The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Perbandingan iklim sekolah antara sekolah menengah agama di negeri Kelantan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by DR. RAIHAN BINTI MOHD ARIFIN (IPGM-KOTABHARU), 2024-03-19 03:02:38

STRATEGI DAN PELAKSANAAN IKLIM DINI TERHADAP KEMENJADIAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA

Perbandingan iklim sekolah antara sekolah menengah agama di negeri Kelantan

Keywords: iklim dini,kemenjadian pelajar

181 4.16 Ringkasan dapatan kajian Obj. Kajian Soalan kajian Jenis ujian/ Hipotesis nol Sig. Dapatan kajian 1 Apakah tahap strategi iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar? Analisis deskriptif menggunakan min, sisihan piawai, dan peratusan. Strategi iklim dini secara keseluruhan berada pada tahap yang tinggi (M=4.02, SP=0.37) dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama. 2 Apakah tahap pelaksanaan iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar? Analisis deskriptif menggunakan min, sisihan piawai, dan peratusan. Pelaksanaan iklim dini secara keseluruhan berada pada tahap yang tinggi (M=4.12, SP=0.53) dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama. 3 Apakah tahap kemenjadian pelajar secara keseluruhan dan berdasarkan kategori dalam kalangan pelajar? Analisis deskriptif menggunakan min, sisihan piawai, dan peratusan. Kemenjadian pelajar secara keseluruhan berada pada tahap yang tinggi (M=4.20, SP=0.35) dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama. 4 Apakah pola strategi dan pelaksanaan iklim dini dalam kalangan pelajar secara keseluruhan dan terperinci? Analisis deskriptif menggunakan min, sisihan piawai, dan peratusan. Pola strategi dan pelaksanaan pelajar secara keseluruhan berada pada tahap yang tinggi (M=4.02, SP=0.37), (M=4.12, SP=0.53) dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama. 5 Adakah terdapat perbezaan hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan dengan strategi iklim dini dalam kalangan pelajar? Ho.1- Ujian T / Terdapat hubungan signifikan (t (367)= -27.22, r= 0.82) antara tahap pelaksanaan ID dengan strategi ID dalam kalangan pelajar. 6 Adakah terdapat hubungan signifikan antara tahap strategi iklim dini dengan kemenjadian pelajar? Ho.2- Ujian T / Terdapat hubungan signifikan (M= 4.26, RP= 0.02) (M= 4.26, RP= 0.02) daripada pelajar sederhana (M= 3.89, RP= 0.04), t (367) = - 8.45, p < 0.05, r= 0.40 antara tahap strategi ID sederhana dan tinggi dengan kemenjadian pelajar. 7 Adakah terdapat hubungan signifikan antara tahap pelaksanaan iklim dini dengan kemenjadian pelajar? Ho.3- Ujian T / Terdapat hubungan signifikan M= 4.26, RP= 0.02) daripada tahap sederhana pelaksanaan iklim dini (M= 3.91, RP= 0.04), t (367) = - 8.21, p < 0.05, r= 0.39.] antara tahap pelaksanaan ID rendah, sederhana, dan tinggi dengan kemenjadian pelajar. 8 Adakah terdapat perbezaan signifikan pada strategi iklim dini berdasarkan faktor jenis Ho.4- ANOVA X Tidak terdapat perbezaan signifikan [F (df= 2, 365) = 1.958, p= 0.001] pada strategi iklim dini berdasarkan faktor demografi: jenis sekolah dalam kalangan pelajar.


182 sekolah dalam kalangan pelajar? 9 Adakah terdapat perbezaan signifikan pada pelaksanaan iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar? Ho.5- ANOVA X Tidak terdapat perbezaan signifikan [F (df= 2, 365) = 2.711, p= 0.001] pada pelaksanaan iklim dini berdasarkan faktor demografi: jenis sekolah dalam kalangan pelajar. 10 Adakah terdapat pengaruh strategi dan pelaksanaan iklim dini terhadap kemenjadian pelajar? Ho.6- Regresi / Terdapat 43.5% pengaruh yang kuat antara kemenjadian pelajar terhadap pemboleh ubah bebas: strategi dan pelaksanaan iklim dini. 4.17 Kesimpulan Sebagai rumusan dalam bab empat kesemua sepuluh soalan kajian telah dapat dijawab dengan menggunakan pelbagai jenis statistik mengikut kesesuaian soalan kajian seperti statistik deskriptif bagi menjawab soalan yang berkaitan dengan data profil/demografi sampel kajian, juga bagi menghuraikan secara deskriptif bagi setiap konstruk yang berkaitan dengan strategi dan pelaksanaan yang digunakan untuk membentuk kemenjadian pelajar yang cemerlang. Sebanyak enam hipotesis nol telah diuji dan empat daripadanya telah berjaya ditolak manakala dua lagi hipotesis nol diterima. Selain itu, statistik inferensi juga digunakan seperti ANOVA sehala digunakan bagi menjawab soalan kajian yang berkaitan dengan perbezaan secara signifikan antara strategi, pelaksanaan dengan jenis sekolah menengah agama serta akhir sekali penggunaan statistik korelasi yang digunakan bagi menjawab soalan hubungan secara signifikan antara strategi dan pelaksanaan iklim dini. Bab lima berikutnya menjelaskan rumusan dapatan kajian yang dibuat berdasarkan penemuan-penemuan baharu, kemudian diikuti oleh perbincangan kajian yang membahaskan perbezaan dan persamaan dapatan kajian sekarang dengan dapatan kajian yang lalu seperti yang disentuh dalam bab dua terdahulu. Bab lima akan ditutup dengan cadangan kajian lanjutan.


183 PERBINCANGAN 5.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan rumusan kajian, dapatan kajian, sumbangan, implikasi serta cadangan untuk kajian lanjutan. Rumusan kajian memaparkan maklumat ringkas berkenaan tujuan serta objektif kajian, soalan kajian, metodologi kajian dan dapatan kajian. Dapatan kajian akan dihuraikan dan dikupas berdasarkan kajian-kajian lepas serta maklumat teori yang berkaitan. Setelah perbincangan dapatan kajian, perbincangan implikasi pengetahuan, praktikal, teoretis dan empirikal hasil daripada kajian ini dilaporkan. Penjelasan tentang sumbangan kajian kepada ilmu bidang, bidang penyelidikan dan masyarakat dikemukakan. Cadangan kajian praktikal dan lanjutan juga dibincangkan bagi meneruskan kelangsungan kajian ini. Ringkasan kajian ini meliputi perbincangan kajian yang telah dilakukan. 5.2 Rumusan Kajian Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk menganalisis kesan faktor yang mempengaruhi kemenjadian pelajar dengan iklim dini sekolah. Ia menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah strategi dan pelaksanaan iklim dini dengan kemenjadian pelajar. Secara spesifiknya, kajian ini melihat sejauh mana terdapatnya kesan pemboleh ubah strategi dan pelaksanaan iklim dini di sekolah menengah agama serta menentukan pemboleh ubah yang menyumbang kepada kemenjadian pelajar.


184 Di samping itu, kajian ini turut menilai hubungan yang signifikan antara strategi (aktiviti, teladan dan amali) dan pelaksanaan (kepimpinan, persekitaran fizikal, kurikulum & kokurikulum dan hubungan komuniti) dan juga strategi dengan kemenjadian pelajar. Kajian ini juga melihat perbezaan signifikan strategi dan pelaksanaan iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah agama yang berbeza. Kemenjadian pelajar pula dilihat secara menyeluruh yang merangkumi akademik, kokurikulum, dan sahsiah. Reka Bentuk Dan Instrumen Kajian Reka bentuk kajian ini dijalankan secara kajian tinjauan deskriptif yang bersifat tinjauan rentas (cross sectional) yang menggunakan pendekatan kuantitatif untuk pengumpulan dan penganalisisan data. Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar tingkatan empat di sekolah menengah agama di negeri Kelantan. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah 3 jenis sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Agama Negeri (SAN). Sebanyak sembilan buah sekolah yang terlibat iaitu tiga buah sekolah daripada SMKA, tiga buah sekolah daripada SABK dan tiga buah sekolah daripada SAN yang dipilih secara rawak berstrata berdasarkan nisbah. Daripada jumlah tersebut, seramai 368 responden telah dipilih secara rawak bersistematik. Kajian kuantitatif ini menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen kajian untuk mengumpul maklumat tentang strategi dan pelaksanaan iklim dini dalam kalangan responden. Instrumen ini terdiri daripada empat bahagian: latar belakang demografi pelajar, strategi (aktiviti, teladan dan amali), pelaksanaan (kepimpinan, persekitaran fizikal, kurikulum & kokurikulum dan hubungan komuniti) iklim dini dan juga item sahsiah yang merupakan salah satu aspek dalam kemenjadian pelajar. Soal selidik


185 sahsiah dan strategi diambil dan diubah suai daripada (Norhisham 2015) manakala bahagian pelaksanaan diambil daripada (Raihan 2016). Kesahan muka dan kesahan kandungan dilakukan terhadap soal selidik tersebut sebelum dijalankan ujian rintis. Seramai tujuh orang pakar telah meneliti serta menyemak setiap item soal selidik tersebut. Sebelum ujian rintis dijalankan, ujian kebolehbacaan dilakukan kepada seramai sepuluh orang pelajar tingkatan empat dari sekolah menengah agama yang berbeza. Kebolehbacaan ini dijalankan untuk memastikan instrumen kajian mempunyai tahap kebolehbacaan yang tinggi dan jelas. Setelah ujian kebolehbacaan ini disemak dan diteliti, barulah ujian rintis dijalankan terhadap 40 orang pelajar sekolah menengah agama bagi menguji kebolehtadbiran instrumen, mendapatkan kesahan muka, serta menentukan indeks kebolehbacaan. Hasil daripada ujian rintis, nilai indeks Alfa Cronbach yang diperoleh dari setiap konstruk adalah antara 0.67 hingga 0.96. Indeks kebolehpercayaan ini menunjukkan bahawa set soal selidik ini berada pada tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diterima pakai dalam kajian (Field 2009; Pallant 2011; Devellis 2003; Sekaran & Bougie 2016). Dapatan kajian Dapatan kajian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu analisis secara deskriptif dan inferensi. Bagi menjawab soalan kajian 1 hingga 4, analisis deskriptif digunakan untuk melaporkan secara keseluruhan maklumat demografi responden yang berkaitan dengan pemboleh ubah bebas seperti nilai min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai. Seterusnya soalan kajian 5 hingga 10 dianalisis dengan menggunakan statistik inferensi untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian serta melihat hubungan yang wujud antara pemboleh ubah bebas dengan pemboleh ubah bersandar. Statistik inferensi yang


186 digunakan dalam kajian ini ialah ujian-T, ujian Analisis Varian (ANOVA), dan juga Regresi Berganda. Analisis Deskriptif 1. Jumlah tahap keseluruhan penggunaan strategi dalam kalangan pelajar secara adalah tinggi (M=4.02). 2. Tahap penggunaan strategi aktiviti dalam kalangan pelajar secara konstruk adalah tinggi (M=3.84). 3. Tahap penggunaan strategi teladan dalam kalangan pelajar secara konstruk adalah tinggi (M=4.12). 4. Tahap penggunaan strategi amali dalam kalangan pelajar secara konstruk adalah tinggi (M=4.10). 5. Kekerapan penggunaan strategi ID tertinggi bermula dengan teladan (M=4.12), amali (M=4.10) dan diakhiri oleh aktiviti (M=3.84). 6. Jumlah tahap keseluruhan penggunaan pelaksanaan dalam kalangan pelajar adalah tinggi (M=4.12). 7. Tahap penggunaan pelaksanaan konstruk kepimpinan dalam kalangan pelajar adalah tinggi (M=4.30). 8. Tahap penggunaan pelaksanaan konstruk persekitaran fizikal dalam kalangan pelajar adalah tinggi (M=4.31). 9. Tahap penggunaan pelaksanaan konstruk kurikulum dan kokurikulum dalam kalangan pelajar adalah tinggi (M=4.01). 10. Tahap penggunaan pelaksanaan konstruk hubungan dengan komuniti dalam kalangan pelajar adalah tinggi (M=3.88).


