81 amalan ini merupakan salah satu cara untuk mencapai akhlak yang baik. Semua perbuatan dan tingkah laku dalam Islam dijadikan sebagai amalan harian mengikut prosedur-prosedur tertentu yang perlu dipatuhi oleh setiap umatnya. Prosedur ini bukan bertujuan untuk menyusahkan umat Islam tetapi sebagai jaminan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Prosedur-prosedur ini boleh dizahirkan melalui proses tarbiah iaitu meliputi usaha pembentukan umat Islam dari segi jasmani, akal, rohani, perasaan dan sosial sehingga mereka menjadi ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya (Zahazan 2006). Ibnu Khaldun (1993) berpendapat bahawa pendidikan berlaku dengan cara membiasakan anak membuat nilai-nilai dan norma-norma yang baik dalam suatu jangka waktu yang lama sehingga dia biasa melakukan perbuatan-perbuatan yang baik tadi. Ketekunan melaksanakan suruhan amalan agama juga akan menyumbang kepada peningkatan akhlak sebagai contoh mudah ialah pelaksanaan amalan solat. Perkara yang sama mengenai kepentingan amali juga telah dihuraikan oleh Syah Waliullah al-Dehlavi (1990) dalam Hujjatullahil Balighah. Beliau menjelaskan cara untuk menyelamatkan umat daripada bermacam-macam-macam khurafat, tidak ada sesuatu yang lebih berfaedah melainkan menjadikan satu daripada amalan agama yang telah menjadi adat resam dan amalan orang ramai supaya ia diamalkan secara terangterangan di hadapan semua orang sama ada golongan terpelajar atau buta huruf. Kesimpulan berdasarkan teori pembelajaran sosial yang diaplikasikan oleh Bandura (1973) merumuskan bahawa perkara utama yang sering dipelajari oleh kanak-kanak dan remaja ialah melalui pemerhatian terhadap tingkah laku (amalan) orang lain, khususnya orang yang signifikan dengan mereka.
82 Para sarjana barat juga ada menyebut ‘the power of repetition’. kemahiran ini juga diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun apa yang membezakan ialah mereka hanya menggunakan untuk mengingat fakta dalam meningkatkan prestasi akademik semata-mata dan tidak melihat kepada perilaku yang akan menjadikan tabiat seseorang individu (Grabato & Mandah 2017). Kesimpulannya, sesuatu amalan (perbuatan) dalam masyarakat mempengaruhi kehidupan golongan mudanya. Justeru dalam konteks pendidikan khususnya di sekolah setiap amalan (perbuatan) baik yang dilakukan oleh warganya akan menjadi ikutan yang membawa kepada penghayatan akhlak mulia yang dikehendaki oleh syariat. 2.6 Pelaksanaan Iklim Dini Di Sekolah Pelaksanaan merupakan hal untuk melaksanakan sesuatu. Dalam konteks kajian ini, pelaksanaan melibatkan aspek kepimpinan, persekitaran fizikal, kurikulum dan kokurikulum serta hubungan dengan komuniti (Bilias‐Lolis, Gelber, Rispoli, Bray & Maykel 2017). Keempat-empat aspek ini akan dikupas dengan lebih terperinci sebagaimana berikut: Kepimpinan Iklim sekolah dan kepimpinan merupakan dua benda yang sangat signifikan. Kepimpinan merupakan pengaruh paling kuat dalam membentuk persekitaran sekolah dan menjadikan sekolah berkesan (Gu Saw Lan 2014; Kelly & Robert C 2005; Muhammad Niqab 2015; Noor Muhammadi 2015; Karadag 2020; Kwang & Wong 2020). Beberapa dekad yang lalu, budaya organisasi telah ditarik tema dari antropologi, sosiologi, psikologi sosial, dan psikologi kognitif. Ia telah menjadi sebuah bidang
83 sendiri dan mempunyai hubungan yang sangat berkaitan dengannya kajian kebudayaan yang lebih meluas. Kekuatan kepimpinan amat berkait rapat dengan pencapaian pelajar di sesebuah sekolah (Kythreotis, Pashiardis & Kyriakides 2010). Kajian secara empirikal dijalankan bagi melihat hubungan antara gaya kepimpinan dengan iklim sekolah dijalankan. Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa iklim sekolah amat berpengaruh terhadap pencapaian akademik pelajar. Fenomena ini membuktikan bahawa kepentingan gaya kepimpinan dalam mentadbir sesebuah sekolah boleh memberikan kesan yang besar kepada pencapaian pelajar. Satu kajian yang menggunakan meta analisis telah dilakukan oleh Karadag (2020) berkaitan dengan hubungan kepimpinan dengan pencapaian pelajar bermula tahun 2008 sehingga 2018. Lebih daripada 169 artikel dengan menggunakan saiz sampel yang besar telah dianalisis berkaitan hubung kait kedua-dua pemboleh ubah ini. Hasil kajian ini mendapati majoriti kajian kepimpinan pendidikan memberi kesan yang positif terhadap pencapaian pelajar. Ini menunjukkan kepentingan kepimpinan pengetua sesebuah sekolah yang mempengaruhi kemenjadian pelajar dalam suasana iklim sekolah yang berbeza. Pengetua memainkan peranan yang besar untuk menggalakkan dan memupuk iklim sekolah yang positif untuk kakitangan, guru, pelajar, dan ibu bapa. Iklim sekolah yang positif memberi impak terhadap persekitaran pendidikan dan dapat meningkatkan prestasi guru dan kakitangan serta meningkatkan pencapaian pelajar (Schaubroeck, Hannah, Avolio, Kozlowski, Lord, Trevino & Peng 2012; Huang, Hochbein & Simons 2020; Kwang et al. 2020). Kajian terdahulu mendapati bahawa keberkesanan sekolah
84 adalah bermula dengan kekuatan kepimpinan, iklim sekolah yang baik dan komunikasi berkesan. Kajian yang telah dilakukan oleh Huang et al. (2020) di sekolah menengah di Amerika Syarikat mendapati bahawa tugas kepimpinan amat terikat dengan pentadbiran serta berpecah belah tanpa ada garis panduan yang betul. Walaupun kepentingan peranan pengetua diakui secara meluas, dan tingkah laku pengetua yang berimpak digambarkan secara empirikal, tetapi tidak banyak yang diketahui apakah perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam membentuk iklim sekolah yang baik dalam konteks sekolah yang berbeza berkaitan dengan keadaan dan hasil sekolah yang kritikal seperti iklim sekolah dan hasil pelajar. hasil kajiannya mendapati perbezaan pencapaian pelajar yang tidak signifikan adalah berkaitan dengan keadaan aktiviti kepimpinan sekolah yang utama. Oleh itu, elemen kepimpinan, pembelajaran kurikulum yang baik serta sikap komuniti secara tidak langsung dapat mempengaruhi pencapaian akademik mahupun sahsiah pelajar. Terdapat kesan kepemimpinan sekolah terhadap struktur sekolah dan hubungan dengan iklim sekolah. Literatur yang berkaitan dengan subjek ini mengesahkan bahawa iklim sekolah yang dibentuk oleh pengetuanya, akan mempengaruhi kecekapan dan kemampuan guru untuk bekerja (Kelly & Robert C 2005; Gunbayi 2007; Hailan 2010; Huang et al. 2020; Karadag 2020; Kwang et al. 2020). Secara tidak langsung, amalan kepemimpinan sekolah juga akan mempengaruhi hasil akademik pelajar. Walau bagaimanapun, beberapa kajian cuba memahami kesan yang dapat dilakukan oleh pengetua sekolah terhadap iklim pelajarnya. Sekiranya iklim sekolah merupakan jalan untuk memahami tingkah laku dan prestasi pemimpin dan guru sekolah, maka iklim pelajar adalah platform untuk memahami prestasi afektif dan akademik pelajar (Kwang et al. 2020).
85 Persekitaran Fizikal Persekitaran fizikal sekolah berperanan dalam membina budaya, membentuk watak, pemikiran, sikap dan pembangunan manusia itu sendiri sebagai makhluk Allah yang dilahirkan dalam keadaan suci bersih dalam acuan fitrah nya. Justeru, pelajar pada peringkat remaja akan mudah terpengaruh dengan suasana persekitaran fizikal di sekelilingnya yang berbentuk Islamik yang akhirnya akan menjadi satu budaya yang sebati dalam jiwanya dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kajian di negara barat lebih empat dekad telah membuktikan bahawa persekitaran fizikal memainkan peranan yang sangat penting dalam membina budaya, membentuk watak, pemikiran, sikap dan pembangunan manusia itu sendiri (Weinstein 1979; Kamarudin 2010). Kajian tersebut telah menunjukkan kesan terhadap pencapaian pelajar. Persekitaran fizikal juga dipengaruhi oleh perspektif ekologi iaitu suasana di sekelilingnya yang akan membentuk keperibadiannya. Jika persekitaran mereka berbentuk Islamik yang akhirnya akan menjadi satu budaya yang sebati dalam jiwanya dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Lebih lima dekad teori kognitif tersohor barat Jean Piaget telah menyatakan semua proses pembelajaran yang melibatkan kognitif adalah hasil daripada pengaruh persekitaran dan juga kematangan seseorang individu. Keupayaan seseorang berfikir serta proses menilai data dan maklumat adalah berkait rapat dengan tumbesaran persekitaran fizikal. Jadi tidak pelik jika seorang pelajar akan terbentuk berdasarkan pengaruh persekitaran di sekolahnya serta menghasilkan kemenjadian pelajar yang seimbang.
86 Model atau contoh teladan yang baik juga perlu tunjukkan dalam persekitaran yang baik. Persekitaran fizikal yang harmoni mencorakkan suasana persekitaran Islam di sekolah. persekitaran ini boleh dilihat di sekolah-sekolah dengan terdapatnya mural yang bercirikan Islam seperti tulisan khat, ayat suci al-Quran, kartun Islamik di dindingdinding sekolah. Selain itu, terdapat juga kata-kata hikmah, doa, zikir pada sudut atau ruang sekolah. Persekitaran sekolah yang bersih dan selesa dapat membentuk biah solehah. Terdapat di sesetengah sekolah mempunyai landskap bercirikan Islam dalam kawasan sekolah. Persekitaran sekolah yang kondusif dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada persekitaran fizikal sekolah, kemudahan surau juga turut disediakan. Majoriti sekolah memang terdapat kemudahan surau akan tetapi tidak banyak sekolah yang mengimarahkan surau sekolah dengan baik. Kemudahan al-Quran, sejadah dan telekung solat juga turut menggalakkan para pelajar untuk berada di surau. Pelajar juga perlu dipupuk untuk memelihara kebersihan surau dan persekitaran sekolah dengan baik. Kurikulum dan Kokurikulum Kurikulum ialah kaedah untuk mencapai matlamat pendidikan dan tujuan tertentu. Setiap sekolah mempunyai visi dan misi sekolah yang hendak dicapai seperti perkembangan murid dari segi fizikal, estetik, sosial dan moral yang sentiasa diberikan selain daripada kurikulum dalam silibus yang diajar, yang akan membentuk norma budaya dan harapan sekolah. Setiap sekolah mempunyai sub budayanya sendiri, setiap kakitangan baharu dikehendaki menerima budaya yang sedia ada dan mematuhinya. Jadi, seharusnya visi dan misi yang berteraskan landasan Islam iaitu iklim dini diterapkan di sekolah supaya menjadi norma budaya di sekolah tersebut (Rosie 2010).
