The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi Ulasan buku Warga IPG KPP Tema Sejarah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bicarakarya2020, 2021-08-02 00:22:15

Bicara Karya 2020

Kompilasi Ulasan buku Warga IPG KPP Tema Sejarah.

Bicara Karya 2020

Tajuk Affandi, Tokoh Penyiaran
Sarawak yang Berdedikasi

Pengarang Patricia Gari
Penerbit Utusan Borneo Online

Tahun September 2019
diterbitkan
Nama Pengulas Hey Ling Loo
(Pelajar, IPG KPP)

Artikel berjudul Affandi, Tokoh Penyiaran Sarawak yang Berdedikasi
mengandungi kisah tentang seorang tokoh kemerdekaan yang berasal dari
Sarawak, Malaysia. Membesar dan berjaya dalam era kemerdekaan bukan
sesuatu yang mudah dicapai, namun Dato Affandi Tahir yang berumur 78
telah membuktikan tekad dan semangat juang yang tinggi membolehkannya
berjaya dalam kerjaya serta kehidupan. Sejak kecil lagi, Dato Affandi Tahir
dilahirkan di sebuah keluarga nelayan yang miskin di Kampung Barong.
Namu begitu, beliau tidak pernah menjadikan kemiskinan sebagai halangan
untuk mengejar impiannya. Beliau telah tinggal berjauhan daripada ibu dan
ayah sejak berumur tujuh tahun demi memulakan persekolahannya di
Sekolah Abang Buyuk, Kampung Jerijeh pada tahun 1946.

Selepas menamatkan sekolah rendah, Dato Affandi Tahir telah
mengalami beberapa kali kegagalan. Beliau telah meghadapi masalah
komunikasi menyebabkannya terlewat menduduki ujian kemasukan oleh itu
beliau gagal untuk belajar di Sekolah Menengah Batu Lintang. Dalam serba
kekurangan menjadi pelajar di Sekolah Menengah Batu Lintang, Affandi
belajar hidup berdikari dan berkawan dengan semua bangsa. Selepas lima
tahun di Batu Lintang, Affandi meneruskan persekolahannya di Sekolah
Menengah Dragon yang jauh lebih baik. Kemudian, beliau mengambil
peperiksaan Senior Cambridge tetapi nasib beliau tidak menyebelahinya

245 | P a g e

Bicara Karya 2020

kerana beliau telah gagal dalam peperiksaan itu. Kegagalan kali ini
menyebabkan beliau tidak mahu pulang ke kampung kerana malu.

Walaubagaimanapun, Dato Affandi Tahir tidak berputus asa dan
mengambil sedikit masa untuk mendapatkan semula keyakinan diri untuk
mula mencari pekerjaan. Beliau telah menghadiri temuduga bagi jawatan
Pegawai Tadbir Negeri (SAO). Namun, beliau sekali kali menemui
kegagalan kerana kerana tidak dapat menjawab soalan berhubung Ordinan
Hutan dan Dasar Pendidikan Sarawak yang dikemukakan panel temuduga
yang diketuai pegawai British. Hasil usahaannya, beliau telah dipanggil
untuk menghadiri temuduga untuk bekerja di Radio Sarawak.

Pada sekitar April 1961, Dato Affandi Tahir telah diminta untuk
melapor diri dan bekerja sebagai pembantu penyiaraan. Kemudian, beliau
telah dipilih untuk menjalankan latihan penyiaran profesional selama empat
bulan di BBC London. Sementara menjalankan latihan di sana, beliau
berpeluang untuk menimba pengalaman di Stesen BBC Glasgow.
Walaubagaimanapun, beliau telah dipanggil pulang ke Sarawak lebih awal
daripada tempoh yang telah ditetapkan kerana pada ketika itu perancangan
telah dibuat untuk menyatukan semua negeri di Malaya dan negeri-negeri
Borneo serta Singapura bagi membentuk Persekutuan Malaysia.

Penubuhan Persekutuan Malaysia telah mendapat bantahan dengan
berlakunya pemberontakan Brunei dan konfrantasi Indonesia serta
ancaman pengganas komunis pada penghujung 1962. Oleh itu, Dato
Affandi Tahir telah ditugaskan untuk menerbitkan beberapa program perang
psikologi bagi menangani propaganda Indonesia dan Komunis ketika itu.
Selain daripada itu, beliau juga melakukan tugasan luar dengan mengikut
tentera British ke seluruh Sarawak dalam pelbagai misi termasuk ke
sempadan Indonesia untuk menemu bual orang yang terjejas akibat insiden
pengeboman serta serangan pengganas.

246 | P a g e

Bicara Karya 2020

Banyak letupan telah berlaku di sepanjang sempadan Sarawak-
Kalimantan ketika itu, namun Dato Affandi Tahir turut melaksanakan
tugasnya dengan gigih untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai
dan menangani propaganda Indonesia. Beliau telah menemu bual saksi dan
mangsa yang selamat dalam insiden pengeboman. Selain itu, beliau juga
pernah bersembunyi di dalam lubang besar kesan pengeboman. “Semua itu
dilakukan tanpa rasa takut demi menyampaikan maklumat terkini kepada
umum," kata beliau. Dengan ini, kita boleh mengetahui bahawa Dato Affandi
Tahir merupakan seorang pejuang yang gigih dan berani.

Atas sumbangan Dato Affandi Tahir, beliau dinaik pangkat sebagai
Ketua Perkhidmatan Melayu pada 1968. Lapan tahun kemudian, beliau
telah dilantik sebagai controler Program. Pada masa itu, tugasnya lebih luas
dan mencabar kerana beliau perlu mengawasi semua bahagian program
pada tahun sama beliau dilantik controler Bahagian di Stesen kecil RTM
Limbang. Pada Ogos 1980, beliau ditugaskan semula ke RTM Kuching
sebagai Timbalan Pengarah Program. Ketika itulah beliau memperkenalkan
pelbagai Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri, Pertandingan Bintang P.
Ramlee dan Pertandingan Bintang Kecil dan lain-lain lagi.

