KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Penerapan Nilai Berani mencuba,yakin
diri,bertanggungjawab,bekerjasama
Bahan Bantu Mengajar KGG Converter, LCD projector dan Komputer Riba
Seni dalam Pendidikan -
Professional Learning Community Peer Coaching
Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Masa(Minit) Pembelajaran
lan jisim 1. Guru Menunjukkan BBM:
kan gambar buah- • Slaid powerpoint
uan sedia buahan tempatan.
d. 2. Guru mengaitkan
gambar dengan Nilai dan sikap:
situasi jual beli yang
melibatkan jisim. • Berani mencuba
3. Murid akan • Yakin diri
mengaitkan aktiviti
tersebut dengan
tajuk dan objektif
pdp pada hari ini.
sim: 1. Murid diberikan BBM:
00 g penerangan • Lembaran
tentang konsep kerja 1
penukaran unit
jisim sambil
unit diperhatikan oleh Tabiat berfikir:
m 2. coach dan guru
n lain. Guru • Berusaha
dan mengedarkan untuk
mbaran 3. lembaran kerja
at kepada murid. ketepatan
pasti Guru meminta Nilai dan sikap:
uan 4. murid menjawab
ia ada secara individu. • Bertanggungj awab
Setiap murid perlu
n unit menjawab soalan • Bersungguhsungguh
penukaran unit jisim
menggunakan
pengetahuan sedia
ada.
5. Guru akan memantau murid menyelesaikan tugasan. Soalan:
Tukarkan nilai tersebut dengan jawapan yang betul:
201
I. 12 860 g = ___kg
II. 27.72 kg = ___ g
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
III. 32 kg 8 g =___ g
IV. 12 kg 49 g =___ kg
V. 7 069 g = ___ kg jisim melibatkan
___ g kilogram dengan
Nilai dan sikap:
VI. 51.08 kg = ___ kg
___ g
Fasa • KGG Converter 9. Guru menayangkan BBM: awab
Perkembangan digunakan untuk slaid powerpoint
menukarkan unit untuk menerangkan • KGG
( 20 Minit) jisim dari kg ke g cara penggunaan Converter
dan g ke kg. KGG Converter.
• Slaid 10. S
powerpoint e
t
• Menukar unit ukuran
iap kumpulan diedarkan dengan KGG Converter.
11. Murid perlu menggunakan kaedah tersebut untuk
menukar unit jisim kilogram kepada gram dan
kilogram kepada gram. Soalan:
Tukarkan nilai tersebut:
VII. 32 860 g = ___kg
VIII. 27.72 kg = ___ g
IX. 78.08 kg = ____ kg
____ g
12. Murid perlu memaparkan hasil kerja mengikut
kumpulan di hadapan.
13. Guru menilai hasil kerja murid tersebut.
14. Guru memberikan
ganjaran kepada
kumpulan yang
paling banyak
betul dalam
menjawab soalan.
Fasa Tindakan • Menghubungkaitkan 7. Guru mengedarkan BBM: •
pelaksanaan nilai jisim dalam lembaran kerja Lemb
kepada murid.
( 10 Minit) nombor aran
bulat,pecahan dan tugasan perpuluhan.
Tabiat berfikir
• Berusaha untuk
ketepatan
202
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Nilai dan sikap:
• Bertanggungj
awab
8. Guru meminta murid
menjawab secara
individu.
9. Guru meminta murid
menjawab secara
individu.
10. Murid diminta untuk
menyelesaikan
lembaran tugasan.
11. Guru akan
memberikan
bimbingan dari
semasa ke semasa.
12. Setiap murid perlu
menjawab soalan
penukaran unit jisim
menggunakan kaedah
KGG Converter.
13. Lembaran tugasan
akan dihantar kepada
guru untuk disemak.
Fasa Penilaian • Guru membimbing 1. Murid perlu memberi EMK:
( 5 Minit) murid membuat
refleksi pada akhir maklum balas • Komunikasi
pembelajaran. terhadap
pembelajaran hari ini
melalui senarai Nilai dan sikap:
semak pentaksiran
kendiri. • Yakin diri
• Berani
2. Guru akan meminta murid
membuat rumusan untuk
sesi pdp hari ini.
Catatan Refleksi Guru Pelatih:
Catatan Guru Pembimbing:
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
______________________________
203
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Catatan Pensyarah Penyelia:
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
____________________________
Disemak oleh guru pembimbing, Diperiksa oleh pensyarah penyelia,
Tandatangan: Tandatangan:
Nama: Nama:
Tarikh: Tarikh:
6.0 Hasil Dapatan Kajian
Dengan menggunakan konsep KGG Converter ini, murid menyusun nombor-nombor
perpuluhan untuk penukaran unit ukuran jisim dalam jadual yang disediakan. Murid perlu
mengisikan nombor-nombor berikut ke dalam petak-petak yang betul petak kilogram (KG)
dan petak gram (G). Murid perlu menulis soalan pada kotak mengikut lajur yang betul. Jalur
Titik akan digunakan bagi soalan yang mempunyai titik perpuluhan. Murid perlu mengisi
kotak yang kosong dengan nombor sifar. Selepas itu, salin semula jawapan akhir dalam unit
gram. Ruangan lajur menunjukkan nilai tempat membantu murid dalam meletakkan nombor
di nilai tempat yang betul bagi membantu mengurangkan kesalahan umum murid untuk
menukar unit.
Penggunaan Pentaksiran Autentik dapat Pentaksiran autentik merujuk penilaian yang
dilakukan berdasarkan pencapaian sebenar yang dipamerkan oleh murid di dalam bilik
darjah. Pentaksiran Autentik merangkumi penilaian dan pelbagai aspek seperti pengetahuan
murid, pemahaman murid, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran sosial, kepekaan
terhadap persekitaran, serta simulasi kepada situasi kehidupan sebenar. Dalam hal ini,
Pentaksiran Autentik boleh diiktirafkan sebagai proses penilaian pelbagai bentuk
pengukuran [restasi yang dapat memberikan maklumat tentang tahap pembelajaran murid,
pencapaian, motivasi, perasaan atau sikap murid terhadap aktiviti pembelajaran yang
berkaitan. Menurut Readman dan Allen (2013), Pentaksiran Autentik merupakan amalan
yang melibatkan murid secara realistik dan bermakna dalam menilai kemajuan mereka
sendiri. Pentaksiran ini juga merupakan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan dan
konsisten.
6.1 Pentaksiran Portfolio
Pentaksiran portfolio ialah alat penilaian yang digunakan untuk mendokumentasikan
pembelajaran murid melalui siri koleksi evidens pencapaian dan hasil kerja murid.
204
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Pentaksiran ini menawarkan alternattif atau tambahan kepada kaedah Tradisional seperti
peperiksaan. Pentaksiran portfolio memberikan peluang kepada guru dan murid bagi
mendokumentasikan, menyemak dan menganilisis kandungan serta kemajuan
pembelajaran murid. Dalam erti kata lain, portfolio ialah koleksi kerja murid yang
membolehkan penilaian dilaksanakan pada bukti dan evidens yang menunjukkan usaha dan
pencapaian berkaitan dengan matlamat pengajaran tertentu (Readman dan Allen, 2013).
6.1.1 Kriteria-kriteria Petaksiran Portfolio
Mengikut Brookhart (2013), rubrik merupakan suatu set kriteria yang koheren untuk tugasan
murid yang merangkumi dsekripsi tahap-tahap kualiti prestasi terhadap kriteria. Dalam
penilaian pentaksiran portfolio ini, rubrik holistik digunakan kerana menilai tahap penguasan
yang diberi skor pemarkahan iaitu pada tahap penguasaan 1 hingga 3 dalam standard
prestasi Ukuran dan Sukatan bagi topik Jisim. Pada pentaksiran ini, hanya menguji kepada
kebolehan murid menukar unit ukuran jisim melibatkan kilogram dan gram.
Rajah 8: Standard Prestasi bagi Ukuran dan Sukatan
Maka, berikut merupakan rubrik penskoran diberikan mengikut skor 0 hingga 6 merujuk
kepada pembinaan lembaran kerja ujian pra dan ujian pasca yang mengandungi 6 soalan
bagi menguji tahap penguasaan dalam menukar unit dalam tiga jenis soalan. Jadual 1:
Soalan-soalan yang diberikan pada Ujian Pra dan Pasca
Jawapan dalam g Jawapan dalam kg Jawapan dalam kg
kg → g g → kg dan g g
→ kg,g
kg,g → g kg,g → kg
kg → kg,g
205
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Skor Jadual 2: Rubrik Pemarkahan Ujian Pra dan Pasca
6 Deskripsi
5 Mempamerkan pemahaman secara menyeluruh terhadap soalan. Sangat
4 menguasai topik yang diuji. Tahu dan faham serta dapat mengubungkait idea
3 dengan sangat jelas.
2 Mempamerkan pemahaman yang sangat baik terhadap soalan.
1
0 Mempamerkan pemahaman yang baik terhadap soalan. Hampir menguasai
topik yang diuji. Tahu, faham dan apat membuat perhubungan dengan jelas.
Mempamerkan pemahaman yang agak baik terhadap soalan. Kurang
menguasai. Tahu, faham dan boleh buat serta dapat membuat perhubungan
agak jelas.
Mempamerkan pemahaman yang minimum terhadap soalan. Kurang
menguasai topik yang diuji. Tahu dan faham.
Tidak mempamerkan pemahaman tentang soalan.
Tidak respons/tidak mencuba soalan.
6.1.2 Interprestasi Data Ujian Pra dan Ujian Pasca
Bukti atau Evidens ini dilihat membolehkan penilaian dilaksanakan dengan
membandingkan skor pencapaian murid selepas berlakunya proses pembelajaran. Dalam
konteks ini, murid diberikan lembaran kerja sebelum (Ujian Pra) bagi mengetahui
pengetahuan sedia ada murid mengenai topik penukaran unit ukuran jisim. Kemudian,
selepas guru mengajar murid menggunakan kaedah dalam resos ‘KGG Converter’, guru
memberikan lembaran kerja (Ujian Pasca) bagi menilai perkembangan pencapaian murid
mengenai topik penukaran unit ukuran jisim dan keberkesanan resos kepada murid Tahun
3.
Jadual 3: Skor Murid Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Murid Tahun 3 Alfa
Skor Murid Ujian Pra Kekerapan
1 Ujian Pasca
0 5 0
1 8 0
2 4 1
3 1 1
4 1 7
5 0 7
6 20 4
Jumlah 20
206
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Prestasi Murid
9
8
7
6
5
4
3
2
1
0
0123456
Ujian Pra Ujian Pasca
Rajah 9: Perbandingan prestasi Ujian Pra dan Ujian Pasca
Jadual 4: Data Statistik bagi Skor Murid Tahun 3 Alfa
Sisihan
Ujian Min Mod Jumlah, N piawai
Ujian Pra 2.1 2 20 1.13
Ujian Pasca 4.6 4.5 20 0.84
Skor min Ujian Pra (min=2.1) adalah lebih kecil daripada Ujian Pasca (min=4.6). Ini
bermakna tahap skor di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca terdapat perbezaan yang ketara.
Secara kesuluruhan, keputusan ini menunjukkan bahawa rawatan yang diberikan kepada
kumpulan kelas Tahun 3 Afa telah meningkatkan nilai skor Ujian Pasca ujian Matematik
bagi topik penukaran unit ukuran jisim mengatasi nilai skor pada sebelumnya. Oleh itu,
penggunaan kaedah ‘KGG Converter’ yang diberikan kepada murid Tahun 3 Alfa berkesan
dalam meningkatkan skor ujian berkenaan kemahiran penukaran unit ukuran jisim
melibatkan kilogram dan gram yang diberikan. Nilai sisihan piawai bagi Ujian Pra lebih
besar berbanding Ujian Pasca. Hal ini bermakna Ujian Pra menunjukkan pencapaian murid
tahun 3 Alfa mempunyai taburan skor yang lebih luas berbanding taburan skor Ujian Pasca.
Jika dikira, didapati bahawa sisihan piawai bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca.ialah 1.13 dan
0.84 masing-masing.
6.2 Pentaksiran Kendiri
Pentaksiran kendiri berlaku apabila murid menilai kerja mereka sendiri berdasarkan bukti
dan kriteria yang jelas bagi tujuan meningkatkan prestasi masa hadapan. Pentaksiran
kendiri merupakan kaedah pentaksiran yang berkesan untuk menilai tahap pembelajaran
akademik murid pada akhir tempoh pengajaran. Kaedah pentaksiran ini menggalakkan
207
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
murid untuk lebih melibatkan diri dan bertanggungjawab dalam pembelajaran sendiri, di
samping memupuk minat mereka dalam pembelajaran. Kaedah pentaksiran ini dapat
membantu murid untuk memikir dan menilai prestasi, tahap penguasaan, kemajuan,
pencapaian, kekuatan dan kekurangan diri sendiri secara refleksi. Apabila murid melakukan
penilaian kendiri, didapati tahap persetujuan antara pemeriksa (interatter agreement) adalah
tinggi antara guru dan murid (Saddler dan Good, 2006).
