mr. beardy man
“Dah aku terlupa, nak buat macam mana?”
“Itulah kau, makan semut banyak sangat.”
Laju Habibah menampar lengan Zura.
Selaju mulut Zura yang selalu main lepas cakap.
“Ini semua sebab Pak Syeikh kau tu.
Terkejut aku tak hilang lagi ni.”
“Kaulah, sesuka hati ingat dia Mat Pakistan.
Jomlah, aku belanja kau minum. Kita minum sambil
jalan.” Zura tarik tangan Habibah.
Mereka pergi ke kedai karpet hanya dengan
berjalan kaki sahaja. Jarak rumah Habibah ke kedai
karpet tidaklah jauh sangat. Bak kata Habibah,
berjalan kaki bagus untuk kesihatan.
“Tapi aku kena cepat balik. Mak aku dah
nak kena pergi warung ni.” Habibah kerling sekilas
jam di pergelangan tangannya.
“Kita singgah sekejap aje. Kita jalanlah
cepat-cepat.”
Akhirnya Habibah terpaksa akur. Dia juga
perlukan air sejuk untuk tenangkan perasaannya
yang terkejut tadi.
Zura singgah ke gerai tepi jalan dan
46
MUM LINZ
membungkus dua teh ais ikat tepi. Satu untuk
Habibah, dan satu lagi untuk dirinya.
Teh ais yang siap dibungkus disua kepada
Habibah. Cepat Habibah menyambut dan disedut
laju. Sejuk terasa tekaknya.
“Thanks, Zura.”
“Welcome, babe.”
Mereka kembali menyambung langkah.
Nampak saja bumbung rumah Habibah dari jauh,
Zura berhenti dari berjalan. Rumahnya bukan
berada di lorong yang sama dengan lorong rumah
Habibah.
“Aku balik dululah, Bib.”
“Tak nak singgah dulu ke?”
“Lain kalilah. Hari ni abang aku ada balik.
Aku ingat nak tolong ibu kemas bilik abang aku
tu. Nanti bising pula dia tengok bilik dia dah
bersawang.”
“Yalah. Kirim salam pada ibu kau ya.”
“Insya-Allah. Kau tu hati-hati sikit. Nampak
Pak Jalal, kau smackdown aje orang tua gatal tu.
Jangan bagi peluang langsung. Biar sampai masuk
47
mr. beardy man
ICU pun tak apa.”
“Baiklah, tuan puteri.” Terhambur ketawa
Habibah.
Sambil mengepit fail di celah ketiak dan
sebelah tangan lagi memegang plastik teh ais,
Habibah sambung melangkah. Dia tak sabar nak
beritahu Puan Nafsah yang dia dah dapat kerja.
Bolehlah buat kerja sambilan sementara dapat
kerja lain yang sesuai dengan ijazah yang dia ada.
Baru menapak tiga langkah, tiba-tiba
muncul motor berkuasa tinggi dan berhenti betul-
betul di sebelah dia. Tersentak Habibah dibuatnya.
“Sayang abang ni nak balik rumah ke?”
Mendengar saja suara gatal itu, spontan
Habibah tayang muka menyampah. Macam dah tak
ada orang lain yang datang nak menegurnya.
“Mmm...”
“Marilah naik motor dengan Abang Jalal.”
Pak Jalal tolak visor topi keledar yang
menutupi mukanya. Tak selesa apabila muka
Habibah nampak kurang jelas. Tak puas matanya
memandang.
48
MUM LINZ
“Tak payah. Tu rumah Bibah, dah nak
sampai dah. Bukan jauh mana pun. Sejengkal aje
jauhnya.”
“Sebab sejengkallah Abang Jalal kena
hantarkan. Marilah, sayang.”
Pak Jalal tepuk-tepuk tempat duduk di
belakangnya. Matanya pula meliar rakus meratah
tubuh montok Habibah yang berbalut kemeja pink
sendat dan seluar slack coklat.
“Tak apalah. Bibah nak jalan kaki aje.”
Habibah melangkah laju meninggalkan Pak Jalal di
situ.
Malas dia mahu melayan miang Pak Jalal.
Dah berumur lebih kurang sebaya Puan Nafsah
pun, masih nak bergaya macam anak muda.
Memang tak sedar diri betul.
Jalal hanya memerhati hayunan pinggul
Habibah dari belakang. Sesekali dia menjilat
bibirnya. Geram betul dia dengan gadis itu.
“Hish... kalau aku dapat perempuan ni,
memang tak keluar biliklah aku nanti.” Fikiran
kotor Pak Jalal mula memenuhi fikirannya. Sudah
lama dia teringinkan tubuh bergetah Habibah.
49
mr. beardy man
Bentuk tubuh Habibah cukup sempurna.
Lekuk dan bentuk tubuh itu mampu membuatkan
nafsunya bangkit serta-merta. Membayangkan
semua itu, Pak Jalal tersenyum sendiri.
“Sikit masa saja lagi, sayang. Abang Jalal
akan pastikan Bibah akan rebah dalam lautan
asmara Abang Jalal nanti. Lemas dalam dakapan
abang. Hanya nama abang yang akan menjadi
sebutan di bibir sayang. Tunggu...”
50
bab 5
“RUMAH yang ini ke?” Habibah
meliarkan mata.
Tapi kalau ikut lokasi yang Pak
Syeikh itu hantar semalam, memang betullah
alamat rumah ini. Tanpa membuang masa, pintu
pagar tinggi yang tertutup itu segera dihampiri.
“Villa Bougainvillea?” Nama yang terukir di
dinding batu tepi pagar dibaca.
“Ya, cik. Cari siapa?” Tegur tukang kebun
dari dalam kawasan banglo itu. Dari tadi dia
melihat Habibah terjenguk-jenguk.
“Saya datang sini nak kerja. Pak Syeikh...
eh...” Habibah tekup mulut. Apa ya nama sebenar
Pak Syeikh itu? Lupa pula dia nak tanya.
51
mr. beardy man
“Syeikh? Jadi pembantu puan ke? Sekejap,
saya bukakan pagar.”
Habibah mengukir senyum. Nasib baik pak
cik itu faham bila dia sebut nama Pak Syeikh sahaja.
Sebaik saja pintu pagar itu terbuka, Habibah terus
dijemput masuk.
“Masuklah.”
“Terima kasih, pak cik.”
“Sama-sama.”
Ketika melangkah, mata Habibah meliar
melihat sekeliling. Pokok-pokok bunga di dalam
kawasan pagar itu sangat cantik.
Semuanya nampak kemas dan berwarna-
warni. Ada banyak jenis pokok bunga bougainvillea
yang ditanam di setiap sudut. Atau lebih dikenali
dengan nama bunga kertas.
