mr. beardy man
“Sejuk.” Hadeed buat gaya sejuk.
Habibah tersengih. Sempat juga mata
nakalnya mengimbas lekuk tubuh pemuda itu.
Baju yang basah, elok melekap di tubuh Hadeed
yang sasa hingga menyerlahkan segala otot-otot
pejal di lengan, dada dan perutnya.
“Maaf, encik. Saya...”
Pantas Hadeed letakkan telunjuknya
hampir dengan bibir Habibah.
“Shhh... dah banyak kali awak minta maaf.
That’s enough. It’s not your fault.”
Tok! Tok!
Terkejut Hadeed dan Habibah. Mereka
berpandangan sesama sendiri sebelum Hadeed
membuka sedikit tingkap kereta. Terpacul wajah
beberapa orang berkopiah putih yang sedang
berpayung.
“Assalamualaikum. Kami dari Jabatan
Agama Islam. Apa yang kamu berdua buat duduk
berdua-duaan di tempat sunyi macam ini? Ada
orang sudah membuat aduan tentang kamu
berdua. Sila berikan kerjasama. Boleh minta IC
anda berdua sekarang?”
146
MUM LINZ
Hadeed senyap tak terkata. Habibah juga
sudah terkelu lidah.
‘Allah! Dugaan apakah ini?’
147
bab 14
MALAM itu malam pertama buat
dia. Sepatutnya sekarang dia
sedang berdebar-debar menunggu
kehadiran insan yang bergelar suami untuk
mengucapkan kata cinta dan sayang. Tetapi malam
itu suram, tidak seindah seperti malam pengantin
baru yang lain.
Hadeed di hujung katil. Dia pula di penjuru
bilik. Masing-masing diam tak bersuara. Titisan
hujan yang masih kedengaran, membuatkan
fikirannya terimbau pada kejadian malam
dua minggu lepas. Kejadian yang merubah
kehidupannya sekarang.
Puan Nafsah jatuh terduduk saat mendapat
berita yang dia ditangkap khalwat bersama Hadeed.
148
MUM LINZ
“Mak... kami tak buat apa-apa. Percayalah.”
Habibah sapu air matanya. Puan Nafsah yang
duduk di anjung rumah, didekati.
Namun Puan Nafsah hanya membisu. Air
matanya juga turut mengalir di pipi yang sudah
dimakan usia itu. Anak yang ditatang dengan
penuh kasih sayang selama ini, sudah menconteng
arang ke mukanya.
Hajah Norliza dan Haji Zakir juga sudah tak
terkata. Selesai menguruskan hal khalwat Hadeed
dan Habibah, mereka ke rumah Puan Nafsah untuk
berbincang.
“Nafsah, saya rasa anak-anak kita tak
bersalah. Ada orang buat aduan pada pasangan
yang silap ni. Mereka cuma mangsa keadaan.”
Suara Haji Zakir setelah lama mendiamkan diri.
“Kalau betul tersilap, mereka takkan
ditangkap. Ada saksi yang nampak mereka duduk
berduaan di tempat sunyi.” Puan Nafsah menjawab
dengan linangan air mata.
Bukan dia tak mahu percayakan anak
sendiri, tetapi saksi itu adalah orang kampungnya
sendiri. Mana mungkin Mak Senah nak menipu.
Mak Senah itu orang yang baik-baik.
149
mr. beardy man
“Kita kena uruskan hal mereka cepat-cepat.
Pasal denda... Nafsah tak payah risau. Insya-Allah,
kami akan selesaikan.” Haji Zakir masih teguh
dengan pendiriannya yang Hadeed dan Habibah
tidak bersalah.
Boleh saja jika mereka mahu membawa
perkara ini ke tengah. Tapi bukti-bukti yang ada,
jelas tidak menyebelahi Hadeed dan Habibah.
Jika mereka berkeras juga mahu naik
mahkamah, sudah tentu perkara ini akan tersebar
dan mendatangkan aib kepada keluarga di kedua-
dua belah pihak. Jadi, jalan yang terbaik adalah
dengan membayar denda dan satukan mereka
berdua.
“Saya rasa baik kita satukan saja mereka
berdua. Ini jalan yang terbaik.” Hajah Norliza
suarakan pendapatnya.
Senyap. Semua diam. Masing-masing
memandang wajah Hajah Norliza.
“Kita pun tak payah tanggung malu.
Berita ni kalau tersebar, susah. Lagi-lagi pihak
perempuan.” Hajah Norliza sentuh bahu Habibah
dan diusap lembut. Simpati dia melihat Habibah
tak henti-henti menangis dari tadi.
150
MUM LINZ
“Hadeed macam mana? Setuju ke?” Haji
Zakir alih pandangan kepada anaknya yang
bersandar pada tiang rumah.
Hadeed senyap.
“Rasa cinta ni... boleh dipupuk. Walid yakin
yang Bibah mampu menjadi isteri yang baik untuk
Hadeed.”
Hadeed masih bungkam. Akalnya tidak
dapat berfikir dengan baik.
“Nafsah setuju ke dengan cadangan saya
ni?” Hajah Norliza bertanya kepada Puan Nafsah
pula apabila Habibah dan Hadeed tidak memberi
reaksi.
“Saya tak tahu nak cakap apa. Malu dah
saya ni.” Puan Nafsah menyeka sisa air matanya
dengan hujung lengan baju kurung.
“Mak rasa... Bibah ikutlah Hajah dan Haji ni.
Dah jadi macam ni, siapa lagi yang nakkan Bibah?”
‘Sampai hati mak. Biarlah tak ada siapa
pun yang nakkan Bibah... Bibah tak peduli. Asalkan
Bibah ada bersama mak.’
Hati menjawab lirih. Untuk suarakan, dia
151
mr. beardy man
tidak sanggup melihat maknya bersedih. Setiap
kali air mata Puan Nafsah mengalir, hatinya turut
sakit. Dia tak sanggup nak hadap.
“Bibah setuju?” Tumpuan Hajah Norliza
kini beralih pada Habibah pula.
Habibah tundukkan muka. Dia serba salah
sebenarnya. Habibah dan Hadeed? Rasanya macam
tak mungkin.
Lagipun Hadeed macam tak berapa
suka dengan dia. Mereka langsung tak sepadan.
Ditambah pula ada satu lagi masalah. Zura. Nanti
mesti Zura marah.
“Aunty... Bibah rasa... mungkin lebih baik
kalau kami tak...”
“Hadeed setuju umi, walid.” Cantas Hadeed,
pantas. Seisi rumah itu kembali sunyi.
Habibah sapu air matanya dengan kasar.
Dia bangun dan mendekati Hadeed.
“Encik... kita tak salah. Kenapa kita mesti
kahwin?”
