The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipgm-3513, 2022-04-28 23:17:41

KPPB PDF2

KPPB PDF2

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

• Setiap kumpulan diberikan masa dua
minit untuk menjawab soalan di

satu-satu stesen sebelum bergerak
ke stesen seterusnya dalam barisan

seperti pergerakan kereta api.

• Guru sebagai “Konduktor Kereta Api”
berperanan sebagai fasilitator.

Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan Aktivit
Masa Pembelajaran i

Fasa Tindakan • Melaksanakan • Guru memberikan Bahan bantu Perbin
Pelaksanaan
ujian pasca untuk lembaran kerja (ujian mengajar: canga

menguji pasca) kepada murid. n
Lembaran kerja
kefahaman


Guru dan murid-murid berbincang

mengenai jawapan bagi soalan yang

dijawab.

(5 minit) dan
pengetahuan murid
Strategi PdP:
Berpusatkan bahan

Nilai:
Rajah 5: Ujian Pasca

Kejujuran • Murid
diberikan tempoh untuk menjawab.

Fasa Penilaian • Membuat • Guru bersoal jawab Nilai: rumusan dan
dengan murid tentang Keberanian,
keyakinan
sesi soal topik pembelajaran

(5 minit) jawab pada hari tersebut.

• Guru memilih beberapa orang
murid untuk merumuskan aktiviti
PdP yang dijalankan.

• Guru melakukan rumusan secara
keseluruhan dan mengingatkan
murid tentang apa yang sudah
dipelajari.

101

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

5.2 Strategi PLC

PLC yang didefinisikan sebagai sekumpulan guru yang komited dan berkolaboratif
secara berterusan untuk meningkatkan kualiti guru dalam memastikan kemenjadian
murid menggariskan tiga idea utama.

Jadual 2: Tiga idea utama dalam PLC (Dufour, 2004)

Idea Utama Penerangan

1. Memastikan pembelajaran Guru perlu memastikan semua murid belajar

berasaskan perkembangan murid.

murid

2. Kolaboratif Sekumpulan guru berkongsi amalan

profesional untuk meningkatkan kualiti PdPc mereka

3. Fokus kepada pencapaian Memastikan pembelajaran berorientasikan
peningkatan pencapaian murid ke tahap yang lebih tinggi.

Terdapat beberapa strategi PLC yang boleh diaplikasikan dalam merancang aktiviti PdP
Matematik untuk menyelesaikan masalah pembelajaran murid, sebagai contoh isu yang
sedang dibincangkan, iaitu isu penukaran unit masa.

5.2.1 Jelajah Pembelajaran (Learning Walk)

Learning Walk ialah aktiviti berjalan di luar bilik darjah sambil memerhatikan pengajaran
guru serta aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah dengan menggunakan prosedur dan
fokus yang spesifik (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Learning Walk dilakukan
untuk mengumpulkan bahan bukti aktiviti pembelajaran murid yang diperhatikan dalam bilik
darjah di samping mempelajari amalan terbaik yang boleh dicontohi. Apabila guru-guru
memerhatikan aktiviti PdP guru-guru lain, mereka boleh berbincang berdasarkan bukti
pemerhatian dan belajar daripada amalan PdP yang berkesan dan boleh dipratikkan untuk
diri sendiri dan guru lain. Menurut Fisher dan Frey (2014), Learning Walk telah menjadi
transformatif di sekolah khususnya dalam mengubah perkembangan profesionalisme
kepada amalan profesionalisme. Aktiviti ini sememangnya dapat meningkatkan kualiti PdP
seseorang guru melalui input yang diperoleh daripada amalan PdP guru lain. Strategi ini
dilaksanakan mengikut tiga langkah utama, iaitu pertama penetapan fokus untuk
pemerhatian. Seterusnya, bahan bukti dikumpul melalui pemerhatian terhadap kelas-kelas.
Akhir sekali, perkongsian dapatan dengan semua guru di sekolah dijalankan.

5.2.2 Bimbingan Rakan Sekerja (Peer Coaching)

Peer Coaching merupakan satu usaha kerjasama antara dua atau lebih guru dalam
merancang, melaksana dan menilai PdP semula (Yee, 2016). Mereka akan saling
berkongsi kepakaran, memberikan maklum balas, sokongan dan bantuan. Antara objektif
pelaksanaan strategi ini adalah untuk memahami dan mengamalkan tiga proses utama
(prakoferensi, pemerhatian dan pascakoferensi) dalam tiga Model Pengajaran Peer
Coaching, mengenal pasti peranan coach yang baik dalam pelaksanaan Peer Coaching
dan seterusnya mempelajari amalan terbaik daripada rakan sekerja. Peer Coaching
bermula dengan prakoferensi di mana ahli pasukan berbincang tentang tajuk pengajaran,
objektif yang perlu dicapai dan menentukan fokus isu atau masalah yang perlu dilihat. Isu

102

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

yang perlu dilihat sebagai contoh isu penukaran unit masa. Seterusnya, pemerhatian
dilakukan, iaitu memerhatikan PdP yang dilaksanakan dan mencatat perkara penting. Akhir
sekali, ahli-ahli pasukan berkumpul untuk pascakoferensi di mana pengajar membuat
penilaian kendiri dan coach menyemak dan berkongsi data atau dapatan

103

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

untuk melakukan analisis serta memastikan objektif tercapai. Penambahbaikan akan
dilakukan berdasarkan cadangan atau maklum balas yang diberikan.

5.2.3 Belajar Menggunakan Rancangan Harian (Lesson Study)
Lesson Study ialah satu model perkembangan profesional guru yang
diamalkan di Jepun lebih daripada seabad lamanya (Isoda, 2010).
Lesson Study didefinisikan sebagai suatu amalan guru-guru secara
kolaboratif untuk merancang dan menyediakan satu rancangan
mengajar, membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru, membuat
refleksi terhadap PdP, mengubah suai untuk menambah baik rancangan
mengajar dan melaksanakan penambahbaikan yang telah dipersetujui
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Antara objektif Lesson Study
adalah untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru dan pembelajaran
murid dalam jangka masa panjang, meningkatkan amalan refleksi guru
dan membina pengetahuan dan pemahaman guru mengenai masalah
pembelajaran murid. Langkah-langkah dalam Lesson Study adalah
seperti berikut:

Rajah 4: Prosedur pelaksanaan Lesson Study (KPM, 2019)
Dengan menggunakan strategi Lesson Study, guru-guru dapat berbincang untuk
membina sebuah RPH yang lengkap. Selepas pelaksanaan RPH tersebut,
penambahbaikan dapat dilakukan berdasarkan pemerhatian yang dibuat yang
seterusnya dapat meningkatkan kualiti PdP pada masa akan datang. Masalah
pembelajaran murid turut dapat dikesan dengan mudah dan diatasi pada sesi PdP
yang berikutnya.

5.2.4 Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Session)
Sesi perkongsian merujuk kepada sekumpulan guru (dari institusi yang sama atau
yang berbeza) bertemu secara kerap atau berkala secara formal untuk berkongsi ilmu
pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi yang berkesan.
Menurut Briscoe dan Peters (1997), guru kurang berkolaboratif antara satu sama lain;
mereka menguruskan bahan mereka sendiri dan menyimpan amalan pedagogi untuk
kegunaan mereka sendiri. Oleh itu, ramai pendidik menyarankan agar budaya
autonomi ini diubah demi kebaikan semua pihak melalui pembudayaan amalan sesi
perkongsian guru. Objektif sesi perkongsian guru ini adalah agar dapat
menyebarluaskan pengetahuan kepada semua individu dalam sesebuah organisasi,
menyediakan rangsangan stimulasi dan sokongan untuk guru serta membantu
pembangunan dan profesionalisme keguruan (Bahagian

94

3

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Pendidikan Guru, 2006). Secara am, perkongsian dapat diklasifikasikan kepada dua,
iaitu perkongsian bahan maujud seperti bahan bantu mengajar atau resos (contoh;
CUT3) dan perkongsian bahan bukan maujud seperti amalan pedagogi. Antara
prosedur pelaksanaan sesi perkongsian guru ialah guru-guru mengenal pasti isu atau
masalah yang perlu dikongsi berkaitan PdP yang mana akan dijadikan asas kepada
sesi perkongsian guru. Objektif sesi perkongsian yang hendak dijalankan turut
ditetapkan terlebih dahulu. Segala input yang diberikan berkenaan amalan PdP yang
berkesan hendaklah dicatat dan sebarang penambahbaikan boleh dikemukakan.

5.3 Alat Pentaksiran Autentik

5.3.1 Pentaksiran Portfolio Penilaian
Alat pentaksiran autentik pertama yang telah saya pilih dan laksanakan ialah
pentaksiran portfolio penilaian. Setiap portfolio penilaian memiliki kandungan yang
berbeza. Portfolio ini bertujuan untuk mempamerkan satu siri penilaian sepanjang
pengajaran dan pembelajaran atau pencapaian murid dengan mengambil kira
matlamat dan kriteria yang telah ditetapkan pada awal penilaian. Merujuk kepada
RPH yang telah saya laksanakan, kriteria yang ditetapkan merangkumi objektif
pembelajaran yang telah ditentukan.

Portfolio penilaian telah dipilih kerana pentaksiran ini tidak hanya
memasukkan hasil kerja yang terbaik, tetapi lebih kepada pemilihan hasil kerja yang
juga boleh menunjukkan kesukaran murid dan perjuangan yang tidak berjaya serta
hasil kerja yang menunjukkan kejayaan mereka. Hal ini adalah bersesuaian dengan
ujian pra dan pos yang dijalankan untuk mengenal pasti isu penukaran unit masa
dalam kalangan murid dan sekali gus menguji keberkesanan resos yang telah
dibangunkan dan kualiti PdP yang telah dilaksanakan berdasarkan peningkatan atau
penurunan pencapaian murid. Selain itu, portfolio penilaian membolehkan murid
membuat refleksi terhadap proses pembelajaran mereka dengan lebih bermakna.

5.3.2 Penilaian Kendiri
Alat pentaksiran autentik kedua yang telah saya pilih ialah penilaian kendiri. Penilaian
kendiri merupakan penilaian yang dilakukan sendiri oleh murid mengenai kemajuan
pembelajaran mereka berdasarkan matlamat pembelajaran atau standard yang perlu
dicapai. Merujuk kepada RPH yang telah saya laksanakan, matlamat pembelajaran
atau standard yang perlu dicapai tersebut adalah berkaitan dengan objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan.

Penilaian kendiri telah dipilih kerana murid sendiri yang menilai perubahan
yang berlaku dalam diri mereka dari aspek pengetahuan dan kemahiran. Hal ini
adalah penting kerana murid merupakan penilai yang terbaik terhadap pembelajaran
mereka sendiri. Seterusnya, tahap persetujuan antara pemeriksa adalah tinggi antara
guru dengan murid apabila murid melakukan penilaian kendiri (Sadler dan Good,
2006). Hal ini membuktikan bahawa penilaian kendiri meningkatkan pembelajaran
murid. Dengan berbantukan kriteria penilaian yang telah diberikan oleh guru, murid
dapat menentukan sama ada aktiviti PdP yang telah dijalankan adalah berkesan atau
tidak di samping memberikan respons berkenaan keberkesanan resos yang telah
dibangunkan.

6.0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian telah diperoleh melalui pelaksanaan dua jenis alat pentaksiran autentik,
iaitu pentaksiran portfolio penilaian dan penilaian kendiri. Data-data yang diperoleh adalah
berdasarkan kriteria-kriteria pentaksiran yang telah ditetapkan. Seterusnya, analisis dan
interpretasi data telah dilakukan bagi mendapatkan maklumat untuk dapatan kajian.

