mr. beardy man
Habibah buang keluhan lemah. Matanya
jatuh pada bihun yang masih berbaki. Kemudian
tangan naik mengusap perut yang sudah tegang.
“Kalau rasa kenyang, tinggalkan aje di
situ. Tutup dengan tudung saji. Nanti bila rasa
lapar, boleh sambung makan semula.” Tegur Hajah
Norliza yang baru keluar dari dapur. Kasihan pula
dia melihat Habibah yang kekenyangan.
“Baik, puan.” Habibah menunduk segan.
Lantas dia bangun dan mengambil tudung saji di
dapur.
Terpandangkan Hadeed yang bersandar di
tepi singki sambil minum air, cepat-cepat Habibah
bawa keluar telefon bimbitnya dari dalam poket
baju kurung. Dia sudah berjanji dengan Zura, maka
dia kena tunaikan.
Saat Hadeed berpaling ke tingkap, laju
butang kamera ditekan. Selesai kerjanya, laju dia
keluar dari situ sebelum ditangkap Hadeed buat
jenayah kecil itu.
“HADEED, tolong hantarkan Bibah ni
balik.”
96
MUM LINZ
Habibah nampak raut wajah Hadeed
berubah. Mungkin tak suka apabila tengah ralit
melayan Neftlix, tetapi kena berhenti separuh jalan
pula.
“Eh... tak payah susah-susah, puan. Bibah
boleh naik Grab. Lagipun bukannya jauh sangat.”
“Dah lewat petang ni, Bibah. Langit pun
gelap macam nak hujan. Lagipun Bibah lewat
balik sebab masakkan puding untuk kami, kan?”
Hajah Norliza rasa bersalah. Disebabkan dia yang
teringinkan puding jagung, buatkan Habibah
terlewat untuk balik.
Habibah pandang Hadeed yang duduk di
sofa. Melihat lelaki itu bangun dan menutup TV,
Habibah mengatur langkah ke pintu. Beg galas
yang dipegang sedari tadi, disangkutkan ke bahu.
“Terima kasih, puan.” Ujarnya sebaik saja
berdiri di sebelah kereta Hadeed.
“Sama-sama.”
Saat Hadeed melintasi tempat dia berdiri,
Hajah Norliza sempat menitip pesan buat si anak
teruna. Dia bertindak menjadi pemerhati dari
jenang pintu.
97
mr. beardy man
“Hati-hati bawa kereta tu, Hadeed.”
“Baik, umi. Ainul... masuklah.” Pelawa
Hadeed apabila melihat Habibah masih tercegat di
sebelah pintu keretanya.
Mendengar suara garau itu menegur,
barulah Habibah berani buka pintu kereta.
“Rumah dekat mana?” Hadeed memulakan
perbualan sebaik saja keretanya meluncur keluar
dari perkarangan rumah.
“Dekat simpang empat jalan nak ke...”
“Rumah kayu warna hijau tu, kan?”
“Haa... ya.” Balas Habibah seraya tersenyum.
Tetapi saat melihat dinginnya Hadeed,
Habibah kemam bibir. Nampaknya lebih baik dia
diam. Hadeed langsung tak nampak berminat
untuk berbual dengannya. Lelaki itu hanya fokus
pada jalan di depan.
“You curi-curi ambil gambar I, kan?” Tiba-
tiba Hadeed bersuara. Dia mengerling wajah
Habibah di sebelahnya sebentar sebelum tumpuan
kembali terarah pada jalan raya.
Terbuntang mata Habibah. Tak sangka
98
MUM LINZ
soalan itu yang akan keluar dari mulut Hadeed.
“Taklah, mana ada.” Nafi Habibah sambil
memeluk rapat beg galasnya ke dada.
Dia cuba buat-buat selamba sedangkan di
dalam dada sudah mahu meletup. Takut. Macam
mana Hadeed boleh tahu?
“I nampak apa yang you buat. You jangan
nak tipu I pula.”
“Betul, encik. Saya tak...”
“You like me, right?” Serkap Hadeed.
“Eh... bukan.” Menggelabah Habibah. Bukan
dia, tapi Zura.
“Habis tu, sebab apa you ambil gambar I?
Untuk buat collection?”
“Bukan. Saya cuma...” Habibah hentikan
kata. Tali beg galasnya dipintal-pintal. Akal ligat
mencari jawapan.
“Cuma?” Hadeed angkat kening. Dia mahu
tahu sebab Habibah curi-curi tangkap gambarnya.
Malah lebih dari sekali.
Habibah tarik nafas panjang. Adakah dia
99
mr. beardy man
patut berterus-terang?
“Sebenarnya... kawan saya... dia...”
“Kenapa dengan kawan you?”
“Dia minta saya ambil gambar encik.”
“For what?”
“She like you.”
“So, you ambil gambar I untuk dia?”
“Ya, encik.”
Kemudian Habibah sudah tak berani untuk
bersuara apabila Hadeed tiba-tiba mendiamkan
diri. Dia takut untuk menegur. Lelaki itu bukan jenis
yang banyak cakap. Malah lelaki itu selalu serius.
Tak pernah lagi dia melihat lelaki itu tersenyum.
“Kita dah sampai. You tak nak turun?”
Soalan Hadeed menyedarkan Habibah dari
terus khayal.
“You patut kurangkan hobi mengelamun
you tu. Bahaya. Dan tak bagus untuk kesihatan.”
“Hah? Saya...”
“I cuma nasihatkan you. Stop dreaming, Cik
100
MUM LINZ
Ainul Habibah.” Cantas Hadeed sebelum sempat
Habibah habiskan ayat.
Malu dengan teguran itu, Habibah
menundukkan muka. Rasa seperti dia ini pekerja
yang teruk. Kuat berangan.
“How about you get some rest? I pun nak
balik ni.”
Pantas Habibah buka tali pinggang
keselamatan dan terus keluar dari kereta itu tanpa
memandang ke arah Hadeed. Pintu kereta Hadeed
juga ditutup rapat. Belum sempat dia mengucapkan
terima kasih, kereta itu sudah menderu laju keluar
dari kawasan rumahnya.
Melihat kereta Hadeed semakin menjauh,
Habibah meraup muka. Dia sudah rosakkan
persepsi Hadeed padanya. Mesti Hadeed fikir dia
jenis tak serius bekerja dan kuat berangan.
Spontan, bibir meluahkan keluhan panjang.
Ini semua sebab Zura. Kalaulah dia tak ambil
gambar Hadeed, mesti semua ini takkan berlaku.
Kaki diatur longlai menuju ke rumah. Tiba
di depan tangga, dia melabuhkan duduk di situ.
