The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kompilasi Ulasan buku Warga IPG KPP Tema Sejarah.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bicarakarya2020, 2021-08-02 00:22:15

Bicara Karya 2020

Kompilasi Ulasan buku Warga IPG KPP Tema Sejarah.

Bicara Karya 2020

Jepun dan menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan.
Pada pendapat saya, autobiografi tentang pejuang hebat ini telah

memberikan saya pandangan baharu tentang pejuang-pejuang Melayu
selain daripada Leftenan Adnan yang telah bersusah-payah
mempertahankan Tanah Melayu daripada musuh sehinga nyawa mereka
terkorban demi tanah air tercinta. Walaupun kita diajar untuk sentiasa
mengingati dan menghormati pejuang Melayu di sekolah, kita tidak
mengamalkan amalan ini di hati kerana majoriti antara kami tidak kisah
tentang sejarah penuh pejuang-pejuang ini .Dan walaupun kita belajar dan
menghafal tentang pejuang Melayu seperti Dol Said, Tok Janggut dan
Leftenan Adnan semasa mata pelajaran Sejarah, ini hanyalah sekadar
untuk mendapat gred tinggi dalam ujian. Tetapi, pandangan orang ketiga
dalam karya berbentuk fiksyen ini menarik minat saya untuk meneruskan
pembacaan buku ini sehingga ke muka surat terakhir. Tambahan lagi, gaya
penulisan Abdul Latip Talib menyebabkan kisah sejarah tentang Leftenan
Adnan menjadi menarik dan sesuai untuk golongan remaja. Oleh itu,
generasi muda mestilah membaca buku ini agar dapat memahami perasaan
pejuang yang terpaksa meninggalkan keluarga dan orang tersayang demi
mempertahankan tanah air dengan lebih terperinci sekaligus membangkit
semangat patriotisme yang sudah hilang dalam diri gologngan muda,
terutamanya yang sudah alpa tentang sejarah tanah air dan orang yang
berusah mempertahankannya.

195 | P a g e

Bicara Karya 2020

TAJUK PUTERA GUNUNG
TAHAN

PENGARANG ISHAK HAJI MUHAMMAD
(PAK SAKO)

PENERBIT INSTITUT TERJEMAHAN
DAN BUKU MALAYSIA

TAHUN 2012
DITERBITKAN

NAMA PENGULAS SOO ZHI XUAN
(Pelajar, IPG KPP)

Novel berjudul “Putera Gunung Tahan” karya Ishak Haji Muhammad dari
Temerluh,Pahang telah menceritakan asal-usul negeri Pahang di sekitar
tahun 1937.Peperangan berlaku antara orang Melayu dengan orang
Inggeris sebelum Pahang jatuh ke tangan mereka.Untuk mempertahankan
diri,pewaris kerajaan negeri Pahang lari ke hutan hingga sampai ke Gunung
Tahan.

Kisah utama berkisar tentang watak utamanya iaitu Ratu Bongsu yang
juga merupakan Putera Gunung Tahan. Novel ini sarat dengan semangat
nasionalisme dan semangat cinta akan tanah air yang ditonjolkan oleh
watak seperti Putera Gunung Tahan . Melalui watak utama iaitu Ratu
Bongsu, yang enggan menyerahkan puncak Gunung Tahan kepada orang
Inggeris walaupun ditawarkan dengan beberapa ganjaran yang menarik dan
lumayan. Ratu Bongsu dan pengikutnya,Kusina bersama-sama berusaha
mempertahankan puncak gunung tersebut daripada ditawan oleh orang
Inggeris.Watak yang lain seperti perempuan tua yang merupakan bonda
Ratu Bongsu yang mementingkan ajaran Islam telah mengenakan cenuai
kepada Tuan Robert akibat menghina ajaran Islam dan merendah-
rendahkan orang Melayu dan orang Sakai.

Watak penjajah yang rakus dan mementingkan diri digambarkan oleh

196 | P a g e

Bicara Karya 2020

watak seperti Tuan Robert dan Tuan William. Mereka digambarkan sebagai
penjajah yang licik dan tamak serta mementingkan diri sendiri.Mereka diberi
tugasan dari negara asal mereka untuk meninjau keadaan puncak Gunung
Tahan untuk pihak penjajah. Tuan William meminjam “burung pesuruh jaya”
daripada Ratu Bongsu untuk menghantar surat dan dengan rahsianya
mencadangkan ketuanya di London agar puncak gunung ditawan dengan
cara kekerasan iaitu menggunakan bahan letupan dan menyerang dengan
dua buah kapal terbang.Ratu Bongsu mengetahui niat jahat Tuan William.
Rakyat diperintah agar berlindung di tempat yang selamat manakala
baginda menggunakan tipu helah dan mengurung Tuan William dalam bilik
khazanah. Tuan William turut terkorban dalam serangan kapal terbang
kerana terhidu gas beracun dan istana dibom.Ratu Bongsu dan rakyatnya
selamat daripada peristiwa itu.

Melalui novel Putera Gunung Tahan,saya boleh merasai semangat
cinta akan tanah air yang terdapat dalam Ratu Bongsu.Beliau sentiasa
berusaha mempertahankan negerinya daripada ditakluk oleh bangsa
asing.Demi cintanya terhadap tanah air, baginda telah menolak sogokan
Tuan William supaya menyerahkan puncak Gunung Tahan kepada Inggeris.
Baginda turut menolak segala hadiah lumayan dan kemewahan sepanjang
hayat yang ditawarkan pihak Inggeris semata-mata demi kedaulatan tanah
air yang tercinta.Seterusnya,Raja Bongsu juga merupakan orang yang
sangat berwaspada. Beliau sentiasa berwaspada terhadap kehadiran dua
orang Inggeris iaitu Tuan Robert dan Tuan William yang berpura-pura baik
sedangkan mereka cuba memiliki puncak Gunung Tahan. Sikap
berwaspada beliau telah berjaya mematahkan percubaan mereka
untuk memiliki Gunung Tahan.

Di samping itu,Raja Bongsu merupakan seorang yang berpandangan
jauh.Baginda sedar akan akibat yang akan menimpa orang Melayu
sekiranya dijajah oleh kuasa asing.Akhir sekali,Raja Bongsu merupakan
seorang raja yang baik dan pandai memerintah.Baginda pandai memerintah

197 | P a g e

Bicara Karya 2020
dan ini membuatkan orang-orang bunyian patuh akan segala arahan dan
titah perintah daripada baginda.Rakyat menurut perintah baginda dengan
meninggalkan diri dari kota dengan segera.

Saya mendapat ikhtibar bahawa kita perlulah mempunyai semangat
cinta akan tanah air yang mendalam.Dengan adanya semangat ini,tanah air
kita tidak akan dijajah oleh kuasa asing dan rakyat yang bersatu padu akan
mewujudkan negara yang aman dan merdeka. Justeru,saya menyeru agar
semua orang haruslah membaca buku ini kerana ia membolehkan generasi
muda memupuk semangat patriotisme dan bersatu padu serta berusaha
menjaga keamanan negara. Sesungguhnya novel ini menyegarkan minda
anak muda supaya tidak leka akan masa depan negara dan bangsa.

198 | P a g e

Bicara Karya 2020

TAJUK SEIKAT BAK SIRIH
MENYUSURI KELANGSUNGAN
PENGARANG TANAH MELAYU DAN
PEMBENTUKAN MALAYSIA
PENERBIT SITI SARAWATI JOHAR
TAHUN KHAIRUNESA ISA
DITERBITKAN KHAIROL ANUAR KAMRI
NAMA PENERBIT UTHM
PENGULAS 2019

TEH YUN TIAN
(Pelajar, IPG KPP)

Buku berjudul “Seikat Bak Sirih Menyusuri Kelangsungan Tanah Melayu
dan Pembentukan Malaysia” ditulis khas oleh beberapa orang penulis
dengan mengetengahkan tujuan agar pembaca memperolehi ilmu. Penulis
memberi keutamaan kepada penceritaan sejarah negara yang tertumpu
kepada perjuangan nenek moyang kita dalam mencapai kemerdekaan dan
kedaulatan negara bagi Tanah Melayu, detik penentangan keganasan
bersenjata dan akhirnya berjaya menuju ke penubuhan negara Malaysia.

Buku ini amat menekankan kejayaan masa kini negara Malaysia ialah
buah kejayaan kepada kesusahan yang dihadapi oleh nenek moyang serta
pejuang-pejuang negara semasa zaman menuntut kemerdekaan. Tanpa
usaha gigih orang terdahulu, Tanah Melayu pada masa itu pasti tidak
mungkin dapat bertambah maju menjadi Malaysia yang dikategorikan
sebagai negara membangun. Secara keseluruhannya, buku tersebut
dibahagikan kepada empat bahagian utama dan akan dijelaskan satu per
satu di perenggan bawah.

Pertama sekali ialah momentum menjejak kebebasan Tanah Melayu
di mana memberi pendedahan kepada pembaca tentang penjajahan kuasa
besar terhadap Tanah Melayu pada zaman tersebut serta penentangan
yang telah dilakukan oleh rakyat tempatan. Buku ini telah membekalkan

199 | P a g e

Bicara Karya 2020

ilmu tentang penjajahan Portugis, Belanda, British serta Jepun kepada
pembaca dengan jelas sekali melalui subtopik-subtopik. Bukan itu sahaja,
penentangan rakyat tempatan pelbagai negeri Tanah Melayu terhadap
beberapa pihak penjajah juga telah dijelaskan dengan terperinci oleh
penulis. Antaranya termasuklah perjuangan nasionalisme dalam kalangan
rakyat serta pejuang ke arah kemerdekaan seperti melalui penubuhan
persatuan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan parti seperti United
Malays National Organization (UMNO).

Bahagian kedua pula menceritakan jalan menuju ke arah
kemerdekaan berdaulat iaitu tentang perjuangan menuju kepada
kemerdekaan. Buku ini memberi pendedahan kepada pembaca dari
perubahan dasar British ke arah berkerajaan sendiri sehingga ke pilihan
raya umum pada tahun 1955. Keputusan pilihan raya tersebut yang agak
memberangsangkan telah mendorong Parti Perikatan untuk meneruskan
desakan mempercepat kemerdekaan Tanah Melayu. Seterusnya, penulis
menyambungkan cerita sejarah ke misi kemerdekaan ke London untuk
berunding dengan pegawai British untuk menuntut kemerdekaan. Bab ini
diakhiri dengan pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman di
Padang Kelab Selangor.

Dalam bahagian ketiga pula, penulis menekankan tentang Parti
Komunis Malaya (PKM) dan Darurat. Bab ini memaparkan perkembangan
dan keganasan komunis yang berlaku di Malaya bermula dari 1948 hingga
1960. Bab ini juga menjelaskan sejarah berlakunya peristiwa ambil alih
tempat pemerintahan oleh gerila MPAJA selepas Tanah Melayu
ditinggalkan oleh Jepun. Penulis juga menceritakan tentang zaman darurat
di Tanah Melayu serta langkah yang telahpun diambil untuk membanteras
ancaman darurat.

Penubuhan Malaysia merupakan bahagian terakhir yang ditulis
dalam buku tersebut yang mengandungi isi yang paling banyak sekali.

