The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ipgm-3513, 2022-04-28 23:17:41

KPPB PDF2

KPPB PDF2

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

menjawab dan menyelesaikan masalah yang diberikan. Jadi, melalui kaedah tersebut
pembelajaran murid berlaku. Guru juga boleh melakukan amalan kolaboratif bersama
guru lain untuk berkongsi amalan profesional mereka. Daripada itu, guru dapat
memfokuskan kepada pencapaian murid ke tahap yang lebih tinggi. Guru boleh
menggunakan strategi PLC dalam pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung
untuk mencapai dan meningkatkan tahap prestasi murid-murid. Terdapat lima strategi
utama dalam Komuniti Pembelajaran Profesional. Antaranya ialah:

Dialog Penswastaan Fokus Secara Kolaborasi Norma dan
Reflektif Amalan Kolektif Nilai Dikongsi

Terhadap
Pembelajaran

Murid

Rajah 10: Strategi Utama Komuniti Pembelajaran Profesional

Dalam kajian ini, penggunaan bahan resos telah diuji di Sekolah Kebangsaan Teloi
Kanan untuk melihat tahap keberkesanan resos dan tahap pengukuhan murid dalam
topik isi padu cecair. Jadi, hasil daripada dapatan maklumat kajian tersebut, dikehendaki
untuk menyelesaikan masalah pembelajaran murid dengan menggunakan strategi
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP). Secara umum matematik merupakan sebuah
subjek yang dianggap sukar oleh murid-murid. Berdasarkan kajian yang dilakukan
terdapat isuisu pembelajaran yang timbul dalam topik ini. Antaranya ialah murid tidak
menghafal formula penukaran unit isi padu cecair dan murid mempunyai masalah dalam
melakukan penukaran unit. Jadi, guru boleh bertindak secara profesional iaitu
sekumpulan guru berkongsi amalan profesional untuk meningkatkan kualiti pengajaran
dan pemudahcaraan dalam pengajaran. Strategi yang digunakan oleh guru tersebut
seharusnya bersesuaian dengan topik pengajaran yang hendak diajar supaya objektif
pembelajaran tercapai. Dalam kajian ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan adalah berdasarkan kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Prestasi
(DSKP) Tahun 3 iaitu:

Jadual 11: DSKP Matematik Tahun 3

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

6.3 Isi padu cecair 6.3.1 Menukar unit isi padu cecair

melibatkan liter dan mililiter

10.1. SESI PERKONGSIAN GURU

Sesi perkongsian guru merupakan suatu amalan berkolaboratif sesama rakan sekerja,

serta perkongsian bahan dan pengetahuan dalam organisasi pendidikan. Sesi

perkongsian guru merupakan salah satu strategi Komuniti Pembelajaran Profesional di

bawah penswastaan amalan. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2013)

251

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

menyatakan bahawa sesi perkongsian ini melibatkan kepada para dari sekolah yang
sama atau berbeza melakukan pertemuan secara berkala untuk berkongsi pengetahuan,
pengalaman dan amalan pedagogi dalam sesebuah organisasi. Perkongsian antara guru
dapat meningkatkan pengalaman dan pengatahuan dalam pedagogi yang berbeza dan
pelbagai. Selain itu, sesi perkongsian ini merupakan media yang termudah. Hal ini
kerana, berlaku interaksi dua hala antara guru untuk berkongsi idea yang bermakna.
Dalam sesi pekongsian ini, guru dapat menambahbaik sesi pengajaran supaya prestasi
murid meningkat. Jadi, guru boleh menggunakan kemahiran dan pengalaman untuk
diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Sesi perkongsian ini akan
memberikan faedah kepada guru untuk meningkatkan lagi tahap profesionalisme
keguruan. Terdapat dua jenis sesi perkongsian yang dilakukan, iaitu:
i. Perkongsian bahan maujud

Contoh: Bahan bantu mengajar, lembaran kerja, skema permarkahan, rancangan
pengajaran

ii. Perkongsian bahan bukan maujud

Contoh: pengurusan bilik darjah, pengalaman, kemahiran, pengetahuan amalan
pedagogi

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Berdasarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang dalam
Rancangan Pengajaran Harian (RPH), aktiviti yang dijalankan adalah penggunaan
bahan bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan
resos ini adalah untuk melihat tahap keberkesanan dalam topik penukaran unit isi padu
cecair.
Dalam strategi PLC iaitu sesi perkongsian guru, guru boleh mengadakan suatu
pertemuan secara berkala untuk berkongsi mengenai bahan resos yang hendak
digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Perkongsian dilakukan melibatkan
pelaksanaan pembelajaran menggunakan bahan bantu mengajar. Semasa kajian
dijalankan, dua orang guru lain telah melihat sesi pengajaran dan pembelajaran
menggunakan bahan resos. Hal ini adalah untuk melihat hasil keberkesanan
penggunaan resos dalam pdp. Sesi perkongsian guru dijalankan selepas selesai kajian
dilakukan bersama dua orang guru lain. Semasa sesi perkongsian antara guru
dilakukan, impak pembelajaran turut diberikan. Hasil perkongsian antara guru
menyatakan bahawa murid mudah memahami isi kandungan pembelajaran dan
menunjukkan minat dalam topik penukaran unit dengan penggunaan Kit LiMi. Setelah
sesi perkongsian antara guru dilakukan, penggunaan resos tersebut telah diubahsuai
supaya ia lebih menepati kepada objektif pembelajaran.

Dalam sesi perkongsian guru, guru boleh membuat perkongsian mengenai kemahiran
strategi pengajaran dan pemudahcaraan yang berkesan kepada guru lain. Melalui
perkongsian kemahiran, pedagogi dan pengetahuan, guru lain dapat mempraktikkannya
untuk memastikan tahap prestasi murid-murid ditonjolkan. Hal ini adalah untuk
menyebarkan pengetahuan kepada semua individu dalam sesebuah organisasi. Guru
juga lain memberi cadangan supaya melakukan aktiviti berpusatkan murid seperti aktiviti
Gallery Walk menggunakan Kit LiMi. Hal ini demikian kerana aktiviti Gallery Walk dapat
merupakan kaedah perbincangan yang memberi ruang kepada murid-murid untuk
mengetahui topik pembelajaran. Murid dapat berkongsi idea dan pengalaman dalam
melakukan aktivti Gallery Walk. Sebagai contoh, guru melakukan pembahagian
kumpulan untuk melakukan aktiviti penukaran unit isi padu cecair. Guru kepada

252

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

membahagikan kumpulan yang mempunyai soalan yang berbeza aras dan tahap. Murid
perlu menyelesaikan masalah dalam kumpulan dan kemudian membentangkan hasil
kerja. Wakil bagi setiap kumpulan perlu memberi penerangan terhadap hasil kerja
kumpulan nya dan ahli kumpulan yang lain bergerak dan melihat hasil kumpulan lain.
Guru juga boleh memberi ganjaran kepada kumpulan yang memberi penerangan yang
terbaik supaya murid mempunyai motivasi yang tinggi untuk terus belajar. Perkongsian
mengenai aktiviti Gallery Walk dapat memberikan idea kepada para guru lain untuk
mengaplikasikannya dalam sesi pengajaran mereka mengikut topik yang hendak diajar.

Lesson study juga merupakan komuniti pembelajaran profesional yang boleh dilakukan
oleh para guru untuk meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Lesson study merupakan kajian, penyelidikan yang dilakukan untuk melihat
pengajaran guru dalam bilik darjah. Lesson study adalah amalan guru-guru
berkolaborasi bersama untuk merancang dan menyediakan rancangan pengajaran
harian (RPH) dan membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru. Kemudian, guru-
guru membuat refleksi terhadap sesi pdp yang dilakukan dan mengubahsuai untuk
menambahbaik rancangan mengajar. Terdapat empat langkah dalam melakukan Lesson
study untuk membentuk pengajaran ke arah kecemerlangan. Antaranya ialah:

• Kaji dan bincang Rancang RPH • seorang Pakar Rujuk Refleksi
masalah pembelajaran sebagai pemerhati
murid • bincang dan rancang • Guru yang pemerhati
langkah,strategi dalam • Laksana pengajaran perlu beri komen
• Tentukan matlamat pengajaran dengan kehadiran ahli
yang hendak dicapai • Bincang secara
• Bentang dan lihat Pelaksanaan mendalam kelemahan
Bentuk Kumpulan semula strategi Pengajaran dan penambahbaikan
dan tentukan
matlamat

Rajah 11: Proses Pelaksanaan Lesson Study

Guru boleh menggunakan pendekatan Lesson Study untuk meningkatkan tahap
pengajaran di dalam bilik darjah.

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran
Dalam mengaplikasikan Lesson Study di dalam pengajaran guru boleh melakukan
aktiviti pengajaran berpusatkan kepada murid. Sebelum memulakan pengajaran, guru
berkolaborasi bersama guru lain membentuk kumpulan Lesson Study untuk menentukan
matlamat yang hendak dicapai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Dalam sesi kolaborasi bersama guru-guru, matlamat yang hendak dicapai
haruslah bersesuaian dengan topik yang hendak diajar. Guru bersama-sama mengkaji
dan berbincang isi-isu Matematik seperti miskonsepsi murid dalam melakukan
penukaran unit isi padu cecair. Dengan itu, guru dapat menentukan matlamat yang
hendak dicapai berdasarkan masalah yang dihadapi murid.

Langkah kedua, guru berkolaborasi untuk membina RPH berdasarkan matlamat yang
ingin dicapai. Dalam proses ini, guru perlu menentukan strategi, kaedah dan teknik yang
bersesuaian dengan tahap penguasaan murid. Kemudian, guru bersama-sama
berbincang langkah-langkah aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya

253

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

ia dapat membantu murid untuk melakukan proses pembelajaran dengan lebih lancar.
Sebagai contoh, guru ingin mengajar topik penukaran unit isi padu cecair. Jadi, aktiviti
yang hendak dibina dapat memberikan maklum balas terhadap penglibatan murid. Jadi,
murid dapat bersama-sama melakukan proses pembelajaran di dalam bilik darjah.
Menurut Abdul Aziz Abd Talib, (2000) dalam Dima Mazlina@Siti Aishah (2015)
menyatakan bahawa teknik aktiviti dicipta untuk menjayakan sesuatu kadah pengajaran
guru. Oleh itu, dalam merancang RPH merupakan elemen yang penting untuk
memastikan strategi yang dirancang berjaya.

