The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi Ulasan buku Warga IPG KPP Tema Sejarah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bicarakarya2020, 2021-08-02 00:22:15

Bicara Karya 2020

Kompilasi Ulasan buku Warga IPG KPP Tema Sejarah.

Bicara Karya 2020

Buku ini juga mengisahkan proses dekolonisasi yang bermula di
Tanah Melayu dengan pendudukan Jepun pada tahun 1940-an. Kehadiran
kuasa Jepun dengan semangat ‘Asia untuk orang Asia’ mewujudkan
kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat bahawa sebarang
penjajahan ke atas Tanah Melayu harus ditentang. Kesedaran and
kebangkitan rakyat disemarakkan lagi apabila pihak British membawa
masuk idea untuk menubuhkan Malayan Union seawal tahun 1942.
Kerajaan British telah menghapuskan kedaulatan sultan Melayu secara
muslihat dan atas dasar paksaan. Semua negeri Melayu termasuk Pulau
Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu pemerintahan pusat yang
diperintah oleh seorang gabenor British. Penubuhan ini mendapat
tentangan kuat daripada orang Melayu dan mereka bangkit untuk
menentang kuasa British. Insiden ini memperlihatkan usaha-usaha rakyat
ke arah berkerajaan sendiri bagi mendapatkan kemerdekaan tanah air.

Penulis mencoretkan bahawa pada tahun 1948, Malayan Union
akhirnya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu dan semua negeri
Melayu digabungkan di bawah sebuah persekutuan. Bukan itu sahaja,
malah penulis juga menceritakan bahawa kedamaian yang dicapai ini tidak
dapat dikekalkan akibat ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) yang
ditubuhkan sejak April 1930. Penulis memberitahu bahawa Tanah Melayu
buat julung kalinya diisytiharkan darurat ekoran insiden ngeri pembunuhan
seramai tiga orang pengurus ladang Inggeris di Sungai Siput, Perak pada
tahun 1948. Sebulan selepas itu, PKM dan semua parti politik yang
berhaluan kiri dan radikal di Tanah Melayu diharamkan.

Buku ini turut mendedahkan bagaimana arus kebangkitan
semangat nasionalisme di Tanah Melayu bermula sebagai tindak balas
anak-anak muda yang terasa tertekan dan tertinggal akibat kelemahan
ekonomi, sosial dan politik semasa penjajahan asing. Hasrat berkobar-
kobar untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air membawa kepada
penubuhan parti-parti politik berasaskan kaum di Tanah Melayu yang
45 | P a g e

Bicara Karya 2020

menimbulkan persoalan pada pihak British tentang perpaduan dalam
kalangan rakyat.

Kejayaan Tunku Abdul Rahman bersama para pemimpin lain
seperti Tun Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambanthan memerdekakan
bukan sahaja Persekutuan Tanah Melayu, tetapi juga Sabah, Sarawak dan
Singapura melalui semangat kerjasama dan sikap toleransi adalah antara
perkara yang diberi tumpuan dalam buku ini. Kerajaan juga tidak
ketinggalan dalam mengisytiharkan beberapa dasar penting untuk
menaikkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat serta
meningkatkan integrasi nasional.

Perkara yang benar-benar menarik perhatian dalam buku ini ialah
cara penulis mengupas satu per satu insiden sejarah tanah air secara
begitu detail dan mendalam. Penulis berjaya menerangkan segala detik-
detik sejarah itu dengan gaya penulisan serta bahasa yang cukup mudah
untuk difahami oleh setiap lapisan pembaca.

Stail penulisan Dr.Ismail Said dalam buku ini membuatkan saya
sebagai pembaca berasa seolah-olah sedang melalui dan mengalami
semua peristiwa bersejarah yang berlaku di tanah air sepanjang
pembacaan. Buku ini sangat bermanfaat kepada semua rakyat Malaysia
terutamanya kepada para pelajar kerana penulis bukan sahaja
mendedahkan fakta-fakta penting tentang sejarah negara, malah turut
memberikan beberapa soalan uji minda bagi setiap bab yang dapat
membantu para pembaca dalam mendalami info-info yang disampaikan
dalam buku ini.

Pembacaan buku ‘Sejarah Malaysia Moden (1945-1969)’ ini akan
membolehkan rakyat Malaysia khususnya generasi muda untuk
meneladani segala usaha yang diambil oleh nenek moyang serta para
pejuang negara dalam proses memerdekakan negara. Oleh itu, saya ingin
menggalakkan semua untuk membaca buku ini agar iktibar dan teladan
yang diperoleh daripada pembacaan dapat digunakan dalam terus
mengekalkan kemerdekaan tanah air tercinta di samping menghayati
46 | P a g e

Bicara Karya 2020

segala peristiwa bersejarah yang berlaku. Sesungguhnya, “mereka yang
melupai sejarah pasti akan mengulanginya” (George Santayana, 1905).

47 | P a g e

Tajuk Bicara Karya 2020
Pengarang
Penerbit Pahlawan Adnan
Tahun diterbitkan Zailiani Taslim
Nama Pengulas Dewan Bahasa dan Pustaka
2015
Kelvin Lim Jian Kai
(Pelajar, IPG KPP)

Buku novel yang bertajuk “Pahlawan Adnan”menceritakan tentang kisah
seorang pahlawan yang sanggup berjuang dan berkorban nyawa demi
mempertahankan tanah airnya iaitu di Bukit Chandu.Dalam konteks Melayu,
pahlawan ditakrifkan sebagai suatu insan yang gagah dan berani dalam
memperjuangkan tanah air daripada dirampas oleh kuasa lain. Pada
kebiasaannya, konsep pahlawan dikurniakan kepada individu yang berjasa
dalam membela nasib tanah air daripada terus ditindas oleh orang lain.
Lazimnya, penggunaan panggilan pahlawan akan dikurniakan kepada
anggota-anggota awam yang berperanan menjaga keselesaan dan keamanan
negara kita seperti polis, bomba,tentera dan sebagainya. Maka, tidak
hairanlah apabila rakyat Malaysia,rakyat Singapura serta rakyat disekitar Asia
dapat mengiktiraf serta mengesahkan bahawa Leftenan Adnan merupakan
seorang pahlawan negara yang amat berjasa kepada kemerdekaan negara.

Menerusi penulisan yang dikarang oleh penulis dalam novelnya, pengarang
telah membahagikan setiap kisah Leftenan Adnan kepada beberapa
bahagian. Setiap bahagian dikembangkan dengan kisah yang menunjukkan
ciri-ciri kepahlawanan Leftenan Adnan sejak masih kecil lagi.

Pada permulaan novel ini,penulis telah menggambarkan tentang suasana
yang berlaku pada tahun 1915. Pada tahun tersebut, merupakan tahun

48 | P a g e

Bicara Karya 2020

kelahiran pahlawan ini ke dunia.Pengarang juga menggambarkan bagaimana
kehidupan bermasyarakat pada suatu ketika dahulu apabila seorang bayi
yang dilahirkan dan disambut lahir oleh seorang bidan disamping dinantikan
oleh penghuni yang lain. Hal ini amat kurang pada zaman kini kerana kaedah
pembidanan semakin kurang diyakini oleh orang ramai dan setiap orang
semakin mementingkan diri sendiri dan tidak sanggup memberikan perhatian
dan mendoakan orang lain mahupun jiran. Walaupun penulis tidak mempunyai
pengalaman tentang masa zaman dahulu, tetapi menerusi penulisannya,
penulis tetap dapat menggambarkan sifat-sifat serta semangat orang zaman
dahulu dengan lebih jelas dan mendalam.

Leftenan Adnan atau nama sebenarnya iaitu Adnan bin Saidi,merupakan
seorang anggota tentera Tanah Melayu daripada Briged Infantri 1 yang
bertempur dengan tentera Jepun dalam pertempuran di Singapura. Beliau
merupakan anak sulung dalam keluarganya. Pada masa yang sama,adik-
beradik beliau juga merupakan anggota tentera.Leftenan Adnan telah
menerima pendidikan di Pekan Sungai Ramal dalam aliran Inggeris dan telah
diakui sebagai seorang pelajar yang rajin serta berjaya menamatkan
pengajiannya dengan keputusan yang cemerlang. Selepas tamat
pengajiannya, beliau dilantik sebagai seorang guru pelatih untuk suatu ketika
sebelum beliau mengambil keputusan untuk menjadi anggota tentera.

Pada usia 18 tahun, beliau telah berjaya memasuki Rejimen Askar Melayu
dan setahun selepas itu, beliau terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun
1936, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Sarjan. Pada tahun 1937, beliau
terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London
bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, beliau
telah dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Mejar sebelum menjadi
Leftenan Adnan.

Leftenan Adnan telah berkahwin dengan seorang guru di kampungnya, iaitu
Puan Sophia Pakik Muda dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu dua

49 | P a g e

Bicara Karya 2020

anak lelaki dan seorang anak perempuan. Pada akhir tahun 1941, beliau dan
keluarganya menetap di Pasir Panjang sebelum berlakunya Perang Dunia
Kedua.

Penulis juga telah menggambarkan emosi sedih pada saat kematian Leftenan
Adnan apabila berusaha dengan bersungguh-sungguh serta semangat
pengorbanannya dalam mempertahankan tanah air tercinta. Leftenan Adnan
walaupun telah mengalami kecederaan parah,tetapi beliau masih enggan
berundur dan sebaliknya menyeru agar setiap anggota tentera berjuang
sehingga ke titisan darah yang terakhir.Akhirnya,beliau terkorban pada
tanggal 14 Februari 1942. Tetapi,keberaniannya serta semangat patriotiknya
telah menyuntik semangat dan jati diri dalam diri pejuang yang lain dan setiap
rakyat supaya tidak berputus asa dalam memperjuangkan kedaulatan tanah
air yang tercinta.

Buku novel ini adalah sangat istimewa kepada semua rakyat kerana novel ini
telah menjelaskan fakta-fakta sejarah serta jasa-jasa pejuang negara kita, iaitu
Leftenan Adnan dan tentera-tentera yang lain yang amat berjasa dan akan
sentiasa diingati oleh orang ramai pada sepanjang abad. Nilai murni terhadap
keperibadian seseorang pahlawan, iaitu Leftenan Adnan juga sukar disangkal
apabila setiap ayat yang ditulis dalam penulisan ini berjaya menjelaskan
bahawa betapa murninya sikap Leftenan Adnan dalam sepanjang seumur
hidupnya.

