The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi Ulasan buku Warga IPG KPP Tema Sejarah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bicarakarya2020, 2021-08-02 00:22:15

Bicara Karya 2020

Kompilasi Ulasan buku Warga IPG KPP Tema Sejarah.

Bicara Karya 2020

Tajuk Leftenan Adnan Wira
Bangsa
Pengarang
Penerbit Abdul Latip bin Talib

PTS Publication &
Distributors Sdn Bhd

Tahun 19 ogos 2008
diterbitakan

Nama pengulas Tuan Khalisah binti Tuan
Arif Sahibu Fadilah
(Pelajar, IPG KPP)

145 | P a g e

Bicara Karya 2020

Pertempuran antara Jepun dan tanah melayu telah disertai oleh askar
melayu seramai 152 anggota serta 7 orang pegawai melayu dan 6
pegawai British. Seramai 43 anggota telah terkorban termasuk
Leftenan Adnan bin Saidi. Mereka telah menunjukkan keberanian untuk
berjuang bagi mempertahankan tanah melayu dari diserang musuh.

Kehidupan Leftenan Adnan yang merupakan wira bangsa bermula dari
beliau kecil dimana ayahnya pak Saidi dan ibunya mereka merupakan
keturunan pahlawan yang mana moyangnya pernah membantu Dol
Said dalam mempertahankan Naning daripada British. Oleh sebab itu
pak Saidi tidak ingin menghebohkan perkara tersebut kerana takut
terhadap tentera british yang mengatakan bahawa “sesiapa yang
menentang inggeris mereka merupakan penderhaka”

Setiap malam Adnan sentiasa bermimipi tentang dirinya menjadi
pahlawan Hang Tuah yang menyelamatkan Kampung Sungai Ramal
Dalam bersama-sama empat orang sahabatnya. Beliau telah bermimipi
perkara yang aneh sejak kecil. Dalam mimpi tersebut keadaan
kampung menjadi huru-hara, ditambah pula api yang marak dan
beratus-ratus penyamun sedang menyerang kampung.

Adnan bersama adik beradiknya yang lain sering membantu ayahnya di
kebun dan di sawah padi. Sebelum membantu, mereka sering bermain
perang olok-olok yang sentiasa dimenangi oleh Adnan kerana beliau
mempunyai sifat yang tidak kenal erti mengalah. Adnan juga berlatih
silat bersama-sama adiknya, kebun yang dimiliki oleh pak Saidi
mencecah dalam satu hektar dan sebahagian tanahnya diwakafkan
untuk dijadikan tanah perkuburan. Sikap dermawan yang dimiliki oleh
pak Saidi amat disegani oleh penduduk kampung. Apabila tiba musim

146 | P a g e

Bicara Karya 2020

buah-buahan pula, pak Saidi sentiasa menyedekahkan buah-buahan
tersebut kepada penduduk kampung

Setiap malam Adnan dan adik beradiknya diajar mengaji oleh ayahnya
dan adakalanya dengan ibunya. Pak Saidi telah menghantar Adnan
dan anak-anaknya yang lain ke sekolah inggeris walaupun ibunya tidak
bersutuju dengan cadangan tersebut. Pak Saidi telah berfikiran secara
terbuka kerana apabila Adnan bersekolah di sekolah inggeris Adnan
dapat mempelajari pelbagai ilmu yang tinggi bukan seperti sekolah
agama yang hanya mementingkan agama ataupun sekolah melayu
yang lebih jauh dibelakang. Pandangan pak Saidi terhadap tentera
zaman sekarang tidak lagi menggunakan senjata sebaliknya
menggunakan akal fikiran yang standing dengan orang Inggeris.

Penduduk kampung tidak menyokong keputusan pak Saidi untuk
menyekolahkan Adnan di sekolah inggeris.oleh itu salah seorang
penduduk kampung iaitu abu telah mencadangkan kepada ketua
kampung untuk memujuk pak saidi untuk tidak menyekolahkan adnan
di sekolah inggeris tetapi ketua kampung tidak menyetujui perkara
tersebut kerana anak abu iaitu nordin mempunyai perangai yang tidak
baik kerana selalu mencuri-curi buah penduduk. Nordin berasa marah
dan beranggap bahawa pak saidi yang memberitahu kepada ketua
kampung.

Di warung, Karim telah memberitahu Pak Saidi bahawa Abu telah
menghasut ketua kampung untuk mengambil tindakan terhadap Pak
Saidi yang menyekolahkan anaknya di sekolah inggeris tetapi Pak
Saidi tidak menghiraukan perkara tersebut kerana yakin bahawa dia
tidak melanggar peraturan. Perkara ini telah menimbulkan tanda tanya
kepada Karim tentang tujuan pak saidi menghantar anaknya ke sekolah

147 | P a g e

Bicara Karya 2020

inggeris dan persoalannya telah terjawab oleh pak saidi bahawa kita
haruslah belajar dari bangsa yang berjaya supaya dapat
menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih tinggi. Petang itu, di
rumah pak saidi dikungjungi oleh ketua kampung untuk mendengar
penjelasan tujuan perbuatan pak saidi itu. akhirnya mereka setuju
terhadap pendapat pak saidi,

Apabila Adnan hendak berkhatam beliau berasa amat takut oleh itu
ayahnya telah berjanji untuk menghadiahkannya sebuah basikal
baharu setelah dia selesai berkhatam. Adnan berasa semangat dan
tidak lagi berasa takut 2 minggu kemudian ayahnya telah mengotakan
janji setelah lukanya baik.

Setelah menamatkan pengajian, Adnan telah terpilih untuk menjadi
guru pelatih di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan kurang berminat
bekerja sebagai seorang guru kerana beliau ingin menjadi askar.
Namun ketika itu tiada peluang untuk menjadi askar melayu. Ketika
tersebarnya ura-ura penubuhan askar Melayu Adnan telah memohon
unuk menjadi tentera. Adnan telah menunjukkan semangat yang
mendalam sehingga terpilih sebagai rekrut terbaik dan beliau diserap
ke dalam pasukan askar melayu

Pada tahun 1937 Adnan telah menerima kenaikan pangkat menjadi
Sarjan dan turut terpilih menyertai upacara pertabalan King George VI
di London. Tidak lama kemudian, Adnan dinaikkan pangkat menjadi
seorang Leftenan. Setelah pulang ke tanah air beliau berkahwin
dengan seorang guru di kampungnya bernama Sophia Pakih Muda.

Apabila berlaku perang dunia kedua, Jepun bersedia untuk menjajah
Tanah Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya kembali

148 | P a g e

Bicara Karya 2020

ke kampung di Kajang. Askar melayu telah bekerjasama dengan
tentera british. Leftenan Adnan diberi tanggungjawab untuk menjaga
Pasir Panjang dan Bukit Candu. Beliau telah membina kubu di Bukit
Candu dan telah mengetatkan kawalan yang turut dibantu oleh Sarjan
Hassan.

Pada petang 31 Januari 1942, seluruh semenanjung Tanah Melayu
jatuh ke tangan Jepun. Samad dijadikan sebagai pengintip tentera
jepun untuk memerhati pergerakan tentera British. Kapten Rix dan
Leftenan Adnan mengatur persiapan menentang tentera jepun.
Leftenan Adnan berasa kecewa kerana tentera asing tidak bersungguh-
sungguh mempertahankan Tanah Melayu. Pertempuran demi
pertempuran yang berlaku ke atas Tanah Melayu. Setelah Leftenan
Adnan mengetahui bahawa Samad merupakan tali barut pihak jepun
dia telah dibunuh dan menimbulkan kemarahan tentera jepun sehingga
dapat dikalahkan. Pertempuran yang berlaku dapat menunjukan
bahawa askar Tanah Melayu lebih komited dan berani. Nyawa Kapten
Rix , Koperal Senin dan Lans Koperal Yusof telah terkorban. Dalam
peperangan yang seterusnya pagawai dan tentera mati dan Leftenan
Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan sebiknya tetap
berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.

Leftenan Adnan telah digantung pada dahan pokok ceri dan setiap
orang yang lalu akan menikam tubuhnya dengan bayonet. Pada 15
Ogos 1945, jepun telah menyerah kalah lalu Tanah Melayu diperintah
semula oleh British. Kehidupan penduduk kembali seperti biasa
segala peniagaan berjalan dengan lancer.

Sebagai kesimpulan , kita mestilah mempunyai keberaniaan dalam
menghadapi pelbagai halangan sebagai contoh Leftenan Adnan yang

149 | P a g e

Bicara Karya 2020

sanggup bertarung dalam peperangan sehingga titisan darahnya yang
terakhir. Selain itu, kita hendaklah menjadi seorang yang mempunyai
kebijaksanaan bagi meneruskan kehidupan harian yang lebih aman.
Saya berharap agar kita dapat mengambil sebanyak yang boleh sifat
sifat yang dimiliki oleh Leftenan Adnan walaupun kita seorang manusia
yang biasa.

Tajuk LEFTENAN ADNAN WIRA
BANGSA

150 | P a g e

Bicara Karya 2020

Pengarang ABDUL LATIP TALIB

Penerbit PTS PUBLICATIONS &
DISTRIBUTORS

Sdn Bhd

Tahun 2008
diterbitkan

Nama Pengulas ZATI AFINA BINTI
ZULKARNAIN
(Pelajar, IPG KPP)

Buku berjudul “Leftenan Adnan Wira Bangsa” menceritakan
perjuangan seorang tokoh kemerdekaan iaitu Adnan bin Saidi. Beliau
merupakan seorang anggota tentera dan askar Tanah Melayu. Transkrip ini
menceritakan kisah hidup beliau sejak kecil sehinggalah tumpahnya titisan
darah yang terakhir demi mempertahankan tanah air yang tercinta.

Beliau dilahirkan pada tahun 1915, di Kampung Sungai Ramal,
Kajang. Merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik, beliau
sangat bertanggungjawab terutama dalam membantu ayahnya di sawah.
Sejak kecil lagi, sifat kepahlawanan beliau telah menonjol. Sebagai contoh,
semasa kecil beliau sering meminta ayahnya untuk membuat senapang
kayu untuk bermain biarpun beliau sudah ada keris kayu. Pada waktu siang,
beliau belajar bersilat manakala di waktu malam pula belajar mengaji
bersama ibu atau ayah.

Pada peringkat awal persekolahan, Leftenan Adnan mahu
disekolahkan di sekolah Inggeris namun ditentang oleh ibunya. Walau
bagaimanapun, ayah beliau menghantar beliau ke sekolah inggeris kerana
berpendapat bahawa Adnan akan mendapat lebih banyak ilmu di sekolah
tersebut jika dibandingkan dengan sekolah melayu atau Islam. Justeru, ibu
beliau terpaksa akur keputusan tersebut. Dalam pada itu, penduduk

151 | P a g e

Bicara Karya 2020

kampung membantah keputusan ayah leftenan Adnan kerana takut berlaku
murtad sekiranya mendapatkan pendidikan di sekolah Inggeris.

