KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
untuk menstrukturkan permukaan yang perlu diambil kira untuk mencari luas permukaan
gabungan bentuk tiga dimensi. Dengan adanya alat ini juga, guru lebih mudah menjelaskan
sebab mengapa bahagian permukaan tertentu sahaja yang perlu diambil kira. Tambahan
pula, resos ini mampu meningkatkan lagi semangat ingin tahu murid yang mampu
menjadikan murid berminat untuk mendengar dan mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Dalam pada itu, resos ini juga secara tidak langsung mengandungi unsur permainan.
Alam kanak-kanak tidak dapat dipisahkan daripada bermain. Menurut Mok Soon Sang
(2011), sejak lahir main merupakan aktiviti utama dalam perkembangan kanak-kanak.
Menurut Arba’ie & Nik Rafidah (2011) perasaan gembira atau sedih, suka atau duka, marah
atau sayang, berani atau takut dan pelbagai perasaan yang wujud dalam diri manusia akan
mempengaruhi tindakan, persepsi dan aktiviti kehidupan individu. Oleh yang demikian,
konsep main yang wujud mampu menimbulkan rasa seronok dalam diri murid untuk terus
kekal memberikan tumpuan terhadap topik yang dipelajari.
5.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Selepas melakukan pengujian keberkesanan resos yang dihasilkan iaitu ‘Magic Square’ di
bilik darjah, terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti dan berikut merupakan
beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan.
5.1 Cadangan Penambahbaikan Resos
Kelemahan 1:
Saiz atau ukuran bentuk tiga dimensi kubus dan kuboid yang besar menyebabkan murid
mengambil masa yang lama untuk melekatkan magnet pada keseluruhan permukaan
bentuk tiga dimensi tersebut dan akhirnya mengundang rasa bosan untuk melakukan
aktiviti. Murid juga mengambil masa yang lama untuk mengira jumlah bilangan unit magnet
yang dilekatkan pada permukaan bentuk tiga dimensi mengakibatkan masa lebih banyak
diperlukan untuk melaksanakan aktiviti.
Cadangan Penambahbaikan:
Mengurangkan saiz bentuk tiga dimensi kubus dan kuboid. Cadangan penambahbaikan
bagi saiz kuboid besar adalah daripada 12 x 8 x 8 kepada 10 x 5 x 5 manakala saiz kubus
daripada 8 x 8 x 8 kepada 5 x 5 x 5. Saiz kuboid kecil ditukarkan daripada 6 x 4 x 4 kepada
5 x 3 x 3. Dengan ini, murid dapat melekatkan magnet dengan kadar segera dan dapat
mengelakkan murid daripada bosan kerana terlalu banyak magnet yang perlu dilekatkan.
Guru juga dapat menyelesaikan penerangan selaras dengan masa yang telah ditetapkan
dalam rancangan pengajaran harian.
Kelemahan 2:
Kertas magnet yang digunakan terlalu nipis menyebabkan kesukaran untuk mencantumkan
dua bentuk tiga dimensi. Hal ini menyebabkan murid sukar untuk mengubah posisi bentuk
tiga dimensi semasa melakukan aktiviti. Tambahan pula, kertas magnet yang terlalu nipis
menyebabkan magnet mudah tertanggal selepas dilekatkan pada permukaan bentuk tiga
dimensi. Ini disebabkan magnet yang nipis dan bersaiz kecil mempunyai daya magnet yang
lemah.
Cadangan Penambahbaikan 2:
Gunakan kertas magnet yang lebih tebal. Hal ini kerana, semakin tebal suatu kertas magnet
maka semakin kuat daya magnet yang dihasilkan. Dengan ini, dua bentuk tiga dimensi
dapat dicantum dengan lebih kukuh dan magnet yang perlu dilekatkan pada permukaan
51
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
bentuk tiga dimensi tidak mudah tertanggal terutama bagi magnet yang digunting dengan
saiz 1x1.
Kelemahan 3:
Murid mengambil masa yang lama untuk menstrukturkan dan mengeluarkan permukaan
bentuk tiga dimensi yang perlu diambil kira untuk mencari luas permukaan. Contohnya, bagi
bentuk berikut, murid cenderung mengira luas permukaan A sebagai 5 x 4 dan bukan 5 x 2.
Ini menunjukkan murid mengalami kesukaran untuk menstrukturkan ukuran dan permukaan
yang perlu diambil kira.
Permukaan A
Cadangan Penambahbaikan 3:
Menyediakan suatu kerangka kertas untuk meningkatkan kemahiran visualisasi murid
terhadap gambar rajah di samping melatih pemikiran murid untuk lebih sistematik. Dengan
ini, murid tidak terlepas pandang dengan ukuran-ukuran dan bahagian-bahagian tertutup
yang perlu diambil kira semasa melakukan pengiraan terhadap luas permukaan gabungan
bentuk tiga dimensi. Berikut merupakan kerangka kertas yang boleh digunakan murid.
Dengan menggunakan kerangka kertas ini, murid akan melukis setiap permukaan
yang dilihat. Apabila murid dilatih untuk mengira luas permukaan dengan cara sistematik ini
di bilik darjah, maka murid akan lebih mudah menjawab soalan peperiksaan dengan lebih
cepat dan mudah kerana dapat berfikir dengan lebih sistematik. Clausen-May (2006, dalam
Shirley & Jong, 2010) menyatakan bahawa perkaitan antara grafik dan prosedur boleh
dilihat dengan lebih jelas menggunakan gambar rajah yang dilukis berikutan pemahaman
yang telah diperkaya.
5.2 Cadangan Baharu Berkaitan Kehidupan Seharian Menggunakan Pelbagai
Pedagogi Berasaskan PAK-21
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang memberi tumpuan kepada pembelajaran
52
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
abad ke-21 serta idea berkaitan peranan guru sebagai pemudahcara. Antara teknik
pengajaran PAK-21 adalah seperti Flipped Classroom, Blended Learning, Project-Based
Learning, Problem Based Learning dan Inquiry-Based Education. Umumnya, teknik ini telah
menyepadukan teknologi dalam rutin bilik darjah menjadi satu kemestian yang perlu
diamalkan oleh guru. Menurut Norazlin & Siti Rahaimah (2019), pengintegrasian teknologi
maklumat dan media yang menjadikannya bertepatan dengan pedagogi juga merupakan
teknik pengajaran yang akan mempermudah dan menyokong murid mencapai kemajuan
dalam pembelajaran abad ke-21 di samping menawarkan peluang kepada murid untuk
menguasai pelbagai kemahiran termasuklah kemahiran kolaborasi, kemahiran maklumat
dan pembelajaran akses kendiri. Justeru itu, cadangan baharu yang boleh dilaksanakan
adalah membangunkan media pembelajaran berkaitan topik menggunakan alat
pengarangan yang sesuai.
Menurut Abdul Jasheer Jayaseelan et al (2019), media PdP mampu membantu
menggalakkan pembelajaran kendiri murid sehingga murid dapat belajar melalui media
yang ada tanpa perlunya bimbingan daripada guru. Kesannya minat, sikap
bertanggungjawab dan disiplin murid terhadap pembelajaran dapat dibangkitkan.
Prambayun (2015) menyatakan gamifikasi dapat membantu meningkatkan pencapaian juga
kemahiran berfikir murid. Justeru itu, salah satu media yang boleh dimanfaatkan adalah alat
pengarangan seperti Scratch untuk mewujudkan sebuah gamifikasi yang bersesuaian
dengan resos dan isi pelajaran. Gamifikasi pembelajaran merupakan salah satu kaedah
yang boleh digunakan untuk menyelesaikan suatu masalah melalui cara berfikir ketika
bermain dan ini merupakan satu usaha untuk membuat penyampaian pembelajaran lebih
menarik (Prasetyo, 2016). Elemen gamifikasi ini boleh diterapkan dalam teknik pengajaran
flipped classroom di mana guru boleh membekalkan bahan pengajaran dalam bentuk
permainan sebagai pengajaran yang berlaku di rumah atau tempat serta masa yang sesuai
bagi murid. Menurut Maizatul (2009, dalam Maizatul., Md Nasir., & Laili Farhana., 2014)
pendekatan ini dipercayai dapat memberi peluang kepada murid untuk meneroka ilmu
secara kendiri dan seterusnya berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan, guru dan ibu
bapa. Dalam konteks ini, guru-guru boleh menggunakan pendekatan pembelajaran melalui
reka bentuk media untuk menerangkan konsep yang perlu dipelajari seterusnya murid
belajar melalui permainan digital yang direka.
Dalam media tersebut, guru boleh menghasilkan persembahan dengan membuat
animasi menggunakan objek mudah untuk membantu murid meningkatkan tahap
visualisasi khususnya untuk menentukan permukaan bentuk tiga dimensi yang perlu
diambil kira untuk mengira luas permukaan. Dalam teknik pengajaran flipped classroom,
murid yang mengikuti kelas tersebut akan berusaha menjawab soalan yang dikemukakan.
Oleh yang demikian, murid akan menguji kefahaman mereka melalui permainan interaktif
gamifikasi yang telah disediakan. Hal ini secara tidak langsung akan dapat membantu
murid untuk terus mengamalkan ilmu pengetahuan yang telah diterima daripada sesi
pengajaran dan pembelajaran terutama apabila media gamifikasi yang disediakan adalah
pelbagai. Menurut Kalantzis & Cope (2010, dalam Maizatul et al, 2014) pendekatan
pembelajaran melalui pengarangan media merupakan salah satu kaedah pembelajaran
berpusatkan murid yang dilihat mampu memberi impak positif dalam pengajaran guru.
Justeru itu, guru berperanan penting dalam memantau dan menilai permainan digital yang
dihasilkan.
6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, adalah wajar bagi guru meningkatkan lagi profesionalisme
keguruan demi meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Keupayaan guru dalam menyampaikan pengajaran yang berkesan di dalam kelas akan
53
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
memberi impak secara langsung terhadap pencapaian murid. Komuniti Pembelajaran
Profesional adalah salah satu peluang yang boleh digunakan guru untuk meningkatkan lagi
kemahiran melalui perkongsian bersama pelbagai pihak. Antara strategi yang boleh
diamalkan oleh guru adalah dialog reflektif, penswastaan amalan, fokus secara kolektif
terhadap pembelajaran murid, kolaborasi serta norma dan nilai dikongsi bersama.
Namun begitu, segala penambahbaikan yang dilakukan berdasarkan strategi KPP perlu
dinilai bagi memastikan keberkesanannya. Dalam hal ini, adalah perlu untuk guru
melaksanakan pentaksiran yang sesuai bagi menilai keupayaan murid dan status
pembelajaran murid agar dapat memastikan bahawa pembaharuan yang dilakukan mampu
memberikan impak yang maksimum kepada murid. Antara pentaksiran yang boleh
dilaksanakan untuk membuat penilaian terhadap pembelajaran murid adalah pentaksiran
autentik seperti pentaksiran portfolio dan pentaksiran penilaian kendiri. Dalam
melaksanakan sesuatu pentaksiran, guru perlu memastikan bahawa pembinaan item
adalah sesuai dan dapat memenuhi ciri dan prinsip pentaksiran yang baik seperti kesahan,
kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtadbiran dan kemudahtafsiran agar keputusan
yang diperoleh adalah tepat dan jitu.
Berdasarkan analisis yang telah dilakukan, dapat disimpulkan bahawa terdapat
peningkatan pencapaian terhadap pembelajaran murid dengan penggunaan resos dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Keputusan ini membuktikan bahawa resos yang
dihasilkan dapat membantu meningkatkan lagi tahap kefahaman dan kemahiran murid
dalam topik luas permukaan gabungan bentuk tiga dimensi. Justeru itu, kajian
keberkesanan resos telah dapat mencapai tujuannya iaitu untuk menguji keberkesanannya
terhadap pencapaian murid dalam mengatasi isu melibatkan luas permukaan gabungan
bentuk tiga dimensi.
RUJUKAN
Abdul Ghafar, M.N. (2011). Pembinaan & Analisis Ujian Bilik Darjah. (2 ed. Vol. 371.26).
Skudai: UTM Press.
Abdul Jasheer Jayaseelan., Noriati A. Rashid., Boon, P.Y., Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.,
& Wan Kamaruddin Wan Hassan. (2019). Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Selangor: Oxford Fajar.
