The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perbandingan iklim sekolah antara sekolah menengah agama di negeri Kelantan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DR. RAIHAN BINTI MOHD ARIFIN (IPGM-KOTABHARU), 2024-03-19 03:02:38

STRATEGI DAN PELAKSANAAN IKLIM DINI TERHADAP KEMENJADIAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA

Perbandingan iklim sekolah antara sekolah menengah agama di negeri Kelantan

Keywords: iklim dini,kemenjadian pelajar

STRATEGI DAN PELAKSANAAN IKLIM DINI TERHADAP KEMENJADIAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAIHAN MOHD ARIFIN DOKTOR FALSAFAH UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN 2020


STRATEGI DAN PELAKSANAAN IKLIM DINI TERHADAP KEMENJADIAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA RAIHAN BINTI MOHD ARIFIN Tesis yang dikemukakan bagi memenuhi syarat untuk memperoleh Ijazah Doktor Falsafah di Fakulti Pengajian dan Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin 2020


ii STRATEGI DAN PELAKSANAAN IKLIM DINI TETHADAP KEMENJADIAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA ABSTRAK Iklim dini merupakan persekitaran Islam serta amalan yang dilakukan berlandaskan cara hidup Islam. Dewasa ini masalah tingkah laku, buli, ponteng sekolah, kemurungan dan disiplin pelajar semakin meningkat sama ada di dalam mahupun di luar negara. Masalah ini jika tidak diatasi akan memberikan impak yang negatif terhadap kemenjadian pelajar. Fenomena ini berlaku disebabkan kurang kesedaran guru berkaitan kepentingan iklim sekolah. Pencapaian pelajar hanya dilihat dari aspek akademik, namun tidak menyeluruh sebagaimana elemen kemenjadian pelajar yang menilai aspek akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Strategi yang digunakan melibatkan konstruk aktiviti, teladan, dan amali, manakala pelaksanaan pula melibatkan konstruk kepimpinan, persekitaran fizikal, kurikulum kokurikulum, dan hubungan komuniti. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap, hubungan, perbezaan, serta pengaruh strategi dan pelaksanaan iklim dini terhadap kemenjadian pelajar di sekolah menengah agama. Pendekatan kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian dijalankan di tiga jenis sekolah menengah agama di negeri Kelantan iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Negeri (SAN). Sampel dipilih secara rawak berstrata untuk pemilihan sekolah dan juga rawak sistematik untuk pemilihan responden. Seramai 368 orang responden daripada sembilan buah sekolah menengah agama telah dilibatkan. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik tentang strategi dan pelaksanaan iklim dini serta sahsiah pelajar. Data kajian dianalisis dengan menggunakan ujian statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan ujian T, ANOVA dan Regresi Berganda. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan bahawa pemboleh ubah strategi dan pelaksanaan berdasarkan konstruk berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini memperlihatkan hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan dengan strategi iklim dini, dan tahap pelaksanaan dengan kemenjadian pelajar. Selain itu, kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan pada strategi dan pelaksanaan iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah. Bagaimanapun, dapatan seterusnya menunjukkan strategi dan pelaksanaan iklim dini memberi sumbangan yang besar terhadap kemenjadian pelajar. Hasil kajian menunjukkan strategi dan pelaksanaan iklim dini dapat memberi kesan positif ke arah pembentukan kemenjadian pelajar di sekolah menengah agama. Keadaan ini secara tidak langsung dapat memotivasikan guru dan pelajar untuk membina satu budaya sekolah berlandaskan cara hidup Islam yang mampu menghasilkan seorang muslim berkarakter baik dan seimbang dalam semua aspek. Kajian ini juga dapat memberikan sumbangan serta implikasi kepada pengetahuan, praktikal, teoretikal, dan empirikal dalam bidang pendidikan seterusnya dapat melahirkan generasi rabbani.


iii THE STRATEGY AND IMPLEMENTATION OF ISLAMIC SCHOOL CLIMATE TOWARDS HOLISTIC STUDENT OUTCOMES IN RELIGIOUS SECONDARY SCHOOL ABSTRACT An Islamic school climate comprises an Islamic environment as well as practices based on the Islamic way of life. Lately, problems concerning behaviour, bullying, truancy, depression, and discipline have been on the rise locally and globally. These problems, if not addressed properly, will have a negative impact on building the outcome of a student. This phenomenon has emerged due to the lack of awareness by teachers on the importance of building a conducive school climate. A student’s achievement was gauged according to the academic aspect. However, that was not comprehensive for building the outcome in a student who is evaluated based on academic, co-curriculum, and moral aspects. The strategy involved constructs such as activities, examples, and practicality, whereas its implementation involved leadership, the physical environment, co-curriculum contents, and community relationship constructs. Therefore, this study intended to identify the level, relationship, differences as well as the influence of the strategies and implementation of an Islamic school climate that helps build the outcome of a secondary religious school student. This quantitative study had employed a survey design, which involved three types of secondary religious schools in Kelantan, namely the Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) and Sekolah Agama Negeri (SAN). The schools were selected using the stratified random sampling method, while the respondents were selected using the systematic randomised sampling method. 368 respondents from nine secondary religious schools were involved. The instrument used was a set of questionnaire regarding strategy and implementation of an Islamic school climate as well as student’s morality. Data were analysed using descriptive and inference statistic tests involving the t-test, ANOVA, and multiple regression. Overall, the findings show that the strategy and implementation variable based on the constructs is at a high level. There is a significant relationship between the strategy and implementation of an Islamic school climate and building the outcome in a student. Besides that, findings show that there is no significant difference in the strategy and implementation of an Islamic school climate based on the type of school. However, findings also show that the strategy and implementation of an Islamic school climate contribute extensively to building the outcome in a student. The study found that the strategy and implementation of an Islamic school climate has a positive effect on building the outcome of a secondary religious school student. This situation indirectly motivates teachers and students to form a school culture based on an Islamic way of life that can produce a Muslim with good character and strike a balance in all aspects. This study also contributes to the corpus of practical, theoretical, and empirical knowledge in the field of education, which helps produce a rabbani generation.


iv PENGHARGAAN ب سم . الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat dan kurniaannya pengkaji dapat menyiapkan penulisan tesis ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ingin dirakamkan buat Prof. Dr. Kamarul Shukri Mat Teh selaku penyelia tesis ini yang sentiasa bermurah hati untuk memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada pengkaji sepanjang menyempurnakan kajian ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Bahagian Tajaan, Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah memberi peluang serta membiayai pengajian pengkaji dan menyediakan banyak kemudahan yang berperanan besar dalam melicinkan usaha menyempurnakan pengajiannya. Sekalung penghargaan ingin dihulurkan kepada ayah bonda di atas segala bimbingan, doa dan restu. Juga buat suami, Ahmad Fadzli Che Husin yang sentiasa menjadi penyubur semangat. Tidak lupa diucapkan jutaan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Majlis Peperiksaan Malaysia, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Yayasan Islam Kelantan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Negeri, para guru dan para pelajar serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menghasilkan tesis ini. Antaranya pihak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Pusat Pengajian Siswazah UniSZA, para pensyarah, dan rakan-rakan seperjuangan. Akhir kalam, semoga usaha kita sama-sama mendapat keberkatan dan dirahmati Allah.


v PERAKUAN Saya mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Pemeriksa telah bersidang pada 28 Oktober 2020 untuk menjalankan peperiksaan akhir untuk Raihan Mohd Arifin, terhadap tesis beliau bertajuk ‘Strategi dan Pelaksanaan Iklim Dini Terhadap Kemenjadian Pelajar Sekolah Menengah Agama’ mengikut peraturan yang diluluskan oleh Senat Universiti Sultan Zainal Abidin. Jawatankuasa memperakukan bahawa pelajar ini layak dianugerahi ijazah tersebut, dan telah diterima oleh Senat Universiti Sultan Zainal Abidin sebagai memenuhi keperluan untuk ijazah Doktor Falsafah. Ahli Jawatankuasa Peperiksaan adalah seperti berikut: Najihah Abdul Wahid, PhD Profesor Madya Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (Chairperson) Roslan Ab Rahman, PhD Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (Pemeriksa Dalam) Azmil Hashim, PhD Profesor Madya Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Pemeriksa Luar) ________________________________ AHMAD PUAD BIN MAT SOM, PhD Profesor/Dekan Pusat Pengajian Siswazah Universiti Sultan Zainal Abidin Tarikh:


vi PENGAKUAN CALON Saya dengan ini mengaku bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Saya juga mengaku bahawa tesis ini tidak pernah dikemukakan sebelum ini atau serentak untuk ijazah lain di Universiti Sultan Zainal Abidin atau institusi lain. _______________________________ Raihan binti Mohd Arifin Tarikh:


vii PENGAKUAN PENYELIA Adalah disahkan bahawa: Kajian yang dijalankan dan penulisan tesis ini adalah bawah penyeliaan saya. Tandatangan:______________________ Nama Penyelia Utama: Profesor Dr. Kamarul Shukri Mat Teh Fakulti: Fakulti Pengajian Kontemporari Islam


viii KANDUNGAN ABSTRAK ii ABSTRACT iii PENGHARGAAN iv PERAKUAN v PENGAKUAN CALON vi PENGAKUAN PENYELIA vii SENARAI JADUAL xiv SENARAI RAJAH xvii SENARAI SINGKATAN xviii PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Kajian 1 1.3 Pernyataan Masalah 11 1.4 Objektif Kajian 19 1.5 Soalan Kajian 20 1.6 Hipotesis Nol 21 1.7 Kerangka Konseptual Kajian 22 1.8 Kepentingan Kajian 25 1.9 Batasan Kajian 26 1.10 Definisi Operasional 28 Iklim Dini 28 Strategi iklim dini 29 Aktiviti 30 Teladan 30 Amali 31 Pelaksanaan iklim dini 32 Kepimpinan 32 Persekitaran Fizikal 32 Kurikulum Dan Kokurikulum 33 Hubungan Komuniti 34 Kemenjadian Pelajar 34 Sekolah Menengah Agama 35 SMKA 35 SABK 36 SAN 36 1.11 Kesimpulan 36 SOROTAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 38 2.2 Sosiologi Pendidikan 38


