The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerangka Kurikulum Mata Pelajaran KSSR Semakan 2017

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Pusat Sumber Al-Fairuz KVSP2, 2022-06-23 20:44:21

Kerangka Kurikulum Mata Pelajaran KSSR Semakan 2017

Kerangka Kurikulum Mata Pelajaran KSSR Semakan 2017

TAHUN 1 2 3 4 5 6

NILAI DIRI SAYA SAYA DAN SAYA DAN SAYA DAN SAYA DAN SAYA DAN
KELUARGA SEKOLAH JIRAN MASYARAKAT NEGARA
TEMA Berani
Keberanian mempertahank Berani menjaga Berani Berani demi Berani Berani
an maruah diri nama baik menghadapi kesejahteraan menghadapi mempertahan
keluarga cabaran di jiran cabaran demi kan imej negara
sekolah kesejahteraan
masyarakat

Kejujuran Jujur dalam Jujur terhadap Jujur tehadap Jujur terhadap Jujur terhadap Kejujuran
kehidupan ahli keluarga warga sekolah jiran masyarakat menjamin
seharian demi kesejahteraan
perpaduan negara

Kerajinan Rajin dalam Rajin terhadap Bersikap rajin di Rajin terhadap Bersikap rajin Rajin teras
perlakuan ahli keluarga sekolah jiran demi kebaikan kemajuan
harian masyarakat negara

Kerjasama Kerjasama Kerjasama Kerjasama Kerjasama Kerjasama Bekerjasama
dalam dalam keluarga dengan warga dalam hidup dalam hidup demi kemajuan
Kesederhanaan kehidupan sekolah berjiran bermasyarakat negara
seharian Kesederhanaan
Toleransi Kesederhanaan dalam keluarga Kesederhanaan Kesederhanaan Kesederhanaan Kesederhanaan
dalam diri di sekolah dalam hidup dalam hidup menjamin
Toleransi berjiran bermasyarakat kesejahteraan
Toleransi terhadap ahli Toleransi negara
dalam keluarga sesama warga Toleransi Toleransi Bertoleransi
kehidupan sekolah terhadap jiran terhadap demi
seharian masyarakat kesejahteraan
negara

137

3.17 SEJARAH (TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6)

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mata pelajaran Sejarah membolehkan
murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah tanah
air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan
menjunjung amalan demokrasi di Malaysia.

OBJEKTIF

KSSR Sejarah membolehkan murid:
1. Mengetahui dan memahami kepentingan Sejarah sebagai satu disiplin ilmu dan

mengambil iktibar daripada pengalaman sejarah dan peristiwa semasa.
2. Memahami proses pembinaan dan perkembangan tamadun manusia yang

mempengaruhi kehidupan masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial.
3. Dapat menilai fakta-fakta sejarah negara secara rasional untuk melahirkan

murid yang mempunyai pemikiran kritis dan berani membuat keputusan.
4. Menilai warisan negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global.
5. Menghargai sumbangan tokoh-tokoh perjuangan negara untuk kemerdekaan,

kedaulatan dan menghasilkan pembangunan negara.
6. Mengukuhkan jati diri, semangat patriotisme atau kewatanan dalam

mempertahankan kedaulatan negara.
7. Menghargai ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan serta mengamalkannya

dalam kehidupan seharian sebagai usaha untuk mengukuhkan suasana
harmoni di Malaysia.
8. Mengukuhkan identiti diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia.
9. Mengaplikasikan Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah dalam kalangan murid
melalui kajian kes.

138

10. Mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam melahirkan murid untuk
bersaing di peringkat global.

FOKUS
Fokus utama KSSR mata pelajaran Sejarah adalah untuk menyemai ilmu
pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapan
semangat patriotik melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi
masa kini. Melalui pembelajaran tersebut, murid dapat membina kerangka kronologi
tentang pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Murid
dapat membuat perbandingan tentang pengalaman manusia dan seterusnya
berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah
masyarakat. Pemahaman asas tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan
cinta akan negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.
KSSR mata pelajaran Sejarah mencakupi ilmu pengetahuan (kandungan), asas
kemahiran pemikiran sejarah (kemahiran), penerapan elemen kewarganegaraan
dan nilai sivik bagi memupuk minat murid terhadap Sejarah. Kesepaduan ini
dilaksanakan secara serentak dan berterusan dalam PdP mata pelajaran Sejarah
seperti yang digambarkan dalam Rajah 8.

139

Rajah 8: Fokus Kurikulum Sejarah

140

ORGANISASI KANDUNGAN

Tahun 4: Tahun 5: Tahun 6:
Sejarah Awal Negara Kedaulatan Negara
Kemakmuran Negara
PENGETAHUAN Kita

1. Mari Belajar

Sejarah 6. Warisan Negara Kita 10. Pembentukan Malaysia
2. Zaman Air Batu 7. Perjuangan 11. Kita Rakyat Malaysia
3. Zaman Pra Sejarah
4. Kerajaan Melayu Kemerdekaan Negara 12. Pencapaian dan
Kita Kebanggaan
Awal 8. Yang di-Pertuan Agong Negara
5. Tokoh Terbilang 9. Identiti Negara Kita

Kesultanan Melayu

Melaka

ASAS KEMAHIRAN i. Mengenal pasti elemen asas sejarah – tokoh, tempat, peristiwa, tarikh, dan masa.
PEMIKIRAN SEJARAH ii. Memahami konsep masa – tempoh, jarak dan tarikh spesifik.
iii. Memahami susunan masa – awalan, perkembangan dan akhiran; mengukur dan

mengira calendar masa.
iv. Membuat konversi masa – membuat interpretasi garis masa; menerangkan perubahan

dan kesinambungan dalam urutan masa.
v. Mengenal pasti isu dan masalah masa lalu – mengkaji sebab-musabab; melihat

perubahan dan kesinambungan; melihat sebab dan akibat.
vi. Membuat perbandingan tentang masa lalu – mencari persamaan dan mencari

perbezaan.
vii. Membuat imaginasi secara bergambar dan empati – imaginasi secara visual,

mengembangkan kreativiti dan imaginasi berdasarkan perasaan.
viii. Mengenal pasti kaedah mencari sumber – kaedah mencari sumber, mengenal pasti

sumber dan menggunakan sumber.
ix. Menentukan signifikan bukti – tarikh berlaku, tokoh yang terlibat, peristiwa yang

berlaku, lokasi/tempat peristiwa berlaku dan bagaimana berlaku

i. Perkongsian Sejarah – mengetahui dan memahami sejarah

ELEMEN pembentukan negara.
KEWARGANEGARAAN ii. Perkongsian Nilai – mengamalkan sikap dan perlakuan yang berhemah.
iii. Perkongsian Masa Depan – membina keyakinan dan tanggungjawab
DAN
NILAI SIVIK mencorakkan negara pada masa depan.
iv. Perasaan Kekitaan – membentuk sikap sepunya dan kebersamaan.
v. Kesetiaan – memupuk kepercayaan kepada Tuhan serta memupuk

perasaan taat dan setia pada negara.
vi. Tanggungjawab Warganegara – mengetahui dan memahami

tanggungjawab sebagai warganegara dengan sepenuh hati.
vii. Keterikatan Emosi Kepada Negara – mempunyai perasaan cinta akan

negara yang mendalam dan berusaha mempertahankannya.

