50
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul
mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kenal pasti dan bina ayat menggunakan akronim yang terdapat dalam petikan.
KATA AKRONIM
1. Cantuman bahagian-bahagian tertentu daripada serangkaian perkataan.
2. Cantuman boleh terdiri daripada:
- Huruf-huruf daripada rangkaian kata
- Suku-suku kata daripada rangkaian kata
- Bahagian-bahagian daripada perkataan
3. Ada empat jenis KATA AKRONIM, iaitu;
i) Cantuman huruf awal perkataan-perkataan
Contoh: ABIM- ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
USIM-UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
UNITAR- UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK
(cantuman huruf awal mesti membentuk sebutan baharu tetapi masih mendukung makna yang
sama)
ii) Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan
Contoh: Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
MAWAR - Majlis Wanita Johor
iii) Cantuman suku kata awal perkataan
Contoh: tadika – taman didikan kanak-kanak
cerpen – cerita pendek
komsas – komponen sastera
iv)Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang
mengikuti.
Contoh: jentolak – jentera tolak
jalurah - jalan lurah
purata - pukul rata
Akronim yang terdapat dalam petikan
1. Cantuman huruf dan suku kata perkataan
a) Yayasan Anak Watan Malaysia (Yawam)
b) Persatuan Mahasiswa Muda (Permam)
2. Cantuman huruf awal perkataan
a) Universiti Awam (UA) GURU BMSPM
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M
51
b) Universiti Swasta (US)
c) Pusat Latihan Kemahiran Awam (PLKA)
d) RadioTelevisyen Malaysia (RTM)
e) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
f) Hospital Kuala Lumpur (HKL)
3. Cantuman suku kata awal perkataan
a) Berita Nasional Malaysia (Bernama)
b) Cerita pendek (Cerpen)
4. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian perkataan yang mengikutnya
a) Senamrobik
b) Jenama
AKTIVITI 3 - Kenal pasti kerjaya berdasarkan potensi diri anda.
Panduan tentang kerjaya yang sesuai dengan potensi diri. Rujuk pautan di bawah:
http://memilihkerjaya.blogspot.com/2012/03/jenis-jenis-kerjaya.html
https://ms.chalized.com/jenis-jenis-kerjaya-yang-disenaraikan-oleh-industri-kerja-dan-gaji/
http://ilhamkerjaya123.blogspot.com/p/jenis-kerjaya.html
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
52
TEMA 4 - MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
SEMERAH ROZEL (HALAMAN 44 - 45)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi
dengan betul, tepat dan bermakna.
AKTIVITI 1 - Dengar dan sebut semula fakta serta hujah berdasarkan bahan.
Siaran radio Rancangan Peladang Jaya iaitu temu bual juruhebah radio DJ Ahlia bersama dengan
Encik Arbain bin Awang, Pegawai Fama berkaitan dengan tanaman rozel.
Antara fakta penting hasil daripada temu bual ialah tanaman rozel.
1. Nama saintifik bagi rozel ialah Hibiscus sabdariffa L.
2. Tanah yang sesuai untuk tanaman rozel ialah tanah jenis bris dan liat serta mempunyai
saliran yang baik.
3. Benih rozel haruslah disemai di dulang semaian terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke
batas.
4. Masa semaian lebih kurang 10 hingga 14 hari.
5. Rozel memerlukan masa antara 85 hingga 100 hari untuk dituai hasilnya.
6. Tanaman rozel hanya diproses di Pusat Pemprosesan Makanan FAMA dan beberapa
kilang milik swasta.
7. Selepas dituai petani akan memisahkan kelopak rozel yang berwarna merah atau dikenali
sebagai kaliks daripada bijinya. Kaliks akan dikumpulkan dan dijual dalam bentuk segar
kepada pihak FAMA.
8. Petani boleh mendapatkan biji benih rozel di pejabat pertanian daerah sahaja kerana untuk
menjamin kualiti biji rozel.
9. Jika ada sesiapa yang berminat untuk menanam rozel, mereka hendaklah merujuk pejabat
pertanian daerah yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat serta panduan tetapi
petani perlu memastikan jenis tanah yang hendak diusahakan dengan tanaman rozel.
10. Untuk masa hadapan, para petani digalakkan untuk menceburkan diri dalam pernanaman
rozel kerana tanaman ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk pasaran tempatan
dan antarabangsa.
11. Rozel juga berpotensi untuk industri makanan dan minuman malahan untuk industry
farmaseutikal dan perubatan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
53
AKTIVITI 2 - Susun fakta dan hujah daripada pelbagai situasi.
Contoh teks ucapan: (daripada temu bual kepada teks ucapan)
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Telebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih
kepada penduduk Kampung Rengit, Johor Baharu kerana sudi mengundang saya untuk berkongsi
info berkenaan dengan tanaman rozel. Sebelum saya meneruskan ucapan saya, terlebih dahulu
saya memperkenalkan diri. Saya ialah Encik Arbain bin Awang, Pegawai FAMA daerah ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan maklumat yang penting kepada
masyarakat tentang tanaman rozel atau nama saintifiknya ialah Hibiscus sabdariffa L. Untuk
makluman hadirin dan hadirat sekelian, tanah yang sesuai untuk tanaman rozel ialah tanah jenis
bris dan liat serta mempunyai saliran yang baik. Benih rozel haruslah disemai di dulang semaian
terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke batas. Masa semaian lebih kurang 10 hingga 14 hari.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Bilakah tanaman ini dapat dituai? Hal ini mungkin akan menimbulkan persoalan dalam minda
saudara-saudari sekalian. Rozel memerlukan masa antara 85 hingga 100 hari untuk dituai hasilnya.
Bukannya lama sangat, lebih kurang tiga bulan. Tanaman rozel hanya diproses di Pusat
Pemprosesan Makanan FAMA dan beberapa kilang milik swasta. Selepas dituai petani akan
memisahkan kelopak rozel yang berwarna merah atau dikenali sebagai kaliks daripada bijinya.
Kaliks akan dikumpulkan dan dijual dalam bentuk segar kepada pihak FAMA. Petani boleh
mendapatkan biji benih rozel di Pejabat Pertanian Daerah sahaja untuk menjamin kualiti biji rozel.
Hadirin sekalian,
Jika ada sesiapa yang berminat untuk menanam rozel, mereka hendaklah merujuki Pejabat
Pertanian Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat serta panduan tetapi petani
perlu memastikan jenis tanah yang hendak diusahakan dengan tanaman rozel.
Sebelum saya mengakhiri ucapan pada hari ini saya amat berharap agar para petani di
kampung ini memasang hasrat untuk menceburkan diri dalam pernanaman rozel kerana tanaman
ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk
kampung serta masyarakat di sini lantaran sudi mengundang saya untuk berkongsi info-info
penting tentang tanaman yang unik ciptaan Allah SWT ini.
Sekian, terima kasih.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
54
Rakaman 2: muka surat 45:
Isi-isi penting dialog antara Dania dengan Razin berkenaan dengan siaran televisyen tentang
tanaman rozel:
1. Nama saintifik bagi rozel ialah Hibiscus sabdariffa L.
2. Spesies rozel sama dengan bunga raya. Rozel juga dipanggil asam paya, asam kundang
dan asam susur.
3. Kelopak rozel yang dipanggil kaliks boleh diproses menjadi cordial, jem, the herba dan jus.
4. Kaliks juga boleh dijadikan halwa dan kudap-kudapan yang enak.
5. Rozel cantik akan dijadikan tanaman hiasan.
6. Selain kaliks, daun yang muda boleh dijadikan ulam dan bahan untuk memasak asam pedas.
7. Batang pokok rozel boleh dikeringkan untuk dijadikan gentian tali yang kuat.
8. Ekstrak bii rozel untuk dibuat kosmetik.
9. Dalam bidang inovasi farmaseutikal, biji rozel dibuat gincu.
10. Prospek tanaman rozel amat tinggi mendapat permintaan tempatan dan antarabangsa.
Misalnya kaliks segar dibungkus secara pek dingin beku untuk dieksport.
AKTIVITI 3 - Buat pembentangan tentang rozel dalam bentuk multimedia.
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan bahan pembentangan dalam bentuk multimedia.
3. Bahan yang dihasilkan dinilai sebagai aktiviti lisan untuk Pentaksiran Bilik Darjah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
55
TERBAIK DARI KOLAM (HALAMAN 46 - 47)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul
daripada pelbagai bahan primer.
AKTIVITI 1 - Baca, kenal pasti, dan jelaskan maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan bahan.
Maksud Tersurat Maksud Tersirat
1 Udang ialah sumber Omega-3 yang kaya 1 Udang merupakan sumber makanan
dengan protein namun kurang kandungan yang menyihatkan.
lemak dan kalori.
2 Udang harimau atau nama saintifiknya 2 Udang harimau boleh menjadi sumber
Penaeus monodon merupakan spesis udang rezeki kepada penternak.
yang semakin banyak diternak di Malaysia.
3 Udang harimau memerlukan sumber air payau 3 Lokasi kolam mestilah sesuai dengan
masin sebagai habitat. habitat udang harimau.
4 Parameter indeks kualiti air akan ditentukan 4 Udang memerlukan penjagaan yang
seminggu sekali untuk memastikan keadaan teliti agar membesar dengan elok.
fizikal air kolam sesuai untuk tumbesaran
udang.
5 Keadaan fizikal kolam perlu dipastikan tidak 5 Penjagaan kebersihan kolam sangat
mengandungi plankton. penting untuk penternakan ikan.
6 Ancaman utama bagi hidupan akuatik ini ialah 6 Penternak harus memastikan
penyakit yang berpunca daripada benih dan keselamatan udang yang diternak
kawalan air. terjamin.
7 Penternak perlu memastikan makanan yang 7 Pemberian makanan yang betul sangat
mencukupi diberikan kepada udang. penting bagi menghasilkan tumbesaran
udang yang baik.
8 Pekerja kolam akan memastikan nutrien yang 8 Penternak harus mempunyai ilmu yang
mencukupi agar udang yang diternak sihat. mencukupi untuk penternakan udang.
9 Kolam udang dilengkapkan dengan teknologi 9 Pemilihan teknologi yang moden dan
kincir air. bersesuaian penting untuk penternakan
udang.
10 Udang harimau bukan sahaja dipasarkan untuk 10 Penternakan udang membawa pulangan
keperluan tempatan malahan untuk dieksport yang baik kepada masyarakat.
ke luar negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
56
AKTIVITI 2 - Bincangkan potensi penternakan udang harimau pada masa hadapan.
1. Di Malaysia akhir-akhir ini, usaha menternak udang harimau sedang berkembang pesat
dengan semakin bertambahnya penglibatan dari pihak swasta, agensi kerajaan dan juga
orang perseorangan.
2. Pada masa sekarang, tidak ramai pengusaha udang di negara ini sedangkan permintaan
yang diterima melebihi pengeluaran. Terdapat banyak tempahan dari luar negara seperti
dari Korea Selatan, Jepun, Taiwan China dan Vietnam dengan jumlah eksport antara 20
dan 40 kontena sebulan.
