SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
2.0 METODOLOGI
Kajian tindakan ini bersifat deskriptif dan naratif memandangkan data dikumpulan melalui
temubual, pemerhatian dan ujian. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menenah Kebangsaan
Agama Keningau, Sabah Sekolah iaitu seramai 8 orang murid Tingkatan 1 yang terdiri
daripada 4 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan.
2.1 Perancangan
Setelah guru membuat refleksi pdpc dan menjalankan tinjauan awal melalui analisis dokumen
iaitu lembaran kerja matematik, saya mendapati, murid keliru dalam membuat perkaitan
konsep operasi asas arimetik. Murid kelihatan teragak-agak dalam menyelesaikan soalan
matematik. Oleh itu, saya telah merancang satu aktiviti menggunakan model blok 3D secara
maujud untuk mengatasi isu yang timbul.
2.2 Tindakan
Murid dibekalkan dengan blok 3D berwarna untuk menyelesaikan soalan melibatkan operasi
penambahan integer. Murid diperkenalkan dengan blok 3D berwarna kuning sebagai integer
positif manakala blok 3D berwarna merah sebagai nombor integer negatif.
Guru membuat simulasi di hadapan kelas berdasarkan contoh soalan yang diberikan
menggunakan blok 3D berwarna bagi membuatkan perkaitan konsep operasi arimetik iaitu
penambahan dan penambahan melibatkan nombor integer negatif dan positif. Proses
pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan menjalankan aktiviti berkumpulan di mana
murid diminta menyelesaikan soalan menggunakan blok 3D berwarna.
Proses pembelajaran murid diteruskan dengan pembentangan hasil kerja murid di hadapan
kelas. Murid diminta menerangkan bagaimana mereka menyelesaikan soalan melibatkan
penambahan dan penolakan bagi nombor integer. Murid membuat simulasi dengan
tunjuk cara bagaimana konsep gabungan blok merah (mewakili integer negatif) dan blok
kuning (mewakili integer positif) akan menghasilkan gabungan bersamaan sifar iaitu (+) (-) =
0
151
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
Jika sebelum ini, murid menjawab soalan dengan hanya membuat imaginasi sendiri
bagaimana proses penambahan dan penolakan integer itu berlaku. Begitu juga pertemuan
integer positif dan integer negatif tidak dapat dibuat secara maujud. Apabila menggunakan
model blok 3D berwarna, murid dapat memegang blok 3D berwarna secara maujud dan proses
penambahan dan penolakan boleh dibuat secara simulasi. Saya juga telah menemubual murid
secara tidak berstruktur bagi mengetahui maklumbalas murid sepanjang menjalankan aktiviti
ini.
2.3 Memerhati
Setelah itu murid juga dibekalkan dengan soalan kuiz sebagai menilai tahap penguasaan murid
bagi subtopik ini. Apa yang menarik, semasa kuiz dijalankan murid melukis gambar model 3D
untuk menyelesaikan soalan kuiz. Ada juga murid yang tidak memerlukan bahan rangsangan
ini malah mampu menyelesaikan soalan dengan cekap.
3.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian diperoleh berdasarkan tiga kaedah pengumpulan data iaitu, pemerhatian,
temubual dan kuiz.
3.1 Pemerhatian
Hasil pemerhatian yang saya jalankan sepanjang kajian mendapati apabila amalan pengajaran
saya hanya menggunakan sumber buku teks, murid-murid kelihatan bosan dan pasif.
Selepas melaksanakan intervensi, murid-murid terlibat aktif, suasana kelas menjadi meriah
dengan suara penerangan oleh rakan sebaya. Murid akan bergerak aktif di dalam kumpulan
dan sibuk menyusun blok 3D apabila intervensi dijalankan. Saya mendapati murid berjaya
menjelaskan konsep operasi penambahan dan penolakan menggunakan blok 3D dengan baik
152
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
dan cekap sekali. Murid cekap menyusun blok-blok berwarna dan mengasingkan apabila
melibatkan pertemuan blok kuning (integer positif) dan blok merah (integer negatif).
3.2 Temubual
Murid 1 “cikgu, seronoknya belajar begini, sambil bermain..”
Murid 2 “blok kuning nombor positif, blok merah nombor negatif, baru saya tahu bila ada
pasangan blok berbeza warna akan jadi sifar..bestlah cikgu!”
Murid 3 “cikgu, kat mana mau beli ni blok, saya sukalah!”
Murid 4 “..saya suka oo belajar begini…”
Murid 5 “tak bosan kalau belajar selalu mamcm ni cikgu..”
Murid 6 “cikgu, cekap sudah saya buat ni soalan, tu blok 3D mudah kasi faham saya..”
Jadual 1: Jadual dapatan temubual murid
3.3 Kuiz
Saya telah menjalankan kuiz terhadap murid-murid saya bagi menilai tahap penguasaan
murid. Dapatan kuiz menunjukkan peningkatan pencapaian yang baik dan
memberangsangkan. Jadual di bawah menunjukkan dapatan kuiz yang telah dijalankan.
Murid Markah Markah lembaran Beza markah
lembaran 1 2
Murid 1 (10 markah) +8
Murid 2 (10 markah) +5
Murid 3 2 10 +7
Murid 4 3 8 +6
Murid 5 3 10 +4
Murid 6 3 6 +4
Murid 7 4 8 +5
Murid 8 4 8 +6
4 9
3 9
Min =3.3
Min = 8.5
Jadual 2: Jadual perbandingan markah kuiz murid
4.0 PERBINCANGAN
Saya telah membuat refleksi secara deskriptif dan naratif erdasarkan dapatan kajian yang
diperoleh. Hasil temubual saya dapat simpulkan bahawa murid seronok menjalankan
pembelajaran menggunakan blok 3D berwarna. Murid sukakan intervensi yang dijalankan,
konsep penambahana dan penolakan integer dapat dibuat menggunakan model secara maujud
tetapi mewakili imaginasi proses arimetik bagi suatu integer. Dapatan kuiz juga menunjukkan
peningkatan penguasaan bagi subtopik ini. Murid 1 menunjukkan peningkatan skor sebanyak
8 markah iaitu dari 2 markah kepada mencapai markah penuh. Manakala murid lain
menunjukkan sekurang-kurangnya peningkatan sebanyak 4 markah daripada 10 markah
keseluruhan.
Intervensi ini juga memberi impak yang positif terhadap suasana pembelajaran murid. Murid
yang pasif menjadi aktif, pembelajaran penerokaan dan simulasi menggunakan model maujud
tetapi mewakili konsep matematik yang betul. Warna blok juga bukan sahaja mampu menarik
minat murid, malah dapat membezakan dan mewakili integer yang berbeza. Tambahan,
153
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
intervensi ini, menambah baik amalan pengajaran saya iaitu memerlukan saya untuk
merancang Pdpc dengan sistematik, membuat pentaksiran bererusan serta menghasilkan Pdpc
yang berkualiti. Bagaimana guru mengawal proses pengajaran turut mempengaruhi kepuasan
belajar murid, motivasi akademik dan pembelajaran murid. (Blaich et al., 2016). Impaknya
dapat dilihat melalui perubahan tingkahlaku positif murid (Blazar & Kraft, 2017). Merujuk
kepada teori perkembangan sosial Vygotsky, sikap terhadap Matematik akan dipengaruhi oleh
pemikiran, perasaan dan tindakan yang diambil. Sikap positif terhadap Matematik contohnya
akan mendorong murid berada di dalam Zone of Proximal Development (ZPD). Kesukaran
yang murid hadapi pada awalnya bagi memahami Matematik yang abstrak dapat didorong
melalui interaksi sosial melalui ZPD (Danoebroto, 2015).
Oleh itu, intervensi yang saya telah jalankan terhadap 8 orang murid saya ini merupakan satu
inisiatif selain mengatasi isu yang timbul dalam penambahan dan penolakan integer malah
turut membentuk sikap murid yang positif melalui dorongan oleh guru sama ada melalui
sokongan emosi dan juga bahan bantu mengajar (BBM) iaitu blok 3D berwarna.
Akhir sekali, saya merancang untuk menggunakan simulasi blok berwarna ini, menggunakan
aplikasi digital seperti Mathbots iaitu mewakili simulasi jubin algebra bagi topik ini. Selain
itu, blok 3D berwarna ini juga bukan sahaja boleh digunakan bagi topik integer malah boleh
dikembangkan kepada topik melibatkan penambahan dan penolakan algebra, topik
kebarangkalian dan juga set.
RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Buku Penerangan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) (Bahagian Pembangunan Kurikulum (ed.); Mac 2016). Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Blaich, C., Wise, K., Pascarella, E. T., & Roksa, J. (2016). Instructional Clarity and
Organization: It’s Not New or Fancy, But It Matters. Change: The Magazine of Higher
Learning, 48(4), 6–13. https://doi.org/10.1080/00091383.2016.1198142
Blazar, D., & Kraft, M. A. (2017). Teacher and Teaching Effects on Students’ Attitudes and
Behaviors. Educational Evaluation and Policy Analysis, 39(1), 146–170.
https://doi.org/10.3102/0162373716670260
Danoebroto, S. W. (2015). Teori Belajar Konstruktivis Piaget dan Vygotsky. Indonesian
Digital Journal of Mathematics and Education, 2, 191–198.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Sekolah Menengah
Matematik Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 3. In Bahagian
Pembangunan Kurikulum (p. 71). Bahagian Pembangunan Kurikulum.
http://www.moe.gov.my/bpk
154
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
KEBERKESANAN PENGGUNAAN VISUALISER DALAM PEMBELAJARAN FUNGSI KUADRATIK
UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Richeal Phil Thien Kim How1, Almasiah Binti Hassan2,
Loretta @ Lily Polus3. Mohd. Faizal bin Norwen4
1,2,3IPG Kampus Tawau. 4JPN Sabah
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan kaedah penggunaan Visualiser
dalam meningkatkan penguasaan murid Tingkatan 4 dalam penyelesaian soalan topik Fungsi Kuadratik berbentuk
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Responden dalam kajian ini terdiri daripada 5 orang murid dari
Tingkatan 4 dimana 5 orang murid tersebut adalah kategori sederhana rendah dalam subjek Matematik bagi
Peperiksaan Pertengahan Semester yang lepas. Data dikumpulkan melalui instrumen iaitu melalui ujian pra dan
ujian pasca dan borang pemerhatian. Hasil analisis data mendapati bahawa terdapat peningkatan gred dalam ujian
pos berbanding ujian pra. Melalui analisis borang pemerhatian pula mendapati bahawa murid-murid amat
berminat terhadap pengajaran menggunakan kaedah penggunaan Visualiser. Keputusan kajian secara menyeluruh
menunjukkan bahawa kaedah pengajaran menggunakan Visualiser adalah berkesan bagi meningkatkan
kefahaman murid dalam menyelesaikan soalan topik Fungsi Kuadratik yang berbentuk KBAT.
Kata Kunci: Visualiser, Fungsi Kuadratik, KBAT, murid Tingkatan 4
1.0 PENGENALAN
Fungsi Kuadratik merupakan salah satu tajuk di bawah bidang pembelajaran Algebra dalam
mata pelajaran Matematik Tambahan Tingkatan Empat (KPM, 2018). Fungsi Kuadratik
dikenal pasti kerap digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam komponen yang sama atau
komponen lain seperti kalkulus, geometri dan trigonometri. Realitinya, KBAT dan Fungsi
Kuadratik merupakan komponan yang penting sebagai kesinambungan menguasai topik lain.
KBAT dikatakan sebagai pemangkin utama dalam menguasai Fungsi Kuadratik (Ibrahim et
al., 2019). Maka, adalah signifikan setiap pelajar dibekalkan dengan kedua-dua kemahiran iaitu
KBAT dan penguasaan Fungsi kuadratik agar tahap kognitif mereka dapat dipertingkatkan
melalui penyelesaian masalah berunsurkan KBAT. Selain itu, aplikasi fungsi kuadratik dalam
kehidupan harian banyak dipraktikkan dalam bidang sains dan kejuruteraan. Natijahnya,
menurut Iberahim et al., (2017), jika pelajar hanya menguasai konsep asas sahaja dengan
berorientasikan peperiksaan tanpa ada pengetahuan KBAT, maka mereka akan kekurangan
daya saing dan agak sukar mendepani landskap pekerjaan di masa hadapan. Dalam peperiksaan
SPM Matematik Tambahan, markah bagi soalan fungsi kuadratik merangkumi 10 % daripada
keseluruhan markah kertas 1 dan Kertas 2 dan merupakan soalan aras kognitif tinggi (Abu
Bakar & Abu Samah, 2021).
Menurut Celik dan Guzel (2017), kefahaman terhadap fungsi memerlukan pemikiran
matematik dengan proses penaakulan yang tinggi berasaskan idea dan pemetaan yang
pelbagai. Pembelajaran fungsi berkaitan dengan fungsi linear dan fungsi kuadratik yang
mana fungsi kuadratik adalah lanjutan daripada fungsi linear dengan darjah yang lebih tinggi.
Namun, pengajaran tradisi Matematik tanpa mengira peringkat kesukarannya banyak
memfokuskan kepada pengajaran yang menggunakan perwakilan algebra.
Misalnya,penyelesaian ungkapan algebra 2x2 + 7x – 3 = 2x sering kali diperolehi
dengan kaedah memudahkan ungkapan algebra tersebut dan seterusnya mencari nilai x.
Penyelesaian kaedah beralgebra ini tidak dapat memberi konsepsi yang jelas dikalangan
pelajar. Perwakilan simbolik ini ditonjolkan dengan harapan ianya dapat mengelakkan
kecelaruan di antara objek Matematik dan perwakilan yang lain. Guru selalunya tidak cuba
untuk mengambil kira perwakilan geometri dan intuitif. Guru mungkin beranggapan sistem
perwakilan fungsi kuadratik adalah sesuatu yang formal dan mesti ditekankan dalam
155
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
pengajaran Matematik. Ini meletakkan peranan perwakilan lain sudah tidak begitu penting.
Penggunaan perwakilan yang menumpukan kepada fungsi kuadratik mungkin menyebabkan
ada sebahagian murid yang mengalami kesukaran membina konsep. Oleh itu, guru perlu
mempertimbangkan pengajaran fungsi kuadratik mengikut kemampuan pelajar kerana
kegagalan pelajar menghubungkan fungsi linear dengan fungsi kuadratik akan menyebabkan
kesukaran kepada pelajar. Sehubungan itu, pengkaji bercadang untuk meneroka keberkesanan
perkakakas Visualiser sebagai kaedah pengajaran dan membantu meningkatkan kemahiran
murid dalam dalam penyelesaian masalah melibatkan fungsi kuadratik.
Visualiser dipilih dalam kajian ini kerana peranan sebagai teknologi pengajaran. Hal ini
disokong oleh Van Bruggen (2005) yang menyatakan persekitaran pembelajaran akan menjadi
lebih menyeronokkan dengan penggunaan teknologi. Kaedah pembelajaran berbantukan
teknologi dapat mengatasi masalah guru dalam mengajar murid-murid yang lemah. Tujuan
penggunaan teknologi adalah supaya pelajar lebih bermotivasikan diri untuk melibatkan diri
di dalam pembelajaran (Granito, 2012). Memandangkan Visualiser merupakan teknologi yang
berkualiti dan penggunaannya ini semakin popular dalam pengajaran Matematik, kaedah ini
wajar dijalankan bagi meninjau keberkesanannya sebagai sistem sokongan untuk guru.
Sebelum melaksanakan kajian, pengkaji telah mengenalpasti tahap murid-murid terlebih
dahulu. Berpandukan pandangan guru dan hasil keputusan murid dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun, pengkaji telah memilih 5 orang murid Tingkatan 4 yang bermasalah
sebagai responden kajian pengkaji. Jadual 1 menunjukkan markah yang diperolehi oleh
responden dalam Peperiksaan mereka yang lepas.
Jadual 1 :Markah yang Diperolehi oleh Responden dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun
Responden Jantina Markah Gred
Aeron L 26 F
Shuimi L 35 F
Masrinah P 36 F
Arrifin L 32 F
Nur Diana P 36 F
1.1 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah bagi mengenalpasti:
a) Penggunaan Visualiser boleh menjadi alat pengajaran yang berkesan dalam
meningkatkan penyertaan bagi murid-murid tahap sederhana lemah Tingkatan 4.
b) Terdapat peningkatan dalam pencapaian akademik murid dalam menyelesaikan soalan
Matematik berbentuk KBAT selepas didedahkan dengan pengajaran berbantukan
Visualiser.
1.2 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang dapat dijawab ialah:
a) Adakah penggunaan Visualiser sesuai untuk menjadi alat pengajaran yang berkesan
dalam meningkatkan penyertaan bagi murid-murid tahap sederhana lemah Tingkatan
5?
b) Adakah penggunaan Visualiser dapat meningkatkan pencapaian akademik murid
dalam menyelesaikan soalan Matematik berbentuk KBAT?
2.0 TINJAUAN LITERATUR
156
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
Penggunaan media Visualiser bukannya untuk mengganti tetapi sebaliknya membantu corak
pengajaran guru yang tradisional seperti menggunakan papan hitam dan kapur warna-warni.
Sandholtz (1997) telah membuktikan kenyataan ini dengan menyuarakan bahawa penggunaan
media dan teknologi boleh memudahkan proses P&P.