Selepas berkhidmat selama tiga puluh lima tahun bersama Radio Sarawak
kemudian Radio Televisyen Malaysia, Affandi bersara sebagai Pengarah
RTM Johor Kawasan Selatan. Selepas bersara, beliau menyertai stesen
radio swasta Cats FM dan berpegang jawatan sebagai penasihat. Affandi
kemudianya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif stesen radio swasta
itu dan akhirnya bersara selepas dua belas tahun bersama Cats FM.
Bedasarkan kisah menarik beliau, saya telah sedar bahawa kejayaan
seseorang bukan ditetapkan oleh latar belakang, manakala ditetapkan
berdasarkan keusahaannya. Selain itu, kita mestilah bangun semula
walaupun sudah jatuh banyak kali Oleh itu, kita mestilah sentiasa berusaha

247 | P a g e

Bicara Karya 2020
bersungguh-sungguh dan tidak mudah putus asa walaupun menghadapi
pelbagai cabaran dan dugaan.

248 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Putera Gunung Tahan
Pengarang Ishak Haji Muhammad
Penerbit Institut Terjemahan dan
Buku Malaysia
Tahun diterbitkan 1937
Nama Pengulas TEH LIN THING
(Pelajar, IPG KPP)

Buku berjudul Putera Gunung Tahan merupakan hasil karya Ishak
Hajin Muhammad.Dalam novel ini beliau mengisahkan kisah beberapa
watak yang saling berkaitan antara satu sama lain di dalam situasi yang
berbeza .Dalam novel ini terdapat beberapa orang watak .Watak yang
pertama ialah Ratu Bongsu.Beliau juga merupakan Putera Gunung Tahan..
Putera Gunung Tahan dan Perempuan Tua menonjolkan semangat
nasionlisme dan semangat cinta akan tanah air yang tinggi.

Selain itu Tuan Robert dan Tuan William merupakan watak penjajah
yang rakus dan mementingkan diri sendiri . Suatu tugas diberikan kepada
Tuan Robert dan Tuan William untuk meninjau keadaan puncak gunung
tahan untuk pihak penjajah .Dalam satu situasi ,menyebabkan Tuan Robert
dan Tuan William terpisah .Situasi ini telah menyebabkan Tuan Robert
diculik oleh orang Sakai .Akhirnya Tuan Robert menjadi ketua kpd
penduduk saksi atas saranan perempuan tua .Dengan sikap Tuan Robert
yang tamak ,perempuan tua telah menggunakan ubat untuk membuat tuan
Robert jatuh cinta kepada seorang perempuan saksi yang muda . Tuan
Robert telah mati akibat terjatuh dari pokok umtuk berusaha berkahwin
dengannya.

Manakalah kepada Tuan William ,Tuan William telah menemui Kusina
, orang bunian dan juga orang bawahan Ratu Bongsu.Kusina menjadi

249 | P a g e

Bicara Karya 2020

tukang pandun arah bidang teman kepada Tuan William untuk samapai ke
Puncak Gunung .Semasa berjumpa dengan Ratu Bongsu Tuan William
telah menyebabkan kemurkaan Ratu Bongsu semasa dia meminta Ratu
Bongsu untuk serahkan puncak gunung tahan kepada penjajah .Hal ini
memnyebakan Ratu Bongsu mentahankannya di puncak gunung Tahan.
Semasa Tuan William tinggal di dalam puncak gunung tahan,Ratu Bongsu
telah menunjukan pelbagai barangan ajaib kepada Tuan William . Antara
barang ajaib ialah buluh yang dijadikan teropong yang dapat melihat
segalanya,akar pokok yang membolehkan bunyi dari tempat yang jauh dan
juga burung pesuruhjaya yang mampu terbang ke tempat yang
jauh.Selepas melihat barang ajaib yang ditunjukkan oleh Ratu Bongsu
,Tuan William telah menggunakan kebaikan Ratu Bongsu dengan
menghantar surat kepada penjajah untuk menyerang puncak gunung tahan
dengan menggunakan burung pesuruhjaya.Walaubagaimanapun Tindakan
Tuan William ini dapat diketahui oleh Ratu Bongsu . Dan Ratu Bongsu telah
mengambil Tindakan dengan membiarkan Tuan William .Tuan William
terperangkap di dalam serangan yang diaturkannya .Akhirnya serangan itu
menjadikan Tuan Wliiam mati. Dalam serangan tersebut isteri Tuan William
,Mem William telah terselamat daripada terkorban dan Ratu Bongsu telah
memperisterikanya.Serangan tersebut dihentikan atas kesakitan Ratu
Bongsu.

Novel ini telah menghantar semangat menuntut kemerdekaan kepada
masyarakat di negara ini sebelum merdeka . Sumbangan karya
kesusasteraan tidak berhenti dengan kerjaya dan usaha Tunku Abdul
Rahman dalam menuntut kemerdekaan.Melalui cerita yang dikisahkan
dalam novel ini untuk mengingatkan kita sebagai generasi muda untuk
berusaha mempertahankan negara kita ini yang bersusah payah mendapat
kemerdekaan dari penjajah asing. .

Selepas membaca novel ini kita dapat mengetahui bagaimanakah

250 | P a g e

Bicara Karya 2020
kebijaksanaan seorang pemimpin menuntut kemerdekaan dengan
menghalang orang asing daripada menjajah negara kita . Dengan iktibar ini
kita sebagai generasi muda kepada negara kita Malaysia ,kita harus
menggunakan kebijaksanan dengan memajukan negara kita .

