mr. beardy man
sedang membasahi tubuh lelaki itu, benar-benar
membuatkan Habibah rasa cemburu.
Cemburu kerana titisan peluh yang
mengalir itu dapat ‘membelai’ setiap lekuk tubuh
Pak Syiekh, tapi bukan jari-jemarinya. Habibah
teguk liur.
Hadeed beralih ke alat senaman kaki, bench
sit up. Kini otot betis Hadeed pula yang bergerak-
gerak apabila kakinya mengangkat beban. Sekali
lagi Habibah kagum. Terus terngiang-ngiang di
telinganya lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’.
Kamulah makhluk Tuhan,
Yang tercipta,
Yang paling seksi.
Tengah ralit mengintai dari celah tirai
pintu, tiba-tiba Hadeed menoleh ke arahnya. Mata
helang itu tajam membalas pandangan Habibah.
Kelam-kabut Habibah keluar dari situ.
Mendengar derap kaki yang sedang mengejarnya,
Habibah lajukan langkah.
“Awak kena bertanggungjawab, Ainul.”
Hadeed sekat laluan Habibah yang sedang turun
196
MUM LINZ
tangga.
“Hah? Tanggungjawab apa pula?”
Macam nak menangis dah Habibah bila
dikepung begitu. Nak ke belakang ada tangan
Hadeed. Nak ke depan pun ada tangan Hadeed.
“Awak intai masa saya exercise tadi, kan?”
“Tak adalah. Mana ada.” Pucat muka
Habibah.
“Awak jangan nak kelentong, Ainul Habibah.
Saya ada bukti dan saya nampak.”
Habibah teguk liur. Matilah dia.
“Bila awak dah tengok tubuh dan bulu dada
saya, awak kena bertanggungjawab.” Tekan Hadeed,
serius. Wajah takut-takut Habibah dipandang tak
lepas.
Bulat mata Habibah mendengar tuduhan
Hadeed.
“Awakkan lelaki. Bukan aurat pun dada...”
“Ada saya kesah? Awak kena
bertanggungjawab juga. Atau... awak nak saya
beritahu semua orang dekat bawah yang awak
197
mr. beardy man
suka tengok bulu dada saya?”
“Gila!” Rengus Habibah. Tak sangka pula
Pak Syeikh yang selama ini serius sepanjang masa,
rupa-rupanya gila.
“Saya kan isteri awak. Tak salah kalau
seorang isteri suka tengok dada suami.” Habibah
menjawab lancar. Tangan naik berpeluk tubuh,
acah-acah berani.
“Oh, ya?” Hadeed geleng kepala dengan
senyuman.
“Baik. Esok awak ikut saya. Awak nak
tengok yang lain pun boleh. Anything for you, love.”
Ternganga mulut Habibah. Tak senonoh
punya Pak Syeikh. Baru nak buka mulut, Hadeed
sudah tinggalkan dia terkulat-kulat di situ.
198
bab 19
“ASSALAMMUALAIKUM, mak!”
Habibah melaung kuat. Rindu
yang menggebu buatkan dia tak
sabar nak jumpa Puan Nafsah.
Dia singgah di situ untuk beritahu yang
awal pagi esok dia nak pergi berbulan madu
bersama Hadeed. Kebetulan malam ini Hadeed
nak solat berjemaah di masjid berdekatan dengan
rumah mak.
Selepas Hadeed hantar dia sampai depan
rumah, Hadeed terus ke masjid. Balik dari masjid
nanti barulah Hadeed akan ambil dia di situ.
“Mak! Ooo... mak.” Habibah ketuk pula daun
pintu yang tertutup rapat itu.
199
mr. beardy man
“Mak dah tak nak jumpa Bibah ke? Mak
tak rindu Bibah? Bibah rindu sangat dengan mak.”
Sugul wajah Habibah. Nampaknya keras betul hati
seorang Nafsah.
Nak kata mak tak ada, tak mungkin. Lampu
dalam rumah terang-benderang. Selipar yang mak
selalu pakai pun ada.
“Tak apalah kalau mak tak nak jumpa
Bibah. Ni Bibah tinggalkan kuih kaswi untuk mak.
Mak suka, kan? Petang tadi Bibah buat.” Habibah
terpaksa bercakap dengan pintu yang tertutup. Dia
tahu mak mendengar dari dalam.
“Bibah balik dulu ya, mak? Jangan lupa
makan kuih tu tau. Assalamualaikum.” Habibah
terpaksa akur. Mungkin mak perlukan lebih masa
lagi.
Dia turun tangga dengan langkah perlahan.
Kecewa dan sedih bersatu. Dia ingatkan Puan
Nafsah sudah maafkan dia. Tapi telahannya
meleset. Puan Nafsah masih begitu.
Sebelum keluar dari kawasan rumah kayu
itu, sekali lagi Habibah berpaling ke belakang.
200
MUM LINZ
Rumah kayu bercat hijau itu dipandang sebelum
nafas dihela dalam.
Lalu kaki kembali melangkah longlai. Dia
mahu menunggu Hadeed di luar masjid. Nak hantar
mesej, dia tak bawa telefon pula.
“Hai, malam-malam pun datang sini?
Seorang diri pula tu. Mana suami tercinta?”
Habibah terkejut. Entah dari mana
datangnya Pak Jalal ini, langsung dia tak sedar. Kiri
kanan jalan yang gelap dipandang. Tak ada pula
orang lalu-lalang.
“Kau cari apa, Bibah? Abang Jalal ada depan
sini.” Jalal dekatkan jarak mereka.
Habibah terundur beberapa langkah ke
belakang.
“Pak Jalal buat apa di sini?”
“Janganlah panggil ‘Pak Jalal’, sayang.
Panggillah ‘Abang Jalal’. Bukan ke lagi manis.
Bukannya abang ni tua sangat pun. Masih gagah
lagi tau. Sebab apa Abang Jalal ada di sisi? Macam
biasalah... di mana ada bunga yang manis, di situ
Abang Jalal akan muncul.”
201
mr. beardy man
“Saya dah kahwinlah. Tak manis macam ni.
Kalau suami...”
Jalal ketawa kuat. Terhenti bicara Habibah
kerana terkejut.
“Tak manis? Suami?” Jalal cuba menyentuh
pipi Habibah.
“Kau bila dengan aku... bukan main lagi
kau berlagak, ya? Dengan lelaki lain, sampai kena
tangkap basah. Aku tak sangka senang rupanya nak
dapatkan kau. Aku ingat kau perempuan baik-baik.
Kalau tidak, dah lama aku ajak kau masuk hotel.”
Jalal tarik senyum. Sinis.
