EDISI PERTAMA 2017
AUTOCAD
Dalam KEJURUTERAAN
ELEKTRIK & ELEKTRONIK
PENULIS:
MOHD ZULKIFLI BIN AB RAHMAN
NUR ZURIANI BINTI IZAZU
Penerbit
Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu
Sabah.
HAK CIPTA © 2017 Penerbit JKE, Politeknik Kota Kinabalu
Cetakan Pertama 2017
Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan
dalam bentuk simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara
elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu
mendapat izin daripada Penerbit Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Kinabalu.
Rekabentuk muka hadapan: Sairul Bin Ludin
Rupa taip teks: Calibri
Saiz taip teks: 12
Dicetak Oleh:
Penerbit,
Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Kota Kinabalu.
Pesanan boleh dibuat terus kepada
Penerbit Politeknik Kota Kinabalu
No. 4, Jalan Politeknik, KKIP Barat, Kota Kinabalu Industrial Park,
Politeknik Kota Kinabalu, 88460 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia.
Phone: +60 88-401 800
Faks: +60 88-499 960
Ditujukan kepada keluarga:
Nisrin Zhafrah, Nurin Zahra Iffah, Umar Muslim
Serta:
Kedua ayahanda dan bonda kami
Kata Pengantar
Assalammualaikum W.B.T dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya,
dapatlah penerbitan ini dibukukan atas usaha pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Kota Kinabalu.
Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan penghargaan kepada pensyarah yang telah bertungkus
lumus menyumbang ilmu dan kemahiran sehingga berjaya menerbitkan buku rujukan
berjudul “AutoCAD Dalam Kejuruteraan Elektrik & Elektronik”. Usaha ini diharap dapat
dijadikan wadah inspirasi kepada para pensyarah khususnya untuk berkongsi ilmu melalui
bidang penulisan dalam usaha menyampaikan ilmu kepada para pelajar dan para pembaca.
Diharapkan buku ini dapat dijadikan sumber rujukan utama kepada para pelajar khususnya
pelajar dalam jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dan kepada para pembaca yang
telah terlibat dalam kerjaya yang berkaitan seperti juruteknik dan pelukis pelan. Pengisian
yang menekankan penggunaan AutoCAD dalam Kejuruteraan Elektrik dan Eletronik dengan
dilengkapi latihan yang berteraskan pengalaman sebenar penggunaannya dalam industri
dapat memberikan manfaat berguna kepada para pelajar dan pembaca amnya.
Akhir kata, adalah diharapkan melalui penerbitan buku ini dapat dimanfaatkan sebaiknya ke
arah melahirkan pelajar yang berilmu dan berkemahiran tinggi selaras dengan
memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Malaysia.
WAN ZAIN BIN WAN DOLLAH
Ketua Jabatan Kejuruteraan Elektrik
POLITEKNIK KOTA KINABALU
Penulis
Mohd Zulkifli Bin Ab Rahman adalah salah seorang pensyarah yang bertugas di Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kota Kinabalu dari 2012 hingga kini. Berpengalaman dalam
mengajar bidang Rekabentuk Terbantu Komputer di jabatan berkenaan bagi kursus-kursus
berkaitan simulasi litar elektrik dan elektronik, penghasilan papan litar bercetak (Printed
Circuit Board), Rekabentuk Aplikasi Sistem Terbenam (Embedded System Applications).
Sebelum ini beliau telah berkhidmat selama lapan tahun dan berkecimpung dalam kemahiran
yang sama di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
Pahang. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dari Universiti
Putra Malaysia dan Diploma Pengajian Teknik & Vokasional dari Institut Pendidikan Perguruan
Perlis. Mendapat pengalaman dalam penggunakan perisian AutoCAD daripada Selangor
Human Resources Development Centre (SHRDC) dan ketika mengikut program sijil
profesional AutoCAD di Autodesk Trainning Centre, ATC Universiti Teknologi Malaysia, Kuala
Lumpur. Beliau telah mengikuti program latihan Sangkutan Industri Pensyarah (SIP) di Sabah
Elektrik pada tahun 2013 dan merupakan ahli dalam profesional BEM (Board of Engieer) dan
Malaysian Engineering Soceity (MySET) sehingga sekarang.
Nur Zuriani Binti Izazu adalah salah seorang pensyarah yang bertugas di Jabatan
Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kota Kinabalu bermula dari tahun 2012 sehingga kini,
mempunyai pengalaman mengajar dalam bidang Elektronik Digital dan Peranti Separuh
Pengalir selama lima tahun. Sebelum ditempatkan di Politeknik Kota Kinabalu, tempat
bertugas pertama beliau ialah di Jabatan Kejuruteraan Elektik, Politeknik Sultan Haji Ahmad
Shah, Kuantan Pahang sejak tahun 2007 sehingga 2011. Latar belakang pendidikan beliau
adalah memiliki Ijazah Sarjana Kejuruteraan Elektrik dalam bidang Elektrik Kuasa dari
Universiti Teknologi Tun Hussein Onn pada tahun 2014 dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan
Elektrik dalam bidang Elektronik Perubatan dari Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
pada tahun 2006.
Prakata
Tujuan utama buku ini ditulis ialah untuk menyampaikan kaedah penggunaan perisian
AutoCAD dalam bahasa Malaysia secara yang lebih mudah difahami. Buku ini dirancang dan
disediakan sebagai sebuah buku rujukan AutoCAD untuk pelajar peringkat jurusan diploma,
pelajar politeknik, kolej komuniti, pelajar aliran teknikal dan vokasional, pelajar sekolah
menengah yang terlibat mempelajari matapelajaran melibatkan rekabentuk terbantu
komputer atau Computer Aided Design (CAD), juruteknik, pelukis pelan dan sesiapa sahaja
yang ingin mengembangkan pemahaman konsep teknik melukis menggunakan perisian
AutoCAD. Pengalaman menghasilkan lukisan teknikal yang profesional bukanlah satu
keperluan untuk membolehkan pembaca mengikuti ini dengan baik. Banyak contoh dan
tunjukcara secara langkah demi langkah serta latihan telah disediakan untuk manfaat
pembaca.
Dalam menulis buku ini, penulis telah menggunakan pengalaman yang diperolehi ketika
melalui kursus kemahiran bagi lepasan pelajar universiti dibawah program Industrial Skills
Enhancement Programme (INSEP) di Selangor Human Resource Development Centre
(SHRDC), Shah Alam Selangor dan mengikuti program sijil profesional AutoCAD di Autodesk
Training Centre Universiti Teknologi Malaysia Semarak, Kuala Lumpur. Semasa menulis buku
ini penulis sentiasa cuba mempersembahkan konsep-konsep asas dalam penggunaan
AutoCAD supaya pembaca senang memahami dan sesuai bagi mereka yang baru mempelajari
penggunaan perisian ini. Walaupun begitu pembaca sendiri mestilah perlu lebih berusaha,
rajin dan sanggup membaca buku ini dengan sabar serta cuba belajar sesuatu daripadanya.
