The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Zulkifli, 2017-02-02 10:07:36

AutoCAD Dalam KEJURUTERAAN ELEKTRIK Dan ELEKTRONIK

Contoh 1


Binakan segiempat tepat seperti pada gambarajah menggunakan kaedah Teknik Koordinat Mutlak.




















Gambarajah 3.9: Contoh pembinaan segiempat
tepat ABCD

Penyelesaian:
Command: LINE
Specify first point: 0,0
Specify next point or [Undo]: 5,12
Specify next point or [Undo]: 10,12
Specify next point or [Close/Undo]: 10,0
Specify next point or [Close/Undo]: 0,0
Specify next point or [Close/Undo]: enter

























Gambarajah 3.10: Hasil setelah empat titik koordinat mewakili
titik A, B, C dan D dimasukkan





39

Contoh 2
Hasilkan lukisan bentuk geometri seperti berikut dengan menggunakan Titik Koordinat Mutlak.






























Gambarajah 3.11: Contoh

Penyelesaian:

Command: _line
Specify first point: 5,5
Specify next point or [Undo]: 5,65
Specify next point or [Undo]: 25,65
Specify next point or [Close/Undo]: 25,35
Specify next point or [Close/Undo]: 45,35
Specify next point or [Close/Undo]: 45,5
Specify next point or [Close/Undo]: 5,5
Specify next point or [Close/Undo]:enter


Teknik Koordinat Cartesian Relatif

Teknik ini dapat dimulakan setelah titik pertama memulakan kerja melukis telah dimulakan
sama ada menggunakan kaedah Random Point Technique atau pun Absolute Coordinate Technique.
Ini bermaksud titik kedua yang akan diteruskan dalam kerja melukis dapat diteruskan dengan
menggunakan kaedah teknik koordinat Cartesian relatif. Kaedah ini pada asasnya masih
menggunakan konsep koordinat Cartesian iaitu membawa maklumat nilai X iaitu mewakili paksi –x
dan maklumat nilai y iaitu mewakili paksi-y. Daripada titik pertama permulaan melukis, untuk
meneruskan kerja melukis (titik berikutnya) masukkan maklumat nilai x dan y dengan tambahan
simbol “@” dalam penulisan arahannya sebagai contoh @6,8. Dalam contoh ini mengarahkan
penyambungan garisan bagi titik berikutnya adalah pada jarak-x = 6 unit dan pada jarak-y = 8 unit.



40

Contoh

























Gambarajah 3.12: Pembinaan garisan AB menggunakan teknik
Teknik Koordinat Cartesian Relatif

Penyelesaian:




Pada bar arahan taipkan LINE atau pilih ikon kemudian ikut arahan selanjutnya seperti
berikut:
Command: LINE
Specify first point: 0,0
Specify next point or [Undo]: @6,8
Specify next point or [Undo]: enter

Contoh:

Lukiskan bentuk geometri berikut menggunakan Teknik Koordinat Cartesian Relatif.













Gambarajah 3.13:

Penyelesaian:
Command: LINE
Specify first point: 0,0
Specify next point or [Undo]: @0,20
Specify next point or [Undo]: @50,0
Specify next point or [Close/Undo]: @0,-20
Specify next point or [Close/Undo]: @-50,0
Specify next point or [Close/Undo]: enter
41

Berdasarkan contoh diatas, didapati melalui kaedah ini nilai paksi-x dan paksi-y yang
merangkumi nilai positif (+) dan nilai (-) memberikan maklumat arah pergerakan titik
penyambungan pada paksi-x dan paksi-y pada sistem koordinat Cartesian.

Contoh

Lukiskan bentuk geometri berikut menggunakan Teknik Koordinat Cartesian Relatif.




































Gambarajah 3.14: Gabungan teknik Koordinat

Penyelesaian:

Command: LINE
Specify first point: 0,0
Specify next point or [Undo]: @0,3
Specify next point or [Undo]: @5,0
Specify next point or [Close/Undo]: @0,4
Specify next point or [Close/Undo]: @4,0
Specify next point or [Close/Undo]: @0,3
Specify next point or [Close/Undo]: @4,0
Specify next point or [Close/Undo]: @0,5
Specify next point or [Close/Undo]: @4,0
Specify next point or [Close/Undo]: @0,-10
Specify next point or [Close/Undo]: @4,0
Specify next point or [Close/Undo]: @0,-5
Specify next point or [Close/Undo]: @-8,0
Specify next point or [Close/Undo]: 12,5
Specify next point or [Close/Undo]: 9,3

42

Specify next point or [Close/Undo]: @0,-3
Specify next point or [Close/Undo]: 0,0
Specify next point or [Close/Undo]: enter


Menerusi latihan ini dapat disimpulkan teknik Koordinat Cartesian relatif dan teknik
Koordinat Mutlak telah digabungkan penggunaannya bagi menyelesaikan permasalahan dalam
melukis bentuk geometri yang diarahkan seperti gambarajah 3.14 di atas.