“Tak apa. Perkahwinan ni boleh tutup
mulut orang dari mengata. Tipikal orang Melayu,
152
MUM LINZ
memang suka jaja cerita dalam kain orang.”
“Saya...” Habibah pandang wajah maknya.
Apabila Puan Nafsah melarikan mata dari
membalas pandangannya, tahulah dia yang Puan
Nafsah amat kecewa sekarang ini.
Akhirnya Habibah membuat keputusan.
Dia menunduk dan mengangguk setuju. Mungkin
maknya akan lebih tenang.
Itulah peristiwa yang berlaku sebelum
akad nikah tadi. Ia benar-benar membuatkan
dia menangis sampai bengkak mata. Hidung pun
sampai tersumbat.
Kahwin hanya ala kadar sahaja. Baju
pengantin pun setakat kebaya putih. Tiada manik
merelip atau mahkota di atas kepala. Semuanya
secara sederhana.
Tapi apa gunanya lagi. Menangislah hingga
keluar air mata darah sekalipun, semua ini tak
mungkin akan berubah. Dia sudah pun bergelar
‘puan’. Isteri kepada Syeikh Hadeed. Dia takkan
dapat undurkan masa kembali.
Selepas akad nikah tadi, Puan Nafsah terus
tinggalkan dia tanpa sepatah kata. Kini dia hanya
153
mr. beardy man
ada hanya umi dan walid.
Hadeed? Lelaki itu langsung tidak
memandangnya. Apatah lagi mahu menegur. Lihat
saja sekarang. Hadeed masih dengan persalinan
baju Melayu dan duduk pegun tanpa hiraukan dia.
Dalam masa yang sama, Hadeed juga seperti
Habibah. Dia bagaikan patung tak bernyawa.
Sengaja dia mengambil cuti selama 2 minggu.
Hati dan perasaannya bercelaru. Semua ini terlalu
mengejut.
Lama termenung, Hadeed rebahkan badan
ke atas tilam. Sekilas, si isteri yang duduk jauh
di sudut bilik dipandang. Bila melihat saja wajah
Habibah, mesti dia teringat apa yang Kamil cakap.
“Entah-entah perempuan tu sengaja
perangkap kau?”
“Aku tak rasa macam tu.” Hadeed
menggeleng.
“Kau mana tahu. Perempuan ni suka
bermuka-muka. Depan kita lain, belakang kita jadi
lain.” Kamil masih dengan teorinya.
“Aku dah cakap aku setuju nak kahwin
dengan dia.”
154
MUM LINZ
“Kau ni, Hadeed... nama aje peguam. Kalau
aku cakap bodoh, kau marah.” Kamil merengus
kasar.
Hadeed menghela nafas dalam. Malas nak
berdebat dengan Kamil. Benda sudah pun berlaku,
bukan boleh diundur semula.
“Tak apalah. Mungkin dah tersurat jodoh
aku dengan dia.”
“Harap-haraplah.”
“Kau patut doakan aku. Bukan fikir yang
negatif. Lagipun tak semua perempuan macam
Hana.”
Berubah wajah Kamil. Nampak tegang.
Pantang apabila mendengar nama Hana. Selepas
berpisah dengan perempuan itu, dia cukup
berjaga-jaga dengan makhluk yang bergelar
wanita. Cukuplah sekali dia ditipu dan dikikis. Dia
tidak mahu peristiwa hitam itu berulang lagi.
“Aku cuma ingatkan aje. Aku tak nak kau
dapat nasib yang sama macam aku.”
“Aku faham, Mil. Tapi insya-Allah, Habibah
tak macam tu.”
155
mr. beardy man
Hadeed pandang lagi Habibah yang duduk
sambil memeluk lutut. Melihat kecewanya wanita
itu, dia yakin semua ini bukan angkara Habibah.
Tak mungkin Habibah berperangai macam itu.
Habibah bukan perempuan mata duitan. Habibah
takkan perangkap dia.
Terdengar azan maghrib yang
berkumandang, Hadeed meraup muka. Lalu dia
bangkit dari terbaring. Samping yang tersimpul
di pinggang terus dileraikan. Pintu almari pakaian
ditolak dan sehelai tuala dicapai.
“Ambil tuala ni. Awak mandi dulu. Sekejap
lagi kita solat sama-sama.”
Bicara Hadeed membuatkan Habibah
tersentak. Bulat matanya memandang Hadeed
yang sedang membuka butang baju Melayu. Seram.
Pantas dia bangun dan mengambil tuala
yang diletakkan Hadeed di atas katil. Kaki dihayun
ke arah bilik air. Setelah pintu bilik air dikunci, nafas
dihembus lega sebaik saja dia dapat menjauhkan
diri dari Hadeed.
Bilik yang luas pun terasa sempit bila
berdua-duaan dengan lelaki itu. Tapi sampai
bila dia mampu elakkan diri? Hadeed sudah
156
MUM LINZ
menjadi suaminya. Nak tak nak, dia memang kena
berhadapan dengan Hadeed.
Tanpa membuang masa, pakaian dan
selendang yang tersarung pada tubuhnya dibuka.
Lalu disangkut ke belakang pintu. Saat air pancuran
menyentuh kulit, rasa dingin dan sejuk meresap
ke tubuh tatkala air turun membasahi setiap inci
lekuk tubuhnya. Nyaman dan segar.
Selesai membersihkan diri, tuala dililit
semula ke tubuh sebelum mengambil wudhu.
Kemudian pintu bilik air dibuka dan dia melangkah
keluar. Baru selangkah keluar pintu, kakinya
terpaku ke lantai.
Hadeed berada di depannya dan sedang
merenung tajam. Baru dia teringat yang sekarang
dia di bilik Hadeed. Spontan simpulan tuala di
dada dipegang kemas.
“Err... saya nak masuk mandi. Beg pakaian
awak dalam almari.” Terus Hadeed melangkah laju
ke bilik air tanpa memandang lagi ke arah Habibah.
Hilang figura tubuh Hadeed di dalam bilik
air, Habibah tepuk dahi. Nasib baik Hadeed tak
buat apa-apa. Kenapalah dia selalu cuai?
157
bab 15
HADEED merenung pantulan diri
sendiri dari dalam cermin. Dada
yang terasa berdebar dengan
getaran yang luar biasa, disentuh beberapa kali.
Hebat juga penangan Ainul Habibah rupanya.
Dia yang tengah berserabut pun boleh rasa
cemas apabila melihat tubuh mulus itu di depan
mata. Terbayang-bayang setiap inci tubuh itu yang
berbalut tuala merah. Kalaulah tuala itu tiada,
sudah tentu dia dapat menyaksikan satu keindahan
ciptaan Tuhan itu tanpa halangan.
