The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ustazah Nadirah, 2022-12-31 20:36:12

PROSIDING SEPZON 2022

PROSIDING SEPZON 2022

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Penerangan dan huraian isi kandungan untuk topik sifatul huruf ini agak banyak dan
mengelirukan pelajar terutama semasa mengenalpasti sifat-sifat huruf bagi huruf hijaiyyah.
(rajah: 2) Isi kandungannya perlu diringkaskan dan dipersembahkan dalam bentuk grafik bagi
memudahkan kefahaman pelajar. Apabila pelajar diminta untuk menyenaraikan sifat-sifat
huruf, agak sukar dan mereka perlu mengambil masa yang lama untuk mengesan sifat-sifat
huruf dengan betul. Terdapat juga keciciran dan kesilapan dalam menyenaraikan sifat-sifat
huruf tersebut.

Rajah 2
c) Refleksi Kendiri Guru
Refleksi kendiri guru juga menjadi asas tinjauan masalah dalam kajian ini. Berdasarkan
kepada pengalaman saya sebagai guru KKQ yang mengajar topik sifatul huruf ini, saya merasa
agak sukar untuk menerangkan topik ini secara mendalam kepada pelajar. Saya hanya
memindahkan isi kandungan tersebut secara lisan kepada pelajar, tanpa menggunakan
sebarang alat bantu mengajar selain buku panduan dan papan putih. Saya rasa tidak berpuas
hati setiap kali selesai mengajar topik ini. Ini kerana saya perhatikan respon pelajar kurang
aktif dan berat untuk melaksanakan tugasan yang saya berikan selepas selesai PdP. Namun
apabila saya memperkenalkan penggunaan PSH sebagai alat bantu mengajar topik sifat-sifat
huruf ini, saya perhati pelajar teruja untuk mencuba dan menjawab soalan-soalan yang saya
kemukakan. Hanya dengan sekeping kertas PSH tersebut, pelajar dapat menjawab pelbagai
soalan sifatul huruf dengan betul.
2.2 Perancangan Kajian
Setelah saya selesai membuat refleksi, saya cuba berimaginasi dan merangka satu intervensi
yang dapat mengatasi masalah yang dihadapi. Saya mulakan aktiviti perancangan dengan
melakar enam bentuk bulatan yang mewakili lima sifat yang berlawanan dan satu bulatan yang
mewakili sifat huruf tunggal. Saya juga mengunakan elemen warna dalam lakaran intervensi
kerana warna digunakan untuk menarik perhatian dengan menjadikan komunikasi visual lebih
menarik, berkesan dan ekspresi (Zulina, n.d). Antara warna yang digunakan ialah merah, biru
dan kuning (Rajah :3).

Rajah 3

201


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Rajah 3 di atas merupakan gambaran ilustrasi intervensi yang telah saya lakarkan. Saya cuba
mengaplikasikan intervensi Enam Bulatan (E-bu) ini kepada pelajar. Pelajar teruja
menggunakan E-bu kerana agak mudah bagi mereka mengenalpasti dan menentukan tingkatan
sifat-sifat huruf berdasarkan warna. Huruf-huruf yang terletak dalam ruang warna merah ialah
sifat huruf kuat, warna biru adalah sifat lemah dan kuning sifat sederhana. Pelajar memberi
maklum balas bahawa, E-bu ini dapat membantu mereka untuk meningkatkan lagi kefahaman
terhadap tajuk sifat-sifat huruf dengan lebih mudah. Saya juga berasa teruja dengan respon
pelajar dan cuba untuk berkongsi dengan dua orang Guru Cemerlang sekolah saya melalui
Professional Learning Community (PLC). Dengan mengadakan PLC, saya dapat berkongsi
kemahiran dan pengetahuan dengan guru lain, di samping dapat membina hubungan yang
berkualiti serta bersedia merancang program berfokus dengan sumber sedia ada di persekitaran.
(Gambar 1) Saya juga dapat berkongsi kepimpinan dalam merealisasikan dasar pendidikan
negara untuk membina modal insan berkualiti di masa hadapan (Pendidik2u, 2018)

Rajah 4
Natijah daripada PLC tersebut, saya mendapat satu penambahbaikan yang sangat positif
terhadap E-bu, di mana ianya diubahsuai dengan bentuk yang lebih ringkas dan padat. (Rajah
4)

Rajah 5
Namun apabila diamati, terdapat sedikit kelemahan dari segi penampilan E-bu ini, iaitu ruang
untuk melihat sifat-sifat huruf itu menjadi terlalu kecil apabila ditampilkan menggunakan
bentuk bulatan. Saya cuba untuk mengubahsuai E-bu dalam bentuk jadual seperti rajah di
bawah dengan menggunakan nama baru iaitu Man Ana yang bermaksud ‘Siapa Saya’. (rajah
5). Man Ana ini terdiri daripada tapak huruf hijaiyyah di bawah dan peluncur (slider) pada
bahagian atasnya. Untuk menggunakan alat Man Ana ini, pelajar hanya perlu meluncurkan
slider kepada huruf yang dikehendaki. Dalam masa 8-10 saat, sifat-sifat huruf telah
dikenalpasti menggunakan Man Ana ini.

202


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Rajah 6
Bagi mendapat satu persembahan yang menarik betul dan tepat, saya telah membuat beberapa
kali semakan isi kandungan dan penambahbaikan dari segi ketepatan ukuran dan kesesuaian
warna. Sebahagian penambahbaikan ini adalah hasil dari cadangan para pelajar yang
menggunakan alat bantu Man Ana ini. Oleh itu saya telah menggunakan perisian Excel
Microsoft untuk menambahbaik persembahan alat ini menjadi lebih expresi, ringkas, padat dan
menepati konsep asal bagi topik sifatul huruf ini. (rajah 6)

Rajah : 7
2.3 Tindakan Kajian
Hasil dapatan daripada PLC juga, nama bagi alat ini telah dinilai dan dibuat penambahbaikan.
Ini kerana, nama Man Ana atau Siapa Saya ini, dilihat kurang tepat dalam menerangkan alat
ini. Oleh itu dicadangkan agar saya menukar nama alat bantu ini kepada nama “Peluncur Sifat
Huruf (PSH)”. Dalam proses yang ketiga ini, iaitu selepas proses refleksi dan perancangan
kajian, saya memulakan tindakan kajian terhadap 8 orang pelajar tingkatan 4 KKQ. Untuk
memulakan tindakan kajian, saya memperkenalkan alat PSH ini kepada pelajar dan
menerangkan cara menggunakan alat ini dengan baik dan difahami. (Rajah: 7)

203


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Senarai 29 huruf
hijaiyyah

Peluncur Sifat Huruf yang
boleh digerakkan dari kiri
ke kanan atau sebaliknya

Warna merah Warna biru Senarai sifat-sifat huruf Warna kuning
pentunjuk kepada pentunjuk kepada sifat
pesinfatmut nhejururakuhkfekpuaadta sifat huruf lemah berlawanan (‫ )ب‬dan sifat-sifat
huruf tunggal diwakili ( ‫)ت‬. huruf sederhana

Rajah : 7

Apabila pelajar telah memahami cara menggunakan PSH ini, saya meminta setipa pelajar
untuk mengenalpasti sifat-sifat huruf bagi satu huruf hijaiyyah. Hasilnya, pelajar dapat
menyenaraikan sifat-sifat huruf dalam masa 8-10 saat dengan betul. Selepas itu, pelajar di
minta untuk menjawab soalan objektif yang berkaitan dengan topik sifat huruf. Saya
menyediakan 12 soalan objektif sebagai latih tubi berkaitan topik dan pelajar menjawab soalan
dengan merujuk kepada PSH. Pelajar dapat mendapat menjawab dengan baik dalam tempoh
purata 5 minit untuk 12 soalan tersebut. Selesai pelajar menjawab soalan saya meminta
maklum balas kepada pelajar berkaitan penggunaan PSH dalam pembelajaran mereka.
Maklum balas pelajar sangat positif dan bermakna bagi pelajar dan juga guru. Oleh itu, di
dalam proses tindakan kajian ini, saya dapat mengumpul data deskriptif yang sangat penting
dalam kajian ini.

3.0 DAPATAN
Selepas melaksanakan tindakan kajian, proses seterusnya ialah menganalisis data statistik
deskriptif yang telah dikumpulkan. Di sini saya bentangkan dapatan data sebagaimana di dalam
jadual 1 berikut:

BIL MARKAH MASA (MINIT)
NAMA 12/12
10/12 5
1 Iza 10/12 5
2 Sumeera 10/12 5
3 Syamimi 10/12 5
4 Myzara 9/12 5
5 Haziq 10/12 6
6 Amirul 10/12 3
7 Addina 9/12 5
8 Asmawati 9.75 4.87 minit

PURATA / MIN Jadual 1

Berdasarkan data di atas, seramai 8 orang pelajar dipilih untuk menggunakan PSH ini.
Daripada 8 orang pelajar tersebut 6 orang pelajar mendapat 10 soalan yang betul daripada 12

204


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

soalan dan 3 orang pelajar mendapat 9 markah. Oleh itu nilai purata pelajar menjawab dengan
betul ialah 9.75 daripada markah keseluruhannya iaitu 12. Manakala purata masa yang diambil
oleh pelajar ketika menjawab soalan ialah 4.87 minit untuk 12 soalan.
Impak positif dan bermakna daripada pelajar telah diterjemahkan di dalam maklum balas
secara bertulis daripada pelajar. Berikut adalah rekod maklum balas pelajar terhadap
penggunaan alat PSH ini: (Jadual 2)

Jadual :2
Daripada jadual 2 di atas, jelas menunjukkan bahawa semua pelajar di atas memberi maklum
balas bahawa penggunaan alat bantu mengajar PSH memudahkan pelajar untuk
mengenalpasti sifat-sifat huruf. Di samping itu, ia mampu meningkatkan kefahaman berkaitan
topik dengan cara yang lebih cepa, mudah dan menarik. Majoriti pelajar mengatakan PSH
berfungsi dengan lebih baik dalam meningkatkan kefahaman berbanding dengan membaca
secara langsung daripada buku teks. Berikut adalah antara bukti refleksi dan maklum balas
pelajar terhadap penggunaan PSH : (Rajah 8)

Rajah 8
205


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

4.0 PERBINCANGAN
Dalam pembelajaran ilmu tajwid, terdapat 3 perkara utama yang perlu dikuasai, pertama
sebutan huruf, iaitu dengan menjaga baris, jaga makhraj dan pelihara sifat huruf. Kedua ialah
menjaga bacaan dengung dan tidak dengung serta yang ketiga iaitu bacaan panjang atau mad
( Asraff, n.d) semasa membaca al-Quran. Topik sifatul huruf merupakan topik yang perlu
diberi perhatian awal oleh pelajar terutamanya pelajar yang mempelajari ilmu al-Quran secara
mendalam. Pelajar yang telah mempelajari ilmu sifatul huruf secara khusus seharusnya dapat
dilihat perbezaan ketika mereka membaca al-Quran berbanding dengan pelajar yang tidak
belajar secara khusus. Namun jika ilmu sifatul huruf ini tidak dapat dikuasai dengan baik, ia
akan memberi kesan jangka Panjang bila mana pelajar tidak menjurus ke bidang al-Quran
selepas tamat SPM. Oleh itu, guru al-Quran perlu berusaha bersungguh-sungguh dan mencari
jalan bagi memastikan ilmu sifat huruf ini dapat diajar dan difahami dengan cara yang lebih
mudah, cepat dan menarik. Kaedah yang biasa digunakan oleh guru-guru al-Quran dalam PdP
ialah kaedah “Tallaqqi dan musyafahah”. Kaedah ini telah diuji bahawa hubungan antara
pelaksanaan kaedah talaqqi musyafahah dengan tahap penguasaan bacaan al-Quran adalah
kukuh (Norhisyam,2019). Namun, dari segi penguasaan ilmu tajwid, perlu ada pelbagai kaedah
dan pendekatan yang digunakan untuk memastikan ilmu tajwid dapat dikuasai dengan baik
oleh pelajar.

Dalam masalah dan isu yang saya kaji ini, dapat dirumuskan bahawa, tujuan kajian ini
dilakukan adalah untuk menambahbaik amalan pengajaran guru di dalam kelas. Apabila
pengajaran guru telah berubah ke arah yang lebih baik, secara tidak langsung pembelajaran
pelajar juga akan berubah menjadi lebih baik. Oleh itu, guru bertanggungjawab penuh dengan
segala perancangan, perlaksanaan, dan kawalan di dalam kelas. Guru perlu sentiasa membuat
refleksi dan muhasabah dalam aktiviti PdP dalam bilik darjah. Refleksi yang baik dan
terancang akan menjadi factor menolak kepada guru untuk membuat perubahan dan
penambahbaikan dalam aktiviti PdPnya.

4.1 Implikasi Kajian
Kajian ini secara langsung telah memberi satu implikasi yang sangat baik kepada tiga pihak
iaitu pihak guru, pelajar dan komuniti pendidik.

a) Guru
Implikasi yang paling besar pengaruhnya dalam kajian ini ialah saya dapat menambahbaik
amalan pengajaran saya di dalam bilik darjah. Sikap saya juga berubah dalam memahami
amalan pengajaran yang stereotaip kepada pendekatan pengajaran yang baru, terkini,
prakmatik dan lebih menarik. Selain itu, melalui kajian tindakan ini, ia telah menambah ilmu
baharu bagi diri saya selepas mendengar beberapa siri ceramah berkaitan dengan kajian
tindakan. Persepsi saya juga telah berubah terhadap pengetahuan ilmu kajian tindakan yang
mana, kajian tindakan ini menjadi pemangkin kepada kemajuan individu, masyarakat dan
negara dalam sumbangan idea dan buah fikiran yang inovatif. Saya juga berpeluang untuk
menimba ilmu baharu daripada rakan-rakan yang lain semasa sesi pembentangan kajian
tindakan dan secara tidak langsung saya juga dapat membentang kajian saya dan boleh
mempengaruhi rakan-rakan lain melalui pembentangan yang akan dilakukan.

b) Pelajar
Bagi pihak pelajar, saya dapati berlaku perubahan sikap dan persepsi terhadap pembelajaran
ilmu tajwid terutamanya topik sifat huruf. Penggunaan alat PSH ini telah memudahkan
pembelajaran dan pemahaman mereka di dalam bilik darjah. Hal ini memberi satu motivasi
dan dorongan kepada mereka untuk membuat perubahan dalam kaedah dan teknik
pembelajaran. Pelajar tidak boleh bergantung penuh kepada buku teks yang bersifat beku dan
kaku. Ia perlu di gerakkan dengan mengaplikasikan strategi dan teknik yang baru lagi terkini

206


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

bagi mengubah persepsi pelajar bahawa belajar ilmu tajwid ini boleh dipelajari dengan cara
menyeronokkan dan bukan membosankan.

c) Komuniti pendidik.
Implikasi kepada komuniti pendidik pula ialah, apabila guru-guru dapat berkongsi idea, ilmu,
pengalaman dengan guru-guru yang lain bagi tujuan memperbaiki amalan pengajaran guru
masing-masing di sekolah. Guru-guru juga dapat saling berbincang, bertukar-tukar pendapat,
bantu membantu untuk sama-sama membangunkan system pendidikan yang lebih baik untuk
komuniti sekolah. Oleh itu, dengan adanya kajian tindakan, perbincangan secara PLC bersama
guru-guru lain dapat dijalankan dengan aktif dan berkesan. Secara tidak langsung ilmu-ilmu
baharu sentiasa bertambah dalam kalangan guru bagi merancakkan kemenjadian guru
cemerlang di sekolah dan melahirkan pelajar yang cemerlang.

4.2 Kajian Akan Datang
Saya berharap kajian ini menjadi perintis kepada kepada kajian-kajian saya yang akan datang.
Saya dapati banyak lagi isu lain sebenarnya yang dihadapi oleh guru dan pelajar di dalam kelas
KKQ, terutamanya kelas KKQ menengah rendah. Mudah-mudahan ilmu yang saya dapat
impak daripada membuat kajian tindakan ini, akan memberi saya semangat dan dorongan
kepada saya untuk terus membudayakan amalan kajian tindakan di dalam dan di luar bilik
darjah.

RUJUKAN

Ahmad Zawawi, Z. (n.d.). 9 Elemen Warna, ruang Dan Irama Dalam Pengajaran - [PDF
document].
vdokumen.com. Retrieved October 8, 2022, from https://vdokumen.com/9-elemen-
warna-ruangdan-irama-dalam-pengajaran.html

Ayob Al-Hafiz, Mohammad Asraff. (n.d.). Bagaimana cara LEBIH mudah memahami tajwid?
- PDF free download. adoc.pub. Retrieved October 8, 2022, from
https://adoc.pub/bagaimana-cara-lebihmudah-memahami-tajwid.html

Hartono, H. (n.d.). Metodologi Kajian Tindakan Kualitatif - PDF free download. adoc.pub.
Retrieved October 7, 2022, from https://adoc.pub/metodologi-kajian-tindakan-
kualitatif.html

Kpm, Unit Pengajian I. Elektif. (2014). Kertas Makluman KKQ - 2014.Doc. Google Drive.
Retrieved October 6, 2022, from
https://drive.google.com/file/d/1n_7pm1vEoHKaqzmNTQ5mj0dZA4_XI9o/view

Kementerian Pendidikan Malaysia, bahagian perancangan dan penyelidikan dasar pendidikan.
(2008). buku manual kajian tindakan edisi ketiga. Retrieved October 6, 2022.

Muhamad, Norhisyam. (2019). Kaedah talaqqi musyafahah Dalam Pengajaran al quran wa
al-Hifz ... https://www.researchgate.net/publication/336021401. Retrieved October 8,
2022, from

Selangor, Jabatan Pendidikan Negeri. (2021, September 24). Perkongsian Ilmu Bersama Dr
Zailah Zainudin : Seminar Penulisan & penghasilan kajian tindakan. YouTube.
Retrieved October 7, 2022, from https://youtu.be/dcmijB9NA_Q

*, N. (2018, January 17). APA ITU Professional Learning Community (PLC). Pendidik2u.
Retrieved October 8, 2022, from https://www.pendidik2u.my/apa-itu-plc/

207


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

KEBERKESANAN PEMBELAJARAN SCAFFOLDING TERHADAP KEMAHIRAN PENULISAN
TAAKULAN (REASONING) SEJARAH PELAJAR TINGKATAN 6 DI BANDAR UTAMA

Marlyn Omar, Anuar Ahmad

Kolej Tingkatan Enam Bandar Utama
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]
[email protected]

ABSTRAK
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 (KPM 2013) telah dilancarkan dengan salah satu hasrat
supaya setiap kanak-kanak akan menguasai pelbagai jenis kemahiran kognitif-kognitif yang penting. Hal ini
termasuklah pemikiran kritis, penaakulan, pemikiran kreatif dan inovasi. Keperluan dunia pendidikan pada hari
ini adalah untuk melahirkan pelajar yang mempunyai kemampuan yang seimbang untuk bersaing di peringkat
global. Kemampuan ini perlulah disokong melalui pengalaman pembelajaran dalam semua mata pelajaran di
sekolah termasuklah mata pelajaran Sejarah. Kajian bertujuan melihat keberkesanan pembelajaran scaffolding
melalui pendekatan pembelajaran konstruktivisme terhadap kemahiran penulisan ayat taakulan (reasoning)
Sejarah pelajar tingkatan enam. Kajian dijalankan terhadap 100 orang pelajar tingkatan enam di Bandar Utama.
Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk kajian kuasi eksperimen iaitu melibatkan soal
selidik dan soalan esei. Dapatan kajian mendapati bahawa prestasi pemahaman bagi sampel kumpulan rawatan
adalah lebih tinggi berbanding dengan sampel kumpulan kawalan. Selain itu, analisis terhadap soal selidik untuk
melihat hubungan yang signifikan bagi keberkesanan penggunaan kemahiran penulisan ayat taakulan (reasoning)
Sejarah pelajar tingkatan enam dalam kumpulan rawatan adalah berada pada tahap sederhana. Melalui kajian ini
dapatlah dilihat bahawa penambahbaikan dapat dilakukan jika kaedah ini diintegrasikan dengan penggunaan
teknologi. Teknologi dilihat mampu meningkatkan minat sekaligus membantu pelajar mengembangkan
kefahaman mereka terhadap topik mata pelajaran Sejarah tingkatan enam.