Teknik Koordinat Sudut (Polar Coordinate Technique)

Pengguna dapat menggunakan Teknik Koordinat Mutlak dan Koordinat Cartesian Relatif
digabungkan dengan Teknik Koordinat Sudut (jarak dan sudut untuk mengenalpasti titik sambungan
dalam kerja penghasilan sebarang lukisan atau objek menggunakan AutoCAD. Dalam teknik
Koordinat Sudut bagi menetapkan titik sambungan, pengguna perlu menetapkan jarak (distance)
dan sudut (angle) yang dipisahkan dengan simbol “<”. Pada asalnya sudut bertambah dalam arah
lawan putaran jam dan berkurang pada arah ikut arah jam. Untuk menetapkan ikut arah jam,
masukkan nilai negatif bagi penentuan nilai sudut. Sebagai contoh, dengan memasukan 5<315°
bermaksud menetapkan pada titik yang sama apabila memasukkan 5<-45°. Pengguna dapat
menukar unit bagi ukuran sudut pada lukisan yang sedang aktif dengan menggunakan arahan
UNITS.














Gambarajah 3.15: Penentuan asal bacaan sudut
pada sistem AutoCAD mengikut arah lawan jam

Koordinat Sudut mutlak adalah diukur daripada asalan UCS (0,0) di mana merupakan titik
persilangan bagi paki-x dan paksi-y. Pengguna boleh menggunakan koordinat sudut mutlak apabila
dapat mengetahui secara tepat koordinat jarak dan sudut bagi sesuatu titik. Dengan menggunakan
Dynamic input pengguna dapat memasukan koordinat mutlak dengan penggunakan simbol “#”
pada permulaan arahan. Walaubagaimanapun, jika pengguna menggunakan bar arahan (command
line) simbol “#” ini tidak diperlukan. Berikut adalah contoh menunjukkan dua garisan yang dilukis
menggunakan koordinat sudut mutlak menggunakan penetapan arah sudut asal:

Contoh
Command: line
From point: #0,0
To point: #4<120
To point: #5<30








43

Gambarajah 3.16: Contoh paparan
Dynamic Input

















Gambarajah 3.17: Penggunaan simbol “#”




















Gambarajah 3.18: Dua garisan yang terhasil











44

Contoh
Lukiskan gambarajah bentuk geometri di bawah dengan menggunakan teknik Koordinat sudut.































Gambarajah 3.19: Contoh

Penyelesaian:

Mulakan melukis dengan menggunakan titik D(0,0).

Command: _line
Specify first point: 0,0
Specify next point or [Undo]: @20<90
Specify next point or [Undo]: @10<0
Specify next point or [Close/Undo]: @5<90
Specify next point or [Close/Undo]: @15<0
Specify next point or [Close/Undo]: @25<90
Specify next point or [Close/Undo]: @20<0
Specify next point or [Close/Undo]: @50<270
Specify next point or [Close/Undo]: @45<180
Specify next point or [Close/Undo]: c enter












45

LATIHAN KEMAHIRAN 3.1






















































































46

CADANGAN PANDUAN PENYELESAIAN

LATIHAN KEMAHIRAN 3.1



Berikut adalah cadangan penyelesaian:



1. Mulakan melukis dengan mengaktifkan arahan LINE dan memasukkan


titik koordinat (0,0) bagi permulaan melukis pada titik 1.


2. Kesemua kaedah masukkan data adalah dimulakan pada titik (0,0).


3. Kaedah Absolute adalah menggunakan koordinat asal titik. Pengguna


perlu mengenalpasti keseluruhan koordinat titik daripada titik 1 hingga 8.


4. Kaedah Relative pula memerlukan pengguna memasukkan data dengan


format @x,y.

5. Manakala Polar adalah melalui k aedah masukkan data mengikut format

@Jarak<sudut.

6. Pastikan arah pusingan sudut yang sedang digunakan adalah difahami.


7. Tamat










47

LATIHAN KEMAHIRAN 3.2






















































































48

CADANGAN PANDUAN PENYELESAIAN

LATIHAN KEMAHIRAN 3.2




Berikut adalah cadangan penyelesaian:



1. Mulakan melukis dengan mengaktifkan arahan LINE dan memasukkan


titik koordinat (40,40) bagi perm ulaan melukis pada titik A.

2. Kesemua kaedah masukkan data adalah dimulakan pada titik (0,0).


Namakan bucu-bucu yang lain pada gambarajah ini bagi menyenangkan


pengguna.

3. Kaedah Absolute adalah menggunakan koordinat asal titik. Pengguna


perlu mengenalpasti keseluruhan koordinat titik daripada titik A dan titik


lain.

4. Kaedah Relative pula memerlukan pengguna memasukkan data dengan


format @x,y.

5. Manakala Polar adalah melalui k aedah masukkan data mengikut format

@Jarak<sudut.

6. Pastikan arah pusingan sudut yang sedang digunakan adalah difahami.


7. Kenalpasti kedudukan pusat dua bulatan (cari koordinat mewakili titik


tengah bulatan ini)

8. Tamat.





49

LATIHAN KEMAHIRAN 3.3





















































































50

CADANGAN PANDUAN PENYELESAIAN

LATIHAN KEMAHIRAN 3.3




Berikut adalah cadangan penyelesaian:




1. Mulakan melukis dengan mengaktifkan arahan LINE dan memasukkan


titik koordinat (20,20) bagi permulaan melukis pada titik A.


2. Kesemua kaedah masukkan data adalah dimulakan pada titik (0,0).


Namakan bucu-bucu yang lain pada gambarajah ini bagi menyenangkan


pengguna.


3. Kaedah Absolute adalah menggunakan koordinat asal titik. Pengguna


perlu mengenalpasti keseluruhan koordinat titik daripada titik A dan titik


lain.


