UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM
UMRAH KE LANGIT
Jadikan waktu umrah sebagai waktu
‘membunuh biawak’ dalam diri. Hilangkan fikiran negatif, suuk
zonn, prasangka & pre-judge orang lain. Dan jangan lupa,
bawalah diri yang ‘suci dari biawak’ ini pulang ke Malaysia.
UMRAH KE LAUT
Umrah tiada manfaat jika zahirnya sahaja difokus tapi dalaman
masih sama. Kepala dah botak bercukur tapi nafsu ‘biawak’
dalam hati masih gemuk dibelai, menghurai panjang
rambutnya. Fikir-fikirkan.
221
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
222
BAB 20
BOLEH KE KITA MASUK SYURGA?
Jom, nukmin sa’ah.
Ayat berbahasa arab itu sebenarnya pesanan
Rasul. Maksudnya, jom beriman sesaat. Kita
muhasabah diri sekejap tentang peluang ke
syurga, tinggi atau slim?
Perkara ini penting sebab, nak menggapai
syurga memang tricky.
Agak-agaknya berbekalkan amalan sedia ada,
mampukah kita masuk syurga? Hmmm...
Silap-silap, amalan baik kita terlalu sedikit
225
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
sehinggakan malaikat tukang azab ternanti-nanti sahaja, bilalah
kita nak menjenguknya di neraka nak kena ‘rotan’ puas-puas?
(Na’uzubillah).
Jika begitulah tahapnya sekarang, adakah kita mengambil serius
perkara ini? Adakah kita bersungguh persiapkan kesempatan yang
ada dengan mengumpul ‘tiket wild card’ berupa syafaat & rahmat
Tuhan?
“‘alaa, solat terawikh“ Memang, memikirkan soalan di atas
ni sunat je, bukan membuatkan kita tiba-tiba hilang
wajib... Rasul pun tak senyum. Tetapi para pembaca jangan
buat full 20 rakaat pula fikir coretan ini serius sebab,
tiap-tiap hari.... Ini ada cerita kelakar yang saya ingin
‘sunnah’ Saidina Umar kongsi. Sebenarnya, persoalan ini
bukan arahan tetap tiba-tiba ‘pop-up’ dari minda ketika
Nabi. So tak perlulah saya sedang sibuk ‘tawaf luar’, dari
ikut sangat....’ Pandai kedai ke kedai lepas solat sunat
sungguh nafsu tarawikh. Asalnya begini. Kita ni
‘corner-baring’kan biasalah, mula-mula beriya betul
alasan kan? bersemangat nak habiskan terawikh
20 rakaat. Tapi lepas tu, ‘perangai
Malaysia’ mula datang. Apabila saya
lihat berbondong-bondong jemaah
keluar masjid selepas rakaat ke 10,
saya pun terpanggil nak ‘join’ sama.
Mulalah hati & nafsu bagi alasan siap dengan dalil, ‘alaa, solat
terawikh ni sunat je, bukan wajib... Rasul pun tak buat full 20 rakaat
tiap-tiap hari.... Ini ‘sunnah’ Saidina Umar bukan arahan tetap Nabi. So
tak perlulah ikut sangat....’ Pandai sungguh nafsu ‘corner-baring’kan
alasan kan? Yang teruknya, saya ni buta-buta je ikut. Cakap jujur
sahajalah, hakikatnya saya yang nak tawaf kedai, cari jubah,
ice-cream & souvenir.
226
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Jangan tak percaya bahawa di Mekah-Madinah, tarikan ‘window
shopping’nya lebih kuat dari Malaysia. Terliur bani adam yang baru
nak bertaubat.
Cuma yang baiknya di sini, Tuhan ada cara lain nak ‘sekolahkan’
mereka yang alpa. Ketika sampai di depan pintu utama Masjid
Nabawi, langkah tiba-tiba terhenti. Mata saya terpaku dengan satu
pemandangan luarbiasa. Rupanya di kawasan luar masjid, ada
beribu jemaah setia mengerjakan solat sunat tanpa menghiraukan
angin malam & sejuknya marmar.
Subhanallah. Saya amat tersentuh melihat beberapa pakcik tua yang
khusyuk solat walaupun badannya bergoyang & menggeletar, tanda
fizikal mulai lelah. Sebenarnya petang itu, saya leka memerhatikan
mereka. Jujurnya saya tidak pasti negara asalnya, mungkin dari
Pakistan, Afghanistan, Bangladesh atau India. Itulah firasat awal
berdasarkan penampilan mereka.
Kelompok ini seolah tidak punya penginapan seperti jemaah lain.
Mereka duduk berkumpul tepi bangunan tandas di luar masjid.
Beg-begnya disusun teratur untuk dijadikan alas berbaring sementara
menantikan waktu maghrib. Secara purata, umur mereka bukan
tiga puluhan tetapi rasanya semua dah melepasi ‘five series’,
baya mak-ayah kita. Saya fikir, kasihannya mereka jika benar tiada
penginapan selesa. Mengapa sanggup bersusah-payah sebegini? Ini
kan musim panas? Datanglah lain kali apabila wang mencukupi &
cuaca agak selesa.
Saya fikir mereka lemah. Saya rasa mereka tak larat. Tapi rupanya
saya silap besar.
Kelompok yang saya anggap tidak berupaya inilah yang gigih
bermujahadah solat di luar masjid. Mungkin siangnya mereka
kelihatan lemah tetapi do not underestimate ‘singa-singa Allah’ ini.
Malamnya mereka mengaum kuat saat semangat ibadah saya mula
menikus.
227
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Mereka tahu tujuan sebenar datang ke sini. Saya pula, entahlah.
Niatnya sekejap ‘on’, sekejap ‘off’.
Semua ini membuatkan saya bertanya diri, mampukah saya masuk
syurga? Nak bandingkan diri dengan pakcik tua ini pun dah jauh
ketinggalan, apatah lagi dengan Imam Syafie? Apatah lagi dengan
Saidina Umar? Apatah lagi dengan Rasulullah s.a.w?
Para pembaca dimuliakan,
Walaupun kesedaran mula menerpa hati, tetapi keluar tetap keluar.