“Pak Jalal! Jangan cakap kurang ajar dengan
saya!” Nyaring suara Habibah.
“Sudahlah, Bibah. Jangan nak berlakon baik
pula. Aku tak mungkin terpedaya lagi dengan tipu
helah kau tu.”
“Saya nak balik.”
Habibah sambung langkah. Malas nak
layan orang tua biadap itu. Namun baru dua
langkah, tangannya direntap. Terpusing Habibah
ke belakang.
202
MUM LINZ
“Malam ni kau kena ikut aku. Dah lama
aku idamkan tubuh gebu kau tu, Bibah.” Mata Jalal
meliar pada tubuh Habibah. Pandangannya penuh
nafsu.
“Jangan, Pak Jalal. Saya tak nak. Tolong!
Tolong!” Habibah menjerit dengan kuat. Bila
berada sedekat ini dengan Pak Jalal, hidungnya
terbau sesuatu. Pak Jalal mabuk!
Saat ini di dalam hati Habibah berdoa
supaya ada orang yang terdengar jeritannya.
Menyesal pula dia berjalan keluar dari rumah mak.
Kalau tidak, dia takkan bertembung dengan Pak
Jalal.
“Jangan melawan, sayang. Abang janji
abang akan layan first class nanti. Mesti sayang
suka. Sini kau!” Jalal tarik tangan Habibah dengan
kuat.
Habibah masih terus meronta-ronta
mahu melepaskan diri. Demi Tuhan, dia sangat
takut sekarang ini. Jika terjadi perkara yang tidak
diingini nanti, macam mana dia nak berhadapan
dengan semua orang. Lebih-lebih lagi suaminya,
Syeikh Hadeed.
“Saya tak nak! Lepaskan saya, Pak Jalal!
203
mr. beardy man
Lepas!”
Pang!
Terteleng muka Habibah apabila penampar
Pak Jalal singgah ke pipinya.
“Ikut aku! Kalau tidak... aku bogelkan kau
dekat sini.” Gertak Jalal.
Habibah menangis bisu. Dalam hatinya tak
henti-henti berdoa memohon pertolongan dari
Yang Maha Esa.
‘Ya Allah, tolonglah hambamu ini.’
“Hoi! Buat apa tu?”
Serentak Habibah dan Pak Jalal berpaling.
Zafril!
“Kau buat apa tu, Pak Jalal? Kau nak aku
beritahu pada bini-bini kau, ya?”
“Sudahlah, jangan nak berlagak hero pula
dekat sini. Kau ingat aku takut dengan ugutan kau
tu? Aku cuma nak Bibah aje. Kau boleh berambus.”
Jalal terus menyeret tangan Habibah.
Zafril mendengus keras. Pak Jalal segera
dihampiri.
204
MUM LINZ
“Kalau kau berani apa-apakan Bibah, aku
takkan teragak-agak buat report polis. Kemudian
aku akan hebohkan satu kampung pasal perangai
kau ni.”
“Hish... menyibuklah kau! Jahanam!”
Akhirnya tangan Habibah
dilepaskan. Sempat dia meludah di depan Zafril.
Jelingan tajam dihadiahkan kepada pemuda itu
sebelum dia mengalih pandangan kepada Habibah.
“Suatu hari nanti aku akan dapatkan kau
juga, Bibah. Walau dengan apa cara sekalipun.”
Pak Jalal terus melangkah meninggalkan Habibah
bersama Zafril. Langkahnya terhuyung-hayang
sambil mulut membebel entah apa-apa.
Sebaik saja kelibat Pak Jalal menjauh,
Habibah menyapu air matanya yang masih berbaki.
Wajah tegang Zafril ditatap sayu.
“Terima kasih, Zafril. Saya...”
“Sejak dah kahwin, hilang terus pangkat
‘abang’ pada kau, ya?”
“Bukan. Tak eloklah kalau saya panggil
awak ‘abang’. Nanti...”
“Kau tahu ke apa yang elok dan tak elok?
205
mr. beardy man
Kalau kau tahu... kau takkan kena tangkap basah.
Mak kau pun takkan kena pulau dengan orang
kampung ni.”
Air mata Habibah menitis lagi. Patutlah
mak tak nak bertegur sapa langsung dengan dia.
Rupanya mak pun kena tempias juga.
‘Mak, maafkan Bibah.’
“Sudahlah, Bibah. Tak payahlah kau buat
drama air mata di sini. Kau baliklah. Walaupun
sebelum ni kau tolak cinta aku, tapi aku tetap
ambil berat pasal kau. Pasal orang tua gatal tu,
tahulah macam mana aku ajar dia nanti.” Zafril
pula tinggalkan Habibah di situ.
Habibah terduduk di tengah-tengah jalan.
Tangisannya terhambur saat ditinggal sendirian di
situ. Semua orang seolah menyalahkan dia.
“Ya Allah, dugaan apa yang Kau beri
kepadaku. Aku tak kuat! Sungguh, aku tak kuat. Ya
Allah...” Teresak-esak Habibah di tengah jalan yang
sunyi itu.
“Love, kenapa ni?”
Hadeed duduk bertinggung di sisi Habibah.
Terus Habibah terpa dan peluk tubuh Hadeed.
206
MUM LINZ
Langsung dia tidak perasan dengan panggilan
nama dari Hadeed tadi.
“Shhh... kenapa ni?” Hadeed sebak rambut
Habibah ke belakang. Wajah yang lencun dengan
air mata itu ditatap dalam.
Habibah hanya menangis tanpa bersuara.
“Mak tak nak jumpa awak ke?” Teka Hadeed
apabila melihat si isteri menangis tanpa henti.
Habibah mengangguk dalam tangisan.
Langsung tiada bicara. Apatah lagi untuk beritahu
tentang Pak Jalal dan Zafril.
“Sudahlah. Hati mak akan lembut juga
nanti. Percayalah. Balik dari honeymoon nanti, kita
jenguk mak sama-sama.”
Habibah angguk lagi. Sungguh, dia tidak
mampu bersuara ketika ini.
Hadeed tersenyum. Isterinya nampak
comel pula bila buat aksi macam itu. Nampak
macam kanak-kanak yang sedang minta dipujuk
selepas kena marah.
“Dahlah. Jom kita balik.” Hadeed bangun
dan tarik Habibah supaya berdiri sama.
207
mr. beardy man
“Boleh bangun tak ni? Atau nak saya
dukung?” Soal Hadeed selepas melihat Habibah
terkial-kial nak bangun.
“Boleh.” Habibah menjeling sebelum
bangkit berdiri.