Cara buku ini dipersembahkan adalah berdasarkan kepada pandangan penulis mengenai
pendekatan pembelajaran pembelajaran kursus Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD) yang
mudah diikuti. Konsep atau teknik yang rumit dilewatkan sehingga pada bab terakhir untuk
mengurangkan kekeliruan pembaca untuk memahaminya. Buku ini dibahagikan kepada dua
belas bab. Bab yang pertama adalah pengenalan kepada perisian AutoCAD dan sistem
computer yang diperlukan untuk tujuan pemasangannya. Di samping itu beberapa kaedah
bagi mengakses arahan dalam AutoCAD juga dibincangkan dalam bab pertama. Bab kedua
pula memperkenalkan alatan bantuan dalam kerja-kerja semasa melukis bagi memudahkan
pengguna. Seterusnya bab ketiga hingga bab ke sebelas membincangkan teknik-teknik yang
disediakan dalam AutoCAD bagi menghasilkan lukisan teknikal yang tepat dan profesional.
Bab terakhir membincangan tentang bagaimana kaedah mencetak lukisan yang telah
dihasilkan menggunakan AutoCAD, bagaimana memanipulasi pengaturan-pengaturan yang
ada pada kotak dialog kawalan cetakan.
Untuk menolong pembaca memahami kandungan buku ini, penulis telah menyediakan
beberapa contoh berilustrasi yang tersusun rapi langkah demi langkah dan mudah difahami
selepas setiap teknik atau kaedah baru diperkenalkan. Di samping itu setiap bab disusuli
dengan latihan-latihan untuk menguji kefahaman pembaca tentang konsep, kaedah dan
teknik melukis dalam bab berkenaan. Penulis berpendapat, bahawa pembelajaran kemahiran
penggunaan perisian AutoCAD mestilah dipelajari melalui pengalaman melukis contoh-
contoh lukisan yang sebenar dan berkaitan yang akan digunakan dalam bidang perkerjaan
atau industri. Oleh itu, penulis telah menyediakan tidak kurang daripada 40 lukisan teknikal
yang melibatkan penggunaan AutoCAD dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
berasaskan penggunaan di industri. Penulis menasihatkan pembaca untuk mencuba melukis
kesemua latihan kemahiran yang disediakan dalam buku ini.
Penulis ingin merakam penghargaan kepada ramai individu yang tanpa sokongan dan galakan
daripada mereka buku ini tidak dapat dihasilkan sebegini rupa. Pertama sekali kepada penilai
buku ini, Dr. Chong Fung Yen @ Azilina Chong yang telah memberi pandangan, komen dan
cadangan bernas bagi mempertingkatkan buku ini. Juga kepada semua rakan-rakan penulis di
Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Kota Kinabalu khususnya yang pernah dan akan
menggunakan buku ini sebagai teks bagi kursus yang berkaitan. Tidak ketinggalan kepada
bekas pelajar dan bakal pelajar yang sentiasa mendorong penulis untuk terus menulis.
Akhir sekali, ucapan terima kasih ini ditujukan khas buat keluarga yang dikasihi.
Mohd Zulkifli Bin Ab Rahman
Nur Zuriani Binti Izazu
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Kota Kinabalu
Kandungan
Kata Pengantar i
Biodata Penulis ii
Prakata iii
Kandungan v
BAB 1
_________________________________________
Pengenalan Kepada AutoCAD 1
Konsep Rekabentuk Terbantu Komputer 1
Takrif Rekabentuk Terbantu Komputer 1
Keperluan Minimum Sistem Komputer 2
Ciri-ciri terbaru AutoCAD 3
Jenis perisian CAD 4
Kelebihan CAD 4
Memahami Pakej AutoCAD 4
Melancarkan AutoCAD 5
Tetingkap AutoCAD 6
Mewujudkan fail baru 7
Mengubah penetapan warna latar belakang 10
Mengaktifkan atau menyahaktifkan mod Grid 12
Penetapan saiz kertas 14
Arahan dalam sistem perisian AutoCAD 16
i.Papan Kekunci
ii.Menu Tarik Bawah (Pull Down Menu)
iii.Ikon Palang Alatan (Toolbar Icon)
Lukisan Pertama 18
Palang Status (Status Bar) 20
BAB 2
_________________________________________
Alatan Bantuan Melukis 21
i. Ortho
ii. Snap
iii.Grid
iv.Polar
Osnap 25
Pemilihan Objek 30
Model/Paper 32
BAB 3
_________________________________________
Arahan Melukis 33
Melukis garisan 34
Penetapan jarak berdasarkan koordinat 35
i. Teknik Titik Rawak
ii. Teknik Koordinat Mutlak
iii.Teknik Koordinat Cartesian Relatif
iv.Teknik Koordinat Sudut
Melukis garisan 62
Warna 64
Arc 66
Polyline 70
Circle 72
Elips 86
Polygon 88
Point 91
Solid 92
Donut 93
Ractangle 95
Multiline 98
BAB 4
_________________________________________
Arahan Suntingan 109
Menyahaktif arahan yang telah diplih 109
Mengaktifkan arahan yang baru sahaja digunakan 109
Erase 110
Undo 112
Redo 112
Move 112
Copy 115
Rotate 118
Trim 120
Scale 122
Mirror 124
Stretch 126
Extend 129
Fillet 132
Chamfer 135
Offset 138
Divide 142
Measure 145
Change 146
Pedit 148
BAB 5
_________________________________________
Arahan Paparan 163
Zoom 163
Pan 166
Redraw 167
Regen 167
BAB 6
_________________________________________
Hatch 168
BAB 7
_________________________________________
Array 172
BAB 8
_________________________________________
Block 179
Membina Blok 180
Memasukkan Blok 180
Wblock 181
Minset 182
Explode 182
BAB 9
_________________________________________
Dimension 184
Linear 187
Dimesion Style 191
BAB 10
_________________________________________
Teks 200
Menambah teks pada lukisan 201
Mengurus gaya teks 203
Mengenali Annotation Scale Control Panels 206
Meneroka Teks dan Skala 208
Gaya Teks 210
Meneroka Format Teks dalam AutoCAD 212
BAB 11
_________________________________________
Layer 220
Menguruskan maklumat menggunakan layer 222
Mewujudkan layer dan menetapkan layer 225
Memahami Layer Properties Manager Palette 225
Menetapkan layer pada objek 226
BAB 12
_________________________________________
Mencetak 246
Kotak Dialog Pencetak 251
Saiz Kertas 252
Orientasi Lukisan 252
Kawasan Cetakan 253
Skala Cetakan 254
Offset Cetakan 256
_____________________________________________________________________
RUJUKKAN 258
NOTES 259
BAB 1
PENGENALAN KEPADA
AUTOCAD
1
Pengenalan kepada
Rekabentuk Terbantu Komputer
Takrif Rekabentuk Terbantu Komputer
Rekabentuk Terbantu Komputer atau ‘Computer Aided Design’ yang diringkaskan dengan
singkatan CAD adalah ditakrifkan sebagai penggunaan sistem komputer dalam melaksanakan kerja-
kerja seperti penghasilan, pengubahsuaian, menganalisis atau pengoptimuman reka bentuk.