3. Antara faktor yang menggalakkan penternakan udang harimau ialah:
i) Terdapatnya banyak kawasan yang berpotensi untuk ternakan serta iklim yang sesuai
yang membolehkan ternakan dijalankan sepanjang tahun kerana udang harimau cepat
membesar sehinggakan 2-3 pusingan ternakan dapat dijalankan dalam setahun.
ii) Permintaan yang tinggi.
iii) Jaminan harga pasaran yang baik di dalam negeri mahupun di luar negara. Contoh:
Pada masa ini harga pasaran bagi udang yang bersaiz dalam lingkungan 25-35 ekor/kg
ialah di antara RM 20 – RM 30/kg.
iv) Penglibatan pihak kerajaan dan swasta dalam membangunkan ternakan udang
harimau seperti LKIM.
v) Penggunaan teknologi tinggi dalam ternakan.
4. Faktor khidmat sokongan kerajaan yang lengkap seperti latihan, insentif dan pinjaman.
Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, kerajaan memandang serius
kecukupan bekalan makanan dan penjanaan pendapatan tambahan untuk semua
rakyat Malaysia. Oleh yang demikian pihak kerajaan telah memeprkenalkan banyak
program pertanian termasuklah penternakan udang bagi menangani isu kekurangan
tanah bagi pertanian. Penternakan udang juga Ialah peluang kepada rakyat Malaysia
menceburi bidang pertanian dengan menggunakan ruang sedia ada bagi pengeluaran
makanan dan menjana pendapatan tambahan yang selaras dengan hasrat kerajaan
Malaysia menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi.
Artikel penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/90843/BERITA/Nasional/Kerajaan-galak-
projek-akuakultur © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
5. Ciri-ciri biologi yang sesuai seperti cepat membesar, boleh hidup antara kemasinan 0-40
ppt, tahan lasak dan induk yang banyak terdapat di perairan tempatan bagi bekalan benih.
6. Kaedah ternakan secara intensif adalah satu perniagaan yang memberi pulangan yang
lumayan tetapi berisiko tinggi kerana ternakan ini memerlukan kawalan dan pengurusan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
57
yang berpengalaman luas. Banyak pengurusan kolam gagal kerana tiada dan kurang
berpengalaman awal dalam industri ini. Masalah ini biasanya berkaitan dengan pengurusan
air yang tidak baik berpunca dari kelemahan pengurusan, reka bentuk kolam, aspek teknikal,
hatchery dan sistem kolam pembesaran tersebut.
AKTIVITI 3 - Terokai maklumat tentang jenis-jenis udang yang lain.
JENIS-JENIS UDANG
Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa ini, udang air masin dan air
tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di
Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.
Layari laman sesawang berikut: http://udanggaloh.blogspot.com/2011/03/jenis-jenis-
udang.html
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
58
REALISASIKAN IMPIAN (HALAMAN 48 - 49)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.1.2 Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.
AKTIVITI 1 - Baca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.
Membaca skrip drama Arnab, Si Pencuri Hati
(rakaman murid membaca skrip drama Arnab, Si Pencuri Hati dengan intonasi yang betul dan
nada yang sesuai.)
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kenal pasti golongan kata nama dan bina ayat dalam bentuk dialog.
JAWAPAN BERPANDUKAN SKRIP DRAMA ARNAB SI PENCURI HATI
KATA NAMA KHAS KATA NAMA AM KATA GANTI NAMA
Hidup-manusia Hidup-manusia Kata ganti nama diri orang
Adora murid-murid kita
Luqman ahli awak
Nuyah saya
Cikgu Zaki Hidup -bukan manusia
Cikgu Mashita kambing Kata ganti nama diri tanya
arnab apakah
Hidup -bukan manusia arnab pedaging bagaimanakah
Netherland Dwarf arnab hiasan
Holland Lop arnab bulu Kata ganti nama diri tunjuk
New Zealand White itu
California Tak hidup -institusi ini
1. sekolah
Tak hidup -bukan manusia 2. stor
Projek Ternakan dalam 3. perabot lama
Taman
Kelab Pertanian Tak hidup -bukan institusi
sangkar
wakaf
Tak hidup -bukan institusi
abstrak berbilang
iklan
projek
kertas cadangan
rayuan
keputusan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
59
Ayat dalam bentuk dialog
Dalam kelas 5 Beta , Cikgu Zaki guru mata pelajaran Sains 5 Beta telah mengumumkan
Pertandingan Inovasi Taman Sains dan Herba sekolah sempena Bulan Sains Kebangsaan.
Cikgu Zaki Sempena Bulan Sains Kebangsaan,pihak Panitia Sains telah menganjurkan
Pertandingan Inovasi Taman Sains dan Herba. Iklan tentang pertandingan ini
Luqman akan diedarkan ke setiap kelas.
Cikgu Zaki Cikgu,siapakah yang layak masuk pertandingan itu?
Adora Semua ahli Kelab Pertanian, Kelab Sains layak masuk pertandingan termasuk
murid-murid yang bukan ahli kelab.
Cikgu Zaki Kalau macam itu,saya bolehlah masuk cikgu sebab saya bukan ahli Kelab
Nuyah Pertanian dan Kelab Sains.
Cikgu Zaki Boleh ,awak layak untuk masuk pertandingan itu.
Luqman Cikgu,apakah syarat-syarat pertandingan itu?
Adora dan Syarat utama ialah kamu perlu menyediakan kertas cadangan tentang projek
Nuyah Taman Sains dan Herba ini. Kemudian kertas cadangan itu perlu dihantar kepada
Cikgu Zaki cikgu untuk penilaian sebelum projek Taman Sains dan Herba itu dimulakan.
Adora dan Nuyah, marilah kita bergabung sebagai satu pasukan untuk
pertandingan ini.
Baiklah kami setuju untuk bergabung sebagai satu pasukan.
Bagus, cikgu kagum dengan semangat kamu semua untuk menyertai
pertandingan ini. Kamu boleh gunakan peralatan yang ada di stor dan bengkel
sekolah.
**Huruf berwarna merah - Kata nama daripada bahan .
AKTIVITI 3 - Lakonkan skrip drama.
Murid menjalankan aktiviti lakonan berdasarkan skrip drama Arnab, Si Pencuri Hati.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
60
SERIKANDI BERJASA! (HALAMAN 50 - 51)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada,
dan kefasihan dengan betul.
AKTIVITI 1 - Dengar dan berikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan
kefasihan dengan betulnya.
1. Imbas kod QR untuk mendengar rakaman audio tentang Wanita Berjiwa Perkasa.
2. Jawab soalan-soalan yang berikut:
i) Bilakah tarikh lahir Puan Hajah Zaiton binti Hj Mohd Yusuf?
- 11 Mei 1955
ii) Di manakah Puan Hajah Zaiton memulakan kerjaya pertamanya?
- Kementerian Pendidikan Malaysia
iii) Bilakah Puan Hajah Zaiton bersara awal?
- 2009
iv) Apakah projek utama yang diusahakan oleh Puan Hajah Zaiton ?
- Projek Industri Asas Tani (IAT)
v) Apakah projek perladangan yang diusahakan Puan Hajah Zaiton?
- Tanaman kelapa sawit, menternak lembu dan kambing, menternak lebah kelulut.
vi) Apakah tujuan kerjasama Puan Hajah Zaiton dengan MOSTI dan UPM dalam
mengekstrak daun gelam?
- Menghasilkan minyak untuk merawat penyakit saraf.
vii) Apakah anugerah yang telah dimenangi oleh Puan Hajah Zaiton?
- Anugerah Tokoh Peladang Wanita Kebangsaan 2017.
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan
respons peribadi yang sesuai terhadap karya.
AKTIVITI 2 - Dendangkan gurindam secara kreatif dan jelaskan maksud setiap rangkap.
1. Murid diperdengarkan dengan lagu Gurindam Jiwa. Murid diminta menyanyikan Gurindam
Hati Waja menggunakan irama Gurindam Jiwa.
- Pautan You Tube lagu Gurindam Jiwa:
https://www.youtube.com/watch?v=mLemNMgYcGY
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
61
2. Maksud Gurindam Hati Waja
Gurindam Hati Waja
Jika teguh azam dan cita,
Yang dibuat menjadi nyata.
Maksud : Seandainya kita mempunyai impian yang ingin dicapai, harus berusaha keras
untuk menjadikannya kenyataan.
Jika kau asah potensi diri,
Yang diusahakan pasti menjadi.
Maksud : Kita harus kenal pasti potensi yang ada pada diri masing-masing dan terus
memperbaikinya dan pasti segala yang diusahakan berjaya dilaksanakan.
Jika ilmu penuh di dada,
Idea terbaik sentiasa ada.
Maksud : Kita mempunyai ilmu yang betul dalam setiap perkara yang ingin diceburi supaya
idea yang terjana nanti merupakan yang terbaik dan akan terus ada untuk perkara tersebut.
Jika semangat tersemat di dada,
Hasil kaudapat berlipat ganda.
Maksud : Kita harus mempunyai semangat yang kuat dalam perkara yang dilakukan agar
mendapat hasil yang terbaik dalam pekerjaan tersebut.
Jika tabah juga semangat,
Tidak rugi menumpah keringat.
Maksud : Kita harus sentiasa cekal dan penuh bersemangat melakukan sesuatu pekerjaan
supaya tidak membuat perkara yang sia-sia. Kita perlu merancang dengan penuh teliti
perkara yang dilakukan.
Jika bekerja utamakan muafakat,
Semua usaha membawa berkat.
Maksud : Sesuatu pekerjaan yang dibuat mestilah dilakukan secara bekerjasama antara
satu sama lain supaya mendapat hasil yang diinginkan dengan jayanya.
Jika idea sungguh kreatif,
Kelak kaudapat pelbagai insentif.
Maksud : Kita harus sentiasa mempunyai idea yang baharu dan boleh menghasilkan
inovasi supaya mendapat pelbagai manfaat daripadanya.
Jika hidup selalu berbakti,
Namamu harum tersemat di hati.
Maksud : Orang yang hidupnya sentiasa menaburkan bakti kepada orang ramai dengan
penuh ikhlas agar sentiasa dingati oleh orang sepanjang masa.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
62
AKTIVITI 3 - Cipta gurindam tentang sumbangan peladang dan persembahkannya.
1. Murid-murid diterangkan tentang bentuk gurindam.
2. Murid-murid diminta mencipta sekurang-kurangnya dua rangkap gurindam tentang
sumbangan peladang berdasarkan kata kunci yang diberi.
3. Antara cadangan kata kunci untuk pembinaan gurindam ialah:
Kumpulan 1 - Kata Kunci : CEKAL
Kumpulan 2 - Kata Kunci : GIGIH
Kumpulan 3 - Kata Kunci : BERANI
Kumpulan 4 - Kata Kunci : TEKUN
Kumpulan 5 - Kata Kunci : BERTANGGUNGJAWAB
Contoh gurindam yang dihasilkan dengan kata kunci : TEGUH
Sekiranya kau berpendirian teguh,
Kelak kejayaan milikmu yang utuh.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
63
SINAR BAHARU PENTERNAK JAYA (HALAMAN 52 - 53)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan
keperluan.
AKTIVITI 1 - Dengan merujuk pelbagai bahan, lengkapkan maklumat tentang keperluan untuk
menjadi penternak yang berjaya.
