The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by auntyeat1977, 2021-08-11 12:15:05

EBOOK MBM

EBOOK MBM

HAKCIPTA TERPELIHARA

Hak cipta terpelihara. Semua idea adalah milik asal penulis.
Semua bahagian dalam cerita ini tidak boleh ditukar dan
diterbitkan kembali dalam mana-mana bentuk tanpa izin.
Plagiarisme adalah satu kesalahan besar dan dilarang

sekerasnya. Tindakan akan diambil sekiranya berlaku sebarang
peniruan, jiplak atau pengambilan isi secara elektronik,

fotokopi, mekanik, rakaman dan lain-lain tidak dibenarkan
tanpa kebenaran penulis. Sekiranya berlaku ia adalah sebuah
kesalahan di sisi undang-undang dan Akta Hakcipta 1987.

Karya Ebook ini hak cipta terpelihara ini sepenuhnya oleh
MUM LINZ dan diminta mereka yang telah mendapat
ebook ini agar menjaga hak cipta dengan tidak meniru.

Mengedarkan dalam apa jua bentuk, menjual dan lain-lain yang
mendatangkan kerugian pada penulis. Kerjasama anda amat
dihargai.

Sebarang pembelian hanya boleh dibuat melalui penulis,
dropshipper atau seller.

blurb

Kata umi, “Ini jalan yang terbaik.”

Kata walid, “Rasa cinta boleh dipupuk dan
walid yakin Bibah mampu jadi isteri yang baik.”

Hubungan yang awalnya bermula daripada
orang gaji dan tuan muda akhirnya berakhir
dengan ikatan yang sah.

Hadeed cuba bahagiakan Habibah. Mereka
sama-sama cuba menerima dan memberi.

Segalanya berubah tatkala Zura datang
menuntut Hadeed. Katanya, Pak Syeikh itu
miliknya.

Maka Habibah kena bekerja keras untuk
pertahankan rumahtangga mereka.

Pak Syeikh ini miliknya dan akan dijaga
rumahtangga mereka hingga ke syurga walaupun
rumahtangga yang dibina ini bukan atas dasar
cinta. Malah dugaan yang datang melanda akan
ditempuh sehabis baik.

“Awak nampak seksi.” - HABIBAH

Pujian si isteri buatkan Hadeed sentiasa
menjaga aurat. Walaupun antara suami isteri tiada
batas aurat.

“Kenapa awak tengok saya macam tu?” - HADEED

“Tak ada sebab.” - HABIBAH

Lagi sekali Hadeed pucat. Isterinya sungguh
menakutkan. Ini ke perempuan yang awalnya
malu-malu hari tu? Atau ini jelmaan wanita lain?

Cinta bukanlah mencari pasangan yang
sempurna tetapi bila kita dapat menerima
pasangan dengan sempurna.

DEDIKASI

Selamat melayari ragam Pak Syeikh dan Bibah.
Semoga terhibur dengan kisah biasa-biasa dari

saya.
Terima kasih atas sokongan yang tak pernah
berkurangan buat saya. Tanpa korang semua

tiadalah saya.
Dan maaf atas segala kekurangan di dalam
ebook ini. Sesungguhnya yang baik itu datang
dari Dia dan yang buruk itu datang dari saya

sendiri.

Muah ciked,

Mum Linz

prolog

Kompang dipalu,
Pengantin baru,
Duduk bersanding,
Tersipu malu,
Kompang dipalu,
Pengantin malu,
Moga bahagia,
Ke anak cucu,

“ABANG DEED! Unggulah Anul.
Akap nak ain tawin-tawin?”
“Abang nak buat mahkota untuk
Anul dulu. Anul nak tak?”
“Nak. Nak.” Petah si kecil yang berusia 4

1

mr. beardy man

tahun itu menjawab.

Si lelaki lilitkan beberapa kuntum bunga
raya yang dia petik tadi dengan lingkaran dawai.
Dawai itu dia jumpa semasa bermain pagi tadi.

Sebaik saja ‘mahkota’ yang dia buat itu siap,
lantas diangkat dan ditunjukkan kepada si kecil di
depannya.

“Cantik tak?”

“Antiknya!”

Teruja si kecil berbaju gaun merah jambu
itu menjawab. Tangan ditepuk-tepuk seperti tak
sabar nak pakai mahkota yang dibuat Abang
Deednya.

Lantas si lelaki letakkan mahkota yang
dibuat itu ke atas kepala si kecil yang comel
berambut tocang dua.

“Suka?” Soalnya lagi.

“Uke cangat.” Si kecil itu bersorak suka.
Gadis sebesar itu, memang suka dengan mahkota,
bunga dan pakaian cantik. Seperti puteri kononnya.

Si lelaki tersenyum senang.

2

MUM LINZ
“Nanti bila abang dah besar, abang cari
Anul. Kita kahwin. Abang bagi mahkota lagi cantik.”
“Nak! Nak!” Si kecil semakin teruja.
“Abang Deed janji?” Si kecil sua kelengkeng.
Pinky promise.
“Janji.” Dan si lelaki menyambut kelengkeng
si kecil.
Janji dipateri.

3

bab 1

“ASSALAMMUALAIKUM!”
Sayup-sayup kedengaran orang
memberi salam dari depan
rumah. Terhenti seketika kerja membersihkan
ikan yang sedang Puan Nafsah lakukan.
“Bibah, tolong ambilkan karpet dekat depan
tu. Rasanya Pak Syeikh tu dah datang hantar.”
“Syeikh? Karpet? Mak ada beli karpet ke?”
Berkerut kening Habibah. Maknya suka sangat buat
kejutan. Entah bila masa mak pergi beli karpet itu
pun, dia tak tahu.
“Yalah. Sebab tu mak suruh Bibah pergi
tengok dekat depan tu. Nanti balik pula dia. Tangan
mak bau hanyir ni.”

4

MUM LINZ

Puan Nafsah tunjuk tangannya yang
berlumuran darah ikan. Kerja dia menyiang ikan-
ikan untuk stok lauk beberapa hari itu masih
belum selesai.