6.2.1 Kriteria-Kriteria Pentaksiran Kendiri
Pentaksiran kendiri boleh menggunakan rubrik, senarai semak, skala kadar atau bentuk-
bentuk lain yang sesuai. Bagi pembelajaran ini, saya menyediakan dua jenis pentaksiran
kendiri iaitu berkenaan soal selidik resos dan skala kadar bagi keberkesanana pembelajaran
selepas menggunakan resos ‘KGG Converter’. Kriteria yang hendak dinilai telah (seperti di
lampiran) berkenaan dengan tahap penguasaan murid dalam topik penukaran unit ukuran
jisim melibatkan kilogram dan gram. Antara kriteria pentaksiran ini adalah untuk mengetahui
murid dapat menyatakan perkaitan unit gram dan kilogram, menukarkan unit ukuran jisim
kilogram ke gram, mahir dalam meletakkan titik perpuluhan di tempat yang betul. mampu
menyelesaikan masalah harian rutin berkaitan penukaran unit jisim dan dapat
menyelesaikan masalah bukan rutin melibatkan penukaran unit jisim.
Bagi pembelajaran ini, saya menyediakan dua jenis pentaksiran kendiri iaitu
berkenaan soal selidik resos dan skala kadar bagi keberkesanana pembelajaran selepas
menggunakan resos ‘KGG Converter’. Kriteria yang hendak dinilai telah (seperti di lampiran)
berkenaan dengan tahap penguasaan murid dalam topik penukaran unit ukuran jisim
melibatkan kilogram dan gram.
Jadual 5: Pernayataan Kriteria yang diukur dalam pembelajaran penukaran unit ukuran
Jisim
No Pernyataan
1 Saya memahami konsep penukaran unit ukuran jisim.
2 Saya dapat menyatakan perkaitan unit gram dan kilogram.
3 Saya mahir menukarkan unit ukuran jisim kilogram ke gram.
4 Saya dapat menjawab soalan dengan kaedah KGG Converter dengan cepat.
5 Saya mahir dalam meletakkan titik perpuluhan di tempat yang betul.
Saya mampu menyelesaikan masalah harian rutin berkaitan penukaran unit
6 jisim.
Saya dapat menyelesaikan masalah bukan rutin melibatkan penukaran unit
7 jisim
208
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
6.2.2 Interpretasi Data Pentaksiran Kendiri
Penilaian Kendiri
14
12
10
8
6
4
2
0
Peryataan 1 Penyataan 2 Penyataan 3 Penyataan 4 Penyataan 5 Penyataan 6 Penyataan 7
12345
Rajah 10: Graf bar bagi borang Skala Kadar bagi Murid tahun 3 Alfa
Graf bar di Rajah 10 menunjukkan bahawa murid-murid tahun 3 Alfa berada kefahaman
yang tinggi dalam menilai tahap pencapaian diri mereka sendiri. Jika dilihat, tiada langsung
murid-murid tahun 3 Alfa menandakan pada skala 1 dan 2 menunjukkan bahawa mereka
secara keseluruhannya pada tahap kefahaman yang tinggi kerana majoritinya berada pada
skala 3, 4 dan 5. Hal ini juga menunjukkan bahawa resos yang digunakan dalam
pembelajaran berkesan dengan peningkatan dan kefahaman yang dinilai berdasarkan
pentaksiran diri mereka sendiri.
Jadual 6: Hasil dapatan senarai semak 20 orang murid tahun 3
Pernyataan Rendah Tinggi
(1) (2) (3) (4) (5)
Saya memahami konsep penukaran unit 0 0 0 13 7
0.0% 0.0% 65.0% 35.0%
ukuran jisim. 0.0%
Saya dapat menyatakan perkaitan unit 0 0 0 12 8
gram dan kilogram. 0.0% 0.0% 0.0% 60.0% 40.0%
Saya mahir menukarkan unit ukuran jisim 0 0 2 10 8
kilogram ke gram 0.0% 0.0% 10.0 50.0% 40.0%
%
Saya dapat menjawab soalan dengan 0 0 2 10 8
kaedah KGG Converter dengan cepat. 0.0% 0.0% 20.0 50.0% 40.0%
%
209
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Saya mahir dalam meletakkan titik 0 03 9 8
perpuluhan di tempat yang betul. 0.0% 0.0% 5.0% 45.0% 40.0%
Saya mampu menyelesaikan masalah 0 0 2 99
harian rutin berkaitan penukaran unit 0.0% 0.0% 45.0% 45.0%
jisim. 10.0
0 % 77
Saya dapat menyelesaikan masalah 0 0.0% 35.0% 35.0%
bukan rutin melibatkan penukaran unit 0.0% 6
jisim
30.0
%
Secara keseluruhan statistik data menunjukkan kefahaman pada aras tinggi di mana
murid dapat menilai diri mereka sendiri. Bagi pernyataan pertama, kebanyakannya pada
pernyataan pertama pada tahap 4 (65.0%) menunjukkan murid memahami konsep
penukaran unit ukuran jisim setelah diuji dengan menggunakan resos. Murid juga dapat
membuat perkaitan unit gram dan kilogram yang menunjukkan pada skala 4 dan 5 iaitu
(60.0%) dan (40.0%) masing-masing. Murid juga menunjukkan peningkatan kepada
kemahiran asas untuk menukarkan unit ukuran jisim kilogram ke gram dan gram ke kilogram
dengan menunjukkan data (90.0%) gabungan skala 4 dan 5 serta hanya (10.0%) pada skala
3.
Keberkesanan KGG Converter dapat dilihat dengan murid sendiri mengakui resos
tersebut memudahkan murid menjawab soalan dengan cepat. Murid dapat menjimatkan
masa untuk menjawab soalan berbanding menggunakan kaedah lazim yang biasanya
mengelirukan murid-murid untuk meletakkan titik perpuluhan jika jawapan diminta dalam
kilogram. Dengan secara tidak langsung, murid menunjukkan data yang positif iaitu (45.0%)
dan (40.0%) masing-masing pada tahap 4 dan 5. Murid juga mampu menyelesaikan
masalah rutin harian kerana pada tahap 4 (45.0%) dan tahap 5 (45.0%)
6.3 Dapatan kajian daripada soal selidik 20 orang murid Tahun 3
Seramai 20 orang murid Tahun 3 memberikan persepsi mereka mengenai resos KGG
Converter dalam menyelesaikan masalah penambahan dan pendaraban melibatkan nombor
perpuluhan. Jadual menunjukkan hasil dapatan kajian soal selidik daripada 20 orang murid
Tahun 5.
Jadual 7: Hasil dapatan soal selidik 20 orang murid tahun 3
Pernyataan Sangat Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju (3) Setuju
setuju
(2) (4)
(1)
KGG Converter membantu saya 0 0 3 17
menyelesaikan soalan Penukaran Unit Jisim 0.0% 0.0% 15.0% 85.0%
dengan berkesan.
210
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
KGG Converter membantu saya 0 0.0% 0 1 19
menyelesaikan soalan Penukaran Unit Jisim 0.0% 5.0% 95.0%
dengan cepat.
KGG Converter mudah digunakan. 0 0.0% 0 2 18
0.0% 10.0% 90.0%
KGG Converter menjimatkan masa saya 0 0.0% 0 4 16
20.0% 80.0%
menjawab soalan. 0.0%
Saya dapat menjawab soalan dengan tepat. 0 0.0% 0 1 19
0.0% 5.0% 95.0%
Saya berasa berpuas hati menggunakan 0 0 2 18
KGG Converter 0.0% 0.0% 10.0% 90.0%
Berdasarkan Jadual 7, semua murid bersetuju (S dan SS) KGG Converter membantu
mereka menyelesaikan soalan penukaran unit ukuran jisim. 90.0% murid pula bersetuju (S
dan SS) bahawa KGG Converter mudah digunakan. Hal ini demikian kerana resos ini
dilaksanakan sesuai dengan tahap keupayaan murid Tahun 3 dan sesuai dengan isi
kandungan DSKP Matematik Tahun 3. Semua murid bersetuju (S dan SS) KGG Converter
dapat membantu mereka mendapat jawapan yang tepat. Dengan menggunakan resos ini,
peningkatan pencapaian murid lebih memuaskan berdasarkan bukti yang ditunjukkan
selepas menjawab ujian Pasca.
Selain itu, 95.0%% murid bersetuju (S dan SS) bahawa mereka dapat menjawab
soalan yang diberikan dengan cepat. 90.0% murid pula berpuas hati setelah menggunakan
KGG Converter. Hal ini demikian kerana KGG Converter direka dengan konsep kaedah
yang baru dan lebih berkesan dapat menigkatkan kefahaman murid. Penggunaan warna
yang menarik juga menjadi salah satu faktor murid berasa seronok menggunakan resos ini.
Akhir sekali, 95.0% murid bersetuju (S dan SS) bahawa KGG Converter menjimatkan masa
untuk menjawab soalan.
7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
7.1 Impak perlaksanaan
Penghasilan resos ini mampu mengatasi masalah pembelajaran dalam mata pelajaran
matematik. Kaedah pengguanaan KGG Converter ini amat bersesuaian dengan subjek
matematik khususnya sekolah rendah. Hal ini kerana grafik dan susunan yang
sistematik dan ringkas memudahkan kefahaman dan hafalan murid. Selain itu, resos
ini turut memberi peluang kepada guru untuk membentuk pengisian dalam bentuk yang
bersesuaian dengan topik dan perancangan pengajaran mereka. Di samping itu, ia
turut membolehkan guru melaksanakan pelbagai aktiviti dengan hanya menggunakan
satu bahan yang juga membantu menjimatkan kos dan masa penyediaan.
7.2 Kekuatan
211
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Resos ini mudah untuk disimpan. Ia disebabkan resos ini mempunyai simpanan
berbbentuk kit. Jika sesuatu alat itu senang untuk disimpan, tempoh jangka hayat
sesuatu alat tersebut akan bertahan lebih lama kerana komponen-komponen yang
terdapat di alat ini tidak mudah rosak. Seterusnya, alat bantu mengajar ini juga mudah
disediakan dan dibuat. Hal ini kerana ia hanya menggunakan bahanbahan yang sedia
ada dan murah iaitu kotak kasut terpakai, kerats A4 dan
‘Laminate Paper’. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan adalah murah dan
mudah untuk dicari. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kos
dalam menyediakan bahan-bahan alat ini. Ia amat menepati keadaan kami sebagai
pelajar yang mempunyai kewangan yang terhad.
7.3 Kelemahan
Walau bagaimanapun, resos ini juga mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya
ialah alat ini bersifat tidak tahan lasak. Perkara ini merujuk kepada komponen kertas
A4. Kertas A4 yang digunakan bersifat mudah rosak walaupun ia merupakan kos
rendah yang menepati keadaan seorang murid. Kit yang digunakan sebagai tempat
penyimpanan Resos berpotensi untuk rosak dan bukan kalis air apabila terdedah
terhadap sebarang cecair. Maka, alat ini mudah rosak dan basah apabila terkena air.
Selain tidak tahan lasak, alat bantu mengajar ini bersaiz agak kecil iaitu tidak sesuai
untuk aktiviti berkumpulan yang bersaiz besar. Keadaan ini dikukuhkan lagi apabila
bukan semua murid di dalam kelas
Tahun 3 Alfa yang mempunyai bilangan murid lebih daripada 20 orang mendengar
dan fokus terhadap apa yang saya sampaikan di depan kelas mengenai alat tersebut.
7.4 Penambahbaikan
Alat bantu mengajar ini dapat dibuat penambahbaikan supaya ia bersifat lebih
interaktif dan inovatif untuk murid. Kekreatifan memikirkan bahan yang sesuai
digunakan supaya alat ini lebih kukuh. Contohnya, Kertas A4 dapat digantikan dengan
‘mounting board’ supaya lebih kukuh dan tidak mudah dibengkokkan. Kit yang
diperbuat daripada kertas boleh digantikan dengan kit yang diperbuat daripada olastik.
Ia bersifat kalis air jika basah terdedah dengan sebarang cecair. Selain itu, guru boleh
menambahkan set individu di dalam kit resos tersebut. Hal ini disebabkan oleh
kegunaan murid dalam kuantiti yang rama dan boleh digunakan secara keseluruhan di
dalam bilik darjah supaya tiada murid yang ketinggalan dalam pembelajaran
penukaran unit ukuran jisism. Secara tegasnya, kelemahan-kelemahan alat ini dapat
dibaiki dengan penambahbaikan yang dinyatakan.