Termenung memikirkan apa agaknya tanggapan
101
mr. beardy man
Hadeed. Dari cara lelaki itu bercakap dan
memandangnya, dia dapat rasakan yang Hadeed
tak sukakan dia.
Tanpa sedar dia sudah jauh memikirkan
tentang lelaki itu. Lelaki yang sepatutnya tiada
dalam senarai lelaki pilihan hati.
102
bab 10
“BIBAH, siapa hantar tadi?” Tanpa
salam, Zafril terus menyerbu.
Mukanya sudah tegang
semacam.
Tersentak Habibah yang ralit memerhatikan
anak ayam di depan rumahnya. Nampak comel
jalan berkumpulan bersama ibu ayam. Serupa
selonggok keju berjalan pun ada juga kerana
semuanya berbulu kuning.
“Tadi? Ooo... dia anak majikan Bibah.
Kenapa?”
“Sampai kena berhantar? Dah tak pandai
balik sendiri? Ataupun susah sangat ke nak call
abang?”
103
mr. beardy man
Terangkat kening Habibah. Apa kena
dengan Zafril ini? Meroyan ke? Atau dah tersampuk
jin masa dalam perjalanan ke sini? Maklumlah,
sekarang pun dah rembang senja.
“Yang abang datang sini nak marah-marah,
dah kenapa?”
“Abang ambil berat pasal Bibah. Tak elok
duduk berdua-duaan waktu senja macam ni.”
“Habis tu... abang datang sini time nak
maghrib ni, eloklah?” Habibah pulangkan sindiran
pedas kepada Zafril.
Sungguh, dia menyampah dengan pemuda
bernama Zafril ini. Dia sudahlah tengah tak ada
mood, Zafril pula datang sini hamburkan ayat yang
tak sepatutnya. Memang minta nahaslah.
“Abang cakap pasal Bibah dengan jantan
tadi! Bukan cerita tentang abang!” Zafril kepal
penumbuk hingga urat-urat di lengannya timbul.
Nada suaranya juga turut berubah.
“Macam nilah, abang. Apa kata abang balik
dulu? Tak elok senja-senja bertenggek di rumah
orang. Syaitan banyak.” Habibah bangkit dari atas
tangga dan berpaling untuk masuk ke rumah.
104
MUM LINZ
Malas nak melayan angin Zafril.
“Huh, baru jadi orang gaji... dah nak
berlagak!” Rengus Zafril.
Habibah pejam mata dan menarik nafas
panjang. Kesabaran yang sudah senipis kulit
bawang, cuba dicari. Nanti tak pasal-pasal ada juga
yang makan kasut saiz 6 di sini. Lalu dia berpusing
semula ke belakang dan wajah Zafril dicari.
“Abang tahu tak sebab apa Bibah rasa abang
tak sesuai dengan Bibah?”
Raut Zafril yang tegang, kini berubah.
Seakan baru tersedar dari terus dikuasai amarah.
Dia tahu dia sudah buat kesalahan besar kali ini.
Kesalahan yang membuatkan ‘markah’ dia akan
dipotong habis oleh Habibah.
“Abang seorang yang baran dan Bibah
bukan seorang perempuan yang penyabar. Bibah
rasa baik abang cari...”
“Bibah memang sengaja, kan? Sebab dah
dapat orang kaya, Bibah dah tak nak pandang
abang lagi?” Cepat Zafril memotong ayat Habibah.
“Astaghfirullah Al Azim. Apa abang merepek
ni. Bibah dengan Hadeed tu langsung tak ada apa-
105
mr. beardy man
apa. Tak mungkin dia akan sukakan Bibah.”
“Sebab dia tak sukakan Bibah, itu yang
Bibah sanggup jadi orang gaji? Mengurat dia dalam
diam.” Tebak Zafril sambil tersenyum sinis.
“Abang ni... sekali Bibah tengok, dah macam
pesakit mental. Tahu tak?”
Mencerlung mata Zafril. Berani Habibah
kata dia sakit mental. Tapi bila teringatkan butir
bicara Habibah yang seakan mahu menolak
lamarannya tadi, hati cuba disabarkan.
Lantas tubuh yang tegak tadi disandarkan
ke bonet kereta. Tangan naik berpeluk tubuh
dengan mata memanah wajah Habibah tanpa
riak. Susah dia mahu mengagak hati dan perasaan
wanita itu.
“Abang sayangkan Bibah sepenuh hati. Bila
abang nampak Bibah naik kereta dengan lelaki
lain, bukan mahram dan nampak mesra... memang
abang akan rasa marah. Rasa cemburu. Cemburu
kan tandanya sayang.” Suara Zafril tidak lagi
sekeras tadi.
Habibah menggeleng. Kesal dengan apa
yang baru saja dia dengar dari mulut Zafril.
106
MUM LINZ
“Tuduhan abang tu berat. Macam Bibah
dah buat maksiat dengan Hadeed!”
“Ooo... nama dia Hadeed. Keturunan syeikh,
anak tauke karpet. Perempuan mana yang nak
tolak. Betul tak?”
Habibah mendengus halus. Rimas dia
dengan syak wasangka Zafril. Macam ini nak jadi
suami dia? Boleh jalanlah!
“Dahlah. Penat bercakap dengan abang ni.
Abang pergilah balik. Mandi, ambil wudhu, lepas
tu solat maghrib.”
“Bibah tak payah nak ajar abang semua tu.
Abang tahu tanggungjawab abang sebagai orang
muslim.”
“Alhamdulillah. Bibah cuma ingatkan
aje. Sebab orang dah azan tu. Bibah naik dulu.
Assalamualaikum.”
Tanpa menunggu jawapan dari Zafril, laju
sahaja Habibah mendaki tangga masuk ke rumah.
Tak manis Zafril masih ada di depan rumahnya
waktu-waktu macam ini. Nanti apa kata jiran
tetangga.
Lagi pula, dia tak nak nanti dia mengamuk
107
mr. beardy man
kalau terus bertahan di situ. Ayat Zafril bukan
elok sangat bahasanya. Selalu buat ayat provokasi
seolah sengaja mahu mencari gaduh.
SEBAIK saja masuk ke dalam rumah Hajah Norliza
pagi itu, Habibah berjalan terjingkit-jingkit menuju
ke dapur. Hari ini, dia nekad mahu menjauhkan diri
dari Hadeed.
Dia tak mahu bersemuka dengan lelaki
itu. Kata-kata lelaki itu semalam masih terngiang-
ngiang di telinga. Yang sebetulnya dia juga rasa
malu.
“Kenapa jalan macam pencuri ni?” Tegur
Mail.
“Sengaja. Tak boleh ke?”
