The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi Ulasan buku Warga IPG KPP Tema Sejarah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bicarakarya2020, 2021-08-02 00:22:15

Bicara Karya 2020

Kompilasi Ulasan buku Warga IPG KPP Tema Sejarah.

Bicara Karya 2020

Antara yang disentuh ialah pembentukan negara-negara yang baru setelah
Soviet runtuh pada tahun 1991 dan pengisytiharan kemerdekaan bagi 15
negara republik Komunis di bawah taklukannya seperti Republik Baltik iaitu
Latvia, Lithuania dan Estonia serta republik-republik yang lain di Eropah
Timur yang merdeka secara faktor sementara Ukraine negara republik
kedua dalam Kesatuan Soviet mengisytiharkan kemerdekaan pada
1Disember1991. Bab dua pula menunjukkan aspek konflik semasa yang
berlaku di peringkat global seperti konflik Israel-Palestin, konflik di Bosnia-
Herzegovina, Myanmar dan Afrika dan konflik persempadanan di Asia
Tenggara yang melibatkan Pulau Batu Putih, Pulau Ligitan, Pulau Sipadan
serta Pulau Layang-layang.

Pada tahun 1969, dalam kes hak pemilikan Pulau Sipadan dan Pulau
Ligitan antara Malaysia dan Indonesia mula menjadi kontroversi apabila
Indonesia membantah cadangan wilayah pelantar laut Malaysia yang
memasukkan kedua-dua pulau tersebut dalam Malaysia. Kontroversi
terhadap pulau yang seluas 23 hektar itu disebabkan oleh kesamaran
persempadanan yang menjadi garis pemisah antara kedua-dua negara.
Sengketa pemilikan tersebut telah berbangkit sejak pemerintahan Hindia
Belanda dengan Inggeris pada tahun 1917 lagi.Pada 26 Mac 1980,
beberapa rundingan diadakan dengan pertemuan peringkat kepimpinan
tertinggi antara kedua-dua negara yang melibatkan Presiden Soeharto dan
Dato Hussein Onn. Walau bagaimanapun, penyelesaian melalui rundingan
ini menghadapi jalan buntu dan gagal. Setelah rundingan melalui ASEAN
juga gagal menyelesaikan pertikaian pada 2 November 1998, kedua-kedua
pihak bersetuju membawa kes itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Pada 3 Jun 2002, wakil Malaysia dan Indonesia membentangkan hujah
masing-masing untuk mempertahankan hak kedaulatan ke atas pulau-pulau
tersebut di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Pada 17 Disember 2002,
Keputusan telah dikeluarkan yang memberi hak kedaulatan terhadap Pulau

95 | P a g e

Bicara Karya 2020

Sipadan dan Pulau Ligitan kepada Malaysia.

Seterusnya, bab tiga pula mengenai kemelut ekonomi yang berlaku di
peringkat global. Ini termasuklah krisis yang melanda negara-negara
ASEAN pada dekad kegemilangan dan kemakmuran membawa kepada
kemusnahan dan kegiatan yang paling buruk dalam sejarah perubahan
abad ke-21 yang dikenali sebagai Asean Miracle. Keadaan ini memerlukan
negara-negara Asia dan negara-negara membangun untuk mengatur
agenda baru bagi mengatasi kegawatan ekonomi serta membendung
kejatuhan nilai mata wang bagi mengelakkan berlakunya kemiskinan,
kemunduran dan penjajahan baru.Menurut beberapa penggubal dasar dan
penganalisis di rantau ini, punca utama krisis kewangan 1997-1998
bukanlah kerana kelemahan ekonomi negara-negara terbabit, tetapi
berpunca daripada faktor-faktor luaran seperti naik-turun pasaran kewangan
global. Malah, mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
mengkritikan George Soros kerana dianggap memanipulasi mata wang Asia
Tenggara memberitahu dalam satu rancangan BBC bahawa spekulator
mata wang sudah tidak dapat dikawal lagi dan perlu dicegah bagi
mengelakkan berlaku ketidakstabilan ekonomi dunia.

Bab empat menyentuh mengenai isu-isu global seperti isu terrorisme,
pemerdagangan manusia, ketidakseimbangan kekayaan dunia dan lain-lain.
Dalam membincangkan persoalan pemerdagangan manusia abad ke-21,
dua isu lain perlu dibincangkan kerana wujud perkaitan yang rapat iaitu
kemiskinan dan globalisasi.

Secara umumnya, kemiskinan dan kekurangan peluang pendidikan serta
ekonomi menyumbang kepada berlakunya perdagangan manusia. Kesan
kemiskinan yang membelenggu kehidupan, terdapat mereka yang sanggup
menjadi pekerja-pekerja seks walaupun secara umumnya ramai terlibat
tanpa kerelaan mereka. Fenomena globalisasi juga merupakan faktor
penyebab perdagangan manusia yang berperanan seolah-olah sebagai

96 | P a g e

Bicara Karya 2020

‘pengiklan tanpa sempadan’ untuk aktiviti ini. Beberapa laman sesawang
diwujudkan untuk merekrut, memasarkan dan pengeksploitasi mangsa-
mangsa perdagangan manusia. Isu-isu yang dibincangkan sebelum ini
bukanlah isu yang terpisah daripada Malaysia. Sebagai sebuah negara
yang terlibat aktif di peringkat antarabangsa Malaysia tidak dapat
mengelakkan diri daripada isu-isu global. Isu pertama yang memperlihatkan
komitmen penuh Malaysia ialah isu keganasan antarabangsa. Malaysia
seperti juga dengan negara lain mencintai kedamaian. Justeru, Malaysia
telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memerangi kegiatan-
kegiatan keganasan antarabangsa.

Selain itu, Malaysia juga memberikan komitmen dalam isu alam sekitar,
terutama di peringkat antarabangsa. Hakikat ini adalah kerana isu alam
sekitar merupakan isu bersifat global jadi penyelesaian terhadap isu ini juga
mestilah bersifat global dan memerlukan kerjasama negara-negara dunia
lain. Oleh itu, Malaysia telah menerima Deklarasi Rio De Janerio pada
tahun 1993 dan bersetuju mengadakan kerjasama global dalam isu alam
sekitar melalui Deklarasi Protokol Kyoto (1979). Malaysia dan negara-
negara perindustrian yang lain telah bersetuju untuk mengurangkan
pengeluaran gas-gas yang diistilahkan sebagai greenhouse gases, seperti
gas karbodioksida,mentana dan nitrogen. Bab lima mengupas potensi
Malaysia menjadi hab pendidikan antarabangsa kerana mempunyai
infrastruktur yang lengkap, melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris
sebagai bahasa antarabangsa, menawarkan kursus yang kompetitif,
memperkukuhkan penyelidikan dan kerjasama industri dan juga budaya
universiti berprestasi tinggi.

Pembacaan buku ini membolehkan generasi muda lebih menitikberatkan
isu-isu semasa supaya dapat mengelakkan diri menjadi bagai katak di
bawah tempurung. Bukan itu sahaja, melalui buku tersebut, kita juga dapat
memupuk semangat patriotisme dan menimbulkan perasaan bangga

97 | P a g e

Bicara Karya 2020

tentang sejarah negara kita. Secara tidak langsung, perpaduan antara
rakyat Malaysia akan diperkukuhkan.

Tajuk Leftenan Adnan Wira
Bangsa
Pengarang
Penerbit Abdul Latip Talib

Tahun PTS Publications &
diterbitkan Distributors Sdn Bhd
Nama Pengulas
2008

Yeo Yi Wei
(Pelajar, IPG KPP)

Novel ini bermula dengan watak zaman kanak-kanak Adnan yang
sedang menghunus keris kayu pemberian ayahnya, Pak Saidi sambil
menikam batang pisang. Adnan mendesak Pak Saidi untuk mengajarnya
bersilat tetapi Pak Saidi berpura-pura tidur dan membiarkan pertanyaan
Adnan. Pak Saidi sengaja merahsiakan keturunannya kerana tidak ingin
menjadi buruan Ingerris dan dipandang serong. Pada suatu hari, Adnan
meminta Pak Saidi membuatkan senapang kayu. Pak Saidi menetapkan
syarat bahawa Adnan perlu menolongnya membersihkan kebun durian.

98 | P a g e

Bicara Karya 2020

Sewaktu membersihkan dusun, Adnan bertanya sebab dusun mereka
bersebelahan kubur. Maka, Pak Saidi menjelaskan bahawa perkuburan
lama tenggelam, lalu mewakafkan sebahagian dusunnya sebagai tapak
baharu. Perbualan beralih kepada jurai keturunan Minangkabau mereka
seterusnya.

Pada sebelah petang, Pak Saidi berbual dengan isterinya, Mak Milah
tentang rancangannya untuk menghantar Adnan ke sekolah Inggeris.
Semasa perbualan, Pak Saidi berjaya meyakinkan isterinya yang beragu-
ragu dengan pendidikan Inggeris. Seterusnya, Pak Saidi juga mendapat
pertolongan daripada guru Melayu di sekolah itu, iaitu Cikgu Nazri. Cikgu
Nazri mengingatkan Pak Saidi supaya bercakap elok-elok dengan Guru
Besar Steward. Hasil perbualannya ialah Adnan diterima. Berita Adnan
belajar di sekolah Ingerris menjadi gempar dalam kalangan penduduk
Kampung Sungai Ramal. Mereka mendesak Tok Ketua mengambil tindakan
keras, sama ada memberhentikan persekolahan Adnan atau dihalau dari
kampung. Tok Ketua tidak mempedulikan mereka, sebaliknya menempelak
mereka. Pak Saidi menjelaskan orang putih berjaya menjajah Tanah Melayu
adalah atas faktor ilmu pengetahuan yang tinggi.

Setelah Adnan bersekolah Ingerris, hanya Mamat yang sudi berbual
dengannya. Mamat tertarik dengan cerita Adnan, tetapi ayahnya memberi
alasan takut lupa agama. Adnan bersimpati dengan Mamat yang juga
bercita-cita menjadi askar sepertinya, tetapi sukar dicapai tanpa kebolehan
berbahasa Inggeris. Di sekolah, Adnan tekun belajar hingga memperolehi
tempat pertama serta disenangi oleh Cikgu Anderson, penolong guru besar.
Semasa perhimpunan pagi Isnin, Cikgu Nazri membuat pengumuman
pertandingan syarahan bahasa Inggeris pada bulan hadapannya. Pada
mulanya beliau hampa kerana tidak mendapat sambutan yang baik
sehingga Adnan bersuara. Adnan berlatih bersungguh-sungguh untuk
pertandingan ini. Pada hari pertandingan, Adnan, sebagai peserta terakhir,

99 | P a g e

Bicara Karya 2020

telah mempelajari persembahan peserta lain. Tanpa kekecualian, Adnan
diumumkan sebagai johan.

Setelah beberapa tahun, Adnan berjaya menamatkan persekolahan
dengan cemerlang. Dua orang adiknya, Ahmad dan Amarullah masih
bersekolah di sekolah Inggeris. Di samping membantu Pak Saidi di sawah,
Adnan juga mengajar anak kampung membaca dan menulis dalam bahasa
Inggeris. Suatu hari, Adnan menerima surat tawaran sebagai guru pelatih.
Pak Saidi sangat gembira, tetapi Adnan termenung kerana bidang keguruan
bukan minatnya. Akhirnya, Adnan bersetuju untuk menjadi guru pelatih buat
sementara waktu sahaja. Setelah Adnan menjadi guru pelatih selama
setahun setengah, sebuah jip tentera British singgah di kampung itu suatu
hari. Motif mereka ialah mencari calon askar dalam kalangan penduduk
kampung. Maka, pemohon dikehendaki ke kem latihan tentera di Port
Dickson. Pada sebelah malamnya, Adnan menyuarakan hasratnya. Mak
Milah tidak bersetuju pada mula-mulanya, tetapi dengan keteguhan
pendirian Adnan, akhirnya Mak Milah beralah.

