KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Refleksi Murid
Item kedua atau evidens kedua dalam portfolio ini ialah refleksi murid iaitu lembaran ini
membolehkan murid membuat refleksi tentang prestasi mereka sendiri. Refleksi kendiri ini
dapat membantu murid mengimbas kembali objektif pembelajaran dan memberi maklum
balas tentang cara objektif dicapai, soalan yang diberi dalam lembaran adalah seperti berikut
dan dalam bentuk skala.
Rajah 1.3 : Borang refleksi murid.
151
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Laporan Keseluruhan
Laporan keseluruhan ini merujuk kepada analisi data dari lembaran kerja pra dan pasca
serta refleksi murid. Melalui laporan keseluruhan ini ia mampu menunjukkan tahap
penguasaan setiap murid.
Rajah 1.4 : Laporan keseluruhan bagi mentafsir piktograf.
1.1.2 Penilaian Rakan Sebaya
Penialaian rakan sebaya merupakan satu daripada cara yang membolehkan murid
menghayati ciri-ciri pembelajaran yang berkualiti dengan menilai kerja rakan mereka. Dalam
konteks ini muid menilai dan memberikan maklum balas hasil kerja rakan mereka secara
individu atau berkumpulan. Penilaian haruslah berdasarkan kepada kriteria rubrik atau
senarai semak yang disediakan.
Menurut KPM (2019), contih pentaksiran rakan sebaya yang boleh dilakukan ialah 1)
Menyemak kerja murid lain selaras dengan kriteria tertentu, contohnya bertukar-tukar buku
latihan, lembaran kerja atau kertas jawapan ujian dalam biik darjah, 2) Perbincangan
kumpulan secara format berdasarkan tugasan yang dilakukan dalam bilik darjah, 3)
Memeriksa dan memberi skor contoh kerja terdahulu, contohnya mentaksir contoh kerja
yang baik dan tidak baik serta dapat menyatakan sebab kerja tersebut baik atau tidak baik,
4) Perbincangan dan maklum balas secara formal dan tidak formal dan 5) Kerja
berkumpulan untuk menggalakkan komunikasi, kolaboratif, kerja berpasukan dan
pentaksiran sesama murid. Contohnya pembelajaran bersasaskan projek, sesi lakon
peranan, sketsa atau lain-lain aktiviti berkumpulan.
Maka, di dalam penilaian rakan sebaya bagi SP 8.1.2 ini ialah murid dalam kumpulan 4
orang akan menyediakan sebuah piktograf dan menghasilkan 7 soalan berdasarkan
piktograf yang dibina. Soalan yang dibina mempunyai 3 aras kesukaran iaitu 2 soalan
mudah, 3 soalan sederhana dan 2 soalan sukar. Kemudiannya soalan ini akan ditukar-tukar
antara kumpulan lain dan perlu menjawab setiap soalan dengan teliti dan dengan bantuan
152
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
segitiga tri-pikto. Setelah itu soalan dikembalikan semula kepada kumpulan penyedia
soalan itu dan akan dinilai. Bukan itu sahaja, kumpulan yang menyediakan soalan akan
memberi maklum balas kepada kumpulan yang menjawab soalan mereka dan menyatakan
markah yang diperoleh dan tahap penguasaan mereka. Dengan demikian ia akan
menggalakkan pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif serta kesediaan menerima
teguran atau maklum balas daripada murid lain.
Antara perkara yang dinilai oleh guru dalam penilaian rakan sebaya ialah rubrik penilaian
kerja kumpulan, borang maklum balas rakan sebaya dan skala kadar yang berkaitan .
Rubrik Penilaian Kerja Kumpulan
Rubrik berfungsi sebagai rangka kerja untuk mentaksir hasil kerja murid. Kaedah ini dapat
digunakan dengan konsisten dan boleh dipercayai. Rubrik dapat membantu murid dalam
mentaksir hasil pembelajaran kendiri secara sistematik dankonsisten demi meningkatkan
kemajuan diri sendiri. Maka dalam konteks ini, rubrik ini dihasilkan oleh guru bersama murid,
kemudiannya murid dalam kumpulan akan menilai jawapan kumpulan yang lain dan
menentukan tahap penguasaan kumpulan tersebut dan tahap minimunnya ialah tahap 2 iaitu
memuaskan seperti di bawah.
Rajah 1.5 : Rubrik penilaian hasil jawapan kumpulan
Borang Maklum Balas Rakan Sebaya
Setelah aktiviti menilai jawapan kumpulan laian murid akan mengisi borang maklum balas
rakan sebaya untuk memberi komen kepada penyedia soalan. Sama ada kumpulan yang
menyediakan soalan itu terlalu mudah atau sebaliknya ataupun piktograf kurang jelas.
Rajah 1.6 : Borang maklum balas rakan sebaya
153
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Skala Kadar
Skala kadar ini bertujuan untuk guru menilai keadaan setiap kumpulan. Sama ada mereka
bekerjasama dalam menghasilkan piktograf dan soalan atau jawapan dan sebagainya.
Berbanding maklum balas dan rubrik penilaian merupakan murid menilai murid manakala
skala kadar ini guru menilai murid berdasarkan aspek tertentu.
Rajah 1.7 : Skala kadar penilaian aktiviti kumpulan oleh guru
1.2 Kriteria Pentaksiran
Maka daripada kedua-dua pentaksiran ini iaitu pentaksiran portfolio dan pentaksiran rakan
sebaya perlu mempunyai kriteria pentaksiran yang jelas seperti rubrik dan dan tahap
penguasaan murid. Dengan demikian, barulah guru tahu akan penguasaan murid mereka di
tahap yang mana sama ada baik sahaja atau cemerlang.
1.2.1 Kriteria Pentaksiran Portfolio
Lembaran Kerja Pasca
Jikalau dilihat daripada objektif pembelajaran yang telah dibina sekurang-kurangnya 23
murid dapat menjawab 9 daripada 11 soalan dalam lembaran kerja ini. Manakala lembaran
kerja pra ini hanya bertujuan untuk membandingkan pencapaian murid selepas
diperkenalkan resos tri-pikto dalam sesi PdP. Kriteria lembaran kerja pasca individu adalah
seperti di bawah:
Tahap Penerangan
penguasaan
Tidak Murid mampu menjawab dengan betul dalam lingkungan 0 – 4 soalan.
menguasai Murid kurang memahami apa yang dipelajari atau tidak sempat menjawab
Kurang soalan
Murid mampu menjawab dengan betul dalam ingkung 5 – 8 soalan.
menguasai Murid mungkin cuai dalam melakukan jalan kerja atau tidak sempat
menjawab soalan
Menguasai Murid mampu menjawab dengan betul dalam lingkungan 9 – 11 soalan. Murid
berhati-hati melakukan jalan kerja dan memahami apa yang dipelajari.
154
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Manakala untuk kriteria keseluruhan kelas adalah seperti berikut:
Tahap penguasaan Penerangan
Tidak menguasai Min markah murid kurang daripada ialah 0 – 4. Semua
Kurang menguasai murid kurang memahami apa yang dipelajari atau tidak
Menguasai sempat menjawab soalan
Min markah murid ialah 5 – 8. Semua murid memahami
tetapi cuai dalam melakukan jalan kerja atau tidak sempat
menjawab soalan
Min markah murid ialah 9 – 11. Semua murid memahami
dan berhati-hati melakukan jalan kerja dan memahami
apa yang dipelajari.
Ini bermaksud, murid-murid mestilah mencapai tahap penguasaan menguasai iaitu yang
paling tinggi bagi lembaran kerja pasca ini. Dengan demikian barulah objektif pembelajaran
pada hari ini tercapai.
Refleksi Murid
Seterusnya, refleksi murid juga perlu ditaksir dengan menggunakan pelbagai cara. Cara
yang dipilih ialah dengan memastikan bahawa min refleksi murid mestilah melebihi 2.0 .
Guru akan menjumlahkan skor skala yang ditanda oleh pelajar dan jumlahnya mestilah
melebihi 20 daripada 30 markah. Dengan demikian barulah min terhasil 2.0. Maka
bagaimanakah guru menentukan kriteria refleksi murid adalah seperti di bawah.
Min Refleksi Tahap Penerangan
Penguasaan
1.2 – 1.9 Memuaskan • Murid tahu akan operasi yang betul semasa
2.0 – 2.4 • mentafsir piktograf.
2.5 – 3.0 Min kurang daripada ini menunjukkan gagal iaitu
Baik • murid tidak memahami isi pelajaran.
• Murid tahu dan boleh aplikasikan operasi yang
betul semasa mentafsir piktograf.
Cemerlang • Murid dapat menjawab kurang tepat dengan
lisan akan soalan yang diberikan oleh guru.
• Murid tahu, boleh aplikasikan dengan yakin
mengenai operasi yang betul semasa mentafsir
piktograf.
Murid dapat menjawab dengan tepat akan
soalan yang diberikan guru secara lisan dengan
yakin.
Kriteria refleksi murid di atas ini boleh digunakan untuk menilai murid secara individu
ataupun secara keseluruhan murid dalam kelas. Tidak ketinggalan juga berdasarkan kriteria
di atas setiap murid perlu skor sekurang-kurangnya 2.0 untuk dilabel tahap penguasaan
baik.
155
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
1.2.2 Kriteria Penilaian Rakan Sebaya
Bagi kriteria penialaian rakan sebaya seperti rubrik penilaian kerja kumpulan, borang makum
balas rakan sebaya dan skala kadar adalah sama seperti di 1.1.2
1.3 Kaedah Interpretasi Data
Setelah menetapkan kriteria bagi setiap pentaksiran, guru akan menginterpretasi setiap data
berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Interpretasi ini amat penting untuk
membuktikan bahawa pentaksiran yang dilaksanakan mempunyai bukti yang kukuh dan
mempunyai eviden serta memudahkan untuk membuat laporan dan membuat langkah
tindakan yang selanjutnya. 1.3.1 Pentaksiran Portfolio
Lembaran Kerja Pra dan Pasca
Jadual 1.2 : Taburan kekerapan dan peratusan lembaran kerja pra bagi satu kelas 4
Ehsan
Markah Kekerapan Peratus
0 12 43%
1 8 29%
2 5 18%
3 2 7%
4 1 3%
5 0 0%
6 0 0%
7 0 0%
8 0 0%
9 0 0%
10 0 0%
11 0 0%
Berdasarkan jadual di atas guru akan mengiterpretasi bahawa semua murid tidak
menguasai objektif pembelajaran tersebut kerana mengikut kriteria penilaian lembaran kerja,
untuk tahap menguasai murid perlu menjawab dengan betul dalam lingkungan 9 – 11
soalan. Murid berhati-hati melakukan jalan kerja dan memahami apa yang dipelajari.
