The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Oleh Umrahlangit.com Ustaz Asraff Ayob

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Aiman Mohamad Rafee, 2021-01-12 01:35:51

Ebook Umrah

Oleh Umrahlangit.com Ustaz Asraff Ayob

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

kita bersungguh menuju kepadaNya, Dia akan lebih bersungguh
mensyukuri & hargai usaha kita. Dan, antara cara syukurNya adalah
dengan mendatangkan kekuatan dalaman kepada kita.
Mungkin selama ini saya kurang bersungguh beribadah kepada
Tuhan, lalu dijemputNya saya ke Mekah untuk diberikan ‘tusyen’.
Crash course dalam bentuk : jika kita rasa lemah semangat beribadah,
belajar tambahkan kekuatan dalaman di Mekah secara live.
Di sini Nabi Ibrahim, Siti Hajar & Rasulullah s.a.w pernah
mempelajari, memiliki & menguasai longlasting energy itu. Energi
dalam bentuk iman. Energi dalam bentuk love. Energi yang datang
kerana niat luhur : lillahi Ta’ala.
Sahabat semua, jika anda dapati kehidupan anda masih ada
something wrong sana-sini, tidak bersemangat, hilang punca &
perancangan serba tidak menjadi, anda dah baca Quran & kuat
berdoa tetapi masih down, mungkin anda perlukan juga tusyen
ekstra secara live ini.
Belajar secara langsung hikmah umrah di rumahNya, Baitullah.
Cubalah datang ke sini dengan niat berserah penuh kepada Allah
Ta’ala. Mengadu & akui segala kelemahan & masalah anda
kepadaNya. Nanti tahulah Dia ‘mengajar & menambah’ power bateri
semangat anda.
Ganti bateri dua ringgit ‘cap ayam’ kita dengan bateri ‘enerjaizer’ :).....

21

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM

 UMRAH KE LANGIT 

Ambil kesempatan umrah sebagai sebagai waktu untuk
menambah iman & kekuatan beribadah. Barulah ibadah ini

terasa meaningful.

 UMRAH KE LAUT 

Umrah akan terasa ‘menghabihkan boreh’
jika hanya fokus ritual ibadah bukan hikmah.
Pahala dapat tapi perangai masih begitu juga, malas

beribadah bila balik Malaysia.

22

BAB 3

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

24

TIPS MUDAH
CIUM HAJARUL ASWAD
(BAWAH 10 MINIT &
KURANG BERSESAK)

Apakah pengalaman beratur & berasak paling
teruk yang pernah anda alami?

• beratur nak dapatkan tiket bas raya hujung
ramadhan?

• berasak-asak beli tiket bola pasukan
idaman?

• berebut beli tudung terkini yang diskaunnya
80%?

• penat menunggu ‘turn’ masuk Raudhah
Masjid Nabawi?
25

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Semua di atas dianggap kecil jika dibandingkan dengan pengalaman
beratur mencium Hajarul Aswad.

Wallahi saya tak tipu. Siapa yang pernah ke Masjidil Haram di waktu
puncak (umrah ramadhan & musim haji) pasti sedar seribu satu
kesukaran mencium Hajarul Aswad. Bayangkan, satu titik kecil
sebesar satu kaki persegi diserbu beribu manusia non-stop. Sebab
itu jika dihitung dari sudut matematik, kebarangkalian untuk berjaya
amatlah nipis.

Mungkin satu dalam seribu agaknya.

‘Fanatik suci’ adalah perkataan paling sesuai untuk menggambarkan
keghairahan jutaan umat islam yang memasang niat mencium batu
hitam suci ini kerana bagi mereka, alasannya kuat & valid. Selaku
umat yang memfokuskan syurga sebagai tujuan hidup, kita pasti
tidak akan melepaskan peluang untuk menjejaki apa jua yang
diasosiasikan dengan syurga ketika di dunia.

Dan batu hitam ini adalah salah-satu darinya. Rasulullah s.a.w
bersabda :

‘Hajarul Aswad turun dari syurga,
dalam keadaan berwarna lebih putih

daripada air susu. Kemudian,
dosa-dosa anak adam

yang membuatnya berubah
menjadi warna hitam’.

(Hadith riwayat Tarmidzi)

Kerana itu Rasulullah s.a.w menciumnya. Dek menuruti baginda jua,
kita selaku pengikut setia Rasul menciumnya.

26

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Sunnah, kata orang agama.

Maka pagi tadi, apabila saya kongsikan niat nak cuba cium Hajarul
Aswad kepada Dr. Azizan Osman, ‘Doc, saya nak try cium Hajarul
Aswad lepas solat subuh ni’, beliau tersenyum & sempat bagi tips :
‘Ustaz jangan lupo pakai baju Ironman-Batman-Superman, baru
sonang!’ (Mode gurau :)

Saya tahu gurauannya valid kerana upaya mencium Hajarul Aswad
lebih kurang sama seperti pergi bertempur. Perlu siapkan diri dengan
‘senjata & kelengkapan’ betul. Jika anda pergi dengan berkain ihram,
silap-silap lepas cium, kain ihramnya hilang!

Ini pengalaman nyata bukan “Jika terkena “
dibuat-buat. Terlalu ramai manusia sikuan orang
mencuba & masing-masing akan lain, anggap itu
menggunakan segenap kudrat, ‘kifarah
teknik, taktik & tenaga. Jika pencuci dosa’
terkena sikuan orang lain, anggap kerana ketika
itu ‘kifarah pencuci dosa’ kerana ini, manusia
ketika ini, manusia tiba-tiba terlupa tiba-tiba terlupa
tata-susila. tata-susila.

Tiba-tiba, semua orang bersifat
‘selfish’ - janji aku dapat cium.

Maka selepas solat subuh saya cuba masuk ke dalam aliran
‘ombak ganas manusia’ dengan perasaan berdebar. Cuma kali ini
ada berita baik. Alhamdulillah tak sampai 10 minit berbaris, Tuhan
beri keizinan.

Hajarul Aswab berjaya dicium.

Sahabat semua, ini soal rezeki. Ini soal keizinan Tuhan. Tetapi kita
selaku manusia perlu berusaha dengan strategi tepat juga kan? Maka
disini saya kongsikan strategi, bagaimana saya berjaya mencium
Hajarul Aswad selepas lebih kurang 10 minit beratur :

27

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

1) Sebelum mencuba, jangan lupa untuk berdoa
banyak-banyak kepada Tuhan agar dipermudahkan. Ini
‘anjung rumah’ Dia. Insyaallah apabila kita minta izin
baik-baik, Dia akan lorongkan prioriti & kemudahan kepada
kita.

2) Jika anda beratur ikut cara biasa, selalunya ia bermula dari
Rukun Yamani. Maaf, ini jalan sukar. Traffic jam terlalu teruk.
Silap-silap dari menunggu turn, anda akan u-turn pula. Jika
anda baca pengalaman pertama kali saya cium Hajarul
Aswad ikut jalan ini dalam buku Hidup Luarbiasa (www.
bukuhidupluarbiasa.com), lepas sejam pun tak dapat. Dulu
saya berjaya pun sebab ‘mukjizat’. Baca buku itu untuk tahu
kisahnya.

