The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Oleh Umrahlangit.com Ustaz Asraff Ayob

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Aiman Mohamad Rafee, 2021-01-12 01:35:51

Ebook Umrah

Oleh Umrahlangit.com Ustaz Asraff Ayob

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

• Kawasan beratur ini ada dua lapisan menunggu.
Kita akan masuk beratur dari satu ke satu lapisan
berikutnya dan pengawal keselamatan akan
melepaskan jemaah berdasarkan lapisan, satu demi
satu ke dalam Raudhah. Satu lapisan menunggu
boleh diisi sekitar 80 ke 100 jemaah.

• Setiap kali satu kumpulan jemaah masuk ke
Raudhah, mereka dibenarkan beribadah
l e b i h k u r ang 20 minit sebelum dikehendaki beredar.
Kemudian barulah kumpulan jemaah lain masuk.

• Sistem ini bagi saya amat efisien. Sebelum ini, jika
kita dapat masuk Raudhah pun, belum tentu kita
dapat solat kerana tiada cukup ruang untuk sujud.
Yelah, 300 orang sekali masuk. Padat mengalahkan
bas mini!

• Tetapi sekarang apabila jumlah jemaah yang masuk
dikawal & dihadkan melalui sistem lapisan tadi, saya
amat selesa solat & berdoa di Raudhah.
Alhamdulillah, sempat jugalah ‘selfie’ & ambil video.
Pengawal keselamatan pula amat berbudi. Mereka
senyum sahaja lihat jemaah ambil gambar. Dah
sporting rupanya ‘pakcik jaga’ sekarang. Agaknya
mereka faham, kita datang dari jauh. Tentulah
seronok berselfie bagai di sini.

Begitulah pengalaman saya memasuki Raudhah pada musim
ramadhan tahun 2016. Amat mudah & lancar kerana ia memiliki
sistem teratur. Cuma ada ‘disclaimer’ : ini pengalaman saya, jemaah
lelaki. Untuk jemaah wanita, saya tak pasti sistemnya. Tetapi
rasanya pasti tersusun seperti jemaah lelaki juga.

171

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Anda yang mengerjakan umrah, cubalah kaedah ini. Just follow the
system. Insyaallah dapatlah anda merasa masuk Raudhah.

Bagi yang belum pergi, saya kongsikan tips ini untuk naikkan
semangat anda. Dari kita mengumpul wang terokai pelosok syurga
dunia, cuba kita kumpul duit tunaikan umrah, ziarah syurga dunia
yang Rasul kata ‘real’.

Kita berdoa, dengan impian dan usaha kita ‘exploring’ Raudhah di
Masjid Nabawi, Tuhan akan mudahkan jalan untuk kita explore
syurga kekal abadi suatu hari nanti - jannatul firdaus.

Tetapi, bagaimana pula jika anda telah ke sini tetapi masih belum
berpeluang memasuki Raudhah? Atau, anda berusaha kumpul wang
tetapi masih belum mencukupi. Adakah cara lain yang lebih mudah
memasuki Raudhah?

Alhamdulillah ya, masih ada. Dan caranya lebih senang kerana
Raudhahnya di Malaysia. Lebih tepatnya di kawasan kediaman anda.
Silap-silap, di rumah anda. Boleh masuk tiap-tiap hari sesuka hati.

Jangan cepat terperanjat dengan kenyataan di atas. Saya bukannya
bergurau. Kali ini saya benar-benar serius. Rasulullah s.a.w
mengatakan, ada dua lagi taman syurga versi dunia yang boleh kita
masuki selain Raudhah As-Syarif di Masjid Nabawi iaitu :

1) Majlis ilmu & zikir :

‘Apabila kamu melintasi
taman-taman syurga hendaklah kamu
berhenti singgah’. Para sahabat bertanya,

‘Apakah itu taman-taman syurga?’
Jawab baginda : ‘Majlis Zikir’.

(Hadith Riwayat At-Tarmidzi)

172

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

2) Ziarah orang sakit :

‘Barangsiapa
yang mengunjungi orang sakit,
maka dia sentiasa berada dalam taman syurga

sehingga ia pulang’.
(hadith riwayat Muslim)

Majlis ilmu & hospital. Itulah taman syurga di Malaysia.
Sebab itu ketika pulang dari mengerjakan umrah, saya bilang pada
isteri, ‘mama, kita perlu adakan majlis ilmu di rumah setiap hari
secara konsisten...’.
‘Kena jemput orang ke bang?’
‘Tak perlu, kita-kita je....’
Sekarang, kami sekeluarga sibukkan diri dengan majlis zikir antara
maghrib-isyak. Kejap kami belajar tafsir. Hari lain kami baca hadith
40. Lusa kami pakat buka kitab Riyadhus Solihin & Al-Azkar pula.
Kami duduk belajar sekeluarga. Anak saya berumur 3 tahun pun
join. Walaupun dia terkebil-kebil tak faham, tapi tidak mengapalah.
Sekurangnya kita nak biasakan anak yang masih suci mindanya ini
dengan sentiasa mendengar ayat Al-Quran & hadith.
Nanti dah besar, kami berharap kedua perkara ini menjadi pegangan
hidupnya.
Sebenarnya kami tidaklah faham sangat semua yang dibaca tetapi
fokus kami bukan setakat ‘gain knowledge’. Kami ingin ‘gain berkah’.

173

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Kami ingin menjemput malaikat bertamu di rumah kami. Kami ingin
setkan kediaman kami ‘sejuk’ dengan menjadi ‘Raudhah dunia’, bak
kata hadith di atas.

Kami yakin, rumah yang banyak berkah, yang banyak malaikat
bertamu, yang banyak dibaca ayat Al-Quran & hadith tentu lebih
sejuk. InsyaAllah melaluinya, kehidupan kami lebih tenteram. Hati
kami lebih mudah ditautkan. Keluarga kami lebih mudah mendapat
rahmat & kasih-sayang Tuhan. Kami mohon dengan usaha kecil ini,
Tuhan sudi jauhkan bala bencana, dekatkan berkah & lancarkan
rezeki.

Ini fokus kami. Mencorakkan kediaman seperti syurga sebelum
berpeluang ke syurga sebenar.

Anda cuba-cubalah usahakan perkara ini. Kita ‘decorate’ rumah kita
sebagai Raudhah, kita jauhi perkara yang boleh menjadikannya
‘lubang neraka’.

Apakah lubang neraka? Ia adalah rumah yang jauh dari malaikat
rahmat & menjadi ‘pusat’ syaitan bertumpu.

Apakah aktivitinya?

Jika rumah itu dipenuhi lagha 24 jam dari t.v, internet & radio, itulah
rumah ‘panas’. Aktivitinya penuh dengan maksiat & kedurjanaan. Ia
tunggu masa sahaja untuk ‘runtuh’, bak kata Rasulullah s.a.w :

‘Orang yang tidak mengingati
Al-Quran sedikitpun

samalah seperti rumah yang hendak runtuh’.

(Hadith riwayat Tarmidzi)

174

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Saya berharap kita sama-sama cari jalan untuk mencorakkan rumah
& rumahtangga kita laksana ‘Raudhah’. Keluarga yang dipenuhi
kasih-sayang. Rumah yang dipenuhi berkah & rahmat Tuhan.
Dan ia bermula dengan majlis ilmu, menjemput malaikat ke dalamnya.
Cara ini tidak mahal. Ia murah & mudah. Cuma perlukan
kesungguhan & iman untuk memulakannya.
Amacam? Esok mulakan ya.... :)

175

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM

 UMRAH KE LANGIT 

Orang yang seronok masuk Raudhah di Masjid Nabawi tentu
bersungguh mewujudkan ‘Raudhah’ di rumahnya pula. Baru

syok, tiap-tiap hari boleh masuk tanpa berebut.

 UMRAH KE LAUT 

Orang yang melihat Raudhah sebagai tempat fizikal, ketika di
Madinah ia bersungguh. Tapi bila pulang, tak terpanggil pun
nak wujudkan Raudhah di rumah sendiri. Sepatutnya ia perlu
tanyakan diri, ‘benarkah saya nak masuk Raudhah atau hanya

bersemangat di Madinah sahaja?’