Adnan bersedia untuk memulakan perjalanan ke Port Dickson bersama
Mamat. Setiba di kem latihan Haig Lanes, mereka diambil ukuran tinggi dan
lilitan dada, diikuti dengan temu duga. Setelah beberapa minggu, muncul
dua anggota tentera membawa khabar gembira. Adnan dan Mamat terpilih
sebagai anggota Kompeni Percubaan askar Melayu. Mereka diberi pakaian
seragam dan bergunting rambut, serta diajar disiplin. Setelah diberi tekanan
dan cabaran latihan sepanjang setahun, Adnan terpilih sebagai rekrut
terbaik. Adnan dihantar ke Singapura dan Mamat ke Kedah. Mereka
dibenarkan bercuti seminggu sebelum melaporkan diri. Apabila tiba di kem,
Adnan dimaklumkan dinaik pangkat sebagai sarjan dan terpilih ke London.
Semasa Adnan di London, Pak Saidi dan Mak Milah merancangkan
pertunangan Adnan dengan Sophia. Ketika pulang ke kampung sekali lagi,
Adnan terkejut bahawa akan berkahwin dalam tempoh seminggu. Adnan

100 | P a g e

Bicara Karya 2020

berasa serba salah, tetapi apabila mengenangkan pengorbanan Pak Saidi
dan Mak Milah, dia akur sahaja. Namun, Adnan terpikat dengan kelembutan
bakal isterinya ketika mengunjungi rumah Sophia. Majlis kahwin diraikan
secara mesra bersama penduduk kampung.

Adnan dan Sophia dikurniakan dua orang anak lelaki. Adnan ditukar ke
Pasir Panjang, Singapura dan bercadang membawa keluarga berpindah ke
sana. Perang Dunia Kedua yang memperluaskan kuasa Jepun ke Asia
Tenggara telah mencemaskan Adnan tentang keselamatan keluarganya
yang tinggal di Singapura. Adnan membuat keputusan untuk menghantar
isteri dan anak-anak pulang ke Kampung Sungai Ramal. Apabila tiba masa
berpisahan, mereka tidak dapat menahan air mata. Adnan menghadiahkan
sehelai selendang merah kepada Sophia. Leftenan Adnan mengadakan
taklimat tentang persiapan sistem pertahanan Bukit Candu dalam tempoh
24 jam. Mereka amat kesal kerana hanya dibekalkan senjata ringan sahaja.
Persidangan tertutup tentera laut di Amerika Syarikat (AS) dan British
diadakan di Manila, khusus bagi membincangkan kemaraan tentera Jepun
di Asia. Laksamana Thomas C.Hart (AS) mengemukakan pandangan
bahawa angkatan laut Jepun menuju Tanah Melayu dan Filipina, tetapi
Laksamana Thomas Philips (British) sangat yakin dengan kekuatan
pasukannya. Hasil persidangan dicapai dengan menghantar pesawat udara
peninjau serta pesawat pejuang untuk menyekat kemaraan Jepun.

Jeneral Tomoyuki Yamashita menghadap Maharaja Jepun tentang
rancangan menakluk Tanah Melayu. Sebenarnya, Jepun telah menghantar
ejen perisik untuk membuat peta Tanah Melayu pada beberapa tahun
dahulu. Seketika itu, Kampung Sungai Ramal amat heboh kerana
sebahagian penduduk menyokong Jepun sambil menuduh ketua kampung
sebagai suruhan Inggeris. Seterusnya, hujan selama 4 hari menyebabkan
tanah sawah digenangi air serta menyebabkan kubu yang dibina tidak
kukuh. Ketumbukan 300 orang tentera Jepun telah bersedia menyerang

101 | P a g e

Bicara Karya 2020

kubu British. Pada tengah malam 8 Disember 1941, serangan mengejut
bermula. Ramai askar Jepun dibunuh, lalu Yamashita menukar haluan.
Setelah beberapa hari kemudian, pada 31 Januari 1942, satu demi satu
negeri telah dinakluki oleh Jepun. Samad pula menjadi pengintip Jepun
selepas ditahan oleh ejen Jepun. Leftenan Adnan terpandang Samad dan
dua orang lelaki bertopi mengayuh basikal di hadapan pangkalan. Adnan
meminta penghulu memerhatikan pergerakan Samad dan mengarahkan
pengintip dihapuskan. Ketika Samad diberkas, dia ditembak mati oleh
seorang askar Jepun. Pada suatu hari, suasana yang tenang tiba-tiba
dikejutkan dengan satu jeritan. Tentera Jepun telah menyerang Tanah
Melayu. Maka, kehebatan Askar Melayu telah berjaya menghidu tipu helah
Jepun dan berjaya membunuh bilangan tentera Jepun yang banyak.

Pertempuran dikanjutkan di Bukit Candu. Adnan telah cedera parah
tetapi enggan berundur dan menyeru tentera berjuang sehingga titisan
darah terakhir. Keberaniannya telah menyemarakkan semangat para
tentera. Akhirnya, Leftenan Adnan ditawan lalu digantung pada dahan
pokok ceri oleh tentera Jepun. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri
akan menikam tubuh Adnan. Selepas dua hari pertempuran di Bukit Candu,
penduduk kampung menjumpai berpuluh mayat askar Melayu dalam
sebuah banglo. Kemudian, penduduk kampung mengumpulkan mayat-
mayat lalu mengebumikan. Pada beberapa hari kemudian, beberapa askar
Jepun tiba di Sungai Ramal untuk mencari keluarga Leftenan Adnan.
Semua penduduk kampung berpakat untuk menyembunyikan mereka.
Keberanian Leftenan Adnan telah menjadi pencetus semangat anak-anak
muda untuk menentang Jepun. Akhirnya, pada 15 Ogos 1945, Jepun telah
menyerah kalah dan rakyat memulakan kehidupan baru.

102 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Persekutuan Tanah Melayu
Pengarang Merdeka, 31 Ogos 1957 : Liku Dan
Jejak Perjuangan Patriot Dan
Nasionalis Menentang British
Abdullah Zakaria Ghazali

Penerbit Abdullah Zakaria Ghazali (Artikel
terbitan online)

Tahun 2012

diterbitkan

Nama Hanafi Bin Roslan
Pengulas (Pelajar, IPG KPP)

31 Ogos 1957
tarikh
kemerdekaan,
Bakti pejuang
terus dikenang,
Amalan
membaca perlu

103 | P a g e

Bicara Karya 2020

disemaikan,
Agar pengetahuan Malaysia cemerlang.

Pada 31 Ogos 2020 tahun ini, Malaysia akan menyambut ulang tahun
kemerdekaan yang ke-63 bertemakan Malaysia Prihatin (Berita Harian
Online, 2020). Tema Hari Kebangsaan tahun 2020 ini telah dipilih oleh
Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menghargai
keprihatinan dan ketabahan warga Malaysia dalam mengharungi cabaran
pandemik covid-19. Kita sedia maklum bahawa doktor, jururawat, polis,
dan sebagainya adalah barisan hadapan dalam mendepani wabak
pandemik covid-19 ini. Oleh yang demikian, siapakah pula barisan
hadapan yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air ini ? Bagi
merungkai persoalan ini, pengulas telah membaca artikel yang berjudul
Persekutuan Tanah Melayu Merdeka, 31 Ogos 1957 : Liku Dan Jejak
Perjuangan Patriot Dan Nasionalis Menentang British yang boleh
diakses melalui http://www.myjurnal.my/fileban k/published_article/22937
/001_027.PDF. Pembacaan artikel ini membolehkan generasi muda
mengenali tokoh perjuangan tanah Melayu dan menghargai sumbangan
mereka kepada tanah air.

Berdasarkan artikel ini, perjuangan menentang penjajah telah
bermula sejak pencerobohan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Antara
pejuang-pejuang yang menentang Portugis pada masa tersebut ialah
Sultan Mahmud, Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Ahmad, Sultan
Muzaffar Syah, dan Sultan Abdul Jalil Shah. Selepas Portugis berjaya
dikalahkan, kemunculan Belanda di Melaka pada tahun 1641 pula tidak
disenangi oleh penduduk tempatan. Oleh yang demikian, orang-orang
Melayu seperti Putera, Hitam, Dato Bongsu, Panglima Kulup Ali, Sultan
Ibrahim Selangor, dan Yamtuan Muda Johor Raja Haji telah berjuang
menentang Belanda. Pada tahun 1821, Tanah Melayu di Kedah pula
telah dijajah oleh Siam. Penjajahan ini telah menyebabkan orang-orang

104 | P a g e

Bicara Karya 2020

Melayu seperti Tunku Kudin, Tunku Muhammad Saad, Sultan Ahmad
Tajuddin Halim Shah, Tunku Long Putih, Tunku Sulaiman, dan Haji
Muhammad Taib menentang Siam yang menduduki Kedah. Perjuangan
tokoh tempatan ini diibaratkan “di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung” dan berkonsepkan “berani kerana benar, takut kerana salah”.

Dalam artikel ini, selain dijajah oleh Portugis, Belanda dan Siam,
tanah Melayu termasuk Sabah dan Sarawak turut dijajah oleh British.
Kedatangan British ini menyebabkan ramai orang tempatan bangkit dan
berjuang mempertahankan maruah, hak dan kedaulatan mereka. Antara
tokoh-tokoh perjuang yang menentang British ialah Sultan Abdullah
Kedah, Dol Said, Sharif Sahab, Rentap, Sharif Masahor, Dato Patinggi
Haji Abdul Gapur, Dato Shahbandar, Dato Maharaja Lela, Raja Mahdi,
Yamtuan Tunku Antah, Dato Bahaman, Tok Janggut, dan Haji Abdul
Rahman Limbong. Perjuangan orang tempatan menentang penjajah juga
diterjemahkan melalui penerbitan beberapa akhbar. Antara akhbar-
akhbar yang memainkan peranan pada masa tersebut ialah Al-Iman,
Necara, Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Lidah Teruna, Majalah Guru,
Idaran Zaman, Al-Ikhwan, Saudara, Warta Malaya, dan Majlis. Usaha
yang pelbagai menentang penjajah ini selaras dengan kata-kata tokoh
sastera dan sejarah negara iaitu Usman Awang yang mengatakan “kalau
hidup ingin merdeka, tiada tercapai hanya berkata”.

Menjelang akhir tahun 1930, perjuangan orang-orang Tanah Melayu
mula diterjemahkan dalam pertubuhan politik yang bergading bahu ibarat
“aur dengan tebing” dalam menentang penjajah. Maka, jelaslah artikel ini
menggambarkan bahawa orang tempatan berusaha gigih dalam
menentang penjajah. Antara pertubuhan politik yang awal ditubuhkan
ialah Kesatuan Melayu Muda yang bermatlamat menghindari orang
Melayu daripada diperas oleh penjajah dan melahir semangat
kebangsaan. Selain pertubuhan tersebut, pertubuhan-pertubuhan seperti
Parti Kebangsaan Melayu Malaya pimpinan Dr. Burhanuddin, Lembaga

105 | P a g e

Bicara Karya 2020

Kesatuan
Melayu Johor pimpinan Dr. Hamzah dan Pergerakan Melayu
Semenanjung pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar juga bergiat aktif
menentang penjajah. Setelah menyedari betapa pentingnya orang-orang
Melayu bersatu hati menentang penjajah, Dato Onn Jaafar kemudiannya
menubuhkan United Malays National Organisation (UMNO) atau
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Perjuangan UMNO dimulakan
dengan menentang Malayan Union secara berterusan sehingga berjaya
menghapuskan Malayan Union.

Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu berjaya dibentuk
setelah menghapuskan Malayan Union. Artikel ini juga mengupas
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat tentangan hebat
daripada Parti Komunis Malaya dengan melakukan pelbagai serangan
dan kekejaman. Walaupun Persekutuan Tanah Melayu masih berada
dalam perintah darurat, UMNO di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar terus
berusaha membangunkan orang Melayu. Perjuangan Dato Onn Jaafar ini
diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj setelah beliau
mengundurkan diri dalam UMNO. Menurut Tunku Abdul Rahman,
kemerdekaan Tanah Melayu hendaklah dicapai melalui perlembagaan.
Oleh yang demikian, Tunku Abdul Rahman menyeru bangsa Melayu
bersatu supaya dapat menuntut kemerdekaan daripada British. Bak kata
peribahasa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Hasil daripada
gesaan dan tuntutan UMNO, kerajaan British mengadakan pilihan raya
perbandaran yang bertujuan ke arah Persekutuan Tanah Melayu
berkerajaan sendiri.

Dalam pilihanraya tersebut UMNO dan MCA telah membentuk
perikatan dan berjaya memenangi 9 kerusi daripada 12 kerusi yang
dipertandingkan. Kejayaan ini dicapai atas dasar kerjasama dan

106 | P a g e

Bicara Karya 2020

perpaduan dalam perikatan ibarat “bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat”. Setelah kemenangan tersebut, perikatan
UMNO dan MCA terus dikembangkan dengan gabungan Malayan Indian
Congress (MIC). Melalui pembacaan artikel ini, kita akan menyedari
bahawa perikatan ini mempunyai pelbagai tujuan yang baik seperti
mencapai kemerdekaan Malaya secara berperlembagaan,
mempertahankan kedudukan Raja- Raja Melayu, mempertahankan tujuan
berparlimen secara demokrasi dan sebagainya. Oleh kerana menyedari
betapa pentingnya pilihan raya dalam usaha menuju kemerdekaan,
Tunku Abdul Rahman seterusnya menuntut dalam Majlis Mesyuarat
Undangan Persekutuan untuk mengadakan pilihan raya persekutuan.
Tunku Abdul Rahman bersama rombongannya telah berangkat ke
London untuk berbincang dengan kerajaan British mengenai tarikh pilihan
raya persekutuan.

Hasil desakan dalam ahli-ahli perikatan, kerajaan British akhirnya
bersetuju mengadakan pilihan raya persekutuan pada tahun 1955. Dalam
pilihan raya tersebut, Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC)
mengamalkan sikap “serumpun bak serai, sesusun bak sirih” dan berjaya
dengan cemerlang dengan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Kejayaan ini membolehkan Parti Perikatan membentuk
sebuah kerajaan dimana Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai
Ketua Menteri kerajaan baru Persekutuan Tanah Melayu. Selepas itu,
pada tahun 1956 Tunku Abdul Rahman sekali lagi mengetuai rombongan
ke London bertujuan melakukan rundingan dengan kerajaan British
mengenai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Melalui rundingan
tersebut, banyak perkara yang dipersetujui dan perkara yang lebih
penting ialah Tunku Abdul Rahman dibenarkan mengisytiharkan
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang akan dilaksanakan pada
31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

107 | P a g e

Bicara Karya 2020
Peristiwa bersejarah ini telah menjadikan Tunku Abdul Rahman
sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama.
Perjuangan Tunku Abdul Rahman dalam menuntut kemerdekaan ini perlu
dihayati dan dikenang oleh semua lapisan rakyat Malaysia. Kita sedia
maklum bahawa Tan Sri Dato Sri Dr. Noor Hisham bin Abdullah telah
diangkat sebagai Hero dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19 ini.
Oleh yang demikian, Hero kemerdekaan yang perlu diangkat dan
dimartabatkan ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Malahan itu,
perjuangan tokoh-tokoh tempatan menentang penjajah seperti Portugis,
Belanda, Siam dan British juga perlu dihayati dan dikenang oleh rakyat
Malaysia. Hal ini adalah selaras dengan peribahasa “harimau mati
meninggalkan belang dan manusia mati meninggalkan nama”. Dalam
perjuangan tersebut, banyak nyawa yang telah terkorban, banyak darah
serta air mata yang menitis di bumi kerana kehilangan anak, suami dan
saudara. Hal ini berlaku kerana semangat juang yang tinggi dalam
kalangan orang tempatan mempertahankan maruah, agama, bangsa dan
tanah air ibarat “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

108 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Saranan HAMKA terhadap
Perpaduan Bangsa Serumpun
Pengarang Malaysia-Indonesia

Penerbit Kamarul Baharin A. Kasim &
Asyaari Muhamad
Tahun
diterbitkan International Journal of the
Nama Malay World and Civilisation
Pengulas
2015

Haznita Sofia binti Ismail
(Pelajar, IPG KPP)

Jurnal ini mengetengahkan saranan seorang tokoh yang tidak
asing lagi di rantau Melayu Nusantara iaitu Haji Abdul Malek Karim Amrullah
atau lebih dikenali sebagai HAMKA berkenaan dengan perpaduan bangsa
serumpun yang melibatkan antara Malaysia dan Indonesia. Sosok tubuh
HAMKA bukan sahaja terkenal dengan ilmunya yang luas bahkan beliau
juga banyak menghasilkan buku merangkumi persoalan agama, falsafah,

109 | P a g e

Bicara Karya 2020

sejarah, politik, karya novel, biografi tokoh dan pelbagai lagi. Keistimewaan
yang terdapat pada HAMKA telah Berjaya menarik minat para pengkaji
untuk terus mengkaji hasil penulisan beliau.

Ramai pengkaji berpendapat bahawa setiap hasil penulisan
HAMKA bukan seperti penulisan yang biasa akan tetapi penulisan beliau
dipandang sebagai sebuah penulisan yang mempunyai 1001 makna yang
tersirat dan perlu diteliti sebaiknya. Beliau menjadikan bangsa dan agama
sebagai titik penemu untuk menyatukan bangsa Melayu melalui latar
belakang sejarah dan asal usul ketamadunan. Sumbangan HAMKA dalam
memastikan perpaduan masyarakat serumpun dilihat daripada keperibadian
beliau yang cemerlang dan mampu menjaga hubungan antara dua buah
negara. Apa yang cuba diberi perhatian oleh HAMKA sebenarnya
merupakah usaha beliau dalam membuka mata masyarakat supaya
menjaga tingkah laku dan menghormati satu sama lain bagi menjadikan
kesejahteraan anak bangsa terjamin.

Kebolehan HAMKA dalam mengolah tulisan beliau bagi memupuk
perpaduan serumpun sememangnya tidak disangkal lagi kerana kejayaan
demi kejayaan telah dicapai hasil pembacaan masyarakat terhadap tulisan
beliau. Beliau juga menegaskan bahawa kejatuhan sesuatu kawasan dalam
negara serumpun diumpamakan seperti jatuhnya diri sendiri dan tidak
sewajarkan diambil enteng. Tulisan HAMKA banyak membantu membuka
minda masyarakat bagi bersatu padu dan tidak berpecah belah bagi
mencapai matlamat sebenar iaitu merdeka daripada dijajah oleh kuasa
asing. Penerapan kesedaran melalui tulisan HAMKA telah menjadikan
masyarakat serumpun bersatu dan berusaha untuk memelihara tanah air
masing-masing untuk generasi masa hadapan.

Karya HAMKA telah membuka mata ramai masyarakat bagi
meneruskan pemerkasaan tulisan jawi yang mampu mengekalkan jati diri
bangsa. Walaupun karya beliau diterbitkan dalam tulisan rumi namun beliau

110 | P a g e

Bicara Karya 2020

masih memandang tulisan jawi mampu memperkenalkan identiti bangsa
seterusnya mampu mengingatkan tentang persamaan asal-usul masyarakat
yang tinggal dalam kawasan serumpun. Penulisan HAMKA ada menyebut
bahawa Malaysia dan Indonesia itu merupakan satu sehingga sejarah
memisahkan mereka. Beliau juga menegaskan bahawa pemencilan tulisan
jawi ibarat menyisihkan warisan yang ditinggalkan oleh nenek moyang.

Ringkasnya, setiap penulisan Hamka membawa kepada unsur
permuafakatan dan menjurus kepada persefahaman. Beliau mengetepikan
sentimen kepuakan dan mahu melihat skop serumpun diperluaskan pada
skop yang lebih luas iaitu keislaman. HAMKA juga dilihat sebagai tokoh
penyatuan bangsa. Pendekatan beliau yang berbeza dengan ulama satu
zaman dengannya amat disenangi dan dihormati termasuk di kalangan
bukan Islam. Hamka masih relevan dalam kewujudan negara bangsa pada
hari ini dalam memurnikan bangsa serumpun di Malaysia dan Indonesia.

HAMKA memberikan pelbagai solusi bagi memastikan penyatuan
bangsa antara Malaysia dan Indonesia menjadi sebuah realiti. Semasa
ancaman Komunis mula menjalar dalam pemerintahan Indonesia di tahun
1940 – 1960-an di saat Indonesia telah merdeka, Hamka melihatnya
sebagai amat berbahaya. Baginya ideologi komunis tidak membawa kepada
perpaduan sebaliknya akan menghancurkan sesama bangsa kerana
perbezaan ideologi. Tidak menghairankan apabila Hamka tidak menyahut
laungan ‘Ganyang Malaysia’ oleh Presiden Soekarno di saat penubuhan
Malaysia pada 1963. Namun sebaliknya ketika itu beliau telah dianggap
pengkhianat negara dan dipenjarakan selama dua tahun empat bulan
kerana dianggap bersubahat dengan kerajaan Malaysia. Walaupun beliau
menyokong saranan Soekarno agar rakyat Indonesia mencari keperibadian
nasional dan meninggalkan kemelut zaman yang ditiupkan penjajah
sebelumnya, namun beliau telah berpandangan jauh dalam memikirkan
solusi untuk menyatukan dua negara serumpun.

111 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk PEMULISAN SEJARAH

Pengarang ISHAK BIN SAAT,
PENSYARAH KANAN SAINS
USM

Penerbit PRIN-AD SDN.BHD

Tahun 2020
diterbitkan

Nama Pengulas HEW JUN JIE
(Pelajar, IPG KPP)

Buku yang berjadul ‘ Penulisan Sejarah ’ ini yang dikarangkan oleh
ISHAK BIN SAAT iaitu Pensyarah Kanan Sains USM mengatakan tentang
sejarah-sejarah yang ada dan pernah wujud dalam ibu pertiwi kita ,
Malaysia. Buku ini mengatakan bahawa kepentingan sejarah kerana
berkaitan dengan insan, bangunan, politik, intelek, agama , agama ,social,
kehidupan dan seumpamanya . Sejarah juga merupakan catatan yang
dicatat oleh seserong yang mengalami apa-apa perkara dan peristiwa
penting. Namun begitu ,pencatat akan mencatat sejarah dengan mengikuti

112 | P a g e

Bicara Karya 2020

perasaannya dan minda semasa ,juga mungkin ada yang tidak berapa
benar daripada perkara sebenar .Perkara yang berlaku akan sama tetapi
masa yang berlaku peristiwa mungkin tidak sama.