105

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

6.1 Kriteria Pentaksiran

6.1.1 Pentaksiran Portfolio Penilaian

Pentaksiran portfolio penilaian telah dilakukan melalui pelaksanaan ujian pra yang

diberikan pada awal PdP dan ujian pos yang diberikan pada akhir PdP. Melalui

pelaksanaan kedua-dua ujian ini, perkembangan murid-murid dalam kemahiran

yang diajar dapat dilihat, dibandingkan dan didokumentasikan secara portfolio.

(Rujuk Lampiran 2 untuk contoh ujian pra dan ujian pasca serta skema

pemarkahan)

Jadual 3: Rubrik Penilaian Tahap Penguasaan Kemahiran Penukaran Unit Masa

Melibatkan Jam dengan Minit, dan Minit dengan Saat.

Tahap Skor Tafsiran

Penguasaan

Tidak menguasai 0 • Tidak tahu dan tidak faham pengetahuan asas
matematik bagi melakukan operasi asas

matematik dan penukaran asas.

Kurang menguasai 1 • Tidak dapat menjawab mana-mana soalan
Hampir menguasai 2 penukaran unit masa melibatkan jam dengan
minit, dan minit dengan saat dengan betul.
Menguasai 3
• Kurang tahu dan kurang faham pengetahuan
asas matematik bagi melakukan operasi asas
matematik dan penukaran asas.

• Menjawab 1 daripada 4 soalan penukaran unit
masa melibatkan jam dengan minit, dan minit
dengan saat dengan betul.

• Tahu dan faham pengetahuan asas
matematik bagi melakukan operasi asas
matematik dan penukaran asas dengan
kesalahan minimum.

• Menjawab 2 daripada 4 soalan penukaran unit
masa melibatkan jam dengan minit dan minit
dengan saat dengan betul.

• Tahu dan faham pengetahuan asas
matematik bagi melakukan operasi asas
matematik dan penukaran asas dengan
sedikit kecuaian.

• Menjawab 3 daripada 4 soalan penukaran unit
masa melibatkan jam dengan minit, dan minit
dengan saat dengan betul.

Sangat 4 • Tahu dan faham pengetahuan asas matematik menguasai bagi melakukan
operasi asas matematik dan penukaran asas.

• Menjawab semua soalan penukaran unit masa melibatkan
jam dengan minit dan minit dengan saat dengan betul.

Rubrik penilaian ini dihasilkan berdasarkan Tahap Penguasaan 3 dalam Tafsiran Umum
Tahap Penguasaan Kandungan Matematik DSKP Matematik Tahun 3.

106

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Rajah 5: DSKP Matematik Tahun 3

6.1.2 Penilaian Kendiri

Penilaian kendiri telah dilaksanakan dengan menggunakan senarai semak yang diedarkan
kepada murid untuk diisi berdasarkan aktiviti PdP yang dijalankan. Kriteria pentaksiran
adalah berdasarkan senarai semak yang disediakan.

Nama: …………...................... Kelas: ……………………..........

Arahan: Berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebentar tadi, tandakan ( / )
untuk menjelaskan pandangan anda tentang pernyataan yang disenaraikan.

Petunjuk: Sangat tidak setuju Tidak setuju Setuju Sangat setuju
Pilihan 1 2 3 4
Skor
Ulasan
Bil. Pernyataan Pilihan

12 3 4

1. Saya mampu menukar unit masa
melibatkan jam dengan minit.

2. Saya mampu menukar unit masa
melibatkan minit dengan saat.

3. Saya lebih yakin melakukan
penukaran unit masa melibatkan jam
dengan minit, dan minit dengan saat.

107

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

4. Saya dapat bekerjasama dengan

rakan-rakan dalam aktiviti

berkumpulan.

5. Saya seronok menggunakan resos

CUT yang ditunjukkan oleh guru.

s

Rajah 6: Borang Penilaian Kendiri

6.2 Analisis dan Interpretasi Data

6.2.1 Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 4: Jadual menunjukkan bilangan murid bagi skor yang diperoleh dalam ujian
pra dan ujian pasca

Bilangan Murid

Skor Ujian Pra Ujian Pasca

09 0

13 0

24 3

31 2

43 15

108

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

16 Skor yang diperoleh dalam ujian pra dan ujian pasca
Bil 14
an 12 01234
ga 10 Skor
n
M8 Ujian Pra Ujian Pasca
uri 6
d4

2

0

Rajah 7: Graf bar berganda menunjukkan bilangan murid bagi skor yang diperoleh
dalam ujian pra.

Jadual 5: Sukatan memusat bagi skor Ujian Pra dan Ujian Pasca

Sukatan memusat Ujian Pra Ujian Pasca

Min 1.3 3.6

Mod 0.0 4.0

Median 1.0 4.0

Jadual 6: Sukatan serakan bagi skor Ujian Pra dan Ujian Pasca

Sukatan serakan Ujian Pra Ujian Pasca

Varians 2.111 0.540

Sisihan piawai 1.453 0.735

Jadual 5 menunjukkan min skor bagi ujian pra ialah 1.3 manakala min skor bagi ujian pasca
meningkat kepada 3.6. Berdasarkan rubrik penilaian tahap penguasaan di Jadual, secara
purata, murid-murid masih berada pada tahap kurang menguasai bagi ujian pra manakala
bagi ujian pasca, secara purata, murid-murid sudah mencapai tahap menguasai. Mod skor
turut menunjukkan peningkatan daripada 0 kepada 4. Selain itu, median skor bagi ujian pra,
iaitu 1, telah meningkat kepada 4 bagi ujian pasca. Peningkatan yang berlaku dalam
sukatan memusat ini secara tidak langsung menunjukkan peningkatan kefahaman dan
pengetahuan murid dalam topik penukaran unit masa. Hal ini membuktikan keberkesanan
aktiviti PdP yang dirancang dan resos yang telah dibangunkan.

Jadual 6 pula menunjukkan sisihan piawai bagi skor ujian pra ialah 1.453
manakala sisihan piawai bagi skor ujian pasca menurun kepada 0.735. Sisihan piawai
yang tinggi bagi skor ujian pra menunjukkan jurang kefahaman dan pencapaian antara
murid cemerlang dengan murid lemah adalah besar. Sisihan piawai yang rendah bagi
skor ujian pasca pula menunjukkan bilangan murid yang tidak menguasai topik yang

109

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

dipelajari telah berkurang dan lebih ramai murid dapat menguasai topik tersebut, maka
data tidak tersebar.

6.2.2 Dapatan Penilaian Kendiri

Jadual 7: Dapatan Penilaian Kendiri bagi 20 orang murid

Sangat Tidak Setuju Sangat

Bil. tidak setuju (3) setuju
Pernyataan
setuju
(2) (4)

(1)

1. Saya mampu menukar unit 0 0 7 13
0% 35% 65%
masa melibatkan jam dengan 0%
0 4 16
minit. 0% 20% 80%

2. Saya mampu menukar unit masa 0

melibatkan minit dengan saat. 0%

3. Saya lebih yakin melakukan 0 0 4 16
20% 80%
penukaran unit masa 0% 0%
6 11
melibatkan jam dengan minit, dan 30% 55%

minit dengan saat. 3 12
15% 60%
4. Saya dapat bekerjasama 0 3

dengan rakan-rakan dalam 0% 15%

aktiviti berkumpulan.

5. Saya seronok menggunakan 0 0.0% 5

resos CUTE yang ditunjukkan 25%

oleh guru.

Bil Dapatan Penilaian Kendiri bagi 20 orang murid
an 20
12345
ga 15 Pernyataan
n 10
M5
uri 0
d

1234

Rajah 8: Graf bar berganda menunjukkan dapatan penilaian kendiri bagi
20 orang murid

Berdasarkan Jadual 7 dan Rajah 8, semua murid bersetuju (S dan SS) dengan
Pernyataan 1 bahawa mereka mampu menukar unit masa melibatkan jam dengan
minit dan juga Pernyataan 2 bahawa mereka mampu menukar unit masa melibatkan
minit dengan saat. Hasil yang sama, iaitu semua murid bersetuju (S dan SS) dengan
Pernyataan 3 bahawa mereka lebih yakin melakukan penukaran unit. Hal ini demikian
kerana aktiviti PdP yang telah dilaksanakan adalah berkesan dalam meningkatkan
kefahaman dan pengetahuan mereka dalam topik berkenaan.

110

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Selain itu, 85% murid bersetuju (S dan SS) bahawa mereka dapat bekerjasama

dengan rakan-rakan dalam aktiviti berkumpulan yang dijalanka3n. Majoriti menunjukkan
mereka memiliki sikap bekerjasama yang merupakan satu sifat yang penting dalam

kerja berkumpulan. Akhir sekali, 75% bersetuju (S dan

SS) bahawa mereka seronok menggunakan resos CUT . Peratusan ini menunjukkan

kebanyakan murid mendapati resos ini menyeronokkan dan berkesan.

Jadual 8: Min skor persetujuan bagi pernyataan dalam penilaian kendiri

Pernyataan Min

1 3 ..................................................................................................................................................10

2 3 ..................................................................................................................................................52

3 3 ..................................................................................................................................................69

4 3.40
5 3.35

Jadual 8 menunjukkan keseluruhan min bagi pernyataan-pernyataan dalam
penilaian kendiri adalah lebih daripada 3, iaitu dalam julat setuju dan sangat setuju.
Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid menilai sendiri bahawa wujud peningkatan
dalam kefahaman dan pengetahuan mereka dalam topik yang dipelajari yang secara
tidak langsung membuktikan keberkesanan aktiviti PdP dan resos yang dijalankan.

6.3 Dapatan Temu Bual

Seorang guru sekolah telah ditemu bual. Jadual 9 menunjukkan pendapat yang diberi

oleh guru tersebut berkenaan resos CUT yang dijalankan ke atas murid.

Jadual 9: Sebahagian daripada temu bual dengan guru sekolah rendah

Guru Cikgu dapati murid-murid tadi semua suka guna CUT ni. Nama pun menarik.

Dengan guna BBM ini, senang saja murid faham cara tukar unit masa. Kalau
tengok ujian yang murid jawab tadi, nampak sangat baik peningkatan yang
mereka tunjuk. Pendek cerita, resos ini berkesan.

Rajah 9: Temu bual dengan guru sekolah rendah

7.0 PERBINCANGAN
7.1 Kekuatan

111

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, resos CUT yang dibangunkan mempunyai

beberapa kekuatan. Antara kekuatan yang dapat diperhatikan ialah resos ini memiliki
nilai estetika yang tinggi dari aspek rupa luaran. Perkara ini bermula dengan nama

resos, iaitu CUT yang menarik minat murid-murid di samping mewujudkan rasa

ingin tahu yang tinggi dalam diri murid. Seterusnya, penggunaan warna yang
pelbagai turut menarik perhatian murid-murid. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa
warna mampu meningkatkan daya ingatan dan perhatian. Mehta dan Zhu (2008)
mendapati bahawa peserta memberikan prestasi yang lebih baik dalam tugas
mengingat dan menyebut semula perkataan apabila perkataan tersebut dipamerkan
dengan latar belakang berwarna merah (dibandingkan dengan latar belakang putih).
Seterusnya, Pan (2012) menyuruh peserta untuk menghafal warna dan bentuk
beberapa buah objek. Dalam suatu ujian ingatan, peserta menunjukkan prestasi yang
lebih baik dalam mengingati warna objek tersebut dibandingkan dengan bentuk. Oleh
itu, penggunaan warna dalam resos ini dapat membantu murid mengingat faktor
numerik dan operasi yang terlibat dalam penukaran unit masa.