“Bukan tak boleh, tapi pelik.” Mail ketawa
dengan telatah Habibah yang kadangkala mencuit
hati.
“Cik Ani masuk kerja tak hari ni?” Habibah
cuba alih topik selepas meletakkan beg galasnya
ke tepi kabinet dapur.
108
MUM LINZ
“Datang, insya-Allah. On the way rasanya.”
“Kalau macam tu, pagi ni biar Bibah
masaklah.” Lantas Habibah buka peti ais, mencari
bahan untuk memasak.
“Kalau Bibah gorengkan mee, sedap juga.”
“Abang Mail teringin ke?” Habibah pandang
muka Mail sambil kecilkan mata.
“Teringinlah juga.” Mail tayang sengih.
“Yalah, sekejap lagi Bibah masakkan. Nak
defrosted sotong ni dulu. Boleh buat sambal sotong,
makan dengan mee goreng.” Habibah bawa keluar
sotong dari dalam peti ais.
“Sedap tu. Kecur liur Abang Mail dengar
idea Bibah.”
“Tak apalah. Bibah masaklah dulu. Abang
Mail nak cuci kereta sekejap. Nanti kalau dah siap,
panggil abang ya?” Sambung Mail dan berura-ura
mahu pergi dari situ.
“Baik.”
“Eh... Abang Mail lupalah.” Mail tepuk dahi.
“Lupa apa?”
109
mr. beardy man
“Kunci kereta tertinggal di tingkat atas
rasanya.” Mail menggagau poket seluar mencari
kunci. Tak habis poket seluar, poket baju kemeja
pun diseluk sama.
“Di mana?”
“Tadi Abang Mail cuci kolam renang. Lupa
nak ambil kunci kereta atas meja tepi kolam tu.”
Mail menggeleng lemah bila memikirkan
dia perlu mendaki tangga hingga ke tingkat tiga.
Nafas dihela berat. Penat.
“Biar Bibah ambilkan. Tapi Encik Hadeed
tak ada di situ, kan?”
“Tak ada. Biasanya dia mandi kolam masa
hari minggu aje.”
“Okey. Bibah naik sekarang.”
Terus Habibah tinggalkan Mail di dapur
dan laju menuju ke tingkat 3. Sampai di tingkat
atas itu, Habibah meliarkan mata. Ini kali pertama
dia naik ke sini.
Kemas dan cantik juga pemandangan di
situ. Udara pun sejuk. Teringatkan tujuannya ke
situ, Habibah segera buka langkah ke arah kolam.
110
MUM LINZ
Memang di situ ada satu meja kecil.
Nampak sahaja kunci kereta di atas meja, cepat-
cepat Habibah mengambilnya. Bibir mengoyak
senyum apabila benda yang dicari sudah berada
dalam genggaman.
Namun, tiba-tiba sahaja bulu romanya
meremang. Biasanya dia akan rasa begitu setiap
kali Pak Syeikh itu ada berdekatan di situ.
Seketika tubuhnya terus pegun. Bagai
terasa aura Pak Syeikh di belakangnya. Dengan
berhati-hati, dia berpusing ke belakang.
Ternganga mulutnya tatkala mata dapat
menangkap makhluk Tuhan paling seksi sedang
meneguk susu di tepi kolam renang. Dia tidak
berbaju, malah makhluk itu hanya memakai
swimming trunk.
Mata Habibah nakal menyelusuri tubuh
tegap itu. Dari jambang, pandangannya turun
ke halkum yang bergerak apabila menelan susu.
Kemudian turun lagi ke bahunya yang lebar dan
tegap.
Tak puas menjelajah, matanya nakal
merenung dada bidang yang ditumbuhi bulu-bulu
halus. Bila perasan tubuh itu seakan berpusing
111
mr. beardy man
menghadapnya, Habibah terkaku.
Pandangannya naik semula ke atas dan
bersabung dengan mata helang Hadeed yang
sedang merenung tajam. Habibah terundur
beberapa langkah ke belakang. Dia sudah
menceroboh tempat privasi lelaki itu.
“What are you doing here?” Hadeed mara ke
depan. Sekejap sahaja dia sudah berdiri di depan
Habibah.
“Saya... saya... ambil ni.” Tergagap-gagap
Habibah menjawab sambil menunjukkan kunci
kereta di tangan.
“Nak ambil kunci kereta... atau you memang
berniat nak intai I? Nak ambil gambar I lagi?”
Hadeed ketawa kecil. Sinis.
“Mana ada. Encik dah salah faham ni.” Nafi
Habibah. Dia silangkan tangan ke dada apabila
tubuh tegap Hadeed semakin menghimpit.
Melihat tubuh Hadeed dan rambut Hadeed
yang masih separa basah, Habibah teguk liur. Lutut
pun rasa macam semakin lembik saja.
“Err... encik boleh jauh sikit tak?”
112
MUM LINZ
“Why?” Hadeed mara selangkah lagi.
Spontan Habibah memejamkan mata. Sedar
yang dia sudah jauh melepasi batas, meneropong
lelaki bukan mahram di depannya sekarang.
“Saya takut dengan kedudukan kita berdua
macam ini. Dengan keadaan encik yang tak
sempurna. Bahaya, encik.”
Bila tidak mendapat sebarang respon dari
Hadeed, barulah Habibah membuka mata. Namun
Hadeed sudah tiada di situ. Hanya tinggal dia
keseorangan di tepi kolam itu. Terlepas keluhan
lega dari mulutnya. Apa kena dengan dia sejak
akhir-akhir ini?
Dia hanya tolong Zura untuk ambilkan
gambar Hadeed. Tapi kenapa dia pula yang rasa
lain macam? Kenapa ada debaran hebat saat
bertentang mata? Dia dah jatuh cinta dengan Pak
Syeikh itu ke?
“Tak mungkin! Tak mungkin!”
113
bab 11
“PERGI dulu umi, walid.
Assalamualaikum.”
Habibah memerhati dari jauh
Hadeed yang sudah jauh dari pandangan mata.
Terlebih kacak pula Pak Syeikh hari ini. Dia nak ke
mana pula dengan pakaian sebegitu?
Biasanya pemuda itu mengenakan t-shirt
dengan jeans lusuh sahaja. Tapi hari ini, kemas
berkemeja. Kot hitam elok tersangkut di lengan.
Nampak macam CEO Megah Holdings yang selalu
ditayangkan dalam drama TV3.
“Bibah, kenapa berdiri di situ? Mari sini kita
makan sekali.” Pelawa Hajah Norliza yang perasan
dengan kehadiran Habibah.
114
MUM LINZ
“Tak apalah, puan. Saya nak ke dapur
sekejap.”
