The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ustazah Nadirah, 2022-12-31 20:36:12

PROSIDING SEPZON 2022

PROSIDING SEPZON 2022

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

ARTIKEL HALAMAN

5 MINIT SUPERKE 10
Elkah @ Ekah binti Molukim 17
25
CABARAN PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI 35
(KBAT) DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM 43
Ratizah binti Sala & Abdul Halim Tamuri
55
TERAS KESYUKURAN KELUARGA MALAYSIA DALAM KONTEKS 63
PENDIDIKAN 81
Muhammad Akmal Amin bin Mahamat & Mohd Isa Hamzah 95
104
PEMBENTUKAN SAHSIAH DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH
Morris Anak Lat, Dg. Norizah Ag. Kiflee @ Dzulkifli, Ghazali @ Hassan bin 118
Sulaiman & Anniliza Mohd Isa
137
“FIND YOURS”: APLIKASI FIREBASE MENYELESAIKAN MASALAH
KEHILANGAN BARANG
Lu Hou Yang, Timothy Thomas, Nur Adlina binti Mohd Nazri, Nadia Nabila
binti Yusup & Thillai Kumar A/L Pathatalli

THE RELATIONSHIP BETWEEN TEACHER READINESS AND
TEACHER’S ATTITUDES TOWARDS SECONDARY
Stephanie Sungkim & Mohd. Zaki bin Ishak

A CONCEPT FOR FLEXIBLE INTEGRATED STEM IN MALAYSIAN POST-
PANDEMIC EDUCATION
Kang Fairuz

HUBUNGAN PENGETAHUAN PEDAGOGI,PENGETAHUAN KANDUNGAN
DAN KOMITMEN GURU TERHADAP KUALITI PENGAJARAN
Abdul Said Ambotang, Lena Anuar & Christina Andin

SCRUTINISING TEACHERS’ EXPERIENCE IN THE MALAYSIAN DUAL
LANGUAGE PROGRAMME (DLP) IMPLEMENTATION
Ashairi Suliman, Mohamed Yusoff Mohd Nor & Melor Md Yunus

HUBUNGAN ANTARA PENGETAHUAN DAN AMALAN GURU SEKOLAH
KEBANGSAAN SUNGAI NIBONG TERHADAP KAEDAH PEMBELAJARAN
HANDS ON DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN
ISLAM
Muhammad Faiz bin Salleh

KESAN PENGGUNAAN POWTOON TERHADAP PENCAPAIAN DAN
MINAT MURID DALAM SAINS
Rayner Bin Tangkui, Bawani A/P Sincaroo, Donatus Justin, Roziah binti
Rusdin, Junaidi @ Patrick Bin Jair & Kang Fairuz

1 MINUTE JOURNAL: MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID
MENGUASAI KONSEP SAINS MELALUI PENULISAN JURNAL SEMASA
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS BAGI MURID –
MURID 5 SASTERA
Frenysia Frencis

7


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

MENINGKATKAN PENGUASAAN PENAMBAHAN DAN PENOLAKAN 149
INTEGER MENGGUNAKAN BLOK 3D BERWARNA 155
Wirda Diyana binti Wan Ibrahim
164
KEBERKESANAN PENGGUNAAN VISUALISER DALAM PEMBELAJARAN 172
FUNGSI KUADRATIK UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR 180
ARAS TINGGI (KBAT) 190
Richeal Phil Thien Kim How, Almasiah Binti Hassan, Loretta @ Lily Polus & 198
Mohd. Faizal bin Norwen
208
PERSEPSI GURU PELATIH OPSYEN BAHASA MELAYU MENGENAI
ELEMEN SASTERA DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 218
BAHASA MELAYU 227
Khorrey Jimond, Levitriz Dennes & Hafifi Hafidz Horace 237
248
HUBUNGAN KEFAHAMAN DAN SIKAP TERHADAP KENDIRI PELAJAR
Syahrul Nizam bin Salam, Abdul Said Ambotang, Ghazali Sulaiman &
Christina Andin

NB: MENGUKUHKAN KEMAHIRAN MENGANALISIS DALAM KALANGAN
PELAJAR TINGKATAN ENAM ALIRAN SAINS SOSIAL DI SM ALL SAINTS
Noorsiah binti Laani

KIT SEGI TIGA OSEM’
Azizul bin Abdul Aziz & Syaheela Atikah binti Hashmi

MENINGKATKAN PEMAHAMAN TOPIK SIFAT-SIFAT HURUF DENGAN
MENGGUNAKAN ALAT “PELUNCUR SIFAT HURUF (PSH)” DALAM
KALANGAN PELAJAR 4 KKQ DI SEKOLAH SMK AGAMA KENINGAU,
SABAH
Nor Azian binti Sapiai

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN SCAFFOLDING TERHADAP
KEMAHIRAN PENULISAN TAAKULAN (REASONING) SEJARAH
PELAJAR TINGKATAN 6 DI BANDAR UTAMA KOLEJ TINGKATAN ENAM
BANDAR UTAMA
Marlyn Omar Anuar Ahmad

KBAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB
Musliha Ismai & Nik Zul Azhar Nik Hassan

ANALISIS BAHASA DAN KOMUNIKASI PENDIDIKAN DALAM RUBRIK
KOMPAS, DARURAT PENDIDIKAN, ANAK MISKIN SEMAKIN
TERTINGGAL PELAJARAN SELAMA PANDEMI
Abdul Aziz & Erni Suyani

PEMBELAJARAN AKTIF MELALUI KAEDAH FLIPPED CLASSROOM
Mohd. Fadzly bin Wasriep

PEMIKIRAN REKA BENTUK DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU
MEMBANTU MURID BERFIKIR DENGAN LEBIH KRITIS DAN KREATIF
Khairul Ekmal bin Roselee

8


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

PENDEKATAN PEMBELAJARAN MODULAR BAGI TOPIK UNGKAPAN 256
ALGEBRA DAN GRAF FUNGSI 261
Zulkifle bin Mohamad 270
276
ISU-ISU PSIKOLOGI ABNORMAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI 284
MALAYSIA 289
Mohd Adil Makmur

BAMBU STIK SEBAGAI ALAT ALTERNATIF DALAM MENINGKATKAN
KREATIVITI MURID
Roslianna Bily @ Sylvester

APLIKASI TEKNIK WDEP DALAM TEORI REALITI MENINGKATKAN
KESEDIAAN UNTUK BERUBAH REMAJA TERLIBAT PENYALAHGUNAAN
DADAH: SATU KAJIAN KES
Sabriah binti Maili @ Mohd Rasli

PENGGABUNGJALINAN KAEDAH KMR PRESTEMSI

(PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN REKA BENTUK PENDIDIKAN STEM

SECARA INKUIRI DALAM SUBJEK REKA BENTUK & TEKNOLOGI (RBT)

Mazleezah Binti Abdul Muthalib

PRO TAJWID 5-I: PENGUASAAN KONSEP HUKUM NUN SAKINAH DAN
TANWIN
Nadirah binti Mohamad Sarif

9


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

5 MINIT SUPERKE

Elkah @ Ekah Binti Molukim

Pusat Tingakatan Enam SMK Usukan, Kota Belud

[email protected]

ABSTRAK
Menyelesaikan jawapan pada soalan yang berbentuk pengiraan atau Matematik merupakan tanggungjawab besar
pelajar. Pelajar memerlukan komitmen yang sungguh-sungguh supaya dapat menjawab soalan dengan tepat dan
sebagai kesannya, pelajar akan mendapat markah yang memuaskan. Walaupun pengiraan dibuat menerusi bantuan
kalkulator saintifik, namun teknik dan strategi mengira pantas sangat wajib didedahkan kepada pelajar. Selain
menguasai teknik menjawab soalan dengan tepat, pelajar juga akan lebih berhati-hati semasa menjawab soalan
dan dapat menjimatkan masa menjawab soalan dengan cara yang mudah dan efektif.

1.0 PENGENALAN
Sukatan Pelajaran Pengajian Am Semester Dua (900/2), terbahagi kepada tiga (3) bahagian.
Soalan bahagian A terdapat empat soalan struktur, yang wajib dijawab semua soalan. Bahagian
B – Menukar Bahan Linear Kepada Bahan Bukan Linear (Alih Bentuk Komunikasi-ABK),
calon perlu menjawab hanya satu daripada dua soalan, dan Bahagian C – Esei, iaitu wajib jawab
satu daripada dua pilihan soalan.

Bahagian B, adalah agak mencabar kerana melibatkan pengiraan. Kebanyakan pelajar
menghadapi masalah dalam menyediakan jawaban yang lengkap dalam masa yang ditetapkan.
Pelajar biasanya memperuntukkan masa yang agak lama dalam pengiraan, terutama dalam
menyediakan Jadual Persediaan.

Kajian inovasi ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah pelajar dalam Bahagian B-ABK
khususnya dalam Jadual Persediaan untuk Carta Pai. Dalam menyediakan jadual Persediaan,
calon hanya mempunyai masa maksimum 10 minit sahaja. Dalam 10 minit itu, calon perlu
menentukan jenis media, memindahkan data dan menyiapkan jadual persediaan.

Limitasi kajian ini hanya dalam menyelesaikan pengiraan peratus, ketinggian dan sudut sektor
sahaja dalam masa lima minit. Hal ini kerana, pengiraan peratus dan sudut sektor itu sahaja
pun menyebabkan calon menggunakan banyak masa, apatah lagi jika melibatkan angka ribuan
atau jutaan. Jika pelajar boleh menyelesaikan pengiraan Peratus dan Sudut Sektor dalam lima
minit, maka sudah tentu Jadual Persediaan akan dapat diselesaikan dalam sekitar 10 minit
sahaja. Jadi pelajar boleh terus mula untuk melukis Carta Pai, tanpa membuang banyak masa.

Jika jadual persediaan dapat disiapkan dalam masa 10 minit, pelajar tentu sekali mempunyai
cukup masa untuk menyiapkan Carta Pai yang lengkap dan kemas. Peluang untuk mendapat
gred A juga tinggi. Dari segi kelebihan kepada guru, pelajar yang lemah dalam pengiraan akan
menjadi lebih bermotivasi, dan pengajaran akan menjadi lebih ceria.

2.0 OBJEKTIF INOVASI
Objektif 5 Minit SUPERKE adalah menjana kemahiran menjawab soalan kemahiran mengira
item-item sudut, peratus dan ketinggian pada carta pai bertingkat dan carta pai banding dengan
pantas dan tepat, di samping itu pelajar dapat menjimatkan masa semasa menjawab soalan
ABK.

10


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

3.0 KUMPULAN SASARAN
Inovasi 5 Minit SUPERKE disasarkan kepada para pelajar tingkatan 6 pada pengajian semester
2, iaitu semasa pelajar mempelajari topik pada bahagian B, iaitu topik alih bentuk komunikasi
dan hanya menumpukan pada carta pai bertingkat dan carta pai banding.

4.0 LATAR BELAKANG

i) Berikut adalah contoh soalan yang berkaitan dengan salah satu jenis media dalam ABK, iaitu
Carta Pai Bertingkat / Pai Tong, di sebabkan carta yang akan dihasilkan berbentuk silinder atau
berbentuk drum. Setelah membaca kehendak soalan dan keseluruhan petikan, pelajar wajib
menyediakan jadual persediaan dan memindahkan data-data dari petikan ke dalam jadual
persediaan.

Jadual 1: Contoh Pengiraan Jadual Persediaan

Malaysia : Jumlah Penagih Dadah Mengikut Sektor Pekerjaan Dan Cara Pengambilan Dadah

Pada Tahun 2012 Tajuk

Sektor Jumlah Penagih Dadah (Orang)
Pekerjaan
Jumlah Peratus Sudut
Pengurusan 354
dan 354_ X 100 = 2.35 354__ X 360 = 8.44
Pentadbiran 4415 15090 15090
Perkhidmatan
dan 4509 4415_ X 100 = 29.26 4415_ X 360 = 105.33 Pengiraa
Perkeranian 15090 X 100 = 29.88 15090 n cara
Buruh Am dan biasa
Teknikal 4509_ 4509_ X 360 =107.57
15090 15090 /standard

Jualan dan 2131 2131_ X 100 = 14.12 2131_ X 360 =50.84
Peruncitan 15090 15090

Pekerja 3681 3681_ X 100 = 24.39 3681_ X 360 =87.82
Industri dan 15090 15090
Perkilangan
Jumalh Besar 15090 2.35+29.26+29.99+14.12+24.3 8.44+105.33+107.57+50.84+

9 = 100 87.82= 360 darjah

Cara Jumlah Penagih Dadah (Orang)
Pengambilan Jumlah
Peratus Ketinggian (cm)

Hidu 10893 10893 X 100 = 72.19 10893 X 10 = 7.2
Hisap 15090 15090
1763
1763 1763

11


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

15090 X 100 = 11.68 15090 X 10 = 1.2
X 10 = 1.0
Suntik 1545 1545 1545 Pengiraan
Telan 889 15090 X 100 = 10.24 15090 X 10 = 0.6 cara biasa
/standard
889_ 889_
15090 X 100 = 5.89 15090

Jumlah Besar 15090 100 10

Jadual di atas menunjukkan jawapan pada jadual persediaan yang telah lengkap dengan data-
data yang dipindahkan daripada petikan. Bagi mendapatkan jawapan pada petak jadual peratus
yang berwarna kuning, petak sudut yang berwarna hijau dan petak ketinggian yang berwarna
biru, Pelajar akan membuat pengiraan mengikut ketetapan dan rumus yang betul seperti yang
ditunjukkan pada jadual. Setelah menyelesaikan kesemua item pada lajur peratus, sudut dan
ketinggian, maka 5 markah diberikan pada jadual persediaan yang lengkap jawapan. Semasa
menyelesaikan pengiraan pada jadual persediaan, pelajar memerlukan anggaran 10 minit untuk
melengkapkan jadual persediaan. Selain itu, pelajar juga dikehendaki melengkapkan media
tepat berdasarkan kehendak soalan dan jadual persediaan yang dihasilkan. Oleh yang demikian,
masa 35 – 40 minit yang dicadangkan untuk melengkapkan kesemua jawapan lengkap pada
bahagian B (ABK) sangat penting. Sehubungan itu, kebijaksanaan pelajar turut diuji dalam
menguruskan peruntukan masa pada ketga-tiga bahagian soalan.

Berdasarkan laporan peperiksaan STPM penggal kedua yang sebenar, masalah yang dikenal
pasti bagi mata pelajaran Pengajian Am, kesalahan yang dilakukan oleh calon ialah gagal
menulis maklumat lengkap bagi sebuah jadual (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2019).
Sehubungan dengan ini, perkara ini menjadi masalah kepada pelajar untuk menyelesaikan
soalan pengiraan mengikut tempoh masa yang pantas dan dengan cara yang efektif. Berikut
dijelaskan tentang proses penghasilan inovasi mengikut kronologi.

Pengiraan Peratus (Contoh) : Diinovasikan Pengiraan Peratus (Contoh) :

Nilai semasa ÷ Jumlah X 100 Nilai semasa ÷ Jumlah keseluruhan
Keseluruhan =___ (Pindahkan 1TP Ke Kiri dari
item hasil darab pada lajur yang sama.
Jawapan untuk item ketinggian boleh
diperoleh terus tanpa membuat
sebarang pengiraan

Pengiraan Sudut (Contoh) : Diinovasikan Pengiraan Sudut (Contoh)

Nilai semasa ÷ Jumlah X 360 Setelah mendapat hasil jawpaan dari
Keseluruhan darab, nilai yang diperoleh akan
didarab terus dengan 3.6

12


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Atau, cara yang kedua menggunakan kalkulator saintifik adalah seperti lukisan berikut.