Seterusnya guru akan mengira min yang dicapai oleh satu kelas iaitu
0 ×12 + 1 × 8 + 2 × 5+3 ×2+ 4 × 1
= 1. Maka min yang diperoleh murid satu kelas ialah 1. Ini
28 bermaksud markah yang diperoleh satu kelas dalam lembaran kerja memusat
di 1. Maka min 1 berdasarkan kriteria menunjukkan tahap penguasaan tidak menguasai iaitu
semua murid kurang memahami apa yang dipelajari atau tidak sempat menjawab soalan
Manakala modnya pula markah 0 dengan kekerapan 12.
Jadual 1.3 : Taburan kekerapan dan peratusan lembaran kerja pasca bagi kelas 4
Ehsan
Markah Kekerapan Peratus
0 0 0%
156
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
1 0 0%
2 0 0%
3 0 0%
4 0 0%
5 0 0%
6 1 4%
7 0 0%
8 2 7%
9 5 18%
10 8 28%
11 12 43%
Berdasarkan jadual di atas pulak antara perkara yang akan dianalisis ialah min, mod dan
tahap penguasaan murid satu kelas. Maka pertama sekali melalui jadual ini guru boleh
mentafsir bahawa objektif pembelajaran tercapai kerana dalam objektif pembelajaran, 80%
murid perlu menjawab soalan dengan betul dalam lingkungan 9 – 11 soalan. Maka daripada
jadual peratus mendapat jawapan betul 9, 10, 11 ialah 18% + 28% +43% = 89%. Oleh itu
objektif pembelajaran dikatakan tercapai.
Selain itu, min yang diperoleh ialah 6 ×1 + 8 × 2 + 9 × 5+10 ×8+ 11× 12 = 9.96. min 9
28 ini menunjukkan bahawa markah
murid satu kelas tertumpu kepada 10. Maka ini menerangkan bahawa, tahap penguasaan
murid satu kelas pada tahap menguasai iaitu semua murid memahami dan berhati-hati
melakukan jalan kerja dan memahami apa yang dipelajari.
Maka daripada min lembaran kerja pra dan lembaran kerja pasca, guru dapat melihat min
meningkat iaitu dari 1 hingga 9.96. ini menunjukkan satu peningkatan pencapaian dalam
pembelajaran murid. Disebabkan itu ianya akan dimasukkan dalam portfolio setiap murid
untuk menunjukkan bahawa ada peningkatan pembelajaran dalam setiap murid.
Disebabkan itu portfolio ini merupakan suatu portfolio penilaian. Contoh portfolio boleh
dirujuk di Lampiran 1.
Refleksi Murid
Berdasarkan refleksi murid, guru akan mengumpulkan setiap data dan mengelaskan secara
keseluruhan kepada item soalan seperti contoh di bawah. Nama Murid : Murid A
Skala 3
Item soalan
12
Item 1 /
Item 2 /
Item 3 /
Item 4 /
Item 5 /
Item 6 /
Item 7 /
Item 8 /
Item 9 /
Item 10 /
Jumlah 0 2 8
Maka daripada jadual di atas guru akan mengira min refleksi murid tersebut iaitu
2×2+ 8 × 3
157
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
= 2.8. Maka guru akan merujuk semula kriteria penilaian refleksi murid dan
10
mendapati bahawa murid tersebut berada pada tahap cemerlang iaitu murid tahu, boleh
aplikasikan dengan yakin mengenai operasi yang betul semasa mentafsir piktograf.
Kemudian guru akan melakukan analisis untuk satu kelas seperti di bawah ;
Kelas : 4 Ehsan
Kekerapan Skala Item soalan
123
Item 1 0 0 28
Item 2 0 0 28
Item 3 0 0 28
Item 4 0 3 25
Item 5 1 0 27
Item 6 2 0 26
Item 7 0 3 25
Item 8 0 5 23
Item 9 0 2 26
Item 10 2 2 24
Jumlah 5 15 260
Maka daripada jadual di atas guru akan mengira min refleksi satu kelas tersebut
iaitu 5 ×1 + 15 × 2 + 260 × 3 = 2.9. Maka guru akan merujuk semula kriteria
penilaian refleksi
10 × 28 murid dan mendapati bahawa semua murid tersebut berada pada tahap
cemerlang iaitu murid tahu, boleh aplikasikan dengan yakin mengenai operasi yang betul
semasa mentafsir piktograf.
1.3.2 Pentaksiran Rakan Sebaya
Dalam pentaksiran ini tidak banyak analisis data hanya lebih kepada mentafsir data
Rubrik Penilaian Kumpulan
Setelah semua kumpulan melaporkan rubrik penilaian kumpulan kepada guru, guru akan
menyusunnya kepada bentuk jadual seperti di bawah
Tahap Penguasaan
Kumpulan Tidak Lulus Lulus Catatan
01 23
Kumpulan 1 / Murid menjawab semua soalan
Kumpulan 2 dengan tepat
Kumpulan 3 / Murid menjawab semua soalan
dengan tepat
Kumpulan 4
Kumpulan 5 / Murid menjawab semua soalan
dengan tepat
Kumpulan 6
/ Murid cuai dalam pengiraan jawapan
/ Murid menjawab semua soalan
dengan tepat
/ Murid menjawab semua soalan
158
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
dengan tepat
Kumpulan 7 / Murid tidak menjawab satu soalan
Maka daripada analisis data di atas guru boleh mengatakan bahawa semua murid lulus
dalam pentaksiran rakan sebaya mereka dan tiada kumpulan yang tidak lulus. Tahap
penguasaan rujuk di rajah 1.5.
Borang Maklum Balas Rakan Sebaya
Bahagian ini tidak perlu dianalisis kerana ianya hanyalah sebagai bukti pemberian maklum
balas kepada kumpulan lain Skala Kadar
Bagi skala kadar, data akan dianalisis dan dikumpulkan seperti di bawah ;
Kumpulan Item soalan Rendah 2 Tinggi
Kumpulan 1 1 1 3
/
2/
3/
4/
Kumpulan 2 5 /
1/
2/
3/
Kumpulan 3 4 /
5 /
1/
2/
3/
/Kumpulan 4 4 /
5 /
1/
2/
Kumpulan 5 3 /
4 /
5/
1/
2/
Kumpulan 6 3 /
4 /
5/
1/
2/
Kumpulan 7 3 /
4/
5/
1/
2/
3/
4/
5/
159
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Item soalan adalah seperti rajah 1.7. Maka daripada skala kadar ini mendapati bahawa
murid memberi jawapan pada skala tinggi bagi setiap set soalan. Ini kerana kalau dikira min
ialah 2.85 yang menghampiri 3 iaitu skala tinggi.
1.4 Kesimpulan
Secara konklusinya, pentaksiran autentik ialah oroses pentaksiran alternatif yang lebih luas
untuk melihat perkembangan murid dengan lebih menyeluruh. Pentaksiran ini merangkumi
situasi pembelajaran yang sebenar dalam kehidupan seharian murid, realistik dan
bermakna. Dalam tugasan ini hanya dua pentaksiran digunakan iaitu pentaksiran portfolio
dan penilaian rakan sebaya. Kedua-dua alat pentaksiran in berbeza tetapi tujuannya adalah
sama iaitu untuk mentaksir SP 8.1.2 iaitu mentafsir piktograf. Pentaksiran portfolio ini lebih
kepada pengumpulan hasil kerja murid dan dari hasil kerja ini guru akan membuat analisis
data untuk tujuan merekod. Manakala pentaksiran rakan sebaya mementingkan aspek
penilaian daripada rakan atau kumpulan ataupun maklum balas dari rakan. Kedua-dua
pentaksiran ini adalah secara meluas dan bukan sahaja dapat mentaksir pembelajaran
mereka tetapi dapat juga mentaksir nilai dan sikap murid.
Bukan itu sahaja, kedua-dua alat pentaksiran ini boleh dilaksanakan sebagai Pentaksiran
Bilik Darjah. Umumnya ada tiga aspek pentaksiran dalam PBD ini iaitu pentaksiran melalui
pemerhatian, pentaksiran secara lisan dan pentaksiran penulisan. Maka kedua-dua alat ini
terletak di bahagian pentaksiran secara penulisan.
Jelaslah bahawa, pentaksiran merupakan suatu aspek yang sangat penting dalam setiap
PdP. Hal ini demikian kerana pentaksiran ini mampu menilai sama ada objektif pembelajaran
di dalam bilik darjah tercapai atau tidak. Bukan itu sahaja melalui pentaksiran guru dapat
membina satu langkah atau tindakan selanjutnya untuk setiap aspek seperti murid
bermasalah atau sebagainya.
2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Matematik Tahun 4
Tarikh : 6 Mac 2020 (Jumaat)
Masa : 7.30 pagi – 8.30 pagi (1 jam)
Kelas : 4 Ehsan
Bilangan Murid : 28 orang ( 12 murid lelaki dan 16 murid
perempuan)
Tema : Pengurusan Data
Tajuk : Pengurusan Data
Kemahiran/Fokus : Kemahiran mentafsir piktograf
Kemahiran Sedia Ada : Murid mampu membina piktograf
Standard Kandungan : 8.1 Piktograf dan carta palang
Standard Pembelajaran : 8.1.2 Mentafsir piktograf dan carta palang yang
dibina
Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid
akan dapat :
1. 80% murid (23 murid) dapat menjawab 9
daripada 11 soalan dalam lembaran kerja pasca
piktograf
2. 80% murid dapat menyebut dan
membandingkan secara lisan maklumat
daripada piktograf.
160
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Pentaksiran Berasaskan : Pentaksiran bilik darjah (Pentaksiran autentik:
Sekolah
pentaksiran portfolio dan pentaksiran rakan
Tabiat Berfikir
sebaya)
Elemen Merentas Kurikulum
Penerapan Nilai : Mengaplikasikan pengetahuan lalu dalam situasi
Bahan Bantu Mengajar
baru dan berusaha ke arah ketepatan iaitu
jawapan yang tepat.
: Nilai murni
: Kerjasama
: Kit tri-pikto, lembaran kerja pra (28), lembaran
kerja pasca (28), borang penilaian murid (28),
gambar atau simbol comel, kertas manila A4 (7)
dan pen marker pelbagai warna.(14), borang
maklum balas aktiviti kumpulan (7)
Seni dalam Pendidikan : Seni visual
Langkah / Isi Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Masa (Minit) Pelajara Pembelajaran
n
Fasa Set 1. Guru membimbing murid untuk BBM :
Persediaa induksi mengimbas kembali Simbol
n (5 minit) pembelajaran lalu iaitu membina atau
piktograf. gambar
2. Kemudian guru melukis piktograf kosong comel dan
di papan putih (Rujuk Lampiran 5). pelekat
Guru meminta murid melekatkan gambar tack it.
