UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Para sahabat semua, apa tujuan saya berkongsi informasi ini?
Kita ini sama, manusia penuh dosa. Kita ini sama, sentiasa takutkan
kematian kerana sedar, pahala tak banyak mana sementara dosa
pula bertimbun. Kita ini serupa, mengimpikan masuk syurga tetapi
dalam masa sama kita sedar, peluangnya tipis kerana kita tidaklah
baik mana. Kita ini serupa, sentiasa tidak yakin, ‘adakah Tuhan
menerima istighfar & solat taubat saya?’
Maknanya, kita risau akan status taubat kita. Adakah Tuhan
telah delete segala dosa silam atau Tuhan masih ‘geram’ dengan
kedegilan zaman jahiliyah kita?
Urusan samada Tuhan menerima
taubat kita atau tidak, itu hanya Dia
yang tahu. Cuma saya yakin ber- “Mereka sedang“
dasarkan hadith Wahsyi di atas, dosa tunjukkan
saya, dosa anda bahkan dosa semua k e pada Tuhan
makhluk akan diampuni Tuhan selagi bahasa
kita tidak syirik & sentiasa melazimi kesombongan &
taubat & istighfar.
Cuma kalau boleh, cuba elakkan diri kedegilan.
dari menjadi golongan ‘naya’. Jangan
jadi kumpulan yang Tuhan geram &
murka iaitu manusia yang dah serik
nak minta maaf. Manusia yang selamba melakukan dosa & tidak
merasa bersalah sedikitpun. Tak terlintas langsung nak minta maaf,
apatah lagi nak solat taubat.
Mereka sedang tunjukkan kepada Tuhan bahasa kesombongan &
kedegilan.
Orang sebegini Tuhan layani mereka bukan dengan sifat Rohman
71
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
atau Ghoffar, tetapi sifat Al-Muntaqim - Maha expert menyeksa.
Apakah maksud sifat Muntaqim ini?
Satu episod pakcik cleaner di atas menarik untuk dijadikan anologi :
Tadi, pakcik cleaner tadi ‘selamba rock’ je simbah air sabun kepada
beberapa jemaah yang berdegil, masih nak duduk di jalanan padahal
mereka tahu kawasan itu akan dibersihkan.
Dah diberitahu awal tapi degil tak dengar cakap. Sombong pula tu.
Padanlah muka basah kuyup bermandi air sabun, free!
Anda faham kan anologi ini?
Renungi diri kita. Adakah kita bak jemaah yang kotorkan jalan tetapi
tahu ke tepi apabila pakcik cleaner ingin bersihkan atau kita, jemaah
yang bukan setakat kotorkan jalan tetapi masih berdegil ingin
gunakan jalan sama walaupun pakcik cleaner telah kepungi awal
untuk dicuci?
Nanti kita akan mengerti, Tuhan bakal melayani kita dengan sifat
Al-Ghoffar atau sifat Al-Muntaqim.
Berdosa itu normal sebab kita bukannya malaikat yang hidup tanpa
kesalahan.
Cuma jangan lupa untuk bertaubat & istighfar.
Anda pasti beruntung pada akhirnya.
72
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
‘Sungguh beruntung
seseorang yang mendapati
pada catatan amalnya
istighfar yang banyak’.
(Hadith riwayat Ibnu Majah)
TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM
UMRAH KE LANGIT
Adalah normal jika kita punya dosa, sebab kita manusia
bukannya malaikat. Cuma jangan lupa upgrade : manusia yang
pandai mohon maaf apabila bersalah. InsyaAllah, Tuhan
Al-Ghafur akan gantikan dosa itu dengan keampunanNya.
UMRAH KE LAUT
Jangan tiru perangai iblis : dahlah bersalah tapi sombong,
tak mahu minta maaf. Makhluk sebegini, Tuhan kumpulkan
ramai-ramai dalam neraka Jahannam bersekali dengan Firaun,
Abu Lahab, Qarun & Haman.
73
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
74
BAB 8
KUASA ‘INNALLAHA MA’ANA’,
ITU BEKAL YANG SAYA
PEROLEHI DARI BUKIT TSUR.
Apa rahsia kekuatan Rasul sehingga kekal
tenang di saat masalah besar melanda?
Itulah persoalan besar yang saya fikirkan saat
pertama kali memandang Bukit Tsur. Kami
menziarahi bukit yang pernah menjadi tempat
persembunyian Rasul s.a.w & Saidina Abu Bakar
r.a ini pada hari ketiga, kalau tak silap.
Ini bukan sebarang bukit. Di sisi Tuhan ia lebih
popular dari kita. Gua kecilnya tercatat dalam
Al-Quran :
77
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Jika kamu tidak menolongnya
(Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah
telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir
(di Makkah) mengeluarkannya (dari Makkah)
sedang ia salah seorang dari dua (sahabat)
semasa mereka berlindung
di dalam gua (Gua Tsur),
ketika ia berkata kepada sahabatnya :
“Janganlah engkau berdukacita,
Sesungguhnya Allah bersama kita”.
maka Allah menurunkan semangat tenang
tenteram kepada Rasul dan menguatkannya
dengan bantuan tentera (malaikat)
yang kamu tidak melihatnya.
dan Allah menjadikan seruan (syirik)
orang kafir terkebawah (kalah),
dan kalimah Allah (Islam) tertinggi,
kerana Allah Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana.
(Surah At-Taubah, ayat 40)
Bangga betul rasanya apabila berpeluang menjejakkan kaki ke bukit
yang kisahnya terakam dalam Al-Quran ini. Sebenarnya kami stay di
bawah sahaja, tak panjat pun puncak bukit. Yok-yok je beriya selfie
ramai-ramai. Standardlah pelancong kita, kan?
Anyway, saya betul-betul nak selidik, apakah formula yang Nabi s.a.w
amalkan? Formula apa yang membuatkan baginda kekal tenang
padahal pada satu tahap, orang kafir sudah pun menginjak pintu
Gua Tsur? Tunggu mereka jenguk kepala sahaja, habislah Baginda.
78
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Apakah ‘mentera’ yang Nabi baca & jenis ‘tangkal’ yang Nabi s.a.w
guna. Itu ikut bahasa kitalah.
Anda tahu kan cerita bersejarah itu?
Ketika itu, Nabi s.a.w & Saidina Abu Bakar r.a sudah hampir ditangkap
kafir Quraisy. Hampir ‘kantoi’lah, ikut cakap orang kita. Jika ditangkap
pada waktu itu, hancurlah segala rencana besar, hijrah baginda ke
Madinah. Habislah juga ‘grand design’ Islam, tak sampailah Al-Quran
& segala cerita indah syurga kepada kita.
Jika pada waktu itu Nabi ditangkap.
Memang sembilan puluh peratus kebarangkaliannya begitu. Orang
kafir bersungguh mencari Nabi & Abu Bakar yang telah meninggalkan
Mekah secara diam-diam menuju Madinah untuk meneroka peluang
dakwah terbaru. Selaku individu yang dicop sebagai ‘the most
wanted person’, sudah tentu usaha besar-besaran digembleng untuk
menjejaki mereka berdua.
Tetapi Nabi & Saidina Abu Bakar pandai juga berstrategi. Sejak dari
awal lagi orang kafir telah kena tipu bulat-bulat. Ketika kediaman
Rasul di’ambush’, Nabi tiada disitu. Hanya Saidina Ali r.a yang sedang
tersenyum sahaja ditemui. Semua ini hasil perancangan bijak Rasul.
Kesian orang kafir, kena ‘corner baring’ dengan Rasul.
Pasti mereka yang sedang geram kena helah itu akan menjejaki
Rasul habis-habisan. Tetapi sekali lagi, Nabi s.a.w setapak lebih ke
hadapan perancangannya. Kan Baginda kita kenali sebagai ‘fatonah’,
bijaksana? Nabi berhijrah mengikuti jalan berbeza, berlainan dari jalan
yang biasa digunakan untuk ke Madinah. Segala jejak kaki mereka
dipadamkan. Semua itu hasil bantuan anak Saidina Abu Bakar.