176

BAB 16



MALANG, DI MASJID NABAWI PUN
MASIH TAMAKKAN DUNIA....

Cerita ini best. Bagaimana sebotol losyen
mampu menyampaikan sejuta hidayah.
‘Cekitout’.
Antara ujian standard bagi jemaah umrah
adalah berdepan masalah tumit kaki pecah. Di
sini, muka terasa kering & tapak kaki mudah
pecah dek penangan cuacanya yang panas &
kering.
Setakat yang saya rekodkan, panas tengahari
mencecah 42-45 celcius (bulan Jun). Boleh

179

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

tahan kan? Jika anda tidak sediakan ‘senjata’ losyen atau krim bagus,
bersedialah hadapi masalah kaki mengelupas & pecah.

Itulah masalah yang saya hadapi. Tiba-tiba kaki terasa pedih ketika
berjalan. Rupanya ada yang pecah & hampir berdarah. Saya
bergegas ke ‘Soidaliyah’, panggilan arab bagi farmasi. Setelah
berbasa-basi penuh diplomasi (baca : bertekak sakan dengan Pak
arab yang ambil kesempatan jual losyen pada harga cekik darah),
dapat juga losyen bagus yang didakwa mampu sembuhkan masalah
tumit pecah 5 kali lebih cepat dari jenama lain.

Biasalah, ayat marketing power.

Harga boleh tahan juga mahal. Losyennya kocik yo, tapi mencecah
RM 70 sebotol. Itu pun dah ‘takhfid syuwayya’ (diskaun) sebab saya
boleh cakap arab. Kalau tidak, melongo jelah kita anggukkan kata
penjual yang beriya berhujah, ‘RM 130 ni kira amat murah. Kalau
pergi kedai lain harganya RM 160’.

Yelah tu....

Sementara menunggu waktu isyak masuk di Masjid Nabawi, saya
mengeluarkan losyen & menyapu krim pada kawasan kaki yang
pecah. Alhamdulillah, kaki terasa nyaman sikit. Kalau tidak, dari tadi
nak jalan pun tidak selesa.

Rupanya, perlakuan saya menyapu losyen diperhatikan penuh
cermat oleh jemaah sebelah. Rasanya pakcik ini dari Indonesia. Dia
menyapa segan, ‘nak...., boleh minta sedikit ubatnya?’

Biasalah standard jemaah Malaysia, apabila jemaah dari
rumpun sama minta bantuan, pasti beriya mengangguk.
Nak menunjukkan semangat setiakawanlah tu. Saya hulurkan
losyen kepada pakcik itu. Dia mengambilnya dengan muka berseri
seolah memperolehi ubat dari syurga.

180

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Diselaknya kain yang menutupi tapak kaki. MasyaAllah, teruknya
pecah kaki pakcik ini! Agaknya, 10 kali ganda lebih teruk dari pecah
kaki saya. Bersungguh dipicitnya botol losyen kecil itu. Crett.... keluar
setompok besar. Berderau darah melihatnya sebab tadi, saya beriya
picit secalit sahaja sebab nak berjimat punya pasal.

Kan losyen ni agak mahal...

Nak je saya nasihatkan, ‘Pakcik, losyen ni tak perlu sapu
banyak-banyak. Cukup guna secalit sahaja....’ tapi suara itu hanya
bergema dalam hati. Takut juga kalau dicakap, nanti akan dibilang
kedekut.

Pakcik bertuah ini bersungguh menyapu krim pada kakinya.
Digosoknya berkali-kali. Tak cukup tapak kaki, dia memicit lagi krim
& dilumurkan pula ke seluruh betis.

‘Adooooi, habislah losyen den.... Pakcik, ini bukan losyen mandi, ini
ubat khas untuk tumit kaki pecah je....’, saya bersyarah dalam hati.
Ubat ni dahlah mahal. Selamba rock je pakcik ni guna macam
ubatnya sendiri.

Selepas 10 minit, losyen saya dikembalikan. Dia tersenyum &
mulutnya menuturkan kata penghargaan, ‘makasih ya nak’. Saya
mengangguk senyum tetapi hati sedang terbakar tahap gunung
berapi. Mana taknya, losyen ini terasa ringan. Agaknya setengah
botol dah habis digunakannya.

Maaf cakap, saya memang tidak puas hati. Losyen dahlah mahal.
Baru beli pula tu. Kalau iya pun nak guna, agak-agaklah. Ini tidak,
diguna seperti harta waqaf lillahi Ta’ala. Masalahnya ini bukan air
zam-zam yang free of charge, semua orang boleh minum tanpa risau
kekurangan.

Ini harta orang lain yang perlu dicermati penggunaannya.

181

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Malam itu jemaah semua, saya solat terawih sebelah pakcik itu
dengan perasaan angin satu badan. Solat pun tak berapa khusyuk.
Habis 10 rakaat saya berhenti. Lebih baik baca Quran atau dengar
sahaja imam meneruskan bacaan dalam 10 rakaat seterusnya.

Benarlah kata ulama, cara setan menjalankan tugas amat
professional. Walaupun ia dirantai sepanjang ramadhan tetapi tidak
semestinya kita tiba-tiba berhati mulia & bersungguh beribadah.
Ditinggalkannya legasi dalaman yang digelar nafsu.

Nafsu yang disifatkan dalam Surah Yusuf ayat 53 sebagai ‘ammarah
bis suuk’ : nafsu yang suka menyuruh kepada keburukan. Rupanya,
ada musuh dalam diri yang ‘well trained by syaitan’. Ia mengambil-alih
tugas syaitan, menjauhkan kita dari kebaikan jika tidak berupaya
mengarahkan kita melakukan kejahatan.

Di Masjid Nabawi ia menang. Hanya kerana losyen, saya sudah
tawar hati bertarawih 20 rakaat. Diapikan sifat tamak, materialistik &
kedekut sehinggakan barang sekecil losyen berjaya melarikan fokus
mengejar pahala solat sunat berjemaah di masjid Nabawi yang seribu
kali ganda lebih afdhal berbanding masjid biasa.

Sebenarnya, perangai sebegini dah tertanam kuat dalam sanubari
kita. Di Malaysia kita kerap begitu. Telinga kita pekak dari menyahut
seruan Ilahi, solat berjemaah di surau berdekatan dek kerana
‘khusyuk’ menyahut panggilan drama T.V yang terasa rugi
ditinggalkan walau satu episod.

Kadang-kadang, kita buat tak nampak dengan penghulur tabung
derma kebajikan yang banyak menyapa di restoran & shopping mall,
padahal poket kita penuh dengan duit syiling. Kita beralasan, duit
syiling ini nak beli goreng pisang.

Kita berkira dengan wang kecil sehingga buta, tidak nampak peluang
pahala sedekah yang Tuhan janji, bakal digandakan at least 700 kali
ganda dari nilai asal.

182

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Maaf, itulah realiti kita. Manusia akhir zaman penuh dosa tetapi
ingin masuk syurga berbekalkan amalan ‘ciput’. Mudah ditewaskan
syaitan hanya dengan benda-benda kecil. Dan kelemahan ini
menjalar kepada semua tidak kira pangkat - ustaz, tuan haji, CEO,
Dato, ustazah, amah, Al-Hafiz, Y.B, Doktor, Engineer, pensyarah,
ulama hinggalah puan sekretari.

Tetapi nasib baiklah, Tuhan tidak pernah putus asa melayani
hambaNya. Mungkin disebabkan mulut kita rajin merintih, ‘Ya Tuhan,
tunjukkan kami jalan hidup lurus’. - Ihdinas sirotol Mustaqim. Kalau
tidak, habislah kita berlonggok masuk neraka.

‘Katakanlah (Wahai Muhammad):
‘Tuhanku tidak akan menghargai kamu

kalau tidak adanya doa &
ibadat kamu kepadaNya....’

(Surah Al-Furqan, 77)

Di Masjid Nabawi, Tuhan kembali ‘mengajar’ saya sirotol mustaqim
lesson melalui pakcik itu. Sebaik selesai rakaat terakhir solat
terawih, dia menyapa saya, ‘Nak, Alhamdulillah. Ubat tadi besar
jasanya. Selesa sungguh pakcik solat 20 rakaat tadi.... Makasih ya.
Moga diberkati...’