87 Selain itu, kurikulum merangkumi semua aktiviti dan pengalaman di bawah pengawasan pihak sekolah yang disediakan bagi semua murid dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah seperti kerja rumah dan lawatan sambil belajar. Ia meliputi objektif pendidikan dan segala pengalaman yang dirancang serta penilaian pencapaian murid-murid. Kajian yang dilakukan oleh Kleickmann, Richter, Kunter, Elsner, Besser, Krauss & Baumert (2013) telah membuktikan bahawa kaedah pedagogi dan pengetahuan merupakan kunci utama kejayaan pelajar serta mampu menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Oleh itu, kurikulum yang hendak disampaikan mesti memahami semua aktiviti yang diatur bagi memberi pengalaman, kemahiran, dan pengetahuan selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kokurikulum pula bermaksud kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di semua sekolah adalah wajib. Ia melibatkan semua pelajar di sekolah untuk menjalankan aktiviti serta memberi pengalaman dan pengetahuan baru dalam dan luar bilik darjah. Sekolah hendaklah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum yang diminati. Gerak kerja kokurikulum memberi peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Kegiatan-kegiatan kokurikulum juga dikatakan satu cara bagi mencapai matlamatmatlamat pendidikan (Kurikulum Kebangsaan 1997). Penilaian kokurikulum dinilai berdasarkan kepada lima elemen iaitu kehadiran 50%, jawatan 10%, penglibatan 20%, pencapaian 20%, dan bonus 10%. penilaian ini dibuat oleh guru berdasarkan tahap
88 penglibatan pelajar. dengan adanya penilaian ini, pelajar akan cuba berlumba-lumba untuk buat sehabis baik dan menunjukkan prestasi yang baik sepanjang keberadaan nya di sekolah. Islam menekankan pendidikan dalam semua aspek, sama ada secara teori, amalan, kemahiran dan kepimpinan. Pendidikan di sekolah hari ini dibahagikan kepada kurikulum yang mengandungi sukatan pelajaran tertentu serta mengandungi aktiviti persatuan, sukan dan pakaian seragam pelajar. Kokurikulum adalah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan. Dengan memperhatikan aspek faedah kurikulum dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum, ia akan memastikan bahawa objektif yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia akan dipenuhi, mungkin ia akan memberi manfaat kepada pelajar dan mengelakkan kemudaratan. Kegagalan pentadbir, guru dan pelajar untuk memahami konsep maslahat menjadikan aktiviti kokurikulum terpinggir dan dilihat sebagai kurang penting daripada akademik. Akibatnya, ibu bapa dan penjaga yang tidak menekankan pada aktiviti kokurikulum yang dianggap sebagai tambahan yang menyumbang kepada skip murid. Dalam kaitan ini, kajian ini dijalankan untuk mengetengahkan konsep maslahah dalam aktiviti dan kedudukannya mengikut maqasid al-shari'ah. Melalui analisis ini, didapati aktiviti kokurikulum berpangkat mengikut kategori berbeza berdasarkan resolusi yang dibuat oleh ulama Islam. Hasil kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia khususnya dalam aktiviti kokurikulum. Kokurikulum ialah aktiviti tambahan dalam pendidikan di mana ia dilaksanakan selepas waktu pelajaran formal. Aktiviti ini sebagai lanjutan dalam sesi persekolahan yang boleh dilakukan sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Menurut Akta Pendidikan 1995, kokurikulum adalah merujuk kepada segala kegiatan yang dirancang sebagai
89 lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan dalam bilik darjah dengan tujuan untuk memberikan para pelajar peluang yang lain untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari sebelum secara formal. Seterusnya Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) telah mewajibkan supaya setiap aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah-sekolah. Ia merupakan sebahagian daripada kurikulum kebangsaan dan telah diperuntukkan dengan jelas dalam Seksyen 3(1), Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) 1997: “Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”. Aktiviti kokurikulum yang hendak dijalankan mestilah mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan yang jelas dan turut mempunyai skema penilaian yang bersifat progresif dan pragmatis. Dalam pada itu, aktiviti kokurikulum tersebut juga perlu mempunyai elemen-elemen pengetahuan, nilai-nilai murni dan kemahiran baru yang akan diperoleh oleh pelajar melalui pengalaman sepanjang melaksanakan aktiviti tersebut. Perkara ini penting kerana aktiviti kokurikulum merupakan aktiviti lanjutan kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah yang berfungsi sebagai pengukuhan dan menjadi platform untuk pelajar mengamalkan ilmu yang telah dipelajari. Justeru, guru penasihat kelab persatuan, sukan permainan dan badan beruniform perlu merancang terlebih dahulu sebelum sesuatu aktiviti
90 kokurikulum itu dijalankan (Peraturan-peraturan Pendidikan, Kurikulum Kebangsaan 1997). Dengan adanya pelaksanaan kegiatan-kegiatan kokurikulum subjek-subjek agama seperti Pendidikan Islam, Bahasa Arab dapat membantu mencorakkan Iklim Dini di sekolah. Ini kerana kurikulum agama yang dipelajari secara tidak langsung dapat membentuk amalan positif dalam diri pelajar seperti solat berjemaah, membaca alQuran dan berzikir. Fenomena ini membolehkan para guru menerapkan nilai-nilai murni dalam aktiviti yang dijalankan. Selain itu, Amalan kerohanian juga turut diserapkan dalam aktiviti- aktiviti kokurikulum yang lain seperti Pengakap, Persatuan Alam Sekitar dan sebagainya. Secara tidak langsung, para pelajar dapat mempelajari banyak aspek dalam satu persekitaran yang menyeronokkan. Tiada sebarang unsur diskriminasi dalam penganjuran sesuatu aktiviti kokurikulum dan pihak sekolah dikehendaki membuka penyertaan kepada semua pelajar tanpa mengira bangsa dan agama. Kegiatan-kegiatan kokurikulum tersebut hendaklah bersifat merentas disiplin, bersepadu dan tidak bersifat eksklusif kepada pelajar yang terpilih sahaja. Ini bertujuan supaya matlamat mewujudkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan semua pelajar boleh tercapai dengan jayanya (Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000). Komuniti Komuniti boleh didefinisikan sebagai kualiti hubungan antara anggota sekolah (guru, pelajar, dan pentadbir) yang mempunyai pengaruh terhadap tingkah laku dan pencapaian pelajar. Hubungan antara pelajar dan guru mereka mempengaruhi hubungan mereka di dalam kelas, harga diri, dan gred. Aspek masyarakat iklim sekolah juga
91 merujuk kepada kualiti hubungan di dalam sekolah seperti hubungan sesama pelajar, guru, pekerja, ibu bapa serta masyarakat sekeliling. Ia juga termasuk jaringan sekolah, menghormati antara satu sama lain, toleransi antara pihak sekolah dan pihak ibu bapa, dan perkongsian dengan anggota masyarakat lain (Wang & Degol, 2016: Ting & Sidek 2010). Pembentukan iklim sekolah menitik beratkan tingkah laku masyarakat di sekeliling. Ibn Khaldun (1993) menitikberatkan amali iaitu tingkah laku bermasyarakat kerana perilaku atau perbuatan masyarakat akan memberi kesan kepada pembentukan akhlak para pelajar. Peristiwa yang berlaku di sekeliling pelajar akan mempengaruhi tingkah laku amali mereka. Sekiranya mereka berada dalam situasi yang baik, maka pelajar lain juga akan mencontohi amali yang baik tersebut dan begitulah sebaliknya. Kewujudan hubungan yang akrab antara warga sekolah dengan komuniti setempat adalah amat penting dalam mendapat kolaborasi pembentukan suasana persekitaran yang sihat (Afrizal & Embong 2013). Warga sekolah dan juga warga komuniti perlu merancang dan melaksanakan aktiviti keagamaan dengan komuniti setempat. Sebagai contoh solat hajat perdana, majlis kebesaran Islam seperti membuat bubur Asyura, gotong-royong dan sebagainya. Sokongan dan kerjasama daripada komuniti setempat dalam menjayakan program keagamaan akan lebih mengeratkan lagi hubungan antara warga sekolah dan komuniti. Selain itu, hubungan komuniti yang baik juga mampu mengeratkan hubungan antara cina Muslim dengan masyarakat Muslim setempat. Kajian ini telah dilakukan oleh Awang & Khadijah (2017) yang telah membuktikan bahawa hubungan komuniti yang baik terutama dari aspek interaksi sosial mampu mengeratkan lagi hubungan dua kaum.
92 Bukan itu saja, malah budaya ziarah-menziarahi antara rakan dan jiran juga akan menjayakan lagi suasana persekitaran yang akrab antara satu sama lain. Secara rumusannya, komuniti merupakan persekitaran individu yang tinggal di sesuatu tempat dan saling berinteraksi antara satu sama lain. Hubungan ini melibatkan kerjasama antara manusia yang memungkinkan berlakunya perubahan tingkah laku disebabkan oleh faktor hubungan komuniti yang baik. Persekitaran ini melibatkan unsur kerjasama, bantu- membantu, perkongsian idea, dan perasaan saling berkasih sayang yang akhirnya membentuk satu komuniti seperti sebuah keluarga. 2.7 Pentaksiran Terhadap Kemenjadian Pelajar Kaedah pentaksiran ini melihat pencapaian pelajar secara holistik yang telah lama diguna pakai dalam sistem pendidikan di pelbagai peringkat. Outcome Based Education (OBE) melibatkan proses penilaian, penstrukturan semula kurikulum dan laporan dalam pendidikan yang telah familiar di seluruh dunia. Antaranya ialah di Afrika Selatan yang telah mengguna pakai dasar OBE pada awal 1990-an tetapi sejak itu telah dimansuhkan (Donnelly 2007; Allais 2007). Begitu juga Amerika Syarikat telah mengadakan program OBE sejak tahun 1994 yang telah disesuaikan sejak bertahun-tahun. Kemudian, pada tahun 2005, Hong Kong pula mengamalkan pendekatan OBE untuk universitiuniversitinya. Akhir sekali, Malaysia pula mengambil keputusan untuk melaksanakan OBE dalam semua sistem sekolah awam mereka pada tahun 2008. Seterusnya, Kesatuan Eropah telah mencadangkan perpindahan pendidikan untuk memberi tumpuan kepada hasil di seluruh Kesatuan Eropah. Dalam usaha antarabangsa untuk menerima OBE, pada tahun 1989, The Accord Washington telah diwujudkan. Ia merupakan satu perjanjian untuk menerima ijazah kejuruteraan, ijazah sarjana muda
93 yang diperoleh menggunakan kaedah OBE (Kennedy 2011). Pada 2017, penandatangan penuh adalah Australia, Kanada, Taiwan, Hong Kong, India, Ireland, Jepun, Korea, Malaysia, New Zealand, Rusia, Singapura, Afrika Selatan, Sri Lanka, Turki, United Kingdom, Pakistan, China dan Amerika Syarikat (Washington Accord 2011). Oleh itu, Pentaksiran OBE di Malaysia terhadap kemenjadian pelajar merupakan satu platform untuk menilai serta mencungkil potensi dan bakat kerjaya pelajar secara holistik ketika meninggalkan alam persekolahan. Kemenjadian pelajar merupakan standard kelima dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang kedua (SKPMg2 2015). Penilaian kemenjadian pelajar ini dinilai berasaskan tiga perkara iaitu akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Penilaian ini adalah untuk mengenal pasti kecenderungan minat dan bakat pelajar sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati. Kemenjadian pelajar ini dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap serta berupaya mencapai potensi diri dalam menguasai pengetahuan dan kemahiran, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri (SKPMg2 2015). Antara pentaksiran nya ialah Penilaian Pusat (PP) yang merupakan satu cara untuk mengukur kemampuan intelek atau akademik pelajar, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah instrumen untuk mengukur amalan, nilai dan kerohanian yang dipupuk dalam proses pembelajaran. Seterusnya melalui Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kesihatan (PAJSK) adalah untuk mengukur kemampuan jasmani pelajar. Pentaksiran Psiko metrik (PPsi) pula dijalankan bagi mengukur kecenderungan pelajar yang memberi indikator terhadap potensi atau bakat pelajar itu sendiri, sama ada minatnya dari segi komunikasi, keusahawanan, seni ataupun penyelidikan.