Aimi Hafizah Fadzilah. (2017). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Koperatif
Berasaskan Abad ke -21: Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan
Nenas. Ijazah Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dicapai pada 25 Mac
2020 daripada
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/9885/1/Aimi_Hafizah_Fadzilah.pdf
Alis Puteh. (2008). Proses Pengajaran dan Pembelajaran du Sekolah-Sekolah Luar Bandar:
Satu Kajian di Kubang Pasu, Kedah. Universiti Utara Malaysia. Dicapai pada 24 Mac
2020 daripada https://www.researchgate.net/publication/283274408_PROSES_
PENGAJARAN_DAN_PEMBELAJARAN_DI_SEKOLAH-
SEKOLAH_LUAR_BANDA R_SATU_KAJIAN_DI_KUBANG_PASU_KEDAH
Amat Ujali Lan., & Affero Ismail. Minat Pelajar dalam Subjek Matematik Sekolah Rendah
Daerah Pontian. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dicapai pada 20 Mac 2020
daripada
54
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
https://www.researchgate.net/publication/313565119_Minat_Pelajar_dalam_Subj
ek_Matematik_Sekolah_Rendah_Daerah_Pontian
Arba’ie Sujud., & Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. (2011). Pembentukan Emosi Kanak
Kanak Melalui Bahan Bacaan Sastera. Jurnal Pendidikan Melayu, Jil 22, 66 – 89. Dicapai
pada 27 Mac 2020 daripada http://www.myjurnal.my/filebank/
published_article/23579/Article_4.PDF
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran Matematik Tahun 6. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2015). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Modul
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Tahun 6. Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru. (2006). Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Strategi 2:
Amalan Penswastaan. Malaysia: Kementerian Pelajaran Malayisa.
Boon Pong Ying. (2008). Amalan Reflektif Ke Arah Peningkatan Profesionalisme Diri Guru.
Jurnal IPBA Jabatan Ilmu Pendidikan. Jilid 3, Bil. 2, 102 – 109. Dicapai pada 25 Mac
2020 daripada
https://www.academia.edu/4437368/AMALAN_REFLEKTIF_KE_ARAH_PENING
KATAN_PROFESIONALIME_DIRI_GURU_Boon_Pong_Ying
Boon, P.Y., Lee, L.H., & Aeria, L.A. (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan. Selangor:
Oxford Fajar.
Faizah Ja’apar. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Daerah Pontian.
Ijazah Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dicapai pada 25 Mac
2020 daripada
http://eprints.uthm.edu.my/9573/1/FAIZAH_JA%E2%80%99APAR.pdf
Fariza Khalid., Zanaton Iksan., Md Yusoff Daud., & Roslinda Rosli. (2014). Penilaian
Proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajaran Mikro Melalui Analisis
Video. Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA. Universiti Malaya, 25 – 26
September. Dicapai pada 25 Mac 2020 daripada
https://www.academia.edu/8538824/Penilaian_Proses_Pengajaran_dan_Pembel
ajaran_dalam_Pengajaran_Mikro_melal ui_Analisis_Video
Haliza Hamzah., & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Selangor: Oxford Fajar.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013
– 2025. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Buku Panduan Pentaksiran Institut Pendidikan
Guru Malaysia. Selangor: Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Lai, K.L., Khaw, A.H., & Seah, A.K. (2001). Satu Kajan Mengenai Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik di Sekolah Rendah.
Jabatan Matematik Maktab Perguruan Matematik. Dicapai pada 25 Mac
55
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
2020 daripada http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/2001/2001_10_Laikl.pdf
Maizatul Hayati Mohamad Yatim., Md Nasir Masran., & Laili Farhana Md Ibharim. (2014).
Pendekatan Pembelajaran Melalui Reka Bentuk Permainan Digital dalam Proses
Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-kanak: Isu dan Cabaran. 5th International
Conference on Education Technology Surabaya Indonesia. Dicapai pada 27 Mac
2020 daripada
https://www.researchgate.net/profile/Laili_Farhana_Mi/publication/280444676_Pe
ndekatan_Pembelajaran_Melalui_Reka_Bentuk_Permainan_Digital_dalam_Pros
es_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Kanak-
kanak_Isu_dan_Cabaran/links/55db26b408aec156b9af860a.pdf
Manivannan A/L Subramaniam. (2017). Pemahaman Murid Tahun Lima Tentang Luas Segi
Empat. Tesis Falsafah Kedoktoran. Universiti Malaya. Dicapai pada 20
Februari 2020 daripada
http://studentsrepo.um.edu.my/7878/24/PEMAHAMAN_MURID_TAHUN_LIMA_T
ENTANG_LUAS_SEGI_EMPAT.pdf
Manivannan Subramaniam., & Nik Azis Nik Pa. (2011). Pemahaman Murid Tahun Lima
Tentang Luas Segi Empat: Kajian Awal. Tesis. Universiti Malaya. Dicapai pada 18
Februari 2020 daripada http://eprints.um.edu.my/13587/
Mohamad Nurizwan Jumiran. (2014). Kesan Teknik “HunTTO Square” Terhadap
Pencapaian Pelajar Bagi Mata Pelajaran Matematik di Sekolah Rendah. Ijazah
Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2020 daripada
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/7066/1/MOHAMAD_NURIZWAN_BIN_JUMIR
AN_24.pdf
Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah., Low, C.P., & Mohd Uzi Dollah. (2016). Pembinaan
Instrumen Penilaian Kendiri Pembelajaran Algebra Tingkatan Empat. Jurnal
Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia, Vol. 6, No. 2, 54 – 68. Dicapai pada 27
Mac 2020 daripada
http://ir.upsi.edu.my/1082/1/PEMBINAAN%20INSTRUMEN%20PENILAIAN%20K
ENDIRI%20PEMBELAJARAN%20ALGEBRA%20TINGKATAN%20EMPAT.pdf
Mok Soon Sang. (2011). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Selangor:
Penerbitan Multimedia.
Musimartin Simon. (2014). Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) Bagi Tiga
Kategori Prestasi Sekolah Rendah. Ijazah Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.
Dicapai pada 24 Mac 2020 daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/78286/1/MusimartinSimonMFP20141.pdf
Norazlin Mohd Rusdin., & Siti Rahaimah Ali. (2019). Amalan dan Cabaran Pelaksanaan
Pembelajaran Abad ke-21. Proceedings of the International Conference on Islamic
Civilization and Technology Management. Universiti Pendidikan Sultan Idris, 23-
24 November, 87 – 105. Dicapai pada 27 Mac 2020 daripada
https://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-Papers/ICTM-09.pdf
Nor Hasliza Mohamed. (2012). Penglibatan Pelajar dalam Pembelajaran Koperatif di
Sekolah Menengah Vokasional. Ijazah Sarjana. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia. Dicapai pada 27 Mac 2020 daripada
56
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/4164/1/NOR_HASLIZA_BINTI_MOHAMED.p
df
Prambayun, A., & Farozi, M. (2015). “Pola Perancangan Gamifikasi untuk Membangun
Engagement Siswa dalam Belajar.” STMIK AMIKOM Yogjakarta. Seminar Nasional
Teknologi Informasi dan Multimedia: ISSN: 2302-3805.
Prasetyo, I.A., Destya, S., & Rizky (2016). “Penerapan Konsep Gamifikasi pada
Perancangan Aplikasi PembelajaranAl-Quran.” STMIK AMIKOM Yogjakarta.
Seminar Nasional Teknologi Informasi dan Multimedia: ISSN: 2302-3805.
Shirly Urai Lawai., & Jong, C.F. (2010). Pendekatan Gambar Rajah dalam
Mengatasi Masalah Kesalahfahaman Penambahan Pecahan Wajar
Penyebut Tak Sama. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
(Matematik Pendidikan Rendah): 114 – 124. Dicapai pada 28 Mac
2020 daripada
http://www.emis.de/proceedings/PME29/PME29RRPapers/PME29Vol2Amato.pdf
Suhaizal Hashim. (2015). Kesan Sistem Pembelajaran Pentaksiran Portfolio
Kolaboratif Terhadap Proses Pentaksiran dan Pembinaan
Pengetahuan Pelajar. Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Teknologi
Malaysia. Dicapai pada 26 Mac 2020 daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/54856/1/SuhaizalHashimPFP2015.pdf
57
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
LAMPIRAN 1: PENGGUNAAN RESOS DI BILIK DARJAH
58
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
LAMPIRAN 2: UJIAN PRA
59
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
LAMPIRAN 3: UJIAN PASCA
60
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
LAMPIRAN 4: PENILAIAN KENDIRI MURID
LAMPIRAN 5: SKEMA JAWAPAN UJIAN PRA
61
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
a. Luas permukaan atas = bawah b. Luas permukaan atas = bawah
[2 × 5 = 10] + [3 × 2 = 6] [7 × 3 = 21] + [3 × 3 = 9] atau 8 × 2 = 16
atau 10 × 3 = 30
Luas Permukaan sisi tepi Luas Permukaan sisi tepi
[2 × 3 = 6] + [4 × 2 = 8] [3 × 3 = 9] + [7 × 3 = 21] atau 7 × 2 = 14
atau 10 × 3 = 30
Luas permukaan depan = belakang Luas permukaan depan = belakang
[7 × 3 = 21] + [5 × 3 = 15] [7 × 10 = 70] + [3 × 3 = 9]
Jumlah luas permukaan Jumlah luas permukaan
=16 + 10 + 6 + 6 + 8 + 14 + 21 + =21 + 9 + 30 + 9 + 21 + 30 + 70 +
15 + 21 + 15 9 + 70 + 9
= 132 = 278
c. Luas permukaan atas = bawah d. Luas permukaan atas = bawah
[6 × 5 = 30] + [ 3 × 6 = 18] + [2 × 10 = 20] + [10 × 3 = 30] +
[4 × 6 = 24] [10 × 10 = 100] atau 12 × 6 = 72 atau 15 × 10 = 150
Luas Permukaan sisi tepi Luas Permukaan sisi tepi
[3 × 6 = 18] + [6 × 4 = 24] [10 × 2 = 20] +[4 × 10 = 40] +
[2 × 10 = 20]
Luas permukaan depan = belakang atau 8 × 10 = 80
[5 × 3 = 15] + [12 × 4 = 48]
Luas permukaan depan = belakang
Jumlah luas permukaan [2 × 2 = 4] +[6 × 5 = 30] +
=30 + 18 + 24 + 72 + 18 + 24 + 18 + [2 × 10 = 20]
24 + 15 + 15 + 48 + 48
= 354 Jumlah luas permukaan
=20 + 30 + 100 + 150 + 20 + 40 +
20 + 80 + 4 + 4 + 30 + 30 + 20 + 20
= 568
LAMPIRAN 6: SKEMA JAWAPAN UJIAN PASCA
a. Luas permukaan atas = bawah b. Luas permukaan atas = bawah [5 × 5 = 25] +
[12 × 5 = 60] [5 × 5 = 25] + [6 × 5 = 30] atau 17 × 5 = 85 atau 11 × 5 =
55
Luas Permukaan sisi tepi Luas Permukaan sisi tepi
[5 × 5 = 25] + [5 × 3 = 15] [5 × 5 = 25] + [5 × 5 = 25] atau 8 × 5 =
40 atau 10 × 5 = 50
Luas permukaan depan = belakang Luas permukaan depan = belakang
[12 × 3 = 36] + [5 × 8 = 40] [6 × 10 = 60] + [5 × 5 = 25]
Jumlah luas permukaan Jumlah luas permukaan
62
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
=25 + 60 + 85 + 25 + 15 + 40 + 36 + =25 + 30 + 55 + 25 + 25 + 50 + 60 +
36 + 40 + 40 60 + 25 + 25
= 402 = 380
c. Luas permukaan atas = bawah d. Luas permukaan atas = bawah
[3 × 5 = 15] + [ 3 × 5 = 15] + [2 × 10 = 20] + [10 × 5 = 50] +
[3 × 5 = 15] [10 × 10 = 100] atau 9 × 5 = 45 atau 17 × 10 =
170
Luas Permukaan sisi tepi Luas Permukaan sisi tepi
[5 × 5 = 25] + [5 × 3 = 15] [10 × 2 = 20] +[4 × 10 = 40] +
[2 × 10 = 20]
Luas permukaan depan = belakang atau 8 × 10 = 80
[3 × 3 = 9] + [9 × 5 = 45]
Luas permukaan depan = belakang
Jumlah luas permukaan [2 × 2 = 4] +[6 × 7 = 42] +
=15 + 15 + 15 + 45 + 25 + 15 + 25 + [2 × 10 = 20]
15 + 9 + 9 + 45 + 45
= 278 Jumlah luas permukaan
=20 + 50 + 100 + 170 + 20 + 40 +
20 + 80 + 4 + 4 + 42 + 42 + 20 + 20
= 632
LAMPIRAN 7: JADUAL ANALISIS DATA (MICROSOFT EXCELL)
63
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
I SEE UNIT CONVERTER (ICUC)
Zulaikha Binti Mamat
Erika Steffi Anak Rogie
Nur Izzati Roslah
64
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
1.0 PENGENALAN
Pada era globalisasi kini, kurikulum di Malaysia telah mengalami perubahan yang begitu
memberansangkan. Kurikulum Matematik telah memperkenalkan suatu pedagogi yang baru
iaitu New Pedagogies for Deep Learning (NPDL). NPDL adalah perkongsian global yang
berfungsi untuk mengubah peranan guru kepada pemangkin merancang pengalaman yang
membina kecekapan global menggunakan penyelesaian masalah kehidupan sebenar.