“Dah, jom. Jangan menangis lagi.” Hadeed
pimpin tangan Habibah hingga ke kereta.
“Jauhnya awak parking kereta?” Baru
Habibah perasan yang kereta Hadeed agak jauh
dari kedudukan mereka tadi.
“Saya pergi rumah mak tadi, tapi saya tak
nampak pun kelibat awak. Tengok selipar pun
tak ada juga. Jadi saya tahulah yang awak tak
ada di rumah mak. So, saya ambil keputusan nak
cari awak. Tu yang saya parking dekat sini dulu,
kemudian sambung cari awak.”
Habibah hanya mengangguk faham. Wajah
Hadeed yang merenik peluh dipandang seketika.
Pelik juga. Dalam cuaca malam yang sejuk begini,
lelaki itu boleh berpeluh sebegitu.
Tapi apa yang nak dihairankan. Lelaki
itu memang spesies kuat bersenam. Jadi sudah
tentulah lelaki itu akan cepat berpeluh walaupun
208
MUM LINZ
hanya berjalan kaki.
“Dahlah, masuk cepat.”
Cepat-cepat Habibah masuk ke dalam
kereta. Sebaik saja Hadeed hidupkan enjin kereta,
pantas tangan Habibah dicapai.
“Jangan susah hati. Saya akan pujuk mak
untuk awak.”
“Kalau dengan awak pun mak tak nak
jumpa?”
“Eh, tak mungkin. Mak awak mesti suka
dengan saya.”
Habibah tersengih sebelum senyuman
yang mekar berganti dengan tangisan.
“Saya rindukan mak.”
“Shhh...”
Hadeed tarik tubuh Habibah ke dalam
pelukan hangatnya. Belakang tubuh itu diusap
lembut. Tangisan Habibah bergema di dalam
kereta itu.
Namun Hadeed hanya membiarkan
Habibah lepaskan semua yang terbuku. Semoga
hari esok, isterinya akan lebih tenang.
209
bab 20
MESEJ dari Zura dibaca berulang
kali. Zura sedang mengugut dia
ke? Zura nak rampas Pak Syeikh
dari dia?
+ Aku pasti kau takkan bahagia, Bib. Kau
takkan bahagia atas penderitaan orang lain.
+ Aku akan rampas semula apa yang dah kau
curi dari aku. Itu janji aku dan aku akan tunaikan.
Kau tunggulah saat itu tiba.
Tak jadi Habibah nak kemas baju ke dalam
almari. Dia mundar-mandir sendirian mengukur
keluasan bilik hotel.
Baru beberapa minit lepas mereka sampai
ke Melaka. Kata Hadeed, mereka akan pergi tiga
210
MUM LINZ
tempat. Jadi tempat pertama yang mereka akan
singgah adalah Melaka, kota bersejarah.
Puas mundar-mandir, kaki berhenti betul-
betul menghadap pintu gelangsar yang terbuka.
Angin bertiup lembut menyapa kulit wajahnya.
Melihat Hadeed duduk di luar sambil bersantai
dan minum kopi, Habibah garu kepala.
‘Apa nak buat ni? Takkan nak biar aje Zura
ambil Pak Syeikh aku?’
“Hadeed suami aku, bukan suami dia.”
Habibah menggumam halus.
Matanya terus memerhatikan gelagat
sang suami. Kelihatan Hadeed sedang mengusap
jambangnya. Jambang itu kini nampak kemas dan
tersisir rapi.
Semenjak kali kedua mereka bersua ketika
temu duga dulu, tak pernah lagi dia nampak lelaki
itu membiarkan jambang itu tumbuh memenuhi
separuh dari muka. Bukan seperti kali pertama
mereka berjumpa.
Saat Hadeed berpaling dan membalas
renungannya, Habibah terkelu dan terpegun. Mata
itu, tajam memukau. Memaku pandangan tanpa
211
mr. beardy man
dapat berkalih.
Matamu seksi,
Itu terbukti,
Dari caramu,
Menatap aku,
Sekali lagi bait lagu ‘Makhluk Tuhan Paling
Seksi’ berlegar di fikiran.
“Love, kenapa ni?”
Tidak sedar bila masa Hadeed mendekat.
Apa yang pasti Hadeed sudah terpacak di depannya
sekarang. Kini semakin kerap pula nama panggilan
‘Love’ meniti di bibir lelaki itu.
Kali pertama dulu memang dia tidak
perasan. Tapi sejak hari itu, sesekali Hadeed akan
memanggilnya begitu.
“Err... tak ada apa-apalah.” Habibah larikan
muka.
“Wait.” Hadeed paut bahu Habibah.
Wajah itu dipusing supaya menghadapnya.
Lantas dagu si isteri didongakkan. Kini mata
mereka saling bertentangan.
212
MUM LINZ
“Awak ada masalah? Nak share dengan
saya?”
“Eh, mana ada.” Habibah larikan anak
matanya ke arah lain. Tidak sanggup beradu mata
lama-lama dengan Hadeed.
“Kalau awak susah hati pasal mak... balik
dari makan angin ni kita pergi jenguk mak, ya? Kita
belikan buah tangan sekali.” Sudah beberapa kali
Hadeed ulang ayat itu. Malah sejak dari semalam
lagi.
“Yalah. Saya nak kemas baju dulu.” Habibah
bergerak ke tempat dia mengemas pakaian tadi.
Baju sikit saja, tapi dari tadi tak siap-siap.
“Okey. Sekejap lagi kita keluar makan. Saya
dah lapar gila ni.” Hadeed mengusap perutnya yang
sudah berkeroncong.
Mereka hanya sarapan di rumah sebelum
bertolak awal pagi tadi. Sekarang dah nak masuk
pukul 3.00 petang, memang patut perutnya rasa
lapar.
Habibah hanya tersenyum. Segan masih
bersisa. Kekok, janggal, semuanya ada. Macam
manalah dia nak bermesra dengan Hadeed? Macam
213
mr. beardy man
mana dia nak jauhkan Hadeed dari Zura?
Bila fikirkan Zura, hati kembali rasa
gelisah. Dia kenal Zura macam mana. Dia jenis
akan dapatkan apa yang dia mahu. Malah Zura juga
bukan orang yang mudah berputus asa.
‘Kau kena buat sesuatu Bibah. Kau kena
baja rasa cinta dan sayang dalam hati Pak Syeikh
tu. Baru Pak Syeikh tu takkan pandang Zura.’
Hati berkata-kata, memberi semangat
kepada tuan empunya diri. Ya, dia nekad. Syeikh
Hadeed hanya akan menjadi miliknya. Akan
dipertahankan rumah tangga mereka.
“AWAK nampak seksi.”
