mr. beardy man
“Saya maafkan. Janji Pak Jalal berubah.
Isteri pun dah 3 orang. Semuanya cukup. Duit,
isteri, anak-anak. Apa lagi yang Pak Jalal dicari?
Kalau boleh Pak Jalal tumpukan pada amal ibadah.
Kubur dah kata mari, rumah pun dah suruh pergi.”
Terbuntang mata Hadeed. Sebab ini ke
isterinya nak datang sangat. Begitu juga dengan
Kak Jah dan Pak Jalal. Mereka tergamam dan hanya
terkebil-kebil memandang wajah manis Habibah.
“Saya bukan malaikat, Pak Jalal. Sakit hati
bila saya ingat balik apa yang Pak Jalal dah buat.
Saya nak ke mana-mana pun tak bebas. Semuanya
disebabkan Pak Jalal. Bertaubatlah, Pak Jalal. Kesian
pada isteri-isteri Pak Jalal ni. Dah sakit macam ni,
dia orang juga yang kena jaga. Bila nak menggatal,
tak ingat pula pada isteri-isteri di rumah.”
“Love...” Hadeed mencuit bahu Habibah.
Risau juga dia, takut Habibah bergaduh
dengan Kak Jah pula. Nampak air muka Kak Jah
yang sudah berubah, Hadeed rasa tak sedap hati.
Nampak merah semacam.
“Jaan, bagi saya luahkan apa yang saya rasa
dulu. Simpan lama-lama nanti, takut meletup.”
Selamba Habibah bercakap.
246
MUM LINZ
“Pak Jalal ambil ni sebagai pengajaranlah,
ya? Maaf, Kak Jah... kalau kata-kata saya buat Kak
Jah terasa. Tapi saya kena cakap juga. Dah lama
sangat saya pendam.” Habibah segera bangun. Puas
hati kerana dapat luahkan apa yang terpendam
lama di dalam hati.
Tiba-tiba Pak Jalal bersuara.
“Ya, Abang Jalal salah. Abang Jalal minta
maaf. Lepas ni Abang Jalal akan jaga isteri-isteri
dan anak-anak Abang Jalal saja.”
“Alhamdulillah. Saya balik dululah Kak Jah,
Pak Jalal. Assalamualaikum.”
Habibah tarik tangan Hadeed untuk segera
beredar dari situ. Dia dah malas nak dengar Pak
Jalal bercakap. Dan Hadeed hanya menurut langkah
si isteri.
Keluar dari kedai, mereka berselisih pula
dengan Zafril. Hadeed hanya tersenyum sinis.
Lelaki itu terlalu busuk hati. Sanggup lelaki itu
menabur fitnah tentang isterinya. Ikutkan hati,
lunyai muka Zafril itu dia kerjakan.
Nasib baik dia tidak percaya cakap Zafril
dulu. Benar sangkaannya selama ini yang Zafril
247
mr. beardy man
sengaja cakap macam itu supaya rumah tangga
mereka goyah. Kononnya Habibah sudah tidak suci
lagi.
Sebagai bukti, Zafril mengatakan konon dia
tahu di mana tahi lalat yang ada di tubuh isterinya.
Sedangkan isterinya tiada langsung tahi lalat di
perut. Dasar jantan busuk hati!
Hadeed menjeling meluat apabila melihat
Zafril seakan mahu menegur mereka.
“Bibah, dah nak balik ke?” Sapa Zafril,
mesra.
Habibah berhenti melangkah. Wajah Zafril
yang sedang tersengih-sengih itu dipandang tajam.
“Ni seorang lagi yang acah-acah baik.
Cukup-cukuplah berlakon tu. Sebab kau punya
angkara, aku dengan suami aku dapat malu. Kalau
tak ingatkan kau ni abang Zura, aku tenyeh-tenyeh
muka kau dengan cili.” Habibah ketap bibir. Geram
punya pasal.
