The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Zulkifli, 2017-02-02 10:07:36

AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK

Penyelesaian

Langkah:
1. Pada TOOLBAR DIMENSION klik ikon bagi mengaktifkan RADIUS DIMENSION.
2. Snap pada bulatan yang dikehendaki.
3. Langkah selesai.

















Gambarajah 9.12: Hasil akhir


Command: _dimradius
Dimension text = 12
Specify dimension line location or [Mtext/Text/Angle]:


Contoh

Dapatkan panjang AB bagi gambarajah 9.13 pada bentuk berikut:

















Gambarajah 9.13: Tentukan panjang AB


Penyelesaian
Langkah-langkah:
1. Pada TOOLBAR DIMENSION klik ikon untuk aktifkan ALIGN DIMENSION.










189

Gambarajah 9.14:Align Dimension

2. Klik pada bucu A sebagai titik pertama apabila arahan “Specify first extension line
origin..”dipaparkan.



















Gambarajah 9.15: Klik pada titik B setelah klik titik A

3. Klik pada bucu B sebagai titik kedua apabila arahan “Specify second extension line
origin..”dipaparkan.


















Gambarajah 9.16: Hasil akhir

4. Seterusnya klik bagi menempatkan Dimension lines pada lokasi yang wajar.
5. Langkah tamat.







190

DIMENSION STYLE

Dimensi yang dihasilkan dalam lukisan dapat diubah formatnya mengikut kesesuaian dan
bidang profesional yang mana tujuan lukisan ini dihasilkan. Langkah mengubah dimension style ini
dapat dilakukan separti berikut:

1. Pada PULL DOWN MENU>Draw tab>Dimension style.






























Gambarajah 9.17: Paparan tetingkap Dimension Style Manager

2. Pada tetingkap Dimesion Style Manager klik butang “Modify”.




































Gambarajah 9.18:Paparan tetingkap baru
setelah butang “Modify” diklik.

191

3. Terdapat tujuh tab yang berlainan terdiri daripada Lines, Symbol and Arrow, Text, Fit,
Primary unit, Alternate Units dan Tolerence yang membolehkan pengguna menyunting
elemen tertentu pada format dimensi yang ingin dibuat.




































Gambarajah 9.19: Lines tab

4. Tab Lines membolehkan pengguna membuat suntingan terhadap garisan yang digunakan
dalam Dimension. Antara yang boleh disunting adalah warna, jenis garisan, tebal garisan
(lineweight) garisan bagi Dimension Lines dan Extension Lines.




































192

Gambarajah 9.20: Symbols and Arrow tab

5. Tab Symbol and Arrows membolehkan pengguna menyunting kepala anak panah dari segi
jenis bentuk kepala anak panah, saiz, dan beberapa parameter lain lagi.



































Gambarajah 9.21: Fit tab

6. Tab Fit membolehkan pengguna menyunting kekemasan parameter-parameter yang ade
pada dimensi seperti teks, kepala anak panah, garisan dimensi dan sebagainya.



193

Gambarajah 9.22: Tab Text

7. Tab Text membolehkan pengguna menyunting kaedah bagaimana teks bagi dimensi akan
dipaparkan pada lukisan yang dilukis, selain itu bagaimana penempatan teks juga dapat
diatur melalui tab Text ini



































Gambarajah 9.23: Primary Units tab

8. Tab Primary Units adalah menentukan format pernomboran ukuran dimensi yang dibuat.






194

Gambarajah 9.24: Alternate Units

9. Tab Alternate Unit membolehkan pengguna membuat penyuntingan melibatkan unit yang
digunakan.


































Gambarajah 9.25: Tolerences

10. Melibatkan penyuntingan tolerance.





195

LATIHAN KEMAHIRAN 9.1




















































































196

LATIHAN KEMAHIRAN 9.2




















































































197

LATIHAN KEMAHIRAN 9.3






















































































198

LATIHAN KEMAHIRAN 9.4






















































































199

BAB 10







TEKS




















































200

TEKS





Menambah Teks Pada Lukisan


Tugas yang agak memakan sedikit masa adalah menambahkan teks pada lukisan yang
telah siap dilukis. Namun begitu, AutoCAD 2015 memastikan tugas ini dapat dilakukan dengan cepat
seperti menaip teks, memasukkan teks daripada sumber lain, dan menyalin teks yang berulang
dalam lukisan. Ini membuatkan hasil kerja yang kelihatan lebih profesional menggunakan pelbagai
jenis teks, saiz dan gaya menulisan.
Dalam topik ini pengguna akan didedahkan dengan kaedah mewujudkan teks pada
lukisan yang dibuat. Dalam proses ini pengguna akan diperkenalkan dengan beberapa fungsi
penjanaan teks dan penyuntingan ciri-ciri teks. Pengguna akan belajar bagaimana mengawal saiz,
condong (slant), gaya teks, dan orientasi teks dan bagaimana mengimport fail teks.