187 11. Kekerapan penggunaan pelaksanaan ID tertinggi bermula dengan persekitaran fizikal (M=4.31), kepimpinan (M=4.30), kurikulum dan kokurikulum (M=4.01) dan diakhiri oleh hubungan dengan komuniti (M=3.88). 12. Tahap keseluruhan penggunaan tiga aspek kemenjadian pelajar (akademik, kokurikulum dan sahsiah) mempunyai tahap yang tinggi iaitu (M=4.90). 13. Gabungan ketiga aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah menunjukkan 342 orang pelajar (92.9%) mempunyai kemenjadian pelajar yang tinggi, manakala seramai 26 orang pelajar (7.1%) sahaja yang sederhana. Tidak terdapat peratusan pelajar yang mempunyai kemenjadian pelajar yang rendah. 14. Tahap kemenjadian pelajar dari aspek akademik adalah tinggi iaitu (M=4.48). 15. Kemenjadian pelajar bagi aspek akademik, seramai 248 responden (67.4%) mendapat 8A-9A dan ke atas dalam ujian penilaian tingkatan 3 (PT3), manakala seramai 74 responden (20.1%) mendapat 6A-7A, responden 4A-5A seramai 24 orang (6.5%), 2A-3A seramai 18 orang (4.9%) dan terdapat 4 responden (1.1%) sahaja yang memperoleh kurang dari 1A. 16. Tahap kemenjadian pelajar dari aspek kokurikulum adalah tinggi iaitu (M=4.18). 17. Kemenjadian pelajar bagi aspek kokurikulum pula, seramai 132 responden (35.9%) memperoleh 81-100%, seramai 178 responden (48.4%) memperoleh 61-80%. Hanya seramai 2 orang (0.5%) yang mendapat kurang dari 20% dalam ujian kecergasan PAJSK. 18. Tahap kemenjadian pelajar dari aspek sahsiah adalah tinggi iaitu (M=4.16). 19. Tahap kemenjadian pelajar dari aspek sahsiah terbahagi kepada empat bahagian. Susunan akhlak mengikut min yang tertinggi adalah akhlak terhadap alam sekitar (M=4.50), akhlak terhadap diri (M=4.20), akhlak terhadap warga sekolah dan masyarakat (M=4.10), dan akhlak terhadap Allah dan Rasul (M=4.07).


188 20. Pola strategi ID yang paling kerap dilakukan oleh pelajar adalah tinggi iaitu sebanyak 82.6% dan 17.4% adalah sederhana manakala tiada tahap yang paling rendah. 21. Tahap penggunaan tiga dimensi strategi (aktiviti, teladan dan amali) mempunyai tahap yang tinggi iaitu (M=4.02). 22. Pola pelaksanaan ID yang paling kerap dilakukan oleh pelajar adalah tinggi iaitu sebanyak 81.5% manakala 17.9% adalah sederhana dan 0.5% adalah rendah. 23. Tahap penggunaan empat dimensi pelaksanaan (kepimpinan, persekitaran fizikal, kurikulum dan kokurikulum dan hubungan komuniti) mempunyai tahap yang tinggi iaitu (M=4.12). Analisis Inferensi 1. Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan dengan strategi ID dalam kalangan pelajar. Eta Squared menunjukkan tahap pelaksanaan memberi saiz kesan yang besar kepada strategi iaitu sebanyak 82%. 2. Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap strategi dengan kemenjadian pelajar. Eta Squared menunjukkan tahap strategi memberi saiz kesan sebanyak 40% terhadap kemenjadian pelajar. 3. Tahap antara strategi dengan kemenjadian pelajar adalah signifikan (M= 4.26) daripada pelajar sederhana (M= 3.89). 4. Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan dengan kemenjadian pelajar. Eta squared menunjukkan tahap pelaksanaan memberi saiz kesan sebanyak 39% kepada kemenjadian pelajar.


189 5. Terdapat dua tahap pelaksanaan iklim dini iaitu tinggi (M= 4.26) dan tahap sederhana (M= 3.91). 6. Tidak terdapat perbezaan signifikan pada strategi ID berdasarkan faktor jenis sekolah [f (df= 2, 365) = 1.958, p= 0.001]. 7. Tidak terdapat perbezaan signifikan pada pelaksanaan ID berdasarkan faktor jenis sekolah [f (df= 2, 365) = 2.711, p= 0.001]. 8. Terdapat sumbangan signifikan oleh pelaksanaan iaitu sebanyak 35.4%, manakala strategi 8.1% terhadap kemenjadian pelajar. 9. Terdapat sumbangan signifikan oleh kedua-dua pemboleh ubah peramal, strategi dan pelaksanaan ID terhadap kemenjadian pelajar iaitu sebanyak 43.5%. 10. Model pemboleh-pemboleh ubah peramal yang digunakan dalam kajian ini sesuai digunakan untuk meramal tahap strategi dan pelaksanaan iklim dini dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama di negeri Kelantan. Objektif Dan Soalan Kajian Objektif dan soalan kajian yang dibina bagi membentuk hala tuju penyelidikan ini adalah seperti Jadual 5.1 berikut:


Jadual 5.1: Rumusan dapatan kajian berdasarkan objektif kajian No Objektif Kajian Soalan Kajian H1. Mengenal pasti tahap strategi iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar. Apakah tahap strategi iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar? Analisis 2. Mengenal pasti tahap pelaksanaan iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar. Apakah tahap pelaksanaan iklim dini secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk dalam kalangan pelajar? Analisis 3. Mengenal pasti tahap kemenjadian pelajar secara keseluruhan dan berdasarkan kategori dalam kalangan pelajar. Apakah tahap kemenjadian pelajar secara keseluruhan dan berdasarkan kategori dalam kalangan pelajar? Analisis 4. Mengkonseptualisasikan pola strategi dan pelaksanaan iklim dini dalam kalangan pelajar secara keseluruhan dan terperinci Apakah pola strategi dan pelaksanaan iklim dini dalam kalangan pelajar secara keseluruhan dan terperinci? Analisis 5. Menganalisis hubungan signifikan antara strategi dengan tahap pelaksanaan iklim dini dalam kalangan pelajar. Adakah terdapat hubungan signifikan antara strategi dengan tahap pelaksanaan iklim dini dalam kalangan pelajar? Ho.1 Tperbezaansignifikandengan taiklim dinipelajar.


190 Hipotesis Ujian Statistik Sig. Dapatan secara deskriptif %, min dan sisihan piawai Strategi iklim dini secara keseluruhan berada pada tahap yang tinggi (M=4.02, SP=0.37) dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama. secara deskriptif %, min dan sisihan piawai Pelaksanaan iklim dini secara keseluruhan berada pada tahap yang tinggi (M=4.12, SP=0.53) dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama. secara deskriptif %, min dan sisihan piawai Kemenjadian pelajar secara keseluruhan berada pada tahap yang tinggi (M=4.20, SP=0.35) dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama. secara deskriptif %, min dan sisihan piawai Pola strategi ID yang paling kerap dilakukan oleh pelajar adalah tinggi iaitu sebanyak 82.6% dan 17.4% adalah sederhana manakala tiada tahap yang paling rendah. Pola pelaksanaan juga adalah tinggi sebanyak 81.5% manakala 17.9% adalah sederhana dan 0.5% adalah rendah. Tidak terdapat n hubungan yang n antara strategi ahap pelaksanaan i dalam kalangan t-test / Terdapat hubungan signifikan antara tahap pelaksanaan ID dengan strategi ID dalam kalangan pelajar (t (367)= -27.22, r= 0.82).


6. Menganalisis hubungan signifikan antara tahap strategi iklim dini dengan kemenjadian pelajar. Adakah terdapat hubungan signifikan antara tahap strategi iklim dini dengan kemenjadian pelajar? Ho.2 Thubunganantara tahdini dengpelajar. 7. Menganalisis hubungan signifikan antara tahap pelaksanaan iklim dini dengan kemenjadian pelajar. Adakah terdapat hubungan signifikan antara tahap pelaksanaan iklim dini dengan kemenjadian pelajar? Ho.3 Thubunganantara taiklim kemenjad8. Menguji perbezaan signifikan pada strategi iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar. Adakah terdapat perbezaan signifikan pada strategi iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar? Ho.4 Tperbezaanbagi straberdasarkdalam kal9. Menguji perbezaan signifikan pada pelaksanaan iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar. Adakah terdapat perbezaan signifikan pada pelaksanaan iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar? Ho.5 Tperbezaanbagi peldini bersekolah pelajar. 10. Menguji pengaruh strategi dan pelaksanaan iklim dini terhadap kemenjadian pelajar. Adakah terdapat pengaruh strategi dan pelaksanaan iklim dini terhadap kemenjadian pelajar? Ho.6 Tpengaruh antara pelaksanaterhadap pelajar.


191 Tidak terdapat n yang signifikan hap strategi iklim gan kemenjadian t-test / Terdapat hubungan signifikan antara tahap strategi ID dengan kemenjadian pelajar. Bagi pelajar yang mempunyai tahap tinggi (M= 4.26, SP= 0.32) manakala daripada pelajar sederhana (M= 3.89, SP= 0.32), t (367) = -8.45, p < 0.05, r= 0.40. Tidak terdapat n yang signifikan hap pelaksanaan dini dengan dian pelajar. t-test / Terdapat hubungan signifikan antara tahap pelaksanaan ID dengan kemenjadian pelajar. Bagi pelajar yang mempunyai tahap tinggi (M= 4.26, SP= 0.34) manakala daripada tahap sederhana pelaksanaan iklim dini (M= 3.91, SP= 0.32), t (367) = -8.21, p < 0.05, r= 0.39. Tidak terdapat n yang signifikan ategi iklim dini kan jenis sekolah langan pelajar. Anova X Tidak terdapat perbezaan signifikan pada strategi iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar. [F (df= 2, 365) = 1.958, p= 0.001] Tidak terdapat n yang signifikan laksanaan iklim rdasarkan jenis dalam kalangan Anova X Tidak terdapat perbezaan signifikan pada pelaksanaan iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah dalam kalangan pelajar. [F (df= 2, 365) = 2.711, p= 0.001] Tidak terdapat yang signifikan strategi dan aan iklim dini kemenjadian Multiple regression / Terdapat 43.5% pengaruh yang kuat antara kemenjadian pelajar terhadap pemboleh ubah bebas: strategi dan pelaksanaan iklim dini.