141

3.18 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (TAHUN 4 HINGGA 6)

MATLAMAT

Matlamat KSSR RBT adalah untuk membolehkan murid memperoleh pengetahuan,
menguasai asas kemahiran praktis, berkemahiran mereka bentuk, berkebolehan
mengaplikasikan asas teknologi serta menguasai asas keusahawanan ke arah
membentuk murid yang kritis, kreatif dan inovatif.

OBJEKTIF

KSSR RBT bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif berikut:

1. Mengamalkan peraturan keselamatan bengkel dan amalan kerja yang selamat.
2. Melakukan kerja-buat-sendiri dan penyelenggaraan mudah bagi peralatan dan

perkakasan.
3. Mempunyai kesedaran terhadap perkembangan reka bentuk pembangunan

produk sesuai dengan kehidupan.
4. Memperoleh kemahiran menggunakan peralatan, bahan dan perisian

komputer yang sesuai dalam menghasilkan sesuatu produk.
5. Menghasilkan produk yang direka bentuk mempunyai konsep teknologi hijau.
6. Membangunkan produk melalui proses reka bentuk yang menggunakan

teknologi.
7. Memperoleh kemahiran TMK untuk diadaptasi dalam reka bentuk.
8. Mengaplikasi asas keusahawanan.
9. Mengamalkan nilai murni yang relevan untuk mereka bentuk sesuatu produk

yang lebih mesra pengguna, dengan kos yang efisien.
10. Mengamalkan sikap bekerjasama dan berintegriti.

142

FOKUS
KSSR RBT berhasrat untuk menyediakan murid yang akan menghadapi era
teknologi revolusi ke-4 dan pelbagai cabaran Abad Ke-21 dengan memberi fokus
kepada empat domain seperti dalam Rajah 9. Murid akan mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti reka bentuk dan penghasilan produk.

Rajah 9: Domain Reka Bentuk dan Teknologi

143

4

Penerangan setiap domain adalah seperti dalam Jadual 15.

Jadual 15: Domain dalam RBT

DOMAIN PENERANGAN

Apresiasi Mensyukuri dan menghayati sesuatu reka
Reka Bentuk bentuk di sekeliling untuk tujuan
penambahbaikan reka bentuk atau
membuat reka bentuk baharu yang lebih
baik, murah dan cekap.

Aplikasi Mempelajari dan mengaplikasikan
Teknologi teknologi dalam reka bentuk yang
merangkumi pelbagai disiplin ilmu.

Pembuatan Penghasilan reka bentuk dan produk
Produk yang lebih efisien yang melibatkan proses
reka bentuk.

Penilaian Menekankan nilai-nilai murni dalam
Reka Bentuk pembelajaran bagi memastikan produk
Produk dapat menyelesaikan masalah individu
dan masyarakat di samping berdaya
saing.

KSSR RBT memberi penekanan kepada apresiasi, penguasaan ilmu, kemahiran,
nilai murni dan teknikal yang sesuai dengan tahap kebolehan murid berdasarkan
Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP).

144

PENGETAHUAN KEMAHIRAN NILAI/SIKAP

1. Mengetahui, 1. Mereka bentuk projek Mengamalkan nilai murni,
mengingat, menggunakan estetika dan teknikal
mengkategori, pendekatan dalam mereka bentuk dan
merancang, penyelesaian penghasilan produk
menaakul, masalah. seperti berikut:
menyelesaikan
masalah, berimaginasi 2. Menghasilkan reka 1. Tanggungjawab
dan mencipta. sosial – memenuhi
bentuk produk keperluan dan
2. Menganalisis elemen kehendak
dan prinsip reka mengikut proses yang pengguna,
bentuk pada projek menghasilkan
yang akan dihasilkan. sistematik. produk yang mesra
pengguna seperti
3. Membuat rumusan 3. Menggunakan tidak memudaratkan
aspek positif dan kemahiran teknikal kesihatan, mudah
negatif sesuatu dalam penghasilan diguna dan tidak
produk. produk mengikut menyentuh
prosedur yang sensitiviti agama
Memberi cadangan sistematik. atau kaum.

penambahbaikan produk. 4. Membuat pengujian 2. Kelestarian global
dan penilaian dan teknologi hijau
kefungsian projek – mesra alam dan
yang dihasilkan. menggunakan
bahan yang boleh
5. Menggunakan dikitar semula dan
kemahiran komunikasi memikirkan tentang
dalam persembahan produk tidak
semasa pertandingan mengganggu
atau pameran reka kestabilan
bentuk dan amalan ekosistem.
keusahawanan dalam
pemasaran produk. 3. Autonomi – tidak
menghalang
kebebasan
pengguna untuk
memiliki.

Integriti– jujur dalam mereka
bentuk iaitu tidak melakukan
plagiat atau penipuan dalam
penggunaan bahan dan kos.

145

ORGANISASI KANDUNGAN

KSSR RBT digubal dalam bentuk penyataan Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Standard Prestasi yang perlu dicapai oleh murid. Guru boleh
melaksanakan aktiviti tambahan selain daripada yang dicadangkan mengikut
kreativiti dan keperluan untuk mencapai Standard Pembelajaran. Pelaksanaan bagi
kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi adalah mengikut Surat Pekeliling Iktisas yang
sedang berkuatkuasa sekarang.

Kurikulum standard RBT akan mula diperkenalkan pada Tahap II(Tahun 4 hingga
Tahun 6). Kurikulum ini akan meliputi aspek keselamatan, kemahiran proses mereka
bentuk, kemahiran asas pertukangan, asas teknologi, asas keusahawanan,
kemahiran menservis dan menyelenggara dan penghasilan produk daripada
pelbagai bahan.

Keselamatan merangkumi :

 keselamatan diri dan rakan sebaya
 keselamatan peralatan dan mesin
 penyelenggaraan
 mematuhi peraturan keselamatan semasa bekerja

Kemahiran mereka bentuk merangkumi :

 pengenalpastian masalah
 pengumpulan maklumat
 pencetusan dan penjanaan idea melalui lakaran
 pemilihan lakaran yang paling sesuai
 pemilihan dan penyediaan bahan serta alatan
 pembinaan dan penghasilan projek
 pengujian dan pembaikan

146

Kemahiran asas keusahawanan merangkumi :
 pengiraan kos
 mempromosi dan menjual
 merekod urus niaga mudah
Kemahiran asas pertukangan merangkumi :
 memilih bahan dan alatan yang sesuai
 mengukur, menanda dan memotong
 membuka, memasang dan mencantum komponen
Kemahiran asas teknologi merangkumi:
 teknologi konvensional
 teknologi moden
 teknologi digital
 teknologi hijau & tenaga diperbaharui
Kemahiran servis dan menyelenggara merangkumi:
 penyimpanan serta penyelenggaraan alatan dan bahan

147

3.19 PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
(TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6)

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) Pendidikan Jasmani
dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) bermatlamat menghasilkan murid yang
berpengetahuan, berkemahiran, dan mempunyai nilai serta sikap positif bagi
mengekalkan kecergasan fizikal dan kesihatan serta mengamalkan hidup aktif ke
arah kesejahteraan hidup.