ix Pandangan tokoh-tokoh sarjana Islam 41 Ibnu Khaldun (1332-1406 M) 43 Al- Farabi (872-950M) 44 Al-Ghazali (1058-1111M) 46 Pandangan Tokoh-Tokoh Sarjana Barat 47 Albert Bandura (1977) 48 Auguste Comte (1798-1857) 48 Herbert Spencer (1820-1903) 49 2.3 Teori Ekologi Persekitaran 51 Ibnu Khaldun 51 Urie Bronfenbrenner 52 Justifikasi Pemilihan Teori 57 2.4 Konsep Pembudayaan Iklim Dini di Sekolah 58 Definisi Iklim Dini 61 Kepentingan Konsep Iklim Dini di Sekolah 64 Budaya Pentarbiahan 67 2.5 Strategi Iklim Dini di Sekolah 69 Aktiviti 70 Contoh Teladan 73 Amali / Amalan 80 2.6 Pelaksanaan iklim dini di Sekolah 82 Kepimpinan 82 Persekitaran Fizikal 85 Kurikulum dan Kokurikulum 86 Komuniti 90 2.7 Pentaksiran Terhadap Kemenjadian Pelajar 92 2.8 Penyelidikan Kajian Iklim Sekolah 94 Penyelidikan Iklim Dini 97 2.9 Kesimpulan 99 METODE KAJIAN 3.1 Pendahuluan 100 3.2 Pendekatan Kajian 100 3.3 Reka bentuk Kajian 101 3.4 Lokasi dan Populasi Kajian 102 3.5 Pensampelan Kajian 104 Saiz dan Teknik Pensampelan 105 3.6 Instrumen Kajian 107 Pemilihan Skala 110 3.7 Kajian Rintis 111 Kesahan Instrumen 113 Kebolehpercayaan Instrumen 115 3.8 Prosedur Pengumpulan Data Kajian 117 3.9 Penganalisisan Data 118


x Analisis Deskriptif 119 Analisis Inferensi 120 Justifikasi penggunaan SPSS sebagai alat analisis data 121 3.10 Kesimpulan 122 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 123 4.2 Pembersihan data (Missing Value) 124 4.3 Pengecaman Data Terpencil (Outliers) 125 4.4 Ujian Normaliti 126 4.5 Demografi responden kajian 128 Profil Pelajar Berdasarkan Demografi Peribadi Responden 128 Profil Pelajar Berdasarkan Demografi Keluarga Responden 129 4.6 Soalan kajian 1: Apakah tahap strategi iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar? 130 Tahap Keseluruhan Pelajar Terhadap Strategi Iklim Dini 131 4.7 Soalan kajian 2: Apakah tahap pelaksanaan iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar? 133 Tahap Keseluruhan Pelajar Terhadap Pelaksanaan Iklim Dini 133 4.7.2 Tahap Penggunaan Pelajar Berdasarkan Konstruk 134 4.8 Soalan kajian 3: Apakah tahap kemenjadian pelajar secara keseluruhan dan berdasarkan kategori dalam kalangan pelajar? 135 Tahap Kemenjadian Pelajar 135 Tahap Keseluruhan Kemenjadian Pelajar 137 Tahap Kemenjadian Pelajar Aspek Akademik Dan Kokurikulum 138 Tahap Kemenjadian Pelajar Berdasarkan Aspek Sahsiah 139 Tahap Kemenjadian Pelajar Bagi Item Sahsiah 140 4.8.5.1 Akhlak Terhadap Allah Dan Rasul 140 4.8.5.2 Akhlak Terhadap Diri 141 4.8.5.3 Akhlak Terhadap Warga Sekolah Dan Masyarakat 142 4.8.5.4 Akhlak Terhadap Alam Sekitar 143 4.9 Soalan kajian 4: Apakah pola strategi dan pelaksanaan iklim dini dalam kalangan pelajar secara keseluruhan dan terperinci? 144 Pola Keseluruhan Strategi dan Pelaksanaan Iklim Dini 145 Pola Penggunaan Strategi Aktiviti 145 Pola Penggunaan Strategi Amali 147 Pola Penggunaan Strategi Teladan. 148 Pola Pelaksanaan - Kepimpinan 150 Pola Pelaksanaan- Persekitaran Fizikal 152 Pola Pelaksanaan- Kurikulum dan Kokurikulum 153 Pola Pelaksanaan- Hubungan Komuniti 155 4.10 Soalan kajian 5: Adakah terdapat perbezaan hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan dengan strategi iklim dini dalam kalangan pelajar? 157 Prasyarat Ujian-t sampel-sampel bebas (Independent sample t-test) 157


xi Justifikasi Penggunaan Nilai Ralat Piawai (RP)/ (Standard Error) 160 Ujian-t sampel-sampel bebas (Independent sample t-test) menguji Ho.1 160 4.11 Soalan kajian 6: Adakah terdapat hubungan signifikan antara tahap strategi iklim dini dengan kemenjadian pelajar? 162 Prasyarat ujian-t sampel-sampel bebas (Independent Sample T-Test) 162 Ujian-t sampel-sampel bebas (Independent sample t-test) menguji Ho.2 163 4.12 Soalan kajian 7: Adakah terdapat hubungan signifikan antara tahap pelaksanaan iklim dini dengan kemenjadian pelajar? 164 Prasyarat ujian-t sampel-sampel bebas (Independent Sample T-Test) 165 Ujian-t sampel-sampel bebas (Independent sample t-test) menguji Ho.3 166 4.13 Soalan kajian 8: Adakah terdapat perbezaan signifikan pada strategi iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar? 167 Prasyarat Ujian ANOVA Sehala 167 Ujian ANOVA sehala menguji Ho.4 169 4.14 Soalan kajian 9: Adakah terdapat perbezaan signifikan pada pelaksanaan iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar? 170 Prasyarat Ujian ANOVA Sehala 170 Ujian ANOVA sehala menguji Ho.5 171 4.15 Soalan kajian 10: Adakah terdapat pengaruh strategi dan pelaksanaan iklim dini terhadap kemenjadian pelajar? 173 Prasyarat regresi berganda 173 Ujian regresi berganda menguji Ho.6 177 4.16 Ringkasan dapatan kajian 181 4.17 Kesimpulan 182 PERBINCANGAN 5.1 Pengenalan 183 5.2 Rumusan Kajian 183 Reka bentuk dan instrumen kajian 184 Dapatan kajian 185 Analisis deskriptif 186 Analisis inferensi 188 Objektif dan soalan kajian 189 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 192 Tahap Penggunaan Strategi Iklim Dini 192 Aktiviti 193 Teladan 194 Amali 196 Tahap Penggunaan Pelaksanaan Iklim Dini 197


xii Kepimpinan sekolah 198 Persekitaran fizikal sekolah 203 Kurikulum dan kokurikulum 206 Hubungan komuniti 207 Kemenjadian Pelajar Secara Keseluruhan 209 Pola Strategi Dan Pelaksanaan Iklim Dini 211 Hubungan Antara Tahap Pelaksanaan Dengan Strategi Iklim Dini 213 Hubungan Tahap Strategi Dengan Kemenjadian Pelajar 215 Hubungan Tahap Pelaksanaan Dengan Kemenjadian Pelajar 216 Perbezaan Strategi Berdasarkan Faktor Jenis Sekolah 217 Perbezaan Pelaksanaan Berdasarkan Faktor Jenis Sekolah 220 Faktor-Faktor Mempengaruhi Kemenjadian Pelajar 222 5.4 Implikasi Kajian 225 Implikasi Pengetahuan 225 Implikasi Praktikal 227 Implikasi Teoretikal 228 Implikasi Empirikal 230 Implikasi Penggubal Dasar 231 Implikasi Institut Pendidikan Guru Dan Universiti 232 Implikasi Pentadbiran Sekolah 233 Implikasi Kepada Guru 233 Implikasi Kepada Pelajar 234 Implikasi Penggunaan Instrumen 234 5.5 Sumbangan Ilmu Kepada Bidang Kajian 236 Pemerkayaan maklumat strategi dan pelaksanaan iklim dini 236 Membangunkan paradigma teori ekologi persekitaran 236 Gagasan baharu dalam memupuk iklim dini di sekolah 237 Pengkonsepsian penyelidikan strategi iklim dini 238 Instrumen kajian strategi dan pelaksanaan iklim dini 238 Membangunkan model strategi dan pelaksanaan iklim dini yang ideal 239 5.6 Sumbangan Kajian Kepada Masyarakat 241 Merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan secara praktikal 241 Membina kefahaman dan paradigma mengenai kepentingan iklim sekolah 242 Penglibatan ibu bapa dan komuniti setempat dalam pemupukan iklim dini 242 Pembentukan jati diri seorang pelajar hingga ke peringkat dewasa 243 5.7 Cadangan kajian praktikal 244 Cadangan kepada KPM 244 Cadangan kepada Sekolah 245 Cadangan kepada guru/ pihak pentadbir 245 5.8 Cadangan Kajian Lanjutan 246 5.9 Kesimpulan 249