Maklumat keperluan untuk menjadi penternak yang berjaya:
1.Minat dan Bersikap Positif
Kriteria penting sebelum anda memilih pertanian sebagai kerjaya anda. Contohnya kalau anda
tidak suka berpanas dan berlumpur tiba-tiba hendak menjadi petani mungkin agak sukar.. Begitu
juga, sikap positif seperti kegigihan, kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikan
kelangsungan perniagaannya walaupun memperoleh pendapatan yang tidak seberapa pada
peringkat awal perniagaan. Oleh itu, minat sahaja tidak mencukupi jika anda tidak kuat semangat
menanggung cabaran dan dugaan dunia perniagaan
2. Perancangan Teliti
Perlu ada perancangan teliti meliputi aspek berikut:
2.1 Tanah
Perkara asas yang perlu ada untuk menjadi petani. Sekiranya anda tiada tanah sendiri, anda boleh
sewa, pajak atau memohon tanah tol daripada pihak berkuasa. Besar kecil keluasan bergantung
kepada projek yang ingin anda jalankan.
2.2 Modal
Modal juga merupakan faktor penting yang perlu diambil kira. Modal sendiri, atau meminjam
daripada saudara-mara ataupun daripada institusi perbankan. Lebih baik menggunakan modal
daripada simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan untuk mengurangkan tekanan membayar
balik pinjaman jika perniagaan kurang berjaya. Aliran untung rugi juga penting untuk
dipelajari untuk membuat pemilihan ternakan dengan betul, tepat, cepat dan hasil yang lumayan.
2.3 Khidmat nasihat
Bakal penternak perlulah mendapatkan maklumat tentang sesuatu projek penternakan yang
diminati melalui pelbagai sumber seperti Internet, menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan pihak
kerajaan atau swasta serta mendapatkan khidmat nasihat daripada usahawan yang telah berjaya
dalam bidang mereka. Kalau anda ada wang yang banyak boleh pergi ke negara maju dan belajar
di sana . Selain itu, perlu mempunyai jaringan hubungan dengan para usahawan lain dalam bidang
yang sama supaya dapat bertukar-tukar pandangan dan idea.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
64
2.4. Peka terhadap teknologi
Penternak berjaya tidak hanya semata-mata menggunakan kaedah konvensional. Penternak perlu
peka terhadap pelbagai teknologi terkini yang dapat membantu meningkatkan hasil pernternakan
mereka.
3. Mengkaji Pasaran
Langkah penting dalam merancang strategi pemasaran ialah mengetahui dan memahami
keperluan dan kehendak pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupaya merangka
rancangan pemasaran yang berkesan dan mampu merangsang dan memenuhi keperluan dan
kehendak pelanggan. Rancangan pemasaran yang baik mengandungi penjelasan mengenai
pasaran sasaran, trend dan saiz pasaran, persaingan, syer pasaran, ramalan jualan, strategi
pemasaran dan belanjawan pemasaran. Agensi yang boleh membantu dalam pemasaran
berskala kecil dan besar ialah Lembaga Pemasaran Persekutuan Malaysia (FAMA). Selain itu
pasaran dalam talian menggunakan portal Agrobazaar.com.my contohnya, boleh dijadikan wadah
untuk mengembangkan pasaran anda.
4. Berdaya Saing
Ciri di atas sangat penting untuk maju. Jika kita mudah berpuas hati dengan apa-apa yang ada
tentu kita sukar untuk mengembangkan perniagaan kita. Pelbagai insentif telah ditawarkan oleh
kerajaan yang boleh direbut oleh para penternak bagi mengembangkan perniagaan mereka.
AKTIVITI 2 - Berikan penilaian tentang kertas cadangan yang disediakan berdasarkan borang
penilaian.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
65
AKTIVITI 3 - Tulis kertas cadangan untuk satu projek penternakan yang ingin dilaksanakan di
sekolah.
CONTOH MAKLUMAT UNTUK MEMBUAT KERTAS CADANGAN
TAJUK: Kertas Cadangan Penternakan Ayam Daging/ Ayam Kampung/ Burung Puyuh
LATAR BELAKANG/ RASIONAL:
(Tulis dalam bentuk esei yang lengkap, dan gunakan penanda wacana yang sesuai untuk
memulakan setiap ayat. Anda juga boleh menulis ayat anda sendiri)
Isu semasa Akhir-akhir ini, permintaan terhadap bekalan ayam daging / ayam
kampung / burung puyuh di Simpang Renggam semakin meningkat.
Huraian 1/ Mengapa? Kebanyakan restoran, kedai makan dan warung menjadikan ayam
(Hal ini demikian daging/…/… sebagai menu utama untuk menarik kedatangan
kerana…… pelanggan.
Contoh Masakan yang menjadi pilihan pelanggan ialah ayam goreng
(Sebagai contoh..) berempah, ayam masak merah dan ayam rendang.
Huraian 2 Masyarakat juga gemar memilih ayam /…/… sebagai hidangan harian
di rumah mereka.
Kesan Bekalan ayam /…/.. yang cukup akan menjamin harga daging…..tidak
(Impaknya,/ meningkat di pasaran, malah harga makanan yang dijual juga tidak
Kesannya….) membebankan pengguna.
Sebab memilih ternakan Galakan kerajaan kepada golongan muda supaya menceburi bidang
ayam/../.. penternakan dan keusahawanan antara faktor utama yang mendorong
saya untuk memulakan projek ternakan…….ini.
Tambahan pula, kerajaan menawarkan pelbagai bantuan kewangan,
kursus dan bimbingan untuk mana-mana penternak yang baru
memulakan projek penternakan.
Melalui projek ternakan ini, saya juga berpeluang memberikan
sumbangan kepada masyarakat dengan menyediakan peluang
pekerjaan kepada penduduk setempat, khususnya golongan muda.
OBJEKTIF: Boleh tulis dalam bentuk poin / esei. Tulis tiga objektif.
1. Memenuhi permintaan pasaran terhadap daging…..
2. Menyumbang kepada sektor pengeluaran makanan terutamanya pengeluaran daging….
3. Menyumbang kepada pendapatan hasil daripada pemasaran ternakan….
4. Mengamalkan nilai keusahawanan ke arah menjadi usahawan tani.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
66
ANGGARAN BELANJAWAN:
Contoh anggaran belanjawan untuk penternakan ayam daging
Anak ayam (1500 ekor) RM 15,000.00
Makanan pemula RM 14,500
Makanan pembesar RM 32,800
Ubatan RM 2,500
Elektrik dan air RM 500.00
Upah pekerja RM 4,00.00
SASARAN PASARAN:
Nyatakan tempat, lokasi untuk menjual daging….. (Tulis ayat yang lengkap)
JANGKA MASA:
Ternakan ayam: 75 hari
Ternakan lain…cari maklumat dalam Google (Tulis ayat yang lengkap)
Contoh Penulisan Kertas Cadangan
Kertas Cadangan Penternakan Ayam Daging
LATAR BELAKANG PROJEK
Akhir-akhir ini, permintaan terhadap bekalan ayam daging di Simpang Renggam
semakin meningkat. Situasi ini berlaku disebabkan kebanyakan restoran, kedai makan
dan warung menjadikan ayam daging sebagai menu utama untuk menarik kedatangan
pelanggan mereka. Masakan yang menjadi pilihan pelanggan adalah seperti ayam goreng
berempah, ayam masak merah dan ayam rendang. Masyarakat juga gemar memilih ayam
sebagai hidangan harian di rumah mereka. Hal ini bermakna bekalan ayam yang cukup
untuk pengguna amat perlu bagi menjamin harga ayam supaya tidak meningkat di
pasaran, malah harga makanan yang dijual juga tidak membebankan pengguna. Selain
itu, galakan kerajaan kepada golongan muda supaya menceburi bidang penternakan dan
keusahawanan antara faktor utama yang mendorong saya untuk memulakan projek
ternakan ayam daging ini. Tambahan pula, kerajaan menawarkan pelbagai bantuan
kewangan, kursus dan bimbingan kepada mana-mana penternak yang baru memulakan
projek penternakan. Melalui projek ternakan ini, saya juga berpeluang memberikan
sumbangan kepada masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat, khususnya golongan muda.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
67
OBJEKTIF:
1. Memenuhi permintaan pasaran terhadap ayam daging.
2. Menyumbang kepada sektor pengeluaran makanan terutamanya pengeluaran
ayam daging.
3. Menyumbang kepada pendapatan hasil daripada pemasaran ternakan.
4. Mengamalkan nilai keusahawanan ke arah menjadi usahawan.
ANGGARAN BELANJAWAN: RM 15,000.00
Anak ayam (1500 ekor) RM 14,500.00
Makanan pemula RM 32,800.00
Makanan Pembesar RM 2,500.00
Ubatan RM 500.00
Elektrik dan Air RM 400.00
Upah Pekerja
SASARAN PASARAN:
Tempat atau lokasi untuk memasarkan daging melalui pasar sari dan pasar minggu
melalui FAMA.
JANGKA MASA:
Tempoh pelaksanaan penternakan ayam daging selama 75 hari daripada anak ayam
hingga ayam boleh disembelih dan dipasarkan.
PEMULIHAN - TEKA SILANG TARSIA (HALAMAN 54)
1. Lengkapkan teka silang Tarsia di bawah dengan padanan jawapan yang tepat.
JOM SUAI PADAN Burung walit
Rusa
1. Sarangnya menjadi minuman berkhasiat. Durian belanda
2. Bertanduk cantik dagingnya enak Rozel
3. Durian berkulit lembut ? Jagung
4. Halwa daripada bunga ? Burung unta
5. Buah sumber protein Belimbing besi
6. Burung terbesar yang masih hidup Pedas
7. Buah berbentuk bintang Burung puyuh
8. Cili Buah naga
9. Burung yang diternak untuk daging dan telur Itik penelur
10. Nama buah seperti haiwan Ikan keli
11. Industri itik masin Kupang
12. Ada misai bukan kucing Limau kesturi
13. Makanan bercengkerang hijau gelap Udang
14. Limau masam untuk sambal belacan
15. Ada apa di balik batu?
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
68
PENGUKUHAN - JUADAH PENAMBAT SELERA (HALAMAN 55)
1. Nyatakan maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan bahan.
Bil Maklumat tersurat Maklumat tersirat
1. Rendam rumpai laut semalaman. Untuk memastikan rumpai laut bersih dan
selamat dimakan.
2. Potong rumpai laut mengikut saiz yang Memudahkan rumpai laut untuk dimakan.
digemari.
3. Tambahkan sedikit garam, gula dan perahan Dapat mengimbangi dan meneturalkan
limau kasturi hingga cukup rasa. kandungan asid di dalam campuran
bahan-bahan kerabu rumpai laut.
4. Biarkan selama 15 minit. Dapat memastikan campuran bahan-
bahan membuat kerabu rumpai laut sebati.
5. Hias dengan limau kasturi dan sedia Untuk membangkitkan selera penggemar
dihidangkan. kerabu rumpai laut.
2. Perbezaan kerabu rumpai laut dengan jenis-jenis kerabu yang lain.
- Kerabu rumpai laut mempunyai asid amino yang tinggi yang dapat membantu imun manusia
untuk melawan virus dan jangkitan.
- Kerabu rumpai laut juga mengandungi antioksida yang tinggi dan membekalkan sumber
tenaga kepada manusia.
- Penggunaan rumpai laut juga kaya dengan vitamin A, B dan C.
PENGAYAAN - PETUA NENEK UNTUK SIHAT (HALAMAN 56)
1. Baca bahan dan kategorikan kata nama mengikut golongannya.
2. Bina ayat menggunakan kata nama mengikut konteks.
Kata Nama Khas Kata Nama Am Kata Ganti Nama
Noreen herba saya
Nurul Hayati ubat awak
nenek -nya
ini
*dan sebagainya
1. Noreen - Ibu kepada pelajar cemerlang itu bernama Noreen.
2. Nurul Hayati - Nurul Hayati tidak dapat hadir ke sekolah kerana menjaga ibunya yang sakit.
3. herba -Pokok kaduk ialah herba yang paling mujarab untuk merawat sakit gigi.
