UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
kurang. Lebih kurang sama sahaja padatnya dengan Masjidil Haram.
Ada sekali, saya dengan Dr. Azizan Osman terpisah. Beliau ke
masjid lebih awal dengan anaknya sementara saya masih di hotel
kerana ada urusan. Kami pula dah janji nak buka puasa dalam masjid
bersama. Walaupun selepas itu beliau beriya whatsapp gambar peta
direction bagai, sampai ke sudah saya tak jumpa.
Sebabnya ada dua : manusia terlalu ramai & masjid terlalu luas.
Susah nak camkan orang yang kita cari.
Semua pengalaman ini membuatkan saya tertanya, jika hari kiamat
bagaimana pula kesukarannya?
Ini baru lapan ratus ribu orang berkumpul. Itu pun dah nak pengsan
bersesak. Pening kepala cari rakan walaupun handphone whatsapp
‘send location’ semua siap. Bayangkan hari kiamat ada enam puluh
BILLION umat berkumpul. Itu jumlah yang saya anggar. Rasanya
lebih dari itu.
Tiada handphone, whatsapp mahupun ‘waze’.
Bagaimana sukarnya nak mencari orang yang kita umpat untuk
mohon maaf?
Jika di Masjidil Haram pun tak tercari, bagaimana pula di sana?
Sudah tentu ia melambatkan proses kita ke syurga. Tuhan dah pesan
awal-awal : salah dengan Saya (Tuhan) sebenarnya mudah nak minta
ampun. Tapi jika buat salah dengan manusia, perlu cari orangnya &
minta maaf berdepan.
Jika tak settle di dunia, maknanya lagi susah nak settle di akhirat.
Rasulullah s.a.w bersabda :
121
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
‘Hati-hatilah kamu dari mengumpat,
kerana mengumpat itu lebih berat dari berzina.
Orang yang berzina apabila bertaubat
maka Allah akan mengampuninya,
sedangkan orang yang mengumpat
tidak akan diampuni dosanya oleh Allah
sebelum orang yang diumpat memaafkannya.’
(Hadith riwayat Al-Baihaqi,
Thabarani, Abu Asysyaikh & Ibnu Abid)
Macammana nak cari ‘Makcik Kiah’ yang ‘selamba rock’ kita umpatkan
di whatsapp group? Agaknya boleh ke kita cari kawan ‘X’ yang teruk
difitnah namanya di Fb dahulu? Silap-silap mereka dah bersenang
di syurga hasil bantuan kita secara tak langsung, sementara kita
terhegeh-hegeh ke sana ke mari mencari mereka.
Rasul s.a.w berpesan, elakkan mengumpat & mengeji kerana, ia
melebarkan peluang kita masuk neraka (Na’uzubillahi min zalik) &
membantu orang lain ‘free-free’ masuk syurga :
Rasul bertanya sahabat :
‘Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?’
Jawab mereka : ‘Orang yang muflis adalah
mereka yang tiada dirham dan tiada harta’.
Sabda baginda : ‘Orang yang muflis adalah
mereka yang datang pada Hari Kiamat
bersama solat, puasa, zakat.
Pada masa sama ia juga pernah
memaki seseorang, menuduh seseorang,
memakan harta seseorang,
122
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
menumpah darah seseorang
dan memukul seseorang. Lalu diberikan
kepada orang ini pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis
sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya,
maka diambil dosa-dosa mereka
& dicampakkan ke atasnya lantas
dia dicampakkan ke dalam neraka”
(Hadith riwayat Muslim)
Yang paling ditakuti, disebabkan kita terlalu lama mencari orang yang
diumpat untuk minta maaf tapi tak jumpa, silap-silap ‘abang malaikat’
buat keputusan, ‘macam ni jelah. Disebabkan susah sangat nak
jumpa Makcik Kiah untuk minta maaf, apa kata kami ‘celup’ kamu
kejap di neraka untuk delete dosa mengumpat itu?’
‘Alaa...tak lama. Dalam seminit je....’
Jangan cepat tersenyum & terima bulat-bulat sahaja tawaran malaikat
itu. Jangan fikir seminit di sana sama jangkamasanya dengan seminit
disini. Di sana, sifir waktunya berlainan. Tuhan suruh kita buat kiraan
:
‘Allah mentadbir makhluk-makhlukNya
dari langit ke bumi kemudian
diangkat naik kepada pengetahuanNya
pada suatu masa (hari) yang bilangannya
bersamaan seribu tahun menurut
perhitunganmu.’
(Surah As-Sajadah, ayat 5)
123
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Satu hari di sana bersamaan seribu tahun disini. Jika seminit? Anda
kiralah sendiri berapa lama waktu ‘berendam’ di neraka.
Ya Allah ya Arhamar Rohimin, jauhi kami darinya. Kami tak tahan,
kami tak mampu nak tanggung seksaan ini walau sekelumit cuma.
Sahabat pembaca dihormati,
Mengambil kira semua ini, padanlah saya baca hadith, orang yang
mudah masuk syurga adalah orang yang kurang bersengketa dengan
orang lain, cepat meminta maaf & segera memaafkan. Keadaannya
lebih mudah kerana, mereka hanya menunggu pengadilan
antaranya dengan Tuhan sahaja.
““ Rasulullah s.a.w Silap-silap dia meluncur laju
mengatakan kepada masuk syurga.
sahabat, ‘sebentar
lagi akan datang Dahulu, Rasul pernah ‘share’ teknik
seorang yang mudah masuk syurga ini dan ia
dijamin masuk amat memeranjatkan para sahabat.
syurga’. Tidak lama Dalam satu majlis, Rasulullah s.a.w
kemudian masuklah mengatakan kepada sahabat,
seorang arab badwi ‘sebentar lagi akan datang seorang
melakukan solat. yang dijamin masuk syurga’. Tidak
Kemudiannya beliau lama kemudian masuklah
pulang. s e o r ang arab badwi mengerjakan
solat. Kemudiannya beliau pulang.
Pada hari kedua dan ketiga,
Rasul mengatakan perkara sama
kepada orang yang sama. Sahabat lain dipenuhi rasa ingin tahu. Apa
amalannya sehingga membuatkan syurganya dijamin?
Seorang sahabat lain begitu tinggi perasaan ingin tahunya. Beliau
mengekori lelaki tadi hingga ke rumahnya dan meminta izin untuk
bermalam. Beliau ingin menyelidik sendiri amalan luarbiasa lelaki ini,
124
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
adakah dia sedekah berjuta, solat seribu rakaat atau khatam
Al-Quran sepuluh kali sehari?
Ternyata selepas tiga malam berada di rumah lelaki itu, sangkaannya
meleset. Ibadah lelaki itu biasa-biasa sahaja. Tiada yang luarbiasa.
Akhirnya sahabat tadi berterus-terang, ‘Tuan, saya datang ke mari
bukan untuk menumpang tidur, tetapi saya ingin mengorek rahsia
apakah yang tuan lakukan sehingga Rasul menjamin tuan dengan
syurga?’
Lelaki itu bersetuju untuk kongsikan rahsianya yang sebenarnya
bukanlah rahsia besar. Ia bukan ibadah yang susah-susah. Anda
juga boleh lakukannya jika mahu. Beliau berkata, ‘sebenarnya saya
ini biasa-biasa sahaja, cuma saya tidak menyimpan perasaan benci,
iri hati & dengki kepada orang lain. Sebelum tidur, saya akan meminta
maaf atas kesalahanku terhadap orang lain dan memaafkan
kesalahan orang lain terhadap diriku....’.
