The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ustazah Nadirah, 2022-12-31 20:36:12

PROSIDING SEPZON 2022

PROSIDING SEPZON 2022

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Hari demi hari, kehadiran semakin merosot kerana pembelajaran secara maya ini
membuatkan murid-murid menjadi cepat bosan dan tidak aktif untuk belajar. Mereka lebih
suka belajar secara bersemuka dan berinteraksi bersama dengan rakan-rakan. Prestasi
mereka semakin jatuh dan kemahiran berfikir mereka menjadi semakin malap. Sekiranya
isu ini tidak dibendung dengan kadar segera, ia akan menjadi lebih parah dan murid-murid
akan ketinggalan.

2.2 Merancang
Hasil pemerhatian serta pembacaan telah melahirkan satu kaedah yang terbaik bagi
membantu murid-murid untuk aktif belajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan
meningkatkan kemahiran berfikir (KBAT) mereka sewaktu PdP bersemuka dan PdP dalam
talian. Kaedah ini mengambil kira elemen yang terdapat dalam STEM dan Six Thinking
Hats bagi memastikan murid-murid minat untuk belajar dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Dalam fasa ini juga, saya mengambil kira jangka masa yang diperlukan untuk
murid-murid mengikut kaedah ini serta impak terhadap prestasi, kehadiran dan kemahiran
berfikir mereka. Berikut merupakan jadual pelaksanaan kajian saya.

Tarikh Jadual Pelaksanaan 2020
2 Feberuari 2020 Perkara
10 Februari 2020
13 Februari 2020 Pemerhatian masalah murid
14 Februari 2020 Ujian kuiz
3 Mac 2020 Temu bual bersama beberapa murid
10 April 2020 Analisis dapatan data
17 April 2020 Pelaksanaan kaedah (Bersemuka)
20 April 2020 Pelaksanaan kaedah (PdPR)
Ujian kuiz (Bertulis dan lisan)
Analisis dapatan data

2.3 Pemantauan
Dalam fasa ini, kesahan kajian tindakan saya ini diukur melalui keputusan Tahap
Penguasaan PBD serta markah kuiz yang akan membuktikan bahawa kaedah ini membantu
murid-murid. Selain itu, maklum balas daripada rakan guru, pihak pentadbir serta murid
diambil kira untuk memastikan fasa pemantauan ini releven dan mempunyai unsur
penjaminan kualiti.

2.4 Metadologi
Metadologi yang digunakan oleh saya untuk menganalisis kutipan data serta melihat
keberkesanan kaedah ini adalah seperti berikut :

• Keputusan kuiz
• Maklum balas murid
• Keputusan PBD
• Pemerhatian

3.0 Objektif
i Kaedah ini bertujuan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran mendengar

dan bertutur, membaca serta menulis dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

251


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

ii Kaedah ini membantu murid-murid meningkatkan keupayaan kemahiran berfikir
dengan lebih kritis dan kreatif.

iii Kaedah ini membantu para guru untuk membimbing murid-murid bagi mencapai
Tahap Penguasaan PBD aras cemerlang

4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang dipilih oleh saya untuk melaksanakan kajian ini ialah seramai 14
orang murid dari kelas 6 Cempaka (bukan nama kelas sebenar)

5.0 PRESEDUR PELAKSANAAN PENDEKATAN
Pendekatan ini dilaksanakan dalam PdP sewaktu sesi aktiviti bersama murid. Guru akan
melaksanakan pendekatan ini berdasarkan langkah-langkah yang ditetapkan.

i. Perasaan
Murid dibahagikan dalam kumpulan dan guru akan bertanyakan soalan kepada murid-
murid mengenai isu atau masalah yang terdapat dalam tajuk tersebut.
Contoh soalan :
- Berdasarkan situasi/gambar/video/teks tersebut, apakah masalah yang dihadapi oleh
mereka ?
- Apakah masalah yang terdapat dalam situasi/gambar/video/teks tersebut ?
- Mengapakah ianya berlaku ?
- Apakah kesan kepada manusia ? alam sekitar?haiwan?
Guru bertanyakan pelbagai aras soalan yang terkandung dalam Teori Anderson.

ii. Berfikir
Melalui isu atau masalah tersebut, murid akan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan
masalah dengan memberi idea, pendapat, menghasilkan projek, inovasi, atau lakaran yang
dianggap releven dengan isu atau masalah.

Murid akan melaksanakan amalan 3 P yang terkandung dalam elemen STEM sewaktu fasa
ini.3 P ialah Problem Based Learning, Project Based Learning dan Product Based
Learning

iii. Bertindak
Setelah murid mendapat idea, murid akan bertindak dengan menghasilkan projek, lakaran,
kad atau bahan-bahan yang mereka fikirkan logik untuk selesaikan isu dan masalah
tersebut.

252


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

iv. Berkongsi
Murid akan berkongsi projek, idea, lakaran dan bahan-bahan yang dibina dalam sesi
pembentangan, media sosial atau berkempen.
Guru boleh melaksanakan penilaian Tahap Penguasaan PBD murid sewaktu fasa ini.

v.0 Keputusan
Keputusan PBD tahun 6 sebelum kaedah dilaksanakan

Murid Membaca Menulis Mendengar dan bertutur
A 3 4 3
B 4 3 3
C 3 3 4
D 3 3 3
E 3 4 4
F 4 3 3
G 3 3 3
H 3 4 4
I 3 3 3
J 4 3 3
K 3 3 3
L 4 4 3
M 3 3 4
N 3 3 3

12 Analisis Data Keputusan Tahap Penguasaan PBD
Tahun 6
10
10 10 10

8

6

444
4

2

0 MENULIS MENDENGAR DAN BERTUTUR
MEMBACA TP3 TP4 TP5

253


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Keputusan PBD tahun 6 selepas kaedah dilaksanakan

Murid Membaca Menulis Mendengar dan bertutur
A 6 6 5
B 5 5 5
C 6 6 6
D 6 5 6
E 5 5 6
F 6 6 6
G 5 5 5
H 6 5 6
I 6 5 6
J 5 5 5
K 6 6 5
L 6 5 6
M 6 5 5
N 6 5 5

Analisis Data Tahap Penguasaan PBD Murid Tahun 6 Cempaka

10 10 77
4 4

Membaca Menulis Mendengar Dan Bertutur
TP3 TP4 TP5 TP6

254


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Analisis Data KBAT Tahun 6 Cempaka

20 TP2 TP3 TP4 TP5 TP6
18 Sebelum Pendekatan Selepas Pendekatan
16
14
12
10

8
6
4
2
0

TP1

6.1 Maklum Balas Keberkesanan Kaedah
Maklum balas daripada murid dan ibu bapa juga diambil bagi melihat keberkesanan kaedah
ini. Maklum balas keberkesanan kaedah ini boleh ditonton melalui video yang terdapat
dalam lampiran

7.0 RUMUSAN
Berdasarkan keputusan kuiz, Tahap Penguasaan PBD, pemerhatian dan maklum balas,
jelas menunjukkan bahawa kaedah ini amat membantu murid-murid dalam menguasai
kemahirankemahiran dalam Bahasa Melayu. Kaedah ini juga merupakan satu medium
untuk membantu muridmurid berfikir dengan lebih kritis dan kreatif selaras membantu
murid menguasai KBAT dengan lebih komprehensif. Tambahan pula, pendekatan ini amat
sesuai dilaksanakan sewaktu PdP dan PdPR. Pendekatan ini juga wajar diperluaskan kerana
pendekatan ini merupakan satu amalan terbaik yang memberi ruang kepada subjek Bahasa
Melayu untuk menjadi ‘Host” bagi STEM.

8.0 PENAMBAHBAIKAN
Kelemahan tetap ada dalam semua pendekatan, Oleh itu, kualiti penyampaian guru perlu
lebih jelas dan perancangan perlu lebih teliti sewaktu melaksanakan pendekatan ini .

RUJUKAN

De Bono, E (2014). Six Thinking Hats for School: Book 3 Cheltenham, Victoria: Hawker
Brownbow Education.

Dufour, R (2001). Professional Learning Communities at work: best practice for
enhancing student achievement. Bloomington: National Educational Service.

Karim, M (2018, April 12) Personal Interview.
Rindam, M (2019, February 21) Personal Interview.

255


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Pendekatan Pembelajaran Modular bagi Topik Ungkapan Algebra dan Graf Fungsi

Zulkifle bin Mohamad

SMK Agama Keningau, Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Pengetahuan sedia ada murid dapat mempengaruhi proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Walau
bagaimanapun kemampuan murid untuk mengekalkan pengetahuan yang diperoleh selepas sesi pembelajaran
adalah terhad kepada tempoh tertentu sahaja. Kajian tindakan ini dijalankan bagi menilai kemampuan 25
murid tingkatan satu Al Faruq dalam menentukan nilai y bagi fungsi bukan linear dari topik Graf Fungsi
tingkatan 2 selepas mempelajari topik Ungkapan Algebra. Data dikumpulkan melalui penilaian formatif
menunjukkan murid tingkatan satu mampu menentukan nilai y bagi fungsi tidak linear berdasarkan jadual
nilai yang diberikan. Dapatan kajian ini menunjukkan topik Graf Fungsi terdapat dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran tingkatan 2 boleh dimodularkan bersama topik Ungkapan Algebra tingkatan 1.

Kata kunci : pendekatan modular, ungkapan algebra, graf fungsi

1.0 PENGENALAN
Terdapat 5 bidang pembelajaran yang utama yang saling berkait antara satu sama lain
dalam Dokumen Standar Kurikulum dan Pentaksiran Matematik (DSKP) tingkatan 1 iaitu
Nombor dan operasi; Sukatan dan Geometri; Perkaitan dan Algebra; Statistik dan
Kebarangkalian; dan Matematik Diskret (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015).
Terdapat 13 topik yang perlu kuasai dan Ungkapan Algebra merupakan salah satu daripada
topik-topik tersebut. Dalam Standard Kandungan (SK) Pemboleh ubah dan Ungkapan
Algebra, murid perlu menentukan nilai ungkapan algebra apabila nilai pemboleh ubah
diberi dan membuat perkaitan dengan situasi yang sesuai bagi SP 5.1.3. Dalam SP ini, nilai
ungkapan algebra akan ditentukan berdasarkan nilai pemboleh ubah yang diberikan.

Bagi soalan yang melibatkan situasi pula, murid perlu membuat perkaitan hubungan antara
perubahan nilai pemboleh ubah dan situasi yang diberikan. Soalan situasi secara tidak
langsung mewujudkan formula algebra bagi mewakili situasi walaupun tidak dinyatakan
secara langsung dalam soalan dan DSKP. Dalam masa yang sama, kemahiran penentuan
nilai bagi ungkapan algebra merupakan asas kepada penentukan nilai pemboleh ubah yang
menjadi perkara rumus kepada formula algebra. Tambahan pula terdapat dokumen yang
menunjukkan formula algebra diperkenalkan setelah murid menguasai kemahiran
menentukan nilai bagi ungkapan algebra iaitu di dalam buku ujukan International
Mathematics For Middle Years 1 (Mcseveny, Conway, Wilkes, & Smith, 2007). Oleh
kerana hubungan yang kuat antara penentuan nilai ungkapan algebra dan formula algebra,
topik-topik berkaitan kedua-dua kemahiran sedia ada ini iaitu graf fungsi patut
diperkenalkan bagi memastikan pengetahuan ini dapat digunakan lebih awal. Ini kerana
terdapat kajian yang membuktikan pengetahuan sedia ada murid menjadi prasayar utama
kepada perkembangan kognitif dan turut menjadi penentu kepada kejayaan akademik
(Kosiol, Rach, & Ufer, 2019)(Hailikari, Nevgi, & Komulainen, 2008). Oleh kerana topik
graf fungsi hanya akan diperkenalkan pada Bab 8 tingkatan 2, murid mungkin akan
bermasalah untuk mengingati kemahiran ungkapan algebra dan formula algebra yang
menjadi asas kepada topik graf fungsi selepas setahun kemahiran ini diperkenalkan. Murid
akan mula lupa apa yang dipelajari seawal 24 jam selepas sesi pembelajaran (Murre &
Dros, 2015).

256


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Oleh sebab itu, pendekatan modular harus diperkenalkan bagi memastikan murid akan
dapat mengekalkan momentum kemahiran rumus algebra dan formula algebra. Sebahagian
SP 8.2.1 iaitu Membina jadual nilai bagi fungsi linear dan bukan linear boleh dimodularkan
bersama SP 5.1.1 Ungkap Algebra bagi membantu murid membuat perkaitan antara setiap
kemahiran yang telah dipelajari. Kurikulum modular ialah satu cara penyampaian dan
pelaksanaan sesuatu kurikulum dalam bentuk bahagian atau unit. Dalam kurikulum
modular, kandungan pembelajaran dibuat dalam bentuk bahagian-bahagian atau unit-unit
yang kendiri lengkap. Setiap bahagian atau unit adalah tersendiri dan mengandungi
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai bagi setiap
bahagian atau unit itu. Pendekatan modular boleh dilaksanakan secara bukan linear.
Standard Kandungan (SK) dan Standar Pencapaian (SP) boleh disampaikan tidak mengikut
turutan seperti yang ditetapkan dalam DSKP. Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) boleh
dilaksanakan dengan menggabungkan beberapa SK dan SP mengikut kesesuaian bidang,
tajuk, kemahiran dan nilai berdasarkan kemahiran murid (Bahagian Pembangunan
Kurikulum, 2018). Kajian ini akan meneroka kemampuan murid tingkatan 1 untuk
menguasai kandungan SK dan SP tingkatan 2 yang dimodularkan dengan topik Ungkapan
Algebra.

1.1 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menambah baik amalan pengajaran matematik
melalui pendekatan modular.

1.2 Persoalan Kajian
Bagaimanakah saya dapat boleh menambah baik pengajaran saya dengan memodularkan
topik Graf Fungsi dan Ungkapan Algebra dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
sekolah menengah?

2.0 METODOLOGI
2.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian tindakan yang bertujuan untuk mempertingkatkan kualiti
dan menambah baik amalan pengajaran di dalam dilik darjah. Menurut Mcniff &
Whitehead (2002), kajian tindakan merupakan cara yang paling praktikal bagi guru untuk
menyemak amalan pengajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini mengaplikasi Model Kajian
Tindakan Kemmis & Mctaggart (1988) bagi menambah baik amalan pengajaran
menggunakan pendekatan modular bagi subjek matematik tingkatan menengah rendah.
Terdapat 4 langkah dalam kitaran model ini iaitu Perancangan, Tindakan, Pemerhatian,
Pemerhatian dan Refleksi.

2.2.1 Perancangan
Fasa perancangan merupakan fasa yang kritikal dalam kajian tindakan. Dalam fasa ini
terdapat tiga perkara utama yang telah dilaksannakan. Langkah pertama ialah menganalisis
latihan murid. Pada langkah ini, tahap pengetahuan murid perlu dikenal pasti bagi
memastikan murid sudah menguasai pengetahuan asas bagi topik ini. Langkah kedua
melibatkan perbincangan profesional bersama rakan sekerja. Perbincangan secara
profesional perlu dilakukan bagi mendapatkan pandangan dan cadangan berkaitan kajian
ini. Langkah yang ketiga ialah pemilihan bahan Berdasarkan analisis buku International
Mathematics For Middle Years 1 (Mcseveny et al., 2007), kemahiran formula algebra akan
diperkenalkan selepas penentuan nilai bagi ungkapan algebra diperkenalkan. Hasil analisis

257


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

tahap penguasaan murid bagi SP 5.1.3 iaitu menentukan nilai ungkapan algebra apabila
nilai pemboleh ubah diberi dan membuat perkaitan dengan situasi yang sesuai
menunjukkan semua murid tingkatan 1 Al Faruq dapat menentukan nilai bagi ungkapan
algebra. Selain itu, murid juga telah mempelajari dan menguasai topik Nombor Nisbah dan
topik Kuasa Dua, Kuasa Tiga, Punca Kuasa Dua dan Punca Kuasa Tiga. Melihat kepada
situasi ini, murid berpotensi untuk menentukan nilai bagi formula algebra melibatkan
formula linear dan bukan linear. Murid akan diberikan dua lembaran latihan iaitu lembaran
formula algebra umum dan lembaran algebra mewakili fungsi bukan linear iaitu fungsi
kuadratik.

2.2.2 Tindakan
Pada fasa tindakan, guru telah menggunakan strategi pengajaran secara pengajaran
langsung. Bagi penentuan nilai bagi formula algebra umum, guru telah menggunakan 12
soalan yang terdapat dalam International Mathematics For Middle Years 1 (Mcseveny et
al., 2007). Latihan ini diberikan pada satu sesi pembelajaran melibatkan tempoh masa 1
jam 30 minit. Setiap soalan mengandungi satu formula algebra dan murid telah menentukan
nilai bagi setiap formula algebra dalam jadual yang disediakan berdasarkan nilai-nilai bagi
pemboleh ubah. Setiap murid dibimbing sehingga menguasai bahagian ini. Pada fasa ini,
penekanan terhadap cara penulisan dan menggunakan kalkulator turut diberi perhatian
terutamanya kepada formula yang melibatkan kuasa dua. Setelah semua murid telah
menguasai lembaran kerja pertama, guru telah memberikan lembaran kerja kedua yang
melibatkan formula fungsi kuadratik. Murid akan menjawab soalan lembaran kedua secara
berpasangan. Dua variasi soalan diberikan iaitu melibatkan pendaraban pekali negatif dan
pekali positif bagi .vSelain itu nilai x yang diberikan dalam jadual juga lebih luas meliputi
nilai negatif dan nilai positif. Perbincangan dan bimbingan telah diberikan pada akhir sesi
pembelajaran. Bagi menilai tahap penguasaan murid, satu sesi ujian telah dijalankan
melibatkan 1 soalan yang setara dengan latihan kedua.

