The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adeqcute2001, 2021-12-31 04:19:08

FAIL KURSUS DKB4044 PTA2 2020

FAIL KURSUS DKB4044 PTA2 2020

12. Sila klik Add a new printer using an existing port kemudian pilih USB001(Visual
Printer port for USB).
13. Klik install a new driver.

52

14. Pilih jenama printer yang digunakan.
15. Isikan nama printer yang akan terpapar di komputer client.

53

16. Klik next untuk meneruskan konfigurasi.
17. Pastikan nama printer tersebut wujud

54

18. Pergi ke semua komputer client dan klik connect pada printer.

3.5 PELAKSANAAN (IMPLEMENTATION)
Dalam fasa pelaksanaan projek ini, pengujian dijalankan walaupun

mempunyai sebarang masalah dalam fasa reka bentuk dan pembangunan projek
seperti pelaksanaan projek tidak berjalan atau berfungsi akibat dari pandemik yang
melanda pada masa kini. Oleh itu, kami akan menyelesaikan masalah tersebut
secepat yang mungkin. Jika terdapat masalah, kami juga melakukan pembaik pulih
agar penguna yang lain dapat menggunakan rangkaian tersebut dalam keadaan
yang baik dan memuaskan. Hal ini bertujuan bagi memudahkan para guru dalam
pembelajaran dan mengehadkan kebebasan para pelajar dalam mengakses internet.

Pada fasa ini, projek ini juga kami menyediakan perkhidmatan internet
secara percuma yang hanya digunakan pada masa pembelajaran sahaja. Ini kerana
majoriti kebanyakan murid mempunyai masalah ketiadaan internet semasa mencari
maklumat atau penghantaran file. Selain itu, untuk tidak menghilangkan fokus
pelajar dalam pembelajaran, kami telah pun menyelerenggara rangkaian di dalam
makmal tersebut agar menyekat laman sesawang yang tidak berkaitan dalam masa
pembelajaran seperti Facebook, Instagram ataupun laman sosial yang lain.Ini
membolehkan murid yang lain lebih berdisplin dan fokus dalam proses
pembelajaran.

55

Bukan setakat itu sahaja, kami juga menyediakan perkhidmatan khas seperti
mencetak dan berkongsi fail dengan senang tanpa perlu beratur dan menggunakan
medium penghantaran data seperti USB(Universal Serial Bus) untuk mengunakan
pencetak dan pelayan. Iaitu setiap komputer telah disambungkan dengan kabel ke
server dan printer bagi memudahkan server tersebut membuat kerja dengan fail
yang telah dihantar dan mencetak fail mengikut dari yang terawal hingga yang
terakhir.

Kesimpulannya, perkhidmatan yang telah diberikan dapat memudahkan
kerja pelajar dan pensyarah dalam melakukakan kerja seharian seperti berkongsi
fail, mencetak maklumat atau data, mencari maklumat dengan internet sedia ada
dan dapat mengetahui cara pelayan berfungsi.

3.5.1 PENGUJIAN TERHADAP PERKHIDMATAN PENCETAK

Dalam pengujian ini, komputer client perlulah mempunyai paparan pencetak
apabila komputer pelayan telah dikonfigurasi dengan menambah ciri Print Server.

Rajah 6: Paparan pencetak pada setiap komputer Client

56

3.6 PENILAIAN (EVALUATION)

Dalam fasa ini, kami akan memberikan gambaran yang lebih terperinci
mengenai keputusan projek kami serta mendapatkan maklum balas pengguna
terhadap keseluruhan projek ini dengan melihat kepuasan hati atau tidak terhadap
projek yang kami laksanakan ini. Segala jawapan daripada responden akan
dianalisis. Selain itu, kami juga menyertakan gambaran projek pembangunan sistem
rangkaian di bilik penyelenggaraan komputer.

Bukan setakat itu, kami juga telah mengedarkan borang maklum balas
terhadap 20 responden yang terdiri daripada pelajar 2 diploma ISK. Dari borang
maklum balas tersebut kami dapat menilai samada projek yang kami bangunkan ini
berjaya atau tidak digunakan oleh pengguna.

Kesimpulannya, responden pengguna yang akan menggunakan projek ini
amat dihargai untuk mengukur keberjayaan projek ini serta dapat menaik taraf
projek ini jika projek ini tidak memuaskan hati pengguna yang menggunakan projek
ini. Oleh itu, responden akan dimasukkan dalam pelaporan ini untuk membuktikan
keberjayaan projek ini.

3.7 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan dalam bab ini, kami dapat mempelajari bagaimana ingin
menyelesaikan masalah seperti menambah ciri-ciri bagi pemasangan kawalan
keselamatan yang kami lakukan. Bukan hanya itu, kami juga mendapat pengalaman
bagaimana ingin membangunkan sesebuah rangkaian bagi penggunaan komputer
di bilik penyelenggaraan komputer. Hal ini bertujuan supaya pengalaman yang kami
dapat membantu kami membuat, menaik taraf dan menyelenggara projek dalam
bidang Sistem Komputer. Dengan itu, sangat penting bagi kami dalam mencari
banyak pengalaman agar kelak tidak buntu apabila bekerja dalam bidang sistem
komputer dan ia juga dapat membantu dalam memberi ilmu kepada orang luar dan
generasi-generasi yang akan datang yang ingin mempelajari atau menceburi dalam
bidang sistem komputer.

