Hak Cipta © 2020 Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Penerbitan ini dilindungi oleh Hak Cipta, dan kebenaran harus diperoleh
daripada penerbit sebelum sebarang penerbitan semula, penyimpanan
dalam sistem pengambilan atau transmisi yang dilarang dalam apa jua
bentuk atau dengan apa cara sama ada elektronik, mekanik, fotokopi,
rakaman atau sebagainya.
Bicara Karya 2020 : Kompilasi ulasan buku Tema Sejarah oleh warga
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
(Penerbitan Tahunan)
Jilid. 1, 2020
Penasihat
Tn. Hj. Abdul Latib Bin Abd Rahman
Timbalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Editor Penerbitan dan Pengurusan
Pn. Aneesha binti Hamid
Pn. Nor’Aziah Binti Ahamad Shatar
Cik Tan Yan Sang
Editor Teks
Dr Mohd Azhar bin Bahari
Dr. M. Elangko A/L Muniandy
Pn. Soudamini A/P Narayanan Nair
Pn. Malar Arasi A/P Sundaram
Editor Bahasa
Dr. Toh Lai Chee
En. Abdul Jaleel bin Abdul Hakeem
Pn. Ong Chiew Khim
Reka Bentuk Grafik
En. Aznan bin Mohd Azoddein
Pn. Latifah Bt Omar
En. Shahrin Fahmi Bin Ahmad
En. Mohd Sobri Bin Ahmad
ISSN 2756–889X
SEKALUNG KATA
“Bicara Karya 2020’ yang bertemakan sejarah
dan nasionalisme adalah merupakan salah satu
aktiviti Sambutan Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur
Gemilang 2020 peringkat IPG Kampus Pulau
Pinang. Program Bicara Karya telah mula
dilaksanakan semenjak tahun 2014 sempena
sambutan Bulan Kebangsaan peringkat IPG Kampus Pulau Pinang. Objektif
Program Bicara Karya adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang
sejarah dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan warga IPG
Kampus Pulau Pinang. Selain itu, adalah diharapkan melalui program ini
kemerdekaan yang dikecapi tidak berhenti dengan hanya laungan
kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman, bahkan ia berterusan dalam
mengisi makna kemerdekaan dan mengingatkan kita tentang pentingnya
mempertahankan perjuangan bangsa Malaysia.
Pendeta Agung Za’ba mencirikan konsep merdeka sebagai 'berubah
daripada segala perbuatan dan kepercayaan yang bodoh, mematikan
akal dan menyekat kemajuan kepada perbuatan dan kepercayaan yang
cerdik, membebaskan fikiran dan menggalakkan kemajuan'. Oleh yang
demikan, tidak dapat dinafikan bahawa salah satu cara bagi mencapai
kemerdekaan minda dan jiwa adalah melalui pembacaan kerana membaca
buku membuka dunia.
Dengan perasaan bangga amat, saya dapat mengatakan bahawa kami
telah menyelesaikan satu lagi projek luar biasa tahun ini, iaitu kompilasi
"Bicara Karya” 2020.Ucapan terima kasih kepada Tuan Pengarah IPG
Kampus Pulau Pinang, Jawatan Kuasa Program Bicara Karya, Unit
Perpustakaan IPG Kampus Pulau Pinang dan tidak dilupakan kepada para
peserta program ini yang telah berkongsi bahan bacaan dan telah
berusaha memberi komitmen yang tinggi dalam merealisasikan penerbitan
buku ini.
“ MALAYSIA MEMBACA MALAYSIA PRIHATIN ”.
(ANEESHA BT HAMID)
Ketua Jabatan Sains Sosial.
IPG Kampus Pulau Pinang
Kata-kata Aluan
Ketua Pusat Sumber
Institut pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Assalamualaikum wbt , Salam Sejahtera & Salam
Malaysia Prihatin...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, kerana
dengan keizinanNya, KOMPILASI ULASAN BUKU-
BICARA KARYA telah dapat direalisasikan dan
diterbitkan untuk rujukan warga Institut Pendidikan
Guru Kampus Pulau Pinang (IPG KPP) khasnya.
Jutaan terima kasih buat Tuan Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang yang
sentiasa memberi sokongan padu dalam menjayakan Program Bicara
karya di peringkat IPG KPP. Meskipun negara kita dilanda pandemik COVID
19, namun program berimpak tinggi ini tetap diteruskan dengan amalan
norma baharu.
Unit Perpustakaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
para pensyarah, staf dan pelajar guru yang telah menyumbang ulasan buku
dengan idea yang kritis dan kreatif. Ianya turut menggambarkan wujud
kerjasama mantap dan jitu daripada semua warga IPG kampus Pulau
Pinang yang terlibat menjayakan penerbitan ini. Semoga usaha murni
dalam menerbitkan Kompilasi Ulasan Buku- Bicara karya ini dapat
berfungsi ke arah memartabatkan profesion pendidikan.
Sekian, terima kasih.
(NOR’AZIAH BT AHAMAD SHATAR)
Ketua Pusat Sumber
Institut pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Kata-kata Aluan
Timbalan Pengarah
Institut pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnianya, KOMPILASI ULASAN BUKU-
BICARA KARYA bagi tahun 2020 berjaya diterbitkan untuk
kali pertama. Sekalung tahniah diucapkan kepada para
pensyarah, staf dan pelajar guru yang telah menyumbang
ulasan buku bertemakan sejarah selaras dengan objektif
penerbitan Kompilasi Ulasan Buku Bicara Karya pada kali
ini. Penghasilan Kompilasi Ulasan Buku ini diharapkan
mampu menjana minda dan memupuk budaya membaca serta perkongsian ilmu
dalam kalangan warga IPG Kampus Pulau Pinang khasnya.
Tahniah kepada semua penulis ulasan buku Bicara Karya kerana secara tidak
langsung mempromosikan bahan-bahan karya bertemakan sejarah kepada seluruh
warga pendidik. Meskipun kita berhadapan dengan Pandemik COVID 19,
penerbitan buku khususnya Kompilasi Ulasan Buku Bicara Karya ini masih dapat
diteruskan. Tahniah kepada Jabatan Sains Sosial dan Unit Perpustakaan yang
menjayakan program Bicara Karya seterusnya menerbitkan naskah yang sangat
bermanfaat untuk rujukan warga pendidik keseluruhannya. Diharapkan usaha
penerbitan ini berjaya menjadi pemangkin saluran ilmu dan memupuk amalan
membaca dalam kalangan warga IPG Kampus Pulau Pinang.
Sekian, terima kasih
(ABDUL LATIB BIN ABD RAHMAN)
Timbalan Pengarah Institut pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang
Bicara Karya 2020
Kandungan Muka
surat
Bil Tajuk
4
1. Perutusan Perdana Menteri Hari Kemerdekaan 2018 8
2. Menelusuri Pendemokrasian Di Malaysia: Impak
13
Terhadap Pencapaian Integrasi Nasional 17
3. Koleksi Terpilih Usman Awang – Tanah Air 20
4. Wira Kemerdekaan : Wira yang Terpinggir 23
5. Natrah 1937-2009, Cinta, rusuhan , air mata. 27
6. TUN DR ISMAIL : Negarawan Berjasa 30
7 Malaysia Pembinaan Negara dan Bangsa 33
8 Leftenan Adnan Wira Bangsa 37
9 Bukit Kepong 41
10 Leftenan Adnan Wira Bangsa
11 Semerah Darah Seputih Tulang: Patriotisme Merentas 44
48
Kehidupan 51
12 Sejarah Malaysia Moden (1945 – 1969) 54
13 Pahlawan Adnan 57
14 Mewarisi Amanah Merdeka 60
15 Sejarah Malaysia Moden (1945 - 1969) 63
16 Mewarisi Amanah Merdeka 66
17 Bukan orangorang 70
18 Dr. Mahathir antara senyuman dan tangis 73
19 Pahlawan Tegar Merdeka 76
20 Kemerdekaan dan Ketersediaan Air 79
21 Perpaduan Etnik Menerusi Penggunaan Bahasa Melayu
22 Cerpen Munsyi 84
23 Cabaran Integrasi antara kaum di Malaysia : Perspektif 87
91
Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. 94
24 Patah sayap terbang jua 98
25 Doktor Umum Memoir Tun Mahathir Mohamad 103
26 Munsyi
27 Cabaran dan Isu Semasa Dunia 109
28 Leftenan Adnan Wira Bangsa
29 Persekutuan Tanah Melayu Merdeka, 31 Ogos 1957 :
Liku Dan Jejak Perjuangan Patriot Dan Nasionalis
Menentang British
30 Saranan HAMKA terhadap Perpaduan Bangsa Serumpun
Malaysia-Indonesia
1|P a g e
Bicara Karya 2020
31 Penulisan Sejarah 112
32 Leftenan Adnan : Wira Bangsa 115
33 Novel Remaja : Pahlawan Adnan 117
34 DATO ONN JAAFAR - Potret Pejuang Terbilang 120
35 Cinta Ahmad Mutawakkil 123
36 Kemerdekaan Negara 126
37 Putera Gunung Tahan 129
38 Kesastria Melayu Keperwiraan Bersulam Kesufian 132
39 Aku Ingin Hidup! 136
40 Antara Kabus ke kabus 139
41 Semenanjung Menangis 142
42 Leftenan Adnan Wira Bangsa 145
43 Leftenan Adnan Wira Bangsa 150
44 Panglima Salleh Selempang Merah 153
45 Erti Merdeka yang sebenar 156
46 Shamsiah Fakeh: A Nationalist or A Communist? 159
47 Jalan ke Puncak 162
48 1515 165
49 Pahlawan Adnan 169
50 Leftenan Adnan Wira Bangsa 173
51 Sebalik Yamashita dan Percival. 176
52 Hari-hari terakhir seorang seniman. 179
53 Perpaduan Kaum Asas Kajayaan, Keamanan dan 183
Kestabilan Negara. 186
54 Hng Nadim Laksamana Jihat 189
55 Patah Sayap Terbang Jua 192
56 Leftenan Adnan Wira Bangsa 195
57 Putera Gunung Tahan 198
58 Seikat bak Sirih menyusuri kelangsungan Tanah Melayu
201
dan Pembentukan Malaysia. 204
59 Stadium Merdeka 210