4. Kaedah Relative pula memerlukan pengguna memasukkan data dengan


format @x,y.

5. Manakala Polar adalah melalui kaedah masukkan data mengikut format


@Jarak<sudut.

6. Pastikan arah pusingan sudut yang sedang digunakan adalah difahami.


7. Kenalpasti kedudukan pusat dua bulatan (cari koordinat mewakili titik


tengah bulatan ini)

8. Tamat.






51

LATIHAN KEMAHIRAN 3.4




















































































52

CADANGAN PANDUAN PENYELESAIAN

LATIHAN KEMAHIRAN 3.4




Berikut adalah cadangan penyelesaian:



1. Mulakan melukis dengan mengaktifkan arahan LINE dan memasukkan


titik koordinat pada mana-mana titik yang dikehendaki oleh pengguna


bagi permulaan melukis objek ini.

2. Kesemua kaedah masukkan data adalah dimulakan pada titik yang sama


dipilih pada langkah 1. Namakan bucu-bucu yang lain pada gambarajah ini


bagi menyenangkan pengguna.

3. Kaedah Absolute adalah menggunakan koordinat asal titik. Pengguna


perlu mengenalpasti keseluruhan koordinat titik daripada titik A dan titik


lain.

4. Kaedah Relative pula memerlukan pengguna memasukkan data dengan


format @x,y.

5. Manakala Polar adalah melalui kaedah masukkan data mengikut format


@Jarak<sudut.


6. Pastikan arah pusingan sudut yang sedang digunakan adalah difahami.


7. Tamat.







53

LATIHAN KEMAHIRAN 3.5






















































































54

CADANGAN PANDUAN PENYELESAIAN

LATIHAN KEMAHIRAN 3.5




Berikut adalah cadangan penyelesaian:




1. Mulakan melukis dengan mengaktifkan arahan LINE dan memasukkan


titik koordinat (20,20) bagi permulaan melukis pada titik A.


2. Kesemua kaedah masukkan data adalah dimulakan pada titik (20,20).


Namun begitu pengguna boleh memilih untuk memulakan pada mana-


mana titik yang dikhendaki.


3. Kaedah Absolute adalah menggunakan koordinat asal titik. Pengguna


perlu mengenalpasti keseluruhan koordinat titik daripada titik A dan titik


lain.


4. Kaedah Relative pula memerlukan pengguna memasukkan data dengan


format @x,y.

5. Manakala Polar adalah melalui kaedah masukkan data mengikut format


@Jarak<sudut.

6. Pastikan arah pusingan sudut yang sedang digunakan adalah difahami.


7. Kenalpasti kedudukan pusat dua bulatan (cari koordinat mewakili titik


tengah bulatan ini).

8. Tamat.






55

LATIHAN KEMAHIRAN 3.6






















































































56

CADANGAN PANDUAN PENYELESAIAN
LATIHAN KEMAHIRAN 3.6




Berikut adalah cadangan penyelesaian:


1. Mulakan melukis dengan mengaktifkan arahan LINE dan memasukkan


titik koordinat bagi permulaan melukis pada mana-mana titik yang
dikehendaki.

2. Kesemua kaedah masukkan data adalah dimulakan pada titik yang dipilih


pada lengkah 1. Kenalpasti koordinat titik yang lain bagi bucu-bucu
bentuk ini bagi menyenangkan pengguna.

3. Kaedah Absolute adalah menggunakan koordinat asal titik. Pengguna


perlu mengenalpasti keseluruhan koordinat titik daripada titik A dan titik
lain.

4. Kaedah Relative pula memerlukan pengguna memasukkan data dengan

format @x,y.


5. Manakala Polar adalah melalui kaedah masukkan data mengikut format
@Jarak<sudut.

6. Pastikan arah pusingan sudut yang sedang digunakan adalah difahami.


7. Tamat.





57

LATIHAN KEMAHIRAN 3.7






















































































58

CADANGAN PANDUAN PENYELESAIAN

LATIHAN KEMAHIRAN 3.7





Berikut adalah cadangan penyelesaian:





1. Mulakan melukis dengan mengaktifkan arahan LINE dan memasukkan


titik koordinat pilihan bagi permulaan melukis pada titik A.


2. Kesemua kaedah masukkan data adalah dimulakan dengan merujuk pada


titik A.


3. Kaedah Absolute adalah menggunakan koordinat asal titik. Pengguna


perlu mengenalpasti keseluruhan koordinat titik daripada titik A dan titik


lain.


4. Kaedah Relative pula memerlukan pengguna memasukkan data dengan


format @x,y.


5. Manakala Polar adalah melalui kaedah masukkan data mengikut format


@Jarak<sudut.


6. Pastikan arah pusingan sudut yang sedang digunakan adalah difahami.


7. Gabungkan tiga teknik ini bagi menghasilkan lukisan pada latihan 3.7


8. Pastikan alatan bantuan melukis seperti Polar Tracking diaktifkan. Dan


tetapan sudut yang sesuai dimasukkan.


9. Tamat.





59

LATIHAN KEMAHIRAN 3.8






















































































60

CADANGAN PANDUAN PENYELESAIAN
LATIHAN KEMAHIRAN 3.8





Berikut adalah cadangan penyelesaian:



1. Mulakan melukis dengan mengaktifkan arahan LINE


2. Gunakan kaedah Polyline untuk melukis simbol anak panah.

3. Gunakan arahan bulatan CIRCLE atau ARC untuk menghasilkan


semibulatan.

