KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
1
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN
BERMAKNA: PEMBUDAYAAN
PENYELIDIKAN MENJANA GURU INOVATIF
Diterbitkan oleh:
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Peti Surat 2, 89207 Tuaran
Sabah
Tel: 088 – 797500
Fax: 088 – 788007
©Hak Cipta IPG Kampus Kent
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke
dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama
ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya
tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Kent terlebih dahulu.
ISBN 978 967 0981 72 7
Cetakan 2021
Dicetak oleh:
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Peti Surat 2, 89207 Tuaran
Sabah
2
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Kandungan iii
Kata-kata Aluan
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Sidang Editor Kapasiti Pembelajaran Pedagogi Bermakna: iv
Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif 1 - 15
Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif 16 – 57
Dr. Khoo Chwee Hoon 58 – 83
Kimberly Chia Dee Na
Ronna Karen Haliam 84 – 112
Vergeer Voi Anak Paul
113 – 137
Magic Square 138 - 184
Ronna Karen Haliam 185 - 216
Kimberly Chia Dee Na 217 - 255
256 - 284
I See Unit Converter (ICUC)
Zulaikha Mamat
Erika Steffi Anak Rogie
Nur Izzati Roslah
CUT
Vergeer Voi Anak Paul
Muhammad Takbir Idham Jepre @ Kipli
Ronald Chin Chun Hwa
Length Unit Changer Board (LunCh Board)
Muhammad Amir Faruq Mat Kamil
Najmuddin Rifaie Ahmad Shubki
Kit TRI – PIKTO
Abdul Rahman Mohamad Hanapi
Haziq Abdul Latif
KGG Converter
Ahmad Afiq Ahmad Nazri
Mohamad Azzrul Hafizs Mokti
Kit LiMi
Nur Izzah Zakiah Majdi
Joan Ng
Bentuk 2 Dimensi Card Games ( )
Fatin Nurul Athura Ismail
Norasyikin Mohd Zamuri
ii
3
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Kata-kata Aluan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam sejahtera
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya, kita telah berjaya
menerbitkan Laporan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPBB) Semester 1
Tahun 2021 IPGK Kent yang berjudul Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna:
Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif. Ini merupakan satu penghargaan
dan pengiktirafan serta meraikan usaha pensyarah dan pelajar dalam melestarikan
kecemerlangan pendidikan bersepadu optimum dan berterusan.
KPPB adalah projek IPGM, Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah inisiatif TS25
memfokuskan kepada pembelajaran bermakna demi kemenjadian murid telahpun
memasuki tahun ketiga sejak mula dilancarkan pada Februari 2018. Justeru, seiring
dengan perkembangan ini maka saban tahun telah banyak berlaku peningkatan dan
penambahbaikan, baik dari segi keterlibatan, pelaksanaan, pemahaman dan
pembudayaannya. Naratif baharu ini dapat memberikan murid-murid pengalaman
pembelajaran bermakna agar mereka memiliki disposisi pembelajaran yang tangkas,
berinovasi dan berfokus pada masa hadapan. KPPB dapat membina komitmen ke arah
mewujudkan hubungan pembelajaran yang benar-benar baharu antara pelajar,
pensyarah dan komuniti.
Pada Semester 1/2021 ini, IPGK Kent seiring dengan KPPB menerusi model
Paradigma yang berteraskan empat elemen utama, iaitu 1. KECEMERLANGAN dalam
aspek PdPc berimpak dan tenaga pengajar berkemahiran tinggi, 2. ELEGEN dalam
melahirkan guru yang holistik, 3. Penerapan NILAI insaniah dalam setiap tindakan dan
4. Siap siaga dalam melakukan TRANSFORMASI pendidikan. Justeru, penerbitan
Laporan KPPB IPGK Kent Semester 1 Tahun 2021 adalah merupakan manifestasi
kejayaan pelaksanaan dan pembudayaan KPPB di IPGK Kent yang sentiasa bergerak
seiring dengan hasrat serta aspirasi negara.
Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa KPPB 2021 kerana
sinergi utuh berjaya menerbitkan koleksi laporan KPPB pada tahun ini. Semoga segala
usaha, kegigihan kalian dan perkongsian dapat membantu meningkatkan pembelajaran
sama ada dalam konteks IPGK mahupun di sekolah demi berhadapan dengan
gelombang cabaran dunia globalisasi.
Sekian dan terima kasih.
(DR. HAJAH ROSMAWATI BINTI HAMZAH B.S.K)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
Tuaran, Sabah
iii
4
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Sidang Editor
KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA:
PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN MENJANA GURU
INOVATIF
PENAUNG
Dr. Hajah Rosmawati Binti Hamzah B.S.K
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
PENASIHAT
Datin Dr. Hajah Rosinah Binti Edinin
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent
EDITOR
Dr. Khoo Chwee Hoon
Dr. Adeline Leong Suk Yee
REKA BENTUK MUKA DEPAN
Cik Alimah binti Muslim
iv
5
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN MENJANA GURU INOVATIF
Dr. Khoo Chwee Hoon
Kimberly Chia Dee Na
Ronna Karen Haliam
Vergeer Voi Anak Paul
1.0 Pengenalan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB)
Pelaksanaan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) adalah berlandaskan
pada teras pembelajaran bermakna dan kemenjadian murid yang terdapat dalam teras
Transformasi Sekolah (TS) 25. Secara konseptual, KPPB memerlukan pelajar mencipta
pengetahuan baharu dan memanfaatkannya dalam dunia sebenar melalui penguasaan
alat digital. Selain itu, KPPB turut mencerminkan pendekatan yang berbeza untuk
mengajar, belajar dan mentaksir secara menyeluruh dan holistik sambil menghasilkan
perkara yang relevan dengan dunia di sekeliling kita. Seterusnya, KPPB melibatkan
perkongsian pembelajaran antara pelajar dengan pelajar dan antara pelajar dengan guru.
2.0 Merungkai dan Merangkai Kurikulum
Melalui merungkai kurikulum bagi tiga kursus yang telah dikenalpastikan iaitu MTES3093:
Pengajaran Sukatan, Geometri dan Pengurusan Data, PRKA3012: Perancangan
Pengajaran dan Pembelajaran, dan EDUP3063: Pentaksiran dalam Pendidikan. 11
tugasan kerja kursus yang perlu dilaksanakan bagi tiga kursus tersebut telah dianalisis
dan dikenalpastikan bahawa enam tugasan kerja kursus bagi tiga kursus tersebut boleh
dirangkai semula melalui kaedah KPPB untuk mencapai The Big Idea iaitu Pembudayaan
Penyelidikan Menjana Guru Inovatif.
Jadual 1 menunjukkan enam tugasan yang terlibat dalam tiga kursus seperti berikut:
i. Penghasilan Resos (15%)
ii. Laporan Kajian Kes (35%)
iii. Penulisan Akademik (30%)
iv. Penulisan RPH (20%)
v. Pembentangan RPH (10%)
vi. Penulisan Akademik (40%)
Jadual 1: Jadual Kerja Kursus Untuk Tiga Kursus Yang Dikenalpastikan
Tugasan
Kerja MTES3093 Wajaran PRKA3012 Wajaran EDUP3063 Wajaran
Kursus
Tugasan Kuiz 1 10 Penulisan 30 Penulisan 40
1 Akademik Akademik
Tugasan Kuiz 2 10 Penulisan RPH 20 Kuiz 10
2
Tugasan Penghasilan 15 Pembentangan 10 - -
3 Resos RPH
Penulisan
Tugasan Laporan 35 Refleksi 20 - -
4 Kajian Kes Pengajaran - -
Makro
Laporan
Perbincangan
- - Hasil Simulasi 20
6
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
5
Pengajaran
Mikro
2.1 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran: Kefahaman Melalui Reka Bentuk
Tiga kursus iaitu MTES3093, PRKA3012 dan EDUP3063 dapat dilaksanakan melalui
interdisiplinary antara Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, Jabatan
Pengajian Ilmu Pendidikan dan Unit Praktikum. Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) opsyen matematik semester 2,
tahun 2 ambilan Jun 2018 dapat menghasilkan satu laporan KPPB yang merangkumi
sejumlah 150% tugasan kerja kursus. Rajah 1 menunjukkan carta alir bagi
pelaksanaan enam kerja kursus untuk mencapai The Big Idea: Pembudayaan
Penyelidikan Menjana Guru Inovatif.
Rajah 1: Carta Alir bagi Pelaksanaan Kerja Kursus untuk Mencapai The Big Idea
2.2 Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) yang diharapkan adalah seperti berikut:
i. EDUP3063 – Pentaksiran dalam Pendidikan
a. Membina pelbagai jenis alat pentaksiran dalam bilik darjah berdasarkan
maklumat terkini daripada pelbagai sumber.
b. Mengaplikasikan kriteria pentaksiran yang sesuai, interpretasi data dan
melapor prestasi murid dalam proses pengajaran. ii. MTES3093 –
Pengajaran Sukatan, Geometri dan Pengurusan Data
a. Membina resos yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran bagi
Sukatan, Geometri dan Pengurusan Data secara berkumpulan.
b. Membincang isu-isu pengajaran dan pembelajaran bagi Sukatan,
Geometri dan Pengurusan Data berdasarkan amalan rujukan dapatan
penyelidikan yang berwasit atau berautoriti.
7
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
c. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi Sukatan,
Geometri dan Pengurusan Data berkaitan dengan
kehidupan seharian menggunakan pelbagai
pedagogi yang berasaskan kemahiran pembelajaran
abad ke-21. iii. PRKA3012 – Perancangan Pengajaran dan
Pembelajaran
a. Membincangkan komponen-komponen penting dalam rancangan
pengajaran dan pembelajaran.
b. Mereka cipta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan
menggunakan strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
berbantukan pelbagai sumber.
c. Membentangkan rancangan pengajaran harian yang dihasilkan
berdasarkan DSKP.
2.3 The Big Idea: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Idea utama bagi Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) ialah Pembudayaan
Penyelidikan Menjana Guru Inovatif. Guru yang bersifat inovatif sentiasa peka terhadap
keperluan murid dan kerap menyelesaikan isu atau masalah murid dalam pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan penelitian dan penyelidikan dari segi hasil pentaksiran autentik
(pentaksiran portfolio), analisis pencapaian objektif pembelajaran murid, hasil pelaporan
kajian kes tentang keberkesanan resos serta analisis dan dapatan data daripada ujian pra
dan pasca. Justeru, berdasarkan gabungan tugasan yang diberikan, hal ini secara tidak
langsung melatih siswa pendidik untuk dapat mengamalkan budaya penyelidikan bagi
membina suatu resos pembelajaran agar intervensi dapat dilakukan berdasarkan isu yang
ditemui dalam diri murid.
2.4 Soalan Pencetus (Essential Question)
Beberapa soalan pencetus dalam pelaksanaan KPPB adalah seperti berikut:
i. Bagaimana penyelidikan dibudayakan ? ii.
Mengapa kajian penyelidikan penting? iii.
Bagaimana kajian penyelidikan dilaksanakan?
iv. Bagaimana isu-isu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dapat
diselesaikan ?
v. Bagaimana memilih strategi komuniti pembelajaran profesional (PLC) yang
sesuai?
vi. Bagaimana mereka cipta satu resos pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang kreatif dan inovatif ? vii. Bagaimana pembudayaaan
penyelidikan membantu guru menyelesaikan masalah yang dihadapi murid
?
viii. Bagaimana pembudayaan penyelidikan dapat menjana guru inovatif ?
ix. Bagaimana cadangan penambahbaikkan untuk kajian selanjutnya?
2.5 Pengetahuan dan Kemahiran
Pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah seperti berikut:
i. Kriteria pentaksiran
ii. Prestasi murid
iii. Alat pentaksiran
iv. Komponen-komponen dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran
v. Rancangan pengajaran harian
vi. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
vii. Strategi komuniti pembelajaran profesional (PLC)
8
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
viii. Resos pengajaran dan pembelajaran
ix. Isu-isu pengajaran dan pembelajaran
x. Strategi Pembelajaran Abad Ke-21
Kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar adalah seperti berikut:
i. mengaplikasi kriteria pentaksiran ii.
melapor prestasi murid
iii. membina pelbagai alat pentaksiran
iv. membincangkan komponen-komponen dalam rancangan pengajaran dan
pembelajaran
v. membentangkan rancangan pengajaran harian
vi. mereka cipta aktiviti pengajaran dan pembelajaran
vii. merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
viii. menggunakan strategi komuniti pembelajaran profesional (PLC)
ix. membina resos pengajaran dan pembelajaran
x. Imembincang isu-isu pengajaran dan pembelajaran
xi. menggunakan pelbagai strategi Pembelajaran Abad Ke-21
3.0 Elemen Pengajaran Bermakna 6C
Elemen pengajaran bermakna 6C terdiri daripada Character (Sahsiah), Communication
(Komunikasi), Creativity (Kreativiti), Critical Thinking (Pemikiran Kritis), Collaboration
(Kolaborasi), dan Citizenship (Kewarganegaraan) telah diterapkan sepanjang KPPB.
3.1 Sahsiah
Gambar 1:
Senarai sumber ma
digunakan sepanjang
KPPB.
Pelajar sangat mahir mencari pelbagai sumber dan membentuk peluang pembelajaran
dalam menjana idea pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.