Semangat patrotisme yang diterapkan dalam novel ini juga berjaya disuntik ke
dalam diri pembaca supaya dapat bersyukur dan menghargai jasa-jasa
pejuang tanah air dengan menjaga keselamatan dan keamanan tanah air
kita.Dengan segala pengorbanan serta dedikasi yang dilaksanakan oleh para
pejuang tanah air,barulah kita dapat menikmati kehidupan yang aman dan
sejahtera. Kesimpulannya, jasa-jasa pejuang negara hendaklah diingati oleh
semua orang kerana pengorbanan mereka adalah tidak ternilai dan amat
bermakna kepada diri setiap orang.

50 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Mewarisi Amanah Merdeka
Pengarang Khalid Noorshah
Penerbit Wardah Communication
Sdn Bhd
Tahun diterbitkan Ogos 2016
Nama Pengulas Leong Jing Qi
(Pelajar, IPG KPP)

Artikel yang berjudul “Mewarisi Amanah Merdeka” menyampaikan
cara pemimpin Malaysia berjuang untuk kemerdekaan di Malaysia daripada
pihak berkuasa, sekali gus membangkitkan semangat patriotik setiap
warganegara. Setiap warganegara perlulah berusaha membuat perubahan
yang baharu demi kemajuan negara Malaysia. Lebih-lebih lagi, pengarang
memperingatkan semua warganegara untuk menghayati erti kemerdekaan
yang telah berjaya dicapai oleh para pemimpin kita dahulu kerana
kemerdekaan ini bukan diperolehi secara mudah. Tidak boleh dinafikan
bahawa tanpa perjuangan pemimpin dahulu, kita pasti tidak dapat
menikmati keselesaan hidup pada zaman sekarang.

Dalam artikel ini, perkara yang menarik adalah kemenangan
kapitalisme Barat di Malaysia telah memberikan idea kepada rakyat
Malaysia untuk memerintah sesebuah negara secara demokrasi.
Pemerintahan demokrasi ini telah memberikan kuasa yang lebih kepada
rakyat untuk menentukan hala tuju negara dan aspirasi anak bangsanya.
Pemilihan pemimpin adalah ditentukan oleh rakyat Malaysia melalui pilihan
raya. Selain itu, sistem pemerintahan ini amat sistematik dan adil kerana
raja tidak akan berkuasa mutlak sepenuhnya. Sebaliknya, rakyat diberi
peluang untuk menjadi pemimpin yang dapat berkhidmat untuk negara.
Sebagai generasi yang muda, kita hendaklah berusaha dengan lebih gigih

51 | P a g e

Bicara Karya 2020

untuk menjadi seseorang berguna dan mampu menyumbang tenaga untuk
tanah air kita.

Terdapat seorang pesara tentera ketika diwawancara lebih 10
tahun lalu oleh sebuah stesen radio tempatan berkata: “Kami tidak berjuang
menyabung nyawa untuk melihat anak bangsa menjadi pengutip tol”.
Sebernarnya, ungkapan yang dimaksudkan oleh pesara tentera adalah
kerajaan boleh melatih anak bangsa dalam bidang atau tugas-tugas lain
yang lebih besar dan kompleks kerana sebenarnya kemampuan dan bakat
anak bangsa boleh dperitingkatkan secara lebih baik lagi. Oleh itu,
kerajaan sanggup membuat pelaburan ke atas generasi muda dalam
pelbagai bidang untuk membantu mereka mengembang ke arah
kecemerlangan dan menikmati kehidupan yang makmur di negara kita.
Secara ringkasnya, tujuan kemerdekaan adalah rakyat berpeluang untuk
mengurus sumber negara sendiri dan menikmati hasilnya dengan selesa.

Perkara yang paling membanggakan adalah kemerdekaan di
Malaysia telah memupuk kerjasama rakyat Malaysia yang berbilang latar
belakang, budaya, kepercayaan dan agama untuk bekerjasama dan
menyelesaikan semua masalah yang dihadapi bersama. Tidak boleh
dinafikan bahawa kemajuan dan kemakmuran negara Malaysia adalah
bergantung kepada usaha-usaha semua rakyat Malaysia. Tanpa kerjasama
daripada semua pihak, kejayaan tidak dapat dikecapi bersama. Selain itu,
kemakmuran Malaysia telah menarik minat warganergara asing untuk
mecari rezeki di sini. Hal ini demikian kerana peluang pekerjaan di Malaysia
sangat luas yang mampu memperbaiki kehidupan seseorang sekiranya dia
rajin dan berilmu dalam sesuatu jenis kemahiran. Namun begitu, kebanjiran
warga asing untuk mencari pekerjaan di Malaysia perlu kita halusi. Adakah
perkara ini telah berjaya membawa kemakmuran negara kita ataupun
menonhjolkan kelemahan rakyat Malaysia kerana terpaksa menyebabkan
pengambilan pekerja asing yang semakin banyak dalam sektor pekerjaan?

52 | P a g e

Bicara Karya 2020
Kesimpulannya, kita perlu berusaha untuk mempertahankan
warisan dan kedaulatan negara. Tidak boleh dinafikan bahawa unsur-unsur
tersebut merupakan petanda usaha para pejuang kemerdekaan yang
sanggup mengorbankan nyawa untuk mengambil alih kemerdekaan
Malaysia daripada pihak penjajah. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya
mengisi kemerdekaan untuk mewariskan sebuah negara yang makmur
kepada generasi yang muda. Rakyat Malaysia juga hendaklah bersyukur
kerana dilahirkan di negara Malaysia yang begitu unik dan makmur. Oleh
itu, kita hendaklah berusaha menyumbang jasa kepada negara kita dan
membuat perubahan baharu demi kebaikan negara. Dengan tindakan
sedemikian, negara Malaysia pasti dapat setanding dengan negara lain dan
seterusnya dapat mengharumkan nama negara Malaysia ke peringkat
antarabangsa.

53 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Sejarah Malaysia Moden
(1945 - 1969)

Pengarang Dr. Ismail Said

Penerbit Sasbadi sdn bhd

Tahun diterbitkan 2016

Nama Pengulas Lee Ming Xuan
(Pelajar, IPG KPP)

Buku berjudul ‘Sejarah Malaysia Moden (1945-1969)’ merupakan hasil
karya Dr.Ismail Said yang bertemakan sejarah awal Malaysia,bermula
dengan Perjanjian Bangkok 1909, Pembentukan Masyarakat Majmuk,
Proses Dekolonisasi, Darurat, Kebangkitan Nasionalisme dan
Kemerdekaan, Malaysia Pasca Merdeka, dan akhirnya Perpaduan dan
Integrasi Nasional.

 Selepas saya mengkaji buku ini, perasaan patriotik yang kian sinar
daripada sanubari saya telah bersemarak semula dengan drastik.Menurut
buku ini,saya dapat melihat betapa sukarnya perjuangan pahlawan-
pahlawan negara untuk mempertahankan ibu pertiwi kita yang tercinta
daripada penjajah.Tanpa perkorbanan mereka,kita tidak akan mendengar
suara ‘MERDEKA!’ yang menggegarkan Dataran Merdeka pada 31 ogos
1957.Ibarat kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang,
manusia mati meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti
untuk mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul
Rahman Putra. Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan
sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang
pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi
untuk membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan
menentang Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui

54 | P a g e

Bicara Karya 2020

perubahan slogan dari ‘Hidup Melayu!’ kepada ‘Merdeka!’, mengatur
strategi pakatan antara kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja
Melayu telah membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai
kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit
jerih terbayar dek nikmat kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita
sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi kepada Tunku – Bapa
Kemerdekaan.

Walaupun kemerdekaan negara dicapai melalui meja rundingan tanpa
melibatkan pertumpahan darah, namun ancaman utama pada masa
tersebut sama ada di peringkat luar dan dalam negara ialah aktiviti subversif
pihak komunis yang ingin mewujudkan pemerintahan komunis. Selain
ancaman komunis, faktor mewujudkan keseimbangan bangsa serta
kemajuan ekonomi yang seimbang turut dibincangkan oleh penulis.
Kejayaan Tunku Abdul Rahman memerdekakan bukan sahaja Persekutuan
Tanah Melayu, tetapi juga Sarawak, Sabah dan Singapura melalui
semangat kerjasama dan sikap toleransi .Penulis turut membincangkan
masalah utama yang dihadapi oleh negara Malaysia sejurus
mengisytiharkan kemerdekaan iaitu, kemiskinan dan ketidaksetaraan
agihan kekayaan negara antara kaum.Oleh itu, kerajaan telah
mengisytiharkan Rukun Negara pada Ogos 1970, Dasar Ekonomi Baru
(1970), Falsafah Pendidikan Negara (1998), dan Wawasan 2020. Kesemua
usaha kerajaan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan jurang pendapatan
rakyat serta menyatukan rakyat tanpa mengira perbezaan keturunan,
bahasa mahupun agama agar semua lapisan masyarakat berganding bahu
untuk membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang
demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.

55 | P a g e

Bicara Karya 2020

Secara keseluruhan, buku ini amat berguna khususnya kepada para

pelajar kerana selain fakta yang padat dan ringkas, penulis turut

memberikan beberapa soalan ujian minda bagi setiap bab untuk membantu

pembaca memahami dengan lebih mendalam

lagi.Pembacaan buku ini membolehkan generasi muda dapat mengambil

ikhtibar agar sentiasa mengenang dan menghargai jasa tokoh dan pejuang

tanah air. Justeru, saya menyeru agar semua rakyat Malaysia haruslah

membaca buku ini untuk mengukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia dan

menanam sikap cinta akan negara dalam jiwa sendiri.Biarlah pepohon terus

bergoyang,biarlah matahari terus bersinar dan biarlah masa depan mutiara

negara yang berharga ini terus terpelihara agar nusa tercinta kita kembali
jadi ‘Harimau Asia’.

56 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Mewarisi Amanah Merdeka
Pengarang Khalid Noorshah
Penerbit Wardah Communication
Sdn Bhd
Tahun Ogos 2016
diterbitkan
Nama Pengulas Leong Jing Qi
(Pelajar, IPG KPP)

Artikel yang berjudul “Mewarisi Amanah Merdeka” menyampaikan
cara pemimpin Malaysia berjuang untuk kemerdekaan di Malaysia daripada
pihak berkuasa, sekali gus membangkitkan semangat patriotik setiap
warganegara. Setiap warganegara perlulah berusaha membuat perubahan
yang baharu demi kemajuan negara Malaysia. Lebih-lebih lagi, pengarang
memperingatkan semua warganegara untuk menghayati erti kemerdekaan
yang telah berjaya dicapai oleh para pemimpin kita dahulu kerana
kemerdekaan ini bukan diperolehi secara mudah. Tidak boleh dinafikan
bahawa tanpa perjuangan pemimpin dahulu, kita pasti tidak dapat
menikmati keselesaan hidup pada zaman sekarang.