“Patutlah nama villa ni... Villa Bougainvillea.”
Gumam Habibah perlahan.
Sambil melangkah, kepalanya bergerak
ke kiri dan ke kanan. Menjamu mata dengan
pemandangan yang indah.
Rasamacamberadadidalampenggambaran
52
MUM LINZ
filem Hindi pula. Laman itu nampak cukup luas.
Rasanya kalau nak berguling ala-ala heroin
hindustan pun boleh ni.
Sampai di depan anak tangga rumah besar
itu, sekali lagi Habibah terjenguk-jenguk. Pintu
kayu banglo itu sudah sedia terbuka, seakan
mengalu-alukan kedatangannya.
“Besarnya rumah. Kalau aku bagi salam,
ada orang dengar ke?” Omelnya seolah berbisik.
“Bibah, ya?”
Mendengar ada suara asing menegur,
spontan Habibah tegakkan tubuh. Bibir merahnya
mengoyak senyum manis. Wajah seorang
perempuan separuh abad dan bertudung labuh
menyapa mata.
“Haa... ya, sayalah Habibah.” Jawab Habibah
kemudiannya.
“Marilah masuk.” Ramah perempuan
separuh abad itu menjemput Habibah masuk. Dari
jauh dia sudah perhatikan Habibah.
Teragak-agak Habibah membuka selipar
dan mendaki tiga anak tangga sebelum masuk ke
dalam banglo itu.
53
mr. beardy man
“Besar dah Bibah sekarang ya. Cantik pula
tu.”
Perempuan tua yang mungkin sebaya Puan
Nafsah itu masih ramah. Lengan gadis itu turut
disentuh dan diusap mesra. Mata tuanya tidak
beralih dari wajah putih bersih Habibah.
“Err... mak cik. Eh... puan ni ke...”
“Ya, aunty ni umi Hadeed.”
Habibah buat-buat senyum, sedangkan
hati sudah tertanya-tanya. Siapa pula Hadeed itu?
Sudahlah gaya puan ini bercakap macam mereka
sudah kenal lama.
“Mari, aunty tunjukkan kawasan rumah.
Kerja Bibah cuma temankan aunty aje.”
“Hah?” Semakin bingung Habibah
dibuatnya. Bukan ke temu duga minggu lepas
untuk jawatan sebagai pembantu rumah?
“Uncle dah pergi kerja. Aunty bosan tinggal
sorang-sorang. Hadeed pula tengah bersiap nak
pergi kerja tu. Cik Ani, tukang masak rumah ni
pula... hari ni dia cuti. Tak sihat.”
“Ooo... begitu.” Bulat mulut Habibah
54
MUM LINZ
mendengar cerita.
“Jom, kita ke dapur.” Tangan Habibah
dituntun hingga ke dapur.
Antara laluan ruang tamu dan dapur, di
tengah-tengahnya ada jambatan kecil. Di bawah
jambatan itu ada kolam kecil yang mempunyai
banyak ikan emas yang cantik-cantik.
“Cantiknya.” Puji Habibah tanpa sedar.
Tersenyum Hajah Norliza. Setiap kali ada
tetamu yang datang ke rumahnya, itulah pujian
yang selalu dia dengar.
“Aunty memang suka bela ikan. Marilah.”
Sampai ke ruang dapur, sekali lagi Habibah
terpegun. Kabinet dapur yang serba kuning itu
nampak eksklusif. Ruang dapur itu juga nampak
tersusun dan kemas. Untungnya jadi orang kaya.
Rumah pun nampak macam hotel mewah.
“Tugas memasak ni... tugas Cik Ani. Tapi
bila dia cuti, aunty masak sendiri aje. Tukang
kebun yang Bibah jumpa tadi tu, Pak Cik Usop.
Pekerja di rumah ni ada 3 orang aje. Seorang lagi
Mail namanya. Dia tu driver uncle.”
55
mr. beardy man
Terangguk-angguk Habibah mendengar
dan cuba sematkan dalam kepala. Harap-harap dia
tak lupa.
“Err... macam mana dengan tugas saya?”
Hajah Norliza tersenyum. Matanya masih
merenung wajah bujur sireh Habibah tanpa jemu.
Semakin dipandang, semakin manis.
“Tugas Bibah... hanya temankan aunty.
Selesakan diri dalam rumah ni.”
“Tapi saya datang ke sini sebab nak kerja.”
Ujar Habibah, jujur.
Tergelak Hajah Norliza mendengar kata-
kata gadis itu. Lurus betul sikap Habibah.
“Bibah boleh mengemas kalau Bibah mahu.
Lagipun aunty belum ada orang yang tolong kemas
rumah ni.”
“Boleh, boleh.” Laju Habibah bersetuju.
“Bibah dah sarapan ke?”
“Dah.”
“Duduklah dulu. Temankan aunty sarapan.”
Hajah Norliza tarik kerusi bar dan duduk. Nasi
56
MUM LINZ
goreng yang sudah suam itu disenduk ke dalam
pinggannya.
Habibah juga turut menarik kerusi dan
duduk bertentangan dengan Hajah Norliza.
“Nasi goreng aunty sedap tau. Rugi Bibah
tak rasa.”
“Tak apalah. Saya dah sarapan nasi lemak
tadi, puan.” Habibah tarik senyum.
Selepas doa makan dibaca, Hajah Norliza
menyudu nasi goreng ke mulut dan dikunyah
perlahan.
Habibah yang memandang, terus
menundukkan muka. Tertib dan sopan gaya Hajah
Norliza. Jauh berbeza dengan dirinya yang kasar.
Segan mula menguasai diri.
“Bibah nak minum?” Melihat kekoknya
Habibah, Hajah Norliza bersuara lagi.
“Sekejap lagilah. Saya masih kenyang lagi,
puan.” Habibah menolak lembut.
“Kalau macam tu... sekarang ni Bibah tolong
aunty, boleh?”
“Tolong apa, puan?”
57
mr. beardy man
“Tolong naik tingkat atas. Ambilkan bakul
kain kotor Hadeed. Aunty nak basuh.”
“Hah? Tapi...”
“Dah dekat pukul 8.00 ni. Biasanya Hadeed
dah keluar pergi kerja time macam ni. Bibah tak
payah risaulah. Di rumah ni ada kita dua orang aje
nanti.”
“Maksud puan... dia dah tak ada dalam bilik
dia?”
“Ya. Dia jarang sarapan pagi.”
“Kalau macam tu... baiklah, puan.” Cepat
Habibah bangun dan berpaling ke belakang.
Hari pertama dan tugas pertama yang
perlu dia buat ialah kutip kain kotor. Maka, tugas
itu mestilah dilakukan dengan sempurna.
