LATIHAN KEMAHIRAN 11.9
239
LATIHAN KEMAHIRAN 11.10
240
LATIHAN KEMAHIRAN 11.11
241
LATIHAN KEMAHIRAN 11.12
242
LATIHAN KEMAHIRAN 11.13
243
LATIHAN KEMAHIRAN 11.14
244
BAB 12
MENCETAK
245
MENCETAK
MENCETAK (PRINTING/PLOTTING)
Mencetak keluaran hasil lukisan menggunakan AutoCAD 2015 memerlukan pengguna
memahami beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti memahami pengaturan pada
mesin pencetak, memahami penggunaan paparan bentangan susun atur (layout) untuk mengawal
bagaimana hasil cetakkan kelak, memahami kaedah untuk memasang atau menambah peranti
keluaran iaitu pencetak dan menyimpan penetapan.
Mencetak keluaran lukisan pada bukan skala tertentu (Cetakan pada tab layout):
1. Pastikan pencetak telah telah dipasang pada komputer yang digunakan dan dihidupkan
(ON).
2. Memulakan perisian AutoCAD dan membuka fail yang telah mempuyai sebarang objek yang
dilukis.
3. Pilih arahan Zoom All untuk untuk memaparkan keseluruhan lukisan.
4. Klik pada Plot tool dari Quick Access toolbar untuk membuka kotak dialog (tetingkap) Plot.
246
Gambarajah 12.1: Kotak Dialog Plot
5. Jika pilihan Name pada kumpulan Printer/Plotter ditunjukkan “None”, klik pada dan
pilih pencetak yang sedang digunakan sekarang.
6. Dalam kumpulan What to plot pilih “Display”. Arahan ini mengarahkan AutoCAD untuk
mencetak lukisan yang terpapar dalam tetingkap melukis (Drawing window). Pengguna
juga mempunyai pilihan untuk mencetak had (limits) lukisan atau memilih kawasan untuk
dicetak. Sebagai tambahan juga, pengguna boleh mencetak unjuran lukisan atau paparan
tersimpan.
Gambarajah 12.2: Pilihan pada kumpulan plot Area
7. Pilih pilihan “Fit To Paper” dalam Plot Scale group.
8. Klik butang Preview. Paparan akan memaparkan contoh paparan bagaimana lukisan
tersebut dipersembahkan apabila dicetak. Dalam paparan itu juga menunjukkan kursor
Zoom Realtime. Pengguna boleh menggunakan alatan Pan/Realtime untuk melihat secara
lebih dekat pra-papar hasil cetakan.
9. Membenarkan cetakkan dengan klik kanan dan pilih “Plot”. AutoCAD menghantar lukisan
tersebut kepada pencetak untuk dicetak.
247
10. Pencetak mencetak lukisan pada bukan skala tertentu. Pengguna akan dipaparkan dengan
dengan notis seperti dibawah:
Gambarajah 12.3: Notis setelah pencetak mencetak
11. Klik pada “Click to view plot and publish detail” dan kotak dialog Plot and Publish Detail
terpapar dengan informasi lengkap pencetakkan lukisan tersebut rujuk gambarajah di
bawah:
Gambarajah 12.4: Kotak dialog Plot
and Publish Details
Keperluan maklumat lanjut berkenaan cetakan semakin meningkat berdasarkan kerja-kerja
yang lebih kompleks. Maklumat yang dipaparkan ini mendatangkan kemudahan kepada pengguna.
Satu perkara yang penting untuk ditekankan jika pengguna menggunakan unit matrik sama melukis
lukisan yang hendak dicetak, penetapan semasa ingin mencetak lukisan tersebut perlu juga
dilakukan dengan menggunakan unit yang sama (matrik) bagi menghasilkan cetakan yang tepat.
248
Gambarajah 12.5: Paparan pada tab Layout
Gambarajah 12.6: Paparan pada Plot Preview
Membuat cetakan pada skala yang tepat (Cetakan melalui Tab Model):
1. Pada Status bar, klik Annotation Scale tool dan pilih 1/16’’ = 1’0’’ daripada senarai yang
ditunjukkan (keluar). Jika pengguna menggunakan unit matrik guna kan 1:20.
249
Gambarajah 12.7: Annotation Scale Tool
2. Klik “Plot” pada Quick Access toolbar untuk membuka kotak dialog Plot.
3. Jika pilihan Name pada kumpulan Printer/Plotter ditunjukkan “None”, klik pada dan
pilih pencetak yang sedang digunakan sekarang.