60 Leftenan Adnan Wira Bangsa 213
61 Anugerah 216
62 Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil
63 Semangat : Patriotisme melalui lagu-lagu Patriotik : Kajian 219
222
persepsi beberapa orang belia di Kota Kinabalu, Sabah. 225
64 Berjuang untuk Kemerdekaan
65 DATO’ ONN JAAFAR (Tokoh Nasionalis)
66 Ensiklopedia Dr. Mahathir bin Mohammad Perdana
Menteri Malaysia Jilid 10
2|P a g e
Bicara Karya 2020
67 Covid-19 dan Malaysia Baharu 226
68 Tun Dr Ismail – Negarawan Berjasa. 230
69 Wira Kemerdekaan Wira yang Terpinggir 234
70 1515 238
71 Tulang-tulang Berserakan 242
72 Affandi, Tokoh Penyiaran Sarawak yang Berdedikasi 244
73 Putera Gunung Tahan 248
74 Leftenan Adnan, Wira Bangsa 251
75 Politik Suloh Malaya 1946-1947 254
76 Leftenan Adnan, Wira Bangsa 257
77 Putera Gunung Tahan 260
78 Cabaran Integrasi Antara Kaum di Malaysia : 263
Perspektif Sejarah, Keluarga dan Pendidikan. 268
79 Putera Gunung Tahan
3|P a g e
Bicara Karya 2020
Tajuk Perutusan Perdana
Menteri Hari Kemerdekaan
Tajuk 2018
Pengarang Tun Dr. Mahathir Bin
Mohamad
Penerbit Jabatan Perdana Menteri
Tahun
diterbitkan 2018
Nama
Pengulas Mejar Dr. Khor Aik Keong
(Pensyarah, IPG KPP)
Mantan Perdana Menteri negara kita, Tun Dr. Mahathir Mohamad
memulakan perutusanan beliau sempena Hari Kebangsaan 2018 dengan
menyatakan bahawa negara kita mencapai kemerdekaan daripada
penjajah asing pada tahun 1957. Sejak itu negara kita merupakan negara
yang berdaulat, bebas dan melakar halatujunya mengikut acuannya
sendiri. Segala proses pembangunan negara waktu itu terpaksa
dimulakan dari awal. Perkataan yang digunakan oleh beliau “starting from
scratch”, yang membawa maksud kerajaan dan rakyat pada masa itu
berganding bahu dan bertungkus lumus untuk mengambilalih
tanggungjawab yang dahulunya dimiliki pentadbir dan kepakaran
penjajah. Menurut Perdana Menteri, ia sememangnya bukan sesuatu
proses yang mudah, malah betul-betul memerlukan usaha. Walupun
demikian rakyat negara waktu itu telah berjaya mengatasi cabaran
tersebut hasil daripada kegigihan dan perpaduan. Malah, negara kita
mencapai kemerdekaan menerusi perundingan dan bukan
pemberontakan atau tumpah darah. Ini menunjukan kebijaksanaan
kepimpinan negara pada masa itu.
Dalam perutusan tersebut, Perdana Menteri menyatakan juga
kemerdekaan yang dicapai hanya akan bermakna sekiranya negara kita
berjaya menghakis genggaman penjajahan ekonomi yang berupaya
mencemar kemerdekaan kita. Maka dengan itu, seluruh rakyat bekerja
4|P a g e
Bicara Karya 2020
keras dan bersatupadu sejurus selepas mencapai kebebasan daripada
kuasa penjajah asing, dan akhirnya negara kita berjaya menebus balik
kekayaan.
Mengimbas kejayaan yang dikecapi, Perdana Menteri berkata
sejak itulah negara kita terus membangun dengan pesatnya sehingga
dikenali sebagai Harimau Asia, dengan seluruh rakyat hidup dengan
aman dan stabil sungguhpun terdapat pelbagai kaum. Beliau berkata
bahawa dengan adanya perpaduan dan semangat sedemikian,
kemampuan Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 tetap
ada
Bahagian perutusan Hari Kemerdekaan yang seterusnya, Perdana
Menteri menyatakan kekecewaan beliau bahawa kesemua pencapaian
yang dinyatakan tadi tidak mampu dikekalkan lantaran pertukaran
pemerintahan yang membawakan perubahan dasar. Menurut Perdana
Menteri, Wawasan 2020 menjadi impian kosong disebabkan pengguguran
sistem demokrasi dan pentadbiran yang mengikut undang-undang.
Menurut Perdana Menteri, kerosakan dan tekanan yang dirasai
oleh rakyat jelata dalam belenggu pemerintahan sebelum ini, menjadikan
mereka berasa seolah-olah negara kita menyambut kemerdekaan buat
kali kedua dengan perasaan lega. Beliau seterusnya memberi jaminan
keadilan bagi semua rakyat, tanpa mengira kaum atau bangsa atau
agama. Beliau turut mengajak rakyat berganding bahu dengan kerajaan
baharu untuk memulihkan semula negara. Beliau juga menyatakan
bahawa sejarah telah menunjukkan bagaimana negara yang telah kalah
dan hancur dalam peperangan dapat memulihkan negara dalam masa
yang singkat kerana semangat dan usaha. Beliau memberi motivasi
dalam perutusan beliau dengan kata-kata bahawa “Kita juga mampu! Kita
boleh pulih semula negara kita Malaysia!” Kata-kata ikhlas Perdana
Menteri sedemikian telah merangsangkan ramai orang untuk bermati-
matian dengan negara kita yang tercinta ini.
Perdana Menteri seterusnya memberi gambaran bahawa tadbir
5|P a g e
Bicara Karya 2020
urus yang baik, berjimat, berdisiplin dan mengawal nafsu adalah fokus
beliau dalam konteks hala tuju pemulihan negara. Beliau juga menyatakan
bahawa hutang negara sudahpun kelihatan berkurangan dan jentera
kerosakan pentadbiran telah dapat dipulih semula selangkah demi
selangkah. Beliau berdoa dengan tindakan yang sedang dan akan yang
diambil, negara akan sihat semula.
Perdana Menteri juga menekankan bahawa kerajaan baharu akan
menggunakan pendekatan yang lebih baik untuk mewujudkan lebih
banyak peluang pekerjaan dan perniagaan. Beliau juga mengharapkan
kesedaran rakyat terhadap kepentingan dan kepuasan yang perolehi
melalui hasil titik peluh sendiri dan halal. Begitu juga dengan pemberian
pelajaran, latihan, dan biasiswa, agar kepakaran pekerja dipertingkatkan,
justeru itu pendapatan rakyat pun dapat bertambah. Perdana Menteri juga
mengingati bahawa kenaikan pendapatan tidak bermakna kos sara hidup
naik bersama.
. Perdana Menteri menyatakan juga dalam perutusan bahawa
produktiviti perlu ditingkatkan melalui cara pengurusan yang lebih cekap.
Insentif dan hadiah akan diberikan kepada mereka yang berjaya
meningkatkan produktiviti dengan kos yang terendah. Beliau juga
manyatakan hasrat untuk membantu insan yang daif dan yang tidak dapat
bekerja dengan cara yang lebih bermakna, supaya mereka dapat
menjalankan kehidupan yang lebih baik.
Perdana Menteri meyerukan semua meraikan Hari Kebangsaan
kali ini dengan perasaan yang lega dan selesa, seupmpama ini adalah
kemerdekaan kedua bagi kita. Beliau yakin selagi perasaan ini dapat
kekal di hati kita semua, Malaysia akan maju dan terus maju, aman dan
saksama selama-lamanya.
Perutusan Perdana Menteri sempena Hari Kemerdekaan ini
menyentuh tentang sejarah kemerdekaan, ekonomi, perpaduan, kesan
perubahan dasar kerajaan, dan harapan negara. Saya berasa amat
terharu dengan perutusan yang disampaikan oleh Perdana Menteri kita.
6|P a g e
Bicara Karya 2020
Perutusan ini telah memberi suatu suntikan baharu dan motivasi untuk
kita semua dalam menjaga dan memulihkan negara bersama-sama.
Perasaan ini tersemat di dalam hati sanubari saya supaya terus
mempertahankan kedaulatan negara kita yang tercinta ini. Artikel
perutusan ini haruslah dibaca dan diteliti berkali-kali oleh kita semua
supaya hala tuju pemulihan nagara kita sentiasa betul dari generasi ke
generasi.
Walaupun Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan lagi Perdana Menteri
kita, namun hasrat dan fakta yang disampaikan tetap merupakan
pegangan bagi kita semua untuk menjadikan Malaysia terus aman,
makmur dan maju.
Sayangi Malaysiaku! Malaysia Prihatin!
7|P a g e
Bicara Karya 2020
Tajuk : Menelusuri Pendemokrasian Di
Malaysia : Impak Terhadap Pencapaian Integrasi
Nasional
Pengarang : Jasmin Zakaria,Sity Daud,
Penerbit Muhammad Takiyuddin Ismail
: The Asean Journal
Tahun diterbitkan : 2018
Nama Pengulas : Soudamini A/P narayanan Nair
(Pensyarah, IPG KPP)
Artikel yang bertajuk “Menelusuri Pendemokrasian Di Malaysia: Impak
Terhadap Pencapaian Integrasi Nasional “ dihasilkan oleh dua orang
pengarang yang terkenal iaitu Jasmin Zakaria daripada Fakulti Sains
Pentadbiran dan Pengajian Polisi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Terengganu, dan Sity Daud, Muhamad Takiyuddin Ismail daripada Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Secara
umumnya, persembahan perbincangan artikel ini mencakupi aspek
pengenalan, latarbelakang, isi, metodologi dan kesimpulan. Dalam artikel ini,
penulis membincangkan tahap integrasi nasional dalam konteks negara
demokrasi. Menurut penulis, negara kita Malaysia yang terdiri daripada
masyarakat majmuk sukar untuk mencapai demokrasi yang boleh memberi
impak ke atas integrasi nasional.
