The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerangka Kurikulum Mata Pelajaran KSSR Semakan 2017

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber Al-Fairuz KVSP2, 2022-06-23 20:44:21

Kerangka Kurikulum Mata Pelajaran KSSR Semakan 2017

Kerangka Kurikulum Mata Pelajaran KSSR Semakan 2017

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR) (SEMAKAN 2017)

KERANGKA KURIKULUM MATA PELAJARAN

Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2017

ii

Terbitan 2017
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks
Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Terbitan :
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

iii

KANDUNGAN vii
viii
Rukun Negara ix
Falsafah Pendidikan Kebangsaan x
Definisi Kurikulum Kebangsaan xi
Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 1
Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum 2
1.0 Pengenalan 4
8
1.1 Teras Pembangunan Kurikulum 11
1.2 Prinsip Kurikulum Sekolah Rendah 12
2.0 Reka Bentuk Kurikulum 12
2.1 Kurikulum Berasaskan Standard 13
2.2 Fokus Kurikulum 22
2.3 Organisasi Kurikulum 22
2.4 Senarai Mata Pelajaran dan Peruntukan Waktu 30
3.0 Kerangka Kurikulum Mata Pelajaran KSSR (Semakan 2017) 37
3.1 Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan 46
3.2 Bahasa Melayu Sekolah Jenis Kebangsaan 55
3.3 Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan 61
3.4 Bahasa Inggeris Sekolah Jenis Kebangsaan 65
3.5 Bahasa Cina Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) 72
3.6 Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan 78
3.7 Bahasa Tamil Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) 84
3.8 Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan 90
3.9 Bahasa Arab 95
3.10 Bahasa Iban 101
3.11 Bahasa Kadazandusun 109
3.12 Bahasa Semai 119
3.13 Matematik 131
3.14 Sains 138
3.15 Pendidikan Islam
3.16 Pendidikan Moral
3.17 Sejarah

iii

3.18 Reka Bentuk dan Teknologi 142
3.19 Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan 148
3.20 Pendidikan Kesenian 154
3.21 Pendidikan Khas Ketidakupayaan Pendengaran 158
3.22 Pendidikan Khas Ketidakupayaan Penglihatan 189
3.23 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran 202
4.0 Penutup 243

iv

SENARAI JADUAL

Bil Tajuk Muka
Surat
1. Jadual 1: Definisi Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi 11
13
2. Jadual 2: Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam 14
Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) 15

3. Jadual 3: Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam 16
Setahun KSSR (Semakan 2017) Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
17
4. Jadual 4: Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam
Setahun KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017) 18
Ketidakupayaan Pendengaran Tahap I
19
5. Jadual 5: Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam
Setahun KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017) 20
Ketidakupayaan Penglihatan Tahap I
24
6. Jadual 6: Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam 79
Setahun KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017) Masalah 134
Pembelajaran Tahap I 135
136
7. Jadual 7: Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam 144
Setahun KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017)
Ketidakupayaan Pendengaran Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)

8. Jadual 8: Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam
Setahun KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017)
Ketidakupayaan Penglihatan Tahap II

9. Jadual 9: Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam
Setahun KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017) Masalah
Pembelajaran Tahap II

10. Jadual 10:Organisasi Kandungan DSKP

11. Jadual 11:Perincian Tahap Pengguna Asas

12. Jadual 12:Nilai Universal Bagi Mata Pelajaran KSSR
Pendidikan Moral

13. Jadual 13:Tema Pendidikan Moral Mengikut Tahun

14. Jadual 14: Kandungan DKP KSSR (Semakan 2017)
Pendidikan Moral

15. Jadual 15: Domain Dalam RBT

v

SENARAI RAJAH

Bil Tajuk Muka Surat

1. Rajah 1: Kerangka KSSR 9

2. Figure 2: The Modular Configuration 40

3. Figure 3: The Modular Configuration 49

4. Rajah 4: Kerangka Kurikulum Matematik Sekolah Rendah 103

5. Rajah 5: Proses Perwakilan 108

6. Rajah 6: Kerangka Konsep Kurikulum Sains 110

7. Rajah 7: Hubungan Antara Penaakulan Moral, Emosi Moral 132
dan Perlakuan Moral

8. Rajah 8: Fokus Kurikulum Sejarah 140
9. Rajah 9: Domain Reka Bentuk dan Teknologi 143

vi

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak :

Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya ;

Memelihara satu cara hidup demokratik ;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang

kaya dan berbagai corak ;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan Sains dan

teknologi moden ;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan
usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang

berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vii

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”

Sumber : Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

viii

DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN
"... suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum
yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan
dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan"

Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997
[PU(A)531/97]

ix

KATA ALU-ALUAN

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa

Kurikulum merupakan nadi kepada sistem pendidikan bagi menyediakan
masyarakat dengan ilmu pengetahuan yang lengkap untuk mencorakkan generasi
akan datang. Kurikulum yang dinamik sifatnya berupaya menyemai dan menyubur
minda, budaya serta nilai yang menjadi pegangan rakyat selari dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Kerangka kurikulum mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) dari Tahun 1 hingga
Tahun 6 yang disediakan ini mengambil kira keperluan pengetahuan, kemahiran
dan nilai yang relevan. Semua aspek ini bertujuan menyediakan murid untuk
menghadapi kehidupan semasa dan cabaran abad ke-21 supaya mampu bersaing
pada peringkat global. Sehubungan dengan itu, kerangka kurikulum mata pelajaran
ini dapat memberi gambaran tentang hala tuju kurikulum sekolah rendah secara
menyeluruh.
Semua pihak berkepentingan diharap dapat memanfaatkan kandungan dokumen ini
dengan membuat perancangan yang lebih teliti, sistematik dan, bersepadu bagi
memastikan kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan KSSR (Semakan 2017).
Diharapkan kerangka kurikulum mata pelajaran ini dapat digunakan oleh semua
pihak sebagai pemangkin untuk mencapai aspirasi kemenjadian murid
sebagaimana disyorkan dalam PPPM 2013-2025.