“Astaghfirullah Al Azim.” Cepat-cepat
Hadeed membasuh mukanya. Tanpa sedar dia
sudah mula berfikiran liar.
158
MUM LINZ
Memang Habibah isterinya yang halal
untuk disentuh. Tetapi sekarang bukan masa yang
sesuai. Lebih-lebih lagi mereka berkahwin atas
sebab mahu menutup malu, bukan atas dasar suka
sama suka.
Matanya dipejam seketika supaya bayangan
itu pergi. Ya, dia lelaki normal yang dikurniakan
nafsu. Dia juga ada hak ke atas Habibah.
Tetapi dia takkan menggunakan kuasa
vetonya sebagai suami untuk menakluki Habibah.
Biarlah Habibah sendiri yang rela menyerah, bukan
kerana atas dasar tanggungjawab.
Sedar yang dia mungkin sudah terlambat
untuk menunaikan solat, segera dia membersihkan
diri. Rasa berlengas setelah seharian ini memakai
baju Melayu.
Selesai mandi dan berwudhu, Hadeed
segera keluar dari bilik air. Kelihatan Habibah
sudah siap sedia menunggunya di atas tikar
sejadah.
“Sekejap, saya pakai baju dulu.” Hadeed
berjalan ke arah almari mahu mengambil baju.
“Saya dah sediakan baju dan kain pelikat
159
mr. beardy man
untuk awak. Ada atas katil tu.” Gemersik suara
Habibah membuatkan Hadeed berhenti melangkah.
Bila terpandang t-shirt dan kain pelikat
yang elok berlipat di atas bantal, Hadeed mengalih
pandangan kepada si isteri.
“Terima kasih, Ainul.”
“Sama-sama.” Habibah menjawab tanpa
memandang wajah sang suami.
Malu sebenarnya sebab Hadeed hanya
bertuala dengan ikatan di bawah pusat. Simpulan
di tuala seperti ala kadar sahaja. Nampak seperti
hampir nak terlondeh pun ada. Gayanya itu seolah-
olah mereka sudah lama berkahwin.
Hadeed sarung baju ke tubuh. Bibir tergaris
senyuman apabila melihat Habibah fokus saja
memandang ke depan. Nampak sangat wanita itu
malu dengannya.
USAI menunaikan solat maghrib jemaah, Hadeed
menadah tangan. Doa dibaca penuh khusyuk dan
berserah kepada-Nya.
160
MUM LINZ
“Rabbanaa aatinaa fid-dun-yaa hasanatan
wa-aakhirati hasanatan wa qinaa `adzaaban-naar.
Allaahummalghfir lanaa dzunuubanaa wa kaffir
`annaa sayyi `aatinaa wa tawaffanaa ma`al abraar.
Ya Tuhan kami, berilah kami kebahagiaan di dunia
dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari
azab api neraka. Ya Allah, ampunilah dosa kami
dan tutupilah segala kesalahan kami, dan semoga
kami mati nanti bersama dengan orang yang baik-
baik. Aaminn.”
Usai mengaminkan doa, Hadeed berpusing
ke belakang. Tangannya dihulur kepada Habibah.
Terus Habibah menyambut huluran tangan Hadeed
dan kekura tangan itu dikucup lembut. Saat itu juga
dia terasa usapan lembut di kepalanya.
“Cukuplah menangis tu. Saya akan berusaha
untuk membina dan menjaga rumah tangga kita.
Dan saya perlukan awak untuk menjayakannya.”
Habibah diam. Hanya air mata saja yang
mengalir lesu. Dia terkesan mendengar doa
Hadeed tadi. Syukur dia dipertemukan dengan
lelaki seperti Hadeed untuk menjadi suaminya.
“Pasal mak tu... nanti kita cari jalan, ya?
Biasanya marah seorang mak takkan lama. Mana
161
mr. beardy man
ada mak yang tak sayangkan anak.” Hadeed usap
lagi kepala Habibah.
Habibah mengangguk dalam tangisan.
Memang dia perlukan mak pada masa sekarang.
Saat sukar sebegini dia perlukan seseorang untuk
beroleh kekuatan dan mengadu.
“Awak kena ingat, awak ada saya. Awak
jangan fikir bila mak dah buang awak... awak dah
jadi sebatang kara. Awak masih ada saya, Ainul.
Awak juga ada umi dan walid.”
Semakin kuat esakan Habibah. Luhur
rupanya hati Pak Syeikh ini. Banyak dosa dia
dengan Hadeed apabila dia mengata Hadeed di
belakang lelaki itu.
“Saya minta maaf.” Serak suara Habibah
menuturkan maaf.
Hadeed mengukir senyum. Lalu tangannya
naik menyapu saki-baki air mata si isteri.
“Saya pasti apa yang berlaku ni ada
hikmahnya. Awak kena belajar reda, Ainul. Awak
akan lebih tenang.”
Tanpa dapat dikawal, Habibah menyembam
muka ke dada Hadeed. Tubuh tegap itu dipeluk
162
MUM LINZ
kemas. Sedikit terkejut, teragak-agak Hadeed
mengusap belakang tubuh Habibah.
“Shhh... stop crying.” Ujarnya lagi, seakan
memujuk anak kecil.
PAGI itu semasa menghidangkan makanan,
Habibah kerap larikan pandangan setiap kali
matanya berlaga dengan mata Hadeed. Dia masih
malu dengan kejadian pagi tadi. Langsung dia tidak
sedar macam mana dia boleh tidur dalam dakapan
Hadeed.
Bangun tidur pagi tadi, dia sedang memeluk
lelaki itu dengan erat. Malah mukanya terletak elok
di dada lelaki itu. Kepala pula beralaskan lengan
lelaki itu yang berotot pejal.
‘Lengan? Lengan yang berbulu tu? Erkk...’
“Buat apa lagi tu, Bibah? Marilah kita
makan. Cukup-cukuplah tu hidangkan makanan.
Dah penuh meja ni.” Ujar Hajah Norliza.
Mata memerhati makanan yang penuh di
atas meja pagi itu. Bila masa menantunya masak
163
mr. beardy man
pun, dia tak perasan.
“Bibah masak semua ni?” Giliran Haji Zakir
pula yang terkejut.
Habibah mengangguk segan. Lepas subuh
tadi, dia tak sambung tidur. Jadi dia terus ke dapur
sediakan semua masakan.
Biasanya bila dia ada masalah, salah satu
cara untuk lupakan seketika masalahnya adalah
dengan memasak. Baginya cara itu boleh hilangkan
tekanan yang dia rasa.
“Sedap ni. Ada nasi dagang, kuih akok...
hish... jadi orang pantai timur kita hari ni.” Haji
Zakir tarik kerusi dan melabuhkan duduk.