Setelah merancang RPH, guru boleh menggunakan RPH tersebut untuk diaplikasikan di
dalam pengajaran. Pada masa ini, seorang pakar rujuk diperlukan untuk memerhati dan
menilai pengajaran yang berlaku. Semua guru yang hadir dalam pengajaran Lesson
Study perlu untuk melakukan pemerhatian terhadap proses pengajaran guru dan
pembelajaran murid dan mencatat di dalam borang pemerhatian Lesson Study.
Kehadiran ahli guru lain adalah untuk mengumpul maklumat sepanjang sesi pengajaran
untuk sesi refleksi. Antara aktiviti yang dilakukan dalam topik penukaran unit ialah
pembelajaran koperatif. Murid di dalam kumpulan perlu bekerjasama sesama ahli
kumpulan untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Pembelajaran koperatif juga
merupakan suatu pembelajaran berpusatkan kepada murid.

Pelaksanaan aktiviti penukaran unit dalam pembelajaran koperatif adalah seperti berikut.
Guru membahagikan kumpulan dan mempunyai soalan yang berbeza untuk
melaksanakan aktiviti penukaran unit. Murid perlu bekerjasama di dalam kumpulan untuk
melakukan penukaran unit dan melakukan aktiviti di atas kertas mahjong. Setelah
selesai perbincangan, tugasan tersebut perlu dibentang dihadapan kelas untuk melihat
tahap penguasaan murid dalam proses pengajaran. Melalui aktiviti berpusatkan murid,
guru boleh melakukan penilaian terhadap proses pembelajaran murid secara
menyeluruh. Guru yang lain perlu memerhati pengajaran murid tanpa mengganggu
mereka ketika belajar. Data dikumpul termasuk interaksi antara guru dengan murid.
Selepas selesai sesi pengajaran, guru boleh untuk berkumpul semula untuk melakukan
sesi refleksi untuk memberi komen terhadap pengajaran berlaku. Komen yang diberikan
termasuklah cadangan penambahbaikan, masalah yang dihadapi dan kelemahan yang
terdapat di dalam RPH.

Secara kesimpulan, Lesson Study merupakan aspek yang penting untuk membentuk
seorang guru yang berdedikasi dan komitmen dalam menyampaikan pengajaran di
dalam bilik darjah. Bukan sahaja murid perlu belajar, guru juga perlu terus belajar agar
kemahiran pedagogi dapat ditingkatkan dan dapat dikongsi bersama bersama-sama satu
organisasi. Jelaslah bahawa terdapat Komuniti Pembelajaran Profesional amat berkesan
kepada guru untuk meningkatkan tahap mutu prestasi murid. Guru perlu didedahkan
dengan kemahiran, pengetahuan dan pedagogi yang bermakna bersama-sama guru
yang mempunyai pelbagai kemahiran dan idea yang bernas. Bak kata peribahasa
muafakat membawa berkat di mana perkara yang dilakukan secara persetujuan semua
pihak mendatangkan kebaikan. Oleh itu, proses kolaborasi akan mendatang banyak
faedah kepada guru untuk memperkembangkan mutu pengajaran kepada guru lain. Jadi,
strategi Komuniti Pembelajaran Profesional mampu memberikan impak yang maksimum
atas usaha dan kerjasama para guru.

Rujukan

254

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Abdul Aziz Abd Aziz (2000). Dalam Dima Mazlina@Siti Aishah Abu Bakar(2015). Kesan

Pelaksanaan LKomuniti Pembelajaran Profesional (KPP) Terhadap Peningkatan

Kemahiran Guru Mengajar Penulisan Karangan Bahasa Melayu. Hlm 1-12.

Diakses pada 29 Mac 2020 daripada

http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64850/1/FPP%202015%2050IR.pdf

Ahmad Muslim Dolhan & Siti Mistima Maat. (t.t). Penggunaan “Kaedah Jari” Dalam
Kemahiran Penukaran Unit Ukuran Panjang Melibatkan Nombor Pecahan

Kepada Nombor. Diakses pada 16 Mac 2020 daripada
https://sted18.files.wordpress.com/2016/12/4-2-ahmad-muslim-dolhan-siti
mistima-maat.pdf

Amin Senin (t.t) dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (2019). KIT PLC Professional
Learning Community Komuniti Pembelajaran Profesional. Putrajaya

Kementerian Pelajaran Malaysia. (t.t). Bahagian Pendidikan Guru: Strategi 2: Amalan
Penswastaan (De-Privatization of Practise).

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013- 2025. Putrajaya. Diakses pada 15 Mac 2020 daripada

https://www.moe.gov.my/images/dasar-kpm/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf
Mohd Ridzuan Atem. (2009). APLIKASI “EMPAT WARNA” DALAM MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MENYAMBUNG HURUF NGA (‫( غ‬BAGI MURID TAHUN 4. Jurnal
Penyelidikan Tindakan PISMP Pengajian Agama IPGKBL. 27 &28 September 2012.

Hlm 101-111. Diakses pada 18 Mac 2020 daripada
http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/PA/9.%20MUHD% 20RI
DZUAN.pdf

Norazlin Mohd Rusdin & Siti Rahaimah Ali (2019). Amalan Dan Cabaran Pelaksanaan

Pembelajaran abad ke-21. Jurnal proceding of the International Conference on

Islamic Civillization and Teaching Management .23-24 Nov 2019. Hlm 87-105.

Diakses pada 16 Mac 2020 daripada

https://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19- Papers/ICTM-09.pdf

Ying, B.P., Hong. L.L., & Aeria, L.A. (2017). Siri Pendidikan Guru: Pentaksiran dalam
Pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor.

255

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

256

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Mata Pelajaran LAMPIRAN 1: PENAMBAHBAIKAN RPH
Tarikh Matematik Tahun 4

5 Mac 2020

Masa 10.00-11.00 pagi (60 minit)

Kelas 4 Ibnu Bajjah

Bilangan Murid 20 orang murid

(10 orang: murid lelaki, 10 orang: murid perempuan)

Tema Sukatan dan Geometri

Tajuk Ukuran dan Sukatan (Isipadu Cecair)

Kemahiran/Fokus 1. Kemahiran Matematik

2. Kemahiran menyelesaikan masalah

3. Kemahiran komunikasi

Kemahiran Sedia Ada Murid mengetahui unit bagi isipadu cecair ialah liter
dan mililiter.

Standard Kandungan 6.3 Isipadu Cecair

Standard Pembelajaran 6.3.1 Menukar unit isipadu cecair melibatkan liter
dan mililiter

Objektif Pembelajaran Pada akhir proses pengajaran murid dapat:

1. Murid dapat menukarkan unit liter dan mililiter

Pentaksiran Berasaskan Sekolah 1. Berdasarkan kepada keupayaan murid
melakukan aktiviti secara berkumpulan dan
menyelesaikan lembaran kerja

2. PAK 21 (aktiviti Table Talkers)

3. Guru menggunakan penilaian autentik untuk
melihat tahap perkembangan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran

a. Pentaksiran Portfolio

i. Ujian Pra dan Ujian Pos

b. Penilaian Kendiri

i. Borang Senarai Semak

Tabiat Berfikir (HOM) Menggunakan pengetahuan lepas ke situasi baru

Elemen Merentas Kurikulum 4. Bahasa- Murid menggunakan bahasa dan simbol
(EMK) Matematik yang betul seperti isitilah liter dan
mililiter dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

246

ngajar KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
dikan
5. Kreativiti dan Inovasi- Murid dapat menggunakan bahan bantu
belajar kit ”LiMi” yang disediakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran

6. Keusahawanan- Murid bekerjasama dalam aktiviti kumpulan
yang dilakukan di dalam bilik darjah

Kerjasama, Tolong-menolong, Berhati-hati
5. Lembaran kerja
6. Kit “LiMi”
7. Botol mineral
8. Bikar
Pergerakan

247

Langkah /

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

259

Masa(Minit) Isi Pelajaran
Fasa Persediaan
a. Guru menunjukkan botol mineral yang beris
( 5 Minit) air yang mempunyai isi padu 1 liter da
sebuah bikar 1 liter

b. Murid meneliti label botol dan nyatakan is
padu air yang tertera.

c. Guru menunjukkan bikar yang unitnya dalam
liter.

Pemerhatian dan

Analisis

Fasa Imaginasi a. Guru menyediakan dua buah
(15 Minit) mineral (kecil) dan sebuah bikar. mengisi bik
Ujian Pra kepada

penggunaan Kit

“LiMi”- (Rujuk Lampiran 1)
PENAMBAHBAIKA
LAMPIRAN 1:

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

si i. Baca unit sukatan yang tertera pada
an
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
ii.
si botol mineral.

m Apakah unit yang digunakan? iii.
Berapakah isi padunya? iv. Nyatakan
unit digunakan pada bikar ini.

botol air i. Berapa botol air yang diperlukan untuk Penilaian:
kar sehingga 1 liter?

Memberi
murid sebelum
AN RPH

260

b. Guru mengimbas kembali form

penukaran unit isipadu cecair dengan mem

murid menuang air dalam botol ke dalam b

Penjanaan Idea sehigga mencapai 1 liter.

Sintesis Idea 1l = 1000 ml

Fasa c. Guru memberikan beberapa soalan u
Perkembangan melakukan penukaran unit.

(30 Minit) d. Guru memberikan pre-test kepada murid u
melihat tahap penguasaan murid.

a. Guru memberikan penerangan dan
demonstrasi kepada murid tentan
penggunaan Kit LiMi

Penambahbaika unit mililiter kepa
n ii. Penukaran

a. 1500 ml

b. Murid membentuk kumpulan secara 4 b. 450 ml

orang di dalam satu kumpulan untuk
menggunakan kit “LiMi”.

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

mula
minta
bikar

untuk Aktiviti PAK 21

untuk Table Talkers
i. Penukaran unit liter kepada mililiter: (Perbincangan di

ng
a. 1.5 l

b. 0.05 l Meja)
c. 0.35 l

ada liter:

c. 1150 ml
261

c. Guru menerangkan aktiviti PdP iaitu Table

Talkers(P

d. Guru memberi 4 contoh soalan penukaran unit isi padu ceca
yang berb

e. Murid diminta untuk melakukan penukaran

unit isi padu cecair menggunakan kit “LiMi”
f. Murid diberikan masa selama 10 minit

untuk berbincang di dalam kumpulan dan me

g. Hasil jawapan murid dibentangkan dihadapan kelas menggu

h. Murid daripada kumpulan lain akan memberikan lampu isyara
lain.