“Yalah, yalah.”

Habibah bangkit dari kerusi dan tinggalkan
buah jambu yang baru saja dia dapat segigit. Sambil
melangkah mendaki anak tangga dari dapur ke
ruang tamu, mulutnya terkumat-kamit merungut
marahkan ‘Pak Syeikh’ yang datang tak kena masa.

“Hish... Pak Syeikh ni, time macam inilah
dia nak hantar karpet. Orang tengah sedap makan
buah ni, dia kacau daun pula.”

Habibah jilat hujung jarinya yang masih
bersisa serbuk asam. Sedap betul bila jambu cicah
serbuk asam. Memang terangkat!

“Assalamualaikum!”

Mendengar suara orang memberi salam
buat kali kedua dari depan rumah, semakin laju
Habibah membuka langkah.

“Ya, waalaikumussalam.” Jawab Habibah
seraya menjenguk ke halaman.

5

mr. beardy man

Nak juga dia melihat siapa gerangan ‘Pak
Syeikh’ yang disebut Puan Nafsah tadi. Manalah
tahu kalau lelaki itu kacak, bolehlah cuci mata
nanti.

“Adik, ini karpet mana mahu letak?”

“Allah...”

Meremang roma Habibah tatkala melihat
wajah Pak Syeikh itu. Fikirnya tadi Pak Syeikh Mat
Arab. Dah terbayang-bayang macam Omar Borkan
tadi. Tapi rupa-rupanya Mat Pakistan yang penuh
bulu.

“Letak aje di situ. Nanti saya bawa masuk.”
Habibah memberi isyarat mata ke atas tangga.

“Baik, adik manis.”

Syeikh itu letakkan karpet yang dia pikul di
atas bahu tadi, ke atas anak tangga yang paling atas.
Dalam masa yang sama, Habibah sudah menjeling
meluat.

‘Dia panggil aku ‘adik manis’? Geli lubang
telinga aku.’

Spontan Habibah menggosok cuping
telinganya berkali-kali. Seolah-olah ada serangga

6

MUM LINZ

yang masuk ke dalam telinga.

“Adik manis banyak cantik. Kalau muka
adik manis tambah itu senyum, lagi cantik.”

“Dahlah. Tak payah nak adik manis sangat.
Mak saya dah bayar ke belum karpet ni?”

“Mak cik cakap itu masuk sama buku 555.
Nanti bayar.” Syeikh itu tersenyum lebar, menayang
giginya yang putih dan tersusun cantik.

“Apa-apa ajelah.”

Habibah berpusing ke belakang dan mula
mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Lagi
lama dia tengok muka Mat Pakistan itu, makin
kelabu matanya. Geli betul.

Mendengar deruman enjin kereta yang
semakin menjauh dari perkarangan rumah,
barulah Habibah kembali menjenguk ke luar.

“Adik manis konon.” Habibah menjuih bibir
sambil menjeling.

“Mana Pak Syeikh tu?”

Hampir terlompat Habibah mendengar
suara Puan Nafsah.

7

mr. beardy man

“Hish... mak ni. Terkejut Bibah.” Tangannya
naik mengurut dada.

Puan Nafsah menggeleng. Anak daranya itu
memang kuat drama. Drama queen kata orang.

“Mana Pak Syeikh tu? Balik dah?” Sekali
lagi Puan Nafsah utarakan soalan yang sama.

“Dah baliklah Pak Syeikh tu.”

“Aduhai, mak baru ingat nak bayar duit
karpet ni separuh.” Duit yang digenggam kemas
dalam tangannya dipandang hampa.

“Banyak pula duit mak beli karpet ni?”

Habibah kerling tangan Puan Nafsah.
Selalunya Puan Nafsah cakap tak ada duit. Tapi kali
ini siap beli karpet pula. Ajaib.

“Lagi beberapa bulan nak puasa. Mak
teringin jugalah nak hias rumah sebelum raya
nanti. Taklah rasa kosong sangat.” Puan Nafsah
mengukir senyum sambil mata mengitari ruang
tamu rumahnya yang agak usang.

Rumah itulah satu-satunya harta
peninggalan arwah suaminya. Sejak arwah
meninggal, perabot dan barangan lain dalam
rumah itu tak pernah terusik.

8

MUM LINZ

Semuanya masih menggunakan perabot
yang sama. Malah kedudukan perabot juga tidak
berubah. Hati Puan Nafsah seakan mati untuk
melihat rumah itu kembali berseri.

“Mak...” Habibah sentuh bahu Puan Nafsah
dan diusap perlahan.

“Mak nak hias apa lagi? Biar Bibah
usahakan.”

“Banyak duit Bibah?”

Ketawa Bibah mendengar soalan Puan
Nafsah yang seakan menyindir.

“Maklah yang tak bagi Bibah tolong mak di
warung tu. Kalau tidak...”

“Bibah...” Cepat Puan Nafsah mencantas
bicara anaknya. Tangan Habibah ditepuk lembut.

“Mak tak nak Pak Jalal datang situ
mengganggu Bibah.”

“Tapi mak...”

“Dahlah, Bibah. Jangan sebut lagi pasal tu.
Insya-Allah... nanti adalah rezeki Bibah di tempat
lain.” Puan Nafsah tersenyum lagi.

9

mr. beardy man

Lambat-lambat Habibah membalas
senyuman Puan Nafsah. Mungkin benar, rezekinya
ada di tempat lain.

“EH, bos ke yang pergi hantar karpet tadi?”
Melihat rupa Hadeed yang basah dengan

peluh, Rita segera menegur. Selalunya jarang lelaki
itu keluar dari kedai waktu-waktu begini.

“Yalah, sebab Abang Usman cuti. Kasem
pula hilang entah ke mana. Hari ni saya nampak
awak aje dalam kedai ni.”

