The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerangka Kurikulum Mata Pelajaran KSSR Semakan 2017

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber Al-Fairuz KVSP2, 2022-06-23 20:44:21

Kerangka Kurikulum Mata Pelajaran KSSR Semakan 2017

Kerangka Kurikulum Mata Pelajaran KSSR Semakan 2017

indah. Murid juga perlu memperlihatkan keupayaan menterjemahkan pemahaman
karya seni melalui ekspresi lisan, penulisan dan perasaan, Murid diberi peluang
untuk merencana, mengelola dan mempersembahkan karya seni melalui daya
kreativiti mereka.

Aspek Sistem Bahasa

Aspek sistem bahasa memerlukan murid memperlihatkan kefahaman dan
penguasaan morfologi dan sintaksia Bahasa Iban. Pengajaran dan pembelajaran
tatabahasa adalah terancang dengan menggunakan teknik yang sesuai bagi
membolehkan murid menggunakan tatabahasa yang betul dalam lisan dan
penulisan.

STANDARD KANDUNGAN

1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Murid patut mengetahui dan boleh:

1.1 Mendengar dan mengenal sebutan perkataan, istilah, frasa dan ayat
dengan betul, tepat dan mengikut konteks.

1.2 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap pertanyaan,
permintaan, arahan, hujahan dan soalan yang diajukan dengan tepat
dan penuh bermakna.

1.3 Bertutur, berbincang atau berbahas mengenai pelbagai topik dalam
situasi formal atau pun tidak formal menggunakan bahasa yang
bertatasusila untuk tujuan akademik, kreatif dan sosial.

1.4 Membincangkan dan merumuskan sesuatu pernyataan atau topik
dalam pelbagai situasi dengan betul dan berkesan menggunakan ayat
yang gramatis.

1.5 Menyatakan pendapat dan membuat keputusan mengenai sesuatu
perkara yang berkaitan dengan tujuan akademik, kreatif dan sosial.

87

2. Kemahiran Membaca
Murid patut mengetahui dan boleh:

2.1 Membaca secara mekanis pelbagai bahan prosa dan puisi dengan
sebutan yang lancar, intonasi yang betul dan nada yang sesuai untuk
menyampaikan sesuatu maksud dengan jelas.

2.2 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan prosa,
puisi dan grafik dengan betul dan berkesan.

2.3 Membaca dan memproses maklumat daripada pelbagai bahan untuk
menambahkan pengetahuan dan berekreasi.

2.4 Membaca dan menganalisis pelbagai bahan secara meluas untuk
menambahkan pengetahuan dan memenuhi keperluan diri.

3. Kemahiran Menulis
Murid patut mengetahui dan boleh:

3.1 Menulis tentang sesuatu perkara menggunakan bahasa yang tepat,
indah dan menarik.

3.2 Menulis untuk melengkapkan perenggan dengan perkataan, istilah,
frasa, peribahasa dan ayat serta menggunakan ejaan dan tanda baca
yang betul, tepat, kritis dan kreatif.

3.3 Menghasilkan karangan berformat dan tidak berformat mengikut tertib
menulis yang betul dan mengedit serta memurnikan dengan pilihan
kata yang tepat dan ayat yang gramatis.

3.4 Meringkas dan merumus daripada pelbagai bahan prosa
menggunakan laras bahasa yang tepat, penanda wacana yang betul
dan ayat yang gramatis.

88

4. Kemahiran Seni Bahasa
Murid patut mengetahui dan boleh:

4.1 Mendengar, mahami dan mengapresiasi karya sastera dan ‘leka main’
dengan memberikan respons dengan betul, rasional dan penuh
penghayatan.

4.2 Memahami dan menggunakan peribahasa, perbandingan dan bahasa
berirama dalam komunikasi dan penulisan dengan betul dan mengikut
konteks.

4.3 Menaakul dan menghasilka karya kreatif dan ‘leka main’ secara
terancang dan tertib menggunakan idea yang kreatif, bahasa yang
indah dan menarik.

4.4 Mempersembahkan karya prosa dan leka main menggunakan pelbagai
teknik persembahan dan media secara kreatif, menarik dan berkesan.

5. Kemahiran Tatabahasa
Murid patut mengetahui dan boleh:

5.1 Memahami pembentukan dan golongan kata serta boleh
menggunakannya dengan betul dan berkesan mengikut konteks.

5.2 Memahami struktur binaan ayat dan boleh menggunakannya dengan
betul dan berkesan.

5.3 Memahami dan menggunakan kata ganda dalam pelbagai ayat dengan
tepat mengikut konteks.

5.4 Memahami dan membina pelbagai ayat dengan penanda wacana yang
betul dan tepat mengikut konteks.

5.5 Menggunakan peribahasa yang betul dalam pelbagai situasi.

89

1.11 BAHASA KADAZANDUSUN (TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6)

MATLAMAT

Matlamat kurikulum Bahasa Kadazandusun sekolah rendah adalah untuk
memperkenal dan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Kadazandusun dalam
kalangan murid. Selain itu kurikulum ini juga bertujuan untuk menerapkan dan
memgembangkan pengetahuan warisan budaya masyarakat Kadazan dan Dusun.

OBJEKTIF

Kurikulum Bahasa Kadazandusun sekolah rendah dirancang untuk membolehkan
murid menggunakan Bahasa Kadazandusun yang beradab dan betul dalam aktiviti
seharian. Selain itu, kurikulum ini juga disusun untuk membolehkan murid mengenali
dan seterusnya meneruskan warisan budaya masyarakat Kadazan dan Dusun di
samping mempunyai rasa apresiasi terhadap pegetahuan asal masyarakat
Kadazandan Dusun. Oleh yang sedemikian, pada akhir pengajaran dan
pembelajaran Kurikulum Standard Kadazandusun sekolah rendah murid dapat;
1. Mengambil bahagian dalam interaksi lisan untuk mendapat, memahami,

menilai dan menerangkan semula maklumat yang diperolehi.
2. Membaca dan menggunakan intonasi yang betul untuk pelbagai jenis teks

bacaan.
3. Menggunakan pelbagai kemahiran membaca untuk mendapat, memahami,

menilai dan memberitahu semula maklumat yang diperolehi dari bahan bacaan.
4. Menggunakan Bahasa Kadazandusun yang tepat, tersusun dan beradab dalam

pelbagai situasi.
5. Dapat mengaplikasikan pegetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari

warisan budaya dan pegetahuan asal masyarakat Kadazan dan Dusun.
6. Menerapkan nilai murni dan menghargai warisan budaya.

90

FOKUS

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun di sekolah rendah lebih
menumpukan kepada pengenalan dan pengukuhan kemahiran dan pengetahuan
berbahasa dari segi mendengar, bertutur, membaca, menulis, sistem bahasa dan
seni bahasa. Kurikulum ini mendedahkan murid kepada pengajaran Bahasa
Kadazandusun yang jelas dan tersusun serta pembelajaran yang melibatkan
berbagai pengalaman yang terarah dalam suasana didik hibur.

ORGANISASI KANDUNGAN

KSSR Bahasa Kadazandusun mengambil pendekatan berbentuk modular yang
membolehkan setiap kemahiran berbahasa seperti kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca, menulis, seni bahasa dan sistem bahasa dititik beratkan dan
mendapat fokus yang seimbang. Standard Kandungan menyatakan kemahiran dan
pemahaman yang perlu dikuasai oleh murid setelah tamat enam tahun persekolahan
di peringkat sekolah rendah. Standard Pembelajaran adalah penetapan kualiti
pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid pada tahun persekolahan yang
berkenaan. Standard Prestasi mengukur tahap penguasaan murid terhadap
penggunaan Bahasa Kadazandusun dalam kemahiran mendengar dan bertutur,
membaca dan menulis.