TAN SRI Dr. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF

x

KATA ALU-ALUAN

Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia

Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa

Dalam menyediakan masyarakat dengan pendidikan yang lengkap, kurikulum
direncanakan dengan teliti selaras dengan pembangunan negara dan dunia
keseluruhannya. Matlamat kurikulum peringkat rendah adalah untuk memastikan
murid yang menamatkan pengajian mereka di Tahun 6 mempunyai nilai tambah
seperti aspirasi kemenjadian murid sebagaimana digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Melalui pelaksanaan
kurikulum, murid dibangunkan secara holistik agar memiliki daya saing dan daya
tahan yang tinggi untuk berdepan dengan kesukaran dan mampu menangani
cabaran global.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) digubal untuk
memastikan murid dibekalkan dengan ilmu yang relevan dengan kehendak semasa
mahupun keperluan masa akan datang bagi menjana suatu sistem pendidikan yang
berkualiti. Kerangka kurikulum mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) ini bertujuan
untuk memberi gambaran umum dan menyeluruh berkaitan mata pelajaran yang
boleh dijadikan rujukan serta panduan kepada guru-guru khasnya, pemegang taruh
dan masyarakat. Dokumen yang dihasilkan ini perlu dibaca bersama-sama dengan
Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017).
Akhirnya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
semua pihak yang telah menyumbangkan buah fikiran dan tenaga sehingga
dokumen ini dapat diterbitkan. Semoga dokumen ini dapat memberi manfaat
kepada semua pihak berkepentingan dalam melaksanakan KSSR (Semakan 2017)
secara berkesan dan menepati aspirasi pendidikan negara.

SHAZALI BIN AHMAD

xi



1.0 PENGENALAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengkonsepsikan kurikulum
persekolahan peringkat rendah berdasarkan syor yang telah disarankan dalam
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil. 6/2008 pada 23 Mei 2008. Konsep
kurikulum ini telah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat
Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009 dan dinamakan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Penggubalan KSSR masih mengekalkan prinsip Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK). Konsep KSSR mendasari semua kurikulum mata pelajaran
sekolah rendah yang dibangunkan termasuk kurikulum pendidikan khas. Konsep ini
turut digunakan dalam penggubalan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan
(KSPK).

KSSR dilaksanakan secara berperingkat-peringkat bermula dengan Tahun 1 pada
2011. Dalam tempoh pelaksanaan, terdapat keperluan untuk menambah baik dan
mengukuhkan KSSR agar selari dengan saranan PPPM 2013-2025. Sehubungan
dengan itu, KSSR (Semakan 2017) telah mendapat kelulusan daripada Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Bil.1/2015 pada 5 Februari 2015 dan
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan kali ke 208 pada
21 September 2015 untuk pelaksanaan secara berperingkat-peringkat bermula
dengan Tahun 1 pada 2017.

Kurikulum ini ditambah baik bagi meningkatkan keberhasilan murid untuk mencapai
enam aspirasi iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin,
kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional seperti yang
disyorkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
Transformasi dilakukan ke atas kandungan, pedagogi dan pentaksiran seperti
berikut:

 Kandungan disusun semula dan ditambah baik untuk memastikan murid
dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan
keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

1

 Pedagogi menekankan kepada pembelajaran secara mendalam melalui
pendekatan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berasaskan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Fokus diberikan kepada
pembelajaran berasaskan inkuiri, penyelesaian masalah, pembelajaran
kontekstual, pembelajaran kolaboratif, pembelajaran berasaskan projek dan
pendekatan STEM.

 Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan
perkembangan dan pencapaian pembelajaran murid. Pentaksiran dalam PdP
dilaksanakan dalam bentuk sumatif dan formatif. Guru mentaksir sejauh
mana murid menguasai standard pembelajaran dengan merujuk kepada
standard prestasi yang ditetapkan. Perkembangan dan pencapaian sebenar
tahap penguasaan murid direkod dan dilaporkan secara deskriptif kepada
murid dan ibu bapa.

Bagi memastikan kesinambungan pendidikan prasekolah dengan pendidikan
rendah, transformasi kurikulum dilaksanakan ke atas KSSR (Semakan 2017). KSSR
(Semakan 2017) diperkukuh dan disemak semula bagi memastikan kurikulum
sentiasa relevan dengan keperluan semasa dan cabaran abad ke-21 serta selari
dengan Pelan Transformasi Kerajaan.

1.1 Teras Pembangunan Kurikulum

Model Baru Ekonomi, Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi
Kerajaan menjadi asas perkembangan ekonomi dan pembangunan negara. Dalam
usaha memastikan sistem pendidikan negara berfungsi secara berkesan untuk
menjayakan misi negara, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –
2025 telah dirangka dan dilancarkan pada 6 September 2013. Pelan ini memberi
tumpuan kepada pembelajaran dan keberhasilan murid dengan menyasarkan
pembangunan murid yang memiliki enam ciri iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, dan identiti
nasional untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global. Ciri-ciri ini sangat
penting dalam memastikan kemenjadian murid bagi menghadapi cabaran abad ke-

2

21, selain membolehkan mereka memberi sumbangan yang bermakna kepada
keluarga, masyarakat dan negara. Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) dan KSSM
pada tahun 2017 mengambil kira hasrat PPPM yang melakarkan aspirasi murid bagi
memenuhi keperluan negara.

PPPM berhasrat agar murid yang menamatkan persekolahan menguasai sekurang-
kurangnya tiga bahasa bagi membolehkan mereka berkomunikasi secara berkesan
dan mampu bersaing di peringkat global. Setiap murid akan menguasai bahasa
Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa perpaduan, serta bahasa
Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Murid juga akan mempelajari
bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil, Semai, Iban dan Kadazandusun
sebagai bahasa tambahan sehingga mampu berinteraksi dalam wacana sosial
seperti yang diperincikan dalam Common European Framework of Reference
(CEFR). Sehubungan dengan itu, kurikulum bagi semua mata pelajaran bahasa
dijajarkan dengan CEFR.

Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) memastikan setiap murid akan dipupuk
dengan etika dan kerohanian dalam diri mereka sebagai persediaan untuk
menghadapi cabaran kehidupan masa hadapan. Murid diharapkan boleh
menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang
kepada prinsip serta berani melakukan perkara yang betul. Setiap murid akan
dibentuk menjadi rakyat Malaysia yang cintakan negaranya dan berbangga sebagai
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau status sosioekonomi. Murid akan
dipupuk dengan semangat patriotisme serta diajar memahami, menerima dan
menghayati kepelbagaian.

Murid yang mengikuti PdP di bawah KSSR (Semakan 2017) dilengkapi kemahiran
yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dunia yang sentiasa berubah dalam
arus kemajuan dengan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
terdapat dalam bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM).
Tumpuan diberikan kepada pengukuhan asas program sedia ada dan
menggalakkan murid peringkat menengah atas dan lepas menengah untuk
mengikuti STEM.

3

Selari dengan PPPM 2013-2025, kurikulum persekolahan digubal dengan hasrat
untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Perkara
ini direalisasikan melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian
serta sikap dan nilai. Kurikulum berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan mengambil kira cabaran abad ke-21, Model
Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR (Semakan 2017) juga
mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk
mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk
hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi
(learning to be). Murid yang mengikuti kurikulum persekolahan akan mempunyai
asas berikut:

a. Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan
sosial

b. Warganegara yang bertanggungjawab
c. Warganegara yang boleh berperanan di arena global
d. Pekerja berilmu

1.2 Prinsip Kurikulum Sekolah Rendah

KSSR (Semakan 2017) mengekalkan semua prinsip KBSR. Prinsip ini dikekalkan
kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti yang berikut:

a) Pendekatan Bersepadu
Pendekatan bersepadu menjadi tumpuan utama dalam penggubalan kurikulum.
Unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai disepadukan untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Konsep kesepaduan dapat dilihat melalui cara berikut:
(i) Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran. Sebagai contoh

dalam mata pelajaran bahasa ada empat kemahiran utama iaitu, bertutur,
mendengar, membaca dan menulis. Dua atau lebih kemahiran boleh
digabungjalinkan dalam satu-satu mata pelajaran ;

4

(ii) Penggabungjalinan kemahiran antara mata pelajaran. Misalnya, aktiviti
melukis boleh dijalankan dalam mata pelajaran Sains;

(iii) Penyerapan pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi mata
pelajaran. Misalnya, unsur sains boleh diserapkan dalam mata pelajaran
bahasa;

(iv) Penyerapan nilai dalam mata pelajaran. Misalnya, aspek kebersihan dan
keselamatan diberikan penekanan semasa menjalankan amali;

(v) Elemen merentas kurikulum meliputi bahasa, alam sekitar, sains dan
teknologi, patriotisme, kemahiran berfikir, kemahiran belajar, keusahawanan,
TMK, kreativiti dan inovasi; dan

(vi) Kesepaduan antara kurikulum dan kokurikulum. Aktiviti kokurikulum
mengukuh dan saling melengkapi kepada aktiviti kurikulum di dalam bilik
darjah.

Kesepaduan boleh dilaksanakan melalui kurikulum, kokurikulum dan budaya
sekolah.

(i) Kurikulum
Unsur-unsur penting bagi menjayakan pendekatan bersepadu dalam
kurikulum adalah:

Pengetahuan dan kemahiran:
• Setiap disiplin dirujuk dan diselaraskan dengan FPK dan Matlamat

Pendidikan Negara. Falsafah dan matlamat ini diterjemahkan ke dalam
setiap mata pelajaran.
• Kandungan kurikulum juga dapat memperkembangkan kemahiran seperti
kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran psikomotor dan
kemahiran sosial yang telah pun mula diperoleh sebelum memasuki alam
persekolahan.
• Kandungan kurikulum dapat membina intelek dan mengembangkan daya
pemikiran untuk menghurai, mencerakin, menaakul, merumus dan
menghasilkan idea yang bernas dan inovatif.
• Kandungan kurikulum dikaitkan dengan kehidupan harian dan konteks
global.

5

Nilai Murni:
 Nilai murni merupakan unsur yang penting dan diserapkan dalam setiap
mata pelajaran. Nilai murni bersifat sejagat serta selaras dengan agama,
budaya dan norma masyarakat Malaysia.
 Nilai-nilai ini juga berteraskan kerohanian, kemanusiaan dan
kewarganegaraan.

(ii) Kokurikulum
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak
kerja yang terancang. Aktiviti ini merupakan lanjutan daripada proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang dijalankan melalui
pasukan pakaian seragam, persatuan atau kelab dan sukan. Aktiviti
kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada murid untuk mengaplikasi
pendekatan bersepadu dengan menyepadu, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari melalui pelbagai
mata pelajaran dalam bilik darjah.

(iii) Budaya Sekolah
Pendekatan bersepadu harus dijadikan budaya di sekolah dengan
mengamalkannya secara berterusan di dalam dan di luar bilik darjah. Bagi
membudayakannya, sekolah harus mewujudkan persekitaran yang
menyediakan peluang dan persekitaran yang kondusif untuk menyokong
murid mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah
dipelajari melalui pelbagai aktiviti di sekolah.