Kemudiannya mereka ‘transit’ sebentar di gua kecil yang berada di
puncak Bukit Tsur untuk merencana perjalanan hijrah secara lebih
terperinci.
79
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Ketika itulah berlakunya peristiwa yang sering kita ceritakan kepada
anak-anak sebelum tidur. Saidina Abu Bakar dipatuk ular & titisan air
matanya mengenai Rasul yang sedang terlena. Terjaga Nabi s.a.w
dibuatnya. Kalau kita di tempat Abu bakar, tentu kita cemas kan?
Mana nak dapatkan antivenom atau ubat tahan sakit dalam gua
tengah malam buta?
Tetapi jangan risau. Abu Bakar ditemani manusia yang bukan
calang-calang. Beliau bersama Nabi, manusia yang Tuhan boleh
datangkan ‘bantuan talian hayat’ special. Ketika itulah Nabi
menunjukkan mukjizat, patukan ular yang mengenai Abu Bakar
hilang bisanya berbekalkan sapuan air liur nabi.
Dahsyat kan? Jika saya di tempat Saidina Abu Bakar r.a, tentu saya
melopong ketakjuban 5 minit, at least.
Para pembaca budiman,
Kalaulah peristiwa di atas membuatkan kita terlopong, sebenarnya
itu baru ‘muqaddimah’ sahaja sebab, kisah selepasnya bakal
melopongkan kita sepuluh kali ganda.
Inilah saat paling mendebarkan dalam peristiwa hijrah. Nabi &
Abu Bakar hampir ditangkap. Bagaimana orang kafir Quraisy yang
sedang memburu Nabi s.a.w telah sampai ke pintu gua Tsur. Ikut
kebarangkalian, habislah mereka berdua. Finish, Sodaqollah. Tetapi
Subhanallah, kebarangkalian Tuhan mengatasi segalanya. Orang
kafir yang berada depan pintu gua tiba-tiba tidak jadi menjenguk ke
dalam kerana ia rasa, tiada sesiapa di dalamnya.
Jika saya di tempat mereka, saya pun malas nak periksa beriya.
Manakan tidak, pintu gua penuh dengan sarang labah-labah & di
atasnya, elok je burung merpati bersarang. Bukankah semua itu
petanda, tiada sesiapa pernah masuk ke gua ini?
Sudah tentu semua ini aturan ‘nasrun minallah’, emergency plan
80
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
yang Tuhan rancangkan untuk menyelamatkan Nabi s.a.w.
Para pembaca semua,
Peristiwa di atas memang mencengangkan kita tetapi ia masih belum
menjawab, mengapa Nabi s.a.w rileks & tenang di saat hampir ‘kantoi’
ditangkap? Mengapa Nabi boleh ‘control hensem’ pada situasi kritikal,
saat Saidina Abu Bakar sudah menggeletar & terfikir, ‘habislah kami’?
Apa rahsia ketenangan nabi?
Saya perlu tahu rahsianya sebab “Saya perlu tahu
dalam hidup ini, saya menghadapi rahsianya sebab
masalah lebih kurang sama dalam hidup ini, saya
berkali-kali. Yelah, kita ni, ah-long menghadapi masalah
ketuk pintu rumah pun kita dah lebih kurang sama
pucat lesi menikus celah dapur. berkali-kali. Yelah,
Boss baru panggil masuk pejabat kita ni, ah-long ketuk
nak tanya prestasi kerja pun kita pintu rumah pun
dah menggigil semacam.
Kita, baru berucap bagi presentation kita dah pucat lesi “
sepuluh minit depan dua puluh menikus celah dapur.
orang pun dah rasa macam nak
pengsan. Itu baru nak bercakap,
belum lagi dapat ancaman kena
bunuh macam Nabi & Saidina Abu Bakar r.a.
Saya selidik-punya selidik & Alhamdulillah, formulanya berjaya
ditemui. Tuan-puan, saya merasa amat gembira untuk kongsikannya.
Semoga kita boleh amalkannya sama-sama. Nanti kita juga insyaAllah
lebih mudah bertenang saat hadapi ujian. InsyaAllah, kuranglah
masalah tidak yakin diri, pucat, penakut & menggelabah tak tentu
hala saat cabaran besar menimpa kehidupan.
Formulanya adalah, ‘Innallaha ma’ana’.
81
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Maksudnya, ‘Sesungguhnya Allah s.w.t bersama kita’.
Formula tersebut saya temui dalam ayat 40 Surah At-Taubah di atas.
Ia merupakan kata-kata yang Nabi s.a.w ucapkan dalam Gua Tsur
sewaktu menenangkan Saidina Abu Bakar yang sedang gementar :
‘Ketika itu dia berkata kepada sahabatnya,
‘Jangan engkau bersedih,
sesungguhnya Allah bersama kita’.
(Surah At-Taubah, ayat 40)
Waktu itu, Saidina Abu Bakar sedang cemas bukan kepalang sebab
beliau tahu, jika orang kafir jengukkan kepala sedikit sahaja ke dalam
gua, pasti mereka nampak kaki Baginda s.a.w. Gua itu bukannya
besar sangat. Dua orang pun muat-muat sahaja.
Tapi Rasul tidak secemas Abu Bakar. Baginda kekal tenang kerana
tahu, there is nothing to be worried about. Dan memang benar
pun, tiada apa yang perlu digusarkan sebab, pihak yang sedang
melindungi Nabi s.a.w adalah pencipta gua, Allah Ta’ala.
Pada pembaca budiman,
‘Innallaha ma’ana’. Allah bersama kita. Inilah bentuk iman tahap
tinggi. Perasaan bahawa kita tidak keseorangan. Keyakinan yang
kita ada ‘backup power’. Itulah formula yang Nabi s.a.w pegang
untuk hadapi sebarang kesulitan hidup. Formula berupa keyakinan
bahawa dalam hidup ini, ada pihak ‘ketiga’ yang sedang membantu
dari belakang. Ada kuasa luarbiasa yang akan support kita bila-bila
masa. KuasaNya pula amat hebat kerana ia datang dari Tuhan yang
mustahil bagiNya wujud sebarang sifat lemah, kalah, salah, silap atau
82
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
tidak berjaya. Tuhan yang kita kenali sebagai Allah Ta’ala.
Innallaha ma’ana. Kata-kata Nabi s.a.w yang mengandungi keyakinan,
‘backup’nya Tuhan.
Para pembaca dihormati,
The power of certainty : keyakinan ‘siapa yang backup kita’ amat
penting sebab, itulah penentu berjaya atau gagalnya segala
perancangan. Sifir kehidupan memang begitu. Dahulu sewaktu
kecil, kita tidak yakin berjalan. Tetapi ibu datang memegang tangan,
perlahan-lahan mendorongkan kita bertatih. Dan akhirnya dek kerana
kita yakin ibu akan menyambut jika terjatuh, akhirnya sekarang kita
mampu berlari.
Dari contoh kecil ini kita mengerti, jika kita di’backup’ oleh sesuatu
yang serba-serbi Maha, sudah tentu kita rasa yakin semacam. Sudah
tentu kita rasa ‘confirm boleh buat’. Sudah tentu kita rasa seperti
memakai ‘sut Superman’.
Begitulah perasaan Nabi s.a.w ketika itu. Baginda kekal tenang, yakin
& confident selamat di saat orang lain merasa ‘habislah, kantoi, tak
selamat & sodaqallah’.
Dan setelah saya meneliti lebih mendalam, itulah juga formula yang
para anbiya gunakan terutamanya Rasul Ulul Azmi. Manusia ‘best
of the best, fantastic five’ iaitu : Rasulullah s.a.w, Nabi Nuh, Nabi
Ibrahim, Nabi Musa & Nabi Isa a.s :
83
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
‘dan (ingatlah)
ketika Kami mengambil
dari Nabi-nabi perjanjian setia mereka,
dan (khasnya) dari Engkau sendiri
(Wahai Muhammad), dan dari Nabi Nuh,
Nabi Ibrahim, Nabi Musa
serta Nabi Isa Ibni Maryam,
dan Kami telah mengambil
dari mereka janji setia yang teguh
(bagi menyempurnakan apa yang ditugaskan
kepada mereka)’
(Surah Al-Ahzab, ayat 7)
Dahulu Nabi Nuh a.s, keyakinannya begitu. Innalaha ma’ana.