Sahabat semua, itulah tipsnya. Memaafkan. ia tiket paling mudah
untuk meraih syurga.
Namun masalahnya, perkara paling mudah inilah yang paling sukar
kita lakukan. Kita ini maaflah, dah terbiasa dengan PhD : penyakit
hasad dengki. Punyalah berkarat ia bersarang di hati sampaikan kita
terkenal dengan pepatah, ‘sampai tujuh keturunan aku tak maafkan
dia’.
Bayangkan, mungkin kesalahan rakan kita kecil sahaja. Pinjam
seribu ringgit tapi ‘terlupa’ nak bayar. Kita punyalah geram
sampaikan anak-cucunya pun terkait sama.
Kata cerdik-pandai, orang yang sukar memaafkan hatinya sempit.
Orang yang sukar memaafkan hidupnya banyak tersekat sebab, ia
mengumpul energi negatif. Sebab itu para solafussoleh memberikan
satu nasihat berharga kerana mereka tahu, selagi kita menyimpan
amarah & dendam, selagi itulah kehidupan kita dibelenggu masalah.
125
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Nasihatnya adalah : jangan dilihat betapa besar kesalahan orang
lain kepada kita, tetapi lihatlah betapa besar keampunan yang Tuhan
anugerahkan kepada kita apabila memaafkan orang lain.
Positif menarik positif, sementara negatif menarik negatif.
Keampunan menarik rahmat & syurga, sementara dendam menarik
kita ke neraka.
Sahabat pembaca dihormati,
Saya faham, kita senyum sahaja membaca poin di atas. Mungkin
kita berkata, ‘rasanya saya boleh je amalkan tips ini’. Tetapi ketika
teringatkan wajah orang yang didendami, kita rasa sukar betul nak
terjemahkankannya. Sebenarnya saya juga begitu. Sebabnya, kita
kan manusia. Hati kita belum sampai lagi ke tahap wali, dibaling batu
pun senyum, diumpat pun mereka doakan kebaikan orang yang
diumpat.
Cuma for the sake of syurga, marilah kita sama-sama pujuk hati
untuk mudah memaafkan. Saya ingin sangat agar anda, pembaca
buku ini masuk syurga. Nanti bolehlah kita bersembang dengan
Rasulullah s.a.w di sana.
Untuk itu, mari kita sama-sama pujuk diri & hati untuk hidup
berorientasikan mudah memaafkan & mudah melepaskan. Kita
lepaskan ‘benda betul’, kita akui ‘perkara salah’. Nanti dapatlah kita
menempah bungalow & penthouse di syurga, insyaAllah.
126
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Sabda Rasululllah s.a.w :
‘Sesiapa yang meninggalkan perbalahan
sedangkan dia di pihak yang salah,
nescaya dibinakan untuknya sebuah rumah
di sekitar Syurga dan sesiapa meninggalkan
perbalahan sedangkan dia di pihak yang benar,
nescaya dibinakan baginya sebuah rumah di tengah
Syurga. Dan sesiapa yang memperelokkan perangainya,
akan dibina baginya tempat paling tinggi di Syurga’.
(Hadith riwayat Abu Daud, At-Tarmidzi,
Ibnu Majah & Baihaqi)
Saya mengambil kesempatan ini memohon maaf kepada sahabat
pembaca semua jika ada sebarang khilaf, salah dan silap, samada
melalui perkongsian buku ini atau perkenalan kita di alam maya &
realiti.
Kepada anda pula, saya sudah lama maafkan semua kesalahan ‘ter’
kita. Mana yang berhutang (jika ada) saya sudah halalkan. Mana
yang ada salah-silap terumpat terkeji, don’t worry, sebab semuanya
sudah dianggap ‘kosong-kosong’.
Kita sama-sama memudahkan diri masuk syurga, Allahumma Amiin.
127
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM
UMRAH KE LANGIT
Orang yang mudah memaafkan,
dia mengambil keputusan penting dalam kehidupan
yang ia serius nak masuk syurga.
UMRAH KE LAUT
Orang yang sukar memaafkan,
sebenarnya ia 'menempah maut'. Di sana nanti,
silap-silap ia tersekat kerana egonya sendiri.
128
BAB 12
INI KEADAAN AL-QURAN PADA
ZAMAN RASUL. BERBEZA
SUNGGUH DENGAN ZAMAN KITA
Kota Mekah & Madinah memiliki satu perbezaan
nyata berbanding tempat lain.
Di sini, Malaikat Jibril pernah ‘lalu-lalang’. Di
sini Rasulullah s.a.w menghabiskan hidupnya,
menghidupkan ‘perjuangan langit’. Di sini juga,
Tuhan pernah ‘campurtangan’ urusan kehidupan
manusia, menunjukkan tauladan terbaik agar
hidup kita berjalan lurus di atas landasan
‘fid dunya hasanah, wafil akhirati hasanah’.
Dan segala panduan hidup itu terakam kemas
dalam Al-Quran Al-Karim.
131
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Saya baru sahaja sampai ke Madinah setelah 5 hari di Makkah.
Sebelum bas bawa jemaah ke Masjid Nabawi, kami sempat melawat
muzium Dar Al-Madinah. Muzium ini memiliki seribu tarikan. Wallahi,
ia merupakan ‘tempat wajib pergi’ yang perlu anda masukkan
dalam senarai ‘to do list’ jika bertandang ke sini.
Cuma, jangan fikir ia sama dengan muzium biasa : ada tengkorak,
patung, pinggan, cawan & sudu. Muzium ini memiliki kelainan
sekaligus tarikannya tersendiri. Ia memfokuskan sejarah Mekah &
Madinah bermula dari Nabi Ibrahim a.s hinggalah sekarang.
Sungguh, sebenarnya saya bukanlah seorang peminat sejarah.
Dahulu, mata pelajaran sejarah SPM pun score cukup-cukup makan.
Tetapi sungguh, muzium ini berjaya menunjukkan ‘kejelitaan’ sejarah,
membuatkan saya jatuh cinta kepadanya. Banyak yang dipelajari di
sini. Anda akan lebih mudah memahami asas agama kita kerana
‘puzzle’nya dicantum baik oleh pihak muzium melalui replika kaabah,
bandar Mekah & Kota Madinah yang disusun berdasarkan kronologi.
Anda akan mengetahui bagaimana keadaan Mekah ketika Ismail &
Hajar ditinggalkan Nabi Ibrahim a.s. Anda akan dapat bayangkan
secara jelas rumah Rasul & rumah rakan karibnya, sahabat muhajirin
& ansar di Madinah. Malah, anda juga mendapat gambaran jelas
bagaimanakah rupa & keadaan sebenar maqam Rasulullah s.a.w
yang selama ini ditatap menerusi jeriji luar sahaja.
Gambar yang dilampirkan merupakan salah-satu koleksi barangan
yang dipamerkan. Ia merupakan contoh medium yang digunakan
untuk menulis Al-Quran ketika ia mula disampaikan Malaikat Jibril
kepada Rasulullah s.a.w.
Keadaannya amat sederhana. Ayat Al-Quran yang bermula dengan
‘suara’ (komunikasi antara Malaikat Jibril & Rasulullah s.a.w dalam
bentuk talaqqi & musyafahah) kemudiannya ditulis di atas batu, kayu,
pelepah tamar, tulang.
132
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Ia kekal begitu sehinggalah inisiatif konkrit diambil pada zaman
Saidina Abu Bakar r.a untuk membukukannya & kemudiannya
dilanjutkan oleh Saidina Uthman r.a yang menyusun Al-Quran secara
lebih sistematik.