Dalam membudayakan pendekatan bersepadu di sekolah, ianya tidak hanya
tertumpu pada aspek budaya ilmu semata-mata. Malahan, penekanan pendekatan
bersepadu harus merangkumi aspek perhubungan dan kemanusiaan. Sekolah dan
semua anggotanya perlu wujud sebagai sebuah keluarga yang harmonis dan
bersepadu. Murid yang merasakan sekolah sebagai tempat yang memberikan
kebahagiaan kepada mereka akan mempunyai sikap yang positif terhadap ilmu,
warga sekolah dan sekolah itu sendiri melalui pembudayaan pendekatan bersepadu
di sekolah.

6

a) Perkembangan Individu Secara Menyeluruh
Kurikulum digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk
memenuhi keperluan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi individu
tidak boleh dikembangkan secara berasingan. Setiap potensi yang
dikembangkan itu harus dihubung kait atau diselaraskan dengan potensi yang
lain. Misalnya, perkembangan potensi intelek, rohani dan jasmani dalam
permainan tidak boleh dipisahkan dari aspek sosial seperti memperoleh
pengetahuan untuk bermain dengan cara yang betul, cekap dan tangkas serta
mempunyai semangat kerjasama, kekitaan dan berbakti kepada negara.
Perkembangan individu secara menyeluruh diperkukuh dengan pentaksiran
formatif yang direkod dan dilaporkan secara berterusan.

b) Pendidikan Yang Sama Untuk Semua Murid
Kurikulum kebangsaan menyediakan program pendidikan yang sama dan
memberi peluang yang luas untuk semua murid bagi mendapatkan kemahiran
serta ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan seimbang melalui pengalaman
secara langsung. Misalnya, kandungan kurikulum menetapkan standard yang
sama yang perlu dicapai oleh semua murid.

c) Kurikulum yang memenuhi pelbagai keperluan
Kurikulum yang digubal akan memenuhi keperluan murid mengikut pelbagai
keperluan seperti pendidikan khas, pendidikan pintar cerdas, pendidikan
anak-anak asli penan, pendidikan anak-anak gelandangan, pendidikan
sekolah dalam hospital, pendidikan sekolah dalam penjara.

d) Pendidikan Seumur Hidup
Pendidikan merupakan suatu usaha yang berterusan. Peringkat persekolahan
hanyalah bahagian awal dalam usaha ini. Oleh itu pendidikan di sekolah
menyediakan murid untuk mengikuti pembelajaran seterusnya dalam hidup
mereka. Sesuai dengan prinsip ini, pengetahuan dan kemahiran yang diberi
merupakan asas-asas yang diperlukan oleh semua murid sebagai keperluan
untuk menghadapi kehidupan seharian dan menjadi asas kepada pendidikan

7

seumur hidup. Oleh itu, proses pendidikan tidak seharusnya terhenti setakat
alam persekolahan sahaja, malah berterusan sepanjang hayat.
2.0 REKA BENTUK KURIKULUM
Reka bentuk kurikulum yang disemak semula masih berasaskan kesepaduan
melalui enam tunjang bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek (JERI) yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Enam
tunjang dizahirkan untuk mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi
asas kepada pembangunan modal insan.
Kesepaduan antara tunjang diambil kira di peringkat penggubalan kurikulum dan
perlu dijelmakan semasa pelaksanaan kurikulum. Tunjang tersebut ialah komunikasi,
perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan
teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai seperti dalam Rajah 1.

8

Rajah 1: Kerangka KSSR

 Tunjang Komunikasi
Memberi penekanan kepada proses mengaplikasi kemahiran berinteraksi
dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Murid perlu menguasai kemahiran ini
bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran
komunikasi menyediakan murid untuk membuat pilihan medium yang
bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial. Medium komunikasi yang
boleh digunakan adalah seperti bahasa, teknologi, seni visual dan muzik.

 Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk
kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan
apresiasi. Tunjang ini mendokong kemenjadian murid dengan memastikan

9

domain psikomotor, kognitif dan afektif yang meliputi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai bagi elemen emosi dan fizikal murid dibangunkan secara
positif. Disiplin ilmu seperti pendidikan jasmani dan kesihatan, seni visual,
muzik dan komunikasi adalah displin ilmu yang boleh menterjemahkan
tunjang ini dalam melahirkan murid yang mengaplikasikan nilai dan
menghayati keindahan dalam kehidupan.

 Tunjang Kemanusiaan
Memberi penekanan kepada kajian dan penguasaan ilmu serta amalan
tentang manusiawi dengan menggunakan kaedah secara kritis, analitis,
spekulasi dan bukan secara empirikal sains semula jadi. Pertimbangan
terhadap tunjang ini berkaitan dengan hubungan manusia sesama manusia,
manusia dengan ruang, alam persekitaran setempat, negara dan global ke
arah meningkatkan penghayatan semangat manusiawi, patriotisme, dan
perpaduan dalam kalangan manusia. Pelbagai disiplin ilmu yang boleh
mengaplikasikan tunjang kemanusian dalam pendidikan seperti sejarah,
falsafah, agama, seni visual, seni pentas, muzik, bahasa, kesusasteraan,
psikologi, kajian budaya dan kajian kawasan.

 Tunjang Keterampilan Diri
Memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui
aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan
mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang
kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan
sebaya, keluarga dan masyarakat.

 Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:
- pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
- pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
- pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

10

 Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang
pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama,
kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi
Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan
beragama Islam.

2.1 Kurikulum Berasaskan Standard

KSSR (Semakan 2017) digubal dalam bentuk penyataan standard bagi
membolehkan semua murid memperoleh pendidikan yang sama dan berkualiti.
Akauntabiliti pentadbir dan guru dapat memastikan semua murid melepasi piawaian
standard yang ditetapkan bagi setiap mata pelajaran. Penyataan standard terdiri
daripada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh
murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi didefinisikan seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Definisi Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan
Standard Prestasi

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi

Penyataan spesifik Satu penetapan kriteria Satu set kriteria
tentang perkara yang atau petunjuk (indicator) yang menunjukkan
murid patut ketahui kualiti pembelajaran dan tahap-tahap
dan boleh lakukan pencapaian yang boleh penguasaan murid
dalam suatu tempoh diukur bagi setiap sebagai petunjuk
persekolahan Standard Kandungan. bahawa sesuatu
merangkumi aspek perkara itu telah
pengetahuan, dikuasai.
kemahiran dan nilai.