Selain itu, banyak sumber sejarah yang dijumpai di banyak tempat yang
terdapat di tempat lahir kita,Malaysia.Sebagai contoh , Batu Bersurat
Terrenganu yang dikaji lebih kurang 700 tahun,iaitu catatan sejarah yang
paling tua di negara kita tentang peraturan dan undang-undang yang untuk
dijidikan seorang raja. Di samping itu ,terdapat sumber lisan juga boleh
dijadikan sejarah melalui penyelidikan dan soal selidik yang dijawab oleh
penduduk tempatan .Sejarah yang sumber lisan boleh dijadikan bukti dan
dapat menghubungkan perkara serta peristiwa yang diselidik oleh
penyelidik. Sejarah negara juga dapat didapati di akrib merupakan tempat
yang sesebuah negara untuk menyimpan dokumen-dokumen rasmi dan
tidak rasmi.

Dalam buku ini juga memberitahu kepada kita tentang ‘Sejarah
mengajar kita dewasa’.Hal ini dikatakan demikian kerana semasa kita
mengenai dan belajar sejarah ,kita boleh memahami apa yang sejarah telah
berlaku dan belajar dalam peristiwa-peristiwa sejarah supaya kita tidak
melakukan tindakan yang tidak sesuai serta mencontohkan tindakan positif
yang telah dilakukan oleh orang yang bersejarah. Peraturan yang
ditetapkan oleh keluarga adalah salah satu sejarah yang diwarisi oleh
keluarga kita supaya dapat melahirkan anak-anak yang berdisiplin
,berkelakuan baik serta menepati masa di mana-mana tempat untuk
menjagakan maruah diridan keluarga kita sendiri.Dengan ini kita dapat
menjadi seorang manusia yang cemerlang dalam masyarakat ini. Selain itu ,
sejarah juga boleh membantu kita dalam bidang ekonomi ,politik dan soial.
Sebagai contoh, pemerintah akan merujukkan system pemerintahan yang
bersejarah seperti sistem feudal, sistem autokrasi , sistem demokratik dan
sebagainya untuk melancarkan sistem pentadbiran supaya dapat

113 | P a g e

Bicara Karya 2020

memerintah negara dengan sistematik.
Buku ini juga mengatakan tentang pengadilan moral dalam penulisan

sejarah.Terdapatr banyak pristiwa yang diadilkan moral dan dijatuhkan
hukuman oleh para pembaca catatan tersebut kerana mereka menpunyai
nilai moral diri sendiri yang akan mengadilkan peristiwa sejarah dengan
pendapatnya masing-masing.Sebenarnya, pengadilan moral amat
mementingkan dalam penulisan sejarah dan tidak boleh dipinggirkan oleh
masyarakat.Hal ini disebabkan pengajaran dan iktibar dapat diberikan
kepada pembaca melalui pengadilan sejarah.Sebagai kesan pembaca
dapat menyedarkan bahawa peristiwa sejarah tersebut adalah peristiwa
yang hendak dipelajari dan dijadikan contoh kepada diri mereka atau
peristiwa yang harus dielakkan supaya mereka tidak akan mengulangi
kesilapan orang bersejarah.

Dalam pendapat saya ,buku penulisan sejarah ini mempunyai banyak
ilmu yang dapat disampaikan kepada kita semua tentang sejarah dari mana,
sejarah dituliskan berdasalkan dari apa-apa cara , penulisan sejarah akan
membawa apa kesan kepada pembaca dan seumpamanya. Kita wajarlah
mengenali sejarah di negara kita untuk mempelajari peristiwa yang baik dan
mengelakkan peristiwa yang akan membawa kesan negative terhadap
negara dan bangsa kita supaya negara kita berkembang maju dan dapat
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara yang maju.

114 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk LEFTENAN ADNAN WIRA
Pengarang BANGSA

Penerbit ABDUL LATIB BIN TALIP

Tahun PTS PUBLISHING HOUSE
diterbitkan
19 OGOS 2008

Nama Pengulas HO RUI YEN
(Pelajar, IPG KPP)

Novel ini merupakan sebuah novel yang menceritakan peristiwa
sejarah yang berlaku pada zaman penjajahan British. Novel ini bertemakan
keberanian dan keperwiraan seorang anak muda dalam usaha
mempertahankan negaranya daripada dijajah oleh orang asing. watak
utama dalam novel ini ialah Leftenan Adnan dan seluruh cerita ini adalah
berkaitan dengan kehidupan Leftenan Adnan sehingga beliau meninggal
dunia. Adnan sekeluarga tinggal di Kampung Sungai Ramal dan
mempunyai darah pahlawan iaitu moyangnya pernah membantu Dol Said
menentang Inggeris di Naning. Kepahlawanan Adnan telah ditunjukkan
sejak kecil. Hal ini boleh dilihat apabila Adnan dan adik-beradiknya diajar
oleh ayah mereka kemahiran silat sejak kecil dan Adnan selalu menang
kerana sikapnya yang tidak mahu mengalah. Adnan juga mempunyai
impian untuk menjadi seorang askar supaya dapat menyumbang kepada

115 | P a g e

Bicara Karya 2020

negaranya.

Selepas Adnan membesar, Adnan mengajar di Sekolah
Kampung Sungai Ramal. Adnan telah mengharungi pelbagai cabaran untuk
menjadi seorang askar yang cemerlang sehingga beliau diberi gelaran
leftenan dan berpeluang untuk pergi ke London untuk mewakili askar
melayu dalam perbarisan memberi hormat sempena pertabalan King
George ke-VI. Leftenan Adnan telah balik ke kampungnya dan
mengahwinkan seorang gadis yang bernama Sophia dan mempunyai dua
orang anak.

Tidak lama kemudian, khabar angin tentang kemaraan Jepun
telah menyebabkan Leftenan Adnan terpaksa meninggalkan isteri dan anak-
anaknya di kampung dan menjalankan tugasnya sebagai seorang askar
untuk mempertahankan negaranya. Pada permulaan kemaraan Jepun,
tentera yang dipimpin oleh Leftenan Adnan telah berjaya mengusir pihak
Jepun yang menyerang. Kepahlawanan Leftenan Adnan telah menaikkan
semangat tenteranya apabila berjuang mempertahankan tanah airnya.
Disebabkan kekurangan makanan, senjata, dan askar yang
berpengalaman, tentera British tidak lagi mampu mempertahankan tanah
jajahannya daripada serangan Jepun dan British telah meninggalkan Tanah
Melayu. Tanpa bantuan pihak British, semakin banyak tempat telah ditakluk
oleh pihak Jepun di bawah pimpinan Jeneral Tomoyuki Yamashita.

Bukit Candu merupakan tempat yang terakhir yang belum dijajah
oleh tentera Jepun. Walaupun Leftenan Adnan sedar tentang kekalahan
mereka, beliau dan kumpulan askarnya masih berjuang dengan
bersungguh-sungguh demi keselamatan negara mereka. Peristiwa Leftenan
Adnan yang masih berjuang walaupun mengalami cedera parah telah
membuktikan ketinggian semangat patriotik pada beliau. Hai ini juga
meningkatkan semangat tentera yang lain supaya berjuang dengan
bersungguh-sungguh. Leftenan Adnan pada akhirnya telah ditangkap oleh
tentera Jeneral Tomoyuki Yamashita hidup-hidup. Jeneral Tomoyuki
Yamashita mengarahkan semua tentera jepun untuk beratur dan menikam
Leftenan Adnan yang digantung di bawah pokok ceri sehingga Leftenan
Adnan mati. Semua tentera melayu telah mati dalam pertempuran tersebut
kecuali Jeneral Koperal Yaakob.

Tema kemerdekaan bagi tahun 2020 ialah “Malaysia Prihatin” yang
membawa pengertian seluruh rakyat Malaysia berganding bahu memerangi
pandemik Covid-19 tanpa mengira ideologi politik dan meliputi segenap
lapisan masyarakat sama ada pihak kerajaan, pihak pembangkang,
penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan mahupun orang perseorangan.
Kerjasama sebegini dapat dikaitkan dengan Leftenan Adnan dan ahli
tenteranya dalam mempertahankan negara mereka sehingga titisan darah

116 | P a g e

Bicara Karya 2020

yang terakhir. Covid-19 yang melanda di seluruh dunia secara tiba-tiba
memerlukan kerjasama daripada seluruh rakyat dalam negara tersebut
untuk mengehadkan penularan virus ini. dengan adanya kerjasama antara
pelbagai pihak, masalah ini dapat diselesaikan dengan lebih efektif.

Melalui buku Leftenan Adnan Wira Bangsa, generasi muda boleh
mengetahui apa yang antara kaum dalam satu negara untuk menjayakan
atau memelihara sesuatu. Iktibar yang saya dapat melalui buku ini ialah kita
haruslah sentiasa berkerjasama dengan orang lain tanpa mengira bangsa
supaya keharmonian negara dapat dijamin.

Tajuk Novel Remaja :
Pahlawan Adnan

Pengarang Zailiani Taslim

Penerbit Dewan Bahasa Dan
Pustaka (DBP)

Tahun diterbitkan 2015

Nama Pengulas IONG HUI CHING
(Pelajar, IPG KPP)

Buku berjudul ‘Novel Remaja:Pahlawan Adnan’ telah mencerita
tentang seorang tokoh pejuang tanah air yang bernama Adnan bin
Saidi.Novel ini telah mengisahkan kehidupan beliau dari zaman kanak-
kanak, remaja, dewasa dan perjuangan beliau sehingga ke titisan darah
terakhir demi ibu pertiwi.Adnan berimpian menjadi wira sebagai Hang Tuah
sejak kecil dan bercita-cita menjadi askar untuk mempertahankan negara
dari serangan musuh.Walaupun menghadapi pelbagai halangan namun
beliau tidak berputus asa.Akhirnya, beliau menjadi seorang askar dan
berjaya dilantik sebagai Leftenan Muda.Apabila Perang Dunia Kedua

117 | P a g e

Bicara Karya 2020

meletus, Adnan dan kumpulannya berjuang supaya tentera Jepun berundur
dari tanah air.Askar Melayu berjuang hingga ke titisan darah yang
terakhir.Banyak askar Melayu terkorban dalam perang ini.Beliau telah
terkorban semasa ditawan dan diseksa oleh tentera Jepun.Pada 15 Ogos
1945, Jepun telah menyerah diri dengan pengeboman Hirosyima dan
Nagasaki dan Tanah Melayu diperintah semula oleh British.

Walaupun askar Melayu telah kalah dalam Perang Dunia Kedua
namun semangat mereka amat dikagumi.Hal ini berlaku kerana mereka
berani menentang demi mempertahankan bangsa dan tanah air
mereka.Semangat dan jasa beliau dan askar melayu tidak akan dilupakan
oleh generasi muda malah akan membangkitkan semangat cinta akan
negara.Oleh itu, negara akan bertambah maju dan menjadikan Malaysia
dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara
maju.Tanah Melayu dapat mencapai status merdeka dan dinamakan
sebagai Malaysia merupakan salah satu jasa dan sumbangan mereka.