xiii RUJUKAN 250 LAMPIRAN 276 SENARAI PENERBITAN 291 BIODATA CALON 295


xiv SENARAI JADUAL No. Jadual Tajuk Halaman 2.1 Matriks Penggunaan Teori Iklim Sekolah 58 3.1 Taburan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama di Kelantan 107 3.2 Jadual Pembahagian Soal Selidik 110 3.3 Skala Instrumen Soal Selidik Kajian Berdasarkan Aras Keamatan 111 3.4 Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan 116 3.5 Jadual Kebolehpercayaan Item 116 3.6 Jenis dan Bilangan Sekolah Yang Terlibat 118 3.7 Status Bilangan Borang Soal Selidik 119 3.8 Skor Min 120 3.9 Jadual Analisis Data 120 4.1 Sampel outliers yang telah disingkirkan 126 4.2 Nilai Min, Median, Mod Serta Ujian Skewness dan Kurtosis 128 4.3 Demografi Peribadi Responden 129 4.4 Demografi Keluarga Responden 130 4.5 Interpretasi Skor Min Tahap Strategi Dan Pelaksanaan Iklim Dini 131 4.6 Kepercayaan Pelajar Terhadap Tahap Strategi Iklim Dini 131 4.7 Tiga Strategi Yang Kurang Digunakan Dalam Iklim Dini 132 4.8 Tahap Strategi Iklim Dini (N=368) 132 4.9 Tahap Kepercayaan Pelajar Terhadap Tahap Pelaksanaan Iklim Dini 133 4.10 Tahap Pelaksanaan Iklim Dini (N=368) 134 4.11 Tahap Kemenjadian Pelajar 135 4.12 Tahap pencapaian akademik 136 4.13 Tahap pencapaian kokurikulum 136 4.14 Tahap pencapaian sahsiah pelajar 137 4.15 Tahap Keseluruhan Kemenjadian Pelajar 137 4.16 Aspek Akademik dan Kokurikulum 138 4.17 Tahap Kemenjadian Pelajar Dari Aspek Sahsiah 139 4.18 Tahap Akhlak Terhadap Allah Dan Rasul 140 4.19 Tahap Akhlak Terhadap Diri 142 4.20 Tahap Akhlak Terhadap Warga Sekolah Dan Masyarakat 142 4.21 Tahap Akhlak Terhadap Alam Sekitar 143


xv 4.22 Jumlah Min Keseluruhan Pemboleh Ubah 144 4.23 Pola Keseluruhan Strategi Dan Pelaksanaan ID 145 4.24 Pola Penggunaan Strategi Aktiviti 146 4.25 Pola Penggunaan Strategi Amali 147 4.26 Pola Penggunaan Strategi Teladan 149 4.27 Pola Pelaksanaan Kepimpinan 151 4.28 Pola Pelaksanaan Persekitaran Fizikal 153 4.29 Pola Pelaksanaan Kurikulum Dan Kokurikulum 154 4.30 Pola Pelaksanaan Hubungan Komuniti 156 4.31 Ujian Kenormalan 158 4.32 Ujian Kenormalan Berdasarkan Nilai Pencongan Dan Kutosis 159 4.33 Ujian Kesamaan Varian Menerusi Ujian Levene 159 4.34 Ujian-t sampel bebas Tahap Pelaksanaan dengan Strategi ID 161 4.35 Jadual Penilaian Nilai Saiz Kesan (Effect Size) 161 4.36 Ujian Normaliti KS Dan SW 163 4.37 Ujian-t sampel-sampel bebas Antara Tahap Strategi ID Dengan Kemenjadian Pelajar 164 4.38 Ujian Kenormalan Data 165 4.39 Ujian-t sampel tidak bersandar Antara Tahap Pelaksanaan ID Dengan Kemenjadian Pelajar 167 4.40 Ujian Kenormalan 168 4.41: Ujian kesamaan varian menerusi ujian Levene 169 4.42 Analisis Deskriptif 169 4.43 ANOVA Sehala Strategi Iklim Dini Dengan Jenis Sekolah 170 4.44 Ujian Kenormalan 171 4.45 Ujian kesamaan varian menerusi ujian Levene 171 4.46 Deskriptif 172 4.47 ANOVA Sehala Pelaksanaan Iklim Dini Dengan Jenis Sekolah 172 4.48 Jadual Bilangan Pemboleh Ubah Bebas Dan Nilai Kritikal Yang Digunakan Dalam Ujian Regresi 174 4.49 Nilai Ekstrem Data Terpencil Ujian Regresi 175 4.50 Nilai Koefisien Toleran & VIF 175 4.51 Skor Min keseluruhan dimensi 177 4.52 Analisis Varian 178


xvi 4.53 Analisis regresi berganda (stepwise) 179 4.54 Tahap kesepadanan model 179 4.55 Model summary 180 5.1 Rumusan dapatan kajian berdasarkan objektif kajian 190


xvii SENARAI RAJAH No. Jadual Tajuk Halaman 1.1 Kerangka Konseptual Kajian 25 2.1 Teori Ekologi Persekitaran Ibnu Khaldun (1993, 2006) 52 2.2 Teori Ekologi Persekitaran Bronfenbrenner (1979) 57 3.1 Kerangka Pensampelan Kajian 106 3.2 Proses mendapatkan kebenaran sebelum memungut data 118 4.1 Pembersihan Data "Multiple Imputation". 125 4.2 Keluk Histogram Ketiga-Tiga Konstruk Bertaburan Secara Normal 127 4.3 Tahap Keluruhan Strategi ID 133 4.4 Tahap Keseluruhan Pelaksanaan ID 135 4.5 Tahap Keseluruhan Kemenjadian Pelajar 138 4.6 Graf Plot Normal Regresi 176 4.7 Graf Plot Taburan Reja 177 4.8 Hasil Model Akhir Regresi 180 5.1 Model Iklim Dini 229


xviii SENARAI SINGKATAN JPNK Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan KPM Kementerian Pelajaran Malaysia SAW Sallahu Alaihi Wasallam SWT Subhanahu wa ta’ala SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SABK Sekolah Agama Bantuan Kerajaan SAN Sekolah Agama Negeri SMA Sekolah Menengah Agama ID Iklim Dini UNESCO United Nations Educational, Scientific And Cultural Organization MRSM Maktab Rendah Sains Mara SKPMg2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua DBP Dewan Bahasa dan Pustaka


1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bab pengenalan ini membahaskan tentang perkara-perkara asas yang mendasari kajian ini. Bab ini akan menghuraikan latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, soalan kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, kerangka teori kajian, batasan kajian, definisi operasional serta istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini. Perbahasan tentang perkara ini bertujuan memberikan pengenalan awal secara komprehensif dan holistik berkaitan kajian yang akan dijalankan ini. 1.2 Latar Belakang Kajian Iklim sekolah bukanlah isu baru untuk diperdebatkan. Lebih sebelas dekad, para sarjana barat telah menjalankan kajian demi kajian berkaitan isu-isu iklim sekolah. Definisi iklim sekolah telah ditafsirkan dengan pelbagai cara oleh para sarjana sejak tahun 1960- an. Kajian secara tidak formal berkaitan iklim sekolah telah mula dijalankan oleh Arthur Perry (1908). Namun begitu, apa yang menyedihkan tidak ramai yang melihat betapa pentingnya pengaruh iklim sekolah terhadap sikap dan perwatakan dalam kehidupan seseorang. Setelah 60 tahun berlalu, maka bermulalah kajian rintis oleh Halphin dan Croft (1968). Sehingga kini, iklim sekolah tetap menjadi perdebatan serta polemik yang tidak pernah bernoktah. Hal ini menggambarkan bahawa iklim sekolah memberi pengaruh yang pelbagai dalam kehidupan yang akan dikupaskan nanti. Iklim sekolah merupakan konsep heterogen yang mempunyai pelbagai definisi dan multidimensi dengan banyak instrumen yang diseragamkan dan disahkan untuk


2 mengukur nya (Wang & Degol 2016; Rudasill, Snyder, Levinson & Adelson 2017). Iklim didefinisikan sebagai persekitaran atau cara hidup berlandaskan nilai-nilai Islam yang boleh membentuk kemenjadian murid secara holistik. Lebih penting dari itu, iklim sekolah bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian akademik, namun iklim juga mampu menghasilkan keperibadian pelajar (Mahi 1998; Norhisham 2015; Raihan & Hakim 2016). Apa yang perlu diperincikan dalam menghasilkan aset negara ini adalah dapat melahirkan individu yang bukan hanya cemerlang dalam peperiksaan sematamata, malah mempunyai peribadi yang mulia dengan pencipta dan sesama manusia serta dapat menggunakan ilmu dan pengalaman yang ada dalam kehidupan selepas alam persekolahan sebagaimana yang di sarankan oleh United Nations Educational, Scientific And Cultural Organization (UNESCO 2020). Seterusnya, iklim dini merujuk kepada keadaan persekitaran dan kualiti penghayatan cara hidup Islam di sekolah termasuk norma, nilai dan harapan. Iklim dini merupakan proses usaha berterusan yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam mewujudkan suasana persekitaran dan pembudayaan yang sihat dalam kalangan warga sekolah. Seperti yang boleh kita lihat secara meluas bahawa iklim sekolah adalah faktor utama yang boleh menjejaskan dan meningkatkan prestasi sekolah serta merupakan usaha untuk membawa perubahan di sekolah dari aspek fizikal, mental dan spiritual. Setiap ahli dalam sekolah mempunyai peranan tersendiri terhadap pembangunan iklim sekolah. Hal ini dapat dilihat dengan terhasilnya sekolah-sekolah agama tahfiz sains seperti kolej tahfiz sains, Imtiaz, dan sebagainya. Dengan cara ini, ramai murid masa kini berpeluang untuk mempelajarinya secara holistik dari sudut sains dan agama. Iklim sekolah yang positif mampu melengkapi keperluan pembelajaran dan sosialisasi murid. Suasana sekolah sebegini mampu merangsang murid untuk mencintai ilmu dan meletakkan sasaran kecemerlangan dalam diri tanpa ada paksaan dari pihak lain