4. ubat - Alif Aiman pergi ke farmasi itu untuk membeli ubat.
5. nenek - Manap dan keluarga telah pulang ke rumah nenek pada minggu lepas.
6. saya - “Tolong bawa beg saya ini ke bilik guru,” kata Cikgu Mansor Ramli kepada muridnya.
7. awak - “Kenapa awak tidak hadir ke sekolah semalam ? ” tanya Cikgu Wahab kepada Delisha.
8. -nya - Ahmad dan rakan-rakannya telah pergi mandi-manda di air terjun itu pada minggu lepas.
9. Ini - Buku ini perlu dipulangkan kepada pemiliknya pada hari esok.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
69
TEMA 5 - MEMACU PRODUKTIVITI
RUMAH PASANG SIAP (HALAMAN 58 - 59)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana
dengan betul dan bermakna.
AKTIVITI 1 - Dengar dan analisis maklumat dalam kedua-dua bahan.
1. Imbas kod QR untuk mendengar maklumat tentang Sistem Binaan Berindustri.
AKTIVITI 2 - Jelaskan maklumat tentang pembinaan pasang siap yang anda dengar kepada kelas.
Maklumat tentang pembinaan pasang siap:
i. Pelanggan berpuas hatii dengan rumah yang dibina dengan menggunakan Sistem Binaan
Berindustri ini.
ii. Kos pembinaan dengan menggunakan sistem ini adalah lebih rendah berbanding dengan
menggunakan batu bata.
iii. Pelanggan juga tidak perlu menunggu waktu yang lama untuk menghuni rumah idaman
kerana rumah boleh disiapkan dengan lebih cepat.
iv. Struktur binaan lebih ringan dan kukuh.
v. Saya juga tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk menyiapkan sesebuah rumah
dengan menggunakkan sistem ini.
vi. Rumah tidak mengalami keretakan dinding dan kebocoran atap.
vii. Suasana di dalam rumah lebih senyap dan sejuk.
viii. Rumah yang dibina dengan kaedah ini mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap gempa
bumi.
ix. Sistem Binaan Berindustri telah digunakan dengan meluasnya di negara-negara maju.
x. Sistem ini diperkenalkan di Malaysia bermula dengan projek perumahan Flat Pekeliling, Kuala
Lumpur dan Flat Rifle Range Road (Jalan Padang Tembak), Pulau Pinang pada tahun 1996.
xi. Sistem Binaan Berindustri diperkenalkan di negara ini adalah untuk meningkatkan kualiti
bangunan dan kerja, mengurangkan penggunaan buruh asing di tapak projek serta
mempercepat kerja pembinaan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
70
AKTIVITI 3 - Kumpulkan gambar binaan yang menggunakan Sistem Binaan Berindustri dan
jelaskan keunikan binan tersebut.
Sistem Binaan Berindustri mempunyai binaan Sistem ini menyebabkan rumah tidak
mengalami keretakan dinding dan kebocoran
yang berkualiti dan lebih ringan.
atap.
Struktur binaan menggunakan sistem ini lebih Rumah yang dibina dengan kaedah ini
ringan dan kukuh. mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap
gempa bumi dan suasana di dalam rumah lebih
senyap dan sejuk.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
71
KHAZANAH HUTAN BAKAU (HALAMAN 60- 61)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan
betul dan tepat.
AKTIVITI 1 - Baca dan teliti bahan. Kemudian, nilai bentuk serta kandungan teks bahan tersebut
dengan betulnya dan tepatnya dengan menggunakan Borang Penilaian Kendiri.
BORANG PENILAIAN KENDIRI
Tandakan skala di bawah
1- Setuju 2- Tidak setuju
BIL ITEM BAHAN A BAHAN B ALASAN
1 Bentuk paparan menarik SKALA Bahan B ada gambar yang warna-
1 212
//
minat pembaca warni yang menarik untuk dibaca.
2 Memberikan lebih banyak / / Bahan A dihuraikan dengan lebih
maklumat jelas dan penuh dengan maklumat
berbanding bahan B.
3 Lebih mudah difahami oleh // Bahan B kerana petikan
pembaca mempunyai isi penting sahaja
berbanding bahan A panjang lebar.
4 Susunan maklumat mudah // Bahan B lebih tersusun kerana
dibaca mempunyai nombor pada setiap isi
penting.
5 Memberikan ilmu baharu / / Kedua-dua bahan memberikan ilmu
kepada pembaca walaupun bentuk teks berbeza.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
72
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kategorikan kata kerja tak transitif yang terdapat dalam teks. Kemudian, bina
perenggan dengan kata kerja tak transitif tersebut.
KATA KERJA TAK TRANSITIF
Subgolongan Ciri Jenis Contoh
Tak transitif
Kata Kerja Tak Tak berpelengkap tanpa pelengkap Rumah itu sudah roboh.
Transitif -tidak memerlukan Turunnya Union, Jalur Gemilang
pelangkap pula yang berkibar.
Berpelengkap Tak transitif Keadaan Halim bertambah
parah.
-memerlukan pelengkap berpelengkap
Air sungai beransur surut.
Kata kerja Tak Transitif dalam teks:
Kata kerja tak transitif berpelengkap Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
ada berbentuk berfungsi keluar
menjadi bergantung bermula menegak
mengikut terdapat terbakar menyejuk
memakan mendapat masak
Contoh perenggan:
Penghasilan arang kayu bakar bermula daripada kayu bakau disusun di dalam dapur
berbentuk iglu mengikut susunan secara menegak. Proses ini memerlukan ketelitian dalam
menyusun kayu yang memakan masa yang agak lama. Selepas kayu bakar disusun sebahagian
daripada pintu dapur ditutup dengan batu bata yang ditampal dengan campuran pasir dan tanah.
Proses pembakaran kayu bermula dengan kayu bakar dibakar dengan “api besar” selama 10 hari.
Seterusnya, kayu bakar perlu dibakar dengan “api kecil” yang memerlukan masa selama 10 hari.
Setelah selesai, pintu dapur akan ditutup sepenuhnya selama 10 hari atau asap putih tidak lagi
keluar dan dibiarkan menyejuk. Proses ini memerlukan kawalan bagi memastikan arang di dalam
relau tidak terbakar hingga menjadi abu. Tukang dapur dapat mengetahui kayu bakar yang telah
masak atau belum hanya dengan menghidu dan menyentuh asap yang keluar pada hari-hari
terakhir. Akhir sekali, bagi mendapat hasil yang dilakukan, kayu bakar yang telah menjadi arang
dikeluarkan dari dapur. Tempoh pembakaran kayu bakar ada kemungkinan mengambil masa
yang lebih daripada 30 hari bergantung pada saiz kayu dan kelembapan persekitaran. Terdapat
banyak fungsi arang kayu bakar, arang kayu bakar bukan sahaja dijadikan bahan bakar,
sebaliknya arang yang dihasilkan berfungsi untuk kegunaan industri pembuatan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
73
AKTIVITI 3 - Pada pendapat anda, adakah arang kayu bakau masih digunakan pada masa akan
datang? Berikan alasan.
Ya;
1) Terdapat permintaan sepanjang masa
2) Kos yang murah
3) Berkualiti tinggi
4) Banyak kelebihan berbanding arang jenis yang lain
Tidak;
1) Pembuatan arang kayu bakau akan menyebabkan pokok kayu bakau mengalami
kepupusan jika semakin kerap dan menyebabkan pokok kayu bakau banyak yang ditebang
untuk dijadikan arang.
2) Proses membuat arang kayu bakar sanagt rumit dan mengambil masa yang lama akan
menyebabkan masyarakat moden tidak mahu mengusahakannya.
3) Teknologi canggih akan dapat dihasilkan untuk menggantikan arang kayu bakau.
4) Terdapat juga pelbagai altenatif lain selain daripada kayu bakau cotohnya arang tempurung
kelapa, arang serkam padi, briket arang dan arang batu.
Lampiran :
BORANG PENILAIAN KENDIRI
Tandakan skala di bawah
1- Setuju 2- Tidak setuju
BAHAN A BAHAN B
BIL ITEM SKALA ALASAN
1 Bentuk paparan 1 212
menarik minat pembaca
2 Memberikan lebih
banyak maklumat
3 Lebih mudah difahami
oleh pembaca
4 Susunan maklumat
mudah dibaca
5 Memberikan ilmu
baharu kepada
pembaca
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
74
KEK ANEKA RONA (HALAMAN 62 - 63)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan
keperluan.
AKTIVITI 1 : Berdasarkan bahan dan pelbagai bahan rujukan, lengkapkan maklumat tentang kek
lapis Sarawak.
Kek Lapis Sarawak
Bil. Maklumat
1. Sejenis pemanis mulut yang istimewa di negari Sarawak.
2. Selalu dihidangkan dalam perayaan.
3. Menjadi hidangan dalam majlis hari lahir dan perkahwinan.
4. Dijadikan hantaran pertunangan atau hadiah buat insan istimewa.
5. Dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kek dengan lapisan biasa dan kek dengan
corak,motif atau bentuk tertentu.
6. Mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis warna.
7. Dibakar di dalam ketuhar.
8. Dilapisi jem atau bahan manis.
9. Motif dan coraknya unik serta digabungkan dengan keenakan rasa.
10. Teksturnya lembap tetapi pejal.
AKTIVITI 2 - Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan industri kek lapis
Sarawak.
Aspek Huraian dan Contoh
Huraian Isi 1 – Pengusaha kek lapis sentiasa melakukan inovasi
Contoh - Inovasi membantu mengembangkan pasaran kek lapis.
Kesan - Proses inovasi memerlukan kreativiti para pengusaha untuk melakukan
pembaharuan dari segi corak, rasa, tekstur, pembungkusan dan lain-lain.
- Menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk
menghasilkan kek lapis.
- Menjual kek lapis dengan pelbagai pembungkusan yang menarik, terutamanya
secara bermusim selaras dengan pelbagai sambutan perayaan.
- Menarik minat pelanggan.
- Pasaran kek lapis diperluas.
- Jika ditambah dengan bantuan pelbagai platform penjualan, boleh dikembangkan
sehingga peringkat global.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
75
Huraian Isi 2 – Sokongan kerajaan
Contoh - Sokongan daripada kerajaan merupakan suatu galakan kepada pengusaha untuk
Kesan berdaya maju
- Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, sokongan kerajaan akan
menjadi suntikan motivasi kepada pengusaha dalam menghasilkan sesuatu yang
baharu.
- Badan kerajaan seperti MARDI menghasilkan mesin yang berfungsi untuk
menggantikan tenaga kerja manusia bagi meningkatkan pengeluaran kek lapis
Sarawak.
- Bank seperti Bank SME menawarkan pinjaman yang berkadar faedah rendah
kepada usahawan yang baru menceburi industri kek lapis.
- Beban kewangan pengusaha akan dikurangkan.
- Para pengusaha akan bermotivasi untuk menghasilkan pelbagai pembaharuan.