200 | P a g e

Bicara Karya 2020

Isinya bermula dari peubuhan Malaysia sehingga ke pemisahan Singapura
dari Malaysia. Penulis juga menceritakan reaksi negara-negara terlibat
dalam penubuhan iaitu Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura di mana
pada akhirnya penubuhan Malaysia melibatkan Sabah, Sarawak dan
Singapura sahaja. Reaksi negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina
juga dicatat dalam buku tersebut. Buku ini juga menulis tentang tuntutan
negara yang terlibat dalam penubuhan Malaysia seperti Tuntutan 20
Perkara.

Kesimpulannya, setelah saya membaca buku “Seikat Bak Sirih
Menyusuri Kelansungan Tanah Melayu dan Pembentukan Malaysia”, saya
telah mendapati banyak ilmu dan berjaya mengingat balik pengetahuan
yang dipelajari dalam mata pelajaran Sejarah semasa sekolah menengah.
Saya telah banyak mendapati ilmu yang lebih terperinci tentang usaha-
usaha pejuang dan orang terdahulu untuk menuntut kemerdekaan yang
dinikmati oleh orang muda-mudi pada zaman sekarang. Buku ini
sememangnya merupakan sebuah buku yang amat sesuai dibaca oleh
pemuda-pemudi supaya dapat memahami lebih banyak sejarah mengenai
kemerdekaan Tanah Melayu.

201 | P a g e

Bicara Karya 2020

TAJUK STADIUM MERDEKA
PENGARANG FRANCED MUNA ANAK
EMPARI
PENERBIT ASTANA KARYA
TAHUN 2014
DITERBITKAN
NAMA PENGULAS WAN NURNAZIHAH
BINTI MOHD HASSAN
(Pelajar, IPG KPP)

Artikel ini mengupas secara terperinci mengenai Stadium Merdeka
yang mana merupakan monumen bersejarah yang terpenting buat negara
Malaysia. tempat bersejarah ini menjadi saksi utama laungan ‘Merdeka’
oleh perdana menteri dan menjadi titik permulaan kepada udara
kemerdekaan yang dihirup sehingga kini. Stadium merdeka juga telah
menjadi ikon negara kepada pelancong tempatan mahupun pelancong
asing kerana keistimewaannya yang merakam detik-detik kegembiraan bagi
masyarakat Tanah Melayu. Reka bentuk stadium merdeka ini adalah
cetusan idea Perdana Menteri Malaysia Pertama dan pengetahuan tentang
warisan ini wajar dihebahkan kepada masyarakat Malaysia.

Berdasaekan perikan artikel ini, intipati yang begitu menarik yang
dapat kita peroleh adalah mengetahui asal-usul pembinaan stadium
merdeka serta kronologi peristiwa yang mengangkat tempat ini sebagai satu
kawasan bersejarah buat Malaysia dalam mencapai kemerdekaan.
Mungkin, sebahagian besar rakyat Malaysia sudah mengetahui mengenai
peristiwa penting yang berlaku di stadium merdeka. Namun begitu, masih
ramai masyarakat Malaysia yang masih tidak mengenali stadium merdeka
secara lebih mendalam terutamanya mengenai kapasiti serta infrastuktur
stadium merdeka itu sendiri. Melalui pembacaan artikel ini, pembaca
mengetahui serba sedikit informasi mengenai struktur bangunan tersebut
yang mana boleh dikatakan mempunyai insfrasturktur yang begitu hebat

202 | P a g e

Bicara Karya 2020

dan menarik.

Selain itu, artikel bertajuk Stadium Merdeka ini juga sarat dengan
pelbagai pengetahuan am tentang tempat bersejarah itu yang mana amat
bermakna kepada generasi muda yang bakal menerajui tampuk
kepemimpinan negara pada masa akan datang. Ilustrasi gambar lama yang
diselit antara penerangan tersebut juga mampu memberikan gambaran
yang jelas kepada pembaca mengenai suasana dan persekitaran tempat
tersebut sebelum mencapai kemerdekaan. Penerangan yang jelas dan
padat ini mampu mencetuskan semangat patriotisme dalam kalangan
pembaca kerana tempat ini menjadi titik permulaan kepada kemerdekaan
negara dari cengkaman penjajah luar. Susunan gambar dan keterangan
yang sistematik telah memudahkan para pembaca untuk menghadam isi
kandungan yang ingin disampaikan. Artikel ini juga sesuai untuk dibaca oleh
semua lapisan masyarakat kerana tidak menyentuh sensitiviti mana-mana
pihak.

Namun begitu, pada pandangan saya, artikel ini dapat ditambahbaik
dari segi penggunaan gambar yang pelbagai. Penulis artikel boleh membuat
perbandingan gambar suasana stadium merdeka pada zaman sebelum
kemerdekaan dengan stadium merdeka pada era globalisasi ini. Hal ini
mampu memberikan gambaran yang begitu jelas kepada pembaca bahawa
stadium merdeka adalah begitu signifikan kepada negara tercinta kerana
strukturnya masih kukuh walaupun sudah berdiri hampir beberapa abad
yang lalu. Dalam pada itu, penulis juga boleh mengolah maklumat dalam
bentuk yang lebih jelas dan mudah difahami, Sebagai contoh, maklumat
yang ditulis dalam bentuk ‘point’ adalah lebih mudah untuk difahami oleh
pembaca berbanding penulisan secara dalam perenggan yang panjang.

Oleh hal yang demikian, masyarakat Malaysia sewajarnya
mempunyai pengetahuan yang begitu mendalam tentang sejarah negara
kerana ia merupakan titik tolak kepada rentetan kejayaan dan kemajuan

203 | P a g e

Bicara Karya 2020
yang dicapai pada era millenium ini. Pendedahan umum tentang stadium
merdeka ini sedikit banyak mampu menyemarakkan semangat kekitaan dan
membangkitkan rasa tanggungjawab dalam diri masyarakat Malaysia untuk
mempertahankan kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh para
perajurit negara sehingga akhir hayat. Dalam konteks ini, maklumat tempat
bersejarah ini juga mampu menimbulkan kesyukuran dan terima kasih yang
tidak terhingga kepada pejuang negara yang telah mempertaruh nyawa
serta mengerah tenaga tulang empat kerat dalam memperjuangkan
kemerdekaan bagi negara tercinta ini.

204 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk LEFTENAN ADNAN; WIRA
BANGSA
Pengarang ABDUL LATIP BIN TALIB
Penerbit PTS PUBLICATIONS
Tahun 2008
diterbitkan
Nama Pengulas Siti Aishah Baharom
(Pelajar, IPG KPP)

Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Bin Talib
menceritakan tentang kisah perjuangan seorang pemuda yang sanggup
berjuang semati-matian untuk mempertahankan negara tercinta sehingga
ke titisan darah yang terakhir. Pada permulaannya, Leftenan Adnan serta
keluarganya telah menetap dan beliau telah dibesarkan di Kampung Sungai
Ramal yang terletak di Kajang. Tidak dapat dinafikan sememangnya
Leftenan Adnan mempunyai darah pahlawan. Hal ini berikutan kerana, pada
suatu ketika dahulu moyangnya pernah membantu Dol Said untuk
menentang Inggeris di Naning. Namun, keluarga Leftenan Adnan bertindak
untuk merahsiakan dan tidak suka untuk menghebahkan cerita itu. Sifat
kepahlawanan yang ada dalam diri Leftenan Adnan amat tinggi. Adnan
sering bermimpi untuk menjadi seorang adiwira yang hebat seperti Hang
Tuah.

Pada waktu siang, Leftenan Adnan dan adik-adiknya berlatih silat
manakala pada waktu malam ayah Adnan iaitu Pak Saidi akan mengajar
Adnan untuk mengaji. Pak Saidi telah menghantar Adnan ke sekolah Inggeri
kerana beliau beranggapan bahawa sekiranya Adnan dihantar ke sekolah
Inggeris, beliau dapat mempelajari lebih banyak ilmu. Pak Saidi
memberikan pendapat bahawa penentangan pada zaman sekarang adalah
bukan berdasarkan senjata tetapi berdasarkan pengetahuan dan ilmu yang

205 | P a g e

Bicara Karya 2020

diperoleh oleh seseorang individu. Namun, ramai penduduk kampung yang
beranggapan bahawa dengan menghantar anak mereka ke sekolah
Inggeris akan menjadikan anak mereka murtad namun hal ini amat
bertentangan dengan apa yang difirkan oleh Pak Saidi. Walaupun Adnan
telah bersekolah di sekolah Inggeris, Pak Saidi tetap mengajar Adnan
mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya mempunyai jati diri yang
kukuh dan tidak lupa akan agama dan asal usulnya. Pak Saidi sering
menasihati Adnan supaya tidak mempedulikan apa yang diperkatakan
kepada orang lain.Penduduk kampung amat tidak bersetuju dengan
tindakan Pak Saidi yang telah menyekolahkan anaknya di sekolah Inggeris.
Pak Saidi masih utuh dengan pendapat dan tujuan sebenarnya kerana
beliau tahu akan kebaikan menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris.
Pak saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang berjaya
supaya anak-anak kita mendapat ilmu pengetahuan yang tinggi supaya
dapat memperoleh kejayaan pada masa yang akan datang.

Selepas Adnan telah menamatkan pengajiannya, Adnan telah terpilih
sebagai guru pelatih. Tetapi Adnan tidak berminat untuk bekerja sebagai
seorang guru. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang askar. Minat
Adnan yang mendalam untuk menjadi seorang askar melayu telah bermula
sejak kecil kerana Adnan gemar untuk mendengar cerita kisah pahlawan-
pahlawan Melayu. Dari situ Adnan telah bersemangat untuk menjadi askar
supaya dapat mempertahankan tanah air. Telah dijadikan cerita, pada suatu
hari Kampung Sungai Ramal telah dikunjungi oleh beberapa anggota British
yang bertujuan untuk mencari anak-anak muda tempatann yang
berkelayakan untuk diserap masuk ke dalam pasukan askar melayu.
Namun, ibu kepada Adnan iaitu Milah tidak membenarkan Adnan untuk
melibatkan diri ke bidang askar. Ibunya lebih suka Adnan untuk menjadi
seorang guru yang akan menjadi bakal pendidik kepada anak bangsa.
Bukan itu sahaja, kerjaya sebagai seorang guru juga amat berkepentingan
dalam menyumbang kepada pembentukan sesebuah negara yang maju

206 | P a g e

Bicara Karya 2020

kerana guru yang cemerlang mampu melahirkan anak murid yang terbilang
sahsiah dan akademiknya. Tetapi Adnan tetap berkeras ingin menjadi
seorang askar. Maka dengan itu, Pak Saidi iaitu ayah kepada Adnan telah
merestui cita-cita anaknya. Lalu, Adnan telah pergi ke kem latihan
ketenteraan yang terletak di Port Dickson.

Sepanjang latihan itu, Adnan telah menunjkkan kesungguhan yang
mendalam semasa menjalani latihan sehingga Adnan telah terpilih untuk
diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Adnan telah dihantar ke
Singapura untuk berkhidmat. Semasa di Singapura, dalam waktu yang
singkat Adnan telah dinaikkan pangkat untuk menjadi sarjan pada tahun
1937. Pada tahun yang sama Adnan juga telah terpilih untuk menyertai
upacara pertabalan di London. Tidak lama kemudian, Adnan telah dinaikkan
pangkat sekali lagi dan menjadi seorang Leftenan. Setelah pulang dari
London, Adnan telah memilih calon isteri dan membuat keputusan untuk
berkahwin dengan seorang guru di kampungnya dengan seorang gadis
yang bernama Sophia. Apabila berlaku Perang Dunia, dan Jepun telah
bersedia untuk menjajah Tanah Melayu maka Leftenan Adnan telah
menghantar keluarganya kembali ke kampung. Manakala, Leftenan Adnan
telah diminta untuk bertugas di Bukit Candu tapi pada masa yang sama
Pasir Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Semasa di Bukit Candu ,
Leftenan Adnan telah memerintahkan untuk tenteranya membina kubu.
Setelah kubu-kubu itu siap dibina, Adnan telah berjumpa dengan penguhulu
untuk membincangkan tentang masalah segelintir penduduk yang tidak
mahu berpindah.