4. Klik butang “More Option” @ . Pengguna akan dapat melihat pilihan tambahan terpapar
pada sebelah kanan kotak dialog seperti gambarajah di bawah:
Gambarajah 12.8: Tetingkap pengaturan Plot
5. Jika cetakkan sebelum ini tidak berorentasi dengan betul pada kertas, pilih pilihan
“Landcscape” dalam kumpulan Drawing Orientation.
250
6. Pada kumpulan Plot Scale, jangan ditanda √ pada kotak Fit To Paper. Kemudian pilih 1/16’’
= 1’-0’’ dari senarai “Scale drop down”. Jika pengguna menggunakan unit matrik pilih 1:20.
Pengguna dapat melihat beberapa skala pilihan bagi keluaran yang dikehandaki.
7. Dalam kumpulan Paper Size, pilih “Letter”. Pengguna yang menggunakan unit matrik perlu
memilih A4. Pilihan yang terpapar pada senarai “Drop-down” bergantung pada tetingkap
sistem pencetak yang digunakan dan peranti pencetak yang dikonfigurasikan untuk
AutoCAD.
8. Pada kumpulan Plot Area, pilih “Limits” dari senarai “Drop down”. Arahan ini memberitahu
AutoCAD untuk menggunakan had (limits) lukisan untuk menentukan bahagian mana
lukisan perlu dicetak.
9. Klik butang Preview untuk memaparkan cetakan.
10. Jika diterima, klik kanan dan pilih “Plot” untuk mencetak merujuk pada skala yang
ditetapkan.
Gambarajah 12.9: Paparan print preview
Paparan pada Print Preview bergantung pada jenis peranti pencetak yang dipilih. Ianya juga
terkesan disebabkan daripada pengaturan lain pada kotak dialog, seperti orientasi lukisan (Drawing
Orientation), Plot Offset dan kumpulan Plot Area. Dapat diimpulkan beberapa pengaturan
bertindakbalas bersama-sama untuk menghasilkan lukisan yang tepat pada skala dan berada secara
tepat pada saiz kertas yang digunakan.
Kotak Dialog pencetak / Plot Dialog Box
Pada bahagian ini membincangkan secara lanjut pengaturan yang dalam kotak dialog
pencetak. Pengaturan ini memberikan pengguna kawalan terhadap saiz dan orientasi imej lukisan
pada kertas. Ianya juga memberikan kawalan kepada pengguna bahagian mana pada lukisan yang
akan dicetak. Semua pengaturan ini saling berkait bagi memberikan pengguna kawalan sepenuhnya
bagaimana lukisan mereka dicetak dengan tepat pada cetakan keluaran.
251
Saiz Kertas (Paper Size)
Pengguna menggunakan penetapan pada kumpulan Paper Size untuk menetapkan saiz
kertas sebagai keluaran. Pengguna dapat memilih saiz kertas daripada senarai “Paper Size Drop
down”. Saiz ini diterbitkan dari mana-mana sistem pencetak yang sedang digunakan. AutoCAD 2015
menawarkan saiz helaian dalam kedua-dua unit ukuran iaitu imperial dan Matrik dalam kumpulan
“Paper Size”. AutoCAD menganggap pengguna memilih helaian ditetapkan dalam ukuran unit
matrik jika pengguna memilih saiz helaian seperti A4 atau A5 dan sistem akan menyediakan kotak
penetapan yang berkaitan.
Gambarajah 12.10: Penetapan saiz kertas
Orientasi Lukisan (Drawing Orientation)
Apabila pengguna menekan butang Preview kelihatan lukisan yang dilukis berada seumpama
di atas kertas. Dalam contoh itu, lukisan tersebut berada dalam orientasi landscape atau portrait.
Pengguna dapat mengubah paparan ini dengan memilih portrait atau landscape dalam kumpulan
Drawing Orientation. Pilihan yang ketiga iaitu Plot Upside-Down membenarkan pengguna menukar
orientasi iaitu landscape dan portrait orientation upside down.
Dalam AutoCAD, paparan Preview memaparkan orientasi kertas keluaran daripada cetakan
pencetak. Untuk kebanyakkan pencetak berformat kecil, jika pengguna mencetak dalam orientasi
portrait imej lukisan terpapar dalam orientasi yang sama yang dilihat dan disunting. Dan jika
pengguna menggunakan orientasi landscape imej pra-papar
bertukar sisi. Untuk pencetak berformat besar, pra-papar mungkin diorientasi dalam arah
berlawanan. Grafik dalam kumpulan Drawing Orientation memaparkan abjad A (huruf besar) pada
helaian menunjukkan orientasi lukisan pengguna pada keluaran cetakan.