- Produktiviti pengusaha kek lapis akan bertambah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
76
MENGHADAPI RINTANGAN (HALAMAN 64 - 65)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.4.2 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara melalui ceramah, syarahan dan
forum dengan yakin secara bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, sampaikan pendapat anda melalui ceramah tentang peluang
dalam industri yang berasaskan bidang teknikal dan vokasional.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya muliakan, tuan pengerusi majlis, para jemputan
dan hadirin yang dihormati sekalian. Tajuk ceramah yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah
Peluang dalam Industri yang Berasaskan Bidang Teknik dan Vokasional.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau singkatannya TVET ialah proses
pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap
amalan industri. Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional bertujuan untuk menghasilkan
tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang tertentu. Pendidikan Teknik dan Vokasional
merupakan salah satu cabang sistem pendidikan yang berlandaskan industri untuk melatih individu
dalam kemahiran tertentu seperti bidang automatif, animasi dan hospitaliti. Oleh hal yang demikian,
peluang dalam industri berasaskan pendidikan teknik dan vokasional semakin terbuka luas kepada
anak muda yang berminat dan berkemahiran.
Bidang TVET melengkapi setiap individu dengan ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam
bidang akademik tetapi juga ilmu kemahiran teknikal dalam pengendalian sesuatu peralatan. Ilmu
kemahiran teknikal adalah seperti pertukangan, elektronik, pateri, automotif, amalan bengkel
mesin, kimpalan dan fabrikasi logam. Tambahan pula, TVET ialah bidang pembelajaran yang
bukan sahaja tertumpu kepada mereka yang cemerlang dalam akademik sahaja tetapi juga
kepada semua individu yang meminati bidang kemahiran teknikal. Oleh sebab itu, lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan yang kurang menyerlah dalam peperiksaan
awam harus mengambil peluang dalam bidang TVET ini untuk melengkapkan diri dengan ilmu
kemahiran yang berguna sepanjang hayat kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Selain itu, Pendidikan Teknik dan Vokasional juga penting untuk menjana individu yang
mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang yang pelbagai. Kemahiran yang dapat
dipelajari ialah pengetahuan tentang sistem pendawaian yang mana merupakan sistem yang
membekalkan elektrik kepada sesuatu bangunan. Oleh hal yang demikian, individu yang
mendaftar sebagai pelajar Kolej Vokasional atau alma mater yang menumpukan dalam pengajian
teknik dan vokasional akan memperoleh pengetahuan tentang aspek kemahiran teknikal jika
dibandingkan dengan sekolah-sekolah biasa yang mempunyai skop kurikulum yang berbeza.
Oleh hal yang demikian, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Pendidikan Teknik dan Vokasional
mampu melahirkan individu yang berkemahiran tinggi serta kompeten.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
77
Tuan-tuan dan puan-puan,
Seperti yang diketahui umum, negara kita memerlukan lebih ramai sumber tenaga kerja
untuk memastikan pengeluaran produk-produk secara berterusan. Namun begitu, bilangan pekerja
mahir adalah kurang dan tidak mencukupi. Anak muda sepatutnya berganding bahu untuk menjadi
pekerja mahir dalam membantu ekonomi negara. Pelbagai pihak seperti pihak kerajaan dan ibu
bapa haruslah memainkan peranan dengan mendorong anak-anak remaja dalam bidang TVET
demi memperbanyak produk pengeluaran Malaysia. Tuntasnya, kebolehupayaan bagi individu
yang mengikuti kursus dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk memenuhi pasaran negara
tidak dapat disangkal lagi.
Pendidikan Teknik dan Vokasional mampu menjana individu yang berfikiran kreatif, inovatif
dan inventif. Dengan kemahiran teknikal yang diperoleh, individu ini sendiri mampu mencipta atau
menambah baik produk yang sedia ada di pasaran. Umum mengetahui, bakat dalam penghasilan
produk ini telah diterapkan ke dalam jiwa anak-anak muda Malaysia sejak di bangku sekolah lagi
melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu dan subjek Reka Bentuk dan Teknologi.
Dalam mata pelajaran ini, para pelajar diberi peluang untuk mengenali dan mengendali mesin-
mesin yang terdapat di dalam bengkel dan seterusnya mencipta sesuatu seperti tabung dan rak
buku. Perkara ini akan menarik minat para pelajar untuk meneruskan pembelajaran dalam
Pendidikan Teknik dan Vokasional. Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa TVET mampu
melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dan berinovasi.
Sebagai penutup wacana, Pendidikan Teknik dan Vokasional berperanan dalam usaha
membangunkan sebuah negara lestari pada masa hadapan. Sebagai rakyat yang berhasrat untuk
memajukan Malaysia agar menjadi sebuah negara mapan, janganlah kita melepaskan peluang
untuk menjadi pekerja mahir dalam sektor perindustrian agar produk buatan Malaysia diusahakan,
dibungkus dan dijaga kualitinya oleh anak watan kita sendiri dan bukan lagi warga asing. Cukuplah
sehingga hari ini kita mengharapkan kudrat mereka, kini tiba masanya kita berdiri di atas kaki
sendiri untuk mengorak langkah untuk melakukan perubahan yang besar buat negara dan bangsa
dengan memanfaatkan Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Sekian, terima kasih.
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut
konteks.
AKTIVITI 2 - Nyatakan lima peribahasa yang sesuai berdasarkan kandungan bahan. Kemudian,
bina ayat dengan peribahasa tersebut.
Peribahasa berdasarkan kandungan bahan:
1. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya - Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai
tanpa usaha.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
78
Contoh Ayat : Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk
menjadi doktor tercapai kerana dia tahu kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya.
2. Seperti mencurahkan air ke daun keladi - Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang
tidak dapat meresap ke dalam hati.
Contoh Ayat : Nasihat ibu Mail supaya anaknya mengambil peluang dalam bidang kemahiran
hanya seperti mencurahkan air ke daun keladi kerana Mail tetap dengan sikap degilnya.
3. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - Setiap keinginan yang ingin dimiliki akan diusahakan
sehingga berjaya.
Contoh ayat - Sebagai seorang yang meminati bidang bakeri, Aida berusaha mengikuti kursus
pembuatan roti dan pastri secara dalam talian bagi mengasah kemahirannya, kerana baginya di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
4. Alah bisa, tegal biasa - Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.
Contoh Ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak
kecil lagi dia telah melakukannya.
5. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan - Tiap-tiap pekerjaan hendaklah
dibuat sehingga selesai dan berjaya.
Contoh Ayat - Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang
cemerlang kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
AKTIVITI 3 - Jika anda ingin menceburi industri yang berasaskan bidang teknikal dan vokasional,
apakah industri yang akan anda ceburi? Mengapa?
Saya berminat untuk menceburi bidang kulinari. Saban hari Malaysia menyaksikan bidang
kulinari semakin mudah mendapat pekerjaan kerana industri pelancongan, perhotelan dan
restoran kian berkembang pesat bahkan permintaan terhadap bidang kerja cef juga semakin
meningkat dari hari ke hari. Bidang ini ibarat pembuka selera bagi mereka yang ingin berjinak-jinak
dalam bidang masakan atau bagi mereka yang menyimpan cita-cita ingin menjadi seorang cef
yang terkemuka suatu hari nanti. Siapa tidak kenal dengan Chef Gordon Ramsay.
Pekerjaan atau kerjaya sebagai seorang cef sebenarnya membuka pelbagai peluang
dalam industri restoran, perhotelan, kapal pesiaran dan juga resort. Selain itu, cef juga berpeluang
meningkatkan kemahiran memasak, memiliki perniagaan berasaskan makanan ataupun produk
masakan dan tenaga pengajar. Dengan kemahiran dan kebolehan yang ada membuatkan kerjaya
sebagai seorang cef sangat dikagumi ramai terutama buat mereka yang berpeluang bertugas di
hotel lima bintang yang terletak di lokasi percutian idaman ramai. Jika individu itu boleh bekerja
bawah tekanan, melakukan beberapa tugasan dalam satu-satu masa, bekerja sebagai sebahagian
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
79
daripada pasukan, bijak menggunakan kreativiti dan imaginasi untuk menghasilkan juadah yang
kelihatan menarik, bersabar dengan tugasan remeh seperti memotong sayur-sayuran dan
memahami rantai pemakanan dengan baik, kerja cef pastinya bersesuaian dengan individu
terbabit.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
80
MAJU DALAM INDUSTRI MUTAKHIR (HALAMAN 66 - 67)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara
terancang.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, analisis dan senaraikan isi-isi penting karangan tentang
kepentingan industri 4.0.
AKTIVITI 2 - Tulis kerangka karangan berdasarkan isi-isi penting yang telah anda senaraikan.
CADANGAN KERANGKA KARANGAN - Kepentingan Industri 4.0
PENDAHULUAN revolusi industri 4.0 ditandai dengan kemunculan
AYAT TEMA superkomputer,…………….
memungkinkan manusia lebih mengoptimumkan fungsi otak
AYAT KELOMPOK robot bakal menjadi “kawan”
AYAT ISU hidup manusia akan dipermudah dengan bantuan robot
AYAT
RANGSANGAN menguruskan hal ehwal dan tugasan harian manusia
AYAT ARAHAN
IDEA 1 pesanan piza kita lakukan melalui telefon melalui kemajuan industri 4.0
AYAT IDEA perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah
segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberikan makanan….
AYAT HURAIAN hanya perlu dilakukan dengan menekan butang di telefon pintar
AYAT CONTOH tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengambil perkhidmatan pembantu
AYAT HURAIAN
AYAT
PENEGASAN
IDEA 2 tidak perlu memandu kereta untuk ke pejabat
AYAT IDEA segala urusan pemanduan akan dikawal
AYAT HURAIAN penggunaan satelit
ke tempat yang ingin ditujui
AYAT CONTOH selamat digunakan
AYAT HURAIAN
AYAT
PENEGASAN
IDEA 3 revolusi industri 4.0 membentuk norma yang biasa pada masa akan
AYAT IDEA datang
berkembang dan berevolusi
AYAT HURAIAN segala urusan harian manusia akan dikongsi dengan robot yang dicipta
AYAT CONTOH mengoptimumkan aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps
AYAT HURAIAN membantu pemandu dengan memberikan arahan dan maklumat laluan
AYAT
PENEGASAN
PENUTUPAN revolusi industri 4.0 memerlukan semua pihak mengadaptasi kehidupan
AYAT KESIMPULAN seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi
AYAT CADANGAN sistem automasi lebih pintar dan Malaysia bergerak ke hadapan
AYAT HARAPAN langkah proaktif perlu diambil seperti negara Jepun
AYAT UNGKAPAN telah mengorak langkah ke arah industri 5.0
AYAT PENEGASAN
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
81
CADANGAN KERANGKA KARANGAN - Zaman Robot
PENDAHULUAN robot hanya sekadar mesin pada zaman dahulu
AYAT TEMA robot dapat bertindak mengikut arahan yang disambungkan kepada sistem
AYAT KELOMPOK membolehkannya berfungsi dengan robot lain dengan keupayaan Internet
AYAT ISU pengeluaran barangan dan perkhidmatan menjadi lebih cekap
AYAT
RANGSANGAN semua urusan dilakukan melalui Internet
AYAT ARAHAN
IDEA 1 penggunaan robot sebagai pengesan dalam pertanian
AYAT IDEA mampu menentukan keadaan cuaca dan memaklumkan jumlah air
robot memaklumkan data kepada robot lain
AYAT HURAIAN robot lain akan menghasilkan nutrien mengikut bacaan robot pengesan tadi
AYAT CONTOH menjadikan tanaman lebih terpelihara dan lebih hebat dilakukan setiap saat
AYAT HURAIAN
AYAT
PENEGASAN
IDEA 2 robot berupaya mempercepat proses rawatan dalam bidang perubatan
AYAT IDEA robot membantu manusia untuk menganalisis dan mendiagnosis penyakit
AYAT HURAIAN menganalisis dan mendiagnosis pertumbuhan kanser
robot membantu doktor menjalankan operasi pembedahan tubuh manusia
AYAT CONTOH bahagian tubuh manusia yang sensitif dan sukar dibedah dapat dilakukan
AYAT HURAIAN
AYAT
PENEGASAN
IDEA 3 robot membawa kepentingan dalam bidang ketenteraan dan keselamatan
AYAT IDEA bidang robotik membantu tentera mengesan bom dan periuk api
AYAT HURAIAN robot memainkan peranan penting sebagai ejen perisikan
mengesan segala pergerakan yang dirancang oleh musuh
AYAT CONTOH keselamatan negara lebih terjamin daripada pencerobohan
AYAT HURAIAN
AYAT
PENEGASAN
PENUTUPAN
AYAT banyak lagi tugas manusia dapat dilakukan oleh robot dengan lebih efektif
KESIMPULAN
AYAT CADANGAN manusia boleh memanfaatkan penggunaan robot untuk pelbagai tujuan
AYAT HARAPAN robot boleh mengambil alih tugas manusia sebagai pekerja kilang,
pembantu
AYAT UNGKAPAN manusia pada suatu masa nanti akan terlalu bergantung pada robot
AYAT robot akan berada di mana-mana sahaja untuk membantu manusia
PENEGASAN
AKTIVITI 3 - Bincangkan dan ceritakan kehidupan manusia yang sangat bergantung pada robot.