Dengan membaca buku ini ,kita boleh mengambil Ratu Bongsu
sebagai role model dengan mempelajari kebijaksanaannya dalam
mengembangkan negara kita supaya negara kita Malaysia boleh bertanding
setaraf dengan negara lain. Selepas membaca novel ini pembaca dapat
menanamkan nilai cinta akan negara yang tebal dalam hati mereka .

251 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk LEFTENAN ADNAN:WIRA
BANGSA
Pengarang ABDUL LATIP TALIB
Penerbit PTS PUBLICATIONS &
DISTRIBUTORS
Tahun SDN BHD
diterbitkan 2008

Nama Pengulas RACHEL KOO REN XUAN
(Pelajar, IPG KPP)

Buku berjudul Leftenan Adnan : Wira Bangsa mengisahkan
kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang
sehingga ke hujung nyawa.Dalam pertempuran antara askar Melayu
dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat
keperwiraan yang hebat di mana seramai seratus lima puluh dua anggota
Askar Melayu, termasuk tujuh pegawai Melayu dan enam orang pegawai
British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu telah terkorban. Antara
pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi.
Dia bersama empat puluh dua orang anggotanya berjuang sehingga ke
titisan darah yang terakhir.

Novel ini dimulakan dengan kehidupan Adnan yang masih
kecil.Beliau dilahirkan di sebuah kampung dalam Sungai
Rajang,Selangor.Bapa beliau,Pak Saidi mempunyai tiga orang anak
lelaki.Keluarga mereka mempunyai satu hektar kebun getah dan sebidang
tanah sawah tinggalan orang tuanya sebagai sumber pendapatan.
Sebenarnya,keluarga Pak Saidi merupakan keturunan pahlawan kerana
moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di Naning
tetapi Pak Saidi sengaja merahsiakan kerana pada masa itu sesiapa yang
menentang Inggeris dianggap perdehaka.Kehidupan kampung yang selalu
dalam kemiskinan menyedarkan Pak Saidi betapa penting pendidikan yang
maju kepada seseorang.Selepas itu,Pak Saidi telah menghantar Adnan
bersekolah di sekolah Inggeris.Tindakan ini ditentang oleh masyarakat

252 | P a g e

Bicara Karya 2020

kampung yang risau akan Adnan akan dikristiankan.Walaupun penduduk
kampung mengugut Pak Saidi untuk menghalau sekeluarganya keluar dari
kampung,namun Pak Saidi tidak akan mengubah keputusan yang telah
dibuat.

Selepas pengajian,Adnan bekerja sebagai seorang guru pelatih
tetapi cita-cita beliau tidak berubah,iaitu menjadi seorang askar.Dalam satu
temuduga,Adnan telah terpilih menjadi seorang askar dan menjalani latihan
ketenteraan.Jepun mendarat di Kota Bahru dan mencetus Perang Dunia
Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan
ke Pasir panjang dan Bukit Candu.Beliau telah berjaya menembak mati
beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun
berundur.Namun begitu,ini telah menyebabkan bilangan yang lebih ramai
tentera Jepun untuk menyerang askar Melayu.Walaupun askar Melayu
diasak oleh tentera Jepun,tetapi mereka tidak mengalah kalah dan
menentang sehingga titisan darah yang terakhir.Malangnya,semua askar
Melayu telah terkoban dan Leftenan Adnan turut tercedera.Tentera Jepun
menggantungkan Leftenan Adnan pada dahan pokok dan ditikam bertubi-
tubi oleh setiap tentera Jepun sehingga mayatnya terhancur.

Novel ini dapat menyemarakkan semangat patriotik.Dalam kisah
ini,kita dapat mengetahui Pak Saidi,Bapa Leftenan Adnan,merupakan
seorang yang mempunyai semangat patriotik yang amat tebal.Pak Saidi
sangat mengambil berat tentang sejarah tanah air dan selalu
menitikberatkan perubahan kehidupan diri dalam kalangan orang
melayu.Beliau juga mempunyai pengetahuan yang luas tentang tanah air
kerana beliau selalu membaca buku-buku tentang sejarah tanah
air.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said dan Datuk Bahaman
sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme yang
ada pada dalam Pak Saidi diri sendiri. Pada pendapat saya,kita harus
mempelajari Pak Saidi.Contohnya,sentiasa mengambil berat sejarah negara

253 | P a g e

Bicara Karya 2020

kita supaya dapat memperoleh pengajaran dari peristiwa-peristiwa sejarah
bagi mengelakkan kesalahan yang sama dilakukan oleh generasi
sekarang.Kita juga dapat memupuk semangat patriotik dengan banyak baca
buku-buku yang mengenai sejarah negara kita.Dengan ini,kita dapat
mengetahui dan memahami sejarah tanah air kita lebih mendalam.

Seterusnya,kita juga dapat memupuk semangat cinta akan negara
dari Leftenan Adnan. Beliau sangat gemar kisah Hang Tuah dan kawan-
kawannya sejak kecil lagi.Beliau juga mempunyai ilmu keagamaan dan ilmu
persilatan yang mendalam.Ilmu-ilmu mengenai agama dan silat telah
dilengkapi oleh bapanya.Leftenan Adnan sanggup meninggalkan kerjaya
yang sebagai seorang guru untuk memasuki bidang ketenteraan dan
menerima latihan di Kem Latihan Haig Lines Port Dickson.Dari segi
amalan,kita patuh mempelajari dari Leftenan Adnan.Beliau sanggup
meninggalkan kerjaya seorang guru untuk menjadi seorang askar Melayu
untuk mempertahankan tanah airnya.Di samping itu,kita juga harus
berani.Leftenan Adnan dan kumpulannya berani berjuang sehingga
penitisan darah yang akhir demi mempertahankan tanah air sendiri
walaupun mereka sedang menghadapi kehabisan peluru.