Pengiraan Ketinggian Diinovasikan Pengiraan Ketinggian (Contoh) :
(Contoh) :
Dapatan nilai dari hasil peratus
Nilai semasa ÷ Jumlah X 10 diambil dan pindahkan satu tempat
Keseluruhan titik perpuluhan.

13


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Ketiga-tiga elemen pada kronologi di atas merupakan elemen utama dalam carta pai. Pengiraan
yang sebelumnya mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kesilapan pada
item, walaupun terpaksa menggunakan masa yang lama iaitu melebihi 5 minit. Namun selepas
didedahkan dengan cara pengiraan pantas dan tepat, memudahkan pelajar untuk membuat
pengiraan di samping dapat menjimatkan masa. Sehubungan itu, pelajar mempunyai lebihan
masa untuk menyiapkan media.

5.0 MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI
Setelah mendapati pelajar masih tidak tahu cara pengiraan yang pantas dan efektif, maka guru
menggunakan teknik SUPERKE semasa penyampaian pengajaran dan pemudahcaraan bagi
media carta pai bertingkat dan carta pai banding.

Rajah 1 : Inovasi Pengiraan Pantas

Rajah 1 menunjukkan teknik yang dibina guru untuk memudahkan proses pengajaran semasa
pelajar menyiapkan jadual persediaan. Teknik yang digunakan amat mudah dan hanya perlu
darab, pindahkan dua tempat titik perpuluhan dan kemudian darab dengan 3.6 untuk
mendapatkan jawapan pada item sudut pada carta pai banding. Manakala untuk membuat
pengiraan pada carta pai bertingkat, pengiraan pada sudut dan peratus adalah sama dengan cara
pengiraan pada carta pai banding dan untuk mengira item peratus, hanya perlu pindahkan satu
tempat titik perpuluhan ke kiri. Item adalah diperoleh hasil daripada pengiraan pada peratus.

Pengiraan Sudut (SU) Contoh 2:
Contoh 1: 354 / 15090 = 0.0234 X 3.6 = 0.0844 (Pindahkan 2 TP ke kanan
= 8.44

14


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Bagi pengiraan pada carta pai tong /bertingkat pula, pengiraan item-item adalah melibatkan
peratus (100%) dan ketinggian (10cm). Pengiraan bagi sudut adalah sama dengan pengiraan
pada sudut carta pai banding. Pengiraan pada peratus ialah nilai pada peratus dibahagi dengan
jumlah keseluruhan tanpa menekan simbol darab dan setelah itu, pindahkan dua titik
perpuluhan ke kanan tanpa pengiraan.

Pengiraan Peratus (PER) Contoh 1:
889 / 15090 = 0.05891%
Contoh 1: = 5.89
889 / 15090 = 0.05891 X 100
= 5.89

Pengiraan Ketinggian (KE) Contoh 1:
889 / 15090 = 5.891 (Pindahkan 1TP Ke Kiri hasil dari nilai
Contoh 1: Darab)
889 / 15090 = 0.5891 X 10 = 0.6
= 0.6

7.0 HURAIAN INOVASI

7.1 Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi kira pantas 5 minit SUPERKE ialah
soalan ABK, iaitu hanya fokus kepada soalan carta pai banding dan carta pai bertingkat,
kalkulator saintifik, kertas kajang untuk melukis jadual persediaan, pensil dan pemadam getah.

8.0 CARA INOVASI DIGUNAKAN
Inovasi digunakan sama seperti menjawab soalan Matematik. Ia boleh dilakukan semasa
mengulangkaji pelajaran, membuat tugasan, semasa bersantai dan di buat pada bila-bila masa.

8.1 Kos bagi menghasilkan Inovasi Kos (RM)
Bil. Perkara RM14.00
1. Kalkulator saintifik (benda wajib pelajar) RM0.10
2. Kertas Kajang 1 keping RM0.50
3. Pensil kayu RM0.40
4. Pemadam Getah RM15.00
Jumlah Kos

8.2 Keberkesanan Inovasi kepada Pengajaran dan Pembelajaran

15


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

9.0 POTENSI UNTUK DISEBAR LUASKAN KEPADA PIHAK LAIN
Inovasi 5 minit SUPERKE ini sangat berpotensi disebarluaskan kepada pihak lain, khususnya
pelajar tingkatan 6 pelbagai jurusan, sama ada yang bersekolah di sektor swasta atau kerajaan,
di bandar mahupun di luar bandar serta disebarluaskan bukan sahaja di kalangan pelajar tetapi
kepada guru juga untuk memudahkan penyampaian dan pemudahcaraan bahan pengajaran.
9.1 Keterangan lain yang berkaitan
Selain mendidik pelajar menggunakan strategi pengiraan yang pantas dan efektif serta
menjimatkan masa, inovasi 5 minit SUPERKE juga menggalakkan pelajar untuk berfikir secara
kritis di samping itu, dapat meningkatkan kemahiran menjawab soalan ABK.

16


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

CABARAN PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM

Ratizah Binti Sala, Abdul Halim Tamuri

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.

[email protected]

ABSTRAK
Keperluan mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di dalam bilik darjah adalah salah
satu kompenan penting untuk memenuhi tuntutan cabaran pendidikan abad ke-21 bagi mewujudkan
generasi yang berdaya saing dan seimbang dalam semua aspek kehidupan. Namun terdapat pelbagai
cabaran dalam mengintegrasikan KBAT secara berkesan terutamanya dalam kalangan guru Pendidikan
Islam walaupun selepas pasca pandemik melanda negara kita. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
cabaran pengintegrasian KBAT dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah menengah. Kajian ini
adalah kajian pendekatan kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual formal separa berstruktur
sebagai instrumen kajian. Seramai 5 orang guru Pendidikan Islam di daerah Tuaran telah dipilih sebagai
sampel kajian menggunakan kaedah rawak mudah. Hasil temu bual telah dianalisis dengan
mengkategorikan cabaran pengintegrasian KBAT di dalam bilik darjah meliputi aspek-aspek tertentu.
Antaranya, adalah aspek kesediaan dan pengetahuan guru itu sendiri, aspek kaedah pengajaran serta
aspek keterlibatan murid. Sebagai implikasi, semua pihak perlu memainkan peranan yang sewajarnya
dalam usaha meningkatkan pengintegrasian KBAT agar matlamat pendidikan dapat direalisasikan bagi
memenuhi PPPM 2013-2025.

Kata kunci : Cabaran, KBAT, guru Pendidikan Islam

1.0 PENGENALAN
Umum mengetahui bahawa transformasi dalam pendidikan telah berlaku setelah
kehadiran virus yang dikenali sebagai COVID-19 melanda negara dan meragut banyak
nyawa sekali gus melumpuhkan ekonomi negara khususnya Malaysia dan seluruh dunia
secara amnya. Ekoran daripada itu, apabila dunia berhadapan dengan bencana pandemik
ini secara tidak langsung keseluruhan sistem pendidikan negara turut terkesan dan perlu
membiasakan diri dengan norma baharu terutama dari aspek mengaplikasi strategi
pengajaran dan pembelajaran khususnya melibatkan pengajaran dan pembelajaran atas
talian berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Walaubagaimana pun, perlu diakui guru juga berhadapan dengan pelbagai
kekangan dan cabaran dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian (Losius Goliong et al., 2016). Pengingtegrasian KBAT pasca pandemik juga
merupakan salah satu cabaran terbesar yang perlu dihadapi oleh pendidik khususnya
guru Pendidikan Islam kerana ia melibatkan kesediaan dan kemampuan guru dalam
melaksanakan PdP bagi memastikan keberkesanan penyampaian ilmu dapat dicapai.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menurut Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM, 2013) didefinisikan sebagai elemen kemahiran minda merangkumi kemahiran
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta berdasarkan Taksonomi Bloom edisi
semakan (Anderson et al., 2001). KBAT dinyatakan dalam kurikulum pendidikan secara
eksplisit agar guru dapat membantu murid melakukan operasi pemikiran seperti
membuat analisis dan inferensi yang seterusnya dapat meningkatkan kefahaman serta
meningkatkan prestasi pencapaian murid. (KPM, 2017) Pengkaji menyedari bahawa
pelbagai kajian telah dilakukan berkaitan KBAT, walau bagaimanapun kualiti pdp dalm
bidang Pendidikan Islam pada hari ini masih lagi tidak menunjukkan perubahan yang
memuaskan berdasarkan beberapa kritikan mendasar yang diutarakan oleh para sarjana
dan pemikir Islam seperti Mona Abaza (2002) dan Othman (2019). Oleh itu, pentingnya

17


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti cabaran yang dihadapi oleh guru
Pendidikan Islam dalam pengingtegrasian KBAT pasca pandemik.

2.0 ULASAN LITERATUR

2.1 Pembelajaran dan Pemudahcaraan
Pengajaran dan pembelajaran dalam talian (online learning) terus berkembang dan
memainkan peranan signifikan dalam pendidikan di Malaysia (P.Ayu & Gunawan,
2020). Dunia pendidikan dalam era pandemik telah mula menuju ke arah pengajaran
dan pembelajaran yang menggunakan pelbagai aplikasi sedia ada merupakan satu
bentuk aktiviti akademik yang disampaikan melalui penggunaan teknologi digital
(Ahmad Saifudin & Isa Hamzah, 2021) dan terus dikembangkan sehingga kini. Oleh
itu, guru perlu mempunyai iltizam yang tinggi dan bersedia menerima cabaran dalam
melaksanakan inisiatif dan pendekatan baharu demi peningkatan kualiti pendidikan.
Antara inisiatif dan perancangan yang rapi yang boleh dijalankan oleh guru adalah
dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 di dalam pengajaran
mereka (Noor Lela et al., 2019). Persediaan pembelajaran yang menjurus ke arah
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan pengurusan bilik darjah yang lebih
dinamik merupakan cabaran pendidikan abad ke-21 (Susanne, 2014).

2.2 Pelaksanaan PdPC
Seorang pendidik yang cemerlang perlu memiliki ilmu pengetahuan, kepakaran dan
motivasi yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab terutamanya pengajaran dan
pembelajaran. Jika dahulu, guru dianggap sebagai fasilitator dalam PdPc, berbanding
kaedah konvensional seperti memberi syarahan atau “chalk and talk‟, moden ini guru
bertanggungjawab untuk menyampaikan kandungan pembelajaran, menjana satu
persekitaran pembelajaran yang aktif dan membina, serta menggalakkan kanak-kanak
untuk mengemukakan persoalan dan idea. Kaedah konvensional menunjukkan interaksi
yang lemah, pembelajaran dalam mod sehala, kekurangan sumber pembelajaran dan
kurang maklum balas daripada murid-murid lemah (Rajendran, 2010) dan tidak lagi
sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran abad 21 pada masa kini. Segala kemelut dan
cabaran yang terdapat dalam sistem pendidikan abad 21 perlu ditangani segera agar
kecemerlangan pendidikan dan pembangunan negara dapat dilestarikan. Oleh itu,
memperkasakan pengajaran khususnya dari amalan pengajaran dan pembelajaran serta
pemudahcaraan guru abad 21 adalah perlu bagi memastikan warga pendidik berupaya
meneraju dan melaksanakan transformasi seperti yang dihasratkan (Ravitz, 2014).

2.3 Interaksi dua hala
Pembelajaran yang berkesan, penyampaian kurikulum yang bersandarkan Dokumen
Standard Kurikulum Pentaksiran (DSKP), interaksi dua hala guru dan murid dan
sokongan daripada Ibu Bapa, pentadbir dan pemimpin merupakan hala tuju dalam
memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pengajaran berlaku dengan
menggunakan medium secara optimum di dalam kelas atau pun di dalam talian. Guru-
guru sering kali tidak mendapat penglibatan murid di dalam kaedah PdPR atau pun atas
talian ini atas beberapa sebab antaranya disebabkan oleh situasi semasa dan terpaksa
mengambil kira sumber keupayaan yang ada pada murid. (Norehan & Mahaliza, 2021)

18


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

3.0 METODOLOGI
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temubual yang
melibatkan lima orang guru sekolah menengah di daerah Tuaran. Temubual telah
dijalankan melalui panggilan telefon mengikut masa yang telah ditetapkan oleh peserta
kajian. Instrumen kajian terdiri daripada soalan-soalan yang berkaitan dengan cabaran
KBAT dan sesi panggilan telefon telah dirakam. Beberapa langkah telah diambil
sebelum temubual dijalankan seperti penyediaan soalan protokol temubual, pemilihan
informan dan penentuan masa dan tarikh untuk menjalankan temubual. Metodologi ini
lebih menjimatkan masa dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Ringkasan mengenai
latar belakang demografi peserta kajian adalah seperti jadual 1.

Jadual 1 Profil Peserta Kajian

Peserta Jantina Gred Pendidikan Pengalaman
Kajian Mengajar
PK1 Lelaki DG48 Sarjana Muda 16 tahun
PK2 Perempuan DG44 Sarjana Muda 9 tahun
PK3 Perempuan DG44 Sarjana Muda 4 tahun
PK4 Perempuan DG41 Sarjana Muda 5 tahun
PK5 Perempuan DG41 Sarjana Muda 5 tahun

4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Kajian ini mendapati cabaran utama guru dalam pengintegrasian KBAT adalah dari
aspek kesediaan dan pengetahuan guru itu sendiri, aspek kaedah pengajaran serta aspek
keterlibatan murid. Setiap cabaran berikut disimpul dan dibincangkan seperti berikut:

4.1 Cabaran pengintegrasian KBAT terhadap guru
Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) tidak dapat dilakukan dengan
baik kerana faktor guru yang kurang mahir mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran
bersemuka dan sememangnya bertambah sukar semasa pandemik. Kekurangan
pendedahan kaedah dan pedagogi pengintegrasian KBAT, ketiadaan latihan khusus
kepada KBAT serta tidak kreatif dalam pengintegrasian KBAT juga menyumbang
kepada keterbatasan pengintegrasian KBAT.