Pada tahun 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup kencang.
Menurut Sir Thomas, askara Jepun akan datang untuk menyerang Tanah
Melayu. Mereka menjangkakan bahawa askar Jepun akan mendarat di
Kelantan dan Singapura. Cadangan laksamana Thomas mendapat
persetujuan. Maka dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak British

207 | P a g e

Bicara Karya 2020

mengetahui tahap kekuatam, jumlah tentera, dan mengesan lokasi tentera
Jepun.Setelah sejam meni jau di udara akhirnya Pegawai Penerbangan
telah melaporkan bahawa ternampak tiga buah kapal di lautan yang
sepatutnya melalui laluan itu, Tetapi tentera jepun itu telah hilang daripada
pandangan. Mereka beranggapan bahawa tentera jepun telah mengubah
laluan. Adnan telah memperintahkan agar semua pasukan berjaga-jaga.
Adnan juga telah memberi taklimat untuk mempertingkatkan kawalan. Pada
8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar yang telah di lakukan di Bilik
Gerakan Pangkalan Tentera British telah memaklumkan bahawa tinjaunan
udara mendapati bahawa adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun
di Songkhla dan Pattani. Namun, disebabkan pihak British lambat
menerima maklumat ini.

Tanpa diketahui, pihak tentera Jepun telahpun berjaya mendarat di
Kota Bharu. Pertemuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun telah
pun berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah membakar lapangan terbang
tersebut agar pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Hal ini telah
menyebabkan ramai tenter Jepun yang telah terbunuh.
Kelantan,Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh tentera
Jepun dalam masa yang singkat. Harapan tentera British ialah tentera laut.
Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang telah berjaya dikesan oleh
pihak Jepun. Pada 1942 Tentera Jepun telah berjaya melancarkan
serangan. Jeneral Yamashita menghantar 13000 orang tentera serta telah
memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Singapura. Tentera
Jepun telah mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta kebal.
Kemaraan mereka telah ditentang hebat oleh pasukan askar Melayu.
Setelah beberapa buah kereta kebal Jepun telah dimusnahkan, akhirnya
tentera Jepun telah berundur.

Pada keesokan harinya,suasana menjadi hening apabila dikejutkan

208 | P a g e

Bicara Karya 2020

dengan berita tentera Jepun telah datang.Tentera Jepun telah menghantar
rundingan. Namun , Adnan tidak mahu berundur diikuti dengan
pengeboman tentera Jepun dari udara. Pertempuran ini telah
memperlihatkan semangat juang askar Melayu yang lebih komited dan
berani. Hal ini telah menimbulkan kemarahan tentera Jepun . Mejar Kimura
bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu, dari puncak Bukit
Candu jelas tentera Jepun sedang mara. Tentera Jepun telah menyangka
bahawa pertahanan Bukit Candu telah musnah, namun pertahanan Bukit
Candu masih utuh. Lalu askar melayu melepaskan tembakan yang bertubi-
tubi kepada tentera Jepun. Pertempuran sengit berlanjutan, Leftenan Adnan
sendiri mengendalikan senjata untuk bertempur. Pihak tentera Jepun
banyak menggunakan bayonet. Dalam pertempuran ini ramai tentera yang
telah mati terkorban.Adnan juga cedera parah tetapi beliau enggan untuk
berundur. Keberanian Leftenan Adnan telah menaikkan semangat juang
tentera pasukannya untuk berjuang sehabis baik. Tentera Jepun yang
semakin membara kemarahannya telah berjaya menawan Leftenan
Adnanlau diserkup dengan guni. Lalu tentera Jepum telah
menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok
ceri. Kemudian sesiapa yang berjalan di poko ceri itu akan menikam tubuh
Leftenan Adnan yang tergantung dengan menggunakan bayonet.

Maka dengan itu, berakhirlah kesungguhan dan keberanian seorang
perwira yang tidak pernah menyerah kalah untuk mempertahankan negara
tercinta hingga ketitisan darahnya yang terakhir. Sikap terpuji Leftenan
Adnan ini perlu dicontohi oleh semua lapisan masyarakat untuk sentiasa
menerangkapkan sikap patriotism yang tinggi dalam diri setiap individu.
Janganlah bersikap prejudis sehingga sanggup mengabaikan tentang
negara yang tercinta. Tanpa usaha, pengorbanan tokoh tokoh pahlawan
yang sanggup berjuang semati-matian demi negara yang tercinta ini pasti
sehingga kini kita tidak akan memperoleh kemerdekaan. Maka,perkara ini
jelas membuktikan bahawa kemerdekaan yang diperoleh adalah daripada

209 | P a g e

Bicara Karya 2020
jasa-jasa tokoh yang terdahulu. Kesimpulannya, generasi pada masa ini
perlu membuka mata mensyukuri segala apa yang ada pada masa kini.
Bersyukur kerana tidak perlu berhadapan dengan peperangan seperti apa
yang telah berlaku pada masa dahulu. Kemerdekaan perlu disambut bagi
memperingati sejarah usaha jasa tokoh pahlawan yang tidak pernah putus
asa mempertahankan negara sehinggalah memperoleh kemerdekaan iaitu
pada 31 Ogos 1957.

210 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk ANUGERAH
Pengarang ZAHARAH NAWAWI
Penerbit ADRIANA HANI BINTI AZIZI
Tahun 1995 BY DEWAN BAHASA
diterbitkan DAN PUSTAKA
Nama Pengulas ADRIANA HANI BINTI AZIZI
(Pelajar, IPG KPP)

Hari Kemerdekaan merupakan hari yang penting dalam hidup kita
terutamanya rakyat Malaysia . Hari Kemerdekaan menandakan negara kita
bebas daripada penjajahan sejak tahun 1511 sehingga tahun 1957 .
Negara kita telah dijajah oleh pelbagai negara luar seperti Portugis mulai
tahun 1511 . Portugis berjaya menawan kota dan pelabuhan Melaka. .
Sultan Mahmud dan puteranya Raja Ahmad mengundur diri dan
menyambung kesultanan Melayu ke negeri-negeri lain seperti Johor dan
Perak . Negara yang seterusnya ialah Belanda . Sewaktu Belanda
menjajah Tanah Melayu,berlaku rampasan takhta oleh Belanda . Pada
tahun 1597,Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.Pada tahun
1606,Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai
Melaka.Namun,percubaan selama 3 bulan gagal apabila Portugis mendapat
bantuan dari Goa.Selain itu,seperti yang kita tahu,British juga merupakan
negara yang menjajah Tanah Melayu.Tetapi adakah anda tahu tujuan
British melakukan sedemikian ? British menjajah Tanah Melayu bertujuan
untuk memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat ,
mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk
pelaburan di barat.Akhir sekali,penjajahan British agak terkenal kerana ia
meninggalkan impak yang besar pada negara kita . Negara Jepun turut
menjajah Tanah Melayu. Seperti yang anda tahu,Tanah Melayu dan
Singapura telah jatuh ke tangan negara Jepun pada 15 Februari 1942

211 | P a g e

Bicara Karya 2020

.Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September1945,iaitu selama lebih
kurang 3 tahun setengah .Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada
tahun 1945,British Kembali memerintah Tanah Melayu . Kedatangan
semula British membawa usaha-usaha perpaduan melalui Pembentukan
Jawatankuasa Perhubugan Kaum .Sebagai rakyat Malaysia yang
prihatin,kita perlulah menghargai jasa para pemimpin dan tentera yang telah
berusaha keras mengekalkan Tanah Melayu ini . Pada era globalisasi
ini,terutamanya remaja perlulah menanam sikap patriotisme dalam diri
masing-masing agar hari kemerdekaan ini tidak hanyut ditelan zaman.

Saya memilih buku yang berkaitan dengan kemerdekaan yang bertajuk
Anugerah karya Zaharah Nawawi . Zaharah Nawawi merupakan anak jati
Kampung Parit Jawa,Mukim Empat,Batu Pahat Johor.Beliau dilahirkan pada
tanggal 5 Mei 1940 di kampung halamannya . Beliau mula mengasah bakat
dalam bidang penulisan sejak berusia 12 tahun dan sejak itu beliau
menjadikan menulis sebagai hobi beliau dan beliau tidak berhenti menulis .
Pencapaian tertinggi yang diraih oleh beliau ialah beliau merupakan salah
seorang penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award)
pada September 1996 di Bangkok,Thailand serta Hadiah Karyawan Sastera
Johor dan Hadiah Sastera Johor Darul Takzim 1999. Beliau telah
menghasilkan pelbagai karya yang menarik tetapi yang ingin saya ulaskan
hari ini ialah karya beliau yang bertajuk Anugerah yang diterbitkan pada
tahun 1995. Anugerah ini merupakan salah satu karya beliau yang terkenal
dan telah menaikkan nama beliau.

Memandangkan kita berada dalam bulan kemerdekaan,maka saya telah
membuat keputusan untuk mengulas karya beliau yang bertajuk Anugerah
ini kerana karya ini bertemakan kemerdekaan . Novel karya penerima
Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) ini merakam perjuangan
golongan wanita dalam menuntut kemerdekaan, sekali gus memperlihatkan
keazaman dan kekuatan mereka. Bagi pengarang dan penulis skrip, Siti

212 | P a g e

Bicara Karya 2020
Jasmina Ibrahim, Anugerah memberikan kelainan sudut pandang mengenai
kemerdekaan apabila ia disorot dari watak wanita. "Perjuangan tokoh
seperti Ibu Zain diserap masuk dengan baik dalam naskhah ini dan
melahirkan watak seperti Cikgu Ramlah dan Cikgu Mariam.Karya ini telah
menerima banyak komen positif dari pelbagai pihak. Novel Anugerah yang
diterbitkan pada 1995 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) setebal
1,351 halaman itu, ialah fiksyen sejarah yang bercerita mengenai semangat
perjuangan menuju kemerdekaan.
Oleh itu,kita mestilah mencontohi sikap baik pejuang-pejuang tanah air
dalam memerdekakan Tanah Melayu . Kita sebagai rakyat Malaysia
perlulah menerapkan sifat-sifat baik yang terkandung dalam novel ini agar
kita dapat mengekalkan sikap perpaduan antara rakyat Malaysia dan
mengekalkan keamanan negara .