Siapalah yang berani bina bahtera gergasi tengah padang pasir? Anda
mungkin ditertawa, diperli, dicerca & dituduh gila jika melakukannya.
Cuba letakkan diri anda pada situasi Nabi Nuh a.s, adakah anda akan
teruskan projek yang pasti terbengkalai itu? Projek di mana orang
lain bukan setakat mengatakan mustahil tetapi ‘insane’?
Namun, Nabi Nuh a.s tetap meneruskannya. Selama lebih 500
tahun baginda berdikit-dikit membina bahtera besar tersebut, kekal
bersabar & pekakkan diri dari mendengar kata nista umat. Saya yakin,
barangkali Nabi Nuh a.s juga pernah terfikir, it’s almost impossible
nak gerakkan kapal besar di tempat yang nak temui sebaldi air pun
susah.
Nak minum setiap hari pun payah, ini kan nak layari kapal besar.
Temberanglah!
Tapi Nabi Nuh tidak mempercayai logiknya. Yang baginda percaya
84
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
adalah, Innallaha ma’ana. Sesungguhnya Allah bersama kita. Apabila
Tuhan datangkan perintah, tahulah Dia menjayakannya. Yang perlu
baginda lakukan hanyalah, just do it & keep believe. Akhirnya Tuhan
datangkan solusi. Anda tahu happy ending kisah ini.
Para pembaca dimuliakan, dahulu Nabi Ibrahim a.s keyakinannya
juga begitu. Innallaha ma’ana.
Siapa boleh tahan jika terima perintah tak masuk akal, ‘tinggalkan isteri
cantik & anak comel yang baru lahir di kawasan padang pasir yang
tiada orang & tiada air’. Anda rasa, mampukah anda turuti perintah
sebegini? Tinggalkan anak di kawasan kontang hatta pasaraya Giant
pun tiada untuk beli pampers?
Ya, ia memang arahan tak masuk akal dan bukan sekali baginda
menerima arahan sebegini. Selepas beberapa tahun, baginda
menerima satu lagi arahan ekstrim. Kali ini perintahnya berbunyi :
sila sembelih anakmu sendiri. Bayangkan, anak yang didambakan
dengan ribuan doa kini harus dibunuh bukan oleh orang lain tetapi
bapanya sendiri.
Ayah mana yang sanggup lakukannya? Ayah mana yang sanggup
membuka mata saat melalukan pisau tajam ke leher anak tercinta?
Ayah mana yang sanggup keraskan hati melihat rontaan anak yang
menggelepar kesakitan? Anak kesayangan yang kepalanya dibelai
sesungguh hati setiap hari?
Saya tidak sanggup, dan saya percaya naluri Nabi Ibrahim a.s pun
begitu. Tetapi baginda pasrah dalam taqwa. Baginda tahu, dengan
keyakinan ‘innallaha ma’ana’, tahulah Tuhan mengaturkan ‘sesuatu’
untuk menghilangkan kerunsingannya.
Dan Tuhan memang benar-benar melakukan ‘sesuatu’. Digantikan
Ismail a.s dengan kibash, sejenis kambing sebagai korban, sebagai
tanda Nabi Ibrahim a.s lulus ujian. Ujian samada, kuatkah keyakinan
85
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
‘innallaha ma’ana’ dalam hatinya. Dan terbukti, keyakinan itu amat
kuat tersemat.
Para pembaca dimuliakan, Nabi Musa a.s juga percayakan ‘power’
sama. Innallaha ma’ana.
Pernah suatu ketika dalam usaha dakwahnya, baginda berhadapan
jalan buntu. Firaun & beribu tentera sedang mengejar di belakang
manakala di hadapan Nabi Musa & Bani Israel, terbentang laut
Merah. Maknanya ke depan pun mati, berundur ke belakang pun
habis kena sembelih.
No way out.
Namun dalam keadaan penuh cemas itu, Bani Israel pelik melihat
telatah Nabi Musa. Baginda rileks. Tiada sebarang tanda kerisauan
sedikitpun terpancar di wajahnya. Bukankah gila, saat kita sedar
dalam 10 minit lagi kita bakal dilanyak manusia terkejam, tetapi kita
boleh masih boleh tenang & tersenyum?
Orang lain panik tapi baginda ‘main-main’ dengan tongkat. Itulah yang
Bani Israel rasakan ketika melihat Nabi Musa a.s mula memukul air
laut Merah dengan tongkatnya. Bila ditanya, ‘mengapa kamu lakukan
demikian? Kamu tidak takutkah wahai Musa?’
Baginda menjawab :
‘Tidak! jangan fikir
(akan berlaku demikian)!
Sesungguhnya Aku sentiasa
disertai oleh Tuhanku
(dengan pemeliharaan dan pertolonganNya),
ia akan menunjuk jalan kepadaku’.
(Surah Syu’ara, ayat 62)
86
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Bukankah kata-kata Nabi Musa itu senada dengan ‘Innalllaha
ma’ana’ : Sesungguhnya Allah bersama kita? Anda tahu bagaimana
kisah tersebut diakhiri.
Para pembaca budiman, Nabi Isa a.s juga percayakan formula sama.
Innallaha ma’ana.
Baginda tentu dapat menjangka,
lambat-laut tentera Rom pasti
merangka rancangan besar “Itu perkara yang “
untuk menangkapnya. Perkara itu baginda jangka.
sudah lama baginda hidu. Sudah Namun perkara yang
tentu kerajaan Rom tidak senang langsung baginda
dengan tersebarnya dakwah yang tidak jangka adalah,
baginda jalankan bersama para pembelot utama yang
Hawariyyunnya yang setia. Perkara membantu tentera
ini tidak boleh dibiarkan berleluasa. Rom merupakan
Jika tidak, silap-silap bergegar hawariyyunnya
kekuasaan kerajaan Rom nanti.
Itu perkara yang baginda jangka. sendiri, Yahudza.
Namun perkara yang langsung
baginda tidak jangka adalah, pembelot
utama yang membantu tentera Rom
merupakan hawariyyunnya sendiri,
Yahudza. Tikam belakang dari pengkhianat yang disangkakan
sahabat setia, perkara itulah yang tidak pernah baginda fikirkan.
Walapun begitu berat ujiannya Alhamdulillah, Baginda kekal tenang
di saat semua sahabat hawarinya yang lain cemas. Sudah tentu di
saat genting itu, keyakinan ‘innallaha ma’ana’ yang menjadi bekal
terakhir Nabi Isa. Dan sungguh, Tuhan memang bersamanya.
Rencana menangkap & menyalib baginda telah Tuhan tukar dengan
manusia lain, dipercayai si pengkhianat Yahudza itu yang menjadi
mangsa.
87
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Para pembaca budiman,
Kelima-lima individu besar ini mengajar kita perkara sama :
masalah akan menjadi mudah dengan keyakinan Innallaha ma’ana
: sesungguhnya Tuhan bersama kita. Keyakinan Rasul Ulul Azmi
ini perlu kita semat kuat-kuat dalam hati kerana mereka juga sama
seperti kita, manusia biasa. Mereka bukannya malaikat yang punya
“sayap untuk terbang bebas ke angkasa. Mereka juga bukannya
Superman yang punya kuasa sehebat
dewa. Mereka sama seperti kita,
Nabi Musa hadapi manusia normal yang punya emosi
Firaun, manusia cepat berubah.
terkejam mengaku
Tuhan. Jika kita Cuma bezanya, tugas yang terpikul
pernah ditikam di pundak mereka berkali ganda
belakang saudara lebih berat dari tanggungjawab kita.
sendiri , Nabi Isa Masalah yang mereka hadapi beribu
ditikam belakang kali ganda lebih ekstrim & sukar dari
salah-seorang masalah yang kita depani.
hawarinya yang
setia. Jika kita dipikul Jika kita hadapi ah-long yang
tanggungjawab berat mengejar, Nabi Musa hadapi
melaksanakan projek Firaun, manusia terkejam mengaku
jutaan ringgit, Nabi Tuhan. Jika kita pernah ditikam
Nuh diberi tugasan belakang saudara sendiri , Nabi Isa
jauh lebih sukar ditikam belakang salah-seorang
dari itu. hawarinya yang setia. Jika kita dipikul
tanggungjawab berat melaksanakan
projek jutaan ringgit, Nabi Nuh diberi
tugasan jauh lebih sukar dari itu.