57

BAB 4

DAPATAN DAN ANALISIS

4.1 PENGENALAN

Bab ini akan membincangkan hasil analisis dan dapatan projek yang
dibangunkan. Hasil analisis dan dapatan ini diperoleh daripada hasil Borang
Maklum Balas pengguna. Borang ini dihasilkan menggunakan google form. Borang
Maklum Balas telah diedarkan kepada pelajar 2 Diploma Teknologi Maklumat
Sistem Komputer dan Rangkaian. Selain itu, kami juga melakukan beberapa
pengujian untuk memastikan hasil dan dapatan dari pembangunan projek ini
berjalan lancar, baik dan berhasil untuk digunakan. Hal ini supaya pengguna dapat
menggunakan projek ini dalam jangka masa yang lama.

Setelah mengumpul segala data dan maklumat yang diperlukan melalui
borang maklum balas dan soal selidik yang telah disediakan, semua maklumat yang
dikumpul ini akan dianalisis agar dapat dirumuskan dalam bentuk rajah. Data yang
diperoleh telah menggambarkan tahap kepuasan pelajar terhadap tahap
keselamatan sistem komputer di Makmal Penyelenggaraan Kolej Vokasional Miri.

Perkara-perkara utama dalam bab ini ialah:
i.Senarai alatan pengujian
ii.Kaedah Pengujian
iii.Keselamatan dalam pengujian dan langkah berjaga-jaga
iv.Dapatan dan analisis kajian
v.Kesimpulan

58

4.2 SENARAI ALATAN PENGUJIAN

Sebelum membuat pengujian terhadap sesebuah projek, pastikan semua
peralatan dan bahan yang diperlukan telah disediakan agar proses pengujian
terhadap projek dapat dilaksanakan dengan lancar. Apabila terdapat masalah
semasa pengujian projek berlangsung, pastikan terdapat peralatan dan bahan yang
boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Berikut merupakan alatan dan bahan yang kami gunakan untuk
melaksanakan pengujian projek:

Bil. Peralatan Kuantiti

1. Pelayan 1

2. Kabel LAN 21

3. Command Prompt Pada komputer pelanggan dan

pelayan

4. Pencetak 1

Jadual 2 : Jadual senarai Alatan Pengujian

Berikut merupakan fungsi setiap perkakasan yang kami gunakan:

Bil. Peralatan Fungsi
1. Pelayan
Berfungsi untuk menyimpan data dan maklumat
2. Kabel LAN pelajar atau menyimpan fail-fail kerja yang
3. Command Prompt digunakan dalam pembelajaran
4. Pencetak Berfungsi untuk menghubungkan Penghala dan
Suis kepada komputer-komputer pengguna.

Berfungsi untuk mengetahui capaian pada setiap
komputer dan pelayan berjaya atau tidak

Berfungsi untuk mencetak fail yang dihantar

Jadual 3: Fungsi setiap peralatan pengujian yang digunakan

59

4.3 KAEDAH PENGUJIAN

Kaedah pengujian bermaksud kaedah yang kami gunakan untuk menguji projek
kami sama ada berjaya atau tidak berjaya. Setiap peralatan yang kami gunakan
mempunyai kaedah yang berbeza. Hal ini demikian kerana alat tersebut akan
memudahkan kami untuk melaksanakan pengujian projek kami dengan baik dan
lancar. Jadual di bawah menunjukkan senarai kaedah pengujian yang digunakan
dalam pengujian.

Bil. Dekripsi Nama alatan/pengujian

1. Pengujian jika maklumat atau data pelajar Server
dapat disimpan dengan baik.

2. Mencetak menggunakan komputer pelayan
dan pelanggan untuk memastikan ianya Pencetak
berjaya dan berfungsi sebaiknya.

3.  Pengujian yang dilakukan terhadap

komputer pelanggan dan pelayan agar

dapat berhubung atau berkomunikasi Menggunakan Command Prompt

sesama sendiri. untuk membuat pengujian ping ke

 Pengujian untuk mengetahui IP Address alamat tersebut

dapat berhubung dengan pelayan atau

komputer dengan baik atau tidak.

4. Mengedarkan Borang Maklum Balas
terhadap projek yang dilakukan untuk Borang Maklum Balas
mengetahui kepuasan responden terhadap
projek yang dibangunkan.

Jadual 4 : Jadual Kaedah Pengujian dan Kalibrasi yang dilakukan.

60

4.4 KESELAMATAN DALAM PENGUJIAN DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA

Langkah keselamatan merupakan aspek yang penting semasa melakukan
sesuatu kerja. Jadual berikut merupakan Standard Operating System (SOP) yang
hendaklah dipatuhi apabila menjalankan pengujian projek.

Sebelum
 Pastikan tiada makanan dan minuman dibawa masuk.
 Persekitaran yang bersih dan selamat.
 Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk membuat kabel.
Semasa
 Memotong kabel mengiku panjang setiap pc ke pelayan.
 Susun warna kabel mengikut protokol kabel rangkaian yang sesuai.
 Jika telah tersusun, Crimpkan kabel tersebut menggunakan Crimmper.
 Uji kabel yang telah dicrimp dengan menggunakan Cable Tester. Jika tidak berlaku

kegagalan sambungkan kabel tersebut ke Switch.
Selepas
 Labelkan kabel mengikut sambungan komputer ke Switch,
 Pastikan peralatan yang telah dikemaskan
 Pastikan persekitaran bersih

