jika itu bukannya ‘garang
perkara kecil pun Tuhan layan & penghukum’ tetapi
baik, apatah lagi perkara besar. Tuhan yang ‘full of
Begitulah layanan yang kami rasai love’. Tuhan yang
ketika menunaikan umrah. Tidak menyantuni kita
kira kecil atau besar, semuanya dengan layanan first
baik. Semuanya berjalan lancar. class, always.
Semuanya full of surprise. Dan ia
bermula dengan pemikiran sentiasa
bersangka baik kepada Tuhan.
Think positive, kata orang putih.
Syukur & sabar, kata Al-Quran.
Bagi mereka yang khuatir tunaikan umrah atas alasan bukan-bukan,
mari kita perbetulkan sudut pandang terhadap Tuhan. Fikirkan yang
Tuhan itu bukannya ‘garang & penghukum’ tetapi Tuhan yang ‘full
7
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
of love’. Tuhan yang menyantuni kita dengan layanan first class,
always. Bermula saat membaca buku ini, mari kita cari jalan untuk
‘menyeru’ Tuhan. Cari jalan untuk tunaikan umrah. Bukalah pintu hati
ke arah itu, insyaAllah Tuhan akan buka seribu satu jalan untuk anda
‘bertandang’ ke rumahNya.
Tuan guru kami ada menasihatkan, setiap yang kita lakukan di dunia
tidak kira kecil atau besar merupakan isyarat, signal yang kita hantar
kepada Tuhan. Barangsiapa yang sering menghantar signal positif,
pasti dia akan menerima lebih banyak signal positif dariNya.
Rasulullah s.a.w dah lama kongsikan formula mudah berinteraksi
dengan Tuhan :
Hadith Qudsi :
‘Aku menurut kepercayaan
hambaKu terhadapKu,
dan Aku bersama mereka yang mengingatiku,
bila mereka mengingatiku dalam diri mereka,
Aku mengingati mereka dalam diriKu,
jika mereka mengingatiKu
di hadapan khalayak ramai,
Aku mengingatinya di depan khalayak ramai
yang lebih mulia daripada itu
(para malaikat, anbiya’ , awliya’),
jika hambaKu mendekatiku sejengkal,
Aku mendekatinya sehasta,
jika hambaKu mendekatiKu sehasta,
Aku mendekatinya sedepa,
dan jika dia mendatangiKu secara berjalan,
Aku datanginya secara berlari’.
(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
8
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Hubungan dengan Tuhan. Semuanya bertitik-tolak dengan apa yang
kita fikirkan tentangNya.
Sudah tentu, barangsiapa yang sering menghantar signal negatif,
faham-faham sahajalah isyarat balasannya. Dalam kes ibadah
umrah, bayangkan, Tuhan dah buat ‘rumah terbuka’, boleh datang
ke rumahNya bila-bila masa tapi kita masih banyak bertapi-tapi. Bagi
alasan itu-ini. Padanlah Tuhan jemput orang lain kerana kita yang tak
mahu pergi.
Yang kedua, pesan tuan guru lagi, benda baik jangan ditangguh.
Letakkannya first priority. ‘Fastabiqul khairat’, berlumba-lumbalah
kamu berbuat kebaikan. Begitulah nasihat Tuhan :
‘...... oleh itu berlumba-lumbalah kamu
mengerjakan kebaikan;
kerana di mana sahaja kamu berada
maka Allah tetap akan membawa kamu semua
(berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan);
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa
atas tiap-tiap sesuatu.’
(Surah Al-Baqarah, ayat 148)
Ada sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.
Kisahnya yang begitu luarbiasa sering membuatkan saya sering
tersenyum lebar sekaligus terinspirasi ketika mengingatinya. Ia
sarat dengan hikmah, betapa beruntungnya orang yang fast action
9
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
/ fastabiqul khairat.
Begini kisahnya :
Ketika itu Rasulullah s.a.w ingin berkongsi kriteria kumpulan manusia
yang masuk syurga tanpa hisab
“pemuda yang kepada para sahabat. Kira ceramah
pendeklah ikut bahasa kita. Ketika
pertama kali bangkit mengetahuinya, para sahabat
adalah Ukasyah bin mulai meneka-neka, apakah kriteria
istimewa itu?
