Contoh
Bina satu bentuk Heptagon (Geometri bersegi tujuh sisi) dengan penetapan menggunakan kaedah
circumscribed, berjejari=7, titik dengan pada koordinat (40,40).
Gambarajah 3.63:Langkah 1:Masukkan jumlah bilangan
sisi Poligon yang ingin dibina
Gambarajah 3.64: Langkah 2: Tetapkan lokasi pusat poligon dengan
cara masukkan koordinat atau klik pada ruang melukis
Gambarajah 3.65: Langkah 3: Koordinat titik tengah (40,40)
ditaipkan (dimasukkan)
Gambarajah 3.66: Langkah 4: Klik pada titik pusat
89
Gambarajah 3.67: Langkah 5: Pilihan Incribed atau circumcribed
Gambarajah 3.68: Langkah 6: Masukkan jejari bagi poligon tersebut
Gambarajah 3.69: Langkah 7:Tekan Enter untuk menamatkan
kerja melukis, poligon dihasilkan
Penyelesaian
Pada menubar Draw> Polygon
Command: _polygon Enter number of sides <70>: 7
Specify center of polygon or [Edge]: 40,40
Enter an option [Inscribed in circle/Circumscribed about circle] <I>: C
Specify radius of circle: 8
90
POINT
Arahan ini membenarkan penghasillan objek titik. Pengguna boleh mencapai arahan ini
dengan cara menaipkan arahan point pada bar arahan (command line) atau pada menu bar Draw.
Gambarajah 3.70: Arahan POINT diakses
melalui Pull Down Menu
Objek titik dapat bertindak sebagai nod atau titk sambungan objek. Pengguna dapat
menetapkan lokasi 2D dan 3D bagi sesuatu titik. Anggapan semasa ketinggian jika meninggalkan
nilai koordinat paksi-Z. Pengguna boleh menggunakan arahan MEASURE dan DIVIDE untuk
menghasilkan objek titik sepanjang objek. Arahan seperti PTYPE digunakan untuk menetapkan saiz
objek titik dan formatnya (style).
Gambarajah 3.71: Kotak dialog Point Style
Gambarajah 3.72: Contoh penggunaan POINT
91
Fungsi objek titik tidak kurang pentingnya dalam membantu pengguna dalam kerja-kerja
melukis terutamanya dalam memudahkan langkah-langkah melukis lukisan teknik yang agak rumit.
Objek ini menyediakan kemudahan rujukan dan penandaan sepanjang proses melukis.
Contoh
Hasilkan objek titik seperti yang terdapat pada gambarajah 3.73 di bawah.
Gambarajah: 3.73
SOLID
Arahan ini adalah berfungsi untuk menetapkan jenis atau sifat bentuk yang dihasilkan iaitu
dengan diwakili dengan corak-corak yang tertentu memenuhi ruang yang ditetapkan. Ianya
bertujuan untuk memberikan maklumat tertentu sebagai contoh bahan yang terlibat dalam
penghasilan objek sebenar jika ianya dibangunkan sebagai model (prototype).
Dalam sistem AutoCAD 2015, solid 2D diisi hanya bila arahan sistem pembolehubah
FILLMODE diaktifkan dan paparan adalah orthogonal pada solid 2D. Apabila arahan SOLID
dimasukkan:
1. First point > Tetapkan titik pertama dalam solid 2D.
2. Second point > Tetapkan bucu bagi solid 2D.
3. Third point > Tetapkan titik yang berlawanan dengan bagi bucu pertama bagi solid2D.
4. Fourth point > Tetapkan persimpangan berlawanan dengan titik pertama.
Setelah empat langkah diatas dilaksanakan tekan Enter dan akan terpapar bentuk solid yang
dibina. Dengan menetapkan titik kelima akan menghasilkan kawasan quadrilateral. Dengan
penetapan titik-titik yang berikutnya akan menghasilkan sambungan bagi penghasilan bentuk yang
lain.
92
Gambarajah 3.74: Arahan FILLMODE dinyahaktifkan
Gambarajah 3.75: Arahan FILLMODE diaktifkan
DOUGHNUT (DONUT)
Arahan ini adalah digunakan bagi membina bulatan penuh (filled circle). Donut mengandungi
dua lengkuk polyline yang bersambung dari hujung ke hujung untuk membentuk bentuk bulatan.
Lebar polyline ditentukan dengan menetapkan diameter dalam dan luar. Jika pengguna
menetapkan diameter dalam = 0 bentuk donut yang terhasil adalah bulatan penuh (Filled circle).
93
Gambarajah 3.76: Objek yang dihasilkan
daripada arahan DONUT
Gambarajah 3.77: Penetapan parameter
untuk menghasilkan objek DONUT
Kaedah yang perlu diikut untuk menghasilkan objek daripada arahan DONUT.
Kaedah 1:
Gambarajah 3.78: Langkah 1: Tetapkan diameter
dalam bagi objek DONUT
94
Kaedah 2:
Gambarajah 3.79:Langkah 2: Kemudian tetapkan diameter
luar bagi objek DONUT
Contoh
Hasilkan satu bentuk Donut seperti gambarajah 3.80 di bawah dengan penetapan diameter
dalam=5 dan diameter luar=15 berpusat pada koordinat (40,40).
Gambarajah 3.80: Objek DONUT
Penyelesaian
Command: _donut
Specify inside diameter of donut <0.5000>: 5
Specify outside diameter of donut <1.0000>: 15
Specify center of donut or <exit>: 40,40
Specify center of donut or <exit>:Enter
SEGI EMPAT / RECTANGULAR
Arahan RECTANG atau ikon pada bar alatan alatan (toolbar) membenarkan pengguna
menghasilkan bentuk geometri segiempat menggunakan entiti polyline( bukan line). Bentuk ini
dibina berdasarkan parameter segiempat seperti panjang, lebar dan pusingan (rotation). Di samping
itu pengguna juga dapat menetapkan bucu sama ada fillet, chamfer atau square.