Dalam artikel ini, perkara yang menarik adalah kemenangan
kapitalisme Barat di Malaysia telah memberikan idea kepada rakyat
Malaysia untuk memerintah sesebuah negara secara demokrasi.
Pemerintahan demokrasi ini telah memberikan kuasa yang lebih kepada
rakyat untuk menentukan hala tuju negara dan aspirasi anak bangsanya.
Pemilihan pemimpin adalah ditentukan oleh rakyat Malaysia melalui pilihan
raya. Selain itu, sistem pemerintahan ini amat sistematik dan adil kerana
raja tidak akan berkuasa mutlak sepenuhnya. Sebaliknya, rakyat diberi
peluang untuk menjadi pemimpin yang dapat berkhidmat untuk negara.
Sebagai generasi yang muda, kita hendaklah berusaha dengan lebih gigih

57 | P a g e

Bicara Karya 2020

untuk menjadi seseorang berguna dan mampu menyumbang tenaga untuk
tanah air kita.

Terdapat seorang pesara tentera ketika diwawancara lebih 10
tahun lalu oleh sebuah stesen radio tempatan berkata: “Kami tidak berjuang
menyabung nyawa untuk melihat anak bangsa menjadi pengutip tol”.
Sebernarnya, ungkapan yang dimaksudkan oleh pesara tentera adalah
kerajaan boleh melatih anak bangsa dalam bidang atau tugas-tugas lain
yang lebih besar dan kompleks kerana sebenarnya kemampuan dan bakat
anak bangsa boleh dperitingkatkan secara lebih baik lagi. Oleh itu,
kerajaan sanggup membuat pelaburan ke atas generasi muda dalam
pelbagai bidang untuk membantu mereka mengembang ke arah
kecemerlangan dan menikmati kehidupan yang makmur di negara kita.
Secara ringkasnya, tujuan kemerdekaan adalah rakyat berpeluang untuk
mengurus sumber negara sendiri dan menikmati hasilnya dengan selesa.

Perkara yang paling membanggakan adalah kemerdekaan di
Malaysia telah memupuk kerjasama rakyat Malaysia yang berbilang latar
belakang, budaya, kepercayaan dan agama untuk bekerjasama dan
menyelesaikan semua masalah yang dihadapi bersama. Tidak boleh
dinafikan bahawa kemajuan dan kemakmuran negara Malaysia adalah
bergantung kepada usaha-usaha semua rakyat Malaysia. Tanpa kerjasama
daripada semua pihak, kejayaan tidak dapat dikecapi bersama. Selain itu,
kemakmuran Malaysia telah menarik minat warganergara asing untuk
mecari rezeki di sini. Hal ini demikian kerana peluang pekerjaan di Malaysia
sangat luas yang mampu memperbaiki kehidupan seseorang sekiranya dia
rajin dan berilmu dalam sesuatu jenis kemahiran. Namun begitu, kebanjiran
warga asing untuk mencari pekerjaan di Malaysia perlu kita halusi. Adakah
perkara ini telah berjaya membawa kemakmuran negara kita ataupun
menonjolkan kelemahan rakyat Malaysia kerana terpaksa menyebabkan
pengambilan pekerja asing yang semakin banyak dalam sektor pekerjaan?

58 | P a g e

Bicara Karya 2020
Kesimpulannya, kita perlu berusaha untuk mempertahankan
warisan dan kedaulatan negara. Tidak boleh dinafikan bahawa unsur-unsur
tersebut merupakan petanda usaha para pejuang kemerdekaan yang
sanggup mengorbankan nyawa untuk mengambil alih kemerdekaan
Malaysia daripada pihak penjajah. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya
mengisi kemerdekaan untuk mewariskan sebuah negara yang makmur
kepada generasi yang muda. Rakyat Malaysia juga hendaklah bersyukur
kerana dilahirkan di negara Malaysia yang begitu unik dan makmur. Oleh
itu, kita hendaklah berusaha menyumbang jasa kepada negara kita dan
membuat perubahan baharu demi kebaikan negara. Dengan tindakan
sedemikian, negara Malaysia pasti dapat setanding dengan negara lain dan
seterusnya dapat mengharumkan nama negara Malaysia ke peringkat
antarabangsa.

59 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk BUKAN ORANGORANG
Pengarang Hafizah Iszahanid
Penerbit Institut Terjemahan & Buku
Malaysia
Tahun 2015
diterbitkan
Nama Pengulas Lim En Yu
(Pelajar, IPG KPP)

Novel berjudul “Bukan Orang Orang” yang saya kaji ini merupakan
karya penulis Hafizah Iszahanid yang berasal dari Chemor, Perak. Karya ini
telah berjaya memenangi Hadiah Sastera Perdana (HSPM) 2015-2016 dan
masih disukai oleh seribu pembaca dalam kalangan masyarakat.Novel ini
berkisar dengan kehidupan seorang anak pendatang iaitu Mo yang lahir di
Tanah Melayu yang rusuh dan dibesarkan dengan kisah-kisah suka duka
sejarah Tanah Melayu untuk menjadi sebuah negara yang damai serta
mewujudkan persahabatan dan perpaduan sesama bangsa antara
berbilang kaum.Novel ini menarik kerana isu persahabatan dan perpaduan
perkauman sentiasa disorot dalam pelbagai bidang di Malaysia yang
umpama kaleidoskop budaya yang berwarna-warni dan diwariskan secara
turun-temurun oleh setiap kaum.

Namun, persahabatan ikhlas Mo dengan Midah tidak diamal oleh
anak mereka,Qi dan Zara.Qi dan Zara adalah anak selepas merdeka yang
terperangkap dengan ideologi perkauman dan berprasangka terhadap kaum
lain.Dalam konteks ini, novel ini mengisahkan dua sudut pandangan yang
berbeza antara generasi awal dan generasi masa kini yang mengalami
perubahan sosio-politik dalam era digital ini.Dalam novel ini, penulis telah
mengisahkan peristiwa yang kontemporari dengan dunia realiti ini. Misalnya,

60 | P a g e

Bicara Karya 2020

perhubungan kaum, politik perkauman dan sesetengah rakyat yang masih
hidup secara individualisme dan sentimen kaum masing-
masing.Sememangnya, kita tidak dapat menafikan isu-isu ini masih berada
dalam masyarakat pasca kemerdekaan namum kita tidak pernah
menyaksikan bak kata peribahasa air yang tenang jangan disangka tiada
buaya.Perkara ini juga menjadi inti persoalan dan membawa kepada inti
pemikiran dalam novel ini.

Novel ini juga penuh dengan fakta sejarah dan dapat menyedarkan
pembaca-pembaca tentang masalah perkauman dan kehidupan
kesengsaraan rakyat sebelum kemerdekaan.Fakta ini mendatangkan
bersama dengan kata Prof.Ulung Datuk Dr.Shamsul Amri Baharuddin iaitu
suasana seperti sungai yang kelihatan tenang di permukaannya tetapi
dibawahnya keruh bergolak dengan masalah perkauman.Novel ini telah
menyedarkan kita tentang kepentingan persefahaman antara kaum dan sifat
saling menghormati dan bertoleransi perlu menjadi kamus hidup dalam
setiap individu di Malaysia.Di samping itu, semangat Malaysia Prihatin
dizahirkan bukan sahaja oleh petugas barisan hadapan tetapi juga semua
rakyat berbilang kaum, agama dan fahaman politik kini. Sebagai generasi
yang mewarisi negara yang merdeka ini, maka wajar kita mengambil
ikhtibar daripada perjuangan dan menyematkannya dalam jiwa untuk terus
memastikan kemerdekaan Malaysia daripada budaya asing dan fahaman
yang bertentangan dengan akidah Islam.Hal ini demikian perpaduan rakyat
merupakan nuklius dalam pembangunan negara ke arah yang maju.

Dalam novel ini , suasana era digital yang semakin menjarangkan
hubungan kaum oleh hasutan dan fitnah perkauman, menimbulkan
perasaan tidak percaya kepada kaum lain. Sebenarnya novel ini menyindir
sikap masyarakat Malaysia hari ini yang sering membuat justifikasi atas satu
keadaan terpencil yang selalu dijustifikasikan sebagai mewakili semua.Oleh
itu, kita hendaklah menggunakan sosial media dengan kaedah yang betul

61 | P a g e

Bicara Karya 2020
dan bijak dengan mengelakkan sentuhan isu-isu sensitif yang membawa
rusuhan terhadap negara.

Novel ini mengakhiri ceritanya dengan kesedaran generasi muda
terhadap keikhlasan dan kejujuran hubungan orang tua mereka yang tidak
mempunyai prasangka perkauman.Sebagai seorang individu berbangsa
Malaysia, kita haruslah membuangkan sikap perkauman dan mengambil
inisiatif tanpa mengira kaum untuk menjana utopia yang aman dan
sejahtera.Janganlah kita menjadikan impian ini sebagai khayalan yang
maya.Biarlah matahari terus bersinar, biarlah pepohon terus menghijau dan
biarlah Malaysia terus gemilang.

62 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk DR MAHATHIR ANTARA
SENYUMAN DAN TANGIS
Pengarang DRS RAHMANMAT
Penerbit PENERBITAN MANCHU
KUALA LUMPUR
Tahun diterbitkan 1987
Nama Pengulas LIM JUN YAO
(Pelajar, IPG KPP)

Buku yang bertajuk Dr. Mahathir antara senyum dan tangis
merupakan sebuah buku yang unik dan ditulis oleh Drs Rahman Mat di
mana beliau tidak menggunakan penyelidikan dan cara penulisan ilmiah
semasa beliau mengarang buku tersebut. Dalam isi kandungan buku ini
lebih kepada menceritakan kisah serta pengalaman manis dan pahit tun
Dr.Mahathir semasa beliau aktif dalam bidang politik. Buku ini juga
memaparkan kegembiraan serta kekecewaan yang telah dialami oleh Tun
Dr.Mahathir sepanjang kerjaya politik beliau bagi memajukan negara
malaysia serta memperjuangkan kepentingan bangsa.

Semasa membaca buku ini saya berasa amat kagum dengan sifat
kepimpinan dan kebijaksanaan yang ditunjukkan oleh Tun Dr.Mahathir
dalam menyelesaikan sesuatu konflik dan juga masalah-masalah yang
dihadapinya secara efektif. Melalui buku ini jugalah yang membolehkan
saya lebih mengenali seorang negarawan yang mulia yang telah banyak
berkorban untuk negara kita pada hari ini. Semangat cinta akan negara
yang terdapat di dalam jiwa Tun Dr.Mahathir telah mendorong beliau
berusaha untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapinya demi
memajukan negara Malaysia.Sikap rasional dan semangat tidak berputus
asa yang dipamerkan oleh Tun Dr.Mahathir bagi memajukan bangsa juga
amat saya sanjungi. Walaupun betapa besar dan rumitnya masalah beliau

63 | P a g e

Bicara Karya 2020

akan dapat juga menyelesaikan masalah tersebut kerana beliau merupakan
seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan sering dapat menjana idea
yang sempurna.ketabahan serta jati diri yang kuat jugalah yang menjadi
faktor utama beliau berjaya.

