TAHUN 2 14. Makanan dan Minuman
15. Warna
16. Ukuran
17. Bahagian Tubuh
18. Pakaian
19. Kata Adjektif
20. Bentuk
21. Kaum, Negeri dan Agama
22. Perayaan
23. Haiwan
24. Buah-buahan / Sayur-sayuran
25. Tumbuh-tumbuhan
26. Kenderaan
27. Perasaan
28. Sukan dan Permainan
29. Kesihatan dan Perubatan
30. Arah
31. Kata Bantu
32. Alam Semulajadi
33. Pendidikan
34. Kerajaan
35. Logam
1. Motor Kasar
2. Motor Halus
3. Huruf
4. Angka
5. Kata Tanya
6. Ucapan Bertatasusila
7. Keluarga (Asas, Kembangan)
8. Ganti Nama
9. Hari dan Masa
10. Pekerjaan
11. Persekitaran Sekolah
181
TAHUN 3 12. Persekitaran Rumah
13. Persekitaran Lain
14. Kata Kerja
15. Makanan dan Minuman
16. Warna
17. Ukuran
18. Bahagian Tubuh
19. Pakaian
20. Kata Adjektif
21. Bentuk
22. Kaum, Negeri dan Agama
23. Perayaan
24. Haiwan
25. Buah-buahan / Sayur-sayuran
26. Tumbuh-tumbuhan
27. Kenderaan
28. Perasaan
29. Sukan dan Permainan
30. Kesihatan dan Perubatan
31. Arah
32. Kata Bantu
33. Alam Semulajadi
34. Pendidikan
35. Kerajaan
36. Logam
1. Huruf A – Z
2. Angka 1 – 10000
3. Warna
4. Ucapan
5. Hari dan Masa
6. Persekitaran Sekolah
7. Keluarga Asas
8. Persekitaran Rumah
182
TAHUN 4 9. Bahagian Tubuh Badan
10. Haiwan
11. Makanan dan Minuman
12. Buah-buahan
13. Sayur-sayuran
14. Pakaian dan Aksesori
15. Pekerjaan
16. Kenderaan
17. Tumbuh-tumbuhan
18. Bentuk Asas
19. Arah
20. Ganti Nama Diri
21. Kata Kerja
22. Kata Adjektif
23. Kata Bantu
1. Kata Ganti Nama
2. Kata Bantu
3. Kata Kerja
4. Pengucapan
5. Masa dan Waktu
6. Keluarga Kembangan
7. Makanan dan minuman
8. Pakaian
9. Perasaan
10. Adjektif
11. Persekitaran Sekolah
12. Persekitaran Lain
13. Sukan
14. Kenderaan
15. Pekerjaan
16. Tumbuh-tumbuhan
17. Haiwan
18. Alam Semulajadi
183
TAHUN 5 19. Arah
TAHUN 6 20. Bahagian Tubuh Badan
21. Kesihatan dan Perubatan
22. Bentuk dan Rupa
23. Galian/Logam
24. Kerajaan
1. Kata Ganti Nama
2. Kata Bantu
3. Kata Kerja
4. Pengucapan
5. Masa dan Waktu
6. Makanan dan minuman
7. Pakaian
8. Perasaan
9. Adjektif
10. Persekitaran Sekolah
11. Persekitaran Lain
12. Sukan
13. Kenderaan
14. Pekerjaan
15. Tumbuh-tumbuhan
16. Haiwan
17. Alam Semulajadi
18. Arah
19. Bahagian Tubuh Badan
20. Kesihatan dan Perubatan
21. Bentuk dan Rupa
22. Galian/Logam
23. Kerajaan
1. Kata Ganti Nama
2. Kata Bantu
3. Kata Kerja
4. Pengucapan
184
5. Masa dan Waktu
6. Makanan dan minuman
7. Pakaian
8. Perasaan
9. Adjektif
10. Persekitaran Sekolah
11. Persekitaran Lain
12. Sukan
13. Kenderaan
14. Pekerjaan
15. Tumbuh-tumbuhan
16. Haiwan
17. Alam Semulajadi
18. Arah
19. Bahagian Tubuh Badan
20. Kesihatan dan Perubatan
21. Bentuk dan Rupa
22. Galian/Logam
23. Kerajaan
MATA PELAJARAN 4
BAHASA MELAYU (SUAIAN)
MATLAMAT
KSSR Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Pendengaran) Bahasa Melayu
bermatlamat membolehkan MBK berkeyakinan dalam berbahasa dan berkomunikasi
untuk memperoleh pengetahuan, ilmu, maklumat dan idea bagi memenuhi keperluan
diri, perhubungan sosial dan urusan kehidupan.
185
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Pendengaran) Bahasa Melayu bertujuan
untuk membolehkan MBK mencapai objektif berikut:
1. Mendengar dan bertutur/ melihat, mengecam, mengenal pasti dan
mengisyarat serta memahami mesej yang disampaikan oleh pihak lain dalam
pelbagai situasi formal dan tidak formal.
2. Mendengar dan bertutur/ melihat, mengecam, mengenal pasti dan
mengisyarat serta dapat memberikan respons terhadap bunyi arahan,
pertanyaan dan pesanan sama ada melalui perlakuan bahasa lisan dan bukan
lisan.
3. Bertutur/berisyarat menggunakan sebutan, intonasi dan bahasa yang betul.
4. Bertutur/berisyarat dengan menyatakan pendapat dan permintaan secara
bertatasusila mengikut situasi.
5. Membaca (isyarat/sebutan) dengan intonasi dan jeda mengikut tanda bacaan
yang betul.
6. Membaca dan menaakul bahan sastera dan bukan sastera bagi mendapatkan
maklumat secara tersurat dan tersirat.
7. Membaca (isyarat/sebutan) dan memindahkan maklumat yang perlu ke dalam
pelbagai bentuk prosa atau bentuk grafik.
8. Membaca (isyarat/sebutan) dan memberikan pelbagai respons berdasarkan
maklumat yang terdapat dalam teks.
9. Memupuk minat membaca untuk menambah pengetahuan dan
memperkayakan kosa kata dan maklumat.
10. Menulis dan menghasilkan pelbagai jenis karangan kreatif dan bukan kreatif.
11. Menulis ulasan berasaskan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai
sumber.
12. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme
dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.
186
FOKUS
KSSR Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Pendengaran) Bahasa Melayu
memfokuskan MBK dapat membina keyakinan diri dalam berkomunikasi dan
bersosialisasi. Di samping itu, MBK boleh menggunakan kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi untuk memperoleh dan menyampaikan pendapat, idea dan maklumat
dalam pelbagai situasi pembelajaran dan perhubungan sosial serta urusan harian.
Pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi
(konsep kembali kepada asas) dan aplikasi bahasa. Kemahiran asas literasi
memberi penekanan kepada murid-murid Tahap I (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3)
untuk menguasai sepenuhnya asas mendengar dan bertutur/ melihat, mengecam,
mengenal pasti dan mengisyarat, membaca (lisan/isyarat) dan menulis yang
dilaksana sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara
terancang.
Pada Tahap II (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) pula, pembelajaran mata pelajaran
Bahasa Melayu memberi penekanan kepada pengukuhan literasi dan aplikasi
kemahiran bahasa supaya mereka lebih berketerampilan berbahasa dalam bentuk
lisan, berisyarat dan bertulis. Melalui penguasaan mendengar dan bertutur/ melihat,
mengecam, mengenal pasti dan mengisyarat, murid dapat berkomunikasi dalam
pelbagai situasi dengan lebih berkesan manakala melalui kemahiran membaca,
murid dapat meningkatkan kosa kata, memperoleh dan memproses maklumat serta
dapat memupuk minat membaca. Penguasaan kemahiran menulis pula, murid dapat
mengaplikasikan maklumat dalam pelbagai bentuk penulisan bagi menyampaikan
idea mereka. Fokus juga diberikan dalam penguasaan tatabahasa yang baik bagi
membantu murid berkomunikasi dengan menggunakan sistem bahasa yang betul
dan menghasilkan penulisan yang berkualiti dan kreatif. Manakala dalam aspek
Seni Bahasa pula, murid dapat mengapreasiasikan keindahan bahasa Melayu
melalui pelbagai teknik kemahiran bahasa yang santai dan menyeronokkan.
Penekanan aktiviti PdP dan penggunaan pelbagai bahan yang menarik secara didik
hibur bagi semua kemahiran dan aspek ini dapat membantu murid menguasai dan
menghayati pembelajaran bahasa dengan lebih berkesan.
187
ORGANISASI KANDUNGAN STANDARD KANDUNGAN
TAHUN
TAHUN 1.0 Kemahiran 2.0 Kemahiran 3.0 Kemahiran 4.0 Aspek Seni 5.0 Aspek
1- 6 Mendengar & Membaca Menulis Bahasa Tatabahasa
Bertutur/ 5.1 Memahami
Melihat, fungsi dan
Mengecam, menggunakan
Mengenalpasti golongan kata
dan Mengisyarat mengikut konteks.
1.1 Mendengar 2.1 Asas membaca 3.1 Asas 4.1 Mengaplikasikan
dan dan memahami. menulis. unsur keindahan dan
memberikan kesantunan bahasa
Respons. dalam bahan sastera
1.2 Bertutur 2.2Membaca,memahami, 3.2 Menulis 4.2 Menghayati 5.2 Memahami dan
untuk dan menaakul bahan perkataan, frasa keindahan dan menggunakan
menyampaik grafik dan bukan dan ayat yang kesantunan bahasa pembentukan kata
an grafik. bermakna. dalam bahan sastera. mengikut konteks.
maklumat
dan idea
bagi
pelbagai
tujuan.
2.3 Membaca dan 3.3 Menghasilkan 4.3 Menghasilkan 5.3 Memahami dan
mengapresiasi Karya penulisan. bahan sastera dengan membina ayat
sastera dan bukan menyerapkan mengikut konteks.
sastera. keindahan dan
kesantunan bahasa
serta
mempersembahkannya
secara kreatif.
4.4 Mengaplikasikan,
menghayati dan
menghasilkan unsur
keindahan dalam
tulisan khat jawi.
188
3.22 PENDIDIKAN KHAS KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN
MATA PELAJARAN
1) KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN
MATLAMAT
Matlamat KSSR Pendidikan Khas bagi mata pelajaran Kemahiran Asas Individu
Ketidakupayaan Penglihatan adalah untuk melahirkan MBK yang berpengetahuan
dan berkemahiran untuk bergerak dan mengorientasikan diri dengan persekitaran,
dan berketrampilan menggunakan kod Braille, peralatan khas dan TMK bagi individu
kurang upaya penglihatan.
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas bagi mata pelajaran Kemahiran Asas Individu
Ketidakupayaan Penglihatan bertujuan untuk membolehkan MBK mencapai objektif
seperti berikut:
1. Menguasai dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk bergerak
dan mengorientasikan diri dengan persekitaran ;
2. Bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan yakin, selesa dan
selamat tanpa atau dengan menggunakan alat mobiliti;
3. Menguasai dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran kod Braille dan
penggunaan peralatan khas; dan
4. Menguasai dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
asas TMK bagi MBK ketidakupayaan penglihatan;
189
FOKUS
KSSR Pendidikan Khas Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan
berfokus kepada tiga bidang kemahiran asas iaitu Orientasi dan Mobiliti, Kod Braille,
Grafik Taktil dan Peralatan Khas serta Asas TMK. Kemahiran-kemahiran yang
dipelajari diharapkan dapat membantu mereka menjalani kehidupan harian dengan
lebih bermakna.
ORGANISASI KANDUNGAN
Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan terdiri daripada disiplin ilmu
dan kemahiran meliputi Orientasi dan Mobiliti, kemahiran Kod Braille dan
penggunaan peralatan khas serta kemahiran asas Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) bagi MBK ketidakupayaan penglihatan. Melalui kemahiran ini,
murid didedahkan dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta nilai bagi menjalani
kehidupan harian. KSSR Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan
Pendidikan Khas ini diorganisasi mengikut tiga bidang kemahiran iaitu:
i. Orientasi dan Mobiliti (O&M)
ii. Kemahiran Kod Braille dan Penggunaan Peralatan Khas
iii. Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Ketidakupayaan
Penglihatan.