7.2 Kelemahan
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, terdapat beberapa kelemahan dapat
diperhatikan berkenaan resos ini baik dari segi pembinaan mahupun pelaksanaan.
Antaranya ialah resos ini tidak tahan lasak. Hal ini demikian kerana badan atau
bahan asas kepada resos ini ialah mounting board yang akan menjadi mudah koyak
jika basah. Selain itu, resos ini dibina dengan dimensi yang agak kecil yang tidak
sesuai digunakan sebagai bahan untuk guru mengajar di hadapan kelas yang
memiliki jumlah murid yang ramai. Saiz yang bersesuaian adalah penting untuk
memastikan semua murid dapat terlibat dalam sesi pembelajaran. Seterusnya, resos
hendaklah disediakan dalam bentuk edisi murid agar mereka dapat meneroka sendiri
resos tersebut. Hal ini dapat mengelakkan pembaziran masa jika murid-murid
terpaksa berkongsi menggunakan satu resos guru sahaja.

7.3 Rancangan Baharu Penambahbaikan
Bagi menangani isu pengajaran dan pembelajaran bagi Sukatan, Geometeri atau
Pengurusan Data seperti isu penukaran unit masa melibatkan jam dengan minit, dan
minit dengan saat, langkah yang boleh dilaksanakan adalah dengan menggunakan
kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Menurut Vespanathan
Supramaniyam (2015), perkembangan pesat dalam bidang teknologi terutama sekali
TMK membawa banyak perubahan terhadap kaedah PdP dalam kalangan guru.
Perkembangan terkini menyaksikan TMK menjadi medium utama untuk menyebar
dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu murid-murid membina
pengetahuan baharu dalam semua bidang (Lechner dan Boli, 2012). Oleh itu, guru
hendaklah memiliki kemahiran dalam TMK terlebih dahulu sebelum dapat
menerapkan TMK dalam PdP. Antara unsur TMK menarik yang boleh digunakan
sewaktu aktiviti PdP adalah seperti tayangan video animasi, slaid Powerpoint,
perisian Scratch dan sebagainya. Penggunaan TMK sebegini bukan sahaja
membantu guru untuk mengajar tetapi dapat menarik minat murid untuk belajar.
Perkara ini secara tidak langsung dapat membantu mengatasi isu pengajaran dan
pembelajaran yang timbul.
Selain itu, guru boleh mengaplikasikan pengajaran kontekstual di mana
konstruk ini memerlukan guru menjalankan PdP dengan menghubungkaitkan
pengalaman murid dalam proses pembelajaran. Guru perlu bijak dalam
menjadikan aktiviti yang pernah dilaksanakan oleh murid sebagai sebahagian
daripada proses pembelajaran. Melalui pembelajaran kontekstual, akan lebih

112

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

mudah untuk murid-murid memahami sesuatu konsep jika dikaitkan dengan
kehidupan seharian. Sebagai contoh, guru boleh membimbing murid untuk
membuat perkaitan antara unit masa, iaitu minit dengan saat dengan
memerhatikan pergerakan jarum saat dan jarum minit di jam masing-masing.

Seterusnya, guru boleh menggunakan strategi pembelajaran berasaskan
projek. Konstruk ini pula membenarkan murid membina kemahiran dan
mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik “hands on”.
Guru juga perlu menggalakkan murid untuk berfikir secara mendalam dan
menimbulkan rasa ingin tahu dengan mengaplikasikan pengetahuan sains. Tal,
Krajcik dan Blumenfeld (2006) menegaskan bahawa PdP yang menggunakan
projek membolehkan murid meluaskan pengalaman pembelajaran mereka di luar
kelas melalui soalan yang bermakna yang berkaitan dengan komuniti dan
keluarga.

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kesukaran dalam mempelajari konsep Matematik ditambah lagi dengan
teknik pengajaran guru yang membosankan mengukuhkan lagi persepsi negatif murid
terhadap subjek Matematik. Oleh itu, guru hendaklah berfikiran kreatif dalam menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Antaranya adalah dengan

menghasilkan resos yang menarik seperti CUT . Berdasarkan kajian yang telah dilakukan,
murid-murid menyukai aktiviti pembelajaran mengguna3kan CUT E yang melonjakkan lagi

resos ini ke paradigma yang lebih tinggi dalam darjat keberkesannya. Meskipun t3erdapat
beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki, resos ini berkesan dalam mengatasi masalah
yang dihadapi oleh murid dalam menukar unit masa melibatkan jam dengan minit, dan minit
dengan saat.

Selain itu, pemilihan PLC sebagai salah satu modus operandi untuk meningkatkan
kualiti guru adalah berdasarkan trenda dan perkembangan pendidikan di negara-negara
maju di mana pemantapan komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik
dilihat sebagai usaha yang mampu meningkatkan profesionalisme keguruan. Oleh itu, guru-
guru di Malaysia hendaklah menyahut cabaran untuk menjadi ahli dalam komuniti ini agar
kemahiran, strategi, pedagogi dan nilai profesionalisme sebagai seorang guru dapat
ditingkatkan. Hal ini secara tidak langsung dapat melonjakkan kualiti PdP yang dijalankan
oleh seseorang guru itu ke tahap yang lebih tinggi.

Seterusnya, pentaksiran merupakan aspek yang penting dalam pelaksanaan PdP di
dalam bilik darjah. Hal ini demikian kerana, melalui pentaksiran, guru dapat memperoleh
maklumat yang diperlukan berkenaan perkembangan murid-murid dari pelbagai aspek
seperti kemahiran, pengetahuan, kefahaman dan lain-lain. Pentaksiran autentik pula
merupakan proses pentaksiran alternatif yang lebih luas untuk melihat perkembangan murid
dengan lebih menyeluruh. Maka, guru-guru sewajarnya melaksanakan pentaksiran autentik
ini di dalam bilik darjah agar dapat menikmati keberkesanannya.

Rujukan

Bahagian Pendidikan Guru. (2006). Komuniti pembelajaran profesional (PLC) – Strategi 2:
amalan penswastaan. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Boon, P. Y., Lee, L. H. & Lawrence, A. A. (2017). Pentaksiran dalam pendidikan. Shah
Alam: Oxford Fajar.

113

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Briscoe, C. & Peters, J. (1997). Teacher collaboration across and within schools: Supporting
individual change in elementary science teaching. Science Education, 81, 5165.

Butcher, K., Crown, L., & Gentry, E. J. (2006). The International System of Units (SI)–
Conversion Factors for General Use. Weights and Measures Division, Technology
Services, NIST Special Publication, 1038. Dicapai pada 10 Mac 2020 daripada
https://nvlpubs.nist.gov/nistpubs/Legacy/SP/nistspecialpublication1038.pdf

DuFour, R. (2004). What Is a “Professional Learning Community”? Educational Leadership,
61, 6-11.

Eaker R, DuFour R, DuFour R. (2002). Getting started: Reculturing schools to become
professional learning communities. Bloomington, IN: Solution Tree Press.

Fisher, D., & Frey, N. (2014). Using teacher learning walks to improve instruction. Principal

Leadership, 14(5), 58-61. Dicapai pada 16 Mac 2020 daripada

http://www.scsk12.org/memo/files/files/learning%20walk2.pdf

Hamdan Said (2000). Peranan Ketua Panitia Matematik di Sekolah Menengah. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

Irfan Tosuncuoglu. (2018). Importance of assessment in ELT. Journal of education and
training studies, 6, 163. doi: 10.11114/jets.v6i9.3443. Dicapai pada 13 Mac 2020
daripada
https://www.researchgate.net/publication/327042964_Importance_of_Asses
sment_in_ELT

Isoda, M. (2010). Lesson study: Problem solving approaches in mathematics education as a
Japanese experience. Procedia-Social and Behavioral Sciences, 8, 17-27.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Kit PLC Professional learning community.
Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lechner, F. J. & Boli, J. (2012). The globalization reader. Hoboken, New Jersey: John Wiley
& Sons.

Mehta, R., & Zhu, R.J. (2008). Blue or red? Exploring the effect of color on cognitive task
performances. Science, 7 (5918): 1226-1229.

Miller, M. D., Linn, R. L. & Gronlund, N. E. (2009). Measurement and assessment in
teaching. (10th ed.). New Jersey: Pearson Education International.

Pan, Y. (2012). Attentional capture by working memory contents. Canadian Journal of
Experimental Psychology, 64(2): 124-128.

Readman, K. & Allen, B. (2013). Practical planning and assessment. South Melbourne,
Victoria: Oxford University Press.

Rosenholtz, S. (1989). Teachers’ workplace: The social organization of schools. New York:
Longman.

Sadler, P. M. & Good, E. (2006). Educational assessment: The impact of self- and
peergrading on student learning, 11(1), 1-31.

Supramaniyam, V. (2015). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) dalam
kalangan guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah rendah luar bandar
negeri Johor (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

114

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Dicapai pada 20 Mac 2020 daripada
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/8014/1/VESPA
NATHAN_SUPRAMANIYAM.pdf

Tal, T., Krajcik, S. & Blumenfeld, P. C. (2006). Urban schools' teachers enacting
projectbased science. Journal of Research in Science Teaching, 43(7), 722-745.

Yee, L. W. (2016). Peer coaching for improvement of teaching and learning. Journal of
Interdisciplinary Research in Education (JIRE) ISSN, 2232, 0180. Dicapai pada 16
Mac 2020 daripada https://university2.taylors.edu.my/jire/downloads/vol6_05.pdf

Zuraidah Abdullah. (2009). Pembentukan komuniti pembelajaran profesional: kajian
terhadap sekolah menengah di Malaysia. Jurnal Manajemen Pendidikan UNY.
Dicapai pada 12 Mac 2020 daripada
https://media.neliti.com/media/publications/113604-ID-none.pdf

115

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Lampiran 1
PROSEDUR PENGGUNAAN RESOS

1.0 AHLI KUMPULAN

Ahli kumpulan terdiri daripada Muhammad Takbir Idham bin Jepre@Kipli, Ronald Chin
Chun Hwa dan Vergeer Voi anak Paul.

2.0 NAMA RESOS

Nama resos yang telah dihasilkan ialah CUTE, iaitu disebut sebagai “cute” yang
merupakan akronim bagi Converting Unit of Time manakala 3 bermaksud 3 unit masa
yang terlibat dalam pertukaran, iaitu jam, minit dan saat.

3.0 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)

Kami telah memilih topik Masa dan Waktu dalam DSKP Matematik Tahun 3 seperti
berikut:

5.0 MASA DAN WAKTU STANDARD CATATAN
STANDARD PEMBELAJARAN
KANDUNGAN

5.2 Perkaitan dalam masa Murid boleh: Boleh gunakan jam

digital

5.2.2 Menukar unit masa

melibatkan jam dengan

minit dan minit dengan saat

4.0 DIMENSI DAN KANDUNGAN RESOS

40 cm

cm
20

Gambar 1: Muka hadapan Gambar 2: Garis Masa

Gambar 3: Kad Unit Masa Gambar 4: Kad Penukaran

116

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Lampiran 1

Gambar 5: Kad Penukaran Gambar 6: Kad Putih

Gambar 7: Penanda Nilai Gambar 8: Penunjuk Unit

5.0 PENGGUNAAN RESOS

Penukaran unit masa menggunakan resos CUTE dibahagikan kepada dua, iaitu
menggunakan garis masa dan menggunakan kaedah “card-flipping”.