Pujian si isteri buatkan Hadeed terbatuk-
batuk. Wajah si isteri dipandang pelik.
“Awak demam ke?” Telapak tangan diletak
ke dahi Habibah untuk merasa suhu badan
isterinya.
“Tak panas pun.” Hadeed letak pula telapak
tangan ke dahi sendiri. Merasa suhu badannya
pula.
214
MUM LINZ
“Apa kaitan saya demam dengan awak
seksi?”
“Tak ada apa-apa. Cuma rasa pelik.” Hadeed
tersengih.
Ketika ini dia hanya bertuala saja. Itukan
perkara biasa sebelum dan selepas mandi. Jika
sebelum ini dia bertuala, tak pernah pula Habibah
cakap dia seksi.
Pandangan Habibah padanya pun lain
macam malam ini. Pandangan mata bundar itu
seakan mahu menggodanya. Takkan Habibah nak
ajak mereka ‘bersama’?
Hadeed menggeleng. Tangan naik memicit
dahi. Perkara ini benar-benar membuatkan Hadeed
rasa pelik.
Pagi tadi semasa Hadeed baru bangun tidur,
dia terkejut apabila di depan matanya terpampang
wajah Habibah yang sedang merenungnya.
“Kenapa ni?”
“Awak nampak seksi.”
“Hah?”
Hadeed tarik selimut hingga ke dada. Lain
215
mr. beardy man
macam sangat isterinya sejak mereka bermalam di
Melaka. Kena sampuk dengan hantu Melaka ke?
“Betullah.” Habibah meleret senyuman
manja.
Turun naik halkum Hadeed menelan air
liur yang terasa macam bergelen-gelen masuk
ke kerongkong. Panas. Bukan panas sebab tak
buka alat pendingin hawa. Tapi panas kerana aksi
Habibah yang menduga iman.
“Saya mandi dulu. Awak dah mandi?”
Hadeed bangun dari baring. Selimut yang menutup
separuh tubuhnya diselak ke tepi. Kaki dilunjur
turun ke bawah.
“Dah. Kenapa? Awak nak ajak mandi sama
ke?”
Laju kepala Hadeed berpaling. Wajah
si isteri yang sedang tersenyum menggoda
dipandang. Sah, ada sesuatu yang tak kena dengan
Habibah.
Tanpa pedulikan gelagat si isteri, dia terus
masuk ke bilik air. Selesai mandi, Hadeed siap pakai
baju dan bertuala sebelum keluar dari bilik air.
“Kenapa awak pakai baju?” Berkerut kening
216
MUM LINZ
Habibah.
“Sebab cara awak tengok saya tu
menakutkan. Macam nak telan saya.”
Wajah si isteri yang berubah diperhati. Ini
ke perempuan yang awalnya seorang yang pemalu?
Atau ini jelmaan wanita lain?
Merah muka Habibah selepas mendengar
ayat sarkastik suaminya. Nampak sangat ke dia
cuba menggoda?
“Bila masa pula saya pandang awak macam
tu? Awak tu yang perasan.” Habibah cebik bibir.
Hadeed ketawa. Terhibur rasa hati melihat
wajah Habibah yang nampak kelam-kabut
mencipta alasan. Pipi Habibah yang kemerah-
merahan kerana menahan malu, buat Hadeed rasa
geram nak cium.
Dalam masa yang sama, Habibah seolah
terpegun. Inilah kali pertama dia melihat Hadeed
ketawa. Dan lelaki itu nampak sangat mempesona.
“See, you staring at me again. That’s
suspicious and weird. Like you want something.”
Habibah menunduk. Baju yang dipakainya
217
mr. beardy man
dipintal-pintal. Kulit muka terasa berbahang dan
tebal kerana malu.
“Love, kalau ada apa-apa yang mengganggu
fikiran awak... suarakan. Jangan pendam dan
jangan buat reaksi pelik macam ni. Awak dah
macam bukan Ainul Habibah yang saya kenal.”
Habibah mendongak. Perlahan, pipi
Hadeed disentuh. Dan sentuhan lembut itu berjaya
membuatkan Hadeed tersenyum lagi.
“Do you want me?” Habibah membalas
senyuman Hadeed.
Kali ini dia sudah nekad. Hadeed adalah
haknya. Hak mutlak yang tiada siapa boleh sangkal
lagi. Datanglah 10 orang Zura sekalipun, Hadeed
tetap miliknya.
“Awak pasti ke? Awak takkan menyesal?”
Habibah mengangguk yakin. Dan Hadeed
tidak mahu membuang masa untuk bersoal jawab
lagi. Sudah lama dia menunggu saat Habibah
benar-benar bersedia untuk menjadi isteri dalam
erti kata sebenar.
Saat wajah Hadeed semakin dekat, Habibah
memejamkan mata. Dia menunggu tindakan
218
MUM LINZ
sang suami. Tubuhnya bagaikan terkena renjatan
apabila bibir Hadeed yang basah menempel ke
bibirnya buat pertama kali. Sentuhan yang pada
mula penuh kelembutan, berubah semakin agresif
dan ghairah.
Tatkala tangan sasa itu mula meneroka ke
setiap lekuk tubuhnya, Habibah rela. Malah dia
seolah khayal dan hanyut dalam rasa yang sukar
dia jelaskan. Setiap inci tubuhnya adalah hak
mutlak Syeikh Hadeed. Dia yakin, lelaki itu akan
bahagiakan dia.
219
bab 21
“PUAS hati aku bila Nafsah tu kena
pulau dengan orang kampung.
Berlagak baik macam malaikat
konon.”
Terlepas plastik dari tangan Puan Nafsah.
Bibirnya bergetar menahan rasa. Tak sangka Mak
Senah mengutuknya dalam diam.
Di depannya, Mak Senah cukup baik. Selalu
tersenyum mesra dan tutur kata Mak Senah juga
lembut. Tak sangka bila di belakang, Mak Senah
umpama gunting dalam lipatan.
“Padan muka dia. Apa dia ingat... anak dia
seorang aje yang cantik? Anak orang lain tu tak
laku? Hei... pergi matilah. Bila Jalal terhegeh-hegeh
220
MUM LINZ
dengan anak dia, tahu pula dia sorok anak dara
dia tu. Haa... sekarang ni, mana anak dara dia yang
diagung-agungkan sangat tu? Dasar perempuan
murah!”
Puan Nafsah tekup mulut. Air matanya
mengalir lesu. Dia sudah kenal lama dengan Mak
Senah. Mereka kawan satu sekolah. Semasa Mak
Senah kesempitan duit, dialah yang pinjamkan
wang. Tergamak Mak Senah tikam dia dari
belakang.