Setelah tamat pengajian di sekolah Inggeris, beliau diterima masuk
sebagai guru pelatih. Selepas setahun lebih mengumpul pengalaman
menjadi seorang guru, beliau telah mngambil keputusan untuk menyertai
tentera. Pada tahun 1933, di mana beliau berusia 18 tahun, beliau telah
terpilih untuk menyertai Rejimen Askar Melayu. Di situ, beliau juga telah
dianugerahkan sebaga rekrut terbaik dan dinaikkan pangkat sebagai
Leftenan Muda setelah dilantik sebagai Sarjan pada tahun 1936. Setahun
kemudian, beliau telah terpilih untuk ke London untuk menyambut
pertabalan Raja George VI.

Sekembalinya daripada London, beliau berkahwin dengan seorang
guru di kampungnya dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Mereka
sekeluarga menertap di Singapura. Selang beberapa tahu, apabila khabar
tentang Perang Dunia ke-2 semakin hampir, beliau menghantar anak-anak
dan isteri pulang ke Kampung Sungai Ramal. Oleh itu, Leftenan Adnan
telah menyusun atur strategi untuk menghadapi peperangan. Pada masa
yang sama, beliau juga mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya ada
serangan secara tiba-tiba.

Beliau diarahkan untuk bertugas di Bukit Candu. Justeru, beliau telah
mengambil inisiatif untuk membina kubu. Selain itu, beliau juga
memperketatkan kawalan di kawasan kampung di mana penduduknya
enggan berpindah. Pada tanggal 6 Disember tahun 1941, berita tentang
kemaraan tentera Jepun semakin luas tersebar. Akhirnya, Leftenan Adnan
berjaya meyakinkan penduduk untuk berpindah ke kawasan yang lebih
selamat. Tinjauan udara dilakukan hampir setiap hari sebagai langkah
berjaga-jaga.

Pada suatu malam, tentera British telah melaporkan bahawa

152 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk PANGLIMA SALLEH
SELEMPANG MERAH

pasukan tentera Jepun tidak kelihatan lagi. Maka mereka berpendapat
bahawa pihak Jepun telah mengalih laluan. Suasana menjadi semakin getir.
Namun begitu, selang beberapa hari, pihak Jepun mendarat di persisiran
pantai. Pihak British bertalu-talu menyerang, ramai askar Jepun yang
terbunuh termasukla komander batalionnya, Mejar Nakamura. Dalam pada
itu, kubu-kubu pertahanan mereka telah dimusnahkan oleh tentera Jepun
untuk menguasai tempat mendarat. Di Kota Bharu, pertempuran masih
sengit antara pihak Jepun dan British. Pihak Jepun telah berjaya
menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa pada 9
Disember 1941.

Serangan dilakukan tanpa henti oleh Pihak Jepun. Harapan terakhir
bagi menyelamatkan Tanah Melayu adalah pasukan tentera laut. Namun
begitu, dua buah kapal perang British telah berjaya ditenggelamkan oleh
pihak Jepun. Leftenan Adnan begitu kecewa kerana pihak British tidak
bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah Melayu. Hanya tentera
Melayu yang bersungguh-sungguh untuk bertempur dengan pihak Jepun.
Leftenan Adnan mengarahkan tenteranya bersiap sedia. Beliau telah
menyerang tentera Jepun yang menyamar menjadikan ramai musuh
terkorban.

Pihak Jepun mula mengatur strategi untuk menggempur Tanah
Melayu sehingga musnah. Tentera Melayu pula tidak berputus asa untuk
mempertahankan tanah air tercinta. Leftenan Adnan cedera parah namun
beliau tetap meneruskan perjuangan. Akhirnya, pihak Jepun berjaya
memerangkap Leftenan Adnan dan menggantung beliau di pokok ceri.
Sesiapa yang lalu di pokok tersebut akan menikam tubuh Leftenan Adnan.

153 | P a g e

Bicara Karya 2020

Pengarang ZAHARAH NAWAWI

Penerbit DEWAN BAHASA PUSTAKA

Tahun 1988
diterbitkan

Nama Pengulas AHMAD ANIQ KHAIRI BIN
AINIZA (Pelajar, IPG KPP)

Sebuah novel karya Zaharah Nawawi yang berjudul “Panglima Salleh
Selempang Merah” merupakan sebuah nukilan sejarah yang mempunyai
394 halaman yang mengisahkan kebangkitan dan perjuangan Orang
melayu ketika menentang kekejaman komunis.Batu pahat dan muar,johor
merupakan kawasan berlaku kebangkitan tersebut yang diketuai oleh
seorang yang bernama Salleh bin Abdul karim dan digelar “panglima salleh
selempang merah”.Bagi orang yang tidak berhati mungkin sanggup untuk
membaca huraian perjuangan Panglima Salle Selempang Merah ini secara
terperinci apatah lagi mengahabiskan bacaan.pengisian novel ini amat
penuh dengan gambaran realistik tentang perbuatan kejam rejim komunis
terhadap penduduk kampung.

Dalam huraian beliau ,Zaharah Nawawi mengisahkan tokoh sejarah
yang benar-benar hidupdan dikenali oleh masyarakat ,khasnya
dijohor.Selain itu beliau turut menulis peristiwa api merah begitu marak dan
tinggi menjulang angkasa membakar dan menghanguskan rumah Pak Naib
pada jarak hanya sekitar lima ratus meter dari rumah yang beliau diami
bersama ayah, ibu, kakak,abang-abang, dan seorang adik lelakiku
(semuanya sudah jadi Allahyarham). Zaharah juga menceritakan
bagaimana pihak komunis memaksa penduduk kampung memberi
sumbangan makanan dan ubat-ubatan. Sesiapa yang ingkar dibunuh. Ada

154 | P a g e

Bicara Karya 2020

yang ditembak di hadapan keluarga, ada yang disula dengan buluh dari
dubur hingga ke tekak lalu dicacakkan di hadapan rumah untuk
dipertontonkan kepada penduduk kampung agar jadi iktibar.

Seterusnya, novel ini juga menceritakan kesusahan dan kegigihan
Pak cik Suib untuk membantu keluarganya mendapatkan garam sebagai
pelengkap hidangan yang telah sekian lama digantikan dengan abu pelepah
kelapa. Keadaan begitu terdesak sehingga Pak Cik Suib terfikir untuk
membeli garam dengan emas yang disimpan.namun, Panglima Salleh tidak
sanggup menerimanya dan hanya memberikan sekati garam dengan niat
sedekah walaupun setelah ditawarkan oleh Pak cik Suib dengan sebuah
perahu yang sudah tidak digunakan lagi.Peristiwa yang digambarkan itu
bukan sahaja menggambarkan kepayahan yang ditanggung oleh rakyat,
tetapi menyerlahkan sifat dan perwatakan Panglima Salleh yang tidak
menangguk di air keruh.

Dari paparan pengarang, kita dapati bukan orang Melayu sahaja yang
terhimpit oleh keganasan komunis, bahkan kaum Cina juga turut menderita.
Komunis menzalimi orang Cina yang tidak mahu membantu mereka. Hal ini
berlaku kepada watak seorang askar komunis, Ah Chong, yang telah
dibelasah kerana tidak bertindak ke atas seseorang petani cina di dalam
kawasan jagaannya yang menjual barang makanan kepada Jepun asbab
petani tersebut yang membesarkannya dahulu. Peristiwa yang digambarkan
menyerlahkan unsur kemanusiaan dan sentimen kasih sayang sesama
manusia yang masih ada, walaupun di dalam keadaan darurat. Elemen
perasaan adalah elemen yang penting di dalam sebuah novel.

Oleh itu dengan pembacaan novel ini pembaca dapat menyimpulkan
bahawa pengarang amatlahberhati-hati supaya tidak menyinggung
perasaan pewaris-pewaris yang masih hidup. Seringkali pengarang juga

155 | P a g e

Bicara Karya 2020

terpaksa membuat penyaringan terhadap fakta agar pembinaan wataknya
tidak sampai menjatuhkan air muka keluarga watak itu sendiri. Hal ini telah
mendorong pengarang menulis yang terbaik untuk pencerekaan teks
sejarah kreatif. Sememangnya, hal inilah yang terpancar dalam proses
kreatif Zaharah yang payah.

Novel sejarah mestilah berpaksikan kebenaran sejarah dan
pengarang bertanggungjawab untuk menceritakan kebenaran dan sekali
gus bertanggungjawab untuk mempertahankan kebenaran penulisan
tersebut.

TAJUK ERTI MERDEKA YANG

156 | P a g e

Bicara Karya 2020

SEBENAR

PENGARANG MUJIBU ABD MUIS

PENERBIT SINAR HARIAN

TAHUN DITERBITKAN OGOS 2019

NAMA PENGULAS MUHAMMAD AIZUDDIN
BIN KARDI
(Pelajar, IPG KPP)

Artikel berjudul “Erti Merdeka Yang Sebenar” ini merupakan penceritaan
tentang erti kemerdekaan yang difahami oleh si penulis yang sama sekali
tidak tertakluk kepada kebebasan daripada penjajah semata-mata. Seperti
yang kita ketahui, merdeka daripada penjajahan telah menjadi satu leksikon
bagi sambutan Hari Kebangsaan di negara kita. Oleh itu, masyarakat lebih
memahami kemerdekaan itu sebagai erti bahawa negara kita sudah tidak
lagi dijajah. Sambutan Hari Kebangsaan juga hanya banyak diisi dengan
pengisian sejarah perjuangan rakyat berbilang kaum di Malaysia dalam
perjuangan menuntut kemerdekaan. Justeru, keadaan ini menjadikan
kemerdekaan seperti sekadar retorik pengisahan sejarah semata-mata dan
catatan peringatan agar semua tidak lupa serta terlepas pandang daripada
menyambutnya.

Menurut penulis, merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan
fizikal semata-mata kerana penjajahan bersifat tidak mutlak. Pada hari ini,
kita tidak sedar bahawa kepesatan teknologi yang selama ini kita
banggakan merupakan salah satu ancaman penjajahan bentuk baharu
terutamanya dalam bentuk budaya dan pemikiran. Walaupun penjajah
sudah lama pergi, namun budaya serta pemikiran mereka masih kuat
mencengkam setiap aspek bernegara daripada sistem politik, ekonomi

157 | P a g e

Bicara Karya 2020

ataupun sosial. Penulis juga ada memetik pandangan daripada sarjana
barat iaitu Alexis de Tocqueville dalam bukunya Democracy in America
(1835) yang melihat kebebasan atau kemerdekaan sebagai sesuatu yang
boleh dan sering merosakkan. Menurut Tocqueville, akhlak dan dan agama
adalah pra syarat kepada kebebasan kerana kebebasan tanpa akhlak
adalah tidak bermakna, dan akhlak tanpa agama tiada gunanya.