3) INI DAPATAN TERBARU. Sebelum subuh, saya
memerhatikan sahaja aliran manusia yang bertumpu di
Hajarul Aswad. Buat ‘homework’, lakukan sedikit kajian
dahulu. Saya dapati, kebarangkalian berjaya lebih tinggi
jika masuk dari arah Multazam. (kawasan antara pintu
kaabah & Hajarul Aswad).

4) Maka ini yang saya lakukan. Terus ke Multazam dan
pastikan anda himpitkan diri ke dinding Kaabah.
Kemudian, just follow the flow. Orang dari belakang akan
perlahan-lahan menolak anda ke arah Hajarul Aswad.

5) Ketika beratur, jangan SEKALI-KALI membalas
kekerasan dengan kekerasan. Untuk makluman, perkataan
‘beratur’ yang digunakan disini bukanlah seperti anda rileks
beratur menunggu giliran check-in luggage di lapangan
terbang. Disini, anda pasti akan disiku. Kaki anda akan
sakit dipijak-pijak. Baju anda confirm ditarik. Badan anda
terasa penyet di’steamroll’ jemaah lain. But, keep calm &
smile. Anggap situasi ini bak kata P. Ramlee, ‘ujian’. Saya

28

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

sarankan demikian kerana hukum mencium Hajarul Aswad
hanyalah sunat. Tak guna kita dapat dosa kering, lakukan
perkara haram sakiti orang lain dek mengejar sunat. Ironi
sungguh, kan?

6) Sepanjang proses ini, jangan lupa baca banyak-banyak
- Robbi yassir wala to’assir Ya Karim. Ya Allah, permudah
jangan susahkan. Memang kita cuba dengan cara terbaik.
Tapi jika Tuhan tidak izinkan, tak dapek doh.

7) PALING PENTING : sepanjang proses ini, pastikan badan
anda kekal bersandar & dirapatkan ke dinding kaabah.
Paut dinding kecil depan pengawal yang menjaga Hajarul
Aswad. Jika anda terpesong sedikit, silap-silap akan terus
terhumban ke belakang. Sedih bang....

8) Ketika jarak muka anda dengan Hajarul Aswad dalam
semeter, bongkokkan sedikit badan & halakan muka
ke arah batu suci agar apabila jemaah selesai cium
ingin keluar, mudahlah anda terus susupkan muka, cium
sepuasnya Hajarul Aswad.

Begitulah teknik yang saya gunakan. Cubalah, saya fikir ia lebih
mudah berbanding beratur melalui lorong yang biasa orang ikuti.

Disclaimer : Ini bukan kaedah ‘potong line’, tetapi ia adalah teknik
lebih mudah yang kurang diikuti orang lain. Saya kongsikan agar anda
yang berhajat ke sini lebih mudah mendapat peluang, tingkatkan
kebarangkalian dari 1 : 1000 kepada 1 : 100.

Jangan lupa untuk share tips ini dengan ramai rakan-rakan yang ingin
ke mari. Apabila mereka berjaya cium, anda juga berjaya mendapat
pahala, free.

29

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Nanti, apabila tiba giliran anda, pasti Tuhan akan buka jalan lebih
mudah kerana kita telah mempermudahkan urusan orang lain.
Begitulah ‘sifir kehidupan’ yang Tuhan tentukan.
Ikuti sifir ini, pasti kehidupan menjadi lebih mudah.

TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM

 UMRAH KE LANGIT 

Usaha cium Hajarul Aswad perlukan doa bersungguh, teknik
tepat & adab serta tatasusila yang terjaga.
Barulah semuanya berkat.

 UMRAH KE LAUT 

Usaha cium Hajarul Aswad hanya melelahkan jika tekniknya
kurang tepat, apatah lagi tiada doa menemaninya.
Paling teruk, kejar sunat tapi dapat dosa kering
kerana adab hilang.

30

BAB 4



DI MANA SEMPADAN MIQAT
KEHIDUPAN ANDA?

Ketika menjalani kehidupan ini, antara
perkara yang membuatkan kita merasa
hidup sempit & hati keluh-kesah adalah apabila
menyedari ’banyaknya benda lagha & maksiat
yang aku lakukan’. Ia membuatkan kita mencari,
apakah formula berkesan yang boleh digunakan
supaya amal baik lebih banyak berbanding
maksiat & perkara yang menggiurkan nafsu.
Tak sangka, formulanya saya temui ketika
menunaikan umrah. Ideanya tercetus
ketika Dr. Azizan Osman berkata :
‘Ustaz, jom ambil gambar kat masjid miqat ni
pula, baru best’....

33

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Dr. Azizan Osman mengajak saya ambil gambar berlatar belakang
plak Masjid Aisyah di Tan’im.

Bagi mereka yang pernah mengerjakan umrah, nama Tan’im pasti
sinonim. Ia adalah kawasan tanah halal terhampir untuk berniat
umrah. Untuk makluman, ibadah haji & umrah merupakan ibadah
yang banyak melibatkan pergerakan dari satu lokasi ke lokasi lain.
Kawasan Mekah sendiri dibahagikan kepada dua iaitu kawasan
tanah halal & tanah haram.

Anda boleh rujuk buku ibadah haji & umrah untuk mengetahui
perinciannya. Cuma yang ingin saya fokuskan adalah, niat ihram &
kain umrah perlu dipakai di tanah halal sebelum kita mengerjakan
tawaf & saie di Masjidil Haram yang terletak di tanah haram.

Dan tanah halal terdekat adalah Tan’im. Sebab itu ramai jemaah
akan ke sini untuk memulakan niat umrah. Selepas itu, barulah kami
menuju ke tanah haram untuk menyelesaikan ibadah hingga ke
‘stesyen’ terakhirnya : cukur kepala.

Apabila umrah telah diniatkan di Tan’im, semua larangan umrah
‘on’ - tidak boleh cabut bulu, dilarang bunuh haiwan buruan
dan sebagainya. Jika tidak, jemaah akan dikenakan denda yang
dipanggil dam.

Maknanya di tanah halal, anda tidak dikenakan sebarang sekatan &
larangan.

Di tanah haram, larangan akan bermula. Jika dilanggar, anda bakal
didenda.

Ketika dalam perjalanan dari tanah halal (Tan’im) ke Masjidil Haram,
saya merenung diri. Sebenarnya ibadah umrah memiliki banyak
hikmah yang boleh ditadabbur. Dalam bab ‘tanah halal & haram’ saya
berfikir, selama ini kehidupan kita dipenuhi dengan aktiviti ‘tanah

34

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

halal’ atau ‘tanah haram’?

Ketika di tanah halal, kita tidak dibelenggu dengan peraturan &
dendaan dam. Di tanah haram pula, kita perlu menjaga segala
pantang-larang.

Nama pun pantang, tentulah ia tidak begitu seronok. Kita akan rasa

terbelenggu. Tetapi, ia perlu dituruti juga untuk ‘menjaga iman’. Itu

pesan ustaz-ustazah. Ia sama

seperti ubat. Kalau boleh, malas “ Barangkali
betul nak makan tapi kita tahu kena kehidupan kita
ambil juga. Jika tidak, habislah selama ini banyak
kesihatan.