4. Gunakan bentuk bulatan dan Elips untuk menghasilkan simbol GET OR.

5. Arahan suntinga TRIM diperlukan untuk menyunting objek dalam latihan


ini.

6. Pengguna juga boleh menggunakan arahan MIRROR atau OFFSET bagi


mewujudkan garisan selari yang sama jarak diantaranya.












61

Melukis garisan (Lines)

Semua objek diwujudkan dengan menggunakan garisan (line) atau hasil gabungan garisan-
garisan untuk membentuk objek. Format garisan (line) yang sedangkan diaktifkan adalah ditentukan
melalui pengaturan pilihan pada tetingkap Linetype Manager yang boleh dicapai melalui Menu
Bar>Format. Gambarajah 3.20 di bawah menunjukkan paparan tetingkap ini.



























Gambarajah 3.20: Paparan kotak dialog
Linetype Menager




























Gambarajah 3.21: Kawasan bertanda (bulatan) mempunyai
fungsi-fungsi tertentu

1. Butang Load
Butang ini berfungsi untuk membuka libry jenis jenis garisan (line) yang ada
disediakan dalam sistem.
2. Butang Delete
Butang ini digunakan untuk membuang jenis garisan yang tidak diperlukan dalam
lukisan yang sedang diaktifkan.
3. Butang Current
62

Butang ini berfungsi untuk mengaktifkan jenis garisan yang telah dipilih untuk
digunakan dalam melaksanakan kerja melukis.
4. Butang Show detail
Butang ini menyediakan maklumat tentang garis yang sedang diaktifkan.

Apabila butang load diklik seperti mana tetingkap dalam gambarajah 3.22 di bawah akan
muncul dengan memaparkan jenis-jenis garisan yang terdapat dalam sistem AutoCAD.





























Gambarajah 3.22: Tetingkap kotak dialog untuk
memilih jenis garisan

Jenis garisan dapat diubah dari masa ke samasa berdasarkan keperluan pengguna semasa
kerja melukis dan jenis garisan itu sendiri yang mendatangkan maksud tersendiri kepada lukisan
yang disediakan. Keperluan kepada kepelbagaian jenis garisan yang digunakan dalam sesuatu
lukisan juga dapat menyampaikan maklumat yang berguna kepada pihak yang akan menilainya.

Kaedah dalam menetapkan pilihan jenis garisan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1. Menu> Format>linetype> (tekan enter pada papan kekunci).
2. Setelah tetingkap Linetype Manager dipaparkan, klik Load jika sekiranya jenis garisan yang
dikehendaki tidak tersenarai dalam senarai yang ditunjukkan pada tetingkap Linetype
Manager ini. Andainya telah sedia ada hanya klik pada nama jenis garisan yang
dikehendaki dan klik Currrent pada butang yang ada dalam tetingkap Linetype Manager ini
untuk mengaktifkannya.
3. Setelah klik butang Load (sekiranya jenis garisan tiada dalam senarai) akan dipaparkan
tetingkap Load or Reload Linetype. Tetingkap ini menyenaraikan pelbagai jenis garisan
yang boleh dicapai oleh pengguna untuk dimasukkan dalam senarai yang boleh dipilih
untuk diaktifkan jika diperlukan dalam penggunaan semasa kerja melukis nanti rujuk
gambarajah 3.22.
4. Proses ini selesai.

Gambarajah 3.23 berikutnya, ditunjukkan contoh-contoh jenis garisan yang ada disediakan
dalam library acadiso.lin. Pengguna boleh juga mendapatkan pelbagai lagi jenis garisan daripada fail


63

yang lain yang menyokong sistem Autocad untuk digunakan dalam kerja melukis menggunakan
perisian ini.





























































Gambarajah 3.23: Tetingkap Load or Reload Linetype

Color
Semua objek yang dilukis menggunakan perisian AutoCAD adalah melalui current color iaitu
warna yang sedang diaktifkan dipaparkan pada bahagian Color Control dalam Object Properties
Toolbar. Gambarajah 3.24 di bawah, menunjukkan palang alatan (Toolbar) yang dimaksudkan.







Gambarajah 3.24: Palang alatan Object properties


64

Gambarajah 3.25: Kotak dialog Select Color dipaparkan apabila pengguna
ingin memilih warna pada objek yang dihekendaki

Menetapkan warna bagi objek baru:

1. Menu>Format>Color>(tekan Enter pada papan kekunci).
2. Tetingkap Select Color seperti gambarajah 3.25 di atas akan dipaparkan dan membenarkan
tiga kaedah utama pilihan warna oleh pengguna.
i. Index Color selection box
ii. True Color selection area
iii. Color Book selection
3. Setelah pemilihan warna ditetapkan klik butang ByLayer atau ByBlock bagi menentukan
kategori dan bagaimana warna ini akan diaktifkan semasa diperlu ketika kerja-kerja melukis.
4. Kemudian klik OK.