192 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian ini membincangkan dapatan kajian yang dibahagikan kepada sub tajuk yang berbeza mengikut jenis analisis. Analisis deskriptif dimulakan terlebih dahulu, kemudian disusuli dengan analisis inferensi yang saling berkaitan antara satu sama lain. Tahap Penggunaan Strategi Iklim Dini Tahap penggunaan strategi iklim dini secara keseluruhannya menunjukkan peratusan yang tinggi dan baik. Purata kekerapan strategi iklim dini secara keseluruhan (M= 4.02) menunjukkan bahawa strategi ini berperanan penting dalam mewujudkan iklim dini di sekolah. Tahap amalan pelajar terhadap strategi iklim dini berada pada tahap tinggi di mana 82.6% (304 orang pelajar), berbanding 17.4% pada tahap sederhana (64 orang pelajar), manakala tiada pelajar yang mempunyai tahap kepercayaan yang rendah. Terdapat tiga item strategi yang kurang diamalkan dalam membentuk iklim dini. Antaranya ialah item B8- Saya menyertai minggu kesenian Islam sebagai alternatif hiburan Islam, B11- Saya mengikuti program solat tahajud di sekolah, B14- Saya suka berpuasa sunat yang telah menunjukkan berada pada tahap sederhana. Sebanyak 29 item yang lain lagi berada pada tahap yang tinggi. Dapatan ini telah menunjukkan bahawa strategi iklim yang baik dalam menyediakan aktiviti kerohanian secara teratur dan bersistematik akan memberi kesan yang positif kepada warganya. Hanya terdapat beberapa item sahaja yang mungkin sesetengah sekolah agama agak sukar untuk melakukan seperti solat tahajud, minggu kesenian Islam dan juga melakukan puasa sunat disebabkan faktor kemudahan fizikal sekolah yang kurang lengkap, masa yang tidak mencukupi, dan kekurangan guru yang menguruskan. Hal ini selari dengan kajian Ruzain (2015) yang menyatakan suasana


193 iklim keagamaan berperanan penting bagi menjana iklim dini di sekolah serta berupaya menyumbang kepada kesedaran rohani para pelajar. Bagi melihat dengan lebih terperinci tahap strategi iklim dini dari setiap aspek, analisis deskriptif bagi setiap aspek strategi dilakukan. Terdapat tiga aspek dalam tahap strategi iklim dini iaitu aktiviti, amali dan teladan. Dapatan keseluruhan tahap strategi iklim dini yang terdiri daripada 32 item dalam kajian ini berada pada tahap yang tinggi. Susunan tahap strategi yang tinggi ialah Amali (M=4.12, SP= 0.40), teladan (M=4.10, SP= 0.53) dan Aktiviti (M=3.84, SP= 0.58). Aktiviti Tahap penggunaan strategi aktiviti kerohanian di sekolah menengah agama berada pada tahap yang tinggi. Kebanyakan pelajar mengamalkan aktiviti yang berfaedah seperti mengikuti bacaan Yasin, tadarus al-Quran, mengikuti usrah, menghadiri tazkirah, mengikuti ceramah agama yang dianjurkan oleh pihak sekolah, mengikuti kem pemantapan sahsiah dan mengikuti setiap program anjuran badan dakwah dan kepimpinan Islam di sekolah. Kesemua sekolah menengah agama sering menganjurkan aktiviti-aktiviti kerohanian sebegini untuk memantapkan lagi faktor dalaman pelajar selain daripada pembelajaran di dalam kelas berdasarkan kurikulum sebagaimana yang telah dicadangkan dalam kajian lepas oleh Norhisham (2015, 2016) dan Hailan (2015). Aktiviti-aktiviti ini lebih memberi kesan yang besar dalam diri pelajar kerana pelajar dapat memberi pandangan dan bercakap sendiri sesama mereka seperti semasa usrah. Program-program sebegini lebih santai dan bermakna kepada para pelajar serta dapat mengelakkan berlaku masalah tingkah laku pelajar (Muhamad, Hashim, Daud & Borham 2019).


194 Berdasarkan dapatan juga menunjukkan majoriti pelajar kerap menghadiri aktivitiaktiviti kerohanian ini. Hanya terdapat segelintir sahaja pelajar yang tidak pernah menghadiri aktiviti kerohanian. Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan pemantapan sahsiah para pelajar lain kerana ia hanyalah kumpulan minoriti. Dengan adanya aktiviti seperti usrah, solat hajat, dan aktiviti keagamaan lain turut untuk meningkatkan strategi iklim dini di sekolah (Hailan 2015). Jadi tidak hairanlah kenapa strategi aktiviti berperanan penting dalam menghasilkan kemenjadian pelajar yang unggul. Kajian kes oleh Mustafa (2017) di sekolah menengah agama di negeri Kelantan mendapati masalah tingkah laku delinkuen banyak berlaku dalam kalangan pelajar sekolah agama. Perkara ini amat membimbangkan memandang pelajar-pelajar sekolah agama sebagai pewaris kepimpinan yang bakal menerajui negara Islam pada masa akan datang. Teladan Strategi teladan merupakan perilaku yang ditonjolkan oleh seseorang individu melalui akhlak yang baik. Hal ini kerana contoh teladan yang baik dapat mempengaruhi seseorang individu dalam lingkungannya. Strategi ini berjaya membentuk perwatakan yang positif dalam diri seseorang individu. Dapatan kajian menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu majoriti pengetua, guru dan staf di sekolah menengah agama menunjukkan contoh teladan yang baik terhadap para pelajarnya. Dengan ini secara tidak langsung para pelajar dapat mencontohi tingkah laku yang ditonjolkan oleh guru dan staf kerana mereka merupakan ikon yang baik di sekolah. Bukan itu sahaja, persekitaran sekolah juga amat mempengaruhi pembentukan akhlak dan juga contoh teladan seseorang pelajar di sekolah. Pemboleh ubah teladan


195 merupakan faktor penting dalam pembentukan karakter diri pelajar sebagaimana dalam kajian Aeni (2014) dan Permadi (2019) di Indonesia yang melihat teladan merupakan karakter utama yang dilihat dalam pembentukan kemenjadian pelajar. Seandainya persekitaran di sekolah baik, pelajar yang kurang baik juga akan terikut dengan cara yang telah di cipta oleh persekitaran sekolah tersebut. Pelajar akan malu untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh, jika seorang pelajar yang liat untuk solat tetapi berada dalam lingkungan rakan-rakan yang solat,secara automatik dia sendiri juga akan ikut solat bersama rakan-rakannya. Begitulah peri pentingnya pengaruh persekitaran dan contoh teladan yang ditunjukkan oleh orang sekeliling. Selain dari itu, sikap saling menasihati antara satu sama lain juga boleh dijadikan teladan yang baik. Persekitaran yang baik dan positif akan wujud dengan adanya amalan ini dalam kalangan pengetua, guru, staf dan pelajar. Secara tidak langsung kajian ini mampu mengisi lompang tabiat negatif seterusnya mengubah ke arah yang lebih baik. Ini menunjukkan persekitaran sekolah menjadi faktor pendorong yang kuat dalam mengamalkan sikap yang mulia dalam diri pelajar. Berdasarkan perbincangan, dapat disimpulkan bahawa keunikan akhlak dari aspek pendidikan melalui teladan yang baik antara faktor utama yang akan meninggalkan kesan positif kepada mata, hati dan jiwa manusia. Jika di sekolah, pelajar akan melihat sendiri dengan mata apa yang ditunjukkan contoh teladan (role model) oleh pengetua, guru, dan rakan-rakannya yang akan membuatkan mereka berfikir dan mengikutnya ke jalan kebaikan (Halim Tamuri & Ajuhary 2010; Permadi 2019). Peranan yang dimainkan oleh guru dan rakan-rakan amat berpengaruh besar sehingga mendapat sokongan daripada ibu bapa di rumah. Akhlak dan teladan yang baik menjadi faktor


196 tersebarnya cara hidup Islam yang sepatutnya di segenap pelosok dunia, di samping menjadi petunjuk kepada manusia ke arah jalan keimanan dan ketakwaan. Oleh itu, semua individu Islam perlu menunjukkan contoh teladan yang baik, layanan mesra tidak kira status, akhlak yang mulia, serta sifat-sifat Islam kepada semua orang tidak kira Islam ataupun bukan Islam. Hal ini akan menjadikan setiap orang itu sebagai agen pembimbing dan juga pendakwah ke arah kebaikan untuk semua. Amali Penggunaan strategi amali oleh pelajar di sekolah menengah agama berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar-pelajar ini mempunyai rutin dan amalan yang baik dalam solat seperti mengamalkan solat pada awal waktu, berjemaah di surau, dan berwirid selepas solat. Seramai 245 daripada 368 pelajar telah mengamalkan solat di awal waktu. Jika amalan ini berlarutan hingga ke peringkat universiti dan seterusnya dalam kehidupan seseorang individu, masalah salah laku dan disiplin akan berkurangan (Faizal et al. 2017). Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang menyatakan solat pada awal waktu, barang siapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama (Riwayat al-Baihaqi (2550) di dalam al-Syu’ab). Solat merupakan benteng utama daripada melakukan kemungkaran. Dengan menjaga solat di awal waktu, secara tidak langsung dapat mengurangkan pelajar daripada membuat perkara yang sia-sia seperti memonteng, melepak, berbual kosong, mengumpat dan sebagainya. Dalam al-Quran juga ada menyebut berkaitan dengan solat sebanyak 123 kali berkaitan dengan solat yang menyuruh orang Islam memelihara solat serta melaksanakan solat dengan khusyuk kerana Allah (Al-Baqarah 2:238). Dengan solat juga dapat memberi kesan kepada seseorang daripada melakukan perbuatan yang tidak


197 sepatutnya sebagaimana dalam al-Quran menyebut ‘’Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’’ (Al-Ankabut, 45). Hal ini membuktikan betapa solat itu berperanan penting dalam mendidik seseorang individu sehingga ia mampu mengubah tingkah laku dan sikap seseorang. Selain itu juga, majoriti pelajar sekolah menengah agama ini melaksanakan solat berjemaah di surau sekolah. Lebih dari separuh iaitu seramai 361 daripada 368 pelajar mengamalkan solat berjemaah. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar ini mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi dengan menjaga solat di awal waktu dan berjemaah di surau (Mohamed et al. 2012). Bukan itu saja, bahkan pelajar juga sentiasa berwirid terlebih dahulu selesai solat. Lebih dari separuh iaitu 342 pelajar semestinya akan berwirid terlebih dahulu selesai solat. Amalan-amalan ini menjadi rutin kepada para pelajar sehingga membentuk tabiat yang baik dalam diri mereka. Tahap Penggunaan Pelaksanaan Iklim Dini Secara keseluruhannya, tahap penggunaan pelaksanaan iklim dini menunjukkan nilai min yang tinggi dan baik. Bagi melihat secara terperinci tahap pelaksanaan bagi setiap aspek-aspek, analisis deskriptif bagi setiap aspek dalam tahap pelaksanaan dilakukan. Purata kekerapan pelaksanaan iklim dini secara keseluruhan berada pada tahap yang tinggi (M= 4.12). Maka tidak hairanlah jika nilai min bagi tahap keseluruhan pelaksanaan bagi keempat-empat pemboleh ubah juga berada pada tahap yang tinggi. Pelaksanaan iklim dini dari aspek Kepimpinan (M=4.30, SP= 0.57), Persekitaran fizikal (M=4.31, SP= 0.53), Kurikulum & kokurikulum (M=4.01, SP= 0.61) dan Hubungan Komuniti (M=3.88, SP= 0.71) berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa pelaksanaan berperanan penting dalam mewujudkan iklim dini yang baik di sekolah.