Cuba amati atmosfera kehidupan berada di ‘tanah “
sekarang, banyak di ‘tanah halal’ halal’, kehidupan
ke atau ‘tanah haram’?. Barangkali yang kurang
kehidupan kita selama ini banyak menitikberat sekatan
berada di ‘tanah halal’, kehidupan & larangan Tuhan.
yang kurang menitikberat sekatan Kita hidup seolah
& larangan Tuhan. Kita hidup tiada Tuhan
seolah tiada Tuhan memerhati, memerhati, membuat
membuat maksiat sesuka hati. maksiat sesuka hati.

Kita seolahnya mengingati
Tuhan ketika di masjid, waktu membaca Al-Quran, nak berpuasa
& umrah haji sahaja. Yang lain Tuhan diketepikan. KIta lupa Tuhan
saat berniaga. Riba atau tidak, halal atau haram, rasuah & sogokan,
zakat dah ke belum, semua kita buat tidak kisah.

Asalkan wang ‘masyuk’. Asalkan boleh enjoy.

Kita banyak melanggar batasan saat berkomunikasi. Umpatan
& kejian kita selamba layan di media sosial. Apabila bersembang,

35

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

kita seronok mengata kawan, melazer seteru & berkata nista tanpa
segan-silu. Mulut kita sudah hilang ‘polisi insuran’nya.

Kita lupa Tuhan sedang mendengar. Tuhan sedang bersama :

‘..... tiada berlaku bisikan
antara tiga orang melainkan
Dia-lah yang keempatnya,
dan tiada (berlaku antara) lima orang melainkan

Dia-lah yang keenamnya,
dan tiada yang kurang dari bilangan itu
dan tiada yang lebih ramai, melainkan

Dia ada bersama-sama mereka
di mana sahaja mereka berada.
Kemudian ia akan memberitahu mereka
- pada hari kiamat - apa yang mereka telah kerjakan.
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui

akan tiap-tiap sesuatu’.

(Surah Mujadilah, ayat 7)

Nampaknya, waktu kita lebih banyak dihabiskan dengan aktiviti
‘tanah halal’ berbanding ‘tanah haram’nya.

Aktiviti kesedaran berTuhan tiada dalam hati.

Umrah kali ini mengajar saya untuk memasang niat ‘umrah kehidupan’
- jalani hidup dengan falsafah tanah haram - nak garu tangan pun
takut sebab jika ada bulu roma tercabut, jawabnya kena bayar dam.

Pendek kata, kita akan ‘extreme’ berhati-hati. Benda kecil pun
dianggap besar kerana kita sedar, impaknya boleh merosakkan
ibadah umrah.

36

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Sahabat semua, inilah kesedaran berTuhan yang ingin diajar dalam
falsafah umrah. Kesedaran taqwa. Kesedaran Tuhan sedang
memerhati & meneliti.
Apabila kesedaran ini berakar, kesalahan kecil pun dianggap
besar. Terlihat lengan wanita ketika beratur di kaunter bayaran pun
kita anggap lagha besar apatah lagi menonton aurat pelakon wanita
yang ‘open’ tak ingat dunia dalam movie ‘omputih’.
Alangkah cantiknya jika kesedaran sebegini mampu dikekalkan
bukan setakat ketika memakai kain ihram.
Para pembaca semua, andai ia berjay a d i j e l m a k a n d a l a m
k e hidupan harian, ketika ini umrah anda terasa bermakna.
Meaningful because, kita berjaya memetik buah hikmah falsafah
umrah & menyemainya dalam kehidupan.
Labbaikallahumma labbaik!

37

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM

 UMRAH KE LANGIT 

Melalui episod tanah halal & haram, umrah menjadi latihan
untuk meningkatkan kesedaran berTuhan. Berlatih

mendahulukan Dia atas segalanya. Agamawan sebut taqwa.
Kita fahami sebagai taat. Golongan tasauf menyebutnya
sebagai mahabbah, cinta.

 UMRAH KE LAUT 

Umrah kurang bermakna jika buahnya (taqwa) tidak
diperolehi. Ketika umrah kita beriya berpantang,

tetapi apabila habis kita kembali kepada perangai normal
(kurang jaga pantang & halal-haram).

38

BAB 5



HAJAR LARI, KITA PUN BERLARI.
TETAPI UNTUK APA?

‘Ustaz, kenapa kena lari kat lampu hijau?’
Arif, anak Dr. Azizan bertanya soalan cepumas.
Ketika itu kami sedang mengerjakan ibadah
Sa’ie antara Sofa & Marwa. Jemaah disunatkan
untuk berlari anak di kawasan yang ditandai
dengan lampu hijau.
‘Arif, kita buat sebab Rasul dulu pun buat benda
sama. Bila kita tiru, dapat pahala ekstra....’
‘Tapi kenapa Rasul buat?’ Arif menyoal lagi
dalam keadaan agak mencungap.

41

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

‘Dahulu, Hajar isteri Nabi Ibrahim a.s berlari anak di kawasan ini ketika
mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail a.s. Jadi kita buat benda
ni untuk mengenang semula kesungguhan Hajar yang berusaha
mencari ikhtiar hidup agar kita pun begitu....’

‘Oooo...’ Arif tersenyum. Makin laju dia memecut ke bukit Sofa.
Agaknya semangatnya bertambah dengan motivasi ‘free’ tadi kot.
Saya pula terhencut-hencut mengejarnya sebab kaki dah mula
berdenyut. Marmar kawasan saie ini terlalu sejuk untuk kaki saya
yang agak sensitif.

Para pembaca budiman,

Di sebalik setiap perintah ibadah, Tuhan datangkan sekali jutaan
ibrah yang boleh kita hayati, guna untuk meluruskan pemikiran
& kehidupan. Dalam ibadah Saie, ada hikmah besar yang Tuhan
selitkan sebagai bekal termahal untuk kita renungi.

Disebabkan itu Tuhan mengangkat martabat Saie, meletakkannya
sebagai ‘syiar’, antara lambang terbesar dalam agama :

‘Sesungguhnya Sofa dan Marwa ialah
sebahagian daripada syiar (lambang)
agama Allah, maka sesiapa yang menunaikan

Ibadat Haji ke Baitullah atau
mengerjakan Umrah, maka tiadalah
menjadi salah ia bersaie (berjalan berulang-alik)
di antara keduanya. dan sesiapa yang
bersukarela mengerjakan perkara kebajikan,
maka sesungguhnya Allah memberi

balasan pahala,
lagi Maha mengetahui.’

(Surah Al-Baqarah, 158)

42

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Memang ketika pertama kali menjejakkan kaki ke bukit Sofa, hati
saya gembira tidak terkata. Rasa bangga pun ada, rasa ‘wow’ pun
ada. Sebabnya saya sedang menjejaki kawasan yang suatu ketika
dahulu Hajar, isteri Nabi Ibrahim a.s serta Rasulullah s.a.w pernah
lalui. Saya sedang berjalan di lokasi yang Tuhan endorse secara
spesifik dalam kitabNya.

Subhanallah. Anda rasa best tak?

Kalau tidak terdetik rasa best dalam jiwa, saya khuatir ada something
wrong somewhere sebab, anak kita bergambar depan stadium
Manchester United pun kita beriya tumpang bangga. Nama kampung
kita masuk dalam suratkhabar pun kita dah syok semacam.

Bayangkan, tempat ini disebut Tuhan dalam Al-Quran & saya sedang
berjalan di situ.