Buku ini bertujuan untuk memperluas semangat patrioktik terhadap
generasi muda ini supaya dapat menghindari diri daripada gejala sosial
seperti vandalisme, penyalahgunaan dadah,gangster,melepak,berzina dan
sebagainya.Hal ini berlaku kerana remaja merupakan bakal pemimpin untuk
membangunkan negara.Mantan presiden Indonesia iaitu Sukarno pernah
berkata: “Berikan aku 100 orang remaja,nescaya aku dapat menggegarkan
dunia namun jika aku diberikan 1000 orang tua, maka tewaskan
aku.”Remaja amat penting dalam sesebuah negara.Dengan buku ini remaja
dapat mengetahui dan mengingati jasa Adnan dan askar melayu yang
terkorban demi mempertahankan rakyat dan tanah air.Remaja akan
mempelajari nilai-nilai yang terdapat dalam tokoh-tokoh pejuang.Mereka
akan mengikut jejak Leftenan Adnan dan askar Melayu menjadi seorang
rakyat yang berbakti terhadap tanah air sendiri.

Dalam buku ini, perkara yang paling menarik ialah Leftenan Adnan

118 | P a g e

Bicara Karya 2020

tidak pernah berputus asa untuk menjadi seorang tentera walaupun beliau
terpilih menjadi seorang guru pelatih.Beliau mempunyai hala tuju
sendiri.Oleh itu,beliau memegang peluang apabila askar Malayu ditubuhkan
walaupun ibunya lebih suka Adnan menjadi seorang pendidik.Peristiwa ini
telah menunjukkan Leftenan Adnan merupakan seorang yang mempunyai
matlamat dan bertekad untuk mencapai matlamatnya.Walaupun beliau telah
kalah dalam Perang Dunia Kedua tetapi memenangi hati rakyat.Leftenan
Adnan disangungi dan dihormati oleh rakyat.

Leftenan Adnan merupakan anggota tentera dan askar Tanah
Melayu dari Briged Infantri 1 yang bertempur dengan Jepun dalam
Pertempuran Singapura. Beliau dianggap oleh rakyat Singapura dan rakyat
Malaysia hari ini sebagai wira untuk tindakannya dalam Pertempuran Bukit
Candu untuk Pasir Panjang. Nama beliau juga diabadikan pada Kenderaan
Perisai Tempur (MACV).Beliau telah meninggal dunia pada 14 Februari
1942.Peristiwa-peristiwa ini telah membangkitkan semangat rakyat untuk
menjadikan Tanah Melayu dalam status merdeka.Rakyat tidak ingin Tanah
Melayu diperintah oleh negara lain lagi.Oleh itu,rakyat berjuang untuk
merdekakan Tanah Melayu.Akhirnya,Tanah Melayu berjaya mencapai
status merdeka dan dinamakan sebagai Malaysia.

Buku ini dapat memanfaatkan rakyat Malaysia terutamanya
remaja.Justeru, saya menyeru agar semua orang haruslah membaca buku
ini untuk menghayati bersama pembangunan negara Malaysia.Melalui
pembacaan buku ini, para pembaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan
dan meluaskan pemikiran seseorang.Leftenan Adnan sentiasa menjadi role
model terhadap setiap orang kerana mempunyai semangat keberanian dan
kebijaksanaan untuk menyerang tentera musuh.

Pembacaan buku ini telah memberi iktibar terhadap generasi muda
melalui gaya kepimpinan dan semangat patrioktik yang terdapat dalam

119 | P a g e

Bicara Karya 2020
Leftenan Adnan untuk melindungi Tanah Melayu.

Tajuk DATO ONN JAAFAR -
POTRET PEJUANG
TERBILANG

Pengarang DHARMALA N.S.

Penerbit THINKER’S LIBRARY
SDN.BHD

Tahun 2006
diterbitkan

Nama Pengulas ‘IRDINA BINTI SHARIFUL
ANUAR (Pelajar, IPG KPP)

Buku berjudul Potret Pejuang Terbilang ini menceritakan perjuangan
Dato Onn Jaafar untuk memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah.
Saya tertarik dengan kata-kata yang dilontar oleh Dato Onn Jaafar dan telah
dicatat didalam buku ini iaitu, “Ini ialah Tanah Melayu- tanah orang orang
Melayu”. Ia adalah hak kepunyaan kita bukan sahaja pada segi sejarah
tetapi juga pada sisi undang-undang. Ia tidaklah boleh dilepaskan

120 | P a g e

Bicara Karya 2020

dengan membuat perjanjian-perjanjian yang ditandatangani dengan
cara Sir Harold Mac Michael telah membuatnya. Perjanjian yang telah
dibuat oleh datuk nenek kita dahulu itu tidaklah boleh disifatkan
sebagai carik-carik kertas sahaja. Orang-orang Melayu tidak boleh
membenarkan perkara perkara yang seumpama ini berlaku dengan
begitu sahaja. Masa hadapan kita adalah di dalam taruhan. Kita
berazam hendak memperolehi apa yang menjadi hak kita.” Setiap kata-
kata ini telah menyentap hati saya dan menyalurkan semangat patriotik
yang berkobar-kobar dalam darah belia saya ini untuk mempertahankan
kemerdekaan negara.

Sejujurmya saya katakan bahawa bermula pada bab 1 sehingga bab 8
mengisahkan perjuangan Dato Onn Jaafar dalam menyatukan rakyat Tanah
Melayu telah memberikan saya suatu pengajaran bahawa bukan mudah
untuk mengajak rakyat Tanah Melayu untuk menerima undang-undang Jus
Soli sebagai asas kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu. Undang- undang
Jus Soli ini telah menyebabkan rakyat Tanah melayu terutama pelajar-
pelajar Melayu di Universiti Malaya, Singapura menentang Dato Onn Jaafar
yang dianggap menerima saranan penjajah Inggeris. Hal ini telah
menyebabkan Dato Onn Jaafar terkilan dan meletakkan jawatannya
sebagai pengerusi UMNO. Namun begitu, terdapat pemimpin yang
menganjurkan perarakan bagi melakukan Gerakan memujuk ke rumah
beliau. Akhirnya, Dato Onn Jaafar berjaya dipujuk dan memegang semula
jawatan Pengerusi UMNO. Menurut pandangan saya, saya faham mengapa
rakyat Tanah Melayu menentang Dato Onn Jaafar. Hal ini kerana mereka
merasakan jus soli ini hanya akan menyebabkan penduduk melayu susah
untuk mendapat hak sepatutnya milik mereka seperti tanah dan sebagainya.
Malah, mereka juga merupakan penduduk asal di Tanah Melayu, bukannya
Warga Cina atau Warga India. Namun begitu, saya juga turut faham
mengapa Dato Onn Jaafar menerima saranan Inggeris berkaitan dengan jus
soli ini adalah kerana beliau inginkan perpaduan antara Warga Cina dan

121 | P a g e

Bicara Karya 2020

Warga India tercapai yang dapat memberikan seribu satu manfaat kepada
Tanah Melayu. Tercapainya perpaduan ini dapat menunjukkan Tanah
Melayu adalah sebuah negara yang unik dan hebat yang mungkin menjadi
tumpuan negara-negara maju.

Seterusnya, saya kagum dengan keberanian Dato Onn Jaafar
yang membabitkan dirinya sebagai pengkritik penjajah Inggeris sejak 1930.
Bukan itu sahaja, Dato Onn juga telah mengendalikan editoral akhbar
‘WARTA MALAYA’ yang memberikan ruang kepada Ibrahim Haji Yaakob
dan rakan-rakannya membuat kritikan yang berterusan terhadap Inggeris
dengan tidak dibuat suntingan. Dato Onn juga membabitkan diri dalam
Kesatuan Rakyat Indonesia-Semenanjung (KRIS) pimpinan Haji Yaakob
sewaktu period pendudkan Jepun. Malah sebelumnya, Dato Onn Jaafar
juga terbabit menyertai Kesatuan Melayu Malaya (KMM) bersama golongan
elit yang lain. Hal ini dapat menunjukkan bahawa Dato Onn tidaklah bersifat
terburu-buru dalam menubuhkan UMNO pada Kongres Melayu 1-4 Mac
1946, sebaliknya beliau juga telah melalui liku-liku perjuangan yang penuh
ranjau, beronak dan berselumbar sepanjang pembabitannya.

Kesimpulannya, saya yakin setiap pembaca tidak kira muda atau
tua, mereka akan mengetahui kisah-kisah perjuangan Dato Onn Jaafar
dalam memerdekakan Tanah Melayu akan jatuh cinta dengan kehebatan
perjuangan yang ditunjukkan oleh Dato Onn Jaafar. Malah, para pembaca
ini akan mempunyai semangat patriotik yang kuat dalam mempertahankan
Malaysia seperti Dato Onn Jaafar. Saya sangat berharap para pembaca
dapat mengambil iktibar dan menjadikan Dato Onn Jaafar sebagai panduan
dalam membawa keadilan dan ketetapan dalam negara kita tanpa berbalah
antara kaum.

122 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Cinta Ahmad Mutawakkil

Pengarang Nor Azah Abd Aziz

Penerbit Utusan Publishing &
Distributiors

Tahun diterbitkan 2003

Nama Pengulas Joyce Ng Hui Xin
(Pelajar, IPG KPP)

Buku berjudul “Cinta Ahmad Mutawakkil” yang telah menghimpunkan karya-
karya pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002 bagi Kategori
Cerpen Remaja telah menampilkan pahlawan yang dilahir dalam era
penjajah Jepun dan Inggeris-Ahmad Mutawakkil. Dalam usia muda
lela,beliau rela menggadai nyawa, menebus cinta demi maruah ibu pertiwi.
Dengan sifat keberanian dan kecekalan yang ada padanya, Ahmad
Mutawakkil telah membara semangat perjuangannya dalam masyarakat
zaman dahulu dan juga zaman kini.

123 | P a g e

Bicara Karya 2020

Buku ini telah menawarkan peluang keemasan bagi golongan remaja,
iaitu tiang pembangunan negara supaya lebih mengetahuai dan memahami
sejarah tanah air kita. Presiden pertama Indonesia, Soekarno pernah
berkata bahawa: “Jangan sekali-kali melupakan sejarah.” Hal ini
menunjukkan bahawa betapa pentingnya pengetahuan sejarah terhadap
generasi akan datang. Golongan remaja akan menjadi semakin matang di
tengah-tengah kecanggihan teknologi dan keterbukaan minda sekarang.
Menerusi pembacaan buku ini,pembaca dapat memahami idea dan
pandangan golongan remaja kini dari dimensi yang lain. Secara tidak
langsung, nilai cinta akan negara dan nilai sanggup berkorban demi negara
akan tersemai dalam sanubari pembaca.

Dalam buku ini, mula-mulanya Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak
telah memeranjatkan penduduk kampung yang baru berdoa seusai solat
maghrib di surau. Setelah menerangkan keadaan cedera Ahmad
Mutawakkil, kisah perjuangannya telah mula dikimbas kembali…Dengan
perancangan teknik ini, pembaca-pembaca akan ditarik perhatian untuk
memahami lebih lanjut terhadap pahlawan kita, Ahmad Mutawakkil.

Pada awalnya, Ahmad Mutawakkil telah mengambil kesempatan untuk
mempelajari Bahasa Inggeris daripada Sandra, anak Tuan Booth. Hal ini
telah menunjukkan semangat Ahmad Mutawakkil yang bersungguh-
sungguh menuntut ilmu. Walaupun Ahmad Mutawakkil amat benci akan
penjajahan Inggeris tetapi beliau masih melibatkan diri dalam pembelajaran
Bahasa Inggeris supaya tidak tersingkir. Atas kesedaran ini, kita juga perlu
gigih mengerjakan ilmu pengetahuan supaya sentiasa meningkatkan diri
dan mengelakkan diri daripada menjadi katak di bawah tempurung.