“Bukan ke kau yang jadi saksi masa Si Bibah
tu kena tangkap? Apa kau buat di kawasan belukar
tu masa budak-budak tu kena tangkap khalwat,
Senah?”
“Aku...”
Puan Nafsah terus menadah telinga. Dia
mahu tahu kisah yang sebenar-benarnya.
“Zafril anak Yam tu... dialah yang suruh aku
ke sana. Bila aku sampai sana, aku nampak kereta
mewah tu tersadai di tepi jalan. Bila aku jenguk,
aku nampak Bibah. Hish... tak senonoh!”
“Apa yang dia orang buat?” Soal Leha ingin
tahu.
221
mr. beardy man
“Geli aku nak cerita. Biarlah aku aje yang
tahu.”
“Ya ke kau ni, Senah? Aku dengar masa
Bibah tu kena tangkap, baju dia orang tu habis
basah. Kereta rosak katanya.”
“Eh... kau ni, Leha. Tak percaya cakap aku
pula.”
“Aku dah lama tahu kau anti dengan Nafsah
tu. Tu sebab aku jadi tak percaya.”
“Lantak kaulah, Leha. Janji hati aku senang.”
“Tak baiklah kau ni, Senah. Berdosa besar
kalau tuduhan kau tu jatuh fitnah. Zafril yang buat
report malam tu, kan? Aku rasa dia sengajalah.
Sebelum kejadian tu, aku ada nampak Zafril dengan
Bibah tu macam bergaduh. Aku rasa Bibah tu tolak
cinta Zafril. Tu yang Zafril berdendam.”
Teringatkan nasib anaknya yang dipandang
hina, tubuh Puan Nafsah jatuh melorot ke lantai.
Niat di hati nak hantar lauk sambal udang petai
untuk Mak Senah. Sebab dua hari lepas, Mak Senah
cakap teringin nak makan lauk itu. Namun lain
pula yang dia dengar.
“Kau ni, Leha... bukan main lagi teori kau
222
MUM LINZ
ya. Dahlah, pergi balik. Aku nak tengok TV ni. Ada
drama lagi best dari drama anak Nafsah tu.”
“Hmm... yalah. Aku balik dulu.”
Keluar saja Mak Leha dari situ, pantas Mak
Senah menghubungi Zafril.
“Kau jangan bagi rahsia kita bocor,
Zafril. Mak Leha tu dapat agak kau yang rancang
semuanya.”
Mak Leha diam sebentar mendengar
jawapan Zafril.
“Ya, hati-hati. Biar pecah di perut, jangan
pecah di mulut.” Pesan Mak Senah kepada Zafril
selepas itu.
“Allah!” Puan Nafsah pegang dada. Sakitnya
bila dikhianati orang yang dipercayai.
Suara Mak Senah sedang ketawa itu buatkan
hatinya bertambah sakit. Terbayang di ruang mata
wajah sayu Habibah. Terngiang-ngiang bagaimana
Habibah merayu supaya percaya dengannya.
“Bibah, anak mak. Maafkan mak.” Puan
Nafsah terus menangis di situ.
223
mr. beardy man
Hidungmu seksi,
Itu terbukti,
Dari caramu,
Cium pipiku.
Bibirmu seksi,
Itu terbukti,
Dari caramu,
Sebut namaku,
Aku seperti ada,
Di dalam penjara,
Cintamu.
HABIBAH tersengih-sengih sendiri sambil
menyanyi. Terasa-rasa kucupan Hadeed di pipinya
semalam.
Bila teringatkan kucupan hangat Hadeed,
Habibah sentuh pula bibirnya. Masih tidak lekang
mengukir senyuman. Parah rupanya bila angaukan
suami sendiri.
Habibah pandang pantulan wajahnya dari
dalam cermin. Leher yang ada kesan merah pula
disentuh. Itu baru di leher, belum lagi di tempat lain.
Bersepah-sepah cop mohor Hadeed di tubuhnya.
224
MUM LINZ
“Pak Syeikh ni sengaja tau. Gatal!” Semakin
lebar sengihan Habibah. Teringat-ingat adegan
semalam. Sekarang siapa yang gatal sebenarnya.
Di atas katil, Hadeed sudah pun terjaga.
Terpisat-pisat mata cuba menahan silau cahaya
lampu tidur. Rasanya dia macam terdengar suara
isterinya sedang menyanyi.
Lantas telefon bimbit yang diselit ke bawah
bantal diambil. Skrin yang gelap itu disentuh hingga
menjadi terang dan menayangkan jam analog yang
tertera di dada skrin. Baru pukul 5.40 pagi.
Mendengar suara halus si isteri asyik
mengalunkan lagu Mulan Jameela, Hadeed
tersenyum sendiri. Lalu dia bangkit sebelum tuala
diambil dan dililitkan ke pinggang. Langkah diatur
ke arah bilik air kerana di situlah arah datangnya
suara Habibah.
Dia yakin mesti isterinya sedang asyik
bersiram. Perlahan-lahan, pintu yang ditutup tidak
rapat itu ditolak. Melihat tubuh si isteri yang sedang
membelakanginya, Hadeed tersenyum lebar.
“Love, buat apa tu?”
Tersentak Habibah apabila lengan sasa
225
mr. beardy man
Hadeed sudah melingkar ke perutnya dari arah
belakang. Jambang halus lelaki itu bergesel dengan
pipinya, membuatkan Habibah jarakkan muka.
Geli.
“Saya tengah mandi. Awak keluarlah dulu.”
Habibah cuba merungkai pelukan kemas Hadeed
di tubuhnya.
“I won’t let you go, Love. Saya nak mandi
dengan awak.”
Hadeed makin kemaskan pelukan. Bibirnya
pula tanpa silu merayap ke bahu dan leher Habibah
yang terdedah. Melihat keadaan Habibah sekarang
benar-benar membuatkan nalurinya teruja.
Habibah mengeliat kegelian. Meliang-liuk
tubuh Habibah cuba mengelak kucupan Hadeed
yang semakin meliar. Mulutnya juga bising ketawa,
tak tahan geli.
“Janganlah...” Suara Habibah merengek
manja.
Nada suara itu semakin membuatkan
Hadeed semakin galak. Dia kucup lagi sekitar
tulang bahu Habibah.
“Jaannn...” Habibah tolak pipi Hadeed pula.
226
MUM LINZ
Terus terhenti aksi menggoda Hadeed.
“Awak panggil saya apa tadi? Jaan (sayang)?”
“Mana ada.”
“Ya, saya dengar. How sweet, my love.”