Berkerongcong perutnya melihat hidangan di atas
meja.
“Ini ada kuih lapis lagi. Masa bila Bibah
buat semua ni?”
“Lepas subuh tadi Bibah buat semua ni.
Lagipun, bahan di dapur tu semuanya lengkap.
Senanglah kerja Bibah.” Bibah tersenyum bangga.
“Haa... Hadeed. Mari duduk. Kita makan
dulu. Nanti kita sembang. Walid dah lapar tengok
semua ni.”
164
MUM LINZ
“Hadeed rasa Hadeed nak keluar joging
dulu lepas makan.”
“Alah... dah kahwin pun, Hadeed. Lumrahlah
kalau badan naik sikit lepas kahwin ni.” Hajah
Norliza senduk nasi dagang yang masih berasap ke
dalam pinggan dan disuakan kepada suaminya.
Habibah duduk di sebelah Hadeed. Belum
sempat Habibah capai senduk nasi, Hadeed
terlebih dahulu mencapainya. Hadeed sendukkan
nasi dan diletakkan ke dalam pinggan Habibah.
“Makanlah.” Hadeed melempar senyum.
“Terima kasih.”
Habibah menunduk segan apabila
perasan mata Hajah Norliza dan Haji Zakir sedang
memandang mereka. Hadeed pula, masa-masa
macam inilah dia nak tersenyum. Meremang roma
seluruh badan.
“Apa kata Hadeed bawa Bibah pergi bulan
madu?” Saran Hajah Norliza tiba-tiba.
“Uhuk! Uhuk!” Perit tekak Habibah kerana
tersedak.
Cepat-cepat Hadeed hulur air suam dari
165
mr. beardy man
gelasnya. Lalu disambut Habibah sebelum air
diteguk laju untuk kurangkan perit di tekak.
“Hadeed ada terfikir juga, umi. Insya-Allah,
Rabu ni kami pergilah. Sebab esok Hadeed kena
masuk office dulu. Ada kerja nak kena hand over
pada Kamil.”
“Eloklah tu. Luangkan masa bersama.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh
peribadi.” Pesan Haji Zakir dalam lawak.
Tersengih Habibah mendengar pesanan
Haji Zakir. Tak pernah pula dia tahu lucu juga bapa
mertuanya itu. Siap menyanyi lagi.
“Menyanyi pula abang ni. Seronok nampak.”
“Seronoklah sebab dah dapat menantu.
Awak tak seronok ke?”
“Seronok. Alhamdulillah. Bermenantu juga
akhirnya. Lepas ni bercucu pula kita. Kan, abang?”
“Insya-Allah. Semoga cepatlah lekatnya.
Kalau boleh, lepas honeymoon dah adalah.” Haji
Zakir tersenyum ceria.
Habibah teguk liur. Jauh sangat angan-
angan umi dan walid ini. Sekilas, Hadeed di sebelah
166
MUM LINZ
dikerling dengan ekor mata. Nak tengok juga apa
reaksi lelaki itu.
Tetapi nampaknya Hadeed hanya tekun
mengunyah nasi. Lalu Habibah terus kuis nasi di
dalam pinggan. Hilang selera tiba-tiba.
Entah Hadeed dengar atau tidak apa yang
umi dan walid cakap tadi. Lelaki itu nampak tak
berminat dengan topik yang dibualkan orang
tuanya.
Tanpa sedar, nafas ditarik panjang
mengenangkan nasib diri. Akan bahagiakah dia
bersama Pak Syeikh? Bagaimana dengan masa
depan rumah tangga mereka?
167
bab 16
MASUK ke bilik, Habibah duduk di
birai katil. Dia termenung jauh
teringatkan Puan Nafsah.
‘Mak tengah buat apa? Mak dah makan ke?
Mak tidur lena tak semalam?’
Rindu dengan Puan Nafsah, telefon bimbit
di tepi bantal diambil. Nama ‘Sayang Mak’ yang
tertera didail. Lama dia menunggu panggilannya
untuk dijawab. Namun deringan berakhir dengan
suara operator.
Nampaknya Puan Nafsah masih tidak mahu
mengangkat panggilan telefon daripadanya. Tanpa
dapat ditahan, air matanya menitis laju.
“Mak... Bibah tak salah.”
168
MUM LINZ
Habibah tekup muka dengan telapak
tangan. Sedih apabila mak sendiri tidak percayakan
dia. Masa seperti sekarang, dia hanya mahukan
Puan Nafsah di sisi.
“Ainul, kenapa menangis ni? Ingat mak?”
Suara garau Hadeed menyapa gegendang
telinganya. Lantas Habibah angkat muka. Kesan air
mata disapu dengan kekura tangan. Namun tiada
suara keluar dari bibir mungilnya.
Dia rasa berjauh hati dengan Hadeed.
Lelaki itu langsung tak memberi tindak balas dan
reaksi ketika umi dan walid sebut tentang anak.
Hadeed memang tak mahu anak dengan dia
ke? Kalau begitu, di mana hala tuju perkahwinan
mereka? Adakah sampai bila-bila dia seperti
digantung tak bertali? Hati mula tertanya-tanya
sendiri.
“Kita pergi bercuti, ya? Tenangkan diri.
Jauhkan diri seketika dari semua ni. Balik nanti...
kita hadapi sama-sama.” Hadeed melabuhkan
duduk di sebelah Habibah. Jemari Habibah dicapai
dan digenggam erat.
Tapi Habibah masih diam.
169
mr. beardy man
“Kenapa ni? Tak ada suara ya?” Hadeed
sentuh bibir Habibah. Cuba bergurau.
Cepat-cepat Habibah tarik kepalanya ke
belakang.
“Apa ni? Sentuh bibir orang pula?” Marah
Habibah.
Reaksi Habibah itu mengundang hairan di
hati Hadeed. Pelik melihat Habibah tiba-tiba naik
angin. Hadeed mengangkat kening tebalnya.
“Baru sentuh bibir, belum sentuh yang lain
lagi.”
“Sentuh apa? Jangan nak macam-macam
ya.” Habibah silangkan tangan ke dada. Orang
tengah sedih, boleh pula dia nak ambil kesempatan.
“Mana ada saya cakap apa-apa. Awak tu
yang fikir bukan-bukan.”
“Ayat awak tu yang...” Habibah hentikan
kata apabila sedar mata helang Hadeed sedang
merenungnya.
“Kalau saya sentuh pun... tak salah, kan?
Saya suami awak, Ainul Habibah. Awak sentuh
saya, peluk saya semalam, boleh pula?”
“Eh...” Merona muka Habibah.
170
MUM LINZ
“Eh, apa? Betullah, kan? Awak kena kikis
perlahan-lahan rasa malu tu. Kalau tak, macam
mana umi dan walid nak dapat cucu?” Hadeed
tarik senyum.