‘Tawaf kedai’ tetap juga berjalan. Cuma nafsunya sudah tidak berapa
berahi. Disebalik memerhatikan jubah ‘blink-blik’, saya lebih banyak
mengutuk diri, ‘teruknya aku! Badan sihat wal afiat tapi malas tahap
jin. Kalau di Mekah pun dah layu, jangan harap di Malaysia tiba-tiba
rajin. Kalau depan Rasul pun dah lemah, usah haraplah nak kuat
berjuang di Malaysia!’
Maaf para pembaca semua, kita ini ada penyakit dalaman yang
berat. Daya ketahanan iman kebanyakan kita terlalu lemah. Di bulan
ramadhan di mana syaitan dibelenggu pun kita mudah kalah. Di tanah
suci yang Al-Quran pernah turun pun, kita masih tak termotivasi.
Perangai kita ‘sebijik’ macam Bani Israel, mukjizat dah terpacul depan
mata, tetapi imannya masih suam-suam kuku.
Dahulu, Nabi Musa a.s pening kepala melayani karenah mereka.
Manakan tidak, dah diberi layanan first-class dengan keajaiban demi
keajaiban terkuak depan mata, degilnya masih tahap itu juga, bahkan
makin membatu. Ketika mereka merungut inginkan makanan
sedap-sedap, Tuhan hantarkan hidangan dari langit, manna & salwa.
Ketika menderita dihamba-abdikan Firaun, Tuhan selamatkan melalui
‘happy ending’ yang datang serta-merta, mukjizat laut terbelah depan
mata.
Tetapi semua itu masih tidak mencukupi untuk membuatkan Bani
Israel beriman sepenuh hati. Mereka tetap berdegil, tak bersyukur
228
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
& mengada-ngada. Dah diberi betis (dilayan penuh nikmat), nakkan
paha. Pernah, mereka mendesak Nabi Musa dengan permintaan
paling rumit, ‘Wahai Musa, kami takkan beriman kepadamu sehingga
kami dapat melihat Tuhan ‘face-to-face’ :
‘Dan (ingatlah),
ketika kamu (Bani Israel) berkata :
‘Hai Musa, kami tidak akan beriman kepadamu
sebelum kami melihat Allah dengan jelas,
kerana itu kamu disambar halilintar,
sedang kamu menyaksikannya’.
(Surah Al-Baqarah, ayat 55)
Nampaknya, Bani Israel memang dah melampaui batas. Akhirnya
enough is enough. Orang begini Tuhan memang tak bagi peluang
lagi. Terus disambar petir, tamatkan riwayat sahaja.
Kita? Takkanlah mahu sampai ke tahap itu baru bersungguh nak
beriman?
Itu satu masalah. Yang kedua pula, kita ada penyakit lain yang lebih
parah. Penyakit yang digelar ‘poyo’. Maksudnya, kita ni buat baik
tidaklah banyak sangat tapi rasa macam dah banyak. Berzikir tahap
ciput tapi rasa macam dah mampu beli syurga Firdaus.
Kan itu yang selalu kita lakukan?
Dahulu ada seorang abid (manusia kuat beribadah) terkena penyakit
ini. Ia merupakan seorang kaki ibadah. Selama 500 tahun hidupnya
dipenuhi dengan ketaatan. Pagi petang siang malam, kerjanya kalau
tak solat sunat mesti berzikir. Bayangkan jika setiap hari ia berterusan
begitu, mesti syaitan sakit hati.
229
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Memang syaitan ‘bengang’ dengan abid ini sebab semua gangguan
dapat ditepis dengan mudah. Tetapi jangan cepat ‘underestimate’
syaitan. Ia seolahnya ada lapan Ph.D dalam psikologi & taktikal
perang. Tak dapat diganggu ikut cara ‘A’, dia corner ikut ‘B’. Jika itu
pun tak berjaya, syaitan bukan jenis cepat putus asa macam kita. Dia
masih ada teknik C, D, E sampai Z.
“Maka syaitan pun“ Maka syaitan pun merencana Plan
merencana Plan B. B. Kali ini, ia tiupkan perasaan
Kali ini, ia tiupkan ‘poyo’ kepada abid tersebut. Ia
perasaan ‘poyo’ mula menusuk jarum ‘rasa best’
kepada abid tersebut. kepadanya. ‘Pasti aku ini confirm
Ia mula menusuk masuk syurga memandangkan
jarum ‘rasa best’ ibadahku beribu pahala sementara
kepadanya. ‘Pasti dosaku sesaat pun tiada...’
aku ini confirm
masuk syurga Begitulah lebih kurang telahan ‘poyo’
memandangkan si abid. Kita pun ada juga penyakit itu
ibadahku beribu kan? Masalahnya kita ni lagi cepat
pahala sementara poyo dari Abid. Baru berzikir sejam
dosaku sesaat pun kita rasa semua dosa dah ‘delete’ &
tiada...’ maqam dah naik tahap wali.
Sabar dahulu bang, jangan rasa best
cepat sangat. Kita teliti pengakhiran
si abid.
Akhirnya pada hari kiamat, si abid itu diberi keizinan untuk masuk ke
syurga. Tetapi Tuhan maklumkan, ia masuk syurga bukan disebabkan
amalnya yang banyak tetapi kerana rahmat, kasih & sayang Tuhan.
Dia tiba-tiba tidak puas hati. ‘Mana mungkin aku masuk syurga
kerana belas-kasihan? Bukankah aku layak kerana sistem merit -
siapa banyak beribadah, syurgalah balasannya.’
230
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Dia membantah alasan masuk syurga itu. Lalu Tuhan melayani
karenahnya. Disuruh malaikat untuk menimbang segala amal ibadah
yang dilakukan secara konsisten selama 500 tahun itu dengan nikmat
yang telah Tuhan kurniakan.
Timbang punya timbang, tiba-tiba muka si abid merah-padam. Dia
malu bukan kepalang sebab, ibadahnya yang dirasakan ‘banyaklah
sangat’ itu hanya menyamai nikmat mata yang Tuhan kurniakan.