“Ya ke?” Rita dah tersipu-sipu malu.
Seronok rasanya apabila bos kesayangan
hanya nampak dia saja hari ini. Tak sia-sia dia
berhias dan bersolek tebal. Niatnya memang nak
curi perhatian Hadeed. Untung-untung dapat jadi
isteri bos yang tampan itu.
“Ada lagi ke karpet yang nak kena hantar
hari ni?”
“Tak ada dah, bos. Yang tadi itulah last
delivery untuk hari ni.”

10

MUM LINZ

“Alhamdulillah. Penat dah saya.” Hadeed
melabuhkan duduk di atas sofa dalam pejabatnya.
Peluh yang merenik di dahi, diseka perlahan.

Rita tersenyum melihat raut wajah lelaki
pujaannya. Biarlah dalam peluh pun, lelaki itu
tetap nampak sempurna di mata gadis itu. Kacak!

“Awak tengok saya macam tu, dah kenapa?
Ada apa-apa yang pelik di muka saya ke?” Hadeed
meraba mukanya sendiri.

“Tak adalah, bos. Saya tengok bos ni, makin
hari... makin kacaklah. Macam biasa.”

Hadeed tersenyum sambil menundukkan
kepala. Rita memang suka sangat memuji. Sejak
seminggu dia gantikan tempat walid, ada saja ayat-
ayat manis yang Rita ucapkan tanpa segan silu.

“Awak tak perasan ke yang muka saya ni
macam penyangak dah? Tak sempat nak shave
lagi jambang yang tebal ni.” Hadeed melurut
jambangnya yang berselerak.

Sebenarnya dia sendiri pun rimas dengan
bulu-bulu kasar yang melata di rahang dan bawah
lehernya itu. Tapi nak buat macam mana, sibuk
punya pasal sampai nak kemaskan diri pun tak ada

11

mr. beardy man

masa.

“Ya ke? Saya tengok elok aje. Sesuai dengan
raut wajah bos. Handsome.” Puji Rita lagi.

Hadeed menggeleng kecil.

“Sudahlah tu, Rita. Awak pergilah sambung
kerja dulu. Saya nak rehat sekejap. Nak keringkan
peluh ni.”

“Baik, bos.” Terus Rita angkat kaki dan
tinggalkan Hadeed di situ.

Hadeed menyandarkan tubuh tegapnya ke
dada sofa. Lengannya diangkat dan diletakkan ke
dahi. Mata terkebil-kebil memandang kipas yang
sedang berputar ligat.

Penat apabila sedari pagi dia keluar
menghantar karpet kepada semua pelanggannya.
Letih juga rupanya bila sesekali buat kerja macam
ini. Selalu dia hanya duduk di dalam bilik berhawa
dingin sahaja.

Buat seketika, Hadeed memejamkan mata.
Batang hidungnya yang mancung itu turut dipicit
perlahan.

“Bos, teh ni.”

12

MUM LINZ

Terbuka luas mata Hadeed mendengar
suara Rita. Pandangannya jatuh pada cawan yang
dibawa Rita.

“Letak aje di situ. Nanti saya minum.”

“Okey, bos. Nanti minum tau. Saya buat
teh special untuk bos.” Rita letak cawan yang
dibawanya ke atas meja kecil di ruangan itu.

“Yalah. Thanks, Rita.”

“Welcome, bos.”

Tatkala batang tubuh Rita semakin
menjauh, Hadeed kembali memejamkan mata. Dia
benar-benar penat. Macam manalah walid mampu
uruskan kedai karpet ini selama bertahun-tahun?

Tiba-tiba saja dia rasa beruntung kerana
hanya menggantikan tempat walid untuk
sementara. Buatnya dia kena kerja di sini seumur
hidup, kejunglah dia.

Dia langsung tak berminat dengan kedai
karpet ini. Tetapi dia tahu, kedai inilah yang
menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Hasil dari kedai ini jugalah yang
membuatkan dia mampu menyambung pelajaran

13

mr. beardy man

hingga ke luar negeri. Kedai ini adalah segala-
galanya bagi walid.

Dalam berfikir, aroma teh chamomile wangi
yang dibancuh Rita tadi, menusuk masuk ke lubang
hidung. Mata yang terpejam tadi, kembali tercelik
luas. Lantas cawan di atas meja itu dicapai. Air teh
yang masih berasap dihembus sedikit sebelum
dicicip perlahan.

“Sedap.” Gumam Hadeed bersama
senyuman yang bergayut di bibir merahnya. Hilang
seketika rasa kering tekak.

Rita macam tahu-tahu saja yang dia seorang
‘hantu teh’. Kalau orang lain ketagih kopi, tetapi dia
ketagih dengan teh. Lagi-lagi teh buatan air tangan
umi. Tiada tolok bandingnya. Nikmat itu sehingga
ke titisan terakhir.

Lagi sekali teh dari Rita itu dihirup. Sedikit
segar tubuhnya yang lemau tadi. Mungkin benar
kata orang, teh chamomile mampu tenangkan
fikiran.

14

bab 2

“HADEED mana? Belum balik lagi
ke?” Soal Hajah Norliza kepada
suaminya yang ralit membaca
surat khabar.
Awal-awal pagi lagi Hadeed sudah keluar
rumah tanpa sempat bersarapan. Sekarang dah
lewat petang pun, masih belum nampak batang
hidung anaknya itu.
“Mungkin dia sibuk sikit. Usman cuti hari
ni.”
“Oh, patutlah.”
Hajah Norliza melabuhkan duduk di
sebelah suaminya setelah meletakkan dulang
berisi kudapan dan minum petang di atas meja

15

mr. beardy man

kopi.

Haji Syeikh Zakir melorek senyum, tetapi
matanya masih terarah pada surat khabar di
tangan. Tekun membaca berita tentang kes Covid
yang semakin mengganas. Dari pagi dia belum
sempat nak baca surat khabar.

“Biarlah dia buat kerja sikit. Dia tu tak biasa
buat kerja berat. Asyik duduk office aje. Lepas tu
turun naik mahkamah.”

“Yalah, bang.”

Hajah Norliza turut tersenyum apabila
teringatkan anak tunggal mereka, Syeikh Hadeed.
Itulah buah hati, itulah penenang jiwa mereka.