198 Kepimpinan Sekolah Tahap kepimpinan dalam kajian ini menunjukkan min yang tinggi, sesuai dengan prestasi yang ditunjukkan oleh sekolah tersebut. Kebanyakan sekolah telah mempunyai satu badan dakwah yang dilatih kepimpinannya dalam melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan yang mencorakkan suasana persekitaran Islam di sekolah. Dengan min sedemikian, ia menunjukkan pentadbiran sekolah yang mantap serta mampu melahirkan bakal pemimpin yang cemerlang di dunia dan akhirat dengan memperkasakan pendidikan agama serta mengukuhkan akidah dalam diri para pelajar agar mereka lebih kuat menghadapi segala cabaran mendatang. Peranan pentadbir sekolah dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar adalah sangat penting. Sesuatu pengurusan sekolah bermula dengan kepimpinan pengetua dan juga para pentadbir untuk membangunkan sekolah termasuklah dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga sahsiah para pelajar. Pengetua bukan hanya menumpukan perhatian kepada urusan pentadbiran sekolah semata-mata tetapi perlu diperluaskan untuk perkara-perkara yang boleh meningkatkan pencapaian akademik para pelajar, persekitaran fizikal sekolah, hubungan dengan komuniti dan sebagainya. Pengetua yang profesional dan berilmu dapat merancang serta memimpin strategi kurikulum, memantau kemajuan pelajar serta tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah sebagaimana yang telah dibincangkan dalam kajian-kajian Huang et al. (2020); Salamun (2015) dan Ting (2010). Pentadbiran sekolah atau pengetua diibaratkan seperti nakhoda yang memandu bahtera ke destinasi yang bakal dituju. Kegagalan atau kesilapan nakhoda sudah pasti menyebabkan kapal tidak akan sampai ke destinasi. Malah lebih parah jika berlakunya silap perhitungan yang bakal menyebabkan kapal karam di lautan dengan segala muatan


199 dan penumpangnya. Kesimpulannya kecemerlangan pengetua sebagai pemimpin amat dituntut agar boleh menjadi teladan kepada warga yang dipimpin dan melahirkan pelajar yang berjaya dalam semua bidang. Tugas kepimpinan sekolah amat besar. Pihak pentadbir seharusnya sentiasa mencari jalan untuk memantapkan lagi cara untuk mentadbir, mewujudkan suasana persekitaran Islam, mengadakan program-program tarbiah, mempamerkan contoh teladan yang baik untuk diikuti dan sebagainya. Dengan adanya pentadbiran seperti ini secara tidak langsung dapat membentuk keperibadian pelajar yang mulia di samping dapat meningkatkan pencapaian akademik mahupun sahsiah pelajar. Dengan ini dapatlah dikatakan bahawa hasil dapatan daripada kajian ini menunjukkan peranan kepimpinan pihak pentadbir di sekolah amat berperanan penting dalam merangsang peningkatan pencapaian akademik pelajar serta pembentukan identiti pelajar. Hal ini terjadi mungkin disebabkan oleh pendekatan yang digunakan oleh pihak sekolah dalam mentarbiahkan para pelajar di sekolah agama. Selain itu, faktor-faktor lain juga turut berperanan seperti didikan ibu bapa di rumah, rakan sebaya dan juga komuniti setempat. Oleh itu, pendidikan di Malaysia berkembang dengan pesat selaras dengan perubahan dunia global. Era teknologi maklumat mendedahkan warga pendidik kepada pelbagai perubahan yang mencabar dalam usaha untuk mencapai matlamat pendidikan negara seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan perancangan dalam bidang pendidikan. Oleh itu, untuk menghadapi perubahan dan menyokong usaha ini, organisasi pendidikan memerlukan kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan merupakan satu faktor yang dianggap penentu dalam kejayaan sebuah organisasi. Keupayaan


200 pemimpin menjalankan peranan dalam sebuah organisasi menjadi nadi utama untuk menjamin keberkesanan seterusnya membawa kepada pencapaian objektif visi dan misi organisasi. Kejayaan sesebuah organisasi sekolah sangat bergantung kepada kewibawaan pelaksananya. Bagi menyokong kejayaan pelaksanaan, setiap organisasi sekolah sama ada kecil atau besar, pentadbirannya mesti mempunyai jentera yang mantap. Jentera pentadbiran yang cekap merupakan nadi utama kejayaan dan kemajuan sesebuah organisasi di sekolah. Oleh itu, bagi memastikan jentera pentadbiran itu berjalan dengan lancar maka warga sekolah seharusnya berganding bahu dalam menjalankan tugas. tidak perlu wujud jurang yang jauh antara pemimpin dan orang bawahan (Wei 2018; Azar & Drogendijk 2019; Mulaomerovic, Wang & Markovic 2019). Warga organisasi mestilah mempunyai amalan, etika pentadbiran dan nilai-nilai murni yang menjadi amalan setiap masa untuk dicontohi serta diteladani oleh orang yang berada di bawahnya. Sehubungan dengan itu, pengetua perlu bertindak sebagai peneraju utama yang akan menggerakkan tenaga setiap guru, staf dalam mendidik pelajar dengan menggunakan segala sumber, tenaga dan kepakaran yang sedia ada. Ini bersesuaian dengan kajian yang telah dilakukan oleh pakar pendidikan yang mengatakan bahawa pengetua adalah orang yang paling penting dalam membuat dan mengadakan perubahan di sekolah dan seterusnya menjayakan pelaksanaan program untuk memajukan sekolah. Persekitaran, kemudahan fizikal, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dan pengurusan perhubungan dengan pihak luar (komuniti) adalah menjadi tanggungjawab pengetua sebagai pemimpin di sekolah. Kepimpinan pengetua dalam menjana kecemerlangan sebuah sekolah sebagai peneraju utama sekolah menjadi penentu kepada kejayaan


201 setiap perancangan dan menggerakkan setiap warga sekolah ke arah pencapaian visi yang seterusnya mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang dalam melahirkan kemenjadian pelajar yang holistik. Selain itu juga kepimpinan pengetua haruslah mampu menterjemahkan dasar kerajaan, menerapkan pengurusan organisasi berkesan, menjana visi dan misi sekolah, menggunakan maklumat dan pendekatan terkini, memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat, melaksanakan perubahan dan menjalankan penilaian dan penambahbaikan. Manakala staf pula perlu mengamalkan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan seperti berazam meningkatkan mutu perkhidmatan, bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri, berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Pendekatan Islamik juga boleh diterapkan dalam pentadbiran. Semua warga sekolah yang beragama Islam khususnya perlu sentiasa diingatkan agar melaksanakan tugas sebagai satu tanggungjawab dan ibadah yang akan dituntut oleh Allah SWT. Mereka juga perlu sering diingatkan supaya bersyukur dengan nikmat yang diberi dan semestinya menunjukkan kesyukuran itu dengan bekerja bersungguh-sungguh, penuh ikhlas dan sentiasa mengharapkan kepimpinan pengajaran dan keredaan Allah SWT. Oleh itu, guru dan staf juga dapat mempengaruhi orang yang diberikan 'empowerment' kepada orang bawahannya supaya melaksanakan tugas mereka dengan baik untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Mereka juga berupaya mempraktikkan kemahiran membuat keputusan dengan baik seperti yang telah ditetapkan. Dengan kata lain, mereka berani dan bertanggungjawab terutamanya dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak terlalu bergantung harap dengan majikan semata-mata. Kepimpinan yang berkesan ialah usaha untuk meningkatkan pencapaian pemimpin


202 yang berkebolehan dari aspek akademik dan kokurikulum dengan menggunakan pelbagai stail serta sahsiah dalam kalangan kepimpinan mengikut situasi pelajar. Melalui dasar mesra dan terbuka, setiap orang digalakkan untuk memberikan pandangan dan mengurus sumber manusia dalam memberikan idea untuk memajukan sekolah. Namun apa yang menjadi masalah yang sering kali timbul adalah kesukaran dalam mencapai kata sepakat sesama guru dan pelajar. Oleh itu, pengetua seharusnya bijak dalam melakukan perubahan untuk mencapai matlamat dan kemajuan perubahan visi di sekolah tanpa berlaku persengketaan. Peranan pentadbir sekolah untuk sedia membantu pelajar-pelajar yang bermasalah, memberikan galakan kepada pelajarpelajar serta memotivasikan pelajar-pelajar dalam ucapan semasa perhimpunan dilihat dapat membantu meningkatkan pencapaian akademik pelajar di sekolah. Pendekatan untuk melakukan perkara sebegini terletak pada kebijaksanaan dan pengurusan pentadbir sekolah itu sendiri. Ini kerana guru merupakan aset perubahan yang amat penting semasa keberadaan para pelajar di sekolah. Terdapat segelintir ibu bapa yang kurang memberikan kepercayaan kepada guru yang menyebabkan guru sukar untuk melaksanakan tugas sama ada dari segi status kelayakan dengan baik mahupun melibatkan pengajaran dan memberi sokongan kepada pembelajaran. Dengan itu, perancangan yang sistematik dari pihak pengetua dan pentadbir perlu disediakan dengan lebih teliti dalam membimbing guruguru dan para pelajar agar terbentuk satu strategi yang mantap untuk digunakan di sekolah. Walau bagaimana pun, kerjasama erat antara pihak pentadbir, guru, staf dan pelajar perlu dilakukan demi melahirkan kualiti pendidikan negara. Kejayaan sesebuah sekolah dalam menghasilkan pelajar masa kini perlu seiring dan holistik yang merangkumi kecemerlangan akademik, kokurikulum dan juga kesempurnaan sahsiah.


203 Dalam menelusuri era kemajuan pendidikan 4.0, kesediaan dan kemenjadian pelajar seharusnya dilihat dengan lebih teliti secara holistik. Penerapan modal insan yang sempurna perlu dipertingkatkan demi menghasilkan generasi rabbani serta kecemerlangan negara. Perkara ini bukan sesuatu yang baru, jika diteliti hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia melalui falsafah pendidikan yang menyatakan bahawa pendidikan di Malaysia bertujuan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual dan sahsiah (JERIS). Walau bagaimana pun, kita masih lagi belum mencapai sepenuhnya tanpa peranan daripada semua pihak terutamanya kepimpinan pengetua. Semua ini menuntut peranan pengetua sebagai pemimpin untuk menggembleng seluruh tenaga dengan sokongan daripada semua pihak untuk mencapai hasrat negara ini. Persekitaran Fizikal Sekolah Kajian ini mendapati suasana atau persekitaran fizikal sekolah yang ceria serta selamat amat penting dalam memberikan semangat dan motivasi kepada pelajar. Nilai min kekerapan menunjukkan persekitaran fizikal sekolah berada pada tahap yang tinggi. Para guru dan pelajar akan berasa tenang dan selesa ketika berada dalam kawasan persekitaran sekolah yang bersih dan selamat. Dengan erti kata lain, warga sekolah akan berasa seronok dan selesa dengan kemudahan persekitaran fizikal yang kondusif yang mencorakkan suasana Islamik (Fabil & Ismail 2019; Raihan, Kamarul Shukri, & Amrullah 2018; Zin & Ali 2017). Persekitaran sekolah yang selesa secara tidak langsung memberi motivasi dan semangat kepada para pelajar untuk hadir ke sekolah tanpa paksaan daripada ibu bapa (Van Eck et al. 2017; Hamlin 2020). Pelajar akan berasa seronok untuk ke sekolah dengan suasana persekitaran yang bersih di samping rakan-rakan dan para guru yang baik (Abdul Hamid


204 & Musa 2017; Yusof & Hung 2018; Hassan & Azali 2018). Hal ini akan mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan remaja sekolah apabila terdapat sesuatu tarikan di sekolah. Selain itu, motivasi juga boleh meningkatkan minat mereka kepada perkaraperkara yang berkaitan dengan akademik (Fitria 2019). Ini kerana sekolah yang selamat serta ceria, akan menyebabkan para pelajarnya sayang akan sekolah tersebut dan sikap sedemikian pula menyebabkan mereka bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Hal ini selaras dengan kempen “sekolah ku rumah ku” yang di cakna oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Banyak kajian oleh pengkaji barat lebih tiga dekad yang menyatakan persekitaran fizikal akan mempengaruhi psikologi sosial dan juga peribadi seseorang pelajar. Hal ini selari dengan kajian-kajian lepas oleh Weinstein (1979), Davis (1984), Giles-Corti dan Donovan (2002), Evans (2006), Wohlwill (2017), Shaashua dan Shaashua (2019). Peranan persekitaran fizikal mempunyai bias terhadap individu. Ini kerana faktor persekitaran memiliki peranan yang luas, bukan hanya dari segi suasana, kemudahan, landskap. Bahkan melibatkan aspek keselamatan, aktiviti, kesihatan, pemakaian, dan komuniti setempat. kesemuanya merangkumi persekitaran fizikal yang positif yang akan menyebabkan para pelajar berasa selesa, selamat dan seronok untuk hadir ke sekolah. Secara tidak langsung dapat menyelesaikan masalah ketidakhadiran yang kronik ke sekolah sebagaimana kajian oleh Van Eck et al. (2017) dan Hamlin (2020). Memandangkan iklim persekolahan merupakan salah satu elemen yang penting untuk memotivasikan pelajar hadir ke sekolah, penyelidik telah melawat ke beberapa buah jenis sekolah menengah agama yang berlainan pentadbirannya sekolah di negeri Kelantan untuk meninjau keadaan iklim dini di sekolahnya. Daripada pemerhatian penyelidik, pembangunan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) telah di naik taraf