8.0 Professional Learning Community (PLC)
Perubahan dasar dalam pendidikan di Malaysia menjadikan kerjaya guru semakin
mencabar dalam abad 21 ini. Sebagai nadi kepada semua pembaharuan dan
perubahan dalam pembangunan pendidikan berkualiti di Malaysia (KPM, 2013), guru
sentiasa mencari pelbagai pendekatan baharu dalam pengajaran demi meningkatkan
kualiti pendidikan. Guru memastikan hasil-hasil pembelajaran yang maksimum kepada
murid di sekolah (Nuraini Abu Bakar dan Zanaton Iksan, 2015), guru lebih kreatif dan
inovatif (Anuar, Siti Haishah dan Nur Atiqah, 2009; Rozita Radhiah dan Abd Rasid, 2012;
Mohd Radzi, 2016) untuk memastikan sistem penyampaian menjadi lebih efektif, menarik,
menyeronokkan dan dapat merangsang minat murid untuk belajar (Rohani, Hazri dan
Nordin, 2010).
212
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Pemantapan latihan pembangunan profesionalisme guru membolehkan guru
lebih kompeten dalam menjalankan tugas dan peranan mereka (BPG,2013) kerana ini
merupakan kaedah terbaik untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran guru
seterusnya keberkesanan sekolah (Hussein Mahmood, 2008; Rusmini Ku Ahmad,
2005; Nor Hasnida Che Ghazali, 2010; Supovitz dan Turner, 2000). Sehubungan
dengan itu, Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) diperkenalkan oleh BPG dalam
Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan mulai tahun 2013. Menurut (Fullan,
2010), KPP merupakan salah satu proses penambahbaikan sekolah. Budaya KPP ini
melibatkan jalinan hubungan rakan sekerja termasuk pengetua, guru besar, penolong
kanan, guru kanan, dan guru panitia dalam usaha untuk memperluas dan
mempertingkatkan amalan-amalanterbaik pengajaran guru serta memantapkan lagi ilmu
pengetahuan dan kemahiran mereka selaras dengan kecekapan yang sewajarnya (BPG,
2010).
8.1 Belajar Menggunakan Rancangan harian (Lesson Study)
Suatu amalan guru-guru secara kolaboratif untuk merancang dan menyediakan satu
rancangan mengajar, membuat pemerhatian terhadap pengajaran guru, membuat refleksi
terhadap PdPc, mengubah suai untuk menambah baik rancangan mengajar dan
melaksanakan penambahbaikan yang telah dipersetujui (KPM, 2019). Melalui pendekatam
ini, guru-guru secara kolaboratif berusaha menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian
(RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid. Amalan kolaboratif yang memerlukan
penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran akan meningkatan pengetahuan isi
kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi guru. Proses dalam Lesson Study
yang merangkumi perjumpaan dan perbincangan sekumpulan guru mampu memupuk
semangat kekitaan dan rasa kepunyaan (sense of belonging) antara guru di sekolah.
Kebaikan amalan sebegini sewajarnya dipupuk dan dimantapkan secara berterusan agar
menjadi budaya kerja oleh guru-guru di sekolah seterusnya. Amalan ini diharapkan dapat
menghasilkan sekolah yang cemerlang, berkualiti dan bertarah dunia.
Lesson Study perlu dilaksanakan secara sistematik dan teratur agar guru-guru yang
terlibat mendapat impak yang sewajarnya. Keberkesanan Lesson Study bergantung kepada
penglibatan guru secara sepenuhnya, pada (intense) dan kerelaan hati.
Rajah 11: Kitaran Lesson Study
213
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Secara amnya, langkah-langkah yang boleh dilaksanakan Lesson Study membentuk
kumpulan Lesson Study dan menentukan matlamat atau goal, rancang atau membina
Rancangan Pengajaran Harian (RPH), pelaksanaan pengajaran, sesi refleksi pengajaran
dan penambahbaikan Rancangan Pengajaran Harian dan pengajaran semula.
8.2 Bimbingan Rakan Sekerja (Peer Coaching)
Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi (Peer Coaching / Intructional
Coaches) merujuk kepada strategi secara sistematik untuk memerhatikan guru lain dengan
menggunakan kitaran prakonferensi, pemerhatian dan pascakonferensi. Peer Coaching
(PC) ialah salah satu strategi untuk memperbaiki pelaksaan kurikulum terhadap strategi,
teknik dan kemampuan guru dalam pembelajaran. (Hasbrouk, 1997). Bimbingan rakan
sebaya ialah satu proses yang melibatkan dua atau lebih rakan profesional bekerjasama
untuk mencerminkan amalan semasa, berkembang, menghalusi, dan membina kemahiran
baharu, berkongsi idea, mengajar antara satu sama lain, menjalankan penyelidikan bilik
darjah atau menyelesaikan masalah di tempat kerja. Menurut Shulman (1991), Peer
Coaching (PC) ialah satu situasi yang membolehkan guru berkongsi pengalaman
pengajaran dan pengetahuan pedagogi di dalam bilik darjah tanpa sebarang paksaan.
Kajian mengenai jurulatih di Chicago, Bsoton dan Sekolah Awam Sacramento di
South Carolina mendapati berlakunya peningkatan prestasi murid dalam subjek Matematik
dan Sains apabila jurulatih bekerja secara langsung dengan guru-guru di sekolah mereka
(Neufeld & Roper, 2003). Kadar pelaksanaan strategi baharu pengajaran meningkat
daripada 10% (dengan pembangunan profesional tradisional) kepada 85% (dengan
kejurulatihan pengajaran) (Knight, 2004).
Rajah 12: Objektif-objekrif utama Peer Coaching
Terdapat tiga model Peer Coaching iaitu seorang guru mengajar manakala coach dan guru
lain memerhati, coach mengajar dan guru lain memerhati dan coach mengajar dengan guru
lain.
214
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
8.3 Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Session)
Sesi perkongsian (Sharing Session) merujuk kepada sekumpulan guru (dari institusi yang
sama atau yang berbeza) bertemu secara kerap atau berkalau secara formal untuk
berkongsi pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan amalan pedagogi yang terbaik.
Amalan ini tidak menghadkan bilangan guru dalam sesuatu kumpulan tetapi memadai
dengan hanya dua orang guru yang berkongsi pengalaman sesama sendiri. Perkongsian
dalam kalangan ahli yang lebih ramai akan memberi lebih banyak ruang pengisian dan
aspek pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi yang berbeza dan
pelbagai.
Sesi perkongsian bermatlamat menigkatkan kualiti perkongsian ilmu antara ahli
melalui penyebarluasan pengetahua, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi sedia
ada dalam sebuah organisasi. Perkkongsian ini membolehkan ahli belajar sesama sendiri
bagi memahami dunia pengetahuan dan persekitaran mereka (Carroll, J.M, Choo, C.W.,
D.R, Isenhour, P.L, 2003). Dalam erti kata lain, perkongsian guru merupakan satu elemen
penting dalam perkembangan profesionalisme seorang guru (teacher profesional
development). Sesu perkongsian memberikan peluang kepada guru berkongsi pelbagai
pengetahuan, kemahiran, strategi, kaedah, bahan, sumber, pengalaman dan sebagainya
dalam konteks profesionalisme keguruan. Proses ini berlaku dalam kalangan guru dan
merupakan satu cara mencungkil amalan terbaik dunia keguruan.
Sesi perkongsian melibatkan perkongsian pelbagai pengetahuan, kemahiran, pengalaman
dan alaman pedagogi dalam kalangan ahli. Secara am, perkongsian ini dapat
diklasifikasikan kepada dua jenis perkongsian bahan maujud dan perkongsian bahan bukan
maujud. Eriksson & Dickson (2000) merumuskan bahawa terdapat elemen utama dalam
sesi perkongsian iaitu proses perkongsian pencipta ilmu, prasarana teknologi malumat,
pemangkin, dan nilai, piawaian dan prosedur. Sesi perkongsian yang berkesan memerlukan
perancangan dan persediaan awal.
Matlamat perkongsian
Pelaporan/Pembentangan Jenis perkongsian
sekiranya lebih daripada
satu kumpulan
Sesi perkongsian
215
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Rajah 13: Kitaran sesi perkongsian
8.4 Jelajah Pembelajaran (Learning Walks)
Konsep Learning Walks diambbil daripada amalan pengurusan eksekutif HewlettPackard
yang memastikan mereka tahu apa yang berlaku dalam syarikat dengan mengamalkan
sesuatu yang dikatakan mereka sebagai “pengurusan secara berjalan”. Kerangka amalan
pengurusan ini kemudiannya digunapakai secara berfokus dalam bidang pendidikan untuk
memenuhi keperluan peningkatan profesionalisme keguruan dan kepentingan sekolah.
Dengan pengalaman jelajah Pembelajaran ini, bukti pengamalan pembelajaran dan
pengajaran di dalam bilik darjah boleh dikumpul dan dijadikan contoh amalan yang terbaik.
Perkongsian ini boleh dilaksanakan walaupun secara pemerhatian tidak formal yang boleh
merentas mata pelajaran. Pentingnya adalah pada akhir amalan ini akan menjurus kepada
peningkatan profesionalisme keguruan di semua sekolah tanpa mengira subjek, kategori
dan lokasi sekolah serta kategori murid.
Objektif utama dalam perlaksanaan Learning Walk ialah:
i. Mengumpul bahan bukti aksi pembelajaran (learning in action) yang diperhatikan di
dalam bilik darjah.
ii. Membuat perbincangan dengan ahli kumpulan berdasarkan bahan bukti
pemerhatian.
iii. Belajar daripada amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan
boleh dipraktikkan untuk diri sendiri dan guru.
•PENETAPAN FOKUS UNTUK PEMERHATIAN
LANGKAH I
•PENGUMPULAN BAHAN BUKTI MELALUI
PEMERHATIAN TEHADAP KELAS-KELAS
LANGKAH II
•PERKONGSIAN DAPATAN DENGAN SEMUA GURU DI
SEKOLAH
LANGKAH III
Rajah 14: Carta Alir Perlaksanaan Strategi Learning Walks
Learning Walks menetapkan pemilian fokus dalam strategi pendekatan ini.
216
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Penetapan fokus dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut:
Fokus mestilah boleh Fokus mestilah berkait
diperhatikan di dalam bilik dengan peningkatan
darjah (observable focus).
pembelajaran
profesionalisme (linked to
professional learning).
Fokus mestilah Fokus mestilah
dinyatakan dengan jelas. mempunyai kepentingan
yang berkaitrapat dengan
keutamaan sekolah
(linked to school priorities)
Rajah 15: Fokus dalam Learning Walk
8.5 Rumusan
Dirumuskan bahawaKPP mewujudkan nilai-nilai pembelajaran yang mementingkan
kolaboratif dalam kalangan guru, murid dan pengetua bagi menambah baik kualiti
pengajaran dan pembelajaran serta kesejahteraan semua warga sekolah (Dufour, 2010;
Myers dan Simpson, 1998; Aziah et al., 2015). Di samping itu juga, amalan KPP ini
dapat membentuk komuniti sekolah yang menjalinkan hubungan yang baik dengan
persekitaran sama ada secara dalaman mahupun luaran bagi menyelesaikan
permasalahan murid dan mewujudkan sekolah berkesan. Melalui KPP juga menjadikan
guru belajar ilmu mengajar yang baharu dan memberi tambah nilai kepada corak
pengajaran lama bagi menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan dan berkualiti
(Mazlina@SitiAishah, 2016).
9.0 RANCANGAN BAHARU BERKAITAN DENGAN KEHIDUPAN SEHARIAN
MENGGUNAKAN PELBAGAI PEDAGOGI YANG BERASASKAN
KEMAHIRAN PAK-21
Pedagogi merupakan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat seni dan
sains dalam penyampaian isi kandungan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku adalah melalui interaksi antara guru dan murid, isi kandungan serta objektif
pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran juga memerlukan guru
mengaplikaskan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti sebagai medium bertujuan untuk
memudahkan murid-murid menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan.
Abad 21 memerlukan para pendidik membuat anjakan paradigma terhadap kaedah
penyampian mereka di bilik darjah. Kemahiran pembelajaran abad 21 adalah kemahiran
pembelajaran yang diperlukan oleh murid untuk berdaya saing pada alaf baru. Pengajaran
dan pembelajaran abad 21 juga menuntut agar guru lebih komited dan kompeten dalam
pelaksanaan kurikulum di sekolah.
217
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
9.1 Literasi, Maklumat, Media dan Kemahiran Teknologi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Konstruk ini memerlukan siswa guru berupaya untuk mengakses kepada informasi secara
efisien dan efektif. Siswa guru juga mampu menilai maklumat yang diperoleh secara kritikal
dan kompeten di samping menggunakan maklumat yang dicapai secara berkesan bagi
penyelesaian masalah khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu,
konstruk ini juga memerlukan siswa guru untuk menggunakan maklumat untuk menjana
maklumat baharu serta memahami isu dan etika maklumat di atas talian.