Rajah 7 : Langkah keselamatan semasa pembuatan dan pemasangan kabel
rangkaian

Sebelum
 Menyediakan perkakasan dan peralatan yang diperlukan.
 Pastikan persekitaran bersih dan selamat.
 Pastikan perkakasan yang digunakan dalam keadaan yang baik.
 Melihat floor plan terlebih dahulu sebelum memulakan projek
Semasa
 Susun mengikut floor plan yang telah dibuat
 Jangan bermain semasa bekerja dan sentiasa fokus.
 Label setiap kabel dan komputer dengan betul
Selepas
 Pastikan peralatan yang telah digunakan akan disimpan semula.
 Pastikan persekitaran bersih apabila selesai bekerja

Rajah 8 : Langkah Keselamatan semasa Pembangunan Rangkaian Kawasan
Setempat

61

4.5 KEPUTUSAN PENGUJIAN DAN KALIBRASI

4.5.1 PENGUJIAN PING MENGGUNAKAN COMMAND PROMPT

Pengujian yang dilakukan ialah pengujian ping yang menggunakan
command prompt.Pengujian ini dilakukan untuk memastikan semua komputer client
atau pelanggan dapat berkomunikasi atau berinteraksi dengan komputer
pelayan.Berikut merupakan keputusan pengujian dan kalibrasi.

Jenis Komputer pelanggan Berjaya/
Komputer tidak

berjaya

Komputer Komputer 1 Berjaya
Pelayan

Komputer 2 Berjaya

62

Komputer 3 Berjaya

Komputer 4 Berjaya

Komputer 5 Berjaya

63

Komputer 6 Berjaya

Komputer 7 Berjaya

Komputer 8 Berjaya

64

Komputer 9 Berjaya

Komputer 10 Berjaya

Komputer 11 Berjaya

65

Komputer 12 Berjaya

Komputer 13 Berjaya

66

Komputer 14 Berjaya

Komputer 15 Berjaya

Komputer 16 Berjaya

Jadual 6 : Pengujian Ping menggunakan Command Prompt

67

4.5.2 PENGUJIAN TERHADAP PENCETAK
Di dalam pengujian ini,setiap komputer pelanggan dan komputer pelayan akan

cuba untuk mencetak bahan menggunakan sistem pencetak yang telah diletakkan
di dalam rangkaian.

Rajah 9: Pengujian Terhadap Pencetak

68

4.5.3 PENGUJIAN TERHADAP PERKONGSIAN FAIL
Rajah 10: Hasil Perkongsian Fail

69

4.5.4 DAPATAN DAN ANALISIS BORANG SOAL SELIDIK

Rajah 1 : Analisis soalan sistem perkongsian fail tidak baik
Rajah 1 ialah carta pai yang diperoleh melalui keputusan responden yang terhasil
daripada google form. Berdasarkan rajah tersebut, terdapat 50% responden
menjawab skala sangat bersetuju dan 40% skala setuju, manakala terdapat 10%
menjawab dengan skala tidak pasti.

Rajah 2 : Analisis soalan tiada penyimpanan data
Rajah 2 ialah respon para pelajar pada soalan tiada penyimpanan data.
Berdasarkan rajah tersebut, terdapat 50% jawapan pada skala sangat bersetuju dan
40% pada skala setuju, manakala 10% pada skala tidak pasti.

70

Rajah 3 : Analisis soalan ruang penyimpanan data tidak mencukupi
Rajah 3 ialah respon keseluruhan para pelajar pada soalan ruang penyimpanan
data tidak mencukup. Berdasarkan rajah tersebut, terdapat 55% respon pada skala
sangat setuju, 35% respon pada skala setuju, manakala terdapat 10% pada skala
tidak pasti.

Rajah 4: Analisis soalan tidak mempunyai Pembangunan Rangkaian Setempat
Rajah 4 ialah analisis terhadap soalan tidak mempunyai Pembangunan Rangkaian
Setempat. Berdasarkan rajah tersebut, terdapat 55% respon pada skala sangat
setuju dan 35% pada skala setuju, manakala terdapat 10% pada skala tidak pasti.

71

Rajah 5 : Analisis soalan penerimaan dan pemberian data yang lambat
Rajah 5 ialah respon keseluruhan terhadap soalan penerimaan dan pemberian data
yang lambat. Berdasarkan rajah tersebut, 50% responden memilih skala sangat
bersetuju, 40% pada skala setuju, manakala 10% pada skala tidak pasti

Rajah 6 : Analisis soalan proses mencari maklumat tidak memuaskan
Rajah 6 ialah carta pai daripada responden yang menjawab soalan proses mencari
maklumat tidak memuaskan. Berdasarkan rajah tersebut, terdapat 55% respon
pada skala sangat setuju, 35% pada skala setuju, manakala terdapat 10% pada
skala tidak pasti.

72

Rajah 7 : Analisis soalan tidak mempunyai khidmat pencetak
Rajah 7 ialah analisis keseluruhan para pelajar dalam menjawab soalan tidak
mempunyai khidmat pencetak. Berdasarkan rajah tersebut, terdapat 50% respon
pada skala sangat bersetuju, 40% pada skala setuju, manakala 10% pada skala
tidak pasti
.

Rajah 8 : Analisis soalan tidak mempunyai internet
Rajah 8 ialah responden para pelajar dalam menjawab soalan tidak mempunyai
internet. Berdasarkan rajah tersebut, 60% responden memilih skala sangat
bersetuju, 30% pada skala bersetuju, manakala terdapat 10% pada skala tidak pasti.

73

Rajah 9 : Analisis soalan tidak mempunyai server untuk menyimpan data
Rajah 9 ialah carta pai jawapan bagi soalan tidak mempunyai server untuk
menyimpan data. Berdasarkan rajah tersebut, terdapat 55% respon pada skala
sangat setuju, 35% pada skala setuju, manakala terdapat 10% pada skala tidak
pasti.

