The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syamimiazali, 2022-07-19 22:59:03

E PORTFOLIO NURUL SYAMIMI BINTI AZALI

E PORTFOLIO NURUL SYAMIMI BINTI AZALI

T

arikh :

KOLEJ VOKASIONAL DATUK SERI MOHD ZIN
JADUAL WAKTU PENSYARAH PRAKTIKAL

NAMA: NURUL SYAMIMI BINTI AZALI

WAKTU MASA ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT
1 8-9
2 9-10 KSK1033 KSK1014 KSK1033
3 10-11 KSK1033 KSK1014 KSK1033
4 11-12 KSK1014 KSK1033
5 12-1
6
7 2-3
8 3-4
9 4-5

KELAS : 1 SVM KSK SEMESTER 1

ANALISIS JADUAL KURSUS KOD JAM JUMLAH
PROGRAM KURSUS SEMINGGU
KSK1033 5
1 SVM KSK IP ADDRESS AND SUBNETTING KSK1014 5 3
1 SVM KSK COMPUTER HARDWARE 3
INSTALLATION 8

JUMLAH

SENARAI SEMAK OLEH PEMBIMBING

Analisis Masalah Penggunaan Telefon Pintar di
dalam Kelas di Kolej Vokasional Datuk Seri
Mohd Zin

Nurul Syamimi binti Azali1, Puan Noraini binti
Abu Bakar2, Ts. Dr. Khairul Anuar bin Abdul Rahman3,

1,3 Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia, 2 Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin,Alor Gajah,

Melaka

[email protected], [email protected], [email protected]

Abstrak

Perkembangan teknologi dan maklumat sedia ada menjadikan semua orang tidak pernah terlepas
dari cengkaman gajet ini. Hal ini kerana kewujudan gajet ini sangat berguna sebagai suatu media
pertukaran maklumat. Selain pertukaran maklumat, peranti mudah alih ini amat diperlukan
terutama ketika pandemik Covid-19. Peranti mudah alih ini juga telah digunakan sebagai
medium untuk belajar. Namun, ramai pelajar telah menyalahgunakan kemudahkan yang
diberikan ketika di dalam kelas secara bersemuka. Kebiasaan menggunakan telefon pintar ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah mengakibatkan pelajar sudah terbiasa untuk
menumpukan perhatiannya ke peranti di tangan dan bukannya di hadapan kelas di mana guru
sedang mengajar. Terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti dari segi kelemahan
pengajaran guru dan kekurangan penggunaan ABBM di dalam kelas. Fasa endemic membuka
ruang yang lebih luas untuk guru mengaplikasikan cara pengajaran PDPR dan bersemuka dengan
optimum.

1.0 Pengenalan

Sepanjang tempoh latihan mengajar selama 14 minggu, pelbagai pengalaman baru
yang dapat saya peroleh sewaktu menjalani Latihan mengajar. Saya telah
mengajar pelajar-pelajar ketika tempoh pandemik dan juga selepas pandemik.
Sesi pengajaran dan pembelajaran pada bulan Mac dan April agak mencabar
kerana perasingan kelas antara pelajar asrama dan pelajar luar. Hal ini
mengakibatkan sesi pengajaran pembelajaran akan berlaku sebanyak dua kali
bagi setiap kelas dengan kumpulan pelajar yang berbeza. Perkara ini juga
mengakibatkan waktu mengajar menjadi singkat dan padat. Peraturan baru
yang mengizinkan pelajar untuk menggunakan telefon pintar bagi
memudahkan pelajar menghubungi ibu bapa serta mudah untuk dihubungi oleh
pihak kolej telah dikuatkuasakan. Penggunaan telefon pintar yang tidak

terkawal boleh mengakibatkan pelajar untuk tidak menumpukan perhatian
ketika di dalam kelas dengan sepenuhnya.