Kata-kata pakcik ini benar-benar ‘sentap’ & ‘makan dalam’. Saya malu
sekaligus terdiam. Malu kerana dek menuruti hati yang geram, solat
sunat hanya sempat 10 rakaat sahaja. Beristighfar panjang kerana
tanpa sedar Tuhan tunjukkan, bantuan sekecil losyen kecil mampu
membantu seseorang melakukan ibadah berpanjangan.

183

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Rupanya, losyen kecil ini sedang mengajar ibrah besar. Nilai
kehidupan kita banyak yang senget. Kita sering tersalah menghargai
material yang fana sehingga terlepas pandang hakikat pahala yang
kekal.

Dalam kes ini, jika dilihat dari sudut losyen yang hampir habis,
memang terasa rugi. Tetapi cuba amati dari sudut pahala amal jariah.
Selagi pakcik tadi mengerjakan solat, selagi itulah saya mendapat
pahala sama.

Pahala membantu orang lain selesa beribadah yang silap-silap boleh
‘membeli’ syurga. Ya, sebotol losyen boleh membeli syurga. Secalit
krim boleh menghilang bertahun dosa.

Jika sifir ini digunakan, apalah sangat harga RM 70 tadi kan?

Benda kecil tapi boleh bagi impak besar jika niatnya betul. Padanlah
Tuhan menurunkan Surah Al-Ma’un. Surah yang kita kenali sebagai
surah ‘Aro’aitallazi yukazzibu biddiiin’.

1) Tahukah Engkau akan orang yang mendustakan
agama?

2) Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim
kepada anak yatim,

3) Dan ia tidak menggalakkan memberi makanan
kepada orang miskin.

4) Maka Kecelakaan besar bagi orang mengerjakan
solat,

5) (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada
menyempurnakan solatnya,

184

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

6) (juga bagi) orang yang berkeadaan riak,

7) Dan mereka sukar berkongsi barang harian
(Al-Ma’un).

Kata surah itu : tahukah anda, siapakah pendusta agama? Siapakah
orang yang belajar agama tapi sebenarnya tak faham agama?
Siapakah orang yang zahirnya rajin beribadah tetapi disisi Tuhan, ia
dianggap ‘zero’?

Sifatnya anda teliti sendiri dalam surah ini. Ada banyak. Silap-silap
kita amalkannya tanpa sedar. Yang ingin saya fokuskan adalah sifat
terakhir pada ayat terakhir kerana ia cocok dengan peristiwa di atas :

Wayamna’uunal maa’uuun. : Dan mereka sukar berkongsi barang
harian (Al-Ma’un).

Apakah Al-Ma’un? Ia adalah barang kecil tetapi ‘useful’ yang sering
digunakan seharian : garam, pembaris, pen, beras, periuk, belanga
& dalam kes saya, losyen.

Ada orang yang hatinya begitu sakit tahap ‘I.C.U’ sehinggakan barang
kecil pun sukar nak share. Bayangkan, jika barang kecil pun susah
nak berkongsi, apatah lagi barang berharga. Jangan terperanjat jika
Tuhan sukar nak share syurgaNya. Jangan pula banyak mengeluh
jika rezeki asyik tersekat sebab Tuhan pun ‘malas’ nak berkongsi
rezeki besar kerana kita punya attitude ‘hancur’ : barang kecil pun
beriya kedekut.

Itu yang saya rasakan apabila mendengar kata-kata pakcik tadi.
Tanpa perasan, masih ada ‘attitude hancur’ bersarang di hati.
Pemikiran materialistik. Pemikiran sukakan dunia sehingga hati
tertutup melihat peluang mengumpul pahala menerusi bersedekah
yang datang bergolek depan mata.

185

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Ini cara Tuhan mendidik hati saya yang selama ini dirasakan ‘tiada
masalah’. Saya malu depan Rasul Di masjidnya, saya malu nak
mengaku pejuang agama sedangkan barang sekecil losyen pun
berkira.

Tetapi inilah terapi umrah. Disini, kita sedang berada dalam
territory Tuhan. Inilah tempat di mana hidayah banyak ‘landing’. Dia
tahu kelemahan diri kita lebih dari kita mengenali diri sendiri. Dia tahu
cara terbaik untuk sedarkan kita.

Kali ini, caraNya didatangkan melalui pakcik tadi.

Terima kasih pakcik. Jika saya bertemunya semula & dialog sama
berulang, pasti kata-kata saya berbeza, ‘Pakcik ambil jelah losyen ni.
Nanti saya beli yang lain....’

Pakcik, kini ku mengerti.

Seribu losyen mudah kudermakan kerana ia mampu membeli syurga.

TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM

 UMRAH KE LANGIT 

Sedekah menjadi terma ‘suka, mudah & hobi’ jika mindsetnya
betul - setiap kali bersedekah, kita sedang melakukan ‘big,
secure & profitable investment’ ke syurga.

 UMRAH KE LAUT 

Sedekah dirasakan liat & susah jika mindset kita senget :
hubbud dunya. Cintakan dunia sehingga buta nikmat syurga.

Apabila penyakit ni kuat bersarang, barang kecil pun kita
kedekut, liat nak sedekahkan.

186

BAB 17



BRO, DI MASJID NABAWI PUN
MASIH NAK PENTINGKAN DIRI
SENDIRI KE?

Rupanya menghormati orang lain bukan sekadar
hal adab sahaja, tetapi di situlah terletaknya
formula ajaib yang boleh mengatasi banyak
masalah kita, dalaman & luaran.
Kali ini saya ingin kongsikan formula tersebut
yang dipelajari ‘live’ dari Masjid Nabawi melalui
kisah ini :
Hari jumaat.
Waktu Zohor masuk kira-kira jam 12.30
tengahari. Walaupun Masjid Nabawi amat luas

189

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

tetapi jam 11 pagi padatnya dah macam bas mini.

Manusia terlalu ramai. Entah dari mana datang, saya tidak tahu.

Sebenarnya, masih banyak ruang di kawasan luar tetapi saya
berkeras nak solat dalam masjid juga. ‘Lebih afdhal’, kata hati. Dah
datang beribu kilometer jauh, rugi rasanya jika setakat solat di luaran
atau pinggiran.

Itu pemalas tahap dewa namanya. Ataupun ada masalah buta mata
hati, tak terliur nak mengejar fadhilat solat seribu kali ganda dalam
masjid.

Alhamdulillah setelah bersesak-sesak sedikit (normal lah tu),
akhirnya saya berjaya juga menyelit, ‘secure’kan tempat untuk solat.
Kawasannya memang ‘cun’, betul-betul belakang tiang air-cond,
maka tiadalah berhadapan dengan masalah panas 43 celcius yang
mencabar iman & kesabaran.

Di sebelah kanan saya, duduk seorang tua berjanggut panjang.
Berdasarkan penampilannya, mungkin beliau dari Pakistan.
Sebelah kiri, seorang yang saya tidak kenali tetapi cool orangnya.
Kekal rileks walaupun badannya asyik dilanggar jemaah yang
lalu-lalang di hadapan.

Ada ruang kecil di sebelah beliau yang cukup untuk saya letakkan
beg sandang. Beg ini saya anggap macam beg ‘Doraemon’ -
semua ada. Selipar, wang, botol air zam-zam, kayu sugi, selfie
stick, powerbank hinggalah ke pil sakit perut ‘Cik-kit-tek-kon’.

Sebaik masuknya waktu zohor, imam memulakan khutbah. Ramai
yang ‘hanyut’, terbang ke Hokkaido, Jepun. Kaum lelaki yang solat
jumaat pasti tahu apa maksudnya. Cuma bonusnya, di sini tiada
tabung derma bergerak lalu depan mata.

190

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Saya mendengar dengan teliti khutbahnya tetapi biasalah, ketika itu
sahaja ingat butirannya. Sekarang (saat artikel ini ditulis) dah lupa
dah. ‘Tertinggal’ di Masjid Nabawi lah tu.