“Umi, walid.”

Suara garau Hadeed yang menegur buatkan
kedua-dua orang tua itu berpaling serentak.

“Haa... panjang umur. Umi baru sebut
nama.” Hajah Norliza bangun menyambut anak
kesayangannya.

“Penatlah, umi.” Adu Hadeed. Terus dia
paut bahu Hajah Norliza.

Hajah Norliza tersenyum. Sudah biasa

16

MUM LINZ

dengan perangai anak bujangnya yang manja
walaupun sudah besar panjang begitu.

“Mari duduk dulu, makan cucur udang.”
Pelawa Hajah Norliza seraya duduk kembali di
sebelah Haji Zakir.

Hadeed membasuh tangan di singki
sebelum melabuhkan duduk bertentangan dengan
kedua-dua orang tuanya. Dia terus menjamah
cucur udang di atas meja. Perut yang tak lapar pun
boleh jadi lapar. Masakan uminya tak pernah tak
sedap.

Selesai Hadeed makan, Haji Zakir berdeham
sebelum mula bersuara.

“Ehem... Hadeed.”

“Ya, walid.” Hadeed teguk air Milo yang
sudah suam. Wajah tua walid dipandang tepat.

“Walid ada benda penting nak cerita
dengan Hadeed.”

“Serius aje bunyinya. Hal apa, walid?”

Hadeed letak cawan berisi Milo ke atas
meja. Tumpuan sepenuhnya diberikan kepada Haji
Zakir.

17

mr. beardy man

“Hadeed ingat tak Mak Cik Nafsah?”

“Siapa tu, walid?” Terangkat kening Hadeed.
Macam pernah dengar, tapi dia ingat-ingat lupa.

“Dulu kalau Hadeed ingat, Hadeed pernah
pergi ke rumah dia. Mak Cik Nafsah tu ada seorang
anak perempuan. Bibah namanya.”

Hadeed menggeleng. Dia langsung tak
ingat. Siapa Bibah?

“Hmm... tadi Hadeed ada hantar karpet ke
rumah dia, kan?” Soal Haji Zakir lagi.

Makin dalam kerutan di wajah Hadeed.
Tadi? Rumah yang mana satu? Hari ini dia ada pergi
4 buah rumah. Semua rumah nampak mewah,
kecuali rumah kayu yang terakhir tadi.

“Rumah kayu warna hijau tu ke? Mak cik
yang beli karpet tapi belum bayar tu ya?”

Samar-samar wajah perempuan yang dia
panggil sebagai ‘adik manis’ tadi bergentayangan
di ruang mata.

“Betullah tu.”

“Kenapa dengan dia, walid?”

18

MUM LINZ

“Mak Cik Nafsah tu balu. Anak dia tu pula...
belum ada kerja lagi.” Giliran Hajah Norliza pula
memulakan cerita.

“Umi nak Hadeed bagi dia kerja ke?” Serkap
Hadeed.

“Ya.”

“Tapi mana ada kerja kosong di kedai tu
sekarang ni.”

“Buatkan satu jawatan untuk dia.” Sampuk
Haji Zakir, serius.

“Kenapa umi dan walid beria sangat nak
tolong dia? Sebelum ni... tak pernah pula Hadeed
dengar umi atau walid sebut nama tu.”

“Ada aje. Mungkin Hadeed yang tak perasan.
Biasanya walid sedekahkan duit melalui orang
masjid untuk keluarga tu. Jadi dia orang tak tahu,
duit itu dari kami.”

“Kenapa, umi?” Berkerut dahi Hadeed.

“Cerita ni dah lama, Hadeed. Kami rasa
bersalah, sampailah sekarang.” Hajah Norliza
melepaskan keluhan panjang seolah terimbau
kenangan lalu.

19

mr. beardy man

“Dulu arwah suami Mak Cik Nafsah
itulah yang selamatkan walid masa kemalangan.
Tapi...” Haji Zakir menarik nafas panjang sebelum
menyambung cerita.

“Dia pula yang terkorban. Kereta walid
meletup.”

“Allahu Akbar! Inna lillahi wa inna ilaihi
raji’un.” Terkedu Hadeed. Kenapa dia tak pernah
tahu tentang perkara ini?

“Kami tak pernah cerita kepada sesiapa
pun. Hanya umi, walid dan Mak Cik Nafsah saja yang
tahu cerita ni. Kami simpan semua ni bertahun-
tahun. Walid rasa bersalah sangat, Hadeed.”

Sugul raut wajah Haji Zakir. Rasa
bersalahnya semakin menghantui apabila melihat
betapa susahnya Nafsah mahu meneruskan hidup
tanpa ketua keluarga.

“Mak Cik Nafsah tu tak pernah nak terima
bantuan walid. Walid terpaksa hulur bantuan
sembunyi-sembunyi macam ni. Hadeed boleh ke
tolong walid?”

Hadeed terdiam mendengar permintaan
Haji Zakir. Akalnya mengambil masa untuk

20

MUM LINZ

memproses cerita yang baru dia dengar.

Boleh juga dikatakan lebih kepada terkejut
sebenarnya. Tak sangka umi dan walid ada
rahsiakan cerita sebegini dari pengetahuannya.

“Macam mana? Boleh ke?” Soal Hajah
Norliza apabila melihat anaknya lama terdiam.

“Demi walid dan umi... semuanya boleh.
Insya-Allah, Hadeed akan usahakan.” Hadeed
tersenyum segaris.

“Hadeed ada cadangan ke nak bagi dia
kerja apa?” Haji Zakir memandang wajah anaknya.

“Kalau Hadeed tak ada idea lagi, bagi aje
dia temankan umi di rumah ni.” Usul Hajah Norliza
dengan senyum bergayut di bibir.

“Maksud, umi?”

Mata Hadeed memanah wajah uminya
menunggu jawapan. Begitu juga dengan Haji Zakir.
Wajah putih bersih si isteri menjadi santapan mata.
Dia juga mahukan jawapan.