Penggunaan Layer dan Block akan dibincangkan lebih lanjut dalam bab seterusnya.
Berikutnya, ingin ditarikan perhatian pada perbincangan mengenai saiz garisan yang digunakan dan
bagaimana untuk mengawal sama ada, untuk mengubah saiz garisan memaparkan saiz sebenar
semasa melukis atau pun menghilangkan (hidden) saiz garisan sebenar semasa kerja melukis sedang
dilaksanakan. Paparan tetingkap Lineweight Setting seperti dalam gambarajah dibawah dicapai
melalui Menu>Format>Lineweight.
Pada tetingkap ini saiz garisan atau lineweight dapat diubah kepada saiz tertentu seperti
yang tersenarai pada pilihan Lineweight. Unit bagi penentuan ini, berdasarkan metric dan imperial
iaitu metrik (mm) dan imperial (inci). Pada kotak pilihan Display Lineweight memberikan pilihan
kepada pengguna sama ada ingin memaparkan saiz sebenar garisan yang digunakan pada paparan
monitor (jika ditandakan √ pada kotak ini) atau memilih untuk tidak memaparkan saiz garisan
semasa kerja melukis dengan membiarkan kotak pilihan ini tidak bertanda. Jika pengguna memilih
untuk tidak memaparkan saiz sebenar garisan semasa kerja-kerja melukis sedang dilakukan,
paparan akan menunjukan saiz yang telah ditetapkan oleh sistem (default value) iaitu 0.25mm
dalam unit metrik. Namun begitu, lukisan yang dicetak (plot) akan mengikut saiz sebenar garisan
yang ditetapkan semasa kerja menghasilkan lukis tersebut.








65

Gambarajah 3.26: Kotak dialog menetapkan saiz garisan

Arc


Menghasilkan lengkuk (arc) dengan menetapkan kombinasi beberapa parameter seperti
titik tengah (center), titik akhir (endpoint), titik permulaan (start point), jejari (radius) , sudut (angle),
Chord length dan nilai arah (direction values). Lengkung atau lengkuk dilukis dalam arah lawan arah
jam mengikut aturan asal sistem (default). Dan jika ingin menggunakan ikut arah jam semasa
melukis lengkung perlu menekan butang “Ctrl” tanpa dilepaskan.
Berdasarkan gambarajah dibawah ditunjuk paparan pada Menu>Draw>Arc:









































Gambarajah 3.27: Lokasi arahan menghasilkan lengkung
melalui Pull Down Menu





66

Melukis lengkuk menggunakan 3 titik (Three Point):

Pengguna boleh menghasilkan lengkung dengan menetapkan tiga titik. Dalam contoh yang
berikut, titik permulaan lengkung disambung kepada titik pengakhiran garisan. The kemudian titik
kedua bagi lengkung adalah sambungkan pada titik tengah bulatan seperti gambarajah 3.28
ilustrasi dibawah:


















Gambarajah 3.28: Melalui kaedah
Three point

Melukis lengkuk dengan menetapkan permulaan, titik tengah dan titik penamat (Start, Center,
End):
Pengguna juga dapat menghasilkan lengkuk dengan menggunakan titik permulaan, titik
tengah dan titik pengakhiran. Jarak di antara titik permulaan dan titik tengah menentukan jejari.
Titik pengakhiran ditentukan oleh garisan dari tengah merentasi titik yang ketiga. Dengan
menggunakan pilihan yang berbeza, pengguna boleh menetapkan sama ada titik permulaan
didahulukan atau titik tengah didahulukan. Rujuk ilustrasi seperti gambarajah 3.29 di bawah.



















Gambarajah 3.29: Melalui keadah Start, Center, End


Melukis Lengkuk dengan penetapan titik Permulaan, Titik Tengah dan Sudut (Start, Center,
Angle):
Pengguna dapat juga menghasilkan lengkuk dengan menggunakan penetapan titik mula,
tengah dan sudut. Jarak di antara titik permulaan dan titik tengah menentukan jejari bagi lengkuk
yang akan dihasilkan. Titik akhir pula ditentukan melalui garisan daripada titik tengah yang
merentasi titik ketiga seperti yang ditunjukkan dalam ilustrasi bergambar seperti gambarajah 3.30
di bawah.


67

Gambarajah 3.30: Melalui kaedah Start, End, Angle

Dengan menggunakan pilihan yang berbeza, pengguna boleh menetapkan sama ada titik
permulaan sebagai langkah permulaan melukis atau titik tengah. Pengisian nilai sudut ini
menetukan titik akhir bagi lengkuk yang dihasilkan. Pengguna digalakan mengunakan teknik Start,
End dan Angle apabila pengguna mengetahui kedua-dua titik hujung lengkok.
















Gambarajah 3.31: Contoh-contoh melalui
kaedah Start, End, Angle

Melukis lengkok dengan penetapan titik mula, tengah dan panjang (Start, Center and Length)

Pengguna dapat menghasilkan lengkuk menggunakan titil mula, tengah dan panjang
lengkuk. Jarak di antara titik mula dan titik tengah menentukan jejari. Pada hujung yang lain bagi
lengkuk ini ditentukan dengan menetapkan panjang lengkuk di antara titik mula dan titk hujung
atau akhir bagi lengkuk yang ingin dihasilkan.


















Gambarajah 3.32: Melalui kaedah Start, Center, Length

Panjang lengkuk ini menentukan sudut yang dilewatinya.