“Erkk...” Tercekik air liur mendengar bicara
Hadeed. Lelaki itu dengar rupanya apa yang umi
dan walid cakap tadi.
“Saya pun tak pasti berapa lama saya boleh
bersabar duduk sebilik dengan awak. I’m just a
normal guy, with lust and desire since born. And
you...”
Cepat-cepat Habibah meniarap ke atas
tilam. Muka disembam ke bantal. Kakinya digoyang-
goyangkan menghentak katil. Malunya!
‘Mak! Tolong! Bibah tak nak dengar. Bibah
tak nak tahu.’
Terkekeh-kekeh Hadeed ketawa. Naif
rupanya Ainul Habibah.
HADEED yang kebetulan baru balik dari berjoging,
menyembunyikan diri di sebalik pokok ketapang.
171
mr. beardy man
Kereta hitam yang terparkir di depan pagar
rumahnya dipandang lama. Rasanya dia tahu
itu kereta siapa. Itu kereta lelaki yang dianggap
‘boyfriend’ Habibah dulu.
Keyakinannya meninggi tatkala Habibah
melangkah keluar dari pagar rumah dan berdiri
tercegat di sebelah kereta hitam itu. Saat melihat
seorang lelaki dan perempuan muda keluar dari
perut kereta itu, Hadeed dekatkan diri.
Dia mencari pokok yang berdekatan dengan
pagar rumahnya untuk berselindung. Hadeed perlu
mendengar apa yang isterinya bualkan dengan
tetamu tak diundang itu.
“Sampai hati kau! Kau kejam, Bib!”
“Bukan! Bukan aku yang rancang! Sumpah
bukan aku, Zura.” Habibah cuba menyentuh jemari
Zura. Namun Zura laju menepis.
“Kau ni kawan yang makan kawan, tahu
tak!” Bentak Zura dengan linangan air mata.
Kecewa apabila kawan baik sendiri sanggup
menikam belakangnya.
“Sudahlah, dik. Orang talam dua muka
memang macam ni. Tak tahu malu!” Herdik si lelaki
172
MUM LINZ
pula.
Menitis air mata Habibah. Puas dia
terangkan tetapi tak ada seorang pun yang percaya
cakapnya. Mak sendiri pun tak percaya, inikan pula
orang lain.
“Aku dah tak tahu macam mana lagi nak
jelaskan. Yang pasti, aku tak buat benda terkutuk
tu, Zura. Apa yang berlaku tu...”
“Sudahlah kau, Bib! Apa yang aku nak, itu
juga yang kau nak. Macam dah tak ada lelaki lain.
Betina busuk hati!” Herdik Zura lantang.
Hadeed kepal penumbuk. Berani mereka
datang menyerang isterinya. Kemudian menuduh
dan memaki dengan bahasa kesat.
“Patutlah kau tak nak dengan abang aku.
Rupa-rupanya kau ada hati dengan Syeikh.”
“Allahu Akbar, Zura! Demi Allah... tak
pernah terlintas di hati aku nak ambil Syeikh. Aku
tahu kau sukakan dia.”
“Tak payah nak acah-acah baiklah, Bibah.
Satu kampung dah tahu perangai busuk kau tu. Aku
kesian dengan mak kau aje. Berkurung orang tua
tu dalam rumah. Malu agaknya ada anak macam
173
mr. beardy man
kau!” Makin lancang mulut Zura mengata Habibah.
“Zura... nanti kau tolong jenguk-jengukkan
mak aku, ya?”
Zura ketawa. Ketawa yang sengaja dibuat-
buat.
“Dahlah kau rampas Syeikh dari aku,
sekarang ni kau nak aku jenguk mak kau pula? Kau
ni memang jenis perempuan tak tahu malu, kan?
Maruah kau dekat mana? Letak dekat tapak kaki,
ya?”
Sudah, cukup. Hadeed ketap rahang. Dia
sudah tidak mampu lagi bersabar. Ini sudah lebih!
Lantas dia melangkah keluar dari tempat
persembunyiannya. Automatik berpasang-
pasang mata kini tertumpu ke arah Hadeed. Tak
diendahkan pandangan itu, langkah diatur menuju
mendekati si isteri.
“Love, kenapa ni? Kenapa kecoh-kecoh
dekat sini?” Tangan naik menyentuh bahu Habibah.
Wajah Habibah yang sugul dan sengaja melarikan
mata dari tatapannya, disentuh.
“Love? Do you love her?”
174
MUM LINZ
Soalan Zafril, Hadeed balas dengan
senyuman senget. Kemudian pandangannya
terhala kepada Zura dan Zafril. Wajah sinis itu
dipandang silih berganti.
“She’s my wife. Of course, I love her.”
“Cukuplah, Hadeed. Tak payah nak berlakon
lagi. Saya tahu awak terperangkap, kan? Ini semua
salah betina ni!” Zura tunding jari ke muka Habibah.
“Tolong jaga tutur kata you. Yang you kata
tu, isteri I.” Keras nada suara Hadeed.
“Isteri? Kahwin sebab kena tangkap basah.
Cinta sangatlah sampai dalam kereta pun jadi juga
nak buat projek.”
Buk!
Tak semena-mena muka Zafril ditumbuk
Hadeed. Itulah, bicara langsung tiada adab.
“Abang!” Terjerit Zura kerana terkejut.
Muka abangnya dipandang tak lepas. Risau jika
abangnya tercedera.
Zafril dah pegang batang hidung sendiri.
Nasib baik tak patah.
“Kau jangan berlagaklah. Mentang-mentang
175
mr. beardy man
anak orang kaya, nak tunjuk lagak dengan aku. Aku
nak kau tahu, yang Habibah ni...” Kata-kata Zafril
terhenti. Wajah Habibah yang tak bersuara sedari
tadi, ditatap dengan pandangan mengejek.
“Dia ni kekasih aku. Sebelum kau sentuh
dia, aku dah rasa dulu.”
“Hah?” Zura terkejut. Biar benar?
Habibah juga terkejut. Kepala laju
menggeleng, menidakkan apa yang Zafril beritahu.
Tetapi tidak bagi Hadeed. Malah dia ketawa kecil.
Seperti mengejek kenyataan Zafril tadi.
“Tak mungkin. Aku yang rasmi dia dulu.
Dari situ aku dah tahu siapa orang pertama yang
sentuh dia. Kau berangan ni, bro!”
‘Tak guna punya betina! Berani dia tidur
dengan lelaki ini. Sedangkan kenal rapat pun tidak.’
Berubah raut wajah Zafril. Hati mendongkol geram.