NPDL bertujuan memperbaharui matlamat kita untuk pendidikan dan pembelajaran, kepada
menerapkan kemahiran yang menyediakan semua pelajar untuk menjadi kreatif sepanjang
hayat dan menyelesaikan masalah secara kolaboratif serta dapat menyumbang kepada
kebaikan bersama dalam dunia saling bergantung kini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
penerapan NPDL perlu diperkasakan dalam pendidikan semasa. Bagi tujuan itu,
penggunaan resos dan pentaksiran dalam pendidikan merupakan salah satu inisiatif guru
bagi memenuhi NPDL.
Pada 1 hingga 5 Mac 2020 yang lalu, semua guru pelatih semester empat telah
menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah yang dipilih oleh guru
pelatih sendiri. PBS merupakan salah satu program atau aktiviti yang wajib diikuti oleh
semua guru pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Bagi PBS fasa ketiga kali ini,
saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Kuala Ping (SKKP), Kuala Berang, Terengganu
sebagai sekolah untuk saya menjalankan PBS. Tugasan bagi kerja kursus Pengajaran
Sukatan, Geometri dan Pengurusan Data (MTES3093) pada kali ini adalah membuat
laporan kajian kes tentang salah satu isu pengajaran dan pembelajaran bagi bidang
Sukatan, Geometri atau Pengurusan Data dengan penggunaan resos. Justeru itu, bagi
memenuhi kehendak tugasan tersebut, isu yang wujud dalam bidang Sukatan, Geometri
dan Pengurusan Data perlu diketahui terlebih dahulu sebelum pembinaan resos dilakukan.
Rentetan daripada itu, saya telah meminta kebenaran pihak sekolah untuk merancang dan
menjalankan kajian kes ini terhadap beberapa orang murid di SKKP.
2.0 UJIAN PRA
Bagi mengetahui isu yang wujud dalam bidang Sukatan, Geometri dan Pengurusan Data,
suatu ujian pra dan pos telah dilakukan ke atas responden di SKKP yang terdiri daripada
empat belas orang murid tahun 4. Ujian pra dan pos yang telah dilakukan adalah khusus
berkenaan penukaran unit yang melibatkan topik panjang. Ujian pra diberikan kepada
responden pada awal kajian bagi mengesan atau menilai para murid sejauh mana
penguasaan dan kefahaman mereka terhadap penukaran unit dalam topik panjang
manakala ujian pos dilakukan setelah selesai sesi PdP untuk melihat sama ada hasil
pembelajaran tercapai atau tidak. Ia telah dijalankan di luar daripada waktu pembelajaran.
Ujian pra tersebut hanya mengandungi 8 soalan berkenaan penukaran unit bagi topik
panjang.
Setiap pembinaan ujian memerlukan penggubalan jadual spesifikasi ujian (JSU).
Merujuk kepada soalan ujian pra dan pos. Ia boleh dikategorikan sebagai ujian rujukan
kriteria yang menerangkan prestasi murid dengan merujuk suatu standard atau suatu
kemahiran tertentu sahaja. Kemahiran yang ditekankan dalam ujian pra dan pos ini adalah
kemahiran asas penukaran unit bagi topik panjang. Ujian ini hanya mengandungi item asas
atau mudah sahaja. Oleh itu, ujian pra dan pos hanya memerlukan rubrik pemarkahan
untuk pemtafsiran tahap penguasaan para murid. Berikut merupakan rubrik pemarkahan
bagi ujian pra dan pos:
Jadual 1: Tahap Penguasaan murid dalam ujian pra dan pos
TAHAP TAFSIRAN
PENGUASAAN
65
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
(≤ 2)
1 Tahu dan faham pengetahuan asas dalam penukaran unit
ukuran dan sukatan dengan lemah.
(≤ 5)
2 Tahu dan faham pengetahuan asas dalam penukaran unit
ukuran dan sukatan dengan baik.
(≤ 8)
3 Tahu dan faham pengetahuan asas dan penukaran unit
dalam ukuran dan sukatan dengan sangat baik.
2.1 ANALISIS DATA KEPUTUSAN UJIAN PRA
Rajah 1: Histogram keputusan ujian pra
Jadual 2: Statistik asas bagi keputusan ujian pra
Selang Titik Kekerapan,f fx' x'-X (x'-X)2 f(x'-X)2
kelas
0-2 Tengah,x' 26.45
3-5 1.47
6-8 1 4 4 -2.57 6.61 23.51
JUMLAH 51.43
4 8 32 0.43 0.18
7 2 14 3.43 11.76
14.00 50.00 1.29 18.55
MIN, X 3.57 SISIHAN 1.84
PIAWAI 3.37
MOD
MEDIAN 3-5 VARIANS
3.63
Rajah 1 dan Jadual 2 di atas adalah berkenaan keputusan ujian pra oleh 14 orang murid
tahun 4 SKKP yang merupakan responden dalam kajian. Hasil keputusan ujian pra
merupakan panduan kepada guru utk melihat isu yg berlaku dalam bidang sukatan dan
ukuran. Ujian yang dibuat adalah berfokus kepada kemahiran penukaran unit dalam unit
panjang. Berdasarkan graf, tahap penguasaaan murid terbahagi kepada 3 iaitu tahap 1
66
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
yang mendapat skor 0 hingga 2, tahap 2 yang mendapat skor 3 hingga 5 dan tahap 3
adalah yang mendapat skor tertinggi iaitu 6 hingga 8. Melalui hasil dapatan, seramai 4
orang murid berada di tahap 1, 8 orang berada pada tahap 2 dan hanya 2 orang yang
berada di tahap 3. Hal ini jelas mnunjukkan bahwa kebanyakan murid masih kurang
menguasai kemahiran pnukaran unit panjang. Penyataan ini juga disokong dengan nilai min
skor murid iaitu 3.57. Nilai purata skor murid dalam ujian ini menunjukkan murid berada
dalam lingkungan awal tahap 2. Jika kita lihat sisihan piawai pula, nilainya adalah kecil iaitu
1.84 yang menunjukkan didapati jurang skor antara murid tidak jauh berbeza. Graf juga
menunjukkan majoriti murid adalah berada di tahap 2 dan hanya 2 orang yang berada di
tahap 3. Justeru itu, resos ICUC adalah diperlukan untuk membantu para murid bagi
mengatasi masalah dalam penukaran unit.
Berdasarkan ujian pra dan pemerhatian yang dibuat, didapati bahawa kebanyakan
murid masih belum menguasai kemahiran penukaran unit. Hal ini terbukti melalui hasil
dapatan ujian pra yang menunjukkan hampir semua murid tidak dapat menjawab soalan
yang diberikan dengan betul (Rujuk Rajah 1). Para murid kelihatan sukar untuk menghafal
nilai-nilai panjang untuk setiap unit serta tidak dapat membuat penukaran unit dengan betul
dan tepat. Kebanyakan murid masih keliru tentang langkah penukaran unit kecil kepada
besar dan sebaliknya. Sebagai contoh, masih ada murid yang keliru tentang langkah
penukaran unit sentimeter (cm) kepada meter (m). Isu penukaran unit ini sebenarnya tidak
asing lagi dalam kalangan murid. Namun begitu, ia tidak boleh dibiarkan kerana ianya
adalah kemahiran asas yang terkandung dalam bidang sukatan geometri. Oleh itu,
pembinaan resos perlu dibuat sebagai langkah untuk mengatasi masalah tersebut
3.0 RESOS ICUC
Resos adalah suatu bahan bantu mengajar dalam kalangan guru amat membantu dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bagi kajian pada kali ini, resos yang telah
dilakukan adalah resos I See Unit Converter (ICUC) di mana ianya digunakan untuk
pembelajaran tajuk sukatan yang berfokus kepada penukaran unit bagi panjang. Pada
hakikatnya, penggunaan resos adalah bertujuan untuk memudahkan murid untuk
memahami suatu pengajaran yang disampaikan oleh guru. Hal ini bermakna resos juga
dicipta bagi mengatasi isu-isu yang timbul seperti yang dinyatakan di atas. Resos ICUC
berfungsi untuk membuat penukaran unit dari kecil ke besar dan sebaliknya (Rujuk
Lampiran 2). Berikut merupakan resos ICUC:
Rajah 2: I See Unit Converter (ICUC)
ICUC merupakan sebuah resos yang dihasilkan untuk membantu murid yang
mengalami kesukaran dalam konsep penukaran unit di bawah bidang ukuran dan sukatan
khususnya bagi topik panjang. Berikut merupakan bahan yang digunakan untuk resos ini:
67
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Rajah 3: Bahan resos ICUC
Board ICUC (Rajah 1)
• 4 biji butang magnet yang berlainan warna, iaitu biru, merah, hijau dan kuning
(Rajah 2) yang mewakili titik perpuluhan mengikut perwakilan unit yang berbeza.
Resos ini digunakan sebagai bahan bantu mengajar di dalam bilik darjah dan
keberkesanannya akan dinilai oleh para responden. Guru menyediakan borang penilaian
resos yang mengandungi skala seperti penilaian kendiri kepada setiap murid untuk
membantu mereka membuat penilaian bagi resos ICUC.
4.0 PENTAKSIRAN AUTENTIK
Setiap insan yang bergelar pendidik bukan sekadar mengajar di dalam bilik darjah
sematamata akan tetapi turut menjadi seorang penilai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Pentaksiran adalah salah satu cara yang
dilakukan oleh guru bagi menilai prestasi murid dan ia merupakan bahagian utama dalam
PdP. Menurut Miller, Linn dan Gronlund (2009), pentaksiran merujuk istilah umum yang
merangkumi pelbagai prosedur untuk memperoleh maklumat tentang pembelajaran murid
dan membentuk penghakiman nilai mengenai kemajuan pembelajaran. Secara umumnya,
pentaksiran dapat didefinisikan sebagai suatu proses berterusan untuk memperoleh
maklumat, menginterpretasi, merekod dan melapor pencapaian murid bagi membantu guru
membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya. Pentaksiran bertujuan untuk membantu
guru menambah baik pengajaran dan pembelajaran melalui maklumat yang diperolehi.
Maka, tidak hairanlah ia menjadi komponen penting dalam PdP.
Pada hakikatnya, terdapat beberapa jenis alat pentaksiran yang biasa digunakan
oleh guru. Salah satunya adalah pentaksiran autentik di mana ianya adalah suatu penilaian
yang dilakukan berdasarkan pencapaian sebenar yang dipamerkan oleh murid di dalam bilik
darjah. Pentaksiran autentik memerlukan murid untuk menunjukkan keupayaan
melaksanakan sesuatu tugasan dalam situasi kehidupan sebenar dengan mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran yang sebenar. Berikut merupakan beberapa jenis pentaksiran
autentik yang boleh digunapakai oleh guru:
• Pentaksiran Prestasi
• Pentaksiran Portfolio
• Pentaksiran Atas Talian
• Penilaian Kendiri
• Penilaian Rakan Sebaya
Pentaksiran ini turut mengetengahkan pelbagai jenis media dalam PdP yang boleh
diaplikasikan oleh guru. Misalnya, internet, borang penilaian, portfolio, lembaran kerja dan
sebagainya. Umum mengetahui, media-media pdp ini amat memainkan peranan penting
kepada murid di sekolah. Antaranya termasuklah mewujudkan pembelajaran
menyeronokkan, menggalakkan pelbagai gaya pembelajaran dan memudahkan proses
68
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
PdP. Melalui media dalam pentaksiran autentik yang dilakukan juga, motivasi diri murid juga
dapat ditingkatkan. Keberkesanan resos ICUC yang digunakan di dalam bilik darjah dan
pencapaian murid terhadap topik penukaran unit panjang memerlukan penilaian yang
terperinci. Tujuan utamanya adalah untuk mengetahui sama ada murid dapat menguasai
penukaran unit atau tidak selepas menggunakan resos ICUC.