3 (Aldridge, Mcchesney, & Afari 2017, 2020). Sebagai contoh, murid dengan sendirinya akan merasa keseronokan belajar tanpa disuruh oleh ibu bapa atau gurunya. Murid akan berusaha sehabis daya untuk melakukan perkara baik tanpa meletakkan sebarang syarat. Pendek kata, usaha ini perlu diperluaskan dalam menghasilkan kemenjadian murid yang unggul. Setiap ibu bapa mempunyai ekspektasinya yang tersendiri untuk membuat pilihan menghantar anak mereka ke mana-mana sekolah. Tiada ibu bapa sanggup menghantar anak ke sekolah yang di anggap ‘bermasalah’ dan tidak mempunyai prestasi yang cemerlang pada tafsiran mereka. Justeru mereka memilih sekolah yang dianggap terbaik pada kotak minda mereka sedangkan tafsiran mereka mampu menenggelamkan realiti sebenar. Hal ini adalah untuk menghasilkan kemenjadian anak mereka yang sempurna dan seimbang dari segi akademik mahupun sahsiah. Sebagai contoh Maahad Muhammadi Lilbanat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat di Kelantan telah diiktiraf sebagai sekolah berprestasi tinggi. Ramai ibu bapa berebutrebut mengambil peluang untuk menghantar anak mereka ke sekolah tersebut. Hal ini terjadi bukan hanya disebabkan oleh kecemerlangan dari aspek akademik, malah prestasi kokurikulum yang aktif dan sahsiah pelajarnya juga terjaga hasil dari didikan sekolah yang bermutu. Oleh itu, pihak pentadbir dan warga sekolah yang bertungkus lumus untuk mengangkat status sekolah ke tahap yang lebih tinggi serta mewujudkan iklim sekolah yang positif (BPI, KPM). Bertitik tolak daripada kenyataan di atas, sudah tidak boleh disangkal lagi bahawa negara amat memerlukan kemenjadian murid yang cemerlang dari segenap aspek demi kemajuan negara. Kemenjadian murid merupakan aset berharga negara yang perlu dijaga dan dikembangkan dalam menghasilkan produktiviti yang pelbagai. Sebagai contoh jika negara kita dapat melahirkan doktor pakar yang bukan hanya aktif beraksi


4 dalam bidangnya bersama pesakit, bahkan dalam masa yang sama mampu menjadi imam di masjid dan juga pengadil bola sepak di padang. Hal ini menunjukkan bahawa kebolehan yang pelbagai dalam diri seseorang individu mampu menonjolkan keberhasilan kemenjadian murid sedari awal persekolahan. Kebolehan sebegini harus dipupuk bermula dari zaman persekolahan, berkembang di peringkat universiti seterusnya membentuk seseorang yang mempunyai kelebihan pelbagai (multitasking) pada peringkat pekerjaan. Selain daripada suasana pembelajaran yang kondusif, iklim dini juga mementingkan penerapan nilai ketekunan, kerjasama, toleransi, adil dan hormat menghormati antara murid, guru dan staf. Penerapan nilai ini mampu menyediakan murid yang cemerlang bukan hanya di atas kertas, tetapi juga mempunyai keperibadian yang unggul. Sebagai contoh, seorang murid yang mempunyai pakej lengkap dengan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tapi dalam masa yang sama aktif dari aspek kokurikulum, suka membantu guru dan rakan-rakan, menghormati orang yang lebih dewasa dan sebagainya. Nilai-nilai ini akan menjadikan mereka disayangi dan senang untuk didekati. Kajian menunjukkan bahawa sikap seseorang individu adalah peramal kejayaan berbanding darjah kepintaran (Bronfenbrenner 1994). Kemenjadian murid seperti inilah yang merupakan aset utama negara yang bakal memimpin negara maju di masa akan datang. Sebagaimana yang kita ketahui, keberhasilan kemenjadian pelajar ini seterusnya akan melahirkan masyarakat yang berwawasan selaras dengan misi kerajaan dalam mendepani wawasan 2020. Masyarakat akan lebih bersikap terbuka serta berani menghadapi risiko. Lantaran itu, penyediaan kemenjadian murid harus digilap sejak dari awal persekolahan lagi, demi melahirkan bangga berjaya. Matlamatnya adalah untuk memaksimumkan masyarakat yang mempunyai jati diri, visi dan misi yang


5 mantap dari segi akal dan fizikal. Produk ini akan melahirkan ramai cendekiawan dan juga para pemikir yang lebih cemerlang kepada generasi akan datang. Jika kita lihat dari masa ke masa, isu gejala ponteng tidak pernah lekang dari dada akhbar. Malah isu ini sentiasa meningkat dari saban tahun ke tahun. Ini terbukti dengan statistik masalah gejala ponteng yang semakin meningkat. Perangkaan menunjukkan sebanyak 2.03 peratus masalah gejala ponteng sekolah telah meningkat setiap tahun. Kenapa murid suka ponteng? Adakah mereka tidak seronok berada dalam persekitaran sekolah atau mereka dipaksa untuk ke sekolah? Cuba kita sama-sama fikirkan, mengapa hal ini terjadi? Dalam dunia yang serba canggih ini, perkara seperti ponteng sekolah ini tidak seharusnya terjadi. Kebanyakan murid masa kini sudah mempunyai kesedaran pendidikan untuk hadir ke sekolah dengan kerelaan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak. Zaman dah berubah, pemikiran murid masa kini juga sudah berbeza berbanding murid zaman dahulu. Rantaian daripada itu, masalah buli pula menyusul dalam pagar sekolah telah membuka mata umum terhadap masalah sosial. Masalah buli terjadi disebabkan remaja yang memberontak lalu cuba mendapatkan perhatian daripada pihak sekolah. Terdapat kajian di Washington telah mencatatkan 75% kanak-kanak menjadi mangsa sekurangkurangnya sekali sepanjang tempoh persekolahan mereka (American Educational Research Association 2013). Keseronokan pergi sekolah untuk belajar sudah tiada lagi kerana bertukar kepada bayangan kaki buli yang ganas, bengis dan kasar (Usman 2013; Low & Van Ryzin 2014; Isa, Hussin, Rahim, Izham, Bakeri, Anuar & Mohbob 2020). Dengan merasakan suasana kasih sayang dan mahabbah seperti kekeluargaan sesama sendiri, masalah buli dapat di kawal. Sebagai contoh, seorang kakak atau abang tidak sanggup membuli adiknya sendiri sebaliknya mereka akan lebih melindungi dan menyayangi antara satu sama lain.


6 Walau bagaimana pun, isu keluarga juga berperanan penting dalam menghasilkan kemenjadian murid yang unggul. Elemen keluarga amat berpengaruh dalam menentukan kejayaan dan kegagalan seseorang. Dewasa ini, masih berlaku kes yang melibatkan kekeluargaan sehingga berlaku perceraian dalam kalangan ibu bapa. Hal ini akan menyebabkan musnahnya institusi kekeluargaan menyebabkan remaja memberontak dan mencari jalan keluar yang salah dan bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia. Rantaian isu tentang keluarga ini amat panjang dan mempunyai proses yang agak mencabar dalam pembentukan masyarakat yang baik. Keharmonian masyarakat sebenarnya bermula daripada keharmonian keluarga. Institusi keluarga merupakan asas kepada proses pembentukan generasi rabbani (Hussin, Siraj, Ab Malik, Jamil, Sapar & Noh 2015). Unit terkecil inilah yang berperanan besar dalam persediaan generasi muda sebagai pemimpin negara suatu hari nanti. Kelihatan masalah sosial dalam kalangan remaja juga berpunca daripada pengaruh media massa. Jika diteliti pengaruh media massa memberikan kesan kepada pemikiran dan pandangan seseorang murid (Ismail 2016). Jika baik yang dilihat dan didengarnya, maka baiklah pemikiran dan tingkah laku nya. Ia bergantung kepada bahan apa yang digunakan di media sosial. Dewasa ini, jika diperhatikan ketagihan menggunakan alatan elektronik termasuklah telefon pintar dapat dilihat dalam kalangan masyarakat tidak kira lapisan umur. Namun begitu, seandainya media massa tidak digunakan dengan cara yang betul, maka ia akan memberikan kesan negatif kepada pengguna. Remaja merupakan golongan yang mudah dipengaruhi oleh godaan nafsu dan persekitaran serta sikap mudah mengikut perasaan. Jika adanya amalan agama yang kukuh sebagai benteng yang mengawal tindakan yang dapat menjerumuskan diri ke


7 arah tindakan yang memudaratkan, remaja berkenaan dengan mudah dapat menepis setiap perkara negatif tersebut. Sebagai jika rakannya mengajak untuk lompat pagar memonteng sekolah, remaja tersebut akan cepat sedar bahawa apa yang dilakukan itu salah dan bertentangan dengan peraturan sekolah. Secara tidak langsung, unsur keagamaan yang ada dalam dirinya menyekat untuknya daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Cabaran dalam membentuk murid dan masyarakat yang mempunyai keperibadian yang mulia menjadi tanggungjawab semua pihak. Ledakan globalisasi yang melanda dewasa ini dilihat turut menghakis sikap masyarakat, khususnya generasi muda untuk menghayati dan mengaplikasikan nilai-nilai murni dan kesantunan dalam pengungkapan bahasa yang baik sama ada ketika bersama rakan-rakan mahupun dengan orang yang lebih dewasa dalam menyampaikan komunikasi sama ada secara lisan atau tertulis dalam kehidupan seharian mereka. Menyedari kepincangan tersebut, semua pihak harus bangkit dan sama-sama menggembleng tenaga bersatu tenaga supaya generasi yang dibentuk hari ini menjadi insan yang berbudi bahasa dan berkeperibadian mulia. Pastinya dalam suasana negara yang berhasrat untuk menjadikan negara maju pada masa akan datang, setiap individu seharusnya berusaha keras berdasarkan kepakaran dan peranan masing-masing dalam proses membentuk kemenjadian murid sebagai aset yang tidak ternilai negara. Wujudkan suasana persekitaran keagamaan yang positif tidak kira di mana sahaja berada sama ada di sekolah, pejabat, rumah atau di manamana. Sesungguhnya dengan terbinanya suasana yang positif ini, apa sahaja yang kita lakukan akan lebih bermakna sebagai seorang muslim yang beragama Islam.