Tidak mahu mengaku kalah, setapak
Zafril melangkah mendekati Hadeed. Badannya
dicondongkan ke arah pemuda itu. Mulutnya pula
dihala pada telinga Hadeed.
“Dia ada tahi lalat di tepi pusat dia. She has
a perfect body and lovely humps...”
176
MUM LINZ
Buk!
Sekali lagi Hadeed melayangkan penumbuk
ke wajah Zafril. Kali ini berdarah bibir lelaki itu
menerima habuannya. Rasakan!
“Awak!” Cepat-cepat Habibah pegang
lengan Hadeed.
Wajah Zafril dipandang dengan riak risau.
Takut jika Hadeed tumbuk Zafril lagi. Dia tidak
mahu Zafril terkulai di situ. Nanti pasti masalah
akan menjadi semakin teruk.
Hadeed bukannya calang-calang orang.
Dia pernah nampak lelaki itu bersenam dan
mengangkat berat. Tubuh lelaki itu juga berotot
pejal, tidak seperti Zafril yang nampak seperti
lelaki jambu.
“Korang berdua boleh berambus dari sini
sebelum aku buat report yang mengatakan korang
datang buat kacau. And, Love... come with me.
Jangan layan dia orang ni. Semak!” Hadeed tarik
tangan Habibah.
Panas hatinya. Lagi panas apabila Habibah
hanya diam bila dihina macam-macam. Dah jadi
bisu ke? Tak ada mulut nak jawab?
177
bab 17
HADEED tarik Habibah hingga ke
bilik mereka. Habibah tidak berani
membantah apabila melihat wajah
tegang sang suami.
Masuk ke bilik, tubuh Habibah dihumbam
rebah ke tilam. Semakin gerun Habibah melihat
reaksi Hadeed yang berubah garang itu.
“Who are they? What they want from you?”
“Itu Zura, kawan baik saya.”
“What is she doing here?”
“Saya tak pasti. Dia...” Habibah teguk liur.
“And who is that guy?”
“Itu abang Zura.”
178
MUM LINZ
“What is the relationship between you and
him? Is that true he is your boyfriend, Ainul?”
“Tak. Bukan. Lelaki tu bukan boyfriend
saya. Dan perempuan nama Zura tu... dia... dia yang
sukakan awak. Zura salahkan saya... dan... tuduh
saya... rampas awak dari dia.” Tergagap-gagap
Habibah cuba memberi penjelasan.
“So, dia orang datang sini semata-mata nak
marah pada awak?”
“Mungkin.”
“Habis tu, yang awak pergi jumpa dia orang
tu dah kenapa?” Hadeed bercekak pinggang. Geram
pula dia tengok muka si isteri yang nampak takut-
takut.
“Saya cuba nak jelaskan perkara yang
sebenar.”
“Dia orang dengar ke penjelasan awak? Dia
orang percaya ke? Tak, kan?”
Habibah terdiam. Sedar dengan
kesalahannya. Dia rasa sangat teruja apabila Zura
telefon dan mengajak dia berjumpa.
“Seberapa rapat awak dengan abang Zura
179
mr. beardy man
tu? Dia nampak marah. Does he like you?”
“Saya... dia... lamar saya sebelum ni. Dia
ingat saya tolak dia sebab awak.”
“Awak tolak lamaran dia? Good. He doesn’t
suit you.”
Habibah kembali diam. Dia perasan satu
perkara tentang Hadeed. Lelaki itu suka bercakap
dalam bahasa inggeris jika tengah marah. Comel!
“Hello! You’re daydreaming, again!” Hadeed
menggawangkan tangan ke depan muka Habibah.
Cepat-cepat Habibah angkat muka. Baru
terbayang-bayang muka Pak Syeikh comel tadi,
dah terbang semuanya selepas disergah.
“Tak. Saya cuma teringat pasal tadi. Kenapa
awak tumbuk Zafril?”
“Jadi nama dia Zafril?”
“Ya.” Habibah menjawab sepatah.
“Dia kurang ajar. He says something bad
about you.”
“Pasal saya? Pasal apa?”
Hadeed pandang sekilas tubuh Habibah
180
MUM LINZ
yang bersarung t-shirt dan seluar track itu. Bagai
terngiang-ngiang suara Zafril tadi di telinganya.
“Nothing. He’s really psychopath!”
“Memang pun. Saya pun rasa dia tu mental.”
“Kenapa?”
“Dulu dia marah saya sebab ternampak
awak hantar saya balik.”
“Sebab tu aje?” Terangkat kening Hadeed.
“Yalah. Sebab tu saya kata dia mental.”
Hadeed tersengih. Dalam tengah nak
marah, terus sejuk hati selepas mendengar ayat
polos Habibah tadi. Tadi senyap, tapi sekarang
boleh pula banyak cakap.
“Awak dari mana tadi?” Baru perasan yang
suaminya hanya memakai baju hoodie tanpa lengan
dan seluar track.
“Joging.”
Hadeed mengatur langkah ke arah bilik
air. Tuala yang tersangkut di tepi dinding ditarik.
Panas luar dalam selepas menumbuk Zafril tadi.
Dia perlu sejukkan tubuhnya.
181
mr. beardy man
“Awak nak pergi mana tu?”
“Mandi. You wanna join?”
Habibah menjeling tajam. Menyesal pula
dia tanya soalan macam itu. Dalam keadaan macam
ini sempat lagi Pak Syeikh itu ajak mandi bersama.
Rasa geram masih ada walaupun Hadeed sudah
selamat masuk ke dalam bilik air.
“Mandi sama konon. Gatal!” Gumam
Habibah.
Namun perlahan-lahan terbit senyuman
di bibirnya. Kemudian makin lama makin
melebar senyuman itu merekah. Ada rasa sesuatu
menyentuh hati.
“KAU rasa?”
“Aku buntu, Mil. Aku takut. Macam mana
kalau apa yang Si Zafril tu cakap, betul semuanya?”
Kamil terdiam, lama.
“Kau dah tidur dengan dia?” Soalnya tiba-
tiba.
182
MUM LINZ
Hadeed diam seribu bahasa. Sementara
Kamil terus merenung wajah Hadeed, meminta
jawapan.
“Kalau kau tak cerita, aku tak boleh nak
tolong bagi nasihat. So, kau dah tidur dengan dia?”
Ulang Kamil, serius.
Lambat-lambat Hadeed menggeleng. Kalau
boleh hal bilik tidurnya dia tidak mahu sesiapa
pun tahu.
“Then, kau patut tidur bersama. Masa tu
kau akan tahu kebenarannya.”
“Aku belum bersedialah.”
Kamil ketawa besar.
“Kau tak bersedia? Kau ingat kau ni isteri,
dia tu suami?”