STANDARD KANDUNGAN
Bidang: Orientasi dan Mobiliti
1.0 Anggota Badan Dan Deria.
2.0 Orientasi Bilik Darjah
3.0 Pengurusan Diri Saya Dan Kemahiran Hidup Harian
4.0 Protongkat
190
5.0 Saya Dan Tongkat Putih
6.0 Sekolah Saya
Bidang: Kemahiran Kod Braille dan Penggunaan Peralatan Khas
1.0 Saya Dan Titik-Titik Braille
2.0 Grafik Taktil
3.0 Saya Dan Peralatan Khas.
Bidang: Asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Ketidakupayaan
Penglihatan
1.0 Pengenalan Kepada Komputer
2.0 Perisian Pembaca Skrin
3.0 Penggunaan Papan Kekunci
4.0 Perisian Pemproses Perkataan
MATA PELAJARAN
2) PENDIDIKAN JASMANI (SUAIAN)
PENGENALAN PENDIDIKAN JASMANI (SUAIAN)
Komponen Pendidikan Jasmani (Suaian) adalah ini adalah selaras dengan
Komponen KSSR Pendidikan Jasmani. KSSR Pendidikan Jasmani bertujuan
memberi murid kemahiran asas pergerakan tubuh badan, sukan, permainan,
rekreasi dan kesenggangan serta kecergasan dengan menerapkan nilai estetika
berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antara disiplin tersebut melibatkan
pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik, fisiologi senam, psikologi
sukan, sosiologi sukan dan suaian fizikal. Guru yang mengajar KSSR Komponen
Pendidikan Jasmani perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam
kemahiran pergerakan dan kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan
Jasmani. Suasana pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani juga
191
dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dengan menekankan aspek
keselamatan.
Komponen Pendidikan Jasmani (Suaian) ini disediakan untuk memenuhi keperluan
murid kurang upaya penglihatan di sekolah dan program pendidikan khas integrasi
(PPKI). Proses pelaksanaan kurikulum perlu mengambil kira kepelbagaian
kebolehan dan keupayaan individu. Bagi memenuhi keperluan individu, pengajaran
dan pembelajaran di sekolah dan Program Pendidikan Khas dibentuk secara
fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013,
8.(1)(c) yang menyatakan;
“Seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada:
i. kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran
ii. masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti
iii. susunan aktiviti; dan
iv. bahan bantu mengajar
.apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (1)(c) hendaklah
mengikut Kurikulum Pendidikan Khas.”
Suaian dalam komponen pendidikan jasmani ini bermaksud satu program yang
melibatkan kecergasan fizikal dan motor, kemahiran motor asas, kemahiran dalam
akuatik dan tarian, permainan dan sukan individu dan berpasukan yang direka untuk
memenuhi keperluan individu yang unik agar murid kurang upaya penglihatan dapat
melakukan aktiviti pendidikan jasmani dengan selamat, dan mencapai kepuasan
kendiri.
Komponen ini juga bermatlamat untuk menyediakan murid kurang upaya
penglihatan kearah penglibatan dalam aktiviti sukan dan permainan. Suaian dalam
sukan dan permainan merujuk kepada sukan yang diubahsuai atau dicipta untuk
memenuhi keperluan unik individu kurang upaya. Aktiviti sukan dan permainan
suaian boleh dijalankan secara integrasi dimana murid kurang upaya berinteraksi
192
dengan murid tipikal atau dijalankan dalam persekitaran murid kurang upaya itu
sendiri dimana mereka berinteraksi dalam kalangan mereka sahaja.
Fokus suaian dalam sukan dan permainan ini adalah modifikasi dalam sukan dan
permainan tersebut termasuklah dalam aspek peraturan dan cara dimainkan
berdasarkan keperluan dan keupayaan setiap murid. Dalam pelaksanaan komponen
ini, guru perlu mengetahui kebolehan dan kekangan setiap murid kurang upaya
penglihatan dalam melakukan aktiviti dan merancang aktiviti serta mengambil kira
aspek keselamatan setiap murid.
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid kurang upaya penglihatan
memerlukan guru untuk berinteraksi dengan pelbagai cara untuk memberikan
kefahaman kepada murid. Guru boleh menggunakan strategi berikut untuk
membantu murid melakukan aktiviti semasa menjalankan PdP.
(i) Penerangan secara verbal.
a. Menerangkan kepada murid apa yang perlu dilakukan menggunakan
arahan yang ringkas dan jelas.
b. Jika murid tidak memahami arahan yang pertama, ulang dengan cara
yang berbeza.
c. Berikan maklum balas yang jelas dan spesifik.
(ii) Demonstrasi.
a. Tunjukkan kapada murid pergerakan yang perlu dilakukan.
b. Demonstrasi dilakukan dalam lingkungan penglihatan murid.
c. Jadikan rakan murid yang mempunyai saiz badan dan keupayaan yang
sama sebagai model.
d. Peringkatkan perlakuan suatu kemahiran (analisis tugasan).
(iii) Bantuan atau panduan fizikal.
a. Bantu murid untuk bergerak secara fizikal.
193
b. Kurangkan bantuan secara beransur-ansur.
(iv) Model taktil.
a. Murid atau guru bertindak sebagai model yang akan melakukan suatu
kemahiran.
b. Murid akan menyentuh badan model untuk mengetahui postur dan bentuk
badan semasa melakukan aktiviti tersebut.
c. Guru perlu bimbing murid untuk menyentuh model pada bahagian badan
yang berkenaan sahaja.
d. Gabungkan startegi ini dengan lain-lain strategi untuk memberikan
kefahaman yang lebih jelas kepada murid.
(v) Penggunaan alatan yang berbunyi.
a. Gunakan bola yang berbunyi.
b. Gunakan gol yang mengeluarkan bunyi apabila murid berjaya
menjaringkan bola. Guru boleh mengikat loceng pada jaring.
(vi) Pertingkat isyarat visual.
a. Terdapat murid kurang upaya yang mempunyai sisa penglihatan. Buat
penilaian dalam merancang aktiviti untuk menentukan jenis isyarat visual
yang diperlukan oleh murid seperti warna alatan dan pencahayaan
kawasan aktiviti.
b. Gunakan pita pelekat berwarna untuk menandakan aras ketinggian.
c. Gunakan bola, tikar penanda kawasan gelanggang berwarna terang.
MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI (SUAIAN)
KSSR Pendidikan Jasmani (Suaian) bermatlamat membina MBK kurang upaya
penglihatan menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran,
194
berkeyakinan, berpengetahuan, menyedari keupayaan diri dan mengamalkan nilai
murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.
OBJEKTIF PENDIDIKAN JASMANI
KSSR Pendidikan Jasmani bertujuan untuk membolehkan murid mencapai objektif
berikut:
1. Mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala.
2. Melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan selamat
dengan yakin.
3. Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan.
4. Melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep
pergerakan dan keupayaan diri sendiri.
5. Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan
pergerakan.
6. Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.
7. Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa
melakukan aktiviti fizikal.
8. Mengembangkan kebolehan dalam kemahiran motor semasa melakukan
pergerakan.
9. Mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.
FOKUS PENDIDIKAN JASMANI (SUAIAN)
Fokus KSSR Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Penglihatan) Pendidikan Jasmani
(Suaian) ialah untuk membina keyakinan dan kemahiran asas pergerakan dan
kemahiran motor, memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan dan
memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri, kesedaran keupayaan diri
dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal.
195
ORGANISASI KANDUNGAN
Mata pelajaran ini terdiri dari Modul kemahiran dan Modul Kecergasan yang dibina
berasaskan lima aspek iaitu: -
Aspek 1: Kemahiran Pergerakan (Domain Psikomotor)
Melalui Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor
yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal.
Aspek 2: Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan mengenai konsep,
prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan
kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal.
Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Melalui Aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap
kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal.
Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan.
Melalui Aspek 4, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan berkaitan konsep,
prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal.
Aspek 5: Kesukanan.
Melalui Aspek 5, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani
menerusi elemen keselamatan, konsep, sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi
untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan.
Bagi tujuan pengajaran Modul 1: Kemahiran, guru menggunakan Aspek 1, Aspek 2
dan Aspek 5 secara serentak. Manakala untuk pengajaran Modul 2: Kecergasan,
guru menggunakan Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5 secara serentak.
196
STANDARD KANDUNGAN
Aspek 1: Kemahiran Pergerakan (Domain Psikomotor)
i. Konsep pergerakan
ii. Pergerakan asas
iii. Kemahiran Manipulasi
iv. Pergerakan berirama
v. Gimnastik asas
vi. Akuatik asas
vii. Rekreasi dan kesengangan
Aspek 2: Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
i. Konsep pergerakan
ii. Pergerakan asas
iii. Kemahiran Manipulasi
iv. Pergerakan berirama
v. Gimnastik asas
vi. Akuatik asas
vii. Rekreasi dan kesengangan
Aspek 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
i. Konsep kecergasan
ii. Kecergasan berasaskan kesihatan
Aspek 4 : Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan.
i. Konsep kecergasan
ii. Kecergasan berasaskan kesihatan
Aspek 5: Kesukanan.
i. Pengurusan Keselamatan
ii. Tanggungjawab Kendiri
iii. Interaksi Sosial
iv. Dinamika Kumpulan
197
MATA PELAJARAN
3. PENDIDIKAN KESENIAAN (SUAIAN)
MATLAMAT
KSSR Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Penglihatan) Pendidikan Kesenian
(Suaian) bermatlamat untuk melahirkan MBK yang berpengetahuan dan
berkemahiran dalam bidang
kesenian bagi mengembangkan potensi diri sebagai insan yang harmonis, kritis,
kreatif dan inovatif, serta mempunyai kesedaran terhadap estetik kesenian dari
pelbagai budaya seterusnya meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa.
OBJEKTIF
KSSR Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Penglihatan) Pendidikan Kesenian
(Suaian) bertujuan untuk membolehkan MBK mencapai objektif seperti berikut:
1. Mengetahui dan memahami bahasa seni.
2. Menguasai kemahiran asas dalam lakaran, membentuk serta mencipta.
3. Mengaplikasikan kemahiran asas dan pengetahuan bahasa seni visual untuk
menghasilkan karya yang kreatif.
4. Menghasilkan karya seni dengan mengunakan pelbagai sumber dan teknologi.
5. Menyanyikan lagu dengan sebutan dan pic yang betul;
6. Memainkan corak irama, corak irama melodi dan detik lagu mengikut tempo.
7. Memainkan perkusi berdasarkan skor ikon;
8. Membuat pergerakan berdasarkan lirik, detik, pic dan tempo.
9. Menghasilkan pelbagai bunyi.
198
10. Menghasilkan corak irama mudah berdasarkan ikon.
11. Mengenal pasti jenis muzik daripada muzik yang didengar.
12. Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan melalui aktiviti kesenian.
13. Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air.
14. Mengamalkan nilai murni semasa aktiviti kesenian.
FOKUS
KSSR Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Penglihatan) Pendidikan Kesenian
(Suaian) memberi fokus kepada pemahaman elemen seni sebagai asas untuk
membina kemahiran seni, penjanaan idea kreatif, penghayatan seni visual dan
muzik. Empat modul kurikulum yang ditekankan adalah:
1. Modul Bahasa Seni
Murid didedahkan dengan pengetahuan dan kefahaman seni sebagai panduan
kepada mereka untuk berkarya. Bahasa seni merupakan asas kepada pengetahuan
seni bagi membolehkan murid mengaplikasikannya apabila menjalankan aktiviti
amali dan penghayatan seni.
2. Modul Kemahiran Seni
Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni dalam aktiviti
amali seperti menggambar, membuat binaan dan memainkan alat muzik. Murid
didedahkan dengan pelbagai media, teknik, proses, elemen dan sumber untuk
membina kemahiran seni.
3. Modul Kreativiti dan Inovasi
Murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk menjana serta
menzahirkan idea kreatif dalam menghasilkan karya seni yang inovatif. Murid akan
menggunakan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh dari pembelajaran
199
bahasa seni dan kemahiran seni untuk berkarya. Hasil karya murid boleh
dipersembahkan mengikut kreativiti semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4. Modul Apresiasi Seni
Murid menghayati dan menghargai nilai estetik karya sendiri, rakan, tempatan dan
luar negara melalui aktiviti secara lisan, penulisan, persembahan atau pameran.
Murid dapat membuat perkaitan antara kesenian yang dipelajari dengan disiplin ilmu
yang ada.
ORGANISASI KANDUNGAN
DSKP KSSRPK Semakan Pendidikan Kesenian (Suaian) diorganisasikan
berasaskan modul kurikulum seperti berikut:
i. Bahasa Seni
ii. Kemahiran Seni
iii. Kreativiti dan Inovasi
iv. Apresiasi Seni
Guru boleh menggabung jalin kandungan antara bidang semasa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran mengandungi
elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai. Jadual 4 di bawah memberikan tafsiran
Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi.
STANDARD KANDUNGAN
Modul Bahasa Seni
1.1 Bahasa Seni Visual
1.2 Bahasa Seni Muzik
200
Modul Kemahiran Seni
2.1 Kemahiran Seni Visual
2.2 Kemahiran Seni Muzik
Modul Kreativiti Dan Inovasi
3.1 Penghasilan Karya Kreatif
3.2 Menghasilkan Idea Muzikal Kreatif
3.3 Projek Persembahan Keseniaan
Modul Apresiasi Seni
4.1 Menghayati Karya Seni
4.2 Penghayatan Karya Muzik
201
3.23 PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
KSSRPK (Masalah Pembelajaran) bermatlamat untuk menyuburkan potensi kanak-
kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk ke sekolah rendah di peringkat
prasekolah dan seterusnya menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui
proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan
individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna.