AutoCAD adalah salah satu perisian CAD yang digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja dalam
melukis lukisan kejuruteraan sama ada dalam bentuk 2D atau 3D. Sistem komputer yang dilengkapi
dengan perisian yang dapat membantu memudahkan kerja merekabentuk dengan menghasilkan
rekabentuk yang tepat dan sistematik.
Keperluan minimum sistem komputer dan perkakasan komputer bagi memasang
perisian AutoCAD
Jadual 1: Jadual berikut menunjukkan keperluan sistem
komputer bagi pemasangan perisian AutoCAD (2015)
Keperluan sistem komputer bagi AutoCAD 2015
Sistem operasi Microsoft Windows 8/8.1
Microsoft Windows 8/8.1 Pro
Microsoft Windows 8/8.1 Enterprise
Microsoft Windows 7 Enterprise
Microsoft Windows 7 Ultimate
Microsoft Windows 7 Profesional
Microsoft Window 7 Home Premium
Jenis CPU Bagi AutoCAD 2015 sistem 32-bit:
2
32-bit Intel® Pentium® 4 or AMD Athlon™ Dual Core, 3.0 GHz atau tinggi
dengan teknologi SSE2.
Bagi AutoCAD 2015 sistem 64-bit:
AMD Athlon 64 dengan teknologi SSE2.
AMD Opteron™ dengan teknologi SSE2.
Intel® Xeon® dengan Intel EM64T disokong dengan SSE2 technology
Intel Pentium 4 dengan Intel EM64T disokong dengan teknology SSE2
Ingatan 2 GB (8 GB disarankan)
Resolusi
Paparan 1024x768 (1600x1050 atau lebih tinggi disarankan) dengan True Color
Windows display adapter capable of 1024x768 dengan kebolehan True
Kad Paparan Color. DirectX® 9 or DirectX 11 compliant card disarankan tetapi tidak
perlu.
Disk Space Pemasangan 6.0 GB
Keperluan minimum sistem komputer bagi pemasangan perisian AutoCAD seperti contoh
versi yang digunakan dalam penghasilan buku ini iaitu AutoCAD 2015 adalah seperti yang
disenaraikan dalam jadual 1 di atas. Komputer yang digunakan sekurang-kurangnya mempunyai
satu pemacu DVD dan cakera keras dikhaskan dengan 2GB atau lebih ruang kosong bagi fail program
AutoCAD dan tambahan ruangan 120 MB dikhaskan bagi fail contoh dan ruang kerja (workspace).
Tambahan kepada keperluan ini, sistem komputer juga perlu mempunyai storan yang cukup bagi
membolehkan Window virtual memory yang berkapasiti 1.5 kali ganda berbanding dengan kapasiti
RAM yang dipasang.
AutoCAD 2015 dapat berkendali dengan lancar pada sistem yang sekurang-kurangnya
menggunakan RAM bersaiz 2GB atau lebih tinggi. Komputer yang digunakan juga mempunyai
monitor yang beresolusi tinggi dan kad paparan yang terkini. Paparan SVGA dengan resolusi
1024X768 atau lebih besar dicadangkan kerana dapat berkendali dengan baik bagi perisian
AutoCAD.
Ciri-ciri terbaru dalam AutoCAD 2015
AutoCAD 2015 mempunyai beberapa ciri terbaru yang diperkenalkan kepada pengguna.
Kebolehan yang diperkenalkan ini adalah bertujuan bagi membolehkan kerja-kerja merekabentuk
dapat dilaksanakan dengan senang dan lebih cepat. Antara ciri-ciri baru yang diperkenalkan dan
ditambah baik adalah seperti berikut:
i. Mengemaskini fungsi bantuan dalam talian dan alatan gabungan.
ii. Kemaskini ciri warna.
iii. Penambahbaikan respon visual.
iv. Aksess ke blok lebih cepat.
v. Streamlined Status bar.
vi. Pilihan Lasso.
vii. Viewport enhancements
viii. Easy to use text columns.
3
Jenis perisian rekabentuk terbantu computer yang digunakan dalam lukisan teknik
Antara jenis-jenis perisian rekabentuk terbantu komputer yang digunakan dalam
rekabentuk pada masa kini adalah seperti berikut:
1. AutoCAD
2. All AutoCAD
3. AutoCAD LT
4. AutoCAD 360
5. 3ds Max
6. A380
7. Civil 3D
8. Fusion 360
9. Inventor
10. Maya
11. Revit
Kenalpasti kelebihan penghasilan lukisan menggunakan Rekabentuk Terbantu Komputer (CAD)
berbanding kaedah konvensional
Berikut adalah rumusan kelebihan menggunakan perisian rekabentuk terbantu computer
khususnya perisian AutoCAD dalam menghasilkan lukisan kejuruteraan atau teknikal:
i. Peningkatan dalam aktiviti pengeluaran, kecekapan dan ketepatan.
ii. Masa yang digunakan dalam membuat, memeriksa atau menyemak dan menyunting
adalah singkat.
iii. Penambahbaikan kepada kualiti produk yang dihasilkan.
iv. Keseragaman dalam pengulangan pengeluaran produk yang sama spesifikasinya.
v. Menjimatkan ruang penyimpanan.
Memahami perisian AutoCAD
Revolusi perkembangan perisian AutoCAD boleh dikatakan agak pesat kerana setiap tahun
ada sahaja pengeluaran versinya yang terkini daripada syarikat pembina perisian ini iaitu Autodesk.