Pandangan tokoh tempatan juga diguna pakai oleh penulis seperti
pandangan Pendeta Agung Za’ba yang turut mempersetujui pendapat
Tocqueville itu tadi. Oleh itu, Pendeta Agung Za’ba mencirikan konsep
merdeka sebagai 'berubah daripada segala perbuatan dan kepercayaan
yang bodoh, mematikan akal dan menyekat kemajuan kepada perbuatan
dan kepercayaan yang cerdik, membebaskan fikiran dan menggalakkan
kemajuan'. Menurut beliau, kemerdekaan yang sebenar adalah
kemerdekaan minda dan jiwa yang dipupuk menerusi pembinaan jati diri
yang dibentuk oleh empat aspek utama: agama, bahasa, pendidikan dan
sikap (akhlak). Aspek terpenting di antara keempat-empat itu sudah tentulah
agama.

Pendeta Agung Za’ba juga menegaskan baawa hanya ajaran dan
amalan agama yang betul akan memerdekakan manusia daripada bertaklid
dan pasrah secara membuta tuli kepada mana-mana makhluk. Agama juga
menjadi pengimbang kepada penggunaan rasional akal secara berlebihan.
Oleh itu, elemen islah berdalilkan al-Quran yang bersendikan akal serta ilmu
pengetahuan sentiasa ditekankan oleh Za’ba dalam membetulkan segala
kekurangan atau kelemahan dan perkara inilah nanti yang akan
menukarkan segala kekolotan fikiran dengan pemikiran yang lebih ideal dan
seterusnya memerdekakan jiwa manusia.

Berdasarkan artikel ini, dapat saya simpulkan bahawa kemerdekaan
yang sebenar bukanlah semata-mata terletak dari segi fizikal yang kita
fikirkan selama ini. Kemerdekaan yang sebenar adalah terletak pada jiwa

158 | P a g e

Bicara Karya 2020
kita. Melalui pembacaan terhadap artikel ini juga, saya percaya bahawa
setiap pembaca dapat memahami dengan mudah berkenaan konsep
kemerdekaan yang tidak boleh berdiri secara sendiri dan mutlak dan harus
disandarkan dengan kehakikian akal dan jiwa manusia yang fitrahnya
merdeka. Jika kita memandang pada perspektif agama, Islam turut
memperlihatkan bagaimana Nabi Muhammad SAW diutuskan ALLAH SWT
untuk memerdekakan manusia daripada kesesatan dan kezaliman kepada
kebenaran dan keadilan. Kedatangan Islam adalah bertujuan untuk
membebaskan jasad dan akal manusia daripada belenggu duniawi yang
bersifat sempit dan fana.

159 | P a g e

Bicara Karya 2020

TAJUK SHAMSIAH FAKEH: A
NATIONALIST OR A
COMMUNIST?

PENGARANG RAMLAH ADAM

PENERBIT FAKULTI SAINS
PENTADBIRAN DAN
PENGAJIAN POLISI,
UNIVERSITI TEKNOLOGI
MARA

TAHUN 2010
DITERBITKAN

NAMA PENGULAS NABIHA ULFA BINTI
MOHAMAD RODZI
(Pelajar, IPG KPP)

Artikel berjudul “Shamsiah Fakeh : A nationalist or a Communist”
memfokuskan kepada seorang aktivis politik wanita yang sememangnya
terkenal dalam kalangan pengkaji atau peminat sejarah Malaysia. Tajuk
artikel ini ditulis dalam Bahasa Inggeris manakala penulisan selebihnya
adalah dalam Bahasa Melayu. Artikel ini membawa pembaca mengenali
personaliti ini yang sering menjadi sebutan terutamanya menjelang Hari
Kemerdekaan Malaysia. Ada sesetengah pihak yang menganggap beliau
sebagai pejuang wanita yang wajar diberi penghormatan manakala
sesetangah pihak beranggapan beliau merupakan pengkhianat negara atas
tindakan radikal beliau bersama dengan gerakan berhaluan kiri sebelum
kemerdekaan dan selepas kemederkaan Tanah Melayu dicapai dan
seterusnya semasa pembentukan Malaysia.

Artikel ini mengupas mengenai kegiatan politik ahli-ahli Parti
Komunis Malaya dengan memfokuskan kepada aktiviti politik, Shamsiah
Fakeh. Artikel ini secara terperinci menceritakan perjalanan politik dan
penyebaran fahaman komunisme melibatkan Shamsiah Fakeh semasa

160 | P a g e

Bicara Karya 2020

beliau menyertai dan mengetuai Angkatan Wanita Sedar yang dinaungi oleh
Parti Komunis Malaya. Selain daripada Shamsiah Fakeh, artikel ini juga
menyentuh mengenai pemimpin atau pengikut Parti Komunis Malaya yang
bersama-sama melancarkan gerakan menentang fasis dan emperialis iaitu
British yang telah lama bertapak di Tanah Melayu. Penulisan dalam artikel
ini bermula dengan melaporkan gerakan Shamsiah Fakeh bersama
pemimpin lain dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan dengan cara
yang lebih progresif. Kemudian, bermula kisah penyimpangan Shamsiah
Fakeh dan rakan-rakan dari matlamat asal perjuangan mereka.

Di akhir pembacaan, pembaca bebas untuk menentukan adakah
Shamsiah Fakeh ini wajar dianggap sebagai pejuang atau sebaliknya. Ini
menunjukkan sisi tidak berat sebelah (biase) penulis dalam menulis fakta
sejarah yang sebenar dengan membiarkan pembaca membuat justifikasi
sendiri melalui pembacaan yang telah dibuat. Semasa membaca artikel ini,
pengulas sejujurnya merasa kagum dengan keberanian dan semangat
perjuangan masyarakat dahulu dalam menentang penjajahan dan
membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah yang telah
mengeksploitasi ekonomi, politik dan sosial masyarakat tempatan. Namun,
perjuangan yang menyimpang dari matlamat asal yang suci wajar ditolak
oleh pengikut dan perlu dihentikan.

Seorang nasionalis atau parti nasionalis perlu berpegang kepada
matlamat yang berasaskan kepada kebangsaan bangsa dan kemerdekaan
tanah air sebagai sebuah negara berdaulat dan ditadbir oleh anak bangsa
sendiri. Namun, ideologi yang dibawa komunis ini tidak berpadanan dengan
prinsip yang perlu dipegang oleh nasionalis. Pemimpin dan ahli Parti
Komunis Malaya terlalu berpegang dan taksub kepada ideologi parti
sehingga membawa kepada ancaman kepada masyarakat dan negara.
Pembacaan artikel ini membolehkan generasi muda mengetahui peristiwa
penting yang pernah dilalui negara Malaysia sebelum mampu mencapai

161 | P a g e

Bicara Karya 2020

keharmonian dan kesejahteraan seperti mana yang dirasai kita kini.

Kesannya, pembaca merasa lebih bersyukur atas kecekapan
kerajaan Malaysia dalam membendung penguasaan Parti Komunis Malaya
yang sememangnya bertentangan dengan sistem politik Malaysia yang
masih mengekalkan sistem feudalism dalam pentadbiran dan politik. Sistem
feudalism ini merupakan asas penting dalam pembentukan Malaysia kerana
sistem ini menjadi penimbang tara kuasa pemerintah dan parti politik yang
meneraju negara. Sejujurnya, pengulas merasakan banyak iktibar yang
boleh dipelajari dari pembacaan artikel ini dan amat digalakkan untuk
generasi muda membaca sebagai panduan sebelum kita mengangkat
seseorang itu sebagai nasionalis.

TAJUK JALAN KE PUNCAK

162 | P a g e

Bicara Karya 2020

PENGARANG JURI DURABI
PENERBIT DEWAN BAHASA
DAN PUSTAKA
TAHUN 2015
DITERBITKAN
NAMA PENGULAS NG JIA WEN
(Pelajar, IPG KPP)

Novel yang saya baca berjudul “Jalan Ke Puncak”. Pengarang bagi
novel tersebut ialah Juri Durabi dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka. Juri Durabi dilahirkan di Kampung Kusilad, Pitas, Sabah pada 11
Mac 1961. Beliau mula menghasilkan karya pada tahun 1984. Beliau
tercatat sebagai salah seorang yang banyak memenangi Hadiah Sastera
Sabah yang mula diperkenalkan pada tahun 1988. Melalui novelnya
“Sangkar Terapung”, beliau menjadi pemenang tempat pertama dalam
Peraduan Menulis Novel Negeri Sabah Siri Ke-2. Beliau juga mendapat
Anugerah Karya Sulung DBP pada tahun 2002 dan menjadi Penulis Anak
Angkat DBP pada tahun 1989. Di samping itu, beliau juga memenangi
Hadiah Sastera Perdana pada tahun 2012 dan kini menjadi Naib Presiden 2
dalam Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA). Novel “Jalan Ke
Puncak” telah dipilih untuk menjadi satu pembelajaran Komponen Sastera
(KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid Tingkatan Dua
selepas proses perakuan pada peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Jalan Ke Puncak” yang menjadi judul kepada novel ini menepati
maksud perjuangan seseorang anak muda dalam menempa kejayaan
hidup. Novel “Jalan ke Puncak” mengisahkan tentang seorang pemuda
bernama Laiman yang berkelulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan tetapi
enggan bekerja makan gaji. Laiman lebih suka bekerja sendiri dengan
mengusahakan ladang tembikai. Pada mulanya hasrat bekerja sendiri
ditentang oleh ayahnya kerana keluarga mereka telah banyak berkorban
demi kejayaan Laiman dalam pengajiannya. Setelah usaha berkebun
menampakkan hasil, ayah Laiman mulai menyokong usahanya. Laiman

163 | P a g e

Bicara Karya 2020

turut mengusahakan kolam ternakan ikan air tawar, udang harimau di
samping berniaga kedai makan dan memborong hasil pertanian. Laiman
dibantu oleh sepupunya Milan. Usaha gigih Laiman bukan sekadar untuk
dirinya malah dia turut membantu anak-anak muda lain dengan membuka
peluang pekerjaan dan mengubah mentaliti mereka. Laiman mahu
bangsanya tidak hanya bergantung kepada kerajaan atau bekerja makan
gaji, sebaliknya mereka perlu gigih berusaha dan berdikari jika mereka ingin
hidup mewah. Laiman akhirnya menjadi usahawan tani berjaya dan contoh
kepada penduduk kampung. Usahanya turut mendapat pengiktirafan
daripada kerajaan.