68

Melukis lengkuk dengan penetapan titik mula, akhir dan sudut (Start, End and Angle)

Pengguna dapat menghasilkan lengkuk dengan menggunakan titik mula, akhir dan sudut.
Sudut terangkum di antara titik akhir bagi lengkuk menentukan titik tengah dan jejari bagi lengkuk
yang akan dihasilkan.

Melukis lengkuk dengan penetapan titik mula, titik akhir dan arah (Start, End and Direction)

Pengguna boleh menghasilkan lengkuk menggunakan titik mula, titik hujung/akhir dan arah
tangen pada titik mula. Arah tangen boleh ditetapkan sama ada dengan menempatkan titik pada
garis tangen yang dikehendaki atau dengan cara memasukan sudut. Pengguna boleh menentukan
titik hujung yang mana mengawal tangen dengan menukar arahan bagaimana membuat
penetapkan dua titik hujung.

Melukis lengkuk dengan menetapkan titik mula, titik akhir dan jejari (Start, End and Radius)

Lengkuk juga boleh dihasilkan dengan menggunakan titik mula, titik akhir dan jejari. Arah
bonjol lengkuk ditentukan melalui arahan di mana ditetapkan titik hujung/akhir. Pengguna boleh
menetapkan jejari sama ada dengan memasukkan nilai jejari atau dengan menetapkan titik jarak
jejari yang dikehendaki.
















Gambarajah 3.33: Contoh



Melukis Contiguous Tangent Arcs and Lines

Dengan serta merta setelah pengguna siap melukis lengkuk, pengguna sebenarnya boleh
mula melukis garisan yang sekata secara tangen pada hujung lengkuk. Pengguna hanya perlu
menetapkan panjang garisan tersebut. Dengan serta merta setelah pengguna telah melukis suatu
garisan atau lengkuk, pengguna dapat memulakan melukis lengkuk yang sekata secara tangen
dengan garisan pada hujungnya dengan menggunakan arahan ARC dan menekan butang Enter pada
paparan Specify Start Point prompt. Pengguna hanya perlu menetapkan titik hujung bagi lengkuk
baru.










69

Gambarajah 3.34: Contoh


POLYLINE

Polyline adalah jujukan enti/segmen garisan yang bersambung yang dibina sebagai satu
objek. Pengguna boleh menghasilkan segmen garisan lurus, segmen lengkung atau pun kombinasi
bagi dua ciri utama garisan ini. Garisan segmen pelbagai (Multisegmented) menyediakan kebolehan
suntingan yang tidak ada pada suatu garisan tunggal.















Gambarajah 3.35: Menunjukkan perbezaan antara Polyline dan Line

Dengan menggunakan arahan Polyline atau Pline pengguna dapat menghasilkan garisan
dengan ketebalan/saiz yang berbeza.


Contoh

Hasilkan bentuk seperti berikut dengan menggunakan arahan POLYLINE.



























Gambarajah 3.36: Contoh bentuk yang dibina menggunakan Polyline
70

Penyelesaian:
Command: _pline
Specify start point:
Current line-width is 0.0000
Specify next point or [Arc/Halfwidth/Length/Undo/Width]: w
Specify starting width <0.0000>: 20
Specify ending width <20.0000>:
Specify next point or [Arc/Halfwidth/Length/Undo/Width]: 80
Specify next point or [Arc/Close/Halfwidth/Length/Undo/Width]: w
Specify starting width <20.0000>: 50
Specify ending width <50.0000>: 0
Specify next point or [Arc/Close/Halfwidth/Length/Undo/Width]: 50
Specify next point or [Arc/Close/Halfwidth/Length/Undo/Width]: Enter


Contoh
Dengan menggunakan Polyline hasilkan garisan lurus dan melengkung seperti gambarajah 3.37 di
bawah.




















Gambarajah 3.37: Aplikasi Polyline
Penyelesaian:
Command: _pline
Specify start point: 0,0
Current line-width is 0.0000
Specify next point or [Arc/Halfwidth/Length/Undo/Width]: @20<0
Specify next point or [Arc/Close/Halfwidth/Length/Undo/Width]: a
Specify endpoint of arc (hold Ctrl to switch direction) or
[Angle/CEnter/CLose/Direction/Halfwidth/Line/Radius/Second pt/Undo/Width]: r
Specify radius of arc: 10
Specify endpoint of arc (hold Ctrl to switch direction) or [Angle]:
>>Enter new value for ORTHOMODE <0>:
Resuming PLINE command.
Specify endpoint of arc (hold Ctrl to switch direction) or [Angle]: @10,10
Specify endpoint of arc (hold Ctrl to switch direction) or
[Angle/CEnter/CLose/Direction/Halfwidth/Line/Radius/Second pt/Undo/Width]: @20,0
Specify endpoint of arc (hold Ctrl to switch direction) or
[Angle/CEnter/CLose/Direction/Halfwidth/Line/Radius/Second pt/Undo/Width]: l
Specify next point or [Arc/Close/Halfwidth/Length/Undo/Width]: 20
Specify next point or [Arc/Close/Halfwidth/Length/Undo/Width]:Enter
71

Contoh

Hasilkan bentuk seperti berikut menggunakan arahan Polyline.





