Menilai a. Hijau- (Betul)
b. Merah- (Salah)

i. Guru memberikan bimbingan jika terdapat

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Perbincangan Meja)

air yang mempunyai tahap
beza.

berdasarkan soalan yang diberikan.

elakukan penukaran unit. kumpulan
unakan kit “LiMi”.
at berdasarkan kepada jawapan yang dibentangkan

262

Fasa Tindakan kesilapan
yang diberi. b. Guru m
Penilaian
(5 Minit) Memberi

penggunaan Kit Ujian Pos denga

“LiMi”- (Rujuk

Pelaksanaan
Amalan

Berterusan

Fasa Penilaian b. Guru membimbing murid untuk membuat ii.
(5 Minit) rumusan dan isi-isi penting tentang topik y
dipelajari.

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

n yang dilakukan. Selesaikan ujian pos
memberikan pos-test kepada murid ii.
n: pelaksanaan

an

Murid membuat rumusan Lampiran 2)
yang mengulang isi-isi penting.
Penilaian:
Borang soal selidik
dan Penilaian Kendiri:
Memberi senarai
semak
(Rujuk Lampiran 5)

PLC

Sesi perkongsian
guru dengan guru
Matematik SKTK

263

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Lampiran 2: Pelaksanaan Kit LiMi

1. Murid menjawab soalan pre-test sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran

menggunakan Kit LiMi.

Sekolah Kebangsaan South Miri, Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan,

Sarawak Kuala Ketil, Kedah

2. Guru memperkenalkan Kit LiMi dan cara penggunaan kepada murid.

Sekolah Kebangsaan South Miri, Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan,

Sarawak Kuala Ketil, Kedah

252

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

3. Setiap murid dalam kumpulan mendapat Kit LiMi untuk melakukan proses

pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah Kebangsaan South Miri, Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan,

Sarawak Kuala Ketil, Kedah

253

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

4. Guru memberikan contoh soalan dihadapan kelas untuk melakukan penukaran unit

menggunakan Kit LiMi.

Sekolah Kebangsaan South Miri, Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan,

Sarawak Kuala Ketil, Kedah

254

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

5. Murid melakukan soalan penukaran unit di atas Kit LiMi dengan bimbingan guru.

Sekolah KebangsaanSouth Miri, Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan,

Sarawak Kuala Ketil, Kedah

6. Murid menjawab soalan pos-test selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.

Sekolah Kebangsaan South Miri, Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan,
Sarawak Kuala Ketil, Kedah

255

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Bentuk 2 Dimensi Card Games ( )

Fatin Nurul Athura Ismail
Norasyikin Mohd Zamuri

1.0 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Negara berhasrat untuk memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dari segenap aspek. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah melakukan pelbagai perubahan dalam usaha memperbaiki sistem
pendidikan di negara kita. Sehubungan dengan itu, kurikulum sekolah rendah telah digubal
sejak tahun 2011 untuk menambah baik aspek pembelajaran murid supaya lebih
menyeronokkan dan berkesan. Kurikulum baharu yang diperkenalkan ini berasaskan
pernyataan standard iaitu Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Standard
Prestasi. Kurikulum berasaskan standard ini sebenarnya telah lama menjadi amalan sistem
pendidikan antarabangsa dan kini dijelmakan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) menerusi penggubalan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) untuk
semua mata pelajaran.

Standard Pentaksiran juga dimasukkan dalam dokumen kurikulum yang membolehkan
murid ditaksir secara berterusan oleh guru. Pengertian istilah pentaksiran atau assessment
sebenarnya berasal daripada perkataan Greek ‘Assidere’ yang bermaksud ‘duduk di sisi’
(Adimin, 2011). Maka, pentaksiran adalah suatu proses guru mengukur dan menilai
sejauhmana kebolehan dan kemampuan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini memberi kemudahan kepada guru untuk mengenal pasti tahap penguasaan murid
dalam sesuatu mata pelajaran dan seterusnya membuat tindakan susulan bagi meningkatkan
pencapaian murid. Selaras dengan perubahan dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan
Kebangsaan (SPPK) pada tahun 2018, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

PBD merupakan pentaksiran yang mantap dan berkesan untuk menilai tahap
penguasaan sebenar murid. Hal ini dapat membantu guru untuk mengenal pasti tahap
pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru (Akhbar & Siti Zaleha, 2002). Perkara
ini dapat dicapai melalui guru menggunakan proses pengukuran, penilaian dan pentaksiran
untuk mendapatkan maklumat hasil pembelajaran murid. Oleh hal yang demikian, guru perlu
melakukan pentaksiran dan melaksanakan PBD dengan mentadbir, menilai, memberi skor dan
merekodkan pencapaian keseluruhan murid di peringkat sekolah (Zamri, Mohamed Amin & Nik
Muhd Rahimi, 2010).

Bagi mata pelajaran Matematik sekolah rendah, KSSR Matematik menyediakan
peluang untuk murid melaksanakan tugasan dengan cara yang menyeronokkan, bermakna,
berguna dan mencabar. Guru digalakkan untuk menggunakan kaedah dan strategi pengajaran
yang bervariasi di dalam kelas seperti strategi berpusatkan murid, strategi berpusatkan bahan
dan sebagainya. Selain itu, guru juga harus mengutamakan perkembangan profesionalisme
keguruan dalam perancangan kerjaya. Hal ini kerana guru masa kini menghadapi cabaran
yang semakin meningkat. Isu yang dihadapi bukan sahaja sekadar masalah murid tetapi lebih
jauh daripada itu termasuk cabaran terhadap kemampuan ilmiah guru dalam menghadapi
masyarakat dan mengharungi isu-isu nilai yang lebih global.

Oleh itu, KPM telah mengenal pasti lima strategi pembangunan pendidikan bagi
memastikan perkembangan profesionalisme berlaku secara berterusan di sekolah. Strategi ini
merupakan strategi jangka panjang bagi memperkemaskan perlaksanaan program- program
pendidikan yang telah dirancang oleh warga sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2006). Salah satu alat pembangunan professional yang menepati kesemua strategi

269

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

pembangunan pendidikan ialah Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP). Malah, KPM secara
jelas telah mencadangkan aktiviti yang sepatutnya dijalankan untuk meningkatkan
profesionalisme keguruan adalah melalui KPP yang dinyatakan menerusi Pelan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (PPPB, 2014).

Pemilihan KPP sebagai salah satu alat pembangunan profesionalisme keguruan adalah
berdasarkan trend dan perkembangan pendidikan di negara-negara maju. Pemantapan KPP
dalam kalangan pendidik dilihat sebagai usaha yang dapat meningkatkan profesionalisme guru.
Konsep KPP di negara-negara tersebut merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak
sekolah dengan pihak luar komuniti sekolah. Secara ringkasnya, KPP merupakan amalan
kerjasama dalam kalangan pendidik dan pemimpin sekolah yang komited dalam menetapkan
matlamat dan membina wawasan secara kolektif untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Budaya kerjasama ini bersifat terbuka dan dinamik dalam kalangan warga sekolah sama ada
guru, murid, guru besar, ibu bapa dan komuniti sekolah yang lain (Mohd Yusof, 2011).
Kerangka konsep KPP boleh dibahagikan kepada tiga iaitu asas yang kukuh meliputi
kolaborasi yang dibina dengan berkongsi misi, visi, nilai dan matlamat, sebuah pasukan yang
berkolaborasi dalam bekerja serta saling bergantung untuk mencapai matlamat dan yang
terakhir ialah fokus kepada hasil sebagai bukti komitmen untuk meneruskan peningkatan
berterusan. (Lloyd, 2012) memperincikan lagi kerangka konsep ini dengan membahagikan KPP
kepada lima iaitu:

Perkongsian Misi, Budaya Keadaan yang
Visi dan Matlamat Berkolaboratif menyokong

Kepimpinan Fokus kepada
berkongsi dan hasil pencapaian

menyokong

Rajah 1: Kerangka Konsep KPP

2.0 Isu-Isu Pengajaran dan Pembelajaran Bidang Pembelajaran Sukatan dan Geometri
Bidang Pembelajaran Sukatan dan Geometri merupakan satu topik yang sangat penting dan
pelbagai bahan literatur dalam pendidikan Matematik menggalakkan penekanannya dalam
semua peringkat. Topik ini memberi peluang kepada murid untuk membuat penaakulan dan
melatih diri mereka untuk berfikir secara kreatif, kritis dan logik. Ilmu geometri ini juga sangat
berguna dalam penyelesaian masalah yang melibatkan kehidupan seharian. Hal ini kerana ilmu
geometri sangat berguna kepada murid untuk mendedahkan mereka kepada pengetahuan
yang mendalam tentang kewujudan alam. Ironinya, kepelbagaian bentuk, objek, garisan,
bulatan, segi tiga dan segi empat sebenarnya begitu dekat dengan kehidupan manusia secara
semula jadi.

Dalam konteks situasi sebenar di sekolah, murid-murid sering mengalami masalah atau
miskonsepsi dalam memahami dan mempelajari tajuk Ruang dalam bidang pembelajaran
Sukatan dan Geometri. Salah faham konsep atau miskonsepsi ini berlaku dalam kalangan
murid disebabkan oleh pelbagai faktor. Faktor utama yang sering dikaitkan dengan kejayaan
dan kegagalan murid ialah kaedah pengajaran guru. Terdapat guru yang masih selesa
menggunakan kaedah pendekatan konvensional di mana guru mengajar di hadapan kemudian
memberi lembaran kerja sebagai latih tubi kepada murid. Selain itu, guru kurang menekankan
terhadap kefahaman konsep matematik kepada murid. Hal ini disebabkan oleh guru ingin

270

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

menghabiskan sukatan pelajaran dengan cepat dan hanya menumpukan kepada peperiksaan
semata-mata.

Kaedah pengajaran guru yang bersifat konvensional ini memberi kesan kepada murid-
murid dalam memahami isi pelajaran dengan lebih bermakna. Menurut Abdul Razak & Nor
Asmah (2010), salah satu faktor berlakunya situasi ini ialah kebanyakan guru masih sukar
untuk menentukan kaedah dan perlaksanaan pengajaran yang sesuai untuk mengajar
matematik. Guru masa kini masih menggunakan pengajaran berpusatkan guru yang
bermaksud guru yang menguasai kebanyakan wacana di dalam kelas berbanding murid. Hal ini
menyebabkan muridmurid hanya mengharapkan guru untuk sentiasa memberikan maklumat
kepada mereka. Murid tidak mampu untuk berdikari dan berusaha sendiri untuk mencari dan
membina pengetahuan sendiri (Sabri, 2006).

