persekitaran. Murid juga didedahkan dengan keperluan
tenaga serta fungsinya.
2. Geografi/ Alam Sekitar
Mengembangkan pemikiran agar peka tentang alam
sekitar, mengetahui punca pencemaran yang
mengakibatkan bencana serta mengambil langkah
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
Murid dapat mengetahui dan menghargai bentuk fizikal
muka bumi, memerihal sumber alam dan kesan terhadap
tindakan manusia kepada alam sekitar. Galakan pemikiran
pemikiran kreatif dan kritis terhadap isu kitar semula,
teknologi hijau serta penghijauan.
3. Sejarah
Memberi pengetahuan asas tentang sejarah
Malaysia,mengenali identiti negara, mengetahui negeri-
negeri dan masyarakat di Malaysia serta memupuk dan
menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara.
Murid dapat belajar nilai sejarah dengan memerihal
kemerdekaan negara, mengenal ibu negara dan negeri-
negeri serta tempat-tempat yang menarik di malaysia.
Mendedahkan murid kepada tokoh negara Menyemai
semangat cinta negara melalui penghayatan nyayian lagu
kebangsaan, prinsip Rukun Negara dan bendera. Murid
juga dapat menghormati kepelbagaian kaum, perayaan,
231
adat resam dan budaya masyarakat Malaysia dalam
membentuk perpaduan.
4. Kemahiran Sosial
Melatih dan membimbing murid dengan kemahiran
komunikasi dan mengaplikasi interaksi sosial yang positif
serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
bermasyarakat.
Murid dapat meningkatkan asas kemahiran interaksi
melalui kemudahan awam yang disediakan seperti pasar
raya, pejabat pos, dan bank. Murid belajar mengaplikasi
kemahiran mental seperti memilih, menilai dan membuat
keputusan. Murid juga didedahkan dengan komunikasi
verbal melalui pengucapan dan interaksi sosial dengan
masyarakat.
TEKNOLOGI Di akhir pelajaran sekolah rendah murid dapat:
MAKLUMAT
DAN 1. Penggunaan Teknologi
KOMUNIKASI menggunakan kemahiran teknologi seperti tetikus, papan
kekunci, kamera, tablet, mikrofon dan lain-lain.
2. Penggunaan Internet
Menggunakan internet seperti meneliti, mencari
maklumat dan lain-lain
232
3. Komunikasi Dalam Talian
Berkomunikasi dan bekerjasama melalui on-line, emel,
persidangan video dan lain-lain.
4. Mencipta dan menerbit
Membentangkan maklumat dalam beberapa cara
menggunakan TMK seperti pemprosesan perkataan,
persembahan, blog, laman web dan lain-lain.
5. Multimedia
Menyunting gambar dan imej manipulasi, penyuntingan
video, merakam dan menyunting animasi dan audio
6. Penggunaan data
Hamparan, pengkalan data dan kerja melibatkan sama
ada menyusun, menyampai atau memanipulasi data yang
mudah
7. Pengaturcaraan
Kawalan dalam penggunaan TMK contohnya kawalan,
pergerakan di dalam komputer
233
8. Model dan simulasi
Melakukan aspek sebenar, senario atau projek.