94 Pentaksiran yang holistik ini memberikan satu asas yang kukuh untuk memupuk potensi dan bakat pelajar di peringkat menengah. Melangkah ke hadapan, guru-guru di sekolah menengah akan mempunyai gambaran yang jelas tentang profil pelajar yang bakal mereka terima. Persediaan awal dapat dibuat bagi memperkembang potensi pelajar ini. Pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam teknik dan vokasional boleh dilorongkan ke laluan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) yang ditawarkan di peringkat menengah rendah. Manakala pelajar yang mempunyai minat dalam bidang sains boleh meneruskan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Dengan cara ini membolehkan pelajar menceburi bidang yang diminati berdasarkan bakat dan potensi yang dimiliki. Kecemerlangan dalam pentaksiran ini merupakan indikator bahawa pelajar menggunakan akal dalam setiap pertimbangan yang dibuat. Namun begitu keupayaan intelek ini perlu diimbangi dengan pengisian rohani yang kukuh, pengukuhan emosi yang stabil dan pembangunan jasmani yang mantap bagi memastikan generasi bangsa Malaysia mampu memacu kegemilangan negara di masa akan datang. Hasil daripada kemenjadian pelajar ini akan memberikan impak yang besar kepada negara memandangkan kemenjadian pelajar merupakan aset negara dan menjadi fokus aspirasi dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi mewujudkan generasi masa depan yang berkemahiran tinggi. 2.8 Penyelidikan Kajian Iklim Sekolah Lebih separuh abad yang lalu, para sarjana barat telah mengkaji tentang iklim sekolah. Iklim sekolah merupakan konsep heterogen dengan banyak instrumen yang diseragamkan dan disahkan untuk mengukur nya. Sekolah merupakan organisasi pendidikan yang perlu diwujudkan iklim yang baik. Iklim sekolah digambarkan sebagai
95 personaliti sesebuah sekolah yang akan mempengaruhi tingkah laku penghuninya (Halpin & Croft 1963: Howard 1974). Iklim amat berkait rapat dengan pencapaian, kawalan kualiti, dan pengurusan sekolah yang menunjukkan ciri-ciri organisasi yang sangat berkesan (Ismail, Rahman & Yaacob 2020). Hal ini telah lama diakui oleh pentadbir organisasi, pengamal, psikologi, motivator, dan pendidik bahawa iklim sekolah yang sihat mendorong sikap keterbukaan yang positif sehingga akan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bermotivasi dan mendorong aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping dapat meningkatkan kepuasan kerja guru dan akhirnya meningkatkan prestasi akademik pelajar. Namun begitu, analisis daripada sorotan literatur iklim sekolah berdasarkan lebih daripada 100 rujukan menunjukkan bahawa iklim sekolah di Malaysia masih kurang dikaji dan dibincangkan secara terperinci. Kajian iklim sekolah ini penting untuk melihat pengaruh iklim sekolah serta kesannya terhadap warga sekolah (Ruhani 2009; Norhannan 2016; Norhisham 2015; Ismail et al. 2020). Kesukaran mendefinisikan iklim sekolah wujud dalam pelbagai tipologi iklim yang telah berkembang. Perdebatan tentang iklim sekolah agak berbeza dalam kalangan penyelidik berkenaan asas teori, pemboleh ubah untuk mengkaji hubungan hipotesis, unit pilihan pengukuran, responden yang digunakan dan kesahihan data subjektif. Terdapat banyak kajian-kajian lepas di barat berkaitan iklim sekolah yang telah dikaji dengan menggunakan pelbagai pemboleh ubah, metodologi, teori, dan model yang berbeza dengan tujuan kajian yang berbeza. Namun begitu, masih kurang terdapat kajian yang berkaitan dengan iklim sekolah yang melihat kepada kesan kemenjadian pelajar. Rata-rata kajian hanya melihat kepada aspek pencapaian akademik seperti
96 dalam kajian Arnold, Hodgkins, Kahle, Madhoo, dan Kewley (2015), Cameron, Cottone, Murrah, dan Grissmer (2016), Muller (2018), Bazelais, Lemay, dan Doleck (2016), MacNeil et al. (2009), dan Rudasill et al. (2017). Para sarjana barat telah mendapati bahawa sebanyak 87% pelajar amat bergantung dengan persekitaran yang sebenar, manakala 46.1% merupakan proses individu tersebut berinteraksi dengan persekitaran sekeliling mereka (Matthew, Kristy, and Anne 2015). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa iklim sekolah dan persekitaran sekelilingnya amat mempengaruhi proses pembentukan jadi diri seseorang pelajar. Kemenjadian pelajar yang baik akan terhasil daripada iklim sekolah yang baik. Kajian oleh Hasliza, Siti Noor, Mohamad Adnan & Suhaila (2016) menunjukkan iklim sekolah mempunyai hubungan yang signifikan dengan efikasi guru bimbingan dan kaunseling. Seramai 118 orang guru bimbingan dan kaunseling telah menjawab soal selidik. Iklim sekolah yang positif mempengaruhi keberkesanan sekolah dan pencapaian pelajar. Seterusnya, kajian oleh Gunbayi (2007) adalah menilai tahap perbezaan persepsi guru terhadap iklim sekolah dalam pelbagai kategori. Kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana rasa kepunyaan terhadap persekitaran sekolah mengikut kategori guru, jantina, status, tahap pendidikan, umur dan juga pengalaman mengajar. Data statistik yang diperoleh dari guru dianalisis dengan menggunakan t-test dan ANOVA. Merujuk kepada kajian yang dilakukan oleh sekumpulan sarjana barat Dimitrova, Wreder, & Ahlen (2018) menyatakan bahawa iklim sekolah merupakan pendorong dalam pencapaian akademik pelajar yang cemerlang. Dalam kajian tersebut, majoriti 89% pelajar di negara Rom akan menamatkan pelajarannya di sekolah rendah sahaja.
97 Hanya minoriti 11% sahaja yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah. Jadi seharusnya iklim sekolah yang baik dilihat boleh menjadi penyebab atau tarikan untuk mereka berasa seronok untuk meneruskan pembelajaran di sekolah. iklim sekolah berperanan penting dalam menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah seterusnya mengurangkan masalah ponteng sekolah. Apa yang membimbangkan di Malaysia hari ini ialah masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar semakin bertambah. Kajian berkaitan iklim sekolah amat penting untuk mengembangkan intervensi yang dapat mengurangkan tingkah laku bermasalah demi kesejahteraan pelajar dan guru (Gravia et al. 2020). Justeru, iklim sekolah yang baik secara tidak langsung dapat menjadikan mereka berasa selesa dan selamat untuk berada di sekolah. Dalam usia begini, mereka amat mudah untuk dipengaruhi oleh faktor persekitaran mereka sendiri (Griffith 1999; Rozmi, Nor Azri 2017; Zakaria Stapa & Ahmad Munawar 2012). Penyelidikan Iklim Dini Terdapat kajian berkaitan dengan iklim dini atau seumpama dengannya telah dijalankan sejak dua dekad yang lalu oleh Mahi Din (1998). Kajian tersebut memberi gambaran persekitaran Islam atau suasana keagamaan yang berlaku di sekolah. Ia merujuk kepada amalan dan kebiasaan seseorang pelajar yang mengamalkan dan mempraktikkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Namun, kertas konsep berkaitan ‘iklim dini di sekolah’ terhenti begitu sahaja tanpa ada kajian lanjutan. Tiada data yang diperoleh daripada kajian tersebut sehingga diteruskan oleh penyelidik seterusnya. Bertolak daripada kajian di atas, Zakiah (2005) pula menjalankan kajian pembudayaan iklim dini di sebuah sekolah di negeri perak. Kajian tersebut menyatakan suasana dan
98 persekitaran pendidikan sangat penting dalam perkembangan akal dan fizikal seseorang pelajar. Oleh itu, persekitaran sekolah yang selesa daripada aspek kerohanian, emosi, fizikal dan kemasyarakatan boleh mengukuhkan aqidah dan akhlak warganya. Kajian oleh Ishak Ismail (2012) mendapati bahawa peningkatan disiplin pelajar di sekolah dapat ditingkatkan dengan adanya nilai-nilai keagamaan yang diterapkan dalam diri pelajar dengan mewujudkan iklim dini di sekolah. Seterusnya kajian oleh Norhisham (2015) telah membuktikan bahawa persekitaran yang baik dapat membentuk akhlak yang baik. Akhlak yang baik itu perlu lahir daripada diri sendiri berdasarkan pengamatan kepada faktor-faktor persekitaran yang boleh mempengaruhi tabiat hidup manusia. Dalam kajian tersebut, seramai 886 orang pelajar tingkatan empat telah menjawab soal selidik dan disokong dengan temu bual guru di SMKA untuk mengenal pasti pelaksanaan pembudayaan biah solehah dan penghayatan akhlak pelajar. Hasil daripada kajian tersebut membuktikan bahawa strategi biah solehah memberi kesan yang baik terhadap pembentukan akhlak para pelajar. Analisis dapatan kajian mengenai pelaksanaan pembudayaan biah solehah menunjukkan skor min yang tinggi. Diteruskan lagi hasil daripada kajian Raihan (2015) pula menunjukkan iklim dini mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi sekolah. Sesebuah sekolah yang membudayakan iklim dini di sekolah secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar dan seterusnya prestasi sekolah yang telah dijalankan di sekolah-sekolah di Daerah Pekan. Sekiranya pihak sekolah memandang remeh terhadap faktor iklim sekolah ini, berkemungkinan boleh menyumbang kepada kemerosotan pencapaian dan prestasi sekolah. Ini secara tidak langsung akan menjejaskan pencapaian keseluruhan sekolah.