Media pengajaran dan pembelajaran yang baik harus memenuhi beberapa syarat. Media
pembelajaran harus meningkatkan motivasi pelajar. Penggunaan media mempunyai tujuan
memberikan motivasi kepada pelajar. Menurut Danny (2011), kelebihan penggunaan media
Visualiser dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara umunnya ialah
i. Paparan Menarik
Kombinasi warna dan lukisan yang tepat menghasilkan paparan yang menarik.
ii. Sikap Positif
Visualiser ini mempunyai ciri interaksi dengan murid secara tidak langsung dapat
memotivasi murid menjadi aktif. Guru dapat menunjukkan hasil murid yang baik di
hadapan skrin. Ini secara langsung dapat membantu serta memotivasikan pelajar lain.
iii. Membantu Murid Lemah
Murid yang lemah boleh belajar mengikut keupayaannya kerana Visualiser dapat
menunjukkan penggunaan alatan yang memerlukan kemahiran teknikal seperti jangka
lukis, jangka sudut, kalkulator, jangka suhu dan pembaris.
iv. Membantu Dalam Pemahaman
Bantu murid faham dengan cepat. Ini kerana penggunaan grafik, warna, demonstrasi dan
label akan mempercepatkan lagi proses pemahaman perkara-perkara atau konsep-konsep
yang ingin disampaikan dengan berkesan.
v. Jangka Masa Pendek
Menjimatkan masa guru daripada membuat salinan dari buku teks.Guru boleh
menunjukkan secara langsung halaman muka surat yang ingin diajar.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Sampel Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan di Bandar Lahad Datu, negeri Sabah.
Sekolah ini mempunyai satu sesi sahaja iaitu sesi pagi. Kajian dijalankan semasa kelas
tambahan dan kelas mata pelajaran Matematik P&P seperti biasa dalam kelas 4 Cekal.
Tingkatan 4 di sekolah ini dibahagi kepada 4 kategori iaitu Pandai, Sederhana, Sederhana
Lemah dan Lemah iaitu 4 Amanah, 4 Bijak, 4 Cekal dan 4 Dedikasi. Kajian dijalankan di kelas
4 Cekal di mana 2 orang murid perempuan dan 3 orang murid lelaki dipilih sebagai sampel
kajian.
3.2 Etika Penyelidikan
Dalam usaha menjadi seorang penyelidik, kod etika penyelidikan diperlukan oleh penyelidik
sebagai panduan kepada tingkah lakunya (Rosinah, 2014). Justeru, segala tujuan dan prosedur
penyelidikan akan diperjelaskan sepenuhnya kepada responden. Peserta kajian juga diberitahu
bahawa segala jawapan dan respon mereka tidak akan diubahsuai dan dipalsukan demi
kepentingan diri pengkaji atau pihak lain. Mereka dimaklumkan berhak membaca laporan
penyelidikan tindakan yang pengkaji hasilkan bagi tujuan penyemakan. Dapatan penyelidikan
juga perlu dilaporkan secara jujur dan ikhlas.
157
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
3.3 Teknik Mengumpul Data
Dalam melaksanakan penyelidikan tindakan pengkaji, kaedah yang digunakan semasa
mengumpul data ialah ujian pos dan ujian pra. Ujian pra diberi kepada murid selepas guru
menjalankan pengajaran dan pembelajaran tanpa menggunakan Visualiser. Ujian pos pula
diberikan selepas pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan Visualiser.
Markah yang diperoleh daripada kedua-dua ujian akan dibandingkan.
Selain itu, catatan lapangan dibuat melalui pemerhatian sepanjang penyelidikan tindakan.
Catatan lapangan ini dibuat terhadap perubahan tingkah laku bukan lisan murid di dalam kelas
sebelum, semasa dan selepas penggunaan kaedah Visualiser digunakan dalam menyelesaian
soalan Matematik berbentuk Kemahiran Berfikis Aras Tinggi (KBAT).
Akhir sekali bagi meningkatkan kreadibiliti penyelidikan kajian yang dibuat, rakaman foto
juga dibuat, pemerhatian yang dilakukan ke atas rakaman foto dicatatkan secara naratif dan
dirujuk sebagai bukti.
3.4 Tindakan yang diambil
Pengkaji telah merancang dan melaksanakan kajian tindakan pengkaji berdasarkan empat
langkah lingkaran kajian tindakan dalam Model Lewin (1946) melalui Model Laidlaw (1992).
Model ini adalah paling sesuai kerana pengkaji dapat membuat penambahbaikan dalam setiap
langkah dan lingkaran setiap langkah boleh berulang sehingga masalah yang dihadapi boleh
diselesaikan (Rosinah, 1994). Langkah-langkah perancangan dan pelaksanaan tindakan
pengkaji adalah seperti berikut:
Langkah 1: Mereflek
• Menjalankan refleksi ke atas satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani.
• Isu yang telah dikenal pasti adalah masalah pelajar tahap sederhana dalam menyelesaikan
soalan Matematik berbentuk KBAT?
Langkah 2: Merancang
• Pengumpulan data tentang tinjauan awal diperolehi melalui cara pemerhatian, soal selidik
dan temu bual.
• Proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyelesaian soalan-soalan
Matematik berbentuk KBAT dengan menggunakan Visualiser juga dirancangkan.
• Cara pengumpulan data seperti ujian pra dan pos serta pemerhatian melalui catatan
lapangan dan rakaman foto murid juga dirancangkan.
Langkah 3: Bertindak
• Kajian tindakan pengkaji hanya melibatkan lima orang murid Tingkatan 4 Cekal yang
berpencapaian sederhana lemah dalam mata pelajaran Matematik.
• Proses pengajaran dan pembelajaran dalam menyelesaikan soalan-soalan Matematik yang
berbentuk KBAT dengan menggunakan Visualiser dijalankan dari 27 Jun 2018 hingga 10
Julai 2018. Penggunaan Visualiser dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah
sebanyak tiga kali dalam seminggu dan setiapnya mengambil masa selama 40 minit.
Visualiser digunakan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
• Terdapat dua instrumen pengumpulan data yang dijalankan iaitu borang pemerhatian dan
ujian pra dan pos. Gambar-gambar juga diambil sebagai bukti.
158
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
• Data-data direkodkan dan dianalisis.
Langkah 4: Memerhati
• Membuat pemerhatian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berbantukan
Visualiser dijalankan dalam bentuk catatan lapangan.
• Pemerhatian ke atas kemajuan atau perkembangan tindakan yang dijalankan.
3.5 Teknik Menganalisis Data
Dalam menganalisis kandungan data yang dikumpul, pengkaji meneliti data yang diperoleh
dengan membuat tanda seperti garisan atau bulatan berwarna merah tentang perkara yang
penting yang berkaitan dengan fokus kajian pengkaji. Selepas tanda dibuat pada perkara yang
penting yang diperlukan, pengkaji merujuk balik perkara yang telah ditandakan dan
mengkategorikan data dalam kategori yang sesuai sebelum dianalisiskan.
Selepas itu, pengkaji menganalisiskan secara pola perkara yang pengkaji perhatikan dalam data
yang diperolehi dari penyelidikan tindakan pengkaji dan membuat catatan dalam bentuk
jadual. Data yang diperolehi turut dianalisiskan dalam bentuk graf bar bagi membandingkan
pola perbezaan.
3.6 Teknik Menyemak Data
Mengikut keperluan penyelidikan tindakan, triangulasi sumber telah digunakan untuk menilai
kesahan kajian yang dilakukan. Dalam triangulasi sumber, ketua bidang Sains dan Matematik
serta Guru Penoling Kanan Kurikulum juga terlibat bersama untuk tujuan penyemakan data.
Dengan ini, data atau perkara penting yang terlepas oleh pengkaji dapat dielakkan. Ia juga
meningkatkan kredibiliti data yang dianalisis oleh pengkaji. Ujian Pos dan Ujian Pra disemak
sekali lagi oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik.
4.0 REFLEKSI
4.1 Refleksi Dapatan
i) Adakah penggunaan Visualiser sesuai untuk menjadi alat pengajaran yang
berkesan dalam meningkatkan penyertaan bagi murid-murid tahap sederhana
lemah Tingkatan 5?
(a) Pemerhatian
Jadual 3 menunjukkan perbandingan setiap aspek penilaian dari aspek penyertaan dalam
bentuk peratusan.
Jadual 3 : Perbandingan Setiap Aspek Penilaian dalam Bentuk Peratusan
Bil Aspek yang dinilai Sebelum Semasa
1 Aktif menjawab soalan yang ditanya. 0.0% 100.0%
2 Aktif membuat soalan latihan. 0.0% 100.0%
3 Aktif dalam bertanya soalan. 0.0% 100.0%
4 Aktif dalam menyelesaikan soalan KBAT. 0.0% 100.0%
Rajah 2 menunjukkan gambar pemerhatian pertama yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran menggunakan Visualiser.
159
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
Rajah 2 : Pemerhatian pertama ke atas peserta-peserta kajian.
Jadual 4 menunjukkan perbandingan kekerapan bagi setiap aspek penilaian yang ditunjukkan
oleh peserta kajian sebelum dan semasa penggunaan Visualiser dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Jadual 4 : Perbandingan Kekerapan Setiap Aspek Penilaian yang Ditunjukkan oleh Peserta
Kajian
Bil Aspek yang Respoden Sebelum Semasa
dinilai
17/6 24/6 1/7 4/7 8/7 9/7 10/7
1 Responden R1 X X / / / / /
menjawab soalan R2 X X / / / / /
yang ditanya R3 X X / / / / /
R4 X X / / / / /
2 Responden aktif R5 X X / / / / /
membuat latihan- R1 X X / / / / /
latihan soalan R2 X X / / / / /
yang diberi. R3 X X / / / / /
R4 X X / / / / /
R5 X X / / / / /
Berdasarkan Jadual 3 dan 4, didapati bahawa kesemua (100%) peserta kajian tidak menyertai
dan tidak bergiat aktif dalam apa-apa jua aktiviti apabila pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah tradisional iaitu “chalk and talk” dijalankan. Selepas penggunaan
Visualiser, kesemua (100%) peserta kajian menyertai dan bergiat aktif. Hal ini menunjukkan
penggunaan Visualiser berkesan dalam meningkatkan penyertaan peserta-peserta kajian.
160
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
ii) Adakah penggunaan Visualiser dapat meningkatkan pencapaian akademik murid
dalam menyelesaikan soalan Matematik berbentuk KBAT?
Setelah mengajar tanpa menggunakan Visualiser dalam menyelesaikan soalan Matematik
berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), ujian pra telah diberi kepada murid.
Pengkaji dapati murid melakukan banyak kesalahan walaupun telah diajar langkah
penyelesaian. Ini menunjukkan murid lemah dalam menguasai konsep menyelesaikan soalan
Matematik. Setelah kaedah penggunaan Visualiser digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran, murid telah menujukkan peningkatan dalam ujian pos. Graf bar di Rajah 1
menunjukkan perbezaan markah yang didapati bagi ujian pra dan ujian pos di mana hasil
dapatan diambil daripada 5 orang sampel kajian.
Rajah 1: Graf perbandingan markah ujian pra dan ujian pos.
Graf Perbandingan Ujian Pra dan Pos
90
80
70
60
50
40
30
20
10
0
Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5
Markah Ujian Pra Markah Ujian Pos
4.2 Refleksi Pembelajaran Kendiri
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama semua yang terlibat sepanjang
tempoh perlaksanaan penyelidikan tindakan kajian pengkaji. Pengkaji berasa puas hati kerana
subjek kajian sangat memberi kerjasama. Mereka turut menyiapkan segala arahan yang telah
diberi dengan penuh ikhlas. Dengan pertolongan dan kerjasama dari semua pihak, penyelidikan
tindakan pengkaji dapat disiapkan.
Hasil dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian murid dalam Ujian Pra dan
Ujian Pos meningkat dengan agak ketara. Selain itu, melalui kaedah pemerhatian, sepanjang
tempoh perlaksanaan penyelidikan tindakan kajian, penggunaan Visualiser dalam penyelesaian
soalan Matematik berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah banyak membantu
murid meningkatkan minat, keyakinan diri dan kefahaman terhadap apa yang dimuridi
disamping menarik minat murid dalam mempelajari Matematik.
Setelah menjalankan penyelidikan tindakan ini, pengkaji juga mengalami beberapa masalah
iaitu dari segi tempoh. Pengkaji tidak Berjaya mengurus dan membahagikan masa pengkaji
dengan baik. Masa kajian adalah terhad menyebabkan pengkaji berkejaran dengan masa untuk
menyiapkan laporan.
161
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
Kajian tindakan pengkaji juga terbatas kepada 5 orang murid tingkatan 5 sahaja di sekolah
pengkaji. Pengkaji juga melihat pencapaian peserta-peserta kajian pengkaji untuk 5 soalan
Matematik berbentuk KBAT sahaja.
Selain penggunaan kaedah Visualiser dalam membantu murid menguasai konsep seterusnya
memupuk minat murid terhadap penyelesaian soalan, pengkaji juga telah menyedari
kepentingan kemahiran komunikasi guru. Selain penggunaan Visualiser dalam kelas, semasa
memberi penjelasan suara guru perlu jelas, nada serta intonasi suara yang sesuai, perkataan-
perkataan yang mudah apabila berkomunikasi dengan murid-murid. Dengan ini, penggunaan
kaedah Visualiser dalam pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih efektif.
4.3 Cadangan Tindakan untuk Kitaran Seterusnya
Untuk kajian lanjutan, beberapa cadangan telah disarankan seperti berikut:
1. Kajian ini boleh dilanjutkan kepada murid-murid tingkatan lain seperti Tingkatan 2 dan
Tingkatan 3 memandangkan kajian ini hanya melibatkan murid Tingkatan 4.
2. Penggunaan Visualiser ini boleh dilanjutkan kepada soalan-soalan Matematik
berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) untuk tajuk-tajuk silibus menengah
rendah.
3. Dari segi bilangan peserta iaitu murid boleh dilanjutkan lagi dengan lebih ramai peserta.
4. Tempoh masa menjalankan kajian tindakan boleh dilanjutkan lagi supaya kajian
tindakan pengkaji dapat meliputi lebih banyak soalan Matematik berbentuk Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
4.4 Rumusan
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah melihat kesan penggunaan Visualiser terhadap
pelajar dalam menyelesaikan soalan-soalan Matematik berbentuk Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT). Hasil analisis kajian menunjukkan penggunaan Visualiser telah
mendatangkan kesan yang positif terhadap pencapaian dan sikap murid. Persekitaran
pembelajaran menggunakan visualiser dengan keupayaan kepelbagaian perwakilan
membenarkan pelajar memanipulasi perwakilan numerik, simbolik, dan grafik dalam
pembelajaran bentuk am fungsi kuadratik. Subjek boleh memerhati kesan atau hasil setiap
manipulasi perwakilan ini secara berasingan atau boleh juga memerhati hasil gabungan
kepelbagaian perwakilan. Kombinasi penggunaan perwakilan numerik, simbolik dan grafik
sebagai satu entiti, sesungguhnya penggunaan visualiser dapat mengukuhkan persepsi bentuk
graf bagi fungsi kuadratik dan seterusnya menjurus ke arah kefahaman yanglebih baik tentang
bentuk graf fungsi kuadratik. Semoga hasil kajian pengkaji ini dapat dimanfaatkan dan
menyumbang kepada penekanan terhadap KBAT bagi meningkatkan kualiti pendidikan
bertaraf abad ke-21.
RUJUKAN
Bovee, Courland. (1997). Business Communication Today, Prentice Hall: New York.
162
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Kurikulum Standard Sekolah Menengah
Matematik Tambahan Tingkatan Empat dan Lima. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Celik, A. O., & Guzel, E. B. (2017). Revealing ozgur’s thoughts of a quadratic function with
a clinical interview: concepts and their underlying reasons. International Journal of
Research in Education and Science, 3(1), 122–134.
Danny Nicholson (2011). The Best of the Whiteboard Blog, Volume 1. United Kingdom: Third
Bank Ltd.
Granito, M (2012). The Effect of Technology on Student’s Motivation and Knowledge
Retention. NERA Conf. Proc. 2012, no 117, 2012.
Iberahim, A. R., Mahamod, Z., & Wan Mohammad, W. M. R. (2017). Pembelajaran abad ke21
dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian bahasa Melayu pelajar sekolah
menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 77-88.
Ibrahim, N. N., Ayub, A. F. M., Yunus, A. S. M., & Mahmud, R. (2019). Effects of higher
order thinking module approach on pupils' performance at primary rural school. Malaysian
Journal of Mathematical Sciences, 13(2), 211-229.
Mohd. Najib, A.G. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Nor Jannah Hassan, N.K. (2015). Infusi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Matematik bermasalah penglihatan. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Rosinah Edinin. (2014). Penyelidikan Tindakan: Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:
Freemind Horizon.
Sandholtz (1997). Teaching with Technology: Creating Students-centered Classrooms. New
York: Teacher College Press.
Van Bruggen, J. (2005). Theory and practice of Online Learning (Vol.36, pp. 111-112).
doi:10.1111/j.1467-8535.2005.00445_1.x Welinsky, H. (2004). Facts of critical thinking
skills? What NAEP results say. Educational Leadership 62(a), 32.
163
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
PERSEPSI GURU PELATIH OPSYEN BAHASA MELAYU MENGENAI ELEMEN SASTERA
DALAM SESI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Khorrey Jimond , Levitriz Dennes & Hafifi Hafidz Horace
Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah
[email protected]
[email protected] hafifihafidz24-
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi guru pelatih Bahasa Melayu mengenai elemen sastera dalam
pembelajaran Bahasa Melayu. Responden kajian terdiri daripada 50 orang pelajar PISMP Bahasa Melayu yang
berada dalam lingkungan 19 hingga 25 tahun. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diedarkan
melalui ‘google form’. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi minat murid
terhadap elemen sastera dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan kebaikan penggunaan elemen sastera
sebagai bahan bantu mengajar. Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mendorong minat murid terhadap
penggunaan elemen sastera dalam subjek Bahasa Melayu, namun tidak ramai dalam kalangan guru mencuba
untuk memasukkan elemen sastera dalam sesi pembelajaran atas beberapa alasan tertentu. Berdasarkan data,
kajian mendapati bahawa kebanyakkan guru pelatih bersetuju bahawa kreativiti, cara penyampaian dan aktiviti
yang dijalankan menjadi faktor utama yang mendorong minat murid untuk meminati sastera. Oleh itu, kajian ini
akan merungkai faktor-faktor yang mendorong minat murid untuk mempelajari elemen sastera.