Menyediakan lukisan untuk teks

Bahagian pertama ini dibincangan bagimana menambahkan teks pada lukisan. Terlebih
dahulu satu lukisan seperti yang ditunjuk dalam gambarajah diperlukan bagi menunjuk bagaimana
proses ini dilakukan:



















201

Gambarajah 10.1: Pelan dapur

1. Setelah aplikasi AutoCAD dilancarkan dan fail yang mengandungi lukisan
sebagai contoh seperti di atas telah dibuka, pilih Save As dan daripada
menu aplikasi untuk menyimpan fail tersebut kepada suatu nama fail baru
“Unit.dwg”.
2. Bina satu layer dengan nama “Notes” dan aktifkannya menjadi layer semasa
(current layer). Notes merupakan layer yang akan mewakili semua
maklumat teks.










Gambarajah 10.2: Layer manager Window

3. Aktifkan arahan MultiText (MTEXT) dan klik pada lokasi seperti dalam
gambarajah berikut:














202

Gambarajah 10.3:

4. Taipkan teks dalam ruangan yang ditetakkan dan tekan Enter.

























Gambarajah 10.4:

5. Langkah memasukkan teks tamat.

Dapat diperhatikan hasil daripada kerja-kerja memasukan teks telah dapat dilakukan
namun begitu keadaan atau ciri-ciri teks masih tidak memuakan dan akan diterangkan pada
langkah berikut dalam buku ini.

Mengurus gaya teks

Sebelum memasukkan teks pada lukisan, pengguna perlu membuat pengaturan berkenaan
gaya teks dan sebagainya. Gaya teks ini akan menyimpan semua maklumat faromat teks yang
telah diaturkan oleh pengguna. Gaya teks ini terdiri daripada saiz teks (text height), jenis tulisan,
width fator, obligue angle dan sebagainya membolehkan pengguna untuk tidak perlu mengatur
gaya teks setiap kali membuat lukisan baru kerana maklumat ini telah disimpan dan boleh dicapai
bila-bila masa. Walau pun pengguna tidak menetapkan gaya teks namun pengguna sebenarnya
telah menggunakan gaya teks yang telah disediakan oleh AutoCAD yang dinamakan Standard
style. Gaya teks ini dinamakan Txt.
Berikut adalah langkah membina gaya teks yang dinamakan “Note1”, yang mana akan
ditambahkan pada lukisan sebelum ini.
203

1. Klik pada senarai Text Style drop-down dari Home tab bukakan Annotation
panel dan pilih Manage Text Styles. Paparan kotak dialog Text Style.


















Gambarajah 10.5: Kedudukan pilihan Manage Text Style
























Gambarajah 10.6: Kotak dialog Text Style

2. Klik pada butang New pada sebelah kanan kotak dialog untuk membuka
kota dialog New Text Style.
3. Masukkan nama “Note1” untuk menamakan gaya teks baru ini kemudian
klik OK.










Gambarajah 10.7: Kotak dialog New Text Style

4. Pada kota dialog Text Style, klik senarai Font Name drop down dalam
kumpulan Font dan pilih jenis font untuk gaya ini.











204

Gambarajah 10.8: Pilin jenis Font

5. Sebagai contoh pilih font jenis Courier New TrueType.
6. Pilih pilihan Annotative dalam kumpulan Size.
7. Pada kotak Paper Text Height, masukan 0.1. Masukan bertukar ke 1/8’’.
8. Tutup kotak dialog.
























Gambarajah 10.9: Penetapan yang dibuat

Penetapan pada Annotation option adalah ciri yang penting untuk memastikan teks yang
dibina pada saiz yang menepati skala lukisan. Setelah siap menetapkan gaya teks, pengguna dapat
menetapkan gaya ini sebagai “default current style” dengan memilihnya daripada senarai Text Style
drop-down dalam Annotate tab panel.