3. pada setiap bahagian secara rawak. Strategi PdP
Guru bertanya kepada murid apa yang : Pendekatan
ingin dipelajari pada hari tersebut? inkuiri dan
pembelajaran
berpusatkan
murid.
Kemahiran
Abad ke-21 :
Pemikir dan
bersifat ingin
tahu
161
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Fasa Guru 1. Berdasarkan piktograf yang telah dibina BBM :
Simbol
Imaginasi (10 menerang oleh murid. Guru atau
gambar
minit) k comel dan
an pelekat
tack it.
bagaiman
Strategi PdP
a ingin :
Penyelesaian
mentafsir masalah,
pembelajaran
sesuatu konstruktivism
e
piktograf.
bertany
akan kepada murid ?
Kemahiran
abad ke -21 :
Bersifat ingin
tahu
162
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Berapakah jumlah murid
menaiki bas ke sekolah?
Murid kebiasaannya menjawab
3 orang kerana murid cuai
akan menilai petunjuk ataupun
tidak tahu kegunaan petunjuk.
2. Guru menerangkan bahawa 3
bukan jawapan sebenar dan
membimbing murid untuk mencari
jawapan yang betul.
3. Murid kemudiannya diberi
bimbingan bahawa satu simbol
itu bernilai 10 murid. Maka
mereka dapat memperbetulkan
jawapan mereka dari 3 kepada 30
orang murid menaiki basikal ke
sekolah.
4. Seterusnya murid mensintesis
idea dan dapat membina atau
mengkonstruk idea bahawa
sebenarnya operasi tambah
dilakukan bagi setiap simbol
untuk mendapatkan jawapan .
163
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Fasa Guru 1. Setelah fasa imaginasi murid BBM :
Perkembangan
mengedark terus diberikan dengan lembaran Kit tri-pikto
(15 minit) kerja pra. (Rujuk lampiran 6)
an lembaran
kerja pra 2. Murid menjawab soalan dalam Strategi PdP :
jangka masa 3 minit. Kemudian Pembelajaran
dan guru mengambil semula lembaran berasaskan
kerja yang dberi. Didapati bahawa bahan
seterusnya masih banyak
membantu
murid
melakukan murid yang tidak dapat
penambah menyelesaikan soalan dengan
baikan betul dan tidak sempat Kemahiran
menyiapkan soalan. abad ke -21 :
sintesis idea Guru membimbing murid Pemikir dan
memperbaiki idea yang telah bersifat ingin
mereka 3. murid jana. tahu
Guru seterusnya
yang
sebelum ini 4.
memperkenalkan Kit tri-pikto
untuk membantu menyelesaikan
164
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
masalah murid. Ini kerana ramai
murid hanya mengambil bulatbulat
bilangan simbol yang terdapat
dalam piktograf tanpa
menghiraukan petunjuk
12 20
7
41
5
24 3 8
21 91
5.
Melalui kit ini murid diajarkan
bahawa untuk mendapatkan
jumlah., murid hanya perlu
mendarabkan nilai petunjuk dengan
bilangan simbol. Ini
mempercepatkan lagi murid untuk
mentafsir sesuatu piktograf.
6. Hal ini demikian kerana melalui
segitiga tri-pikto ini murid akan
menutup bahagian jumlah, dan
murid akan mendapati bahawa
bahagian nilai petunjuk dan
bilangan simbol bersebelahan.
Maka untuk mendapatkan jumlah,
murid hanya perlu mendarabkan
nilai petunjuk dengan bilangan
simbol. Berbanding perlu
menggunakan operasi tambah
yang akan menyebabkan
berlakunya kecuaian apabila
melibatkan nombor yang banyak.
165
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Fasa Tindakan Aktiviti 1. Setelah murid mahir BBM :
Pelaksanaan
(20 minit) kumpulan dan menggunakan segitiga ini, guru Set tri-pikto,
pentaksira n membahagikan murid kepada kertas manila
rakan sebaya. kumpulan kecil terdiri 4 orang. A4, borang
2.
Setiap kumpulan diberikan maklum balas
kertas dan disuruh membina aktiviti
satu piktograf mengikut murid Strategi PdP :
secara bebas sambil dibimbing Penyelasaian
oleh guru dengan masalah,
sekurangkurangnya 5 benda pembelajaran
atau perkara dalam satu tajuk. berasaskan
3. Setiap kumpulan kemudiannya projek dan
4.
membuat 7 soalan berdasarkan pembelajaran
piktograf yang dibina (2 soalan koperatif
mudah, 3 soalan sederhana dan
2 soalan sukar) berserta Kemahiran
jawapan. abad ke -21 :
Seterusnya setiap kumpulan Mahir
akan bertukar-tukar piktograf berkomunikasi
dan soalan yang telah dibina. antara ahli
Contohnya soalan kumpulan 1 kumpulan,
diberi kepada kumpulan 2, pemikir, kerja
manakala soalan kumpulan 2 sepasukan dan
diberikan kepada kumpulan dan berprinsip.
seterusnya.
5. Setiap ahli bekerjasama
menyelesaikan masalah yang
diterima. Murid menggunakan
segitiga tri-pikto sebagai rujukan.
Setiap kumpulan perlulah
menjawab dengan betul
berdasarkan tabiat minda
berusaha ke arah ketepatan.
Contohnya sentiasa semak
semula jawapan bersama-sama
ahli kumpulan.
6. Soalan dikembalikan kepada
kumpulan asal dan setiap
kumpulan menyemak jawapan
yang diberikan kumpulan lain
dan memberikan markah dan
ulasan kerja atau borang
maklum balas rakan mereka.
166
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
7. Bukan itu sahaja, setiap
kumpulan menyelaraskan
bahawa markah 1 – 2 di tahap
pencapaian tidak memuaskan,
markah 3 – 5 di tahap
memuaskan dan di tahap 6 -7 di
tahap baik dan melaporkan
kepada guru.
Fasa Penilaian Guru 1. Murid kembali ke tempat BBM :
{10 minit)
memberika n masingmasing dan diedarkan Lembaran kerja
lembaran lembaran kerja pasca dan pasca, borang
kerja pasca borang penilaian murid (Rujuk penilaian murid.
dan 2. lampiran 7, 8). Guru
bersamasama menunjukkan beberapa contoh Strategi PdP :
melakukan piktograf dan setiap murid akan Kaedah
refleksi menghuraikannya secara lisan. bertanya dan
3. Guru memanggil murid secara refleksi oleh
rawak untuk menerangkan murid.
semula apa yang telah dipelajari
pada hari itu dan menerangkan
semula penggunaan segitiga
tripikto yang banyak membantu
4. mereka menyelesaikan masalah Kemahiran
dengan mudah. abad ke-21 :
Akhir sekali guru memberikan
tajuk yang akan dipelajari pada Pemikir dan
masa akan datang iaitu carta bermaklumat
palang dan murid diberikan
ucapan tahniah dan tepukan
gemuruh kerana berjaya
menamatkan sesi pengajaran
dan pembelajaran pada hari ini
dengan jayanya,
167
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
.
3.0 HASIL RESOS PDP
()
TAJUK:
PENGURUSAN DATA TAHUN 4
Info Kit tri-pikto
Model ini sesuai digunakan untuk murid menyelesaikan masalah kekeliruan dalam
menghuraikan dan mentafsir sebuah piktograf. Guru boleh menggunakan model ini bagi
membantu dan memudahkan sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
Tahun: Tahun 4
Tajuk : Pengurusan Data
Standard Kandungan
168
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
8.1 Piktograf dan carta palang
Standard Pembelajaran
8.1.1 Mentafsir piktograf dan carta palang yang dibina
Set Kandungan
1. Segitiga Besar 2.
Segitiga Kumpulan 3.
Segitiga individu.
4. Pen marker.
5. Pelekat Tack-It
Objektif
Objektif penyediaan resos ini adalah untuk :
1. Menjadikan sesi PdPc lebih menarik dan berkesan.
2. Sebagai satu alat pengukuhan, pemulihan, & pengayaan kepada murid.
3. Murid dapat memahami konsep piktograf dengan betul.
4. Murid berupaya menggunakan operasi yang sesuai semasa mwnghuraikan piktograf.
Cara Penggunaan
1. Aktiviti dalam kumpulan :
a. Bahagikan murid kepada kumpulan vkecil terdiri daripada empat orang
murid.
b. Berikan setiap kumpulan dengan sebuah segitiga saiz kumpulan dan
pen marker.
c. Baca setiap bahagian dalam segi tiga tersebut.
d. Untuk mendapatkan jumlah,
i. Ahli kumpulan melorekkan bahagian jumlah.
169
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
12 20
7
41
24 3 5
8
21 91
ii. Disebabkan nilai petunjuk dan bilangan simbol bersebelahan
maka :
e. Untuk mendapatkan bilangan simbol,
i. Ahli kumpulan melorekkan bahagian bilangan simbol.
12 20
7
41
24 3 5
8
21 91
ii. Disebabkan jumlah berada di atas nilai petunjuk, maka:
f. Untuk mendapatkan nilai petunjuk,
i. Ahli kumpulan melorekkan bahagian nilai petunjuk.
170
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
12 20
7
41
24 5
3
8
21 91
ii. Disebabkan jumlah berada di atas bilangan simbol maka :
2. Aktiviti individu :
a. Berikan setiap murid dengan sebuah segitiga saiz individu.
b. Baca setiap bahagian dalam segi tiga tersebut.
c. Untuk mendapatkan jumlah,
i. Murid menutup bahagian jumlah dengan tangan.
ii. Disebabkan nilai petunjuk dan bilangan simbol bersebelahan
maka :
d. Untuk mendapatkan bilangan simbol,
i. Murid menutup bahagian bilangan simbol dengan tangan.
171
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
ii. Disebabkan jumlah berada di atas nilai petunjuk, maka:
e. Untuk mendapatkan nilai petunjuk,
i. Murid menutup bahagian nilai petunjuk dengan tangan.
ii. Disebabkan jumlah berada di atas bilangan simbol maka:
Kelebihan tri-pikto
1. Mudah dibawa ke mana-mana
2. Ringan
3. Tahan lama
4. Mempunyai aktiviti kumpulan dan individu
5. Menarik perhatian kerana warna dan visual yang menarik
4.0 LAPORAN KAJIAN KES
172
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Tajuk :
Kajian Keberkesanan Kit Tri-Pikto dalam mata pelajaran Matematik terhadap
penguasaan konsep mentafsir piktograf yang melibatkan jumlah, nilai petunjuk dan
bilangan simbol dalam kelangan murid Tahun Empat di SK (2) Selayang Baru.