Sekarang Al-Quran sudah jauh berbeza. Ia lebih cantik & canggih
tersusun. Namun ada sesuatu yang hilang disebalik kecantikan &
kecanggihan itu. Dahulu, dalam keadaan penulisannya yang amat
sederhana, Al-Quran benar-benar berinteraksi sehingga mampu
mencorak tamadun dunia.
Kini disebalik kecanggihannya, umat islam semakin layu kerana silap
prioriti ketika interaksi dengan Al-Quran. Sepatutnya ia dijadikan
panduan tetapi seribu kali malang, ia kini didengar sebagai halwa
telinga sahaja. Dikaji untuk tujuan akademik. Dihafaz untuk mengejar
gelaran al-hafiz & dibaca hanya mencari berkah & pahala.
Al-Quran yang suatu masa dahulu menjadi ‘imam’ kini menjadi
‘makmum’. Padanlah Rasulullah s.a.w pernah mengadu kepada
Tuhan. Baginda s.a.w mengeluh :
‘Dan berkatalah Rasul,
‘Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku
telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan
yang ditinggalkan, tidak dipakai’.
(Surah Al-Furqan, ayat 30)
Rasul s.a.w bukan mengeluh kerana umat tidak membaca Al-Quran.
Rasul juga bukan mengadu umat tidak menyimpan Al-Quran dalam
rumah. Bahkan, Rasul bukan kecewa umat tidak menghafaz
Al-Quran.
133
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Tidak, tidak.
Rasul tahu, kita selalu membacanya. Rasul sedar, kita bersungguh
galakkan anak kita menjadi hafiz-hafizah. Bahkan Rasul juga gembira
dengan bercambahnya ribuan halaqah tadarus Al-Quran setiap
ramadhan.
Ya kita masih membaca Al-Quran. Tetapi yang mengecewakan
Rasul bukan itu. Perkara yang dikecewakannya adalah kita
sudah tidak lagi mentadabbur Al-Quran. Isinya sudah tidak lagi
menggerakkan kehidupan kita. Dunia sudah tidak lagi dicorakkan
oleh wahyu luarbiasa.
Adakah mereka sengaja
tidak berusaha tadabbur
(memahami serta memikirkan isi Al-Quran)?
atau hati mereka telah terkunci?
(Surah Muhammad, ayat 24)
Tadabbur adalah upaya untuk menggali hikmah Al-Quran lalu
berusaha membumikannya dalam kehidupan harian. Dalam bahasa
mudah, jika anda ada masalah, ayat Al-Quran manakah yang anda
ambil sebagai formula penyelesaian?
Jika anda buntu, apakah jalan keluar yang anda pelajari dari
Al-Quran?
Apakah C.T.A (Call to action) yang anda perolehi dari Surah 3 Qul
yang dibaca setiap hari?
Apa lagi aspek kehidupan yang masih belum anda penuhi dari setiap
6,236 ayat Al-Quran?
134
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Inilah maksud membaca secara tadabbur. Baca dengan akal, hati
& jiwa. Sebab itu ulama berkata, orang yang membaca belum tentu
tadabbur tetapi orang yang tadabbur pasti membaca Al-Quran.
Antara aktiviti yang banyak dilakukan jemaah saat mengerjakan
umrah adalah membaca Al-Quran. Alhamdulillah ia suatu usaha
murni. Cuma saya mencadangkan kita ke level seterusnya - level
tadabbur. Tanya kepada diri disebalik setiap juz yang dibaca.
Berapa banyak hikmah & panduan yg telah anda like?
Berapa banyak episod kehidupan “Rasulullah s.a.w “
anda bakal dicerahkan menerusi serta para sahabat
panduan kitab ini? menjadi luarbiasa
hanya
Rasulullah s.a.w serta para bersumberkan satu
sahabat menjadi luarbiasa hanya buku rujukan sahaja
bersumberkan satu buku rujukan : Al-Quran.
sahaja : Al-Quran. Kita dengan
segala sijil, anugerah dekan,
deretan A & gelaran akademik
muluk-muluk masih bergelut,
terkial-kial mencari jatidiri.
Saya mengajak kita semua sempena mengerjakan ibadah umrah,
kita kuatkan persahabatan dengan Al-Quran. ‘Borak & sembang’
dengan Tuhan banyak-banyak melalui bacaan & tadabbur Al-Quran
sebab manfaatnya luarbiasa. Pesan ulama lagi, jika kita ingin
segala rezeki dilancarkan, segala masalah dihindarkan &
s e gala doa dimakbulkan, mulakannya dengan banyak mendengar
‘bualan’ Tuhan melalui Al-Quran.
Imam Syafie r.a faham sangat kelebihan ini. Sebab itu diriwayatkan
menjelang ramadhan, beliau mengkhatam Al-Quran lebih kurang 60
kali. Sehari dua kali khatam.
135
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Mari kita ubah cara membaca Al-Quran. Disini saya ingin berkongsi
beberapa tips mudah untuk kita berganjak dari membaca untuk
pahala kepada membaca untuk tadabbur :
• Jika selama ini kita fokus khatam ‘baca’ Al-Quran,
cuba kita khatamkan baca terjemahan Al-Quran pula.
• Apabila terjemahan khatam berjaya, cuba khatam
satu kitab tafsir pula. Saya cadangkan, mulakan
dengan tafsir Ibnu Katsir. Atau jika anda inginkan tafsir
bernuansa nusantara, boleh baca tafsir karangan
Allahyarham Pak Hamka : Tafsir Al-Azhar.
• Ketika membaca, pastikan ada buku catatan di sisi.
Carilah hikmah disebalik ayatnya. Anda jangan risau
sangat, ‘saya bukan ustaz, tak faham bahasa arab’.
Mulakan upaya mencari dengan berpandukan 2
soalan ini :
1) Apa yang ingin Tuhan beritahu SAYA melalui ayat ini?
2) Apa lagi yang perlu saya lakukan / elakkan melalui
ayat yang telah saya baca?
InsyaAllah, Tuhan akan bantu anda untuk memahami ayatNya.
Al-Quran bukannya susah sangat. Apabila Tuhan menurunkan
Al-Quran kepada manusia, sudah tentu Tuhan telah mengambil kira
tahap intelektual & kepintaran manusia memahaminya.
Just imagine begini : orang arab jahiliah dahulu yang digelar jahil,
bodoh, tak reti baca, suka bergaduh, jahat & kejam pun boleh fahami
Al-Quran. Takkanlah kita yang pandai baca buku, ada PMR, SPM,
Diploma, Degree, Masters & PhD tak faham-faham Al-Quran?
136
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Tak faham ke atau tak berusaha?
Fikir-fikirkan. Renung-renungkan.
Sesungguhnya
segala keterangan (Dalam Al-Quran),
tidak syak lagi mengandungi pengajaran
bagi mereka yang mempunyai hati (yang memikir),
atau menggunakan pendengarannya
dengan bersungguh-sungguh
(kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati
dan fikiran kepadaNya.
(Surah Qaf, ayat 37)
137
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM
UMRAH KE LANGIT
Al-Quran dirasakan bermanfaat apabila kita
memperlakukannya sebagai ‘buku’ sebenar : baca untuk
faham. Baca untuk mencari ‘guidance’.
Baca mencari formula hidup. Baca untuk amalkan.
UMRAH KE LAUT
Al-Quran sukar mencorakkan kehidupan
jika kita masih berpegang pada corak bacaan lama :
baca fokus tajwid. Baca fokus tarannum.
Baca fokus pahala & baca fokus berkah.