5.1 Langkah penggunaan garis masa

1.Guru memberikan soalan penukaran unit masa seperti:

Contoh 1: 5 minit = ________ saat.
2.Penunjuk unit diletakkan pada unit masa yang

dikehendaki.

Bagi Contoh 1, letakkan pada unit saat.

3.Penanda nilai diletakkan pada nilai unit masa
yang diberikan.

Bagi Contoh 1, letakkan pada nilai 5 minit.

117

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Lampiran 1

4.Jawapan dibaca dengan melihat nilai
pada penanda unit dengan merujuk
kepada penunjuk unit bagi unit masa
yang dikehendaki.

Jawapan bagi Contoh 1 ialah 5 minit
= 300 saat
5.Bagi menukar unit minit kepada jam
atau sebaliknya, terbalikkan kad bagi
unit masa.

5.2 Langkah penggunaan “card-flipping” nilai 2 pada
1.Guru memberikan soalan penukaran unit masa

seperti:

Contoh 2: 2 jam = ________ minit
2.Tulis nilai unit masa yang diberikan pada

kad unit masa (KUM) yang betul.

Bagi Contoh 2, tuliskan
unit jam.

3.Letak penunjuk unit pada

kad unit masa bagi

KUM yang

dikehendaki.

Bagi Contoh 2, letakkan

penunjuk unit pada KUM Minit.

118

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Lampiran 1

4.Terbalikkan KUM yang tidak
berkaitan kepada kad putih.

Bagi Contoh 2, terbalikkan KUM
Saat kepada kad putih.

5.Terbalikkan KUM pada langkah 2
kepada kad penukaran (KP) yang
sama warna dengan KUM pada
langkah 3.

Bagi Contoh 2, terbalikkan KUM
Jam kepada KP yang berwarna
kuning agar sama warna dengan
KUM Minit.

6.Isikan tempat kosong pada KP dengan nilai unit masa yang diberikan dan lakukan
operasi yang dipaparkan.

Bagi Contoh 2, isikan tempat kosong dengan nilai 2.

119

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Lampiran 1

8. Tuliskan hasil operasi yang diperoleh pada KUM yang ditandakan
dengan penunjuk unit.

Bagi Contoh 2, 2 jam × 60 = 120 minit

120

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Lampiran 2
Contoh Ujian Pra seorang murid Tahun 3 Kreatif

Contoh Ujian Pasca seorang murid Tahun 3

121

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Lampiran 1

122

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

LAMPIRAN 3: Gambar Semasa Pelaksanaan Resos

Gambar 1: Murid mencuba menjawab Gambar 2: Murid menjawab Ujian Pra soalan di
papan tulis

Gambar 3: Guru memberikan penerangan Gambar 4: Guru membimbing murid

menggunakan resos menjawab soalan menggunakan resos

Gambar 5: Murid menjawab ujian pasca Gambar 6: Murid kelihatan gembira
bergambar dengan resos

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

112

Length Unit Changer Board (LUnCh Board)

Muhammad Amir Faruq bin Mat Kamil
Najmuddin Rifaie bin Ahmad Shubki

1. PENGENALAN
Isu kemerosotan pencapaian akademik dalam matapelajaran Matematik tidak lagi asing di
Malaysia. Menurut Saiful (2015), salah satu faktor utama yang menimbulkan isu ini adalah
kurangnya minat murid terhadap matapelajaran Matematik. Menurut beliau lagi, majoriti
murid – murid sekolah di Malaysia menunjukkan sikap kurang minat terhadap subjek penting
adalah kerana mereka menganggap Matematik merupakan satu matapelajaran yang sukar
dan membosankan. Menurut Md Noor (2010), pembelajaran berkesan merupakan
pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh hal yang demikian, bagi memastikan
pembelajaran berkesan dapat berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
di bilik darjah, penggunaan resos dalam proses PdP merupakan suatu perkara yang wajib
dilaksanakan untuk mewujudkan suasana yang aktif dan menyeronokkan. Hal ini diujarkan
sedemikian kerana, unsur – unsur keseronokan yang terdapat dalam proses PdP di bilik
darjah mampu menggalakkan murid – murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
pembelajaran yang dilaksanakan di kelas. Tambahan lagi, ia juga dapat meningkatkan minat
murid terhadap matapelajaran di pelajari dan mengelakkan murid daripada berasa bosan
atau fobia dengan subjek – subjek yang sukar seperti Matematik dan Sains.

2. LATAR BELAKANG KAJIAN
Penggunaan resos ataupun benda maujud perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik
mengajar yang dijalankan dengan berkesan serta mampu menarik perhatian murid semasa
proses PdP di bilik darjah. Salah satu kepentingan adalah seperti berikut:

i. Membantu guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. Mengurangkan kebosanan murid-murid semasa berlakunya proses pengajaran dan

pembelajaran.
iii. Melatih pergerakan motor murid – murid. iv. Melatih murid untuk menukar unit

panjang dengan kaedah yang betul.

3. PENYATAAN MASALAH
Masalah 1: Murid tahun 4 mengalami masalah untuk memahami konsep penukaran unit
panjang.

Masalah 2: Murid keliru dengan rumus penukaran unit panjang. Hasil kajian mendapati
bahawa murid keliru untuk melakukan pendaraban atau pembahagian dalam penukaran unit
panjang.

124

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Rajah 1: Rumus penukaran unit panjang melibatkan milimeter, sentimeter, meter dan
kilometer

4. OBJEKTIF
Kajian dilaksanakan untuk menguji keberkesanan resos LUnCh Board dalam

membantu murid tahun 4 untuk memahami topik penukaran unit panjang seterusnya
meningkatkan pencapaian akademik murid sekolah dalam subjek Matematik. Di samping itu,
tujuan penghasilan resos ini pula adalah untuk memastikan perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran terhadap topik penukaran unit panjang dapat mencapai objektif yang telah
ditetapkan iaitu memudahkan murid untuk menjelaskan penukaaran unit dalam topik panjang
secara jelas dan tepat serta membantu murid dalam menyelesaikan masalah penukaran unit
panjang. Tambahan lagi, objektif kajian ini juga adalah berdasarkan standard pelajaran yang
terkandung dalam DSKP Tahun empat. (Rujuk rajah 2)

Rajah 2 : DSKP Tahun 4
125

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

5. KUMPULAN SASARAN
Murid – murid tahun empat salah sebuah sekolah kebangsaan di daerah Tuaran, Sabah.
6. REKA BENTUK DAN KOS PENGHASILAN
6.1 Reka Bentuk Kajian

Rajah 2: Muka depan resos Length Unit Changer Board “LUnCh Board” (Set Guru)

Rajah 3: Bahagian penukaran unit panjang (Set Guru)

Rajah 4: Mini LUnCh Board (Set Murid)
LUnCh Board dihasilkan dengan dua set iaitu set guru dan set murid. Dalam proses PdP,
murid – murid akan dibekalkan dengan mini LUnCh Board agar murid berpeluang untuk
terlibat dalam aktiviti kelas secara aktif. Set guru pula direka khas untuk kegunaan guru.
Oleh itu, reka bentuk set guru adalah lebih besar daripada set murid supaya murid – murid
dapat melihat contoh penggunaan LUnCh Board dengan lebih jelas.

126

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

6.2 Kos Penghasilan Resos

Bil Bahan Kos
1. Kertas warna RM 8.00
2. Laminate Paper RM 0.30
3. Cardboard RM 2.00
4. Pen Papan Putih RM 3.00
Jumlah Kos RM 13.30

7. PELAKSANAAN RESOS

Sepanjang tempoh Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) fasa yang ketiga, LUnCh Board
telah diuji di beberapa kelas tahun empat di Sekolah Kebangsaan Saint John Tuaran.
Kemudian, maklum balas daripada murid – murid tersebut diambil dan dijadikan data untuk
menilai keberkesanan LUnCh Board.

7.1 Prosedur Penggunaan

Bagi memudahkan murid untuk memahami kaedah penggunaan LUnCh Board, sebuah
brosur prosedur penggunaan juga disediakan kepada murid - murid. Murid akan memilih
soalan yang berkaitan dengan penukaran unit dalam topik panjang.

1. Murid akan menulis angka nombor yang diberikan dalam soalan pada LUnCh Board.

2. Murid akan menukar unit panjang yang diberikan dalam soalan menggunakan LUnCh
Board.

127

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Rajah 5: Brosur Prosedur Penggunaan LUnCh Board

Rajah 6: Brosur Prosedur Penggunaan LUnCh Board

7.2 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Mata Pelajaran Matematik

Tarikh 9/3/2020 (Isnin)

Masa 9:50 – 10:50

Kelas 4 Inovasi

Bilangan Murid 38 orang

Tema Sukatan dan Geometri

Tajuk Ukuran dan sukatan

Kemahiran/Fokus Kemahiran unit panjang

Kemahiran Sedia Ada Mendarab dan membahagi

Standard Kandungan 5.1 Panjang

Standard Pembelajaran 5.1.3 Menukar unit ukuran panjang melibatkan milimeter dan
sentimeter serta meter dan kilometer

Objektif Pembelajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan
dapat:-

1. Menjelaskan konsep penukaran panjang dengan jelas
dan tepat

2. Menukar unit ukuran panjang melibatkan milimeter dan
sentimeter serta meter dan kilometer

Pentaksiran Berasaskan Sekolah Aktiviti berkumpulan, Lembaran kerja

Tabiat Berfikir (HOM) Berusaha untuk ketepatan

128

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Elemen Merentas Kurikulum TMK, komunikasi (EMK)

Penerapan Nilai Bekerjasama, berani, bertolak ansur

Bahan Bantu Mengajar LCD projekter, LUnCh Board, Mini LUnCh Board,
Komputer Riba

Seni dalam Pendidikan -

Professional Learning Community Peer Coaching

Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan
Masa(Minit)
Fasa dan Pembelajaran
Persediaan
• Pengenalan 1. Guru menunjukkan Cadangan komunikasi:
(5 minit) panjang
gambar jenis - jenis ular

berdasarkan yang berbeza saiz

pengetahuaSoalan n sedia ada
murid

1. Apakah yang kamu dapat lihat

pada gambar tersebut?

2. Cuba kamu

2. Guru mengaitkan bandingkan gambar dengan

panjang objek – membandingkan objek di sekeliling panjang

objek di dalam kamu. Objek kelas apakah yang

3. Murid akan mengaitkan paling panjang?

aktiviti tersebut dengan topik serta
objektif pdp
pada hari tersebut 3. Apakah yang kamu

boleh

kaitkan dengan

topik serta objektif pdp hari

ini?

BBM: LCD Projektor dan
Komputer riba Fasa •

129

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Konsep 1. Murid

diberikan penerangan Tabiat

berfikir:

Imaginasi Panjang: tentang konsep penukaran Berusaha untuk

unit panjang daripada guru ketepatan

(15 Minit) coachee menggunakan slaid 1 km = 1000 powerpoint dengan m bimbingan

daripada coach Nilai dan sikap:

1 m = 100 Amanah, cm bertanggungjawab dan bersungguh –

1 cm = 10 sungguh
mm

• Menukar 2. Guru mengedarkan BBM: LCD Projektor,
Lembaran kerja 1
unit panjang lembaran kerja kepada

melibatkan murid.

milimeter 3. Guru meminta murid menjawab
dan secara individu.
sentimeter,

meter dan 4. Setiap murid perlu menjawab

kilometer. soalan penukaran unit panjang

• Lembaran menggunakan pengetahuan
kerja bagi sedia ada.

mengenal 5. Guru akan memantau murid
pasti menyelesaikan tugasan.

pengetahua

n murid

sedia ada Soalan:
mengenai

penukaran

unit panjang.