Soalnya sekarang, apa keunikan Sofa & Marwa sehingga ia diberikan
status syiar islam terbesar?

Apa bestnya kawasan ini?

Perkara ini kita perlu tanyakan sebab, jika latarbelakang setiap ibadah
tidak difahami, rasa cinta & syok sukar bersemi. Kita tidak mahulah
laksanakan solat, puasa, umrah & haji atas niat ‘dapat pahala & takut
berdosa’ je kan?

Sebab itu kita perlu upgrade objektif ibadah kepada level selayaknya
- kerana cinta, suka, syok & rela. Barulah ibadah dianggap ringan.
Barulah setiap arahan Tuhan kita lakukan tanpa bertapi-tapi, sebab
cinta sudah mekar di hati.

Ibadah kerana cinta. Kuasa yang memang power kerana adat orang
bercinta, perkara tidak disuruh pun dia lakukan bersungguh, apatah
lagi perkara disuruh. Lagilah bersemangat ia lakukan. Saya punya

43

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

keyakinan, hubungan kita dengan Tuhan sedang menuju ke arah itu
bukan?

Jom kita sembang sekejap tentang latar-belakang sejarah Saie. Saya
akan bawa anda menaiki ‘mesin masa’, merentasi waktu sejauh
4,000 tahun lepas menuju ke Makkah Mukarramah untuk berkenalan
dengan pasangan suami-isteri yang amat lovely, Nabi Ibrahim a.s &
Hajar.

Ketika itu, Kaabah masih belum wujud seperti sekarang. Ketika itu,
kawasan Mekah hanyalah padang pasir gersang tiada berpenghuni.
Ketika itu, Bukit Sofa & Marwa hanyalah dua bukit agam yang sunyi,
tiada siapa yang singgah, tiada siapa sudi lalui.

Sudah tentu kedua bukit ini pasti tidak pernah menyangka, ia bakal
menjadi saksi perjuangan seorang ibu yang gigih meneruskan
kelangsungan hidup anaknya di bumi gersang.
Itulah dia Hajar & bayi comel, Ismail. Isteri kedua kepada Khalilullah,
Nabi Ibrahim a.s. Beliau ditakdirkan menjadi ibu kepada zuriat mulia,
Ismail yang kemudiannya menjadi Nabi penerus dakwah & pelanjut
kepada generasi anbiya di mana kelangsungannya berterusan
hinggalah khatimul anbiya, Rasulullah s.a.w.

Ismail, si bayi comel adalah sebesar anugerah. Ia adalah anak yang
lahir sebagai jawapan kepada doa yang dipanjatkan oleh seorang
ayah yang tidak pernah kecewa terhadap Tuhan, walaupun tubuhnya
mulai renta, rambutnya memutih & kudratnya semakin lemah.

44

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

‘Wahai Tuhanku,
kurniakanlah kepadaku
anak-anak yang soleh’.
Lalu Kami berikan kepadanya
berita mengembirakan,
bahawa ia akan memperolehi

anak yang penyabar.

(Surah Soffaat, 100-101)

Akhirnya doa luhur Nabi Ibrahim a.s dijawab Tuhan. Ismail hadir
membawa berkah & pencetus bahagia kepada keluarga kecil ini.
Baginda mengucapkan setinggi kesyukuran ke atas Ar-Rahman
kerana merasakan hidupnya sempurna. Statusnya selaku Rasul,
Nabi & suami kini bertambah dengan satu lagi gelaran bermakna :
ayah. Ketika itu, setiap detik terasa bahagia, setiap saat bersama
bayi comelnya amat bermakna.

Namun sudah menjadi lumrah aturan Tuhan, setiap kebahagiaan
pasti akan disinggahi ujian. Kini, tiba masanya untuk Tuhan menguji
cinta sejati Ibrahim a.s terhadapNya. Diberikan perintah yang bukan
mudah dilaksanakan : baginda diminta meninggalkan isteri & bayi
comelnya di lembah padang pasir yang gersang, tiada air & tiada
sesiapa sudi bertandang.

Saya tidak mampu membayangkan perasaan Hajar saat ditinggalkan
suami di lembah gersang bersama bayi kecil. Sudah tentu Hajar
tertanya, mengapa suaminya bertindak demikian? Mengapa
suaminya sanggup meninggalkannya & anak paling dicintai di tempat
gersang? Adakah si suami sudah hilang akal? Atau, ada sesuatu
yang masih ia tidak ketahui?

Kita perlu sedar, sebelum itu Hajar & Ibrahim a.s menetap di Palestin,

45

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

bumi penuh subur & bertuah. Tiba-tiba ia diajak berpindah ke satu
kawasan gersang yang langsung tiada sebatang pohon pun tumbuh
untuk berlindung & tiada sebarang mata air tersedia buat pembasah
tekak. Dan paling teruk, tiada sebarang insan pun wujud buat
peneman kesunyian kecuali bayi comelnya, Ismail a.s.

Sudah tentu selaku isteri normal, Hajar merintih, ‘Sampai hati abang
tinggalkan kami di tempat tandus tiada penghuni ini....’

Pertanyaan sama disoal berulang kali, namun Nabi Ibrahim hanya
diam. Tiada sepatahpun perkataan keluar dari mulutnya. Hajar
tidak tahu, Ibrahim sedang menahan kesedihan luarbiasa. Hatinya
meraung dari dalam, jeritan batin yang hanya didengari oleh Tuhan
As-Sami’ sahaja.

Akhirnya Hajar menyedari sesuatu. Suaminya tidak akan melakukan
tindakan luar pertimbangan tanpa arahan yang Maha Kuasa. Lalu dia
mengubah pertanyaannya, ‘Abang, adakah ini perintah dari Allah?’

Nabi Ibrahim memandangnya dengan penuh sayu lalu mengatakan,
‘ya’.

Jawapan itu walau sepatah cuma, namun cukup untuk menghilangkan
seribu-satu keresahan Hajar. Hatinya yang kusut kini semakin
tenteram. Dia tahu, jika Allah Ta’ala-lah yang memberikan arahan,
sudah tentu dia & Ismail lebih terjamin keselamatannya kerana ia
sedang dijaga oleh Al-Hafiz - penjaga & pengatur langit & bumi. Kedua
insan ini sedang mendapat perlindungan dari As-Salam, Tuhan yang
mampu mendatangkan keselamatan beribu kali ganda lebih baik dari
penjagaan suaminya, Ibrahim a.s.

Nabi Ibrahim pun berkeyakinan begitu. Meski jika dilihat dari zahir &
logik akal, tindakannya amat ‘gila’, tetapi baginda kenal Allah Ta’ala.
Sudah banyak kali Tuhan datangkan keajaiban dalam hidupnya.
Tuhan yang suatu masa dahulu pernah melindunginya dari api panas,
Tuhan sama yang akan melindungi isteri & anaknya dari cengkaman

46

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

panas padang pasir membara.