“Cabaran paling utama adalah tidak tahu berkaitan dengan kaedah atau pun cara
terbaik mengetengahkan soalan-soalan berbentuk KBAT di sebabkan penumpuan lebih
kepada menghabiskan sukatan pelajaran.” - PK1

“Pada pendapat saya, antara cabaran guru dalam mengintegrasikan KBAT semasa
PdP dan secara maya adalah guru kurang mahir mengaplikasikan KBAT dalam
pengajaran. Guru cenderung menggunakan soalan-soalan aras rendah kerana
mendapati penyediaan bahan dan proses penyemakan juga mudah. Guru juga kurang
mendapat pendedahan pedagogi dalam pengintegrasian KBAT. Segala usaha dan
intervensi adalah dengan inisiatif guru sendiri, hal ini menyebabkan guru memerlukan
masa untuk menyesuaikan pedagogi pengajaran KBAT dalam PdP. Tambahan lagi
KBAT walaupun telah lama diperkenalkan tetapi masih dianggap baru kepada guru
Pendidikan Islam menyebabkan kurangnya perkongsian daripada guru-guru lain atau
pakar-pakar pendidikan tentang hal ini.” - PK2

19


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

“Saya kurang kemahiran dalam mengajar unsur KBAT dan tidak mendapat
pendedahan yang luas tentang KBAT dan tidak pasti bagaimanakah kaedah terbaik
untuk pengintegrasian KBAT.” - PK3

“Saya tidak didedahkan kepada latihan khusus kaedah pelaksanaan KBAT dan kaedah
menanda jawapan KBAT. Ini adalah kerana kaedah penguasaan KBAT tiada dalam
pembelajaran latihan guru semasa di universiti.” - PK4

“Guru tidak kreatif dalam penyampaian kerana di sebabkan kurangnya penguasaan
guru terhadap tajuk yang di ajar serta kurangnya komunikasi dua hala.” -PK5

Daripada kenyataan temubual tersebut, tahap kesediaan dan pengetahuan guru
Pendidikan Islam perlu diberi penekanan kerana keperluan untuk merealisasikan
matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah bermula dari
kesediaan guru Pendidikan Islam sebagai penjana matlamat Falsafah Pendidikan Islam
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2012). Di antara
tugas penting guru Pendidikan Islam ialah membangunkan pemikiran (Shamsul Shah,
2012) kerana ia penting untuk menyelesaikan setiap permasalahan yang terdapat di
dalam kehidupan (Zakaria, 2011; Zuraidah, 2012). Bagi Rajendran (2001) dan Normah
(2013) faktor kesediaan adalah usaha untuk memperkembangkan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT) yang merupakan suatu elemen penting dan perlu ada pada seorang
guru. Ketiadaan faktor kesediaan dalam kalangan guru dilihat mampu menyebabkan
pengintegrasian kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) tidak dapat dilaksanakan semasa
proses pengajaran walaupun guru tersebut mempunyai kesedaran dan pengetahuan
tentang kepentingan KBAT ini (Fathiyah & Ghazali, 2010).

Kenyataan ini bersandarkan beberapa kajian yang menunjukkan situasi guru Pendidikan
Islam tidak bersedia untuk mengaplikasikan KBAT ini di dalam pengajaran yang
dilaksanakan bersumberkan daripada faktor kurangnya pendedahan berkaitannya ketika
berada di institut penguruan atau di universiti (Mohd Aderi et al., 2014). Selain itu,
faktor yang mendorong ketidaksediaan ini adalah berasaskan kepada kekurangan
pengetahuan mengenai bagaimana elemen KBAT ini dapat diaplikasikan di dalam PdP.
Rantaian daripada kekurangan pengetahuan dan ketidaksediaan ini menyebabkan
pengajaran guru didapati kurang menggarap, menghayati dan mengamalkan konsep
kemahiran berfikir untuk disampaikan kepada pelajar (Halim, 2013). Seharusnya
seorang guru perlu mempunyai penghayatan, keupayaan untuk mengamalkan dan
kemampuan mengaplikasikan dengan setiap ilmu yang diketahuinya terutamanya
menerusi konteks PdP (Kamarul Azmi & Ab. Halim, 2012). Kehidupan norma baharu
disebabkan isu pandemik yang dihadapi pada fasa terdahulu sedikit sebanyak
menjadikan tugas guru lebih mencabar. Ia jelas disokong oleh kajian Shahfiezul dan
Fariza (2017) mendapati medium pembelajaran maya ini kurang mendapat sambutan
dalam kalangan guru kerana kurang pengetahuan dan kemahiran mengendalikan pdpr
berasaskan teknologi dan unsur KBAT dan berlarutan walaupun setelah pasca
pandemik.. Menurut Shahiza dan Fariza (2019), tanggungjawab seorang guru juga
menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dalam perkembangan era globalisasi
terutamanya dalam penggunaan alat yang semakin canggih dalam sesi pengajaran.

Daripada hasil kenyataan temubual, pengkaji mengenal pasti kekangan didalam
pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ini juga di sebabkan kaedah

20


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

pengajaran yang berasaskan standard pengajaran secara tradisional. Ini disokong
berdasarkan hasil beberapa dapatan kajian seperti kajian oleh (Tajul Ariffin, 2010) yang
menyatakan isu kekangan penghayatan dan pengamalan, adalah disebabkan peruntukan
masa yang terhad dan guru dibebani dengan kepelbagaian tugas lain sehinggakan guru
kekurangan masa untuk menghayati dan memahami fakta-fakta penting yang terdapat
di dalam setiap isi kandungan tajuk pendidikan Islam. Dapatan ini disokong berdasarkan
kajian oleh Noraini (2015) yang menyatakan situasi masa yang terhad dan isi kandungan
yang padat ini adalah disebabkan mata pelajaran pendidikan Islam sinonim dengan
keperluan untuk menghabiskan sukatan pelajaran untuk peperiksaan (Ahmad Munawar,
2009; Fathiyah, 2010). Selain itu, amalan pengajaran guru Pendidikan Islam yang hanya
menumpukan kepada aktiviti rutin dan kurang menjana kepelbagaian aktiviti juga telah
menjurus kepada keterbatasan masa untuk melaksanakan kemahiran berfikir dalam
kalangan pelajar (Tajul Ariffin, 2010). Menerusi konteks pengendalian pengajaran
Pendidikan Islam, guru pendidikan Islam masih didapati cenderung untuk menggunakan
kaedah kuliah (Ahmad Munawar, 2009) dan hanya bersifat amali sahaja, tanpa
penekanan terhadap aspek kognitif, afektif, psikomotor dan pemikiran rasional yang
berasaskan ilmu saintifik moden (Ghazali, 2010; Nor Azza, 2013). Pengurangan
penggunaan kaedah pengajaran secara konvensional secara ‘chalk and talk’ adalah
penting dalam era digital abad ke 21, sebaliknya guru harus berinovasi dan
memperkayakan kaedah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Ducan et al., 2009)
walaupun semasa atau selepas pandemik. Pengajaran sehala oleh guru akan membawa
kebosanan dalam sesi PdP lebih-lebih lagi secara atas talian ataupun secara bersemuka.
Ini disebabkan pelajar pada alaf baharu tidak gemar dikongkong pergerakan mereka di
dalam kelas (Benade, 2015).

Hal ini turut disuarakan oleh mantan Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mahdzir Khalid
berkaitan kelemahan kaedah tradisional dimana penglibatan pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan komunikasi adalah tidak memuaskan
dan tahap pengetahuan mereka berada pada tahap yang rendah (Abdul Ghoni, 2018).
Selain itu, pelajar juga tidak mencuba untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Perkara
ini turut dinyatakan oleh Mahzan Arshad (2007) yang menjelaskan bahawa masalah
berkaitan penggunaan kaedah dan strategi pengajaran guru, merupakan salah satu punca
utama yang menyebabkan murid-murid menjadi lemah dalam mata pelajaran serta
kurang kreatif dan inovatif. Justeru itu, corak pengajaran guru yang lesu, kaku dan statik
perlu ditransformasikan ke arah amalan abad 21 malahan penggunaan teknologi terkini
seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh para guru untuk menarik minat pelajar bagi
menerokai ilmu. Kualiti guru harus ditingkatkan untuk menjamin kejayaan pelaksanaan
amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

4.2 Cabaran pengintegrasian KBAT kepada pelajar
Murid merupakan subjek utama dalam menjayakan pelaksanaan pengintegrasian KBAT
dengan mewujudkan hubungan interaksi dua hala di antara guru dan murid. Walau
bagaimanapun, berdasarkan kenyataan temubual yang dilakukan di dapati cabaran
utama guru dalam mengintegrasikan KBAT adalah penglibatan murid secara tidak
konsisten, pengaruh sekeliling serta tanggapan kendiri tentang KBAT telah menjejaskan
pengintegrasian KBAT dilakukan. Kesemua peserta kajian memberikan kenyataan
yang hampir sama berkaitan dengan cabaran yang melibatkan murid seperti berikut:

21


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

“Murid kurang minat membaca apatah lagi bila diutarakan soalan KBAT, isinya sangat
kurang dan tidak dapat di aplikasikan dalam soalan KBAT”.
- PK1

“Penerapan KBAT kepada murid semasa pengajaran bersemuka masih dalam tahap
tidak memuaskan. Murid mempunyai tanggapan yang negatif terhadap KBAT seperti
soalan susah dan sebagainya. Apabila kemahiran ini cuba diterapkan oleh guru dalam
pengajaran online semasa pandemik sudah tentu ianya lebih mencabar. Guru
mendapati murid cenderung meninggalkan soalan-soalan berbentuk KBAT kerana
menganggapnya susah. Antara faktor yang menyebabkan soalan berbentuk KBAT susah
ialah kurangnya penguasaan terhadap isi kandungan topik atau tidak menguasai
konsep topik yang dipelajari. Tidak dinafikan bagi menjayakan pengintegrasian KBAT
ia memerlukan komitmen dan kesungguhan daripada murid sama ada dari segi mental,
fizikal dan bahan pembelajaran murid itu sendiri. Kegagalan murid untuk memberikan
komitmen dalam PdP akan menyebabkan murid tidak menguasai topik yang dipelajari
seterusnya menyebabkan berlakunya keciciran maklumat.” -PK2

“Murid kurang memahami soalan KBAT dan tidak mengetahui kaedah KBAT yang
baik.” - PK3

“Saya dapati murid kurang membaca, kurang kosa kata, tidak mahir format menjawab
soalan KBAT dan tidak tahu bagaimana mendapatkan markah mengikut format KBAT.”
- PK4

“Bila mengajar tidak mendapat sambutan daripada murid dan penglibatan pelajar
yang sangat tidak memuaskan.” - PK5

Seharusnya penguasaan isi kandungan menerusi pengajaran Pendidikan Islam ini
sepatutnya telah diterapkan dengan pembelajaran aktif menerusi penglibatan para
pelajar walaupun secara atas talian mahupun secara bersemuka di dalam tugas-tugas
yang memerlukan pemikiran aras tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian
berasaskan pengintergrasian amalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) namun
keadaan ini tidak berlaku secara sepenuhnya.

Menurut Falsafah Pendidikan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) seharusnya
mengaplikasikan elemen kemahiran berfikir dan strategi berfikir menerusi penggunaan
kaedah PdP yang terancang dan berkesan agar ianya dapat mengembangkan minda
seterusnya menterjemahkan di dalam amalan seharian (KPM, 2014). Jika sebelum ini
penglibatan murid dalam aktiviti PdP kebiasaannya dinilai berdasarkan pemerhatian di
dalam bilik darjah. Kriteria-kriteria pemerhatian yang direkodkan dalam senarai semak
ialah seperti kekerapan bertanya soalan, menjawab soalan guru, memberikan pendapat
dalam kumpulan, membuat pembentangan dan membantu rakan menyelesaikan
masalah. Faktor pelajar yang tidak aktif di mana tahap pengetahuan pelajar sedikit
sebanyak menjejaskan elelmen kbat yang ingin dilaksanakan ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku. (Nurul Huda et al., 2021)

22


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

5.0 REFLEKSI
Hasil dapatan yang diperolehi pengkaji daripada peserta kajian ialah banyak akses
maklumat yang boleh di dapati terutamanya yang berkaitan dengan kajian pengkaji
tentang pengintegrasian KBAT. Pelbagai isu dapat diketengahkan dan memerlukan
kepada cadangan penambahbaikan berterusan bagi mengekang keterbatasan
pengintegrasian KBAT dalam kalangan guru Pendidikan Islam.

Beberapa pendekatan perlu diambil kira terutama berkaitan perancangan rapi sebelum
pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran berfikir terutama
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Guru-guru Pendidikan Islam yang mengajar
KBAT perlu menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran pedagogi dan sikap sebelum
mengaplikasikannya dan perlu ada penetapan matlamat di dalam objektif pengajaran di
dalam bilik darjah mahupun atas talian. Hanya guru yang betul-betul yakin sahaja
mampu melaksanakan pengajaran dengan berkesan dan berkualiti bersandarkan
kerangka objektif yang telah ditetapkan.

Kursus-kursus yang dikendalikan untuk menyediakan guru-guru mengajar KBAT perlu
dirancang dengan teliti dan dikendalikan dengan cara yang profesional supaya kursus-
kursus tersebut meninggalkan kesan positif dan berkesan dalam kalangan guru-guru.
Satu daripada aspek yang perlu diberi perhatian dalam pengendalian kursus-kursus ini
ialah perlu mengadakan sesi-sesi hands-on yang cukup bagi guru merancang, mencuba,
menilai dan belajar bagi menyampaikannya idea bersumberkan penghasilan objektif
pengajaran yang lengkap.

Pelaksanaan pengajaran guru kepada semua murid perlu beteraskan pembelajaran abad
ke-21 dengan menjadikan aplikasi dan teknologi sebagai medium utama dalam
pertemuan dengan murid. Hal ini selaras dengan pendapat yang dinyatakan Mahizer
Hamzah (2020) bahawa guru sewajarnya berupaya mengendalikan pengajaran secara e-
pembelajaran terhadap murid melalui pelantar digital. Corak pelaksanaan pengajaran
guru masih perlu mempertimbangkan kaedah, pendekatan, bahan bantu mengajar,
aktiviti dan penilaian dalam sesi PdP secara atas talian. Sekiranya seorang guru
berupaya memanipulasi pengunaan digital secara optimum maka pengajaran itu akan
menjadi lebih menarik dan dapat menarik perhatian serta keterlibatan murid secara tidak
langsung.

RUJUKAN

Beremas Anak Inggit & Effandi Zakaria. Cabaran dan halangan pengintegrasian
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi di sekolah kurang murid. 238-246.

Mohd Rohiman Subri, Rohizani Yaakub & Azlinda Boheran Nudin. (2021).
Pelaksanaan pengajaran guru cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
ketika pandemik covid-19: satu kajian kes. PENDETA Journal of Malay
Language, Education and Literature 12, Edisi Khas, 21-32.

Mohd Syaubari Bin Othman, Mohamad Akhir Bin Abd Latif & A.Zamri Bin Husin.
(2019). Cabaran dan halangan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam yang mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 17, 150-168.

Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2017). Amalan penggunaan bahan
bantu mengajar (BBM) menerusi pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras

23


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Tinggi (KBAT) dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah rendah negeri
Perak. Journal of Islamic Research (JIER), 2(1), 1-14.
Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2017). Isu dan permasalahan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam amalan pengajaran guru
menurut pandangan Ibn Khaldun. Journal of Human Capital Development, 10
(1), 1-18.
Mohd Syaubari Othman dan Mohd Ridhuan Mohd Jamil. (2021). Pelaksanaan amalan
pengajaran berasaskan kaedah perkongsian menerusi konteks pengintegrasian
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam. Malaysian Online Journal of Education, 5(1), 91-101.
Mohd Syaubari Othman. (2018). Kepentingan pelaksanaan pedagogi Pendidikan Islam
melalui Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dapat memenuhi aspirasi
falsafah Pendidikan Islam. Jurnal ‘Ulwan, 1, 58-69.
Norehan Binti Mohd Nasir & Mahaliza Binti Mansor. (2021). Cabaran guru dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR): suatu
pemerhatian awal. Malaysian Journal of Sosial Sciences and Humanities
(MJSSH), 6(7), 416-421.
Nur Hanisah Ahmad Saifudin & Mohd Isa Hamzah. (2021). Cabaran pengajaran dan
pembelajaran di rumah (PdPR) dalam talian dengan murid sekolah rendah.
Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 250-264.
Nur Hazirah Hairia’an dan Masayu Dzainudin. (2020). Pengajaran dan pemudahcaraan
dalam talian semasa perintah kawalan pergerakan. Jurnal Pendidikan awal
Kanak-kanak Kebangsaan (Special Issue), 9, 18-28.
Nurulhuda Md Hassan, Nur An Nisa Fithri Mohd Noor, Yamuna Thasarathan,
Qarihatun Najah Zainudin, Nur Syaidatul Aisyah Zainuri, Nurul Raihana Najwa
Mohamad Rizuaden, Nurfara Adilah Muhamad Fauzi, Nurfatihah Tumin & Nur
Afina Syahida Mohamad Jefri. (2021). Perspektif guru terhadap Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan pelajar. Journal of Humanities and Social
Sciences, 3(2), 50-56.
Simah Mamat, Che Aleha Ladin, Azni Yati Kamaruddin, Intan Marfarrina Omar & Nor
Asiah Ismail. (2021). Covid-19: Cabaran dan inisiatif dalam mendepani
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran teradun. Sains Insani, 6(2), 220-226.
Siti Fatimah Kasmuri, Nurul Ilyana Muhd Adnan & Siti Nur hidayah Abdullah. (2018).
Pengetahuan pelajar aliran agama dalam menerapkan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) terhadap istilah berkaitan fiqh dan usul fiqh: satu kajian awal.
Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences, 10(1), 50-
65.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Nursafira Mohd Zhaffar & Ab. Halim Tamuri. (2020).
Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pendidikan Islam
mengikut bidang. Sains Insani, 5(1), 14-21

24


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

TERAS KESYUKURAN KELUARGA MALAYSIA DALAM KONTEKS PENDIDIKAN

Muhammad Akmal Amin bin Mahamat & Mohd Isa Hamzah

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

[email protected]

ABSTRAK
Keluarga Malaysia adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-9
pada 22 Ogos 2021. Gagasan ini secara keseluruhannya memberi mesej bahawa Keluarga Malaysia dapat
menerima persamaan dan perbezaan berdasarkan nilai dan ciri Keluarga Malaysia berlandaskan
perlembagaan persekutuan dan rukun negara. Gagasan ini secara umumnya memperlihatkan bahawa
kerajaan menjaga keharmonian semua agama, bangsa dan kaum tanpa mempunyai sebarang prejudis
dalam aspek ekonomi, sosial, politik dan pendidikan. Konsep Keluarga Malaysia mempunyai tiga teras
utama dalam mendasari setiap perkara yang dilaksanakan oleh kerajaan iaitu teras keterangkuman,
kebersamaan dan kesyukuran. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membincangkan teras kesyukuran
Keluarga Malaysia dalam konteks pendidikan. Kajian ini berbentuk ulasan kepustakaan dengan merujuk
kepada jurnal terbaru dari dalam dan luar negara serta dianalisis secara analisis bersistematik. Hasil
analisis menunjukkan bahawa terdapat empat cabaran yang dihadapi iaitu penyalahgunaan kemudahan
teknologi maklumat, persepsi negatif terhadap penyaluran bantuan pendidikan, mempunyai fleksibiliti
dan penerapan nilai-nilai murni. Akhirnya, cadangan untuk penambahbaikan penerapan elemen
kesyukuran dalam pendidikan perlu diterapkan sebagai nilai-nilai murni dalam diri individu untuk
memastikan proses pendidikan dapat dilaksanakan secara sistematik dan tersusun tanpa menimbulkan
sebarang konflik.

Kata kunci: Keluarga Malaysia, kesyukuran, pendidikan

1.0 PENGENALAN
Keluarga Malaysia ialah gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia
ke-9, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 22 Ogos 2021. Konsep ini antara
lain menyeru rakyat Malaysia mengetepikan perbezaan dalam memulihkan semula
negara bagi menggembeleng tenaga dalam cabaran mendepani pandemik COVID-19
dan merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030. Konsep 'Keluarga
Malaysia' menggariskan 3 teras utama dan 20 pengkayaan nilai yang mendasari pihak
kerajaan. Tiga teras utama tersebut ialah keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran
(Pejabat Perdana Menteri Malaysia, 2021).

Dalam konteks negara, kita adalah Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
agama, bangsa, kaum dan usia. Meskipun berbeza kepercayaan, latar belakang dan
budaya, kita meraikan ‘keterangkuman’ (inclusivity) dalam perbezaan, menjunjung
semangat Malaysia sebagai sebuah negara bangsa. Pelbagai gerak kerja dan usaha
merentas kementerian dan agensi diatur bagi memudah cara pelaksanaan program dan
inisiatif untuk rakyat dengan pantas dan berkesan. Ini merupakan usaha mencari
‘kebersamaan’ (common ground) agar pemegang taruh utama iaitu Keluarga Malaysia
merasai nikmatnya (Institut Tadbiran Awam Negara [INTAN], 2021).

Toleransi masyarakat yang berbeza agama, bangsa dan kaum dalam kalangan Keluarga
Malaysia sudah berlangsung puluhan tahun. Namun, tidak mudah mempertahankan
payung toleransi andainya Keluarga Malaysia meminggirkan nilai-nilai yang boleh
mewujudkan konflik dan perbezaan. Rasa ‘kesyukuran’ (contentment) terhadap
toleransi ini telah diterjemahkan sebagai salah satu ciri-ciri Keluarga Malaysia.
Kesemua teras ini telah ditekankan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke-9 dalam

25


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan untuk dapat menerima persamaan dan
perbezaan berdasarkan nilai-nilai dan ciri-ciri Keluarga Malaysia berlandaskan
perlembagaan persekutuan Malaysia dan rukun negara (INTAN, 2021).
Kemajmukan masyarakat Malaysia ini walaupun ia merupakan satu aset untuk negara,
namun perkara tersebut juga menyebabkan Malaysia sering berhadapan dengan isu-isu
sensitif yang boleh menggugat kententeraman dan keharmonian masyarakat. Isu-isu ini
selalunya menyentuh soal-soal perbezaan kefahaman mengenai agama, budaya dan
kaum. Justeru, perbezaan dan kepelbagaian dari segi agama, budaya, etnik, sosial,
ekonomi, pendidikan dan politik perlu ditangani dan diuruskan sebaik mungkin untuk
mengelakkan tercetusnya sebarang perkara yang tidak diingini. Perkara ini jika tidak
diatasi dengan baik dan berhemah, ianya akan menjadi halangan kepada proses
pembinaan keharmonian dan perpaduan rakyat serta merencatkan agenda pembangunan
negara termasuklah gagasan keluarga Malaysia ini. Rajah 1 di bawah ini menjelaskan
secara keseluruhan konsep Keluarga Malaysia (Pejabat Perdana Menteri Malaysia,
2021).

Rajah 1: Konsep Keluarga Malaysia
1.1 Definisi Teras Kesyukuran dan Keluarga Malaysia
Syukur (gratitude) didefinisikan sebagai pengucapan terima kasih atas anugerah yang
diberikan. Syukur juga bermaksud perasaan menghargai sesuatu yang diterima dalam
apa jua bentuk sekalipun (Seligman, 2003). Seseorang memiliki sifat syukur akan
menjadikan dirinya individu yang bersifat positif (Akmal & Masyhuri, 2018).
Keyukuran adalah melahirkan perasaan dan perlakuan secara ikhlas di atas nikmat yang
diterima (Khairudin & Heng, 1995) . Kesyukuran adalah salah satu dari nilai-nilai murni
yang telah diterapkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Menurut Majid
(2012), nilai murni dapat diertikan sebagai perilaku yang baik dan tatasusila individu
manusia dalam hubungannya dengan Tuhan, manusia dan alam. Manakala menurut
Mansor Abd. Kadir (1997), penghayatan kepada nilai-nilai murni boleh diterjemahkan
melalui perbuatan, pemikiran dan perwatakan yang secara asasnya lahir dari hati
sanubari seseorang individu.

26


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Menurut Khairul Hamimah et al. (2012), nilai adalah suatu abstrak yang terdapat dalam
diri manusia dan digambarkan pada sistem kehidupan sosial. Tambahnya lagi, nilai
yang ada pada diri seseorang terbina disebabkan faktor dan situasi yang berlaku
sepanjang proses kehidupan yang dilalui. Secara umumnya, nilai boleh dibahagikan
kepada dua bahagian utama iaitu nilai postif dan negatif. Nilai kesyukuran adalah
berpaksikan kepada nilai-nilai positif yang mana pengaplikasiaannya dalam konsep
keluarga Malaysia adalah sangat tepat seterusnya menjadi elemen terpenting dari aspek
pelaksanaannya.

Selain itu, istilah ‘keluarga’ merujuk kepada satu struktur khas yang ahlinya memiliki
pertalian antara satu sama lain akibat hubungan darah atau perkahwinan dan pertalian
ini menimbulkan rasa saling mengharap antara satu sama lain yang ditetapkan oleh
agama, diteguhkan oleh undang-undang serta difahami oleh setiap individu
(Hammudah ‘Abd al-Ati, 1977). Semangat yang sama wujud dalam maksud ‘usrah’
iaitu perkataan arab yang membawa maksud bahawa ahli keluarganya bersama-sama
menjalani satu proses pembentukan yang dibina atas semangat ukhuwah. Dalam
perkataan ‘usrah’ ini terkandung tiga prinsip yang perlu ada dalam sebuah keluarga
iaitu ta’aruf (saling mengenali), tafahum (saling memahami) dan takaful (saling
membantu).

Gagasan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan ini merujuk kepada semua warga
Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum yang saling melengkapi, umpama
anggota tubuh yang saling memerlukan. Walaupun ia tidak berasaskan kepada pertalian
darah dan perkahwinan, namun perkara ini menghasratkan agar wujud dalam Kelurga
Malaysia yang besar ini rasa saling mengharap dan setiap ahli dalam keluarga besar itu
memenuhi harapan ahli-ahli yang memerlukan demi kesejahteraan bersama.
Berdasarkan teras kesyukuran dalam Keluarga Malaysia ini telah menetapkan ciri-ciri
iaitu sentiasa bersyukur dan berterima kasih serta menghargai dan memahami sejarah
tanah air. Pengkayaan nilai pula yang terdapat dalam teras ini ialah beriman,
pembudayaan amalan sihat fizikal dan mental, kasih sayang serta hormat dan taat.

2.0 METODOLOGI KAJIAN
Menurut Mokmin Basri (2012), kaedah penyelidikan adalah satu teknik yang
digunakan dalam kajian bagi mengumpul data dan maklumat untuk mencapai matlamat
kajian. Kajian ini berbentuk kualitatif yang merujuk kepada beberapa jurnal terbaru dari
dalam negara Malaysia dan juga luar negara. Pendekatan kajian kualitatif yang
digunakan ialah penghasilan data gambaran yang boleh diteliti melalui prosedur
penyelidikan (Lexy, 2007). Penulis menjalankan analisis secara bersistematik dengan
merujuk kepada kajian-kajian lepas.

27


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

3.0 DAPATAN KAJIAN
3.1 Elemen Kesyukuran dalam Pendidikan
Hala tuju sistem pendidikan di Malaysia berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). FPK telah menekankan matlamat pendidikan negara adalah untuk melahirkan
modal insan atau warganegara yang mempunyai keseimbangan dan kesepaduan dari
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan kepada
Tuhan (Sapie et al., 2018). Merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM
2013), matlamat FPK secara umumnya adalah menjurus kepada kesepaduan pendidikan
dengan penerapan nilai-nilai murni termasuklah nilai kesyukuran. Perkara ini dapat
direalisasikan jika pelajar dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Selaras
dengan matlamat penerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan iaitu melahirkan
warganegara dan modal insan yang berakhlak mulia, objektif utama penerapannya
adalah seperti berikut (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2005):

a. Menanam kesedaran, kesefahaman, keyakinan dan kesyukuran;
b. Menanam semangat cintakan nilai-nilai suci;
c. Menghormati kebaikan dan membenci keburukan; dan
d. Membentuk sikap positif dan berguna kepada agama, bangsa dan juga

sewaktu menjalankan tugas serta tanggungjawab.

Selain itu, kesyukuran adalah nilai yang terkandung dalam nilai-nilai murni tersebut.
Jika dilihat dari sudut pendekatan Keluarga Malaysia, terdapat ciri-ciri yang ada dalam
teras kesyukuran ini. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, nilai-nilai murni
diklasifikasikan kepada 16 nilai yang di antaranya adalah kesyukuran, hormat-
menghormati, kebersihan fizikal dan mental, kasih sayang dan sebagainya. Nilai-nilai
ini adalah ciri-ciri yang terdapat di dalam teras kesyukuran Keluarga Malaysia. Pada
tahun 1976, penubuhan Jawatankuasa Pendidikan Akhlak melalui KPM yang terdiri
daripada wakil pebagai agama telah menerima 16 nilai yang boleh diterapkan kepada
semua pelajar di negara ini bagi membentuk pelajar yang berkualiti dan seimbang dari
segi kognitif, afektif, psikomotor dan akhlak (Anon, 2020). Kemajmukan masyarakat
di Malaysia menyebabkan ianya tidak memfokuskan kepada agama Islam sahaja tetapi
dilaksanakan secara menyeluruh dan komprehensif.

Nilai kesyukuran seperti berterima kasih dan menghargai pemberian orang lain, merasa
cukup dengan pemberian tuhan, tidak merungut apabila ditimpa musibah dan bersyukur
dengan apa segala nikmat yang diberikan oleh Tuhan adalah salah satu nilai murni yang
perlu dimiliki oleh manusia serta dijadikan asas dalam pendidikan (Khairi et al., 2015).
Hal ini disokong oleh kenyataan Abdul Rahman Md. Aroff (1993) yang menjelaskan
bahawa seseorang itu hendaklah menunjukkan sikap kesyukuran di atas pemberian
seseorang dengan berterima kasih, mengenang budi dan menunjukkan penghargaan.
Seseorang juga perlu mempunyai rasa insaf terhadap kesusahan orang lain kerana
perkara ini dapat menjadikan kita sentiasa mensyukuri apa jua nikmat atau anugerah
yang diberikan serta menghargai dengan sebaik-baiknya (Khairi et al., 2015).

28


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

3.2 Isu dan Cabaran Penerapan Prinsip Kesyukuran dalam Pendidikan
Penerapan prinsip kesyukuran Keluarga Malaysia dalam pendidikan mempunyai isu
dan cabarannya yang tersendiri untuk menjadikan sistem pendidikan di negara ini lebih
sistematik. Nilai kesyukuran amat diperlukan untuk menjadikan diri individu
mensyukuri dan berterima kasih kepada pihak kerajaan di atas penyediaan kemudahan
sistem pendidikan yang bersifat ekuiti (pendidikan untuk semua) tanpa mengira bangsa,
agama dan kaum. Antara isu dan cabaran yang dihadapi ialah:

i. Penyalahgunaan Kemudahan Teknologi Maklumat
Secara amnya, sistem pendidikan kita telah berubah ke arah pendidikan abad ke-21 dan
revolusi industri 4.0 dengan perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat
mengikut peredaran semasa. Abad ke-21 sering dikaitkan dengan era teknologi
maklumat (IT), manakala Revolusi Industri 4.0 pula lebih merujuk kepada
perkembangan teknologi robotik (cyber physical system, the internet of things, cloud
computing). Perkembangan terkini dalam ‘open sky technology’ sudah tentu membawa
implikasi terhadap kehidupan manusia sejagat (Adlina et al., 2020).