Kata kunci : Pembelajaran Scaffolding, Kemahiran Penulisan, Taakulan (Reasoning) Sejarah

1.0 PENGENALAN
Kurikulum Tingkatan 6 mengalami transformasi bermula pada tahun 2012 apabila dilihat
pengajaran adalah lebih mementingkan bentuk pendekatan andragogi (Maimunah Nasir dan
Hashimah Mohd Yunus 2017). Kolej Tingkatan Enam telah menjadi antara lokasi pilihan
pengajian akademik bagi pelajar lepasan tingkatan 5. Pelbagai mata pelajaran ditawarkan bagi
memberi pilihan kepada pelajar dan juga menyediakan suasana pembelajaran pra-universiti
yang tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej atau universiti.
Mata pelajaran Sejarah salah satu daripada mata pelajaran yang turut ditawarkan. Jika dilihat
seramai 44,704 orang calon yang berdaftar untuk peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) pada tahun 2020. Daripada jumlah ini seramai 22482 merupakan calon yang
menduduki kertas STPM Sejarah (Majlis Peperiksaan Malaysia 2022).

Merujuk kepada Sukatan Pelajaran Sejarah, pelajar akan didedahkan berkaitan Sejarah Dunia
(1500-1955), Sejarah Islam (500-1918), Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000).
Sukatan Pelajaran ini mengalami rombakan pada tahun 2012 semenjak sukatan ini digunakan
pada peperiksaan STPM 1999. Sukatan pelajaran yang terkini adalah untuk memberi
penekanan dalam aspek meningkatkan kemahiran sejarah seperti kemahiran menganalisis dan
merumuskan fakta sejarah secara kritis dan rasional. (Sukatan Pelajaran Sejarah STPM 2012).

Penulisan esei Sejarah STPM ini amat memerlukan kemahiran menganalisis dan merumuskan
fakta sejarah secara kritis dan rasional yang boleh dikategorikan di dalam kemahiran taakulan
(reasoning). Kemahiran reasoning (taakulan) ialah kemahiran pelajar dalam memfokuskan
kepada membuat keputusan berkaitan sesuatu perkara yang patut dipercayai atau patut

208


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

dilakukan, seterusnya membina dan menilai alasan untuk menyokong keputusan itu
(Reichanbach, 2002).

Malah jika dilihat kemahiran ini juga termasuk di dalam kompetensi global. Kompetensi global
adalah diperlukan di dalam kemahiran berfikir (kognitif), komunikasi dan sosio-emosi.
Kemahiran di sini adalah didefinisikan sebagai kemampuan untuk menerima jenis pemikiran
yang kompleks dan sangat tersusun dalam mencapai matlamat tertentu (OECD 2019).
Kompetensi global ini juga adalah memerlukan pelbagai bentuk kemahiran termasuklah
menaakul (reasoning) menggunakan maklumat. Pelajar yang berkompetensi global akan
mampu membuat taakulan menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku
teks, rakan sebaya, orang dewasa berpengaruh, tradisi dan media digital. Pelajar mampu secara
langsung mengenalpasti maklumat yang diperlukan dan memilih sumber berdasarkan
kerelevenan dan kebolehpercayaan. Pelajar perlu menggunakan pendekatan logikal, sistematik
dan berturutan untuk memeriksa maklmuat pada cebisan teks atau bentuk media yang lain dan
memeriksa hubungan. Pelajar juga mampu menilai nilai, ketepatan dan kebolehpercayaan
bahan berdasarkan konsisten menggunakan bukti dan pengetahuan serta pengalaman orang lain
(OECD 2019).

Justeru, pemilihan scaffolding sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran oleh guru
Sejarah Tingkatan 6 adalah wajar supaya dapat menyediakan pelajar tingkatan 6 untuk
menangani isu, menjana idea, menjawab persoalan dan menyelesaikan masalah selaras
dengan kurikulum Sejarah baharu Tingkatan 6 ini. Pembelajaran
Scaffolding ini seterusnya dilihat akan mengutamakan pendekatan andragogi yang
menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada modal insan sehingga
menjadi satu budaya hidup dalam abad ke-21 yang mencabar. Pendidikan sepanjang
hayat telah menjadi satu dasar pendidikan dalam banyak negara untuk membolehkan
pelajar terus menggunakan ilmu (Dehmel 2006; Wang, Song, & Kang 2006 ; Maimunah Nasir
dan Hashimah Mohd Yunus 2017), contohnya bidang sejarah yang dipelajari dan kemahiran
taakulan (reasoning) yang diperoleh untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian dan
kehidupan profesional mereka kelak.

Walaupun terdapat kajian yang menemui kesan positif penggunaan teknik Scaffolding melalui
bimbingan berkelompok dalam meningkatkan kualiti tugasan pelajar (Nur Khayati et al. 2020).
Namun, kajian ini masih perlu dijalankan untuk mengenalpasti pengaruh pendekatan
pembelajaran scaffolding terhadap penerapan kemahiran penulisan ayat taakulan (reasoning)
dalam esei Sejarah pelajar tingkatan 6. Kajian seumpama ini wajar dilaksanakan demi
meluaskan lagi kepelbagaian teknik atau amalan pembelajaran yang boleh digunakan untuk
meningkatkan kemahiran menulis ayat taakulan (reasoning) yang tepat dalam esei Sejarah
STPM pelajar tingkatan 6.

1.1 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut :

i. Mengenalpasti tahap penggunaan pendekatan pembelajaran scaffolding dalam
kemahiran penulisan ayat taakulan (reasoning) Sejarah pelajar tingkatan 6.

ii. Mengenalpasti hubungan pendekatan pembelajaran scaffolding terhadap kemahiran
penulisan ayat taakulan (reasoning) Sejarah pelajar tingkatan 6.

209


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

2.0 KAJIAN LITERATUR
Kajian oleh Van de Pol (2019) menunjukkan bahawa teknik scaffolding ini membantu dalam
memberi sokongan dan kesan yang positif dalam penyelesaian tugasan pelajar. Walaupun
sokongan guru tidak semestinya bersesuaian kepada setiap pelajar dalam kumpulan, namun
semasa dalam kerja kumpulan pelajar secara kolaboratif akan merumuskan jawapan dan
membantu antara satu sama lain. Rumusan yang dibuat akhirnya akan berdasarkan apa yang
guru katakan. Keadaaan ini bertepatan dengan penulisan Miramar Damanhouri (2021) yang
mengatakan bahawa arahan scaffolding adalah sebagai strategi pengajaran dan pelajar boleh
membina pengetahuan sedia ada dan menghayati maklumat baharu yang diterima.

Selain itu, aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam pengajaran scaffolded melebihi tahap yang
boleh dilakukan oleh pelajar secara bersendirian (Olson & Platt 2000). Maka ini menunjukkan
bahawa teknik pembelajaran scaffolding ini mampu membina kemampuan pembelajaran
pelajar jika mereka cuba menyelesaikan tugasan secara bersendirian. Keadaan ini sangat
penting kerana matapelajaran Sejarah pada peringkat STPM adalah terdiri daripada soalan
berbentuk esei sahaja yang memerlukan pelajar menghasilkan ayat berbentuk taakulan bagi
menguatkan hujah di dalam esei. Maka, Scaffolding juga boleh menjadi salah satu daripada
aspek arahan yang efektif dan boleh diamalkan dalam konteks pembelajaran bahasa. (Gonulal,
Talip & Shawn 2018).

Veeramuthu (2011) di dalam kajiannya ‘The Effect of Scaffolding Technique in Journal Writing
among the Second Language Learners’ juga mendapati pada akhir minggu kelima, penulisan
jurnal semua pelajar berada pada tahap yang lebih baik yang mana mereka boleh membina ayat
yang lebih gramatis, jarang membuat kesilapan kecil, menulis ayat yang lengkap dan
berstruktur. Selain itu, kesalahan seperti pengulangan perbendaharaan kata yang sama,
kesalahan dalam tanda baca, kesilapan ejaan berkurangan. Pelajar juga dapat mengaitkan idea
dan membentuk keselarasan dalam penulisan berbanding jurnal mereka yang ditulis pada
minggu pertama. Hal ini terbukti bahawa scaffolding dengan bantuan guru secara minimal ZPD
pelajar telah berpindah ke proksimal.

Secara ringkasnya, kajian lepas ini banyak menunjukkan scaffolding boleh diperluaskan
penggunaaanya untuk tujuan pendidikan, yakni pengajaran dan pembelajaran dapat
memberikan banyak kelebihan dan signifikan dalam meningkatkan kefahaman yang mendalam
dalam proses pembelajaran. Jika disorot, didapati bahawa kajian tentang pendekatan
scaffolding khususnya dalam kemahiran berfikir aras tinggi mata pelajaran sejarah masih
kurang dilaksanakan setakat ini. Justeru, kajian ini memberikan fokus terhadap keberkesanan
pendekatan pembelajaran scaffolding dalam menerapkan kemahiran penulisan ayat taakulan
(reasoning) Sejarah pelajar tingkatan 6 di Bandar Utama.

2.1 Teknik Penulisan
Wong Siew Fang dan Nurfaradilla Mohamad Nasri (2022) menyatakan di dalam kajiannya
bahawa kemahiran penulisan hujah dalam esei argumentatif memerlukan proses kognisi murid
yang tinggi. Maka, kajian telah dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan
teori konstruktivisme model Lima Fasa Needham terhadap kemahiran penghujahan murid
sekolah menengah atas. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan dalam pencapaian murid bagi kumpulan eksperimen setelah pendekatan teori
konstruktivisme Model Lima Fasa Needham diperkenalkan dalam penulisan esei argumentatif
dengan t(38) = -3.240, p<.05. Min skor pencapaian murid dalam penulisan hujah bagi
kumpulan eksperimen telah menunjukkan peningkatan, iaitu min ujian pra ialah 11.35 dan min
ujian pasca ialah 14.40. Maka, dapatan kajian membuktikan bahawa pendekatan teori

210


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

konstruktivisme Model Lima Fasa Needham berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid
dalam penulisan hujah.

Kajian lain turut dijalankan oleh Anthony Aloysius Akup dan Yahya Othman (2017) bagi
melihat tahap penulisan yang dibantu menggunakan peta pemikiran i-Think. Hasil kajian jelas
menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think telah banyak membantu para pelajar
menghasilkan sesuatu karangan yang lebih baik berbanding dengan PdPc secara konvensional.
Dapatan kajian juga membuktikan bahawa skor min kumpulan eksperimen lebih tinggi
berbanding dengan skor min kumpulan kawalan. Maka ini menunjukkan bahawa para pelajar
yang telah diajar dengan menggunakan peta pemikiran i-Think berjaya menghasilkan esei tidak
berformat dengan lebih baik berbanding kumpulan pelajar yang diajar secara konvensional.

Manakala kajian yang dilakukan oleh Aman Shah Syed Ali, Zamri Mahamod & Mis,
Mohammed Azlan Mis (2021) berkaitan masalah yang dihadapi dalam penulisan karangan oleh
murid bukan penutur natif sekolah rendah. Dapatan kajian menunjukkan, kemahiran bahasa
Melayu yang paling sukar dikuasai oleh murid bukan penutur natif ialah kemahiran penulisan
karangan. Murid bukan penutur natif mempunyai masalah dalam aspek penjanaan idea, aspek
teknikal penulisan karangan dan masalah penguasaan kosa kata yang terhad. Beberapa aspek
penting perlu diberi perhatian untuk mengatasi masalah murid bukan penutur natif dalam
penulisan karangan. Antaranya, memperluas tahap penguasaan kosa kata murid, merangsang
murid untuk berfikir dan menjanakan idea serta mempertingkatkan penguasaan format
karangan dan jenis karangan murid. Maka di sini memperlihatkan bahawa rangsangan murid
untuk berfikir dan penjanaan idea merupakan aspek penting yang membantu penulisan
seseorang pelajar. Masalah ini pasti pelajar tingkatan 6 hadapi memandangkan bentuk
penulisan yang perlu mereka hasilkan adalah memerlukan penulisan taakulan (reasoning)
terhadap soalan sejarah yang ditanya.

3.0 METODOLOGI
Dalam metodologi kajian, ia terbahagi kepada tiga aspek, iaitu reka bentuk kajian, populasi
dan sampel kajian serta instrumen kajian. Kajian ini adalah satu kajian menggunakan
pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk kajian kuasi eksperimen iaitu melibatkan soal
selidik dan soalan esei. Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar Kolej Tingkatan Enam
Bandar Utama di Petaling Jaya. Murid yang dipilih adalah 100 orang sahaja. Murid yang dipilih
hanya secara rawak tetapi mengikuti pembelajaran sebelum dan selepas guru bagi
memudahkan guru mendapat data yang lebih tepat kerana maklumbalas adalah daripada pelajar
yang sama dan tema yang diajar juga adalah sama. Instrumen yang digunakan iaitu soal selidik
telah diambil dan diubahsuai daripada Norliza Idris and Norah Md. Noor (2019). Borang yang
diedarkan menggunakan helaian edaran terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian A adalah
mengenai demografi iaitu nama dan jantina murid sahaja. Bahagian B dan C seterusnya pula
mengandungi 6 item yang dibahagikan seperti Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Taburan Item Mengikut Aspek Maklum Balas Modul

Aspek Maklum Balas Modul No Item Bilangan Item
1. Demografi Bahagian A (1,2) 2
2. Minat Terhadap Penulisan Ayat Taakulan Bahagian B (1,2,3,4,5,6) 6
3. Persepsi Terhadap Pembelajaran Bahagian C (1,2,3,4,5,6) 6

Scaffolding

Jumlah 14

211


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Kaedah skala likert empat mata telah digunakan sebagai pilihan jawapan daripada responden
kajian (Tham Hou Yin 2018) bagi mengenal pasti tahap keberkesanan Modul Sejarah yang
digunakan. Ia lebih memudahkan pengkaji untuk mengenal pasti penilaian responden terhadap
item yang dirasakan sesuai. Jadual 2 di bawah menunjukkan skor penilaian skala likert empat
mata yang digunakan.

Jadual 2: Skala Skor Min dan Interpretasi

Pernyataan Skor

Amat Rendah 1

Rendah 2

Tinggi 3

Amat Tinggi 4

Sumber : Jamil Ahmad 2002

Seterusnya, data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package
for the Social Science (SPSS) versi 26.0. Kajian ini dikemukakan dalam dua bahagian di mana
bahagian pertama iaitu analisis deskriptif yang melaporkan frekuensi, min, sisihan piawai dan
peratusan untuk mengenalpasti tahap keberkesanaan penggunaan pembelajaran
scaffolding terhadap kemahiran penulisan taakulan (reasoning) sejarah dalam pembelajaran
dan pengajaran Sejarah. Tahap keberkesanaan penggunaan pembelajaran
scaffolding terhadap kemahiran penulisan taakulan (reasoning) sejarah diukur dengan
menjumlahkan skor min responden untuk kesemua 12 item. Nilai min kemudiannya
dibandingkan dengan jadual aras bagi memudahkan interpretasi dapatan.

3.0 DAPATAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan terhadap 100 orang responden.

Objektif 1 : Mengenalpasti tahap penggunaan pendekatan pembelajaran scaffolding dalam
kemahiran penulisan ayat taakulan (reasoning) Sejarah pelajar tingkatan 6.

Kesan pembelajaran Scaffolding perlu dilihat terhadap kemahiran penulisan ayat taakulan
(reasoning) Sejarah pelajar tingkatan 6 bawah yang terdiri daripada 5 kelas berbeza iaitu 6
Bawah USM, 6 Bawah UTM, 6 Bawah UUM, 6 Bawah UKM dan 6 Bawah UITM adalah
meningkat atau sebaliknya. Kertas penulisan esei sejarah sebanyak 50 helai telah dianalisis
untuk Ujian pra dan 50 helai skrip jawapan telah dikumpulkan dan dianalisis secara deskriptif.
Rajah 3 menunjukkan kelas rawatan menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi di dalam
Ujian Pos berbanding Ujian Pra.

KELAS RAWATAN

200
150

100

50

0
1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23 25 27 29 31 33 35 37 39 41 43 45 47 49

Markah Pre Markah Post

Rajah 3 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos Kelas Rawatan

212


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Pengkaji menjalankan ujian parametrik dengan menggunakan Ujian T-Berpasangan atau
Paired Sampled T-Test untuk melihat wujud atau tidak perbezaan yang signifikan di antara
skor min Ujian pra dengan skor min Ujian pos.

Jadual 4 menunjukkan statistik berpasangan bagi Ujian pra dan Ujian pos. Ujian pra
menunjukkan skor min kelas rawatan adalah sebanyak 39.5000 dengan sisihan piawai
sebanyak 25.75097. Nilai min bagi Ujian pos pula memberikan skor lebih tinggi iaitu 58.5000
dengan sisihan piawai 18.72927. nilai min bagi ujian post lebih tinggi daripada nilai min ujian
pra. Ini bermakna secara purata nilai skor dalam Ujian pos kelas rawatan adalah lebih tinggi
bagi kelas rawatan berbanding kelas kawalan iaitu hanya 46.8200.

Jadual 3 : Statistik Ujian T-Test kumpulan murid Pre-Test dan Post-Test bagi
Kelas Kawalan dan Kelas Rawatan

Mean N Std. Deviation Std. Error Mean
33.3800
PRE KAWALAN 46.8200 50 23.06414 3.26176
POS KAWALAN 39.5000
PRE RAWATAN 58.5000 50 21.62924 3.05884
POS RAWATAN
50 25.75097 3.64174

50 18.72927 2.64872

Jadual 4 seterusnya menunjukkan nilai signifikan 0.000, adalah nilai yang lebih rendah dari
nilai alpha, .05, sekali gus menunjukkan skor Ujian pra kelas rawatan mempunyai perbezaan
yang signifikan daripada skor Ujian pos kelas rawatan iaitu (t= -6.051, p=0.000). Keputusan
ini menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian murid semasa ujian pos selepas
menggunakan pembelajaran scaffolding dalam penulisan ayat taakulan (reasoning) Sejarah
berbanding skor ujian pos kelas kawalan iaitu (t=3.871,p=0.000).

Jadual 4 : Sampel Ujian Statistik Berpasangan untuk Ujian pra dan Ujian pos Kelas Rawatan
dan Kelas Kawalan

Paired Samples Test

Paired Differences

95% Confidence

Interval of the

Std. Std. Error Difference Sig. (2-

Mean Deviation Mean Lower Upper t df tailed)

Pair PRE KAWALAN - 24.55079 3.47201 -20.41726 -6.46274 -3.871 49 .000
1 - POST 13.440

KAWALAN 00

Pair PRE RAWATAN - 22.20314 3.14000 -25.31006 -12.68994 -6.051 49 .000
2 - POST 19.000

RAWATAN 00

Objektif 2 : Mengenalpasti hubungan pendekatan pembelajaran scaffolding terhadap
kemahiran penulisan ayat taakulan (reasoning) Sejarah pelajar tingkatan 6.

213


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Bahagian B mengandungi 6 item yang merujuk kepada objektif kajian kedua pengkaji.
Responden perlu menanda kepada pilihan sangat setuju, setuju, tidak setuju dan sangat tidak
bersetuju. Jadual 5 adalah jadual dapatan yang menunjukkan Minat Terhadap Penulisan Ayat
Taakulan

Jadual 5 : Minat Terhadap Penulisan Ayat Taakulan

Maximu Std. Tahap

N Minimum m Mean Deviation

B1 : Saya suka belajar penulisan taakulan 50 3.00 4.00 3.1800 .38809 Sederhana

dengan pendekatan scaffolding

B2 : Saya suka membuat latihan esei 50 1.00 4.00 2.9800 .68482 Sederhana

dengan pendekatan scaffolding.
B3 : Saya suka menghadiri kelas Sejarah 50 2.00 4.00 3.2600 .52722 Sederhana

untuk mempelajari penulisan ayat taakulan

B4 : Pembelajaran menggunakan 50 1.00 4.00 1.8400 .58414

scaffoling menyusahkan saya mempelajari Rendah

ayat penulisan taakulan

B5 : Saya suka membuat ulang kaji 50 1.00 4.00 2.9000 .81441
menggunakan jadual penulisan ayat Rendah

taakulan

B6 : Saya berusaha membuat menyiapkan 50 2.00 4.00 3.2400 .62466

latihan esei menggunakan penulisan ayat Sederhana

taakulan tanpa ada paksaan

Skor Min Keseluruhan Bahagian B 2.9000

Secara keseluruhan data ini menunjukkan skor min pada item B6. Majoriti responden akan
berusaha menyiapkan latihan esei menggunakan penulisan ayat taakulan tanpa ada paksaan.
Keadaan ini menggambarkan pelajar tingkatan enam telahpun mempunyai kemampuan untuk
melakukan pembelajaran kendiri memandangkan mereka telahpun berada di peringkat
pembelajaran pra-universiti. Skor min paling rendah adalah pada item B4 iaitu pembelajaran
scaffolding menyusahkan pelajar mempelajari ayat penulisan taakulan. Maka, ini menunjukkan
pelajar bersetuju pembelajaran scaffolding turut membantu pelajar.