Mihsan. Pemuda Nabi s.a.w pun menjelaskan, ‘Mereka
yang cepat memberi adalah orang yang tidak melakukan
respon & tidak ruqyah, tidak mengamalkan perkara
mahu menunggu- buruk dan kepada Tuhan mereka
nunggu. Disebabkan bertawakkal’.
keberaniannya
berdoa ketika orang “ Tiba-tiba seorang lelaki bangkit
lain ternanti-nanti, dan berkata, ‘Berdoalah kepada
doanya telah di ‘amini’ Allah agar Dia menjadikan aku
Rasulullah s.a.w. termasuk dalam golongan itu’. Nabi
s.a.w menjawab, ‘Engkau termasuk
bersama mereka’.
Selepas itu, ada seorang lelaki lain bangun & memohon permintaan
sama.
Kepada lelaki itu Rasul berkata, ‘maaf, engkau telah didahului
Ukasyah’.
Ya, pemuda yang pertama kali bangkit adalah Ukasyah bin
Mihsan. Pemuda yang cepat memberi respon & tidak mahu
menunggu-nunggu. Disebabkan keberaniannya berdoa ketika
orang lain ternanti-nanti, doanya telah di ‘amini’ Rasulullah s.a.w.
10
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Begitulah para sahabat, mereka memiliki satu budaya yang lama
tercicir dari kehidupan kita. Budaya fastabiqul khairat,
berlumba-lumba dalam kebaikan. Mereka sedar, fast action
membuahkan fast result, sementara slow action bukannya
membuahkan slow result tapi no result.
Itu yang berlaku pada lelaki kedua.
Para pembaca budiman,
Mari kita mencontohi Ukasyah. Mari kita segerakan apa yang patut
disegerakan. Mari kita ‘bertamu’ ke rumah Tuhan saat Dia sedang
membuat ‘open house’. Dan ia bermula dengan fast action ke arah
itu.
Bila anda nak setkan tarikh ke Mekah? Dua bulan dari sekarang?
Umrah musim sejuk? Umrah plus pakej ziarah? Atau masih seperti
biasa, ‘nanti dahulu....’.
Saya berdoa anda dipermudahkan Tuhan untuk bertamu ke
RumahNya, Baitullah. Saya berdoa anda akan dimudahkan ke arah
itu. Dan tidak lupa, saya berdoa anda akan dilayani Tuhan dengan
layanan super V.I.P ketika mengerjakan umrah. Allahumma Amin.
Percayalah, doa yang disertai dengan azam bersungguh & tindakan
fast action pasti akan dibalas dengan fast result dari Tuhan. Percayalah
& bertindaklah, sebab selama ini begitulah cara Tuhan melayani kita :
layanan tahap Ar-Rahman & Ar-Rahim. Full of love.
11
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM
UMRAH KE LANGIT
Ketika berumrah, anda menjadi tetamu V.I.P. Yakinlah Tuhan
akan melayani anda dengan layanan selayaknya yang sering
diberikan kepada tetamu istimewa.
UMRAH KE LAUT
Kita sukar mengerjakan umrah jika pemikirannya sejak awal
tidak betul. Fikir Tuhan akan susahkan, fikir duit tak cukup.
Kita letakkan Tuhan last priority. Jangan terkejut jika apa yang
kita doakan lambat makbul sebab Tuhan dah letak semuanya
last priority juga.
12
BAB 2
DI MEKAH, KITA TIBA-TIBA ADA
KUASA ‘POWER RANGERS’.
Pernah tak anda rasa, kadang-kadang hati kita
meronta, nak sangat baca Al-Quran
s e b a n yaknya. Ingin sangat bangun malam
solat sunat berpuluh rakaat. Tetapi apabila
pulang sahaja dari kerja, ‘bateri’ tenaga tinggal
lima peratus sahaja. Dah ‘merah blink-blink’.
Sudahnya malam itu, dari cita-cita nak solat
sunat bertukar jadi tidur sunat pula.
Saya selalu juga mengalami semangat yang
asyik surut tak pasang-pasang itu hinggakan
saya terfikir, apa yang perlu saya lakukan agar
keinginan menguatkan iman sentiasa kekal?
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Di bumi suci Mekah, saya mendapat jawapannya.