“Umi perlukan teman berbual. Lagipun
umi dah tua, tak larat nak buat semua kerja-kerja
rumah. Mungkin umi patut cari pembantu.”

21

mr. beardy man

“Tapi Cik Ani tu kan ada, umi.”
Pelik juga Hadeed mendengar alasan Hajah
Norliza itu. Sememangnya di rumah mereka sudah
ada seorang tukang masak. Merangkap sebagai
teman berbual dan pembantu rumah juga.
“Cik Ani tu selalu tak sihat. Umi serba salah
nak minta dia masak macam-macam.”
“Okey juga cadangan awak tu, Liza.” Tiba-
tiba laju saja Haji Zakir bersetuju.
“Kalau macam tu... biar Hadeed uruskan
yang lain-lain. Umi dan walid serahkan saja pada
Hadeed.”
“Alhamdulillah.” Haji Zakir tersenyum lega.
Dia memang boleh harapkan Hadeed.
Akal Hadeed mula ligat berputar. Macam
mana dia nak buat supaya ‘adik manis’ itu agar
datang bekerja di sini?

USAI menunaikan solat isyak, Habibah membuka
naskah suci Al-Quran. Sudah banyak hari dia tidak
sedekahkan bacaan surah-surah dari naskah suci

22

MUM LINZ

itu kepada arwah abah.

“Bismillahirrahmanirrahim...” Habibah
memulakan bacaan. Lunak dan merdu suaranya
mengalunkan surah-surah pendek.

Puan Nafsah yang kebetulan lalu di depan
bilik anaknya, menghentikan langkah. Bibir
mengukir senyum mendengar suara merdu si
anak. Ya, anaknya memang pandai mengaji.

Walaupun Habibah tak sempurna dari
segi menutup aurat, tapi baginya Habibah cukup
pandai menjaga diri. Tapi disebabkan pakaian
Habibah yang kadangkala tak cukup kain itulah,
membuatkan Pak Jalal si mata keranjang itu
mengejar anak daranya. Teringatkan Pak Jalal, hati
mula terasa panas.

“Hish... geram pula aku.” Puan Nafsah
menggumam sendiri.

“Mak? Mak ke tu?”

Puan Nafsah menyelak kain langsir yang
menjadi tirai bilik Habibah.

“Boleh mak masuk?”

“Masuklah, mak.”

23

mr. beardy man

Habibah bangkit dari sejadah. Al-Quran
sudah diletakkan ke atas tilam, manakala kain
telekung yang membalut tubuhnya dibuka dan
dilipat kemas. Dalam masa yang sama, Puan Nafsah
sudah melabuhkan duduk di atas katil.

“Kenapa, mak? Nampak lain aje hari ni.”
Habibah turut duduk di sebelah Puan Nafsah.
Jemari berkedut Puan Nafsah dicapai dan diusap
lembut.

“Mak okeylah, Bibah. Cuma bila dengar
Bibah mengaji, hati ni rasa sayu.”

“Sedap sangat ke Bibah mengaji?” Habibah
tersenyum.

“Sedap. Mak suka dengar.”

“Alhamdulillah.”

Puan Nafsah menarik jemarinya yang
berada di dalam genggaman Habibah. Rambut
panjang mengurai milik Habibah disentuh dan
dilurut penuh kasih.

“Kalaulah Bibah tutup mahkota yang satu
ini.”

“Mak, Bibah belum bersedia lagilah.” Cantas

24

MUM LINZ

Habibah, laju. Ini bukan kali pertama Puan Nafsah
menyebut tentang bertudung.

Puan Nafsah tersenyum tawar. Susah
benar mahu menyuruh Habibah menutup apa
yang sepatutnya diwajibkan ke atas semua wanita
muslimah.

“Mungkin kalau Bibah menutup aurat
dengan sempurna, Pak Jalal tu takkan dekat lagi
dengan Bibah.”

“Nantilah. Hati Bibah belum terbuka lagi,
mak. Sekarang ni Bibah tak rasa lagi nak buat
semua tu. Bibah takut kalau Bibah buat sebab
terpaksa, nanti tak kekal lama.”

“Yalah. Mak cuma mampu doakan yang
terbaik buat anak mak ni. Semoga Bibah terlindung
dari pandangan jahat mata keranjang lelaki-lelaki
di luar sana.”

“Hish... mak ni. Sengaja nak buat Bibah
takut, kan?” Habibah menjeling manja sebelum
kepalanya direbahkan ke bahu Puan Nafsah.

“Mak bukan nak takutkan Bibah. Mak cuma
nak ingatkan aje. Tak nak apa-apa menimpa Bibah
di kemudian hari. Mak dah tak ada orang lain selain

25

mr. beardy man
Bibah.”

“Bibah pun cuma ada mak aje. Bibah
sayangkan mak.” Habibah peluk lengan Puan
Nafsah dengan erat.

‘Bibah... Bibah. Tak pernah tak manja.’ Puan
Nafsah tersenyum lebar.

26

bab 3

“BIB...”
“Hmm...”
“Bib...”
Habibah tidak memberi tindak balas.
“Oi... Bib!”
“Hmm...” Habibah hanya menggumam
malas. Fikirannya menerawang jauh teringatkan
Puan Nafsah.
“Bib!” Zura tampar pula bahu Habibah.
Geram betul dia dengan Habibah yang asyik
menggumam saja sedari tadi.
“Aduh! Sakitlah!” Habibah menggosok bahu
dengan mata mencerlung pada Zura yang sudah

27

mr. beardy man

duduk di sebelahnya.

Zura kawan baik Habibah yang sama-
sama menjadi penganggur terhormat di kampung
ini. Dulu mereka belajar di universiti yang sama
sampai ke peringkat ijazah.

Belajar tinggi-tinggi pun kena tanam
anggur. Zaman sekarang semuanya perlukan
pengalaman. Bukan semudah menyebut A, B, C
untuk mendapatkan kerja yang menjadi idaman
ataupun yang setaraf dengan sijil yang ada.