Pendekatan Modular

Pendekatan yang berbentuk modular ini membolehkan semua kemahiran bahasa

diintegrasikan secara strategik bagi tujuan memperkembangkan satu kemahiran

bahasa yang khusus seperti yang tercatat dalam standard kandungan dan

pembelajaran. KSSR yang berbentuk modular ini juga menekankan kepada

pengajaran dan pembelajaran bahasa dari kemahiran bahasa yang mudah kepada

kemahiran bahasa yang kompleks.

91

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kemahiran bertutur menjurus kepada kebolehan murid berkomunikasi secara
berkesan, bersopan dan bertatasusila sewaktu menyampaikan maklumat, pendapat
dan perasaan secara kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Kemahiran mendengar menitikberatkan keupayaan murid mendengar dengan teliti,
memahami dan menghayati perkara yang diperkatakan atau didengari dalam pelbagi
situasi dan boleh memberikan respon.

Kemahiran Membaca

Kemahiran membaca menghendaki murid memperlihatkan keupayaan mereka
membaca dengan sebutan, intonasi dan jeda yang betul serta kelancaran
pembacaan. Aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis
dititikberatkan melalui pnggunaan pelbagai teknik bacaan.

Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis menghendaki murid memperlihatkan keupayaan menulis
pelbagai genre dengan penggunaan ayat yang gramatis., tanda baca dan ejaan
yang betul serta tulisan yang jelas. Penguasaan kemahiran menulis akan
mencungkil daya kreativiti dan imaginasi murid dalam penulisan prosa, grafik dan
puisi.

Aspek Seni Bahasa

Aspek seni bahasa yang menekankan kepada didik hibur, menghendaki murid
memperlihatkan kecekapan memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang
indah. Murid juga perlu memperlihatkan keupayaan menterjemahkan pemahaman
karya seni melalui ekspresi lisan, penulisan dan perasaan, Murid diberi peluang
untuk merencana, mengelola dan mempersembahkan karya seni melalui daya
kreativiti mereka.

92

Aspek Sistem Bahasa

Aspek sistem bahasa memerlukan murid memperlihatkan kefahaman dan
penguasaan morfologi dan sintaksia Bahasa Kadazandusun. Pengajaran dan
pembelajaran tatabahasa adalah terancang dengan menggunakan teknik yang
sesuai bagi membolehkan murid menggunakan tatabahasa yang betul dalam lisan
dan penulisan. Murid dikehendaki menguasai peribahasa

STANDARD KANDUNGAN

Standard Kandungan Bahasa Kadazandusun Sekolah menengah menggariskan

tahap pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan profisiensi bahasa Kadazandusun

yang murid perlu kuasai dan memperlihatkan selepas menjalani 5 tahun

persekolahan sekolah menengah.

1. Modul Mendengar dan Bertutur
Murid patut mengetahui dan boleh:

1.1 Mengenalpasti bunyi perkataan.
1.2 Menyebut perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
1.3 Menilai dan memberi respon terhadap maklumat yang didengar.
1.4 Memberitahu semula maklumat yang didengar atau dilihat.
1.5 Berkomunikasi lisan dengan menggunakan perkataan yang betul, ayat yang

gramatis dan intonasi yang sopan.

2. Modul Membaca
Murid patut mengetahui dan boleh:

2.1 Mengenalpasti pembentukan perkataan
2.2 Membaca perkataan dengan menggunakan sebutan dan nada yang

betul.

93

2.3 Memberi respon terhadap maklumat yang diperolehi dari bahan bacaan.
2.4 Memberitahu semula maklumat yang diperolehi dari bahan bacaan.

3. Modul Menulis
Murid patut mengetahui dan boleh:

3.1 Menulis perkataan
3.2 Menghasilkan pelbagai ayat betul dan sopan.
3.3 Menghasilkan pelbagai genre penulisan dengan menggunakan tatabahasa

yang betul.

4. Modul Aspek Seni Bahasa
Murid patut mengetahui dan boleh:

4.1 Menghayati dan mengapresiasi pegetahuan warisan budaya masyarakat
Kadazan dan Dusun

4.2 Mendeklamasikan tradisi lisan masyarakat Kadazan dan Dusun.
4.3 Meneruskan penggunaan pegetahuan asal masyarakat Kadazandan Dusun.
4.4 Merencana, mengelola dan mempersembahkan karya kreatif masyarakat

Kadazan dan Dusun

5. Modul Sistem Bahasa
Murid patut mengetahui dan boleh:

5.1 Membezakan bunyi dan sebutan mengikut ejaan.
5.2 Menggunakan pelbagai Golongan Kata.
5.3 Membina pelbagai jenis perkataan.
5.4 Membina pelbagai jenis dan ragam ayat.
5.5 Menggunakan penjodoh bilangan dalam penulisan dan lisan.
5.6 Menggunakan peribahasa Bahasa Kadazandusun dalam penulisan dan lisan

94

3.12 BAHASA SEMAI (TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6)

MATLAMAT

Kurikulum Standard Pendidikan Bahasa Semai Sekolah Rendah adalah untuk
membolehkan murid berketerampilan berbahasa dan berkomunikasi dalam bahasa
Semai secara berkesan dan kesantunan dalam konteks kepelbagaian mengikut
kesesuaian dan tahap perkembangan murid bagi meneruskan kesinambungan
warisan budaya dalam dunia yang penuh dengan cabaran.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Bahasa Semai
Sekolah Rendah murid dapat;
1. Keyakinan untuk bertutur dengan rakan sebaya dan orang dewasa mengikut

situasi formal atau tidak formal.
2. Membaca dan memahami pelbagai bahan teks Bahasa Semai untuk

mendapatkan maklumat bagi memupuk minat membaca.
3. Menulis pelbagai teks dengan gaya bahasa yang sesuai.
4. Menghayati dan memahami penulisan kreatif dalam Bahasa Semai untuk

memupuk minat kepada seni bahasa.
5. Menggunakan tatabahasa yang betul secara lisan dan bertulis.
6. Kesinambungan warisan budaya Orang Asli Suku Semai.

95

FOKUS

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Semai di sekolah rendah adalah bertujuan
membolehkan murid memperoleh dan memperkaya kosa kata, meningkatkan
pemahaman, memperoleh kemahiran berbahasa, menghargai dan mengekalkan
warisan budaya supaya boleh berkomunikasi dengan baik dalam kehidupan
seharian.

ORGANISASI KANDUNGAN

KSSR Bahasa Semai mengambil pendekatan berbentuk modular yang
membolehkan setiap kemahiran berbahasa seperti kemahiran lisan (mendengar
dan bertutur), membaca, menulis, seni bahasa dan sistem bahasa dititikberatkan
dan mendapat fokus yang seimbang. Standard kandungan menyatakan tentang
bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dikuasai oleh murid dalam suatu tempoh
persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard
pembelajaran menyatakan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti
pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.

Pendekatan Modular Kurikulum
Pendekatan berbentuk modular ini membolehkan semua kemahiran bahasa
diintegrasikan secara strategik bagi tujuan memperkembangkan satu kemahiran
bahasa yang khusus seperti dalam standard kandungan dan standard pembelajaran.
Sistem modular dalam KSSR Bahasa Semai tertumpu kepada kemahiran berbahasa
iaitu kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), kemahiran membaca, kemahiran
menulis, kemahiran seni bahasa, dan sistem tatabahasa.

96

Kemahiran Berbahasa
Kemahiran berbahasa termasuk kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
kemahiran menulis. Kemahiran berbahasa ialah teras penguasaan Bahasa Semai
sebagai bahasa literasi.

Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan murid bertutur untuk
menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan
serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Penekanan diberikan kepada pengucapan yang menggunakan tatabahasa
yang betul.

Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merujuk kepada kebolehan murid untuk mendengar
dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang
didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta boleh memberikan
maklum balas.

Kemahiran Membaca
Kemahiran membaca merujuk kepada kebolehan murid membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda, dan kelancaran dengan betul. Penekanan hendaklah diberikan pada
aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan
menggunakan pelbagai teknik membaca. Sehubungan itu, murid boleh menghayati
teks yang dibaca.