Tukarkan nilai tersebut dengan

jawapan yang betul:

I. 128 mm = ____cm
II. 30 cm = _____mm
III. ___km = 1241 m
IV. 21 km = _____ m
V. ____ cm = 12.2 m

Fasa • LunCh 1. Guru menayangkan slaid BBM: LUnCh Board

Perkembang Board powerpoint untuk digunakan dan Mini LUnCh

an menerangkan cara bagi Board, LCD Projektor

(20 Minit) penggunaan LUnCh Board. menukarkan

panjang

Nilai dan sikap:

130

• sentimeter, 2.

meter dan
kilometKePr.PB: PembudMayuaraind PdeibnyaehliadigkaiknaMnemnjaennagGikuurut Inovatif

3. kumpulan.

Menukar Setiap kumpulan diedarkan
unit dengan Mini LUnCh Board.
milimeter ke

sentimeter,

yang sentimeter

ke meter

Bertanggungjawab melibatkan dan bekerjasama
milimeter,

dan meter
ke kilometer

.
.

4. Murid perlu menggunakan
kaedah tersebut untuk
menukar unit milimeter ke
sentimeter, sentimeter ke
meter dan meter ke
kilometer menggunakan Mini
LUnCh
Board.

. Soalan:

Tukarkan nilai tersebut:

I. 1243 mm = ____cm

II. 34 m = _____cm III. ____ m = 51 km

IV. ____ km = 1200 m

V. 13.24 m = ____cm VI. 87 cm = ____ mm

6. Murid perlu memaparkan hasil kerja mengikut kumpulan di
hadapan.

7. Guru menilai hasil kerja murid tersebut.

8. Guru memberikan ganjaran kepada kumpulan yang paling

banyak betul dalam menjawab soalan.

Fasa • Menghubun 1. Guru mengedarkan BBM: Mini LUnCh
Tindakan gkaitkan
lembaran kerja kepada Board, lembaran

Pelaksanaan nilai unit murid. tugasan

(10 minit) jisim dalam
nombor

bulat dan Tabiat berfikir:

perpuluhan

Berusaha untuk

ketepatan

Nilai dan sikap:

131

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Bertanggungjawab

2.Guru meminta murid menjawab
secara individu.

3.Murid diminta untuk menyelesaikan
lembaran tugasan.

4.Guru akan memberikan bimbingan
dari semasa ke semasa.

5.Setiap murid perlu menjawab soalan
penukaran unit panjang
menggunakan LUnCh
Board.

6.Lembaran tugasan akan dihantar
kepada guru untuk disemak.

Fasa Guru coach dan 1. Murid perlu memberi EMK:

Penilaian coachee maklum balas terhadap membimbing pembelajaran hari ini • TMK,

(5 minit) murid membuat melalui senarai semak Komunikasi refleksi pada

pentaksiran kendiri. akhir pembelajaran. 2. Guru akan meminta

murid Nilai dan sikap:

membuat rumusan untuk sesi pdp hari ini. •

Yakin diri

Berani

8. HASIL DAPATAN KAJIAN

Perkataan ‘media’ atau ‘medium’ berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud
‘perantara’. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, media didefinisikan sebagai alat atau
perantara dalam komunikasi atau dalam perhubungan. Oleh itu, boleh dirumuskan bahawa
media merupakan segala sesuatu yang dapat menyalurkan informasi dari sumber informasi
kepada penerima informasi. Media juga turut dapat dibahagikan kepada beberapa kategori
misalnya, media pengajaran. Menurut Kemp dan Semellie (1994), media pengajaran
merujuk kepada audio visual dan bahan – bahan yang berfungsi dalam pelaksanaan sesuatu
pengajaran. Dengan kata lain, media pengajaran merupakan segala sesuatu yang dapat
digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat
merangsang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar seterusnya terjadinya
proses pembelajaran. Dalam konteks pentaksiran dalam pendidikan, alat – alat pentaksiran
merupakan salah satu contoh medium pentaksiran yang penting bagi memastikan
perkembangan pengetahuan kemahiran serta nilai murid dapat dipertingkatkan dengan
kaedah yang terbaik.

Pentaksiran Autentik merupakan satu kaedah penilaian yang dilaksanakan berdasarkan
pencapaian sebenar yang dipamerkan oleh murid di dalam bilik darjah. Pentaksiran ini

132

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

merangkumi penilaian dari pelbagai aspek seperti pengetahuan murid, kemahiran dalam
menyelesaikan masalah, kemahiran sosial dan sebagainya. Dalam melaksanakan
pentaksiran keatas murid dalam topik penukaran unit panjang tahun empat, dua jenis alat
pentaksiran autentik telah dicadangkan bagi mendapatkan hasil penilaian yang tepat.

8.1 Pentaksiran Portfolio

Menurut Readman dan Allen (2013), pentaksiran portfolio merujuk kepada alat penilaian
yang diaplikasikan bagi mendokumentasi pembelajaran murid melalui koleksi – koleksi
evidens pencapaian dan hasil kerja akademik murid. Tambahan lagi, pentaksiran ini juga
membuka peluang kepada para guru dan murid untuk mendokumentasi, menyemak dan
menganalisis kandungan serta perkembangan pembelajaran murid. Justeru, boleh dikatakan
bahawa portfolio merupakan koleksi kerja murid yang membolehkan penilaian dilaksanakan
pada data – data yang menjadi bukti perkembangan pembelajaran murid yang menunjukkan
usaha dan pencapaian berkaitan dengan matlamat pengajaran tertentu.

8.1.1 Kriteria – Kriteria Pentaksiran Portfolio

Dalam perlaksanaan pentaksiran portfolio, terdapat beberapa kriteria yang perlu dimasukkan
ke dalam portfolio dan rubrik agar kejayaan dalam pentaksiran pengetahuan murid dapat
dicapai. Kriteria – kriteria tersebut adalah, pentaksiran dilakukan oleh guru bersama – sama
murid, mempunyai koleksi hasil kerja murid berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan,
mempunyai koleksi sampel hasil kerja murid yang menunjukkan perkembangan
pembelajaran, dan evidens yang menunjukkan kemajuan dalam semua aspek yang dinilai.
Dalam laporan ini, pentaksiran portfolio akan dilaksanakan kepada murid tahun empat
Inovasi berkenaan topik penukaran unit panjang yang melibatkan milimeter, sentimeter,
meter dan kilometer.

Rajah 7: Standard Prestasi bagi Ukuran dan Sukatan

Merujuk Rajah 7, rubrik penskoran adalah dari skor 0 hingga 6. Lembaran kerja ujian
pra dan ujian pasca mengandungi enam soalan bagi menguji tahap penguasaan murid
terhadap topik Ukuran dan Sukatan.

Jawapan dalam mm Jawapan dalam cm Jawapan dalam m Jawapan dalam

km cm kepada mm mm kepada cm cm kepada m m kepada km

Rajah 8: Soalan – soalan yang diberikan pada Ujian Pra dan Pasca
133

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Skor Jadual 1: Rubrik Pemarkahan Ujian Pra dan Pasca
6 Deskripsi

5 Mempamerkan pemahaman secara menyeluruh terhadap soalan. Sangat
4 menguasai topik yang diuji. Tahu dan faham serta dapat mengubungkait
idea dengan sangat jelas.
3
Mempamerkan pemahaman yang sangat baik terhadap soalan.
2
1 Mempamerkan pemahaman yang baik terhadap soalan. Hampir
0 menguasai topik yang diuji. Tahu, faham dan apat membuat
perhubungan dengan jelas.

Mempamerkan pemahaman yang agak baik terhadap soalan. Kurang
menguasai. Tahu, faham dan boleh buat serta dapat membuat
perhubungan agak jelas.

Mempamerkan pemahaman yang minimum terhadap soalan. Kurang
menguasai topik yang diuji. Tahu dan faham.

Tidak mempamerkan pemahaman tentang soalan.

Tidak respons/tidak mencuba soalan.

8.1.2 Interpretasi Data Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Bagi menilai perkembangan pengetahuan dan kemahiran murid tahun empat inovasi dalam

topik penukaran unit panjang, ujian pra dan ujian pasca telah dilaksanakan semasa proses

PdP dilaksanakan di bilik darjah. Ujian Pra dilaksanakan bagi menguji pengetahuan sedia
ada murid – murid terhadap topik penukaran panjang. Setelah ujian pra dilaksanakan, guru
menerangkan konsep penukaran unit panjang kepada murid – murid serta melaksanakan

ujian pasca di akhir pengajaran untuk menilai tahap perkembangan kefahaman murid

mengenai topik tersebut serta keberkesanan LUnCh Board.

Jadual 2: Skor Murid Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Murid Tahun 4 Inovasi

Skor Murid Kekerapan

Ujian Pra Ujian Pasca

060

1 13 0

272

354

4 1 12

509

605

Jumlah 32 32

134

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Prestasi Murid

14 1234 5 6
12 Ujian Pra Ujian Pasca
10

8
6
4
2
0

0

Rajah 9: Perbandingan prestasi Ujian Pra dan Ujian Pasca

Jadual 3: Data statistik bagi Skor Murid Tahun 4 Inovasi

Ujian Min Mod Jumlah, N Sisihan

piawai

Ujian Pra 1.44 1 32 1.08
Ujian Pasca 4.34 4 32 5.91

Berdasarkan Jadual 3, skor min ujian pra menunjukkan nilai yang lebih kecil berbanding
dengan skor min ujian pasca iaitu masing – masing 1.44 dan 4.34. Hal ini menunjukkan
terdapat perbezaan yang ketara antara tahap skor ujian pra dan ujian pasca dimana skor
ujian pasca Matematik bagi topik penukaran unit panjang kelihatan meningkat. Boleh
dikatakan bahawa, penggunaan LUnCh Board dalam aktiviti PdP di kelas berjaya
menyelesaikan masalah penukaran unit panjang dalam kalangan murid – murid tahun empat
Inovasi. Tambahan lagi, turut dapat dilihat bahawa sisihan piawai bagi ujian pasca adalah
lebih besar berbanding ujian pra dimana nilai sisihan masing – masing adalah 5.91 dan 1.08.

8.2 Pentaksiran Kendiri
Menurut Saddler dan Good (2006) Pentaksiran kendiri merujuk kepada satu kaedah
pentaksiran di mana murid akan menilai hasil kerja mereka sendiri berdasarkan data – data
bukti yang jelas untuk kegunaan merancang strategi bagi meningkatkan prestasi di masa
akan datang. Kaedah pentaksiran ini adalah berkesan dilaksanakan pada akhir tempoh
pengajaran. Di samping itu, pentaksiran kendiri juga mampu menggalakkan murid – murid
untuk lebih melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran serta memupuk minat
mereka dalam pembelajaran. Menurut Saddler dan Good (2006) lagi, didapati bahawa tahap
persetujuan antara pemeriksa dengan murid adalah tinggi apabila perlaksanaan kendiri yang
dilaksanakan. Tambahan lagi, pentaksiran ini juga membantu murid untuk mengenali diri
sendiri dari segi kemampuan, kelebihan dan kelemahan diri secara refleksi.

8.2.1 Kriteria – Kriteria Pentaksiran Kendiri

Pentaksiran kendiri dilaksanakan dengan menggunakan rubrik, senarai semak, skala radar
dan sebagainya. Dalam perlaksanaan resos ini, dua jenis pentaksiran kendiri telah

135

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

disediakan supaya keberkesanan pengajaran dan resos dapat dinilai dengan berkesan.
Jenis – jenis pentaksiran kendiri tersebut adalah soal selidik resos dan skala kadar.