The best part bermula tatkala imam sedang berapi-rapi
menyampaikan khutbah. Ada seorang lelaki yang dari tadi asyik
cuba mencari tempat duduk tetapi masih tidak berjaya. Dia tiba-tiba
berhenti betul-betul depan kami. Saya secara automatik meluaskan
kaki, pastikan lutut bertemu dengan lutut jemaah sebelah sebagai
‘hint’ kepada lelaki itu, ‘abang, maaf ya... Disini pun penuh. No more
space available’.

Tiba-tiba jemaah lelaki berjambang yang duduk sebelah saya buat
‘spoil’. Disapanya lelaki itu lalu anak matanya diarahkan ke beg yang
diletakkan antara saya dengannya. Dia seolah berkata, ‘abang
jangan bimbang, duduk sebelah saya ini. Beg ini boleh diangkat
dan ruangnya muat-muat untuk abang....’

Adoi, saya menepuk dahi. “ Kami duduk“
Ruang dahlah kecil, tiba-tiba pakcik rapat-rapat
sebelah ni offer pula. Sekarang dari mendengar khutbah.
sempit menjadi sendat. Terpaksalah Ingatkan semakin
saya angkat beg, kecilkan posisi tidak selesa tetapi
duduk & bukakan ruang untuk lelaki lama-lama, rasa o.k
ini menyelit di antara kami. Ruangnya pula.
memang tidak muat tetapi pakcik
berjambang yang memanggil lelaki
tadi, hatinya amat mulia. Diluruskan
kakinya untuk memberi lebih ruang
agar lelaki itu selesa bersimpuh.

Kami duduk rapat-rapat mendengar khutbah. Ingatkan semakin tidak
selesa tetapi lama-lama, rasa o.k pula.

Saya sudah tidak mendengar sangat butiran khutbah bahasa arab
itu kerana ada ‘khatib’ lain yang sedang berkhutbah dalam hati. Saya

191

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

benar-benar terasa sedang di’ceramah’ Tuhan. Rupanya selama
ini, perasaan ‘jual ikan’ - selfish atau bahasa kita, pentingkan diri
sendiri amat tebal. Saya banyak fokuskan ibadah untuk keselesaan
diri sendiri sahaja. Ketika solat saya ‘Allahu Akbar’kan Tuhan. Mulut
berkata Allah Maha Besar tetapi hakikatnya, saya masih besarkan
kepuasan diri yang bersifat nafsi-nafsi.

Para pembaca semua, secara tanpa sedar dalam kehidupan,
perangai nafsi-nafsi amat menguasai perhitungan hidup kita.

“Cuba perhatikan saf “ Cuba perhatikan saf jemaah ketika
solat. Ruang kaki kita dengan jemaah
jemaah ketika solat. sebelah silap-silap masih muat
Ruang kaki kita diisi seorang lagi jemaah. Kita bagi
dengan jemaah alasan nak selesa beribadah tetapi
sebelah silap-silap hakikatnya kita turuti keselesaan
masih muat diisi nafsu.
seorang lagi jemaah.
Kita bagi alasan nak Lihat bagaimana perangai kita
selesa beribadah apabila saf kosong di hadapan. Kita
tetapi hakikatnya tiba-tiba berpura khusyuk, enggan
kita turuti keselesaan ke depan isikan ruang saf kosong
nafsu. kerana menuruti nafsu yang selesa
stay pada saf sedia ada yang
kebetulan, dapat direct contact
dengan kipas angin.

Panjangkan lagi perasaan selfish ini dalam kehidupan. Kita bagi
alasan jarang bersedekah kerana tiada bajet padahal, peruntukan
beli jam tangan berjenama sempena raya sentiasa ada.

Kita merasa tidak cukup wang untuk mengerjakan umrah. ‘Seruan
masih belum sampai’. Itulah alasan yang sering kita tegakkan

192

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

padahal hakikatnya, kita seronok penuhi ‘seruan’ jalan-jalan pusing
Vietnam, China, Korea & Thailand di mana kosnya jika digabungkan,
cukup untuk tunaikan ibadah haji bukan setakat umrah.

Kita berimpian bersalaman dengan Rasul & bergelak-ketawa dengan
sahabat di syurga. Tetapi perangai kita jauh berbeza, tidak seperti
mereka. Dahulu, di tanah inilah (Madinah) menjadi saksi bagaimana
para sahabat ansar (penduduk Madinah) berebut-rebut menawarkan
rumah, harta & wang kepada sahabat muhajirin (penduduk Mekah).

Padanlah dalam Surah Hasyr ayat 9, mereka disanjung Tuhan :

‘Dan orang (Ansar)
yang mendiami negeri (Madinah)
serta beriman sebelum mereka,
mengasihi orang yang berhijrah (muhajirin)
ke negeri mereka, dan mereka tidak pula
berhajat terhadap kelebihan yang ada
pada muhajirin, dan mereka juga
mengutamakan orang berhijrah itu
lebih daripada diri mereka sendiri,
sekalipun mereka dalam keadaan
kekurangan & sukar. Dan (ingatlah),
sesiapa yang menjaga serta memelihara

dirinya daripada dipengaruhi
oleh tabiat bakhilnya,

maka merekalah orang berjaya’.

(Surah Al-Hasyr, 9)

193

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Sanjungan itu memang layak kerana sifat nafsi-nafsi mereka telah
melebur dek kecintaan meraih redha & syurga.

Saya beristighfar banyak kali. Berterima kasih kepada Tuhan beribu
kali kerana, di Masjid Nabawi yang mulia ini, Dia sedang mengajar
saya sesuatu. Dia sedang menunjukkan saya apa lagi masalah hati
yang masih tidak perasan.

“Ketika itu pakcik “ Dalam keadaan termangu-mangu
itu, khutbah selesai & solat jumaat
berjambang itu mula didirikan. Semua jemaah
menunjukkan bangun hampir serentak. Mana yang
tauladan lebih masih berdiri sejak tadi akan mula
besar. Dia mencuit mencelah & menyelit, cuba mencari
seorang jemaah yang ‘port’ untuk solat.
sedang cemas di
hadapan kami Ketika itu pakcik berjambang itu
kerana masih menunjukkan tauladan lebih
belum mendapat besar. Dia mencuit seorang jemaah
tempat solat. Lelaki yang sedang cemas di hadapan kami
itu diajak memenuhi kerana masih belum mendapat
ruang saf kami yang tempat solat. Lelaki itu diajak
sedia kecil. memenuhi ruang saf kami yang sedia
kecil.

Jika diikutkan perangai selfish, saf kami sudah padat tetapi kali ini,
saya belajar meniru kelapangan hati pakcik itu. Pandai-pandailah
kami adjust, berhimpit-himpit & bahu-membahu. Janji semua dapat
tunaikan solat jumaat.

Memang ruang kami sempit. Nak sujud pun amat sukar tetapi hati
kami merasa lapang. Luas kerana kami berjaya hilangkan perasaan
‘ananiyah’, pentingkan diri sendiri yang menyebabkan hati yang luas
menjadi sempit, sukar untuk hidayah landing di dalamnya.

194

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Selepas solat, saya ucapkan ‘syukran’ kepada pakcik berjambang
tadi. Dia berkerut dahi bertanya mengapa?
Saya senyum sahaja. Anda pasti dapat meneka mengapa ucapan
terima kasih itu dilafazkan.
Pakcik, terima kasih kerana mengajar saya cara melapangkan hati.
Pakcik, terima kasih kerana mengingatkan saya, hidup pasti sempit
andai diisi dengan perasaan pentingkan diri sendiri.
Pakcik, terima kasih kerana mengajar erti kehidupan bermakna.
The more you share, the more you get bless from HIM (Allah Azza
Wa Jalla).

195

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM

 UMRAH KE LANGIT 

Jika inginkan kehidupan lapang, mulakan dengan
melapangkan urusan hidup orang lain. Hindarkan ‘selfish’
walau hal sekecil kongsikan ruang sempit untuk orang lain.
Percayalah, inilah formula ajaib yang mesti kita hadam &
pegang untuk meniti hidup penuh bahagia : hati sentiasa

lapang walau banyak dugaan mendatang.