Bahagian C turut mengandungi 6 item yang merujuk kepada objektif kajian kedua pengkaji.
Jadual 6 menunjukkan persepsi pelajar terhadap pembelajaran Scaffolding.

Jadual 6 : Persepsi Terhadap Pembelajaran Scaffolding

Std. Tahap

N Minimum Maximum Mean Deviation

C1 : Pembelajaran Scaffolding sesuai 50 2.00 4.00 3.1600 .46773 Sederhan

digunakan dalam aktiviti penulisan a

ayat taakulan

214


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

C2 : Saya dapat meningkatkan 50 2.00 4.00 3.1600 .42185 Sederhan

kemahiran penulisan ayat taakulan a

Sejarah

C3 : Teknik scaffolding membantu 50 2.00 4.00 3.1800 .66055

saya mengingati isi penting mengikut Sederhana

soalan/tema diajar guru

C4 : Teknik scaffolding kurang 50 1.00 4.00 1.9800 .68482 Rendah

berguna dalam proses penulisan ayat

taakulan

C5 : Fakta, huraian, huraian lanjutan 50 3.00 4.00 3.4000 .49487

dan contoh yang saya rangka menjadi Sederhana

lebih tersusun dan jelas dengan

menggunakan teknik scaffolding

C6 : Pengajaran guru dalam aktiviti 50 2.00 4.00 3.2200 .58169

penulisan ayat taakulan saya menjadi Sederhana

lebih berkesan 3.0167
Skor Min Keseluruhan Bahagian C

Secara keseluruhannya skor min paling tinggi pada item C5 iaitu fakta, huraian, huraian
lanjutan dan contoh yang saya rangka menjadi lebih tersusun dan jelas dengan menggunakan
teknik scaffolding. Keadaan ini menunjukkan pelajar mempunyai persepsi positif terhadap
scaffolding dalam membantu meningkatkan kefahaman mereka. Skor min paling rendah adalah
ditunjukkan oleh item C4 iaitu teknik scaffolding kurang berguna dalam proses penulisan ayat
taakulan. Maka dapat disimpulkan pelajar memperoleh manfaat dan teknik scaffolding
memberi gambaran yang baik untuk diaplikasi oleh mata pelajaran Sejarah.

4.0 PERBINCANGAN
Kajian yang dijalankan ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan pembelajaran scaffolding
dilihat turut mampu membantu pelajar memahami dan seterusnya membuat penulisan yang
lebih baik. Teknik scaffolding merupakan teknik yang dapat dijadikan bahan bantu pelajar
dalam menghasilkan penulisan esei yang baik. Dalam era yang serba canggih ini, bahan bantu
belajar memainkan peranan penting bagi membantu murid mencapai objektif pembelajaran di
samping meningkatkan kompetensi mereka dalam bidang yang dipelajari (Avralinetine Epin
dan Nurfaradilla Mohamad Nasri 2021). Scaffolding membantu pelajar untuk terus kreatif
dalam menyusun idea dan menggalakkan penulisan yang tepat dan jelas. Keadaan ini
bertepatan dengan melalui penulisan karangan, murid bukan sahaja dilatih untuk
mengungkapkan gagasan fikiran yang tepat dan jelas, tetapi pada masa yang sama harus
menyampaikan idea dengan bahasa yang menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi
(Roselan 2003; Aman Shah, Zamri & Mohammed 2021).

Pendekatan scaffolding ini juga dilihat mampu merangsang pelajar untuk terus mencari idea
dan berfikir melalui jadual rangsangan yang pengkaji sediakan. Alat berfikir yang boleh
digunakan untuk membantu murid menjanakan idea mereka semasa menulis karangan.
(Aman Shah, Zamri & Mohammed 2021). Keadaan ini terbukti juga melalui Aziziee dan Wan
Muna Ruzanna (2018) serta Rubiaton dan Jamaludin (2018) di dalam kajiannya yang
membuktikan bahawa pengunaan pendekatan grafik dapat membantu murid menjanakan idea
dengan lebih semasa menulis karangan boleh dijadikan indikator untuk menghasilkan impak

215


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

PdP penulisan karangan yang baik. Selain itu, penggunaan kartun sebagai alat berfikir juga
didapati mampu untuk membantu murid meningkatkan kemahiran menulis mereka (Angela
dan Zamri 2019).

Kesimpulannya, teknik pembelajaran scaffolding ini dilihat mampu membantu pelajar terus
bermotivasi untuk berfikir secara konsisten dalam usaha menghasilkan penulisan yang lengkap
dan pada masa yang sama memperoleh kejayaan di dalam peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan
Malaysia (STPM). Teknik ini boleh diaplikasikan ke dalam mata pelajaran yang lain dalam
usaha mencari pendekatan terbaik bagi membantu pelajar menghasilkan penulisan yang tepat
dan berada dalam kategori yang baik.

RUJUKAN

Alizah Lambri & Zamri Mahamod. (2019). Pembelajaran berpusatkan pelajar. Bangi:
Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anthony Aloysius Akup, and Yahya Othman, (2017) Keberkesanan peta pemikiran dalam
meningkatkan kemahiran menulis esei bahasa Melayu dalam kalangan pelajar
tingkatan 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ;Malay Language Education (MyLEJ),
7 (1). pp. 44-55. ISSN 2180-4842

Angela Pamela Singi & Zamri Mahamod. (2019). Penggunaan cerita kartun untuk
meningkatkan pencapaian kemahiran menulis jenis cerita murid Kenyah.
Proceeding: International Conference on Education, Language and Psychology
(ICELP 2019): 167–178. Kelantan: Global Academic Excellence (M) Sdn Bhd.

Azieyana, A & Christina, A. (2018). Penggunaan strategi pembelajaran koperatif
untuk meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 43 (1). pp. 1-9. ISSN 0126-6020 / 2180-0782

Azizee Amin & Muna Ruzanna Wan Mohammad. (2018). Teknik Grafik dalam penulisan
karangan naratif murid tahun 4. Seminar Pendidikan Transdisiplin (STEd 2018): 623–
634. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azzatunnisak, Nor & Mohd khatib, Nor azza & Saemah, Rahman & Malaysia, Universiti.
(2013). Pemupukan kreativiti dalam kalangan pelajar di peringkat Sekolah.

Bloom, B., 1956. Taxonomy of educational objectives. 1st ed. New York: McKay.
Chew, Fong Peng and Shashipriya Nadaraja. (2014). Pelaksanaan kemahiran berfikir kreatif

dan kritis dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS di Sekolah Menengah. Jurnal
Pendidikan Bahasa melayu ;Malay Language Education (MyLEJ), 4 (2). pp. 10-24.
ISSN 2180-4842
Dehmel, A. (2006). Making a European area of lifelong learning a reality? Some critical
reflections on the European Union’s lifelong learning policies. Comparative
Education,42(1),49–62. doi:10.1080/03050060500515744
Garrison, D. R., & Kanuka, H. (2004). Blended Learning: Uncovering Its Transformative
Potential in Higher Education. The Internet and Higher Education, 7, 95-105.
https://doi.org/10.1016/j.iheduc.2004.02.001
Epin, A., & Mohamad Nasri, N. (2021). Modul Celik Karangan: Meningkatkan Kemahiran dan
Minat Murid Tahun Enam Dalam Penulisan Karangan Jenis Fakta. Jurnal Dunia
Pendidikan, 3(2), 130-143. Retrieved
from https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/13506
Kida, T. (2006). Don't believe everything you think: The 6 basic mistakes we make in thinking.
Amherst. NY: Prometheus Books.

216


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Maimunah Nasir & Hashimah Mohd Yunus. (2017). Peranan guru Tingkatan Enam dalam

membentuk 80 pelajar terarah kendiri dan meningkatkan kemahiran Abad ke-21. Jurnal

Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. 5(1): 1-6.

Monica Laina Tonge & Zamri Mahamod. (2020). Kesan Pembelajaran Berasaskan Projek

terhadap Kemahiran Menulis Karangan Murid Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan

Malaysia. 45(1): 12-20. DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2020-45.01-02

Roselan Baki. (2003). Pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu: Senario,

teori dan panduan untuk guru dan pelajar. Shah Alam: Karisma Publications.

Rubiaton Ibrahim & Jamaludin Badusah. (2018). Kemahiran menjana idea karangan

mengunakan Beknik Bograf di sekolah rendah. Prosiding Seminar Pendidikan
Transdisiplin (STEd 2018): hlm. 20–36. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia.

OECD (2019), PISA 2018 Assessment and Analytical Framework, PISA, OECD Publishing:

Paris. https://doi.org/10.1787/b25efab8-en.

Pappas, C. (2013). The Adult Learning Theory -Andragogy.Diperoleh pada Mei 8,

2022 daripada: https://elearningindustry.com/the-adult-learning-theory-andragogy-of-

malcolm knowles

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. KL : KPM.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala

Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Prensky, M. (2007). How to Teach with Technology: Keeping Both Teachers and Students

Comfortable in an Era of Exponential Change. Emerging Technologies for Learning,

2, 40-46.

Saavedra, A., & Opfer, V. (2012). Teaching and Learning 21st Century Skills: Lessons from

the Learning Sciences. A Global Cities Education Network Report. New York: Asia

Society.

Siew Fang, W., & Mohamad Nasri, N. (2022). Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima

Fasa Needham Terhadap Kemahiran Penulisan Hujah Murid Sekolah Menengah

Atas. Jurnal Personalia Pelajar, 23(2). Retrieved from

https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/182 09 September

2022

Sukatan Pelajaran Sejarah STPM. (2012). Dicapai melalui

https://www.mpm.edu.my/stpm/sukatan-peperiksaan/2 pada 10 Julai 2022

Syed Ali, Aman Shah & Mahamod, Zamri & Mis, Mohammed. (2021). Masalah Penulisan

Karangan Bahasa Melayu Dalam Kalangan Murid Bukan Penutur Natif Di Sekolah

Rendah.

Swartz, Robert & Mcguinness, Carol. (2014). Developing and Assessing Thinking Skills:

Final Report Part 1, Literature Review and Evaluation Framework.

10.13140/RG.2.1.4917.6163.

Ubaidillah, Hazwani & Basir, Nor & Saharudin, Nur Afifah. (2020). Tahap Sikap Dan Minat

Terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek (Program Ilmiah) Di Politeknik.

Veeramuthu, A., Veerappan, L., Suan, W.A., & Sulaiman, T. (2011). The effect scaffolding

technique in journal writing among the second language learners. Journal of language

Teaching and Research

Wang, A., Song, G., & Kang, F. (2006).Promoting a lifelong learning society in China:

Theattempts by Tsinghua University.Higher Education Management and Policy,

18(2), 1-16.

Wong Siew Fang & Nurfaradilla Mohamad Nasri (2022). Keberkesanan Model

Konstruktivisme Lima Fasa Needham Terhadap Kemahiran Penulisan Hujah Murid

Sekolah Menengah Atas. Jurnal Personalia Pelajar. 23(2): 69-80.

217


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

KBAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

Musliha Ismail & Nik Zul Azhar Nik Hassan

IPG Kampus Tun Abdul Razak

[email protected]
[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman guru tentang kemahiran berfikir aras tinggi dalam mata pelajaran
Bahasa Arab. Selain itu ia mengenal pasti strategi dan aktiviti yang menerapkan KBAT oleh guru-guru praktikum
dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunapakai
kaedah temubual, pemerhatian dan analisis dokumen untuk mengutip data. Peserta kajian terdiri daripada 4 orang
guru praktikum yang mengajar mata pelajaran bahasa Arab dan menjalani praktikum Fasa I di 2 buah sekolah
kebangsaan di bahagian Samarahan, Sarawak. Hasil kajian mendapati bahawa guru praktikum mempunyai
kefahaman yang baik tentang KBAT. Strategi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pula terdiri
daripada penyoalan aras tinggi dan strategi pembelajaran secara berkumpulan. Antara aktiviti KBAT yang telah
dilaksanakan terdiri daripada pembinaan peta i-think, mengkategori dan menyempurnakan ayat bahasa arab
dengan soalan yang disediakan oleh guru. Murid akan menganalisis perkataan dari segi muzakkar dan
muannasnya seterusnya menjawab soalan yang diberikan.Murid juga membina buku skrap daripada bahan-bahan
mudah dan mewarnakannya mengikut citarasa masing-masing. Diharapkan kajian ini dapat diteruskan untuk
melihat perkembangan dan kemajuan guru Pendidikan Islam dalam mengaplikasikan KBAT ini dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka.

Kata kunci: kefahaman, strategi, aktiviti

1.0 PENGENALAN
Pelaksanaan KBAT dalam kurikulum di sekolah-sekolah Malaysia bermula dengan pengenalan
kepada Kemahiran Berfikir (KB) yang diterapkan dalam KBSR dan KBSM . Ia diikuti dengan
pelaksanaan Kemahiran berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) sekitar tahun 1994 (Mohd
Syaubari & Ahmad Yunus, 2017). KBAT adalah perkara yang diberi penekanan utama atau
sebagai inisiatif utama yang perlu dijalankan oleh beberapa bahagian utama di Kementerian
Pendidikan Malaysia (Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013- 2015).
Oleh yang demikian, semua pihak hendaklah menyokong serta memainkan peranan masing-
masing dalam usaha untuk mencapai hasrat pihak Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam
FPK dan PPPM.

KBAT adalah proses pengajaran guru dengan menerapkan dan memasukkan elemen
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta menerusi pengajaran guru. Pendekatan
ini bermatlamat untuk murid berkeupayaan mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan,
berinovasi serta berupaya mencipta sesuatu (Brookhart, 2010; KPM, 2014). Mengikut
hierarki Bloom proses KBAT ini adalah bermula daripada tahap mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan mencipta.KBAT ini tercetus sekiranya situasi yang dihadapi itu adalah di luar
daripada kebiasaan. Dengan KBAT ini kualiti pendidikan akan bertambah baik kerana murid-
murid akan mengoptimumkan corak dan gaya berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Selain itu, Shaubari dan Ahmad (2017) berkata bahawa penghasilan kurikulum yang berkualiti
merupakan aspek penting dalam membentuk generasi yang seimbang. Selaras dengan usaha
tersebut, sistem pendidikan masa kini menuntut generasi pelajar untuk melengkapkan diri
dengan pelbagai kemahiran antaranya kemahiran berfikir sebagai persediaan untuk
menghadapi cabaran abad ke-21 yang semakin sengit dan mencabar (Wan Marzuki et. al.,
2016). Perkara ini turut dinyatakan dalam PPPM bahawa transformasi kurikulum pendidikan

218


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

memberi penekanan terhadap konsep kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang mampu
untuk melahirkan generasi yang berfikiran kritikal dan kreatif. Transformasi ini penting kerana
ianya merupakan salah satu inisiatif pihak kementerian agar pelajar tidak hanya menghafal
untuk peperiksaan, sebaliknya tahu bagaimana hendak mengaplikasikannya dalam kehidupan
sebenar.

1.1 Pernyataan Masalah
Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013, konsep KBKK telah
dikembangkan kepada konsep Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi melahirkan murid
yang mampu bersaing di peringkat global termasuk penerapannya di dalam kurikulum Bahasa
Arab Sekolah Rendah. Oleh itu, dalam penyampaian sesuatu pengajaran khususnya pengajaran
bahasa Arab, penggunaan kaedah yang sesuai dan menarik dilihat sangat penting.(Abdul Razif
et.al 2017). Kurikulum bahasa Arab di Malaysia disifatkan sebagai tegar dan statik serta
tertumpu kepada pengajaran secara stereotaip seperti pengajaran nahu dan balagah
(Saipolbarin, Nazri Atoh, Zarima Mohd & Mohammad Ariffin, 2017. Selain itu, terdapat
dakwaan yang melabelkan bahasa Arab sebagai bahasa yang tidak bersifat keilmuan (Zainudin,
2018). Di sinilah pentingnya peranan seorang guru.Ini berdasarkan kajian Mohd Fadzli dan
Mohd Sukki (2012) yang menyatakan faktor guru mempunyai hubungan yang signifikan
terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran bahasa arab.

Bagi merealisasikan KBAT, Rosni (2009) menyatakan terdapat beberapa permasalahan yang
timbul ketika pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dan pengamalan
kemahiran berfikir seperti kekeliruan dalam kalangan guru itu sendiri (N. S. Rajendran, 2008),
kurang latihan dan terlalu ramai pelajar di dalam kelas. Pada masa yang sama, masalah-masalah
yang timbul ini akan menghalang para guru untuk menerapkan konsep KBAT di dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka. KBAT ini juga kurang dipraktikkan kerana kurang
pengetahuan terhadap KBAT sehingga menyukarkan guru untuk mengaplikasikannya dalam
proses PdPc (Sharifah Nor, P., Nor Adibah, G., Mohd Mahzan, T. & Aliza, A, 2012). Salah
faham terhadap konsep ilmu, pengetahuan KBAT akan berlaku jika sekiranya pemahaman
tentangnya tidak dikuasai. (Talhah Ajmain & Aderi Che Noh. 2016) Guru yang
berpengalaman dalam mengajar didapati mempunyai tahap kesediaan pengetahuan
melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi yang lebih baik. (Nurhawa & Ghazali,2018)
Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mendidik dan menggalakkan proses berfikir
aras tinggi terhadap anak-anak mereka.

Pencerapan pengajaran dan pembelajaran guru di bilik darjah mendapati banyak kelemahan
dari aspek pedagogi antaranya ialah guru tidak menggunakan set induksi, penggunaan ABM
hanya papan tulis dan pen, penilaian pengajaran tidak dilakukan dengan baik dan tidak secara
berterusan. Selain itu guru masuk kelas agak lewat dan memberikan tugasan dibilik
darjah tanpa bimbingan dan tunjuk ajar. Tambahan pula, Kamarulzaman et. al., (2002)
dalam Kamarul & Hazil (2008) menyatakan bahawa beberapa kajian yang dijalankan
menunjukkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia masih lagi tidak mencapai
matlamat dan objektif sebenar. Kaedah pengajaran bahasa yang lebih interaktif dan
kontemporari menggunakan pelbagai kemudahan teknologi laman web serta gajet yang ada
dapat meningkatkan minat masyarakat bagi mempelajari bahasa Arab (Abdul Razif et.al 2019).
Oleh itu,guru mestilah memantapkan kemahiran teknologi seiring dengan keperluan alaf
baharu.

Berdasarkan isu dan permasalahan tersebut kajian ini bertujuan untuk meneroka kefahaman
guru bahasa Arab tentang pengamalan konsep KBAT di dalam PdP dan aktiviti yang

219


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

dilaksanakan bagi mencapai tahap tersebut. Selain itu, kajian ini juga penting bagi mengenal
pasti kaedah dan teknik yang digunakan ketika proses PdP di dalam bilik darjah. Menurut Ali
Bin Muda (2012), dalam kajiannya yang bertajuk “Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab
tinggi dari perspektif guru sekolah agama bantuan kerajaan (SABK)” yang menunjukkan
bahawa penyediaan Sukatan Pelajaran Bahasa Arab (SPBA) terlalu tinggi berbanding tahap
keupayaan murid berkenaan penguasaan tulisan jawi dan membaca al-Quran. Ini menyebabkan
guru sukar untuk mengaplikasikan KBAT dalam PdP seharian kerana penguasaan murid
terhadap sukatan ini berada pada tahap yang sederhana.

1.2 Kajian Kepustakaan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Bahagian Pembangunan Kurikulum (2014) telah menggariskan bahawa bahan sumber
pembelajaran dan pembelajaran (PdP) perlu mampu merangsang minat dan mencabar intelek
murid. Justeru, bahan-bahan sumber PdP yang kaya dengan unsur KBAT dapat membantu
kepada perkembangan dan pengamalan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid
sekolah. Vinogharri (2016) pula mendapati penerapan strategi pengutaraan masalah dapat
meningkatkan KBAT dalam kalangan pelajar. Oleh itu peranan guru amat penting untuk
mencapai matlamat tersebut. Kajian Zamri dan Nor Razah (2011) mendapati bahawa guru
lebih banyak menggunakan soalan aras rendah dalam PdPc. Perkara ini menyebabkan pelajar
menjadi pasif, kurang inisiatif untuk berfikir lebih jauh, tidak kreatif dan bersikap sambil
lewa.