8 Agama Islam membawa maksud satu pegangan atau cara hidup yang menjamin segala keselamatan di dunia dan akhirat. Sebagaimana dalam firman Allah dalam surah AliImran ayat 19 yang bermaksud: Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Islam merupakan satu cara hidup yang sempurna lagi lengkap, merangkumi semua bidang dalam kehidupan manusia. Sama ada berkaitan dengan tuntutan akidah, cara beribadah, menegakkan syariat, muamalat atau munakahat, semuanya sudah cukup dalam menjalani kehidupan seharian di dunia. Rasulullah SAW diutuskan untuk memperkenalkan agama Islam kepada umatnya. Matlamat utamanya adalah untuk memperbaiki manusia agar kembali ke jalan Allah SWT. Oleh itu, lebih kurang 23 tahun Rasulullah SAW memupuk dan memperbaiki manusia melalui medan dakwah pendidikan qudwah hasanah. Pendidikan merupakan proses untuk memupuk serta mendidik sesuatu dalam kehidupan manusia ke arah yang lebih baik. Pendidikan dalam bahasa Arab disebut sebagai “tarbiah” yang membawa maksud berkembang, tumbuh, mentadbir, memelihara, memperbaiki dan meminjam. Tarbiah merupakan satu proses pembentukan, pembinaan insan serta pemasyarakatan seseorang individu atau pelajar yang dapat menghasilkan keperibadian yang luhur berdasarkan dasar yang telah digariskan oleh sesuatu falsafah. Proses ini melibatkan metode dan sistem yang mana merujuk kepada proses yang disampaikan secara beransur-ansur terhadap apa yang ingin dibentuk dalam diri manusia tersebut (al-Attas, 1977). Manusia mendapat kehormatan menjadi khalifah di muka bumi hanya dengan ilmu dan iman. Tanpa iman, fikiran akan mengikut hawa nafsu sehingga menyebabkan berlaku kehancuran di muka bumi dan akan membahayakan orang lain. Demikian sebaliknya jika iman tanpa ilmu akan mudah terpedaya dan tidak tahu bagaimana cara membimbing ke arah kebaikan serta memberi


9 manfaat kepada masyarakat dan sekitarnya. Lantaran betapa pentingnya ilmu, maka tidak hairanlah apabila Allah SWT meletakkan darjat yang tinggi kepada orang berilmu sebagaimana telah disebut dalam surah al- Mujadalah (58:11). Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi ruang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkan lah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan. Maksud ayat 11 surah al-Mujadalah menjelaskan bahawa Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang berilmu pengetahuan agama. Ini kerana dengan ilmu yang ada padanya, tidak mudah untuk di tipu oleh syaitan berbanding dengan orang yang tidak memiliki ilmu. Oleh itu, proses pembentukan keperibadian manusia akan terbentuk berdasarkan sejauh mana ilmu yang ada pada dirinya dan juga dipengaruhi oleh pengaruh-pengaruh persekitaran sekelilingnya. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dimulai dengan perintah yang mempunyai hubung kait yang amat rapat dengan pendidikan iaitu surah al-Alaq yang menyuruh nabi membaca. Pendidikan dikira sebagai satu ibadah hingga taraf orang yang berilmu diangkat beberapa darjat oleh Allah berbanding dengan yang lain. Konsep pendidikan yang luas dan bersepadu merupakan keistimewaan pendidikan dalam Islam. Konsep ini dibina daripada prinsip-prinsip asas dalam pendidikan Islam yang mengandungi prinsip mengenal tuhan, mengenal alam dan mengenal diri. Melalui pemahaman prinsip-prinsip ini, aktiviti pengajaran dan pendidikan dapat dijalankan secara bersepadu.


10 Hal ini telah menunjukkan kepentingan pendidikan Islam yang merupakan antara elemen penting ke arah pembentukan diri insan. Proses pendidikan dalam Islam hakikatnya menekankan konsep ta’dib iaitu pembentukan peribadi, sikap dan sahsiah. Tidak dinafikan perubahan pesat dalam pendidikan negara melalui reformasi pendidikan telah memberi impak yang besar kepada cara hidup masyarakat. Ia menjadi pemangkin untuk melahirkan pelajar yang berkualiti dan cemerlang dalam semua aspek sama ada akademik mahupun sahsiah. Para ilmuwan Islam meyakini bahawa pendidikan merupakan proses latihan membentuk manusia secara menyeluruh yang merangkumi aspek intelek, jasmani, dan pembinaan sahsiah yang baik (Qutb. S 1981: al-Shaibani 1993: al-Ghazali 2003). Pendapat ini sangat jelas dan tidak dapat disangkal lagi kerana ia diterima pakai dan selari dengan Falsafah Pendidikan Islam yang menyatakan bahawa: “Satu usaha berterusan menyampaikan ilmu, kemahiran, dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, peribadi dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang bertanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, dan negara ke arah kebaikan dunia dan akhirat”. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012) Falsafah Pendidikan Islam ini sebenarnya merupakan gambaran falsafah Islam yang terbina atas asas yang kukuh, diyakini, dan tidak mudah berubah, iaitu berlandaskan alQuran dan al-Sunnah yang menjadi panduan dalam semua aspek kehidupan manusia termasuk pendidikan. Justeru, Pendidikan Islam merupakan satu elemen penting dalam sistem pendidikan kebangsaan dan menjadi mata pelajaran teras dalam kurikulum pendidikan kebangsaan. Walau bagaimanapun, usaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi pencapaian akademik dan juga akhlak bukan hanya dipengaruhi oleh pengajaran dan


11 pembelajaran pendidikan Islam semata-mata namun juga dipengaruhi oleh faktor persekitaran (Norhannan 2016; Norhisham 2015; Mahi Din 1998; Ismail 2012). Pengaruh persekitaran merupakan elemen penting dalam membentuk watak, cara berfikir dan juga tingkah laku yang positif. Ini secara tidak langsung dapat membentuk serta membina personaliti diri Islam dalam jiwa seseorang pelajar. Terdapat banyak kajian yang menyatakan bahawa persekitaran memberi pengaruh yang besar dalam membentuk personaliti seseorang individu, antaranya ialah Cohen, Mccabe, dan Michelli (2009), Gu Saw Lan (2014), Maxwell dan Ross Thomas (1991), Norhannan (2016). Persekitaran yang baik akan menjadikan seseorang individu itu baik manakala persekitaran yang kurang baik akan mempengaruhi seseorang itu ke arah yang kurang baik. Oleh itu, pengaruh persekitaran ini amat berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik dan sahsiah pelajar (Ahmad Zabidi 2006; Aldridge, Mcchesney, & Afari 2017; MacNeil, Prater, & Busch 2009; Faizul, Saifulkhair & Fauzi 2016; Norhisham 2015; Yahaya & Abd. Majid 2011). Para sarjana merumuskan bahawa iklim sekolah yang positif dapat meningkatkan tingkah laku pelajar, pencapaian akademik, dan motivasi. 1.3 Pernyataan Masalah Jika diteliti dunia hari ini, ilmu pengetahuan dan teknologi semakin berkembang pesat. Masalah gejala sosial juga semakin meningkat seiring dengan perkembangan semasa. Kebanyakan ibu bapa juga sudah mula menyedari untuk menghantar anak ke sekolah agama sebagai salah satu cara selamat untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna serta seimbang dari segi akademik mahupun sahsiah. Sekolah agama juga sering dijadikan ‘penyelamat’ bagi ibu bapa untuk menghantar anak yang bermasalah dalam


12 membantu mereka mendidik anak. Secara tidak langsung dapat memberikan didikan yang terbaik buat anak-anak mereka (Mustafa 2017; Zulkifli & Bede 2017). Namun begitu, apa yang membimbangkan ialah persekitaran di sekolah menengah agama yang diharapkan dapat memberikan didikan yang sempurna juga tidak mampu mendidik serta mendisiplinkan pelajar dalam suasana persekitaran Islam yang sewajarnya. Sebagai contoh, insiden kebakaran sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang telah mengorbankan 23 orang pelajar adalah berpunca daripada masalah disiplin pelajar (Zulkifli & Bede 2017). Hal ini terbukti dengan masalah tingkah laku dan disiplin pelajar Islam juga semakin membimbangkan dan kurang diberi perhatian (Muhammad Faizal, Norfariza, Husaina, Saedah Siraj, Zuraidah, Faisol, Maszuria & Amalina 2017). Isu masalah tingkah laku dan disiplin pelajar kini semakin meningkat secara berterusan. Para Sarjana Barat juga telah pun membincangkan bahawa isu masalah disiplin merupakan isu global yang dihadapi oleh semua sekolah sejak berdekad lagi dan sehingga kini masih belum selesai (Cotton 2001; Grazia & Molinari 2020). Sebagai contoh pada tahun 2012 di Amerika Syarikat, sebanyak 43 peratus peserta dalam bancian yang dijalankan oleh Phi Delta Kappa menyatakan masalah tingkah laku pelajar merupakan masalah utama dan memerlukan perhatian yang serius dari semua pihak. Masalah ini sehingga menyebabkan sebahagian guru menghadapi tekanan dan sudah mula untuk menukar kerjaya (Cotton 2001). Masalah disiplin menjadi semakin rumit apabila terdapat segelintir ibu bapa yang sangat membela kesalahan anak sehingga mula berani mengambil tindakan undang-undang terhadap guru dan pihak sekolah. Ini menunjukkan bahawa masalah ini amat berleluasa dan menular dengan begitu serius tidak kira di negara mana pun.


