The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adeqcute2001, 2021-12-31 04:19:08

FAIL KURSUS DKB4044 PTA2 2020

FAIL KURSUS DKB4044 PTA2 2020

Projek ini menggunakan Windows Server 2012 R2 untuk komputer pentadbir
manakala Windows 10 untuk komputer pengguna. Windows Server 2012 adalah
kod nama Windows Server 8, keluaran keenam dalam Windows Server. Perkara
tersebut adalah gabungan dua versi, iaitu Windows 8 dan Windows Server 2008 R2.
Dua versi pra keluaran, developer preview dan beta version, telah dikeluarkan
semasa pembangunan Windows Server 2012 R2. Perisian ini boleh didapati secara
umum kepada pengguna bermula 4 September 2012.

Kelebihan membangunkan perkongsian fail (file sharing) ialah pengguna
dapat menghantar dan menerima maklumat atau fail kepada pengguna lain dalam
bengkel tersebut. Topologi yang digunakan ialah Topologi Bas. Kelebihan Topologi
Bas ialah lebih mudah untuk mengesan kerosakan pada rangkaian sebuah
komputer. Kelemahan membangunkan sistem pengkongsian fail menggunakan
server ialah kekangan masa dan kos untuk peralatan. Selain itu, kelemahan
menggunakan Topologi Bas adalah memerlukan kabel Unshielded twisted pair
(UTP) yang banyak.

1.2 OBJEKTIF

Objektif yang ingin kami capai setelah membangunkan projek ini ialah
rangkaian kawasan setempat yang telah kami bangunkan dapat berfungsi dengan
baik dan dapat digunakan oleh para pelajar. Hal ini demikian kerana ramai pelajar
yang tidak mempunyai komputer riba sendiri untuk membuat tugasan dan juga
untuk mencari maklumat tambahan tentang tugasan yang diberi.

Oleh itu, pelajar dapat menggunakan komputer tersebut untuk menyiapkan
tugasan mereka. Selain itu, pelajar juga boleh mencari maklumat tambahan
menggunakan komputer tersebut. Objektif yang kedua adalah membolehkan
penggunaan pencetak dalam rangkaian. Hal ini demikian kerana proses mencetak
memakan masa yang lama dan perlu berbaris jika ingin menggunakan pencetak.
Kaedah pengunaan pencetak dalam rangkaian dapat menjimatkan masa pelajar.
Para pelajar hanya perlu mencapai capaian pencetak tersebut kemudian menunggu
giliran untuk mencetak yang sama dengan fungsi print server iaitu menguruskan
akses ke pencetak yang dikongsi di rangkaian supaya pengguna rangkaian dapat
menggunakan pencetak tersebut.

2

Objektif yang ketiga adalah mewujudkan perkongsian fail di Bilik
Penyelenggaraan Komputer menggunakan Active Directory Domain Service (ADDS)
atau Domain Name Server (DNS). Menggunakan Active Directory Domain Service
(ADDS), user storage diwujudkan ke dalam server untuk menjimatkan ruang storan
pada komputer pengguna. Mewujudkan user account untuk sistem keselamatan
dalam sebuah rangkaian.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Melalui kajian yang telah dibuat mengenai masalah yang dihadapi
pensyarah serta pelajar ISK yang menggunakan makmal komputer ini telah
memberikan kami idea untuk melaksanakan projek. Terdapat beberapa masalah
yang dihadapi iaitu tiada tempat untuk menyimpan data dan maklumat pelajar ISK.
Maklumat pelajar haruslah disimpan oleh pensyarah kerana maklumat setiap pelajar
adalah sulit. Oleh itu, pentingnya mewujudkan tempat penyimpanan data dan
maklumat untuk pelajar ISK. Seterusnya, komputer sering mengalami masalah
untuk berkongsi fail. Kesukaran untuk menghantar serta menerima fail daripada
komputer ke komputer menjadi isu kepada pelajar yang menggunakan komputer di
Bilik Penyelenggaraan Komputer. Selain itu , tiada perkongsian fail dan pencetak.
Hal ini menyukarkan bagi pelajar untuk melakukan perkongsian fail dan pencetak
apabila ingin melakukan tugasan mereka atau menghantar fail dengan
menggunakan komputer ISK. Disebabkan hal ini berlaku, mewujudkan sistem
perkongsian fail dan menyediakan pencetak adalah menjadi sebahagian penting
dalam projek ini untuk dibangunkan di Bilik Penyelenggaraan Komputer.