Berdasarkan maklumat tersebut, KBAT dapat ditakrifkan sebagai keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi
bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu
(Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia, 2015).Penekanan KBAT ini dapat diperhatikan
dalam DSKP Bahasa Arab iaitu kata kerja yang menunjukkan tahap KBAT ini ditebalkan
tulisannya agar guru lebih fokus dan mengambil tindakan yang lebih afektif untuk
merealisasikan KBAT ini dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.3 KBAT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab
Era globalisasi hari ini telah meningkatkan cabaran bagi pendidik khususnya pendidikan
bahasa asing Sehubungan itu, selari dengan hasrat KPM bagi melahirkan pelajar yang mampu
berdaya saing seperti yang telah digariskan di dalam FPK dan PPPM, Pengamalan konsep
KBAT turut dilaksanakan di dalam PdP Bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan. Oleh itu, bagi
memenuhi saranan tersebut, Model Taksonomi Bloom diperkenalkan dalam sesi PdP untuk
mengenalpasti keberkesanan dan kualiti pengaplikasian KBAT ini. Walaupun pelaksanaannya
dilaporkan lemah dalam beberapa kajian, namun ia tetap positif di mana ramai dalam kalangan
guru berharap ia dapat dilaksanakan (al-Muslim Mustapa, Zamri Arifin, 2012).

Rajendran (2014) menyatakan KBAT merupakan aras yang paling tinggi dalam hieraki proses
kognitif. Ini berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baharu, menyimpan dan memeri,
menyusun, serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan
maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi yang rumit. Oleh itu,
murid perlu mempunyai keupayaan dan kecenderungan untuk memaksimumkan daya
pemikiran dalam menyelesaikan permasalahan yang diwujudkan oleh guru.

Pelbagai kaedah dan gaya pembelajaran yang mengaplikasikan KBAT ini.Sebagai contoh
melaui kajian yang dilaksanakan oleh (Suhaimi et.al,2018) mendapati bahawa Pembelajaran
Rotasi Stesen Pelbagai Mod berpotensi meningkatkan KBAT dalam kalangan pelajar dengan

220


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

gabungan Aktiviti Perbincangan dan Pembelajaran Dalam Talian. Pendekatan ini memerlukan
pelajar berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyuarakan pendapat serta memberi jawapan
dalam setiap soalan yang diberikan oleh guru Melalui gaya pembelajaran seperti ini, murid
berpeluang untuk berbincang dan mengeluarkan pendapat secara lebih bebas, kreatif dan kritis.
Ini secara tidak langsung membuka ruang dan membuka minda ahli kumpulan yang sebelum
ini kurang bersuara dan sekali gus memotivasikan mereka untuk berkolaborasi secara lebih
efektif.

Taksonomi Bloom adalah sebuah struktur hierarki yang mengenal pasti kemahiran bermula
daripada aras yang paling rendah kepada aras yang paling tinggi (Retno Utari et. al., 2014).
Justeru, dalam Hierarki Taksanomi Bloom oleh Lori Andarson (1900) telah menjelaskan
bahawa model ini merangkumi enam kategori utama iaitu bermula daripada tahap mengingat,
memahami dan mengaplikasi sehingga ke tahap yang lebih tinggi iaitu menganalisis, menilai
dan mencipta. Dalam masa yang sama, penguasaan terhadap kategori yang pertama sangat
penting sebelum beralih kepada kategori yang seterusnya bagi menggalakkan pengamalan PdP
yang berkonsepkan KBAT di dalam bilik darjah.

Terdapat tiga jenis aktiviti yang melibatkan kemahiran berfikir di dalam bilik darjah yang
sering digunakan oleh guru, iaitu perbincangan dalam kumpulan, aktiviti berpasangan, dan soal
jawab. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga aktiviti kognitif ini tidak menunjukkan proses
pembangunan KBAT dalam pengajaran (Kamarudin & Ghani, 2011).

1.4 Objektif kajian
1. Meneroka kefahaman guru tentang kemahiran berfikir aras tinggi dalam mata pelajaran
Bahasa Arab
2. Mengenal pasti strategi yang digunakan oleh guru-guru praktikum dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Arab
3. Mengenal pasti aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab yang dilaksanakan
oleh guru-guru praktikum untuk mencapai tahap PdP pemikiran aras tinggi.

2.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual sebagai instrumen
utama bagi menjawab persoalan kajian. Selain itu, kajian ini juga menggunakan kaedah
pemerhatian dan analisis kandungan bagi mengumpulkan data yang berkaitan dengan amalan
pelaksanaan KBAT dalam PdP Bahasa Arab di 2 buah Sekolah Kebangsaan yang
terpilih.Kedua-dua sekolah ini terletak dalam lingkungan 10 km daripada satu sama lain.
Populasi bagi kajian ini telah dipilih daripada kalangan guru-guru pelatih yang sedang
menjalani praktikum Fasa I di sekolah kebangsaan. Oleh itu, pemilihan peserta kajian adalah
berdasarkan pensampelan bertujuan yang melibatkan guru-guru pelatih praktikum Fasa I.

2.1 Peserta Kajian
Peserta kajian terdiri daripada 4 orang guru pelatih pengkhususan Pendidikan Islam yang
sedang menjalani praktikum Fasa I di dua buah sekolah yang berasingan . Semua guru ini
adalah diselia oleh penyelia yang sama. Semua peserta kajian yang terpilih ini adalah guru-
guru pelatih yang mengambil kursus bahasa arab sebagai elektif teras yang diselia sewaktu
praktikum. Mereka ini adalah guru-guru yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat
sarjana muda perguruan di IPG Kampus Tun Abdul Razak.

221


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

3.0 DAPATAN KAJIAN
Hasil daripada penelitian terhadap beberapa isi kandungan temu bual, Folio Rancangan
Pengajaran dan Pembelajaran Harian dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas, didapati beberapa peserta kajian yang dipilih secara rawak telah menerapkan dan
mengaplikasikan KBAT dalam pengajaran mereka. Hasil temubual juga mendapati kefahaman
guru-guru praktikum terhadap KBAT adalah baik. Peserta kajian pertama memberikan respon
seperti berikut :
“ Ia adalah kemahiran berfikir untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang
diberikan. Ia merangsang keinginan murid untuk berfikir dengan apa jua cara untuk
menyempurnakan tugasan yang diberikan oleh guru” (TB1/22.8.2022)

Temubual yang dijalankan dengan salah seorang peserta kajian mendapati bahawa beliau
memahami dan sedia maklum konsep KBAT itu sendiri. Beliau juga telah menerapkan unsur
KBAT ini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab. Ini dibuktikan melalui
pemerhatian saya terhadap aktiviti-aktiviti pdp yang telah beliau laksanakan.“ Pada langkah
yang ketiga, guru telah menyediakan beberapa bahan seperti kad manila, pensil warna, gam
dan batang kayu aiskrim. Murid-murid diminta untuk membina sebuah buku skrap yang
terkandung gambar-gambar pengangkutan dan melabelkannya mengikut perkataan yang
betul. ( NL/22.8.2022)

Berdasarkan kepada pemerhatian di atas, didapati murid-murid melaksanakan tugasan yang
diberi secara berkumpulan. Mereka perlu memikirkan cara terbaik untuk menyempurnakan
tugasan yang diberi mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh guru. Oleh itu, murid-murid
akan berusaha mengerahkan akal fikiran mereka hingga ke aras yang optimum dan berbincang
dalam kumpulan untuk menghasilkan kerja yang berkualiti.

Peserta kajian yang seterusnya pula mempunyai pendapat beliau sendiri. Pada asasnya itulah
unsur-unsur yang perlu ada dalam KBAT. Kenyataan beliau dibuktikan melalui temu bual di
berikut :
“ Ia adalah salah satu cara guru untuk merangsang daya pemikiran murid dengan
memberikan tugasan yang memerlukan kemahiran berfikir dan cara menyelesaikan masalah
yang diberikan cikgu” (TB2/26.8.2022).

Guru memahami konsep KBAT dalam pdp. Beliau telah meminta murid untuk membina peta
i-think berdasarkan tajuk “ uhibbu madrasati”. “ Guru mengedarkan kad manila kepada murid-
murid. Murid-murid diminta untuk menyediakan peta i-think yang mengandungi perkataan-
perkataan yang berkaitan dengan tajuk iaitu saya sayangkan sekolah saya. Guru telah
menetapkan 10 minit sahaja utuk menyiapkan tugasan yang diberikan,” ( NL/26.8.2022 )

Melalui pemerhatian yang dilakukan, didapati murid-murid sangat teruja untuk melaksanakan
tugasan ini. Mereka masing-masing memberikan input dan seterusnya memberikan idea untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan. Di sini dapat diperhatikan bahawa unsur-unsur kerjasama,
tolong menolong dan saling menghormati dapat diterapkan. Ini kerana ahli kumpulan yang
telah ditetapkan oleh guru merupakan murid-murid daripada pelbagai aras pembelajaran. Oleh
itu, secara tidak langsung, murid-murid yang agak lemah boleh memanfaatkan peluang yang
diberikan untuk menjana pemikiran seperti murid-murid yang agak pintar. Ia secara tidak
langsung akan membuka ruang dan peluang untuk sentiasa bersaing sesama mereka. Strategi
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di sini ialah kontekstual. Murid-murid akan
mengaitkan pengalaman seharian mereka dengan tugasan yang diberikan. Mereka telah

222


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

melukis dan tempat-tempat yang terdapat di sekolah, melabelkannya dan mewarnakannya
mengikut keinginan masing-masing.
Guru juga dapat menganalisis kepentingan KBAT ini dalam pdp yang dilaksanakan melalui
kata-kata beliau” KBAT ni kita perlu laksanakan untuk menilai kedalaman kefahaman serta
kebolehan dan keupayaan murid untuk menyelesaikan masalah” (TB3/12.9.2022).

Guru ini memaparkan beberapa gambar dan dialog. Beliau meminta murid-murid untuk
memadankan gambar dengan dialog yang betul berdasarkan kata kerja untuk muzakkar dan
muannas yang telah dipelajari. ” ( NL/14.9.2022 )

Guru yang seterusnya menyatakan “Murid-murid ni kita kena uji kefahaman dan pemerolehan
mereka terhadap objektif yang ditetapkan dengan melaksanakan aktiviti yang sesuai untuk
menguji mereka” (TB4/15.9.2022).

Selain daripada data yang diperolehi daripada temubual dan pemerhatian, triangulasi data juga
dilakukan ke atas folio Rancangan Pengajaran Harian. Unsur-unsur ini dapat diperhatikan
dalam objektif pelajaran yang ditetapkan dalam Rancangan Pengajaran Pelajaran Harian
berikut :

Rajah 1 Rajah 2

Rajah 1 adalah objektif yang telah ditetapkan oleh guru. Didapati guru menerapkan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam pdp bahasa arab. Murid-murid diminta untuk menyusun ayat ringkas
selepas melaksanakan kuiz. Murid kemudian diminta untuk untuk menulis ayat ringkas itu
secara individu.

Guru kedua seperti rajah 2 di atas turut menerapkan unsur KBAT dalam pengajarannya. Dalam
kemahiran berfikir dan menganalisis, murid-murid diminta untuk meneliti gambar yang
diberikan,setelah itu mereka diminta untuk membina ayat. Tugasan ini memerlukan daya
pemikiran yang tinggi kerana murid perlu meneliti gambar dan memikirkan perkataan yang
sesuai untuk menceritakannya secra bertulis.Teknik penyoalan yang digunakan oleh guru juga
melibatkan beberapa aras yang boleh diklasifikasikan soalan berasas tinggi. Salah satu
daripadanya ialah: “Apakah kesilapan yang terdapat dalam ayat berikut”? (NL/ 15.9.2022)

Berdasarkan soalan yang diutarakan oleh guru, kita mendapati bahawa guru meminta murid
untuk menganalisis dan mengenalpasti kesalahan yang terdapat dalam ayat yang dipaparkan
oleh guru. Di sini murid akan berusaha untuk meneliti dan memberi tumpuan penuh untuk
mengenalpasti kesalahan dalam ayat . Kesalahan umum yang terdapat dalam ayat bahasa Arab
peringkat sekolah rendah adalah berkaitan kata kerja, ism isyarah dan dari segi penentuan
sesuatu perkataan itu muzakkar atau muannas.

223


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Selain daripada meneliti objektif pelajaran yang ditetapkan, KBAT juga dapat diperhatikan
pada langkah-langkah pelaksanaan aktiviti dalam kelas. Ia dibuktikan melalui rajah berikut:

Rajah 4 Rajah 5 Rajah 6

Berdasarkan rajah gambar di atas guru memilih aktiviti membentuk perkataan menggunakan
tanah liat untuk menarik minat murid. Akviti ini selari dengan aplikasi kemahiran
menulis.Murid-murid diberikan tanah liat yang pelbagai warna dan mereka diminta untuk
membentuk perkataan yang ditetapkan oleh guru dan dilaksanakan secara berkumpulan. Ia juga
memerlukan daya pemikiran untuk mengenal pasti huruf-huruf yang dapat disambung secara
betul dan tepat. (NL /13.9.2022)

Rajah 5 ialah aktiviti berdialog yang dilaksanakan untuk mencapai kemahiran membaca dan
bertutur. Murid diminta untuk membaca soalan dan menjawab soalan tersebut secara lisan.
Murid perlu menggunakan kefahaman terhadap kata kerja khusus untuk lelaki dan perempuan.
Ia diaplikasi seacra permainan bowling. Jawapan yang betul akan mendapat 1 strike. Rajah 6
adalah salah satu BBM yang dihasilkan oleh guru untuk mengaplikasikan kemahiran bertutur
dan membaca.Murid diminta untuk melontarkan dadu dan dia wajib menghitung bilangan yang
dia perolehi tersebut dalam bahasa arab Setelah itu sekiranya tempat dia berhenti terdapat tanda
soalan, dia perlu mengambil satu soalan yang disediakan di tengah dam tersebut. Murid
dikehendaki membaca soalan yang tertera dan seterusnya menjawab soalan tersebut secara
lisan. (NL /15.9.2022)

4.0 PERBINCANGAN
Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangn guru-guru pelatih adalah
baik. KBAT sememangnya perlu diadaptasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
seharian murid sejajar dengan keperluan pengajaran abad ke 21. Ia merupakan satu elemen
penting untuk menilai kemampuan murid untuk menyelesaikan masalah dan tugasan yang
diberikan. Seterusnya ia adalah satu usaha yang jitu dan padu untuk meletakkan pendidikan
negara kita setanding pendidikan bertaraf dunia.

Walau bagaimana pun, ia agak sukar dilaksanakan kerana pelbagai cabaran dan dugaan yang
perlu ditangani. Untuk itu keperluan latihan dan kursus di kalangan guru-guru yang lebih
sistematik perlu dilaksanakan dengan kerjasama daripada Institut Perguruan atau Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Ia juga sukar dicapai kerana memerlukan kesediaan guru
untuk melaksanakannya. Ini di dibuktikan oleh dapatan ( Nur hawa dan Ghazali 2018) yang
menyatakan bahawa kesediaan guru dari segi pengetahuan, kemahiran dan amalan dalam
melaksanakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah sederhana.

Sebagai langkah untuk mengaplikasikan KBAT ini sepenuhnya dalam pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk mempelbagaikan strategi dan

224


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

kreatif dalam merancang segala aktiviti dalam kelas untuk meningkatkan minat murid untuk
belajar. Ini diperkukuhkan lagi oleh Gamal (2015) yang menyatakan hampir semua guru
bersetuju bahawa kepelbagaian kaedah pengajaran boleh meningkatkan minat pelajar untuk
belajar bahasa Arab.

KBAT juga diharapkan sebagai satu langkah untuk menjadikan pendidikan di Malaysia sebagai
satu medan melahirkan murid-murid yang senantiasa mengimpikan cabaran semasa. Semoga
dengan hasrat murni yang diusahakan oleh kerajaan ini akan mendapat sokongan padu daripada
pelbagai pihak khususnya golongan dalam bidang pendidikan.

RUJUKAN

Ali Muda. (2012). Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Tinggi Dari Perspektif Guru
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Prosiding Kebangsaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Arab 2012.

Gamal Abdul Naser. (2015). Kajian Amalan Pengajaran Guru Bahasa Arab Sekolah Menengah
di Negara Brunei Darussalam. The Online Journal of Islamic Education.

Kamarul Azmi dalam Nurul Afifah. (2011). Penggunaan EZ-Arabic Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Bahasa Arab Untuk Kanak-Kanak. The Eight International Workshop
And Conference Of ASEAN Studies In Islamic And Arabic Education And World
Civilization.

Mastura Arshad, & Kaseh Abu Bakar. (2012). Penggunaan Strategi Pembelajaran kemahiran
bertutur Bahasa Arab:. Persidangan Kebangsaan Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Arab 2012, 142.

Mohd Syaubari Othman, & Ahmad Yunus Kassim. (2017). Pelaksanaan Kurikulum
Pendidikan Islam Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Berdasarkan Model Dick and Carey Di Negeri Perak. International Academic Research
Of Social Science, 1-9.

Noor Eliza, M. S. (2014). Faktor Kewujudan sinonim dalam Bahasa Melayu dan Arab: Satu
Analisis perbandingan.

Norhayati, Shaferu Hafes, & Mohd Fauzi. (2013). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan
Animasi Dalam Pembelajaran Bahasa Arab. Jurnal Teknologi (Social Science), 25-29.

Nursafra et.al (2021) Kajian Penerapan KBAT Dalam PdP Bagi Kurikulum Bersepadu Dini
dan Kurikulum Bersepadu Tahfiz BPI KPM 2021

Rajendran Nagappan. (2014). Kemahiran Berfikir. http://www.slideboom.com/presentation.
Rustam, Zahara Aziz, & Suzela. (2011). Kesan Strategi Pembelajaran Koperatif Terhadap

Pencapaian Geografi Tingkatan Satu-Topik Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.
Jurnal Pendidikan Malaysia 36(1), 1-10.
Shukri, Limanili, & Kamarul. (2014). Kepelbagaian Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa
Arab(SPBA) Dalam Kalangan Pelajar IPT Kelantan. The Online Journal Of Islamic
Education, 1-8.

Wan Marzuki et.al (2016) Penerapan Kreativiti di Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) Mata Pelajaran Jawi: Kajian Rintis Proceedings of The National Conference
for Postgraduate Research (NCON-PGR 2016), 24-25 September 2016 , Universiti
Malaysia Pahang (UMP), Pekan, Pahang. pp. 512-518..

225


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Suppiah Nachiappan1, Irna Patricia Julia, Norazilawati Abdullah3 et .al pelaksanaan
kemahiran berfikir aras tinggi oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol. 8, 2019 (24-32) ISSN 2289-
3032 / eISSN 2550-178X

Rosni 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Nilai: Universiti Sains Islam
Malaysia.

Abdul Razif et.al (2017) Permasalahan Dalam Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia.
Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan 2017 Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor Volume: 1

Suhaimi et.al, (2018) Penerapan kemahiran berfikir aras tinggi melalui model stesen rotasi
pelbagai mod Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014, 11-13 Ogos 2014

Mohd Fadzli dan Mohd Sukki (2012).Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab: Satu tinjauan di SMAP Kajang.
Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012
(PKEBAR’12)

Talhah Ajmain & Aderi Che Noh.( 2016) Tahap Pemahaman dan Kesediaan Pelaksanaan
Kemahiran Guru Pendidikan Islam Terhadap Penerapan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (Kbat) Dalam Pengajaran di Negeri Selangor.Prosiding Seminar Kebangsaan
Penyelidikan Pendidikan (2018)

Maimun Aqsha Lubis, Zaffi Alias & Hanis Najwa Shaharuddin (2014) Pelaksanaan Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Arab dalam Kurikulum Bu’uth Al-Azhar di Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK). Jurnal Pendidikan Malaysia 39(1)(2014): 51-61

Al-Muslim Mustapa, Prof. Madya Dr. Zamri Arifin. (2012). Pengajaran dan pembelajaran
bahasa Arab: satu tinjauan literatur di Negeri Sembilan. Persidangan Kebangsaan
Pembelajaran Bahasa Arab 2012(PKEBAR’12), Fakulti Pengajian Islam, University
Kebangsaan Malaysia, Bangi.