“Bilik Hadeed tu bilik pertama yang akan
Bibah jumpa selepas naik tangga.” Beritahu Hajah
Norliza lagi.
Terangguk-angguk Habibah mendengar
arahan. Tapi siapa Hadeed sebenarnya? Dari tadi
asyik nama Hadeed yang dia dengar.
58
MUM LINZ
KAKI Habibah bagai digam ke lantai, tak
mampu bergerak. Hanya matanya yang terkelip-
kelip melihat makhluk di depan mata. Makhluk itu
tak pula nampak menggelikan. Malah makhluk itu
nampak kacak.
Laju Habibah menggosok mata. Kepalanya
turut tergeleng-geleng untuk membuang hasutan
syaitan dari terus memandang makhluk paling
seksi itu.
Makhluk itu tidak berbaju dan hanya
bertuala separas pinggang. Ya Tuhan! Kenapa
nampak menarik pula bulu-bulu di dada dia itu?
Habibah masih ralit memerhati. Terlupa
seketika dengan keadaan sekeliling di mana tempat
dia berpijak sekarang. Elok sahaja makhluk itu
berpaling, membulat mata Habibah.
“Opocot! Pak Syeikh bulu!”
Cepat-cepat Habibah menekup mulutnya.
Mulut yang memang selalu bawa masalah. Hari itu
‘adik manis’. Sekarang ini ‘Pak Syeikh bulu’ pula.
“You kata apa? Syeikh bulu?”
“Eh, taklah. Encik yang silap dengar tu.”
Sambil bercakap, Habibah menggeleng laju.
59
mr. beardy man
Melihat kaki Pak Syeikh yang sedang mara
ke arahnya, Habibah undurkan langkah beberapa
tapak ke belakang. Namun sekelip mata sahaja
lelaki itu sudah berdiri di hadapannya. Disebabkan
ketinggian lelaki itu yang menjulang, membuatkan
Habibah terpaksa sedikit mendongak.
“You buat apa dekat sini?” Soal Hadeed
serius.
“Kutip kain kotor.”
Terus mata Hadeed terarah pada bakul
kain kotor di tangan Habibah.
“You boleh keluar. I nak pakai baju.”
“Hah? Oh... ya... ya.”
Kelam-kabut Habibah keluar dari situ.
Sebaik saja pintu bilik Hadeed tertutup rapat,
Habibah tepuk dahinya sendiri berulang kali.
“Bibah, Bibah. Jaga mata oi. Anak teruna
orang tu.” Habibah ingatkan diri sendiri yang
mudah terleka.
“Mulut ni pun satu.” Habibah tampar
mulutnya pula. Tak ada insurans betul. Apa yang
terlintas di fikiran, itu juga yang disebut.
60
MUM LINZ
Belum sempat Habibah bergerak pergi dari
situ, pintu bilik itu sudah terbuka dari belakang.
Nyaris dia terjatuh kerana ketika ini dia sedang
bersandar pada pintu bilik.
Spontan mata Habibah terpejam menunggu
tubuhnya jatuh terhempas ke lantai. Tetapi setelah
beberapa saat, masih tiada rasa apa-apa.
Dalam keadaan yang hampir tumbang,
Habibah membuka mata. Jelas tampang Pak Syeikh
yang begitu dekat dengan mukanya. Cepat-cepat
Habibah bangun dan betulkan posisi tubuh.
“Maaf, encik.”
“Buat apa lagi di sini?”
“Err... saya nak turunlah ni.”
Laju Habibah mengatur langkah pergi dari
situ. Hari pertama kerja, dia sudah buat hati dan
jiwanya huru-hara.
“Clumsy!” Hadeed menggeleng kepala.
61
bab 6
TURUN ke tingkat bawah, Habibah
usap dada dengan laju. Macam nak
luruh jantung dia berdegup. Terkejut
sebab dipeluk Pak Syeikh.
Sebelum ini mana pernah dia berada dekat
dengan mana-mana lelaki. Sekali bila kena peluk,
rasa nak melompat keluar jantungnya dari tulang
rusuk.
Hidung ini pula, entah kenapa terbau-bau
minyak wangi Pak Syeikh itu. Sedap pula baunya.
Bau yang segar bercampur aroma flora.
Habibah menghidu baju kurung kain kapas
yang dia pakai hari ini. Macam dah terlekat pula
bau wangian Pak Syeikh tadi. Automatik bibirnya
62
MUM LINZ
mengoyak senyum. Gatal!
“Hish... Bibah oi! Wake up! Sedar diri sikit.”
Tak nak terus mengelamun, Habibah bawa bakul
kain kotor ke dapur. Nanti makin jauh pula dia
berangan.
“Puan...” Tegurnya kepada Hajah Norliza
yang sedang minum air.
“Ya?”
“Saya dah ambilkan kain kotor ni. Mesin
basuh di mana?” Habibah tunjuk bakul kain di
tangannya.
“Pintu bilik dobi, di belakang Bibah tu.”
“Okey.”
Sempat Habibah melemparkan senyum
sebelum berpusing ke belakang dan menuju ke
pintu yang menghubungkan dapur dan bahagian
luar banglo. Laluan di situ dijadikan tempat
mendobi. Ada ampaian dan papan seterika juga
disediakan.
Sekali lagi terdetik rasa kagum di hati
Habibah. Seronoknya kalau dia pun ada banglo
macam ini. Mesti dia tak payah sibuk-sibuk turun
63
mr. beardy man
ke bawah menjemur baju. Mesin basuh pun dah ada
pengering. Tak payah risau dengan cuaca hujan.
Tanpa membuang masa, bakul kain
diletakkan ke atas lantai. Baju-baju kotor Pak
Syeikh segera disumbat masuk ke dalam mesin
basuh. Namun belum sempat punat ‘ON’ ditekan,
suara garau Hadeed kedengaran.
“Ada t-shirt I yang warna putih tu, kena cuci
guna tangan. Jangan cuci guna mesin basuh.”
“Hah?”
Habibah pandang mesin basuh. Semua baju
Pak Syeikh dah selamat masuk ke dalam mesin
basuh itu. Nak kena keluarkan semula ke?
“You dengar kan apa yang I cakap? Rasanya
I tak perlu ulang lagi.” Senada tutur kata Hadeed.
Langsung tidak mesra.
“Baik, encik. Saya basuh asing.”
Habibah buka semula pintu mesin basuh.
Baju Pak Syeikh diselongkar untuk mencari t-shirt
putih. Nampak sahaja kain berwarna putih, pantas
Habibah tarik keluar.
Elok sahaja pakaian itu diangkat ke depan
64
MUM LINZ
mata, matanya membulat besar. Macam nak
terkeluar anak mata pun ada juga.