Motif pengeluar yang setiasa mengemaskini ciri-ciri yang yang pada perisian adalah bagi
mewujudkan suatu perisian yang lebih mesra pengguna dan mampu memenuhi keperluan
pelanggan pada tahap tertinggi. Tidak hairan boleh dikatakan menjadi Autodesk pelopor dalam
kelasnya yang tersendiri membekalkan perisian ini pada peringkat global.
Walaupun versi perisian AutoCAD sentiasa dikemaskini, pengguna tidak perlu risau atau
bimbang kerana perisian ini akan dapat dipelajari oleh pengguna dengan mudah walaupun terdapat
dikalangan pengguna masih menggunakan perisian ini pada versi lima hingga ke tiga tahun ke
belakang. Sekiranya pengguna telah mempunyai pengalaman menggunakan perisian ini, tidak
menjadi masalah yang besar untuk mereka mencuba untuk menggunakan perisian ini dalam
versinya yang terkini.
4
Sebelum memulakan penggunakan ciri-ciri baru yang dilengkapkan pada AutoCAD
seharusnya perlu dibiasakan dahulu dengan ciri asas yang ada pada perisian ini. Dalam subtopik ini
akan menerangkan operasi asas AutoCAD, seperti membuka dan menutup files, mencapai paparan
pada bahagian tertentu pada lukisan dan menukar lukisan.
Melancarkan AutoCAD
Berikut adalah ditunjukkan bagaimana untuk memulakan perisian ini apabila komputer telah
dihidupkan.
Cara 1: All program
Arahan: Klik Start>All Program>Autodesk>AutoCAD 2015>AutoCAD 2015
Gambarajah 1.1: Paparan All program
Cara 2:
Arahan: Klik dua kali pada ikon AutoCAD pada paparan desktop.
Gambarajah 1.2: Ikon aplikasi AutoCAD
pada desktop
Paparan seperti gambarajah 1.3 akan keluar pada paparan skrin computer. Paparan ini
mempunyai menu pilihan untuk membolehkan pengguna sama ada mencipta fail yang baru atau
membuka fail yang telah sedia ada pada lokasi tertentu dan dapat melihat senarai fail-fail yang
5
pernah dibuka melalui komputer ini dan tersimpan dalam ingatannya. Di samping itu, paparan ini
juga membolehkan pengguna untuk mengakses fail-fail yang sudah ditetapkan formatnya sama ada
mengikut format imperial atau matrik dalam memulakan satu ruang kerja baru. AutoCAD 2015
menyediakan ciri terbaru paparan permulaan apabila perisian ini dibuka iaitu tab “create” dan
“learn”. Pada tab “create” terdapat fungsi-fungsi yang dibincangkan sebelum ini. Manakala pada
tab “learn” adalah salah satu platform yang menyediakan tutorial dan latihan tentang bagaimana
penggunaan perisian ini dan penerangan mengenai ciri-ciri terbaru yang terdapat padanya.
Gambarajah 1.3: Tetingkap permulaan
aplikasi AutoCAD
Tetingkap AutoCAD 2015
Tetingkap ruang melukis pada perisian AutoCAD 2015 dibahagikan kepada beberapa
bahagian :
• Application menu
• Quick Acess toolbar
• InfoCenter
• Ribbon
• Drawing tabs
• Drawing area
• UCS icon (User Coordinate System icon)
• Viewport Controls
• ViewCube
• Navigation bar
• Command window
• Status bar
6
1.4 menunjukkan paparan tetingkap ruang melukis dan setiap bahagian pada tetingkap ini
dinamakan seperti senarai di atas.
Gambarajah 1.4: Tetingkap ruang kerja (ruang melukis)
Gambarajah 1.5: Tetingkap ruang kerja (ruang melukis)
Mewujudkan fail baru
Cara 1: Menggunakan Menu Bar
Untuk mewujukan fail baru dalam AutoCAD 2015 ikut arahan berikut:
1. Pada pilihan yang tersenarai dalam Menu bar File pilih New. Setelah itu tetingkap “Select
Templete” akan muncul.
2. Apabila tetingkap bagi pemilihan jenis templete dipaparkan buat pemilihan template yang
bersesuaian sebagai contoh “acadios.dwt” atau “acad.dwt” template.
7
3. Seterusnya satu ruang kerja (workspace) baru akan diwujudkan dengan nama sebagai
“Drawing1”. Nama ruang kerja ini dapat ditukar atau diubah (rename) boleh diubah kepada
nama yang bersesuaian pada proses yang seterusnya.
Gambarajah1.6: Paparan apabila menu “file” dipilih
Gambarajah 1.7: Senarai templates yang terdapat
dalam sistem AutoCAD
8
Cara 2: Menggunakan Quick Access toolbar
1. Bawa kursor pada ikon (New) dan klik pada ikon tersebut.
2. Setelah itu tetingkap “Select Templete” akan muncul.
3. Apabila tetingkap bagi pemilihan jenis templete dipaparkan iaitu sama seperti kaedah
menggunakan Menu bar File buat pemilihan template yang bersesuaian sebagai contoh
“acadios.dwt” atau “acad.dwt” template.
4. Satu ruang kerja (workspace) baru juga akan diwujudkan dengan nama sebagai
“Drawing1”. Nama ruang kerja ini dapat ditukar atau diubah (rename) boleh diubah
kepada nama yang bersesuaian pada langkah yang seterusnya.
Gambarajah 1.8: Memulakan fail baru
menggunakan Quick Access Toolbar
9
Gambarajah 1.9: Paparan senarai jenis templates yang
terdapat dalam sistem AutoCAD
Nota: Jika penetapan asal (default) paparan ruang kerja (workspace) adalah pada warna latar
belakang yang tertentu dan mod paparan grid diaktifkan. Pengguna boleh mengubah penetapan
ini berdasarkan keselesaan mereka dengan mengubah penetapan tersebut seperti berikut.
Mengubah penetapan warna latar belakang ruang kerja
1. Pada Bar menu “Tools” pilih “Options”.
2. Dan setelah tetingkap “Option” dipaparkan, pilih tab “Display”. Seterusnya pada bahagian
“Window Element” klik butang “Color” dan seterusnya pengguna dapat membuat
penetapan mengikut kesesuaian dan keselesaan mereka.
Gambarajah 1.10 menunjukkan bagaimana untuk pergi ke pilihan “Options” . Apabila keluar
paparan tetingkap “Options”, pengguna akan dapat melihat sebelas tab yang dapat dimanipulasikan
oleh pengguna mengikut keperluan bagi mengatur fungsi AutoCAD semasa kerja-kerja melukis.