Tugasnya almost impossible.
Tetapi mereka berjaya sempurnakan segala tugasan berat itu dalam
keterbatasannya sebagai manusia biasa. Dan ternyata, rahsianya
88
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
terletak pada kalimah ‘Innallaha ma’ana’.
Sekali lagi, bahasa imanlah yang menentukan kejayaan seseorang
dalam hidup. Naluri imanlah yang akan mendatangkan seribu
keajaiban. Disebalik kejutan hidup, keyakinan ‘Allah bersamaku. Dia
pasti menunjuki jalan keluar buatku’ yang menjadi bekal para Rasul
jalan terus ke hadapan.
Itulah hikmah besar yang mereka titipkan kepada kita.
Para pembaca mulia,
Memang hati kita berbunga saat membaca kisah ‘the fantastic five’
di atas. Memang punggung kita tegak, kening terangkat & bulu roma
meremang saat merasai detik cemas yang mereka lalui. Tetapi bak
kata Tuhan,
‘Mereka itu adalah satu umat
yang telah lalu sejarahnya,
bagi mereka (balasan)
apa yang mereka telah usahakan,
dan bagi kamu pula (balasan)
apa yang kamu usahakan;
dan kamu tidak akan ditanya (atau
dipertanggungjawabkan)
tentang apa yang telah mereka lakukan.’
(Surah Al-Baqarah, ayat 134)
Masa mereka telah pun berlalu. Soalnya sekarang, adakah kita sudah
memiliki tahap keyakinan sama? Adakah kita benar-benar percaya
yang remote control besar kehidupan berada ‘di tangan’ Tuhan?
89
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Adakah kita benar-benar percaya saat mengucapkan takbir ‘Allahu
Akbar’, kita memaksudkan ertinya, Allah Maha Besar? Kata-kata
yang boleh diterjemahkan sebagai, ‘jika saya ada masalah, semua
itu confirm jadi kecil sebab saya dibackup Tuhan yang ternyata
kuasaNya lebih besar dari segalanya termasuk masalah saya’.
Maaf cakap, iman kita belum sampai lagi ke tahap itu. Islam yang
kita anuti mungkin masih separas islam warisan sahaja, belum lagi
mencapai islam pencarian. Kata Al-Quran, kita mungkin orang islam,
pandai mengucap dua kalimah syahadah. Namun iman kita masih
baru nak bertatih :
‘Orang-orang Arab berkata,
‘Kami telah beriman’. Katakanlah
(Wahai Muhammad) : ‘Kamu belum beriman,
(janganlah berkata demikian),
tetapi katakan sahaja ‘Kami telah Islam’
kerana iman masih belum sepenuhnya
meresap masuk ke dalam hati kamu....’
(Surah Al-Hujurat, ayat 14)
Ingin tahu apakah maksud iman yang sebenar? Kali ini saya
datangkan anologi mudah sebab, jika diberi dalil ayat Quran & hadith
terlalu banyak pun kita belum tentu faham. Bayangkan begini sahaja
: sejak kecil ibu-bapa kita momokkan, ‘jangan lalu bawah pokok
besar tepi jalan tu waktu malam. Ada langsuir di situ. Ada pontianak
melepak’.
Sampai ke tua kita percaya. Sampai ke sudah kita tak tempuhi jalan
itu. Sampai sekarang kita nasihati anak perkara sama, ‘hati-hati, atas
90
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
pokok tu ada langsuir & pontianak’.
Kelakar juga sebab sepanjang hidup, tidak pernah pun kita bertemu
kedua makhluk itu. Silap-silap mak-ayah yang merawikan nasihatnya
juga tidak pernah nampak face to face. Tetapi itulah maksud IMAN.
Percaya walaupun tak pernah jumpa.
Yang lebih kelakar adalah, hantu & malaikat sama-sama tergolong
dalam kategori ‘makhluk ghaib’, tak mungkin kita nampak. Masalahnya
dengan hantu kita ‘beriman’ betul, sedangkan dengan malaikat yang
membawa ayat Al-Quran kita tak berapa nak percaya.
Hmm... mungkin iman kita ada something wrong somewhere kan?
Para membaca mulia,
Innallaha ma’ana. Itulah hikmah besar yang ingin kita bawa pulang
dari Bukit Tsur. Itulah juga formula yang perlu kita jadikan landasan
untuk meluruskan kembali niat kehidupan. Itulah juga senjata
yang akan kita gunakan untuk menggelorakan lagi semangat &
menggerakkan setiap anggota dari hujung kaki ke hujung rambut
agar mudah mencapai kehidupan berprestasi tinggi, hidup laksana
para Ulul Azmi.
Tuhan berkali-kali menolong Rasul apabila mereka menggantungkan
diri kepada ‘Innallaha ma’ana’. Sudah tentu Tuhan yang kita percaya
punya sifat ‘Al-Hayyu & Al-Qayyum’ : Maha Hidup & Maha Berkuasa
akan membantu umat Rasulnya apabila kehidupan kita diletakkan
pada aras keyakinan sama.
Keyakinan berupa, ‘Jangan sedih, jangan bimbang. Sesungguhnya
Allah bersama kita’.
91
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM
UMRAH KE LANGIT
Orang yang menghargai ziarah Bukit Tsur tentu akan
menghargai pesanan Tuhan yang turun di situ, Innallaha
ma’ana. Dia akan bersungguh selarikan kehidupannya dengan
formula sama, betulkan mana yang salah & luruskan mana
yang bengkok berbekalkan keyakinan Tuhan sentiasa
bersamanya.
UMRAH KE LAUT
Orang yang menziarahi Bukit Tsur tetapi kurang mengamati
hikmah besarnya pasti syok ambil gambar sahaja. Rugi
sebenarnya mereka ini sebab, hidupnya masih banyak lagi
bengkang-bengkok. Tuhan telah pun datangkan solusi, tetapi
dia yang masih tak perasan.
92
BAB 9
ADAKAH KITA TELAH JALANKAN
PERINTAH IQRA?
‘Siapa yang tak kenal sejarah Gua Hira ni, dia
memang alien...’
Bro Warie, rakan sebilik saya sempat bermadah
ketika ‘susuk’ Bukit Nur mulai dapat dilihat dari
dalam bas.
Saya tersenyum mendengar katanya. Rasa nak
tergelak tapi ada benarnya. Bayangkan jika kita
begitu bangga menjejak kaki ke Gunung Everest,
syok berselfie di Gunung Kinabalu & setiap bulan
memanjat Bukit Broga tetapi tak terpanggil nak
explore Gua Hira di Jabal Nur, ini benar-benar
‘alien’ tentang agama sendiri.
95
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Bukit Nur bukan sebarang bukit. Ia merupakan lokasi penting yang
menjadi saksi permulaan agama islam, ditandai dengan kedatangan
Malaikat Jibril menyampaikan wahyu pertama, ayat Iqra’ kepada
Rasulullah s.a.w yang ketika itu beruzlah di perutnya, Gua Hira’.
‘Iqra’ - bacalah (Wahai Muhammad)
dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekelian makhluk). Dia mencipta manusia
dari segumpal darah beku.
Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah.
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan.
Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.’
(Surah Al-Alaq, ayat 1-5)
Mungkin disebabkan itu gua yang relatifnya kecil, berdimensi 3.7
meter panjang & 1.6 meter lebar ini menjadi lokasi wajib ziarah bagi
sebahagian besar jemaah umrah. Jika tak sampai ke atasnya, dapat
selfie di kaki bukit pun jadilah.
Kami pun sama seperti jemaah lain, beriya nak daki Jabal Nur.