Nak tergelak Hadeed mendengar bebelan
Habibah. Boleh tahan juga isterinya itu. Gengster
kampung rupanya.
“Mari, jaan. Kita balik.”
248
MUM LINZ
Sekali lagi tangan Hadeed diseret. Terkebil-
kebil mata Zafril selepas disembur Habibah. Tak
mampu nak membalas serangan bertubi-tubi dari
perempuan itu.
Hadeed ketawa tiba-tiba.
“Jaan... ketawa sorang-sorang pula dia.”
Habibah cuit perut keras dan berotot Haded.
“Tak adalah. Teringat kes siang tadi. Baru
saya tahu, my love saya ni garang orangnya.”
Habibah ketawa kecil. Rupanya mereka
sedang ingatkan kejadian yang sama.
“Awak ingat lagi tak yang awak panggil saya
adik manis?” Habibah buka cerita lama. Saat detik
pertemuan pertama mereka dulu.
“Kenapa? Suka ke? Nak saya panggil ‘adik
manis’ pula?”
“Tak naklah. Masa tu saya ingatkan awak ni
orang Pakistan. Berserabut pula tu.”
Hadeed tersengih menayang giginya yang
tersusun cantik.
“Masa tu sibuk sangat. Kerja di firma nak
kena handle, lepas tu kena tolong walid pula.
249
mr. beardy man
Serius... saya tak sempat nak shave.”
“Patutlah. Sampai bibir dengan lubang
hidung awak pun saya tak nampak. Semak-samun.
Seram.” Habibah buat gaya geli-geleman.
“Eleh... ya ke seram?” Hadeed cucuk
pinggang si isteri. Dia tahu, di situlah titik
kelemahan Habibah.
Mengekek Habibah ketawa. Dia sangat
sensitif jika digeletek atau dicucuk di pinggang.
Geli.
“Jaannn... janganlah.” Manja suara Habibah.
Jari-jemari Hadeed dipegang erat. Penat sudah dia
nak ketawa.
“Love, suara you ni kan.... memang sengaja
mengundanglah.”
Habibah meleret senyuman senget.
Sungguh menggoda di mata seorang Hadeed.
“Cukuplah tu. Jangan dera perasaan saya
lagi. Apa kata kita masuk tidur sekarang? Lagipun
umi dengan walid minta cucu. Kita kena usaha
keras bermula sekarang, Love.” Hadeed paut mesra
pinggang Habibah.
250
MUM LINZ
“Alaa... malam masih mudalah, jaan.”
“Sebab malam masih mudalah kita kena
masuk sekarang. Tak adalah kita buang masa. Ada
banyak lagi tugasan bersama kena buat ni. Sekali
percubaan tak cukup. Kena banyak kali percubaan
tau.”
Belum sempat Habibah menjawab,
tubuhnya sudah selamat berada di dalam
cempungan Hadeed.
“Jaannn...” Meleret suara Habibah.
“Yes, Love. I wanna take you to heaven. So...
get ready.” Hadeed kenyit mata.
Dan Habibah hanya merelakan. Dia juga
sukakan sentuhan dan belaian hangat lelaki itu.
Lelaki itu berketurunan Syeikh, lelaki itu seksi, dan
lelaki itu adalah miliknya seorang.
251
epilog
“Hoi! Tepilah!”
Langkah Pak Jalal yang
terhuyung-hayang untuk
pergi ke keretanya, terhenti. Wajah lelaki yang
menghadang jalan itu cuba diamati. Terpejam celik
matanya cuba kurangkan rasa kabur.
“Pekak ke? Aku nak lalulah!”
Pak Jalal cuba menolak tubuh lelaki yang
berdiri di hadapannya. Namun tubuh tegap itu
sedikit pun tidak berganjak. Malah tangan kekar
lelaki itu sudah naik mencekak kolar baju Pak Jalal.
“Kau cakap apa dengan isteri aku tadi?”
Pak Jalal masih separa sedar. Kesan dari
alkohol yang dia teguk dari Kelab Dangdut tadi.