“Kau tu dah macam orang pekak. Aku
panggil macam nak pecah suara, kau asyik sangat
feeling sorang-sorang. Nak kata ada buah hati, tak
ada pula.”

“Aku tengah fikir pasal masa depanlah.
Sampai bila kita nak macam ni?” Luah Habibah
sambil melepaskan keluhan panjang.

Mata yang beralis lentik itu terhala pada
lautan yang terbentang luas di depan mereka.
Damai. Di sinilah dia selalu menenangkan
fikiran yang berserabut. Untung juga rumahnya
berdekatan dengan pantai.

“Maksud kau?”

28

MUM LINZ

“Kita hanya duduk rumah, tak kerja sampai
sekarang. Aku kesian dengan mak aku.”

“Tapi kau ada tolong mak kau masak juga,
kan?”

“Yalah. Tapi kalau boleh, aku tak nak
tengok mak aku kerja di warung tu lagi dah. Aku
nak tengok dia duduk rumah aje. Tak payah keluar
meniaga.”

“Dah tu... kau ajelah yang keluar meniaga.
Gantikan tempat mak kau tu. Biar dia pula yang
duduk rumah.” Zura suarakan cadangan.

“Kau ni, macamlah tak kenal mak aku
macam mana.” Sekali lagi Habibah lepaskan
keluhan panjang.

“Hmm... betul juga.” Terangguk-angguk
kepala Zura.

Zura tahu Mak Cik Nafsah tak bagi Habibah
ikut meniaga disebabkan Pak Jalal yang gilakan
Habibah itu. Bila Habibah ada di warung, sibuklah
Pak Jalal datang menempel menayang muka.

“Patutnya mak kau buat tak tahu aje. Lama-
lama diamlah orang kampung tu. Sampai bila
mereka nak mengata? Bukan kau yang pergi goda

29

mr. beardy man

Pak Jalal tu, tapi Pak Jalal tu yang gatal teringin nak
peristerikan kau. Nak pucuk muda sedangkan bini
dah ada 3. Dasar orang tua miang!” Termuncung-
muncung mulut Zura mengata Pak Jalal.

Tergelak Habibah melihat reaksi Zura.
Emosi terlebih macam tengah datang bulan.

“Eh... gelak pula dia.” Zura siku lengan
Habibah.

“Kau tu sampai termuncung-muncung
mulut mengata orang tua tu. Rasa kelakar pula.”

“Aku kalau teringatkan Pak Jalal gatal tu,
rasa macam nak tenyeh aje anu dia dengan cili api.”

Makin kuat ketawa Habibah. Zura benar-
benar menceriakan harinya. Namun tidak bagi
Zura. Jelingan tajam dihadiahkan buat si teman.
Geram.

“Kau ketawa macam langsuir tu, dah
kenapa?”

“Ikut suka akulah. Mulut aku.” Balas
Habibah selepas ketawanya reda.

“Dahlah cerita pasal Pak Jalal miang buluh
tu. Kembang dah tekak aku sebab sebut nama dia.

30

MUM LINZ

Sebenarnya tujuan aku cari kau sampai ke sini...
sebab nak cerita pasal kedai karpet tu.”

“Kedai karpet? Kenapa dengan kedai tu?”

“Ada kerja kosong. Kau nak try apply tak?”

“Kerja kosong? Jadi apa? Gantikan baiya
yang hantar karpet tu ke?” Bertalu-talu soalan
keluar dari mulut Habibah.

“Bukanlah! Kau ni pun... agak-agaklah.
Takkan nak ganti baiya tu pula. Tak silap aku, jadi
kerani. Kau nak try tak?”

“Kenapa suruh aku apply? Kau tak nak
apply sekali ke?”

Hati Habibah semakin musykil sedangkan
mereka sama-sama penganggur. Baik benar hati
Zura sampai sanggup beri peluang dia seorang
yang memohon kerja itu.

“Aku memang nak kerja. Tapi aku rasa kau
lebih memerlukan kerja tu daripada aku.” Zura
tarik senyum dengan kening terangkat.

Habibah termenung lagi. Kali ini fikirannya
teringatkan ‘Pak Syeikh’ yang datang menghantar
karpet ke rumahnya dua hari lepas.

31

mr. beardy man

Tatkala matanya terbayang rupa ‘Pak
Syeikh’ itu, terus romanya berdiri tegak. Geli
sungguh. Janganlah dia kena kerja dengan Pak
Syeikh itu pula.

“YA ALLAH, handsomenya. Macam tu kau kata Pak
Syeikh bulu?”

“Kau tengoklah bulu-bulu dekat lengan dia
tu. Boleh pintal jadi tocang tau.”

Habibah buat gaya geli-geleman, walaupun
Syeikh yang dia nampak sekarang dah tak sama
dengan Syeikh yang dia nampak minggu lepas.

Syeikh di depan matanya ini kelihatan lebih
kemas. Jambangnya juga seakan tersisir rapi. Tak
macam yang datang hantar karpet ke rumahnya
sebelum ini.

Pemuda yang datang hantar karpet itu
jambangnya berselerak dan agak tebal. Sampaikan
bibir dengan lubang hidung pun tak nampak.
Hilang ditelan jambang yang meliar.

“Tak kesahlah boleh pintal ke, boleh sanggul

32

MUM LINZ

ke... yang aku tahu, Syeikh ni memang handsome.”
Mata Zura masih terpaku pada figura tubuh tegap
yang berdiri lebih kurang 2 meter dari tempat dia
dan Habibah duduk sekarang.

“Macam tak pernah tengok lelaki kacaklah
kau ni, Zura.” Habibah julingkan mata. Menyampah
dengan reaksi terlebih Zura itu.

“Memang tak pernah pun. Dengan anak
mata warna coklat tu, potongan jambang yang
kemas dan bersih. Fuh... dia betul-betul nampak
hot dan seksi. Lebih maskulin dan misteri.”
Melambung-lambung pujian Zura kali ini.