Rajah 10 : Analisis soalan keperluan untuk membangunkan projek
Rajah 10 ialah analisis keseluruhan jawapan para pelajar dalam menjawab soalan
keperluan untuk membangunkan projek. Berdasarkan rajah tersebut, terdapat 60%
respon pada skala sangat bersetuju, 30% pada skala bersetuju, manakala terdapat
10% pada skala tidak pasti.

74

4.5.4 KEPUTUSAN RESPONDEN DARI BORANG MAKLUM BALAS

Analisis yang dilakukan terhadap keputusan responden melalui borang maklum
balas yang telah diedarkan kepada pelajar Diploma Teknologi Maklumat Sistem
Komputer dan Rangkaian. Sebanyak 20 responden yang telah menjawab borang
maklum balas tersebut. Hasil analisis telah diedarkan dalam bentuk carta pai dan
akan dihuraikan dengan lebih lanjut bagi setiap soalan yang terdapat di dalam
borang maklum balas tersebut. Antara soalan yang diajukan ialah :

Bil Soalan Bilangan
Responden

1 Adakah kewujudan sisitem perkongsian fail memberikan 20
kemudahan kepada anda?

2 Adakah sistem perkongsian fail dapat memberikan anda 20
penyimpanan data yang selamat?

3 Adakah ruang penyimpanan data mencukupi setelah projek ini 20
dilaksanakan?

4 Adakah Pembangunan Rangkaian Setampat memudahkan Proses 20
Pencarian Maklumat?

5 Adakah penerimaan data dan pemberian data pada komputer pada 20
masa kini lebih cepat berbanding dahulu?

6 Adakah Pembangunan Rangkaian Setempat memudahkan proses 20
pembelajaran?

7 Adakah perkhidmatan perkongsian pencetak memudahkan anda 20
mencetak dokumen?

8 Adakah kewujudan internet memudahkan proses pembelajaran? 20

9 Adakah kewujudan server dapat menyimpan data dengan baik? 20

10 Adakah membangun projek ini memuaskan hati anda sebagai 20
pengguna?
Jadual 6 : Soalan Borang Maklum Balas

75

4.5.4.1 LATAR BELAKANG RESPONDEN
Dalam bahagian ini,kami akan menganalisis jumlah responden mengikut jantina

iaitu lelaki dan perempuan. Daripada 20 orang responden, sebanyak 12 orang
merupakan pelajar lelaki manakala 8 orang lagi merupakan pelajar perempuan.
Berikut merupakan jadual peratusan responden mengikut jantina:

Rajah 11 : Jadual peratusan dan bilangan pelajar lelaki dan perempuan
4.5.4.2 ANALISIS MAKLUM BALAS RESPONDEN

Rajah 12 : Maklum balas mengenai kewujudan sistem perkongsian fail memberikan
kemudahan

76

Rajah 12 ialah carta pai yang diperoleh melalui keputusan responden yang terhasil
daripada google form. Berdasarkan rajah tersebut, terdapat 35% responden memilih
pada skala sangat setuju, 55% pada skala setuju, manakala terdapat 10%
responden memilih pada skala tidak pasti. Ini menunjukkan bahawa projek ini
berjaya dilaksanakan kerana responden memilih sangat setuju dengan wujudnya
sistem perkongsian fail dapat memberi kemudahan kepada para pelajar dan
pensyarah.

Rajah 13 : Maklum balas mengenai kebolehan sistem perkongsian fail dalam
penyimpanan data yang selamat

Rajah 13 ialah carta pai bagi maklum balas kebolehan sistem perkongsian fail
dalam penyimpanan data yang selamat. Berdasarkan rajah tersebut, 25% respon
pada skala sangat setuju, 60% pada skala setuju, manakala terdapat 15% pada
skala tidak pasti. Peratusan menunjukkan bahawa projek ini berjaya sebab para
pelajar lebih memilih skala setuju yang menujukkan bahawa projek ini tidak
mempunyai masalah dalam menyimpan data dengan selamat.

77

Rajah 14 : Maklum balas mengenai ruang penyimpanan data mencukupi
Rajah 14 ialah maklum balas responden terhadap soalan ruang penyimpanan
mencukupi setelah projek dilaksanakan. Berdasarkan rajah tersebut, terdapat 40%
respon pada skala sangat setuju, 45% pada skala setuju, manakala terdapat 15%
pada skala tidak pasti. Respon para pelajar yang memilih skala sangat bersetuju
menunjukkan kejayaan projek ini dalam ruang penyimpanan data yang mencukupi.

Rajah 15: Maklum balas mengenai pembangunan rangkaian setempat memudakan
proses pencarian maklumat

Rajah 15 ialah respon pengguna terhadap soalan pembangunan rangkaian
setempat memudahkan proses pencarian maklumat. Berdasarkan rajah tersebut,
terdapat 40% respon pada skala sangat bersetuju, 50% pada skala setuju,
manakala terdapat 10% pada skala tidak pasti. Peratusan yang paling tinggi ialah
skala setuju yang menunjukkan para responden setuju dengan pembangunan
rangkaian setempat memudahkan proses pencarian maklumat.

78

Rajah 16 : Maklum balas mengenai penerimaan dan pemberian data
pada komputer

Rajah 16 ialah maklum balas responden terhadap soalan penerimaan dan
pemberian data pada komputer. Berdasarkan rajah tersebut, terdapat 45% respon
pada skala sangat bersetuju, 40% pada skala setuju, manakala terdapat 15% pada
skala tidak pasti. Para responden lebih memilih skala sangat setuju pada soalan ini
menunjukkan projek ini mencapai objektif dan tidak mendatangkan masalah kepada
pengguna.