213 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Cerpen Cinta Ahmad
Pengarang Mutawakkil

Zainal Rashid Ahmad

Penerbit Utusan Publication&
Distributors Sdn Bhd
Tahun Terbitan pertama 2003
diterbitkan
Nama Ng Yun Jia
pengulas (Pelajar, IPG KPP)

Cerpen yang berjudul Cinta Ahmad Mutawakkil ditulis oleh Zainal Rashid
Ahmad digunakan di dalam antologi komponen sastera(KOMSAS) dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM).Cerpen
ini menampilkan hero era penjajahan Inggeris dan Jepun serta darurat yang
diisytiharkan oleh Parti Komunis Malaya. Ahmad Mutawakkil sebagai watak
utama dalam cerpen ini merupakan seorang pemimpin dalam usia muda
juga rela menggadaikan nyawa,menebus cinta ,demi maruah ibu pertiwi.
Selain itu,isu yang diutarakan dalam cerpen ini adalah pelbagai dari
perjuangan,pendidikan,alam sekitar, ketuhanan, masyarakat, sampailah
psikologi remaja dan kasih sayang. Isu-isu tersebut digarap merentasi latar
geografi, sejarah dan bidang-bidang ilmu dengan pelbagai gaya dan bentuk.

Cerpen ini mengupas perjuangan Ahmad Mutawakkil sebagai watak
utama dalam menentang penjajah-penjajah luar bagi mendapat
kemerdekaan Tanah Melayu. Semasa saya membaca cerpen ini,saya
berasa sangat kagum dengan azamnya dalam menentang penjajah Jepun
dan Inggeris. Selain itu,dia tetap ajak masayarakat kampungnya tanpa
menghirau keselamatan dirinya dalam menghadapi dan menentang Parti
Komunis Malaya (PKM0) yang mula menggila pada tahun 1948.

Dalam cerpen ini, saya juga tertarik dengan sikap berani yang ada pada
Ahmad Mutawakkil. Dia merupakan pemuda yang begitulah berani kerana
dia tidak gentar akan ancaman komunis yang mengugutnya walaupun
pihak komunis telah memberi amaran kepadanya agar tidak menghasut
214 | P a g e

Bicara Karya 2020

orang kampung membenci komunis. Walaubagaimanapun, pada akhirnya
dia telah dibunuh oleh pihak komunis namun semangat patriotisme dan
perjuangan yang ada pada dia telah membarakan masyarakat kampung
sama seperti mereka rindu akan Ahmad Mutawakkil yang selalu menyebut
“Tanah Melayu pasti merdeka!”.

Ahmad Mutawakkil dalam cerpen ini menpunyai sifat kepimpinan yang
saya amat sukai. Dia selalu menggunakan ilmu dan pengetahuannya dalam
memimpin penduduk kampungnya untuk menentang kuasa lain sehingga
sanggup mengorbankan nyawa dirinya. Dia juga menyampaikan pidato
citra merdeka dan mengkritikkan bangsa Melayu yang sanggup diperalat
Parti Komunis Malaya..Ini adalah untuk menyemarakkan semangat patriotik
penduduk masyarakat dan memupuk semangat kerjasama bagai aur
dengan terbing untuk menghalau kuasa asing dari Tanah Melayu. Akhirnya,
dia juga berjaya untuk meniupkan semangat perjuangan yang begitu
mendalam dalam jiwa penduduk kampung.

Cerpen ini juga mempersembah latar masyarakat yang bekerjasama bagi
menentang pengaruh kuasa asing.Dalam perspektif ini, ikhtibar yang dapat
dihayati oleh para pembaca adalah sentiasa berganding bahu dalam
melakukan sesuatu supaya dapat mencapai kejayaan dengan lebih
efektif.Tambahan pula,kita juga dapat membanteras negara kita dijajah
semula oleh kuasa asing. Memang tidak dapat dinafikan, kehidupan pada
zaman penjajahan tersebut memang susah dan sengsara. Justeru itu, kita
mesti menjaga dan mempertahankan negara kita dengan penuh semangat
seperti Ahamad Mutawakkil.

Tambahan pula,cerpen bertajuk Cinta Ahmad Mutawakkil ini membolehkan
para pembaca mengambil iktibar tentang semangat patriotik penting dalam
mencapai kemerdekaan sesebuah negara.Jikalau tiada semangat cinta
akan negara dalam masyarakat, negara tersebut mudah runtuh dan
memberi peluang bagi penjajahan oleh negara lain yang lebin kuat. Justeru

215 | P a g e

Bicara Karya 2020
itu,kita hendaklah sentiasa meletakkan bangsa dan negara di hadapan.
kepentingan kita termasuklah nyawa.

Akhir sekali, dalam cerpen ini juga menyampaikan betapa susah dalam
proses pencapaian kemerdekaan negara kita daripada kuasa asing.
Pemimpim-pemimpin kemerdekaan negara kita pernah menghadapi
pelbagai rintangan dan cabaran dalam mencapai kemerdekaan negara
Malaysia.Oleh itu, kita perlulah menghargai jasa dan pengorbanan
pemimpin-pemimpin supaya negara Malaysia dapat mengekal
kemerdekaan.

216 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk SEMANGAT PATRIOTISME
MELALUI LAGU-LAGU PATRIOTIK :
Pengarang KAJIAN PERSEPSI BEBERAPA
Penerbit ORANG BELIA DI KOTA KINABALU,
Tahun SABAH.
diterbitkan MAHAT JAMAL
Nama JURNAL KOMUNIKASI BORNEO
Pengulas 2015

AIDA FITRI BAWATI BINTI BANDAR
(Pelajar, IPG KPP)

Artikel yang telah dibaca berjudul “Semangat Patriotisme melalui
Lagu-lagu Patriotik : Kajian Persepsi Beberapa Orang Belia di Kota
Kinabalu, Sabah.” Artikel ini merupakan sebuah kertas kajian yang telah
diterbitkan dalam Jurnal Komunikasi Borneo Volume 4 pada tahun 2015.
Kaedah kajian yang telah dilaksanakan ialah temu bual secara persampelan
‘purposive’ terhadap 10 orang responden yang terdiri daripada golongan
belia yang berumur 19-35 tahun di sekitar Kota Kinabalu, Sabah.

Responden mempunyai latar belakang serta cara hidup yang
berbeza. Justeru, persepsi serta pandangan yang diketengahkan oleh
mereka juga turut berbeza. Kajian ini mengetengahkan doktrin yang
mementingkan perpaduan, kesejahteraan dan keharmonian yang perlu
wujud dalam masyarakat majmuk. Pengkaji percaya bahawa doktrin
tersebut sekiranya diamalkan oleh rakyat Malaysia akan mampu melahirkan
kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik di Malaysia. Lalu, rakyat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik boleh hidup
bersama dalam keadaan yang aman serta bebas.

Berdasarkan kajian tersebut juga, nilai patriotisme konteks Malaysia
juga dapat dikumpulkan berdasarkan pandangan-pandangan daripada
responden. Terdapat lima nilai patriotisme tersebut iaitu berbangga sebagai

217 | P a g e

Bicara Karya 2020

rakyat Malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat kekitaan,
berdisiplin serta berusaha dan produktif agar mampu meletakkan Malaysia
antara negara termasyhur di persada dunia.

Secara keseluruhan menurut kesemua responden yang terlibat,
mereka bersetuju bahawa lagu-lagu patriotik sememangnya memainkan
peranan penting dalam membangkitkan kesedaran patriotik dalam kalangan
masyarakat Malaysia khususnya golongan belia. Pendekatan lagu patriotik
untuk memupuk semangat patriotisme dalam golongan belia adalah
merupakan langkah yang proaktif kerana sejajar dengan minat belia yang
cenderung terhadap muzik. Oleh itu, belia tidak hanya dikatakan terjerumus
dengan budaya hedonisme seperti mendengar lagu dengan bait serta
maksud yang tidak elok yang tidak mencerminkan keperibadian yang positif.
Golongan belia sebegini haruslah didedahkan berkenaan semangat
patriotisme yang tinggi kerana mereka merupakan peneraju kepimpinan
negara di masa hadapan. Dengan itu, mereka akan lebih menghargai
pengorbanan perajurit tanah air untuk memerdekakan negara kita dan
menyematkan semangat tersebut dalam diri agar Malaysia sentiasa dalam
keadaan aman damai dan selamat daripada jajahan luar. Semangat
sebegini diperlukan dalam diri seorang pemimpin kerana mereka sedar
akan kepentingan kemerdekaan dan kaedah untuk memeliharanya untuk
tempoh masa yang lama. Berdasarkan kata-kata pujangga, cerminan
kejayaan masa hadapan sesebuah negara bergantung dengan keupayaan
dan kemantapan sistem nilai belia pada masa kini.

Akan tetapi, semangat patriotisme ini tidak hanya meniti di bibir
tetapi dibuktikan dengan perbuatan yang bersesuaian seperti menghormati
simbol-simbol penting negara. Contohnya ialah pemimpin negara iaitu
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong, Perdana Menteri Malaysia dan lain-lain lagi. Simbol penting negara
yang lain pula ialah lagu seperti lagu Negaraku dan lagu kebesaran negeri-

218 | P a g e

Bicara Karya 2020

negeri di Malaysia serta bendera Malaysia iaitu “Jalur Gemilang” dan
bendera negeri-negeri. Perbuatan sebegini wajar dilaksanakan untuk
membuktikan bahawa kesedaran semangat patriotisme tidak hanya dilafaz
di bibir sebaliknya juga diamalkan. Justeru, hal ini membuktikan bahawa
semangat patriotisme yang tinggi benar-benar sudah terbentuk dalam diri
golongan belia.

Berdasarkan kajian ini juga, kebanyakan responden juga
mencadangkan agar lagu-lagu patriotik disiarkan ketika siaran radio
mempunyai ramai pendengar, contohnya sebelum siaran berita. Hal ini
kerana siaran radio mempunyai bilangan pendengar yang ramai apabila
saluran berkenaan berita diudarakan. Apabila kaedah ini dilaksanakan,
secara tidak langsung ramai pendengar radio akan mendengar lagu-lagu
patriotik dan menanamkan semangat patriotisme dalam diri setiap
pendengar saluran radio tersebut.

Kesimpulannya, lagu patriotik yang didendangkan juga
menyumbang kepada kesedaran individu akan kepentingan semangat
patriotisme yang wajar wujud dalam diri setiap rakyat Malaysia. Justeru,
lagu-lagu patriotik wajar didendangkan di pelbagai saluran agar dapat
menarik minat serta memberikan kesedaran berkenaan peri pentingnya
semangat patriotisme wujud dalam diri rakyat yang merdeka.

219 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Berjuang untuk
Kemerdekaan
Pengarang Aw Lai Sin & Wan Suriati
Penerbit Pan Earth Sdn Bhd
Tahun diterbitkan 2007
Nama Pengulas AIDA TENG JING RAN
(Pelajar, IPG KPP)

Berjuang untuk Kemerdekaan adalah hasil daripada penelitian ilmiah
pengarang berkenaan kemerdekaan pelbagai negeri daripada segi sejarah.
Apabila diteliti akan judul buku ini, kita mendapati bahawa tema penting
yang ingin disampaikan oleh pengarang ialah pengorbanan dan perjuangan
tokoh-tokoh untuk mencapai kemerdekaan negeri masing-masing. Negeri
yang dibincangkan termasuk Sarawak, Sabah, Melaka dan Perak. Pada
masa yang sama, perjuangan kemerdekaan negara kita, Malaysia juga
dikatakan. Dalam membincangkan dan menghuraikan isu-isu tersebut satu
persatu, pengarang membawakan hujah, maklumat dan data ilmiah melalui
persembahan dan gaya bahasa yang cukup mudah difahami oleh setiap
lapisan pembaca dan menarik untuk dibaca.