1.4 TUJUAN PROJEK

Tujuan projek ini adalah untuk menjawab segala persoalan kajian atau
penyataan masalah dalam projek yang ingin dibangunkan. Projek yang kami
bangunkan ini bertujuan untuk membantu pensyarah yang ingin melakukan proses
perkongsian fail engan pelajar. Hal ini akan memudahkan kerja para pensyarah
serta pelajar serta tidak membuang waktu yang terlalu lama untuk menghantar
setiap fail yang ingin dikongsikan apabila menggunakan komputer di Bilik
Penyelenggaraan Komputer. Malah, para pensyarah dan pelajar dapat
mengurangkan penggunakan device lain agar tidak menimbulkan virus ketika
membuat perkongsian fail. Projek pembangunan perkongsian fail ini dapat
menghantar fail itu secara terus dengan menghubungkan satu komputer ke

3

komputer yang lain. Seterusnya, kami juga ingin mewujudkan tempat penyimpanan
data dan maklumat bagi pelajar ISK. Dengan adanya tempat penyimpan data dan
maklumat bagi pelajar ISK ini, para pensyarah dapat mencari data yang diingini
dengan cepat tanpa mengambil masa yang lama. Selain itu, projek ini juga
memudahkan para pensyarah untuk memasukkan maklumat para pelajar melalui
pangkalan data yang dibuat khusus untuk bengkel ISK. Hal ini akan memudahkan
para pensyarah untuk mengurus maklumat mereka dengan hanya membuang rekod
pelajar tersebut di dalam sistem. Contohnya, ketika para pensyarah meminta pelajar
untuk menulis atau menyatakan maklumat mereka kemudian berlakunya kesilapan
atau masalah yang berkaitan, pensyarah hanya perlu melakukan proses membuang
fail atau memperbaharui fail tersebut dengan mudah.

1.5 SKOP PROJEK

Projek kami ini dibangunkan di Bilik Penyelenggaraan Komputer di Kolej
Vokasional Miri. Golongan yang terlibat dalam penggunakan projek kami ini ialah
para pensyarah serta pelajar khususnya pelajar ISK. Selain itu, Tempoh
menjalankan projek ini adalah memakan masa selama 8 bulan untuk menghasilkan
projek yang berfungsi dengan baik dan sempurna. Akibat dari pandemik yang
melanda sekarang, jangka masa penyiapan projek telah dianjakkan selama 11
bulan.

1.6 KESIMPULAN

Kesimpulanya, kami telah menyatakan keseluruhan mengenai projek ini
dengan jelas. Oleh itu, kami harapkan supaya projek ini boleh mencapai objektif
dengan jayanya. Bukan sahaja berjaya, projek ini juga dapat memudahkan kerja
setiap pengguna yang akan menggunakan komputer di Bilik Penyelenggaraan
Komputer. Tuntasnya , kami ingin mengurangkan penggunaan device yang lain dan
jalan kerja yang mudah agar tidak membaziri masa para pelajar serta pensyarah.

4

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kajian literatur merupakan beberapa huraian tentang kajian lepas berkaitan
dengan kajian yang telah dilaksanakan. Dalam kajian ini, terdapat banyak kajian
yang telah dilakukan mengenai fenomena bahasa serta variasi bahasa. Kajian
literatur merupakan asas yang begitu penting bagi para pengkaji seperti kami
supaya kajian yang telah dilakukan mempunyai garis panduan dan dijadikan
sebagai sumber rujukan yang tepat serta jelas. Selain itu, melalui kajian literatur
juga, pengkaji dapat mengenal pasti masalah-masalah yang timbul pada setiap
kajian literatur dan kajian ini dapat memberi manfaat ke atas penulisan pengkaji
yang seterusnya. Hal ini demikian kerana melalui kajian tersebut, pengkaji yang lain
dapat melaksanakan projek mereka dengan baik kerana mempunyai garis panduan
yang baik. Topik-topik yang akan dibincangkan dalam bab ini adalah seperti berikut:

I. Kajian projek lepas
II. Pengertian tentang Topologi Bas
III. Kesimpulan

2.2 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

2.2.1 KAJIAN PROJEK 1

Menurut Mohammad Khairuddin bin Aziz dan Nur Afiq Danial bin Basri yang
telah melaksanakan projek yang bertajuk “ Membangunkan sistem perkongsian file
menggunakan server di bengkel komputer KSK 1 Kolej Vokasional Pasir Mas ” di
mana projek ini telah berjaya dilaksanakan oleh mereka. Akan tetapi, melalui kajian
literatur yang telah dibuat, terdapat kelebihan dan kelemahan yang telah dikenal

5

pasti pada projek yang dibangunkan oleh mereka. Kelemahan projek mereka pula
mereka menetapkan had penggunaan internet kepada komputer pengguna yang
ingin melayani internet. Hal ini akan mengakibatkan gangguan terhadap komputer
jika terlalu ramai pengguna dalam satu-satu tempoh masa.