‘Alang-alang sampai biarlah terus ke atas ustaz’, kata Dr. Azizan
Osman. Awalnya kami merancang nak daki pada hari rabu.
Cadangnya nak panjat lepas asar & terus buka puasa di atas sana.
Tapi rancangan kami yok-yok je. Sebabnya saya demam hari rabu
sementara Dr. Azizan pula kakinya berdenyut. Terpaksalah ‘kensel’
rancangan pengembaraan ala ‘Indiana Jones’ kami. Tapi tidak
mengapalah, at least niat yang baik walaupun tidak dapat
dilaksanakan, pahalanya dapat jua kan?
96
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Dari Ibnu Abbas,
Rasulullah s.a.w bersabda,
‘Sesiapa yang berniat untuk membuat kebaikan
tetapi tidak jadi mengerjakannya,
maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan
(pahala) yang sempurna, jika dia benar-benar
mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan
untuknya 10 hingga 700 kebaikan,
bahkan akan lebih banyak lagi.
Sesiapa yang berniat untuk melakukan kejahatan
tetapi tidak jadi mengerjakannya,
maka akan dituliskan untuknya 1 kebaikan
yang sempurna, jika dia benar-benar
mengerjakannya, maka Allah akan menuliskan
1 keburukan (dosa) untuknya.’
(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
Jadi kami ziarah sahajalah Bukit Nur pada hari khamis. Dari jauh,
saya melihat berbondong-bondong jemaah mendakinya dengan
perasaan penuh teruja. Yelah, ini kan lokasi yang menjadi titik
perubahan sejarah, dari hitam kepada putih. Rasul dahulu selama
tiga tahun, hampir setiap hari memanjat bukit sama. Tentulah kita
merasa bangga semacam jika berjaya lakukan apa yang Rasul lazimi,
walaupun pendakian kita hanya sekali. Sekurangnya, kita rasai juga
kesukaran yang Rasul alami semata-mata ingin menebar rahmat
kepada ummah. Semata-mata inginkan kita masuk syurga.
Dalam sibuk mengambil gambar Jabal Nur, Bro Warie bertanya
soalan yang saya rasa pening juga nak jawab.
97
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Saya kongsikan jawapannya disini. Rasanya anda juga perlu tahu.
‘Ustaz nak tanya sikit.... kenapa Allah turunkan ayat Iqra, perintah
membaca sebagai ayat pertama? Mengapa wahyu pertama tak
tekankan tauhid ke, Qul huwallahu ahad ke, atau perintah solat? Kan
lebih baik turunkan ayat tauhid atau ayat fekah. Senang sikit nak
amal...’. Itu soalannya.
Saya terdiam. Susah juga nak jawab soalan tahap Ph.D dari abang
yang hensem sokmo ini.
‘Hmm, saya fikir Tuhan turunkan Iqra’ sebagai ayat pertama untuk
menunjukkan kita ‘benchmark’, kemuliaan & ketinggian agama
islam. Tuhan nak beritahu yang agama ini diasaskan dengan ilmu. Ia
ditandai dengan buku (Al-Quran). Ia nak beritahu kita, ummah akan
cemerlang selagi mereka menghargai Al-Quran & selagi kita
menjadikan perintah ‘iqra’ sebagai
lifestyle....’
“ Tuhan nak beritahu
yang agama ini Jawapan memang tahap Ph.d,
diasaskan dengan ‘skema’ semacam. Apa nak buat,
ilmu. Ia ditandai soalannya pun tahap itu.
dengan buku
(Al-Quran). Ia Para pembaca dihormati,
nak beritahu kita,
ummah akan “ Perintah Iqra’ sebenarnya
cemerlang selagi relevan sepanjang zaman kerana
mereka menghargai tuntutannya universal. Ia
Al-Quran & selagi s e suai untuk setiap umat hatta
kita menjadikan di zaman kita, umat millenium alaf
perintah ‘iqra’ baru. Sebelum kita bersembang
sebagai lifestyle....’ tentang tauhid, fekah atau tasauf,
kita perlu kuasai dahulu kunci
kepada semua itu iaitu membaca - Iqra’ - read. Tuhan ingin luruskan
prioriti - ilmu adalah segalanya dan membaca merupakan kuncinya.
Orang sekarang pun percayakan perkara sama, knowledge is power.
Siapa berilmu dialah berkuasa.
98
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Dan perkara itu yang mulai hilang dari ummah sekarang.
Dahulu saya tidak berapa percaya. Saya fikir masyarakat kita tahap
membaca & mengkajinya rajin ‘tahap dewa’. Tapi ketika saya
menetap di negara di mana kambing biri-biri dikatakan lebih banyak
dari manusia - New Zealand - 4 tahun lepas, saya lebih jelas perkara
ini.
Di sana, setiap hari sabtu kami bangun awal untuk mengejar ‘garage
sale’. Ia adalah hari di mana masyarakat Kiwi akan membuka garaj &
laman rumah untuk menjual barang-barang ‘in good condition’ tetapi
sudah tidak diperlukan. Harganya memang murah. Kami, golongan
pelajar memang suka sebab boleh ‘save budget’, dapatkan barang
berkualiti pada harga rendah.
Satu perkara yang menghairankan saya adalah, mereka suka jual
used books. Buku yang telah dibaca selalunya akan dijual semula.
Harganya memang tak masuk akal. Jika harga baru RM 30, kini
RM 3 sahaja dalam keadaan buku itu amat baru seolah tidak dibaca
lagi.
Kira condition 9/10 lah. Tiada cacat-cela.
Apa lagi, kami pun berebut sakanlah memborong buku, macam
borong ikan. Hampir penuh satu but kereta. Saya pernah bertanya
jiran, Robert tentang perkara ini. ‘Kenapa masyarakat hang suka jual
buku? Atau, hang memang tak suka simpan buku banyak-banyak
dalam rumah?’ (perbualan ini telah diterjemah dari English ke Malay).
Dia jawab, ‘kami bukan tak suka buku. Masalahnya buku dah banyak
sangat dalam rumah. Dan kami pula suka baca buku baru. So duit
yang dapat dari jualan murah tu kami pusing beli buku baru....’
Saya tak berapa percaya. Dia ajak masuk rumah. Ya Allah, memang
berlambak rak buku di rumahnya. Saya perhatikan rumah lecturer
99
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
isteri, begitu juga keadaannya. Almarinya penuh dengan buku bukan
pinggan-mangkuk macam kita. Hatta dalam tandas pun ada buku.
Osah eh dahsyat!
Itu pengalaman di New Zealand. Di Malaysia, lain pula halnya. Ada
satu pengalaman yang saya kira masih berkait rapat dengan tabiat
membaca & mengkaji. Saya pernah mengalami situasi kurang
memberansangkan ketika mengambil pekerja untuk syarikat. Saya
rasa ada something wrong somewhere apabila staff muda kami
menulis draf surat rasmi yang ketika membacanya, saya rasa macam
‘nak nangis’. Staff ini bukan calang-calang. Diplomanya cemerlang,
siap dapat anugerah dekan bagai.
Ada juga saya minta staff lain berlatih menulis buku sebab
sharing tulisannya dalam Facebook agak menarik. Tapi dia kata,
‘tak bolehlah ustaz....’. Saya bilang, ‘Aik? Apa guna hang score ‘A’
dalam subjek karangan Bahasa Malaysia PMR SPM dulu? Bukankah
tujuannya nak pandai menulis hingga ke tahap menghasilkan buku?’
Atau, kita belajar mengarang hanya untuk score SPM sahaja?
Maaf jika anda rasa lain macam atau mengerut dahi. Tulisan ini
bukan bertujuan memuji ‘orang sana’ & mengeji ‘orang kita’. Ia juga
bukan bersifat pukul rata, semua orang kita begitu. Tidak sekali-kali.
Ia memfokuskan beberapa contoh yang memaparkan realiti ‘Iqra’
perlahan-lahan menghilang tanpa sedar.
Mungkin anda fikir, ‘apa yang ustaz alami itu kes terpencil, saya
o.k je....’. Baik, saya kongsikan fakta & angka pula. Datanya lebih
meyakinkan. Dapatannya lebih dekat dengan kebenaran.