Sebelum beredar, Nabi Ibrahim a.s sempat menitipkan permohonan
luarbiasa. Doa yang hingga sekarang kita amati dalam Al-Quran.
Doa tulus seorang bapa yang meletakkan segala pengharapannya
kepada Tuhan :

‘Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya aku telah menempatkan

sebagian keturunanku di lembah
yang tidak mempunyai tanaman
dekat dengan rumahMu (Baitullah)

yang dihormati.
Ya Tuhan kami, loronglah hati mereka

agar suka mendirikan solat.
jadikanlah hati sebahagian manusia
cenderung kepada mereka dan kurniakanlah
rezeki buah-buhan banyak kepada mereka,

agar mereka dari buah-buahan,
mudah-mudahan mereka bersyukur’.

(Surah Ibrahim ayat 37)

Para pembaca budiman, kisah ini hampir sampai ke klimaksnya.

Walaupun Hajar tahu dirinya berada dalam penjagaan luarbiasa yang
Maha Kuasa, ia bukanlah tiket untuk dia duduk bersimpuh malas.
Hajar sedar, untuk keajaiban menjelma, dia perlu lakukan sesuatu.
Dia perlu sempurnakan proses manusiawinya dahulu.

Proses yang kita kenali sebagai ‘berusaha’.

Suaminya, Ibrahim sudah jauh meninggalkannya. Bekalan air yang
tadi hanya cukup untuk berdua, kini sudah tiada lagi tersisa. Ismail,

47

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

bayi comelnya mula menangis kuat, isyarat normal dari bayi yang
memerlukan susu dari si ibu. Matahari pula sedang mencanak terik
di mana kepanasannya mampu membingungkan orang yang hampir
kehilangan arah seperti Hajar.

Hajar mulai terdesak dengan situasi ekstrem itu. Lalu, dengan tekad
waja dia bangkit menuju ke bukit yang kini dikenali sebagai Bukit
Sofa meninggalkan bayinya, Ismail di lembah. Niatnya hanya satu,
ingin mencari punca air kalau ada. Dia gigih menapak hingga ke atas,
tetapi tiada apa ditemui. Hajar berpaling & dilihat dari jauh, ada satu
lagi bukit di sebelah sana. Dia turun lalu menggagahkan diri menuju
ke bukit itu.

Bukit yang kini kita kenali sebagai Marwa.

Nampaknya sama seperti bukit Sofa, tiada apa di Bukit Marwa. Hajar
semakin bingung. Mungkin dek kepanasan semakin mencengkam,
dia mula terhalusinasi. Jangkaannya, dia ternampak sesuatu di Bukit
Sofa. Lalu dia turun menuju kembali ke sana. Tiada apa ditemui.
Matanya berpaling semula ke Bukit Marwa, seolah ada sesuatu yang
memanggil-manggil dari sana. Dia menuju kembali dengan penuh
pengharapan.

Namun setibanya di sana, hasilnya hampa.

Tetapi Hajar bukanlah wanita yang mudah putus asa. Berlatarbelakang
didikan Ibrahim a.s suami luarbiasa, Hajar gigih menghayun langkah.
Diulangi perkara sama, berjalan berulang-alik antara Sofa & Marwa
sebanyak tujuh kali. Terkadang, disebabkan semangatnya begitu
teruja, dia berlari-lari anak.

Kawasan itulah yang ditandai dengan lampu hijau. Kawasan yang
disunatkan kita untuk berlari tanda menghayati kegigihan Hajar.
Para pembaca budiman,

48

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Walaupun Hajar berhati waja, tetapi kudrat wanita, manalah ia tahan
dengan kepanasan membakar. Akhirnya, setelah berulang-alik
sejauh 3 kilometer yang begitu melelahkan, kudrat Hajar sampai ke
sisa. Pada pusingan ketujuh, dia sudah mulai renta. Kakinya semakin
sukar digerakkan, hanya mampu melangkah setapak-setapak sahaja.
Perasaannya yang sebelum ini penuh pengharapan kini semakin
lesu. Akhirnya sampai satu titik, Hajar sudah tidak mampu bertahan
lagi.

Dia hampir ‘give-up’, satu perasaan “Tuhan yang memiliki “
normal bagi insan biasa sepertinya. kuasa
‘Kun-fayakun’, jalan
Di saat usaha manusia sudah keluar dihamparkan
sampai ke penghujung, ketika itulah dengan penuh
Tuhan menunjukkan jalan keluar. keajaiban.
Dan selayaknya bagi Tuhan yang Tiba-tiba dari
memiliki kuasa ‘Kun-fayakun’, jalan kejauhan, Hajar
keluar dihamparkan dengan penuh melihat ada semacam
keajaiban. Tiba-tiba dari kejauhan, mata air yang
Hajar melihat ada semacam mata ‘zam-zam’, meluncur
air yang ‘zam-zam’, meluncur deras deras keluar dari
keluar dari tanah berdekatan bayinya, tanah berdekatan
Ismail. Dia menggosok mata bayinya, Ismail.
berkali-kali seakan tidak percaya.

‘Ini adalah sesuatu yang cukup ajaib!’,
mungkin itu telahan hatinya. Hajar
begitu takjub. Air yang disangka wujud
di dua bukit rupanya hanya seinci
sahaja dari kaki anaknya.

Akhirnya, happy ending! Keajaiban muncul depan mata, hadiah dari
Tuhan pemilik kuasa ‘limitless’.

Pada pembaca budiman,

49

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Begitulah ceritanya diakhiri dan sekarang, mari kita masuk ke
‘kelas’ ibrah. Kisah luarbiasa tadi menggambarkan contoh terbaik,
erti tawakkal kepada Allah. Bulatkan keyakinan & susulinya dengan
kesungguhan. Hajar berjaya sempurnakan usahanya dalam keadaan
hati yang tekad meyakini, Tuhan Ar-Rahman adalah satu-satunya
punca ia berharap & bersandar.

Dan sebenarnya, Tuhan ingin mengajar kita lebih dari erti tawakkal.
Tuhan mengajar, rezeki tidak semestinya hadir kerana ikhtiar & usaha
kita. Dalam kisah Hajar, Tuhan datangkan rezeki bukan di lokasi yang
diikhtiarkan. Air Zam-zam bukannya terpancut di bukit Sofa atau
Marwa.

Bukan, bukan.

Ia datang dari lembah mulia, kawasan yang kini kita maklumi sebagai
Kaabah. Kawasan di mana dahulunya, Ismail si bayi kecil ditinggalkan.

Lalu apa hikmah terbesar yang ingin disampaikan?

Bacalah ayat ‘seribu dinar’. Dalam peristiwa ini, ia sedang ‘beraksi’ :

‘...... dan barangsiapa
yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya Allah akan mengadakan
baginya jalan keluar, serta memberinya rezeki
dari jalan yang tidak terlintas di hatinya..... ‘

(Surah At-Tolaq, ayat 2 & 3)

Selalunya yang kita faham, rezeki datang dengan jalan
‘sebab-akibat’. Kita berusaha kuat, nanti datanglah kejayaan.

50

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Formula itu ada benarnya cuma, jangan sekali-kali menyangka itu
satu-satunya jalan rezeki & kejayaan bertandang. Ia boleh Tuhan
datangkan melalui pintu keajaiban. Rezeki dari jalan tidak terduga.
Dan rezeki jenis ini Tuhan kurniakan kepada orang yang dekat
kepadaNya, mereka yang hatinya dipenuhi taqwa.