205

Mengenali Annotation Scale Control Panels
























Gambarajah 10.10: Text panel (Kiri) dan
Annotation Scaling panel (Kanan)













Gambarajah 10.11: Annotation Scaling

Penetapan Annotation Scale dan Menambah Teks (Adding Text)

Pada perbinacangan sebelum ini, telah dibina satu satu gaya teks (Note1). Berikutnya suatu
teks ditambahkan pada lukisan yang sedia ada. Sebelum memulakan langkah ini, pengguna per
menentukan skala lukisan. Ini adalah penting kerana ciri-ciri Annotation telah diaktifkan, AutoCAD
perlu mengetahui skala lukisan untuk menetapkan saiz teks. Berikut langkahnya:

1. Pada kanan bar status, klik anak panah drop-down pada sebelah Annotation
Scale.










Gambarajah 10.12: Annotation drop-down arrow

2. Pilih skala yang berkenaan sebagai contoh ¼”=1’-0”.

Pengguna baru sahaja menetapkan skala lukisan melalui langkah di atas untuk pandang
model (Model View). Penetapan ini tidak tetap, pengguna dapat mengubah pada bila-bila masa.


206

Memasukan teks
1. Pengguna boleh memasukkan teks setelah langkah di atas selesai. Sebagai
contoh, teks bagi melabelkan pintu masuk bagi plan dalam gambarajah di
bawah.


































Gambarajah 10.13:

2. Matikan fungsi Objek Snap pada status bar.
3. Klik Multiline Text tool dalam tab Annotation> Text panel. Atau taip “mt” dan
Enter. Teks berikut akan dipaprkan pada Command line:
Command: MT
MTEXT
Current text style: "Note1"
Text height: 1/8"
Annotative: Yes
Specify first corner:
4. Klik titik pertama pada bahagian atas imej dalam gambarajah di atas untuk
memulakan tetingkap sempadan teks. Sempadan teks ini menandakan
kawasan di mana pengguna boleh meletakkan teks. Terdapat anak panah
dalam sempadan ini menandakan arah teks tersebut. Pengguna tidak perlu
risaukan penempatan secara tepat pada masa ini kerana lokasi dan saiz dapat
diubah kemudian.

Gambarajah:
5. Pada arahan Specify opposite corner or [Height/Justify/Line
spacing/Rotation/Style/Width/Columns]:, klik titik kedua untuk
menandakan bahagian atas imej. Tab Text Editor akan dipaparkan dengan
kawasan text editor yang dipilih.




207

Gambarajah 10.14a: Lokasi teks
akan dimasukkan

6. Klik Text Editor dan taip “Entry”. Setelah pengguna menaip perkataan
tersebut pada kotak Text Editor ianya juga terpapar pada pada lukisan.



















Gambarajah 10.14b: Taip “Entry” pada lokasi
seperti berikut

Setelah menambah teks, jika teks tidak sepadan pada kawasan yang ditandakan oleh
pengguna, pengguna boleh membuat pelarasan pada sempadan teks (text boundary). Klik pada teks
untuk memaparkan sempadan teks, dan cengkaman sempadan (boundary-grip). Klik pada
cengkaman dan seret untuk mengubah saiz sempadan. Perkataan yang ada dalam sempadan teks
tersebut secara automatik berubah untuk memenuhi sempadan yang berubah tadi.


Meneroka Teks dan Skala


Dengan ketinggian teks yang dibuat oleh pengguna 0.1’ atau 0.15cm, ianya akan dipaparkan
pada pembesaran tertentu pada skala semasa. Jika teks ditulis pada saiz 0.1’, ianya menjadi sangat
kecil dan tidak dapat kelihatan. Walaubagaimanapun, ciri pada Annotative Scale membuatkan
pelarasan pada saiz teks berdasarkan Annotative Scale Stetting. Berikut ditunjukkan bagaimana
kesan Annotative Scale Setting memberi kesan pada teks pengguna:
1. Pastikan Show Annotation Objects tool diaktifkan pada status bar. Atau
taipkan Annoallvisible>Enter> 1>Enter.
2. Klik pada Annotation Scale Setting, dan pilih ½”=1” -0”. Pengguna yang
menggunakan unit matrik = 1:50. Teks yang baru akan berubah pada saiz yang
ditetapkan pada skala pilihan ini.
208

Gambarajah 10.15: Annotation Scale
pada Status Bar

3. Klik pada Add/Delete Scales tool dalam Annotate tab’s>Annotation Scaling
panel, atau taipkan Objectscale> Enter.
4. Pada “Select annotative object: , pilih teks dan tekan Enter. Kotak dialog
Annotation Object Scale menyenaraikan skala annotation yang digunakan
untuk lukisan ini.
