2.2.2 KAJIAN PROJEK 2

Menurut Kenny Chen yang telah berjaya menjalankan “Trend teknologi
pelayan“, Terdapat beberapa kelemahan projek ini iaitu mereka menggunakan
penggunaan multi pemproses dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah. Hal
ini mengakibatkan proses menjadi lambat dalam memproses dan menerima arahan
yang dikehendaki oleh pengguna.

2.3 PENGERTIAN TENTANG TOPOLOGI BAS

Menurut Wikipedia ( June 2010 ) topologi rangkaian merujuk kepada cara
komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan. Topologi rangkaian
terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal. Topologi fizikal
bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel,
komputer dan lain-lain perkakasan (Peripherals). Topologi logikal pula merupakan
kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat antara satu
komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di stesen kerja. Topologi
Bas memerlukan semua nod / komputer bersambung ke peranti pusat iaitu
hub/switch. Selain itu, kerosakan nod tidak akan memberi gangguan kepada
rangkaian komputer dan berfungsi seperti biasa. Sekiranya hendak menambah atau
membuang nod, proses tersebut haruslah dilaksanakan tanpa mengganggu
rangkaian komputer. Rangkaian jenis ini membenarkan 2 komputer menghantar
mesej dalam satu masa yang sama. Tetapi jika hub rosak , rangkaian ini tidak dapat
berfungsi seperti biasa.

2.4 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, pelan penyusunan rangkaian yang akan dibangunkan
sangat penting sebelum mereka bentuk. Oleh itu, kita perlu membuat penyelidikan
yang cukup untuk menentukan rangkaian yang kita bangunkan dapat berjalan
dengan lancar dan dapat digunakan untuk jangka masa yang panjang.

6

BAB 3

METODOLOGI

3.1 PENGENALAN

Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk,
mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian. Bukan setakat itu, melalui metodologi, setiap masalah
yang telah dikaji boleh diselesaikan dan tujuannya adalah untuk membantu serta
memahami dengan lebih mendalam lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan
membuat huraian tentang proses-proses kajian tersebut. Peringkat metadologi
menerangkan mengenai kaedah atau teknik yang digunakan sepanjang kajian yang
berlandaskan kepada objektif dan skop kajian yang telah dinyatakan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, metodologi membawa maksud
sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu
kegiatan atau disiplin. Metodologi juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin
yang digunakan semasa melakukan kajian tertentu untuk mencapai tujuan tertentu
dan ia juga merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan
penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalahan
kajian.

Oleh itu, terdapat beberapa kaedah metodologi yang kami gunakan untuk
membangunkan server di dalam makmal ISK iaitu Model ADDIE. Bagi kami, model
ADDIE ini sangat sesuai digunakan kerana model ini mempunyai fasa-fasa yang
berkesan untuk projek kami. Justeru, model ADDIE mempunyai fasa-fasanya
tersendiri iaitu Analisis (Analysis), Reka bentuk (Design), Pembangunan
(Development), Pelaksanaan (Implementation) dan Penilaian (Evaluation).
Berikut merupakan hasil yang telah dilaksanakan melalui fasa-fasa ini.

7

3.2 ANALISIS (ANALYSIS)

Kaedah yang digunakan dalam mengumpul data ialah kaedah mengedarkan
borang soal selidik kepada responden. Melalui borang soal selidik ini kita mendapat
maklum balas dari responden dalam membangunkan projek. Borang soal selidik
haruslah berkenaan dengan projek yang ingin dibangunkan kerana hal ini
menentukan sesuatu perkara itu diperlukan untuk membangunkan projek tersebut
atau tidak. Fasa analisis ini melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenal
pasti masalah yang ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dapat dikenal pasti
proses analisis akan dilaksanakan bagi mencari apakah punca atau faktor yang
berkaitan atau yang menimbulkan masalah tersebut. Proses analisis ini melibatkan
pelbagai aspek antaranya adalah membuat analisis terhadap pengguna yang
menggunakan komputer dan analisis terhadap persekitaran pembelajaran di kolej
serta mengenal pasti matlamat kajian ini dilakukan.