Rajah 17 : Maklum balas mengenai pembangunan rangkaian setempat
memudahkan proses pembelajaran

Rajah 17 ialah carta pai bagi maklum balas terhadap soalan pembangunan
rangkaian setempat memudahkan proses pembelajaran. Berdasarkan rajah tersebut,
terdapat 60% respon pada skala sangat setuju, 25% pada skala setuju, manakala
terdapat 15% pada skala tidak pasti. Berdasarkan tafsiran ini, para responden

79

memilih skala sangat setuju menunjukkan kejayaan projek ini yang dapat
digunakan dengan baik dan dapat memudahkan proses pembelajaran.

Rajah 18 : Maklum balas mengenai kemudahan perkhidmatan
perkongsian pencetak

Rajah 18 ialah peratusan keseluruhan bagi maklum balas kemudahan perkhidmatan
perkongsian pencetak. Berdasarkan rajah tersebut, terdapat 50% respon pada skala
sangat setuju, 40% pada skala setuju, manakal terdapat 10% pada skala tidak pasti.
Peratusan menunjukkan para pelajar memilih skala sangat setuju. Ia juga
menunjukkan bahawa projek ini tidak membawa masalah apabila mencetak fail atau
data.

Rajah 19 : Maklum balas mengenai kewujudan Internet
Rajah 19 ialah maklum balas bagi soalan kewujudan internet. Berdasarkan rajah
tersebut, terdapat 35% respon pada skala sangat setuju dan 50% pada skala setuju,

80

manakala terdapat 15% pada skala tidak pasti. Berdasarkan, para responden
memilih skala setuju yang menunjukkan mereka berpuas hati dengan kewujudan
Internet di bilik tersebut.

Rajah 20 : Maklum balas mengenai kewujudan server
Rajah 20 ialah maklum balas responden terhadap kewujudan server. Berdasarkan
rajah tersebut, terdapat 10% respon pada skala sangat setuju, 80% pada skala
setuju, manakala terdapat 10% pada skala tidak pasti. Peratusan menunjukkan para
responden memilih skala setuju yang membuktikan bahawa projek ini berjalan
dengan lancar tanpa ada masalah yang dihadapi. Dengan itu, kewujudan server
dapat memudahkan pelajar dalam penyimpanan data dan fail.

81

Rajah 21 : Maklum balas mengenai kepuasan hati pengguna terhadap projek
Rajah 21 ialah carta pai yang telah ditafsir daripada responden yang menjawab
maklum balas terhadap soalan kepuasan hati pengguna terhadap projek.
Berdasarkan rajah tersebut, terdapat 20% pada skala sangat setuju, 65% pada
skala setuju, manakala terdapat 15% pada skala tidak pasti. Dengan pemilihan
skala yang tertinggi iaitu setuju menunjukkan projek ini memuaskan hati pengguna
dan keperluan pengguna terhadap projek amat diperlukan oleh para pelajar.

4.6 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, terdapat ramai responden yang berpuas hati dengan
projek yang kami bangunkan dan terdapat juga beberapa orang responden yang
kurang berpuas hati dengan projek ini. Untuk para responden yang kurang berpuas
hati dengan projek yang kami bangunkan ini, kami akan membuat penambahbaikan
untuk keselesaan para pengguna komputer Makmal penyelenggaraan Kolej
Vokasional Miri.

Tambahan pula, kami telah berjaya mencapai objektif kami iaitu memudahkan
guru dan para pelajar untuk mengambil fail. Kini, mereka tidak perlu bergerak atau
menggunakan medium penghantaran seperti pendrive untuk meminta tugasan atau
nota.

82

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini merupakan bab terakhir untuk menjelaskan keseluruhan projek yang
dijalankan. Bab ini merumuskan bahagian penilaian yang menjelaskan tentang
pengetahuan yang dipelajari dan masalah yang dihadapi ketika melaksanakan
projek ini serta cara penyelesaian masalah yang dihadapi.

Bahagian ini juga merumuskan secara keseluruhan projek yang
dilaksanakan, hasil dan pencapaian projek sama ada mencapai objektif ataupun
tidak, serta perancangan dan harapan untuk projek akan datang. Kelemahan,
kelebihan dan cadangan penambahbaikan dinyatakan juga dengan ringkas dan
tepat. Inovasi dalam reka bentuk produk atau proses juga perlu dinyatakan.

Selain itu, ulasan mengenai situasi yang berlaku ketika menjalankan projek
dan rumusan mengenai projek yang telah berjaya dijalankan juga dinyatakan dalam
bab ini. Akhir sekali, bab ini merumuskan merumuskan cadangan yang ingin
dinyatakan pada projek yang telah dilaksanakan.

5.2 PENILAIAN

Penilaian projek merupakan penilaian yang dilakukan terhadap suatu tugas
yang harus diselesaikan dalam waktu yang ditetapkan. Penilaian bagi projek ini
adalah membangunkan rangkaian setempat dan mengkonfigurasi pelayan dan
pencetak di Bilik Penyelenggaraan Komputer di Kolej Vokasional Miri.

83

Selain itu, pensyarah juga telah memberikan sedikit cadangan untuk
penambahbaikan terhadap projek yang dilaksanakan supaya projek ini dapat
digunakan oleh para pensyarah dan pelajar dengan baik.