99 Tidak cukup dengan itu, kajian diteruskan lagi oleh Ridzuan et al (2017) yang melihat iklim dini dalam suasana di peringkat pengajian tinggi, dengan melibatkan pelajarpelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG). Dapatan kajian ini mendapati 2.9 Kesimpulan Bab ini telah membincangkan pemboleh ubah-pemboleh ubah dan teori-teori yang berkaitan dengan kajian. Perkara yang dibincangkan dalam bab ini mengupas tentang strategi dan pelaksanaan iklim dini serta hasilnya terhadap kemenjadian pelajar. Perbincangan dalam bab ini telah dijadikan panduan oleh penyelidik untuk gerak kerja pembinaan item pemboleh ubah. Perbincangan bab ini juga menjadi panduan kepada penyelidik dan pembaca untuk mendapat gambaran keseluruhan kajian ini.
100 METODE KAJIAN 3.1 Pendahuluan Bab ini membincangkan metodologi yang dilaksanakan oleh penyelidik untuk mengumpul dan menganalisis data bagi mendapatkan hasil kajian seterusnya mencapai tujuan dan objektif kajian. Ia meliputi reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen, prosedur pengumpulan data dan penganalisisan data. 3.2 Pendekatan Kajian Pendekatan penyelidikan adalah pelan dan prosedur yang terdiri daripada langkahlangkah andaian yang luas kepada prosedur yang lebih terperinci untuk pengumpulan data, analisis dan tafsiran. Pelan ini melibatkan beberapa keputusan yang perlu diambil. Keputusan untuk menggunakan pendekatan yang sesuai untuk topik kajian ini adalah berdasarkan sifat masalah penyelidikan yang ditangani (Creswell 2014). Dalam konteks ini, penyelidik telah memilih satu pendekatan yang difikirkan paling sesuai dan berkesan untuk memenuhi tujuan kajian. Pendekatan kuantitatif deduktif di pilih sebagai pendekatan yang sesuai untuk menguji teori serta memeriksa hubungan antara pemboleh ubah dalam kajian ini. Pemboleh ubah ini pula diukur dengan menggunakan instrumen supaya data berangka boleh dianalisis dengan menggunakan prosedur statistik. Akhirnya laporan akhir ditulis mempunyai struktur set yang terdiri daripada pengenalan, kesusasteraan dan teori, kaedah, hasil, dan perbincangan.
101 Pendekatan penyelidikan ini amat sesuai bagi kajian ini kerana mempunyai andaian tentang ujian teori, mengawal bias, mengawal penjelasan alternatif, serta dapat di generalisasi dan meniru hasil penemuan. 3.3 Reka bentuk Kajian Pemilihan reka bentuk kajian yang sesuai dengan kajian adalah amat penting. Reka bentuk kajian merupakan perancangan atau strategi untuk menjalankan penyelidikan. Ia bertujuan untuk menjawab persoalan kajian dan dapat memenuhi matlamat kajian. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian tinjauan rentas (cross sectional) untuk pengumpulan dan penganalisisan data. Kajian tinjauan digunakan bagi mengenal pasti strategi dan pelaksanaan yang digunakan dalam membentuk kemenjadian pelajar di sekolah menengah agama. Kaedah tinjauan ini banyak digunakan dalam bidang sains sosial dan pendidikan (Fraenkelt wallen 2007 & Majid 2005) kerana mempunyai keupayaan memberi ukuran yang tepat, kebolehan untuk generalisasi serta mudah disesuaikan (Babbie 1992). Kajian tinjauan rentasan digunakan untuk membolehkan pungutan data daripada satu sampel dilakukan secara serentak pada satu-satu masa. Kaedah ini digunakan bagi memungut data daripada populasi yang besar bagi tujuan generalisasi dapatan kajian (Cresswell 2012). Kaedah ini juga merupakan kaedah terbaik bagi memungut data dari populasi yang besar melalui teknik pensampelan serta merupakan cara yang berkesan dan tepat untuk mengukur pendapat, pemikiran, sikap dan tingkah laku seseorang (Sabitha 2005). Kelebihan kaedah ini dapat membantu penyelidik mengumpulkan data dengan cepat dan singkat dalam suatu tempoh masa yang tertentu (Gay, Mills & Airasian 2012).
102 Oleh itu, dengan menggunakan kaedah tinjauan ini, penggunaan responden yang sama atau berulang-ulang juga dapat dielakkan, khususnya apabila melibatkan responden yang ramai dan lokasi kajian yang jauh serta berbeza jenis sekolah. Penggunaan reka bentuk kajian tinjauan ini juga amat sesuai bagi kajian yang memerlukan data yang banyak dalam bentuk huraian tingkah laku, pandangan dan kepercayaan daripada populasi kajian yang ramai serta lokasi yang berbeza. Kaedah ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan dan hubungan antara pemboleh ubah bebas dengan kemenjadian pelajar di SMKA, SABK, SAN di negeri Kelantan. 3.4 Lokasi dan Populasi Kajian Populasi merupakan keseluruhan set individu yang menarik perhatian penyelidik dalam sesuatu tempat yang dikaji. Penyelidik boleh membuat generalisasi melalui dapatan populasinya. Tujuan populasi kajian adalah untuk menentukan bilangan sampel yang perlu diambil bagi mewakili populasi tersebut (Wiersma 2000; Kothari 2004). Dalam konteks kajian ini, populasi merujuk kepada pelajar di sekolah menengah agama di negeri Kelantan. Populasi ini dipilih kerana kepelbagaian faktor demografi seperti jantina, lokasi, jenis sekolah, struktur kepimpinan sekolah, budaya sekolah dan pengalaman yang secara umumnya terdapat dalam kalangan pelajar-pelajar yang belajar di tiga jenis sekolah yang berlainan. Jumlah keseluruhan pelajar tingkatan empat yang belajar di sekolah menengah agama seluruh negeri Kelantan ialah seramai 3734 orang. Negeri Kelantan dipilih sebagai populasi kajian disebabkan terdapat banyak jenis sekolah agama yang terdapat di negeri tersebut. Selain itu, sekolah menengah di Kelantan juga mempunyai pentadbiran yang berbeza iaitu bukan sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) malah turut di tadbir di bawah Yayasan Islam Kelantan
103 (YIK). Bagi SABK pula ditadbir oleh kedua-dua pentadbiran iaitu KPM dan YIK. Bilangan pelajar di SMKA seramai 906 orang, SABK seramai 984 orang dan SAN seramai 1880. Kajian ini dijalankan di semua jenis sekolah menengah agama di seluruh negeri Kelantan iaitu 6 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 21 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), dan 18 buah Sekolah Agama Negeri (SAN). Kajian ini memberi tumpuan kepada semua jenis Sekolah menengah agama yang terletak di bandar dan luar bandar di negeri Kelantan berdasarkan prestasi sekolah yang tertinggi, yang mempunyai tahap pencapaian yang hampir sama supaya tidak berlaku jurang perbezaan sekolah yang agak ketara antara responden. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama di negeri Kelantan tidak sama seperti di negeri-negeri lain seperti di Terengganu. Bagi negeri Terengganu, sekolah SABK merupakan sekolah terpilih yang memerlukan tapisan ketat untuk masuk ke sekolah tersebut. Manakala bagi SABK di negeri Kelantan pula merupakan sekolah yang kurang tapisan dari segi pencapaian akademiknya. Ini menunjukkan perbezaan jenis sekolah menengah agama ini berbanding di negeri lain. Walau bagaimanapun, kesemua sekolah tersebut mempunyai tahap (ranking) sekolah yang hampir sama agar tidak berlaku jurang pencapaian yang ketara. Hal ini kerana kajian ini ingin melihat dari aspek strategi dan pelaksanaan iklim dini di sekolahsekolah tersebut. Sekolah-sekolah ini turut berjaya menghasilkan pelajar terbaik negara dengan memberikan pencapaian akademik yang baik sehingga di nobatkan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2008 iaitu Nik Nur Madihah binti Nik Mohamad Kamal. Sehingga kini juga pencapaian di sekolah-sekolah menengah agama di negeri Kelantan terus cemerlang.
104 3.5 Pensampelan Kajian Pensampelan merupakan suatu proses pemilihan objek penyelidikan yang benar-benar mewakili daripada satu kumpulan besar yang telah dipilih oleh penyelidik. Tujuan pensampelan adalah untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu populasi yang menjadi tumpuan penyelidikan. Penggunaan kaedah pensampelan yang tepat dan responden yang mencukupi diperlukan untuk memperoleh sampel yang benar-benar mewakili sesuatu populasi dalam kajian. Matlamat pensampelan adalah untuk memperoleh sampel yang dapat menggambarkan keseluruhan populasi dari segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan kajian (Fraenkel & Wallen 2007). Ini bermakna, sampel yang baik adalah sampel yang boleh mewakili pemboleh ubah berkenaan dari populasi yang disasarkan. Justeru, pemilihan saiz sampel yang sesuai adalah amat penting dalam menjalankan penyelidikan (Muijs 2004). Pemilihan bentuk pensampelan bergantung kepada ciri-ciri populasi dan tujuan penyelidikan. Gall, Gall & Borg (2005) berpendapat bahawa pemilihan sampel berdasarkan populasi kajian adalah memadai daripada menggunakan seluruh populasi. Pensampelan mesti dilakukan secara rawak bagi memastikan sesuatu kajian yang dijalankan tidak pincang. Jadi, dalam kajian ini pensampelan rawak berstrata dan pensampelan rawak bersistematik digunakan bagi mendapatkan saiz sampel yang sesuai. Antara faktor yang menyebabkan teknik ini digunakan dalam kajian ini disebabkan oleh ciri-ciri atau subkumpulan yang tidak homogen (tidak seragam) dalam populasi (Cohen & Manion 2007; Kothari 2004 & Sekaran 2016) serta mempunyai sub kumpulan yang ketara. Bagi mengurangkan ralat pensampelan, kaedah berstrata digunakan dalam kajian ini.