Bukan t-shirt yang dia tarik tadi, tetapi
rupa-rupanya boxer Pak Syeikh. Merah mukanya
bila tersedar mata helang Pak Syeikh sedang
memberi renungan tajam. Bukannya dia sengaja.
“This is not t-shirt. This is what we call... a
boxer brief, young lady.” Tegas nada suara Hadeed.
Kepala Habibah menunduk rapat ke dada.
Malu pula bila dengar Pak Syeikh itu sebut ‘boxer
brief’. Tak senonoh punya Pak Syeikh.
‘Dia tak tahu malu ke? Jadi selama ini siapa
yang tolong basuhkan pakaian dalam dia itu? Umi
dia ke?’
“Hadeed, Bibah... buat apa ni?”
Dengar saja suara Hajah Norliza, dengan
pantas Habibah menyumbat kembali pakaian
dalam Hadeed ke dalam mesin basuh.
“Hadeed minta dia carikan t-shirt Hadeed.
Baju tu kena basuh tangan.” Hadeed menjawab
soalan uminya.
“Tak apalah, yang itu biar umi basuhkan.”
65
mr. beardy man
Ujar Hajah Norliza sambil memandang Hadeed.
Kemudian pandangannya beralih kepada Habibah
pula.
“Bibah asingkan aje nanti. Letak dalam
baldi tu. Biar aunty basuh.”
“Umi...” Hadeed mendengus gaya tak puas
hati. Dah ada pembantu pun, masih suka buat
semua kerja.
Hajah Norliza hanya tersenyum kepada
anaknya.
“Tak apalah. You letak aje di situ. Nanti I
basuh sendiri.” Usai berkata-kata, Hadeed keluar
dari ruangan itu. Terpaksa mengalah dengan
uminya.
“Bibah tak payah basuh pakaian Hadeed
tu. Biar aunty yang buat. Bibah cuma tolong kemas
rumah aje. Lepas tu seminggu sekali tukar cadar
untuk setiap bilik.”
“Baik, puan.”
“Rumah ni ada 4 bilik, 3 bilik air. Sebelum ni
memang aunty yang buat semua ni. Tapi sekarang
bila ada Bibah, ringan sikit kerja aunty.”
66
MUM LINZ
Hajah Norliza menerangkan yang mana
patut. Melihat Habibah yang pegun di depan
mesin basuh, Hajah Norliza memaut mesra lengan
Habibah.
“Tingkat bawah ada satu bilik.”
Sambil bercakap, Hajah Norliza menarik
lembut tangan Habibah supaya berjalan beriringan
dengannya. Dia membuka pintu bilik yang terletak
betul-betul di bawah tangga.
“Sini aunty buat bilik tetamu. Kalau Bibah
nak solat ke, nak mandi ke, bolehlah guna bilik ni.
Dalam tu ada bilik air sekali.”
Terangguk-angguk kepala Habibah, tanda
faham. Sempat matanya meliar ke dalam bilik itu.
Nampak kemas. Ada katil saiz queen bercadar pink,
satu meja solek dan satu almari pakaian.
“Jom, kita ke tingkat atas pula.”
Pintu bilik tetamu ditutup. Mereka bergerak
ke tingkat atas pula. Hajah Norliza berhenti di
depan pintu bilik Hadeed.
“Ni bilik Hadeed. Bilik ni... biar aunty yang
kemas. Cuma Bibah tolong kutip kain kotor aje
tiap-tiap pagi selepas Hadeed pergi kerja.”
67
mr. beardy man
“Boleh.”
Mereka bergerak ke bilik sebelah pula.
“Sebelah ni bilik kosong. Dalam ni tak ada
bilik air.” Hajah Norliza buka pintu bilik itu. Susun
atur perabotnya sama dengan bilik tetamu tadi.
“Hujung sekali tu... bilik aunty. Bilik tu
pun biar aunty aje yang bersihkan.” Tunjuk Hajah
Norliza ke arah biliknya.
“Faham, puan.” Habibah tersenyum. Hanya
dua bilik yang dia perlu kemas. Taklah banyak
sangat kerja yang dia perlu buat nanti.
“Tingkat atas tu, ada bilik senaman Hadeed
dengan kolam renang. Tapi Bibah tak payah naiklah
ke tingkat atas tu. Hadeed kemas sendiri aje bilik
senaman dia. Kolam renang pula Mail yang tolong
cucikan.”
Habibah sedikit terkejut. Dia ingat banglo
ini hanya 2 tingkat sahaja. Rupa-rupanya ada 3
tingkat. Namun begitu dia tetap mengangguk
faham.
“Tingkat atas tu macam tempat Hadeed
luangkan masa. Tempat privacy dia, tak nak ada
gangguan.”
68
MUM LINZ
“Baik, saya faham.”
“Aunty pun jarang naik ke atas. Tak laratlah
nak naik turun tangga yang tinggi tu.” Hajah Norliza
tunjuk tangga di sudut yang sedikit terlindung.
“Kalau tak ada pembantu pun, rumah puan
ni tetap nampak kemas aje.” Puji Habibah ikhlas.
“Aunty ni jenis tak boleh tengok rumah
bersepah. Hadeed pula jenis tak boleh habuk sikit,
mulalah asyik terbersin aje. Sensitif sangat.”
Habibah ketawa kecil. Mesti comel bila Pak
Syeikh itu bersin. Terbayang macam mana hidung
mancung itu kemerahan dengan mata yang berair
kerana menahan gatal di hidung. Tanpa Habibah
sedari, gelagatnya menjadi perhatian Hajah
Norliza.
“Kenapa Bibah ketawa?”
“Err... tak, maksud saya... comel aje tengok
puan dengan Encik Hadeed ni. Patutlah rumah ini
bersih. Habuk pun tak ada.” Habibah cipta alasan.
Nanti tak pasal-pasal kena cop gila pula. Tak ada
angin, tak ada ribut, tiba-tiba saja tergelak seorang
diri.
“Jomlah kita turun. Kita ke laman belakang
69
mr. beardy man
pula. Aunty ada tanam sayur.”
“Wah, puan minat bercucuk tanam juga?”
Habibah teruja.
Dia teringin juga nak bercucuk tanam.
Tapi disebabkan rumahnya tak ada pagar, jadi dia
batalkan sahaja hasratnya itu. Nanti kenyang perut
kambing Pak Samad sebab dapat makan sayur
percuma.
“Nak kata minat tu, taklah sangat. Tapi
sebab bosan tak ada kerja nak buat, itu yang aunty
tanam sayur. Ada juga faedahnya berbakti pada
tanah. Sayur tu boleh kita masak nanti.”
“Puan tanam sayur apa?”
“Ada bendi, tomato, sawi, bayam...”
“Bestnya. Saya pun suka bercucuk tanam.”