 UMRAH KE LAUT 

Selfish hanya membuatkan hidup kita sempit kerana
kemahuan diri kita sahaja yang muat di dalamnya.

196

BAB 18



JABAL UHUD : KITA SEKARANG
TENTERA DI BELAH MANA?

Semua orang suka melancong & menziarahi
tempat bersejarah. Saya suka. Anda pun
suka. Kita boleh selfie, tahu serba-sedikit
latar-belakang tempat dilawati & for sure, beli
cenderamata untuk kawan sepejabat.
Tapi kadang-kadang saya fikir, adakah itu sahaja
tujuan ziarah? Adakah kita ziarah untuk melayan
syok ambil gambar & syok kongsi cerita dengan
rakan-rakan?
Adakah itu sahaja kebaikannya?

199

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Tuhan menasihatkan, tujuan ziarah adalah untuk fokus ibrah. Cuba
cari, ‘apa yang boleh saya pelajari dari orang terdahulu’ :

‘Tidakkah mereka berjalan
dan mengembara di muka bumi,
dengan itu tidakkah mereka memerhatikan
bagaimana kesudahan orang-orang terdahulu

dari mereka......’

(Surah Ghafir, ayat 82)

Kali ini, kita akan pelajari ‘hidden message’, ibrah yang saya
perolehi ketika menziarahi Bukit Uhud. Saya akan kongsikan, jika
kita bersama Rasul di medan Uhud, kita di posisi tentera mana? Mari
kita mulakan penjelajahan ibrah Uhud dengan pertanyaan, mengapa
umat islam kalah dalam peperangan yang mulanya dianggap mudah
untuk dimenangi?

Para pembaca semua,

Selalunya siapa yang mengunjungi Madinah, Jabal Uhud pasti
termasuk dalam ‘menu utama’ ziarah. Kami ke bukit yang pernah
menjadi saksi kepada peperangan kedua umat islam pada hari ketiga.
Dari jauh, bukit Uhud menyerlahkan auranya tersendiri. Walaupun
terpisah & kelihatan terasing dari jajaran bukit Madinah lain, Bukit
Uhud kekal tersergam dengan identitinya yang kukuh, kuat,
berpendirian teguh & tidak lemah diasak musuh.

Sejak dalam bas, saya mula merasai ‘karisma’ bukit ini.

Mungkin kerana itu ia digelar Uhud (dalam bahasa arab bermaksud
bukit menyendiri). Mungkin kerana ketabahannya bersama Rasul
s.a.w, ia diangkat martabat, bakal kekal di syurga :

200

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

‘Bukit Uhud
adalah salah satu dari bukit-bukit

yang ada di syurga’.
(Hadith riwayat Bukhari)

Emosi saya bercampur-baur ketika menjejakkan kaki ke lembahnya.
Bangga sekaligus sayu kerana terkenang, di sinilah Rasulullah s.a.w
menerima pukulan berat dalam perjuangan dakwahnya. Di sinilah
Rasul kehilangan Saidina Hamzah r.a, bapa saudara
p a l i n g d i h o r m ati. Di sinilah Rasul tidak menyangka akan dikhianati
tiga ratus pengikutnya (golongan munafik). Di sinilah Rasul kecewa
dengan sebilangan pengikutnya yang melanggar arahan hanya
kerana mengejar harta rampasan perang yang tidak seberapa.
Tujuh puluh sahabat syahid.
Rasulullah s.a.w cedera luka-luka, patah gigi.
Golongan kuffar pula mula berbangga.
Tetapi disebalik kekalahan menyedihkan itu, Tuhan sebenarnya
ingin menyampaikan ibrah. Rupanya, kalah tidak bermaksud salah
sementara menang tidak semestinya benar. Tuhan mengajar, kami
sengaja gilirkan kehidupanmu antara senang & susah, menang &
kalah, atas & bawah agar kamu mengambil hikmah & bermuhasabah :

201

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

‘......dan demikian keadaan
hari-hari (dunia ini dengan
peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan),
Kami gilirkannya sesama manusia,
(supaya menjadi pengajaran)
dan supaya nyata apa yang diketahui
Allah tentang orang-orang
yang tetap beriman (dan sebaliknya),
dan juga supaya Allah menjadikan
sebahagian di antara kamu para syuhada,
dan (ingatlah), Allah tidak suka orang zalim.’

(Surah A’li Imran , ayat 140)

Atas kertas, perang Uhud memang tidak seimbang. Tujuh ratus
melawan tiga ribu. Persiapan tentera islam pula amat sederhana.
Kuda perang tidak mencukupi sementara lembing & pedang tidak
sepadan dengan pihak lawan yang artilerinya lengkap. Ikut logik,
umat islam memang berpeluang kalah teruk. Ikut akal, ini bukan
perang tapi operasi ‘bunuh diri’.

Namun Rasul bukannya risaukan perkara itu. Baginda yakin, Tuhan
ada kuasa ‘magic’ menjadikan kumpulan kecil menang besar :

‘....... berapa banyak (yang pernah terjadi),
golongan sedikit berjaya

menewaskan golongan banyak
dengan izin Allah, dan Allah (sentiasa)
bersama-sama orang-orang yang sabar”.

(Surah Al-Baqarah, ayat 249)

202

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Perang Badar yang berlangsung sebelum itu telah menunjukkan
buktinya. Bayangkan, tiga ratus tiga belas melawan seribu. Atas
kertas, tiga lawan satu tetapi Rasul tidak gentar sedikitpun kerana
‘back-up’nya Allah. Apabila datang ‘nasrum minalllah - pertolongan
Allah’, Alhamdulillah segalanya langkah kanan. Umat islam menang
dalam perang yang ikut logik, mereka kalah.

Tetapi, mengapa ‘nasrum minallah’ tidak hadir di sini?

Ini yang kita ingin kaji. Ini yang kita ingin muhasabah kerana
silap-silap, kita juga sedang melakukan kesilapan sama.

Berdasarkan pandangan ahli “ Walaupun tiga “
sejarah, perancangan taktikal Rasul ribu tentera kuffar
sebenarnya amat efektif. Baginda menyerbu, ia dapat
s.a.w membahagikan tentera islam dipatahkan dengan
kepada tiga pasukan. Satu pasukan strategi Rasul yang
penyerang kanan. Dua pasukan amat brilliant.
penyerang kiri dan tiga, pasukan
pertahanan iaitu para pemanah.

Pada mulanya segala strategi
berjalan lancar. Walaupun tiga ribu
tentera kuffar menyerbu, ia dapat
dipatahkan dengan strategi Rasul
yang amat brilliant. Khalid bin Al-Walid, salah seorang panglima
perang kuffar sejak awal surrender. Dia mati akal, tidak tahu
bagaimana cara nak mengelak asakan panah yang bertali-arus.

Tetapi tidak lama selepas itu, keadaan yang pada mulanya
berpihak kepada tentera islam menjadi terbalik. Mereka pula
dihambat dengan serangan balas Khalid Al-Walid. Ramai tentera
islam telah terbunuh dalam misi ‘ambush’ yang Khalid dikepalai.
Rasul pun dikejar hingga tercedera & akhirnya kita semua tahu apa

203

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

kesudahan perang ini.

Soalnya, di mana silapnya?

Kata sejarawan, puncanya terletak di atas bahu lima puluh pasukan

pemanah yang ditempatkan di Jabal Rumah (bukit pemanah).

Sejak awal Rasul memberikan

“Rasul sedar, mereka arahan tetap kepada mereka,
‘jangan tinggalkan lokasi anda
adalah ‘nadi’ utama di bukit ini walau apapun terjadi,
menang atau kalah’.

peperangan.