Dan dalam kisah Hajar, itulah hikmah besar yang disimpulkan.
Keajaiban akan datang apabila kita menjadikan taqwa atas segalanya.
Berusahalah segigih mungkin tetapi dalam masa sama, pastikan hati
dinavigasi kekal dalam orbit ‘Lillahi Ta’ala’.

Semua khazanah motivasi & ibrah luarbiasa ini Tuhan simpulkan
dalam satu ibadah mudah iaitu Saie.

Para pembaca budiman,

Pastikan ketika anda mengerjakan Saie, sematkan ibrah ini
sekukuhnya dalam hati. Jadikan formula kehidupan Hajar iaitu gigih
berusaha & pada masa sama letakkan Allah Ta’ala sebagai tempat
berpasrah sebagai asas pegangan kehidupan.

Orang yang benar-benar menghayati falsafah ini, mereka pasti
tidak pernah risaukan hasil usahanya. Dia tahu, Tuhan tidak akan
menyiakan setiap amalan bersungguh setiap hamba. Dia akan
bekerja dengan hati lapang kerana tahu rezekinya tetap ada. Ia tidak
lari, ia tidak dicuri. Yang perlu dilakukan hanya gerakkan kegigihan
sahaja.

Ia juga sedar, segala hasil usahanya bukan dari buah kesungguh
atau kepintaran, tetapi semuanya datang atas kurniaan Ilahi. Tuhan
yang menganugerahkan, Tuhan yang mengizinkan. Jika Tuhan tidak
memberi lampu hijau, pasti segalanya buntu walaupun kudrat telah
diperah ke level tertinggi.

51

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Dengan segala kefahaman luhur ini, ia bakal mencorakkan kita
menjadi manusia berprestasi tinggi tetapi punya hati yang tawaduknya
mencecah bumi. Manusia yang faham, disebalik setiap kejayaan,
tiada secebis daya pun yang boleh dilakukan untuk menggerakkannya
kecuali atas izin Tuhan.

Padanlah Rasulullah s.a.w mengajar kita hikmah serupa. Ketika azan
dikumandang, saat mendengar seruan kejayaan, ‘Hayya alal Falah’

(Marilah menuju kejayaan), Rasul

“Seringkali kita menganjurkan kita membalasnya
ditanamkan bahawa dengan ucapan ‘la haula wala
quwwata illa billah’.

kejayaan dikecapi Lalu, apa hubung kaitnya lafaz
hasil dari usaha tersebut dengan makna tawaduk?
keras kita. ‘Anak saya

dapat ‘Full A’ kerana“ Seringkali kita ditanamkan bahawa
dia bersungguh kejayaan dikecapi hasil dari usaha
belajar’, ‘perniagaan keras kita. ‘Anak saya dapat ‘Full
saya berjaya kerana A’ kerana dia bersungguh belajar’,
kami bekerja keras ‘perniagaan saya berjaya kerana
& melancarkan kami bekerja keras & melancarkan
strategi marketing strategi marketing berkesan....’.
berkesan....’. Begitulah yang kita fikirkan setiap kali
Begitulah yang kita kejayaan bertandang.
fikirkan setiap kali

kejayaan Jika itulah yang ditanamkan, kita
bertandang. khuatir rasa sombong semakin

meninggi. Kita risau, peranan Tuhan

dalam mengurniakan kejayaan tidak

diendahkan. Sebab itu Rasul sejak awal mengingatkan, jika kita

mengejar kejayaan, mulakannya dengan pemikiran, ‘Tiada daya

untuk mencapai semua itu kecuali pertolongan & izin Allah
Ta’ala’- ‘la haula wala quwwata illa billah’.

52

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Itulah maksud zikir yang kita alunkan setiap kali mendengar ‘hayya
alal Falah’. Zikir pendek tetapi punya makna besar kerana darinya,
kita belajar maksud sebenar kejayaan. Ia milik Allah Ta’ala. Kita
nothing jika Dia tidak izinkannya. Oleh itu berusahalah bersungguh
tetapi jangan lupa untuk mulakannya dengan kesedaran ‘Lillahi
Ta’ala’. Niat mengejar kejayaan bukan atas dasar rasa diri pandai,
yakin boleh atau percaya diri menggebu tetapi atas dasar, Tuhanlah
yang mengizinkan segalanya.
Kita hanya makhluk kecil yang gigih berusaha untuk mendapat
redhoNya :

‘Dan katakan, bekerjalah kamu,
maka Allah dan Rasul-Nya serta orang mukmin

akan melihat & menilai pekerjaanmu itu,
dan kamu akan dikembalikan

kepada (Allah) yang mengetahui
hal ghaib & nyata, lalu disampaikan
kepadaNya apa yang telah kamu kerjakan’.

(Surah At-Taubah ayat 105)

Para pembaca budiman,
Mari kita berusaha. Mari kita menyinsing tangan. Mari kita bulatkan
setiap usaha dengan niat ‘lillahi Ta’ala’.
InsyaAllah, kejayaan akan tiba. Dengan izin & kurniaan Allah,
keajaiban akan menyapa dari arah tak terduga.

53

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM

 UMRAH KE LANGIT 

Kisah Hajar ingin mengajar kita erti usaha sebenar.
Berusahalah tetapi niatkan hasilnya bukan dari apa yang
kita lakukan, tetapi ia kurniaan mutlak dari Allah. Kita ini
kerjanya hanyalah berusaha. Hasilnya Tuhan yang tentukan.

 UMRAH KE LAUT 

Jangan kita berusaha dengan niat terpesong. Kita rasa
semua kejayaan dikecapi datangnya dari usaha diri sendiri.
Nanti apabila berjaya kita lupa Tuhan. Kita lupa bersyukur.

Akhirnya kejayaan itu mendekatkan kita ke neraka
bukannya syurga kerana rasa sombong & bangga kita sama

tebalnya dengan kesombongan syaitan terhadap Nabi
Adam. Na’uzubillah jika itu yang difikirkan.

54

BAB 6



SIAPA SANGKA, SOLUSI
MASALAH UMMAH BAKAL
TERJAWAB DI MEKAH...

Apabila Allah s.w.t mengkehendaki, ikan di laut
& asam di darat pun boleh ‘berkahwin’.
Apalah sangat manusia yang hanya dipisahkan
dengan Selat Melaka. Sudah lama hasrat ingin
bertemu terpendam di hati, rupanya Mekah
menjadi saksi pertemuannya.
Pak Ary Ginanjar, pendiri Seminar ESQ
(Emotional & Spiritual Quotient) Indonesia &
Dr. Azizan Osman, pakar marketing Malaysia.
Sungguh tak disangka, kedua tokoh ini bertemu
disini dan saya menjadi orang tengah, jambatan
antara mereka.

57

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Kami bertemu di lobby hotel di Al-Safwa Towers sebaik selesai
mengerjakan solat sunat tarawikh. Ketika tiba, Pak Ary sedang
menunggu kami dengan senyuman mesranya. Tampak pada diri
beliau wibawa para a’rifin. Apabila menyapa, ia terasa menyejukkan
rasa sekaligus menjadi ‘icebreaking’ terbaik untuk kami melanjut
bicara.

Mungkin ramai yang sudah mengenali beliau. Mungkin juga ada
yang pertama kali mendengar namanya melalui buku ini. Tetapi tidak
mengapalah, kerana yang ingin saya kongsikan adalah hikmah &
pengajaran yang diperolehi ketika saya mengiringi pertemuan dua
tokoh ini.