10
Gambarajah 1.10: Mencapai menu “options”
11
Gambarajah 1.11: Pilihan untuk menetapkan paparan warna latar
belakang dan pengaturan warna bagi fungsi lain
Mengaktifkan atau menyahaktifkan mod Grid
1. Pada “Status Bar” iaitu bahagian sebelah paling bawah dan sebelah kanan. Rujukan
gambarajah 1.12 menunjukkan paparan pada status bar.
2. Klik pada ikon sama ada untuk aktifkan atau menyahaktifkan fungsi grid pada paparan
ruang kerja.
3. Pengguna juga boleh melakukan penetapan ini dengan hanya menekan butang F7 pada
papan kekunci (keyboard).
12
Gambarajah 1.12: Paparan mod Grid pada status bar.
Gambarajah 1.13: Paparan mod GRID yang diaktifkan (ikon terang)
13
Gambarajah 1.14: Paparan mod Grid dinyahkaktifkan (ikon malap)
Penetapan saiz kertas
Lukisan teknik yang dilukis menggunakan perisian AutoCAD boleh ditetapkan kepada saiz
yang tertentu. Antara saiz yang boleh ditetapkan adalah seperti berikut:
• A1 (840 X 594)
• A2 (594 X420)
• A3 (420 X 297)
• A4 (210 X297)
Pada bahagian ini pengguna dapat mengetahui bagaimana untuk menetapkan saiz lukisan
yang akan dihasilkan. Pada permulaan dalam proses menghasilkan lukisan menggunakan AutoCAD,
pengguna perlu mengenalpasti saiz yang diperlukan dalam penghasilan lukisan secara terbantu
computer menggunakan perisian AutoCAD. Berikut ditunjuk kaedah bagi penetapan saiz lukisan
yang hendak dihasilkan.
1. Taipkan ‘Limits’ dan seterusnya tekan butang Enter.
2. Atau pengguna boleh mengakses arahan ini dengan memilih “Drawing Limits” dalam pilihan
yang ada pada Menu Bar (Formats).
14
Gambarajah 1.15: Drawing limits dibawah pilihan Menu>Format
3. Pada penetapan ‘Specify lower left corner’ tekan Enter.
Gambarajah 1.16: Perhatikan pada paparan Command window
bagi penetapan yang dikehendaki
4. Pada penetapan ‘Specify upper right corner <12.0000,9.0000>:’ taipkan 40, 30 dan tekan
Enter bagi pengguna matrik (Metric) dan jika pengguna mengikut format imperial terus
sahaja tekan Enter iaitu menerima nilai penetapan asal (default) 12.0000, 9.0000.
5. Taip Z dan tekan butang Enter dan kemudian taip A dan lagi sekali tekan Enter bagi
mengaktifkan arahan ‘Zoom All’. Pengguna juga boleh Mengakses arahan ‘Zoom All’ pada
Menu Bar>View>Zoom>Zoom All.
Pilihan arahan ‘Zoom All’ tadi membolehkan sistem memaparkan had (limit) kawasan yang
ditetapkan iaitu saiz ruang kerja dan kertas. Dalam lukisan yang mengandungi objek yang telah
dilukiskan, arahan pilihan alatan ‘Zoom All’ memaparkan had dan kawasan yang telah digunakan
oleh objek yang dilukis sama ada objek yang dilukis berada melebihi had yang ditetapkan.
Seterusnya setelah langkah menetapkan saiz kertas telah selesai pengguna boleh meletakan nama
khas pada fail yang telah diwujudkan ini.
15
Gambarajah 1.17: Pengguna perlu meningati penamaan
bahagian-bahagian seperti di dalam gambarajah
Arahan dalam sistem perisian AutoCAD
Arahan dalam sistem AutoCAD adalah satu elemen yang paling penting kerana ianya akan
menentukan bagaimana kebolehan dan kepelbagaian fungsi yang disediakan oleh perisian ini
dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pengguna dalam melaksanakan kerja-kerja melukis.
Arahan yang dimaksudkan ini adalah suatu bentuk komunikasi yang seumpama pengguna dapat
mengarahkan computer menerusi perisian ini melakukan sebarang aktiviti yang dikehendaki oleh
pengguna.
Terdapat beberapa kaedah yang disediakan oleh pembangun perisian ini (Autodesk) bagi
membolehkan pengguna mencapai arahan yang dikehendaki, antaranya adalah seperti kaedah
berikut:
1. Papan kekunci (keyboard)
2. Menu Tarik Bawah (Pull down menu)
3. Ikon Palang alatan (Toolbar icon)
4. Menu Layar (Screen Menu)
5. Menu Butang (Button Menu)
6. Palletes
7. Ribbons
Papan Kekunci
Kaedah memberikan arahan melalui papan kekunci adalah dengan menaip nama arahan
yang hendak digunakan sama ada menggunakan nama penuh arahan atau singkatan dengan
menggunakan papan kekunci dan seterusnya menekan butang Enter pada papan kekunci. Arahan
yang ditaip secara automatik akan muncul pada command window yang selalunya berada
16
dibahagian bawah tetingkap aplikasi perisian ini pada asalnya sekiranya tidak diubah. Lihat contoh
dalam gambarajah 1.18 di bawah bagaimana arahan line dicapai dengan kaedah ini:
Gambarajah 1.18: Kaedah memberikan arahan melalui Command line atau command window
Menu Tarik Bawah
Arahan yang boleh dicapai melalui Menu Tarik Bawah (Pull Down Menu) adalah arahan yang
tersenarai atau ada disediakan pada setiap bahagian-bahagian jenis menu yang ada pada bahagian
ini. Tidak semua arahan boleh dicapai melalui keadah ini, namun demikian revolusi pembangunan
perisian ini oleh pembangunnya, Autodesk giat mempelbagaikan ciri yang ada pada perisian ini bagi
membolehkannya lebih bersifat mesra pengguna. Berikut digambarkan bagaimana kaedah
mengaktifkan arahan yang terdapat pada Menu Tarik Bawah:
Gambarajah 1.19: Mengaktifkan arahan atau memasukkan
arahan melalui kaedah Pull down menu
Ikon Palang Alatan (Toolbar Icon)
Arahan yang dikehendaki dipilih melalui ikon pada palang alatan (toolbar) mengikut jenis
palang alatan tertentu. Setiap ikon diletakan dalam kumpulan palang alatan yang telah dikhaskan
mengikut jenis yang dimaksudkan. Ikon palang alatan boleh dinyahaktifkan dan diaktifkan pada bila-
bila masa oleh pengguna semasa kerja-kerja melukis bergantung kepada keselesaan dan
kemudahan pengguna semasa menggunakan perisian ini melakukan kerja melukis. Dalam
17
gambarajah 1.20 di bawah adalah merupakan satu contoh ikon-ikon alatan yang berada dalam
kategori palang alatan jenis Draw:
Gambarajah 1.20: Palang alatan (toolbar) jenis Draw
Memulakan lukisan pertama
Pada sesi penerangan sebelum ini telah diperkenalkan kandungan yang ada pada permulaan
tetingkap AutoCAD yang membolehkan pengguna melihat contoh lukisan yang telah sedia ada
dalam sistem perisian ini. Dan pada ruangan ini proses memulakan kerja melukis yang asas. Sebelum
ini telah diterangkan kaedah menetapkan saiz kawasan lukisan sama ada dalam unit matrik atau
imperial. Dengan menggunakan penetapan yang sama, proses melukis asas dimulakan seperti
susunan langkah berikut:
1. Klik pada alatan ‘Line’ pada “Home tab’s” panel melukis. Paparan mesej “specify first point”
akan muncul meminta pengguna untuk memilih titik bagi memulakan garisan yang ingin
diwujudkan. Pada masa ini kursor telah bertukar imejnya menandakan bersedia untuk
memilih sebarang titik bagi melaksanakan arahan yang telah ditetapkan.