3.2 Komunikasi
Gambar 2:
Gambar komunikasi antara guru
dengan guru, guru dan murid serta
murid dengan resos.
Komunikasi antara pelajar dan pensyarah, pelajar dengan guru, guru dan murid serta
murid dengan resos telah berlaku sepanjang pelaksanaan KPPB.
9
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
3.3 Kreativiti
Gambar 3:
Rekaan resos yang dihasilkan.
Pelajar dapat mereka resos yang menarik dan mesra pengguna. Perancangan RPH
yang dihasilkan juga sesuai dengan minat murid dan kaedah pentaksiran yang
digunakan. Pelajar dapat menyelesaikan masalah daripada pelbagai perspektif iaitu
mereka cipta resos pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
3.4 Pemikiran kritis
Gambar 4:
Pelaksanaan intervensi
di sekolah.
Guru dapat mencari masalah pengajaran dan pembelajaran dengan berfikir secara logik
tentang intervensi secara logik dan intuitif berdasarkan maklumat yang sahih, relevan
dan berguna.
3.5 Kolaboratif
Gambar 5:
Kolaborasi di
Gambar 6:
Kolaborasi d
10
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Kolaborasi antara sekolah, guru sekolah dan murid berperanan penting dalam
menjayakan pelaksanaan KPPB terutamanya dalam aspek perancangan, pelaksanaan
dan pelaporan pentaksiran.
3.6 Kewarganegaraan
Gambar 7:
Perbincangan secara atas talian
Kemampuan bekerjasama dengan rakan-rakan dengan pelbagai bangsa dapat disemai
di samping mampu menerima persepsi dan pandangan orang lain.
4.0 Pelaksanaan Projek KPPB
Pelaksanaan projek KPPB telah bermula daripada pencarian isu-isu dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan bidang Matematik yang dipelajari dalam
kursus MTES3093 iaitu bidang pengajaran sukatan, geometri dan pengurusan data.
Isuisu ini telah diperoleh daripada sumber-sumber berwasit termasuklah hasil kerja murid
yang juag merupakan portfolio murid, rujukan jurnal serta artikel-artikel berwasit.
Manivannan Subramaniam (2017) mendapati isu kesukaran dalam pembelajaran ruang
yang dihadapi oleh murid membabitkan salah konsep, salah faham, kelemahan dalam
membuat visualisasi ruang, kelemahan murid menguasai kemahiran menstrukturkan luas
dalam bentuk dua dimensi dan kesukaran murid memahami konsep pendaraban
berkaitan luas segi empat berasaskan formula dan strategi penyelesaian. Dalam hal ini,
kegagalan murid untuk menguasai topik dalam pembelajaran sebelumnya seperti
menstruktur luas dalam bentuk dua dimensi mengakibatkan kelemahan murid dalam
mencari luas bentuk tiga dimensi. Justeru, isu murid dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi topik yang dinyatakan adalah seperti berikut:
a) Kesukaran dalam membuat visualisasi terhadap kedudukan gambar rajah
dalam mencari luas permukaan gabungan bentuk tiga dimensi;
b) Kesukaran dalam menentukan permukaan yang perlu diambil kira semasa
mengira luas permukaan gabungan bentuk tiga dimensi; dan
c) Murid mengalami kesukaran dalam melakukan proses pendaraban.
Setelah mengetahui isu-isu yang dihadapi murid, kami telah merancang dan
menghasilkan resos pembelajaran untuk tujuan memberi intervensi kepada murid
berdasarkan isu yang diperoleh. Kemudian, Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
dihasilkan untuk digunakan oleh guru pelatih semasa melaksanakan intervensi kepada
murid di dalam kelas. Justeru, bagi menilai keberkesanan resos, pemilihan dan
penyediaan alat pentaksiran autentik yang sesuai diambil kira termasuklah menyediakan
Ujian Pra dan Pasca, penilaian portfolio serta penilaian kendiri iaitu borang senarai
semak.
Seterusnya, analisis terhadap hasil dapatan data dilakukan untuk tujuan pelaporan
bagi memenuhi kesemua kehendak tugasan yang terlibat dalam pelaksanaan projek
KPPB. Justeru, analisis hasil dapatan data ini melibatkan perbandingan prestasi ujian pra
dan pasca, analisis penilaian portfolio murid, analisis pentaksiran kendiri, keberkesanan
penghasilan dan penggunaan resos, cadangan penambahbaikan serta amalan komuniti
11
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
pembelajaran profesional yang telah diamalkan. Akhir sekali, setelah melakukan
penganalisisan data, suatu laporan yang melibatkan keenam tugasan bagi tiga kursus
dihasilkan.
5.0 Pencapaian Murid
5.1 Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Jadual 2: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Markah (%) Bilangan Murid Perubahan Catatan
Ujian Pra Ujian Pasca
0 56.3% 0.0% -56.3%
25 25.0% 25.0% 0.0%
50 18.8% 25.0% -6.2% Keputusan
murid
75 0.0% 31.3% +31.3% meningkat
100 0.0% 18.8% +18.8%
Berdasarkan Jadual 2, dapat dilihat bahawa terdapat penurunan dalam bilangan murid
yang memperoleh markah kurang daripada 50%. Manakala, terdapat peningkatan yang
ketara dalam bilangan murid yang memperoleh markah 75% dan 100%. Justeru, ini
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam prestasi murid setelah resos
diperkenalkan kepada murid.
5.2 Penilaian Kendiri Murid Terhadap Resos
Berdasarkan analisis data dalam Jadual 3, min bagi setiap item adalah 3.00 ke atas dan
min keseluruhan adalah 3.05 menunjukkan murid bersetuju bahawa mereka telah dapat
memahami konsep mencari luas permukaan gabungan bentuk tiga dimensi dengan
mudah, telah dapat mengira luas permukaan gabungan bentuk tiga dimensi dengan tepat,
telah dapat mengatasi kekeliruan dalam menentukan permukaan yang perlu diambil kira,
lebih yakin untuk menjawab soalan dan percaya bahawa mereka telah menguasai topik
yang telah dipelajari setelah menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.
Justeru, ini menunjukkan penerimaan murid terhadap isi pelajaran dengan penggunaan
resos adalah positif. Dalam konteks ini, murid telah dapat meningkatkan pencapaiannya
seterusnya mendapatkan kesan positif daripada penggunaan resos kerana murid telah
mempelajari sesuatu yang bersifat konkrit dan nyata. Menurut Mazuki (2011),
pembelajaran berasaskan pengalaman memberikan kesan kepada individu secara
menyeluruh meliputi perasaan, tingkah laku dan kognitif. Perkara ini disokong oleh
pendapat Manivannan (2017) bahawa pengetahuan seorang murid adalah untuk
menyelesaikan masalah dalam pengalamannya yang mana pengetahuan yang koheren
dan berdaya maju dapat memberikan penjelasan yang koheren secara relatif terhadap
perkara yang dialami oleh individu. Oleh yang demikian, pengalaman yang diperoleh murid
melalui penggunaan resos ini telah dapat membantu murid dalam pembelajaran
seterusnya dapat disimpulkan bahawa resos telah dapat mencapai objektif pertama dan
ketiga yang telah dinyatakan.
Jadual 3: Kekerapan, Peratusan dan Min bagi Penerimaan Murid Terhadap Isi
Pelajaran dengan Penggunaan Resos Kepada Murid
12
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Item Pernyataan Item Kekerapan min
3.13
Memahami konsep mencari 1 234
luas permukaan gabungan 1 276 3.00
2 bentuk tiga dimensi dengan (12.5%) (43.8%) (37.5%)
mudah. (6.3%)
Alat membantu murid mengira 2 2 6 6
luas permukaan gabungan (12.5%) (12.5%) (37.5%) (37.5%)
3 bentuk tiga dimensi dengan tepat.
Alat membantu murid 1 258 3.25
mengatasi kekeliruan dalam (6.3%) (12.5%) (31.3%) (50.0%)
menentukan permukaan mana 3.06
4 yang perlu diambil kira untuk 2.81
mencari luas permukaan 3.05
gabungan bentuk tiga dimensi.
Saya berasa lebih yakin untuk 1447
9 menjawab soalan selepas
menggunakan alat ini. (6.3%) (25.0%) (25.0%) (43.0%)
Saya telah menguasai topik 2 3 7 4
10 pengiraan luas (12.5%) (18.8%)
permukaan gabungan (43.8%) (25.0%)
bentuk tiga dimensi.
Keseluruhan
Jadual 4 menunjukkan persepsi murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran
dengan penggunaan resos. Majoriti murid berada pada tahap sangat setuju bahawa
penggunaan resos dapat menimbulkan rasa seronok mempelajari topik luas permukaan
gabungan bentuk tiga dimensi dengan 9 (56.3%) murid, menjadikan pembelajaran menjadi
lebih berkesan dengan 7 (43.8%) murid dan dapat terlibat aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dengan 9(56.3%) murid. Ianya diikuti dengan murid yang berada pada
tahap setuju masing-masing dengan bilangan 5 (31.3%) dan 4 (25.0%). Bagi pernyataan
item 6 dan item 8, majoriti murid berada pada tahap setuju masing-masing dengan 8
(50.0%) dan 9 (56.3%) murid diikuti dengan pada tahap sangat setuju masingmasing
dengan 7 (43.8%) dan 6 (37.5%).
Berdasarkan min bagi item 7 iaitu 3.38, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan
murid telah dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Majoriti murid juga berasa seronok dan lebih berminat untuk mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran pada hari tersebut masing-masing dengan min 3.44 dan 3.31. Secara
keseluruhannya, penilaian kendiri murid adalah positif terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku.
Jadual 4: Kekerapan, Peratusan dan Min bagi Persepsi Murid Terhadap
13
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
PdP dengan Penggunaan Resos
Kekerapan
Item Pernyataan Item min
1 4
Seronok belajar topik luas 1 23
permukaan gabungan bentuk 0 25 9 3.44
tiga dimensi menggunakan (56.3%)
(0%) (12.5%) (31.3%)
alat.
5 Pembelajaran topik luas 2 3 4 7 3.00
permukaan gabungan bentuk (12.5%) (18.8%) (25.0%) (43.8%)
tiga dimensi menjadi lebih
berkesan dengan alat ini.
6 Sesi pengajaran dan 0 18 7 3.38
pembelajaran menjadi lebih (0%)
(50.0%) (43.8%)
menarik dengan menggunakan (6.3%)
alat ini.
7 Terlibat secara aktif dalam 034 9 3.38
pembelajaran apabila
menggunakan alat ini. (0%) (18.8%) (25.0%) (56.3%)
Alat ini menarik minat untuk 0 19 6 3.31
8 belajar. (0%)
(6.3%) (56.3%) (37.5%)
Keseluruhan 3.30
6.0 Cadangan Penambahbaikan
Antara cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah dengan
mendigitalisasikan produk agar dapat digunakan dalam e-pembelajaran. Antara bentuk
pendigitalisasian yang boleh digunakan adalah gamifikasi pembelajaran. Prambayun
(2015) menyatakan gamifikasi dapat membantu meningkatkan pencapaian juga kemahiran
berfikir murid. Justeru itu, salah satu media yang boleh dimanfaatkan adalah alat
pengarangan seperti Scratch untuk mewujudkan sebuah gamifikasi yang bersesuaian
dengan resos dan isi pelajaran.
Selain itu, memandangkan KPPB adalah sesuatu yang baharu, maka antara cadangan
penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap diri termasuklah memperluaskan
pengetahuan dan kemahiran dalam KPPB. Dengan ini, siswa guru akan dapat lebih
menghayati pelaksanaan KPPB sekiranya mempunyai pengetahuan yang mendalam
kerana dapat mengelakkan kekeliruan pada masa akan datang.
7.0 Produk dan Pengetahuan Baharu
Setelah menyelesaikan KPPB, terdapat banyak produk dan ilmu pengetahuan baharu
yang telah diperoleh. Antaranya ialah kemahiran penghasilan resos yang bersesuaian
mengikut keperluan murid. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010
menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif
dalam bilik darjah. Justeru, dengan adanya pengalaman ini, siswa pendidik mampu
14
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
merancang resos yang berkesan membantu murid menggarap isi pembelajaran dengan
lebih bermakna. Dalam hal ini, resos yang telah dihasilkan adalah Magic Square.
Selain itu, kami juga dapat menghasilkan dan melaksanakan Rancangan Pengajaran
Harian yang bersesuaian dengan topik pembelajaran dan penghasilan resos. Hal ini
demikian kerana penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dikatakan sebagai salah
satu kewajipan guru dalam menentukan keberkesanan pengajaran kerana guru terlebih
dahulu telah memahami dan menilai semua aspek yang akan dilaksanakan ketika proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (Noor, et.al, 2019). Dalam proses penyediaan
RPH, beberapa aspek telah disenaraikan seperti penyediaan RPH, penghasilan resos
PdP, perancangan strategi, teknik atau kaedah digunakan semasa PdP, penyediaan
soalan ujian pra dan pos, penentuan jenis alat pentaksiran autentik dan juga pelaporan
penulisan laporan. Dengan ini, proses pelaksanaan KPPB dapat membantu guru
mengaplikasi amalan pentaksiran dalam pendidikan di samping menyelesaikan isu-isu
masalah dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui pelaksanaan KPPB ini juga, kami
dapat mengambil kesempatan untuk melibatkan diri dalam Pertandingan Seminar
Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan (SPIP).