226


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Analisis Bahasa dan Komunikasi Pendidikan Dalam Rubrik Kompas, Darurat
Pendidikan,AnakMiskinSemakinTertinggalPelajaranSelama Pandemi, Penulis Sonya Hellen

Sinombor Edisi 30 Agustus 2020

Abdul Aziz1,Erni Suyani2

Universitas Dharmawangsa1,2

[email protected], [email protected]

ABSTRAK
Penelitian ini bertujuan untuk menemukan gaya bahasa dalam Rubrik Kompas, Darurat Pendidikan, Anak
Miskin Semakin Tertinggal Pelajaran Selama Pandemi, Penulis Sonya Hellen Sinombor Edisi 30 Agustus
2020 dari segi, jenis gaya bahasa sindiran, sinisme. Jenis penelitian ini deskriptif-kualitatif, dengan
pendekatan teori gaya bahasa. Sumber data penelitian ini adalah Rubrik Kompas, Darurat Pendidikan, Anak
Miskin Semakin Tertinggal Pelajaran Selama Pandemi, Penulis Sonya Hellen Sinombor Edisi 30 Agustus
2020 dan data penelitian ini adalah kalimat di dalamnya mengandung beberapa kalimat gaya bahasa sinisme.
Teknik pengumpulan data dalam penelitian ini menggunakan teknik dokumentasi. Data yang akan diteliti
sudah didokumentasikan sebelumnya, hal ini bertujuan untuk membantu peneliti dalam memperoleh data
yang diinginkan. Pengambilan data dalam penelitian ini dilakukan dengan cara pencatatan kalimat bahasa
berupa penggalan kalimat yang mempunyai konteks utuh. Data diidentifikasi berdasarkan gaya bahasa
sinisme data dikumpulkan dan diurutkan secara sistematis berdasarkan format data identifikasi dan
klasifikasi yang telah ditentukan. Berdasarkan hasil analisis data, ditemukan hasil dari jenis gaya baahsa
sinisme. Seperti kutipan terdapat pengunaan majas sinisme Secara global, survei Unicef menemukan 72
persen murid yang tidak dapat mengakses pembelajaran adalah anak-anak yang berasal dari rumah tangga
termiskin di negaranya. Secara tidak langsung ujaran dari kalimat tersebut menyindir anak-anak miskin yang
tidak dapat mengakses pembelajaran bahkan sudah menemukan 72 persen murid.

Kata-kata kunci: Sinisme dalam Rubrik Kompas Edisi 30 Agustus 2020

1.0 PENDAHULUAN
Dalam fungsinya bahasa sebagai alat komunikasi bahasa sangat berperan membangun
kebudayaan dan peradaban suatu bangsa. Sebab bahasa sebagai piranti sosial akan
menggiring masyarakat pemakainya memiliki jati diri dan karakter berlandaskan nilai
bahasa yang membentuknya. Semakin baik bahasa yang digunakan, semakin mudah
maksud dan pesan yang diterapkan, sebaliknya, semakin tidak terkendali bahasa yang
digunakan maka semakin meluas bahasa yang dimunculkan. Penggunaan gaya bahasa
berkaitan dengan tujuan komunikasi tersebut yaitu menyebarkan informasi kepada
masyarakat. Hal ini menyebabkan bahasa yang digunakan di media masa mencerminkan
keadaan bahasa sehari-hari (Kadek, 2015). Penelitian lain tentang hal ini di Indonesia
menunjukkan bahwa bahasa dalam dunia media cetak hampir kehilangan makna karena
sudah menjadi sarana untuk menyindir secara halus maupun kasar terhadap orang lain.
Gaya berbahasa sangat perlu untuk dikaji, karena kegiatan berbahasa tidak luput dari
kehidupan manusia. Gaya bahasa merupakan cara yang digunakan oleh pengarang dalam
memeparkan gagasannya sesuai dengan tujuan dan efek yang ingin dicapai. (Aminuddin,
1995: 5).

Dalam penggunaan bahasa sebagai alat komunikasi terdapat macam-macam gaya bahasa.
Gaya bahasa dapat diidentifikasikan sebagai cara seseorang untuk mengungkapkan
gagasan, ide, perasaan dengan menggunakan kata atau kalimat yang khas yang bertujuan
untuk memikat, mempengaruhi, dan meyakinkan. Gaya bahasa merupakan bentuk retorik
yaitu penggunaan kata-kata dalam berbicara maupun menulis untuk mempengaruhi
pembaca atau pendengar, selain itu gaya bahasa juga berkaitan dengan situasi dan suasana

227


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

dimana gaya bahasa dapat menciptakan keadaan perasaan hati tertentu. Misalnya, kesan
baik, buruk, dan senang. Bahasa merupakan lambang yang artinya bahwa bahasa terdiri
atas simbol atau lambang. Sehingga bisa ditulis atau dilestarikan. Lambang bahasa berupa
grafem atau huruf. Dengan huruf, bahasa dapat digunakan untuk melestarikan ilmu
pengetahuan, teknologi, dan kesenian. Dengan demikian, perkembangan dan penyebaran
ilmu pengetahuan, teknologi, kesenian, dan kebudayaan yang sangat bergantung pada
bahasa (Zakky, 2018 :27).

Sebagai sebuah sistem maka bahasa terbentuk oleh suatu aturan, kaidah, atau pola-pola
tertentu, baik dalam bidang tata bunyi, tata bentuk kata, maupun tata kalimat, bila aturan,
kaidah atau pola ini dilanggar, maka komunikasi dapat terganggu. Media masa atau surat
kabar adalah penyampaian informasi atau pesan yang efektif, penyampaian informasi yang
tidak terbatas oleh ruang dan waktu, agar informasiinformasi yang disampaikan media
cetak dalam ragam jurnalis yang mementingkan kepadatan isi, kesederhanaan bentuk,
menarik, dan mudah dipahami oleh pembacanya. Menurut Baran (2012:7) media massa
merupakan alat komunikasi bagi jurnalis untuk menyampaikan kepada masyarakat,
komunikasi massa adalah proses penciptaan makna bersama antara media massa dan
masyarakat, media massa menyebar luaskan pesanpesan yang mencerminkan kebudayaan
suatu masyarakat, lalu akan dilahirkan serentak kepada masyarakat luas yang beragam.
Media menjadi bagian dari salah satu yang ada di masyarakat dalam komunikasi massa,
media massa menyeleksi, memproduksi pesan dan menyampaikan kepada masyarakat.
(Agus, 2018).

2.0 LANDASAN TEORI
Style diketahui sebagai gaya bahasa dengan kata lain stilus, merupakan Kepandaian dalam
mempergunakanya akan berpengaruh pada jelas maupun tidaknya suatu tulisan. Pada
penekanan dititikberatkan dalam keahlian menulis yang indah. Oleh sebab itu, style
berubah menjadi keahlian dan kemampuan untuk mempergunakan kata dengan indah
(Keraf, 2010:112). Gaya bahasa dan kosakata memiliki hubungan timbal balik yang sangat
erat. Semakin kaya kosakata seseorang, maka semakin beragam pula gaya bahasa yang
akan dipakainya (Tarigan, 2013:5). Bagaimana cara mempergunakan bahasa dapat terlihat
dari seginya penggunaanya. Seseorang mampu untuk memberikan penilaian kepribadian,
sifat, kompetensi seseorang. Semakin baik dalam menggunakan bahasa akan menciptakan
penilaian yang buruk pada seseorang. Sedangkan, penggunaan gaya bahasa dengan buruk
maka semakin buruk pula penilaian seseorang atas penilaian kepribadianya (Keraf,
2010:113).

Ketika seseorang menggunakan bahasa tentu memiliki gaya tersendiri. Gaya tersebut
dapat diketahui melalui kemampuan berbahanya. Semakin bagus dalam menggunakan
bahasa akan terlihat perbendaharaan kata, serta kepribadian orang tersebut. terkadang
tidak semua orang memiliki kemampuan berbahasa dengan bagus. Oleh karena itu
penilaian seseorang dapat diketahui melalui penggunaan gaya bahasanya. Dari pengertian
gaya bahasa menurut para ahli, dapat disimpulkan bahwa gaya bahasa merupakan wujud
penggunaan bahasa dengan menggunakan variasi kosakata oleh seorang penulis atau
pembicara dalam mengungkapkan ide pikiran, perasaan, dan gagasan. Pengungkapan bisa
dengan cara lisan maupun tulisan tergantung situasi penggunaan bahasa tersebut. Cara
menggunakan bahasa tidak hanya dengan pilihan kata, melainkan frasa, klausa, dan
kalimat, serta dapat juga dalam bentuk wacana yang utuh. Agar menimbulkan ketertarikan

228


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

dan suatu perasaan pada para pembaca maupun pendengar untuk mengetahui maksud sang
penulis.

Gaya bahasa merupakan bentuk retorik, yaitu penggunaan kata-kata dalam berbicara dan
menulis untuk meyakinkan atau mempengaruhi penyimak dan pembaca (Tarigan, 2013:4).
Menurut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 2008:70) gaya bahasa mempunyai
pengertian yaitu, pemanfaatan atas kekayaan bahasa oleh seseorang dalam bertutur atau
menulis, pemakaian ragam tertentu untuk memperoleh efek-efek tertentu, keseluruhan
ciri-ciri bahasa sekelompok penulis sastra. Penggunaan gaya bahasa ditentukan
berdasarkan kesesuaian dan ketepatan pemilihan kata. Penggunaan gaya bahasa yang tepat
bisa menarik perhatian penerimanya. Bila kita melihat gaya secara umum, kita dapat
mengatakan bahwa gaya adalah cara mengungkapkan diri sendiri, entah melalui bahasa,
tingkah laku, berpakaian, dan sebagainya. Dilihat dari segi bahasa, gaya bahasa adalah
cara menggunakan bahasa.

Gaya bahasa sindiran merupakan gaya bahasa berkias yang tidak akan tampak makna
aslinya. Penggunaan gaya bahasa sindiran ditujukan agar seseorang merasa dan
melakukan perubahas atas sindiran dari seseorang. Keistimewaan gaya bahasa sindiran
dapat dilihat melalui penggunaan kata berkias di dalamnya. Semakin bagus dalam
menggunakan kata kata akan menciptakan kesan khusus ketika menuturkan pada
seseorang yang menjadi sasaran. Bahasa berkias yang mengungkapkan suatu sindiran
untuk tujuan menciptakan kesan serta pengaruh terhadap pembaca maupun pendengar
disebut sebagai gaya bahasa sindiran. Menurut Fitri (2015: 102) sindiran terdiri atas tiga
aspek yaitu sinisme, ironi, dan sarkasme. Menurut Ratna (2012:447) gaya bahasa sindiran
terdiri dari enam majas, yaitu innuide, antifrasis, pemakaian kata, ironi, sinisme, dan
sarkasme. Menurut Waridah (2017:372) Gaya bahasa sindiran terdapat lima aspek yaitu
sarkasme, ironi, antifrasis, innuide, serta sinisme.

Sindiran berdasarkan pada kesaksian yang mengandung ejekan terhadap keikhlasan dan
ketulusan hati seseorang disebut sinisme. Gaya bahasa sinisme berasal dari kata Yunani
yang mengandung kebaikan dan kebajikan, terletak pada pengendalian diri. Setelah itu,
mereka akan menjadi seorang pengkritik yang keras atas kebiasaan mereka (Keraf,
2009:143). Sejalan dengan Tarigan (2013:91) gaya bahasa sinisme sejenis gaya bahasa
yang berupa sindiran yang berbentuk kesangsian yang mengandung ejekan terhadap
keikhlasan dan ketulusan hati. Contoh dari gaya bahasa sinisme. Suaramu sangat merdu
sehingga memecahkan anak telingaku. Mengenai contoh tersebut Suaramu sangat merdu
yang berarti keindahan suara yang dimiliki seseorang. Sehingga memecahkan anak
telingaku berarti suara yang kurang enak untuk didengar telinga. Contoh di atas
merupakan kesaksian dari seseorang yang telah mendengar suara dari nyanyian orang lain
yang memiliki suara kurang enak untuk didengar sehingga ketika didengar kurang enak
dinikmati telinga. Sinisme yaitu sindiran langsung, berdasarkan kesaksian seseorang yang
agak kasar dan mengandung ejekan secara langsung. Penggunaan sinisme berdasar pada
kesaksian seseorang yang pernah mengalami dan mengetahui suatu hal yang tidak
disetujuinya. Hal tidak disetujui tersebut bisa berupa keadaan yang tidak sepatutnya
dipergunakan.

Gorys Keraf (2009:143) menyatakan bahwa sinsisme adalah gaya bahasa sebagai suatu
sindiran yang berbentuk kesangsian yang mengandung ejekan terhadap keikhlasan dan

229


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

ketulusan hati. Sinisme merupakan sindiran terhadap suatu hal yang telah dilakukan oleh
seseorang. Dimana pada gaya bahasa sindiran ini dalam bentuk pernyataan yang
sebenarnya atau secara terang-terangan. Gaya bahasa sindiran sinisme bersifat sinis,
mengejek, dan memandang rendah. Pada gaya bahasa sindiran sinisme ini
pengungkapannya kasar, tetapi tidak sekasar sarkasme.

Penerapan Komunikasi Efektif Dalam Penulisan Berita pada saat seorang bidan datang
kerumah Anda menganjurkan menggunakan susu bubuk Nestle untuk anak kesangan
Anda. Bidan menjelaskan bahwa susu Nestle kandungannya sama dengan susu ibu. Bidan
menjelaskan dengan menggunakan seragam putih rumah sakit dan masih tercium bau
aroma rumah sakit. fakta ini akan menjadikan orang mempercayai dan mengikuti anjuran
si bidan. Tidak terpikirikan oleh anda bagaimana ketika susu bubuk itu tidak sesui dengan
kondisi anak anda tidak seperti Asi semestinya.

Seorang ustazd berceramah menggaungkan kebaikan dan tanggung jawab diatas mimbar
dengan memakai celana jeans dan berpakaian lusuh dengan menggunakan kalung
tengkorak, besar kemungkinan anda tidak akan percaya dan menganggap orang gila yang
terobsesi menjadi ustazd.

Paparan contoh diatas menunjukan bahwa isi pesan yang di sampaikan seorang
komunikator akan efektif apabila disertai dengan keadan nya sendiri. Ia tidak dapat
menuyuruh oreng lain mengikuti apa yang di katakan saja akan tetapi melihat siapa yang
mengatatakan(Rahmat, 2005: 255) bila seorang komunikator memiliki pengaruh terhadap
isi pesan yang di sampaikan, ini menunjukan kekuatan, aroma, gaya, profesi, berdampak
terhadap warna pesan positif atau negatif. Aristoteles (Cangara, 2004), mengatakan bahwa
suatu pesan akan terlaksana dengan efektif melalui tiga unsur saja yaitu sumber, pesan,
dan penerima.

Kemudia Aristoteles menulis: “persuasi tercapai karena karakteristik personal pembicara,
yang ketika iaya menyamapaikan pembicaraannya kita menganggapnya dapat di percaya.
Kita lebih penuh dan lebih cepat percayapada orang-orang baik dari pada orang lain: ini
berlaku umumnya pada masalah apa saja dan secara mutlak berlaku ketika tidak mungkin
ada kepastian dan pendapat berbagi, tidak benar, anggapan pembicara tidak berpengaruh
apa-apa pada kekuatan persuasinya: sebaliknya karakternya hampir bisa di sebut sebagai
alat persuasi yang paling efektif yang di milikinya (Aristoteles, 1954:45) selain karakter
menjadi poin penting dalam mempengaruhi isi pesan, kekutan bahasa juga bagian penting
dalam menetukan keefektifan komunikasi orang.

Isi pesan akan bersifat persuasive ketika jenis pesan verbal dan non verbal dipadukan.
Pada proses pembuatan berita untuk menarik pembaca maka tidaka hanya sekedear berita
saja yang disajikan akantetapi harus di tambahkan gambar sebagai bentuk non verbalnya.
Sajian berita oleh Sonya Hellen Sinombar akan mudah di pahami dan di terima dengan
menyajaikan pesan dan gambar dalam mendiskrifsikan isi pesan. Dalam menyusun proses
isi komunikasi yang tepat, perlu adanya komunikator yang kompeten, sehingga penulis
perlu mempertimbangkan komunikator dari sisi: 1) kredibilitas; 2) daya tarik dan 3)
kekuatan, (Cangara,2017).Siapa pun yang menjadi komunikator dalam penyampaian
pesan sebaiknya memiliki kompetensi dan kekuatan yang mendukung kepercayaan
masyarakat pada pemerintah. (Fadjarini Sulistyowati1, Nina Uswatun Hasanah, 2020)

230


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Dalam pembuatan berita tidak hanya terfokos pada susunan bahasa juga harus di pahami
bagaimana kredebilitas dan profil dari pembuat berita sangat mendukung hasil persentase
dari berita bisa di pahami dan di terima oleh pembaca.

3.0 METODE PENELITIAN
Penelitian ini merupakan penelitian kualitatif dengan metode deskriptif. Penelitian
kualitatif didefinisikan sebagai metode penelitian ilmu-ilmu sosial yang mengumpulkan
dan menganalisis data berupa kata-kata atau kalimat (Afrizal,2014:11). Metode penelitian
yang digunakan adalah teknik deskriptif kualitatif. Subjek penelitian ini adalah Rubrik
Kompas, Darurat Pendidikan, Anak Miskin Semakin Tertinggal Pelajaran Selama
Pandemi, Penulis Sonya Hellen Sinombor Edisi 30 Agustus 2020. Objek dalam penelitian
ini adalah pengungkap gaya bahasa sinisme yang terdapat pada Rubrik Kompas, Darurat
Pendidikan, Anak Miskin Semakin Tertinggal Pelajaran Selama Pandemi, Penulis Sonya
Hellen Sinombor Edisi 30 Agustus 2020. Data penelitian ini adalah kalimat dalam Rubrik
Kompas, Darurat Pendidikan, Anak Miskin Semakin Tertinggal Pelajaran Selama
Pandemi, Penulis Sonya Hellen Sinombor Edisi 30 Agustus 2020. Sumber data penelitian
adalah Rubrik Kompas, Darurat Pendidikan, Anak Miskin Semakin Tertinggal Pelajaran
Selama Pandemi, Penulis Sonya Hellen Sinombor Edisi 30 Agustus 2020. Teknik
pengumpulan data dalam penelitian ini menggunakan teknik dokumentasi. Data yang akan
diteliti sudah didokumentasikan sebelumnya, hal ini bertujuan untuk membantu peneliti
dalam memperoleh data yang diinginkan. Pengambilan data dalam penelitian ini dilakukan
dengan cara pencatatan kalimat bahasa berupa penggalan kalimat yang mempunyai
konteks utuh. Data diidentifikasi berdasarkan gaya bahasa, sinisme data dikumpulkan dan
diurutkan secara sistematis berdasarkan format data identifikasi dan klasifikasi yang telah
ditentukan.

4.0 PEMBAHASAN
Hasil dan pembahasan penelitian ini mencakup penggunaan jenis gaya bahasa, sinisme.
Pada Rubrik Kompas, Darurat Pendidikan, Anak Miskin Semakin Tertinggal Pelajaran
Selama Pandemi, Penulis Sonya Hellen Sinombor Edisi 30 Agustus 2020. Setelah hasil
yang diperoleh dipaparkan, selanjutnya dibahas pada bagian pembahasan. Berdasarkan
data yang telah diperoleh dan kemudian dianalisis oleh peneliti. Peneliti menyimpulkan
bahwa data yang terdapat pada Rubrik Kompas, Darurat Pendidikan, Anak Miskin
Semakin Tertinggal Pelajaran Selama Pandemi, Penulis Sonya Hellen Sinombor Edisi 30
Agustus 2020 mencakup bebepara jenis gaya bahasa sinisme sebagai berikut.

i. Laporan terbaru Badan Perserikatan Bangsa-Bangsa untuk Anak atau Unicef
mengungkap setidaknya sepertiga atau 31 persen anak sekolah di seluruh dunia
kesulitan mengakses pembelajaran jarak jauh selama sekolah ditutup pada masa
pandemi Covid-19.

ii. Dari laporan tersebut disebutkan bahwa anak-anak usia sekolah yang paling
mungkin tertinggal pelajaran berasal dari rumah tangga termiskin dan tinggal di
kawasan perdesaan.

iii. Dari hasil survei Unicef yang diluncurkan Kamis (27/8/2020) terungkap ada
sekitar 463 juta anak yang tidak bisa mengikuti pembelajaran jarak jauh (PJJ).
Henrietta Fore, Direktur Eksekutif Unicef, mengingatkan, jumlah besar anak yang
pendidikannya terhenti selama berbulan-bulan dan tanpa kepastian menunjukkan
situasi darurat di sektor pendidikan.