OBJEKTIF

KSSR (Semakan 2017) bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif
berikut:

1. Menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk
mengekalkan serta meningkatkan perkembangan fizikal, kecergasan, dan
kesihatan diri;

2. Melakukan aktiviti dalam suasana yang menyeronokkan untuk meningkatkan
kecergasan dan kesihatan diri;

3. Menguasai kecekapan pergerakan dalam pergerakan asas, permainan,
sukan, tarian, dan aktiviti fizikal serta mengaplikasikan konsep pergerakan
dan strategi semasa melakukan aktiviti bagi mengekalkan kecergasan dan
kesihatan diri;

4. Memahami faktor-faktor penyumbang yang mendorong kepada kehidupan
aktif dan sihat sepanjang hayat; dan

148

5. Meningkatkan kemahiran komunikasi, menjalin hubungan positif, dan
menggunakan pemikiran kreatif dan kritis menerusi aktiviti fizikal dan
kesihatan bagi membentuk jati diri.

FOKUS

Fokus KSSR (Semakan 2017) PJPK dibahagikan kepada dua iaitu Pendidikan
Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kurikulum Pendidikan Jasmani bagi Tahap
Satu berfokus kepada membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor,
memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan dan memupuk elemen
keselamatan, tanggungjawab kendiri dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti
fizikal.

Kurikulum Pendidikan Jasmani bagi Tahap Dua berfokus kepada menguasai
kemahiran asas pergerakan berdasarkan konsep pergerakan dan kemahiran asas
permainan mengikut kategori mengaplikasi konsep kecergasan dalam meningkatkan
tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan dan memupuk elemen pengurusan
dan keselamatan, tanggungjawab kendiri, interaksi sosial dan dinamika kumpulan
semasa melakukan aktiviti fizikal.

Kurikulum Pendidikan Kesihatan memberi fokus kepada Pendidikan Kesihatan
Berasaskan Kemahiran (Skills-Based Health Education) yang merangkumi
kemahiran kecekapan psikososial iaitu membuat keputusan, menyelesaikan
masalah, berpemikiran kritis dan kreatif, berkomunikasi berkesan, kemahiran
hubungan interpersonal, kesedaran kendiri, empati, menangani emosi dan tekanan.

Kemahiran kecekapan psikososial membolehkan murid menangani secara berkesan
kehendak dan cabaran harian termasuk kebolehan mengekalkan keadaan mental
yang baik serta mendemonstrasikan sesuatu perlakuan yang positif bagi
mengekalkan tahap kesihatan optimum dan kesejahteraan hidup dalam
kepelbagaian budaya serta persekitaran masa kini dan masa hadapan.

149

ORGANISASI KANDUNGAN

Kandungan KSSR (Semakan 2017) PJPK diorganisasikan berdasarkan Standard
Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi yang perlu dikuasai oleh
murid. Susunan kandungan kurikulum ini adalah bertujuan memudahkan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Organisasi kandungan KSSR
(Semakan 2017) PJPK disusun mengikut disiplin Pendidikan Jasmani dan disiplin
Pendidikan Kesihatan.

Bagi Pendidikan Jasmani, kandungan diorganisasikan berdasarkan bidang. Bidang
terdiri daripada kandungan kurikulum yang mencakup kemahiran (psikomotor),
pengetahuan (kognitif) dan nilai (afektif) yang telah dikenal pasti untuk dikuasai dan
dicapai. Pendidikan Jasmani terdiri daripada 75% Bidang Kemahiran dan
25% Bidang Kecergasan.

Bidang Kemahiran terdiri daripada:

Aspek 1: Kemahiran pergerakan yang mencakup domain psikomotor. Melalui
Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran
motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang
terdapat dalam Bidang Kemahiran.

Aspek 2: Aplikasi pengetahuan dalam pergerakan yang mencakup domain
kognitif. Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan
berkaitan konsep, prinsip, dan strategi pergerakan dalam pembelajaran
serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti
fizikal dalam Bidang Kemahiran.

Bidang Kecergasan terdiri daripada:

Aspek 3: Kecergasan meningkatkan kesihatan mencakup domain psikomotor.
Melalui Aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan

150

tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal dalam Bidang
Kecergasan.

Aspek 4 : Aplikasi pengetahuan meningkatkan kecergasan mencakup domain
kognitif. Melalui Aspek 4, murid dapat mengaplikasi pengetahuan
berkaitan konsep, prinsip, dan strategi meningkatkan kecergasan untuk
kesihatan dan prestasi fizikal dalam Bidang Kecergasan.

Aspek 5 : Kesukanan yang mencakup domain afektif. Melalui Aspek 5, murid
berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi
elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip, dan
strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan. Aspek 5
diaplikasikan dalam kedua-dua bidang.

Pendidikan Kesihatan yang terdiri daripada Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan
Sosial iaitu PEERS (75%), Pemakanan (15%) dan Pertolongan Cemas (10%)
memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri serta
keperluan murid yang disusun mengikut tiga komponen utama iaitu:

1. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)

Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar melalui kurikulum
Pendidikan Kesihatan. PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk
memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan
terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. PEERS bukan
hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata. PEERS
mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan
kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan.
Komponen ini menekankan aspek kesihatan diri dan reproduktif,
penyalahgunaan bahan, kemahiran pengurusan mental dan emosi,
kekeluargaan, perhubungan, pencegahan penyakit dan keselamatan.

151

2. Pemakanan
Komponen ini menekankan aspek pemakanan yang seimbang, amalan makan
secara sihat, penyediaan hidangan, keselamatan dan kualiti makanan.

3. Pertolongan Cemas
Komponen ini menekankan aspek pertolongan cemas untuk menyelamat
nyawa, mengelakkan kecederaan menjadi lebih parah dan mengurangkan
kesakitan sebelum bantuan rawatan perubatan seterusnya diberi kepada
mangsa.