97

Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan
menulis ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang
berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui.
Penekanan hendaklah diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca
dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid digalak untuk
menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan yang berunsurkan
pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan pelbagai
situasi dan konteks yang merangkumi bahan prosa, puisi, dan grafik.

Aspek Tatabahasa

Sistem Bahasa berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem
ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, serta peribahasa. Pelaksanaan sistem
bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Semai, murid boleh
menggunakan dan menghasilkan Bahasa Semai secara betul dan sistematik.

STANDARD KANDUNGAN

1.0 Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid
mengetahui dan berkeupayaan:
1.1 Mendengar, mengenal pasti, mengecam bunyi dan menyebut abjad, vokal,

suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
1.2 Mendengar, memahami, menyampaikan dan memberi respons terhadap

sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.
1.3 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara

dengan intonasi yang betul dalam situasi formal dan tidak formal secara
bertatasusila.

98

1.4 Bercerita, bersoaljawab tentang sesuatu perkara menggunakan sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul.

2.0 Modul Kemahiran Membaca
Objektif Kemahiran Membaca adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:
2.1 Asas membaca, membaca perkataan, frasa dan ayat dengan sebutan yang

betul daripada pelbagai sumber dan memahami perkara yang dibaca.
2.2 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan dan intonasi

yang betul.
2.3 Membaca dan memahami maklumat tidak linear daripada pelbagai bahan

berbentuk grafik untuk memberi respons yang betul.
2.4 Membaca dan menaakul untuk memberi pendapat tentang maklumat linear

yang telah difahami.
2.5 Membaca bahan-bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk

minat membaca.

3.0 Modul Kemahiran Menulis
Objektif Kemahiran Menulis adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:
3.1 Asas menulis, menulis suku kata, perkataan , frasa dan ayat secara mekanis

dengan betul.
3.2 Membina dan menulis ayat yang mempunyai perkataan seerti, perkataan

berlawanan dan penjodoh bilangan.
3.3 Mencatat dan menulis maklumat yang betul tentang sesuatu perkara daripada

pelbagai sumber.
3.4 Mencatat, menulis dan mendeskripsikan tentang sesuatu perkara atau situasi

dengan genre penulisan yang betul.
3.5 Menulis dan menghasilkan berbagai jenis / bentuk puisi mudah.

99

4.0 Modul Seni Bahasa
Objektif Aspek Seni Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:
4.1 Menyebut, menghasilkan dan memahami unsur seni atau sastera dalam lagu

dan senikata melalui nyanyian secara didik hibur.
4.2 Mengucap, mengujar, melakonkan dan membina ayat mudah menggunakan

bahasa yang indah dengan gaya yang tersendiri secara didik hibur.
4.3 Mengujarkan bahasa yang indah dan menghargai genre sastera dengan

melafazkannya dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui didik
hibur.

5.0 Modul Tatabahasa

Objektif Aspek Tatabahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan
berkeupayaan:
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.
5.2 Memahami dan menggunakan pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai

situasi dengan betul.
5.3 Memahami dan membina ayat yang betul dalam pelbagai situasi.
5.4 Memahami dan menggunakan penjodoh bilangan dan peribahasa dalam

konteks yang betul.

100

3.13 MATEMATIK (TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6)

MATLAMAT

KSSR Matematik bermatlamat membentuk individu yang berfikrah matematik iaitu
membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam
pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketerampilan
mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan
bertanggungjawab dalam kehidupan seharian dalam menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan, berlandaskan sikap dan nilai agar berupaya menangani
cabaran dalam kehidupan harian, selaras dengan perkembangan sains dan
teknologi dan cabaran abad ke-21.

OBJEKTIF

KSSR Matematik bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:

1. Membentuk fikrah matematik.

2. Membentuk pemahaman dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik
dalam pelbagai konteks.

3. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah, tolak, darab
dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi, Sukatan dan
Geometri, Perkaitan dan Algebra serta Statistik dan Kebarangkalian.

4. Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik, antara
bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.

5. Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan
simbol dan istilah yang betul.

6. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan
membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah.

101

7. Membentuk pemikiran aras tinggi, kritis, kreatif, inovatif, menaakul dan
membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian.

8. Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan
perkaitannya.

9. Menghargai dan menghayati keindahan matematik.
10. Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk TMK

untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.

FOKUS

KSSR Matematik berfokus kepada penguasaan pengetahuan, dan pemahaman bagi
membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses matematik yang
dipelajari.

Penekanan kepada aspek perkembangan pemikiran murid secara matematik dibina
dan dikembangkan melalui proses PdP di dalam bilik darjah berdasarkan prinsip
berikut iaitu penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan, membuat
perwakilan dan penggunaan teknologi dalam matematik.

Kerangka kurikulum Matematik sepertimana yang digambarkan dalam Rajah 4,
merupakan asas penting kepada pelaksanaan kurikulum Matematik di bilik darjah.
Empat elemen penting yang menyumbang kepada pembangunan insan yang
berfikrah matematik ialah:

1. Bidang Pembelajaran.
2. Sikap dan Nilai.
3. Kemahiran Matematik.
4. Proses Matematik.

102

 Nombor dan Operasi
 Sukatan dan Geometri
 Perkaitan dan Algebra
 Statistik dan

Kebarangkalian
 Matematik Diskret

 Penyelesaian  Nilai matematik
masalah  Sikap & nilai

 Penaakulan sejagat
 Berkomunikasi secara

matematik

 Perwakilan

 Perkaitan  Kemahiran matematik

 Kemahiran menganalisis

 Kemahiran menyelesaikan

masalah

 Kemahiran membuat penyelidikan

 Kemahiran berkomunikasi

 Kemahiran menggunakan

Rajah 4: KerangtkeaknKoulorigkiulum Matematik Sekolah Rendah

Fikrah Matematik

Fikrah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) membawa pengertian yang
sama dengan daya berfikir dan pemikiran. Dalam konteks pendidikan matematik,
fikrah matematik merujuk kepada kualiti murid yang dihasratkan untuk
dilahirkan melalui sistem pendidikan matematik kebangsaan. Murid yang berfikrah
matematik ini merupakan murid yang berkeupayaan melakukan matematik dan
memahami idea matematik serta mengaplikasikan secara bertanggungjawab
pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian berlandaskan sikap
dan nilai matematik.

Fikrah matematik juga berhasrat menghasilkan individu yang kreatif dan inovatif
serta memenuhi keperluan abad ke-21 kerana kemampuan negara amat bergantung
kepada modal insan yang mampu berfikir dan menjana idea.

103

Bidang Pembelajaran
Kandungan matematik dirangkumkan mengikut lima bidang pembelajaran iaitu:
1. Nombor dan Operasi.
2. Sukatan dan Geometri.
3. Perkaitan dan Algebra.
4. Statistik dan Kebarangkalian.
5. Matematik Diskret.

STANDARD KANDUNGAN

1.0 Nombor dan Operasi
1.1 Menyatakan kuantiti secara intuitif.
1.2 Nilai nombor.
1.3 Anggaran bagi sesuatu kuantiti.
1.4 Nombor dalam bentuk pola.
1.5 Aplikasi sebarang nombor.
1.6 Nombor perdana.
1.7 Mengenal pasti pasangan nombor untuk membentuk satu nombor yang
berkaitan.
1.8 Mengenal simbol tambah, tolak, darab, bahagi dan sama dengan.
1.9 Menulis ayat matematik bagi operasi tambah, tolak, darab bahagi.
1.10 Melengkapkan ayat matematik tambah, tolak,darab dan bahagi.
1.11 Menyatakan secara spontan fakta asas.
1.12 Penambahan dua hingga lima nombor
1.13 Penolakan nombor.
1.14 Pendaraban dua nombor.
1.15 Pembahagian nombor.
1.16 Penggunaan anu dalam penambahan, penolakkan, pendaraban dan
pembahagian.
1.17 Operasi bergabung tanpa/dengan melibatkan tanda kurung.