Selain itu, teknologi digital ini mempunyai kelebihan iaitu segala apa jua maklumat
yang ingin dihantar atau diterima sangat mudah dan pantas dengan menggunakan
peralatan teknologi yang terkini. Namun, secara hakikatnya masih terdapat lagi
perdebatan di antara kesan baik dan buruk terhadap pengaplikasian ICT ini (Amirul &
Hafizhah, 2022). Secara asasnya, teknologi maklumat adalah keperluan semasa akibat
perubahan drastik dalam sistem pendidikan disebabkan pandemik COVID-19 yang
melanda negara.

Realitinya, pelajar kini telah menyalahgunakan kemudahan ICT yang telah diberikan
oleh pihak kerajaan untuk perkara-perkara bermanfaat. Hal ini menyebabkan budaya-
budaya negatif seperti masalah buli siber, ketagihan pornografi dan lain-lain. Menurut
Suriana dan Khadijah (2019), kesan daripada masalah buli siber ini menyebabkan
tekanan emosi yang tinggi sehinggakan terdapat pelajar-pelajar ingin membunuh diri.
Pengaruh gadget yang keterlaluan juga tanpa mempunyai sebarang kawalan dilihat
sebagai punca kepada ketagihan pornografi oleh pelajar (Amirul Ashraaf & Nooraini,
2020). Kemahiran interpersonal iaitu berinteraksi dengan orang di sekeliling akan
berkurang dan lebih bersikap ‘introvert’ akibat ketagihan melampau terhadap sumber-
sumber teknologi moden (Naquiah et al., 2018).

Kesemua perkara ini berlaku adalah disebabkan elemen kesyukuran yang tidak ada
dalam diri individu pelajar kerana mereka tidak menghargai dan berterima kasih kepada
pihak kerajaan di atas kemudahan yang diberikan. Jika memiliki sifat syukur itu, mereka
akan menggunakannya ke arah kebaikan dan memberi manfaat kepada diri mereka
sendiri untuk menjalani proses pendidikan. Hal ini disebabkan segala infrastruktur atau
kemudahan yang disediakan oleh kerajaan adalah mencukupi sehingga elemen syukur
itu tidak dipupuk dalam diri individu.

ii. Persepsi Negatif Terhadap Penyaluran Bantuan Pendidikan
Segelintir masyarakat telah memberikan persepsi negatif dari aspek penyaluran bantuan
pendidikan. Hal ini dibuktikan terdapat masyarakat yang memberikan komen negatif
kepada telefon pintar yang diterima tidak mengikut spesifikasi yang dikehendaki.

29


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Sumbangan ini telah dilaksanakan oleh Yayasan YTL kepada keluarga berpendapatan
rendah (B40). Perkara ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan khususnya kepada golongan
keluarga yang kurang berkemampuan untuk memastikan pelajar tidak keciciran dalam
pembelajaran (Farhana Joni, 2020) .

Justeru, perkara seperti ini menjadi cabaran kerana elemen kesyukuran belum secara
sepenuhnya ada dalam diri individu masing-masing. Umumnya, penyaluran bantuan
pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan asasnya memberikan manfaat kepada
penerima-penerima tetapi sifat menghargai dan terima kasih belum dipraktikkan secara
total dalam sistem kehidupan sosial seterusnya cabaran-cabaran seumpama ini muncul
dalam kalangan komuniti masyarakat.

iii. Mempunyai Fleksibiliti
Pendekatan kepemimpinan dalam era digital menjadi cabaran kepada pemimpin, yang
mana ianya memerlukan fleksibiliti antara pemimpin dan yang dipimpin. Cabaran
kepada pemimpin untuk mengamalkan pengurusan dan kepimpinan secara fleksibel
tetapi masih mematuhi peraturan, beretika dan berintegriti ke arah mencapai matlamat
pendidikan. Tindakan yang fleksibel akan memastikan fungsi dan peranan yang
dimainkan oleh pemimpin pendidikan akan sentiasa mengikut keperluan semasa
(Rahayu et al., 2020).

Fleksibiliti adalah tindakan termasuk kesediaan dan keupayaan untuk bertindak balas
secara pantas terhadap keadaan dan jangkaan yang berubah-ubah terutama pada saat
dunia sedang menghadapi kesukaran ini (Doyle, 2020). Tindakan pemimpin dan warga
organisasi yang fleksibel mengubah suai pendekatan tugas mereka serta melangkah
keluar dari deskripsi kerja rutin dengan pantas mengikut keutamaan pihak
berkepentingan dan tuntutan unik setiap situasi adalah tepat (Rahayu et al., 2020).

iv. Penerapan Nilai-Nilai Murni
Cabaran yang dihadapi dalam penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar adalah
perkembangan teknologi dan sikap pelajar itu sendiri. Peredaran zaman telah membawa
perkembangan teknologi digital dan dilihat generasi muda mendominasinya dengan
segala info maklumat tanpa batasan dapat diperoleh dengan mudah dan pantas
(Khadijah & Isa, 2021).

Dalam kajian oleh Azhar Ahmad (2006) dan Siti Rashidah et al. (2016) menyatakan
kemudahan teknologi digital merupakan cabaran terbesar bagi guru dalam membentuk
akhlak dan peribadi para pelajar. Berdasarkan kajian Suppiah Nachiappan et al. (2017)
mendapati kegagalan pelajar dalam mengaplikasi nilai moral adalah disebabkan pelajar
masih tidak memahami dan menguasai nilai-nilai yang disampaikan. Kegagalan dalam
menerapkan nilai murni dalam sistem pendidikan mampu menghancurkan sesebuah
tamadun dan juga negara (Amirul & Hafizhah, 2021).

30


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

4.0 PERBINCANGAN
4.1 Implikasi
Kerajaan memainkan peranan utama dalam membentuk landskap Keluarga Malaysia
berdasarkan dasar-dasar yang diperkenalkan. Kemajmukan masyarakat Malaysia perlu
diberikan perhatian serius terutamanya dalam sistem pendidikan. Jika teras yang dibawa
oleh kerajaan khususnya dalam perbincangan kajian ini yang menekankan elemen
kesyukuran tidak diaplikasikan secara menyeluruh, ianya akan memberi kesan negatif
dalam sistem pendidikan. Pertamanya, dapat menimbulkan kecelaruan dalam tadbir
urus pendidikan yang mana pihak stakeholders amnya dan khususnya pihak berautoriti
pendidikan memiliki kesukaran untuk menjadikan tadbir urus pendidikan dapat
dilaksanakan secara holistik dan sistematik .

Implikasi lain adalah mewujudkan jurang yang besar dan kesepaduan antara agama,
kaum dan bangsa akan tergugat dalam sistem pendidikan. Hal ini disebabkan kesemua
kaum akan berasa tidak berpuas hati dan tidak bersyukur dengan penerimaan sistem
pendidikan yang diperolehi. Elemen kesyukuran perlu disemai oleh Keluarga Malaysia
agar perjalanan proses pendidikan di negara ini dapat dilaksanakan secara aman dan
menjadikannya pendidikan inkulsif atau pendidikan untuk semua tanpa ada sebarang
prejudis.

4.2 Cadangan Penambahbaikan
Para pelajar hendaklah menjadi warga digital yang beretika. Mereka perlu mempunyai
sikap kebertanggungjawab terhadap penggunaan teknologi secara betul dan berhemah
(Nur hidayah & Noor Banu, 2021). Salah satu usaha adalah dengan menerapkan elemen
Digital Etika dalam pengajaran Pdpc oleh guru. Justeru itu, penekanan terhadap
pembentukan akhlak dan nilai murni hendaklah diutamakan walaupun guru
menggunakan pendekatan Pendidikan Digital semasa Pdpc tanpa mengenepikan kedua-
dua aspek tersebut (Amirul & Hafizhah, 2021).

Di samping itu, cadangan lain adalah perbincangan secara mendalam dan menyeluruh
antara pihak KPM dengan pihak berkepentingan tentang penyaluran bantuan
pendidikan. Selain itu, program ‘Learn from Home Initiative’ telah dilancarkan oleh
syarikat YTL dengan menghadiahkan telefon bimbit percuma dengan 12 bulan pelan
data sebanyak 120 GB kepada pelajar-pelajar daripada keluarga B40 (Nor Fauziana,
2020). Kesannya, masalah pelajar yang mengalami kekurangan kemudahan peranti
dapat diatasi dan dapat meringankan golongan ibu bapa B40. Sebagai contohnya, pihak
yang terlibat boleh mengeluarkan garis panduan tentang spesifikasi minimum gajet
yang bersesuaian supaya tidak berlaku isu persepsi negatif oleh masyarakat berkaitan
apa jua sumbangan yang diberikan sepertimana isu sumbangan dari Yayasan YTL
tersebut.

Cadangan yang lain adalah pemerkasaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013-2025 dalam aspek nilai, sahsiah dan perpaduan melalui pendidikan.
Penerapan elemen nilai murni juga perlu dijadikan teras utama dalam sistem pendidikan
di sekolah. Visi dalam inisiatif ini adalah untuk melahirkan modal insan yang
berpengetahuan, berilmu, beretika, efektif dan berakhlak untuk memacu pertumbuhan
negara bangsa yang mampan dan inklusif (KPM, 2019). Antara usaha lain KPM bagi
menerapkan nilai murni dalam kalangan pelajar ialah dengan melancarkan program

31


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) pada tahun 2019. SULAM
adalah inisiatif yang memberikan pengalaman belajar dengan menghubungkan teori dan
praktikal dengan mendedahkan pelajar kepada masalah sebenar dalam masyarakat
(Noor Syahida, 2021).

Justeru, cadangan penambahbaikan yang terakhir adalah pemimpin perlu
mempunyai pendekatan kepemimpinan bersesuaian dengan masyarakat
(hyperconnected) melalui dunia digital (Heimans & Timms, 2019). Pendekatan
kepemimpinan yang bersifat hierarki dan berstruktur, formal, berasaskan arahan dan
tertutup perlu disesuaikan serta memerlukan transformasi apabila berhadapan dengan
situasi semasa iaitu pandemik COVID-19 ini (Rahayu et al., 2020). Perkara ini akan
menyebabkan sebarang pembuatan keputusan oleh pemimpin diterima oleh semua
lapisan masyarakat dalam sistem pendidikan supaya tidak ada sebarang konflik yang
akan berlaku. Hal ini dapat menjadikan masyarakat mempunyai sifat menghargai dan
berterima kasih atas apa sebarang keputusan yang telah ditetapkan oleh para pemimpin.

5.0 KESIMPULAN
Teras kesyukuran keluarga Malaysia dari sudut pandang pendidikan telah menjelaskan
kepentingannya dalam mengurus sistem pendidikan secara menyeluruh dan
komprehensif. Hal ini disebabkan jika masyarakat mempunyai sifat syukur dan
berterima kasih dalam diri masing-masing, ianya dapat menjadikan sistem pendidikan
di negara kita dapat dilaksanakan secara sistematik dan teratur seterusnya
menjadikannya inklusif serta dinikmati oleh semua pihak tanpa sebarang prejudis.
Pengaplikasian teras ini perlu dilaksanakan secara komprehensif dan menyeluruh untuk
memastikan manfaat dan faedah dalam sistem pendidikan dinikmati oleh semua
golongan lapisan masyarakat seterusnya menjaga keharmonian antara agama, bangsa
dan kaum.

RUJUKAN

Abdul Rahman Md Aroff. (1993). Pengetahuan Moral. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Adlina Ab. Halim, Normala Othman, Ahmad Nasir Mohd Yusof, Arfah Ab. Majid dan

Norasyikin Azri. (2020). Keberkesanan MOOC TITAS dalam pembentukan

sikap mahasiswa universiti awam. Jurnal Dunia Pendidikan, 2 (1), 40-48.

Akmal & Masyhuri. (2018). Konsep syukur (Gratfulnes). Jurnal Komunikasi dan

Pendidikan Islam, 7 (2), 1-22.

Amirul Ashraaf Norman & Nooraini Othman. (2020). Ketagihan pornografi dalam
kalangan remaja : Faktor dan implikasi terhadap sahsiah diri remaja. Jurnal

Melayu, 19 (2), 205-215.

Anon. 2020. Konsep nilai murni dalam falsafah pendidikan negara. Kertas kerja kajian

sistem pendidikan kebangsaan (MTT 2353).

https://sarjana.tripod.com/nilai3.html.

Azhar Ahmad (2006). Strategi pembelajaran pengaturan kendiri pendidikan islam dan

penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah di Sarawak. Universiti

Kebangsaan Malaysia.

32


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Doyle, A. (2020). Definisi, kemahiran dan contoh fleksibiliti tempat kerja.
https://ms.chalized.com/definisi-kemahiran-dan-contoh-fleksibiliti-tempat-
kerja/.

Farhana Joni (2020, 7 April). Yayasan YTL sumbang telefon pintar percuma buat
pelajar memerlukan. Astro Awani. https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/yayasan-ytl-sumbang-telefon-pintar-percuma-buat-pelajar
memerlukan-237193

Hammudah ‘Abd al-Ati. (1977). Family structure in islam. American Trust
Publications.