Sebagai kesimpulan,kita harus mengamalkan semangat patriotik
dan sikap cinta akan negara untuk menjamin kesejahteraan dan keamanan
negara.

254 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk POLITIK SULOH MALAYA
1946-1947
Pengarang Arba’ ahazura Hj Supa’at
Ishak Saat
Penerbit Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia
Tahun diterbitkan 2018
Nama Pengulas Nurul Natasya Binti Hanafi,
(Pelajar, IPG KPP)

Buku ini mengandungi seratus empat puluh tiga muka surat. Buku ini
berbentuk fakta mengenai Suloh Malaya sebagai wadah penyebaran
ideologi ke arah kemerdekaan. Pembaca yang tidak berkesempatan untuk
ke perpustakaan bagi mendapatkan buku ini boleh membaca buku ini
secara atas talian daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Buku ini
menceritakan tentang peranan majalah politik Tanah Melayu dalam
membangkitkan kesedaran bangsa Melayu bagi menuju kemerdekaan.
Buku ini berkisar tentang tokoh politik Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM) yang secara terang-terangan mengkritik pemerintahan British bagi
menentang habis-habisan pihak penjajah yang menindas rakyat melalui
penulisan artikel, rencana, cerpen dan karya puisi. Hasil penulisan ini
disiarkan dalam majalah Suloh Malaya.

Buku Suloh Malaya ini turut menceritakan tentang peranan Suloh Malaya
dalam membangkitkan kesedaran kemerdekaan kepada orang Melayu.
Terdapat banyak isu yang dibangkitkan dalam akhbar tersebut iaitu
pendidikan, kebajikan, ekonomi dan hak-hak sosial orang Melayu. Bagi
pembaca yang berminat untuk mengetahui sejarah Suloh Malaya iaitu
akhbar yang berperanan besar dalam kebangkitan kesedaran kemerdekaan
ini boleh membaca buku ini. Daripada maklumat yang terdapat dalam buku

255 | P a g e

Bicara Karya 2020

ini, pembaca dapat memperoleh kesedaran tentang kepentingan media
cetak sebagai wadah dalam mewujudkan sesuatu pengaruh mahupun
ideologi. Sebaris ayat mampu membawa perubahan.

Buku ini turut diselitkan dengan sejarah PKMM dan tokoh PKMM yang
berpengaruh dalam penyebaran ideologi kemerdekaan melalui majalah
Suloh Malaya ini. Tokoh yang berpengaruh ini ialah Abdullah Thani bin Raja
Kecil (Ahmad Boestamam) dan Ishak Haji Muhammad. Pembaca boleh
mengetahui serba-serbi sejarah mengenai PKMM iaitu Tarikh penubuhan,
tujuan penubuhan, objektif yang ingin dicapai dan lain-lain perkara
mengenai latar belakang PKMM. Pembaca juga boleh mengetahui
mengenai latar belakang dua tokoh PKMM ini dan bagaimana tokoh-tokoh
ini menyebarkan ideologi mereka dalam akhbar Suloh Malaya serta apa
yang mereka bangkitkan dalam penulisan mereka.

Pembaca juga boleh memperoleh maklumat mengenai isu-isu penting yang
diperjuangkan dalam Suloh Malaya ini. Isu-isu semasa pada masa itu juga
diselitkan dalam majalah ini iaitu berita dalam negeri dan berita luar negeri.
Pembaca dapat mengetahui tentang kekuatan Suloh Malaya ini melalui
pembacaan dari buku Politik Suloh Malaya ini. Disimpulkan disini, PKMM
menjadikan penerbitan Suloh Malaya sebagai media rasmi untuk membantu
menyedarkan masyarakat khususnya orang Melayu tentang keadaan yang
sedang bergolak pada Ketika itu di Tanah Melayu.

Pembaca turut dibekalkan dengan maklumat mengenai prinsip perjuangan
Suloh Malaya iaitu kebebasan bersuara, kebebasan berterus terang dan
matlamat Suloh Malaya. Terdapat empat faktor penerbitan Suloh Malaya
yang dibahaskan dalam buku ini iaitu kesedaran berfikir orang Melayu untuk
kemerdekaan, penyatuan bangsa Melayu, pemerintahan kerajaan sendiri
dan demokrasi serta meluaskan pengaruh dan sokongan rakyat menyertai
PKMM.

256 | P a g e

Bicara Karya 2020
Daripada penyebaran Suloh Malaya ini, pembaca dapat mengetahui
mengenai pencapaian yang telah dicapai dalam meningkatkan kesedaran
kemerdekaan dari segi perubahan pemikiran rakyat, pertambahan keahlian
PKMM, pertambahan cawangan PKMM dan penubuhan sayap PKMM.
Selain itu, pembaca turut dibekalkan dengan cabaran dan rintangan dalam
penyebaran ideologi melalui Suloh Malaya ini. Pembaca dapat mengetahui
bagaimana Suloh Malaya mula hilang peranan apabila perjuangan PKMM
mula lemah dan tidak disokong oleh rakyat sepenuhnya.
Tuntasnya, buku ini membekalkan maklumat fakta kepada pembaca
mengenai sumbangan Suloh Malaya yang memberi kesan mendalam
kepada politik di Tanah Melayu. Bermula daripada sejarah pertubuhan yang
menggunakan Suloh Malaya ini kepada zaman berakhirnya Suloh Malaya
ini. Pembaca yang suka kepada fakta sesuai membaca buku ini untuk
menambahkan ilmu pengetahuan mengenai sejarah kemerdekaan
Malaysia.