9.2 Pembelajaran Berasaskan Projek
Konstruk ini memerlukan siswa guru membenarkan murid membina kemahiran dan
mendapatkan ilmu melalui projek, pembelajaran koperatif dan teknik ‘hands on’. Di samping
itu, siswa guru juga perlu menggalakkan murid berfikir secara mendalam dan
mencambahkan rasa ingin tahu dengan mengaplikasikan pengetahuan saintifik.
Murid mengkaji secara mendalam tentang sesuatu isu atau topik bagi menghasil
sesuatu produk. Beberapa perkara kita perlu ketahui tentang Pembelajaran Berasaskan
Projek ialah terdapat tempoh tertentu menjangkau masa dalam kelas. Murid juga dapat
mengasah pengetahuan dan kemahiran tertentu ke arah menjayakan projek. Pembelajaran
ini mestilah bersifat kolaboratif dan kerjasama antara murid dalam skala yang besar dan
murid diberi pilihan memilih kaedah mereka sendiri.Guru sebagai pembimbing sahaja dan
tidak menentukan kaedah yang perlu digunakan.Berbeza dengan projek atau kerja kursus,
hasil atau produk tidak ditetapkan. Projek tersebut mestilah mempunya empunyai skop
yang besar supaya tidak mempunyai had yang sedikit sahaja.
Rajah 16: Elemen-elemen dalam pembelajaran berasaskan projek
9.3 Pembelajaran Berasaskan masalah
Konstruk ini memerlukan siswa guru menyediakan peluang untuk murid mengaplikasikan
konsep, prinsip dan teori yang telah dipelajari dan melibatkan murid bergerak secara aktif
dalam kumpulan atau kumpulan kecil, serta menyelesaikan masalah secara kritis, analitis,
logis dan rasional. Siswa guru juga perlu merangsang minda murid secara aktif agar dapat
218
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
meningkatkan proses pembelajaran di samping menggalakkan eksplorasi dalam
menyelesaikan sesuatu tugasan.
Rajah 17: Proses-proses pembelajaran berasaskan masalah
Antara kelebihan utama PBL berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan
oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang berjaya dihasilkan
olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu. Ini seterusnya
menurut mereka berjaya meningkatkan minat atau motivasi pelajar untuk terus belajar.
Masalah yang menyerupai masalah dunia sebenar yang digunakan pula membolehkan
pelajar mencuba pelbagai jalan penyelesaian dalam persekitaran pembelajaran yang
lebih selamat.
Secara amnya, jelas membuktikan bahawa Pembelajaran Berasaskan Masalah
(PBL) mampu untuk melahirkan dan mendidik pelajar menjadi seorang pemimpin yang
mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar dapat meningkatkan
minat dan motivasi untuk terus belajar, membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif,
menganalisis dan menyelesaikan masalah. Oleh hal demikian, pelajar dapat
meningkatkan pemahaman dan pengetahuan isi pelajaran bagi sesuatu matapelajaran
dengan mudah dan mendalam. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian
akademik pelajar tersebut.
10.0 PENUTUP
Kesimpulannya, pembelajaran matematik dapat dimudahkan dengan usaha guru
mewujudkan satu medium yang dapat meringankan dan memudahkan pengajaran
matematik yang sukar diadaptasi oleh kebayakan murid di sekolah. Jadi, penghasilan resos
ini dapat mengukuhkan lagi kefahaman murid dalam mempelajari topik penukaran unit
ukuran jisim melibatkan kilogram dan gram. Oleh itu, guru hendaklah berfikiran kreatif dalam
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Berdasarkan kajian yang
telah dilakukan, murid-murid menyukai aktiviti pembelajaran menggunakan KGG Converter
yang melonjakkan lagi resos ini ke paradigma yang lebih tinggi dalam darjat keberkesannya.
Meskipun terdapat beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki, resos ini berkesan dalam
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam penukaran unit ukuran jisim.
Pentaksiran juga memainkan peranan penting dalam mengukur perkembangan murid-murid
semasa sehingga penghujung pembelajaran bagi menacapai objektif pembelajaran.
Pentaksiran Autentik yang dijalankan boleh memberikan ruang dan peluang kepada murid
untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam situasi kehidupan
sebenar melalui pelbagai kaedah. Pentaksiran Autentik mampu melihat perkembangan
219
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
murid dengan lebih menyeluruh dan tidak bergantung kepada ujian semata-mata. Murid
memberi peluang membuat penambahbaikan dengan membuat refleksi dan berfikir secara
kritis. Hal ini seterusnya dapat membantu mereka meneroka pelbagai sumber baharu dalam
menyelesaikan sesuatu masalah atau menghasilkan sesuatu produk. Professional Learning
Community dapat membantu guru menyelesaikan masalah di bilik darjah dan menyediakan
ruang untuk kumpulan guru berdiskusi secara professional demi mencari dan memilih
pendekatan yang terbaik. Pelbagai pendekatan telah digariskan bagi membantu guru
meningkatkan mutu pencapaian dalam profesion keguruan. PLC juga merupakan medium
pengajaran melalui proses kolaboratif antara guru dalam menyelesaikan isu-isu yang
berkaitan proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
RUJUKAN
Anuar Ahmad, Siti Haishah & Nur Atiqah. (2009). Tahap keupayaan pengajaran guru
sejarah dan hubungannya dengan pencapaian murid di sekolah berprestasi
rendah. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 53-66.
Bahagian Pendidikan Guru. (2013). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Guru dan Pemimpin Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
Boon Pong Ying, Lee L. H., Lawrence A.A. (2013). Pentaksiran dalam Pendidkan. Selangor:
Oxford Fajar Sdn Bhd.
Carroll, J.M, Choo, C.W., D.R, Isenhour, P.L; et al. (2003) Konwledge management support
for teachers. Educational Technology, Research and Development, 51, 4, 42-64.
DuFour, R. (2010). What is a professional learning community? Educational Leadership,
61(8), 6-11.
Fullan, M. 2010). All systems go: The change imperative for whole system reform.
Thousand Oaks, CA: Corwin Press
Hamdan Said (2000). Peranan Ketua Panitia Matematik di Sekolah Menengah. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.
Hussein Mahmood. (2008). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Hasbrouck, J.E., & Christen, M.H. (1997). Providing peer coaching in inclusive classrooms.
A tool for consulting teachers. Intervension
Kementerian Pendidkan Malaysia. (2019). Kit PLC Professional Learning Community
Mazlina@SitiAishah, D. (2016). Pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional untuk
peningkatan kemahiran guru bahasa melayu mengajar penulisan karangan. Jurnal
Kurikulum& Pengajaran Asia Pasifik, 4(3), 1-10
Myers, C. B. & Simpson, D. (1998). Re-Creating schools: Places where everyone learns and
likes it. Thousand Oaks, CA: Corwin Press
Nuraini Abu Bakar & Zanaton Iksan. (2016). Perbandingan kelas terbuka dan sesi refleksi
dalam pelaksanaan Lesson Study di antara Jepun dan Malaysia. 7 ℎInternational
Seminar on Regional Education: November 5-7 2015.
Rohani Arbaa, Hazri Jamil, & Nordin Abd Razak. (2010). Hubungan guru-pelajar dan
kaitannya dengan komitmen belajar pelajar: Adakah guru berkualiti menghasilkan
220
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
perbezaan pembelajaran antara jantina pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(2): 61-
69.
Readman, K. & Allen, B. (2013). Practical planning and assestment. South Melbourne,
Victoria: Oxford University Press.
Sadler, P.M., & Good, E. (2006). Educational assesment: The impact of self- and peer
grading on student learning, 11 (1), ms. 1-31.
221
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
LAMPIRAN
Contoh sampel Ujian Pra yang dijawab oleh murid
222
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
LAMPIRAN: Contoh sampel Ujian Pasca yang dijawab oleh murid
223
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
LAMPIRAN
GAMBAR KETIKA PERLAKSANAAN RESOS
Guru menerangkan mengenai konsep penukaran unit ukuran jisim
Guru menunjukkan cara penggunaan KGG Converter kepada murid
Guru membimbing murid menggunakan KGG Converter
224
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Murid mencuba menggunakan KGG Converter dalam kumpulan
Murid menjawab soalan ujian Pra
Murid menjawan soalan ujian Pasca dengan menggunakan kaedah KGG Converter
225
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Kit LiMi
Nur Izzah Zakiah Binti Majdi Joan Ng
1. Pengenalan
Pendidikan merupakan suatu aset yang penting pada zaman ini. Hal ini kerana, pendidikan
mampu menghasilkan dan membentuk peribadi insan yang mempunyai nilainilai murni dan
mengamalkan ilmu yang dipelajarinya. Pendidikan yang berkesan mampu membawa suatu
perubahan kepada seseorang untuk membentuk masyarakat sejahtera dan
berpengetahuan, memimpin negara dan membasmi kemiskinan yang dialami. Pendidikan
juga dikaitkan dengan tugas seorang guru yang mengajar ilmu pengetahuan kepada murid-
murid di sekolah. Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar, tetapi perlu memastikan sesi
pengajaran di dalam kelas berkesan.
Pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru untuk memastikan proses
pembelajaran murid berlaku dengan berkesan. Hal ini kerana, kaedah pengajaran guru
merupakan komponen yang penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu
merancang dengan lebih awal aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan di dalam bilik
darjah. Perancangan awal pengajaran dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru dan
membawa hasil prestasi yang diingini. Pada abad ke-21 ini, pelbagai inisatif dan peluang
yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia agar peranan seorang guru sebagai
pemudahcara dalam pengajaran dan pembelajaran diaplikasikan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2013).
Pada abad ke-21, pentaksiran bilik darjah (PBD) telah dilaksanakan untuk memansuhkan
amalan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi murid Tahap 1 bermula tahun
2019. PBD merupakan pentaksiran yang bersifat autentik dan holistik untuk melihat
perkembangan dan pembelajaran murid di dalam bilik darjah. Pentaksiran boleh dilakukan
secara langsung berdasarkan topik pembelajaran untuk melihat tahap perkembangan murid.
Guru boleh menilai perkembangan murid menggunakan pelbagai instrumen seperti
lembaran kerja, senarai semak, borang soal selidik dan ujian lisan atau bertulis. Guru tidak
perlu menunggu peperiksaan untuk melakukan penilaian ke atas murid. Malah guru dapat
melakukan pentaksiran di dalam bilik darjah secara berterusan sekaligus merekod dan
menganalisis penguasaan murid untuk tindakan susulan.
Berdasarkan penilaian yang dilakukan, guru boleh meningkatkan mutu pengajaran guru
berdasarkan masalah yang dihadapi murid. Guru boleh menggunakan strategi Komuniti
Pembelajaran Profesional (PLC) untuk meningkatkan mutu prestasi murid. Guru boleh
berkolaborasi dengan guru-guru dari sekolah yang sama atau sekolah berbeza untuk
berkongsi inkuiri bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka. Kajian
yang dilakukan untuk menentukan fokus pembelajaran murid untuk memberikan
meningkatkan tahap penguasaan murid dalam pembelajaran. Teknik dan strategi yang
sesuai dapat membantu guru untuk menjayakan fokus pembelajaran murid. Oleh itu, strategi
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) diperkenalkan sebagai wacana kepada guru
untuk berkolaboratif dalam menghasilkan rancangan pengajaran yang berkualiti dan
berkesan.
226
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
2. Isu Pengajaran Dan Pembelajaran
Keputusan tinjauan dan penilaian awal ini, kebanyakan murid tahun 4 Ibnu Bajjah tidak
mengingati formula penukaran unit isi padu cecair. Hal ini kerana, para responden belum
memasuki sukatan isi padu cecair bagi tahun 4 dan topik penukaran unit isi padu cecair dari
tahun 3. Selain itu, responden juga keliru kaedah yang digunakan kerana banyak operasi
dan nomber yang terlibat di dalam kemahiran ini. Murid keliru melakukan penukaran unit
dengan unit lain seperti unit panjang. Selain itu, murid tidak mengingati cara penukaran unit
isi padu cecair walaupun menggunakan kaedah lazim. Kajian ini ditingkatkan lagi dengan
penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk membantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran terhadap penukaran unit isi padu cecair. Setelah kajian tindakan dilakukan
dengan penggunaan BBM, menunjukkan terdapat pengukuhan terhadap penguasaan
penukaran unit isi padu cecair. Oleh itu, kajian kes ini dapat meningkatkan tahap pengajaran
guru dan pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dan strategi untuk membantu
murid mengukuhkan penukaran unit isi padu cecair dengan jayanya.
3. Fokus Kajian
Kemahiran penukaran unit merupakan kemahiran yang wajib dikuasai oleh setiap murid. Hal
ini kerana, terdapat topik melibatkan penukaran unit terutama dalam bidang sukatan dan
geometri dalam subjek Matematik. Antaranya ialah Jisim, Panjang dan isi padu cecair.