Abstrak
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji dan menyelesaikan isu pengajaran dan
pembelajaran Pengurusan Data khususnya Tajuk Piktograf dengan menggunakan resos Kit
tri-pikto. Kini, mudah diperhatikan bahawa murid mengalami masalah dalam tajuk mentafsir
piktograf ini kerana isu cuai atau tidak faham. Oleh sebab itu, resos Kit tri-pikto ini dihasilkan
untuk mengatasi masalah ini. Dalam kajian ini, murid Tahun Empat SK Selayang Baru (2)
telah menjadi sampel kajian. Malahan juga kajian ini dijalankan dengan menggunakan
kaedah pemerhatian, kaedah bimbingan dari mentor dan kaedah rujukan internet.
4.1 PENGENALAN
4.1.1 Latar Belakang Kajian
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik memberi keutamaan kepada penguasaan
pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip
dan proses matematik yang dipelajari di mana penekanan kepada aspek perkembangan
pemikiran murid secara matematik dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik, guru memainkan peranan penting dan merupakan
perancang utama kepada kejayaan seseorang murid (Mohd Johan, 2002). Proses
pembelajaran merupakan suatu proses yang kompleks, melibatkan banyak faktor seperti ciri-
ciri pengajaran guru, kebolehan murid, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Atan Long
(1982) bahan bantu mengajar terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan yang
boleh disampaikan dengan perlbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta atau dibubuh
pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Juga, bahan bantu mengajar memberikan definisi
yang sama dengan resos. Disebabkan bahan bantu mengajar ini mampu memberi
rangsangan dan minat murid-murid serta menyediakan dasar perkembangan pembelajaran
lantas menjadikan pembelajaran lebih kekal, maka, bahan bantu mengajar atau resos ini
adalah berkesan dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam tajuk
Pengurusan Data. Hal ini demikian kerana, resos adalah bersifat model hidup iaitu boleh
dilihat dengan pancaindera murid lantas mengakibatkan murid mengalami pembelajaran
yang langsung berbanding menggunakan contoh-contoh matematik yang abstrak yang tidak
dapat dilihat oleh pancaindera. Umunya, murid-murid sekolah rendah ini masih lagi di tahap
perkembangan kognitif operasi konkrit yang memerlukan bahan konkrit iaitu bahan boleh
dipegang sebagai contoh semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Sudah
terang lagi bersuluh, penggunaan resos Kit Tri-pikto merupakan suatu langkah yang
dihasilkan untuk mengatasi masalah murid mentafsir piktograf. Oleh itu, kajian ini bertujuan
untuk menunjukkan keberkesanan kit ini dalam mengatasi masalah ini.
4.1.2 Pernyataan masalah (isu)
Isu mentafsir piktgraf dalam Tajuk Pengurusan Data iaitu murid sering melupakan nilai
petunjuk dan cuai sewaktu mengira bukanlah diambil secara tangkap muat tetapi isu ini
diperoleh daripada ;
173
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Analisis Persekitaran Bilik Darjah
Isu ini dapat dilihat melalui pemerhatian guru semasa melaksanakan PdP bagi mentafsir
data ini. Setiap tahun, kebanyakan murid akan melakukan kesilapan yang sama iaitu
mengabaikan nilai petunjuk semasa mentafsir piktograf. Ini menunjukkan murid masih lagi
kurang menguasai tajuk ini.
Keputusan Peperiksaan
Berdasarkan keputusan peperiksaan tahunan murid tahun empat, atau JSU tahunan ramai
murid tidak dapat menjawab item soalan mentafsir data. Disebabkan itu, guru dapat
simpulkan bahawa ramai murid mengalami masalah dalam mentafsir data dari piktograf.
4.1.3 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk membuktikan bahawa Kit Tri-pikto ini mampu mengatasi masalah
yang dialami murid Tahun Empat SK Selayang Baru (2) dalam tajuk Pengurusan Data.
4.1.4 Objektif Kajian
a) Menentukan masalah sebenar yang dihadapi oleh murid dalam tajuk Pengurusan
Data Matematik Tahun Empat.
b) Mentafsir piktograf dari segi jumlah, nilai petunjuk dan bilangan simbol.
c) Membuktikan bahawa resos Kit Tri-pikto mampu mengatasi masalah mentafsir data
dari piktograf dalam kalangan murid
d) Penambahbaikan resos Kit Tri-pikto
4.1.5 Soalan Kajian
a) Adakah masalah yang dihadapi murid dalam mentafsir data dari piktograf?
b) Adakah murid dapat mentafsir jumlah, nilai petunjuk dan bilangan simbol dari
piktograf?
c) Adakah dengan adanya resos ini ia mampu mengatasi masalah murid mentafsir data
dari piktograf?
d) Apakah kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan dalam resos ini?
4.1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini merangkumi resos Kit Tri-pikto sebagai satu langkah untuk mengatasi masalah
yang dihadapi dalam tajuk Pengurusan Data. Oleh hal yang demikian, apabila kajian ini
membuktikan kit ini berkesan dalam mengatasi masalah ini maka, pelbagai pihak akan
mendapat manfaat bersama seperti murid tersebut, guru, ibu bapa dan pihak sekolah.
Melalui dari kajian ini manfaat yang akan didapati adalah seperti :
a) Menjadi panduan untuk murid menggunakan kaedah yang mudah diingati untuk
mentafsir data dari piktograf.
b) Murid tidak lagi lupa mengenai nilai petunjuk dalam mentafsir data dari piktograf
c) Resos Kit Tri-pikto boleh diinovasikan dan digunakan oleh semua guru dan dijadikan
amalan kongsi terbaik iaitu konsep PLC.
d) Guru lebih mudah untuk mengajar tajuk Pengrusan Dta kepada murid Tahun Empat.
4.1.7 Batasan kajian
a) Kajian ini hanya dijalankan kepada murid Tahun Empat SK Selayang Baru (2) yang
belum mempelajari tajuk Pengurusan Data.
b) Kajian ini hanya dijalankan di satu kelas yang terpilih seperti dalam RPH.
174
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
c) Kajian ini melibatkan murid aliran perdana sahaja dan tidak melibatkan murid
berkeperluan khas.
4.1.8 Definisi Operasional
a) Keberkesanan = Peningkatan skor ujian pasca berbanding dengan ujian pra
b) Resos Tri-pikto = Menggunakan konsep Segi Tiga yang mempunyai tiga bahagian
iaitu Jumlah, Nilai Petunjuk dan Bilangan Simbol.
c) Penguasaan konsep = Peningkatan min skor ujian pasca berbanding pra.
4.2 METODOLOGI KAJIAN
4.2.1 Pengenalan
Menurut Kerlinger (1986), penyelidikan ialah satu usaha menganalisis data melalui kaedah
saintifik dengan bertujuan mencari jawapan kepada persoalan masalah kajian yang
dijalankan. Kaedah merupakan salah satu faktor penting dalam memastikan kesahihan dan
kebolehpercayaan kajian yang dijalankan. Bab ini akan menerangkan metodologi kajian
yang dijalanjan dari segi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian,
prosedur kajian dan pengumpulan serta analisis data.
4.2.2 Reka Bentuk Kajian
Kaedah kajian yang digunakan ialah secara kaedah deskriptif iaitu kajian berbentuk tinjauan
yang diolah untuk mendapatkan maklum balas mengenai kekeliruan dan kecuaian murid
dalam mentafsir data dari piktograf terutama nilai petunjuk. Van Dalen (1979), kajian
berbentuk deskriptif dapat menerangkan fenomena dengan menanalisis data deskriptif yang
diperolehi daripada soal selidik dan media-media. Kajian ini adalah kajian yang sesuai
dalam penyelidikan yang dijalankan di mana matlamatnya ialah untuk mengumpul
maklumat-maklumat tentang suatu peristiwa yang sedang berlaku, (Majid, 1998). Jelaslah,
tinjauan merupakan satu daripada kaedah yang mana pengkaji akan melihat persekitaran
kajian yang hendak dilakukan ke atas sampel kajian
4.2.3 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi : Murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Sampel
: 4 Ehsan (28 orang murid)
4.2.4 Instrumen Kajian
Jenis instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik dan lembaran kerja .
Menurut Tuckman (1988), cara soal selidik mudah mendapat kerjasama dari responden dan
menurut Mohd Majid (1994), soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam
penyelidikan pendidikan. Penyelidik memilih cara ini kerana responden tidak akan berasa
takut atau serba salah untuk memberikan jawapan kerana jawapan mereka dirahsiakan. Di
samping itu, soal selidik memberikan kebebasan kepada responden untuk memberi respon
dan menjimatkan masa. Manakala lembaran kerja pula merupakan set soalan yang
diberikan kepada murid semasa PdP. Murid diminta untuk menyiapkannya semasa PdP
ataupun di rumah. Instrumen ini dilaksankan untuk mengsan kebolehan murid dalam
menguasai kemahiran dan perkembangan murid yang melibatkan aktiviti menyemak dan
memeriksa hasil tugasan murid dan juga pentaksiran kendiri.
175
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Soal Selidik
Set soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
Bahagian A ialah dua soalan mengenai keberkesananan resos Kit Tri-pikto dalam mengatasi
masalah kekeliruan dan kecuaian murid dalam mentafsir data dari piktograf yang melibatkan
nilai petunjuk. Manakala, Bahagian B ialah lima soalan mengenai sifat resos Kit Tri-pikto.
Soalan kedua-dua bahagian ini adalah berbentuk objektif dan mempunyai tiga pilihan
jawapan iaitu skala 1 (tidak setuju), skala 2 (setuju), skala 3 (sangat setuju).
Lembaran Kerja
Instrumen lembaran kerja dalam kajian ini terbahagi kepada dua iaitu lembaran kerja pra
dan lembaran kerja pasca. Kedua-dua lembaran kerja ini mempunyai bilangan soalan yang
sama iaitu 11 soalan dan bentuk soalan yang sama. Fungsi lembaran kerja ini untuk menilai
keberkesanan resos Kit Tri-pikto dalam mengatasi masalah kekeliruan dan kecuaian murid
dalam mentafsir data dari piktograf yang melibatkan nilai petunjuk. Format lembaran kerja ini
ialah merupakan soalan latihan.
4.2.5 Prosedur Kajian
Dalam melakukan kajian ini, terdapat beberapa prosedur yang dilakukan oleh pengkaji.