3.0 DAPATAN KAJIAN
3.1 Pemerhatian
Hasil pemeriksaan latihan yang diberikan menunjukkan secara umumnya murid dapat
melaksanakan tugasan dengan baik. Analisis 12 latihan pertama melibatkan formula
algebra umum menunjukkan semua murid dapat menentukan nilai berdasarkan
perubahan nilai pada pemboleh ubah . Bagi latihan kedua yang melibatkan formula fungsi
kuadratik pula terdapat variasi markah yang diperoleh oleh murid berikutan beberapa
kesilapan yang telah dilakukan semasa menjawab soalan. Antara kesilapan-kesilapan yang
telah dikenal pasti adalah :

a) Menentukan kuasa dua bagi nombor negatif
b) Operasi tolak nombor negatif
c) Cuai dalam menyalin soalan
d) Penambahan dan penolakan nombor

Setelah perbincangan dan pembetulan dijalankan, markah bagi Ujian secara puratanya
menunjukkan perubahan yang positif. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesilapan
yang masih dilakukan oleh pelajar yang menyebabkan pelajar kehilangan markah. Antara
kesalahan tersebut ialah :

258


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

a) Kuasa dua menjadi darab dua
b) Kesilapan memasukkan nilai x
c) Kesilapan operasi darab dua nombor
d) Tidak memasukkan kuasa dua ke dalam jalan kerja
e) Kesilapan operasi tolak dan tambah
f) Penentuan nombor kuasa dua bagi nombor negatif.

Hasil analisis jawapan dan perbincangan bersama pelajar juga mendapati terdapat terdapat
beberapa isu yang timbul semasa menjawab soalan ujian. Antara isu tersebut ialah cuai
akibat terlalu yakin, tidak memiliki kalkulator dan 2 orang murid yang mendapat markah 0
mengaku tidak menguasai kemahiran yang diuji. Markah yang diperoleh pada latihan 1 dan
2 disebabkan peluang perbincangan yang diberikan. Taburan markah murid bagi Latihan
1, Latihan 2 dan Markah Ujian adalah seperti Jadual 1.

Jadual 1 : Markah Penilaian

Bil Murid Markah Latihan 1 Markah Latihan 2 Markah
(48) (9) Ujian (10)
1 Pelajar 1
2 Pelajar 2 48 9 9
3 Pelajar 3 48 9 10
4 Pelajar 4 48 1 10
5 Pelajar 5 48 5 0
6 Pelajar 6 48 9 10
7 Pelajar 7 48 6 3
8 Pelajar 8 48 3 9
9 Pelajar 9 48 8 10
10 Pelajar 10 48 4 9
11 Pelajar 11 48 8 10
12 Pelajar 12 48 3 8
13 Pelajar 13 48 7 10
14 Pelajar 14 48 7 0
15 Pelajar 15 48 9 10
16 Pelajar 16 48 9 10
17 Pelajar 17 48 9 10
18 Pelajar 18 48 9 8
19 Pelajar 19 48 9 10
20 Pelajar 20 48 9 9
21 Pelajar 21 48 9 10
22 Pelajar 22 48 9 10
23 Pelajar 23 48 9 10
24 Pelajar 24 48 8 0
25 Pelajar 25 48 9 10
48 8 10

3.2 Refleksi
Fokus utama kajian ini adalah untuk menambah baik amalan pengajaran matematik sekolah
menengah melalui pendekatan modular bagi topik ungkapan algebra dan graf fungsi.
Dapatan kajian menunjukkan mejoriti murid mampu mengaplikasikan kefahaman

259


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

ungkapan algebra kepada formula algebra seterusnya menentukan nilai bagi jadual fungsi
kuadratik. Walaupun terdapat tiga orang murid yang tidak menguasai sepenuhnya
kemahiran ini, ia tidak menggambarkan keupayaan keseluruhan kelas. Ini kerana semua
pihak perlu mengakui setiap murdi mempunyai keupayaan yang berbeza. Guru perlu
memikirkan inisiatif yang berbeza bagi membantu murid-murid yang tidak menguasai.
Akhir sekali, hasil perbincangan bersama guru matematik yang mengajar di tingkatan yang
sama turut mengesahkan kemampuan murid tingkatan satu untuk mempelajari topik graf
fungsi tingkatan 2.

4.0 PERBINCANGAN
Kajian ini membuktikan kepentingan memaksimumkan penggunaan pengetahuan sedia ada
murid dalam merancang pengajaran. Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menyediakan DSKP sebagai garis panduan dalam pengajaran, guru perlu kreatif dalam
memahami kehendak sesuati topik. Selain dapat membantu murid menggunakan
pengetahuan sedia ada, guru juga akan dapat menjimatkan tempoh pengajaran kerana tidak
perlu melakukan pengulangan pada pengajaran akan datang. Dalam masa yang sama, guru
juga perlu menggunakan pendekatan evidence-informed iaitu menggabung jalin kajian-
kajian dalam bidang berkaitan, ilmu dan kepakaran guru dan memahami konteks kumpulan
yang terlibat iaitu murid bagi menambah baik kualiti amalan pengajaran (Boaz, Davies,
Fraser, & Nutley, 2019).

RUJUKAN
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Panduan pendekatan modular dalam

pengajaran dan pembelajaran. In Kementerian Pendidikan Malaysia.
Boaz, A., Davies, H. T. O., Fraser, A., & Nutley, S. M. (2019). What works now?

Evidenceinformed policy and practice. Policy Press.
Hailikari, T., Nevgi, A., & Komulainen, E. (2008). Academic self-beliefs and prior

knowledge as predictors of student achievement in Mathematics: A structural model.
Educational Psychology, 28(1), 59–71. https://doi.org/10.1080/01443410701413753
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). DSKP KSSM Matematik Tingkatan 1.
Kemmis, S., & Mctaggart, R. (1988). The action research planner, (3rd ed.). Geelong:
Deakin University Press.
Kosiol, T., Rach, S., & Ufer, S. (2019). (Which) Mathematics Interest is Important for a
Successful Transition to a University Study Program? International Journal of
Science and Mathematics Education, 17(7), 1359–1380.
https://doi.org/10.1007/s10763-0189925-8
Mcniff, J., & Whitehead, J. (2002). Action research: Principles and Practice. In Action
Learning: Research and Practice (Second, Vol. 13).
https://doi.org/10.1080/14767333.2016.1220174
Mcseveny, A., Conway, R., Wilkes, S., & Smith, M. (2007). International Mathematics.
Pearson education. Murre, J. M. J., & Dros, J. (2015). Replication and analysis of
Ebbinghaus’ forgetting curve. PLoS ONE, 10(7), 1–23.
https://doi.org/10.1371/journal.pone.0120644

260


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

ISU-ISU PSIKOLOGI ABNORMAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA

Mohd Adil Makmur

Universiti Malaysia Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Psikologi abnormal merupakan fenomena yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat sama ada secara
sedar atau tidak. Keadaan ini berlaku apabila tingkah laku yang ditunjukkan memberi masalah kepada
seseorang atau kehidupan orang lain. Penyakit psikologi abnormal boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa
mengira latarbelakang termasuklah juga pelajar. Pesakit yang mengidap psikologi abnormal akan mengalami
beberapa gangguan mental seperti gangguan kebimbangan, gangguan perasaan, gangguan personaliti dan
gangguan seksual. Salah satu cara dalam mengenalpasti penyakit psikologi abnormal adalah melalui kognitif
- tingkahlaku. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan terhadap kesihatan mental dalam kalangan
pelajar sangat rendah dan wujudnya peningkatan kadar penyakit psikologi dalam kalangan pelajar di
Malaysia. Justeru, perlunya pengetahuan yang meluas agar dapat mewujudkan kesedaran tentang bahayanya
penyakit ini jika tidak dipulihkan sedari awal. Intervensi-intervensi yang efektif juga perlu dipergiatkan agar
dapat membantu pelajar yang mengalami masalah psikologi abnormal ini kembali pulih seperti sedia kala
dan dapat menjalankan aktiviti harian mengikut norma-norma sosial.

Kata kunci : psikologi abnormal, intervensi, pelajar di Malaysia.

1.0 PENGENALAN
Pelajar dikonotasikan sebagai individu yang belajar sama ada di sekolah rendah, menengah,
maktab ataupun universiti (Kamus Dewan). Dalam konteks penulisan ini akan
menumpukan kepada pelajar di sekolah menengah dan universiti terhadap isu-isu psikologi
abnormal yang terkait dengannya. Rentetan daripada isu tersebut, penulisan ini turut
menjelaskan intervensi-intervensi relevan dan berimpak tinggi yang sesuai diaplikasikan
kepada individu yang mengalaminya.

2.0 KONSEP PSIKOLOGI ABNORMAL
Psikologi abnormal berfokus kepada gaya emosi, pemikiran dan tingkahlaku yang
menunjukkan keadaan kesihatan mental yang tidak normal bagi seseorang. Sekiranya
tingkah laku yang ditunjukkan memberi masalah kepada seseorang atau kehidupan orang
lain maka keadaan tersebut dikategorikan sebagai abnormal.

2.0 KRITERIA ABNORMAL
Pendekatan kognitif dan tingkah laku merupakan salah satu cara yang boleh digunakan
dalam mengenalpasti psikologi abnormal. Menurut Azizi Yahaya (2007) terdapat empat
cara dalam mengenalpasti ketidaknormalan berdasarkan kepada beberapa kriteria yang
menjadi tunjang kepada kesihatan mental seseorang iaitu :-

2.1 Tingkah Laku Abnormal yang Jarang Berlaku
Satu-satu tingkah laku yang jarang berlaku dalam satu-satu komuniti. Sekiranya tingkah
laku tersebut diamalkan dalam komuniti tersebut akan menimbulkan kejanggalan kepada
komuniti yang terlibat.

261


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

2.2 Tingkah Laku Abnormal yang Menimbulkan Masalah

Tingkahlaku yang menimbulkan masalah atau beban kepada pesakit dan komuniti
setempat. Masalah tersebut berkemungkinan mendatangkan keburukan sama ada secara
langsung ataupun dalam jangka masa yang panjang.

2.3 Tingkah Laku Abnormal Menjejaskan
Sekiranya kehidupan seseorang terjejas seperti perhubungan dengan keluarga atau tempat
kerja terjejas akibat daripada tingkah laku tersebut maka keadaan ini juga menunjukkan
ketidaknormalan berlaku kepada seseorang tersebut.

2.4 Tingkah Laku Abnormal Yang Mengganggu Sosial.
Seseorang yang mengganggu norma sosial yang wujud dalam satu-satu komuniti sehingga
menyebabkan komuniti tersebut sukar untuk berfungsi mengikut ketetapan sosial yang
diinginkan dalam komuniti tersebut.

3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Walaupun psikologi abnormal dikatakan taboo oleh segelintir masyarakat namun tidak
bermaksud isu-isu di dalam psikologi abnormal ini diketepikan. Malah sekiranya
pengetahuan dalam kalangan masyarakat berkaitan dengan penyakit mental ini tidak
diperbaiki boleh memberi impak buruk dalam jangka masa panjang. Justeru, dalam sub-
tajuk ini penulisan tertumpu kepada kajian terhadap pelajar di Malaysia dan isu-isu
psikologi yang terkait dengan mereka.

3.1 Kajian Psikologi Abnormal Dalam Kalangan Pelajar.
Kejayaan mendapatkan tempat di universiti sebagai seorang mahasiswa merupakan
pengalaman yang sangat membanggakan bagi setiap individu. Terdapat pelbagai perubahan
dan perkembangan yang berlaku dalam kehidupan seseorang mahasiswa. Menurut
Sigelman dan Rider (2013) kebanyakan mahasiswa universiti berada pada peringkat
dewasa dan perlu bersedia memikul tanggungjawab sosial seperti membuat keputusan ,
memilih rakan sebaya, membina hubungan intim atau percintaan, menjaga keselamatan
diri, mengurus masa, kewangan dan membentuk strategi bagi menentukan kejayaan di masa
hadapan. Mahasiswa-mahasiswa universiti datang daripada pelbagai latar belakang yang
berbeza, keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa menjalani proses sosialisasi dengan
pelbagai ragam dan personaliti di antara satu sama lain.

Kohn & Frazer (1986) menyatakan kebanyakan mahasiswa universiti sering berhadapan
dengan masalah kesihatan mental dalam menjalani kehidupan akibat daripada sumber
tekanan seperti beban tugas yang diberikan oleh pensyarah, situasi pembelajaran yang
tertekan, masalah penyesuaian, konflik dan persaingan dalam pencapaian akademik,
kekurangan masa lapang dan kurang masa untuk bersama dengan keluarga mereka.
Keadaan ini bertambah serius apabila polisi dikebanyakan universiti tidak mengutamakan
isu kesihatan mental (Goodman, 2017). Oleh itu keperluan menyeluruh terhadap
mahasiswa tidak dapat dipenuhi.

Institut kesihatan umum (2017) melaporkan di Malaysia satu daripada lima remaja
mengalami kebimbangan dan satu daripada 10 remaja mengalami tekanan mental. Laporan
ini sangat membimbangkan kerana mereka merupakan calon yang akan memasuki institut
pengajian tinggi pada masa akan datang. Hasil Tinjauan Kajian Morbiditi Kebangsaan

262


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

2015, oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati prevalens kelaziman individu
dewasa berumur di antara 16 tahun ke atas menghadapi gangguan mental adalah sebanyak
29.2 peratus (Institut Kesihatan Umum 2017). Oleh itu, masalah ini tidak boleh dianggap
mudah kerana ini boleh mendatangkan keburukan kepada semua pihak terutama mahasiswa
universiti. Masalah kesihatan mental boleh memberikan kesan besar kepada mahasiswa
dari segi fizikal, emosi, kognitif dan interpersonal untuk berfungsi dengan baik.

Hal ini memburukkan lagi keadaan jika mahasiswa tidak mempunyai pengetahuan yang
jelas mengenai kesihatan mental dan turut mempengaruhi orang lain di sekeliling mereka.
Kajian yang telah dijalankan oleh Intan et al, (2011) di UKM mendapati pengetahuan
mengenai kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa adalah rendah iaitu sebanyak
83.3%. Kesihatan mental merangkumi kepada beberapa jenis penyakit mental seperti stres,
kemurungan, kebimbangan, kecelaruan makanan dan skizofrenia.

3.2 Gangguan-Gangguan Psikologi Abnormal
Terdapat beberapa gangguan yang dikenalpasti merujuk kepada psikologi abnormal. Ini
dikukuhkan lagi menerusi buku Diagnostic And Statistical Manual Of Mental Disorder
yang telah diterbitkan oleh Persatuan Psikiatri Amerika (APA).

i. Gangguan Kebimbangan
Kebimbangan adalah keadaan perasaan yang bercirikan perasaan bimbang yang melampau
disertai dengan simptom somatik seperti ketegangan fizikal (Feldman, 1990). Pada masa
yang sama juga mengalami kecemasan atau kekhuatiran akibat daripada jangkaan bahawa
kemungkinan suatu malapetaka atau kecelakaan akan berlaku.

Terdapat beberapa simptom kebimbangan termasuklah debaran jantung, berpeluh teruk di
tapak tangan, pernafasan yang laju, lemah, terasa pening, sakit kepala, sakit dada, gangguan
penghadaman dan berasa bimbang akan ditimpa kecelakaan (Brown, 1986).

Apabila seseorang mengalami kebimbangan, fasa berikutnya individu tersebut akan mula
berasa ketakutan. Ketakutan merujuk kepada suatu reaksi amaran yang diperlihatkan secara
serta-merta akibat daripada kewujudan bahaya yang boleh mengancam keselamatan
seseorang.

Fasa berikutnya seseorang tersebut akan mengalami serangan panik yang merujuk kepada
satu pengalaman yang menakutkan yang berlaku secara mendadak dan diiringi oleh
beberapa simptom fizikal yang biasanya memuncak dalam masa 10 minit. Menurut DSM-
V seseorang dikatakan mengalami serangan panik jika mengalami empat atau lebih
simptom fizikal berikut :

a) Degupan jantung yang kencang
b) Berpeluh
c) Menggigil
d) Pernafasan tersekat-sekat
e) Rasa tercekik
f) Loya
g) Pening atau pitam
h) Sakit dada

263


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

i) Anggota badan menjadi kebas
j) Rasa sejuk dan panas silih berganti
k) Pengalaman depersonalisasi

ii. Gangguan Perasaan
Gangguan perasaan bermaksud gangguan emosi yang menyebabkan ketidakselesaan yang
subjektif atau mengganggu kebolehan seseorang untuk berfungsi secara normal (Sue et al.
2014). Kecelaruan perasaan melibatkan dua jenis sindrom iaitu kemurungan dan mania.

Simptom bagi sindrom kecelaruan kemurungan dan mania ini pada asasnya boleh dilihat
daripada segi afektif, kognitif, tingkah laku dan fisiologi seperti jadual di bawah.

Simptom Kemurungan Bipolar
Afektif Gembira, rasa hebat, mudah melenting
Kognitif Sedih, bimbang, termenung
Rasa bersalah, hilang daya tumpuan, Banyak idea, kurang fokus dan
Tingkah berfikiran negatif, hilang minat dan penumpuan dan tahap penilaian yang
laku
berniat untuk membunuh diri rendah
Fisiologi Tidak bermaya, penampilan terabai, Aktif, percakapan sukar difahami dan

menangis, kerencatan fungsi peramah
psikomotor dan agitasi
Tidak perlukan tidur
Hilang/bertambah selera makan ,
sembelit, gangguan tidur, gangguan
kitaran haid dan kurang daya seksual

iii. Gangguan Personaliti
Seseorang yang menderita akibat gangguan personaliti mempunyai sifat keperibadian yang
amat sensitif dan sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran. Akibatnya mereka akan
mengalami gangguan dalam hubungan sosial dan kerjaya. Orang yang mengalami
gangguan personaliti ini akan berusaha mengubah persekitarannya supaya sesuai dengan
keinginannya.

Menurut DSM-V, gangguan personaliti diklasifikasikan kepada tiga kelompok seperti yang
ditunjukkan dalam jadual di bawah :-

Bil Jenis kelompok Kelompok C
Kelompok A Kelompok B Gangguan personaliti

1. Gangguan personaliti Gangguan personaliti mengelak
paranoid antisosial berasa takut menjadi

merasakan orang lain cuba gagal menyesuaikan diri bahan ejekan dan
mengeksploitasi dan dengan norma sosial dipersendakan setika
mencederakan dirinya. memulakan pergaulan
Gangguan personaliti
2. Gangguan personaliti pinggiran baharu
skizoid Gangguan personaliti
mempunyai emosi yang
tidak mempunyai teruk dan sukar diduga bergantung
keseronokan dalam segera mendapatkan
sebarang kegiatan
pengganti apabia
hubungan dengan orang

264


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

yang diharapkan itu
terputus

3. Gangguan personaliti Gangguan personaliti Gangguan personaliti

skizotipal histrionik obsesif-kompulsif

tidak berasa selesa dalam berasa tidak selesa apabila sentimental, terlalu

mengadakan perhubungan tidak diberikan perhatian cermat, degil, kecewa

dengan orang lain. apabila tidak mencapai

apa yang dihajatkan dan

terlalu berfikiran logik

4. Gangguan personaliti

narkisistik

- merasakan dirinya amat -

penting, hebat dan setiap apa

yang dibuat adalah betul dan

ia mahu orang lain

menurutinya.

iv. Gangguan Seksual
Gangguan psikoseksual tertumpu kepada pengaruh masalah psiklogi dan bukannya
masalah yang berasaskan organik. Perkara seperti identiti seks, masalah yang berkaitan
dengan penyesuaian seksual yang normal, kefungsial seks dan praktik seks yang abnormal
dan yang salah diadaptasi menjadi tumpuan kategori ini. DSM-V mencatatkan empat sub-
kelas gangguan ini iaitu gangguan identiti jantina, parafilia, disfungsi psikoseksual dan
gangguan psikoseksual yang lain.