Penulis membuat analisis yang mantap terhadap faktor-faktor yang
menjadi halangan utama dalam mencapai tahap integrasi di peringkat
nasional seperti diidam-idamkan oleh sebuah negara bekas penjajahan. Dari
pengamatan penulis, Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957
selepas kegagalan Malayan Union pada 1946 mewarisi sistem pemerintahan
British. Penggubalan perlembagaan oleh Suruhanjaya Reid dan kronologi
mewujudkan sebuah negara yang merdeka dihiasi dengan rundingan dan
tolak ansur yang sangat tinggi. Menurut penulis, sejak penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu sehingga mencapai kemerdekaan, demokrasi
yang dicapai adalah hasil persefahaman antara kaum Melayu dan bukan
8|P a g e
Bicara Karya 2020
Melayu melalui kontrak sosial. Namun, penulis secara bijak mengutarakan
bahawa persefahaman ini juga telah menjadi sumber konflik bagi hubungan
antara kaum di negara ini.
Seterusnya artikel ini juga membuka minda pembaca berkaitan cabaran
globalisasi yang memberi kesan kepada persepsi masyarakat terhadap
demokrasi. Pengaruh globalisasi terhadap isu-isu kemanusiaan seperti
kebebasan, kesaksamaan, hak kesamarataan dan keadilan yang menjadi
asas perjuangan masyarakat sivil dan parti-parti politik telah memberi kesan
kepada negara kita. Hal in,i turut mengancam kontrak sosial yang diamalkan
dalam perlembagaan sekaligus menyumbang kepada keretakan integrasi
kaum di negara ini. Penulis dapat menganalisis secara saintifik tentang
pendemokrasian yang memberi impak kepada integrasi nasional. Penulis
menjelaskan pengertian pendemokrasian menurut pandangan beberapa
orang sarjana politik. Pendemokrasian merupakan proses yang meluaskan
prinsip demokrasi dalam sebuah sistem politik negara yang terdiri daripada
hak untuk berpolitik, hak untuk kesaksamaan, pilihanraya yang adil dan
pematuhan undang-undang. Ia juga dilihat sebagai adaptasi model demokrasi
dalam sistem pemerintahan secara beransur-ansur sehingga membentuk
sebuah negara demokrasi.
Dalam artikel ini, penulis meninjau dan membanding bezakan model
demokrasi yang direalisasikan di barat dan di Asia. Model demokrasi yang
dibawakan oleh negara Barat dan Eropah rata-rata memberikan gambaran
yang positif terhadap kemakmuran ekonomi dan sosial. Bagi negara Asia pula
model demokrasi mempunyai nilai dan cirinya tersendiri yang jelas. Terdapat
para sarjana seperti Fukuyama dan Chua (2003) menyatakan demokrasi
Liberal Barat yang mempunyai kesan kapitalisme yang hanya mewujudkan
kebencian melalui dominasi ekonomi dalam sebuah negara yang berbilang
etnik. Dalam konteks kajian penulis, demokrasi di Malaysia mempunyai
peringkat tertentu menurut tempoh pimpinan oleh Perdana Menteri misalnya
oleh Tunku Abdul Rahman sehingga Tan Sri Muyiddin. Setiap kepimpinan
9|P a g e
Bicara Karya 2020
membawa bentuk demokrasi yang berbeza bersama dengan acuan tersendiri.
Malaysia merupakan negara demokrasi dengan sistem raja berperlembagaan
dan demokrasi berparlimen tidak membentuk sepenuhnya demokrasi liberal
seperti negara barat.
Penulis yang berjaya mengenengahkan aspek-aspek utama berkaitan
isu demokrasi dalam masyarakat yang memberi impak kepada integrasi
nasional menarik minat pembaca untuk membaca artikel ini sehingga tamat.
Menurut penulis, para pemimpin negara kita melaksanakan demokrasi yang
lebih kawal bagi memastikan integrasi nasional dipelihara sekaligus
melancarkan dasar pembangunan. Walaubagaimanapun, 13 Mei 1969
peristiwa hitam yang telah berlaku menggambarkan keretakan yang wujud
dalam integrasi nasional. Menurut analisis penulis, Malaysia belum lagi
mencapai tahap perpaduan. Perihal, hubungan antara masyarakat pelbagai
kaum di negara ini hanya berada pada tahap kesepaduan. Maka integrasi
nasional adalah pendekatan yang perlu dilakukan bagi mencapai perpaduan.
Penulis menarik minat pembaca dengan menghujahkan hubungkait
kajian demokrasi dan integrasi nasional. Beliau menjelaskan konflik rusuhan
kaum di negara kita pada masa tertentu misalnya Perarakan Baju Merah
Petaling Street oleh kaum Melayu pada tahun 2015. Kemampuan
masyarakat negara ini untuk memahami dan bertoleransi masih lagi dikaitkan
dengan sentimen perkauman dan gagal ditangani dengan baik. Dalam artikel
ini, penulis membincangkan tiga jenis konflik yang wujud dalam kalangan etnik
di Malaysia. Pertama ialah batasan sosial yang membawa perbezaan dalam
bahasa, amalan, adat resam dan sebagainya mudah mencetuskan sensitiviti
kaum apabila disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab demi
keuntungan masing-masing. Seterusnya jurang perbezaan yang timbul dalam
sosio-ekonomi yang menimbulkan rasa tidak puas hati oleh satu etnik
terhadap etnik yang lain. Ketidakseimbangan ekonomi dan ketinggalan dari
mobiliti sosial juga mewujudkan konflik etnik di negara kita sehingga integrasi
nasional tergugat. Ketiga, ialah sosialisasi politik. Parti-parti politik
10 | P a g e
Bicara Karya 2020
berdasarkan kaum yang sentiasa mempunyai isu politik dan sering
diekploitasikan demi meraih sokongan.
Dalam kebebasan demokrasi, Malaysia mengamalkan strategik
kawalan dari pemerintah. Terdapat undang-undang dan akta yang dapat
menangani konflik etnik apabila keadaan menjadi serious. Setiap Perdana
Menteri menggunakan undang-undang dan Akta Kawalan dengan bijak
apabila terdapat ancaman terhadap pimpinan mereka misalnya dalam era
Mahathir, negara telah menyaksikan ISA telah digunakan dengan sepenuhnya
dalam menangani konflik politik. Menurut penulis, Tun Abdullah membuka
lembaran baharu dalam pendemokrasian negara. Hal ini, jelas dengan
memberi kebenaran kepada media liputan pada program anjuran beliau
(Ismail, 2004). Semasa pimpinan Dato’ Seri Najib pendemokrasian negara
mencapai kemuncak dengan adanya sosial media dan pengaruh globalisasi.
Penulis berpendapat, penghapusan akta-akta kawalan negara seperti
ISA memberikan kesan kepada integrasi nasional. Kebebasan demokrasi
yang tidak terkawal akan menyebabkan rakyat membuat perhimpunan jalanan
untuk sesuatu isu yang dibangkitkan tanpa ketelitian. Perkara sebegini boleh
menjejaskan imej negara di mata dunia. Isu-isu etnik seperti sensitiviti
sesuatu kaum diperhebatkan dan akhirnya dijadikan konflik negara.
Selanjutnya penulis mengemukakan bahawa asimilasi adalah satu proses
yang bertentangan dengan integrasi dalam mewujudkan perpaduan
masyarakat di negara ini. Hal ini kerana ia dikhuatiri akan menghilangkan
identiti sesuatu etnik antara kaum dan menjadikan etnik majoriti sebagai nilai
dominan dalam masyarakat.
Penulis mencadangkan bahawa di Malaysia boleh mewujudkan
integrasi nasional daripada kepelbagaian kebudayaan etnik. Fokus pada
aspek-aspek tertentu dalam batasan sosial sebagai mekanisme untuk
integrasi nasional. Walaubagaimanapun, penulis menitikberatkan asimilasi
secara lunak dilakukan bagi tujuan kejayaan integrasi nasional sekaligus
11 | P a g e
Bicara Karya 2020
membawa kepada perpaduan negara. Dalam artikel ini, kita dapat melihat
sikap bertanggungjawab dan prihatin penulis terhadap negara kita. Penulis
menyatakan bahawa pendidikan dan bahasa memainkan peranan yang
penting dalam mewujudkan integrasi nasional. Pendidikan sangat penting
bagi memahami satu sama lain serta menyedari konsep kontrak sosial. Untuk
mewujudkan negara bangsa dengan penyatuan etnik yang berbeza
latarbelakang bahasa adalah mekanisme yang penting untuk integrasi.
Secara kesimpulannya, penulis menyatakan bahawa pendemokrasian
di Malaysia telah melalui fasa-fasa tertentu dan tidak berlaku secara revolusi.
Melaui penulisannya beliau menjelaskan bahawa demokrasi liberal telah
memberi kesan kepada integrasi nasional serta mengganggu proses
demokrasi di Malaysia yang memerlukan kompromi yang tinggi. Menurut
penulis, proses asimilasi mampu memberi kekuatan kepada masyarakat
berbilang kaum untuk bersatupadu dan menjadi kukuh. Menurut beliau,
negara kita perlu ada satu strategik yang menjalinkan hubungan etnik tanpa
menjejaskan sensitiviti kaum untuk mencapai integrasi nasional. Maka negara
kita dapat mewujudkan integrasi nasional yang lebih mampan untuk
kemajuan negara
12 | P a g e
Bicara Karya 2020
Judul : Koleksi Terpilih Usman
Awang – Tanah Air
Penulis
Penerbit : Usman Awang
Tahun terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka
Nama Pengulas
: 1995
: Dr. Khoo Bee Lee
(Pensyarah, IPG KPP)
Tujuan utama buku koleksi khas sasterawan negara Usman Awang dipilih
untuk dibicarakan kali ini adalah tentang isu puisi kemerdekaan “Tanah Air”
(muka surat no. 25) yang dihasilkan oleh beliau dalam koleksi buku
tersebut…Khasnya kemerdekaan ulang tahun ke-63 bagi Malaysia.