205 dari segi infrastrukturnya. Terdapat pelbagai kemudahan asas yang sama seperti sekolah-sekolah menengah agama yang lain. Bangunan serta kemudahan diberikan keutamaan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat banyak bangunan baharu didirikan dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan terkini seperti makmal komputer, makmal sains, masjid dan asrama yang selesa untuk para pelajar. Namun begitu, keceriaan persekitaran sekolah masih boleh dipertingkatkan lagi dengan kebersihan kawasan sekolah, bilik kelas serta kawasan luar sekolah yang masih di tahap kurang memuaskan. Walau bagaimanapun, terdapat juga SABK yang tidak kurang hebatnya setanding dengan sekolah-sekolah agama yang lain seperti di SMUA Tengku Amalin. Perkara ini di sebabkan sebelum sekolah tersebut di ambil alih menjadi SABK oleh pihak KPM, sekolah tersebut telah diswastakan di bawah penyeliaan majlis agama negeri Kelantan. Oleh sebab itu, persekitaran sekolah ini terjaga dengan rapi malah terdapat kata-kata hikmah, mural dan landskap yang bercirikan Islam di sekitar sekolah ini. Kemungkinan besar sekolah ini tidak mempunyai masalah dana dan mampu menyediakan suasana persekitaran Islamik buat para pelajarnya. Tidak hairanlah prestasi di sekolah ini juga cukup terjaga berdasarkan ciri-ciri yang ada padanya. Selain itu juga, masih terdapat pelajar berada di luar kelas walaupun pada waktu pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Tandas serta kawasan di belakang sekolah masih menjadi tumpuan pelajar-pelajar terutamanya pelajar-pelajar lelaki. Hal ini mungkin disebabkan oleh pelajar-pelajar ini tidak minat dan kurang tertarik dengan keadaan persekitaran di sekolah-sekolah ini. Walaupun kawasan sekolah-sekolah di kawasan luar bandar mempunyai bangunan, kelas serta lain-lain kemudahan tetapi ianya tidak diuruskan dengan baik dari segi kekemasan dan kebersihan. Dengan situasi


206 ini, pelajar-pelajarnya rasa kurang selesa dan ini telah mengganggu proses pembelajaran. Semua ini menunjukkan bahawa walaupun sekolah-sekolah luar bandar diberikan peruntukan yang sama dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar, tetapi tahap keselamatan kawasan serta bangunan serta keceriaan kawasan sekolah masih boleh dipertikaikan lagi. Sistem pengurusan sekolah yang tidak efisien menambahkan lagi perasaan bosan dan faktor menolak keinginan melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah atas. Iklim persekolahan yang bosan ini sudah menjadi satu penyakit yang serius hampir di semua sekolah-sekolah di luar bandar dan ia merupakan isu pembahasan pembangunan pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia. Keadaan ini mungkin berpunca daripada kawasan atau halaman sekolah seperti pagar, padang serta lain-lain kemudahan yang dijaga atau tidak dibaiki dengan sempurna. Keadaan ini akan semakin teruk lagi jika sikap warga sekolah yang tidak mengambil berat terhadap kebersihan dan keceriaan dalam dan luar bangunan sekolah. Keadaan keselamatan dan keceriaan yang kurang memuaskan ini atau kurang konduktif ini mempunyai hubung kait dengan pencapaian akademik yang rendah dalam kalangan pelajar-pelajar di sekolah. Kurikulum Dan Kokurikulum Dapatan daripada kajian ini telah menunjukkan bahawa kurikulum dan kokurikulum berperanan penting dalam mewujudkan keberkesanan iklim dini di sekolah. Dapatan kajian mendapati faktor kurikulum memberikan pengaruh yang besar terhadap kemenjadian pelajar. Pengurusan dari aspek kurikulum dan kokurikulum yang baik akan memberi kesan yang positif dalam menghasilkan kemenjadian pelajar yang seimbang. Keberkesanan sesebuah sekolah adalah bergantung pada kaedah pengajaran


207 (Zulaida & Siti Masliza 2000), keberkesanan tadbir urus bilik darjah (Sammons et al. 1995), dan segala perancangan aktiviti kokurikulum di sekolah. Banyak masa di dalam kelas digunakan untuk menyampaikan ilmu dan membincangkan tugasan dengan pelajar-pelajar. Gangguan aktiviti atau program luar bilik darjah juga dapat diatasi oleh guru yang bijak menguruskan pengajaran. Kegagalan untuk mengurus pengajaran dengan baik akan menyebabkan masa terlepas dengan tidak berfaedah. Oleh kerana masa yang pelajar ada begitu terhad untuk menghabiskan silibus, ini akan memberi kesan kepada guru untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran yang diajar. Situasi ini merugikan pelajar terutamanya pelajar-pelajar sekolah menengah agama yang mempunyai banyak silibus yang di ambil berbanding sekolah menengah harian biasa. Mereka mempunyai masa yang sangat terhad kerana terpaksa berbahagi masa antara subjek akademik dan juga subjek sanawi. Sebagai rumusannya, sekolah menengah agama yang dikaji mempunyai iklim dini yang sangat baik. Keadaaan iklim dini di sekolah tersebut mempunyai hubungan dengan penghasilan produk pelajar yang cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik malah tidak ketinggalan juga aspek kokurikulum dan juga sahsiah. Dengan ini dapatlah dikatakan bahawa kemenjadian pelajar di sesebuah sekolah mempunyai hubungan yang signifikan dengan iklim sekolah tersebut. Hubungan Komuniti Hubungan dengan komuniti setempat memberikan satu gambaran hubungan antara orang di sekeliling. Dapatan menunjukkan min yang tinggi bagi konstruk ini, bermakna wujud hubungan yang akrab antara warga sekolah dengan komuniti setempat. Senario ini mendapati bahawa hubungan yang baik antara pihak sekolah dengan komuniti akan dapat menghasilkan aktiviti dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak ibu bapa.


208 Selain itu, terdapat juga jawatankuasa yang ditubuhkan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti keagamaan dengan komuniti setempat dengan amat baik sekali. Hal ini akan menyebabkan mudahnya mendapat sambutan daripada warga komuniti untuk melakukan aktiviti keagamaan seperti solat hajat, gotong royong dan lain-lain. Sokongan daripada pihak komuniti ini secara tidak langsung dapat menjayakan program dengan lebih baik di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dengan warga komuniti setempat. Hal ini selari dengan kajian oleh Afrizal dan Embong (2013) serta Awang dan Khadijah (2017) yang telah membuktikan kepentingan hubungan komuniti yang baik terhadap persekitaran sekeliling akan mewujudkan lagi hubungan kasih sayang yang erat, rasa pemilikan untuk berkongsi, interaksi sosial yang baik dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, hubungan iklim sekolah dengan komuniti ini haruslah diteliti dengan lebih mendalam kerana ia akan memberi pengaruh yang besar terhadap kes buli di sekolah. Hal ini telah dibuktikan oleh kajian Cook, Williams, Guerra, Kim dan Sadek (2010) yang telah mengukur masalah kes buli ini berlaku sejak dari usia kanak-kanak. Perkara ini cukup membimbangkan kerana lebih 1622 kes buli telah dikaji semenjak tahun 1970 dan isu ini sehingga kini masih belum selesai atas banyak faktor. Antaranya ialah faktor persekitaran dan juga hubungan komuniti yang kurang baik (Isa et al. 2020). Bukan itu saja, dunia teknologi hari ini memudahkan lagi untuk berhubung dan bersilaturahim antara masyarakat umpamanya dengan ada WhatsApp group ahli komuniti, Facebook, Instagram dan bermacam-macam lagi kemudahan media sosial. Namun begitu, jika disalah guna kemudahan ini, boleh menyebabkan perpecahan dan salah faham antara satu sama lain. Ramai masyarakat hari ini hanya aktif di media sosial, tetapi bermasalah untuk berkomunikasi terutama apabila bertemu di luar malah tidak


209 mengenali pun jiran tetangga (Watie 2016; Rahadi 2017). Perubahan dalam masyarakat masa kini berlaku di mana-mana, bukan hanya Malaysia malah negara jiran juga turut merasainya. Kesimpulannya, hal ini boleh diperbaiki seandainya semua pihak bersama-sama menjaga hubungan dengan komuniti sebaik mungkin seperti yang telah diajar oleh agama Islam sendiri. Jika semua pihak mengamalkan adab dengan komuniti ini dengan baik, ditambah dengan teknologi yang ada, maka tidak timbul masalah buli- membuli dalam kalangan masyarakat. Malah wujud hubungan yang lebih erat seperti kekeluargaan dan saling berkasih sayang sesama manusia, haiwan dan sebagainya sebagai makhluk ciptaan Allah SWT. Kemenjadian Pelajar Secara Keseluruhan Tahap kemenjadian pelajar dalam kajian ini adalah berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian ini adalah konsisten dengan beberapa dapatan kajian lepas yang menunjukkan bahawa tahap kemenjadian pelajar yang tinggi jika berada dalam persekitaran yang positif. Hal ini dibuktikan oleh kajian Siti Muhibah dan Zetty (2018); Sidek, Awang dan Ahmad (2016); Muda dan Razak (2017) serta Raihan et al. (2019). Manakala bagi kajian di luar negara pula telah melihat kepada pencapaian secara holistik ini seperti kajian oleh Lee (2018); Wang dan Degol (2016); Jaggars, Hodara, Cho dan Xu (2015); Day, Gu dan Sammons (2016); Zacharis (2015) serta Noltemeyer, Ward dan Mcloughlin (2015). Namun begitu, tidak banyak kajian yang melihat kepada kemenjadian pelajar secara menyeluruh di mana bukan hanya aspek akademik semata-mata malahan aspek kokurikulum dan juga sahsiah. Ini dibuktikan oleh kajian-kajian lepas yang melihat


210 prestasi akademik sebagai sasaran utama (Ahmad & Jinggan 2017; Bakar, Ramli Basri & Fooi 2015; Minaabad & Rad 2016; Ibrahim & Rashid 2015; Musa & Halim 2015). Bagi kajian di barat juga pencapaian akademik adalah merupakan satu keutamaan. Dapatan ini berdasarkan kajian-kajian lepas Arnold et al. (2015), Cameron et al. (2016), Muller (2018), dan Bazelais et al. (2016). Terdapat beberapa kemungkinan yang dapat menjelaskan dapatan kajian ini. Kajian ini berbeza daripada kajian-kajian sebelum ini, di mana melihat potensi pelajar secara menyeluruh yang masih baharu kerana sistem pendidikan di Malaysia sebelum ini banyak melihat dan mengejar pencapaian akademik sahaja sehingga kurang melihat aspek kokurikulum dan juga sahsiah pelajar. Jika sebelum ini, kedua-dua aspek ini kurang di ambil berat dalam pengiraan sistem merit untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah yang lebih baik seperti Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara dan sebagainya. Bermula tahun 2008 bermula OBE di Malaysia, namun hanya di peringkat pengajian tinggi sahaja. Setelah itu, pihak KPM menyedari dan melihat semua aspek ini secara sistematik di peringkat sekolah (SKPMg2). Hasilnya, hari ini graduan yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi tetapi kurang mempunyai bakat lain, pengalaman dalam memimpin, tahap kemurungan yang tinggi, perilaku yang kurang elok dan sebagainya (Cole 1988; Hope & Handerson 2014). Hal ini berlaku apabila pelajar tersebut tidak didedahkan dengan program-program tarbiah dan dakwah di sekolah untuk membuka mata mereka melihat realiti dunia luar. Perkara yang lebih penting sebelum ini adalah peningkatan pencapaian akademik dan prestasi sekolah yang dikejarkan. Kebanyakan kajian lepas mengkaji hanya sebahagian seperti sahsiah sahaja seperti kajian Nik Azis (2017), Said et al. (2017), Ahmad dan Kasim (2017); Ahmad dan