Heimans, J., & Timms, H. (2019). New power. Anchor Academic Publishing.
Institut Tadbiran Awam Negara. (2021). Keluarga Malaysia. INTAN.

https://www.intanbk.intan.my/iportal/ms/penjawat-awam/agenda
nasional/keluarga-malaysia
Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2021). Keluarga Malaysia. PMO.
https://keluargamalaysia.gov.my/
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Pelan pembangunan pendidikan malaysia
2013-2025 laporan tahunan 2019.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Malaysia Education Blueprint 2013 - 2025.
Khairudin Ngah & Heng, H.Y. (1995). Pendidikan moral. Pan Asia
Publications Sdn Bhd.
Latifah Abdul Majid, Wan Nasyrudin Wan Abdullah & Nurul Hidayah Ahmad Zakhi.
(2012). Penerapan nilai murni dan pembentukan jati diri kanak-kanak
prasekolah melalui penggunaan multimedia. Jurnal Hadhari, Edisi Khas, 51-
65.
Lexy, J. M. (2007). Metodologi Penelitian Kualitatif Edisi Revisi. PT Remaja
Rosdakarya.
Mansor Abd. Kadir. (1997, 13 November). Pembinaan sahsiah, disiplin dan
kepimpinan pelajar SMKA. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan SMKA: SMKA
Model Pendidikan Alaf Baru, Institut Aminuddin Baki, Pahang, Malaysia.
Mokmin Basri (2012). Model polisi maklumat: kes Malaysia. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Seligman, M.E.P. (2003). Authentic Happiness. Nicholas Brealey Publisihing.
Khairul Hamimah Mohammah Jodi, Mohd Fauzi Hamat & Hadenan Towpek. (2012).
Nilai-nilai Islam dalam program pemulihan banduanita di penjara. Jurnal
Usuluddin, 35, 99-116.
Mohd Amirul Bashah & Hafizhah Zulkifli. (2022). Isu dan cabaran guru pendidikan
Islam dalam penerapan pendidikan digital. International Journal of Advanced
Research in Islamic Studies and Education (ARISE), 2 (1) , 43-55.
Mohammad Khairi Othman, Asmawati Suhid & Samsilah Roslan. (2015).
Penghayatan nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah menengah masa kini.
Jurnal Pembangunan Sosial ,18 ,1-20.
Naquiah Nahar, Sahrunizam Sangi, Baniear Salvam, Nurhidayu Rosli & Abdul Hafiz
Abdullah. (2018). Impak negatif teknologi moden dalam kehidupan dan
perkembangan kanak-kanak hingga usia remaja. International Journal Of
Islamic and Civilizational Studies, 5(1), 87–99.
Nor Fauziana Mohd Salleh.(2020). Pandemik coronavirus (COVID-19): pembelajaran
dan pengajaran secara atas talian suatu keperluan di Malaysia. ResearchGate.
https://www.researchgate.net/publication/342886967_pandemik_corona

33


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

virus_covid19_pembelajaran_dan_pengajaran_secara_atas_talian_suatu_keper
luan_di_malaysia.
Noor Syahida Md Soh, Huzaimah Ismail, Faridah Mohd Sairi & Mohd Annas Shafiq
Ayob. (2021). Nilai murni dalam pendidikan 5.0. Journal of Quran Sunnah
Education and Special Needs (JQSS), 5 , 1-11.
Nur Hidayah Baharudin & Noor Banu Mahadir Naidu. (2021). Penerapan konsep REP
kewarganegaraan digital dalam kalangan mahasiswa Universiti Pendidikan
Sultan Idris sebagai warganegara digital. Journal of Social Science, 7(1), 30-
44.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran
Nilai Merentas Kurikulum KBSR/KBSM. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Rahayu Ahamad Bahtiar, Sham Ibrahim, Halijah Ariffin, Nor Hazimah Ismail & Wan
Mohd Khairul Wan Isa. (2020). Peranan dan cabaran pemimpin pendidikan
dalam memastikan matlamat dan agenda pendidikan dilestari dalam tempoh
perintah kawalan pergerakan (PKP) COVID-19. Jurnal Pengurusan dan
Kepimpinan Pendidikan, 1-23.
Sapie Sabilan, Suhana Mohamed Lip, Mohamad Fuad Ishak & Shazarina Zdainal
Abidin. (2018). Konsep penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni
berasaskan falsafah pendidikan kebangsaan (FPK). International Conference
On Moslem Society 2016, 1-13.
https://www.researchgate.net/publication/325194360_Konsep_Penerapan_Dan
_Penghayatan_NilaiNilai_Murni_Berasaskan_Falsafah_Pendidikan_Kebangsa
an_FPK
Siti Khadijah Mohd Kamal & Mohd. Isa Hamzah. (2021). Penerapan elemen nilai
murni dan etika dalam pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru
pendidikan Islam sekolah rendah. International Journal of Advanced
Research in Islamic Studies and Education (ARISE), 1 (4),16-31.
Siti Rashidah Abd Razak, Haslina Hamzah & Zetty Nurzuliana Rashed. (2016).
Cabaran guru pendidikan islam dalam pembentukan akhlak pelajar. Journal of
social sciences and humanities, 3(11),100-110.
Suppiah Nachiappan, Barathy Sinnasamy & Sandra Suffian. (2017). Masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral di sekolah menengah dan
penyelesaian masalah melalui kaedah hermeneutik. Journal of Research,
Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 7(2), 58-68.
Suriana Che Awang & Khadijah Alavi. (2019). Buli siber: Impak emosi dalam kalangan
pelajar UKM. Universiti Malaysia Terengganu Journal of Undergraduate
Research, 1(4), 83–94.

34


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

PEMBENTUKAN SAHSIAH DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH

Morris Anak Lat, Dg. Norizah Ag. Kiflee @ Dzulkifli,
Ghazali @ Hassan bin Sulaiman & Anniliza Mohd Isa

Universiti Malaysia Sabah, Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Pembentukan sahsiah ialah aspek perubahan sikap dan perbuatan yang dialami oleh setiap individu dalam
membentuk tabiat dan kebiasaan yang baik dan bertanggungjawab. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti faktor-faktor pembentukan sahsiah dalam kalangan murid sekolah. Melalui kajian kepustakaan
didapati pengetua dan guru besar dilatih untuk menerapkan nilai-nilai sahsiah yang positif dalam kalangan
muridnya. Sementara, ibu bapa perlu memiliki kemahiran dan gaya keibubapaan yang sesuai dengan
perkembangan umur anak-anak. Manakala, sebagai pendidik guru bukan sahaja menyampaikan ilmu bahkan
dalam masa yang sama turut berperanan membentuk keperibadian, sahsiah dan akhlak murid. Justeru, dapat
ditekankan bahawa peranan pengetua atau guru besar, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang amat penting
dalam pembentukan sahsiah murid dalam memastikan kemenjadian murid selari dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Kata kunci: Pembentukan Sahsiah, Murid, Pengetua, Guru Besar, Guru

1.0 PENGENALAN
Murid sekolah sama ada yang berada dibangku sekolah rendah atau sekolah menengah adalah
satu aset penting kepada masa depan negara. Mereka inilah yang akan menyambung dan
meneruskan legasi makmur negara sekarang dan mencorakkan identiti negara pada masa
depan. Justeru, generasi ini perlu dijaga, dididik dan dibimbing supaya berupaya menjadi warga
yang bertanggungjawab, matang dalam membuat keputusan, sihat dari aspek mental dan fizikal
serta sentiasa menyayangi negara ini seadanya. Kementerian Pendidkan Malaysia (KPM)
melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan menegaskan tentang betapa perlunya murid memiliki
sahsiah dan keperibadian yang tinggi. Penerapan dan pengukuhan nilai dalam kalangan murid
terus diberi keutamaan dalam sistem pendidikan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2018).

Pada tahun 2018, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan inisiatif
Pembangunan Nilai dan Sahsiah sebagai salah satu daripada inisiatif yang mendukung aspirasi
perpaduan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dari 2013-2015. Antara
strategi yang diambil kira oleh KPM adalah penerapan nilai merentas kurikulum dengan
keutamaan kepada mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Selain itu, kerajaan juga telah mengadakan
Makmal Penyediaan Pelan Strategik Pembangunan Nilai dan Sahsiah pada tahun 2018.
Dapatan makmal ini menunjukkan pembangunan nilai dan sahsiah yang berkesan perlulah
secara berstruktur, berterusan dan menyeluruh yang diperincikan dalam pelan tindakan
merangkumi tujuh strategi Pembangunan Nilai dan Sahsiah Murid. Kerajaan juga melalui KPM
telah membuat pengukuhan Program Pembangunan Sahsiah Murid (PPSDM) yang
kemudiannya dijenamakan sebagai Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) bagi menangani murid
terlibat dalam kes salah laku berat. Begitu juga kerajaan turut melaksanakan Kajian Penilaian
Impak Program Intervensi Salah Laku Murid di sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2018).

35


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Sejak kebelakangan ini kes pelanggaran disiplin murid sering menjadi tajuk utama di dada-
dada akhbar, malah ada sebahagiannya pada tahap yang membimbangkan kerana melibatkan
kes-kes berat seperti gejala buli, gangsterisme, samseng, lari dari rumah, buang anak dan
sebagainya. Ini menjadi indikator kepada runtuhnya nilai-nilai sahsiah dalam kalangan murid
kita dewasa ini. Mutakhir ini juga ramai pengkaji cuba merungkaikan faktor-faktor yang
berkemungkinan menjadi sebab sering berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid
yang akhirnya menentukkan pembentukan sahsiah murid itu sendiri. Keadaan dahulu dengan
sekarang amat berbeza kerana golongan belia yang terlibat dengan kes-kes jenayah yang
membimbangkan hanya sedikit berbanding sekarang yang semakin meningkat secara
mendadak (Nor Hasimah Ismail et al., 2022)

Selain itu, pembentukan sahsiah ialah aspek perubahan sikap dan perbuatan yang dialami oleh
setiap individu dalam membentuk tabiat dan kebiasaan yang baik dan bertanggungjawab.
Pembentukan adalah bersifat kualitatif dan tidak dapat diukur dengan jelas, namun boleh
diukur dengan melihat proses perubahan dari semasa ke semasa (Nik Noraini dan Noor
Hisham, 2018). Sahsiah pula ialah apa yang telah wujud dalam diri seseorang melalui
tingkahlaku yang dipamerkan untuk membezakan seseorang dengan seseorang yang lain.

Setiap individu dibezakan dari aspek jasmani, perasaan, pemikiran, sikap, minat, kepercayaan
dan nilai-nilai. Pembentukan sahsiah merujuk kepada tingkah laku berfikir, bertutur, bertindak
dan berakhlak yang boleh mencapai kebaikan dunia dan akhirat (Hasbullah Mat Daud et al.,
2020). Justeru itu, pembentukan sahsiah memerlukan bukan hanya faktor dalaman tetapi
melibatkan faktor luaran atau melibatkan kedua-duanya. Pembentukan sahsiah juga
memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk merangsang berlakunya perubahan diri
seseorang.

2.0 PENYATAAN MASALAH
Masyarakat kita cenderung menunding jari antara satu sama lain apabila sesuatu kes berlaku
melibatkan golongan murid yang masih berada di bangku sekolah. Ada yang menyalahkan
murid itu sendiri yang tidak bermotivasi, ada pula yang menyalahkan pihak guru yang tidak
profesional dalam menjalankan tugas dan ada pula yang berpendapat ibubapa perlu
dipersalahkan kerana terlalu mementingkan kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab
mereka sebagai ibubapa. Malah tidak kurang juga yang meletakkan kesalahan tersebut kepada
pihak sekolah yang lebih mementingkan pencapaian akademik dari segala-segalanya. Rohaiza
Rozali dan Jamalul Lail Abdul Wahab (2020) dalam kajian mereka mendapati dalam
menyelesaikan masalah disiplin di sekolah ramai guru telah menyerahkan masalah tersebut
kepada guru-guru tertentu atau menyerahkannya kepada pengetua atau guru besar walaupun
masalah yang ditimbulkan oleh murid adalah masalah yang remeh-temeh.

Jadual 1 :Data Murid Mengikut Kluster Salah Laku Disiplin bagi Tahun 2018 dan 2019

(KPM, 2020)

SALAH LAKU DISIPLIN 2018 2019

Tingkah Laku Berunsur Jenayah 9,516 11,648

Tingkah Laku Berunsur Kelucahan 3,760 4,812

Tingkah Laku Musnah 2,771 3,578

Ponteng Sekolah 126,189 144,644

36


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Buli 4,436 5,666
Kurang Sopan 25,451 36,304
Kekemasan Diri 18,496 29,850
10,069 13,944
Kenakalan 25,952 34,500
Tidak Pentingkan Masa 12,150 19,632
238,790 304,578
Rokok
JUMLAH KESELURUHAN

Sehubungan itu, data yang direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) dalam Jadual
1 menunjukkan angka yang sangat besar melibatkan salah laku disiplin murid yang melibatkan
pelbagai kesalahan. Dalam Jadual 1 tersebut jumlah keseluruhan menunjukkan sebanyak
238,790 kes pada tahun 2018 dan meningkat naik sebanyak 6.4 peratus kepada sejumlah
304,578 kes pada tahun 2019.

Bagi mengukuhkan lagi asas kebimbangan terhadap isu ini berikut dikupas data daripada dua
buah negeri Iaitu Negeri Sembilan dan Sabah. Pada tahun 2018 sahaja, JPN Negeri Sembilan
mencatatkan sebanyak 10,154 kes disiplin bagi pelbagai kesalahan membabitkan murid di
negeri tersebut telah direkodkan. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk
Pkharuddin Ghazali, berkata daripada jumlah itu, kesalahan ponteng sekolah mencatat bilangan
tertinggi, iaitu 7,709 kes, manakala baki adalah kes disiplin lain seperti tingkah laku kurang
sopan, kekemasan diri dan vandalisme. (Berita Harian, 18 Februari 2019).

Jadual 2: Data Salah Laku Disiplin Murid Mengikut Kategori Kes Bagi Tahun 2019 Hingga
Tahun 2021 Negeri Sabah

TAHUN KATEGORI KES BILANGAN MURID
24412
2019 Ringan 1924
Sederhana 1520
105856
Berat 709
660
2020 Ringan 1918
Sederhana 76
38
Berat 137113

2021 Ringan
Sederhana

Berat

JUMLAH

Sumber: SSDM V2.0 Dikemaskini: 09.09.2022

Berdasarkan Jadual 2, data yang direkodkan dalam SSDM V2.0 bagi negeri Sabah untuk tiga
tahun kebelakang (2019, 2020 dan 2021) juga masih menunjukkan angka yang agak tinggi
terutama bagi tahun 2019 dan tahun 2020. Pada tahun 2019 SSDM V2.0 bagi negeri Sabah
berdasarkan kategori, mencatatkan sejumlah 24,412 kes ringan, 1924 kes sederhana dan

37


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

sejumlah 1520 kes berat. Walaupun menunjukkan penurunan kes terutama pada tahun 2020,
masih lagi perlu diberikan perhatian oleh pihak berkepentingan dalam menyelesaikan masalah
ini. Sejumlah 2,032 kes pada tahun 2020 merangkumi tiga kategori kesalahan iaitu (1918 kes
ringan, 76 kes sederhana dan 38 kes berat).

Jadual 3: Data Bilangan Sekolah Bermasalah Disiplin Tinggi (SBDT) Mengikut Tahun 2016
hingga 2020

TAHUN 2016 2017 2018 2019 2020
261 41
Bilangan Sekolah Bermasalah

Disiplin Tinggi (SBDT) Mengikut 599 655 630

Tahun (2016 Hingga 2020)

Sumber: Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM (2020)

Berdasarkan Jadual 3, data Bilangan Sekolah Bermasalah Disiplin Tinggi (SBDT) bagi Tahun
2016 sehingga 2020 juga menunjukkan jumlah sekolah yang agak tinggi terutama pada tahun
2016 (599 buah sekolah), 2017 (655 buah sekolah) dan 2018 (630 buah sekolah). Jumlah
tersebut agak menurun pada tahun 2019 kepada hanya sejumlah 261 sekolah disenaraikan
sebagai SBDT. Manakala pada tahun 2020 hanya sejumlah 41 sekolah dikategorikan sebagai
SBDT. Penurunan jumlah SBDT ini pada dua tahun tersebut adalah kerana disebabkan
pandemik COVID-19 yang menyebabkan murid-murid jarang atau tidak berada di sekolah.
Perkara ini diperkukuhkan lagi menerusi laporan oleh KPM bahawa pencapaian KPI 2020 tidak
menunjukkan keadaan sebenar kerana ujian urin tidak dapat dijalankan sepenuhnya dan tempoh
masa murid berada di sekolah berkurangan kerana pandemik COVID-19 (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2020)

SBDT yang ditakrifkan sebagai sekolah rendah atau menengah mempunyai 50 peratus atau
lebih murid melakukan salah laku kategori berat daripada enrolmen tahun yang dinilai atau
sekolah rendah atau menengah yang mempunyai 50 peratus atau lebih murid daripada
enrolmen tahun yang dinilai melakukan salah laku kategori berat dan murid yang disahkan
positif dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) atau mana-mana sekolah rendah
atau menengah yang mempunyai murid yang disahkan positif dadah oleh AADK (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2018).