Puisi tersebut yang dimulakan dengan “Tanah Air” ini berbunyi seperti
berikut:-
Tanah Air
(Menjelang Kemerdekaan)
“Engkau, Tanah Air, pemilik perut yang berbudi,
Penampung hujan, penyedut sinar matari,
Lahirlah anak-anakmu dari semaian-semaian petani.
Engkau, ibu murni, dengan jasa abadi,
Berdetik di denyut nafas kami,
Kerana kita adalah satu dan sama dipunyai.
13 | P a g e
Bicara Karya 2020
Telah kau rasa segala seperti kami,
Dalam kengerian perang dadamu dibongkar besi,
Di mana-mana wajahmu tidak pernah mati.
Tapi begitu sejarah hidup zaman-berzaman,
Yang pernah merangkul pahlawan kemerdekaan;
Mereka sujud dalam kaku memohon perlindungan.
Bukankah dengan kasih dan harapan,
Kau tenggelamkan mereka dalam dakapan,
Di mana bunga ganti nisan bertaburan?
Negara baru di atas rongga jantungmu,
Akan tegak bertapak dalam kebebasan,
Cinta antara kita wahyu dari Tuhan.”
Khanya perenggan yang terakhir mengingatkan kita walaupun
Malaysia sudah merdeka selama 63 tahun, tetapi perasaan cinta yang
ditumpahkan berleluasa kini seolah-olah kita baharu mencapai kemerdekaan
yang baharu.
Apabila mengulas sampai bahagian ini, titisan air mata telah
membasahi pipi kedua-dua belah mukaku kerana teringat kembali saat-saat
kegembiraan negara Malaysia kini sudah berjaya terlepas daripada
pemerintahan British dan mencapai kebebasan negara di bawah
14 | P a g e
Bicara Karya 2020
pemerintahan pemimpin-pemimpin Malaysia selama 63 tahun. Ini adalah
sesuatu yang boleh dibanggakan dan rakyat Malaysia jangan kita mensia-
siakan usaha pemimpin-pemimpin negara yang berjaya seperti Perdana
Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman yang bertungkus lumus pergi
balik ke England untuk menandatangani dokumen-dokumen untuk
kemerdekaan Tanah Melayu (1957) dan Malaysia (1963)!
Perasaan kegembiraan rakyat Malaysia dirasai di merata-rata tempat
di seluruh negeri dan negara masa itu sehingga kini…Perbincangan tentang
sambutan ulang tahun kemerdekaan ini amat membara semangat rakyat
jelata seluruh Malaysia khasnya di IPG Kampus Pulau Pinang. Disebabkan
tahun ini sambutan kemerdekaan disusuli dengan lebih sepuluh jenis
pertandingan diadakan untuk pelajar guru seluruh 27 kampus serta pensyarah
IPG Kampus Pulau Pinang dan pensyarah yang telah bersara! Kategori
pertandingan untuk sambutan kali ini termasuk pertandingan e-poster, pidata,
bicara karya, puisi, tik tok, teks ucapan kreatif, pertandingan hiasan jabatan,
pertandingan mengayuh basikal, penulisan kajian kes tentang kemerdekaan
oleh jurulatih muda pelajar kita serta persembahan-persembahan tarian
kemerdekaan, nyanyian alumni yang menarik. Semua ini bertujuan membantu
kita mengingatkan semula sambutan ini ketika pandemik COVID19 sedang
melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Justeru, bacaan dan ulasan puisi
tokoh negarawan ini….hasil karya beliau mengingatkan saya semula keadaan
kegembiraan dan makna ‘merdeka’ dalam erti kata yang sebenar-
benarnya….Terima kasih Tuhan …itu sahaja yang mampu rakyat jelata
lafazkan selepas doaan bertahun-tahun lamanya sebelum ini…
Buku ini masih mengandungi karya-karya yang lain setebal 101 muka
surat bagi koleksi simpanan puisi beliau. Walau bagaimana pun, tiada
tandingan dengan puisi inilah “Tanah Air” (menjelang kemerdekaan) yang
mengukir lama dalam hati sanubari saya setelah dibaca dan direnungkan
kembali. Diharapkan tuan-tuan dan puan-puan yang terbaca puisi tersebut,
juga teringat kembali bagaimana saat-saat kegembiraan kita dikecapi
15 | P a g e
Bicara Karya 2020
menjelang hari ulang tahun sambutan ‘kemerdekaan’ yang erti kata yang
sebenarnya…setelah rakyat jelata rata-rata lama menunggu saat ketibaan
kegembiraan sambutan ulang tahun ke-63. Tahniah, Malaysia sudah wujud
selama enam puluh tiga tahun! Diharap Malaysia terus maju dan berjaya…
16 | P a g e
Bicara Karya 2020
Tajuk Wira Kemerdekaan : Wira
yang Terpinggir
Pengarang
Penerbit Abdul Latib Talib
Tahun diterbitkan PTS Pub.
2013
Nama Pengulas Latifah Binti Omar
(Pem. Pustakawan IPG KPP)
Cerita ini mengisahkan seorang warga emas bernama Pak
Rahman, seorang pejuang kemerdekaan yang pernah hidup pada zaman
pemerintahan Komunis di Tanah Melayu, pulang ke tanah air setelah 50
tahun merantau ke luar negara (England).
Setelah begitu lama menghilangkan diri, kepulangannya tidak
dikenali lagi oleh penduduk kampungnya sendiri. Tambahan pula Pak
Rahman sengaja merahsiakan identitinya kerana sebab-sebab tertentu.
Tetapi sedikit demi sedikit akhirnya orang kampung tahu siapa orang tua
yang mereka anggap pendatang asing itu.
Selama berada di kampung itu, kesunyian menyelubungi hati Pak
Rahman. Pun begitu, dia mengubatinya dengan mendekatkan hatinya
kepada Tuhan. Kehadiran beberapa orang kampung yang tidak keberatan
untuk berbual dengannya mengisi kekosongan hidupnya.
Pak Rahman juga sempat berbakti kepada penduduk kampung. Dia
membantu keluarga miskin yang memerlukan bantuan. Dia juga
membantu seorang pemuda yang ingin melanjutkan pelajaran ke
universiti.
Akhirnya penduduk kampung tahu siapa sebenarnya Pak Rahman.
17 | P a g e
Bicara Karya 2020
Dia disanjung dan dianggap sebagai seorang wira kemerdekaan.
Wira yang tidak didendang, datangnya tidak diundang, dan
wajahnya tidak dipandang. Itulah yang berlaku kepada Abdul Rahman Bin
Abdul Rahim, seorang wira kemerdekaan yang tidak tercatat namanya
dalam lembaran sejarah Malaysia. Pada saat komunis mengganas dan
menggila di Tanah Melayu, Pak Rahman adalah seorang perwira.
Puluhan komunis yang menyerang kampung mereka ditembak dan
tumpas ditangan Pak Rahman. Lalu beliau diisytihar sebagai musuh
utama komunis dan diburu sehingga memaksa beliau lari ke luar negara
untuk menyelamatkan nyawanya.
Setelah puluhan tahun hidup merantau di Kota London, Pak
Rahman akhirnya kembali ke kampung halaman. Namun, sudah tiada
sesiapa pun yang mengenali dirinya yang tua dimamah usia. Dulu beliau
adalah jaguh dan idola kampung, namun kepulangannya kali ini tidak
diraikan oleh sesiapa. Kemunculan beliau secara tiba-tiba di Kampung
Lukut menggemparkan orang kampung. Mereka berspekulasi hingga ada
yang menuduh beliau sebagai bekas banduan.
Namun, kebaikan dan kehebatan diri Pak Rahman semakin hari
semakin terserlah. Terlalu banyak budi yang ditabur dan terlalu banyak
wang yang dilabur untuk membantu penduduk kampung. Kehadirannya
juga membawa perubahan yang besar untuk penduduk kampung. Masjid
yang sepi diimarahkan dan tanah yang terbiar diusahakan. Pemuda
kampung yang asyik melepak di warung kopi juga diberi peluang untuk
bekerja dengan Pak Rahman. Kebaikan beliau sangat menyentuh hati,
sehingga Kudin yang amat memusuhinya menjadi orang yang paling kuat
mempertahankan beliau.
Kini, kehadiran Pak Rahman kian dihargai dan disyukuri oleh
semua. Kekaguman mereka makin bertambah setelah identiti sebenar
18 | P a g e
Bicara Karya 2020
Pak Rahman diketahui oleh mereka. Mereka menjulangnya kembali
sebagai perwira. Inilah kisah seorang wira kemerdekaan yang perlu
ditekuni oleh generasi pasca merdeka. Kisahnya penuh dengan warna-
warni kehidupan dan darah perjuangan.
19 | P a g e
Bicara Karya 2020
Tajuk NATRAH 1937-2009, CINTA,
RUSUHAN, AIR MATA
Pengarang FATINI YAACOB
Penerbit UTM
Tahun diterbitkan
2010
Nama Pengulas EZZAR BIN MOHD. KAMAL
(Pensyarah, IPG KPP)
Natrah merupakan satu nama yang meletup menjadi kontroversi di Tanah
Melayu kira-kira 70 tahun lalu. Namun setelah peredaran zaman, saya
pasti telah ramai yang terlupakan kisahnya. Ia bermula sebagai kisah
cinta seorang anak Belanda, Maria Hertogh atau Natrah dengan
pasangannya Mansor Adabi, seorang Melayu Singapura menjadi besar
sehingga menyebabkan rusuhan di Singapura pada 11 Disember 1950.
Peristiwa yang mengorbankan 18 orang dan mencederakan 173 orang ini
dilihat berjaya menyatukan ideologi politik merentasi semangat
kenegaraan walaupun ketika itu Tanah Melayu masih belum merdeka lagi
menyaksikan orang Islam di Singapura, Tanah Melayu dan Indonesia
bersatu di bawah satu panji iaitu menentang penjajah. Rusuhan ini hebat
kerana ia merupakan satu-satunya kebangkitan yang bukan kerana ada
kepentingan diri seperti kebangkitan-kebangkitan lain seperti
pemberontakan Naning (1832) dan penentangan Dato’ Maharajalela di
Perak (1875-1877).