Prosedur tersebut adalah seperti :
a) Pengenalpastian masalah yang dihadapi oleh murid dalam Tajuk Pengurusan Data
Tahun Empat melalui tinjauan dan keputusan ujian murid.
b) Penghasilan resos bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid iaitu resos
Kit Tri-pikto.
c) Menguji resos Kit Tri-pikto pada murid-murid Tahun Empat dengan melakukan ujian
pra dan pasca.
d) Mengedar soal selidik dan mengumpul semula.
e) Menganalisis data.
4.2.6 Pengumpulan dan Analisis Data
Mengumpul dan menganalis data adalah bahagian yang penting dalam sesuatu kajian yang
dibuat. Hal ini membolehkan bahawa kajian yang dilaksankan mempunyai bukti yang kukuh.
Analisis data adalah berdasarkan :
a) Analisis markah ujian pra dan pasca iaitu mengira purata markah ujian pra dan ujian
pasca murid. Purata markah ujian pasca mestilah tinggi berbanding purata markah
ujian pra untuk menunjukkan bahawa resos Kit Tri-piktoadalah berkesan dalam
mengatasi masalah kekeliruan yang dihadapi oleh murid dalam Tajuk Pengurusan
Data Tahun Empat.
b) Analisis soal selidik. Soal selidik akan dianalisis dengan mengira purata bagi setiap
soalan. Purata markah yang menghampiri skala 3 (sangat setuju) menunjukkan
bahawa murid bersetuju dengan item soalan.
4.3 DAPATAN KAJIAN
4.3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, perbincangan ditumpukan kepada dapatan yang diperoleh hasil daripada
kajian yang telah dijalankan. Sebanyak 28 set soal selidik telah dianalisis dan 28 set ujian
pra dan pasca telah dianalisis. Penganalisisan data dilakukan terhadap setiap item soalan
yang terdapat di dalam set soal selidik dengan bantuan perisian Microsoft Excel 2016
176
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
4.3.2) Analisis Kajian
Analisis data dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah analisis ujian pra
dan ujian pasca iaitu ujian pra merupakan sebelum resos Kit Tri-pikto diintegrasikan dalam
proses PdP dan ujian pasca merupakan selepas resos Kit Segatus diintegrasikan dalam
proses PdP. Bahagian kedua pula ialah mengenai keberkesanan resos Kit Tri-pikto dalam
mengatasi masalah kekeliruan yang dihadapi murid dalam Tajuk Pengurusan Data Tahun
Empat. Seterusnya, bahagian ketiga ialah mengenai ciri-ciri atau sifat resos Kit Tripikto.
Analisis setiap item dilakukan untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min yang mana
item dikumpulkan mengikut persoalan kajian.
Analisis Bahagian Pertama Ujian Pra Dan Pasca
Analisis bahagian pertama iaitu markah yang diperoleh oleh murid sewaktu ujian pra dan
ujian pasca. Nilai kekerapan dan peratusan bagi setiap aspek adalah dinyatakan. Data dan
maklumat berkenaan responden ditunjukkan dalam jadual-jadual di bawah.
a)
b) Analisis Ujian Pra
Jadual 2.1 : Taburan dan peratusan responden berdasarkan markah ujian pra
Markah Kekerapan Peratus
0 12 43%
18 29%
25 18%
32 7%
41 3%
50 0%
60 0%
70 0%
80 0%
90 0%
10 0 0%
11 0 0%
Berdasarkan kepada Jadual 2.1 di atas, responden yang terlibat dalam kajian adalah terdiri
daripada responden mendapat markah 0 seramai 43%. Responden yang mendapat markah
1 seramai 29% dan responden mendapat markah 2 sebanyak 18%. Responden mendapat
markah 3 sebanyak 7% dan markah paling tinggi diperoleh hanyalah 4 daripada
11 iaitu 3% sahaja. Selebihnya tiada responden yang berjaya mendapat markah lebih
daripada 4. Mod bagi markah lembaran kerja pra murid ialah 0. Min bagi ujian pra yang
dicapai oleh murid satu kelas ialah 1. Ini bermaksud markah lembaran kerja pra murid
memusat di 1.
c) Analisis Ujian Pasca
Jadual 2.2 : Taburan dan peratusan responden berdasarkan markah ujian pasca
Markah Kekerapan Peratus
00 0%
10 0%
20 0%
177
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
30 0%
40 0%
50 0%
61 4%
70 0%
82 7%
95 18%
10 8 28%
11 12 43%
Berdasarkan jadual di atas tiada murid atau responden yang mendapat markah antara 0 – 5.
Manakala terdapat responden mendapat markah 6 sebanyak 4% dan responden mendapat
markah 8 sebanyak 7%. Maka mengikut objektif pembelajaran 11% murid ini dianggap tidak
mencapai objektif pembelajaran iaitu mampu menjawab 9 – 11 soalan dalam lembaran kerja
pasca dengan betul. Untuk murid yang mencapai objektif pembelajaran ialah markah 9
dengan 18%, markah 10 28% dan markah penuh atau 11 dengan 43%. Ini menunjukkan
89% murid mencapai objektif pembelajaran. Jika dilihat di bahagian RPH, objektif
pembelajaran yang dinyatakan ialah 80% murid mampu menjawab 9 – 11 soalan pada
lembaran kerja pasca dengan betul. Maka daripada itu, dapat disimpulkan bagi objektif
pembelajaran itu telah berjaya dicapai iaitu murid yang menjawab 9 – 11 soalan dengan
betul adalah melebihi 80% iaitu 89%. Mod bagi data ini ialah 11 markah dan minnya ialah
10.
Analisis Bahagian Kedua : Analisis Setiap Item Mengikut Keberkesanan Resos Kit
Segatus
Bahagian ini akan menganalisis item soalan yang berkaitan keberkesanan resos Kit Tripikto
ini dalam mengatasi kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar dalam Tajuk Pengurusan Data
Tahun Empat. Sebanyak dua item soalan digunakan untuk mengukur tahap keberkesanan
resos Kit Segatus terhadap Tajuk Pengurusan DataTahun 4.
Jadual 2.3 : Taburan dan peratusan responden berdasarkan keberkesanan resos kit Ti-
pikto dalam PdP
No. Soalan Tidak Setuju Sangat Min
Item setuju (2) setuju (3)
(1)
S1 Dengan bantuan resos tri-Pikto saya 0 5 23
dapat mentafsir piktograf dengan teliti 2.8
dan tepat. (0%) (18%) (82%)
S2 Dengan bantuan resos tri-Pikto saya 1 2 25
dapat memindahkan maklumat 2.89
daripada piktograf kepada nombor. (4%) (7%) (89%)
Analisis item 1 menunjukkan responden sangat bersetuju adalah 82%. Responden
setuju adalah 18% dan responden tidak setuju adalah 0%. Min item ialah 2.8 iaitu
menghampiri sangat setuju (3). Analisis item 2 menunjukkan responden sangat bersetuju
adalah 89%. Responden setuju adalah 7% dan responden tidak setuju adalah 4%. Min item
ialah 2.89 iaitu menghampiri sangat setuju (3). Min keseluruhan ialah 2.85. Maka dapat
disimpulkan bahawa, responden sangat bersetuju bahawa resos Kit Tri-pikto berkesan
dalam mengatasi masalah yang dihadapi mereka dalam Tajuk Pengurusan Data Tahun 4
iaitu kekeliruan dan kecuaian dalam mentafsir data dari piktograf yang melibatkan nilai
petunjuk. .
178
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Analisis Bahagian Ketiga : Sifat Resos Kit Tri-Pikto
Persoalan seterusnya adalah melibatkan sifat resos atau ciri-ciri resos. Dibawah persoalan
ini terdapat lima item dikemukan dan jadual di bawah ialah analisis item tersebut.
Jadual 2.4 : Taburan dan peratusan responden terhadap sifat resos Kit Tri-pikto
Tidak Sangat
No. Setuju
Soalan setuju setuju Min
Item (2)
(1) (3)
S3 Resos Kit Tri-pikto adalah 0 3 25 2.89 mudah (0%) (11%) (89%)
S4 Resos Kit Tri-pikto adalah 1 3 24 2.80 cepat (3%) (11%) (86%)
S5 Resos Kit Tri-pikto adalah 0 3 25 2.89 jimat masa (0%) (11%) (89%)
S6 Resos Kit Tri-pikto adalah 0 0 28 3.00 menarik (0%) (0%) (100%)
S7 Resos Kit Tri-pikto adalah 0 1 27 2.96 puas hati (0%) (3%) (99%)
Analisis item 3 menunjukkan responden sangat setuju iaitu 89%. Responden setuju
adalah 11% dan responden tidak setuju ialah 0%. Min item ialah 2.89.
Analisis item 4 menunjukkan responden sangat setuju iaitu 86%. Responden setuju
adalah 11% dan responden tidak setuju ialah 3%. Min item ialah 2.80.
Analisis item 5 menunjukkan responden sangat setuju iaitu 89%. Responden setuju
adalah 11% dan responden tidak setuju ialah 0%. Min item ialah 2.89.
Analisis item 6 menunjukkan responden sangat setuju iaitu 100%. Tiada responden
yang setuju dan tidak setuju iaitu 0%. Min item ialah 3.00.
Analisis item 7 menunjukkan responden sangat setuju iaitu 99%. Responden setuju
adalah 1% dan responden tidak setuju ialah 0%. Min item ialah 2.96.
Secara keseluruhannya dapat dibuat kesimpulan bahawa responden semua sangat setuju
dengan sifat resos Kit Tri-pikto yang dihasilkan iaitu, mudah, cepat, jimat masa, menarik dan
puas hati. Ini kerana min keseluruhan bagi bahagian ini ialah, 2.91.
4.3.1 Kesimpulan
Dalam bab ini pengkaji membentangkan kajian hasil analisis data yang diperoleh.
Penganalisisan data ini dibuat tertumpu kepada persolan kajian untuk mengatasi masalah
kekeliruan murid dalam Tajuk Pegurusan Data Tahun Empat. Hasil analisis bahagian
pertama menunjukkan bahawa 89% murid atau responden berjaya menjawab dengan betul
9 -11 soalan dalam lembaran kerja. Ini menunjukkan bahawa objektif pembelajaran pada
hari itu tercapai. Manakala hasil analisis kedua membuktikan bahawa responden sangat
setuju bahawa resos ini membantu mereka mentafsir data dari piktograf dengan lebih baik.
Akhir sekali, analisis bahagian ketiga pula menunjukkan bahawa responden juga sangat
setuju dengan sifat resos yang mudah, cepat, jimat masa, menarik dan puas hati.
4.4 RUMUSAN
4.4.1 Pengenalan
Dalam bab ini pengkaji membincangkan hasil kajian berdasarkan analisi data yang telah
dilakukan dalam bab tiga. Perbincangan dibuat merujuk kepada empat persolan kajian yang
telah digariskan. Persoalan kajian tersebut adalah :
a) Adakah masalah yang dihadapi murid dalam mentafsir data dari piktograf?