211 Kasim (2017b) serta Suhid (2005). Terdapat segelintir kajian pula yang hanya melihat kepada penglibatan kokurikulum seperti kajian oleh Azzam (2016), Chuah (2016), Hamzah dan Ayob (2015), Zakaria dan Mansor (2018). Walau bagaimanapun, sangat jarang kajian yang mengkaji secara menyeluruh berdasarkan ketiga-tiga aspek tersebut secara serentak. Ringkasnya, kajian ini menunjukkan hasil kemenjadian pelajar secara keseluruhan yang merangkumi ketiga-tiga aspek iaitu akademik, kokurikulum dan juga sahsiah berada pada tahap yang tinggi. Dapatan ini dapat mengukuhkan bahawa iklim dini yang positif berjaya memberi kesan yang signifikan terhadap faktor pembentukan dan pentarbiahan kemenjadian pelajar. Pola Strategi Dan Pelaksanaan Iklim Dini Majoriti pelajar sekolah agama didapati kerap menggunakan strategi iklim dini di sekolah dengan menunjukkan sebanyak 82.9% pelajar mengamalkannya. hanya segelintir pelajar sahaja yang masih kurang mempraktikkan strategi iklim dini di sekolah iaitu 17.4%. Strategi ini kerap dilaksanakan oleh para pelajar sekolah menengah agama dengan tahap kekerapan yang agak tinggi. Antara faktor yang menjadikan tahap kekerapannya tinggi adalah faktor pengurusan pihak pentadbiran, galakan daripada para guru dan pentadbir, kesedaran dari dalam diri pelajar sendiri dan suasana iklim dini yang wujud dalam sekolah agama tersebut. Fenomena ini secara tidak langsung dapat menghasilkan kemenjadian pelajar yang lebih baik bukan sahaja dari aspek akademik malah secara keseluruhannya. Dari aspek pelaksanaan iklim dini juga menunjukkan majoriti pelajar melaksanakannya dengan baik. Kebanyakan pelajar sangat akur dan kerap mengikuti apa yang telah


212 ditetapkan oleh pihak sekolah. Sebanyak 81.5% pelajar berjaya melaksanakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Hanya segelintir pelajar sahaja yang masih enggan melaksanakannya dengan baik iaitu sebanyak 17.9% dan hanya 0.5% sahaja pelajar yang masih berdegil dan melanggar peraturan sekolah. Faktor-faktor ini apabila bersatu akan menjadikan satu pelaksanaan yang terancang serta dapat menghasilkan program-program yang hebat dalam kalangan pelajar yang berlandaskan cara hidup Islam. Hal ini selari dengan kajian lepas yang telah mengkaji tentang aktiviti keagamaan serta kesan terhadap spiritual Nya. Kajian tersebut adalah Muhamad (2018); Yahya & Sa’ari (2016); Nordin & Jalil (2002); Bujai & Hashim (2015). Selain itu, dapatan kajian ini juga mendapati 88.8% item berada pada tahap penguasaan sangat tinggi, menunjukkan bahawa majoriti pelajar kerap melakukan strategi aktiviti seperti yang telah diaturkan oleh pihak sekolah. Hanya 11.1% item sahaja yang berada pada tahap sederhana dan tiada item yang berada pada tahap rendah. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa strategi aktiviti yang paling kerap digunakan adalah “saya mengikuti ceramah agama sempena hari kebesaran Islam yang diadakan oleh pihak sekolah”. Seramai 317 daripada 368 responden (86.2%) sentiasa mengikuti ceramah hari kebesaran Islam hampir setiap masa. Bagi item “Saya mengikuti usrah” di mana seramai 284 daripada 368 responden (77.2%) hampir setiap masa dan setiap masa mengikuti usrah di sekolah mereka. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat enam item lagi yang mencapai kekerapan tinggi iaitu “Saya mengikuti program bacaan Yasin pada hari tertentu sebelum memulakan sesi pembelajaran”, “Saya mengikuti program Tadarus al-Quran pada setiap minggu”, “Saya menghadiri tazkirah”, “Saya mengikuti apa-apa sahaja kem pemantapan sahsiah”


213 dan “Saya mengikuti kursus motivasi agama”. Kesemua item-item ini kerap dilakukan oleh pelajar sekolah menengah agama di Kelantan. Nah, hasilnya boleh dilihat dari aspek kecemerlangan pelajar sekolah agama yang telah membuka mata ramai pihak dengan berjaya menghasilkan pelajar terbaik negara dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Siti Fatimah Mukhtar (2006) dan Nik Nur Madihah (2008) seterusnya mencatat SPM terbaik dalam tempoh sepuluh tahun (Harian Metro, 14 Mac 2019). Selain itu juga, sebanyak 30 buah sekolah mencapai kelulusan 100 peratus calon memperoleh sijil termasuk lapan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) berbanding 24 sekolah pada tahun 2017 (Berita Harian, 5 Mac 2020). Hal ini telah membuktikan bahawa sekolah SABK di negeri Kelantan yang sebelum ini agak ketinggalan semakin meningkat saban tahun. Antara sekolah terbaik kategori SABK iaitu Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Al Kauthar berjaya mencapai 100 peratus dalam kesemua mata pelajaran setanding dengan sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Jeli. Hal ini cukup membanggakan kerana seperti sedia maklum syarat pemilihan kemasukan ke sekolah berasrama penuh agak ketat berbanding dengan SABK di negeri Kelantan. Namun begitu, hasil pencapaian yang ditunjukkan amat memberangsangkan. Hubungan Antara Tahap Pelaksanaan Dengan Strategi Iklim Dini Hasil dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pelaksanaan dengan strategi iklim dini dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama. Ini kerana pemboleh ubah pelaksanaan memberi pengaruh yang besar dalam melaksanakan tugas-tugas kepimpinan, kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam melaksanakan kurikulum sekolah serta persekitaran fizikal. Oleh yang demikian, strategi dan pelaksanaan iklim dini mempunyai hubungan yang signifikan serta


214 mempunyai pengaruh yang sangat besar antara satu sama lain. Kesemua dimensi ini saling memerlukan sehingga mampu memberi saiz kesan yang besar (82%) antara tahap pelaksanaan dengan strategi iklim dini. Terdapat dua kumpulan dalam tahap pelaksanaan iaitu tinggi dan sederhana. Kajian menujukkan seramai 300 responden yang melaksanakan dimensi kepimpinan, persekitaran fizikal, kurikulum dan kurikulum serta menjaga hubungan dengan komuniti dengan baik berbanding hanya 68 responden sahaja yang berada pada tahap sederhana. Dapatan ini menunjukkan majoriti pelajar bersetuju dengan item-item yang telah dikemukakan. Dimensi pelaksanaan mempunyai hubungan dengan dimensi strategi iklim dini adalah disebabkan kedua-dua pemboleh ubah ini mempunyai tujuan yang sama untuk menghasilkan kemenjadian pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat. Kajian yang dijalankan oleh Norhisham (2015) juga mendapati kepimpinan pengetua sekolah mempunyai hubungan yang signifikan dengan strategi iklim dini dengan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan secara terancang dan berkala bagi menghasilkan sahsiah pelajar yang luhur. Namun begitu, kajian itu masih kurang penekanan dari aspek persekitaran fizikal, kurikulum dan kokurikulum serta hubungan komuniti. Kajian ini telah dibuat tambah baik dengan melihat dimensi yang pelbagai serta melihat kemenjadian pelajar secara holistik. Oleh itu, dapatan kajian ini perlu diberi perhatian terutama kepada pihak pentadbir sekolah dalam merancang serta memperkemaskan lagi iklim dini di sekolah masingmasing agar dapat memberi kesan kepada para pelajar serta mengatasi masalah disiplin pelajar dalam melahirkan generasi rabbani yang seimbang dunia akhirat.


215 Hubungan Tahap Strategi Dengan Kemenjadian Pelajar Dapatan kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap strategi dengan kemenjadian pelajar. Kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan kumpulan antara tahap strategi terhadap pengaruh iklim dini dalam membentuk kemenjadian pelajar. Kajian menujukkan seramai 304 responden yang melaksanakan dimensi aktiviti, teladan dan amali dengan baik berbanding hanya 64 responden sahaja yang berada pada tahap sederhana. Dapatan ini menunjukkan majoriti pelajar kerap menggunakan strategi iklim dini secara istiqamah sehingga berjaya menghasilkan pelajar yang seimbang. Majoriti para pelajar menggunakan strategi iklim dini dalam kehidupan sehariannya. Hal ini terbukti berdasarkan kekerapan yang lebih tinggi dan ukuran serakan yang besar antara tahap strategi dengan kemenjadian pelajar serta menunjukkan saiz kesan yang besar (40%) terhadap kemenjadian pelajar. Ini bererti bahawa aktiviti, amali dan teladan yang tinggi dapat meningkatkan tahap kemenjadian pelajar dengan menunjukkan terdapat hubungan positif antara kedua pemboleh ubah. Dapatan ini selaras dengan teori kognitif sosial Bandura (1977) dan juga teori-teori sosiologi yang telah dibincangkan dalam bab sebelum ini yang mendakwa bahawa terdapat interaksi antara persekitaran dengan personal (pemikiran) dan tingkah laku (perbuatan). Berdasarkan teori sosiologi Islam dan barat kedua-duanya mempunyai persamaan dalam konteks strategi yang menekankan dimensi aktiviti, teladan dan juga amali dalam melahirkan insan yang berguna. Teori Bronfenbrenner (1994) juga melihat tiga dimensi ini dalam mikrosistem yang menjadi faktor pembentukan karakter seseorang individu sebagaimana yang dibincangkan juga oleh Ibnu Khaldun (1993) dalam kitab mukadimah. Penggunaan kekerapan strategi iklim dini dengan baik dapat memberi kesan yang positif kepada pelajar dan warganya.


216 Dapatan kajian-kajian lepas juga mendapati terdapat hubungan antara keberkesanan iklim sekolah yang efektif dengan pencapaian pelajar. Sebagaimana kajian yang dilakukan lebih tiga dekad dahulu Brookover (1982) telah mengkaji kesan iklim sekolah yang positif terhadap pencapaian pelajar. Selain itu terdapat juga kajian-kajian lain seperti (Anderson et al. 1982; Purkey et al. 1996; Howard et al. 1987; Rudasill et al. 2017). Walau bagaimanapun, kajian-kajian lepas masih mempunyai lompang untuk dikaji kerana melihat kepada pencapaian akademik pelajar sahaja tanpa melihat kepada aspek lain yang lebih penting dalam membentuk individu Muslim yang berjaya di dunia dan akhirat. Oleh itu, kajian yang berkaitan iklim dini atau iklim sekolah ini perlu dikaji dengan lebih teliti tanpa noktah kerana iklim sekolah ini amat penting serta mempunyai pengaruh yang besar terhadap banyak aspek yang bukan hanya kepada pelajar, bahkan guru, staf dan masyarakat komuniti juga terkesan. Hubungan Tahap Pelaksanaan Dengan Kemenjadian Pelajar Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pelaksanaan dengan kemenjadian pelajar. Kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan kumpulan antara tahap pelaksanaan dalam membentuk kemenjadian pelajar. Terdapat dua kumpulan dalam tahap pelaksanaan iaitu tinggi dan sederhana. Kajian menujukkan seramai 300 responden yang melaksanakan dimensi kepimpinan, persekitaran fizikal, kurikulum dan kurikulum serta menjaga hubungan dengan komuniti dengan baik berbanding hanya 68 responden sahaja yang berada pada tahap sederhana. Dapatan ini menunjukkan majoriti pelajar bersetuju dengan item-item yang telah dikemukakan serta melaksanakan item-item iklim dini secara istiqamah sehingga berjaya menghasilkan pelajar yang seimbang.