231


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

iv. Secara global, survei Unicef menemukan 72 persen murid yang tidak dapat
mengakses pembelajaran adalah anak-anak yang berasal dari rumah tangga
termiskin di negaranya.

v. Sementara di negara-negara berpendapatan menengah ke atas, anak-anak dari
rumah tangga termiskin menyumbang 86 persen dari keseluruhan murid yang tidak
bisa melakukan PJJ.

vi. Laporan Unicef memberikan konfirmasi, betapa pandemi Covid-19 sangat
berdampak besar pada kelangsungan pendidikan anak-anak keluarga miskin di
perdesaan.

vii. Survei yang dilakukan Unicef bersama Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan
menunjukkan sekitar 45 juta anak sekolah telah didukung melalui PJJ, baik daring
maupun luring. Namun, 35 persen siswa yang disurvei melaporkan koneksi
internet yang buruk.

viii. Tidak semua keluarga memiliki kemewahan tersebut, apalagi keluarga miskin,
baik di perdesaan maupun perkotaan. Kalaupun ada telepon genggam, bukan yang
canggih yang bisa mendukung pembelajaran.

ix. Belum lagi urusan kuota internet. Bagi keluarga miskin, kebutuhan makan sehari-
hari menjadi hal yang paling utama.

x. Bahkan, di sejumlah desa, guru-guru di sekolah banyak yang berstatus honorer,
yang ekonominya juga dalam kondisi sulit.

xi. Berdasarkan Statistik Kesejahteraan Indonesia tahun 2019, kurang dari 15 persen
anak perdesaan rata-rata memiliki komputer atau laptop untuk mengakses internet
di rumah mereka. Di daerah perkotaan hanya 25 persen yang memiliki perangkat
tersebut.

xii. Kenyataannya, saat pandemi, bukannya belajar dari rumah, sejumlah anak seperti
di wilayah Nusa Tenggara Timur, Kalimantan Barat, dan DKI Jakarta justru
melakukan aktivitas lain di rumah, bahkan menjadi pekerja anak yang rentan
mengalami kekerasan.

xiii. Bahkan, di Waingapu, NTT, ada anak yang tidak sekolah, berkeliaran di jalan raya
dan pasar, serta menjadi penjual sirih pinang, sayuran, ikan, dari pagi sampai
malam. Ada yang disuruh orangtua, ada juga yang dibayar orang lain. Di
Bengkayang, anak-anak malah menjadi pekerja di kebun sawit.

xiv. Menurut Analis Kebijakan Publik WVI, Tira Maya Malino, pandemi Covid-19
memberi dampak bagi anak-anak di sejumlah daerah. Selain tidak bisa bersekolah
secara aktif, sejumlah anak yang berasal dari keluarga ekonomi lemah terpaksa
mengalihkan aktivitas mereka ke hal lain. Beberapa menjadi pekerja untuk
membantu orangtuanya mencari nafkah.

xv. Komisioner Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) Bidang Pendidikan,
Retno Listyarti, menilai pembelajaran daring menunjukkan disparitas yang tinggi
dalam pelayanan pendidikan antara anak-anak dari keluarga kaya dan miskin.

xvi. Kenyataannya, selama pandemi, anak-anak dari keluarga miskin paling terdampak
dari PJJ. Mereka tidak terlayani karena mungkin saja tidak memiliki segalanya,
mulai dari alat daring, kuota internet, televisi, hingga tak ada listrik seperti terjadi
di beberapa daerah.

xvii. ”Kalau anak-anak miskin tidak dibantu intervensi oleh negara, mereka bisa tak
terlayani pembelajaran sama sekali selama pandemi. Mereka akan tertinggal
pembelajaran dan kemungkinan anak-anak dari keluarga miskin memilih bekerja
serabutan atau malah menikah di usia anak,” ujar Retno.

232


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Kalimat 1 menggunakan majas sinisme yang menyindir anak sekolah seperti kalimat 31
persen anak sekolah di seluruh dunia kesulitan mengakses pembelajaran jarak jauh
selama sekolah ditutup pada masa pandemi Covid-19. Jadi secara tidak langsung kalimat
tersebut memberikan sindiran pada anak sekolah di seluruh dunia karena kesulitan dalam
pembelajaran jarak jauh selama pasca pandemi covid.

Kalimat 2 terdapat menggunakan majas sinisme yang menyindir anak sekolah miskin.
Terdapat kalimat Dari laporan tersebut disebutkan bahwa anak-anak usia sekolah yang
paling mungkin tertinggal pelajaran berasal dari rumah tangga termiskin dan tinggal di
kawasan perdesaan. Secara tidak langsung kalimat tersebut menyindir anak-anak sekolah
golongan bawah atau miskin yang jauh tertinggal dalam pembelajaran selama pandemi,
khususnya daerah pedesaan.

Kalimat 3 terdapat kalimat penggunaa majas sinisme yang menyindir anak yang tidak bisa
belajar jarak jauh seperti kalimat, Dari hasil survei Unicef yang diluncurkan Kamis
(27/8/2020) terungkap ada sekitar 463 juta anak yang tidak bisa mengikuti pembelajaran
jarak jauh (PJJ). Henrietta Fore, Direktur Eksekutif Unicef, mengingatkan, jumlah besar
anak yang pendidikannya terhenti selama berbulan-bulan dan tanpa kepastian
menunjukkan situasi darurat di sektor pendidikan. Secara tidak langsung ujaran tersebut
menyindir anak yang berjumlah 463 juta yang tidak bisa mengikuti pembelajaran jarak
jauh karena situasi darurat pandemi dan menghambat dalam proses belajar.

Kalimat 4 terdapat pengunaan majas sinisme seperti ujaran kalimat Secara global, survei
Unicef menemukan 72 persen murid yang tidak dapat mengakses pembelajaran adalah
anakanak yang berasal dari rumah tangga termiskin di negaranya. Secara tidak langsung
ujaran dari kalimat tersebut menyindir anak-anak miskin yang tidak dapat mengakses
pembelajaran bahkan sudah menemukan 72 persen murid.

Kalimat 5 terdapat penggunaan majas sinisme dalam ujaran kalimat. Sementara di negara-
negara berpendapatan menengah ke atas, anak-anak dari rumah tangga termiskin
menyumbang 86 persen dari keseluruhan murid yang tidak bisa melakukan PJJ. Secara
tidak langsung kalimat tersebut menyindir anak-anak murid kalangan miskin di setiap
negara yang tidak bisa melakukan pembelajaran jarak jauh karena terkendala akses.

Kalimat 6 terdapat penggunaan majas sinisme seperti kalimat Laporan Unicef
memberikan konfirmasi, betapa pandemi Covid-19 sangat berdampak besar pada
kelangsungan pendidikan anak-anak keluarga miskin di perdesaan. Dari ujaran kalimat
tersebut secara tidak langsung menyindir anak-anak yang menjalankan pendidikan
khususnya kalangan miskin dan pedesaan yang memiliki dampat besar dalam
pembelajaran di musim pandemi.

Kalimat 7 terdapat pemanfaatan majas sinisme seperti kalimat Survei yang dilakukan
Unicef bersama Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan menunjukkan sekitar 45 juta
anak sekolah telah didukung melalui PJJ, baik daring maupun luring. Namun, 35 persen
siswa yang disurvei melaporkan koneksi internet yang buruk. Dari ujaran kalimat tersebut
secara tidak langsung menyindir 35 persen anak dalam akses internet pembelajaran yang
buruk.

233


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Kalimat 8 terdapat penggunaan majas sinisme terdapat kalimat Tidak semua keluarga
memiliki kemewahan tersebut, apalagi keluarga miskin, baik di perdesaan maupun
perkotaan. Kalaupun ada telepon genggam, bukan yang canggih yang bisa mendukung
pembelajaran. Secara tidak langsung kalimat ujaran tersebut menyindir secara tidak
langsung kepada keluarga yang mewah memiliki fasilitas telepon yang canggih yang bisa
mendukung anak dalam belajar dibandingkan dengan keluarga kalangan bawah yang tidak
memiliki fasilitas yang tidak memadai dalam hal media telepon seluler yang tidak bisa
mendukung dalam fasilitas belajar anak.

Kalimat 9 terdapat pemanfaatan majas sinisme terdapat kalimat Belum lagi urusan kuota
internet. Bagi keluarga miskin, kebutuhan makan sehari-hari menjadi hal yang paling
utama. Secara tidak langsung kalimat tersebut menyindir keluarga miskin yang paling
diutamakan adalah kebutuhan makan sehari-hari yang diutamakan setelah itu baru fasilitas
belajar anak.

Kalimat 10 tersebut terdapat penggunaan majas sinisme seperti kalimat Bahkan, di
sejumlah desa, guru-guru di sekolah banyak yang berstatus honorer, yang ekonominya
juga dalam kondisi sulit. Secara tidak langsung kalimat tersebut menyindir guru-guru
honor yang ekonominyayang cukup sulit dalam kondisi pandemi. Bahkan kesulitan dalam
fasilitas dana untuk belajar daring.

Kalimat 11 terdapat penggunaan majas sinisme seperti ujaran kalimat, Berdasarkan
Statistik Kesejahteraan Indonesia tahun 2019, kurang dari 15 persen anak perdesaan rata-
rata memiliki komputer atau laptop untuk mengakses internet di rumah mereka. Di daerah
perkotaan hanya 25 persen yang memiliki perangkat tersebut. Secara tidak langsung
kalimat tersebut menyindir anak-anak pedesaan yang memiliki fasilitas internet yang
rendah dan tidak memadai untuk belajar daring. Berbanding jauh dengan dengan anak
daerah perkotaan yang memiliki fasilitas belajar internet yang mendukung.

Kalimat 12 terdapat penggunaan majas sinisme seperti kalimat Kenyataannya, saat
pandemi, bukannya belajar dari rumah, sejumlah anak seperti di wilayah Nusa Tenggara
Timur, Kalimantan Barat, dan DKI Jakarta justru melakukan aktivitas lain di rumah,
bahkan menjadi pekerja anak yang rentan mengalami kekerasan. Secara tidak langsung
kalimat tersebut menyindir anak-anak yang memiliki rentan kekerasan dalam pembelajaran
musim pandemi. Paling sering terjadi di daerah pedesaan.

Kalimat 13 terdapat penggunaan majas sinisme seperti kalimat Bahkan, di Waingapu, NTT,
ada anak yang tidak sekolah, berkeliaran di jalan raya dan pasar, serta menjadi penjual
sirih pinang, sayuran, ikan, dari pagi sampai malam. Ada yang disuruh orangtua, ada juga
yang dibayar orang lain. Di Bengkayang, anak-anak malah menjadi pekerja di kebun
sawit. Secara tidak langsung kalimat tersebut menyindir anak-anak daerah NTT yang tidak
sekolah dan berkeliaran di jalan raya dan pasar dan menjual sayuran dipasar bahkan ada
yang disuruh orang tua maupun orang lain.

Kalimat 14 terdapat penggunaan majas sinisme seperti kalimat Komisioner Komisi
Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) Bidang Pendidikan, Retno Listyarti, menilai
pembelajaran daring menunjukkan disparitas yang tinggi dalam pelayanan pendidikan
antara anak-anak dari keluarga kaya dan miskin. Daru ujaran kalimat tersebut KPAI

234


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Bidang Pendidikan, menyindir kepada pelayanan pendidikan antara anak-anak keluarga
miskin dan keluarga kaya, yang berbeda jauh dalam fasilitas belajar daring.

Kalimat 15 terdapat pemanfaatan majas sinisme seperti kalimat Komisioner Komisi
Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) Bidang Pendidikan, Retno Listyarti, menilai
pembelajaran daring menunjukkan disparitas yang tinggi dalam pelayanan pendidikan
antara anak-anak dari keluarga kaya dan miskin. Komisioner Komisi Perlindungan Anak
Indonesia (KPAI) Bidang Pendidikan, Retno Listyarti, menilai pembelajaran daring
menunjukkan disparitas yang tinggi dalam pelayanan pendidikan antara anak-anak dari
keluarga kaya dan miskin.

Kalimat 16 terdapat pemanfaatan majas sinisme seperti penggunaan kalimat
Kenyataannya, selama pandemi, anak-anak dari keluarga miskin paling terdampak dari
PJJ. Mereka tidak terlayani karena mungkin saja tidak memiliki segalanya, mulai dari alat
daring, kuota internet, televisi, hingga tak ada listrik seperti terjadi di beberapa daerah.
Secara tidak langsung kalimat tersebut menyindir anak-anak miskin yang terkena dampak
dalam Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ). Bahkan sampai tidak terlayani karena fasilitas akses
internet yang tidak memadai.

Kalimat 17 terdapat penggunaan majas sinisme seperti penggunaan kalimat, ”Kalau anak-
anak miskin tidak dibantu intervensi oleh negara, mereka bisa tak terlayani pembelajaran
sama sekali selama pandemi. Mereka akan tertinggal pembelajaran dan kemungkinan
anak-anak dari keluarga miskin memilih bekerja serabutan atau malah menikah di usia
anak,” ujar Retno. Dari ujaran kalimat tersebut terdapat sindiran secara tidak langsung
anak-anak miskin yang tidak dibantu intervensi oleh negara, dan bisa terlayani selama
belajar di musim pandemi. Akibat tidak terlayani, menimbulkan kesejangan sosial pada
anak, seperti, bekerja serabutan dan nikah diusia muda.

Gaya bahasa sinisme yang terdapat pada Rubrik Kompas, Darurat Pendidikan, Anak
Miskin Semakin Tertinggal Pelajaran Selama Pandemi, Penulis Sonya Hellen Sinombor
Edisi 30 Agustus 2020. Memanfaatkan gaya bahasa termasuk sindiran ini sebagai alat
memperkuat dan memperjelas pernyataan melalui sindiran yang disampaikan secara halus,
agak kasar, hingga kasar. Penggunaan majas, sinisme dalam Rubrik kompas memancarkan
bagaimana cara menyampaikan sindiran secara halus. Dengan demikian pilihan atas gaya
bahasa yang digunakan dalam Rubrik kompas menjadi penunjuk identitas salah satu
penulis di Rubrik kompas dalam mewakili perasaan dan pikirannya secara umum. Dari
hasil pembahasan tersebut dapat didasari berdasarkan para ahli Sementara itu, menurut
Nurdin, Maryani, dan Mumu (2004, hlm. 27) berpendapat bahwa sinisme ialah bahasa
sindiran yang pengungkapannya dibuat lebih besar. Besar dalam artisan pengucapannya
dibuat lebih tajam daripada makna yang ingin diberikan. Misalnya jika kita ingin memberi
tahu bahwa seseorang tampak lebih gemuk dari sebelumnya maka kita akan
mengibaratkannya dengan gentong atau hal lain yang besar/gempal. Terkadang majas ini
memang dikombinasikan dengan majas lain seperti majas simile, bahkan metonimia.

5.0 PENUTUP
Berdasarkan analisis dan pembahasan tersebut, maka dapat disimpulkan sebagai berikut.,
pertama penggunaan jenis gaya bahasa dalam Rubrik Kompas, Darurat Pendidikan, Anak
Miskin Semakin Tertinggal Pelajaran Selama Pandemi, Penulis Sonya Hellen Sinombor

235


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Edisi 30 Agustus 2020 dominan menggunakan gaya bahasa sinisme yang menggunakan
kata kiasan dengan makna yang digunakan untuk memberikan sindiran secara langsung
kepada orang lain.

Rujukan

Ade Nurdin, Yani Maryani, dan Mumu. (2004). Intisari Bahasa dan Sastra Indonesia
untuk SMU. Bandung: CV. Pustaka Setia.

Agus. Heru. (2018). Gaya Bahasa Sindiran Ironi, Sinisme dan Sarkasme Dalam Berita
Utama Harian Kompas. Jurnal Pembelajaran Bahasa dan Sastra Indonesia. Vol. 8.
No. 2. pp 43-54.

Afrizal. (2014). Metode Penelitian Kualitatif. Jakarta:
Rajagrafindo Aminudin. (1995). Pengantar Apresiasi Karya Sastra. Bandung : Sinar Biru.
Aristoteles, (1954). Rhetoric and Politics. New York. Random House.
Cangara, H. (2005). Pengantar Ilmu Komunikasi. PT. Raja Grafindo Persada
Fadjarini Sulistyowati1, Nina Uswatun Hasanah, (2020) Jurnal Riset Komunikasi

JURKOM“Strategi Komunikasi Pemerintah Indonesia dalam Penanganan COVID-
19 pada Majalah TEMPO Edisi Maret-Juli 2020
Fitri, Rahma. (2015), KITAB Super Lengkap EYD (Ejaan Yang Disempurnakan) dan Tata
Bahasa Indonesia, Jakarta : Ilmu Media.
Kadek. S, Ida. A, dll. (2015). Analisis Gaya Bahasa Berita Kisah Pada Harian Kompas
Maret. Jurnal Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia. Vol. 3, No.1. pp 23-30
Keraf, Gorys. (1996). Diksi dan Gaya Bahasa.. Jakarta: PT.Gramedia Pustaka
Utama.
Keraf, G. (2009). Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: Gramedia.
Kridalaksana, Harimurti .(2008). Kamus Linguistik. Jakarta; PT. Gramedia Pustaka

Utama.
Rakhmat, Jalaluddin. (2005). Psikologi Komunikasi. Bandung : PT. Remaja
Ratna, Nyoman Kutha. (2012). Penelitian Sastra: Teori, Metode, dan Teknik. Yogyakarta:

Pustaka Pelajar.
Tarigan, H. G.(2013). Berbicara Sebagai Suatu Keterampilan Berbahasa. Bandung:

Angkasa.
Wahya & Waridah, E. (2017). Buku Besar Bahasa Indonesia. Jakarta: Bmedia.
Zaky, (2018). “Pengertian Limbah Secara Umum dan Menurut Para Ahli”. (Online).

Dikutip dari https://www.zonareferensi.com/pengertian-limbah/. Pada hari Sabtu
tanggal 10 September 2021 pukul 22.50 WIB.

236


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

PEMBELAJARAN AKTIF MELALUI KAEDAH FLIPPED CLASSROOM

Mohd. Fadzly bin Wasriep

IPG Kampus Keningau

[email protected]

ABSTRAK
Flipped classroom ialah kaedah pengajaran yang memberi tumpuan kepada sesi pembelajaran murid di luar
kelas. Kaedah berpusatkan murid ini membantu murid untuk mendapatkan gambaran awal tentang tajuk
yang akan dipelajari di dalam kelas. Penulisan ini akan membincangkan dapatan kajian berkaitan aspek-
aspek pembelajaran aktif melalui kedah Flipped classroom. Sebuah kajian kes telah dijalankan di empat
buah sekolah rendah. Kajian ini disertai oleh empat orang guru cemerlang untuk melihat aplikasi kaedah
flipped classroom di dalam pengajaran subjek sains sekolah rendah. Antara dapatan penting daripada kajian
kes ini ialah penekanan aspek pembelajaran aktif yang dapat dilihat di fasa-fasa pelaksanaan flipped
classroom. Fasa tersebut merangkumi fasa sebelum, semasa, dan selepas flipped classroom. Intisari
pembelajaran aktif tersebut ialah, pencarian maklumat pada fasa sebelum flipped classroom, penghasilan
projek sains semasa flipped classroom, dan pembentangan projek selepas flipped classroom. Kajian ini
memerlukan pengujian lebih meluas secara kualitatif mahupun kuantitatif di konteks lain peringkat sekolah
rendah. Hal ini adalah untuk menambahkan pemahaman tentang bagaimana kaedah flipped classroom
diaplikasi di sekolah rendah khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sains.