“Bukanlah. Emosi aku ni... aku tak yakin
aku boleh terima dia kalau benda ni betul. Aku rasa
baik aku tak tahu dari aku tahu.”
“Ya ke lebih baik kalau kau tak tahu? Aku
yakin... kau sebenarnya nak sangat tahu, kan?
Cuma kau takut nak terima kenyataannya nanti.”
Hadeed diam lagi.
183
mr. beardy man
“Do you love her?”
“No.”
“Are you sure? Sebab dari cara kau cakap
dan reaksi kau, aku rasa kau tak sedar yang kau
dah mula sukakan dia.”
“Pandailah kau. Jangan nak pusing cerita
ya. Sekarang ni aku cuma minta pendapat kau.
Bukan nak kau jadi doktor cinta.”
“Well, aku kan banyak pengalaman. Bercinta
dah, berkahwin dah, bercerai pun dah.”
“Kisah kau lain. Kisah aku lain. Tak sama.”
“Ya, tak sama. Tapi perasaan tu kalau
namanya cinta... rasanya sama aje, bro.”
“Hish... kau ni. Meremang bulu roma aku
dengar kau cakap. Betul ke ni Peguam Kamil? Atau
pelanduk dua serupa?”
Lagi sekali Kamil ketawa lantang.
“Mil...”
“Hmm...”
“Kenapa kau boleh ubah fikiran? Bukan ke
sebelum ni kau tak sukakan Ainul? Kau juga yang
184
MUM LINZ
kata dia perangkap aku.”
“Masa aku jumpa dia, aku ada berbual
dengan dia. Dia langsung tak nampak macam
penipu. Dia nampak naif.”
“Maksud kau?” Berkerut kening lebat
Hadeed.
“Aku kan ada sixth sense.” Terang Kamil lagi.
“Yalah tu. Bila kena diri sendiri terus hilang
kau punya sixth sense, kan?” Tembak Hadeed bila
teringatkan kes Hana, bekas isteri Kamil dulu.
“Kau tanya, aku jawab. Bila kau minta
pendapat, aku bagilah pendapat aku. Kau kata kau
nak bawa dia pergi honeymoon, kan?”
“Hmm...” Hadeed angguk, mengiakan.
“So, time itulah kau jalankan tanggungjawab
kau.”
“Tak nampak gelojoh ke?”
Tepuk dahi Kamil dibuatnya dengan soalan
Hadeed.
“Dia tu isteri kau, Hadeed. Halal untuk kau
sentuh. Celah mana kau kata gelojoh tu?”
185
mr. beardy man
“Manalah aku tahu. Dah kami kahwin bukan
sebab cinta. Aku ingat nak bagi dia masa dulu.”
“Haa... eloklah tu. Kau bagi masa sampai
tahun depan aje, lagi senang.”
Hadeed mendengus kasar mendengar
sindiran Kamil.
“Bercakap dengan kau ni, tak membantu
langsunglah.”
“Aku bagi idea... kau tak nak dengar. Sibuk
dengan teori kau yang entah betul, entah tidak
tu. Tak ada cari lain dah yang boleh pakai untuk
kau tahu betul ke tidak apa yang mamat tu cakap.
Takkan kau nak suruh doktor check pula? Agak-
agaklah.” Raut gelisah Hadeed dipandang dengan
gelengan kepala.
Sebenarnya Kamil kasihankan Hadeed.
Baru saja kahwin, dah ada masalah. Biasanya kalau
pengantin baru, di peringkat awal ini mesti nak
berkepit saja.
Hadeed mengeluh lemah. Kononnya hari
ini dia masuk ke pejabat sebab nak selesaikan apa
yang patut sebelum bercuti. Tapi seharian ini, dia
asyik berfikir tentang Ainul Habibah saja. Satu
186
MUM LINZ
kerja pun tak jalan.
“Dahlah. Kau jangan nak serabutkan lagi
kepala kau. Ikut aje idea aku tu. Pergi bercuti.
Tenangkan diri. Apa-apa jawapan yang kau dapat
nanti, bawalah berbincang. Jangan bertindak
melulu dan tak matang.” Panjang nasihat Kamil
sebelum dia bangkit dari kerusi.
“Aku ada kerja sikit. Kau nak balik nanti,
jangan lupa kunci pintu office. Aku bawa Nadia
sama pergi jumpa client.” Pesan Kamil sebelum
menghilang dari bilik mesyuarat itu.
Hadeed hanya mengangguk. Jasad sahaja
yang ada di situ, sedangkan hati dan fikirannya
sudah melayang jauh. Bercuti? Dengan isterinya?
Ya, dia perlu mencari kebenaran. Dia
takkan menuduh tanpa usul periksa. Lagipun Zafril
itu nampak macam penipu. Bila tak dapat Habibah,
reka cerita yang bukan-bukan.
187
bab 18
HABIBAH yang tengah mencabut
rumput, terkejut apabila ada insan
lain duduk menempel di sebelahnya.
Entah bila masa Hadeed duduk di sebelah, sedikit
pun dia tak sedar. Bunyi kereta lelaki itu pun tak
kedengaran. Bila lelaki itu balik?
“Awak baru sampai ke?” Habibah lap peluh
yang membasahi dahi dengan kekura tangan. Nak
disentuh, tak boleh sebab tangannya penuh dengan
tanah.
Hadeed melempar senyuman manis. Tanpa
menjawab soalan si isteri, tangannya naik menyapu
wajah yang merenik dengan peluh itu. Spontan
Habibah jauhkan mukanya.
188
MUM LINZ
“Hish... saya busuklah. Awak pergi masuk
dalam dulu.”
“Awak halau saya?” Hadeed angkat kening.
“Bukan macam tu. Di luar ni cuaca panas.
Lagipun awak baru balik kerja.”
“Habis tu?”
Habibah menghela nafas geram. Mencabar
pula bercakap dengan pak peguam ini.
“Kalau awak tak nak masuk, biar saya yang
masuk.”
Habibah bangun dari duduk di atas bangku
plastik tadi. Tubuh dipusingkan ke kiri dan ke
kanan. Lenguh pinggangnya menghadap kerja
menggembur tanah dari tadi.
“Awak dah bersedia ke nak ikut saya pergi
bulan madu?”
Habibah pandang muka Hadeed. Bulan
madu? Lain macam saja bunyinya itu.
“Err... memang kena pergi ke?”
“Kalau awak nak ikut.”
“Kalau saya tak nak?”
189
mr. beardy man
“Saya pun tak pergilah. Takkan saya nak
berbulan madu seorang diri?” Mudah Hadeed
memberi jawapan.
Habibah dah tarik sengih. Hati masih
berfikir nak pergi atau tidak.
“Tapi kalau awak tak nak ikut, awak
jawablah dengan umi dan walid.” Hadeed berlalu
tinggalkan Habibah.