2.0 Bisikan Hati/Latar Belakang Masalah

Saya telah ditugaskan untuk mengajar kelas pelajar baharu iaitu Tahun 1 SVM KSK semester
1.Ketika ini saya telah menjalani latihan mengajar selama 12 minggu. Maka saya tidak lagi kekok
ketika ingin menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajar baharu ini. Namun begitu, pelajar
dibenarkan untuk membawa telefon pintar ke kolej vokasional (KV) dan mengakibatkan mereka
sering hilang tumpuan ketika dalam kelas. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung, saya telah mengarahkan untuk menyimpan telefon pintar dan tidak dibenarkan
untuk mengeluarkannya tanpa izin dan sebab yang kukuh. Namun begitu, masih ada lagi pelajar
yang bermain telefon pintar secara berselindung ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung.

Sundus (2018) menyatakan kesan penggunaan telefon pintar ketika sesi pembelajaran dan
pengajaran adalam kekurangan daya tumpuan serta masalah pembelajaran. Perkara ini perlu
diselesaikan agar tidak menganggu proses pembelajaran pelajar di kolej vokasional.

3.0 Menganalisis dan menilai
Menurut Buchari (2018), dalam pengurusan pembelajaran, guru memainkan peranan yang

sangat penting. Hasil kajian teori menunjukkan bahawa pengurusan pembelajaran dalam tugas
guru dapat dijalankan dengan berkesan sekiranya guru dapat menjalankan peranannya sebagai
pemberi arahan dalam mewujudkan situasi pembelajaran melalui penggunaan kemudahan
pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan penyataan ini, saya mengenal pasti beberapa masalah
daripada pemerhatian dan sesi soal jawab di dalam kelas.

Masalah-masalah yang telah dikenalpasti adalah aktiviti bersama pelajar perlu lebih menarik
dan kreatif agar perhatian mereka tertumpu kepada sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan. Selain itu, saya dapati ketiadaan peraturan atau panduan di dalam kelas
mengakibatkan pelajar bertindak secara sesuka hati ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.

4.0 Kesedaran baru

Hasil analisis yang telah saya buat adalah penting untuk mengenalpasti minat pelajar terlebih
dahulu bagi memudahkan guru merancang aktiviti yang sesuai. Sebagai contohnya, pelajar gemar
aktiviti yang melibatkan teknologi, melibatkan hadiah, berwarna cerah serta pergerakan. Aktiviti
yang melibatkan kesemua elemen ini mampu untuk menarik perhatian pelajar dan mengalihkan
tumpuan mereka daripada memegang telefon pintar.

Selain itu, guru perlu menggunakan nada yang tegas ketika memberi arahan mengenai
larangan menggunakan telefon pintar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian
kerana pelajar sangat peka dan sensitif dengan intonasi yang dikeluarkan oleh gurunya.
Penggunaan nada yang lembut dan bersahaja mengakibatkan pelajar menganggap guru tidak
serius. Sistem denda juga perlu digunakan agar pelajar cakna bahawa setiap perbuatan pasti akan
ada kesannya. Namun begitu, denda perlu mengikut panduan yang telah dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sahaja bagi mengelakkan isu dan hal yang berbangkit
di kemudian hari.

5.0 Cadangan dan Tindakan

Untuk menggalakkan pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti kelas dan
menumpukan sepenuh perhatian, saya telah melaksanakan cadangan-cadangan berikut:

a. Melaksanakan kuiz secara atas talian menggunakan platform quizizz dan kahoot.
b. Melaksakana permainan kuiz melibatkan pergerakan seperti kerusi beracun dan

kotak muzik beracun.
c. Meletakkan garis panduan di dalam kelas berkaitan dengan penggunaa telefon

menggunakan intonasi yang tegas dan meletakkan denda merampas telefon
sekiranya dijumpai bermain telefon ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung.