Terdapat dua penilaian autentik telah digunakan dalam membuat penilaian terhadap
para responden iaiatu penilaian rakan sebaya dan penilaian kendiri. Penilaian rakan sebaya
adalah salah satu cara yang efektif bagi murid di mana murid akan menilai dan memberikan
maklum balas hasil kerja rakan mereka. Semasa proses PdP dilakukan, terdapat beberapa
wakil kumpulan murid akan ke hadapan untuk menunjukkan cara menjawab soalan
penukaran unit panjang menggunakan resos ICUC. Kemudian muridmurid yang lain pula
akan menilai hasil kerja yang dilakukan oleh kawan mereka. Penilaian kendiri pula
merupakan penilaian murid terhadap pencapaian mereka dan mengenal pasti status
pembelajaran mereka sendiri. Kita sedia maklum bahawa penilaian ini adalah kaedah
terbaik kerana murid merupakan penilai terbaik terhadap diri mereka sendiri.
Di samping itu, kriteria pentaksiran atau rubrik bagi kedua-dua pentaksiran autentik
ini perlulah ditetapkan sebagai panduan kepada responden untuk menganalisis hasil atau
proses yang dihasilkan. Kriteria yang ditetapkan dalam penilaian rakan sebaya dan kendiri
adalah merangkumi perincian kualiti hasil kerja serta proses sepanjang menjawab soalan
penukaran unit menggunakan resos ICUC. Antara kriteria umum yang digariskan adalah
seperti berikut:
• Murid dapat menggunakan resos ICUC secara berkesan ketika menjawab soalan
yang diberikan.
• Murid memperoleh jawapan penukaran unit dengan mudah, cepat dan tepat.
• Murid boleh menjawab soalan penukaran menggunakan resos ICUC dalam masa
yang singkat.
• Murid berpuas hati ketika menggunakan resos ICUC.
Borang penilaian kendiri dan rakan sebaya mengandungi enam kriteria yang perlu
dinilai oleh murid dan satu ruang catatan pada bahagian bawah borang. Responden hanya
perlu menandakan (/) pada ruangan disediakan serta menyatakan sebarang idea seperti
kritikan, pujian dan sebagainya pada ruangan catatan tersebut. Penilaian kriteria bagi
penilaian kendiri dibuat menggunakan Skala Likert empat mata yang mengandungi empat
aras seperti jadual berikut:
Jadual 3: Skala dan huraian bagi penilaian kendiri
Skala Huraian
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Setuju
4 Sangat setuju
Penilaian rakan sebaya pula dilakukan mengikut skor 1 hingga 4 yang menetukan tahap
pencapaian murid. Berikut merupakan panduan skor bagi penilaian rakan sebaya:
69
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Jadual 4: Skor dan tahap pencapaian bagi penilaian rakan sebaya
Skor Tahap pencapaian
1 Sangat lemah
2 Lemah
3 Sederhana
4 Cemerlang
5.0 Komuniti Pembelajaran Profesional atau Professional Learning Community
(PLC)
Dunia pendidikan dalam Abad ke-21 sering menekankan pembelajaran berpusatkan murid
dan guru akan berperanan sebagai fasilitator untuk membantu murid-murid dalam aktiviti
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi mencapai standard pembelajaran yang
digarisi. Perkembangan pendidikan pada masa ini telah mendorong para pendidik untuk
meningkatkan profesionalisme guru. Salah satu trend terkini yang menarik dalam usaha
meningkatkan profesionalisme keguruan adalah Komuniti Pembelajaran Profesional atau
lebih dikenali sebagai Professional Learning Community (PLC). Takrifan PLC merujuk
kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam
membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi murid yang lebih baik
(Rosenholtz & Susan, 1989).
Tiga idea utama yang menjadi asas kepada PLC dalah budaya kolaboratif, memastikan
pembelajaran murid dan fokus kepada pencapaian. PLC mengandungi lima elemen utama
yang boleh digunakan oleh guru dalam memantapkan profesionalisme guru iaitu:
Dialog Penswastaan Fokus secara Kolaboratif Norma dan
Reflektif amalan kolektif nilai dikongsi
terhadap
bersama
pembelajaran
murid
Rajah 4: 5 elemen utama dalam PLC
Pada hakikatnya, setiap elemen di atas mengandungi huraian atau strategi tersendiri
di mana ia merujuk kepada langkah yang boleh diambil oleh guru bagi memantapkan
profesionalisme mereka. Program PLC merupakan satu pendekatan baru dalam usaha
memimpin pengurus sekolah dan guru-guru untuk melakukan satu perubahan dalam
70
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan matlamat meningkatkan prestasi dan
pencapaian sekolah secara bersepadu. Kerjasama dan semangat kesukarelaan setiap guru
mewujudkan budaya pembelajaran melalui perlaksanakan PLC ini pasti membuahkan hasil
yang baik dan merealisasikan kualiti profesionalisme guru yang cemerlang. Oleh yang
demikian, strategi PLC ini telah diaplikasikan sebelum PdPc dilakukan.
Antara PLC yang telah digunakan oleh saya untuk kajian kes pada kali ini adalah
belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) atau lebih dikenali sebagai
lesson study. Lesson study merujuk tindakan sekumpulan guru secara usaha sama
membina satu rancangan pengajaran diikuti dengan pengajaran atau memerhatikan
pengajaran dan membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran. Lesson Study ialah
satu model perkembangan profesional guru yang diamalkan di Jepun lebih daripada seabad
lamanya (Isoda, 2007). Lesson Study, dalam bahasa Jepun dikenali sebagai
Jugyoukenkyuu. Jugyou bermaksud pelajaran atau pengajaran, manakala kenkyuu ialah
kajian atau penyelidikan. Dalam erti kata lain, Lesson Study ialah kajian, penyelidikan atau
penelitian terhadap pengajaran guru dalam bilik darjah. Pada kesempatan itu juga, saya
berbincang bersama seorang guru Matematik berkenaan kaedah atau teknik pengajaran
yang berkesan serta sesuai mengikut topik yang diajar. Guru di SKKP telah memberikan
kerjasama yang baik kepada saya dalam membuat tugasan dan menyediakan RPH. Begitu
banyak ilmu yang telah diperolehi semasa menjalankan lesson study ini. Buktinya, satu
RPH telah dapat dibuat mengikut perancangan aktiviti yang teratur hasil perbincangan
melalui lesson study (Rujuk 6.0).
Strategi seterusnya yang digunakan adalah sesi perkongsian guru atau teacher
sharing sessions di mana sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan
pengajaran terbaik. Ia merupakan salah satu strategi bagi elemen penswastaan amalan.
Suatu temubual telah dilakukan bersama beberapa orang guru SKKP untuk sesi
perkongsian guru ini. Guru SKKP sangat membantu dan tidak lokek ilmu tentang kaedah
pengajaran yang terbaik bagi mencapai objektif pembelajaran sekaligus berkongsi tentang
tips menarik minat para murid untuk belajar. Sebagai contoh, penggunaan bahan bantu
mengajar dan set induksi yang menarik mampu meningkatkan semangat inkuiri murid.
Berdasarkan hasil temubual, langkah-langkah pengajaran dalam RPH dapat dirancang
dengan baik.
Selain itu, salah satu PLC yang diaplikasikan juga termasuklah jelajah pembelajaran
atau Learning Walks yang terdapat dalam elemen penswastaan amalan. Learning Walks
bermaksud berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan
aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan peraturan dan fokus yang
spesifik. Bagi tujuan itu, saya telah berpeluang untuk membuat pemerhatian dan penilitian
terhadap PdPc matematik semasa PBS yang lalu. Cara pelaksanaannya adalah saya
menetapkan fokus untuk membuat pemerhatian terhadap cara guru mengendalikan PdPc
mengikut fasa serta kaedah dan teknik yang guru guankan semasa proses PdPc.
Contohnya saya memerhatikan teknik penyoalan, arahan yang diberikan, pengurusan bilk
darjah dan penggunaan bahan bantu mengajar. Pemerhatian yang telah dilakukan
melibatkan beberapa buah kelas. Hal ini jelas menunjukkan kerjasama yang amat baik
diberikan oleh pihak sekolah dan guru dalam menjayakan tugasan yang perlu saya lakukan.
Melalui strategi ini, pelbagai ilmu telah diperolehi seperti teknik dan kaedah pengajaran
sesuai mengikut kebolehan murid yang pelbagai. Justeru itu, ilmu yang diperolehi ini telah
diaplikasikan dalam RPH dan hal ini sedikit sebanyak memudahkan saya untuk
menyediakan RPH yang lengkap.
71
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
PLC yang terakhir digunakan adalah analisis data yang terdapat dalam elemen
fokus secara kolektif terhadap pembelajaran murid. Analisis data adalah kajian dan
perbincangan data agregat murid secara kolektif. Tujuan analisis ini adalah untuk mencari
pola atau tema agar dapat membuat keputusan tentang penambahbaikan dalam bidang
kurikulum atau mengkategorikan kembali dalam kumpulan berbeza. Analisis data adalah
penting kepada guru agar guru dapat mengenalpasti kebolehan serta pencapaian
pembelajaran murid. Hal ini akan dapat membantu guru untuk membuat refleksi terhadap
PdPc yang dijalankan seterusnya membuat penambahbaikan sekiranya diperlukan.
Pentaksiran murid adalah digunakan untuk mendapat data tentang pemeblajaran murid.
Oleh yang demikian penilaian kendiri dan rakan sebaya telah disediakan semasa PdPc dan
disertakan dalam RPH.
6.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK
Mata Pelajaran Matematik
Tarikh 5 Mac 2020
Masa 9.10 a.m.-10.10 a.m.
Kelas 4 Amanah
Bilangan Murid 14 orang (4 Lelaki, 10 Perempuan)
Tema Ukuran dan Sukatan
Tajuk Panjang
Kemahiran/Fokus Membuat pertukaran unit
Kemahiran Sedia Ada Mengetahui unit-unit dalam ukuran panjang
Standard Kandungan 5.1 Panjang
Standard Pembelajaran 5.1.1 Mengenal unit panjang milimeter dan kilometer
5.1.2 Menyatakan perkaitan melibatkan unit ukuran panjang
milimeter dan sentimeter serta meter dan kilometer
5.1.3 Menukar unit ukuran panjang melibatkan milimeter
dan sentimeter serta meter dan kilometer
Objektif Pembelajaran 1. Murid dapat menukar unit ukuran panjang melibatkan
milimeter dan sentimeter serta meter dan kilometre
2. Murid dapat menyatakan perkaitan melibagtkan unit-unit
ukuran panjang.
72
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Pentaksiran Berasaskan 1. Membuat pentaksiran melalui pemerhatian, lisan dan
Sekolah penulisan
2. Membolehkan murid untuk mempamerkan keupayaan
pembelajaran.
Tabiat Berfikir (HOM) Menukar unit ukuran panjang bagi mendapatkan jawapan dalam
unit yang dinyatakan.
Elemen Merentas 1. Bahasa: Guru dan murid menggunakan bahasa yang Kurikulum
(EMK) betul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
2. Nilai murni: Guru menerapkan nilai murni bekerjasama, tekun
dan berusaha dalam pembelajaran.