Kata kunci: Kesusasteraan Melayu; Bahasa Melayu, minat murid
1.0 PENGENALAN
Kesusasteraan Melayu adalah sebahagian daripada bidang seni yang kreatif kerana bidang ini
mempunyai keunikan yang membawa kepada nilai estetika yang tinggi. Kesusasteraan juga
berkembang mengikut kemajuan zaman. Ia bermaksud penghasilan sastera ini boleh dinikmati
atau disampaikan, baik melalui tulisan atau pembacaan mahupun melalui lisan dan
pendengaran. Menurut Hashim Awang (1985), sastera adalah hasil ciptaan seni yang
disampaikan melalui bahasa. Hasil sastera yang disebarkan melalui bahasa mampu
memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Penulisan kajian ini dapat
memperlihatkan dapatan kajian tentang Persepsi Guru Pelatih Opsyen Bahasa Melayu
Mengenai Elemen Sastera dalam Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Menurut
Kamus Dewan edisi keempat (2014), persepsi ditakrifkan sebagai gambaran atau bayangan
dalam hati atau fikiran. Selain itu, persepsi juga diertikan sebagai pendapat atau pandangan
terhadap sesuatu isu. Dapatan penelitian ini dapat menyatakan tanggapan daripada guru pelatih
tentang elemen sastera dalam pengajaran iaitu faktorfaktor yang mempengaruhi minat pelajar
terhadap elemen sastera dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta kebaikan penggunaan
elemen sastera sebagai bahan bantu mengajar. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang
faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap elemen sastera dapat diberi
penambahbaikan serta diteliti agar dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik pada
masa akan datang dan memenuhi kehendak pasaran semasa, lebih-lebih lagi pada zaman
moden ini yang penuh dengan ledakan teknologi maklumat selari dengan pembangunan yang
semakin canggih. Sehubungan itu, kebaikan penggunaan elemen sastera sebagai bahan bantu
mengajar di sekolah dapat mempertingkatkan penguasaan ilmu serta bangsa sesebuah negara.
Aspek-aspek yang terdapat dalam sastera seperti kebudayaan, agama, moral, keindahan dan
kemanusiaan juga mampu didedahkan kepada pelajar. Pendedahan ini dapat menyedarkan para
pelajar bahawa sastera juga menjadi sebahagian daripada hidup mereka.
164
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
1. 1 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong minat murid
terhadap elemen sastera dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
1.2 Soalan Kajian
i. Apakah faktor-faktor yang mendorong minat murid terhadap elemen sastera dalam sesi
pembelajaran?
ii. Bagaimanakah pendapat guru pelatih mengenai penggunaan sastera sebagai salah satu
bahan pengajaran?
iii. Apakah kebaikan menggunakan elemen sastera dalam sesi pengajaran dan pembelajaran?
2.0 METODOLOGI
2.1 Responden Kajian
Penyelidikan ini melibatkan 50 orang guru pelatih yang terdiri daripada 10 orang perempuan
dan 40 orang lelaki. Seramai 37 orang responden yang berumur dalam lingkungan 18 hingga
20 tahun manakala 13 orang responden berumur 21 hingga 23 tahun. Responden kajian yang
terlibat merupakan guru-guru pelatih opsyen Bahasa Melayu sekolah rendah. Penyelidikan ini
dijalankan untuk meninjau persepsi guru pelatih mengenai penggunaan elemen sastera sebagai
bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Selain itu,
penyelidikan ini juga dijalankan untuk membantu guru-guru pelatih menambah baik bahan
pengajaran dan mengetahui faktor-faktor yang mendorong minat murid meminati sastera
dalam pembelajaran bagi melahirkan lebih ramai murid berjiwa sastera.
2.2 Kaedah kajian
Kaedah yang telah digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini adalah kaedah
kuantitatif. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah borang soal selidik.
Instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpul data bagi mengukuhkan lagi dapatan
kajian.
2.2.1 Kaedah Kuantitatif
Kaedah kuantitatif merupakan suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh
ubah (Cresswell, 2008). Kaedah kuantitatif statistik deskriptif menggunakan analisis min dan
sisihan piawai. Menurut Noraini (2010), statistik deskriptif akan memberi gambaran awal
data yang dikumpul dan digunakan dalam penyelidikan.
2.2.2 Kaedah Penganalisisan Maklumat
Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data kerana instrumen ini lebih
efisien dan lebih berkesan. Borang soal selidik ini terdiri daripada empat bahagian iaitu
bahagian A, bahagian B, bahagian C dan bahagian D. Bahagian A merupakan soalan mengenai
latar belakang responden iaitu jantina, umur, dan program dan ambilan.
Model skala likert digunakan kerana setiap responden kajian mempunyai perbezaan pendapat
dari segi tahap persetujuan bagi setiap pernyataan yang dikemukakan. Selain itu, model skala
likert juga digunakan kerana respon positif daripada responden kajian akan memperlihatkan
hasil tahap persetujuan iaitu sangat setuju lebih tinggi berbanding respon yang negatif iaitu
sangat tidak setuju. Setiap respon yang diberikan akan membantu dalam menghasilkan
penyelidikan ini.
Pada bahagian A, responden kajian akan menjawab soalan tertutup bagi soalan jantina dan
umur manakala soalan terbuka bagi program dan ambilan. Selain itu, skala likert bagi setiap
165
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
pernyataan telah diberikan nilai angka iaitu 1, 2, 3, 4, dan 5 pada bahagian B, bahagian C dan
bahagian D. Angka-angka ini akan menunjukkan tahap persetujuan responden terhadap setiap
soalan yang dikemukakan. Borang soal selidik yang disediakan mengandungi 14 soalan iaitu
lima soalan pada bahagian B, lima soalan pada bahagian C dan empat soalan pada bahagian
D.
Tahap persetujuan:
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Kurang setuju
4. Setuju
5. Sangat setuju
3.0 DAPATAN KAJIAN DEMOGRAFI RESPONDEN
Seramai 50 orang guru pelatih terlibat dan hasil dapatan kajian membuktikan guru pelatih
PISMP ambilan Jun 2022 merupakan jumlah responden yang paling tinggi iaitu 35 orang,
diikuti guru pelatih PISMP ambilan Jun 2020 iaitu 7 orang, diikuti guru pelatih PISMP ambilan
Jun 2019 iaitu 5 orang dan akhir sekali ialah responden dalam kalangan guru pelatih PISMP
ambilan Jun 2021 dan PPISMP ambilan Jun 2022 iaitu seorang.
3.1 Analisis Bahagian B
Jadual 1 menunjukkan hasil dapatan kajian bagi persepsi guru terhadap faktor-faktor yang
mendorong minat murid terhadap elemen sastera dalam pembelajaran. Dapatan kajian ini
sekaligus akan mencapai objektif utama penulisan artikel kajian ini iaitu mengetahui faktor-
faktor yang mendorong minat murid terhadap elemen sastera dalam sesi pembelajaran.
Jadual 1: Faktor-faktor yang mendorong minat murid terhadap elemen sastera dalam
pembelajaran.
Bil Pernyataan Min Sisihan Piawai
1 Kreativiti guru dalam menggunakan elemen sastera sebagai 4.62 17.49
bahan bantu mengajar.
(Penggunaan animasi, powerpoint dan lain-lain)
2 Cara penyampaian guru untuk menyampaikan maklumat tentang 4.60 18.99
sastera (Intonasi suara dan ekspresi muka guru).
3 Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan sastera dijalankan bagi 4.58 20.91
meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar betapa pentingnya
sastera.
4 Penggunaan unsur sastera dalam industri filem dan drama. 4.60 18.23
5 Motivasi kendiri murid untuk mempelajari dan mendalami 4.40 14.80
sastera.
Jumlah 22.80 90.42
Persepsi guru pelatih mengenai faktor-faktor yang mendorong minat murid terhadap elemen
sastera dalam pembelajaran juga dikaji supaya dapat mengetahui potensi murid agar dapat
melahirkan generasi yang berdaya saing. Hal ini menunjuk apabila mengetahui faktor yang
mendorong minat murid terhadap elemen pembelajaran guru akan dapat meningkatkan
pemahaman, penguasaan serta pengetahuan pelajar. Jadual 1 menunjukkan beberapa faktor
yang mendorong minat murid terhadap elemen sastera. Dapatan kajian memperoleh nilai
keseluruhan min sebanyak 22. 80 dan sisihan piawai sebanyak 90.42.
166
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
Item faktor yang pertama iaitu “Kreativiti guru dalam menggunakan elemen sastera sebagai
bahan bantu mengajar (Penggunaan animasi, Powerpoint dan lain-lain) mencatatkan nilai min
tertinggi dengan bacaan (m=4.62, sisihan piawai=17.49). Hal ini menunjukkan bahawa wadah
yang dilaksanakan oleh guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
menyeronokkan.
Seterusnya, item faktor yang kedua dan keempat menunjukkan bacaan nilai min yang sama
tetapi nilai sisihan piawai yang berbeza iaitu “Cara penyampaian guru untuk menyampaikan
maklumat tentang sastera (Intonasi suara dan ekspresi muka guru) dengan bacaan (m=4.60,
sisihan piawai= 18.99) dan penggunaan unsur sastera dalam industri filem dan drama dengan
bacaan min (m=4.60, sisihan piawai=18.23). Hal ini menunjukkan bahawa responden
bersetuju dengan kenyataan ini mampu mendorong minat pelajar untuk mempelajari dengan
lebih mendalam mengenai ilmu kesusasteraan.
Item yang ketiga iaitu “Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan sastera dijalankan bagi
meningkatkan kesedaran dalam diri pelajar betapa pentingnya sastera” mencatat nilai min
(m=4.58, sisihan piawai=20.91). Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa aktiviti yang
berterusan serta menarik mampu meningkatkan minat untuk lebih giat menerokai bidang
sastera.
Item yang terakhir iaitu yang kelima memperlihatkan kenyataan berkaitan dengan “Motivasi
kendiri murid untuk mempelajari dan mendalami sastera” menunjukkan nilai min yang
terendah dengan bacaan (m=4.40, sisihan piawai=14.80). Ini dapat menunjukkan bahawa mata
pelajaran sastera dianggap satu mata pelajaran yang susah dan tidak menarik sehingga
mencatat min yang paling rendah dan kebanyakan responden juga tidak bersetuju dengan
pernyataan ini sebagai faktor yang mendorong minat murid terhadap elemen sastera.
3.2 Analisis Bahagian C
Hasil dapatan kajian bagi pendapat guru pelatih mengenai penggunaan sastera sebagai salah
satu bahan pengajaran.
Jadual 2: Penggunaan sastera sebagai salah satu bahan pengajaran.
Bil Pernyataan Min Sisihan Piawai
1. Kekurangan bahan pengajaran yang boleh diaplikasikan 4.30 15.60
dalam kelas menjadi suatu cabaran kepada guru pelatih
untuk menggunakan elemen sastera sebagai salah satu bahan
bantu mengajar.
Pada pendapat anda, adakah guru pelatih tidak mempunyai 3.70 11.54
kemahiran pedagogi yang cukup menjadi suatu cabaran
dalam menggunakan elemen sastera sebagai salah satu bahan
bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu?
2. Adakah anda bersetuju pengaplikasian elemen sastera dalam 4.58 18.23
pengajaran bahasa Melayu memberi impak yang positif
kepada murid?
3. Sebagai seorang guru pelatih, adakah anda mengaplikasikan 4.14 14.54
elemen sastera dalam pengajaran bahasa Melayu?
4. Pada pendapat anda, adakah penggunaan elemen sastera 4.42 16.57
dalam pembelajaran mampu menyeimbangi sistem
pendidikan pada masa kini?
Jumlah 21.14 76.48
167
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
Berdasarkan jadual 2, nilai keseluruhan min adalah sebanyak (min=21.14, sisihan
piawai=76.48). Dalam jadual 2 ini, pengkaji mengemukakan soalan kepada responden
mengenai penggunaan sastera sebagai salah satu bahan pengajaran dalam kelas. Melalui kajian
ini, pengkaji dapat mengukur sejauh mana penggunaan elemen sastera ketika mengajar di
dalam kelas. Item yang pertama iaitu “Kekurangan bahan pengajaran yang boleh diaplikasikan
di dalam kelas menjadi suatu cabaran kepada guru pelatih untuk menggunakan elemen sastera
dalam bahan bantu mengajar” mencatat min (m=4.30, sisihan piawai=15.60). Hal ini
menunjukkan bahawa responden bersetuju guru juga kekurangan bahan pengajaran yang
kreatif di dalam kelas.
Item yang kedua iaitu “Pada pendapat anda, adakah guru pelatih tidak mempunyai kemahiran
pedagogi yang cukup menjadi suatu cabaran dalam menggunakan elemen sastera sebagai salah
satu bahan bantu mengajar’ menunjukkan bacaan min yang terendah dengan bacaan
(min=3.70, sisihan piawai=11.54). Hal ini dapat membuktikan bahawa responden tidak
bersetuju dengan pernyataan ini kerana guru yang mengajar sentiasa memantapkan dirinya
dengan pengetahuan dan kemahiran yang baharu dengan mengikuti kursus atau Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP) agar dapat memberikan pengajaran yang terbaik di dalam kelas.
Item yang ketiga iaitu “Adakah anda bersetuju pengaplikasian sastera dalam pengajaran bahasa
Melayu memberi impak yang positif kepada murid?” menunjukkan nilai min yang tertinggi
dengan bacaan (min=4.58, sisihan piawai=18.23). Ini dapat menunjukkan bahawa sastera
banyak membawa impak kepada kehidupan seseorang kerana melalui pengajaran dalam
sastera banyak pengetahuan yang dapat dimiliki serta memupuk rasa bangga terhadap bahasa
dan kesusasteraan Melayu dalam pendidikan. Keseluruhan responden juga bersetuju dengan
item yang dikemukakan ini. Nilai bacaan min (m=4.14, sisihan piawai=14.54) pada item yang
keempat iaitu “Sebagai seorang guru pelatih, adakah anda mengaplikasikan elemen sastera
dalam pengajaran bahasa Melayu” menunjukkan bahawa elemen sastera kurang diterapkan
dalam pengajaran kerana guru pelatih juga masih kekurangan ilmu yang berkaitan dengan
sastera. Hal ini demikian menunjukkan bahawa responden tidak bersetuju dengan pernyataan
ini.
Item yang kelima iaitu “Pada pendapat anda, adakah penggunaan elemen sastera dalam
pembelajaran mampu menyeimbangi sistem pendidikan masa kini”mencatatkan nilai min
(m=4.42, sisihan piawai=16.57). Elemen sastera perlu menyeimbangi pendidikan masa kini
kerana sastera dapat meningkatkan penguasaan ilmu dan nilai sesebuah bangsa.
Analisis bahagian D
Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat empat item yang dianalisis di bawah aspek
kebaikan penggunaan elemen sastera dalam pembelajaran.
Jadual 3: Kebaikan penggunaan elemen sastera dalam pembelajaran
Bil Pernyataan Min Sisihan Piawai
1 Guru dan murid dapat meningkatkan kemahiran 4.64 19.19
lisan.
2 Murid dapat meningkatkan jati diri dan menyemai rasa cinta 4.62 18.75
terhadap sastera.
3 Elemen sastera mampu mengasah bakat murid melalui 6.32 20.41
penghasilan karya-karya sastera.
4 Guru dapat mengasah kemahiran berfikir aras tinggi dalam 4.60 18.85
kalangan murid.
Jumlah 20.18 77.20
168
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
Item kebaikan yang pertama dengan pernyataan ’guru dan murid dapat meningkatkan
kemahiran lisan’ menunjukkan bacaan nilai min ketiga tertinggi iaitu (m=4.64, sisihan piawai=
19.19). Pernyataan ini menekankan bahawa penggunaan elemen sastera dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu mampu meningkatkan dan mengasah potensi diri
individu.
Item kebaikan kedua iaitu ‘murid dapat meningkatkan jati diri dan menyemai rasa cinta
terhadap sastera’ menekankan bahawa pengaplikasian elemen dalam sastera mampu
meningkatkan jati diri murid dan menyemai rasa cinta terhadap sastera. Kebaikan ini mencapai
nilai min kedua tertinggi (m=4.62) dan sisihan piawai=18.75. Hal ini menunjukkan bahawa
sesetengah responden iaitu guru pelatih yang bersetuju bahawa pembelajaran sastera mampu
meningkatkan keyakinan diri pelajar serta menerapkan rasa cinta terhadap sastera.
Item kebaikan ketiga iaitu ‘elemen sastera mampu mengasah bakat murid melalui penghasilan
karya-karya sastera’ menerangkan bahawa bakat murid dapat dicungkil melalui penghasilan
atau pembelajaran mengenai karya-karya sastera. Kebaikan ini menunjukkan nilai min yang
tertinggi iaitu (m=6.32) dan sisihan piawai=20.41. Hal ini menunjukkan bahawa bakat murid
tidak mempunyai hubungan dengan pembelajaran sastera. Selain itu, nilai min yang diperoleh
menunjukkan tidak ramai dalam kalangan responden iaitu guru pelatih bahasa Melayu yang
bersetuju bahawa bakat murid mampu diasah melalui sastera.
Item kebaikan yang keempat iaitu ‘guru dapat mengasah kemahiran berfikir aras tinggi dalam
kalangan murid’ mencatatkan nilai min terendah iaitu (m=4.60) dan sisihan piawai,=18.85.
Hal ini menerangkan bahawa penggunaan elemen sastera mampu meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. Selain itu, nilai min yang ditunjukkan membuktikan
bahawa sesetengah guru pelatih bersetuju dengan pernyataan tersebut.