Ahmad Mutawakkil juga digambarkan sebagai pemuda berjiwa
pemimpin apabila beliau mempengaruhi penduduk kampung dengan

124 | P a g e

Bicara Karya 2020

pidatonya yang dapat membangkitkan semangat patriotisme dalam hati
mereka. Hal ini memberitahu kita bahawa sebagai pemuda, kita juga
bertanggungjawab untuk memimpin orang lain untuk meneroka zaman
baharu dan memberikan sumbangan kepada bangsa dan negara. Apabila
darurat diisytiharkan kerana Parti Komunis Malaya (PKM) mula menggila.
Ahmad Mutawakkil telah memimpin penduduk kampungnya supaya
berjuang tanpa megutamakan kepentingan diri sendiri. Beliau gigih
menyedarkan penduduk kampung dan meniup semangat agar semua orang
bangkit menentang penjajahan Inggeris dan komunis. Hal ini telah memberi
impak yang mendalam terhadap saya kerana semangat kegigihan dan
keberaniannya menentang poenjajahan. Saya juga menyedarkan bahawa
penjajahan hanya akan merugikan negara dan kita sebagai warganegara
Malaysia perlu sentiasa berusaha mengekalkan kemerdekaan. Kita mestilah
mengamalkan semangat patriotism yang begitu tinggi supaya maruah
agama, bangsa dan negara terpelihara.

Akhirnya, Ahmad Mutawakkil telah terbunuh oleh pihak musuh dan
berkorban dalam perjuangan kemerdekaan. Namun, semangatnya terus
membara dalam masyarakat kampung sama seperti mereka rindu akan
kata-kata semangatnya “Tanah Melayu pasti merdeka!” Hal ini persis
peribahasa “Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati
meningalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.” Ya! Tanah
Melayu pasti merdeka! Malaysia pasti merdeka!

Negara kita telah merdeka selama 63 tahun, namun kita tidak
boleh lupa jasa pahlawan-pahlawan kemerdekaan. Tanpa mereka, kita tidak
akan hidup dengan aman dan damai seperti kini. Ayuh generasi muda,
marilah kita bersama-sama meneladani pahlawan-pahlawan kemerdekaan
dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara! Dengan ini,
Malaysia akan terus maju dan dapat duduk sama rendah, berdiri sama

125 | P a g e

Bicara Karya 2020

tinggi dengan negara maju yang lain.

Tajuk Kemerdekaan Negara

Pengarang Hayati Ahmad

Penerbit Content Plus Sdn. Bhd

Tahun 2010
diterbitkan

Nama Pengulas KAUSAILYAAH A/P
KRISHNAN
(Pelajar, IPG KPP)

Buku berjudul “Kemerdekaan Negara” mengandungi sejarah
kemerdekaan negara yang dicapai oleh negara Malaysia pada 31 Ogos
1957. Buku ini mengandungi infografik tentang skop kemerdekaan.
Contohnya, pengarang buku ini telah mengungkit keperitan proses
kemerdekaan yang dicapai oleh negara dengan memberi penjelasan
tentang perjuangan tokoh-tokoh nasionalisme. Sehubungan itu, Siri
Maklumat Ketamadunan Bangsa yang memberi fokus kepada
Kemerdekaan Negara merupakan sumber rujukan yang membawa
pendedahan kepada pembaca berhubung perjuangan menjulang kembali

126 | P a g e

Bicara Karya 2020

maruah ketamadunan bangsa yang pernah mewarnai pentas dunia suatu
ketika dahulu.

Buku ini mengupas kemerdekaan yang dicapai oleh negara dan
kejayaan negara membangunkan negara. Semasa membaca buku ini saya
mendapat pemikiran yang baharu bahawa sebagai warisan bangsa kita
telah memikul tanggungjawab mempertahankan kemerdekaan negara demi
mewujudkan sebuah tamadun bangsa yang dihormati. Pengarang buku ini
mengemukakan idea bahawa masyarakat hendaklah menyedari bahawa
proses untuk mendapatkan kemerdekaan yang diperoleh oleh negara begitu
rumit dan perit serta memerlukan banyak pengorbanan. Hal ini kerana,
kebanyakan negara yang mencapai kemerdekaan seperti Kemboja, Filipina,
Indonesia, India, Mesir dan sebagainya disusuli dengan gerakan revolusi
yang menyaksikan pertumpahan darah dan krisis berpanjangan. Indonesia,
Kemboja dan Filipina merupakan negara jiran terdekat Malaysia yang
mencapai kemerdekaan lebih awal daripada negara kita tetapi terpaksa
menempuhi pelbagai peristiwa berdarah.

Jika kita menelusuri buku ini secara mendalam, perkara yang
menarik perhatian pembaca buku ini ialah, pembaca mendapat peluang
mengenali lebihdan memahami tentang tema dan logo sambutan ulang
tahun kemerdekaan. Melalui pengetahuan ini, sebagai warga Malaysia kita
akan lebih mengenali tentang kepentingan dan makna logo, tema
kemerdekaan negara kita. Impaknya, sikap masyarakat yang cinta akan
tanah air dapat disemai dalam jiwa rakyat Malaysia.

Pembaca buku ini membolehkan generasi muda menghayati negara
Malaysia yang telah melakar nama di persada dunia. Bukan sahaja itu, buku
ini telah menyatakan beberapa kejayaan besar telah berjaya dianjurkan oleh
negara tercinta kita. Antaranya ialah, penganjuran sidang kemuncak
CHOGM ke-27, Sukan Komanwel, Sidang Kemucak CHOGM ke-27, Sukan
Komanwel, Sidang Kemuncak NAM ke-XIII, Persidangan OIC ke-10,

127 | P a g e

Bicara Karya 2020
Multaqa Ulama Sedunia, Mesyuarat Forum Parlimen Asia Pasifik (APPF)
Ke-11, Persidangan Antarabangsa Pemimpin Muda Islam, Persidangan
Maritim dan Logistik Asia Kedua, Persidangan Ketua Perisikan Pertahanan
Rantau Asia Pasifik (APICC), Dialog Antarabangsa Langkawi Dan
sebagainya. Rakyat Malaysia kini pasti berbangga kerana Malaysia menjadi
negara membangun dan termaju di dunia.

Buku ini mengingatkan kita bahawa, Malaysia yang semakin
menempa nama di peringkat antarabangsa cukup berbangga kepada
berjaya menyatukan rakyat berbilang bangsa dari seluruh pelosok dunia
tanpa melibatkan elemen ketenteraan. Deduksinya, pembacaan buku ini
membolehkan generasi muda dapat mengambil iktibar melalui perjuangan
tokoh-tokoh yang menumpahkan darah mereka demi mendapatkan
kemerdekaan.

128 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Putera Gunung Tahan
Pengarang Ishak Haji Muhammad
Penerbit Institut Terjemahan &
Buku Malaysia
Tahun 2014
diterbitkan
Nama Pengulas Kelly Lee Pei Nee
(Pelajar, IPG KPP)

Novel Putera Gunung Tahan menceritakan mengenai dua orang
pengembara barat yang berasal daripada Britain yang ingin mencari
keindahan dan kekayaan alam semulajadi atas dasar yang dikeluarkan
negara mereka. Pelbagai bentuk sindiran diberikan dan diselitkan bagi
menyedarkan pembaca mengenai tanggungjawab terhadap negara yang
perlu bebas dari penjajah yang hanya pentingkan kesenangan dan
kenikmatan diri mereka sahaja. Pengarang juga menggambarkan bahawa
sebagai seorang rakyat tanah Melayu, kita mestilah sentiasa menjaga adat
dan norma orang Melayu yang menjadi identiti dan kebanggaan yang

129 | P a g e

Bicara Karya 2020

diciptakan oleh orang terdahulu dengan penuh semangat seorang
pendekar.

Tambahan lagi, generasi muda haruslah dikongsi ilmu agama yang
dimiliki kerana mereka merupakan orang yang menyambung adat dan ilmu
yang bakal ditinggalkan satu hari nanti seperti yang dilakukan wanita tua
dalam novel ini. Melalui watak pengarang turut menerapkan kepercayaan
terhadap ilmu ghaib yang menjadi kebiasaan orang melayu terdahulu.

Melalui watak utama novel ini, pandangan pengarang terhadap orang
barat yang pernah menjajah tanah Melayu yang penuh dengan ketamakan
dan meninggi diri terhadap kemajuan yang mereka rampas dari Tamadun
Islam. Pengarang juga menggambarkan bahawa orang Melayu yang leka
dengan kata-kata manis dan hawa nafsu yang membelenggu diri sehingga
membiarkan tanah tumpahnya darah sendiri dimamah hasil bumi.

Di samping itu, kekayaan serta hak untuk memerintah oleh orang
barat yang hanya mahu memanfaatkan keadaan untuk kenikmatan mereka
sahaja juga digambarkan oleh pengarang. Selain itu, turut digambarkan
bahawa seseorang yang memegang tampuk pemerintahan perlulah teguh
dan tidak mudah dibuai pujuk rayu orang barat yang membawa padah
kepada generasi yang akan datang. Melalui watak Tuan Robert yang
dicerminkan oleh pengarang bahawa beliau sebagai seorang yang
sombong dan takbur. Walaupun telah dibantu oleh wanita tua itu dengan
menjadikan beliau Batin putih kerana berharapan dapat membawa
kemajuan, tetapi beliau tidak menghormati orang lain dengan mengatakan
bahawa ilmu yang diajarkan dan kepercayaan wanita tua merupakan suatu
yang sia-sia dan tidak bermanfaat serta mengatakan agama beliau iaitu
kristian sebagai agama yang membawa kemajuan. Tuan Robert dihajar
oleh wanita tua itu dengan mengenakan ubat pengasih membuatkan Tuan
Robert tidak keruan dengan perempuan sakai itu yang akhirnya mati Tuan

130 | P a g e

Bicara Karya 2020

Robert terjatuh pokok dalam satu upacara perkahwinan orang sakai.

Seterusnya watak Tuan William, beliau bernasib baik apabila dapat
bertemu dengan Ratu Bongsu yang merupakan pemerintah di puncak
Gunung Tahan, walaupun beliau diperintah tidak boleh meninggalkan
puncak tetapi beliau dilayan bagai menatang minyak yang penuh diberikan
segala diingini, tetapi beliau membuat onar dengan berhasrat untuk
menggebom puncak Gunung Tahan dan membunuh seluruh jelata
perbuatan Tuan William ini jelas menggambarkan tentang sikap orang barat
yang bagai api dalam sekam sanggup merobek persahabatan yang dibina
semi wang dan kemegahan. Keinginan rakus Tuan William dapat dihidu
Ratu Bongsu dan merencanakan langkah bagi menyelamatkan diri, oleh itu
dengan tipu daya Ratu Bongsu berjaya mengunci Tuan William di dalam
istana maka tamatlah riwayat Tuan William termakan khianatan sendiri
dibom oleh pesawat terbang. Pengeboman turut disertai oleh isteri Tuan
William yang bernasib malang kerana pesawatnya terhempas ke bumi dan
dirawat oleh Ratu Bongsu kemudian ingin menyunting balu Tuan William
menjadi isterinya, tetapi pada awalnya isteri Tuan William turut menyimpan
dendam untuk membalas kematian suaminya.

Selepas membaca novel tersebut, saya berasa cintanya terhadap
bangsa dan tanah air terlalu besar. Oleh itu, dia sanggup mengorbankan
segala kemewahan yang dinikmatinya sebagai pegawai tadbir pada zaman
kolonial dulu. Oleh sebab dia lahir dalam kalangan rakyat, maka dia mahu
hidup dan berdamping dengan rakyat. Dia mahu sama-sama merasai susah
payah dan derita lara yang ditanggung mereka.