OBJEKTIF
Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
membolehkan murid:
1. Menguasai kemahiran psikomotor.
2. Mempunyai kemahiran mengurus diri dalam kehidupan seharian.
3. Mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan
seharian yang lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna.
4. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam
kehidupan seharian.
5. Mempunyai kemahiran dan ketrampilan ke arah kehidupan berkerjaya
6. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna
7. Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi
dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat majmuk
202
8. Mengamalkan adab dan akhlak islamiah dalam kehidupan seharian
9. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
10. Memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk
melibatkan diri dalam aktiviti riadah
11. Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan
warisan budaya
12. Mengembangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring
dengan perkembangan semasa
FOKUS
KSSRPK (Masalah Pembelajaran) memberi penekanan kepada lima mata pelajaran
di Tahap 1 dan sebelas mata pelajaran di Tahap 2 yang perlu dipelajari oleh setiap
murid dari tahun satu hingga ke tahun enam. Kurikulum ini membolehkan murid
menguasai kemahiran mengurus diri, mengurus tingkah laku, menguasai kemahiran
psikomotor, meningkatkan kemahiran berkomunikasi, berinteraksi, bersosialisi dan
seterusnya mengusai kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul
mengikut tahap keupayaan individu. Murid juga dididik supaya dapat mengamalkan
adab, akhlak islamiah dan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Murid turut dapat
mengamalkan cara hidup yang sihat melalui aktiviti perkembangan jasmani,
mempunyai daya kreativiti dan estetika serta menguasai kemahiran asas dalam
bidang Kemahiran Hidup. Di akhir persekolahan Tahun Enam, murid diharapkan
boleh mengurus diri dalam kehidupan seharian dan dapat menyesuaikan diri dalam
masyarakat.
203
ORGANISASI KANDUNGAN
KSSRPK (Masalah Pembelajaran) digubal berdasarkan Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid berdasarkan matapelajaran-
matapelajaran yang telah ditetapkan.
Terdapat 5 mata pelajaran di Tahap 1 dan 11 mata pelajaran di Tahap 2 dalam
Kurikulum Standard Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang terdiri daripada;
Mata Pelajaran Tahap 1
1. Pengurusan Kehidupan
- Komponen Pengurusan Diri
- Komponen Kemahiran Manipulatif
2. Asas 3M
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
3. Pendidikan Islam/ Moral
4. Pendidikan Jasmani
5. Pendidikan Seni Kreatif
Mata Pelajaran Tahap 2
1. Pengurusan Kehidupan
- Komponen Pengurusan Diri
- Komponen Kemahiran Manipulatif
2. Bahasa Melayu
3. Bahasa Inggeris
4. Matematik
5. Pendidikan Islam/ Moral
204
6. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
7. Pendidikan Muzik
8. Pendidikan Seni Visual
9. Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar
10. Pendidikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
11. Kemahiran Hidup Asas
- Komponen Masakan
- Komponen Jahitan
- Komponen Perkebunan
- Komponen Pemeliharaan Haiwan
Enam mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani dan telah dijadikan
sebagai mata pelajaran Teras Asas. Manakala mata pelajaran yang selebihnya telah
disepadukan sebagai mata pelajaran Teras Tema.
Kesemua standard mata pelajaran ini akan diajar di peringkat Prasekolah dan Tahap
1 supaya murid dapat mempelajari kemahiran-kemahiran yang telah ditetapkan.
Mata pelajaran ini perlu diulang semula di Tahap 2 memandangkan ada diantara
murid yang masih belum mampu menguasai kemahiran-kemahiran yang dipelajari di
peringkat Prasekolah dan Tahap 1. Bagi mereka yang telah mencapai standard yang
ditetapkan di peringkat prasekolah danTahap 1, aras kemahiran akan ditingkatkan
ke peringkat yang lebih tinggi sehingga mereka dapat menguasai keseluruhan
standard yang telah disediakan.
205
MATA STANDARD KANDUNGAN
PELAJARAN
PENGURUSAN A. KOMPONEN PENGURUSAN DIRI
KEHIDUPAN Diakhir persekolahan murid dapat:
1. Kemahiran Kendiri
1.1 Mengurus diri sendiri semasa;
- makan
- memakai pakaian
- di tandas
- di sekolah
- di tempat awam
1.2 Mengenali diri sendiri, ahli keluarga, jiran tetangga,
warga sekolah dan masyarakat
1.3 Mengetahui batas hubungan dengan ahli keluarga,
saudara mara, warga sekolah dan masyarakat.
1.4 Menggunakan panggilan hormat yang sesuai dalam
kalangan ahli keluarga, warga sekolah, jiran
tetangga dan masyarakat
1.5 Mematuhi peraturan di rumah, sekolah dan di
tempat awam.
1.6 Bertanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga
dan masyarakat.
206
2. Kebersihan, Keselamatan dan Kesihatan dan
Reproduktif
2.1 Mengenal angota badan dan fungsinya.
2.2 Menjaga kebersihan bahagian sulit dan anggota
badan.
2.3 Mengetahui perubahan fizikal dan tanda-tanda akhil
baligh
2.4 Mengurus diri semasa haid atau ihtilam
2.5 Mengurus dan menjaga kebersihan pakaian.
2.6 Menjaga penampilan, kebersihan dan keselamatan
diri semasa berada di rumah, sekolah dan tempat
awam
3. Penggunaan Tandas Dan Bilik Mandi
3.1 Menggunakan tandas dan bilik mandi dengan cara
yang betul
3.2 Menggunakan alatan dan bahan dengan betul dan
selamat
3.3 Menjaga kebersihan semasa dan selepas
menggunakan tandas dan bilik mandi
3.4 Menjaga keselamatan diri semasa menggunakan
tandas dan bilik mandi.
3.5 Menjaga kebersihan dan keselamatan alatan dan
bahan di tandas dan bilik mandi.
207
3.6 Menjaga kebersihan dan keselamatan ketika
menggunakan tandas awam
4. Pengurusan Tempat Tinggal
4.1 Mengemas, menyusun dan menjaga kebersihan
setiap ruang dalam rumah
4.2 Memahami fungsi alatan dan bahan di setiap ruang
4.3 Menjaga kebersihan dan keselamatan ketika
menggunkan alatan dan bahan di setiap ruang
5. Adab dan Tatasusila
5.1 Mengamalkan adat dan tatasusila yang baik dengan
ahli keluarga, jiran tetangga, warga sekolah dan
masyarakat.