4.0 PERBINCANGAN
Dapatan kajian menunjukkan elemen sastera patut dijadikan sebagai salah satu bahan
pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian mendapati bahawa ramai guru pelatih yang
bersetuju bahawa kreativiti guru dalam menggunakan elemen sastera sebagai bahan bantu
mengajar menjadi faktor utama yang mendorong minat murid terhadap elemen sastera dalam
pembelajaran. Maka, faktor ini perlulah diambil berat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
subjek bahasa Melayu yang menggunakan elemen sastera sebagai bahan pengajaran. Hal ini
demikian kerana sekiranya guru tidak mengambil kira minat murid, pembelajaran tidak akan
berkesan dengan baik. Sekiranya guru mengambil kira minat murid, ia akan membantu untuk
perancangan strategi pengajaran sesuai dengan kebolehan murid (Ani Haji Omar, 2015).
Hasil dapatan kajian ini sesuai untuk diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
bahasa Melayu agar kemahiran pelajar dapat diasah dan pengetahuan dapat ditambah dalam
diri pelajar. Justeru, elemen sastera boleh menjadi suatu langkah untuk meningkatkan kualiti
pelajar sesuai dengan sistem pendidikan masa kini (Ros Anita et. al, (2021). Keberkesanan
dalam suatu pengajaran akan melihat dari sudut pelbagai aspek seperti usaha guru dalam
memahami elemen sastera itu sendiri (Anuar & Nelson, 2015).
Selain itu, kajian ini hanya meninjau persepsi guru pelatih opsyen bahasa Melayu sebagai
opsyen teras mereka. Oleh itu, kajian yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan bagi
menghasilkan data yang lebih jelas. Secara ringkasnya, minat murid dalam pembelajaran yang
menggunakan elemen sastera dipengaruhi oleh faktor kreativiti guru dan cara penyampaian
yang mantap dan menyeronokkan. Selari dengan pendapat Adenan dan Khairuddin (2012)
169
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
dalam Abdul Rasir Jamian (2016) yang mengatakan bahawa guru perlu pandai memilih bahan
bantu yang sesuai untuk digunakan bagi membolehkan murid dapat memahaminya dengan
baik. Pihak pentadbir sekolah haruslah menggalakkan guru-guru mengaplikasikan elemen
sastera dalam sesi PdP bagi menyemai rasa cinta dan minat murid terhadap sastera.
Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa banyak bahan bantu mengajar yang boleh
diaplikasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu seperti penggunaan
elemen sastera. Skop penggunaan kaedah adalah meluas dan setiap guru perlu meneroka
kaedah baharu bagi menarik minat sekaligus meningkatkan prestasi murid dalam pembelajaran
terutamanya subjek bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, diharapkan kajian ini membawa
perubahan dalam subjek bahasa Melayu dan guru dapat meningkatkan kreativitinya dalam
pengajaran serta masalah murid tidak meminati sastera dapat dikurangkan.
RUJUKAN
Anuar Ahmad, & Nelson Jinggan. (2015). Pengaruh kompetensi kemahiran gru dalam
pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran sejarah.
Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2), 1-11.
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUKU/article/download/8155/5641/17068
Abdul Rasid Jamian. (2016). Amalan pengajaran guru bahasa Melayu dalam pembelajaran
menurut perpektif pelajar. http://dx.doi.org/10.13140/RG.2.1.1086.9364
Chew F.P & Nadaraja, S. (2014). Pelaksanaan kemahiran berfikir kreatif dan kritis dalam
pengajaran dan pembelajaran komsas di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu- JPBM (Malay Language Educational Journal-MyLEJ,16(1),
https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/78
Creswell, J. W. (2008). Educational research: Planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research (3rd ed.). Pearson Education, Inc.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2014). Kamus dewan edisi keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fatin Noor Ain, R., & Azhar Hj, W. (2018). Pendidikan sastera Melayu memperkukuhkan
pembinaan karakter pelajar. Jurnal Peradapan Melayu, 13, 1-14.
https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/2356/1622
Hashim Awang. (1985). Teman Pelajar Kesusasteraan.
Fajar Bakti Sdn. Bhd. https://www.nlb.gov.sg/biblio/4139694
Mohd Rohiman Subri, & Rohizani Yaakub. (2021). Pengetahuan pedagogi guru cemerlang
bahasa Melayu dalam pengajaran komponen Sastera: Satu Kajian Kes. Asian People
Journal, 4(1), 50-64.
https://journal.unisza.edu.my/apj/index.php/apj/article/view/251/178
Muhamad Aniq, A., & Mohd Syuhaidi, A.B. (2019). Persepsi dan motivasi khalayak untuk
membaca karya Sastera dalam akhbar bercetak. Forum Komunikasi,14(2),91-115.
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48460/1/48460.pdf
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Mc Graw Hill Sdn.Bhd.
Othman. S, Lateh. G, AB. Hadi N.F (2014).Penggunaan gaya bahasa sastera dalam pengajaran
bahasa Melayu di sekolah menengah. PENDETA: Journal of Malay Language,
Education and Literature, 4 (bil 1), 59-64.
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.edisikhas.6.2021
P. Veeramuthu, S., Abdul Rahman, M.L., & Harun, J. (2021).Persepsi pelajar terhadap kesan
pembelajaran Kesusasteraan Melayu secara dalam talian. PENDETA: Journal of
Malay Language, Education and Literature, 12, 58-71.
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.edisikhas.6.2021
170
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
Ros Anita, M. K., & Abdul Halim, A. (2021). Implikasi elemen sastera Melayu terhadap
perkembangan kognitif murid dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah
rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 3, 116-126.
https://doi.org/10.55057/jdpd.2021.3.4.10
Ros Anita, M. K., Abdul Halim, A., & Norawi Kata. (2021). Unsur sastera Melayu dalam
pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Rendah melahirkan murid berfikiran kritis.
Jurnal Dunia Pendidikan, 3, 540-550.
https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/14364/7562
Tengku Intan Marlina, T. M. A., & Madiawati, M. M. (2017). Program kesusasteraan Melayu
di akademi pengajian Melayu, Universiti Malaya: Pelaksanaan dan cabaran. Jurnal
Melayu, 16(1), 19-31. https://core.ac.uk/download/pdf/84306906.pdf
171
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
HUBUNGAN KEFAHAMAN DAN SIKAP TERHADAP KENDIRI PELAJAR
Syahrul Nizam Bin Salam, Abdul Said Ambotang, Ghazali Sulaiman
& Christina Andin
Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, Kampus Antarabangsa Labuan, UMSKAL
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS & Institut Aminuddin Baki, Cawangan Kota Kinabalu, Sabah
[email protected]
ABSTRAK
Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat hubungan kefahaman konsep ekonomi (KKE) dan sikap terhadap
ekonomi (STE) terhadap konsep kendiri pelajar (KP) peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sabah.
Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen
kajian serta melibatkan seramai 150 responden melalui teknik pensampelan berperingkat. Analisis inferensi
menggunakan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan hubungan tahap kefahaman konsep ekonomi (KKE)
adalah tinggi. Manakala tahap sikap terhadap ekonomi (STE) adalah sederhana tinggi. Sementara, tahap kendiri
pelajar (KP) pula, juga adalah sederhana tinggi. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara kefahaman konsep ekonomi (KKE) dan sikap terhadap ekonomi (STE) dengan kendiri pelajar
(KP). Kajian ini mencadangkan, konsep kendiri pelajar (KP) perlu sentiasa dititikberatkan agar pencapaian dan
prestasi pelajar ekonomi STPM sentiasa meningkat dan berdaya saing bagi memudahkan pelajar melanjutkan
pengajian pada peringkat lebih tinggi.
1.0 PENGENALAN
Dalam era globalisasi pembangunan kendiri dalam akademik sangat penting lebih-lebih lagi
dalam arus perkembangan semasa yang mengutamakan pencapaian para pelajar sebagai aras
perkembangan pendidikan negara, sekali gus menjadi aspirasi negara untuk menjadi hub
pendidikan dalam Revolusi Industri 4.0 serta menjadi penanda aras perubahan secara drastik
yang diperlukan dalam dunia pendidikan untuk mencapai kejayaan dalam strategi serta
matlamat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam meningkatkan penguasaan
kendiri dalam kalangan pelajar yang mengutamakan nilai-nilai sosioekonomi yang murni
dalam pembangunan modal insan. Dalam perkembangan kurikulum pendidikan negara
daripada Laporan Razak (1956) dan kewujudan Laporan Rahman Talib (1960) dalam kajian
Alhabhi dan Hakim (2010) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) dalam kajian Nordin
(2013) membincangkan penggubalan Akta Pendidikan 1996 sehinggalah perancangan kerajaan
yang terakhir iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2013 hingga 2025) menekankan
masalah kendiri dalam diri pelajar untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Dalam
meningkatkan pembangunan kendiri modal insan, negara memperkenalkan rangka kerja
pelaksanaan baru, bagi mencapai wawasan dan matlamat negara dengan meletakkan lima Misi
nasional iaitu teras pertama melibatkan peningkatan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,
teras kedua adalah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk
minda kelas pertama, teras ketiga menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang
berterusan secara membina dan produktif, teras keempat meningkatkan tahap kemampuan
kualiti hidup dan teras kelima mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan yang mana
sesuai dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPPM) 2013-2025 yang
menjadikan aspek kendiri dalam mata pelajaran Ekonomi STPM dititikberatkan.
Justeru, konsep kendiri yang ditekankan dalam mata pelajaran Ekonomi dapat dilihat melalui
penyelesaian masalah yang melibatkan keupayaan pembangunan pelajar dalam aspek kendiri.
Pengetahuan dalam mata pelajaran Ekonomi turut membincangkan tajuk-tajuk yang luas
seperti kekayaan dan pendapatan, pengeluaran, pengagihan barang-barang, wang dan bank,
penetapan harga, peluang pekerjaan dan pengangguran, perubahan jangka pendek dalam
kegiatan perniagaan dan kecenderungan jangka panjang dalam perkembangan pengetahuan
ekonomi dalam kalangan pelajar.
172
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
1.1 Latar belakang
Dalam kajian Zakaria Kassim (1993) pembangunan kendiri terhadap pelajar peringkat sekolah
amat penting kerana melibatkan kefahaman dalam pelajaran serta menjadi perkembangan sikap
yang baik dalam kalangan pelajar. Ini kerana, persediaan yang rapi serta kaedah pembelajaran
yang bijak serta terancang hasil daripada perkembangan kendiri positif dapat membantu
menyelesaikan masalah pencapaian dalam kalangan pelajar melalui pembangunan sahsiah
kendiri yang diterapkan di peringkat persekolahan seperti aspek kendiri yang diterapkan dalam
mata pelajaran Ekonomi STPM dapat memberi pendedahan penyelesaian masalah secara
sistematik yang dihadapi para pelajar. Kajian Tangney, Boone, dan Baumeister, (2018)
menunjukkan konsep kendiri yang rendah, akan menyebabkan seseorang berhadapan dengan
permasalahan secara tidak langsung.
Jadual 1: Objektif Kursus Mata Pelajaran Ekonomi STPM
Bil. Objektif Contoh Aktiviti
1. Memahami konsep dan teori ekonomi Aktiviti perniagaan,
2. Menyedari dan membincangkan masalah dan Soal jawab
isu ekonomi semasa
3. Mengumpul maklumat ekonomi daripada Surat khabar, ICT, Pusat
pelbagai sumber, menganalisis, dan membuat sumber, Buku, Tinjauan,
penilaian secara berkesan Kajian
4. Menggunakan jadual, gambar rajah dan Pengiraan dan analisis data
persamaan untuk menganalisis konsep dan (Ujian, Peperiksaan)
teori ekonomi
5. Menyampaikan maklumat dan idea ekonomi Pembentangan
dalam bentuk sesuai.
6. Memperoleh kemahiran insaniah melalui Aplikasi semua aktiviti
pembelajaran kendir
Sumber: Diubahsuai Daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (2013)
Daripada objektif kursus mata pelajaran Ekonomi pada Jadual 1, menunjukkan kepentingan
pembentukan aspek kendiri dalam kalangan pelajar yang mana pelajar tidak bergantung
sepenuhnya kepada guru. Hal ini memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
untuk memfokuskan pendidikan berasaskan hasil (outcome-based education) yang
memfokuskan pelajar dan tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2013). Pelaksanaan pembelajaran kendiri ini dapat memberi ruang dan
peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara terbuka serta berani memberikan pendapat
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Menurut Merdin-Uygur, Sarial-Abi, Gurhan
Canli dan Hesapci (2018) kendiri yang dipupuk akan memberi keselesaan dan mempengaruhi
minat seseorang melalui aktiviti yang disertai.
Justeru, objektif kursus Ekonomi STPM baru ini melalui aktiviti akademik yang dijalankan
diharap dapat membina kemahiran pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam
pembelajaran sekali gus menggalakkan pelajar untuk berdikari. Mata pelajaran Ekonomi
STPM yang dilaksanakan bermatlamatkan untuk mengembangkan bakat dan kreativiti pelajar
untuk menjadi generasi muda yang berkebolehan tinggi, global dan universal (Majlis
Peperiksaan Malaysia, 2012-2013). Semua matlamat ini ditunjangi oleh lima objektif yang
perlu dicapai iaitu pertama, meningkatkan taraf pendidikan, kedua pendidikan berasaskan
sistem berpenggal dan daya saing yang tinggi, ketiga pendidikan yang setara untuk semua
program STPM, keempat memastikan pelajar mempunyai nilai kebolehcapaian yang tinggi dan
akhir sekali yang kelima ialah membentuk kepimpinan berasaskan negara bangsa yang maju
dalam aspek perpaduan, patriotisme, dan jati diri. Justeru matlamat yang tersurat dan tersirat
173
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
ini menjurus kepada pembentukan kendiri positif para pelajar untuk mencapai kejayaan dalam
semua bidang.
Matlamat tersurat dalam sukatan mata pelajaran Ekonomi STPM di bawah Majlis Peperiksaan
Malaysia (MPM) menjelaskan bahawa kurikulum yang diterapkan pembelajaran kendiri adalah
untuk melengkapkan pelajar dengan memahami dan menguasai ilmu ekonomi pada tahap
prauniversiti dan membolehkan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang ekonomi
peringkat lebih tinggi (MPM, 2013). Objektif sukatan Ekonomi STPM memberi gambaran
bahawa penguasaan konsep dan teori ekonomi, seperti permintaan dan penawaran, masalah
ekonomi, kewangan, perdagangan serta polisi kerajaan dan isu semasa ekonomi merupakan
tunjang utama dalam mencapai objektif tersebut yang merangkumi elemen konsep kendiri yang
mana para pelajar didedahkan terus melalui sesi PdP secara berkumpulan iaitu pembelajaran
secara kolaboratif.
Pembelajaran secara kolaboratif meningkatkan penguasaan kendiri dalam kalangan pelajar.
Konsep kendiri yang dimiliki seseorang pelajar menunjukkan kepentingan untuk
meningkatkan pencapaian mereka (Caprara et al., 2008). Konsep kendiri sering dianggap
sebagai persepsi seseorang ke atas dirinya atau persepsi dirinya ke atas orang lain serta
persekitaran, dan persepsi ini akan membentuk pelbagai persepsi serta tanggapan melalui
persekitaran seseorang individu (Shavelson, Hubner dan Stanton, 1976). Konsep kendiri yang
wujud dalam diri pelajar Ekonomi STPM berkait dengan mata pelajaran Ekonomi STPM
menunjukkan penguasaan kendiri para pelajar untuk mencapai potensi kecemerlangan dalam
akademik. Kajian oleh Marsh, Trautwein, Lüdtke, Köller, dan Baumert (2006) menyatakan
konsep kendiri dalam mata pelajaran akademik memberi gambaran ukuran pencapaian
penguasaan sesuatu mata pelajaran iaitu sejauh mana pelajar menguasai konsep kendiri dengan
tahap pencapaian akademik yang melibatkan hubungan sosial, emosi dan fizikal.
Menurut Shavelson dan Bolus (1982) konsep kendiri dalam akademik dipengaruhi oleh
pencapaian seseorang pelajar. Ini kerana menurut Grygiel, Modzelewski, dan Pisarek (2017)
konsep kendiri positif mempengaruhi kejayaan pelajar dari segi keputusan dalam membuat
kerja, usaha, keyakinan, kerjasama dan sikap saling membantu mampu memperbaiki
pencapaian akademik seperti yang ditekankan oleh (Shavelson et al., 1976) menyatakan kendiri
positif penentu kejayaan dalam diri seseorang pelajar. Dalam kajian Wentzel (1991) kejayaan
dan kegagalan pelajar bergantung pada kemahiran pengurusan perhubungan sosial pelajar
seperti perbincangan dalam kumpulan, penyertaan dalam sesi soal jawab dalam kelas dan aktif
dalam kumpulan yang berkait dengan konsep kendiri seseorang. Justeru, konsep kendiri yang
ada dalam diri pelajar yang berkaitan dengan tingkah laku, emosi, kemahiran pengurusan,
hubungan sosial dalam berinteraksi serta berkomunikasi mempunyai hubungan yang kuat
dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah.
2.0 KAJIAN LEPAS
Dalam kajian van Rooij, Jansen dan van de Grift (2017) pencapaian dalam akademik dapat
dilihat dalam diri seseorang pelajar melalui konsep kendiri yang dimiliki seperti dalam aspek
motivasi seperti timbul rasa minat dalam akademik serta bermotivasi untuk 11 berjaya dalam
peperiksaan. Ini turut disokong oleh kajian Abdul Said Ambotang dan Syahrul Nizam Salam
(2017) menunjukkan motivasi merupakan komponen yang penting dalam membentuk konsep
kendiri positif pelajar bagi meningkatkan pencapaian akademik.