Buku yang berbentuk biografi in merupakan hasil garapan penulis
Fatini Yaacob, bekas Editor Majalah Dewan Masyarakat yang pernah
menemuramah Natrah pada tahun 1989. Kisah Natrah pada tahun-tahun
1950-an sehinggalah beliau meninggal pada 2009 dirakamkan secara
terperinci dalam bentuk gaya penulisan kewartawanan kreatif yang
memfokuskan kepada kerana empat objektif iaitu kisah biografi hidup
Natrah atau nama Belandanya Hurberdina Maria Hertogh. Keduanya buku
ini memberikan maklumat yang lengkap khusus kepada pembaca yang
20 | P a g e
Bicara Karya 2020
baru mengikuti kisah Natrah. Ia merupakan hasil kajian, temu ramah
dengan Natrah sendiri, keluarga, sahabat-sahabat serta orang
perseorangan yang hidup dan terlibat secara langsung atau sebaliknya
sejak tahun 1950-an sehinggalah buku ini diterbitkan. Ketiganya adalah
untuk memberikan penghargaan terhadap perjuangan para pejuang
membela agama dan tanah air kerana isu Natrah ini menjadi besar
disebabkan berlakunya rusuhan berdarah di Singapura demi membela
Natrah yang cuba dikristiankan dan membela Islam yang cuba dihina oleh
akhbar propenjajah ketika itu. Ditambah pula latar masa ianya berlaku
pada tahun-tahun menjelang kemerdekaan di mana gelombang semangat
Islam dan nasionalisme ingin membebaskan negara dari tangan penjajah
menjadi semakin hebat. Saya menyokong para pengkaji yang
berpendapat bahawa rusuhan ini tidak mungkin meletus hebat tanpa dua
faktor ini. Faktor penting yang tidak boleh dikesampingkan pula adalah
pada masa kes itu sedang dibicarakan di mahkamah, pihak akhbar
penjajah pada masa itu dilihat ‘menangguk di air keruh’ apabila
meniupkan api provokasi dengan hebat. Ini menambahkan kemarahan
orang Melayu Islam apatah lagi isu ini adalah isu agama dan maruah.
Pengkaji dan penulis, Fatini Yaacob menyatakan, penduduk Tanah
Melayu sejauh Perlis, Kedah malah Terengganu sanggup naik keretapi,
berbasikal malah berjalan kaki ke Singapura semata-mata menyokong
Natrah. Nama Natrah muncul pertama kali dalam akhbar kerana perbicaraan
perebutan hak penjagaan antara ibu angkat Melayunya dengan ibu bapa
kandungnya di Belanda. Kesnya kemudian menjadi lebih besar, rumit dan
mendapat perhatian masyarakat antarabangsa kerana Natrah berkahwin
pada umur 13 tahun dengan seorang pemuda bernama Mansor Adabi, 22
tahun secara Islam kemudian dibicarakan bawah undang-undang sivil
Inggeris.
Persoalan di sini, apa signifikannya isu Natrah ini jika dilihat dari kaca
mata sekarang? Saya berpendapat, isu Natrah bukan sekadar kisah cinta
21 | P a g e
Bicara Karya 2020
antara beliau dengan Mansor Adabi dan berlegar di than-tahun 1950-an
namun apa yang lebih penting adalah ia merupakan satu ukuran semangat
perjuangan kejayaan bangsa sebelum merdeka. Ia juga sejarah bela
harga diri bangsa di mana semangat membela Natrah ini adalah bagi
menewaskan penjajah kerana kasihkan agama merentasi sempadan
negara di mana pada zaman sebelum merdeka, rasa semangat
kenegerian itu sangat menebal. Tambahan pula pada zaman itu, rata-rata
masyarakat tidak mempunyai pendidikan formal lantaran kemiskinan.
Mereka bersatu bukan kerana digerakkan oleh satu pertubuhan formal
kerana tiada organisasi sukarela yang tersusun seperti NGO yang wujud
pada hari ini pada masa itu. Namun, mereka bersatu atas semangat
keIslaman yang kental bagi melawan penjajah hasil ilmu tauhid oleh
didikan tok tok guru tentang kasihkan agama itu melebihi segala-galanya.
Para pemimpin seperti Tunku Abdul Rahman, Peguam Sardon Jubir
(kemudiannya Tun), Dr. Burhanuddin Helmi, Peguam Ahmad Ibrahim
(kemudiannya Tan Sri Prof. Emeritus), Mohd. Taha Kalu (bekas Inspektor
Polis) serta ramai tokoh lagi yang berusaha bersungguh-sungguh
membela Natrah.
Kesimpulannya kisah Natrah ini perlu diketahui oleh rakyat Malaysia
kerana ia merupakan saksi kepada sebahagian sejarah negara kita. Buku
‘Natrah (1937-2009) Cinta, Rusuhan dan Air Mata’ ini perlu dibaca kerana
ia bukan sahaja biografi biasa namun mengungkapkan tema yang jauh
lebih besar iaitu berkenaan kepentingan agama dalam kehidupan
masyarakat Melayu serta persoalan memahami perjuangan masyarakat
tentang kemerdekaan.
22 | P a g e
Bicara Karya 2020
Tajuk TUN DR ISMAIL : Negarawan
Berjasa
Pengarang Mohd.Tajuddin Bin Haji Abdul
Rahman
Penerbit Pelanduk Publications
Tahun diterbitkan 1987
Nama Pengulas Dr.M.Elangko A/L Muniandy
(Pensyarah, IPG KPP)
Buku berjudul “TUN DR ISMAIL : Negarawan Berjasa hasil karya
Mohd.Tajuddin Bin Haji Abdul Rahman merupakan naskah biografi
negarawan yang telah mencurahkan khidmat bakti yang tidak ternilai
kepada bumi tercinta, Malaysia. Buku yang mengandungi 8 bab ini
berjaya mengupas latar belakang tokoh, keluarganya serta penglibatan
dan sumbangan Tun Dr.Ismail dalam membina negara Malaysia yang
bersatu padu dan makmur.
Buku ini jelas memperlihatkan sikap terpujiTun Dr.Ismail sejak
awal persekolahan lagi. Sebagai contohnya, walaupun beliau gagal
dalam beberapa mata pelajaran ketika menuntut di Kolej Perubatan
King Edward, Singapura beliau tidak berputus asa dan bertekad
meneruskan pengajiannya di luar negara iaitu di Universiti Melbourne,
Australia. Berkat usahanya yang tidak pernah mengenal jemu, akhirnya
beliau muncul sebagai anak Melayu yang pertama mendapat Ijazah
Doktor Perubatan dari Universiti Melbourne, Australia pada tahun 1945.
Inilah sikap yang perlu dicontohi oleh generasi muda Malaysia yang
sedang menuntut di perantauan. Ketokohan dan sikap kepimpinan Tun
Dr.Ismail terserlah apabila beliau menubuhkan Persatuan Bekas-Bekas
Mahasiswa Luar Negeri atau Persatuan Siswa Melayu sebagai
pembakar semangat untuk kaum belia. Tun Dr.Ismail mula menyemai
semangat kebangsaan dalam kalangan siswa Melayu agar sentiasa
23 | P a g e
Bicara Karya 2020
berjiwa besar dalam membina dan mempertahankan hak bangsa,
agama dan kepentingan negara. Inilah semangat yang perlu dihayati
dan diamalkan oleh generasi muda sekarang demi mempertahankan
bumi pertiwi, Malaysia.
Buku ini juga membicarakan penglibatan Tun Dr.Ismail dalam
bidang politik tanahair secara terperinci. Negarawan Tn Dr.Ismail telah
mengabadikan hampir separuh daripada hayatnya untuk kepentingan
dan kesejahteraan negara. Inilah antara sikap yang perlu dicontohi oleh
barisan kepimpinan masa kini. Sikap terpuji dan nilai kepimpinan
tertinggi Tun Dr.Ismail terserlah di sepanjang karier politik beliau. Beliau
tidak mahu sesiapa pun menjadikannya sebagai batu lonjatan untuk
mencapai sesuatu matlamat dan cita-cita. Walaupun sibuk dengan rutin
seharian, Tun Dr.Ismail tidak pernah melupakan tanggungjawabnya
dalam menegakkan ajaran Islam. Beliau sentiasa memastikan anak-
anaknya sentiasa patuhi ajaran dan tuntutan agama Islam. Beliau tidak
pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dan ketua
keluarga. Tun Ismail berpendapat kesepaduan dan keharmonian dalam
sesebuah keluarga adalah asas kesejahteraan dan perpaduan dalam
masyarakat. Sikap terpuji sebeginilah yang harus kita teladani
terutamanya dalam kalangan generasi muda dan rakyat Malaysia pada
amnya.
Disamping penglibatannya dalam politik, Tun Dr.Ismail juga
seorang peminat sukan. Badminton, Ragbi, Tinju, Golf dan Tenis
merupakan antara sukan yang diminati oleh Tun Dr.Ismail. Bidang
muzik juga merupakan satu lagi aktiviti masa lapang Tun Dr.Ismail.
Tun Dr.Ismail berpendapat bahawa disamping pegangan agama,
kesihatan mental dan fizikal amatlah penting untuk menjadi seorang
insan yang berkompeten. Inilah mesej yang sentiasa diberi penekanan
oleh Tun Dr.Ismail dalam setiap perjumpaan, persidangan, mesyuarat
24 | P a g e
Bicara Karya 2020
bersama golongan belia. Beliau merupakan ‘Role Model’ atau teladan
yang baik untuk generasi muda. Ini merupakan mesej yang sangat
bermakna untuk golongan belia sekarang supaya sentiasa
mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana kaum belia merupakan
tonggak negara.