Dalam novel “Jalan Ke Puncak”, Laiman telah menunjukkan
semangat cinta akan Negara. Sebagai contohnya, Laiman sentiasa
menyokong dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat
dengan memilih untuk berdikari dan bekerja sendiri. Tindakan Laiman ini
bukan sahaja dapat membantu dalam meningkatkan sektor pertanian dan
bidang yang diceburi seperti ternakan ikan air tawar, malah dapat
menambahkan peluang perkerjaan kepada orang lain. Hal ini telah
menjadikan Laiman sebagai seorang usahawan dan usahanya telah
mendapat pengiktirafan daripada kerajaan dengan Jabatan Petanian
berjanji untuk membantunya memperbesar perusahaan ternakan ikan air
tawarnya. Dalam sejarah Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
menaikkan semangat perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila
tindakannya membentuk Parti Perikatan pada 1952 mula membuka mata
British untuk membenarkan penduduk Tanah Melayu mentadbir Negara
dengan sendiri. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan
India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang
ditandatangani pada 8 Februari 1956. Dengan inilah dapat dibuktikan
bahawa kesejahteraan sesebuah Negara dapat diwujudkan bukan sahaja
daripada perpaduan antara semua kaum, malah juga semangat cinta akan
Negara yang ditunjukkan oleh rakyat Negara tersebut. Oleh itu, kita mestiah

164 | P a g e

Bicara Karya 2020

menghargai kemerdekaan Negara kita yang kita miliki sekarang kerana kita
tahu yang kemerdekaan ini tidak mudah untuk dicapai.

Jalan cerita novel ini dibahagikan kepada lima belas bab. Semua bab
digarap dengan baik dan dipersembahkan secara teratur dan seimbang.
Saya mempercayai bahawa kandungan penceritaannya dapat membantu
pembaca membina jati diri dan melengkapkan diri sebagai generasi yang
bakal memimpin dan mewarisi Negara. Rasa kecintaan dan
kebertanggugjawaban untuk membentuk dan melindungi sebuah Negara
gemilang juga dapat disemai dalam jiwa pembaca melalui novel tersebut.

TAJUK 1515
PENGARANG FAISAL TEHRANI

165 | P a g e

Bicara Karya 2020

PENERBIT UTUSAN PUBLICATIONS &
DISTRIBUTIONS
TAHUN
DITERBITKAN 2003
PENGULAS
NIK YASMIN AIDA BINTI NIK
MUHAMAD HISAMUDDIN
(Pelajar, IPG KPP)

Buku “1515” oleh Faisal Fehrani mengajak kita untuk
mendalami sejarah Melayu Melaka dengan lebih dekat. Seperti mana kita
pelajari dalam subjek Sejarah di bangku persekolahan, Kerajaan Melaka
adalah antara kerajaan yang tua dalam sejarah Malaysia. Zaman
kegemilangannya beserta kejatuhannya telahpun dicurahkan berkali-kali ke
cuping telinga namun ianya sekadar info teks yang tidak punya perasaan.
Maka, penulis mengorak langkah dengan mewujudkan sinergi antara cerita
dan fakta dapat merangsang emosi pembaca dengan berkesan seterusnya
menambah penghayatan pembaca terhadap mesej yang ingin disampaikan.

Pengkajian terhadap sejarah bukanlah sesuatu yang popular dalam
kalangan masyarakat. Norma kini begitu berbeza dengan ketika dahulu.
Generasi awal pasti dapat membezakannya dengan lebih baik kerana
mereka telah melalui kedua-dua zaman tersebut dan melihat perubahan
drastik dari aspek yang pelbagai. Satu per satu daripada mutiara bangsa ini
pergi meninggalkan kita, membawa pengetahuan dan kisah mereka ke
dalam liang lahad. Mendalami sejarah sebenarnya membolehkan kita
melihat dan memahami kronologi dari skop yang lebih luas sekaligus
menerangkan sebab-sebab tindakan yang diambil oleh suatu golongan
yang dikaji. Maka, dengan cara itu, dapatlah kita sendiri mengenali bangsa
kita yang terdahulu walaupun bukan secara langsung.

Karya “1515” memiliki daya tarikan yang tersendiri. Tajuknya sahaja
dapat menarik perhatian dan menimbulkan persoalan dalam diri seseorang,

166 | P a g e

Bicara Karya 2020

“Apakah intipati yang terkandung di dalamnya?” Sejujurnya, dari perspektif
golongan yang masih hijau dalam mengenal dunia, sejarah itu sendiri
merupakan suatu misteri bagi kami. Oleh kerana itu, kebolehan karya ini
membawa para pembaca merentasi masa ke zaman Kesultanan Melayu
Melaka membolehkan para pembaca merasai sendiri pegalaman yang tidak
mungkin mereka dapat alami pada era serba moden ini. Seperti berada di
alam lain. Penulis juga telah memilih latar masa yang mendebarkan, iaitu
saat Melaka pertama kalinya dijajah oleh bangsa asing, iaitu Portugis.
Reaksi orang-orang terdahulu terhadap ancaman baharu menunjukkan
tahap kebolehan mereka untuk beradaptasi dengan situasi baharu serta apa
yang telah mereka pelajari dari sejarah pahit itu untuk kita jadikan
pengajaran.

Penceritaanya dilakukan melalui watak utama, Dr. Adi Famiyun,
seorang sejarawan Melayu yang kebaratan. Namun, beliau sering digaggu
oleh ‘roh-roh masa lampau’ yang tidak dapat bersemadi kerana duri-duri
sejarah Melaka yang masih bersarang dan menganggap mereka dikhianati
oleh catatan sejarah oleh mereka yang tidak menempuhnya. Pada tarikh
1511, Dr. Adi Famiyun berusaha mencari tajaan bagi menyambung
pengkajiannya terhadap sejarah Melaka. Dari situlah, beliau ditemukan
dengan sumber utama kajiannya; Tun Nyemah Mulya. Tun Nyemah Mulya
merupakan seorang srikandi yang unggul. Diajarkan segala ilmu dunia, ilmu
persilatan dan ilmu ghaib, sememangnya beliau dilahirkan sebagai
pahlawan. Alfonso de Albuquerque, orang yang telah merampas kekayaan
serta mengkafirkan orang-orang Islam Melaka. Alfonso memperoleh
bantuan daripada pengkhianat Melaka, Nina Chattu dan Kitul Keling.
Tewasnya Melaka, maka larilah sang pemerintah, meninggalkan rakyat
yang dipalit kekecewaan. Ketika ini, Alfonso membina A Famosa, lambang
Melaka yang sudah pun tercemar. Nyemah Mulya mendapatkan kerjasama
Tun Fatimah untuk menghalang kota A Famosa terbina.

167 | P a g e

Bicara Karya 2020

Konflik sultan dan anakandanya membuka peluang kepada Feringgi
menguasai Melaka sepenuhnya. Kesungguhan dan kehebatan Nyemah
Mulya semasa bertempur sampai ke istana lalu menarik perhatian baginda
sultan. Baginda memerintahkanya mengetuai angkatan perang Melaka.
Perkenan Sultan, Nyemah diangkat menjadi Tun, seraya menjadikannya
seumpama anakanda baginda sultan. Nyemah memohon perkenan sultan
untuk menyerang Portugal untuk membuktikan bahawa bangsa Melaka
bukanlah kecil mahupun lemah. Walaupun gagal menakluk Portugal, namun
nama Melaka mulai harum kerananya. 1512, tenggelamlah bahtera Flor de
la Mar. Kejayaan Alfonso membina kota A Famosa bukanlah penghalang
bagi angkatan tentera Melaka menyerang balas dengan menenggelamkan
bahtera yang sedang dalam perjalanan pulang ke negara asal. Alfonso
berjaya menyelamatkan beberapa barangan lambang kemegahan Melaka
dan Tun Nyemah Mulya. Tun Nyemah Mulya dibawa pulang dan dijadikan
hamba di Istana Raja Manuel, dan beliau bersemadi di Libson. Suatu kisah
yang seakan tidak wujud, dilitupi pula oleh sejarah Hang Tuah lima
bersaudara.

Faizal Tehrani mempersoalkan kewujudan Tun Nyemah Mulya sama
ada sekadar dongeng ataupun sengaja dipadam sejarah. Jika srikandi ini
dipersoalkan sumbangan dan pengorbananya, penulis mempersoalkan
kembali di mana buktinya Hang Tuah cukup berjasa kepada Melaka.
Persoalan utama novel ini, “Mengapakah Melaka amat mudah dijajah?”
melemparkan unsur sindiran terhadap ketidaksungguhan anak bangsa
mempertahankan tanah kelahiran mereka sendiri. Portugis, Belanda, British.
Pemilikan Melaka telah bertukar tangan antara tiga kuasa asing tersebut
sebelum Merdeka. Bayangkan betapa kecewanya generasi dahulu melihat
senario itu, hanya mampu berdoa bahawa suatu hari nanti kemerdekaan
bakal tiba. Sayu hati mereka apabila terfikirkan generasi masa hadapan
yang akan menderita diekspoitasi penjajah.

168 | P a g e

Bicara Karya 2020

Demi kita, para pejuang sanggup menumpahkan darah mereka di
medan tempur. Demi kita, mereka membina kubu dan menyediakan
angkatan perang. Demi kita, maka ratusan dan ribuan telah terkorban.
Nama-nama yang tidak tercatat dalam sejarah bukanlah sekelumit.
Walaupun tidak direkod, apa salahnya jika kita menunjukkan penghargaan
kita terhadap pengorbanan mereka? Sanggupkah kita membelot para
pejuang tersebut yang telah mengamanahkan kemerdekaan yang begitu
payah mereka usahakan demi kita? Kibarkan Jalur Gemilang dengan
megah. Banggalah dengan sejarah warisan yang ditinggalkan. Sambutlah
tarikh keramat 31 Ogos dengan penuh semangat. Sesungguhnya,
kemerdekaan merupakan nikmat yang agung. Maka, peliharalah ia dengan
baik kerana ia adalah amanah yang wajib digalas oleh setiap generasi
warganegara Malaysia.

TAJUK PAHLAWAN ADNAN
PENGARANG ZAILIANI TASLIM

169 | P a g e

Bicara Karya 2020

PENERBIT DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA
TAHUN
DITERBITKAN 2015
NAMA PENGULAS
NOR ANISSYAFIKA
SYAFRUDIN
(Pelajar, IPG KPP)

Novel bertajuk “ PAHLAWAN ADNAN” merupakan sebuah novel yang
menceritakan kisah yang berlaku pada suatu ketika dahulu. Novel ini telah
menceritakan kisah seorang wira negara yang amat dikenali oleh orang
ramai iatu Leftenan Adnan.Ketika menyambut kemerdekaaan, nama beliau
harus diingati di atas pengorbanan beliau kepada negaea. Nama sebenar
beliau ialah Adnan bin Saidi dan beliau telah dilahirkan Kampung Sungai
Ramal, Kajang, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu( kini Malaysia)
pada tahun 1915. Beliau merupakan seorang anggota tentera dan askar
Tanah Melayu dari Briged Infantri 1 yang bertempur dengan Jepun dalam
Pertempuran Singapura.Leftenan Adnan meninggal dunia pada 14 Februari
1942 ketika berumur 27 tahun di Pasir Panjang, Negeri-negeri Selat (kini
Singapura) ketika mempertahankan Bukit Chandu daripada askar Jepun.
Keberanian beliau dalam Pertempuran Bukit Candu untuk Pasir Panjang
telah memberikan beliau gelaran wira oleh penduduk Malaysia serta
Singapura. Nama beliau juga diabadikan pada Kenderaan Perisai Tempur
(MACV).