11

2.2 Fokus Kurikulum

KSSR (Semakan 2017) memastikan murid mencapai Standard Pembelajaran yang
ditetapkan. Tahap I memberi penekanan kepada kemahiran membaca, menulis,
mengira, dan menaakul (4M). Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat
pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik yang dipandu
oleh pegangan agama dan nilai.

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran
4M di samping penguasaan kemahiran yang lebih kompleks, pemerolehan
pengetahuan, dan perkembangan sahsiah. KBAT diberi penekanan melalui
penyataan secara eksplisit dalam dokumen kurikulum semua mata pelajaran bagi
membolehkan kemahiran berfikir aras tinggi diaplikasi dan dikuasai murid.

2.3 Organisasi Kurikulum

KSSR (Semakan 2017) diorganisasikan dalam bentuk linear iaitu mata pelajaran
teras dan mata pelajaran tambahan. Peruntukan masa bagi setiap mata pelajaran
adalah berasaskan peruntukan masa dalam jam setahun.

Mata pelajaran teras merangkumi bidang pembelajaran asas. Murid wajib
mempelajari semua mata pelajaran tersebut tetapi terdapat pengecualian untuk dua
mata pelajaran iaitu Pendidikan Islam yang mesti dipelajari oleh murid beragama
Islam, manakala Pendidikan Moral yang dipelajari oleh murid bukan beragama
Islam.

Mata pelajaran tambahan merupakan pilihan disiplin bahasa yang ditawarkan
kepada murid untuk membolehkan murid berkemahiran dalam pelbagai bahasa.

Murid diberi peluang memilih untuk mempelajari sekurang-kurangnya satu mata
pelajaran tambahan mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru,
permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.

12

2.4 Senarai mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) dan Peruntukan Waktu

Pelaksanaan mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) dilaksanakan mengikut jam
setahun seperti yang disarankan dalam PPPM 2013-2025. Mata pelajaran dan
peruntukan masa setahun adalah seperti Jadual di bawah.

Jadual 2: Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR (Semakan 2017) Tahap I (Tahun 1, 2 dan 3)

MASA MINIMUM SETAHUN (JAM)
BIL. MATA PELAJARAN TERAS

SK SJK

1 Bahasa Melayu 192 160

2 Bahasa Inggeris 160 80

3 Bahasa Cina / Bahasa Tamil - 192

4 Matematik 96 96

Pendidikan Islam 96 + (*32 [Tasmik]) 64 + (*32 [Tasmik])
5 96 64

Pendidikan Moral

6 Sains 48 48

Pendidikan Jasmani dan 48 48
7

Pendidikan Kesihatan

8 Pendidikan Kesenian 48 48

MATA PELAJARAN TAMBAHAN

Bahasa Arab / Bahasa Cina 48 -
Sekolah Kebangsaan / Bahasa
9 Tamil Sekolah Kebangsaan /
Bahasa Iban / Bahasa
Kadazandusun / Bahasa Semai

Perhimpunan 16 16

Jumlah Jam Setahun **752 **752

13

Jadual 3: Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR (Semakan 2017) Tahap II ((Tahun 4, 5 Dan 6)

BIL. MATA PELAJARAN TERAS MASA MINIMUM SETAHUN (JAM)
SK SJK

1 Bahasa Melayu 160 128

2 Bahasa Inggeris 160 96

3 Bahasa Cina / Bahasa Tamil - 160

4 Matematik 96 96

5 Sains 64 64

Pendidikan Islam 96 + (*32 [Tasmik]) 80 + (*32 [Tasmik])
6 96 80

Pendidikan Moral

Pendidikan Jasmani dan 48 48
7

Pendidikan Kesihatan

8 Sejarah 32 32

9 Pendidikan Kesenian 48 48

10 Reka Bentuk dan Teknologi 32 32

MATA PELAJARAN TAMBAHAN

Bahasa Arab / Bahasa Cina 48 -
Sekolah Kebangsaan / Bahasa
11 Tamil Sekolah Kebangsaan /
Bahasa Iban / Bahasa
Kadazandusun / Bahasa Semai

Perhimpunan 16 16

Jumlah **800 **800

14

Jadual 4: Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017) Ketidakupayaan Pendengaran
Tahap I (Tahun Pengukuhan, 1, 2 dan 3)

BIL MATA PELAJARAN TERAS MASA MINIMUM SETAHUN
(JAM)

1 Bahasa Melayu (Suaian) 160

2 Bahasa Inggeris (Suaian) 160

3 Matematik 96

4 Sains 48

Pendidikan Islam (Suaian) 80
5

Pendidikan Moral

Pendidikan Jasmani dan 48
6

Pendidikan Kesihatan

7 Pendidikan Kesenian 48

8 Bahasa Isyarat Komunikasi 96

Perhimpunan 16

Jumlah Jam Setahun 752

15

Jadual 5. Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017) Ketidakupayaan Penglihatan
Tahap I

BIL MATA PELAJARAN TERAS MASA MINIMUM SETAHUN (JAM)

1 Bahasa Melayu 192

2 Bahasa Inggeris 160

3 Matematik 96

4 Sains 48

Pendidikan Islam 96
5

Pendidikan Moral

6 Pendidikan Jasmani (Suaian) dan 48
Pendidikan Kesihatan

7 Pendidikan Kesenian (Suaian) 32

8 Kemahiran Asas Individu 32
Ketidakupayaan Penglihatan

MATA PELAJARAN TAMBAHAN

Bahasa Arab / Bahasa Cina Sekolah 32
Kebangsaan / Bahasa Tamil Sekolah
9 Kebangsaan / Bahasa Iban / Bahasa
Kadazandusun / Bahasa Semai