Dapatan kajian Ahmed and Bruinsma (2006), Rodriguez (2009) dan Yilmaz (2014)
menunjukkan konsep kendiri positif adalah faktor yang merangsang seseorang pelajar untuk
174
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
menggandakan usaha untuk berjaya. Dapat dilihat, usaha bagi meningkatkan prestasi akademik
mata pelajaran Ekonomi STPM seakan-akan seiringan dengan peningkatan permasalahan
kendiri negatif dalam kalangan pelajar yang memberi kesan dalam prestasi akademik terutama
apabila keputusan peperiksaan Ekonomi STPM diumumkan. Kajian oleh Frydenberg (2008)
menunjukkan grade rendah yang dimiliki pelajar yang dikategorikan sebagai pelajar yang
mempunyai kemampuan kemahiran yang rendah disebabkan memiliki sifat kendiri negatif.
Selain itu kajian Bakar et al. (2012) menyatakan pelajar lebih cenderung ke arah sikap sambil
lewa menunjukkan masalah konsep kendiri dalam diri pelajar itu sendiri. Ini turut dijelaskan
oleh van Rooij, Jansen dan van de Grift (2017) menyatakan konsep kendiri negatif
menyebabkan timbul permasalahan dalam kendiri pelajar dalam akademik. Ini menunjukkan
masalah kendiri dalam kalangan pelajar perlu diberi perhatian. Fenomena masalah konsep
kendiri melalui sikap pelajar turut dibuktikan dalam kajian Ismail et al. (2018) yang
menunjukkan pelajar Ekonomi STPM yang menghadapi prestasi kurang memuaskan dalam
perkembangan akademik berpunca daripada masalah konsep kendiri yang dimiliki oleh
seseorang pelajar itu.
Kajian Jomo dan Ishak (2003) menunjukkan tahap kefahaman pelajar dapat membentuk
pencapaian dalam mata pelajaran Ekonomi dalam memahami istilah 12 mata pelajaran
Ekonomi yang mempunyai makna berbeza dengan penggunaan istilah harian yang digunakan.
Di sini, penyelidik memberi gambaran tentang contoh berkaitan ‘’Pelaburan’’ yang mana
dalam penggunaan istilah harian membawa maksud pembelian saham-saham, tetapi dalam
penggunaan istilah disiplin ekonomi membawa maksud perbelanjaan sebuah syarikat untuk
pembelian barang modal bagi menghasilkan barang-barang dan perkhidmatan akhir. Justeru,
pelajar yang tidak mempunyai pemikiran kritis, dari segi pembentukan kendiri yang baik
melalui perkembangan pengetahuan akan keliru untuk menghuraikan dua aspek istilah yang
berbeza sekali gus tidak dapat menjawab soalan Ekonomi dengan baik.
Dalam kajian Jomo dan Ishak (2003) ketidakfahaman dalam dua makna yang berbeza dalam
mata pelajaran Ekonomi menyebabkan ketidakfahaman dalam memahami konsep ekonomi.
Kekeliruan dari segi istilah terhadap dua makna yang berbeza dalam mata pelajaran Ekonomi
menyebabkan timbul beberapa persepsi seperti mempercayai mata pelajaran Ekonomi STPM
susah ini sekali gus membentuk konsep kendiri negatif melalui persepsi negatif pelajar. Justeru,
dalam memahami mata pelajaran Ekonomi, pendekatan pembelajaran yang bersesuaian
diperlukan dalam meningkatkan pengetahuan peringkat pra universiti dalam aspek
pembangunan konsep kendiri yang baik.
Laporan Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), sebanyak 78, 384 kes yang melibatkan
masalah kendiri iaitu tingkah laku pelajar yang menjejaskan pencapaian akademik mereka telah
direkodkan dalam aspek masalah konsep kendiri yang dihadapi oleh pelajar di sekolah.
Dapatan kajian Roger (1951) menyatakan pelajar yang mempunyai kendiri negatif sering
mendapat pencapaian rendah, kurang 13 keyakinan, tidak berkemahiran, berfikiran aras rendah
dan sentiasa membawa masalah sosial di sekolah.
Usaha dalam membangun dan mengembangkan sahsiah pelajar melalui perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melibatkan masalah
kendiri pelajar dalam tingkah laku telah membuka mata banyak pihak bagi membentuk
masyarakat ke arah kendiri positif. Dalam kajian Wong, Dirghangi, dan Hart (2018)
menunjukkan pelajar yang mempunyai masalah kendiri lebih cenderung bersendirian, tertekan
dan mempunyai tingkah laku negatif seperti ponteng kelas, bergaduh serta kerap melanggar
175
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
peraturan sekolah. Para pelajar yang bermasalah ini akan membuat beberapa kesalahan seperti
terlibat dalam kes jenayah, buli serta menganggotai kumpulan kongsi gelap kerana tiada usaha
dalam program-program pembangunan konsep kendiri.
Permasalahan ini menunjukkan beberapa faktor yang melibatkan masalah kendiri dalam
kalangan pelajar. Kajian-kajian lepas menunjukkan konsep kendiri yang rendah seperti rasa
rendah diri, tidak dihargai, kurang motivasi, kemurungan serta ketakutan di kalangan pelajar
mewujudkan suasana negatif yang boleh menjejaskan prestasi akademik. Kajian Justicia‐
Galiano, Martín‐Puga, Linares dan Pelegrina (2017) menunjukkan masalah kendiri dalam
kalangan pelajar seperti ketakutan dan kemurungan boleh mendatangkan suasana masalah
sosial dalam kalangan pelajar yang boleh memburukkan prestasi akademik di sekolah.
2.1 Objektif kajian
a) Mengenal pasti hubungan antara Kefahaman Konsep Ekonomi (KKE) dengan Konsep
Kendiri Pelajar Ekonomi (KKPE) STPM.
b) Mengenal pasti hubungan antara Sikap Terhadap Ekonomi (STE) dengan Konsep
Kendiri Pelajar Ekonomi (KKPE) STPM.
2.2 Hipotesis Kajian
a) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Kefahaman Konsep Ekonomi dengan
Konsep Kendiri Pelajar Ekonomi.
b) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Sikap Terhadap Ekonomi dengan
Konsep Kendiri Pelajar Ekonomi.
2.3 Kerangka Konsep
Rajah di atas menunjukkan konteks kajian kerangka konseptual yang dibangunkan berdasarkan
model hubungan berganda 2 IV = 1 DV Kajian selaras aliran positivisme yang beranggapan
setiap benda boleh diukur dan dikuantifikasi secara maksimum dan wujud dalam bentuk yang
munasabah (Ghazali dan Sufean, 2016). Hubungan berganda kefahaman konsep Ekonomi dan
sikap terhadap Ekonomi menjurus kepada pemboleh ubah bersandar iaitu konsep kendiri
pelajar menjelaskan hubungan antara dua pemboleh ubah bebas dengan satu pemboleh ubah
bersandar kajian.
3.0 REKA BENTUK KAJIAN
Pendekatan kuantitatif dalam penyelidikan ini menggunakan reka bentuk kuantitatif. Menurut
Ghazali dan Sufean (2016) penyelidikan kuantitatif merujuk kepada kajian yang mana dapatan
dihasilkan dengan menggunakan analisis statistik dalam bentuk angka. Penyelidikan kuantitatif
juga mengukur tingkah laku atau dengan kata lain, isunya ialah bagaimana tingkah laku itu
boleh dikuantifikasi (Mohammad Yusuf, 2001).
176
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
3.1 Analisis Hipotesis
Jadual 2 : Korelasi antara Kefahaman dengan Kendiri Pelajar
Kefahaman Kendiri
Pelajar
Kefahaman Pearson Correlation 1 .519**
Sig. (2-tailed) 150 .000
150
N
Kendiri Pelajar Pearson Correlation .519** 1
Sig. (2-tailed) .000 150
N 150
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Jadual 2 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Kefahaman Konsep Ekonomi
(KKE) dengan Konsep Kendiri Pelajar Ekonomi (KKPE) STPM (r=0.519, p<0.01) dan
hubungan antara kedua-duanya adalah sederhana. Hal ini juga membawa maksud semakin
meningkatnya KKE maka semakin terdapat peningkatan KKPE. Justeru, Ho1 yang
mengatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Kefahaman Konsep Ekonomi
(KKE) dengan Kendiri Pelajar Ekonomi (KP) STPM adalah ditolak.
Jadual 3 : Korelasi antara Sikap dengan Kendiri Pelajar
Sikap Kendiri
Pelajar
Sikap Pearson Correlation 1 .480**
Sig. (2-tailed) 150 .000
N 150
Kendiri Pelajar Pearson Correlation .480** 1
Sig. (2-tailed) .000 150
N 150
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).
Jadual 3 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara Sikap Terhadap Ekonomi
(STE) dengan Konsep Kendiri Pelajar Ekonomi (KKPE) STPM (r=0.480, p<0.01) dan
hubungan antara kedua-duanya adalah sederhana. Ini juga membawa pengertian bahawa
semakin terdapat peningkatan STE maka meningkatnya KKPE. Oleh itu, Ho2 yang
mengatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara Sikap Terhadap Ekonomi (STE)
dengan Konsep Kendiri Pelajar (KP) Ekonomi STPM adalah ditolak.
177
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
4.0 KESIMPULAN
Penyelidikan ini menjelaskan kefahaman konsep ekonomi dan sikap terhadap perlu diberi
perhatian yang sewajarnya oleh pihak-pihak yang berkenaan agar pembentukan kendiri yang
positif begitu penting sekali terutamanya dalam aspek prestasi pencapaian akademik di sekolah
kerana ini sebenarnya mencerminkan kualiti yang dihasilkan oleh sesebuah institusi
pendidikan. Individu yang memiliki kendiri positif sudah tentu dapat memberi kesan yang baik
sama ada untuk diri atau masyarakat dan seterusnya untuk kemajuan serta pembangunan
sesebuah negara.
RUJUKKAN
Aizat, K. 2016. Konsep 1Malaysia dan cabaran pelaksanaannya ke arah pemantapan
perpaduan sebuah Negara-bangsa. Sosiohumanika, 4(1). Research, 1(8), 283-
289.
Aiken, L. R. 1998. Test and examinations. New York: John Wiley & Sons, Inc. Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550)’’ dlm. http://jpt.
Mohe.gov.my/Rujukan/akta/akta%20pendidikan%201996.pdf. Telah dicapai 13 Jun
2016.
Ahmad, A. R., dan Sulaiman, F.2016. Integrated Intelligence Practice to Motivate Low
Achievement Students in the History Subject. Susurgalur,3(1).
Alhabhi, S. O., dan Hakim, H. 2010. Dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan.
Kertas kerja.
Jomo, Kwame Sundram. 1992. Economics programmes in Malaysian universities: some
criticisms and proposals. In Seminar Kebangsaan Program Ekonomi di Universiti:
Suatu Penilaian Semula (Ms. 231-253). 12-13 Oktober, 1992. Fakulti Ekonomi,
University Kebangsaan Malaysia.
Kamaruddin, M. I., dan Mohamad, A. 2011. Kajian gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar
UTM. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia. Journal of
Educational Psychology and Counseling, 2, 51-77.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1960. Laporan Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran
Terhadap Pelajaran Agama Islam Mengikut Syor-syor Penyata Razak 1956, dan
Jawatankuasa Penyemak Pelajaran.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Putrajaya Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. www.moe.gov.m
Merdin-Uygur, E., Sarial-Abi, G., Gurhan-Canli, Z., dan Hesapci, O. 2018. How does self-
concept clarity influence happiness in social settings? The role of strangers versus
friends. Self and Identity, 1-24.
Nordin, A. B. 2013. Kurikulum Ke Arah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis,
Kreatif dan Inovatif. Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik,1(1).
Pusat perkembangan Kurikulum. 2001. Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Rodriguez, C. M. 2009. The impact of academic self‐concept, expectations and the choice of
learning strategy on academic achievement: the case of business students. Higher
Education Research & Development, 28(5), 523-539.
Saniah Sayuti, Yeo, Kee Jiar, Ahmad Johari Sihes dan Azlina Mohd Kosnin. 2000. Psikologi
Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Soper, J. C. dan Walstad, W. B. 1983. On measuring economic attitudes. Journal of Economics
Education, 14 (4), 4 –17.
Soper, J. dan W. Walstad. 1986. Test of Economic Literacy, 2nd Ed. New York: Joint Council
on Economic Education.
178
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
Soper, J. C., dan Walstad, W. B. 1987. Test of Economic Literacy: Examiner's Manual:
Q & A. National Council on Economic Education.
Soper, J. C. dan Walstad, W, B. 1987. Test of Economic Literacy: Examiner’s manual
2 nd
Tangney, J. P., BOONE, A. L., dan BAUMEISTER, R. F. 2018. High self-control predicts
good adjustment, less pathology, better grades, and interpersonal success. In Self-
Regulation and Self-Control (pp. 181-220). Routledg
179
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
NB: MENGUKUHKAN KEMAHIRAN MENGANALISIS DALAM KALANGAN PELAJAR
TINGKATAN ENAM ALIRAN SAINS SOSIAL DI SM ALL SAINTS
Noorsiah binti Laani
Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu.
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan untuk membantu pelajar mengatasi beberapa masalah ketika berhadapan dengan soalan
aneka pilihan dalam subjek Bahasa Melayu aspek tatabahasa. Kajian ini melibatkan sepuluh orang pelajar
Tingkatan Enam aliran Sains Sosial di SM All Saints iaitu sembilan pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki.
Tinjauan awal dilaksanakan melalui pemerhatian, temu bual dan lembaran kerja pelajar. Antara masalah yang
dihadapi ialah pelajar tidak dapat mengenal pasti kata kunci dan kehendak soalan, pelajar tidak dapat mengaitkan
kata kunci dalam soalan atau pernyataan dengan sumber rujukan (nota atau buku rujukan). Bagi mengatasi
masalah ini, saya memperkenalkan Nota Bimbingan (NB), iaitu panduan untuk menjawab soalan yang
menekankan kemahiran menganalisis berasaskan kemahiran berfikir Model R. Swartz dan Sandra Parks (1993).
Objektif kajian adalah untuk mengkaji bagaimana NB membantu pelajar mengukuhkan kemahiran menganalisis,
menghuraikan penggunaan NB dalam mengukuhkan kemahiran menganalisis dan mengkaji keberkesanan NB
dalam mengukuhkan kemahiran menganalisis. Metodologi kajian melibatkan pemerhatian, temu bual, Ujian I dan
Ujian II. Data dianalisis secara manual untuk menjana kod dan tema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa NB
mengukuhkan kemahiran menganalisis dalam kalangan pelajar. Refleksi kajian menunjukkan perubahan sikap
positif pelajar, peningkatan prestasi pelajar dan pengajaran berpusatkan pelajar.
Kata kunci: Kemahiran Menganalisis, Tatabahasa, Bahasa Melayu
1.0 REFLEKSI KAJIAN
Saya merupakan guru Bahasa Melayu tingkatan enam. Semester ini saya mengajar topik yang
semuanya berkaitan tatabahasa. Setiap kali selepas membincangkan sesuatu topik saya akan
memberikan latihan kepada pelajar. Saya akan meminta pelajar menjawab soalan berbentuk
aneka pilihan yang diambil daripada soalan sebenar STPM tahun-tahun yang lalu. Lazimnya,
soalan-soalan ini mengandungi unsur KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Melalui
pemerhatian saya dapati pelajar saya terkial-kial untuk mencari jawapan yang tepat walaupun
pelajar merujuk buku atau nota. Masa yang diambil untuk mencari jawapan juga agak lama.
Pelajar juga keliru dengan kehendak soalan. Pelajar merujuk pada sumber yang kurang tepat.
Semasa perbincangan jawapan, beberapa perkara berlaku. Pertama , pelajar tidak dapat
memberikan penjelasan bagi jawapan yang dipilih. Kedua, pelajar tidak dapat memberikan
penjelasan pada jawapan yang kurang tepat. Ketiga, pelajar tidak dapat mengesan dan
menyatakan kata kunci dalam ayat soalan atau pernyataan. Akibatnya, pelajar terlalu
bergantung pada guru untuk memberikan penjelasan bagi jawapan yang betul.
Saya mencari punca keadaan ini berlaku. Saya merefleksi pengajaran saya di bilik darjah. Saya
teringat bahawa setiap kali selepas PdPR saya sering memberikan arahan kepada pelajar – “Ok
sekarang, kamu jawab soalan 1 hingga 6. Rujuk semula buku rujukan masing-masing”. Saya
tidak membimbing pelajar cara untuk mendapatkan jawapan. Saya mengandaikan pelajar
sudah maklum tentang perkara itu. Saya memerhatikan cara pelajar mendapatkan jawapan.
Pada ayat soalan, pelajar akan menandakan kehendak soalan dengan menggaris, membulat atau
meletakkan tanda kurung. Pelajar membaca pilihan jawapan sepintas lalu. Pelajar merujuk
nota dan memadankan dengan pilihan jawapan. Rujukan tidak dicatat. Pilihan jawapan yang
tepat dibulatkan manakala pilihan jawapan yang kurang tepat dibiarkan. Berpuas hati dengan
jawapan itu, pelajar akan beralih kepada soalan yang seterusnya.
180
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
2.0 ISU KEPRIHATINAN
Hasil pemerhatian di bilik darjah saya mendapati masalah yang berlaku berpunca daripada dua
faktor utama iaitu faktor guru dan faktor pelajar.
i. Faktor Guru
Guru tidak membimbing pelajar cara untuk mendapatkan jawapan yang betul. Guru
mengandaikan pelajar sudah maklum tentang perkara itu.
ii. Faktor Pelajar
a. Pelajar tidak dapat mengenal pasti kata kunci sama ada dalam ayat soalan,
penyataan atau pilihan jawapan.
b. Pelajar keliru dengan kehendak soalan dan pilihan jawapan.
c. Pelajar tidak dapat mencari jawapan yang tepat walaupun merujuk sumber.
d. Sumber yang dirujuk juga tidak ada kaitan dengan kehendak soalan.
e. Pelajar tidak dapat memberikan penjelasan bagi jawapan yang tepat dan pilihan
jawapan yang kurang tepat.