95
Gambarajah 3.81: Objek Rectangular
Contoh
Bina segiempat dengan parameter panjang =20 dan lebar= 5 pada sudut= 0 darjah seperti
gambarajah 3.82 di bawah.
Gambarajah 3.82: Rectangular
Penyelesaian:
Command: _rectang
Specify first corner point or [Chamfer/Elevation/Fillet/Thickness/Width]:
Specify other corner point or [Area/Dimensions/Rotation]: r
Specify rotation angle or [Pick points] <0>:0
Specify other corner point or [Area/Dimensions/Rotation]: d
Specify length for rectangles <20.0000>:20
Specify width for rectangles <5.0000>:5
Specify other corner point or [Area/Dimensions/Rotation]: klik pada mana-mana titik yang
dikehandaki
2D point or option keyword required.
Specify other corner point or [Area/Dimensions/Rotation]: klik pada bahagian yang dikehendaki
dibina
Command: Specify opposite corner or [Fence/WPolygon/CPolygon]:
Command: *Cancel*
96
Contoh
Hasilkan bentuk segiempat dengan pengaturan seperti dalam gambarajah dibawah:
Gambarajah 3.83: Bentuk Rectangular dengan
penetapan Chamfer pada bucunya
Penyelesaian:
Command: _rectang
Specify first corner point or [Chamfer/Elevation/Fillet/Thickness/Width]: c
Specify first chamfer distance for rectangles <0.0000>: 3
Specify second chamfer distance for rectangles <3.0000>: 4
Specify first corner point or [Chamfer/Elevation/Fillet/Thickness/Width]: 50,50
Specify other corner point or [Area/Dimensions/Rotation]: d
Specify length for rectangles <45.0000>: 45
Specify width for rectangles <25.0000>: 25
Specify other corner point or [Area/Dimensions/Rotation]: klik pada bahagian yang ingin
dihasilkan bentuk ini
Contoh
Hasilkan bentuk segiempat dengan pengaturan seperti dalam gambarajah dibawah:
Gambarajah 3.84: Bentuk Rectangluar dengan
ciri Fillet pada bucunya
97
Penyelesaian:
Command: _rectang
Current rectangle modes: Chamfer=3.0000 x 4.0000 Elevation=6.0000
Specify first corner point or [Chamfer/Elevation/Fillet/Thickness/Width]: f
Specify fillet radius for rectangles <3.0000>: 7
Specify first corner point or [Chamfer/Elevation/Fillet/Thickness/Width]: 55,55
Specify other corner point or [Area/Dimensions/Rotation]: d
Specify length for rectangles <35.0000>: 65
Specify width for rectangles <20.0000>: 45
Specify other corner point or [Area/Dimensions/Rotation]:klik pada bahagian yang dipilih untuk
dibina bentuk ini
Multilines
Multilines terdiri daripada garis selari, yang dipanggil unsur-unsur. Apabila pengguna
melukis multilines, pengguna boleh menggunakan gaya STANDARD (Standard styles), yang
mempunyai dua unsur, atau menentukan gaya yang dibuat sebelum ini. Pengguna juga boleh
menukar justifikasi (justif)dan skala (scale) multilines sebelum menggunakannya semasa melukis.
Justifikasi Multiline menentukan kedudukan sebelah mana kursor pada multiline yang
digunakan, atau kursur berada ditengah-tengah multilines.
Gambarajah 3.85: Jenis pilihan justifikasi
98
Top Justification
Gambarajah 3.86: Justifikasi Top
Contoh arahan:
Command: MLINE
Current settings: Justification = Zero, Scale = 5.00, Style = STANDARD
Specify start point or [Justification/Scale/STyle]: j
Enter justification type [Top/Zero/Bottom] <zero>: t
Current settings: Justification = Top, Scale = 5.00, Style = STANDARD
Zero Justification
Gambarajah 3.87: Justifikasi Zero
Contoh arahan:
Command: MLINE
Current settings: Justification = Bottom, Scale = 5.00, Style = STANDARD
Specify start point or [Justification/Scale/STyle]: j
Enter justification type [Top/Zero/Bottom] <bottom>: z
Current settings: Justification = Zero, Scale = 5.00, Style = STANDARD
Specify start point or [Justification/Scale/STyle]:
99
Bottom Justification
Gambarajah 3.88: Justifikasi Bottom
Contoh arahan:
Command: MLINE
Current settings: Justification = Zero, Scale = 5.00, Style = STANDARD
Specify start point or [Justification/Scale/STyle]: j
Enter justification type [Top/Zero/Bottom] <zero>: b
Current settings: Justification = Bottom, Scale = 5.00, Style = STANDARD
Specify start point or [Justification/Scale/STyle]:
Skala Multiline mengawal lebar keseluruhan multiline dengan menggunakan unit semasa.
Skala Multiline tidak menjejaskan skala linetype. Jika pengguna menukar skala multilines, pengguna
juga mungkin perlu membuat perubahan bersamaan dengan skala linetype untuk mengelakkan titik
atau sengkang daripada menjadi tidak seimbang saiznya.