104

1.18 Mengenal pecahan wajar, pecahan tak wajar, nombor bercampur dan
perpuluhan hingga tiga tempat perpuluhan.

1.19 Membanding nilai dua pecahan dan perpuluhan.
1.20 Penambahan, penolakkan, pendaraban dan pembahagian pecahan.
1.21 Penambahan, penolakkan, pendaraban dan pembahagian perpuluhan.
1.22 Operasi bergabung melibatkan peahan dan perpuluhan.
1.23 Mengenal, menilai peratus.
1.24 Mengenal pasti ringgit dan sen.
1.25 Penambahan, penolakkan, pendaraban dan pembahagian wang.
1.26 Mengenal mata wang asing, instrumen pembayaran, pelan perbelanjaan

dan simpanan.

1.27 Penyelesaian masalah.

2.0 Sukatan dan Geometri

2.1 Menamakan hari dan bulan
2.2 Menyebut dan menulis waktu.
2.3 Menyatakan waktu dalam jam dan minit, dan perkaitan dalam waktu.
2.4 Mengenal Kalender
2.5 Penambahan, penolakkan, pendaraban dan pembahagian masa.
2.6 Sistem 24 jam.
2.7 Menggunakan unit relatif untuk mengukur panjang, menimbang jisim,

menyukat isi padu cecair.

2.8 Mengenal unit panjang, jisim dan isi padu cecair.
2.9 Menukar unit panjang, jisim dan isi padu cecair.
2.10 Penambahan, penolakkan, pendaraban dan pembahagian unit ukuran dan

sukatan.

2.11 Mengenal pasti bentuk tiga dimensi, dua dimensi, pelbagai jenis prisma
dan sudut.

2.12 Membanding prisma dan bukan prisma.
2.13 Mengenal garis selari dan garis seranjang pada bentuk dua dimensi.
2.14 Menentukan perimeter, luas dan isi padu.

105

3.0 Perkaitan dan Algebra

3.1 Menetukan koordinat pada sukuan pertama
3.2 Menetukan suatu nilai menggunakan kaedah unitari.
3.3 Menetukan nilai berdasarkan nisbah.
3.4 Mewakilkan nisbah dua kuantiti yang melibatkan nisbah bahagian kepada

bahagian, bahagian kepada keseluruhan dan keseluruhan kepada
bahagian.

4.0 Statistik dan Kebarangkalian

4.1 Mengumpul, mengelas dan menyusun data.
4.2 Membaca,memperoleh dan membandingkan maklumat piktograf, carta

palang dan carta pai.
4.3 Membina piktograf dan carta palang.
4.4 Mentafsir data piktograf, carta palang dan carta pai.
4.5 Mengenal dan menentukan mod, median dan julat.
4.6 Menyelesaikan masalah melibatkan pengurusan data.
4.7 Menyatakan sama ada suatu peristiwa yang mungkin berlaku atau tidak

mungkin berlaku.
4.8 Menyatakan peristiwa sebagai mustahil, kecil kemungkinan, sama

kemungkinan, besar kemungkinan atau pasti.

Proses Matematik

Proses matematik yang menyokong pembelajaran matematik yang berkesan dan
berfikrah adalah:

 Penyelesaian masalah;
 Penaakulan;
 Komunikasi secara matematik;
 Perkaitan; dan
 Perwakilan.

106

Kelima-lima proses matematik tersebut saling berkait dan perlu dilaksanakan secara
bersepadu merentas kurikulum.

Penyelesaian masalah merupakan fokus utama dalam PdP matematik. Justeru,
PdP perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan
merentasi keseluruhan kurikulum. Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah seperti
berikut:
(i) Memahami dan mentafsirkan masalah.
(ii) Merancang strategi penyelesaian.
(iii) Melaksanakan strategi.
(iv) Menyemak jawapan.

Penaakulan merupakan asas penting untuk memahami matematik dengan lebih
berkesan dan menjadikan pengertian tentang matematik lebih bermakna.
Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek
dan komunikasi murid. Murid harus dilatih dan dibimbing untuk membuat konjektur,
membuktikan konjektur, memberi penerangan logikal, menganalisa, membuat
pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik.

Komunikasi Secara Matematik dapat membantu murid menjelaskan dan
memperkukuhkan pemahaman matematik. Perkongsian pemahaman matematik
secara penulisan dan lisan dengan rakan sekelas, guru dan ibu bapa, murid akan
dapat meningkatkan keyakinan diri dan memudahkan guru memantau
perkembangan kemahiran matematik mereka. Komunikasi secara matematik,
sama ada secara lisan, penulisan atau menggunakan simbol dan perwakilan visual
(dengan menggunakan carta, graf, gambar rajah dan lain-lain), dapat membantu
murid memahami dan mengaplikasikan matematik dengan lebih efektif.

Perwakilan Matematik sering digunakan untuk mewakili dunia di mana kita hidup.
Oleh yang sedemikian, mesti wujud keserupaan antara aspek-aspek dunia yang
diwakili dan aspek-aspek dunia yang mewakili. Hubungan abstrak antara dua dunia
ini boleh digambarkan seperti dalam Rajah 5.

107

Rajah 5: Proses Perwakilan
Perwakilan boleh dianggap sebagai fasilitator yang membolehkan perkaitan antara
dunia sebenar dan dunia matematik. Formula, jadual, graf, persamaan dan
sebagainya, semua merupakan objek matematik yang digunakan untuk mewakili
pelbagai gagasan dan hubungan dunia sebenar.
Perkaitan perlu diwujudkan supaya murid dapat mengaitkan pengetahuan
konseptual dan prosedural serta dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik
khususnya dan matematik dengan bidang lain secara amnya. Ini akan meningkatkan
kefahaman murid dan menjadikan matematik lebih jelas, bermakna dan menarik
bagi mereka.

108

3.14 SAINS (TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6)

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran Sains digubal
untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman
dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran
berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

OBJEKTIF

KSSR Sains bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:

1. Menggunakan pendekatan inkuiri untuk memenuhi sifat ingin tahu tentang
dunia di sekeliling mereka.

2. Mengaplikasi kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif.

3. Memperoleh pengetahuan tentang fakta dan konsep sains.
4. Mengaplikasi pengetahuan secara kritis, kreatif dan analitis bagi membuat

keputusan, menghasilkan inovasi serta menyelesaikan masalah.
5. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni.
6. Memainkan peranan dalam menjaga alam sekitar.

FOKUS

Mata pelajaran Sains untuk sekolah rendah berfokus kepada pembelajaran berfikrah
yang melibatkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir bagi pemerolehan
pengetahuan yang diterapkan melalui pendekatan utama dalam pendidikan sains

109

iaitu inkuiri. Kurikulum Sains juga berhasrat untuk menyediakan murid yang akan
menghadapi era pembangunan teknologi yang pesat dan pelbagai cabaran abad ke-
21. Golongan murid yang melalui kurikulum ini bakal menjadi sumber tenaga
manusia dalam bidang sains dan teknologi yang akan menyumbang kepada
pembangunan negara.

KSSR Sains dibangunkan berasaskan tiga domain iaitu pengetahuan, kemahiran
dan nilai. Ketiga-tiga domain ini dialami oleh murid melalui kaedah inkuiri bagi
menghasilkan individu yang fikrah sains (Rajah 6). Pendekatan inkuiri merangkumi
pembelajaran berpusatkan murid, konstruktivisme, pembelajaran kontekstual,
pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran masteri serta strategi dan kaedah
yang berkaitan.

Rajah 6: Kerangka Konsep Kurikulum Sains

Kemahiran Saintifik

Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Kemahiran saintifik
dan kemahiran berfikir digunakan dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah.
Kemahiran saintifik merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan
sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik seperti menjalankan eksperimen dan

110

projek. Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran
manipulatif.