Terpinga-pinga Habibah dengan ayat
Hadeed tadi. Nampak sangat Hadeed nak dia
ikut. Cuma cara penyampaian lelaki itu berbeza.
Dia menjeling belakang Hadeed yang semakin
menjauh.
“Kalau nak aku ikut tu, cakap ajelah terus-
terang. Itu pun nak putar belit statement.” Gumam
Habibah perlahan. Namun senyuman mula terbit
di bibir. Mulut kata lain, hati maksud lain.
Sebenarnya dia juga teringin nak pergi
jalan-jalan. Mungkin dengan cara menghabiskan
masa berdua bersama Hadeed, hubungan mereka
akan bertambah erat. Siapa tahu?
“AINUL...”
190
MUM LINZ
Terus Habibah menoleh sebelum sempat
dia menarik kerusi. Wajah Hadeed dipandang
dengan riak tanda tanya.
“Can you...” Hadeed beri isyarat mata pada
telefon bimbitnya yang bergetar di atas meja.
Spontan mata Habibah jatuh pada tangan
Hadeed. Tangan kanan tengah makan nasi. Tangan
kirikan ada?
“Basah.” Jawab Hadeed yang seakan tahu
apa yang Habibah fikirkan.
“Could you please give me a hand?” Sekali
lagi Hadeed meminta tolong Habibah.
Lantas Habibah mendekat dan mengambil
telefon bimbit Hadeed. Ikon berwarna hijau itu
disentuh. Lalu telefon bimbit itu diangkat dan
ditekap ke telinga Hadeed.
“Hello, Kamil. Ya, aku dah start cuti esok.
Ermm... jadi.” Hadeed menjawab serius. Semasa
menjawab ‘jadi’, wajah si isteri dikerling sekilas.
Lantas tubuh tegapnya disandar ke kerusi.
Manakala matanya terus merenung Habibah yang
berdiri rapat di sebelah tanpa memandang ke
arahnya.
191
mr. beardy man
Habibah pula mula rasa tidak selesa. Berada
dekat dengan Hadeed, dia selalu rasa berdebar-
debar. Ini tanda-tanda dia nak kena serangan
jantung ke? Terus Habibah jarakkan sedikit
tubuhnya. Dia belum bersedia nak mati awal.
Hadeed mendongak mencari wajah
Habibah apabila telefon yang melekap di telinganya
turut bergerak.
“Stand still.”
Arahan Hadeed membuatkan Habibah
tegak serupa patung. Nafas juga rasa tersekat. Tak
selesa betul kedudukan dia dengan Pak Syeikh ini.
Rasa macam tak boleh bernafas bila setiap kali
jemarinya tersentuh dengan jambang sang suami.
“Maybe around 2.30 pm. Okay, bye.” Suara
garau Hadeed kedengaran lagi. Namun Habibah
hanya buat tak tahu.
“Cepatlah...” Mulut Habibah bergerak tanpa
suara.
Bau minyak wangi Hadeed dah buat
hidungnya tersumbat. Lemas pun ada juga. Agaknya
lelaki itu sembur minyak wangi habis sebotol.
“Okay, done.”
192
MUM LINZ
Habibah tidak bereaksi.
“Ainul, I’m done.”
“Hah?” Habibah terpinga-pinga.
Banyak sangat mengelamun sampai dia
tidak sedar Hadeed sudah selesai bercakap. Kelam-
kabut Habibah letakkan kembali telefon bimbit itu
ke atas meja sebelum dia jarakkan tubuhnya.
“Thanks, Ainul.”
Habibah hanya mengangguk. Kaki langsung
dibawa ke dapur sedangkan tujuan dia datang ke
meja makan itu untuk makan.
Tapi mana mungkin dia mahu makan
berdua dengan Hadeed. Segan, walaupun sudah
tiga hari Hadeed bergelar suaminya.
“Kenapa masuk dapur balik ni? Bukan
pergi depan tadi nak makan ke? Kesian encik abang
makan sorang-sorang tu.” Sakat Cik Ani.
Dia tidak mahu ambil tahu apa yang terjadi
di antara Habibah dan Hadeed. Walaupun dia ada
dengar khabar angin yang disampaikan oleh Mail
mengenai pasangan itu.
Pada hari Hadeed berkahwin dengan
193
mr. beardy man
Habibah, Haji Zakir memberi cuti kepada semua
pekerjanya. Tak kesahlah pekerja di kedai karpet
atau pekerja di rumah. Baru hari ini mereka semua
masuk kerja semula.
“Tak apalah. Biar Bibah makan dengan Cik
Ani aje dekat sini.” Habibah tarik kerusi dan duduk
di sebelah Cik Ani.
“Dulu status Bibah lain. Sekarang status
Bibah dah lain. Lagipun... tugas isteri melayan
makan minum suami.”
Habibah terdiam. Jari-jemari di atas meja
dibelek-belek. Terkesan dengan ayat Cik Ani tadi.
Adakah ini bermakna dia tidak menjalankan
tanggungjawab sebagai isteri dengan baik?
Melihat wajah Habibah yang sudah berubah
murung, terus Cik Ani sentuh jemari Habibah.
Bukan niat dia mahu pertikaikan apa yang Habibah
lakukan. Dia cuma memberi nasihat sahaja.
“Perkahwinan ini satu ibadah. Jangan
pernah mengeluh atau berasa kesal. Bibah kena
pertahankan rumah tangga Bibah. Jangan mudah
mengalah. Encik Hadeed tu baik orangnya. Bibah
jangan risau, ya?”
194
MUM LINZ
“Tapi Bibah kahwin dengan dia sebab...”
“Shhh... biarlah atas sebab apa pun, mungkin
itu juga cara Bibah jumpa jodoh Bibah. Lain orang
lain caranya. Ada yang bercinta, lepas tu kahwin.
Ada yang kahwin dulu, baru bercinta.”
“Tapi sekarang ni... Bibah nak makan
dengan Cik Ani, boleh tak? Rindulah, sebab dah
banyak hari tak bersembang dengan Cik Ani.”
Cik Ani julingkan mata. Habibah dan
alasannya.
TERNGANGA mulut Habibah. Suami dia ke itu?
Hadeed yang sedang mengangkat dumbbell
dipandang tak berkelip. Kacak, merecik dan seksi.
Habibah tersengih sendiri. Untung juga dapat jadi
isteri Pak Syeikh ini. Siapa sangka, kan?
Dulu tengok Pak Syeikh dalam swimming
trunk pun dah rasa sesak nafas. Tapi sekarang ini
rasa macam nak pitam pun ada.
Otot lengan lelaki itu bergerak-gerak
setiap kali dia mengangkat dumbbell. Peluh yang
195