Menurut Ahmad Muslim Dolhan dan Siti Mistima Maat (t.t) menyatakan bahawa terdapat
beberapa murid yang menghadapi masalah dalam penukaran unit disebabkan tidak
menghafal formula penukaran unit dan tidak memahami konsep. Hal ini sangat penting
untuk diketahui oleh guru sebagai proses penambahbaikkan untuk mengatasi masalah
pembelajaran yang dihadapi oleh murid. Mutu pengajaran yang berkualiti dalam sesebuah
pengajaran di dalam bilik darjah mampu mempertingkatkan prestasi murid dalam sesuatu
bidang.
Maka, kajian ini dilakukan untuk membantu murid-murid Tahun 4 Ibnu Bajjah meningkatkan
pengukuhan terhadap penukaran unit isi padu cecair. Hal ini kerana, topik penukaran unit isi
padu cecair sudah dipelajari pada peringkat tahun 3. Berikut merupakan Dokumen Standard
Kurikulum dan Prestasi Matematik Tahun 3.
Jadual 1: DSKP Matematik Tahun 3 Standard Pembelajaran
Standard Kandungan
6.3 Isi padu cecair 6.3.1 Menukar unit isi padu cecair
melibatkan liter dan mililiter
Jadi, kajian ini dilakukan untuk melihat tahap keberkesanan penggunaan Kit LiMi dalam
meningkatkan pengukuhan murid tahun 4 terhadap penukaran unit isi padu cecair.
Muridmurid perlu diberi pengajaran yang berbentuk hands-on agar mereka lebih menghayati
dan meningkatkan penglibatan murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu,
227
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah yang lebih
menyeronokkan dapat memberikan kesan yang mendalam kepada murid-murid. Pengajaran
dan pembelajaran yang menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) dapat membantu guru
memudahkan proses pengajaran. Oleh itu, penggunaan Kit “LiMi” digunakan untuk mengkaji
keberkesanan dan pengukuhan kepada murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
4. KAEDAH MENGGUNAKAN KIT “LiMi” dalam PENUKARAN UNIT ISI PADU
CECAIR
1. Guru perlu memperkenalkan kepada murid berkenaan Kit “LiMi” iaitu kit penukaran
unit liter dan mililiter.
2. Murid perlu menulis soalan pada kotak putih dan mewakilkan nilai (1-3) pada nilai
yang hendak melakukan penukaran unit pada kotak merah jambu.
3. Nilai 1-3 perlu dimulakan dari sebelah kiri ke sebelah kanan.
4. Sebagai contoh, nilai yang diberi iaitu 9974 l ditukarkan kepada ml. Cara untuk
mewakilkan nombor tersebut seperti berikut:
Nilai untuk penukaran unit
Mewakilkan nilai (1-3) sahaja
Rajah 1: Kit LiMi
5. Minta murid untuk memasukkan nilai untuk jawapan pada kotak dibawah yang
berwarna kuning dan merah jambu dengan betul.
6. Sebagai contoh:
Rajah 2: Kit LiMi
7. Bimbing murid untuk memasukkan nilai dengan betul berdasarkan cara kotak di atas.
8. Bimbing murid secara berterusan jika terdapat ruangan kosong dalam setiap rumah
unit dengan meletakkan nombor sifar.
9. Jika soalan mempunyai titik perpuluhan, guru perlu membimbing murid untuk
meletakkan nilai soalan yang berada pada sebelah kanan titik perpuluhan kepada
nilai 3.
10. Guru membimbing murid untuk menulis jawapan dengan tepat.
5. METODOLOGI
228
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Kajian ini berbentuk kuantitatif yang menggunakan maklumat atau data yang boleh diukur.
Kajian ini dilakukan seramai 20 orang murid Tahun 4 Ibnu Bajjah di Sekolah Kebangsaan
Teloi Kanan untuk melihat tahap penguasaan murid dan keberkesanan penggunaan bahan
resos dalam penukaran unit isi padu cecair. Bagi kajian ini, kaedah ujian pos dan ujian
pradigunakan untuk menguji tahap pengukuhan murid dalam topik melibatkan penukaran
unit isi padu cecair. Manakala borang soal selidik adalah untuk menguji tahap keberkesanan
penggunaan resos. Data yang diperoleh dinilai mengikut aspek yang telah ditentukan dan
ditafsirkan secara kuantitatif.
5.1. INSTRUMEN KAJIAN
Dalam kajian ini, instrumen kajian yang digunakan ialah pengujian iaitu ujian pra, ujian pos
dan soal selidik tahap keberkesanan resos untuk mendapatkan data dalam kajian ini.
5.1.1. SOAL SELIDIK
Kajian berbentuk soal selidik ini dilakukan untuk melihat tahap keberkesanan penggunaan
resos yang dijalankan di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, murid akan diberi resos dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan diberi borang soal selidik selepas selesai
kajian dilakukan dan menilai keberkesanan resos yang digunakan semasa melakukan
kajian, terdapat dua orang guru juga menjadi sebagai penilai untuk menilai keberkesanan
resos yang digunakan.
5.1.2. UJIAN PRA DAN UJIAN POS
Menurut Cronbach (1970) dalam Mohd Ridzuan Atem (2012) menyatakan ujian merupakan
suatu bentuk yang sistematik untuk melihat perlakuan atau tingkah laku yang ditunjukkan.
Instrumen ujian pra dan ujian pos yang dilakukan untuk melihat peningkatan prestasi melalui
penggunakan Kit “LiMi” dalam melakukan penukaran unit isi padu cecair. Ujian pra dan ujian
pos digunakan secara sebelum dan selepas penggunaan Kit “LiMi” diaplikasi di dalam
pengajaran dan pembelajaran.
5.1.3. BORANG SENARAI SEMAK
Borang senarai semak akan diberikan kepada responden untuk melakukan penilaian kendiri
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Borang senarai semak ini berdasarkan objektif
pembelajaran yang hendak dicapai. Bagi kajian yang dilakukan, objektif pembelajaran yang
hendak dicapai ialah penukaran unit melibatkan isi padu cecair. Borang senarai semak
diberi selepas selesai melakukan ujian pos. borang senarai semak ini adalah untuk
melaksanakan pentaksiran kendiri ke atas murid berdasarkan tahap kefahaman dan
pengetahuan murid melakukan penukaran unit dengan penggunaan bahan bantu mengajar
iaitu Kit LiMi.
5.2. PROSES PENGUMPULAN DATA
Terdapat beberapa proses untuk mendapatkan data kajian iaitu melalui ujian pra, ujian pos
dan kaedah borang senarai semak.
229
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
5.2.1. UJIAN
Terdapat dua ujian yang dilakukan sepanjang tempoh kajian. Ujian tersebut ialah ujian pra
dan ujian pos. Ujian Pra dijalankan ke atas responden selepas penggunaan Kit “LiMi”
diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ujian pra digunakan untuk melihat
tahap penguasaan murid terhadap penukaran unit isi padu cecair dengan menggunakan set
soalan yang sama. Selain itu, ujian pos dijalankan untuk melihat tahap keberkesanan
penggunaan Kit “LiMi” pada peringkat akhir ujian.
Setelah selesai ujian, perbandingan data dilakukan untuk melihat tahap keberkesanan
menggunakan Kit “LiMi”. Keputusan ujian sebelum dan selepas dianalisis berdasarkan rubrik
pemarkahan.
5.2.2. BORANG SOAL SELIDIK
Borang soal selidik diberikan kepada responden tahun 4 dan dua orang guru untuk melihat
tahap keberkesanan penggunaan resos dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Data
daripada borang soal selidik akan ditukarkan ke dalam bentuk jadual.
6. ANALISIS DATA
Data-data yang diperoleh menerusi ujian pra, ujian pos dan borang soal selidik akan
dianalisis dan dikemukakan laporan dalam bentuk jadual dan graf. Peningkatan dalam ujian
pos menjadi ukuran kepada keberkesanan penggunaan Kit “LiMi” dalam meningkatkan
pengukuhan dalam penukaran unit isi padu cecair.
6.1. ANALISIS UJIAN PRA
Sebelum Kit “LiMi” diaplikasikan, Ujian Pra telah dijalankan terhadap 20 orang responden di
sebuah sekolah iaitu SK Teloi Kanan. Jadual di bawah merupakan keputusan Ujian Pra
yang dijalankan terhadap kajian ini.
Jadual 2: Jadual Taburan Kekerapan Prestasi Responden Ujian Pra
Markah Titik Tengah(x) Kekerapan(f) Peratus
0-9 4.5 3 15
10-19 14.5 1 5
20-29 24.5 3 15
30-39 34.5 4 20
40-49 44.5 1 5
50-59 54.5 4 20
60-69 64.5 2 10
70-79 74.5 1 5
80-89 84.5 1 5
90-100 94.5 0 0
Jumlah 20 100
Min 41.73
Sisihan Piawai 530.34
230
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Jadual 3: Gred Markah Ujian Pra dan Ujian Pos
Markah Gred Catatan
0-9 E
Belum Mencapai
10-19 D Tahap Minimum
20-29 C
30-39 B Mencapai Tahap
A Minimum
40-49
Memuaskan
50-59 Baik
60-69
70-79 Cemerlang
80-89
90-100
Pe 25 Peratus Ujian Pra
rat
us 20 0-9 10-19 20-29 30-39 40-49 50-59 60-69 70-79 80-89 90-100
Ke Markah Ujian Pos
kar15
ap Rajah 3: Markah Responden Ujian Pra
an 10
5
0
Berdasarkan Rajah 3 dan Jadual 3, pencapaian responden terhadap Ujian Pra menunjukkan
sebanyak 20% iaitu sebanyak 4 orang responden mendapat markah 30-39 markah. Hal ini
menunjukkan bahawa murid berada pada tahap penguasaan belum mencapai tahap
minimum. Berdasarkan markah tersebut, terdapat 11 orang responden dapat menjawab
hanya 4 daripada 12 soalan dengan betul. Ini bermakna mereka belum mencapai tahap
minimum yang dicapai dalam penukaran unit isi padu cecair. Sebanyak 4 orang mendapat
50-59 markah iaitu (20%) iaitu responden berada pada tahap penguasaan memuaskan. Hal
ini menunjukkan, responden tersebut dapat menjawab 6 hingga 7 soalan daripada 12 soalan
dengan betul.
Secara keseluruhannya, kebanyakan murid berada pada tahap penguasaan memuaskan
dan tidak mencapai tahap minimum iaitu dalam lingkungan 0-59 markah terhadap
penukaran unit isi padu cecair. Hal ini kerana, sebelum penggunaan Kit “LiMi” dalam kajian,
231
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
responden tidak menghafal formula penukaran unit dan tidak menguasai proses penukaran
unit isi padu cecair. Berdasarkan kepada data di atas, min bagi Ujian Pra adalah sebanyak
41.73. Manakala sisihan piawai bagi Ujian Pra adalah 530.34. Berdasarkan graf, sisihan
piawai markah ujian pra adalah besar menunjukkan kebanyakan peratus murid terletak jauh
daripada min. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat perbezaan tahap penguasaan antara
responden terhadap penukaran unit isi padu cecair.
6.2. ANALISIS UJIAN POS
Jadual 4 merupakan keputusan Ujian Pos yang dijalankan terhadap kajian ini. Jadual 4:
Jadual Taburan Kekerapan Ujian Pos
Markah Titik Tengah(x) Kekerapan(f) Peratus (%)
0-9 4.5 2 10
10-19 14.5 1 5
20-29 24.5 1 5
30-39 34.5 3 15
40-49 44.5 2 10
50-59 54.5 3 15
60-69 64.5 5 25
70-79 74.5 1 5
80-89 84.5 0 0
90-100 94.5 2 10
Jumlah, ∑ 20 100
Min 49.5
Sisihan Piawai 685.45
Pe 30 Peratus Ujian Pos
rat
us 25 0-9 10-19 20-29 30-39 40-49 50-59 60-69 70-79 80-89 90-100
Ke 20 Markah Ujian Pra
ker
ap 15
an 10
5
0
Rajah 4: Markah Responden Ujian Pos
232
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Berdasarkan Rajah 4 dan Jadual 4, pencapaian responden terhadap Ujian Pos setelah
penggunaan Kit LiMi menunjukkan terdapat peningkatan dua orang responden yang
mendapat markah 90-100 markah dan berada pada tahap penguasaan cemerlang.
Responden dapat menjawab sekurang-kurang 11 soalan daripada 12 soalan dengan betul
dalam melakukan penukaran unit isi padu cecair. Oleh itu, mereka telah menguasai tahap
penguasaan 3 kerana berdasarkan rubrik pemarkahan mereka dapat menjawab soalan
dengan tepat dan jelas dan disertakan jalan pengiraan yang jelas. Masih terdapat 7 orang
responden berada pada tahap penguasaan tidak mencapai tahap minimum dalam
melakukan penukaran unit isi padu cecair menggunakan Kit LiMi. Mereka dapat menjawab
sekurang-kurangnya dua daripada 12 soalan yang diberi dan sesetengah murid tidak dapat
menjawab soalan yang diberi. Mereka pada tahap penguasaan 1 ini tidak dapat
menunjukkan jalan pengiraan di dalam soalan yang diberi. Sebanyak 7 orang responden
daripada 11 orang responden yang berada pada tahap penguasaan tidak mencapai tahap
minimum selepas penggunaan resos “Kit LiMi”. Secara keseluruhannya, kebanyakan murid
berada pada tahap penguasaan baik iaitu sebanyak 6 orang responden dan dapat
melakukan penukaran unit isi padu cecair selepas penggunaan Kit LiMi. Mereka berada
pada tahap penguasaan 2 dan mampu menunjukkan jalan pengiraan yang baik dan jelas.