8.0 Hasil Tugasan KPPB
Berikut merupakan keratan hasil tugasan yang dihasilkan melalui pelaksanaan KPPB.
15
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
9.0 Resos yang dihasilkan
9.1 Tajuk Resos Magic Square
9.2 Objektif Resos
Pembinaan resos ini adalah untuk mencapai objektif berikut.
i. Membantu murid melihat bahagian permukaan yang perlu diambil kira semasa
mencari luas permukaan gabungan bentuk 3D. ii. Meningkatkan tahap visualisasi
murid berkaitan bayangan gambar rajah dalam mencari luas permukaan gabungan
bentuk 3D.
iii. Membantu murid yang lemah dalam operasi pendaraban untuk mengira luas
sesuatu permukaan dengan tepat.
9.3 Kumpulan Sasaran
Kumpulan sasaran bagi resos ini adalah murid Tahun 6 kerana resos ini dibina
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Matematik tahun 6 seperti
berikut:
a. Standard Kandungan:
8.3 : Bentuk Tiga Dimensi
b. Standard Pembelajaran:
8.3.1 : Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan luas permukaan gabungan
bentuk tiga dimensi.
9.4 Langkah Penggunaan
Cara penggunaan ‘Magic Square’ adalah mudah dan langkah-langkah penggunaannya
dijelaskan secara bertulis dan gambaran seperti dalam Jadual 5.
16
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Jadual 5: Langkah Penggunaan ‘Magic Square’
Langkah Proses Gambaran
1 Pilih mana-mana dua bentuk 3D yang disediakan.
2 Cantumkan kedua bentuk 3D yang dipilih dengan
melekatkan bahagian magnet yang ada
pada salah satu sisi kubus dengan mana-
mana bahagian sisi bagi bentuk 3D yang
lain.
3 Lekatkan magnet 1x1, 5x1 atau 10x1 pada
bahagian permukaan bentuk 3D.
4 Luas permukaan bentuk 3D diperoleh dengan
menjumlahkan semua magnet yang
dilekatkan pada setiap permukaan
gabungan bentuk 3D yang diambil kira.
5 Guru membimbing murid membuat kesimpulan berkaitan Guru*
bahagian permukaan yang perlu
*Penjelasan
diambil kira untuk mencari luas permukaan bentuk 3D.
10.0 Pemanfaatan Digital dalam KPPB
17
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Antara permanfaatan digital dalam pelaksanaan KPPB boleh dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pelaporan. Dalam aspek
perancangan, perbincangan dengan pensyarah pembimbing dengan ahli kumpulan telah
dilaksanakan melalui medium Google Meets, WhatsApps dan Google Classroom.
Contohnya, segala maklumat seperti pencarian jurnal berwasit dan artikel yang berguna
untuk menjadikan bahan rujukan penulisan laporan telah dimuat naikkan ke dalam pautan
yang digunakan. Hal ini penting untuk memudahkan ahli kumpulan berkongsi pendapat
dan berinteraksi dengan pensyarah mahupun rakan sekumpulan secara atas talian.
Selain itu, dalam aspek pelaksanaan KPPB, ahli kumpulan juga bekerjasama untuk
merujuk pelbagai sumber daripada internet dan jurnal elektronik dalam laman sosial.
Akhirnya, dalam aspek pelaporan, ahli kumpulan membahagikan tugas untuk mengutip
dan menganalisis data dengan menggunakan pivot table dalam Microsoft Excel dan
seterusnya menghasilkan penulisan laporan yang merangkumi semua tugasan.
11.0 Maklum balas KPPB
11.1 Cabaran
Antara cabaran pelaksanaan yang kami hadapi adalah cabaran untuk merungkai dan
merangkai hasil pembelajaran. Hal ini demikian kerana tugasan KPPB ini melibatkan 6
tugasan kerja kursus. Justeru, untuk mencari titik persamaan bagi memenuhi kehendak
soalan kerja kursus, adalah penting kami mendapat banyak usaha dan nasihat daripada
pensyarah supaya memudahkan kita merungkai keenam-enam tugasan yang diberikan.
Tambahan pula, KPPB ini adalah sesuatu yang baharu. Oleh itu, terdapat kekeliruan
dalam melaksanakan KPPB. Namun begitu, cabaran ini telah membantu kami untuk
memperluaskan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai aspek serta KPPB seperti
Global 6C dan pelaksanaan KPPB ini membantu kami sebagai insan guru sejati.
11.2 Faedah
Faedah yang diperoleh sepanjang KPPB ini ialah produk yang dihasilkan dapat membuka
peluang kami untuk menyertai pertandingan inovasi. Guru pelatih dapat memperluaskan
penghasilan resos dalam pertandingan inovasi di peringkat kampus mahupun di peringat
kebangsaan seperti Pertandingan Seminar Pendidikan dan Inovasi Pendidikan (SPIP)
2021. Seterusnya, faedah kedua adalah membentuk amalan penyelidikan untuk
memperbaiki prestasi kerjaya guru melalui kajian tindakan dan intervensi. Melalui
pelaksanaan KPPB ini, guru dapat menambahbaik pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas di samping dapat meningkatkan kualiti diri sebagai pendidik melalui proses
pembelajaran secara berterusan. Ketiga, faedah yang diperoleh ialah penghasilan resos
dapat membantu murid memahami topik yang dipelajari. Contohnya, Magic Square yang
dihasilkan dapat membantu murid melihat bahagian permukaan yang perlu diambil kira
semasa mencari luas permukaan gabungan bentuk 3D. Selain itu, ia juga dapat
Meningkatkan tahap visualisasi murid berkaitan bayangan gambar rajah dalam mencari
luas permukaan gabungan bentuk 3D di samping Membantu murid yang lemah dalam
operasi pendaraban untuk mengira luas sesuatu permukaan dengan tepat.
11.3 Ilmu Pengetahuan Baharu
Sepanjang pelaksanaan KPPB, terdapat pelbagai ilmu pengetahuan baharu yang telah
diperoleh adalah berdasarkan hasil pembelajaran kursus yang terlibat. Pertama, kami
dapat mengaplikasikan amalan pentaksiran dalam pendidikan. Contohnya, kami telah
bagaimana melapor prestasi menggunakan pelbagai jenis alat pentaksiran. Lebih-lebih
lagi, kami juga dapat mengetahui komponen dalam RPH dan cara merancang RPH yang
bersesuaian mengikut minat dan keperluan murid. Seperti yang kami ketahui, RPH adalah
satu keperluan guru sebelum masuk ke kelas untuk melaksanakan proses pengajaran dan
18
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
pembelajaran secara berkesan. Ketiga, kami juga belajar cara meningkatkan prestasi
meningkatkan proses mengajar melalui amalaan PLC. Hal ini demikian kerana kami bukan
belajar secara teoritikal tetapi kami melaksanakan keadaan situasi sebenar di dalam kelas.
Akhirnya, kami juga berkesempatan mendalami budaya penyelidikan untuk meningkatkan
prestasi murid melalui penghasilan resos.
12.0 Senarai Penyertaan atau Showcase bagi Resos PdP yang Dibina
Jadual 6: Senarai Penyertaan dan Pencapaian
Bil. Nama Peserta Tajuk Program Tarikh Peringkat Pencapaian
Inovasi/ dan
Showcase Masa
NPDL
1 1.Kimberly Chia Magic Square Seminar 24-26 Kebangsaan Anugerah
Perak
Dee Na Penyelidikan Mac
Anugerah
2.Ronna dan Inovasi 2021 Kebangsaan Gangsa
Karen Pendidikan
Anugerah
Haliam (SPIP 2021) Kebangsaan Perak
3.Vergeer
Voi Anak
Paul
2 1.Zulaikha I See Unit Seminar 24-26
binti Converter Penyelidikan Mac
Mamat (ICUC) dan Inovasi 2021
2.Nur Izzati binti Pendidikan
Roslah (SPIP 2021)
3.Erika
Steffi
Anak Rogie
3 1.Fatin Nurul Kenali Seminar 24-26
Athira binti Pecahan
Penyelidikan Mac
Ismail
dan Inovasi 2021
2.Joan Ng
Pendidikan
3.Norasyikin binti
Mohd Zamuri (SPIP 2021)
4.Nur Izzah Zakiah
binti
Majdi
19
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
4 1.Dr. Khoo Pembudayaan Showcase 29 – 30 Kebangsaan Pembentan
Chwee Hoon Penyelidikan Pelaksanaan Jun gan secara
2.Kimberly Chia Menjana Guru Kapasiti 2021 maya
Dee Na Inovatif – Pedagogi
3.Ronna Magic Square Pembelajaran
Karen Bermakna
(KPPB)
Haliam Semester 1,
4.Vergeer 2021
Peringkat
Voi Anak
Paul
Bil. Nama Peserta Tajuk Program Tarikh Peringkat Pencapaian
Inovasi/ dan
Showcase Masa
NPDL
Institut
Pendidikan
Guru
Malaysia
(IPGM)
5 1.Dr. Khoo Pembudayaan Showcase 29 – 30 Kebangsaan Penyertaan
Chwee Hoon Penyelidikan Pelaksanaan Jun melalui
2.Zulaikha Menjana Guru Kapasiti 2021 penghantar
binti Inovatif - I See Pedagogi an rakaman
Mamat Unit Converter Pembelajaran video
Bermakna
3.Nur Izzati binti (ICUC) (KPPB)
Semester 1,
Roslah 2021
4.Erika Steffi
Anak Rogie
Peringkat
Institut
Pendidikan
Guru
Malaysia
(IPGM)
6 1.Joan Ng Kit LiMi MinD Inovasi 6 Kebangsaan Anugerah
2020 Oktober Perak
2.Nur Izzah Zakiah 2021
Binti
Majd
13.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, pelaksanaan KPPB ini memberi banyak manfaat kepada pelajar
khususnya sebagai guru pelatih dan juga bakal guru. Melalui KPPB, guru pelajar belajar
untuk memanfaatkan kemudahan digital di mana teknologi digital boleh digunakan dalam
amalan di bilik darjah untuk memacu, membugar dan nilai tambah terhadap pembelajaran.
Di samping itu, melalui KPPB, satu gabungan proses amalan pedagogi dan amalan
inovasi yang baharu muncul. Sebagai seorang bakal guru pada abad ke-21, pengetahuan
ini adalah penting dalam mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan bermakna. Buktinya, inovasi Magic Square yang dihasilkan telah membantu
20
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
murid-murid yang mempunyai masalah dalam kemahiran yang ditekankan untuk
mengatasi masalah tersebut.
Rujukan
Arihasnida Ariffin. (2015). Kesan Persembahan Masalah Berbentuk Grafik dan Animasi
Bagi Pembelajaran Berasaskan Masalah Dalam Talian Kursus Lukisan
Kejuruteraan. PhD thesis. University Sains Malaysia. Daripada http://eprints.usm.my
/31278/1/ARIHASNIDA.pdf
Manivannan A/L Subramaniam. (2017). Pemahaman Murid Tahun Lima Tentang Luas
Segi Empat. Tesis Falsafah Kedoktoran. Universiti Malaya. Daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/7878/24/PEMAHAMAN_MURID_TAHUN_LIMA_T
EN TANG_LUAS_SEGI_EMPAT.pdf
Noor Shamshinar Zakaria, Mohd Salihin Hafizi Mohd Fauzi, Zakiah Hassan, Julia
Madzalan, Haslina Hamzah. (2019). Kompetensi Guru Pelaatih Dalam Penulisan
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Arab. Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor. Daripada
http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/19- NOOR-
SHAMSINAR.pdf
Prambayun, A., & Farozi, M. (2015). “Pola Perancangan Gamifikasi untuk Membangun
Engagement Siswa dalam Belajar.” STMIK AMIKOM Yogjakarta. Seminar Nasional
Teknologi Informasi dan Multimedia: ISSN: 2302-3805.
21
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
MAGIC SQUARE
Ronna Karen Haliam
Kimberly Chia Dee Na
1.0 PENGENALAN
Sepanjang dua dekad lalu, pentaksiran antarabangsa seperti Programme for Internatonal
Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics and Scince Study
(TIMSS) telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan
pendidikan merentas pelbagai sistem. Dalam pada itu, didapati bahawa murid Malaysia
menunjukkan prestasi tahap di bawah purata antarabangsa bagi Matematik dan terdapat
38% murid gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik (Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013). Antara penyumbang kepada kemerosotan
tersebut adalah sikap murid yang kurang berminat dengan matematik (Amat Ujali Lan dan
Affero Ismail, 2016).
Justeru itu, guru dianggap sebagai insan yang berperanan penting dalam
membantu meningkatkan pencapaian murid melalui perancangan pengajaran dan
pembelajaran. Dalam hal ini, antara perkara yang dapat dilakukan guru dalam
meningkatkan kemahirannya adalah melalui strategi Komuniti Pembelajaran Profesional.
Komuniti pembelajaran profesional menekankan kepada perkongsian kemahiran dan
pengetahuan guru secara kolaborasi, membina hubungan yang berkualiti, merancang
program berfokus dan berkongsi kepimpinan. Dengan ini, kualiti profesionalisme keguruan
akan dapat ditingkatkan. Walau bagaimanapun, dalam memastikan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran, guru perlu melakukan penilaian keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran terhadap murid dan bahan bantu mengajar yang digunapakai. Dalam
hal ini, adalah perlu untuk guru melaksanakan pentaksiran dalam bilik darjah.