Keputusan dari projek ini, perkhidmatan perkongsian fail dan pencetak
berjaya dibangunkan dan dapat digunakan pensyarah dan pelajar tanpa
menghadapi sebarang masalah. Perkongsian fail ini juga memiliki kelajuan yang
cekap daripada sebelumnya.

5.3 ANALISIS

Analisis adalah proses mempertimbangkan sesuatu dengan menggunakan
kaedah statistik untuk memahami atau menerangkan sesuatu perkara. Projek ini
telah dilaksanakan dan telah dibuat pengujian. Proses pengujian dilaksanakan
kepada responden untuk menggunakan komputer - komputer yang telah
bersambung kepada rangkaian dan membuat proses perkongsian fail.

Selain itu, para responden juga telah membuat pengujian terhadap proses
pencetakan. Proses pengujian ini dilakukan untuk mengetahui sama ada projek ini
berjaya dibangunkan sekali gus dapat digunakan oleh pengguna dengan
sepenuhnya atau sebaliknya.

Keberkesanan projek dapat diketahui dengan membuat satu borang digital
iaitu google form yang dibina untuk diedarkan kepada responden melalui maya
untuk membuat pengujian. Borang maklum balas ini diedarkan untuk mengetahui
tahap kepuasan responden dalam menggunakan projek yang telah dibangunkan.

Sepanjang projek ini dijalankan, terdapat beberapa masalah yang dihadapi
seperti sebahagian daripada pc yang disediakan rosak dan tidak boleh digunakan.
Windows server tidak dapat dipasang pada server kerana cakera padat tidak dapat
diakses oleh server. Penggunaan power supply juga kurang kerana perlu
menggunakan peralatan tambahan seperti extension wire.

Setelah melakukan proses pengujian, kami telah mengatasi masalah yang
dihadapi iaitu windows server dapat diakses dalam server dan perkongsian fail
berjaya serta pc client dapat melakukan proses pencetakan.

84

5.4 TAKSIRAN
Keseluruhan projek ini telah mencapai objektif yang telah kami tetapkan iaitu

membangunkan rangkaian setempat, mengkonfigurasi perkongsian fail dan
pencetak serta mengkonfigurasi pelayan.

Bagi penilaian keseluruhan, projek ini telah berjaya dibangunkan dan dapat
digunakan sepenuhnya oleh para pensyarah serta pelajar yang menggunakan Bilik
Penyelenggaran Komputer di Kolej Vokasional Miri.
5.5 KAJIAN PERBANDINGAN
5.5.1 SEBELUM PROJEK

Bilik Penyelenggaraan Komputer di Kolej Vokasional Miri tidak memiliki
rangkaian kawasan setempat dan perkhidmatan pencetak serta server. Selain itu,
pelajar mempunyai kesukaran untuk melakukan proses pembelajaran dan
pencarian maklumat untuk tugasan yang diberikan oleh guru. Pelajar yang tidak
memiliki komputer riba juga memiliki kesukaran untuk membuat kerja kerana
perkhidmatan pada pc tersebut belum disediakan. Berikut merupakan keadaan Bilik
Penyelengaraan Komputer di Kolej Vokasional Miri sebelum melakukan proses
susun atur dan kekemasan :

85

Rajah 11 : Keadaan sebelum memulakan projek.
5.5.2 SELEPAS PROJEK

Setelah melakukan setiap tugasan daripada ahli kumpulan, projek ini telah
menghasilkan sistem setempat iaitu LAN dan mempunyai perkhidmatan pencetak.
Selain itu, projek ini juga telah melakukan proses mengkonfigurasikan server.
Komputer server ini akan mengakses kepada setiap pc iaitu komputer client untuk
berhubung. Oleh hal yang demikian, para pelajar boleh membuat perkongsian fail
atau melakukan proses pencetakan. Setiap kabel pada pc akan dilabelkan
contohnya seperti pc 1, pc 2 dan seterusnya agar ini lebih mudah untuk diketahui
sekiranya berlaku kerosakan pada kabel atau ingin mengetahui pc mana yang
belum dapat mencapai rangkaian. Dengan kejayaan dalam membina projek ini, para
pelajar mendapat kemudahan untuk melakukan proses pencetakan dengan cepat
tanpa menunggu giliran atau menggunakan pendrive. Berikut merupakan keadaan
bilik apabila telah menyiapkan tugasan dan susun atur di Bilik Penyelenggaraan
Komputer di Kolej Vokasional Miri:

86

Rajah 12 : Keadaan selepas melakukan projek

5.6 ULASAN

Sepanjang projek ini dijalankan, terdapat beberapa masalah dan perubahan
yang telah berlaku dan menjadi gangguan kepada projek yang dibangunkan.
Masalah yang pertama adalah pc yang digunakan tidak dapat mengakses perisian
windows 10. Perisian windows 10 ini dipasang pada pendrive dan tidak dapat
diakses oleh komputer. Oleh kerana itu, projek ini telah memasang 2 windows iaitu
windows 10 dan windows 7 pada komputer. Masalah yang kedua ialah windows
server pada server. Pada awalnya, server tidak dapat mengakses cakera padat
windows server kerana server tersebut memiliki sedikit masalah. Setelah itu, kami
mencuba pada server yang lain dan dapat dipasang. Kelemahan dalam melakukan

87

proses mengkonfigurasikan server juga menjadi masalah untuk menyiapkan projek
ini dengan cepat kerana tidak mahir untuk melakukan.