Dalam DSKP Matematik Tahun 2 bagi tajuk Ruang dalam bidang pembelajaran Sukatan
dan Geometri, guru sering menggunakan kaedah hafalan untuk mengajar murid- murid. Hal ini
bermakna murid diminta untuk mengahafal nama-nama bentuk 2 dimensi beserta ciri-cirinya.
Kaedah ini tidak memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam proses kemahiran berfikir
secara aras tinggi. Malah, murid cenderung untuk terlupa maklumat- maklumat yang dihafal,
keliru ataupun tidak mampu untuk mengaplikasikan maklumat tersebut dalam situasi berbeza.
Sebagai contohnya, murid sukar untuk mengingat dan keliru dengan nama-nama bentuk 2
dimensi sekiranya guru hanya menunjukkan rajah atau gambar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Selain itu, ketiadaan bahan bantu mengajar yang menerapkan elemen Seni dalam
Pendidikan seperti elemen visual, elemen muzik dan elemen pergerakan turut menyumbang
kepada kurangnya kefahaman murid dalam konsep tajuk Ruang. Hal ini kerana elemen-
elemen Seni dalam Pendidikan ini dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah
(Tasir, 2003). Menurut Mustaffa (2007), murid lebih gemar untuk belajar dengan melihat
maklumat baru yang dipelajari dalam bentuk gambar rajah atau visual. Pembelajaran secara
visual dapat membantu murid untuk mengaitkan sesuatu yang telah dipelajari dengan bahan
yang digunakan sebelumnya.

Seterusnya, bahan bantu mengajar yang berbentuk maujud atau konkrit juga dapat
menyumbang kepada peningkatan kefahaman konsep murid terhadap tajuk Ruang. Melalui
bahan-bahan konkrit ini, murid dapat menggunakan segala deria untuk mempelajari dan
memahami konsep Ruang. Bahan-bahan bantu mengajar yang menarik ini seterusnya dapat
meningkatkan serta mempercepat daya serap seseorang murid dalam memahami dan
menghayati pelajaran yang disampaikan oleh guru. Hal ini jelas membuktikan kepentingan
bahan bantu mengajar yang menarik dalam menghasilkan satu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada murid.

Di samping itu, isu lain yang timbul dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk Ruang
ialah guru tidak dapat mengenal pasti tahap penguasaan murid dengan jelas. Hal ini berlaku
disebabkan ketidaksediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran autentik di sekolah yang
menimbulkan pelbagai isu seperti kesahan, kebolehpercayaan, praktikaliti, pentadbiran,
pemantauan dan penyetaraan (Yaakop, 2002). Pentaksiran autentik merupakan salah satu
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang boleh dilaksanakan di dalam kelas bertujuan untuk menilai
kebolehan dan pencapaian murid secara holistik. Guru dapat membuat penilaian secara
menyeluruh dari aspek penilaian kognitif, psikomotor, afektif dan sosial seiring dengan
kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan aspek fizikal, mental dan
kerohanian, iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelektual melalui garis Panduan Pelaksanaan
PBD (KPM 2018). Pentaksiran autentik ini diharapkan akan dapat melahirkan murid yang

271

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

bermodal insan yang progresif, berdaya saing, inovatif dan kreatif sebagai mana yang
dikehendaki oleh negara.

Namun demikian, kebanyakan guru menganggap tugasan pentaksiran autentik sebagai
satu bebanan yang menambahkan lagi tugas guru. Latihan dan kursus yang telah diberikan
masih lagi tidak mampu meyakinkan guru untuk melaksanakan pentaksiran autentik. Perkara
ini berlaku disebabkan oleh guru menghadapi kesukaran untuk membina instrumen pentaksiran
yang terdapat dalam pelbagai bentuk dan guru masih terikat dengan fahaman dan kebiasaan
menilai pencapaian murid menggunakan ujian berbentuk kertas dan pensel. Ini bermakna, guru
masih percaya bahawa pentaksiran tradisional adalah sistem penilaian yang terbaik dalam
menentukan kebolehan dan kemajuan murid.

Oleh itu, guru haruslah diberikan pendedahan mengenai kepentingan dan kelebihan
pentaksiran autentik berbanding pentaksiran tradisional agar dapat melaksanakan pentaksiran
dengan lebih berkesan. Guru juga hendaklah sentiasa lebih bersemangat dan kreatif dalam
menyediakan pelbagai instrumen dan kaedah pentaksiran untuk menguji keupayaan dan
kebolehan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Guru juga digalakkan untuk
mempelbagaikan cara dalam menilai murid secara adil agar penilaian yang tepat dan telus
dapat diperolehi. Usaha-usaha ini perlu dilakukan secara berterusan bagi meningkatkan lagi
kemahiran guru untuk melaksanakan pentaksiran dalam bilik darjah.
3.0 Penghasilan Resos Pengajaran dan Pembelajaran Tajuk Ruang
Tugasan kerja kursus Pengajaran Sukatan, Geometri dan Pengurusan Data MTES3093 telah
meminta pengkaji untuk menghasilkan satu resos pengajaran dan pembelajaran bagi bidang
pembelajaran Sukatan dan Geometri tahun 2 secara berkumpulan. Pengkaji bersama ahli
kumpulannya telah diberikan tajuk Ruang bagi topik Bentuk 2 Dimensi. Oleh hal yang demikian,
pengkaji bersama ahli kumpulannya telah menghasilkan resos pengajaran dan pembelajaran
bagi topik bentuk 2 dimensi yang dinamakan sebagai .

Rajah 2: Resos yang telah dihasilkan
2 adalah resos yang direka khas untuk murid-murid sekolah rendah terutamanya bagi murid
tahap 1. Penghasilan resos pengajaran dan pembelajaran ini bertujuan untuk mengatasi
masalah kekeliruan murid dalam mengenal pasti bentuk 2 dimensi beserta ciri-cirinya

272

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

menggunakan kaedah belajar sambil bermain. Di samping itu, penghasilan resos yang kreatif
dan berwarnawarni ini dapat menimbulkan minat dan sekaligus menarik perhatian murid untuk
belajar topik bentuk 2 dimensi dengan lebih mendalam dan berkesan. Jadual 1 di bawah
menunjukkan bahan-bahan yang terdapat dalam resos. Cara penghasilan dan penggunaan
resos dapat dirujuk dalam Manual Penggunaan Resos yang telah disediakan oleh
pengkaji (rujuk Lampiran 2).

Jadual 1: Bahan-bahan dalam Resos

Kad Ciri 2 Dimensi
Stik kayu
Tanah liat
Tali
Pen marker
Pemadam papan putih

Mounting board
Flowery Pocket

Spiral card

4.0 Pembinaan Alat Pentaksiran
Pentaksiran autentik merupakan suatu bentuk penilaian yang berbeza daripada penilaian
berbentuk formal seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian ini kurang memberi
penekanan kepada penggunaan kertas dan pensel sebagaimana yang sering dilaksanakan
dalam penilaian tradisional. Penilaian jenis ini lebih kepada penggunaan atau amali terhadap
sesuatu tugasan seperti yang dilakukan dalam keadaan situasi sebenar. Dalam erti kata lain,

273

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

penilaian yang dilakukan adalah berdasarkan pencapaian sebenar yang dipamerkan oleh murid
dan mestilah melibatkan murid secara realistik. Pentaksiran ini juga dilaksanakan secara
berterusan dan proses pentaksiran adalah lebih meluas dan melihat kepada perkembangan
murid secara menyeluruh dan bukan hanya berdasarkan kepada ujian semata-mata. Jenis-
jenis pentaksiran autentik yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti berikut:

Pentaksiran Pentaksiran Penilaian rakan
prestasi portfolio sebaya

Penilaian kendiri Pentaksiran atas
talian

Rajah 3: Jenis-jenis pentaksiran

Tugasan kerja kursus Pentaksiran dalam Pendidikan (EDUP3063) meminta pengkaji
untuk membina dan melaksanakan dua alat pentaksiran autentik. Untuk tujuan itu, pengkaji
telah memilih untuk membina Penilaian Kendiri dan Penilaian Rakan Sebaya bagi mata
pelajaran Matematik tajuk Ruang dalam bidang Sukatan dan Geometri. Alat pentaksiran yang
telah dibina boleh dirujuk pada Lampiran 2.

4.1 Penilaian Kendiri
Penilaian kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya. Dalam konteks pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah, murid merupakan penilai terbaik terhadap
perkembangan pembelajaran mereka. Hal ini kerana murid tidak dapat mengenal pasti
kebolehan diri mereka tanpa membuat sebarang refleksi, pertimbangan dan penilaian. Maka,
penilaian kendiri ini membolehkan murid menilai, membuat pertimbangan dan seterusnya
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau
disiplin ilmu.

4.2 Penilaian Rakan Sebaya
Penilaian rakan sebaya merupakan penilaian seseorang terhadap rakannya yang lain. Dalam
kelas, murid menilai dan memberikan maklum balas hasil kerja rakan mereka secara individu
atau berkumpulan. Penilaian ini adalah berdasarkan kepada kriteria rubrik atau senarai semak
yang telah disediakan dalam borang soal selidik penilaian rakan sebaya. Melalui penilaian ini,
murid dapat membantu rakan mereka dalam mengenal pasti kelemahan atau perkara yang
boleh diperbaiki dalam memahami dan mempelajari sesuatu isi kandungan pelajaran.

5.0 Pelaksanaan Resos dan Alat Pentaksiran

5.1 Objektif Kajian

I. Mengenal pasti tahap keberkesanan resos.

II. Mengenal pasti tahap penguasaan murid dalam mempelajari topik bentuk 2 dimensi
menggunakan resos.

III. Melaksanakan dua alat pentaksiran autentik.

5.2 Prosedur kajian
Semasa menjalankan kajian, beberapa langkah telah diambil untuk mendapatkan data-data
yang diperlukan. Langkah-langkah tersebut ialah:

274

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

I. Mengenal pasti masalah dan isu-isu dalam pengajaran dan pembelajaran topik bentuk 2
dimensi.

II. Mengenal pasti lokasi kajian iaitu Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah, Segamat,
Johor.

III. Mengenal pasti responden iaitu dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan Kampong
Tengah, Segamat, Johor.

IV. Mendapatkan respons daripada responden berkaitan masalah iaitu melalui keputusan
ujian pra dan pos, borang soal selidik penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya. V.
Mengkaji dan menganalisis data.