Pentaksiran ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran
dan pembinaan ilmu murid (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Dengan adanya
pentaksiran, seorang guru mampu menentukan tahap prestasi dan pencapaian murid.
Terdapat tiga tujuan utama pentaksiran iaitu pentaksiran untuk pembelajaran, pentaksiran
sebagai pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran. Walau bagaimanapun,
pentaksiran yang ditekankan dalam penulisan ini adalah pentaksiran autentik. Hal ini
kerana, penulisan ini berfokus kepada penilaian murid terhadap sesuatu topik yang mana
pelajar dinilai berdasarkan pencapaian mengikut kriteria dan piawaian yang telah
ditetapkan bagi melihat sejauh mana bahan bantu mengajar dapat membantu pencapaian
murid. Menurut Boon, P.Y., Lee, L.H., dan Lawrence (2017) pentaksiran autentik adalah
proses penilaian pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang dapat memberikan maklumat
tentang tahap pembelajaran murid, pencapaian, motivasi, perasaan atau sikap murid
terhadap aktiviti pembelajaran yang berkaitan. Ini bermakna, pentaksiran autentik adalah
penting untuk melihat proses pencapaian murid sepanjang tempoh sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Ghafar (2011) telah mendefinisikan pentaksiran sebagai satu
proses yang sistematik dan melibatkan proses untuk mengumpulkan, menganalisis, dan
menterjemah tahap pencapaian murid terhadap sesuatu objektif pembelajaran. Perkara ini
berlaku sewaktu guru mengumpul data dan maklumat murid untuk proses penilaian.
Proses ini berperanan untuk membantu guru melakukan keputusan secara menyeluruh
tentang keseluruhan pencapaian sesuatu perkara yang telah dilakukan untuk menambah
baik proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, dalam konteks kajian yang
22
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
dilaksanakan, pentaksiran autentik dianggap sesuai bagi mendapatkan keputusan yang
diinginkan.
2.0 ISU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK
Isu dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik yang dipilih adalah lebih tertumpu
kepada topik yang telah diagihkan oleh pensyarah. Maka, tumpuan bagi penulisan ini
adalah berdasarkan kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Sekolah
Rendah Tahun 6 di bawah tajuk Ruang, dengan standard kandungan Bentuk Tiga Dimensi
serta standard pembelajarannya berfokus kepada penyelesaian masalah harian
melibatkan luas permukaan gabungan bentuk tiga dimensi.
Umumnya, kurikulum bagi tajuk ruang memerlukan murid untuk membuat penaakulan
logik, visualisasi ruang, pemikiran abstrak dan penyelesaian masalah. Namun begitu,
berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Manivannan Subramaniam (2017) mendapati isu
kesukaran dalam pembelajaran ruang yang dihadapi oleh murid membabitkan salah
konsep, salah faham, kelemahan dalam membuat visualisasi ruang, kelemahan murid
menguasai kemahiran menstrukturkan luas dalam bentuk dua dimensi dan kesukaran
murid memahami konsep pendaraban berkaitan luas segi empat berasaskan formula dan
strategi penyelesaian. Dalam hal ini, kegagalan murid untuk menguasai topik dalam
pembelajaran sebelumnya seperti menstruktur luas dalam bentuk dua dimensi
mengakibatkan kelemahan murid dalam mencari luas bentuk tiga dimensi. Justeru, isu
murid dalam pengajaran dan pembelajaran bagi topik yang dinyatakan adalah seperti
berikut:
d) Kesukaran dalam membuat visualisasi terhadap kedudukan gambar rajah
dalam mencari luas permukaan gabungan bentuk tiga dimensi;
e) Kesukaran dalam menentukan permukaan yang perlu diambil kira semasa
mengira luas permukaan gabungan bentuk tiga dimensi; dan
f) Murid mengalami kesukaran dalam melakukan proses pendaraban.
3.0 PENDEKATAN STRATEGI KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL
Lahirnya seorang murid yang berprestasi adalah dipengaruhi oleh sistem sekolah yang
berprestasi tinggi yang disokong oleh dua komponen utama iaitu kualiti kepimpinan dan
kualiti guru. Sebagai manusia, guru mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang terhad
dalam pengajaran menyebabkan kesukaran untuk menjana pembelajaran murid yang
menarik dan bermakna di dalam bilik darjah mengakibatkan ramai murid yang kurang
menguasai kemahiran-kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah termasuklah bagi mata
pelajaran matematik. Menurut Mohamad Nurizwan (2014), ramai murid mempunyai
tanggapan yang negatif terhadap matematik sehingga mengakibatkan murid tidak
berminat untuk belajar matematik, sanggup ponteng kelas dan tidak membuat tugasan
yang diberikan guru. Dalam pendidikan Matematik, pengajaran topik luas permukaan
bentuk tiga dimensi adalah kemahiran yang perlu dikuasai murid. Namun begitu,
Matematik yang sering dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar dikuasai
menunjukkan perlunya guru memiliki pengetahuan yang mendalam berkaitan pedagogi
Matematik. Alis (2008) menyatakan faktor kegagalan guru dalam pengajaran dan
23
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
pembelajaran adalah seperti gaya pengajaran guru yang tidak memenuhi gaya
pembelajaran murid, guru tidak menyediakan peluang kepada murid untuk terlibat aktif,
guru yang terlalu mengikut prosedur yang terdapat dalam buku teks dan guru yang
cenderung menggunakan pendekatan dan strategi pengajaran secara tradisi.
Bagi mengatasi isu dan masalah pembelajaran yang dihadapi, Komuniti
Pembelajaran Profesional dilihat sebagai medium yang dapat membantu guru dalam
mencari kaedah baharu yang boleh diguna pakai dalam meningkatkan kemahiran
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. KPP merupakan amalan yang mana
sejumlah guru dan pentadbir sekolah akan sentiasa mencari dan berkongsi pembelajaran,
serta mengambil tindakan berasaskan pembelajaran yang tujuan utamanya adalah
meningkatkan keberkesanan profesionalisme guru untuk faedah pembelajaran murid
(Musimartin, 2014). Ianya melibatkan pembudayaan pelaksanaan aktiviti pembelajaran
dan pengajaran secara kolaboratif dalam kalangan komuniti guru bagi membincangkan
permasalahan yang berlaku dalam bilik darjah. Pendapat dan idea yang bernas yang
dikongsikan bersama akan dapat membantu guru lain yang turut menghadapi masalah
semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Bertitik tolak daripada isu dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, guru
memainkan peranan penting dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan mengambil kira gaya pembelajaran murid. Justeru, guru boleh
menggunakan strategi KPP dengan melakukan perbincangan, pembacaan mahupun
pemerhatian untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bagi
topik tersebut. Berdasarkan laporan Little & McLaughlin (1993, dalam Modul Komuniti
Pembelajaran Profesional), sekolah dan panitia yang paling berkesan ialah sekolah yang
melaksanakan komuniti pembelajaran yang mantap. Ini membuktikan bahawa
pelaksanaan KPP akan dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu lebih
efektif. Terdapat lima strategi utama dalam KPP yang boleh diaplikasikan guru seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Justeru, berdasarkan isu pengajaran dan pembelajaran
matematik yang dikemukakan (rujuk 2.0), berikut merupakan strategi yang boleh
digunakan guru dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk
menyelesaikan isu tersebut.
Dialog Penswas- Fokus Kolaboras Norma
Reflektif taan Secara i dan Nilai
Kolektif Dikongsi
Amalan Terhadap Bersama
Pembelaj
aran
Murid
Rajah 1: Strategi Utama Komuniti Pembelajaran Profesional
(Sumber: Modul Komuniti Pembelajaran Profesional)
3.1 Strategi Dialog Reflektif: Kumpulan Belajar
Kumpulan belajar dalam strategi KPP menggambarkan sekelompok guru belajar atau
berbincang tentang suatu topik yang khusus seperti kemahiran berfikir, pelbagai
24
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
kecerdasan atau kajian tentang minda. Guru boleh meningkatkan profesionalisme diri
dengan mengadakan perjumpaan dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG)
untuk membincangkan dan membuat refleksi sesama mereka terhadap pengalaman
mengajar topik-topik tertentu di samping mendapat input baharu daripada fasilitator yang
pakar dalam bidang tertentu. Dalam hal ini, guru matematik boleh berkumpul bersama
untuk membincangkan cara yang paling berkesan untuk mengajar murid berkaitan isu
pengajaran dan pembelajaran yang telah dinyatakan di samping dapat menilai diri sendiri
tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas dari rakan-rakan, membaca penulisan
reflektif rakan-rakan dan berkongsi strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran dengan
mengambil kira kepelbagaian kecerdasan murid yang ada dalam sesebuah bilik darjah.
Hasil perbincangan yang bernas boleh digunapakai dan diaplikasikan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan cara ini, guru dapat
menambahkan ilmu, keterampilan dan berkongsi pengalaman tentang bagaimana hendak
memilih strategi terbaik untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran bagi
sesuatu mata pelajaran (Boon, 2008).
3.2 Strategi Dialog Reflektif: Kritikan Video Pengajaran Guru
Kritikan video pengajaran guru adalah kaedah menggunakan rakaman video pengajaran
untuk membuat analisa dan memberi pendapat dengan tujuan untuk meningkatkan
kefahaman atau membantu ahli panitia dalam pembelajaran murid. Tujuannya adalah
untuk menjana pemikiran ke arah penilaian kendiri, menyemai amalan dialog berkaitan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah melalui analisa yang tepat, serta
mengenal pasti ruang untuk perkembangan profesional. Dengan pelaksanaan strategi ini,
guru dapat memberi fokus kepada aspek profesional yang perlu diperbaiki, memberi
penekanan kepada idea atau kaedah yang boleh diteladani, dan mencadangkan ruang
untuk dibuat penambahbaikan melalui senarai kekuatan dan kelemahan pada langkah
yang dinilai mengikut pandangan individu pada borang kritik yang disediakan. Contohnya,
sekiranya seseorang guru mendapat kritikan bahawa beliau kurang menerapkan elemen
kemahiran berfikir aras tinggi dan sepatutnya memasukkan elemen koperatif dalam
pembelajaran abad ke -21, maka guru boleh mengambil iktibar dan berinisiatif untuk
memasukkan elemen yang dianggap penting melalui perkongsian minda daripada rakan
guru yang lain. Hal ini secara tidak langsung membolehkan guru menimba pengalaman
baharu seterusnya meningkatkan gaya pengajaran guru dalam bilik darjah. Menurut Johari
et al (2009, dalam Fariza, Zanaton, Md Yusoff dan Roslinda, 2014), keberkesanan
seorang guru dalam pengajarannya banyak dipengaruhi oleh faktor kemahiran serta
pengalaman belajar. Justeru itu, medium ini jelas mampu membantu guru dalam
meningkatkan keberkesanan pengajaran bagi topik pengiraan luas permukaan gabungan
bentuk tiga dimensi.
25
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
1. Guru merancang
rancangan pengajaran
4. Guru berbincang 2. Guru merakam
mengukuhkan kekuatan pengajaran dan
dan mengatasi kelemahan. pembelajaran dalam bilik
darjah.
3. Guru melaksanakan
kritikan video dengan
menggunakan kaedah
placemat.
Rajah 2: Kitaran Kritikan Video Terhadap Pengajaran Guru
3.3 Penswastaan Amalan: Jelajah Pembelajaran
Jelajah pembelajaran ialah berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran
guru lain dan aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan peraturan dan
fokus yang spesifik (Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006).
Ianya bertujuan untuk memerhati dan ‘mencuri’ amalan dan kaedah yang berkesan serta
menyokong pengajaran dan pembelajaran dengan objektif untuk mengumpulkan bahan
bukti aksi pembelajaran yang diperhatikan dalam bilik darjah dan belajar daripada
amalanamalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan boleh dipraktikkan untuk
diri sendiri dan guru lain. Fokus dalam melakukan jelajah pembelajaran boleh melibatkan
penggunaan bahan bantu belajar dan sumber yang berkesan dan menyokong
pembelajaran dan pengajaran, suasana bilik darjah yang menyokong pengajaran dan
pembelajaran, penglibatan murid, arahan guru semasa pengajaran dan pembelajaran
serta penggunaan teknologi semasa pengajaran dan pembelajaran.