STANDARD KANDUNGAN PENDIDIKAN JASMANI

Bidang Kemahiran
1.1 Konsep pergerakan
1.2 Pergerakan asas kemahiran lokomotor
1.3 Pergerakan asas kemahiran bukan lokomotor
1.4 Kemahiran manipulasi
1.5 Pergerakan berirama
1.6 Gimnastik asas
1.7 Olahraga asas
1.8 Kemahiran permainan kategori serangan
1.9 Kemahiran permainan kategori jaring
1.10 Kemahiran permainan kategori pukul dan memadang
1.11 Akuatik asas
1.12 Rekreasi dan kesenggangan

Bidang Kecergasan
1.1 Konsep kecergasan fizikal
1.2 Komponen kecergasan fizikal
1.3 Pentaksiran Kecergasan Fizikal – Ujian Standard Kecergasan Fizikal

Berasaskan Kesihatan (SEGAK)

152

STANDARD KANDUNGAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Komponen Tajuk Standard Kandungan

1.0 Kesihatan Diri 1.1 Kemahiran membuat keputusan dalam

dan Reproduktif konteks kesihatan diri dan reproduktif.

1.2 Kemahiran menangani pengaruh
dalaman serta luaran yang
mempengaruhi kesihatan diri dan
reproduktif.

2.0 Penyalahgunaan 2.1 Kemahiran menangani situasi berisiko

Bahan terhadap penyalahgunaan bahan kepada

diri, keluarga dan masyarakat.

Pendidikan 3.0 Pengurusan 3.1 Kemahiran mengurus mental dan emosi
Kesihatan Mental dan dalam kehidupan harian.
Reproduktif dan Emosi
Sosial (PEERS) 4.1 Peranan diri sendiri dan ahli keluarga
4.0 Kekeluargaan serta kepentingan institusi kekeluargaan
dalam aspek kesihatan keluarga.

5.0 Perhubungan 5.1 Kemahiran interpersonal dan komunikasi
berkesan dalam kehidupan harian.

6.0 Penyakit 6.1 Kemahiran mencegah dan
mengurangkan faktor risiko penyakit
dalam kehidupan harian.

Pemakanan 7.0 Keselamatan 7.1 Kemahiran kecekapan psikososial untuk
8.0 Pemakanan menjaga keselamatan diri.

8.1 Amalan pemakanan sihat dan selamat.

Pertolongan 9.0 Pertolongan 9.1 Pengetahuan asas pertolongan cemas
Cemas Cemas dan kemahiran bertindak dengan bijak
mengikut situasi.

153

3.20 PENDIDIKAN KESENIAN (TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6)

MATLAMAT

Matlamat Standard kurikulum Pendidikan Kesenian sekolah rendah bermatlamat
untuk melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang
kesenian dalam membentuk insan yang harmonis, kritis, kreatif dan inovatif,
mengamalkan nilai murni, menghargai estetik seni dari pelbagai budaya, dan
mensyukuri keindahan alam ciptaan Tuhan.

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Kesenian
sekolah rendah, murid dapat:

1. Mengaplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni menerusi aktiviti
kesenian.

2. Menghasilkan karya seni secara kreatif dan inovasi dengan menggunakan
pelbagai sumber dan teknologi.

3. Mengapresiasi nilai estetik dari pelbagai karya seni.
4. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran kesenian dalam menjayakan

persembahan.
5. Mengamalkan nilai murni menerusi aktiviti kesenian.

FOKUS

Kurikulum Standard Pendidikan Kesenian sekolah rendah memberi fokus kepada
pembinaan insan berliterasi seni menerusi aktiviti pengkaryaan, persembahan dan
pembudayaan seni melalui gabungan disiplin ilmu seni visual dan muzik. Bagi

154

mencapai hasrat ini, kurikulum Pendidikan Kesenian digubal dengan berasaskan
empat modul kurikulum iaitu Modul Bahasa Seni, Modul Kemahiran Seni, Modul
Kreativiti dan Inovasi serta Modul Apresiasi Seni. Selain itu, pemupukan amalan nilai
murni dan sikap positif juga turut diberi penekanan menerusi aktiviti kesenian.

ORGANISASI KANDUNGAN

Kurikulum Pendidikan Kesenian dibina dengan memberi penekanan kepada empat
modul kurikulum iaitu Bahasa Seni, Kemahiran Seni, Kreativiti dan Inovasi Seni,
serta Apresiasi Seni. Setiap modul kurikulum ini disusun dalam bentuk standard
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid
dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan,
kemahiran dan nilai. Berikut adalah perincian modul kurikulum yang menjadi fokus
utama dalam Pendidikan Kesenian:

Modul Bahasa Seni
Murid didedahkan dengan pengetahuan dan kefahaman seni sebagai panduan
kepada mereka untuk berkarya. Bahasa seni merupakan asas kepada pengetahuan
seni bagi membolehkan murid mengaplikasikannya apabila menjalankan aktiviti
amali dan penghayatan seni.

Modul Kemahiran Seni
Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni dalam aktiviti
amali seperti menggambar, membuat binaan dan memainkan alat muzik. Menerusi
modul ini, murid didedahkan kepada pelbagai media, teknik, proses, elemen dan
sumber menerusi penerokaan, eksperimentasi serta pengalaman dalam pelbagai
aktiviti kesenian untuk membina kemahiran seni.

Modul Kreativiti dan Inovasi Seni
Murid mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk menjana serta menzahirkan
idea kreatif dalam menghasilkan karya seni yang inovatif. Menerusi modul ini, murid
dapat menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dari

155

pembelajaran bahasa seni dan kemahiran seni untuk berkarya. Seterusnya, murid
juga berpeluang untuk mempersembahkan setiap hasil karya mereka semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran secara kreatif.

Modul Apresiasi Seni
Murid menghayati dan menghargai nilai estetik karya sendiri, rakan, tempatan dan
luar negara. Aktiviti ini boleh dijalankan secara lisan, penulisan, persembahan dan
pameran. Menerusi modul ini, murid memberi fokus kepada aktiviti pendengaran
dan pemerhatian secara aktif seterusnya memberi respon terhadap karya tersebut
secara kritis. Murid dapat membuat perkaitan antara kesenian yang dipelajari
dengan disiplin ilmu yang lain. Pada akhir pembelajaran, murid dapat menghargai
dan mensyukuri keindahan alam ciptaan Tuhan.

Projek Kesenian
Projek kesenian merupakan aktiviti yang dijalankan setelah murid melalui satu
proses pembelajaran yang merangkumi disiplin seni visual dan muzik dalam bentuk
persembahan. Projek ini merupakan gabungan aktiviti yang dirancang berdasarkan
sesuatu tema. Berlandaskan tema ini, murid akan menjayakan pameran dan
persembahan kesenian. Murid akan bersama-sama rakan dan guru menjana idea
bagi melaksanakan aktiviti yang dirancang. Projek kesenian yang dicadangkan
adalah berskala kecil iaitu yang dijayakan dalam bilik darjah. Projek ini akan
dijalankan sebanyak dua kali setahun iaitu dihujung penggal pertama dan kedua.
Antara persembahan yang boleh dijalankan oleh murid ialah gallery walk, sudut seni
visual, pameran, sketsa muzikal, persembahan boneka dan nyanyian. Setiap
persembahan menggunakan hasil kerja yang dipelajari dalam seni visual untuk
disepadukan dalam persembahan yang akan dijayakan.