252
MUM LINZ
“Isteri kau? Siapa?”
“Ainul Habibah.”
“Ooo... Bibah tubuh montok tu.”
Buk!
Terjatuh Pak Jalal bila ditumbuk tangan
sasa lelaki itu. Belum sempat Pak Jalal bangun,
perutnya pula ditendang dengan kuat.
“Hoi! Gila ke? Kenapa pukul aku?” Pak Jalal
menggosok perutnya. Senak. Meringkuk dia di situ
seperti udang dimasak.
Hadeed tersenyum mengejek. Rahangnya
bergerak-gerak menahan amarah. Tangan
mengepal penumbuk padu.
“Kau memang patut diajar. Kau tak tahu nak
hormat wanita.” Hadeed mendekat. Baju Pak Jalal
dicekak lagi dan ditarik supaya bangun berdiri.
Belum sempat Pak Jalal tegakkan tubuh,
satu lagi penumbuk padu melekap ke pipinya.
Tersembur darah dari mulut Pak Jalal. Menggeleng-
geleng lelaki tua itu, tidak tahan dibelasah.
“Jangan! Tolong berhenti! Aku... aku minta
maaf.”
253
mr. beardy man
“Kau cakap kau nak rasa tubuh gebu dia,
kan? Mari sini, biar aku hilangkan terus nafsu
serakah kau tu. Dasar orang tua tak sedar diri!”
Buk! Buk!
Bertalu-talu tumbukan padu hinggap ke
muka Pak Jalal sehinggakan Pak Jalal terkulai layu
di situ.
“Lagi sekali aku tahu kau dekat dengan
isteri aku, siap kau! Aku kerjakan kau sampai kau
tak ingat lagi jalan balik.” Hadeed hala telunjuk
betul-betul di depan muka Pak Jalal.
“Aku tak buat dah. Aku janji. To... tolong...
jangan apa-apakan...aku.” Kedua-dua tapak
tangannya dirapatkan, seperti merayu. Sungguh,
dia benar-benar takut dengan lelaki itu.
“Baik. Aku pegang janji kau.”
Hadeed angkat kaki selepas memberi
amaran. Dia perlu pergi dari situ sebelum ada
orang lain ternampak apa yang terjadi. Namun
baru dua langkah, dia berpatah balik.
“Jangan cuba beritahu sesiapa atau buat
report polis. Kalau tidak... dengan anu kau tu sekali
aku tendang nanti. Biar mati pucuk terus.”
254
MUM LINZ
Laju Pak Jalal mengangguk. Dia tidak mahu
mati pucuk. Macam mana dengan isteri-isterinya
nanti? Tak dapat dia bayangkan jika kesemua
mereka meminta cerai hanya kerana dia sudah
tidak mampu lagi dari segi batin.
Menjauh dari Pak Jalal, Hadeed segera
berlari anak mencari si isteri. Kasihan dengan
isterinya. Lelaki tak guna seperti Pak Jalal memang
sepatutnya dibelasah. Selagi tak diugut, dia pasti
Pak Jalal tak akan berubah.
“Love, kenapa ni?”
Hadeed duduk bertinggung di sisi Habibah.
Terus Habibah terpa dan peluk tubuh Hadeed.
“Shhh... kenapa ni?” Hadeed sebak rambut
Habibah ke belakang. Wajah yang lencun dengan
air mata itu ditatap dalam.
Habibah hanya menangis tanpa bersuara.
Melihat si isteri menangis tanpa henti,
Hadeed kepal penumbuk lagi. Dia dengar dan
melihat semuanya tadi. Cuma dia tidak munculkan
diri kerana Zafril terlebih dahulu sampai sebelum
dia.
Namun mengingatkan muka Pak Jalal
255
mr. beardy man
yang separuh lunyai dia kerjakan tadi, amarahnya
perlahan-lahan mulai surut. Harapnya orang tua
itu akan kotakan janji untuk berubah.
TAMAT
256