Bil Sub-kelas Huraian

1 Gangguan identiti jantina : 1. Transeksualisme

konflik tidak kongruen dan identiti jantina, 2. Transvestime

antara anatomi seks sebenar seseorang itu 3. Kecelaruan identiti jantina kanak-

dengan identiti jantina yang dirasainya kanak

(Loke, 1997; Raulin, 2003; Nolen, 2004). 4. Kecelaruan identiti jantina tak tipikal

2 Parafilia : 1. Fetis

Melakukan aktiviti seksual yang pelik dan 2. Transvestisme

ganjil berdasarkan fantasi, alat mahupun 3. Zoofilia

objek yang tidak bernyawa dalam memenuhi 4. Pedofilia

nafsu mereka. (Webb, 1981; Raulin, 2003; 5. Ekshibisionisme

Comer, 2001). 6. Voyeurisme

7. Masokisme

8. Sadisme

9. Parafilia Tak Tipikal

3 Disfungsi psikoseksual : 1. Kesekatan keinginan

Gangguan kepada tindak balas psikofisiologi 2. Kesekatan keghairahan seksual

semasa hubungan seks berlaku (Ahmad 3. Kesekatan kemuncak wanita

Hisham, 2012) 4. Kesekatan kemuncak lelaki

5. Masalah pancutan mani pramatang

6. Dispareunia fungsional

7. Vaginismus fungsional

265


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

4 Gangguan psikoseksual yang lain 8. Disfungsi psikoseksual tak tipikal
1. Homoseksualiti ego-distonik
2. Kecelaruan psikoseksual yang tidak
dapat diklasifikasikan

4.0 INTERVENSI YANG DIGUNAKAN DALAM MENANGANI PSIKOLOGI
ABNORMAL
Terdapat banyak intervensi yang sering digunakan oleh ahli psikologi apabila berhadapan
dengan seseorang yang mengalami psikologi abnormal. Dalam penulisan ini, kajian
bertumpukan kepada tiga terapi iaitu terapi individu, terapi kelompok dan terapi kognitif
dan tingkah laku (CBT).

4.1 Terapi Individu
Terapi individu merupakan terapi sokongan untuk melahirkan kepercayaan dalam
hubungan antara pengidap dengan ahli terapi. Pengidap gangguan ini dibenarkan bercakap
dengan bebas tentang kehidupan seharian mereka dan masalah yang dihadapi oleh mereka
(Azizi Yahaya & Tan Soo Yin, 2007).

4.2 Terapi Kelompok
Kesedaran seseorang tentang tingkah lakunya terhadap orang lain dan galakan supaya
mengubah tingkah laku supaya lebih sesuai dan boleh diadaptasi, interaksi kelompok
digunakan dalam terapi kelompok untuk menimbulkan kesedaran seseorang yang
mengalami gangguan personaliti kelompok A dan B. ia dapat mengubah tingkah lakunya
supaya lebih sesuai dan boleh diadaptasi (Sapora Sipon 2015).

4.3 Terapi Keluarga
Menurut Atkinson (1987) terdapat tiga kaedah dalam perlaksanaan terapi keluaraga iaitu :
a) membantu pasangan atau ahli keluarga berkomunikasi tentang masalah yang dihadapi.
b) membentuk satu kefahaman dan kepekaan terhadap kehendak ahli keluarga. c)
mempelajari cara yang lebih berkesan dan sesuai dalam mengurus konflik yang dihadapi.

4.4 Terapi Kognitif dan Tingkah Laku (CBT)
Terapi yang dikenali sebagai Cognitive-Behavioral Therapy (CBT) adalah menggabungkan
matlamat-matlamat terapi kognitif dan terapi tingkah laku individu. CBT merupakan
pendekatan terapeutik yang terkenal dan telah dibuktikan keberkesanannya dalam merawat
pelbagai masalah psikologikal terutamanya masalah berkaitan deengan mood, kemurungan
dan kecelaruan kebimbangan (Beltman, Oude Voshaar dan Speckens, 2010; Hofmann dan
Smits, 2008; Johnsen & Friborg, 2015).

Pendekatan ini pada dasarnya terbentuk daripada kombinasi Terapi Kognitf dan Terapi
Tingkah Laku dan dikembangkan oleh Aaron T. Beck kepada Terapi Kognitif Tingkah
Laku pada awal tahun 1960-an. CBT terus berkembang dengan pelbagai pendekatan, teori
dan aliran baharu di bawah klasifikasi kognitif tingkah laku sehingga hari ini dan digunakan
secara meluas dalam menolong perkembangan kesejahteraan manusia.

Menurut Friedberg dan McClure (2002) Terapi Kognitif-Tingkah Laku adalah satu bentuk
terapi yang berorientasikan tindakan dan beranggapan bahawa corak pemikiran yang
bersifat maladaptif atau cacat akan menyebabkan berlakunya tingkah laku maladaptif dan

266


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

emosi-emosi negatif. Tingkah laku maladaptif adalah tingkah laku yang menjadi
penghalang atau mengganggu kehidupan seharian. Rawatan ini memfokuskan kepada
mengubah pemikiran seseorang individu (corak kognitif) bagi mengubah tingkah laku dan
keadaan emosi individu tersebut.

Asas CBT mengikut Dobsons dan Block (1998) ialah perkongsian tiga asas yang saling
menyokong iaitu: Proses pemikiran mempengaruhi perlakuan, proses pemikiran boleh
dikawal dan diubahsuai dan keinginan untuk mengubah perlakuan boleh dipengaruhi oleh
perubahan pemikiran.

Azizi Yahaya & Tan Soo Yin (2007) berpendapat terdapat enam komponen yang perlu
diajar kepada pesakit iaitu :

a. Mengenalpasti pemikiran negatif dan pemikiran yang mengkritik diri
sendiri yang terlintas dalam fikiran.

b. Memerhatikan hubungan antara pemikiran negatif dengan penyakit
mental berkaitan.

c. Mengkaji setiap pemikiran negatif itu dengan teliti dan buat keputusan
sama ada setiap pemikiran itu boleh disokong atau tidak.

d. Cuba untuk menggantikan pemikiran negatif tersebut dengan pandangan
yang lebih realistik

e. Merekodkan aktiviti yang dilakukan setiap jam dan membuat kadar
keseronokan bagi setiap aktiviti tersebut.

f. Menghadiri program latihan kemahiran sosial

Dengan melakukan keenam-enam komponen ini secara tidak langsung membantu pesakit
untuk mencipta aktiviti - aktiviti yang menyeronokan dan dapat memenuhi masa lapang
mereka. Kedaad ini juga menjadikan seseorang itu keluar daripada keabnormalan psikologi
dan sosial.

5.0 KESIMPULAN
Dalam mendepani cabaran masa kini, seseorang tidak boleh hanya bersedia daripada sudut
fizikal semata-mata malah perlu meningkatkan pengetahuan pada sudut psikologi juga. Hal
ini kerana cabaran yang dihadapan bukan sahaja menyerang secara langsung ke arah fizikal
seseorang tetapi lebih kepada mental seseorang. Ketidakupayaan dalam menangani cabaran
ini memberi impak besar kepada kehidupan terutamanya ketidakfungsian mental dalam
berfungsi dengan baik.

6.0 RUJUKAN

Ahmad Hisham Azizan. 2012. Kecelaruan Psikoseksual menurut Islam : Faktor dan
Cabaran dalam menanganinya. The 9th Regional Symposium of The Malay
Archipelago 2012 (Simposium Nusantara 9 2012). Perak : UiTM.

America Psychiatric Association. 2013. DSM-V: Diagnostic and Statistical Manual Of
Mental Disorders (5th Ed.) Washington : DC.

Atkinson, R.L., Atkinson, R.C. and Hilgard E.R. 1987. Introduction to Psychology. 8th Ed.
New York.: Harcourt, Brace, Jovanovich .

Azizi Yahaya & Tan Soo Yin. 2007. Kesihatan Mental. Johor. Universiti Teknologi
Malaysia.

267


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Azizi Yahaya. 2007. Psikologi Abnormal. Johor : Universiti Teknologi Malaysia.
Beltman, M. W., Oude Voshaar, R. C., Speckens, A. E. 2010. “Cognitive-behavioural

therapy for depression in people with a somatic disease : Meta-analysis of
randomised controlled trials. The british journal of psychiatry.
Beltman, M. W., Oude Voshaar, R.C., Speckens, A.E. 2010. Cognitive-Behavioural
Therapy for Depression In People With A Somatic Disease: Meta-Analysis of
Randomised Controlled Trials. The British Journal of Psychiatry.
Brown G. W., B Andrews, T Harris, Z Adler , L Bridge. 1986. Social Support, Self -Esteem
and Depression : USA.
Comer, Ronald J. (2001). Abnormal Psychology. New York: Worth Publisher and W.H.
Freeman and Company.
Comer, Ronald J. (2001). Abnormal Psychology. New York: Worth Publisher and W.H.
Freeman and Company.
Dobson, K. S. & Block, L., 1998. Historical and Philosophical Bases of The Cognitive-
Behavior Therapies. Handbook of Cognitive-Behavioral Therapies. New York :
Guilford Press.
Dobson, K. S. dan Block, L. 1998. historical and philosophical bases of the cognitive-
behavioral therapies. New york : Guilford Press.
Feldman, R.S. 2010. Psychology and your life: Stress and coping (pp. 498-507).
International Edition. New York, The Mc-Graw-Hill.
Friedberg, R. D. & McClure, J. M., 2002. Clinical Practice of Cognitive Therapy with
Children and adolescents. New york. : Guilford.
Friedberg, R. D. dan McClure, J. M. 2002. clinical practice of cognitive therapy with
children and adolescents. New york : Guilford Press.
Goodman, L. 2017. Mental health on university campuses and the needs of students they
seek to serve. Building Healthy Academic Communities Journal. 1(2): 31-44
Hoffmann, S. G., Asnaani, A., Vonk, I.J.J., 2008. Cognitive-behavioral therapy fo adult
enxiety disorders : A meta-analysis of randomized placebo-contolled trials. The
Journal of Clinical Psychiatry.
Hofmann, S. G., Asnaani, A., Vonk, I. J. J., Sawyer, A. T. dan Fang, A. 2008. “The efficacy
of cognitive behavioral therapy for adult anxiety disorder : meta-analysis of
randomized placebo-controlled trials. The journal of clinical psychiatry.
Institut Kesihatan Umum. 2017. National health and morbidity survey (NHMS) 2017: Key
findings from the adolescent health and nutrition surveys. Ministry of Health
Malaysia, Kuala Lumpur.
Intan, N.M.S., Norlija, K., Nur, F.I., Haazik, M.M., Yusof, M.A. 2011. Tahap pengetahuan
mengenai kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa institute pengajian tinggi
awam (IPTA): Kajian kes di UKM Bangi. Jurnal Personalia Pelajar. 14: 37- 44
Johnsen, T. J., & Friborg, O. 2015. The Effect of Cognitive Behavioral Therapy as an anti-
depression treatment is falling: A meta-analysis. Psychology Bulletin.
Johnsen, T. J., & Friborg, O. 2015. the effects of cognitive behavioral therapy as an anti-
depression treatment is falling: A meta-analysis. Pschological Bulletin. Advance
Online Publication.
Kohn, J.P., and Frazer, G. H. 1986. An Academic Stress Scale: Identification and Rated
Importance of Academic Stressors. Psychological Reports, 59: 415-426.
Loke Kwok Hien & Mohd. Hussain Habil. (1997). Asas Psikiatri. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

268


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Nolen-Hoeksema, Susan (2004). Abnormal Psychology. c.3. New York: McGraw Hill
Higher Education.

Raulin, Michael J. (2003). Abnormal Personality. Boston : Pearson Education Inc.
Samsiah Mohd Jais. 2021. Kesihatan Mental Dalam Kaunseling. Perak : Universiti

Pendidikan Sultan Idris.
Sapora Sipon. 2015. Kaunseling Kelompok. Ed. 3. Negeri Sembilan : Universiti Sains

Islam Malaysia.
Sigelman, C.K. & Rider, E.A. 2003. Life-Span Human Development, (4th ed.),

Wadsworth, Singapore.
Sue, D., Sue, D. W., Sue, D., & Sue S. 2014. Understanding Abnormal Behaviour.

Stamford, CT : Cengage Learning.
Webb, L.J., DiClemente, C.C., Johnstone, E.E., Saunders, J.L., & Perley, R.A. (1981),

Diagnostic and Statistical Manual of Disorders III Training Guide. New York:
Brunner/Mazel.

269


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

BAMBU STIK SEBAGAI ALAT ALTERNATIF DALAM MENINGKATKAN KREATIVITI
MURID.

Roslianna Bily @ Sylvester

Srk. St Theresa Tambunan, Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk membantu meningkatkan kreativiti murid dalam aktiviti ukiran oleh murid-murid
Tahun 4 Arif. Seramai 33 orang murid daripada Sekolah Kebangsaan St Theresa Tambunan terlibat dan
penglibatan seorang guru untuk kajian ini. Tinjauan awal dilaksanakan melalui temu bual dan pemerhatian.
Didapati murid enggan menjalankan aktiviti mengukir kerana tidak mempunyai alat pengukir. Ini
menyebabkan tidak ada kitaran kreativiti berlaku dalam murid. Murid diperkenalkan alat alternatif iaitu Stik
Bambu untuk menjalankan aktiviti mengukir. Murid diberikan tema dan diberikan masa 4 minggu untuk
meneroka alat alternatif iaitu Stik Bambu dan diberi kebebasan memilih bahan untuk diukir. Hasil temu bual
melaui soal selidik menunjukkan berlaku perubahan persepsi terhadap aktiviti ukiran. Hasil pemerhatian
menunjukkan berlaku peningkatan kreativiti hasil-hasil ukiran yang telah dipamerkan oleh murid.

Kata Kunci: Bambu stik, alat alternatif, kreativiti,

1.0 PENGENALAN
Seringkali dibicara pendidikan haruslah selaras dengan kemajuan teknologi terkini. Tidak
dapat dinafikan hal ini cuba dicapai oleh mana-mana pengamal pendidikan khasnya di
sekolah. Walau bagaimanapun, kelekaan tentang kemajuan arus teknologi ini boleh
menyebabkan terbantutnya perkembangan psikomotor. Penguasaaan kemahiran
psikomotor adalah hal utama yang perlu difikirkan. Pendidikan Seni Visual adalah salah
satu mata pelajaran yang cuba membantu murid-murid untuk perkembangan psikomotor
ini.

Pendidikan Seni Visual memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kemahiran
mereka. Pemilihan alat dan bahan dalam penghasilan karya adalah senjata utama dalam
penghasilan seni. Namun, ketiadaan alat dan bahan bukan menjadi alasan utama untuk
menghentikan aktiviti penghasilan karya dalam kalangan murid. Dalam kajian kali ini, alat
alternatif diketengahkan untuk membantu murid dalam aktiviti ukiran. Bambu Bambu Stik
diberi nama untuk alat alternatif.

1.1. Refleksi PdP
Aktiviti seni yang berbentuk projek telah membuka jiwa, hati dan melakukan refleksi
sendiri apabila jumlah hasil yang menghantar untuk penilaian tidak mencapai separuh
daripada jumlah murid yang diajar. Adakah murid-murid itu perlu dibiarkan sahaja
sedangkan DSKP menuntut untuk mencapai objektif penguasaan kemahiran dalam
Pendidikan Seni Visual.

Ditanya tentang masalah yang dihadapi oleh murid ialah mereka tidak mempunyai alat
pengukir. Memandangkan alat pengukir ini perlu dibeli, adalah tidak berbaloi bagi mereka
lebih-lebih lagi murid adalah dalam golongan yang sederhana. Ditambah lagi alat ini hanya
digunakan sekali sahaja, adalah satu pembaziran bagi mereka.

Saya terfikir untuk tidak terus mengabaikan murid-murid yang dianggap cicir dalam aktiviti
ini. Lantas saya telah mendapat idea mencari alatan yang mudah diperolehi di Kawasan

270


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

petempatan mereka. Idea bambu tercetus sewaktu saya menyedari kawasan sekolah
dikelilingi oleh rumpun rumpun bambu. Memandangkan kawasan petempatan murid
adalah berhampiran dengan kawasan sekolah, tidak mustahil kawasan berhampiran juga
subur dengan pokok bambu. Ternyata fikiran saya betul. Saya menemubual hampir semua
murid dalam Tahun 4 Arif dan menyatakan terdapat pokok bambu di kawasan rumah
mereka.

Hasilnya, saya sendiri telah cuba menghasilkan sendiri sebelum saya sebarkan kepada
murid jikalau bambu stik ini benar-benar membantu dalam aktiviti ukiran. Ternyata
perubahan hasil ukiran saya telah terjadi. Saya juga maju murid-murid saya mengalami
perubahan dan perkembangan kreativiti yang telah saya alami. Oleh itu, saya teruskan
kajian ini untuk mengkaji peningkatan kreativiti dan minat mereka terhadap aktiviti ukiran.