Gambarajah Gambarajah 10.16:Kotak dialog
Annotation Object Scale

5. Pengguna boleh menambah skala tambahan pada objek teks. Klik butang
Add, dan kotak dialog Add Scales To Object dipaparkan.
6. Pilih ½’’=1’-0” daripada senarai (pengguna matrik=1:50) dan klik OK, klik OK
sekali lagi pada kotak dialog Annotation Objec Scale.
Pengguna boleh menguji dengan menukar nilai Annotation Scale pada
penetapan sebelum ini (1/4”=1’-0”).
7. Pada status bar, klik Annotation Scale setting, dan pilih ¼”=1’-0” (pengguna
matrik = 1:100).
8. Didapati saiz teks berubah kembali pada saiz asal (1/4”=1’-0”).

Setiap masa pengguna menambah skala baru untuk lukisan yang sedang dibuat, pengguna
juga harus menambahkan skala Annotation untuk teks dalam lukisan yang dilukis.


Memahami Pilihan Kotak dialog Gaya Teks (Text Style Dialog Box Options)

Pada bahagian ini ,perbincangan lanjut berkenaan dengan penetapan gaya teks. Topik ini
akan menjurus kepada pengaturan dan fungsinya.



209

Gambarajah 10.17: Text Style

Gaya (styles)

Pada senarai kotak Styles , pengguna akan melihat gaya semasa (current styles). Senarai ini
juga mempunyai gaya lain yang mungkin turut digunakan dalam lukisan tersebut. Sebagai tambahan
terdapat juga butang Set Current, New dan Delete dan pilihan kumpulan Font dan Effect.

Set Current/ New /Delete

Set Current membolehkan gaya yang dipilih untuk aktif pada keadaan semasa. New
membenarkan pengguna membina gaya teks yang baru manakala Delete membenarkan pengguna
menghapuskan gaya yang terpilih. Pilihan Delete tidak ada pada gaya Standard.

Font
Pada kumpulan Font, pengguna mempunyi pilihan berikut:
1. Font Name
Membolehkan pengguna memilih jenis font daripada senarai jenis font yang ada.
Senarai jenis font yang ada diterbitkan daripada sumber sepert sistem operasi
(Window) dan AutoCAD.
2. Font Style
Menawarkan pelbagai variasi font, seperti italic, atau bold.
3. Use Big Font
Digunapakai pada format font Asia dan hanya disediakan oleh font AutoCAD.

Size
Kumpulan Size menawarkan penetapan yang berkait pada teks, saiz, skala dan orientasi.

1. Annotative - Menyebabkan saiz teks dilaraskan secara automatik pada penetapan
skala annotation semasa.




210

2. Match Text Orientation To Layout – Menyebabkan orientasi teks sejajar dengan
orientasi paparan susun atur (Layout view). Pilihan ini hanya ada apabila pilihan
Annotative diaktifkan (ON).
3. Height/Paper Text Height – Membenarkan pengguna memasukan saiz font. Dengan
pilihan Annotative dinyahaktifkan (OFF), pilihan ini dinamakan Height dan akan
menetapkan ketinggian teks. Dalam keadaan Annotative diaktifkan (ON), ianya
menunjukkan Paper Text Height dan akan menetapkan ketinggian bagi teks apabila
dicetak. Ketinggian 0 mempunyai maksud khas apabila pengguna menggunakan
arahan Text untuk memasukan teks satu baris (single line text).

Effect
Dalam kumpulan Effect, pengguna mempunyai pilihan berikut:

1. Upside Down – Memaparkan teks terbalik.
2. Backward – Memaparkan teks ke belakang.
3. Vertical – Memaparkan teks dalam lajur menegak.
4. Width Factor – Melaraskan lebar dan ruang abjad dalam teks. Nilai 1 menetapkan
teks pada saiz normal. Nilai lebih dari 1 mengembangkan teks dan nilai kurang dari 1
memadatkan teks.
5. Oblique Angle – Mengawal kecondongan teks pada sudut yang ditetapkan. Nilai
kurang dari 0 membuatkan teks condong ke kiri dan sebaliknya jika nilai lebih
daripada 0 dimasukkan.