Bagi mengatasi isu kesukaran memvisualisasi gambar rajah dan melihat bahagian
permukaan yang perlu diambil kira dalam mencari luas permukaan bentuk tiga dimensi
maka, guru boleh menjalankan pemerhatian terhadap pengajaran daripada guru lain dan
melihat keberkesanan pengajaran guru tersebut dalam bilik darjah. Guru boleh menilai
sendiri aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan dan respon murid
terhadap kaedah yang digunapakai. Justeru, berdasarkan jelajah pembelajaran yang
dilakukan, penggunaan bahan bantu mengajar dan penglibatan murid adalah penting bagi
menjamin kefahaman murid. Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Lai, K.L., Khaw, A.H.,
dan Seah, A.K. (2001), hasil kajian mendapati persepsi guru terhadap penggunaan bahan
bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah amat positif yang
mana guru percaya bahawa bahan bantu mengajar dapat meningkatkan minat dan
perasaan ingin tahu dalam kalangan murid di samping dapat mempertingkatkan
kefahaman konsep serta dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Seterusnya, setelah melakukan jelajah pembelajaran, guru juga mendapati bahawa
penglibatan murid dapat ditingkatkan dengan mengamalkan pembelajaran secara
koperatif. Johnson, Johnson & Holubee (2002, dalam Aimi Hafizah, 2017) menyatakan
pembelajaran koperatif adalah kumpulan pelajar yang bekerjasama untuk menyelesaikan
masalah atau tugasan. Aimi Hafizah (2017) menyatakan ciri-ciri pembelajaran koperatif
adalah murid perlu mempunyai matlamat kumpulan dan menjadikan ia sebagai dorongan
serta motivasi sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran koperatif berlangsung agar
tugasan tidak tersasar daripada matlamat yang perlu dicapai. Ini bermaksud murid akan
26
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
lebih terdorong dan bersemangat untuk belajar melalui pembelajaran koperatif seterusnya
dapat mencapai matlamat pembelajaran. Justeru itu, elemen bahan bantu mengajar dan
pembelajaran koperatif tersebut perlu dimasukkan ke dalam aktiviti pengajaran.
3.4 Penswastaan Amalan: Sesi Perkongsian Guru
Menurut Broscoe dan Peters (1997), guru yang kurang berkolaboratif antara satu sama
lain, mereka menguruskan bahan mereka sendiri dan menyimpan amalan pedagogi untuk
kegunaan mereka sendiri. Justeru, budaya pemikiran ini harus dihapuskan dan diubah
menjadi pembudayaan yang mementingkan perkongsian bagi membantu
mempertingkatkan kemahiran guru dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Melalui
perkongsian ini juga, ahli dapat belajar sesama sendiri bagi memahami dunia
pengetahuan dan persekitaran mereka.
Sesi perkongsian merujuk kepada sekumpulan guru dari institusi yang sama atau
berbeza bertemu secara kerap atau berkala secara formal untuk berkongsi pengetahuan,
kemahiran, pengalaman, dan amalan pedagogi terbaik yang mana bilangan guru tidak
dihadkan dalam sesuatu kumpulan tetapi memadai dengan hanya dua orang guru yang
berkongsi pengalaman sesama sendiri. Namun begitu, perkongsian dalam kalangan ahli
yang lebih ramai akan memberikan lebih banyak ruang pengisian dan aspek pengetahuan,
kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi yang berbeza dan pelbagai. Dalam sesi
perkongsian guru, antara perkara-perkara yang boleh dikongsikan adalah perkongsian
bahan maujud seperti bahan bantu mengajar, laman sesawang, lembaran kerja,
rancangan pengajaran dan skema pemarkahan serta perkongsian bahan bukan maujud
seperti amalan pedagogi, pengurusan murid, pengurusan bilik darjah, kemahiran dan
pengalaman.
Dalam mengatasi isu pengajaran dan pembelajaran yang dikemukakan, elemen
yang telah dikongsikan dan dibincangkan adalah seperti bahan bantu mengajar, lembaran
kerja, rancangan pengajaran, pengurusan murid dan pengurusan bilik darjah. Dalam hal
ini, guru boleh berkongsi cara mengendalikan resos yang disediakan di bilik darjah dan
cadangan penambahbaikan untuk digunakan bersama. Menurut Marzuki (2005, dalam
Faizah, 2017), sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dianggap berkesan jika
sebelum proses pengajaran dan pembelajaran guru telah menyediakan bahan bantu
mengajar, mendalami isi kandungan yang hendak diajar dan mempelbagaikan kaedah
pengajaran. Daripada perkongsian guru juga, lembaran kerja adalah diperlukan untuk
menilai kefahaman dan memastikan murid dapat mengaplikasikan maklumat yang
dipelajari semasa menjawab soalan di samping memudahkan guru untuk menilai
pencapaian objektif pembelajaran pada hari tertentu. Dengan adanya lembaran kerja, guru
dapat mengenalpasti murid yang memerlukan aktiviti pengukuhan dan juga pengayaan.
Akhir sekali, rancangan pengajaran yang tersusun dan sistematik akan membantu
memastikan pengurusan murid dan bilik darjah adalah kondusif. Halizah Hamzah dan Joy
Nesamalar (2016) menyatakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat membantu
merangsang minat dan semangat murid serta menyedari sikap tanggungjawab dan
kesepunyaan terhadap pembelajarannya.
3.5 Penswastaan Amalan: Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian
(Lesson Study)
Lesson Study ialah amalan guru-guru secara kolaboratif untuk menentukan matlamat dan
objektif pengajaran, merancang dan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH),
membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru, membuat refleksi terhadap pengajaran
dan pembelajaran dan mengubahsuai untuk menambahbaik RPH. Lesson Study perlu
27
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
dilaksanakan secara sistematik dan teratur bagi guru mendapatkan impak yang
sewajarnya. Justeru, guru perlu komited dalam melibatkan diri sepenuhnya.
5. Ubah 1. Tentukan
suai RPH Matlamat
pengajaran.
4. Membuat 2. Bina
penilaian dan RPH
refleksi
pengajaran
3. Mengajar
dan
diperhatikan
Rajah 3: Kitaran Lesson Study
Bagi mengatasi isu pengajaran dan pembelajaran menggunakan strategi KPP ini, guru
membentuk kumpulan Lesson Study dan merancang matlamat yang ingin dicapai. Dalam
hal ini, guru mengkaji dan membincangkan masalah pembelajaran murid serta
menentukan matlamat yang hendak dicapai. Kemudian, guru-guru dalam bidang yang
sama membina RPH berdasarkan satu tajuk yang hendak diajar dalam satu sesi
pengajaran seperti bentuk tiga dimensi iaitu mencari luas permukaan gabungan bentuk
tiga dimensi. Dalam pembinaan RPH, segala permasalahan murid dalam topik tersebut
dibahaskan dan strategi pengajaran yang sesuai digunakan. Jangkaan respon murid
semasa proses pengajaran difikirkan secara mendalam. Kemudian RPH yang dihasilkan
dibentang dan diteliti. Seterusnya, RPH tersebut digunakan dalam kelas dan diperhatikan
keberkesanannya bagi tujuan refleksi. Dengan ini, penambahbaikan akan dapat dilakukan.
Justeru itu, dengan adanya Lesson Study, secara sedar atau tidak pengetahuan dan
kemahiran yang diperoleh akan diaplikasikan secara langsung oleh guru-guru dalam sesi
pengajaran mereka di bilik darjah seterusnya dapat membantu mengatasi masalah atau
isu pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi murid.
Secara keseluruhannya, berdasarkan strategi KPP yang dipilih, terdapat beberapa
perkara yang harus dipertimbangkan dan diselitkan dalam rancangan pengajaran harian
bagi memastikan guru dapat mengatasi isu pengajaran dan pembelajaran yang
dikemukakan. Antaranya ialah penggunaan bahan bantu mengajar, pendekatan
pengajaran secara koperatif, kemahiran berfikir aras tinggi, pengimplementasian elemen
pembelajaran abad ke-21, penggunaan lembaran kerja sebagai instrumen penilaian dan
RPH yang sistematik, teratur dan tersusun berdasarkan perkongsian dengan guru-guru
yang berpengalaman. Seperti yang telah dinyatakan, bahan bantu mengajar yang
disediakan dengan lebih awal akan memberikan impak positif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Maka, RPH yang di hasilkan adalah melibatkan resos yang telah dihasilkan
dalam Tugasan 3 bagi kursus Pengajaran Sukatan, Geometri dan Pengurusan Data
(MTES3093). Berikut adalah RPH yang telah dihasilkan berdasarkan strategi KPP yang
telah dibincangkan.
28
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Mata Pelajaran RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : Matematik
: 6 Mac 2020
Masa
: 9.50a.m. – 10.50a.m.
Kelas : 6 Aktif
Bilangan Murid : 16 orang
Tema : Sukatan dan Geometri
Tajuk : Ruang
Kemahiran/ Fokus : Menyelesaikan masalah rutin yang melibatkan
pengiraan luas permukaan gabungan bentuk tiga
dimensi.
Kemahiran Sedia Ada : 1. Murid mengenal bentuk segi empat sama dan
segiempat tepat.
ndungan 2. Murid mengetahui rumus mengira luas permukaan bentuk segi empat sama dan segi
mbelajaran empat tepat.
belajaran
: 8.3 Bentuk tiga dimensi
Berasaskan
: 8.3.1 Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan
luas permukaan dan isi padu bentuk gabungan tiga
dimensi
: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid
dapat:
1. Menentukan permukaan yang perlu diambil
kira untuk mencari luas permukaan gabungan
bentuk tiga dimensi.
2. Mengira luas permukaan gabungan bentuk
tiga dimensi dan betul sekurang-kurangnya 2
daripada 4 soalan lembaran kerja (ujian
pasca).
3. Memupuk sikap bekerjasama serta kejujuran
dalam diri.
: Pentaksiran formatif melalui pemerhatian, ujian,
lembaran kerja dan penilaian kendiri murid.
29
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
: 1. Menggunakan pengetahuan lepas ke situasi
baru.
:
: 2. Menyoal dan menyelesaikan masalah.
ajar :
3. Berusaha untuk ketepatan.
4. Mencipta, membayangkan dan berinovatif.
5. Berfikir secara fleksibel.
1. Kreativiti dan inovasi
2. Teknologi maklumat dan komunikasi
3. Nilai murni
1. Kerjasama dalam kerja kumpulan.
2. Kejujuran dalam menyelesaikan lembaran
kerja yang diberi.
3. Keberanian dalam berkongsi pendapat.
1. Resos – ‘Magic Square’ (6)
2. Video Permukaan Bentuk Tiga Dimensi (1)
3. Lembaran kerja ujian pra (16)
4. Lembaran kerja ujian pasca (16)
5. Komputer Riba (1)
6. Projektor (1)
7. Borang Penilaian
Kendiri (16) Seni dalam Pendidikan : Seni Visual Langkah
Pengajaran :
Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan
30
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Fasa Persediaan 1. Imbas kembali 1. Guru bersoal jawab BBM:
(5 minit) dengan murid Projektor
2. Mengenal berkaitan rumus Komputer Riba
Permukaan mencari luas Video
Bentuk Tiga permukaan bentuk
Dimensi. dua dimensi sambil Strategi PdP:
menunjukkan paparan Pembelajaran
PowerPoint. kontekstual
Soalan: Paparan
PowerPoint:
Apakah perkaitan
antara bilangan 1 unit
segiempat sama
dengan rumus luas
permukaan suatu
permukaan segi
empat?
Jangkaan Jawapan:
Jumlah bilangan 1
unit segiempat sama
adalah sama dengan
panjang x lebar bagi
suatu segi empat.
2. Guru memaparkan
video bentuk asas
kubus dan kuboid
serta kaedah
menentukan luas
permukaan bentuk
tiga dimensi.
Fasa Imaginasi 1. Mengira luas 1. Guru menunjukkan satu BBM:
(10 minit) permukaan
bongkah. bentuk bongkah Projektor
menggunakan
2. Lembaran paparan Power Point. Komputer Riba
kerja (ujian pra) Lembaran kerja
(ujian pra)
31
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Strategi PdP:
2cm Berp
Beras
4cm 2cm aktiviti
EMK:
2. Guru meminta murid
menyatakan cara untuk Nilai murni –
mencari luas Kejujuran
permukaan bagi Sains dan teknologi
bentuk dua dimensi
yang pernah
dipelajari iaitu segi
empat tepat dan segi
empat sama:
Luas Permukaan =
Panjang x Lebar
Bagi sebuah bentuk kuboid seperti di atas, ada 4 bentuk
segiempat tepat dan 2 bentuk segi empat sama.
2cm
4cm
Oleh itu, luas permukaan bentuk segiempat tepat
= 4 × (4 × 2)
= 4 × 8
= 32 2
gkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan
2cm
2cm
32
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan
dan, luas permukaan
bentuk segiempat
sama
= 2 × (2 × 2)
= 2 × 4
= 8 2
Jumlah Luas permukaan
sebuah bongkah
= 32 2 + 8 2
= 40 2
3. Guru memberikan
lembaran kerja (ujian
pra) untuk menguji
pengetahuan murid
dan menjana
pemikiran murid
terhadap topik yang
akan dipelajari.
a 1. Menentukan 1. Murid dibahagikan BBM:
kembangan bahagian kepada 3 kumpulan.
permukaan Resos – ‘Magic
minit) yang perlu 2. Setiap kumpulan Square’
diambil kira dibekalkan dengan
menggunaka resos yang lengkap.
n resos. Strategi PdP:
permukaan 2. Mencari luas Berpusatkan murid
bentuk dimensi
Berpusatkan bahan gabungan
tiga Berasaskan tugasan/
aktiviti
menggunaka Pembelajaran
koperatif
n resos. 3. Guru membimbing
33
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
3. Aktiviti murid tentang langkah EMK:
berkumpulan. penggunaan resos Nilai murni –
iaitu seperti berikut: Kerjasama
a. Cantumkan Kreativiti dan inovasi
kuboid besar dan
kubus dengan
melekatkan
bahagian magnet
pada kubus
dengan salah
satu sisi kuboid
besar.
b. Lekatkan magnet
yang
bersesuaian
pada permukaan
bentuk yang
dapat dilihat.
c. Luas permukaan
gabungan bentuk
tiga dimensi
diperoleh dengan
menjumlahkan
semua magnet
yang dilekatkan
pada setiap
permukaan
gabungan bentuk
tiga dimensi.