Berdasarkan statistik, kita ketinggalan amat jauh dari sudut
penerbitan buku berbanding ‘orang bukan islam’. Contohnya, negara
China menerbitkan 440,000 buku baru setiap tahun. Padanlah kita
selalu ulangi hadith yang dianggap dho’if, ‘tuntutlah ilmu hingga ke
negeri China’.
100
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
England menerbitkan sehingga 180,000 judul buku baru setiap
tahun. Salah-satunya, Harry Potter yang anak kita kumpul. Amerika,
304,900 judul. Rusia yang kita sepatah haram pun tak faham
bahasanya, menerbitkan 101,000 judul.
Negara Jepun yang kita bangga dengan kereta Hondanya,
menerbitkan 82,589 judul baru. German yang pasukan bolanya
power luarbiasa, 82,048 judul baru. Negara India yang sesetengah
kita pandang sebelah mata, 90,000 judul baru.
Maknanya, masyarakat mereka “ Padanlah mereka
‘gila’ membaca sebab, buku tidak menguasai dunia.
akan diterbitkan jika tiada Padanlah juga
permintaan. Padanlah mereka
menguasai dunia. Padanlah juga negara islam jika
negara islam jika dinilai dari sudut dinilai dari sudut
mana-mana ranking pun - mana-mana ranking
ranking bola, ranking buku, ranking pun - ranking bola,
keselamatan, ranking teknologi, ranking buku,
ranking universiti, semuanya ranking
masih ketinggalan. kselamatan,
Mungkin ranking penagih dadah ranking teknologi, “
tinggi kot. Ops sori. Gurau je... ranking universiti,
semuanya masih
Padanlah kita masih menjadi ketinggalan.
masyarakat pengguna bukannya
pengeluar. Sampaikan di Mekah, saya perasan segala tasbih, kopiah
jubah semuanya Made in China. Dulu tuan guru kami berseloroh,
‘orang kita ni sembang je kencang tapi nak buat pencungkil gigi pun
terkial-kial’.
Kata-katanya memang sarkastik. Memang menusuk dalam. Tapi
ada kebenarannya iaitu, ruh budaya IQRA’ yang melibatkan budaya
membaca, berfikir, menaakul, mengkaji, membuat rumusan, proses
101
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
kreativiti & menghasilkan sesuatu masih belum menjadi darah-daging
budaya kita.
Mungkin anda tertanya, berapa pula judul baru buku kita?
Ini statistik yang saya temui : 17,967 (statistik tahun 2014).
Sepatutnya mencapai 28,000 (mewakili 1 peratus dari 28 juta
penduduk Malaysia).
“ hampir 69% “ Masih kurang kan?
masyarakat kita
masih buta Itu belum ‘sembang’ statistik
Al-Quran. Dalam tahap penguasaan bacaan Al-Quran.
ertikata lain, jika Kita fikir ramai umat islam Malaysia
diminta baca 3 Qul pandai baca Al-Quran. Ya, itu yang
& ayat Kursi, ramai kita rasa tetapi statistik menunjukkan,
yang lepas. Tapi hampir 69% masyarakat kita masih
cuba minta baca buta Al-Quran. Dalam ertikata lain,
Surah Infithor. jika diminta baca 3 Qul & ayat Kursi,
ramai yang lepas. Tapi cuba minta
baca Surah Infithor.
Silap-silap, berpeluh satu badan!
Barangkali punca kepada semua ini
kerana arahan pertama Tuhan tidak dipatuhi sepenuh hati. Dahulu
tuan guru kami selalu tegaskan ketika kami belajar tafsir Surah
Al-Alaq : ‘jika arahan pertama pun kita ‘sangkut’, arahan selanjutnya
silap-silap ‘ke laut’...’.
Para pembaca dihormati,
Kerana itulah, setiap kali mengenang sejarah ayat Iqra’, saya
berjanji kepada diri, ‘I must try my best to be a good writer’. Saya
perlu paksa diri untuk gemar membaca & menulis buku. Benarlah,
102
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
buku yang saya tulis isinya tak ke mana berbanding karya ulama
besar. Dibandingkan karya kita dengan mereka, apa yang kita buat
sebenarnya ‘ciput’ sahaja.
Ada suatu ketika saya menghadiahkan buku tajwid terbaru, Mudahnya
Ngaji Tajwid (www.mudahngajitajwid.com) kepada sahabat, Tuan
Nasran Hassan. Beliau memuji buku saya dengan pujian
‘bertingkek-tingkek’.
Saya malu betul mendengarnya. Beristighfar banyak kali sebab
merasa diri amat kerdil dibandingkan usaha ulama besar.
Sahabat semua, kemampuan ulama dahulu lebih luarbiasa dari kita.
Saya datangkan contoh Imam Ibn Aqil Al-Hanafi, pengarang kitab
Al-Funun. Buku ini bukan senaskhah seperti buku yang anda baca
sekarang, tetapi 800 jilid!
Cuba lihat pula usaha Ibnu Asakir. Sukar saya ‘comprehend’,
bagaimana beliau menulis 83 jilid kitab Tarikh Dimasyq (buku
sejarah) sedangkan pada masa sama, beliau juga sibuk menekuni
hadith. Para pembaca semua, 83 jilid tau dan itu baru satu tajuk
buku. Banyak lagi buku beliau yang lain.
Kita nak tulis sebuah buku pun semput.
Imam Ibn Jarir Al-Tabari lagi dahsyat. Kita takkan mampu menyamai
usaha beliau walaupun hidup seribu tahun. Selama 40 tahun, beliau
mewajibkan dirinya menulis 40 mukasurat setiap hari without fail.
Bayangkan, rautan pena (zaman dahulu, mereka menulis
menggunakan pensil yang perlu diraut) terkumpul punyalah
banyak sehingga cukup untuk dijadikan kayu bakar bagi pemandian
jenazahnya.
Saya rasa anda sudah mula terlopong. Nanti dahulu. Cerita kita
belum habis.
103
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Sungguh jauh rasanya untuk kita berbangga dengan segala gelaran
Degree, Masters & Ph.D kerana saya dapati, Imam Nawawi r.a
berjaya menulis Syarah (penjelasan) Sahih Muslim yang berjilid-jilid
sedangkan ketika menulis, beliau langsung tidak merujuk kepada
kitab Sahih Muslim. Dari mana datangnya semua ilmu & tulisan
itu? Beliau hanya berpandukan ingatannya sahaja yang diperolehi
ketika menekuni kitab Sahih Muslim dengan gurunya. Dan kitab yang
beliau t u l i s l e n g k a p d e n g a n s a n a d u t a m a d a n s a n a d
t a m b a h a n . M a k sudnya, beliau bukan setakat menghafal hadith,
tetapi rawi-rawinya sekali turut dihafal.
Memang dahsyat jika dibandingkan kita, Juz Amma yang pernah
hafal masa kecil dahulu sekarang dah hilang ‘ditiup angin’.
Saya memang terlopong & takjub dengan keupayaan ulama besar
ini kerana mereka dapat menghasilkan sesuatu pada zaman di mana
perpustakaan kurang & ‘google search’ tiada. Ketika mengambil
Masters suatu ketika dahulu, saya terkial-kial nak habiskan tulisan
tesis dalam keadaan beratus jilid tesis rujukan terpampang depan
mata.
Begitulah jurang kita dengan para solafussoleh, golongan yang
hidupnya berkah kerana mereka menghayati betul tuntutan Iqra’.
Para pembaca semua, inilah ibrah, pengajaran besar yang saya
hayati setiap kali membaca ayat Iqra’, setiap kali menziarahi Jabal
Nur. Saya berharap anda juga merasai ibrah sama. Jika kita sukar
menulis karya besar, kita boleh mulakan dahulu dengan menguatkan
minat membaca Al-Quran.