Pengguna juga dapat menetapkan faktor lebar (width factor) dan sudut oblique secara terus
melalui Width Factor tool dan Oblique Angle tools pada Formatting panel di bawah Text Editor
Ribbon panel. Tab ini dipaparkan apabila pengguna membina teks baru atau dua kali klik pada teks
sedia ada.









Gambarajah 10.18: Text Editor Ribbon


















Gambarajah 10.19: Format panel pada
Text Editor Ribbon




211

Meneroka Teks Format dalam AutoCAD 2015

AutoCAD menawarkan pilihan pelbagai ciri format teks yang kelihatan sama yang ada pada
aplikasi yang ada pada pemproses perkataan (Microsoft Word) dan sebagainya. Pengguna dapat
mengawal font, ketinggian teks (text height), justifikasi (justify), jarak baris (line spacing), dan lebar
(width). Disamping itu pengguna juga dapat menyertakan simbol atau tanda seperti simbol
“degree”. Dengan alatan tambahan ini, penggun dapat membuat pengubahsuaian pada gaya teks.


Mengubah Ketinggian teks dan Font (Adjusting Text Height and Font)
Berikut adalah langkah mengubah ketinggian teks dan font menggunakan alatan
memformat teks dalam AutoCAD. Pengguna masih menggunakan kaedah alatan Multiline Text,
tetapi melalui beberapa ciri lain yang ada padanya.
1. Dengan menggunakan arahan pan, pan paparan pada gambarajah berikut pada bahagaian
dapur (gambarajah sama seperti yang digunakan dalam teknik sebelum ini).






















Gambarajah 10.20: Plan yang
digunakan sebelum ini

2. Pada status bar, pastikan Annotation Scale ditetapkan pada ¼” = 1’– 0” (1:100 bagi
pengguna matrik).





















Gambarajah 10.21: Membuat pilihan sempadan teks




212

3. Klik Multiline Text tool pada tab Annotate Text panel, dan pilih tetingkap sempadan teks
seperti ditunjuk dalam gambarajah di atas. Dalam text editor, taipkan seperti berikut;
“Living Room
14’-0” by 16’-5” [427 cm by 500 cm]” seperti dalam gambarajah di bawah. Pastikan
menekan Enter setelah perkataan “Living Room” dan pastikan perkataan berikutnya ditaip
dalam satu baris kerana AutoCAD menggunakan konsep word wrap.


















Gambarajah 10.22: Memasukan teks

4. Hitamkan teks “14’-0” by 16’-5” [427 cm by 500 cm]” seperti gambarajah di bawah

















Gambarajah 10.23: Memilih spesifik teks.

5. Dalam tab Text Editor Style panel, klik dalam kotak teks Text Height dan masukkan 1/16
dan tekan Enter. (pengguna matrik =0.08). teks yang dihitamkan bertukar ke saiz lebih
kecil.














Gambarajah 10.24: Saiz teks semakin kecil

6. Hitamkan perkataan “Living Room”.
7. Dalam Formatting panel, klik senarai Font drop-down untuk memaparkan senarai pilihan
font. Pilih font jenis Arial, teks dalam text editor berubah mengikut jenis font yang dipilih.
Dengan perkataan “living Room” masih dipilih (dihitamkan), klik pada butang Underline
pada Formating panel.
213

8. Klik Close Text Editor pada Close panel. Label yang dibuat perubahan sebentar tadi
dipaparkan dalam kawasan sempadan teks yang dipilih.
9. Pengguna boleh kembali pada Text Editor Tab dengan klik dua kali pada teks.




















Gambarajah 10.25: Perubahan pada teks yang dipilih (hitamkan)



Justifikasi Teks (Text Justification)

Ciri ini membolehkan pengguna menempatkan teks pada ruang teks (texts boundary) atau
sempadan teks yang dipilih pada keadaan yang mengikut pilihan tertentu. Pilihan yang disediakan
adalah seperti yang ringkaskan dalam gambarajah dibawah iaitu senarai pilihan teks justifikasi pada
Text Editor panel dan gambarajah illustrasi berikut menunjukkan lokasi bagi setiap justifikasi yang
dipilih.





