Hadeed lepaskan tubuh Habibah dan tubuh
gebu itu dipusing menghadapnya sebelum ditarik
masuk ke dalam dakapan.
“Terima kasih sebab hadir dalam hidup
saya, Love. Kerana awak... saya tahu apa itu erti
cinta. That’s why I call you ‘Love’.”
Lebar senyum Habibah. Bahagianya.
Macam ini rupanya rasa jatuh hati. Lalu sang suami
dipeluk semakin erat hingga dia tenggelam dalam
dakapan tubuh sasa itu.
“Ermm... Love. Boleh kita sambung semula
operasi kita tadi? Bila awak peluk saya macam ni,
saya rasa macam nak tambah lagi cop-cop mohor
tu lah. Tak cukup tu.”
Tak sempat Habibah berkata apa, Hadeed
sudah pun membuat serangan tanpa sempat
Habibah membuat pertahanan. Dalam erti kata,
Hadeed pasti menang tanpa dapat ditewaskan.
227
mr. beardy man
‘Ooo... my jaannnn! I love you!’
Kata-kata itu hanya bergema di dalam hati
sahaja. Dia belum berani untuk luahkan apa yang
dia rasa dan apa yang ada di dalam hatinya.
SELESAI mandi dan berpakaian, Habibah menyikat
rambut di depan cermin. Pantulan tubuh sang
suami dari dalam cermin, ditatap tanpa berkelip.
Tubuh tegap tak berbaju itu dipandang
tanpa jemu. Teringat dulu macam mana dia geli
dengan Hadeed. Macam-macam gelaran yang dia
bagi. Pak Syeikh bulu, Mat Pakistan. Tapi sekarang
dia juga yang angaukan lelaki itu.
Betul cakap Zura, jangan geli sangat. Nanti
jadi teman sebantal. Teringatkan Zura, wajahnya
yang ceria tadi mula berubah mendung.
Habibah menghela nafas panjang. Dia
rindukan Zura. Dia rindu mahu berkongsi cerita
dan mengadu masalah dengan sahabatnya itu.
Disebabkan seorang lelaki, persahabatan yang
dibina bertahun-tahun putus begitu sahaja.
228
MUM LINZ
“Love, kenapa nampak sedih aje ni? Tell
me.” Seakan tahu hati si isteri tengah berserabut,
Hadeed duduk di sisi Habibah. Dagu Habibah dicuit
manja.
“Tak ada apa-apalah. Cuma saya teringatkan
Zura.”
“Kalau betul dia kawan sejati awak, dia
takkan layan awak macam ni. Dia akan terima baik
dan buruk awak, Love. Sepatutnya dia percayakan
awak sebab dia lebih kenal siapa awak. Lagipun,
kita tak salah. Saya tak pernah bercinta pun dengan
dia.”
“Saya tahu. Tapi Zura terlalu sukakan
awak.” Habibah muram.
“Love, jangan ungkit perkara yang lepas.
Yang saya tahu, saya bersyukur sangat dapat
berkahwin dengan awak.” Hadeed usap jemari si
isteri sambil tersenyum manis.
Habibah membalas senyuman Hadeed.
Tangannya turut menggenggam tangan Hadeed.
Sebenarnya dia pun turut bersyukur. Kalau tidak,
dia tidak pernah tahu sisi mulia seorang Syeikh
Hadeed.
229
bab 22
“LOVE, nak stay sini lagi atau nak ke
JB pula?”
“Duduk sini dululah. Banyak
tempat lagi kita tak pergi, kan?” Habibah pandang
pemandangan indah yang terbentang di depan
mata.
“Okay. As you wish, Love.” Hadeed turut
melabuhkan duduk di sebelah Habibah.
Mereka sama-sama menghayati keindahan
ciptaan Tuhan. Panorama matahari terbenam
cukup cantik. Sinarannya memukau mata.
Hadeed paut pula bahu Habibah rapat
ke dadanya. Ubun-ubun si isteri juga dihujani
kucupan bertalu-talu. Tersenyum Habibah dengan
230
MUM LINZ
aksi romantik Hadeed.
“Kenapa senyum?”
“Tak ada apa-apa. Sengaja.”
“Ya ke ni?”
“Jaann...” Meleret suara Habibah.
Terhambur ketawa Hadeed.
“Saya rasa macam saya ni hero filem Hindi
pula.”
“Yes, mere jaanoo.” Sambung Hadeed
kemudiannya.
Giliran Habibah pula yang ketawa melihat
gelagat Hadeed yang bercakap sambil tergeleng-
geleng kepala.
“Saya sebenarnya tak sangka saya akan
berkahwin dalam tempoh terdekat ni. Tapi
percaturan Allah SWT ni cantik. Walaupun awak
masuk ke dalam hidup saya dengan cara macam ni,
tapi saya rasa bersyukur sangat.” Wajah Habibah
ditatap penuh kasih.
“Kenapa?”
“You complete me, Love.”
231
mr. beardy man
Mereka bertukar senyuman. Hari ini hari
luahan perasaan agaknya. Dari pagi, Hadeed asyik
mengucapkan kata cinta.
Dan Habibah menerima ucapan cinta sang
suami dengan hati yang berbunga-bunga. Isteri
mana yang tak suka bila dilayan bak puteri dan
dibelai sepanjang masa.
Asyik berbalas senyuman, telefon bimbit
Hadeed berdering. Lantas Hadeed bangun. Telefon
bimbit dari dalam poket seluar dibawa keluar.
Melihat nama pemanggil yang tertera, Hadeed
jarakkan sedikit kedudukannya dengan Habibah.
“Waalaikumussalam. Ya, saya.”
Hadeed terdiam. Wajah si isteri dipandang
tepat.
“Baik. Insya-Allah, petang ni saya sampai
dengan Ainul.” Sambil bercakap di telefon, matanya
tidak beralih dari wajah Habibah. Selesai bercakap,
telefon disimpan semula ke dalam poket.
“Siapa call?” Soal Habibah ingin tahu. Wajah
Hadeed nampak lain semasa bercakap tadi.
“Mak.” Jawab Hadeed sambil menghampiri
Habibah.
232
MUM LINZ
“Hah?” Berubah raut wajah Habibah.
“Kenapa dengan mak?”
Habibah cuak. Janganlah ada sesuatu
yang buruk menimpa mak. Biasanya mak takkan
telefon kalau tak ada benda yang penting atau ada
kecemasan.
“Mak masuk wad. Darah tinggi.”
“Allahu Akbar!” Sekali lagi Habibah terkejut.
“Jomlah kita balik.” Habibah dah kelam-
kabut. Susah hati bila fikirkan mak yang
keseorangan.