Jadikan ia lifestyle. Ketika di meja makan, jangan tanya anak, tadi
belajar apa di sekolah? Tapi tanyalah, tadi berapa juz Al-Quran dah
dibaca? Jika berkongsi status di Fb & Whatsapp, elakkan berkongsi
gossip & tulisan biasa tetapi kongsilah, apa ‘status’ Tuhan, ayat
Al-Quran yang paling kita sukai hari ini.
104
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Pokok-pangkalnya, kita ‘refresh’ & ‘restart’ semula budaya Iqra’
dengan membumikan Al-Quran dalam kehidupan. Selepas itu jika
nafsu membaca & menulis makin besar, bolehlah kita mengarang
buku pula.
Mengarang bukan untuk berada sama level dengan ulama besar,
tetapi mengarang atas niat sharing is caring. Kita kongsikan apa
sahaja perkara bernilai yang kita tahu dengan orang lain sebab bak
kata Dr. Azizan, orang yang bernilai sentiasa ada sesuatu untuk
dikongsi nilainya kepada semua.
Usaha kita memang kecil “ Usaha kita
dan kita berharap, Tuhan memang kecil dan
sudi menerimanya sebagai kita berharap,
usaha besar. Kita memohon, Tuhan sudi
Tuhan menilai usaha kerdil ini m e n e r i m anya
bak usaha burung pipit di zaman sebagai usaha
Nabi Ibrahim a.s. besar. Kita memohon,
Anda tahu kan ceritanya? Tuhan menilai usaha
kerdil ini bak usaha
“
Ketika itu Nabi Ibrahim a.s burung pipit di zaman
sedang dibakar Raja Namrud. Nabi Ibrahim a.s.
Tiba-tiba ada seekor burung
pipit kecil beriya mengambil air
dengan paruh kecilnya & dicurahkan ke atas api yang sedang marak
membakar. Sudah tentu usahanya sia-sia. Apalah sangat kuantiti air
yang dibawa burung ini. Silap-silap belum sempat terkena api, ia
sudah jadi wap.
Tetapi apabila ditanya mengapa ia melakukan demikian, burung pipit
memberikan jawapan brilliant. Kita patut jadikannya sebagai asas
perkongsian kita. Katanya, ‘walaupun kecil, saya ingin tunjukkan
Tuhan yang saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk menolong
Nabi Ibrahim a.s’.
105
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Ada ulama berkata, asal-usul cerita ini sukar ditemui jejak asal
riwayatnya. Tetapi tidak mengapalah. Ibrahnya besar untuk ummah.
Ia mengilhamkan kita untuk show the best tidak kira apa orang lain
kata, besar atau kecil. Nanti tahulah Tuhan Ar-Rahman
mengganjarinya dengan balasan bukan setakat the best, tapi the
best-test!
*Maaf, saya tahu grammar ayat English terakhir itu salah. Tapi
sengaja ditulis begitu atas alasan exaggerate.
TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM
UMRAH KE LANGIT
Orang yang benar-benar menghargai ziarah Jabal Nur
pasti menghayati perintah Iqra’. Hidupnya dengan Al-Quran
akrab & ‘nafsu’nya terhadap ilmu & buku amat tinggi.
UMRAH KE LAUT
Orang yang menziarahi Jabal Nur sekadar berniat selfie
sering terlepas pandang hikmah utamanya, Iqra’. Orang
begini ketika balik umrah, beriya tunjuk gambar selfie tapi
apabila ditanya, ‘berapa round hang khatam Quran?’, dia
diam.
106
BAB 10
HUTANG YANG JARANG
KITA BAYAR (PADAHAL IMPAKNYA
BESAR)
Sebenarnya hari ini (khamis) saya merasa agak
cemas. Berpeluh kerana hutang masih belum
sempat dilunaskan sedangkan tempoh dateline
semakin hampir.
Hutang ah-long ke?
Bukan. Yang dimaksudkan adalah hutang
ibadah. Hutang dengan Tuhan.
Sebenarnya saya telah berjanji kepada diri
sendiri, ‘saya akan khatam Al-Quran di sini at
least sekali’. Untuk makluman pembaca semua,
109
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
sejujurnya tiada yang boleh dibanggakan dengan usaha khatam
satu round mengambil kira saya hafiz Al-Quran. Orang kata, sekali
khatam itu tahap ‘rajin’ bagi masyarakat awam tetapi ‘malas’ bagi
penghafaz Al-Quran.
Sebenarnya, begitulah realiti ibadah kita : malas beribadah walaupun
kemampuannya ada. Ibadah yang sedikit pula kita rasa banyak &
‘yok-yok’. Rasa dah boleh masuk syurga dengannya. Kita beribadah
dengan kualiti ‘Qabil’ tapi mentaliti kita ‘Habil’.
Astaghfirullahal Azim. Mari kita berlindung kepada Allah dari sifat
malas diri sendiri. Berlindung dari sifat riyak dengan amalan yang
tidak seberapa.
Rasulullah s.a.w mewariskan kita satu doa yang baik untuk
diamalkan :
اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن
والبخل والجبن،والعجز والكسل،
وقهر الرجال،وغلبة الدين
Maksudnya : ‘Ya Allah, aku berlindung denganMu
dari penyakit tua dan kesedihan,
dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut,
dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki’.
(hadith riwayat Bukhari)
Ikut perancangan, sehari saya perlu baca 5 juz. Puasa kali ini jatuh
pada hari isnin. Maknanya atas kertas, insyaallah hari sabtu
habislah. Ahad dah bersiap nak pulang ke Malaysia.
110
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Semuanya berjalan lancar sehinggalah hari rabu. Bangun pagi saya
rasa badan semacam. Rupanya demam. Selalunya apabila badan
dah panas, saya banyak berehat sahajalah di hotel. Sepanjang hari
langsung tidak menyentuh Al-Quran.
Allah bagi sedikit ujian. Dari Dia juga datang kesembuhan. Bak
pujian Nabi Ibrahim a.s :
‘Dan apabila aku sakit,
maka Dia lah yang menyembuhkan
penyakitku’.
(Surah As-Syu’ara, ayat 80)
Alhamdulillah, pagi khamis demamnya kebah, back to normal again.
Cuma ikut jadual, saya berada dalam keadaan ‘berhutang’,
ketinggalan 5 juz. Sepatutnya hari ini (khamis) saya akan tamatkan
juz dua puluh tetapi disebabkan demam, baru nak baca juz sebelas
hingga lima belas.
Orang tua-tua berpesan, apabila berjanji kita perlu ditunaikan.
Setiap hutang perlu dilunaskan. Sebab itu hari khamis saya perlu
‘pulun’. Mesti kejar semula silibus sebelum tertinggal lebih jauh.
Janji ini saya jeritkan beribu kali dalam hati depan Kaabah : ia wajib.
No excuse.
Alhamdulillah, sekali lagi Tuhan berikan keizinan & kekuatan. Hari
sabtu selepas maghrib, juz 30 berjaya diselesaikan. Hati berbunga
gembira tak terkata kerana Alhamdulillah, saya berjaya mencapai
sesuatu yang besar.
Rasa macam dah tawan Gunung Everest padahal usahanya tahap
daki Bukit Broga je.
111
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Nevermind, paling tidak pun saya berjaya mencapai sesuatu.
Benarlah, khatam sekali ini sebenarnya kecil tetapi besarnya
terletak pada ini : perasaan syukur kerana berjaya mengotakan
‘janji’ kepada Tuhan. Kita berjaya lunaskan ‘hutang peribadi’ kepada
Tuhan.
Para solafussoleh yang hebat-hebat memiliki mentaliti sebegini.
Mereka banyak mewajibkan ibadah sunat kepada diri. Ada yang
solat sunat berpuluh rakaat tanpa tinggal sepanjang hayat. Ada
yang setiap hari berzikir sepuluh ribu kali tanpa culas. Mereka
melakukannya dengan rela hati kerana ingin menzahirkan rasa
syukur. Perasaan ‘keep pushing the limits’ untuk persembahkan
yang terbaik kepada Tuhan sebagai tanda terima kasih terhadap
segala nikmatNya.