Buku ini sangat menarik kerana ia membawa mesej yang
sangat bermakna untuk diri saya. Saya berpendapat bahawa
‘Negarawan’ membawa maksud yang signifikan dan Tun Dr.Ismail
sememangnya layak untuk diangkat sebagai ‘Negarawan’ yang banyak
berjasa untuk bumi pertiwi, Malaysia. Nilai-nilai terpuji seperti patuh
kepada ketepatan masa, mematuhi undang-undang serta sentiasa
menjaga kesihatan diri adalah nilai-nilai hidup yang perlu kita amalkan
dalam kehidupan seharian kita. Satu sumbangan yang sangat
bermakna Tun Dr.Ismail adalah perjuangannya bersama Tunku Abdu
Rahman dalam menuntut kemerdekaan. Beliau merupakan antara
tokoh terpenting dalam Rombongan Kemerdekaan ke London pada
1.1.1956. Beliau juga Duta pertama Malaysia ke Amerika Syarikat dan
yang lebih penting Tun Dr.Ismail merupakan wakil tetap Malaysia yang
pertama di Pertubuhan Bangsa-Bangs Bersatu dari tahun 1957-1959.
Ketokohan Tun Dr.Ismail semakin melonjak tinggi apabila diberikan
mandat untuk menggerakkan MAGERAN walaupun beliau sudah
bersara dari dunia politik mulai 14.3.1967. Beliau juga berperanan
penting dalam merangka RUKUNEGARA yang beliau sifatkannya
sebagai asas dan panduan hidup rakyat Malaysia.
25 | P a g e
Bicara Karya 2020
Kesanggupan dan kesediaan untuk menabur bakti untuk bumi pertiwi
inilah yang menjadi inspirasi dan pemangkin kepada saya supaya
sentiasa berfikir seperti seorang negarawan. Sebagai rakyat Malaysia
yang tulen, hendaklah kita berikhtiar serta menghayati akan sumbangan
negarawan-negarawan terulung seperti Tun Dr.Ismail. Beliau bukan
sahaja menjadi inspirasi dan ‘Role Model’ kepada generasi muda tetapi
juga untuk seluruh warganegara Malaysia.
26 | P a g e
Bicara Karya 2020
Tajuk Malaysia Pembinaan Negara
dan Bangsa
Pengarang Zulhilmi Paidi
Rohani Ab Ghani
Penerbit Mohamad Idris Saleh
Tahun diterbitkan Ismail Yusoff
Nama Pengulas Jazliza Jamaluddin
Prentice Hall
2011
Koay Chen Yong, PhD.
(Pensyarah, IPG KPP)
Buku berjudul “Malaysia Pembinaan Negara dan Bangsa” membicarakan
sejarah perkembangan berkait dengan kepentingan memahami negara dan
tanah air di samping membincangkan peristiwa berkaitan dengan perjuangan
kemerdekaan, usaha ke arah perpaduan, langkah-langkah awal menuju
kemerdekaan sehingga ke pengisytiharan kemerdekaan serta usaha
mempertahankan kemerdekaan. Buku ini penting dalam memberi kesedaran
kepada rakyat Malaysia tentang keperluan mengetahui sejarah mengenai
kemerdekaan dan perkembangan negara demi kesejahteraan untuk
mewujudkan semangat ‘cintakan negara’ dalam kalangan raykat yang
berbilang kaum dan membentuk generasi yang patriotik dan bersemangat
perjuangan yang tinggi.
Buku ini memberi pengertian merdeka yang membawa maksud ‘bebas’
sementara merdeka bagi sebuah negara pula ialah bebas dari cengkaman
penjajah dan kuasa asing. Sedikit sebanyak tentang sejarah perkembangan
dan usaha serta perjuangan untuk mencapai kemerdekaan telah diberi dalam
buku ini. Malaysia merupakan sebuah negara yang pernah dijajah oleh
beberapa kuasa penjajah seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan
Inggeris semula sebelum mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Gerakan
menentang penjajahan bermula dalam beberapa siri serangan yang
dimulakan oleh Sultan Mahmud untuk merampas semula Melaka daripada
27 | P a g e
Bicara Karya 2020
Portugis. Akhirnya, dengan bantuan Belanda, orang Melayu berjaya
menghalau Portugis dari Melaka pada tahun 1643. Kemudian Belanda pula
mengambil alih kuasa dari Portugis sehingga tahun 1824 setelah Perjanjian
Inggeris-Belanda ditandatangani. Penjajahan Inggeris meluaskan
pengaruhnya dari Melaka ke negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah
Melayu. Semasa Perang Dunia Kedua, negara kita pula dijajah oleh Jepun.
Ketika penjajahan Jepun, penduduk menderita kekurangan makanan,
penyebaran penyakit dan keadaan ekonomi yang merosot menyebabkan
penduduk tempatan menubuhkan Malayan People Anti Japanese Army
(MPAJA) bagi yang bukan Melayu dan Wataniah dan juga Force 136 bagi
orang Melayu. Apabila Jepun ditewaskan dalam Perang Dunia Kedua, dengan
bantuan orang Melayu dan bukan Melayu, Inggeris kembali bekuasa dan
Malayan Union (MU) ditubuhkan pada tahun 1946.
Sehubungan itu, Malayan Union gagal dilaksanakan dan digantikan
dengan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Menyedari bertapa
pentingnya perpaduan sebagai syarat untuk mencapai kemerdekaan, Dato’
Onn Jaafar telah mencadangkan supaya rakyat di Tanah Melayu membentuk
sebuah pertubuhan untuk mewakili semua kaum supaya mereka boleh
bekerjasama dan hidup aman damai. Hasrat Inggeris untuk memberi
kemerdekaan kepada Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa peristiwa
pentimg yang berlaku pada tahun 1950-an seperti pengenalan Sistem Ahli dan
Pilihanraya Majlis. Kejayaan Pilihanraya Perbandaran 1951-1952
menyakinkan British dan pimpinan tempatan akan keupayaan penduduk
Tanah Melayu berdikari. Pilihanraya umum yang pertama Tanah Melayu telah
diadakan pada Julai 1955. Kemenangan pihak Perikatan dengan majority
yang besar telah memeranjatkan pihak pemimpin politik dan kerajan British.
Kejayaan ini telah membuktikan kepada British bahawa majority peduduk di
Tanah Melayu sanggup bertolak ansur dan berkongsi kuasa untuk
mewujudkan masyaratkat yang bersatu-padu dan dapat hidup aman damai
dalam satu pemerintahan sendiri. Oleh yang demikian, British menunaikan
28 | P a g e
Bicara Karya 2020
janji untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Dalam buku ini juga mengupas kepimpinan Tunku Abdul Rahman untuk
mengetuai satu rombongan untuk memulakan rundingan kemerdekaan pada
tahun 1956. Hasil rundingan ini British bersetuju memberi kemerdekaan
kepada Tanah Melayu pada 23 Ogos 1957 dengan dua perkara penting telah
dipersetujui untuk diambil tindakan sebelum pengisytiharan kemerdekaan
boleh dibuat. Setelah bersidang sebanyak 118 kali, suruhanjaya ini telah
mencadangkan satu bentuk perlembagaan Tanah Melayu untuk dikaji semula
oleh jawatankuasa kerja yang diluluskan oleh Majlis Perundangan dan
dikuatkuasakan pada 27 Ogos 1957.
Akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman telah
mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu di Padang Kelab Selangor.
Dalam upacara itu, bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan
bendera Persekutuan Tanah Melayu, Piagam Kemerdekaan telah diserahkan
oleh Duke of Gloucester yang mewakili Queen Elizabeth kepada Tunku Abdul
Rahman. Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Mentri sementara
Tunku Abdul Rahman Ibni Almarhum Yamtuan Muhamad telah ditabal
sebagai Tang Di-Pertuan Agong yang pertama.
Pembacaan buku ini memberi kesedaran kepada generasi muda
terhadap penjajahan dan semangat untuk mempertahankan kemerdekaan
supaya mereka mesti terus tekal dan berusaha untuk memajukan negara.
Rakyat mesti sentiasa menghormati perpaduan, hidup aman damai,
menangani masalah yang dihadapi dan berusaha untuk memajukan diri dan
negara untuk menghadapi cabaran-cabaran masa depan.
29 | P a g e
Bicara Karya 2020
Tajuk Leftenan Adnan Wira Bangsa
Pengarang Abdul Latip bin Talib
Penerbit PTS Publcations &
Distributors Sdn Bhd
Tahun diterbitkan 2008
Nama Pengulas Nur Syasya Binti Mhd Daud
(Pelajar, IPG KPP)
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip bin Talib
mengisahkan mengenai kisah serangan terakhir askar Jepun di Singapura
serta keberanian dan keperwiraan seorang anggota tentera yang bernama
Adnan berama pasukan askar Melayu dalam mempertahankan tanah air.
Anak Pak Saidi dan Mak Milah itu telah bercita-cita menjadi askar sejak
kecil lagi. Apabila tamat persekolah di sekolah Inggeris, Adnan menjadi guru
pelatih di kampung Sungai Ramal. Ketika dia menjadi tenaga pengajar, dia
mendapat berita bahawa Askar Melayi Diraja diperlukan. Adnan yang
bertugas sebagai guru sanggup meninggalkan kerjayanya untuk memasuki
bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air.
Abdul Latip bin Talib merupakan penulis kelahiran Negeri Sembilan
yang namanya telah terukir dalam persada sastera tanah air. Beliau telah
menceburkan diri dalam bidang penulisan sejak tahun 1990 dalam pelbagai
genre, skrip drama televisyen, cerpen, puisi dan novel. Karyanya juga
banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam,
Sayembara Cerpen Perpaduan dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan.
Antara isu yang turut dikupaskan oleh pengarang dalam novel ini ialah
kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting. Leftenan Adnan bijak
30 | P a g e
Bicara Karya 2020
membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai
askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu. “
Selepas menewaskan musuh, saya tidak kesal kalau saya mati…”
merupakan petikan dialog Leftenan Adnan yang benar-benar menyentuh
hati dan melahirkan kekaguman terhadap semangat perjuangan seorang
pahlawan yang menyayangi kedaulatan ibu pertiwi melebihi nyawa sendiri.
Novel ini amat menarik kerana mampu menimbulkan unsur saspen dan
berdebar kepada pembaca ketika membaca kerana perkembangan
ceritanya mengisahkan pendaratan tentera Jepun di Kota Bharu dan
tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya dari
Kompeni C berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun
sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu, kedatangan
semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai
menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga
kehabisan peluru.