Perhimpunan 16

Jumlah Jam Setahun 752

16

Jadual 6: Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017) Masalah
Pembelajaran Tahap I

BIL MATA PELAJARAN TERAS MASA MINIMUM SETAHUN (JAM)

1 Asas 3M 192

2 Pengurusan Kehidupan 240

Pendidikan Islam 96
3

Pendidikan Moral

4 Pendidikan Jasmani 64

5 Pendidikan Seni Kreatif 128

Perhimpunan 16

Jumlah Jam Setahun 736

17

Jadual 7. Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017) Ketidakupayaan
Pendengaran Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6)

BIL MATA PELAJARAN TERAS MASA MINIMUM SETAHUN (JAM)

1 Bahasa Melayu (Suaian) 160

2 Bahasa Inggeris (Suaian) 160

3 Matematik 96

4 Sains 64

Pendidikan Islam (Suaian) 96
5

Pendidikan Moral

Pendidikan Jasmani dan 48
6

Pendidikan Kesihatan

7 Pendidikan Kesenian 32

8 Sejarah 32

9 Reka Bentuk dan Teknologi 32

10 Bahasa Isyarat Komunikasi 64

Perhimpunan 16

Jumlah Jam Setahun 800

18

Jadual 8. Mata Pelajaran dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017) Ketidakupayaan
Penglihatan Tahap II (Tahun 4, 5 Dan 6)

BIL MATA PELAJARAN TERAS MASA MINIMUM SETAHUN (JAM)

1 Bahasa Melayu 160

2 Bahasa Inggeris 160

3 Matematik 96

4 Sains 64

Pendidikan Islam 96
5

Pendidikan Moral

6 Pendidikan Jasmani (Suaian) dan 48
Pendidikan Kesihatan

7 Pendidikan Kesenian (Suaian) 32

8 Sejarah 32

9 Reka Bentuk dan Teknologi 32

Kemahiran Asas Individu 32
10 Ketidakupayaan Penglihatan

MATA PELAJARAN TAMBAHAN

Bahasa Arab / Bahasa Cina 32

Sekolah Kebangsaan / Bahasa
Tamil Sekolah Kebangsaan /
11 Bahasa Iban / Bahasa
Kadazandusun / Bahasa Semai

Perhimpunan 16
Jumlah Jam Setahun 800

19

Jadual 9: Mata Pelajaran Dan Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun
KSSR Pendidikan Khas (Semakan 2017) Masalah Pembelajaran
Tahap II (Tahun 4, 5 Dan 6)

BIL MATA PELAJARAN TERAS MASA MINIMUM SETAHUN (JAM)
96
1 Bahasa Melayu 64
80
2 Bahasa Inggeris 96

3 Matematik 96

4 Pengurusan Kehidupan 48

Pendidikan Islam 32
5 32
80
Pendidikan Moral
32
Pendidikan Jasmani dan 96
6 16
768
Pendidikan Kesihatan

7 Pendidikan Muzik

8 Pendidikan Seni Visual

9 Pendidikan Sains, Sosial dan Alam
Sekitar

10 Pendidikan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi

11 Kemahiran Hidup Asas

Perhimpunan

Jumlah Jam Setahun

20

3.0 KERANGKA KURIKULUM MATA PELAJARAN KSSR (SEMAKAN 2017)
Bahagian ini membincangkan tentang matlamat, objektif, fokus dan organisasi
kandungan bagi setiap mata pelajaran yang ditawarkan di bawah KSSR (Semakan
2017). Kerangka kurikulum mata pelajaran KSSR (Semakan 2017) ini bertujuan
untuk memberi gambaran umum dan menyeluruh berkaitan mata pelajaran dari
Tahun 1 hingga Tahun 6. Mata pelajaran yang ditawarkan pada Tahap I (Tahun 1, 2
dan 3) adalah seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil,
Matematik, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sains, Pendidikan Jasmani dan
Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Kesenian, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah
Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa
Kadazandusun dan Bahasa Semai. Semua mata pelajaran ini ditawarkan juga pada
Tahap II. Walau bagaimanapun, ada juga mata pelajaran hanya ditawarkan bermula
daripada Tahap II (Tahun 4, 5 dan 6) persekolahan iaitu, mata pelajaran Sejarah
serta Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

21

3.1 BAHASA MELAYU SEKOLAH KEBANGSAAN
(TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6)

MATLAMAT

Kurikulum standard pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal untuk
membolehkan murid berketerampilan berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk
memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran, maklumat,
nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

OBJEKTIF

KSSR mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bertujuan membolehkan
murid mencapai objektif berikut:
1. Memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan

betul.
2. Bercerita, berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara

daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
3. Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul, memahami, dan menaakul

maklumat tersurat dan tersirat daripada pelbagai sumber untuk memberikan
respons dengan betul;
4. Membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat
untuk memupuk minat membaca.
5. Mencatat, menulis, dan mengimlak untuk mengaplikasikan maklumat dengan
menggunakan bahasa yang santun.
6. Menghasilkan pelbagai penulisan, mengedit, dan menulis ulasan.
7. Menghayati serta menghargai keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan
sastera.

22

8. Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan
penulisan.

9. Menghargai dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik,
dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

FOKUS

Pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi
(konsep kembali kepada asas) dan aplikasi bahasa. Kemahiran asas literasi
memberi penekanan kepada murid Tahap I (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3) untuk
menguasai sepenuhnya asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis serta dilaksana sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP)
secara terancang.

Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) pula, pembelajaran mata pelajaran
Bahasa Melayu memberi penekanan kepada pengukuhan literasi dan aplikasi
kemahiran bahasa supaya mereka lebih berketerampilan berbahasa dalam bentuk
lisan dan bertulis.