Perbualan kami bermula dengan kenyataan pahit : ummah di
nusantara (Malaysia & Indonesia) berdepan masalah sama
: ekonominya jauh, Tuhannya juga jauh.

“ Prioriti Tuhan “ Dr. Azizan bersetuju. Kata beliau,
diletak ke tepi antara sebab utama mengapa
p a d a hal Dialah usahawan gagal adalah : ketika
yang patut diakrabi berbisnes, tiada Allah dalam hati.
kerana pada Yang difikirkan setiap hari hanyalah
genggamanNya, wang, wang & wang. Prioriti Tuhan
khazanah diletak ke tepi padahal Dialah
kekayaan & rezeki. y a n g p a t u t diakrabi kerana pada
genggamanNya, khazanah kekayaan
& rezeki.

Kita asyik berfikir (usaha) tetapi
zikirnya tiada.

Pak Ary pula berhadapan masalah
ummah berbeza. Katanya, ada sebahagian umat yang tujuan
hidupnya hanya Tuhan sahaja tetapi wangnya tiada. Mereka
percaya bahawa miskin itu terhormat sementara kaya itu susah
masuk syurga.

58

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Asyik berzikir tetapi fikir (usaha) tiada.

Lalu saya bertanya, apa solusi bagi semua masalah ini?

Sahabat semua, Subhanallah. Rupanya Tuhan berkongsi
penyelesaian tuntas melalui hikmah & ibrah ibadah haji. Jika
diteliti, ibadah haji berpaksikan tiga elemen besar iaitu wuquf di
Arafah, tawaf Baitullah serta Saie Safa-Marwa.

Pak Ary berhujah, bagi golongan pertama (hanya fokus berniaga
tetapi lupa Tuhan), mereka asyik ‘bersaie’ - berusaha ke sana ke mari
mencari solusi hidup tanpa sedar, usaha tidak bermakna tanpa
endorsement Tuhan.

Bukankah Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim a.s telah menunjukkan
pedomannya? Usaha lariannya mencari air dilakukan di bukit
Sofa-Marwa tetapi Tuhan tunjukkan, solusi & hasil bukan di sana
tetapi di Kaabah (air zam-zam keluar berdekatan kaabah).

Melalui kisah besar ini Tuhan ingin mengajar, kadang-kadang usaha
yang kamu lakukan bukanlah penentu mutlak kepada hasil. Kami
yang menentukan segala rezekimu : berapa jumlahnya, dari mana ia
datang & bagaimana ia diperolehi.

... (sebenarnya) Kamilah yang
memberi rezeki kepadamu

dan juga mereka (anak-anakmu)....

(Surah Al-An’aam, 151)

Beginilah bentuk pemikiran yang Tuhan ingin ajarkan. Ya, silakan
berusaha tapi jangan lupakan kami selaku ‘kunci’ pembuka kepada
segala usaha.

59

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Golongan kedua pula asyik ‘berwuquf’. Wuquf yang secara literalnya
bermaksud berhenti merupakan rukun ibadah haji utama di mana
para jemaah akan berkumpul di padang Arafah pada tanggal
9 Zulhijjah. Di situ, mereka akan memperbanyakkan zikir & ibadah.

Bukankah waktu di Arafah merupakan saat terbaik mengingati Ilahi?
Tetapi Tuhan juga mengajar, jangan asyik ‘berhenti-wuquf’. Bergerak
dan berusahalah. Pergilah ke Muzdalifah, Mina, Tawaf, Saie &
bercukur untuk menyempurnakan ibadah hajimu.

Berdoa & berzikir itu bagus, tetapi masalah diri & ummah perlu juga
ditangani dengan ‘ahsanu amala’ : strategi tepat & usaha
b e r s u n g guh.

‘Dia-lah yang telah mentakdirkan
adanya mati dan hidup

untuk menguji siapakah di antara kamu
yang lebih baik amalnya
(ahsanu amala) dan Dia

Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.

(Surah Al-Mulk, ayat 2)

Yang terbaik dalam hidup adalah TAWAF. Kita gabungkan keduanya
sekali. Ingati Tuhan (fokus kaabah) & pada masa sama bergeraklah
(tawaf). Berusahalah dalam keadaan hati tetap dikemudi dalam orbit
zikrullah.

Rupanya, sangat cantik hikmah diperolehi apabila ibrah ibadah digali
& dikaji. Ibadah bukan setakat nak cari pahala sahaja. Ada banyak
nilai & formula hidup yang ingin diajar Tuhan secara tidak langsung.

Fahami perkara ini, pasti kita bersungguh ibadah tanpa henti kerana
kita sedar, Tuhan sedang mengurniakan pahala sekaligus mengajar

60

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

erti kehidupan bagi mereka yang ingin memahami.

Sebenarnya banyak lagi yang saya belajar dari kedua insan tersebut
tetapi tidak sempat dicoret kesemuanya di sini. Namun
perkara paling besar yang saya amati adalah, kedua insan hebat
ini fokuskan perkara sama, prihatin terhadap masalah ummah. Beza
mereka dengan kita adalah, mereka memikirkan penyelesaian action
plan berskala besar.

Kita doakan agar sinergi mereka berjaya dijelmakan. Pak Ary fokus
di bahagian mengenal Tuhan (wuquf) sementara Dr. Azizan
di bahagian usaha (saie).
Saya sempat bertanya, kalau begitu apa pula tugas saya Pak Ary?
‘Ooo, tugas ustaz lebih besar iaitu di bahagian tawaf kerana ketika
itu, manusia akan banyak berzikir. Bukankah zikir terbesar adalah
Al-Quran?...’
MasyaAllah! Saya ternganga sambil menepuk dahi.

Sahabat semua, Al-Quran adalah kunci segalanya. Akrab dengannya,
pasti masalah hidup anda menghilang.

Jadikan ibadah umrah sebagai titik-tolak untuk bersahabat dengan
Al-Quran. Bersahabat dalam ertikata, setiap keputusan hidup anda
dipandu Al-Quran. Setiap kata-kata yang ingin anda ucapkan
menepati guideline Al-Quran. Setiap rezeki yang anda cari mengikuti
rules & regulation Al-Quran. Setiap masa anda dipenuhi dengan
perkara yang highly recommended by Al-Quran.

Dalam ertikata lain, kita bersungguh membumikan Al-Quran dalam
kehidupan.

61

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Selarikan kehidupan di sini dengan motto di atas, insyaAllah
kehidupan di sana akan lebih ‘cerah masa depan’!

TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM

 UMRAH KE LANGIT 

Ibadah tidak kira apa bentuknya akan dirasakan bernilai
apabila pusat orbitnya, hikmah & ibrah dapat digali &
difahami. Ibadah yang bererti. Ibadah yang mampu
mencetuskan hati untuk sentiasa zikrullah,
mengingati Tuhan.

 UMRAH KE LAUT 

Ibadah dirasakan malas, sukar & kurang bermakna apabila ia
dilihat dari sudut luaran, sebagai ‘wajib’,
‘kalau tak buat berdosa’ & fizikal sahaja.

62

BAB 7



PELIK... KITA TIDAK SERIK
LAKUKAN DOSA, TUHAN PULA
TIDAK SERIK AMPUNKANNYA.