Buku ini bermula dengan sekumpulan orang melawat kawan mereka
yang terdapat di Sarawak. Secara langsungnya, mereka menceritakan asal
usul Sarawak dan usaha tokoh Sarawak dalam melawan Sultan Brunei yang
memungut cukai yang tinggi. Pada tahun 1837, Datu Patinggi Ali telah
mengetuai rakyat bangkit memberontak dan Sultan Brunei terpaksa
menyerahkan kawasan ini kepada James Brooke. Ini adalah perjuangan
Datu Patinggi Ali dalam menjaga rakyat Sarawak pada masa itu dan telah
menjadikan asas yang penting dalam mendapat kemerdekaan Sarawak

220 | P a g e

Bicara Karya 2020

serta menjadi sebahagian dalam Malaysia. Walaubagaimanapun,
kemerdekaan Sarawak belum tercapai. Jadi, semasa pemerintahan James
Brooke, satu tokoh yang bernama Rentap terkeluar untuk menjaga orang
Iban yang terdapat di Sarawak. Walaupun penentangan ini berakhir dengan
gagal, pengorbanan Rentap perlu kita hargai. Dalam buku ini, saya juga
mendapat satu informasi yang menarik tentang asal usul nama Sarawak.
Ketika Pangeran Hashim menyerahkan sebahagian daripada Wilayah
Sultan Brunei kepada Brooke, beliau berkata “Serah kepada awak!” Oleh itu,
nama Sarawak wujud. Perkataan ini adalah satu kemungkinan nama
Sarawak diwujudkan dan buku ini menyampaikannya dengan cara yang
menarik.

Negeri kedua yang dibincangkan adalah negeri Sabah. Berdasarkan
tema buku ini, perjuangan tokoh telah saya pentingkan. Dalam perjuangan
mendapat kemerdekaan Sabah, seorang tokoh yang bernama Mat Salleh
berani berperang dengan orang Inggeris walaupun tiada senjata yang
lengkap dan maju berbanding dengan tentera orang Inggeris. Secara
sedihnya, Mat Salleh akhirnya terkorban dalam suatu pertempuran.
Seterusnya adalah negeri Melaka, tokoh yang memberi sumbangan
mendapat Melaka balik dari orang Portugis ialah Sultan Mahmud Syah.
Dalam perjuangan Melaka, baginda telah memberikan pelbagai strategi
untuk merampas Melaka balik tetapi akhirnya masih gagal. Akhirnya ialah
negeri Perak. Tokoh Perak adalah satu tokoh yang terkenal iaitu Dato’
Maharaja Lela. Dato’ Maharaja Lela telah meninggalkan sumbangan yang
kuat dalam perjuangan Perak walaupun akhirnya masih gagal dan terkorban
dalam perjuangan tersebut.

Keistimewaan utama buku-buku cerita ini ialah bentuk persembahan
ceritanya yang unik, iaitu dalam komik. Latar belakang ceritanya juga
dipelbagaikan untuk mengelakkan kebosanan membaca. Ilustrasinya yang
menarik dan berwarna-warni menarik minat para murid untuk meneruskan

221 | P a g e

Bicara Karya 2020
pembacaan di samping mendapat pengetahuan yang tidak dapat ternilai.
Untuk menggalakkan minat membaca dan memudahkan pemahaman
semua lapisan, buku cerita ini juga digarap dengan bahasa yang mudah.
Memandangkan matlamat dan manfaat yang dapat diperoleh daripada buku
ini, maka memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pembaca serta
lebih menghargai tanah yang didapati melalui pengorbanan bilangan tokoh
yang tidak dapat dikira pada masa dahulu.

Akhirnya, menurut buku ini, saya mendapati negara kita pernah
dijajahi Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Dalam pemerintahan negara-
negara lain, rakyat telah mengalami kesulitan pada kebanyakan masa
seperti Jepun yang sangat ganas dan tidak berperikemanusiaan. Penjajah-
penjajah tersebut telah meninggalkan banyak kesan negatif yang mendalam
kepada Negara kita selama lebih empat ratus tahun. Rakyat tersedar
bahawa melindungi dan membangunkan negara bergantung kepada diri
sendiri. Pada 31 Ogos 1957, negara kita mencapai kemerdekaan. Menurut
buku ini, kita mendapati sebabnya kita harus berusaha menjaga
kemerdekaan kita supaya tragedi-tragedi masa dahulu tidak timbul.

222 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk DATO’ ONN JAAFAR
(Tokoh Nasionalis)
Pengarang Mohd.Tajuddin bin Haji
Abdul Rahman
Penerbit Pelanduk Publications
(M) Sdn Bhd
Tahun 1987
diterbitkan
Nama ALEXIS LIEW WEN JIE
Pengulas (Pelajar, IPG KPP)

Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar merupakan seorang yang terkenal di
Malaysia.Saya memastikan bahawa semua warganegara Malaysia
mengetahui dan mengagumi tokoh nasionalis ini.Buku yang berjudul
“DATO’ONN JAAFAR-TOKOH NASIONALIS” yang ditulis oleh pengarang
Mohd.Tajuddin bin Haji Abdul Rahman ini mempunyai kandungan-
kandungan yang sangat bersejarah dan menarik.Buku tersebut telah
menerangkan kehidupan beliau secara terperinci.

Menurut bahan bacaan,Dato’Onn Jaafar dilahirkan pada tahun 1895 di
Bukit Gambir,Jalan Gertak Merah,Johor Bharu.Dari segi keturunan,beliau
berdarah Melayu-Turki.Bapa beliau berketurunan Melayu-Bugis yang
berasal dari Daik dan ibunya pula keturunan Turki.Darah keturunan Melayu-
Turki yang mengalir dalam tubuhnya yang menjadikan beliau seorang
pentadbir dan ahli politik yang tidak kenal erti menyerah kalah dan pantang
berundur.Semangatnya yang berani,tegas dan bersikap terus-terang itu
sudah merupakan satu fakta sejarah yang penting.

Bak kata pepatah,kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat

223 | P a g e

Bicara Karya 2020

sagunya.Dato’Onn Jaafar telah berusaha dan bersikap gigih serta tidak
berputus asa dalam semua cabaran yang beliau hadapi.Beliau sentiasa
berterusan dalam melakukan segala kerjanya sehingga beliau berjaya
dalam kerjaya politiknya.Kita sedia maklum bahawa beliau merupakan
pengasas UMNO dan beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri
Besar Johor.Beliau tidak membazirkan masa dalam perkara yang tidak
berfaedah tetapi beliau telah menumpukan masanya dalam aktiviti yang
memanfaatkan rakyat-rakyat yang ikhlas kepadanya.

Dato’Onn Jaafar,seorang pemimpin yang lantang dan berani.Walaupun
kita sering tidak mendengar namanya dalam ruang lingkup sejarah
kemerdekaan tanah air tetapi beliau memang merupakan salah satu
pemimpin memulakan gerakan kesedaran untuk bersatu dan
merdeka.Sekiranya kurang penglibatan beliau,saya mempercayai bahawa
tanah melayu tidak dapat melepaskan diri dari pemerintahan colonial
Empayar Inggeris secara rasmi dan mengisytiharkan kemerdekaan sebagai
sebuah negara yang berdaulat. Walaupun laungan ‘Merdeka’ tidak
dimulakan oleh pemimpin UMNO, tetapi ia merupakan impian setiap
gerakan rakyat ketika itu.Bersatu teguh,bercerai roboh.Dengan kerjasama
antara rakyat-rakyat dan kepimpinan Dato’Onn Jaafar yang
cemerlang,hasrat British menubuhkan Malayan Union berjaya ditentang.

Menurut catatan sejarah,beliau meninggalkan Parti Kemerdekaan
Malaya untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam
pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1955.Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu
percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang
Melayu.Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan
tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.Orang
kata,genggam bara api biar sampai jadi arang,Dato’Onn Jaafar masih
berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik. Akhirnya,beliau berjaya

224 | P a g e

Bicara Karya 2020

mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu Selatan
dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS.

Semasa kita mendengar atau menyanyi lagu-lagu seperti “Tanggal 31”,
“Sejahtera Malaysia” dan “Negaraku”,pastilah kita akan mengingatkan
Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955,dan Perdana Menteri
pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970,beliau ialah
Tunku Abdul Rahman.Kita seharusnya tidak lupakan pemimpin atau wira
lain seperti Dato’Onn Jaafar yang terhormat.Beliau merupakan seorang
yang pejuang bangsa yang telah hidup menempuh dua zaman iaitu Zaman
Penjajahan dan Zaman Kemerdekaan.Di dalam kedua-dua zaman ini,beliau
memainkan peranan yang penting.Beliau telah menunjukkan sifat-sifat
kebijaksanaannya serta sikap keperwiraan yang sukar ditandingi oleh tokoh-
tokoh lain yang sezaman dengannya.

Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan
nama.Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 19
Januari 1962 akibat serangan jantung dan dikebumikan di Makam
Mahmoodiah,Johor Bahru.Walau bagaimanapun,jiwa Dato’Onn Jaafar tetap
sentiasa hidup untuk negara Malaysia dan tiada siapa pun dapat melupakan
jasa baktinya kepada parti, bangsa dan negara.Gaya kepimpinan dan
falsafah diri yang diterjemahkan oleh Dato’Onn Jaafar haruslah kita warisi
dan jomlah kita sebarkan

225 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Ensiklopedia Dr. Mahathir bin
Mohammad Perdana Menteri
Pengarang Malaysia Jilid 10
Penerbit Tun Dr. Mahathir bin Mohammad
Tahun DarulFikir, Kuala Lumpur
diterbitkan 2005
Nama
Pengulas Ashfaal Airiel Baihaqi bin Ayub
(Pelajar, IPG KPP)

Buku ini merupakan buku karangan sendiri oleh Tun Dr. Mahathir sepanjang
beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia 4. Dalam ensiklopedia Jilid ke 10,
penulisan beliau menekankan mengenai 6 topik utama iaitu Tindakan
Berasaskan Islam, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Persekitaran
Pelaburan Malaysia, Hubungan Selatan, Selatan, Hal Ehwal Parlimen dan
Pertubuhan Bangsa Bersatu. Sepanjang saya membaca ensiklopedia ini
saya mendapati bahawa Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri
Malaysia individu yang pintar memerhati keadaan sebelum mengambil
tindakan. Ini bagi memastikan segala tindakan yang dibuat dapat diwajarkan
bagi mendapatkan penerimaan bagi orang ramai. Seterusnya, dalam
ensiklopedia ini tidak hanya melihat daripada tindakan Dr. Mahathir secara
individu tetapi sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi menjamin
keselamatan negara dari segi politik, ekonomi dan juga perpaduan. Fakta-
fakta yang terperinci juga diletakkan dalam ensiklopedia ini bagi
meningkatkan kefahaman para pembaca untuk memahami penulisan
beliau.