Tun Dr.Mahathir merupakan seorang perdana menteri yang
berkhidmat untuk negara Malaysia untuk tempoh yang paling lama iaitu
selama 22 tahun (1981-2003). Beliau digelar sebagai Bapa Pemodenan
negara kerana beliaulah yang banyak memodenkan negara kita dengan
membina banyak bangunan yang bertaraf dunia seperti menara Kuala
Lumpur yang siap dibina pada 1995 dan menara berkembar Petronas yang
siap dibina pada 1996. Pencapaian ini telah meninggalkan imej yang amat
baik dan berjaya untuk mengharumkan nama negara malaysia di peringkat
antarabangsa dimana negara Malaysia juga mampu membina bangunan-
bangunan yang bertaraf dunia sama seperti negara maju.

Tun Dr.Mahathir bukan sekadar seorang negarawan yang mulia
malah beliau juga merupakan seorang pejuang bangsa yang hebat. Beliau
berani untuk mempertikaikan pemerintahan Tunku Abdul Rahman yang
kurang memberi perhatian terhadap pembangunan Melayu. Walaupun
perjuangannya telah menyebabkan beliau pernah dipecat daripada anggota
majlis tertinggi umno kepada seorang ahli biasa, tetapi beliau tidak pernah
berhenti untuk berjuang malah beliau telah berusaha dengan banyak pihak
bagi sama-sama mengubah keadaan tersebut dan perjuangannya akhirnya
membuahkan hasil juga.ketabahan beliaulah yang merupakan kunci utama
bagi kejayaan beliau pada hari ini.

Semangat cinta akan negara yang dipamerkan oleh Tun
Dr.Mahathir ini amatlah penting dalam kehidupan kita kerana semangat
inilah yang menjadi ikatan yang penting dalam mengutuhkan perpaduan
negara.melalui pembacaan buku ini membolehkan generasi-generasi muda

64 | P a g e

Bicara Karya 2020

mengambil ikhtibar serta mempelajari sifat-sifat dan nilai-nilai yang terdapat

pada negarawan yang mulia, Tun Dr. Mahathir. Pembacaan buku ini juga

akan dapat menyemai semangat cinta akan negara dalam kalangan

generasi muda supaya dapat mengekalkan keharmonian dan

kesejahteraan negara Malaysia. Hal ini kerana mereka akan mengetahui

betapa besarnya pengorbanan seseorang negarawan bagi membina

sebuah negara yang aman dan harmoni. Tun Dr. Mahathir seharusnya

menjadi role model kita pada hari ini kerana segala perjuangan beliau

amatlah berharga kepada kehidupan kita.

Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat
terutamanya kepada generasi muda yang akan menjadi tonggak utama dan
tulang belakang kepada negara kita pada masa hadapan. Oleh itu, saya
amat menggalakkan semua lapisan masyarakat untuk membaca buku ini
dan mempelajari segala nilai-nilai yang terdapat pada Tun Dr Mahathir dan
mempraktikkannya dalam kehidupan kita.

65 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Pahlawan Tegar
Merdeka
Pengarang Ramlah Adam
Penerbit Dewan Bahasa Dan
Pustaka
Tahun diterbitkan 2014
Nama Pengulas Lim Miao Chi
(Pelajar, IPG KPP)

Buku ini berjudul “Pahlawan Tegar Merdeka” merupakan
biografi ketenteraan mengenai perjuangan Angkatan Tentera Malaysia
dalam menghadapi ancaman komunis. Dalam karya ini, kita dapat
mengimbau kembali saat getir negara berhadapan dengan ancaman
komunis dan mengetengahkan peranan Pasukan Keselamatan Negara
dalam menghadapi pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) sekitar
tahun 1948-1989. Buku ini banyak memberi makna kepada kita
disebabkan pengalaman tokoh-tokoh yang menjadi sebagai wakil
keseluruhan anggota Pasukan Keselamatan Negara untuk melibatkan diri
dalam operasi menentang Parti Komunis Malaya.

Parti Komunis Malaya ialah sebuah pertubuhan yang diasaskan
di Tanah Melayu (sekarang Malaysia) pada tahun 1930. Pertubuhan ini
menentang penjajahan British yang ketika itu sedang memerintah Tanah
Melayu. Ketika kedatangan Jepun, PKM membentuk Malayan People’s
Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka. Namun
begitu, selepas Jepun menyerah kalah, PKM telah mengambil
kesempatan untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA dan melalui
beberapa pertubuhan seperti MRL, Ming Yuen dan sebagainya. Mereka

66 | P a g e

Bicara Karya 2020

menguasai Tanah Melayu selama 14 hari. Beberapa siri keganasan dan
rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu,
terutamanya di bahagian Selatan Tanah Melayu. Begitulah melahirkan
pahlawan-pahlawan dalam karya ini yang sanggup berkorban untuk
negara demi keamanan, kesejahteraan dan keharmonian negara. Kata-
kata hikmat yang menyebutkan, tiada yang dahulu tiadalah yang
sekarang dan tiada yang lama maka tiadalah yang baharu menunjukkan
bahawa hubung kait antara yang lama dan yang baharu sentiasa saling
memerlukan. Oleh itu, kita haruslah belajar semangat tokoh-tokoh
tersebut supaya negara kita dapat kekal aman dan tidak mudah diancam
oleh kuasa luar.

Dalam buku ini, pengalaman yang diceritakan akan
memberikan kesedaran kepada kita tentang erti sebuah perjuangan. Kita
haruslah mengingati dan menghargai jasa dan pengorbanan pahlawan-
pahlawan kemerdekaan ini. Kita boleh menjadikan mereka sebagai idola
sanjungan. Hal ini demikian kerana kita akan memperoleh banyak faedah
sekiranya kita menjadikan kehidupan mereka sebagai panduan dalam
hidup kita. Bak kata pepatah “berguru pada yang tahu, meminta pada
yang ada dan bergaul pada yang kuasa”. Sebagai panduan, kita boleh
sentiasa merujuk kepada ideologi tokoh-tokoh tersebut bagi
menyelesaikan sesuatu kemelut yang berkaitan dengan sejarah
kemerdekaan negara. Sesungguhnya, kita perlulah berasa bangga dan
menunjukkan sikap menghargai perjuangan tokoh-tokoh tersebut. Bukan
itu sahaja, sebagai seorang remaja yang berjiwa patriotik, kita tidak
sewajarnya bersikap lupa diri terhadap kebijaksanaan, hemah peribadi
dan keberanian mereka memperjuangkan kemerdekaan negara. Hal ini
penting kerana kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga
dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan
oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk
dipertahankan dan tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang

67 | P a g e

Bicara Karya 2020

akan datang.

Pembacaan buku ini membolehkan kita agar sentiasa memupuk
semangat patriotik sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana
semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta
akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada
bangsa, agama dan negaranya sendiri. Sebagai contoh, walaupun tokoh-
tokoh dalam karya ini dianggap wira kecil, namun semangat perjuangan
mereka tidak pernah padam malahan sanggup mempertaruhkan nyawa
sendiri demi tanah air tercinta. Kemakmuran dan keselesaan hidup yang
kita nikmati daripada kemerdekaan negara merupakan hasil keringat,
darah dan air mata pejuang terdahulu. Individu yang memiliki semangat
patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri
dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan
cepat dan setanding dengan negara-negara maju yang lain. Sekiranya
semangat patriotik tidak dapat dipupuk, pastilah kita tidak ada perasaan
cinta akan negara dan menyebabkan kita hilang jati diri. Oleh itu, kita
harus berusaha dan berganding bahu agar semangat patriotik dapat
dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

“Sesiapa yang melupakan sejarah, maka dia akan mengulangi
kesilapan semula” ialah kata-kata daripada seorang tokoh falsafah pada
era silam. Jadi, hargai dan pertahankan kemerdekaan yang dikecapi
supaya sejarah hitam tidak berulang. Selain itu, karya ini dapat
menambahkan khazanah persuratan sejarah ketenteraan dan dapat
dijadikan rujukan oleh para pelajar dan masyarakat umum. Oleh itu,
penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku
sekolah lagi harus diberikan. Kata peribahasa Melayu, “melentur buluh
biarlah dari rebungnya”. Perkara ini membolehkan semangat patriotik
sebati dalam diri kita. Sekiranya semangat dapat dipupuk sejak kecil,
sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan

68 | P a g e

Bicara Karya 2020
hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat
melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak
melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama negara. Kita
juga hendaklah menanamkan perasaan bangga lagi bermaruah menjadi
rakyat Malaysia. Kebanggaan bagi seseorang yang berjiwa merdeka
adalah apabila mereka dapat mendirgahayukan tokoh-tokoh pejuang
Malaya terulung ke setiap penjuru alam.

Karya ini memang memberikan inspirasi kepada para ilmuan
untuk mengkaji dan berkarya dalam bidang sejarah ketenteraan. Tokoh-
tokoh dalam karya ini telah banyak menaburkan jasa kepada masyarakat
dan negara adalah wajar sekali nama mereka disanjung dan terus kekal
terpahat dalam tinta sejarah. Bak kata pepatah “gajah mati meninggalkan
tulang, harimau mati meninggalkan belang dan manusia mati
meninggalkan nama”. Peribahasa ini telah merujuk kepada sumbangan
seseorang itu akan terus diingati walaupun dia sudah tiada lagi.
Sumbangan dan jasa bakti akan tetap menjadi kenangan terutama sekali
jasa yang ditaburkan kepada negara.