257 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Leftenan Adnan, Wira Bangsa

Pengarang Abdul Latip Talib

Penerbit PTS Litera Utama

Tahun 2008

diterbitkan

Nama Muhammad Khairil Johari bin Mohamed
Pengulas Ibrahim (Pelajar, IPG KPP)

Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abu Latip Talib menceritakan tentang
kisah seorang tentera muda yang bernama Adnan bin Saidi. Semasa beliau
muda, beliau merupakan seorang yang bersemangat tinggi serta
mempunyai perwatakan yang amat berani. Beliau menanam cita-cita sejak
kecil lagi untuk menjadi seorang askar. Beliau ketika kecil dihantar oleh
ayahnya iaitu Pak Saidi ke sekolah inggeris bersama-sama adik beradiknya.
Tindakan ayahnya itu amat ditentang oleh penduduk setempat kerana
menganggap keluarganya itu bersekongkol dengan orang putih. Ketika
diusia dewasanya, beliau berjaya menjadi askar British dan berjuang
menentang tentera Jepun. Keperibadian dan didikan ibu bapa telah
mencorakkan kehidupan Adnan untuk menabur bakti kepada ibu pertiwi
yang tercinta dalam bidang ketenteraan. Beliau berjaya dilantik menjadi
Leftenan Muda. Apabila perang dunia kedua tercetus, leftenan Adnan telah
diberi kepercayaan memimpin dua buah batalion Askar Melayu untuk
mempertahankan Singapura daripada ditawan oleh tentera Jepun.
Pasukan tersebut telah berjuang habis- habisan dan tidak menyerah kalah
hingga ke titisan darah yang terakhir. Pertempuran itu turut mengorbankan
Leftenan Adnan yang ditawan dan diseksa oleh tentera Jepun.

Buku ini berasaskan fakta kerana ini merupakan kisah benar yang
berlaku di Tanah Melayu pada tahun 40-an. Buku ini memaparkan
keberanian dan kepewiraan anak muda dalam perjuangan untuk

258 | P a g e

Bicara Karya 2020

mempertahankan Tanah Melayu daripada musuh. Buku ini juga
menengahkan perwatakan seseorang individu yang mempunyai
kesanggupan berjuang mati- matian demi Tanah Melayu yang tercinta.
Beliau benar-benar menentang musuh demi mempertahankan bumi
tercinta. Buku ini mengupas dan memaparkan kebijaksaan dalam
menghadapi situasi genting. Beliau bijak membaca helah tentera
Jepun walaupun tentera

Jepun ini bijak menyamar menjadi askar India dengan memakai
turban ketika mereka ingin menyerang tentera Melayu. Semangat cinta
akan negara atau patriotisme diketengahkan dalam buku ini agar menjadi
pedoman kepada pembaca. Semangat cintakan negara yang dipaparkan
dalam buku ini amat kuat. Watak utama buku ini sanggup meninggalkan
pekerjaannya sebagai guru dan memilih untuk menjadi tentera demi berjuang
melawan musuh. Buku ini sangat penting pada masa sekarang kerana buku
ini memaparkan pengorbanan tentera menentang musuh dan menunjukkan
betapa tingginya patriotisme pejuang-pejuang terdahulu. Kisah perjuangan
mempertahankan tanah air ini juga bukan sahaja boleh dilihat oleh tokoh
Leftenan Adnan ini sahaja, ramai lagi barisan pejuang negara yang dulunya
bertumpah darah mempertahankan negara yang perlu didendangkan
seperti Tok Janggut dan Rentap.

Kisah sebegini amat perlu dikisahkan di dalam buku agar generasi
seterusnya celik sejarah dan berpatriotisme. Buku ini jelas menunjukkan
betapa sukarnya untuk kita peroleh keamanan. Walaupun sudah dijajah oleh
British, tanah air kita masih diancam dan dimusnahkan oleh penjajah lain.
Selama beratus-ratus tahun tanah air kita dinoda oleh penjajah, pelbagai
pejuang dari setiap pelusuk tanah air bagi mengelakkan tanah air ini terus
dijajah dan dimusnahkan oleh orang luar. Tokoh Leftenan Adnan ini perlu di
hargai walaupun beliau tidak berjaya untuk memerdekakan negara, namun
beliau berjuang bermati-matian untuk negara.

Kesimpulannya, buku ini sewajarnya dibaca oleh setiap individu

259 | P a g e

Bicara Karya 2020
di Malaysia ini. Hal ini kerana jika dilihat semangat patriotisme
masyarakat sekarang adalah pada tahap tidak memuaskan. Mereka tidak
lagi bangga dengan tanah air mereka, tidak bangga dengan bendera
yang berkibar dan tidak bangga menjadi bangsa Malaysia yang aman dan
makmur ini. Malah sikap mengagungkan kuasa dan budaya luar semakin
menjadi-jadi. Sedangkan pejuang seperti Leftenan Adnan ini berjuang
habis-habisan untuk menentang kuasa luar ini. Maka, perlulah mengambil
ikhtibar dan menceduk semangat patriotisme dari buku ini

260 | P a g e

Bicara Karya 2020

TAJUK : PUTERA GUNUNG TAHAN

PENGARANG : ISHAK HAJI MUHAMMAD

(PAK SAKO)

PENERBIT : ISHAK HAJI MUHAMMAD

(PAK SAKO)

TAHUN

DITERBITKAN : TAHUN 1937

SEBELUM KEMERDEKAAN

PENGULAS : SITI ZAHIDAH BINTI AHMAD SABRI

(Pelajar, IPG KPP)