1.2 Isu Keprihatinan
Alat pengukir adalah alat utama dalam aktiviti ini. Dalam bidang Mengenal Kraf
Tradisional Tahun 4, objektif utama aktiviti ini adalah melihat perkembangan idea atau
lebih jelas ialah perkembangan kreativiti murid. Selain daripada itu, DSKP ada menyatakan
untuk memilih alat atau bahan gantian untuk melakukan aktiviti ukiran ini.
Isu utama yang ditemukan ketika menjalankan pengajaran dan pembelajaran (pdp) aktiviti
ukiran ini ialah masalah ketiadaan alat pengukir. Murid menjadikan alasan ini untuk tidak
menjalankan dan melakukan aktiviti ukiran ini walaupun telah diberi kebebasan untuk
menyiapkan di rumah.
Sebagai akibatnya, tidak ada perkembangan kreativiti kognitif yang turut membantu dalam
perkembangan minat murid. Idea visual sedia ada tidak berkembang ke idea baru. Aktiviti
apresiasi juga tidak dapat dijalankan. Penggunaan laras bahasa seni ketika menjalankan
aktiviti mengukir juga turut dipengaruhi.

Pengkaji mengambil keputusan untuk mengatasi masalah ini menghasilkan alat ganti
pengukur kepada bambu sebagai alternatif. Penghasilan karya tidak terbatas dengan alat
sebenar tetapi alat alternatif akan menjadikan seni menjadi lebih seronok.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.1 Objektif AM
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kreativiti murid melalui aktiviti ukiran.

2.2 OBJEKTIF KHUSUS
2.2.1 Meningkatkan perkembangan kreativiti murid.
2.2.2 Meningkatkan minat dalam aktiviti ukiran.
2.2.3 Membantu meningkatkan penggunaan laras bahasa seni dalam aktiviti apresiasi.

2.3 KUMPULAN SASARAN
Murid Tahun 4 Arif SRK. St Theresa.
Lelaki: 18
Perempuan:15
Jumlah: 33orang

3.0 METODOLOGI KAJIAN

271


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Dalam perlaksanaan kajian ini, 2 instumen yang digunakan untuk menilai tahap kreativiti
murid melalui alat alternatif Bambu Stik. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik dan
pemerhatian.

3.1 Soal Selidik
Terdapat 2 jenis Borang soal selidik yang disediakan. Yang pertama ialah soalan tertutup.
Soalan tertutup adalah kutipan data untuk mengetahui sejauh manakah aktiviti mengukir
ini telah dijalankan. Soal selidik kedua adalah untuk mendapatkan maklumbalas murid
tentang perkembangan kreativiti yang telah mereka tunjukkan. Soalan ini diberikan
sebelum dan selepas aktiviti ukiran ini dijalankan.

3.2 Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid iaitu sebelum, semasa dan
selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan tidak ada minat yang ditunjukkan oleh murid.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa murid yang benar-benar meminati aktiviti ini
menunjukkan sikap tidak sabar untuk menerokai alat alternatif yang diperkenalkan.

3.3 Prosedur Pengumpulan Data
i. Saya telah meninjau persekitaran petempatan murid untuk mengenalpasti apakah
alat dan bahan semulajadi yang mudah diperoleh oleh murid untuk menjalankan
aktiviti seni. Memandangkan seni bebas untuk memilih alat dan bahan samada kitar
semula atau baru, memilih bambu sebagai alat alternatif dalam aktiviti ukiran ini
adalah sangat tepat.
ii. Saya menghasilkan stik bambu sendiri sebelum mengedarkan kepada murid untuk
menguji keselamatan aplikasi bambu ini.

iii. Borang Soal Selidik A tentang persepi aktiviti mengukir telah diedarkan untuk
meninjau sejauh manakah murid mengenal aktiviti ini.

iv. Borang Soal Selidik B turut diedarkan untuk menentukan tahap kreativiti murid.
v. Setiap murid diberikan 5 stik bambu yang mempunyai mata pengukir yang berbeza

yang diadaptasi daripada alat pengukir sebenar.
vi. Murid dibiarkan meneroka stik bambu tersebut dengan mengukir ke atas bahan

yang mereka pilih.
vii. Borang Soal Selidik B diedarkan kedua kali untuk menunjukkan tahap perubahan

murid setelah menjalankan aktiviti mengukir selepas minggu keempat.
viii. Pemerhatian hasil ukiran direkodkan.

4.0 DAPATAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan dalam tempoh 4 minggu. Kajian ini adalah kajian berterusan
samada di sekolah mahupun di rumah. Murid diberi peluang untuk meneroka penggunaan
stik bambu ini sehingga mereka berjaya menghasilkan ukiran sendiri tanpa bantuan.

Dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional,untuk minggu pertama di dalam kelas murid
didedahkan beberapa bahan yang boleh diukir seperti sabun dan kentang. Memandangkan
tidak ada bahan pengukir yang boleh menghasilkan rupa, murid diperkenalkan dengan stik
bambu yang mempunyai mata menyerupai alat pengukir. Alat alternatif adalah satu cabaran
untuk murid meningkatkan kreativiti mereka (Alimuddin, 2014). Murid diberi kebebasan
untuk mengukir apa sahaja rupa yang terlintas dalam fikiran mereka. Tujuannya ada untuk
melatih psikomotor memegang stik.

272


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Daripada hasil penerokaan murid, saya memberi tunjuk cara yang betul cara memegang
stik bambu tersebut. Minggu kedua perlaksanaan, murid diberikan gambar rupa yang perlu
mereka ukir. Teknik peniruan telah saya dedahkan untuk membantu murid menghasilkan
rupa pada ukiran mereka dengan menggunakan sabun buku mandi. Hasil pemerhatian
menunjukkan murid dapat meniru rupa tersebut tetapi hanya berjaya menghasilkan jalinan
tampak.

Minggu ketiga perlaksanaan, murid tidak diberikan gambar rupa untuk mereka hasilkan
ukiran. Mereka berfikir dan berimaginasi hasil yang mereka inginkan pada bahan ukiran.
Bahan ukiran pada ketika ini masih menggunakan sabun buku mandi. Hasil ukiran
menunjukkan rupa yang lebih jelas seperti bunga dan ikan. Terdapat juga corak-corak
tambahan yang telah mereka hasilkan selain daripada rupa bunga dan ikan.

Minggu terakhir perlaksanaan pula, murid diberi kebebasan memilih bahan untuk diukir
serta rupa berdasarkan imaginasi mereka. Pada minggu ini, kreativiti murid makin terserlah
apabila bijak memilih bahan selain daripada sabun buku mandian. Murid menggunakan
buah betik, buah mangga serta kentang. Pebagai rupa telah mereka hasilkan sendiri. Minat
murid terhadap aktiviti ini semakin meningkat. Ini dapat dibuktikan dengan pemilihan
bahan ukiran yang mereka pilih.

4.1 Analisis Soal Selidik
Soalan yang sama diedarkan sebelum dan selepas aktiviti. Hasil kutipan data menunjukkan
berlaku perubahan persepsi murid terhadap aktiviti mengukir dengan menggunakan alat
alternatif iaitu Bambu Stik.

Soal Selidik A YA TIDAK
Tandakan (√) pada kotak yang disediakan. BILANGAN MURID
BIL PERNYATAAN
3 30
1 Saya pernah melakukan aktiviti ukiran. 1 32
2 Saya mempunyai alat pengukir. 20 13
3 Saya mempunyai minat dalam aktiviti mengukir

Soal Selidik B
Sebelum kajian dijalankan, soal selidik ini diedarkan kepada murid.
Skala Likert: 1-Sangat rendah

2-Rendah
3-Sederhana
4-Tinggi
5-Sangat Tinggi

BIL SKALA 12 345

ITEM (BILANGAN MURID)

1 Saya suka mengukir. 3 10 10 0 0

2 Saya dapat mengukir rupa ikan dengan bantuan 10 13 3 0 0

gambar.

3 Saya dapat mengukir rupa bunga dengan bantuan 10 13 3 0 0

gambar.

273


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

4 Saya dapat mengukir rupa ikan tanpa bantuan gambar. 15 17 1 0 0
5 Saya dapat mengukir rupa bunga tanpa bantuan 15 17 1 0 0

gambar.

Selepas kajian dijalankan, borang soal selidik ini diedarkan sekali lagi.

BIL SKALA 12 345

ITEM (BILANGAN MURID)

1 Saya suka mengukir. 0 0 0 0 33

2 Saya dapat mengukir rupa ikan dengan bantuan 0 4 15 8 6

gambar.

3 Saya dapat mengukir rupa bunga dengan bantuan 0 3 15 11 4

gambar.

4 Saya dapat mengukir rupa ikan tanpa bantuan gambar. 0 5 17 7 4

5 Saya dapat mengukir rupa bunga tanpa bantuan 0 5 20 7 1

gambar.

4.2. Analisis Pemerhatian
Berdasarkan beberapa aspek yang diperhatikan selepas kajian ini dijalankan, dapatan
menunjukkan:

i. Murid menunjukkan perningkatan kreativiti apabila berjaya menghasilkan rupa
selain daripada gambar yang diberikan. Selain daripada itu, murid dapat mencari
idea rupa baru berdasarkan imaginasi mereka sendiri dengan menambah elemen
ukiran baharu pada bahan ukiran mereka.

ii. Murid boleh menjalankan aktiviti ukiran dengan memperbaiki cara memegang
bambu stik.

iii. Murid menunjukkan minat aktiviti ukiran dengan memilih lebih banyak bahan
ukiran.

iv. Dengan memilih lebih banyak bahan ukiran, lebih banyak rupa baru yang diukir pada
bahan yang dipilih. Ini mendorong murid untuk lebih fokus dan kusyuk dengan
aktiviti psikomotor yang mereka jalankan.

v. Lebih banyak percubaan mengukir rupa baru oleh murid dan mereka semakin lama
semakin berani untuk menggunakan alat alternatif bambu. Penghasilan idea baru
telah mereka hasilkan tanpa merujuk gambar yang telah disediakan. Ini
membuktikan peningkatan kreativiti telahpun berlaku dalam fikiran murid tanpa
mereka sedar. Mereka mengolah dan mengubahsuai rupa asal kepada rupa baru.

vi. Semasa aktiviti ini dijalankan, secara tidak langsung murid-murid telah menjalankan
aktiviti apresiasi secara tidak formal dengan bercerita sesama rakan hasil ukiran
sendiri.

vii. Suasana aktiviti sangat menyeronokkan murid dengan saling bertukar idea dan
dalam keadaan santai, mereka saling membantu dalam berkongsi pendapat sambil
menceritakan pengalaman mereka melakukan aktiviti yang menyerupai aktiviti
ukiran.

5.0 PERBINCANGAN
Kajian yang dijalankan dalam tempoh 4 minggu ini telah berjaya memupuk minat murid
dalam aktiviti peningkatan kemahiran Pendidikan Seni Visual. Daripada 33, semuanya
telah menunjukkan perkembangan kreativiti. Objektif kajian jelas tercapai dengan hasil
ukiran setiap murid. Walaupun ada yang masih kurang mahir, tetapi hasil ukiran

274


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

menunjukkan murid tersebut masih mengalami peningkatan kreativiti berbanding sebelum
pengenalan alat alternatif iaitu bambu bambu stik.

Dari segi minat, murid-murid telah menunjukkan minat dengan lebih bijak memilih bahan
sendiri untuk mengukir. Selain daripada itu, murid-murid ini sanggup membawa bambu
bambu stik ini balik ke rumah kerana masa yang diperuntukkan untuk Pendidikan Seni
Visual hanyalah 1 jam. Mereka meminta agar diberi peluang lebih banyak masa untuk
menjalankan aktiviti mengukir.

Di akhir kajian ini telah menunjukkan murid banyak menggunakan laras bahasa seni ketika
bercerita tentang hasil mereka. Sebagai contohnya, “garis beralun itu” iaitu jenis-jenis
garisan yang telah mereka hasilkan. Contoh lain ialah, “boleh rasa jalinan” iaitu
permukaan yang mempunyai jalinan.

Secara keseluruhannya, aktiviti ini bukan sahaja telah berjaya mencapai objektif tetapi
sikap sabar dan teliti dalam kalangan murid juga turut dipupuk. Mereka lebih seronok dan
gembira ketika melakukan aktiviti ini. Mereka juga telah menyedari bahawa apa sahaja alat
dan bahan yang ada di persekitaran mereka boleh membantu mereka untuk berkarya.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Beberapa cadangan mengenai penggunaan alat alternatif bambu bambu stik adalah;
i. Bambu bambu stik ini juga dikembangkan dengan menghasilkan lebih banyak mata
pengukir berbanding 5 sahaja dalam kajian ini.
ii. Bambu bambu stik ini boleh dikembangkan lagi untuk aktiviti anyaman benang kait.

iii. Bambu bambu stik ini juga boleh digunakan untuk membantu cara memegang pensil
untuk kemahiran menulis.

RUJUKAN

Allimudin,M,D,. (2014). Kreativiti. Diperoleh pada 9 Ogos 2022 dari
https://mimbarkata.blogspot.com

Affri,H., Sharulnizam,R., & Sabzali,M.K,. (2020). Kreativiti Menerusi Modul Bertema:
Guru Menjana Atau Menghalang Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak?
Diperoleh pada 27 September 2022, dari https://ejournal.um.edu.my

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2008). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM.

Nurrabi’atul M,R, & Muhammad S,A,. (2020). Kreativiti Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran. Diperoleh pada 3 Ogos 2022, dari http://conference.kuis.edu.my

Norfarahi ,Z., Mohd I,H., & Khadijah, A,Razak. (2020). Faktor Pendorong Kreativiti
Dalam Kalangan Pelajar Politeknik. Diperoleh pada 17 Ogos 2022, dari
http://journalarticle.ukm.my

Yahaya, B. & Noor S,N,. (2011). Faktor- Faktor Yang Mendorong Kreativiti Di Kalangan
Pelajar, Universiti Teknologi Malaysia. Johor. Malaysia.

275


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

APLIKASI TEKNIK WDEP DALAM TEORI REALITI MENINGKATKAN KESEDIAAN UNTUK
BERUBAH REMAJA TERLIBAT PENYALAHGUNAAN DADAH: SATU KAJIAN KES

Sabriah binti Maili @ Mohd Rasli

Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah

[email protected]

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan aplikasi teknik WDEP, iaitu Kemahuan (Wants), Tindakan
dan arah tuju (Doing and Direction), Penilaian (Evaluation) dan Perancangan (Plan) terhadap kesediaan
untuk berubah remaja terlibat penyalahgunaan dadah. Kaunselor mengaplikasikan teknik WDEP bagi
membantu klien memahami keperluan asas yang tidak dipenuhi dalam diri klien iaitu love and belonging, fun
and power. Klien adalah seorang wanita dan merupakan banduan remaja yang dimasukkan di sebuah institusi
pemulihan di Kota Kinabalu. Klien melalui 8 sesi kaunseling individu, termasuk 1 sesi pra. Setiap sesi
mengambil masa 45 minit sehingga 1 jam. Data kajian telah dikutip menggunakan kaedah kualitatif iaitu
berdasarkan sesi kaunseling individu, pemerhatian dan temu bual. Data Kajian juga disokong dengan dapatan
hasil ujian University of Rhode Island Change Assessment (URICA) bagi melihat kesediaan klien untuk
berubah. Analisis data dilakukan dengan kaedah perbandingan hasil ujian pra dan pasca. Kutipan data
kualitatif dianalisis dalam bentuk naratif berdasarkan transkrip dan dapatan yang dicatat. Kajian ini telah
membuktikan bahawa Teknik WDEP berkesan meningkatkan kesediaan untuk berubah ke atas klien salah
guna dadah. Hasil ujian URICA menunjukkan skor pra 10.0 pada tahap pertimbangan (Contemplation)
meningkat kepada 12.2 pada skor pasca iaitu ke tahap persediaan dan tindakan (Participation and Action).

Kata kunci : Teknik WDEP, Kaunseling Individu, Kesediaan untuk berubah

1.0 PENGENALAN
Kajian ini melibatkan seorang klien berumur 23 tahun dan berasal dari sebuah kampung di
kawasan Pantai Barat, Sabah. Klien bersekolah sehingga menamatkan peperiksaan UPSR
dan tidak lagi melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah disebabkan oleh masalah
kewangan. Sepanjang sesi persekolahan klien di sekolah rendah, klien melaporkan bahawa
klien adalah seorang pelajar yang baik, sentiasa mengikuti peraturan sekolah dan aktif
dalam bidang sukan Golf. Klien pernah menjadi wakil sukan golf sehingga ke peringkat
Negeri. Sejak berhenti daripada sekolah klien terpaksa menguburkan niatnya untuk
menjadi pemain golf terkenal. Klien terpaksa akur dengan nasib keluarga yang tidak
mempunyai kewangan yang cukup bagi membiayai persekolahan klien. Klien
menggunakan masa mudanya dengan membantu ibu klien di kebun sekali gus dapat
membantu meringankan bebanan keluarga mereka.

Klien menunjukkan penampilan seperti seorang lelaki dan mengaku kepada kaunselor
bahawa klien merasa lebih selesa dan selamat apabila penampilan sedemikian. Klien masih
mempunyai ibu bapa dan adik-beradik yang lain. Bapa klien berumur 60 tahun dan
merupakan seorang kaki botol, kaki judi dan kaki perempuan. Klien turut melaporkan bapa
sering kali memukul ibu klien, menengking dan mengeji ibu klien apabila berlaku
pertengkaran. Bapa klien juga sering kali berlaku kasar kepada klien dan adik-beradik klien
yang lain. Klien juga melaporkan bapa klien pernah merogol klien semasa umur klien 12
tahun. Kejadian tersebut telah menjadi titik noktah kepada klien untuk membenci bapa
kandung sendiri dan klien mula menjadi seorang yang bersifat kasar, pemarah, dan terjebak
dengan najis dadah.

276


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

1.1 Mental Status Evaluation (MSE)
Berdasarkan kepada Mental Status Evaluation (MSE) menunjukkan pertemuan sesi yang
pertama sehinggalah sesi penamatan penampilan klien memang sentiasa kemas dan bersih.
Cara percakapan klien didapati jelas dan mudah untuk difahami, tetapi terdapat suatu
keadaan pada sesi yang awal di mana klien kelihatan masih malu dan bercakap agak
perlahan dengan kaunselor. Klien juga menunjukkan kebencian apabila bercakap mengenai
perbuatan bapa klien kepadanya dan juga mendiang kakaknya. Pada perjumpaan sesi yang
pertama klien kelihatan sedikit malu untuk berkongsi namun pada sesi yang seterusnya
didapati klien sudah boleh menyesuaikan diri. Penilaian MSE adalah penilaian terhadap
penampilan dan tingkah laku klien, status emosi, komponen pemikiran dan kefungsian
kognitif. Penilaian ini membantu ahli klinikal membuat diagnosis dalam perancangan
rawatan (Polanski & Hinkle, 2000 dalam Puteri Hayati, 2014). Pemeriksaan status mental
klien meliputi aspek-aspek seperti penampilan, sikap, aktiviti, mood, percakapan dan
bahasa serta kognitif.