4. Secara berkumpulan,
murid diminta untuk
mencari luas
gabungan bentuk
tiga dimensi.
5. Guru membimbing
murid membuat
kesimpulan berkaitan
bahagian permukaan
yang perlu diambil
kira dan melihat
perkaitan antara
bilangan magnet dan
Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti PdP konsep Catatan
mencari luas
permukaan.
34
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan
Fasa Tindakan 1. Penstrukturan 1. Setiap murid diminta BBM:
Pelaksanaan semula idea untuk menstrukturkan Lembaran kerja
(ujian pasca)
(17 minit) melalui lakaran semula permukaan
gambar rajah. yang diambil kira
2. Mengira luas (pandangan atas, sisi, Strategi PdP:
permukaan depan, tersembunyi)
gabungan dengan melakar Berpusatkan murid
bentuk tiga semula bahagian
dimensi yang dilitupi magnet Berasaskan tugasan/
menggunaka bagi meningkatkan aktiviti
n rumus. tahap visualisasi
murid.
3. Menyelesaika 2. Murid mencari luas EMK:
n lembaran permukaan dengan
kerja (ujian menggunakan rumus. Nilai murni –
pasca). Kejujuran,
3. Murid berkongsi keberanian
pandangan berkaitan
perbandingan
jawapan yang
diperoleh.
4. Murid menyelesaikan
lembaran kerja (ujian
pasca).
Fasa Penilaian 1. Rumusan 1. Guru meminta murid BBM:
(5 minit)
berkaitan sesi untuk menentukan Pen marker
pengajaran dan permukaan yang
pembelajaran perlu diambil kira
. berdasarkan gambar Strategi PdP:
rajah yang dilukis di
2. Penilaian papan putih. Pembelajaran
kendiri murid Kontekstual
2. Guru meminta murid
menyelesaikan soalan
mudah
berkaitan luas EMK:
permukaan gabungan Nilai murni –
bentuk tiga dimensi.
keberanian
3. Guru merumuskan
apa yang sudah
dipelajari.
4. Murid mengisi senarai
semak
penilaian kendiri sebagai
refleksi.
35
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Refleksi Guru:
Kekuatan PdP ialah penggunaan BBM, paparan skrin dan video dapat meningkatkan lagi
motivasi, minat dan penglibatan aktif murid seterusnya memudahkan murid untuk
memahami isi pengajaran dengan baik. Kelemahan PdP ialah murid mengambil masa yang
lama untuk penstrukturan semula idea dan masa yang diperuntukkan adalah tidak
mencukupi. Justeru, penambahbaikan yang perlu dilaksanakan ialah guru perlu
menyediakan lembaran khusus bagi penstrukturan semula idea untuk melatih murid berfikir
dengan lebih sistematik dan pastikan masa yang diperuntukkan bersesuaian dengan aktiviti
yang dijalankan.
4.0 PELAKSANAAN KAJIAN KEBERKESANAN RESOS
Dua daripada tiga prinsip asas KPP adalah untuk memastikan pembelajaran murid dan
berfokus kepada pencapaian. Justeru, dalam merancang RPH dan penggunaan resos, telah
dijalankan satu kajian untuk menguji keberkesanan resos dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilaksanakan. Tujuannya adalah bagi melihat sejauh mana bahan
bantu mengajar dan RPH yang telah dirancang berkesan kepada murid di samping
mengaplikasikan strategi terakhir KPP yang telah dipilih iaitu Lesson Study yang mana guru
membuat refleksi dan melakukan penambahbaikan terhadap pengajaran dan bahan bantu
yang telah digunakan. Berikut merupakan laporan keberkesanan resos dan tahap
pencapaian murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan.
4.1 Tajuk
Resos
‘Magic
Square’
4.2 Objektif
‘Magic Square’ merupakan satu resos pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
pengajaran guru dan penglibatan murid secara aktif dalam bentuk kumpulan. Ia direka
dalam bentuk tiga dimensi dan magnet 1 x 1, 5 x 1, dan 10 x1 untuk membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang berlaku. Berikut merupakan objektif bagi resos yang
dihasilkan:
i. Membantu murid melihat bahagia permukaan yang perlu diambil kira semasa
mencari luas permukaan gabungan bentuk tiga dimensi.
ii. Meningkatkan tahap visualisasi murid berkaitan bayangan gambar rajah
dalam mencari luas gabungan bentuk tiga dimensi.
iii. Membantu murid yang lemah dalam operasi pendaraban untuk mengira luas
sesuatu permukaan dengan tepat.
4.3 Latar Belakang Kajian
36
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Langkah/ Masa Isi Pelajaran Aktiviti PdP Catatan
4.3.1 Tujuan Kajian
Kajian ini dilaksanakan untuk melihat keberkesanan ‘Magic Square’ di samping ingin
mencari kaedah baru bagi membantu murid Tahun 6 mengatasi isu pengajaran dan
pembelajaran dalam menyelesaikan soalan berkaitan luas permukaan gabungan bentuk tiga
dimensi. Ia berfokuskan kepada peningkatan kemahiran visualisasi gambar rajah dan
kebolehan menentukan permukaan yang perlu diambil kira dalam mencari luas permukaan
bentuk tiga dimensi serta membantu murid yang lemah dalam konsep pendaraban untuk
mencari luas suatu permukaan.
4.3.2 Rasional Kajian
Usaha ini dibuat agar kemahiran murid dalam menyelesaikan soalan berkaitan luas
permukaan gabungan bentuk tiga dimensi dapat ditingkatkan. Masalah murid dalam mencari
luas permukaan gabungan bentuk tiga dimensi diharapkan dapat diatasi melalui resos yang
diguna pakai dalam kajian ini.
4.4 Metodologi Kajian
Kajian ini telah dilaksanakan di SK. St. John (M), Tuaran. Seramai 16 orang murid Tahun 6
Aktif telah dipilih sebagai sampel kajian. Reka bentuk kajian yang paling sesuai digunakan
untuk kajian ini adalah berbentuk eksperimental kerana pengkaji ingin mengenal pasti
keberkesanan resos dalam pengajaran dan pembelajaran topik luas permukaan gabungan
bentuk tiga dimensi. Sehubungan itu, pengumpulan data dibuat dengan menggunakan
pendekatan kuantitatif. Instrumen yang diguna pakai ialah melalui ujian pra dan pasca serta
soal selidik. Kedua-dua kaedah ini dapat memberi maklumat yang tepat dan jelas serta
berpotensi memenuhi kehendak kajian yang dilakukan. Kaedah interpretasi data yang
dilakukan adalah berbentuk diskriptif yang melibatkan penggunaan pentaksiran autentik.
Pentaksiran autentik ialah suatu penilaian yang dilakukan terhadap murid yang
melaksanakan aktiviti dan tugasan yang merujuk kepada situasi kehidupan sebenar murid.
Melalui pentaksiran autentik ini murid berupaya untuk mengaplikasikan pelbagai kemahiran
dan pengetahuan yang bermakna dalam diri mereka sewaktu melaksanakan aktiviti yang
telah diberikan oleh guru. Menurut Boon, P.Y. et al (2017), antara prinsip asas Pentaksiran
Autentik adalah murid di minta untuk mengemukakan jawapan bukannya memilih daripada
senarai pilihan jawapan, penilaian dilakukan seiring dengan pembelajaran di bilik darjah,
menggunakan kerja murid yang telah dikumpulkan dari semasa ke semasa, penilaian
berdasarkan kriteria yang jelas dan diberikan kepada murid, membenarkan pelbagai
interpretasi, tafsiran dan tanggapan serta murid belajar menilai hasil kerja sendiri. Manakala,
antara ciri-ciri yang dikemukakan adalah aktiviti atau tugasan memberi peluang kepada
murid untuk berkolaboratif serta aktiviti atau tugasan memerlukan murid untuk membuat
refleksi. Justeru, hal ini menunjukkan bahawa pentaksiran ini boleh digunakan sebagai
proses penilaian mengenai penggunaan bahan bantu mengajar terhadap pencapaian murid.
Dua alat yang telah digunakan adalah pentaksiran portfolio dan penilaian kendiri.
Pentaksiran portfolio dilaksanakan melalui pemberian soalan ujian pra dan pasca kepada
murid. Dalam hal ini, ujian pra dan pasca dianggap sebagai hasil kerja murid yang
menunjukkan perkembangan pembelajaran terhadap matlamat yang ditetapkan iaitu untuk
melihat tahap penguasaan kemahiran murid terhadap topik luas permukaan gabungan
bentuk tiga dimensi apabila resos digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Menurut Arter
dan Spandel (1991, dalam Suhaizal, 2015), portfolio merupakan satu
37
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
koleksi kerja atau tugasan murid yang mempunyai hala tuju menceritakan tentang
pencapaian, usaha dan kemajuan mereka dalam bidang yang ditentukan. Dalam konteks
ini, ujian pra dan pasca telah memenuhi tuntutan pentaksiran portfolio kerana ianya
mempunyai kejelasan matlamat tentang apa yang hendak diukur, kriteria yang jelas untuk
penilaian, sampel hasil kerja adalah berkaitan dengan matlamat, guru dan murid samasama
terlibat dalam proses penilaian seterusnya dapat dilihat juga pemahaman mereka tentang
apa yang berkesan untuk mereka dalam proses pembelajaran. Ujian pra dan pasca, turut
dikategorikan sebagai jenis portfolio penilaian. Hal ini kerana, ianya dapat mempamerkan
satu siri penilaian pencapaian murid dengan mengambil kira matlamat dan kriteria yang
telah ditetapkan serta telah menunjukkan kesukaran murid pada ujian pra dan perjuangan
murid sama ada berjaya atau tidak berjaya pada ujian pasca. Menurut Boon, P.Y. et al
(2017), salah satu portfolio penilaian bagi mata pelajaran matematik adalah ujian kuiz yang
terdapat penjelasan bertulis mengenai pendekatan murid menyelesaikan masalah atau
menentukan rumus yang digunakan. Oleh yang demikian, melalui pentaksiran portfolio ini,
pengkaji dapat melihat dengan lebih jelas berkaitan keberkesanan resos terhadap
pencapaian murid.
Seterusnya, disebabkan perlunya penjelasan bertulis mengenai pencapaian murid pada
ujian pra dan pasca, maka adalah perlu untuk murid melaksanakan penilaian kendiri
terhadap pencapaian mereka sepanjang menggunakan bahan bantu mengajar. Dengan ini,
penjelasan yang tepat dapat diberikan terhadap pendekatan dan pencapaian murid dalam
pengajaran dan pembelajaran sekaligus dapat menunjukkan keberkesanan bahan bantu
mengajar yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penilaian
kendiri adalah kaedah yang terbaik digunakan kerana ianya dapat membantu murid
mengetahui keupayaan mereka seterusnya melihat tahap pencapaian dan status
pembelajaran mereka. Menurut Boon, P.Y., et al (2017), instrumen yang digunakan dalam
penilaian kendiri ialah senarai semak dan rubrik yang biasanya digunakan dalam
penyediaan portfolio. Ini bermakna, penilaian kendiri merupakan salah satu instrumen
penilaian yang akan menyokong hasil dapatan pencapaian murid dalam topik pengiraan
luas permukaan menggunakan resos yang dihasilkan. Contohnya, dengan adanya penilaian
kendiri, kesahan terhadap bukti bahawa pencapaian murid meningkat dengan penggunaan
bahan bantu mengajar adalah lebih tinggi kerana hanya murid yang benarbenar mengetahui
impak bahan bantu mengajar yang digunakan terhadap dirinya. Dalam melaksanakan
penilaian kendiri ini, borang senarai semak telah digunakan dalam bentuk soal selidik.
4.4.1 Pembinaan alat pentaksiran dan kriteria pentaksiran portfolio (ujian pra dan
pasca)
Dalam melaksanakan ujian sama ada pra mahupun pasca, ujian perlulah dirancang dengan
baik agar mempunyai kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtadbiran dan
kemudahtafsiran. Antara peringkat pembinaan ujian adalah menentukan tujuan ujian,
membina jadual spesifikasi ujian, menggubal item ujian, memasan item ujian serta
modifikasi dan pemurnian item.
a. Tujuan ujian
Menurut Miller, Linn dan Gronlund (2009, dalam Boon, P.Y., 2017), ujian boleh digubal pada
peringkat awal pengajaran, semasa pengajaran dan penghujung pengajaran. Ujian pra telah
diberikan pada awal pengajaran adalah untuk mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid
dan kemahiran yang diperlukan semasa pengajaran atau menentukan tahap pencapaian
murid terhadap objektif pengajaran yang dirancang. Seterusnya, ujian pasca ditadbir
sebagai ujian formatif untuk mengukur pencapaian hasil pembelajaran dan standard
prestasi yang dicapai. Dalam konteks kajian ini, ujian pasca juga digunakan sebagai
maklum balas terhadap keberkesanan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
38
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
menggunakan resos dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah
ditetapkan.
b. Membina Jadual Spesifikasi Ujian
Spesifikasi ujian merupakan suatu blueprint yang terperinci untuk merancang suatu ujian
yang mengambil kira huraian tujuan ujian dan kumpulan sasaran, kandungan bidang yang
diliputi, jenis dan bilangan item untuk setiap kandungan, aras kesukaran item dan
keseluruhan jumlah item yang diuji dalam ujian yang dirancang (Boon, P.Y., et al, 2017).