226 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk COVID-19 DAN
MALAYSIA BARU
Pengarang
LIM HONG SIANG
Penerbit
MALAYSIAKINI
Tahun
diterbitkan 30 Mac 2020
Nama
Pengulas BILLY CHONG YUN
KIAT
(Pelajar, IPG KPP)

Artikel bertajuk “Covid-19 dan Malaysia Baharu” karya Encik Lim Hong
Siang mengandungi empat seksyen utama dengan memperincikan isu
semasa yang berlaku sejak slogan “Malaysia Baharu” dilontarkan pada 10
Mei 2018 seterusnya membincangkan impak yang didatangkan oleh wabak
Covid-19 kepada nusa tercinta ini. Beliau memperihalkan persepsi daripada
pelbagai kaum dan bangsa berkenaan dengan isu yang dibangkitkan
kebelakangan ini seperti pertikaian Jawi dan khat, sekolah pelbagai aliran,
Icerd dan UEC (Sijil Peperiksaan Bersama). Bahagian pertama yang boleh
difokuskan dalam artikel ini ialah topik berkenaan dengan konsep negara
bangsa, diikuti dengan kisah untuk generasi akan datang, pegang tangan
doktor cina dan diakhiri dengan seksyen bersatu pertahan Malaysia.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa tanggapan
stereotaip rakyat terhadap kaum tertentu telah mengakibatkan hubungan
silaturahim antara rakyat mula rekah. Dalam konteks ini, kaum Melayu
barangkali disifatkan sebagai jumud, konservatif dan menyelindungi
ketidakyakinan dirinya dengan keangkuhan; sedang kaum Cina pula dilihat
sebagai biadab serta sering memaparkan personaliti dapat betis mahu
paha. Konflik sebegini sering berlaku dan kebanyakkan tidak diselesaikan
dengan baik dan teliti. Dari perspektif beliau, semua pihak terdesak untuk

227 | P a g e

Bicara Karya 2020

menyatakan pendirian sebelum dialog ataupun perbincangan dari hati ke
hati diadakan. Oleh hal demikian, rakyat Malaysia sering dibelenggu dengan
persoalan lapuk yang bertimbun-timbun, akhirnya perkataan “Malaysia
Baharu” disalahgunakan sebagai sindiran. Lantas komuniti bukan Melayu
melihat dirinya terus dianaktirikan dalam usaha membangunkan “Malaysia
Baharu”. Manakala, komuniti Melayu pula resah dan gusar dengan
kedudukan bangsa dan agama mereka yang kononnya terancam dan
tergugat dalam “Malaysia Baharu”. Maka, beliau tertanya-tanya dalam
tulisannya, adakah kesemua ini merupakan “Malaysia Baharu” yang
dijanjikan?

Bahagian pertama dalam tulisan beliau telah menggambarkan realiti
sebenar kehidupan rakyat yang berbilang kaum dan tahap toleransi antara
satu sama lain masih tidak memberangsangkan. Keadaan bertambah teruk
lagi dengan hasutan politikus yang negatif dengan tujuan untuk menghuru-
harakan keadaan demi menjamin kepentingan dirinya. Aspirasi Malaysia
untuk merealisasikan konsep negara bangsa iaitu satu bangsa, agama,
bahasa dan budaya adalah amat sukar. Idea sebegini terlalu idealistik
kerana Malaysia ditubuhkan dalam keadaan masyarakat yang terdiri
daripada berbilang etnik pada asalnya dengan bahasa, agama, budaya
yang berbeza.

Lantaran itu, beliau meneruskan tulisan dengan menghuraikan
kemajmukan etnik dalam populasi di benua Amerika Syarikat dengan
menceritakan semangat kebebasan dan kesamarataan di sana telah
mendorong seluruh rakyatnya untuk mengejar impian yang dicita-citakan
dalam hidup mereka. Dapat dilihat bahawa kisah dan perjuangan ini
dijadiikan sebagai teladan kepada generasi muda dan pengalaman yang
pernah diharungi bersama untuk mencapai matlamat positif dalam hidup.
Berbalik kepada Malaysia. Apakah nilai yang menjadi pautan bersama

228 | P a g e

Bicara Karya 2020

rakyat Malaysia? Apakah pengalaman yang diharungi bersama, sehingga
akhirnya terpahat dalam ingatan kolektif kita, yang mampu menjadi
kebanggaan dan kenangan manis ketika dikisahkan kepada generasi akan
datang? Barangkali kita telah menemui jawapannya ketika mengharungi
bersama cabaran yang mendepani kita. Proses memerangi wabak Covid-19
misalnya, menyaksikan bagaimana rakyat Malaysia boleh bersatu, dan
berkongsi sesuatu untuk mengharungi krisis yang paling ketara ketika ini.
Akhir kata, kita ditakdirkan hidup bersama dan berkongsi nasib yang sama.

Beliau pernah menyatakan pilihan ada di tangan kita. Dalam hal ini,
pilihan untuk bersatu dan berpecah sebenar berada di atas tangan kita
semua. Nasihat dan teguran beliau kepada pembaca adalah kita perlu
melihat suatu perkara dari perspektif yang positif untuk menjamin kehidupan
yang sejahtera, makmur dan aman. Mencari kesalahan orang lain hanya
akan menyebabkan perselisihan dan pertelingkahan yang berpanjangan.
Beliau menggunakan kisah bagaimana tangan seorang doktor Cina
dipegang oleh pesakit Muslim sebelum didoakan agar dilindungi Allah
daripada Covid-19 untuk memperihalkan dua individu dari latar belakang
yang berbeza masih ingin bergaul secara sihat dan positif dengan
kepentingan bersama. Benteng perkauman yang didirikan sebenarnya
merupakan penghalang kepada Malaysia untuk membentuk sebuah negara
maju.

Untuk merealisasikan “Malaysia Baharu”, semua rakyat Malaysia yang
berbilang kaum perlu meletakkan pendirian masing-masing dan berganding
bahu untuk mengharungi cabaran yang bakal diharungi sepanjang waktu
wabak Covid-19 menular. Persepsi rakyat telah mula berubah selepas
wabak Covid-19 berlaku. Tamsilnya, sikap profesional yang ditampilkan
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah memecah imej
stereotaip bahawa penjawat awam kita yang dikatakan tidak

229 | P a g e

Bicara Karya 2020
berkemampuan. Malah komuniti Cina yang kelihatan suka merungut, kali ini
juga memberi penghormatan yang tinggi kepada beliau. Bukan itu sahaja,
isu rakyat Malaysia menuntut permohonan maaf daripada seorang tetamu
rancangan televisyen di Taiwan kerana memutar belit beberapa fakta ketika
memberi komen terhadap situasi wabak Covid-19 di Malaysia juga
memaparkan kesatuan rakyat untuk mempertahankan maruah Malaysia.

Dengan menemui identiti yang boleh dikongsi bersama antara rakyat
Malaysia, maka “Malaysia Baharu” bukan lagi gagasan idea yang maya
semata-mata.

230 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk Tun Dr Ismail – Negarawan
Berjasa.
Pengarang Mohd.Tajuddin bin Haji
Abdul Rahman
Penerbit Pelanduk Publications
Tahun 1987
diterbitkan
Nama Pengulas Chong Wai Kit
(Pelajar, IPG KPP)

Buku ini merupakan karya dari Mohd. Tajuddin bin Haji Abdul
Rahman (1987) yang meceritakan latar belakang dan sumbangan Tun
Dr.Ismail Bin Dato' Hj.Abdul Rahman dalam perjalanan mencapai
kemerdekaan negara. Terdapat sebanyak lapan bab sebagai isi kandungan
buku ini. Seterusnya, setiap bab adalah mengupas tentang sumbangan
beliau dalam negara kerana sifat patriotik yang mendalamnya.

Ulasan ini akan dimulakan dengan jawatan yang dipegang oleh
beliau. Pada tahun 1948, Tun Dr Ismail telah menjadi ahli jawatankuasa
pertama bagi Hizbul Muslimin. Setelah Persekutuan Tanah Melayu
dibentuk, beliau dilantik sebagai ahli Bebas Dewan Undangan Negeri Johor.
Beliau juga menyertai UMNO pada 1951 dan sejak itu memegang beberapa
jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Pusat UMNO, Jawatankuasa Siasah dan
Pilihanraya serta Pengerusi Jawatankuasa Kewangan UMNO. Kemudian,
beliau dipilih sebagai Naib Presiden UMNO dan seterusnya Timbalan
Presiden UMNO. Pada awal 1952, beliau terbabit dalam pembentukan
Perikatan membabitkan UMNO dan MCA. Sekali lagi pada 3 Februari 1953,
beliau mewakili UMNO dalam Rundingan Meja Bulat di Kuala Lumpur bagi
mengukuhkan hubungan UMNO-MCA.

Walaupun terdapat banyak lagi jawatan penting yang pernah

231 | P a g e

Bicara Karya 2020

dipegang oleh Tun Dr Ismail, namun beliau telah menjadi terkenal dalam
kalangan masyarakat di mana beliau telah dipilih untuk menyertai
rombongan kemerdekaan yang bertolak ke London pada 1 Januari 1956
bersama Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Razak, wakil raja dan
beberapa tokoh politik lain. Selepas menyandang jawatan sebagai Menteri
Berkuasa Penuh Tanpa Jabatan pada September 1957, beliau kemudian
dilantik menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada November 1960.
Sehubungan dengan itu, segala jasa dan pengorbanan Tun Dr.Ismail
terhadap negara sentiasa dikenang walaupun selepas ketiadaannya.
Mantan Timbalan Perdana Menteri Ke-2 ini diperakui pakar dalam
hubungan antarabangsa dan mempunyai rekod cemerlang dalam hal- ehwal
dalam negeri. Menurut Encik Grafar Baba, beliau adalah pemimpin yang
bergandingan dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak dalam
proses memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

Setelah saya membaca buku ini, saya mendapati bahawa buku
ini lebih menfokuskan terhadap jawatan penting dan sumbangan beliau
dalam pencapaian kemerdekaan dan kemajuan negara. Namun demikian,
terdapat nilai- nilai dan iktibar yang boleh kita mempelajari menerusi buku
ini. Tidak boleh dinafikan bahawaTun Dr Ismail merupakan seorang
pemimpin yang tegas. Seperti yang dikatakan oleh Tan Sri Ghazali
Shafie,Tun Dr Ismail merupakan seorang penganjur yang tulen dan tegas,
seorang patriot, seorang pejuang kemerdekaan dan keadilan yang tidak
mengenal takut dan pilih kasih. Hal ini kerana beliau tegas dalam
memperjuangkan kepentingan bangsa dan Bahasa Melayu serta
kepentingan negara. Juga, kita boleh mendapati bahawa beliau pernah
meletakkan jawatannya sebagai ‘orang penting’ di pentadbiran Inggeris
kerana membantah dasar yang dibuat oleh pihak penjajah itu. Beliau
mengambil tindakan sedemikian kerana dasar penjajah tersebut
bertentangan dengan cita-cita dan harapan bangsa dan juga UMNO.
Justeru, menerusi peristiwa-peristiwa ini, jelas menunjukkan bahawa beliau

232 | P a g e

Bicara Karya 2020

seorang yang mengambil mempertahankan identiti bangsa. Beliau akan
membantah segala benda yang akan memudarat serta mengancam identiti
bangsa negara. Rentetan itu, kita sebagai rakyat Malaysia sememangnya
perlu memelihara identiti bangsa sendiri supaya kemerdekaan negara akan
lebih kukuh sekira rakyat tidak terancam dari anasir-anasir luar.