Penerapan Nilai Berusaha, tekun, bekerjasama, saling membantu,
kepatuhan dan semangat ingin tahu
Bahan Bantu Mengajar 1. Resos I See Unit Converter (ICUC)
2. Buku teks.
Seni dalam Pendidikan Seni visual: Penggunaan bahan resos yang berwarna-warni
Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan
Masa(Minit) dan Pembelajaran
73
Fasa • Kekemasan 1.Guru meminta murid Nilai: Kepatuhan
Persediaan
murid dan kelas untuk mengemaskan • Semangat
( 5 Minit)
• Bahan maujud meja dan
yang ada pada KPPB: Pembudayaan Penyelidikan iMnegnjiannataGhuruu Inovatif
persekitaran •
murid dan serta
sekeliling
membetulkan pakaian. Fasa
2.Guru meminta murid Imagin
- Pembaris untuk mengeluarkan PLC: Teacher asi • P
panjang, pembaris pembaris sharing perkait
pendek masingmasing. • sessions an
• Soalan Learning ( antara
3.Guru bertanya kepada
-Berapa murid ukuran panjang Walks 15_Mi
panjangkah pembaris setiap • nit)
pembaris kamu? murid. unit-
4. Murid menyatakan unit
-Apakah unit
panjang yang ada panjang pembaris
masing-masing dalam
pada pembaris tajuk
kamu? 5. Guru meminta murid panjan
memerhatikan unit g iaitu:
-Betapakah jarak ukuran panjang
rumah ke
sekolah? 6. Murid diperkenalkan - milim
dengan tajuk eter
pembelajaran.
(mm)
1.Guru mengaitkan Nilai: - senti
mete
hubungan unit-unit r
(c
m) panjang iaitu • Tekun
- meter (m) • Berusaha
milimeter, sentimeter,
meter dan kilometer.
2.Guru menerangkan
konsep dan PLC:
lagkahlangkah • Lesson study
penukaran
- kilometer (km) unit besar kepada unit • Learning
kecil dan sebaliknya. Walks
• Penerangan
konsep dan 3.Guru menunjukkan
langkah beberapa contoh bagi
penukaran unit mengukuhkan
panjang pemahaman murid.
•
74
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Soalan: 4.Kemudian, guru
menanyakan
- 1cm beberapa soalan
bersamaan kepada murid.
dengan berapa
mm? 5.Guru dan murid
bersoal jawab.
- 1m bersamaan dengan berapa cm?
- 1km
bersamaan dengan
berapa m?
Fasa • Pengenalan dan 1.Guru Nilai:
Perkembangan
penerangan memperkenalkan
( 15 Minit)
penggunaan resos ICUC kepada • murid.
resos ICUC
(Rujuk lampiran) •
• Aktiviti berkumpulan 2.Guru menerangkan • fungsi Tekun
penggunaan resos. Bekerjasama
3.Guru menerangkan cara-cara Saling
penukaran PLC: unit membantu
menggunakan resos ICUC
dengan • contoh-contoh yang
sesuai. memberi Teacher
4.Guru sharing
• sessions
peluang kepada murid untuk Learning
memegang dan Walks
mencuba resos ICUC.
BBM: 5. Murid
dibahagikan kepada 3 kumpulan •
Resos ICUC
6. Setiap kumpulan akan
diberi peluang untuk
menggunakan resos
ICUC.
75
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
7. Setiap ahli
kumpulan dikehendaki
menggunakan
resos ICUC
secara bergilirgilir di
mana mereka perlu
menjawab soalan
penukaran unit
panjang yang
diberikan oleh guru.
8. Guru
membimbing dan
memantau murid
menggunakan resos
ICUC.
Fasa Tindakan • Penggunaan 1.Setelah semua Nilai:
•
pelaksanaan resos ICUC kumpulan sudah •
( 20 Minit) • Borang penilaian
menggunakan resos PLC: Kerjasama
• Berusaha
dalam kumpulan, guru
Teacher
rakan sebaya meminta seorang sharing
sessions
• Ujian pos (Rujuk wakil dari setiap Learning
Lampiran) kumpulan untuk Walks
menjawab soalan Analisis data
penukaran unit
menggunakan resos
ICUC di hadapan
kelas.
2.Setiap kumpulan •
•
murid diberi peluang
untuk berbincang.
3.Guru
memberikan BBM:
•
bantuan sekiranya
perlu dan Resos ICUC
membetulkan
kesalahan murid.
4. Setelah semua wakil
selesai menjawab,
ahli-ahli kumpulan
diberikan borang
penilaian rakan
sebaya.
5.Setiap murid
dikehendaki menilai
hasil kerja rakan
sebayanya ketika
melakukan penukaran
76
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
unit di hadapan kelas.
6.Kemudian, guru
mengadakan ujian pos
terhadap para murid
tentang penukaran
unit panjang.
7.Murid diberi masa
selama 10 minit untuk
menjawab soalan
ujian pos.
Fasa Penilaian 1.Guru merumuskan Nilai:
(5 Minit) • Borang penilaian pembelajaran diikuti
resos (Rujuk
lampiran) dengan sesi soal • Tekun
jawab mengenai nilai- • Berusaha
• Borang penilaian nilai dalam
kendiri pembelajaran.
• Soalan: 2.Guru mengedarkan PLC:
borang penilaian
- “Apakah yang resos dan borang • Analisis data
anda dapat penilaian kendiri • Teacher
sharing
rumuskan kepada murid. sessions
daripada topik 3.Setiap murid menilai ini?”
pembelajaran mereka
-“Berdasarkan pada hari ini. • Learning
Walks
kefahaman 4.Murid-murid diberikan anda,
anda latihan tambahan diminta
sebagai kerja rumah. menyiapkan BBM:
• Buku
latihan di
rumah.”
teks
77
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
(kerja rumah)
Catatan Refleksi Guru Pelatih:
Kekuatan:
Secara keseluruhannya, PdP dapat dijalankan dengan lancar dan jayanya. Objektif yang
dirangcang juga tercapai dengan adanya perancangan teliti serta bahan bantu mengajar
yang bersesuaian. Hal ini kerana semua murid sedia memberikan kerjasama yang baik serta
menunjukkan minat untuk belajar. Semua murid melibatkan diri secara aktif dalam aktivit
yang telah dirancang. Murid-murid juga berupaya untuk menjawab soalan penukaran unit
panjang dengan betul. Kebanyakan murid juga dapat menggunakan resos ICUC dengan
sebaiknya. Semua murid memberi maklum balas semasa proses PdP. Galakan dan pujian
turut diberikan kepada murid.
Kelemahan:
Saya perlu memberikan lebih banyak peluang kepada semua murid untuk menjawab soalan
di hadapan kelas. Terdapat segelintir murid yang masih kurang faham arahan penggunaan
resos ICUC kerana arahan yang kurang jelas dan penggunaan contoh yang kurang. Maka
saya perlu mengajar dengan kaedah yang pelbagai dalam PdP akan datang. Kemahiran
penyoalan dan memberi jawapan perlu ditingkatkan dan divariasikan lagi. Selain itu,
penggunaan PAK21 dalam PdP juga kurang dan masa untuk aktiviti pengukuhan adalah
tidak mencukupi. Akhirnya, terdapat murid yang terlalu aktif dan membuat bising ketika
aktiviti PdP dilakukan.
Cara mengatasi:
Saya perlu memberikan perhatian kepada semua murid tanpa mengabaikan sebahagian
murid yang masih lemah dalam penukaran unit. Penjelasan penggunaan resos ICUC juga
perlu dilakukan dengan lebih baik agar murid dapa menjalankan aktiviti mengikut arahan
dan mengelakkan kesilapan. Akhirnya, kawalan kelas perlu dpertingkatkan lagi memastikan
semua murid belajar dalam keadaan tenang sejahtera tanpa sebarang gangguan.
7.0 ANALISIS DAPATAN KAJIAN
7.1 UJIAN POS
Berdasarkan RPH yang telah dijalankan, ujian pos telah dijalankan setelah sesi pengajaran
selesai. Ujian pos ini bertujuan untuk melihat tahap prestasi murid dalam kemahiran
penukaran unit panjang setelah penerangan pengajaran menggunakan resos ICUC. Melalui
keputusan ujian pos, kita dapat bandingkan prestasi murid ketika menjawab ujian pra yang
lalu. Berikut merupakan keputusan skor ujian pos para responden:
78
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Rajah 6: Histogram keputusan ujian pos
Jadual 5: Statistik asas bagi keputusan ujian pra
Selang Titik Kekerapan, fx' x'-X (x'-X)2 f(x'-X)2
Kelas
0-2 Tengah,x' f 0.00
18.37
3-5 1 0 0 -5.14 26.45 7.35
25.71
6-8 4 4 16 -2.14 4.59
JUMLAH
7 10 70 0.86 0.73
14.00 86.00 -6.43 31.78
MIN, X 6.14 SISIHAN 0.92
PIAWAI
MOD 6-8 VARIANS 0.84
MEDIAN 7.75
Keberkesanan resos ICUC dibuktikan dengan keputusan ujian pos yang dibuat pada
akhir PdP setelah pengajaran penukaran unit dilakukan. Graf dan jadual merupakan hasil
dapatan data terhadap skor murdi dalam uian pos yang dilakukan. Berdasarkan graf dan
jadual di atas, didapati tiada murid yang berada di tahap 1 iaitu mendapat skor 0-2. Terdapat
10 orang murid yang mendapat skor 6-8 dan hanya 4 orang murid mendapat skor 3-5. Hal
ini menunjukkan peningkatan terhadap pencapaian murid dalam kemahiran menukar unit
panjang sekaligus mengukuhkan penyataan keberkesanan resos ICUC dalam membantu
murid bagi kemahiran penukaran unit panjang. Tambahan pula, sisihan piawai bagi ujian
pos adalah sebanyak 0.92. Nilai ini adalah lebih kecil berbanding nilai sisihan piawai dalam
ujian pra yang lalu. Nilai yang kecil menunjukkan bahawa semua murid memiliki skor yang
tidak jauh berbeza dan dapat kita buktikan melalui graf di atas. Skor kesemuua 14 orang
murid adalah pada tahap 2 dan 3 sahaja dengan nilai min bagi skor markah murid iaitu 6.14.
Nilai min ini sememangnya adalah lebih besar berbanding nilai min dalam ujian pra. Secara
umunya, boleh dikatakan pencapaian murid adalah meningkat dalam penukaran unit
panjang dengan menggunakan resos ICUC.
6.2 KEBERKESANAN DAN KUALITI RESOS
Dalam dapatan kajian yang dijalankan, perbincangan analisa data dan maklumbalas serta
respons daripada murid melalui soal selidik yang telah diisi oleh responden perlu dihuraikan.
Dapatan soal selidik terhadap penilaian resos ICUC yang telah dihasilkan terbahagi kepada
79
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
dua bahagian iaitu dari segi keberkesanan produk dan kualitinya. Kriteria dalam
keberkesanan produk adalah berkesan, cepat, mudah, jimat masa, jawapan tepat dan puas
hati. Kriteria yang terdapat dalam kualiti ICUC pula adalah menarik, ringan, mudah dibawa
dan mudah disimpan. Data yang telah dimasukkan diproses bagi mendapatkan statistik
seperti nilai peratusan, min purata dan mod kekerapan.
Berikut merupakan jadual hasil penilaian daripada borang soal selidik yang telah diedarkan:
a) Keberkesanan Produk
Jadual 6: Data hasil penilaian terhadap keberkesanan resos
PENYATAAN
RESOS ICUC DAPAT
MEMBANTU SANGAT TIDAK TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU
BIL MURID MELAKUKAN SETUJU
PENUKARAN
UNIT BAGI TOPIK PANJANG,
JISIM DAN ISIPADU DENGAN:
1 BERKESAN 0 0% 0 0% 3 21% 11 79%
2 CEPAT 0 0% 2 14% 2 14% 10 71%
3 MUDAH 0 0% 0 0% 3 21% 11 79%
4 JIMAT MASA 0 0% 0 0% 3 21% 11 79%
5 JAWAPAN TEPAT 0 0% 0 0% 0 0% 14 100%
6 PUAS HATI 0 0% 3 21% 3 21% 8 57%
b) Kualiti Produk
Jadual 7: Data hasil penilaian terhadap kualiti resos
PENYATAAN RESOS
ICUC:
BIL SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU
1 MENARIK 0 0% 0 0% 2 14% 12 86%
2 RINGAN 0 0% 0 0% 4 29% 10 71%
3 MUDAH DIBAWA 0 0% 0 0% 7 50% 7 50%
4 MUDAH DISIMPAN 0 0% 0 0% 3 21% 11 79%
5 KEMAS 0 0% 0 0% 4 29% 10 71%
Jadual 6 dan Jadual 7 menunjukkan kekerapan dan nilai peratusan keseluruhan bagi
penilaian sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat setuju untuk setiap penyataan
yang dikemukakan dalam instrumen soal selidik yang diberikan kepada murid. Oleh yang
demikian, penerangan dan perbincangan terhadap analisis dapatan ini akan dihuraikan
dengan lebih teliti mengikut setiap penyataan tersebut.