13 Pelbagai kajian mengenai iklim sekolah telah dijalankan secara konsisten sama ada dalam atau luar negara. Kajian luar negara mendapati pengaruh iklim sekolah memberikan banyak kesan negatif. Antaranya ialah punca berlakunya masalah Lesbian, gay, bisexual, and transgender (LGBT) (McGuire, Anderson, Toomey, & Russell 2010; Kosciw, Palmer, Kull & Greytak 2013), kesan kepada prestasi akademik dan prestasi kerja (Anderson & Carolyn 1982; Purkey & Novak 1996; Howard, Howell & Branerd 1987; Rudasill et al. 2017), berlakunya kes buli di sekolah (Usman 2013; Low & Van Ryzin 2014; Isa et al. 2020), stress dan kemurungan (Nathaniel, Pendergast, Segool, Saeki & Ryan 2016; Milner & Khoza 2008) terhadap pengurusan tingkah laku pelajar. Kajian-kajian ini jelas menunjukkan bahawa iklim sekolah amat berpengaruh terhadap tindakan dan pembentukan tingkah laku warganya. Begitu juga di Malaysia, peningkatan masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin membimbangkan. Lebih 400 buah sekolah di seluruh negara dikenal pasti berhadapan dengan masalah disiplin. Isu termasuk penglibatan jenayah, buli dan ponteng dengan 311 sekolah menghadapi masalah disiplin dan 91 di bawah kategori "hot spot" masih dalam peringkat pemerhatian. Statistik menunjukkan 2.03% pelajar terlibat dalam isu disiplin dari 2012 hingga 2016. Pada tahun 2013, sejumlah 4,120 kes pembunuhan direkodkan; 2,906 kes pada 2014; 3,011 pada 2015; 3,448 pada 2016 dan 3872 pada 2017. Pada Oktober 2017 juga, seramai 443 pelajar telah dibuang sekolah kerana didapati terlibat dengan masalah disiplin di sekolah. Kes ini berpunca daripada kegiatan gengsterisme yang dikenal pasti sebagai masalah paling serius di sekolah yang beritanya semakin menular di media sosial (Lee 2011; Hasnan 2018). Kajian di Amerika Syarikat juga telah menunjukkan masalah ponteng sekolah makin meningkat dan menjadi semakin serius (Van Eck, Johnson, Bettencourt, & Johnson,


14 2017; Hamlin 2020). Berikutan daripada itu, beberapa kajian telah dibuat berkaitan masalah disiplin pelajar di Malaysia. Statistik salah laku disiplin pelajar sepanjang tahun 2017 menunjukkan masalah ponteng sekolah mencatatkan rekod tertinggi berbanding masalah lain iaitu 1.40 peratus bersamaan 67, 053 orang. Seterusnya diikuti dengan masalah disiplin seperti kekemasan diri 10,946, tidak pentingkan masa 13, 415, kurang sopan 14,509, merokok 8514, berunsur jenayah 6917, kenakalan 5825, buli 2795, berunsur kelucahan 2266, dan salah laku musnah 1868 (Hasnan 2018). Fenomena ini bermula dengan persekitaran yang tidak sihat. Jadi seharusnya isu ini dikaji dan dicari punca permasalahan ini terjadi. Secara teorinya, pelajar agak kurang berminat serta tidak seronok untuk berada di sekolah. Oleh sebab itu, mereka memilih jalan untuk ponteng sekolah (Aldridge et al. 2017, 2020; Grazia et al. 2020). Secara jelas menunjukkan masalah ponteng sekolah adalah masalah utama dalam menangani isu disiplin pelajar. Antara perkara utama yang dilihat di sini adalah iklim sekolah yang baik perlu diwujudkan bagi menarik perhatian pelajar untuk merasa seronok ketika berada di sekolah. Kebanyakan sekolah kurang menitik beratkan perihal iklim sekolah. Hal ini disebabkan kurangnya kesedaran dalam kalangan guru dan warga sekolah berkaitan peranan dan kepentingan iklim sekolah dalam mempengaruhi warga nya (Cohen et al. 2009: Aldridge et al. 2020). Situasi ini menyebabkan pelajar dan guru berasa kurang selesa semasa keberadaan mereka di sekolah. Suasana ini secara tidak langsung akan mempengaruhi emosi pelajar dan guru untuk belajar dan mengajar dengan seronok dan ceria sehingga berlaku kes buli, ponteng, ketidakpuasan dalam kehidupan dan sebagainya.


15 Pelbagai strategi, teori atau model telah diguna pakai bagi menyelesaikan masalah disiplin ini. Begitu juga dengan aplikasi teori oleh pakar pendidikan bagi menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar dengan menggunakan teori pembelajaran sosial oleh Bandura (1977) yang menegaskan bahawa tingkah laku individu dipengaruhi oleh faktor persekitaran. Ini bermakna, jika persekitaran yang dibentuk di sesebuah sekolah itu positif, maka secara tidak langsung tingkah laku seseorang pelajar itu juga menjadi positif. Begitu juga jika sebaliknya, manakala bagi individu yang pasif akan menerima apa sahaja yang terbentuk dalam persekitaran mereka (Englander 2007). Dalam menangani masalah-masalah dalam kehidupan, pendidikan melalui agama memberi pengaruh yang sangat positif dalam kehidupan seharian sama ada orang dewasa, pelajar, dan sebagainya. Namun begitu, perkembangan pengaruh iklim keagamaan dalam kalangan pelajar sejak dari awal sangat jarang diteliti (Bartkowski, Xiaohe Xu & Levin 2008). Kajian yang banyak dilakukan adalah berkaitan nilai-nilai agama dalam keluarga, iklim dengan kepimpinan sekolah, dan sebagainya. Kajian lepas telah membuktikan hubungan kekeluargaan antara ibu dan anak dapat ditingkatkan melalui agama. Kajian yang sama di Amerika juga menunjukkan bahawa keagamaan yang ada dalam diri anaknya memberi kesedaran terhadap tanggungjawabnya serta menghindarkan mereka dari perbuatan buruk. Seterusnya masalah persekitaran yang tidak membina ke arah yang lebih baik juga menyebabkan para pelajar mudah untuk terjerumus dengan masalah gejala sosial (Jain, Cohen, Huang, Hanson & Austin 2015). Pelajar akan mudah terikut dengan pengaruh atau budaya yang tidak sihat berpandukan dengan orang yang berada di sekelilingnya. Sebagai contoh, pelajar akan mudah untuk ponteng sekolah jika melihat rakan baiknya juga ponteng. Hal ini dibuktikan berdasarkan kajian oleh Azzahyiruddin (2006) yang


16 menunjukkan bahawa 29.6% pelajar sekolah kebangsaan agama di Johor menyatakan bahawa faktor iklim sekolah mempengaruhi pelajar supaya tidak terlibat dengan kes salah laku disiplin. Manakala selebihnya merupakan faktor kekuatan dalaman pelajar seperti motivasi, komitmen dan minat pelajar. Kajian Norhisham (2015) juga turut menunjukkan 80.7% pelajar bersetuju bahawa persekitaran Islam memberi pengaruh yang kuat dalam membentuk sahsiah pelajar di SMKA serta menjadi satu medan untuk memperbaiki diri. Kebanyakan kajian empirikal tentang iklim sekolah hanya tertumpu kepada pencapaian akademik semata-semata (Geleta 2017: Maxwell, Reynolds, Lee, Subasic, Bromhead 2017: MacNeil et al. 2009; Maxwell & Ross Thomas 1991). Tidak banyak kajian yang membincangkan secara terperinci untuk menghasilkan kemenjadian pelajar yang seimbang dari semua aspek. Jika ada pun hanya melihat kepada salah satu item seperti akademik (MacNeil et al. 2009; Salasiah Hanin, Ermy Azziaty & Rosmawati 2012) atau sahsiah (Nik Azis 2017; Said, Ahmad, Sulaiman & Abbas 2017; Ahmad & Kasim 2017; Ahmad & Kasim 2017b; Badrulzaman 2006; Norhisham 2015; Zakaria, Munawar & Anizah 2012) dan jarang sekali melihat kepada aspek kokurikulum, apatah lagi untuk melihat secara keseluruhan secara seimbang. Dengan kata lain, kajian-kajian lepas jarang sekali melihat kesan iklim sekolah secara holistik yang merangkumi aspek kokurikulum dan juga sahsiah. Ini menunjukkan bahawa kajian ini sangat penting untuk didalami dan dikaji dengan lebih terperinci berkaitan iklim dini di sekolah-sekolah agama memandangkan ia akan memberi pengaruh yang besar dalam kalangan masyarakat kita hari ini dan akan datang. Oleh itu, satu kajian untuk mengenal pasti iklim dini di sekolah agama harus dikaji dan dilihat dengan lebih terperinci. Hal ini amat berkait rapat dengan perancangan strategi


17 dan pelaksanaan yang dijalankan oleh pihak sekolah dalam membentuk iklim dini di sekolah. Perancangan strategi dan pelaksanaan yang teratur dan sistematik amat penting dalam mewujudkan iklim dini yang baik. Perancangan strategi berdasarkan pemikiran Ibnu Khaldun (Aktiviti, Teladan, Amali) dan pelaksanaan (Kepimpinan, Persekitaran Fizikal, Kurikulum dan Kokurikulum, Hubungan Dengan Komuniti) dalam membentuk iklim dini di sekolah merupakan dua pemboleh ubah yang jarang sekali dikaji secara serentak untuk melihat pengaruh kedua-duanya kepada kemenjadian pelajar. Topik iklim sekolah telah dikaji secara meluas untuk melihat kesannya terhadap tingkah laku warganya. Terdapat lebih 100 rujukan (Scopus, Web of Science) berkaitan iklim sekolah atau ‘School Climate’ yang telah dikaji oleh penyelidik-penyelidik Barat, namun apabila diteliti dengan lebih terperinci masih kurang terdapat kajian yang berkaitan iklim sekolah di Malaysia apatah lagi berkaitan iklim dini, persekitaran Islam atau juga dikenali sebagai Biah Solehah dalam kalangan pelajar sekolah-sekolah agama di negeri Kelantan. Hanya terdapat beberapa kajian sahaja yang ditemui berkaitan iklim dini di Malaysia iaitu Mahi Din (1998), Zakiah Ariffin (2005), Norhisham (2015), Raihan dan Abdul Hakim (2015). Kajian-kajian ini berunsurkan pembudayaan persekitaran Islam dalam bentuk penghayatan dan pengamalan aktiviti-aktiviti kerohanian Islam yang dikaitkan dengan strategi yang digunakan dan cara pelaksanaan iklim sekolah yang bersistematik dan berpandu serta melihat kepada keseluruhan aspek. Ini menunjukkan kajian berkaitan iklim dini ini hanya dikaji oleh segelintir penyelidik sahaja. Selain itu, masih tiada konsep, teori atau garis panduan yang jelas dibina untuk membentuk iklim sekolah yang baik di Malaysia dan boleh diguna pakai oleh semua jenis sekolah. Kebanyakan iklim sekolah hanya terbina sendiri mengikut acuan sekolah