Novel ini menceritakan kehidupan beliau semasa kanak-kanak,remaja,
dewasa sehingga titisan darah terakhir. Novel ini juga telah menceritakan
keperibadian dan didikan ibubapa Leftenan Adnan yang mencorakkan
kehidupan beliau untuk menabur bakti kepada ibu pertiwi yang tercinta
dengan kerjayanya dalam bidang ketenteraan. Sikap kepahlawanan beliau
telah terserlah sejak zaman kanak-kanak dan remaja lagi. Beliau menerima

170 | P a g e

Bicara Karya 2020

pendidikan di Pekan Sungai Ramal dalam aliran Inggeris. Beliau merupakan
pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan
pengajiannya, beliau telah terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar
selama lebih satu tahun tetapi beliau kemudiannya mengambil keputusan
untuk memasuki tentera.

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, beliau memasuki Rejimen
Askar Melayu. Setahun kemudian, beliau terpilih sebagai rekrut terbaik.
Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat
yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, beliau terpilih
untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi
menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan
sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Mejar dan dihantar ke
Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus
sebagai Leftenan Muda, Adnan dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni
'C'.

Setelah kembalinya beliau dari London, beliau mengambil keputusan
untuk berkahwin dengan seorang guru di kampungnya iaitu Puan Sophia
Pakih Muda dan mendapat tiga orang anak iaitu dua lelaki yang diberi nama
Mokhtar dan Zainudin), dan seorang anak perempuan. Termuda di antara
tiga beradik, bayi perempuannya meninggal sejurus selepas kejatuhan
Singapura.Pada akhir 1941, beliau ditempatkan di Singapura dan membawa
keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal di rumah besar di Pasir
Panjang, iaitu di dalam kawasan yang dikhaskan untuk keluarga Rejimen
Askar Melayu.Apabila berita peperangan Perang Dunia II semakin hampir,
dan pihak Jepun bersedia untuk menjajah Singapura, beliau menghantar
keluarganya kembali ke kampung mereka di Kajang.hal ini demikian kerana
beliau telah diberi kepercayaan untuk memimpin dua buah batillion Askar
Melayu untuk mempertahankan Singapura daripada dijajah oleh askar
Jepun. Ini merupakan masa yang amat getir bagi beliau kerana isterinya,

171 | P a g e

Bicara Karya 2020

Sophia, sedang mengandungkan anak mereka yang ketiga dan ini
merupakan kali terakhir mereka bersama.

Pertahanan permatang itu telah ditugaskan kepada Kompeni 'C'.
Kompeni 'C' merupakan sebahagian satu pasukan kecil Batalion Pertama
Rejimen Askar Melayu (1 Melayu). Batalion 1 Melayu dan Batalion 2
Melayu,bersama-sama dengan batalion ke-2 "Loyal Regiment" Tentera
British dipusatkan menjadi Briged Infantri Pertama Malaya (1st Malaya
Brigade).

Pada 13 Februari 1942, Division Chrysanthemum Tentera Imperial Jepun
yang handal di bawah pemerintahan Lt. Gen. Renya Mutaguchi
menumpukan perhatian mereka kepada persisiran selatan Singapura -
Permatang Pasir Panjang. Pada pagi tersebut, permatang tersebut dibedil
bertalu-talu dengan sokongan udara, mortar berat dan bedilan meriam.
Kompeni 'C' dan Leftenan Adnan Saidi ketika itu telah ditempatkan di
Perkampungan Pasir Panjang telah memberikan tentangan hebat. Akhirnya
tentera Jepun terpaksa berundur disebabkan tentangan sengit daripada
Kompeni 'C'. Adnan dan orang-orangnya telah membina benteng
pertahanan Rejimen di kawasan tanah tinggi, yang dikenali sebagai Celah
(Gap). Walaupun mempunyai bilangan anggota yang lebih ramai, pasukan
Jepun di bawah Major Kimura gagal menembusi barisan pertahanan di
Celah (Gap).Pada tengah malam 14 Februari 1942, Kompeni 'C' menerima
perintah untuk bergerak ke tapak pertahanan baru - Pt. 226, Bukit Candu.
Lebih ramai askar tambahan ditempatkan ke pasukan di bawah pimpinan
Adnan – menjadikan jumlah keseluruhannya 42 kesemuanya. Selepas
meninjau persekitaran dengan cermat, Lt. Adnan Saidi memerintah orang-
orangnya untuk memperkukuhkan benteng pertahanan mereka dengan beg
pasir. Kawasan bukit tersebut dikelilingi dengan benteng beg pasir.

Pada awal petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan
berhelah. Daripada Jalan Pepys Road mendaki Pt.226, Leftenan Adnan

172 | P a g e

Bicara Karya 2020

Saidi, memantau kontinjen "tentera Sikh" daripada Tentera British India
(British-Indian Army) mara. Penglihatannya yang tajam dan kecerdasan
fikirannya membolehkan Leftenan Adnan perasan sesuatu yang tidak kena
apabila menyedari tentera berturban yang mara itu bergerak dalam
kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British.
Menyedari helah tersebut, Leftenan Adnan Saidi dan anak buahnya
melepaskan tembakan dan berjaya membunuh sekitar 20 orang musuh
pada jarak dekat, dengan itu memaksa tentera Jepun berundur.Dua jam
kemudian, tentera Jepun telah melancarkan serangan besar-besaran dalam
bilangan yang besar. Serangan tersebut menumpaskan Leftenan Adnan
Saidi dan tenteranya. Dengan bilangan yang jauh lebih kecil dan
kekurangan peluru, Regimen Melayu bertempur dalam pertempuran
sehingga ke mati.walaupun leftenan adnan terkorban,namun lebih daripada
800 askar yang telah dibunuh oleh Leftenan Adnan dan regimennya.

Keberanian Leftenan Adnan Saidi bersama kontinjen 42 orang anggota
Askar Melayu yang telah bertempur mati-matian untuk mempertahankan
permatang Pasir Panjang merupakan satu episod yang kini kekal dalam
lipatan sejarah. Pertempuran sengit itu disebut khusus dalam perutusan Lt.
General A. E. Percival berkenaan Pemerintahan Operasi Malaya dari tarikh
Disember 1941 sehingga 15 Februari 1942.

Pembacaan buku ini telah membolehkan generasi muda memahami
dan menyedari betapa banyaknya pengorbanan dan keberanian untuk
mendapatkan kemerdekaan.

TAJUK LEFTENAN ADNAN WIRA
PENGARANG BANGSA

ABDUL LATIP TALIB

173 | P a g e

Bicara Karya 2020

PENERBIT PTS PUBLICATIONS &
DISTRIBUTOR SDN. BHD.

TAHUN 2008
DITERBITKAN

NAMA PENGULAS NOR AQILAH BINTI RAZNI
(Pelajar, IPG KPP)

Buku yang berjudul “Leftenan Adnan Wira Bangsa” hasil penulisan Abdul
Latip Talib ini menceritakan tentang kehidupan dan semangat yang ada
pada Leftenan Adnan yang boleh dicontohi oleh anak muda dan seluruh
rakyat Malaysia untuk mempertahankan tanah air. Permulaan buku ini
berkaitan dengan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang dibesarkan
oleh ibu bapanya iaitu Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan disekolahkan di
sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Sebelum menyertai bidang
ketenteraan di Kem Latihan Haig Lines Port Dickson untuk melayakannya
menjadi askar Melayu, beliau pernah menjadi guru pelatih. Semangat
patriotik ditunjukkan apabila beliau sanggup meninggalkan kerjaya untuk
memasuki bidang ketenteraan demi mempertahankan kedaulatan tanah air.
Beliau berkahwin dengan Sophia dan dikurniakan tiga orang anak sebelum
Perang Dunia Kedua.

Perkembangan dalam penulisan ini bermula apabila Jepun mula
mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan
Adnan dan pasukannya diarahkan ke Pasir Panjang dan Bukit Candu untuk
menyekat pergerakan tentera Jepun yang telah berjaya menguasai
beberapa Kawasan di Tanah Melayu. Di Pasir Panjang, pasukan Leftenann
Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga
memaksa tentera Jepun berundur. Namun, kedatangan semula pasukan
tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar
pasukan Leftenan Adnan berjuang bermati-matian sehingga kehabisan
peluru. Perkara ini membuktikan keberanian dan kesungguhan Leftenan
Adnan serta pasukannya untuk menentang tentera Jepun sehingga titisan

174 | P a g e

Bicara Karya 2020

darah terakhir walaupun tanpa senjata. Semangat sebegini perlu dicontohi
oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira dalam apa jua keadaan. Kekurangan
yang ada pada diri tidak menghalang sesorang itu untuk berusaha
mencapai kejayaan.

Klimaks dalam novel ini ialah apabila pertahanan di Bukit Candu
semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun,
askar melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika itu, bekalan
peluru semakin habis dan banyak askar Melayu terkorban serta semakin
ramai tentera Jepun datang menghampiri Bukit Candu. Banyak askar
Melayu terkorban dan Leftenan Adnan antara yang tercedera dalam
pertempuran tersebut. Akhirnya, tentera Jepun berjaya menawan kawasan
pertahanan pasukan Leftenan Adnan dan Leftenan Adnan kemudiannya
diserkup dengan guni dan menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera
parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam secara bertubi-tubi oleh tentera
Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur. Keberanian Leftenan
Adnan ini telah menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi
menentang tentera Jepun pada ketika itu. Oleh hal yang demikian,
penekanan terhadap rakyat Malaysia untuk sedar dan sentiasa bersatu
adalah sangat penting demi mengekalkan keamanan negara sendiri
daripada ditakluki oleh penjajah.

Pada 15 Ogos 1945, Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman
Hirosyima dan Nagasaki. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan
mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula
sebagai guru di sekolah Sungai Ramal. Ketabahan dan sikap
bertanggungjawab isteri Allahyarham Leftenan Adnan juga turut boleh
dijadikan sebagai ikhtibar kerana beliau tetap teruskan kehidupan dan
menyara anak-anak sendiri walaupun kematian suami dengan bekerja
semula demi menyara keluarga. Akhirnya, Sophia berkahwin dengan Ustaz
Ridwan dan mereka sekeluarga berpindah ke Melaka.

175 | P a g e

Bicara Karya 2020

Pembacaan novel ini membolehkan generasi muda dan seluruh rakyat
Malaysia agar sentiasa mengambil iktibar melalui semangat Leftenan Adnan
yang sanggup berkorban mempertahankan tanah air dan sikap positif yang
ditunjukkan oleh masyarakat sekelilingnya. Oleh itu, kita mestilah sentiasa
bersyukur dan menghargai segala perjuangan dan pengorbanan para
pejuang pada suatu masa dahulu demi meraih kemerdekaan tanah air.
Keamanan dan kemerdekaan kita pada zaman kini merupakan hasil
pengorbanan daripada pejuang pada zaman dahulu.