105 Saiz dan Teknik Pensampelan Apabila populasi kajian telah dikenal pasti, maka penentuan saiz sampel dan teknik pemilihan sampel dilakukan. Kebiasaannya, bilangan sampel yang terlibat untuk kajian kuantitatif mempunyai jumlah sampel yang lebih ramai berbanding kajian kualitatif. Jadi berdasarkan jumlah populasi kajian seramai 3734 orang, maka bilangan sampel yang diperlukan bagi kajian ini adalah seramai 351 orang daripada jumlah populasi berdasarkan jadual pengiraan saiz sampel Krejcie dan Morgan (1970); Cochran (1977); Israel (1992); Bartlett, Kotrlik, & Higgins (2001) & Taherdoost (2017). Penggunaan saiz sampel yang besar dapat mengurangkan ralat pensampelan dalam kajian, sampel yang mewakili populasi lebih dipercayai serta meyakinkan, dan menjadikan kuasa statistik lebih hebat (Fraenkel & Wallen 2007 dan Gay, Mills & Airasian 2012). Justeru bagi mendapatkan data yang lebih tepat, penyelidik telah mengambil seramai 378 orang sebagai sampel kajian ini. Sampel kajian ini menggunakan teknik pensampelan rawak berstrata dan pensampelan bersistematik. Terdapat dua cara yang boleh digunakan dalam pensampelan rawak berstrata sama ada berkadaran (proportional) berdasarkan saiz populasi atau pun tidak berkadaran (nonproportional) (Johnson & Christensen 2000). Dalam kajian ini, Penyelidik memilih teknik pensampelan rawak berstrata dengan berkadaran untuk mendapatkan sampel yang sama rata antara subkumpulan untuk membuat perbandingan antara kumpulan sampel yang berlainan jenis sekolah antara sekolah menengah agama (Gay, Mills & Airasian 2012). Teknik pensampelan rawak berstrata berkadaran ini digunakan dalam penentuan bilangan sampel kerana populasi kajian adalah tidak seragam dari segi bilangan. Teknik
106 ini dapat memastikan bilangan sampel yang dipilih mencukupi mengikut nisbah bilangan populasi serta memastikan keseimbangan bilangan sampel yang dipilih dalam setiap strata untuk tujuan perbandingan dan memudahkan generalisasi dapatan kepada populasi sebenar kajian (Sekaran 2016). Dengan ini, penyelidik dapat mengawal bilangan sampel yang terlibat. Penggunaan teknik pensampelan berkadaran akan menyebabkan bilangan sampel dalam sesuatu strata agak kecil dan tidak mewakili populasi strata tersebut. Pada peringkat seterusnya, penyelidik melakukan pensampelan bersistematik bagi memilih sampel dari setiap strata (rujuk Jadual 3.1). Pensampelan ini merupakan cara terbaik untuk mendapatkan sampel daripada saiz populasi yang besar. Setiap ahli populasi mempunyai peluang yang sama untuk terpilih sebagai sampel kajian sebagaimana yang dipaparkan dalam Rajah 3.1. Rajah 3:1: Kerangka Pensampelan Kajian
107 Taburan responden pelajar tingkatan empat dari tiga jenis sekolah agama iaitu SMKA, SABK dan juga SAN di ambil dari sembilan buah sekolah menengah agama di negeri Kelantan. Bilangan saiz sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 378 orang. Bilangan sampel responden terdiri daripada 136 responden dari 3 buah sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), seramai 103 responden dari 3 buah sekolah menengah agama bantuan kerajaan (SABK), dan seramai 139 responden dari 3 buah sekolah menengah agama negeri (SAN) seperti yang di tunjukkan dalam Jadual 3.1. Jadual 3.1: Taburan pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama di Kelantan Nama sekolah Jumlah 1. SMKA Naim Lilbanat 2. SMKA Melor 3. SMKA Lati 136 4. SMA Tengku Amalin A’shah Puteri 5. SMU (A) Al-Kauthar 6. SMU (A) Mardziah Jabo 103 7. Maahad Muhammadi Lilbanat (Perempuan) 8. Maahad Muhammadi Lilbanin (Lelaki) 9. Maktab Pengajian Islam 139 Jumlah 378 3.6 Instrumen Kajian Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik sebagai kajian utama untuk mendapatkan maklumat tentang strategi dan pelaksanaan iklim dini di Sekolah Menengah Agama di Kelantan (Mook 2010). Kajian ini melibatkan 3 jenis sekolah yang berbeza. Pemilihan tatacara pengumpulan data melalui kaedah ini adalah kerana kajian ini melibatkan saiz sampel yang besar. Kajian ini menggunakan analisis data secara deskriptif dan inferensi yang membolehkan kajian ini di generalisasi ke atas populasi sekali gus memberikan maklumat dan cadangan penambahbaikan terhadap kajian ini.
108 Penggunaan borang soal selidik ini adalah di adaptasi daripada soal selidik dari penyelidikan lepas. Pembinaan item-item dalam soal selidik ini merupakan gabungan beberapa soal selidik daripada penyelidik-penyelidik lepas yang dibina oleh Norhisham (2015), Rogayah Yusop (2004), Azhar Ahmad (2006), Jaffry Awang (2008), Ishak Ismail (2012), Ajmain (2012), Raihan dan Abdul Hakim (2015). Kesemua soal selidik ini telah digabungkan menjadi satu instrumen yang dibahagikan kepada lima bahagian. Untuk tujuan kajian ini, soal selidik yang digunakan telah diadaptasi dan dimodifikasi supaya bersesuaian dengan latar belakang pelajar sekolah menengah agama. Menurut Creswell (2005), reka bentuk tinjauan dengan soal selidik merupakan alat yang paling sesuai kerana versatil, efisien dan keupayaan membuat generalisasi. Soal selidik juga dapat membuat rangkuman terhadap pelbagai masalah yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang sikap, pandangan dan kepercayaan responden tentang sesuatu isu yang dikaji. Soalan yang akan dikemukakan adalah tetap dan dinyatakan di mana SS digambarkan sebagai tindak balas positif dan STS digambarkan sebagai tindak balas negatif bagi setiap soalan. Data-data untuk kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang terdiri daripada: Bahagian A: Maklumat Demografi Sampel Soal selidik ini dibentuk bagi mendapatkan maklumat peribadi dan latar belakang responden. Ia mengandungi lapan soalan. Item yang terlibat ialah jenis sekolah, jantina, minat memilih sekolah tersebut, pilihan masuk ke sekolah, markah PMR, dan markah
109 PAJSK. Maklumat tentang latar belakang responden ini adalah sangat penting bagi mengetahui serta menganalisis hubungan pemboleh ubah dengan kemenjadian pelajar. Bahagian B: Strategi Pelaksanaan Iklim Dini Strategi pelaksanaan iklim dini ialah satu set soal selidik yang telah diadaptasi daripada kajian biah solehah oleh Norhisham (2015). Instrumen ini dibina berdasarkan rujukan dan kajian lepas untuk mengetahui strategi iklim dini di sekolah. Instrumen ini terbahagi kepada tiga konstruk iaitu aktiviti 13 item, teladan 10 item, amali 13 item. Bahagian C: Persepsi Pelajar Terhadap Pembudayaan Iklim Dini Persepsi ialah satu set soal selidik yang diadaptasi daripada kajian biah solehah oleh Norhisham (2015). Soal selidik ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi atau pandangan responden tentang pelaksanaan pembudayaan iklim dini yang dilaksanakan di Sekolah menengah agama di negeri Kelantan. Menurut Woodworth (1940), beliau menyatakan persepsi merupakan satu kecenderungan untuk bertindak mengikut ciri-ciri lazim dengan individu yang mempunyai pengaruh dalam memupuk minat dan kemahiran seseorang untuk bergerak bagi mencapai kejayaan. Bahagian D: Kemenjadian pelajar- Aspek Penghayatan Sahsiah Pelajar Seperti yang telah dijelaskan dalam bab 1, kemenjadian pelajar terdiri daripada tiga elemen besar iaitu akademik, kokurikulum dan sahsiah. Set soal selidik penghayatan sahsiah pelajar merupakan sebahagian daripada elemen kemenjadian pelajar yang hanya melihat dari aspek sahsiah. Manakala elemen akademik dan kokurikulum pula di isi oleh pelajar dalam bentuk peratusan markah di bahagian A. Bahagian D ini menyenaraikan sikap berakhlak pelajar-pelajar Sekolah menengah agama. Penyelidik
110 telah membahagikan penghayatan akhlak pelajar kepada kategori ibadat, syariah, amalan dan tingkah laku yang diadaptasikan daripada Jaffry Awang (2008). Jadual 3.2: Jadual Pembahagian Soal Selidik Bahagian Aspek/ konstruk di ukur Bil item No. item Bahagian A Maklumat Demografi 9 item A1 hingga A9 Bahagian B Aktiviti 9 item B1 hingga B9 Teladan 10 item B23 hingga B32 Amali 13 item B10 hingga B22 Jumlah item 32 item B1 hingga B32 Bahagian C Kepimpinan 14 item C1 hingga C14 Persekitaran fizikal 10 item C15 hingga C24 Kurikulum &kokurikulum 15 item C25 hingga C39 Hubungan komuniti 8 item C40 hingga C47 Jumlah item 47 item C1 hingga C47 Bahagian D Akhlak terhadap Allah dan rasul 15 item D1 hingga D15 Akhlak terhadap diri 10 item D16 hingga D25 Akhlak terhadap warga sekolah 7 item D26 hingga D32 Akhlak terhadap persekitaran 6 item D33 hingga D38 Jumlah item 38 item D1 hingga D38 Jumlah keseluruhan 117 item 117 Pemilihan Skala Comrey (1988) berpendapat bahawa adalah mungkin untuk mengelakkan jenis herotan menggunakan sekurang-kurangnya skala 5-titik dalam instrumen yang mungkin berlaku
111 dengan bilangan pilihan tindak balas yang lebih kecil. Hinkin (1995) selanjutnya menunjukkan bahawa kebolehpercayaan peningkatan skala sebagai Likert- jenis skala meningkat sehingga penggunaan lima mata. Masa depan penyelidik boleh mempertimbangkan menggantikan skala 3-mata dengan 5 mata skala dalam versi pendek instrumen untuk melihat apakah kebolehcapaian boleh ditambah. Nilai 0.95 ke atas adalah tidak wajar kerana mereka menunjukkan bahawa semua pemboleh ubah penunjuk mengukur fenomena yang sama dan oleh kerananya tidak mungkin menjadi ukuran yang sah untuk membina (Hair, Black, Babin, Anderson dan Tatham 2014). Penggunaan skala likert lima mata iaitu 1- sangat tidak setuju, 2- tidak setuju, 3- tidak pasti, 4- setuju dan 5- sangat setuju digunakan dalam ujian soal selidik ini seperti dalam Jadual 3.3. Jadual 3.3: Skala Instrumen Soal Selidik Kajian Berdasarkan Aras Keamatan Aras keamatan Singkatan Skala Sangat Tidak Setuju STS 1 Tidak Setuju TS 2 Tidak Pasti TP 3 Setuju S 4 Sangat Setuju SS 5 3.7 Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik. Ia juga bertujuan untuk menguji kefahaman sampel dari segi ketepatan, kesesuaian istilah, struktur ayat dan penggunaan bahasa. Kajian rintis merupakan kajian awal bagi menentukan masa yang diperlukan untuk menjawab semua item dalam soal selidik dan juga ketepatan serta kejelasan urutan item dalam borang tersebut. Kepentingan kajian rintis dilihat daripada aspek pengurusan masa dan mengenal pasti masalah dan