179
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
b) Adakah murid dapat mentafsir jumlah, nilai petunjuk dan bilangan simbol dari
piktograf?
c) Adakah dengan adanya resos ini ia mampu mengatasi masalah murid mentafsir data
dari piktograf?
d) Apakah kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan dalam resos ini?
4.4.2 Perbincangan Dapatan Kajian
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tujuan, objektif dan soalan kajian berjaya
dicapai.
Masalah Yang Dihadapi Murid
Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa sewaktu murid menjawb soalan lembaran kerja pra
murid kerap menyalin jawapan daripada rajah tanpa mentafsir menggunakan petunjuk.
Contohnya di rajah mempunyai 3 simbol, maka jawapan murid ialah 3 kebiasaannya kerana
mereka cuai atau tidak tahu akan kegunaan konsep petunjuk dalam sesebuah piktograf.
Maka dapat disimpulkan masalah yang dihadapi murid dalam Tajuk Piktograf ini ialah murid
cuai dan tidak faham semasa mentafsir data dari piktograf terutama yang melibatkan nilai
petunjuk.
Murid Dapat Mentafsir Jumlah, Nilai Petunjuk Dan Bilangan Simbol Dari Piktograf
Maka melalui kajian ini dapat dibincangkan bahawa murid pada akhirnya mampu mentafsir
data dari piktograf dari segi jumlah, nilai petunjuk dan bilangan simbol. Hal ini demikian
kerana 89% murid berjaya menjawab 9 -11 soalan dalam lembaran kerja pasca. Maka
melalui ini kajian dapat menyimpulkan bahawa murid sudah boleh mentafsir data dari
piktograf. Bukan itu sahaja daripada analisis bahagian kedua didapati min keseluruhan ialah
2.85 dan menghampiri tiga yang bermaksud sangat setuju. Oleh itu kajian ini menunjukkan
bahawa dengan bantuan resos tri-pikto murid dapat mentafsir piktograf dengan teliti
dan tepat dan dapat memindahkan maklumat daripada piktograf kepada nombor.
Mengatasi Masalah Murid
Malahan juga melalui kajian ini didapati bahawa murid pada akhir pengajaran mampu
mentafsir data dari piktograf dari segi jumlah, nilai petunjuk dan bilangan simbol. Hal ini
demikian kerana dengan adanya Kit Tri-pikto yang jelas dan maujud murid lebih mudah
untuk memahami bagaiman ingin mentafsir sesuatu piktograf. Tidak ketinggalan juga jika
diteliti jadual 2.1 dan jadual 2.2 didapati bahawa ada peningkatan dari segi markah yang
diperoleh oleh murid seperti jadual di bawah berikut.
Markah Kekerapan Kekerapan Ujian Pra Ujian Pasca
0 12 0
18 0
25 0
32 0
41 0
50 0
60 1
70 0
80 2
180
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
90 5
10 0 8
11 0 12
Maka berdasarkan jadual di atas didapati bahawa ada peningkatan dalam kalangan murid
4 Ehsan ini. Malahan min ujian pasca ialah 10 lebih tinggi berbanding min ujian pra iaitu 1.
Ini bermaksud markah bagi ujian pasca lebih baik dan meningkat berbanding ujian pra. Ini
membuktikan keberkesanan resos ini dalam mengatasi masalah murid dalam mentafsir data.
Graf Perbandingan kekerapan ujian
pra dan pasca melawan markah
12
12 12
8
7
8
2 0 0 5 0 20 10 00 01 00 02 0 5 0 0
-3 kekerapan ujian pra kekerapan ujian pasca 12 3 4 5 6
Berdasarkan graf di atas juga turut menjelaskan ada berlakunya peningkatan
markah bagi kelas tersebut. Sebelum pengintegrasian resos ini dalam PdP murid hanya
boleh mencapai markah maksimum 5 dan hanya seorang murid daripada 28 orang berjaya
mendapat markah 5 daripada 11 manakala yang lain hanya mampu mendapat markah 0,1,
2, 3 dan 4. Namun selepas melaksanakan PdP dengan bantuan resos murid berjaya
mencapai sekurang-kurangnya 7 markah daripada 11 dan ada yang mampu mendapat
markah penuh iaitu seramai 12 orang. Maka daripada ini kita dapat simpulkan bahawa kajian
ini berjaya dalam membuktikan bahawa Kit Tri-pikto mampu mengatasi masalah murid keliru
dan cuai dalam mentafsir data dari piktograf.
Kekuatan Resos
Bukan itu sahaja kekuatan resos juga dapat dibincang dalam kajian ini melalui analisis
bahagian tiga. Ramai responden atau murid bersetuju bahawa resos yang dibina ini menarik,
mudah, jimat masa, puas hati dan cepat. Ini kerana markah atau skala yang mereka berikan
sangat tinggi iaitu 3 kebanyakannya. Maka ini menunjukkan kelebihan dan kekuatan resos
ini. Bukan itu sahaja melalui pemerhatian, murid lebih gemar menggunakan resos atau bbm
semasa aktiviti PdP kerana mereka dapat menggunakan contoh yang maujud semasa
belajar.
Selain itu, resos ini bersifat mobiliti iaitu mudah di bawa kema-mana kerana terdapat dalam
bentuk kit iaitu fail dan bersaiz sederhana. Penghasilan kit yang bersifat mobiliti ini amat
penting supaya memudahkan guru untuk membawanya dan menggunakannya di hadapan
kelas. Bukan itu sahaja kos digunakan untuk resos ini hanyalah sedikit kurang daripada
RM20 untuk menghasilkan satu kit yang mempunyai set besar, set kumpulan dan set
individu dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan resos ini boleh didapati dengan
mudah hanyalah kerta keras, fail dan pelekat tack it.
181
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Kelemahan Resos
Memandangkan resos ini diperbuat daripada plastik laminet maka ia akan menghasilkan
bucu-bucu yang tajam dan berbahaya kepada murid. Hampir kesemua set individu dan
kumpulan telah diperbaiki dan digunting secara bulat untuk mengelakkan daripada
menghasilkan bucu yang tajam yang bahaya. Namun masih ada segi tiga yang terlepas
pandang dan mempunyai bucu-bucu tajam ini.
Dalam kajian ini juga mendapati bilangan responden yang terlalu sikit. Hal ini
demikian kerana murid di dalam kelas tersebut hanya terdapat 28 orang murid. Maka, data
yang diperoleh semasa analisis resos adalah kurang tepat. Selain itu juga, kekangan masa
dialami semasa melakukan kajian ini. Hal ini kerana, terdapat seminggu sahaja untu
melakukan kajian ini di sekolah. Ditambah pula ada guru yang tidak dapat memberikan masa
untuk melaksanakan kajian di kelas tertentu kerana terlalu mengejar silibus sehinggakan
tiada masa untuk perkara lain.
Rancangan Penambahbaikan
Tidak ketinggalan juga beberapa penambahbaikan boleh dilakukan jika kajian dilakukan
pada masa akan datang iaitu dengan menambah lagi bilangan responden iaitu bilangan
murid iaitu sekurang-kurangnya 40 responden. Hal ini adalah penting bagi menghasilkan
data yang lebih jiitu dan tepat.
Malahan juga, material yang digunakan untuk menghasilkan segi tiga boleh ditukar untuk
mengelakkan daripada bahaya kepada murid. Contohnya menggunakan kertas gambar
untuk menghasilkan segi tiga yang cantik tetapi pada masa yang sama tidak bahaya dan
tiada bucu tajam. Soalan pada soal selidik juga perlu diperbanyakkan sesuai dengan soalan
kajian yang telah dinyatakan. Ini amat penting supaya kajian hasil kajian dapat menjawab
segala persoalan kajian. Lantas, data yang dihailkan lebih terperinci dan tepat.
4.5 RANCANGAN PENAMBAHBAIKAN PAK-21
Setelah diuji keberkesanan resos ini dalam mengatasi masalah kecuaian dan kekeliruan
dalam pentafsiran data dari piktograf, banyak lagi perkara yang boleh ditambah ke dalam
resos ini untuk menjadikannya sebagai satu resos yang lengkap dan mempunyai kejituan
yang tinggi dalam mengatasi masalah tersebut.
Pertama sekali membentangkan hasil kajian resos bersama rakan-rakan guru lain
untuk melihat keberkesanannya. Di samping itu perkara ini boleh dijadikan PLC dan juga
boleh merujuk resos ini pada pakar rujuk atau ahli PLC. Dengan demikian barulah dapat
dipastikan kelemahan sebenar resos ini dan bagaimana untuk mengatasi kelemahan ini.
Bukan itu sahaja, resos ini boleh diperbanyakkan lagi analisis instrumen. Contohnya untuk
menguji keberkesanan resos ini, guru boleh menggunakan lembaran kerja sebagai
instrumen tetapi menambahkan lagi pelbagai alat pentaksiran seperti pentaksiran rakan
sebaya dan pentaksiran kendiri. Melalui ini pelbagai maklumat dapat diperoleh berdasarkan
pentaksiran pentaksiran ini. Dengan demikian, hasil analisis atau data yang diperoleh
menjadi lebih bagus dan berkesan. Ini kerana lembaran kerja tidak cukup untuk menjadi alat
atau instrumen oenilaian keberkesanan resos ini.
182
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Akhir sekali guru hendaklah memasukakan elemen strategi PAK-21 ke dalam penghasilan
resos. Antaranya ialah pembentangan, mungkin murid boleh membentang hasil jawapan
mereka dengan menggunakan resos ini di hadapan kelas. Ataupun mungkin resos ini dapat
dijadikan sebagai satu permainan semasa proses PdP. Hal ini demikian kerana permainan
dapat menarik perhatian murid dan kesemua pancaindera murid di samping menjadikan
aktiviti PdP di dalam bilik darjah menjadi lebih seronok. Banyak lagi elemen yang boleh
dimasukkan seperti Peta I-Thunk, Gallery Walk dan sebagainya.
5.0 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL
5.1 Pengenalan
Professional Learning Community (PLC) ataupun komuniti pembelajaran profesional
merupakan satu platform untuk guru-guru berkolaboratif secara profesional dan berkongsi
amalan terbaik serta membudayakan PLC untuk melonjakkan kemenjadian murid (Amin
Senin, 2019). PLC di Malaysia telah bermula pada tahun 2011, Bahagian Pendidikan Guru
(BPG) telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan dan mengerakkan PLC di 289 buah
sekolah berprestasi rendah di seluruh negara. Hasrat utama PLC tertumpu kepada
perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti,
merancang program berfokus, menggerakkan sumber sedia ada di persekitaran dab
berkongsi kepemimpinan dalam merealisasikan Dasar Pendidikan Negara untuk membina
modal insan yang berkualiti dan seimbang pada masa hadapan.