“Alah... tak larinya dapur tu. Mari sini.”
Nak tak nak, Habibah melangkah juga
menghampiri Hajah Norliza dan Haji Zakir yang
duduk di gazebo.
“Bibah suka kerja di sini?” Soal Hajah
Norliza sebaik saja Habibah duduk di sebelahnya.
Habibah mengangguk sambil tersenyum.
Takkan dia nak kata yang dia tak tenteram dan
rasa tak tentu arah kerja di sini sebab anak teruna
tuan rumah itu selalu buat hati dia tak tenang.
“Alhamdulillah, lega aunty dengar.
Kebetulan pula Hadeed pun dah habis cuti.”
Habibah tersenyum lagi. Sedangkan dalam
fikirannya penuh dengan persoalan. Hadeed dah
habis cuti? Bukan ke selama ini Hadeed selalu
pergi kerja?
“Hadeed tu bukan boleh cuti lama sangat.
Firma guaman dia tu... harapkan rakan kongsi dia
aje yang tolong uruskan sementara dia gantikan
tempat uncle.” Cerita Hajah Norliza yang bagaikan
tahu apa sedang berlegar di fikiran Habibah.
115
mr. beardy man
“Ooo... begitu. Barulah saya faham.”
Rupanya Hadeed bukan bos di kedai karpet
itu, tetapi Tuan Zakir. Siapa sangka Pak Syeikh
bulu yang dia ingatkan ‘baiya’ penghantar karpet,
rupanya seorang peguam. Kalau cerita pada Zura,
mesti terbeliak mata perempuan itu. Habibah
tersenyum sendiri.
“Bibah ni uncle tengok macam jarang
bercakap. Pemalu, ya?” Soalan Haji Zakir buatkan
Habibah tersentak.
“Eh... tak adalah, tuan. Bibah...”
“Panggil aje kami ni ‘aunty’ dan ‘uncle’. Tak
payahlah panggil ‘tuan, puan’. Jauh sangat rasanya.”
Haji Zakir mengukir senyum.
Habibah turut tersenyum, kekok. Segan
betul dia nak panggil ‘aunty’ dengan ‘uncle’.
Sedangkan dia baru kerja 4 hari di sini. Bukannya
4 tahun.
“Boleh ya, Bibah?” Hajah Norliza sentuh
kekura tangan Habibah.
“Hah? Err... boleh aunty, uncle.” Terkejut
punya pasal, laju saja bibir Habibah menutur
perkataan ‘aunty’ dan ‘uncle.
116
MUM LINZ
“Kan sedap di dengar tu.”
Habibah tersimpul senyum. Dia rasa dia
kena kurangkan hobinya, mengelamun. Betul
cakap Hadeed. Dia kuat berangan.
SAAT mendengar enjin kereta Hadeed memasuki
perkarangan rumah, kelam-kabut Habibah
berlari masuk ke dalam rumah. Tanah yang dia
baru gembur pun ditinggalkan begitu sahaja. Tak
sanggup dia nak tengok muka Hadeed selepas
peristiwa awal pagi tadi.
Biarlah dia nampak pengecut sebab sengaja
jauhkan diri dari Hadeed. Tetapi rasanya ini adalah
langkah terbaik. Berdepan dengan Hadeed hanya
membuatkan dia bertindak lepas laku.
Masuk ke dapur, kelihatan Cik Ani sedang
bersantai sambil makan biskut cicah kopi O di
meja dapur.
“Makan, Bibah.” Pelawa Cik Ani.
“Tak apalah. Bibah nak solat.”
“Solat?” Cik Ani pandang jam yang
117
mr. beardy man
tergantung di dinding. Baru pukul 4.30 petang.
Belum masuk asar lagi.
“Solat apa? Tadi kan Bibah dah solat zuhur.”
“Err... Bibah nak tunggu solat asar. Senang,
balik nanti tak kalut.” Bibah garu kepala yang tidak
gatal. Kemudian dia meminta izin untuk ke bilik
tetamu.
Terangkat kening Cik Ani. Pelik betul
perangai Habibah hari ini. Langsung tak boleh
dijangka. Malas berfikir tentang Habibah, biskut
kering dicapai lagi. Baik dia makan, ada juga
faedahnya.
Hampir setengah jam berkurung di dalam
bilik tetamu, Habibah menjenguk ke luar. Bila
dipastikan laluan di situ selamat tanpa Hadeed,
barulah dia melangkah keluar.
“Dah solat? Lamanya. Dah macam solat
terawih.” Perli Cik Ani.
Namun Habibah buat tak layan dengan
sindiran Cik Ani. Dalam fikirannya sekarang,
dia perlu cepat keluar dari banglo itu sebelum
bertembung dengan Hadeed.
Sekejap lagi mesti Hadeed turun minum
118
MUM LINZ
petang. Jadi sebelum Hadeed turun, dia kena
berangkat balik. Elok sahaja beg galas diambil dan
disangkut ke bahu, Mail datang menegur.
“Cik Ani cakap hari ni Bibah ada buatkan
puding kastard?”
“Ada. Bibah dah simpan dalam peti ais.
Abang Mail nak makan, ambillah.”
“Marilah makan sekali.”
“Tak apalah. Bibah nak balik dulu.”
“Alah... bukan lari pun rumah Bibah tu.
Lepas makan ni kita boleh balik sama-sama. Abang
Mail boleh hantarkan.”
“Cik Ani macam mana nanti?” Habibah
pandang muka Cik Ani.
Risau juga dia jika Cik Ani cemburu pula.
Rasanya semua orang dalam rumah ini tahu yang
Cik Ani dan Mail sedang hangat dilamun cinta.
“Cik Ani ikut sekalilah.” Balas Cik Ani
dengan senyum malu-malu.
“Tapi...” Mata Habibah meliar memandang
ke ruang depan. Takut benar dia kalau Hadeed
tiba-tiba muncul.
119
mr. beardy man
“Tapi apa lagi, Bibah?”
“Mak Bibah minta Bibah balik awal. Ada
hal katanya.” Alasan direka. Tak kesahlah walau
dia terpaksa menipu. Asalkan dia dapat keluar dari
rumah ini sekarang juga.
“Kalau macam tu, kami nak kata apa lagi.
Hati-hati ya.” Pesan Mail seraya melabuhkan duduk
di sebelah Cik Ani.
“Yalah.” Habibah melorek senyum. Lega
apabila penipuannya berkesan.
Lantas kaki diatur keluar melalui pintu
belakang. Nasib baik pagi tadi dia masuk ikut
situ. Jadi tak perlulah dia kena redah ruang tamu.
Sebaik saja lepas dari pintu pagar tinggi itu, nafas
dihembus lega.
