The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ismanatasha9, 2021-09-30 05:26:07

PORTFOLIO LM2 - NOR ISMANATASHA ISMAIL -AB170027

PORTFOLIO LM2 - AB170027

3.0 Menganalisis dan Menilai
Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) adalah alternatif Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dalam
norma baharu (Mohd Nasir & Mansor, 2021). Berdasarkan pernyataan ini, sudah
mestilah sesi PdPR tidak akan dapat mendapat objektif yang telah ditetapkan sekiranya
tiada penglibatan daripada pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Tiga kaedah PdPR yang telah diperkenalkan oleh KPM iaitu Pendekatan
PdPR dalam talian yang menggunakan capaian internet dan pembelajaran dibuat
secara realtime menggunakan aplikasi tertentu. Pendekatan PdPR luar talian dengan
penggunaan peranti dan tanpa pembelajaran secara realtime dan Pendekatan PdPR
secara off site.

Rajah 2.2 dan Rajah 2.3 menunjukkan kelas secara video pengajaran

Jika sebelum ini, aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dibuat secara
bersemuka di dalam bilik darjah sahaja. Namun apabila perlaksanaan PdPR
diperkenalkan, kebanyakannya hanya guru sahajalah yang akan bercakap untuk
menyampaikan isi pengajaran manakala pelajar hanya terlibat pada waktu-waktu
tertentu sahaja. Kadang-kala ada juga pelajar yang tidak dapat mengikut
pembelajaraan seperti yang telah dijadualkan dan hanya berkesempatan membuat
pembelajaran sekiranya ada masa lapang sahaja. Tambahan pula, ada pelajar yang
berkongsi gadjet seperti telefon pintar dengan adik beradik yang lain yang
menyebabkan mereka tidak dapat memberi respon dan aktif dalam sesi PdPR.

Penglibatan pelajar yang aktif semasa sesi PdPR secara tidak langsung akan
mempengaruhi tahap kefahaman pelajar tentang sesuatu topik pembelajaran. Hasil
analisis daripada aktiviti kuiz yang dijalankan, dapat dilihat bahawa pelajar yang aktif
memberi respon sewaktu sesi PdPD dijalankan akan mendapatkan keputusan kuiz
yang lebih baik berbanding dengan pelajar yang tidak aktif sewaktu sesi PdPR. Pada
awalnya saya juga ragu dengan kebolehan pelajar untuk melakukan sesi PdPR kerana
ada kemungkinan masalah rangkaian internet. Namun, setelah menjalankan sesi PdPR,
didapati hanya segelintir sahaja pelajar yang mempunyai masalah tersebut. Rata-rata
pelajar boleh menyertai sesi PdPD dengan baik.

Rajah 3.1 dan Rajah 3.2 menunjukkan perbezaan markah kuiz pelajar

4.0 Kesedaran Baru

Hasil daripada analisis yang telah saya lakukan, saya merasakan bahawa pelajar akan
lebih cenderung untuk menyertai sesi PdPR sekiranya ada galakan berterusan daripada
guru. Kaedah yang paling mudah adalah untuk memberi ganjaran hadiah kepada
pelajar. Hasil daripada kelas yang dijalankan, ramai pelajar yang berasa teruja dengan
penggunaan kaedah ini. Suntikan semangat secara berterusan perlu bagi memupuk
semula minat pelajar untuk belajar walaupun secara atas talian.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan sepanjang sesi PdPR juga
memainkan peranan yang besar untuk menarik perhatian pelajar sewaktu sesi PdPR
ini. Kaedah PdP yang lebih interaktif dengan menggunakan aplikasi terkini dapat
menarik minat pelajar. Pelajar akan berasa lebih seronok untuk menerokai ilmu baru
disamping menjalankan sesi pembelajaaran mereka. Contohnya kaedah pembelajaran
dengan menggunakan Padlet dapat meningkatkan kreativiti pelajar untuk mereka
menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Rajah 4.1 menunjukkan Padlet yang digunakan untuk pembelajaran