Robot merupakan sebuah mesin canggih yang mampu melakukan kerja-kerja yang dahulunya
dibuat oleh manusia dengan kawalan komputer. Kecanggihan teknologi kini telah memberikan
peluang robot banyak digunakan dalam bidang automobil, perubatan, pertanian dan lain-lain.
Penggunaanya banyak di negara-negara maju seperti Jepun, China, Amerika Syarikat dan lain-lain.
Mengikut arus kemajuan teknologi, ramai orang tidak akan meneruskan kehidupan dengan susah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
82
seperti dahulu. Ciptaan robot kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Persoalannya, apakah
kesan penggunaan robot dalam kehidupan manusia?
Antaranya, robot dapat membantu manusia menjalankan kerja yang berisiko tinggi.
Sebagai contoh, robot humanoid yang merupakan peralatan elektronik di rumah dapat membantu
tugas suri rumah tangga untuk melaksanakan kerja seharian seperti membersihkan kipas atau
tingkap yang tinggi. Selain itu, sebahagian peralatan robotik juga diubah suai khasnya untuk
mengesan bahan-bahan radioaktif atau bahan-bahan kimia yang beracun. Penggunaan robot
dalam kerja seperti atas akan mengurangkan risiko yang dapat kehilangan nyawa kita. ‘Tak kenal
maka tak cinta’. Oleh itu, robot membantu manusia untuk melakukan kerja yang hambar, kotor dan
berbahaya.
Kebaikan yang seterusnya ialah robot dapat menjalankan tugas yang diberi dengan cekap
dan tepat. Hal ini dikatakan demikian kerana kita hanya memberi arahan kepada sistem robot,
sistem itu akan membuat kerjanya dengan menepati kehendak kita. Bukan itu sahaja, robot tidak
akan bergantung kepada keadaan fizikal dan staminanya tetapi kurang kesilapan kerana telah
diprogramkan. Bergantung kriteria di atas, kita dapat mengetahui bahawa robot tidak akan cuti dan
tidak akan sakit. Oleh itu, robot dapat meneruskan prosesnya sepanjang 24 jam sehari. Tegasnya,
produktiviti sesebuah syarikat akan meningkat kerana kualiti hasilan dapat dikekalkan dan banyak
dihasilkan.
Tidak dapat dinafikan bahawa penggunan robot turut membawa kesan negatif dalam
kehidupan manusia. Robot tidak berfungsi fleksibel seperti manusia. Hal ini dapat dilihatkan
kerana robot tidak mampu melakukan kerja-kerja selain yang telah diprogramkan pada sistem
mereka. Sejiranya majikan ingin mengemaskinikan program lama kepad program yang baharu,
sudah pasti kos yang tinggi diperlukan. Robot juga tidak berfikir tentang sesuatu yang abstrak dan
kreatif seperti manusia. Justeru, robot tidak sesuai untuk menjalankan tugas yang berkaitan
dengan hubungan sesama manusia, perasaan, dan psikologi seperti peguam, kaunselor, dan
pegawai perhubungan awam.
Penggunaan robot juga menyebabkan manusia tidak berinisiatif. Manusia yang terlalu
bergantung pada robot untuk melakukan pelbagai kerja akan mengakibatkan manusia menjadi
pasif dan berat tulang, tiada inisiatif untuk berusaha. Di samping itu, robot akan dibeli dan
digunakan oleh banyak pengusaha untuk mengambil alih kerja manusia. Sehubungan dengan itu,
manusia akan kehilangan pekerjaan. Majikan lebih gemar memilih robot kerana dapat
mengurangkan kos buruh. Hal ini akan menyebabkan pengangguran kepada manusia
Kesimpulannya, aplikasi robot tiada had. Penciptaannya dianggap penting kerana
fungsinya adalah untuk membantu dan menambahkan kesejahteraan dan keselesaan manusia.
Penggunaan robot memudahkan urusan seharian manusia dalam pelbagai bidang. Namun
demikian, penggunaan robot haruslah dikawal agar dapat mengelakkan kesan negatif.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
83
PEMULIHAN - INDUSTRI KRAF TANGAN (HALAMAN 68)
Lengkapkan kerangka karangan Usaha-usaha Memajukan Industri Kraf Tangan.
Perenggan Bahagian Ayat
Pendahuluan Isu Industri kraf tangan di Malaysia berpotensi untuk dimajukan.
Kemajuan dalam industri ini memberikan pulangan yang lumayan
Kesan kepada rakyat.
Kraf tangan seperti anyaman bakul, ukiran kayu, dan hasil tenunan
Contoh boleh menjadi punca pendapatan.
Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslah
Tugasan mengimplementasikan usaha-usaha yang efektif lagi pragmatik untuk
memajukan industri kraf tangan.
Persoalannya ialah apakah usaha-usaha yang haruslah dilaksanakan
oleh semua pihak untuk memajukan industri kraf tangan?
Perenggan Bahagian Ayat
Isi 1 Isi Kerajaan mempromosikan kraf tangan Malaysia ke luar negara.
Masyarakat luar masih belum mengenali kraf tangan negara kita.
Huraian isi Mengadakan promosi secara besar-besaran melalui media massa –
Contoh menganjurkan pameran kraf tangan di luar negara.
Kraf tangan negara semakin dikenali oleh pelancong asing.
Huraian
Contoh Kerajaan memainkan peranan penting dalam memajukan industri kraf
(Kesan) tangan.
Penegasan
Perenggan Bahagian Ayat
Isi 2 Isi Pengusaha perlulah menghasilkan kraf tangan yang kreatif.
Pembeli tertarik untuk membeli barangan yang terkini dan mengikut
Huraian isi peredaran zaman.
Menghasilkan kraf tangan yang menarik dengan menggunakan
Contoh bahan-bahan tempatan seperti cangkerang hidupan laut, buluh, dan
buah kelapa.
Huraian Pelbagai bentuk atau ciptaan kraf tangan yang menarik dan unik
Contoh dapat dihasilkan – dapat menarik lebih ramai peminat kraf tangan –
(Kesan) meningkatkan pendapatan pengusaha kraf tangan.
Jelaslah bahawa kreativiti pengusaha dalam usaha menghasilkan kraf
Penegasan tangan yang kreatif - memberikan impak yang besar dalam
memajukan industri kraf tangan di Malaysia.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
84
Perenggan Bahagian Ayat
Isi 3 Isi Sokongan masyarakat terhadap kraf tangan ciptaan warga tempatan.
Kita sewajarnya menghargai titik peluh dan kreativiti rakyat Malaysia
Huraian isi dalam menghasilkan karya seni.
memberikan sokongan yang berterusan kepada produk kraf tangan
Contoh tempatan seperti bakul buluh, labu sayong, batik, anyaman, tenunan
– membeli kraf tangan tempatan sebagai hadiah untuk kawan-kawan
Huraian di luar negara.
Contoh Industri kraf tangan dapat dimajukan dan pendapatan pengusaha
(Kesan) tempatan dapat ditingkatkan – memberikan motivasi kepada
pengusaha kraf tangan untuk lebih gigih menghasilkan produk kraf
Penegasan tangan yang berkualiti.
Sokongan yang tidak berbelah bahagi masyarakat terhadap produk
kraf tangan dapat memajukan industri kraf tangan di Malaysia.
Perenggan Bahagian Ayat
Isi 4 Isi Media massa memainkan peranan untuk memperkenalkan kraf
tangan tempatan.
Huraian isi Dapat menarik minat masyarakat terhadap seni kraf tangan
tempatan dan membantu usaha untuk meningkatkan permintaan
Contoh orang ramai terhadap barangan kraf tangan tempatan.
Menyiarkan rancangan yang memperkenalkan kraf tangan tempatan
Huraian melalui televisyen – mengadakan pertandingan kuiz berkenaan
Contoh dengan kraf tangan melalui televsiyen – Menyiarkan artikel yang
(Kesan) menarik mengenai seni kraf tangan.
Penegasan Masyarakat dapat didedahkan dengan keunikan kraf tangan –
menarik minat masyarakat untuk membeli produk kraf tangan -
meningkatkan jualan kraf tangan tempatan.
Peranan media massa amat penting dalam usaha untuk memajukan
industri kraf tangan di Malaysia.
Perenggan Bahagian Ayat
Kesimpulan Kesimpulan Kraf tangan yang menjadi lambang kebudayaan dan kesenian
perlu dipertahankan.
Cadangan
Semua pihak perlu berganding bahu untuk memajukan industri
Harapan kraf tangan negara.
agar industri kraf tangan ini terus maju seiring dengan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
85
Penegasan pembangunan negara sekali gus menarik minat pelancong –
melancong ke negara kita.
Ayuh, marilah kita bersama-sama menyokong barangan kraf
tangan tempatan agar kesenian kraf tangan dapat dikekalkan
selama-lamanya – tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
86
TEKA SILANG KATA (HALAMAN 69)
Lengkapkan teka silang kata dengan perkataan yang tepat .Kemudian, bina ayat lain dengan
perkataan tersebut. Imbas kod QR untuk mendapatkan jawapan teka silang kata.
Bina ayat lain dengan perkataan tersebut.
1. Harga minyak masak melambung naik kesan daripada kenaikan harga minyak dunia.
2. Semenjak anaknya meninggal dunia, Suraya sering melamun dan tidak menghiraukan keadaan
dirinya.
3. Kandungan buku tatabahasa itu tertumpu pada aspek pembentukan kata dalam bahasa
Melayu.
4. Mesin pengisar berkelajuan tinggi itu dapat mengisar kacang tanah hingga halus.
5. Setiap pelajar sudah pasti berhasrat untuk menjejakkan kaki ke menara gading.
6. Harga durian jatuh kerana tiada permintaan akbat pandemik Covid-19.
7. Tanaman padi tidak menjadi pada musim ini kerana serangan penyakit bena perang,
8. Sejak kecil, saya diajar supaya berjimat apabila berbelanja.
9. Semangat Amelia yang membara untuk menjadi seorang cef menyebabkannya memilih jurusan
kulinari.