Hajah Norliza tersenyum. Kini dia sudah
tahu minat Habibah. Dapatlah dia memancing
gadis itu untuk bersembang. Kalau tidak, dari tadi
gadis itu hanya jawab ‘baik, puan’ dan ‘okey’ sahaja.
Mereka masuk ke dapur dan melalui ruang
dobi sebelum keluar ikut pintu belakang. Habibah
sarung selipar yang sudah tersedia di situ. Langkah
70
MUM LINZ
Hajah Norliza diekori.
“Inilah tempat aunty tanam semua sayur-
sayur.” Hajah Norliza menunjuk kawasan tanah
yang menghijau dengan tanaman. Kawasan itu
berbumbungkan paranet berwarna hitam.
“Luasnya.”
“Bolehlah. Aunty buat seorang diri aje. Sabtu
dan Ahad tu adalah Hadeed datang menolong.”
“Dia pun suka bercucuk tanam?”
“Tak. Tapi sebab aunty yang ajak. Jadi dia
terpaksa dalam relalah kena buat.”
Habibah ketawa. Terus terbayang di depan
mata rupa Pak Syeikh sedang duduk bertinggung
sambil mencabut rumput. Mesti seksi saat baju
lelaki itu basah dengan peluh. Kalau Zura tahu ini,
dah tentu dia meroyan 7 hari, 7 malam.
71
bab 7
“DAH balik? Awalnya?” Puan
Nafsah mengerling jam yang
tergantung di dinding. Belum
pukul 5.00 petang lagi, tapi anaknya sudah terpacak
di depan tangga rumah.
“Puan suruh Bibah balik awal. Katanya hari
pertama kerja, kena relaks-relaks. Takut stress.”
Habibah melangkah masuk ke dalam
rumah. Punggung dihenyak ke atas kerusi rotan.
Kerusi lama, hasil air tangan arwah atuk dia dulu.
“Baiknya puan tu.”
“Ha’ah. Baik sangat, mak. Sampai Bibah
pun naik segan.”
Habibah sandarkan tubuhnya ke dada
72
MUM LINZ
sofa. Dia tak rasa penat pun hari ini kerana dia
cuma tolong buat kerja sedikit sahaja. Kerja lain
semuanya Hajah Norliza yang buat.
“Alhamdulillah. Lega mak dengar.”
“Bibah! Ooo... Bibah!”
“Ya, naiklah.” Habibah menyahut malas.
Sah, Zura yang datang. Dengar dari suara lantang
itu pun, dia dah kenal siapa gerangannya.
Sebaik saja Zura masuk ke dalam rumah,
dia terus menerpa ke arah Habibah. Matanya
nampak bersinar-sinar. Wajahnya nampak teruja
dan tak sabar.
Nasib baiklah dia bawa kereta datang ke
sini. Kalau dia berjalan kaki, dah tentu basah ketiak
sebab berlari ke rumah Habibah semata-mata nak
tahu perkembangan terkini si pujaan hati.
“Ada tak?” Zura melabuhkan duduk di
sebelah Habibah. Lebih kepada menghimpit kerana
kerusi itu hanya muat untuk seorang duduk sahaja.
“Eh, mak cik.” Zura tarik sengih apabila
sedar dengan kehadiran Puan Nafsah di situ.
Puan Nafsah hanya tersenyum. Sudah biasa
73
mr. beardy man
dengan kedatangan mengejut Zura. Gadis itu juga
pernah bermalam di situ. Maka tak hairanlah jika
Zura muncul tiba-tiba.
“Mak masuk dalam bilik dululah. Nak solat
asar.”
Puan Nafsah berlalu tinggalkan Zura
dan Habibah di ruang tamu itu. Habibah hanya
mengangguk kecil sebelum tumpuannya beralih
semula kepada Zura.
“Ada apa?” Habibah balas soalan Zura tadi
dengan soalan juga.
“Gambar.” Jawab Zura sepatah. Dia dah tak
sabar nak cuci mata.
“Hari ni first day aku, kan? Mana sempat.”
“Alaa... tak adalah ni?” Raut muka Zura
berubah menjadi monyok. Hilang sudah rasa
terujanya.
“Nope.” Habibah menggeleng.
Bahu Zura mengendur dan jatuh ke bawah.
Namun tatkala teringatkan sesuatu, wajah Habibah
dipandang teruja.
“Eh... aku lupa.”
74
MUM LINZ
“Apa?”
“Abang aku kirim salam.”
“Waalaikumussalam.”
“Ni... dia bagi kau.” Zura hulur beg kertas
kecil yang dia bawa.
Laju Habibah menyambut huluran beg
kertas dari tangan Zura. Lebar senyumannya
kerana dah lama dia tak dapat hadiah.
“Bukan main seronok kau dapat hadiah,
ya?” Zura menjeling. Abangnya bila balik ke rumah
mereka, mesti tak pernah lupakan Habibah. Ada
sesuatu yang dia tak tahu ke?
“Siapa yang tak suka hadiah? Cuba kau
cakap dengan aku.” Habibah intai isi di dalam beg
kertas bercorak bunga itu. Lantas isi di dalamnya
dibawa keluar.
Saat bekas baldu merah yang panjangnya
lebih kurang sejengkal itu diletakkan di telapak
tangannya. Habibah tenung wajah Zura. Begitu
juga dengan Zura. Masing-masing saling berbalas
pandangan.
“Semacam aje aku tengok box ni.”
75
mr. beardy man
“Aku pun.” Sahut Habibah.
Dia dah rasa cuak. Biasanya Abang Zura
bagi hadiah yang biasa-biasa saja. Kali ini nampak
macam luar biasa pula.
“Bukalah cepat.” Gesa Zura yang tidak
sabar.
Terkelu Habibah saat kotak baldu itu
dibuka. Zura pula sudah tak terkata. Suasana sunyi
seketika.
“Abang aku suka kau ke? Banyak betul
duit dia belikan kau barang kemas.” Setelah lama
terdiam, barulah Zura bersuara. Namun Habibah
hanya angkat bahu tanda dia tidak tahu.
“Abang kau salah bagi agaknya.” Habibah
sedapkan hati sendiri.
“Tak mungkinlah. Dia beria pesan tadi...
mesti bagi pada Habibah.”
Habibah terdiam. Matanya merenung
gelang emas pandora dengan beberapa loket kecil
berbentuk hati yang bergantungan di sekelilingnya.
Apa maksud Zafril bila memberi dia hadiah macam
ini?
76
MUM LINZ
“Aku rasa kau ambil baliklah. Aku tak nak
hadiah mahal macam ni.”
Terus Habibah tutup kotak baldu itu dan
dimasukkan semula ke dalam beg kertas. Beg itu
pula diletakkan ke atas riba Zura. Dia tak nak dicop
macam perempuan mata duitan.