Maksudnya jika ditimbang secara merit, hanya matanya sahaja
yang layak masuk syurga. Yang lain tidak layak. Akhirnya Tuhan
memutuskan untuk ‘mencelup’ abid poyo tadi ke neraka. Kasihan,
ingatkan hebat sangat, tapi rupanya ‘yok-yok’ sahaja.
Tuan-puan pembaca budiman, cerita di atas bukan rekaan saya. Ia
kisah benar berbentuk ‘future’ - perihal hari kiamat yang saya tulis
semula ikut gaya bahasa yang mudah kita hadam. Sumbernya dari
kata-kata Nabi s.a.w ini :
Jabir bin Abdullah r.a berkata, Rasulullah
s.a.w keluar menuju kepada kami
lalu bersabda, ‘Baru sebentar tadi
kekasihku Malaikat Jibril menemuiku dan
memberitahu, ‘Wahai Muhammad, Demi
Zat yang mengutusmu dengan kebenaran.
Sesungguhnya Allah memiliki seorang
hamba di antara sekian banyak hambaNya
yang melakukan ibadah kepadaNya selama
500 tahun, ia hidup di puncak gunung yang
berada di tengah laut. Lebarnya 30 hasta
dan panjangnya 30 hasta juga. Sedangkan
jarak lautan tersebut dari masing-masing
arah mata angin sepanjang 4000 farsakh.
Allah mengeluarkan mata air di puncak
231
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
gunung itu hanya seukuran jari, airnya
sangat segar mengalir sedikit demi
sedikit, hingga menggenang di bawah kaki
gunung.
Allah juga menumbuhkan pohon delima,
yang setiap malam mengeluarkan satu
buah delima matang untuk dimakan pada
siang hari. Jika hari menjelang petang,
hamba itu turun ke bawah mengambil air
wudhu sambil memetik buah delima untuk
dimakan. Kemudian mengerjakan shalat.
Ia berdoa kepada Allah Ta’ala jika waktu
ajal tiba agar ia diwafatkan dalam keadaan
bersujud, dan mohon agar jangan sampai
jasadnya rusak dimakan tanah atau lainnya
sehingga ia dibangkitkan dalam keadaan
bersujud juga.
Demikianlah kami dapati, jika kami lalui
di hadapannya ketika kami menuruni dan
mendaki gunung tersebut.
Selanjutnya, ketika dia dibangkitkan pada
hari kiamat ia dihadapkan di depan Allah
Ta’ala, lalu Allah berfirman, ‘Masukkanlah
hambaKu ini ke dalam syurga kerana
rahmatKu.’ Hamba itu membantah,
‘Ya Rabbi, aku masuk Syurga kerana
perbuatanku.’
Allah Ta’ala berfirman, ‘Masukkanlah
hambaKu ini ke dalam Syurga kerana
rahmatKu.’ Hamba tersebut membantah
lagi, ‘Ya Rabbi, masukkan aku ke syurga
232
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
kerana amalku.’
Kemudian Allah Ta’ala memerintah para
malaikat, ‘Cubalah kalian timbang, mana
lebih berat antara nikmat yang Aku berikan
kepadanya atau amal perbuatannya.’
Maka ia dapati bahawa nikmat penglihatan
yang dimilikinya lebih berat dibanding
dengan ibadahnya selama 500 tahun,
belum lagi nikmat anggota tubuh yang
lain. Allah Ta’ala berfirman, ‘Sekarang
masukkanlah hambaKu ini ke Neraka!’
Kemudian ia diseret ke dalam api Neraka.
Hamba itu lalu berkata, ‘Ya Rabbi,
benarkan aku masuk Syurga hanya kerana
rahmatMu, masukkanlah aku ke dalam
SyurgaMu.’
Allah Ta’ala berfirman, ‘Kembalikanlah ia.’
Kemudian ia dihadapkan lagi di depan Allah
Ta’ala & Tuhan bertanya kepadanya, ‘Wahai
hambaKu, Siapakah yang menciptakanmu
ketika kamu belum menjadi apa-apa?’
Hamba itu menjawab, ‘Engkau, wahai
Tuhanku.’
Allah bertanya lagi, ‘Yang demikian itu
kerana keinginanmu sendiri atau berkat
rahmatKu?’
Dia menjawab, ‘Semata-mata kerana
233
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
rahmatMu.’
Allah bertanya, ‘Siapakah yang memberi
kekuatan kepadamu sehingga kamu
mampu mengerjakan ibadah selama 500
tahun?’
Dia menjawab, ‘Engkau Ya Rabbi.’
Allah bertanya, ‘Siapakah yang
menempatkanmu berada di gunung
dikelilingi ombak laut, kemudian
mengalirkan untukmu air segar di tengah-
tengah laut yang airnya masin, lalu setiap
malam memberimu buah delima yang
seharusnya berbuah hanya satu tahun
sekali? Di samping itu semua, kamu
mohon kepadaKu agar Aku mencabut
nyawamu ketika kamu bersujud, dan aku
telah memenuhi permintaanmu!?’
Hamba itu menjawab, ‘Engkau ya Rabbi.’
Allah Ta’ala berfirman, ‘Itu semua berkat
rahmatKu. Dan hanya dengan rahmatKu
pula Aku memasukkanmu ke dalam
Syurga. Sekarang masukkanlah hambaKu
ini ke dalam Syurga. HambaKu yang paling
banyak memperoleh kenikmatan adalah
kamu wahai hambaKu.’ Kemudian Allah
Ta’ala memasukkanya ke dalam Syurga.’
234
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Jibril melanjutkan, “Wahai Muhammad, sesungguhnya
segala sesuatu itu terjadi hanya berkat Rahmat Allah
Ta’ala.”
(Hadith Riwayat Al-Hakim)
Para pembaca dimuliakan,
Penyakit hati di atas jika ada pun,
sebenarnya masih tidak teruk lagi.