Buku yang diberi tajuk Putera Gunung Tahan ini dihasilkan oleh seorang
rakyat marhaen yang berjiwa besar. Hasil nukilan daripada Ishak Haji
Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako ini amatlah menarik
kerana cara penyampaiannya adalah berbeza daripada buku-buku serta
bahan bacaan yang lain. Buku ini dihasilkan dengan satu tujuan yang amat
besar iaitu menyemarakkan semangat nasionalisme kepada masyarakat
pada ketika itu. Situasi negara sebelum kemerdekaan yang dipenuhi
dengan penjajah daripada British menyebabkan kemampuan bersuara
rakyat sangatlah terbatas dan disekat. Hal ini mendorong Pak Sako untuk
bangkit bersama penulisannya. Uniknya penulisan ini berjaya digabungkan
dan dihasilkan melalui temanya yang utama iaitu sindiran secara halus serta
diikuti dengan lambang-lambang masyarakat setempat seperti Gunung
Tahan itu sendiri. Perkara ini dikatakan ditulis secara tersirat kerana
keadaan pada ketika itu yang tidak mengizinkan beliau untuk menulis
secara terang-terangan. Novel ini menggarapkan semangat nasionalisme
dalam bentuk satira.

Sebelum memulakan bacaan, kita perlulah bersedia kerana buku ini
bukanlah sebuah buku yang dimaksudkan sebagai bacaan budak sekolah.
Buku ini juga bukanlah sebuah buku yang mengasyikkan yang telah tuan-
tuan lihat di kedai-kedai buku kerana isinya penuh dengan sindiran-sindiran
dan kiasan yang mendalam. Mereka yang semangatnya dahulu lemah

261 | P a g e

Bicara Karya 2020

sekalipun merdeka disambut setiap tahun bakal bangkit dan sedar akan
kewajipannya kepada negara hasil pembacaan daripada buku ini.

Secara ringkasnya, buku ini mengisahkan mengenai dua orang pegawai
British yang ditugaskan oleh kerajaan untuk mencari tempat pelancongan di
kawasan Gunung Tahan iaitu Robert dan Tuan William. Kedua-dua mereka
berangkatlah dengan harapan akan mendapat ganjaran hasil penemuan
mereka namun begitu pada pertengahan jalan mereka terpisah. Salah
seorang daripada mereka telah terjumpa dengan perempuan tua dan
diminta menjadi ketua atau Batin Putih bagi puak mereka manakala seorang
lagi berjumpa dengan Raja Bungsu. Saat itu bermulalah cabaran dan
rintangan yang dihadapi oleh masyarakat akibat daripada kehadiran para
pegawai itu.

“Nyawa” bagi buku ini sebenarnya bukanlah pada pegawai itu namun ia
dapat dilihat pada sikap masyarakat setempat yang bijak dan berani. Ada
pelbagai ragam dan cerita yang perlu mereka hadapi namun jiwa mereka
tetap setia kepada negara tempat tanah tumpahnya darah mereka. Ada
beberapa dialog yang berjaya menarik minat saya seperti dialog Raja
Bungsu dengan Tuan William.

“Saya tidak sekali-kali akan membenarkan dan menjual tanah air saya yang
secebis ini walaupun dibayar dengan harga setinggi gunung ini atau
walaupun diberi gelaran yang panjang-panjang dan dianugerah oleh
kerajaan tuan bintang kebesaran berpuluh-puluh butir”

Saat membaca setiap bahagian buku ini, hati saya terdetik akan tahap
kesetiaannya kepada negara. Beliau sanggup mempertahankan tanah yang
dianggap maruah sekalipun segala kemewahan dunia bakal ditabur
kepadanya. Beliau sanggup bertahan sekalipun kemiskinan bakal melanda.
Seluruh jiwanya diberikan demi negara tercinta. Benarlah kata orang biarlah
miskin harta daripada miskin adat dan maruah yang terbina sekian lama.

262 | P a g e

Bicara Karya 2020
Secara kesimpulannya, buku ini amatlah bagus kerana ia mendidik jiwa kita
serta mengajarkan kepada kita akan pentingnya menyayangi dan
menjalankan kewajipan kepada negara. Keadaan masyarakat yang terpisah
akibat dijajah pada ketika itu sehinggakan tidak mampu bersuara untuk
mempertahankan tanah air sendiri amatlah menginsafkan. Generasi pada
masa kini seharusnya bersyukur akan nikmat kemerdekaan ini buat selama-
lamanya. Ingatlah, jangan dilupa mereka yang berjuang hanya kerana kita
sudah menang.

263 | P a g e

Bicara Karya 2020

CABARAN INTEGRASI ANTARA

Tajuk KAUM DI MALAYSIA:

PERSPEKTIF SEJARAH,

KELUARGA DAN

PENDIDIKAN

Pengarang MOHD RIDHUAN TEE

ABDULLAH

UNIVERSITI KEBANGSAAN

Penerbit MALAYA: INSTITUTE OF ISLAM

HADHARI

Tahun 2010

diterbitkan

Nama NUR ALIA MAZLIN BINTI

Pengulas HARISSELI

(Pelajar, IPG KPP)

Sebelum kedatangan penjajah, pelbagai kaum telah wujud di Tanah

Melayu yang terdiri daripada para pedagang yang datang untuk

berdagang. Keadaan ini telah mewujudkan integrasi antara pedagang-

pedagang dengan penduduk tempatan melalui perkahwinan, perdagangan,

pertukaran ilmu dan sebagainya. Dalam penulisan Profesor Ridhuan Tee

yang menjelaskan tentang cabaran integrasi antara kaum di Malaysia dari

perspektif sejarah, keluarga dan pendidikan. Ia menyebut tentang

pengenalan Malayan Union yang merupakan titik tolak dalam

permasalahan integrasi kaum di Tanah Melayu. Malayan Union

mewujudkan prinsip kerakyatan melalui undang-undang yang berasaskan

prinsip Jus Soli secara permohonan atau kemasukan. Oleh itu, orang

Melayu akan menjadi warganegara Malayan Union secara automatik

manakala orang bukan Melayu yang ingin menjadi warganegara perlu

memenuhi kelayakan-kelayakan bermastautin di Tanah Melayu dan

sebagainya. Jadi secara tidak langsung perkara ini mengancam hak

keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk asal di Tanah Melayu.