Dalam fasa analisis, masalah instruksional diperjelas, tujuan dan objektif
pengajaran ditetapkan dan persekitaran pembelajaran dan pengetahuan dan
kemahiran sedia ada pelajar dikenal pasti. Contohnya, pengguna yang kita
sasarkan yang akan menggunakan projek tersebut. Kaedah yang digunakan dalam
fasa ini ialah kaedah mengumpul maklumat, dan mengedarkan borang soal selidik
kepada responden seterusnya membuat analisis terhadap data yang diperolehi
selama kajian dibuat. Pada fasa ini, kami telah mengedarkan borang soal selidik
kepada pelajar-pelajar yang akan menggunakan projek ini. Para responden itu ialah
pelajar Sistem Komputer dan Rangkaian Kolej Vokasional Miri. Tujuannya untuk
memastikan keperluan membangunkan projek ini atau tidak. Selain itu, mendapat
persetujuan daripada para pengguna serta ingin mengetahui aktiviti yang sering
dilakukan oleh pelajar dalam Bilik Penyelenggaraan Komputer.

Akhir sekali, kami akan membuat satu carta menunjukkan peratusan pelajar
dalam setiap masalah dihadapi. Kami menggunakan perisian Microsoft Excel untuk
mendapatkan peratusan dengan menggunakan carta pai pada perisian tersebut.
Kebolehan perisian ini adalah boleh meringkaskan dan menganalisis data. Berikut
merupakan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden.

8

3.3 REKA BENTUK (DESIGN)

Fasa Design ialah fasa kita melakar reka bentuk yang akan digunakan
dalam sesebuah projek. Fasa reka bentuk berkaitan dengan objektif pembelajaran,
instrumen penilaian, latihan, kandungan, analisis subjek, perancangan pelajaran
dan pemilihan media. Fasa reka bentuk harus sistematik dan spesifik. Sistematik
bermaksud kaedah logik dan teratur untuk mengenal pasti, mengembangkan dan
menilai sesuatu set strategi terancang yang disasarkan untuk mencapai tujuan
projek.

Di dalam fasa ini, kita hendaklah mencari kelebihan dan kelemahan
sesebuah projek sebelum melakar projek tersebut. Setiap lakaran harus mempunyai
petunjuk yang dapat membantu mengenal pasti setiap bahan yang terdapat pada
lakaran tersebut. Pengumpulan data yang telah dikenal pasti digunakan dalam
projek ini terdiri daripada sumber primer dan sumber sekunder. Dari data tersebut,
kami dapat menentukan lakaran dan reka bentuk yang kami inginkan supaya
memudahkan kami dalam membangunkan projek tersebut dari segi bajet dan
bahan-bahan yang diperlukan dalam membangunkan projek ini. Kami telah
membuat reka bentuk atau pelan lantai projek kami mengikut kelebihan dan
kelemahan tersendiri. Dalam fasa ini, kami telah merancang dan membuat reka
bentuk pelan rangkaian seperti susunan meja, kerusi, perkakasan rangkaian seperti
Switch serta beberapa set komputer pengguna yang terdapat dalam pelan kami
tersebut. Selain itu, kami juga menyediakan carta gantt serta carta alir untuk proses
memasang kawalan sekuriti terhadap komputer pengguna. Hal ini untuk
memastikan segala perancangan yang telah kami buat dapat berjalan dengan
lancar. Bukan hanya itu, reka bentuk ini juga akan menunjukkan gambaran
kesemua projek yang telah dibina.

9

3.3.1 CARTA ALIR PERLAKSANAAN PROJEK
Mula

Mengenalpasti masalah

Pengumpulan data Penambaikan
TIDAK
Membangunkan proposal
Penambaikan
Proposal
diterima
YA
Merancang pelaksanaan dan
pelaksanaan projek

Pengujian

Wujud TIDAK
Masalah
YA Petunjuk
Menulis laporan kajian Mula/Tamat
Proses
Menghantar laporan Keputusan

Tamat
Rajah 1: Carta Alir Perlaksanaan Projek

10

3.3.2 CARTA GANTT PERLAKSANAAN PROJEK

Rajah 2 : Carta Gantt Pelaksanaan Projek

11

3.3.3 REKA BENTUK
Dalam fasa ini, kami telah merancang bagaimana dan susunan atur pelan

rangkaian bagi susunan meja, kerusi, perkakasan rangkaian seperti Switch dan
penghala serta beberapa set komputer pengguna yang terdapat dalam pelan kami
tersebut. Bukan setakat itu, kami juga menyediakan carta gantt serta carta alir untuk
proses memasang kawalan sekuriti terhadap komputer pengguna. Hal ini untuk
memastikan segala perancangan yang telah kami buat dalam keadaan terancang
dan teratur. Bukan hanya itu, rekabentuk ini juga akan menunjukkan gambaran
kesemua projek yang telah dibina .
3.3.3.1 PELAN PROJEK (PELAN LANTAI)