Ada wabak lain yang lebih parah iaitu, “Dahulu, penyakit ini “
sindrom suka mengondem orang dinamakan sebagai
lain. Baru khatam Al-Quran sekali ‘ujub’. Ia adalah
dah mula nak ‘judge’ kawan, ‘eeeei, penyakit hati yang
depa ni malas betul baca Quran bulan disifatkan oleh
Ramadhan. Asyik layan fesbuk jer... Imam Ibnu Mubarak
tak insaf ke dosa dah bertimbun?’. sebagai, ‘perasaan
Kita ini baru tahu hadith sepatah-dua di mana engkau
dah mula laju menyalahkan orang, merasa dirimu
‘depa ni tak ikut sunnah kah? Solat memiliki kelebihan
tunggang-terbalik tak macam Rasul tertentu yang tidak
buat!’
Astaghfirullahal Azim. Nampaknya dimiliki oleh orang
segala amalan kita masih belum lain’.
mampu menyampaikan kepada
intinya. Inti memperbaiki diri sendiri.
Tujuan mencari salah sendiri. Fokus
mencapai qolbun salim - hati sejahtera.
Positive thinking.
Dahulu, penyakit ini dinamakan sebagai ‘ujub’. Ia adalah penyakit
hati yang disifatkan oleh Imam Ibnu Mubarak sebagai, ‘perasaan di
mana engkau merasa dirimu memiliki kelebihan tertentu yang tidak
235
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
dimiliki oleh orang lain’.
Itu kata ulama tasauf. Kita kata, penyakit ‘rasa macam best’.
Tuhan sejak awal dah ‘sound siap-siap’ mereka yang berpenyakit
merbahaya ini. Firman Tuhan dalam Surah An-Najm :
‘maka janganlah kamu mengatakan
dirimu suci (lebih baik dari yang lain).
Dialah yang paling mengetahui
orang bertakwa.’
(Surah An-Najm, ayat 32)
Rasulullah s.a.w juga tidak menyukai umatnya yang ujub &
sombong semacam. Padanlah baginda s.a.w meninggalkan
pesan awal :
‘Tidak akan masuk syurga
seseorang yang di dalam hatinya terdapat
kesombongan sebesar biji sawi.’
Ada seseorang bertanya,
“Bagaimana dengan seorang
yang suka memakai baju dan
sandal yang bagus?” Baginda menjawab,
“Sesungguhnya Allah itu indah
dan menyukai keindahan.
236
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Sombong adalah menolak kebenaran dan
meremehkan orang lain.’
(Hadith riwayat Muslim)
Sebenarnya, penyakit sombong, riak, ujub & takabbur dengan
amalan sendiri bukanlah datang datang dari ilmu yang kita tuntut
atau amalan yang kita wiridkan. Tidak sekali-kali. Ia datang dari hati
yang tidak dinavigasi ke arah tujuan yang lurus.
Amalannya bagus tetapi buahnya tiada. Buah berupa akhlaqul
karimah. Akhlak mulia. Padanlah ulama berpesan kepada penuntut
ilmu & agama akan bahaya penyakit hati. Salah-satu pesanan yang
mengujakan datang dari kalam Syeikh Ibnu Abdillah Abu Zaid,
pengarang kitab Hilyah Tholibil Ilm :
Ada yang berkata bahwa sesungguhnya ilmu itu terdiri dari tiga
jengkal. Jika seseorang telah menapaki jengkal yang pertama,
maka dia menjadi tinggi hati (takabbur). Kemudian, apabila dia telah
menapaki jengkal yang kedua, maka dia pun menjadi rendah hati
(tawadhu’). Dan bilamana dia telah menapaki jengkal yang ketiga,
barulah dia tahu bahawa ternyata dia tidak tahu apa-apa’.
Para pembaca dimuliakan,
Mohon maaf jika ada yang terasa. Sebenarnya saya tidak maksudkan
kita begitu. Tulisan ini ditujukan secara umum atas dasar ‘watawasou
bil haqq, watawasou bis sobr - pesan-pesanlah untuk kebenaran,
kebaikan dan kesabaran’. Hakikatnya memang agak ramai umat
islam terkena penyakit ini. Siapa yang terasa ada simptomnya, mari
kita muhasabah sama-sama. Siapa yang hatinya dah suci tahap wali,
bolehlah mula bantu orang lain perbaiki diri.
Ulama banyak berpesan, antara nikmat terbesar adalah kemampuan
mengetahui kelemahan diri & berusaha memperbaikinya. Pesanan ini
237
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
banyak benarnya sebab, ada ramai orang yang rasa dirinya ‘perfect’.
Ada ramai manusia yang tidak tahu dirinya ada ‘kanser’ penyakit
hati stage 4. Bilamana kesedarannya tiada, itulah bahaya terbesar
sebab ia tidak berusaha pun untuk merawat diri. Tahu-tahu malaikat
pencabut nyawa dah datang tanpa sempat bertaubat.
Sekali lagi, na’uzubillahi min zalik.
Alhamdulillah, kesempatan di dua tanah suci merupakan peluang
terbesar untuk kita mengenal, siapakah diri kita? Di mana tahap iman
kita? Dan Tuhan punya banyak kesempatan untuk menunjukkan kita
jawapannya melalui manusia, objek & peristiwa.
Satu lagi pengajaran yang Tuhan datangkan kepada saya berupa
pengalaman bersama seorang pakcik tua di Masjid Nabawi.
Ketika itu lepas solat subuh. Saya seperti biasa akan ‘stay’ di Masjid,
bersandar di salah-satu tiang air-condnya untuk baca Al-Quran. Anda
tahulah tahap Al-Hafiz, dalam sejam boleh baca 2 juzuk. Ia kelajuan
standard bagi mereka yang dah hafaz Al-Quran. Itu normal, tak
banyak pun. Tak perlu dibanggakan pun.
Maka saya baca Al-Quran 2 jam tanpa henti. Alhamdulillah dapatlah
khatam 4 juz. Kemudian saya berhenti sebentar & mula mengatur
langkah keluar dari masjid dengan niat nak ke hotel sekejap. Tidur
‘qailulah’, recharge semula stamina dalam setengah jam. Ketika nak
bangun keluar, saya perasan ada seorang pakcik tua baca Al-Quran
betul-betul di tiang bertentangan dengan tempat saya duduk. Dia
masih kekal membaca. Nampaknya staminanya masih kuat. Tetapi
saya rasa sekejap lagi berhentilah tu.