5.2 Mengamalkan adab makan dan minum yang sopan
semasa di rumah, dalam majlis atau di tempat
awam.
5.3 Mengamalkan adab dan sopan yang baik semasa
dalam majlis rasmi dan tidak rasmi
5.4 Mengamalkan adab dan tatasusila yang baik dalam
kehidupan seharian
6. Pengurusan Mental, Emosi dan Sosial
6.1 Mendengar, memahami dan mematuhi arahan
6.2 Mengurus dan mengawal emosi dalam kehidupan
seharian
6.3 Mengawal perlakuan yang boleh mencederakan diri
sendiri dan orang lain
208
6.4 Mengamalkan kemahiran interpersonal dan
komunikasi berkesan dalam kehidupan seharian
6.5 Menghargai diri sendiri dan orang disekeliling
6.6 Mengurangkan sikap kebergantungan pada orang
lain
6.7 Menggunakan kemahiran berinteraksi dalam
hubungan dan tahu membuat keputusan untuk
menyelesaikan masalah
6.8 Bersosialisasi dengan masyarakat
7. Penyalahgunaan Bahan dan Alatan Berbahaya
7.1 Mengenal jenis-jenis penyalahgunaan bahan dan
kesan terhadap fizikal, mental, sosial dan emosi.
7.2 Melaporkan tentang penyalahgunaan bahan kepada
indinvidu atau pihak yang sepatutnya
7.3 Menggunakan alatan dan bahan dengan betul dan
selamat.
8. Pertolongan Cemas
8.1 Mengetahui asas pertolongan cemas
8.2 Mengenal pasti jenis-jenis kecemasan dan
pertolongan yang sesuai diberikan
8.3 Menghubungi individu atau pihak tertentu apabila
berlaku kecemasan.
8.4 Mengenal pasti tempat untuk mendapatkan rawatan
dan perlindungan
209
B. KEMAHIRAN MANIPULATIF
Di akhir pelajaran sekolah rendah murid dapat :
1. Motor Kasar
1.1 Melakukan pergerakan asas bahagian kepala,
tangan dan kaki
1.2 Melakukan pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor
1.3 Melakukan pergerakan motor kasar dengan alatan
mengikut arah, aras dan jarak
1.4 Mengawal keseimbangan badan
1.5 Melakukan pergerakan motor kasar dalam aktiviti
permainan luar
2. Motor Halus
2.1 Melakukan pergerakan motor halus dengan bahan
dan alatan
2.1. Melakukan pergerakan motor halus dalam aktiviti
harian, seni dan kraf.
2.2. Melakukan peniruan dalam pergerakan motor halus
2.3. Melakukan kemahiran menggunakan kedua-dua
belah tangan secara serentak dalam sesuatu aktiviti
(bilateral)
210
3. Pengamatan / Sensori
3.1 Menguasai kemahiran pengamatan pendengaran,
3.2 penglihatan, taktil, deria bau, dan deria rasa.
BAHASA Di akhir pelajaran sekolah rendah murid dapat menguasai
MELAYU kemahiran berikut:
1. Kemahiran mendengar dan membaca
Kemahiran mendengar meliputi keupayaan mendengar
dengan teliti, memahami dan menghayati lisan perkara
yang didengar dalam situasi bercerita dan mendikriminasi
perkataan serta memberi responds. Manakala kemahiran
bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi untuk
menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat,
pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis
dengan sebutan dan intonsi yang betul secara sopan dan
bertatasusila. Penekanan juga diberikan kepada
penggunaan bahasa yang betul.
2. Kemahiran membaca
Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid
membaca dengan sebuta, intonasi, jeda dan kelancaran
yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek
pemahaman dan penaakulan pelbagai nahan secara
kritis dengan menggunkan pelbagai teknik membaca. Di
samping itu, murid dapat menghayati teks yang dibaca.
211
BAHASA 3. Kemahiran menulis
INGGERIS Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid
menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan perlu
diberikan kepada penggunaaan ayat yang gramatis,
tanda baca dan ejaan yang betul serta tulisan yang jelas
dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan
kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur
pengetahuan dan imaginatif. Pengusaan kemahiran
bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam
pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.
At the end of year six, student will be able to:
i. Listening & Speaking
The component of Listening & Writing aims at developing
pupils’ ability to listen and respond appropriately with
guidance, listen and pronounce words, participate in daily
conversations and listen and demonstrate understanding of
text.
ii. Reading
Reading skills are acquired firstly by introducing letters, and
making sure pupils can identify and recognise letters prior to
reading. At the later stage, it is hoped that pupils will be able
to recognise, recall, read and demonstrate understanding of
words and other reading materials using different methods.
212
3. Writing
The learning standards for writing begin with mastering fine
motor skills prior to writing. It addresses penmanship, the
formation of letters, words as well as numbers in clear print.
Special attention should be given to strengthen the muscles
of the hand, develop hand-eye coordination to help pupils
acquire penmanship. At the later stage, pupils will be taught
to form letters and write words in neat legible print, and write
using appropriate language, form and style for a range of
purposes.
4. Language Art
This component will ensure that pupils will explore the fun-
filled and meaningful activities and invaluable experiences in
using the English Language. Pupils will enjoy and appreciate
literary works, enjoy personal response to literary works and
participate in performance.