1.2 Sejarah Penyakit Atau Kesihatan Mental
Berdasarkan kepada rekod dan laporan pemeriksaan kesihatan daripada Doktor yang
bertugas di institusi, klien tidak menghadapi sebarang penyakit. Dari sudut kesihatan
mental, klien juga tiada mengidap penyakit mental.

1.3 Sejarah Penagihan Klien
Sebelum klien terlibat dengan pengambilan dadah klien adalah seorang perokok dan kaki
botol. Klien mula terlibat dengan penagihan dadah semenjak klien berumur 14 tahun dan
mengambil dadah jenis syabu. Walau bagaimanapun, klien melaporkan aktiviti penagihan
tersebut hanya seketika dan klien telah berhenti menagih kerana menyedari kesan bahaya
syabu kepada kesihatan klien. Klien melaporkan mula terlibat semula setelah berumur 23
tahun. Pengambilan semula ini disebabkan oleh keadaan klien pada masa itu berada dalam
keadaan mabuk dan tidak dapat membuat pertimbangan. Rakan klien telah mengajak klien
mengambil syabu dan klien terjebak semula. Klien lebih banyak menghabiskan masa
dengan rakan-rakan seperjuangan dan banyak menjalankan kegiatan yang tidak baik
bersama mereka. Klien merasakan bahawa rakan-rakan adalah tempat yang tepat untuk
bermanja dan berkongsi tekanan yang dihadapi.

Akibat rasa tertekan, sedih dan sunyi yang sentiasa membelengu dirinya, klien sekali lagi
relapse menggunakan syabu. Klien juga tidak lagi tinggal di rumah keluarga dan
mengambil keputusan untuk tinggal bersama rakan-rakannya. Selama klien berada di
institusi pemulihan ini, klien tidak pernah menerima lawatan daripada mana-mana ahli
keluarga. Keadaan ini menyumbang pengukuhan dalam pemikiran klien bahawa
keluarganya memang tidak menyayangi dan tidak peduli tentang dirinya. Klien merasa
putus asa, tiada masa depan yang cerah dan tiada matlamat yang jelas untuk hidupnya.
Klien sentiasa berada dalam keadaan ambivalence berkaitan kesediaan klien untuk berubah
sama ada perlu menjadi baik atau sebaliknya. Situasi seumpama ini menyebabkan klien
mengalami kekecewaan, sedih, risau, takut dan bimbang yang mungkin berakhir dengan
trauma (Schetky, 1990).

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan aplikasi teknik WDEP,
iaitu Kemahuan (Wants), Tindakan dan arah tuju (Doing and Direction), Penilaian
(Evaluation) dan Perancangan (Plan) terhadap kesediaan untuk berubah kepada klien

277


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

remaja yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Di samping itu, kajian ini juga
membantu klien memahami quality world’s serta keperluan asas yang tidak dipenuhi dalam
diri klien iaitu love and belonging, fun and power.

2.0 METODOLOGI
Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Kajian kes
yang digunakan dalam kajian ini adalah single-case study. Single-case study merujuk
kepada kajian ke atas seseorang individu. Yin (2003) menjelaskan bahawa kajian single-
case melibatkan satu responden dan satu tempat lapangan kajian, data yang dikumpul dan
dianalisis diambil daripada satu tempat lapangan kajian. Tempoh sesi kaunseling yang telah
dijalankan adalah selama 45 minit hingga 60 minit. Sesi kaunseling dijalankan oleh
kaunselor berdaftar sepanjang 8 sesi perjumpaan dengan mengaplikasikan teknik WDEP
(What, Doing and direction, Evaluation and Plan). Alat ujian University of Rhode Island
Change Assessment (URICA) digunakan bagi melihat tahap kesediaan klien untuk berubah.
Analisis data dilakukan dengan kaedah perbandingan hasil ujian pra dan pasca. Kutipan
data kualitatif dianalisis dalam bentuk naratif berdasarkan transkrip dan dapatan yang
dicatat. Selain itu, pengkaji turut mendapatkan pengesahan peserta kajian untuk menyemak
semula data dan maklumat yang telah diperolehi dan dianalisis.

3.0 DAPATAN KAJIAN
Hasil daripada 8 sesi kaunseling yang dijalankan dengan menggunakan pendekatan terapi
realiti yang diperkenalkan oleh William Glasser dalam kajian ini menunjukkan
keberkesanan teknik WDEP dalam meningkatkan kesediaan untuk berubah dalam diri
klien. Konsep utama terapi realiti adalah fokus kepada apa yang dilakukan oleh klien dan
bagaimana klien mahu mencapai kemahuan serta menilai sama ada tingkah laku semasa
membantu klien atau sebaliknya. Matlamat terapi ini adalah membantu klien menjadi lebih
efektif dalam mencapai semua keperluan psikologikal, membolehkan klien berhubungan
semula dengan orang yang dikehendaki untuk diletakkan dalam quality world’s dan
mengajar klien berkaitan choice theory (Corey, 2013).

Sesi Satu: Pembinaan Hubungan
Dalam sesi pertama, kaunselor memulakan dengan proses bina hubungan bersama klien.
Proses ini bertujuan untuk mewujudkan suasana yang lebih positif dengan klien dan
memupuk kepercayaan klien kepada kaunselor. Corey (2014) menyatakan bahawa peranan
utama kaunselor dalam terapi realiti adalah mewujudkan hubungan yang baik dengan klien,
kaunselor dapat melibatkan klien dalam membuat penilaian berkaitan kehendak dan
seberapa efektif klien untuk mencapai apa yang dimahukan. Kaunselor juga menunjukkan
sifat menerima klien secara terbuka walaupun perwatakan dan potongan rambut klien
seperti seorang lelaki. Klien banyak menceritakan berkaitan latar belakang persekolahan
klien dan juga pekerjaan yang pernah dilakukan oleh klien. Selain itu, pada sesi ini juga
kaunselor membuat penstrukturan sesi berkaitan masa yang ditetapkan untuk menjalankan
sesi, tanggungjawab klien dan kaunselor serta membincangkan berkaitan etika kerahsiaan.
Penstrukturan ini adalah penting untuk mewujudkan kepercayaan dan memupuk komitmen
klien untuk melibatkan diri sepanjang sesi berlangsung.

278


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Sesi Dua: Penerokaan Masalah Klien
Pada sesi kaunseling yang kedua, kaunselor memulakan perbualan dengan bertanya khabar
klien dan aktiviti yang klien sertai selepas sesi pertama bersama kaunselor. Kaunselor juga
membuat rumusan ringkas berkaitan pertemuan pada sesi yang pertama. Kaunselor
menjalankan proses penerokaan kepada klien berkaitan isu dan permasalahan semasa yang
ingin dibincangkan oleh klien. Klien melaporkan kepada kaunselor bahawa klien
mempunyai rasa benci kepada ayah dan selalu rasa sedih kerana keluarga sering bergaduh
mengakibatkan klien lebih suka menghabiskan masa bersama kawan-kawan di luar. Klien
melaporkan bahawa ayah seorang kaki botol, kaki judi dan kaki perempuan. Ayah juga
kerap memukul ibu klien, hubungan klien dengan adik-beradik yang lain juga tidak baik
kecuali dengan abang kedua dan kakak yang ketiga. Klien rasa sedih kerana keadaan
keluarga klien tidak sama seperti orang lain. Dalam sesi ini, kaunselor membuat penilaian
masalah klien iaitu klien mempunyai masalah emosi sedih dan tertekan kerana mempunyai
masalah hubungan dengan keluarga (Bapa dan adik-beradik) menyebabkan klien
memenuhi keperluan (Love and belonging, Fun dan Power) dengan cara yang salah iaitu
membuat hubungan dengan kaum sejenis, mengambil alkohol secara kerap, merokok dan
mengambil syabu. Klien juga melaporkan sering bertindak panas baran dan lebih suka
meluangkan masa di luar rumah.

Sesi Tiga: Proses WDEP – Wants and Needs
Pada sesi yang ketiga ini klien melaporkan berkaitan kemahuan (wants and needs) klien
iaitu mahu keluarganya bersatu, bercakap dan saling berbincang apabila ada masalah,
mengurangkan sikap suka bergaduh, mahu ayah jalankan tanggungjawab sebagai seorang
ayah dengan cara melindungi mereka, menghentikan tabiat suka minum, merokok dan
mengambil dadah, aktif kembali bermain sukan golf, menjadi perempuan sejati dan
mendapatkan kerja yang baik dan boleh menjamin masa depan. Klien turut menyatakan
harapan klien daripada sesi kaunseling yang diikuti dapat membantu mengurangkan
bebanan yang ditanggung. Klien menunjukkan sikap benar-benar mahu berubah dan
menyatakan hidupnya jauh berbeza dengan orang lain. Klien membuat persepsi bahawa
kehidupannya tidak baik, gagal dan mengakui kawalan diri klien sangat rendah kerana
selalu bercakap dan bertindak tanpa berfikir panjang. Klien pernah terfikir untuk berubah
namun sering dihantui rasa putus asa kerana tiada sokongan dan klien akui sering mengelak
daripada memikirkan jalan penyelesaian kepada masalahnya. Pada sesi ini juga, kaunselor
telah memberi ujian University of Rhode Island Change Assessment (URICA) bagi
mengenal pasti tahap kesediaan klien untuk berubah terhadap masalah dadah yang
dihadapi.

Sesi Empat: Proses WDEP – Doing and Direction
Kaunselor memulakan sesi ke empat dengan bertanya perkembangan klien dan meminta
klien membuat sedikit ulasan berkaitan sesi lepas. Ini adalah bertujuan untuk mengekalkan
agar klien terus memberi komitmen dalam sesi kaunseling yang dijalankan. Kaunselor
meneruskan sesi dengan mengajukan beberapa soalan berkaitan tingkah laku semasa klien
dan membantu klien meneliti punca masalah dan kegagalan klien mencapai apa yang
dikehendakinya. Kaunselor membantu klien meneroka tingkah laku yang menjadi halangan
kepada klien untuk mencapai wants dan needs klien. Klien menyatakan bahawa, dirinya
sering mengambil tindakan mendiamkan diri, tidak mahu bercakap dengan keluarga secara
terbuka, bersikap kasar, mengambil alkohol secara kerap, merokok, mengambil syabu dan
menghabiskan masa bersama kawan-kawan yang tidak baik. Namun, klien akui setelah

279


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

dimasukkan dalam institusi pemulihan dan menjalani sesi kaunseling, klien lebih banyak
mempelajari sifat-sifat positif dan mula memikirkan cara yang lebih baik untuk berubah.
Kaunselor menggunakan teknik konfrontasi kepada klien berkaitan akibat yang akan
ditanggung oleh klien sekiranya meneruskan semua tingkah laku negatifnya. Klien akui
bahawa sifat marah dan dendam kepada ayah menyokong dirinya untuk terus bersikap
negatif, pemarah dan panas baran. Klien juga bebas membuat apa sahaja tingkah laku yang
tidak baik kerana memikirkan klien berhak dan keluarga tidak pernah mengambil berat
akan halnya. Pada sesi ini, klien melaporkan bahawa beberapa minggu kebelakangan ini
klien merasa lebih baik dan gembira kerana tidak melakukan sebarang kesalahan
tingkahlaku.

Sesi Lima: Proses WDEP – Self Evaluation
Pada sesi kelima ini, kaunselor membantu klien membuat penilaian mengenai arah tingkah
laku klien, penilaian berkaitan tindakan khusus klien, penilaian kepada kemahuan (wants
and needs) klien, penilaian terhadap persepsi klien terhadap kehidupannya, hala tuju klien
yang baru dan membantu klien membuat penilaian berkaitan perancangan yang difikirkan
oleh klien. Klien mengakui bahawa semua tingkah laku klien mengelak, cepat marah dan
panas baran tidak akan menyelesaikan permasalahan klien malahan menyebabkan klien
dimasukkan ke instituis pemulihan serta menambah kemarahan adik-beradik yang lain,
menyebabkan ibu sedih dan menjadi buah mulut orang kampung. Kaunselor membantu
klien untuk membuat penilaian diri sendiri berkaitan tingkah laku, kemahuan, persepsi,
tahap komitmen dan perancangan klien. Kaunselor membuat konfrontasi kepada klien
berkaitan tingkah laku klien adakah ia selaras dengan kemahuan klien (Proses W dan D).
Antara soalan yang diajukan oleh klien ialah “adakah apa yang anda lakukan membantu
anda mencapai apa yang anda inginkan”. Soalan seumpama ini adalah bertujuan untuk
membantu klien menilai semula tingkah laku dan kemahuan (wants and needs) yang telah
dibincangkan pada sesi ke tiga.

Sesi Enam: Proses WDEP-Self-Evaluation
Pada sesi ini, kaunselor meneruskan kepada perbincangan penilaian kepada diri klien.
Kaunselor membantu klien membuat penilaian tingkah laku khusus seperti cara klien
bercakap dengan kakak dan menolak perbincangan. Kaunselor mengajukan soalan kepada
klien adakah tingkah laku tersebut membantu mencapai kemahuan klien atau sebaliknya
dan klien akui ia tidak membantu mencapai ‘wants’ klien. kaunselor turut menggalakkan
klien untuk menilai kesan tingkah laku tidak bermoral (minum, merokok, lepak dan
mengambil dadah) dan juga cara klien berkomunikasi dengan keluarganya. Kaunselor
menggunakan teknik main peranan dengan mengarahkan klien bercakap sebagai kakak
yang ingin mengajak klien berbual. Kaunselor turut membantu dengan memainkan peranan
sebagai diri klien dan juga kakak klien. Dalam sesi ini, kaunselor memupuk sikap
keterlibatan klien agar dapat mempelajari dan menilai sendiri kesilapan, merasai perasaan
ditolak dan perasaan diperlakukan kasar oleh orang lain.

Sesi Tujuh: Proses WDEP - Planning
Pada sesi ini, kaunselor membantu klien untuk membuat perancangan mengikut akronim
SAMIC yang ada dalam terapi realiti. Perancangan yang dilakukan oleh klien mestilah
ringkas dan boleh dicapai, dilakukan dengar segera dan melibatkan komitmen sepenuhnya
daripada klien. Oleh itu, klien telah menulis semua perancangan yang dirasakan dapat
dicapai dan disusun mengikut keutamaan klien. Kaunselor membantu klien membuat

280


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

penilaian kepada perancangan yang telah ditetapkan oleh kaunselor dan cara untuk
melaksanakan perancangan tersebut agar dapat dicapai dengan baik. Perancangan yang
ditulis oleh klien ialah membuat perubahan secara dalaman dan luaran. Klien mahu
kurangkan panas baran, mahu tetapkan pendirian dan mula berfikiran positif, klien juga
mahu mengubah penampilan supaya lebih feminin, mengekalkan tingkahlaku untuk
berhenti mengambil alkohol, rokok dan dadah. Klien juga akan tinggal bersama kakak,
bercakap dan belajar berkongsi masalah dengan adik-beradik lain dan mencari peluang
untuk aktif semula dalam sukan golf. Klien melaporkan masih mempunyai wang simpanan
dan akan menggunakannya sebagai yuran pertandingan terbuka disamping memulakan
perniagaan online menjual alat kecantikan bersama kakak klien. Kaunselor juga mengajar
klien teknik relaksasi untuk mengurangkan kemarahan, membantu klien menilai dan
menyusun semula perancangan yang disenaraikan oleh klien serta memberikan dorongan
dan peneguhan positif kepada perubahan klien. Kaunselor juga memberikan ucapan tahniah
kepada klien kerana telah dinaikkan ke fasa kerja di institusi pemulihan yang dihuninya.

Sesi Lapan: Penamatan
Sesi ke lapan merupakan sesi penamatan di mana kaunselor telah meminta klien untuk
membuat rumusan secara keseluruhan sesi yang diikuti. Kaunselor turut mengingatkan
klien kepada setiap perancangan dan teknik untuk membantu klien mengurangkan
kemarahan dan main peranan untuk mengingatkan bahawa terdapat cara untuk
berkomunikasi dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Kaunselor meminta klien
menyebut semula senarai perancangan klien yang telah dilakukan pada sesi lepas dan klien
menjelaskan sekali lagi kepada kaunselor cara untuk mencapainya. Kaunselor sekali lagi
mengingatkan klien berkaitan etika kerahsiaan yang dipegang oleh kaunselor yang mana
rahsia klien akan dijaga dengan rapi kecuali ia boleh membahayakan nyawa klien dan orang
lain. Kaunselor juga memberitahu klien bahawa klien akan dirujuk kepada pegawai
psikologi untuk membantu klien berkaitan isu penghargaan kendiri yang diutarakan oleh
klien pada sesi sebelum ini. Kaunselor menamatkan sesi bersama klien dengan persetujuan
klien.

4.0 PERBINCANGAN
Kaunselor telah menggunakan pendekatan teoritikal humanistik iaitu Terapi Realiti dalam
membuat andaian terhadap permasalahan yang dihadapi oleh klien. Permasalahan yang
dihadapi oleh klien adalah disebabkan oleh masalah perhubungan dalam keluarganya.
Menurut pandangan terapi ini, seseorang individu itu bermasalah disebabkan wujudnya
masalah perhubungan yang tidak memuaskan dalam kehidupan seorang manusia. Klien
memilih tingkah laku (menagih, merokok, minum, dan bersikap panas baran) sebagai cara
untuk berurusan dengan kekecewaannya (Glasser, 2003). Pencetus kepada ketagihan klien
ialah kawan-kawan yang sama-sama menagih syabu dan mudah didapati di kawasan klien.
Dalam beberapa tahun klien berjaya untuk mengelak daripada pengambilan semula namun
terjebak selepas mengambil minuman keras dan mabuk akibat terpengaruh dengan ajakan
kawan-kawan. Pengambilan syabu ini juga disebabkan oleh perasaan sedih dan terkilan
klien kepada ahli keluarga dan sering merasakan tidak ada jalan penyelesaian kepada
masalah yang dihadapinya, merasa putus asa dan tidak dipedulikan.