138
BAB 13
PENGALAMAN BERBUKA DENGAN
MENU YANG TEKAK TAK BIASA
TERIMA...
Benarlah kata orang, pengalaman berbuka
puasa di Masjid Nabawi amat special.
Apa keistimewanya? Haa..... kejap lagi saya
kongsikan. Kita layan cerita ni dahulu.
Gambar di atas merupakan menu berbuka
di Masjid Nabawi yang amat berbeza dari
kebiasaan. Jika di Malaysia kita berbuka
dengan berjenis lauk-pauk, kuih-muih & air
berwarna-warni, di sini, it’s totally simple. Kali
ini hanya kurma, air zamzam & roti beserta
‘pencecah’ yang perut rasa bergelut nak proses
& tekak pula tak biasa nak terima.
141
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Mulanya saya terperanjat juga dengan menu yang agak ‘culture
shock’. Standardah, kita kan dah biasa dengan masakan Malaysia.
Tiba-tiba hari ini, semua hidangan ikut ‘tekak’ pak arab. Memang
rasa macam tak boleh layan.
Ketika waktu berbuka belum masuk, saya sudah pun plan awal, ‘lepas
ni kena balik hotel atau pergi restoran mana-mana ‘re’berbuka puasa
semula... Kalau setakat layan roti, kurma & air zamzam, memang tak
cukup. Memang tak kenyang dibuatnya’.
“‘ada sesuatu“ Tetapi tuan-puan pembaca budiman,
magic terjadi saat ada sesuatu magic terjadi saat saya
saya menyantap menyantap juadah arab simple itu.
juadah arab simple Sungguh tak disangka, roti keras &
itu. Sungguh tak pencecah yang sampai sekarang
disangka, roti keras saya tak pasti namanya itu rupanya
& pencecah yang amat menyelerakan. Sungguh tak
sampai sekarang saya disangka, hidangan yang dianggap
tak pasti namanya biasa ini membuatkan saya kenyang
itu rupanya amat sampai ke malam. Sungguh, menu
menyelerakan. yang mulanya dipandang sebelah
Sungguh tak mata bertukar menjadi hidangan yang
disangka, hidangan dinikmati tanpa henti. Lepas habis roti
yang dianggap biasa ‘keras’, siap minta roti orang sebelah
ini membuatkan saya nak tambah lagi.
kenyang sampai ke
malam. Nasib baik 10 minit lepas itu,
solat maghrib bermula. Kalau
tidak, memang habis semua roti
‘dikerjakan’.
Semua pengalaman ini memang membuka mata kerana melaluinya,
Tuhan sedang menunjukkan ibrah gergasi, beza antara memperolehi
rezeki dengan nikmat merasai rezeki.
142
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Sebenarnya, rezeki bukan setakat apa & berapa banyak yang kita
makan. Ia adalah soal rasa, adakah breakfast pagi tadi kita nikmati
nikmatnya atau kita hanya makan kerana ‘perlu makan pagi’.
Maaf tuan-puan semua, kita seringkali tidak perasan, banyak nikmat
yang kita miliki sudah hilang rasa. Saya datangkan contoh : selalukah
anda makan roti canai sambil layan whatsapp, tiba-tiba anda tak
sedar pun rotinya habis? Makanan dah licin masuk perut tetapi anda
tidak sempat pun menikmati kesedapannya.
Inilah perbezaan besar antara makan pagi dengan ‘merasai’ makan
pagi. Kedua-duanya nikmat tetapi ada yang kita kecapi nikmatnya
sementara yang lain, kenyangnya ada tetapi nikmatnya belum tentu
dinikmati. Padanlah ulama selalu nasihatkan, Tuhan boleh datangkan
rezeki, tetapi Tuhan boleh tarik nikmat rezeki. Contoh lain, katil empuk
harga beribu boleh dibeli tetapi tidur nyenyak belum tentu datang
sekali. Sebab itu kadang-kadang saya ‘jeles’ melihat tukang sapu
yang lena terlelap atas pangkin tepi jalan sedangkan saya terkebil-
kebil tak dapat tidur hingga jam tiga pagi dalam bilik ber-air-cond.
Padanlah juga saya selalu hairan, kenapa buffet mahal hotel jarang
saya tambah ‘second round’ sedangkan lauk sardin masak lemak cili
api yang mak hidangkan, saya boleh tambah hingga tiga round.
Rupanya, ini soal rasa. Ini soal keberkatan. Tuhan boleh sahaja
membuka pintu kekayaan tetapi ada pintu yang Tuhan simpan iaitu
soal menikmati rezeki. Sebab itu ada orang bergaji seratus ribu
sebulan tetapi bila nak minum air manis, dia teragak-agak. Teringat
pesanan doktor, ‘hati-hati, kadar gula anda dah tinggi’. Ketika nak
menyantap roti canai, tiba-tiba dia tak jadi nak makan. Terngiang,
‘ish... ini kolestrolnya boleh tahan juga banyaknya’. Ketika orang lain
enak menikmati mee segera, dia menelan air liur sahaja kerana ada
‘doktor kecil’ dalam dirinya mengingatkan, ‘bahaya. Banyak garam tu.
Nanti boleh naik darah tinggi...’.
143
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Wangnya ada. Kemampuannya luarbiasa tetapi, rasa nikmatnya
telah dikurangi. Padanlah Tuhan mengingatkan :
‘Katakanlah (Wahai Muhammad) :
Sesungguhnya Tuhanku
memewahkan rezeki kepada
sesiapa yang dikehendakiNya
dan Dia juga yang menyempitkannya.
Dan apa sahaja yang kamu dermakan
maka Allah akan gantikannya,
dan Dialah jua sebaik-baik
pemberi rezeki’.
(Surah Saba’, ayat 39)
Kita boleh memahami pesanan Tuhan di atas dengan tafsiran,
kekayaan bukan bermaksud memiliki segalanya sementara miskin itu
tiada apa-apa. Ada rahsia yang Tuhan simpan iaitu soal rasa. Dan di
Masjid Nabawi, itulah pembelajaran besar yang saya belajar. Apabila
Dia ingin datangkan nikmat rasa, menu yang dipandang enteng pun
boleh bertukar menjadi lebih sedap dari kambing golek!
Beginilah rezeki yang dibaluti berkah, zahirnya biasa tetapi rasanya
luarbiasa.
Soalannya sekarang, bagaimanakah cara untuk memastikan setiap
rezeki yang kita cari mendapat ‘bless’ dari Tuhan?
Nasihat Rasulullah s.a.w berikut boleh kita jadikan sebagai formula
pertama. Baginda bersabda :
144
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
‘Janganlah kalian merasa
bahwa rezeki kalian datangnya lambat,
kerana sesungguhnya
tidaklah seorang hamba meninggal
sehingga telah datang kepadanya rezeki terakhir
yang ditetapkan untuknya.
Maka tempuhilah jalan yang baik
ketika mencari rezeki, iaitu melalui jalan halal
dan meninggalkan yang haram’.
(Hadith riwayat Al-Hakim & Ibnu Hibban)
Carilah rezeki dengan niat ‘kerana Allah’ di awalnya, bukan rezeki
yang diawali ‘kerana nafsu’. Itulah formula utama rezeki. Sudah
tentu impak antara rezeki halal & haram amat berbeza. Rezeki yang
diawali ‘lillahi Ta’ala’ dihulurkan Tuhan dengan penuh rahmat & redha
sementara rezeki yang diperolehi dengan jalan haram, syubhah &
nafsu dilempar Tuhan dalam keadaan penuh geram & murka.
Anda tentu tidak mahu hidangkan makanan kepada keluarga dalam
keadaan malaikat rahmat tidak sudi menghampiri kan?