Gambarajah 1.21: Ikon line pada Home Tab
Gambarajah 1.22: Arahan untuk menetapkan titik pertama
18
2. Dengan menggunakan butang klik sebelah kiri tetikus, pilih titik pertama pada paparan
seperti gambarajah 1.23 dibawah:
Gambarajah 1.23: Titik pertama telah dipilih, dan seterusnya arahan
meminta untuk ditetapkan titik berikutnya.
3. Perhatikan jika tetikus digerakan setelah pilihan titik pertama dilakukan, hujung garisan yang
mengikut arahan pergerakan kursor pada paparan bebas digerakkan pada mana-mana
kawasan dalam ruang kerja. Dan pada masa ini mesej juga dipaparkan meminta pengguna
untuk menetapkan titik berikutnya “Specify next point”.
4. Apabila pengguna menggerakan kursor pada lokasi ke kiri atau ke kanan daripada titik
pertama yang dipilih dan akan kelihatan garisan putus-putus (dashed horizontal line)
menjelma sepanjang merentasi garisan melintang dengan mesej yang tertentu pada kursor
(dynamic input). Aksi ini juga terjadi apabila pengguna secara tepat menempatkan lokasi
pilihan suatu titik yang dikehendaki sama ada ke atas atau ke bawah. Kursor kelihatan
seperti secara automatik menempatkan posisinya tepat secara menegak atau melintang dari
titik pilihan sebelumnya.
Gambarajah 1.24: Garisan putus terpapar membantu pengguna dalam
memastikan kedudukan garisan dan sudut yang dikehendaki adalah tepat.
5. Ciri ini dikenali sebagai Polar Tracking atau pengesanan sudut. Fungsinya umpama Jangka T
(T-Square) atau Jangka Segitiga yang membantu secara tepat garisan yang dibina oleh
pengguna pada kedudukan melintang atau menegak. Ciri ini boleh diaktifkan atau
dinyahaktifkan dengan menggunakan ikon pada Status Bar.
6. Setelah memilih posisi yang sesuai bagi titik kedua, klik kali kedua butang pada tetikus dan
kerja melukis satu garisan telah tamat.
19
7. Jika garisan yang dibina tadi masih belum menepat kehendak yang sepatutnya taipkan U dan
tekan Enter atau tekan butang klik sebalah kanan tetikus dan pilih Cancel. Aksi ini akan
membatalkan langkah melukis garisan tadi dari titik pertama ke titik kedua.
Palang Status (Status Bar)
Palang status adalah satu set jujukan arahan yang mempunyai simbol ikon yang membawa
maklumat status terkini pada keadaan semasa kemudahan alat bantu melukis (drawing aids) yang
disediakan dalam perisian ini. Kemudahan ini dapat diaktifkan atau dinyahaktifkan dengan cara klik
pada simbol ikon yang berkenaan atau boleh juga dicapai dengan menekan butang kekunci yang
tertentu pada papan kekunci (Fn dan Ctrl+). Antara alatan bantuan yang terdapat dan penting untuk
dikenalpasi kegunaan adalah seperti berikut:
1. Ortho (F8)
2. Snap (F9)
3. Grid (F7)
4. Polar (F10)
5. Osnap (F3)
6. LWT
7. Model
8. Paper
Gambarajah 1.25: Palang status
20
BAB 2
ALATAN BANTUAN
MELUKIS
21
ALATAN BANTUAN
MELUKIS
ORTHO
Alatan bantuan jenis ini menbolehkan kursor bergerakan pada kedudukan bersudut tepat
iaitu 90 darjah atau tepatnya membolehkan kursor berada pada kedudukan sama ada pada paksi
tegak (paksi-y) atau melintang (paksi-x). Untuk mengaktifkan alatan bantuan ini tekan butang
kekunci F8, dan bagi menyahaktifkannya juga dengan menekan butang yang sama. Fungsi ini amat
berguna kepada pengguna dalam situasi bagi menempatkan titik sambungan yang perlu berada
tepat secara pada paksi-y atau pada paksi-x.
Gambarajah 2.1: Fungsi ORTHO
SNAP
Arahan ini bertindak untuk menempatkan pergerakan kursor secara tepat pada
pertambahan jarak yang tertenu yang boleh ditetapkan oleh pengguna. Apabila mod SNAP
diaktifkan kursor dan semua masukan kordinat akan terkunci dan sejajar dengan grid segi empat
khayalan (imaginary rectangular grid) pada jarak ruang yang telah ditetapkan. Untuk
menyahaktifkan mod SNAP hanya perlu menekan butang yang sama untuk mengaktifkannya iaitu
F9. Berikut disertakan bagaimana menetapkan jarak pergerakan kursor bila fungsi SNAP diaktifkan.
Arahan: Menu bar>Format>Drafting setting>Enter
22
Gambarajah 2.2: Penetapan jarak SNAP
Pada pilihan tab Snap and Grid pada ruangan Snap spacing pengguna akan dapat
memasukan nilai bagi jarak X dan jarak Y pada nilai yang berbeza atau dengan menggunakan nilai
yang sama bagi jarak X dan Y.