Hasil daripada sesi kaunseling yang dijalankan bersama-sama dengan klien, kaunselor
membuat kesimpulan bahawa klien adalah seorang yang normal dan tidak terdapat
sebarang ketidakfungsian yang dikesan dari segi pemikiran, emosi dan fizikal klien. Klien

281


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

juga menunjukan tahap kesedian untuk berubah yang baik dan sentiasa bersemangat untuk
ke arah yang lebih positif serta meninggalkan dadah sepenuhnya. Hasil ujian URICA yang
diberikan kepada klien, skor ujian pra klien adalah 10.0 pada tahap contemplation manakala
hasil ujian pasca menunjukkan skor klien adalah 12.2 iaitu di tahap participation and
action. Kaunselor mendapati klien mempunyai kekuatan tersendiri dalam menghadapi
kehidupan seterusnya apabila dibebaskan daripada institusi pemulihan khususnya yang
berkaitan dengan penagihan dadah dan perubahan tingkah laku negatif kepada tingkah laku
positif. Klien menunjukkan kesedaran tentang bahaya dadah dan pentingnya membuat
pilihan bijak dalam menentukan hala tuju hidup klien selepas ini. Klien juga melaporkan
sangat menyayangi ibu dan adik-beradik klien. Klien juga mahu supaya bapa klien sedar
dan meninggalkan tabiat buruknya yang selama ini menjadi punca kepada kerosakan
hubungan keluarga mereka. Selepas dibebaskan daripada institusi pemulihan, klien
berusaha untuk berbuat baik dengan ibu klien dan tidak menyusahkan mereka lagi. Klien
juga akan berusaha untuk menjadi anak dan adik yang lebih bertanggungjawab. Ini
merupakan satu kekuatan yang ada pada diri klien, iaitu kesedaran terhadap masa depan
dan juga tanggungjawabnya terhadap keluarga. Kaunselor melihat klien kemampuan
mencapai celik akal terhadap masalah yang dihadapi juga merupakan salah satu kekuatan
dalam menghadapi kehidupan seterusnya selepas dibebaskan kelak.

Perancangan rawatan yang berkesan, baik dan teliti adalah perlu bagi membantu klien
melihat isu yang dihadapi, membantu klien membuat pilihan yang lebih bertanggungjawab
dan bermoral bagi mencapai ‘wants’ dan ‘needs’ klien serta membantu klien memperbaiki
hubungan dengan orang yang dikehendakinya. Falsafah disebalik realiti melalui teknik
WDEP ialah sifat semulajadi manusia yang mempunyai otak dan berfungsi sebagai sistem
kawalan untuk memenuhi harapan dan keperluan asas yang dikehendaki klien (Sabariah
Siron, 2005).

Matlamat perubahan yang ingin dicapai di dalam perancangan rawatan bersama klien ialah
membantu klien untuk mempelajari cara yang lebih baik untuk memenuhi keperluannya
(Love and Belonging, Fun, dan Power). Selain itu, matlamat perubahan juga adalah untuk
membantu klien membuat pilihan yang lebih bertanggungjawab bagi mencapai wants dan
needs klien. Perancangan intervensi rawatan yang dibuat oleh kaunselor bagi sesi bersama
klien adalah dibuat berdasarkan keperluan klien berasaskan dua masalah tema yang telah
dikenal pasti dengan menekankan kepada proses WDEP (W-Wants, D-Direction and
Doing, E-Evaluation dan P-Planning). Kaunselor juga menggunakan teknik konfrontasi,
main peranan, peneguhan positif, dan perancangan. Pengukuran perubahan klien boleh
diukur dan ditentukan melalui rekod iaitu peribadi klien. Dalam buku tersebut tercatat
setiap kehadiran aktiviti yang klien ikuti di dalam institusi dan juga perkembangan harian
klien. Ulasan yang ditulis oleh pegawai psikologi dan pegawai institusi berkaitan
perubahan tingkah laku dan emosi klien dapat menunjukkan perkembangan harian klien
dari semasa ke semasa. Catatan aktiviti yang disertai oleh klien juga boleh dijadikan
sebagai kayu ukur kepada kesediaan klien untuk berubah dan menjadi lebih
bertanggungjawab dalam hidupnya.

Selain itu, perubahan diri klien juga boleh dibuktikan dengan pemerhatian yang dijalankan
oleh kaunselor. Kaunselor memantau perkembangan disiplin dan cara pergaulan klien
dengan rakan penghuni lain dan didapati klien sentiasa menjaga tingkah laku dan tidak
pernah dikenakan tindakan tatatertib. Klien juga menunjukkan perkembangan dari segi

282


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

kebertanggungjawaban mengenai sesuatu tugas yang diamanahkan, klien dilantik sebagai
ketua untuk membantu pegawai menguruskan fail-fail penghuni lain. Klien juga diberikan
kepercayaan penuh untuk mengakses bilik pegawai bagi menggunakan mesin fotokopi bagi
tujuan membantu pegawai dan keistimewaan ini tidak terdapat pada penghuni lain. Hasil
perbincangan dengan pegawi Psikologi Institusi turut mendapat maklum balas yang positif.
Pegawai psikologi melaporkan bahawa klien seorang yang baik dan bertanggungjawab,
boleh mendengar arahan dan menunjukkan perkembangan tingkah laku yang baik. Klien
juga konsisten dalam mengikuti program yang dianjurkan oleh institusi, aktif membantu
pegawai dan banyak melibatkan diri dalam setiap aktiviti penjara. Penggunaan ujian
URICA (pre & post) bagi mengenal pasti tahap kesediaan untuk berubah klien juga
dijadikan sebagai sandaran pengukuran perubahan diri klien. Hasil ujian pra dan pasca
menunjukkan peningkatan tahap kesediaan untuk berubah iaitu tahap pertimbangan
(Contemplation) semasa ujian pra dan tahap penglibatan dan tindakan (Participation and
action) semasa ujian pasca.

5.0 KESIMPULAN
Teknik WDEP dalam kajian ini telah memberikan hasil yang positif kepada diri klien
seterusnya memberikan gambaran bahawa aplikasi teknik WDEP, iaitu Want-Kemahuan,
Doing and direction- tindakan dan arah tuju, Evaluation- penilaian dan Plan-Perancangan,
terhadap klien remaja yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah adalah berkesan
meningkatkan skor kesediaan untuk berubah dalam diri klien. Sesi kaunseling yang dijalani
juga telah memberi ruang kepada klien untuk mengubah persepsi seterusnya fokus kepada
penyelesaian terhadap isu yang dihadapinya. Secara keseluruhanya, teknik WDEP dalam
teori realiti mungkin sesuai diaplikasikan kepada klien yang terlibat dalam penyalahgunaan
dadah khususnya meningkatkan kesediaan klien untuk berubah.

RUJUKAN

Corey, G. (2014). Theory and practice of counselling and psychotherapy. 9th Edition
California:brooks/Cole Publishing Company.

Puteri Hayati Megat Ahmad. (2014). Kemahiran dan Pengurusan Kes-kes Kaunseling.
Penerbitan Universiti Malaysia Sabah. Kota Kinabalu, Sabah: Malaysia

Schetky, D.A. (1990). “A Review of Literature on the long term effects of Childhood
Sexual Abuse” dalam R.P. Kluft [ed]. Incest Related Syndrome of Adult Psychology.
Washington, D.C.: America Psychiatric Press, Inc.,ms.35-55.

Siron, Sabariah. (2005). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Petaling Jaya: Prentice Hall.

283


PENGGABUNG JALINAN KAEDAH KMR PRESTEMSI (PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN
REKA BENTUK PENDIDIKAN STEM SECARA INKUIRI ) DALAM SUBJEK REKA BENTUK

& TEKNOLOGI (RBT)

Mazleezah binti Abdul Muthalib

Sekolah Kebangsaan Seri Indah, Pulau Pinang

[email protected]

ABSTRAK
Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) ke arah meningkatkan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid dengan mengaplikasikan
amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Hal ini selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menjadi suatu landasan dalam
pengajaran dan pembelajaran supaya daya imaginasi dan kreativiti murid dapat dijana dan diperkembangkan
ke arah pembentukan jati diri yang seimbang di samping penerapan ilmu kajian masa depan. Hasil
pemerhatian pihak sekolah mendapati murid-murid tidak berminat dengan kaedah latih tubi dan
pembelajaran berpusatkan guru. Sebagai usaha ke arah merealisasikan usaha ini, maka tercetus idea
menjalankan kajian tindakan ini. Kajian tindakan ini lebih menjurus ke arah kaedah Penggabungjalinan
Kemahiran Mereka Bentuk (KMR) Pendidikan STEM Secara Inkuiri (PRESTEMSI). Sebanyak 32 orang
murid terlibat dalam kajian ini. Hal ini secara langsung dapat membantu murid – murid menghasilkan projek
melalui teknik inkuri, penyelesaian masalah dan pembelajaran berasaskan projek (PBL). Secara
keseluruhannya didapati penerokaan melalui kemahiran mereka bentuk (KMR) berjaya menarik minat murid
meneroka sesuatu reka bentuk dengan idea yang tersendiri.

Kata Kunci : Penggabungjalinan Kemahiran Mereka Bentuk (KMR) Pendidikan STEM Secara Inkuiri
(PRESTEMSI) dalam subjek Reka Bentuk & Teknologi (RBT)

1.0 PENGENALAN

Sewaktu mula mengajar subjek RBT, saya mendapati murid - murid kurang memberikan

tumpuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Pelbagai kaedah dan

teknik pengajaran digunakan termasuk penerapan elemen PAK21, namun murid-murid

tidak berminat untuk mengikuti pelajaran di dalam kelas. Semasa Perintah Kawalan

Pergerakan (PKP), saya berkongsi video untuk murid menonton dan menjawab latihan

yang diberi secara atas talian. Didapati hanya 7 hingga 10 orang daripada 32 orang murid

sahaja yang menghantar latihan secara atas talian. Didapati ia berterusan sehingga bulan
April. Mulai bulan Mei saya menggunakan kaedah secara “Google Meet”, masalah yang
sama juga saya hadapi, bilangan penglibatan murid adalah sama. Semasa sesi “Google
Meet’ saya menggunakan kaedah seperti peta I Think dan Rolly Robin masalah yang sama

saya hadapi. Sehubungan dengan itu, saya telah melaksanakan refleksi kendiri untuk

mengenal pasti masalah yang mungkin berpunca daripada kelemahan saya sendiri.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Objektif Am
Kajian ini lebih berfokus kepada proses peningkatkan kefahaman dan kemahiran murid
dalam proses PdP yang lebih menyeronokan yang berkaitan dengan pembelajaran
berasaskan KMR dalam subjek Reka Bentuk & Teknologi (RBT). Di samping mengukur
sejauh mana keberkesanan pembelajaran PRESTEMSI dalam memudahkan pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Objektif kajian adalah menerapkan unsur KMR
dan STEM di dalam proses PdP. Secara tidak langsung ia selaras dengan hasrat KPM ,
membudayakan Pendidikan STEM di sekolah.

2.2 Objektif Khusus

- 284 -


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Sekurang-kurangnya 80% murid dapat menghasilkan projek berasaskan unsur KMR dan
unsur STEM. Selain itu, dapat meningkatkan sekurang-kurangnya 80% murid daripada
hasil temu bual dan soal selidik yang dijalankan.

3.0 KUMPULAN SASARAN
Seramai 32 orang murid terlibat dalam kajian ini.

4.0 METODOLOGI
(Langkah Pelaksanaan)
Selepas murid menjalani praujian, rawatan telah dijalankan dengan menggunakan kaedah
PRESTEMSI iaitu murid diberikan arahan berkaitan cara menghasilkan projek bagi topik
berkenaan. Objektifnya adalah untuk memudahkan murid menjana idea menghasilkan
reka bentuk projek yang menarik. Selain itu, projek ini juga membolehkan murid sekurang
– kurangnya mencapai Tahap 5 dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Projek ini
merupakan satu projek PRESTEMSI yang telah dirancang oleh guru bagi pelajar mencari
sendiri maklumat berkaitan dengan perkembangan dari segi reka bentuk dan seterusnya
menghasilkan projek KMR yang menarik. Murid juga mempersembahkan kefungsian
projek KMR dengan penghasilan video dan risalah produk. seperti yang terkandung dalam
DSKP RBT.

5.0 HASIL DAPATAN / PEMERHATIAN
5.1 Analisis Pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian sebelum kajian dijalankan terhadap kumpulan sasaran, didapati :

i. Murid kurang memberikan kerjasama semasa menjawab soalan perbincangan
kumpulan. Terdapat beberapa murid yang pasif dan mengharapkan rakan mereka
untuk membentang hasil perbincangan kumpulan.

ii. Murid banyak bergantung dan bertanya soalan kepada guru mengenai tugasan yang
diberikan. Kebanyakan dalam kalangan murid tidak yakin dengan jawapan yang
diberikan semasa menjawab soalan latih tubi. Kebanyakan murid menjadikan buku
teks sebagai sumber rujukan pertama bagi menjawab soalan latih tubi.

iii. Hasil latih tubi yang diberikan juga menggambarkan murid kurang menguasai
kandungan pelajaran dan tidak dapat menjawab soalan dengan betul.

5.2 Analisis Praujian
Jadual 1 menunjukkan hasil analisis praujian, hampir 28.2% murid mencapai tahap E,
50% mencapai tahap D, 15.6% murid mencapai tahap C, manakala tahap A dan B masing
masing menyumbang 3.1%

Gred Markah Pencapaian Murid
Bil %
A 85 – 100 1 3.1
B 70 – 79 1 3.1
C 60 - 69 5 15.6
D 50 - 59 16 50
E 40 – 49 9 28.2

285


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

JUMLAH 32 100
Jadual 1

5.3 Analisis Soal Selidik
Analisis awal mendapati kebanyakan murid memilih jawapan ‘tidak’ untuk ketiga-tiga

bahagian ini. Murid menunjukkan respon yang negatif terhadap pembelajaran kaedah

konvensional dan menyatakan bahawa ianya tidak banyak memberi ruang untuk murid

mengembangkan potensi dan peluang mereka dalam pembelajaran.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan selama lima minggu semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Setiap murid diberikan projek dan murid menggunakan PRESTEMSI
dalam penghasilan projek secara individu berdasarkan permasalahan yang diberikan. Guru
bertindak sebagai pemudahcara dan murid perlu membuat rujukan dari pelbagai sumber
yang relevan. Dalam kajian ini, murid telah menjalani praujian dan pascaujian bagi
menguji kefahaman mereka mengenai pembelajaran berasaskan projek (PBL). Selepas
pascaujian, murid mengisi semula borang soal selidik untuk mendapatkan pandangan
mereka tentang projek KMR. Tujuan borang soal selidik ini diedarkan kepada murid
supaya mereka lebih bebas untuk memberi maklum balas mereka terhadap projek KMR
yang mereka lakukan.

5.5 Refleksi Kajian
Jadual 2 menunjukkan pencapaian murid dalam pascaujian, terdapat peningkatan yang
ketara. Kebolehan murid dalam menghasilkan projek ini dapat meningkatkan prestasi dan
pemahaman murid berkaitan KMR dan mempersembahkan projek dengan menggunakan
kemahiran teknologi seperti yang terkandung dalam DSKP RBT.

GRED Markah Pra Ujian % Pasca ujian
Bil 3.1 Bil %
A 85 – 100 1 3.1 14 43.8
B 70 – 79 1 9 28.1

C 60 - 69 5 15.6 7 21.8

D 50 - 59 16 50 2 6.3
E 40 – 49 9 28.2 0 0

JUMLAH 32 100 32 100

Jadual 2
Merujuk Jadual 3, penggunaan kaedah ini telah menunjukkan kesan yang positif terhadap
keputusan ujian murid. Selepas mereka melaksanakan projek model ini, jumlah pelajar yang
mendapat 80% telah meningkat daripada 1 orang kepada 14 orang. Pengelompokan pelajar
yang berada di tahap sederhana juga menunjukkan impak yang positif apabila 25 murid
yang mendapat markah 40 - 59% telah berkurang kepada 2 pelajar sahaja. Rumusan analisis
ini telah menunjukkan mereka telah menguasai dan faham dengan topik ini.

Item 1 SEBELUM KMR SELEPAS KMR
Item 2 YA TIDAK YA TIDAK
29 3 32 0
1 32 28 4

286


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Item 3 1 31 24 8
Item 4
Item 5 8 24 23 9
Item 6
Item 7 12 12 22 10
Item 8
Item 9 7 25 26 6
Item 10
Item 11 9 23 22 10
Item 12
25 7 324 8

8 24 26 6

10 22 24 8

29 3 27 5

31 1 29 3

Jadual 3

7.0 IMPLIKASI TERHADAP PENDIDIKAN / PPPM(2013-2025)
Berdasarkan pemerhatian, penggunaan projek KMR ini berjaya membantu murid
meningkatkan penguasaan kandungan pelajaran di dalam subtopik mata pelajaran RBT di
samping murid berkebolehan membentangkan kefungsian projek mereka melalui video
yang menarik di samping dapat membina keyakinan diri murid. Kaedah KMR
PRESTEMSI telah menukarkan kaedah pengajaran daripada berpusatkan guru kepada
berpusatkan murid (Morrison, Ross, Kalman & Kamp 2011). Kajian ini mendapati pelajar
telah melakukan perbincangan secara kumpulan (secara alam maya) tanpa banyak
bergantung dengan guru dan membuat rujukan dari pelbagai sumber yang mudah didapati.

Kajian ini juga mendapati murid menunjukkan minat yang tinggi semasa menghasilkan
projek. Kawalan kelas juga didapati baik kerana pelajar lebih menumpukan perhatian
dalam menghasilkan dan menyelesaikan projek KMR. Hal ini menunjukkan projek KMR
ini dapat memupuk minat belajar yang tinggi dalam kalangan mereka itu sendiri. Semasa
pembentangan dalam video pula, pelajar lebih berkeyakinan dan boleh berbicara secara
spontan berkaitan kefungsian produk yang mereka hasilkan dan ia selaras dengan 6
aspirasi murid yang terkandung dalam PPPM 2013 - 2025.

8.0 RUMUSAN
Kajian ini mendapati murid telah memberikan respon yang positif terhadap penggunaan
projek KMR semasa proses pembelajaran di dalam kelas. Analisis mendapati, kebanyakan
pelajar telah memilih jawapan ‘ya’ yang mencerminkan mereka cukup selesa dan suka
terhadap perlaksanaan projek KMR ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan KMR PRESTEMSI ini telah membantu
menarik perhatian murid dan menggalakkan mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti
KMR ini. Projek ini juga banyak membantu pelajar meningkatkan keyakinan diri semasa
pembentangan serta dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap topik yang
dipelajari. Kajian juga mendapati KMR ini telah menggalakkan murid berfikir aras tinggi
(KBAT) bagi menghasilkan projek mereka sendiri. Secara langsung KBAT menjurus
kepada keperluan Pendidikan 4.0. Pengkaji mendapati pelajar telah menggunakan bahan
– bahan sampingan terpakai untuk menghasilkan projek yang berinovasi.