Salah-satu keajaiban Masjidil Haram adalah,
kebersihannya kekal terjaga walaupun didatangi
ratusan ribu manusia.
Siapakah penjaga kesucian masjid penuh
berkah ini?
Inilah hero kita, ‘pakcik cleaner’ Masjidil Haram.
Merekalah ‘batalion komando’ yang ditugaskan
menjaga kebersihan masjid.
Anda akan leka memerhatikan cara mereka
bekerja. Ada sistem tersusun digunakan & ada

65

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

step khas diamalkan kerana bukan senang nak bersihkan kawasan
yang dipenuhi ribuan orang pada masa sama.

Saya perhatikan, taktikalnya bermula dengan seorang panglima
me’marking’ kawasan target menggunakan tali. Dua-tiga pekerja lain
kemudiannya menyimbah air sabun. Selepas itu datang kumpulan
‘soldadu’ terlatih bersihkan lantai bersabun tadi dan terakhir, jentera
pengering mengambil-alih tugas clean & clear.

Gone in 60 second, semuanya siap. Laju, sistematik & teratur.

Part cleaning ini memang best tetapi cerita selepasnya lebih menarik.

Sebaik kerja pembersihan selesai, ratusan jemaah kembali
menggunakan lantai itu. Dari bersih berkilat, kini ia kotor semula.
Bayangkan anda yang bersihkan kawasan tadi. Agaknya kecewa ke
tidak? Baru sahaja berkilat, tiba-tiba ia dikotori semula depan mata.

Tetapi abang-abang cleaner ni rileks je. Mereka sedar, ini memang
lumrah pekerjaan. Tak guna memarahi jemaah sebab rutinnya
memang begitu : mereka bersihkan, kita pula kotorkan semula. Dan
proses ini akan berulang-ulang setiap hari.

Para sahabat semua, apakah pengajaran emas yang saya pelajari
dari kisah di atas?

Tadi saya membaca surah An-Nisa’ ayat 110. Maknanya begini :

‘Dan sesiapa yang melakukan
keburukan atau menganiaya dirinya sendiri

(dengan melakukan maksiat)
kemudian ia memohon ampun
kepada Allah, nescaya ia akan dapati

Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani’

66

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Intisarinya menyatakan, barangsiapa melakukan dosa & kesilapan,
apabila ia bertaubat, pasti Tuhan akan ampunkan.
Kita ini tak ubah seperti jemaah yang mengotorkan lantai. Habit kita
setiap hari adalah membuat dosa. Malam kita bertaubat tetapi
apabila siang menjelma, kita mula lupa diri. Kembali ‘recycle’ dosa.
Nasib baik kita punya Tuhan yang ‘super’ Maha Baik. Dia kan
bergelar Al-Ghoffar - Maha Pengampun. HobiNya mengampunkan
dosa. Kerana itu setiap kali kita bertaubat, Tuhan pasti ampunkan.
Rasul pernah menyatakan jaminan sama : kullu bani adam khotto’....
: setiap bani adam default settingnya memang suka buat dosa, tetapi
yang terbaik antara mereka adalah apabila buat dosa, mereka tahu
bertaubat.

‘Semua anak Adam berdosa,
dan sebaik-baik pendosa

adalah mereka yang bertaubat’.
(Hadith riwayat Ibnu Majah)

Kita tak serik lakukan dosa. Tuhan pula tak serik-serik ampunkan kita
sebab ‘kerja’ Tuhan memang ampunkan dosa manusia. Dia takkan
give-up ampunkan dosa umat selagi kita masih menyimpan perasaan
bersalah, kembali bertaubat kepadaNya.

67

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

‘Wahai hamba-hambaKu,
sesungguhnya kalian berdosa

siang & malam, dan Aku
Maha mengampuni dosa,
maka mintalah ampunan kepadaKu
pasti akan Ku ampunkan kalian’.

(Hadith riwayat Muslim)

Berkenaan perihal taubat & istighfar, ada satu kisah yang
membuatkan saya ketawa panjang saat membacanya.

Anda perlu mengetahui kisah ini kerana ia menjawab persoalan
besar kita tentang taubat : ‘adakah Tuhan mengampuni dosa saya?
Adakah Tuhan menerima segala taubat saya?’

Kenalkah anda dengan Wahsyi bin Harb? Ya, dialah Wahsyi,
seorang yang tiba-tiba famous kerana dosa besarnya membunuh
bapa saudara Rasulullah s.a.w, Hamzah bin Abdul Mutallib.

Siapa sangka, seorang yang amat digerami Rasul ini akhirnya
memeluk islam. Ada kisah menarik yang perlu kita tahu tentang
perjalanan Wahsyi masuk islam.

Ketika itu dia sempat ragu, adakah Tuhan akan menerima
keislamannya? Adakah Tuhan akan mengampuni dirinya yang
berlumuran dosa? Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam
At-Tabrani, dialognya begini :

‘Wahai Muhammad, bagaimana kamu boleh mengajakku masuk
Islam sedangkan kamu pernah berkata bahawa seorang pembunuh,
musyrik & penzina, dia adalah pelaku dosa besar dan akan

68

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

menerima azab berlipat ganda serta kekal di neraka dalam keadaan
hina. Masalahnya, semua dosa itu telah aku lakukan. Adakah
menurut pandanganmu aku akan mendapat keringanan &
keampunan?’

Sebagai jawapannya, Allah s.w.t menurunkan ayat ini :

‘Kecuali orang yang bertaubat,
beriman dan mengerjakan amal soleh,

maka kejahatan mereka itu
diganti Allah dengan kebajikan.

Dan Allah sungguh
Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’

(Surah Al-Furqan ayat 70)

Wahsyi menyatakan kerisauannya lagi,
‘Wahai Muhammad, syarat ini (taubat, beriman & beramal soleh)
amat berat, tidak mungkin aku dapat memenuhinya.’

Allah s.w.t membalas pertanyaannya dengan menurunkan ayat ini
pula :

‘Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampuni
dosa syirik dan Dia mengampuni segala dosa
selain dari (syirik) itu kepada sesiapa yang

dikehendaki-Nya.”
(Surah An-Nisa’ ayat 48)

69

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Wahsyi berfikir,
‘Wahai Muhammad, aku fikir keampunan ini hanya bagi orang yang
dikehendaki Allah, sedangkan aku tidak mengetahui apakah aku ini
diampuni atau tidak. Adakah masih ada keringanan?’
Lalu Allah s.w.t. menurunkan ayat :

‘Katakanlah: ‘Wahai hamba-hamba-Ku
yang melampaui batas

terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kamu berputus asa
dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah
mengampuni dosa semuanya.
Sesungguhnya Dia-lah yang

Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang’.’
(Surah Az-Zumar ayat 53)

Kemudian Wahsyi berkata,
‘Kalau yang begitu, aku bersedia masuk islam.’
Maka dia pun memeluk Islam. Orang ramai lantas bertanya kepada
Rasulullah,
‘Wahai Rasulullah, kami juga telah melakukan dosa sama seperti
yang telah Wahsyi lakukan, adakah ayat ini boleh digunapakai untuk
kami juga?’ Nabi s.a.w. menjawab, ‘Ya, ayat ini untuk setiap orang
Islam’.

70


Click to View FlipBook Version