10. Setiap kejadian yang berlaku dalam hidup seseorang harus dijadikan pengalaman yang amat
bermakna untuk menempuh cabaran.
11. Semua murid diminta duduk mengikut jarak yang ditetapkan apabila makan di kantin.
12. Sektor perindustrian bergantung pada tenaga kerja mahir untuk memajukan ekonomi negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
87
TEMA 6 - DUNIA PELANCONGAN
MALAYSIA SYURGA MAKANAN (HALAMAN 72 - 73)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai secara
bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, kemukakan pendapat anda dalam perbualan santai secara
bertatasusila.
Murid boleh mencari maklumat berkaitan dengan makanan istimewa yang ada di setiap daerah di
negeri Kelantan dan Terengganu dengan berpandu pada contoh di bawah. Selepas itu, murid
boleh membuat pembentangan di dalam kelas.
CONTOH 1 NASI KERABU KUALI GELEGAK
JELI (Kelantan) MI UDANG GALAH
Daerah Jeli merupakan kawasan yang terletak pintu
masuk atau “gateway” ke negeri Kelantan dari sebelah
Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Jeli menjadi tempat persinggahan yang sesuai
bagi mereka yang dikatakan dalam perjalanan dari
Pantai Timur ke Pantai Barat atau sebaliknya, melalui
jalan raya Timur Barat. Di samping itu, daerah Jeli juga
menjadi penghubung kepada kawasan Kelantan Selatan
melalui jalan raya Jeli – Dabong. Oleh hal yang
demikian, dari segi lokasinya Daerah Jeli bersempadan
dengan Thailand di sebelah utara, jajahan Tanah Merah
di sebelah timur, jajahan Kuala Krai dan Gua Musang di
sebelah selatan dan negeri Perak di sebelah barat.
Jeli merupakan sebuah kawasan yang strategik
dan mempunyai daya maju untuk pembangunan secara
teratur pada masa hadapan. Pekan Jeli merupakan
bandar atau pekan utama di kawasan jajahan ini.
Kawasan ini terletak kira-kira 98 kilometer dari bandar
raya Kota Bharu melalui jalan raya Timur Barat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
88 SAMBAL PIJAT
Keadaan muka bumi ialah 82% berbukit bukau,
hutan rimba dan banyak alur serta sungai. Jajahan ini
terletak antara 90 meter hingga 500 meter dari paras
laut. Sungai-sungai utama ialah Sungai Pergau, Sungai
Renyut, Sungai Suda dan Sungai Balah.
Oleh sebab keadaan geografi Jeli bersempadan
dengan banyak budaya, makanan di sini juga menerima
pengaruh daripada Perak, Thailand, dan Terengganu.
Hal ini menjadikan makanan di daerah Jeli sangat unik,
tambahan pula udang galah yang segar juga banyak
terdapat di sungai-sungai yang berdekatan dengan Jeli.
Makanan di Jeli juga sangat esotik dan menarik
perhatian pelancong dari dalam dan luar negara. Setiap
pelancong yang mahu mencuba makanan yang unik
rasanya dan mesra alam, Jeli ialah tempat yang sangat
sesuai kerana harganya tidak mahal. Tidak hairanlah
bahawa Jeli ialah destinasi pelancongan gastronomi di
Kelantan.
CONTOH 2
Cari gambar yang sesuai dengan makanan yang terdapat dalam jadual di bawah. Anda
dikehendaki mencetak gambar tersebut lalu menampalkannya dalam jadual di bawah.
MARTABAK RAJA SOTONG SUMBAT KUIH BAULU
LAKSAM SATAR KUIH BUAH TANJUNG
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
89
NASI DAGANG KEROPOK LEKOR SINGGANG
MI CHAMPA LEMPENG NYIUR SOTONG CELUP
LEMANG NASI KUKUS AYAM
BEREMPAH
NASI ULAM
AKTIVITI 2 - Lengkapkan itinerari pelancongan gastronomi bagi negeri-negeri lain di Malaysia.
Cadangan aktiviti:
1. Murid boleh menerokai maklumat tentang pelancongan gastronomi di media sosial.
2. Murid boleh merujuk laman sesawang seperti berikut:
https://saji.my/makananan-tradisional-perak/
https://www.maisinggah.com/tempat-makan-menarik-di-melaka/
https://www.tempatmenarik.my/tempat-makan-johor/
https://saji.my/20-tempat-makan-best-di-kedah/
3. Guru boleh meminta murid menghasilkan buku skrap tentang pelancongan gastronomi.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
90
TAHAN MENGHIJAU (HALAMAN 74 - 75)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan
betul dan tepat.
AKTIVITI 1 - Baca bahan. Kemudian, nilai bentuk serta kandungan teks bahan tersebut dengan
betulnya dan tepatnya dengan menggunakan Borang Penilaian Kendiri.
1. Bahan 1 : Petikan bertajuk Panggilan Tahan
2. Bahan 2 : Litar bukit Teresek
BORANG PENILAIAN KENDIRI
Tandakan skala di bawah
2- Setuju 2- Tidak setuju
BIL ITEM BAHAN A BAHAN B ALASAN
SKALA
1 Maklumat yang Bahan B menggunakan konsep
dipaparkan mudah 1 212 peta berbanding bahan A .
difahami pembaca
//
2 Maklumat membantu
pembaca untuk // Bahan B memberi panduan
mengenali destinasi destinasi pelancongan dengan jelas
pelancongan dengan berbanding bahan A.
cepat
// Bahan B kerana menggunakan
3 Penggunaan ilustrasi
yang menarik ilustrasi yang berwarna warni
4 Maklumat memberikan / / Kedua-dua bahan berkaitan dengan
pengetahuan yang
baharu kepada destinasi pelancongan Gunung
pembaca
Tahan.Pembaca dapat memperoleh
5 Makumat diolah dengan
tepat dan ringkas untuk maklumat tambahan berkaitan
memudahkan
pelancong membuat destinasi pelancongan.
pilihan destinasi
pelancongan Bahan B kerana maklumat yang
6 Pembaca dapat dipaparkan jelas dan ringkas
menambahkan
pengetahuan tentang / dengan menggunakan konsep
penggunaan peribahasa
peta.Maklumat dalam bahan A
diolah dalam bentuk cerita dan
mengambil sedikit masa untuk
memperoleh maklumat.
/ / Bahan A menyelitkan beberapa
peribahasa dalam petikan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
91
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut
konteks.
AKTIVITI 2 - Analisis penggunaan peribahasa dalam bahan. Kemudian, bina perenggan
berdasarkan peribahasa yang sesuai dan hubung kaitkan maksudnya dengan betulnya mengikut
konteks.
Bil Peribahasa Maksud
1 Hutan halau mentua Hujan sebentar sahaja
2 Kecil-kecil cili api Walaupun bertubuh kecil tetapi mempunyai sifat
berani dalam sesuatu perkara
3 Kecil jangan disangka anak, besar Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus kepada
jangan disangka bapa orang-orang tua sahaja
4 Kalau takut dilambung ombak, Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya
jangan berumah di tepi pantai
5 Takkan lari gunung dikejar Membuat sesuatu kerja biarlah dengan cermat dan
berhati-hati
Bina perenggan berdasarkan peribahasa.
Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja yang
sesuai berdasarkan situasi berikut.
Puan Mahani tidak mahu mengangkat pakaiannya ketika hujan kerana menganggap hujan
tersebut hanya turun seketika sahaja. Ternyata telahan Puan Mahani tepat. Seketika, anaknya
Arfah yang baharu menginjak usia 12 tahun memanggilnya untuk bertanyakan perihal soalan
latihan Matematik dengan bersungguh-sungguh. Panggilan anaknya itu membuatkan Puan Mahani
tersenyum kerana dia tahu anaknya bijak dalam penyelesaian Matematik sehinggakan mampu
menyelesaikanan masalah Matematik peringkat menengah rendah. Anaknya hanya mahu Puan
Mahani mengesahkan sahaja jawapan.
“Cepat benar masa berlalu,” luah Puan Mahani dalam hatinya. Dia agak bimbang untuk
melepaskan anaknya ke sekolah berasrama penuh pada tahun hadapan. Namun, jika dia tidak
melepaskan anaknya ke sekolah berasrama maka peluang mendapat pendidikan untuk anaknya
dinafikan. Dia wajar menanggung risiko tersebut seperti mana ibunya dahulu Hajah Fauziah yang
menghantar dia belajar ke asrama. Puan Mahani harus cermat dan berhati-hati dalam merancang
masa depan anaknya yang ketika ini berpontesi cemerlang pada masa akan datang.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
92
1. hujan halau menantu
2. kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
3. kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
4. tak kan lari gunung dikejar
AKTIVITI 3 - Terokai maklumat tentang keistimewaan Gunung Tahan dan sediakan brosur yang
dapat dijadikan panduan oleh pelancong.
Imbas kod QR untuk melihat Brosur Gunung Tahan yang penuh.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
93
WARISAN DUNIA (HALAMAN 76 - 77)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakan laras
bahasa yang sesuai dan gramatis.
AKTIVITI 1 - Analisis maklumat dalam bahan. Kemudian, tulis perenggan pendahuluan jenis
sejarah, suasana, dan peribahasa.
1. Murid secara individu diminta meneliti ketiga-tiga bahan [ Bahan 1 Petikan , Bahan 2
Infografik, Bahan 3 Infografik ]
2. Murid dalam kumpulan 4 - 5 orang diminta membincangkan tugasan yang diberi untuk
membina pendahuluan sama ada jenis suasana, sejarah atau peribahasa berdasarkan
bahan.
3. Murid menulis pendahuluan yang ditugaskan hasil perbincangan .
4. Lembaran pendahuluan yang dibina oleh setiap kumpulan diedarkan secara bergilir kepada
rakan-rakan kumpulan lain untuk mendapat respons dari segi kekuatan dan kelemahan.
5. Murid menulis semula ketiga-tiga jenis pendahuluan secara kendiri.
Contoh Soalan dan Jawapan Aktiviti 1 :
Tugasan 1 [KUMPULAN 1, 3, 5] : Teliti bahan petikan dan bahan grafik pada muka surat 76 – 77.
Kemudian tulis satu pendahuluan jenis sejarah tentang kepentingan aktiviti pelancongan dalam
negara kepada masyarakat dan negara.
Tugasan 2 [KUMPULAN 2,4,6] : Teliti bahan petikan dan bahan grafik pada muka surat 76 – 77.
Kemudian tulis satu pendahuluan jenis peribahasa tentang kepentingan aktiviti pelancongan
dalam negara kepada masyarakat dan negara.
ANALISIS TIKF:
Tema : Pelancongan dalam negara.
Isu : Kepentingan pelancongan dalam negara kepada masyarakat dan negara.
Kata Kunci : Kepentingan [ Kebaikan / Manfaat / Faedah ]
Format : Pendapat / Fakta
Tugasan 3 [KUMPULAN 7, 8, 9] : Teliti bahan petikan dan bahan grafik pada muka surat 76 – 77.
Kemudian tulis satu pendahuluan jenis suasana tentang pengalaman anda menjelajahi Taman
Negara Gunung Mulu.
ANALISIS TIKF: GURU BMSPM
Tema : Pelancongan dalam negara.
Isu : Menjelajah Taman Negara Mulu .