Gambarajah 3.38: Contoh penggunaan Polyline

Penyelesaian:

Command:
Command: _pline
Specify start point:
Current line-width is 0.0000
Specify next point or [Arc/Halfwidth/Length/Undo/Width]: w
Specify starting width <0.0000>: 2
Specify ending width <2.0000>:
Specify next point or [Arc/Halfwidth/Length/Undo/Width]: 10
Specify next point or [Arc/Close/Halfwidth/Length/Undo/Width]: w
Specify starting width <2.0000>: 4
Specify ending width <4.0000>:
Specify next point or [Arc/Close/Halfwidth/Length/Undo/Width]: 10
Specify next point or [Arc/Close/Halfwidth/Length/Undo/Width]: w
Specify starting width <4.0000>: 6
Specify ending width <6.0000>:
Specify next point or [Arc/Close/Halfwidth/Length/Undo/Width]: 10
Specify next point or [Arc/Close/Halfwidth/Length/Undo/Width]: w
Specify starting width <6.0000>: 10
Specify ending width <10.0000>: 0
Specify next point or [Arc/Close/Halfwidth/Length/Undo/Width]: 10
Specify next point or [Arc/Close/Halfwidth/Length/Undo/Width]:enter


Bulatan Circle


Untuk menghasilkan bulatan, pengguna boleh menetapkan pelbagai kombinasi seperti titik
tengah (center), jejari (radius) dan diameter pada ukur lilit atau pada objek yang lain. Berikut
beberapa kaedah untuk melukis suatu bulatan iaitu CCR, CCD, CTTR, C2P, C3P dan CTTT.



72

Gambarajah 3.39: Capaian arahan bulatan melalui Pull Down Menu

Melukis bulatan dengan menggunakan parameter titik tengah, serta jejari atau diameter

Kaedah ini adalah merupakan kaedah sedia ada (default) dalam sistem AutoCAD:

1. Klik Home tab > Draw panel > Circle drop-down > Center, Radius .

2. Click Home tab>Draw panel >Circle drop-down >Center, Diameter .
3. Tetapkan titik tengah bulatan ini.
4. Tetapkan jejari atau diameter bagi bulatan ini.

Contoh

Dua bulatan berikut dilukis dengan dua kaedah iaitu dengan menggunakan penetapan parameter
jejari dan diameter seperti berikut:


















Gambarajah 3.40: Bulatan


73

Penyelesaian Bulatan A

Command: _circle
Specify center point for circle or [3P/2P/Ttr (tan tan radius)]: 10,10
Specify radius of circle or [Diameter]: 20
Command:Enter

Penyelesaian Bulatan B

Command:CIRCLE
Specify center point for circle or [3P/2P/Ttr (tan tan radius)]: 70,10
Specify radius of circle or [Diameter] <20.0000>: d
Specify diameter of circle <40.0000>: 40
Command:Enter


Melukis Bulatan Tangen pada Dua Objek


Tangen adalah titik di mana objek akan bersentuh pada suatu objek lain tanpa bersilang
atau merentasi antara satu sama lain. Melukis bulatan tangen menerusi kaedah ini adalah dengan
menetapkan dua titik tangen dan satu nilai jejari bagi bulatan yang ingin dihasilkan.



















Gambarajah 3.41: Kaedah Tangen pada dua titik




1. Klik Home tab >Draw panel >Circle drop-down >Tan, Tan, Radius . Arahan ini
memulakan/mengaktifkan mod penyambungan tangen objek (Tangent object snap).
2. Pilih objek pertama untuk dilukis bulatan tangen kepadanya.
3. Kemudian pilih objek kedua untuk dilukis bulatan tangen kepadanya.
4. Kemudian tetapkan masukkan jejari bagi bulatan tersebut.













74

Gambarajah 3.42: Langkah 1

















Gambarajah 3.43: Langkah 2


























Gambarajah 3.44: Langkah 3










75

Gambarajah 3.45: Langkah 4

Melukis Bulatan Tangen dengan Menggunakan tiga titik Tangen (Tan Tan Tan)

Kaedah ini membenarkan pengguna melukis bulatan pada tiga titik tangen objek:
















Gambarajah 3.46: Tiga titik tangen






















Gambarajah 3.47: Tiga objek




76

Gambarajah 3.48: Titik pertama mewakili tangen pertama


























Gambarajah 3.49: Titik kedua mewakili tangen kedua


















Gambarajah 3.50: Titik ketiga mewakili tangen ketiga









77

Gambarajah 3.51: Bulatan pada tiga titik
tangen dihasilkan

Melukis Bulatan Dengan Menggunakan Dua Titik

Kaedah melukis bulatan menerusi cara ini adalah melibatkan penggunaan dua titik hujung
yang mewakili diameter bulatan yang ingin dibina. Rujuk gambarajah 3.52 di bawah:





















Gambarajah 3.52: Menghasilkan bulatan
pada dua punca titik
















Gambarajah 3.53: Kaedah menghasilkan bulatan
pada dua titik


78

Melukis Bulatan Dengan Menggunakan Tiga Titik

Membina bulatan berdasarkan tiga titik lilitan bulatan yang ingin dibina.





















Gambarajah 3.54: Menghasilkan bulatan pada
tiga punca sumber titik

Contoh
Hasil bulatan yang menyentuh pada tiga punca bagi tiga garisan iaitu garisan A, B dan C seperti
gambarajah 3.55 di bawah.
