18 masing-masing. setiap sekolah mempunyai iklim nya yang tersendiri (Heto, Odari, dan Sunu 2020). Jadi seharusnya kajian berkaitan iklim sekolah ini mempunyai nilai dan wawasan yang boleh membawa kepada sistem pendidikan yang jelas (Thapa, Cohen, Higgins-D’Alessandro & Guffy 2012; Wang & Degol 2016; Rudasill et al. 2017; Zorza, Marino & Mesas 2015). Pelajar seharusnya mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak mudah berubah mengikut arus teknologi semasa sekiranya tiada pegangan yang kuat dalam diri. Kajian berkaitan iklim dini ini tidak didapati dan diselidiki di sekolah-sekolah agama di negeri Kelantan, sedangkan di negeri tersebut terdapat lebih 91 buah sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan, 21 buah SABK dan 6 buah SMKA. Penggunaan kurikulum Azahari, kurikulum dini dan juga kurikulum kebangsaan di sekolah- sekolah agama ini menjadikan pelajar sepatutnya lebih mudah untuk dibentuk dalam menghayati serta mengamalkan cara hidup Islam memandangkan kurikulum yang dipelajari banyak berlandaskan Islam. Namun begitu, apabila tiada konsep atau garis panduan yang jelas untuk di guna pakai dalam membentuk iklim dini di sekolah, pelajar lebih mudah terpengaruh dengan masyarakat dan juga media sosial (Wang & Degol 2016; Rudasill et al. 2017). Berdasarkan pernyataan-pernyataan masalah tersebut, maka kajian strategi dan pelaksanaan iklim dini ini sewajarnya dilakukan ke atas pelajar-pelajar sekolah menengah agama di negeri Kelantan. Oleh itu, perancangan strategi yang berstruktur diperlukan dalam membentuk proses di mana iklim sekolah dapat menggalakkan perkembangan pelajar yang positif dalam membina konsep iklim dini yang jelas serta menghasilkan kemenjadian pelajar yang unggul.


19 1.4 Objektif Kajian Kajian ini telah menggariskan sepuluh objektif yang ingin dicapai sebagaimana berikut: 1. Mengenal pasti tahap strategi iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar. 2. Mengenal pasti tahap pelaksanaan iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar. 3. Mengenal pasti tahap kemenjadian pelajar secara keseluruhan dan berdasarkan kategori dalam kalangan pelajar. 4. Mengkonseptualisasikan pola strategi dan pelaksanaan iklim dini dalam kalangan pelajar secara keseluruhan dan terperinci. 5. Menganalisis hubungan signifikan antara tahap pelaksanaan dengan strategi iklim dini dalam kalangan pelajar. 6. Menganalisis hubungan yang signifikan antara tahap strategi iklim dini dengan kemenjadian pelajar. 7. Menganalisis hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan iklim dini dengan kemenjadian pelajar. 8. Menguji perbezaan signifikan pada strategi iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar. 9. Menguji perbezaan signifikan pada pelaksanaan iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar. 10. Menguji pengaruh strategi dan pelaksanaan iklim dini terhadap kemenjadian pelajar.


20 1.5 Soalan Kajian 1. Apakah tahap strategi iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar? 2. Apakah tahap pelaksanaan iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar? 3. Apakah tahap kemenjadian pelajar secara keseluruhan dan berdasarkan kategori dalam kalangan pelajar? 4. Apakah pola strategi dan pelaksanaan iklim dini dalam kalangan pelajar secara keseluruhan dan terperinci? 5. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan dengan strategi iklim dini dalam kalangan pelajar? 6. Adakah terdapat hubungan signifikan antara tahap strategi iklim dini dengan kemenjadian pelajar? 7. Adakah terdapat hubungan signifikan antara tahap pelaksanaan iklim dini dengan kemenjadian pelajar? 8. Adakah terdapat perbezaan signifikan pada strategi iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar? 9. Adakah terdapat perbezaan signifikan pada pelaksanaan iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar? 10. Adakah terdapat pengaruh strategi dan pelaksanaan iklim dini terhadap kemenjadian pelajar?


21 1.6 Hipotesis Nol Hipotesis-hipotesis kajian berikut telah dibina berasaskan teori-teori yang ada dan diuji untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hipotesis nol dipilih berdasarkan keputusan ujian statistik kajian lepas. Hipotesis pertama dibina untuk menjawab soalan kajian kelima. Hipotesis tersebut adalah seperti berikut: Hipotesis kedua dibina untuk menjawab soalan kajian keenam. Hipotesis tersebut adalah seperti berikut: Hipotesis ketiga dibina untuk menjawab soalan kajian ketujuh. Hipotesis tersebut adalah seperti berikut: Hipotesis keempat dibina untuk menjawab soalan kajian kelapan. Hipotesis tersebut adalah seperti berikut: Hipotesis kelima dibina untuk menjawab soalan kajian kesembilan. Hipotesis tersebut adalah seperti berikut: Ho.1 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan dengan strategi iklim dini dalam kalangan pelajar. Ho.2 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap strategi iklim dini dengan kemenjadian pelajar. Ho.3 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan iklim dini dengan kemenjadian pelajar. Ho.4 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi strategi iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar. Ho.5 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pelaksanaan iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar.


22 Hipotesis keenam dibina untuk menjawab soalan kajian kesepuluh. Hipotesis tersebut adalah seperti berikut: 1.7 Kerangka Konseptual Kajian Teori pengaruh persekitaran yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun (1993) digunakan sebagai asas dalam kajian ini. Kerangka konseptual ini merupakan gabungan antara teori-teori dari perspektif positivisme dan juga perspektif Islam. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara pemboleh ubah strategi dan pelaksanaan iklim dini terhadap kemenjadian pelajar di sekolah menengah agama. Kerangka konseptual ini akan memberikan gambaran secara keseluruhan tentang hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar dengan pemboleh ubah bersandar. Kerangka konseptual ini dapat berfungsi sebagai panduan untuk pelaksanaan kajian ini. Berdasarkan Rajah 1.1, penyelidikan ini dibina untuk mengenal pasti strategi dan pelaksanaan yang digunakan dalam membentuk iklim dini serta kesannya terhadap kemenjadian pelajar di sekolah menengah agama. Strategi yang digunakan ini merujuk kepada teori pengaruh persekitaran yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun (1993) dalam bukunya “Mukadimah Ibnu Khaldun”. Antara strategi yang difokuskan dalam kajian ini ialah aktiviti, teladan, dan amali. Konsep strategi ini juga telah diguna dalam kajian Norhisham (2015) berkaitan biah solehah dan penghayatan akhlak pelajar SMKA (Rujuk Rajah 1.1). Ho.6 Tidak terdapat pengaruh yang signifikan oleh strategi dan pelaksanaan iklim dini terhadap kemenjadian pelajar.


23 Selain itu, Ibn Khaldun (1993) juga telah memfokuskan kepentingan persekitaran dan suasana dalam membentuk tingkah laku, pemikiran dan kepintaran manusia. Persekitaran amat berpengaruh dalam proses pendidikan atau pentarbiahan serta secara tidak langsung memberi kesan dalam pembentukan tingkah laku seseorang. Apa yang lebih menarik ialah apabila penyelidik juga telah menjumpai sedikit persamaan strategi antara teori pengaruh persekitaran Ibnu Khaldun dan juga teori ekologi Bronfenbrenner. Dalam teori tersebut ada menekankan strategi berdasarkan corak aktiviti, peranan sosial, dan juga hubungan interpersonal dalam membentuk persekitaran (Bronfenbrenner 1994). Manakala bagi melihat item-item pelaksanaan pula yang melibatkan kepimpinan, persekitaran fizikal, kurikulum dan kokurikulum, serta hubungan dengan komuniti. Item-item ini dibentuk berdasarkan kajian-kajian lepas. Item kepimpinan menjadikan aspek penting dari sudut pelaksanaan berdasarkan kajian - kajian oleh Anderson (1982), Hoy dan Hannum (1997), Cohen et al. (2009) dan Bilias-Lolis et al. (2017). Seterusnya item persekitaran fizikal amat dititik berat dalam kajian Anderson (1982), Hoy dan Hannum (1997), Cohen et al. (2009), Thapa, Cohen, Guffey, & Higgins-D’Alessandro (2013). Seterusnya pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum di sekolah juga amat dititik beratkan dalam mencapai kemenjadian pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, dan rohani selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM 2010) juga ada menekan aspek kurikulum dan kokurikulum untuk mencapai kualiti pendidikan. Kurikulum dan kokurikulum memberi pengaruh yang besar terhadap pembentukan iklim sesebuah


24 sekolah (Ahmad Zabidi 2006; Cohen et al. 2009; Thapa et al. 2013; Norhisham & Azmil 2016). Bagi mendapatkan iklim sekolah yang baik juga, hubungan sesama warga sekolah dan juga komuniti setempat harus dipupuk dengan rasa yang selamat, tenteram, seronok, dan merasakan seperti sebuah keluarga supaya hubungan antara guru-pelajar, guru-guru, guru- staf, pelajar-staf lebih erat dan seronok untuk bekerja bersama (Anderson 1982; Hoy et al. 1997; Freiberg 1999; Cohen et al. 2009; Lee 2011; Thapa et al. 2013; Wang et al. 2016; Rudasill et al. 2017). Bagi menjadikan kajian ini lebih bermakna, elemen konteks dan situasi yang mempengaruhi pembelajaran (Ellis 1990) turut dilibatkan. Elemen yang dikemukakan oleh Rod Ellis (1990) ini bertepatan dengan pandangan Ibnu Khaldun (1993) dan Bronfenbrenner (1979) mengenai kepentingan persekitaran dalam membentuk tingkah laku dan pemikiran manusia. Oleh itu, elemen jenis sekolah yang mewakili perbezaan situasi dan suasana pengurusan, pengajaran dan pembelajaran turut dilibatkan sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.