“Fuh... leganya hanya Tuhan saja yang
mengerti.”
Hadeed yang memerhati dari balkoni bilik
di tingkat atas, sudah hampir tercantum kening
lebatnya melihat gelagat Habibah.
Kenapa perempuan itu seolah-olah
melarikan diri daripadanya? Dia ada buat salah
ke? Atau perempuan itu elakkan diri disebabkan
120
MUM LINZ
hal pagi tadi?
Dalam diam, terbit senyum nipis di bibir
Hadeed. Perempuan itu nampak pelik. Seolah-olah
langsung tak berminat kepadanya. Tapi boleh pula
curi-curi ambil gambar dia?
Hadeed terus memandang batang tubuh
Habibah yang sedang berjalan kaki. Semakin lama,
kelibat Habibah semakin jauh. Selepas itu barulah
dia menapak masuk ke dalam bilik.
Punggung dilabuhkan di birai katil sambil
mengelap rambutnya yang masih bersisa air
dengan tuala kecil. Fikirannya masih teringatkan
tentang Habibah.
Tok! Tok!
“Hadeed! Umi ni!” Laung Hajah Norliza dari
luar bilik.
“Ya, umi. Masuklah.” Hadeed bangun dari
katil dan berjalan ke pintu.
Sebaik saja pintu terbuka, terpacul wajah
Hajah Norliza yang sedang tersenyum mesra.
“Mari turun makan.”
“Sekejap lagi ya, umi. Hadeed nak solat
121
mr. beardy man
dulu.”
“Turun tau. Nanti habis puding kastard tu
Si Mail telan.”
Tergelak Hadeed sebelum wajahnya
kembali serius.
“Siapa yang buat puding kastard?”
Setahu dia, uminya itu tak pernah buat
puding atau manisan yang seangkatan dengannya.
Umi kurang suka dengan makanan manis.
“Bibah yang buatkan tengah hari tadi.
Sedap. Umi dah rasa sikit.”
“Ooo...” Terangguk-angguk kepala Hadeed.
“Mail yang teringin nak makan. Itu yang
Bibah buatkan.”
Berubah wajah Hadeed. Mail yang teringin,
tapi kenapa bukan Cik Ani yang buatkan? Kenapa
mesti Ainul Habibah?
Sebelum ini pun Bibah ada buat mee goreng
untuk Mail itu. Bahkan ada buat puding juga, tapi
untuk walid.
“Dahlah. Cepat pakai baju, lepas tu turun
122
MUM LINZ
bawah. Umi turun dulu.” Hajah Norliza tinggalkan
Hadeed yang masih pegun di situ.
“Puding kastard? Hmm...” Hadeed tenung
daun pintu yang terbuka luas. Teringin pula nak
rasa puding itu.
Lantas dia bergerak ke almari baju. T-shirt
dan kain pelikat dicari. Itulah pakaian rasminya
apabila berada di rumah.
123
bab 12
“CIK ANI, jual minyak ke tu?”
Melihat Cik Ani sedang berbual
mesra dengan Mail, laju Habibah
menegur.
“Mana adalah, Bibah.” Malu-malu Cik Ani
menjawab. Pintu dapur yang menjadi tempat
sandaran tubuh kurusnya, digosok-gosok atas
bawah.
“Eleh... yalah tu, kan? Ke Abang Mail yang
tengah jual minyak urat?”
“Minyak urat apa, Bibah?” Hairan Mail
dengan soalan Habibah itu.
“Urat bermadu kasih.”
Terkekeh-kekeh Habibah ketawa apabila
124
MUM LINZ
dapat mengenakan merpati dua sejoli itu. Laju
Cik Ani masuk ke dalam rumah dan bahu Habibah
menjadi mangsa tamparannya.
“Aduh! Sakitlah, Cik Ani.” Habibah gosok
bahunya.
“Itulah... lain kali bila nak mengata tu,
pandang kiri kanan.”
“Dah pandang. Tapi tak ada kereta, bas, lori
pun. Itu sebab Bibah terus jalan.”
“Hish... budak ni. Ada aje ayatnya.”
“Ehem...”
Mendengar dehaman suara garau itu,
terlepas senduk dari tangan Habibah.
“Ainul, bancuhkan air teh. Lepas tu hantar
ke bilik kerja saya.”
“Err... baik, encik.” Pucat muka Habibah.
Macam nampak hantu.
Usai mendengar jawapan Habibah, barulah
Hadeed terus berlalu tanpa menunggu.
Sejak kejadian di kolam renang, inilah kali
pertama dia bersua muka dengan Hadeed. Sudah
125
mr. beardy man
beberapa hari dia berjaya elakkan diri, tetapi tidak
untuk hari ini.
Hilang kelibat Hadeed, kelam-kabut
Habibah ambilkan senduk yang terlepas di atas
lantai tadi.
“Ambil senduk ni, Cik Ani. Bibah nak
bancuhkan air.” Senduk bertukar tangan.
Cik Ani sembunyi senyum. Sesuatu sangat
hubungan Hadeed dengan Habibah ini. Melihat
kalut dan cuaknya reaksi Habibah, Cik Ani ketawa
kecil.
“Takut sangat dengan Hadeed tu, dah
kenapa?”
“Dia dengan Cik Ani, baik. Tapi dengan
Bibah, macam perempuan nak menopause.” Ligat
tangan Habibah mengacau air teh. Takut kalau
lambat, mengaum pula Pak Syeikh itu.
Terhambur ketawa Cik Ani dan Mail selepas
mendengar komentar Habibah yang selamba
mengata tuan muda mereka.
“Encik Hadeed tu baik orangnya. Perangai
sama macam Tuan Zakir.” Puji Mail.
126
MUM LINZ
“Entahlah. Bibah nak hantar air sekejap.”
Laju Habibah letak cawan ke atas dulang.
Tangannya yang basah, dilap kering pada
apron yang dia pakai. Lantas kaki melangkah
naik ke tingkat atas di mana bilik kerja Hadeed
berada. Sampai ke depan bilik, pintu diketuk sekali
sebelum dia melangkah masuk.
Sejuk. Penghawa dingin yang dipasang
cukup kuat, boleh membuatkan tubuhnya
menggeletar. Lalu Habibah meliarkan mata
mencari kelibat Hadeed.
Nampak sahaja Hadeed yang duduk di atas
kerusi sambil merenungnya, Habibah mendekat.
Dulang yang dibawanya diletakkan dengan berhati-
hati.
“Ni air tehnya, encik.”
“Did you deliberately stay away from me?”
“Hah?”
“Awak memang sengaja kan, Ainul
Habibah?”