5.3 Kaedah kajian
Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah menyediakan sebuah Rancangan Pengajaran
Harian (rujuk Lampiran 1) berdasarkan Standard Pembelajaran 7.2.1 iaitu mengenal pasti
bentuk 2 dimensi berdasarkan huraian ciri-cirinya. Pengkaji juga menyediakan satu set soalan
ujian pra dan satu set soalan ujian pos. Soalan ujian pra akan diberikan kepada murid pada
awal pengajaran dan pembelajaran kelas. Soalan ujian pra membantu pengkaji untuk
mengetahui tahap penguasaan murid dalam mempelajari dan memahami topik bentuk 2
dimensi sebelum menggunakan resos. Soalan ujian pos pula akan menentukan keberkesanan
resos dalam membantu murid untuk lebih memahami topik bentuk 2 dimensi dengan lebih
berkesan dan bermakna. Keputusan ujian pra dan ujian pos akan dinilai berdasarkan rubrik
yang telah disediakan oleh pengkaji (rujuk Lampiran 5). Rubrik penilaian bertindak sebagai
penunjuk atau rujukan yang jelas mengenai prestasi murid untuk membantu pengkaji menilai
murid dengan lebih terperinci.

Keberkesanan resos diukur melalui borang soal selidik penilaian kendiri dan penilaian
rakan sebaya. Sistem borang soal selidik penilaian kendiri ini hanyalah memerlukan responden
menanda jawapan yang bertepatan dengan diri responden mengikut skala yang telah
ditetapkan manakala sistem borang soal selidik penilaian rakan sebaya memerlukan responden
menanda jawapan yang bertepatan dengan diri rakan responden berdasarkan pernyataan yang
telah ditetapkan oleh pengkaji.

Pengkaji menyediakan borang soal selidik untuk tujuan pengumpulan data. Borang soal
selidik yang dibuat telah dinilai oleh beberapa orang responden bagi mengenalpasti kesilapan
pada soalan dan bahasa yang digunakan agar pembetulan dapat dibuat. Kemudian, beberapa
salinan dibuat untuk mengkaji dan menilai keberkesanan penggunaan resos yang telah
dihasilkan. Set soalan ujian pra, ujian pos, borang soal selidik penilaian kendiri dan penilaian
rakan sebaya yang telah digunakan dan diberikan kepada responden boleh dirujuk pada
halaman lampiran.

5.4 Sampel kajian
Kajian ini melibatkan 16 orang responden yang diambil secara rawak dalam kalangan
muridmurid kelas 2 Excellent Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah. Dapatan analisis soal
selidik pentaksiran kendiri dibahagikan kepada empat bahagian yang bertujuan untuk
menjadikan huraian analisis soal selidik responden menjadi lebih berfokus dan jelas.

Berikut adalah aspek-aspek yang dihuraikan dalam latar belakang responden (Bahagian I): i.

Jantina ii. Bangsa

iii. Keputusan ujian akhir tahun Matematik iv. Bilangan

jam sehari membuat latihan Matematik

Dalam bahagian II, pengkaji telah mengutarakan pernyataan kepada responden mengenai
pandangan atau pendapat responden terhadap keberkesanan penggunaan resos dalam
membantu mereka untuk mempelajari dan memahami tajuk Ruang topik Bentuk 2 Dimensi
dengan lebih berkesan dan bermakna. Dalam bahagian III, pengkaji telah mengutarakan

275

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

pernyataaan kepada responden mengenai pandangan atau pendapat mereka sama ada resos
yang digunakan dapat membantu rakan mereka untuk mempelajari dan memahami topik
Bentuk 2 Dimensi berdasarkan ciri-ciri yang telah disertakan dalam borang tersebut. Bahagian
IV pula meminta murid untuk memberikan cadangan penambahbaikan resos.
6.0 Hasil Dapatan Kajian
6.1 Analisis dan Rumusan Ujian Pra dan Ujian Pos
Pada awal pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas 2 Excellent, pengkaji telah
memberikan satu ujian pra bagi topik bentuk 2 dimensi kepada murid-murid. Berikut merupakan
keputusan ujian pra tersebut dalam bentuk carta garisan:

Keputusan Ujian Pra Matematik Topik Bentuk 2 Dimensi

Ke
ker
ap
an

10 12 14 16
Skor

Rajah 4: Keputusan Ujian Pra Matematik Topik Bentuk 2 Dimensi Kelas 2
Excellent

Berdasarkan carta dalam Rajah 4, mod bagi skor ujian pra kelas 2 Excellent dapat
dilihat dengan dengan melihat skor yang mempunyai kekerapan yang paling tinggi dalam satu
taburan. Taburan skor ujian pra kelas 2 Excellent mempunyai dua mod (dwi-mod) iaitu 9 dan
11. Nilai mod ini memberi gambaran umum kepada pengkaji mengenai taburan skor di mana
kebanyakan murid kelas 2 Excellent salah menjawab 4 hingga 6 soalan.

Murid sering melakukan kesalahan yang memerlukan mereka untuk mengenal pasti
dan menamakan bentuk 2 dimensi. Hal ini kerana murid-murid sering mengalami kekeliruan
dalam membezakan segi empat sama dan segi empat tepat. Murid-murid juga masih kurang
mahir dalam mengenal pasti ciri-ciri yang betul bagi setiap bentuk 2 dimensi. Secara purata,
nilai skor yang diperolehi oleh murid kelas 2 Excellent dalamujian pra ialah 11.07. Nilai purata
skor ini diperolehi melalui pengiraan min.

276

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Keputusan Ujian Pos Matematik Topik Bentuk 2 Dimensi

Ke
ker
ap
an

10 12 14 16

Skor

Rajah 5: Keputusan Ujian Pos Matematik Topik Bentuk 2 Dimensi Kelas 2
Excellent

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pengkaji menguji murid kelas 2 Excellent
sekali lagi dengan menggunakan set soalan yang sama seperti dalam ujian pra. Hal ini
bertujuan bagi melihat perkembangan dan kemampuan murid dalam mempelajari dan
memahami topik bentuk 2 dimensi menggunakan resos. Rajah 5 di atas menunjukkan
keputusan ujian pos matematik bagi topik bentuk 2 dimensi bagi kelas 2 Excellent. Data
semakin berkurang daripada data ujian pra di mana ujian pos hanya mempunyai 4 skor murid
berbanding ujian pra yang mempunyai 7 skor murid. Mod bagi skor ujian pos matematik topik
bentuk 2 dimensi adalah unimod iaitu 15. Hal ini bermaksud kebanyakkan murid kelas 2
Excellent dapat menjawab semua soalan dengan betul pada akhir pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini jelas membuktikan bahawa murid-murid kelas 2 Excellent dapat
memahami dan tidak lagi keliru dalam mengenal pasti dan menamakan bentuk 2 dimensi
berdasarkan ciri- cirinya. Secara purata, nilai skor yang diperolehi oleh murid kelas 2 Excellent
dalam ujian pos ialah 13.25. Nilai purata skor ini diperolehi melalui pengiraan min. Purata skor
dalam ujian pos meningkat kepada 13.25 daripada 11.07 dalam ujian pra. Hal ini menunjukkan
peningkatan yang baik dalam pemahaman murid mengenai topik bentuk 2 dimensi. Walaupun
begitu, masih ada murid yang masih keliru dan kurang memahami topik bentuk 2 dimensi dan
memerlukan aktiviti pengukuhan atau aktiviti pengayaan yang dapat membantu meningkatkan
lagi kefahaman mereka.

6.2 Analisis dan Rumusan Borang Soal Selidik
Jadual 2 di bawah menunjukkan keseluruhan analisis latar belakang responden secara
kekerapan berdasarkan item 1 hingga 4 (bahagian I) dalam borang soal selidik.

Jadual 2: Latar Belakang Responden

Bil Kategori Kekerapan Peratus(%)

1. Jantina 7 43.75
Lelaki 9 56.25
perempuan

277

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

2. Bangsa ujian akhir tahun 15 93.75
Melayu 1 6.25
Cina -
India - -
Lain-lain -
-
3. Keputusan 2 -
7 6.67
Matematik membuat 7 46.67
A 46.67
B 3
C 8 20
D 5 46.67
- 33.33
4. Bilangan jam sehari
latihan Matematik 0 -
jam

½ jam

1 jam

> 1 jam

Kajian ini melibatkan 16 orang responden yang terdiri daripada 43.75% (7 orang)
responden lelaki dalam kalangan murid kelas 2 Excellent Sekolah Kebangsaan Kampong
Tengah, Segamat, Johor. Bagi responden perempuan pula, seramai 56.25% (9 orang) juga
dalam kalangan murid kelas 2 Excellent sekolah yang sama. Kebanyakan responden yang
terlibat adalah berbangsa Melayu kerana sekolah tersebut merupakan sekolah Melayu namun
terdapat juga minoriti bangsa lain seperti bangsa Cina dan India yang bersekolah di sekolah
tersebut dan terdapat seorang murid berbangsa India di dalam kelas tersebut.

Dalam kajian ini, pengkaji memberi fokus kepada latar belakang responden dari aspek
keputusan ujian akhir tahun Matematik dan bilangan jam sehari murid membuat latihan
Matematik. Rajah 6 di bawah menunjukkan keputusan ujian akhir tahun bagi kelas 2 Excellent:

KEPUTUSAN UJIAN AKHIR
TAHUN

Rajah 6: Keputusan Ujian Akhir Tahun Murid Kelas 2 Excellent

Berdasarkan Rajah 6, keputusan ujian akhir tahun Matematik bagi murid kelas 2
Excellent kurang memberangsangkan. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti murid mendapat
keputusan yang rendah untuk mata pelajaran Matematik iaitu antara gred C dan gred D. Situasi

278

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

ini menunjukkan bahawa pencapaian murid kelas 2 Excellent dalam mata pelajaran Matematik
adalah sangat lemah. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor dan antara faktor tersebut adalah
disebabkan murid-murid sering beranggapan bahawa subjek Matematik ini adalah suatu subjek
yang sukar dan tidak menarik. Malah hasil kajian mendapati majoriti murid-murid kelas 2
Excellent kebanyakannya hanya menghabiskan masa tidak lebih dari satu jam sehari untuk
membuat latihan Matematik. Hal ini dibuktikan melalui hasil data soal selidik yang telah
dijalankan dan telah diringkaskan dalam Jadual 3. Hasil data soal selidik jelas membuktikan
bahawa murid-murid 2 Excellent kurang berminat untuk mempelajari subjek Matematik dengan
lebih mendalam.