Pembudayaan PLC pula merujuk kepada amalan para pendidik yang komited,
bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri dan kajian tindakan untuk
meningkatkan pencapaian murid. Maka menerusi amalan ini, ia dapat mewujudkan
kerjasama dan semangat kesukarelaan dalam kalangan guru yang menjurus kepada
peningkatan kualiti profesionalisme guru.
Jelaslah bahawa PLC dapat dideffinisikan sebagai sekumpulan guru yang komited
dan berkolaboratif secara berterusan untuk meningkatkan kualiti guru dalam emrealisasikan
kemenjadian murid. Antara idea utama PLC ini adalah untuk 1) Mmeastikan pembelajaran
murid, 2) Kolaboratif antara guru dan 3) Fokus kepada pencapaian murid ke tahap yan
glebih tinggi.
Umumnya strategi dan alat kolaboratif PLC ini terbahagi kepada 5 strategi iaiitu
dialog refleksi, perkongsi amalan terbaik, fokus secara kolektif terhadap pembelajaran murid,
kolaboratif dan berkongsi norma dan nilai. Namun dalam penulisan ini akan memperincikan
mengenai alat kolaboratif belajar menggunakan rancangan harian.dalam konteks ini
penulisan ini akan menghuraikan bagaimana hendak merancang aktiviti PdP Matematik
untuk menyelesaikan masalah murid dengan menggunakan strategi PLC iaitu belajar
menggunakan rancangan harian.
183
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Rajah 1 : Strategi dan alat kolaboratif
5.2 Perancangan Aktiviti PdP
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2019), belajar menggunakan rancangan harian
merupakan satu amalan guru-guru secara kolaboratif untuk merancang dan menyediakan
satu rancangan mengajar, membuat pemerhatian terhadap oengajaran guru, membuat
refleksi terhadap PdP, mengubah suai untuk menambah baik rancangan mengajar dan
melaksanakan penambahbaikan yang telah dipersetujui.
Objektif bagi PLC ini adalah untuk 1) Meningkatkan kualiti pengajaran guru dan
pembelajaran murid dalam jangka masa panjang, 2) Meningkatkan amalan refleksi guru dan
3) Membina pengetahuan dan pemahaman guru mengenai masalah pembelajaran murid.
Maka bagaimanakah hendak merancang aktiviti PdP dengan menggunakan strategi belajar
menggunakan rancangan harian akan diterangkan dalam bahagian ini dengan teliti.
Membentuk Kumpulan Guru
Langkah paling utama dalam sesuatu PLC ialah membentuk sekumpulan guru yang ingin
berkolaborasi. Kolaborasi yang dilaksanakan oleh guru ini menjurus kepada bagaimana
mereka hendak menyelasaikan masalah dalam PdP yang dihadapi oleh guru dan murid.
Dengan demikian kumpulan guru ini dapat meningkatkan kualiti PdP mereka.
Kenal Pasti Masalah Murid
Pertama sekali, apakah masalah yang dihadapi murid? Maka masalah yang dihadapi oleh
murid ialah murid tidak dapat mentafsir piktograf dengan tepat kerana murid sentiasa
mengabaikan nilai petunjuk ataupun sentiasa melakukan kecuaian semasa pengiraan
(Matematik tahun 4, pengurusan data). Bagaimanakah masalah ini diperoleh ialah melalui
perbincangan bersama guru-guru Matematik dan berdasarkan keputusan peperiksaan murid
yang menunjukkan murid lemah dalam bahagian ini. Maka daripada masalah ini, kumpulan
guru boleh menentukan alat PLC yang manakah berkesan bagi mengatasi masalah ini.
184
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Dalam masalah ini kumpulan guru memilih untuk mengaplikasikan alat PLC di bawah alat
belajar menggunakan rancangan harian untk mengatasi masalah ini ataupun menghasilkan
resos yang baik dan berkesan.
Menentukan Matlamat Dan Merangka RPH
Sejurus selepas mengetahui masalah yang dihadapi murid, guru perlu memnentukan
matlamat pengajaran. Ini bermaksud sekumpulan guru berkolaboratif akan menentukan
matlamat dan merangka Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Seorang guru akan dilantik
menjadi ketua kumpulan untuk mengendalikan PLC ini. Kemudian guru bersama berbincang
dan menentukan objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Objektif pembelajaran mestilah
dalam bentuk kuantitatif iaitu boleh dikira dan ditafsir. Malahan, objektif pembelajaran
mestilah ringkas dan tepat tidak meleret.
Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :
1. 80% murid (23 murid) dapat menjawab 8 daripada 11 soalan dalam
lembaran kerja pasca piktograf
2. 80% murid dapat menyebut dan membandingkan secara lisan
maklumat daripada piktograf.
Rajah 1 : Contoh objektif pembelajaran yang boleh digunakan
Dalam proses ini juga guru boleh menghasilkan satu resos yang boleh digunakan
untuk mengatasi masalah yang dialami murid iaitu tidak dapat mentafsir piktograf. Setelah
itu, resos ini perlu dimasukkan ke dalam RPH tersebut. Resos mestilah mempunyai sifat
mudah difahami dan tidak merumitkan lagi masalah yang dihadapi murid. Ini bermaksud
resos ini bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi murid dan bukannya menambah
lagi masalah yang dihadapi murid. Dalam proses ini juga, RPH dibina secara lengkap
daripada fasa permulaan hinggalah fasa penutup. Sumber pengajaran juga disediakan
bersama-sama RPH ini. Kemudiannya, strategi pengajaran perlu dibentang dengan teliti
dalam kalangan guru untuk memastikan peningkatan kualiti pengajaran guru dan
pembelajaran murid. Akhir sekali dalam proses ini ialah kumpulan guru ini menentukan kelas
dan guru untuk melaksanakan PdP berdasarkan RPH dan sumber pengajaran yang dibina.
Pelaksanaan Pengajaran
Langkah yang seterusnya ialah pelaksanaan pengajaran guru dan kelas yang dipilih akan
melaksanakan PdP berdasarkan RPH dan sumber pengajaran yang dibina. Guru hendaklah
melaksanakan PdP dengan mengikuti RPH yang dibina sepenuhnya. Barulah ia dapat
menunjukkan hasil yang berkesan ataupun hasil yang jelas. Di samping itu juga, ahli lain
akan membuat pemerhatian dan mengumpul maklumat berdasarkan objektif berpandukan
RPH yang disediakan. Ini bermaksud ada guru yang akan memasuki kelas tersebut tetapi
hanya sebagai pemerhati. Dengan demikian, guru atau ahli yang memerhati ini akan
merekod segala kekuatan RPH yang dibina dan kelemahan RPH yang dibina. Bukan itu
sahaja seorang pakar rujuk juga dijemput sebagai pemerhati. Pakar rujuk ini merupakan
seperti pendidik iaitu profesor atau pensyarah di pusat pengajian tinggi, ataupun guru
cemerlang dan pentadbir seperti pegawai dari kementerian pendidikan.
Sesi Refleksi Pengajaran
185
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Selepas melaksanakan pengajaran dan pemerhatian, satu sesi refleksi akan dilaksanakan
dalam kumpulan guru tersebut. Isu pertama yang akan dinilai ialah memastikan objektif
pembelajaran tercapai atau tidak. Jikalau objektif pembelajaran tercapai maka ia
menunjukkan satu RPH yang bagus manakala objektif pembelajaran yang tidak tercapai
menunjukkan kelemahan RPH. Seterusnya, ahli kumpulan berbincang untuk menilai
keberkesanan RPH yang dilaksanakan sama ada ia perlu dimurnikan lagi ataupun
dikekalkan. Bukan itu sahaja, pakar rujuk yang dijemput juga akan bertindak sebagai
pemudah cara dan mengemukakan pandangan serta cadangan penambahbaikan. Maka
pakar rujuk ini memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan aktiviti PdP dan
RPH yang dilaksanakan dan dibina itu berkesan atau tidak.
Penambahbaikan RPH dan Pengajaran Semula
Akhir sekali ialah membuat penambahbaikan bagi RPH dan sumber pengajaran yang dibina.
Sebagai contohnya pakar rujuk menyatakan ada kelemahan dari segi aktiviti PdP, maka
kumpulan guru itu perlulah memurnikan lagi bahagian aktiviti PdP dalam RPH tersebut.
Setelah memurnikan segala aspek yang dinyatakan oleh pakar rujuk atau dari perbincangan
PdP hendaklah diulang semula untuk melihat penambahbaikan PdP. Akhir sekali ialah
kumpulan guru ini akan berkongsi maklumat dan RPH yang dibina dengan rakan-rakan guru
yang lain. Kaedah ini dikenali sebagai berkongsi amalan terbaik. Kesannya, guru-guru dapat
melaksanakan satu sesi PdP yang telahpun disempurnakan oleh kumpulan guru PLC ini.
5.3 Kesimpulan
Secara konklusinya amalan atau PLC belajar menggunakan rancangan harian merupakan
satu aspek yang amat bagus jika dialksanakan di sekolah. Hal ini demikian kerana, melalui
PLC ini guru dapat berkolaborasi dan bertukar-tukar idea yang bernas nntuk melaksanakan
sesuatu PdP. Kesannya, PdP yang dilaksanakan di dalam bilik darjah akan menjadi
bertambah baik. Sebagai contohnya, PdP yang dilaksanakan akan sentiasa mencapai
objektif pembelajaran yang ditetapkan. Jelaslah bahawa, prosedur belajar menggunakan
rancangan harian ini bermula daripada tentukan matlamat pengajaran hinggalah mengubah
suai rancangan mengajar.
Rajah 2 : Prosedur belajar menggunakan rancangan pengajaran
RUJUKAN
Amin Senin (2019). Kit PLC. Putrajaya
Atan Long (1982). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Boon P.Y, Lee L.H & Lawrence (2017). Pentaksiran Dalam Pendidikan. Putrajaya : Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
186
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Kerlinger, F.N. (1986). Foundations of Behavioral Research. 3rd Edition, Holt, Rinehart and
Winston, New York.
KPM (2016). Pentaksiran Bilik Darjah. Diperoleh daripada
https://www.moe.gov.my/soalan-lazim-menu/kurikulum/kurikulum
KPM (2019). Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (Edisi ke-2). Putrajaya.
KPM (2019). Kit PLC. Putrajaya.