Gambarajah 3.89: Skala baru bagi Mline
Contoh arahan:
Command: MLINE
Current settings: Justification = Zero, Scale = 5.00, Style = STANDARD
Specify start point or [Justification/Scale/STyle]: s
Enter mline scale <5.00>: 10
Current settings: Justification = Zero, Scale = 10.00, Style = STANDARD
Specify start point or [Justification/Scale/STyle]:
100
Gambarajah 3.90: Aplikasi Multiline
Membina Multiline
Pengguna boleh membuat dan menamakan gaya (style) untuk multilines untuk mengawal
bilangan unsur-unsur dan ciri-ciri setiap elemen. Sifat-sifat multilines termasuk:
1. Jumlah bilangan unsur-unsur dan kedudukan setiap elemen.
2. Jarak yang mengimbangi bagi setiap elemen dari tengah-tengah multiline yang
dibina.
3. Warna dan linetype bagi setiap unsur.
4. Keterlihatan (visibility) garisan, yang dipanggil sendi (joint), yang muncul di setiap
bucu.
5. Jenis topi (cap) akhir yang digunakan.
6. Warna latar belakang bagi multiline.
Menetapkan gaya multiline
1. Pada bar menu Format> klik Multiline style.
101
Gambarajah 3.91: Kotak dialog Multiline Style
2. Dalam kotak dialog Multiline Style, klik New.
Gambarajah 3.92: Kotak dialog New
3. Dalam kotak dialog “Create New Multiline Style”, masukkan nama untuk gaya
multilines dan memilih gaya multilines dari mana untuk memulakan. Klik “Continue”.
4. Dalam kotak dialog New Multiline Style, pilih parameter untuk gaya multilines dan
klik OK. Penerangan adalah pilihan (optional) dan boleh sehingga 255 aksara,
termasuk ruang kosong.
102
Gambarajah 3.93: Kotak dialog New Multiline
Style: ANSI yang dinamakan
5. Dalam kotak dialog Multiline Style, klik Simpan untuk menyimpan gaya multilines
yang ke fail (piawai adalah acad.mln). Pengguna menyimpan gaya multilines ke fail
yang sama. Jika pengguna membuat lebih daripada satu gaya multiline, menyimpan
gaya semasa (Set Current) sebelum membuat yang baru atau pengguna akan
kehilangan perubahan gaya pertama.
103
104
Gambarajah 3.94: Contoh perubahan gaya Multiline
105
LATIHAN KEMAHIRAN 3.12
106
CADANGAN PANDUAN PENYELESAIAN
LATIHAN KEMAHIRAN 3.12
Berikut adalah cadangan penyelesaian:
1. Mulakan melukis dengan mengaktifkan arahan LINE.
2. Gunakan Polyline untuk menghasilkan objek dalam gambarajah 1.
3. Gambarajah 2 dihasilkan menggunakan CIRCLE dan TRIM.
4. Gambarajah 3 menggunakan arah ARC atau CIRCLE.
107
BAB 4
ARAHAN SUNTINGAN
108
ARAHAN SUNTINGAN
ARAHAN SUNTINGAN DALAM AUTOCAD
Aplikasi suntingan dalam AutoCAD adalah penting untuk dipelajari kerana suatu lukisan
taknik atau kejuruteraan yang berkualiti akan dapat dihasilkan dengan baik dan mengikut piawai
yang ditetapkan. Terdapat pelbagai arahan suntingan ayang akan diterangkan kepada pengguna
dalam buku ini bagi memudahkan pengguna menggunakan arahan tersebut dengan betul semasa
melukis menggunakan perisian ini.
Menyahaktif/Membatalkan arahan yang sedang dipilih
Semasa kerja-kerja melukis dijalankan sering kali pengguna tersilap memilih atau mengakses
arahan yang tersilap secara sengaja atau tidak. Namun begitu pengguna dapat menyahaktifkan
arahan terkini yang dipilih melalui kaedah menekan butang “Esc” pada pada kekunci. Arahan
tersebut akan dibatalkan (cancel) serta-merta dan pengguna dapat membuat pilihan arahan yang
lain sejurus selepas itu.
Menyahaktif arahan yang sedang digunakan apabila selesai menggunakannya
Sesetengah arahan dalam aplikasi AutoCAD akan menyahaktif sendiri apabila selesai
penggunaannya. Namum begitu, terdapat juga arahan yang tidak dinyahaktif oleh sistem yang
memerlukan pengguna memberikan arahan selanjutnya untuk menyahaktifkannya. Arahan
seumpama ini sebagai contoh adalah Line dan Polyline. Untuk menyahaktifkan arahan seumpama
ini pengguna perlu menggunakan beberapa teknik seperti berikut:
1. Menekan butang “Esc” pada papan kekunci bagi menamatkan arahan tersebut.
2. Pengguna juga boleh menggunakan kaedah klik butang kanan tetikus (mouse) dan
memilih “Cancel” pada pilihan yang senarai.
109
Mengaktifkan arahan yang baru sahaja digunakan.
Pengguna boleh juga mengaktifkan arahan yang baharu sahaja digunakan dengan hanya
menekan butang “Enter” pada papan kekunci bagi mengaktifkan kembali arahan yang baru sahaja
digunakan tetapi telah dinyahaktifkan. Selain menggunakan butang “Enter” pada papan kekunci,
pengguna boleh menggunakan butang kanan pada tetikus iaitu klik kanan pada tetikus dan memilih
arahan yang baru sahaja digunakan pada paparan senarai pilihan.
Padam/Erase
Memadam objek yang dilukis.
1. Klik Home tab/Modify panel/Erase
2. Paparan pada bar arahan>Select Objects prompt. Dengan menggunakan kaedah pilihan
(selection method) untuk memilih objek yang ingin dipadam atau pun masukkan pilihan
seperti berikut:
i. Masukkan “L” untuk memadam objek yang paling akhir dilukis.
ii. Masukkan “P” untuk memadam set pilihan terakhir.
iii. Masukkan “All” untuk memadam semua objek daripada kawasan lukisan.
iv. Masukkan “?” untuk melihat semua senarai kaedah pilihan.