KEMAHIRAN Di akhir pelajaran sekolah rendah murid boleh
HIDUP A. KOMPONEN MASAKAN
1. Ruang Kerja
i. Mengenal ruang kerja/bilik masakan
ii. Mempraktikkan cara penyusunan kelengkapan ruang
kerja/bilik masakan
2. Keselamatan
i. Mengenal pasti peraturan dan keselamatan
ii. Mengamalkan peraturan dan keselamatan diri, alatan dan
bahan di ruang kerja
iii. Memahami penggunaan alatan dengan selamat
iv. Memahami penggunaan peti pertolongan cemas
v. Mengaplikasi alatan dan bahan pertolongan cemas
3. Kebersihan
i. Mengetahui kepentingan kebersihan diri, alatan dan
bahan
ii. Mengetahui cara menggunakan alatan dengan keadah
yang selamat dan bersih
234
iii. Mengamalkan amalan kebersihan sebelum, semasa dan
selepas menggunakan alatan dan ruang kerja
4. Alatan Asas Memasak
i. Mengetahui peralatan asa memasakan
ii. Mengetahui fungsi peralatan memasak
iii. Mengaplikasikan fungsi alatan memasak
5. Bahan Memasak
i. Mengetahui bahan asas masakan
ii. Memahami jenis bahan masakan
iii. Mengaplikasikan penggunaan jenis bahan masakan
iv. Memahami cara penyimpanan bahan masakan
v. Mengaplikasi cara penyimpanan bahan masakan
6. Keadah Asas Masakan
i. Mengaplikasikan kaedah-kaedah memasak mengikut
menu
235
KOMPONEN ASAS JAHITAN
1. Ruang kerja
i. Pengenalan
ii. Jadual tugasan
iii. Pengenalan ruang kerja
2. Keselamatan
i. Mengetahui langkah keselamatan
ii. Memahami langkah keselamatan
iii. Mematuhi jadual tugas di ruang kerja
iv. Mengetahui alat dan bahan di dalam peti pertolongan
cemas
v. Memahami kegunaan peti pertolongan cemas
vi. Mengenal alat pemadam api
3. Kebersihan
i.Mengetahui penjagaan kebersihan
ii.Mengamalkan penjagaan kesihatan
iii.Mengaplikasikan kebersihan
4. Alatan dan bahan jahitan
i.Mengetahui alatan dan bahan jahitan
ii.Mengaplikasi penggunaan alatan dan bahan jahitan
5. Mata Jahitan Asas dan langkah kerja
i.Mengetahui mata jahitan asas dan fungsinya
ii.Menjahit mata jahitan asas
236
6. Projek/Artikel mudah
i.Menghasilkan buku skrap
ii.Menghasilkan artikel mudah seperti hiasan dinding atau
kain alas
iii.Menghasilkan artikel mudah seperti penanda buku atau
sapu tangan
iv.Menghasilkan artikel mudah seperti bekas pensel,
uncang atau sarung bantal
v.Menghias artikel mudah seperti penanda buku atau sapu
tangan
vi.Menghias artikel mudah seperti bekas pensel, uncang
atau sarung bantal
vii.Membuat penilaian terhadap artikel yang telah dihasilkan
7. Keusahawanan
i.Mengetahui ciri-ciri keusahawanan
ii. Mengetahui aktiviti keusahawanan
iii. Mengaplikasi aktiviti keusahawanan
KOMPONEN ASAS PERKEBUNAN
1. KESELAMATAN
1.1 Mengetahui peraturan keselamatan
i. Mengenal peraturan keselamatan di ruang kerja
ii. Menerangkan peraturan keselmatan diri, alatan
dan bahan semasa berada di ruang kerja
iii. Mengamalkan peraturan keselamatan diri, alatan
dan bahan yang tyerdapat di ruang kerja
237
1.2 Mengetahui organisasi bengkel
i. Mengenal organisasi bengkel
ii. Mengetahui kepentingan organisasi bengkel
iii. Menyenaraikan tugasan di ruang kerja
iv. Menyediakan jadual tugas di ruang kerja
v. Mempraktikkantugasa di ruang kerja
1.3 Memahami alatan dan bahan di dalam peti
pertolongan cemas
i. Mengenalpasti alatan dan bahan yang terdapat
dalam peti pertolongan cemas
ii. Menamakan alatan dan bahan yang terdapat
dalam peti pertolongan cemas
iii. Menerangkan kegunaan alatan dan bahan yang
terdapat dalam peti pertolongan cemas
2. KEBERSIHAN
Kepentingan kebersihan:
i. Diri
ii. Alatan dan Bahan
iii. Ruang kerja
3. ALATAN BERKEBUN