252
Gambarajah 12.11: Kumpulan Drawing Orientation
Kawasan Cetakan (Plot Area)
Gambarajah 12.12: Plot Area
Pada bahagian “What To Plot” dalam kumpulan Plot Area membolehkan pengguna
menetapkan bahagian mana pada lukisan yang hendak dicetak. Pada paparan ini dapat diperhatikan
pilihan yang ada (drop-dow list) adalah hampir sama pada arahan ZOOM. Pilihan yang ada pada
kumpulan Plot Area kebanyakkannya berguna apabila mencetak dari tab Model (Model view).
Apabila mencetak daripada tab layout (layout view), pilihan Layout (layout option) digunakan.
A. Display
Penetapan asal, memberitahu AutoCAD untuk mencetak apa yang terpapar ketika itu pada
paparan skrin. Jika pengguna membiarkan AutoCAD padankan (fit) lukisan pada helaian iaitu
dengan menandakan √ pada kotak Fit to Paper dalam kumpulan Plot Scale, keluaran cetakan
adalah sama dengan apa yang pengguna lihat pada skrin. Pelarasan bagi bahagian lebar dan
tinggi paparan pengguna.
B. Extends
Unjuran (extends) lukisan bagi menetapkan kawasan untuk dicetak. Jika pengguna
membiarkan AutoCAD memadankan lukisan ke atas helaian iaitu dengan menandakan √
pada kotak Fit to Paper dalam kumpulan Plot Scale, keluaran cetakan secara tepat sama
imejnya dengan imej yang dilihat oleh pengguna pada skrin apabila menggunakan Zoom
Extents.
C. Layout
253
Pilihan Susun atur (Layout) (hanya pada layout view sahaja) menggantikan pilihan Limits
apabila pengguna mencetak dari layout view. Pilihan ini mencetak semua yang dipaparkan
dalam margin paper yang ditunjukkan dalam layout view. Hanya ini sahaja pilihan yang ada
jika mencetak melalui layout view.
D. Limits
Pilihan Limits hanya terdapat dalam Model space sahaja menggunakan had (limits) lukisan
untuk menetukan kawasan untuk dicetak. Jika pengguna membiarkan AutoCAD
memadankan lukisan pada helaian helaian iaitu dengan menandakan √ pada kotak Fit to
Paper dalam kumpulan Plot Scale, keluaran cetakan secara tepat adalah sama imej yang
pengguna lihat pada skrin jika pengguna menggunakan arahan Zoom All.
E. View
Pilihan View dapat diakses bila pengguna menyimpan paparan dalam lukisan dengan
menggunaka arahan View. Apabila pengguna memilih View dari senarai “What to Plot” ,
suatu drop-down list yang lain akan terpapar menawarkan senarai paparan (view) yang ada
dalam lukisan ini. Pengguna boleh memilih paparan yang dikehendaki. Jika pengguna
membiarkan AutoCAD memadankan pada helaian iaitu dengan menandakan √ pada kotak
Fit to Paper dalam kumpulan Plot Scale, keluaran cetakan adalah sama seperti yang dilihat
pada skrin. Objek yang tidak terpapar pada paparan (View) dipotong dalam cetakan
paparan.
F. Window
Pilihan ini membolehkan pengguna untuk menggunakan tetingkap (window) untuk
menandakan kawasan yang diperlukan untuk dicetak. Apa-apa objek yang berada diluar
tetingkap tidak akan dicetak. Apabila pengguna memilih pilihan ini, kotak dialog Plot ditutup
sementara untuk membolehkan pengguna membuat pilihan tetingkap (select a window).
Selepas pilihan dibuat pertama kalinya butang Window terpapar sebelah senarai drop-down.
Pengguna boleh klik pada butang Window dan menandakan tetingkap dalam kawasan
lukisan, atau AutoCAD akan menggunakan penandaan window terakhir. Jika pengguna
membiarkan AutoCAD memadankan pada helaian iaitu dengan menandakan √ pada kotak
Fit to Paper dalam kumpulan Plot Scale keluaran cetakan adalah sama dengan apa yang
pengguna pilih dalam tetingkap (window).