Jadual 3: Bilangan Jam Sehari Membuat Latihan Matematik

Bilangan Jam Sehari Membuat Latihan Matematik Bilangan Murid

0 jam 8
½ jam 5
1 jam 2
> jam 1

Dalam bahagian II, pengkaji telah mengutarakan beberapa pernyataan kepada responden
mengenai pandangan atau pendapat mereka mengenai penggunaan resos dalam
membantu mereka untuk lebih memahami topik bentuk 2 dimensi dengan lebih berkesan dan
bermakna. Bahagian II ini juga merupakan penilaian kendiri murid terhadap perkembangan diri
mereka dalam memahami topik bentuk 2 dimensi. Melalui borang soal selidik dalam bahagian II
ini, pengkaji juga dapat menilai tahap keberkesanan resos yang telah dihasilkan. Jadual 4
dan Rajah 7 menunjukkan hasil dapatan penilaian.

Jadual 4: Penilaian Kendiri

Pilihan

Bil Pernyataan 1 2 3 4
Frekuensi

1. Membantu saya mengenal pasti bentuk 2D dengan lebih 1339
berkesan.

2. Membantu saya menyatakan ciri-ciri bentuk 2D beserta 3 3 4 6
huraiannya tanpa perlu menghafal.

3. Membantu saya melukis bentuk 2D berdasarkan ciri-cirinya 1069
dengan cepat dan tepat.

4. Saya dapat mempelajari topik bentuk 2D dengan seronok. 0 0 6 10

5. Saya mudah memahami cara penggunaan bahan resos. 2374

6. Bahan resos yang disediakan menarik dan mudah untuk dibawa 1 1 6 8

279

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Rajah 7: Penilaian Kendiri
Berdasarkan Rajah 7, mod kekerapan bagi pernyataan 1 ialah 9 iaitu pilihan sangat
bersetuju. Hal ini bermaksud kebanyakan murid sangat bersetuju bahawa resos dapat
membantu mereka untuk mengenal pasti bentuk 2D dengan lebih berkesan. Begitu juga
dengan mod kekerapan bagi pernyataan 2, 3, 4 dan 6. Mod kekerapan bagi pernyataan
tersebut adalah 6, 9, 10 dan 8 bagi pilihan sangat bersetuju. Hal ini menunjukkan majoriti murid
sangat bersetuju bahawa resos dapat membantu mereka untuk menyatakan ciri-ciri
bentuk 2D beserta huraiannya tanpa menghafal, membantu mereka melukis bentuk 2D
berdasarkan ciri-cirinya dengan cepat dan tepat, mempelajari topik bentuk 2D dengan seronok
dan merasakan bahawa bahan resos yang disediakan menarik dan mudah untuk dibawa.
Namun demikian, mod kekerapan bagi pernyataan 5 iaitu murid mudah memahami cara
penggunaan resos adalah pada skala setuju sahaja di mana kekerapannya ialah 7. Hal ini
menunjukkan tidak semua murid mudah untuk memahami penggunaan resos . Hal ini
mungkin disebabkan oleh kekangan masa yang dihadapi oleh pengkaji kerana pengkaji hanya
dapat menjalankan kajian bersama responden dalam masa satu jam sahaja. Oleh itu, pengkaji
tidak dapat memberi penjelasan yang jelas kepada semua murid dan mungkin terdapat murid
yang ketinggalan dalam memperolehi maklumat.
Berdasarkan kriteria penilaian yang terdapat dalam borang soal selidik tersebut, murid
dapat mengingat kembali apa yang telah mereka lakukan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah sebentar tadi. Pada masa yang sama, pengkaji hendaklah
memastikan penilaian kendiri yang dilaksanakan adalah berkesan dan mencapai matlamatnya
dengan cara meyakinkan murid mengenai kepentingan penilaian kendiri dalam proses
pembelajaran dan sentiasa mengemukakan soalan-soalan yang dapat merangsang dan
membantu murid membuat penilaian kendiri. Pengkaji juga membimbing murid untuk
melaporkan dapatan penilaian masing-masing dan kesannya terhadap proses pembelajaran
yang seterusnya.
Melalui laporan dapatan penilaian murid tersebut, pengkaji dapat mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan yang sebenarnya dihadapi oleh murid secara jelas. Hal ini kerana
pengkaji tidak mungkin dapat mengetahui setiap kekuatan dan kelemahan murid mengenai
topik pembelajaran pada hari tersebut. Maka, penilaian kendiri ini membantu pengkaji untuk
lebih memahami setiap kemampuan murid dengan lebih mendalam dan seterusnya

280

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

memperbaiki kaedah pengajaran di dalam bilik darjah. Pengkaji juga dapat menumpukan
tumpuan lebih kepada murid-murid yang didapati bermasalah dalam memahami pelajaran yang
diajar di dalam bilik darjah.

Dalam bahagian III, pengkaji telah mengutarakan beberapa pernyataan kepada
responden mengenai pandangan atau pendapat mereka mengenai penggunaan resos
dalam membantu rakan mereka untuk lebih memahami topik bentuk 2 dimensi dengan lebih
berkesan dan bermakna. Bahagian III ini juga merupakan penilaian rakan sebaya terhadap
perkembangan diri rakan mereka dalam memahami topik bentuk 2 dimensi. Melalui borang
soal selidik dalam bahagian III ini, pengkaji juga dapat menilai tahap keberkesanan resos
yang telah dihasilkan. Jadual 5 dan Rajah 8 menunjukkan hasil dapatan penilaian.

Jadual 5: Penilaian Rakan Sebaya

Bil Pernyataan 1 Pilihan
Berdasarkan pemerhatian, saya dapati bahawa
rakan saya dapat mengenal pasti bentuk dua 0 234
0
1. dimensi berdasarkan huraian ciri-cirinya dengan 0 268
: 0 457
0 1 4 11
a. Berkesan 556
0 1 15
b. Cepat

c. Mudah

d. Jawapan tepat

e. Puas hati

281

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Rajah 8: Penilaian Rakan Sebaya

Rajah 8 menunjukkan dengan jelas mod kekerapan bagi setiap pernyataan dalam
borang penilaian rakan sebaya ialah pilihan 4 iaitu sangat bersetuju. Melalui mod kekerapan
pada setiap pernyataan ini, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa murid-murid kelas 2
Excellent dapat menilai rakan mereka dengan betul bahawa rakan mereka dapat mengenal
pasti bentuk 2 dimensi berdasarkan huraian ciri-cirinya dengan berkesan, cepat, mudah,
jawapan tepat dan puas hati.

Penilaian rakan sebaya ini sangat sesuai digunakan di dalam bilik darjah. Pengkaji
percaya bahawa pada usia muda, kanak-kanak lebih percaya dan lebih rapat dengan rakan-
rakan mereka. Murid-murid juga terdiri daripada latar belakang yang berbeza dan memiliki sifat
dan tingkah laku yang unik antara satu sama lain. Sebagai contoh, terdapat murid yang pemalu
dan tidak biasa untuk berinteraksi dengan orang dewasa. Hal ini menyukarkan orang dewasa
seperti guru atau ibu bapa untuk memahami dan membantunya. Oleh itu, penilaian rakan
sebaya dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk memberi penilaian terhadap rakan
mereka dan seterusnya mencadangkan cara yang bersesuaian untuk memperbaiki kaedah
pembelajaran sesama mereka. Hal ini juga secara tidak langsung dapat memupuk semangat
kerjasama dan sifat tolong-menolong antara rakan sekelas dan seterusnya sama-sama
meningkatkan pencapaian prestasi akademik mereka.

Kesimpulannya, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang
dilaksanakan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan
untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan murid dari semasa ke semasa.
Pentaksiran ini membantu guru untuk membuat diagnostik bagi mengenal pasti perkembangan
pembelajaran murid dan seterusnya merancang penambahbaikan dan pengubahsuaian dalam
kaedah pengajaran bagi memastikan objektif dan matlamat pembelajaran dapat dicapai
dengan berkesan.

Jenis pentaksiran yang dipilih oleh guru untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran haruslah bersesuaian dengan topik pembelajaran yang akan diajar. Jenis
pentaksiran yang dilaksanakan sama ada pentaksiran prestasi, pentaksiran portfolio, penilaian
kendiri, penilaian rakan sebaya atau pentaksiran atas talian haruslah tidak menganggu masa
pembelajaran di dalam bilik darjah kerana masa yang diperuntukkan untuk satu-satu masa
matapelajaran adalah tidak banyak dan dibimbangi masa tidak mencukupi untuk proses
penyampaian ilmu pembelajaran.

Sebagai contohnya, penilaian kendiri boleh dilakukan oleh murid selepas waktu
persekolahan tetapi guru harus mengingatkan kepada murid untuk melaksanakan penilaian
tersebut pada hari yang sama. Hal ini adalah bagi memastikan murid-murid tidak lupa dengan
intipati kandungan yang telah mereka pelajari pada hari tersebut. Penilaian rakan sebaya pula
boleh dilaksanakan sewaktu rakan-rakan sedang membentangkan apa-apa hasil kerja di
hadapan kelas. Oleh itu, guru haruslah bijak dan kreatif dalam menjalankan pentaksiran secara
berterusan di dalam bilik darjah bagi memantau perkembangan kemajuan pembelajaran murid-
murid.

7.0 Rancangan Penambahbaikan

7.1 Penambahbaikan Resos

Melalui hasil dapatan kajian, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa penggunaan resos
dalam proses pengajaran dan pembelajaran topik bentuk 2 dimensi serba sedikit dapat
membantu murid untuk memahami dan mengukuhkan konsep mengenai bentuk 2 dimensi. Hal
ini kerana resos yang telah dihasilkan adalah berwarna-warni yang mampu menarik minat
muridmurid untuk mempelajari pelajaran pada hari tersebut. Kaedah belajar sambil bermain

282

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

juga dapat menarik perhatian murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini jelas terbukti apabila murid-murid kelas 2 Excellent sangat teruja
untuk belajar topik bentuk 2 dimensi pada hari tersebut dan menunjukkan peningkatan yang
baik dalam ujian pos.

Namun demikian, masa yang terhad untuk pengkaji menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bersama murid kelas 2 Excellent membuatkan murid- murid kelas tersebut tidak
dapat menguasai sepenuhnya berkenaan penggunaan resos dalam memahami konsep
bentuk 2 dimensi berdasarkan huraian ciri-cirinya. Walaubagaimanapun, pengkaji masih
berjaya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan resos yang telah
dihasilkan.