Majid (1993). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Johan bin Zakaria. (2002). Perkaitan antara Pendekatan Belajar dan Kemahiran
Menyelesaikan Masalah dengan Keupayaan Menyelesaikan Masalah. Tesis Doktor
Falsafah Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Majid (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
PustakReadman, K., & Allen, B. (2013). Practical Planning and Assessment.
Melbourne: Oxford University Press.
Tuckman, Bruce W. (1988). Conducting Educational Research. San Diego, California:
Harcourt Brace.
Van Dalen (1979). Understanding Educational Research : An Introduction. McGraw-Hill
Companies.
LAMPIRAN 1: Contoh Portfolio
187
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
LAMPIRAN 2: Contoh Portfolio
188
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
LAMPIRAN 3: Contoh Penilaian Rakan Sebaya
LAMPIRAN 4: Contoh Penilaian Rakan Sebaya
189
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
190
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
LAMPIRAN 5: Contoh Piktograf Kosong
LAMPIRAN 6: Lembaran Kerja Pra
191
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
LAMPIRAN 7: Lembaran Kerja Pasca
LAMPIRAN 8: Borang Penilaian Murid
192
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
BORANG MAKLUM BALAS RESOS TRI-PIKTO
ma : Kelas :
atkan mengikut skala 1, 2 atau 3.
1 Tidak setuju
2 Setuju
3 Sangat setuju
hagian Pertama : Keberkesanan Resos tri Skala
-Pikto
o. Soalan
m
1 Dengan bantuan resos tri-Pikto saya dapat mentafsir piktograf 123
dengan teliti dan tepat.
2 Dengan bantuan resos tri-Pikto saya dapat memindahkan 123
maklumat daripada piktograf kepada nombor.
hagian Kedua : Kelebihan Resos tri-Pikto
o. Soalan Skala
m
Resos tri-Pikto berkesan dalam mengatasi masalah murid dalam
Tajuk Piktograf Tahun Empat dengan :
3 Cepat 123
4 Mudah 123
5 Jimat masa 123
6 Menarik 123
193
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Puas hati 123
LAMPIRAN 9: Kit Tri-Pikto
12 20
7
41
24 5
3
8
21 91
194
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
KGG CONVERTER
Ahmad Afiq bin Ahmad Nazri
Muhammad Azzrul Hafizs bin Mokti
1.0 PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan generasi yang
berilmu, berketrampilan, berkemahiran tinggi dan mempunyai jati diri yang kukuh. Dalam
bidang pendidikan Sains dan Matematik, Matematik merupakan satu daripada mata
pelajaran yang penting di mana penguasaan dan kecemerlangan Matematik menjadi asas
kepada kemajuan sesebuah negara (Hamdan, 2000). Akan tetapi, Matematik sering
dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar difahami dan membosankan murid.
Pembelajaran Matematik adalah sesuatu yang sukar untuk kebanyakan murid kerana
mereka tidak dapat menggambarkan konsep abstrak tersebut. Bagi tujuan ini, penggunaan
pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan
sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid (Ahmad Hozi H. A. Rahman,
2011).
Dalam kehidupan seharian, memang tidak lari dengan perkaitan dan ukuran melibatkan
matematik dan dikhususkan lagi dengan unit ukuran jisim kilogram dan gram. Namun,
terdapat masalah yang timbul daripada topik berikut iaitu penukaran jisim yang mana
menjadi kekeliruan dalam kalangan murid-murid sekolah. Menerusi pendekatan dan kaedah
yang biasa tidak mampu mengukuhkan konsep penukaran unit bahkan bagi mereka
perkara sebegitu terlalu abstrak sehingga mereka mengabaikan kemahiran menukar unit
mempengaruhi pencapaian akademik bagi subjek matematik. Penukaran unit adalah asas
kepada topik ini mempengaruhi tahap-tahap pencapaian yang lain seperti operasi asas
dalam unit jisim dan penyelesaian masalah dalam unit ukuran jisim.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
2.1 Kekeliruan menyusun nombor-nombor digit perpuluhan semasa penukaran
unit
Kesilapan berlaku apabila murid-murid yang mempelajari topik penambahan nombor
perpuluhan sebelum topik penukaran unit ukuran jisim mengalami kekeliruan apabila ingin
menyusun nombor-nombor dalam kilogram tersebut.
Rajah 1: Kesalahan umum semasa melakukan penukaran unit jisim
Murid sering kali keliru untuk meletakkan nombor-nombor perpuluhan pada tempatnya
seperti yang ditunjukkan rajah di atas. Perkara ini perlu dijelas dengan meletakkan ruangan
195
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
mengikut nilai tempat. Hal ini adalah bagi mengelakkan berlaku kesilapan sewaktu
menentukan tempat titik perpuluhan selepas penukaran unit jisim.
2.2 Tidak memahami rumus penukaran unit ukuran jisim
Berdasarkan pemerhatian dan dapatan kajian yang telah dilakukan, murid masih tidak
menguasai dan memhami konsep rumus dalam penukaran. Murid tidak mahir dalam
mrnukarkan menggunakan kaedah lompatan titik perpuluhan.
× 1000
Kg g
÷ 1000
Rajah 2: Rumus penukaran unit ukuran jisim melibatkan kilogram dan gram
3.0 OBJEKTIF
KGG Converter merupakan satu resos dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menangani
masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 3 dalam pembelajaran topik penukaran unit
ukuran jisim melibatkan kilogram dan gram. Resos ini bertujuan untuk:
3.1 Mengatasi kekeliruan murid-murid Tahun 3 dalam menyusun nombor-nombor
perpuluhan untuk tujuan penukaran unit ukuran jisim.
3.2 Membantu murid Tahun 5 menentukan tempat titik perpuluhan semasa dan selepas
penukaran unit jisim dilakukan.
4.0 RESOS
KGG Converter merupakan singkatan kepada Kilogram-Gram Converter. Ia merupakan satu
kaedah PdP Matematik yang menarik kerana melibatkan kaedah penukaran unit yang
berbeza darpada kaedah biasa. Kaedah ini dapat membantu murid mengatasi masalah yang
dihadapi dalam penukaran unit jisim yang melibatkan nombor perpuluhan dalam
menukarkan unit ukuran jisim yang melibatkan kilogram dan gram.
4.1 Tinjauan Literatur
Tinjauan literatur ini melihat kepada teori PdP yang membantu dalam pembelajaran murid di
sekolah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 3, murid
Tahun 3 perlu mempelajari tajuk Jisim di bawah topik 6, Ukuran dan Sukatan di mana
Standard Kandungan 6.2.1 menjadi fokus resos ini.
196
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Rajah 3: DSKP Matematik Tahun 3
4.2 Bahan Resos
KGG Converter merupakan satu resos yang menarik dan menyeronokkan bagi muridmurid
Tahun 3. Hal ini bertujuan untuk memastikan murid-murid tidak bosan dan memberikan
sepenuh perhatian. Kandungan KGG Converter ialah:
Rajah 4: Muka hadapan KGG Converter
197
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Rajah 5: Kandungan KGG Converter
4.3 Penggunaan Resos
KGG Converter menggunakan kaedah belajar sambil bermain agar dapat menarik minat
murid-murid dan. Menurut Landreth, Baggely dan Tyndall (1999), bermain adalah perlu
dalam kehidupan kanak-kanak. Apabila keperluan bermain kanak-kanak dipenuhi, secara
tidak langsung minatnya terhadap pembelajaran akan bertambah dan motivasinya juga akan
meningkat (Ashari, Kosnin dan Jiar, 2012). Penggunaan resos ini mmudahkan murid untuk
mengisi nombor-nombor digit di jalur nilai tempat yang telah ditetapkan.
Rajah 6: Brosur manual penggunaan KGG Converter
198
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Rajah 7: Brosur manual penggunaan KGG Converter
4.4 Kos
Jadual 1 menunjukkan anggaran perbelanjaan yang digunakan bagi menghasilkan resos
KGG Converter.
Jadual 1: Bahan dan kos
Bil Bahan Harga seunit Kuantiti Harga (RM)
(RM) 0.30
0.80
1 Kertas A4 0.10 3 2.00
2.00
2 Kertas warna 0.20 4 0.90
Jumlah 6.00
3 Pen marker 2.00 1
4 Pemadam 2.00 1
5 Kertas laminate 0.30 3
5.0 PELAKSANAAN RESOS
199
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Resos KGG Converter ini telah diuji di sebuah sekolah. Responden terdiri daripada murid-
murid Tahun 3. 20 orang murid dari kelas 3 alfa di Sekolah Kebangsaan Berungis Tuaran
diminta untuk menjawab lemabaran kerja (Ujian Pra) mengandungi enam soalan mengenai
tajuk penukaran unit ukuran jisim melibatkan kilogram dan gram. Murid-murid kemudian
diperkenalkan kepada KGG Converter, cara penggunaannya dan mereka diberikan peluang
untuk menggunakan resos tersebut. Seterusnya, setelah menggunakan KGG Converter, 20
orang murid tadi telah diedarkan lembaran kerja kedua (Ujian Pasca) mengandungi soalan
yang baru mengenai tajuk penukaran unit ukuran jisim melibatkan kilogram dan gram untuk
menguji keberkesanan resos ini. Skor bagi ujian pra-KGG Converter dan ujian posKGG
Converter telah direkodkan. Seramai 20 orang murid Tahun Tiga telah diedarkan borang
soal selidik mengenai keberkesanan resos KGG Converter.
5.1 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
JABATAN SAINS DAN MATEMATIK
IPGK KENT, TUARAN
Mata Pelajaran Matematik
Tarikh 3.3.2020 (Selasa)
Masa 8.50 – 9.50 pagi
Kelas 3 Alfa
Bilangan Murid 25 Orang
Tema Sukatan dan Geometri
Tajuk Jisim
Kemahiran/Fokus Kemahiran penukaran unit jisim
Kemahiran Sedia Ada Kemahiran darab dan bahagi
Standard Kandungan 6.2 Jisim
Standard Pembelajaran 6.2.1 Menukar unit ukuran jisim melibatkan kilogram
dan gram.
6.2.2 Menyelesaikan ayat matematik tambah hingga tiga
ukuran jisim melibatkan kilogram dan gram. Pada akhir
pembelajaran,murid dapat:
a) Menjelaskan konsep unit jisim melibatkan kilogram dan
gram dengan betul tanpa bantuan
Objektif Pembelajaran guru.
b) Menukar unit jisim melibatkan kilogram dan gram
dengan betul tanpa bantuan guru.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah Hasil kerja,pemerhatian terhadap maklum balas murid Tabiat
Berfikir (HOM) Berusaha untuk ketepatan dalam menyelesaikan tugasan
Elemen Merentas Kurikulum Nilai murni,komunikasi (EMK)
200