Yelah kan beliau dah berumur. Nafas tentulah tak bertahan lama.
Saya yang muda ni pun agak mencungap nak habiskan 4 juz. Lagipun
sekarang kan bulan ramadhan, kering tekak dibuatnya.
Sambil berjalan keluar, mata saya meliar memerhatikan jemaah lain.
238
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Ada yang bersembang & ramai juga yang berzikir & baca Al-Quran.
Tetapi lebih ramai yang sambung tidur. Waktu itu hati dah mula
perasan, rasa macam dah banyak je amal ibadah. Tiba-tiba diri rasa
‘kembang’ semacam, tahap macam malaikat. Saya keluar dengan
perasaan ‘poyo’ - merasa diri banyak beramal sedangkan orang lain
sedikit & malas.
Dalam sejam kemudiannya saya masuk semula ke masjid, duduk
betul-betul di tempat sama. Masa itu
saya terperanjat besar. Pakcik yang
baca Quran depan saya tadi masih “Jangan risau,
tidak bergerak. Mulutnya masih segar pakcik itu hanyalah
terkumat-kamit membaca Al-Quran. manusia biasa,
Nevermind, mungkin sekejap lagi bukan malaikat.
berhentilah tu, saya bilang dalam hati.
Kemudian saya sambung lagi bacaan Cuma Tuhan
Al-Quran. Dalam sejam rasanya, ilhamkan lelaki ini
saya berjaya khatamkan lagi sejuzuk untuk membaca
setengah. Lepas itu dah rasa Al-Quran depan
mencungap. Stamina dah habis, tekak saya untuk mengajar
kering & mata pula mula mengantuk. ibrah, ‘Asraff, you
Tapi yang hairannya, pakcik tadi masih jangan fikir dah terel
kekal membaca Al-Quran. sangat! Actually,
you ni biasa je....
“
Mukanya tenang sahaja. Saya dengan pakcik ni
benar-benar hairan, pakcik ni ada pun kalah...’.
bateri ‘enerjaizer’ ke? Dari tadi tak
henti-henti membaca. Atau kot-kot,
dia ni malaikat menyerupa manusia
agaknya?
Para pembaca budiman,
Jangan risau, pakcik itu hanyalah manusia biasa, bukan malaikat.
Cuma Tuhan ilhamkan lelaki ini untuk membaca Al-Quran depan
239
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
saya untuk mengajar ibrah, ‘Asraff, you jangan fikir dah terel sangat!
Actually, you ni biasa je.... dengan pakcik ni pun kalah...’.
Begitulah ‘tamparan’ yang saya rasakan. Terasa diri ini berada di
posisi Nabi Musa saat merasa dirinya pandai. Lalu Tuhan datangkan
Nabi Khidir untuk mengajarnya ilmu yang ‘beyond’ dari apa yang
Nabi Musa kuasai. Dalam kes saya, pakcik itu sedang berperanan
sebagai Nabi Khidir, menunjukkan saya bahawa ‘you ni sebenarnya
taklah hebat sangat. Ada lagi yang lebih hebat dari you tapi rileks
jer...’
Anda baca kisah brilliant, bagaimana Nabi Musa ‘ditusyen’kan Nabi
Khidir melalui pengalaman mencari ilmu kesabaran. Buka mukasurat
akhir juz 15. Di situlah kisahnya bermula.
Para pembaca dihormati,
Semua pengajaran di atas membawa kepada satu kesimpulan :
jangan fikir tiket syurga dah di’booking’ awal. Jangan fikir kita boleh
masuk syurga dengan amalan tak seberapa, dan jangan cepat
menuding jari mencari salah orang lain hanya berpandukan ilmu
yang baru dipelajari dari satu-dua kuliah.
Kita memerlukan rahmat Tuhan. Kasih-sayang berupa tuntunanNya
untuk ke syurga. Perkara ini amat mahal, hatta Rasulullah s.a.w yang
kita dijamin syurga itu pun memerlukannya :
‘Amal seseorang
tidak akan memasukkannya
ke dalam syurga.’ Sahabat bertanya,
‘hatta engkau juga tidak wahai Rasulullah?’. Baginda
menjawab, ‘Aku pun tidak.
Itu semua hanyalah disebabkan
kurnia dan rahmat Allah.’
(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
240
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Rupanya tiket syurga bergantung kepada kasih-sayang &
belas-kasihan Tuhan. Untuk memperolehinya, kita perlu bersimpuh
di hadapan Tuhan dengan hati yang tawaduk & sedar diri. Tahu yang
kita ini padi bukannya lalang yang amat mendambakan kasih-sayang
Tuhan untuk menunjukkan kelemahan dan kebusukan hati kita.
Sirotol Mustaqim, itu istilah Quraninya. Ilham jalan lurus yang amat
didambakan kerana kita berada di pendakian sukar. Tahap yang
disebut sebagai, usaha mengemudi hati di jalan lurus saat melakukan
kebaikan.
Nak fikir positif terhadap orang lain, nak fikir positif terhadap diri &
Tuhan, itu yang kita struggle.
Sahabat dimuliakan,
Mari kita berlari ke arah itu. Perjalanan membentuk qolbun salim
- hati sejahtera. Dan kita boleh lalui marathon panjang ini bermula
dengan mentaliti tawaduk. Mentaliti yang terakam dalam kata-kata
saudara Nabi Yusuf saat bertemu Yusuf a.s yang ketika itu sudah pun
bergelar menteri :
‘Maka (bertolaklah mereka ke Mesir, dan)
setelah mereka masuk mengadap Yusuf,
berkatalah mereka: “Wahai Tuan Menteri,
kami dan keluarga Kami telah menderita
kesusahan (kemarau), dan kami datang
dengan membawa barang-barang
yang kurang baik dan tidak berharga
untuk menjadi tukaran
bagi benda-benda makanan negeri ini).
Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan
makanan bagi kami dan mendermalah
kepada kami, Sesungguhnya Allah membalas
241
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
dengan sebaik-baik balasan
kepada orang-orang
yang bermurah hati menderma’.