STANDARD KANDUNGAN

1.0 Modul Bahasa Seni
1.1 Bahasa Seni Visual
1.2 Bahasa Muzik

156

2.0 Modul Kemahiran Seni
2.1 Kemahiran Seni Visual
2.2 Kemahiran Seni Muzik

3.0 Modul Kreativiti dan Inovasi Seni
3.1 Penghasilan karya kreatif
3.2 Menghasilkan idea muzikal kreatif.
3.3 Projek Persembahan Kesenian

4.0 Modul Apresiasi Seni
4.1 Penghayatan Karya Seni Visual
4.2 Penghayatan Karya Muzik

157

3.21 PENDIDIKAN KHAS KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN

MATLAMAT

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas (Ketidakupayaan
Pendengaran) bermatlamat untuk melahirkan MBK kurang uapaya pendengaran
yang berilmu, berkemahiran, mempunyai dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam
kehidupan harian agar mereka ini boleh menjadi individu yang seimbang, berdikari
dan berupaya menjalani kehidupan bermasyarakat.

OBJEKTIF

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas (Ketidakupayaan
Pendengaran) membolehkan MBK mencapai objektif berikut:

1. Menguasai kemahiran berbahasa isyarat untuk berkomunikasi, mempelajari
dan memperoleh ilmu serta maklumat baru

2. Mengaplikasi pengetahuan, kemahiran berbahasa isyarat dan asas-asas
ibadah dan nilai dalam kehidupan harian

3. Membaca dan menulis huruf, perkataan dan ayat mengikut keupayaan sendiri.
4. Memberi respons secara jelas mengikut situasi persekitaran

158

FOKUS

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Pendidikan Khas (Ketidakupayaan
Pendengaran) berfokus kepada 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (Suaian),
Bahasa Inggeris (Suaian), Pendidikan Islam (Suaian) dan Bahasa Isyarat
Komunikasi (BIK), .

i. Bahasa Melayu (Suaian) dan Bahasa Inggeris (Suaian)
MBK pekak mempunyai penguasaan bahasa yang sangat lemah dan terhad
disebabkan kekurangan yang mereka miliki.Pengubahsuaian dilakukan dalam
isi kandungan kurikulum yang melibatkan kemahiran seperti kemahiran
mendengar dan bertutur serta kemahiran membaca.

.

ii. Pendidikan Islam (Suaian)
MBK pekak sangat sukar memahami perkar-perkara abstrak disebabkan oleh
kekurangan deria mereka. MBK ini juga tidak dapat menyebut dan membaca
al-Quran dengan baik dan sebutan yang betul(pada yang masih punyai
pendengaran dan suara). Pengubahsuaian dilakukan dalam isi kandungan
Bidang al Quran dan Akidah. Kandungan Tilawah dan Hafazan al Quran
hanya dihadkan kepada syat-ayat lazim yang mudah sahaja sebagai
persediaan mereka untuk menunaikan solat. Bidang Akidah pula
dipermudahkan dari segi pemahaman konsep Rukan Iman dan Rukan Islam.

iii. Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK)
Bahasa Isyarat adalah medium bagi murid pekak untuk berkomunikasi dan
berinteraksi dengan individu persekitaran. Mata pelajaran BIK bertujuan untuk
memberi pendedahan sebarapa banyak kod isyarat perkataan yang perlu
dikuasai oleh MBK pekak dengan harapan mereka ini dapat menguasai
sebanyak mungkin perbendaharaan kata dan kosa kata bagi tujuan untuk

159

memahami bahasa penulisan dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui
medium bahasa isyarat ini, MBK ketidakupayaan pendengaramn akan boleh
menguasai kurikulum aliran perdana. Antara kandungan kurikulum BIK adalah
kod isyarat perkataan dan penggunaan struktur ayat yang betul agar MBK
istimewa ini dapat menulis dan menggunakan kod isyarat dalam struktur ayat
bahasa yang betul. BIK menggunakan kod-kod dalam Bahasa Malaysia Kod
Tangan (BMKT) dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) sebagai bahan rujukan.

 Merujuk kepada mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) Bil 5/2009

KONSEP DAN ELEMEN BAHASA ISYARAT DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

MBK dari kategori ketidakupayaan pendengaran menghadapi masalah dalam
menguasai kemahiran bahasa, maka itu bahasa isyarat diperkenalkan. Bahasa
isyarat merupakan kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara dan tidak
menggunkan pola bunyi tetapi menggunkan pola isyarat, pergerakan tangan, badan
dan bibir untuk memberikan makna, menyampaikan maklumat dan melahirkan
fikiran seorang penutur. Bahasa Isyarat merupakan bahasa visual yang
menggunakan bentuk tangan, orientasi dan pergerekan tangan, lengan atau badan,
dan raut serta ekspresi wajah, pergerakan dan bahasa tubuh sebagai medium untuk
berkomunikasi.

Dalam penghasilan isyarat, elemen—elemen yang perlu diberi perhatian ialah:
i. Bentuk tangan
ii. Orientasi tapak tangan
iii. Lokasi tangan
iv. Pergerakan dan ekspresi muka

160

Konsep komunikasi seluruh diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi
MBK ketidakupayaan pendengaran. Semua medium dalam komunikasi iaitu isyarat
tangan, ejaan jari, bacaan bibir, gerak tubuh, ekspresi muka serta suara dan baki
pendengaran yang ada digunakan dalam konsep komunikasi seluruh. Semasa
isyarat digunakan, guru akan menyebut setiap perkataan yang diisyaratkan berserta
dengan ekspresi muka serta pelbagai cara lain yang disepadukan secara serentak.

Komunikasi seluruh ini membolehkan MBK menguasai bahasa bagi keperluan diri
untuk berkomunikasi, mempelajari dan memperoleh ilmu dan maklumat baru. Ia
dijadikan medium utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi semua
mata pelajaran. Antara tujuan penggunaan komunikasi seluruh dalam PdP adalah
untuk membolehkan MBK pekak:

i. menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus bagi memantapkan
pergerakan asas tangan;

ii. menguasai kemahiran berbahasa isyarat sebagai medium utama komunikasi
di dalam proses penyampaian, penerimaan dan mengakses pemerolehan
bahasa yang efektif dalam kalangan murid bermasalah pendengaran;

iii. menggunakan kemahiran bertutur kepada murid yang masih mempunyai sisa
pendengaran dengan bantuan alat bantu dengar;

iv. menggunakan bahasa secara ekspresi menyeluruh bagi membantu
mengukuhkan kefahaman dalam memperolehi bahasa yang betul; dan

v. menanam keyakinan diri untuk berkomunikasi dalam kalangan masyarakat.