Gambarajah 10.26: Arahan justifikasi teks pada Text Editor panel


















214

Gamabarajah 10.27: Justifikasi Teks dalam AutoCAD

Menambah Objek Single-Line Text

Pengguna juga mungkin ada keperluan untuk menggunakan satu baris teks sahaja untuk
dimasukkan dalam lukisan selain dari teks yang panjang atau melibat teks yang lebih dari satu
baris. AutoCAD menwarkan penggunaan Single –Line Text Object. Dengan menggunakan lukisan
yang sama dalam kaedah sebelum ini kaedah ini dilaksanakan seperti berikut:
1. Laraskan paparan lukisan supaya kelihatan seperti gambarajah 10.28 berikut pada paparan
skrin.























Gambarajah 10.28: Paparan skrin

2. Pastikan Note1 adalah gaya teks yang sedang diaktifkan, pada Multiline Text flyout pada
tab Annotate Text panel, klik pada Single Line tool atau klik Dt dan tekan Enter.














Gambarajah 10.29: Note1 sedang diaktifkan


215

3. Pada “Specify start point of text or [Justify/Style]:” klik pada bahgian bawah dapur sebagai
titik permulaan. Arahan juga menawarkan justifikasi dan gaya, namun sekadar pilihan
abaikan sahaja.
4. Setelah klik pada langkah di atas, arahan “Specify rotation angle of text <0>:” keluar untuk
menetapkan sudut teks. Abaikan sahaja dengan menekan Enter. Kursor I-beam terpapar
pada titik permulaan yang ditetapkan. Taip perkataan “Kitchenette” dan perkataan ini
terpapar pada lukisan.
5. Langkah ini diulang untuk melabelkan “Bathroom”.























Gambarajah 10.30: Hasil akhir








































216

LATIHAN KEMAHIRAN 10.1





















































































217

LATIHAN KEMAHIRAN 10.2





















































































218

LATIHAN KEMAHIRAN 10.3






















































































219

BAB 11




LAYER
































































220

LAYER










LAYER

Layer digunakan bagi mengkategorikan objek dalam lukisan mengikut fungsi tertentu dan boleh
ditetapkan kepada warna, jenis garisan, tebal garisan dan ciri-ciri yang lain. Layer umpama lapisan
beberapa lukisan yang bertindan dengan beberapa jenis lapisan lukisan yang lain. Tindanan
beberapa lapisan lukisan ini juga boleh dikatakan gabungan beberapa lapisan lukisan ini
menghasilkan satu lukisan yang lengkap. Gambarajah berikut menunjukkan tiga lapisan layer yang
bertindan dan menghasilkan pelan sebuah bangun yang lengkap terdiri daripada pelan dinding,
pelan pendawaian elektrik dan pelan susunatur perabot.
















Gambarajah 11.1: Konsep Layer

Layer adalah satu sistem alatan pengurusan dalam kerja melukis yang boleh mengurangkan
kerumitan paparan lukisan yang komplek dan menambahbaik kawalan objek pada paparan atau
cetakan. Dengan menggunakan teknik layer pengguna dapat mengawal perkara-perkara seperti
berikut:
1. Sama ada objek pada layer (lapisan lukisan) dapat dipaparkan atau
disembunyikan.



221

2. Sama ada objek menggunakan ciri-ciri penetapan asal seperti warna, jenis garisan,
atau tebal garisan atau objek ingin ditetapkan pada ciri-ciri tertentu.
3. Bagaimana objek pada layer ingin dicetak.
4. Sama ada objek pada layer dikunci dan tidak dapat disunting.
5. Sama ada objek dipaparkan pada ciri-ciri yang berbeza pada pada paparan susun
atur viewport.

Jika lukisan yang mudah dan tidak mempunyai banyak objek, pengguna boleh menghasilkanya
tanpa perlu menggunakan konsep LAYER. Namun demikian, setelah lukisan menjadi agak rumit dan
komplek, pengguna mula berkehendakkan kepada penggunaan teknik LAYER untuk menyimpan
semua maklumat berkenaan setiap elemen yang ada dalam lukisan mereka. Layer tidak
mensyaratkan pengguna apabila pengguna menyunting objek seperti blok atau kumpulan.
Pengguna dapat mengatur layer untuk membolehkan mereka mengenalpasti objek dan layer yang
mana ditetapkan untuknya.
Topik ini membincangkan bagaimana untuk mewujudkan Layer dan menggunakannya untuk
memastikan lukisan yang dihasilkan dapat dikawal dan teratur. Pengguna dapat mempelajari
bagaimana warna boleh memainkan peranan penting apabila pengguna menggunakan teknik layer,
dan pengguna juga akan mempelajari bagaimana untuk memasukkan jenis garisan (linetype)
menerusi penggunaan layer.