3. Tekan butang “Enter” untuk menamatkan arahan Erase ini.
Dalam AutoCAD perlu diingat bahawa, kaedah untuk mengakses atau mengaktifkan arahan
adalah lebih daripada satu kaedah seperti yang telah dibincangkan dalam bab sebelum ini iaitu
melalui kaedah menaip arahan pada bar arahan (command line), melalui bar menu, bar alatan atau
tip alatan (tooltip). Konsep menggunakan arahan yang diakses melalui kaedah berbeza ini adalah
sama bergantung kepada keselesaan pengguna mencapai arahan tersebut dengan lebih pantas.
Pengguna juga dapat memadam sesuatu objek dengan cara membuat pilihan objek yang
ingin dipadam dan setelah selesai memilih objek tersebut pengguna hanya perlu menekan butang
“Delete” yang ada pada papan kekunci dan seterusnya objek yang terpilih tadi akan dipadamkan.
Contoh
Padamkan garisan AB pada objek yang berikut:
Gambarajah 4.1: Padam garisan AB
110
Gambarajah 4.2: Pilih garisan AB dengan
cara klik pada garisan tersebut.
Gambarajah 4.3: Setelah dipilih garisan AB tekan Enter. Garisan AB
akan hilang atau terpadam
Command: _erase (Klik ikon Erase pada Home Tab
Select objects: 1 found(Pada paparan skrin garisan AB dipilih untuk dipadam)
Select objects: (sila pilh lagi objek yang ingin dipadam, jika hanya garisan AB tekan Enter)
Command:
KEMBALI PADA KEADAAN SEBELUMNYA/UNDO
Kesilapan dalam memadam objek yang tidak sepatutnya dipadam atau apa-apa langkah
dalam kerja sungtingan atau melukis semasa menggunakan perisian AutoCAD dapat dihindari
dengan beberapa langkah mudah seperti berikut:
1. Menaip “U” bagi mengakses arahan UNDO.Tekan Enter. Dengan kaedah ini langkah
sebelumnya telah dikembalikan semula (paparan sebelumnya) dan jika masih ingin kembali
ke beberapa langkah (beberapa paparan sebelum) ke belakang ulangi langkah ini beberapa
kali.
2. Menekan butang Ctrl+Z bagi mengembalikan paparan kerja satu langkah kebelakang atau
menekan beberapa kali bagi mengembalikan beberapa paparan terawal yang sebelumnya.
111
REDO/CTRL+Y
Arahan ini adalah bagi membolehkan kembali semula kepada paparan sebelum arahan
UNDO dilaksanakan. Bermakna fungsi arahan REDO adalah berlawanan kepada fungsi arahan
UNDO. Arahan ini boleh dicapai dengan menggunakan gabungan menekan butang kekunci CTRL +
Y ataupun menaip REDO. Arahan ini juga boleh dicapai dengan memilih ikon .
MEMINDAHKAN OBJEK/ MOVE
Gambarajah 4.4: Contoh aplikasi arahan MOVE
Objek yang dilukis dalam ruang kerja adalah berada pada titik dan paksi koordinat yang
tertentu. Oleh itu, objek ini boleh dipindahkan oleh pengguna pada titik dan paksi koordinat yang
tertentu bergantung kepada pilihan dan kehendak pengguna dalam kerja melukis menggunakan
perisian AutoCAD. Pengguna dapat menggerakan/memindahkan objek pada suatu jarak dan arah
yang ditetapkan daripada kedudukan asal objek tersebut. Untuk menjamin ketepatan ketika kerja
memindahkan/menggerakan objek pengguna dinasihatkan menggunakan alatan seperti titik
koordinat, grid snap, object snap dan alatan lain.
Contoh (Penentuan koordinat baru objek)
Pindahkan objek berikut pada kedudukan koordinat A yang baru iaitu A(15,19)
Gambarajah 4.5: Objek yang titik A adalah pada koordinat (10,10)
dipindahkan ke lokasi baro A(15,19)
112
Gambarajah 4.6: Pilih objek menggunakan
Cross selection dan tekan Enter
Gambarajah 4.7: Setelah tekan Enter, pilih
base point iaitu titik A
113
Gambarajah 4.8: Setelah memilih titik A sebagai base point, taipkan
koordinat baru titik A iaitu (15,19)
Penyelesaian
Command: _move
Select objects: Specify opposite corner: 12 found (Menggunakan selection method)
Select objects:
Specify base point or [Displacement] <Displacement>:
Specify second point or <use first point as displacement>: @15,19
Contoh (Pemindahan objek pada suatu jarak tertentu)
Pindahkan objek bulatan berpusat A(10,10) pada jarak 13 unit mengufuk ke kanan.
Gambarajah 4.9: Objek dipindahkan 13 unit
pada kanan paksi-X
114
Gambarajah 4.10: Pilih objek dengan menggunakan Cross Selection dan
tekan Enter, kemudian bawa kursor secara mengufuk ke kanan dan
taipkan 13 unit dan tekan Enter
Penyelesaian
Command: _move
Select objects: 1 found
Select objects:
Specify base point or [Displacement] <Displacement>:
Specify second point or <use first point as displacement>: 13
Klik ikon Move pada Home Tab dan pilih bulatan yang perlu digerakan. Setelah memilih
bulatan yang dikehendaki arahkan crosshair mengufuk ke kanan dan masukkan jarak bersamaan 13
unit dan diakhiri dengan menekan butang Enter.
MENYALIN/COPY
Menyalin objek dapat dilaksanakan dalam beberapa keadah yang boleh dipilih oleh
pengguna berdasarkan kesesuaian. Objek boleh disalin dan ditempatkan pada jarak tertentu
daripada objek asal yang disalin dalam ruang melukis. Arahan salin juga dapat diakses oleh
pengguna melalui dua pilihan fungsi iaitu hanya membuat penyalinan objek sekali atau Salinan yang
banyak (Multiple copy).