(Surah Yusuf, ayat 88)
Kita pun begitu. Berjalan bertemu Tuhan dalam keadaan rendah
hati. Kita bulatkan niat & lafazkan kata penuh tawaduk yang dipinjam
dari kalam saudara Yusuf - ‘Wahai Tuhan, kami datang dengan
membawa amalan kurang baik dan tidak berharga (untuk menjadi
tukaran syurga). Oleh itu, sempurnakanlah segala amalan kami dan
mendermalah syafaat bagi kami, Sesungguhnya kami mengenaliMu
Ya Rahman sebagai Tuhan yang Maha pemurah untuk membantu &
menderma’.
Ya Arhamar Rohimin, terimalah doa kecil penuh pengharapan kami,
Amin Ya Robbal A’lamiin.
TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM
UMRAH KE LANGIT
Syurga memang eksklusif & mahal, sesuai dengan segala
kemewahan dan kemuliaannya. Kita insyaAllah bakal
dimudahkan ke sana bermula dengan niat yang baik, amalan
bersungguh & hati ikhlas yang dibaluti dengan pemikiran
bersih, jauh dari sebarang ego, prasangka & negativity.
UMRAH KE LAUT
Nikmat syurga memang sukar dikecapi jika amalannya diawali
dengan niat poyo, amalan ‘so-so’ & cepat merasa riak &
bangga diri. Akhirnya pula dibaluti dengan perasaan ‘rasa
best’ & cepat menghukum serta mencari salah orang lain. Jika
begini niatnya, bersedialah menemani Firaun di neraka
terhujung. (Na’uzubillahi min zalik)
242
BAB 21
UMRAH DI MALAYSIA,
BOLEHKAH?
Macammana nak ‘copy’ semangat umrah Mekah
agar mudah ‘paste’ di Malaysia?
Itu soalan yang kerap saya fikirkan ketika waktu
berbaki dua-tiga hari lagi di tanah suci. Soalan
ini penting sebab, kita ni ada satu penyakit
pelik. Di Mekah Madinah punyalah kita full
swing semangat beribadah, sihat bertenaga
segar-bugar. Tetapi bila pulang sahaja ke
Malaysia kita tiba-tiba ‘demam’ balik.
Macammana nak atasi masalah ini? Ini idea
yang saya perolehi ketika hari terakhir di tanah
suci.
245
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Lapangan terbang King Abdul Aziz, Jeddah.
Saya mengelamun sendirian ketika menantikan kapal terbang
‘take-off’. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 8 jam. Waktu
yang cukup panjang untuk merenung, memikir & bermuhasabah,
what to do next?
Bagaimanakah episod kehidupan seterusnya di Malaysia. Adakah
saya kembali kepada asal, fokus kerja & kurang tumpukan ibadah
atau berjaya membawa semangat umrah & membumikannya di
Malaysia?
Sejujurnya, Mekah & Madinah merupakan tempat di mana Tuhan
melatih kita menjadi ‘malaikat’. Kita seolahnya dibawa ke daerah
‘langit’, dibekalkan silibus untuk menyucikan hati, mendekatkan diri
kepadaNya & mempersiapkan minda sebagai ahli syurga.
Kita sedang meninggalkan dunia buat sementara & memasuki daerah
spiritual yang penuh dengan ketenangan & kedamaian.
Sungguh, trip umrah sememangnya unik, berbeza dari trip travelling
biasa. Di Mekah kita akan ‘menemui’ Tuhan. Kita mula merasai
kemanisan iman dalam diri. Kita akan merasai saat intim bersama
Tuhan di rumahNya, memujiNya, membaca kitabNya & merasai
bagaimana Dia mendidik jiwa melalui latihan ibadah & berbagai
episod tidak langsung di tanah suci. Dengan semua pengalaman
batiniyah yang cukup bermakna itu, setiap orang tentu merasakan
dirinya berbeza. Kita sedang dinaikkan ke next level. Tahap untuk
menjadi a better person.
MasyaAllah, ia adalah saat indah yang tidak akan dilupakan
selamanya, bagi mereka yang diberikan rezeki untuk merasa.
What an amazing journey!
246
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Dan sekarang, saya pulang semula ke ‘dunia’. Di sini (maksudnya
Malaysia), banyak pancaroba. Di sini kita akan kembali ke dunia
kebiasaan, daerah aktiviti lagha bermaharajalela & kebiasaan yang
sering membuatkan kita alpa. Di sini, kita berpeluang besar untuk
tewas kepada nafsu.
Anda tahulah apa yang saya maksudkan.
Sebab itu action plan selepas ini penting. Ia menentukan adakah kita
menghargai nikmat tersebut, atau kita menganggap umrah seperti
jalan-jalan ke London, tiada apa berubah kecuali ratusan gambar
selfie & share air zam-zam dengan keluarga.
Sejak awal saya telah bersedia dengan beberapa action plan agar
tidak ‘hanyut’. Saya kongsikannya di bawah. Perancangannya
tidaklah sebaik mana tetapi mana tahu, ia bakal mencetus idea untuk
anda susun action plan lebih baik :
1. Khatam Al-Quran
Jika di Mekah saya bersungguh baca Al-Quran, di Malaysia saya
ingin mengekalkan momentumnya. Mungkin sekali khatam dalam
seminggu dirasakan agak extreme. Di Malaysia belum sampai ke
tahap itu. Saya cuba amalkan nasihat Rasulullah s.a.w :
‘Amalan yang paling Allah sukai
adalah amalan yang berterusan
walaupun sedikit.’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
247
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Kejar konsistensi. Sehari insyaAllah saya akan baca 3 juz. Sepuluh
hari khatamlah. Sebulan dapat tiga kali khatam. Hebat tu, bagi seorang
yang selama ini asyik beri alasan tiada masa (padahal whatsapp & fb
selamba je layan berjam-jam).
2. Solat di Masjid
Ini satu lagi perkara yang kita ‘fail’. Di Mekah, kalau tak solat di
Masjidil Haram terasa rugi teramat sangat. Tapi di Malaysia, masjid
depan rumah kita buat ‘donno’ je, padahal itu rumah Tuhan juga kan?