RUJUKAN

287


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Abd.Rahman Abd,Majid Khan (2007). Guru Sebagai Penyelidik. PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

Fitrah, Muh. Metodologi penelitian: penelitian kualitatif, tindakan kelas & studi kasus.
CV Jejak (Jejak Publisher), 2018.
Mohd Ridzuan Md Nasir (2020). Asas Penulisan Laporan Kajian Tindakan & Imovasi.

Mohd Ridzuan
Manual Kajian Tindakan. (2006). Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia
Noh, Mohamad Rashiq Mohamad, et al. "The Competency of Headmaster’s Leadership

Practice in School Transformation Programme 2025 (TS25) of the Ministry of
Education Malaysia in Primary School at Sabak Bernam district." Jurnal Sains
Sukan & Pendidikan Jasmani 10.1 (2021): 65-72.
Othman Lebar (2020). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. UPSI, Perak
Newmann, Fred M. "Promoting higher order thinking in social studies: Overview of a
study of 16 high school departments." Theory & Research in Social Education 19.4
(1991): 324-340.
Newmann, Fred M. "Promoting higher order thinking in social studies: Overview of a
study of 16 high school departments." Theory & Research in Social Education 19.4
(1991): 324-340.
Saman Bin Asim. (2007). Kajian sosial murid murid luar bandar.KL: Pustaka Dewan
Zulkifli, Norfarahi, Mohd Isa Hamzah, and Nur Hazeleen Bashah. "Challenges to teaching
and learning using MOOC." Creative Education 11.3 (2020): 197-205.

288


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Pro Tajwid 5-i: Penguasaan Konsep Hukum Nun Sakinah dan Tanwin

Nadirah binti Mohamad Sarif

SK Taman Daya, Johor Bahru, Johor

[email protected]

ABSTRAK
Masalah tidak menguasai kemahiran konsep hukum nun sakinah dan tanwin iaitu bacaan dengung dan
bacaan tidak dengung dalam kalangan murid sering menjejaskan penguasaan bacaan dalam subjek
Pendidikan Islam di sekolah rendah. Selain itu, minat dan motivasi murid juga kurang memberangsangkan
dalam subjek Pendidikan Islam. Hal ini sering menunjukkan tingkah laku introvert semasa sesi pengajaran
dan pemudah cara (PdPC). Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk membuat
penambahbaikan kepada amalan guru dalam usaha membimbing murid untuk mengenalpasti hukum bacaan
nun sakinah dan tanwin dengan betul. Penggunaan Pro Tajwid 5-i merupakan inisiatif guru dan pemudah
cara kepada murid mengeluarkan kalimah hukum nun sakinah dan tanwin daripada al-Quran seterusnya
dapat membaca kalimah dengan sempurna. Selain digunakan sebagai bahan bantu pembelajaran, intervensi
Pro Tajwid 5-i juga merupakan medium terapi untuk merangsang motor halus murid-murid melalui ulangan
putaran roda dan putaran kiub. Model kajian tindakan dengan satu kitaran tindakan-refleksi merangkumi
enam langkah utama iaitu proses memerhati, mereflek,bertindak,menilai, mengubah suai dan merancang
tindakan baharu bagi menjawab persoalan kajian. Pengumpulan data dibuat secara kualitatif seperti
pemerhatian tidak berstruktur, rakaman foto dan dokumen hasil kerja murid. Seterusnya data dianalisis
secara penulisan naratif untuk melihat perkembangan bimbingan yang dijalankan kepada empat orang murid
dari kelas tiga Jupiter. Implikasi kajian adalah penting kepada guru dalam melihat proses pengubahsuaian
amalan pengajaran kendiri dengan menggabungkan kaedah tradisional seperti talaqqi musyafahah dan bahan
bantu mengajar yang dibangunkan iaitu Pro Tajwid 5-i. Perkembangan ini merupakan pembelajaran utama
guru sebagai guru Pendidikan Islam dalam meningkatkan kemahiran pedagogi dan penyampaian kandungan
pelajaran bagi murid sekolah rendah.

Kata kunci: tajwid, hukum nun mati tanwin, Pro Tajwid 5-i

1.0 PENGENALAN
Melalui pengalaman mengajar, guru mendapati minat merupakan salah satu unsur yang
memainkan peranan yang penting dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Minat murid
berpotensi mempengaruhi pencapaian mereka dalam penguasaan hukum nun sakinah dan
tanwin.Tambahan pula, pelbagai kaedah telah digunakan semasa menjalankan pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah aktiviti hands-on, bermain, kaedah
berkumpulan dan menggunakan TMK seperti persembahan elektronik melalui power point
dan tayangan video. Hal ini bertujuan merangsang minat dan menarik perhatian murid.
Walau bagaimanapun, melalui pengalaman pengajaran guru, tanggapan guru adalah
kurang tepat. Kaedah-kaedah yang telah digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam adalah kurang berkesan dalam menarik minat dan
perhatian murid dalam PdP Pendidikan Islam. Hal ini disebabkan pelbagai jenis masalah
telah timbul semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dijalankan. Antaranya
ialah pengurusan masa yang kurang cekap, masalah kawalan kelas, guru kurang prihatin
terhadap keperluan murid dan sebagainya.Oleh itu, kaedah-kaedah ini tidak dapat
diaplikasikan dengan berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam dijalankan.

Selain itu, ketika murid membaca al-Quran, guru dapati banyak kesalahan dalam bacaan
mereka. Sebagai contoh, apabila murid membaca secara berkumpulan, guru tidak dapat
mengesan kesalahan tersebut.Oleh itu, guru menggunakan pendekatan dengan meminta
murid membaca secara individu. Walaubagaimanapun, ramai yang tidak dapat membaca

289


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

dengan betul. Bahkan dalam sesi soal jawab hukum tajwid, hanya segelintir sahaja
menjawab dengan betul. Sebaliknya yang lain terdiam kerana tidak tahu jawapan. Hal ini
menjejaskan kelancaran ketika sesi perbincangan hukum-hukum tajwid ketika pengajaran
dan pembelajaran al-Quran. Dari sini, guru dapat mengesan murid yang tidak banyak
menjawab dan banyak berdiam walhal mereka adalah murid-murid yang aktif menjawab
apabila disoal dalam kelas. Bukan itu sahaja, murid juga tidak tahu pun fungsi ‘Nun
Sakinah atau Tanwin’ apabila bertemu dengan huruf-huruf Hijaiyah. Bukan itu sahaja,
murid juga tidak tahu kumpulan hukum-hukum tajwid dan kumpulan huruf Hijaiyah yang
berada dalam hukum tajwid tertentu. Sehubungan itu, guru telah membuat refleksi dan
menilai semula keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dari aspek kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan. Guru berusaha mencari faktor-faktor yang
menjadi punca isu ini berulang berlaku. Faktor yang dikenal pasti adalah ketidaksesuaian
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam PdP. Apabila kaedah
pengajaran dan pembelajaran kurang sesuai, guru mendapati murid-murid tidak akan
berminat terhadap hal yang disampaikan oleh guru. Hasilnya, muird-murid kurang faham
isi pembelajaran Pendidikan Islam yang telah diajar.

Kebiasaannya, pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Islam
biasanya diajar secara konvensional iaitu melalui “chalk and talk” dalam kalangan guru.
Marcapada, perkembangan pendidikan abad ke-21 ini, kaedah konvensional di dalam kelas
didapati tidak sesuai lagi diaplikasikan. Hal ini amalan pengajaran tradisional “chalk and
talk” juga menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dilihat
kurang menarik, murid menjadi kurang minat dan cepat bosan untuk mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran (Khor & Noraini, 2016). Tambahan pula, kaedah
konvensional yang hanya menggunakan papan putih, marker dan buku teks menjadi punca
kaedah pengajaran yang kurang berkesan (Junaidah Jamaluddin et al., 2016). Pengajaran
dan pembelajaran juga dilihat lebih berpusatkan guru sendiri dalam kaedah pengajaran
konvensional. Sebaliknya, murid bertindak sebagai penerima maklumat atau ajaran guru
secara pasif. Berbeza dengan aplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas
abad ke-21 iaitu berpusatkan murid. Murid bertindak aktif dan bertanggungjawab terhadap
pembelajaran sendiri. Hal ini terbukti apabila murid mencari maklumat dan meneroka
alam ilmu secara kendiri. Oleh itu, perlunya ada kaedah yang lebih berkesan dan kreatif
dengan kandungan pengajaran yang relevan dengan perkembangan semasa (Khor &
Noraini, 2016) khususnya bagi mengajar subjek Pendidikan Agama Islam.

Keberkesanan pembelajaran turut bergantung kepada kaedah pengajaran yang digunakan
oleh guru. Pembelajaran bukan sekadar mencurahkan maklumat secara automatik ke
dalam minda murid. Hal ini memerlukan penglibatan mental dan perbuatan murid itu
sendiri. Penerangan dan tunjuk cara sahaja tidak akan membawa kepada pembelajaran
yang sebenarnya dan bersifat kekal. Sebaliknya, hanya pembelajaran yang bersifat aktif
yang akan membuahkan hasil sedemikian (Melvin L. Silberman ,2007). Tambahan pula,
Nurul Izzah (2011) menjelaskan pembelajaran melalui aktiviti hands-on dapat
memberikan murid-murid pengalaman sebenar terhadap konteks pembelajaran yang
dijalankan dalam bilik darjah.Oleh itu, aktiviti hands-on melalui projek intervensi Pro
Tajwid 5-i membantu murid membina pengetahuan baru dan fikiran murid.

2.0 KAJIAN LITERATUR
Kebolehan murid sekolah rendah menguasai pembacaan al-Quran berada pada tahap
membimbangkan. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan kenyataan dalam akhbar Harian
Metro yang bertarikh 14 November 2019. Menurut kenyataan yang diberikan Ketua
Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Melaka,

290


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Ahmad Hamizi Abu Hassan berkata, menurut data Unit j-QAF (Jawi, al-Quran, Arab,
Fardu Ain) SPI mendapati lebih 700 murid atau tujuh peratus daripada kira-kira 11,000
murid Tahun Enam di Melaka tidak boleh mengaji alQuran, malahan turut didakwa tidak
mendirikan solat (Omar, 2019). Hal ini menjelaskan kemelut utama terhadap penguasaan
pembacaan al-Quran. Rentetan itu, sehingga saat ini, didapati perkara ini terus berlanjutan
dan masih belum menemui titik pengakhirannya. Di samping itu, penguasaan bacaan al-
Quran secara bertajwid sukar dikuasai (Che Rozali Bin Husain, 2012). Hal ini disebabkan
faktor penguasaan al-Quran yang masih lemah terutamanya dalam kalangan murid yang
masih membaca Iqra’ secara langsung menjejaskan penguasaan hukum tajwid (Khairiah
Razali dan Ahmad Sihes, 2017). Dalam konteks pengajaran tajwid dan al-Quran di
peringkat sekolah rendah, ilmu hukum tajwid tidak diberi penekanan secara khusus dalam
pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran. (Ab. Halim, 2013).

Di samping itu, kegagalan guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar yang berkesan
turut menjadi punca masalah penguasaan ilmu tajwid. Perkara ini disokong oleh Buntat
dan Muhamed (2010) menyatakan bahawa para pendidik kurang berminat untuk
menjalankan aktiviti kreatif di dalam bilik darjah. Hal ini disebabkan pendidik hanya
bergantung pada media pembelajaran yang tersedia. Sebagai contoh seperti buku teks
yang memiliki kekurangan yang hanya menyajikan tulisan sehingga susah difahami
makna bunyi dan panjang pendek bacaan. Hal ini menjadikan murid cepat bosan sehingga
sukar untuk memahami ilmu tajwid. Hasil kajian Lily Zuraini Mohd Mustaza (2011)
mendapati kaedah pengajaran dan pembelajaran guru telah menjadi faktor murid lemah
untuk menguasai ilmu tajwid dengan lebih baik. Situasi ini memerlukan guru lebih kreatif
dan inovatif dalam menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan
kepelbagaian murid. Sehubungan itu, guru-guru Pendidikan Islam seharusnya
mengunakan kepelbagaian pendekatan, teknik dan kaedah dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat membangkitkan minat murid untuk terus mempelajari ilmu
tajwid.

Tambahan pula, amalan pengajaran tajwid al-Quran adalah berbentuk kemahiran. Rashed
et al. (2015) menyatakan mengajar sesuatu kemahiran memerlukan penekanan terhadap
arahan, demonstrasi dan penyelenggaraan terhadap kesalahan murid. Guru perlu lebih
inovatif dan proaktif dalam memberikan penekanan terhadap kemahiran murid.
Berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
didapati sebahagian besar murid-murid 3 Jupiter kurang menguasai ilmu tajwid yang
melibatkan hukum nun mati dan tanwin dengan baik. Hal ini secara teori mahupun
pembacaan. Oleh itu, satu teknik baru perlu diperkenalkan sebagai satu kaedah pengajaran
dan pembelajaran ilmu tajwid dengan mengaplikasikan satu intervensi yang dinamakan
sebagai kaedah Pro Tajwid 5-i. Kaedah ini merupakan satu teknik pengajaran dan
pembelajaran ilmu tajwid yang menggunakan permainan bentuk bulat dan bentuk kiub
sebagai medium utama untuk menjelaskan hukum Nun Sakinah dan Tanwin. Kaedah Pro
Tajwid 5-i yang dibangunkan membolehkan murid mengenalpasti, mengingati,
mengeluarkan dan membaca ayat-ayat al-Quran yang mengandungi hukum Iklab, Idgham
Bila Ghunnah, Idgham Maal Ghunnah, Izhar Halqi dan Ikhfak Hakiki dengan mudah dan
pantas. Oleh itu, pembelajaran yang interaktif amat diperlukan bagi memenuhi keperluan
generasi masa kini khususnya dalam pembelajaran tajwid dalam bentuk pendidikan
berunsurkan permainan.

3.0 METODOLOGI
Data dalam kajian ini telah dikumpulkan secara kualitatif termasuklah pemerhatian tidak
berstruktur, rakaman foto dan dokumen-dokumen kerja murid. Sepanjang proses kajian,

291


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

guru telah melakukan pemerhatian secara tidak berstruktur iaitu pemerhatian secara
langsung yang juga didokumenkan melalui rakaman foto. Kaedah ini dijalankan oleh guru
sepanjang masa guru berada di sekolah. Pemerhatian dilaksanakan dengan mencatat nota
tentang hal yang berlaku dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Misalnya cara guru mengajar Pendidikan Islam di bawah tajuk Hukum Nun Sakinah dan
Tanwin dan bagaimana reaksi murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian
secara langsung khususnya semasa melaksanakan intervensi membantu guru mengumpul
data yang sangat berharga. Hal ini disebabkan data sebegini merupakan data sedia ada
dalam P&P yang dapat memberikan impak yang sangat tinggi dalam kajian ini. Selain itu,
guru telah mengumpulkan dokumen-dokumen kerja murid seperti buku skrap ‘Pro Tajwid
5-i’. Kesemua data ini dianalisis secara naratif yang disusun berdasarkan data yang
dikumpul serta mengikut tindakan yang telah guru lakukan (Feldman et al. 2018). Oleh
itu, langkah ini juga adalah untuk membolehkan guru menjelaskan cara guru telah
menambah baik amalan sebagai guru Pendidikan Islam.

3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tindakan, kitaran tindakan-refleksi
(McNiff, 2017). Hal ini melibatkan enam proses iaitu memerhati, mereflek, bertindak,
menilai, mengubah suai dan seterusnya merancang tindakan baharu (seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 1). Penggunaan kitaran tindakan-refleksi dalam kajian ini
membantu guru bertindak sebagai penyelidik dalam usaha untuk menambah baik
amalan, idea, pengetahuan, dan teori yang baharu (McNiff, 2017). Merujuk kepada
model ini, pada permulaan kajian, guru telah membuat pemerhatian terhadap amalan
pengajaran dan pembelajaran kendiri yang lalu. Rentetan itu, mereflek cara untuk
menambah baik amalan sebagai guru Pendidikan Islam dengan merancang projek
intervensi Pro Tajwid 5-i. Kemudian, guru bertindak dengan menjalankan projek
intervensi Pro Tajwid 5-i dengan murid-murid dan membuat penilaian terhadap tindakan
tersebut. Hasil penilaian yang dijalankan guru mengubah suai kaedah menjalankan
hukum nun sakinah dan tanwin dengan merancang tindakan baharu.

Rajah 1: Kitaran tindakan-refleksi (McNiff, 2017)

3.2 Kaedah Pengumpulan dan Penganalisisan Data
Kajian tindakan merupakan satu proses yang bermula dengan fasa tinjauan dan
penilaian terhadap amalan profesionalisme yang lalu bagi seseorang guru-penyelidik
(McNiff, 2017). Kemmis et al. (2014) dalam kajiannya mendapati fasa tinjauan dan
penilaian pada peringkat permulaan sesuatu kajian tindakan merupakan satu
kemestian kepada guru untuk meneroka keprihatinan, ketidakpuasan, masalah atau isu
dalam situasi tertentu. Oleh itu, isu dan permasalahan kajian ini dimulakan dengan
fasa tinjauan dan penilaian untuk mereflek amalan profesionalisme guru dan
mengenal pasti isu serta cabaran dalam konteks pengajaran kendiri. Dalam kajian

292


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

tindakan, data dikumpul secara sistematik bagi membantu seseorang guru untuk
membuat pentaksiran melalui pengalaman yang dialami sendiri (Feldman et al.,
2018).

Data yang telah dikumpulkan dalam kajian ini ialah rancangan pengajaran hukum nun
sakinah dan tanwin, buku latihan murid-murid, rakaman video dan foto. Data-data
tersebut merupakan data tersedia semasa guru menjalankan projek intervensi.
Rancangan pengajaran hukum nun sakinah dan tanwin pula merupakan data untuk
menunjukkan cara guru merancang intervensi. Rakaman video dan foto pula adalah
sebahagian daripada data pemerhatian yang merupakan sumber bukti penting dalam
menyokong penulisan kajian tindakan (McNiff & Whitehead, 2000). Semasa
intervensi dijalankan, guru merekodkan pelaksanaan projek intervensi melalui rakaman
video, foto dan mengumpul buku latihan murid bagi membolehkan tujuan membuat
refleksi dan penilaian terhadap projek yang dilaksanakan. Data-data yang dikumpul
daripada kajian ini, khususnya semasa merancang, melaksanakan dan menilai projek
inovasi dianalisis secara naratif. Cara naratif dipilih kerana pendekatan analisis seperti
ini membolehkan guru menceritakan kehidupan dan pengalaman mereka sendiri.