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M
94
Kata Kunci : Pengalaman anda
Format : Cerita
Bahan 1
Bahan 2
Bahan 3
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
95
TUGASAN 1 : PENDAHULUAN JENIS SEJARAH
Contoh 1
Industri pelancongan bukanlah industri yang asing di Malaysia. Bermula dengan
penubuhan Jabatan Pelancongan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri pada 1959,
sumbangan sektor pelancongan di negara ini terus diiktiraf dengan tertubuhnya Kementerian
Kebudayaan dan Pelancongan pada 1987. Hal ini sejajar dengan perkembangan pesat sektor ini
dan negara menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia. Kepelbagaian muka bumi, tempat-
tempat bersejarah dan keunikan budaya masyarakat majmuk di Malaysia menjadi antara tarikan
utama para pelancong. Pengiktirafan beberapa tempat di Malaysia oleh Pertubuhan Pendidikan,
Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNESSCO) sebagai Tapak
Warisan Dunia seperti Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Kinabalu (2000), Bandar
raya Bersejarah George Town dan Melaka (2008) serta Tapak Warisan Arkeologi Lembah
Lenggong (2012) telah menyemarakkan perkembangan sektor ini. Namun amat menyedihkan
kerana kebanyakan rakyat Malaysia sejak dahulu memilih untuk melancong ke luar negara tanpa
menyedari bahawa terdapat pelbagai kepentingan melancong dalam negara Hal ini sewajarnya
dikupas sehingga ke akar umbi supaya kita dapat mencari jalan untuk mencelikkan mata seluruh
rakyat Malaysia agar menyokong sektor pelancongan negara.
Contoh 2
Taman Negara Mulu merupakan satu daripada tapak warisan dunia. Taman Negara ini
mempunyai tiga buah gunung iaitu Gunung Mulu, Gunung Api dan Gunung Benarat. Gunung Mulu
merupakan gunung batu pasir setinggi kira-kira 2,377 meter dan mempunyai sejarah yang berusia
lebih daripada 1.5 juta tahun lamanya. Taman Negara ini juga mempunyai rangkaian gua
terpanjang di dunia dengan empat buah gua utama iaitu Gua Rusa, Gua Lang, Gua Jernih Dan
Gua Angin. Kunjungan ke sini pastinya memukau setiap pelawat yang datang kerana taman ini
bukan sahaja sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan tetapi juga amat sesuai bagi mereka
yang menginginkan kegiatan lasak.
TUGASAN 2 : PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA
Contoh 1
Peribahasa `jauh perjalanan, luas pengalaman’ yang bermaksud semakin banyak kita
merantau, maka semakin banyaklah perkara yang dapat kita pelajari amat sinonim dikaitkan
dengan aktiviti pelancongan. Melancong ke tempat orang pasti akan membuka minda dan
mencelikkan mata kita tentang kepelbagaian budaya masyarakat sesuatu tempat. Lazimnya ramai
dalam kalangan rakyat Malaysia memilih untuk melancong ke luar negara dengan alasan ingin
menikmati kelainan iklim , suasana , dan cara hidup masyarakat di sana, malah ada yang
memandang sebelah mata terhadap tempat-tempat pelancongan di dalam negara. Stigma
bahawa melancong di dalam negara hanya untuk masyarakat kelas kedua menyebabkan mereka
tidak menyedari hakikat pesanan orang tua-tua bahawa hujan emas di negeri orang, hujan batu di
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
96
negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri adalah benar. Oleh itu, sikap kurang prihatin tentang
kepentingan menyokong aktiviti pelancongan dalam negara ini perlu diubah demi kemajuan sektor
ini.
Contoh 2
Peribahasa jauh perjalanan, luas pengalaman membawa maksud jika kita banyak
merantau banyaklah perkara yang dapat dilihat. Kita juga dapat menimba pengalaman baharu di
tempat-tempat yang kita kunjungi tidak kiralah tempat itu jauh atau dekat, tentunya memberi
sesuatu yang berharga kepada kita. Kita juga akan menghargai cenderamata yang dihadiahkan
kepada kita sebagai kenang-kenangan. Setiap orang mempunyai tempat idaman tersendiri untuk
dilawati dan dikunjungi. Ada yang suka akan bandar-bandar besar, ada yang suka akan
perkampungan kecil dan tidak kurang juga yang suka akan keindahan alam. Satu daripada tempat
yang amat sesuai bagi mereka yang mendambakan ketenangan jiwa dan lari daripada kesibukan
kota ialah taman negara.
TUGASAN 3 : PENDAHULUAN JENIS SUASANA
Contoh 1
Mataku tertancap menikmati pemandangan hutan dara tropika yang malar hijau. Subhan ,
aku takjub dengan ciptaan Ilahi. Udara segar dari rimba kusedut dalam-dalam. Sungguh kata
orang rendah gunung, tinggi harapan, impianku yang membuak-buak untuk menjelajahi Taman
Negara Gunung Mulu yang diisytiharkan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia pada tahun
2000 bakal menjadi kenyataan hari ini. Taklimat yang diberi oleh Encik Rafiq pemandu pelancong
kami dan Encik Maulid , renjer yang akan bertanggungjawab menjaga dan menemani kami
sepanjang di sini kudengar dengan teliti demi keselamatan. Sebenarnya banyak pilihan tempat
menarik di negara ini sewaktu aku dan teman-teman membuat carian di Internet, namun kami
sepakat memilih Taman Negara Gunung Mulu. Keluasannya yang hampir 53 ribu hektar dengan
3500 spesies tumbuhan vaskular sangat menarik bagi pencinta alam seperti kami. Apatah lagi,
kami dikhabarkan bahawa rangkaian Gua Rusa, Gua Lang , Gua Jernih dan Gua Angin yang bakal
kami jelajahi merupakan rangkaian gua terpanjang di dunia dan Kamar Sarawak iaitu ruang bawah
tanah terbesar di dunia ditemukan di sini. Aku pasti kami tidak tersalah memilih destinasi
penjelajahan ini !
Contoh 2
Sebut sahaja Gunung Mulu, sudah terbayang akan keindahan, kehijauan dan ketenangan
yang bakal dinikmati apabila menjejakkan kaki ke tapak warisan dunia ini. Kedinginan hutan dan
suara penghuni rimba sahut-menyahut seolah-olah menyambut riang kunjungan kita. Kita juga
akan terpukau oleh jutaan kelawar dan burung layang-layang gua yang berterbangan menuju ke
hutan pada waktu senja. Sungguh memukau dan mendamaikan setiap mata yang melihatnya.
Gunung Mulu membangkitkan lagi keterujaan pengunjung kerana terdapatnya ruang bawah tanah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
97
terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh buah kapal terbang Boeing 747 yang
dikenali sebagai ‘Sarawak Chamber’, The Pinnacles yang merupakan contoh luluhawa batu kapur
tropika terbaik di dunia dan Gua Rusa yang mempunyai terowong terbesar di dunia.
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2: Kenal pasti kata kerja transitif yang terdapat dalam bahan. Kemudian, bina ayat
dengan menggunakan kata kerja tersebut mengikut konteks.
Nota Kata Kerja Transitif
1. Murid mendengar dan mencatat penerangan guru tentang Kata Kerja Transitif.
2. Murid secara individu diminta meneliti ketiga-tiga bahan [ Bahan 1 Petikan , Bahan 2
Infografik, Bahan 3 Infografik ]
3. Murid secara berpasangan diminta mengenal pasti kata kerja transitif dalam petikan dan
membina ayat sendiri.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
98
Kata Kerja Transitif yang terdapat dalam bahan
a) Mencipta - Syarifuddin Azman telah berjaya mencipta nama selepas muncul juara saingan
CEV Moto 3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol kelmarin.
b) Menghiasi - Lampu berwarna-warni yang menghiasi rumah Pak Abu telah menerangi
halaman sekitarnya.
c) Merupakan - Uzair Zayyan merupakan pemain bola speak junior dari Perlis yang berjaya
diterima masuk ke Akademi Bola Speak Cruzeiro Brazil-British International School Phuket
bermula Ogos ini.
d) Mempunyai - “Saya ingin mempunyai rumah dan kereta sendiri apabila dewasa nanti”,
kata adik dengan penuh yakin.
e) Melarikan - Sekumpulan perompak telah melarikan wang tunai dari sebuah bank
terkemuka di bandar itu.
f) Mendambakan - Sesetengah orang mendambakan kehidupan yang mewah dan
sanjungan daripada masyarakat.
g) Menginginkan - “Sudah pasti saya menginginkan keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM nanti”, jelas Kamarul kepada bapanya.
h) Menyokong - Semua guru menyokong penuh cadangan pengetua untuk mengadakan
ziarah cakna ke rumah pelajar yang tidak hadir kelas PDPR.
i) Mengenal - Beberapa orang remaja yang nakal itu menyepak dan memijak kucing-kucing
kelaparan tanpa mengenal belas kasihan.
j) Menakjubkan - Kehebatan Laksamana Melaka menikam dan membunuh Kertala Sari di
sebuah pasar sangat menakjubkan Ratu Melaka.
k) Merentasi - Pasukan pendaki itu terpaksa merentasi onak dan duri setelah beberapa hari
tersesat di dalam hutan.
l) Dicipta - Sajak `Guru Oh Guru dicipta oleh Usman Awang.
m) Diisytiharkan - Bandar raya George Town diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia
pada tahun 2008.
n) Dikenali - Dia sangat dikenali dalam kalangan penduduk kerana keramahan dan budi
bahasanya yang baik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M
99
o) Diperkaya - Selain kandungan fruktosa dan glukosa yang tinggi , jus buah durian Belanda
diperkaya dengan vitamin C serta serat.
p) Dihiasi - Jalan-jalan di bandar itu sangat cantik pada waktu malam kerana dihiasi lampu
neon yang berwarna-warni.
q) Ditemukan - Dompet saya telah ditemukan oleh ibu di celah-celah buku di rak itu.
**Nota :
1. perkataan merupakan dalam petikan berfungsi sebagai kata pemeri yang boleh berganti
dengan kata pemeri `ialah’
2. perkataan menakjubkan dalam frasa `Menginginkan pemandangan yang menakjubkan’
berfungsi sebagai kata adjektif bukan kata kerja transitif kerana boleh digandingkan
dengan kata penguat [ cth: sangat menakjubkan]
AKTIVITI 3 - Terokai tempat pelancongan yang menawarkan aktiviti yang unik dan luar biasa.
Kemudian, persembahkannya dalam bentuk kreatif.
Pendahuluan Jenis Sejarah
Mengimbau kembali sejarah Perang Dunia Kedua, sudah pasti membangkitkan pelbagai peristiwa
pahit yang pernah menimpa sebahagian penduduk dunia terutama di negara yang dijajah dan
terkesan dengan kemusnahan akibat perang. Menurut pengasas Muzium Perang Johari Shafie,
kawasan muzium yang terletak di lereng bukit di Batu Maung adalah bekas kubu pertahanan
tentera British ketika menakluki Tanah Melayu. Kubu ini dibina pada tahun 1930 dan siap
sepenuhnya sembilan tahun kemudian dengan menggunakan tenaga banduan yang akan dihukum
mati dari negara-negara jajahan takluk British. Selain menjadi lokasi yang paling seram di Asia,
muzium perang ini juga mejadi tempat pelancongan paling berilmiah khususnya kepada generasi
muda dalam memahami dan menghayati sejarah negara.
Muzium Perang, Pulau Pinang
Pintu Masuk ke Muzium Perang Kuarter Pegawai Pangkat Tinggi
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M