Tajuk SEBALIK YAMASHITA
176 | P a g e DAN PERCIVAL

Bicara Karya 2020

PENGARANG SHAARI ISA

PENERBIT INSTITUT TERJEMAHAN
& BUKU MALAYSIA
BERHAD

TAHUN DITERBITKAN 2015

NAMA PENGULAS NOR HASYIMAH BINTI
MD ISA (Pelajar, IPG KPP)

Buku yang dipilih merupakan sebuah novel sastera karya Shaari Isa yang
diterbitkan pada tahun 2015 berhalaman 332 oleh Institut Terjemahan &
Buku Malaysia Berhad (ITBM). Novel mengandungi 17 bab ini akan diulas
berkaitan dengan aspek pemikiran dan gambaran masyarakat yang
diketengahkan oleh pengarang bagi mengupas segala permasalahaan yang
berlaku dalam masyarakat pada era penjajahan dahulu dicampur dengan
rangkuman idea pengarang tersendiri. Novel sedikit sebanyak membantu
masyarakat umum dalam aspek pembangunan minda. Pemilihan novel ini
adalah berdasarkan ia masih di dalam skop bertemakan kemerdekaan di
mana pembacaan yang dilakukan terhadap isi novel ini dapat
membangkitkan semangat patriotisme dalam diri pembacanya daripada
peristiwa perang dunia kedua yang berlaku dahulu. Novel ini berkaitan
dengan kehidupan masyarakat di Tanah Melayu yang terdiri daripada
pelbagai bangsa pada era penjajahan iaitu perang dunia kedua. novel
‘Sebalik Yamashita dan Percival’ novel ini secara jelas ialah novel yang
berlatarkan zaman peperangan dunia kedua. Pengarang berjaya
memaparkan aksi penjajahan atau aksi kolonialisme di Tanah Melayu iaitu
aksi kolonial Inggeris dan aksi kolonial Jepun. Pada waktu tersebut,
peperangan, penaklukan, persaingan dan peluasan kuasa menjadi sasaran

177 | P a g e

Bicara Karya 2020

utama bagi kuasa-kuasa besar seperti British, Perancis, Jerman, Amerika
dan Jepun. Pemikiran yang ditonjolkan dalam novel ini ialah pemikiran
kolonialisme dan imperialisme, pemikiran politik dan kepimpinan, dan yang
ketiganya ialah pemikiran sejarah.

Novel ini boleh dikatakan sebagai pasak dalam sejarah Perang
Dunia Kedua yang sudah jelas memberi kesan yang cukup dahsyat bagi
seluruh Tanah Melayu khususnya. Novel ‘Sebalik Yamashita dan Percival’
adalah secara simboliknya pengarang meletakkan nama dua tokoh besar
dalam peperangan di Tanah Melayu. Yamashita ialah lambang kuasa Jepun
yang digeruni manakala Percival adalah lambang kekuatan dan kuasa
British. Pengarang novel ini bijak mengambil ruang masa Perang Dunia
Kedua dengan menyelitkan kisah cinta dan peperangan. Di mana dalam
kegawatan peperangan yang dihadapi konflik cinta tiga segi diselitkan, ia
merancakkan perjalanan cerita ini. Kisah cinta dan peperangan adalah
sesuatu yang bertentangan. Namun melalui novel ini pengarangnya telah
mengadun dan menjadikannya sebagai sebatian yang cukup kukuh dan
utuh. Kisah ini berlaku semasa Tanah Melayu berada dalam tangan
penjajahan British. Perang dunia kedua telah memperlihatkan kebangkitan
Jepun sebagai kuasa baru dan digeruni. Jepun menyasarkan Tanah Melayu
sebagai lokasi yang akan ditakluki demi mendapatkan bahan mentah dan
mengaut segala sumber kekayaan yang ada di Tanah Melayu serta untuk
menjatuhkan kuasa Barat. Disebalik lakaran cerita Tanah Melayu diambang
gengaman Jepun pengarang cukup bijak mengadunkan dengan teliti,
terperinci menyelitkan kisah cinta.

Malah peperangan juga akan menyebabkan manusia akan
dibelenggu dengan penderitaan berpanjangan yang sukar diukur dan
disukat tahap keperitannya. Namun disebalik peperangan dan kebencian
tersebut masih ada cinta, kasih sayang dan hubungan yang erat antara
sesama manusia tanpa mengira batas agama dan sempadan. Hal ini

178 | P a g e

Bicara Karya 2020

demikian kerana, setiap novel sastera yang ditulis sudah semestikan
mengandungi pelbagai persoalan atau isu yang disampaikan oleh
pengarang secara tersirat yang sukar diterjemahkan oleh pembaca secara
zahirnya. Novel-novel sebegini bukan seperti novel picisan yang lebih
banyak menumpukan hiburan sebaliknya ia adalah novel yang sarat dengan
imput yang berguna. Target utama pengarang adalah untuk menyampaikan
mesej kepada pembaca melalui karya yang dipersembahkan. Mesej yang
disampaikan ini akan mempengaruhi perkembangan minda pembaca untuk
menghargai kemerdekaan yang dikecapi hari ini. Walaupun negara
Malaysia telah dijajah oleh pelbagai kuasa luar namun kemerdekaan hari ini
membuktikan kita mampu berdiri dalam memperkukuhkan pasak negara
kita. Pengisahan novel dapat memberikan gambaran kepada generasi hari
ini mengenai kisah yang berlaku dalam memperolehi kemerdekaan agar
generasi hari ini berusaha mengekalkan kemerdekaan ini. Kesimpulan
daripada pembacaan novel ini adalah perselisihan idea antara manusia
dapat diselesaikan melalui perbincangan dan perundingan bukannya
melalui senjata. Penyelesaian melalui senjata akan membawa kemenangan
kepada pihak yang kuat, bukannya kepada pihak yang benar.

TAJUK HARI-HARI TERAKHIR
179 | P a g e SEORANG SENIMAN

Bicara Karya 2020

PENGARANG ANWAR RIDHWAN
PENERBIT
DEWAN BAHASA DAN
TAHUN DITERBITKAN PUSTAKA
NAMA PENGULAS
1979

NUR AIMAN NAFIESHA
BINTI MOHD ZAIDI
(Pelajar, IPG KPP)

Novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman hasil penulisan Anwar Ridhwan
yang diterbitkan pada tahun 1979 meriwayatkan tentang zaman kejatuhan
seorang penglipur lara yang bernama Pak Hassan. Pak Hassan semakin
dilupakan oleh peminatnya dalam bidang penglipur lara lantaran perubahan
zaman yang memperlihatkan masyarakat beralih tumpuan kepada
penggunaan teknologi barat dalam hiburan yang meminggirkan khidmat
beliau sebagai seorang penglipur lara. Kehidupan Pak Hassan diuji dengan
pemergian isteri tercintanya, Selamah akibat mati bersalin. Ternyata,
pemergian Selamah membuka hati Pak Hassan yang kerinduan walaupun
masih menjalani kehidupan dengan dua orang cahaya matanya iaitu Senah
dan Mat Junuh yang terencat akal.

Antara persoalan yang terdapat pada novel ini adalah nilai
persahabatan yang kukuh sehingga boleh dibawa mati. Perkara ini dapat
dilihat pada Imam Mahali yang sanggup memberi sebidang tanah kepada
Pak Hassan sekeluarga untuk dijadikan tempat berteduh agar Pak Hassan
terus menetap di kampung tersebut. Di samping itu, bakat dan potensi diri
yang dapat memikat hati orang lain merupakan persoalan yang seterusnya.
Keperibadian Pak Hassan yang ceria, peramah, pandai menyampaikan
cerita dan suka bergurau membuatkan orang kampung tidak berasa janggal
untuk mendekatinya. Akhirnya, Pak Hassan dijemput untuk terus menetap
di kampung tersebut. Tambahan pula, kasih sayang Senah kepada Mat
Junuh amat kukuh dan Mat Junuh selalu menganggap Senah sebagai

180 | P a g e

Bicara Karya 2020

emaknya sendiri.

Watak utama yang terdapat dalam novel Hari-hari Terakhir Seorang
Seniman ialah Pak Hassan. Pak Hassan merupakan seorang bapa yang
mengambil berat akan perihal kebajikan anak-anaknya. Perkara ini terbukti
kerana Pak Hassan masih menjaga Mat Junuh yang kecacatan otak
walaupun sudah mencecah usia dewasa. Beliau juga seorang tidak pernah
jemu menjalani kehidupan seorang penglipur lara walaupun semakin
kehilangan penonton. Watak utama ini disokong oleh watak sampingan
yang bernama Ramli. Ramli merupakan seorang rakan yang setia dan
sentiasa menolong keluarga Pak Hassan. Ramli seorang rakan mengambil
berat kerana sanggup mendengar keluhan Pak Hassan yang mengembara
dari Kelantan akibat tidak bersefahaman dengan saudaranya. Dia jugalah di
antara orang yang turut sama menolong bergotong-royong membina tempat
tinggal untuk Pak Hassan sekeluarga pada tujuh belas tahun lalu. Watak
sampingan yang ada ialah anak Pak Hassan, Senah. Paras rupa Senah
yang mirip Selamah membuatkan Pak Hassan sentiasa teringatkan arwah
ketika memandang beliau. Ditambah pula dengan kecekapan Senah yang
tahu memasak, mengemas rumah dan dan tingkah lakunya yang lemah
lembut tidak ubah seperti arwah ibunya.

Cerita ini bermula dengan Pak Hassan yang pergi melawat kubur
isterinya yang meninggal akibat tertinggal sebahagian tembuninya dalam
perut selepas melahirkan Mat Junuh. Ia juga diceritakan secara imbas
semula pada tujuh belas tahun lalu semasa Pak Hassan menjejaki kaki di
kampung tersebut buat pertama kalinya. Pada perkembangan cerita, Pak
Hassan si tukang penglipur lara dikatakan semakin tidak dilupai oleh
penduduk kampung ditambah pula ketibaan tentera Jepun yang semakin
hampir dengan kampung mereka. Keadaan semakin keruh apabila Mat
Junuh tanpa disengajakan telah mengoyakkan kulit kepala Aziz, anak
kepada Ramli semasa sedang bermain permainan lanun. Senah pula telah

181 | P a g e

Bicara Karya 2020

diperkosa oleh seorang lelaki bertopeng ketika hendak mengambil air
wudhuk di perigi. Klimaks novel ini apabila berlakunya pergolakan jiwa
dialami oleh Pak Hassan selepas kedua-dua anaknya iaitu Senah dan Mat
Jusuh melarikan diri. Kehilangan mereka membuatkan kehidupan Pak
Hassan dilanda kemurungan. Ternyata, ia amat menggangu dan menguji
keimanannya untuk redha dan tidak menyoalkan ketentuan Ilahi. Cerita ini
berakhir apabila mayat Pak Hassan dijumpai telah mengembang oleh
Paman Bahari ketika sedang memeriksa kebunnya.