“Kau ni, Bib... janganlah tolak rezeki. Dah
abang aku bagi kau, ambil ajelah.” Zura letak
kembali beg kertas itu ke atas riba Habibah.
“Aku tak bolehlah, Zura. Aku...”
“Kau tak suka abang aku? Kau tak nak jadi
kakak ipar aku?” Serkap Zura dengan senyuman
semacam.
“Bukanlah. Maksud aku...”
“Kau tak rasa ke betapa beruntungnya kau
kalau dapat adik ipar macam aku ni?” Cantas Zura
sambil mengangkat kening beberapa kali, sebelum
sempat Habibah habiskan ayat.
“Masalahnya... kau pasti ke abang kau tak
silap bagi? Kau pasti yang abang kau tu sukakan
aku?” Habibah menjeling tajam.
Giliran Zura pula yang terdiam.
77
mr. beardy man
“Dahlah. Sekarang ni kau bawa balik hadiah
ni. Bagi semula pada abang kau. Kalau betul hadiah
ni untuk aku, kau cakap aje yang aku tak boleh
terima hadiah mahal-mahal macam ni. Faham?”
Laju Zura mengangguk seakan Burung
Belatuk.
“Dahlah. Kau pergi balik dulu. Aku nak
mandi ni. Belum sempat solat lagi dari tadi.”
“Halau akulah ni?”
“Hmm... lebih kurang macam tulah.”
Zura mendengus sebelum dia bangun
berdiri. Beg kertas itu turut dijinjit sama.
“Kalau tak ada gambar, takkan tak ada
cerita pasal Pak Syeikh tu hari ni?”
“Tak ada. Dia kerja.” Habibah turut bangun.
Zura mencebik bibir. Kecewa betul dia hari
ini. Sia-sia dia tekan minyak dengan laju, tapi tak
ada hasil pun.
“Cuma kalau kau nak tahu, nama dia
Hadeed. Syeikh Hadeed.”
“Sedapnya nama tu. Sesuai dengan nama
78
MUM LINZ
aku, Hadeed Zura.” Zura tersengih seperti kerang
busuk. Dapat tahu nama pun dah rasa seronok.
Terus Habibah julingkan mata. Propa
sungguh minah itu. Mana datangnya nama Hadeed
Zura itu. Dia tak nampak pun di mana yang
sesuainya mereka berdua itu.
“Aku rasa nama aku lagi sesuai. Double H.
Habibah VS Hadeed.” Habibah tersenyum segaris.
Sengaja nak hangatkan hati Zura.
Tiba-tiba Zura mencerlungkan mata.
Tajam!
“Bib, kau jangan berani potong line aku.
Hadeed itu Zura yang punya. Kalau kau nak,
ambillah Zafril. Yang tu single and available.”
“Tak pernah terlintas dalam fikiran aku nak
jadi kakak ipar kau.” Laju Habibah menggeleng.
“Alah... ada banyak masa lagi. Lepas ni kau
bolehlah mula fikirkan.”
“Huh! Tak ada maknanya.”
Terkekeh-kekeh Zura ketawa melihat muka
Habibah yang sudah mencerut. Tadi galak sangat
nak mengusik dia. Bila kena diri sendiri, pandai
79
mr. beardy man
pula nak bengang.
“Okeylah, aku balik dulu tau. Jangan lupa
gambar Hadeed untuk aku esok, ya?”
“Hmm...yalah.”Habibahhanyamenggumam.
Penat mahu melayan gedik Zura.
Ketika Zura berjalan ke pintu, sekilas dia
berpaling ke belakang. Batang tubuh Habibah
dipandang dari atas ke bawah.
“Baru aku perasan. Kau berbaju kurung
hari ni?”
“Kenapa? Tak boleh?” Habibah tilik
tubuhnya sendiri. Salah ke dia berbaju kurung?
Bukan ke itu lebih sopan?
“Bukan. Biasanya kau pakai baju kurung
masa hari raya aje.”
“Hish... ikut suka akulah.” Marah Habibah.
Dia baru nak berubah, dah ada yang komen pula.
“Ni kalau Pak Jalal nampak... mesti dia
masuk meminang kau terus.”
“Gila kau! Tak naklah aku!” Meninggi suara
Habibah. Geli betul dengar nama Pak Jalal itu.
80
MUM LINZ
“Jangan risau. Aku akan pastikan abang
aku masuk meminang kau dulu sebelum Pak Jalal.”
Zura ketawa besar.
“Kau ni...”
Mencicit Zura keluar dari rumah itu. Dia tak
nak kena sepit ketam Habibah. Boleh biru lebam
nanti.
“Haa... larilah! Lari!” Habibah melaung dari
atas rumah. Mendengar ketawa Zura di luar, dia
ikut sama ketawa.
“Aku balik dulu, Bib.” Zura sarung selipar
dan mula bergerak ke kereta abangnya yang dia
pinjam.
“Ya, hati-hati bawa kereta tu.” Pesan
Habibah.
Dalam marah dan bercakap dengan
bahasa yang kasar, dia tetap sayangkan Zura
selepas maknya. Sempat dia melambai ke arah
Zura sehingga kereta hitam berkilat yang dipandu
sahabatnya itu hilang dari pandangan mata.
81
bab 8
“BIBAH...” langkah Habibah
Terhenti
tatkala Zafril sudah menghalang
laluannya.
“Eh, abang. Kenapa ni? Pagi-pagi dah
datang sini.”
Langit pun masih gelap. Mentari baru
sahaja menunjukkan sedikit sinarnya. Hairan
juga Habibah dengan kedatangan Zafril pagi-pagi
begini.
“Abang nak cakap sikit dengan Bibah.”
Serius raut wajah Zafril.
“Pasal apa?”
82
MUM LINZ
“Pasal hadiah yang abang bagi semalam.
Kenapa Bibah tak sudi nak ambil?”
“Hadiah tu mahallah, abang. Bibah rasa
baik abang bagi aje pada Zura atau mak abang.”
“Masalahnya... abang beli gelang tu untuk
Bibah. Abang sayangkan Bibah. Abang...” Zafril
tatap wajah Habibah. Pandangan mata mereka
bertaut.
Habibah pula sudah tergamam. Zafril
sedang meluahkan perasaan ke? Sekarang? Di
depan rumahnya?
“Abang nak sunting Bibah jadi suri hati
abang. Abang...”
“Bibah dah lambat ni, abang. Bibah
sepatutnya masuk kerja pukul 7.00 pagi. Kalau kita
sambung sembang kemudian boleh, kan?”
Habibah kerling sekilas jam di pergelangan
tangannya. Lantas dia segera menyarung kasut ke
kaki. Sengaja buat-buat kalut. Sedangkan masih
banyak lagi masa sebelum pergi kerja.