217 Majoriti para pelajar melaksanakan iklim dini dalam kehidupan sehariannya dengan baik. Hal ini terbukti berdasarkan kekerapan yang lebih tinggi dan ukuran serakan yang besar antara tahap pelaksanaan dengan kemenjadian pelajar serta menunjukkan saiz kesan yang besar (39%) terhadap kemenjadian pelajar. Ini bererti bahawa kepimpinan, persekitaran fizikal, kurikulum dan kurikulum serta menjaga hubungan dengan komuniti yang tinggi dapat meningkatkan tahap kemenjadian pelajar dengan menunjukkan terdapat hubungan positif antara kedua pemboleh ubah. Bersesuaian dengan kajian di Albania oleh Rapti (2013) yang melihat peranan pelaksanaan kepimpinan merupakan tunjang utama dalam pembentukan sesebuah iklim sekolah yang berkesan serta menghasilkan kemenjadian pelajar yang baik. Menurutnya lagi, titik permulaan untuk meningkatkan prestasi pelajar dan guru adalah dengan memperbaiki iklim sekolah. Seseorang pemimpin sekolah mampu mewujudkan satu iklim sekolah yang positif melalui model kepimpinannya. Oleh itu, para pemimpin seharusnya bertanggungjawab dan cekap dalam memperbaiki iklim sekolah ke arah yang lebih baik demi menghasilkan prestasi pembelajaran yang lebih baik. Para pentadbir dan guru perlu dilatih serta dilengkapi dengan kemahirankemahiran yang pelbagai untuk mewujudkan iklim yang positif, terbuka dan kolaboratif di sekolah. Pemimpin sekolah perlu dibebaskan dari beberapa tugas pengurusan, untuk memberi lebih banyak masa kepada guru dan pelajar. Perbezaan Strategi Berdasarkan Faktor Jenis Sekolah Kajian ini diuji dengan menggunakan analisis ujian ANOVA sehala setelah memenuhi kesemua prasyarat ujian. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, ujian ANOVA dijalankan untuk menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan pada


218 pelaksanaan iklim dini berdasarkan tiga jenis sekolah menengah agama yang berbeza iaitu (kump 1: SMKA, kump 2: SABK, dan kump 3: SAN). Hasil kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan antara strategi (aktiviti, teladan dan amali) iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah. Ini bermakna tidak terdapat perbezaan antara tiga jenis sekolah SMKA, SABK dan SAN dengan strategi iklim dini. Nilai F juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara kumpulan jenis sekolah walaupun mempunyai sampel yang besar dan mencukupi. Ini menujukkan bahawa faktor jenis sekolah dalam setiap kumpulan responden kajian adalah hampir sama walaupun ditadbir oleh pentadbiran yang berbeza. Fenomena ini terjadi mungkin disebabkan pemilihan sekolah menengah agama di negeri Kelantan antara SMKA dan SAN (sekolah kawalan) mempunyai persaingan yang hampir sama dari segi pencapaian akademik. Namun bagi SABK mempunyai perbezaan yang agak ketara kerana pemilihan untuk memasuki ke SABK tidak ada saringan yang ketat sebagaimana di SMKA dan SAN. Oleh itu, agak tidak sah jika memilih sekolah yang sudah diketahui perbezaan yang jelas ini, penyelidik telah memilih sekolah SABK yang paling menonjol dari sudut prestasi nya sebagaimana SMUA Al-Khauthar untuk menguji strategi iklim dini di sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini berbeza daripada dapatan kajian sebelum ini yang menunjukkan perbezaan yang ketara berdasarkan jenis sekolah (Ghani 2012). Dalam kajiannya, terdapat perbezaan yang sangat ketara dari sudut amalan dan kepimpinan antara Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Kajian tersebut melihat kepada tujuh dimensi sebagai faktor penyumbang kepada keberkesanan sekolah, iaitu: kepimpinan sekolah yang profesional, persekitaran sekolah yang kondusif, menumpukan pengajaran dan


219 pembelajaran, harapan yang tinggi, penilaian berterusan, permuafakatan antara sekolah dan rumah, serta sekolah sebagai organisasi pembelajaran. Hasil dapatan kajian Ghani (2012) menunjukkan terdapat perbezaan yang sangat ketara antara kedua-dua jenis sekolah. Fenomena ini terjadi adalah kerana pentadbiran dan pengurusan jenis sekolah yang juga berbeza. Selain itu, terdapat juga kajian dalam dan luar negara berkaitan dengan ketaksamaan iklim sekolah telah membuktikan bahawa sekolah yang berbeza akan memberikan impak yang berbeza dari aspek hasil pencapaian pelajar yang agak berlainan dengan dapatan kajian ini (Ghani, Yaacob, Ahmad, Aman & Isa 2010; Jain et al. 2015; Heto et al. 2020). Kebanyakan hasil kajian mereka berpendapat setiap sekolah mempunyai perbezaan iklim dan seterusnya akan memberikan kesan pencapaian yang berbeza kepada para pelajar. Hal ini bertentangan dengan dapatan kajian ini yang menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan pada strategi iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah agama yang berbeza. Perkara ini juga terjadi mungkin disebabkan oleh kurikulum yang digunakan hampir sama, faktor lokasi yang berhampiran, faktor budaya kenegerian yang sama dan mempunyai matlamat yang sama walaupun di bawah kepimpinan yang berbeza. Namun begitu, masih terdapat strategi (aktiviti, teladan, dan amali) yang berbeza dari aspek struktur fizikal bangunan dan juga identiti pakaian seragam sekolah. Kebanyakan sekolah SABK dan SAN memakai kain berwarna ungu untuk pelajar biasa, manakala bagi SMKA pula memakai kain berwarna biru. Selain itu juga, masih terdapat perbezaan dari aspek yuran sekolah yang agak tinggi di SAN berbanding di SMKA dan juga SABK yang mendapat bantuan daripada kerajaan (rujuk lampiran E). Hal ini terjadi kerana bagi sekolah SAN di tanggung sepenuhnya


220 oleh ibu bapa pelajar sendiri terutamanya bagi pelajar yang tinggal di asrama yang menelan kos belanja yang agak besar (RM250) sebulan berbanding dengan sekolah yang mendapat peruntukan bantuan kewangan kepada setiap pelajar yang hanya membayar kos separuh sahaja iaitu (RM30) sebulan. Ringkasnya, selain daripada pencapaian pelajar, ibu bapa sanggup menghantar anakanak mereka ke SAN walaupun terpaksa mengorbankan belanja yang agak besar demi melihat keberhasilan anaknya dari aspek akademik dan juga sahsiah. SAN tetap menjadi pilihan bagi ibu bapa di negeri Kelantan yang di bawah seliaan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Secara keseluruhannya terdapat 91 buah sekolah agama di negeri ini yang dikategorikan kepada Maahad Kawalan, Maahad Pilihan, Maahad, Pondok, Tadika, Sekolah Menengah Ugama (Arab)(SMU(A)) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Perbezaan Pelaksanaan Berdasarkan Faktor Jenis Sekolah Dapatan kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan secara signifikan antara pelaksanaan iklim dini berdasarkan faktor jenis sekolah. Kajian ini diuji dengan menggunakan analisis ujian ANOVA sehala setelah memenuhi kesemua prasyarat ujian. Sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini, ujian ANOVA dijalankan untuk menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan pada pelaksanaan iklim dini berdasarkan tiga jenis sekolah menengah agama yang berbeza iaitu (kump 1: SMKA, kump 2: SABK, dan kump 3: SAN). Ini bermakna tidak terdapat perbezaan antara tiga jenis sekolah SMKA, SABK dan SAN dengan pelaksanaan iklim dini. Nilai F juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara kumpulan jenis sekolah walaupun mempunyai sampel yang besar dan mencukupi.


221 Rasional dapatan kajian ini terjadi mungkin disebabkan oleh keseluruhan sekolah ini mempunyai persekitaran yang hampir sama dari sudut prasarana, persekitaran fizikal, kurikulum dan kokurikulum. Kebanyakan sekolah agama juga mempunyai aktiviti sekolah yang hampir sama. Hal ini terjadi disebabkan oleh sekolah agama mempunyai misi dan visi yang sama. Namun begitu terdapat banyak juga dapatan kajian lepas yang telah membuktikan bahawa jenis sekolah amat mempengaruhi sikap dan tingkah laku pelajar. Hasil dapatan daripada kajian Hassan, Rashid & Shahrina (2012) menunjukkan jenis sekolah mempengaruhi ketagihan penggunaan internet di bandar raya Johor Bharu berdasarkan persekitaran sekolah yang berbeza. Fenomena ini menunjukkan perbezaan jenis sekolah sedikit sebanyak akan mempengaruhi kemenjadian pelajar berdasarkan pelbagai faktor. Selain itu, dapatan kajian lain juga turut mendapati terdapat perbezaan yang ketara berdasarkan faktor jenis sekolah. Kajian Othman, Ahmad, Othman & Muda (2016) melibatkan tiga jenis sekolah yang mempunyai persamaan dari aspek kandungan pembelajaran akademik, persekitaran fizikal seperti kemudahan, sekolah jenis campuran jantina dan guru yang bertauliah. Manakala ia mempunyai perbezaan dari perlaksanaan pendidikan, aktiviti kerohanian dan suasana sekolah yang diwujudkan oleh pihak pengurusan. Namun, hasil dapatan mendapati sekolah menengah agama swasta mempunyai paling kurang peratusan remaja bercinta (<10%) berbanding sekolah menengah agama (50%) dan sekolah menengah kebangsaan (80%). Kelimalima faktor seperti diri, rakan, keluarga, media dan internet dikenal pasti mempengaruhi remaja bercinta, bagaimanapun kajian mendapati terdapat perbezaan yang ketara pada faktor jenis sekolah. Kajian lepas ini telah membuktikan bahawa kebiasaannya faktor jenis sekolah amat mempengaruhi tingkah laku pelajarnya.


222 Oleh itu, kemungkinan faktor lokasi dan persaingan sekolah yang sama juga boleh mempengaruhi iklim sekolah yang sama. Kebanyakan sekolah agama di Kelantan mempunyai objektif yang sama untuk melahirkan generasi rabbani yang mantap dari semua aspek. Perkara ini telah dibincangkan dalam seminar penyelidikan pendidikan Islam di negeri Kelantan pada tahun 2018 yang telah meletakkan misi yang sama kepada semua sekolah-sekolah menengah agama di negeri Kelantan “together building rabbani generation.” Justeru, para pendidik ustaz dan ustazah di negeri ini menyahut seruan ini demi melahirkan generasi rabbani sebagai aset negara pada masa akan datang. Faktor-Faktor Mempengaruhi Kemenjadian Pelajar Dapatan Analisis Regresi Berganda menunjukkan strategi dan pelaksanaan iklim dini memberi pengaruh yang signifikan terhadap peratus kemenjadian pelajar. Kedua-dua pemboleh ubah bebas ini memberi pengaruh yang berbeza iaitu pelaksanaan sebanyak 35.4% manakala strategi pula sebanyak 8.1%. Secara keseluruhannya, kedua-dua pemboleh ubah bebas ini menyumbang sebanyak 43.5% dalam menghasilkan kemenjadian pelajar. Sumbangan ini memberikan pengaruh yang besar dalam kajian ini mengikut perkiraan statistik oleh Cohen (1988) dan Hair et.al (2014). Dapatan ini sekali gus menunjukkan terdapat pengaruh yang signifikan antara pelaksanaan dengan kemenjadian pelajar. Kajian ini mendapati pemboleh ubah pelaksanaan (35.4%) memberi pengaruh yang lebih besar dalam menghasilkan kemenjadian pelajar berbanding pemboleh ubah strategi (8.1%). Hal ini menunjukkan bahawa pemboleh ubah pelaksanaan (kepimpinan, persekitaran fizikal, kurikulum dan kokurikulum, hubungan dengan komuniti) merupakan dimensi yang penting dalam mempengaruhi iklim dini di sekolah. Iklim sekolah yang positif menjadikan warganya lebih jujur dalam melakukan sesuatu urusan.