Rajah 3: Pelan Lantai Pelaksanaan Projek

12

3.3.3.2 PELAN RANGKAIAN

Rajah 4: Pelan Rangkaian Pelaksanaan Projek
3.3.3.3 PELAN ELEKTRIK

Rajah 5 : Pelan Elektrik Pelaksanaan Projek

13

3.3.4 PENERANGAN PELAN

3.3.4.1 PELAN LANTAI

Pelan lantai ialah suatu pelan yang menunjukkan saiz ruang dalaman, susun
atur ruang, bahan kemasan lantai, kod jenis pintu dan tingkap, bahan-bahan binaan
ditunjukkan dengan menggunakan simbol-simbol piawaian lukisan, ketinggian lantai,
dan garisan keratan. Pelan menunjukkan pelan lantai di Bilik Penyelenggaraan
Komputer di Kolej Vokasional Miri. Seperti yang kita lihat, pelan ini menunjukkan
susun atur meja, kerusi, komputer persendirian, switch, penghala dan lain-lain.

3.3.5 KOS BAHAN DAN PERALATAN PROJEK

Bil Perkakasan Kuantiti Harga Jumlah
1 Kabel Cat5 1 Kotak (Seunit)(RM) (RM)

160 160

2 Faceplate & 21 8 168

Modular Jack

3 Cases Box 21 0.50 10.50
6 72
4 Pvc Trunking 12 30 30
5 RJ45 1 Bungkus(100 Biji)

6 Router(Tp-Link) 1 125 125

7 Cable Tie 1 bungkus 6.50 6.50
3
8 Cable Clip 1 kotak 3 575

JUMLAH KESELURUHAN:(RM)

Jadual 1: Jadual Kos Projek

14

3.4 PEMBANGUNAN (DEVELOPMENT)
Dalam fasa ini,kami akan membangunkan projek ini berdasarkan reka

bentuk pelan rangkaian yang telah direka di Bilik Penyelenggaraan Komputer.
Dalam. Pada awalnya, kami akan memulakan projek ini dengan membuat satu
rangkaian setempat yang mewakili 16 komputer dan 1 komputer server. Kemudian,
kami akan memasang perkakasan rangkaian untuk menyambungkan semua
komputer pengguna dan mengkonfigurasi perkakasan rangkaian seperti router dan
server. Pada fasa ini,kami akan melakukan konfigurasi perkakasan rangkaian
seperti router dan server. Sebagai contoh menetapkan nama rangkaian serta kata
laluan. Hal ini bertujuan untuk menjadikan keselamatan rangkaian terjamin.
Konfigurasi ini dilakukan bertujuan membenarkan semua komputer untuk mendapat
akses ke rangkaian.
3.4.1 LANGKAH-LANGKAH KONFIGURASI PENGHALA
1. Rajah berikut merupakan paparan untuk pergi ke laman sesawang untuk
konfigurasi penghala. Taipkan “http://tplinkmodem.net” untuk masuk ke laman
sesawang.

15

2. Rajah berikut merupakan rajah dimana kami memasukkan kata laluan untuk
penghala yang ingin kami konfigurasikan.

3. Rajah berikut merupakan dimana kami memilih waktu untuk penghala ini.
kemudian, cari waktu mengikut waktu Malaysia. Lalu, tekan Next.

16

4. Rajah berikut merupakan paparan kad sim yang telah didaftarkan. Tekan butang
Next untuk paparan yang seterusnya.

5. Rajah berikut merupakan rajah untuk menetapkan nama rangkaian dan kata
laluan. Contohnya, kami menetapkan nama rangkaian kami sebagai “Orang_biasa”
dan kata laluan kami “QMS72710”. Lalu tekan Next.

17

6. Rajah berikut menunjukkan penyelesaian membuat penetapan nama rangkaian
dan kata laluan. Lalu tekan Next.

7. Rajah berikut menunjukkan kami telah berjaya membuat konfigurasi pada
penghala. Klik butang Next.

18

8. Rajah berikut menunjukkan bahawa penetapan telah berjaya dilakukan. Tekan
pada butang Finish.

3.4.2 LANGKAH-LANGKAH INSTALL WINDOWS SERVER
1. Selepas memasukan disk dan menunggu proses boot, klik next pada paparan ini.