Gambarajah 3.55:


Penyelesaian


Pada Menu Homes>Circle>pilih
Command: _circle
Specify center point for circle or [3P/2P/Ttr (tan tan radius)]:
_3p Specify first point on circle: (Klik hujung garisan A pada paparan monitor)
Specify second point on circle: (Klik hujung garisan B pada paparan monitor)
Specify third point on circle: (Klik hujung garisan C pada paparan monitor)

79

LATIHAN KEMAHIRAN 3.9























































































80

CADANGAN PANDUAN PENYELESAIAN
LATIHAN KEMAHIRAN 3.9



Berikut adalah cadangan penyelesaian:



1. Mulakan melukis dengan mengaktifkan arahan CIRCLE dan memilih titik

bagi pusat bulatan tengah-tengah bentuk ini.

2. Tentukan pusat bulatan kecil (salah satu daripada empat bulatan penuh

yang kecil tersebut. Setelah diperolehi dan dikenalpasti hasilkan bulatan

tersebut berdasarkan jejeri yang diberikan.

3. Gunakan arahan MIRROR atau Polar ARRAY untuk wujudkan empat buah

bulatan kecil bersudut tegak berpusat pada bulatan paling tengah bentuk

ini. Gunakan arahan CIRCLE (tan tan radius) bagi menghasilkan sisi empat

penjuru.

4. Gunakan kaedah TRIM bagi membuang bahagian yang tidak diperlukan.

5. Tamat.









81

LATIHAN KEMAHIRAN 3.10























































































82

CADANGAN PANDUAN PENYELESAIAN

LATIHAN KEMAHIRAN 3.10




Berikut adalah cadangan penyelesaian:



1. Mulakan melukis dengan mengaktifkan arahan LINE dan memasukkan


panjang berdasarkan ukuran yang ditetapkan.


2. Gunakan arahan bulatan (CIRCLE) yang sesuai untuk mewujudkan bulatan


seperti dalam gambarajah.

3. Boleh juga menggunakan arahan COPY lebih pantas melukis litar skematik


ini.

4. Gunakan dimensi LINEAR untuk memaparkan jarak pada lukisan ini.


5. Tamat.











83

LATIHAN KEMAHIRAN 3.11























































































84

CADANGAN PANDUAN PENYELESAIAN

LATIHAN KEMAHIRAN 3.12



Berikut adalah cadangan penyelesaian:



1. Mulakan melukis dengan mengaktifkan arahan LINE dan pengguna bebas

menetapkan jarak atau panjang kerana lukisan ini tidak menetapkan

panjang sebenar.

2. Gunakan arahan seperti CIRCLE, OFFSET, TRIM, COPY dan MOVE untuk

menghasilkan lukisan ini dalam masa yang lebih singkat.

3. Pengguna juga boleh mengaplikasikan teknik LAYER pada lukisan ini.
















85

Elips (Ellipse)


Kaedah Titik Tengah:
Membina Elips dengan menggunakan kaedah menentukan titik tengah elips yang dibina.
Kaedah ini ditentukan dengan menetapkan titik tengah dan titik hujung bagi paksi pertama dan
panjang atau jarak bagi paksi kedua. Pengguna boleh menetapkan panjang atau jarak dengan cara
klik pada lokasi mengikut nilai jarak yang dimasukkan.


















Gambarajah 3.56: Kaedah membina Elips melalui
penetapan titik tengah

Contoh
Binakan sebuah bentuk elips seperti gambarajah 3.57 di bawah berdasarkan penetapan jarak
seperti berikut pada koordinat A (50,50) sebagai titik tengahnya.

























Gambarajah 3.57: Elips

















86

Gambarajah 3.58: Setelah menetapkan titik A masukkan
jarak dengan menaip 35 unit




















Gambarajah 3.59: Hasilnya



Penyelesaian



Pada Menu Homes> pilih ikon
Command: _ellipse
Specify axis endpoint of ellipse or [Arc/Center]: _c
Specify center of ellipse: 50,50
Specify endpoint of axis: 35
Specify distance to other axis or [Rotation]: 15

Kaedah Axis, End

Kaedah ini adalah digunakan untutk menghasilkan ellipse atau elliptical arc.


















87

Gambarajah 3.60: Elliptical arc


Kaedah Elliptical Arc

Kaedah ini menghasilkan elliptical arc (gabungan bentuk elips terbuka yang berlengkung).
Dua titik pertama bagi bentuk ini menentukan lokasi dan panjang bagi paksi pertama. Manakala
titik ketiga menentukan jarak antara tengah bentuk ini dan titik hujung bagi paksi kedua. Titik
keempat dan titik kelima adalah permulaan dan tamat bukaan sudut.




















Gambarajah 3.61: Titik-titik binaan yang diperlukan


POLIGON (POLYGON)

Arahan yang ada dalam aplikasi AutoCAD iaitu polygon boleh digunakan untuk melukis objek
berbentuk segitiga sama sisi, segi empat, pentagon, hexsagon dan pelbagai bentuk pelbagai sisi
yang lain. Dalam gambarajah 3.62 ilustrasi berikut ditunjukkan sebuah pentagon (geometri bersegi
lima) dibina menggunakan tiga kaedah iaitu inscribed, circumscribed dan edge. Dalam setiap kaedah
dua titik perlu ditetapkan ketika membina atau melukisnya.

















Gambarajah 3.62: Penghasilan bentuk Pentagon melalui tiga kaedah
berbeza: Inscribed, circumscribed dan edge







88


Click to View FlipBook Version