264 | P a g e

Bicara Karya 2020

Berdasarkan penulisan Profesor Ridhuan, ia lebih menceritakan masalah
integrasi antara kaum Cina dan kaum Melayu kerana golongan kaum
India adalah minoriti menyebabkan mereka tidak bersuara seperti kaum
Cina dan Melayu. Justeru itu, apabila parti perikatan dilaksanakan antara
UMNO dan MCA, MIC juga turut serta. Integrasi antara kaum menjadi
lebih teruk selepas kemerdekaan iaitu bermula pada 1958 kerana kaum
Cina mula mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu. Perbalahan
telah berlaku dalam persatuan MCA apabila wujud satu kumpulan baru
yang mencabar kewibawaan pemimpin mereka iaitu

Tan Cheng Lock. Kumpulan yang diketuai oleh Lim Chong Eu
tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tan Cheng Lock yang
dikatakan gagal menjaga kebajikan dan kepentingan orang Cina. Isu
perkauman telah digunakan oleh Lim Chong Eu untuk mengalahkan
Tan Cheng Lock dalam pertandingan merebut jawatan presiden MCA.
Lim Chong Eu juga hebat mengkritik Dasar Pelajaran Kebangsaan
dengan mendesak kerajaan supaya menerima bahasa Cina sebagai
salah satu bahasa rasmi negara.

Keberanian orang Cina semakin ketara apabila Lee Kuan Yew
menyuarakan perjuangan Malaysian Malaysia yang bermaksud
Malaysia untuk orang Malaysia. Konsep Malaysian Malaysia
diperkenalkan selepas pembentukan Malaysia yang terdiri daripada
Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Konsep ini
merupakan satu idea yang sangat berbahaya dalam mempertahankan
tradisi kepimpinan kesultanan Melayu dan menjadi faktor pemangkin
kepada hubungan kaum di Malaysia kerana ia memberi peluang
kepada semua orang untuk memegang jawatan tanpa mengira kaum.
Ini menunjukkan bahawa kedudukan yang tinggal pada orang Melayu
hanyalah sultan. Lee Kuan Yew merupakan seorang wakil Singapura
yang bercita-cita tinggi dan berpendapat kedudukan orang Melayu
dan hak keistimewaan menjadi penghalang dalam merealisasikan

265 | P a g e

Bicara Karya 2020

impiannya untuk menjadi perdana menteri Malaysia. Pada peringkat
awal, Lee Kuan Yew tidak bersetuju untuk menggabungkan Sabah
dan Sarawak kerana kedua-dua negeri tersebut sangat mundur dan
memerlukan kos yang sangat besar untuk dimajukan tetapi cadangan
ini ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Lee Kuan Yew juga menyatakan
bahawa orang Melayu tidak sepatutnya mempunyai hak istimewa
kerana mereka juga dikatakan sebagai pendatang seperti Setiausaha
agung UMNO, Syed Ja’afar Albar yang telah datang ke Tanah Melayu
dari Indonesia sebelum perang ketika berusia lebih daripada 30 tahun.
Bagi Lee Kuan Yew, bumiputera yang sebenar adalah orang asli.

Orang Melayu dikatakan penduduk asal Tanah Melayu kerana
sebelum kedatangan penjajah, kepulauan Melayu terdiri daripada
empayar kerajaan Melayu lama seperti Srivijaya, Majapahit, Melaka,
kerajaan Islam Siam, kerajaan Brunei dan kerajaan Sulu. Kerajaan
Melayu lama adalah empayar yang tiada sempadan cuma yang
memisahkannya ialah imperialisme dan kolonialisme. Berbeza pula
dengan imigran Cina dan India yang mempunyai tamadun yang
berbeza dan telah dibawa masuk oleh penjajah demi kelangsungan
politik dan ekonomi. Sebelum penjajahan, kepulauan Melayu sudah
mempunyai institusi politik dan pentadbiran yang baik. Justeru itu,
British telah berurusan dengan raja-raja Melayu dalam perjanjian
membuat dasar malah British juga mengiktiraf raja- raja Melayu,
bahasa Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Lantaran itu, pegawai
British yang ingin bertugas di Tanah Melayu perlu lulus bahasa
Melayu dan memahami kehidupan orang Melayu.

Agen-agen sosialisasi politik turut mempengaruhi persepsi ini kepada
generasi baru seperti keluarga dan pendidikan yang diperolehi.
Peranan keluarga pada zaman kanak-kanak dalam membentuk sikap