Mata Zura juga terkelip-kelip dengan
senyum melebar di bibirnya. Kedua-dua tangan
bertaut rapat ke dada. Seolah kanak-kanak yang
teringinkan sesuatu.

“Gediklah kau ni.” Habibah cubit lengan
Zura.

Aksi Zura itu betul-betul memalukan
Habibah. Apatah lagi ada orang lain juga yang turut
datang ke situ untuk ditemu duga. Tak pasal-pasal
dengan dia sekali orang dah pandang semacam.

“Cik Ainul Habibah!”

33

mr. beardy man

Mendengar namanya dipanggil, spontan
Habibah terbangun.

“Ya!”

“Cik boleh masuk ke bilik hujung sekali.”
Beritahu perempuan yang memanggil namanya
tadi sambil menunjukkan ke arah bilik yang
terletak di hujung ruangan menunggu.

Habibah mengangguk kecil seraya
tersenyum. Lalu kaki diatur melangkah ke arah
bilik yang jauh ke belakang. Terlindung dari
pandangan orang ramai yang menunggu di situ.

Sebaik saja berdiri di depan pintu bilik itu,
langkahnya terhenti. Nafas ditarik panjang untuk
mengurangkan debaran yang sedang menggila di
dalam dada.

Lalu fail yang dibawa sedari tadi, dipeluk
kemas. Doanya semoga temu duga dia sekejap lagi
berhasil. Dia dah tak sanggup melihat Puan Nafsah
bersusah payah meniaga nasi.

Tok! Tok!

Pintu bilik itu diketuk sebelum pintu
dibuka. Dengan lafaz bismillah, Habibah melangkah
masuk.

34

MUM LINZ

“Assalamualaikum, encik.” Sapa Habibah
apabila melihat seorang lelaki yang sedang tunduk
meneliti kertas kerja di atas mejanya.

“Waalaikumussalam.” Lelaki itu panggung
kepala.

Membulat mata Habibah. Pak Syeikh bulu?

“Cik Ainul Habibah.”

“Hah? Err... ya... ya saya.” Tergagap-gagap
Habibah menjawab.

“Duduk.”

Cepat Habibah tarik kerusi dan duduk.

“Fail?”

Habibah hulur fail dengan laju. Bagai
dipukau, dia hanya menurut. Dalam hati pula
penuh dengan tanda soal.

‘Ini Pak Syeikh yang sama ke? Kenapa cara
dia bercakap tak ada slanga macam Syeikh hari tu?
Yang hari tu asyiklah adik manis, adik manis. Yang
ini pula, nampak serius.’

“Hellooo!”

“Ooo... adik manis!” Terkejut Habibah

35

mr. beardy man

dengan tangan besar yang tergawang-gawang di
depan mukanya.

Cepat-cepat Habibah menekup mulut.
Macam mahu ditampar mulut sendiri apabila
dia sedar mata Pak Syeikh di depannya sedang
merenung dengan tajam.

“What did you just say? Adik manis?”

“Err... tak ada apa-apa, encik.” Laju Habibah
menggeleng.

“Masa interview kena fokus. Bukan
mengelamun, Cik Ainul Habibah.”

Terus Habibah teguk air liur. Sah, ini bukan
Pak Syeikh bulu yang datang ke rumahnya tempoh
hari. Ini Pak Syeikh garang!

“Introduce yourself, Cik Ainul Habibah.”

Sekali lagi Habibah teguk air liur. Betul ke
ini temu duga kerani? Kenapa tegang sangat? Dah
macam temu duga nak masuk askar pula rasanya.

“Kalau you rasa duduk dalam bilik ni sebab
nak berangan, you boleh keluar sekarang.” Serius
suara Pak Syeikh, membuatkan Habibah semakin
menggelabah.

36

MUM LINZ
“Maaf, encik. Saya...”
“Proceed. Kenalkan diri you.”
Kali ini Habibah tidak lagi kaku seperti tadi.
Dia akan pastikan dapat menjawab segala soalan
Pak Syeikh ini dan sekali gus mengisi jawatan
kerani itu.

37

bab 4

BARU sahaja Habibah bangun dari
kerusi, suara Pak Syeikh kedengaran
lagi.
“You boleh mula kerja minggu depan.”
Ternganga mulut Habibah. Hari ini temu
duga, hari ini juga dia diterima? Kagum pula dengan
diri sendiri. Hebatnya seorang Ainul Habibah.
“Alhamdulillah. Terima kasih, encik.”
Habibah menunduk hormat.
Rasa teruja juga sebenarnya. Tak sangka
dia akan diterima bekerja secepat ini. Sangkanya
Pak Syeikh itu akan menolak dia mentah-mentah
selepas kejadian berangan dan tak fokus sebentar
tadi.

38

MUM LINZ

“Hmm... sama-sama.” Pak Syeikh hanya
menunduk. Fokus dengan kertas yang berselerak.

“Waktu kerja dari 10.00 pagi sampai 5.00
petang, kan?”

“Tak. Dari 7.00 pagi sampai 6.00 petang.”

“Hah?” Membulat mata Habibah. Kenapa
lama sangat waktu kerjanya?

“Pukul 7.00 tepat, mesti dah sampai
ke rumah saya.” Beritahu Pak Syeikh itu tanpa
memandang ke arah Habibah.

“Rumah encik?”

“Yup.”

“Tapi saya minta kerja jadi kerani. Kenapa
saya kena pergi rumah encik pula?” Berkerut
kening Habibah.

“I interview you tadi untuk jawatan
pembantu rumah. Mestilah tempat pembantu
rumah tu... di rumah majikannya.”

“Pembantu rumah?” Naik seoktaf suara
Habibah.

Terkejut. Beria-ia dia berpakaian kemas

39

mr. beardy man

dan berhias cantik untuk temu duga ini, rupa-
rupanya untuk jadi pembantu rumah saja?

‘Zura, siaplah kau! Patutlah kau suruh aku
yang apply. Rupa-rupanya kau nak kenakan aku.’

Suara Habibah hanya terlontar di dalam
tekak. Nak mengelamun jauh, dia takut nanti kena
sergah lagi dengan Pak Syeikh garang ini.