Selain itu, perubahan yang berlaku ialah tempoh untuk menyiapkan projek
ini perlu dipanjangkan atau tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang kerana
kolej ditutup akibat jangkitan covid 19 yang melanda seluruh dunia termasuk negara
malaysia. Oleh kerana itu, projek ini lambat disiapkan kerana tidak boleh
menghadirkan diri ke kolej seperti biasa dan perlu diam di rumah masing-masing.
Projek kami terganggu akibat masalah dan perubahan yang dialami tetapi hal
tersebut dapat diatasi dengan baik. Tiada berlakunya sebarang masalah untuk
membuat perkongsian fail dan kabel yang dihasilkan berfungsi dengan baik.

5.7 RUMUSAN

Tujuan membangunkan projek ini adalah untuk memberikan kemudahan
kepada pelajar untuk membuat perkongsian fail dengan menggunakan pc yang
telah kami sediakan. Bukan itu sahaja, projek ini juga memberikan kemudahan
kepada pelajar untuk melakukan proses pencetakan dengan cepat tanpa perlu
menggunakan pendrive. Projek ini telah menghubungkan 16 buah komputer client
termasuk sebuah komputer server untuk dijadikan sebuah rangkaian setempat iaitu
LAN di Makmal ISK 1 di Kolej Vokasional Miri.

Server pula menjadi tempat penyimpan data dan maklumat pelajar dan
komputer server telah diakses kepada setiap pc client yang ada didalam Makmal
ISK 1. Akhir sekali, projek yang dibangunkan ini telah berfungsi dengan baik dan
dapat digunakan oleh para pelajar dengan sepenuhnya tanpa gangguan oleh
program Sistem Komputer dan Rangkaian di Kolej Vokasional Miri.

5.8 CADANGAN

Cadangan penambahbaikan ini bertujuan untuk menaik taraf projek yang
dibangunkan di Bilik penyelenggaraan komputer. Antara cadangannya adalah
menambah bilangan komputer yang tidak mencukupi untuk digunakan kerana
terdapat sebuah komputer yang tidak berfungsi atau memiliki masalah kerosakan
dalaman. Selain itu, kami memiliki kekangan masa untuk meyiapkan projek ini
kerana sekolah diwajibkan untuk tutup atas pendemik yang telah berlaku di sarawak.

88

Cadangan penambahbaikan adalah membenarkan pelajar untuk melakukan projek
diluar.

Bukan itu sahaja, menyediakan penggunaan peralatan tambahan seperti
UPS atau Extension wire yang banyak kerana beberapa pc yang memiliki
kesukaran untuk di hidupkan disebabkan tidak memiliki sambungan bekalan kuasa.
Akhir sekali, bilik juga perlu dicantikkan atau membuat kekemasan sepanjang masa
agar memberikan keselesaan kepada pelajar dan pensyarah untuk melakukan
proses pembelajaran.

5.9 KESIMPULAN

Setelah melaksanakan projek yang ini, sedikit sebanyak telah memberikan
ilmu dan pengetahuan terhadap perkara yang baharu dan tidak pernah dilakukan
sebelumnya. Projek ini juga telah mengajarkan erti kerjasama antara setiap ahli
kumpulan dan saling membantu tentang hal yang kurang diketahui. Selain itu, ilmu
dan pengetahuan yang baharu dapat diperoleh adalah cara untuk
mengkonfigurasikan server.

Seterusnya, objektif bagi projek ini telah tercapai walaupun mempunyai
sedikit gangguan apabila ingin mencapainya. Objektif yang pertama ialah
membangunkan rangkaian setempat iaitu dapat memberikan kemudahan kepada
pelajar untuk membuat perkongsian fail . Objektif yang kedua ialah projek ini dapat
menyediakan perkhidmatan pencetak yang menjadi satu kelebihan kepada para
pelajar untuk mencetak tugasan mereka pada waktu yang ditetapkan oleh guru atau
boleh terus mencetak tanpa membazirkan waktu. Objektif yang ketiga ialah dapat
mengkonfigurasikan server pada komputer server serta mengakses kepada setiap
komputer client.

Akhir sekali, atas usaha dan titik peluh untuk melaksanakan projek ini,
harapnya dapatlah memberikan kejayaan kepada ahli kumpulan untuk memiliki
kelayakan mendapatkan Sijil yang diberikan oleh khas kepada para pelajar yang
berjaya membangunkan projek tahun akhir ini. Projek yang dihasilkan ini haruslah
mencapai kriteria yang ditetapkan. Dengan kewujudan sebuah rangkaian setempat
di Bilik penyelenggaraan komputer ini dapat memberikan kemudahan kepada
pelajar untuk melakukan tugasan mereka dan tidak menggunakan perkhidmatan ini
dengan melakukan perkara yang tidak berkaitan dengan tugasan yang diberikan

89

oleh pensyarah. Harapan daripada projek ini adalah berharap untuk menaik taraf
spesifikasi projek dari semasa ke semasa supaya dapat digunakan oleh generasi
yang akan datang mengikut kemajuan teknologi di dunia ini yang semakin moden.
Contohnya , membeli server yang baharu atau menaik taraf server agar dapat
memberi sokongan kepada data yang masuk dan menggunakan perisian yang
terbaru mengikut peredaran zaman.