Berdasarkan kepada data di atas, min bagi Ujian Pos adalah sebanyak 49.5. Manakala
sisihan piawai bagi Ujian Pos adalah 685.45. Berdasarkan graf, sisihan piawai markah ujian
pos adalah besar menunjukkan kebanyakan peratus murid terletak jauh daripada min. Hal
ini menunjukkan bahawa masih terdapat perbezaan tahap penguasaan antara responden
terhadap penukaran unit isi padu cecair. Berdasarkan kepada graf tersebut, terdapat juga
sebilangan responden masih tidak dapat melakukan penukaran unit isipadu cecair.
Jadual 5: Perbezaan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
Markah Peratus Ujian Pra (%) Peratus Ujian Pos (%)
0-9 15 10
10-19 5 5
20-29 15 5
30-39 20 15
40-49 5 10
50-59 20 15
60-69 10 25
70-79 5 5
80-89 5 0
90-100 0 10
Jumlah, N 100 100
Min 41.73 49.50
Sisihan Piawai 530.34 685.45
233
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Pe Peratus Ujian Pra dan Ujian Pos
rat
0-9 10-19 20-29 30-39 40-49 50-59 60-69 70-79
us Markah Ujian
Uji 30
an 25
Pr
a 20
da
n 15
Uji 10
an
Po 5
s0
Markah 80-89 90-100
Rajah 5: Peratus Ujian Pra dan Ujian Pos
Berdasarkah kepada pengiraan min yang dilakukan, terdapat peningkatan positif min ujian
pra dan ujian pos sebanyak 7.77. Dengan kata lain, responden menyatakan bahawa
terdapat perubahan atau pertambahan dari segi penggunaan bahan resos Kit LiMi dalam
melakukan penukaran unit isi padu cecair, bagi sebelum dan selepas penggunaan Kit LiMi.
Manakala bagi pengiraan sisihan piawai terdapat peningkatan positif sisihan piawai
sebanyak 155.11. Berdasarkan kepada peningkatan yang berlaku, berlaku keberkesanan
resos dalam penukaran unit isi padu cecair menggunakan kit LiMi.
6.3. BORANG SOAL SELIDIK
Borang soal selidik juga diberikan kepada para responden untuk melihat tahap
keberkesanan penggunaan Kit LiMi dalam melakukan penukaran unit isi padu cecair.
Sebanyak 20 orang responden yang terlibat dalam menilai tahap keberkesanan penggunaan
resos semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian ini ialah untuk mendapat
maklumat mengenai keberkesanan penggunaan resos “Kit LiMi” terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran dalam tajuk penukaran unit isi padu cecair.
Jadual 6: Analisa terhadap Keberkesanan Penggunaan Kit LiMi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran
Kekerapan dan Peratusan
Bil Item Min Sangat Setuju Kurang Tidak Sangat
Setuju 4 Setuju setuju tidak setuju
5 21
3
1. Saya meminati mata 3.85 2 (10%) 13 5 (25%) 0 0
pelajaran Matematik
(65%)
2. Penggunaan alat bantu 3.9 0 18 2 (10%) 0 0
(90%)
mengajar (Kit LiMi) menarik
minat saya untuk
menjawab soalan
penukaran unit isi padu
cecair
234
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
3. Adakah anda berminat 3.85 1 (5%) 15 4 (20%) 0 0
(75%)
menjawab soalan penukaran
4 (20%) 13
unit isi padu cecair (65%)
menggunakan Kit
LiMi
4. Saya tahu menggunakan 3.9 0 3 (15%) 0
alatan (Kit LiMi) dalam
penukaran unit isi padu
cecair
N=20 Purata Min=3.88
Analisis Terhadap Tahap
Keberkesanan Resos
20
Ke
ker15
ap
an 10
5
0
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4
Item Tahap Keberkesanan Kit LiMi
Rajah 6: Analisa terhadap Keberkesanan Penggunaan Kit LiMi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Lima item digunakan dalam meninjau tahap keberkesanan penggunaan Kit LiMi dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran terhadap murid Tahun 4. Jadual 6 menunjukkan analisis
terhadap penggunaan Kit LiMi dalam PdP.
Dari item 1 yang menunjukkan minat murid terhadap Matematik, majoriti responden, iaitu
seramai 13 orang responden (65%) setuju dan hanya 2 orang responden iaitu (10%) sangat
setuju bahawa responden meminati mata pelajaran matematik. Terdapat 5 orang responden
iaitu (25%) kurang bersetuju meminati mata pelajaran Matematik. Min yang terhasil bagi
item 1 sebanyak 3.85.
Daripada item 2 yang menunjukkan 18 orang responden (90%) setuju bahawa penggunaan
Kit LiMi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid manakala
sebanyak 2 orang (10%) kurang setuju bahawa penggunaan Kit LiMi dapat menarik minat
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Min yang terhasil bagi item 1 sebanyak 3.9.
Daripada item 3 berhubung dengan “minat melakukan penukaran unit isi padu cecair
menggunakan Kit LiMi”. Kajian mendapati majoriti responden iaitu sebanyak 15 orang
responden (75%) minat menggunakan Kit LiMi dalam penukaran unit isi padu cecair dan
hanya seorang responden iaitu (5%) sangat setuju menggunakan Kit LiMi dalam melakukan
penukaran unit isi padu cecair. Tetapi terdapat 4 orang responden iaitu (20%) kurang setuju
235
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
menggunakan Kit LiMi dalam penukaran unit isi padu cecair. Min yang terhasil bagi item 1
sebanyak 3.85.
Daripada item 4 berhubung dengan “mempunyai kefahaman dalam menggunakan Kit LiMi”.
Kajian mendapati sebanyak 10 orang responden iaitu (65%) mempunyai tahap kefahaman
dalam menggunakan Kit LiMi. Dan sebanyak (20%) iaitu 4 orang responden sangat setuju
mempunyai kefahaman dalam menggunakan Kit LiMi. Tetapi terdapat 3 orang responden
(15%) menyatakan bahawa mereka tidak memahami menggunakan Kit LiMi dalam
penukaran unit isi padu cecair. Min yang terhasil bagi item 1 sebanyak 3.9.
Berdasarkan kepada borang soal selidik dan keputusan ujian pra dan ujian pos, terdapat
peningkatan terhadap tahap keberkesanan Kit LiMi dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Apabila melakukan ujian pos kepada murid dengan penggunaan Kit LiMi,
terdapat peningkatan markah bagi ujian pos. terdapat 2 orang responden yang mencapai
tahap penguasaan yang cemerlang dalam melakukan penukaran unit isi padu cecair.
Berdasarkan kepada item 4 iaitu “saya tahu menggunakan Kit LiMi”, majoriti mempunyai
kemahiran dalam melakukan penukaran unit dalam Kit LiMi.
Jadual 7: Skor Pencapaian Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos
Ujian Min Sisihan Piawai
Pra 41.73 530.34
Pos 49.50 685.45
Berdasarkan kepada analisa data soal selidik berhubung dengan penggunaan kit LiMi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat melihat bahawa tahap penggunaan Kit
LiMi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berkesan. Berdasarkan Jadual 7
menunjukkan terdapat peningkatan skor pencapaian murid selepas penggunaan bahan
resos Kit LiMi semasa proses pembelajaran terhadap penukaran unit isi padu cecair. Min
ujian pra ialah 41.73 (SD=530.34) dan min ujian pos ialah 49.50 (SD=685.45). Oleh itu,
berlaku peningkatan markah murid selepas penggunaan Kit LiMi dalam penukaran unit isi
padu cecair.
7. Cadangan Penambahbaikan
Penggunaan bahan bantu mengajar merupakan suatu kaedah yang penting dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai faedah yang diperolehi oleh guru jika menggunakan
resos dalam pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah ia dapat memudahkan urusan
guru untuk mengajar dan meningkatkan prestasi murid terhadap sesuatu topik yang
dipelajari. Penggunaan resos yang kreatif, inovatif dan praktikal dapat meningkatkan
kefahaman murid serta membantu guru untuk menyampaikan maklumat dengan berkesan
terhadap pengajaran dan pembelajaran.
Antara penambahbaikan resos Kit “LiMi” adalah seperti di dalam Jadual 8.
Jadual 8: Resos Asal dan Cadangan Penambahbaikan Resos
Bentuk resos Asal
236
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Draf Penambahbaikan Resos
Hal ini kerana, ia dapat memudahkan urusan murid-murid untuk melakukan penukaran unit.
Murid-murid tidak perlu untuk menulis semula unit yang hendak dilakukan. Berdasarkan
kajian yang telah dilakukan, guru terpaksa untuk menyediakan tisu dan pen marker yang
banyak untuk murid-murid melakukan hasil kerja mereka di atas kit LiMi. Penggunaan
marker yang kerap digunakan di atas kit ini, akan meninggalkan kesan-kesan pen. Hal ini
menyebabkan kit tersebut menjadi kotor dengan hasil kerja murid yang dilakukan di atas kit
tersebut.
Berdasarkan penambahbaikan yang dilakukan di atas, unit liter kekal di atas manakala unit
mililiter kekal di bawah. Apabila ingin melakukan penukaran unit, murid hanya memasukkan
nombor mengikut kotok yang betul dan mengisi semula nombor pada kotak yang lain di atas
kit tersebut. Jadi, ia dapat memudahkan proses pengiraan murid dalam melakukan
penukaran unit ke atas isi padu cecair. Apabila dibuat perbandingan dengan resos asal,
murid terpaksa memadamkan semula hasil kerja mereka termasuk unit isi padu. Sebilangan
responden mempunyai masalah untuk menulis soalan penukaran unit di bahagian mana
untuk resos asal. Apabila dilakukan penambahbaikan, ia memudahkan murid untuk menulis
soalan penukaran unit berdasarkan unit yang disediakan. Jadi, murid tidak tertukar untuk
menulis soalan. Sebagai contoh:
Penukaran Unit Melibatkan liter dan mililiter
237
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Contoh: 0.35 liter ditukarkan kepada mililiter
03 5 l
0 3 5 0 ml
Rajah 6: Penukaran Unit menggunakan Kit LiMi (penambahbaikan)
Jadi, murid hanya perlu mengisi nombor mengikut kotak yang betul untuk mendapatkan
jawapan yang betul. Sekiranya terdapat kotak kosong yang tidak terisi dengan nombor,
murid perlu dibimbing untuk meletakkan nombor “sifar” pada kotak tersebut. Jadi, kesilapan
dalam menulis nombor yang diberi dapat dikurangkan. Murid tidak perlu untuk
menggunakan kaedah lazim untuk melakukan penukaran unit menyebabkan ia mengambil
masa yang lama untuk dilakukan. Apabila waktu peperiksaan, murid boleh melukis kit “LiMi”
dengan pantas di atas kertas sahaja. Ia tidak mengambil masa yang panjang untuk melukis
“LiMi” di atas kertas. Jadi, ia memudahkan murid untuk melakukan penukaran unit isi padu
cecair.
8. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
Mata Pelajaran Matematik Tahun 4
Tarikh 5 Mac 2020
Masa 10.00-11.00 pagi (60 minit)
Kelas 4 Ibnu Bajjah
Bilangan Murid 20 orang murid
(10 orang: murid lelaki, 10 orang: murid perempuan)
Tema Sukatan dan Geometri
Tajuk Ukuran dan Sukatan (Isipadu Cecair)
Kemahiran/Fokus 1. Kemahiran Matematik
2. Kemahiran menyelesaikan masalah
3. Kemahiran komunikasi
Kemahiran Sedia Ada Murid mengetahui unit bagi isipadu cecair ialah liter dan
mililiter.