“Mari abang hantarkan.”
“Eh, Bibah dah biasa naik Grab. Lagipun...”
83
mr. beardy man
“Jomlah.” Laju Zafril mencantas bicara
Habibah. Malah lengan Habibah turut ditarik
dengan wajah selamba.
“Eh... eh... abang... Bibah...” Habibah
cuba merungkai pegangan Zafril yang kemas di
lengannya.
“Biar abang hantar dan ambil Bibah
sementara abang cuti ni.”
Zafril tarik Habibah sehingga ke keretanya
yang diparkir betul-betul di depan rumah Habibah.
Apabila Zafril bukakan pintu kereta untuknya,
Habibah terpaksa masuk.
Masuk sahaja ke tempat duduk sebelah
pemandu, Habibah tarik tali pinggang keledar.
Sempat matanya meliar ke tempat duduk belakang.
Nampak kemas. Bau pun wangi.
“Kereta baru ke ni?” Soal Habibah sebaik
saja Zafril masuk ke tempat duduk pemandu.
“Ya. Bibah perempuan pertama yang naik
kereta ni selepas mak abang dan Zura.”
“Ya ke? Wow!”
Habibah sengaja tayang muka teruja.
84
MUM LINZ
Sedangkan dalam hati sudah gelabah. Bagaimana
cara dia mahu menolak Zafril sekiranya dalam
perjalanan nanti lelaki itu menyambung semula
luahan hatinya?
“Bibah dah sarapan ke? Atau kita boleh
berhenti sarapan dekat...”
“Tak boleh! Nanti Bibah lambat. Dahlah
Bibah baru mula kerja.”
“Alaa... setakat kerja orang gaji aje, kan?
Abang boleh bayar gaji Bibah untuk hari nilah.”
Angkuh sekali kata-kata Zafril.
“Tak kesahlah jadi orang gaji sekalipun,
janji halal.”
Menyampah pula apabila Zafril seakan
memperlekehkan kerja orang gaji. Hina sangat ke
kerjanya jadi orang gaji ini di matanya?
“Bibah janganlah terasa. Abang tahu Bibah
pandai belajar. Nanti kalau kita kahwin, Bibah tak
nak kerja pun tak apa. Abang mampu tanggung
Bibah.” Zafril mulakan pemanduan.
Terus mulut Habibah bagai dikunci. Mati
kutu dia mahu bersembang apabila Zafril suka
pusing perbualan mereka ke arah lain. Jauh benar
85
mr. beardy man
angan-angan Zafril. Yakin benar lelaki itu yang dia
akan bersetuju dengan lamaran tadi.
“Hantar Bibah dekat banglo yang atas bukit
tu.” Habibah menunjuk jalan ke banglo Hadeed
setelah beberapa minit berdiam diri.
“Ooo... banglo tiga tingkat tu, ya?”
Habibah hanya mengangguk. Dia saja yang
tak perasan banglo itu tiga tingkat kalau Hajah
Norliza tak beritahu semalam.
“Sombong tak tuan rumah tu? Biasanya
orang kaya macam tu... sombong. Berlagak.”
“Taklah. Puan baik sangat. Tak semua orang
kaya sombong dan tak semua orang miskin ni baik.”
Selamba Habibah membangkang cakap Zafril.
“Abang cakap berdasarkan dari apa yang
abang nampak. Kalau setakat tinggal di kampung
ni, mana Bibah tahu sangat tentang dunia luar.
Abang pesan ni sebab abang nak Bibah hati-hati.
Jangan mudah terpedaya.”
“Yalah, terima kasih atas nasihat tak
berbayar abang tu.” Habibah buka tali pinggang
keledar yang membelit tubuhnya.
86
MUM LINZ
Nasib baik sudah sampai di depan rumah
Pak Syeikh. Kalau tidak, mahu berperang mulut dia
dengan Zafril. Ayat Zafril itu berbisa sangat. Seolah
dia macam orang bodoh yang tak tahu apa-apa.
Zafril tarik senyum sebelum dia keluar dari
kereta. Dia sukakan perempuan yang mendengar
kata. Dia yakin, dia mampu menjinakkan Habibah.
Segarang-garang Habibah, pasti akan tewas
juga dengan hadiah dan wang yang akan dia tabur.
Perempuan mana yang tak sukakan duit?
Gelagat pasangan itu menjadi tontonan
sepasang mata coklat Hadeed. Dia memerhati dari
jauh kereta hitam yang berhenti di depan pagar
rumah walidnya.
Saat pintu kereta bahagian penumpang
dibuka oleh seorang lelaki yang agak kacak,
kelihatan Habibah melangkah keluar dari kereta
itu. Lantas Hadeed tersenyum sinis.
“Kenapa dia datang hari ni? Ada barang
tertinggal ke? Tak sampai seminggu kerja, dah
suruh boyfriend hantarkan.” Gumamnya perlahan.
Lantas earphone disumbat kembali ke
telinga. Larian diteruskan. Malas nak ambil tahu
87
mr. beardy man
pasal pembantu rumah yang baru itu. Apa yang
dia tahu, semua arahan umi dan walidnya sudah
ditunaikan.
SELESAI berjoging, Hadeed masuk ke dalam rumah
dan terus ke dapur. Bunyi periuk dan pinggan
mangkuk berlaga dari arah dapur membuatkan dia
mahu menjenguk apa yang umi sedang lakukan.
Bila sampai ke dapur, matanya melihat
bukan Hajah Norliza yang sibuk memasak. Tetapi
pembantu baru uminya, Ainul Habibah.
“What are you doing here? Mana Cik Ani?”
Suara garaunya membuatkan gadis itu tersentak.
“Saya nak masak, tapi puan belum turun
lagi. Cik Ani pun saya belum jumpa.”
“Memanglah tak jumpa. Hari ini kan hari
minggu. Pelik juga bila tengok you datang.”
“Eh... hari ni hari Sabtu ya?” Habibah
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia salah
hari? Tapi kenapa Zafril tak cakap apa-apa tadi?
“Tak apa. Buat ajelah kerja you tu. I akan
88
MUM LINZ
bayar extra nanti.”
Hadeed melabuhkan duduk di kerusi
bar. Gelas diatas meja bar dicapai dan air Coway
ditekan sebelum diteguk rakus. Dahaga.
Habibah yang masih tegak berdiri di situ,
dah mula meneguk liur. Gaya Pak Syeikh minum air
pun nampak seksi. Makin lama dia tengok, makin
kacak pula Pak Syeikh ini.
Pagi ini pemuda itu nampak santai dengan
t-shirt hitam dan tracksuit putih. Mungkin baru
lepas bersenam agaknya kerana masih ada sisa
peluh di dahi dan batang leher Pak Syeikh itu. Satu
pemandangan yang boleh membuatkan Habibah
diserang semput. Panas!