161

ORGANISASI MATA PELAJARAN

Mata pelajaran yang disesuaikan dari mata pelajaran aliran perdana adalah.
i. Bahasa Melayu (suaian)
ii. Bahasa Inggeris (Suian)
iii. Pendidikan Islam (Suaian)
iv. Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK)

Kandungan kurikulum disusun dibawah lajur Standard Kandungan(SK), Standard
Pembelajaran(SP) dan Standard Prestasi(Spi) yang perlu dicapai oleh MBK. SK dan
SP mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai manakala Spi
menujukkan tahap penguasaan MBK dalam pelajarannya.

Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi

Pernyataan spesifik Suatu penetapan kriteria Suatu set kriteria umum
tentang perkara yang atau indikator kualiti yang menunjukkan tahap
murid patut ketahui dan pembelajaran dan tahap prestasi yang perlu
boleh lakukan dalam suatu pencapaian yang boleh murid pamerkan sebagai
tempoh persekolahan diukur bagi setiap tanda bahawa sesuatu
merangkumi aspek standard kandungan perkara itu telah dikuasai
pengetahuan, kemahiran oleh murid
dan nilai.

162

MATA PELAJARAN 1

PENDIDIKAN ISLAM (Suaian)

MATLAMAT

Matlamat Pendidikan Islam (Suaian) Pendidikan Khas adalah untuk melahirkan MBK
ketidakupayaan pendengaran yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal
soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta menjadi
hamba Allah yang bertakwa.

OBJEKTIF

Pada akhir pelajaran MBK boleh :

1. Mengenal huruf hijaiyyah dan membaca (secara isyarat) surah-surah dengan
betul.

2. Memupuk minat membaca al-Quran dan mengamalkan pembacaanya dalam
kehidupan seharian.

3. Memahami dan menyakini asas-asas akidah sebagai pegangan dan panduan
dalam kehidupan.

4. Mengamalkan asas ibadah sebagai memenuhi tuntutan fardhu ain dan fardhu
kifayah.

163

5. Mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah SAW serta bagi menanam rasa
kecintaan kepada baginda.

6. Mengamalkan dan meneladani akhlak mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan
seharian.

7. Membaca dan menulis tulidan jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya
bangsa.

FOKUS
Pendidikan Islam (Suaian) Ketidakupayaan Pendengaran sekolah rendah berfokus
kepada bidang al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah, Adab dan Jawi. Penekanan
yang sama diberi kepada semua bidang tersebut agar MBK berupaya membaca
(secara Isyarat) al-Quran dan mengamalkannya dengan betul, menjadikan ilmu
akidah sebagai asas dalam tindakan, memahami konsep asas ibadah dan
mengamalkannya, dan mengamalkan adab secara istiqamah dalam kehidupan
seharian serta boleh membaca dan menulis jawi dengan betul.

164

ORGANISASI KANDUNGAN

TAHUN STANDA

Bidang 1.0 Al-Quran 2.0 Hadis 3.0 Akidah

Tahun 1 1.1 Huruf hijaiyyah 2.1 Rukun Iman 4
1.2 Huruf hijaiyyah 2.1 Beriman 4
4
tunggal yang kepada 4
berbaris satu Allah
1.3 Huruf hijaiyyah -Tiada- 2.3 Rukun Islam
tunggal yang 2.4 Kalimah
berbaris dua Syahadah
1.4 Huruf hijaiyyah
bersambung yang
berbaris satu
1.5 Huruf hijaiyyah
bersambung yang
berbaris dua
1.6 Huruf hijaiyyah
bersambung
(kalimah/pelbagaiba
ris dan tanda
1.7 Surah al-Fatihah

Tahun 1.1 Surah al-Asr -Tiada- 2.1 Beriman 4
2 1.2 Surah al-Ikhlas kepada d
1.3 Surah al-Falaq
1.4 Surah al-Nas 16

ARD KANDUNGAN

4.0 Ibadah 5.0 Sirah 6.0 Adab 7.0 Jawi

4.1 Bersuci 5.1 Keturunan 6.1 Adap 7.1 Huruf
terhadap Jawi
4.2 Istinjak Nabi ibubapa
Tunggal
4.3 Wuduk Muhammad 6.2 Adan bergaul
7.2Huruf Jawi
4.4 Perlakuan SAW bersambung

dalam solat 5.2 Kisah dengan rakan

penyusuan 6.3 Adab

Nabi terhadap guru

Muhammad

SAW

4.1 Fardhu Ain 5.1 Kehidupan Nabi 6.1 Adab 7.1 Perkataan
berpakaian daripada
dan Kifayah Muhammad

65

1.5 Surah al-Qadr malaikat 4
2.2 Beriman
Tahun 1.1 Surah al-Masad
3 1.2 Surah an-Nasr kepada
1.3 Surah Quraisy Rasul
2.3 Sifat Allah -
Wujud
2.4 Sifat Allah –
Qidam
2.5 Nama Allah
SWT
- Ar-
Rahman
2.6 Nama Allah
SWT
- Ar-Rahim

-Tiada- 3.1 Nama Allah 4

16

4.2 Solat SAW semasa 6.2 Adab masuk sukukata
Fardhu kanak-kanak dan keluar terbuka
5.2 Pekerjaan Nabi rumah 7.2 Perkataan
Muhammad dari
SAW semasa 6.3 Adab Tidur sukukata
tinggal bersama 6.4 Adab di tertutup
bapa
saudaranya sekolah

4.1 Amalan 5.1 Meneladani 6.1 Adab 7.1 Perkataan

66

1.4 Surah al-Fill SWT

- al Malik

3.2 Nama Allah 4

SWT 4
S
- al-Quddus
16
3.3 Sifat Allah
- Baqa’

3.4 Sifat Allah

- Mukhalafatuhu

Lil Hawadis

3.5 Beriman

kepada

kitab

3.6 Beriman

kepada Hari

Akhirat

Tahun 1.1 Surah al-Maun 2.1 Hadis 3.1 Nama Allah

4 1.2 Surah al-Humazah - SWT
1.3 Surah al-Takathur menghormati

solat keperibadian terhadap al- berimbuhan
fardhu Nabi
4.2 Syarat Muhammad Quran 7.2 Ayat
wajib SAW dalam
dan sah kehidupan 6.2 Adab mudah
solat berkeluarga
5.2 Meneladani berkomunikasi 7.2 Perkataan
kisah nabi 6.3 Adab berhuruf
Muhammad Hamzah
SAW dengan
anak-anaknya berziarah
5.3 Peristiwa
Hajarul Aswad 6.4 Adab makan
5.4 Peristiwa di Gua
Hirah dan minum

4.1 Rukun 5.1 Dakwah 6.1 Adab berdoa 7.1 Perkataan
Solat Rasulullah SAW 6.2 Adab pinjaman

67

1.4 Surah al Fatihah orang lebih - al-Azim 4
(baca dan faham) tua 3.2 Nama Allah
-
SWT -
- al-Hamid -
3.3 Sifat Allah – 4
Qiamuhu
Binafsihi 4
3.4 Sifat Allah – R
Wahdiniyah
3.5 Sifat Allah –
Qudrah