Imam Nawawi r.a, ulama agung mazhab Syafie ada berkongsi
beberapa ‘clue’, di manakah nikmat rasa tersimpan. Pesannya :
‘redha Tuhanlah yang menjadikan setiap rezeki itu berkah. Di dunia
nikmatnya sentiasa dikecapi sementara di akhirat, ia menjadi buah
pahala berpanjangan. Dan semua ini tidak mungkin dapat diraih
dengan maksiat & kemungkaran’.
Sambung beliau, ‘bagi si pendosa, nikmat pertama yang ditarik dari
rezeki adalah rasa nikmatnya dicabut. Rezekinya banyak tetapi
lazatnya telah hilang’.
145
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Bagi saya, ini memang musibah tetapi ia bukan paling besar. Yang
paling malang terletak pada akhir nasihat Imam Nawawi, ‘Disebabkan
dosa yang mengotori hati, hamba tersebut telah hilang kepekaan
untuk menikmati rezeki & mensyukuri nikmatnya’.
Syukur lawannya kufur. Tiada guna kehidupan jika Tuhan ‘cop’ kita
sebagai hamba yang kufur.
Para pembaca dimuliakan,
Ibrah di atas baru ‘first half’. Ada lagi ‘half-half’ berikutnya yang
akan saya kongsikan sebagai nota ingatan kepada kita, si peragu &
pemburu rezeki.
Di Madinah, satu lagi perkara yang menyedarkan saya ialah betapa
selama ini saat berbuka puasa, saya terbiasa melakukan perkara
yang syaitan suka. Perkara yang Tuhan katakan sebagai membazir :
‘Sesungguhnya
orang yang membazir itu
adalah saudara syaitan,
sedang syaitan itu pula
adalah makhluk yang sangat kufur
kepada Tuhannya.’
(Surah al-Isra’, ayat 27)
Perasan tak ketika ramadhan, mindset kita terhadap makanan
tiba-tiba berubah? Saya tidak katakan anda begitu tetapi baca kisah
‘penyakit’ saya ini : setiap kali menjelang ramadhan, saya terkena
virus ‘mesti singgah bazar ramadhan’ setiap petang. Walaupun isteri
dah pesan, ‘bang, buka puasa ni mama masak sedap-sedap’, tetapi
hati saya tetap menyangkal, ‘tak cukup kot. Mesti tambah roti John &
ayam golek.... baru kenyang’.
146
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Saya terkena sindrom, juadah buka puasa mesti beraneka. Memang
puas hati betul melihat beraneka hidangan atas meja tetapi bukan
semua masuk ke perut. Banyak yang dibeli tak dijamah pun, elok je
‘landing’ dalam tong sampah. Sebenarnya penyakit ini bukan saya
seorang sahaja terkena. Baru tiga hari lepas saya terbaca di akhbar,
jumlah sampah yang dikutip ketika ramadhan tiba-tiba meningkat
secara drastik. Anda tahulah dari mana datangnya.
Confirm lebihan makanan kan?
Takkan sampah orang potong rumput “Pada bulan
pula.... ramadhan, bazar
petang tiba-tiba
Pada bulan ramadhan, bazar petang meriah. Buffet hotel
tiba-tiba meriah. Buffet hotel jangan jangan cakap. Cuba
cakap. Cuba tempah last minute, tempah last minute,
confirm penuh. Nampaknya slogan confirm penuh.
ramadhan orang kita berubah dari Nampaknya slogan
beribadah banyak menjadi makan ramadhan orang
banyak.
Dan kebiasaan itu terbawa-bawa kita berubah dari“
di Mekah & Madinah. Sebelum beribadah banyak
ramadhan bermula, saya dah buat menjadi makan
lawatan sambil belajar ke dapur banyak.
hotel, interview ketua chefnya : apa
menu buka puasa, pukul berapa
hidangan disediakan, boleh tambah
ke tidak, ayam golek ada tak, kambing golek berapa ekor, (anda
tambah senarainya).
Obses terhadap makanan masih tidak berkurang. Tup-tup, di sini
Tuhan bagi ‘tazkirah’. Sungguh tidak disangka, juadah sesimple
kurma, roti keras & air zamzam mampu mengenyangkan hingga
ke tengah malam. Sungguh tidak sangka, makanan yang relatifnya
‘ciput’ jika dibandingkan dengan hidangan di Malaysia mampu
147
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
membekalkan tenaga solat terawikh 20 rakaat.
Di sini kefahaman saya sedang diperbaiki. Melalui latihan sesuatu
yang kita tidak biasa, Tuhan sedang ‘install’ kefahaman bijaksana.
Hikmah berupa, kenyang tidak semestinya datang dari makan banyak.
Lazat tidak tentu datang dari makanan mahal & enak. Tenaga bukan
berpunca dari kalori yang banyak.
Ia datang dari hati yang lurus. Agama menyebutnya sebagai taqwa.
Dan di sini, saya disedarkan dengan hakikat taqwa. Melalui juadah
berbuka sesimple roti keras, saya disedarkan bahawa ramadhan
bukannya medan untuk makan. Ia adalah medan untuk mengalahkan
nafsu & memenangkan Tuhan. Ia adalah waktu untuk kita sedar
bahawa melalui kuasa taqwa, perasaan cukup, rasa kenyang, rasa
bertenanga & rasa nikmat semuanya boleh datang.
Padanlah Nabi s.a.w berbuka puasa dengan beberapa biji tamar.
Dahulu saya tidak mengerti, bagaimana menu sedikit mampu
bekalkan tenaga setinggi langit kepada Nabi? Boleh berdakwah,
rileks solat malam & siangnya berperang?
‘Rasulullah berbuka
dengan beberapa butir ruthab
(kurma basah yang baru masak)
sebelum solat maghrib,
jika tidak ada (beliau) berbuka
dengan beberapa butir tamar (kurma kering),
kalau tidak ada (beliau) minum
beberapa teguk air.’
(Hadith Riwayat Ahmad & Tarmidzi)
148
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Alhamdulillah. Kini, saya sudah faham intisari hikmahnya.
Para pembaca budiman,
‘Tusyen’ rezeki dari Tuhan masih belum habis ibrahnya. Ada satu
lagi cerita yang ingin saya kongsi. Kali ini kita ber’guru’ dengan Hj.
Rashid, seorang warga Myanmar yang sudah lama menetap di Arab
Saudi.
Beliau adalah kenalan Dr. Azizan “‘Ustaz, jamu orang
yang memiliki kedai menjual jubah & buka puasa ini
abaya di Madinah. Ramai juga jemaah banyak berkah.
Malaysia shopping di kedainya.
Mungkin beliau fasih bertutur melayu,
atau mungkin kita senang Malaikat banyak
tawar-menawar harga diskaun ketika masuk rumah.
berurusan dengan beliau. Pahala pun banyak.
Itu saya tidak pasti. Yang saya pasti Sebab itu saya selalu
hanyalah satu, Hj. Rashid orangnya jemput orang datang
berjiwa besar.
rumah. Bagi makan
biasa pun dah cukup,
“
Petang jumaat Dr. Azizan bilang, janji sama-sama
‘ustaz, petang ni kita buka puasa kenyang....’
di rumah Hj. Rashid. Tak perlu ke
masjid....’. Saya o.k sahaja dengan
jemputan itu dan tepat jam 5 petang,
Haji Rashid sudah tercegat di lobi
hotel menantikan kami untuk dibawa ke rumahnya.