Kumpulan sasaran bagi ujian pra dan pasca ini adalah murid tahun 6 Aktif. Berdasarkan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran, topik luas permukaan gabungan bentuk tiga
dimensi berada di bahagian hujung menyebabkan terdapat kemungkinan bahawa murid
belum mempelajari topik tersebut. Justeru itu, pembinaan spesifikasi memberikan
pemberatan kepada aras kesukaran rendah sebanyak 50%, aras kesukaran sederhana
25% dan aras kesukaran tinggi 25%.
Jadual 1: Jadual Spesifikasi Ujian Pra dan Ujian Pasca
Mudah Sukar
Sederhana
Item Aras Kemahiran Jumlah
Analisis
Pengetahuan Kefahaman Aplikasi
a1 1
b1 1
c1 1
d 11
Jumlah 2 1 1 04
c. Penggubalan Item
Setelah spesifikasi ujian dibina, item-item soalan berbentuk subjektif telah digubal yang
mana skop soalan adalah berdasarkan objektif pengajaran. Item juga digubal dengan
pelbagai aras kesukaran seperti yang ditetapkan dalam JSU yang mana item a dan item b
adalah mudah kerana murid hanya perlu tahu cara yang digunakan semasa menggunakan
resos dalam pengajaran dan pembelajaran kerana bentuk rajahnya adalah sama dengan
cantuman resos. Item c memerlukan kefahaman untuk menentukan permukaan yang perlu
di ambil kira dalam mencari luas permukaan kerana gambar rajah soalan telah berubah.
Item d adalah aplikasi dan berada di tahap sukar kerana murid perlu mengaplikasikan cara
mengira luas permukaan gabungan dua bentuk tiga dimensi dalam mencari luas permukaan
gabungan tiga bentuk tiga dimensi. Hal ini menunjukkan adanya soalan mencabar dan
merangsang pemikiran aras tinggi yang memberi peluang kepada murid untuk mengaplikasi
ilmu yang telah dipelajari. Fokus dan kehendak soalan juga adalah terhad supaya calon
mempunyai masa yang mencukupi untuk menjawab soalan dan diletakkan dengan jelas
iaitu untuk mencari luas permukaan gabungan bentuk tiga dimensi.
d. Memasang Item Ujian
39
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Dalam pemasangan item ujian, arahan yang telah digunakan adalah jelas, padat dan tepat
iaitu “Cari luas permukaan pepejal berikut.”. Perkara-perkara lain seperti tempoh menjawab,
ruangan jawapan yang mencukupi dan prosedur pengujian juga telah ditetapkan. Item
dalam ujian pra dan pasca telah disusun mengikut aras kesukaran yang mana soalan
mudah telah didahulukan. Item yang mencapai hasil pembelajaran yang rendah
didahulukan dengan susunan item pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis. Semua
item ini berada pada satu muka surat yang sama dan disusun secara berturutan. Ini adalah
untuk memastikan murid dapat berfikir dengan sistematik dan dapat menjawab soalan
dengan lebih cekap.
e. Kriteria Pentaksiran Portfolio (Ujian Pra dan Pasca)
Ujian yang baik perlu mempunyai keobjektifan yang tinggi. Keobjektifan suatu ujian
bermaksud setakat mana pemeriksa dapat memberikan markah yang sama kepada skrip
jawapan yang mempunyai jawapan yang sama (KPM, 2019). Bagi memastikan ujian
subjektif mempunyai keobjektifan yang yang baik, maka rubrik dan skema pemarkahan
perlu digunakan bagi sesuatu ujian. Selain itu, ujian yang baik juga adalah ujian yang
mempunyai kemudahtafsiran yang mana hasil pencapaian calon dapat ditafsirkan mengikut
objektif penilaian dan dapat ditukarkan kepada data statistik seperti min, sisihan piawai dan
skor piawai. Ini menunjukkan bahawa kriteria pentaksiran perlu disediakan untuk mentaksir
pencapaian murid. Dalam pentaksiran portfolio yang dilaksanakan, ujian rujukan kriteria
telah digunakan.
Ujian rujukan kriteria merupakan pencapaian murid yang diukur berdasarkan kriteria
yang telah ditetapkan berasaskan standard atau taraf prestasi untuk dicapai oleh individu
sebagai pengukur prestasi diri sendiri tanpa bandingan dengan prestasi individu lain bagi
menguji kemahiran-kemahiran tertentu seperti mengira (KPM, 2019). Dalam ujian jenis ini,
guru itu sendiri akan menetapkan kriteria atau standard yang harus dicapai oleh murid
dalam satu-satu unit pembelajaran. Justeru, kriteria yang ditetapkan adalah seperti dalam
Jadual 2 berikut. Untuk melihat peningkatan tahap pencapaian murid, taburan data
deskriptif turut digunakan seperti min, mod, median, sisihan piawai, dan skor piawai.
Bagi memudahkan pemeriksaan jawapan, turut disediakan skema jawapan bagi ujian pra
dan ujian pasca (Lampiran 5 dan 6). Hanya 1 markah sahaja yang diperuntukkan bagi
setiap soalan dengan syarat murid harus menunjukkan jalan kerja yang betul untuk
mendapatkan jawapan yang betul sebagai bukti bahawa murid telah menguasai kemahiran
mencari luas permukaan gabungan bentuk tiga dimensi.
Jadual 2: Kriteria Penilaian
Tahap Markah Ujian Deskriptor
1 0% • Pemahaman lemah tentang kandungan.
• Tidak dapat menjawab mana-mana soalan dengan
tepat.
• Tidak menguasai.
2 25% • Tahu dan kurang faham menjawab soalan yang sama
dengan contoh yang diberi (resos).
40
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
• Mempamerkan pengetahuan yang minimum terhadap
soalan.
• Pemahaman yang minimum terhadap soalan.
• Betul 1 daripada 4 soalan.
• Kurang menguasai.
3 50% • Tahu, faham dan boleh buat.
• Mempamerkan pemahaman yang baik terhadap soalan.
• Betul 2 daripada 4 soalan.
• Hampir menguasai.
4 75% • Tahu, faham dan boleh buat.
• Mempamerkan pemahaman yang sangat baik dengan
mengaplikasikan idea dalam soalan yang berbeza
gambar rajah.
• Betul 3 daripada 4 soalan.
• Menguasai.
5 100% • Tahu, faham dan boleh buat.
• Pemahaman yang jitu terhadap gambar rajah yang
terdapat dalam soalan.
• Menjawab semua soalan dengan betul.
• Sangat menguasai.
•
4.4.2 Pembinaan Alat Pentaksiran Penilaian Kendiri
Alat pentaksiran penilaian kendiri telah dibina dengan menetapkan tujuan penilaian iaitu
untuk menilai sejauh mana resos telah memberikan faedah kepada murid sama ada dari
segi pembelajaran di bilik darjah mahupun tahap pencapaian kemahiran kognitif murid.
Ianya dibina dengan menentukan kriteria yang hendak di nilai berdasarkan refleksi melalui
senarai semak yang disediakan dalam bentuk soal selidik. Instrumen dalam kajian ini
adalah berbentuk skala kadar dan dalam pembinaan instrumen, konstruk serta
pembolehubah telah dikenalpasti terlebih dahulu. Kemudian, soalan bagi setiap
pembolehubah serta trait bagi setiap soalan telah dibentuk. Setiap item mempunyai empat
pilihan yang berbeza bagi menjawab persoalan yang dikemukakan. Menurut Faizal., Low,
C.P., & Uzi (2016), antara konstruk yang wujud dalam pembentukan instrumen penilaian
kendiri adalah penggunaan bahan bantu mengajar.
Jadual 3: Prosedur Pembentukan Instrumen
Konstruk Pembolehubah Trait Item Penyoalan Tahap
41
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Penggunaan Minat dan Tingkah laku *Rujuk Sejauh Skala 1 –
bahan bantu
mengajar. motivasi positif Lampiran 4* manakah Sangat
(Faedah terhadap PdP • Item 1 pembolehubah Tidak
penggunaan • Item 6 yang terpilih Setuju
bahan bantu • Item 7 boleh
• Item 8 dipengaruhi Skala 2 –
mengajar
terhadap PdP oleh Tidak
murid) penggunaan Setuju
bahan bantu
Penerimaan Kebolehan *Rujuk
Murid terhadap memahami Lampiran 4* mengajar dalam Skala 3 –
isi pelajaran. dan • Item 2 PdP ? Setuju
menggunakan • Item 3
ilmu • Item 4 Skala 4 –
Sangat
pengetahuan • Item 5 Setuju
• Item 9
yang • Item
dipelajari.
10
Secara keseluruhannya, instrumen penilaian kendiri ini terdiri daripada hanya satu
konstruk iaitu konstruk penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran terdiri
daripada 10 item. Pentaksiran dilakukan dengan menganalisis maklumat dan data yang
diperoleh serta memindahkannya dalam bentuk data statistik min dan mod seterusnya
membina sebuah rumusan yang kritis.
4.5 Hasil Dapatan Kajian dan Interpretasi Data
4.5.1 Ujian Pra dan Pasca
Jadual 4: Markah Murid Ujian Pra dan Ujian Pasca
Markah Ujian Pra Ujian Pasca
09 0
25 4 4
50 3 4
75 0 5
100 0 3
Jumlah 16 16
Taburan skor mentah murid secara menaik (ujian pra)
0, 0, 0, 0, 0, 0, 0, 0, 0, 0, 25, 25, 25, 25, 50, 50, 50
Taburan skor mentah murid secara menaik (ujian pasca)
25, 25, 25, 25, 50, 50, 50, 50, 75, 75, 75, 75, 75, 100, 100, 100
42
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Jadual 5: Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Markah (%) Bilangan Murid Perubahan Catatan
Ujian Pra Ujian Pasca
0 56.3% 0.0% -56.3% Keputusan
25 25.0% 25.0% 0.0% murid
meningkat
50 18.8% 25.0% -6.2%
75 0.0% 31.3% +31.3%
100 0.0% 18.8% +18.8%
Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Bil. Murid
60.00%
50.00%
40.00%
30.00%
20.00%
10.00%
0.00% Markah (%)
0 25 50 75 100
Ujian Pra Ujian Pasca
Carta 1: Keputusan Murid Sebelum dan Selepas Penggunaan Resos
Berdasarkan Carta 1, dapat dilihat bahawa kemahiran murid dalam mengira luas
permukaan gabungan bentuk tiga dimensi dalam ujian pra berada pada tahap yang rendah
dan tidak menguasai. Keputusan ujian pra menunjukkan majoriti murid masih berada di
tahap satu iaitu tidak menguasai di mana 9 orang murid mendapat 0% markah. Tiada murid
yang berjaya mendapatkan markah sebanyak 75% sehingga 100% markah. Hanya 3
(18.8%) murid yang berjaya berada pada tahap 3 iaitu hampir menguasai dengan 50%
markah dan selebihnya 4 (25.0%) murid mendapat 25% markah masih berada pada tahap
kurang menguasai.
Selepas menggunakan resos yang telah dihasilkan iaitu ‘Magic Square’ terdapat
peningkatan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh murid dalam menyelesaikan soalan
berkaitan luas permukaan gabungan bentuk tiga dimensi. Berdasarkan keputusan ujian
pasca dalam Carta 1, 12 (75.1%) murid berjaya berada pada tahap 3, tahap 4 dan tahap 5
iaitu dengan 4 (25.0%) murid mendapat 50% markah di tahap 3 (hampir menguasai topik), 5
(31.3%) murid mendapat 75% markah di tahap 4 (telah menguasai topik) dan 3 (18.8%)
murid mendapat 100% markah yang berada pada tahap 5 iaitu sangat menguasai dan telah
menunjukkan pemahaman yang jitu terhadap topik yang dipelajari. Justeru itu, dapat
disimpulkan bahawa penggunaan resos yang dihasilkan dalam pengajaran dan
43
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
pembelajaran dapat membantu murid meningkatkan lagi tahap pencapaian dan kemahiran
dalam menyelesaikan soalan berkaitan pengiraan luas permukaan gabungan bentuk tiga
dimensi dengan betul. Pencapaian murid yang meningkat selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran ini dapat dibuktikan lagi melalui data statistik termasuklah min, mod, median
dan sisihan piawai seperti yang ditunjukkan berikut.
Jadual 6: Taburan kekerapan bagi ujian pra
Skor Kekerapan
0
25 90 0 0
50
75 4 100 625 2500
100 3 150 2500 7500
0 0 5625 0
0 0 10000 0
= ∑ = ∑ = ∑ =
Mod ialah nilai yang paling kerap terjadi pada data.
Mod: 0
Median ialah skor yang berada di tengah dalam suatu taburan markah yang disusun secara
menaik atau menurun.
Median: 0
Min ialah purata markah murid dalam suatu ujian.