3.6 Rukun Iman
- Qada’dan
Qadar

Tahun 1.1 Surah al-Qadar 2.1 Hadis 3.1 Nama Allah 4
T
5 1.2 Surah al-Tin -
1.3 Surah al-Ikhlas 16
menghormati

4.2 Bersuci 5.2 Sifat beriadah Bahasa

daripada Rasulullah SAW 6.3 Adab berjiran Arab
najis - Siddiq
Muhaffaffah 6.4 Adab dengan 7.2 Perkataan
- Amanah
Rasulullah pinjaman

Mutawassitah SAW Bahasa

Muhallazah Inggeris

4.3 Azan dan 7.3 Ayat

Iqamah mudah

4.4 Puasa

Ramadhan

4.1 5.1. Mencintai 6.1 Adab 7.1 Membaca,
Tayammum Rasulullah SAW menulis
pelbagai teks
68

(baca dan faham) tetamu SWT 4
4
- al-Alim 4

3.2 Nama Allah

SWT

- Al Muntaqim
3.3 Penyelewengan
Akidah

- Syirik

- Sihir

Tahun 1.1 Surah al-Syarh 2.1 Hadis 3.1 Nama Allah 4
6 1.2 Surah al_Dhuha
1.3 Surah al-Falaq -mentaati SWT 16

(baca dan fahami) pemimpin - al-Hadi
1.4 Surah an-Nas 3.2 Nama Allah

(baca dan fahami )

SWT
– al”Adl

4.2 Solat - Peristiwa Hijrah berkenderaan berdasarkan
6.2 Adab jual beli tema
berjemaah 5.2 Sifat Rasulullah 6.3 Adab dalam
- pakaian
4.3 Solat SAW - masjid
Jumaat Istiqamah 6.3 Adab - haiwan

4.4 Solat orang - Fattanah

sakit terhadap

pemimpin

(pengajaran

dari al Quran

dan
hadis/sunnah)

4.1 Jenis-jenis 5.1 Mencintai 6.1 Kecintaan 7.1 Membaca,
hukum Rasulullah SAW - menulis
penerimaan dan
terhadap membina
pelbagai
-wajib masyarakat - negara teks

-sunat Madinah - alam sekitar
-makruh - pembentukan
-haram - harta benda
negara Madinah awam

69

3.3 Penyelewengan 4
Akidah

- Khurafat

- Riddah

4

4

17

-harus 5.2 Sifat Rasulullah -haiwan berdasarkan
4.2 Solat Hari SAW 6.2 Larangan tema
- Itqan - sukan
raya Aidil rasuah - perayaan
Fitri 5.3 Meneladani mentaati - teknologi
4.3 Solat hari keperibadian pemimpin maya
Raya Aidl Rasulullah (pengajaran
Adha - kepimpinan dari hadis
4.4 Solat
Jenazah

70

MATA PELAJARAN 2

BAHASA INGGERIS (SUAIAN)

AIM
The English Language Curriculum for hearing disability pupils in Primary Schools
aims to equip pupils with basic language skills to enable them to communicate
effectively in a variety of contexts that are appropriate to the pupils’ level of
development.

OBJECTIVES

By the end of Year 6, pupils should be able to:
1. Communicate with peers and adults confidently and appropriately in formal and

informal situations.
2. Read and comprehend a range of English texts for information and enjoyment.
3. Write a range of texts using appropriate language, style and form using a variety

of media.
4. Appreciate and demonstrate understanding of English language literary or

creative works for enjoyment.
5. Use correct and appropriate rules of grammar in speech and writing.

FOCUS
Pedagogical principles of the curriculum
Pedagogical principles are crucial in guiding the teaching and learning practices in
schools. The principles are not meant to be narrowly descriptive but more of a
guidance on the direction in which effective practice should be practised. The

171

Standard-Based English Language Curriculum for Primary Schools is developed
based on the following principles:

(i) Back to basics
It is essential for teacher to begin with basic literacy skills in order to build a
strong foundation of language skills. Basic listening and speaking skills are
introduced to help pupils enrich their understanding of the language. The
strategy of phonics is introduced to help pupils read while a good foundation in
penmanship will help pupils acquire good handwriting.

(ii) Fun, meaningful and purposeful learning
Lessons which are contextualised and meaningful help pupils to learn more
effectively. Lessons should be fun and interesting through purposeful pupil-
centred learning activities.

(iii) Learner-centredness in teaching and learning
Teaching approaches, lessons and materials must suit the differing needs and
abilities of pupils. It is important that appropriate activities and materials are
used with pupils of different learning capabilities so that their full potential can
be realised. Pupils will master all learning standards using the Mastery
Learning strategy to help them to acquire the language.

(iv) Integration of salient new technologies
In line with globalisation, technology is used extensively in our daily life for a
variety of purposes such as communication, to gain information and knowledge
and to be connected globally. Hence, emergent technologies can be used in
language teaching and learning to engage pupils in more visual and interactive
activities. Information available on the Internet and other electronic media will
be vital for knowledge acquisition.

(v) Character-building
An important principle which needs to be inculcated through the curriculum is
character building. Lessons based on values have to be incorporated in

172

teaching and learning in order to impart the importance of good values for the
wholesome development of individuals.

CONTENT ORGANISATION

YEAR CONTENT STANDARD
YEAR 1 Listening and Speaking
1.1 Listen, articulate and sound out (sign) words correctly in
accordance to Signing Exact English, American Sign
Language Dictionary and Comprehensive Sign English
Dictionary
1.2 Listen (see) and respond appropriately in formal and informal
situations for a variety of purposes.
1.3 Understand and respond to oral (signed) texts in variety
contexts.

Reading
2.1 Apply knowledge of sound of letters to recognise words in
linear and non - linear texts.
2.2 Demonstrate understanding of a variety of linear and non-
linear texts in the form of print and non-print materials using a
range of strategies to construct meaning.
2.3 Read independently for information and enjoyment.

Writing
3.1 Form letters and words in neat legible print including cursive
writing
3.2 Write using appropriate language, form and style for a range
of purposes.
3.3 Create and present ideas through a variety of media using
appropriate language, form and style.

173

YEAR 2 Language Art
4.1 Enjoy and appreciate rhymes, poems and songs.
4.4 Plan, organize and produce creative works for enjoyment.
Listening and Speaking
1.1 Listen, articulate and sound out (sign) words correctly in
accordance to Signing Exact English, American Sign
Language Dictionary and Comprehensive Sign English
Dictionary
1.2 Listen (see) and respond appropriately in formal and informal
situations for a variety of purposes.
1.3 Understand and respond to oral (signed) texts in variety
contexts.

Reading
2.1 Apply knowledge of sound of letters to recognise words in
linear and non - linear texts.
2.2 Demonstrate understanding of a variety of linear and non-
linear texts in the form of print and non-print materials using a
range of strategies to construct meaning.
2.3 Read independently for information and enjoyment.