Jangkaan saya Hj. Rashid mestilah orang kaya, big businessman
yang memiliki rumah agam tengah padang pasir, dikelilingi oasis &
air pancut. Telahan saya, mestilah juadah berbuka malam mestilah
tiga kambing panggang yang tersusun lazat di tengah dulang yang
dikelilingi ‘nasi mandy’. Itu paling kurang.
149
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Walau bagaimanapun, semua imaginasi saya salah. Rumah beliau
biasa-biasa sahaja. Malah, jamuan berbuka malam itu pun biasa
sahaja, tiada kambing panggang mahupun unta salai masak lemak
cili api. Hanya menu standard, anda lihatlah sendiri pada gambar di
atas.
Tetapi sekali lagi, menu yang dianggap biasa inilah kami ‘bedal’
sampai minta tambah. Dan rahsia kesedapannya saya korek dari Hj.
Rashid ketika kami berbual saat dalam perjalanan ke Masjid Nabawi.
Jangan fikir beliau memasukkan perencah penuh MSG. Jangan pula
anda anggap beliau bekas chef tersohor tahap ‘Michelin star’ yang
sudah pencen. Rahsianya begini :
‘Ustaz, jamu orang buka puasa ini banyak berkah. Malaikat banyak
masuk rumah. Pahala pun banyak. Sebab itu saya selalu jemput
orang datang rumah. Bagi makan biasa pun dah cukup, janji sama-
sama kenyang....’
Itulah Hj. Rashid, seorang yang menyedarkan saya bahawa, nikmat
rasa akan datang apabila niat awalnya dimulai dengan ‘Lillahi Ta’ala’.
Usaha beliau menginsafkan saya bahawa menjamu tetamu bukan
150
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
terletak pada kaya atau miskin, ada wang atau tidak. Ia terletak pada
hati, samada ruang taqwa di dalamnya besar atau tidak. Orang yang
berjiwa taqwa pasti bersungguh mengejar fadhilat yang Rasul s.a.w
janjikan :
‘Sesiapa yang menjamu makanan
berbuka kepada orang yang berpuasa,
maka dia akan memperolehi pahala
seperti pahala orang yang berpuasa itu
tanpa dikurangi sedikit pun pahala
orang yang berpuasa itu.’
(Hadith riwayat Tarmidzi)
Daripada Anas r.a, Nabi s.a.w
datang kepada Saad bin Ubadah r.a
lalu Saad menghidangkan roti & minyak.
Kemudian Baginda s.a.w pun makan.
Setelah selesai Baginda s.a.w
mengucapkan doa yang bermaksud,
‘Orang yang berpuasa
telah berbuka di tempatmu
dan orang yang berbakti
telah makan makananmu
dan para malaikat memohonkan
kerahmatan atasmu’.
(Hadith riwayat Abu Daud)
151
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Dan Haji Rashid menunjukkan tauladannya.
Para pembaca dimuliakan,
Saya tutup perbicaraan rezeki kita dengan menjawab satu persoalan
besar. Persoalan yang saya bahkan anda kadang-kala agak keliru, di
mana agaknya Tuhan menyimpan hikmah. Persoalan iaitu :
“‘Ustaz, mengapa“ ‘Ustaz, mengapa sesetengah orang
sesetengah orang makin banyak lakukan maksiat, tak
makin banyak lakukan pergi masjid, suka berjoli, tak baca
maksiat, tak pergi Quran, tapi mereka ni makin kaya &
masjid, suka berjoli, makin murah rezeki? Mengapa kita
tak baca Quran, tapi yang beriya taat perintah, rezekinya
mereka ni makin gitu-gitu je?’
kaya & makin murah
rezeki? Mengapa Soalan ini saya terima dari seseorang
kita yang beriya taat melalui Facebook. Saya fikir,
perintah, rezekinya jawapannya perlu dikongsikan kerana
gitu-gitu je?’ ia boleh menjadi kesimpulan kepada
segala perbincangan kita :
Kali ini kita dapatkan jawapannya dari
ulama Agung, ta’biin besar, Imam
Hassan Al-Basri.
Seseorang datang kepadanya
bertanyakan soalan lebih kurang sama. ‘Mengapa ada orang
rezekinya lancar sahaja sedangkan dia banyak buat dosa?’
Imam bertanya semula, ‘semalam engkau Qiamullail tak?’
Dia jawab, ‘Tidak’.
152
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Imam terangkan, ‘Kalaulah Tuhan hukum semua makhluknya yang
berdosa dengan memutuskan rezeki, pasti semua manusia ni
hancur. Sebenarnya, dunia dan apa yang manusia kejar di dalamnya
TIDAK BERHARGA SEDIKITPUN di sisi Tuhan. Benda tak berharga,
jadi Tuhan tak kisah sangat. Tuhan bagi begitu sahaja hatta kepada
orang kafir sekalipun....’
Si penyoal agak terperanjat.
Imam menyambung, ‘Bagi orang islam, yang paling berharga bukan
duit berkoyan, bukan rumah berderet tapi seberapa hampir dirinya
kepada Allah. Yang berharga bagi kita adalah pahala & taqwa.
Jadi, cara Tuhan menghukum seorang muslim adalah menjauhkan
kemesraannya dengan Tuhan...’
153
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM
UMRAH KE LANGIT
Rezeki walau sekecil & sesedikit apapun tetap berkah jika
diawali dengan niat ‘lillahi Ta’ala’. Menikmatinya
mengenyangkan, khasiatnya penuh berkah & tenaga darinya
kekal bertambah.
UMRAH KE LAUT
Rezeki yang jauh dari berkah selalunya mendatangkan
seribu-satu masalah. Mencarinya susah, menikmatinya payah
& khasiatnya rendah. Mudharatnya pula menjauhkan kita dari
Tuhan. Na’uzubillah!
154
BAB 14
INI TUJUAN ZIARAH
MAQAM RASUL YANG RAMAI
TERLEPAS PANDANG :
Kata ulama, jika di Masjidil Haram tumpuannya
kaabah, di Madinah pula maqam Rasulullah
s.a.w & raudhah.
Inilah gambar maqam Rasulullah s.a.w. Ia
terletak di bahagian hadapan Masjid Nabawi
ditandai dengan kubah hijau di atasnya.
Disinilah terletaknya maqam tiga ‘manusia
luarbiasa’ : Rasul s.a.w beserta dua sahabat
sejatinya, Saidina Abu Bakar r.a & Saidina
Umar Al-Khattab r.a. Para jemaah berpusu-pusu
menziarahi lokasi mulia ini kerana sedar, nikmat
& kurnia islam tidak akan dikecapi tanpa usaha
gigih Rasulullah s.a.w.
157
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Di sini, anda akan terkesima melihat berbagai ragam & emosi manusia.
Ada yang tangannya dijulang tinggi memanjatkan seribu satu doa.
Ramai yang sejak mula, air matanya laju mengalir tanpa henti, hiba
hatinya apabila ‘bertemu’ Rasul. Ada juga perilakunya macam biasa,
beri salam & kemudiannya sempat pula berselfie. Beberapa yang lain
berdiri tegak berjam-jam dengan mulutnya terkumat-kamit membaca
Al-Quran. Ada juga segelintir yang bagi kita agak ‘over’. Terperanjat
betul melihat ratapan mereka yang sungguh luarbiasa.
Saya tak pasti, mereka meratap kerana sedih atau gembira.
Memang ada banyak pendapat ulama mengenai perkara ini. Ada
yang menegahnya atas alasan, ‘jangan taksub dengan
R asulullah s.a.w. Baginda dah meninggal’. Pengawal keselamatan
yang mengawal depan maqam sibuk mengarahkan orang ramai, ‘Ya
hajj, haram. Haram’. Bersungguh mereka menegah jemaah berdoa
depan maqam. Alasannya, kiblat doa
“ ‘Ya hajj, haram. adalah kaabah.