MATEMATIK Di akhir pelajaran sekolah rendah murid dapat :
1. Konsep Nombor
i. Mengetahui dan mengaplikasikan nombor bulat hingga
10 000
ii. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik
bagi menyelesaikan masalah berkaitan nombor bulat
213
hingga 10 000
iii. Menggunakan laras bahasa matematik yang betul untuk
nombor bulat
2. Operasi Tambah
i. Memahami dan mengaplikasikan konsep dan prosedur
kemahiran bagi operasi tambah
ii. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik
bagi menyelesaikan masalah
iii. Membuat penaakulan, perwakilan, perkaitan bagi
mempelajari operasi tambah
iv. Menggunakan laras bahasa matematik yang betul
sewaktu melakukan proses penambahan
3. Operasi Tolak
i. Memahami dan mengaplikasikan konsep dan prosedur
kemahiran bagi operasi tambah
ii. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik
bagi menyelesaikan masalah
iii. Membuat penaakulan, perwakilan, perkaitan bagi
mempelajari operasi tambah
iv. Menggunakan laras bahasa matematik yang betul
sewaktu melakukan proses penambahan
4. Wang
i. Mengenal dan menentukan nilai mata wang
ii. Menghubung kaitan penggunaan wang dalam kehidupan
harian
214
iii. Berfikir, menaakul dan membuat penerokaan di dalam
kehidupan bagi manfaat demi masa depan
iv. Memupuk semangat keusahawanan
5. Masa dan Waktu
i. Memahami konsep masa dan waktu
ii. Memahami perbezaan saat, minit dan jam
iii. Memahami jam analog dan jam digital dalam kehidupan
harian
iv. Menggunakan masa dan waktu yang efektif dalam
kehidupan harian
PENDIDIKAN Di akhir pelajaran sekolah rendah murid boleh :
ISLAM
1. Tilawah Al-Quran
- Bidang ini memberi tumpuan kepada mengenal huruf
hijaiyyah tunggal dan membunyikan huruf hijaiyyah yang
bertanda baris di atas dengan makhraj betul.
2. Hafazan
- Melafazkan doa-doa harian
- Melafazkan surah-surah tertentu dari Juz Amma.
215
3. Ulum Syariah
3.1 Akidah
- Bidang ini memberi tumpuan kepada pembentukan
akidah, sikap dan tanggungjawab terhadap Allah SWT,
pemahaman akidah yang sahih dan mengaplikasikan
tuntutan akidah dalam tuntutan harian.
3.2 Ibadah
- Bidang ini memberi tumpuan kepada memahami dan
menghayati cara beribadah yang disyariatkan oleh Allah
SWT dan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.
3.3 Bersuci
- Menyatakan alat-alat untuk beristinjak dan perkara-
perkara yang menyebabkan bersuci
- Menyatakan dan membezakan hadas kecil dan hadas
besar
- Menyatakan dan membezakan antara jenis najis
3.4 Solat
- mengambil wudhu dan melafazkan azan serta iqamah
dengan sempurna
- melakukan rukun fi’li (perbuatan) dan melafazkan bacaan
dalam solat dengan tertib
216
3.5 Puasa
- menyatakan pengertian dan membezakan puasa wajib dan
puasa sunat serta perkara-perkara yang membatalkan
puasa
3.6 Sirah
- Bidang ini memberikan tumpuan kepada memahami sirah
Rasulullah SAW dan mengambil iktibar daripadanya serta
mengaplikasikan dalam kehidupan harian.
PENDIDIKAN 4. Adab dan Akhlak Islamiah
MORAL - Mengamal adab dan akhlak Islamiah dalam kehidupan
harian terhadap ibu
bapa, keluarga dan masyarakat.
Di akhir pelajaran sekolah rendah murid boleh:
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
- Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam dan
mematuhi segala suruhanNya berlandaskan pegangan
agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara.
2. Baik Hati
- Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan
orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral
secara tulus ikhlas
217
3. Bertanggungjawab
- Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta
kewajipan dengan sempurna.
4. Berterima Kasih
- Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan
dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau
pemberian.
5. Hemah Tinggi
- Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan
seharian.
6. Hormat Menghormati
- Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati
peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang
bersopan.
7. Kasih Sayang
- Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta
berkekalan yang lahir dari hati yang ikhlas
8. Keadilan
- Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat
sebelah.
218
9. Keberanian
- Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan
tabah.
10. Kejujuran
- Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap
perlakuan.
11. Kerajinan
- Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh, dan
bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara.
12. Kerjasama
- Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.
13. Kesederhanaan
- Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan
dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan
orang lain.
14. Toleransi
- Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi
kesejahteraan hidup.
219
PENDIDIKAN Di akhir pelajaran sekolah rendah murid boleh :
MUZIK
1. Persepsi Muzik
- Melalui aspek ini, murid peka terhadap persekitaran dengan
mengecam elemen-elemen muzik melalui kemahiran
mengecam bunyi-bunyi muzikal dari persekitaran,
menunjukkan tingkah laku positif terhadap irama yang
diperdengarkan serta menyatakan perasaan dan tanggapan
terhadap lagu yang didengar.
2. Pengalaman Nyanyian
- Melalui aspek ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
mengenai konsep detik, tempo, dinamik, corak irama, rentak,
melodi, pic dan penghayatan dalam nyanyian solo atau
berkumpulan melalui aktiviti humming, meniru bunyi, teknik
vokal, pernafasan terkawal dan nyanyian.
3. Pengalaman Muzikal
- Melalui Aspek ini, murid berkeupayaan melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti perkusi badan dan perkusi konvensional
melalui pengalaman meniru bunyi alam semulajadi, Meniru
bunyi haiwan dalam persekitaran, bunyi kenderaan, bunyi
manusia, bunyi perkusi badan dan alat perkusi konvensional.
4. Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan.
- Melalui Aspek ini, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
muzik dalam persembahan kreatif.
220
PENDIDIKAN Di akhir pelajaran sekolah rendah murid boleh
SENI VISUAL
TAHAP 1
1. Kemahiran menggambar menekankan perkembangan
persepsi dan kemahiran seseorang murid. Murid dibimbing
terhadap aspek melukis dalam membuat gambar dengan
menggunakan pelbagai media dan teknik. Ia menekankan
aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam
sesuatu hasil karya.
2. Mencorak dan membuat rekaan adalah sebahagian
daripada pengetahuan asas dalam Pendidikan Seni Visual.
Murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak
dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan yang
berlainan. Murid dibimbing untuk menghasilkan karya
berbentuk tiga dimensi.
3. Membentuk dan membuat binaan pula memberi perhatian
kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni
dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
4. Bidang pengenalan kraf tradisional pula murid didedahkan
mengenai beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya
tanah air. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu
221
proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan dan
proses pembuatan.
TAHAP 2
Di akhir pelajaran sekolah rendah murid dapat :
1. PERSEPSI ESTETIK
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi
dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip
rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan
manusia, dan karya seni.
2. APLIKASI SENI
Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan
pengetahuan, pemahaman, dan bahasa seni visual menerusi
penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni.
3. EKSPRESI KREATIF
Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan
kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea
melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam
penghasilan karya seni.
4. APRESIASI SENI VISUAL
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi
terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni
222
visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat
penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait
seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan
kerjaya.
PENDIDIKAN TAHAP 1
JASMANI Di akhir pelajaran sekolah rendah murid dapat:
Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan (Domain Psikomotor)
Melalui Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan
dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan
pelbagai aktiviti fizikal melalui:-
1. Gimnastik asas.
2. Pergerakan berirama.
3. Kemahiran asas permainan kategori serangan, jaring dan
memadang.