Kata kunci: Flipped classroom, Sains

1.0 PENGENALAN
1.1 Flipped Classroom
Flipped classroom adalah fokus utama kajian ini. Flipped classroom ialah pendekatan
pengajaran dan pembelajaran, yang memberi fokus kepada mempelajari maklumat yang
berkaitan di rumah dan kemudiannya melakukan aktiviti pembelajaran di kelas. Ia juga
adalah tentang meningkatkan penggunaan masa di dalam kelas agar murid boleh lebih
terlibat dengan aktiviti penyelesaian masalah, komunikasi aktif dalam kalangan komuniti
pembelajaran, dan mendapatkan maklum balas segera daripada guru (S. F. A. Rahman et
al., 2020). Satu kajian menunjukkan bahawa flipped classroom mempunyai nilai kolerasi
tinggi dengan peningkatan motivasi, penglibatan murid, peningkatan aktiviti pembelajaran
dan pembelajaran efektif (Naori, 2016). Tiga manfaat daripada kaedah flipped classroom
ialah penilaian formatif, pencegahan salah konsep, dan meningkatkan komunikasi dan
hubungan dengan ibu bapa (Webel et al., 2018). Selain itu, guru boleh meluangkan lebih
banyak masa untuk aktiviti pembelajaran dan memperbetul miskonsepsi (Yıldrım & Kıray,
2016). Murid yang lemah juga telah dilihat menunjukkan perubahan positif dan
peningkatan motivasi dalam menyertai aktiviti pembelajaran (Naori, 2016). Flipped
classroom mementingkan pembelajaran aktif kerana memberi fokus kepada aktiviti
pembelajaran berpusatkan murid (Jorge, 2015)

1.2 Pembelajaran Aktif
Terdapat banyak aktiviti yang boleh mencetuskan pembelajaran aktif. Antaranya yang
mudah untuk diaplikasi ialah, murid masuk ke kumpulan masing-masing, guru memanggil
murid secara rawak untuk ditanya soalan, dapatkan jawapan lain dari murid lain secara
sukarela, kemudian sambung pengajaran. Proses ini mengambil masa singkat, masa
seminit hingga tiga minit, namun dapat membuat semua murid terjaga dan aktif dengan
bahan pembelajaran. Apabila soalan yang sama ditanyakan di dalam ujian, mereka boleh
menjawabnya. Hal ini boleh dikatakan pembelajaran aktif (Felder & Brent, 2009). Melalui

237


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

pembelajaran aktif, murid dapat belajar melalui penerokaan. Kebiasaannya, apabila murid
mula melibatkan diri dengan sesi pembelajaran, mereka akan bertanyakan soalan. Guru
perlu menjawab soalan tersebut apabila murid bertanya dan meneruskan perbualan
berkenaan hal pembelajaran (Scank, 1994). Seperti yang dicadangkan oleh pusat
pengajaran dan inovasi Universiti Toronto, aktiviti pembelajaran aktif boleh berlaku dalam
beberapa cara iaitu membaca, berfikir dan perbincangan kritikal, penulisan idea, membuat
pemerhatian sikap dan nilai individu, menerima dan memberi maklum balas, dan membuat
refleksi kepada proses pembelajaran. Aktiviti ini boleh melibatkan aktiviti individu,
berpasangan, kumpulan kecil atau satu kumpulan kelas yang besar.

Pembelajaran aktif sememangnya memberikan banyak manfaat kepada guru dan murid.
Oleh yang demikian, reformasi cara pengajaran yang mementingkan aplikasi kaedah
pembelajaran aktif adalah diperlukan (Michael, 2016). Hal ini adalah kerana, perubahan
cara pengajaran yang mementingkan pembelajaran berpusatkan murid dan aktif semakin
giat diperkatakan (Nouri, 2016). Pembelajaran aktif ini mestilah setara dengan keperluan
murid, keperluan silibus dan kompetensi guru.

1.3 Teori Sociocultural
Teori sosiobudaya menyatakan bahawa pengetahuan terbentuk dan dikembangkan melalui
interaksi individu atau antara ahli komuniti. Dalam komuniti pengajaran, pengetahuan
dibincangkan, dipersetujui dan dikembangkan untuk membangunkan aktiviti pembelajaran
yang lebih kaya (Wang et al., 2011). Kepentingan peranan yang dimainkan oleh guru, ibu
bapa, rakan sebaya dan komuniti juga penting, dari perspektif sosiobudaya Vygotskian dan
teori pengalaman pembelajaran pengantara (MLE) Feuerstein. Pendekatan ini menekankan
bahawa interaksi kanak-kanak dengan persekitaran pembelajaran boleh memulakan aktiviti
pembelajaran (Kozulin, 2002).

Dalam beberapa dekad, terdapat peningkatan minat dalam teori sosiobudaya dan kesannya
terhadap pengajaran dan pembelajaran bilik darjah (John-Steiner & Mahn, 1996).
Berdasarkan teori pembelajaran sosiobudaya Vygotskian, murid diberi tanggungjawab
untuk belajar secara autonomi (Panhwar et al., 2016). Pembelajaran autonomi ini berlaku
dalam dua tetapan pembelajaran, iaitu inter-psikologi dan intra-psikologi. Daripada tetapan
pembelajaran ini, murid pada mulanya akan memperoleh pengetahuan daripada individu
dan masyarakat lain dan kemudian mengukuhkan pembelajaran mereka dengan
mengaplikasikannya semula kepada konteks baharu. Pembelajaran dan pembangunan
tertanam dalam peristiwa sosial dan terhasil daripada interaksi murid dengan orang lain,
objek, dan peristiwa dalam persekitaran kolaboratif (Vygotsky, 1978).

Oleh itu, teori sosiobudaya merupakan aspek asas dalam memupuk pengetahuan murid.
Para murid membina pengetahuan mereka semasa melakukan aktiviti pembelajaran seperti
yang diterangkan dalam teori pembelajaran konstruktivisme. Proses pembinaan
pengetahuan melalui pengalaman pembelajaran dalam persekitaran murid adalah salah satu
fasa penting semasa aktiviti pembelajaran.

2.0 METODOLOGI
Pengumpulan data dalam penyelidikan ini diarahkan ke arah mencari siapa, apa, dan
bagaimana dengan situasi (Phillippi & Lauderdale, 2017). Kajian kes menggunakan
pelbagai sumber data, seperti temu bual, pemerhatian, dokumen, dan artifak (Creswell,

238


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

2018). Sumber data boleh daripada pelbagai sumber data, termasuk pita video, surat
khabar, surat, buku, dan apa sahaja yang boleh mendedahkan beberapa jawapan kepada
persoalan kajian (Corbin & Strauss, 1990). Setiap prosedur telah dirancang untuk
triangulasi data untuk meningkatkan kredibiliti data (Merriam & Tisdell, 2016). Nota
lapangan juga digunakan (Bluff, 2005) semasa pemerhatian dalam kelas bukan peserta
(Chen Hsieh et al., 2017). Pemerhatian peserta menggunakan borang pemerhatian (Zainol
Abidin et al., 2012), tugasan penilaian, dan semakan dokumen sampel kerja guru dan
murid.

Dalam kajian kes ini, persampelan bukan kebarangkalian digunakan. Contoh bukan
kebarangkalian ialah persampelan kemudahan, bertujuan, dan kuota (Naderifar et al.,
2017). Walau bagaimanapun, persampelan bertujuan digunakan untuk memberi tumpuan
kepada mereka yang diketahui mengalami fenomena yang diminati (Groenewald, 2004).
Pemilihan informan pertama dimulakan dengan persampelan rawak (Merriam, 2002).
Seterusnya, persampelan adalah berdasarkan bakal informan yang mempunyai minat dan
kelayakan. Kemudian, peserta seterusnya ialah informan yang boleh memberikan data
yang berkaitan dengan penyelidikan ini (Creswell, 2012). Akhir sekali, persampelan
bertujuan adalah berdasarkan kriteria penting dalam memilih siapa yang akan ditemu bual
dan tapak apa yang perlu diperhatikan (Merriam, 2002). Kaedah pensampelan bola salji
digunakan memandangkan ia mencabar untuk mengakses subjek dengan ciri sasaran
(Naderifar et al., 2017).

Proses transkripsi yang sistematik telah dijalankan dari segi memberi makna kepada data.
Langkah ini termasuk pengekodan, kunci yang muncul (Sandelowski, 2000), sub-kategori
dan kategori, sub-tema, dan tema pusat (Ellen dan Marcus, 2003). Selain itu, penggunaan
memo (Unruh et al., 2016), seperti nota kod digunakan untuk menghuraikan nota lapangan
untuk menjejaki sebarang perkembangan konsep. Ia juga boleh menjelaskan sebarang
konsep yang berkaitan dalam dapatan (Corbin & Strauss, 1990).

Kajian ini menggunakan pelbagai analisis kes untuk menganalisis data dalam setiap kes
dan merentas semua kes (Vaismoradi et al., 2013). Analisis data dimulakan dengan
penemuan kes 1. Berdasarkan dapatan data, pembentukan tema berkaitan adalah daripada
dua proses utama iaitu penentuan kata kunci dan pembangunan kata kunci. Pengesanan
kata kunci ini adalah berdasarkan perkataan yang besar dan bermakna yang terdapat dalam
ayat atau mewakili petikan ayat tertentu. Kata kunci atau kod ini akan membentuk tema
kecil. Subtema ini terhasil daripada mensintesis kata kunci untuk membentuk ayat pendek
berdasarkan bukti daripada konteks ayat tertentu. Akhir sekali, tema minor ini akan
dipautkan untuk membentuk tema yang menonjol yang boleh merangkumi keseluruhan
tema minor yang dihasilkan.

3.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian dapat dibahagikan kepada aktiviti murid mencari maklumat, menghasilkan
projek sains dan membuat pembentangan.

3.1 Aktiviti Pencarian Maklumat
Bagi aktiviti pencarian maklumat bagi fasa sebelum aktiviti bilik darjah, guru dan murid
ditanya mengenai apakah aktiviti yang telah mereka lakukan sebelum masuk ke kelas.
Aktiviti yang telah dilakukan secara aktif ialah aktiviti pencarian maklumat;

239


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Kes 1:
13:41 Teacher: “Kalau kerja berkumpulan pula, ada ketua kumpulan kan” [Cikgu Anna]
15:9 Fadil: “Kami cari maklumat. Sedia bahan mau dibawa”
Fadil: “ada dorang bantu. Dorang tolongkan kami cari maklumat yang kami enda tahu…”
[Kes 1 – murid]
13:42 Teacher: “ketua ni pun sebenarnya jadi pembantu juga. kawan-kawan dalam
kumpulan nanti kan tanya pada ketua kumpulan…”
Teacher: “Ni murid baca di rumah, datang kelas terus buat aktiviti macam berkumpulan,
cara pembelajaran murid lebih kepada perbincangan bila berkumpulan.”
[Cikgu Anna]
Perbincangan kumpulan seolah-olah menjadi bahagian kritikal dalam aktiviti kerja
kumpulan. Bahagian ini terhasil daripada guru kerana murid harus mengembangkan
pemahaman mereka tentang konseptual yang berkaitan. Peranan ketua kumpulan adalah
penting untuk membimbing ahli kumpulan. Ketua kumpulan membantu ahli kumpulan
memahami arahan pembelajaran dan menyusun peranan ahli kumpulan dalam aktiviti.
[Nota lapangan]

Kes 2:
23:50 “masa mereka sharing idea, mereka boleh buat”
23:44 “bahagian murid saya rasa memang baik la sebab mereka cari maklumat itu kan,
mereka datang ke kelas bermaklumat…”
[Cikgu Bella]
Murid berkongsi pengalaman yang ditanya oleh guru semasa pembentangan kerja
kumpulan.
[Nota lapangan]
21:52 Samantha : “Lepastu kasi example” Iona : “dan ada orang tanya soalan” Veila :
“Kawan-kawan tanya”
22:7 Veila : “Sebelum kami mula kami bincang dulu” Iryana : “Bukan terus mula”
22:9 Samantha : “Dengar satu-satu yang dari apa kawan baca.”
[Murid – kes 2] Mereka telah menerima beberapa soalan daripada rakan mereka dan
menjawabnya dengan sewajarnya. Selain itu, soal jawab juga berlaku pada fasa awal
pelajaran sains. Guru menanyakan beberapa soalan yang menimbulkan minat untuk
mengumpulkan tumpuan murid terhadap skop pembelajaran pada hari itu. Para murid
memulakan aktiviti sains selepas membincangkan tentang aktiviti tersebut dan bagaimana
untuk mencapainya.
[Nota lapangan]

Kes 3:
46:30 “Aktivti fc (flipped classroom) dirumah maksud saya, mencari maklumat, membaca
bahan yang manarik dan menyediakan bahan”
[Cikgu Conor]
5:37 Fideli: “Tahu untuk mencari maklumat.”
5:38 Eva: “Taip lepas itu dia keluar.”
5:39 alisa: “Iya, Mencari maksud.”
7:24 Eva: “Bantu kami lebih faham”
7:25 Aswaliza: “Supaya aktiviti kami senang untuk buat, sebab suda tau macamana
caranya” [Kes 3 – murid]

240


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Kes 4:
2:114 “cari maklumat tentang cara haiwan melindungi diri”
2:6 Del: “ya. Yang mau tulis di kertas”
2:12 Mc: “lepas tu kami buat pameran.. di kelas”
45:11 Wel: “Kami cari-cari maklumat”
45:12 Mcbrian: “Baca buku teks”
45:13 Del: “Tengo (look at) jugalah internet, bila kena suru cigu”
45:15 Sherry: “Menanya ibubapa kalau dorang free (untuk membantu)” [Kes 4 - murid]

3.2 Aktiviti Penghasilan Projek Sains
Bagi aktiviti ini, guru dan murid telah ditanya tentang apakah aktiviti pembelajaran yang
dilakukan di dalam kelas. Maklum balas yang diterima ialah aktiviti menghasilkan atau
menyiapkan projek sains;

Kes 1:
Aktiviti hands-on menggalakkan aktiviti pembelajaran aktif melalui penyertaan murid
dalam kerja dalam kumpulan. Berikut adalah petikan mengenai aktiviti hands-on flipped
classroom:

13:2 “Kita dapat fokus kepada hands-on aktiviti. Bagi kakak hands-on aktiviti ni tersangat
lah penting.” 13:39 “Dari pdp yang baru-baru ni kakak nampak murid lebih faham konsep
sebab dorang buat handson kan.”
13:56 “Dari pemerhatian, sangat positif sebab semua ambil bahagian dalam aktiviti.
Terutamanya aktiviti hands-on…” [Cikgu Anna]

Guru menekankan aktiviti hands-on untuk menggalakkan pemerolehan pengetahuan
konseptual. Guru memerhatikan bahawa pelajarnya dapat memahami dengan lebih baik
konsep sains selepas menyelesaikan aktiviti hands-on di flipped classroom. Bagi guru,
penyertaan murid dalam aktiviti flipped classroom adalah penting untuk mengurangkan.
[Nota Lapangan]

Kes 2:
23:17 “cari maklumat dan sebagainya. Lepastu baru jalankan projek di sekolah.”
23:33 “saya selalunya akan galakkan murid cari maklumat sendiri di rumah”
23:26 “saya minta mereka cari maklumat dirumah lepas itu mereka akan buat, selesaikan
projek…” [Cikgu Bella]

Kes 3:
Terdapat banyak aktiviti yang boleh disepadukan oleh guru dengan pendekatan flipped
classroom.
Aktiviti tersebut tidak diwajibkan untuk berasaskan Internet seperti petikan berikut;
5:1 Fadeli: “Aktiviti yang paling saya suka masa sama Sir, aktiviti Fun fair”
5:3 Aswaliza: “Kami membuat haiwan imaginasi”
5:13 Eva: “Buku scrap”
5:67 Aswaliza: “Bila kami siap PBL baru kami membentang macam tu..” [Kes 3 – murid]

241


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Para murid telah mengalami aktiviti pembelajaran aktif melalui pendekatan flipped
classroom. Aktiviti ini bukanlah aktiviti biasa yang berpusatkan guru, seperti mendengar
kuliah dan mencatat nota dari papan putih. [Nota lapangan]

4:8 “aktiviti atau apa-apa skill kemahiran yang melibatkan kolaborasi dalam antara rakan”
46:22 “melalui perbincangan, dorang bertukar idea”
46:23 “Dari perbincangan berkumpulan, melalui perbandingan pendapat dari rakan yang
lain.” [Cikgu Conor]

Kes 4:
1:110 “Contoh, hari ini project based learning minggu depan buat lagi projek, aktiviti kan.”
1:44 “maklumat masa luar itu, diaorang akan guna itu untuk menyelesaikan projek” [Cikgu
David]

3.3 Aktiviti Pembentangan Projek
Guru dan murid telah ditanya berkenaan aktiviti selepas sesi flipped classroom. Guru-guru
dan murid yang terlibat telah memberikan pendapat mereka tentang aktiviti pembentangan
yang telah mereka laksanakan.

Kes 1:
14:15 Adib: “5 orang..”
15:7 Anis: “selalu kami bantu la juga.. ajar dorang”
Puteri: “kami tulis di satu kertas.. lepas tu bentang”
15:1 Putri: “Kami buat aktiviti pembentanga”
15:15 Putri: “Lepas bentang kami jawab juga soalan”
15:16 Anis: “Soalan dari kawan”
15:17 Putri: “Kami terangkanlah apa yang dorang enda faham” [Kes 1 - murid]

Kes 2:
21:1 Samantha : “Kami buat pembentangan”
21:22 Iona : “Bukan pemenang Kami bagi tau macamana dia hidup dalam desert begitu..
ada yang boleh terbang.…”
21:51 Iona : “Lepas tu present depan,” Iryana : “Ya depan kelas”
22:3 Samantha : “Yang ini gambar kumpulan kawan saya bentang hari tu” [Kes 2 - murid]

Kes 3:
46:33 “saya selit, tanya murid, dan ahli kumpulan bentang, tanya lagi apa pendapat murid
dari kumpulan lain…”
4:16 “ataupun saya suka pakai perkataan “authentic audience” di mana murid perlu
membentangkan…”
[Cikgu Conor]
5:67 Aswaliza: “Bila kami siap PBL baru kami membentang macam tu..”
7:3 Aswaliza: “Kami lukis haiwan yang kami bincang,”
7:30 Aswaliza: “Yang kami bincang lepas tu bentang satu-satu”
Kes 3 - murid]

242


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Kes 4:
47:22 “pengurusan grafik, maklumat dari sini la sebenarnya bagi kelebihan pada diaorang
masa pembentangan…”
47:27 “Pembentangan selalunya membentang sama ada di depan, atau di meja kumpulan
masingmasing,” [Cikgu David]

Dapatan kajian yang telah direkodkan di dalam artikel ini telah memaparkan tentang
aktiviti pembelajaran aktif melalui kaedah flipped classroom. Murid telah terlibat secara
aktif di dalam aktiviti pembelajaran mereka. Manakala guru telah memainkan peranan
mereka dalam membimbing aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid.

4.0 PERBINCANGAN
Bahagian perbincangan adalah berkenaan dengan pembelajaran aktif melalui flipped
classroom, kepentingan pembelajaran aktif dan pelaksanaan flipped classroom di sekolah
rendah.

4.1 Pembelajaran Aktif Melalui Flipped Classroom
Cikgu Bella menggalakkan aktiviti pembelajaran aktif di kalangan murid. Cikgu David
menyebut bahawa beliau berpuas hati dengan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid.
Para murid bertanggungjawab untuk belajar berdasarkan apa yang mereka putuskan untuk
lakukan dalam projek sains, seperti yang disebutkan oleh Cikgu Conor. Puan Anna juga
menyebut pilihan murid dalam aktiviti pembelajaran mereka:

23:33 “saya selalunya akan galakkan murid cari maklumat sendiri di rumah”
23:26 “saya minta mereka cari maklumat dirumah lepas itu mereka akan buat, selesaikan
projek…”. [Cikgu Bella]

13:31 “Walaupun kita bagi kebebasan murid untuk discover sendiri, hakikatnya murid
sangat perlu dibimbing”. [Cikgu Anna]

4:2 “pembelajaran berasaskan projek ni saya rasa kita akan memberi mereka lebih pilihan
dalam kelas” 46:21 “Saya dapati setiap murid mengambil peranan dalam menyiapkan kerja
mereka.”
4:43 “lebih kepercayaanlah kepada murid untuk mengambil tanggungjawab terhadap
pembelajaran sendirila”. [Cikgu Conor]

47:60 “Untuk kasi dedah diaorang dengan cara belajar berdikari macam ni pun satu yang
kira puas suda bagi guru…” [Cikgu David]

Cikgu Bella menekankan memudahkan aktiviti dan projek kumpulan. Semua guru
memberi tumpuan untuk menggalakkan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid
sepanjang sesi pembelajaran flipped classroom. Cikgu Anna menambah, walaupun murid
membuat keputusan di mana dan bagaimana untuk mencari maklumat, bimbingan guru
adalah penting. Menurut Cikgu Conor, beliau memberi kepercayaan kepada murid untuk
memikul tanggungjawab untuk mempelajari sains melalui sesi pembelajaran dalam kelas.