Hasil pembacaan melalui bahan-bahan ilmiah, saya dapati bahawa semua masalah yang
dihadapi oleh pelajar mempunyai kaitan dengan kemahiran menganalisis. Kemahiran
menganalisis merupakan salah satu tahap pemikiran aras tinggi. Kemahiran menganalisis
melibatkan aktiviti mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan
lebih mendalam hubung kait antara bahagian berkenaan.
Berdasarkan refleksi kajian, pelajar menganalisis soalan tetapi dibuat secara sepintas lalu.
Fokus kajian ini adalah untuk mengukuhkan kemahiran menganalisis sedia ada pelajar dengan
memberikan langkah yang tersusun. Teknik ini diharapkan dapat mengukuhkan kemahiran
menganalisis dalam kalangan pelajar yang diharapkan dapat melahirkan pelajar yang berfikiran
kritis selaras dengan matlamat pendidikan abad ke-21. Teknik ini juga diharapkan dapat
mengubah amalan pedagogi di bilik darjah untuk meningkatkan kemenjadian murid.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran menganalisis dalam kalangan pelajar
3.2 Objektif Khusus
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:
i. Mengkaji bagaimana NB membantu pelajar mengukuhkan kemahiran menganalisis
ii. Menghuraikan dengan terperinci penggunaan NB dalam mengukuhkan kemahiran
menganalisis dan
iii. Mengkaji keberkesanan NB dalam mengukuhkan kemahiran menganalisis pelajar
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang pelajar Tingkatan Enam Sains Sosial Dua di
Sekolah Menengah All Saints. Pelajar ini terdiri daripada seorang lelaki dan sembilan pelajar
perempuan.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, temu bual, dan lembaran kerja pelajar.
181
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
i. Pemerhatian
a. Amalan guru di bilik darjah
Pemerhatian dibuat untuk mengesa kemahiran menganalisis pelajar di peringkat awal.
b. Tingkah laku Pelajar
Pemerhatian tingkah laku pelajar semasa mereka menjawab soalan dan semasa aktiviti
perbincangan soalan dan jawapan. Pemerhatian dibuat untuk mengesan kelemahan
pelajar semasa proses mencari jawapan.
ii. Temu bual
a. Rakan guru
Saya menemu bual seorang guru tentang teknik yang digunakan untuk membantu
pelajar menjawab soalan.
Respons guru 1
…..analisis soalan ada dibuat …secara lisan …semasa pelajar menjawab soalan …
b. Pelajar
Saya telah menemu bual beberapa orang pelajar berkenaan teknik yang digunakan
untuk menjawab soalan dan masalah yang dihadapi.
Respons pelajar 1
Saya baca dulu soalan dan cari kata kunci. Selepas itu, rujuk buku rujukan dan analisis
setiap jawapan.
Kadang-kadang mengambil masa yang lama untuk dapatkan jawapan dan akan keliru
dengan pilihan jawapan.
Respons pelajar 2
Saya akan membuat perbandingan antara jawapan. Jawapan yang saya akan pilih
adalah jawapan yang menepati ciri-ciri soalan. Masalah yang saya hadapi ialah
membazir masa, tidak 100% menjumpai jawapan yang sesuai.
Respons pelajar 3
Sebelum ni saya ikut kata hati dan pengetahuan yang saya ada …Cara yang saya
gunakan sebelum ni selalu membuatkan jawapan saya salah dan kalau soalan tu
macam ada berselindung sikit kehendak soalannya..membuatkan saya salah faham dan
salah cara jawab .
iii. Lembaran kerja pelajar
Saya sempat menyemak lembaran kerja pelajar untuk melihat cara pelajar mencari
jawapan. Pelajar tidak menanda kata kunci atau kehendak soalan. Pelajar hanya
membulatkan jawapan yang betul.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
i. Analisis pemerhatian dan temu bual
Berdasarkan analisis tinjauan masalah, beberapa rumusan boleh dibuat iaitu:
a. guru meminta pelajar menjawab soalan tanpa memberikan panduan.
b. panduan menganalisis diberikan hanya secara lisan semasa pelajar menjawab soalan.
c. pelajar menghadapi masalah dalam menganalisis soalan dan pilihan jawapan.
d. pelajar mengambil masa yang lama untuk mendapatkan jawapan dan keliru dengan
pilihan jawapan.
182
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
e. pelajar menghadapi masalah dalam mencari jawapan yang tepat.
f. pelajar tidak dapat menyatakan penjelasan bagi pilihan jawapan yang kurang tepat.
ii. Analisis dokumen
Pelajar menganalisis soalan dan pilihan jawapan tetapi tidak mendalam.
5.3 Tindakan yang Dijalankan
Berdasarkan analisis tinjauan masalah, saya dapati bahawa pelajar menghadapi masalah ketika
menjawab soalan. Pelajar tidak dapat mengenal pasti kata kunci dan kehendak soalan dengan
baik. Pelajar tidak dapat mengaitkan kata kunci dalam soalan atau pernyataan dengan sumber
rujukan (nota atau buku rujukan). Saya berpendapat bahawa masalah ini berpunca daripada
pelajar yang belum menguasai kemahiran menganalisis. Guru perlu mengukuhkan kemahiran
menganalisis untuk membimbing pelajar menjawab soalan dengan baik. Panduan tersebut
perlu dimurnikan dalam bentuk tulisan. Setiap kali sebelum memulakan latihan, guru akan
mengingatkan pelajar untuk menggunakan Nota Bimbingan. Saya yakin jika kemahiran
menganalisis dikukuhkan, masalah ini akan dapat diatasi.
Saya menghasilkan Nota Bimbingan (NB) yang berasaskan kemahiran berfikir Model R.
Swartz dan Sandra Parks (1993). Model ini menjelaskan tiga kategori utama dalam kemahiran
berfikir. Pertama, pemikiran menjelaskan dan memahami sesuatu yang melibatkan aktiviti
menganalisis idea dan menganalisis alasan. Kategori kedua, pemikiran secara kritis iaitu
pelajar menilai maklumat asas dan menilai inferens. Antara ciri menilai inferens ialah pelajar
menerangkan sebab dan akibat. Kategori yang ketiga ialah pelajar menilai inferens secara
deduksi. Berasaskan ketiga-tiga kategori kemahiran berfikir ini, saya terjemahkan dalam NB.
NB merupakan panduan untuk menjawab soalan yang menekankan kemahiran menganalisis.
NB membantu pelajar untuk menganalisis idea (kehendak soalan) dengan menggunakan kata
kunci. Seterusnya pelajar akan menganalisis pilihan jawapan juga berpandukan kata kunci.
Pada peringkat akhir, pelajar akan menilai inferens dengan menyatakan penjelasan bagi
jawapan yang dipilih.
Foto 1: Nota Bimbingan
Dalam kajian ini, saya menggabungjalin NB (Foto 1) dengan aktiviti kerja berkumpulan.
i. Langkah-langkah menggunakan NB (Rajah 1)
Langkah 1: Pelajar mengesan kehendak soalan.
Langkah 2: Pelajar mengesan kata kunci dalam ayat soalan atau penyataan
Langkah 3: Pelajar akan mengaitkan kata kunci dengan nota. Pelajar akan mencatat
sumber rujukan.
183
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
Langkah 4: Pelajar menganalisis pilihan jawapan. Pelajar akan akan mencerakinkan
Langkah 5: setiap pilihan jawapan. Pelajar akan mengesan kata kunci yang boleh
dikaitkan dengan kehendak soalan. Pelajar akan mencari maklumat
untuk menyokong atau menolak pilihan jawapan. Langkah ini amat
penting bagi membantu pelajar memberikan penjelasan sama ada sesuatu
jawapan itu tepat atau tidak.
Pelajar memangkah pilihan jawapan yang kurang tepat untuk
mengelakkan kekeliruan.
Rajah 1: Langkah-langkah menggunakan NB
i. Langkah-langkah pengajaran di kelas
Langkah 1: Pelajar mendengar penerangan guru tentang topik dan objektif PdPR
pada hari ini.
Langkah 2: Pelajar mendengar penerangan guru tentang aktiviti PdpR.
Langkah 3: Pelajar diminta membentuk kumpulan masing-masing yang terdiri
daripada 3 orang.
Langkah 4: Setiap kumpulan pelajar dibekalkan dengan nota ayat majmuk
pancangan keterangan dan ayat majmuk campuran serta NB dalam
bentuk flip.
Langkah 5: Setiap kumpulan diminta menjawab 10 soalan aneka pilihan tentang
jenis ayat majmuk keterangan dan ayat majmuk campuran dalam bentuk
Google Form. Setiap kumpulan diminta menggunakan NB sebagai
panduan untuk mendapatkan jawapan.
Langkah 6: Pelajar dan guru membincangkan jawapan. Pelajar diminta menyatakan
jawapan dan memberikan penjelasan bagi jawapan yang dipilih.
184
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
Saya melaksanakan PdPR menggunakan NB bermula14 Jun hingga 2 Julai 2021. Saya
menggunakan teknik ini dalam 4 waktu pengajaran seminggu. Teknik ini saya gunakan setiap
kali membincangkan topik-topik tatabahasa. Saya memurnikan Nota Bimbingan dalam bentuk
slide. Setelah itu saya mengubahnya menjadi flip supaya lebih mesra pelajar. Bagi menilai
keberkesanan teknik ini saya telah menemu bual pelajar seramai 10 orang pelajar melalui
Telegram untuk menjawab soalan kajian 1dan 2 yang berbentuk respons terbuka. Bagi
menjawab soalan kajian yang ketiga, Ujian 1 dan Ujian 2 dijalankan. Pelajar diminta menjawab
10 soalan aneka pilihan dalam masa 40 minit.
5.4.1. Analisis Data
Soalan Kajian 1: Bagaimanakah NB mengukuhkan kemahiran menganalisis dalam
kalangan pelajar?
4 10
8
10
mudah kenal pasti soalan dan jawapan dengan lebih jelas dan tepat
menentukan kta kunci untuk menganalisis soalan
menganalisis soalan dengan lebih teliti
mengenal pasti jawapan dengan cepat
Graf 1: NB mengukuhkan kemahiran menganalisis
Graf 1 menunjukkan analisis temu bual pelajar tentang soalan kajian 1. Data dianalisis secara
manual untuk menjana kod. Terdapat empat kod yang dikenal pasti iaitu mudah kenal pasti
soalan dan jawapan dengan lebih jelas dan tepat; mengenal pasti jawapan dengan cepat;
menentukan kata kunci untuk menganalisis soalan dan menganalisis soalan dengan lebih teliti.
10 orang pelajar menyatakan bahawa NB memudahkan mereka mengenal pasti soalan dan
jawapan dengan lebih jelas dan tepat. 10 orang pelajar menyatakan bahawa NB membantu
mereka menentukan kata kunci untuk menganalisis soalan. 8 orang pelajar menyatakan NB
membantu mereka menganalisis soalan dengan lebih teliti. Walau bagaimanapun, hanya 4
orang pelajar menyatakan bahawa NB membantu mereka mengenal pasti jawapan dengan
cepat.
Soalan kajian 2: Bagaimanakah pelajar menggunakan NB untuk menjawab soalan.
8 10 Highlight, garis atau
8 10 bulatkan kata kunci
8 Rujuk buku
10 10
Analisis soalan
Kenal pasti kehendak
soalan
Analisis pilihan
jawapan
Graf 2: Cara Pelajar Menggunakan NB
185
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
Graf 2 menunjukan analisis temu bual pelajar berkaitan soalan kajian 2. Data dianalisis secara
manual untuk menjana kod. Terdapat enam kod yang dikenal pasti iaitu highlight, garis atau
bulatkan kata kunci; rujuk buku; pangkah jawapan yang salah; analisis soalan; menganalisis
setiap pilihan, menulis sumber rujukan dan mengenal pasti kehendak soalan. 10 orang pelajar
menyatakan bahawa mereka highlight, menggaris atau membulatkan kata kunci, merujuk buku,
menganalisis soalan dan mengenal pasti kehendak soalan. 8 orang pelajar memangkah jawapan
yang salah, menganalisis setiap pilihan jawapan dan menulis sumber rujukan pada kertas
soalan.
Soalan kajian 3: Adakah NB berkesan untuk mengukuhkan kemahiran menganalisis
pelajar?
Bagi melihat keberkesanan NB dalam mengukuhkan kemahiran menganalisis saya telah
menjalankan Ujian 1 dan Ujian 2. Dalam Ujian 1 pelajar menjawab soalan dengan
menggunakan NB secara individu manakala dalam Ujian 2 pelajar menjawab secara
berkumpulan. Kedua-dua ujian menggunakan soalan yang sama. Setiap soalan dipecahkan
berdasarkan tahap kemahiran menganalisis iaitu tahap 2 dan tahap 3 (Kementerian Pendidikan
Malaysia: 2014). Pecahan ini dibuat berdasarkan kefahaman guru. Kemahiran menganalisis
tahap II memerlukan pelajar mencerakinkan perkara yang asas dan membuat hubung kait untuk
membuat kesimpulan. Kemahiran menganalisis tahap III memerlukan pelajar mencerakinkan
dengan mendalam sesuatu perkara dan membuat hubung kait untuk membuat kesimpulan.
Jadual 3 dan 4 menunjukkan keputusan Ujian 1 dan Ujian 2 mengikut tahap dalam kemahiran
menganalisis.
i. Kemahiran Menganalisis Tahap II: Mencerakinkan sesuatu perkara yang asas dan
membuat hubung kait untuk membuat kesimpulan.
12 10 10
8 5
10 Soalan 9
4
8 1
6 Soalan 2 Soalan 4
46
22
0
Soalan 1
Ujian 1 Ujian 2
Graf 3: Prestasi Pelajar dalam Kemahiran Menganalisis Tahap II
Soalan yang mengandungi kemahiran menganalisis tahap II melibatkan soalan 1, 2, 4
dan 9 (rujuk lampiran 1). Analisis data menunjukkan bahawa jumah pelajar yang
menjawab dengan tepat soalan 1, 2, 4 dan 9 dalam Ujian 1 dan Ujian 2 meningkat (Graf
3). Julat peningkatan antara 2 hingga 5.
ii. Kemahiran Menganalisis Tahap III: Mencerakinkan dengan mendalam sesuatu perkara
dan membuat hubung kait untuk membuat kesimpulan.
186
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
12
10 10 8 10 8
8 6 6 6
67 5
46
2 10
0
Soalan 3 Soalan 5 Soalan 6 Soalan 7 Soalan 8 Soalan 10
Ujian 1 Ujian 2
Graf 4: Prestasi Pelajar dalam Kemahiran Menganalisis Tahap III
Soalan yang mengandungi kemahiran menganalisis tahap III melibatkan soalan 3, 5, 6, 7, 8 dan
10 (rujuk lampiran 2). Analisis data menunjukkan bahawa jumlah pelajar yang menjawab
dengan tepat soalan 3, 5, 6, 7, 8 dan 10 dalam Ujian 1 dan Ujian 2 meningkat (Graf 4). Julat
peningkatan antara 1 hingga 7.
iii. Prestasi pelajar secara keseluruhan dalam Ujian 1 dan Ujian 2
10 99 9
8 7
8 7777
66 66 6
65
44
4
2
21
0
0
Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar Pelajar
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Ujian 1 Ujian 2
Graf 5: Prestasi Pelajar Secara Keseluruhan dalam Ujian 1 dan Ujian 2
Seramai 10 orang pelajar terlibat dalam Ujian 1 dan Ujian 2. Kedua-dua ujian menggunakan
soalan yang sama. Sebanyak 10 soalan aneka pilihan dikemukakan. Prestasi pelajar dapat
dilihat melalui perbandingan Ujian 1 dan Ujian 2. Markah yang diperoleh oleh pelajar
meningkat (Graf 5). Julat peningkatan antara 1 hingga 7 markah.
5.4.2. Dapatan Kajian
Soalan Kajian 1: Bagaimanakah Nota Bimbingan mengukuhkan kemahiran menganalisis
dalam kalangan pelajar?
Analisis data menunjukkan bahawa Nota Bimbingan mengukuhkan kemahiran menganalisis
dengan cara berikut:
i. NB memudahkan pelajar mengenal pasti kehendak soalan dan jawapan dengan lebih
jelas dan tepat.
ii. NB membantu pelajar menentukan kata kunci untuk menganalisis soalan.
iii. NB membantu pelajar mengenal pasti jawapan dengan cepat.
iv. NB membantu pelajar menganalisis soalan dengan lebih teliti.
187
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
Soalan kajian 2: Bagaimanakah pelajar menggunakan Nota Bimbingan untuk menjawab
soalan?
Analisis data menunjukkan bahawa Nota Bimbingan membantu pelajar menganalisis soalan
dengan cara berikut:
i. Pelajar mewarnakan atau menggariskan kata kunci.
ii. Pelajar mengenal pasti kehendak soalan.
iii. Pelajar menganalisis soalan dan setiap pilihan jawapan.
iv. Pelajar akan merujuk sumber rujukan.
v. Pelajar akan menulis nota rujukan pada kertas soalan.
vi. Pelajar akan memangkah jawapan yang salah.
Soalan kajian 3: Adakah NB berkesan untuk mengukuhkan kemahiran menganalisis pelajar?
Analisis data berdasarkan Ujian 1 dan Ujian 2 menunjukkan bahawa NB berkesan untuk
mengukuhkan kemahiran menganalisis dengan cara berikut:
i. NB lebih berkesan jika dijalankan dalam kumpulan.
ii. NB membantu pelajar mencerakinkan soalan dan pilihan jawapan, menghubungkaitkan
soalan dan pilihan jawapan, membuat kesimpulan, memilih jawapan yang tepat, dan
membantu meningkatkan prestasi pelajar.