Selain itu, menerusi buku ini, kita boleh melihat bahawa Tun Dr
Ismail merupakan seorang pemimpin yang melaksanakan sesuatu tindakan
dengan bersikap rasional serta praktikal.Dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya, beliau tidak bersikap emotional dalam soal bangsa dan
keturunan. Jika seseorang itu melakukan sesuatu tindakan yang
berlawanan dengan hasrat dan cita-cita negara,beliau akan cuba
membidasnya.Hakikat ini amat jelas jika pembaca melihat penglibatannya
semasa bersoal jawab di Parlimen ataupun semasa membuat ucapan
penggulungan sewaktu membahaskan sesuatu usul. Sehubungan dengan
itu, sifat-sifat ini bukan sahaja perlu dipelajari oleh rakyat Malaysia,
mahupun pemimpin-pemimpin negara. Ini demikian kerana sekiranya para
pemimpin negara dapat sentiasa berfikiran rasional dan bertanggunjawab
terhadap keadaan negara, nescaya kemerdekaan dan kemajuan negara
dapat diperkukuhkan.

Di samping itu, penglibatan beliau dalam politik berparti disegani
oleh pihak kawan dan lawan. Beliau diberi kepercayaan penuh dengan
menyandang beberapa tugas penting dalam kerajaan. Perjuangan beliau
bersama tokoh-tokoh politik yang lain dalam usaha menuntut kemerdekaan
negara adalah suatu kejayaan yang gemilang. Beliau telah mencurahkan
segala tenaga,berbakti untuk nusa dan bangsa sehingga akhir hayatnya.
Walaupun Tun Dr Ismail meninggal dunia pada 2 Ogos 1973, beliau tetap
dipandang tinggi sabagai seorang negarawan yang berdedikasi. Ini kerana
kepatuhannya yang tegas dan amanah terhadap kerja, kejujuran dan
kepercayaannya terhadap prinsip-prinsip kemerdekaan nasional adalah
tidak dapat dilupakan. Tuntasnya, kita seharusnya perlu mencontohi sikap

233 | P a g e

Bicara Karya 2020
kegigihan Tun dalam perjuangan kemerdekaan.

Intihahnya, Tun Dr Ismail sememangnya merupakan salah
seorang tokoh yang memberi sumbangan yang besar terhadap Malaysia
dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Sumbangan beliau memang
berlayak untuk digelar sebagai “Negawan Berjasa” seperti dalam judul buku
ini. Justeru, kita perlu mengambil nilai-nilai beliau sebagai panduan dalam
kehidupan kita semasa menghadapi rintangan dan yang lain. Saya berharap
agar semua orang akan berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
berusaha mempertahankan negara dan menyemai semangat patriotisme
dalam diri masing-masing.Hal ini demikian kerana kemerdekaan yang wujud
pada hari ini adalah titisan darah tokoh-tokoh yang berjuang demi
mempertahankan negara yang mereka cintai dan sayangi.

234 | P a g e

Tajuk Bicara Karya 2020

Pengarang WIRA KEMERDEKAAN WIRA
YANG TERPINGGIR
Penerbit ABDUL LATIP TALIB
Tahun NORAZLINAWATI YAAKOB
diterbitkan PTS LITERA UTAMA
Nama 2013
Pengulas
FARAH AZIRA BINTI ZAHARI
(Pelajar, IPG KPP)

Buku yang berbentuk fiksyen sejarah ini mengisahkan tentang wira
kemerdekaan, Pak Rahman iaitu watak yang dicipta untuk menggambarkan
tentang keperitan dan kepayahan pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu
sama ada yang disebut dalam lipatan sejarah mahupun tidak. Cara
penyampaian oleh penulis sangat santai namun sarat dengan pelbagai fakta
sejarah kemerdekaan negara kita dan mudah untuk dingati. Pak Rahman
merupakan seorang yang dianggap sebagai wira kemerdekaan kerana
pengalaman beliau sendiri yang mempertahankan maruah bangsa sebelum
kemerdekaan tercapai. Selain itu, beliau juga telah memberikan kesedaran
tentang kemerdekaan kepada penduduk Kampung Lukut dan telah
mengubah persepsi mereka bahawa bekerja di kampung sendiri.

Kisahnya bermula apabila Pak Rahman yang telah pun berusia 80
tahun dan hidup sebagai perantauan di Kota London. Pada suatu hari
terdetik di hatinya ingin kembali ke tanah air beliau iaitu Kampung Lukut
iaitu di mana terpahat segala memori pahit manis bersama keluarga dan
sahabat seperjuangan. Beliau merupakan anak sulung kepada Mak Haryati
dan Pak Rahim. Beliau mempunyai seorang adik lelaki, Ishak dan seorang
adik perempuan, Aida. Setelah kematian satu persatu ahli keluarga beliau

235 | P a g e

Bicara Karya 2020

akibat keganasan tentera Jepun dan Komunis, beliau telah berhijrah ke kota
London bagi merealisasikan satu tekad di hati iaitu mencari kekayaan.

“Hampir 54 tahun lamanya saya merantau ke kota London, saya
mendapat apa yang saya inginkan. Kemudian, saya pulang ke tanah air
dengan membawa kekayaan yang saya kumpulkan selama di sana. Mereka
datang ke sini, lalu membawa harta ke negara mereka. Saya juga
membawa harta yang saya kumpulkan di negara mereka untuk dibawa
pulang ke negara saya. Adil namanya, bukan?” kata Pak Rahman dengan
senyuman kepuasan kepada Tok Omar. Beliau ingin pulang semula ke
tanah air ini dan menabur bakti dengan kekayaan yang telah dikaut semasa
berada di perantauan. Begitu tinggi sekali semangat juang Pak Rahman
sehingga tertubuhnya Yayasan Rahman setelah kematian beliau bagi
membantu pendudukan kampung agar dapat memerdekakan diri daripada
kemiskinan.

Walaupun usia Pak Rahman sudah menghampiri satu abad namun
semangat patriotik dalam dirinya masih lagi membara. Beliau selalu
menceritakan kisah-kisah kemerdekaan kepada penduduk kampung tidak
kira muda atau tua. Zikri dan kawan-kawannya yang masih berada di
bangku sekolah menengah merujuk kepada Pak Rahman untuk
menyiapkan tugasan sejarah mereka. Malah, Amirul dan kawan-kawan
tadika dia juga sentiasa bersemangat untuk bertemu Pak Rahman dan
mendengarkan kisah secara santai namun Pak Rahman tetap mengambil
langkah penegasan iaitu beliau mengadakan kuiz kemerdekaan kepada
kanak-kanak tersebut supaya mereka mengingat fakta sejarah yang
diceritakan.

Walaupun Pak Rahman disenangi oleh banyak pihak namun masih
ada yang menyimpan pra sangka buruk terhadap beliau seperti watak
Kudin. Kudin merupakan seorang pemuda kampung yang suka melepak di
kedai Pak Abu dari pagi hingga petang asyik bermain dam pertaruhan yang

236 | P a g e

Bicara Karya 2020

boleh dikira sebagai judi. Kehadiran Pak Rahman yang secara tiba-tiba
pada penghujung usianya membuatkan Kudin menuduh beliau sebagai
bekas banduan yang tidak diterima oleh masyarakat di sekelilingnya lalu
membawa diri ke Kampung Lukut. Prasangka demi prasangka dilakukan
oleh Kudin bahawa Pak Rahman pencuri, cuba mengurat ibu Zakuan
dengan membiayai kos awal pembelajaran universiti. Malah sehingga satu
tahap Kudin sendiri yang membuat kerosakan paip di tandas masjid lalu
menuduh Pak Rahman. Namun, Pak Rahman merupakan manusia yang
sungguh luar biasa kerana beliau tidak pernah membalas kejahatan Kudin
dengan kejahatan. Malah, beliau membantu menghantar ibu Kudin yang
terlantar di rumah seorang diri ke hospital dek kerana sakit. Tambahan lagi,
setelah Kudin menginsafi perbuatannya kepada Pak Rahman, dia dibantu
oleh Pak Rahman dari segi kewangan bagi mengusahakan tanah terbiar di
belakang rumahnya.

Setelah berusaha mendapatkan kembali tanah arwah ayah Pak
Rahman, beliau mengusahakan kembali tanah terbiar tersebut dengan
menanam padi dan pokok sayur-sayuran di situ dengan bantuan daripada
pemuda-pemuda kampung yang tiada pekerjaan dan selalu melepak di
kedai Pak Abu seperti Helmi, Jusoh, Hanif dan lain-lain. Beliau juga
mendirikan sebuah rumah kecil sebagai tempat teduh setelah beberapa
bulan menumpang tidur di masjid. Ketika beliau termenung melihatkan
sawah padi menguning, beliau teringat kembali ketika ibunya dahulu
menyuapkan nasi kepada mereka adik beradik semasa kecil kerana tidak
mahu nasi tersebut tumpah dan ibu beliau selalu berpesan supaya kutip
nasi itu semula jikalau tertumpah. Ketika itu, rata-rata rakyat hidup dalam
kemiskinan, hendak makan nasi pun susah kerana menunggu musim
menuai namun hal ini amat berbeza dengan zaman sekarang, banyak
pembaziran makanan dilakukan oleh masyarakat kerana mereka tidak
pernah memahami perasaan hidup susah lalu mensia-siakan nikmat

237 | P a g e

Bicara Karya 2020
makanan yang boleh diperoleh dengan mudah sekarang.

Banyak lagi sorotan peristiwa yang disajikan dalam buku fiksyen
sejarah ini yang boleh dijadikan pedoman dan teladan buat semua pembaca
di luar sana. Akhir sekali, erti kemerdekaan bukanlah hanya slogan yang
dilaungkan setiap kali 31 Ogos menjelang tiba namun tindakan untuk
memelihara kemerdekaan itu sendiri dari segi penghayatan dan ilmu
pengetahuan tentang sejarah kemerdekaan perlu disemai dalam setiap
kolam jiwa masyarakat bagi mewujudkan perpaduan, kestabilan ekonomi,
kestabilan politik di negara kita. Malah, kenyataan yang kita hadapi kini ialah
minda bangsa kita masih dijajah, buktinya sambutan daripada masyarakat
terhadap program hiburan adalah lebih tinggi berbanding program
berunsurkan kemerdekaan. Hal ini membuatkan anak muda sekarang lebih
hanyut dan lama kelamaan melupakan sejarah tanah air sendiri. Adakah
bangsa kita ini dapat mempertahankan kemerdekaan 63 tahun ini daripada
dijajah semula oleh kuasa asing seperti sejarah terdahulu yang dicatatkan
Tanah Melayu dijajah selama 446 tahun setelah 110 tahun mengecapi
zaman kegemilangan Melayu Melaka?

238 | P a g e

Bicara Karya 2020

Tajuk 1515
Pengarang Faisal Tehrani
Penerbit Utusan Publications &
Distributors
Tahun diterbitkan 2003
Nama Pengulas Fathin Nabila Bt. Ahmad
Kushairi
(Pelajar, IPG KPP)

Karya 1515 hasil nukilan Faisal Tehrani memaparkan sebuah konsep
fiksyen yang amat atraktif buat para pembacanya. Hal ini kerana jalan
penceritaan novel ini merangkumi dua zaman iaitu zaman moden serta
zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pengarang amat bijak dalam
mengharmonikan kedua-dua zaman secara bersahaja. Konsep yang
menjadi inspirasi bagi saya ialah watak seorang srikandi yang amat tabah
dan kuat meskipun ditulis oleh seorang lelaki. Watak Dr. Adi Famiyun
merupakan sejarawan Melayu yang kebaratan. Anehnya beliau sering saja
dihantui oleh 'roh-roh masa lampau' yang tidak tenang dan tidak dapat
bersemadi dengan aman kerana sejarah Melaka yang menguris perasaan
mereka, terasa dikhianati dengan cacatan sejarah oleh mereka yang tidak
menempuhnya. Famiyun berusaha mendapatkan tajaan untuk meneruskan
pengkajian sejarahnya mengenai Melaka dan tarikh 1511.