“Ada hadith “ Macam Rasulullah s.a.w dahulu.
masyhur Ada hadith masyhur
menceritakan, m e n c e r itakan, baginda s.a.w
baginda s.a.w solat malam hingga bengkak kaki
solat malam padahal ia tidak wajib pun. Aisyah
hingga bengkak r.a isterinya pun hairan. Anda
kaki padahal ia mesti hairan. Saya pun sama. Kita
tidak wajib pun. garu kepala bertanya, ‘mengapa
Rasulullah s.a.w, manusia yang
confirm masuk syurga beribadah
tahap ‘extreme’ begitu?’
Sebabnya kita pun tak terbuat. Setakat bengkak kaki main bola
adelah dulu.
Tetapi Rasul s.a.w memberikan penjelasan sama : Afalam akun
abdan syakura. Saya nak jadi hamba bersyukur.
Hamba bersyukur adalah mereka yang tidak berkira. Hamba
bersyukur sentiasa memiliki mentaliti ‘abundance’ - perasaan ada
112
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
banyak, begitulah lebih kurang terjemahannya. Sebab itu mereka
willing to give more.
Hamba bersyukur sentiasa punya pemikiran terhutang budi kerana
merasakan, mereka dikurniakan terlalu banyak nikmat padahal jika
berdasarkan merit, mereka tidak layak merasainya. Ia dikurniakan
kerana ihsan dari Maha Pencipta. Sebab itu apabila ada peluang
untuk membalas budi, mereka bukan setakat memberikan yang
terbaik, tetapi melebihi dari yang diperlukan.
Cuma Tuhan maklumkan, hamba bersyukur tidak ramai. Satu
dalam sejuta. Waqolilum min ibadiyasy syakur. Sedikit sahaja dari
hambaKu yang bersyukur. Begitulah firmanNya dalam Surah Saba’
ayat 13.
Sahabat semua, jom kita setkan minda untuk sentiasa bersyukur.
Jom kita sama-sama setkan diri untuk beribadah melebihi dari yang
diwajibkan. Jom kita sama-sama amalkan petua ‘berhutang’ agar
setiap ibadah yang disetkan berjaya ditunaikan.
Contohnya ketika bulan ramadhan, cuba kita janji kepada Tuhan
untuk khatam sekali, full dari Surah Fatihah hinggalah An-Naas.
Khatam seorang diri bukan khatam tadarus beramai-ramai. Setiap
kali ketinggalan, paksa diri untuk lunaskan hutang.
Mentaliti ‘mode berhutang’ & setkan dateline ketika beribadah
sebenarnya amat penting. Jika tidak kita buat tak tahu. Kita
anggap ibadah ‘kecil’ & tak rasa apa-apa jika tidak ditunaikan. Kita
rasa rileks dengan ibadah yang sebenarnya ciput tapi kita perasan
macam dah banyak.
Maka, bersedialah untuk set & aim high. Ulama berpesan,
bangkitlah setiap hari dalam keadaan ‘tertinggal’. Bangun tidur
dalam keadaan rugi. Mentaliti Khusr.
113
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
‘Sesungguhnya
manusia berada dalam keadaan rugi’.
(surah Al-Asr, ayat 2)
Apabila sedar yang diri sedang tertinggal, barulah kita beriya
mengejar. Jika tidak, selama-lamanya kita rasa macam dah dapat
title ‘ahli syurga’ (ibadah dirasakan banyak) padahal, amal
sebelah kanan ringan mengalahkan tisu. Amalan sebelah kiri pula
berat mengalahkan batu.
Na’uzu billahi min Zalik.
Paksalah diri untuk baca Al-Quran banyak-banyak. Paksa diri untuk
solat tarawih berjemaah sekurangnya lapan rakaat. Paksa diri untuk
bersedekah sekurangnya seringgit sehari.
Maaf, ia nampak macam extreme kan? Tetapi memang begitulah
hakikatnya kerana dalam diri kita, ada nafsu yang dah degil
membatu. Hatinya keras. Hobinya suka buat salah & lagha. Oleh
itu, nafsu yang dah dimanjakan syaitan selama sebelas bulan ini
perlu masuk ‘kem tentera ramadhan’ sebulan. Kasi botak kepala.
Perlu didisiplinkan agar selepas ramadhan nanti, ia mudah menurut
kata.
Jika tidak, pusing-pusing begitu juga. Ramadhan beriya kita
berpuasa, hari raya kita beriya berjoli semula. Sebabnya, nafsu
hanya dikekang tetapi belum dididik & ditarbiyahkan secara sempurna.
Jom kita sama-sama didik nafsu dengan teknik ‘paksarela’, agar ia
perlahan-lahan menjadi ‘sukarela’.
Sama-sama kita berusaha & berdoa.
114
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM
UMRAH KE LANGIT
Orang bersyukur, setiap ibadah dirasakan lazat kerana
mereka sedar, dengan memperbanyakkan ibadah, mereka
sedang menghantar ‘signal’ positif kepada Tuhan. Signal
berupa, ‘Ya Tuhan, terima kasih atas segala nikmat. Kami
berjanji akan berbakti kepadaMu sejuta kali’.
UMRAH KE LAUT
Hati tidak akan tertarik untuk menambah ibadah jika tiada
mentaliti syukur. Dengan Tuhan asyik meminta, tak terfikir
pun untuk memberi. Nikmat depan mata dirasakan sedikit
sementara ujian yang satu-dua dirasakan banyak. Inilah
mentaliti kufur nikmat. Lawan kepada syukur.
115
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
116
BAB 11
RAMAINYA ORANG
MENGALAHKAN SEMUT! KALAU
DI MAHSYAR, UNIMAGINABLE!
Untuk meyakini hari akhirat, kita kadangkala
memerlukan lebih dari ayat Al-Quran & hadith.
Seeing is believing. Apabila dah dilihat & dirasai
dengan mata kepala sendiri, baru nak percaya.
Dan di sini, saya berpeluang merasai ‘kiamat
mini’ : menyaksikan seribu satu drama,
pancaroba & tribulasi ratusan ribu jemaah
berkumpul mencari halatuju & manasik (ibadah)
masing-masing.
Gambar ini diambil dari ruang musolla Al-Safwa
119
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Tower. Lihatlah begitu ramai lautan manusia yang terdiri dari
berbagai bangsa & budaya berkumpul di satu titik suci : Masjidil
Haram. Selalunya apabila terlalu ramai manusia berkumpul di satu
kawasan yang relatifnya terhad, pasti berlaku berbagai situasi luar
jangka.
Anda tidak digalakkan merungut jika bahu kerap dilanggar & kaki
sering dipijak. Itu biasa. Anda patut bersyukur jika dapat i’tikaf tepi
tangga. Anda harus gembira jika berjaya solat dalam masjid tanpa
perlu berhimpit. Andai kata selipar anda hilang, anggaplah ia sedekah
jariah. Jika orang sebelah anda
“Jika orang sebelah perilakunya menjengkelkan,
anda perilakunya
anggaplah ia ‘malaikat’ yang
diutuskan untuk menjinakkan nafsu,
menjengkelkan, menguji kesabaran & ketabahan
anggaplah ia anda.
‘malaikat’ yang Jika anda benar-benar ingin solat
diutuskan untuk “ hadapan kaabah, jangan buat tabiat
menjinakkan nafsu,
menguji kesabaran & Malaysia, dah nak hampir iqamah
baru nak masuk saf. Di sini, anda
ketabahan anda.
perlu bersedia setengah jam awal.
Saya pernah memasang niat ingin
solat betul-betul hadapan kawasan
multazam dan Alhamdulillah ia berjaya. Tetapi ia tidak datang
semudah disangka. Setengah jam sebelum masuk waktu saya
sudah merencanakan strategi yang dimulai dengan tawaf sunat. Lima
belas minit sebelum azan saya sudah tercongok depan multazam,
berdiri penuh sabar menahan deruan ombak manusia yang sedang
mengerjakan tawaf. Setelah menghadapi semua itu dengan penuh
ketabahan, barulah, barulah saya berjaya solat di hadapan kaabah.
Itu pun saf ketiga belakang imam.
Di Madinah juga begitu. Jangan fikir di Masjid Nabawi manusia
120