Standard Kandungan 6.3 Isipadu Cecair
Standard Pembelajaran 6.3.1 Menukar unit isipadu cecair melibatkan liter dan
mililiter
Objektif Pembelajaran Pada akhir proses pengajaran murid dapat:
1. Murid dapat menukarkan unit liter dan mililiter
238
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Pentaksiran Berasaskan 1. Berdasarkan kepada keupayaan murid melakukan
Sekolah aktiviti secara berkumpulan dan menyelesaikan
lembaran kerja
2. Guru menggunakan penilaian autentik untuk melihat
tahap perkembangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
a. Pentaksiran Portfolio
i. Ujian Pra dan Ujian Pos
b. Penilaian Kendiri
i. Borang Senarai Semak
Tabiat Berfikir (HOM) Menggunakan pengetahuan lepas ke situasi baru
Elemen Merentas 1. Bahasa- Murid menggunakan bahasa dan simbol
Kurikulum (EMK) Matematik yang betul seperti isitilah liter dan mililiter
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
2. Kreativiti dan Inovasi- Murid dapat menggunakan bahan
bantu belajar kit ”LiMi” yang disediakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
Penerapan Nilai 3. Keusahawanan- Murid bekerjasama dalam aktiviti kumpulan
yang dilakukan di dalam bilik darjah
Kerjasama, Tolong-menolong, Berhati-hati
Bahan Bantu Mengajar 1. Lembaran kerja
2. Kit “LiMi”
3. Botol mineral
4. Bikar
Seni dalam Pendidikan Pergerakan
Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan
Masa(Minit) dan Pembelajaran
Fasa Persediaan a. Gurumenunjukkan botol i. Baca unit sukatan
mineral yang berisi air yang yang tertera pada botol
( 5 Minit) mempunyai isi padu 1 liter dan sebuah mineral. ii. Apakah unit
bikar 1 liter yang digunakan?
b. Murid meneliti label botol dan iii. Berapakah isi
padunya?
nyatakan isi padu air yang
tertera. iv. Nyatakan
unit digunakan
c. Guru menunjukkan bikar pada
yang unitnya dalam liter.
239
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Pemerhatian dan
Analisis bikar ini.
Fasa Imaginasi a. Guru menyediakan dua buah i. Berapa botol air Penilaian:
yang diperlukan dilakukan
botol air mineral (kecil) dan
bikar sehingga 1 memberi
(15 Minit) sebuah bikar. untuk mengisi dengan
liter?
Ujian Pra
kepada
murid
sebelum
penggunaan
Kit “LiMi”
Penjanaan Idea b.
Sintesis Idea
Guru mengimbas kembali
formula penukaran unit
isipadu cecair dengan
meminta murid menuang air
dalam botol ke dalam bikar
sehigga mencapai 1 liter.
1l = 1000 ml
c. Guru memberikan beberapa
soalan untuk melakukan
penukaran unit.
240
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
d. Guru memberikan pre-test
kepada murid untuk melihat
tahap penguasaan murid.
Fasa a. Guru memberikan i. Penukaran unit
Perkembangan liter kepada
penerangan dan mililiter:
(30 Minit)
demonstrasi kepada murid a. 1.5 l
tentang penggunaan Kit LiMi
Penambahbaikan b. 0.05 l
c. 0.35 l
ii. Penukaran unit
liter:
m
a. 1500 ml
b. Murid membentuk kumpulan b. 450 ml
secara berpasangan untuk
menggunakan kit “LiMi”.
c. 1150 ml
c. Guru memberi
beberapa contoh penukaran unit
menggunakan kit “LiMi”.
241
Menilai d. Murid diminta untuk
melakukan penukaran unit
pada kit “LiMi” berdasarkan
soalan yang diberikan. KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
e. Murid diberikan masa
selama 10 minit untuk
melaksanakan dalam
kumpulan.
f. Hasil jawapan murid (5
dibentangkan dihadapan Minit)
kelas menggunakan kit memb
“LiMi”. eri
g. Guru memberikan
bimbingan jika terdapat
kesilapan yang dilakukan.
Fasa Tindakan a. Guru memberikan pos-test i. Selesaikan ujian Ujian
pelaksanaan kepada murid pos yang diberi. Pos
Pelak
sanaa
Penilaian: n
dilakukan denga
dengan n
Amalan penggunaan Kit “LiMi” -
Berterusan
Fasa Penilaian a. Guru membimbing murid i. Murid membuat
Penilaian
untuk membuat rumusan rumusan dan Kendiri:
(5 Minit) dan isi-isi penting tentang
mengulang isi-isi
topik yang dipelajari.
penting. dengan memberi
senarai semak
PLC
Sesi perkongsian
guru dengan
guru Matematik
SKTK
*Rujuk LAMPIRAN 1 untuk penambahbaikan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
242
9. Pentaksiran Autentik
Subjek Matematik merupakan subjek yang wajib diambil dari Tahun1 hingga Tahun 6
pada peringkat sekolah rendah. Jadi, setiap guru Matematik boleh mengaplikasikan
pembelajaran abad ke-21 (PAK21) supaya pengajaran menjadi lebih menarik dan
mengaplikasi elemen 4C dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana,
matematik sering dianggap sebagai mata pelajaran yang sukar difahami dan
membosankan murid. Murid-murid kurang mahir untuk mengaplikasikan kemahiran
Matematik dalam kehidupan seharian. Jadi, inisiatif untuk menghasilkan pembelajaran
PAK21 ialah penggunaan bahan bantu mengajar.
Penggunaan bahan bantu mengajar atau bahan resos merupakan kompetensi guru
dalam pendidikan. Guru boleh menggunakan resos dalam pengajaran Matematik untuk
membantu guru memudahkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
resos ini dapat menarik perhatian murid dalam sesi pembelajaran. Oleh itu, suatu kajian
telah dilakukan untuk melihat tahap keberkesanan penggunaan resos matematik di
sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Teloi Kanan, Kuala Ketil. Resos yang
dilakukan tersebut melibatkan penukaran unit isi padu cecair subjek matematik tahun 3.
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tahap penguasaan murid terhadap proses
penukaran unit isi padu cecair bagi murid tahun 4. Seramai 20 orang murid dari tahun 4
sekolah tersebut terlibat dalam kajian ini. Kaedah kajian dilakukan melalui ujian pra, ujian
pos, borang soal selidik dan borang senarai semak.
Melalui kaedah instrumen yang dilaksanakan ke atas murid, guru boleh melakukan
pentaksiran di dalam bilik darjah sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Penggunaan pembelajaran abad ke-21(PAK21) membolehkan guru
melakukan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) ke atas murid. Menurut Boon Pong
Ying, Lee Leh Hong dan Lawrence Aloysius Aeria (2017) menyatakan pentaksiran
autentik ialah pentaksiran yang dilakukan ke atas murid melibatkan situasi kehidupan
sebenar dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang bermakna.
Melalui aktiviti yang dijalankan, guru boleh melakukan pentaksiran terhadap murid
tersebut. Pentaksiran yang dilakukan adalah untuk melihat perkembangan kemajuan
murid dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. Pentaksiran ini boleh
dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk melihat kemajuan
murid. Guru juga boleh memberikan tugasan kepada murid yang mempunyai kaitan
dengan kehidupan seharian. Hal ini kerana, murid dapat untuk mengaplikasikan
kehidupan sebenar dalam sesuatu tugasan. Sebagai contoh dalam subjek Matematik,
guru boleh mengaplikasikan situasi jual beli iaitu dengan mengadakan hari
keusahawanan untuk mempertingkatkan topik wang. Jadi murid dapat menggunakan
pengetahuan untuk diaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Melalui aktiviti ini, murid
akan mencabar pemikiran mereka untuk menyelesaikan masalah berdasarkan tugasan
diberi. Murid juga dapat membuat refleksi ke atas aktiviti yang dilakukan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Refleksi yang dilakukan untuk melihat
Terdapat lima jenis pentaksiran yang boleh dilakukan oleh guru. Antaranya ialah:
243
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Pentaksiran
Prestasi
Pentaksiran Pentaksiran
Atas Talian Portfolio
Pentaksiran
Autentik
Pentaksiran Pentaksiran
Kendiri Rakan
Sebaya
Rajah 7: Jenis Alat Pentaksiran
Berdasarkan kepada pentaksiran autentik, guru juga boleh melakukan penilaian
berasaskan sekolah ke atas murid menggunakan pentaksiran autentik.
Pentaksiran autentik membolehkan guru untuk melihat tahap perkembangan dan
kemajuan murid dengan lebih menyeluruh. Pentaksiran ini merangkumi situasi
pembelajaran yang sebenar dan bermakna. Hal ini dapat membantu murid untuk
mengembangkan pengetahuan dan kemahiran melalui tugasan bermakna.
9.1. Jenis Alat Pentaksiran
Guru boleh melakukan pentaksiran dan penilaian kepada murid berdasarkan
aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Semasa kajian ini dijalankan, guru
melakukan pentaksiran portfolio dan penilaian kendiri.
9.1.1. Pentaksiran Portfolio
Pentaksiran portfolio diambil untuk melihat tahap kemajuan murid dalam
penguasaan penukaran unit isi padu cecair. Oleh itu, ujian pra dan pos diberikan
kepada murid tahun 4 sebagai sampel kajian yang dijalankan. Melalui ujian pra
dan ujian pos, guru boleh melakukan pentaksiran portfolio ke atas murid tersebut.
Guru boleh menilai perkembangan dan kemajuan pembelajaran murid terhadap
sesuatu pembelajaran. Sebagai contoh, guru boleh menilai kemajuan
pembelajaran murid dalam melakukan penukaran unit melibatkan isi padu cecair
menggunakan Kit “LiMi”. Melalui penilaian ujian yang dilakukan terhadap murid,
guru boleh menyemak dan menganalisis tahap perkembangan murid dalam
sesuatu pembelajaran. Hasil kerja murid boleh dijadikan sebagai bahan bukti
kepada ibu bapa, pihak sekolah dan murid sendiri untuk melihat tahap
perkembangan murid di dalam bilik darjah. Guru boleh menilai hasil kerja murid
melalui rubrik yang mempunyai kriteria-kriteria pentaksiran berlandaskan kepada
244
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
soalan yang diberikan. Melalui penilaian ujian pra dan pos, data yang diperoleh
melalui ujian pra dan ujian pos boleh digunakan untuk melihat peningkatan
pemahaman murid dalam kajian yang dilakukan. Pada pentaksiran ini, guru telah
menyediakan 12 soalan untuk ujian pra dan 12 soalan untuk ujian pos. Jadi, tahap
penguasaan murid terhadap topik penukaran unit isi padu cecair juga dinilai
berdasarkan rubrik penilaian yang dilakukan. Bahagian analisis data terhadap
ujian pra dan ujian pos boleh dirujuk pada m/s 4-10. Berdasarkan kepada ujian
pra dan ujian pos, berlaku peningkatan dalam tahap penguasaan murid dalam
melakukan penukaran unit isi padu cecair. Berdasarkan kepada ujian pra dan
ujian pos, guru boleh menilai tahap penguasaan murid mengikut rubrik
pemarkahan yang disediakan.
Rubrik dibina berdasarkan kepada tugasan untuk memberi penggeredan bagi hasil
pembelajaran. Berdasarkan kepada ujian yang diberi, aras kemahiran mengikut
Taksonomi Bloom Semakan ialah proses mengingati, memahami dan mengaplikasikan.
Murid yang mendapat tahap penguasaan 3, mereka mampu untuk menggunakan
kemahiran mengaplikasikan topik pembelajaran dalam ujian pos mereka. Murid dapat
menyelesaikan masalah dengan menunjukkan jalan pengiraan dan rumus yang jelas
serta bersesuaian sama ada menggunakan Kit LiMi atau kaedah lazim untuk melakukan
penukaran unit isi padu cecair. Manakala bagi murid yang mendapat tahap penguasaan
2, mereka hanya menggunakan peringkat mengingati dan memahami. Mereka mampu
untuk melakukan proses penukaran unit isi padu cecair dengan menggunakan rumus
dan jalan pengiraan yang betul dan bersesuaian. Bagi murid yang mencapai tahap
penguasaan 1, mereka hanya dapat menjawab 1 soalan daripada 12 soalan dengan
betul dan tidak dapat menunjukkan jalan penyelesaian dan rumus yang betul. Mereka
tidak mencapai tahap penguasaan yang minimum di mana mereka tidak dapat untuk
melakukan proses penukaran unit isi padu cecair. Tahap penguasaan mereka adalah
mempunyai pengetahuan tentang konsep asas matematik. Bagi pentaksiran portfolio
adalah penting untuk menyimpan segala hasil kerja murid agar guru, murid mudah untuk
melihat perkembangan pembelajaran dari semasa ke semasa.
9.1.2. Pentaksiran Kendiri
Selain itu, guru boleh melakukan pentaksiran kendiri di dalam bilik darjah semasa kajian
dijalankan. Penilaian kendiri dilakukan oleh murid sendiri untuk menilai tahap kemajuan
pembelajaran murid berdasarkan objektif pembelajaran yang perlu dicapai. Murid akan
diberikan borang senarai semak selepas mengaplikasikan Kit “LiMi” dan ujian pra untuk
melihat tahap kefahaman murid dalam topik yang dipelajari. Penilaian kendiri merupakan
penilaian yang terbaik kerana murid sendiri meniali tahap pencapaian mereka dan
mengetahui status pembelajaran mereka sendiri. Penilaian kendiri dalam kajian ini
membolehkan murid untuk menilai secara individu, mengukur dan membuat refleksi
terhadap isi pembelajaran yang dipelajari. Hal ini demikian kerana, murid akan lebih
fokus jika mereka mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam sesuatu topik. Mereka
dapat membuat pengukuran iaitu melakukan penambahbaikan kepada diri mereka.