Gaya penulisan naratif digunakan kerana berperanan penting dalam menggambarkan
proses kajian tindakan ini dengan terperinci. McNiff (2007) menjelaskan bahawa
penulisan naratif dan kajian tindakan adalah saling berkait rapat. Hal ini membolehkan
guru menceritakan tentang pengalaman mereka melaksanakan tindakan dalam
menambah baik amalan kendiri.Oleh itu, penggunaan terma guru dalam artikel ini
disesuaikan dengan pendekatan naratif seperti yang dicadangkan oleh Coghlan dan
Brydon-Miller (2014 ). Selain itu, analisis naratif membolehkan guru memahami
hubungan sosial yang kompleks dan rumit melalui kepelbagaian dalam penceritaan
mereka. Dalam kajian ini, guru membuat

proses analisis naratif yang dimulakan dengan menstruktur penceritaan secara
deskriptif berdasarkan soalan dan isu kajian. Hasil analisis naratif kajian ini
dipersembahkan secara kronologi sebagaimana yang dicadangkan oleh Mills et al.
(2012). Penceritaan naratif menceritakan keseluruhan struktur cara kajian telah dirancang,
dilaksana dan dinilai. Salah satu tujuan penting analisis naratif dalam kajian ini adalah
untuk memberikan penjelasan secara kronologi bagaimana menambah baik amalan
guru sebagai guru Pendidikan Islam dalam meningkatkan penguasaan murid-murid
melalui projek intervensi Pro Tajwid 5-i. Oleh itu, kajian ini membincangkan secara
kualitatif dan naratif pengalaman guru sebagai guru Pendidikan Islam dalam menjalankan
kajian.

4.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dapatan kajian ini dibincangkan secara naratif bagi menjawab soalan kajian iaitu:
bagaimanakah menambah baik amalan guru sebagai guru Pendidikan Islam dalam
meningkatkan penguasaan hukum nun sakinah dan tanwin dalam kalangan murid-murid 3
Jupiter melalui intervensi Pro Tajwid 5-i? Guru telah merancang projek intervensi Pro
Tajwid 5-i melalui pelaksanaan sembilan langkah utama yang ditunjukkan pada Jadual 1.
Projek intervensi Pro Tajwid 5-i dilaksanakan bagi membolehkan guru menunjukkan
aspek-aspek yang dilakukan dalam usaha menambah baik amalan sebagai guru Pendidikan
Islam. Perkara ini bertepatan dengan tujuan kajian tindakan untuk menambah baik amalan
seseorang guru (Carver & Klein, 2013).

293


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Jadual 1: Langkah menambahbaik amalan guru
Langkah 1: Mengenal pasti keperluan murid menguasai hukum nun sakinah dan
tanwin
Guru telah memberi penekanan kepada murid-murid tentang kepentingan untuk mengenal
pasti hukum nun sakinah dan tanwin. Guru juga menyatakan kepada murid-murid bahawa
hukum nun sakinah dan tanwin merupakan keperluan membezakan bacaan dengung dan
tidak dengung semasa projek ini dijalankan. Penggunaan dua warna iaitu hijau dan merah
menjelaskan bacaan dengung dan tidak dengung. Hal ini membantu merangsang kognitif
murid. Pada masa yang sama guru ingin menunjukkan kepada murid-murid bahawa bidang
Tajwid menarik untuk diterokai. Penerapan unsur main sambil belajar mampu merangsang
minat murid dalam menguasai hukum nun sakinah dan tanwin.

Rajah 1: Klasifikasi hukum nun sakinah dan tanwin berdasarkan warna
1. Mengenal pasti keperluan menguasai hukum nun sakinah dan tanwin
2. Mengenal pasti keperluan penyediaan intervensi.
3. Menghasilkan template dan formula intervensi Pro Tajwid 5-i
4. Melaksanakan intervensi Pro Tajwid 5-i dalam kelas.
5. Menyertai pertandingan inovasi secara atas talian
6. Menilai kelemahan dan peluang
7. Menghasilkan buku skrap dan prototaip intervensi Pro Tajwid 5-i
8. Melaksanakan penyediaan laporan dan rakaman projek intervensi.
9. Menyediakan dokumentasi perjalanan intervensi Pro Tajwid 5-i menggunakan platform

Google Sites

Langkah 2: Mengenal pasti keperluan penyediaan projek intervensi
Guru telah menggunakan bahan terpakai seperti kotak dalam penghasilan projek intervensi
Pro Tajwid 5-i. Hal ini bertujuan bahan ini mudah didapati, kos bahan murah dan selamat.
Reka bentuk berbentuk bulat dan kiub menarik minat murid untuk mencuba. Di samping
itu, melalui kaedah main sambil belajar mampu merangsang kognitif murid.

Rajah 2: Prototaip reka bentuk intervensi Pro Tajwid 5-i
294


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Langkah 3: Menghasilkan template dan formula intervensi Pro Tajwid 5-i
Pada mulanya, projek tidak dirancang dengan sistematik menyebabkan guru kurang
bersedia untuk menjalankan aktiviti yang dirancang bersama murid-murid. Oleh itu, guru
telah menambah baik pelaksanaan projek dengan menyusun aktiviti intervensi Pro Tajwid
5-i. Atas faktor projek yang dijalankan perlu disiapkan kerana kekangan masa, penyusunan
jadual perancangan yang rapi diperlukan. Jadual perancangan meliputi membeli bahan
penyediaan projek intervensi Pro Tajwid 5-i, mengira kos bahan, membuat reka bentuk,
menyediakan projek intervensi dan membuat rakaman fotografi untuk tujuan dokumentasi.

Perancangan projek yang tersusun telah dapat membantu guru lebih bersedia dalam
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang bersama murid-murid. Guru menyedari
tentang kepentingan perancangan yang tersusun dalam sesuatu pengajaran yang
merangkumi aspek pengelolaan, pelaksanaan dan penilaian (Hashim & Ahmad, 2007).
Tambahan lagi, melalui perancangan yang tersusun, guru bukan sahaja berharap agar dapat
mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan dapat memperkenalkan murid-murid
dengan pembelajaran interaktif.

Rajah 3 dan 4: Formula bentuk intervensi “Pro Tajwid 5-i”

Langkah 4: Melaksanakan projek intervensi Pro Tajwid 5-i dalam kelas
Guru menunjukkan demonstrasi penggunaan intervensi Pro Tajwid 5-i. Murid diberi
peluang merasai pengalaman untuk menggunakan projek intervensi Pro Tajwid 5-i. Sesi
soal jawab juga dijalankan dengan meminta murid meneka hukum nun sakinah dan tanwin
berdasarkan potongan ayat al-Quran yang diberikan. Sepanjang sesi tersebut, murid
kelihatan seronok dan berjaya menjawab semua soalan yang diberikan dengan betul dan

tepat.

Rajah 5: Pelaksanaan Kaedah “Pro Tajwid 5-i”

Langkah 5: Menyertai pertandingan inovasi
Guru berpeluang menyertai pertandingan inovasi pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa. Pengalaman buat kali pertama membentangkan projek intervensi sangat

295


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

bermakna. Projek intervensi Pro Tajwid 5-i terpilih untuk dibentangkan ke Peringkat
Separuh Akhir dalam Persidangan Minda Inovasi Dinamik (MInD Pitching) anjuran
Institut Pendidikan Guru (IPG). Hasilnya projek intervensi Pro Tajwid 5-i mendapat
pengiktirafan pingat Perak. Selain itu, projek intervensi Pro Tajwid 5-i telah
dipertandingkan dalam Sabak Bernam International Innovation (SABiIC) 2022 dan
berjaya mendapat pengiktirafan pingat Emas. Pengalaman yang diperoleh dan komentar
yang diberikan oleh juri memberi peluang kepada guru menambah baik amalan sebagai
Guru Pendidikan Islam.

Langkah 6: Menilai kelemahan dan peluang
Berdasarkan hasil daripada projek intervensi Pro Tajwid 5-i, guru telah menerima refleksi
daripada murid iaitu projek intervensi Pro Tajwid 5-i menarik dan mudah difahami. Guru
menjelaskan kepada murid-murid bahawa refleksi yang diterima daripada murid adalah
sangat penting untuk dipertimbangkan bagi meningkatkan kualiti penyediaan projek
intervensi Pro Tajwid 5-i akan datang. Guru juga telah menghadiri International
Conference Action Research (ICAR) 2022 secara dalam talian. Hal ini bagi menambah
baik pengetahuan dan kemahiran dalam penghasilan projek intervensi. Susulan itu, guru
telah menggalakkan murid menggunakan formula hukum nun sakinah dan tanwin hasil
daripada pembelajaran melalui projek intervensi tersebut. Guru juga telah mendaftarkan
hak cipta (copyright) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (myIPO).

Langkah 7: Menghasilkan buku skrap dan prototaip intervensi Pro Tajwid 5-i

Pada mulanya, murid-murid tidak terlibat dalam penghasilan projek intervensi Pro Tajwid
5-i dan guru menyedari bahawa tindakan ini kurang membantu murid yang sepatutnya
mengetahui tentang projek intervensi Pro Tajwid 5-i dihasilkan. Justeru, guru telah
melibatkan murid-murid dalam melaksanakan prototaip dan buku skrap Pro Tajwid 5-i.
Murid-murid dibimbing untuk menghasilkan buku skrap. Murid dibimbing menggunakan
formula yang terdapat dalam kaedah Pro Tajwid 5-i. Buku skrap yang dihasilkan oleh
murid-murid dimuat naik ke laman Google Sites. Justeru, langkah ini merupakan langkah
penting bagi mendedahkan murid-murid kepada kaedah membezakan bacaan dengung dan
tidak dengung. Murid boleh membezakan kedua-dua bacaan ini dengan menggunakan kod
penggunaan warna iaitu hijau dan merah.

296


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Rajah 6 dan 7: Hasil kerja murid dan penulisan refleksi

Rajah 8: Aktiviti penghasilan prototaip intervensi “Pro Tajwid 5-i”

Langkah 8: Melaksanakan penyediaan laporan dan rakaman projek intervensi.
Pelaksanaan penyediaan laporan dan rakaman projek antara elemen yang diambilkira
dalam penyertaan pertandingan inovasi. Proses ini memerlukan masa yang panjang dan
perlu dibuat secara berperingkat. Semasa menjalankan projek intervensi, guru membuat
dokumentasi rakaman gambar dan video sebagai bukti penghasilan projek intervensi.
Rakaman video telah dimuat naik dalam laman YouTube.

Langkah 9: Menyediakan dokumentasi perjalanan intervensi Pro Tajwid 5-i
menggunakan platform Google Sites.
Guru telah menyediakan dokumentasi perjalanan Pro Tajwid 5-i dalam Google Sites. Hal
ini menjelaskan bahawa perancangan yang sistematik telah dapat membolehkan guru
mencapai satu-satu objektif pengajaran yang dirancang. Kesimpulannya, pelaksanaan
intervensi Pro Tajwid 5-i dapat membantu guru-penyelidik menilai potensi murid dalam
membantu murid menguasai hukum nun sakinah dan tanwin.

5.0 KESIMPULAN Rajah 9: Google Sites Pro Tajwid 5-i
297


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Kajian tindakan ini dijalankan bukan bertujuan untuk membuktikan sama ada projek
intervensi Pro Tajwid 5-i berupaya ataupun tidak dalam meningkatkan penguasaan hukum
nun sakinah dan tanwin murid-murid 3 Jupiter. Sebaliknya, kajian tindakan ini merupakan
titik permulaan bagi guru-penyelidik merancang, melaksanakan dan menilai strategi
pengajaran dan pembelajaran harian. Pada peringkat permulaan, guru-penyelidik telah
menggariskan tiga isu fokus utama kajian iaitu pertama, guru menyedari bahawa
kurangnya pengetahuan kandungan dan pedagogi sebagai guru dalam bidang Pendidikan
Islam. Kedua, berdasarkan pengamatan awal, guru mendapati bahawa murid 3 Jupiter
kurang diberi penekanan hukum tajwid sewaktu mengaji menyebabkan anak-anak ini
kurang keyakinan dan motivasi untuk mengaji dengan baik. Akhir sekali, guru menyedari
bahawa pengajaran bidang tajwid tidak bersesuaian dijalankan secara penerangan sahaja
sebaliknya perlu melibatkan aktiviti yang merangsang kognitif dan psikomotor murid.
Kajian ini merupakan permulaan kepada perjalanan guru bagi mata pelajaran Pendidikan
Islam untuk terus mereflek dan menambah baik amalan. Melalui kajian ini, guru-
penyelidik telah menunjukkan cara proses menambah baik pengetahuan kandungan dan
pedagogi melalui kitaran, tindakan-refleksi dalam konteks amalan pengajaran kendiri
(McNiff, 2017). Perancangan pengajaran yang sistematik bukan sahaja penting untuk
memastikan agar pelaksanaannya menjadi terancang, tetapi juga untuk membolehkan
sesuatu objektif yang digariskan dapat dicapai. Melalui kajian ini, guru juga mendapati
bahawa projek intervensi Pro Tajwid 5-i yang dijalankan bersama murid-murid 3 Jupiter
telah dapat memberikan pendedahan kepada mereka untuk menguasai hukum nun sakinah
dan tanwin. Guru bercadang untuk menjalankan pembelajaran hukum tajwid melalui
praktikal dengan lebih kerap dan konsisten. Oleh itu, kajian ini akan dikembangkan dengan
lebih meluas melalui projek intervensi yang menggunakan pendekatan didik hibur dalam
usaha guru menambah baik amalan sebagai guru Pendidikan Islam.

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri, Ahmad Munawar Ismail¸ Amal Hayati Md. Noor & Mohd Izzuddin
Mohd Pisol. (2013). Penilaian Guru Terhadap Pelaksanaan Model-Model Tilawah
Al-Quran Program J-Qaf. International Journal Of Islamic Thought, Vol. 3.

Buntat, Y, dan Mohamed, N. (2010). Aplikasi Pemikiran Kreatif Dan Kritis Dalam
Pengajaran Guru-Guru Teknikal Bagi Matamuridan Teknikal. Jurnal Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Carver, C. L., & Klein, C. S. (2013). Action research: A tool for promoting faculty
development and continuous improvement in leadership preparation. International
Journal of Educational Leadership Preparation, 8, 162-177.

Che Rozali Bin Husain. (2012). Penguasaan tajwid Hukum Lima Di Kalangan Murid
Tahun

Lima: Satu Kajian Di Sekolah Kebangsaan Padang Mandol Tumpat Kelantan.Tesis
Sarjana Muda. Open University Malaysia.
Coghlan, D., & Brydon-Miller, M. 2014. First person action research. In D. Coghlan &
M. BrydonMiller (Eds.), The SAGE encyclopedia of action research (pp. 350-353).
Sage Publications Ltd. https://dx.doi.org/10.4135/9781446294406
Feldman, A., Altrichter, H., Posch, P., & Somekh, B. 2018. Teachers investigate their
work:
An introduction to action research across the professions (3rd ed.). Routledge.
https://doi.org/10.4324/9781315398822
Hashim, S., Yaakub, R., & Ahmad, M. Z. (2007). Pedagogi: Strategi dan teknik mengajar
dengan berkesan. PTS Professional

298


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

Junaidah Jamaluddin, Norlaila Mohd Din, Mohamad Azmi Nias Ahmad, Faizan Abdul
Jabar,

Nur Syazwani ,Mohamad Fadzillah, & Zuhariah Husin. (2016). Keberkesanan
Kaedah Permainan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan di
Sekolah Menengah. KONAKA: 53-57.
Kemmis, S., McTaggart, R., & Nixon, R. 2014. The Action Research Planner: Doing
Critical
Participatory Action Research. Springer Science & Business Media.
https://doi.org/10.1007/978- 981-4560-67-2
Khairiah Binti Razali, Ahmad Johari bin Sihes (2015). Teknologi E-Quran Dalam
Meningkatkan Penguasaan Tajwid Dalam Kalangan Murid Tahun 3 dalam
Persidangan Amalan ICT antara disiplin
Khor, Huan Chin & Noraini Mohamed Noh. (2016). Keberkesanan Penggunaan Papan
Putih
Interaktif Dalam Pembelajaran Bahasa Malaysia Dalam Kalangan Murid Tahun 3.
JPBU Edisi Khas: 11-17.
Lily Zuraini Mohd Mustaza. 2011. Tahap Penguasaan Ilmu Tajwid Dalam Kalangan
Murid Tingkatan Dua Daerah Kuala Lumpur, dalam tesis Sarjana. UPSI: Tanjung
Malim.
McNiff, J., & Whitehead, J. (2000). Action research in organisations. Routledge
McNiff, J. 2007. My story is my living educational theory. In D. J. Clandinin (Ed.),
Handbook of narrative inquiry: Mapping a methodology (pp. 308–29). SAGE
Publications, Inc. https://dx.doi.org/10.4135/9781452226552.n12
Melvin L. Silberman (2007). The Handbook of Experiential Learning. New York, United
States: John Wiley & Sons Inc.
Mills, A. J., Durepos, G., & Wiebe, E. (2012). Thematic analysis. In A. J. Mills, G.
Durepos & E. Wiebe (Eds.), Encyclopedia of case study research (pp. 926-927).
https://dx.doi.org/10.4135/9781412957397
Omar, H. (2019). Lebih 700 murid tak boleh mengaji al-Quran. Harian Metro. Retrieved
from https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/517173/lebih-700-murid-
takboleh-mengaji-al-quran
Rashed, Z. N., Abd.Majid, M., Abu Bakar, S., Sudi, S., Hasan, W. R., Abdullah, M. Y. M.
(2015). Amalan pengajaran guru Tilawah Al-Quran: Kajian kes di Maahad Tahfiz
Sains negeri Selangor. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 1(1), 77

299


SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN PERINGKAT KEBANGSAAN ZON SABAH TAHUN 2022 (SepZon22)

300


Click to View FlipBook Version