Kemahiran Proses Sains

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan
kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan
satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara kreatif, analitis dan
sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan
pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara
berkesan. Kemahiran proses sains adalah seperti berikut:

Memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens,
meramal, berkomunikasi, menggunakan perhubungan ruang dan masa, mentafsir
data, mendefinisi secara operasi, mengawal pemboleh ubah, membuat hipotesis dan
mengeksperimen.

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains
yang membolehkan murid:
Menggunakan dan mengendalikan peralatan sains dan bahan dengan betul;
mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat; melakar spesimen, bahan dan
peralatan sains dengan tepat; membersihkan peralatan sains dengan cara yang
betul; dan menyimpan peralatan sains dan bahanj dengan betul dan selamat.

Kemahiran Berfikir

Pengajaran dan pembelajaran sains memberi peluang yang baik untuk
membangunakan kemahiran berfikir murid. Strategi dalam pengajajran dan
pembelajaran sains memerlukan penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfkir

111

yang menjadi asas kepada pembelajaran berfikrah. Kemahiran berfikir boleh
dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan bemahiran berfikir kreatif.

Sikap Saintifik dan Nilai Murni

Pengalaman pembelajaran sains boleh memupuk sikap dan nilai positif dalam diri
murid. Perancangan yang rapi adalah diperlukan untuk mengoptimumkan penerapan
sikap saintifik dan nilai murni semasa pelajaran sains. Guru perlu meneliti semua
hasil pembelajaran dalam sesuatu bidang pembelajaran yang berkaitan termasuk
standard pembelajaran tentang penerapan sikap saintifik dan nilai murni sebelum
memulakan pelajaran.

Pengaplikasian Teknologi

Teknologi merupakan salah satu alat yang mempunyai potensi yang tinggi untuk
meningkatkan minat dalam pembelajaran sains. Penggunaan teknologi seperti
televisyen, radio, video, komputer dan internet, menjadikan pengajaran dan
pembelajaran sains lebih menarik dan berkesan. Teknologi memudahkan
pengajaran dan pembelajaran yang abstrak atau konsep sains yang sukar. Perisian
aplikasi seperti pemproses kata (word processor), perisian persembahan grafik
(graphic presentation software) dan hamparan elektronik (electronic spreadsheet)
adalah merupakan contoh perisian yang sesuai untuk menganalisis dan
mempersembahkan data. Penggunaan teknologi lain seperti ‘data logger’ dan antara
muka berkomputer dalam eksperimen dan projek dapat membantu pengajaran dan
pembelajaran sains menjadi lebih berkesan.

112

ORGANISASI KANDUNGAN

KSSR Sains Tahun 1 hingga Tahun 6 disusun mengikut tema bidang pembelajaran
iaitu Inkuiri Dalam Sains, Sains Hayat, Sains Fizikal, Sains Bahan, Bumi dan
Angkasa serta Teknologi dan Kehidupan Lestari.

STANDARD KANDUNGAN

1. Inkuiri dalam Sains

1.1 Kemahiran Saintifik
a. Kemahiran Proses Sains;
b. Kemahiran Manipulatif;
c. Peraturan Bilik Sains

2. Sains Hayat

2.1 Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup
a. Ciri benda hidup dan benda bukan hidup;
b. Keperluan asas benda hidup.

2.2 Manusia

a. Deria manusia;
b. Pembiakan dan tumbesaran manusia;
c. Gigi manusia;
d. Kelas makanan;

113

e. Pencernaan
f. Pernafasan manusia
g. Perkumuhan dan penyahtinjaan manusia
h. Manusia bergerak balas terhadap rangsangan
i. Sistem tulang rangka
j. Peredaran darah
k. Tabiat manusia dan kesannya yang mengganggu proses

hidup
l. Sistem pembiakan
m. Sistem saraf

2.3 Haiwan

a. Bahagian tubuh haiwan
b. Pembiakan dan tumbesaran
c. Tabiat makan haiwan
d. Haiwan vertebrata
e. Organ pernafasan haiwan
f. Kemandirian spesies haiwan
g. Interaksi antara hidupan
h. Kepupusan haiwan

2.4 Tumbuhan

a. Bahagian tumbuhan;
b. Tumbesaran tumbuhan;
c. Pembiakan tumbuhan

114

d. Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan
e. Fotosintesis
f. Ciri khas tumbuhan untuk melindungi diri
g. Habitat tumbuhan
h. Kemandirian spesies tumbuhan
i. Kepupusan tumbuhan

2.5 Mikroorganisma
a. Mikroorganisma adalah benda hidup

3. Sains Fizikal

3.1 Magnet
3.2 Elektrik
a. Litar elektrik;
b. Sumber tenaga elektrik
c. Litar bersiri dan litar selari
d. Keselamatan pengendalian peralatan elektrik

3.3 Pengukuran
a. Pengukuran luas da isi padu

3.4 Ketumpatan
a. Objek atau bahan yang lebih tumpat atau kurang tumpat

daripada air.

115

3.5 Sifat Cahaya
a. Cahaya bergerak lurus
b. Cahaya boleh dipantulkan
c. Cahaya boleh dibiaskan

3.6 Bunyi

3.7 Tenaga
a. Sumber dan bentuk tenaga
b. Sumber tenaga boleh diperbaharui dan sumber tenaga tidak

boleh diperbaharui

3.8 Haba
a. Kehilangan dan penerimaan haba
b. Pengukuran suhu

3.9 Daya
a. Daya tolakan dan tarikan, daya gravity, daya keapungan, daya

tekakan

3.10 Pengaratan
a. Pengaratan bahan

4. Sains Bahan

4.1 Penyerapan
a. Keupayaan bahan menyerap air

116

4.2 Campuran

4.3 Asid dan Alkali

4.4 Sifat Bahan
a. Bahan dan sumber asas

4.5 Jirim
a. Keadaan jirim

4.6 Kerosakan makanan

4.7 Bahan buangan

5. Bumi dan Angkasa

5.1 Bumi
a. Bentuk muka bumi;
b. Tanah
c. Air
d. Udara
e. Graviti Bumi

5.2 Sistem Suria
a. Sistem suria
b. Fasa-fasa Bulan
c. Buruj

117

d. Galaksi
5.3 Bumi, Bulan dan Matahari
a. Putaran dan Peredaran Bumi
b. Kesan putaran Bumi pada paksinya
6. Teknologi dan Kehidupan Lestari
6.1 Asas Binaan
a. Binaan daripada bongkah bentuk asas;
b. Set Binaan
6.2 Mesin
a. Takal
b. Struktur dan fungsi mesin ringkas
c. Mesin kompleks
d. Kestabilan dan kekuatan objek

118

3.15 PENDIDIKAN ISLAM (TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6)

MATLAMAT

Matlamat KSSR Pendidikan Islam adalah untuk membina dan membentuk hamba
dan khalifah Allah SWT yang berilmu, beriman, bertaqwa, beramal soleh, berakhlak
mulia dan berketerampilan berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta menyumbang
ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta kesejahteraan alam
demi mencapai kesejahteraan dunia dan akhirat.

OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Islam bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:

1. Membaca surah terpilih daripada al-Quran dengan betul dan bertajwid serta
mengamalkan pembacaannya dalam kehidupan harian.

2. Menghafaz surah terpilih daripada al-Quran dan mengamalkan hafazannya
dalam solat dan ibadat harian.

3. Memahami maksud surah terpilih daripada al-Quran dan menghayati
pengajarannya secara istiqamah.

4. Mengaplikasi hukum tajwid dengan betul secara berterusan.
5. Membaca dan memahami hadis terpilih dan mengamalkan tuntutannya dalam

kehidupan harian.
6. Meyakini dan merumuskan asas-asas akidah untuk diamalkan sebagai

pegangan dan benteng dalam kehidupan harian serta asas dalam tindakan.
7. Mengamalkan konsep asas ibadah sebagai memenuhi tuntutan fardu ain dan

fardu kifayah untuk diamalkan secara istiqamah dalam kehidupan harian.