243


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

4.2 Kepentingan Pembelajaran Aktif
Contoh aktiviti pembelajaran aktif ialah pembelajaran berasaskan projek, model
pembelajaran, eksperimen, dan pembentangan kerja kumpulan. Pembelajaran berasaskan
projek ialah salah satu aktiviti dalam kelas yang digunakan oleh cikgu David, cikgu Bella,
dan cikgu Conor:

1:110 “Contoh, hari ini project-based learning minggu depan buat lagi projek, aktiviti kan”.
1:44 “maklumat masa luar itu, diaorang akan guna itu untuk menyelesaikan projek”.
[Cikgu David]

23:17 “cari maklumat dan sebagainya. Lepastu baru jalankan projek di sekolah.” [Cikgu
Bella]

4:45 “dia (flipped learning) boleh memberikan tugasan atau memberi projek di mana murid
itu akan menjalankannya sendirilah” [Cikgu Conor]

Cikgu David menyebut aktiviti pembelajaran flipped claaroom yang selalu dijalankannya.
Cikgu Bella dan cikgu David mengasaskan projek pembelajaran berdasarkan maklumat
terdahulu murid, seperti yang dinyatakan. Sememangnya sesi pembelajaran flipped
classroom membantu murid melakukan aktiviti projek pembelajaran secara autonomi.
Cikgu Conor merujuk kepada rancangan pengajaran tahunan (RPT) dan menetapkan
jangka masa penyiapan sebelum menyerahkan projek kepada murid. Cikgu Conor dan
Cikgu David menambah bahawa tugas pembelajaran berasaskan projek telah digabungkan
daripada beberapa topik yang sesuai:

4:14 “projek yang..yang dirancang dan juga tempoh masa yang … ditentukan dalam RPT
juga…” 4:5 “Time framelah. Time frame yang di..di..di perlukan untuk mereka siapkan
projek mereka. Ya”.
4:11 “contohnya dalam empat minggu mereka akan siapkan model itu dan juga
merancang”
4:42 “gunakan contain or topik-topik yang lain dalam satu projek yang sama”.[Cikgu
Conor]
1:93 “Kita kena adjust, satu. Biasanya dalam topik-topik ini kan, topik-topik Sains ini ada
bahagian…”
1:96 “Dari aktiviti itu kita gabungkan dalam satu tajuk itu apa kemahiran yang boleh
gabung…” 1:43 “nanti bila dalam kelas kan ada tugasan yang kami combine dengan ehm..
project based learning bah itu” [Cikgu David]

Cikgu Conor dan Cikgu David menggabungkan topik dan kemahiran yang sesuai untuk
beberapa projek pembelajaran. Aktiviti membuat model yang disebut oleh Cikgu Conor
ialah membuat model haiwan imaginasi. Murid menyelesaikan projek dalam lebih daripada
satu minggu, bergantung kepada tugasan yang diberikan.

Guru juga menjalankan aktiviti pembelajaran aktif lain seperti membuat model sains,
permainan pembelajaran, eksperimen, dan pembentangan kerja kumpulan. Pembelajaran
flipped classroom membantu guru merancang dan menjalankan aktiviti sains di dalam bilik
darjah seperti yang disebutkan oleh Cikgu Conor:

244


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

46:1 “saya menggunakan flipped classroom ini untuk menjalankan.. membantu saya buat
aktivitiaktiviti sains”
46:3 “Datang kelas sains terus bole proceed buat aktiviti”
46:40 “tapi semua aktiviti mesti murid itu ada buat sesuatu yang luar dari kebiasaan dan
memberikan keseronokan” [Cikgu Conor]

13:8 “kamu belajar dirumah, sampai sekolah tak paya belajar, kita buat aktiviti dan
permainan ja” 13:56 “Dari pemerhatian, sangat positif sebab semua ambil bahagian dalam
aktiviti. Terutamanya aktiviti hands-on…”
13:39 “Dari pdp yang baru-baru ni kakak nampak murid lebih faham konsep sebab dorang
buat handson” [Cikgu Anna]

24:12 “Yaang (memberi contoh) saya mau dorang datang ke kelas dengan berpengetahuan
dan kita pun senang mau set up aktiviti.” [Cikgu Bella]

1:94 “Jadi bila kita masuk dalam kelas lebihkan banyak buat aktiviti”
1:95 “Kita tidak payah macam bagi nota, bagi tulis di depan, itu bikin lambat lagilah.”
1:94 “Jadi bila kita masuk dalam kelas lebihkan banyak buat aktiviti” [Cikgu David]

Cikgu David bersetuju bahawa melakukan aktiviti hands-on di dalam bilik darjah adalah
satu keutamaan. Cikgu Anna terus melakukan aktiviti hands-on kerana penglibatan positif
murid. Beliau menambah bahawa aktiviti hands-on membantu murid memahami topik
dengan lebih mudah. Beliau turut mengingatkan murid supaya bersedia sebelum
melakukan aktiviti sains pada pelajaran seterusnya. Cikgu Bella mengadakan aktiviti
hands-on selepas murid mendapat maklumat awal. Cikgu Conor menekankan aktiviti-
aktiviti yang baru untuk murid merasai pembelajaran yang menyeronokkan.

Pendekatan pembelajaran aktif menggalakkan penglibatan murid melalui aktiviti
pembelajaran aktif seperti perbincangan dan kerja kumpulan. Melalui aktiviti ini, guru
memudahkan potensi kognitif murid. Pengaktifan kognitif merujuk kepada merangsang
pemikiran kritis aras tinggi murid, penyelesaian masalah, dan kemahiran membuat
keputusan semasa berinteraksi dengan rakan sebaya dan guru. Penggunaan arahan rakan
sebaya dalam persekitaran pembelajaran flipped classroom dapat meningkatkan pemikiran
kritis murid dalam aktiviti pembelajaran (Jageer Singh & Raja Harun, 2021).

Walaupun ICT digunakan secara meluas dalam aktiviti pembelajaran flipped classroom
berdasarkan literatur, ICT dan Internet tidak diwajibkan dalam penyelidikan ini. Daripada
kajian ini, aspek yang paling penting ialah menggalakkan murid mempunyai pengetahuan
kandungan terdahulu berdasarkan maklumat yang mereka cari dan aktiviti pembelajaran
aktif semasa sesi dalam kelas. Guru daripada empat kes tersebut menjalankan aktiviti
pembelajaran yang lebih aktif di dalam bilik darjah untuk memudahkan perkembangan
pengetahuan murid melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna.

Walaupun kebanyakan guru dan murid sekolah luar bandar sering diketepikan kerana
kekurangan teknologi dan kemudahan (Kiang & Yunus, 2021), dapatan kajian ini
mendedahkan bahawa sekolah luar bandar mempunyai beberapa persamaan. Persamaan
yang paling ketara ialah melaksanakan sesi pembelajaran aktif antara kawasan sekolah
bandar dan pinggir bandar. Murid menjalankan sesi pembelajaran aktif ini semasa sesi

245


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

pembelajaran di dalam bilik darjah. Murid menunjukkan komitmen yang tinggi untuk
menyelesaikan aktiviti pembelajaran. Mereka membuat persediaan yang baik sebelum
melakukan aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Sekolah-sekolah ini telah melaksanakan
beberapa aktiviti pembelajaran aktif, seperti pembelajaran berasaskan projek dan
pembentangan projek secara berkumpulan.

Guru bersetuju bahawa pembelajaran aktif adalah elemen penting dalam pelaksanaan
kaedah flipped classroom ini. Semua guru tahu bahawa masa pembelajaran di dalam bilik
darjah perlu digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Guru
telah memberikan tumpuan yang lebih untuk membimbing murid menguasai pembelajaran
di dalam bilik darjah. Guru tidak lagi perlu menghabiskan terlalu banyak masa untuk
menerangkan konsep asas yang diperlukan oleh murid untuk belajar di dalam kelas.
Mereka sedar bahawa masa pembelajaran bagi mata muri dan sains adalah terhad, justeru
kaedah flipped classroom ini perlu dilaksanakan.

4.3 Pelaksanaan Flipped Classroom Di Sekolah Rendah
Sesi pembelajaran flipped classroom terdiri daripada tiga sesi: sesi pra-kelas, dalam kelas
dan pasca kelas. Sesi pra kelas tertumpu kepada persediaan pengajaran dan pembelajaran
di rumah, sesi dalam kelas tertumpu kepada memudahkan aktiviti pembelajaran aktif di
dalam bilik darjah, dan sesi selepas kelas tertumpu kepada penilaian aktiviti pembelajaran
selepas aktiviti pembelajaran flipped classroom. Sebelum interaksi pembelajaran
bersemuka dalam kelas seterusnya, sesi pra-kelas akan berlaku, manakala sesi dalam kelas
dan selepas kelas akan berlaku semasa pelajaran.

ICT hanya bertindak sebagai medium pengetahuan kerana maklumat juga boleh datang
daripada bentuk cetakan lain, seperti buku. Daripada semua kes, pelaksanaan flipped
classroom telah dijalankan tanpa mengira penggunaan ICT. Sebagai contoh, penggunaan
ICT bukanlah fokus utama di kawasan sekolah luar bandar kerana fokus utama adalah
untuk mencari maklumat daripada mana-mana sumber maklumat di luar sekolah. Aspek
penting dalam flipped classroom sekolah rendah ialah harus mencari dan menyediakan
beberapa maklumat awal, dan guru harus menjalankan aktiviti pembelajaran aktif di dalam
kelas.

Aktiviti pembelajaran aktif adalah kunci kepada pembinaan pengetahuan. Aktiviti yang
dijalankan oleh guru di dalam bilik darjah seharusnya menggalakkan untuk belajar secara
aktif mengambil bahagian dalam pelajaran secara aktif kerana mereka mempunyai
keinginan yang lebih positif untuk pelajaran, boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan
mereka, dan berfikir secara kritis dan kreatif. Melalui aktiviti pembelajaran aktif, sesi
pembelajaran flipped classroom menjadi lebih berkesan.

Aktiviti pembelajaran flipped classroom lebih penting daripada aktiviti pembelajaran di
rumah. Murid boleh membuat perhubungan maklumat yang mereka perolehi dari luar
sekolah dan mengaplikasikannya dalam aktiviti pembelajaran. Mereka boleh
menggunakan maklumat dan bahan semasa aktiviti dalam kelas, yang paling penting tanpa
mengira bahan atau maklumat yang mereka dapat dari luar kelas. Guru menjadi fasilitator
semasa aktiviti di dalam kelas. Di sini, peranan guru sangat penting untuk membantu dan
membimbing aktiviti pembelajaran.

246


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Guru adalah penggerak utama mana-mana pelajaran yang berjaya kerana guru sepatutnya
merancang pengajaran. Gagal merancang bermakna merancang untuk gagal.
Keberkesanan sesuatu pelajaran bergantung kepada perancangan guru dan cara guru
menjalankan perancangan. Pembelajaran flipped classroom masih boleh dilakukan tanpa
mengira lokasi sekolah, seperti kawasan sekolah luar bandar atau bandar. Guru perlu mahir
dalam bidang pengajaran mereka untuk mendapatkan maklumat dan bimbingan yang betul.
Seorang guru juga perlu menggalakkan menyelesaikan tugasan pembelajaran di luar bilik
darjah. Selain itu, seorang guru harus kreatif dalam mengatasi sebarang halangan
pengajaran dengan beberapa penyelesaian kreatif.

RUJUKAN

Felder, R. M., & Brent, R. (2009). Active learning: An introduction. ASQ Higher Education
Brief, 2(4). https://www.researchgate.net/publication/242102584

Jorge Reyna. (2015). Active Learning and the Flipped Classroom (FC). In Training and
Development. https://www.researchgate.net/publication/311681438

Kiang, N. H., & Yunus, M. M. (2021). What do Malaysian ESL teachers think about
flipped classroom? International Journal of Learning, Teaching and Educational
Research, 20(3), 117–131. https://doi.org/10.26803/ijlter.20.3.8

Michael, J. (2006). Where’s the evidence that active learning works? Adv Physiol Educ,
30,

159–167. https://doi.org/10.1152/advan.00053
Nouri, J. (2016). The flipped classroom: for active, effective and increased learning –

especially for low achievers. International Journal of Educational Technology in
Higher Education, 13(1). https://doi.org/10.1186/s41239-016-0032-z

Rahman, S. F. A., Yunus, M. M., & Hashim, H. (2020). The uniqueness of flipped
learning approach. International Journal of Education and Practice, 8(3), 394–404.
https://doi.org/10.18488/journal.61.2020.83.394.404
Schank, R. C. (1994). Active Learning through Multimedia. In IEEE Multimedia (Vol. 1,
pp. 69–78). https://doi.org/10.1109/93.295270
Yıldrım, F. S., & Kıray, S. A. (2016). Flipped Classroom Model in Education.pdf. In
Research Highlights in Education and Science. ISRES Publishing. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/335756684_FLIPPED_CLASSROOM_
MO DEL_IN_EDUCATION

247


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

PEMIKIRAN REKA BENTUK DALAM SUBJEK BAHASA MELAYU MEMBANTU MURID
BERFIKIR DENGAN LEBIH KRITIS DAN KREATIF

Khairul Ekmal bin Roselee

SK Pokok Sena, TS25 Pulau Pinang

[email protected]

ABSTRAK
Subjek Bahasa Melayu merupakan subjek teras yang mesti diikuti oleh murid-murid. Bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi kebangsaan yang berfungsi sebagai bahasa komunikasi utama dalam negara. Dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 melahirkan hasrat untuk memartabatkan mata pelajaran
Bahasa Melayu melalui inovasi. Revolusi Perindustrian 4.0 telah banyak memberi kesan terhadap kehidupan
kita. Sektor pendidikan juga tidak terkecuali dalam menerima agenda perubahan ini. STEM merupakan
agenda utama pendidikan pada masa kini kerana ianya melibatkan kemahiran berfikir yang lebih tinggi serta
penerokaan pembelajaran yang lebih holistik. Pembelajaran berasaskan projek amat digemari oleh murid-
murid kerana ianya melibatkan aktiviti Hands On, KBAT dan menarik. Berdasarkan ciri-ciri tersebut,
pendekatan Pemikiran Reka Bentuk Dalam Subjek Bahasa Melayu dicipta bagi menarik kembali minat murid
terhadap subjek Bahasa Melayu. Tambahan pula, pendekatan ini juga merupakan satu platform untuk murid-
murid menghasilkan atau mencipta inovasi berdasarkan isu. Uniknya pendekatan ini kerana ianya melibatkan
kemahiran berfikir aras tinggi murid dalam menyelesaikan isu yang dibincangkan. Memandangkan
Pentaksiran Bilik Darjah menjadi medium utama dalam pentaksiran kepada murid-murid, pendekatan ini
amat sesuai diterapkan kerana pendekatan ini membantu muridmurid untuk berfikir dengan lebih kritis dan
kreatif di samping membentuk murid yang aktif sewaktu PdP. Kesannya, guru dapat memberi TP yang
cemerlang berdasarkan hasil muridmurid. Pendekatan ini juga amat sesuai digunakan sewaktu PdPr. Banyak
impak yang dapat dilihat apabila murid-murid menggunakan pendekatan ini. Murid yang pasif menjadi aktif
dan murid yang pendiam menjadi murid yang paling banyak memberikan idea.

Kata kunci: STEM, Pembelajaran Berasaskan Projek, KBAT, Hands On, Inovasi, Pentaksiran Bilik Darjah

1.0 PENGENALAN
Sejak STEM diperkenalkan di sekolah, perubahan minat murid terhadap subjek Sains dan
Matematik semakin meningkat. Ia merupakan seiring dengan dasar dan misi negara untuk
melahirkan individu yang berilmu dengan kemajuan sains dan teknologi. Walaupun
tumpuan subjek Sains dan Matematik ini menjadi tunjang utama negara pada masa kini,
subjek teras seperti Bahasa Melayu perlu juga diberikan perhatian kerana Bahasa Melayu
merupakan bahasa rasmi negara dan juga merupakan salah satu identiti negara. Berikut
merupakan keputusan kuiz yang dijalankan terhadap murid-murid 6 Cempaka pada tahun
2020.

248


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Keputusan Kuiz Bahasa Melayu kelas 6 Cempaka 2020

20

18 19

16 8
16 4
1
14 Pemahaman

12

10

8

6 77

4

2
2

0

Penulisan

Cemerlang Baik Sederhana Lemah

Keputusan PBD Bahasa Melayu Kelas 6 Cempaka 2020

18 Menulis Mendengar dan Bertutur
16 65432
14
12
10
8
6
4
2
0

Membaca

Hasil pemerhatian dan keputusan yang dinyatakan menunjukkan tahap prestasi murid-
murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tidak begitu memuaskan. Tambahan pula, mata
pelajaran Bahasa Melayu bukan menjadi subjek pilihan murid-murid kerana mereka
menganggap mata pelajaran Bahasa Melayu ini agak membosankan dan tiada aktiviti
“Hands On” yang dapat menjadikan mereka berasa seronok serta aktif untuk belajar.

Tambahan pula, kualiti penyampaian PdP guru juga memainkan peranan yang penting
dalam melahirkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. If you hope for a better
education for your children, first you must hope for a quality teacher.(Richard Dufour,
2001). Setiap kali tamat waktu PdP, saya akan membuat refleksi yang berkaitan PdP saya.

249


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Sebagai contoh, saya akan bertanyakan kepada diri saya, adakah PdP pada hari ini berjaya?
Mengapa murid ada yang tidak menjawab soalan ? Adakah murid faham apa yang
disampaikan oleh saya ? Apakah kelemahan saya pada hari ini ?

Berdasarkan soalan inkuiri tersebut, saya mendapati bahawa kaedah yang digunakan tidak
memberi murid-murid untuk aktif belajar. Melalui keputusan kuiz juga, saya dapat
rumuskan bahawa faktor yang menjurus kepada keputusan tersebut ialah murid kurang
berminat terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu, kemahiran berfikir yang tidak kreatif
dan kritis serta pendekatan guru yang tidak melahirkan suasana pembelajaran yang
bermakna dan menyeronokkan. Oleh itu, sebagai guru subjek mereka, saya perlu mencari
pendekatan yang lebih komprehensif dan kreatif dalam membantu murid – murid untuk
meningkatkan kemahiran mereka dalam subjek Bahasa Melayu.

Six hats is a parallel thinking that help to improve our idea and to find better
solution.(Edward De Bono,2014). Untuk peringkat pertama, saya berpendapat bahawa saya
perlu membimbing muridmurid dalam menguasai kemahiran berfikir dengan lebih kritis
dan kreatif. Jadi, dengan menggunakan pendekatan yang diperkenalkan oleh Edward De
Bono, saya percaya ianya dapat membantu muridmurid menguasai kemahiran berfikir
dengan lebih komprehensif.

2.0 FOKUS KAJIAN
Keputusan kuiz yang djalankan menunjukkan bahawa murid-murid kurang memberikan
tumpuan sewaktu PdP mata pelajaran Bahasa melayu serta lebih 50% murid masih
mendapat Tahap Penguasaan PBD di tahap sederhana. Fokus kajian ini adalah untuk
membantu murid-murid aktif belajar sewaktu PdP mata pelajaran Bahasa Melayu dan
membimbing murid-murid meningkatkan kemahiran berfikir (KBAT) dengan lebih kritis
kreatif bagi membantu mereka meningkatkan Tahap Penguasaan PBD pada penggal
seterusnya.

2.1 Tinjaun Awal
Selain keputusan kuiz, saya juga menjalankan aktiviti temubual bersama murid untuk
mengutip data.
Hasil temubual tersebut adalah seperti berikut :

Guru : Azim, kamu suka belajar Bahasa Melayu tak ?
Murid : Kurang, Cikgu.
Guru : Kenapa ?
Murid : Sebab subjek BM ni bosan dan tak macam subjek Sains, ada eksperimen.

Temubual tersebut membutikan bahawa murid sebenarnya berminat belajar apabila
melibatkan aktiviti seperti projek dan eksperimen. Aktiviti seperti itu membuatkan murid-
murid menjadi aktif untuk belajar serta melahirkan semangat inkuiri murid-murid untuk
mendalami tajuk dengan lebih analitik.

Setelah hampir sebulan saya menjalankan kajian, sekolah terpaksa ditutup kerana perintah
kawalan pergerakan (PKP). PdP terpaksa dijalankan melalui dalam talian bagi memastikan
muridmurid tidak ketinggalan. Pada awalnya, kehadiran murid-murid dalam PdPr sangat
memuaskan kerana pelbagai aplikasi menarik yang digunakan untuk membantu murid-
murid menguasai tajuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

250


Click to View FlipBook Version