Selain itu, penilaian kendiri ini memberi keyakinan kepada murid untuk menilai
perkembangan diri dan pencapaiannya. Hal ini kerana, pentaksiran ini memberi peluang
kepada murid untuk belajar dan memikirkan cara mereka belajar. Jadi, ia merupakan
pentaksiran secara berterusan yang dilakukan sepanjang proses pengajaran dan
245
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
pembelajaran berlangsung. Jadi, guru dapat mengesan perkembangan pembelajaran
murid secara menyeluruh.
Dalam kajian ini, penilaian kendiri telah dilakukan dengan memberikan senarai semak
kepada murid. Murid akan menilai diri sendiri berdasarkan item yang diberi di dalam
senarai semak selepas melakukan ujian pos. Penilaian kendiri dalam kajian ini berkaitan
dengan tahap penguasaan dan pengukuhan murid dalam melakukan penukaran unit isi
padu cecair. Murid harus menandakan senarai semak berdasarkan skala yang diberi.
Guru boleh menganalisis data daripada murid melalui rubrik penilaian yang dilakukan ke
atas murid berdasarkan ujian pos yang telah dilakukan. Setelah memperolehi data
daripada senarai semak dan ujian pos, guru boleh melakukan rumusan untuk
menambahbaik sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sebagai contoh:
Jadual 9: Penilaian Kendiri dan Ujian Pos
Berdasarkan Jadual 9 di atas, responden tersebut melakukan penilaian terhadap diri
sendiri. Responden dapat menjawab soalan ujian pos yang dilakukan dengan betul iaitu
sebanyak 11 daripada 12 soalan dijawab dengan betul. Hal ini bermakna, murid mampu
untuk melakukan pentaksiran ke atas dirinya sendiri. Proses penilaian kendiri dilakukan
246
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
secara terus semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid sudah mengenali
kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada dirinya supaya proses penambahbaikan
dapat dilakukan. Jadi, murid dapat memikirkan strategi pembelajaran dan kemajuan
untuk meningkatkan motivasi untuk terus belajar.
Guru juga boleh menganalisis penilaian kendiri yang dilakukan oleh murid dalam bentuk
graf supaya guru dapat memperbaiki dan meningkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan melakukan aktiviti yang bersesuaian supaya mutu prestasi murid
ditingkatkan.
Jadual 10: Analisis Penilaian Kendiri Murid
Kekerapan dan Peratusan
Bil Item Min Sisihan Tidak Kurang Setuju Sangat
Piawai Setuju
Saya dapat melakukan penukaran 2.9 Setuju 3 setuju
3.2 1
1. unit isi padu cecair melibatkan unit 3.3 1 2 11 4
2.7 (5%) 4 (55%) 4
liter kepada mililiter. 2 (20%) (20%)
0 11
Saya dapat melakukan penukaran 4 (55%) 5
(20%) (25%)
2. unit isi padu cecair melibatkan unit 3.05
mililiter kepada liter.
Saya dapat melakukan penukaran 2.6 1 9 7 3
(5%) (45%) (35%) (15%)
unit isi padu cecair melibatkan unit
5 6 3 6
3. liter dan mililiter kepada liter atau (25%) (30%) (15%) (30%)
sebaliknya.
Saya dapat menunjukkan jalan 2.5
4. pengiraan dalam melakukan
penukaran unit isi padu cecair
N=20 Purata Min=2.76
247
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Analisa terhadap Penilaian Kendiri
Murid dalam Pembelajaran
12
Ke 10
ker 8
ap 6
an
4
2
0
Item 1 Item 2 Item 3 Item 4
Item Penilaian Kendiri
Rajah 8: Analisa terhadap Penilaian Kendiri Murid dalam Pembelajaran
Berdasarkan data yang diperoleh semasa kajian, guru boleh melakukan analisis kepada
murid tersebut seperti Jadual 10. Berdasarkan kepada analisis terhadap penilaian kendiri
murid, hanya seberapa murid berada pada tahap penguasaan yang lemah. Buktinya,
guru tersebut dapat membuat penilaian terhadap borang senarai semak dan ujian yang
dilakukan ke atas murid. Borang senarai semak ini merupakan refleksi yang dilakukan
oleh murid tentang pembelajaran mereka sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Berdasarkan analisis yang dilakukan bagi item 1 penilaian kendiri, kebanyakan murid
iaitu 11 orang responden iaitu (55%) setuju menyatakan bahawa mereka dapat
melakukan penukaran unit isi padu cecair melibatkan unit liter kepada mililiter. Manakala
4 orang responden iaitu (20%) menyatakan bahawa mereka juga dapat melakukan
penukaran unit isi padu cecair melibatkan unit liter kepada mililiter. Murid yang dapat
melakukan penukaran unit liter kepada mililiter boleh menjawab 2 daripada 4 soalan
yang diberi. Terdapat seorang murid iaitu (5%) menyatakan bahawa tidak boleh
melakukan penukaran unit isi padu cecair melibatkan unit liter kepada mililiter.
Berdasarkan kepada ujian pos yang dilakukan, murid tersebut tidak dapat menjawab 4
daripada soalan tersebut dengan betul. Manakala terdapat 4 orang responden (20%)
menyatakan bahawa mereka kurang setuju melakukan penukaran unit isi padu cecair
melibatkan unit liter kepada mililiter. Jadi, min bagi soalan ini ialah 2.9 (SD=3.2).
Berdasarkan analisis yang dilakukan bagi item 2, kebanyakan murid dapat melakukan
penukaran unit isi padu cecair melibatkan unit mililiter kepada liter. Sebanyak 11 orang
responden (55%) menyatakan mereka dapat melakukan penukaran unit isi padu cecair
melibatkan unit mililiter kepada liter. Manakala sebanyak 5 orang responden (25%)
menyatakan bahawa mereka sangat setuju dapat melakukan penukaran unit isi padu
cecair melibatkan unit mililiter kepada liter. Terdapat 4 orang responden iaitu (20%)
248
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
menyatakan mereka kurang bersetuju dapat melakukan penukaran unit isi padu cecair
melibatkan unit mililiter kepda liter. Jadi, min bagi item kedua ialah 3.05 (SD=3.3).
Berdasarkan analisis yang dilakukan bagi item 3 iaitu murid dapat melakukan penukaran
unit isi padu cecair melibatkan unit liter dan mililiter kepada liter dan sebaliknya.
Kebanyakan murid menjawab mereka kurang setuju dapat melakukan penukaran unit isi
padu cecair melibatkan unit liter dan mililiter kepada liter dan sebaliknya. Sebanyak 9
orang responden (45%) menyatakan mereka kurang sutuju dapat melakukan penukaran
unit isi padu cecair melibatkan unit liter dan mililiter kepada liter dan sebaliknya. Hanya
seorang sahaja (5%) menyatakan tidak setuju dapat melakukan penukaran unit isi padu
cecair melibatkan unit liter dan mililiter kepada liter dan sebaliknya. Hal ini kerana,
berdasarkan kepada ujian pos yang dilakukan, mereka hanya dapat menjawab hanya 1
daripada 4 soalan yang diberi. Manakala sebanyak 7 orang responden (35%)
menyatakan setuju dapat melakukan penukaran unit isi padu cecair melibatkan unit liter
dan mililiter kepada liter dan sebaliknya. Dan sebanyak 3 orang responden (15%)
menyatakan mereka sangat setuju dapat melakukan penukaran unit isi padu cecair
melibatkan unit liter dan mililiter kepada liter dan sebaliknya. Berdasarkan analisis
kepada ujian pos yang dilakukan murid, 3 orang responden dapat menjawab 2 daripada
4 soalan yang diberi dengan betul. Oleh itu, min yang terhasil ialah 2.6 (SD=2.7).
Bagi analisis item 4 iaitu dapat menunjukkan jalan pengiraan dalam penukaran unit isi
padu cecair. Majoriti menyatakan bahawa mereka dapat melakukan jalan pengiraan
dalam penukaran unit isi padu cecair iaitu sebanyak 6 orang responden (30%) sangat
setuju dapat melakukan jalan penyelesaian. Manakala sebanyak 3 orang responden
(15%) menyatakan mereka setuju dapat melakukan jalan pengiraan dalam penukaran
unit isi padu cecair. Berdasarkan kepada analisis ujian pos yang dilakukan hanya
beberapa orang responden menggunakan kaedah LiMi untuk melakukan penukaran unit.
Manakala sebaliknya menggunakan kaedah lazim untuk mendapat jawapan. Manakala
sebanyak 6 orang responden (30%) menyatakan mereka kurang setuju dapat melakukan
jalan pengiraan dalam penukaran unit isi padu cecair. Berdasarkan analisis terhadap
ujian pos, jalan penyelesaian yang mereka lakukan tidak jelas sama ada dalam
penggunaan LiMi mahupun kaedah lazim. Dan 5 orang murid responden (25%)
menyatakan bahawa mereka tidak setuju dapat melakukan jalan pengiraan dalam
penukaran unit isi padu cecair. Mereka hanya menulis jawapan penukaran unit tanpa
melakukan jalan pengiraan pada ujian pos yang dilakukan. Jadi, min yang terhasil
sebanyak 2.5 (SD=2).
Secara keseluruhannya, penilaian kendiri ini dapat membantu guru untuk melihat tahap
penguasaan murid terhadap topik yang dipelajari. Guru dapat melakukan
penambahbaikan terhadap sesi pengajarannya atau melakukan intervensi kepada
muridmurid yang berada tahap penguasaan yang lemah untuk membimbing agar
prestasi murid dapat ditingkatkan. Jadi penilaian kendiri dapat dilakukan secara
langsung untuk melihat perkembangan dan kemajuan murid secara menyeluruh.
Dalam kajian ini, penilaian kendiri dilakukan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.
Guru akan memberi borang senarai semak kepada murid untuk melakukan penilaian
kendiri. Rujuk LAMPIRAN 2 untuk melihat proses penilaian kendiri dilakukan.
249
KPPB: Pembudayaan Penyelidikan Menjana Guru Inovatif
Guru menilai borang senarai semak penilaian murid dan ujian pos yang dilakukan. Hal ini
adalah untuk memastikan murid dapat mencapai tahap penguasaan yang betul
berdasarkan topik pembelajaran yang dipelajari. Refleksi berkenaan pembelajaran yang
dilakukan oleh murid juga penting agar guru dapat melakukan penilaian ke atas
pengajaran guru tersebut untuk mempertingkatkan mutu pengajaran guru sama ada dari
segi pedagogi, kemahiran, strategi yang digunakan ataupun pengetahuan. Jelaslah
bahawa penilaian merupakan eleman yang penting dalam proses pembelajran dan
pengajaran. Pada abad ke-21 ini, guru boleh melakukan pentaksiran ke atas murid agar
mengetahui tahap keupayaan murid secara keseluruhan dan merancang kegiatan
susulan supaya guru dapat meningkatkan tahap pengajaran dengan lebih lancar.
Penilaian juga penting kepada murid agar mereka dapat memberikan maklum balas
yang kualitatif terhadap proses pembelajaran yang berlaku. Oleh itu, pentaksiran
autentik merupakan proses pentaksiran alternatif untuk melihat perkembangan murid
dengan menyeluruh.
10. Strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)
PLC ialah singkatan kepada program Profesional Learning Comunities. PLC merupakan
koleksi aktiviti akademik secara bersepadu yang mempunyai lima strategi utama sebagai
usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. Strategi Komuniti
Pembelajaran Profesional ini merujuk kepada guru yang bekerja secara kolaborati dan
berterusan untuk meningkatkan mutu prestasi kepada murid-murid. PLC diaplikasikan
oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan objektif
pembelajaran tercapai pada tahap yang ditetapkan. Menurut Amin Senin (t.t)
menyatakan PLC merupakan suatu pendekatan profesional kepada para guru untuk
bertindak secara kolaboratif dan mengaplikasikan PLC dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran untuk meningkatkan kemenjadian murid. Terdapat 3 prinsip asas PLC
merujuk kepada tiga idea utama yang perlu dipertimbangkan oleh para guru dalam
menonjolkan prestasi murid.
Big Idea 1
Memastikan Pembelajaran Murid
Big Idea 2
Budaya Kolaboratif
Big Idea 3
Fokus Kepada Pencapaian
Rajah 9: Prinsip Asas PLC
Berdasarkan kepada idea utama pada rajah di atas, guru perlu memastikan
pembelajaran murid berlangsung berasaskan perkembangan murid. Hal ini kerana,
mereka dapat bertindak balas apabila pembelajaran berlaku mengikut perkembangan
mereka. Sebagai contoh, apabila guru memberikan soalan kepada murid, murid dapat
250