Tun Nyemah Mulya merupakan perujuk terbaik Famiyun dan membantu
Famiyun melaksanakan pengkajiannya mengenai Melaka. Ketika itu Melaka
begitu tersohor dengan kekayaan dan kekuasannya, namun sayang Melaka
turut tersohor dengan sikap sultan yang hanya tahu berfoya-foya dan
mengabaikan tanggungjawabnya. Srikandi Nyemah Mulya dilahirkan pada
malam lailatulqadar 1946, Nyemah merupakan cucu kepada guru al-Quran
Sultan Ahmad Syah manakala ibunya merupakan dayang kepada Puteri
Onang Kening dari Kelantan. Srikandi Nyemah Mulya dilahirkan sebagai
pahlawan, dididik dengan segala ilmu dunia dan persilatan termasuk ilmu

239 | P a g e

Bicara Karya 2020

ghaib.

Nama Alfonso de Albuquerque turut diperkenalkan seawalnya, kerana nama
itulah sejarah Melaka menguris perasaan Famiyun. Alfonso de Albuquerque
menyerang Melaka namun ia bukan sekadar ingin merampas kekayaan
Melaka, malah berniat untuk menyebarkan agama Kristian dengan
mengkafirkan orang-orang Islam di Melaka.

Flor de la Mar kapal tua yang bertanggungjawab membawa Alfonso menuju
ke Melaka dengan bantuan Nina Chattu dan Kitul Keling yang merupakan
pembelot paling khianat, bangsa yang tidak pernah mengenang jasa bumi
Melaka. Saat ini Nyemah Mulya mula berbakti dengan Melaka sepenuh
hatinya. Nyemah mempertahankan bumi Melaka walaupun Sultan Mahmud
Syah telah terlebih dahulu luntur semangatnya. Kekejaman soldadu
pimpinan Alfonso cukup meyakitkan hati, istana sultan dibakar, kaum lelaki
dijadikan hamba, kaum wanita dijadikan bahan pesta benggali putih dan
golongan yang setia pada agamanya diseksa hingga ada yang
mengkhianati kalimah suci.

Melaka tewas malah semangat rakyat kian luntur, agama ditukar kerana
rasa kecewa pada pemerintah yang hanya mengambil jalan mudah dengan
melarikan diri ke Pahang, amanat dilupakan dan rakyat digadaikan. Saat ini
Alfonso membina A Famosa, lambang Melaka sudah dicemar.Semangat
negeri jajahan Melaka merampas kembali Melaka dari Feringgi hanya sia-
sia. Nyemah Mulya memohon jasa Tun Fatimah untuk mencari Jalan agar A
Famosa tidak terbina, agar sultan berusaha merampas kembali tanah
Melaka. Keadaan sultan dan anakandanya yang tidak sepakat untuk
mempertahankan bumi Melaka terus memberi peluang kepada Feringgi
menguasai Melaka sepenuhnya. Peperangan berlaku di Batu Hampar dan
Muar, terus membawa baginda jauh dari Melaka dan bersemadi dengan
kekalahan di Pahang. Pembinaan kota A Famosa membimbangkan hati
orang Melaka yang berniat untuk menakluki Melaka semula, semakin teguh

240 | P a g e

Bicara Karya 2020

A Famosa semakin luntur semangat orang Melaka. Nyemah Mulya terpaksa
memencilkan diri agar tidak ditangkap dan dibawa ke Lisbon, baginya tiada
ertinya hidup sekiranya bumi Melaka tidak lagi ditatapinya. Portugal ditakluk.

Kesungguhan dan kehebatan Nyemah Mulya sewaktu bertempur dengan
Feringgi, menarik perhatian baginda sultan lalu baginda memerintahkan
Nyemah Mulya mengetuai angkatan Melaka menyerang Portugal. Perkenan
sultan, Nyemah diangkat menjadi Tun, seraya menjadikan Tun Nyemah
Mulya seumpama anakanda baginda sultan. Nyemah memohon perkenan
sultan untuk meyerang Portugal sebagai tanda bangsa Melaka bukan
bangsa yang kecil dan lemah. Walaupun tewas menakluki Portugal,
Nyemah Mulya tetap mengharumkan nama Melaka, menjadikan dirinya
terbilang.

1512,tenggelamnya bahtera Flor de la Mar, walaupun Alfonso berjaya
membina kota A Famosa dan menawan Melaka namun dalam perjalanan
pulang ke Portugal bahtera tuanya tenggelam, kerana keangkuhan paderi
yang mencabar kebenaran kata-kata Tun Nyemah Mulya. Alfanso hanya
berjaya menyelamatkan beberapa barangan lambang kemegahan Melaka
dan Tun Nyemah Mulya. Tun Nyehmah Mulya di bawa pulang dan di
jadikan hamba di istana Raja Manuel, riwayat dan sejarahnya terus
bersemadi di Lisbon.

Kesimpulannya 1515 mempunyai kekuatan yang tersendiri, penuh dengan
sindiran dan kekuatan penggunaan bahasa yang seolah dapat memberi
gambaran yang sejelasnya pada sesuatu keadaan, terutamanya ketika Tun
Nyemah Mulya menawan Portugal dan sewaktu Tun bermain senjata
dengan Alfonso.

Faisal Tehrani turut menimbulkan persoalan adakah kewujudan Tun
Nyemah Mulya sengaja dipadamkan dari sejarah atau sememangnya ia
dogengan semata-mata. Sekiranya srikandi ini dipersoalkan akan jasa dan

241 | P a g e

Bicara Karya 2020

sejarahnya, mana bukti yang mengatakan Hang Tuah cukup berjasa
kepada bumi Melaka. Namun persoalan yang cukup penting dalam novel
ini, mengapa Melaka begitu mudah dijajah, adakah kerana adanya
kebenaran yang mengatakan bahawa bangsa Melayu itu adalah bangsa
yang paling alpa di dunia, hanya bangsa itu sendiri yang mampu menilai
kebenarannya.
Sinisnya novel ini tetap tidak lari dari realiti sesuatu bangsa, sindirannya
menyeluruh dan tidak berpihak kepada mana-mana golongan, alpanya
rakyat Melaka hingga Melaka dijajah, alpanya Dr.Adi Famiyun mengesan
sejarah Melaka hingga zuriatnya tenggelam dalam dunia kebaratan yang
terus meminggirkan budaya dan sejarah bangsanya sendiri. Dr. Adi
Famiyun berjaya membuka minda bangsanya namun tewas dalam mendidik
pewarisnya.
Novel 1515 membawa mesej yang cukup positif untuk golongan remaja
menyintai sejarah bangsanya sendiri.
Novel 1515 merupakan pemenang pertama bagi kategori novel remaja
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan pada tahun 2002.[1] Tahun 1515 ada
kaitan dengan tahun 1511 Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan
penjajah Portugal / Portugis. Plot novel ini cukup kompleks untuk dimengerti
secara bersahaja namun ia amat menarik bagi golongan yang meminati
sejarah walau gaya penulisannya dan plot penceritaanya adakalanya
mengelirukan pembaca.

242 | P a g e

Bicara Karya 2020

TAJUK : TULANG-TULANG BERSERAKAN

PENGARANG : USMAN AWANG

PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,

KUALA LUMPUR

TAHUN DITERBITKAN : 1966

NAMA PENGULAS : ZAYANI IMANINA BT

MUHAMMAD NAZRI

(Pelajar, IPG KPP)

Novel ini mengisahkan pengalaman salah satu pasukan Polis Hutan pada
zaman Darurat yang mencengkam kehidupan rakyat Semenanjung. Latar
belakang tempat kejadian yang dikisahkan dalam novel ini ialah Melaka.
Permulaan cerita bermula dari serombongan anggota polis muda yang baru
tamat latihannya dari perhentian kereta api Johor Baharu ke Melaka.
Pasukan ini kebanyakannya ditugaskan untuk menjaga aset-aset getah dan
lombong bijih yang dipunyai oleh pemodal Inggeris. Pasukan ini dinamakan
Jungle Squad dan mereka mencari jejak serta khemah pasukan komunis.

Menerusi Tulang-Tulang Berserakan karya Usman Awang, watak utamanya
adalah Leman. Dia merupakan ketua kepada sepasukan polis hutan yang
tugasnya bukan sahaja menghapuskan musuh yang tidak pernah
dikenalinya malahan juga seorang yang berjiwa besar dalam dunia
mengarang dan rajin membaca serta mencari ilmu.

Sepanjang pembacaan, entah berapa kali kisah yang ditulis oleh pengarang
mengundang rasa sebak, simpati, marah dan pelbagai lagi perasaan yang
bercampur aduk. Rakan-rakan seperjuangan Leman satu demi satu gugur
sebagai bunga bangsa malahan sangat menyayat hati apabila dia sendiri
dapat menyaksikan pembunuhan secara terang terangan di hadapannya.

243 | P a g e

Bicara Karya 2020

Paling memberi kesan pada emosi saya adalah apabila suatu malam
Leman dan rakan-rakannya bergurau senda dengan seorang sahabatnya
Majid mengenai perkahwinan yang bakal dilangsungkan dengan wanita
idaman. Segala persiapan telah diatur dan hanya tinggal berbaki 2 hingga 3
hari sahaja untuk meneruskan perkahwinan. Keesokan paginya mereka
mendapat panggilan tugasan untuk masuk ke hutan mengawal gerakkan
komunis selepas pengeboman di atas bukit tempat komunis berkhemah.
Majid telah dilemparkan bom tangan oleh salah seorang komunis di situ dan
demikianlah hayatnya sampai di situ sahaja. Rakan-rakan seperjuangan
terkilan kerana baru sahaja malam semalam mereka bergurau senda
dengan Majid dan betapa bahagianya dia menanti detik untuk berkahwin
tetapi maut terlebih dahulu menjemputnya.

Seterusnya kisah Mahmud pula yang telah berkahwin dan isterinya sedang
mengandungkan anak sulung. Jika sebelum ini dia suka berfoya-foya,
selepas bala yg nyaris-nyaris meragut nyawanya baru kini dia sedar akan
kasihnya dia pada isteri dan anak yang bakal dilahirkan . Ketika dia terlantar
kesakitan di hospital akibat serangan komunis, dia terbayang² apakah nasib
isteri dan anaknya jika dia juga gugur seperti rakan-rakan yang lain.

Kisah salah seorang polis hutan yang seterusnya bernama Wak Stop.
Sepanjang hidupnya telah banyak dia berkhidmat untuk tanah airnya. Dia
bercadang akan bersara memandangkan usinya juga telah tua. Banyak
yang dia berangan-angan seperti melihat puterinya berkahwin, ingin
menimang cucu, ingin hidup di luar berek polis untuk menghabiskan sisa
hidup bersama isterinya tetapi semuanya telah terlambat. Sebelum
kematiannya, dia ada meminta isterinya supaya dibuatkan pulut kuning
seperti mereka baharu berkahwin. Isterinya pelik akan permintaan suaminya
ini malah dituruti juga. Petangnya tidak sempat dia menjamah hidangan
tersebut, keluarga dia menerima panggilan kecemasan bahawa Wak Stop
menerima kecelakaan yang parah di hospital.

244 | P a g e


Click to View FlipBook Version