90

6.0 RUJUKAN
1. MOHAMAD KHAIRUDDIN BIN AZIZ, NUR AFIQ DANIAL BIN ASRI. (2017).
Laporan Membangunkan Sistem Perkongsian Fail Menggunakan Server Di Bengkel
Komputer KSK 1. Kolej Vokasional Pasir Mas.
https://www.scribd.com/document/358139582/Laporan-PTA-sistem-komputer.
2. HAIRI HAZLAN. (2010). Merangka Sistem Komputer-Topologi Bas. Break The
Rules, Think Out The Box. http://hairilhazlan.com/2010/06/07/merangka-sistem-
rangkaian-komputer-topologi-bintang/
3. wikiHow. (2019). How To Install, Configure, and Test Windows Server 2012 R2.
wikiHow. https://www.wikihow.com/Install,-Configure,-and-Test-Windows-Server-
2012-R2#social_proof_anchor
4. EVA MARTHA RAHAYU. (2016). Supermicro Pamerkan Lini Produk Server,
Storage dengan Prosesor Intel Broadwell. Indonesia.
https://swa.co.id/swa/trends/technology/supermicro-pamerkan-lini-produk-server-
storage-dengan-prosesor-intel-broadwell.

91

7.0 LAMPIRAN
7.1 MEMBUAT KABEL RANGKAIAN

Rajah 13 : Menyediakan kabel UTP.

Rajah 14 :Menyediakan peralatan yang diperlukan untuk membangunkan projek.

92

Rajah 15 : Menyusun kabel mengikut warna yang betul.
Rajah 16 : Crimp kabel yang telah tersusun mengikut warna

93

7.2 MEMBUAT RANGKAIAN SETEMPAT

Rajah 17 : Susunan meja mengikut lakaran yang telah dibina.
Rajah 18 : Memotong Trunking kepada lubang kecil untuk kemasukan kabel yang

lain.

94

Rajah 19 : Memotong Trunking mengikut panjang antara komputer ke Server.

Rajah 20 : Menyusun komputer pada setiap meja

Rajah 21 : Melabel kabel mengikut komputer.

95

Rajah 22 : Membuat configurasi pada pelayan.

96



MEMBANGUNKAN SISTEM E-PENDAFTARAN
KURSUS PELAJAR KSK DI
KOLEJ VOKASIONAL MIRI

Oleh

HAZEL BULAN AUGUSTINE
IMOGENE EFFY ANAK GIDAN

Laporan Projek Yang Dikemukakan Kepada Kolej Vokasional Miri
Bagi Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan Diploma
Teknologi Maklumat (Rangkaian Komputer)

PROGRAM TEKNOLOGI
MAKLUMAT (RANGKAIAN KOMPUTER)

FEBRUARI 2021

ii

PENGAKUAN PENULIS

“Dengan ini kami akui bahawa laporan ini adalah hasil kerja kumpulan kami
dan dibuat berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah peraturan Kolej
Vokasional Miri. Ia adalah asli berpandukan daripada kajian yang telah dilakukan
oleh kami. Projek ini masih belum dihasilkan oleh mana-mana pihak atau institusi
untuk mana-mana diploma atau kelayakan.

Kami dengan ini berjanji sekiranya projek yang dilaksanakan oleh kami
melanggar mana-mana syarat yang tertera di atas, segala hasil kerja kami akan
digagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapkan diploma dan bersetuju untuk
dikenakan sebarang tindakan undang-undang di bawah peraturan Kolej Vokasional.”

Nama Penulis 1 : HAZEL BULAN AUGUSTINE
Tandatangan :
No. Kad Pengenalan : 011119-13-0464

Nama Penulis 2 : IMOGENE EFFY ANAK GIDAN
Tandatangan :
No. Kad Pengenalan : 000508-13-1264

Program : TEKNOLOGI MAKLUMAT (SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN)
Nama Kolej : KOLEJ VOKASIONAL MIRI
Tajuk Projek : MEMBANGUNKAN SISTEM E-PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR

KSK DI KOLEJ VOKASIONAL MIRI

Penyelia Projek : AZRI BIN SAID

Tandatangan :

Tarikh : 25/02/2021

iii

PERAKUAN PENYELIA PROJEK
“Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dan segala
yang terkandung di dalam adalah benar. Projek ini adalah memadai dari segi skop
dan kualiti serta telah memenuhi segala syarat dan undang-undang di bawah
peraturan Kolej Vokasional bagi tujuan penganugerahan Diploma Teknologi
Maklumat (Rangkaian Komputer)”
Tandatangan :
Nama : AZRI BIN SAID
No.Kad Pengenalan : 800214-04-5155
Tarikh : 25/02/2021

iv

PENGHARGAAN

Salam sejahtera, bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan kurnianya kami
mampu menyempurnakan projek tahun akhir kami. Sepanjang menjalankan projek
tahun akhir ini, kami telah memperoleh pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan
lebih terperinci lagi berkaitan proses-proses pembangunan sesebuah projek.
Melalui kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung
perhargaan kepada Penyelia Projek kami iaitu, Encik Azri Bin Said yang telah banyak
memberikan tunjuk ajar dan nasihat serta dorongan yang amat membantu kami
sepanjang menjalankan projek ini.
Seterusnya, ribuan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang terlah banyak
memberi sokongan moral dan dorongan serta menghulurkan sedikit bantuan
kewangan bagi menyelasaikan projek ini. Selain itu juga, ucapan terima kasih kepada
rakan seperjuangan yang telah memberi idea-idea berkaitan dengan kreativiti dalam
merealisasikan usaha menyempurnakan projek kami ini dengan jayanya.
Segala bantuan, sokongan dan idea yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai
kerana tanpa anda semua, pembangunan projek ini mungkin tidak dapat kami
laksanakan dengan sempurna. Semoga projek tahun akhir yang telah dijalankan ini
mendapat keberkatan daripada Tuhan.
Sekian, terima kasih.

v


Click to View FlipBook Version