Dalam novel ini, penulis menggunakan kata-kata yang tepat dan
sesuai dengan tema dan persoalan novel. Selain itu, terdapatnya banyak
penggunaan monolog di dalam novel ini seperti “Kami kesepian di sini,
tetapi itulah yang telah disuratkan oleh Allah, dan kami menerimanya
dengan setia,”. Tambahan pula terdapat banyak penggunaan kata kata
istana walhal dan shahadan. Perkataan Jepun juga sering digunakan
seperti “Rajio” dan “kaciro wa rajio o motte iru hito dare desuka?”

Antara nilai yang terdapat dalam novel ini adalah kegigihan dan
ketabahan berdepan dengan dugaan. Pak Hassan tetap menjalani
kehidupan sebagai seorang pencerita walaupun peminatnya semakin
berkurang. Seterusnya, nilai yang lain adalah kasih sayang sesama
manusia ditujukkan oleh Pak Hassan yang terlalu sayang terhadap
anaknya. Buktinya, dia tidak pernah keluar negeri untuk berpisah dengan
anaknya. Di samping itu, kerjasama adalah nilai yang seterunya. Orang
kampung berganding bahu bergotong-royong membina petempatan untuk
Pak Hassan pada tujuh belas tahun lepas.

Pengajaran yang saya pelajari dari salah satu karya Anwar Ridhwan
ini adalah kita haruslah tabah mencekalkan jiwa menghadapi dugaan hidup
biarpun mencabar. Pak Hassan tabah menghadapi hidupnya selepas
kehilangan isterinya, Selamah 17 tahun yang lalu dan terpaksa menjaga

182 | P a g e

Bicara Karya 2020

anaknya iaitu Mat Junuh yang terencat akal.

TAJUK PERPADUAN KAUM ASAS
KEJAYAAN, KEAMANAN
DAN KESTABILAN

183 | P a g e

Bicara Karya 2020

PENGARANG NEGARA
DATUK SERI
PENERBIT HISHAMMUDDIN TUN
TAHUN HUSSEIN
DITERBITKAN ASTRO AWANI
NAMA 13 OKTOBER 2019
PENGULAS
NUR AISYA BINTI ABDUL
RAZAK (Pelajar, IPG KPP)

Artikel “Perpaduan kaum asas kejayaan, keamanan dan kestabilan negara”
adalah tulisan seorang ahli politik yang sememangnya tidak asing dan
sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein. Di dalam artikel ini, beliau menyentuh topik
kepentingan perpaduan yang harus dipupuk dalam kalangan rakyat
Malaysia. Beliau berpendapat bahawa perpaduan antara kaum amat
penting kerana Malaysia tidak akan utuh semata-mata dengan sokongan
satu kaum sahaja. Beliau juga konsisten dengan pendiriannya bahawa
sokongannya akan tetap menyebelahi setiap usaha ke arah menyatukan
rakyat Malaysia kerana tanpa penyatuan semua kaum di Malaysia, Malaysia
mungkin tidak akan mampu mewariskan sebuah negara yang boleh
dibanggakan kepada generasi yang seterusnya.

Dalam tulisannya, beliau mengembara ke sejarah lalu, memberi
contoh di mana datuk beliau sendiri, Dato’ Onn Jaafar pernah meletak
jawatan dalam UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Malaysia Bersatu) pada
tahun 1951 kerana cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada
semua kaum ditentang oleh sebahagian besar ahli. Selain itu, beliau juga
menulis tentang beberapa usaha lain untuk menunjukkan bahawa
perjuangan menyatukan kaum-kaum di Malaysia telah bermula sejak dahulu

184 | P a g e

Bicara Karya 2020

lagi, malah sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

Tanpa berterusan berbicara mengenai perpaduan sebagai asas
penyatuan, Datuk Seri Hishammuddin menegaskan bahawa orang Melayu
tidak akan sesekali bersikap cauvinis, iaitu melampau dalam
memperjuangkan kepentingan kaum, sehingga sanggup mengorbankan
keharmonian yang selama ini dibina. Justeru, kaum-kaum lain di Malaysia
tidak perlu gusar kerana masyarakat Melayu masih lagi percaya bahawa
perpaduan adalah asas kepada kelangsungan kemerdekaan di negara
Malaysia yang terkenal dengan masyarakat berbilang kaum. Perpaduanlah
yang menjamin kejayaan, keamaanan dan juga kestabilan tanah air tercinta.

Berada di dalam ruang politik yang penuh mencabar, beliau mengakui
ramai pihak bebas berbicara mengenai isu-isu sensitif untuk menyalakan
api perkauman yang diakui mampu mengeruhkan hubungan perpaduan
antara masyarakat berbilang kaum. Justeru, beliau turut memberi
penekanan kepada ahli-ahli politik di dalam tulisannya agar menjalankan
tanggungjawab dengan penuh amanah dan sentiasa membuat keputusan
dalam keadaan yang penuh rasional dan bukan semata-mata untuk
mengejar populariti. Beliau sebagai figura politik yang amat berpengalaman
percaya bahawa setiap kesilapan yang dilakukan oleh mana-mana ahli
politik pasti akan memberi kesan secara langsung mahupun secara tidak
langsung kepada rakyat.

Turut memberi perhatian terhadap keadaan ekonomi semasa negara
serta isu keselamatan, beliau mementingkan persediaan negara untuk
menghadapi sebarang kemungkinan kerana sesebuah negara akan cukup
terdedah sekiranya segala tekanan baik dari segi politik, ekonomi dan
keselamatan tidak dapat diatasi dengan baik. Beliau turut berpandangan
bahawa setiap perkara haruslah diberi perhatian yang serius kerana semua
rakyat Malaysia tidak bergantung kepada perpaduan rakyat semata-mata
malah pentadbiran yang cemerlang juga menjadi faktor Malaysia mampu

185 | P a g e

Bicara Karya 2020

mengekalkan kemerdekaan dan terus-menerus mencipta kejayaan.

Secara keseluruhannya, beliau mengajak semua anggota masyarakat
untuk sedar bahawa semua orang sebenarnya berperanan untuk
melakukan yang terbaik dengan kapasiti yang ada. Tidak pernah terlambat
untuk bertindak meskipun tekanan datang dari pelbagai arah. Selagi mana
usaha menjamin penyatuan rakyat diteruskan secara konsisten serta para
pemimpin bijak menangani isu-isu sensitif, tidak mustahil Malaysia berupaya
untuk terus mekar di persada antarabangsa dan pemimpin-pemimpin serta
setiap individu pada hari layak untuk menerima ucapan terima kasih
daripada generasi seterusnya atas setiap usaha yang dilakukan untuk
menjamin kemakmuran negara. Beliau juga menaruh harapan yang tinggi
agar semangat untuk melihat perpaduan terus unggul disambut baik oleh
keseluruhan masyarakat meskipun setiap dari anggotanya mempunyai
banyak perbezaan.

Tajuk HANG NADIM
LAKSAMANA JIHAD

186 | P a g e

Bicara Karya 2020

Pengarang ABDUL LATIP TALIB
Penerbit
PTS LITERA UTAMA
Tahun SDN. BHD.
diterbitkan
Nama Pengulas 2013

NUR AMIRAH BINTI
MOHD RASHID
(Pelajar, IPG KPP)

Buku berjudul “Hang Nadim Laksamana Jihad” nukilan Abdul Latip Talib ini
menceritakan kisah perjuangan Laksamana Hang Nadim yang
memperjuangkan Tanah Melaka daripada dijajah oleh Portugis. Karya Abdul
Latip Talib yang mengisahkan perjuangan Hang Nadim dari awal
kedatangan Portugis ke Melaka sehingga hembusan nafas terakhir Hang
Nadim. Buku ini terbahagi kepada 26 babak bermula babak Jatuhnya Kota
Melaka sehingga Perginya Seorang Pahlawan.

Menurut sejarah Melayu, Laksamana Hang Nadim adalah anak Hang
Jebat dengan isterinya Dang Wangi ataupun Dang Inangsih. Hang Nadim
ditinggalkan bapanya saat masih di dalam kandungan ibunya. Hang Nadim
telah diangkat memegang jawatan laksamana menggantikan Laksamana
Khoja Hassan setelah dipecat kerana memfitnah Bendahara Tun Mutahir.
Meskipun Hang Nadim mempunyai nama kerana merupakan darah daging
Hang Jebat, namun tompok laksama yang dipegang oleh Hang Nadim amat
sesuai dengan kepintaran dan keberanian Hang Nadim dalam
mempertahankan kedaulatan dan keselamatan raja serta negeri Melaka.
Hal ini terbukti apabila Hang Nadim tanpa ragu-ragu memilih jalan untuk
berenang menghampiri kapal perang Portugis demi mencuri dengar
rancangan Portugis bagi menyerang Melaka. Tindakan Hang Nadim yang
sanggup berkorban nyawa dan mengambil risiko dalam mengambil langkah
terbaik semasa menentang penjajah menunjukkan betapa kukuh dan

187 | P a g e

Bicara Karya 2020

patuhnya beliau dalam menjalankan tugas sebagai laksamana Melaka.

Dalam pada itu, pembaca dapat melihat sedikit sebanyak onak duri
yang ditempuh oleh Hang Nadim bersama pejuang-pejuang Melaka yang
lain seperti Tun Mamat, Tun Indera dan Panglima Radin. Usaha Hang
Nadim yang menggunakan pelbagai cara bagi mengundurkan Portugis juga
diceritakan. Antaranya, Hang Nadim dan seluruh kerabat diraja Melaka
yang dipimpin oleh Sultan Mahmud terpaksa berundur meninggalkan
Melaka sehingga bersemayam di Kampung Sayung Pinang. Hang Nadim
juga dengan berani memimpin pasukan tenteranya menggoyahkan
pertahanan Portugis di Melaka dengan menyerang daripada Johor.

Selain itu, dalam memotret kisah perjuangan Hang Nadim, penulis
juga mencoret sedikit sebanyak kisah pembelotan kaum Melayu dengan
bekerjasama dengan penjajah bagi menghalang penaklukan semula raja
Melaka yang diketuai Hang Nadim dek kerana dikaburi tawaran harta dan
pangkat. Antaranya, penulis menceritakan Khoja Hassan telah bekerjasama
dengan Portugis dengan menunjukkan tempat-tempat dan jalan-jalan yang
boleh dimasuki pasukan Hang Nadim bagi menyerang Melaka. Tindakan
Khoja Hassan yang inginkan pangkat sebagai pegawai Portugis ini telah
menjadikannya Melayu yang tidak bermaruah. Kisah Khoja Hassan ini
mampu dijadikan teladan bahawa harta dan pangkat bukanlah yang perlu
dibanggakan kerana siapa kita tanpa jati diri dan maruah sehingga sanggup
tunduk ke kaki penjajah hanya kerana inginkan kesenangan.