Menguruskan maklumat menggunakan Layer

Bayangkan jika satu lukis projek bagi pelan pendawaian pada satu bangunan yang dalam
perancangan akan dibina. Pengguna perlu menyiapkan satu lukisan yang lengkap pelan susun atur
bagi bangunan tersebut yang melibatkan pelbagai objek, dimensi dan sebagainya. Projek yang besar
ini melibat kerjasama pelbagai bidang kejuruteraan iaitu Mekanikal, Awam dan Elektrik. Kesemua
bidang ini bergambung dalam menghasilkan satu projek yang sama dan sebagai pelukis pelan
pengguna perlu bijak menyediakan lukisan mengikut spesifikasi dan mudah untuk dicapai apa bila
diperlukan. Jurutera elektrik pasti ingin memeriksa pelan pendawaian elektrik yang telah dirancang
pada bangunan ini tanpa perlu baginya untuk melihat struktur binaan bangunan. Melalui kaedah
layer pengguna dapat hanya mencetak pelan pendawaian yang berkaitan tanpa disertai binaan lain
melalui teknik layer ini. Begitu juga semasa kerja-kerja menyunting akan dapat dilakukan melalui
kaedah layer walau pun suatu lukisan itu mempunyai kategori layer yang banyak dan komplek
kerana melalui kaedah ini hanya layer yang terlibat sahaja dapat disunting tanpa merosakkan
bahagian yang lain. AutoCAD membenarkan bilangan tidak terhad bagi layer dalam sesuatu lukisan
dan pengguna boleh menamakan layer tersebut dengan nama pilihan tanpa simbol-simbol berikut
digunakan dalam penamaan layer iaitu < > / \ “ : ; ? * | , = ‘.

Mewujudkan layer dan menetapkan layer


Berikut adalah bagaimana untuk memulakan arahan LAYER:
1. Taipkan “Layer” pada tooltip dan tekan Enter pada pilihan Layer yang terpapar.










Gambarajah 11.2: Layer properties

222

2. Atau klik pada simbol seperti gambarajah di atas pada Home tab>Layer panel >Layer
properties.























Gambarajah 11.3: Layer properties manager

3. Kotak dialog Layer properties manager dipaparkan dengan memaparkan status layer yang
ada pada masa ini. Pada permulaan hanya ada satu layer, dan setelah kerja melukis
bertambah layer juga boleh bertambah mengikut penetapan pengguna/pelukis.























Gambarajah 11.4: ikon New Layer

4. Klik ikon New Layer dan satu layer baru dengan nama “layer1” dipaparkan dalam kotak
senarai.




















223

Gambarajah 11.5: New Layer (Layer1)


5. Penamaan Layer1 dengan nama “Wall” pada ruang “layer1” yang diterangkan (highlighted).
Ruangan ini membernarkan pengguna untuk menamakan layer baru yang diwujudkan
mengikut kesesuaian pengguna.









Gambarajah 11.6: Penamaan layer

6. Seterusnya, dengan membiarkan Wall Layer ini terus diterangkan (highlighted) klik pada
ikon warna dalam senarai Wall layer untuk memaparkan kotak dialog untuk membolehkan
penetapan warna pada Wall Layer. Pengguna dapat menemui ikon warna pada lajur warna
dan ianya menunjukkan warna putih sebagai warna asalnya.












Gambarajah 11.7: Lajur warna (Color Column)

7. Untuk memilih warna pilih kotak warna dan pilih warna hijau pada kotak sebelah butang
ByLayer dan klik OK. Dapat diperhatikan warna Diode layer telah berubah daripada putih
kepada warna hijau.














224

Gambarajah 11.8: Pilih Warna /Select Color

8. Klik X pada Layer Properties Manager untuk menutupnya atau menekan butang sebagai
penetapan Auto-hide untuk menyembunyikan kota dialog ini. Menerusi arahan ini kotak
dialog dapat dipaparkan apabila kursor dibawa pada bar Layer palette.