112 kelemahan item dalam borang soal selidik (Oppenheim 1996). Respons daripada kajian rintis dapat digunakan untuk memurnikan item-item soal selidik yang kabur, dan kurang difahami agar dapat diperbaiki dan menambah baik nilai kualiti soal selidik kajian. Setiap pernyataan dalam soal selidik berperanan penting dalam membantu responden menjawab dengan lebih jelas dan berkesan. Jumlah sampel yang telah dipersetujui oleh penyelidik barat untuk kajian rintis ialah 10% dari saiz sampel yang sebenar (Connelly 2008 dan Treece & Treece 1982). Walau bagaimanapun, Hertzog (2008) mengingatkan bahawa ini bukan isu mudah untuk diselesaikan kerana jenis kajian ini dipengaruhi oleh banyak faktor. Walau bagaimanapun, Isaac dan Michael (1995), Hill (1998) dan Julious (2005) mencadangkan 10 hingga 30 responden. Seterusnya pandangan dari Creswell dan Clark (2011) dan Sekaran dan Bougie (2010), minimum saiz sampel 30 adalah mencukupi untuk ujian rintis. Manakala Wolf (1997) telah mencadangkan pemilihan untuk menjalani kajian rintis adalah antara 30 hingga 50 orang adalah baik. Oleh itu, seramai 40 orang pelajar tingkatan empat di sekolah menengah agama di Kota Bharu dilibatkan dalam ujian rintis ini. Pelajar yang dipilih sebagai responden untuk kajian rintis ini kerana mereka serupa ciri-ciri kepada responden sebenar. Untuk mengelakkan pencemaran kajian perintis, responden kajian perintis bukanlah sebahagian daripada tinjauan sebenar. Instrumen soal selidik kajian rintis ini ditadbir sendiri dengan memilih responden secara rawak. Justeru, instrumen kajian yang dibina dapat memberi ruang penambahbaikan serta memberi peluang kepada responden untuk bertanya, mengemukakan cadangan serta komen bagi memantapkan lagi soal selidik yang telah dibina. Mengikut Guilford’s Rule of Thumb (Guilford 1973), nilai alpha >0.9
113 adalah dalam tahap yang cemerlang dan nilai alfa >0.8 adalah dalam tahap yang baik. Nilai alfa >0.6 adalah dalam tahap yang dipersoalkan, tetapi masih boleh diterima (Ary, Jacobs & Razavieh 2002). Kesahan Instrumen Kesahan instrumen kajian merujuk pada ketepatan, kebenaran, bermakna dan kebolehgunaan instrumen yang membolehkan data-data diinferenkan. Kesahan merupakan perkara utama yang harus difikirkan dalam membuat atau memilih sesuatu instrumen kajian (Fraenkel & Wallen 2007). Dalam kajian ini, alat yang digunakan untuk mengukur kesemua pemboleh ubah yang diukur ialah soal selidik. Kesahan kandungan instrumen boleh diperoleh apabila pakar atau panel bersetuju bahawa itemitem yang digunakan dapat mengukur sejauh mana pemboleh ubah yang dikaji dapat dibuat mewakili aspek isi kajian yang hendak dikaji (Muijs 2004; Royse 2004). Aspek penting dalam kesahan kandungan adalah pensampelan soalan (item soal selidik) yang lengkap, menyeluruh dan dapat mengukur tajuk (pemboleh ubah) dengan baik dan kesahan ini lazimnya ditentukan oleh panel pemeriksa atau pakar. Sesuatu instrumen itu dikatakan mempunyai kesahan kandungan yang tinggi sekiranya alat tersebut dapat mengukur semua isi serta kandungan yang dikaji dengan jelas dan berkesan. Kesahan kandungan akan diuji melalui perancangan dan prosedur yang digunakan dalam membina instrumen. Oleh itu, maklumat berkaitan objektif instrumen, bidang kandungan, dan tahap kepayahan soalan juga dinilai (Creswell, 2005). Dalam kajian ini, soal selidik yang dibina oleh penyelidik-penyelidik lepas akan digunakan. Soal selidik yang digunakan ini telah dikenal pasti mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Namun untuk tujuan kajian ini, soal selidik yang akan
114 digunakan telah diadaptasi dan dimodifikasi supaya sesuai dengan persekitaran pelajar sekolah menengah agama. Instrumen ini akan diserahkan kepada tujuh orang pakar sebelum kajian rintis dijalankan untuk dinilai dan diuji kesahan nya. Lima orang pensyarah dari IPT yang mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan Islam, manakala seorang orang lagi guru cemerlang pendidikan Islam dan guru cemerlang bahasa Melayu yang mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan di peringkat sekolah menengah. Semua ulasan dan pandangan pakar-pakar tersebut diambil kira untuk tujuan penambahbaikan item yang digunakan dalam mengukur pemboleh ubah kajian. Ini kerana semakan pakar dalam menguji kesahan instrumen kajian adalah penting dalam sesuatu kajian (Fraenkel & Wallen 2007). Kesahan kajian ini turut ditunjukkan melalui pelbagai cara termasuk kesahan konstruk, kesahan kandungan, kesahan kriteria, dan seumpamanya. Kesahan ini turut diperkuatkan dengan fakta yang menunjukkan kerendahan tahap bias respons atau Social Desirability Response Bias (SDRB). SDRB merupakan kecenderungan untuk responden bersikap tidak jujur dalam memberi jawapan. Antara sebabnya adalah untuk menjaga hati penyelidik atau juga menunjukkan dirinya bagus dan diterima oleh orang di sekeliling (Podsakoff 2003, Oxford & Burry Stock 1995). Beberapa langkah telah diambil ketika menjalankan pengumpulan data untuk mengurangkan SDRB dengan mengumpulkan data dari sumber dan masa yang berlainan, memaklumkan kepada responden bahawa maklumat mereka adalah rahsia dan jawapan yang diberikan tiada yang ‘betul’ atau ‘salah’. Selain itu. Item-item negatif juga digunakan untuk mengurangkan persetujuan daripada responden. Kesemua langkah ini di ambil kira agar
115 sampel kajian dapat memberi respons jawapan mereka dengan jujur dan telus tanpa ada sebarang keraguan. Secara keseluruhannya, pakar memperakukan bahawa item soal selidik dalam kajian ini mampu mengukur semua pemboleh ubah yang dikaji. Justeru, dengan persetujuan panel pakar maka penyelidik sudah boleh mendakwa bahawa soal selidik yang digunakan telah memiliki kesahan muka kerana telah dikemukakan dan disahkan oleh sekumpulan pakar. Kebolehpercayaan Instrumen Kebolehpercayaan instrumen adalah satu ukuran yang menunjukkan sejauh mana skor individu atau responden mempunyai skor sebenar (skor ralat adalah kecil) yang mencerminkan sifat atau pernyataan yang diukur dengan nilai alpha antara 0.00 hingga 1.00 (Alias 1998; Gall, Gall & Borg 2005). Kebolehpercayaan merujuk kepada kestabilan dan ketekalan dalam instrument dalam mengukur sesuatu konsep (Sekaran 1992). Bagi mendapatkan nilai ketekalan dalam item-item instrument, nilai alpha berasaskan Coefficient Cronbach telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah ini adalah berdasarkan bahawa soal selidik yang digunakan adalah daripada jenis skala Likert lima mata yang merupakan data selanjar. Oleh itu, Cortina (1993) menjelaskan bahawa pekali kebolehpercayaan daripada jenis alpha Cronbach ini paling sesuai digunakan. Cortina juga menyatakan bahawa ukuran yang paling sesuai untuk menentukan kebolehpercayaan alat ukuran soal selidik adalah dengan menggunakan alpha Cronbach. Bagi tujuan klasifikasi, nilai alpha Coefficient Cronbach akan digunakan dalam kajian dan diklasifikasikan sebagai indeks
116 kebolehpercayaan oleh Cortina (1993), Nunally (1978), Kirk (1984), Babbie (1992) seperti dalam Jadual 3.4. Jadual 3.4: Klasifikasi Indeks Kebolehpercayaan Indikator Nilai Alpha Cronbach Sangat Tinggi >0.90 Tinggi 0.70-0.89 Sederhana 0.30-0.69 Rendah 0.30 Dapatan daripada kajian rintis menunjukkan nilai Alpa Cronbach bagi keseluruhan item adalah 0.967. Nilai yang diperoleh menunjukkan item-item soal selidik ini memiliki kepercayaan yang mencukupi untuk mengukur pemboleh-pemboleh ubah kajian. Berdasarkan indeks kebolehpercayaan dalam kajian ini menunjukkan bahawa set soal selidik ini berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima pakai dalam kajian (Field 2009; Pallant 2011; Devellis 2003; Sekaran & Bougie 2016). Pekali kebolehpercayaan terperinci mengikut konstruk dipaparkan dalam Jadual 3.5 berikut. Jadual 3.5: Jadual Kebolehpercayaan Item Pemboleh ubah Cronbach alpha N item Strategi Aktiviti 0.670 9 Teladan 0.796 13 Amali 0.742 10 Keseluruhan 0.831 32 Pelaksanaan Kepimpinan 0.831 14 Persekitaran fizikal 0.966 10 Kurikulum &kokurikulum 0.928 15 Hubungan komuniti 0.904 8 Keseluruhan 0.966 47 Kemenjadian Pelajar (sahsiah) Akhlak terhadap Allah dan rasul 0.782 15 Akhlak terhadap diri 0.807 10 Akhlak terhadap warga sekolah 0.813 7 Akhlak terhadap persekitaran 0.837 6 Keseluruhan 0.928 38 Jumlah keseluruhan 0.967 117
117 3.8 Prosedur Pengumpulan Data Kajian Penyelidik terlebih dahulu mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian daripada beberapa pihak sebelum kajian dimulakan. Penyelidik telah memohon kebenaran menjalankan kajian daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum memulakan kajian rintis dan kajian sebenar di sekolah-sekolah. Selain itu, penyelidik turut mendapat kebenaran untuk menjalankan kajian daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Yayasan Islam Kelantan. Setelah mendapat surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan Yayasan Islam Kelantan, penyelidik memohon kebenaran menjalankan kajian daripada pejabat pendidikan daerah (PPD). Seterusnya, penyelidik menghantar surat kebenaran melalui email sekolah kepada sekolah-sekolah yang terlibat sebelum menghubungi pengetua sekolah bagi memaklumkan dan mendapatkan kebenaran untuk melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah mereka sebagai responden kajian. Penyelidik turut menjelaskan tujuan sebenar kajian ini dijalankan. Dalam kajian ini, penyelidik menetapkan bilangan sekolah yang terlibat ialah 3 buah sekolah dari setiap jenis sekolah menengah agama. Jumlah keseluruhan sekolah yang terlibat sebanyak 9 buah sekolah dengan jumlah bilangan pelajar seramai 378 orang (setiap sekolah disertakan 40 set soal selidik). Setelah mendapat kebenaran daripada pengetua sekolah-sekolah berkenaan, penyelidik akan mentadbir sendiri soal selidik tersebut di 9 buah Sekolah menengah agama. Penyelidik menghantar sendiri soal selidik, dan disertakan bersama surat iringan, salinan surat-surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri.