69 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Kemerdekaan dan
Ketersediaan Air

Pengarang Kherjuli

Penerbit Tanjungpinang Pos

Tahun diterbitkan Ogos 22, 2013

Nama Pengulas Lim Tian Chai
(Pelajar, IPG KPP)

Penulis artikel telah mengeluarkan artikelnya dalam tiga bahagian.
Setiap bahagiannya mempunyai sub-tajuk yang tersendiri dan tajuknya
adalah seperti berikut,

i. Air yang Layak Hak Setiap Warga,
ii. Air di Era Pembangunan Milenium, dan
iii. Air Minum yang Berperikemanusiaan.
Penulis telah menekankan peri-kemanusiaan dan peri-keadilan yang
dikehendaki oleh semua orang dalam artikelnya. Dengan ini juga, penulis
menyatakan walaupun penjajahan luar terhadap negeri sendiri telah pun
tiada, tetapi penjajahan antara bangsa dalam negara masih berlaku dan
inilah yang menyebabkan ketidakperikemanusiaan dan
ketidakperikeadilan yang berlaku di dalam negara Indonesia.
Setiap tajuk bagi artikel ini sangat menarik dan amat bersejarah.
Penulis telah memetik erti kemerdekaan yang disebut dalam perenggan
pertama pembukaan Perlembagaan 1945 Indonesia, “Bahawa
sesungguhnya kemerdekaan itu ialah hak segala bangsa dan oleh sebab
itu, maka penjajahan di atas dunia harus dihapuskan, kerana tidak sesuai
dengan peri-kemanusiaan dan peri-keadilan”. Dengan ini, kita dapat lihat

70 | P a g e

Bicara Karya 2020

betapa pentingnya kemerdekaan diperlukan dan kemerdekaan
merupakan hak miliki oleh setiap bangsa. Penjajahan yang tidak peri-
kemanusiaan dan tidak peri-keadilan harus dihapuskan supaya
kembalikan kemerdekaan atau kebebasan yang merupakan hak milik
bangsa tersebut.

Penulis telah mengibaratkan kemerdekaan sebagai air minum.
Dengan ibarat ini, penulis telah menyatakan kehendak manusia (hak
asasi manusia, HAM) yang diingini oleh rakyat dan menyokong bahawa
setiap warganegara berhak atas air minum yang layak, tidak kira usia,
jenis kelamin, suku bangsa dan strata lainnya. Penulis menyatakan
bahawa walaupun negara telah merdeka tetapi adanya bangsa yang
masih tidak berperikemanusiaan dan keadilan . Hal ini akan
menyebabkan bangsanya dianggap sebagai bangsa yang mundur dari
pintu kemerdekaan.

Penulis juga berkesempatan untuk menceritakan keperluan air
bersih sebagai air minum kepada penduduk di era penjajahan. Pada
masa itu, air minum bagi penduduk Jakarta tidak bersesuaian kerana
apabila digunakan guna bancuh teh, air teh akan menjadi hitam. Mereka
juga mendapati terdapatnya air bersih yang dapat dinikmati oleh
sebilangan masyarakat pada masa itu. Penulis telah menyatakan
keadaan pada masa itu dengan persepsi “sekejam-kejamnya Belanda,
masih punya rasa peri-kemanusiaan” (Belanda paling buruk, mereka
masih memiliki rasa kemanusiaan). Hal ini demikian kerana air minum
yang merupakan sumber kehidupan semua orang, dapat memenuhi
keperluan mereka.

Penulis seterusnya menerangkan air minum di era pembangunan
Millenium, di mana Deklarasi Milenium diterima pakai, yang dihuraikan
dalam kerangka praktikal Matlamat Pembangunan Milenium (MDG). Pada
masa itu, negara Indonesia harus berupaya mencapai 8 Tujuan
Pembangunan Milenium, antaranya pengurangan kemiskinan,

71 | P a g e

Bicara Karya 2020

peningkatan tahap kesihatan ibu dan anak, pemuliharaan alam sekitar,
kerjasama global dan lain-lain. Mereka telah menggunakan MDG sebagai
rujukan penting dalam penyediaan Dokumen Perancangan
Pembangunan Nasional. Pemerintah Indonesia pada masa itu telah
mengarusutamakan MDGs ini dalam pelbagai rencana negara, seperti
Rencana Pembangunan Jangka Panjang Nasional (RPJPN 2005-2025),
Rencana Pembangunan Jangka Menengah Nasional (RPJMN 2005-2009
dan 2010-2014), Rancangan Pembangunan Tahunan Nasional (RKP),
dan dokumen Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara ( ANGGARAN
NEGERI). Pengusahaan ini telah berjaya melibatkan masyarakat
memainkan peranan untuk melibatkan diri dalam pembangunan tersebut.
Tetapi pertumbuhan bilangan masyarakat telah melebihi untuk tujuan
semua rakyat atau masyarakat mendapat air bersih. Kemungkinan juga
pada waktu itu, adanya Kepala Daerah (Ketua Daerah) yang tidak
menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dan ini telah menyebabkan
penjajahan bangsa sendiri berlaku di negara Indonesia seperti yang
dinyatakan oleh penulis.

Penulis telah menyeru bahawa masyarakat miskin harus juga
memiliki air minum yang bersih, dan jangan disebabkan ahli politik yang
busuk dan korup menyerang masyarakat atau rakyat mereka sendiri
mengakibatkan anak-anak miskin tidak dapat menikmati kejayaan
kemerdekaan negaranya. Beberapa statistik juga dikeluarkan untuk
menunjukkan betapa penting air minum bersih kepada negara. Air minum
yang kotor diibaratkan penjajahan yang meragut nyawa. Penulis juga
berkesempatan menyatakan jurang yang tinggi antara penduduk miskin
dan kaya, penduduk bandar dan luar bandar terhadap hak yang sama
adalah pelanggaran hak asasi manusia, di mana ada penduduk miskin
yang dikehendaki membayar untuk membeli air bersih dengan harga
yang melampaui mahal. Dengan ini, penulis menyeru layanan minum air
yang tidak berperikemanusiaan dan adil adalah tindakan yang mesti

72 | P a g e

Bicara Karya 2020

diakhiri kerana dapat mencemarkan makna hitam dan putih kemerdekaan
ini.

Tajuk Perpaduan Etnik
Menerusi Penggunaan
Pengarang Bahasa Melayu
Penerbit Siti Norayu Mohd Basir
Tahun -
diterbitkan 2012
Nama
Pengulas Lim Wee Nee
(Pelajar, IPG KPP)

Kita mesti tahu bahawa bahasa adalah alat yang paling ampuh
untuk memelihara dan mengembangkan warisan rakyat marhaen.
Pelbagai kempen diadakan untuk mempromosikan penyebaran bahasa
ibunda tidak hanya menyumbang kepada kepelbagaian bahasa dan
pendidikan multi bahasa, tetapi juga meningkatkan pemahaman
bahasa dan tradisi budaya dunia. Selain itu, bahasa juga bertujuan
untuk mempromosikan masyarakat dunia berdasarkan pemahaman,
toleransi dan dialog untuk mencapai matlamat perpaduan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Malaysia merupakan
sebuah negara yang berbilang budaya dan agama. Walaupun kita
bertutur dalam pelbagai bahasa, tetapi kami masih wujud sebuah
negara yang aman dan damai. Di sini, saya berpendapat bahawa
bahasa bukan sahaja merupakan medium penyampaian maklumat,
tetapi bahasa juga merupakan lambang kepada wujudnya sesebuah
negara. Bahasa adalah penting dalam membina sebuah masyarakat

73 | P a g e

Bicara Karya 2020

yang saling memahami dan menghormati. Hal ini dikatakan demikian
kerana kita dapat menyatukan pemikiran rakyat dan menjadikan
mereka lebih bersatu melalui bahasa.

Merujuk kepada artikel, penulis telah mengemukakan pendapatnya
iaitu pemahaman terhadap sesuatu bahasa pertuturan adalah sangat
penting bagi menjamin intipati perbualan dapat difahami dengan jelas.
Penggunaan bahasa yang berbeza dapat mewujudkan sikap prasangka
di mana maksud sebenar perbualan tidak dapat difahami. Sebagai
contoh, kebanyakan masyarakat Melayu tidak fasih berbahasa Tamil
dan berbahasa Cina, tetapi kebanyakan masyarakat India dan Cina
pandai menuturkan bahasa Melayu.

Saya bersetuju dengan pendapatnya kerana kebanyakan rakyat di
Malaysia dapat bertutur dalam bahasa Melayu walaupun bahasa
ibunda bukan bahasa Melayu. Hal ini dijadikan kerana bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan dan semua rakyat Malaysia digalakkan
untuk menguasai kemahiran berbahasa Melayu. Ini bukan bermaksud
mereka tidak berhak untuk bertutur dalam bahasa ibunda mereka,
tetapi bertujuan untuk menyampaikan maklumat agar perhubungan
dapat dijalankan dengan lancar.

Seperti dalam artikel, penulis menyatakan bahawa perpaduan
adalah medium penting dalam mewujudkan keharmonian masyarakat
di Malaysia. Antara perkara yang diguna pakai oleh kerajaan dalam
membentuk perpaduan antara kaum adalah dengan mewujudkan satu
bahasa yang boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat. Bahasa
yang sama dapat meningkatkan perpaduan dan keharmonian antara
semua etnik. Oleh itu, identiti bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan negara haruslah diingati oleh warganegara supaya mereka
memahami kepentingan bahasa kebangsaan yang merupakan alat
perpaduan. Rakyat Malaysia dapat memanfaatkan bahasa ini secara
menyeluruh dan bersepadu dalam perkembangan negara.

74 | P a g e

Bicara Karya 2020

Di sini, saya ingin menekankan bahawa bahasa Melayu merupakan
lambang jati diri warganegara Malaysia. Sifat ini penting dan perlu ada
di dalam warganegara tidak kira warna kulit atau keturunan yang
berbeza. Jati diri yang sama dapat memupuk semangat cinta akan
negara serta sanggup berkorban untuk kepentingan negara. Bukan
ertinya bahasa lain tidak dapat memupuk semangat jati diri dalam
masyarakat Malaysia tetapi kesamaan penggunaan satu bahasa dan
bahasa Melayu sebagai lambang bahasa rasmi negara memantapkan
lagi semangat jati diri dalam masyarakat berbilang kaum.

Sudah ditentukan bahawa Malaysia merupakan negara yang unik
dan berbagai-bagai kaum. Kepelbagaian adalah aset negara kita, maka
tidak boleh ada kritikan dan diskriminasi terhadap perbezaan antara
kumpulan etnik yang berbilang kaum dan budaya. Oleh itu, pihak
kerajaan harus mengekalkan bahasa ibunda pelbagai etnik di samping
mengembangkan bahasa kebangsaan. Semasa mengembangkan
bahasa kebangsaan, pihak kerajaan juga harus menghormati dan
mempromosikan multikulturalisme, dan bukannya untuk membendung
hak orang untuk mempelajari bahasa ibunda mereka. Melalui usaha
semua pihak, barulah sebuah negara yang toleran dan bersifat
keterbukaan dapat ditubuhkan sekaligus mengalakkan perkembangan
negara.