Perkara yang paling menggusarkan saya ketika memulakan umrah
adalah sakit kaki. Sebenarnya hampir 6 bulan, hujung jari kedua
sebelah kanan berdenyut. Bermacam ubat saya telan. Doktor pakar,
specialist, tukang urut semua dah jumpa. Tetapi sakitnya masih
begitu juga. Jika kurang berjalan kaki ok. Apabila banyak berjalan
mulalah ia berdenyut.
Saya tahu sakit kaki ini jika tidak diambil serius, silap-silap tawaf
pakai wheelchair nanti. Tahun 2005 ketika menunaikan
haji, masalah lebih kurang sama pernah saya hadapi. Ketika itu,
disebabkan kurang lakukan persediaan (jogging, fast walking)
sebelum tunaikan haji, sampai sahaja di Madinah tapak kaki
sebelah kiri sakit teruk. Sebabnya satu sahaja : ‘terperanjat’. Yelah,
di Malaysia ia rileks, tiba-tiba di sini saya asyik berjalan tak ingat
dunia. ‘Pening’lah otot kaki tu. Akibatnya, seminggu jugalah jalan
terhencot-hencot sebelum pulih.
Nasib baik ia berlaku di Madinah, saat haji belum bermula. Jika di
Mekah sakit, kan naya....
(Pesanan khidmat masyarakat : Jika anda ingin tunaikan haji atau
umrah, rajin-rajinkan diri jogging atau banyak berjalan sebelum ke
sana agar otot kaki bersedia & stamina lebih terjaga)
Sebab itu sebagai langkah persediaan, saya dah siap shopping
segala ubat surut bengkak, minyak urut & painkiller. Jika sesuatu
berlaku, senang dah ada ‘backup’ siap-siap.
Naik sahaja pesawat, kaki mula terasa menyucuk. Saya semakin
risau sebab tadi Dr. Azizan ada berbisik, ‘ustaz sampai je nanti kita
cuba buat umrah 2 kali yek.....’
16
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Saya anggukkan saja katanya, tapi hati dah fikir lain, ‘mampu ke
kakiku harungi tawaf & saie peacefully? La ni berjalan biasa pun
dah berdenyut, silap-silap terhencot kat sana nanti....’.
Dalam pesawat saya tak putus-putus berdoa. Ya Allah, Engkau
telah menjemput hambaMu ini dengan begitu mudah, tentu padaMu
sahaja jalan kemudahan untuk hambaMu melakukan ibadah ini.
Robbi yassir wala to’assir Ya
Karim. Robbi atmim bil khair, Ya
Arhamar Rohimin’.
Tetapi so far, doa saya belum “Doa sebenarnya
dimakbulkan. Sampai di Jeddah, bukan setakat
denyutan terasa semakin kuat.
Tetapi kali ini saya nekad, redah sarana meminta
jelah. Tawakkal sahaja kepada sesuatu
Tuhan. Telan 2 biji painkiller & k e padaNya. Ia juga
kami terus masuk Masjidil Haram. membantu kita untuk
Ketika minum air zamzam sebelum think positive. Tuhan
mulakan tawaf, saya panjatkan lagi dah jemput saya
doa sama. ‘bertandang’ ke
RumahNya,
Doa sebenarnya bukan setakat Baitullah. Sudah
sarana meminta sesuatu tentu Dia ada cara
“
k e padaNya. Ia juga membantu ‘magic’ nak uruskan
kita untuk think positive. Tuhan masalah kecil ini.
dah jemput saya ‘bertandang’
ke RumahNya, Baitullah. Sudah
tentu Dia ada cara ‘magic’ nak uruskan masalah kecil ini.
Alhamdulillah sepanjang tawaf & saie, kaki beri respon positif. Sedikit
pun ia tidak meragam. Agaknya ia tahu ini waktu ibadah kot. Maka
ia berkompromi. Mungkin di Malaysia saya asyik buat lagha je,
17
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
padanlah Tuhan uji dengan penyakit.
Lagi satu Tuhan nak ajar saya luruskan iman. Setiap penyakit
memang wujud punca sebab-akibatnya. Cause & effect, kata
orang putih. Jika demam makanlah panadol. Nanti eloklah. Tetapi
masalahnya, apabila kita dah ditanamkan yang proses keberhasilan
banyak berlandaskan cause & effect, kita kadang-kadang terlepas
pandang peranan utama Tuhan.
Akibatnya, apabila inginkan sesuatu, kita kurang bersungguh
berdoa. Yang beriya kita buat adalah usaha, kaedah & teknik. Tuhan
yang sepatutnya kita letak first priority kini kita letak last priority.