“Ya. Nanti I share location rumah I.”

“Err... encik tinggal dengan siapa?” Terlontar
juga soalan itu dari mulut Habibah. Buatnya Pak
Syeikh itu duduk seorang diri, tak pasal-pasal kena
cekup pula.

“Parents.”

“Tadi yang ramai-ramai di luar tu, nak
interview jadi pembantu rumah juga ke?” Makin
lancar Habibah utarakan soalan.

“Tak. Itu untuk jadi tukang cuci kedai ni.
Atau... you nak jadi tukang cuci?”

Laju Habibah menggeleng.

“So, you can go now. Banyak kerja lagi
yang I nak buat ni.” Pak Syeikh tundukkan semula
wajahnya memandang kertas kerja yang bersepah

40

MUM LINZ

tadi.

Terdiam Habibah. Perlahan, dia mengeluh
lemah. Pembantu rumah pun pembantu rumahlah.
Janji dia tak menganggur. Bolehlah lepas ini dia beli
karpet raya untuk Puan Nafsah. Mesti Puan Nafsah
seronok.

“BIB... macam mana dengan temu duga kau? Okey
tak?” Soal Zura apabila sepanjang perjalanan
mereka, Habibah hanya diam membisu.

“Alah... kalau tak dapat tak apalah, Bib.
Nanti ada lagi peluang untuk kau cari kerja lain.
Kau janganlah susah hati, ya?” Zura tepuk-tepuk
bahu Habibah, cuba menenangkan kawannya itu.

Terus mata Habibah yang bercelak itu
bersinar garang. Gayanya macam nak ditelan
Zura hidup-hidup. Tangan sudah naik bercekak
pinggang.

“Kau tanya pasal temu duga aku? Kau tahu
tak aku temu duga jawatan apa tadi?”

Zura menggeleng dengan riak muka tak

41

mr. beardy man

bersalah.

“Pembantu rumah.”

“Apa? Kau serius ni, Bib?” Giliran Zura pula
yang terkejut.

“Kau nampak muka aku macam main-main
ke?” Nada tak puas hati kedengaran dari mulut
Habibah.

“Biar betul nak jadi pembantu rumah pun
kena temu duga.”

“Pak Syeikh kau itulah. Mana aku tahu
mahunya yang macam-macam.”

Terhambur ketawa Zura. Merah mukanya
ketawakan Habibah.

“Jadi... kau terima?” Soalnya dengan tawa
yang masih bersisa.

“Terimalah. Dari aku duduk rumah
menambah lemak perut, baik aku kerja.”

“Betul... betul... betul.” Zura ajuk gaya ‘Upin
& Ipin’ bercakap.

Melihat raut cuka getah Habibah, Zura siku
pula lengan gadis itu.

42

MUM LINZ

“Bib, Pak Syeikh tu siapa?”

Terus Habibah hentikan langkah. Tangan
bercekak pinggang sambil merenung wajah Zura
yang selamba itu.

“Dia tu bos kedai ni.”

“Bos? Owner kedai ni?”

“Ya.”

“Wah, untunglah. Kalau aku tahu, aku pun
sanggup jadi pembantu rumah dia.”

“Gatal juga kau ni, kan? Tapi betul ke kau
tak tahu yang aku temu duga tadi untuk jawatan
pembantu rumah?”

“Manalah aku tahu. Aku cuma baca kertas
yang ditampal dekat pintu masuk kedai tu aje.
Katanya, berminat untuk mengisi jawatan kosong.
Hubungi nombor yang tertera untuk maklumat
lanjut.”

Habibah membuang keluh. Langkah
kembali diatur dengan lemah.

“Dahlah. Tak payah mengeluh, Bib. Anggap
aje itu rezeki untuk kau. Pada masa yang sama...
kau boleh tolong dekatkan aku dengan Pak Syeikh

43

mr. beardy man

tu.”

“Kau ni, merenyam tahap kronik dah aku
tengok.” Habibah menjeling sebal. Tak habis-habis
dengan Pak Syeikh.

“Kau apa tahu? Kau bukannya pernah
bercinta pun.” Selar Zura.

Ya, Habibah tak pernah jatuh cinta atau
bercinta. Sepanjang mereka kenal, tak pernah dia
mendengar Habibah memuji mana-mana lelaki
pun.

Habibah mencebir bibir. Malas nak layan
perangai Zura yang mudah sangat jatuh cinta.
Pantang nampak lelaki kacak, terus aura gedik
dia sampai. Apatah lagi kalau pakej dengan tubuh
tegap dan ada harta. Lagi terujalah gadis itu.

“Nanti kau kerja dekat rumah dialah, ya?”

“Ya.”

“Syoknya, Bib. Ada satu kosong aje ke? Dia
nak pakai orang lagi tak?”

“Entah.” Habibah malas nak melayan. Lagi
dilayan, takut pula gatal Zura itu berjangkit.

“Kau tolong aku, Bib.”

44

MUM LINZ

“Tolong apa pula?”

“Tolong ambil gambar dia. Hari-hari tau.
Lepas tu WhatsApp bagi aku.” Zura tarik sengih
lebar. Miang.

“Kau dah gila, ya?”

“Bolehlah, Bib. Please...” Zura kerdip-kerdip
mata pula.

“Kau ingat aku ni apa? Photographer tak
berbayar?”

“Apa salahnya? Kau ambil gambar dia curi-
curilah. Jangan bagi kantoi.”

“Tengoklah macam mana nanti.”

Nak tak nak sahaja Habibah menjawab.
Sudahlah dia tengah susah hati kena kerja jadi
orang gaji. Sekarang Zura pula tak habis-habis lagi
dengan Pak Syeikhnya.

“Tinggi tak gaji Pak Syeikh tu bayar?”

“Allah! Aku lupa tanyalah.”

“Adoi, apalah kau ni. Patutnya itu soalan
pertama kau kena tanya bila dia beritahu kau bila
boleh mula kerja.”

45


Click to View FlipBook Version