“Sabar, Love. Mak cakap lagi, dia dah boleh
keluar wad petang ni. Kita sampai petang nanti.
Lepas tu kita boleh terus pergi rumah mak. Mak
kata... ada hal nak cakap.”
Habibah mengangguk setuju. Lega bila
dengar mak dah boleh keluar wad. Tak sabar pula
nak jumpa dan peluk mak. Rindunya!
Tapi mak cakap ada hal penting nak
beritahu? Hal khalwat hari itu ke?
Habibah gelisah.
233
mr. beardy man
“MAK...” Habibah duduk di atas lantai dan berdepan
dengan Puan Nafsah yang duduk di atas kerusi.
Puan Nafsah mengalih pandangan. Air
matanya menitis membasahi pipi. Tubuh anaknya
ditarik ke dalam pelukan.
“Maafkan mak sebab tak percayakan Bibah.
Maafkan mak.” Puan Nafsah menghamburkan
tangisan.
Terkedu Habibah. Tak sangka Puan Nafsah
akan menyambut kedatangannya hari ini dengan
tangisan. Sangkanya, Puan Nafsah masih tidak
mahu bercakap dengan dia.
“Kenapa ni, mak?” Habibah pelik melihat
perubahan Puan Nafsah yang mendadak.
“Mak bersalah pada Bibah. Mak lebih
percayakan orang luar. Mak tak percaya anak mak
sendiri.”
Berkerut kening Habibah. Puan Nafsah
bercakap seolah dia tahu sesuatu.
“Mak ada tahu apa-apa ke?”
Puan Nafsah merungkai pelukan. Dia
turun dari kerusi dan duduk bertentangan dengan
234
MUM LINZ
Habibah.
“Mak dah tahu Bibah dan Hadeed tak
bersalah.”
Cerah mata Hadeed. Dia yang duduk
bersandar di tiang rumah tadi, terus menegakkan
badan.
“Mak tahu ke siapa dalangnya?” Soal
Hadeed. Dia dah tak sabar nak tahu siapa yang
perangkap dia dengan Habibah.
Lambat-lambat Puan Nafsah mengangguk.
“Mak Senah?” Serkap Habibah.
Dia memang anti dengan Mak Senah sejak
dari kecil. Entah apa yang mak dia pandang pada
Mak Senah pun, dia tak tahu. Bagi dia, Mak Senah
suka mengambil kesempatan ke atas kebaikan
mak.
“Ya. Tapi bukan Mak Senah seorang.”
“Hah? Siapa lagi, mak? Macam mana mak
tahu? Sebab ni ke darah mak naik?” Bertalu-talu
soalan yang keluar dari mulut Habibah.
“Kesian anak mak.” Puan Nafsah menangis
lagi. Wajah Habibah diusap lembut.
235
mr. beardy man
“Mak minta maaf, Hadeed. Sebab tak
percayakan Hadeed juga masa tu.” Puan Nafsah
pandang menantunya pula.
“Tak apalah, mak. Perkara pun dah lepas.
Saya pun dah selamat jadi menantu mak.” Hadeed
mengukir senyum. Dia cuba sedapkan hati Puan
Nafsah.
“Mak tak sangka Mak Senah dengan Zafril
sanggup buat kita macam ni.”
“Zafril?” Tinggi nada suara Habibah.
“Mak terdengar Mak Senah bercakap
dengan Zafril dalam telefon. Mak tak sangka
mereka sanggup buat macam tu.” Puan Nafsah
meraup mukanya. Sungguh dia kecewa.
Kalau bukan kenalan rapat, mungkin dia
tak ralat sangat. Tapi sebab Mak Senah dan Zafril
itu rapat dengan keluarga mereka, jadi rasa kecewa
itu jadi berganda.
“Mak minta maaf, Bibah.” Puan Nafsah masih
meminta maaf. Rasa bersalahnya menggunung
setiap kali melihat wajah si anak.
“Sudahlah, mak. Semuanya dah pun berlalu.
Bibah pun bahagia dengan kehidupan sekarang.
236
MUM LINZ
Bibah dah ada jaan kesayangan.” Sambil bercakap,
Habibah melirik pada sang suami.
“Jaan? Jaan mana pula ni?” Berkerut muka
Puan Nafsah.
“Tu...” Habibah muncungkan bibir ke arah
Hadeed.
“Meri jaan.” Sambung Habibah dengan
senyuman tidak lekang dari bibir. Memang dia
sedang bahagia. Buat apa dia nak menangis lagi.
Menggeleng Puan Nafsah. Ada-ada saja
Habibah ini.
“Ya, mak. Semua yang terjadi ada
hikmahnya. Saya bersyukur Ainul jadi isteri saya.”
Balas Hadeed pula.
Sekilas wajah Habibah yang tersenyum
manis dipandang. Kenyitan mata dihadiahkan
buat si isteri. Puan Nafsah yang menjadi pemerhati
turut tersenyum. Alhamdulillah.
“Zura?” Terkejut Habibah apabila melihat
Zura tiba-tiba muncul di depan pintu.
Zura terduduk di anjung pintu. Dia datang
ke situ kerana mahu melawat Puan Nafsah yang
237
mr. beardy man
baru keluar dari hospital. Tapi siapa sangka
kedatangannya hari itu mendedahkan kebenaran.
“Kau dengar semuanya?” Soal Habibah
risau. Melihat reaksi Zura, dia pasti gadis itu sudah
mendengar semuanya.
Zura mengangguk. Matanya berkaca-kaca
memandang wajah Habibah.
“Maaf, Bib. Abang aku...” Air mata yang
ditahan akhirnya menitis juga.
“Bukan salah kau, Zura. Kau tak perlu rasa
bersalah.” Habibah duduk di depan Zura. Tubuh
itu dipeluk erat sambil mengusap lembut belakang
sahabatnya itu.
“Aku tak tahu, Bib. Aku tak patut layan kau
macam tu. Sedangkan kau dengan...”
Zura mengalih pandangan kepada Hadeed
pula. Dia menangis apabila teringatkan caci
makinya kepada Habibah. Allah! Tubuh Habibah
yang melekap pada tubuhnya ditolak sedikit.
“Syeikh, saya minta maaf.”
Hadeed tersenyum.
“Nasib baik tak panggil saya Syeikh bulu.”
238
MUM LINZ
Habibah ketawa. Sempat wajah Hadeed
dikerling manja. Zura juga turut ketawa. Air
matanya yang bersisa di pipi, disapu dengan
hujung jari.
“Maaf ya, Bib. Nanti aku balik... tahulah aku
ajar abang aku tu. Jahat sangat, dah kenapa?”