Haram’.
Saya tidak mahu mengulas
mengenainya. Anda carilah kitab
B e r s u n g g u h lain yang banyak membicarakannya.
mereka menegah Saya cuma teringat pesan tuan guru
jemaah berdoa yang bersungguh galakkan saya
depan maqam. menyampaikan salam & selawat
“
Alasannya, kiblat kepada Rasulullah s.a.w ketika di
doa adalah Madinah.
kaabah. Saya bertanya, ‘apa dalilnya ya
mahabbah. Cinta’. syeikh?’ Kata beliau, ‘dalilnya adalah
Saya masih berkerut dahi tanda kurang faham. Beliau minta saya
buka Al-Quran. Baca Surah Al-Ahzab ayat 56.
158
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Saya baca. Ini ayatnya :
‘Sesungguhnya Allah
dan malaikatNya berselawat
(memberi segala penghormatan dan kebaikan)
kepada Nabi (Muhammad s.a.w).
Wahai orang beriman,
berselawatlah kamu kepadanya
serta ucapkanlah salam sejahtera
dengan penghormatan yang sepenuhnya.’
Kemudian beliau tanya, ‘apa yang enta faham dari ayat ini?’
Saya cuba syarahkan. Poin ayat ini adalah, ia menggalakkan kita
memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w.
‘Itu sahaja yang enta faham?’
‘Ya syeikh. Rasanya itu intipati utama ayatnya....’. Saya berhujah,
penuh yakin.
Para pembaca semua. Sebenarnya amat besar perbezaan
kefahaman antara orang yang mengkaji Al-Quran sebagai ‘academic
exercise’ dengan orang yang mengkaji Al-Quran untuk amalan. Para
ulama a’milin mengkaji Al-Quran bukan untuk mengejar sijil & degree.
Niat mereka berbeza. Sebab itulah penghayatannya pun berbeza.
Ketika mengkaji kitab ini, mereka seolahnya merasakan setiap ayat
Al-Quran diturunkan kepada mereka.
Mereka membaca dengan bahasa hati. Bahasa emosi. Mereka
berusaha membumikan setiap ayat Al-Quran dalam kehidupan.
Sudah tentu buah kefahamannya berbeza, amat berlainan dengan
kita yang mengkaji Al-Quran sekadar untuk mengumpul tahu tanpa
memfokus amal.
159
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Syeikh berkata, ‘ayat tersebut sebenarnya menyembunyikan satu
rahsia besar. Rahsia tentang manfaat selawat yang sebenarnya jauh
lebih besar dari solat, puasa, zakat dan haji...’
Saya lagi garu kepala. ‘Maksud syeikh?’
‘Setiap ibadah yang Tuhan arahkan manusia, jarang sekali Tuhan
lakukannya sendiri. Ambil contoh perintah solat. Pernahkah kita
mendengar Tuhan solat? Ada ke kita membaca hadith Tuhan
menunaikan haji atau berpuasa?’
‘Sudah tentu tidak pernah syeikh’, saya membalas.
‘Tetapi, ada satu ibadah yang agak berbeza. Sebelum Tuhan arahkan
kita, Tuhan sendiri menyatakan, Saya lakukannya sejak dulu hingga
sekarang tanpa putus. Itu maksud perkataan ‘yusoluuna’ dalam ayat
ini. Kemudian Tuhan menambah, bukan Saya sahaja berselawat
kepada makhluk ini, bahkan semua malaikat saya perintahkan untuk
berselawat kepadanya....’
Syeikh datangkan conclusion : ‘Begitulah kelebihan selawat. Ibadah
yang Tuhan lakukan bersama malaikatNya yang mulia tanpa putus
hingga sekarang. Jika Tuhan pun begitu ‘rajin’ berselawat kepada
Rasul, sudah tentu ada fadhilat besar disebaliknya bukan?’
Para pembaca budiman,
Beginilah kehebatan orang yang mengkaji agama dengan passion
& lillahi Ta’ala. Mereka mudah menemui hikmah. Mereka cepat
menyingkap ‘sirrun min asrarillah’ - koleksi rahsia Ilahi. Padanlah
sesetengah ulama begini digelar ‘arif billah’ : orang yang kenal Allah
Ta’ala.
Syeikh menasihatkan saya untuk memperbanyakkan ziarah maqam
Rasul & selawat ketika di sana. Tujuannya adalah untuk ‘hifzul
mahabbah’ : Memelihara cinta terhadap Rasulullah s.a.w.
160
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Para A’rif billah amat menitikberatkan perkara ini. Bagi mereka,
bencana hidup terbesar bukanlah hilang wang ringgit berjuta, apatah
lagi kematian orang disayangi. Bagi mereka, perkara yang paling
dibimbangi adalah hilangnya rasa cinta kepada Allah Ta’ala &
Rasulullah s.a.w.
Sebab itu apabila mereka mengunjungi Madinah, maqam
Rasul diziarahi sekerap mungkin bukan atas tujuan taasub buta
atau memuja, tetapi sebagai sarana untuk memelihara cinta. Nabi
dahulu sanggup bersusah-payah melakukan yang terbaik untuk kita
kerana cinta, apalah sangat setakat merenung maqamnya &
berselawat sejam-dua disitu.
‘Sesungguhnya telah datang
kepadamu seorang Rasul
dari golongan kamu sendiri
(iaitu Nabi Muhammad s.a.w),
ia merasa amat berat sebarang kesusahan
yang kamu tanggung,
yang amat inginkan kebaikan bagi kamu,
(dan) ia banyak menumpahkan
perasaan belas serta kasih sayangnya
kepada orang beriman’.
(Surah At-Taubah, ayat 128)
Syeikh berpesan lagi, jadikan kehadiran di Masjid Nabawi sebagai
titik-tolak untuk kita mencambahkan cinta Rasul, menyayanginya,
menjalankan apa jua yang diperintahkan dengan rela hati serta
mencintai segala perkara yang boleh merapatkan kita kepada
Rasulullah s.a.w.
Mudah-mudahan dengan cinta Rasul, kita berpeluang mendapat
161
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
syafaatnya, sama seperti seorang sahabat yang berpeluang masuk
syurga kerana cinta :
Dari Anas bin Malik,
beliau mengatakan bahwa
seseorang bertanya Rasulullah s.a.w,
‘Bilakah berlakunya hari kiamat, wahai Rasulullah?’
Baginda s.a.w menjawab,
‘Apa yang telah engkau persiapkan
untuk menghadapinya?’ Orang itu membalas,
‘Aku tidak mempersiapkan diri
dengan membanyak solat,
banyak puasa dan banyak sedekah,
tetapi yang aku persiapkan adalah
cinta Allah dan Rasul-Nya.’
Baginda s.a.w pun menjelaskan : ‘Anta ma’a man ahbabta -
(Kalau begitu) engkau akan bersama dengan orang yang engkau
cintai.’
Dalam riwayat lain Anas mengatakan,
‘Kami tidak pernah merasa gembira
sebagaimana gembiranya kami ketika
mendengar sabda Nabi itu. Anas menambah,
‘Kalau begitu aku mencintai Nabi s.a.w,
Abu Bakar dan Umar. Aku berharap
dapat bersama mereka disebabkan
kecintaanku kepada mereka,
walaupun aku tidak mampu
beramal seperti mereka’.