131 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Kesastria Melayu
Keperwiraan Bersulam
Kesufian

Pengarang Izzuddin Al-Jitrawiy

Penerbit Azizan bin Abu Samah

Tahun Mac 2020
diterbitkan

Nama Pengulas Nur Farhana binti Azizan
(Pelajar, IPG KPP)

Melalui pembacaan buku Kesatrian Melayu Keperwiraan Bersulam
Kesufian hasil karya Izzuddin Al- Jitrawiy, pembaca dibawa ke suatu zaman
pada ketika itu Tanah Melayu dijajah oleh penjajah seperti Portugis, Jepun
dan British. Penulis banyak menerangkan soal sikap dan cara penjajah
untuk memisahkan penduduk di Tanah Melayu agar berpecah-belah dan
tidak bersatu hati. Selain itu, penulis juga ada mengaitkan soal agama yang
menjadi salah satu asbab bangsa Melayu mendapat kekuatan untuk

132 | P a g e

Bicara Karya 2020

berjuang mempertahankan tanah air. Saya amat tertarik dan kagum dengan
kesungguhan dan keberanian penulis dalam mengkritik perbuatan penjajah
yang kejam pada zaman dahulu.

Selain daripada itu, kandungan buku ini juga banyak diselitkan juga
dengan kisah keislaman sama ada daripada kata-kata Rasulullah S.A.W
atau kitab suci Al-Quran dan kemudiannya dikaitkan dengan sikap penjajah
yang kejam dan semangat orang Islam dalam menegakkan kebenaran
menentang kezaliman penjajah sehingga berjaya mencapai kemerdekaan
sehingga ke hari ini. Oleh itu, buku ini lebih sesuai untuk dibaca oleh orang
beragama Islam kerana mereka boleh memahami dan mendalami apa yang
disampaikan dengan lebih baik memandang terdapat banyak unsur
keislaman diselitkan dalam buku ini. Penjajah juga cuba untuk menggugat
soal hal ehwal keagamaan orang Melayu kerana itulah merupakan tunjang
utama kepada kebangkitan bangsa Melayu.

Jika diimbas kembali pada zaman kolonialisme British, kuasa Sultan
hanya terhad kepada hal ehwal keagamaan sahaja tetapi masih terdapat
juga campur tangan daripada pihak penjajah. Kemudian, penulis juga ada
menerangkan tentang kedatangan orang Cina dan India ke Tanah Melayu
atas faktor penarikan dan penolakan sehingga menyebabkan berlakunya
penghijrahan orang Cina dan India semakin bertambah dengan pesat.

Hasil daripada pembacaan juga, penulis banyak memuji serta
mengkritik sikap orang Melayu dalam membuat keputusan dan bertindak
menentang pihak penjajah yang zalim. Saya amat tertarik dengan sikap
penulis yang bersifat neutral iaitu tidak sekadar hanya memuji malah
mengkritik kelemahan bangsa Melayu pada ketika itu. Selain daripada itu,
terdapat ramai nama tokoh pejuang yang disebut oleh penulis dalam buku
Kesatria Melayu Keperwiraan Bersulam Kesufian. Antaranya ialah Sultan
Muhammad Al- Fateh yang merupakan seorang sultan yang mempunyai
ilmu tasawwuf yang sangat tinggi dan juga Raja Haji iaitu seorang pejuang

133 | P a g e

Bicara Karya 2020

yang menentang penjajah selepas era kejatuhan Kota Melaka pada tahun
1511. Di samping itu, penulis ada juga menyenaraikan beberapa wali yang
menjadi pemimpin negara dan patut dicontohi sikap serta cara mereka
memimpin negara misalnya Saidina Abu Bakar, Saidina Ali, Saidina Umar
Ibnu Aziz dan Saidina Usman Al-Khatab.

Penulis juga banyak menyuarakan pendapatnya di dalam buku ini.
Sebagai contoh, penulis berpendapat bahawa bangsa Melayu kini semakin
lemah. Hal ini demikian kerana tiada lagi wujudnya kesatuan antara kita
melainkan mempunyai kepentingan tersendiri di sebalik sesuatu. Saya juga
bersetuju dengan pendapat yang disampaikan oleh penulis iaitu bangsa
Melayu kini semakin lemah dan mudah menyerah kalah tidak sama seperti
bangsa Melayu pada zaman dahulu yang berkerah tenaga dan
memperjuangkan diri demi bangsa dan negara tercinta.

Secara keseluruhan, buku ini dibahagikan kepada empat bab utama.
Setiap bab menceritakan kisah yang berbeza namun masih di dalam skop
mengenai sejarah tentang bangsa Melayu pada zaman penjajahan. Dalam
bab pertama, penulis mempersoalkan tentang bangsa Melayu berpecah
antara satu sama lain. Dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan oleh
penjajah berjaya memecahbelahkan penduduk di Tanah Melayu seterusnya
menjarakkan lagi jurang pendidikan serta taraf hidup bagi setiap bangsa
pada ketika itu.

Seterusnya, dalam bab kedua, penulis menekankan tentang
angkatan perang bangsa Melayu. Dalam bab ini, menerangkan serba sedikit
tentang silat yang merupakan seni bela diri yang melibatkan permainan
senjata atau tangan kosong. Silat dikatakan sebagai satu amalan penting
kepada rumpun Melayu yang menghuni Kepulauan Melayu Nusantara.
Ribuan jenis silat yang ada mengikut rumpun dan puak masing-masing

134 | P a g e

Bicara Karya 2020

akan tetapi asal usul silat hanya satu.
Justeru itu, dalam bab ketiga, penulis banyak menceritakan tentang

pejuang agama pembela bangsa. Banyak nama tokoh-tokoh dan pejuang
yang disebut oleh penulis dalam bab ini. Strategi dan sikap kepimpinan
tokoh-tokoh tersebut seharusnya dijadikan teladan kepada bangsa Melayu
dan pemimpin pada masa kini agar tulus dalam mentadbir negara untuk
keamanan dan kesejahteraan rakyat bukan demi kepentingan diri sendiri.
Akhir sekali, dalam bab keempat, penulis menyimpulkan kembali segala
kisah yang diceritakan. Penulis bercerita seolah-olah beliau kembali ke
masa lalu sehingga cerita itu terdengar begitu realistik. Bab ini merupakan
bab paling menarik bagi saya.

Buku ini ditulis untuk memberi kesedaran kepada bangsa Melayu
untuk terus berpegang teguh pada ajaran agama Islam kerana agama
merupakan tunjang utama bagi kekuatan kebangkitan bangsa Melayu. Saya
menyeru kepada semua orang khususnya orang berbangsa Melayu untuk
meluangkan masa meneliti dan memahami kandungan yang terdapat dalam
buku Kesastria Melayu Keperwiraan Bersulam Kesufian. Semangat dan
keberanian yang disuarakan oleh penulis dalam buku ini amat memberi
inspirasi terutama sekali kepada golongan muda.

135 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk AKU INGIN HIDUP!

Pengarang Xiulan

Penerbit Star Publications (Malaysia
Sdn Bhd)

Tahun 1983
diterbitkan

Nama Pengulas Putri Sarah Ashrawi Binti
Nawawi(Pelajar, IPG KPP)

Buku ini memaparkan kisah benar seorang wanita muda yang terjebak
dengan fahaman komunis melalui harapan yang lunak, pura-pura dan
aspirasi palsu. Xiulan terpaksa menyertai unit bersenjata Parti Komunis
Malaya (PKM) yang terletak di Selatan Thailand kerana takut
penglibatannya sebagai ahli Liga Belia Komunis Malaya (LBKN) terdedah
lalu dihukum oleh pihak berkuasa.

Xiulan menghabiskan 12 tahun dari usia mudanya menyertai perjuangan
yang sia-sia pada tahun 1963 seawal berumur 19 tahun. Dia bersama
kekasih hatinya, Zhizhen telah menyertai menyertai gerakan gerila PKM di

136 | P a g e

Bicara Karya 2020

utara Rambong, Bentong. Mereka diberikan latihan ketenteraan dan
kemahiran mandiri di hutan. Pada mulanya dia ditugaskan memungut
bekalan makanan daripada penyokong-penyokong di pinggir hutan dan
mengutip yuran keahlian kepada penduduk-penduduk kampong dengan
mengancam dan menggunakan kekerasan sebelum diberi latihan perubatan
bagi merawat dan menjaga kesihatan rekrut dan pegawai atasan. Dalam
kisah ini dia turut mendedahkan penglibatan PKM dalam memberikan
jaminan keselamatan kepada penyeludup dadah yang memberikan
sumbangan 10 000 hingga 50 000 baht setiap bulan bagi membiayai
gerakan gerila komunis di Malaysia.

Dia tersedar tentang kepalsuan perjuangan parti setelah diri dan suaminya,
Zhizhen mengharungi dan menyaksikan detik penyiksaan ahli baharu yang
menyertai gerakan selepas tahun 1962 atas nama tindakan pembersihan
terhadap golongan kontra revolusi yang berlaku pada akhir tahun 1969
sehingga awal 1970. Ramai rekrut baharu yang telah dituduh sebagai
pembelot dan dikenakan hukuman gantung sekiranya engan membuat
pengakuan bersalah. Mereka diasingkan, dikurung, diseksa dan dihina
setiap hari untuk membuat pengakuan. Xiulan dan beberapa yang lain
terpaksa membuat pengakuan palsu dengan mereka cerita sebagai perisik
kerajaan demi menyelamatkan nyawa sehingga terpaksa membuat tuduhan
dan fitnah terhadap keluarga, rakan, pegawai serta komrad lain. Mereka
yang engan membuat pengakuan akan digantung sampai mati dan mayat
dibuang ke dalam sebuah parit besar seperti binatang.

Gerakan pembersihan dilanjutkan sehingga beberapa pegawai atasan
turut dituduh sebagai perisik dan dijatuhkan hukuman gantung. Ramai yang
telah membunuh diri dan menjadi gila kerana tidak sanggup mengaku
sebagai perisik setelah segala jerit perih dan tenaga yang dikorbankan demi
menyokong perjuangan palsu komunis. Penderitaan Xiulan dan komrad lain
yang terpedaya dengan dakyah komunis yang kononnya ingin

137 | P a g e

Bicara Karya 2020

membebaskan rakyat Malaysia tidak berakhir di situ sahaja. Pada awal
tahun 1971, seramai 37 orang telah terpilih untuk rombongan Mara ke
Selatan. Sepanjang perjalanan mereka berhadapan dengan beberapa
pertempuran dengan askar Malaya. Perjalanan ini juga telah mendedahkan
sikap tamak, pentingkan diri dan kekejaman pegawai atasan. Komrad yang
tua dan lemah diracun sedangkan pegawai atasan dan isterinya
menyembunyikan makanan yang berkhasiat dan disuntik dengan tonik
untuk kekal sihat. Ahli yang lain hanya diberi makan bubur kosong dan air
putih dalam kuantiti yang sedikit sehingga menjadi kurus kering.

Mereka juga memakan apa sahaja yang dijumpai di dalam hutan seperti
tupai, monyet, gajah, dan buah-buahan hutan kerana kehabisan bekalan
makanan selepas terputus hubungan dengan tali barut komunis. Mereka
juga telah mencuri tanaman penduduk kampung seperti pisang dan ubi
untuk kelansungan hidup. 6 orang ahli juga telah mati keracunan apabila
memakan buah hutan yang beracun. Pada akhir perjalanan derita itu hanya
4 orang yang terselamat iaitu Lingjing, Ailian, Yi Min dan Xiulan. Xiulan
kemudiannya ditinggal sendirian untuk mati di dalam hutan kerana tidak
mempunyai tenaga lagi untuk jalan. Pada waktu ini barulah Xiulan sedar
akan kepalsuan perjuangan revolusi komunis. Dia akhirnya menyerah diri
kepada pihak berkuasa dan dirawat sehingga sembuh.