75 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Cerpen Munsyi

Pengarang Husna Nazri

Penerbit Dewan Bahasa dan
Pustaka

Tahun diterbitkan 2014

Nama Pengulas Lim Xin Er
(Pelajar, IPG KPP)

Berdasakan cerpen ‘Munsyi’ karya Husna Nazri yang telah saya baca,
buku tersebut bertema semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan
budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara. Ibu Mel
merupakan salah seorang warga negara yang mementingkan semangat
cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya. Ibu selalu menasihati
Mel mementingkan dan cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya.

Semasa Mel memberitahu ibunya bahawa dia ingin berhijrah ke kota, ibu
Mel tidak menyetujui Mel berhijrah. Hal ini demikian kerana ibu Mel
berasa Mel masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya. Mel akan
dipengaruhi oleh budaya-budaya negatif di bandar. Oleh itu, ibu Mel
menghalang Mel pergi ke kota. Ibu Mel ingin Mel membaca semua buku
lama yang berkaitan bahasa dan sejarah di almari baru membenarkan
Mel berhijrah ke kota.

Melalui perkara atas saya dapat tahu ibu Mel merupakan seorang yang
mencintai bahasa, agama, bangsa dan budaya. Ibu Mel selalu berkata

76 | P a g e

Bicara Karya 2020

bahawa agama dan bahasa merupakan warisan nenek moyang kita. Jika
dua perkara ini juga tidak dapat dilindungi maka lesaplah bangsa itu. Ibu
Mel juga berkata bahawa penduduk di bandar telah tiada identiti sebagai
seorang Melayu. Mereka hanya mementingkan keseronokan dan
kepentingan diri sendiri.

Selain itu, ibu mel juga selalu mengingatkan Mel tentang peristiwa 13 Mei
yang berlaku tidak lama selepas negara kita mencapai kemerdekaan.
Peristiwa gelap ini tercetus berpunca daripada hasad dengki yang
terpendam dalam hati sesebuah kaum terhadap kaum yang lain.Semua
itu merupakan angkara penjajah. Semasa British menjajah Tanah Melayu,
mereka menggunakan Dasar Pecah dan Perintah. Hal ini menyebabkan
tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu pada ketika itu ditempatkan di
kawasan yang berlainan. Oleh itu, jurang ekonomi berlaku. Dengan ini,
peristiwa 13 Mei berlaku.

Pengajaran yang saya dapati dari peristiwa tersebut ialah kita mesti
memupuk perpaduan antara kaum. Kita tidak boleh menyebabkan
peristiwa 13 Mei berlaku sekali pada zaman sekarang. Perpaduan
memang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Hanya rakyat
negara perpaduan baru negara dapat maju. Perpaduan antara kaum akan
menyebabkan politik negara stabil. Oleh itu, pelabuh akan senang hati
melabur di negara kita. Barulah negara mempunyai modal untuk
memajukan negara.

Seterusnya, mempelajari sejarah juga merupakan salah satu faktor yang
penting untuk memajukan negara. Kita perlu mengambil ikhtibar dari
sejarah. Contohnya, kita dapat belajar sejarah kegemilangan zaman
Kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman dahulu Melaka merupakan
sebuah empayar yang besar. Sayangnya, tamadun tersebut tidak
berpanjangan.

77 | P a g e

Bicara Karya 2020
Empayar Melaka mengalami keruntuhan. Banyak sebab yang
mengakibatkan kejatuhan empayar tersebut. Antaranya ialah masalah
rasuah, kelalaian dan pengkhianatan. Sejarah merupakan guru yang tidak
berdusta dan kita akan mendapat banyak pengajaran daripada sejarah.
Oleh itu, kita mesti mendalami sejarah. Sejarah akan memberi banyak
pengajaran kepada kita.
Kesimpulannya, sebagai anak Malaysia, kita semua bertanggungjawab
memelihara negara kita. Kita perlu menjaga nama baik negara Malaysia
dan mengharumkan nama baik Malaysia ke pentas antarbangsa. Oleh itu,
kita perlu berusaha menyertai pelbagai pertandingan yang dapat
mempopularkan negara kita. Selain itu, sebagai warganegara Malaysia
kita perlu meraihkan Hari Kebangsaan dengan penuh semangat.
Seterusnya, anak muda dan pelajar hendak menyanyi lagu negara dan
lagu patriotik dengan lantang dan penuh keyakinan. Banga untuk menjadi
anak Malaysia!

78 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk : CABARAN INTEGRASI ANTARA
KAUM DI MALAYSIA: PERSPEKTIF
SEJARAH,KELUARGA DAN
PENDIDIKAN

Pengarang : MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH

Penerbit : UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYA: INSTITUTE OF
ISLAM HADHARI
Tahun diterbitkan :2010

Nama Pengulas : NUR ALIA MAZLIN BINTI
HARISSELI (Pelajar, IPG KPP)

Sebelum kedatangan penjajah, pelbagai kaum telah wujud di Tanah
Melayu yang terdiri daripada para pedagang yang datang untuk
berdagang. Keadaan ini telah mewujudkan integrasi antara pedagang-
pedagang dengan penduduk tempatan melalui perkahwinan, perdagangan,
pertukaran ilmu dan sebagainya. Dalam penulisan Profesor Ridhuan Tee
yang menjelaskan tentang cabaran integrasi antara kaum di Malaysia dari
perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Ia menyebut tentang
pengenalan Malayan Union yang merupakan titik tolak dalam
permasalahan integrasi kaum di Tanah Melayu. Malayan Union
mewujudkan prinsip kerakyatan melalui undang-undang yang berasaskan

79 | P a g e

Bicara Karya 2020

prinsip Jus Soli secara permohonan atau kemasukan. Oleh itu, orang
Melayu akan menjadi warganegara Malayan Union secara automatik
manakala orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara perlu
memenuhi kelayakan-kelayakan bermastautin di Tanah Melayu dan
sebagainya. Jadi secara tidak langsung perkara ini mengancam hak
keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk asal di Tanah Melayu.

Berdasarkan penulisan Profesor Ridhuan, ia lebih menceritakan masalah
integrasi antara kaum Cina dan kaum Melayu kerana golongan kaum
India adalah minoriti menyebabkan mereka tidak bersuara seperti kaum
Cina dan Melayu. Justeru itu, apabila parti Perikatan ditubuhkan antara
UMNO dan MCA, MIC juga turut serta. Integrasi antara kaum menjadi
lebih teruk selepas kemerdekaan iaitu bermula pada 1958 kerana kaum
Cina mula mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu. Perbalahan
telah berlaku dalam persatuan MCA apabila wujud satu kumpulan baru
yang mencabar kewibawaan pemimpin mereka iaitu Tan Cheng Lock.
Kumpulan yang diketuai oleh Lim Chong Eu tidak berpuas hati
dengan kepimpinan

Tan Cheng Lock yang dikatakan gagal menjaga kebajikan dan
kepentingan orang Cina. Isu perkauman telah digunakan oleh Lim
Chong Eu untuk mengalahkan Tan Cheng Lock dalam pertandingan
merebut jawatan presiden MCA. Lim Chong Eu juga hebat mengkritik
Dasar Pelajaran Kebangsaan dengan mendesak kerajaan supaya
menerima bahasa Cina sebagai salah satu bahasa rasmi negara.

Keberanian orang Cina semakin ketara apabila Lee Kuan Yew
menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia yang bermaksud
Malaysia untuk orang Malaysia. Konsep Malaysian Malaysia
diperkenalkan selepas pembentukan Malaysia yang terdiri daripada

80 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Konsep ini merupakan
satu idea yang sangat berbahaya dalam mempertahankan tradisi
kepimpinan kesultanan Melayu dan menjadi faktor pemangkin kepada
hubungan kaum di Malaysia kerana ia memberi peluang kepada semua
orang untuk memegang jawatan tanpa mengira kaum. Ini menunjukkan
bahawa kedudukan yang tinggal pada orang Melayu hanyalah sultan.
Lee Kuan Yew merupakan seorang wakil Singapura yang bercita-cita
tinggi dan berpendapat kedudukan orang Melayu dan hak
keistimewaan menjadi penghalang dalam merealisasikan impiannya
untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pada peringkat awal, Lee
Kuan Yew tidak bersetuju untuk menggabungkan Sabah dan Sarawak
kerana kedua-dua negeri tersebut sangat mundur dan memerlukan kos
yang sangat besar untuk dimajukan tetapi cadangan ini ditolak oleh
Tunku Abdul Rahman. Lee Kuan Yew juga menyatakan bahawa orang
Melayu tidak sepatutnya mempunyai hak istimewa kerana mereka juga
dikatakan sebagai pendatang seperti Setiausaha agung UMNO, Syed
Ja’afar Albar yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia
sebelum perang ketika berusia lebih daripada 30 tahun. Bagi Lee Kuan
Yew, Bumiputera yang sebenar adalah orang asli.

Orang Melayu dikatakan penduduk asal Tanah Melayu kerana sebelum
kedatangan penjajah, kepulauan Melayu terdiri daripada empayar
kerajaan Melayu lama seperti Srivijaya, Majapahit, Melaka, kerajaan
Islam Siam, kerajaan Brunei dan kerajaan Sulu. Kerajaan Melayu lama
adalah empayar yang tiada sempadan cuma yang memisahkannya
ialah imperialisme dan kolonialisme. Berbeza pula dengan imigran Cina
dan India yang mempunyai tamadun yang berbeza dan telah dibawa
masuk oleh penjajah demi kelangsungan politik dan ekonomi. Sebelum
penjajahan, kepulauan Melayu sudah mempunyai institusi politik dan
pentadbiran yang baik. Justeru itu, British telah berurusan dengan raja-

81 | P a g e

Bicara Karya 2020

raja Melayu dalam perjanjian membuat dasar malah British juga
mengiktiraf raja- raja Melayu, Bahasa Melayu dan hak istimewa orang
Melayu. Lantaran itu, pegawai British yang ingin bertugas di Tanah
Melayu perlu lulus bahasa Melayu dan memahami kehidupan orang
Melayu.