Habibah menggeleng. Senyuman terukir di
bibirnya. Baru dia perasan yang sejak kebelakangan
127
mr. beardy man
ini Hadeed tidak menggunakan kata ganti nama ‘I,
you’ lagi. Dengar lebih mesra bila panggilan ‘awak,
saya’ menjadi ganti.
“Tak adalah. Perasaan encik aje tu.”
“Perasaan? Saya nampak awak sengaja
larikan diri bila nampak saya. Awak ingat saya buta
ke?”
“Eh... mana ada. Saya tak pernah kata encik
buta.”
“Loyar buruk awak tak laku di sini, Ainul
Habibah.”
Terdiam Habibah. Mulalah penghawa
dingin yang sejuk pun terasa berbahang.
“You make my life miserable! Haru-biru!”
Sebaris ayat itu membuatkan Habibah
terkaku. Ayat Hadeed macam benci sangat dengan
dia. Salah ke dia jauhkan diri? Salah ke dia mahu
menjaga hati sendiri sebelum parah terluka kerana
penolakan?
“Maaf, encik.”
“Maaf... maaf. Itu saja yang awak tahu!”
128
MUM LINZ
Terangkat bahu Habibah mendengar
tingginya lantunan suara Hadeed.
“Awak tak habis-habis timbulkan masalah!
Awak dah kacau-bilaukan hidup saya!”
Kejung Habibah berdiri di situ. Mukanya
langsung tak diangkat. Dia tidak sanggup melihat
wajah Hadeed apabila matanya sudah dibanjiri air
mata.
“I’m sorry.” Ucap Habibah buat sekian
kalinya dengan suara bergetar.
Hadeed membuang keluhan berat. Tanpa
sengaja, dia telah membuat gadis itu menangis.
Mungkin terkejut mendengar suaranya yang tiba-
tiba seperti menempik.
“Perempuan macam nilah. Sikit-sikit
menangis. Macam mana nak berbincang.” Lalu dia
bangkit dari kerusi dan mendekati Habibah. Tisu
di atas meja ditarik sehelai dan dihulurkan kepada
gadis itu.
“Lap hingus tu.”
Laju Habibah merampas tisu dari tangan
Hadeed dan ditenyeh ke hidungnya. Mata sudah
mencerun tajam memanah wajah pemuda itu.
129
mr. beardy man
Bengang juga apabila Hadeed sesuka hati mengutuk
orang perempuan di depan mata.
Tiba-tiba Hadeed tersengih. Kepalanya
turut tergeleng dengan telatah Habibah yang pada
pandangannya masih tidak matang.
“You look adorable even when you cry.”
Tiba-tiba Hadeed memuji pula.
Habibah kejung seperti patung cendana.
Hadeed puji dia ke tadi? Atau Hadeed sedang
menyindir?
“Lepas ni tak payah masak-masak untuk
Mail. Mail tu dah ada Cik Ani.”
“Mana ada Bibah masak untuk dia. Bibah
masak untuk semua.” Sempat lagi Habibah
menjawab. Namun kepala sudah menunduk
memandang jemarinya yang saling bertaut.
“After this... you just cooked for me ONLY.”
Hadeed tekan perkataan ‘only’.
Buntang mata Habibah. Apa maksud
Hadeed?
130
MUM LINZ
“MAAF, Zura. Aku tak boleh.”
“Tak apa. Aku faham dan aku tak salahkan
kau pun. Sekurang-kurangnya kau dah cuba. Kau
pun dah bagi 3 gambar dia, kan? Jadilah untuk buat
peneman tidur aku.” Zura tayang sengih gatal.
Habibah mendengus kecil. Gambar Hadeed
buat peneman tidur? Seram pula dia.
“Bib, abang aku kata... kau tak suka dia?
Apa cerita ni?”
Mengendur bahu Habibah apabila Zura
menyebut tentang Zafril. Sebenarnya dalam masa
seminggu ini hidup dia lebih aman tanpa Zafril.
“Aku tak bolehlah. Dia terlalu memaksa.
Aku tak suka.”
“Nanti aku beritahu dia supaya jangan
paksa kau buat benda yang kau tak suka.”
“Bukan macam tu, Zura. Aku... aku tak
boleh nak terima dia. Hati aku tak berdebar pun
bila berbual dengan dia tentang hati dan perasaan
ni.”
“Rasa cinta tu boleh pupuk, Bib. Nak lebih
afdal, korang bercinta selepas kahwin.”
131
mr. beardy man
“Aku tak nak, Zura. Kau cakap aje pada
Zafril, aku tak sukakan dia. Aku anggap dia macam
abang aku sendiri.” Nada suara Habibah seolah
merayu.
Zura terdiam. Tak sangka yang Habibah
akan menolak abangnya mentah-mentah. Apa
kurangnya Abang Zafril dia itu?
“Boleh aku tanya sikit?”
“Tanya ajelah. Sejak bila kau minta izin
bagai ni?” Habibah tersenyum walaupun nampak
tawar. Bercakap tentang Zafril, mana mungkin dia
mampu tersenyum gembira.
“Kau ada suka orang lain ke?”
“Tak adalah.”
“Habis tu apa masalahnya? Abang aku tu
baiklah. Tak pernah tinggal solat. Tiap-tiap minggu
mesti balik kampung jenguk ibu. Tak culas pula
bab bagi duit belanja pada kami. Kalau dari segi
rupa, dia memang dalam kategori lelaki handsome.
Tinggi, kulit putih. Apa lagi yang kurang pada
abang aku tu?”
“Entahlah, Zura. Aku tak rasa aku dengan
dia tu ada chemistry. Aku rasa macam biasa aje.
132
MUM LINZ
Tak ada spark bila bertentang mata.”
Sengaja Habibah tak beritahu Zura tentang
sikap cemburu buta dan ayat kasar Zafril kepada
dia sebelum ini. Biarlah ia kekal menjadi rahsia di
antara dia dengan Zafril. Dia tidak mahu hubungan
adik-beradik itu renggang.
“Kalau boleh aku nak kau jadi kakak ipar
aku. Tapi bab hati dan perasaan ni... aku tak boleh
nak paksa.”
“Thanks Zura sebab memahami.”
“No hallah, Bib.” Zura paut bahu Habibah.
“Macam kaulah, yang suka sangat dekat
Pak Syeikh bulu tu.” Habibah lencongkan cerita.
“Kau sebut bulu tu perlahan sikit ya. Kalau
mak kau dengar, aku tak tahu. Jangan minta tolong
aku pula.” Perlahan suara Zura. Takut jika Puan
Nafsah terdengar perbualan mereka.
Habibah ketawa besar. Sampai berair
matanya menahan senak perut kerana ketawa.