25 Rajah 1:1: Kerangka Konseptual Kajian 1.8 Kepentingan Kajian Kajian ini penting kerana hasilnya dapat digunakan dalam pengurusan di sekolah bagi membentuk persekitaran Islam atau iklim dini di sekolah. Dapatan kajian ini juga dapat dijadikan sebagai panduan kepada pihak pentadbir sekolah untuk memperbaiki perancangan strategi dan pelaksanaan yang diperlukan dalam mewujudkan iklim dini bagi mempertingkatkan lagi kemenjadian pelajar di sekolah agama. Melalui kajian ini, penyelidik mengharapkan dapat membantu pihak pengurusan iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Institut Pendidikan Guru (IPG), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Pengetua, Guru Besar serta para guru bagi mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan mereka. Setelah kesan pelaksanaan iaitu kepimpinan, persekitaran fizikal, kurikulum dan kokurikulum, serta hubungan komuniti yang menghubungkan


26 antara pemboleh ubah perancangan strategi iaitu aktiviti, teladan, dan amali dengan kemenjadian pelajar dapat di kenal pasti, barulah pihak pengurusan dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan merancang langkah-langkah untuk penambahbaikan demi meningkatkan kemenjadian pelajar. Kajian ini dapat mengenal pasti strategi yang diguna pakai dalam proses pelaksanaan iklim dini sama ada strategi pelaksanaan tersebut berjalan dengan lancar oleh ketigatiga jenis sekolah yang berbeza. Apabila strategi pelaksanaan tersebut dapat dikenal pasti, kajian ini dapat dijadikan panduan dan asas kepada perancangan program atau strategi lain yang boleh memberi kesan yang positif terhadap iklim sekolah. Melalui kajian ini juga, para pentadbir dan guru dapat gambaran yang jelas dalam membentuk iklim dini di sekolah masing-masing. Kajian ini juga memberi sumbangan dalam menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah bebas dalam mempengaruhi pemboleh ubah bersandar. Kajian-kajian lepas banyak membincangkan hubungan pemboleh ubah ini tetapi secara berasingan. Tidak ada kajian yang mengaitkan kesemua pemboleh ubah ini dalam satu kajian. Diharap kajian ini dapat mengisi kelompangan kajian sebelum ini. 1.9 Batasan Kajian Kajian ini fokus kepada strategi dan pelaksanaan yang terdapat di persekitaran sekolah agama. Kajian ini tidak melibatkan metodologi pengajaran, sukatan pengajaran, pengurusan bilik darjah, proses pentaksiran dan seumpamanya. Kajian ini hanya melibatkan persekitaran di sekolah dan tidak melibatkan persekitaran di rumah, jiranjiran, dan seumpamanya. Terdapat tiga strategi yang berbeza difokuskan dalam kajian ini. Strategi yang digunakan ialah aktiviti, teladan dan amali. Dari aspek pelaksanaan


27 pula, item yang difokuskan ialah kepimpinan, persekitaran fizikal, kurikulum dan kokurikulum, serta hubungan dengan komuniti. Bagi pemilihan pemboleh ubah bersandar kajian ini pula ialah kemenjadian pelajar yang mengandungi tiga aspek utama iaitu akademik, kokurikulum dan sahsiah. Pemboleh ubah dalam kajian ini terbatas mengikut tujuan yang telah ditentukan. Lokasi kajian ini terbatas di sekolah menengah agama di negeri Kelantan. Sekolah ini terdiri daripada tiga jenis sekolah yang berbeza iaitu SMKA, SABK, dan SAN. Kajian ini akan melibatkan sembilan buah sekolah secara keseluruhan iaitu tiga buah sekolah dari setiap satu jenis sekolah. Bagi SMKA ditadbir sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, SAN pula ditadbir oleh Yayasan Islam Kelantan dan SABK pula ditadbir separa oleh kedua-dua sekali. Kajian ini tidak akan melibatkan sekolah agama swasta dan juga sekolah menengah kebangsaan biasa yang terdapat Kelas Aliran Agama (KAA). Subjek kajian ini terbatas kepada para pelajar tingkatan empat di sekolah menengah agama di negeri Kelantan. Pemilihan ini dilakukan kerana mereka dianggap sebagai sampel yang sesuai dan matang untuk menjawab soal selidik yang disediakan untuk mengenal pasti strategi dan pelaksanaan iklim dini di sekolah kerana mereka telah mempunyai empat tahun pengalaman di sekolah menengah tersebut. Tambahan pula penilaian elemen kemenjadian pelajar bagi tahap akademik dan kokurikulum pelajar juga boleh dinilai berdasarkan gred keputusan PT3 dan juga markah PAJSK bagi aspek kokurikulum. Bagi aspek sahsiah pula dinilai dengan menggunakan soal selidik. Bilangan sampel adalah terhad kepada pelajar di tiga jenis sekolah menengah agama di negeri Kelantan sahaja. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak. Saiz sampel yang besar dalam masa yang singkat perlu di generalisasi dengan teliti dan terbatas.


28 Pemilihan instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Hanya sejenis instrumen yang digunakan untuk pengumpulan data kajian ini. Penggunaan instrumen soal selidik lebih mudah digunakan bagi mendapatkan maklumat kajian daripada sampel yang banyak. Kesahihan data yang diperoleh daripada soal selidik yang diedarkan kepada responden adalah amat penting dalam menentukan keberkesanan strategi dan pelaksanaan iklim dini di sekolah tersebut. Seterusnya, item kemenjadian pelajar adalah terhad dan faktor-faktor yang mempengaruhi kemenjadian pelajar juga adalah terbatas. Tidak semua faktor boleh dijadikan pemboleh ubah dalam kajian ini kerana kajian berkaitan iklim sekolah ini mempunyai multidimensi (Wang et al. 2016 dan Grazia et al. 2020). 1.10 Definisi Operasional Dalam kajian ini terdapat konsep khusus mengikut konteks kajian yang digunakan bagi memudahkan perbincangan, seterusnya meningkatkan kefahaman. Definisi yang diberikan adalah mengikut kesesuaian dengan tujuan dan objektif kajian yang dijalankan. Iklim Dini Iklim merujuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memberi maksud keadaan cuaca. Namun begitu, iklim dalam konteks kiasan bersinonim dengan maksud suasana atau keadaan. Dalam konteks kajian ini pula, iklim sekolah merujuk kepada keadaan dan suasana persekitaran sekolah yang mempengaruhi tingkah laku pelajar. Iklim sekolah merupakan gabungan nilai, budaya, amalan keselamatan dan struktur organisasi dalam sesebuah sekolah (Mc Brien & Brandt 1997). Iklim juga menyediakan pelajar


29 dengan persekitaran sekolah yang berkualiti untuk membentuk peribadi seseorang pelajar. Iklim dini pula bermaksud persekitaran Islam atau suasana keagamaan yang wujud dalam persekitaran sekolah yang secara tidak langsung akan membentuk karakter seseorang. Ia melibatkan amalan dan kebiasaan seseorang individu atau masyarakat setempat yang mengamalkan dan mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian komuniti berkenaan. Dengan adanya penghayatan cara hidup Islam seperti suasana fizikal yang bersih, hubungan komuniti yang harmoni, pentadbiran yang sistematik akan menyenangkan lagi keseluruhan warganya (Mahi Din 1998; Norhisham 2015; Raihan & Abdul Hakim 2015; Ridzuan & Azimah 2017). Oleh yang demikian, iklim sekolah ialah kualiti yang penting dalam membentuk persekitaran sekolah kerana ia dapat mempengaruhi tingkah laku pelajar, guru serta warganya. Strategi iklim dini Definisi strategi berdasarkan Kamus DBP adalah pendekatan secara keseluruhan yang berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan yang dirancang secara teratur untuk memastikan bahawa tujuan utama dapat dicapai melalui pelaksanaan yang tepat oleh organisasi. Secara umumnya, strategi adalah proses penentuan rencana para pemimpin yang berfokus pada tujuan jangka panjang organisasi, disertai penyusunan suatu cara atau upaya bagaimana tujuan tersebut dapat dicapai. Strategi juga merupakan tindakan yang bersifat incremental iaitu senantiasa meningkat dan terus-menerus, serta dilakukan berdasarkan sudut pandang tentang apa yang diharapkan oleh para pelanggan di masa depan untuk membangunkan visi dan misi organisasi. Strategi yang baik terdapat koordinasi kerja berpasukan, memiliki tema,


30 mengidentifikasikan faktor pendukung yang sesuai dengan prinsip-prinsip pelaksanaan gagasan secara rasional, efisien dalam pendanaan, dan memiliki taktik untuk mencapai tujuan secara efektif (Glueck & Jauch 1989). Aktiviti Aktiviti merupakan satu proses atau program yang dijalankan oleh pelajar di sekolah untuk membantu meningkatkan tahap penghayatan dan pengamalan yang berbentuk keperibadian dan kerohanian. Aktiviti ini secara tidak langsung dapat membantu perkembangan sosial para pelajar serta memberi pengaruh yang positif dalam membentuk tingkah lakunya (Ibn Khaldun 1993). Aktiviti dalam kajian ini bermaksud semua aktiviti yang diadakan di sekolah sama ada berbentuk keagamaan atau tidak yang boleh memberi kesedaran serta mendidik pelajar ke arah yang lebih baik dalam memahami dan menghayati ajaran Islam. Aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara rutin harian, mingguan, dan bulanan supaya dapat menyuburkan kemahiran dalam kalangan pelajar walaupun hal ini tidak dikira sebagai satu manhaj. Teladan Teladan dalam al-Quran disebut sebagai uswah. Uswah bermaksud ikutan atau bersabar dengan segala yang menimpa. Teladan merupakan contoh atau model kehidupan baik yang perlu dicontohi oleh para pelajar dalam persekitaran Islam yang di wujudkan di sekolah. Manakala hasanah pula bermaksud perbuatan yang baik. Apabila digabungkan antara qudwah dan hasanah maka maksudnya menjadi contoh teladan yang digunakan dalam al-Quran agar umat Islam mencontohi nabi Muhammad SAW dalam kehidupan mereka. Islam sendiri menunjukkan contoh teladan baik yang perlu diterapkan dalam diri seseorang. Islam juga mengakui bahawa medium pendidikan yang paling efektif


Click to View FlipBook Version