Melalui penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur, murid dapat berkomunikasi
dalam pelbagai situasi dengan lebih berkesan, manakala melalui kemahiran
membaca, murid dapat meningkatkan kosa kata, memperoleh dan memproses
maklumat serta dapat memupuk minat membaca. Penguasaan kemahiran menulis
pula, murid dapat mengaplikasikan maklumat dalam pelbagai bentuk penulisan bagi
menyampaikan idea mereka.

Fokus juga diberikan dalam penguasaan tatabahasa yang baik bagi membantu
murid berkomunikasi dengan menggunakan sistem bahasa yang betul dan
menghasilkan penulisan yang berkualiti dan kreatif. Manakala dalam aspek Seni
Bahasa pula, murid dapat mengapreasiasikan keindahan bahasa Melayu melalui
pelbagai teknik kemahiran bahasa yang santai dan menyeronokkan.

23

Penekanan aktiviti dalam sesuatu PdP dan penggunaan pelbagai bahan yang
menarik secara didik hibur bagi semua kemahiran dan aspek seni Bahasa dan
tatabahasa. Penggunaan pelbagai strategi dalam PdP dapat membantu murid
menguasai dan menghayati pembelajaran bahasa dengan lebih berkesan.

ORGANISASI KANDUNGAN

Organisasi Kandungan DSKP ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang
dibahagikan kepada bahagian dan unit yang terdiri daripada standard kandungan,
standard pembelajaran dan standard prestasi. Setiap standard ini berpaksikan
kemahiran bahasa dan sistem bahasa yang disokong oleh pengisian kurikulum.
Selain itu, setiap standard ini mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai
murni, kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh murid selama enam tahun
pembelajaran di sekolah rendah. Ketiga-tiga standard ini dijelaskan dalam jadual
seperti berikut:

Jadual 10 : Organisasi Kandungan DSKP

STANDARD STANDARD STANDARD PRESTASI
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

Penyataan spesifik Suatu penetapan Suatu set kriteria umum
tentang perkara yang kriteria atau indikator yang menunjukkan
murid patut ketahui dan kualiti pembelajaran dan tahap-tahap prestasi
boleh lakukan dalam pencapaian yang boleh yang perlu murid
suatu tempoh diukur bagi setiap pamerkan sebagai tanda
persekolahan standard kandungan. bahawa sesuatu perkara
merangkumi aspek itu telah dikuasai murid
pengetahuan, kemahiran (indicator of success).
dan nilai.

24

Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Melayu.
Dalam mencapai kemahiran bahasa dalam standard ini, Setiap kemahiran tersebut
telah diorganisasikan seperti berikut:

1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid mendengar dengan teliti,
memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula
merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis
dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila.
Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam kemahiran
bertutur.

2. Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik bacaan yang sesuai. Di samping itu, melalui kemahiran ini murid
juga berupaya menghayati teks yang dibaca.

3. Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan
yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka

25

untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginasi.
Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam
pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

4. Aspek Seni Bahasa
Aspek seni bahasa merujuk kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam
bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek
seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati
bahasa yang indah. Pada Tahap II, murid diperkenalkan dengan seni khat
Nasakh bagi memberi pendedahan tentang asas seni penulisan khat. Hal ini
diharapkan dapat memupuk minat murid terhadap penulisan khat. Melalui
pembelajaran aspek ini, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya
kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang
menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang
menyeronokkan secara didik hibur.

5. Aspek Tatabahasa
Aspek tatabahasa merujuk morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu
difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan dan dilaksanakan
melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan
supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat
dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis.

STANDARD KANDUNGAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU (TAHAP I)
Murid patut mengetahui dan boleh melakukan:

1.0 Kemahiran Mendengar dan Bertutur

1.1 Mendengar dan memberikan respons.

26

1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.

2.0 Kemahiran Membaca
2.1 Asas membaca dan memahami.
2.2 Membaca, memahami, dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik.

3.0 Kemahiran Menulis
3.1 Asas Menulis.
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna.
3.3 Menghasilkan Penulisan.

4.0 Aspek Seni Bahasa

4.1 Mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan
sastera.

4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan

kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.

5.0 Aspek Tatabahasa

5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata mengikut konteks.
5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks.

27

STANDARD KANDUNGAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU (TAHAP II)

Murid patut mengetahui dan boleh melakukan:

1.0 Kemahiran Mendengar dan Bertutur
1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi
formal, dan situasi tidak formal.
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.
1.3 Bercerita, dan menceritakan sesuatu perkara dengan sebutan dan intonasi
yang betul.

2.0 Kemahiran Membaca

2.1 Asas membaca dan memahami.
2.2 Membaca, memahami, dan menaakul bahan multimedia.
2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera

3.0 Kemahiran Menulis

3.1 Asas Menulis.
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna.
3.3 Menghasilkan Penulisan.

4.0 Aspek Seni Bahasa
4.1 Mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan
sastera.
4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera

28

4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan
kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.

4.4 Mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam
tulisan khat jawi.

5.0 Aspek Seni Tatabahasa
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.
5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.
5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks.

29

3.2 BAHASA MELAYU SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN
(TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6)

MATLAMAT

Kurikulum standard pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal untuk
membolehkan murid berketerampilan berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk
memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran, maklumat,
nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

OBJEKTIF

KSSR mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bertujuan membolehkan
murid mencapai objektif berikut:

1. Memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan dengan
betul.

2. Bercerita, berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara
daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

3. Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul, memahami, dan menaakul
maklumat tersurat dan tersirat daripada pelbagai sumber untuk memberikan
respons dengan betul;

4. Membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat
untuk memupuk minat membaca.

5. Mencatat, menulis, dan mengimlak untuk mengaplikasikan maklumat dengan
menggunakan bahasa yang santun.

6. Menghasilkan pelbagai penulisan, mengedit, dan menulis ulasan.
7. Menghayati serta menghargai keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan

sastera.
8. Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan

penulisan.