Shazlin Sulaiman dan Mohd Hanafi Md Yasin (2022) menyatakan dalam kajiannya,
mewujudkan persekitaran yang positif sangat penting bagi memastikan kanak-kanak dapat
membentuk tingkah laku yang positif. Memiliki tingkah laku yang baik akan membentuk
disiplin yang baik. Pembentukan tingkah laku yang baik penting supaya kanak-kanak dapat
menyeimbangkan kehidupan mereka pada masa akan datang. Semua perkara yang dinyatakan
itu ada kebenarannya. Justeru, kajian ini memfokus terhadap faktor-faktor yang mungkin
menyadi penyumbang kepada berlakunya masalah disiplin dalam kalangan murid dan akhirnya
mempengaruhi pembentukan sahsiah seseorang murid pada masa kini.

38


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dibuat berdasarkan adalah untuk

1. Mengenal pasti faktor-faktor pembentukan sahsiah dalam kalangan murid sekolah.

4.0 KAJIAN PERPUSTAKAAN
Berdasarkan data-data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), maka pengkaji akan mengupas faktor-faktor yang
menyumbang terhadap pembentukan sahsiah murid. Faktor yang diberikan perhatian adalah
peranan pengetua atau guru besar, peranan ibu bapa dan peranan guru dalam pembentukan
sahsiah murid. Syafiqah Solehah Ahmad dan Tengku Sarina Aini Tengku Kasim (2017)
menyatakan bahawa sahsiah merupakan keperibadian, tingkah laku, perbuatan, keseluruhan
sifat dan ciri-ciri sesorang yang membezakan dengan orang lain.

4.1 Peranan Pengetua atau Guru Besar dalam Pembentukan Sahsiah Murid
Pengetua atau guru besar adalah pemimpin utama sesebuah sekolah yang boleh mencorakkan
identiti pada setiap murid dalam jagaan mereka. Pengetua dan guru besar dilatih untuk
menerapkan nilai-nilai sahsiah yang positif dalam kalangan muridnya. Pemimpin sekolah perlu
lebih memahami dan peka terhadap keperluan penerapan nilai-nilai sahsiah dalam kalangan
murid jagaan mereka. Perkara ini selari dengan dapatan kajian oleh Sharifah Madinah (2007),
bahawa pengetua tidak boleh mengambil mudah dengan menganggap semua murid tahu untuk
berkelakuan seperti mana yang diharapkan. Sehubungan itu, pengetua perlu membentuk satu
sempadan tata kelakuan yang perlu dipatuhi oleh setiap murid.

Kamaruddin Kachar dalam Muhammad Faizal A. Ghani et al. (2009) menegaskan bahawa
untuk memimpin sekolah, negara memerlukan pemimpin sekolah yang cekap, adil, amanah,
dedikasi, berdaya usaha, bertanggungjawab, berdisiplin, berkebolehan dan berakhlak tinggi
bagi memastikan dasar pendidikan mencapai matlamat yang ditetapkan. Oleh itu, seseorang
pengetua atau guru besar harus mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan tentang cara
menangani, membentuk dan menyemai nilai sahsiah terbaik dalam kalangan murid di sekolah.

Lydiah dan Nasongo (2009), menjelaskan bahawa pengetua yang berkesan menggunakan
pelbagai pendekatan untuk memastikan prestasi murid tercapai seperti ukuran penambahbaikan
kualiti, kerja berpasukan dan mempertingkatkan kemahiran yang bersesuaian untuk stafnya.
Pengetua juga perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti akademik murid melalui
pemerhatian dan semakan kerja-kerja guru dan murid serta memantau disiplin murid. Perkara
ini bertepatan dengan anjakan ketiga PPPM dari 2013-2025 iaitu melahirkan rakyat Malaysia
dengan penghayatan nilai.

Kejayaan dan keupayaan seseorang pengetua atau guru besar mentadbir sebuah organisasi iaitu
sekolah dapat dilihat dari pelbagai sudut. Ini termasuklah peningkatan pencapaian akademik,
penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum dan perkembangan sahsiah murid merupakan
elemen utama yang menjadi kayu ukur pencapaian kejayaan serta mantapnya sesebuah sekolah.
Justeru, selaku pemimpin sekolah yang berpengaruh dan utama di sekolah, pengetua atau guru
besar mestilah bijak mengatur strategi bagi memastikan visi dan misi tersebut dapat dicapai.
Seperti dapatan kajian Ilminza Zakaria et al. (2021) bahawa kepimpinan strategik pengetua
memberi sumbangan secara langsung terhadap kemenjadian murd dalam meningkatkan
prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah.

39


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

4.2 Peranan Ibu Bapa dalam Pembentukan Sahsiah Murid
Ibu bapa adalah bahagian terpenting dalam menentukan terbentuknya sahsiah seseorang anak.
Sebagai orang yang sangat rapat dengan anak-anak, ibu bapa secara langsung boleh
menentukan cara dan tindakan seseorang anak. Mengikut Azizi Yahaya (2008), ibu bapa
bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan agama, iman dan akhlak memandangkan
kedudukan institusi kekeluargaan sebagai pendidikan pertama kepada anak-anak.

Dalam membentuk sahsiah anak-anak terutama yang masih bersekolah, segala tanggungjawab
itu tidak boleh diletakkan sepenuhnya kepada pihak guru sahaja. Pembentukan sahsiah anak-
anak ini sebenarnya bermula dari rumah yakni daripada ibu bapa itu sendiri. Selain itu, ibu
bapa merupakan pendidik utama kepada anak-anak dalam memberikan pendidikan secara tidak
formal dari rumah (Bachman et al., 2010). Pandangan ini sama seperti dapatan oleh (Rohanizan
Mohamad (2018) bahawa ibu bapa menentukan pola-pola tingkahlaku iaitu dengan
mewujudkan suasana yang harmoni dalam keluarga disertakan dengan nilai-nilai positif yang
secara tidak langsung akan melahirkan nilai seorang anak yang terpuji.

Umpama mencorak kain putih, begitulah peranan yang sangat penting oleh ibu bapa dalam
pembentukan disiplin serta sahsiah anak-anak. Jika dicorak dengan nilai dan tingkah yang
positif tidak mustahil anak-anak akan memiliki nilai-nilai sahsiah yang baik. Abdul Munir
Ismail et al. (2016), menyatakan bahawa anak-anak menjalani proses pembentukan akhlak
mulia melalui tingkahlaku ibu bapa dan keluarga atau dalam persekitaran rumah. Amalan nilai
dan norma yang diamalkan dalam institusi keluarga dicurahkan kepada anak-anak secara tidak
langsung bagi membentuk akhlak mulia. Tetapi jika sebaliknya, maka diakhirnya anak-anak
akan memiliki nilai-nilai yang negatif, jiwa yang bercelaru dan suka menimbulkan masalah.

Sesuai dengan usia dan perkembangan psikologi anak-anak terutama usia remaja dan
pembentukan sahsiah anak-anak ini, ibu bapa perlu memiliki kemahiran dan gaya keibubapaan
yang sesuai dengan perkembangan umur anak-anak. Jika ibu bapa tersilap dalam mendidik
serta membimbing anak-anak tidak mustahil akan berlaku masalah kepada pembentukan nilai
dan sahsiah anak itu sendiri. Seperti dapatan kajian oleh Norhida Anor Basri et al. (2020)
menunjukkan gaya keibubapaan autoritarian yang bersifat kawalan dan paksaan telah
menyebabkan proses kematangan serta emosi anak-anak terganggu.

4.3 Peranan Guru dalam Pembentukan Sahsiah Murid
Guru adalah individu terlatih dan diperakui sebagai orang yang paling dekat serta rapat dengan
murid-murid selepas ibu bapa. Dalam konsep pendidikan seseorang guru dianggap sebagai ‘in
loco parentis’ yang diberikan tanggungjawab serta memainkan peranan sebagai ibu bapa atau
penjaga kepada murid-muridnya. Joseph dan Dinah (2022), menyatakan dengan jelas dalam
kajian mereka tentang konsep ini iaitu berdasarkan Teori Kesejahteraan Hettler (1980)
digunakan sebagai teori rangka kerja untuk menyiasat bagaimana guru sekolah ini dan lain-lain
kakitangan berpegang kepada prinsip ‘in loco parentis’ iaitu undang-undang guru penting
untuk memikul beberapa fungsi dan tanggungjawab ibu bapa termasuk melindungi
kesejahteraan fizikal dan psikologi murid.

Oleh kerana seseorang guru adalah individu yang sangat rapat dan dekat dengan seseorang
murid maka tidak mustahil pendekatan, cara, tindakan serta tingkahlaku mereka akan menjadi
ikutan kepada murid-murid. Wiyun Philipus Tangkin dan Jelika Peea (2021), menyatakan guru
adalah orang yang bertanggung jawab untuk mengajar, membimbing, dan mendidik siswa
untuk mencapai hasil akhir dari suatu pembelajaran. Sehingga seharusnya guru telah mengerti

40


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

dan memahami apa yang menjadi tugas dan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik
dengan baik dan benar.

Berdasarkan kajian-kajian sebelum ini, peranan seseorang guru dilihat sangat penting dalam
pembentukan sahsiah seseorang murid. Mohamad Khairi Othman et al. (2017) mendapati dua
masalah yang perlu dihadapi oleh guru dalam membentuk nilai diri pelajar iaitu faktor
hubungan guru dengan murid dan sikap murid yang sukar dibentuk. Guru-guru hendaklah
sentiasa menggunakan pendekatan yang sesuai dengan sifat-sifat prihatin, penyayang, simpati
dan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh murid supaya anak-anak murid rasa disayangi,
dihargai dan sekaligus menghindarkan mereka terlibat dengan masalah disipin.

Norharah Abd Hamid dan Faridah Mydin Kutty (2021) dalam kajian mereka menyatakan
seseorang guru merupakan individu yang profesional sebagai pendidik. Sebagai pendidik
bukan sahaja menyampaikan ilmu bahkan dalam masa yang sama turut berperanan membentuk
keperibadian, sahsiah dan akhlak murid. Justeru, guru adalah antara agen utama dalam
pembentukan sahsiah murid kerana hubungan yang rapat berdasarkan tugas dan
tanggungjawab profesional mereka.

4.4 Teori Pembelajaran Sosial Bandura (1977)
Menurut teori pembelajaran sosial Bandura (1977) tindakan yang diambil oleh seseorang
individu itu merupakan hasil interaksi tiga faktor utama iaitu manusia, persekitaran dan tabiat
manusia. Bandura turut menekankan bahawa keperibadian manusia adalah hasil yang
dimainkan oleh persekitaran. Menurut teori ini kanak-kanak akan membentuk nilai, perasaan
dan tingkah laku melalui pemerhatian terhadap gaya hidup, tingkah laku dan budaya
masyarakat di sekelilingnya. Tingkah laku kanak-kanak dan remaja terhasil daripada peniruan
(Bandura, 1977).

Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979) menekankan bahawa pengaruh persekitaran memainkan
peranan penting dalam perkembangan individu. Menurut Bronfenbrenner (1979) kanak-kanak
berkembang dengan berinteraksi dengan persekitaran mereka. Oleh sebab itu pentingnya untuk
mewujudkan persekitaran yang selamat dan dipercayai supaya proses perkembangan kanak-
kanak dipengaruhi dengan persekitaran yang positif. Teori Ekologi Bronfenbrenner
mengatakan bahawa kanak-kanak yang berada di ruang lingkup mikro boleh dipengaruhi oleh
persekitaran mereka. Bronfenbrenner melalui teori yang dibangunkan menyatakan terdapat
lima sistem dalam perkembangan individu iaitu mikrosisterm, mesosistem, ekosistem,
makrosistem dan kronosistem (Bronfenbrenner, 1979).

5.0 RUMUSAN
Secara rumusannya, dapat ditekankan bahawa pembentukan sahsiah murid perlu mengambil
kira beberapa faktor antaranya peranan pengetua atau guru besar itu sendiri, peranan ibu bapa
dan peranan guru. Melalui faktor-faktor yang dinyatakan dapat ditekankan bahawa
pembentukan sahsiah murid ini melalui pengetua atau guru besar yang merupakan pemimpin
utama sesebuah sekolah akan dapat mencorakkan identiti murid dalam jagaan mereka. Ibu bapa
pula adalah bahagian terpenting dalam menentukan terbentuknya sahsiah seseorang anak.
Sebagai orang yang sangat rapat dengan anak-anak, ibu bapa secara langsung boleh
menentukan cara dan tindakan seseorang anak. Manakala, dalam konsep pendidikan seseorang
guru dianggap sebagai ‘in loco parentis’ yang diberikan tanggungjawab serta memainkan
peranan sebagai ibu bapa atau penjaga kepada murid-muridnya. Justeru, dapat ditekankan
bahawa peranan pengetua atau guru besar, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang amat

41


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

penting dalam pembentukkan sahsiah murid dalam memastikan kemenjadian murid selari
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

RUJUKAN

Abdul Munir Ismail, Saharizah Mohamad Salleh, & Misnan Jemali. (2016). Analisis Bentuk
Didikan Ibu Bapa Bagi Membentuk Sahsiah Cemerlang: Kajian di Sekolah Menengah
Kebangsaan Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. Jurnal Perspektif, 8(2), 1–10.

Azizi Yahaya. (2008). Keluarga dalam Pembentukan Moral. Journal of Science & Mathematics
Education, 1–38. http://eprints.utm.my/6035

Bachman, H. J., El Nokali, N. E., & Votruba-Drzal, E. (2010). Parent Involvement and
Children’s Academic and Social Development in Elementary School. Child Development
Journal, 81(3), 988–1005. https://doi.org/10.1111/j.1467-8624.2010.01447.x

Bandura, A. (1977). Social Learning Theory. In Prentice Hall, Englewood Cliffs, New Jersey.
Bronfenbrenner, U. (1979). The Ecology of Human Development Experiment By Nature and

Design. In Harvard University Press.
Hasbullah Mat Daud, Ahmad Yussuf, & Fakhrul Adabi Abdul Kadir. (2020). Pembentukan

Akhlak dan Sahsiah Pelajar Melalui Pembelajaran Sosial Menurut Perspektif Islam.
17(9), 75–89.
Ilminza Zakaria, Jeffri Mat Yasim @ Mat Yaman, Mohamed Yusoff Mohd Nor, & Bity
Salwana Alias. (2021). Hubungan Dan Pengaruh Profesionalisme Guru Terhadap
Kemenjadian Murid Di Sekolah Menengah Negeri Sembilan. ASEAN Comparative
Education Research Journal on Islam and Civilization (ACER-J), 4(2), 2600–2769.
Joseph, R. S., & Dinah, M. M. (2022). Supervision of Learners With Intellectual Disabilities
in a Special School: In loco Parentis of Teachers as a Wellness Perspective. European
Journal of Social Sciences Education and Research, 11(2), 248.
https://doi.org/10.26417/ejser.v11i2.p248-260
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Annual Report 2018: Malaysia Education
Development Plan 2013-2025. In Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Laporan Tahunan 2020 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.
Lydiah, L. M., & Nasongo, J. W. (2009). Role of the Headteacher in Academic Achievement
in Secondary Schools in Vihiga District, Kenya. Current Research Journal of Social
Sciences, 1(3), 84–92. http://maxwellsci.com/print/crjss/(3)84-92.pdf
Mohamad Khairi Othman, Mohd Zailani Mohd Yusoff, Alis Puteh, & Nurfasihah Roslan.
(2017). Permasalahan dan Cabaran Guru dalam Membentuk Nilai Pelajar di Sekolah
Menengah. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, Special Issue, 1–10.
http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_001_khairi.pdf
Muhammad Faizal A.Ghani, Saedah Siraj, & Norfariza Mohd Radzi. (2009). Kepimpinan
Moral Pengetua Pemacu Keberkesanan Sekolah: Satu Tinjauan Awal. Jurnal Manajemen
Pendidikan, 2(5), 13–25.
Nik Noraini, R. A., & Noor Hisham, M. N. (2018). Kesediaan untuk Berubah dalam Kalangan
Guru Sekolah Rendah di Negeri Kelantan. Online Journal of Language, Communication,
and Humanities, 1(2), 40–59.
Nor Hasimah Ismail, Dayang Nur Amirah Awang Halifah, & Mardzelah Makhsin. (2022).
Faktor Masalah Sosial Dalam Kalangan Pelajar. International Journal of Education,
Psychology and Counseling, 7(46), 674–685. https://doi.org/10.35631/ijepc.746051
Norharah Abd Hamid, & Faridah Mydin Kutty. (2021). Penghayatan Adab Kesopanan Dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Rendah Masa Kini Di Daerah Zon Kajang. International
Journal of Education and Pedagogy, 3(1), 173–187.