119

8. Mengaplikasi iktibar daripada sirah Rasulullah SAW bagi menanam rasa
kecintaan kepada baginda dan mengamalkan sunnahnya dalam kehidupan
harian.

9. Menghayati dan mengamalkan konsep adab serta nilai-nilai akhlak dalam
kehidupan harian.

10. Membaca, membina dan menulis ayat serta teks dalam tulisan jawi serta
mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.

11. Menulis Khat Nasakh dan Ruqa’ah mengikut kaedah yang betul.

FOKUS

KSSR Pendidikan Islam berfokuskan aspek ilmu, amali, amalan, penghayatan dan
pembudayaan. Berikut adalah maksud kepada setiap satu aspek tersebut mengikut
konteks KSSR Pendidikan Islam.

1. Ilmu
Ilmu bermaksud isi kandungan atau fakta ilmu yang ditentukan di dalam Standard
Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP). Contohnya dalam tajuk solat
mengandungi fakta tentang hukum solat, syarat wajib, syarat sah, rukun solat
dan sebagainya. Isi kandungan atau fakta tersebut disampaikan secara teori
kepada murid.

2. Amali
Amali bermaksud melaksanakan secara amali teori-teori yang dipelajari.
Contohnya setelah murid diajar secara teori tentang sujud iaitu meletakkan dahi,
dua tapak tangan, dua lutut dan dua hujung kaki ke lantai, murid diminta
melaksanakan sujud secara amali. Amali sangat penting dilaksanakan bagi
memastikan kefahaman yang betul tentang sesuatu teori. Guru perlu
membetulkan sekiranya mendapati ada kesilapan semasa murid melakukan
amali.

120

3. Amalan
Amalan bermaksud mengamalkan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan harian.
Contohnya setelah mempelajari tentang teori solat dan melaksanakan solat
secara amali murid hendaklah dibimbing agar mengamalkan solat dalam
kehidupan harian. Murid perlu sentiasa diingatkan agar mendirikan solat walau
apa keadaan sekali pun.

4. Penghayatan
Penghayatan bermaksud menghayati kesan dan pengajaran dari amalan-amalan
yang dilaksanakan. Contohnya matlamat pensyariatan solat ialah bagi mencegah
daripada melakukan perkara keji dan mungkar. Murid perlu diingatkan agar
sentiasa menjauhi perkara keji dan mungkar kerana mereka telah melaksanakan
solat.

5. Pembudayaan
Pembudayaan bermaksud menjadikan amalan-amalan baik yang diamalkan
secara individu sebagai amalan yang dilaksanakan secara berjamaah atau
beramai-ramai. Contohnya amalan melaksanakan solat dijadikan amalan semua
warga sekolah, akhirnya akan wujud budaya solat berjamaah di sekolah.

ORGANISASI KANDUNGAN

Organisasi kandungan KSSR Pendidikan Islam dibahagikan kepada 7 bidang utama
iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi. KSSR Pendidikan Islam
digubal dengan memberi penekanan pada SK dan SP yang perlu diketahui dan
boleh dilakukan oleh murid. SK dan SP ini berpaksikan pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang disokong oleh EMK. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular
yang menyokong keperluan pembelajaran Pendidikan Islam. Pelaksanaan bagi
kurikulum Pendidikan Islam adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas yang
berkuatkuasa sekarang.

121

1. Bidang Al-Quran

1.1 Bacaan ayat al-Quran pilihan
1.2 Hafazan ayat al-Quran pilihan
1.3 Kefahaman ayat al-Quran pilihan

2. Bidang Hadis

2.1 Bacaan Hadis pilihan
2.2 Kefahaman Hadis pilihan

3. Bidang Akidah

3.1 Rukun Iman
3.2 Rukun Islam
3.3 Asmaul Husna
3.4 Sifat 20
3.5 Penyelewengan Aqidah

4. Bidang Ibadah

4.1 Fardhu Ain
4.2 Fardhu Kifayah

5. Bidang Sirah

5.1 Sirah Rasulullah

6. Bidang Adab

6.1 Adab terhadap diri sendiri
6.2 Adab dalam kehidupan bersosial
6.3 Adab terhadap Allah
6.4 Adab terhadap Rasulullah

7. Bidang Jawi

7.1 Huruf jawi tunggal
7.2 Membaca, membina dan menulis ayat
7.3 Membaca, membina dan menulis pelbagai jenis teks
7.4 Mengenal dan menulis Khat Nasakh dan Ruqa’ah

TAJUK
Tahun 1

1. Al-Quran
1.1 Iqra’

122

1.1.1 Menyebut bunyi huruf hijaiyah berbaris satu
1.1.2 Membaca kalimah yang berbaris satu
1.1.3 Membaca kalimah pelbagai baris
1.1.4 Membaca ayat pelbagai baris dan tanda.

1.2 Hafazan:

1.2.1 Surah al-Fatihah
1.2.2 Surah al-Ikhlas

2. Akidah

2.1 Rukun Iman
2.2 Rukun Islam
2.3 Nama-nama Allah SWT (al-Rahman dan al-Rahim)

3. Ibadah

3.1 Bahagian air
3.2 Istinjak
3.3 Wuduk
3.4 Perkara yang membatalkan wuduk
3.5 Pengertian solat fardhu
3.6 Rukun solat

4. Sirah

4.1 Peristiwa kelahiran Rasulullah SAW
4.2 Mencontohi ciri-ciri keistimewaan Rasulullah Saw bersifat al-Siddiq
4.3 Meneladani keperibadian Rasulullah SAW terhadap keluarga

5. Adab

5.1 Adab terhadap diri sendiri:
5.1.1 Kebersihan diri

5.2 Adab dalam kehidupan bersosial:
5.2.1 Keluarga

5.3 Adab terhadap Allah SWT:
5.3.1 Zikrullah

5.4 Adab terhadap Rasulullah SAW:
5.4.1 Berselawat

6. Jawi

6.1 Mengenal, menyebut dan menulis huruf jawi tunggal
6.2 membaca dan menulis suku kata terbuka
6.3 Membaca dan menulis perkataan daripada dua suku kata terbuka
6.4 Mengenal, membaca dan menulis suku kata tertutup

123

6.5 Membaca dan menulis perkataan daripada dua suku kata tertutup

Tahun 2

1. Al-Quran

1.1 Ayat al-Quran Bacaan dan Hafazan
1.1.1 Surah al-Nas
1.1.2 Surah al-Falaq

1.2 Hukum tajwid:
1.2.1 Mad Asli
1.2.2 Mim dan Nun Syaddah

2. Akidah

2.1 Sifat 20 Allah
2.2 Nama-nama Allah SWT (al-Ahad dan Al-Somad)
2.3 Beriman kepada Malaikat

3. Ibadah

3.1 Istinjak selain daripada air
3.2 Bacaan rukun dan sunat dalam solat
3.3 Syarat wajib dan syarat sah solat

4. Sirah

4.1 Tanda kenabian
4.2 Mencontohi ciri-ciri keistimewaan Rasulullah SAW bersifat amanah
4.3 Meneladani keperibadian Rasulullah SAW terhadap sahabat kanan

5. Adab

5.1 Adab terhadap diri sendiri:
5.1.1 Makan dan minum

5.2 Adab dalam kehidupan bersosial:
5.2.1 Bersahabat

5.3 Adab terhadap Allah:
5.3.1 Berdoa

5.4 Adab terhadap Rasulullah
5.4.1 Mentaati Rasulullah SAW
5.4.2 Kasihi Rasulullah SAW

6. Jawi

6.1 Membaca, membina dan menulis perkataan yang terdiri daripada tiga
suku kata atau lebih.

6.2 Membaca, membina dan menulis rangkaikata.

124

6.3 Membaca, membina dan menulis ayat pendek

Tahun 3

1. Al-Quran
1.1 Ayat al-Quran Bacaan dan Hafazan:
1.1.1 Surah al-Kafirun
1.1.2 Surah al-Asr
1.2 Ayat al-Quran kefahaman:
1.2.1 Surah al-Fatihah
1.3 Tajwid
1.3.1 Nun Sakinah dan Tanwin
a. Izhar
b. Idgham bila ghunnah
c. Idgham ma’al ghunnah
d. Ikhfa’ hakiki
e. Iqlab

2. Akidah
2.1 Nama-nama Allah SWT (al-‘Alim dan al-Hakim)
2.2 Beriman kepada kitab

3. Ibadah
3.1 Bersuci daripada hadas besar
3.2 Perkara yang membatalkan solat
3.3 Sunat ab'adh dan hai'ah dalam solat

4. Sirah
4.1 Tanda kerasulan (penerimaan wahyu pertama)
4.2 Mencontohi ciri-ciri keistimewaan Rasulullah SAW bersifat tabligh
4.3 Meneladani keperibadian Rasulullah SAW terhadap masyarakat Islam
dan bukan Islam.