118 Penyelidik berjumpa sendiri dengan pengetua atau pentadbir sekolah, seterusnya meminta kebenaran berjumpa dengan pelajar tingkatan empat. Penyelidik menerangkan sendiri cara-cara menjawab soal selidik kepada responden yang terlibat dengan kajian ini. Penyelidik menggunakan kaedah bersemuka dengan mengambil sedikit masa pelajar untuk terus menunggu mereka menjawab. Proses untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian sebagaimana dalam Rajah 3.2 berikut: Rajah 3:2: Proses Kebenaran Memungut Data 3.9 Penganalisisan Data Borang soal selidik telah diedarkan sebanyak 378 set kepada pelajar tingkatan empat di sekolah menengah agama dengan menggunakan teknik pensampelan rawak sistematik bagi mewakili setiap jenis sekolah menengah agama di negeri Kelantan. Sebanyak 378 (100%) borang soal selidik telah dikembalikan. Jumlah pulangan soal selidik yang diperoleh adalah sangat baik kerana tiada responden yang tercicir. Jadual 3.6: Jenis dan bilangan sekolah yang terlibat Jenis Sekolah Bil. Peratus SMKA 136 36.0 SABK 103 27.2 SAN 139 36.8 Jumlah 378 100.0 Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), KPM Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Yayasan Islam Kelantan (YIK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pengetua Sekolah
119 Setelah mendapat keseluruhan borang soal selidik yang telah diedarkan, proses tapisan awal secara manual dilakukan. Proses ini dilakukan untuk memastikan borang soal selidik yang di isi adalah lengkap dan tiada ruang yang di tinggal kosong atau di tanda pada skala yang sama (straight lining). Hanya satu borang soal selidik yang perlu disisihkan secara manual kerana tidak mengisinya dengan lengkap bagi mengelakkan bias seperti dalam Jadual 3.7. Jadual 3.7: status bilangan borang soal selidik Status Borang Jumlah Peratus (%) Borang yang di edar 378 100 Borang yang diterima 378 100 Borang selepas tapisan awal (manual) 377 99.7 Kajian ini menggunakan analisis data kuantitatif yang menggambarkan sesuatu fenomena dengan menggunakan analisis data yang menggunakan nombor. Analisis ini melibatkan kaedah matematik. Penganalisisan data ini melibatkan analisis secara deskriptif dan juga inferensi. Analisis Deskriptif Kaedah penganalisisan secara deskriptif digunakan untuk mencapai objektif kajian pertama hingga empat iaitu untuk mengetahui serta mengenal pasti tahap strategi dan pelaksanaan iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar. Bagi mencapai tujuan tersebut analisis data menggunakan skor min dan sisihan piawai digunakan untuk memberi gambaran secara deskriptif mengenai setiap dimensi yang dikaji. Data yang telah dianalisis diinterpretasikan skor min mengikut dimensi afektif yang diperkenalkan oleh Nunally (1978). Menurut Pallant (2010), skor min terbahagi kepada tiga aras yang mana lebih memudahkan untuk melihat perbezaan di antara aras tinggi, sederhana dan rendah. Kaedah ini telah digunakan secara meluas oleh
120 pengkaji seperti Leong, Chua dan Kannan (2016), dan Ghavifekr, Mohammed Sani, Chellapan, Sukumaran, dan Subramaniam (2014) seperti dalam Jadual 3.8. Jadual 3.8: Skor Min Skor Min Interpretasi 3.67-5.00 Tinggi 2.34-3.66 Sederhana 1.00-2.33 Rendah Sumber: Leong, Chua and Kannan (2016) Analisis Inferensi Analisis inferensi digunakan untuk melihat perbezaan yang wujud antara pemboleh ubah bersandar yang dikaji berdasarkan demografi responden kajian atau pemboleh ubah bebas dengan menggunakan Ujian t-Test dan ANOVA. Selain itu, ujian-ujian statistik secara inferensi regrasi pelbagai juga digunakan untuk meneliti perkaitan, hubungan, sumbangan dan pengaruh antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini. Jadual 3.9: Jadual Analisis Data Objektif kajian Hipotesis kajian Ujian statistik 1. Mengenal pasti tahap strategi iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar. % dan min 2. Mengenal pasti tahap pelaksanaan iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar. % dan min 3. Mengenal pasti tahap kemenjadian pelajar secara keseluruhan dan berdasarkan kategori dalam kalangan pelajar. % dan min
121 Justifikasi penggunaan SPSS sebagai alat analisis data Kajian ini menggunakan SPSS versi 24 sebagai alat menganalisis data. pemilihan penggunaan SPSS adalah kerana kesesuaian bagi menjawab objektif kajian dengan 4 Mengkonseptualisasikan pola strategi iklim dini dalam kalangan pelajar secara keseluruhan dan terperinci. % dan min 5 Menganalisis sama ada terdapat hubungan signifikan antara strategi dan pelaksanaan iklim dini dalam kalangan pelajar. Ho1-Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara strategi dengan pelaksanaan iklim dini dalam kalangan pelajar. Ujian-t 6 Menganalisis sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara tahap strategi iklim dini dengan kemenjadian pelajar. Ho2-Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara strategi iklim dini dengan kemenjadian pelajar. Ujian-t 7 Menganalisis sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan iklim dini dengan kemenjadian pelajar. Ho3- Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pelaksanaan iklim dini dengan kemenjadian pelajar. Ujian-t 8 Menguji sama ada terdapat perbezaan signifikan pada strategi iklim dini dalam kalangan pelajar berdasarkan jenis sekolah. Ho4-Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara strategi iklim dini berdasarkan jenis sekolah dalam kalangan pelajar. Anova 9 Menguji sama ada terdapat perbezaan signifikan pada pelaksanaan iklim dini dalam kalangan pelajar berdasarkan jenis sekolah. Ho5-Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pelaksanaan iklim dini berdasarkan jenis sekolah dalam kalangan pelajar. Anova 10 Menilai sama ada terdapat sumbangan signifikan oleh pemboleh ubah bebas: strategi dan pelaksanaan iklim dini terhadap kemenjadian pelajar. Ho6-Tidak terdapat sumbangan yang signifikan antara strategi dengan pelaksanaan iklim dini terhadap kemenjadian pelajar. Multiple regression
122 lebih jelas dan terperinci. Penggunaan SPSS adalah untuk mengukur persepsi, sikap, tingkah laku, dan sebagainya. Dalam konteks kajian ini ingin mengukur perbezaan amalan atau tingkah laku pelajar dari sudut aktiviti, teladan dan amalan dengan jenis sekolah yang berbeza, maka SPSS amat sesuai digunakan untuk analisis data-data yang diperoleh. Walaupun SPSS dikatakan generasi pertama dalam “ranking” alat menganalisis data, namun terdapat banyak kajian terkini (2015-2020) di peringkat global masih menggunakan SPSS sebagai alat analisis data seperti dalam jurnal-jurnal berindeks Scopus sebanyak 30,070, manakala Web of Science (WOS) sebanyak 40,243 artikel berbanding penggunaan alat analisis lain masih kurang digunakan. Fenomena ini adalah disebabkan SPSS mampu menganalisis satu persatu secara terperinci dan juga senang difahami oleh penyelidik lain. 3.10 Kesimpulan Bab ini secara ringkasnya telah membincangkan metodologi kajian ini dijalankan. Langkah dan perancangan yang dibuat seperti dalam metodologi ini memudahkan penyelidikan ini dijalankan. Seramai 350 orang pelajar tingkatan empat di sekolah menengah agama Islam di negeri Kelantan terlibat dalam kajian ini. Instrumen soal selidik telah dipilih berdasarkan kesesuaian responden dan kajian. Dua jenis penganalisisan statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis deskriptif digunakan untuk mendapatkan maklumat latar belakang responden, data tahap, pola strategi dan kemenjadian pelajar, manakala analisis inferensi pula digunakan untuk menjawab persoalan mengenai hubungan, perbezaan, dan sumbangan antara pemboleh ubah yang terlibat.
123 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan Bab ini melaporkan semua hasil dapatan kajian berdasarkan tujuan, objektif dan soalan kajian yang dibentuk. Sebagaimana yang dibincangkan dalam bab satu, kajian ini mempunyai sepuluh objektif kajian yang telah dibina; Pertamanya, mengenal pasti tahap strategi iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar. Kedua, mengenal pasti tahap pelaksanaan iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar. Ketiga, mengenal pasti tahap kemenjadian pelajar secara keseluruhan dan berdasarkan kategori dalam kalangan pelajar. Keempat, mengkonseptualisasikan pola strategi dan pelaksanaan iklim dini dalam kalangan pelajar secara keseluruhan dan terperinci. Kelima, menganalisis hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan dengan strategi iklim dini dalam kalangan pelajar. Keenam, menganalisis hubungan yang signifikan antara tahap strategi iklim dini dengan kemenjadian pelajar. Ketujuh, menganalisis hubungan signifikan antara tahap pelaksanaan iklim dini dengan kemenjadian pelajar. Kelapan, menguji perbezaan signifikan pada strategi iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar. Kesembilan, menguji perbezaan signifikan pada pelaksanaan iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar. Kesepuluh, menguji pengaruh strategi dan pelaksanaan iklim dini terhadap kemenjadian pelajar.