266 | P a g e

Bicara Karya 2020

dan tingkah laku politik sangat penting sebelum mereka meningkat
dewasa menyebabkan semua perkara yang dilalui akan diperturunkan
dari generasi ke generasi. Sosialisasi politik ialah bagaimana kita
menerima norma, nilai dan pengalaman politik dalam kehidupan kita.
Oleh itu, pendidikan formal penting dalam proses sosialisasi bagi
membezakan antara orang yang mempunyai ilmu dengan orang yang
tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Majoriti keluarga Cina tinggal di
bandar manakala orang Melayu tinggal di luar bandar. Keadaan ini
mempengaruhi minda dan terbawa- bawa hingga kini. Akibatnya,
interaksi mereka hanya terbatas di kalangan keluarga dan rakan
taulan sebangsa sahaja. Dalam konteks Malaysia, sekolah perkauman
Cina (SKJC) menjadi pilihan keluarga Cina sejak penghijrahan masuk
pada awal abad ke-19. Keadaan ini langsung tidak membantu
melahirkan generasi baru di Tanah Melayu. Masyarakat Cina amat
mementingkan pendidikan dan memberikan penghormatan tinggi
kepada pendidikan. Walaupun agen sekolah sebgaai agen kedua
penting dalam sosialisasi politik, tetapi pengaruhnya memang tidak
boleh dinafikan kerana ia amat berkait rapat dengan keluarga kerana
keluarga yang menentukan proses persekolahan anak-anak mereka.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa kepentingan etnik adalah segala-
galanya bagi kaum-kaum yang ada di negara ini berbanding
kepentingan nasional. Sosialisasi politik sama ada secara asuhan
atau semulajadi telah mewujudkan persepsi dan prejudis yang tidak
sihat antara kedua-dua kaum ini. Asimilasi, penyesuaian tidak berlaku
dan ia berakhir dengan ketidakseimbangan. Pada persepsi orang
Cina, keadilan adalah kesaksamaan dan kesamarataan bagi semua
warganegara tanpa mengira bumiputera atau bukan. Namun begitu,
berdasarkan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama sudah
menjelaskan bahawa tidak ada kesaksamaan antara bumiputera dan

267 | P a g e

Bicara Karya 2020
bukan Melayu tetapi ia boleh diwujudkan melalui keadilan
berpandukan perlembagaan. Islam sebenarnya menolak
kesamarataan tetapi menegakkan keadilan yang meletakkan agama
Islam di tempat yang tinggi dengan membenarkan agama lain dianuti
oleh umat lain. Inilah asas perjuangan orang Melayu yang moderate.

268 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Putera Gunung Tahan

Pengarang Ishak Haji Muhammad

Penerbit Pustaka Berjaya Agency

Tahun 1973
diterbitkan
Nur Afifa Husna binti Ramli
Nama Pengulas (Pelajar, IPG KPP)

Novel berjudul ‘Putera Gunung Tahan’ merupakan karya yang dihasilkan
oleh Encik Ishak Haji Muhammad atau lebih gah dikenali sebagai Pak
Sako . Novel ini mengandungi sebanyak 110 muka surat. Novel ini
dikeluarkan pada 1937 iaitu sebelum tercetusnya perang dunia kedua.
“Saya menulis Putera Gunung Tahan khusus sebagai alat perjuangan
menuntut kemerdekaan, keadilan dan menghalau penjajah”, ujar Pak Sako
dalam sebuah rancangan televisyen yang disiarkan pada 27 Jun 1973.
Novel yang berbentuk sindiran ini telah menjadi salah satu pemangkin
semangat nasionalisme yang besar buat rakyat tanah melayu pada ketika
itu. Dalam karya ini, Pak Sako telah mengetengahkan beberapa sindiran
yang bukan sahaja ditujukan kepada pegawai-pegawai British yang
mentadbir negara pada ketika itu, malah ditujukan kepada anak bangsa
sendiri. Ilustrasi Gunung Tahan pada kulit buku ini ditonjolkan bagi
menimbulkan kesedaran dan menanam semangat nasionalisme di
kalangan khalayak pembaca. Tuntasnya, penulisan buku ini adalah
berdasarkan semangat patriot seorang warga yang hidup dalam zaman
penjajahan British yang menjajah Tanah Melayu berdekad lamanya.

Secara sinopsisnya, novel ini mengisahkan tentang dua orang lelaki
berkulit putih masing-masing bernama Robert dan William yang mendaki
Gunung Tahan untuk mencari tempat yang berpotensi dijadikan pusat

269 | P a g e

Bicara Karya 2020

peranginan untuk kerajaan Britain pada ketika itu. Mereka terpisah
dipertengahan jalan dan disitulah detik permulaan dimana Robert
dipertemukan seorang perempuan tua yang apabila ditanya mengapa
penduduk disini tidak gemar didatangi orang British, wanita tua itu
berdialog “...kami sangat sayang akan negeri kami sehingga tidak rela
sekali-kali negeri kami diambil atau diperintah oleh orang bangsa asing,
apatah lagi bangsa itu berlainan agama dan berlainan serba serbi”. Dialog-
dialog yang memampangkan kecintaan tanah air ini terus memancarkan
nada nasionalisme apabila Raja Bungsu berkata kepada William “saya
tidak sekali-kali akan membenarkan dan menjual tanah air saya yang
secebis ini walaupun dibayar dengan harga setinggi gunung ini atau
walaupun diberi gelaran yang panjang-panjang dan dianugerah oleh
kerajaan tuan bintang kebesaran berpuluh-puluh butir”. Kata-kata keramat
ini jelas membakar semangat patriotisme dalam kalangan pembaca.

Dapat saya simpulkan disini, Pak Sako mengajar kita bahawa perjuangan
setiap insan untuk memperjuangkan kemerdekaan negara kita adalah
berbeza. Pak Sako bukanlah perwira yang mengangkat senjata untuk
melawan penjajah tetapi beliau mempunyai kelebihan dalam penulisan dan
karya-karya beliau berjaya mengutuhkan jiwa kecintaan terhadap tanah air
dalam bangsa. Begitu jugalah dengan kita, warga Malaysia. Mungkin kita
tidak tergolong dalam pasukan anggota keselamatan yang mengangkat
senjata tetapi tidak bermakna kita tidak boleh memperjuangkan semangat
patriotik untuk terus menerus memartabatkan kemerdekaan yang telah
dijulang sekian lama dahulu.

270 | P a g e


Click to View FlipBook Version