Merekalah barisan Itu arahannya. Rasul sedar, mereka

pertahanan sekaligus adalah ‘nadi’ utama peperangan.

penyerang yang Merekalah barisan pertahanan

mencorakkan sekaligus penyerang yang

menang-kalah mencorakkan menang-kalah

peperangan. Ibarat peperangan. Ibarat tulang belakang,

tulang belakang, ‘badan’ peperangan tidak akan tegap

‘badan’ peperangan jika tulangnya rapuh apatah lagi patah

tidak akan tegap jika berselerakan.

tulangnya rapuh apatah

lagi patah Te t a p i , m e r e k a m e m i l i h u n t u k

berselerakan. ‘patah berselerak’. Arahan Rasul

yang mudah itupun tidak mampu

diikuti. Apabila tentera kuffar

berundur, mereka mula terngiurkan harta-benda & barang bernilai

yang musuh tinggalkan. Akibat tamak haloba, mereka terl u p a

a r a h a n R a s u l , tinggalkan bukit & turun menerpa mengejar harta.

Nampaknya, sifat tamak mula menguasai diri. Dari 50 orang, kini
tinggal 14 pemanah sahaja kekal di atas bukit. Dek kerana
keingkaran 36 orang yang tamak mengejar harta, keseluruhan
tentera islam merana.

204

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Begitulah kisah malang peperangan Uhud. Dan para pembaca
semua, kisah ini sebenarnya amat relevan dengan kita. Perang Uhud
yang berlaku pada tahun ke 3 hijrah rupanya meninggalkan hikmah
luarbiasa untuk ummah 1437 hijrah. Peristiwa ini sebenarnya
mendedahkan pekung, kelemahan utama kita.

Kelemahan yang dipanggil penyakit materialistik.

Sebenarnya kita sedang berperang setiap hari. Perang melawan nafsu
& syaitan yang sentiasa berusaha menguasai hati. Dan malangnya
ramai di antara kita tewas, sama keadaannya seperti medan Uhud.
Cuma keadaan kita lebih teruk, kalah berkali-kali setiap hari. Dan
‘umpan’ yang syaitan gunakan tetap sama, memabukkan kita dengan
‘dadah’ materialistik. Inilah umpan yang menjadi penyebab
kekalahan Uhud, inilah juga umpan sama yang menyebabkan jutaan
umat islam kalah.

Soalnya bagaimana sifat materialistik boleh menjadikan umat islam
lemah?

Para pembaca semua,

Kita perlu membezakan antara material & materialistik. Ada orang fikir,
agama islam memusuhi ekonomi. Agama islam tidak ‘geng’ dengan
harta. Agama islam mengajak umat jadi miskin & meminta-minta.

Maaf, saya fikir inilah tanggapan salah terbesar yang sebahagian
umat islam fikirkan tentang harta. Sebenarnya, material amat
penting untuk mengukuhkan ummah. Sebab itu Rasul mengahwini
Khadijah, konglomerat wanita kaya ketika hidupnya. Sebelum
menjadi nabi, Rasul lebih dikenali sebagai usahawan paling pintar
menggandakan keuntungan bisnes. Saidina Abu Bakar, sahabat
setianya itu bukan calang-calang orang. ‘Top ten’ usahawan berjaya
Mekah. Abdul Rahman Auf r.a, siapa tak kenal ‘taikun’ dunia bisnes
Arab ini? Monopoli ekonomi Madinah yang sebelumnya dikuasai
Yahudi akhirnya pecah & dikuasai oleh sahabat dermawan ini.

205

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Nampaknya Rasul menunjukkan contoh berbeza. Harta & kekayaan
sinonim dengan perkembangan islam.

Kita sama dengan sahabat : mengejar harta. Cuma beza kita dengan
mereka adalah, para sahabat melihat harta-benda sebagai ‘tools’ -

alat bukannya matlamat. Sahabat

mengejar material bukan

“Berapa banyak duit k e r ana melayani sifat materialistik.
Sahabat mencari kekayaan atas
riba telah kita sapu niat ‘lillahi Ta’ala’ bukannya
‘Alhakumut Takasur’.

hanya kerana terliur Tahukah anda niat ‘Alhakumut
takasur?’
dengan keuntungan
‘8% setahun’ yang

dijanjikan? Berapa

banyak pula perkara Ia adalah ayat pertama dari Surah

syubhat yang kita At-Takasur, surah khas yang Tuhan
diamkan hanya dek turunkan untuk ‘reveal’ kelemahan

untung besar depan kita. Kelemahan orang yang

mata? terkena penyakit lalai kerana

berlumba-lumba mengejar harta.

Bukankah itu kesilapan utama kita
s e karang? Berapa banyak perintah Tuhan telah kita langgar &
abaikan kerana ‘takasur’ - berlumba mengejar kemewahan? Halal-
haram telah terbalik, silap-silap langsung tiada. Berapa banyak duit
riba telah kita sapu hanya kerana terliur dengan keuntungan ‘8%
setahun’ yang dijanjikan? Berapa banyak pula perkara
syubhat yang kita diamkan hanya dek untung besar depan mata?
Cuba audit betul-betul rezeki kita, b e r a p a b a n y a k p e r o l e h a n
‘dulu-dulu’ yang masih kita berhutang zakatnya? Berapa banyak
pula wang & harta sedia ada yang masih belum dizakatkan atas
alasan, ‘huyyo, rugi pula nak keluarkan zakat ni. Boleh beli kereta
kancil sebijik!’

206

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Maaf, ini bukan pukul rata tetapi inilah real problem yang melanda
sebahagian besar kita. Kalau tak kisah halal-haram pun, kita kedekut
nak infaq atas jalan Allah. Kita tiru setengah sunnah Rasul yang
galakkan kejar wang tapi kita senyapkan sebahagian lagi sunnah
yang mengatakan, ‘wang dikejar untuk bangunkan ummah’.

Sekali lagi maaf, tulisan ini bukan bermaksud untuk tidak
menggalakkan kita mengumpul harta tetapi niatnya yang perlu
diluruskan. Kejarlah harta untuk ‘fi sabililah’ bukannya untuk meraikan
sifat tamak. Maksud sifat tamak adalah, kita kejar sehingga dapat
tapi selepas dapat kita nak tambah lagi. Dah ada 10 rumah tapi kita
kejar lagi sehingga lupa nak asingkan duit tunaikan haji. Kita kejar
hanya nak layani ego diri, tahun lepas ada 10 rumah, tahun ini mesti
cecah 20 rumah.

Kejar hingga lupa memberi. Kejar hingga halal-haram dilanggar.
Kejar hingga lupa bila nak ‘stop’. Padanlah kita sekarang asyik
‘kalah’. Kita meniru perangai sahabat yang turun bukit Rumah
(pemanah) bukannya sahabat yang kekal di atasnya.

Ulama menasihatkan, ubat penyakit ini mudah sahaja. Ia bermula
dengan perbetulkan niat. Luruskan dahulu niat, mengapa kita
mengejar kekayaan? Dan ulama telah kongsikan satu formula yang
cukup santai :

‘Letakkan segala harta-benda di tangan, tetapi jangan sekali-kali
letakkannya di hati’.

Maksudnya adalah, kejarlah wang & harta-benda sebagai ‘material’,
alat yang akan dimanfaatkan untuk keperluan diri, ummah & akhirat.
Jangan sekali-kali biarkan hati kita ditakluki sifat materialistik.

Ada 3 tips mudah yang boleh kita praktikkan untuk menjayakan
formula di atas.

207

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

1. Setkan bahagian / peratus ‘sedekah’ dalam keuntungan
syarikat / gaji.

Benarlah, iman kita bukan sehebat Saidina Abu Bakar yang
sedekahkan segala kekayaan. Kita tak setara dengan Saidina Umar
yang infaqkan setengah harta-benda. Kita jauh dari itu. Tetapi kita
boleh mulakan dari kecil.

Cuba setkan beberapa peratus dari perolehan syarikat / gaji kita untuk
sedekah fi sabilillah. Mulakan dengan 10 peratus. Ia perlu ditentukan
dalam bentuk itu kerana, jika dianggar dalam jumlah wang, saya fikir
ia ‘tak aci’. Bayangkan anda berpendapatan seratus ribu sebulan.
Tiba-tiba anda setkan sedekah seribu ringgit. Adakah ia memadai?

Tidak. Ia sedikit sahaja kerana bandingannya banyak. Jika anda
berpendapatan sepuluh ribu barulah padan dengan bersedekah
seribu ringgit sebab ia menyamai sepuluh peratus. Tetapi Tuhan
mengurniakan anda sepuluh kali ganda dari itu. Tak cukup jika
sedekah seribu ringgit sahaja kerana ia baru menyamai satu peratus
dari jumlah perolehan.