5. Hadis
5.1 Pengertian hadis
5.2 Hadis: Menghormati orang tua

125

6. Adab

6.1 Adab terhadap diri sendiri:
6.1.1 Tidur

6.2 Adab dalam kehidupan bersosial:
6.2.1 Menuntut Ilmu

6.3 Adab terhadap Allah SWT:
6.3.1 Mentaati Allah SWT
6.3.2 Bersyukur

6.4 Adab terhadap Rasulullah SAW
6.4.1 Mentaati Rasulullah SAW
6.4.2 Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW

7. Jawi

7.1 Membaca, membina dan menulis perkataan berimbuhan awalan.
7.2 Membaca, membina dan menulis teks mudah yang mengandungi

imbuhan awalan.
7.3 Membaca, membina dan menulis perkataan berimbuhan akhiran dan

apitan.
7.4 Membaca, membina dan menulis ayat pendek yang mengandungi

imbuhan akhiran dan apitan.

Tahun 4

1. Al-Quran

1.1 Ayat al-Quran Bacaan dan Hafazan:
1.1.1 Surah al-Takathur
1.1.2 Surah al-Qaria’ah

1.2 Ayat al-Quran Kefahaman
1.2.1 Surah al-Ikhlas

1.3 Tajwid
1.3.1 Mim Sakinah
1.3.1.1 Izhar Syafawi
1.3.1.2 Ikhfa’ Syafawi
1.3.1.3 Idgham Mithlain
1.3.2 Qalqalah
1.3.3 Waqaf

2. Akidah

2.1 Nama-nama Allah SWT (al-Azim dan al-Hamid)
2.2 Beriman kepada Rasul

126

2.3 Mengenal pasti penyelewengan akidah:
2.3.1 Kufur
2.3.2 Nifaq

3. Ibadah
3.1 Bersuci daripada najis mukhaffafah, mutawassitah, dan mughallazah
3.2 Azan dan iqamah
3.3 Puasa Ramadan

4. Sirah
4.1 Penerimaan Masyarakat Yathrib terhadap Rasulullah SAW
4.2 Mencontohi ciri-ciri keistimewaan Rasulullah SAW bersifat Fatanah
4.3 Meneladani keperibadian Rasulullah SAW dalam berdakwah

5. Hadis
5.1 Hadis: Menghormati tetamu

6. Adab
6.1 Adab terhadap diri sendiri:
6.1.1 Pakaian

6.2 Adab dalam kehidupan bersosial:
6.2.1 Riadah

6.3 Adab terhadap masyarakat:
6.3.1 Jiran

6.4 Adab terhadap alam sekitar:
6.4.1 Peliharaan/Pemuliharaan bumi kita.

7. Jawi
7.1 Mengenal, membaca dan menulis perkataan yang mempunyai huruf
hamzah
7.2 Mengenal, membaca dan menulis perkataan pinjaman Bahasa Arab dan
Bahasa Inggeris
7.3 Membaca, membina dan menulis ayat daripada perkataan pinjaman
Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
7.4 Membaca, membina dan menulis teks

127

Tahun 5

1. Al-Quran
1.1 Ayat a-Quran Bacaan dan Hafazan:
1.1.1 Surah al-Qadr
1.1.2 Surah al-Tin
1.2 Ayat al-Quran Kefahaman
1.2.1 Surah al- ‘Asr
1.3 Tajwid
1.3.1 Mad silah qasirah
1.3.2 Mad Badal
1.3.3 Mad ‘Iwad
1.3.4 Mad Tamkin
1.3.5 Mad tabi’e di awal surah

2. Akidah
2.1 Nama-nama Allah SWT (al-Malik dan al-Hasib)
2.2 Beriman kepada hari akhirat
2.3 Mengenal pasti penyelewengan akidah:
2.3.1 Syirik
2.3.2 Sihir

3. Ibadah
3.1 Tayammum
3.2 Solat berjemaah dan amalinya
3.3 Solat Jumaat
3.4 Solat orang yang sakit

4. Sirah
4.1 Hijrah Rasulullah SAW
4.2 Mencontohi ciri-ciri keistimewaan Rasulullah SAW bersifat Istiqamah
4.3 Meneladani keperibadian Rasulullah SAW dalam kepimpinan baginda

5. Hadis
5.1 Hadis: Mentaati pemimpin

128

6. Adab

6.1 Adab terhadap diri sendiri:
6.1.1 Adab berkenderaan

6.2 Adab dalam kehidupan bersosial:
6.2.1 Muamalat

6.3 Adab terhadap masyarakat:
6.3.1 Berkomunikasi

6.4 Adab terhadap pemimpin

7. Jawi

7.1 Membaca, membina dan menulis pelbagai jenis teks berdasarkan tema;
7.1.1 Amalan Hidup Sihat
7.1.2 Kebudayaan
7.1.3 Perayaan
7.1.4 Sukan
7.1.5 Pakaian
7.1.6 Haiwan

7.2 Mengenal dan menulis Khat Nasakh

Tahun 6

1. Al-Quran
1.1 Ayat a-Quran Bacaan dan Hafazan:
1.1.1 Surah al-Syarh
1.1.2 Surah al-Dhuha

1.2 Ayat al-Quran Kefahaman
1.2.1 Surah al-Ma’un

1.3 Tajwid

1.3.1 Hukum mad 2, 4 dan 6 harakat:
a. Mad Lin
b. Mad ‘Arid Li al-Sukun

1.3.2 Hukum mad 4 dan 5 harakat:
a. Mad Wajib Muttasil
b. Mad Jaiz Munfasil
c. Mad Silah Thowilah

1.3.3 Hukum mad 6 harakat:
a. Mad Lazim Harfi
b. Mad Lazim Kalimi
c. Mad Faraq

129

2. Akidah
2.1 Nama-nama Allah SWT (al-Hadi dan al-‘Adl)
2.2 Beriman kepada Qada’ dan Qadar
2.3 Mengenal pasti penyelewengan akidah:
2.3.1 Khurafat
2.3.2 Riddah

3. Ibadah
3.1 Jenis-jenis hukum: Wajib, Sunat, Makruh, Haram, Harus
3.2 Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha
3.3 Solat Jenazah

4. Sirah
4.1 Pembentukan Negara Madinah
4.2 Mencontohi ciri-ciri keistimewaan Rasulullah SAW bersifat Itqan
4.3 Meneladani keperibadian Rasulullah SAW dalam berjihad

5. Hadis
5.1 Hadis: Larangan rasuah

6. Adab
6.1 Adab terhadap diri sendiri:
6.1.1 Pembentukan sahsiah
6.2 Adab terhadap masyarakat:
6.2.1 Adab berziarah
6.3 Adab terhadap negara