Pelajar terbukti lebih banyak melibatkan diri di dalam kelas serta berdisiplin. Cadangan
pertama menggalakkan pelajar untuk menggunakan telefon pintar dengan cara yang betul dan
menarik. Penggunaan teknologi di dalam kelas mampu digunakan untuk menarik perhatian
pelajar ke arah yang lebih baik. Cadangan yang kedua menggalakkan pergerakan dalam
permainan yang mengakibatkan pelajar tidak mempunyai masa untuk memegang telefon bimbit.
Permainan yang mempunyai pergerakan dan muzik mampu menarik perhatian pelajar dan
menceriakan suasana kelas. Cadangan ketiga dilakukan bagi menetapkan satu peraturan yang
boleh pelajar ikuti ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Hal ini akan mengajar
pelajar supaya lebih berdisiplin dan mendengar arahan.

6.0 Kesimpulan

Peranan seorang guru amat penting dalam skop pendidikan. Tidak mudah menjadi seorang
guru. Hal ini demikian kerana pembelajaran berterusan adalah antara perkara yang perlu
dilakukan oleh seorang pendidik. Seorang guru yang profesional akan memikul
tanggungjawabnya supaya dia mahir dalam bidangnya sehingga dia mampu melaksanakan tugas
dengan cekap. Profesionalisme seorang guru mempunyai peranan yang sangat penting, kerja
keras bagi seorang pendidik dalam memberikan pengajaran sudah tentu perlu dilakukan agar
pembelajaran yang akan disampaikan menjadi bermakna. Usaha dan mencuba perkara yang
boleh memberikan kemajuan kepada pelajar merupakan salah satu proses pembelajaran yang
baik. Pengetahuan guru dalam mengembangkan media pembelajaran atau menggunakan media
ketika mengajar perlu terus digalakkan bagi perkembangan Pendidikan pelajar di masa hadapan.

7.0 Rujukan

Arianti, A. (2019). Peranan Guru dalam meningkatkan motivasi belajar siswa. Didaktika: Jurnal
Kependidikan, 12(2), 117-134.

Buchari, A. (2018). Peran guru dalam pengelolaan pembelajaran. Jurnal Ilmiah Iqra', 12(2), 106-
124.

Danil, J., & Mohamed, S. (2021). Perubahan Tingkah Laku Kanak-kanak Disebabkan
Penggunaan Gajet. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(2), 200-209.

Ngadiman, A. A., & Ashari, Z. M. (2018). Sikap terhadap gajet teknologi dan kesannya kepada
sosio-emosi pelajar: Kajian meta-analisis. Sains Humanika, 10(3-2).

Imam Koning, S., Nasrifan, M. N., Md. Junus, N. W., & Nor Azmi, N. (2021). Integrasi aktiviti
muzikal dalam pengajaran dan pembelajaran matematik: Satu kajian literatur. Jurnal
Pendidikan Bitara UPSI, 14, 92102. https://doi.org/10.37134/bitara.vol14.sp.10.2021



















CamScanner













PROGRAM IHYA RAMADHAN



AJK PERSEMBAHAN VIDEO/SLIDE BAGI HARI PERSARAAN EN AZLAN DAN
ENCIK NG

PERTANDINGAN INOVASI KV SKILL ANTARA PENSYARAH 2022

MENGAWAS PEPERIKSAAN PELAJAR 2 SVM

MENYUNTING VIDEO TAKBIR DAN UCAPAN RAYA KVDSMZ 2022

AJK PENYAMPAIAN HADIAH BAGI MAJLIS GRADUASI SIJIL VOKASIONAL
MALAYSIA AMBILAN 2019

MEMASANG SISTEM UNIT BERSAMA PENSYARAH KOMPUTER SISTEM DAN
RANGKAIAN

AKTIVITI TEAM BUILDING BERSAMA PENSYARAH KAPA DAN PBSM

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KVDSMZ

BERSAMA PENYELIA UTHM, TS DR KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL
RAHMAN

PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT KVDSMZ
AJK PERHIASAN BACKDROP BERSAMA GURU PELATIH


Click to View FlipBook Version