“You nak masak apa tu?” Soalan Hadeed
membunuh khayalan Habibah.
“Saya ingat nak goreng bihun aje.”
“Okay. Make it spicy.”
“Baik, encik.”
Selepas memberi arahan, Hadeed bangun
dan berlalu dari situ. Tersengih-sengih Habibah
sendirian apabila memikirkan semula sikapnya
89
mr. beardy man
sebentar tadi.
“Make it spicy.” Ajuknya.
“Patutlah dia pun nampak spicy. Suka
makan pedas rupanya.” Habibah ketawa pula.
Adakah sebab pengaruh Zura hingga
membuatkan rasa gelinya kepada Hadeed semakin
berkurangan? Sedangkan dia cukup tidak suka
melihat lelaki berjambang. Apatah lagi jenis
berbulu macam Hadeed.
Sedar yang dia sudah jauh melencong, sawi
dari dalam peti ais dibawa keluar dan dipotong.
Sotong dan udang pula sudah siap dibasuh dan
diletakkan bersama bahan-bahan lain. Dia kena
cepat. Nanti tak sempat masak pula bila Hadeed
turun.
Ralit memasak, tiba-tiba bahunya dicuit
dari arah belakang. Pantas Habibah berpaling.
“Buat apa ni? Bukan cuti ke hari ni?”
“Maaf, puan. Saya terlupa hari ni hari
minggu.”
Ketawa Hajah Norliza. Ada juga orang yang
boleh terlupa hari. Biasanya kalau hari cuti, mesti
90
MUM LINZ
ramai akan ingat. Teringat yang dia turun ke bawah
tadi dengan Haji Zakir, terus wajah suaminya
dipandang.
“Inilah Habibah, bang. Bibah, ini suami
aunty. Syeikh Zakir namanya.” Hajah Norliza
memperkenalkan mereka antara satu sama lain.
Haji Zakir hanya tersenyum nipis.
Sementara Habibah pula turut membalas
senyuman Haji Zakir sambil mengangguk kecil.
“Apa khabar, tuan?” Tegur Habibah berbasa-
basi.
“Alhamdulillah, sihat.” Senada sahaja suara
Haji Zakir.
“Cantik kan Bibah ni?” Soal Hajah Norliza
dengan senyuman tidak lekang dari bibirnya.
“Yes. She is beautiful.” Balas Haji Zakir.
Sekilas batang tubuh Habibah yang berbaju kurung
itu dipandang dari atas hingga ke bawah.
Habibah menunduk. Sekarang dia tahu
dari mana gen ketampanan Hadeed datang. Rupa
Hadeed seiras Haji Zakir. Malah cara bercakap pun
sama. Berbahasa inggeris dengan satu nada sahaja.
91
mr. beardy man
“Dari atas tadi aunty dah terbau sedap.
Bibah masak apa?” Hajah Norliza menjenguk ke
dalam kuali.
“Bihun goreng aje, puan.”
“Alhamdulillah. Rezeki kita, bang. Boleh
merasa bihun goreng Bibah.”
“Hmm... bau pun dah sedap. Rasa pun mesti
lagi sedap.”
Tersipu-sipu Habibah dengan senyuman
manis terukir di bibirnya. Segan betul bila asyik
dipuji.
“Err... puan dan tuan ke depan dululah.
Saya hidangkan makan sekejap.”
“Tak apa, biar aunty tolong.”
Lincah Hajah Norliza mengambil mangkuk
sebelum dia beralih ke arah kuali. Bihun segera
disenduk masuk ke dalam mangkuk. Haji Zakir pula
terus keluar dari ruangan dapur itu. Menunggu
hidangan disediakan di ruang makan.
92
bab 9
MELIHAT betapa lahapnya cara
Hadeed makan, Habibah sembunyi
senyum bangga. Rasa seronok
apabila lelaki itu berselera makan masakannya.
“Mari makan sekali, Bibah.”
“Tak apalah, puan. Sekejap lagi saya makan.”
“Tak payah tunggu sekejap lagi. Makan aje
sekarang ni.” Hajah Norliza letak pinggan kosong
di sebelah Hadeed.
Teragak-agak Habibah melabuhkan duduk
di situ. Walaupun perut dia memang lapar, tapi rasa
lapar itu hilang bila kena duduk sebelah Hadeed.
Sekilas, Hadeed di sebelah dikerling dengan ekor
mata.
93
mr. beardy man
“Kenapa tengok I? Makanan ada dekat
depan you, kan?” Ujar Hadeed tanpa memandang
Habibah di sebelah. Mulutnya masih laju
mengunyah.
Kalut Habibah capai senduk bihun. Malu
betul bila kena sergah macam itu. Lebih-lebih lagi
bila ada umi dan walid Hadeed di depannya.
“Banyaknya.” Tegur Hajah Norliza apabila
melihat pinggan Habibah menimbun dengan bihun.
“Boleh habis ke tu?”
“Eh... tak... ermm...” Makin cuak Habibah.
Itulah, suka sangat mengelamun.
Tengok bihun yang membukit di dalam
pinggannya, Habibah teguk air liur. Macam mana
dia nak habiskan bihun itu? Kenyang sampai
malamlah gamaknya kalau dia habiskan.
“Lapar sangat ke?” Suara Haji Zakir pula
yang kedengaran.
“Saya... saya... ya, saya lapar.” Akhirnya itu
jawapan yang terlontar dari mulut Habibah.
Tersenyum Hajah Norliza melihat Habibah
yang sudah kalut mencipta alasan itu.
94
MUM LINZ
“Makanlah, Bibah. Makan kenyang-
kenyang.” Hajah Norliza angkat pinggan miliknya
dan Haji Zakir yang sudah kosong. Dia segera
berlalu ke dapur.
“Walid ke depan dulu. Nak ambil angin.”
Haji Zakir juga turut bangkit dari kerusi. Tinggallah
Habibah dan Hadeed di situ.
Habibah hanya mengangguk. Bihun
disudu perlahan ke mulut. Buncitlah perut dia nak
habiskan semua ini.
Belum sampai setengah pinggan
bihun masuk ke dalam perutnya, Habibah
sudah termengah-mengah. Lalu dia bersandar
kekenyangan.
“Are you full now?” Soal Hadeed dengan
kening terjungkit.
“Hmm... dah tak larat saya nak habiskan.”
“Lain kali jangan nak mengelamun.”
“Mana ada. Saya...”
Hadeed bangkit dari kerusi. Malas dia nak
dengar alasan Habibah. Bukan dia tak perasan,
perempuan itu memang cukup suka mengelamun.
95