Writing
3.1 Form letters and words in neat legible print including cursive
writing
3.2 Write using appropriate language, form and style for a range
of purposes.
3.3 Create and present ideas through a variety of media using
appropriate language, form and style.

Language Art
4.1 Enjoy and appreciate rhymes, poems and songs.
4.4 Plan, organize and produce creative works for enjoyment.

174

YEAR 3 Listening and Speaking
YEAR 4 1.1 Listen, articulate and sound out (sign) words correctly in
accordance to Signing Exact English, American Sign
Language Dictionary and Comprehensive Sign English
Dictionary
1.2 Listen (see) and respond appropriately in formal and informal
situations for a variety of purposes.
1.3 Understand and respond to oral (signed) texts in variety
contexts.

Reading
2.2 Demonstrate understanding of a variety of linear and non-
linear texts in the form of print and non-print materials using a
range of strategies to construct meaning.
2.3 Read independently for information and enjoyment.

Writing
3.1 Form letters and words in neat legible print including cursive
writing
3.2 Write using appropriate language, form and style for a range
of purposes.
3.3 Create and present ideas through a variety of media using
appropriate language, form and style.

Language Art
4.1 Enjoy and appreciate rhymes, poems and songs.
4.3 Plan, organize and produce creative works for enjoyment.

Grammar
5.1 Use different word classes correctly and appropriately
Listening and Speaking
1.1 Listen, articulate and sound out (sign) words correctly in
accordance to Signing Exact English, American Sign
Language Dictionary and Comprehensive Sign English
Dictionary

175

TAHUN 5 1.2 Listen (see) and respond appropriately in formal and informal
situations for a variety of purposes.
1.3 Understand and respond to oral (signed) texts in variety
contexts.

Reading
2.2 Demonstrate understanding of a variety of linear and non-
linear texts in the form of print and non-print materials using a
range of strategies to construct meaning.
2.3 Read independently for information and enjoyment.

Writing
3.1 Form letters and words in neat legible print including cursive
writing
3.2 Write using appropriate language, form and style for a range
of purposes.
3.3 Create and present ideas through a variety of media using
appropriate language, form and style.

Language Art
4.1 Enjoy and appreciate rhymes, poems and songs.
4.3 Plan, organize and produce creative works for enjoyment.

Grammar
5.1 Use different word classes correctly and appropriately
Listening and Speaking
1.1 Listen, articulate and sound out (sign) words correctly in
accordance to Signing Exact English, American Sign
Language Dictionary and Comprehensive Sign English
Dictionary
1.2 Listen (see) and respond appropriately in formal and informal
situations for a variety of purposes.
1.3 Understand and respond to oral (signed) texts in variety
contexts.

176

TAHUN 6 Reading
2.2 Demonstrate understanding of a variety of linear and non-
linear texts in the form of print and non-print materials using a
range of strategies to construct meaning.
2.3 Read independently for information and enjoyment.

Writing
3.1 Form letters and words in neat legible print including cursive
writing
3.2 Write using appropriate language, form and style for a range
of purposes.
3.3 Create and present ideas through a variety of media using
appropriate language, form and style.

Language Art
4.1 Enjoy and appreciate rhymes, poems and songs.
4.2 Express personal response to literary texts
4.3 Plan, organize and produce creative works for enjoyment.

Grammar
5.1 Use different word classes correctly and appropriately
5.2 Vonstruct various sentence types correctly
Listening and Speaking
1.1 Listen, articulate and sound out (sign) words correctly in
accordance to Signing Exact English, American Sign
Language Dictionary and Comprehensive Sign English
Dictionary
1.2 Listen (see) and respond appropriately in formal and informal
situations for a variety of purposes.
1.3 Understand and respond to oral (signed) texts in variety
contexts.

177

Reading
2.2 Demonstrate understanding of a variety of linear and non-
linear texts in the form of print and non-print materials using a
range of strategies to construct meaning.
2.3 Read independently for information and enjoyment.

Writing
3.1 Form letters and words in neat legible print including cursive
writing
3.2 Write using appropriate language, form and style for a range
of purposes.
3.3 Create and present ideas through a variety of media using
appropriate language, form and style.

Language Art
4.1 Enjoy and appreciate rhymes, poems and songs.
4.2 Express personal response to literary texts
4.3 Plan, organize and produce creative works for enjoyment.

Grammar
5.1 Use different word classes correctly and appropriately
5.2 Vonstruct various sentence types correctly

178

MATA PELAJARAN 3

BAHASA ISYARAT KOMUNIKASI

MATLAMAT

KSSR Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Pendengaran) BIK bermatlamat untuk
membolehkan MBK ketidakupayaan pendengaran menguasai kod isyarat yang betul
untuk mempelajari dan memperoleh ilmu serta dapat berkomunikasi secara
berkesan.

OBJEKTIF

KSSR Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Pendengaran) BIK bertujuan
membolehkan MBK mencapai objektif berikut:
1. menguasai seberapa banyak kosa kata bagi tujuan dapat memahami bahasa

penulisan dalam pengajaran dan pembelajaran
2. mengembangkan keupayaan mental MBK
3. menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik
4. meningkatkan keyakinan MBK untuk berinteraksi dan bersosialisasi dengan

masyarakat sekeliling

FOKUS

KSSR Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Pendengaran) BIK memberi penekanan
kepada penguasaan kosa kata dan kemahiran komunikasi dalam diri MBK melalui
medium bahasa isyarat secara komunikasi seluruh.
Tiga peringkat perkembangan penting dalam penguasaan bahasa isyarat yang diberi
penekanan adalah:

179

(i) Peringkat Reseptif
Peringkat ini berfokuskan kepada pergerakan jari-jemari dengan memulakan
aktiviti regangan ke arah persediaan untuk menguasai kemahiran berisyarat.
Ia juga merupakan peringkat awal dalam memahami dan mengintepretasikan
isyarat serta akhirnya dapat membentuk kod isyarat sesuatu perkataan.

(ii) Peringkat Ekspresif
Peringkat ini memberi penekanan kepada murid untuk menyatakan maklumat,
konsep atau idea berdasarkan konteks yang telah dipelajari. Murid akan dapat
memperluaskan perbendaharaan kata secara umum dan akhirnya dapat
menguasai kemahiran membina frasa yang mudah.

(iii) Peringkat Interaksi
Kemahiran ini memberi penekanan terhadap kemahiran komunikasi murid
dengan berbahasa isyarat sebagai mod utama di dalam proses penyampaian,
penerimaan dan mengakses pemerolehan bahasa yang efektif.

ORGANISASI KANDUNGAN

TAHUN STANDARD KANDUNGAN
TAHUN 1 1. Motor Kasar
2. Motor Halus
3. Huruf
4. Angka
5. Kata Tanya
6. Ucapan Bertatasusila
7. Keluarga (Asas, Kembangan)
8. Ganti Nama
9. Pekerjaan
10. Persekitaran Sekolah
11. Persekitaran Rumah
12. Persekitaran Lain
13. Kata Kerja

180


Click to View FlipBook Version