Refleksi Kajian
i. Perubahan sikap pelajar
Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik NB menjadikan pelajar lebih
berkeyakinan, mengetahui tindakan yang perlu dibuat, tidak terlalu bergantung pada
guru dan bermotivasi. Penguasaan pelajar dalam tatabahasa juga semakin baik. Saya
dapati kemahiran menganalisis pelajar menjadi lebih baik. Pelajar lebih cekap
menganalisis soalan dan pilihan jawapan. Perkara yang sangat menggembirakan ialah
pelajar berupaya memberikan penjelasan yang betul untuk menyokong jawapan.
ii. Prestasi Pelajar
Saya mendapati teknik ini membantu untuk meningkatkan prestasi pelajar terutama
dalam menguasai aspek tatabahasa. Markah yang diperoleh semasa menjawab latihan
lebih baik daripada sebelum NB diperkenalkan. Perubahan yang besar dapat dilihat
dalam kalangan pelajar yang sederhana. Pelajar berupaya memberikan penjelasan
untuk menyokong jawapan yang dipilih selain dapat memberikan penjelasan bagi
pilihan jawapan yang kurang tepat.
iii. PdPR berpusatkan pelajar
Saya berhasrat untuk menjadikan teknik ini sebagai amalan dan dibudayakan dalam
PdP. Teknik ini lebih berkesan jika dijalankan dalam bentuk kumpulan. Saya akan
menggunakan teknik ini untuk melahirkan pelajar yang berperanan sebagai sifu muda.
Semasa perbincangan soalan dan jawapan, kumpulan sifu muda akan mengambil
peranan guru. Aktiviti ini memberikan peluang dan ruang kepada pelajar untuk
mengasah kemahiran insaniah pelajar.
6.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Pada masa akan datang, saya berhasrat untuk menambah baik kajian ini agar lebih mesra pelajar
dan bersifat interaktif. NB dimasukkan sebagai panduan menganalisis soalan dan pilihan
jawapan menggunakan Kod QR.
188
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
RUJUKAN
Amin Senin (2018). Melangkah ke Hadapan Gerak Kerja dan Fokus Tumpuan. KPM: Putra
Jaya.
Jamaliah binti Jahpar (2015). Integrasi Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Fizik. Fakulti Sains dan Matematik, Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Tesis Disertasi Sarjana Muda Pendidikan.
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Aplikasi di Sekolah (2014). Kementerian Pendidikan
Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum. Cepat Cetak Sdn. Bhd.: Kajang
Najihah (2008). Kemahiran Menganalisis Maklumat. Diperoleh pada 15 Julai, 2021 di
http://bukuria-Malayasia.com/
189
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
KIT SEGI TIGA OSEM’
Azizul bin Abdul Aziz & Syaheela Atikah binti Hashmi
SK Bukit Lanjan (A) & SK (2) Petaling Jaya
[email protected]
[email protected]
ABSTRAK
Proses pengajaran dan pembelajaran matematik sering berubah mengikut keperluan. Penekanan kemahiran
operasi matematik melibatkan anu memerlukan kreativiti dan inovasi guru yang dikongsi bersama murid supaya
berjaya merangsang minat murid terhadap topik tersebut. Hal ini kerana kemahiran operasi matematik melibatkan
anu menjadi suatu masalah bagi murid untuk dikuasai dan guru juga mengalami masalah untuk membantu proses
pemahaman murid bagi topik ini. Kit Segi Tiga Osem’ merupakan satu kaedah dan juga projek inovasi bagi
menyelesaikan operasi matematik yang melibatkan anu. Kit Segitiga Osem' dilengkapi dengan Kad Segi Tiga
Osem’ dalam bentuk papan putih mini, Kad soalan Osem’, Kad kod QR permainan interaktif, pen marker,
pemadam papan putih serta manual penggunaan. Kit Segi Tiga Osem’ adalah fleksibel, menarik, mudah alih dan
sangat berfungsi sebagai bahan pengajaran dan sumber yang memenuhi elemen pembelajaran abad ke-21. Selain
itu, kit ini juga dapat menerapkan pembelajaran secara visual, sangat mudah difahami dan boleh diaplikasikan
untuk operasi tambah, tolak, darab dan bahagi melibatkan anu. Murid juga dapat selesaikan soalan operasi
matematik melibatkan anu dengan mudah dan tepat. Produk ini berpotensi untuk disebarluaskan penggunaannya
dan dikomersialkan di pasaran luar kerana produk yang dihasilkan ini terbukti memberi impak yang besar kepada
murid, guru bahkan sekolah dalam usaha mengembangkan potensi murid secara lebih bermakna.
Kata kunci: gambar rajah segi tiga, anu, operasi matematik
1.0 PENGENALAN
Di dalam sistem pendidikan di Malaysia, matematik adalah antara mata pelajaran yang sangat
penting bermula dari awal persekolahan sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Matematik
diaplikasikan di dalam kehidupan seharian dan ia mempunyai bahasa, simbol dan operasi yang
tersendiri. Keunikan matematik ini tanpa disedari telah digunakan oleh seluruh manusia di atas
muka bumi ini. Matematik merupakan suatu bidang yang memberi peluang kepada murid untuk
berfikir dan menyelesaikan masalah dengan kemahiran yang mereka miliki. Salah satu bidang
matematik yang penting adalah algebra. Bidang algebra termasuk di dalam bidang bentuk,
ruang serta bidang perkaitan dan fungsi (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020). ‘Anu’
merupakan salah satu topik yang berkait rapat dengan tajuk algebra bagi murid sekolah rendah.
Ia merupakan asas matematik yang perlu dipelajari dan difahami oleh murid terutama yang
ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Murid yang lemah dan sering
melakukan kesilapan dalam matematik di peringkat awal tidak harus dibiarkan dan sekiranya
tidak ditangani akan menimbulkan pelbagai kesukaran dalam pemahaman matematik di
peringkat seterusnya.
Bagi meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran mencari nilai anu, penggunaan bahan
bantu mengajar yang sesuai dan berkesan dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
sangat penting dan perlu diambil berat oleh guru kerana bahan bantu mengajar tersebut
berperanan untuk merangsang dan mengembangkan pengetahuan dan kecerdasan murid
mereka di samping menjadikan murid berasa selesa dan seronok untuk belajar. Murid akan
lebih mudah untuk membina kefahaman dan menguasai sesuatu kemahiran matematik
sekiranya guru dapat memilih dan menggunakan bahan bantu mengajar, kaedah, teknik dan
pendekatan pembelajaran yang sesuai, berkesan dan bermakna (Ainun Rahmah, Zamri, & Wan
Muna Ruzanna, 2017; Mohd Suhaimi, Noor Shah, & Mohd Uzi, 2017; Nurabidah, 2014).
Maka, guru perlu kreatif mencari idea untuk membina dan mengolah bahan bantu mengajar,
strategi mahupun pendekatan pengajaran mereka yang boleh memberi motivasi dan menarik
190
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
minat murid dalam proses pembelajaran kurikulum pendidikan seterusnya membantu
mengubah persepsi murid terhadap mata pelajaran Matematik yang dianggap sukar (Liew,
2007; Nur Syafiqah & Nurul Nazirah, 2018; Nurul Nashrah, Noor Hasimah, & Nur Aida,
2015).
‘Anu’ merupakan kemahiran yang agak sukar difahami oleh murid-murid. Mereka tidak boleh
mengpalikasikan ayat matematik anu kepada situasi harian yang sebenar. Keadaan ini
menyebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan ayat matematik dengan baik. Salah satu
faktor keberkesanan sesi Pembelajaran dan pengajaran (PdP) di dalam kelas ialah penggunaan
Teknik dan penyampaian yang menarik dan efekrif terhadap murid. Kaedah yang berkesan
mampu untuk meningkatkan penguasaan murid dalm pelajaran.
Segi Tiga Osem’ merupakan suatu kaedah PdPc yang diinovasikan bagi menyelesaikan operasi
matematik yang melibatkan anu. Kemahiran operasi matematik melibatkan anu menjadi suatu
masalah bagi murid untuk dikuasai. Guru juga mengalami masalah untuk membantu proses
pemahaman murid bagi topik ini. Oleh itu, dengan penerapan pembelajaran secara visual,
kaedah ini sangat mudah difahami dan diaplikasikan untuk operasi tambah, tolak, darab dan
bahagi melibatkan anu. Murid dapat selesaikan soalan operasi matematik melibatkan anu
dengan mudah. Segi Tiga Osem’ ini juga mampu menarik minat murid terhadap pembelajaran
mata pelajaran Matematik secara khasnya dan mata pelajaran lain secara amnya. Kaedah ini
boleh digunakan dalam semua mata pelajaran yang melibatkan pengiraan seperti mata
pelajaran Sains dan Reka Bentuk Teknologi. Rajah 1 menunjukkan salah satu elemen merentas
kurikulum bagi penggunaan Segi Tiga Osem’ bagi subjek Sains.
Rajah 1: Penggunaan Segi Tiga Osem’ dalam subjek Sains
1.1 Rasional
Pelaksanaan inovasi Kit Segi Tiga Osem’ adalah untuk menarik minat murid terhadap
matematik dan memudahkan murid untuk mencari nilai anu dengan melibatkan pelbagai
operasi asas dengan mudah dan tepat. Melalui Segi tiga Osem’ ini dapat memudahkan murid-
murid memahami ayat matematik yang melibatkan anu. Selain itu, ia juga adalah salah satu
alternatif kepada guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran guru.
1.2 Penyataan Masalah
Berdasarkan kepada proses Pemerhatian terhadap murid Tahun 5 dan 6 Alfa dan temu bual
yang dijalankan terhadap guru-guru di beberapa buah sekolah rendah daerah Petaling Jaya,
Selangor, beberapa permasalahan telah dikenal pasti. Antaranya ialah murid-murid tidak
memahami ayat matematik anu dan merasakan bahawa subjek ini sangat sukar difahami. Selain
191
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
itu, murid-murid masih tidak memahami konsep anu dengan jelas. Para guru juga merasakan
bahawa topik mencari nilai anu ini adalah sukar untuk difahami oleh murid-murid.
1.3 Objektif
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat murid terhadap matematik sekaligus dapat
meningkatkan minda murid untuk berfikir dan memperoleh kefahaman terhadap topik mencari
nilai anu. Selain itu, Segi Tiga Osem’ ini dapat memudahkan murid untuk membuat pengiraan
melibatkan operasi asas dengan betul dan tepat.
Objektif khusus:
a) Memastikan 100% murid Tahap 1 dan 2 dapat menguasai kemahiran mencari nilai Anu
melibatkan operasi asas.
b) Meningkatkan sekurang-kurangnya 65% pencapaian Tahap Penguasaan TP4
Matematik bagi Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam kalangan murid-murid Tahap 2.
c) Meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap mata pelajaran Matematik.
d) Memastikan murid menguasai kemahiran operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
melibatkan anu.
e) Menarik minat murid terhadap pembelajaran mata pelajaran Matematik melalui kaedah
visual.
1.4 Sasaran
Kit Segi Tiga Osem’ ini sangat sesuai diperkenalkan kepada murid Tahap 1 dan Tahap 2 di
mana ia memudahkan murid untuk memahami proses mencari nilai Anu dengan mencari nilai
Terbesar terlebih dahulu dan kemudian menggunakan Kit Segi tiga Osem’ untuk menentukan
operasi asas yang sesuai untuk menyelesaikan soalan tersebut. Selain itu, melalui penggunaan
Segi Tiga Osem’ ini, pengkaji berharap dapat berlaku penjimatan sebanyak 40% bagi masa
murid menjawab serta 40% masa guru mengajar.
2.0 METODOLOGI
Reka bentuk kajian tindakan digunakan dalam kajian ini. Kajian tindakan dijalankan untuk
menganalisis pembelajaran profesional, mengkaji amalan pengajaran, menyelesaikan masalah
dan memahami proses atau fenomena dalam konteks tertentu (Johnson, 2020). Pengkaji telah
menjalankan kajian tindakan ini bagi mengkaji amalan pengajaran menggunakan Segi Tiga
Osem’ dan mengetahui keberkasanannya terhadap jawapan murid. Ancaman kepada kesahan
dalaman dan kesahan luaran telah diatasi dalam reka bentuk kajian tindakan ini. Kesahan
dalaman merupakan perubahan yang berlaku dalam pembolehubah bersandar disebabkan oleh
pembolehubah bebas (Flannelly et al. 2018). Kesahan luaran adalah sejauh mana kesimpulan
dapat dipanjangkan pada populasi dan dalam konteks yang berbeza-beza (Bernstein, 2018).
Kesahan luaran merujuk kepada ancaman yang menghalang dapatan kajian untuk membuat
kesimpulan secara am. Ancaman-ancaman dalaman dan luaran telah dipertimbangkan dan
telah diatasi. Pemahaman konsep yang baik mengenai kesahan dalaman dan luaran mampu
membantu merancang dan menjalankan kajian yang lebih bernilai (Andrade, 2018).
2.1 Peserta Kajian
Peserta kajian ini melibatkan murid Tahun 5 dan 6 di sebuah sekolah jenis kebangsaan di
daerah Petaling Jaya, Selangor. Peserta kajian yang terpilih adalah seramai 30 orang dan
kesemua murid tersebut daripada kelas yang sama. Kaedah persampelan bertujuan telah
digunakan oleh pengkaji untuk memilih peserta kajian. Kaedah persampelan bertujuan
membantu memastikan perserta kajian dipilih berdasarkan ciri tertentu mengikut tujuan dan
192
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
kehendak pengkaji dan data yang diperoleh adalah berfokuskan tujuan kajian dijalankan (Ames
et al., 2019).
2.2 Instrumen Kajian
Instrumen yang telah dipilih dalam kajan ini adalah ujian pra dan ujian pasca untuk mengetahui
perkembangan murid sebelum dan selepas mengikuti intervensi. Instrumen ini telah dibina oleh
pengkaji. Instrumen ini mengandungi 10 soalan mencari nilai anu yang melibatkan operasi asas
tambah, tolak, darab dan bahagi. Pengetahuan operasi asas dan memahami ayat matematik
telah diuji menggunakan intrumen ini. Pengkaji telah memberikan soalan instrumen ini kepada
Ketua Panitia dan guru Matematik yang berpengalaman untuk menyemaknya. Kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen telah dapat dipastikan dengan pelaksanaan penyemakan ini.
3.0 PENGGUNAAN KIT SEGI TIGA OSEM’
Kit Segi Tiga Osem’ telah dicetus untuk menyelesaikan masalah murid dalam menari nilai anu
dalam ayat matematik. Kit ini dapat membantu murid menjawab soalan dengan lebih mudah
dan dapat mengurangkan kesilapan dalam peringkat awal penyelesaian. Rajah 2 dan Rajah 3
menunjukkan cara menggunakan Segi Tiga Osem’.
)
Rajah 2: Gambar Rajah Segi Tiga Osem’ Yang Terdapat Dalam Kit
193
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
N
STO
Rajah 3: Cara Menggunakan Segi Tiga Osem’ Dalam Menyelesaikan Masalah Anu
3.0 DAPATAN KAJIAN
Rajah 4: Pelaksanaan Segi Tiga Osem’ di dalam PdPc
Peningkatan dalam kefahaman murid dengan mendapatkan jawapan yang betul telah
dibandingkan dalam kedua-dua intrumen kajian. Rajah 4 di atas menunjukkan pelaksanaan
Segi Tiga Osem’ di dalam PdPc.
Rajah 5: Contoh Ujian Pra dan Pasca
194
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
Rajah 5 jelas memperihalkan perkembangan peserta kajian dalam menjawab soalan
penyelesaian masalah melibatkan anu dengan betul. Murid telah mencari nilai terbesar dalam
ayat matematik dan mencari operasi yang sesuai di gunakan untuk menyelesaikan masalah
tersebut setelah memperkenalkan Segi Tiga Osem’. Penggunaan Segi Tiga Osem’ telah
membantu murid untuk memberikan jawapan yang betul pada akhirnya. Kali ini murid boleh
memilih sendiri operasi mana yang sesuai untuk menyelesaikan ayat matematik tanpa bantuan
guru. Maka, dapat disimpulkan bahawa kemahiran mencari nilai anu tanpa gagal dapat
ditingkatkan setelah mempelajari dan mengaplikasikan Segi Tiga Osem’.
Rajah 6: Pebandingan Keputusan Bagi Ujian Pra Dan Pasca
Perbandingan data bagi instrumen ujian pra dan ujian pasca telah menunjukkan keberkesanan
penggunaan Segi Tiga Osem dalam mencari nilai anu bagi murid Tahun 5 dan 6. Perbandingan
pencapaian kedua-dua ujian ditunjukkan mengikut bilangan soalan yang boleh dijawab oleh
murid seperti dalam Rajah 6 di atas.
4.0 PERBINCANGAN
Perbandingan antara ujian pra dan ujian pasca jelas membuktikan penguasaan murid dalam
menyelesaikan soalan mencari nilai anu yang melibatkan operasi asas. Salah faham konsep dan
kesukaran mengaplikasikan operasi yang tepat jelas ditunjukkan dalam jawapan ujian pra.
Gaya penulisan jawapan murid telah berubah setelah kaedah Segi tiga Osem’ diperkenalkan
dalam kelas intervensi. Intervensi yang baik mampu memberi impak positif kepada pencapaian
murid (Brisson et al., 2017). Ujian pasca yang dijalankan telah menunjukkan impak postif yang
dapat daripada penggunaaan kaedah Segi tiga Osem’. Murid boleh mencari nilai terbesar dan
memilih operasi yang dengan betul tanpa melakukan kesilapan seperti dalam ujian pra. Dapatan
ini telah disokong oleh Vajravelu (2018) yang mentakrifkan intervensi dalam Matematik
mampu mengubah penguasaan murid terhadap soalan Matematik berbanding kaedah
tradisional iaitu bentuk lazim.