124 Daripada aspek analisis statistik pula, dua jenis laporan akan digunakan untuk mencapai sepuluh objektif kajian tersebut iaitu statistik deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk menerangkan demografi responden kajian dalam bentuk frekuensi, peratusan, min, dan sisihan piawai seperti yang telah dinyatakan dalam soalan kajian pertama, kedua, ketiga dan keempat. Seterusnya statistik inferensi pula (Korelasi Pearson, ANOVA, dan Regresi Berganda) digunakan untuk menjawab soalan kajian kelima, keenam, ketujuh, kelapan, kesembilan dan kesepuluh. 4.2 Pembersihan data (Missing Value) Pada mulanya pembersihan data dibuat melalui Multiple Imputation untuk mengenal pasti bahawa semua sampel telah menjawab semua item dan semua pemboleh ubah yang dinilai telah mendapat maklum balas penuh daripada sampel kajian. Dapatan daripada pembersihan data melalui Multiple Imputation telah menunjukkan syarat penggunaannya tidak dapat dipenuhi: Pertamanya, kurang daripada 10% manakala yang kedua dapatan nilai Little’s MCAR test adalah signifikan. Ini menunjukkan proses pembersihan data tidak boleh menggunakan cara ini untuk proses pembersihan data. Seterusnya, kaedah penggantian nombor lain secara satu persatu digunakan untuk membersihkan data yang hilang (missing value). Semua pemboleh ubah (variables) telah dibersihkan (100 %) dan nilai missing value nya adalah 0 peratus. Begitu juga daripada segi cases atau responden seramai n = 368 orang terdiri daripada pelajar di sekolah menengah agama juga telah menjawab semua item yang diberikan. Manakala jumlah keseluruhan data yang telah di key in dalam SPSS atau complete data sebanyak 52,624. Kotak missing value patterns dan missing value patterns juga telah menunjukkan maksud yang sama. Rajah 4.1 telah menunjukkan bahawa semua item
125 telah dijawab oleh semua responden kajian dan telah dibersihkan daripada sebarang blank atau data missing. Rajah 4:1 : Pembersihan Data “Multiple Imputation”. 4.3 Pengecaman Data Terpencil (Outliers) Hair, Black, Babin, Anderson dan Tatham (2014) telah menjelaskan data terpencil atau outliers adalah data yang menyimpang terlalu jauh dari data yang lainnya dalam suatu rangkaian data, jika tidak dibersihkan data outliers boleh memberi kesan bias (tidak mencerminkan dapatan sebenar). Pallant (2011) menjelaskan data outliers boleh dijumpai dalam Boxplots yang ditunjukkan dengan simbol bulatan kecil (*) yang hadir bersama nombor kes. Meneliti data-data yang terpencil sangat penting kerana ia melibatkan keputusan sama ada untuk membuang sampel (case) tersebut atau terus dikekalkan. Data terpencil yang perlu dibuang adalah data-data yang membabitkan kesilapan memasukkan data entri di samping tercatatnya kehilangan nilai yang sebenar dan sepatutnya menjadi nilai dalam kajian (Tabachnick & Fidell 2013). Dalam kajian ini, outliers yang dibuang adalah sebanyak 10 case atau sampel yang berada di luar kotak Boxplot daripada tiga konstruk/pemboleh ubah kajian iaitu tahap strategi, tahap pelaksanaan dan tahap kemenjadian pelajar (sahsiah). Selepas pembuangan data terpencil (outliers) baki n = 368/378 masih mencukupi atau melebihi
126 daripada sampel sebenar n =351 yang akan digunakan untuk menganalisis kajian berdasarkan jadual saiz sampel Roasoft (2004). Oleh sebab baki responden n = 368 melebihi n =357 selepas pembersihan case (responden/sampel) melalui outliers maka saiz sampel yang akan digunakan adalah n=368. Oleh itu, saiz sampel dalam kajian ini adalah 10% lebih daripada jumlah saiz sampel sebenar (Gay, Mills & Airasian 2012) yang telah ditetapkan agar baki sampel sebenar kekal menepati jadual saiz sampel Krejcie & Morgan (1970) dan Roasoft (2004). Jadual 4.1 berikut menunjukkan hasil SPSS case outliers (responden) yang telah dibuang. Antara bilangan sampel outlier yang telah dibuang adalah seperti berikut: Jadual 4.1: Sampel outliers yang telah disingkirkan No. Bilangan no siri responden No. Bilangan no siri responden 1. 372 6. 45 2. 80 7. 345 3. 281 8. 37 4. 234 9. 84 5. 56 10. 95 4.4 Ujian Normaliti Ujian normaliti data perlu dibuat untuk melihat sama ada data berdistribusi normal (parametrik) atau tidak normal (bukan parametrik). Penentuan ujian normaliti sama ada data berdistribusi normal atau tidak adalah untuk menentukan kesesuaian penggunaan statistik parametrik atau bukan parametrik. Terdapat beberapa cara untuk mengesan distribusi data melalui ujian normaliti. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan tiga jenis ujian normaliti iaitu pertamanya nilai min, median dan mod yang sama atau hampir sama. Kedua, ujian skewness serta kurtosis (± 2). Ketiga, keluk histogram bell curve (Creswell 2012).
127 Tabachnick dan Fidell (2013) menjelaskan nilai skewness dan kurtosis merujuk pada bentuk taburan data iaitu nilai sifar bagi skewness dan kurtosis menggambarkan taburan 100% normal. Data bertaburan secara normal apabila kedua-dua nilai berada pada julat +/-1.7 sehingga +/-2. Bagi Chou dan Bentler (1995) nilai yang dianggap melebihi ±3.0 dijadikan penanda aras bagi melihat kenormalan nilai skewness dan kurtosis. Rajah 4.2 menunjukkan keluk histogram ketiga-tiga konstruk berdistribusi secara normal berdasarkan bentuk keluk bell curve. Dengan itu, sebarang ujian inferensi dalam kajian ini akan menggunakan statistik parametrik. Rajah 4:2: Keluk Histogram Ketiga-Tiga Konstruk Bertaburan Secara Normal Dapatan ujian normaliti menunjukkan ketiga-tiga konstruk nilai min, median dan mod serta ujian skewness dan kurtosis tersebut masih berada dalam kelompok data bertaburan secara normal apabila nilai min, median dan mod mempunyai nilai yang sama atau hampir sama. Bagi strategi min = 4.02, median = 4.04 dan mod = 5.00, juga bagi konstruk pelaksanaan min = 4.12, median = 4.22 dan mod = 4.00, juga bagi konstruk kemenjadian pelajar min = 4.20, median = 4.21 dan mod = 4.61. Manakala aspek strategi bagi nilai skewness = -0.46, kurtosis = 0.28, juga bagi pelaksanaan nilai Berdasarkan pemboleh ubah strategi menunjukkan bertaburan secara normal. Strategi Berdasarkan pemboleh ubah pelaksanaan menunjukkan bertaburan secara normal. Pelaksanaan Kemenjadian Pelajar Berdasarkan pemboleh ubah kemenjadian pelajar menunjukkan bertaburan secara normal.
128 skewness = -0.88, kurtosis = 0.76, dan akhir sekali bagi aspek kemenjadian pelajar pula, nilai skewness = -0.31, kurtosis = -0.14. Jadual 4.2: Nilai Min, Median, Mod Serta Ujian Skewness dan Kurtosis Strategi Pelaksanaan Kemenjadian pelajar N Valid 368 368 368 Missing 0 0 0 Min 4.02 4.12 4.20 Median 4.04 4.22 4.21 Mod 4.30 5.00 4.61 Skewness -0.46 -0.88 -0.31 Kurtosis 0.28 0.76 -0.14 4.5 Demografi responden kajian Responden kajian terdiri daripada 368 orang pelajar tingkatan empat di sembilan buah sekolah dari tiga jenis sekolah yang berbeza iaitu tiga buah dari setiap jenis Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) di seluruh negeri Bergantung pada. Mereka terpilih daripada sekolah-sekolah menengah agama yang ada di negeri Bergantung pada yang mempunyai kurikulum yang hampir sama. Profil Pelajar Berdasarkan Demografi Peribadi Responden Jadual 4.3 menunjukkan taburan sampel berdasarkan jantina, jenis sekolah, dan pilihan masuk sekolah menengah agama. Berdasarkan taburan sampel jantina, seramai 368 orang responden dari kajian ini yang terdiri daripada 168 (45.7%) orang pelajar lelaki dan 200 (54.3%) orang pelajar perempuan. Taburan sampel jenis sekolah pula, seramai 133 orang (36.1%) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), 98 orang
129 (26.6%) dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan seramai 137 orang (37.2%) dari Sekolah Agama Negeri (SAN). Seramai 206 orang pelajar (56%) membuat pilihan sendiri untuk masuk ke sekolah menengah agama, manakala terdapat 147 orang pelajar (39.9%) pula merupakan pilihan daripada ibu bapa mereka untuk masuk ke sekolah agama. Hanya segelintir pelajar sahaja yang mengikut rakan iaitu seramai 7 orang (1.9%), pilihan sekolah dahulu seramai 7 orang (1.9%) dan lain-lain sebab hanya 1 orang (0.3%). Ini menunjukkan majoriti pelajar membuat pilihan sendiri dan pilihan ibu bapa sahaja yang dipilih untuk belajar di sekolah menengah agama. Jadual 4.3: Demografi Peribadi Responden Demografi Peribadi Responden Kekerapan Peratusan Jantina Lelaki 168 45.7 Perempuan 200 54.3 Jumlah 368 100.0 Jenis sekolah SMKA 133 36.1 SABK 98 26.6 SAN 137 37.2 Jumlah 368 100.0 Pilihan masuk sekolah pilihan sendiri 206 56.0 pilihan ibu bapa 147 39.9 ikut rakan 7 1.9 pilihan sekolah dahulu 7 1.9 lain-lain 1 0.3 Jumlah 368 100.0 Profil Pelajar Berdasarkan Demografi Keluarga Responden Jadual 4.4 menunjukkan demografi keluarga responden yang terdiri daripada peringatan ibu bapa supaya menjaga penghayatan Islam dalam kehidupan seharian, tahap pendidikan ibu bapa, dan pendapatan ibu bapa. Daripada 368 orang pelajar yang dikaji, seramai 168 orang (45.7%) yang menyatakan ibu bapa mereka sangat mengambil berat dalam memberikan peringatan supaya menjaga penghayatan Islam dalam kehidupan seharian mereka manakala seramai 200 orang pelajar (54.3%) yang menyatakan ibu
130 bapa mereka sederhana atau jarang-jarang dalam memberi peringatan dan tiada ibu bapa (0.0 %) yang tidak mengambil kisah terhadap memberi ingatan terhadap anak mereka. Dari segi jumlah keseluruhan pendapatan keluarga pula, seramai 141 orang pelajar (38%) yang mempunyai pendapatan antara RM1000 hingga RM3000, manakala seramai 117 (31.8%) memperoleh pendapatan antara RM3001 hingga RM5000, dan seramai 110 orang pelajar (29.9%) pula memperoleh pendapatan bermula RM5001 dan ke atas. Jadual 4.4: Demografi Keluarga Responden Latar belakang responden Kekerapan Peratusan Peringatan ibu bapa sangat mengambil berat 168 45.7 sederhana 200 54.3 Tidak ambil kisah 0 0.0 Jumlah 368 100.0 Tahap pendidikan tertinggi ibu/bapa Tidak bersekolah 1 0.3 sekolah rendah 9 2.4 SRP/LCE 9 2.4 SPM/MCE 90 24.5 Diploma/Ijazah 223 60.6 Sarjana/ Kedoktoran 36 9.8 Jumlah 368 100.0 Jumlah pendapatan seisi keluarga 1000-3000 141 38.0 3001-5000 117 31.8 5001 ke atas 110 29.9 Jumlah 368 100.0 4.6 Soalan kajian 1: Apakah tahap strategi iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar? Bagi menjawab soalan kajian ini, analisis dapatan kajian mengenai pandangan pelajar terhadap tahap strategi iklim dini di sekolah berdasarkan tiga sub dimensi iaitu tahap penggunaan strategi aktiviti, tahap penggunaan strategi teladan dan tahap penggunaan strategi amali di analisis dengan menggunakan statistik deskriptif. Analisis ini untuk