Skala Cetakan (Plot Scale)
Gambarajah 12.13: Plot Scale
Apabila pengguna menggunakan faktor skala dalam mencetak, penetapan kawasan cetakan
akan berubah, dan beberapa komplikasi akan timbul. Sebagao contoh satu lukisan pelan yang dapat
dicetak dengan baik dengan menggunakan fungsi “Fit To Paper”. Namun jika pengguna cuba untuk
mencetak pada skala 1’’=1’, kemungkinan pengguna akan memperolehi cetak kertas kosong kerana
pada skala itu , lukisan tersebut sukar untuk termuat masuk. AutoCAD akan memaklumkan kepada
254
pengguna berkenaan cetakan tersebut dan memberitahu proses cetakan telah selesai. Pengguna
keliru dan tidak mengatahui kenapa hasil cetakan adalah kosong. Jika imej terlalu besar untuk
padanan saiz kertas kerana kesilapan perskalaan, imej cetakan ditempatkan pada kertas berbeza,
bergantung sama ada pencetak menggunakan bahagian tengah imej atau bahagian bawah kiri untuk
asalannya. Penentuan faktor skala dalam kotak dialog berikut (rujuk gambarajah di bawah) perlu
diberi perhatian:
Gambarajah 12.14: Penentuan faktor skala
Skala/Scale
Pengguna dapat memilih faktor skala daripada set pilihan yang ada pada “Scale:” dalam
Scale drop down list. Apabila pilihan kotak Fit To Paper ditandakan √ pengguna dihalang untuk
menetapkan faktor skala dan sistem akan mencetak imej sepadan dengan saiz kertas apabila
mencetak daripada Model view. Kerja mencetak seperti ini tidak mempunyai masalah jika mencetak
ilustrasi yang tidak bergantung pada skala.
Jika pengguna mencetak daripada Layout view, mereka boleh menggunakan skala 1:1 atau
skala 1:2 untuk mencetak saiz separuh daripada imej asal. Dalam Layout view, skala lukisan
ditetapkan melalui viewport. Apabila pengguna mencetak daripada layout, AutoCAD secara
automatik menentukan kawasan cetakan berdasarkan pada pencetak dan saiz kertas yang dipilih.
Custom Scale
Dalam sesuatu situasi pengguna perlu untuk menetapkan skala yang tidak piawai iaitu tiada
dalam pilihan drop-down list. Pengguna boleh memasukkan nilai penetapan dalam unit inci atau
mm (milimeter) dan Units pada kotak teks. Melalui kotak teks ini, pengguna boleh mengesan
bagaimana unit lukisan dalam lukisan berkait dengan jarak cetakan akhir dalam inci atau milimeter.
Sebagai contoh, jika lukisan pengguna adalah berskala 96, ikut langkah berikut:
i. Dalam kumpulan Plot Scale klik dua kali kotak teks di bawah senarai Scale drop-down
, dan masukan 1.
ii. Klik dua kali kotak teks Units, masukkan 96 dan tekan kekunci Tab.
Pengguna yang menggunakan unit matrik mencetak pada skala 110 perlu memasukkan pada
kotak teks = 1 (mm) dan kotak teks Units =110.Jika pengguna menetapkan skala yang berbeza
daripada yang dipilih semasa pengaturan melukis, AutoCAD akan mencetak lukisan pengguna
berdasarkan skala tersebut. Pengguna tidak terikat pada mana kaedah untuk menetapkan skala,
tetapi pengguna perlu memasukkan skala yang betul. Jika penetapan skala terlalu, AutoCAD akan
255
menganggap lukisan pengguna terlalu besar untuk sepadan dengan saiz kertas yang digunakan.
Walau bagaimanapun, AutoCAD akan cuba untuk mencetak lukisan pengguna.
Jika pengguna mencetak pada skala yang berbeza daripada skala yang ditetap pada asalnya,
objek dan teks akan kelihatan lebih kecil atau besar daripada apa yang dicetak. Pengguna perlu
menyunting saiz teks untuk padankan dengan skala baru. Pengguna dapat mengubah dengan
menggunakan Properties Palette.