Memahami Layers Properties Manager Palette

Layer Properties Manager adalah kotak dialog penting yang memaparkan senarai layer yang
ada pada sesuatu lukisan yang menggunakan teknik layer. Pada kotak dialog ini, terdapat bar pada
bahagian dalam bentuk lajur yang memaparkan pelbagai ciri-ciri layer. Pengguna dapat mengubah
lebar setiap lajur dalam senarai dengan klik dan tarik ke sisi kepala lajur. Pengguna juga dapat
menyusun senarai layer berdasarkan salah satu ciri-ciri dengan klik pada nama ciri-ciri pada
bahagian atas senarai. Di atas senarai layer, pengguna dapat melihat empat butang alatan iaitu New
Layer, Delete Layer, NEW Layer VP Frozen In All Viewport dan Set Current.















Gambarajah 11.9:Empat alatan (tool) utama

New Layer tool telah dibincang sebelum ini, New Layer VP Frozen In All Viewport tool
kelihatan sama pada New Layer tool dan membawa fungsi yang sama, tetapi perbezaan utama
adalah New Layer VP Frozen In All Viewport tool membekukan (freezes) layer yang baru dibuat.
Untuk memadam layer ini, pengguna perlu memilih layer berkenaan atau kumpulan layer dan klik
Delete Layer tool. Pengguna tidak dapat memadam layer 0, layer yang dikunci, atau layer yang
mengandungi objeks. Set Current tool membolehkan pengguna menetapkan mana-mana layer
sebagai layer semasa atau layer yang sedang diaktifkan. Pengguna dapat mengenalpasti layer yang
225

sedang aktif dengan melihat tanda √ berwarna hijau pada Status column layer yang sedang
diaktifkan. Kaedah lain untuk membuat layer atau memadam layer adalah dengan memilih layer
atau set of layer (kumpulan layer) dari kotak senarai dan klik kanan pada tetikus dan pada senarai
paparan yang keluar adalah empat alatan utama tersebut.

































Gambarajah 11.10: Paparan setelah klik kanan pada tetikus.

Menetapkan layer pada objek

Apabila pengguna membina apa-apa objek, objek tersebut secara automatik ditetapkan
pada layer semasa (current layer) iaitu layer yang sedang diaktifkan. Sehingga tamat kerja melukis,
walau terdapat pelbagai objek pada lukisan tersebut hanya satu layer yang wujud iaitu layer-0. Dan
setelah pengguna telah membuat beberapa layer, mereka boleh menetapkan lapisan-lapisan
(layers) tersebut pada objek-objek yang telah dibina. Dengan menggunakan Properties palette.
Berikut contoh bagaimana melakukan proses ini, pengguna perlu melukis sepenuhnya gambarajah
dibawah sebelum mengikuti langkah berikutnya:















Gambarajah 11.11: Bilik mandi


1. Pilih empat garisan yang mewakili bilik mandi pada gambarajah di atas.





226

2. Kursor dibiarkan berada dalam kawasan lukisan dan klik kanan pilih Properties untuk
membuka Properties Palette. Palette ini membolehkan pengguna menyunting ciri-ciri bagi
objek atau kumpulan objek.
3. Klik pilihan Layer pada senarai Properties Palette. Dapat diperhatikan anak panah
dipaparkan pada nama layer sebelah kanan pilihan Layer.
4. Klik pada anak panah ke bawah tersebut untuk memaparkan kesemua jenis-jenis layer
yang ada.
5. Pilih layer bernama Wall layer daripada senarai(yang telah diwujudkan dalam subtopik
sebelum ini). Dapat diperhatikan garisan yang membina dinding (wall) yang dipilih bertukar
kepada warna hijau. Ini bermaksud objek tersebut telah ditetapkan dengan Wall layer.
6. Tutup Properties palette dengan klik X pada bahagian atas palang tajuk (title bar).
7. Tekan kekunci Esc untuk mengakhiri pilihan.























Gambarajah 11.12: Hasil akhir












































227

228

229

230

LATIHAN KEMAHIRAN 11.1
















































































231

LATIHAN KEMAHIRAN 11.2



















































































232

LATIHAN KEMAHIRAN 11.3



















































































233

LATIHAN KEMAHIRAN 11.4




















































































234

LATIHAN KEMAHIRAN 11.5




















































































235

LATIHAN KEMAHIRAN 11.6


















































































236

LATIHAN KEMAHIRAN 11.7




















































































237

LATIHAN KEMAHIRAN 11.8





















































































238


Click to View FlipBook Version