“Kita doa yang baik-baik aje. Harapnya
dia sedarlah semua kesalahan dia.” Sampuk
Puan Nafsah. Kalau boleh dia tak nak ada yang
bermusuhan disebabkan mereka sekeluarga.
239
bab 23
“BIB... sekali lagi aku nak minta
maaf pada kau. Aku tahu aku
tak patut buat macam tu. Tapi
mulut aku ni...” Zura tampar mulutnya sendiri yang
terlalu lancang berkata-kata.
Habibah memerhati wajah Zura. Memang
dia terasa selama ini setiap kata-kata dan tindakan
Zura. Apatah lagi tuduhan Zura yang mengatakan
dia seorang perampas.
“Bohonglah kalau aku cakap aku tak terasa.
Tapi demi kau, aku maafkan.”
“Terima kasih, Bib. Aku sayang pada kau.”
Zura peluk tubuh Habibah.
“Eh, aku lupa nak beritahu.” Segera Zura
240
MUM LINZ
melepaskan pelukan saat teringatkan sesuatu.
“Pasal apa?”
“Pak Jalal.”
“Kenapa dengan orang tua tu?”
“Dia pun baru keluar hospital baru-baru
ni.”
“Kenapa? Dia sakit ke?”
“Dia cakap sebab jatuh motor. Tapi aku
dengar gosip yang tersebar ni, dia orang cakap Pak
Jalal kena belasah sebenarnya.”
“Kena belasah? Siapa pula yang nak belasah
dia?”
“Entah, manalah aku tahu. Tapi kalau
betullah dia kena belasah, teruk juga aku tengok
keadaan dia masa tu. Muka dan badan lebam-lebam
teruk. Minum pun sampai guna straw sebab bibir
pun pecah. Macam kena tinju dengan Sapok Biki.”
Zura dengan perumpamaannya berpisah tiada.
“Atau... abang kau?” Teka Habibah.
“Abang aku? Kenapa abang aku nak pukul
Pak Jalal pula?”
241
mr. beardy man
Habibah membuang keluh. Sekilas wajah
Hadeed dipandang. Serba salah mahu membuka
cerita. Sekarang ini banyak pasang telinga yang
sedang mendengar celoteh mereka berdua.
“Saya okey, Love. Awak ceritalah.” Suara
Hadeed.
“Dua hari lepas, sebelum aku pergi
honeymoon... aku ada datang sini jenguk mak. Masa
aku nak balik tu, Pak Jalal tahan aku. Dia...”
“Dia nak buat benda yang tak baik pada
kau?” Soal Zura apabila Habibah tidak menyambung
kata.
Lambat-lambat Habibah mengangguk.
“Abang kau yang datang tolong aku. Jadi
aku rasa abang kaulah yang...”
“Ha’ah, Pak Jalal masuk wad dua malam
lepas. Kebetulan masa malam tu, abang aku
memang ada keluar rumah dan balik lambat. Aku
rasa betullah dia yang belasah orang tua tu.”
Seisi rumah sudah terdiam.
“Semua salah mak. Kalau mak buka pintu
masa tu, mesti...” Sugul raut wajah Puan Nafsah.
242
MUM LINZ
Kenapalah dia terlalu ikutkan sangat
perasaan marah masa itu. Kalau berlaku sesuatu
kepada Habibah, mesti dia takkan dapat maafkan
dirinya sampai bila-bila.
“Mak, perkara yang dah lepas biarkan
berlalu. Jangan diungkit lagi.” Cepat Habibah
cantas bicara Puan Nafsah. Dia tidak mahu maknya
itu meminta maaf lagi. Cukuplah.
“Hai, sejak berkahwin dengan Pak Syeikh
ni... ayat kau bukan main ya.” Zura tersenyum.
“Mestilah. Isteri tauke karpet, kan?”
Ketawa mereka berdua bergema memecah
suasana mendung rumah itu. Puan Nafsah yang
melihat hanya tersenyum. Sementara Hadeed pula
hanya memandang tanpa riak. Seolah-olah sedang
memikirkan sesuatu.
“LOVE, fikir apa lagi ni?”
Habibah gelengkan kepala seraya
tersenyum. Dia bersyukur semuanya sudah
terungkai. Langit kelam yang ditaburi bintang
243
mr. beardy man
ditatap dengan senyuman. Indah.
Namanya juga sudah dibersihkan. Tidak
ada lagi orang kampung yang akan mengata dia
sebagai perempuan murahan.
Paling penting, Pak Jalal juga sudah berjanji
akan menjaga isteri-isterinya sebaik mungkin.
Teringat pertemuannya dengan Pak Jalal ketika di
kedai isteri kedua lelaki itu.
“Pak Jalal.” Habibah menegur.
Dia datang ke situ mahu bertanya khabar
dan melihat keadaan Pak Jalal. Namun Pak Jalal
hanya mengangguk kecil.
“Bibah, nak beli barang apa? Akak boleh
ambilkan.” Isteri kedua Pak Jalal, Kak Jah menegur
Habibah yang baru masuk ke kedai runcitnya.
“Bibah nak melawat Pak Jalal, kak. Dah
sihat sikit ke, Pak Jalal?”
“Alhamdulillah.” Namun wajah Habibah
tidak dipandang. Hadeed yang berdiri di belakang
Habibah langsung tak ditegur.
“Masuklah, Bibah. Duduk sini dulu.” Kak
Jah mengajak Habibah masuk ke tempat duduk di
244
MUM LINZ
belakang kaunter.
Di situ ada kerusi panjang dan TV. Pak Jalal
pula duduk di atas kerusi malas sambil menghadap
TV yang sedang menayang rancangan drama.
Hadeed hanya tercegat berdiri sambil
berpeluk tubuh. Dia tidak mahu duduk. Ikutkan
hati, dia langsung tak mahu datang menjenguk.
Disebabkan mulia sangat hati si isteri, terpaksalah
dia mengikut.
“Pak Jalal memang nak pergi rumah kamu,
Bibah. Cuma dia cakap tunggu dia sihat sikit.” Ujar
Kak Jah membuka cerita.
Terangkat kening Habibah. Pak Jalal nak
datang rumah?
“Dia nak minta maaf. Dia dah beritahu Kak
Jah yang dia selalu mengusik kamu.”
Sekilas Habibah pandang Pak Jalal yang
diam seribu bahasa. Muka lelaki separuh baya itu
masih ada kesan lebam-lebam.
Memang betul cakap Zura, lelaki itu mesti
dibelasah seseorang. Mustahil jatuh motor boleh
lebam-lebam sebegitu teruk sekali.
245