Lebih menyayat hati pembaca apabila tentera Jepun berjaya menawan
Leftenan Adnan dengan menyerkupnya menggunakan guni. Leftenan
Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri. Mayatnya
yang cedera parah digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertubi-
tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.
Secara keseluruhannya, teknik penceritaan novel Leftenan Adnan ialah
sudut pandangan orang ketiga, iaitu kisah disampaikan oleh pengarang.
Sebagai sebuah novel sejarah, hampir keseluruhan novel ditulis secara
naratif dan dialog. Tiada teknik monolog dalam novel ini.
Novel ini wajar dibaca oleh seluruh lapisan masyarakat kerana ia
diolah agar kebijaksanaan Leftenan Adnan menggunakan akal fikiran
apabila berhadapan situasi genting dapat dicontohi oleh pembaca. Seluruh
masyarakat juga perlu bersama menjaga keselamatan negara seperti mesej
yang cuba disampaikan oleh pengarang menerusi insiden penduduk
31 | P a g e
Bicara Karya 2020
kampung bekerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera
Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung
Sungai Ramal.
Kesimpulannya, novel ini menyampaikan pengajaran kita hendaklah
sayang akan tanah air yang menjadi tempat kita bernaung dan berani dalam
menentang musuh. Teladan ini jelas terlakar apabila dalam pertempuran
dengan askar Jepun, askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat
keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota askar Melayu,
termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan
ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar Melayu yang
terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi bersama 42 orang
anggotanya yang berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke
titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan
peluru.
32 | P a g e
Tajuk Bicara Karya 2020
Pengarang
Penerbit Bukit Kepong
Tahun diterbitkan Ismail Johari
Dewan Bahasa dan
Nama Pengulas Pustaka
2000
Nur Aqilah Binti Mohd
Yusoff
(Pelajar, IPG KPP)
Buku berjudul “Bukit Kepong” ini mengisahkan kisah benar tentang
kejadian pertempuran bersenjata pernah berlaku di Bukit Kepong di antara
pihak polis dan Parti Komunis Malaya (pengganas Komunis) dalam tempoh
darurat selepas berakhirnya perang dunia kedua di mana pihak
Inggeriskembali ke Tanah Melayu mencengkam kuasa politik , petadbiran
dan ekonomi manakala Parti Komunis Malaya (PKM) telah berleluasa
melakukan keganasan dan ugutan terhadap orang-orang kampung.
Kejadian ini berlaku pada 23 Februari 1950 di kawasan rumah pasung
(Balai Polis) Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai Polis yang diperbuat
daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, Johor. Kejadian ini bermula
sebelum subuh apabila pihak Komunis mengepung serta melancarkan
serangan gerila ke atas rumah pasong Bukit Kepong dan peristiwa ini telah
meragut hampir kesemua pegawai polis yang bertugas pada ketika itu.
Kejadian ini memperlihatkan kepada kita kekejaman komunis sehingga
menyebabkan penderitaan dan kematian ramai pihak serta kehancuran dan
kemusnahan harta benda di kawasan tersebut.
Gambaran umum novel ini bermula dengan pihak lnggeris
mengisytiharkan darurat ke seluruh Tanah Melayu pada Jun 1948 akibat
daripada ancaman pengganas komunis. Othman yang merupakan watak
utama baru berusia 19 tahun dan berasal dari Kampung Keladi di Kulim,
33 | P a g e
Bicara Karya 2020
Kedah berminat menjadi polis walaupun hasratnya ditentang oleh ibunya.
Setelah menamatkan latihan selama enam bulan di Pusat latihan Polis
Kuala Lumpur, Othman berkahwin dengan Limah wanita pilihan ibu
bapanya. Selepas itu dia memulakan perkhidmatan di Pagoh, Muar, Johor.
Beberapa bulan kemudian, Othman ditukarkan ke Rumah Pasung Bukit
Kepong dan terpaksa berpisah dengan isterinya yang sarat hamil. Limah
terpaksa di hantar balik ke kampung.
Pada ketika itu ancaman pengganas komunis di Bukit Kepong dan
kawasan sekitarnya semakin hebat. Pada subuh 23 Februari 1950, 180
orang pengganas komunis menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong yang
hanya dipertahankan oleh 18 orang anggota polis yang diketuai oleh Sarjan
Jamil Mohd Shah. Walaupun bilangan anggota polis sangat kecil tetapi
mereka berjuang dengan berani. Apabila mereka memulakan
pengepongan, pihak komunis yakin bahawa mereka dapat mengalahkan
pihak polis dan berjaya mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang
singkat dan mudah . Perkara ini disebabkan oleh beberapa faktor yang
menyebelahi mereka. Antaranya pihak Komunis mempunyai kelebihan dari
segi senjata dan jumlah keanggotaan yang menyertai serangan tersebut
berbanding dengan jumlah anggota polis yang ada pada waktu itu.
Sungguhpun anggotanya lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt
Jamil Mohd Shah enggan menyerah walaupun telah berkali-kali diseru oleh
komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota polis gugur apabila
pertempuran berterusan tanpa henti dan dua orang isteri polis yang
bertahan turut serta berjuang apabila melihat suami mereka terkorban
semasa pertempuran.
Akhirnya, hanya empat orang anggota polis yang terselamat,
termasuk seorang anggota polis tambahan. Othman merupakan antara
yang terselamat tetapi mengalami kecederaan di lutut kiri dan tangan kiri.
Setelah menerima rawatan selama empat minggu di Hospital Muar, Othman
34 | P a g e
Bicara Karya 2020
dibenarkan bercuti. Dia segera balik ke kampung. Isterinya yang baru
melahirkan anak lelaki mengalami tekanan jiwa apabila mendengar khabar
angin kononnya Othman telah meninggal dunia. Othman meletakkan
jawatan apabila keadaan isterinya semakin teruk sehingga dihantar ke
Hospital Bahagia di Ipoh. Kaki kiri Othman pula terpaksa dipotong kerana
kecederaannya tidak dapat dipulihkan.
Buku ini sangat menarik kerana kisah yang diceritakaan ini adalah
berdasarkan kisah benar hasil kajian asal dan wawancara penulis dengan
mereka yang terlibat dan masih hidup pada tahun 1978 bagi penulisan skrip
filem “Bukit Kepong’. Penerbitan buku ini sedikit sebanyak memberi
gambaran mengenai kejadian sebenar yang berlaku dalam peristiwa Bukit
Kepong dan dapat menangkis tanggapan salah dan palsu orang ramai
terhadap peristiwa tersebut. Novel Bukit Kepong juga mengutarakan
peristiwa bersejarah seperti darurat dan ancaman komunis yang pernah
berlaku di negara kita. Antaranya, tindakan komunis menyerang Rumah
Pasung Bukit Kepong dan mereka membunuh sebahagian besar anggota
polis dan membakar rumah pasung. Dengan membaca novel ini, secara tak
langsung pembaca dapat menambahkan pengetahuannya dalam bidang
sejarah. Buku ini mengandungi banyak nilai murni. Semangat cinta akan
tanah air dan sanggup berkorban mempertahankan kedaulatan negara
yang ditonjolkan melalui watak Othman. Semangat ini wajar diteladani oleh
para pembaca.
Terdapat benyak pengajaran yang boleh diambil daripada karya ini
termasuklah kita hendaklah berani mempertahankan tanah air daripada
sebarang ancaman sebagaimana anggota-anggota polis Bukit Kepong
berani mempertahankan tanah air daripada ancaman pengganas walaupun
nyawa mereka dalam bahaya. Seterusnya, kita perlulah mengamalkan nilai
bekerjasama demi kesejahteraan bersama dimana orang kampung dan
pihak polis Bukit Kepong menjalinkan kerjasama untuk mengawal kampung
35 | P a g e
Bicara Karya 2020
daripada ancaman komunis. Akhir sekali, kita hendaklah sentiasa bersabar
dalam menempuh dugaan dan ujian dalam kehidupan walaupun terpaksa
berpisah dengan insan yang tersayang untuk memenuhi tanggungjawab
yang diamanahkan.
Kesimpulannya, pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai
kekalahan tragik yang bagaimanapun berjaya mengukuhkan lagi semangat
kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan
kecil yang berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir dalam
menentang pasukan yang jauh lebih besar telah berjaya meningkatkan
semangat dan moral dalam memperjuangkan semangat menentang
komunis. Perjuangan ini melambangkan keberanian, kegigihan, kecekalan
dan kesatuan anak watan yang cintakan negara tanpa mengharapkan
balasan mahupun sanjungan atas pengorbanan mereka.
36 | P a g e
Bicara Karya 2020
Tajuk Leftenan Adnan Wira
Bangsa
Pengarang Abdul Latip Bin Talib
Penerbit Mika Cemerlang Sdn.
Bhd.
Tahun diterbitkan Ogos 2008
Nama Pengulas Heng Yin Er
(Pelajar, IPG KPP)
Buku berjudul “Leftenan Adnan Wira Bangsa” ini mengisahkan
kebijaksanaan dan kegagahan seorang pejuang Tanah Melayu yang
bernama Leftenan Adnan dalam menentang pihak kuasa luar daripada
menjajah Tanah Melayu sehingga beliau terkorban dalam peperangan.
Buku ini mengupas kisah seorang anggota tentera iaitu Leftanan
Adnan yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang askar Melayu sejak
kecil sehingga beliau mencapai hasratnya demi mempertahankan tanah air.
Semasa saya membaca buku ini, saya berasa amat bersyukur serta
menghargai jasa pejuang kemerdekaan di negara kita terutamanya watak
utama dalam novel ini iaitu Leftanan Adnan atas kebijaksanaan beliau
dalam menggunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang
genting. Sebagai contoh, Leftanan Adnan bijak mengesan helah tentera
Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika
menyerang askar Melayu di Pasir Panjang. Selain itu, Leftenan Adnan turut
mempunyai semangat patriotik yang mendalam terhadap Tanah Melayu.
Misalnya, beliau yang bertugas sebagai seorang guru sanggup
meninggalkan kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi
mempertahankan tanah tercintanya.