Skala Cetakan (Plot Offset)
Gambarajah 12.15: Plot Offset
Ada ketika pengguna akan mendapati lukisan yang ditunjukkan tidak berada pada posisi
yang betul pada kertas. Pengguna dapat menambahbaik lokasi lukisan ini dengan menggunakan
pengaturan Plot Offset. Untuk melaraskan posisi lukisan pada kertas, masukkan lokasi pandangan
asalan (view origin) berhubungan dengan asalan pencetak (plotter origin) pada koordinat-x dan
koordinat –y. Sebagai contoh, pengguna telah mencetak satu lukisan dan didapati lukisan tersebut
perlu digerakan satu unit ke kanan kertas dan 3 unit ke atas bahagian kertas maka pelarasan pada
paksi –x =1 dan paksi-y = 3 dimasukkan pada kotak nilai x dan y pada Plot Offset. Setelah pelarasan
ini dibuat didapati sepatutnya imej akan teranjak satu unit ke kana dan 3 unit ke atas.
Plot Options
Pilihan dalam kumpulan Plot Options membekalkan pengguna kawalan yang maksimum
terhadap keluaran dan memerlukan arahan maklumat lanjut. Berikut penerangan bagi plihan yang
terdapat pada plot options.
Gambarajah 12.16: Plot Options
256
1. Plot in background
Jika pengguna merasakan masa pencetakan mengambil masa untuk siap, pilihan
membolehkan pencetakan lukisan pengguna pada latar belakang oleh itu, selapas
pengguna memberikan arahan mencetak, pengguna serta-merta kembali kepada
kerja melukis. Pengguna juga dapat mengawal pilihan ini melalui sistem
pembolehubah Backgroundplot.
2. Plot Object Lineweight
AutoCAD dapat membebarkan pengguna menetapkan tebal garisan pada objek sama
ada melalui layer atau menetapkan secara terus dari objek tersebut. Jika pengguna
menggunakan ciri-ciri ini pada lukisan, pilihan ini membenarkan pengguna
mengaktifkan atau menyahaktifkan tebal garisan (line weight) pada keluaran
cetakan.
3. Plot With Transparency
Pengguna dapat menggunakan ciri ketelusan (transparency) bagi objek dan layer
dalam lukisan. Pilihan ini membolehkan pengguna mengawal sama ada ketelusan
digunakan apabila pencetakan lukisan pengguna dibuat.
4. Plot With Plot Styles
Gaya cetakan memberikan pengguna kawalan keluaran cetakan lukisan. Pengguna
dapat mengawal sama ada keluaran pengguna itu dalam warna hitam dan putih, dan
pengguna dapat mengawal sama ada kawasan terisi (filled area) dilukis
menggunakan solid atau pattern. Pengguna juga dapat mengawal bagaimana garisan
disambungkan (joined) pada setiap persimpangan (corner).
5. Plot Paperspace Last
Apabila pengguna menggunakan paparan susun atur (Layout view), atau dikenali
paparan ruang kertas (Paper space) pilihan ini menentukan sama ada objek dalam
ruang kertas dicetak sebelum atau selepas objek pada ruang model (Model Space).
6. Plot Stamp On
Ciri ini membolehkan pengguna menempatkan maklumat penting (pertinent data) di
atas lukisan pada lokasi yang di pilih. Ini termasuklah tajuk lukisan, tarikh, masa,
skala, dan maklumat lain. Apabila pengguna klik pada kotak periksa (check box) Plot
Stamp On untuk mengaktifkan pilihan ini, butang pengaturan Plot Stamp Settings
dipaparkan. Klik pada butang ini untuk mendapat akses ke kota dialog Plot Stamp,
kota dialog ini memberikan kawalan terhadap Plot Stamp.
7. Hide Paperspace Objects
Pilihan ini merujuk kepada model 3D dalam AutoCAD. Apabila melukis dalam dimensi
3D,pengguna dapat memaparkan lukisan sebagai Wireframe view. Dalam wireframe
view, lukisan kelihatan telus (transparent) walayupun dibina dengan permukaan
solid. Menggunakan pembuang hidden-line, pengguna dapat memaparkan dan
mencetak lukian 3D yang mana permukaan solid akan menjadi legap (opaque).
Untuk memparkan lukisan 3Ddalam kawasan melukis dengan hidden-line dibuang,
adalah dengan menggunaka arahan Hide atau dengan menggunakan satu dari pada
visual style selain daripada Wireframe. Untuk mencetak lukisan 3D dengan hidden-
line dibuang, pilih pilihan Hidden option atau visual style dari senarai Shade Plot
drop-down
257
RUJUKAN
George Omura & Brian C. Benton, Mastering AutoCAD 2015 and AutoCAD LT 2015, SYBEX A Wiley
Brand.
http://as.wiley.com/WileyCDA/Section/id-610999.html
258
NOTA
259
NOTA
260
NOTA
261