Gambarajah 4.11: Fungsi arahan COPY
115
Dengan mengaktifkan alatan bantuan melukis seperti koordinat, grid snap, objek snap, dan
alatan lain kerja menyalin objek dapat dilaksanakan dengan tepat. Kerja menyalin juga akan menjadi
lebih mudah.
KAEDAH 1:Salinan objek pada suatu jarak yang ditetapkan
Gambarajah 4.12: Kerja menyalin objek dan lokasi bagi
objek yang disalin ditempatkan
Berdasarkan illustrasi dalam gambarajah 4.12 di atas menunjukkan bagai mana objek yang
dipilih untuk disalin dan salinannya ditempatkan pada satu jarak yang diberikan merujuk kepada
kedudukan asal objek tersebut. Setelah arahan COPY diaktifkan, objek yang ingin dipindahkan
dipilih dan seterusnya pilihan ini diakhiri dengan menekan butang Enter. Setelah itu objek yang pilih
untuk disalin ditetapkan titik asasnya (base point) dan digerakan pada arah dan jarak yang
dikehendaki.
Gambarajah 4.13: Multiple Copy
KAEDAH 2:Membuat Berbilang Salinan (Multiple Copies)
Dengan menggunakan arahan COPY, pengguna dapat membuat berbilang salinan (Multiple
copy) daripada set pilihan objek dan titik asas. Antara pilihan yang ada dalam membuat salinan
berbilang ini adalah membuat salinan pada lokasi dan jarak yang tertentu daripada objek asal atau
secara automatik menyediakan ruang dan bilangan salinan yang tertentu dalam corak linear. Arahan
116
COPYMODE perlu disetkan kepada 1 untuk mengaktifkan salinan berbilang (Multiple copies) jika
penetapan COPYMODE pada nilai bersamaan 0, hanya salinan tunggal sahaja dibenarkan.
Gambarajah 4.14: Akses arahan COPYMODE
Gambarajah 4.15: Penetapan COPYMODE=1
Gambarajah 4.16: Akses arahan COPY
Setelah penetapan COPYMODE=1
Gambarajah 4.17: Aplikasi Multiple COPY
Pengguna juga boleh memilih objek dan menarik objek tersebut pada lokasi baru dengan
menggunakan butang kiri tetikus melintasi satu objek yang dipilih dan tekan butang Ctrl untuk
117
membuat salinan. Dengan menggunakan kaedah ini pengguna dapat menarik objek diantara fail
lukisan yang sedang diaktifkan dan aplikasi yang lain.
PUSINGAN / ROTATE
Gambarajah 4.18: Objek meja diubah kedudukan dalam bentuk
bulatan berpusat titik tengah meja tersebut
Bagi melaksanakan arahan ini, langkah berikut diikuti:
1. Klik Home tab>Modify panel>Rotate.
2. Pilih objek yang ingin diubah (rotate).
3. Tetapkan titik asas bagi perubahan (rotate) ini.
4. Ikuti salah satu langkah berikut:
i- Enter the angle of rotation.
ii- Drag the object around its base point and specify a point location to which you want to
rotate the object.
iii-Enter c to create a copy of the selected objects.
iv-Enter r to rotate the selected objects from a specified reference angle to an absolute
angle.
Contoh
Dengan menggunakan arahan ROTATE ubah kedudukan bagi objek berikut kepada sudut 270
lawan arah jam dengan titik asasnya adalah pada A(20,20).
Gambarajah 4.19: Sebelum ROTATE
118
Gambarajah 4.20: Selepas ROTATE pada
sudut 270 lawan arah jam
Penyelesaian:
Command: _rotate
Current positive angle in UCS: ANGDIR=counterclockwise ANGBASE=0
Select objects: 1 found
Select objects: 1 found, 2 total
Select objects:
Specify base point: (Klik pada A(20,20)
Specify rotation angle or [Copy/Reference] <0>: 270
BREAK
Arahan BREAK digunakan bagi memisahkan objek pada dua titik. Pengguna dapat
mewujudkan selang atau jarak di antara dua titik yang ditetapkan pada objek menjadikan dua objek.
Jika titik tersebut keluar daripada objek ini, secara automatik diunjurkan pada objek tersebut.
BREAK selalu digunakan untuk mewujudkan ruang untuk blok dan teks.
Contoh
Dalam gambarajah 4.20 menunjukkan bagaimana menggunakan arahan BREAK.
Gambarajah 4.20: Fungsi arahan BREAK
1. Klik Home tab>Modify panel>Break.
2. Pilih objek untuk dilaksanakan arahan BREAK.
3. Pasa asalnya, titik yang terpilih semasa memilih objek tadi adalah titik pertama
BREAK.Untuk memilih pasangan titik BREAK yang berbeza, masukkan f (First) dan tetapkan
titik pertama break point.
119
4. Untuk menetapkan BREAK point yang kedua.Untuk BREAK objek tanpa wujudkan
ruang,masukkan @0,0 bagi menetapkan titik yang sebelumnya.
TRIM
TRIM adalah arahan yang digunakan untuk menggerakkan atau memadamkan mana-mana
bahagian garisan atau objek daripada sesuatu bahagian dalam lukisan. Untuk melaksanakan arahan
ini pada sesuatu objek, pilih sempadan yang terlibat setelah arahan TRIM diaktifkan dan setelah
pilihan dibuat tekan butang Enter atau klik kanan pada butang tetikus untuk mengakhirian arahan
memilih objek yang akan dilaksanakan arahan TRIM. Setelah itu, klik untuk memilih bahagian objek
yang terdapat dalam pilihan sempadan tadi untuk dipadamkan daripada lukisan. Untuk memilih
sempadan keseluruhan objek atau lukisan yang dilukis tekan Enter apabila paparan arahan pertama
sekali Select Object terpapar.