223 Sebagai contoh, perhatikan jika pengurusan kepimpinan yang baik dan teratur di sesebuah sekolah, secara tidak langsung akan memberi kesan kepada aktiviti, contoh teladan, dan amalan yang dijalankan sepanjang tahun oleh warga sekolah. Pelajar akan membuat kerja tanpa disuruh, manakala guru juga akan bekerja secara ikhlas, manakala para pekerja juga akan bekerja bersungguh-sungguh walaupun ketiadaan pengetua. Fenomena ini akan menyebabkan hubungan yang baik sesama warga sekolah dan komuniti yang menjadikan persekitaran sekolah lebih tenang dan damai. Dapatan daripada kajian-kajian lepas juga telah membuktikan dimensi ini memberi pengaruh kepada iklim sekolah sebagaimana kajian yang telah dilakukan di Malaysia oleh Mahi (1998); Norhisham (2015, 2016); Raihan (2016); Ismail et al. (2020) dan juga kajian di luar negara iaitu Wang et al. (2016); Rudasill et al. (2017); Karadag (2020): Huang et al. (2020) serta Kwang et al (2020). Kajian-kajian ini merupakan kajian yang telah menunjukkan pelaksanaan iklim sekolah seperti aspek kepimpinan yang baik akan memberikan pengaruh yang besar terhadap iklim sekolah. Kepimpinan sekolah amat berpengaruh dalam membentuk iklim sesebuah sekolah. Pihak pentadbir dan guru bertanggungjawab dalam menyusun atur jadual, peraturan sekolah dan bilik darjah, serta membina suasana persekitaran yang positif di sekolah (Kelly & Robert C 2005; Gunbayi 2007; Hailan 2010; Huang et al. 2020; Karadag 2020; Kwang et al. 2020). Selain itu, kajian oleh Ishak Ismail (2012) juga telah membuktikan bahawa nilai-nilai keagamaan dapat ditingkatkan dengan adanya perancangan dari aspek pelaksanaan yang teliti dan mantap. Justeru, hal ini menunjukkan bahawa pelaksanaan kepimpinan dalam persekitaran sekolah yang baik akan mempengaruhi sikap dan karakter pelajar untuk menjadi lebih baik seterusnya dapat meningkatkan masalah disiplin pelajar (Griffith 1999; Rozmi,


224 Nor Azri 2017; Zakaria Stapa & Ahmad Munawar 2012). Fenomena ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah buli, ponteng sekolah, tidak menghormati guru, gengsterisme dan sebagainya. Sementara kajian oleh Mat, Ahmad, & Sawari (2017) terhadap 10 orang murid tahun enam dan 4 orang guru berkaitan konsep menutup aurat yang kurang jelas dalam kalangan pelajar sekolah rendah menyebabkan murid melaksanakan sesuatu tuntutan tanpa kefahaman yang jelas. Murid menutup aurat hanya ketika berada dalam kawasan sekolah sahaja kerana dianggap sebagai peraturan sekolah sahaja. Dalam hal ini, pendidik berperanan penting dalam mewujudkan suasana kehidupan beragama (iklim dini) di sekolah. Iklim dini berupaya memberi kesedaran untuk menutup aurat dengan sempurna menggunakan grafik komputer 3D dalam mendepani revolusi pendidikan 4.0. Dengan ini, ia lebih menggalakkan lagi para pelajar untuk mengetahui serta mendalami input-input yang berinformasi serta ringkas dan padat dalam arus teknologi yang sedang berkembang pesat tanpa mengetepikan hukum agama. Oleh itu, pelaksanaan yang dilakukan perlu dijelaskan sejak dari awal supaya pelajar memahami bahawa apa yang mereka lakukan merupakan tuntutan agama yang diajarkan oleh Islam. Lantaran daripada itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan dalam mendidik anakanak mereka dalam memberi kefahaman tentang agama. Kanak-kanak perlu didedahkan dan difahamkan dengan asas agama sejak dari kecil supaya aqidah dan tauhid mereka kuat sejak dari awal agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif sebagaimana hadis Rasulullah SAW “setiap kanak-kanak itu dilahirkan dalam keadaan suci, maka ibu bapanya lah yang menjadikan ia Yahudi atau Nasrani atau Majusi” (Bukhari, 1422, 2:94). Oleh itu, ibu dan juga guru perlu berganding mahu memainkan peranan masing-masing dalam mendidik generasi hari ini agar menjadi generasi rabbani.


225 5.4 Implikasi Kajian Implikasi kajian merupakan kesan yang boleh diambil hasil daripada dapatan kajian ini. Dapatan ini dapat mengemukakan beberapa implikasi yang boleh menambah nilai kajian sedia ada yang mungkin boleh memberi kepentingan nasional (Dissanayake 2013). Oleh itu, implikasi kajian ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu implikasi pengetahuan, implikasi praktikal, implikasi teori dan juga implikasi empirikal yang berkaitan dengan proses strategi dan pelaksanaan iklim dini di sekolah. Implikasi Pengetahuan Strategi dan pelaksanaan iklim dini bertujuan untuk membentuk serta menghasilkan kemenjadian pelajar yang seimbang dalam semua aspek. Walaupun banyak kajian iklim sekolah telah dilaksanakan namun kebanyakan kajian tersebut dilaksanakan di luar negara dan mempunyai latar budaya yang berbeza daripada Malaysia. Tambahan pula masih kurang kajian iklim sekolah yang berfokus kepada cara hidup Islam, maka kajian ini telah mengisi kelompangan tersebut. Kleickmann et al. (2013) menjelaskan bahawa pengetahuan berupaya menambah baik serta meningkatkan amalan profesional. Kajian ini berupaya memberi pengetahuan kepada guru dan pelajar tentang pengaruh persekitaran iklim dini dalam membentuk keperibadian Muslim yang baik. Pengaruh persekitaran merupakan satu aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru dan pelajar bagi menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Dapatan kajian ini menunjukkan strategi dan pelaksanaan iklim dini berjaya meningkatkan kemenjadian pelajar. Kajian ini boleh dijadikan pendorong bagi para pentadbir serta guru yang berada di sekolah untuk menambah baik nilai-nilai amalan kerohanian dalam membentuk iklim sekolah yang positif. Seterusnya, memotivasikan


226 para pelajar untuk mempersiapkan diri sebagai bekalan yang akan mencorakkan keperibadian diri pada masa depan. Kajian-kajian di barat sehingga kini memandang iklim sekolah sebagai punca atau faktor penting dalam membentuk acuan seseorang individu sepertimana masalah lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT) juga dilihat berpunca daripada pengaruh iklim sekolah yang negatif sebagaimana dalam kajian McGuire et al. (2010) dan Kosciw et al. (2013). Dalam kajian tersebut telah membincangkan berkaitan pengaruh iklim sekolah juga mampu memberi kesan negatif kepada para pelajar di sekolah dan juga selepas alam persekolahan. Dapatan kajian ini juga mendapati masalah ini berpunca daripada pelajar mula mengalami masalah buli dan gangguan yang jauh lebih tinggi ketika keberadaan di sekolah. Penambahbaikan dalam pengukuran iklim sekolah perlu diselaraskan agar setiap sekolah mempunyai tatacara atau panduan yang jelas dalam mentadbir urus sesebuah sekolah. Hal-hal yang terdapat dalam pemboleh ubah ini perlu dikaji serta diteliti dengan lebih baik agar dapat dikonseptualisasikan dan diukur sebagai pembinaan pelbagai dimensi yang menarik dari pelbagai perspektif (guru, pelajar, staf, komuniti dan lain-lain). Iklim sekolah juga mampu memberi respons terhadap karakter seseorang individu dalam kelompok komuniti sekolah yang mana mampu menghasilkan outcome yang berbeza-beza (Rudasill et al. 2017). Kesimpulannya, pengetahuan tentang strategi dan pelaksanaan iklim dini berupaya meningkatkan motivasi guru dan pelajar dalam membentuk satu budaya sekolah yang berlandaskan cara hidup Islam. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa kajian ini berupaya mengisi kelompangan dalam aspek pengetahuan.


227 Implikasi Praktikal Implikasi praktikal dalam kajian ini adalah berkeupayaan menambah baik amalan sedia ada kepada amalan yang lebih berkesan (Borman 2013). Tujuan kajian ini mengenal pasti kesan penggunaan strategi dan pelaksanaan iklim dini di sekolah bagi meningkatkan kebolehcapaian kemenjadian pelajar. Kajian ini telah menilai pemboleh ubah strategi (aktiviti, teladan, amali) dan juga pemboleh ubah pelaksanaan (kepimpinan, persekitaran fizikal, kurikulum dan kokurikulum dan hubungan komuniti) untuk melihat kesan yang holistik terhadap kemenjadian pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan strategi dan pelaksanaan tersebut berkesan, walau bagaimanapun strategi dan pelaksanaan ini perlu ditambah baik dan diperluaskan untuk diguna pakai untuk sekolah menengah yang lain selain dari sekolah menengah agama sahaja. Sehubungan itu, sekolah yang mempunyai masalah pelajar ponteng yang tinggi boleh mempraktikkan strategi dan pelaksanaan iklim dini ini di sekolah secara halus, supaya pelajar sekolah tersebut dapat menerimanya dengan baik. Hal ini membuktikan bahawa aktiviti, amalan, serta contoh teladan yang ditunjukkan oleh guru dan pelajar berupaya memberi panduan kepada rakan-rakan lain untuk menirunya dan lama kelamaan akan menjadi tabiat dalam dirinya. Iklim sekolah positif sangat berkaitan dengan kejayaan sekolah. Sebagai contoh, ia boleh meningkatkan kehadiran, pencapaian, pengekalan dan juga kadar tamat pengajian. Mengikut penyelidikan lepas, iklim sekolah mempunyai banyak aspek. Menetapkan rangka kerja untuk memahami iklim sekolah boleh membantu para pendidik mengenal pasti bidang utama untuk memberi tumpuan dalam mewujudkan kepentingan iklim yang selamat dan menyokong di sekolah mereka. Kajian ini menjelaskan kepentingan strategi dan pelaksanaan iklim dini untuk diaplikasikan oleh semua sekolah bagi mewujudkan suasana sekolah yang seronok di


228 samping dapat mengurangkan masalah tingkah laku pelajar seperti buli, ponteng sekolah, tidak menghormati guru dan sebagainya. Iklim sekolah yang positif amat penting dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang bukan hanya pada pencapaian akademik malah juga dari aspek kokurikulum dan juga sahsiah yang mantap. Sehubungan itu strategi dan pelaksanaan ini perlu di konseptualisasi agar menjadi panduan buat semua sekolah untuk dipraktikkan oleh para pentadbir dan guru sewaktu berada di sekolah. Kesimpulannya perbincangan ini membuktikan bahawa kajian ini berupaya mengisi kelompangan dalam aspek praktikal. Implikasi Teoretikal Pengkaji lepas yang mengkaji biah solehah hanya menggunakan satu teori sahaja dalam kajiannya seperti Norhisham (2015, 2016) yang hanya melihat teori Ibnu Khaldun sahaja, manakala banyak kajian iklim sekolah lain Norhannan (2017); Ahmad Zabidi (2006); Gu (2014) yang melihat kepada satu teori barat sahaja. Kajian di barat pula seperti Eric (2003); Wang et al. (2016); Cohen et al. (2009); Dimitrova et al. (2018). Kajian di Indonesia pula Prasetyo (2018); Lisnawati (2015); Nudin (2014); Usman (2013). Walau bagaimanapun masih kurang kajian yang menggabungkan lebih dari satu teori. Kajian ini telah menggabungkan dua teori iaitu teori Islam dan juga teori barat. Kajian ini membincangkan implikasi teoretikal yang telah menyokong serta memberi input baru berkaitan teori ekologi persekitaran Bronfenbrenner dan juga teori Ibnu Khaldun dari perspektif timur dan barat. Implikasi daripada teori ini juga untuk melihat sejauh mana strategi dan pelaksanaan iklim dini yang menyokong teori ekologi persekitaran dapat digunakan dengan sebaiknya sesuai dengan konteks kajian di Malaysia.


Click to View FlipBook Version