Jadual 4: Pernyataan kriteria yang diukur dalam pembelajaran penukaran unit ukuran
panjang

No Pernyataan

1 Saya memahami konsep penukaran unit panjang.

Saya dapat menyatakan perkaitan unit milimeter, sentimeter, meter dan
2 kilometer dengan jelas dan tepat.

Saya mahir menukarkan unit milimeter ke sentimeter, sentimeter ke meter,
3 meter ke kilometer.

4 Saya dapat menjawab soalan dengan bantuan LUnCh Board dengan
cepat.

5 Saya mampu menyelesaikan masalah harian rutin berkaitan penukaran
unit panjang.

8.2.2 Interprestasi Data Pentaksiran Kendiri

Penilaian Kendiri

25

20

15

10

5

0 Penyataan 2 Penyataan 3 Penyataan 4 Penyataan 5
Peryataan 1

12345

Rajah 10: Graf bar bagi borang Skala Kadar bagi Murid Tahun 4 Inovasi

Merujuk kepada Rajah 10, didapati bahawa majoriti murid tahun empat Inovasi menandakan
kefahaman mereka pada skala 4 dan 5. Hal ini bermaksud, murid tahun empat Inovasi
berada pada tahap kefahaman yang tinggi. Tambahan lagi, ini juga membuktikan bahawa
penggunaan LUnCh Board juga turut membantu murid – murid untuk menyelesaikan
masalah penukaran unit panjang dengan berkesan.

136

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Jadual 5: Hasil dapatan senarai semak 32 orang murid tahun empat Inovasi

Pernyataan Rendah Tinggi

(1) (2) (3) (4) (5)

Saya memahami konsep penukaran 0 0 0 18 14

unit panjang. 0.00% 0.00% 0.00% 56.25% 43.75%

Saya dapat menyatakan perkaitan 0 0 0 17 15
unit milimeter, sentimeter, meter dan 0.00% 0.00% 0.00% 53.13% 46.88%
kilometer dengan jelas dan tepat.
0 2 18 12
Saya mahir menukarkan unit 0 0.00% 6.25% 56.25% 37.50%
milimeter ke sentimeter, sentimeter 0.00%
ke meter, meter ke kilometer. 0 4 20 8
0.00% 12.50% 62.50% 25.00%
Saya dapat menjawab soalan 0
dengan bantuan LUnCh Board 0.00% 0 7 21 4
dengan cepat. 0.00% 21.88% 65.63% 12.50%

Saya mampu menyelesaikan 0
masalah harian rutin berkaitan 0.00%
penukaran unit panjang.

Berdasarkan Jadual 5, keseluruhan statistik data menunjukkan kefahaman murid tahun
empat Inovasi pada tahap yang tinggi dimana majoriti murid menandakan kelima – lima
penyataan pada skala yang keempat. Sebagai contoh 56.25% daripada kelas tahun empat
Inovasi telah menandakan kefahaman mereka terhadap konsep penukaran panjang pada
skala yang keempat. Di samping itu, data statistik juga menunjukkan bahawa terdapat
21.88% murid kelas tersebut mengalami sedikit kesukaran dalam menyelesaikan masalah
harian rutin berkaitan penukaran unit panjang. Tambahan lagi, didapati bahawa 62.50%
murid bersetuju bahawa mereka dapat menjawab soalan berkenaan topik penukaran unit
panjang menggunakan LUnCh Board dengan cepat. Hal ini menunjukkan keberkesanan
resos dalam membantu murid dalam menyelesaikan masalah penukaran panjang adalah
berada pada tahap yang tinggi.

8.3 Dapatan Kajian Soal Selidik Daripada Murid Tahun Empat Inovasi

Dalam mengenalpasti keberkesanan LUnCh Board dalam membantu murid menyelesaikan
masalah berkenaan topik penukaran panjang, satu lembaran kerja soal selidik telah
diberikan kepada 32 orang murid tahun empat Inovasi bagi mendapatkan persepsi mereka
terhadap resos tersebut.

Jadual 6: Hasil dapatan soal selidik 32 orang murid tahun empat Inovasi

Pernyataan Sangat Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju Setuju
setuju

(1) (3) (4)
(2)

137

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

LUnCh Board dapat membantu murid 0 0.0% 0 0.0% 15 17
menyelesaikan soalan yang melibatkan 46.9% 53.1%
penukaran unit dalam topik Panjang dalam
subjek Matematik dengan berkesan.

LUnCh Board dapat membantu murid 0 0.0% 0 0.0% 13 19
menyelesaikan soalan yang melibatkan 40.6% 59.4%
penukaran unit dalam topik Panjang dalam
subjek Matematik dengan cepat.

LUnCh Board dapat membantu murid 0 0.0% 0 0.0% 13 19
menyelesaikan soalan yang melibatkan 40.6% 59.4%
penukaran unit dalam topik Panjang dalam
subjek Matematik dengan mudah.

LUnCh Board dapat membantu murid 0 0.0% 0 0.0% 3 9.4% 29
menyelesaikan soalan yang melibatkan 90.6%
penukaran unit dalam topik Panjang dalam
subjek Matematik dengan jawapan tepat

LUnCh Board membantu murid memahami 0 0.0% 0 0.0% 18 14
43.8%
konsep penukaran unit dalam topik panjang. 56.3%

Berdasarkan Jadual 6, 46.9% murid bersetuju dan 53.1% sangat bersetuju bahawa LUnCh
Board dapat membantu murid menyelesaikan soalan yang melibatkan penukaran unit
dalam topik panjang dalam subjek Matematik dengan berkesan. Di samping itu, 40.6%
murid bersetuju dan 59.4% sangat bersetuju bahawa resos ini juga mampu membantu
mereka untuk menyelesaikan soalan dengan cepat dan mudah. Hal ini membuktikan
bahawa penggunaan resos ini dapat menjimatkan masa pembelajaran murid. Sementara
itu, 56.3% murid kelas tersebut bersetuju bahawa resos ini boleh membantu mereka dalam
memahami konsep penukaran unit dalam topik panjang. Justeru, berdasarkan hasil dapatan
soal selidik ini, dapat simpulkan bahawa LUnCh Board merupakan sebuah resos yang
berkesan.

9. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

9.1 Kekuatan

Penyampaian pembelajaran yang menggunakan resos dapat membantu para pelajar untuk
memahami setiap konsep yang terdapat dalam topik yang diajarkan. Resos merupakan
salah satu kaedah inovatif yang digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Berdasarkan
kajian yang dijalankan ke atas resos tersebut, terdapat beberapa kelebihan serta
kelemahan yang dapat dilihat.

Salah satu kelebihan LUnCh Board adalah mudah untuk digunakan dalam
menyelesaikan masalah penukaran unit panjang. Semasa resos ini diuji pada murid – murid
tahun empat, saya dapati bahawa majoriti murid di dalam kelas dapat menggunakan LUnCh
Board untuk menyelesaikan soalan penukaran unit panjang dengan baik sekali. Sebagai
contoh, murid dapat menyelesaikan soalan penukaran unit meter ke kilometer
menggunakan LUnCh Board dalam masa yang singkat.

138

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Kelebihan yang kedua adalah resos ini mampu untuk menarik perhatian para murid – murid
di kelas. Semasa LUnCh Board diperkenalkan di dalam bilik darjah, setiap murid memberi
tumpuan sepenuhnya dan berasa tertarik terhadap resos tersebut kerana kelihatan warna
warni. Resos ini direka bentuk supaya kelihatan menarik agar dapat menarik perhatian murid
dapat merangsang perasaan teruja dalam diri murid – murid. Hal ini secara tidak langsung
dapat mengelakkan murid daripada bosan dan hilang tumpuan semasa aktiviti PdP
berlangsung di bilik darjah. Tambahan lagi, murid-murid juga berminat untuk mengetahui
lebih lanjut mengenai kegunaan resos tersebut.

Kelebihan yang keempat pula adalah resos mempunyai kos buatan yang rendah. Hal ini
kerana, bahan - bahan yang digunakan dalam penghasilan resos ini hanya terdiri daripada
bahan – bahan ringkas dan murah seperti kertas dan kadbod. Malahan bahan yang kami
gunakan kebanyakannya kami dapat diperoleh daripada benda di sekeliling kami.
Dianggarkan kami berbelanja di bawah RM15 untuk menyiapkan resos ini.

9.2 Kelemahan

Walaupun hasil daripada penggunaan dan pemerhatian LUnCh Board di bilik darjah
menampakkan pelbagai kekuatan yang ada pada resos ini, namun terdapat juga beberapa
kelemahan yang mengganggu kami dalam menguji kebolehan resos secara maksimum.
Salah satu kelemahan yang pertama adalah fizikal LUnCh Board yang tidak tahan lasak.
Hal ini diperkatakan sedemikian kerana resos ini hanya diperbuat daripada gabungan
kadbod dan kertas laminate yang nipis dan tidak kalis air. Seandainya resos ini terlipat
ataupun basah maka resos ini akan mudah rosak. Justeru, murid – murid perlu
menggunakan resos tersebut dengan berhati-hati. Kelemahan yang seterusnya adalah
resos ini dihasilkan dalam bentuk yang besar. Walaupun ianya ringan, namun saiznya yang
besar menyukarkan kami untuk membawa resos tersebut. Sebagai contoh, resos ini agak
sukar untuk dibawa dari bilik guru ke bilik darjah kerana saiznya yang besar menyukarkan
pergerakan saya. Tambahan lagi, dengan sifatnya yang mudah rosak dan besar, kami
terpaksa membawa resos tersebut dengan lebih berhati-hati.

9.3 Cadangan Penambahbaikan

Bagi mengatasi kekurangan serta kelemahan yang terdapat pada LUnCh Board, beberapa
penambahbaikan akan dilaksanakan terhadap resos ini. Cadangan penambahbaikan ini
adalah hasil daripada perkongsian pendapat dan pandangan daripada guru – guru SK St
John Tuaran. Salah satu cadangan penambaikan adalah menghasilkan sebuah reka bentuk
baharu yang lebih bersifat inovatif dan lebih kukuh. Sebagai contoh, LUnCh Board boleh
dilipat dan mudah untuk dibawa ke mana – mana sahaja. Bagi, membuatkan resos ini
menjadi lebih kukuh, saya bercadang untuk menggunakan mounting board dan dibalut
dengan pembalut plastik agar resos menjadi lebih kukuh dan tahan lasak.

10.0 PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC)

Pada era globalisasi ini, pendidikan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan
ekonomi dan pembangunan negara bangsa. Pembangunan modal insan bertaraf dunia
merupakan prasyarat dalam membawa Malaysia ke persaingan ekonomi global abad ke 21.
Oleh itu, boleh dilihat bahawa peranan guru amat penting dalam perkara ini. Seorang guru
yang berkualiti dapat berfikir dengan cerdas, bertindak cergas, menyelesaikan masalah
pelajar dalam kelas dan sebagainya. Guru yang berkualiti akan mewujudkan generasi yang

139

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

berguna pada masa yang akan datang. Oleh hal yang demikian, Bahagian Pendidikan Guru
dalam Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC) bagi menghasilkan guru yang berkualiti dalam pendidikan.