42


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Norhida Anor Basri, Rusli Amir, & Muhammad Syawal Amran. (2020). Gaya Keibubapaan,
Intimasi Rakan Sebaya Dan Hubungannya Dengan Tingkah Laku Disruptif Pelajar.
Malaysia Correctional Journal, 4, 18–40.

Rohaiza Rozali, & Jamalul Lail Abdul Wahab. (2020). Kebolehsanaan Program Guru
Penyayang Maya (e-Sayang): Menangani Pelajar Masalah Disiplin. Proceedings of The
International Conference of Future Education and Advances (ICOFEA) 2020.

Rohanizan Mohamad. (2018). Gejala Sosial di Kalangan Remaja. Academica.Edu.
Sharifah Madinah Syed Abdul Rahman. (2007). Faktor Pengetua: Menjana Impak Ke Arah

Keberkesanan Sekolah. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd
Shazlin Sulaiman, & Mohd Hanafi Md Yasin. (2022). Hubungan Teori Bronfenbrenner dalam

Pembentukan Disiplin Murid Berkeperluan Khas Pendengaran di Asrama SK Pendidikan
Khas. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education
(ARISE), 2(3), 113–127.
Syafiqah Solehah Ahmad, & Tengku Sarina Aini Tengku Kasim. (2017). Peranan Guru
Pendidikan Islam dalam Pembinaan Sahsiah Pelajar: Satu Tinjauan Awal Terhadap Guru
Pendidikan Islam di Daerah Marang, Terengganu. Journal of Islamic Educational
Research (JIER), 2(December 2017), 36–53.
Wiyun Philipus Tangkin, & Jelika Peea. (2021). Guru Kristen Sebagai in loco Parentis dalam
Membentuk Karakter Siswa. Jurnal Pendidikan Agama Kristen, 2(2), 60–71.

43


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

“FIND YOURS”: APLIKASI FIREBASE MENYELESAIKAN MASALAH KEHILANGAN BARANG

Lu Hou Yang, Timothy Thomas,
Nur Adlina Binti Mohd Nazri, Nadia Nabila Binti Yusup,

& Thillai Kumar A/L Pathatalli

Kolej Matrikulasi Labuan

[email protected]

ABSTRAK
“FIND YOURS”: Aplikasi Firebase menyelesaikan masalah utama yang telah didiagnosis melalui tafsiran data yang
terkumpul. Kehilangan barang yang berharga merupakan masalah yang sering dihadapi oleh setiap pelajar matrikulasi.
Oleh yang demikian bagi menyelesaikan masalah berikut, suatu prakarsa iaitu ‘FIND YOURS’ telah dicipta untuk
memudahkan proses pencarian kehilangan barang. ‘FIND YOURS’ berkaliber dalam memberi impak yang positif
kerana dapat memudahkan proses pencarian barang yang hilang dan menurunkan kadar statistik barangan yang tidak
dituntut. Pada asalnya, proses pembangunan asas prototaip merupakan hasil perbincangan ahli JANTSTEM
INNOVATION bersama pensyarah cemerlang sains komputer Kolej Matrikulasi Labuan, Encik Thillai Kumar A/L
Pathatalli untuk mengenal pasti masalah berpandukan STEM serta menyelesaikan masalah berikut menggunakan
kaedah saintifik dan matematik. Data dikumpulkan berdasarkan borang soal selidik yang diisi oleh responden dan sesi
temubual bersama pelajar yang mengalami kehilangan barang lalu inovasi ini kemudiannya dicipta oleh semua ahli
JANTSTEM INNOVATION dengan bimbingan pensyarah menggunakan kos yang rendah. Penggunaan inovasi ini
dalam bentuk aplikasi dapat dalam talian menjadikannya mudah diakses dan di implementasi di mana-mana sahaja.
Inovasi ini merupakan satu projek positif yang berpotensi untuk dikomersialkan di seluruh kolej matrikulasi Malaysia.

Kata Kunci: ‘FIND YOURS’, Inovasi, Pangkalan data

1.0 PENGENALAN
‘FIND YOURS’ merupakan satu inovasi yang diciptakan bagi memudahkan proses pencarian
barang yang hilang. Seperti yang kita sedia maklum, medium komunikasi seperti whatsapp dan
telegram kurang efisien bagi menemukan barang yang hilang kerana frekuensi mesej yang tinggi
menyebabkan kesukaran seseorang itu untuk menemui barangnya yang hilang. Matlamat inovasi
ini adalah mencipta pangkalan data untuk menyimpan maklumat dan informasi berkaitan
kehilangan barang beserta barang yang hilang belum dituntut. Pengguna dapat melayari aplikasi
“FIND YOURS” untuk memuat naik gambar barang yang mereka jumpai maupun pengguna yang
kehilangan barangan dapat melayari aplikasi ini untuk menjumpai barang tersebut. Hal ini
membuktikan bahawa inovasi ini mudah diakses dan mesra pengguna. Impaknya, barangan yang
hilang dapat ditemukan dengan mudah dan menjimatkan masa.

2.0 METODOLOGI KAJIAN
2.1 Kaedah Kajian
Kumpulan JANTSTEM INNOVATION menggunakan kemahiran matematik dan teknologi untuk
mengenal pasti dan menyelesaikan masalah. Antara kaedah yang digunakan termasuk analisis data,
pemodelan matematik, kaedah saintifik, reka bentuk web, pengaturcaraan dan pangkalan data.

44


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

2.2 Strategi Kajian
Metodologi kajian dan strategi akan disusun untuk mendapatkan maklumat dan data untuk
mencapai objektif dan matlamat inovasi. Beberapa perkara dalam metodologi dan strategi yang
digunakan dalam menyiapkan kajian ini, antaranya ialah:

I. Populasi dan Persampelan
II. Prosedur Pengumpulan Data
III. Teknik Menganalisis Data

I) Populasi dan Persampelan
JANTSTEM INNOVATION memilih populasi dan pensampelan kajian di Kolej Matrikulasi
Labuan. Hal ini demikian kerana, Kolej Matrikulasi Labuan mengalami kadar statistik masalah
kehilangan barang yang sangat tinggi menjadikan produktiviti pelajar semakin menurun dengan
mendadaknya. Kajian ini difokuskan kepada pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yang mengalami
situasi berikut. Oleh yang demikian, sebanyak 45 pelajar Kolej Matrikulasi Labuan telah menjadi
responden ke atas kajian ini. Para pelajar diminta untuk mengisi borang soal selidik dalam talian
dan ditemu bual bagi mengumpulkan data. Tuntasnya, JANTSTEM INNOVATION muncul
dengan suatu penyelesaian bagi memudahkan proses pencarian barang yang hilang.

II) Prosedur Pengumpulan Data
Data dikumpulkan melalui soal selidik dalam talian dan temu bual. Link soal selidik dalam talian
berkaitan barang yang dijumpai oleh pelajar matrikulasi akan dikongsikan dalam media telegram
pelajar matrikulasi. Manakala, temu bual dijalankan ke atas pelajar yang kehilangan barang dan
pelajar yang menjumpai barang tersebut. Data akan dikumpulkan di aplikasi Excel kemudian
dianalisis bagi menjayakan kajian ini.

III) Teknik Menganalisis Data
Data yang dikumpulkan melalui set soal selidik dalam talian dan temu duga telah diproses dengan
menggunakan aplikasi Excel dimana data akan dibahagikan kepada beberapa kategori
kemudiannya akan dipaparkan dalam Google Studio. Data yang telah dianalisis akan dibentangkan
dengan bantuan rajah, graf dan data bagi memudahkan hasil kajian difahami. Penggunaan kaedah
ini memudahkan data yang diperoleh dapat dianalisis dengan tepat dan menjimatkan masa.

45


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

2.3 PROSES KERJA

Rajah 1: Peta minda proses kerja

Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar Kolej Matrikulasi Labuan telah dikenal pasti dimana
isu kehilangan barang yang berharga dan tidak dapat lagi menjumpai barang tersebut lantaran tiada
jalan penyelesaian yang ditemui. Melalui medium aplikasi Telegram, populasi diambil melalui
bilangan pelajar yang mengalami kehilangan barang manakala gambar barang yang hilang
dijadikan sebagai sampel yang sesuai dalam proses kerja ini.
i) Plan-Do-Check-Act ( PDCA )
Kitaran Pertama
Data dikumpulkan melalui borang soal selidik dalam talian dan temu duga ke atas pelajar
matrikulasi. Setelah data dikumpulkan, kemudian diproses dengan menggunakan aplikasi Excel
dimana data akan dibahagikan kepada beberapa kategori kemudiannya akan dipaparkan dalam
Google Studio. Seterusnya, projek dihasilkan dalam bentuk laman sesawang menggunakan data
yang telah dikumpulkan dalam Google Studio.
ii) Plan-Do-Check-Act (PDCA )
Kitaran Kedua
Penambahbaikan projek dilaksanakan dengan menaik taraf laman sesawang kepada aplikasi
setelah beberapa faktor dipertimbangkan. Platform yang sesuai dipilih untuk membentuk aplikasi
seperti Android Studio dan firebase. Platform ini sesuai diaplikasikan kerana mempunyai kos yang
rendah. Melalui tutorial secara dalam talian dan Java dokumentasi, asas untuk membina aplikasi
ini telah dicapai. Langkah selanjutnya, perancangan pembinaan aplikasi ini dibincangkan bersama

46


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

oleh ahli kumpulan JANTSTEM INNOVATION bagi memastikan aplikasi yang dibentuk
menjadi satu platform yang berguna bagi penggunanya. Melalui hasil perbincangan, penghasilan
aplikasi “FIND YOURS” terbahagi kepada dua bahagian iaitu Graphical User InterFace ( GUI )
dan Back End ( Logic ).
Penghasilan Aplikasi “FIND YOURS”

Rajah 1.1: Peta minda penghasilan projek
Algoritma Aplikasi “FIND YOURS”

Rajah 1.2: Atur cara pembinaan aplikasi “FIND YOURS”
47


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

3.0 DAPATAN KAJIAN
3.1 Hasil Data
JANTSTEM INNOVATION menyediakan soal selidik dalam talian berbentuk Google Form bagi
pelajar Kolej Matrikulasi Labuan untuk dilengkapkan bagi mengumpulkan data. Seterusnya, temu
duga dilaksanakan ke atas pelajar kolej sebagai sumber maklumat bagi mendapatkan data yang
tepat.

Google Form yang disediakan adalah untuk mengumpulkan data mengenai kehilangan barang di
Kolej Matrikulasi Labuan. Objektif soal selidik ini adalah untuk mengetahui peratusan barang
hilang yang sudah dituntut dan yang belum dituntut. Berikut adalah huraian latar belakang analisis
responden melibatkan aspek barang yang sudah dituntut dan yang belum dituntut.

Rajah 2.0: Carta Pai Data Yang Dikumpulkan

Sudah Dituntut Nilai Peratus
Belum Dituntut 22 48.89
23 51.11

Jadual 1: Jadual bagi Rajah

Dapatan hasil kajian ini menunjukkan daripada 45 responden, sebanyak 22 barang (48.89%)
adalah terdiri daripada barang yang sudah dituntut dan 23 barang (51.11%) adalah terdiri daripada
barang yang belum dituntut. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar yang telah
kehilangan barang tidak menjumpai barang mereka semula.

48


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Rajah 2.1: Contoh gambar barang yang hilang
Seterusnya, JANTSTEM INNOVATION menyediakan borang soal selidik dalam talian bagi
meminta pendapat pelajar Kolej Matrikulasi Labuan berkaitan penambahbaikkan inovasi ini dari
bentuk laman sesawang kepada aplikasi. Berikut adalah huraian latar belakang analisis responden.

Rajah 2.2: Carta pai data yang terkumpul
Daripada hasil analisis data menunjukkan daripada 23 responden, sebanyak 65.2% responden
berpendapat bahawa inovasi “FIND YOURS” dalam bentuk aplikasi lebih mudah untuk diakses
dan lebih terperinci berbanding medium internet lainnya seperti laman sesawang (8.7%) dan
aplikasi telegram (26.1%). Hal ini membuktikan bahawa, inovasi “FIND YOURS” ini seharusnya
muncul dengan bentuk aplikasi bagi memudahkan lagi proses pencarian barang yang hilang.
3.2 Hasil Produk

Rajah 3.0: Laman Sesawang Find Yours
49


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Inovasi “FIND YOURS” dalam bentuk laman sesawang. Pengguna dapat melayari laman
sesawang ini bagi melaporkan barang yang mereka temui ataupun pemilik barang yang hilang
dapat menuntut barang mereka. Terdapat seksyen barang penting ( emergency ) seperti telefon
bimbit, laptop dan sebagainya bagi memudahkan pencarian barang yang berharga. Sekiranya
pengguna ingin melaporkan barang yang mereka jumpai, mereka perlulah memasukkan kontak
info peribadi agar dapat dihubungi kelak oleh pemilik barang tersebut. Begitu juga dengan
sebaliknya iaitu pengguna yang ingin menuntut barang yang hilang, mereka perlulah mengisi
maklumat peribadi seperti nama dan nombor kad matriks.

Rajah 4.0: Kode QR Google Form Laporan Barang Rajah 5.0: Kode QR Laman Sesawang
Rajah 4.0 menunjukkan kode QR Google Form Laporan barang yang di temui. Pelajar yang
menjumpai barang yang hilang dapat mengimbas kode QR ini bagi melaporkan barang yang
dijumpai agar pemilik asalnya dapat menemui kembali barang tersebut. Manakala, rajah 5.0
menunjukkan kode QR laman sesawang dimana pelajar dapat mengimbas kode QR ini untuk
masuk ke dalam laman sesawang “FIND YOURS”.

Rajah 6.0: Coding untuk pembinaan aplikas

50


Click to View FlipBook Version