Rumah Tuhan tetap rumah Tuhan. Kemuliaannya sama tidak kiralah
namanya Masjidil Haram atau Masjid Hasanah Bangi atau surau
pejabat. Saya ingin wajibkan diri solat lima waktu di surau berdekatan
rumah, bawa sekali anak-isteri. It’s a must bukan last option. Saya
ingin barakan semangat ‘ruginya tertinggal solat di Masjid Nabawi’
berterusan di Malaysia.
Dan ia bermula dengan wajibkan solat jahr (subuh, maghrib & isyak)
sebelum solat zohor & asar dibiasakan.
3. Sedekah
Perasan tak, ketika di Mekah-Madinah kita jadi dermawan luarbiasa?
Pantang orang menghulur tangan, kita laju menderma tanpa
bertapi-tapi. ‘Itu malaikat menyerupai orang...’, kita bilang dalam
hati. Kita tiba-tiba berhati mulia, suci & lembut mudah memberi.
Tapi bila di Malaysia, kita kedekut bukan kepalang. Orang minta
sedekah kita was-was semacam. Pelajar minta derma kita soal-siasat
tahap S.B (special branch). Bila tabung masjid lalu depan mata waktu
solat jumaat, kita tiba-tiba tertidur padahal memang dah niat malas
bersedekah dari awal.
248
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Kenapa ya? Saya kerap bertanya diri. Mengapa kita ada ‘double
standard’ padahal ganjaran pahala yang Tuhan beri sama sahaja
tidak kira sedekahnya di Malaysia atau depan Masjid Nabawi?
Tuan-puan para pembaca, itu ‘challenge’nya. Nak hilangkan rasa
malas bersedekah di Malaysia. Saya mahu lawan sifat buruk ini. Dan
seperti biasa ia tidak boleh dibuat sekali banyak. Nanti terperanjat
malaikat sebelah kanan. Nanti beriya syaitan hantar bala tentera
menghalang.
Ulama pesan, tips nak rajin sedekah amat mudah. Niatkan sedekah
bukan untuk ‘orang lain untung’. Tapi lihatlah sedekah sebagai ‘top-up
wang simpanan syurga’. Kan kita nak masuk syurga? Dan ia mudah
‘dibeli’ dengan sedekah :
‘Bandingan (derma & sedekah)
orang yang membelanjakan hartanya
pada jalan Allah, ialah sama seperti
sebiji benih yang tumbuh
menerbitkan tujuh tangkai,
setiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah),
Allah akan melipatgandakan pahala
bagi sesiapa yang dikehendakiNya,
dan Allah Maha Luas kurniaNya,
lagi meliputi ilmu pengetahuanNya’.
(Surah Al-Baqarah, ayat 261)
Mulakan sedikit tapi konsisten. Saya berniat untuk bersedekah
seringgit setiap hari. Caranya pula berbagai : masuk ke tabung
masjid, belanja staff karipap & cekodok atau beli air kelapa di gerai
249
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
tepi jalan tapi tak diambil duit baki.
Sedekah cara ini lebih mudah. Nanti bila dah terbiasa, kita cuba
naikkan jumlahnya.
Dari seringgit jadi RM 5 sehari pula. Baru cerah masa depan ke
syurga.
4. Solat sunat malam.
Ini satu lagi ibadah yang kita ‘fail’ tahap dewa. Di Mekah kita solat
malam seolah tak mahu subuh menjelma tetapi di Malaysia kita
‘membuta’ tak ingat dunia. Di Mekah kita bersungguh kerana percaya,
disini doanya lebih makbul sebab Tuhan ‘ada’.
Tapi kita lupa yang Tuhan juga ‘ada’ di Malaysia tiap-tiap pagi, siap
‘prepare’ nak makbulkan doa hambaNya yang meminta :
Rasulullah s.a.w bersabda,
‘Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala
turun ke langit dunia
pada setiap malam iaitu ketika
sepertiga malam terakhir, (kemudian)
Dia berfirman, ‘Barang siapa berdoa kepadaKu,
niscaya akan Aku kabulkan,
barang siapa meminta kepadaKu,
niscaya akan Aku berikan,
dan barang siapa memohon ampun kepadaKu,
niscaya akan Aku ampuni.’
(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
250
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Dr. Azizan Osman ada berpesan, jangan fikir waktu kita terjaga buang
air tengah malam sebagai waktu ke tandas. Sebenarnya itu adalah
antara cara tidak langsung Tuhan ‘membangunkan’ kita. Tuhan ingin
kita bertemu denganNya. Tuhan sedang ‘prepare’ nak makbulkan
doa kita.
InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik untuk bertemu Tuhan.
Konsistenkan diri bangun malam. Jika malas sangat pun, saya setkan
alarm jam tiga setengah pagi. Bila terbangun, baca Qul huwallahu
Ahad tiga kali, doa ‘Allahummaghfir li....’ kemudian tidur balik.
Itu amalan tahap ‘pemalas’ tapi amat dihargai Tuhan :
‘... Allah juga mengetahui bahawa
akan ada di antara kamu orang sakit,
dan yang lainnya kerap bermusafir
di muka bumi untuk mencari rezeki
dari limpah kurnia Allah,
dan yang lainnya sibuk berjuang
pada jalan Allah, maka bacalah
mana-mana yang sudah kamu mampu
dari Al-Quran (ketika terbangun qiam)......’
(Surah Muzammil, ayat 20)
Yang penting, saya ingin berubah. Biasakan diri bertemu Tuhan di
saat Dia bersedia setiap hari menemui kita pada waktu yang cukup
romantis itu.
251
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
5. Perbanyakkan selawat
Di Madinah, selawat adalah ibadah yang sering kita lazimi selain
membaca Al-Quran. Tetapi di sana jika kita rajin selawat, itu biasa
sebab, Rasulullah kan ‘depan mata’. Kita sedang berjejak di
‘kampung halaman’ baginda. Sudah
“Tapi di Malaysia kita“ tentu semangatnya lain, feelingnya
berbeza.
sering terlupa nak
berselawat. Nasib Tapi di Malaysia kita sering terlupa
baik Tuhan wajibkan nak berselawat. Nasib baik Tuhan
selawat dalam solat wajibkan selawat dalam solat
(bacaan tahiyat). (bacaan tahiyat). Kalau tak maaf
Kalau tak maaf cakap, cakap, selawat tak masuk dalam to
selawat tak masuk do list. Agaknya bagaimana Rasul
dalam to do list. nak iktiraf kita sebagai umat yang
akan diberi syafaat?