Kemudian, apabila ia dinamakan sedekah, ia perlulah benar-benar
menjadi sedekah, bukannya zakat. Maksudnya, sedekah 10 peratus
ini anda keluarkan setelah zakat dilangsaikan.

Seterusnya, setkan dari awal saluran sedekah, samada untuk
pembinaan masjid depan rumah, taja 10 anak buah yang
keluarganya berpendapatan tak seberapa atau menaja rumah anak
yatim.

Nanti apabila pendapatannya lebih lebat, barulah ketika itu anda
asaskan rumah anak yatim sendiri.

208

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

2. Setkan limit dalam mengumpul kekayaan.
Cadangan ini merupakan ‘stage 2’. Maknanya, jika cadangan di atas
berjaya dilaksanakan secara konsisten, barulah cadangan ini
dipraktikkan sebab, ia perlukan tahap iman lebih tinggi.

Setkan limit ‘selesa’ dalam setiap kekayaan & portfolio kita.
Contohnya, anda letakkan target simpanan RM5 juta, 10 hartanah
& pendapatan pasif RM 40 ribu sebulan sebagai tanda aras ‘selesa’.
Jika diberikan rezeki lebih dari itu, maknanya ia bukan lagi hak anda.

Ia adalah hak masjid, rumah anak yatim & mereka yang susah. Ia
menjadi ‘hak Allah’ - Fi sabilillah. Dari Allah ia datang, anda menjadi
‘distributor’ & kepada Allah semula ia kembali.

Logik cadangan di atas begini : sebenarnya, tujuan kita mengejar
kekayaan adalah untuk mencapai hidup selesa, kehidupan tidak
meminta-minta & hidup yang tidak dililit hutang. Jika semua itu telah
tercapai plus passive income yang tetap, mengapa kita mengejar lagi
untuk diri kita?

Kejarlah kekayaan selebihnya untuk disedekahkan. Jika kita masih
mengejar untuk puaskan diri, ketika itulah kita sedang dikuasai
penyakit ‘alhakumut takasur’, penyakit tak cukup-cukup. Penyakit
materialistik.

Penyakit yang Tuhan katakan sebagai :

‘Dan kalian menyukai harta benda
dengan rasa suka yang bersangatan.’

(Surah Al-Fajr, ayat 20)

209

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Nauzubillahi min zalik.
Para pembaca dihormati,
Cukuplah untuk kita beramal dengan dua petua di atas. Petua
untuk membantu kita meletakkan harta di tangan bukannya di hati.
Sebenarnya benarlah kata bijaksana, wang tidak merbahaya. Duit
kertas tidak boleh mencederakan kita. Yang boleh menghancurkan
kita adalah niat di hati.
Adakah kita mengumpulkan wang atas niat ‘lilahi Ta’ala’ atau, kita
mengumpulkan wang atas niat ‘alhakumut takasur’?
Mari kita luruskan niat. Mari kita mengejar wang & harta-benda atas
tujuan yang sejati. Tujuan membawa kita mudah ke syurga Ilahi.

TARBIAH SEMPOI TAPI MAKAN DALAM

 UMRAH KE LANGIT 

Bukit Uhud menyimpan hikmah besar iaitu, mengingatkan kita
supaya jangan berperangai seperti tentera yang turun dari
Jabal Rumah kerana tersilau niatnya dengan habuan
materialistik.

 UMRAH KE LAUT 

Bukit Uhud tidak memberi sebarang makna jika kita terfokus
ziarah biasa : selfie & beli cenderamata.

Hikmah besarnya kita cicirkan padahal itu yang
Tuhan ingin ajarkan.

210

BAB 19



MEMBUNUH ‘BIAWAK’
DI MASJID NABAWI

Apakah perbezaan pakej ziarah umrah dengan
pakej pelancongan ke london?
Satu yang jelas : jika anda hadapi banyak
perkara luar jangka ketika umrah, anggaplah ia
‘part of travel itinerary’.
Ini Ustaz Abdullah. Beliau merupakan
pengendali AMTC Sdn Bhd, syarikat travel
yang menguruskan ziarah umrah kami.
Jujur saya katakan, beliau memberikan
perkhidmatan terbaik. Walau begitu seperti

213

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

yang saya nyatakan di atas, pakej travel umrah tidaklah sama
seperti anda mengambil pakej travel ke London. Di sini kita akan
berhadapan beberapa situasi luar jangka & masalah lari dari jadual,
tidak kira samada anda membayar pakej mahal atau murah. V.V.I.P
atau pakej ‘marhaen’.

Pagi sabtu, kami diuji dengan situasi luar jangka.

Awalnya, kami punyalah teruja menunggu di lobi hotel kerana Ustaz
Abdullah bilang, ‘tepat jam tujuh setengah bas kita datang bawa
ziarah ke Masjid Quba, ladang kurma dll’.

Bab berjalan orang kita memang nombor satu. Bas datang pukul tujuh

setengah tapi kami dah tercongok di lobi jam enam setengah. Semua
bersemangat nak selfie sambil perah

“Ada yang tak tahan susu unta.
mula menyalahkan
Pukul 7.45 bas masih tak sampai.
Kami boleh ‘control hensem’ lagi.

pihak travel. ‘Inilah Lagipun ini kan ramadhan?. Tak baik
kompeni melayu. bersungut. Nanti kurang pahala.

Cakap tak serupa “ Pukul lapan pagi, bayang bas pun
bikin. Kita bayar masih belum nampak. Muka
mahal tapi layanan masing-masing dah mula serius.
hancuss... bla bla Jika tadi, semua asyik layan
bla....’ handphone facebook &

w h a t s sap, sekarang kami dah mula
bertanya sesama sendiri, ‘Mana bas?
Janji pukul tujuh setengah. Sampai sekarang tak nampak apa pun...’.

Jam 8.30 pagi, ‘diskusi tingkap’ bermula. Masing-masing sibuk
mengemukakan ‘teori konspirasi’ mengapa bas lambat tiba. Mana
yang terlajak, terkeluar fakta ‘mengumpat’ tidak sepatutnya. Ada yang
tak tahan mula menyalahkan pihak travel. ‘Inilah kompeni melayu.
Cakap tak serupa bikin. Kita bayar mahal tapi layanan hancuss... bla
bla bla....’

214

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Saya segan nak tulis butiran selanjutnya, anda tentu dapat meneka
sendiri.

Satu perkara yang saya malas nak layan tentang sikap sesetengah
kita adalah, terlalu cepat menyalah sebelum bertanya. Sebenarnya
Ustaz Abdullah dekat sahaja dengan kami. Jika dijerit nama, pasti
beliau datang. Jika ditanya apa masalah sebenar, tentu dapat jawapan
lebih meyakinkan berbanding berteori, mengagak sana-sini, suuk
zhon (buruk sangka) & yang paling tak ‘hengat’ dunia, mengumpat
& menyalahkan.

Waktu ini kita dah lupa pesanan Tuhan :

Wahai orang beriman,
jauhilah kebanyakan dari sangkaan
kerana sesungguhnya sebahagian

dari sangkaan itu adalah dosa.
Dan janganlah kamu mengintip
atau mencari salah & aib orang,
dan janganlah setengah kamu mengumpat
setengahnya yang lain. Adakah kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati
padahal kamu tentu jijik kepadanya.
(oleh itu) bertaqwalah kepada Allah.
Sesungguhnya Allah Penerima taubat,

lagi Maha Mengasihani.