80
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
KEBERKESANAN ICUC
Bil
an 14
ga
n 11 10 11 11
mu
8
rid
003 022 003 003 000 033
BERKESAN CEPAT MUDAH JIMAT MASA JAWAPAN PUAS HATI
Penyataan TEPAT
SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU
Rajah 7: Graf keberkesanan resos ICUC
Rajah 7 mewakili data bagi keberkesanan resos yang telah dinilai oleh para
responden seramai 14 orang. Berdasarkah rajah di atas, terdapat seramai 11 orang (79%)
sangat setuju dan 3 orang murid (21%) setuju bahawa resos ICUC berkesan kepada
pembelajaran mereka tentang penukaran unit panjang. Bar yang kedua pula menunjukkan
mod kekerapan murid bagi menilai sama ada resos ICUC membolehkan murid untuk
membuat penukaran unit dalam panjang secara cepat. Graf memaparkan sebanyak 2 orang
(14%) tidak setuju, 2 orang (14%) setuju dan 11 orang sangat setuju bahawa resos
membantu mereka untuk membuat penukaran unit panjang dengan lebih cepat misalnya
penukaran unit dari milimeter (mm) kepada meter (m). Semua responden bersetuju bahawa
resos ICUC ini mudah untuk digunakan dan menjimatkan masa. Hal ini dibuktikan dengan
penilaian responden yang menunjukkan seramai 11 orang murid (79%) sangat setuju dan 3
orang (21%) setuju dengan penyataan-penyataan tersebut.
Bagi penyataan sama ada resos ICUC memberikan jawapan tepat ataupun tidak,
graf menunjukkan bahawa kesemua responden iaitu serama 14 orang bersamaan 100%
adalah sangat setuju bahawa resos ICUC meberikan jawapan tepat bai setiap soalan
penukaran unit panjang. Hal ini menunjukkan tiada ralat pada penggunaan resos ICUC. Bar
terakhir menunjukkan penilaian responden terhadap penyataan puas hati ketika
menggunakan resos. Ia menunjuukan seramai 8 orang sangat setuju. 3 orang setuju dan 3
orang tidak setuju dengan penyataan tersebut. Hasil daripada pemerhatian, 3 orang
responden tidak befrpuas hati kerana mereka tidak dapat menggunakan resos ICUC dengan
sebaiknya disebabkan kekangan masa PdP. Secara keseluruhannya min setiap penyataan
bagi keberkesanan resos ICUC adalah dalam lingkungan 3.36 hingga 4.00 (Rujuk Lampiran
10). Min ini jelas menunjukkan bahawa kesemua responden adalah bersetuju bahawa resos
ICUC adalah berkesan untuk pengajaran penukaran unit panjang.
81
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
CARTA PAI KUALITI PRODUK
71% 86%
29% 0% 14%
0%
29%
21%
79%
71%
50%
50%
MENARIK RINGAN MUDAH DIBAWA MUDAH DISIMPAN KEMAS
Rajah 8: Carta pai bagi kualiti resos ICUC
Rajah 8 menunjukkan carta pai bagi penilaian murid terhadap kualiti ICUC yang
terdiri daripada krietria menarik, ringan, mudah dibawa, mudah disimpan dan kemas.
Lingkaran bulatan paling luar menunjukkan peratusan murid yang sangat setuju manakala
lingkaran bulatan pada bahagian dalam menunjukkan peratusan murid yang setuju dengan
setiap kriteria yang diberikan. Bagi aspek menarik, didapati 86% murid sangat setuju dan
14% murid setuju bahawa rupa resos ICUC adalah menarik. Hal ini juga ditunjukkan semasa
pemerhatian dilakukan di mana murid begitu tertarik dengan warnawarna yang terdapat
pada resos. Seterusnya sebanyak 71% murid sangat setuju dan 29% adalah setuju bahawa
resos ICU adalah ringan. Resos ICUC juga jelas menunjukkan ianya ringan kerana bahan
yang digunakan adalah beberapa keping “strawboard” dan beberapa kertas sahaja.
Menurut data yang diperolehi, didapati kebanyakan murid sangat setuju bahawa
resos ICUC adalah mudah dibawa dan mudah disimpan. Hal ini terbukti dengan data dalam
rajah di atas yang menunjukkan sebanyak 50% murid sangat setuju dan 50% lagi adalah
setuju resos ini mudah dibawa. Bagi penyataan resos ICUC mudah disimpan pula, sebanyak
79% orang sangat setuju dan 21% setuju. Akhir sekali adalah penialain sama ada resos
ICUC yang disediakan adalah kemas atau pun tidak. Sebanyak 71% orang murid sangat
setuju dan 29% lagi setuju resos ini adalah kemas. Jika dilihat kepada min keseluruhannya,
didapati min adalah berada dalam julat 3.50 hingga 3.86 yang membuktikan bahawa semua
responden rata-ratanya bersetuju bahawa kualiti resos ICUC adalah menarik, ringan,
kemas, mudah dibawa dan disimpan.
6.3 PENILAIAN KENDIRI DAN PENILAIAN RAKAN SEBAYA
Setelah sesi PdP dilakukan, pentaksiran terhadap murid telah dilakukan melalui pentaksiran
autentik. Pentaksiran yang digunakan adalah penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya.
Berikut merupakan hasil dapatan penilaian para murid:
82
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
PENILAIAN KENDIRI
12 CEPAT MUDAH JIMAT MASA JAWAPAN PUAS HATI
10 TEPAT
8
6
4
2
0
BERKESAN
SANGAT SETUJU SETUJU
TIDAK SETUJU SANGAT TIDAK SETUJU
Rajah 9: Graf garis bagi penilaian kendiri murid
KOD PILIHAN
1 Sangat tidak setuju
2
3 Tidak setuju
4 Setuju
Sangat setuju
Rajah 9 di atas menunjukkan data penilaian kendiri yang dilakukan sendiri oleh
murid. Penilaian kendiri yang disediakan adalah menggunakan senarai semak. Senarai
semak yang disediakan mengandungi beberapa aspek tertentu dengan nilai skala kadar
yang ditetapkan. Antara aspek yang terdapat dalam penilaian kendiri adalah berkesan,
cepat, mudah, jimat masa, jawapan tepat dan puas hati. Setiap kriteria bagi aspek ini
disediakan sebagai panduan untuk digunakan murid dalam menilai pencapaian diri masing-
masing. Murid dikehendaki untuk membuat refleksi tentang perkara yang dipelajari, cara dan
kebolehan mereka. Berdasarkan graf di atas, kebanyakan murid adalah bersetuju bahawa
diri mereka mampu membuat penukaran unit menggunakan resos ICUC dengan berkesan.
Seramai 5 orang setuju dan 9 orang sangat setuju dengan penyataan tersebut. Hal ini
menunjukkan mereka dapat menggunakan resos ICUC mengikut fungsinya.
Seterusnya adalah keupayaan diri murid untuk menjawab soalan penukaran unit
panjang dengan cepat. Graf menunjukkan seramai 8 orang sangat setuju, 4 orang setuju
dan hanya 2 orang tidak setuju dengan aspek tersebut. Kemungkinan besar 2 orang murid
tersebut memerlukan masa yang lebih untuk menjawab soalan penukaran unit panjang yang
diberikan. Melalui pemerhatian juga, didapati tidak semua murid menguasai kemahiran
menulis dan membaca dengan baik. Justeru itu, ia sedikit sebanyak menjejaskan kemahiran
murid untuk membuat penukaran unit panjang menggunakan resos ICUC dengan cepat.
Aspek berikutnya adalah keupayaan murid untuk membuat penukaran unit panjang dengan
mudah. Majoriti murid iaitu seramai 10 orang sangat setuju dan 3 orang murid pula setuju
bahawa mereka mudah untuk mempelajari kemahiran penukaran unit panjang
menggunakan resos ICUC. Hanya seorang murid menilai dirinya mengalami sedikit
kesukaran untuk menguasai pembelajaran penukaran unit panjang menggunakan resos
ICUC. Murid ini masih memerlukan bimbingan guru dalam penguasaan kemahian
penukaran unit kerana menghadapi sedikit kesukaran.
83
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Seterusnya, seramai 9 orang sangat setuju dan 5 orang setuju bahawa mereka boleh
membuat penukaran unit panjang dalam masa yang singkat dengan bangtuan resos ICUC.
Misalnya soalan yang memerlukan beberapa kali penukaran seperti penukaran unit
kilometer(km) kepada sentimeter(cm). Aspek penilaian kendiri yang seterusnya adalah
jawapan tepat. Murid perlu menilai sama ada mereka memperoleh jawapan yang tepat untuk
semua soalan penukaran unit atau tidak. Berdasarkan rajah di atas, seramai 4 orang sangat
setuju, 6 orang setuju, 3 orang tidak setuju dan seorang sangat tidak setuju dengan
penyataan ini. Murid yang membuat penilaian tidak setuju adalah disebabkan mereka tidak
memperolehi skor penuh bagi soalan ujian pos yang telah dijalankan manakala murid-murid
yang bersetuju adalah berada pada tahap 3 iaitu memperoleh skor dalam julat 6 hingga 8.
Akhir sekali, penilaian kendiri murid gterhadap kepuasan hati mereka semasa PdP. Data
menunjukkan seramai 4 orang tidak setuju, 5 orang setuju dan 5 orang sangat setuju
dengan aspek puas hati. Murid-murid yang tidak setuju adalah terdiri daripada murid yang
tidak berpeluang menggunakan resos dengan sebaiknya dan tidak mendapat skor pada
tahap 3. Pada hakikatnya, hasil penilaian kendiri yang dilakukan oleh murid mampu
memberi semangat atau motivasi kepada ereka untuk melakukan yang terbaik dalam
pembelajaran seterusnya menambahbaik startegi pembelajaran mereka. Min bagi setiap
kriteria adalah dalam julat 2.93 hingga 3.64. Hal ini menunjukkan semua murid bersetuju
dengan setiap kriteria dalam penilaian kendiri.
Bagi penilaian rakan sebaya pula, ia dilakukan secara berkumpulan di mana 2 orang
daripada setiap kumpulan dikehendaki menunjukkan langkah penukaran unit mengunakan
resos ICUC di hadapan kelas. (Rujuk 6.0). Kemudian wakil-wakil kumpulan tersebut akan
dinilai oleh kumpulan lain berdasarkan rubrik bagi setiap kriteria yang disediakan. Kriteria
penilaian bagi rakan sebaya ini adalah berkesan, cepat, mudah, jimat masa, jawapan tepat
dan puas hati. Rubrik tersebut menjadi panduan kepada murid dalam menilai rakan mereka
(Rujuk Lampiran 14). Berikut merupakan hasil penilaian rakan sebaya terhadap 6 orang
murid yang terpilih:
PENILAIAN
RAKAN SEBAYA
Rajah 10: Graf bar bagi penilaian rakan sebaya
SKALA PILIHAN
1 Cemerlang
2 Sederhana
3 Lemah
84
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
4 Sangat lemah
Berdasarkan Rajah 10 di atas, didapati bahawa penilaian bagi setiap murid adalah
dalam lingkungan sederhana dan cemerlang dalam setiap kriteria. Murid pertama dan
keempat iaitu Nur Insyirah Najiya dan Nur Aqilah dinilai oleh rakan-rakan mereka sebagai
seorang yang cemerlang dalam semua aspek. Hal ini menunjukkan mereka berdua telah
menunjukkan hasil kerja yang sangat baik dalam menjawab soalan penukaran unit panjang
menggunakan resos ICUC. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, para murid lain juga
memuji kemahiran yang ditunjukkan oleh mereka semasa menunjukkan hasil kerja mereka.
Seterusnya adalah Nurul Izzla. Nurul Izzla mendapat keputusan cemerlang dalam semua
kriteria kecuali dalam kriteria cepat. Rakan-rakannya telah menilai bahawa dia adalah
kategori sederhana semadsa menjawab soalan di hadapan kelas. Izzla mungkin telah
mengambil masa yang secukupnya tetapi tidak menggunakan langkah betul secara
berturutan. Muhammad Aiman dikategorikan cemerlang dalam kriteria berkesan, mudah dan
jawapan tepat manakala sederhana dalam cepat, jimat masa dan puas hati. Rakan-rakan
telah membuat penilaian bahawa hasil kerja yang ditunjukkan olehnya adalah secar mudah
dan meperoleh jawapan tepat melalui langkah-langkah yang teapt ketika menggunakan
resos ICUC tetapi mengambil masa dalam menjawab soalan yang diberikan oleh guru.