Menurut DuFour, Eaker & Many (2006), PLC merujuk kepada usaha para pendidik yang
memberi komitmen yang tinggi dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk
membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk
muridmurid mereka. Selain itu, istilah komuniti pembelajaran professional (PLC) sudah
wujud dalam kalangan penyelidik seawal tahun 1960-an. Little & McLaughlin (1993) juga
melaporkan bahawa sekolah dan panitia yang paling berkesan ialah sekolah yang
melaksanakan komuniti pembelajaran yang mantap. Matlamat mewujudkan PLC ini dapat
memberi kesan yang baik dalam meningkatkan kepimpinan sekolah serta guru-guru tentang
nilai tambah pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hal ini dapat meningkatkan prestasi setiap
panitia sekolah dan secara tidak langsung meningkatkan pencapaian sekolah serta
merealisasikan kualiti guru yang cemerlang. Objektif PLC ini adalah menyediakan peluang
berlakunya perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama dalam kalangan guru supaya
dapat mewujudkan sifat berpasukan. PLC juga meningkatkan kualiti dan amalan pengajaran
dan pembelajaran guru. Bagi membentuk dan melatih kemahiran mengajar yang berkualtiti
dalam siswa pendidik, saya bersama beberapa orang siswa pendidik dari Program Ijazah
Sarjanana Muda Perguruan (PISMP) Matematik (SK) semesta empat akan berkunjung ke
Sekolah Kebangsaan Saint John Tuaran bagi melaksanakan PLC bersama guru – guru
matapelajaran matematik disana.

Salah satu strategi PLC yang akan diaplikasikan adalah Learning Walks. Learning
Walks dilaksanakan dengan berjalan di sekeliling kawasan sekolah dan membuat
pemerhatikan terhadap pengajaran guru lain serta aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah
dengan menggunakan peraturan dan fokus yang spesifik. Objektif penggunaan strategi ini
adalah mengumpulkan bahan bukti aksi pembelajaran yang diperhatikan di dalam bilik
darjah. Ia juga dapat menolong guru belajar daripada amalan-amalan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan boleh dipraktikan untuk diri sendiri dan guru lain. Strategi
ini dilaksanakan dengan menetapkan fokus untuk pemerhatian dahulu, seterusnya
mengumpulkan bahan bukti melalui pemerhatian terhadap kelas-kelas dan menjalankan
perkongsian dapatan dengan semua guru di sekolah. Fokus yang akan diperhatikan
melibatkan beberapa perkara ,iaitu teknik penyoalan, tempoh masa berfikir, penggunaan
bahan bantu belajar, suasana fizikal bilik darjah, arahan guru semasa menjalankan PdP dan
penggunaan ICT semasa PdP serta penggunaan papan hitam atau papan putih. Semua itu
perlu diambil kira. Dengan ini, saya boleh mewujudkan satu kumpulan Learning Walks yang
terdiri daripada ahli-ahli panitia. Saya telah membincangkan fokus yang akan diperhatikan
dan memilih kelas-kelas yang akan dilawati serta menetapkan tarikh dan waktu. Dalam
learning walks ini, terdapat perbincangan sebelum perhatian dan selepas perhatian serta
perkongsian bersama semua guru. Oleh itu, saya boleh mendapatkan maklumat dan teknik
baru untuk menyelesaikan masalah muridnya yang menunjukkan masalah dalam
pembelajaran tersebut.

Selain itu, Teacher Sharing Session juga merupakan salah satu strategi PLC. Teacher
Sharing Session juga dikenali sebagai sesi perkongsian guru. Ia merujuk kepada
sekumpulan guru bertemu secara kerap atau berkala secara formal untuk berkongsi
pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi yang terbaik. Amalan ini tidak
mengehadkan bilangan guru dalam sesuatu kumpulan. Perkongsian dalam kalangan ahli
yang lebih ramai akan memberikan lebih banyak ruang pengisian dan aspek pengetahuan,
kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi yang berbeza dan pelbagai. Sesi
perkongsian memberikan peluang kepada guru berkongsi pelbagai pengetahuan,
kemahiran, strategi, kaedah, bahan, sumber, pengalaman dan sebagainya dalam konteks

140

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

profesionalisme keguruan. Proses ini berlaku dalam kalangan guru dan merupakan satu
cara mencungkil amalan terbaik dunia keguruan. Hal ini demikian bagi menyebarluaskan
pengetahuan kepada semua individu dalam sebuah organisasi. Terdapat beberapa elemen
penting dalam sesi perkongsian iaitu proses perkongsian peciptaan ilmu, prasarana
teknologi maklumat, pemangkin dan nilai, piawaian dan prosedur. Dengan ini, saya boleh
mengadakan sesi perkongsian dengan guru-guru di pejabat pada masa yang sesuai. Dalam
perkongsian tersebut, saya juga akan memperkenalkan LUnCh Board kepada guru – guru
dan meminta pandangan mereka terhadap resos tersebut. Saya akan membentangkan
objektif dan matlamat resos tersebut dihasilkan serta kaedah penggunaan resos tersebut.
Kemudian, para guru akan menyatakan pandangan mereka terhadap resos tersebut dan
mencadangkan penambahbaikan. Disamping itu, saya turut boleh mendapatkan maklumat
daripada guru-guru lain yang berpengalaman dalam mengajar dan menyelesaikan masalah
murid serta mengubahsuai cara-cara guru lain dalam menyelesaikan masalah seterusnya
memupuk minat murid untuk belajar.

Akhir sekali, aktiviti yang akan dijalankan dalam strategi PLC adalah Peer Coaching
dimana saya bersama beberapa orang guru matematik akan mengajar bersama – sama
dan menggabungkan strategi pengajaran kami di bilik darjah. Peer Coaching merujuk
kepada strategi sistematik untuk memerhati pengajaran guru lain menggunakan
prakonferensi, pemerhatian dan pascakonferensi. Peer Coaching juga merupakan satu
strategi untuk memperbaiki pelaksanaan kurikulum terhadap strategi, teknik dan
kemampuan guru dalam pembelajaran. Peer Coaching melibatkan dua atau lebih rakan
profesional. Terdapat tiga model dalam Peer Coaching iaitu Coachee mengajar dan coach
memerhati, coach mengajar dan coachee memerhati dan co teaching iaitu coach dan
coachee mengajar bersama – sama. Dalam aktiviti ini, model ketiga akan dilaksanakan dan
topik penukaran topik panjang akan menjadi topik pilihan yang akan diajar di bilik darjah.
Tambahan lagi, LUnCh Board akan dijadikan sebagai resos bagi menguji keberkesanan
resos setelah gabungan strategi pengajaran dilaksanakan. Di samping itu, tahap
keberkesanan resos juga akan dibincangkan bersama coach di mana beberapa pandangan,
kritikan serta cadangan penambahbaikan akan diberikan oleh coach setelah selesai proses
PdP di bilik darjah.

Kesimpulannya, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) merupakan satu perkara yang
harus diamalkan oleh setiap guru di sekolah-sekolah. PLC ini menekankan aktiviti
pembelajaran secara berterusan tanpa mengambil kira hierarki dalam kalangan staf dan
murid. Dengan adanya PLC ini, tahap penglibatan warga sekolah khususnya guru dalam
proses penambahbaikan sekolah adalah tinggi dan berupaya meningkatkan pencapaian diri
mereka.Ia juga membantu guru-guru baharu menguasai kemahiran mengajar dengan
pantas. Hasrat tersebut akan tercapai dengan strategi kepimpinan sekolah bagi mewujudkan
komuniti pembelajaran profesional. Dengan kata lain, peranan kepimpinan sekolah amat
diperlukan kerana telah wujud bukti yang kukuh bahawa kepimpinan sekolah berupaya
melakukan perbezaan terhadap pencapaian sekolah.

11.0 RANCANGAN BAHARU BERKAITAN DENGAN KEHIDUPAN SEHARIAN
MENGGUNAKAN PELBAGAI PEDAGOGI YANG BERASASKAN KEMAHIRAN
PAK – 21

Pedagogi merupakan satu kajian mengenai pengajaran dalam pendidikan formal. Dalam
kata lain, pedagogi adalah sains dan seni mengenai kaedah mengajar di sekolah. Tambahan
lagi ia melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik
darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi antara guru dengan pelajar. Di samping itu,
dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan penting dalam

141

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

mengaplikasikan strategi, kaedah pendekatan dan aktiviti yang sesuai bagi memastikan
keberkesanan PdP di bilik darjah.

Pada era globalisasi ini, tenaga pendidik amat diperlukan dalam melaksanakan pemodenan
dari aspek strategi dan kaedah pengajaran di bilik darjah. Dalam hal ini, kemahiran
pembelajaran abad ke 21 merupakan perkara yang perlu ditekankan dalam kalangan murid
kerana kemahiran ini dapat mengangkat lagi kualiti pembelajaran disamping membolehkan
murid untuk berdaya saing di alaf baru kini. Dalam perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran abad 21, para guru dituntut untuk memberikan komitmen yang tinggi bagi
menjayakan hal ini dalam pelaksanaan kurikulum di sekolah.

11.1 Pengintegrasian TMK Berkesan

Guru memerlukan masa latihan yang panjang untuk mencapai tahap kompetensi TMK yang
tinggi dalam pengajaran. Walaupun TMK merupakan sebahagian daripada kurikulum di
INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG), namun guru tidak mempunyai keyakinan yang
mencukupi untuk mengintegrasikan TMK dalam PdP. Usaha berterusan perlu dilaksanakan
untuk memastikan siswa pendidik di IPG mempunyai tahap keyakinan dan kecekapan yang
diperlukan untuk mengintegrasikan TMK di dalam kelas mereka. Perkara ini juga akan
menjadi cabaran besar bagi pihak KPM untuk mengkaji semula kurikulum pendidikan guru
dan strategi penyampaian sebagai proses yang berterusan untuk memastikan potensi TMK
boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan proses PdP

11.2 Kemahiran dan Penguasaan Bahasa Inggeris

Dalam usaha untuk menyediakan guru berkesan, penguasaan dan kemahiran dalam
Bahasa Inggeris menjadi faktor penyumbang utama untuk mendapat mengakses kepada
bahan saintifik dan jurnal yang relevan serta menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan
PdP berasaskan TMK. Usaha yang dilaksanakan termasuklah meningkatkan kemahiran
Bahasa Inggeris dalam kalangan siswa pendidik dan pensyarah di IPG.

11.3 Fokus Terhadap Pemupukan Potensi Pelajar
Landskap pendidikan abad ke – 21 mesti memberikan fokus kepada pemupukan potensi
keseluruhan murid iaitu dari segi moral, intelek, fizikal, sosial dan estitika. Murid perlu
mendapatkan pengetahuan baru, kemahiran dan amalan untuk memastikan kelangsungan
dan kejayaan hidup sebagai individu, ahli masyarakat, dan warganegara Malaysia. Murid
sekolah pada abad langit terbuka ini bukan setakat celik komputer tetapi ramai murid yang
mahir kerana didedahkan sejak usia kecil lagi. Namun begitu, murid masih memerlukan
perhatian yang lebih personal, sentiasa mahu berhubung secara sosial dengan rakan dan
masyarakat.

12.0 PENUTUP

Kesimpulannya, aktiviti PdP bagi subjek Matematik mampu dijadikan sebuah aktiviti yang
mudah, menarik dan menyeronokkan buat murid dengan komitmen guru dalam
mewujudkan sebuah medium yang boleh membantu murid dalam memahami konsep topik
– topik yang terdapat dalam subjek ini. Dalam hal ini, resos menjadi sebuah medium yang
memainkan peranan penting dalam memastikan aktiviti yang berkesan di bilik darjah.
Berdasarkan kajian, penggunaan LUnCh Board dalam proses PdP telah berjaya

142

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

memudahkan guru untuk mencapai objektif pembelajaran mengikut standard pembelajaran
sukatan dan geometri disamping telah menawan hati murid – murid tahun empat Inovasi.
Walaupun terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti pada resos ini, namun hasil
daripada aktiviti Professional Learning Community bersama guru – guru SK St John
Tuaran, kelemahan ini dapat dikurangkan dengan melaksanakan penambahbaikan. Di
samping itu, maklum balas yang diberikan oleh murid – murid juga membuka peluang
untuk menilai kekuatan serta kelemahan yang ada pada penggunaan resos di bilik darjah.
Tidak lupa dengan pentaksiran Autentik yang dilaksanakan dikelas, proses untuk menilai
keberkesanan penggunaan LUnCh Board dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan
tepat.