Agen-agen sosialisasi politik turut mempengaruhi persepsi ini kepada
generasi baru seperti keluarga dan pendidikan yang diperolehi.
Peranan keluarga pada zaman kanak-kanak dalam membentuk sikap
dan tingkah laku politik sangat penting sebelum mereka meningkat
dewasa menyebabkan semua perkara yang dilalui akan diperturunkan
dari generasi ke generasi. Sosialisasi politik ialah bagaimana kita
menerima norma, nilai dan pengalaman politik dalam kehidupan kita.
Oleh itu, pendidikan formal penting dalam proses sosialisasi bagi
membezakan antara orang yang mempunyai ilmu dengan orang yang
tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Majoriti keluarga Cina tinggal di
bandar manakala orang Melayu tinggal di luar bandar. Keadaan ini
mempengaruhi minda dan terbawa- bawa hingga kini. Akibatnya,
interaksi mereka hanya terbatas di kalangan keluarga dan rakan
sebangsa sahaja. Dalam konteks Malaysia, sekolah vernakular Cina
(SKJC) menjadi pilihan keluarga Cina sejak penghijrahan masuk pada
awal abad ke-19. Keadaan ini langsung tidak membantu melahirkan
generasi baru di Tanah Melayu. Masyarakat Cina amat mementingkan
pendidikan dan memberikan penghormatan tinggi kepada pendidikan.
Walaupun agen sekolah sebagai agen kedua penting dalam sosialisasi
politik, tetapi pengaruhnya memang tidak boleh dinafikan kerana ia
amat berkait rapat dengan keluarga kerana keluarga yang menentukan
proses persekolahan anak-anak mereka.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa kepentingan etnik adalah segala-
galanya bagi kaum-kaum yang ada di negara ini berbanding

82 | P a g e

Bicara Karya 2020
kepentingan nasional. Sosialisasi politik sama ada secara asuhan atau
semulajadi telah mewujudkan persepsi dan prejudis yang tidak sihat
antara kedua-dua kaum ini. Asimilasi, penyesuaian tidak berlaku dan ia
berakhir dengan ketidakseimbangan. Pada persepsi orang Cina,
keadilan adalah kesaksamaan dan kesamarataan bagi semua
warganegara tanpa mengira Bumiputera atau bukan Bumiputera.
Namun begitu, berdasarkan kontrak sosial yang telah dipersetujui
bersama sudah menjelaskan bahawa tidak ada kesaksamaan antara
Bumiputera dan bukan Melayu tetapi ia boleh diwujudkan melalui
keadilan berpandukan perlembagaan. Islam sebenarnya menolak
kesamarataan tetapi menegakkan keadilan yang meletakkan agama
Islam di tempat yang tinggi dengan membenarkan agama lain dianuti
oleh umat lain. Inilah asas perjuangan orang Melayu yang moderate.

83 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk PATAH SAYAP TERBANG
JUA
Pengarang ABDUL SAMAD ISMAIL
Penerbit CREATIVE ENTERPRISE
Tahun diterbitkan 1993
Nama Pengulas NURUL FARAHIDA BINTI
MOHAMMAD
(Pelajar, IPG KPP)

Karya berjudul ‘Patah Sayap Terbang Jua’ merupakan sebuah novel
cetusan idea seorang penulis terkenal tanah air, Abdul Samad Ismail yang
turut dikenali sebagai seorang wartawan terbilang dan ahli politik handalan.
Novel ini telah dterbitkan oleh Creative Enterprise pada tahun 1993. Melihat
kepada muka hadapan novel ini ada memaparkan illustrasi beberapa orang
masyarakat di Tanah Melayu serta beberapa tentera komunis Jepun.
Terlihat juga kereta kebal dan kenderaan pacuan empat roda yang
semestinya menggambarkan ketegangan situasi penjajahan di Tanah
Melayu.Analisis daripada novel ini didapati bahawa penulis A. Samad Ismail

84 | P a g e

Bicara Karya 2020

melakarkan rentetan peristiwa,fakta dan data dalam novel ini adalah benar
berdasarkan profesiennya sebagai seorang wartawan di dalam penulisan.
Ciri-cirinya juga agak mirip dengan gaya penulisan akhbar.Secara
umumnya, setelah diteliti novel ini menceritakan mengenai usaha para
wartawan terbilang dalam memartabatkan perjuangan mereka
memperkembangkang bidang ekonomi,politik dan sosial negara di samping
mempertingkatkan disiplin dalam pelbagai bidang.

Apabila diteliti dengan lebih mendalam, jika diulas ayat yang tertera di muka
hadapan buku, “Mereka memulakan,tapi bukan menyudahkan”jelas
menggambarkan keburukan kewujudan tentera Jepun dalam mentadbir
kerajaan yang diibaratkan musuh dalam selimut di mana mereka penuh
dengan muslihat licik untuk merampas Tanah Melayu daripada pihak British
dan bukan menjanjikan kebebasan kepada penduduk di Tanah Melayu
seperti yang telah dijanjikan. Rentetan daripada itu, golongan wartawan
sedar akan kepincangan penjajahan di Tanah Melayu,maka pelbagai usaha
murni telah diperjuangkan oleh mereka pada ketika itu demi menarik semula
kesedaran masyarakat Melayu yang dihanyutkan oleh janji-janji manis pihak
Komunis. Meskipun memakan masa,namun usaha mereka menunjukkan
sinar harapan setelah wujudnya nasionalis-nasionalis tempatan yang turut
bertindak untuk bersuara demi mengekalkan hak mereka sebagai penduduk
Bumiputera.

Berteraskan prinsip perpaduan diantara masyarakat demi menentang pihak
penjajah, perjuangan wartawan dalam menerbitkan akhbar dan majalah
demi bacaan umum tidak pernah putus. Sehubungan dengan itu ilmu
pengetahuan sangat signifikan demi transformasi masyarakat ke arah
negara bebas. Meninjau penguasaan intelektual kolonial ke atas pemikiran
Melayu pada era pra-kemerdekaan boleh dianggap golongan intelektual
watan pada zaman penjajah sebahagian besarnya terdiri daripada para
wartawan. Propaganda akhbar sejak zaman pendudukan Jepun hingga era-

85 | P a g e

Bicara Karya 2020

pascamerdeka membangunkan intelektual dalam kalangan pelbagai lapisan
masyarakat.Penegasan daripada peristiwa ini, intelektualisme merupakan
induk kepada semangat perpaduan dan nasionalisme negara.

Menyedari hakikat di atas, pembacaan buku ‘Patah Sayap Terbang Jua’
memberikan kita iktibar yang sangat penting bahawa perlunya ilmu
pengetahuan dan semangat dalam memperjuangkan dan mengekalkan
kemerdekaan tanah air tercinta.Walau bagaimanapun, golongan muda kini
semakin memandang enteng terhadap ilmu pengetahuan.Bagi mereka,
kejayaan tanpa ilmu boleh dikecapi.Namun begitu,usaha mereka bagai
menghitung bulu kambing kerana ilmu merupakan tunjang kepada kejayaan
dan ketemadunan. Namun begitu, berilmu tanpa akhlak juga merupakan
usaha yang sia-sia kerana kejayaan yang hakiki perlu bergerak seiring
dengan ilmu dan moral yang jitu. Mengingati pepatah Arab yang menyebut
‘Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah’. Semangat nasionalisme
diiringi ilmu di dada mampu untuk menjamin negara yang maju,harmoni,
dan bersatu. Jasa bakti wartawan serta pejuang negara yang pandai
menyusun strategi untuk meraih status kemerdekaan tanah air perlu
disanjungi dan dihargai oleh semua rakyat Malaysia.

86 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk DOKTOR UMUM MEMOIR
TUN MAHATHIR MOHAMAD
Pengarang TUN DR MAHATHIR
MOHAMAD
Penerbit MHP GROUP PUBLISHING
SDN BHD
Tahun 2012
diterbitkan
Nama Pengulas ONG ENG SHENG
(Pelajar, IPG KPP)

Masa bergerak dengan pantas kerana pejam celik sahaja kita
sudah berada pada alaf millennium di samping menelusuri ,meniti abad
yang mendatang. Abad ke-21 telah menyaksikan pelbagai cetusan idea dan
percubaan yang membanggakan telah dilaksanakan supaya negara
Malaysia dapat mendabik dada kerana berjaya duduk setaraf ,sebaris dan
setanding dengan negara atas angin yang moden lagi maju bak kata
pepatah,duduk sama rendah ,berdiri sama tinggi.Pencapaian ini adalah
bukti sumbangan mantan pemimpin-pemimpin.Memang tidak dapat

87 | P a g e

Bicara Karya 2020

dinafikan bahawa negara kita telah melahirkan ramai pemimpin yang
berkredibiliti dan berkualiti. Antara bekas pemimpin Malaysia yang paling
saya cintai dan kagumi ialah Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau merupakan
Perdana Menteri Malaysia yang keempat.Keistimewaan pemimpin ini
berbanding dengan pemimpin sebelum itu ialah beliau bukan berasal
daripada keturunan elit Melayu. Perdana Menteri pertama ,Tunku Abdul
Rahman adalah keturunan diraja putera Sultan Kedah.Perdana Menteri
kedua, Tun Abdul Razak Husien pula berasal daripada keluarga ahli
pentadbir ternama.Bapanya adalah seorang pegawai kanan kerajaan
Pahang.Seperti mana Tun Razak di Pahang, mantan perdana menteri
sebelum Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Tun Hussien Onn juga berasal
daripada keluarga elit dan ternama di Johor, yang mempunyai silaturahim
rapat dengan istana. Bapa dan datuknya juga pernah memengang jawatan
Menteri Besar Johor.Sebaliknya Tun Mahathir adalah rakyat biasa ,anak
bekas guru sekolah yang menerima pencen RM90 sebulan ketika beliau
melibatkan diri dalam politik.

Pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad , sistem
pendidikan , dasar-dasar kerajaan dan ekonomi telah mengalami perubahan
yang besar.Perubahan ini telah membawa negara kita ke pentas dunia.
Beliau merupakan antara orang yang terawal mencadangkan agar kerajaan
mengadakan sekolah berasrama untuk murid Melayu dari kampung. Beliau
memahami bahawa mereka tidak boleh belajar di rumah kerana
persekitaran yang tidak sesuai dan tiada sesiapa pun yang boleh membantu
mereka dalam pelajaran.Sejak beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran
pada 1974 ,beliau telah berusaha sedaya untuk memperbaiki sistem
pendidikan negara kita.Pendidikan amat mustahak,signifikan lagi vital bagi
sesebuah negara.Remaja yang menerima pendidikan yang syumul lagi
menyeluruh sudah pasti dapat melonjakkan maruah gelanggang keramat
suci ini ke mercu kegemilangan.Nelson Mandela pernah mengatakan
bahawa pendidikan adalah senjata yang paling hebat di dunia ini kerana ia

88 | P a g e

Bicara Karya 2020

dapat digunakan untuk mengubah dunia.