Sisihan piawai menunjukkan cara skor ditaburkan iaitu betapa besarnya perbezaan akor
antara murid. Justeru, sisihan piawai menunjukkan ukuran bagi keseragaman skor.
ℎ
44
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
= 19.51
Jadual 7: Taburan kekerapan bagi ujian pasca
00 0 0 0
25 4 100 625 2500
50 4 200 2500 10000
75 5 375 5625 28125
100 3 300 10000 30000 Skor
= Kekerapan
∑ = ∑ = ∑ =
Mod: 75
Median: 62.5
=
= 60.94
ℎ
= 26.46
45
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
STATISTIK DISKRIPTIF UJIAN PRA DAN
PASCA
Ujian Pra Ujian Pasca
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
MOD MIN MED SISIHAN PIAWAI
Carta 2: Pencapaian Diskriptif Ujian Pra dan Pasca Murid
Berdasarkan carta 2, dapat dilihat dengan jelas peningkatan pencapaian yang ditunjukkan
oleh murid yang mana mod pada ujian pra iaitu 0% berubah menjadi 75% markah pada
ujian pasca selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Min juga turut
mengalami peningkatan yang mana purata markah pencapaian murid meningkat kepada
60.94% markah berbanding pada ujian pra iaitu hanya 15.63%. Berdasarkan rubrik
penskoran yang dibina, dapat disimpulkan bahawa purata murid berada pada tahap 4 iaitu
telah menguasai topik dan tahap 5 iaitu sangat menguasai topik. Median juga turut
mengalami perubahan yang melambangkan peningkatan pencapaian murid iaitu daripada
0% markah kepada 62.5% markah. Akhir sekali, sisihan piawai selepas ujian pasca
menunjukkan taburan skor yang lebih luas (heterogen) berbanding pada ujian pra yang
menunjukkan skor tidak jauh berbeza antara satu sama lain (homogen). Ini bermakna, lebih
ramai murid mengalami perubahan dan peningkatan markah selepas sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku.
4.5.2 Faedah Daripada Resos yang Diperkenalkan
Berdasarkan penilaian kendiri yang diberikan kepada murid menggunakan borang soal
selidik, terdapat beberapa faedah yang diperoleh daripada murid melalui penggunaan resos
dalam pengajaran dan pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam carta-carta berikut.
a. Penerimaan Murid Terhadap Isi Pelajaran
46
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Jadual 8: Kekerapan, Peratusan dan Min bagi Penerimaan Murid Terhadap Isi
Pelajaran dengan Penggunaan Resos Kepada Murid
Kekerapan
Item Pernyataan Item min
1234
2 Memahami konsep mencari 1 2 7 6 3.13
luas permukaan gabungan (12.5%) (43.8%) (37.5%)
bentuk tiga dimensi dengan (6.3%)
mudah.
3 Alat membantu murid mengira 2 2 6 6 3.00
luas permukaan gabungan (12.5%) (12.5%) (37.5%) (37.5%)
bentuk tiga dimensi dengan
tepat.
4 Alat membantu murid 1 2 5 8 3.25
mengatasi kekeliruan dalam (12.5%) (31.3%) (50.0%)
menentukan permukaan mana (6.3%)
yang perlu diambil kira untuk
mencari luas permukaan
gabungan bentuk tiga dimensi.
9 Saya berasa lebih yakin untuk 1 4 4 7 3.06
menjawab soalan selepas (25.0%) (25.0%) (43.0%)
menggunakan alat ini. (6.3%)
10 Saya telah menguasai topik 2 3 7 4 2.81
pengiraan luas permukaan (12.5%) (18.8%) (43.8%) (25.0%)
gabungan bentuk tiga dimensi.
Keseluruhan 3.05
PENERIMAAN MURID TERHADAP ISI PELAJARAN DENGAN
PENGGUNAAN RESOS
10
8 66 8 7 7
5
67 22 12 44 4
6 ITEM 3 ITEM 4 1 3
ITEM 9 2
4
ITEM 10
2
12
0
ITEM 2
SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU
47
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Carta 3: Penerimaan Murid Terhadap Isi Pelajaran dengan Penggunaan Resos
Berdasarkan carta 3, majoriti murid iaitu seramai 7(43.8%) daripada 16 orang murid berada
pada tahap setuju bahawa mereka dapat memahami konsep mencari luas permukaan
gabungan bentuk tiga dimensi dengan adanya alat ini diikuti dengan 6 (37.5%) orang murid
berada pada tahap sangat setuju. Hanya 3 (18.8%) orang murid yang tidak bersetuju
dengan seorang daripadanya berada pada tahap sangat tidak setuju. Hal ini berikutan
daripada alat ini yang dapat membantu murid untuk mengira luas permukaan gabungan
bentuk tiga dimensi yang mana majoriti murid berada pada tahap setuju dan sangat setuju
terhadap pernyataan dengan bilangan yang sama iaitu 6 (37.5%) murid dan selebihnya
berada pada tahap tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan bilangan seramai 2 (12.5%)
murid. Seterusnya, alat ini juga telah dapat membantu murid mengatasi kekeliruan dalam
menentukan permukaan yang perlu diambil kira untuk mencari luas permukaan gabungan
bentuk tiga dimensi yang mana majoriti murid berada pada tahap sangat setuju (8 orang)
dan 5 (31.3%) murid berada pada tahap setuju. Ini menunjukkan bahawa penggunaan
resos ini sememangnya telah mencapai objektif resos yang pertama.
Seterusnya, dari segi keyakinan untuk menjawab soalan, resos ini telah dapat
membantu murid untuk lebih yakin dalam menjawab soalan berkaitan topik luas permukaan
gabungan bentuk tiga dimensi. Bagi item tersebut, hampir separuh responden berada pada
tahap setuju yang mana 7 (43.8%) murid daripada 16 murid berada pada tahap sangat
setuju dan 4 (25.0%) murid daripada 16 murid berada pada tahap setuju. Akhir sekali,
resos telah dapat membantu murid menguasai topik pengiraan luas permukaan gabungan
bentuk tiga dimensi dengan sebanyak 7 (43.8%) murid berada pada tahap setuju dan 4
(25.0%) murid berada pada tahap sangat setuju. Hanya 2 (12.5%) murid yang berada di
tahap sangat tidak setuju dan 3 orang murid berada pada tahap tidak setuju bagi
pernyataan item 10.
Berdasarkan analisis data, min bagi setiap item adalah 3.00 ke atas dan min
keseluruhan adalah 3.05 menunjukkan murid bersetuju bahawa mereka telah dapat
memahami konsep mencari luas permukaan gabungan bentuk tiga dimensi dengan
mudah, telah dapat mengira luas permukaan gabungan bentuk tiga dimensi dengan tepat,
telah dapat mengatasi kekeliruan dalam menentukan permukaan yang perlu diambil kira,
lebih yakin untuk menjawab soalan dan percaya bahawa mereka telah menguasai topik
yang telah dipelajari setelah menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.
Kesimpulannya, penerimaan murid terhadap isi pelajaran dengan penggunaan
resos adalah positif. Dalam konteks ini, murid telah dapat meningkatkan pencapaiannya
seterusnya mendapatkan kesan positif daripada penggunaan resos kerana murid telah
mempelajari sesuatu yang bersifat konkrit dan nyata. Menurut Mazuki (2011),
pembelajaran berasaskan pengalaman memberikan kesan kepada individu secara
menyeluruh meliputi perasaan, tingkah laku dan kognitif. Perkara ini disokong oleh
pendapat Manivannan (2017) bahawa pengetahuan seorang murid adalah untuk
menyelesaikan masalah dalam pengalamannya yang mana pengetahuan yang koheren
dan berdaya maju dapat memberikan penjelasan yang koheren secara relatif terhadap
perkara yang dialami oleh individu. Oleh yang demikian, pengalaman yang diperoleh murid
melalui penggunaan resos ini telah dapat membantu murid dalam pembelajaran
seterusnya dapat disimpulkan bahawa resos telah dapat mencapai objektif pertama dan
ketiga yang telah dinyatakan.
2. Faedah Penggunaan Resos Terhadap Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
Jadual 9: Kekerapan, Peratusan dan Min bagi Persepsi Murid Terhadap PdP dengan
Penggunaan Resos
48
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Item Pernyataan Item 1 Kekerapan min
1 0 3.44
Seronok belajar topik luas (0%) 234
5 permukaan gabungan bentuk 259
tiga dimensi menggunakan (12.5%) (31.3%) (56.3%)
6 alat.
7 Pembelajaran topik luas 2 3 4 7 3.00
8 permukaan gabungan bentuk (12.5%) (18.8%) (25.0%) (43.8%)
tiga dimensi menjadi lebih
berkesan dengan alat ini.
Sesi pengajaran dan 0 1 8 7 3.38
(0%) (50.0%) (43.8%)
pembelajaran menjadi lebih
(6.3%)
menarik dengan
menggunakan alat ini.
Terlibat secara aktif dalam 0 3 4 9 3.38
pembelajaran apabila (0%) (18.8%) (25.0%) (56.3%)
menggunakan alat ini.
Alat ini menarik minat untuk 0 1 9 6 3.31
belajar. (0%) (56.3%) (37.5%)
(6.3%)
Keseluruhan 3.30
PERSEPSI MURID TERHADAP SESI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
10
89 99
8
6 77
6
45
44
23 3
02 2 01 0 01
0
ITEM1 ITEM 5 ITEM 6 ITEM 7 ITEM 8
SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU
Carta 4: Persepsi Murid Terhadap Sesi Pengajaran dan Pembelajaran dengan
Penggunaan Resos
Carta 4 menunjukkan persepsi murid terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
penggunaan resos. Majoriti murid berada pada tahap sangat setuju bahawa penggunaan
49
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
resos dapat menimbulkan rasa seronok mempelajari topik luas permukaan gabungan
bentuk tiga dimensi dengan 9 (56.3%) murid, menjadikan pembelajaran menjadi lebih
berkesan dengan 7 (43.8%) murid dan dapat terlibat aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dengan 9(56.3%) murid. Ianya diikuti dengan murid yang berada pada tahap
setuju masing-masing dengan bilangan 5 (31.3%) dan 4 (25.0%). Bagi pernyataan item 6
dan item 8, majoriti murid berada pada tahap setuju masing-masing dengan 8 (50.0%) dan
9 (56.3%) murid diikuti dengan pada tahap sangat setuju masing-masing dengan 7 (43.8%)
dan 6 (37.5%).
Berdasarkan min bagi item 7 iaitu 3.38, dapat disimpulkan bahawa kebanyakan
murid telah dapat melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Majoriti murid juga berasa seronok dan lebih berminat untuk mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran pada hari tersebut masing-masing dengan min 3.44 dan 3.31. Secara
keseluruhannya, penilaian kendiri murid adalah positif terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku. Justeru itu, melalui hasil dapatan ini dapat disimpulkan faedah
penggunaan resos terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:
i. Menggalakkan penglibatan aktif murid
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, penggunaan resos ‘Magic Square’ mampu
menggalakkan murid untuk terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini kerana, murid telah dibahagikan ke dalam kumpulan dan perlu bekerjasama dalam
menggunakan resos yang disediakan. Pembelajaran secara berkumpulan ini boleh
dikatakan sebagai permulaan ke arah kejayaan yang mampu memberikan faedah kepada
murid.
Menurut Borhan (2001, dalam Nor Hasliza Mohamed, 2012), pembelajaran koperatif
atau pembelajaran berkumpulan terbimbing merupakan pembelajaran dalam kumpulan.
Ianya merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid. Melalui
pendekatan pembelajaran ini, murid berpeluang untuk memberikan idea, berbincang dan
berinteraksi antara satu sama lain di samping dapat belajar melalui pengalaman mereka
(Nor Hasliza Mohamed, 2012). Murid yang aktif terlibat dalam pembelajaran ini akan
mampu menstrukturkan pengetahuan mereka di samping dapat membantu antara satu
sama lain untuk mencapai matlamat pembelajaran masing-masing. Akhir sekali,
pembelajaran koperatif adalah satu teknik pengajaran moden yang mampu meningkatkan
lagi pemahaman murid, meningkatkan pencapaian murid, kemahiran berfikir, motivasi dan
juga penguasaan pengetahuan secara berterusan (Nor Hasliza Mohamed, 2012).
ii. Meningkatkan keberkesanan dan minat murid terhadap pengajaran dan
pembelajaran
Penggunaan bahan bantu mengajar sangatlah memberi kesan yang positif kepada murid.
Ini dibuktikan oleh Faizah (2017) dalam kajiannya berkaitan bahan bantu mengajar dalam
pengajaran dan pembelajaran yang mana beliau berpendapat bahawa penggunaan bahan
bantu mengajar adalah salah satu cara untuk meningkatkan minat, pencapaian dan
kejayaan murid. Di samping itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang betul, praktikal
dan berinovasi akan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kefahaman murid di
samping dapat menyampaikan idea-idea yang bernas dan lebih berkesan terhadap
pengajaran dan pembelajaran (Faizah, 2017).
Justeru, melalui penggunaan resos ‘Magic Square’ pengajaran guru dan
pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan berkesan. Contohnya, murid dapat
membandingkan visualisasi gambar rajah dan bentuk konkrit yang memudahkan murid
50