Melalui kisah ini saya dapat mengetahui tentang perit jerih yang dilalui
oleh ahli komunis yang terpedaya dengan revolusi komunis. Kisah ini juga
telah membuka mata saya untuk berjaga-jaga dan tidak mudah dihasuti
oleh kepercayaan politik atau individu yang melaungkan kesejahteraan
rakyat tetapi hakikatnya hanya ingin mengejar status dan kekayaan. Ini
sebab golongan muda sering kali dipengaruhi dan dijadikan alat politik
dengan memanipulasi semangat dan keberanian mereka. Saya juga sedar
pentingnya pendapat dan restu ibu bapa dalam semua perkara yang ingin
dilakukan dan yakin bahawa kebahagiaan bukan terletak pada kebendaan

138 | P a g e

Bicara Karya 2020

atau perjuangan yang tiada jaminan. Kebahagiaan sebenar adalah momen-
momen bersama insan tersayang dan menempuhi liku kehidupan bersama-
sama. Buku ini juga menambahkan semangat patriotisme dalam diri saya
dan lebih menghargai kemerdekaan yang dikecapi negara.

Tajuk ANTARA KABUS KE KABUS

Pengarang A. Samad Said

Penerbit PTS Pop Sdn. Bhd.

Tahun 2012
diterbitkan

Nama Pengulas SITI MASTURINA BINTI
ROSLAN (Pelajar, IPG KPP)

“Antara Kabus ke Kabus” adalah merupakan salah satu buku yang dikarang
oleh iaitu A. Samad Said. Sasterawan Negara Datuk (Dr.) A. Samad Said
ialah nama besar yang dianggap ikon dalam kesusasteraan Malaysia.
Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis
Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Bangsa yang tidak cuba membangun daripada kepatahan sejarahnya tidak
akan sempat menjadi bangsa bermaruah. Antara Kabus ke Kabus adalah
antara himpunan karya pengalaman mencabar di zaman penjajahan Jepun
dimana ia merupakan sesuatu yang wajar diwarisi, direnungi dan

139 | P a g e

Bicara Karya 2020

dimanfaatkan. Ini adalah secara ringkas ulasan daripada buku ini.

Pengarang memulakan penceritaan dengan situasi suspens dimana
seorang budak yang bernama Fauzi sedang dikejar dan bertempiaran lari.
Perasan takut menyelumbungi dirinya setelah dia bersama tiga orang
rakannya iaitu Rashdan, Roden dan Afsiah melakukan cuba jaya ke
Gudang simpanan pihak Jepun dan mereka hampir tertangkap. Sedang
mereka berlari, mereka terperanjat apabila melihat dibelakang mereka
terdapat Pak Cik Raziz berlari terhujung-hayang dan bajunya penuh darah
dan dia sedang memegang tangannya sambil mengerang kesakitan.

Seterusnya bab 2 menceritakan seorang ustaz yang bernama Ustaz Halim
yang memanggil semua warga kampung untuk berkumpul di Surau kerana
ada perkara yang ingin disampaikan olehnya, perkara yang disampaikan
oleh Ustaz Halim sangat mengejutkan Fauzi dan rakan-rakannya dimana
pihak Jepun telah memberi amaran bahawa sesiapa sahaja yang cuba
mencuri makanan di Gudang mereka, pihak Jepun akan terus tembak tanpa
banyak soal. Fauzi dan rakan-rakannya berasa kecut. Apabila Fauzi pulang
ke rumah, neneknya juga menasihatinya agar tidak lagi pergi ke Gudang
tersebut kerana bahaya menanti usah dicari. Maka, keesokan harinya Fauzi
berjumpa dengan rakan-rakannya di sebuah jambatan untuk memberitahu
kepada rakan-rakannya agar tidak berhasrat pergi ke Gudang walaupun
mereka tidak mencuri. Sedang mereka asyik berbual-bual terdapat seorang
lelaki dewasa yang melalui jambatan itu dan ia merupakan seorang yang
mereka kenali.

Bab seterusnya menceritakan bahawa Ustaz Halim telah diculik oleh tentera
sojar Jepun dan berita itu sudah tersebar di seluruh kampung. Zaiharah
yang merupakan tunang kepada Jumaat yang telah diculik datang ke rumah
Fauzi dan menyampaikan berita yang dititipkan oleh tunangnya demi
menyelamatkan Jumaat dan juga Ustaz Halim. Fauzi dan rakan-rakannya
hendak menolong dalam menyelamatkan Ustaz Halim dan Jumaat namun

140 | P a g e

Bicara Karya 2020

begitu amaran keras diberikan oleh nenek Fauzi yang risau akan
keselamatan cucunya. Fauzi berasa serba salah kerana kedua-dua insan
tersebut adalah insan yang paling baik dan disayanginya. Tambahan pula,
Zaiharah yang bersungguh-sungguh meminta bantuan daripadanya
menyebabkan Fauzi tidak keruan di rumahnya.

Fauzi, Rashdan, Roden dan Afsiah berkumpul dan berbincang bagaimana
mereka ingin menyelamatkan Ustaz Halim dan Pak Cik Jumaat. Roden
yang masih muda dikecualikan daripada misi ini, namun begitu Roden juga
ingin turut serta membantu rakan-rakannya dalam misi ini.
Walaubagaimanapun, terdetik dalam hati Fauzi tentang bahaya yang akan
menimpa rakan-rakannya maka Fauzi bercadang untuk melakukan misi ini
dengan Zaiharah tanpa melibatkan rakan-rakannya.

Pada malam itu, secara diam-diam Fauzi keluar dari rumah semasa
neneknya tidur. Detik dalam hati Fauzi meminta maaf kepada neneknya
kerana ingkar terhadap amaran yang telah diberikan oleh neneknya. Fauzi
bertekad untuk menyelamatkan Ustaz Halim dan Zaiharah pula bertekad
untuk menyelamatkan tunangnya, Jumaat.

Novel Antara Kabus ke Kabus ini menghantar satu pengalaman sepedih ini
berlaku di zaman Jepun. Kita memang pernah dijajah, tetapi kita bangsa
yang melawan. Karya ini menunjukkan bagaimana secaranya sendiri
sebuah bangsa cuba mewaras dan meranumkan diri melalui
penderitaannya. Buku ini menarik kerana pengarang berjaya menghasilkan
satu jalan cerita yang sesuai untuk semua peringkat umur. Selain itu,
banyak pengajaran dan nilai murni yang dapat diperoleh daripada buku ini
yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

141 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Semenanjung Menangis

Pengarang Ariff Mohamad

Penerbit ITBM

Tahun diterbitkan 2013

Nama Pengulas Tan Lee Shan
(Pelajar, IPG KPP)

Buku yang berjudul “Semenanjung Menangis ” ini bukan cerita fantasi tetapi
merupakan cerita politik, cerita jiwa, cerita perjuangan, cerita cinta, dan
cerita pengorbanan. mengisahkan tentang perjuangan dan rasa dinamis
yang berlaku dalam usul kerja manusia .Cerita ini juga berlegar dalam
maksud politik dan kecaman jenayah serta hal-hal tertentu dalam pengisian
bidang politik. Dua sejarah ditampilkan dengan sengaja oleh pengarang
iaitu Ariff Mohamad tentang perbezaan perjuangan orang dahulu dan orang
sekarang di mana Ariff mengkritik dengan halus masalah-masalah dalam
diri manusia dan kelemahan yang tidak dapat dibendung.

Cerita ini berlatarbelakangkan kemelut politik tahun 1988 dan beberapa

142 | P a g e

Bicara Karya 2020

tahun yang berikutnya, tahun-tahun yang telah membuka mata banyak
orang tentang politik yang kemudiannya telah mengubah landskap politik
negara. Pada September 1998, Aminuddin Rizal, protagonis dalam novel
ini, di tengah-tengah kecamuk suara "Reformasi" yang berkumandang
setelah bekas Timbalan Perdana Menteri dikecam, ditindas, dibuang, dan
dipenjarakan daripada masyarakat. Suara-suara kacau-bilau, tuduh
menuduh dan tuding menuding menjadi lagu biasa dalam kalangan
masyarakat. Rizal yang terperusuk dalam perjuangan kawan-kawannya
tidak terkecuali. Pada masa yang sama, dia mula membuka cerita tentang
rahsia ayahnya, Mahmud, seorang pejuang kemerdekaan yang kecil.
Apabila wajah ayahnya terimbas dalam fikirannya , dia teringat akan ibunya
yang sering menangis secara diam-diam.

Saya tersentuh dengan watak ibu Rizal iaitu Habibah yang jelas
diseksa oleh masa dan persekitaran. Ibu Rizal merupakan seorang wanita
yang gigih dalam zaman yang tidak memberi hak kepada wanita.Hal ini
menjadi suatu perbandingan feminisme yang menarik antara zaman dulu
dengan zaman sekarang. Walaupun ibu Rizal terdidik ala kadar, tetapi
beliau cerdik dan berpandangan jauh. Buah pandangan itu acap kali
tercurah kepada Rizal,.Suara wanita ini menjadi suara sunyi yang disengaja
diselindungi daripada sejarah . Maka disebabkan motivasi suara terlindung
inilah, Rizal mengambil keputusan untuk menelaah sejarahnya sendiri yang
berkemungkinan tidak didendang atau tidak dikatakan dalam sejarah .

Selain itu,novel ini menyampaikan wacana yang murni dan utuh
kepada pembaca dan merupakan antara novel yang benar-benar
memperuntukkan kisah dan fakta detik-detik Reformasi 1998. Dalam
kecamuk itu, anak-anak muda terbuka mata untuk melihat "kelenaan" dalam
kekotoran arus politik era itu, lantas Rizal menyusur maksud yang berliku
dalam melakukan perjuangan yang kemudiannya mengalami suatu konflik
dalaman apabila kerjayanya dikecam dan pada masa yang sama, konflik

143 | P a g e

Bicara Karya 2020

diri terjadi apabila pembukaan perjuangan ayahnya dibuka.
Pada hemat saya,cerita ini sudah tentu boleh menjadi suatu saga

yang baik jika diteliti dengan halus. Ruang dan struktur plot yang tertentu
diyakini mampu membawa pengajaran kepada pembaca.Sekiranya
pengarang boleh mengulas lebih banyak hal-hal bekaitan kehidupan Rizal
maka saya yakin bahawa teks ini akan menjadi lebih merencam dan saga
sejarah yang menggamit jiwa dapat ditanam dalam sanubari setiap
pembaca.

Namun secara keseluruhan, penulisan pengarang memang tidak
dapat dinafikan menarik dengan kosa katanya yang luas sehingga dapat
memerihalkan setiap insiden dengan jelas dan teliti.”Semenanjung
Menangis” merupakan sebuah kisah yang bagus dalam merakamkan detik
panas dan huru-hara sehingga menjadi suatu enigma yang susah difahami.
Saya menyeru agar semua orang membaca dan menghayati kisah-kisah
pengorbanan yang menusuk hati ini.Saya berharap agar setiap pembaca
boleh mendapat iktbar daripada pembacaan ini dan menyemaikan perasaan
cinta terhadap negara. Semangat cinta akan negara haruslah dicurah sejak
merah tapak kaki lagi kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara.

144 | P a g e


Click to View FlipBook Version