Di sini, lesson itulah yang sedang saya pelajari. Selama ini
apabila bermasalah, saya lambat rujuk kepadaNya. Saya kurang
yakin dengan kuasaNya padahal dahulu, sahabat Rasul berjaya
ubatkan sakit zahir seseorang
“pintu rezeki bukan dengan bacaan Fatihah sahaja.
sekadar Fatihah ya, bukan panadol.
berpandukan teknik Jika diikutkan, masalah kepercayaan
ini berakar umbi dalam pemikiran
marketing
muluk-muluk, masyarakat kita. Contohnya dalam
dunia perniagaan. Ramai percaya,
tetapi ia lebih
mudah dibuka rezeki akan lebat apabila strategi
marketing betul, target market cantik
dengan teknik suka
sedekah, jaga
“ & ayat iklan mantap.
silaturrahim, jaga
solat & tunaikan Tapi hakikatnya, bisnes banyak juga
zakat. melingkup walaupun strateginya
tepat.
Kita terlepas pandang teknik ‘beyond marketing’ : pintu rezeki
bukan sekadar berpandukan teknik marketing muluk-muluk, tetapi ia
18
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
lebih mudah dibuka dengan teknik suka sedekah, jaga silaturrahim,
jaga solat & tunaikan zakat.
Ibadah umrah sebenarnya nak baiki bahagian itu. Baiki bab
kepercayaan yang berkarat akibat terlalu fokuskan ‘iman
sebab-akibat’. Nak luruskan kefahaman hidup bahawa segala
masalah kita, zahir atau batin mudah selesai jika connection &
iman kepada Tuhan diletakkan pada tahap selayaknya.
Letak first, bukan last option.
Jangan fikir lain pula ya. Saya bukan
persoalkan keimanan anda. Tidak juga
saya mencadangkan kita asyik
berdoa hingga lupa berusaha. Tidak
sama-sekali. Yang dimaksudkan
adalah, mungkin selama ini kita letak
Tuhan pada last priority bukan first.
Cuba letak Tuhan first priority. Pasti
senanglah hidup.
Itu lesson pertama. Lesson kedua pula
adalah bab kesungguhan. Lihat
stamina saya yang luarbiasa bak
Superman. Anda tengoklah sendiri
statistik di atas. 35 ribu step meliputi 28
km in one day! Data statistik mencanak naik pada 2 waktu (6 pagi
& 6 petang) kerana kami (saya & Dr. Azizan Osman) tunaikan
umrah dua kali.
Pagi sekali, malam sekali.
Ini benar-benar luarbiasa super rangers! Di Malaysia Wallahi, nak
jogging satu pusingan di Taman Tasik Cempaka Bangi sebanyak
19
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
2,500 step itu pun mencungap!
Malam tu saya renung-renung : dari mana aku dapat kekuatan
luarbiasa ni? Berat badan dahlah overweight. Sebelum umrah,
bersenam pun jarang & apabila jogging, selalu pancit sahaja.
Kadang-kadang, nak kejar anak saya Aqif yang berusia 3 tahun pun
semput. Tiba-tiba di Mekah saya mampu layan 10 kali ganda.
Pelik!
Buka Al-Quran, jumpa satu ayat. Mungkin Tuhan nak beri kesedaran.
Surah Al-Baqarah ayat 158. Ia menceritakan hikmah haji & umrah,
sofa & marwa.
Sesungguhnya
Safa & Marwah adalah sebahagian
daripada syiar (lambang) agama Allah.
Maka sesiapa yang menunaikan Haji
ke Baitullah atau Umrah,
maka tiadalah menjadi salah ia bersaie
antara keduanya.
Dan sesiapa yang sukarela
lakukan ibadah & kebaikan,
maka Sesungguhnya Allah itu
Tuhan Maha Mensyukuri,
lagi Maha mengetahui.
Saya tertarik dengan penutup ayatnya - siapa yang sukarela
lakukan ibadah, maka Allah pasti menunjukkan sifat Syukur dan
Maha TahuNya.
Allah s.w.t bersyukur. Pelik kan?
Sebenarnya ia tidak pelik kerana selama ini, begitulah cara Tuhan
melayani kita. Cuma kita je tak perasan. Selalunya, apabila
20