30

9. Menghargai dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik,
dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

FOKUS

Pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi
(konsep kembali kepada asas) dan aplikasi bahasa. Kemahiran asas literasi
memberi penekanan kepada murid Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2 Dan Tahun 3) untuk
menguasai sepenuhnya asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis serta dilaksana sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (pdpp)
secara terancang.

Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) pula, pembelajaran mata pelajaran
Bahasa Melayu memberi penekanan kepada pengukuhan literasi dan aplikasi
kemahiran bahasa supaya mereka lebih berketerampilan berbahasa dalam bentuk
lisan dan bertulis.

Melalui penguasaan kemahiran mendengar dan bertutur, murid dapat berkomunikasi
dalam pelbagai situasi dengan lebih berkesan, manakala melalui kemahiran
membaca, murid dapat meningkatkan kosa kata, memperoleh dan memproses
maklumat serta dapat memupuk minat membaca. penguasaan kemahiran menulis
pula, murid dapat mengaplikasikan maklumat dalam pelbagai bentuk penulisan bagi
menyampaikan idea mereka.

Fokus juga diberikan dalam penguasaan tatabahasa yang baik bagi membantu
murid berkomunikasi dengan menggunakan sistem bahasa yang betul dan
menghasilkan penulisan yang berkualiti dan kreatif. Manakala dalam aspek seni
bahasa pula, murid dapat mengapreasiasikan keindahan bahasa melayu melalui
pelbagai teknik kemahiran bahasa yang santai dan menyeronokkan.

31

Penekanan aktiviti dalam sesuatu pdp dan penggunaan pelbagai bahan yang
menarik secara didik hibur bagi semua kemahiran dan aspek seni bahasa dan
tatabahasa. Penggunaan pelbagai strategi dalam PdP dapat membantu murid
menguasai dan menghayati pembelajaran bahasa dengan lebih berkesan.

ORGANISASI KANDUNGAN

Organisasi Kandungan DSKP ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang
dibahagikan kepada bahagian dan unit yang terdiri daripada standard kandungan,
standard pembelajaran dan standard prestasi. Setiap standard ini berpaksikan
kemahiran bahasa dan sistem bahasa yang disokong oleh pengisian kurikulum.
Selain itu, setiap standard ini mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai
murni, kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh murid selama enam tahun
pembelajaran di sekolah rendah.
Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Melayu.
Dalam mencapai kemahiran bahasa dalam standard ini, Setiap kemahiran tersebut
telah diorganisasikan seperti berikut:
1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid mendengar dengan teliti,
memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula
merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis
dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila.
Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam kemahiran
bertutur.

32

2. Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan
pelbagai teknik bacaan yang sesuai. Di samping itu, melalui kemahiran ini murid
juga berupaya menghayati teks yang dibaca.

3. Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan
idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada
penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan
yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka
untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginasi.
Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam
pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

4. Aspek Seni Bahasa

Aspek seni bahasa merujuk kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam
bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek
seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati
bahasa yang indah. Pada Tahap II, murid diperkenalkan dengan seni khat
Nasakh bagi memberi pendedahan tentang asas seni penulisan khat. Hal ini
diharapkan dapat memupuk minat murid terhadap penulisan khat. Melalui
pembelajaran aspek ini, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya
kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang
menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang
menyeronokkan secara didik hibur.

33

5. Aspek Tatabahasa

Aspek tatabahasa merujuk morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu
difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan dan dilaksanakan
melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan
supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat
dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis.

STANDARD KANDUNGAN TAHAP I

Murid patut mengetahui dan boleh melakukan:
Tahap I
1.0 Kemahiran Mendengar dan Bertutur

1.1 Mendengar dan memberikan respons.
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.

2.0 Kemahiran Membaca

2.1 Asas membaca dan memahami.
2.2 Membaca, memahami, dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik.

3.0 Kemahiran Menulis

3.1 Asas Menulis.
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna.
3.3 Menghasilkan Penulisan.

34

4.0 Aspek Seni Bahasa

4.1 Mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan
sastera.

4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera.
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan

kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.

5.0 Aspek Tatabahasa

5.1 Memahami fungsi dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata mengikut konteks.
5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks.

STANDARD KANDUNGAN TAHAP II

Murid patut mengetahui dan boleh melakukan:

1.0 Kemahiran Mendengar dan Bertutur
1.1 Mendengar dan memberikan respons semasa berkomunikasi dalam situasi
formal, dan situasi tidak formal.
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.
1.3 Bercerita, dan menceritakan sesuatu perkara dengan sebutan dan intonasi
yang betul.

2.0 Kemahiran Membaca

2.1 Asas membaca dan memahami.
2.2 Membaca, memahami, dan menaakul bahan multimedia.

35

2.3 Membaca dan mengapresiasi karya sastera dan bukan sastera

3.0 Kemahiran Menulis
3.1 Asas Menulis.
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna.
3.3 Menghasilkan Penulisan.

4.0 Aspek Seni Bahasa

4.1 Mengaplikasikan unsur keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan
sastera.

4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera
4.3 Menghasilkan bahan sastera dengan menyerapkan keindahan dan

kesantunan bahasa serta mempersembahkannya secara kreatif.
4.4 Mengaplikasikan, menghayati dan menghasilkan unsur keindahan dalam

tulisan khat jawi.

5.0 Aspek Seni Tatabahasa
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks.
5.2 Memahami dan menggunakan bentuk kata mengikut konteks.
5.3 Memahami dan membina ayat mengikut konteks.

36


Click to View FlipBook Version