GRID
Arahan GRID menyediakan grid rujukan dengan diwakili oleh titik-titik pada jarak yang
diperlukan dan nilai jarak ini juga dapat diubah dengan menggunakan kaedah bagaimana
menetapkan jarak Snap spacing pada kaedah sebelum ini. Titik grid adalah sumber bantuan rujuk
secara visual sahaja. Dalam versi AutoCAD 2015 titik ini diwakili oleh visual kotak-kotak seumpama
sistem koordinat Cartesian. Bantuan dalam bentuk kotak atau titik grid ini tidak akan dicetak oleh
pencetak (plotter) kerana ianya bukan sebagai sebahagian daripada lukisan hanya alatan bantuan
dalam kerja melukis.
Gambarajah 2.3: Penetapan jarak GRID
Jika gird dipaparkan sebagai garisan selaian daripada titik-titik. Garisan terang dipanggil
garisan utama dipaparkan pada setiap selang (interval). Apabila berkerja dalam unit decimal atau
23
feet dan inches, garisan utama amat berguna untuk mengukur jarak dengan cepat. Pengguna dapat
mengawal kekerapan garisan utama grid melalui tetingkap Drafting Setting.
Gambarajah 2.4: GRID
POLAR
Alatan melukis jenis POLAR adalah digunakan untuk menyambung (snap) pada sesuatu titik
atau objek mengikut pertambahan jarak sepanjang laluan pengesanan sudut (polar tracking).
Kaedah amat berkesan dalam membuat suatu garisan atau ingin membuat penyambungan antara
dua titik yang perlu mengikuti jarak capahan sudut yang tertentu. Pada tetingkap Drafting Setting
penentuan pengesanan sudut dapat ditetapkan oleh pengguna. Penetapan pengesanan sudut ini
tidak terhad kepada satu nilai sudut sahaja.
Gambarajah 2.5: Penetapan nilai sudut yang dikehendaki
untuk kegunaan polar tracking
24
Gambarajah 2.6: Antara nilai-nilai sudut yang dimasukkan.
Gambarajah 2.7: Dynamic Input akan memaparkan nilai
sudut yang dikesan
OSNAP (Object Snap)
Fungsi bantuan melukis jenis OSNAP membolehkan titik penyambung melalui kursor yang
digerakan dalam ruang kerja (workspace) dapat disambung pada titik yang diperlukan dengan tepat.
Sebagai contoh penyambungan hujung satu garis A kepada satu garis B pada titik tengah garis B
tersebut, seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 2.8 di bawah. Dapat diperhatikan akan
muncul satu simbol iaitu simbol segitiga menunjukkan bahawa lokasi titik tengah bagi garis B secara
tepatnya telah dikesan. Alatan bantuan ini juga menyediakan pelbagai lagi kemudahan menetukan
kedudukan titik yang dikehendaki selain mengesan titik tengah bagi sesuatu garisan dengan tepat.
25
Gambarajah 2.8: Kedudukan titik tengah dikesan dan
dipaparkan kepada pengguna
Gambarajah 2.9: Ikon OSNAP pada Status bar
Gambarajah 2.10: Contoh aplikasi object snap
26
Gambarajah 2.11: Paparan pada tab Object Snap terdapat pilihan mod
Berdasarkan gambarajah di atas dapat diperhatikan tetingkap Drafting Setting menyediakan
pelbagai jenis arahan Osnap yang diperlukan oleh pengguna. Pengguna boleh mengaktifkan atau
menyahaktifkan arahan ini dengan cara mencapai akses ke tetingkap ini dan menandakan dengan
cara klik butang tetikus pada kota pilihan yang berkaitan. Beikut diringkaskan fungsi Object Snap
(osnap):
1. End Point – Penyambungan paling hampir pada titik hujung objek.
2. Mid point – Penyambungan pada titik tengah pada sesuatu objek.
3. Center – Penyambungan pada titik tengah sesuatu bulatan atau lengkung.
4. Node – Penyambungan pada titik penyambungan.
5. Quadrant – Penyambungan pada titik sukuan bagi bulatan, lengkung, dan elips.
6. Intersection – penyambungan pada titik persilangan beberapa garisan.
7. Extensin – Penyambungan pada satu titik lanjutan.
8. Insertion – Penyambungan pada titik insertion iaitu seperti ciri, blok atau teks.
9. Perpendicular – Penyambungan pada titik yang bersudut tegak.
10. Tangen – Penyambungan pada tangen sesuatu bulatan atau lengkung atau elips.
11. Nearest – Penyambungan pada titik yang terhampir.
12. Parallel – Penyambungan pada suatu garis yang selari.
27
Contoh End point
Gambarajah 2.12: Mod Endpoint
Contoh Mid point
Gambarajah 2.13: Mod Midpoint
Contoh Center
Gambarajah 2.14: Mod Center
28
Contoh Quadrant
Gambarajah 2.15: Mod Quadrant
Contoh Intersection
Gambarajah 2.16: Mod Intersection
Contoh Perpendicular
Gambarajah 2.17: Mod Perpendicular
29
Contoh Tangent
Gambarajah 2.18: Mod Tangent
PEMILIHAN OBJEK/ OBJECT SELECTION
Terdapat tiga kaedah utama yang boleh digunakan oleh pengguna untuk membuat
pemilihan objek (object selection). Ketiga-tiga langkah berikut adalah seperti di bawah:
1. Pick selection – Memilih objek satu persatu.
2. Window selection - Memilih objek yang hanya keseluruhan objek berada dalam kawasan
pilihan kaedah ini.
3. Crossing selection – Memilih kesemua objek sama ada objek yang dipilih berada
keseluruhannya dalam kawasan pilihan kaedah ini atau hanya sebahagian sahaja termasuk
dalam kawasan pilihannya semua akan terpilih.
4.
Gambarajah 2.19: Kaedah Pick selection
30
Gambarajah 2.20: Kaedah Window selection
Gambarajah 2.21: Kaedah Crossing selection
31
MODEL/PAPER
Kerja-kerja melukis dilakukan pada ruangan MODEL yang diaktifkan dan bersedia untuk
dicetak hasil kerja ini pada ruangan PAPER. Akses bagi memaparkan dua fungsi ini dapat dicapai
pada tab yang disediakan pada bahagian bawah sepelah kiri tetingkap perisian AutoCAD. Rujuk pada
gambarajah 2.22 di lokasi yang dimaksudkan:
Gambarajah: Tab pada sebelah kiri bawah menunjukkan kedudukan
tab model dan layout (paper)
32
BAB 3
ARAHAN MELUKIS
(DRAWING COMMAND)
33
ARAHAN MELUKIS
(DRAWING COMMAND)
Drawing a line
Bagaimana untuk memulakan melukis garisan dalam AutoCAD ?. Berikut merupakan
beberapa kaedah yang dapat dicapai oleh pengguna untuk melukis garisan menggunakan perisian
ini.