Sedikit penambahbaikan perlu dilakukan terhadap resos yang dihasilkan bagi
memastikan resos dapat berfungsi dengan lebih berkesan. Antaranya adalah bahan- bahan
resos seperti Kad Ciri 2 Dimensi, mounting board, Flowery Pocket, dan Spiral Card perlu
ditambah bilangannya. Hal ini bagi membolehkan semua murid berpeluang untuk
menggunakan resos bersama-sama tanpa perlu menunggu giliran. Bilangan bahan resos
seperti mounting board dan Flowery Pocket yang disediakan oleh pengkaji hanya
membolehkan dua orang murid untuk bermain pada satu masa. Hal ini menyebabkan murid-
murid yang lain perlu bersabar dan menunggu giliran mereka untuk bermain. Perkara ini
menimbulkan sedikit kekecohan di dalam kelas apabila murid-murid bergaduh sesama sendiri
untuk menentukan giliran mereka. Oleh itu, bilangan bahan resos perlu ditambah dengan lebih
banyak atau sekadar menepati bilangan murid di dalam kelas.

Selain itu, spiral card yang merupakan salah satu bahan resos terpenting dalam aktiviti
pengukuhan perlu dibina dengan menggunakan kad yang lebih keras dan tahan lasak. Hal ini
kerana pengkaji hanya menggunakan kertas A4 biasa dan kemudiannya dilaminate untuk
menjadi lebih keras. Spiral card daripada kertas A4 itu sudah cukup baik untuk digunakan
tetapi untuk jangka masa yang panjang, kad yang lebih keras dan tahan lasak adalah pilihan
yang lebih baik. Hal ini kerana murid-murid sangat teruja bermain permainan resos sehingga
menjadi terlalu aktif dan menyebabkan beberapa keping spiral card terlipat dan rosak. Perkara
sebegini perlu diambil perhatian oleh pengkaji dalam memastikan bahan-bahan resos terdiri
daripada bahan yang tahan lasak dan mampu bertahan untuk jangka masa yang lama.

Secara keseluruhannya, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana penggunaan
resos dapat membantu murid-murid dalam proses pembelajaran kemahiran matematik
khususnya dalam memahami dan mengukuhkan konsep mengenai bentuk 2 dimensi.
Berdasarkan hasil dapatan kajian dan analisis yang diperolehi, pengkaji dapat merumuskan
bahawa penggunaan resos dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik
sememangnya berkesan dalam usaha mengukuhkan konsep asas matematik kepada
muridmurid. Dengan menggunakan resos ini, kesilapan dan kekeliruan dalam memahami dan
mempelajari topik bentuk 2 dimensi berdasarkan huraian cirir-cirinya dapat dielakkan kerana
penggunaan resos ini dapat memberikan jawapan yang jelas dan tepat kepada murid-murid.
Hal ini jelas membuktikan kelebihan penggunaan resos ini berbanding kaedah yang lain. Selain
daripada mencadangkan bahawa penggunaan resos ini diperkenalkan secara formal dalam
sukatan pembelajaran murid, kajian akan datang pengkaji mencadangkan kajian ini dapat
diteruskan dengan penglibatan sampel kajian yang lebih ramai bagi mengetahui limitasi kajian.

7.2 Penambahbaikan Rancangan Pengajaran Harian Melalui Strategi Komuniti
Pembelajaran Profesional

Pengkaji mendapati Rancangan Pengajaran Harian yang telah dibina (rujuk Lampiran 1) tidak
dapat dijalankan dengan lancar sepenuhnya. Hal ini kerana masa yang dirancang tidak cukup
untuk pengkaji melaksanakan aktiviti sehingga menyebabkan pengkaji terpaksa untuk tidak

283

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

menjalankan aktiviti tersebut. Pada fasa perkembangan, pengkaji merancang di dalam RPH
untuk meminta wakil setiap kumpulan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan mereka di
hadapan kelas. Namun begitu, masa yang mencemburui menyebabkan terdapat 2 kumpulan
yang tidak berkesempatan untuk membentangkan hasil kerja kumpulan mereka. Oleh hal yang
demikian, pengkaji telah menerapkan strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) untuk
menyelesaikan masalah tersebut dalam usaha meningkatkan prestasi murid.

Kajian dalam bidang keberkesanan sekolah mendapati bahawa prestasi murid
dipengaruhi oleh sistem sekolah yang berprestasi tinggi yang disokong oleh dua komponen
utama iaitu kualiti kepimpinan dan kualiti guru. Kualiti kepimpinan dan kualiti guru ini pula dapat
ditingkatkan melalui penggunaan strategi KPP. Terdapat pelbagai aktiviti dalam pendekatan
KPP yang boleh digunakan. Antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru (team teaching),
tunjuk cara dalam pengajaran( lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja (buddy
support system) dan sebagainya.

Strategi KPP lain yang boleh digunakan oleh guru adalah Lesson Study. Lesson Study
ialah satu model perkembangan professional guru yang diamalkan di Jepun lebih daripada
seabad lamanya (Isoda, 2007). Menurut Fernandez (2002), model ini menjadi lebih mantap
pada tahun 1960-an dan kini telah menjadi sebahagian daripada budaya guru-guru Jepun
khususnya di sekolah-sekolah rendah. Lesson Study ini boleh dikatakan sebagai strategi KPP
yang paling rumit kerana ia mengambil masa yang agak panjang. Namun begitu, Lesson Study
ini sebenarnya akan menjadi lebih mudah apabila guru sudah biasa menggunakannya. Dalam
strategi Lesson Study, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dirancang melalui
RPH. Hal ini dapat menyelesaikan masalah RPH pengkaji yang tidak dapat dijalankan dengan
lancar kerana kekangan masa. Pengkaji dapat berbincang dengan guru-guru lain yang
berpengetahuan luas dan berpengalaman untuk membina sebuah RPH yang terbaik.

Lesson Study melibatkan 3 fasa utama. Fasa pertama ialah pembinaan RPH melalui
perbincangan guru dalam kumpulan. Kebiasaannya, perbincangan guru dalam kumpulan ini
adalah dalam kalangan guru-guru di bawah panitia yang sama. Hal ini kerana guru-guru di
bawah panitia yang sama dapat memberikan pendapat dan idea mereka berdasarkan
pengalaman lepas atau pengetahuan sedia ada mereka dalam usaha membina RPH terbaik.
Aktiviti yang dijalankan semasa perbincangan berlaku ialah aktiviti Pillow Talk. Aktiviti Pillow
Talk ini bermaksud sebuah bantal akan diletakkan di tengah-tengah bulatan kumpulan guru.
Secara bergilir-gilir, guru akan mengambil bantal tersebut sebagai tanda guru bersedia untuk
berkongsi pandangan dan idea mereka dalam merancang aktiviti yang ingin dijalankan dalam
RPH. Segala maklumat yang dikongsi dalam aktiviti Pillow Talk akan dicatat oleh guru-guru.

Fasa kedua memerlukan guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
berpandukan kepada RPH yang telah dibina bersama dalam kumpulan. Pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran itu pula perlu diperhatikan oleh ahli-ahli kumpulan Lesson Study.
Ahli-ahli kumpulan lain yang memerhatikan pengajaran dan pembelajaran guru perlu mencatat
segala kelebihan dan kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Hal ini
membolehkan fasa ketiga dalam Lesson Study dapat dilaksanakan. Fasa ketiga itu ialah
refleksi pengajaran dan pembelajaran dan penambahbaikan RPH. Guru-guru dapat menilai
daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru dalam fasa kedua mengenai tahap
keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam RPH.

Sekiranya objektif pembelajaran dapat dicapai berdasarkan RPH yang telah dibina
dalam fasa pertama, maka kitaran Lesson Study boleh dihentikan setakat fasa ketiga. Aktiviti
Lesson Study ini boleh diteruskan dalam kumpulan yang sama untuk membincangkan RPH
bagi tajuk yang lain pula. Namun, jika masih banyak kekurangan yang dikenal pasti dalam RPH
tersebut, maka RPH perlu diubah dan dikemas kini. RPH yang telah dikemas kini ini pula perlu
melalui kitaran yang sama dengan mengulangi fasa pertama hingga fasa ketiga.

284

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Lesson Study dapat membantu pengkaji untuk memperbaiki RPH sebelum ini di mana
aktiviti dalam fasa perkembangan ditukar kepada aktiviti yang lebih sesuai dan dapat
menjimatkan masa. Melalui perbincangan bersama guru-guru lain, pengkaji boleh berkongsi
masalah yang berlaku dalam perlaksanaan aktiviti dalam fasa perkembangan. Pada akhir hasil
perbincangan, ahli-ahli kumpulan Lesson Study bersetuju untuk menggantikan aktiviti
pembentangan setiap kumpulan dengan aktiviti Pillow Talk dan Gallery Walk. Maka, sebuah
RPH yang baru dan dikemas kini telah berjaya dibina melalui perbincangan bersama ahli-ahli
kumpulan Lesson Study. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dalam RPH boleh dilihat dengan lebih
jelas dan terperinci pada halaman Lampiran 1.

Aktiviti Pillow Talk dan Gallery Walk ini dapat menjimatkan masa kerana aktiviti
pembentangan setiap kumpulan masih berjalan seperti biasa tetapi ianya berlaku dalam masa
yang sama. Hal ini kerana hanya seorang wakil kumpulan sahaja akan membentangkan hasil
kerja kumpulan manakala ahli yang lain bergerak kepada kumpulan yang lain untuk mendengar
pembentangan dari kumpulan lain. Kemudian ahli-ahli yang mendengar pembentangan
kumpulan lain akan kembali semula dalam kumpulan dan berkongsi hasil dapatan mereka
kepada wakil kumpulan yang membentang. Aktiviti ini dapat memastikan semua kumpulan
dapat membentangkan hasil kerja kumpulan mereka dan pada masa yang sama setiap ahli
kumpulan memperolehi maklumat yang sama.

Strategi Lesson Study ini sebenarnya boleh digabungkan dengan strategi KPP yang
lain seperti Teacher Sharing dan Video Critique. Hal ini kerana pada fasa kedua dalam strategi
Lesson Study memerlukan perlaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan
RPH yang telah dibina dan diperhatikan oleh ahli-ahli kumpulan Lesson Study yang lain. Video
Critique boleh menjadi satu langkah alternatif sekiranya tidak semua ahli kumpulan Lesson
Study dapat menghadirkan diri semasa perlaksanaan Lesson Study. Maka, pengkaji boleh
mengambil video semasa proses pengajajaran dan pembelajaran berlaku dan semua ahli
kumpulan Lesson Study menonton video tersebut. Sambil menonton video, ahli kumpulan
menilai kaedah yang digunakan serta membincangkan penambahbaikan terhadap kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan sekiranya masih terdapat kekurangan yang
dikenal pasti. Sekiranya objektif pembelajaran berjaya dicapai melalui aktiviti yang dijalankan,
maka kitaran Lesson Study untuk topik bentuk 2 dimensi boleh dihentikan dan kumpulan
Lesson Study boleh meneruskan perbincangan untuk RPH seterusnya dengan tajuk yang lain
pula.