“Bulu tu yang kau suka sangat, kan?” Selar
Habibah dengan sisa tawanya.
“Kau jangan mengata aku. Nanti kau yang
133
mr. beardy man
dapat suami berbulu lebat macam tu, baru kau
tahu langit tu tinggi ke rendah.” Bulat mata Zura
memberi amaran.
Habibah jelirkan lidah. Tak mungkin.
Tubuhnya bergerak ke kiri ke kanan. Geli-geleman.
“Haa... jelirlah. Sekarang ni kau jelirlah
puas-puas. Nanti jangan menangis pula sebab tak
sanggup nak pintal bulu dada suami tu.”
Pap!
Pantas Habibah tampar bahu Zura. Seram
betul dia dengan ayat Zura itu. Kalau orang lain
dengar, mesti mereka ingat Zura bercakap tentang
sesuatu yang lucah. Automatik dia teringatkan
kata-kata Hadeed petang tadi.
“After this... you just cooked for me ONLY.”
Apa maknanya itu? Hadeed dah sukakan
dia ke? Laju kepala menggeleng. Mustahil!
“Kau kenapa? Kena sampuk dengan hantu?
Tergeleng-geleng macam lembu halau lalat aje.”
Soal Zura pelik. Mahu tak pelik, tiba-tiba saja
tergeleng-geleng begitu.
“Lembu halau lalat kau kata aku! Hish...
134
MUM LINZ
tak ada binatang lain ke nak buat perumpamaan?”
Geram Habibah. Namun Zura hanya ketawa melihat
wajah cemberut sahabatnya itu.
“Taklah. Tiba-tiba aje teringat kerja aku
yang tak selesai.” Jawab Habibah selepas ketawa
Zura mulai reda.
“Kerja apa?”
“Gembur tanah.”
“Ingatkan kerja apalah tadi. Gayanya
macam terlupa ada meeting dengan pengarah.”
Jeling Zura.
Habibah hanya tayang sengih. Takkan nak
beritahu yang dia tengah teringatkan Pak Syeikh.
Mahu Zura cucuk mata dia dengan garfu. Tak pasal-
pasal jadi Habibah Selamat.
135
bab 13
“HABIBAH dah ada teman
istimewa ke?” Soal Haji Zakir
sambil mengunyah nasi lemak
air tangan Habibah. Sedap betul.
Kebetulan hari ini Cik Ani bercuti. Jadi
Habibah suka rela nak memasak untuk makan
tengah hari itu.
Soalan cepu emas dari walidnya untuk
Habibah, telah membuatkan Hadeed terus
memanggung kepala. Sejak peristiwa dua hari
lepas, Habibah tidak lagi menjauhkan diri dari
Hadeed. Cuma hubungan mereka tidaklah semesra
seperti Hadeed dengan Cik Ani atau Mail.
“Tak ada, tuan. Saya belum fikir lagi soal
136
MUM LINZ
tu. Saya nak senangkan mak saya dulu. Kalau saya
kahwin, macam mana dengan mak?” Jelas Habibah
panjang lebar. Sikap ambil berat Haji Zakir dan
Hajah Norliza buatkan dia tidak segan berterus-
terang.
Seperkara lagi, jika Hadeed ada bersama
mereka, automatik Habibah akan memanggil Haji
Zakir dan Hajah Norliza sebagai ‘tuan dan puan’.
Habibah tidak mahu Hadeed menyangka dia
mengambil kesempatan jika memanggil ‘uncle dan
aunty’.
“Alhamdulillah. Sejuk perut mak Bibah
mengandungkan Bibah.” Sampuk Hajah Norliza
dengan senyuman bergayut di bibir.
Habibah menunduk malu. Segan dipuji
terang-terangan begitu.
“Jodoh, ajal dan maut tu aturan Tuhan.
Sampai masa nanti, kahwinlah. Kalau dah tertulis
jodoh tu sampai umur 27 tahun... 27 tahunlah
kahwinnya.” Sampuk Hadeed tiba-tiba.
Masing-masing tak terkata apabila Peguam
Hadeed sudah masuk membentangkan hujahnya.
Terkelu sekejap ‘Peguam Bela Hajah Norliza’ nak
membalas.
137
mr. beardy man
“Hadeed dah ada calon ke sampai cakap
macam tu?” Selar Hajah Norliza. Lain macam saja
ayat anaknya itu.
“Hish... bukan macam tu. Hadeed cakap aje.
Bukan pasal Hadeed lah, umi.” Hadeed suap lagi
nasi lemak ke mulut. Habibah di sebelah sempat
dikerling dengan hujung mata.
Hajah Norliza tersenyum melihat tingkah
si anak teruna.
“Tapi encik kan dah berumur. Nanti kalau
kahwin lambat, dapat anak pun lambat. Anak baru
masuk sekolah, encik dah beruban memutih di
kepala.”
Terhambur ketawa Haji Zakir dan Hajah
Norliza. Riuh-rendah ruang makan itu dengan ayat
penyata Habibah.
Mencerlung mata Hadeed. Terasa seperti
diri diperlekehkan oleh si gadis. Memang betul-
betul mencabar seorang Syeikh Hadeed.
“Then I should marry you. Boleh kita hantar
anak kita ke sekolah sama-sama. Tak adalah kepala
saya memutih uban. After this... you can start
thinking about save the dates.”
138
MUM LINZ
Membulat mata Habibah. Alamak! Dia dah
tersalah cakap ke?
“Bukan... bukan... maksud saya... err... saya
cuma...”
Habibah pandang Haji Zakir dan Hajah
Norliza, seakan meminta pertolongan. Dia dah tak
ada ayat nak sambung. Idea pupus tiba-tiba.
“Habis tu apa maksud awak, Ainul? Saya
rasa kalau dalam masa setahun ni saya tak jumpa
bakal isteri, awak bersedialah untuk jadi isteri
saya.” Hadeed jongket kening dengan senyum sinis.
Terus Habibah teguk liur. Seram betul
tengok muka Pak Syeikh ini bila dia main angkat-
angkat kening lebat dia itu. Cepat-cepat Habibah
tundukkan pandangan merenung nasi lemak di
dalam pinggan.
“Dah tak ada idea nak membalas ke?” Bisik
Hadeed hampir dengan telinga Habibah.
Namun Habibah hanya buat pekak. Laju
nasi disuap ke mulut. Malas nak melayan Pak
Syeikh yang duduk di sebelahnya. Nak bergurau
pun tak boleh. Serius saja.
139
mr. beardy man
“HADEED!” Hajah Norliza menerpa
anaknya yang baru melangkah masuk ke dalam
rumah.
“Ya, umi.”
Hairan Hadeed melihat Hajah Norliza.