5.0 Cadangan dan Tindakan

Untuk menggalakkan pelajar memberi respon yang aktif sewaktu sesi PdPR, saya
telah melaksanakan cadangan-cadangan yang berikut:

a. Menggunakan pelbagai kaedah / teknik yang sesuai dengan topik pembelajaran
yang dipelajari

b. Menggunakan lebih daripada satu aplikasi yang menarik untuk mengadakan
sesi pengajaran dan pembelajaran

c. Memberi perhatian kepada pelajar yang kurang respon ketika sesi PdPR. Cuba
untuk menghubungi mereka sekiranya tiada respon yang diberikan

d. Memberi motivasi dan pujian kepada pelajar yang menyiapkan tugasan. Pelajar
yang tidak menyiapkan tugasan diberikan kata-kata semangat agar teus
berusaha untuk menyiapkan tugasan

e. Menggunakan kaedah bintang sebagai ganjaran menyiapkan tugasan
f. Sentiasa bertanya masalah pelajar sekiranya pelajar kerap kali tidak mengahsiri

sesi PdPR
g. Mengingatkan pelajar lebih awal tentang kelas yang akan dijalankan supaya

pelajar lebih bersedia

Cadangan-cadangan ini perlu dikaji dengan teliti melalui kajian literatur supaya
tindakan yang lebih mantap dan bermanfaat dapat diperoleh oleh guru dan pelajar.
Menerusi pembacaan yang telah dibuat, guru disaraan untuk lebih kreatif dalam
penyampaian pembelajaran semasa sesi PdPR bagi memastikan tiada pelajar yang
ketinggalan (Berita Harian ,2021). Kerjasama ibu bapa dan guru adalah perlu bagi
memastikan pelajar dapat meneruskan sesi PdPR dengan berkesan dan dapat memberi
respon yang baik sewaktu sesi PdPr dijalankan.

6.0 Kesimpulan

Sebagai guru pelatih, saya akan terus mencuba untuk mencari dan mendalami lagi ilmu
untuk mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran di dalam kelas agar sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan terutama sewaktu sesi PdPR ini.
Seorang guru pelatih juga harus menerapkan elemen pembelajaran abad ke-21 agar
pelajar lebih fokus dan mudah untuk memahami isi pengajaran dan pembelajaran yang
hendak disampaikan. Sesi PdPR tidak akan berjalan dengan lancar dan berkesan
sekiranya semua pihak tidak bekerjasama untuk membantu pelajar agar mereka terus
memberi kerjasama yang baik dan sentiasa fokus sewaktu sesi PdPR berlangsung.
Pelajar yang aktif akan dapat menonjol dengan baik apabila kuiz atau peperiksaan
dijalankan kelak. Oleh itu, sudah semestinya penting untuk pelajar agar sentiasa aktif
dan terlibat dalam sesi PdOR yang dijalankan oleh guru.

7.0 Rujukan

Abd Samad, M. R., Ihsan, Z. H., & Khalid, F. (2021). The Use Of Mobile Learning In
Teaching And Learning Session During The Covid-19 Pandemic In Malaysia. Journal
of Contemporary Social Science and Education Studies (JOCSSES)(E-ISSN: 2785-
8774), 1(2), 46-65.

Berita Harian. (28 September 2021). Guru Disaran Lebih Kreatif Laksana PdPR.

Mahad, I., Magesvaran, U., & Hamzah, I. N. S. (2021). Sikap Dan Motivasi Murid
Sekolah Rendah Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian Sepanjang
Perintah Kawalan Pergerakan (Attitude And Motivation Primary School Student
Toward Malay Language Online Learning During Movement Control Order). Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 11(1), 16-28.

Mohd, N., Mansor, M. (2021) Cabaran Guru dalam Melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR): Suatu Pemerhatian. Fakulti Pengurusan dan
Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Rabindarang, S., & Arjunan, V. (2021). Paradigma Baharu PdPR: Satu Sorotan
Kajian. Asian Pendidikan, 2(1), 19-24.

Utusan Malaysia. (29 April 2021). Pdpr Kurang Efektif, Pelajar Tertekan.

8.0 Lampiran









LAMPIRAN











LAPORAN KEHADIRAN TERPERINCI


Click to View FlipBook Version