(hadith riwayat Bukhari)
162
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Sungguh luarbiasa intisari hadith di atas. Saya cemburu dengan
sahabat yang bertanya kerana hatinya penuh cinta. Dengan
mencintai Rasul, ia benar-benar mampu menghantarnya ke
syurga.
Disebabkan itu syeikh mengingatkan lagi, ‘Jika kita, manusia yang
punya hati masih belum mencintai Rasul, malulah kita dengan
pelepah tamar yang dahulunya pernah menangis kerana cinta’.
Jabir bin Abdullah r.a berkata :
‘Ada satu pohon kurma yang dahulunya
dipakai Nabi s.a.w untuk ketika menyampaikan
khutbah. Ketika mimbar diletakkan
(bagi menggantikan pohon kurma),
kami (para sahabat) mendengar rintihan
tangis pohon kurma itu seperti unta betina
yang akan melahirkan, sehingga Nabi s.a.w turun
dari mimbar dan meletakkan
(mengusapkan) tangan baginda pada pohon
tersebut (agar berhenti menangis)’.
(hadith riwayat Bukhari)
Pohon tamar tiada hati tapi ada cinta. Kita ada hati punya emosi
tetapi belum tentu ada cinta. Silap-silap, cinta kita selama ini salah.
Kepada artis, pemain bola, pelakon & harta-benda. Jika itu tahapnya,
cepat-cepatlah ke Masjid Nabawi untuk cambahkan cinta. Banyakkan
beristighfar & bersegeralah mencari cinta hakiki.
Cinta kepada Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w.
Cinta ini perlu dicari di sana kerana kita amat memerlukannya
sebagai bekal ketika pulang ke Malaysia. Saya mengaku bahawa
163
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
ketika di tanah air, cinta & ingatan saya kepada Rasul amat kurang.
Selawat sedikit. Kadang-kadang langsung tiada. Nasib baik Tuhan
wajibkan kita berselawat dalam tasyahud akhir. Kalau tidak, langsung
kita lupa hundred percent!
Astaghfirullah, betapa teruknya kita.
Baru-baru ini saya berkesempatan meneliti kitab ‘Barakatul Makkiyah’
bersama Dr. Azizan Osman. Ia merupakan buku yang ditulis oleh
ulama besar Pakistan, Maulana Muhammad Musa Ruhani. Kitab ini
berisi 805 jenis selawat yang beliau nukilkan khas sebagai tanda
cinta kepada Rasul.
Ketika membaca selawat dalam buku ini, saya amat terkesan.
Bayangkan betapa mendalamnya rasa cinta & betapa dekatnya
Rasul di hati Maulana Musa. Beliau mampu menukilkan 805 bentuk
selawat yang setiapnya memperihalkan Rasul dari sudut berbeza.
Saya tanyakan diri, jika orang bertanya kita ‘siapakah Rasul?’.
Mampukah kita memberi 805 jawapan berbeza? Silap-silap tak
sampai 10 jawapan kita dah mati akal.
Para pembaca semua,
Inilah bukti-bukti cinta. Dan saya berharap kita berjaya menemuinya
di Masjid Nabawi. Saya juga mencadangkan kita lazimkan bacaan
selawat kepada Rasul. Ia senang sahaja. Bawa tasbih digital atau
tasbih biasa & jangan lupa untuk tutup whatsapp & Fb. Pasti anda
ada banyaaaak waktu terluang untuk berselawat.
Amalkanlah setiap hari bermula dengan 50 kali selawat. Jika tidak
mampu, buatlah 60 kali. Jika lagi tak mampu buatlah 100 kali. Maaf,
saya sengaja letakkan angka menaik kerana jika diletakkan angka
menurun, silap-silap kita prefer angka paling sedikit.
164
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
Apabila cinta anda kepada Rasul mencapai tahap ‘power’, khatamlah
kitab Barakatul Makkiyah. Baca 805 selawat sehari. tak ambil masa
lama pun. Haritu kami ambil masa sejam setengah sahaja untuk
khatamkan keseluruhannya.
Apalah sangat satu setengah jam untuk Rasul, kan?
Para sahabat semua. Perbanyakkanlah selawat. Moga ia menjadi
asbab untuk kita lebih mudah lembut hati mentaati segala yang
Allah & Rasul perintahkan dan menjauhi segala yang dilarang. Saya
yakin dengan cinta, semua ketaatan dilakukan dengan rela. Dengan
melakukan amalan kerana cinta, InsyaAllah kita lebih mudah
berdesup masuk syurga.
Itu yang yang kita perjuangkan. Itu yang kita dambakan. Itu yang kita
‘first priority’kan.
Jom berselawat kepada Nabi s.a.w :
Allahumma solli ala Saidina Muhammad wa ala a’lihi wasohbihi
wasallam,Kama sollaita ala Saidina Ibrahim wa alaa a’li Ibrahim,
Wa barik ala Saidina Muhammad wa alaa ali Muhammad,
Kama barokta alaa Saidina Ibrahim wa alaa a’li Ibrahim,
Fil a’lamiin,Innaka Hamiidun Majid.
165
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM
UMRAH KE LANGIT
Setiap kali menziarahi maqam Rasul, hati akan berbunga,
cinta akan bercambah & semangat beribadah meningkat
kerana merasa bertuah ‘berhadapan’ Rasul, walaupun
maqamnya cuma.
UMRAH KE LAUT
Orang yang melawat maqam Rasul
dengan ‘hati kering’ hanya seronok berselfie sahaja.
Dia tak terasa pun nak tambahkan cinta. Tidak terpanggil pun
nak lebih kenali Rasul. Tiada apa-apa berubah,
selain gambar & pengalaman bersesak-sesak yang nak
diceritakan kepada rakan sepejabat.
166
BAB 15
SEKARANG DAH MUDAH NAK
MASUK RAUDHAH,
INI TEKNIKNYA :
Siapa yang membaca buku Hidup
L u a r b i asa (www.bukuhidupluarbiasa.com)
tentu tahu kesukaran yang saya tempuhi
ketika memasuki Raudhah As-Syarif - taman
syurga di Masjid Nabawi, Madinah.
Kawasan istimewa yang Rasulullah s.a.w
perihalkan sebagai ‘kawasan syurga dunia’ :
169
UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT
‘Antara rumahku
dan mimbarku
adalah taman syurga’.
(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)
Raudhah sebenarnya amat kecil, hanya seluas 22 x 15 meter persegi
sahaja. Jemaah mudah mengenalinya melalui karpet hijau
sementara kawasan lain menggunakan karpet merah.
Para pembaca semua, pengalaman sukar itu berlaku pada tahun
2005, sebelas tahun lepas. Sekarang Alhamdulillah, dah senang betul
nak masuk. Jika dahulu kita perlu berasak-asak & menunggu sejam
setengah, itu pun belum tentu dapat. Sekarang dalam setengah jam
berbaris insyaAllah lepas.
Macammana cara mudahnya? Haa.... ikuti tips di bawah :
• Sebelum ini, tiada sistem khusus yang disediakan
untuk memasuki Raudhah. Semua jemaah pakat
main redah sahaja. Tapi sekarang sudah ada sistem
beratur yang sistematik. Ketika saya datang jam 9.30
pagi tadi, mereka telah siapkan kawasan khas untuk
jemaah beratur. Ia berdekatan ‘Babus Salam’, pintu
yang selalu dimasuki jemaah untuk ke Raudhah &
maqam Rasulullah s.a.w.
• Kawasan Raudhah pula telah dikepung agar tiada
sesiapa boleh masuk kecuali melalui kawasan khas
yang telah ditentukan.
170