Gambarajah 4.21: Aplikasi arahan TRIM
Contoh
Gunakan arahan TRIM bagi memadam garisan A dan Garisan B sahaja daripada lukisan dalam
gambarajah 4.22 berikut:
Gambarajah 4.22: Garisan A dan garisan B
dilaksanakan arahan TRIM
120
Penyelesaian:
1. Aktifkan arahan TRIM sama ada menaip “trim” atau klik pada ikon TRIM pada bar alatan
suntingan.
2. Pilih sempadan yang merangkumi garisan A dan B. Pastikan Garisan A dan garisan B terpilih
serta garisan yang menyentuh garisan A dan B juga terpilih.
3. Tekan Enter
4. Klik pada garisan A dan garisan B.
5. Tamat
Gambarajah 4.23: Garisan A dan garisan B
hilang atau padam
Contoh
Dengan menggunakan arahan TRIM, jadikan bentuk segiempat dalam gambarajah 4.24 berikut
sebagai segiempat berbucu bulat (fillet).
Gambarajah 4.24: Melaksanakan arahan TRIM
Gambarajah 4.25: Setelah mengaktifkan arahan TRIM,
pilihan sempadan adalah seperti diatas
121
Gambarajah 4.26: setelah menekan Enter
arahan seperti di atas dipaparkan
Gambarajah 4.27: Proses memilih bahagian
yang ingin dipadam atau buang
Gambar 4.28: Hasil akhir
SCALE
Arahan skala atau SCALE ini memainkan peranan membolehkan pengguna mengawal saiz
objek yang dilukis. Pembesaran atau pengecilan objek yang dipilih adalah dengan cara menetapkan
gandaan objek selepas dilaksanakan arahan SCALE. Untuk melaksanakan SCALE bagi sesuatu objek
bagi mengubah saiz objek, penetapan titik asas (Base point) dan faktor skala (Scale) adalah
diperlukan. Titik asas bertindak sebagai titik tengah operasi ini dan titik ini adalah tidak berganjak.
Faktor skala lebih besar daripada 1 dapat membesarkan objek manakala faktor skala di antara 0 dan
1 adalah mengecilkan objek. Faktor sekala 1 tidak mendatangkan perubahan kepada saiz objek.
122
Gambarajah 4.29:
Contoh
Gunakan kaedah SCALE untuk mengandakan saiz segiempat pada gambarajah 4.30 di bawah ini
sebanyak 3 kali ganda.
Gambarajah 4.30: Segi empat
Langkah 1
Gambarajah 4.31: Arahan SCALE diaktifkan
Langkah 2
Gambarajah 4.32: Objek segiempat dipilih
menggunakan Cross selection dan tekan Enter
123
Langkah 3
Gambarajah 4.33: Kemudian, base point
dipilih pada objek
Langkah 4
Gambarajah 4.34: Hasil akhir dengan faktor
skala bersamaan 3
Penyelesaian:
Command: _scale
Select objects: 1 found
Select objects:
Specify base point: Dipilih dengan klik pada satu titik bucu segiempat
Specify scale factor or [Copy/Reference]: 3
Command: *Cancel* @ Enter
MIRROR
Pengguna boleh menterbalikan objek pada penetapan paksi yang tertentu untuk
mewujudkan objek paksi simetri. Pengguna dapat melakukan teknik ini pada satu paksi yang
dipanggil mirror line bagi menghasilkan imej mirror. Untuk menetapkan mirror line sementara ini
pengguna perlu memasukan dua titik. Pengguna boleh memilih sama ada untuk mengekalkan atau
memadam objek asal. Fungsi MIRROR adalah amat penting terutama dalam menghasilkan lukisan-
lukisan teknikal profesional dengan memudahkan dan mempercepatkan proses melukis.
124
Gambarajah 4.35: Contoh aplikasi MIRROR
Pada keadaan penetapan asal (by default), apabila dilaksanakan arahan MIRROR pada
teks,hatches, attributes, dan attributes definitions, parameter ini tidak berubah setelah arahan
MIRROR itu dilakukan. Teks ini masih sama seperti sebelum arahan MIRROR tersebut dilakukan.
Untuk menjadikan teks dan sebagainya terkesan dengan arahan MIRROR, pastikan arahan
MIRRTEXT disetkan nilainya kepada 0.
Gambarajah 4.36: Kesan MIRROR pada teks
Contoh
Dengan menggunakan arahan MIRROR hasilkan objek yang sama seperti dalam gambarajah di
bawah tanpa dipadam objek asal dengan menggunakan garisan AB sebagai mirror line.
Gambarajah 4.37: Garisan AB adalah paksi MIRROR
atau MIRROR line
Gambarajah 4.38: Hasil setelah arahan
MIRROR dilakukan
125
Penyelesaian:
Command: MIRRTEXT
Enter new value for MIRRTEXT <1>: 0
Command: _mirror
Select objects: Specify opposite corner: 9 found (objek dipilih)
Select objects: (Tekan Enter setelah selesai memilih objek)
Specify first point of mirror line: Specify second point of mirror line: (Pilih paksi simetri)
Erase source objects? [Yes/No] <N>: N (memilih sama ada memadam atau mengekalkan objek
asal)
STRETCH
Arahan ini membenarkan pengguna untuk menarik mana-mana bahagian pada objek pada jarak
yang tertentu yang dikehendaki.