19

2. Klik Install now
3. Pilih pada GUI dan klik Next

20

4. Tekan kotak I accept the license terms dan klik Next
5. Klik pada Custom

21

6. Pilih New dan klik Next
7. Tunggu proses install selesai

22

8. Masukkan password selepas proses install selesai
9. Selesai

23

3.4.3 LANGKAH-LANGKAH INSTALL WINDOWS 10.
1. Tekan mana kekunci untuk terus ke langkah seterusnya.
2. Klik Next pada paparan ini.

3. Klik Install now.

24

4. Jika mempunyai Windows Keys, teruskan dengan meletakkan Product Keys
tersebut. Jika tidak mempunyai teruskan dengan klik pada Next.

5. Klik Custom:Install Windows only(Advanced)

25

6. Padamkan semua partition yang terdapat sehingga Hard Disk kosong. Klik Next.
7. Tunggu sehingga Install selesai.\

26

3.4.4 LANGKAH MENGKONFIGURASI SERVER
1. Langkah pertama, sila klik pada Manage di atas kemudian klik Add Roles and
features

2. Sila klik next untuk meneruskan proses konfigurasi server

27

3. Sila klik next untuk meneruskan proses konfigurasi
4. Sila klik pada Active Directory Domain Service

28

5. Selepas itu sila klik Add Features
6. Klik pada DNS Server

29

7. Kemudian klik pada Add Features dan klik next jika telah menambah ciri tersebut
8. Klik next untuk meneruskan konfigurasi

30

9. Klik Next untuk meneruskan konfiguras
10. Klik Next untuk meneruskan konfigurasi.

31

11. Klik install untuk meneruskan proses konfigurasi
12. Sila tunggu sehingga proses pemasangan selesai.

32

13. Proses pemasangan selesai kemudian klik close.

14. Sila klik pada tanda kuning diatas dan klik promote the server to a domain
controll mengaktifkan domain server.

33

15. Sila berikan nama domain bagi server anda di ruangan yang Root domain name
tersebut
16. Sila klik next untuk meneruskan konfigurasi

34

17. Sila klik install untuk meneruskan proses mengaktifkan domain pada server
18. Setelah selesai installation sila klik close untuk restart server

35

19. Terakhir, sila periksa nama dan detail server harus sama dengan yang
dimasukkan

36

3.4.5 MENAMBAH USER AND COMPUTER
1. Klik tools untuk menambah user dan computer

2. Klik Active Directory Users And Computers.

37

3. Klik pada Users.
4. Right-click pada tetikus kemudian klik new.

38

5. Isi nama dengan kreativiti sendiri
6. Kemudian, buat kata laluan pada akaun tersebut

39

7. Klik finish
8. Pastikan akaun tersebut wujud.

40

3.4.6 KONFIGURASI PERKHIDMATAN PERKONGSIAN FAIL
1. Klik File and Storage services untuk mengkonfigurasi fail.
2. Klik pada Shares, kemudian right click pada tetikus dan klik pada new share

41

3. Pilih SMB Share-Quick dan klik next
4. Klik next untuk meneruskan konfigurasi

42

5. Meletakkan nama Share mengikut kreativiti sendiri

6. Sila tandakan pada Allow caching of share dan Encrypt data access, selepas itu
sila klik next.

43

7. Klik create
8. Klik close jika proses pemasangan selesai.

44

9. Pastikan nama perkongsian tersebut wujud.
10. Klik Local Disk( C:) dan klik pada Shares.

45

11. Pastikan fail tersebut wujud.

3.4.7 KONFIGURASI PERKHIDMATAN PENCETAK
1. Pergi ke Manage dan klik add roles and features. Kemudian, tandakan print and
document services

46

2. Klik add features
3. Klik next untuk meneruskan konfigurasi

47

4. Klik next untuk meneruskan konfigurasi
5. Pada Role Services sila klik pada Print Server, Distributed Scan Server dan
Internet Printer.

48

6. Klik next untuk meneruskan konfigurasi.
7. Klik next untuk meneruskan konfigurasi

49

8. Klik install
9. Sila tunggu sehingga proses pemasangan selesai.

50

10. Pergi ke print management
11. Pergi ke printer kemudian right click pada tetikus dan klik add printers

51


Click to View FlipBook Version