Macam ada hal penting saja. Selalunya tak pernah
Hajah Norliza sambut dia balik dari kerja.
“Nasib baik Hadeed dah balik.”
“Kenapa, umi?”
“Boleh tak Hadeed hantarkan Bibah balik?
Mail dah balik awal lepas hantar walid tadi. Cik Ani
pula hari ni dia cuti.”
“Tapi Hadeed baru aje sampai, umi.”
Hadeed seakan memberi alasan. Penat pun
ya juga. Baru sampai rumah, dah nak kena keluar
lagi. Sempat matanya mengerling wajah Habibah
yang berdiri di sebelah Hajah Norliza.
“Kesian Bibah kena balik lewat macam ni.
Lagipun sekarang dah hujan lebat. Umi tak sedap
hati nak bagi dia balik sendiri. Walid pula... mana
boleh drive dalam hujan ni.” Lembut tutur kata
Hajah Norliza memujuk Hadeed.
140
MUM LINZ
“Bagi Hadeed masa sekejap. Hadeed naik
mandi dulu, lepas tu solat. Dalam 20 minit, Hadeed
turun.”
Tersenyum Hajah Norliza. Lalu wajah
Habibah yang resah dipandang dengan riak lega.
“Bibah jangan susah hati, ya? Sekejap lagi
Hadeed hantar Bibah.”
“Baik, aunty.” Habibah ukir senyuman
tawar.
Melihat langit yang kian gelap seperti
malam, disertai dengan bunyi guruh dan kilat yang
sabung menyabung, hatinya berlagu bimbang.
Mesti mak di rumah tengah susah hati. Dia nak
buat panggilan, telefon kehabisan bateri pula.
Beberapa minit menunggu, Hadeed masih
tak muncul lagi. Hati dia rasa tak sedap. Berdebar-
debar saja sedari tadi. Dia risau jika ada sesuatu
yang menimpa mak.
‘Ya Allah, lindungilah makku.’
“Jom.”
Habibah berpaling. Wajah segar Hadeed
yang baru lepas mandi dan solat ditatap lama.
141
mr. beardy man
“Tunggu apa lagi? Cepatlah. Atau awak nak
tidur sini?”
Soalan sarkastik Hadeed buatkan Habibah
menggeleng laju. Sepantas kilat langkahnya masuk
ke dalam kereta. Memang taklah dia nak tidur sini.
Nanti mak dia macam mana?
“Maaf, encik. Saya terpaksa susahkan encik
kali ni.” Ujar Habibah. Dia rasa bersalah. Mesti
lelaki itu penat setelah seharian bekerja.
“Tak apa. Jangan lupa pakai seat belt. Jalan
licin ni, bahaya.”
Hadeed memulas stereng dan kereta
mula meluncur laju. Hujan lebat lewat petang itu
menyukarkan keadaannya semasa memandu.
“Encik nampak ke?” Soal Habibah risau.
Badan Hadeed sudah rapat dengan stereng.
Nampak sangat yang mata lelaki itu juga kurang
jelas apabila memandu dalam keadaan hujan lebat.
“I cuba fokus.”
Habibah diam. Tidak berani untuk bersuara
lagi.
Pom! Srekkk!
142
MUM LINZ
Tiba-tiba bunyi kuat dari luar membuatkan
kereta mula terseret laju. Kelam-kabut Habibah
memegang dashboard untuk bertahan. Perasaannya
takut sekali. Ini kali pertama dia mengalami situasi
mencemaskan.
Namun kecekapan Hadeed memulas
stereng dan mengawal hala tuju kereta, akhirnya
berjaya membuatkan kereta berhenti ke tepi jalan.
Habibah melurut dada.
“Alhamdulillah.”
“Rasanya tayar meletup.” Beritahu Hadeed
sambil melilaukan mata ke kawasan sekitar
mereka berada.
Hari sudah beranjak ke malam. Kiri kanan
mereka pula hanya ada pokok tinggi dan sedikit
belukar. Tempat itu gelap dan sunyi. Tak nampak
orang lalu-lalang pun untuk meminta bantuan.
“Hah? Tayar meletup?”
Langit dah semakin gelap. Hujan pula
langsung tak ada tanda-tanda nak berhenti. Situasi
itu semakin menambah kegelisahan Habibah.
“Saya keluar tukar tayar sekejap.” Hadeed
lepaskan seat belt yang membelit tubuh.
143
mr. beardy man
“Tapikan hujan ni.”
“Habis tu? Awak nak kita tunggu dan duduk
sini sampai esok?”
“Tak mahu.” Habibah menggeleng laju.
“Awak tunggu dalam kereta ni. Sekejap aje
saya ganti tayar tu.” Hadeed terus keluar tanpa
sempat Habibah berkata apa-apa.
Beberapa minit Hadeed di luar, Habibah
buka sedikit tingkap dan menjerit memanggil
Hadeed. Kelibat lelaki itu langsung dia tak nampak.
“Encik! Encik!”
Senyap. Hanya bunyi hujan yang
kedengaran. Tak nak menunggu lama, Habibah
beranikan diri untuk keluar. Dia tak mahu sesuatu
yang buruk menimpa Hadeed.
Keluar dari kereta, barulah dia nampak
Hadeed yang bertungkus-lumus menukar tayar
dalam hujan. Tubuh lelaki itu sudah basah lencun.
“Encik!” Jeritnya lagi, cuba menyaingi bunyi
hujan.
“Awak buat apa ni? Pergi masuk!” Hadeed
turut menjerit.
144
MUM LINZ
Habibah pegun. Niatnya mahu menemani
Hadeed. Sebab dialah semua ini terjadi.
“Masuk!” Sekali lagi Hadeed menjerit. Kuat.
Terkejut punya pasal, pantas Habibah
berpaling dan masuk semula ke dalam kereta.
Menggigil tubuhnya apabila tubuh yang basah,
disapa udara sejuk dari penghawa dingin.
Lalu penghawa dingin diperlahankan.
Telapak tangan digosok sesama sendiri untuk
menjemput haba. Hampir 10 minit menunggu,
pintu kereta sebelah pemandu terbuka. Hadeed
melangkah masuk.
“Dah ke?” Soal Habibah.
“Dah.” Jawab Hadeed sepatah.
Melihat muka Hadeed yang basah, Habibah
ambil tisu dari tempat duduk belakang dan disua
kepada Hadeed. Kasihan dia melihat keadaan lelaki
itu. Mesti kesejukan.
Hadeed sambut huluran tisu dari tangan
Habibah dan dilap ke mukanya. Bahagian bawah
baju yang lencun, diperah sedikit. Rambutnya juga
dilurut.
145