1. Klik Home tab> Modify panel> Stretch .
2. Pilih objek yang dikehendaki menggunakan pilihan bersilang.(Cross selection)
3. Pilihan bersilang ini mestilah termasuk sekurang-kurangnya satu titik akhir (Endpoint atau
vertex). Dengan menetapkan pilihan bersilang dengan klik, gerakkan alatan penunjuk dari
kanan ke kiri dan klik sekali lagi.
4. Lakukan langkah-kangkah berikut:
• Tetapkan titik asas untuk pergerakan objek dan tetapkan titik kedua.
• Masukkan jarak dalam format Cartesian, polar dan sebagainya. Jangan
memasukkan simbol “@” kerana dianggapkan koordinat relatif. Apabila
keluar arahan untuk memasukkan arahan berikutnya tekan Enter.
Mana-mana objek yang mempunyai sekurang-kurangnya satu vertex (endpoint) yang termasuk
dalam pilihan bersilang dapat dilaksanakan arahan STRETCH ke atasnya. Mana-mana objek yang
secara sempurna atau keseluruhan objek terpilih dalam pilihan bersilang (cross selection)
digerakkan tanpa arahan STRETCH dapat dilakukan.
126
Contoh
Gunakan arahan STRETCH untuk mengubah binaan dalam gambarajah 4.39 berikut pada bahagian
A yang perlu dipanjangkan hingga ke titik B (berjarak 20 unit).
Gambarajah 4.39: Binaan A perlu dipanjangkan
hingga ke titik B
Gambarajah 4.40: Arahan STRETCH digunakan dengan memilih
bahagian A dengan menggunakan cross selection dan tekan Enter.
Gambarajah 4.40: Hasil daripada arahan STRETCH. Setelah base
point pada titik A dipilih dan dibawa ke titik B
127
Penyelesaian:
Gambarajah 4.41: Dilakukan Cross selection pada
bahagian yang terlibat.
Gambarajah 4.42: Setelah butang Enter ditekan selepas langkah
Cross Selection. Arahan meminta untuk menetapkan titik asas.
Gambarajah 4.43: Base point pada titik tengah garisa A dipilih dan Menetapkan
titik kedua (B) dengan memasukkan jarak (Displacement=20 unit)
128
Gambarajah 4.44: Hasil akhir
Penyelesaian:
Command: _stretch
Select objects to stretch by crossing-window or crossing-polygon...
Select objects: Specify opposite corner: 6 found
Select objects:
Specify base point or [Displacement] <Displacement>:
Specify second point or <use first point as displacement>: 20
Command:
EXTEND
Arahan EXTEND digunakan untuk memanjangkan garisan atau lengkung pada jarak yang
dapat ditetapkan oleh pengguna. Arahan ini seakan-akan sama fungsinya dengan STRETCH namun
begitu terdapat ciri-ciri yang membezakan fungsi ini bagi menghasilkan lukisan yang tepat melalui
peranan masing-masing. Untuk melakukan pemanjangan (Extend) sesuatu garis langkah berikut
perlu diikuti:
1. Aktifkan arahan EXTEND (sama ada pada bar alatan atau pada Menu bar Modify)
2. Membuat pilihan bagi menetapkan objek yang akan dilakukan pemanjangan atau ujuran
adalah dipilih. Untuk menggunakan semua objek yang ada dalam lukisan, tekan Enter pada
arahan pertama “Select Objects…” dipaparkan.
3. Setelah dibuat pemilihan tekan butang Enter.
4. Kemudian pilih objek yang ingin dibuat pemanjangan (extend) dengan cara klik pada garis
tersebut.
129
Gambarajah 4.45: Fungsi arahan EXTEND
Contoh
Berdasarkan gambarajah dibawah, dengan menggunakan arahan EXTEND lakukan pemanjangan
bagi garisan-garisan ini sehingga menyentuh pada garisan yang setentang dengannya iaitu garisan
A dan B menyentuh garisan C dalam garisan lurus dan garisan C menyentuh garisan D juga dalam
satu garis lurus (seperti yang ditunjukkan oleh garisan putus-putus).
Gambarajah 4.46: Penyambungan garisan A, B dan C
Gambarajah 4.47: Setelah arahan EXTEND diaktifkan,
lakukan Crossing selection
130
Gambarajah 4.48: setelah semua objek yang terlibat
dipilih tekan Enter
Gambarajah 4.49: setelah tekan Enter, klik pada garisan yang
Dikehendaki untuk pemanjangan (extend) seperti garisan A pada gambar di atas
Gambarajah 4.50: Setelah semua objek yang terlibat diklik
untuk pemanjangan, tekan Enter
131
Gambarajah 4.51: Hasil akhir
Penyelesaian:
Command: _extend
Current settings: Projection=UCS, Edge=None
Select boundary edges ...
Select objects or <select all>: Specify opposite corner: 8 found
Select objects:
Select object to extend or shift-select to trim or
[Fence/Crossing/Project/Edge/Undo]:
Select object to extend or shift-select to trim or
[Fence/Crossing/Project/Edge/Undo]:
Select object to extend or shift-select to trim or
[Fence/Crossing/Project/Edge/Undo]:
Select object to extend or shift-select to trim or
[Fence/Crossing/Project/Edge/Undo]:
FILLET
Arahan FILLET digunakan untuk membentuk bucu bagi sebarang bentuk objek. Arahan FILLET
boleh digunakan untuk lengkung (arcs), bulatan (circles), elips (ellipses), elliptical arcs, garisan
(lines), polylines, rays, splines, and xlines.
Gambarajah 4.52: Aplikasi arahan FILLET
132
Gambarajah 4.53: Contoh penggunaan FILLET
Contoh
Hasilkan FILLET bagi empat bucu segiempat dalam gambarajah 4.54 berikut dengan menggunakan
jejari FILLET bersamaan=5.