Selain itu, dapatan menunjukkan pengamalan kaedah ‘Segi Tiga Osem’ memberikan impak
dalam meningkatkan keyakinan diri murid seperti Rajah 7 di mana murid menunjukkan reaksi
yang sangat gembira setelah berjaya mencapai 100% dalam ujian. Pencapaian murid dalam
mata pelajaran matematik juga dapat ditingkatkan dan kemenjadian murid sebagai murid serba
boleh. Dapatan ini dapat dibuktikan melalui penglibatan beberapa orang peserta kajian dalam
slot Program DidikTV KPM yang disiarkan secara langsung melalui siaran DidikTV KPM-
NTV7. Mereka menunjukkan perkembangan yang sangat positif melalui tutur kata dan juga
respon terhadap soalan yang diajukan oleh guru. Rajah 8 merupakan QR kod rakaman DidikTV
melibatkan peserta kajian dalam topik mencari nilai anu.
195
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
Rajah 7: Reaksi Murid Setelah Berjaya Mencapai 100% Dalam Ujian.
Rajah 8: Pautan Didiktv Melibatkan Peserta Kajian Dalam Topik Mencari Nilai Anu.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, dapatan kajian ini yang positif membuktikan Kit Segi Tiga Osem’ boleh
digunapakai dalam pengajaran dan pemudahcaraan bagi topik mencari nilai anu yang
melibatkan operasi asas. Murid-murid boleh menggunakan kit tersebut dan memilih operasi
dengan betul. Guru Matematik boleh memperkenalkan kaedah Segi Tiga Osem’ kepada
muridnya dan membantu murid memahami konsep anu dengan mudah. Murid juga boleh
memilih kaedah yang mudah ini sebagai langah penyelesaian berbanding teknik tradisional
semasa menjawab soalan mencari nilai anu.
Kit Segi Tiga Osem’ ini bukan sahaja berfungsi sebagai bahan atau sumber pengajaran untuk
melaksanakan aktiviti pengukuhan, malahan secara tidak langsung dapat menjimatkan masa
guru dan murid dalam proses PdPc dan PdPR terutamanya dalam kemahiran mencari nilai anu
yang melibatkan operasi asas serta meningkatkan minat dan keseronokan untuk belajar. Kit ini
telah dibuat penyebarluasan didalam sekolah, daerah, peringkat negeri dan juga kebangsaan
secara maya melalui YouTube Live, Sosial Media dan juga DidikTV seperti Rajah 9. Diharap
juga Kit Segi Tiga Osem’ ini dapat disebarluaskan penggunaannya secara bersemuka/fizikal
dan dikomersialkan di pasaran luar kerana kit yang dihasilkan ini terbukti memberi manfaat
dan impak yang besar dalam jangka masa yang panjang kepada murid, guru bahkan sekolah
dalam usaha mengembangkan potensi murid ke arah Pendidikan STEM.
Rajah 9: Penyebarluasan Kit Segi Tiga Osem’
196
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
RUJUKAN
Ainun Rahmah, I., Zamri, M., & Wan Muna Ruzanna, W. M. (2017). Pembelajaran abad ke-
21 dan pengaruhnya terhadap sikap, motivasi dan pencapaian bahasa melayu pelajar sekolah
menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2), 77-88.
Ames, H., Glenton, C., & Lewin, S. (2019). Purposive sampling in a qualitative evidence
synthesis: A worked example from a synthesis on parental perceptions of vaccination
communication. BMC medical research methodology, 19(1), 1-9.
Andrade, C. (2018). Internal, external, and ecological validity in research design, conduct, and
evaluation. Indian journal of psychological medicine, 40(5), 498-499.
Bernstein, J. L. (2018). Unifying SoTL methodology: Internal and external validity. Teaching
& Learning Inquiry, 6(2), 115-126.
Brisson, B. M., Dicke, A. L., Gaspard, H., Häfner, I., Flunger, B., Nagengast, B., & Trautwein,
U. (2017). Short intervention, sustained effects: Promoting students’ math competence
beliefs, effort, and achievement. American Educational Research Journal, 54(6), 1048-1078.
Flannelly, K. J., Flannelly, L. T., & Jankowski, K. R. (2018). Threats to the internal validity of
experimental and quasi-experimental research in healthcare. Journal of health care
chaplaincy, 24(3), 107-130.
Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2017. Kupasan Mutu Jawapan Matematik UPSR 2016.
Makrufah, E. (2019). Peningkatan Hasil Belajar Matematika Materi Penjumlahan dan
Pengurangan Pecahan dengan Menggunakan Strategi Pembelajaran Cooperative Type
Numbered Head Together (NHT) Pada Siswa Kelas V MI PERWANIDA Kecamatan
Argomulyo Kota Salatiga Tahun Pelajaran 2018/2019 (Doctoral dissertation, IAIN
SALATIGA).
Liew, V. K. (2007). ICT in education-an action learning approach using soft system
methodology. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 17(02), 17-37.
Mohd Suhaimi, O., Noor Shah, S., & Mohd Uzi, D. (2017). Penggunaan bahan bantu mengajar
guru matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia (JPSMM
UPSI), 7(1), 32-46.
Nurabidah, M. A. (2014). Hubungan antara pendekatan pengajaran pensyarah terhadap
pendekatan pembelajaran serta kesan efikasi kendiri sebagai faktor moderator dalam
kalangan pelajar pascasiswazah di Universiti Teknologi Malaysia. (Sarjana), Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
Nurul Nashrah, S., Noor Hasimah, H., & Nur Aida, A. H. (2015). Matematik dan kemahiran
abad ke-21: perspektif pelajar. Jurnal Pendidikan Matematik, 3(1), 24-36.
Nur Syafiqah, I., & Nurul Nazirah, M. I. M. (2018). Keberkesanan penggunaan grafik
berkomputer sebagai alat bahan bantu mengajar dalam kalangan pelajar reka bentuk dan
teknologi. Sains Humanika, 10(3-3), 81- 87.
Panduan pengurusan mata pelajaran matematik: Sekolah rendah sekolah menengah. (2020).
Kementerian Pendidikan Malaysia, Terbitan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
Vajravelu, K. (2018). Innovative Strategies for Learning and Teaching of Large Differential
Equations Classes. International Electronic Journal of Mathematics Education, 13(2), 91-
95.
197
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
MENINGKATKAN PEMAHAMAN TOPIK SIFAT-SIFAT HURUF DENGAN MENGGUNAKAN
ALAT “PELUNCUR SIFAT HURUF (PSH)” DALAM KALANGAN PELAJAR 4 KKQ DI SEKOLAH
SMK AGAMA KENINGAU, SABAH
Nor Azian binti Sapiai
SMK Agama Keningau
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini saya laksanakan adalah kerana kesedaran pada diri sendiri untuk berikhtiar bagi menambah baik amalan
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kumpulan sasaran bagi kajian saya ialah pelajar Ting 4 yang
mengambil mata pelajaran Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz alQuran (KKQ). Saya memfokuskan
kepada bidang Tajwid di dalam topik Sifatul Huruf. Berdasarkan kepada pengalaman dan pemerhatian di dalam
kelas, topik ini mempunyai banyak istilah dan mengelirukan. Justeru, bagi memperbaiki amalan pengajaran guru
dan pembelajaran pelajar, saya telah memperkenalkan penggunaan alat ‘Peluncur Sifat Huruf’ (PSH) yang
bertujuan membantu pengajaran guru dan meningkatkan pemahaman pelajar. Seramai 8 orang pelajar telah dipilih
untuk menggunakan alat PSH ini untuk mengenalpasti sifat-sifat huruf Hijaiyyah. Guru memulakan dengan
meminta pelajar mengenalpasti empat sifat huruf tertentu seperti berikut, iaitu huruf “ fa, qaf, lam dan jim’. Dalam
masa 8-10 saat pelajar boleh menyenaraikan sifat-sifat huruf dengan cepat dan betul. Pelajar sangat teruja dan
seronok menggunakan alat PSH ini. Justeru, alat ini juga dapat menambah pemahaman pelajar dan dapat dijadikan
sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dalam menambahbaik amalan pengajaran guru dan pembelajaran
pelajar di dalam kelas.
Kata kunci : Sifat-sifat huruf, Peluncur Sifat Huruf (PSH), KKQ
1.0 PENGENALAN
Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) mula dilaksanakan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama sejak tahun 1986 (KPM,2014). Bagi sekolah SMK
Agama Keningau Sabah, kewujudan kelas KKQ bermula daripada tahun 2013 selari dengan
pengoperasian sekolah pada tahun 2013. KKQ merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang
dilaksanakan di semua sekolah SMKA di seluruh negara, dengan dibekalkan sukatan dan
huraian pelajaran yang lengkap (KPM,2014). Terdapat lima kelas KKQ di SMKA Keningau,
yang merangkumi tingkatan satu hingga lima dengan peruntukan masa tiga jam seminggu bagi
setiap kelas. Dalam kajian ini, saya telah memilih tingkatan empat KKQ bagi mengkaji satu
bidang yang penting di dalam mata pelajaran KKQ iaitu bidang tajwid. Antara topik yang saya
pilih ialah topik sifatul huruf iaitu topik kedua selepas topik makharijul huruf. Berdasarkan
kepada pengalaman mengajar topik ini, saya dapati topik ini perlu difahami dengan jelas oleh
pelajar. Penerangan berdasarkan buku teks KKQ semata-mata, tidak mencukupi untuk
menjelaskan semua isi kandungan dengan mudah berkaitan topik berkenaan. Oleh itu, saya
cuba untuk menambahbaik amalan pengajaran saya di dalam kelas bagi membantu
pembelajaran pelajar dengan penggunaan alat “ Peluncur Sifat Huruf” atau PSH.
1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu
Menurut Creswell (2008), jenis kajian tindakan yang saya jalankan ini ialah kajian tindakan
amalan. Ini bermaksud, kajian ini melibatkan tinjauan tentang amalan guru dalam konteks
bilik darjah di mana guru itu mngajar (KPM 2008). Menurut Model Kajian Tindakan yang
dibangunkan oleh Kemmis & MacTaggart (1988), menyarankan empat langkah kajian
tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti mereflek, merancang, bertindak dan memerhati
(KPM 2008). (Rajah:1). Oleh itu, saya cuba mengaplikasikan model kajian Kemmis ini di
dalam kajian tindakan saya. Saya memulakan dengan mereflek secara kendiri cara pengajaran
saya di dalam bilik darjah. Apabila saya amati , cara pengajaran saya begitu stereotaip dan
tidak pernah membuat satu kajian berkaitan teknik atau kaedah yang baru bagi menyegarkan
198
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
sesi pengajaran saya di bilik darjah. Sehinggalah saya mendapat inspirasi daripada dua orang
rakan sekerja yang merupakan Guru Cemerlang sekolah yang sentiasa memberikan semangat
dan motivasi untuk menjalankan kajian tindakan yang serius dalam bilik darjah. Justeru, saya
memberikan perhatian yang serius kepada isu dan masalah semasa pembelajaran terutama
dalam kefahaman berkaitan dengan isi kandungan mata pelajaran. Saya dapati, kaedah PdP di
dalam kelas yang stereotaip akan menyebabkan pelajar kurang aktif, tidak focus dan
mengantuk semasa PdP. Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak faham apa yang dipelajari dan
semakin sukar untuk mengaplikasi dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Oleh itu, kajian
tindakan ini, saya percaya dapat mengubah dan menambahbaik amalan saya selama ini dengan
lebih baik, berfokus dan berimpak.
Mereflek
Muhasabah diri bagi
melihat kekuatan dan
kelemahan PdP diri
sendiri
Memerhati Merancang
Merancang tindakan /
Mengumpul dan intervensi bagi atasi
menganalisis data.
masalah
Bertindak
Melaksanakan tindakan
bagi mengatasi masalah.
Rajah 1
1.2 Fokus Kajian
Berdasarkan pengalaman PdP KKQ tingkatan empat, terdapat banyak masalah dan isu yang
saya kesan, terutamanya yang melibatkan penguasaan isi kandungan mata pelajaran. Anara
topik di dalam bidang tajwid yang penting ialah topik sifatul huruf. Topik ini perlu dikuasai
oleh pelajar agar dapat melafazkan huruf-huruf al-Quran dengan jelas dan betul semasa
membaca al-Quran. Berdasarkan rujukan nota di dalam buku teks KKQ KPM, pelajar sukar
untuk membezakan sifat-sifat huruf pada semua huruf hijaiyyah. Sifat-sifat huruf tidak dapat
dikenalpasti dengan jelas hingga menjejaskan cara penyebutan huruf dengan betul dan tepat.
Di samping itu, pelajar juga kurang memahami fungsi-fungsi sifat huruf dengan baik, yang
menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab soalan dengan baik di dalam peperiksaan. Oleh
itu, saya perlu mencari satu kaedah dan teknik yang lebih baik bagi mengatasi maslah pelajar
ini. Dengan terhasilnya alat “Peluncur Sifat Huruf” ini, ia dapat membantu guru menyelesaikan
masalah pelajar dalam memahami sifat huruf semasa PdP dengan lebih baik, menarik dan
seronok.
1.3 Objektif Kajian
Objektif utama kajian ini ialah seperti yang dikemukakan oleh pakar kajian tindakan iaitu
McNiff (1988) iaitu merupakan satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti
Pendidikan melalui perubahan tentang amalan guru (KPM, 2014) di dalam bilik darjah. Oleh
itu tujuan kajian ini, adalah untuk menambahbaik amalan saya semasa PdP di dalam bilik
darjah (Dr Zailah, 2021) mengenai topik sifatul huruf dengan menggunakan alat PSH. Dalam
199
SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)
proses menambahbaik amalan saya ini, di sini saya senaraikan objektif secara berfokus dalam
meningkatkan pemahaman topik sifat-sifat huruf seperti berikut:
i. Memudahkan pelajar mengkategorikan sifat huruf berlawanan dan sifat huruf
tunggal bagi satu-satu huruf
ii. Mengenalpasti dengan cepat dan mudah tingkatan sifat-sifat huruf yang kuat,
lemah dan sederhana berdasarkan warna
iii. Menjadikan alat PSH sebagai alat bantu mengajar dan belajar di dalam bilik darjah.
1.4 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibat empat orang pelajar perempuan tingkatan 4 daripada perbagai kelas yang
mengambil mata pelajaran KKQ dan seorang guru KKQ iaitu saya sendiri. Empat orang pelajar
tersebut adalah masing-masing dua orang dari kelas 4 al-Munawwir, seorang dari 4 al-
Mujaddid dan 4 al-Fateh. Dari segi pencapaian semasa bagi subjek KKQ, dua orang pelajar
adalah baik dan dua pelajar lagi pada tahap sederhana.
2.0 METODOLOGI KAJIAN
Dalam kajian ini, pendekatan yang saya gunakan untuk pengumpulan data ialah melalui
pendekatan kualitatif. Di mana datanya adalah bersifat subjektif yang diperoleh melalui
percakapan, temu bual, pemerhatian dan penyemakan perkara-perkara yang berkaitan dengan
fenomena yang dikaji (Hartono n.d). Oleh itu, saya telah membuat pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen sebagai satu kaedah pengumpulan data bagi kajian ini. Kumpulan sasar bagi
pengumpulan data ini ialah seramai enam orang pelajar tingkatan 4 KKQ iaitu dua orang lelaki
dan enam orang pelajar perempuan.
2.1 Analisis Tinjauan Masalah
a) Pemerhatian
Analisis tinjauan masalah yang saya lakukan, pertamanya adalah merujuk kepada kaedah
pemerhatian. Sebagai guru yang telah lama mengajar KKQ tingkatan 4, saya dapati pelajar
berminat untuk belajar tentang al-Quran. Ini kerana, kelebihan dan kemulian al-Quran itu
sendiri dalam kehidupan pelajar sentiasa disematkan di dalam hati dan sanubari pelajar.
Namun apabila melihat isi kandungannya, terutama bidang tajwid al-Quran, ia memerlukan
kepada kemampuan intelek yang tinggi dan baik untuk menguasainya. Topik sifatul huruf
merupakan topik agak sukar untuk dikuasai oleh pelajar. Ini kerana topik ini memerlukan
kepada penerangan yang jelas dan diikuti dengan teknik menganalisis setiap sifat-sifat huruf
bagi semua huruf hijaiyyah. Apabila sifat-sifat huruf itu telah dikenalpasti, pelajar dikehendaki
pula untuk mempraktiskan cara sebutan huruf yang betul secara latih tubi sebutan. Latih tubi
yang baik adalah dengan bimbingan secara langsung daripada guru. Berdasarkan pengalaman
mengajar topik ini, pelajar agak sukar untuk mengenalpasti sifat-sifat huruf dengan betul bagi
semua huruf hijaiyyah. Hal ini akan memberi kesan kepada ketepatan sebutan huruf semasa
membaca al-Quran. Oleh itu, saya telah mencari jalan untuk mengatasi masalah ini dengan
memperkenalkan satu alat bantu mengajar iaitu PSH. PSH berfungsi dengan cepat dan mudah
untuk mengenalpasti sifat-sifat huruf dengan tepat dan betul.
b) Analisis Dokumen
Analisis tinjauan masalah yang kedua ialah, saya telah membuat analisis dokumen. Dokumen
yang saya pilih untuk dianalisis ialah buku Panduan Kelas Khas Kemahiran Membaca dan
Menghafaz al-Quran (KKQ) Edisi Semakan KPM (2008) Tingkatan 4 dan 5. Buku panduan
KKQ ini adalah satu-satunya bahan rujukan pelajar dalam mempelajari topik sifatul huruf.
Sebagai altenatif pembelajaran secara atas talian, nota dalam bentuk digital juga disediakan.
Berdasarkan buku panduan tersebut, topik sifatul huruf ini berada pada muka surat 6-12.
200