(Surah Hujurat, ayat 12)

Perlahan-lahan saya menghampiri Ustaz Abdullah. Air mukanya yang
murah senyuman dah semakin pucat lesi. Agaknya jika ditoreh tak
berdarah kot. Tentu beliau tertekan dengan janji yang masih belum

215

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

dapat ditunaikan. Sepatutnya pukul 7.30, tapi sekarang hampir jam
sembilan pagi, rombongan masih belum bergerak lagi.
‘Ustaz, bas ada masalah ke?’
Beliau mengangguk. ‘A-ah ustaz. Kami dah 3 hari awal confirm
dengan syarikat bas ni. Pagi sabtu datang hotel pukul tujuh setengah
pagi, sharp. Semua kata ok, beres. Even semalam saya call lagi
untuk last reminder. Pagi ni hapah takde.....’
‘Apasal plan boleh berubah?, saya cuba mencari punca.
Ustaz Abdullah mengeluh, ‘Tu lah.... tadi saya call boss dia, rupanya
depa pun tak dapat contact pemandu bas. Ini mesti kes tertidur lepas
subuh lah tu....’
‘So, ustaz ada Plan B?’
‘Kami sedang cuba plan B lah ni. Ustaz Suhaimi (ground manager)
sedang arrangekan bas lain. Harap-harap cepatlah sampai....’
‘Ooo gitu rupanya...’. Akhirnya dapat juga penjelasan sebenar.
Saya kembali ke group diskusi jemaah. Fakta sebenar perlu
diperjelas sebab khuatir, jika dibiarkan asyik meneka & mengagak,
takut-takut terjerumus dalam lembah ‘dosa kering’ pula.
‘Di Mekah-Madinah ni, banyak benda beyond control. Ikut
pengalaman saya, cara deal dengan orang arab berbeza dengan
deal yang biasa kita kendalikan. Sesetengah orang arab memang
begitu, ‘timing’ depa memang ‘out’. Ini bukan masalah pengendali
travel. Depa dah usaha the best. Cuma kita perlu fahami situasi yang
depa hadapi....’
‘Disini, kena banyak expect the unexpected’.

216

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Tiba-tiba saya menjadi ‘Kementerian Penerangan’ kepada pihak
AMTC.

Masing-masing mengangguk. Alhamdulillah ‘mesyuarat tingkap’
berjaya digantikan dengan mesyuarat ‘birri wat taqwa’ (kebaikan &
taqwa). Tepat jam 9.40 pagi, bas pun tiba. Kami tersenyum sesama
sendiri. Alhamdulillah, cerah semula peluang nak belai unta &
berselfie di ladang kurma.

Dalam bas saya banyak diamkan diri. Mata merenung ke luar tingkap
tetapi hati masih merenung peristiwa tadi. Mekah-Madinah memang
tempat ‘best’ untuk muhasabah. Dan peristiwa tadi menunjukkan,
rupanya tanpa sedar, selama ini kita banyak membela ‘biawak’ dalam
hati.

Biawak dalam ertikata negative thinking. Kita terlalu cepat mengikuti
suara hati yang suka berprasangka buruk. Kita terlalu cepat
menyalah tanpa terlebih dahulu menyelidik. Kita terlupa nasihat
Tuhan untuk ‘bertabayyun’, fahami akar masalah dahulu. Cari
penjelasan sebelum membuat keputusan :

Wahai orang beriman,
jika datang kepada kamu seorang fasik
membawa sesuatu berita, maka (tabayyun)

selidikilah kebenarannya,
supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara tidak sepatutnya
dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya),

sehingga kamu menyesali
apa yang kamu telah lakukan.

(Surah Al-Hujurat, ayat 6)

217

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

Pemikiran begini bukan sepatutnya diamalkan orang islam sahaja
tetapi ia bersifat universal. Motivator terkenal barat, ‘ustaz’ Stephen
Covey ada bilang dalam bukunya, The 7 habit of highly effective
people :

Formula 5 : Seek first to understand, then to be understood.

Maknanya, fahami dahulu sebelum membuat keputusan. Jalankan
penyelidikan sebelum datangkan solusi. Jika pun kita dapati
kesalahannya ada, islam mengajar formula lebih penting : memaafkan
kesalahan orang lain lebih baik dari menghukum :

‘.... dan perbuatan kamu memaafkan itu
lebih hampir kepada taqwa.

dan janganlah pula kamu lupa
berbuat baik dan berbudi sesama sendiri.

Sesungguhnya Allah sentiasa melihat
akan apa jua Yang kamu kerjakan’.

(Surah Al-Baqarah, 237)

Satu lagi formula yang wajib kita semat dalam diri adalah begini :

~ Cari kesalahan diri sendiri sebelum mencari salah orang lain ~

Para bijaksana sering menasihatkan, semua perkara samada buruk
atau baik sebenarnya ingin mengajar hikmah kepada DIRI KITA
dahulu. Oleh itu sebelum mula menuding jari kepada orang lain,
amati jari anda kerana rupanya, ada empat jari sedang menuding diri
sendiri.

Maksudnya dalam kes di atas, barangkali Tuhan sedang mengajar
kita hikmah sabar. Tuhan ingin melihat seberapa kuat kita

218

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

mengendali nafsu apabila berada dalam keadaan tidak pasti.
Seberapa kuat level iman kita untuk tetap berzikir & beristighfar di
kala nafsu sibuk mencadangkan untuk mengata & mencari salah.

Maaf, ini bukan bermakna saya menggalakkan kita terima & redho
sahaja terhadap sebarang kelemahan pengurusan. Tidak sama
sekali. Saya cuma menyarankan kita untuk mengubah sudut
pandang. Sebab, setiap episod kehidupan ini ada ‘two sides of the
same coin’.

Ada 2 sudut pandang dalam satu syiling sama.

Mungkin selama ini kita sudah terbiasa menilai dari satu sudut sahaja
- tengok salah orang lain.

Cuba kita pujuk-pujuk hati untuk belajar melihat ‘the other side of the
coin’ : tengok salah diri sendiri pula. Cuba belajar cari hikmah, ‘Apa
yang Tuhan nak ajar saya melalui masalah ini?’ Kaji sedalamnya
apakah teknik yang Tuhan datangkan untuk membantu kita
‘navigate’, menata hati ke arah lebih positif.

Hati pasti lebih tenang jika mata diarahkan untuk melihat dari
sudut ini. Barulah kita rasai bahawa Tuhan sentiasa mentarbiyah.
Dan disini tarbiyahNya lebih hebat, ia disampaikan secara ‘live’ di
tempat mulia, Madinah Munawwarah.

Maka, jika anda sedang menunaikan umrah & kemudiannya
berhadapan banyak masalah luar jangka, cuba hadapinya melalui
sisi ini :

• Jika penerbangan tertunda 3 jam, keep calm & always
berzikir.

• Jika beg pakaian ‘hilang’ di lapangan terbang 2 hari,
bertenanglah & anggap sahaja Tuhan sedang jalankan
proses ‘kifarah’, ‘delete’ dosa silam kita melaluinya.

219

UMRAH KE LANGIT, UMRAH KE LAUT

• Jika bilik hotel tiba-tiba ditukar ke bilik kurang selesa
dari yang sepatutnya, tersenyumlah. Bandingkan
bilik kita itu dengan rumah Nabi s.a.w yang begitu
sederhana. Tentu kita terus malu nak ‘komplen’
sana-sini.

Begitulah seterusnya. Dalam ertikata lain, antara misi kita
menunaikan umrah adalah untuk ‘membunuh’ biawak. Belajar
untuk menata hati agar sentiasa berfikir positif. Belajar mengawal
fikiran agar sentiasa melihat sisi baik berbanding sisi buruk. Belajar
mengkaji & bertanya sebelum menuding jari.

Jika perkara ini berjaya dilakukan, anda benar-benar membawa
ole-ole terbaik apabila pulang ke Malaysia. Hadiah berupa pemikiran
positif. Barulah anda akan rasa umrah begitu bermakna sebab, Tuhan
sedang upgrade diri anda ke tahap lebih tinggi : tahap nafsu
mutma’innah. Hati yang tenang. Nafsu yang berjaya dijinakkan.
Emosi yang sentiasa sabar & syukur kerana fokusnya adalah redho
Ilahi.
Nafsu yang pasti ditempatkan di syurga :

‘Wahai orang yang memiliki
(nafsu) jiwa tenang.

Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang redha-meredhai.
Masuklah kamu ke dalam kumpulan
hamba-hambaKu yang bahagia dan

masuklah ke dalam SyurgaKu’.
(Surah Al-Fajr, ayat 27-30)

220


Click to View FlipBook Version