Gambarajah 4.54: Bentuk segiempat
Langkah 1
Gambarajah 4.55: Arahan FILLET diaktifkan dari Toolbar
Langkah 2
Gambarajah 4.56: Klik pada sisi pertama garisan
133
Langkah 3
Gambarajah 4.57: Setelah garisan sisi pertama dipilih, masukkan
nilai jejari bagi FILLET yang ingin dihasilkan.
Langkah 4
Gambarajah 4.58: Arahan FILLET dilakukan sejurus
setelah garisan sisi kedua dimasukkan
Langkah 5
Gambarajah 4.59: Hasil akhir
Penyelesaian:
Command: _fillet
Current settings: Mode = TRIM, Radius = 0.0000
Select first object or [Undo/Polyline/Radius/Trim/Multiple]: r
Specify fillet radius <0.0000>: 5
Select first object or [Undo/Polyline/Radius/Trim/Multiple]:
Select second object or shift-select to apply corner or [Radius]:
Command:
FILLET
Current settings: Mode = TRIM, Radius = 5.0000
134
Select first object or [Undo/Polyline/Radius/Trim/Multiple]:
Select second object or shift-select to apply corner or [Radius]:
Command:
FILLET
Current settings: Mode = TRIM, Radius = 5.0000
Select first object or [Undo/Polyline/Radius/Trim/Multiple]:
Select second object or shift-select to apply corner or [Radius]:
Command:
FILLET
Current settings: Mode = TRIM, Radius = 5.0000
Select first object or [Undo/Polyline/Radius/Trim/Multiple]:
Select first object or [Undo/Polyline/Radius/Trim/Multiple]:
Select second object or shift-select to apply corner or [Radius]:
Select second object or shift-select to apply corner or [Radius]:
CHAMFER
Arahan CHAMFER membolehkan dua objek bersambung dalam keadaan bersegi serong
(Beveled edge).
Gambarajah 4.60: Rupabentuk setelah
dilaksanakan arahan CHAMFER
Gambarajah 4.61: Kaedah CHAMFER
Pengguna dapat melaksanakan arahan CHAMFER pada entiti (objek yang dibina) daripada
arahan seperti berikut:
1. Lines
2. Polylines
3. Rays
4. Xlines
5. 3D solids
135
Gambarajah 4.62: Bentuk segiempat ini dilaksanakan
arahan CHAMFER. Garisan pertama dipilih (klik)
Gambarajah 4.63: Panjang chamfer yang
pertama ditetapkan dengan memilih menu “Distance”
Gambarajah 4.64: Setelah itu masukkan penetapan panjang
chamfer kedua untuk garisan kedua
136
Gambarajah 4.65: Setelah memasukkan chamfer bagi garis
kedua, pilih garisan pertama
Gambarajah 4.66: Seterusnya pilih garisan kedua
Gambarajah 4.67: Hasil arahan CHAMFER
Penyelesaian:
Command: _chamfer
(TRIM mode) Current chamfer Dist1 = 0.0000, Dist2 = 0.0000
Select first line or [Undo/Polyline/Distance/Angle/Trim/mEthod/Multiple]: d
Specify first chamfer distance <0.0000>: 4
Specify second chamfer distance <4.0000>: 3
Select first line or [Undo/Polyline/Distance/Angle/Trim/mEthod/Multiple]:
Select second line or shift-select to apply corner or [Distance/Angle/Method]:
Command:
CHAMFER
137
(TRIM mode) Current chamfer Dist1 = 4.0000, Dist2 = 3.0000
Select first line or [Undo/Polyline/Distance/Angle/Trim/mEthod/Multiple]:
Select second line or shift-select to apply corner or [Distance/Angle/Method]:
Select second line or shift-select to apply corner or [Distance/Angle/Method]:
Command:
CHAMFER
(TRIM mode) Current chamfer Dist1 = 4.0000, Dist2 = 3.0000
Select first line or [Undo/Polyline/Distance/Angle/Trim/mEthod/Multiple]:
Select second line or shift-select to apply corner or [Distance/Angle/Method]:
Select second line or shift-select to apply corner or [Distance/Angle/Method]:
Command:
CHAMFER
(TRIM mode) Current chamfer Dist1 = 4.0000, Dist2 = 3.0000
Select first line or [Undo/Polyline/Distance/Angle/Trim/mEthod/Multiple]:
Command:
CHAMFER
(TRIM mode) Current chamfer Dist1 = 4.0000, Dist2 = 3.0000
Select first line or [Undo/Polyline/Distance/Angle/Trim/mEthod/Multiple]:
Select second line or shift-select to apply corner or [Distance/Angle/Method]:
OFFSET
Mencipta bulatan sepusat, garis selari, dan keluk/lengkung selari dengan menggunakan
arahan OFFSET. Pengguna boleh melakukan OFFSET objek pada jarak yang ditetapkan atau melalui
titik yang ditetapkan. Selepas pengguna melakukan OFFSET pada objek, pengguna dapat
mengurangkan dan mengembangkannya sebagai kaedah yang berkesan untuk membuat lukisan
yang mengandungi banyak garis selari dan keluk/lengkung.
Gamabarajah 4.68: Penggunaan arahan OFFSET
Arahan OFFSET berulang untuk memudakan pengguna. Untuk keluar daripada arahan ini,
tekan Enter.
Arahan berikut dipaparkan:
1. Exit – Keluar daripada arahan OFFSET.
2. Multiple – Memasukan mod OFFSET berganda, arahan OFFSET berulang-
ulang dengan menggunakan penetapan sedia ada.
3. Undo – Mengulangi penetapan OFFSET sebelum ini.
138