Kaedah 1: Menggunakan arahan dengan menaip pada Command Line
Dengan menggunakan papan kekunci taip “l” atau “line” dan kemudian tekan enter. Sistem
seterusnya akan bertanya “Specify your first point..”. Pengguna seterus boleh memulakan untuk
melukiskan garisan yang diperlukan.
Gambarajah 3.1: Mencapai arahan Line dengn kaedah
menaip pada command line
Keadah 2: Menggunakan Bar Alatan (Toolbar)
Pada bar alatan seperti yang ditunjukan dalam gambarajah dibawah menunjuk di mana
arahan untuk mengaktifkan arahan melukis garisan. Klik pada ikon yang dibulatkan dalam
gambarajah dibawah dan seterusnya pengguna telah dibolehkan untuk melukis garisan yang
dikehendaki.
34
Gambarajah 3.2: Toolbar Draw menempatkan ikon untuk arahan garisan (line)
Kaedah 3: Menggunakan Palang Menu Tarik bawah (Pull Down Menu)
Kaedah yang ketiga untuk memulakan melukis garisan adalah dengan menggunakan menu
tarik bawah Draw. Klik pada menu Draw dan pilih Line dari senarai yang keluar dari pilihan ini dan
seterusnya arahan untuk melukis garisan dapat dicapai serta merta oleh pengguna.
Gambarajah 3.2: Mengakses arahan Line dengan menggunakan Pull Down Menu
Menetapkan jarak tepat berdasarkan koordinat.
Dalam kaedah melukis garisan yang tepat bagi memenuhi kehendak dalam topik ini terdapat
tiga kaedah sistem koordinat yang boleh digunakan oleh pengguna. Tiga kaedah sistem koordinat
tersebut adalah seperti berikut:
1. Random point technique
2. Absolute Coordinate technique
3. Relative Coordinate technique
4. Polar Coordinate technique
Ketiga-tiga kaedah ini adalah asas yang perlu diketahui fungsi dan cara menggunakannya
oleh pengguna kerana ianya menyumbang peranan penting dalam membantu menghasilkan lukisan
teknik yang tepat. Dalam AutoCAD 2015 mod Grid apabila visual aids ini diaktifkan tidak lagi
dipaparkan dalam bentuk titik-titik (dots). Gambarajah 3.3 di bawah ditunjukkan paparan terbaru
mod Grid yang dikemaskini dalam AutoCAD 2015. Kotak-kotak segi empat yang dipaparkan adalah
mengantikan penggunaan titik-titik dalam sistem AutoCAD terdahulu. Namun fungsi dan konsep
yang digunakan masih bertujuan sama. Saiz kotak ini pada paksi-X dan paksi-Y boleh ditetapkan oleh
pengguna mengikut kesesuaian penggunaan.
35
Gambarajah 3.3: Paparan Grid setelah mod ini diaktifkan
pada AutoCAD 2015
Jarak paksi-X dan Paksi-Y boleh diubah seperti yang dipelajari dalam bab sebelum ini iaitu pada
tetingkap Drafting Setting dalam pengaturan pada tab Snap dan Grid.
Gambarajah 3.4: Ditunjukkan (bulatan) penetapan jarak
bagi Grid dan Snap
36
Gambarajah 3.5: Penetapan jarak Grid pada
paksi-X dan paksi-Y
Teknik titik rawak (Random point Technique)
Teknik titik rawak adalah kaedah yang digunakan untuk memulakan lukisan atau garisan
pada mana-mana titik dalam ruang kerja (work space). Kaedah ini tidak memerlukan pengguna
menetapkan titik koordinat yang sebenar iaitu titik koordinat tepat untuk memulakan proses kerja
melukis. Ianya memberikan kebebasan kepada pengguna untuk memulakan kaedah melukis tanpa
mengambilkira titik koordinat mengikut sistem Koordinat Cartesian. Sedikit ulangkaji tentang
Sistem Koordinat Cartesian. Sistem koordinat Cartesian adalah sistem koordinat yang menentukan
setiap titik unik dalam satah oleh sepasang koordinat berangka, yang menandakan jarak ke titik dari
dua garisan bersudut antara satu sama lain diukur dalam unit yang sama panjang.
Ringkasnya, sistem koordinat adalah dua garisan serenjang yang bersudut tepat antaranya
yang mana dinamakan sebagai paksi-Y bagi garisan menegak dan paksi-X bagi garisan yang
melintang. Manakala titik persilangan bagi dua garisan tengah ini dinamakan sebagai titik asalan
(origin). Titik persilangan bagi dua garisan ini yang dengan nama lainnya dinamakan Paksi-X dan
Paksi-Y adalah bersilang pada nilai Paksi-x bersamaan 0 dan Paksi-Y bersamaan 0. Pasangan mana-
mana nilai pada paksi-x dan paksi-y ini mewakili suatu titik pada satah koordinat yang ditulis dalam
format (nilai paksi-x, nilai paksi) atau (x,y).
Gambarajah 3.6 : Sistem Koordinat Cartesian
37
Gambarajah 3.7: Sukuan dalam sistem koordinat
Teknik Koordinat Mutlak (Absolute Coordinate technique)
Teknik koordinat tepat boleh digunakan apabila pengguna tahu nilai paksi-x dan paksi-y atau
koordinat suatu titik yang diperlukan bagi memulakan sebarang aktivti semasa menjalankan kerja
melukis menggunakan AutoCAD. Teknik koordinat mutlak adalah merujuk kepada titik asalan UCS
origin (0,0). Melalui kaedah atau teknik ini pengguna dapat menetapkan dengan tepat titik
penyambungan dalam kerja melukis merujuk kepada titik koordinat sebenar. Titik yang ditetapkan
adalah melalui titik asalan sistem koordinat.
Gambarajah 3.8: Contoh pembinaan satu garisan AB
Berdasarkan dalam gambarajah 3.8 di atas, satu garisan diwujudkan dengan menggunakan
teknik titik koordinat mutlak iaitu membuat satu garisan yang dimulakan pada titik A(0,0) dan
berakhir pada titik B(5,12). Arahan ditaipkan pada bar arahan (command line) seperti dibawah:
Command: LINE
Specify first point: 0,0
Specify next point or [Undo]: 5,12
Setelah arahan seperti di atas dimasukkan, satu garisan seperti gambarajah 3.8 akan
kelihatan pada paparan skrin monitor. Pengguna boleh meneruskan sambungan garisan ini pada
titik lain mengikut titik koordinat yang dimasukkan sehingga terhasil lukisan yang ingin dihasilkan.
38