RUJUKAN

Abdul Rahim Hamdan (2009). Falsafah & Pemikiran Pendidikan.Universiti Teknologi
Malaysia, Johor Bharu.

Anuar Ahmad, Siti Haishah & Nur Atiqah. (2009). Tahap keupayaan pengajaran guru
sejarah dan hubungannya dengan pencapaian murid di sekolah berprestasi
rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 53-66.

Bahagian Pendidikan Guru. (2013). Pelan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan Guru dan Pemimpin Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
KSSR Matematik Tahun 4. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Black, P., & Wiliam, D. (1998). Assessment and classroom learning. Assessment in
Education, 5 (1), 7– 74. Kementerian Pendidikan Malaysia (1980).

Boon Pong Ying, Lee L. H., Lawrence A.A. (2013). Pentaksiran dalam Pendidkan. Selangor:
Oxford Fajar Sdn Bhd.

Carroll, J.M, Choo, C.W., D.R, Isenhour, P.L; et al. (2003) Konwledge management support
for teachers. Educational Technology, Research and Development, 51, 4, 42-64.

DuFour, R. (2010). What is a professional learning community? Educational Leadership,
61(8), 6-11.

Fullan, M. 2010). All systems go: The change imperative for whole system reform.
Thousand Oaks, CA: Corwin Press

Hamdan Said (2000). Peranan Ketua Panitia Matematik di Sekolah Menengah. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

Hasbrouck, J.E., & Christen, M.H. (1997). Providing peer coaching in inclusive classrooms. A
tool for consulting teachers. Intervension

Hussein Mahmood. (2008). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Buku Panduan
Khas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pendidkan Malaysia. (2019). Kit PLC Professional Learning Community

Khoo C. H. (2020). Pandangan Mengenai Idea Pembuatan Resos. (Muhammad Amir Faruq
Mat Kamil & Najmuddin Rifaie Ahmad Shubki, Penemubual)

143

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Mazlina@SitiAishah, D. (2016). Pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional untuk
peningkatan kemahiran guru bahasa melayu mengajar penulisan karangan. Jurnal
Kurikulum& Pengajaran Asia Pasifik, 4(3), 1-10

Myers, C. B. & Simpson, D. (1998). Re-Creating schools: Places where everyone learns and
likes it. Thousand Oaks, CA: Corwin Press

Nuraini Abu Bakar & Zanaton Iksan. (2016). Perbandingan kelas terbuka dan sesi refleksi
dalam pelaksanaan Lesson Study di antara Jepun dan Malaysia. 7 ℎInternational
Seminar on Regional Education: November 5-7 2015.

Readman, K. & Allen, B. (2013). Practical planning and assestment. South Melbourne,
Victoria: Oxford University Press.

Rohani Arbaa, Hazri Jamil, & Nordin Abd Razak. (2010). Hubungan guru-pelajar dan
kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: Adakah guru berkualiti menghasilkan
perbezaan pembelajaran antara jantina pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2):
61-69.

Rohaya Talib (2009). Pembinaan dan pengesahan instrumen ujian literasi pentaksiran.
Universiti Teknologi Malaysia.

Sadler, P.M., & Good, E. (2006). Educational assesment: The impact of self- and peer
grading on student learning, 11 (1), ms. 1-31.

Zaleha Md Daud (2004) . Analisis Kajian-Kajian Disertasi 1980–2002 Tentang inovasi dalam
kurikulum sekolah. Tesis Sarjana. Perpustakaan Kementerian Pelajaran

144

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

LAMPIRAN 1: CONTOH UJIAN PRA

145

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

LAMPIRAN 2 : CONTOH UJIAN PASCA

146

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

LAMPIRAN 3: GAMBAR KETIKA PERLAKSANAAN RESOS

Rajah 11: Menerangkan kaedah pengunaan LUnCh Board

Rajah:12 Membimbing murid menggunakan Mini LUnCh Board

Rajah 13: Murid menyelesaikan masalah penukaran unit panjang menggunakan Mini LUnCh
Board.
147

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

KIT TRI-PIKTO

Abdul Rahman bin Mohamad Hanapi Haziq bin
Abdul Latif

1.0 Pengenalan

Pada tanggal 2 Mac 2020 sehingga 6 Mac 2020, saya telah menjalani Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 3. Di kesempatan itu pelbagai tugasan telah dilaksanakan
di sekolah tersebut iaitu antaranya ialah pengujian resos bersama murid, pentaksiran
autentik dan banyak lagi yang meliputi mata pelajaran Matematik. Bagi tugasan pentaksiran
autentik ini, ketua panitia telah ditemu bual untuk mendapatkan alat pentaksiran autentik
yang manakah paling sesuai untuk dilaksanakan dalam sesebuah bilik darjah seterusnya
diaplikasikan di dalam bilik darjah. Pentaksiran dapat didefinisikan sebagai proses
berterusan untuk memperoleh maklumat, menginterpretasi, merekod dan melapor prestasi
murid untuk membantu guru membuat keputusan dan mengambil tindakan. Manakala
menurut Boon, P.Y., Lee,L.H dan Lawrence (2017) pentaksiran autentik ialah penilaian yang
dilakukan terhadap murid yang melaksanakan aktiviti atau tugasan yang merujuk situasi
kehidupan sebenar dan dapat mempamerkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang
bermakna. Selain itu, bagi Readman dan Allen (2013) menyatakan pentaksiran autentik
sebagai amalan yang melibatkan murid secara realistik dan bermakna dalam menilai
kemajuan mereka sendiri. Antara contoh alat pentaksiran autentik ialah, 1) Pentaksiran
portfolio, 2) Pentaksiran prestasi, 3) Penilaian rakan sebaya, 4) Penilaian kendiri dan 5)
Penilaian atas talian. Umumnya, pentaksiran autentik ini merupakan antara alat pentaksiran
dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). PBD pula menurut Kementerian Pendidikan Malaysia
(2016) bererti pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian
murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif iaitu sebagai pembelajaran, untuk
pembelajaran dan tentang pembelajaran.

Kesan daripada itu, PBD dilaksanakan sepanjang proses PdP sepanjang tahun dan
kaedah pentaksirannya ialah melalui pemerhatian, penulisan dan lisan. Contohnya, kerja
projek, kuiz, pembentangan dan lain-lain aktiviti pembelajaran berdasarkan Standard
Prestasi dan pertimbangan profesional guru. Maka, dalam konteks ini media PdP dilihat
amat penting dan dapat membantu PBD dengan lebih baik. Media PdP pula merupakan
segala yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada
penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian murid dan
seterusnya terjadi proses pembelajaran. Contohnya, media cetak, media audio, gambar,
pameran, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Dengan adanya media seperti ini ia dapat
memperjelaskan lagi penyampaian mesej, mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera
seperti objek yang kompleks seperti otak dapat ditunjukkan dalam bentuk media iaitu model.
Kesimpulannya, media PdP merupakan antara perkara penting dalam sesuatu PBD. Ini
bermaksud dengan adanya bahan seperti slaid, model, komputer dan internet, ia mampu
menjadikan PBD itu kebih baik.

1.1 Pembinaan Alat Pentaksiran

Antara dua alat pentaksiran yang telah dipilih ialah Pentaksiran Portfolio dan Pentaksiran
Rakan Sebaya. Untuk pengetahuan, pentaksiran ini adalah untuk tajuk Pengurusan Data
Tahun Empat dengan satu sahaja standard pembelajaran iaitu 8.1.2 Mentafsir piktograf dan
carta palang yang dibina. Dalam kata ringkasnya pentaksiran portfolio dan pentaksiran rakan
sebaya digunakan untuk mentaksir standard pembelajaran

148

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

8.1.2. Pentaksiran ini dijalankan sepanjang sesi PdP berdasarkan Rancangan Pengajaran
Harian yang dibina (Rujuk muka surat). Pentaksiran ini amat penting dan mampu menjaga
kualiti PBD kerana sifatnya yang kontekstual iaitu melibatkan kehidupan seharian mereka.
Untuk tambahan pentaksiran ini dilaksanakan di kelas 4 Ehsan.

1.1.1 Pentaksiran Portfolio

Pentaksiran portfolio merupakan pentaksiran yang dilakukan terhadap satu koleksi hasil
kerja murid atau evidens kemajuan murid atau evidens kemajuan pembelajaran murid yang
dilakukan bersama-sama guru dan murid berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
Umumnya pentaksiran portfolio ini terbahagi kepada tiga iaitu portfolio produk, portfolio
proses dan portfolio proses. Portfolio produk dikenali sebagai portfolio hasil terbaik dalam
tempoh masa tertentu. Manakala portfolio proses pula memberi tumpuan kepada proses
pembelajaran iaitu dari awal pengajaran hingga ke akhir pengajaran. Sebaliknya bagi
portfolio penilaian pula adalah untuk mempamerkan satu ciri penilaian sepanjang pengajaran
dan pembelajaran atau pencapaian murid dengan mengambil kira matlamat dan kriteria
yang telah ditetapkan pada awal penilaian.

Maka pentaksiran portfolio penilaian diambil untuk penialaian pembelajaran di dalam bilik
darjah mengenai SP 8.1.2 ini. Portfolio penilaian ini digunakan kerana ia dapat menunjukkan
hasil kerja murid iaitu lembaran kerja, refleksi kendiri dan juga pemerhatian oleh guru
terhadap murid. Malahan juga melalui portfolio penilaian ini juga ia dapat menunjukkan
keberkesanan resos yang digunakan semasa PdP iaitu adanya peningkatan dari segi hasil
kerja murid seperti lembaran kerja pra dan pasca.

Melalui portfolio ini ada beberapa perkara atau evidens yang akan dinilai iaitu 1)
Lembaran kerja pra dan pasca, 2) Refleksi murid dan 3) Laporan kesuluruhan bagi SP
8.1.2.

Lembaran Kerja Pra Dan Pasca

Lembaran kerja pra dan pasca ini merupakan antara komponen utama yang terdapat dalam
portfolio ini. Tujuan lembaran kerja pra dan pasca dilaksanakan untuk melihat peningkatan
pencapaian murid dari segi markah yang mereka peroleh sama ada menaik atau menurun.
Ini bermaksud guru ingin melihat secara bukti bahawa markah yang diperoleh murid pada
lembaran kerja pasca lebih baik berbanding lembaran kerja pra. Maka bagaimanakah guru
memastikan perkara ini berlaku kerana pada lembaran kerja pra, guru hanya mengajar
seperti biasa tanpa penggunaan bahan bantu mengajar. Manakala pada lembaran kerja
pasca guru telahpun menggunakan bbm semasa sesi PdP iaitu “Resos Tri-Pikto”

Jadual 1.1 : Lembaran kerja soalan latihan
Mata pelajaran Matematik – SP 8.1.2 Mentafsir piktograf yang dibina

Objektif 80% murid (23 murid) dapat menjawab 8 pembelajaran
daripada 11 soalan dalam lembaran kerja pasca piktograf Arahan
aktiviti :

Baca soalan dengan betul

149

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Rajah 1.1 : Lembaran kerja pra

Rajah 1.2 : Lembaran kerja pasca
150


Click to View FlipBook Version