Mengetahui alatan, mengaplikasi penggunaan alatan dan
cara menyimpan alatan berkebun
238
i. Pasu
ii. Sudip tangan
iii. Serampang tangan
iv. Penyiram
v. Sakateur
vi. Beg politena
4. PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN
Mengetahui medium tanaman
i. Tanah lom
ii. Baja organic
iii. Pasir
5. PENANAMAN
Mengetahui jenis tanaman berdaun
Mengapikasi proses penanaman – menyemai semaian dan
mengubah tanaman
6. PENJAGAAN TANAMAN
Mengamalkan penjagaan sayuran berdaun
i. Menyiram
239
ii. Merumput
iii. Menggembur
iv. Membaja
v. Mencantas
7. PEMUNGUTAN HASIL
Memungut hasil tanaman
i. Kaedah memungut hasil
ii. Membersih hasil tanaman
KOMPONEN ASAS PENTERNAKAN
1. KESELAMATAN
1.1 Mengetahui peraturan keselamatan
Mengenal peraturan keselamatan di ruang kerja
Menerangkan peraturan keselmatan diri, alatan
dan bahan semasa berada di ruang kerja
Mengamalkan peraturan keselamatan diri, alatan
dan bahan yang tyerdapat di ruang kerja
240
1.2 Mengetahui organisasi bengkel
Mengenal organisasi bengkel
Mengetahui kepentingan organisasi bengkel
Menyenaraikan tugasan di ruang kerja
Menyediakan jadual tugas di ruang kerja
Mempraktikkan tugasan di ruang kerja
1.3 Memahami alatan dan bahan di dalam peti
pertolongan cemas
Mengenalpasti alatan dan bahan yang terdapat
dalam peti pertolongan cemas
Menamakan alatan dan bahan yang terdapat
dalam peti pertolongan cemas
Menerangkan kegunaan alatan dan bahan yang
terdapat dalam peti pertolongan cemas
2. KEBERSIHAN
Kepentingan penjagaan kebersihan:
Diri
Alatan dan Bahan
Ruang kerja
241
3. ALATAN PEMELIHARAAN HAIWAN
Mengetahui dan mengaplikasi alatan untuk pemeliharaan
haiwan
Bekas makanan
Bekas minuman
Bekas najis
4. PEMELIHARAAN HAIWAN
Mengetahui haiwan kesayangan:
Sifat fizikal
Cara haiwan membiak
5. TEMPAT TINGGAL HAIWAN
Tempat tinggal haiwan – sangkar, reban,
akuarium
Tempat tinggal mengikut jenis haiwan
6. PENJAGAAN HAIWAN
Kelengkapan tempat itnggal
Makanan asli atau diproses
Penjagaan kesihatan
242
4.0 PENUTUP
KSSR (Semakan 2017) digubal dengan matlamat untuk memastikan perkembangan
murid secara holistik merangkumi aspek JERI bagi melahirkan insan yang berilmu,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya memberi sumbangan kepada
keluarga, masyarakat, negara serta berdaya saing di peringkat global.
Pada Tahap I, KSSR (Semakan 2017) memberi penekanan kepada penguasaan 4M
dan kemahiran asas pelbagai bidang ilmu. Di samping itu penekanan juga diberikan
kepada perkembangan pelbagai aspek seperti kognitif, kerohanian, fizikal,
sosioemosi, sikap dan nilai. Manakala di Tahap II, penekanan diberikan kepada
pengukuhan dan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk
menyuburkan budaya ilmu. Matlamat pendidikan rendah ini dicapai melalui
pelaksanaan mata pelajaran teras dan tambahan yang ditawarkan.
Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik serta bersepadu dapat menjamin
kejayaan dan keberkesanan pelaksanaan KSSR (Semakan 2017). Pemantauan dan
penilaian secara berterusan menuntut semua pihak menggembleng usaha dan
peranan bagi mencapai matlamat yang dihasratkan. Sehubungan dengan itu, semua
pihak berkepentingan dalam pendidikan mesti memberikan sokongan, kerjasama
dan komitmen sepenuhnya bagi merealisasikan hasrat KSSR (Semakan 2017).
243
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Aras 4-8 Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E
62604 Putrajaya
Tel: 03-8884 2000 Fax: 03-8888 9917
http://bpk.moe.gov.my