Selain itu ,dasar-dasar kerajaan baharu juga diperkenalkan dan
masih digunakan pada hari ini.Kempen Bersih ,Cekap dan Amanah telah
diperkenalkan oleh beliau pada tahun 1982 untuk membanteras rasuah ,
meningkatkan kecekapan dan menanam sifat amanah dalam kalangan
penjawat awam khasnya.Kempen ini telah berjaya mengurangkan kes
rasuah.Beliau juga mengamalkan kepimpinan melalui teladan ,jadi beliau
telah mengamalkan sendiri nilai-nilai yang kita perkenalkan, dan menolak
sebarang percubaan untuk menyogoknya. . Proses-proses yang melibatkan
pihak kerajaan seperti pemberian lesen yang dapat membantu ekonomi
negara juga dipercepatkan .Beliau sentiasa berpegang pada konsep ‘masa
itu emas’.Memetik kata-kata hikmat Tun Dr Mahathir Mohamad, “Ramai
orang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya ,tetapi tidak ramai
boleh menepati masa yang berharga” .

Dari kaca mata yang berbeza ,Dasar Pandang ke Timur merupakan
salah satu dasar yang diperkenalkan oleh beliau.Sebelum Jepun
menyerang Tanah Malayu , kita semua percaya bahawa orang Barat lebih
hebat ,pandai dan memiliki segala kuasa. Ini bermakna kita percaya
bahawa semua orang yang bukan berkulit putih,termasuklah bangsa
Asiatik(istilah “Asian” tidak digunakan waktu itu )serba kekurangan.Apabila
beliau memegang jawatan Perdana Menteri , Jepun sudah pun menjadi
sebuah kuasa perindustrian besar dan Korea Selatan sedang muncul
sebagai sebuah negara perusahaan. Beliau tidak mengambil masa yang
lama untuk memutuskan bahawa Malaysia patut melihat negara-negara
tersebut sebagai contoh pembangunan .Sikap-sikap mahmudah yang
dimiliki oleh pekerja-pekerja seperti kecekapan , integriti,sedia berkorban
untuk kerjaya seyogianya diteladani, dicontohi dan dipelajari oleh rakyat
Malaysia.Rakyat Malaysia terlalu bahagia kerana Malaysia penuh dengan
bahan mentah, sistem politik yang stabil dan tiada bencana alam.Hal ini

89 | P a g e

Bicara Karya 2020

telah menyebabkan rakyat Malaysia menjadi malas dan tidak mahu bekerja
dengan keras.Tuhan mahu akan manusia berusaha dengan rajin untuk
mencari kejayaan dan kecemerlangan dan bukan sewenang-sewenang
menadah tangan ke langit untuk mengharapkan sesuatu hasil.Jadi amat
jelaslah usaha yang gigih perlu dipratikkan untuk mencapai kejayaan dalam
hidup seperti peribahasa Melayu yang bulat tidak akan datang bergolek
,yang pipih tidak akan datang melayang .Janganlah kita sesekali
mengalpakan peribahasa Melayu ,kerja bertangguh tak menjadi,kerja
beransur tak bertahan.

Dari segi nada yang berbeza,Tun Dr Mahathir memang banyak
berjasa dalam pembangunan ekonomi negara.Oleh itu, beliau telah digelar
sebagai “Bapa Pemodenan” . Jasa-jasa Tun Dr Mahathir masih dapat dilihat
pada hari ini .Siapa yang membina Kuala Lumpur City Centre(KLCC)?Tun
Dr Mahathir.Siapa yang membina Kuala Lumpur International Airport(KLIA)?
Tun Dr Mahathir.Siapa yang membina Putrajaya?Jawapannya tetap ialah
Tun Dr Mahathir.Bangunan-bangunan ini telah membuka mata negara lain
terutamanya negara Barat .Selain itu,pada zaman pemerintahan beliau
,Malaysia mula memiliki kereta jenama sendiri iaitu Proton. Proton adalah
singkatan bagi PeRusahaan OTOmobil Nasional Sendirian Berhad.Hal ini
telah membuktikan bahawa zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir adalah
titik permulaan bagi Malaysia untuk mengalih dari sektor pertanian ke arah
sektor perindustrian .Projek-projek yang dianjurkan oleh beliau masih
diteruskan pada hari ini seperti Projek Koridor Raya Multimedia .

Sayang dan malang sekali,pada zaman kerancakan penduduk
jagatraya menari bersama dengan bayang-bayang pemodenan,kalbu
masyarakat kontemporari telah digoda dan didominasi oleh nafsu-nafsi
ketamakan telah meningkatkan kes rasuah.Selain rasuah ,isu perkauman
juga selalu digunakan oleh ahli politik lalu menyebabkan perpercahan
masyarakat yang bersatupadu sebelum itu .Jadi,remaja sekarang harus

90 | P a g e

Bicara Karya 2020

membaca lebih banyak buku yang berunsur patriotik seperti Doktor Umum
Memoir Tun Mahathir Mohamad supaya dapat menerap,menanam,dan
mengindoktrinasikan semangat cinta akan negara dalam sanubari mereka.
Anak watan Malaysia mestilah mananam azam dan iltizam tinggi demi
mencapai kecermelangan dalam pelbagai bidang .Biarlah pepohon terus
menghijau,biarlah sang matahari terus bersinar dan biarlah Malaysia terus
gemilang ,cemerlang dan terbilang di jagatraya.

Tajuk MUNSYI

Pengarang Husna Nazri

Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka

Tahun 2014
diterbitkan

Nama Pengulas SYLVIA TAY YU TENG
(Pelajar, IPG KPP)

Buku berjudul “Munsyi” adalah mengisahkan tentang seorang bonda
menghalang anaknya,Mel untuk berhijrah ke bandar sebelum mantap
bahasa ibunda dan jati dirinya. Bonda adalah seorang yang sangat
mementingkan dengan bahasa dan adat resam. Bondanya tidak
membenarkan anaknya berhijrah ke bandar kerana bimbang anaknya akan
terpengaruh dengan budaya-budaya negatif di bandar. Bonda mahu
anaknya menguasai bahasa ibunda dan ilmu pengetahuan agama sebelum
berhijrah ke bandar supaya tidak akan tertarik dengan budaya-budaya
negatif bandar yang akan menyebabkan anaknya menjual maruah diri.

91 | P a g e

Bicara Karya 2020

Dewasa ini, semakin banyak remaja suka bahasa negara lain seperti
bahasa korea dan bahasa Jepun. Mereka belum menguasai bahasa negara
dan agama sendiri sebelum belajar bahasa negara lain. Hal inilah
menyebabkan warga kota semakin hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan
agama, bahasa dan bangsa. Oleh itu, saya rasa kita haruslah belajar dan
menguasai bahasa ibunda dan agama kita dengan baik supaya menjadi
seorang warga yang memahami negara sendiri dan tidak akan menjatuhkan
nama negara kita.

Selepas membaca buku ini, saya sangat mengkagumi dan
menghormati bonda. Hal ini demikian kerana bonda juga adalah seorang
yang patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan
bahasa, dan sejarah. Pada masa kini, tidak ramai orang yang mempunyai
sifat dan cinta yang begitu mendalam terhadap bahasa dan sejarah. Selain
itu, buku-buku yang disimpan oleh bonda selalu dibaca oleh Mel. Perkara ini
dapat membuktikan peribahasa “bagaimana acuan begitulah kuihnya”
adalah benar kerana perbuatan bonda yang selalu membaca berjaya
mempengaruhi anaknya.

Selepas nasihat bonda, Mel memutuskan bahawa mahu menguasai
bahasa ibunda dengan baik kerana dia percaya bahasa ibunda adalah satu
senjata yang paling penting untuk melalui bandar-bandar yang mencabar.
Hal ini demikian kerana Mel percaya bahawa bahasa ibunda adalah senjata
yang tertanam dalam dirinya yang dapat menjaga maruah dan keunikannya
sebagai orang Melayu. Oleh itu, saya rasa semua remaja juga haruslah
mempertahankan dan memelihara kepentingan bahasa ibunda supaya
bahasa ibunda tidak akan ditelan zaman selepas beberapa tahun.

Di samping itu, menurut buku, bonda berharap Mel dapat
menghargai sumbangan nenek moyangnya yang menjadikan negara
merdeka. Bondanya juga sentiasa menegaskan kepentingan belajar
sejarah. Hal ini demikian kerana belajar sejarah dapat mengelakkan kita

92 | P a g e

Bicara Karya 2020

daripada membuat kesalahan yang pernah dilakukan oleh orang dahulu.
Pada pendapat saya, saya sangat setuju percakapan bonda, saya rasa
belajar sejarah sangat penting kerana kita dapat belajar banyak nilai murni
dalam sejarah seperti memupuk sifat perpaduan, tidak mudah putus asa,
bersemangat patriotisme dan sebagainya.

Selanjutnya, selepas membaca buku itu, saya rasa mendengar
nasihat orang tua adalah sangat penting. Mel mendengar nasihat bondanya
iaitu tidak berhijrah ke bandar sebelum mantap bahasa ibunda dan jati diri.
Kalau Mel tidak mendengar nasihat bondanya Mel mungkin akan tidak
dapat menegaskan hati diri dan akan lebih mudah terlibat dalam gejala
sosial. Pada pendapat saya, orang yang lebih tua mempunyai lebih banyak
pengalaman dan ilmu pengetahuan daripada kita. Oleh itu, kita mestilah
mendengar nasihat ibu bapa atau orang tua kerana mereka telah lama
makan garam dan supaya kita dapat mengelakkan diri daripada membuat
salah.

Akhirnya,saya rasa semua remaja haruslah membaca buku itu.
Hal ini demikian kerana dalam buku itu kita dapat memahami kepentingan
tentang bahasa ibunda, agama, dan sejarah negara kita terutamanya
remaja dewasa ini. Selain itu, pembaca-pembaca juga boleh membuat
penilaian terhadap diri sendiri tentang adakah mempelajari bahasa ibunda
sendiri dengan baik untuk melindungi budaya, dan agama kita.

93 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Cabaran dan Isu Semasa Dunia
Pengarang
Dr. Mohd Ashraf Ibrahim, Dr
Penerbit Mohd Aris Othman, Siti Fatihah
Abdullah, Chin Kuang Tiu &
Tahun Norazlan Ismail
diterbitkan
Nama Puchong, Selangor: Penerbitan
Pengulas Multimedia Sdn. Bhd.

2015

Ting Kee Lieng
(Pelajar, IPG KPP)

Buku yang bertajuk Cabaran dan Isu Semasa Dunia yang dihasilkan oleh 5
orang penulis, mengandungi 5 bab seperti sistem politik Eropah, isu-isu
konflik dunia semasa, ekonomi dunia semasa, isu-isu global dan cabaran-
cabaran yang dihadapi serta langkah-langkah menanganinya.

Bab satu membincangkan isu-isu politik dunia semasa termasuklah
pembaharuan dalam sistem politik Eropah selepas perang dunia kedua.

94 | P a g e


Click to View FlipBook Version