Murid kelima iaitu Siti Aisya pula mendapat penilaian cemerlang dalam kriteria cepat, mudah
dan puas hati manakala sederhana dalam berkesan, jimat masa dan jawapan tepat. Hasil
pemerhatian menunjukkan Siti Aisya telah membuat sedikit ralat ketika melakukan
penukaran unit panjang di hadapan kelas sehingga mengambil sedikit masa. Oleh yang
demikian, dia tidak mendapat penilaian cemerlang dalam semau kriteria. Akhir sekali adalah
penilaian rakan sebaya terhadap hasil kerja Wan Fatimatul Zahra. Zahra mendapat
penilaian cemerlang dalam kriteria jimat masa dan jawapan tepat tetapi sederhana dalam
kriteria yang lain. Min bagi setiap murid ini pula adalah dalam lingkungan 3.50 hingga 3.83.
Hal ini menunjuukan tahap pencapaian murid adalah dalam kategori sederhana dan
cemerlang.
8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Pedagogi merupakan satu seni atau sains dalam pengajaran, pendidikan dan kaedah
instruksional. Shulman dan Grossman (1987) menggariskan bahawa pengetahuan yang ada
pada seseorang guru berserta kaedah penyampaian mereka merupakan integrasi dominan
dalam memastikan murid-murid menerima pembelajaran yang dinamik dan responsif.
Justeru itu, berdasarkan uji cuba yang telah dilakukan, terdapat beberapa penambahbaikan
dalam pedagogi pengajaran yang telah dilakukan. Antara penambahbaikan yang boleh
dilakukan adalah membuat penerangan berkenaan langkah penggunaan resos ICU
menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) seperti slaid “powerpoint” ataupun
video. Kita ketahui bahawa penggunaan TMK adalah sangat digalakkan dalam PdPc pada
masa ini. Hal ini kerana melalui penggunaan TMK, murid akan lebih tertarik dan kefahaman
mereka juga akan meningkat lebih-lebih murid yang mempunyai gaya pembelajaran visual
dan auditori. Golongan murid yang memiliki gaya pembelajaran seperti ini sudah tentu akan
memaksimumkan pembelajaran mereka pada hari tersebut.
Selain itu, pembelajaran abad ke-21 (PAK21) menggalakkan kaedah pembelajaran
yang menarik. Antara rancangan penambahbaiakan yang boleh dilakukan adalah, semasa
memilih wakil kumpulan untuk membuat penyelesaian masalan penukaran unit panjang di
hadapan kelas. Guru boleh mengamalkan aktiviti PAK21 seperti “Fan anad Pick” di mana
guru akan menyediakan beberapa kad dan disusun seperi kipas untuk diberikan kepada
setiap kumpulan. Ahli kumpulan yang memilih kad soalan penukaran unit adalah yang
terpilih untuk menjawab soalan tersebut menggunakan resos ICUC di hadapan kelas. Para
murid yang lain akan menilai, memberi respons dan pujian kepada hasil kerja atau jawapan
85
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
yang ditunjukkan. Melalui cara ini, pemilihan wakil kumpulan adalah secara adil dan
memuaskan hati semua pihak.
Seterusnya, kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar
yang telah digunakan adalah resos ICUC. Resos ICUC juga memerlukan penambahbaikan
dari segi bahan yang disediakan. Hal ini demikian kerana ia memberi sedikit kesan terhadap
kelancaran proses PdP. Kita ketahui butang magnet merupakan salah satu bahan yang
digunakan yang berfungsi sebagai titik perpuluhan dalam resos ICUC. Namun begitu,
didapati bahawa penggunaan butang adalah tidak efisien kerana ia seringkali terjatuh
apabila digunakan pada papan putih. Oleh itu, ia perlu diganti dengan bahan yang lebih baik
seperti meletakkan pelekat dan sebagainya sekiranya digunakan pada papan putih. Butang
magnet ini adalah sesuai untuk digunakan semasa aktiviti berkumpulan di mana resos ICUC
diletakkan di atas meja sahaja. Setiap penambahbaikan yang dirancang sememangnya
bertujuan untuk menghasilkan suatu PdPc ke arah lebih baik. Oleh itu, setiap guru perlu
membuat perancangan PdPc yang lengkap dengan menggunakan pelbagai strategi.
9.0 KESIMPULAN
Sebagai menggulung segala perkara yang dinyatakan di atas, dapatlah kita simpulkan
bahawa resos ICUC sedikit sebanyak membantu murid dalam memahami konsep dan
kemahiran penukaran unit panjang. Tidak dapat disangkal bahawa penggunaan resos
sangat membantu dalam proses PdP bagi menghasilkan sebuah pembelajaran yang
bermakna. Resos ICUC yang dibina ini sememangnya merupakan suatu medium
pengukuhan kepada murid dan sangat mendorong kumpulan murid yang sederhana dan
lemah dalam menyelesaikan soalan topik penukaran unit panjang sekaligus mampu
mengaplikasikannya dalam kehidupan. Ekoran daripada itu, setiap warga pendidik perlulah
berfikir secara kreatif dan kritis dalam menghasilkan suatu bahan bantu mengajar.
Melalui tugasan kajian kes ini juga, kita dapat mengetahui akan kepentingan strategi
pedagogi dalam proses PdP yang perlu dipraktikkan apabila sudah bergelar seorang guru
kelak. Penglibatan murid secara aktif dan peranan guru sebagai pembimbing di dalam bilik
darjah adalah amat digalakkan. Sesungguhnya penggunaan pedagogi seiring dengan
pendidikan abad ke 21 dititikberatkan oleh setiap guru bagi menjadikan PdP lebih menarik
sekaligus berupaya melibatkan para murid secara aktif dalam aktiviti yang dilakukan.
Pentaksiran autentik seperti penilaian kendiri dan rakan sebaya juga hendaklah ditekankan
dalam pedagogi supaya murid dapat menilai serta meningkatkan tahap pencapaian
pembelajaran mereka. Penyampaian pengajaran perlulah lebih bermakna bagi
membolehkan murid dapat memahami idea matematik dengan mudah seterusnya boleh
mengaplikasikannya dalam kehidupan sebagaimana yang dihasratkan dalam kurikulum
matematik.
RUJUKAN
Boon, P.Y., Lee, L.H., & Lawrence Aloysius Aeria. (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan.
Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.
Isoda, M. (2007). Where did lesson study come begin, and how far has it come? In M. Isoda,
M. Stephens, Y. Ohara & T. Miyakawa (Eds.), Japanese Lesson Study in
Mathematics: Its Impact, Diversity and Potential for Educational Improvement.
Singapore: World Scientific Publishing, 8-15.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Matematik Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
86
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pelajaran Malaysia. (t.t.) Diperoleh pada 20 Mac 2020 daripada
https://ssmstekvok.files.wordpress.com/2017/05/buku-plc.pdf
Komuniti Pembelajaran Profesional. (t.p.). (t.t). Diperoleh pada 21 Mac 2020 daripada
http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/pluginfile.php/179/mod_resource/content/1/Moul
% 20Komuniti%20Pembelajaran%20Profesional.pdf
Miller, M.D., Linn, R.L. & Gronlund, N.E. (2009), Measurement and assessment in teaching.
(10th ed.). New Jersey: Pearson Education International.
Rosenholtz, Susan (1989). Teachers‟ workplace: The social organization of schools. New
York: Longman.
Shulman, L.S. & Grossman, P.L. 1987. Final report to the Spencer Foundation. Stanford,
CA: School of Education, Stanford University
87
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
LAMPIRAN 1
Temubual bersama guru
Proses Pelaksanaan ICUC
88
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Murid membuat ujian pra
89
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Sesi temubual bersama guru SKKP
LAMPIRAN 2 :Kegunaan Resos ICUC
Penukaran unit kecil kepada unit besar
millimeter (mm) kepada sentimeter (cm) kepada meter (m) kepada
kilometre (km)
sentimeter (cm) meter (m)
millileter (mm) kepada
sentimeter (cm) kepada gram (g) kepada liter (l)
kilometre (km) kilogram (kg)
Penukaran unit besar kepada unit kecil
sentimeter (cm) kepada meter (m) kepada Kilometre (km) kepada
meter (m)
millimetre (mm) sentimeter (cm)
liter (l) kepada millilitre
kilometer (km) kepada kilogram (kg) kepada (ml)
sentimeter (cm) gram (g)
Langkah Penukaran Unit Kecil kepada Unit Besar
1. Rujuk kepada soalan yang diberikan.
Contoh: 355 ml kepada unit liter.
2. Mengenal pasti unit yang ingin ditukar terlebih dahulu untuk mengetahui
warna yang diwakili oleh unit yang hendak ditukar Contoh: liter diwakili oleh warna biru.
3. Letakkan magnet (warna ikut unit yang hendak ditukar) pada strip (warna unit
soalan sebelum penukaran)
Contoh: Magnet biru (mewakili liter) diletakkan pada strip warna merah (mewakili milliliter).
90
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
4. Tulis soalan pada ruangan yang betul mengikut titik perpuluhan.
Contoh: Dengan berpandukan magnet (mewakili titik perpuluhan), tulis semula soalan.
5. Alihkan magnet ke strip yang sama warna.
Contoh: Magnet biru dialihkan ke strip biru.
6. Jawapan yang dipaparkan merupakan jawapan penukaran unit. Contoh: 355
ml ditukar kepada unit liter adalah 0.355 l.
Langkah Penukaran Unit Besar kepada Unit Kecil
1. Rujuk kepada soalan yang diberikan.
Contoh: 75.82 km kepada unit sentimeter
2. Mengenal pasti unit yang ingin ditukar terlebih dahulu untuk mengetahui warna yang
diwakili oleh unit yang hendak ditukar
Contoh: sentimeter diwakili oleh warna hijau
91
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
3. Letakkan magnet (warna ikut unit yang hendak ditukar) pada strip (warna unit soalan
sebelum penukaran)
Contoh: Magnet hijau (mewakili cm) diletakkan pada strip warna biru (mewakili km).
4. Tulis soalan pada ruangan yang betul mengikut titik perpuluhan.
Contoh: Dengan berpandukan magnet (mewakili titik perpuluhan), tulis semula soalan.
5. Alihkan magnet ke strip yang sama warna.
Contoh: Magnet hijau dialihkan ke strip hijau.
92
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
6. Ruangan kosong pada sebelah kiri magnet hendaklah diisi dengan sifar (0) (jika
ada).
Contoh: Tiga ruang kosong sebelah kiri diisi dengan sifar.
7. Jawapan yang dipaparkan merupakan jawapan penukaran unit. Contoh: 75.82 km
ditukar kepada unit sentimeter adalah 7582000 cm.
CUT
Vergeer Voi Anak Paul
Muhammad Takbir Idham Jepre @ Kipli
Ronald Chin Chun Hwa
1.0 PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan generasi yang
berilmu, berketrampilan, berkemahiran tinggi dan mempunyai jati diri yang kukuh. Dalam
bidang pendidikan Sains dan Matematik, Matematik merupakan satu daripada mata
pelajaran yang penting di mana penguasaan dan kecemerlangan Matematik menjadi asas
kepada kemajuan sesebuah negara (Hamdan, 2000). Akan tetapi, Matematik sering
dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar difahami dan membosankan murid.
Pembelajaran Matematik adalah sesuatu yang sukar untuk kebanyakan murid kerana
mereka tidak dapat menggambarkan konsep abstrak tersebut. Antara proses Matematik
yang sukar untuk murid-murid adalah penukaran unit.
Menurut Butcher, Crown dan Gentry (2006), penukaran unit ialah proses yang
melibatkan operasi pendaraban dan pembahagian sesuatu faktor numerik. Penukaran unit
masa dan waktu merupakan salah satu kemahiran yang agak sukar dikuasai oleh murid.
Unit masa mendatangkan masalah kepada murid-murid kerana penukaran unit masa adalah
tidak berdasarkan kuasa sepuluh, atau dalam erti kata lain, masa tidak menggunakan sistem
nombor perpuluhan. Selain itu, murid-murid turut berasa keliru apabila ingin menentukan
operasi yang sepatutnya digunakan dalam penukaran unit ini.