Saya ingin perbanyakkan selawat di
sini. Jika tak mampu 50 kali, cubalah
dahulu sekurangnya 30 kali sehari.
Selawat ini banyak faedahnya, bukan kepada Rasul tapi kepada kita.
Manfaat dalam bentuk Tuhan kurniakan pahala, berkah, rahmat &
nikmat sepuluh kali ganda :
‘Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah
akan berselawat (turunkan rahmat) ke atasnya 10 kali ganda’.
(Hadith Riwayat Muslim)
6. Bersangka baik
Haa... kita sampai kepada amalan paling payah. Setakat nak lazimkan
ibadah di atas, ia dianggap ‘kacang’ berbanding ibadah ini. Sebab,
252
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
ibadah di atas bersifat luaran sementara ibadah ini bersifat dalaman.
Ia bukan setakat ibadah tetapi cara fikir. Bagaimana kita ingin
mengekalkan pemikiran positif setiap hari? Bagaimana kita mudah
berlapang dada atas apa jua kesulitan? Bagaimana kita memandang
orang lain dengan pandangan rahmat, mercy & kasih-sayang
bukannya sakit hati, dengki & dendam?
Inilah buah paling besar yang kita pelajari di sana.
Bukankah di Mekah-Madinah kita berfikiran begitu? Mudah berlapang
dada jika orang lain ‘tercuri’ selipar. Mudah kata ‘it’s ok’ apabila orang
lain melanggar bahu. Mudah tersenyum walaupun jadual ziarah
lari & beg bagasi lewat 3 jam. Rileks je belanja kawan buka puasa
walaupun terpaksa berbelanja berpuluh ringgit sehari.
Saya rindukan pemikiran ‘Asraff’ begini. Asraff yang baik hati, sabar
& penuh positif. Dan ‘Asraff’ itulah yang akan dijelmakan di Malaysia.
Asraff ‘next level’. Asraff meniru versi Rasululllah ‘bil mukminina
ro’uufur rohim’. Melayani manusia dengan penuh kasih-sayang :
‘Sesungguhnya telah datang
kepada kamu seorang Rasul
dari golongan kamu sendiri
(iaitu Nabi Muhammad s.a.w),
yang sangat berat kepadanya
sebarang kesusahan yang kamu tanggung,
yang sangat tamak (inginkan)
kebaikan bagi kamu, (dan)
ia pula menumpahkan perasaan
belas serta kasih sayangnya
kepada orang beriman.
(Surah At-Taubah, ayat 128)
253
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Kesimpulan
Para pembaca semua, jika kita ‘baik, beriman & beramal soleh’ ketika
mengerjakan umrah, itu normal. Itu standard. Tetapi sebenarnya,
yang perlu kita fokuskan adalah ‘ibadah’ selepas umrah. Adakah kita
benar-benar menghayati falsafah umrah atau kita sekadar berumrah
‘ritual’. Ibadah yang menumpukan zahir tetapi buahnya dialpa.
Ada dua pesanan ulama. Pertama, fokuslah buah umrah iaitu taqwa.
Kedua, jika ingin tahu adakah umrah kita ‘mabrur’ (diterima) atau
tidak, lihatlah diri kita selepas umrah.
Jika berubah, maknanya cerah masa depan.
Jika back to normal & tiada peningkatan, maknanya, faham-faham
sahajalah.
Pahalanya mungkin dapat tapi buahnya belum tentu.
Para pembaca dihormati,
Itulah umrah. Ibadah fizikal yang membantu kita merasai nikmat
taqwa. Nikmat merasai wujudnya Tuhan dalam kehidupan harian.
Nikmat merasai campurtangan Tuhan dalam setiap keputusan hidup.
Nikmat ‘bertanya’ Tuhan jika ada masalah & konflik dalaman. Nikmat
bersungguh melakukan kebaikan kerana sedar, itulah cara terbaik
untuk ‘pleased’, gembirakan Tuhan yang sememangnya sedang
memerhati.
Taqwa. Nikmat letakkan Tuhan sebagai ‘first priority’ bukannya ‘last
option’.
Bawalah nikmat ini dalam segenap urusan kehidupan. Wujudkannya
di pejabat, ketika dealing bisnes, waktu bersama keluarga & anak,
ketika berbual, berbalas whatsapp & fb, ketika meminjam wang di
bank, waktu main golf....
254
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Apa lagi? Anda tambah sendiri senarainya.
Alhamdulillah, saya diberi keizinan untuk merasai percikan nikmat
perjalanan umrah luarbiasa dan saya berterima kasih kepada Ilahi
atas izin, kurnia, rahmat & kasih-sayangNya. Setiap hari saya berdoa
agar Tuhan membantu saya untuk kekal berubah, be a better person.
Izinkan saya Ya Rahman untuk diberi peluang mengerjakan umrah
tahun berikutnya. Umrah yang membantu saya berlatih menjadi
manusia lebih baik.
Belajar menjadi manusia taqwa.
Ya Tuhan, aminkan permohonan ini, dan juga aminkan doa sama
kepada pembaca buku ini.
Amin, Ya Arhamar Rohimin.
255
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM
UMRAH KE LANGIT
Orang yang umrahnya mabrur pasti terserlah perubahan
dirinya. Dia lebih mudah beribadah, suka berkongsi nilai
dengan orang lain, bencikan maksiat & hatinya sentiasa
berbaik sangka terhadap orang lain.
UMRAH KE LAUT
Orang yang umrahnya 'nothing' adalah mereka yang beriya
baik di Mekah-Madinah tapi bila pulang ke Malaysia, ia mula
berperangai normal. Malas beribadah & asyik mengejar
materialistik & hedonisme sahaja.
256
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
257
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
258