Antara kisah menarik dalam perjuangan Hang Nadim adalah apabila
beliau berjaya membawa angkatan perang Johor bersama ribuan tentera
dan puluhan kapal perang, meriam dan senjata bagiu mengepung Melaka.
Meskipun kebangkitan itu berlaku pada tahun 1587, 76 tahun setelah
Melaka diserang Portugis, kemampuan Hang Nadim mengetuai angkatan
sebesar itu menunjukkan bahawa semangat perjuangan Hang Nadim bagi
merebut kembali tanah Melaka tidak pernah luntur dan memudar walaupun

188 | P a g e

Bicara Karya 2020

usia yang semakin lanjut dan lemah. Walaupun Hang Nadim gagal
menghalau Portugis dari Melaka sebelum beliau menghembuskan nafasnya
yang terakhir, benih perjuangan yang disemai beliau terus tumbuh dalam
kalangan orang Melayu. Kesan dan impak daripada semangat perjuangan
Hang Nadim dalam membebaskan tanah Melayu daripada penjajah telah
mendorong pahlawan-pahlawan Melayu terus bangkit berjuang menentang
penjajah.

Pengahayatan daripada kisah “Hang Nadim Laksamana Jihad” hasil
nukilan Abdul Latip Talib ini membolehkan generasi merdeka kini sedar
bahawa betapa perit dan payahnya pahlawan-pahlawan Melayu dalam
mempertahankan hak Melayu ke atas bumi Malaysia yang merdeka kini.
Oleh itu, generasi merdeka kini wajarlahg mencintai dan mencontohi
kesatuan dan keutuhan persaudaraan yang diwujudkan dan dipelihara oleh
generasi dahulu agar negara Malaysia ini tidak akan dapat dikuasai oleh
kuasa-kuasa penjajah sama ada dalam aspek keamanan negara, ekonomi
mahupun hubungan sosial. Generasi merdeka kini haruslah gagah dan
bangkit berjuang untuk meningkatkan nama negara dan memahat nama
negara agar gah di mata dunia seperti gahnya pejuang dan pahlawan
Melayu dahulu menempa nama dalam menjatuhkan penjajah tamak dan
kejam.

Tajuk PATAH SAYAP TERBANG
JUA

189 | P a g e

Bicara Karya 2020

Pengarang ABDUL SAMAD ISMAIL

Penerbit CREATIVE ENTERPRISE

Tahun 1993
diterbitkan

Nama Pengulas NURUL FARAHIDA BINTI
MOHAMMAD
(Pelajar, IPG KPP)

Karya berjudul ‘Patah Sayap Terbang Jua’ merupakan sebuah novel
cetusan idea seorang penulis terkenal tanah air, Abdul Samad Ismail yang
turut dikenali sebagai seorang wartawan terbilang dan ahli politik
handalan.Novel ini telah dterbitkan oleh Creative Enterprise pada tahun
1993. Melihat kepada muka hadapan novel ini ada memaparkan ilustrasi
beberapa orang masyarakat di Tanah Melayu serta beberapa tentera
komunis Jepun. Terlihat juga kereta kebal dan kenderaan pacuan empat
roda yang semestinya menggambarkan ketegangan situasi penjajahan di
Tanah Melayu. Analisis daripada novel ini didapati bahawa penulis A.
Samad Ismail melakarkan rentetan peristiwa,fakta dan data dalam novel ini
adalah benar berdasarkan profesiennya sebagai seorang wartawan di
dalam penulisan. Ciri-cirinya juga agak mirip dengan gaya penulisan
akhbar.Secara umumnya, setelah diteliti novel ini menceritakan mengenai
usaha para wartawan terbilang dalam memartabatkan perjuangan mereka
memperkembangkang bidang ekonomi,politik dan sosial negara di samping
mempertingkatkan disiplin dalam pelbagai bidang.

Apabila diteliti dengan lebih mendalam, jika diulas ayat yang tertera
di muka hadapan buku, “Mereka memulakan,tapi bukan menyudahkan”jelas
menggambarkan keburukan kewujudan tentera Jepun dalam mentadbir
kerajaan yang diibaratkan musuh dalam selimut di mana mereka penuh
dengan muslihat licik untuk merampas Tanah Melayu daripada pihak British
dan bukan menjanjikan kebebasan kepada penduduk di Tanah Melayu

190 | P a g e

Bicara Karya 2020

seperti yang telah dijanjikan.Rentetan daripada itu, golongan wartawan
sedar akan kepincangan penjajahan di Tanah Melayu,maka pelbagai usaha
murni telah diperjuangkan oleh mereka pada ketika itu demi menarik semula
kesedaran masyarakat Melayu yang dihanyutkan oleh janji-janji manis pihak
Komunis.Meskipun memakan masa,namun usaha mereka menunjukkan
sinar harapan setelah wujudnya nasionalis-nasionalis tempatan yang turut
bertindak untuk bersuara demi mengekalkan hak mereka sebagai penduduk
bumiputera.

Berteraskan prinsip perpaduan diantara masyarakat demi
menentang pihak penjajah, perjuangan wartawan dalam menerbitkan
akhbar dan majalah demi bacaan umum tidak pernah putus. Sehubungan
dengan itu ilmu pengetahuan sangat signifikan demi transformasi
masyarakat kearah negara bebas. Meninjau penguasaan intelektual kolonial
ke atas pemikiran Melayu pada era pra-kemerdekaan boleh dianggap
golongan intelektual watan pada zaman penjajah sebahagian besarnya
terdiri daripada para wartawan. Propaganda akhbar sejak zaman
pendudukan Jepun hingga era-pascamerdeka membangunkan intelektual
dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat.Penegasan daripada peristiwa
ini,intelektualisme merupakan induk kepada semangat perpaduan dan
nasionalisme negara.

Menyedari hakikat di atas, pembacaan buku ‘Patah Sayap Terbang
Jua’ memberikan kita iktibar yang sangat penting bahawa perlunya ilmu
pengetahuan dan semangat dalam memperjuangkan dan mengekalkan
kemerdekaan tanah air tercinta.Walau bagaimanapun, golongan muda kini
semakin memandang enteng terhadap ilmu pengetahuan.Bagi mereka,
kejayaan tanpa ilmu boleh dikecapi.Namun begitu,usaha mereka bagai
menghitung bulu kambing kerana ilmu merupakan tunjang kepada kejayaan
dan ketemadunan. Namun begitu, berilmu tanpa akhlak juga merupakan
usaha yang sia-sia kerana kejayaan yang hakiki perlu bergerak seiring

191 | P a g e

Bicara Karya 2020

dengan ilmu dan moral yang jitu. Mengingati pepatah arab yang menyebut
‘Ilmu tanpa amal umpama pohon tak berbuah’. Semangat nasionalisme
diiringi ilmu di dada mampu untuk menjamin negara yang maju,harmoni,
dan bersatu. Jasa bakti wartawan serta pejuang negara yang pandai
menyusun strategi untuk meraih status kemerdekaan tanah air perlu
disanjungi dan dihargai oleh semua rakyat Malaysia.

TAJUK LEFTENAN ADNAN WIRA

192 | P a g e

PENGARANG Bicara Karya 2020
PENERBIT
BANGSA
TAHUN ABDUL LATIP TALIB
DITERBITKAN PTS PUBLICATIONS &
NAMA DISTRIBUTORS SDN BHD
PENGULAS 2008

NURUL SYASYANABILAH
BINTI AZALI
(Pelajar, IPG KPP)

Buku berjudul “Leftenan Adnan Wira Bangsa” memaparkan
keberanian dan keperwiraan seorang pahlawan Melayu yang terkorban
bersama-sama dengan 13 pegawai ketika dalam pertempuran dengan
askar Jepun di Pasir Panjang bernama Leftenan Adnan Bin Saidi. Buku ini
merangkumi 35 bab berjudul dan 360 muka surat. Abdul Latip bin Talib,
seorang penulis di Malaysia yang terkenal dengan siri “Novel Sejarah
Islam”,telah mengarang karya ini pada tahun 2008 dan dijadikan teks
komsas oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi pelajar tingkatan 4 di
zon 2 pada tahun 2015.

Awal penceritaan karya ini mengisahkan hidup Adnan ketika beliau
masih kecil di pekan Sungai Ramal bersama-sama keluarganya yang
merangkumi ayahnya, Pak Saidi, maknya, Milah dan 2 adiknya. Keluarga
beliau berketurunan pahlawan yang pernah membantu Dol Said menentang
Inggeris. Adnan disekolahkan di Sekolah Inggeris yang berada di pekan
tersebut disebabkan permintaan Adnan untuk belajar dan hasrat Pak Saidi
untuk menyekolahkan anak-anaknya di sekolah Inggeris. Selepas
menamatkan pengajiannya di sekolah itu, beliau bekerja sebagai guru
pelatih di sekolah Sungai Ramal sehingga anggota British ingin
menubuhkan askar-askar Melayu. Setelah mendapat restu mak ayah beliau,

193 | P a g e

Bicara Karya 2020

Adnan bersama-sama beberapa orang rakannya menyertai penubuhan
askar-askar Melayu dan melaporkan diri di kem latihan ketenteraan di Port
Dickson. Atas kesungguhan beliau yang mendalam semasa menjalani
latihan, Adnan terpilih sebagai rekrut terbaik dan dimasukkan ke dalam
pasukan Askar Melayu di Singapura. Pada tahun 1937, Adnan dinaikkan
pangkat menjadi Sarjan. Setelah pulang ke kampungnya, Adnan
mengahwini Sophia Pakih Muda, seorang guru di kampungnya dan
dikurniakan dengan 3 cahaya mata. Mereka hidup bahagia di Pasir
Panjang, Kawasan khas untuk keuarga Rejimen Askar Melayu.

Apabila Perang Dunia 2 tercetus dan Jepun bersedia untuk menjajah
Tanah Melayu, Adnan menghantar keluarganya pulang ke Kajang dan
kembali ke Singapura untuk mempertahankan bukit Chandu. Pada 6
September 1941, tentera Jepun mula menyerang Tanah Melayu dan
menawan satu persatu negeri di Tanah Melayu. Pada 31 Januari 1942,
Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun. Walaupun
tentera asing membiarkan tugas mereka dan tidak bersungguh-sungguh
mempertahankan Tanah Melayu, Adnan dan askar melayu yang lain tidak
putus asa. Atas kebijaksanaan Leftenan Adnan, beliau bukan sahaja dapat
mengetahui dan menyerang 3 pengintip Jepun dan seorang tentera Jepun
yang menyamar sebagai tentera Sikh menyebabkan tentera Jepun banyak
kehilangan nyawa. Peperangan tercetus di Bukit Candu apabila tentera
Jepun mula menyerang dari pelbagai arah. Keberanian dan kesungguhan
Leftenan Adnan dalam mempertahankan Bukit Candu itu menaikkan
semangat askar Melayu sekaligus menyebabkan tentera Jepun marah.
Dalam peperangan yang sengit itu, ramai pegawai dan tentera mati.
Leftenan Adnan ditangkap dalam keadaan cedera parah. Walaupun beliau
diseksa teruk oleh Jepun sehingga mati. Apabila British menyerah kalah,
tentera Jepun mencari Leftenan Adnan di kampung Sungai Ramal namun
tidak berjaya kerana penduduk kampung enggan bekerjasama dengan

194 | P a g e


Click to View FlipBook Version