4. Olahraga asas.
5. Akuatik asas.
6. Rekreasi dan kesenggangan.
Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan
dalampembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor
223
dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
1. Gimnastik asas.
2. Pergerakan berirama.
3. Kemahiran asas permainan kategori serangan, jaring dan
memadang.
4. Olahraga asas.
5. Akuatik asas.
6. Rekreasi dan kesenggangan.
Aspek 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Melalui Aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan
mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi
fizikal yang melibatkan:-
1. Konsep kecergasan.
2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu
kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan
otot, dan komposisi badan.
3. Pengukuran kecergasan fizikal.
Aspek 4 : Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan.
Melalui Aspek 4, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
berkaitan konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan
untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:
1. Konsep kecergasan.
224
2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu
kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan
otot, dan komposisi badan.
3. Pengukuran kecergasan fizikal.
Aspek 5: Kesukanan.
Melalui Aspek 5, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan
Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep,
sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan
aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:-
1. Pengurusan dan keselamatan.
2. Tanggungjawab kendiri.
3. Interaksi sosial.
4. Dinamika kumpulan.
Kandungan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani
Tahap 1 adalah setara dengan pencapaian objektif psikomotor,
kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan jasmani. Bagi tujuan pengajaran Modul 1:
Kemahiran, guru menggunakan Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5
secara serentak. Manakala untuk pengajaran Modul 2:
Kecergasan, guru menggunakan Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5
secara serentak.
Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran
atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan
225
aspek yang telah ditetapkan. Dalam Modul 1: Kemahiran, guru
boleh memilih antara akuatik asas atau rekreasi dan
kesenggangan dalam pengajaran PJ. Bagi yang memilih akuatik
asas, persekitaran sekolah hendaklah mempunyai kemudahan
dan guru yang berkelayakan.
Ringkasannya adalah seperti berikut:-
Modul 1: Aspek 1 Kemahiran
Kemahiran Aspek 2 Pergerakan
Aplikasi Pengetahuan
dalam Pergerakan
Aspek 5 Kesukanan
Modul 2: Aspek 3 Kecergasan
Kecergasan Aspek 4 Meningkatkan
Kesihatan
Aplikasi Pengetahuan
Meningkatkan
Kecergasan
Aspek 5 Kesukanan
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN TAHAP 2
Di akhir pelajaran sekolah rendah murid dapat:
Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan (Domain Psikomotor)
Melalui Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan
dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan
226
pelbagai aktiviti fizikal melalui:-
1. Gimnastik asas.
2. Pergerakan berirama.
3. Kemahiran asas permainan kategori serangan, jaring dan
memadang.
4. Olahraga asas.
5. Akuatik asas.
6. Rekreasi dan kesenggangan.
Aspek 2 : Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan
Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan
dalampembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor
dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-
1. Gimnastik asas.
2. Pergerakan berirama.
3. Kemahiran asas permainan kategori serangan, jaring dan
memadang
4. Olahraga asas.
5. Akuatik asas.
6. Rekreasi dan kesenggangan.
Aspek 3 : Kecergasan Meningkatkan Kesihatan
Melalui Aspek 3, murid berkeupayaan meningkatkan dan
mengekalkan tahap kecergasan untuk kesihatan dan prestasi
fizikal yang melibatkan:-
227
1. Konsep kecergasan.
2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu kapasiti
aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan otot, dan
komposisi badan.
3. Pengukuran kecergasan fizikal.
Aspek 4 : Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan Kecergasan.
Melalui Aspek 4, murid dapat mengaplikasikan pengetahuan
berkaitan konsep, prinsip dan strategi meningkatkan kecergasan
untuk kesihatan dan prestasi fizikal yang melibatkan:
1. Konsep kecergasan.
2. Komponen kecergasan berasakan kesihatan iaitu
kapasiti aerobik, kelenturan, kekuatan dan daya tahan
otot, dan komposisi badan.
3. Pengukuran kecergasan fizikal.
Aspek 5: Kesukanan.
PENDIDIKAN Melalui Aspek 5, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan
JASMANI DAN Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep,
KESIHATAN sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan
aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:-
1. Pengurusan dan keselamatan.
2. Tanggungjawab kendiri.
3. Interaksi sosial.
4. Dinamika kumpulan.
228
Aspek 6: Kesihatan.
Melalui Aspek 6, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan
Kesihatan dan keselamatan menerusi elemen konsep, sosiologi
dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktitivi
keselamatan dan kesihatan melibatkan:
1. Pemakanan
2. Penyakit
3. Keselamatan
4. Pertolongan Cemas
Kandungan dalam Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani
Tahap 2 adalah setara dengan pencapaian objektif psikomotor,
kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan jasmani. Bagi tujuan pengajaran Modul 1:
Kemahiran, guru menggunakan Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5
secara serentak. Manakala untuk pengajaran Modul 2:
Kecergasan, guru menggunakan Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5
secara serentak. Bagi aspek 6, ia di ajarkan secara berasingan.
Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran
atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan
aspek yang telah ditetapkan. Dalam Modul 1: Kemahiran, guru
boleh memilih antara akuatik asas atau rekreasi dan
kesenggangan dalam pengajaran PJ. Bagi yang memilih akuatik
asas, persekitaran sekolah hendaklah mempunyai kemudahan
dan guru yang berkelayakan.
Ringkasannya adalah seperti berikut:-
229
Modul 1: Aspek 1 Kemahiran
Kemahiran Aspek 2 Pergerakan
Aspek 5
Modul 2: Aspek 3 Aplikasi Pengetahuan
Kecergasan dalam Pergerakan
Aspek 4
Modul 3: Aspek 5 Kesukanan
kesihatan
Kecergasan
Meningkatkan
Kesihatan
Aplikasi Pengetahuan
Meningkatkan
Kecergasan
Kesukanan
Aspek 6 Kesihatan
PENDIDIKAN Di akhir pelajaran sekolah rendah murid boleh
SAINS, SOSIAL
DAN ALAM 1. Sains
SEKITAR Menyemai minat murid terhadap ilmu sains melalui
pemerhatian, pengalaman dan penyiasatan. Sains juga
dapat mendidik murid dengan kemahiran saintifik dan nilai-
nilai murni dalam kehidupan harian.
Murid dapat mengenal dan melakukan penyiasatan ilmu
sains berkaitan manusia, haiwan, tumbuhan dan objek di
230