Bagi menangani isu-isu yang telah digariskan, sebuah resos telah dibangunkan di
mana keberkesanannya telah diuji melalui pelaksanaan sebuah Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) yang melibatkan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dan Pentaksiran
Autentik di sebuah sekolah.
93
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
1.1 Komuniti Pembelajaran Profesional
Pada zaman bersadur sains dan teknologi ini, dunia pendidikan sudah berada di satu tahap
di mana berlakunya revolusi pembelajaran yang menuntut pembentukan sebuah komuniti
sekolah yang berani melakukan perubahan bagi memantapkan sistem pendidikan negara.
Perubahan yang berlaku merupakan implikasi daripada tuntutan dan cabaran globalisasi,
liberasi, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (Zuraidah Abdullah, 2009).
Perubahan ini adalah penting untuk dilaksanakan bagi meningkatkan mutu pendidikan
negara. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (20132025) menghasratkan agar
pendidikan negara dapat menjangkau kualiti standard antarabangsa yang tinggi. Ke arah
pencapaian hasrat ini, sistem pendidikan Malaysia perlu menyediakan penambahbaikan
prestasi yang lebih hebat, berdasarkan tanda aras sistem pendidikan negara lain mengikut
standard antarabangsa. Antara inisiatif yang dilaksanakan ialah Komuniti Pembelajaran
Profesional (PLC).
PLC didefinisikan sebagai inisiatif kolaboratif dalam suatu kelompok guru yang
komited untuk bergerak sebagai suatu kumpulan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran (Dufour, Dufour dan Eaker, 2002). Hal ini bermaksud guru-guru sentiasa
berkongsi dan bekerjasama untuk memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP)
mereka sentiasa pada tahap yang tinggi. Rosenholtz (1989) pula mendefinisikan PLC
sebagai suatu amalan yang baik yang patut dipraktikkan di sekolah untuk meningkatkan
kualiti PdP guru. Konsep PLC ini tidak terhad di dalam satu-satu sekolah sahaja tetapi turut
melibatkan kerjasama dengan sekolah-sekolah lain mahupun pihak-pihak luar yang
berkemahiran dalam bidang yang berkaitan. Strategi dalam PLC dapat membantu guru-guru
untuk membincangkan isu-isu pengajaran dan pembelajaran seperti isu dalam penukaran
unit untuk subjek Matematik di samping mendapatkan input mengenai langkah untuk
menangani isu tersebut.
1.2 Pentaksiran Autentik
Pentaksiran mempunyai peranan yang penting dalam pendidikan dan fungsi yang kritikal
dalam proses PdP (Irfan Tosuncuoglu, 2018). Hal ini demikian kerana, menerusi
pentaksiran, guru dapat mengetahui sejauh mana perkembangan yang ditunjukkan oleh
murid dari pelbagai aspek dan secara tidak langsung, guru dapat mengambil langkah yang
proaktif untuk merancang aktiviti PdP yang lebih sesuai dengan perkembangan murid pada
masa akan datang. Miller, Linn dan Gronlund (2009) mendefinisikan pentaksiran sebagai
istilah umum yang merangkumi pelbagai prosedur untuk memperoleh maklumat tentang
pembelajaran murid dan membentuk penghakiman nilai mengenai kemajuan pembelajaran.
Pentaksiran autentik pula merupakan penilaian yang dilakukan terhadap murid yang
melaksanakan aktiviti atau tugasan yang merujuk situasi kehidupan sebenar dan dapat
mempamerkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang bermakna. Pentaksiran autentik
merupakan penilaian dari pelbagai aspek seperti pengetahuan murid, kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran sosial, kepekaan terhadap persekitaran serta simulasi
kepada situasi kehidupan sebenar. Menurut Readman dan Allen (2013), pentaksiran
autentik merupakan amalan yang melibatkan murid secara realistik dan bermakna dalam
menilai kemajuan mereka sendiri. Pentaksiran autentik lazimnya memerlukan guru untuk
menyediakan suatu tugasan yang perlu disiapkan oleh murid dan rubrik yang menunjukkan
pemberian markah bagi tugasan tersebut (Boon, Lee dan Lawrence, 2017). Bagi
mendapatkan data mengenai keberkesanan resos yang telah dibangunkan dalam
menangani isu pengajaran dan pembelajaran yang telah digariskan, dua jenis alat
pentaksiran autentik telah dilaksanakan. Alat pentaksiran autentik yang telah dipilih ialah
pentaksiran portfolio, iaitu portfolio penilaian dan penilaian kendiri.
94
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
2.0 PERNYATAAN MASALAH
2.1 Kekeliruan menentukan faktor numerik yang terlibat dalam penukaran
unit
Murid menghadapi kesukaran dalam menentukan faktor numerik yang terlibat
dalam penukaran unit masa melibatkan jam dengan minit dan minit dengan
saat. Hal ini demikian kerana penukaran unit ini tidak berdasarkan kuasa
sepuluh. Oleh itu, murid sering lupa bahawa 1 jam sama dengan 60 minit dan 1
minit sama dengan 60 saat.
Rajah 1: Contoh kesalahan dilakukan oleh murid
2.2 Kesalahan menentukan operasi yang terlibat dalam penukaran unit
Murid melakukan kesilapan dalam menentukan operasi yang terlibat dalam
penukaran unit masa melibatkan jam dengan minit dan minit dengan saat.
Antara kesalahan yang dilakukan ialah melakukan operasi tambah tetapi bukan
darab, melakukan operasi tolak tetapi bukan bahagi dan tertukar antara operasi
darab dengan bahagi.
Rajah 2: Contoh kesalahan dilakukan oleh murid
3.0 OBJEKTIF
3
CUT E merupakan satu resos dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menangani
masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam pembelajaran topik penukaran unit masa
yang melibatkan jam dengan minit dan minit dengan saat.
3.1 Mengatasi kekeliruan murid dalam menentukan faktor numerik yang terlibat dalam
penukaran unit masa melibatkan jam dengan minit dan minit dengan saat.
3.2 Membantu murid menentukan operasi yang terlibat dalam penukaran unit masa
melibatkan jam dengan minit dan minit dengan saat.
95
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
4.0 RESOS
Nama resos yang telah dihasilkan ialah CUT , iaitu disebut sebagai “cute” bagi menarik
minat murid untuk belajar yang merupakan akronim bagi Converting Unit of Time manakala
E bermaksud 3 unit masa yang terlibat dalam penukaran, iaitu jam, minit dan saat.
4.1 Tinjauan Literatur
Tinjauan literatur ini menyorot kepada teori PdP yang membantu dalam
pembelajaran murid di sekolah. Berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Matematik Tahun 3, murid perlu mempelajari tajuk Masa dan
Waktu di bawah topik Sukatan dan Geometri di mana Standard Pembelajaran 5.2.2
menjadi fokus resos ini.
Rajah 3: DSKP Matematik Tahun 3
4.2 Kandungan dan Penggunaan Resos
Kandungan dan prosedur penggunaan resos ini boleh dirujuk pada Lampiran 1.
4.3 Kos
Jadual 1 menunjukkan anggaran perbelanjaan yang digunakan bagi menghasilkan
resos CUT .
Bil Bahan Harga seunit (RM) Kuantiti Harga (RM)
1. Kertas warna 0.20 4 0.80
2. Kertas laminate 0.50 5 2.50
3. Kertas pembalut 0.50 2 1.00
4. Mounting board 3.00 2 6.00
5. Rings 0.50 6 3.00
Jumlah 13.30
96
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
5.0 PELAKSANAAN RESOS
Resos CUT ini telah diuji di sebuah sekolah. Responden terdiri daripada murid-murid
Tahun 3. Penggunaan resos ini telah dilakukan melalui pelaksanaan Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) yang melibatkan strategi PLC dan alat pentaksiran autentik seperti berikut:
5.1 Rancangan Pengajaran Harian
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
JABATAN SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK
IPGK KENT, TUARAN
Mata Pelajaran Matematik
Tarikh 2 Mac 2020 (Isnin)
Masa 7:30 – 8:30 pagi
Kelas
Bilangan Murid 3 Kreatif
Tema
Tajuk 20
Kemahiran/Fokus
Sukatan dan Geometri
Kemahiran Sedia Ada
Masa dan Waktu
Penukaran unit masa melibatkan jam dengan minit, dan
minit dengan saat
i. Murid mengenal jarum saat, jarum minit dan jarum jam. ii.
Murid tahu menggunakan jam analog dan jam digital.
Standard Kandungan 5.2 Perkaitan antara masa
Standard 5.2.2 Menukar unit masa melibatkan jam dengan minit, dan
Pembelajaran minit dengan saat
Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
i. Melakukan sekurang-kurangnya 3 daripada 4 penukaran
unit masa melibatkan jam dengan minit, dan minit
dengan saat dengan betul.
97
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Pentaksiran Hasil kerja murid, pemerhatian ke atas murid.
Berasaskan Sekolah
Tabiat Berfikir (HOM) Berusaha untuk ketepatan, menyoal dan menyelesaikan
masalah
Elemen Merentas Bahasa, Nilai Murni, Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Kurikulum (EMK) Kreativiti dan Inovasi
Penerapan Nilai Kejujuran, keberanian, keyakinan, bekerjasama dan
tolongmenolong
Bahan Bantu Mengajar Jam dinding (1), komputer riba (1), LCD projector (1), buku
teks (1), resos CUTE (1), kad soalan (4), lembaran
kerja/ujian pra (20), lembaran kerja/ujian pasca (20)
Seni Dalam Pendidikan Seni visual
Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Masa Pembelajaran
Fasa
• Menimbulkan • Guru bertanya kepada Bahan bantu
Persediaan rasa ingin tahu murid berapa saat mengajar:
murid diperlukan oleh jarum
(5 minit) Jam dinding
saat untuk melengkapkan
satu pusingan jam. Strategi PdP:
• Guru membimbing Pembelajaran
murid untuk sama-sama kontekstual,
mengira berapa saat berpusatkan
diperlukan untuk jarum bahan
saat melengkapkan satu
pusingan jam.
Rajah 1: Jam dinding
Fasa Imaginasi • Membuat • Guru menerangkan Bahan bantu perkaitan
satu pusingan jarum mengajar:
antara unit saat adalah sama
Lembaran kerja
98
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
(10 minit) masa dengan 1 minit.
• Melaksanakan • Guru membimbing ujian pra untuk murid untuk
membuat Strategi PdP: menguji perkaitan minit dengan
pengetahuan saat. Pembelajaran sedia ada konstruktivisme,
murid 1 minit = 60 saat berpusatkan
bahan
• Guru menerangkan
perkaitan jam dengan
minit juga
menggunakan konsep Nilai: yang sama,
maka, Kejujuran
1 jam = 60 minit
• Guru memberikan
lembaran kerja (ujian
Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Masa
Pembelajaran pra)
kepada murid untuk
disiapkan.
Rajah 2: Ujian pra
Fasa • Menerangkan • Guru menunjukkan Bahan bantu
Perkembangan slaid Powerpoint mengajar:
konsep Komputer riba,
LCD Projector,
penukaran unit berkenaan penukaran
(35 minit) masa unit masa.
99
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
• Menggunakan buku teks, resos resos CUTE
3CUTE, kad
soalan • Menjalankan
• berkumpulan Rajah 3: Slaid Strategi PdP: aktivit
Powerpoint Berpusatkan i
Menjalankan
aktiviti bahan,
perbincangan
• Guru menunjukkan
koperatif
berpusatkan resos CUTE dan
guru,
menerangkan langkah-
berpusatkan
langkah
murid,
penggunaannya kepada
pembelajaran
murid.
Nilai: Kerjasama,
tolong-menolong
Rajah 4: Resos CUT3E
Aktiviti Stesen Kereta Api
Langkah/ Isi Pelajaran • Murid dibahagikan kepada 4 Catatan
Masa kumpulan.
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
• 4 stesen disediakan di dalam bilik
darjah dengan jarak yang sesuai.
• Setiap stesen mengandungi kad
soalan yang mempunyai 2 soalan
penukaran unit masa.
• Setiap kumpulan bermula pada
stesen yang berbeza seperti
berikut:
Stesen 1: Kumpulan 1
Stesen 2: Kumpulan 2
Stesen 3: Kumpulan 3
Stesen 4: Kumpulan 4
100