Dalam buku novel ini, pengarang memulakan ceritanya dengan
kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar di bawah jagaan
37 | P a g e
Bicara Karya 2020
bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidikan awal di
sekolah Inggeris tanpa melupakan asal usulnya dengan sentiasa mengaji
bersama-sama ayahnya sebelum beliau memasuki kem tentera di Port
Dickson untuk melayakkan dirinya menjadi seorang askar Melayu.
Kemudiannya, cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu
dan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya
daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukit Candu untuk
menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya
menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu. Pasir Panjang dan Bukit
Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot
penyimpanan peluru dan hospital tentera. Di Pasir Panjang, pasukan
Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun
sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan
semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai
menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian
sehingga kehabisan peluru.
Dari perspektif klimaksnya, pengarang menceritakan pertahanan di
Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh
tentera Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah.
Pada ketika itu, banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun
semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban
dan Leftenan Adnan turut tercedera. Seterusnya, tentera Jepun berjaya
menawan Leftenan Adnan dan menyerkup beliau dengan guni. Tentera
Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera
parah itu pada dahan pokok ceri lalu menikam tubuhnya dengan bayonet
sehingga mayatnya hancur. Dalam aspek peleraian, pengarang telah
mengisahkan pihak Jepun menyerah kalah akibat kejadian pengeboman
yang berlaku di Hirosyima dan Nagasaki pada15 Ogos 1945. Isteri Leftenan
Adnan iaitu Sophia membesarkan anak-anak mereka dengan bekerja di
sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di
38 | P a g e
Bicara Karya 2020
sekolah Sungai Ramal. Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan
dan berpindah ke Melaka.
Perkara yang menarik hati saya ketika saya membaca novel ini
adalah intipatinya yang berkaitan dengan hasrat Adnan untuk mulai
bersekolah di sekolah Inggeris dengan persetujuan ayahnya, Pak Saidi. Pak
Saidi berpendapat bahawa belajar di sekolah Inggeris dapat mempelajari
pelbagai ilmu berbanding sekolah agama ataupun sekolah Melayu kerana
penentangan zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata tetapi
berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris.
Pandangan dan ilmu Pak Saidi dan Adnan yang terbuka dan bijak ini
memang penting dipelajari oleh semua orang kerana ilmu dan kemahiran
adalah sangat penting bagi membantu kita mereka strategi yang terbaik dan
sistematik dalam mempertahankan negara. Penggunaan senjata sahaja
dalam sesuatu peperangan pula hanya akan menyusahkan kehidupan
semua rakyat akibat kehilangan nyawa dan harta benda.Buku ini diolah
untuk para penyelidik serta rakyat Malaysia dengan intipati wira perjuangan
kemerdekaan, Leftenan Adnan yang sanggup mengkorbankan nyawanya
demi kemerdekaan tanah air tercinta. Justeru, saya menyeru agar semua
orang haruslah membaca buku ini untuk menghayati bersama perjuangan
seorang pewira negara yang bertumpah darah demi kemerdekaan oleh
Leftenan Adnan. Melalui pembacaan buku ini, para pembaca dapat
memperoleh ilmu pengetahuan tentang kepentingan mempertahankan
tanah air daripada dijajah atau dimonopoli oleh kuasa besar serta
menghargai jasa perjuangan semua perjuangan askar-askar dan pemimpin
di negara kita. Kepimpinan dan keberanian Leftenan Adnan mampu
memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya sentiasa berusaha
melengkapkan diri dari segala sudut iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai sehingga memupuk semangat patriotik yang unggul dalam jiwa masing-
masing.
Pembacaan buku ini membolehkan generasi muda dapat mengambil
39 | P a g e
Bicara Karya 2020
iktibar melalui gaya kepimpinan dan kebijaksanaan yang diterjemahkan oleh
Leftenan Adnan dalam perjuangannya mempertahankan negara.
Kebijaksanaan Leftenan Adnan yang bijak, berani dan bernas telah
membantunya mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai
tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir
Panjang serta berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah
terakhir walaupun dalam jumlah bilangan askar yang sedikit dan kehabisan
peluru.
40 | P a g e
Bicara Karya 2020
Tajuk : Semerah Darah Seputih Tulang:
Patriotisme Merentas Kehidupan
Pengarang : Dr. Alauddin bin Sidal
Penerbit : Institut Tadbiran Awam Negara
Tahun diterbitkan : 2014
Nama Pengulas : Najwa binti Mohamad Akhir
(Pelajar, IPG KPP)
Karya berjudul 'Semerah Darah, Seputih Tulang: Patriotisme Merentas
Kehidupan' merupakan sebuah cetusan idea mengenai kecintaan terhadap
negara yang dihasilkan oleh Felo Penyelidik Kanan Insititut Tadbiran Awam
Negara (INTAN), Dr. Alauddin bin Sidal. Buku ini mengandungi sebanyak
190 muka surat. Inspirasi daripada buku ini menterjemahkan semangat
patriotisme yang perlu bermula dengan rasa kebersamaan iaitu hormat-
menghormati dan saling menerima sebagai sendi kesepaduan. Dalam hal
ini, pendidikan, penerapan, pengamalan dan penghayatan patriotisme perlu
dipupuk, disusuli dan diperkasa sepanjang hayat. Manakala usaha
membangunkan semangat patriotisme ini perlu dijadikan tanggungjawab
semua pihak, merentasi setiap segmen dan institusi kehidupan.
Patriotisme 1Malaysia merupakan pegangan, penghayatan dan pengamalan
semangat 1Malaysia, dengan berteraskan kepada lima tiang seri kenegaraan
iaitu Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, Wawasam 2020, Misi
Nasional dan Gagasan 1Malaysia. Menerusi patriotisme 1Malaysia, yang
penting bukan untuk melihat perbezaan tetapi memanfaatkan persamaan
sebagai kekuatan dan menjana rasa tanggungjawab semua kerana kejayaan
membina negara bangsa adalah berteraskan kepada persamaan nilai
kemanusiaan dan meraikan kepelbagaian tersebut. Justeru, jalinan emosi
antara semua rakyat Malaysia perlu disemai dan dirangkai ke arah mencari titik
persamaan dan penerimaan bagi membentuk kejayaan masa hadapan.
Pada pendapat saya, kemajuan negara bukan diukur menerusi kepesatan
pembangunan ekonomi semata-mata tetapi keharmonian dan
kesepaduan antara kaum dan agama harus sentiasa dipelihara.
41 | P a g e
Bicara Karya 2020
Sekiranya perkara ini tidak diberi perhatian akan menyebabkan negara
menjadi mundur dan ketinggalan. Oleh yang demikian, budaya hormat-
menghormati yang menjadi teras perpaduan seluruh rakyat selama ini
perlu dipertahan dan diperkasakan supaya dapat menjadi contoh kepada
generasi akan datang. Perpaduan ini sebenarnya dapat dipupuk sekiranya
semangat patriotisme wujud terutamanya golongan anak-anak muda.
emangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan
kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya
perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai
program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana
yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana
harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan
negara.
Kesimpulannya, pembacaan buku 'Semerah Darah, Seputih Tulang:
Patriotisme Merentas Kehidupan' membolehkan kita mengambil iktibar
betapa penting semangat patriotisme terhadap setiap individu yang
bergelar rakyat Malaysia. Semakin sedih tatkala melihat semangat ini kian
pudar dek ditelan arus modenisasi masa kini. Para pemimpin, pendidik
dan ibu bapa perlu memainkan peranan dan berusaha mencari alternatif
agar semangat patriotisme yang semakin hanyut ini kembali gah. Dengan
adanya semangat patriotisme yang tinggi, semangat cinta akan negara
akan mudah untuk dipupuk dan seterusnya mendorong kepada sebuah
negara dan aman, damai dan harmoni. Sesungguhnya anasir luar atau
musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai
semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan
mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita. Malah,
semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan
negara dan akhir sekali, semangat patriotisme dalam kalangan rakyat
juga dapat menaikkan imej negara. Negara Malaysia dapat membangun
dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi dalam
42 | P a g e
Bicara Karya 2020
kalangan rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi
contoh kepada negara lain dalam menerapkan semangat patriotisme
dalam kalangan rakyat mereka.
43 | P a g e
Bicara Karya 2020
Tajuk : Sejarah Malaysia Moden (1945 – 1969)
Pengarang : Dr. Ismail Said
Penerbit : Sasbadi Sdn.Bhd.
Tahun
diterbitkan : 2016
Nama Pengulas : Nivetha A/P Thyagarajah
(Pelajar, IPG KPP)
Buku “Sejarah Malaysia Moden (1945-1969)” yang dikarang oleh Dr. Ismail
Said ini menbicarakan beberapa peristiwa bersejarah yang berlaku di
Malaysia secara krolonogi dari tahun 1945 sehingga 1969. Jika dikupas
satu per satu, buku ini memuatkan Perjanjian Bangkok 1909, pembentukan
masyarakat majmuk, proses dekolonisasi, darurat, kebangkitan
nasionalisme dan kemerdekaan, Malaysia pasca merdeka serta perpaduan
dan integrasi nasional yang amat signifikan buat lakaran sejarah tanah air.
Penulis memulakan bab pertama dalam buku ini dengan
menceritakan secara mendalam latar belakang dan kandungan Perjanjian
Bangkok 1909 yang membawa impak yang agak besar terhadap empat
negeri yang diserahkan kepada pihak British, yakni, Perlis, Kedah,
Terengganu dan Kelantan.
Berikutan peristiwa ini, Tanah Melayu memperlihatkan
pembentukan masyarakat majmuk yang berlaku ekoran kemasukan buruh
asing dari negara India dan China. Pihak British telah mengimport buruh
asing dari India untuk bekerja di ladang-ladang getah dan buruh asing
China untuk bekerja di kawasan lombong bijih timah. Walaupun golongan
migran asing ini tinggal berkelompok di kawasan yang ditetapkan, mereka
tetap hidup serumpun bak serai, sesusun bak sirih bagi mengekalkan
keharmonian negara.
44 | P a g e