Kesimpulannya, pendekatan Lesson Study ini membolehkan guru-guru berkolaborasi
dalam menghasilkan RPH yang berfokus kepada pembelajaran murid. Amalan kolaboratif ini
akan meningkatkan pengetahuan isi kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi
guru. Proses dalam Lesson Study yang merangkumi perjumpaan dan perbincangan
sekumpulan guru mampu memupuk percambahan ilmu, perkembangan idea serta kreativiti
individu dalam proses pembinaan RPH secara bersama. Amalan sebegini juga mampu
memupuk semangat kekitaan dan rasa kepunyaan dalam kalangan guru-guru di sekolah.
Jelaslah, amalan dan strategi KPP ini wajar dipupuk dan dimantapkan dalam kalangan guru-
guru di sekolah secara berterusan agar sebati menjadi budaya kerja seterusnya diharapkan
dapat menghasilkan sekolah yang cemerlang, berkualiti dan bertaraf dunia.

8.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, masalah-masalah dan cabaran-cabaran guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran topik bentuk 2 dimensi boleh diselesaikan dengan pelbagai
kaedah seperti kaedah penggunaan bahan-bahan bantu mengajar yang menarik, pendekatan
pengajaran yang pelbagai dan kesiapsediaan guru untuk membuat pentaksiran murid secara
menyeluruh. Di samping itu, guru-guru digalakkan untuk menerapakan elemen strategi
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) untuk meningkatkan lagi tahap kompetensi guru. Hal
ini kerana guru haruslah sentiasa meningkatkan pengetahuan mereka dari semasa ke semasa

285

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

bagi membolehkan guru sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman yang semakin maju.
Guru tidak boleh terus menerus menggunakan kaedah atau pendekatan pengajaran yang lama
tetapi mestilah bersifat terbuka untuk menerima sebarang perubahan. Usaha-usaha ini adalah
untuk memastikan guru dapat membantu dalam melahirkan murid- murid yang berpengetahuan
luas, berketerampilan, berdisiplin dan mampu bersaing di peringkat global.

Rujukan

Adimin, J. (2011). Peperiksaan vs Pentaksiran. Diambil pada 29 Februari 2020 daripada
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2008&dt=0303&pub=DuniaPendidikan&s
ec=Perspektif&pg=ps_01.htm

Airasian, P. W. (2004). Classroom Assessment: Concepts and Applications (5th edition):
McGraw-Hill.

Akhbar Ibrahim & Siti Zaliha Reduan (2002). Penilaian Prestasi Berasaskan Sekolah
Pelaksanaan dan Kesediaan Guru. Kertas kerja dibentangkan di Persidangan
Kebangsaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah, Universiti Sains Malaysia, Pulau
Pinang.

Asmah, A. R. (2010). Pendekatan Pengajaran yang Digunakan oleh Guru Sekolah Menengah
di Daerah Johor Bahru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Matematik. Diakses pada

1 Mac 2020 daripada
http://eprints.utm.my/11474/1/Pendekatan_Pengajaran_Yang_Digunakan_Oleh_Gur
u_Sekolah_Menengah_Di_Daerah_Johor_Bahru_Dalam_Pengajaran_Dan_Pembela
jaran_Matematik.pdf

Ederis, Y. (2002). Pentaksiran di dalam Matematik: Isu dan Cabaran. Kertas Kerja dibentang
dalam Seminar Kebangsaan Persatuan Pendidikan Matematik Malaysia (PPMM). Kuala
Lumpur: Univerisiti Malaya.

Fernandez, C. (2002). Learning from Japanese Approaches to Profesional Development: The
Case of Lesson Study. Journal of Teacher Education, 393-405.

Isoda, M. (2007). Japanese Lesson Study in Mathematics: It's Impact, Diversity and Potential
for Educational Improvement. Singapore: World Scinetific Publishing.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2018). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah.

Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Lloyd, T. (2012). A Program Evaluation of a Profesional Learning Community. Walden
University.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
(Guru dan Pemimpin Sekolah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mustaffa, R. (2007). Mengadaptasikan Gaya Pembelajaran Pelajar ESL: Satu Kajian Kes.
Online Journal of Languange Studies, 32.

Sabri. (2006). Pembelajaran Konstruktivisme di dalam Bilik Darjah. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.

Tasir. Z N. (2003). Rekabentuk Perisian Multimedia Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.

286

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi & Nik Muhd Rahimi Mohd Yusoff. (2010). Pentaksiran
Bilik Darjah: Panduan Untuk Guru Bahasa Melayu, Inggeris, dan Arab. Bangi:
Penerbitan Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

287

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

LAMPIRAN 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

JABATAN SAINS DAN MATEMATIK
IPGK KENT, TUARAN

Mata Pelajaran Matematik
Tarikh
Masa 20 Mac 2020
Kelas 10.30 pagi – 11.30 pagi
Bilangan Murid
Tema 2 Excellent
Tajuk
Kemahiran/Fokus 20 murid

Kemahiran Sedia Ada Sukatan dan geometri

Ruang

Kemahiran Matematik.
Kemahiran Menyelesaikan Masalah.

Kemahiran Berkomunikasi.
Murid sudah mempelari mengenai bentuk 2 dimensi
sewaktu tahun 1.
Murid mengetahui bentuk-bentuk sesuatu objek
dalam kehidupan seharian mereka.

Standard Kandungan 7.2. Bentuk dua dimensi
Standard Pembelajaran 7.2.1. Mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan
huraian ciri-cirinya

Objektif Pembelajaran Pada akhir sesi pembelajaran, murid dapat:

Menamakan 3 daripada 4 nama bentuk 2 dimensi
Menyatakan ciri-ciri bentuk 2 dimensi dengan betul dan
tepat.

Pentaksiran Berasaskan Sekolah Murid menjawab soalan ujian pra dan ujian pos.

Berdasarkan aktiviti secara berkumpulan, murid
menyelesaikan tugasan yang diberi. Pentaksiran
autentik

Murid dinilai berdasarkan penilaian kendiri

Murid dinilai berdasarkan penilaian rakan sebaya

288

Tabiat Berfikir (HOM) Menyoal dan menyelesaikan masalah
Menggunakan pengetahuan lepas ke situasi baru
Berfikir dan berkomunikasi dengan jelas dan tepat
Mengumpul data melalui semua deria
Mencipta, membayangkan dan berinovatif.

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Elemen Merentas Kurikulum Teknologi maklumat dan komunikasi
(EMK) Kreativiti dan inovasi
Penerapan Nilai Bertanggungjawab, bekerjasama
Bahan Bantu Mengajar Komputer riba
LCD
Seni dalam Pendidikan Slaid powerpoint
Kad Ciri 2 Dimensi
Stik kayu
Tanah liat
Tali
Pen marker.
Kad Ciri 2 Dimensi
Spiral Card
Mounting board
Flowery Pocket.
Borang soal selidik.
Borang pentaksiran kendiri.
Bantal
Kertas mahjong
Seni Visual
Seni Pergerakan
Seni Muzik

289

Langkah / Masa (Minit) Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

Fasa Persediaan (5 Mengenal pasti Guru bersoal jawab deng
Minit)
bentuk dua bentuk 2 dimensi yang di
Pemerhatian Analisis
dimensi Segi menjawab soalan yang di

empat sama Guru memberikan soalan
Segi empat tepat bentuk 2 dimensi kepada
Bulatan Murid menjawab soalan u

Segi tiga Soalan ujian pra boleh dir

Fasa Imaginasi (5 Minit) Bentuk dua dimensiGuru menunjukkan sebua
di persekitaran dengan menggunakan sla

Penjanaan idea
Sintesis idea

290

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

Pembelajaran Catatan

gan murid mengenai tajuk Ruang Strategi

ipelajari semasa Tahun 1. Murid 1) Teknik penyoalan.
itanya oleh guru.

n ujian pra berkaitan tajuk Ruang:

murid. Pengetahuan sedia ada

ujian pra tersebut secara individu. murid.

rujuk pada Lampiran 4. HOM

Menyoal dan

menyelesaikan masalah.

Berfikir dan

berkomunikasi dengan

jelas dan tepat.

Mengumpulkan

pengetahuan lepas ke

situasi baru.

ah gambar kepada murid-muridStrategi

aid powerpoint Teknik penyoalan, strategi.

Berpusatkan murid.

Murid-murid memerhatika
guru dengan teliti
Guru bertanya soalan kep
Apakah yang dapat kamu
tersebut?
Apakah bentuk-bentuk ya
tersebut?
Bolehkah kamu nyatakan
tersebut?
Berapakah bilangan b
gambar? Secara umum
nyatakan ciriciri pada ben
Apakah bentuk 2 dimen
kamu?

291

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

3) Strategi
berpusatkan bahan.

BBM

Komputer riba

LCD

Slaid powerpoint

Kad Ciri 2 Dimensi

Stik kayu

Tanah liat
an gambar yang dipaparkan oleh

Tali

pada murid: Pen marker.

u perhatikan di dalam gambar

ang terdapat di dalam gambar HOM

n nama bagi bentuk- bentuk Menyoal dan
menyelesaikan

bentuk yang terdapat dalam masalah
m dan ringkas, bolehkah kamu
Berfikir dan dengan
ntuk tersebut? berkomunikasi
nsi yang terdapat
di sekeliling jelas dan tepat.
Mengumpul data

melalui semua

deria.

Murid menjawab soala
pengetahuan sedia ada m
Murid dibahagikan kepad
rata.
Guru mengedarkan Kad
murid.
Setiap murid juga diberik
liat dan tali untuk mengha
Kad Ciri 2 Dimensi.

292

KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif

an guru berdasarkan kepadaMencipta,

mereka. membayangkan

da empat kumpulan secara samadan berinovatif.

Tertarik kepada

d Ciri 2 Dimensi kepada setiapkeajaiban.

kan pen marker, stik kayu, tanah EMK dan
asilkan bentuk 2 dimensi di atas Kreativiti

inovasi Teknologi

maklumat dan

komunikasi


Click to View FlipBook Version