7. Jawi
7.1 Membaca, membina dan menulis pelbagai jenis teks berdasarkan tema;
7.1.1 Sains dan Teknologi
7.1.2 Kesenian Islam
7.1.3 Teknologi Maya

7.2 Mengenal dan menulis Khat Ruqa’ah

130

3.16 PENDIDIKAN MORAL (TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6)

MATLAMAT

Kurikulum Pendidikan Moral bermatlamat membentuk insan berakhlak mulia dan
berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral dan
menyumbang ke arah perpaduan dan kesejahteraan negara serta masyarakat
global.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Moral bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif
berikut:

1. Mengetahui dan memahami nilai universal.
2. Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia dalam kehidupan seharian.
3. Melaksanakan tanggungjawab moral dan sosial bagi mengekalkan

kesejahteraan diri, keluarga, sekolah, jiran, masyarakat dan negara.
4. Mengembangkan kemahiran penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan

moral dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang berpegang kepada
peraturan masyarakat dan nilai universal yang berasaskan prinsip moral.
5. Mengeratkan hubungan yang baik dengan masyarakat ke arah memperkukuh
perpaduan negara.
6. Bertindak dengan integriti terhadap diri, keluarga, sekolah, jiran, masyarakat,
negara dan masyarakat global.

131

FOKUS
Fokus KSSR Pendidikan Moral adalah untuk membentuk insan yang berakhlak
mulia. Pembentukan insan yang berakhlak mulia ini dapat direalisasikan dengan
menerapkan tiga domain moral iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan
moral dalam kalangan murid.
Rajah 7 berikut menunjukkan hubungan antara penaakulan moral, emosi moral dan
perlakuan moral yang boleh membentuk insan yang berakhlak mulia.

Rajah 7: Hubungan antara Penaakulan Moral, Emosi Moral dan
Perlakuan Moral

Pembentukan insan yang berakhlak mulia seperti yang diharapkan dalam matlamat
kurikulum Pendidikan Moral boleh dicapai dengan mengintegrasikan ketiga-tiga
domain berikut:

132

Penaakulan Moral
Keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur atau berkonflik nilai
demi mengenal pasti perlakuan baik atau benar dan perlakuan jahat atau salah.
Kemampuan berfikir mengenai kesan dan akibat dalam penyelesaian masalah atau
isu moral sebaik mungkin secara autonomi, rasional dan objektif berdasarkan
kepada prinsip moral.

Emosi Moral

Kesedaran emosi moral melahirkan kepedulian dan hati nurani yang menyebabkan
insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika
melakukan sesuatu yang tidak betul. Emosi moral melahirkan motivasi moral dan
niat untuk bertindak berdasarkan empati dan simpati terhadap diri dan orang lain.
Emosi moral ini boleh diekspresikan dalam bentuk luahan perasaan, fikiran, gerak
geri dan sebagainya.

Perlakuan Moral
Perlakuan moral adalah tindakan moral berkaitan antara penaakulan moral dan
emosi moral. Ia dilakukan secara rela hati dengan rasa bertanggungjawab,
akauntabiliti dan berintegriti moral.

Ketiga-tiga domain tersebut perlu dikembangkan bersama dengan penerapan nilai
universal untuk membantu murid membuat keputusan yang rasional dalam
menyelesaikan permasalahan moral. Sehubungan itu, ketiga-tiga domain tersebut
perlu diaplikasikan bersama dengan 14 nilai universal yang menjadi wahana bagi
menghasilkan insan yang berakhlak mulia. Nilai universal tersebut merupakan nilai
murni yang diterima oleh masyarakat Malaysia dan menepati anutan agama atau
kepercayaan masyarakat Malaysia.

133

Jadual 12: Nilai Universal bagi Mata Pelajaran KSSR Pendidikan Moral

NILAI MAKSUD NILAI
Kepercayaan kepada
Tuhan Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan
Baik Hati mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan
agama atau kepercayaan masing-masing selaras
Bertanggungjawab dengan prinsip Rukun Negara.

Berterima Kasih Kepekaan terhadap keperluan dan kebajikan diri, dan
Hemah Tinggi orang lain dengan memberi bantuan serta sokongan
Hormat moral secara ikhlas.
Kasih Sayang Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan
Keadilan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
Keberanian sempurna.
Kejujuran
Kerajinan Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan
Kerjasama pengiktirafan dan penghargaan.

Kesederhanaan Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia.

Menghargai dan memuliakan seseorang serta
menghormati peraturan institusi sosial.

Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati
yang ikhlas.

Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan
yakin dan tabah.

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam
setiap perlakuan.

Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan
berdedikasi dalam melakukan sesuatu.

Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan
semua.

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat
pertimbangan atau perlakuan tanpa mengabaikan
kepentingan diri dan orang lain.

Toleransi Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi
kesejahteraan hidup diri dan orang lain.

134

NILAI MAKSUD NILAI
Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia.

ORGANISASI KANDUNGAN

Pelaksanaan KSSR Pendidikan Moral adalah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas
yang berkuatkuasa sekarang. KSSR Pendidikan Moral digubal mengikut enam tema
yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai universal. Penggubalan tema ini
mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya, seperti
kerohanian, budaya, sosioemosi, alam sekeliling dan sebagainya. Tema tersebut
adalah seperti dalam Jadual 13.

Jadual 13: Tema Pendidikan Moral Mengikut Tahun

TAHUN TEMA
1
Diri Saya

2 Saya dan Keluarga

3 Saya dan Sekolah

4 Saya dan Jiran

5 Saya dan Masyarakat

6 Saya dan Negara

135

Jadual 14: Kandungan DSKP KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Moral

TAHUN 1 2 3 4 5 6

NILAI DIRI SAYA SAYA DAN SAYA DAN SAYA DAN SAYA DAN SAYA DAN
KELUARGA SEKOLAH JIRAN MASYARAKAT NEGARA
TEMA Agama atau
Kepercayaan kepercayaan Kepatuhan Kepelbagaian Ajaran agama Ajaran agama Kepercayaan
Kepada Tuhan saya kepada ajaran perayaan warga atau atau kepada Tuhan
agama sekolah kepercayaan kepercayaan menjamin
mengeratkan membentuk kesejahteraan
hubungan masyarakat negara
sesama jiran harmoni

Baik Hati Bantuan secara Bantuan Bantuan Keperluan dan Keperluan dan Bantuan dan
ikhlas kepada kepada warga kebajikan kebajikan sokongan moral
keluarga sekolah terhadap jiran terhadap kepada negara
masyarakat

Bertang- Tanggungjawab Tanggungjawab Tanggungjawab Tanggungjawab Tanggungjawab Tanggungjawab
gungjawab diri terhadap di sekolah terhadap jiran terhadap sebagai

keluarga masyarakat warganegara

Berterima Sikap berterima Berterima kasih Amalan Budaya Penghargaan Hargai negara
Kasih kasih terhadap berterima kasih berterima kasih terhadap
terhadap warga terhadap jiran masyarakat Hemah Tinggi
Hemah keluarga sekolah dalam menjaga
Tinggi Beradab sopan imej negara
Bersopan Hemah tinggi Bersopan dan Beradab sopan dan berbudi Hormati negara
Hormat dalam tutur kata dalam keluarga berbudi pekerti dan berbudi pekerti mulia
dan tingkah mulia terhadap pekerti mulia terhadap
laku warga sekolah terhadap jiran masyarakat
Hormati
Hormati Diri Hormati ahli Hormati warga Hormati jiran masyarakat
keluarga sekolah dan
pelawat

Kasih Sayang Sayangi diri Sayangi ahli Sayangi Sayangi jiran Sayangi Cintai negara
keluarga sekolah dan Adil terhadap masyarakat
warga sekolah jiran
Keadilan Adil dalam Bersikap adil Adil dalam Adil demi
perlakuan terhadap Bersikap adil hidup kesejahteraan
seharian keluarga sesama warga bermasyarakat negara
sekolah

136


Click to View FlipBook Version